The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazilzainal5337, 2021-06-12 09:38:43

ebook_psikologi pendidikan

ebook_psikologi pendidikan

10

KONSEP PEMBELAJARAN

Ahmad Johari Sihes

PENGENALAN
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan
sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang
hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan
setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-
mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan
kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.

Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang,
sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.
Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh
kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak
dianggap sebagai pembelajaran.

Konsep Pembelajaran

Pembelajaran sebagai prosesss belajar dan belajar dimaksudkan
sebagai usaha memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani
latihan. Dari segi psikologi pendidikan, takrifan ini tidak memadai
kerana aliran pemikiran semasa tentang pembelajaran adalah
tertumpu kepada perubahan tingkah laku dan pengalaman samada
yang dapat diperhatikan atau tidak dapat diperhatikan.

Secara amnya, dalam keadaan bilik darjah, sekiranya
pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya
mengalami perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran
berbanding dengan sebelum pengajaran, maka dapat disimpulkan

244 Psikologi Pendidikan

bahawa pembelajaran telah berlaku.

Definisi Pembelajaran

Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran
di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau
fahaman psikologi masing-masing. Berikut adalah definisi-definisi
pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan.

Jadual 10.1 : Beberapa definisi tentang pembelajaran.

Tokoh Ahli Tajuk Buku Definisi Pembelajaran
Psikologi/Pengarang
Robert M Gagne The Conditions of Pembelajaran adalah
Learning, 1970. perubahan atau
Morgan dan King kemampuan seseorang
yang dapat dikekalkan
tetapi tidak disebabkan
oleh pertumbuhan.
Perubahan yang
dipanggil pembelajaran
diperlihatkan melalui
perubahan tingkah laku;
dengan membandingkan
tingkah laku seseorang
individu sebelum
didedahkan kepada
situasi pembelajaran
dengan tingkah lakunya
selepas didedahkan
dengan situasi
pembelajaran.

Introduction to Pembelajaran
Psychology, 1975 ditakrifkan sebagai
sebarang perubahan
tingkah laku yang agak
kekal akibat pengalaman
yang diperolehi oleh

Konsep Pembelajaran 245

seseorang atau akibat
latihan yang dijalaninya.

E.R. Hilgard, R.C. Introduction to Pembelajaran adalah
Atkinson dan R.L. Psychology, 1975. perubahan tingkah laku
Atkinson yang kekal hasil dari
pengalaman. Perubahan
Henry Clay Lindgren ini mungkin tidak jelas
dan Donn Byrne sehingga timbul suatu
situasi yang
Morris L. Bigge menonjolkan tingkah
laku baru ini;
Kelvin Seifert pembelajaran biasanya
tidak diperlihatkan
dengan serta-merta
melalui pencapaian.

Psychology: An Perkataan
Introduction to a ‘pembelajaran’
Behavioral melambangkan konsep
Science, 1976. atau idea bagi
menerangkan perubahan
tingkah laku yang
diperlihatkan oleh
seseorang.

Learning Theories Pembelajaran merujuk
for Teachers, 1982. kepada beberapa
perubahan sistematik
dalam tingkah laku atau
penyusunan tingkah laku
yang berlaku hasil dari
pengalaman dalam
situasi yang tertentu.

Educational Pembelajaran
Psychology, 1983. merangkumi perubahan
tingkah laku yang agak
kekal disebabkan oleh
pengalaman tertentu atau
ulangan pengalaman.

246 Psikologi Pendidikan

Anita E. Woolfolk Educational Pembelajaran adalah
Psychology, 1995. proses di mana
pengalaman
menyebabkan perubahan
dalam pengetahuan dan
tingkah laku yang kekal
.

Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi
pendidikan tersebut , dapatlah disimpulkan bahawa walaupun
pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama
lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua
definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku
seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Apakah aspek
perubahan tingkah laku tersebut ?

Pada asasnya terdapat dua mazhab pemikiran yang
menyarankan tentang aspek perubahan yang berlaku dalam
seseorang akibat dari pembelajaran.

Mazhab Behavioris (Behaviorisme) / Perlakuan
Pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku

yang nyata dan dapat diperhatikan, iaitu cara
seseorang bertindak
dalam suatu situasi.

Mazhab Kognitif
Pembelajaran adalah satu proses dalaman dan tidak
dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran
menyebabkan perubahan tingkah laku seseorang terhadap

sesuatu situasi yang khusus. Psikologi kognitif
memfokuskan kepada ciri-ciri yang sukar untuk
diperhatikan seperti pengetahuan, perasaan, harapan

d iki

Konsep Pembelajaran 247

Pada masa kini terdapat kumpulan ahli psikologi yang
disebut neobehavioris (sosial) yang menyatakan bahawa
pembelajaran merangkumi sifat lebih dari tingkah laku yang boleh
diperhatikan. Pembelajaran dianggap sebagai perolehan, sementara
tingkah laku pula ialah prestasi yang dapat diperhatikan. Pendapat
ini membuktikan bahawa perolehan dari pembelajaran adalah jauh
lebih banyak dari yang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku.

Pembelajaran juga merangkumi ciri-ciri seperti keinginan,
kepercayaan dan pemikiran. Justeru itu, dalam psikologi humanis,
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang
mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Secara keseluruhannya, dalam huraian tentang
pembelajaran terdapat empat aspek yang perlu diberi penekanan
iaitu:

1. Pembelajaran ialah proses yang membawa
perubahan tingkah laku yang kekal.

2. Perubahan yang berlaku bukan disebabkan oleh
sifat semulajadi manusia. (perkembangan manusia).

3. Perubahan tingkah laku itu bukan sementara dan
bukan disebabkan oleh pengaruh dadah @ penyakit.

4. Perubahan tingkah laku itu mempamerkan
peningkatan dari satu tahap yang rendah ke tahap
yang lebih tinggi.

Sebagai kesimpulan dari segala pandangan tentang
pembelajaran yang dikemukakan, dapatlah kita katakan bahawa:

Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak
kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi
bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau
kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti
dadah dan penyakit.

248 Psikologi Pendidikan

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN

Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan
sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3
jenis iaitu:

1. Pembelajaran Formal
2. Pembelajaran Informal (Tak Formal)
3. Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

Pembelajaran Formal

Pembelajaran yang berlaku dalam sistem pendidikan yang sangat
diinstitusikan, berperingkat-peringkat mengikut umur dan
berstruktur mengikut hierarki, dari sekolah rendah ke universiti.
Pembelajaran Informal (Tak Formal)

Pembelajaran yang berlaku sebagai proses seumur hidup individi
memperolehi dan mengumpul pengetahuan, kemahiran, sikap dan
wawasan dari pengalaman seharian. Pembelajaran ini berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa tanpa satu siri
program yang tersusun dan biasanya tidak sistematik; namun ia
merupakan bahagian terbesar jumlah pembelajaran seseorang
dalam hidupnya.
Contohnya: pendedahan dari persekitaran rumah, ketika bekerja
dan bermain, menonton televisyen, mendengar radio, membaca
suratkhabar dan majalah, sikap keluarga.

Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

Pembelajaran di dalam aktiviti pendidikan yang berorganisasi dan
sistematik yang berlaku di luar sistem formal untuk memberikan
jenis-jenis pembelajaran yang terpilih kepada kumpulan kecil

Konsep Pembelajaran 249

tertentu orang dewasa atau kanak-kanak. Biasanya dianjur oleh
pertubuhan sosial, agensi kerajaan dan swasta, NGO, dan
organisasi agama .

Contohnya: Kursus kesihatan, pemakanan, usahawan, pertanian,
kemahiran bekerja, kursus perkahwinan dan lain-lain lagi.

Daripada 3 kelas pembelajaran tersebut, kita dapati bahawa
pembelajaran formal dan pembelajaran non-formal diorganisasikan
untuk meningkatkan proses pembelajaran. Perbezaan di antara
pembelajaran formal dan non-formal biasanya dari segi penganjur,
objektif dan kumpulan sasaran pembelajaran tersebut. Berikut
adalah perbezaan ciri-ciri rancangan pendidikan formal dan non-
formal.

Jadual 10.2 : Ciri-ciri Pembelajaran Formal dan

Pembelajaran Non-Formal

CIRI RANCANGAN FORMAL RANCANGAN NON-
FORMAL

Struktur Sangat berstruktur. Unit-unit Daripada sangat berstruktur
Organisasi berkait antara satu dengan lain hingga kurang berstruktur.
dan tersusun mengikut hierarki Biasanya kurang berstruktur.
dari segi kandungan atau masa. Sedikit hubungan antara
komponen atau bahagian;
iaitu bukan merupakan satu
sistem, cuma satu sektor.

Kandungan Amnya adalah akademik, abstrak, Tertumpu kepada tugas atau
Pembelajaran dan biasanya ‘etnosentrik’. kemahiran. Bergantung
Mementingkan lisan, kepada keperluan peserta.
mencerminkan nilai elit. Isi Tidak mementingkan lisan;
kandungan terbahagi kepada unit mencerminkan nilai yang
tertentu. berkonflik. Isi kandungan
terbahagi secara berhati-hati.

Kawalan Selaras diperingkat kebangsaan, Tidak selaras, berpecah dan
negeri dan daerah. Dikawal dari tersebar. Terdiri dari
pusat. Pihak elit berpengaruh di orgamisasi sukarela. Kawalan
peringkat kawalan tinggi. tempatan lebih berpengaruh.
Keputusan dibuat di peringkat

250 Psikologi Pendidikan

rancangan.

Tempat Tetap, mahal dan ketara di Tidak begitu ketara, mungkin
Masa sesuatu tempat. Dibiayai oleh di tempat kerja atau di rumah.
negeri atau negara. Lebih Peserta membayar sedikit kos.
utamakan bandar. Penggunaan Penggunaan ruang sangat
ruang tidak efisien. Pembelajaran efisien.
tidak diintegrasikan dengan
kegunaannya.

Berorientasikan masa akan Untuk jangka pendek,
datang. Masa dan keuntungan berorientasikan keadaan
atau kebaikan tidak dikaitkan. semasa kerana masa dikaitkan
Kehadiran sepenuh masa dan dengan kebaikan atau
siang hari. Aktiviti berurutan keuntungan. Biasanya separuh
menaik dan tidak fleksibel. masa, pembelajaran pada
waktu malam atau siang hari.
Aktiviti dijadualkan secara
fleksibel.

Dari segi tujuan, pembelajaran non-formal menumpukan
perhatian terhadap memperbaiki cara-cara hidup sosial atau
peribadi serta kemahiran. Di antara objektif pembelajaran non-
formal adalah:

1. Memenuhi keperluan khusus, terkini dan segera.
2. Mengaitkan pembelajaran dengan peranan pelajar

dalam kehidupannya dan objektif sosialnya.
3. Memperolehi kemahiran pekerjaan.
4. Membawa kesan terhadap pemindahan pengetahuan

dan teknologi moden.
5. Berorientasikan perkembangan dan menambah

pengetahuan.
6. Membentuk pandangan saintifik.
7. Memperolehi kemahiran pengurusan dan

pentadbiran.
8. Mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

Konsep Pembelajaran 251

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

Jenis Pembelajaran Bloom

Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa
ahli psikologi pendidikan, jelaslah pada kita bahawa pembelajaran
bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh berlaku dari
segi fizikal, emosi dan juga sosial.

Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S.
Bloom menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam
3 bidang iaitu:

1) Bidang kognitif
2) Bidang afektif
3) Bidang psikomotor

Jadual10.3 : Jenis Pembelajaran Bloom

PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
KOGNITIF AFEKTIF PSIKOMOTOR

• Mengutamakan • Mengutamakan • Mengutamakan
penggunaan
mental. penggunaan aspek penggunaan aspek

• Contohnya: sosial dan emosi. fizikal dan melibatkan
Menyelesaikan
masalah • Berinteraksi dengan koordinasi antara otak,
matematik dan
sains, memberi orang lain dan saraf dan anggota
hujah bagi
menyokong mendalami emosi diri badan.
sesuatu
perbincangkan sendiri untuk belajar • Contohnya: Belajar
yang bersifat
akademik. bertolak ansur, menulis, bermain

bertanggungjawabn bolasepak, menunggang

belas kasihan dan basikal, mebaiki kereta

sifat-sifat sosial yang dengan perkakas,

lain. menjahit dan

sebagainya.

252 Psikologi Pendidikan

Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge

Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu
dilihat dari sudut bagaimana pembelajaran berlaku pada manusia.
Berdasarkan fahaman ini, W. M. Ryburn dan K. B. Forge di dalam
bukunya “Principles of Teaching” bahawa pembelajaran manusia
boleh diklasifikasikan kepada 6 jenis iaitu:

1. Belajar Dengan Cara Meniru dan Bermain

Pembelajaran ini lazimnya berlaku serentak. Ia didorong oleh
kecenderungan semulajadi manusia untuk meniru dan bermain.
Dengan meniru dan bermain, berlaku perubahan dan peningkatan
tingkah laku dari segi mental, fizikal, sosial dan emosi.

Meniru tidak terhad kepada meniru perbuatan manusia
sahaja malah kepada watak-watak yang terdapat dalam buku cerita,
filem, iklan dan sebagainya. Meniru lebih cenderung di kalangan
kanak-kanak dan remaja kerana mereka mudah terpengaruh untuk
meniru. Meniru boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
• Meniru tidak sengaja: Ia dilakukan tanpa disedari tujuan

melakukannya. Contohnya seperti bayi atau kanak-kanak
belajar berjalan, makan, bertutur, memakai pakaian dan
sebagainya, untuk mencapai perkembangan fizikal.
• Meniru dengan sengaja: Ia dilakukan dengan ada tujuan.
Contohnya remaja suka meniru cara berpakaian, tingkah laku
dan bertutur mengikut gaya rakan sebayanya atau artis
kegemarannya kerana hendak diterima sebagai, ahli golongan
tersebut.

Bermain ialah sifat semulajadi manusia yang
menyebabkannya menjalankan berbagai-bagai aktiviti. Dengan
cara bermain seseorang individu itu bukan sahaja memperolehi
berbaga-bagai pengetahuan, malah dapat membentuk kemahiran
fizikal, mental, emosi dan sosial. Ini akan menghasilkan tingkah
laku baru atau membawa perubahan tingkah laku pada seseorang.

Konsep Pembelajaran 253

2. Belajar Dengan Cara Pragmatis

Belajar dengan cara pragmatis ialah satu cara seseorang itu
berusaha menggunakan segala organ derianya dan menggunakan
segala bahan yang boleh diperolehinya dari alam sekitar untuk
mencapai kehendaknya. Cara pragmatis banyak menggunakan
unsur cuba jaya. Namun, kesempurnaan pembelajarannya
bergantung juga kepada taraf kecerdasan seseorang. Individu yang
tinggi darjah kecerdasannya kurang menggunakan cuba jaya
kerana mereka akan lebih cepat mencapai kemahiran berbanding
dengan individu yang rendah darjah kecerdasannya.

• Cuba anda fikirkan satu contoh belajar dengan cara pragmatis.

3. Belajar Dengan Cara Akademik

Belajar dengan cara ini banyak digunakan diinstitusi pendidikan.
Cara ini memberi pengetahuan dan juga melatih pelajar supaya
berfikir dengan jelas dan teratur semasa menerima pengetahuan.
Melalui cara belajar ini, pelajar akan terlatih untuk memilih
perkara-perkara penting semasa belajar dan juga dalam
menyelesaikan masalah.

Belajar dengan cara akademik umumnya terbahagi
kepada 2 jenis iaitu:

• Penbelajaran Induktif dan,
• Pembelajaran Deduktif.

254 Psikologi Pendidikan

Jadual 10.4: Pembelajaran Secara Induktif dan Deduktif

PEMBELAJARAN INDUKTIF PEMBELAJARAN DEDUKTIF

• Belajar dengan cara guru • Belajar dengan cara guru
menimbulkan beberapa contoh di memberikan atau menerangkan
peringkat permulaan pembelajaran, hukum dasar atau prinsip atau konsep
di ikuti dengan menyelidik dan dahulu, diikuti dengan menimbulkan
membincangkan contoh-contoh beberapa contoh supaya akhirnya
tersebut supaya akhirnya pelajar terbukti kebenaran hukum dasar atau
dapat membuat kesimpulan yang prinsip atau konsep yang telah
tertentu. diketahui pada awalnya.

4. Pembelajaran Dengan Cara Pengamatan (Persepsi) dan
Tanggapan (Konsep)

Pembelajaran ini melibatkan 2 proses mental iaitu pengamatan
(persepsi) dan tanggapan (konsep). Kedua-dua proses ini terlibat
secara serentak apabila pembelajaran sedang berlaku.

Pengamatan bermaksud ‘aktiviti mental mentafsir
pengalaman yang sedang dialami dengan cara menimbulkan
pengalaman lampau yang berkaitan dan menghubungkaitkannya
dengan pengalaman yang sedang dialami.’ Belajar dengan
pengamatan melibatkan juga penggunaan organ-organ deria seperti
penglihatan dan pendengaran. Pembelajaran cara ini adalah sesuai
dengan penggunaan bahan konkrit atau maujud.

Rangsangan Organ Deria Tafsir Secara Pembelajaran
Mental

Tanggapan atau konsep merupakan “aktiviti mental
mentafsirkan pengalaman yang sedang dialami dan
mengklasifikasikan pengalaman ini ke dalam kelompok
pengalaman-pengalaman lampau yang ada kesamaannya dengan
pengalaman yang sedang dialami, supaya pengalaman-pengalaman

Konsep Pembelajaran 255

yang seiras ini dapat dilabelkan dengan satu nama yang sama”.
Contohnya, bila seseorang membincangkan istilah ‘serangga’,
maka didalam mentalnya akan tergambar haiwan yang mempunyai
kesamaan sifat seperti nyamuk, lebah, belalang dan sebagainya.
Istilah serangga itu telah menimbulkan idea mengenai berbagai-
bagai pengalaman terhadap nyamuk, lebah dan belalang yang
kesemuanya dapat diklasifikasikan ke dalam kelas yang sama.

Belajar dengan cara tanggapan atau konsep digunakan untuk
memahami sesuatu pengalaman yang baru atau untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang baru. Belajar dengan cara ini
merupakan cara belajar perkara-perkara abstrak atau mujarad.

5. Belajar Dengan Cara Penghubungan

Belajar dengan cara penghubungan merupakan cara belajar di
mana melibatkan aktiviti mental yang menimbulkan pengalaman
lampau untuk dihubungkaitkan antara satu sama lain ataupun
dengan pengalaman yang sedang dihadapi.

Kita biasanya memikirkan kaitan pengalaman dahulu
dengan pengalaman yang sedang dihadapi ataupun mencari
persamaan atau perbezaan antara pengalaman dahulu dengan
pengalaman yang sedang dihadapi. Proses ini dinamakan
penghubungan. Keberkesanan proses penghubungan ini
dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu yang dinamakan ‘hukum
penghubungan’. Mengikut hukum penghubungan, proses
penghubungan dipengaruhi oleh 5 faktor iaitu:

• pengulangan
• kebaharuan
• anggapan mula
• kesan
• keragaman

a Pengulangan

256 Psikologi Pendidikan

Pengalaman yang kerap atau selalu diulangi akan menjadi mudah
dihubungkaitkan antara satu sama lain. Contohnya: menghafal sifir
dan formula. Kaedah yang selalu digunakan ialah latih tubi.

b Kebaharuan
Pelajar akan lebih mudah menghubungkaitkan sesuatu pengalaman
atau idea dengan pengalaman yang lain jika pengalaman itu baharu
sahaja berlaku atau dialami. Contonya; guru akan memulakan
pengajaran topik baru dengan menyoal pelajar berkenaan topik
yang lepas (baru sahaja dipelajari) yang ada kaitannya dengan
topik baru tersebut.

c Anggapan Mula
Pengalaman pertama adalah penting dalam mempengaruhi
kebolehan seseorang menghubungkaitkannya dengan pengalaman
lain yang berkaitan. Anggapan mula memainkan peranan penting
untuk menentukan sikap pelajar terhadap sesuatu subjek. Jika
pengalaman pertama mengenai sesuatu subjek, tajuk atau situasi
pembelajaran membosankan, keadaan ini akan sentiasa
dihubungkaitkan dengan subjek atau guru yang mengajarnya;
menyebabkan pelajar membenci atau mudah melupakan apa yang
diajar oleh guru tersebut.

Oleh itu guru perlu meninggalkan anggapan mula positif
yang akan membantu pembelajaran pada masa akan datang.

d Kesan
Faktor kesan menyarankan pengalaman yang dialami hendaklah
meninggalkan kesan yang kuat terhadap emosi pelajar yang
mengalaminya. Pengalaman yang meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap emosi pelajar adalah lebih kukuh tersimpan di
dalam ingatannya dan mudah ditimbulkan semula untuk
dihubungkaitkan dengan pengalaman-pengalaman lain. Guru
seharusnya menjadikan pembelajaran sesuatu yang
menyeronokkan supaya meninggalkan kesan positif dalam diri
pelajar.

Konsep Pembelajaran 257

e Keragaman
Ragam atau emosi pelajar semasa mengalami sesuatu akan
mempengaruhinya dalam mengingatkan pengalaman itu dan juga
mempengaruhinya dalam menghubungkaitkan pengalaman itu
dengan pengalaman-pengalaman yang lain. Jika pengalaman yang
sedang dialami oleh pelajar secocok dengan keadaan emosinya
pada ketika itu, pengalaman itu akan disimpan dalam ingatannya
dengan kukuh dan dapat ditimbulkan kembali dengan mudah untuk
dihubungkaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang lain. Oleh
itu guru boleh berjenaka atau menunjukkan sikap serius yang kena
dengan keadaan emosi pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran.

6. Belajar Dengan Cara Membuat

Cara belajar ini adalah dengan melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran. Contohnya dalam bilik darjah, disamping
mendengar apa yang disampaikan oleh guru, pelajar juga
melibatkan diri untuk berbincang dengan rakan sekelas, bertanya
kepada guru, menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
guru serta menjalankan aktiviti seperti ujikaji, membuat projek dan
sebagainya. Proses pembelajaran ini melibatkan aspek fizikal,
organ deria dan mental .

Belajar dengan cara ini dapat membantu mendalami
kefahaman pelajar terhadap perkara yang dipelajari iaitu akan lebih
menjamin terbentuknya pengamatan dan tanggapan yang betul
dan tepat untuk memastikan pelajar dapat melihat perkaitan antara
satu pembelajaran dengan yang lain.

Jenis Pembelajaran Gagne

Gagne (1977) mengemukakan 8 jenis pembelajaran dalam
bukunya “The Conditions Of Learning” berdasarkan tahap
kerumitan pembelajaran; bermula dari pembelajaran yang paling

258 Psikologi Pendidikan

mudah kepada pembelajaran yang kompleks, menurut hierarki
kemahiran kecerdasan.

1. Pembelajaran Isyarat

Pembelajaran isyarat merupakan pembelajaran paling mudah
kerana tidak banyak menggunakan akal fikiran. Ia merupakan
perubahan dan peningkatan tingkah laku yang terbentuk hasil
pengaruh kebiasaan atau rangsangan luar. Pada manusia, ia
dianggap pembelajaran yang mula-mula dialami semasa peringkat
bayi lagi. Isyarat memberi arahan kepada pelajar untuk memilih
gerak balas yang harus digunakan dalam sesuatu situasi.
Contohnya, pelajar akan berkelakuan baik apabila melihat guru
disiplin meronda dengan rotan ditangannya; kucing akan datang
bila membiasakan mengetuk pinggan bila hendak memberinya
makan.

Secara amnya, pembelajaran isyarat berkesan jika syarat-
sayarat tertentu dipatuhi seperti isyarat dan perbuatan/gerak balas
mestilah berlaku berhampiran jarak masanya dan isyarat tersebut
hendaklah diulangi supaya gerak balas yang sama dapat diulangi
hingga akhirnya menjadi suatu gerak balas yang automatik.
Ganjaran dapat membantu pembelajaran jenis ini.

2. Pembelajaran Rangsangan Gerak Balas (R-G)

Pembelajaran jenis iuga berlaku disebabkan oleh gerak balas
terhadap rangsangan luar. Ia melibatkan ciri-ciri cuba-jaya iaitu
adanya unsur-unsur percubaan yang membawa kepada kejayaan.
(dalam Ryburn dan Forge). Perbezaan antara pembelajaran R-G
dengan pembelajaran isyarat ialah pembelajaran R-G lebih aktif
dari pembelajaran isyarat. Pelajar perlu bertindak aktif dan
mendiskriminasikan rangsangan untuk mendapatkan hasil
pembelajarannya.

Konsep Pembelajaran 259

Peneguhan dalam bentuk ganjaran juga memainkan
peranan yang penting tetapi ganjaran yang diperolehi mestilah
hasil usahanya sendiri supaya terbentuknya kemahiran yang
dikehendaki.

3. Pembelajaran Melalui Rangkaian

Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa rangsangan yang
menghasilkan gerakbalas dalam suatu urutan. Contohnya, untuk
melihat objek yang jauh dengan menggunakan binokular, terdapat
satu siri gerak balas (rangkaian motor) berlaku apabila seseorang
memegang binokular di hadapan mata, menghala binokular itu ke
arah objek itu dan melaraskannya untuk memfokus dengan jelas.
Dalam penyelesaian matematik;

Cari 1/3 daripada 6 + (7 – 4) + 8 (4 = 2 )

Pelajar akan merancang menggunakan peraturan dan
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi untuk menyelesaikannya.
Siri gerak balas ini di sebut rangkaian. Proses ini berlaku secara
dalaman, tanpa menggunakan bahasa, tetapi ditafsirkan melalui
tingkah laku yang di pamerkan oleh seseorang.

4. Pertalian Berbahasa/Verbal

Pertalian berbahasa merupakan aktiviti pembelajaran yang mudah
seperti menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek
secara menyebutnya. Ia boleh juga merupakan aktiviti
pembelajaran yang kompleks seperti menghafal puisi, berhujah
atau melafazkan penaakulan menerangkan sesuatu langkah
penyelesaian Matematik. Selalunya pertalian berbahasa dan
rangkaian berlaku serentak.

5. Pembelajaran Diskriminasi

260 Psikologi Pendidikan

Pembelajaran diskriminasi melibatkan proses cuba-jaya dan celik
akal untuk memikirkan gerak balas yang paling berkesan untuk
menghasilkan pembelajaran. Contohnya, memilih cara-cara yang
sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas; memilih fakta dari kuliah
atau dari bahan bacaan.

Keberkesanan pembelajaran diskriminasi bergantung
kepada:

a) taraf kecerdasan
b) pengalaman.
Setelah pemilihan dibuat, gerak balas yang dipilih akan diulangi
hingga akhirnya terbentuk kemahiran.

6. Pembelajaran Konsep

Pembelajaran ini melibatkan pelajar membentuk dan
memperkembangkan pelbagai konsep, bermula dari yang mudah
dan konkrit hinggalah kepada konsep yang kompleks dan abstrak.
Pembelajaran konsep pada umumnya bermula dengan
pembentukan pengamatan. Ia adalah sama dengan belajar dengan
cara pengamatan dan tanggapan yang dinyatakan oleh Ryburn dan
Forge.

7. Pembelajaran Hukum

Pembelajaran hukum memerlukan pelajar membentuk pelbagai
andaian, membuat kesimpulan atau mengenal hukum atau
peraturan tertentu, melalui pemerhatian atau aktiviti yang sedang
di jalaninya. Pembelajaran ini memerlukan pelajar menggunakan
konsep yang telah diperolehi. Ia juga merupakan pembelajaran
yang kompleks kerana melibatkan pembelajaran rangkaian,
pertalian berbahasa, pembelajaran diskriminasi dan pembelajaran
konsep.

Konsep Pembelajaran 261

Contoh;

a) Konsep bulat dan konsep bergolek
b) Konsep keabadian (Isipadu, Jisim, Tenaga)
c) Formula-formula dalam matematik, fizik dan lain-

lain.
Pembelajaran hukum adalah sama dengan pembelajaran akademik
yang disebut oleh Ryburn dan Forge.

8. Penyelesaian Masalah

Mengikut Gagne, penyelesaian masalah merupakan pembelajaran
yang paling kompleks bagi manusia. Dalam menyelesaikan
masalah, seseorang perlu mengaplikasikan segala jenis
pembelajaran yang terdahulu dalam satu situasi yang baru.

Penyelesaian masalah yang lebih kompleks biasanya
berlaku di peringkat dewasa di mana mereka akan menggunakan
konsep kompleks dan abstrak untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Contohnya; menangani masalah ‘overbudget’ dalam
sesebuah keluarga dan masalah kegawatan ekonomi, sosial dan
sebagainya.

PRINSIP PEMBELAJARAN

Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang
pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan
pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran,
beberapa kesimpulan umum boleh dibuat. Ini dirujuk sebagai
prinsip pembelajaran yang memberi garis panduan tentang cara
pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

1. Pertalian. Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-
perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain.

262 Psikologi Pendidikan

Misalnya, perkara-perkara yang seiras, berpadanan dan
yang berlaku dalam jarak masa yang singkat.
2. Pengulangan. Perkara yang kerap diulang-ulang dapat
membantu proses pembelajaran.
3. Kepuasan. Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran
dan kepuasan akan mendorong pembelajaran dan perkara
yang dipelajari juga akan kekal dalam ingatan.
4. Pengalaman. Pembelajaran dan kefahaman akan lebih
mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri
sesuatu aktiviti.
5. Pelaziman. Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat
menghasilkan pembelajaran secara pelaziman.
6. Kesediaan. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika
seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan
tidak dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
7. Penyertaan. Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang
berkesan dan apa yang dipelajari dapat diingati dengan
lebih lama.
8. Peniruan. Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru
perbuatan orang lain
9. Minat. Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang
itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu.
10. Motivasi. Seseorang yang digerakkan (bermotivasi) untuk
belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih
berkesan. Motivasi boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik
(ganjaran luar) atau intrinsik (keinginan dalaman).
11. Peneguhan. Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan
pembelajaran dan menjamin pengekalannya. Peneguhan
positif seperti pujianlebih berkesan untuk menggalakkan
pembelajaran. Sebaliknya peneguhan negatif seperti denda
boleh digunakan untuk menghapuskan tingkah laku yang
tidak diingini.
12. Pemeringkatan pembelajaran. Isi pembelajaran hendaklah
disusun secara sistematik daripada yang mudah kepada
yang lebih kompleks, daripada konkrit (maujud) kepada

Konsep Pembelajaran 263

yang abstrak (mujarad), daripada umum kepada khusus dan
daripada fakta kepada penaakulan.
13. Kaedah pembelajaran. Kaedah pengajaran guru yang baik
dan kaedah pembelajaran pelajar yang sesuai dapat
menambahkan keberkesanan pembelajaran.
14. Maklum balas. Guru dan pelajar perlu mendapatkan
maklum balas berkaitan dengan proses dan kemajuan
dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ini
membolehkan guru menyesuaikan keadah pengajarannya,
sementara pelajar pula dapat memperbaiki
pembelajarannya.
15. Pengalaman seharian. Pelajaran yang disampaikan
hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman sehariann
pelajar. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan berguna
kepada pelajar menguasai sesuatu pembelajaran.

KESIMPULAN

Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak
kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi
bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau
kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti
dadah dan penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis
panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh
merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan
pengajarannya supaya lebih berkesan.

264 Psikologi Pendidikan

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.

Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.

Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York

Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.

Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.

Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.

Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.

Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).

Konsep Pembelajaran 265

Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental
Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to
Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River,
New Jersey : Prentice Hall.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:
Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of
America : Harcort Brace McGraw-Hill, Inc.
Medin, Douglas L. dan Ross,Brain H.(1997). “Cognitive
Psychology.” 2nd Ed.United
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.

11

TEORI PEMBELAJARAN

Ahmad Johari Sihes
Wan Noraini Wan Razab

PENGENALAN
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu,
termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori
pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada
aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan
prinsip-prinsip tertentu.

Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah
adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian.
Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan
seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar.
Apakah yang dimaksudkan dengan teori?

Pengertian teori

• Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori,
iaitu :

“ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk
menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-
kajian akan datang” .
• Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set

pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia
mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan

Teori Pembelajaran 267

pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga
mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi
membentuk satu pernyataan beru.

• Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai
andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu
yang berdokongkan kajian.

Maksud teori pembelajaran

Definisi : Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang
maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor
yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Fungsi-fungsi teori pembelajaran

1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.
- Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi
panduan kepada:
• apa yang harus dikaji
• pemboleh ubah yang terlibat
• teknik kajian
• cara menghuraikan hasil kajian.

2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-
hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas.

3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran,
bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.

268 Psikologi Pendidikan

Perbezaan teori dan hukum

Perbezaan antar kedua konsep ini boleh dilihat daripada perbezaan
ciri-ciri teori dan hukum.

Ciri-ciri teori
• Merupakan pendapat / andaian manusia.
• Tidak dibuat sewenang-wenangnya. Idea-idea diuji dan
dinilai kebenarannya.
• Sesuatu teori tidak semestinya kekal. Sekiranya mendapat
sokongan kajian – kukuh, sekiranya tidak – menjadi lemah,
dan ianya boleh berubah-ubah mengikut dapatan-dapatan
baru.
• Tidak boleh dianggap betul atau salah.

Ciri-ciri hukum
• Wujud secara semulajadi.
• Tetap, tidak berubah-ubah.
• Contoh : hukum sains seperti hukum graviti;
Hukum-hukum ciptaan Tuhan.

Teori Pembelajaran 269

Proses Perkembangan Teori

Pemerhatian-pemerhatian dan hipotesis-
hipotesis tentang tingkah laku

Kajian untuk menguji hipotesis

Kajian untuk Perkembangan Kajian untuk
menguji teori secara menguji

andaian baru beransur-ansur andaian baru

Disokong dan Kajian untuk menguji Tidak
tambahan teori disokong
andaian

Teori ditolak setelah
kajian gagal

menyokong secara
berterusan

Teori-teori pembelajaran mazhab kognitif mula
berkembang pada dekad 1900-an adalah disebabkan sebagai reaksi
terhadap kegagalan teori pembelajaran behaviorisme untuk
menjelaskan proses pembelajaran kompleks (yang melibatkan
pemikiran minda). Tokoh-tokoh kognitif membantah teori
pembelajaran ‘rangsangan-tindak balas’ yang disanjung oleh ahli-
ahli psikologi behaviorisme, iaitu proses pembelajaran bukan
semata-mata berdasarkan percubaan membabi buta dan peneguhan
tetapi lebih merupakan satu proses kognitif yang mempunyai motif

270 Psikologi Pendidikan

atau objektif tertentu untuk memahami, menginterpretasi dan
mengorganisasikan perkara-perkara dalam persekitarannya.

PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN

Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, mari kita
merenung bagaimana mazhab behaviorisme mendefinisikan frasa
tersebut.

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau
latihan.”

~ Williams &
Anandam (1973)
Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa
pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan
antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-
tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku
yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula
apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang
diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi
ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang
menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku.
Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang
mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu
dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku
tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari
melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang
utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum
ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Teori Pembelajaran 271

Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka,
yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson,
E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang
mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka
tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan
sumbangan mereka kepada 2 kategori : -
1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson
2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman
klasik dan diikutu dengan pelaziman operan.

Pelaziman Klasik

Prinsip kontiguiti / kedekatan ; iaitu, pembelajaran melalui
pertalian atau asosiasi. Ini membawa maksud, mana-mana dua atau
lebih kederiaan sering berlaku serentak, mereka akan
dihubungkaitkan. Apabila hanya satu daripada kederiaan ini
berlaku, kederiaan yang lain akan dikaitkan bersama. Sekiranya
kita mengaitkan pelaziman ini dengan jenis pembelajaran,
sebenarnya ianya serupa dengan pembelajaran isyarat (oleh
Gagne), yang telah dibincangkan di dalam modul sebelum ini.

Memberi fokus kepada pembelajaran atau gerak balas tidak
terkawal (‘involuntary’). Contoh : gerak balas emosi seperti takut;
dan gerak balas fizikal seperti degupan jantung dan pengeluaran
air liur.

Melalui pelaziman klasik, manusia dan haiwan boleh
dilatih untuk bertindak balas kepada rangsangan yang sebelumnya
tiada menyebabkan apa-apa gerak balas.

Keberkesanan pembelajaran melalui pelaziman klasik
bergantung kepada

i jarak masa antara rangsangan-rangsangan; dan
ii kekerapan didedahkan kepada rangsangan-rangsangan

yang hendak dilazimkan.

Bagi membincangkan pelaziman klasik ini dengan lebih terperinci,

272 Psikologi Pendidikan

perbincangan akan berfokuskan kepada eksperimen Ivan Pavlov
dan J.B. Watson.

Eksperimen Ivan Pavlov
Ivan Pavlov merupakan pencetus dan pengasas pelaziman klasik.
Satu eksperimen yang sangat popular yang telah beliau jalankan
ialah eksperimen beliau dengan seekor anjing. Suatu pembedahan
kecil dilakukan pada kilang air liur anjing untuk membolehkan air
liur anjing ini disukat Kemudiannya anjing tersebut ditambat pada
suatu alat yang digunakan untuk mengawal pergerakannya dan
menyukat kadar pengeluaran air liur, seperti rajah 5.1 di bawah.

Rajah 11.1 Eksperimen Ivan Pavlov yang menggunakan seekor
anjing yang ditambat pada sebuah alat khas.

Pavlov telah mendapati bahawa anjing akan mengeluarkan air liur
apabila melihat makanan. Mengeluarkan air liur pada keadaan ini
dianggap sebagai gerak balas yang tidak dipelajari, dan Pavlov
menamakan gerak balas ini sebagai gerak balas tidak terlazim /
automatik.

Kajian dilakukan untuk melihat sama ada anjing boleh
mengeluarkan air liur pada rangsangan yang neutral. Kemungkinan
ini telah diuji dan dibuktikan melalui pelaziman klasik. Berikut
adalah langkah-langkah yang telah dilakukan.

Teori Pembelajaran 273

PERINGKAT PEMBELAJARAN ANJING
Sebelum pelaziman berlaku

Bunyi Loceng Tiada air liur
(ransangan terlazim) (tiada gerak balas)

Makanan Keluar air liur
(ransangan tak terlazim) (gerak balas tak terlazim)

Semasa pelaziman berlaku

Bunyi Loceng Keluar air liur
(ransangan terlazim) (gerak balas tak

Makanan terlazim)
(ransangan tak terlazim)

Selepas pelaziman berlaku

Bunyi Loceng Keluar air liur
(ransangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)

Eksperimen Watson

J.B. Watson adalah seorang ahli Psikologi yang kuat berpegang
kepada fahaman behaviorisme. Beliau telah menjalankan sebuah
eksperimen dengan seorang bayi sembilan bulan bernama Albert
dan seekor tikus putih yang jinak. Watson ingin melihat sama ada
Albert boleh diajar melalui pelaziman supaya takut pada tikus

274 Psikologi Pendidikan

tersebut. Sebelum eksperimen itu dijalankan, Watson telah
mendapati Albert tidak takut pada tikus putih itu, malah ingin
mendekati tikus itu apabila diunjukkan tikus tersebut; dan Albert
juga telah didapati takut pada bunyi dentuman yang kuat.

PERINGKAT PEMBELAJARAN ALBERT
Sebelum pelaziman berlaku

Tikus putih Tidak takut
(ransangan terlazim) (tiada gerak balas yang difokus)

Bunyi dentuman kuat Takut
(ransangan tak terlazim) (gerak balas tak terlazim)

Semasa pelaziman berlaku

Tikus putih Takut
(ransangan terlazim) (gerak balas tak

Bunyi dentuman kuat terlazim)
(ransangan tak terlazim)

Selepas pelaziman berlaku

Tikus putih Takut
(ransangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)

Prinsip-prinsip dalam pelaziman klasik

1) Generalisasi
Gerak balas terlazim (seperti takut pada tikus putih) boleh berlaku
terhadap rangsangan-rangsangan lain yang menyerupai rangsangan
terlazim. Contohnya, bayi Albert telah menunjukkan gerak balas
terlazim (takut) pada rangsangan-rangsangan lain yang menyerupai

Teori Pembelajaran 275

tikus putih (rangsangan terlazim), seperti arnab putih, gumpalan
kapas, dan malah janggut Santa Claus.

2) Diskriminasi
Keupayaan untuk membezakan antara rangsangan terlazim dengan
lain-lain rangsangan yang ha,pir serupa dengannya.

3) Peluputan
Berhenti menunjukkan gerak balas terlazim : contohnya, anjing
dalam eksperimen Pavlov berhenti daripada mengeluarkan air liur
pada bunyi loceng. Ini berlaku disebabkan anjing tadi telah
didedahkan kepada rangsangan terlazim (contoh: bunyi loceng)
tanpa rangsangan tidak terlazim (contoh: makanan) buat beberapa
ketika, menyebabkan perkaitan antara bunyi loceng dengan
makanan tadi terurai.

Pelaziman Operan.
• Tokoh-tokoh terkemuka bagi pelaziman operan ialah :

1) E.L. Thorndike; dan
2) B.F. Skinner
• Fokus kepada pembelajaran yang mana tingkah laku terkawal
(‘volantary’) diperteguhkan atau dilemahkan oleh kesan
tingkah laku tersebut.
• Perbincangan pelaziman operan ini akan berasaskan
eksperimen Thorndike dan Skinner.

Eksperimen Thorndike
Dalam eksperimen ini, Thorndike telah mengurung seekor kucing
lapar di dalam sebuah sangkar yang direka khas seperti di dalam
rajah .1.2

276 Psikologi Pendidikan

Rajah 11.2 Sangkar khas digunakan dalam eksperimen
Thorndike ke atas seekor kucing.
Di luar sangkar ini terdapat semangkuk makanan, dan untuk
membolehkan kucing tersebut keluar, ia perlu menekan tuil yang
terdapat di dalam sangkar tersebut untuk membuka pintu sangkar.
Pertama kali kucing dimasukkan ke dalam sangkar, ia
kelihatan mundar mandir dan mencakar-cakar sangkar, lalu
terpijak tuil. Apabila pintu tersebut terbuka, kucing itu keluar dan
makan makanan di luar sangkar itu. Perkara yang serupa berlaku
pada percubaan-percubaan memasukkan kucing ke dalam sangkar
itu. Akan tetapi, semakin lama, semakin cepat kucing tersebut
berjaya membuka pintu sangkar. Thorndike membuat kesimpulan
bahawa kucing tersebut telah belajar membuka pintu sangkar
dengan menghubungkaitkan perkara-perkara yang berlaku.
Terbukanya pintu dan mendapat makanan dikatakan
memperkuatkan pertaliannya dengan penekanan tuil. Maka
terbukanya pintu dan makanan ini dinamakan peneguhan.
Daripada pelbagai eksperimen yang serupa, Thorndike telah
menyarankan bahawa pembelajaran dikawal oleh hukum-hukum
tertentu, yang digelar hukum pembelajaran; iaitu :

Teori Pembelajaran 277

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika
terdapat latihan (contoh: pengulangan meletakkan kucing di dalam
sangkar.)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
jika terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu
gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari aspek fizikal,
mental, emosi ataupun sosial.

Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti
oleh sesuatu yang tidak menyenangkan (hukuman).

HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan
untuk menerimanya secara psikologi.

Eksperimen Skinner

B.F. Skinner banyak menggunakan burung merpati dan tikus
dengan aparatus / alat kajian yang dinamakan ‘kotak
Skinner’dalam eksperimen-eksperimen beliau. Di bawah ini (rajah
5.3) adalah salah satu contoh eksperimen Skinner. Seekor tikus
lapar dikurung di dalam ‘kotak Skinner’. Kotak ini direka khas
yang mana sekiranya tuil ditekan, makanan akan keluar dan jatuh
ke dalam mangkuk khas, dan seterusnya tikus tadi akan dapat
memakannya.

278 Psikologi Pendidikan

Rajah 11.3 Eksperimen Skinner ke atas tikus.
Sebagaimana kucing dalam eksperimen Thorndike, tikus di dalam
eksperimen Skinner ini pada peringkat awalnya telah menekan tuil
secara tidak sengaja. Akhirnya, diperhatikan, tikus ini menekan
tuil tersebut dengan lebih kerap apabila habis sahaja makanannya
dimakan. Makanan di sini merupakan peneguhan kepada gerak
balas menekan tuil.
Beliau banyak memberi fokus kepada aspek kesan (serupa dengan
hukum kesan Thorndike) : iaitu peneguhan dan hukuman.
PENEGUHAN
• Skinner lebih mementingkan konsep peneguhan berbanding

hukuman.
• Maksud peneguhan : apabila gerak balas operan diikuti oleh

sesuatu peneguhan, maka kebarangkalian gerak balas itu akan

Teori Pembelajaran 279

dilakukan lagi akan meningkat.
• 2 jenis peneguhan :

1. Peneguhan positif serupa dengan ganjaran. Gerak balas akan
ditingkatkan untuk mendapatkan ganjaran.
Contoh – Seorang pelajar dipuji oleh gurunya kerana
menulis dengan kemas dan cantik. Pujian ini
menyebabkan pelajar ini lebih bersungguh-
sungguh untuk menulis dengan kemas dan cantik.

2.Peneguhan negatif :Gerak balas ditingkatkan untuk
mengelakkan diri daripada sesuatu perkara yang tidak
disenangi.

Contoh – Ali sering dibuli Mamat. Ini membuatkan Ali akan
sering mengelakkan diri daripada bertemu dengan
Mamat. Gerak balas mengelakkan diri daripada
Mamat ditingkatkan.

HUKUMAN

• Akan melemahkan kekerapan gerak balas.
• Dua jenis hukuman :

1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas –
menyebabkan gerak balas tadi akan dihentikan / diturunkan
kekerapan.
Contoh: Mencuri – dirotan.

2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu
gerak balas yang tidak disenangi.
Contoh: Membuat bising – tidak boleh keluar rehat.

• Walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau
tidak begitu bersetuju dengan kaedah hukuman dalam
pembelajaran.

280 Psikologi Pendidikan

Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi
seperti berikut:

“Pembelajaran adalah satu proses aktif dimana
pelajar membina idea baru atau konsep-konsep
yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa
mereka.”
Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran
merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan
perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan
cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu
pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih-tubi dan
peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara
skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga
melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan
perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti
hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak
akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang.
Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge
dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses
mental (kognitif) yang berlaku dalam akal fikiran, dimana tidak
dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks
melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif yang
menyeluruh.

TEORI PEMBELAJARAN GESTALT

Teori pembelajaran Gestalt dipelopori oleh ahli-ahli psikologi
Gestalt negara Jerman, antara pakar-pakar yang terkenal ialah M.
Wertheimer (1880-1943), K. Koffka (1886-1941) dan W. Kohler
(1887-1967). Mengikut teori Gestalt (bermaksud bentuk, pola atau
tatarajah), manusia cenderung membentuk urutan atau makna
untuk suatu persepsi yang tidak berorganisasi dan ini dikenali
sebagai Hukum Pragnanz.

Teori Pembelajaran 281

Antara prinsip-prinsip Hukum Pragnanz, ahli psikologi
Gestalt mempertengahkan prinsip ‘penutupan’ (closure) dalam
menjelaskan persepsi pembelajaran. Seseorang yang ditunjukkan
satu siri titik seperti .... atau : : akan mendefinisikannya sebagai
‘garis’ dan ‘sisiempat’ tetapi bukan titik-titik yang berasingan.
Dengan erti kata lain, manusia mempunyai struktur kognitif dan
otaknya akan menyusun dan membina hubungan sempurna untuk
maklumat dalam ingatannya semasa mempelajari sesuatu.

Kajian Klasik Gestalt

Antara tahun 1913 hingga 1917, Kohler telah menjalankan satu siri
eksperimen untuk mengkaji kelakuan chimpanzee untuk
mengaplikasikan pemikiran celik akal dalam menyelesaikan
masalah. Daripada keputusan yang diperoleh, beliau membantah
teori pembelajaran “cuba-salah” (trial and error) yang
dicadangkan oleh ahli behavioris – Thorndike lalu membina teori
pembelajaran kognitif yang pertama, iaitu teori pembelajaran
Gestalt.

Eksperimen Kohler dimulakan daripada soalan yang
senang dahulu, diikuti dengan tahap kerumitan yang bertambah.
Reka bentuk eksperimen sebegini adalah untuk membolehkan
beliau memerhati pada bahagian manakah masalah yang dihadapi
oleh chimpanzee, lalu menganalisa faktor yang menyebabkan
keadaan tersebut berlaku.

Dalam eksperimen penyelesaian masalah kotak (seperti
yang ditunjukkan dalam gambarajah 2a di mukasurat seterunya),
Kohler meletakkan chimpanzee dalam sebuah sangkar yang
mempunyai kotak kayu, dimana pisang digantung pada bahagian
atas sangkar tersebut. Keadaan yang mudah memerlukan
chimpanzee menggunakan hanya satu kotak untuk mendapatkan
pisang, manakala keadaan yang rumit pula memerlukan
penggunaan beberapa kotak untuk mencapai makanan.

282 Psikologi Pendidikan

Eksperimen Penyelesaian Masalah Kotak
Untuk eksperimen penyelesaian masalah batang kayu
(merujuk gambarajah 2b) pula, makanan diletakkan di luar sangkar
dengan menyediakan batang kayu sebagai alat untuk mencapainya.
Soalan yang mudah hanya melibatkan penggunaan satu batang
kayu untuk mendapatkan makanan, sementara yang lebih
mencabar memerlukan chimpanzee menggabungkan kedua-dua
batang kayu yang diberikan.

Teori Pembelajaran 283

Eksperimen Penyelesaian Masalah Batang Kayu

Daripada keputusan kedua-dua eksperimen yang diperoleh,
Kohler mendapati bahawa chimpanzee tidak menunjukkan
kelakuan “cuba-salah” selepas gagal mencapai makanan bagi
beberapa kali yang pertama. Sebaliknya, binatang tersebut akan
memerhatikan situasi masalah yang dihadapinya secara teliti dan
menyeluruh sebelum mengambil tindakan seterusnya. Selepas
beberapa ketika, ia kelihatan seolah-olah mendapat ‘ilham’ untuk
terus menyelesaikan masalah dengan betul tanpa sebarang
percubaan dan keraguan.

Prinsip Asas Teori Pembelajaran Gestalt

Teori pembelajaran Gestalt menyatakan bahawa subjek akan
mengorganisasikan persepsi lalu membina kesempurnaan minda
secara sendiri. Prinsip asasnya terdiri daripada tiga:

284 Psikologi Pendidikan

Pembelajaran Direalisasikan Melalui Proses Celik Akal

Ahli psikologi Gestalt berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan satu proses dimana subjek aktif menggunakan
pemahaman dan pemikirannya untuk mentafsir masalah yang
dikemukakan, bukan disebabkan percubaan atau kelakuan yang
membabi buta. Walaupun celik akal biasanya hanya berlaku
selepas berkali-kali kegagalan mencuba, akan tetapi proses
pembelajaran bukan sepertimana yang dicadangkan oleh
Thorndike – “cuba-salah”, malah subjek akan melakukan
pemikiran dan penaakulan hipotesis dalam minda sebelum
bertindak balas terhadap dunia luar.

Mengenai sifat celik akal dalam proses pembelajaran,
Koffka (1928) menyatakan bahawa: “Daripada pencapaian yang
ditunjukkan oleh chimpanzee, kita dapat memperhatikan kelakuan
baru bukan sekadar bertindak secara kebetulan. Sebaliknya, kami
berpendapat bahawa binatang tersebut mesti dapat memahami dan
mentafsir situasi yang dikemukakan terlebih dahulu, sebelum dapat
memberi penyelesaian masalah yang subjektif.”

Wertheimer dalam bukunya ‘Creativity Mind’ juga
menekankan bahawa: “Penyelesaian masalah dengan
menggunakan pemikiran celik akal dapat dicapai sekiranya kita
memerhatikan keadaan yang dialami secara bebas dan penuh
perhatian, sementara mencari hubungkaitan antara keadaan dan
perkara pokoknya daripada pandangan yang menyeluruh.”

Dalam proses penyelesaian masalah, binatang seakan-akan
membentuk ‘hipotesis’ lalu mengujikannya. Pengalaman
sebelumnya yang berkaitan memainkan peranan penting untuk
mengabaikan hipotesis yang tidak sesuai dan seterusnya
mendorong kepada pembentukan hipotesis baru. Dengan itu, dapat
dirumuskan bahawa pengubahsuaian dan pembentukan skema
minda baru mesti berasaskan celik akal, iaitu satu pemahaman
mengenai hubungkaitan antara matlamat dan strategi untuk
mencapai matlamat tersebut. Teori pembelajaran Gestalt cuba
memberi penjelasan terhadap proses pembelajaran yang berlaku
atas binatang dan lebih-lebih lagi untuk yang berlaku ke atas

Teori Pembelajaran 285

manusia.

Pembentukan Gestalt Minda Menghasilkan Pembelajaran

Perkataan ‘Gestalt’ dalam bahasa Jerman didefinisikan sebagai
‘bentuk’ ataupun ‘tatarajah’. Menurut Koffka, sekiranya setiap
bahagian dalam satu pengalaman bertindih dengan bahagian yang
lain, sementara ciri-ciri satu bahagian berasaskan hubungkaitan
antara satu sama lain, maka fenomena ini dikenali sebagai Gestalt.

Ahli-ahli psikologi Gestalt mencadang bahawa pemahaman
terhadap hubungkaitan situasi-masalah akan membentuk satu
bentuk tatarajah untuk menyelesaikan masalah dalam proses
pembelajaran. Tatarajah (Gestalt) tersebut membolehkan individu
mengalami proses mengorganisasi yang berterusan, melengkapkan
kekurangan atau ketidaksempurnaan bagi menghasilkan Gestalt
satu demi satu.

Secara amnya, teori pembelajaran Gestalt membantah
pendekatan strukturalisme Wundt. Keadaan sedar manusia
(consciousness) yang hanya dikaji dari sudut pengalaman sensasi
sahaja, tidak akan membawa apa-apa makna yang relevan kepada
manusia. Sebaliknya, pengalaman persepsi manusia ialah sesuatu
yang menyeluruh iaitu sebuah Gestalt. Sekiranya persepsi-persepsi
kompleks yang dialami oleh manusia dipecah-pecahkan kepada
beberapa elemen-elemen yang ringkas, gabungan maksud elemen
tersebut tidak akan sama seperti makna keseluruhan entiti Gestalt.

Sebagai contoh dalam eksperimen chimpanzee, pencapaian
makanan bukan satu percubaan yang tidak bermatlamat.
Sebaliknya binatang tersebut akan mengenal pasti apa yang hendak
dicapai sebelum menggunakan kotak atau batang kayu untuk
mendapatkkannya. Ini bermakna, binatang mesti memahami
hubungkaitan antara matlamat (makanan) – alat dan strategi (kotak
atau batang kayu) sebelum dapat bertindak balas untuk
menghasilkan kelakuan. Ringkasnya, kelakuan hanya berlaku
selepas chimpanzee berjaya membentuk tatarajah sempurna antara
makanan dan alat pencapaian melalui sudut penglihatannya.

286 Psikologi Pendidikan

Minda Sedar Diperlukan Sebagai Media dalam Hubungan
Rangsangan-Tindak Balas

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa proses
pembelajaran dihasilkan melalui hubungan antara rangsangan
(stimulus) dan tindak balas (response) terhadapnya, iaitu hubungan
S-R langsung. Justeru, kelakuan dibentuk secara pasif oleh faktor
persekitaran yang bertindak. Ahli-ahli Gestalt menolak pandangan
tersebut kerana tidak mengambil kira aspek kognitif individu yang
melibatkan pemikiran minda. Ahli psikologi Gestalt berpendapat
bahawa tindak balas yang disebabkan oleh rangsangan berlaku
secara tidak langsung kerana ia melibatkan proses persepsi minda
dalam menentukan apa tindakan yang akan diambil.

Menurut penjelasan Koffka, individu akan membentuk
tafsiran dan persepsi kendiri (BE) terhadap rangsangan daripada
dunia luaran (G) sebelum menghasilkan tindak balas atau kelakuan
sebenar (RB) ke atasnya. Akan tetapi, RB tidak dapat ditunjukkan
sepenuhnya kerana terbatas oleh BE yang menahan sebahagian
daripadanya untuk dimanipulasikan dalam kelakuan dalam minda
(PHB). Dengan erti kata lain, BE, RB dan PHB berlaku dalam diri
manusia atau binatang (RO) dan tidak bertindak balas langsung
terhadap alam persekitarannya.

RO dipengaruhi secara langsung oleh G, sementara RO
juga mempengaruhi G melalui tindakan RB. Pengaruh RB
terhadap G akan menghasilkan dua perubahan, iaitu perubahan BE
dan fenomena kendiri. Umpamanya dalam kes chimpanzee, kita
dapat melihat pengaruh RB ke atas G. “Kelakuan chimpanzee
makan pisang akan menyebabkan BE berubah (pisang sudah tiada)
sementara ia juga mendapat kepuasan daripada kelakuannya
(fenomena kendiri).”

Jadi, kita dapat memperlihatkan penjelasan teori Gestalt
terhadap hubungan antara rangsangan-tindak balas (atau
persekitaran) adalah berbeza daripada pandangan Behaviorisme.
Mengikut perspektif Gestalt, hubungan rangsangan-tindak balas
adalah tidak langsung dan memerlukan minda sedar sebagai media

Teori Pembelajaran 287

perantaraan (iaitu hubungan S-O-R), manakala pemahaman
Behaviorisme pula mengatakan hubungan rangsangan-tindak balas
adalah berlaku secara langsung (dikenali sebagai hubungan S-R
yang ringkas).

Pemikiran Produktif

Pemikiran produktif diperkenalkan oleh Wertheimer dalam
bukunya Productive Thinking (1945) untuk mengkaji sifat
semulajadi penyelesaian masalah serta teknik pemikiran.

Beliau membandingkan perbezaan antara memori hafalan
dengan penyelesaian masalah berdasarkan prinsip Gestalt. Pelajar
yang mengingat fakta atau prinsip secara hafalan tanpa
memahaminya akan menghasilkan pembelajaran yang terhad,
mudah lupa dan hanya dapat diaplikasikannya dalam situasi
tertentu sahaja. Mengikut prinsip Gestalt pula, pembelajaran
berasaskan pemahaman sifat semulajadi masalah senang
digeneralisasikan dan dapat diingat untuk jangka masa panjang.

Beliau juga membantah dua jenis pendekatan pengajaran
tradisional kerana dipercayai akan membantutkan perkembangan
pemahaman individu. Yang pertama ialah pengajaran yang
menekankan penggunaan logik. Kedua-dua logik deduktif dan
induktif telah diterima umum dan menjadi hukum yang mesti
dipatuhi bagi mencapai kesimpulan atau penyelesaian masalah.
Sungguhpun penggunaan logik menggariskan jalan untuk
menyelesaikan masalah tertentu, Wertheimer mengatakan kaedah
ini tidak dapat mempertingkatkan keupayaan menyelesaikan
masalah.

Mengikut beliau, pelbagai aspek pelajar (termasuk emosi,
sikap, persepsi dan intelek) perlu diambil kira dalam memahami
situasi masalah. Individu harus membebaskan diri daripada batasan
pemikiran logik dengan menyusun dan mengatur semula
komponen masalah secara kognitif sehingga mencapai pemahaman
keseluruhan terhadap suatu masalah (proses celik akal).

Batasan yang kedua ialah strategi pengajaran yang
berdasarkan indoktrinasi asiosiasi. Pendekatan tersebut

288 Psikologi Pendidikan

menekankan pembelajaran pelaziman S-R melalui latih tubi,
hafalan dan peneguhan luaran. Walaupun strategi ini dapat
menghasilkan pembelajaran pada tahap tertentu, akan tetapi ia
tidak dapat diaplikasikan untuk pembelajaran aras tinggi yang
berteraskan pemikiran kognitif.

Untuk membandingbeza antara memori hafalan dengan
pemahaman melalui celik akal, Wertheimer menjalankan
eksperimen pengajaran luas segiempat selari. Biasanya, guru akan
memulakan pengajaran dengan memberi rumus luas segiempat
tepat (luas = panjang x lebar) kepada para pelajar. Kemudian,
konsep segiempat selari diperkenalkan dimana guru akan
mendemonstrasikan bagaimana untuk membentukkannya kepada
segiempat tepat seperti yang ditunjukkan di bawah. Apabila
segiempat tepat dibentuk, luas bentuk geometri tersebut dapat
dicari dengan menggunakan rumus dasar x tinggi tegak.

Wertheimer mendapati bahawa melalui kaedah pengajaran
tersebut, pelajar dapat mencari luas segiempat selari yang
ditunjukkan dalam bentuk standard, tetapi kekeliruan akan
tertimbul jika gambarajah ditunjukkan dalam bentuk yang tidak
standard (seperti di bawah) ataupun diminta mencari luas bentuk
geometri selain daripada segiempat selari.

Teori Pembelajaran 289

Dalam eksperimennya, sesetengah pelajar dapat memahami
prinsip yang melandaskan rumus luas bentuk geometri. Mereka
mendapati bahawa segiempat tepat dapat dibahagikan kepada baris
dan lajur segiempat sama dimana apabila didarab, akan memberi
jumlah segiempat sama dalam segiempat tepat tersebut, iaitu
luasnya.
Contoh:

3 3 x 6 = 18

6

Pelajar yang mengetahui bahawa dengan memanipulasikan
segiempat tepat kepada bentuk konfigurasi yang tersusun
membolehkan jumlah segiempat sama yang terkandung dalamnya
mudah dikira. Celik akal yang diperoleh dapat membantu pelajar
memahami sifat semulajadi masalah dimana tugas mereka adalah
untuk menyusun semula bentuk geometri yang diberi kepada luas
yang dilambang oleh segiempat tepat. Untuk menghasilkan
pembelajaran, seseorang pelajar perlu memperlihatkan struktur
asas masalah. Guru boleh berperanan sebagai pembimbing dalam
proses pengajaran, tetapi pembelajaran hanya akan berlaku dalam
diri pelajar.

Kesan Memori (Memory Trace)

K. Koffka (1963 [1935]) mengatakan bahawa pembelajaran
berhasil daripada aktiviti minda terhadap rangsangan luaran yang
dikenali sebagai proses memori (memory process). Apabila proses
memori berakhir, kesan daripada pengalaman yang diproses akan

290 Psikologi Pendidikan

kekal dalam ingatan individu. Kesan memori tersebut akan
mempengaruhi proses lebih kurang sama yang berlaku pada masa
akan datang.

Menurut Koffka (1963 [1935]), kesan memori akan
“mempengaruhi proses memori dalam arah yang menjadikannya
menghampiri proses yang mula-mula membentuk kesan tersebut”.
Semakin kuat kesan memori, pengaruhnya terhadap proses
semakin bertambah. Jadi, pengalaman sedar seseorang lebih
cenderung mengikut kesan memori daripada proses memori.
Pandangan ini mencadangkan kaedah yang digunakan untuk
menyelesaikan suatu masalah akan disimpan dalam minda. Apabila
individu menemui situasi masalah yang serupa pada masa akan
datang, proses untuk ‘berkomunikasi’ dengan kesan situasi
masalah yang sebelumnya akan berlaku. Kesan tersebut akan
mempengaruhi proses memori yang serupa secara berterusan dan
menjadikan masalah tertentu semakin senang untuk diselesaikan.
Dengan erti kata lain, penambahbaikan teknik penyelesaian
masalah merupakan hasil interaksi kesan memori dengan proses
memori.

Hubungkait Kesan Individu (Individual Trace) dengan Sistem
Kesan (Trace System)

Pembelajaran spesifik seperti belajar menaip huruf A, B, C,
D.....hanya merupakan sebahagian atau komponen daripada
perlakuan menaip keseluruhan. Pelbagai kesan memori yang
dihasilkan daripada pengalaman spesifik dan serupa akan
membentuk satu gabungan atau Gestalt minda. Saling
hubungkaitan tersebut akan mempengaruhi persepsi dan
pembelajaran seterusnya. Menurut Koffka, jaringan hubungkaitan
kesan individu tersebut akan membentuk sistem kesan.

Sepanjang proses perkembangan, pendedahan terhadap
pengalaman serupa akan membentuk sistem kesan terhadap
pelbagai konsep seperti kerusi, pensil, lelaki dan sebagainya.
Sebaik sahaja membentuk sistem kesan daripada kesemua
pengalaman sebelumnya, ia akan menghasilkan kesan yang

Teori Pembelajaran 291

berpengaruh terhadap mana-mana pengalaman individu yang baru
diperoleh. Sebagai contoh, apabila kita melihat seekor gajah
individu, proses minda terhadap binatang tersebut akan diaktifkan
untuk menggerakkan sistem kesan yang merangkumi semua
pengalaman yang berkaitan dengan gajah. Jadi, memori kita akan
ingat kembali konsep dan ciri-ciri umum gajah yang tersimpan
dalam sistem kesan dan tidak hanya tertumpu pada gajah individu
yang dilihat.

Seperti persepsi dan pembelajaran, ahli-ahli Gestalt
mencadangkan memori juga mematuhi hukum Pragnanz. Memori
cenderung membentuk kesempurnaan yang bermakna, walaupun
pengalaman sebenarnya tidak. Justeru, pengalaman tidak tersusun
akan diingat dalam bentuk tersusun, manakala objek unik akan
diingat dalam bentuk yang umum (contohnya objek yang
menyerupai kucing akan diingat sebagai kucing).

Penilaian Teori Pembelajaran Gestalt

Sebagai teori pembelajaran mazhab kognitif yang pertama, sistem
penjelasan dan lokus kajian teori Gestalt sememangnya tidak
selengkap teori pembelajaran yang dicadangkan oleh mazhab
strukturalisme dan behaviourisme. Akan tetapi, penekanan fungsi
organisasi minda dan memperlihatkan proses pembelajaran sebagai
proses pembentukan tatarajah sempurna yang aktif menyediakan
landasan perkembangan untuk pengkaji-pengkaji kognitif yang
seterusnya. Aspek kognitif seperti pemerhatian, celik akal dan
pemahaman yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran
juga dipentingkan.

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Jerome Bruner merupakan tokoh psikologi pendidikan Amerika
yang mempelopori pembelajaran penemuan (discovery learning).

292 Psikologi Pendidikan

Beliau membantah pengajaran mengikut prosedur yang
menekankan aspek peneguhan. Pada pendapatnya, tunjuk ajar
langkah demi langkah hanya akan mengakibatkan minda pelajar
terkongkong dalam perihal menghafal, pengetahuan yang
diperoleh juga tidak dapat dipindah untuk diaplikasikan dalam
situasi masalah yang berbeza.

Teori Pembelajaran Kognitif Bruner

Pada Bruner, proses pembelajaran bermatlamat untuk
membolehkan pelajar mencari dan membentuk kaedah
mempelajari yang tersendiri, menukarkan struktur asas suatu
subjek yang dipelajari kepada struktur kognitif dalam minda
pelajar. Oleh yang demikian, teori pembelajaran kognitif yang
dipelopori oleh Bruner adalah berasaskan pendekatan penemuan
dan pembentukan konsep.

Bruner (1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep
melalui proses pengkategorisasi. ‘Konsep’ yang diertikan merujuk
kepada pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai suatu
tanggapan, gagasan atau idea. Menurut beliau, dengan
mengkategorikan perkara-perkara atau benda-benda yang
mempunyai ciri-ciri yang sama dalam beberapa kelompok, maka
kita dapat menjadikan pelajaran dengan lebih bersistematik, teratur
dan mudah difahami. Sebagai contoh, haiwan yang pelbagai jenis
dapat diklasifikasi mengikut ciri-ciri khusus (seperti kelompok
yang bertulang belakang dan yang tidak bertulang belakang) untuk
memudahkan pelajar-pelajar mengamati, mengenal pasti,
memahami serta mengingatkannya.

Pembentukan Struktur Kognitif Berlaku Secara Aktif

Mengikut Bruner, ilmu pengetahuan tidak diterima secara pasif
daripada pengajaran guru. Sebaliknya, pelajar bukan sahaja
memainkan peranan aktif dalam proses perolehan ilmu sementara
dapat menggabungkan apa yang dipelajari dengan struktur kognitif


Click to View FlipBook Version