Penyelesaian Masalah 193
1 Cara mendaki gunung (Hill Climbing)
2 Subgoal (memecahkan masalah kepada bahagian kecil)
3 Means-end analysis
4 Working –backward strategies (kembali ke belakang)
5 Analogical thinking (Pemikiran analogi)
6 Verbalisation (berbahasa lisan)
Hill Climbing
Hill Climbing adalah cara mendaki gunung dalam proses kita
menyelesaikan masalah yang berkaitan. Dalam proses
menyelesaikan masalah kita menggunakan teknik Hill
Climbing iaitu proses kita bergerak berterusan dan
berhampiran kepada matlamat akhir.Pada setiap langkah, kita
menilai sejauh mana pencapaian kita dan berapa jauh masih
perlu diteruskan dan apakah sebenarnya langkah selanjutnya.
Contohnya, sekiranya kita menghadapi masalah dalam
menyelesaikan soalan yang berbentuk aneka pilihan,di mana
kita menyingkir dahulu jawapan yang membawa kita hampir
kepada jawapan yang betul atau “jawapan distraktor”. Dengan
cara ini kita akan bergerak berterusan atau continous untuk
menyelesaikan masalah.
Subgoal
Subgoal bermaksud kita memecahkan masalah itu kepada
bahagian-bahagian kecil supaya lebih mudah diuruskan.
Dengan erti kata lain, masalah yang besar itu dilihat secara
keseluruhan dan dipecah-pecahkan ke bahagian kecil. Dengan
menyelesaikan satu masalah kecil adalah lebih mudah dan
senang daripada menyelesaikan secara keseluruhannya.
Contohnya seperti masalah disiplin pelajar di sekolah, guru
disiplin memecahkan masalah pelajar kepada beberapa
bahagian kecil atau subgoal untuk menyelesaikan masalah
yang besar iaitu dengan menghantar pelajar tersebut guru
kaunseling sekolah, guru Pendidikan Agama dan barulah
merujuk kepada guru disiplinnya dalam menyelesaikan
masalah.
194 Psikologi Pendidikan
Contoh kedua menurut Greeno (1974) ialah seperti
masalah Hobbit dan Ores di mana tugas kita menghantar
mereka menyerbangi sungai. Kekangan atau halangan untuk
menghantar mereka menyerbangi sungai ialah bilangan Ores
tidak boleh melebihi Hobbit dan setiap kali hanya boleh
membawa dua mahkluk untuk menyerbangi sungai. Untuk
menyelesaikan masalah ini cara subgoal diaplikasikan dengan
memecahkan bilangan Ores kepada bilangan kecil dan
sekaligus dapat menyelesaikan masalah ini dengan secara
berperingkat-peringkat.
Means –end analysis
Means-end analysis adalah merupakan kombinasi cara
mendaki gunung dan subgoal. Ia juga bermaksud penyelesaian
masalah iaitu bergerak berperingkat demi peringkat bertujuan
memilih langkah yang sesuai bagi mencapai matlamat. Means-
end analysis digunakan dalam kehidupan seharian manusia.
Contohnya, mengenalpasti perbezaan antara keadaan semasa
dan keinginan untuk bertindak dan melaksanakan dan
diaplikasikan untuk mengurangkan perbezaan di antara satu
sama lain.Dua cara ini dipanggil “mengurangkan perbezaan
atau distance reducation”. Cara ini boleh diilustrasikan dalam
masalah algebra. Masalah dalam penyelesaian algebra seperti
ax-b= x (Margaret Matlin,pg. 379) Melalui kaedah Means-end
analysis ia merupakan kombinasi cara hill climbing dan
subgoal.
Cara analisis ini bergerak dengan cermat dengan
menggunakan subgoal iaitu dari satu langkah kepada satu
langkah yang lain. Sementara Hill Climbing, ia sentiasa
berterusan menghala ke hadapan sahaja. Contohnya, semasa
mencari jalan yang betul apabila kita berhadapan dengan
kesesakan jalan raya disebabkan kemalangan dan sebagainya.
Tambahan pula kita mempunyai kemahiran dengan jalan
tersebut dan akhirnya menyebabkan kita tersesat di tengah
kota raya. Kesesakan itu mendorong kita melalui jalan sukar
dan tersesat.
Penyelesaian Masalah 195
Untuk menyelesaikan masalahnya, kita menggunakan
kaedah means-end analysis iaitu bergerak dengan cermat
secara subgoal iaitu membahagikan masalah yang besar itu
kepada yang kecil dari satu jalan kepada jalan yang lain.
Kemudian kita menggunakan teknik Hill Climbing iaitu
sentiasa menghala kehadapan dan di samping itu mencar
alternatif yang sesuai. Pada setiap pergerakan kita perlu
menilai sejauh mana pencapaian, berapa jauh masih diperlukan
dan apakah sebenarnya langkah selanjutnya sehingga kita
matlamat akhir dan tidak lagi sesat di tengah kota raya.
(Anderson, 1993)
Masalah lain seperti tugasan yang diberikan pensyarah
dalam subjek kognitif. Means-end analysis yang dijalankan
pada peringkat awal ialah memilih topik, kemudian kenali pasti
lokasi , baca buku, diikuti mengorganisasikan bacaan dan
seterusnya menulis di kertas dan akhirnya dibuat penyemakan
sebelum dihantar. Jelaslah, diperingkat awal kenal pasti
masalah, kemudian mengenali masalah pertama dan cuba
mengurangkan perbezaan di antara masalah sebenar (tiada
tajuk) dan masalah yang perlu diselesaikan setelah
difikirkan.(Hayes and Simon, 1977)
Working backword strategies
Bekerja kebelakangan ini bermaksud strartegi dengan
pencarian penyelesaian bermula pada matlamatnya dan
kemudian bergerak ke belakang menghala pada sesuatu
pemberian. Banyak digunakan dalam bidang akedamik seperti
penyelesaian tugasan yang diberikan oleh pensyarah seperti
tugasan matematik atau statistik. Working-backwors strategies
kerap kali digunakan untuk menetapkan waktu atau tarikh
penghantaran sesuatu tugasan.
Contohnya, “Saya perlu menghantar tugasan ini dalam
masa tiga minggu, dan tugasan ini seharusnya berada di
dalam email/pos pada 28 haribulan, dan saya perlu
menyiapkan draf pertama pada 11 haribulan ini…”(Copi,1961)
196 Psikologi Pendidikan
Ini bermaksud matlamat telah ditetapkan dan strategi
disusun dengan bergerak ke belakang untuk menyelesaikan
masalah. Menurut Newell and Simon (1972), menyatakan
dalam program simulasi komputer dipanggil “Logik Teori”, di
mana rekabentuk menunjukkan bukti sebagai logic
simbolik.Adalah penting “Logik Teori” bermula dengan
theorem (prinsip), dan langkah akhirnya menjadi bukti
logic.Kajian yang dilakukan akan meneruskan backword
strategies sebagai kebenaran dan mengandaikan lain theorem.
Newell dan Simon membantu mengurangkan masalah dan
pemerhatian kerapkali bermula dengan penamatan dan bekerja
kebelakangan sebagai strategi penyelesaian masalah.
Program Logik Teori berjaya meniru penyelesaian
manusia, ada kalanya gagal untuk mengurangkan kebenaran
masalah. Bila manusia diserang masalah, bekerja kebelakang
membantu, dan walau bagaimanapun, bekerja kebelakang
biasanya digunakan sebagai strategi bila matlamat sebenar
adalah mudah dan jelas (clear and cut), tetapi matlamat asli
(orginal state) adalah samar-samar dan bertabur dengan banyak
perbezaan. Contohnya, kajian bekerja kebelakang sesuatu yang
ideal pada banyak bahagian tetapi hanya satu bahagian sahaja
untuk mencapai satu matlamat.
Contoh lain ialah permainan ‘ permainan min’
pemenang ialah orang akhir yang mengambil duit siling, maka
strategi perlu diatur supaya anda dapat menjadi orang yang
terakhir mengambil kesemua duit siling itu.
“ Strategi bekerja kebelakang ini bermula
dengan satu matlamat dan bergerak ke-
belakang untuk menyelesaikan masalah “ (Copi,
1961)
Pemikiran Analogi
Menurut Copi 1961, analogi thinking ialah had untuk mencari
penyelesaian dalam sesuatu keadaan yang sama dengan
keadaan tersebut. Mencari persamaan apabila berhadapan
dengan sesuatu masalah adalah sesuatu yang biasa dalam
Penyelesaian Masalah 197
kehidupan kita. Contohnya, apabila seorang Jurutera mencipta
submarin yang pertama, jurutera itu mencari persamaan
dengan situasi penciptaannya itu iaitu:
a. Bagaimana kapal perang laut dapat mengesan submarin
yang berada di laut.
b. Bagaimana bats/ kelawar dapat terbang dalam kegelapan
disinari hanya dengan cahaya sonar.
Bagaimana kapal terbang, kapal laut dan kapal-kapal
yang lain dapat bergerak hanya dengan menggunakan cahaya
sonar. Dengan membuat persamaan ini secara analogical baru
penciptaan Submarin dapat diteruskan dan memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan. (Anita E. Woolfolk,1995)
Verbalisation
Meletakkan pelan penyelesaian masalah dalam bentuk
perkataan dan memberikan alasan untuk tujuan pemilihan
akan membantu kejayaan penyelesaian masalah (Cooper &
Sweller 1987). Kita akan mendapati keberkesanan proses
Verbalisation/lisan/pertuturan apabila mencari penyelesaian
sesuatu masalah. Dengan tidak disangka-sangka masalah
menimpa diri kita dan penerangan kepada seseorangan alasan-
alasan yang kita mahukan. Gagne dan Smith (1962),
mendapati bahawa pelajar remaja yang bijak berkomunikasi
secara verbal atau lisan lebih berjaya menyelesaikan masalah
berbanding dengan pelajar yang tidak tahu berkomunikasi. Ini
dapat dilihat contohnya di dalam pembentangan, pelajar yang
cekap menggunakan verbalization lebih yakin mengolah isi-isi
dan nampak menarik berbanding dengan pelajar yang tidak
cekap berkomunikasi akan menghadapi masalah.
Faktor-faktor yang Menghalang Penyelesaian Masalah
Ketetapan Fungsi (Funtional Fixedness)
Menurut Margaret Matlin, 1982 ( 239), merujuk kepada
198 Psikologi Pendidikan
kepada kecenderungan mentafsirkan sesuatu benda berdasarkan
kegunaan lazimnya. Misalnya buku dianggap digunakan untuk
membaca daripada digunakan sebagai penahan pintu. Dunker
(1945) telah membuat ujian dengan meletakkan 3 batang lilin,
mancis dan paku. Setiap paku diletakkan ke dalam sebuah
kotak. Matlamatnya adalah untuk meletakkan lilin di dinding
tanpa terdapat kesan lilin di lantai. Penyelesaiannya ialah
mengosongkan kotak paku tekan, dengan menggunakan satu
paku tekan dan meletakkan kotak ke dinding dan
menggunakan kotak itu sebagai satu plaform untuk
mendirikan lilin. Kebanyakan orang yang terlibat dalam
ekperimen itu tidak dapat menyelesaikan masalah itu kerana
andaian bahawa kegunaan kotak adalah sebahagian pengisian
dan bukan sebahagian daripada penyelesaian. Sebenarnya
kotak itu akan dipakukan untuk meletakan lilin dan sebagai
penabungan titisan lilin. Apabila diulang kebanyakan iaitu
lebih daripada 80% yang menjalankan ujian tidak berjaya.
Dunker menyimpulkan bahawa mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah kerana faktor perpesi kerana penetapan
fungsi. Mereka tidak dapat melihat fungsi kotak paku tekan
itu yang boleh digunakan sebagai satu platform. Mereka hanya
dapat melihat yang kelihatan sahaja. Mereka gagal dalam
ujian celik akal kerana mereka tidak dapat melihat bagaimana
elemen-elemen berasingan ini dapat membentuk satu struktur
yang menyeluruh.
Penyelesaian Masalah 199
Contoh lain, dalam ketetapan fungsi ialah ujikaji
mencantumkan tali yang dijalankan oleh Maier 1993.
Kebanyakan subjek gagal mencantumkan tali tersebut kerana
ketetapan fungsi. Ini bermaksud manusia berkecenderungan
mentafsir sesuatu benda berdasarkan kepada kegunaan
lazim.Contohnya subjek diberi peluang untuk mencantumkan
tali yang bergantungan di siling bilik, subjek juga diberi
peluang untuk mencantumkan tali yang bergantungan di siling
bilik, subjek juga diberi satu penukul besai. Subjek tidak
dibenarkan berjalan menyentuh tali yang bergantungan tetapi
boleh mengambil penukul untuk digunakan sebagai ikhtiar
mencantumkan tali tersebut. Subjek mengatakan bahawa tali
itu sangat jauh untuk dicantumkan kepada satu satu lagi.
Kegagalan subjek melakukan ini kerana ketetapan fungsi
bahawa penukul besi hanya mengetuk paku tanpa disedari
fungsi barang itu lebih banyak seperti menghayunkan tali
untuk dicantumkan. Mereka gagal dalam ujian celik akal
kerana faktor persepsi dan ketetapan fungsi. Lihat gambar di
bawah. (Anita E. Woolfolk,1995)
200 Psikologi Pendidikan
Mengatasi Ketetapan Fungsi /Overcoming Functional
Fixedness
Set mental
Untuk halangan yang seterusnya ialah ujikaji yang dijalankan
oleh Abhraham Luchings (1946). 3 buah jar/jug air yang
berlainan isipadunya yang disediakan. Subjek diminta
menyukat air seperti yang ditetapkan. Memandangkan ujian 1-
5 adalah sama iaitu menuang air ke jar A dari jar B dan
menuang 2 kali ke jar C maka akan mendapat isipadu yang
dikehendaki. Subjek pertama hingga kelima menggunakan
kaedah yang sama iaitu menuanmg air dari jar A ke jar C dan
dua kali ke jar C. Sehingga subjek yang ke enam juga telah
membuat cara yang sama. Ini menunjukkan subjek telah ada
set mental untuk menyelesaikan masalah ini tanpa memikirkan
Penyelesaian Masalah 201
kaedah yang paling mudah iaitu hanya menolak air dari jar
A ke jar C. Disebabkan set mental, subjek telah menjadikan
masalah itu lebih rumit dan kompleks. Seperti dalam
menyelesaikan maalah konfigurasi 9 titik di amna subjek
diminta dengan menggunakan 4 garis lurus tanpa mengangkat
tangan untuk menyambungkan kesemua titik. Di sebabkan
persepsi/tanggapan, subjek sentiasa membuat semua titik itu
dan tidak mengambilkira bahagian luar. Sebenarnya untuk
menyelesaikan masalah ini hanya boleh diselesaikan jika
beberapa garisan itu dilanjutkan melewati rajah segiempat
sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambarajah 9 di bawah.
ABHRAHAM LUCHINS (1946) SET MENTAL
202 Psikologi Pendidikan
`
Tajuk :Mengatasi Set mental/Overcoming Mental Set
Pengetahuan Pakar dalam Penyelesaian Masalah
Penyelesaian Masalah 203
Kajian dibuat secara teliti tentang prestasi penyelesaian
masalah di kalangan pakar menunjukkan pengetahuan
memainkan peranan penting dalam proses penyelesaian
maslah. Di samping memiliki pengetahuan khusus, di atur cara
paling berkesan dalam ingatan jangka panjang bagi
memudahkan ingatan kembali (Greeno dan Simon , 1980)
Penemuan kajian masa kini semakin jelas menunjukkan
semua tugas penyelesaian masalah dibuat berasaskan
pengetahuan. Sebarang tindakan dalam keadaan masalah dan
pengetahuan calon penyelesaian berpotensi. Bagi memahami
peranan pengetahuan dalam penyelesaian masalah, perhatikan
bagaimana peguam mengemukakan hujah di mahkamah, muitu
pergerakan pemain (jaguh master) dalam pertandingan catur
atau bagaimana pengatur cara komputer menulis alogritma.
Golongan professional tersebut tidak menggunakan strategi
cara matlamat atau analogi bagi menyelesaikan masalah
domain masing-masing. Peguam, pemain jaguh dan pengatur
cara komputer adalah pakar yang domain masing-masing,
dalam erti kata lain, mereka telah beberapa tahun mengamal
kemahiran khusus. Secara umum pengetahuan pakar sesuatu
domain boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-
i. Pengetahuan pernyataan
ii. Pengetahuan prosedural
Pengetahuan Pernyataan ialah pengetahuan fakta yang
mudah diperkatakan. melalui pengetahuan orang dapat
mendefinisikan konsep yang diketahuinya, menghuraikan
peristiwa tipikal dan membentuk gambaran mental.
Pengetahuan Prosedural ialah pengetahuan tentang
bagaimana melaksanakan sesuatu kemahiran kognitif,
misalnya kemahiran perangkaan, bahasa dan penyelesaian
masalah. pengetahuan prosedural lebih sukar dihuraikan
berbanding pengetahuan pernyataan pengetahuan
prosedural biaanya diwakili melalui peraturan pengeluaran
204 Psikologi Pendidikan
mengandungi keadaan dan tindakan.
Dalam huraian tentang kebolehan orang menyelesaikan
masalah matematik, Mayer, Larkin dan Kadane (1984),
mengenalpasti empat jenis pengetahuan, masing-masing
memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah matematik.
Terdapat pengetahuan linguistik dan faktual yang diperlukan
bagi menterjemahkan dan mewakili masalah.
i. Terdapat pengetahuan sekema yang diperlukan bagi
memahami masalah.
ii. Terdapat pengetahuan yang diperlukan bagi memahami
masalah.
iii. Terdapat pengetahuan algoritma atau kesimpulan yang
diperlukan bagi melaksanakan masalah.
Meningkatkan Keupayaan dalam Penyelesaian Masalah
Terdapat beberapa jenis pemikiran yang boleh digunakan di
dalam penyelesaian masalah iaitu seperti:
1 Pemikiran Kreatif
2 Pemikiran Divergen
3 Pemikiran Logik
4 Pemikiran Kritis
5 Pemikiran Konvergen
1 Pemikiran Kreatif
Kreativiti merujuk kepada keupayaan untuk memproses
maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Beberapa criteria yang dikaitkan dengan kepemikiran kreatif
antaranya idea yang banyak, kemudahlenturan, keaslian,
penghuraian. Menurut Wallas, G dalam bukunya, The Art of
Thought, terdapat empat fasa dalam pemikiran kreatif, iatu
penyediaan, pemeraman, inspirasi dan pengesahan.
Di kalangan ahli psikologi, kreativiti adalah kualiti tret
Penyelesaian Masalah 205
personality seseorang individu. Tetapi ada setengah ahli
psikologi mencadangkan bahawa kreativiti bukanlah lahir dari
tret personality tetapi dari skil atau proses yang melahirkan
keluaran kreativiti. Contohnya, pelukis, pengatur cara komputer
atau kepakaran penyelesaian masalah. Howard Gadner (1993)
mendapati bahawa individu yang kreatif ialah individu yang
biasa menyelesaikan masalah, imaginative, rasionaliti,
mengaplikasikan idea dan menggunakan pendekatan yang asli.
Individu yang kreatif mempunyai kebolehan seperti menyusun
semula masalah dan melihat dari sudut pandangan baru.
Menurut Halpen (1984), mentakrifkan pemikiran kreatif
sebagai kebolehan membina kombinasi idea-idea bagi
memenuhi keperluan. Dengan kata lain, pemikiran kreatif
menghasilkan kreativiti. Pemikiran kreatif melibatkan
kebolehan berkaitan kefasihan, kelenturan dan keaslian.
2 Pemikiran Divergen
Pemikiran divergen tidak menumpukan pada satu jawapan
yang betul. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara
logik, boleh diterima. Seseorang individu yang melibatkan diri
dalam pemikiran divergen akan menonjolkan idea-idea yang
asli. Dalam proses penyelesaian masalah, individu
mengembangkan kemahiran berfikir yang pelbagai seperti
pemikiran strategik, kritikal, analitikal, kreatif induktif dan
deduktif serta saintifik. Pemikiran divergen menyediakan
pelbagai jawapan yang unik. Mereka menggunakan unsur
intuisi atau celik akal supaya masalah dapat diselesaikan
dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. (Torreace
1972)
Contohnya, “Apakah kegunaan-kegunaan batu batan?’
Jawapan seperti “untuk membina bangunan-bangunan lain
dan rumah” akan diberikan markah rendah. Jawapan-jawapan
seperti “untuk dijadikan penyokong papan bagi meletakkan
buku, sebagai alat senjata bagi negeri yang beriklim sejuk,
boleh dipanaskan untuk menyederhanakan keadaan bilik” akan
206 Psikologi Pendidikan
diberikan markah yang tinggi. Seseorang yang mendapat skor
markah tinggi dalam pemikiran divergen merupakan pemikiran
kreatif.
3 Pemikiran Logik
Ia mempunyai kaitan ilmu sains penaakulan. Ilmu logik
membantu kita melahirkan pemikiran yang jelas dalam
penulisan ataupun pertuturan. Logik adalah proses menaakul
yang membawa kepada keputusan seperti idea fakta atau
keputusan.
Pemikiran logikal bermaksud individu harus berfikir
secara logik dan rasional sebelum melaksanakan sesuatu
tindakan. Berfikiran logikal juga mempunyai maksud yang
berbeza di kalangan individu kerana kepelbagaian individu
mentafsirkan logikal tersebut adalah berbeza. Pemikiran logik
sesuai kepada mereka yang berpandangan bahawa perkara itu
adalah rasional untuknya tetapi tidak ada pada setengah
individu yang lain. Dalam proses penyelesaian masalah
pemikiran logikal berfungsi sebagai satu cara untuk
memudahkan individu mentafsirkan permasalahan tersebut
menurut kaca maatnya sendiri dan menjadikan masalah itu
semakin mudah untuk diuruskan.
4 Pemikiran Kritis
Didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan
proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta
mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti
mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis
menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan
berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum
membuat kesimpulan.
Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran
secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman,
dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorong individu
menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis
Penyelesaian Masalah 207
tidak hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro)
tetapi mempunyai sikap tertentu. Pemikiran kritis mendorong
individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malah
dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang
pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu
dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan
pernyataan yang dikemukaan oleh pihak tertentu. (Anita
E.Woolfolk, 1995)
Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong
seseorang individu menguji kebenaran sesuatu perkara atau
masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.
Misalnya, dalam mata pelajaran Sains, murid-murid digalakkan
menjalankan eksperimen menguji kebenaran satu-satu
kenyataan sains.
Komponen di dalam pemikiran kritis ialah seperti :
1 Memberi pendapat atau mempertahankan idea
2 Menguji hipotesis, menolak atau menerima pandangan
3 Mengadili
4 Mentafsirkan atau menilai kebaikan dan keburukan
5 Menyokong pendapat atau menentukan kesahan
6 Memastikan sumber atau menentukan kebolehpercayaan
7 Membuat Inferens atau membandingkan dan
membezakan
8 Mengkategorikan
9 Menghubungkaitkan
10 Mengesan fakta dan andaian
Sewajarnya memahami pemikiran kritis membantu kita untuk
menghadapi penyelesaian masalah supaya kita dapat
menghadapi pelbagai masalah yang mendatang dengan baik
dan bererti. Pada masa sama kita mungkin dapat menamankan
semangat ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah.
208 Psikologi Pendidikan
5 Pemikiran Konvergen
Dalam proses penyelesaian masalah, pemikiran konvergen
boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang
berlaku pada individu. Pemikiran Konvergen bermaksud ini
menumpukan pada satu jawapan yang betul. Kesimpulan ini
telah ditentukan, iaitu satu-satu jawapan yang paling baik
boleh dikenalpasti. Dalam pemikiran konvergen, seseorang
individu mengaplikasikan pengetahuannya dan peraturan-
peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari
satu jawapan yang paling sesuai. Misalnya, sesebuah bangunan
baru mula retak selepas enam bulan digunakan. Jurutera
terbabit perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan
pengetahuan dan pengalamannya, jurutera perlu berusaha
mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan.
Tentang keretakan tembok bangunan itu. Jadi jurutera
itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen. Pemikiran
konvergen sebenarnya boleh membantu pelajar menyelesaikan
masalah dalam mata pelajaran matematik dan fizik dengan
menggunakan hukum-hukum dan rumus-rumus (formula-formula
untuk menyelesaikan masalah).
KESIMPULAN
Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian asalah
dapatlah dibuat beberapa kesimpulan penting berkaitan tajuk
yang diperbincangkan. Sebagai seorang guru sewajarnya kita
mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian ini kepada
pelajar sekolah supaya menggalakkan mereka menggunakan
kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep,
penilaian dan penyelesaian masalah.Langkah yang paling asas
dan penting bagi membolehkan seseorang itu menyelesaikan
masalah yang dihadapi ialah dengan mempunyai banyak
pengalaman yang berbentuk konsep dan prinsip tentang
Penyelesaian Masalah 209
pelbagai hal. Pelajar sepatutnya digalakkan menyatakan
pendapat mereka dan pendapat itu perlu dihargai demi
menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir
semaksima yang mungkin. Kita juga boleh merumuskan
bahawa kemahiran berfikir semaksima mungkin. Kita juga
boleh rumuskan bahawa kemahiran berfikir ialah kecekapan
menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang
yang mempunyai berfikir sanggup dan cekap menyusun
maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat
penyelesaian atau keputusan atau keputusan yang tepat untuk
tindakan terarah dan wajar.
Dalam konteks meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang ideal dan berpaksi kepada reality dan
bersifat kontemporari maka sifat pengamal pendidikan perlulah
dalam erti kata professional yang sebenarnya dengan
mengemaskini ilmu pengetahuan terkini, menekan aspek
kesungguhan menghadapi sesuatu cabaran dan bertindak
cemerlang menyelesaikan demi kepentingan sejagat.
RUJUKAN
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley
& Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
210 Psikologi Pendidikan
Oxford : Oxford Press
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York
Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition).
New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th Ed.)” United States
America : Brace.
Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology:
1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in the
Efficiency of Word Recognition, USA: American
Psychological Association Inc.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka
Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986)
Psychology. New Jersey: Prentice-Hall, Inc
Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth
Group Dependent and field independent cognitive style
and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective
Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Penyelesaian Masalah 211
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.
9
PEMIKIRAN KRITIKAL
Shahrin Hashim
PENGENALAN
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir
setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa
saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak
pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci,
mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai
pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan
pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis
pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah
sebelum membuat keputusan.
Konsep Pemikiran
Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir,
otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan
luar yang diterima melalui deria membentuk konsep , membuat
taksiran dan tindakbalas berdasarkan pengalaman yang sedia ada
dalam ingatan. Terdapat banyak teori dan definisi pemikiran yang
telah dibicarakan oleh ahli-ahli psikologi, terutamanya sejak kurun
ke-20. Teori nan definisi mereka adalah dihuraikan secara ringkas
seperti berikut:
Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti
mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan
Pemikiran Kritikal 213
sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai
kemahiran berfikir. Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan
otak manusia menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis
dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Bayer (1991)
memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap input
deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk
menaakul, mengadaptasi dan mengasimilasinya dengan tujuan
membentuk atau mencari sesuatu makna. Wiilian W.Wilen (1994)
pula mentakrifkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas,
sama ada secara sedar atau tidak sedar, terhadap rangsangan luar
yang diterima melalui deria. Di dalam proses dalamam ini, data
baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan
klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada
dalam ingatan.
Definisi Pemikiran Kritis
Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat
daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran
kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains
pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan
pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan
di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan
dengan pemikiran kritis?
Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir
secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan
daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis
melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.
Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah
pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan
tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir
secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka
berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan
214 Psikologi Pendidikan
pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa
pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara
universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara
mendalam.
Sintesis Pemikiran Kritis
Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah
disatukan pemahaman tentang pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir
yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself) (Eugene
dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan
beberapa elemen teras iaitu;
a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira
risiko dan kesan
Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking
oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu
isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan
pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain.
Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih
bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan
kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran
orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah
atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita
fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya ,
menurut Nik Aziz (1994) pemikir yang tidak kritis dikawal oleh
emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka
cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak
secara terburu-buru dan mengemukakan jawapan yang simplisistik
kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang kritis selalunya
akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal.
Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk
pemikian yang sebaris dengan “modes of thinking” yang lain
Pemikiran Kritikal 215
seperti: otak kanan
(Pemikiran kreatif)
a) Pemikiran saintifik
b) Pemikiran matematikal
c) Pemikiran historical
d) Pemikiran ekonomikal
e) Pemikiran moral
f) Pemikiran kefalsafahan
otak kiri
(pemikiran kritis)
Fungsi Fungsi
Kemahiran Kawal
nombor tangan
kiri
Rajah 1 Fungsi otak kiri dan otak kanan
Horizon Pemikiran Kritis
Pada asasnya, pemikiran logic dan kritis merupakan entiti yang
sama dan seringkali kita keliru dalam memahami kedua-dua istilah
pemikiran ini; seolah-olah kedua-duanya membawa pengertian
yang sama. Logik dan pemikiran kritis merupakan sains teoritis.
Hubungan logik dan kreatif digambarkan dalam rajah 1. Asas
kepada pemikiran kritis adalah logik atau mantik. Dengan kata lain
pemikiran kritis berkadar terus dengan logik. Untuk menguasai
pemikiran kritis, seseorang itu perlu tahu atau menguasai logic. Ini
tidak dapat dielakkan. Logik boleh dipecahkan kepada beberapa
kategori yang lain seperti logik matematik,logic sains,logic sejarah
dan sebagainya. Ia merupakan satu system berfikir induktif dan
216 Psikologi Pendidikan
deduktif dalam memperoleh pengetahuan. Manakala pemikiran
kritis kritis pula adalah satu metodologi atau system pemikiran
yang sistematik, secara universal dan secara radikal (Jaafar,1995).
Bermakna dalam semua hal yang memerlukan pemikiran kritis.
Asas logic mestilah diutamakan. Logik akan menentukan sama ada
sesuatu yang kita fikirkan itu benar dari segi logiknya tidak.
Menurut Mohd Michael(1996) kedua-dua pemikiran ini
merujuk kepada bidang sains yang membuat pengkajian tentang
prinsip dan kaedah pemikiran. Kritis merupakan usaha yang dibuat
ke arah menerapkan penggunaannya dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, ia juga dilabelkan sebagai ‘logik informal’. Adakah
ia dikenali sebagai ‘logik alam’
LOGIK
KRITIS
Rajah 9.1 Horizon Pemikiran Logik dan Kritis
Komponen Dalam Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis boleh dibahagikan kepada dua komponen yang
utama, iaitu analisis idea dan penilaian idea seperti yang
ditunjukkan dalam rajah
Pemikiran Kritikal 217
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS
KEMAHIRAN MENGANALISIS KEMAHIRAN MENILAI
SECARA SECARA KRITIS
KRITIS
Menganalisis Idea Menilai Maklumat
- membanding dan - menentukan
membezakan kebolehpercayaan
- mengkelaskan sumber
- meneliti perhubungan
bahagian-bahagian Menilai Inferens
- membuat urutan - menerangkan sebab
- membuat ramalan
Menganalisis Hujah - membuat generalisasi
- menaakul melalui
- mencari sebab dan analogi
ksimpulan - membuat penaakulan
bersyarat
- mengusul periksa andaian
Som dan Mohd Dahalan (1999) membahagikan pemikiran kritis
kepada dua kategori, iaitu;
Pemikiran Kritis Rendah
Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif
(kemahiran mikro)yang sederhana. Dengan memnggunakan
kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula
maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada.
Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan
kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan
antaranya seperti:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) menerangkan sebab
218 Psikologi Pendidikan
Pemikiran Kritis Tinggi
Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran
mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran
ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah
dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan
(reasoning). Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan
sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik
dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan
pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari
segi logik, dan antaranya seperti;
a) membuat ramalan
b) mengusul periksa andaian
c) membuat inferens
d) mengesahkan sumber maklumat
e) membuat generalisasi dan
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan
Kemahiran Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi,
terarah dan bersistem. Apa jua yang dicerap oleh pancaindera-
maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses
saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan
memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak dan objektif
kita.
Mengkategori
Alam ini kaya dengan pelbagai khazanah yang berbentuk fizikal
dan bukan fizikal, Tuhan menjadikan alam ini penuh dengan
maklumat dan kerahsiaan yang tersendiri. Secara semula jadi alam
ini amat sukar difahami jika ia tidak diberikan kategori yang
Pemikiran Kritikal 219
tersendiri. Misalnya kategori manusia, kategori binatang buas,
kategori budak pintar. Kategori dilakukan oleh akal fikiran
manusia. Ia memudahkan sesuatu maklumat itu disimpan dan
disusun. Sesuatu maklumat itu difahami dan disimpani mengikut
kategori tertentu. Kereta, lori, bas, kapal terbang, kapal laut
dikategorikan di bawah satu kategori, iaitu KENDERAAN. Dalam
kenderaan ini pula banyak sub-subkategori yang lain seperti
kenderaan darat, air dan udara.
Menyusun Atur
Menyusun atur agenda penting otak kritis. Susunan membolehkan
kita mengenal pasti mana yang lebih penting dan yang kurang
penting; mana yang lebih mahal dan kurang mahal; lebih tinggi
dan rendah dan sebagainya. Maklumat yang masuk ke dalam otak
akan disusun mengikut kepentingannya kepada diri kita. Jika
maklumat yang berjuta-juta ini tidak disusun secara sistematik
sudah tentu maklumat akan menjadi kucar-kacir dan sukar sekali
untuk kita mengeluarkannya kembali.
Membanding/ Membeza
Pemikiran kritis dapat membuat perbandingan dan perbezaan
sesuatu benda, perkara dan periatiwa dengan cemerlang. Ia bukan
sahaja dapat membezakan antara dua item seperti lelaki dan
perempuan, malah dapat membezakan lebih daripada itu seperti
perbezaan iklim, mata wang, masyarakat dan lain-lain. Ada ketika,
membanding dan membeza ini suatu kerja yang rumit dan perlukan
ketelitian. Jika membandingkan dan membeza terhadap dua benda
yang kontras amat mudah seperti ayam dan itik. Tetapi ia akan
menjadi sukar untuk membezakan suatu barangan yang asli dan
tiruan. Ia memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi.
Mengenal pasti Idea Utama
Mengenal pasti idea utama biasanya terdapat dalam teks bertulis.
220 Psikologi Pendidikan
Dalam sesuatu teks yang kita baca tidak semua perkataan dan ayat-
ayat yang ditulis merupakan isi-isi utama. Dalam sesuatu teks
rencana yang panjangnya 360 patah perkataan misalnya, hanya
mengandungi sekitar lima hingga lapan isi utama sahaja.
Sedangkan yang lain itu hanyalah ayat-ayat sokongan sahaja.
Menentukan Sebab / Bukti / Akibat
Menentukan sesuatu sebab, akibat dan bukti bukan suatu kerja
yang mudah. Namun dengan menggunakan pendekatan berfikir
kritis, iaitu menerusi kaedah induktif dan deduktif kita akhirnya
akan menarik suatu sebab, akibat dan bukti sesuatu peristiwa itu.
Mengapa remaja sering terlibat dengan gejala sosial? Apakah
akibat daripada kegiatan lumba haram? Apakah bukti perlunya
reformasi pemerintahan di Indonesia? Justeru, untuk mengetahui
sebab dan akibat bagi kedua-dua persoalan tersebut, kajian ilmiah
yang digarap menerusi kaedah deduktif dan induktif boleh
dijalankan.
Menilai
Pemikiran kritis boleh membuat penilaian berdasarkan skema
peribadi atau skema yang telah dipersetujui umum. Misalnya
sebelum membeli sehelai baju kemeja kita sebagai pengguna akan
menilai secara peribadi berasaskan pengalaman dan pengetahuan
kita tentang kualiti material dan harga baju berkenaan. Jika pada
penilaian kita, ia berpatutan dan kualiti yang terjamin serta kita
berkemampuan untuk membelinya maka kita akan membuat
keputusan bijak untuk membelinya.
Menjelas
Menjelas bermaksud menerangkan sesuatu perkara yang telah
diketahui. Sesuatu maklumat yang sukar boleh diperjelaskan
dengan mudah dengan pendekatan dan kaedah yang tertentu.
Misalnya persoalan ”Dilema Melayu” karya Mahathir Mohamad
Pemikiran Kritikal 221
dapat diperjelaskan dengan mudah dan berasaskan fakta, bukti dan
contoh yang terkini dan relevan.
Membezakan fakta dengan Pendapat
Fakta ialah perkara, peristiwa atau sesuatu item yang telah berlaku
dan ia bersifat benar, misalnya Pilihanraya di Malaysia akan
diadakan setiap lima tahun sekali. Manakala pendapat adalah
sesuatu yang kita fikirkan sebagai benar tentang sesuatu perkara,
peristiwa atau item, contohnya Malaysia boleh menjadi negara
maju pada tahun 2020. Pendapat mesti bermula daripada fakta atau
maklumat.
Menterjemah (Mentafsir) idea / fakta / maklumat
Maklumat yang kita peroleh daripada persekitaran diproses dan
kemudian diterjemahkan oleh persepsi. Pengalaman, pengetahuan,
minat, kecenderungan dan sikap akan menentukan cara kita
menterjemahkan sesuatu maklumat. Setiap orang yang menerima
maklumat yang sama ada kalanya mentafsirnya secara berbeza-
beza.
Mengecam Falasi- Hujah
Falasi adalah kesilapan logik. Ia berlaku secara lisan atau tulisan.
Mengecam falasi sesuatu hujah perlukan kemahiran kritis yang
tinggi. Ia boleh berlaku secara lisan atau tulisan. Dalam tulisan
falasi berlaku sangat ketara, Cuma jarang kita sedari.
Menaakul
Menaakul (membuat pertimbangan) adalah rutin pemikiran kritis,
malah ia asas berfikir secara kritis-logik. Menaakul berpandukan
kepada maklumat yang ada pada kita. Menaakul mengambil masa
dan ia melibatkan kebanyakan daripada pemikiran kritis
mikroseperti mengecam falasi, membanding, membuat kesimpulan
222 Psikologi Pendidikan
dan sebagainya.
Membuat dan Mengenal Pasti Andaian
Membuat dan mengenal pasti andaian tidak boleh dilakukan secara
sebarangan. Asas-asas andaian hendaklah terlebih dahulu
dibuktikan dengan kekuatan hujah empirical. Dalam situasi biasa,
andaian dibuat berdasarkan emosi dan kecenderungan peribadi.
Asasnya perasaan dan emosi. Hal ini sudah tentu akan
menyebabkan andaian yang dibuat mengandungi prejudis dan
tidak relevan. Untuk mengelakkan keadaan ini, kita mestilah
mengemukakan pelbagai bukti, contoh serta fakta-fakta yang
berkaitan yang boleh mengesahkan bahawa andaian yang dibuat
itu sangat berasas. Jika kita perhatikan kerja-kerja yang dijalankan
oleh pemikiran kritis ini, keseluruhannya ia dilakukan oleh otak
kiri. Otak kiri mempunyai kelebihan dari segi daya tumpu,
konsitensi dan bersistem (berperaturan).
Skop Bidang Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis merupakan satu disiplin ilmu yang telah
mengalami proses penyebatian(infusion) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pem ikiran kritis telah digabungjalinkan bersama-
sama dengan pemikiran kreatif dalam menanggapi mata pelajaran
teras dan asas. Ia telah diperkenalkan oleh Robert J.Swartz dan
Sandra Parks se awal tahun 1980-an. Pada masa ini, banyak
kurikulum telah diubahsuai dengan menggunakan pendekatan
pemikiran penyebatian ini. Namun begitu dalam konteks
pendidikan tinggi, pemikiran kritis masih dikekalkan dalam bentuk
asal, iaitu berkenaan dengan rajah 9.1.
Pemikiran Kritikal 223
Konsep Analisis
Sumber
Maklumat
Bahasa dan PEMIKIRAN Menyoal
makna KRITIS
Hujah
Rajah 9.2 Skop dan Bidang Pemikiran Kritis
Penghujahan secara Induktif mahupun Deduktif
Menurut Richard dan Malcolm (1992) berhujah merupakan satu
kemestian dalam kehidupan. Hal ini menurutnya, apabila
berlakunya proses interaksi dan komunikasi, tidak dapat berhujah
pasti akan berlaku dalam masa yang sama. Ia berlaku sama ada
dalam situasi formal ataupun informal. Berhujah melibatkan logik
dan pemikiran kritis yang tinggi. Berhujah terjadi disebabkan kita
ingin memutuskan sama ada sesuatu itu logic atau tidak. Ahli
politik, ahli koprat,peguam,guru dan sebagainya berhujah bagi
memastikan pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan berasas dan
boleh diterima pakai. Berhujah bukanlah bertujuan untuk
membuktikan pihak lain salah dan kita benar. Berhujah adalah
usaha untuk memberikan alasan-alasan paling wajar dengan
mengemukakan fakta dan bukti yang sahih.
224 Psikologi Pendidikan
Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian
Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian
merupakan subset kepada konsep. Sejak kecil hingga dewasa kita
di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami
konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita
menggunakan konsep-konsep berkenaan dalam kehidupan seharian
seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan
sebagainya.
Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang
bersifat setempat dan global. Ada juga yang penggunaannya amat
sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya konsep
‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami oleh kaum Cina, itu pun
tidak merata. Untuk dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang
mestilah mampu mentafsirkannya dan membina satu pengertian
daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat
abstrak untuk difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya
kita bertanya kepada orang yang lebih mengetahuinya atau terus
sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan.
Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna
konsep berkenaan . Justeru itu,menerusi pemikiran kritis seseorang
itu akan memperoleh konsep yang benar.
Pendekatan Menyoal Untuk mendapatkan Maklumat
Menyoal adalah aktiviti manusia seperti kita. Setiap hari kita
menyoal kepada diri dan sesiapa sahaja. Kita menyoal untuk
memperoleh maklumat.. Maklumat akan kita hadamkan untuj
menjadi pengetahuan. Ia penting khususnya dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran. Menyoal secara kritis memerlukan
kemahiran. Kemahiran menyoal wajar dipelajari agar kita mampu
merancang dan menghasilkan soalan-soalan yang standard dan
kritis . Ramai yang beranggapan bahawa menyoal adalah suatu
perkara yang remeh dan mudah. Tetapi ramai yang tidak
mengetahui bahawa menyoal perlukan kemahiran. Hal ini kerana,
apa yang hendak disoal dan persoalan mestilah dirancang terlebih
Pemikiran Kritikal 225
dahulu agar soalan ayang diajukan benar-benar menguji pemikiran
kita dan pemikiran orang lain. Biarlah soalan yang diajukan itu
sesuai dengan tahap pemikiran dan tahap pemikiran dan
Pendidikan yang dimiliki.
Memahami dan Menilai Struktur Makna Sesuatu Bahasa
Bahasa dan berbahasa adalah sifat manusia . Bahasa dikuasa
dengan pendekatan dan teknik pembelajaran yang bersistem.Atur
dan gaya berbahasa berasaskan logik. Tanpa logik, bahasa akan
cair dan kering. Menurut Jaafar( 1995), salah satu syarat untuk
menjadi kritis dengan menggalakkan kita bermain- main dengan
bahasa. Kita `bermain-main` dengan logik bahasa atau logic kata-
kata. Kata-kata dapat mengungkapkan seribu makna yang impisit
dan ekplisit. Dengan menggunakan pemikiran kritis, kita dapat
mengatur, menyusun dan menggunakannya dalam situasi dan nilai
yang tepat.
Menganalisis Sesuatu Maklumat dan Sumber
Maklumat diperolehi dengan jalan mencari dan menerokanya
daripada pelbagai sumber. Sumber boleh berupa orang dan hasil
penulisannya. Maklumat tidak mempunyai makna jika kita dapat
menilai maklumat dan sumbernya , pemikiran kritis diperlukan
agar maklumat yang kita perolehi berupaya membentuk ilmu
pengetahuan yang bermanfaat kepada diri, agama, bangsa dan
negara.
Meningkatkan Pemikiran Kritis
Salah satu pepatah Melayu mengatakan, ‘sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya.’ Pepatah ini amat relevan dalam
aspek kemahiran berfikir kerana ia menggambarkan kerugian yang
akan dialami sekiranya semasa berfikir kita tidak mengambil kira
226 Psikologi Pendidikan
baik buruk sesuatu keputusan ataupun tindakan. Aspek pemikiran
ini dinamakan pemikiran kritis.
Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan menggunakan
minda bagi membuat pertimbangan atau penilaian dengan cermat.
Seperti pemikiran kreatif, pemikiran kritis juga adalah sejenis
kemahiran mikro yang digunakan ke arah penyelesaian masalah
ataupun membuat keputusan. Walaubagaimanpun, ia berbeza
daripada pemikiran kreatif kerana secara kasar pemikiran kreatif
digunakan bagi menghasilkan idea sementara pemikiran kritis
digunakan bagi menilai idea. Pemikiran kritis berkait dengan
pemikiran rasional iaitu menimbang sesuatu perkara berdasarkan
alasan dan bukti tanpa dipengaruhi oleh perasaan sebelum
mengambil sebarang keputusan atau menyelesaikan sesuatu
masalah. Jadual di bawah menunjukkan beberapa di antara
pemikiran kreatif dan kritis dengan lebih jelas.
Pemikiran Kritikal 227
Jadual 9.1: Beberapa perbezaan diantara pemikiran kreatif dan
pemikiran kritis
Pemikiran Kreatif Pemikiran Kritis
Memberi cadangan Mempertahankan cadangan.
Mengenal pasti alternatif. Menimbang pelbagai alternatif
bagi menyelesaikan masalah.
Menunda penilaian apabila Meneliti kebaikan dan keburukan
menerbitkan alternatif. setiap alternatif.
Melibatkan pengambilan Mengelakkan atau mengurangkan
risiko. risiko.
Menerbitkan pelbagai jalan Memilih jalan penyelesaian yang
penyelesaian. terbaik.
Mementingkan kepelbagaian Mementingkan kesahan atau
idea dan sumber idea. kebolehpercayaan sesuatu idea
atau sumber idea.
Mengutamakan kemungkinan. Mengutamakan kepastian dan
kejelasan.
Membenarkan idea melompat- Mengutamakan logik.
lompat tanpa mengambil kira
logik. Mementingkan sikap berhati-hati,
Mengalakkan penjanaan idea rasional.
sceara spontan. Bersifat reaktif.
Bersifat proaktif
Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif
dan kritis ditandai oleh ciri-ciri yang berbeza dan menekankan
aspek-aspek yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif bersifat
genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan
penyelesaian sementara pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu
menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam
proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua
gaya pemikiran ini diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya
diselesaikan jika hanya bergantung kapada cadangan-cadangan
kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan
dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia
228 Psikologi Pendidikan
dapat laksanakan. Penilaian, penelitian dan pertimbangan yang
dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu.
Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial
misalnya, pereka bentuk boleh mengaplikasikan pemikiran kritis
dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan
kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil
tinjauan ini mungkin dapat menunjukkan kelemahan dalam aspek
reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam aspek
mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang sedia ada secara kritis dapat
membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih
baik.
Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika
kita hanya bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang
keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-
cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan
masalah dengan berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan
suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalh kutipan derma untuk
tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat
terlalu kritis. Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya
tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif berkenaan cara-cara
kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-
cara baru kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada
memberi cadangan-cadangan baru , ia akan dikritik dengan serta
merta tanpa melihatnya daripada sudut positif.
Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan
pemikiran kritis, ramai yang menyalah tafsirnya sebagai suatu
aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan,
kesalahan dan kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu
bahagian kecil pemikiran kritis. Oleh itu, mendefinisikan
pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata
adalah tidak tepat. Bagi Ramai pakar pemikir, pemikiran kritis
merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih luas.
Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan
memberi pertimbangan yang serius kepada sesuatu. Bagi Bassham
(2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan
Pemikiran Kritikal 229
intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan
menilai sesuatu idea dengan berkesan, bagi mencari dan
mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat formulasi dan
membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong
sesuatu kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan
bernas pada apa yang harus dipercayai dan ada yang harus
dilakukan.
Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran
yang bersifat negatif. Sebalikknya ia adalah suatu pemikiran yang
berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang
jelas.
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan
hikmahnya. Sayangnya masih ramai yang kurang menyedari akan
kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan
dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis,
tetapi skema kritis itu tidak digunakan secara optimum (Jadual
4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan Abdullah
(1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang
kelebihan pemikiran kritis ini. Sesungguhnya banyak kelebihan
memiliki pemikiran kritis. Antaranya adalah :
Menjadi Lebih Matang
Matang (mature) adalah bersifat relatif. Kematangan tidak dapat
diukur secara mutlak tetapi ia boleh diamati berdasarkan cara
berfikir dan cara bertindak seseorang. Orang yang matang akan
berfikir dengan mendalam dan bertindak berdasarkan analisis
yang telah difikirkannya. Kematangan dikaitkan dengan
kedewasaan. Namun dewasa tidak bererti matang jka cara berfikir
dan bertindak seperti kanak-kanak. Kesilapan –kesilapan yang
kita lkukan pada masa lalu dapat dijadikan panduan dan iktibar.
Sekali gus ia mampu mematangkan pemikiran dan tindakan pada
230 Psikologi Pendidikan
masa depan. Orang yang matang suka berfikir. Berfikir sinonim
dengan kedewasaan dan kematangan.
Bersikap Objektif dalam Membuat Penilaian Keputusan
Pemikiran kritis melatih kita bersikap objektif dalam membuat
sesuatu penilaian dan keputusan . Tidak dapat dinafikan bahawa
sukar sekali mengenepikan perasaan subjektif, tetapi walaupun
sukar inilah realitinya. Pemikiran ini dipelajari, dihayati dan
kemudian diamalkan. Ia tidak boleh berlaku serta-merta. Latihan
akan membantu seseorang untuk berfikir secara objektif.
Sensetif (peka) dan Prihatin
Pemikir kritis sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku
kepada persekitaran. Jika terdapat sesuatu masalah sama ada yang
berkaitan dengan diri sendiri, rakan-rakan keluarga mahupun
organisasinya, ia rasa terpanggil untuk memikir dan
menyelesaikannya. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan
apa jua; ia akan segera mengambil tindakan yang proaktif. Pemikir
kritis juga, sentiasa mengambil tahu akan sesuatu yang dibaca,
didengar dan dilihatnya. Sifat seperti ini akan membantunya untuk
memberi pandangan dan kritikan secara membina. Inilah peranan
pemikir kritis, iaitu mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi
untuk terlibat sama dalam sesuatu persoalan dan permasalahan.
Berjiwa Besar, Yakin dan Berani
Ini merupakan sifat dan sikap ideal yang dimiliki oleh pemikir
kritis.Bertindak berdasarkan fakta yang sahih, tidak mengamalkan
nepotisme dan kronisme. Yakin dan berani dengan perancangan
dan tindakan kerana ia yakin pada pihak yang benar.
Pemikiran Kritikal 231
Lebih Berhemat dan Bertanggungjawab
Selain yakin dan berani, pemikir kritis mampu membentuk diri
agar lebih berhemat dan bertanggungjawab. Jika satu-satu
kesilapan dilakukan, ia cepat-cepat mengakui kesilapannya. Jika
sesuatu itu benar, ia akan bertanggungjawab untuk
mempertahankannya. Jika ia bersalah, secara terus terang ia
mengakuinya. Jika ia memberi komen dan kritikan, ia akan
memberi penjelasan apakah rasionalnya pandangan dan
kritikannya itu.
Ketahanan Diri dan Estim Diri yang Tinggi
Pemikir kritis konsisten dalam membuat keputusan. Pemikiran
kritis mempunyai nilai diri yang tinggi. Lazimnya ia bersikap
konsisten dan mempunyai kesedaran diri terhadap suasana
persekitarannya. Sesuatu keputusan yang telah diambil tidak akan
ditarik balik, namun jika setelah diselidik dan ia perlukan
perubahan, ia akan menerima hakikat bahawa suau tindakan perlu
diubah untuk memperbaiki keadaan. Dengan kata lain ketahanan
diri dan estim diri yang tinggi memungkinkan ia bersikap terbuka.
Sebaliknya, orang yang tidak mempunyai semangat ini akan lebih
mudah menggunakan ’helah bela diri’ untuk meyakinkan dan
mempersalahkan pihak lain.
Tidak Mudah dipengaruhi dan Berdikari
Malang sekali jika, setelah kita memikirkan sesuatu hal dengan
kritis, keputusan telahpun dibuat tiba-tiba kita menarik balik
keputusan berkenaan. Kita hanya mendengar khabar angin tentang
suatu berita daripada sumber yang belum tentu benarnya. Kita
sudah gelabah dan bertindak mengikut reaksi orang lain. Selain itu,
semangat dan jiwa berdikari mampu menjadikan kita pemikir kritis
yang dihormati. Kita tidak menerima sesuatu itu sebagai benar,
betul, relevan setelah kita sendiri memperolehinya daripada
232 Psikologi Pendidikan
sumber-sumber yang sahih dan benar.
Kekurangan Pemikiran Kritis
Kita perlu menyedari, sebaik mana sekali pun sesuatu bentuk
pemikiran, jika ia bersumberkan akan akal per se, ia masih
terdapat beberapa kelemahan. Begitu juga dengan pemikiran kritis
ini, antaranya ;
Bersifat Reaktif
Ia bermaksud pemikir akan berfikir apabila sesuatu isu/peristiwa/
perkara telah berlaku. Pemikir kritis akan hanya peka apabila
sesuatu perkara/isu/peristiwa itu telah berlaku. Atau dengan kata
lain ia tidak mampu untuk menerbitkan idea secara spontan tanpa
ada suatu alasan yang munasabah. Dengan kata lain, pemikiran
kritis bukanlah suatu bentuk pemikiran yang mampu menjana dan
melahirkan idea.
Berperaturan (keputusan diambil mengikut tahap/langkah)
Pemikiran kritis berperaturan. Ia merupakan etika pemikiran kritis.
Berfikir untuk membuat keputusan atau untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dengan cara dan pendekatan yang tertentu.
Langkah demi langkah diatur daripada yang mudah kepada yang
kompleks. Ia akan dipisah-pisahkan satu persatu dan daripadanaya
ia akan cuba diselesaikan mengikut prosedur tertentu.
Mementingkan Logik dan Rasional (menutup paradigma)
Hal seumpama ini tidak dapat dielakkan. Logik dan rasional adalah
asas pemikiran kritis. Sama ada kita ingin membuat keputusan,
menyelesaikan masalah ia hanya akan dilakukan jika asas logik
dipatuhi. Jika tidak, ia mungkin satu kegagalan buat kita. Apakah
logiknya besi itu boleh terapung di udara? Apakah logiknya tayar
Pemikiran Kritikal 233
kereta diperbuat daripada gentian kaca? Semua kemungkinan
mestilah berasaskan logik.
Penilaian Mesti Tepat dan Jelas (takut membuat kesilapan)
Penilaian yang dibuat tentang sesuatu perkara mestilah tepat dan
jelas. Skim penilaian mestilah dibuat dengan pemilaian dilakukan
berdasarkan prosedur yang telah digariskan. Adil dan saksama
adalah pertimbangan nilai yang cukup rigid dalam pemikiran
kritis. Jika ia tidak dilaksanakan maka penilaian yang dibuat tidak
akan bermakna apa-apa. Penilaian ini boleh dibuat secara kualitatif
(deskriptif) atau mungkin secara kuantitatif seperti statistik, angka-
angka dan sebagainya. Hakim, peguam, guru disiplin, ibu bapa dan
pensyarah mestilah dapat melaksanakan penilaian dengan adil dan
saksama sebelum sesuatu kesalahan itu diputuskan.
Idea Mestilah Pratikal (amat jarang menerima sesuatu idea)
Pemikiran kritis sedaya mungkin cuba mengelakkan risiko
kegagalan. Kegagalan dalam pemikiran kritis berkait rapat dengan
kos yang perlu ditanggung oleh seseorang dalam jangka pendek
atau panjang. Justeru itu, sesuatu idea itu mestilah mempunyai
nilai tambah dan boleh dilaksanakan. Itu pun setelah kita mengkaji
kesan dan risiko yang bakal dihadapi sekiranya idea tesebut gagal
dilaksanakan.
Faedah Berfikir secara Kritis
Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara
kritis membawa pelbagai faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja
dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan
pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian
Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita
234 Psikologi Pendidikan
mengelakkan melakukan kesilapan semasa membuat keputusan.
Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti
baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa
yang mesti dibeli. Lazimnya, keputusan kita dipengaruhi oleh
pelbagai faktor dalaman dan luaran. Contoh faktor dalaman adalah
sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor
luaran adalah orang-orang di sekeliling kita, peraturan, undang-
undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factor-faktor ini
menyebabkan kita menerbitkan keputusan-keputusan yang salah.
Estim diri yang rendah contohnya mendorong kepada keputusan-
keputusan yang merugikan. Seorang suri rumah yang tidak yakin
dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri
di rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri,
makan malam bersama rakan-rakan dan sebagainya. Akibatnya,
beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang lain
dan merasa tersisih.
Orang di sekeliling kita juga mempengaruhi keputusan
yang kita buat. Ada yang mempengaruhi keputusan kita secara
sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang
mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli
politik amat mahir dalam menggunakan strategi-strategi yang
begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Jurujual
contohnya memberi pelbagai alasan kepada kita mengapa kita
harus membeli produk yang dijual. Pengilan pula menggunakan
pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang cantik
dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan
kita dengan pelbagai masalah sekiranya kita tidak membeli produk
yang diiklankan. Semua ini mendorong kita menghasilkan
keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki asas
yang kuat dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik-
teknik berfikir secara kritis seperti menimbang sesuatu secara
menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan
sesuatu hujah dapat membantu kita lebih yakin dengan apa yang
kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang lebih berkesan
berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas.
Pemikiran Kritikal 235
Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Pekerjaan
Di tempat kerja, kemahiran dalam pemikiran kritis sama penting
dengan kemahiran dalam pemikiran kreatif. Sebagai pekerja,
saudara bukan sahaja diperlukan menerbitkan idea-idea baru
ataupun mencari jalan-jalan penyelesaian baru tetapi juga membuat
keputusan-keputusan yang rumit dalam masa yang singkat dan
tertekan. Ini bermakna saudara perlu mahir dalam mengumpul dan
menganalisis maklumat, membuat kesimpulan yang wajar
daripada data yang ada dan membentangkan idea dengan jelas dan
logikal. Pengurus misalnya, perlu mahir mengenal pasti masalah
yang dihadapi atau bakal dihadapi dan memilih alternatif
penyelesaian yang terbaik di antara pelbagai alternatif yang ada.
Mereka juga perlu mahir mengenal pasti risiko sesuatu tindakan
dan cara-cara menangani risiko itu. Seperti pengurus, editor berita
juga perlu mahir menilai. Mereka harus bersikap selektif semasa
memilih cerita yang harus dipaparkan daripada beribu-ribu cerita
yang dikumpulkan setiap hari. Mereka perlu mengenal pasti
kriteria yang harus digunakan dalam memilih cerita yang akan
dipaparkan. Mereka juga harus peka kepada persepsi dan reaksi
orang ramai berkenaan cerita yang akan dipaparkan. Kemahiran
dalam pemikiran kritis dapat membantu menggelakkan kesilapan
dalam pemilihan cerita.
Keputusan yang dibuat di tempat kerja lazimnya bersifat
berkumpulan, iaitu keputusan-keputusan yang dipersetujui secara
kolektif dan bukannya secara unilateral. Idea-idea dibentangkan di
dalam mesyuarat dan dinilai dan dipertimbangkan secara
berkumpulan. Dalam situasi sebegini potensi terjadinya konflik,
ketidaksetujuan atau perselisihan faham di antara ahli-ahli
kumpulan sangat tinggi. Dengan mempraktikkan teknik pemikiran
kritis seperti bersikap berhati-hati, mengutamakan kepastian dan
kejelasan dan bersikap adil, potensi negatif itu dapat dikurangkan.
Faedah berfikir Secara Kritis Dalam Pembelajaran
Di kolej dan universiti, proses pembelajaran memberi focus kepada
236 Psikologi Pendidikan
pemikiran peringkat tinggi termasuk penilaian idea dan maklumat
secara aktif dan intelektual. Oleh itu, pemikiran kritis memainkan
peranan yang penting untuk pelajar. Menurut Bassham (2002), ia
membolehkan pelajar memahami hujah serta pandangan orang
lain, menilai secara kritikal hujah-hujah dan pandangan-pandangan
itu serta membina dan mempertahankan hujah atau pandangan
sendiri.
Teks-teks rujukan yang tebal dan rumit dapat difahami
dengan lebih mudah sekiranya pelajar mahir dalam pemikiran
kritis. Contohnya, mereka berupaya mengenal pasti idea-idea
utama daripada idea-idea sokongan di dalam teks-teks yang dibaca.
Mereka juga berupaya menilai secara kritis apa yang dipelajari.
Menilai secara kritis bahan-bahan rujukan memerlukan kemahiran-
kemahiran mikro tertentu seperti membuat banding-beza, meneliti
bahagian kecil dan keseluruhan, meneliti kebernasan, mengusul
periksa andaian dan mengesahkan sumber maklumat. Pelajar juga
perlu peka pada manipulasi bahasa yang sengaja digunakan bagi
meyakinkan pembaca walaupun kebenaran belum pasti. Sealin
keupayaan menilai hujah atau pandangan orang lain, pelajar juga
perlu mahir mengemukakan idea dan mempertahankan idea
mereka secara konkrit, jelas dan boleh dipercayai. Kemahiran
dalam pemikiran kritis membantu pelajar bersikap lebih berhati-
hati dalam penulisan dan pertuturan mereka dengan menggunakan
bahasa yang jelas dan persis. Ia juga membantu mengelakkan
pelajar daripada melihat sesuatu secara hitam putih dan melakukan
falasi.
Halangan-Halangan Kepada Pemikiran Kritis
Ramai orang suka mengkritik, namun tidak ramai yang mahir
berfikir secara kritis , walaupun mereka merupakan orang –orang
yang intelek dan berkelulusan tinggi. Mengapa ? Terdapat
pelbagai perkara yang menghalang seseorang menjadi pemikir
kritis yang mahir. Antara halangan kepada pemikiran kritis
termasuk sikap egosentrik atau mementingkan diri sendiri ,
sosiosentrik atau mementingkan kumpulan sendiri dan andaian
Pemikiran Kritikal 237
tak beralasan.
1 Egosentrik
Sikap egosentrik ditandai oleh kecenderungan kepada
kepentingan diri sendiri , individu yang egosentrik merasai
idea-ideannya nilai- nilai yang dipegangnya adalah lebih baik
dari idea atau nilai yang dipegang oleh orang lain. Beliau
cenderung mempertahankan hanya sesuatu yang dapat
memanfaatkannya. Apa-apa yang dilakukannya adalah untuk
kepentingan diri sendiri. Misalanya terdapat individu yang
meminta dilantik sebagai ketua jabatan kerana merasai dirinya
lebih baik berbanding dengan pekerja-pekerja lain walaupun
terdapat pekerja lain yang lebih berkelayakan dan
berpengalaman. Sekiranya, mereka tidak memperoleh apa yang
meraka mahu, mereka meningkatkan pemikiran kritis akan
menyalahan orang lain, bukannya kelemahan diri sendiri . Menurut
seorang pakar psikologi, Maslow, kita tidak selalu melihat sesuatu
seperti yang sepatutnya, kerana ini dapat mendedahkan
kelemahan atau keburukan kita. Oleh itu, kebanyakkan kita
cenderung melihat apa yang kita perlu lihat dan apa yang kita
mahu lihat bagai mengukuhkan perasaan positif berkaitan diri kita.
2 Sosiosentrik
Sikap sosiosentrik ditandai oleh pemikiran yang berpusatkan
kepada sesuatu kumpulan. Terdapat pelbagai cara di mana
pemikiran seumpama ini dapat menghalang keupayaan berfikir
secara kritis. Salah satu daripadanya adalah bias kumpulan
ditandai oleh kecenderungan menganggap kumpulan sendiri sama
ada negara,negeri,parti keluarga, agama dan sebagainya sebagai
lebih baik daripada kumpulan-kumpulan lain. Contohnya ,
terdapat seorang pemimpin di sebuah negara barat yang
menganggap negaranya sebagai polis dan justeru berhak membuat
sebarang tindakan yang difikirkan wajar dari kaca matanya
238 Psikologi Pendidikan
.Pandangan-pandangan negara lain diperkecil kerana beliau
menganggap negara beliaulah yang selalu betul.
Andaian tak beralasan
Ini adalah suatu andaian yang dibuat tanpa alasan yang
munasabah. Contohnya, seorang yang baru ditinggalkan oleh
kekasihnya menganggap hidupnya tidak bermakna lagi kerana
baginya tiada orang yang menyayanginya lagi . Salah satu jenis
andaian tanpa alasan yang munasabah yang sering dibuat ialah
stereotaip. Stereotaip adalah pandangan yang bersifat simplistik
dan bias berkenaan ahli-ahli sesuatu kumpulan stereotaip
terbentuk daripada pelbagai punca seperti rakan-rakan , ibu bapa
serta pihak media . Pihak media , contohnya, sering
menggalakkan stereotaip melalui iklan-iklan ,filem-filem dan
berita dan sebagainya. Selepas tragedi meningkatkan potensi
minda Pusat Dagangan Dunia New York pada September 11,
2001 pihak media di barat sering memaparkan imej-imej orang
Arab yang dikatakan atau disyaki pengganas. Ramai orang di
barat mula merasa sangsi dengan orang berketurunan atau sesiapa
yang kelihatan seperti orang Arab sehinggakan ada yang tidak
mahu menaiki kapal terbang yang sama dengan orang Arab.
Mereka memiliki kapal stereotaip yang semua orang Arab adalah
pengganas. Mereka menerima apa yang dipaparkan oleh pihak
media tanpa memikirkan sebarang alasan yang munasabah.
Andaian tak beralasan, sosiosentrik dan egosentrik
menyebabkan pemikiran kita menjadi herot-perot. Ia menghalang
kita daripada melihat sesuatu dengan jelas, rasional dan objektif. Ia
harus ditangani dengan membebaskan diri kita daripada memiliki
andaian-andaian yang tidak berasas,dogma ,prejudis, bias, ego dan
sebagainya yang dapat mempengaruhi cara-cara kita melihat realiti
Kaitan Pemikiran Kritis Dengan Kecerdasan
Kreatif dan kritis adalah dua perkara yang mempunyai erti kata
yang lain bila dibandingkan dengan IQ. Kemahiran berfikir ini
Pemikiran Kritikal 239
tidak dimiliki oleh ramai yang cerdas. Dalam erti kata yang lain,
kecerdasan adalah dianggap sutu potensi. Kemahiran kritis
membolehkan kita menggunakan potensi tersebut. Contohnya
adalah seorang perenang yang menggunakan kaki dan tangan
sebagai potensi untuk berenang. Beberapa kekeliruan wujud
tentang kecerdasan dan keupayaan berfikir. Sebenarnya kedua-dua
membawa makna yang sama. Ia menjadi satu anggapan yang salah
di kalangan guru. Di mana mereka menganggap murid-murid yang
mempunyai IQ yang tinggi akan menjadi pemikir yang baik. Ini
adalah salah kerana pelajar-pelajar ini hanya berfikir di satu sudut
pandangan dan berfikir menggunakan IQ mereka. Pelajar-pelajar
cerdas ini juga pandai menyelesaikan jawapan. Contohnya, teka-
teki tetapi mereka tidak mahir menilai maklumat itu.
Selain itu, orang cerdas itu juga boleh berfikir selekeh
kerana mereka mempunyai masalah keegoaan. Mereka
berpendapat bahawa mereka sahaja yang pandai dan tidak
menerima pandangan orang lain. Mereka juga tidak akan memberi
jawapan spekulatif yang mereka gemar mendapat jawapan pada
masalah yang sudah tentu betul atau salah. Bila diteliti dalam
kehidupan didapati hanya pemikir kritis dan kreatif sahaja yang
akan memikirkan cara penyelesaiannya yang berkesan.
KESIMPULAN
Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah
kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada
diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala
tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat
memberi fokus pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya,
kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai
sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang
dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan boleh
dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh berlaku pada
mana-mana bahagian yang kita tidak jangka.
240 Psikologi Pendidikan
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th Ed.)” United States
of America : Brace.
Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology:
1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in the Efficiency
of Word Recognition, USA: American Psychological
Association Inc.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka
Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986)
Psychology. New Jersey: Prentice-Hall, Inc
Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth
Pemikiran Kritikal 241
Group Dependent and field independent cognitive style
and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective
Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi
Perkembangan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam
Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental
Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to
Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River,
New Jersey : Prentice Hall.
Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of
242 Psikologi Pendidikan
personality. New Jersey:
HjeIIe, L.A. and Ziegler, D.J. (1992). Personality theories Basic
assumptions, research and applications. San Francisco:
McGraw-Hill.