Pengertian Konsep Kendiri 143
Association Inc.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka
Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986)
Psychology. New Jersey: Prentice-Hall, Inc
Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth
Group Dependent and field independent cognitive style
and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective
Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt
Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental
Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.
Noraini Ahmad 1994. Kaunseling Remaja: Pengalaman Peribadi
144 Psikologi Pendidikan
Seorang Kaunselor. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Norman A. Sprinthall, Richard C. Sprinthall & Sharon N. Oja.
(1994). Educational Psychology: A Developmental
Approach. 6th Edition. New York: Prentice Hall.
Robert J. Sternberg (1994). In Search of the Human Mind. USA:
Harcourt Brace.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk
Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Sharifah Alwiah Alsagof. (1987) . Psikologi Pendidikan 1 . Kula
Lumpur. Heinemann (Malaysia ) Sdn. Bhd.
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.
7
PENGAMATAN
Ahmad Johari Sihes
PENGENALAN
Adakah anda mengenali semua orang yang berada di sekeliling
anda? Hakikatnya, kita hanya mengenali orang tertentu yang
dirasakan perlu dalam kehidupan seharian. Dunia ini memang
dipenuhi dengan objek dan peristiwa yang bergabung untuk
membentuk maklumat. Terdapat maklumat yang tidak berguna
kepada kehidupan harian individu tertentu dan juga maklumat
yang penting kepada mereka. Sebagai contoh, kita tidak perlu
mengenali semua orang yang berada di sekeliling tetapi hanya
orang-orang tertentu sahaja.
Manusia sebenarnya mempunyai satu kebolehan kognitif di
mana mereka memilih rangsangan tertentu yang boleh memberi
makna kepada dirinya. Pemilihan dilakukan dengan memberikan
tumpuan kepada sebahagian entiti yang terdapat pada rangsangan.
Setelah itu, barulah sesuatu rangsangan kederiaan itu diamati oleh
manusia.
Manusia telah dilengkapi dengan mesin khas untuk
menangkap dan mentafsirkan maklumat tersebut kepada bahasa
kognitif. Maklumat yang terpilih itu pula diproses oleh otak yang
membuatkan penerima rangsangan menyedari tentang objek dan
peristiwa di sekelilingnya. Kesedaran itu kemudiannya
merangsang aktiviti fizikal yang sesuai dengan persekitarannya.
Oleh itu, pengamatan sebenarnya merangkumi satu urutan
peristiwa yang saling berkaitan.
146 Psikologi Pendidikan
Definisi-definisi Pengamatan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), pengamatan
bermaksud pengawasan atau penelitian. Jika dialihbahasa ke
Bahasa Inggeris, istilah pengamatan bermaksud ‘perception’ atau
persepsi. Buku Pengantar Psikologi (1990) pula menyatakan
bahawa pengamatan bukanlah berlaku secara automatik. Ianya
adalah satu proses di mana tiap-tiap kederiaan harus
diorganisasikan dan diinterpretasikan supaya membawa makna
yang lebih dalam kehidupan manusia seharian. Penerima akan
memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya dengan cara
memberikan tumpuan kepada rangsangan tersebut.
Definisi Pengamatan Menurut Ahli-ahli Psikologi Barat
“Pengamatan melibatkan penggunaan pengalaman terdahulu untuk
mengumpul dan menginterpretasikan rangsangan yang dirakamkan
oleh deria. Ia menggabungkan kedua-dua aspek dunia luar
(maklumat rangsangan) dan juga dunia dalaman (maklumat
pengetahuan terdahulu).” ( Matlin, 1994 )
“Pengamatan ialah proses mengetahui objek-objek dan peristiwa-
peristiwa yang objektif melalui kederiaan.” ( Chaplin, 1985 )
“Proses pengamatan adalah satu proses yang menggunakan input
kederiaan dan menukarkannya kepada kod-kod yang lebih abstrak.
Kod-kod ini terbentuk dalam sistem saraf di mana tenaga fizikal
disimpan.” ( Best, 1999 )
“Pengamatan melibatkan proses kognisi pada peringkat yang lebih
tinggi dalam menginterpretasikan maklumat sensasi. Sensasi
merujuk kepada pengesanan awal rangsangan manakala
pengamatan merujuk kepada interpretasi sensasi tersebut.”
( Solso, 1995 )
“Pengamatan ialah suatu fenomena di mana kaitan di antara
rangsangan dengan pengalaman adalah jauh lebih kompleks
daripada fenomena yang terdapat di dalam kederiaan.” ( Atkinson
dan Hilgard, 1983 )
Pengamatan 147
Menurut Sekuler dan Blake (1994), pengamatan
merangkumi penterjemahan urutan peristiwa-peristiwa secara
berterusan dari dunia fizikal luar penerima kepada corak aktiviti
yang terdapat di dalam sistem saraf penerima, kemudiannya
berakhir dengan pengalaman dan gerak balasnya terhadap
peristiwa tersebut. Oleh itu, bagi memahami proses pengamatan,
seseorang itu hendaklah mengetahui komponen-komponen yang
terkandung di dalam urutan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dan
cara komponen itu berinteraksi.
Definisi Pengamatan Menurut Gibson
Gibson (1969) mendefinisikan pengamatan dari segi fungsinya
iaitu sebagai satu proses di mana maklumat tentang dunia sekitar
diperolehi secara langsung. Pengamatan ada aspek fenomenanya
iaitu kesedaran terhadap peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku
di persekitaran. Ia juga mempunyai aspek gerak balas. Ia
melibatkan proses pembezaan dan pemilihan gerak balas terhadap
rangsangan.
Teori Gibson menyatakan bahawa dunia luar mempunyai
banyak maklumat yang boleh dipercayai yang memperincikan sifat
semulajadi tentang objek-objek dan peristiwa-peristiwa serta
terbuka kepada manusia menerusi deria-deria mereka. Manusia
boleh mengesan struktur sesuatu menerusi pengamatan kerana
aliran kederiaan sebenarnya membawa maklumat yang lebih
banyak dan tepat tentang dunia luar berbanding pemprosesan
secara intelektual.
Apa yang dipelajari menerusi pengamatan mempunyai ciri-
ciri tersendiri dan corak-corak tertentu yang perlu diekstrak
daripada aliran rangsangan. Proses-proses yang berkaitan dengan
pengekstrakan termasuklah mengorientasikan gerak balas anggota
deria, pemisahan hubungan-hubungan dan ketidaklainan, serta
mengasingkan ciri-ciri rangsangan yang relevan daripada yang
tidak relevan.
148 Psikologi Pendidikan
Kesimpulan Definisi-definisi Pengamatan
Kesimpulannya, dalam bidang psikologi, pengamatan merupakan
satu proses memperolehi, menginterpretasi, memilih dan
menyusun maklumat kederiaan. Reseptor-reseptor deria fizikal
manusia seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa
membolehkan maklumat yang terkandung di dalam persekitaran
diperolehi. Namun begitu, penetapan makna maklumat-maklumat
tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu.
Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya,
seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya
menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Jenis-jenis Pengamatan
Secara amnya terdapat tiga jenis pengamatan iaitu pengamatan
ikonik, pengamatan ekoik dan pengamatan kinestatik. Pengamatan
ikonik dan ekoik juga dapat menerangkan ingatan ikonik dan
ekoik.
Pengamatan Ikonik
Pengamatan ikonik atau pengamatan visual melibatkan deria
penglihatan. Banyak kajian menunjukkan bahawa maklumat yang
diterima oleh pengamatan ikonik dapat dipersembahkan dengan
tepat tetapi akan beransur pudar jika tidak dialihkan kepada proses
seterusnya. Sperling (1960) menjalankan satu kajian di mana
subjek diminta mengingati sembilan huruf dalam masa 0.05 saat.
Subjek hanya berjaya melaporkan lima huruf. Sperling
berpendapat bahawa apabila subjek diminta mengingati sesuatu,
mereka sebenarnya cuba mengingati sesuatu yang mereka lihat.
Rupa visual yang dilihat mungkin mengandungi lebih daripada apa
yang mereka ingati. Subjek juga memerlukan masa yang lebih
lama untuk mengamati huruf-huruf tersebut supaya ianya tidak
pudar sebelum dilaporkan.
Pengamatan 149
Pengamatan Ekoik
Pengamatan ekoik atau pengamatan auditori melibatkan deria
pendengaran. Pengamatan ekoik juga seperti pengamatan ikonik di
mana input kederiaan hanya dapat disimpan untuk jangka waktu
yang singkat. Maklumat yang terkandung di dalam sebahagian
ucapan, muzik dan bunyi-bunyian yang lain tidak bermakna
kecuali ianya diletak di dalam satu konteks. Satu eksperimen yang
hampir sama dengan Sperling telah dijalankan oleh Darwin,
Turvey dan Crowder (1972). Subjek diperdengarkan tiga siri
nombor yang berbeza dari tiga arah yang berlainan iaitu, daripada
kanan, kiri dan hadapan. Mereka mendapati penambahan waktu
pendengaran membolehkan subjek mengingati bunyi dari arah
yang sama dengan lebih banyak. Ternyata ingatan ekoik akan lebih
jelas pada saat pertama dan kedua, serta semakin pudar dalam
masa lebih kurang empat saat.
Pengamatan Kinestatik
Pengamatan ini melibatkan deria rasa, bau dan sentuhan. Ianya
berfungsi untuk menseimbangkan pengamatan ikonik dan ekoik.
Corak Pengamatan
Corak pengamatan atau pengenalan objek adalah pengenalan satu
susunan rangsangan deria yang kompleks. Salah satu fungsi
kognitif ialah mengenalpasti dan mengkategorikan rangsangan
yang diterima. Apabila seseorang mengenalpasti sesuatu corak,
derianya akan memproses dan menyusun maklumat langsung yang
diperolehinya menerusi reseptor deria, seterusnya membandingkan
rangsangan deria itu dengan maklumat terdahulu. Oleh itu, corak
pengamatan boleh didefinisikan sebagai melabelkan satu susunan
rangsangan yang khusus.
150 Psikologi Pendidikan
Teori-teori Corak Pengamatan
Teori Padanan-Templat ( Template-Matching Theory )
Teori Padanan-Templat menerangkan bagaimana sesuatu corak
rangsangan dikenalpasti, contohnya seperti pengenalan huruf-
huruf. Menurut teori ini, rangsangan diterima akan dibandingkan
dengan satu set templat iaitu corak tertentu yang telah tersimpan di
dalam memori. Setelah membandingkan rangsangan tersebut
dengan beberapa templat, templat yang mempunyai padanan yang
paling hampir akan dikesan.
Konsep teori ini hampir sama dengan konsep penyelesaian
‘teka jigsaw’ di mana hanya kepingan padanan yang paling tepat
boleh menyempurnakan teka jigsaw tersebut. Begitu juga dengan
rangsangan tadi yang mesti menemui templat yang paling sesuai.
Sebagai contoh, pengenalan huruf ‘Q’. Maklumat yang
diterima dibandingkan dengan kod-kod yang tersimpan, dikenali
sebagai ‘templat’ sehingga kod yang bersesuaian dengan maklumat
ditemui. Ini bermakna penyesuaian yang terbaik akan terhasil
apabila maklumat yang diterima dipadankan dengan ‘templat’
yang paling hampir. Seterusnya maklumat yang diterima itu akan
dikenali dan dilabelkan sebagai ‘Q’. Sistem perbankan telah
mengaplikasikan Teori Padanan-Templat dalam pengenalan
nombor akaun oleh komputer. Setiap nombor mempunyai bentuk
yang standard dan tetap. Ia juga telah dicetak dalam bentuk yang
sangat berbeza di antara satu sama lain.
Bagaimanapun Teori Padanan-Templat ini dianggap kurang
relevan pada masa kini atas beberapa faktor. Faktor pertama ialah
sistem ini tidak efisyen. Otak manusia adalah berbeza dengan
memori komputer. Sebagai contoh, sistem perbankan hanya perlu
mengenali lebih kurang 10 nombor sahaja. Oleh itu komputer
hanya perlu membandingkan nombor secara berulang-ulang
dengan beberapa templat sedia ada sebelum mengenalpasti
bentuknya. Manusia pula perlu mengenali corak-corak berbeza
yang tidak terhingga serta memerlukan masa dan kapasiti otak
yang banyak untuk mengenalpasti corak tersebut.
Kedua, Teori Padanan-Templat adalah tidak fleksibel tetapi
Pengamatan 151
corak pengenalan manusia mampu mengenalpasti input yang
berbeza-beza. Rajah 1 menunjukkan beberapa contoh huruf ‘Z’.
Kesemua input tesebut dapat dikenalpasti dengan mudah sebagai
huruf ‘Z’ tetapi sistem templat gagal mengenalpasti huruf tersebut
hanya kerana bentuknya yang berbeza dari bentuk standard huruf
‘Z’. Ini bermakna, sistem pengenalan templat hanya dapat
mengenali sesuatu rangsangan sekiranya saiz dan orientasinya
membenarkan satu padanan. Oleh itu, ianya mempunyai had.
Sebaliknya, menurut Jolicoeur dan Landau (1984), manusia hanya
memerlukan lebih kurang 15 milisaat masa tambahan bagi
mengenalpasti huruf yang telah diputarkan 180 darjah.
Rajah 7.1 : Pelbagai versi huruf ‘Z’.
Ketiga, model templat hanya boleh digunakan bagi huruf-
huruf yang terasing dan lain-lain objek mudah dalam bentuk yang
lengkap (Pinker, 1984). Manakala proses visual manusia dapat
mengenalpasti objek-objek separa yang berbeza seperti bucu meja,
buku dan lampu.
Jelaslah di sini bahawa Teori Padanan-Templat tidak dapat
menerangkan proses visual manusia yang kompleks. Teori ini
gagal menjelaskan bagaimana manusia dapat mengenalpasti
pelbagai corak rangsangan yang dilihat di sekelilingnya.
Model Prototaip
Model Prototaip merupakan versi yang lebih fleksibel bagi Teori
Padanan Templat. Prototaip ialah corak yang abstrak atau
sempurna. Model-model prototaip ini disimpan di dalam memori.
152 Psikologi Pendidikan
Apabila kita melihat sesuatu rangsangan, kita akan
membandingkannya dengan prototaip yang tersimpan. Padanan ini
tidak semestinya serupa tetapi boleh mempunyai sedikit variasi.
Sebagai contoh, kita mengenali kereta Volkswagen
walaupun ianya mempunyai warna yang berbeza. Ini kerana kita
menyimpan satu prototaip Volkswagen yang berdasarkan
bentuknya di dalam memori. Oleh itu, prototaip bukan hanya
bermaksud pengeluaran daripada satu set rangsangan tetapi juga
adalah epitome atau bahagian terbaik yang mewakili corak itu.
Reed (1972) telah menjalankan satu kajian menggunakan
beberapa simbol muka. Simbol-simbol muka berbeza dari aspek
kedudukan mulut dan bentuk muka. Dua set simbol-simbol muka
itu diperlihatkan kepada beberapa peserta. Kemudian satu lagi set
simbol muka itu diperlihatkan. Peserta dikehendaki mengenalpasti
sama ada set simbol muka yang ketiga itu termasuk dalam kategori
set simbol muka pertama atau kedua. Reed mendapati bahawa
strategi yang sering digunakan oleh para peserta ialah
mengeluarkan satu prototaip dan membandingkannya dengan
menekankan ciri-ciri yang paling berbeza di antara dua kategori
tersebut.
Secara amnya, Model Prototaip menjelaskan tentang
bagaimana objek dapat dikenali di sebalik kepelbagaian
perwakilan yang digunakan oleh objek yang sama bentuk seperti
perbezaan warna dan orientasi bentuk tersebut.
Model Ciri-Tersendiri ( Distinctive-Features Model )
Model Ciri-Tersendiri menyatakan bahawa pembezaan dibuat di
kalangan huruf-huruf berdasarkan beberapa ciri. Ciri-ciri yang
membezakan satu huruf dengan yang lain dikenali sebagai ciri-ciri
tersendiri.Model ini menyarankan bahawa satu senarai ciri-ciri
komponen untuk setiap huruf dalam abjad disimpan oleh otak.
Ciri-ciri tersendiri tersebut masih tetap, sama ada huruf tersebut
ditulis tangan, dicetak atau ditaip.
Model ini adalah selaras dengan kajian psikologi dan
fisiologi. Menurut Eleanor Gibson (1969), manusia memerlukan
Pengamatan 153
masa yang lebih lama untuk menentukan sama ada sesetengah
huruf berbeza dengan yang lain sekiranya huruf-huruf itu
berkongsi sebahagian besar ciri-ciri penting. Sebagai contoh, otak
mengambil masa yang lebih dalam membuat keputusan perbezaan
huruf ‘P’ dan ‘R’ kerana kedua-duanya berkongsi ciri-ciri penting
yang hampir sama berbanding dengan huruf ‘G’ dan ‘M’. Garner
(1979) mengesahkan bahawa kadar keputusan bergantung kepada
jumlah ciri-ciri tersendiri yang dikongsi.
Satu kajian oleh Hubel dan Wiesel (1965,1979)
menyatakan bahawa satu bahagian kecil pada korteks penglihatan
mengandungi pelbagai jenis neuron yang mempunyai kadar
responsif yang berlainan bagi bentuk garisan yang berbeza.
Mereka memasukkan seutas wayar yang kecil ke dalam korteks
penglihatan haiwan. Kemudian satu rangsangan mudah seperti
garisan cahaya menegak diperlihatkan secara langsung di hadapan
mata haiwan itu diikuti dengan satu siri rangsangan-rangsangan
yang berbeza. Kadar tindakbalas elektrik yang dihasilkan oleh
neuron direkodkan. Setiap neuron mungkin memberikan respons
yang berbeza bagi garisan yang berlainan. Ini menunjukkan sistem
penglihatan kita mengandungi wayar pengesan ciri-ciri istimewa
yang membantu pengenalan ciri-ciri tertentu huruf-huruf dan
corak-corak mudah.
Analisa ciri-ciri merupakan pendekatan yang digunakan
dalam teori ini bagi menjelaskan masalah pengenalan corak. Teori
ini berasaskan tanggapan bahawa semua stimuli kompleks adalah
terdiri daripada ciri-ciri tersendiri dan bahagian-bahagian yang
boleh dipisahkan dikenali sebagai ciri-ciri.
Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah berkaitan Teori
Ciri-Tersendiri. Pertama, teori corak pengenalan tidak seharusnya
menyenaraikan ciri-ciri dalam bentuk yang mudah tetapi perlu juga
menerangkan hubungan fizikal di antara ciri-ciri tesebut. Misalnya,
garisan menegak pada huruf ‘T’ menyokong garisan melintang
manakala bagi huruf ‘L’, garisan menegak terletak bersebelahan
dengan garisan melintang.
Pinker (1984) menyatakan bahawa Model Ciri-Tersendiri
dihasilkan hanya untuk menerangkan pengenalan mudah huruf-
154 Psikologi Pendidikan
huruf dalam abjad. Model ini tidak dapat menerangkan pengenalan
bentuk-bentuk semulajadi yang lebih kompleks seperti haiwan dan
sebagainya.
Model Ciri-Tersendiri menyarankan bahawa pengenalan
corak melibatkan pengesanan bahagian penting yang spesifik pada
rangsangan. Manakala, model templat dan model prototaip
menekankan kepentingan bentuk keseluruhan rangsangan.
Klatzky (1980) berpendapat bahawa Model Prototaip dan
Model Ciri-Tersendiri berkemungkinan mempunyai kesesuaian di
antara satu sama lain. Ini kerana Model Prototaip mengandungi
ciri-ciri corak yang lazim ada pada semua atau pada kebanyakan
kes. Sebagai contoh, prototaip bagi huruf ‘O’ adalah hampir sama
dan dalam masa yang yang sama berbeza dengan prototaip huruf
‘C’.
Pendekatan Berasaskan Komputer ( Computational Approach )
Pendekatan berasaskan komputer bertujuan menghasilkan teori-
teori berasaskan komputer yang boleh menyempurnakan
sebahagian daripada fungsi kognitif manusia seperti pengenalan
objek tiga dimensi dengan cepat dan tepat. Pandangan berasaskan
komputer ini mengandungi kedua-dua komponen dalam Model
Prototaip dan Model Ciri-Tersendiri. Penggunaan komputer untuk
mengsimulasikan proses pengamatan ini dikenali sebagai
‘penglihatan mesin’.
Marr (1982) mencadangkan bahawa penglihatan manusia
merupakan satu jawapan kepada satu permasalahan iaitu masalah
penerimaan satu bentuk tenaga dari dunia luar ke dunia dalaman
melalui sistem kognitif manusia. Matlamatnya adalah menghantar
maklumat yang mencukupi bagi membolehkan pembinaan
perwakilan yang berguna kepada penciptanya. Pembentukan satu
perwakilan secara komputer menggunakan maklumat pada
fotoreseptor retina tetapi perwakilan tersebut tidak dapat dibentuk
dalam satu langkah sahaja.
Menurut Marr, terdapat beberapa langkah dalam
memproses penglihatan iaitu mengenalpasti objek, lakaran awal,
Pengamatan 155
lakaran 2 ½-D dan lakaran 3 ½-D. Bahagian sisi objek yang telah
dikenalpasti akan disusun kepada perwakilan abstrak yang dikenali
sebagai lakaran awal. Lakaran awal pula diubah kepada lakaran 2
½-D yang menerangkan bagaimana permukaan yang nyata
disesuaikan dengan pemerhati. Akhir sekali, lakaran 2 ½-D diubah
kepada lakaran 3 ½-D yang mewakili kedalaman dengan lebih
tepat termasuklah bentuk tiga dimensi yang sempurna serta
menunjukkan hubungan bentuk-bentuk ini di antara satu sama lain.
Lakaran 2 ½-D hanya mewakili satu sudut pandangan iaitu
pemerhati manakala lakaran 3 ½-D mewakili pandangan dari
pelbagai sudut iaitu lebih abstrak. David Marr juga menyatakan
bahawa lakaran tiga dimensi mewakili pelbagai bentuk yang boleh
diasingkan mengikut kategori-kategori tertentu.
Teori Geon
Teori Geon ini diperkenalkan oleh Irving Biederman (1987) dan
juga dikenali sebagai Teori Pengenalan Melalui Komponen. Teori
ini merupakan susulan daripada Pendekatan Berasaskan Komputer
oleh Marr iaitu pengkategorian bentuk-bentuk tiga dimensi.
Teori ini menyatakan bahawa semua bentuk kompleks
terdiri daripada beberapa geon iaitu ion-ion geometri. Geon
menyerupai huruf dalam abjad kerana ianya boleh digabungkan
menjadi sesuatu bentuk yang bermakna. Rajah 2 menunjukkan
beberapa contoh geon yang digabungkan menjadi beberapa objek
yang kompleks. Contohnya sebiji cawan terbentuk menerusi
gabungan geon 3 dan geon 5.
156 Psikologi Pendidikan
Rajah 7.2 : Contoh-contoh geon dan objek yang boleh dibina
daripada geon.
Biederman mencadangkan bahawa pengenalan bentuk-
bentuk yang kompleks seperti telefon, lampu dan sebagainya
terdiri daripada beberapa bentuk mudah yang terdapat di dalam
bentuk-bentuk kompleks.
Terdapat 24 bentuk geon yang berbeza seperti juga huruf-
huruf di dalam abjad yang boleh digabungkan dalam pelbagai cara
untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang kompleks. Contohnya,
bentuk geon 3 dan geon 5 boleh digabungkan menjadi cawan atau
baldi. Satu kajian menunjukkan gabungan tiga geon-geon yang
berbeza boleh menghasilkan lebih kurang 1.4 ribu juta objek.
Menurut Teori Geon, kita mengenali objek-objek dengan
mentafsirkan dan memperolehi semula geon-geon yang
tersembunyi. Sekiranya maklumat yang diterima mencukupi untuk
Pengamatan 157
mengesan geon-geon tersebut, maka objek akan dapat ditafsir.
Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh
Biederman menggunakan dua rajah yang mana lebih daripada 50
peratus bentuknya ditutup. Objek di dalam rajah bahagian atas
masih dapat dikenalpasti sebagai lampu suluh tetapi objek di dalam
rajah bahagian bawah tidak dapat dikenalpasti. Ini kerana titik
persilangan objek di dalam rajah di bahagian atas masih kelihatan
yang membolehkan sistem kognitif manusia menentukan sisi-sisi,
sekaligus mengenalpasti geon-geon yang terkandung di dalam
objek tersebut.
Rajah 7.3 : Figura sebuah lampu suluh yang sebahagian besarnya
telah ditutup.
158 Psikologi Pendidikan
Model Tinggi-Rendah Lawan Model Rendah-Tinggi
Bagaimanakah sebenarnya manusia mengenali objek di
sekitarnya? Proses pengenalan mungkin bermula sama ada
menerusi Model Tinggi-Rendah iaitu proses berasaskan konsep
atau Model Rendah-Tinggi iaitu proses berasaskan maklumat.
Model Tinggi-Rendah bermula dengan hipotesis tentang
keseluruhan objek yang membawa kepada pengenalan bahagian-
bahagian komponen objek itu. Proses ini menekankan peranan
konteks dan jangkaan dalam mengenali corak. Pengetahuan
terdahulu membantu proses pengenalan corak yang menyebabkan
kita tahu bahawa sesuatu objek itu lazimnya terletak di lokasi
tertentu. Oleh itu, konteks memainkan peranan penting dalam
membentuk pengamatan. Contohnya, perkakas memasak biasanya
terletak di dapur. Proses model ini adalah lebih perlahan, fleksibel
dan dipengaruhi oleh pengalaman dan jangkaan seseorang.
Model Rendah-Tinggi pula dimulai dengan hipotesis
tentang sebahagian daripada corak sebagai asas kepada pengenalan
objek secara keseluruhannya. Proses ini menekankan kepentingan
rangsangan dalam pengenalan corak iaitu bermula dari proses
peringkat rendah. Gabungan ciri-ciri yang mudah daripada
rangsangan membolehkan kita mengenali corak yang lebih
kompleks dan lengkap. Proses model ini adalah lebih cepat,
automatik dan tetap. Ianya banyak dipraktikkan di dalam Teori
Padanan-Templat dan Model Ciri-Tersendiri.
Walaupun kedua-dua model ini berbeza tetapi amat berkait
rapat di antara satu sama lain. Palmer (1975) menyatakan bahawa
dalam kebanyakan keadaan, menginteprasikan sebahagian atau
keseluruhan corak memerlukan kedua-dua proses berlangsung
secara serentak. Contohnya, satu muka dapat dikenali hasil
daripada kedua-dua proses yang berlaku serentak. Bermula dari
pengenalan bentuk mata, mulut dan hidung yang membentuk
keseluruhan muka (Proses Tinggi-Rendah) dan seterusnya
penggabungan komponen-komponen tersebut yang menghasilkan
persepsi objek tersebut adalah satu muka (Proses Rendah-Tinggi).
Teori Gestalt
Pengamatan 159
Gestalt berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud bentuk atau
struktur. Gestalt merujuk kepada pengamatan keseluruhan yang
dibentuk oleh otak manusia (keseluruhan objek). Pada dasarnya,
Teori Gestalt bermula pada akhir abad ke- 19 di Austria dan
Jerman.Teori Gestalt telah berkembang dari reaksi terhadap teori
‘associatiavist’ kepada satu mahzab yang telah menjadi asas
kepada beberapa disiplin atau bidang, termasuk teori – teori
pembelajaran. Teori sebenarnya dipelopori oleh beberapa ahli
psikologi Jerman iaitu Kurt Koffka, Wolfgang Lohler dan Max
Wertheimer. Ketiga – tiga ahli teori ini telah memfokus kepada
aspek yang berbeza dalam Teori Gestalt.
Teori Gestalt ini memfokus kepada proses pengamatan
minda. Perkataan ‘Gestalt’ tidak mempunyai terjemahan langsung
dalam Bahasa Inggeris, tetapi merujuk kepada, “cara sesuatu
benda atau perkara di ‘gestellt’, contohnya ‘diletakkan’, atau
‘diletak bersama’”; terjamahan umum biasanya dikaitkan dengan
“rupa (form)”, dan “bentuk (shape)” (EB: “Gestal Psychology,
1999). Gaetano Kanizca pula mendefinisikannya sebagai ‘struktur
terancang’.
Hakikatnya, para pelopor teori ini telah menggunakan
prisip asas bahawa ‘the whole is greater than the sums of its parts’
yang bermaksud keseluruhan adalah lebih besar berbanding
dengan beberapa bahagian – bahagiannya. Dalam erti kata lain,
keseluruhan (satu gambar atau kereta) membawa makna yang
berbeza dan makna yang lebih besar berbanding dengan komponen
– komponennya (warna, kain kanvas;atau tayar, cat dan kerangka
besi dan sebagainya). Dalam mengertikan ‘keseluruhan (whole)’,
suatu proses kognisi berlaku. Minda sebenarnya membuat lonjakan
daripada memahami bahagian – bahagian tertentu kepada
kesedaran secara menyeluruh.
Kebanyakan contoh-contoh Teori Gestalt diambil daripada
deria penglihatan dan penaakulan dalam bentuk dua dimensi.
Menurut Wertheimer (1923), sesetengah corak rangsangan
tersusun secara semulajadi. Jika kita rujuk pada Rajah 4,
kemungkinan perkara pertama yang kita lihat adalah tiga garisan
160 Psikologi Pendidikan
yang lurus, bukan titik-titik yang membentuk garisan tersebut atau
satu segi empat tepat.
Rajah 7.4 : Titik-titik garisan lurus
Berdasarkan contoh di atas, satu penjelasan yang boleh
dibuat ialah mata akan berterusan mencari alternatif susunan
pengamatan yang lain. Oleh itu, walaupun rangsangan yang
diterima oleh retina masih sama, intepretasi objek tersebut adalah
berbeza.
Prinsip-prinsip Hukum Gestalt
Terdapat beberapa prinsip hukum Gestalt yang membantu kita
untuk melihat figura dan bentuk keseluruhan sesuatu figura.
Hukum Gestalt ini menyatakan bahawa corak pengamatan adalah
tersusun secara semulajadi dan di dalam jangkaan.
Figura dan latar belakang
Kognisi manusia menyusun permukaan dalam dua bentuk yang
dikenali sebagai figura sebenar dan juga latar belakang figura.
Pada sesetengah susunan geometri, hubungan di antara figura dan
latar belakangnya adalah tidak jelas. Oleh itu, kita akan melihat
satu bahagian daripada imej itu sebagai figura manakala satu
bahagian lagi sebagai latar belakang sehinggalah ianya berubah.
Ini kerana apabila kita mengamati sesuatu imej kita hanya
menumpukan pada figura tertentu sahaja. Bahagian yang kurang
mendapat penumpuan itu akan menjadi latar belakang figura.
Namun begitu, persepsi pada rangsangan yang sama ini
boleh berubah-ubah. Sebagai contoh, dalam Rajah 5, anda
Pengamatan 161
mungkin melihat sebiji cawan pada rajah satu apabila bahagian
yang hitam menjadi latar belakang. Sebaliknya jika cawan yang
putih menjadi latar belakang anda akan melihat figura dua bentuk
muka. Perhatikan pula imej dalam Rajah 6. Adakah anda melihat
seorang wanita muda atau wanita tua? Sekiranya anda melihat
seorang wanita muda, ini bermakna objek yang ditumpukan adalah
wanita muda dan sebaliknya.
Rajah 7.5: Sebiji cawan atau dua bentuk muka?
162 Psikologi Pendidikan
Rajah 7.6 : Seorang wanita muda atau wanita tua?
Berdasarkan contoh tersebut, jelaslah bahawa kognitif manusia
akan menerima dan mendaftarkan satu rangsangan sebagai figura
dan latar belakang. Kedua-duanya boleh berubah mengikut
kesesuaian orang yang melihat.
Kedekatan
Hukum kedekatan Gestalt mengatakan bahawa semakin dekat
kedudukan dua atau lebih elemen visual, semakin tinggi
kemungkinan ianya dilihat sebagai satu kumpulan atau corak.
Perhatikan jarak melintang di antara elemen ‘1’ dan ‘3’ dalam
rajah 7. Pada imej A, elemen ‘1’ dan ‘3’ jelas kelihatan sebagai
nombor ‘1’ dan nombor ‘3’ kerana jarak melintangnya yang luas.
Manakala pada imej B, elemen ‘1’ dan ‘3’ dilihat sebagai huruf
‘B’ kerana jarak melintangnya yang dekat. Ini bermakna kedekatan
dapat mempengaruhi persepsi seseorang terhadap sesuatu
rangsangan.
Pengamatan 163
A B
Nombor ‘1’ dan ‘3’. Huruf ‘B’.
Rajah 7.7 : Prinsip kedekatan.
Kesamaan
Elemen visual yang hampir sama dari aspek bentuk, saiz, warna,
pergerakan dan sebagainya seringkali dilihat sebagai berkaitan.
Bentuk-bentuk dalam Rajah 8 dilihat sebagai garisan bulatan dan
garisan segi empat sama yang menurun. Kita tidak melihatnya
sebagai satu garisan melintang yang terdiri daripada bulatan dan
segi empat sama. Walaupun jarak di antara kedua-dua bentuk itu
adalah sama, pengklasifikasian bentuk-bentuk tersebut adalah
berdasarkan kesamaan bentuk. Ini menunjukkan kesamaan lebih
mempengaruhi persepsi manusia berbanding kedekatan.
164 Psikologi Pendidikan
Rajah 7.8 : Prinsip kesamaan.
Kesinambungan
Hukum Kesinambungan Gestalt menyatakan bahawa elemen
penglihatan yang mempunyai paling sedikit halangan akan
diklasifikasikan untuk membentuk garisan lurus atau lengkungan
yang berterusan. Adakah anda melihat sepasang huruf ‘X’ atau
segi empat selari dalam Rajah 9? Itu merupakan bentuk yang
mudah dilihat. Jika anda perhatikan dengan lebih mendalam anda
akan dapat melihat bentuk-bentuk lazim yang lain seperti huruf
‘M’, ‘W’ dan ‘V’. Huruf-huruf ini agak sukar dilihat kerana ianya
memerlukan pengubahsuaian penglihatan. Kebiasaannya kita
melihat sesuatu itu sebagai berkesinambungan bukan terputus-
putus, walaupun realitinya tidak. Oleh itu, kita akan mengisi
ruang-ruang yang kosong atau terputus-putus itu bagi membentuk
persepsi yang penuh.
Pengamatan 165
Rajah 7.9 : Prinsip kesinambungan.
Sambungan yang Sempurna
Hukum Gestalt tentang sambungan yang sempurna menyatakan
bahawa garisan dan bentuk yang hampir lengkap biasanya dilihat
sebagai sempurna atau penuh. Dalam Rajah 10, kita akan melihat
elemen visual tersebut sebagai satu segitiga dan bulatan bukannya
sebagai tiga garisan lurus yang tidak bersambung atau satu siri
titik. Bagaimanapun, hukum kedekatan dan kesamaan adalah perlu
dalam membentuk satu persepsi bentuk segitiga atau bulatan.
Rajah 7.10 : Prinsip sambungan yang sempurna.
166 Psikologi Pendidikan
Keringkasan
Manusia akan mengorganisasikan sesuatu rangsangan dalam
bentuk yang paling ringkas. Sebagai contoh, kita akan
mempersepsikan Rajah 11 sebagai satu bentuk bulatan dan segi
empat sama. Kita tidak terus mempersepsikannya sebagai satu
bentuk geometrik yang kompleks dan tidak bermakna.
Rajah 7.11 : Prinsip keringkasan.
Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz merupakan prinsip asas awal yang digunakan
oleh ahli-ahli psikologi Gestalt. Hukum ini menyatakan bahawa,
kita cuba mengalami sesuatu dalam cara Gestalt yang sebaik
mungkin. Di sini, istilah ‘baik’ boleh bermaksud biasa, tersusun,
mudah, simetri dan sebagainya.
Terdapat beberapa prinsip dalam Hukum Pragnanz. Di antaranya
ialah :
Pengamatan 167
1 Prinsip Lengkapan iaitu apabila sesuatu itu hilang atau
tidak kelihatan, otak kita akan mengadakannya atau
menambahnya.
2 Prinsip Kesamaan iaitu otak kita akan mengklasifikasikan
objek yang sama.
3 Prinsip Kedekatan iaitu objek yang terletak berdekatan
akan dilihat sebagai satu kumpulan.
4 Prinsip Simetri iaitu bentuk yang simetri akan dilihat
sebagai satu kumpulan walaupun terletak pada jarak yang
jauh.
5 Prinsip Kesinambungan iaitu otak kita beranggapan
sesuatu corak itu berterusan walaupun ianya telah terputus.
Definisi Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), definisi
pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan
kebijaksanaan. Pengetahuan boleh diberikan definisi yang pelbagai
bergantung kepada konteks dan berkait rapat dengan makna,
maklumat, pembelajaran dan sebagainya. Pengetahuan juga boleh
ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas
tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dan kognisi.
Pemahaman dan kesedaran tentang fakta, kebenaran dan maklumat
diperolehi menerusi pengalaman atau pembelajaran. Salah satu
teori yang paling popular tentang pengetahuan ialah pengetahuan
juga bermaksud kepercayaan. Hakikatnya, pengetahuan bukanlah
kepercayaan semata-mata. Ini kerana apabila seseorang itu
mengatakan apa yang mereka tahu itu benar, mereka percaya ianya
benar. Namun apa yang mereka percayai sebagai benar itu tidak
semestinya benar.
Jenis-jenis Pengetahuan
Terdapat empat jenis pengetahuan yang biasa digunakan dalam
kajian tentang pengetahuan. Keempat-empat jenis pengetahuan
168 Psikologi Pendidikan
terhasil dari sumber-sumber yang berbeza.
1. Pengetahuan Logikal
Pengetahuan yang terhasil daripada pemahaman tentang hubungan
satu idea dengan idea yang lain. Terdapat beberapa hokum logik
yang digunakan sebelum sesuatu penyataan itu diterima sebagai
pengetahuan iaitu penyataan itu mestilah konsisten dengan idea
yang telah diterima sebelum itu.
2. Pengetahuan Semantik
Pengetahuan yang terhasil daripada pembelajaran makna
perkataan. Pengetahuan tentang perkataan adalah pengetahuan
tentang definisi. Definisi-definisi ini didaftarkan di dalam kamus
yang diperakui oleh ramai orang.
3. Pengetahuan Sistemik
Pengetahuan tentang Matematik dan Geometri, terhasil daripada
pembelajaran perkataan-perkataan, symbol-simbol dan bagaimana
ianya berkaitan di antara satu sama lain serta hukum yang
digunakan dalam sistem tersebut. Kesemua pendapat yang
konsisten dengan definisi dan hukum dipanggil pengetahuan.
4. Pengetahuan Empirikal
Pengetahuan yang diperolehi menerusi deria kita. Sains adalah
contoh terbaik bagi memastikan ketepatan pengetahuan empirical.
Pengetahuan sains adalah hasil daripada pemerhatian, eksperimen,
hipotesis dan sebagainya. Majoriti maklumat yang diperolehi dari
cara ini adalah melalui kederiaan.
Pengetahuan dan Pengamatan
Hasil pemerhatian Aristotle telah memberikan satu asas tentang
perkaitan pengetahuan dan pengamatan. Beliau berpendapat
walaupun pengamatan bermula dengan rangsangan dari organ-
organ deria, tetapi ia juga bergantung kepada pengetahuan
pemerhati tentang dunia.
Pengamatan 169
Sebelum ini kita telah membincangkan tentang model
Tinggi-Rendah dan juga model Rendah-Tinggi. Dalam model
Rendah-Tinggi maklumat bergerak dari peringkat kurang penting
(reseptor) ke peringkat lebih tinggi (otak). Aspek fizikal
memainkan fungsi penting dalam menentukan corak aktiviti yang
akan terhasil. Oleh itu, fungsi pengetahuan tidak begitu ketara.
Pengaruh Pengetahuan terhadap Pengamatan
Pengaruh pengetahuan ke atas pengamatan dapat dilihat dengan
lebih jelas dalam model Tinggi-Rendah. Terdapat beberapa cara
pengetahuan mempengaruhi pengamatan.
1 Pengetahuan membolehkan pengkategorian
Pengetahuan sebagai rekod data kederiaan yang terdahulu,
membenarkan objek dan peristiwa dikaitkan dengan pengalaman
terdahulu, sekaligus dikategorikan. Satu kategori yang khas seperti
‘objek dari pengalaman terdahulu’ akan membentuk pengenalan.
Tanpa kemampuan untuk mengenali, fungsi pengamatan akan
terhapus.
Pengetahuan mengawal pemerhatian
Pengetahuan mengawal proses tertentu yang dinamakan
pemerhatian. Pemerhatian akan menguatkan keberkesanan
sesetengah rangsangan dan menghapuskan yang lain.
Pengetahuan membimbing perolehan data kederiaan
Proses Tinggi-Rendah mempengaruhi pemerolehan input
kederiaan termasuklah input tambahan. Sebagai contoh, apabila
mendengar bunyi air yang deras, kita akan mengaitkan rangsangan
itu dengan sungai atau air terjun.
Pengetahuan membekalkan konteks bagi data kederiaan
Pengaruh proses Tinggi-Rendah dapat menambah atau
membekalkan maklumat dengan menyediakan konteks di mana
input itu diterjemahkan. Oleh itu, interpretasi seseorang adalah
170 Psikologi Pendidikan
berbeza-beza bergantung kepada konteks. William James (1890)
menyatakan bahawa cara semulajadi memperolehi konteks ini
dating dari dua arah, iaitu rangsangan luaran oleh objek dan
rangsangan dalaman oleh neuron-neuron otak.
Peranan Pengetahuan dan Pengamatan
Proses pengamatan dibantu oleh pengetahuan yang didapati dari
pengalaman terdahulu. Pengalaman terdahulu ini terhasil daripada
pengumpulan data kederiaan yang disimpan di dalam memori kita
sebagai ingatan. Apabila seseorang itu menerima sesuatu
rangsangan yang baru, data kederiaan itu dikeluarkan sebagai
pengetahuan untuk membantu proses pengenalan corak. Hubungan
di antara pengamatan dan pengetahuan digambarkan menerusi
intepretasi data saintifik. Sebagai contoh, apabila pengetahuan
terdahulu anda tentang bumi adalah berbentuk bulat, maka anda
akan menginterpretasikannya sebagai bulat. Sebaliknya, hipotesis
yang lain memungkinkan anda mengintepretasikan bentuk bumi
secara berbeza.
Selain itu, pengamatan membolehkan kita menjangka
sesuatu rangsangan dengan dibantu oleh maklumat dari
pengalaman terdahulu. Ini memungkinkan kita mengamati dan
seterusnya menginterpretasikan objek-objek separa dan seterusnya
bertindakbalas. Hasil persepsi yang terbaru itu kemudiannya
disimpan sebagai maklumat baru yang dan ditambah pada
pengetahuan sedia ada.
Maka jelaslah bahawa, peranan utama pengamatan adalah
memandu tindakbalas seseorang terhadap dunia. Manakala
pengetahuan tentang dunia pula membentuk pengamatan, sekaligus
memenuhkannya dengan nilai-nilai dan utiliti.
Kesimpulan
Pengamatan amat berkait rapat dengan fungsi kognitif.
Pengamatan terhasil daripada gabungan proses kognitif yang
Pengamatan 171
bermula dengan menghuraikan kod kederiaan dan lain-lain faktor
yang mempengaruhi termasuklah pengetahuan kita tentang dunia.
Dalam ertikata lain, pengamatan adalah proses penggunaan
pengetahuan terdahulu untuk mengumpulkan dan
menginterpretasikan rangsangan yang didaftarkan oleh deria-deria
untuk memberikan tindakbalas yang efektif. William James
(1890), menyatakan bahawa sebahagian daripada hasil pengamatan
kita berpunca dari deria-deria, manakala sebahagian lagi diperolehi
dari otak kita sendiri.
Kebanyakan teori-teori yang dikemukakan untuk
menjelaskan pembentukan pengamatan masih kabur dan
mengelirukan umpama kisah ‘Tiga orang buta dengan gajah”.
Kebanyakan teori hanya menumpukan pada satu aspek dari imej
keseluruhan tanpa mengintegrasikannya. Malah, setiap teori-teori
itu memerlukan sokongan dari satu sama lain. Maka, jelaslah di
sini bahawa pengamatan merupakan satu proses yang amat
kompleks melibatkan operasi kognitif sehingga belum ada teori
corak pengamatan yang dapat memberikan penjelasan yang
lengkap tentangnya.
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
172 Psikologi Pendidikan
Belmont, California: Wadworth.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective
Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt
Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi
Perkembangan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam
Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental
Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.
Pengamatan 173
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to
Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River,
New Jersey : Prentice Hall.
Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of
personality. New Jersey:
HjeIIe, L.A. and Ziegler, D.J. (1992). Personality theories Basic
assumptions, research and applications. San Francisco:
McGraw-Hill.
Hurlock, Elizabeth B. (1980). “Developmental Psychology A Life
Span Approach”.
Ibn Khaldun (1332). Mukadimah (Terjemahan). Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
independent cognitive styles in academic evolution : a
longitudinal study.
Irfan Naufal Umar (1999). A study of the effects of cognitive styles
and learning
Kalat, J. W. (2005). “IntroductionTo Psychology”. United State of
Amerika : Thomson Learning, Inc.
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.
8
PENYELESAIAN MASALAH
Azizi Yahaya
PENGENALAN
Perbincangan di dalam tugasan yang diberi ini akan
menyentuh secara detail dan anatikal berkaitan perkara
penting di bawah tajuk “Penyelesaian Masalah atau Problem
Solving”. Perbincangan ini akan menyentuh beberapa tajuk
utama iaitu definisi penyelesaian masalah, penyelesaian
masalaah dari perspektif Thorndike, John Dewey, dan ahli
Psikologi Gestlat. Perbincangan ini juga membicarakan
pendekatan terkini atau kontemporari dalam menyelesaikan
masalah, faktor-faktor yang menghalang penyelesaian masalah,
pengetahuan pakar dalam penyelesaian masalah dan
meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah.
Definisi Penyelesaian Masalah
Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses
kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari
cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat.
Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai:
“ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap
masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba
mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah
hidup, dan akhirnya melaporkan silannya”
Robert Gagne di dalam Bukunya “ Educational Programs “
(1977,p. 177) menjelaskan
Penyelesaian Masalah 175
“Adalah menjadi satu matlamat utama untuk
seseorang guru mengajar pelajarnya bagaimana untuk
menyelesaikan masalah, seperti masalah matematik dan
masalah fizikal, masalah kesihatan, masalah social dan
penyesuaian diri”
Masalah yang senang memerlukan penyelesaian yang
mengandungi langkah-langkah yang tidak kompleks. Individu
menerima semua maklumat yang dikehendaki untuk
menyelesaikan masalah sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan dalam arahan yang diberi kepadanya. Masalah yang
senang mempunyai penyelesaian yang spesifik dan seseorang
individu mudah mengetahui sama ada penyelesaian itu betul
atau salah. Tetapi bagi masalah yang rumit, ia memerlukan
penaakulan dan analisis yang logik.
Oleh yang demikian di dalam buku “ The Conditions
of Learning “(3nd.ed), Gagne membincangkan tentang peranan
guru diperluaskan dalam mendidik pelajar menyelesaikan
masalah (Gagne, R.M. 1977). Di dalam perkara ini ini
masalah juga perlu dikenalpasti dan dalam situasi tertentu
perlu ada matlamat untuk menyelesaikan. Perlu ada keinginan
untuk mencari titik kesudahan dan mempunyai laluan untuk
mencapai matlamat yang diidamkan. Pakar yang
menyelesaikan masalah selalunya menentukan
“subgoal/matlamat kecil apabila dia bergerak untuk
penyelesaian terakhir (Schunk 1991).
Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang
mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah.
Ini adalah disebabkan di dalam proses penyelesaian masalah
individu akan mencari kesimpulan tentang sesuatu perkara,
mengaplikasi masalah dengan cara yang paling mudah,
mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan
mencipta beberapa pelan atau cadangan untuk penyelesaian
masalah. Proses ini menjadikan manusia semakin matang
(Anderson 1993).
Secara umumnya penyelesaian masalah dapat
dibahagikan kepada 5 tahap menggunakan akronim IDEAL
176 Psikologi Pendidikan
untuk menyelesaikan masalah iaitu seperti di bawah:
I Mengenalpasti masalah / Identify the problem
D Takrifkan dan gambarkan masalah / Define the
represent
the problem/
E Strategi menjelajah yang munasabah /Define possible
strategies
A Membuat strategi tindakan / Act on the strategies/
L Lihat kembali dan menilai keberkesanan tindakan anda.
Langkah pertama ialah mengenalpasti kewujudan
masalah.Seterusnya menjelajah penyelesaian masalah yang
munasabah. Melakukan tindakan dan langkah yang terakhir
ialah melihat kembali dan menilai keberkesanan tindakan
tersebut.
Gambarajah berkaitan tentang penyelesaian masalah boleh
dilihat seperti di bawah ini
Aktif Skema
Membuat Tidak Aktif Buat Berjaya
perwakilan Skema Penilaian
Berhenti
Cuba
Cadangan GAGAL
Rajah 8.1 :Diagram of The Problem -Solving Process
Dari gambarajah menunjukkan terdapat dua jalan untuk
penyelesaian masalah. Pertama ialah penyelesaian masalah
bergantung kepada skema pengalaman yang digerakkan untuk
mencari penyelesaian. Skema perwakilan masalah yang telah
lama dikenalpasti dan dikaji secara mendalam. Contohnya,
Penyelesaian Masalah 177
komputer rosak kali pertama mendatangkan masalah baru
tetapi jika rosak kali kedua, atau ketiga, kita tahu puncanya
kerana skema atau pengalaman lalu membaiki kerosakan kali
pertama telah tersimpan di dalam memori minda kita.
Sekiranya tidak ada skema yang bersesuaian, kita mencari dan
mencuba jalan penyelesaian yang lain.Sebenarnya dengan
mengerakkan skema yang lama tersimpan secara tersembunyi
dan disesuaikan dengan masalah baru dinamakan iaitu
memadankan situasi sebenar dengan system tersimpan untuk
menyelesaikan masalah yang berbeza dan berbagai (Gick
1986).Dari gambarajah 1 juga sebenar kita telah memandu diri
kita ke arah penyelesaian.Tetapi jika tidak ada jalan
penyelesaian kita perlu mengambil jalan yang baru.
Penyelesaian masalah menumpukan persoalan tentang sifat
aktif proses kognitif manusia menyelesaikan sesuatu masalah.
Orang bukannya bertindak secara rambang dalam
menyelesaikan masalah.Penyelesaian masalah melibatkan usaha
mencapai matlamat tidak begitu mudah untuk dicapai.Ini
bermakna setiap masalah tidak mungkin diselesaikan melalui
satu langkah saja. Walaupun masalah mungkin berbeza-beza
dari matlamat, tindakan dan kesukaran setiap masalah
mempunyai 3 komponen asas.
a. Sekumpulan maklumat tersedia iaitu huraian tentang
masalah.
b. Sekumpulan operasi atau tindakan sah mungkin diambil
bagi menghasilkan penyelesaian.
c. Matlamat atau huraian tentang keadaan dianggap
penyelesaian.
Kemahiran penyelesaian masalah bergantung kepada
jalan menuju untuk menjelaskan pada ingatan dan kemudian
mengembalikan dan diaplikasi dalam situasi. Kreativiti, formula,
kebolehan menyelesaikan masalah untuk orang menimbang
kepada aspek pemikiran. Contoh:
178 Psikologi Pendidikan
a. Bagaimana untuk menghilangkan berat.
b. Mengubah sebuah rumah.
c. Menyelesaikan “Crossword Puzzle”.
d. Memilih pergerakan Chess yang baru.
Sebagai kesimpulannya, menyelesaikan masalah sesuatu
masalah yang bermakna mencari dan menentukan operasi atau
cara-cara yang dianggap sesuai atau sah merentasi ruang di
antara keadaan asal dan keadaan matlamat atau menentukan
kewujudan setiap kriteria yang dianggap perlu bagi
menghasilkan penyelesaian. Penyelesaian masalah secara
umumnya dapat dilihat melalui carta di bawah. Ada empat
skema .
a. Membentuk untuk mempersembahkan permasalah awal.
b. Mengunakan cara atau potensi untuk menyelesaikan
masalah.
c. Setkan tindakan atau operasi untuk menolong mencapai
penyelesaian masalah.
Pelaksanaan prosedur untuk penyelesaian masalah.
Penyelesaian Masalah 179
Pembentukan semua …Jika gagal Tersekat. Kembali ke
masalah tahap 3
Jika gagal Jika berjaya
1. bentuk Diikut 2. merancang ..Jika 3.
perwakilan dengan penyelesaian laksanakan ..Selesai
potensi rancangan
berjaya dan periksa
Jika rancangan
l
Rajah 8.2 Skema Garisluar Dalam Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian Masalah dari Perpektif Edward Lee
Thorndike (1874-1949)
Edward Lee Thorndike (1874-1949)
Edward Thorndike dilahirkan di Williamsburg,
Masscahuttes dan membesar Di New England Town. Di mana
ayahnya berkhidmat sebagai Methodisth Minister. Selepas
menerima darjah sarjana dari Wesleyan Universiti, Throndike
membuat kajian dalam bidang psikologi kali pertama di
Universiti Harward dan Universiti Columbia.Beliau adalah
anakl seorang paderi dan merupakan pengasas psikologi.
180 Psikologi Pendidikan
Kajian major yang pertama oleh Thorndike dibuat
semasa ia masih seorang mahasiswa yang melibatkan
“percubaan dan kesalahan dalam pembelajaran, dengan
menggunakan anak ayam dan kemudian kucing. Ian Pavlow
seorang ahli psikologi, membuat kajian yang terhad dalam
pelaziman klasik. Anjing hanya melakukan tindakbalas yang
pasif untuk simulasi yang datang dari luar.Had ini adalaah
serius kerana kebanyakan tingkahlaku kita adalah motivasi
dalaman dan respons yang aktif. Kita mencari makanan, teman,
tanya soalan boleh digarap sebagai operasi Behavior
(Tingkahlaku) kerana ia beroperasi dengan aktif berdasarkan
persekitaran.
Selain dari itu, Thorndike adalah perintis dalam bidang
pendidikan tingkah laku, psikologi verbal, psikologi
perbandingan, ujian kecerdikan dan penggunaan pengukuran
kuantitatif dalam masalah sosio psikologi. Contohnya, beliau
telah menghasilkan skala di mana ianya boleh digunakan
untuk membandingkan kualiti hidup di Bandar-bandar yang
berbeza (Anita E. Woolfook, 1995)
Kehebatan Thorndike dikaitkan dengan pelaziman operan
iaitu pelbagai tatacara percubaan yang digunakan dalam
haiwan. Beliau sering menegaskan bahawa haiwan belajar
melalui proses cuba jaya yang dilakukan secara beransur-ansur
dan berulang-ulang sehingga terbentuk pelaziman atau
kebiasaan. Pada akhir pembelajaran, haiwan akan mendapat
satu gerakbalas yang betul dan berjaya menyelesaikan
masalahnya.
Thorndike banyak melakukan eksperimen yang
berkaitan rangsangan dan gerak balas.Dalam eksperimen
tersebut, Thorndike mengemukakan hukum kesan. Maksudnya,
apabila sesuatu gerak balas diikuti dengan keadaan yang
menyenangkan, ia akan berulang-ulang lagi.Ini bererti apabila
gerak balas terhadap sesuatu rangsangan diikuti perasaan
kepuasan ia dapat diteguhkan. Sebaliknya, gerak balas berubah
lemah dan akhirnya akan terhapus jika ia diikuti dengan
perasaan yang tidak selesa.Ini jelas menunjukkan bahawa
Penyelesaian Masalah 181
perlakuan manusia juga belajar melalui ganjaran dan dendaan.
Ganjaran mendorong manusia untuk meneruskan tindak balas
yang berulang-ulang, sebaliknya hukuman atau dendaan
menyekat daripada melakukan gerak balas itu. Beliau juga
tidak bersetuju yang manusia belajar melalui proses celik akal
yang melibatkan mereka. (Hergenhahn, B.R. 1998)
Thorndike banyak menjalankan kajian dengan
menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, monyet dan ikan.
Percubaannya yang mendapat pujian ialah kajian terhadap
kucing. Beliau telah mengurung kucing tersebut di dalam
sebuah kotak (puzzle box) yang di dalamnya terdapat satu
penekan. Idea utamanya a ialah untuk melihat kucing melarikan
diri dari peti. Sekiranya selak itu ditekan, pintu akan terbuka
dan kucing itu dapat melepaskan dirinya daripada kotak
tersebut. Thorndike telah menjalankan eksperimen seperti ini
dengan meletakkan makanan di luar kotak tersebut. Kucing itu
telah dibiarkan berlapar beberapa hari. Pada peringkat awal
percubaan, Thorndike memerhatikan kucing yang dikaji
melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri, hinggalah
akhirnya ia tertekan selak yang membuka pintu kotak itu.
Keadaan ini berlaku beberapa kali. Beliau mendapati masa
yang diambil oleh kucing tersebut semakin berkurangan
daripada sebelumnya. Kucing tadi melalui proses cuba jaya
telah dapat menguasai gerak balas yang betul dan menghindari
gerakbalas yang salah. Gerakbalas yang betul itu telah dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Thorndike membuat penilaian kekurangan masa yang
diambil oleh kucing itu adalah bukti pembelajaran. Thorndike
melihat kucing biasanya mencuba beberapa tingkahlaku yang
diberi makna seperti melangkah sebagaia hukum akibat.Hukum
ini menyatakan binatang berkecenderungan untuk berhenti
tingkahlaku yang bukan diikuti dengan keputusan yang
diperlukan.
Selain kajian ini, beliau membuat kesimpulan bahawa
dalam pembelajaran haiwan, hubungan rangsangan dan tindak
balas berlaku tanpa sebarang proses media yang membabitkan
182 Psikologi Pendidikan
pemikiran. Beliau berpendapat proses pembelajaran manusia
adalah sama. Walaupun manusia mempunyai keupayaan
belajar yang lebih baik,namun mereka juga dapat belajar
dengan cara mudah dan mekanikal seperti yang dilakukan
oleh haiowan. Aspek penting dalam proses pembelajaran itu
ialah motivasi, ganjaran dan dendaan yang dapat menjamin
penghasilan tingkahlaku yang baik. (Anita E. Woolfook, 1995)
Teori Thorndike ini adalah yang terawal pernah
dilakukan dan dikaitkan dengan perkaitan rangsangan dan
tindakalas. Singkatan teori ini disebut sebagai S-R iaitu
Stimulus (simulasi) dan Rangsangan (Response). Hubungan
antara R-S ini pula dihasilkan melalui beberapa hukum iaitu
Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan.
Hukum Kesediaan yang dicadangkan di dalam
bukunya “The Original Nature of Man”(Thorndike 1913)
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a. Apabila sesuatu itu bersedia bertindak, beliau akan
berpuashati.
b. Apabila sesuatu bersedia untuk bertindak, tidak
melakukanya akan kecewa.
c. Apabila sesuatu itu tidak bersedia bertindak, dipaksa
bertindak, ianya akan mengecewakannya.
Contohnya, seekor kucing perlu menyiapkan dirinya,
kukunya dan cara mengintip sebelum ia melompat bagi
menangkap sekor tikus. Kucing itu mengatur serta menyusun
segala gerak-gerinya untuk menangkap tikus.
Secara umumnya, sesuatu ganjaran itu akan berkesan
hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara
psikologi. Hukum ini boleh dinyatakan untuk merangkumi
kepentingan perhatian dan motivasi belajar kerana keadaan
bersedia, atau set untuk memastikan gerak balas seterusnya di
dalam sesuatu urutan. Melakukan sesuatu dengan bersiap sedia
adalah dianggap kepuasan, begitulah sebaliknya.
Ganjaran ini boleh dikatakan mengganggu tingkahlaku
Penyelesaian Masalah 183
yang bermatlamat akan menyebabkan kekecewaan dan
membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu yang mereka
tidak mahu melakukan apa-apa untuk mengelakkan, selalu
lakukan untuk mendapatkanya dan menyimpannya. Maksud
mengecewakan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu
biasanya meninggalkan dan mengelakkannya (Hergenhahn B.R.
1998)
Contohnya, apabila konsep kesediaan ini dipindahkan
kepada bilik darjah, dikatakan murid akan berasa puas apabila
dia bersedia bertindak. Apabila dia bersedia untuk bertindak,
tetapi tindakan tidak dilakukan, maka dia akan berasa
kecewa.Sebaliknya, apabila murid belum bersedia untuk
bertindak, dia juga akan berasa kecewa.
Hukum Kesan lebih merujuk ikatan rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang
dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari aspek fizikal, mental, emosi
ataupun sosial. Selain itu, ikatan akan menjadi lemah
sekiranya gerakbalas diikuti oleh sesuatu yang tidak
menyenangkan (hukuman).
Hukum kesan menyatakan bahawa apabila sesuatu
rangkaian di antara rangsangan dan gerak balas telah dibuat,
dan hal ini diikuti pula dengan keadaan yang memuaskan,
maka rangkaian tersebut akan diteguhkan. Jika sekiranya
rangkaian di antara rangsangan (R) dan gerak balas (S) diikuti
pula dengan keadaan yanga menyakitkan, maka rangkaian
tersebut akan dilemahkan. Dengan kata lain, menghikut hukum
ini, jika sesuatu itu perlu dipelajari, sesuatu ganjaran mesti
disajikan untuk tingkahlaku yang diingini, dan sebaliknya jika
sesuatu itu perlu dielakkan, maka dendaan mesti mengikuti
gerakbalas yang tidak diingini itu. Contohnya, jika gerak balas
diikuti dengan rasa puas hati, kekuatan hubungan itu
meningkat. Sekiranya gerakbalas diikuti dengan rasa kecewa,
kekuatan hubungan itu menurun. Peneguhan atau pengukuhan
di sini ialah peningkatan kebarangkalian bahawa respon itu
akan berlaku. Sekiranya, rangsangan berlaku, gerak balas juga
184 Psikologi Pendidikan
akan berlaku. (Anita E. Woolfook, 1995)
Contoh, apabila seseorang kanak-kanak mengucapkan
“selamat pagi” kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman
dan ucapan yang sama. Pengalaman yang dialami oleh kanak-
kanak itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut
diulangi. Sebaliknya, kalau guru tidak mengendahkan amalan
yang bersopan itu kanak-kanak berkenaan mungkin tidak akan
mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru.
Hukum Latihan merujuk perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan.Hukum
latihan menyatakan bahawa sesuatu rangsangan akan
diteguhkan dengan penggunaan, dan akan dilemahkan tanpa
penggunaan. Penggunaan latihan yang dimaksudkan melibatkan
ganjaran yang berterusan. Mengikut hukum ini, latihan ini
tanpa ganjaran tidak bermakna. Pengulangan tanpa ganjaran
tidak mengakibatkan pembelajaran. Thorndike merumuskan
bahawa latihan itu bukan bermakna ulangan sebaliknya
membawa keadaan yang memuaskan untuk membawa prestasi
yang betul.
Hukum Latihan di dalam teori Thorndike terbahagi
kepada dua bahagian iaitu:
a. Hubungan antara rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan
semasa ia digunakan. Hanya dengan melatih hubungan
antara rangsangan dan gerak balas, meneguhkan lagi
kedua-duanya. Ini namakan Hukum Gunaan (Law of Use)
b. Hubungan antara situasi dan gerak balas adalah lemah, bila
latihannya dihentikan. Ia dinamakan hukum Ketidakgunaan
(Law of Disuse)
Peneguhan atau pengukuhan di sini ialah peningkatan
kebarangkalian bahawa respon itu akan berlaku. Sekiranya
rangsangan berlaku, gerak balas juga akan berlaku (Anita E.
Woolfook, 1995).
Hukum kesan merujuk kepada pengukuhan atau
Penyelesaian Masalah 185
kelemahan pada hubungan rangsangan dan gerak balas.
Hubungan S – R juga dapat ditimbulkan atau didorong melalui
latihan yang berulang-ulang. Ini bermakna hubungan S-R akan
lemah jika tidak berlaku berlatih yang berulang-ulang, kerana
kegunaan R terhadap suatu S akan sering berkaitan. Tetapi
dari segi terminologi yang moden, sekiranya rangsangan
menghasilkan gerak balas yang kemudiannya dikukuhkan,
hubungan S-R (Stimulus-Respone) dikukuhkan atau dikuatkan,
sekiranya sesuatu rangsangan itu menghasilkan gerakbalas yang
membawa kepada hukuman, hubungan S-R dilemahkan .
Penyelesaian Masalah Dari Perspekif John Dewey
Tajuk:John Dewey 1859-1952
John Dewey adalah seorang ahli falsafah Amerika, ahli
psikologi dan pendidik. Menerima sarjana di Universiti of
Vermount dan Ph.D dari Universiti Hopkins 1884. Dewey
dilahirkan di Burlington,Vermont. Beliau pernah menjadi
pensyarah dan konsultan pendidikan dan mempelajari tentang
system pendidikan di China, Jepun, Mexico, Turkey dan Soviet
Union.Dewey amat tertarik dengan reformasi dalam bidang
teori dan praaktis dalam pendidikan. Dewey menguji prinsip-
186 Psikologi Pendidikan
prinsip pendidikannya di makmal eksperimen di Dewey
School yang ditubuhkan oleh Universiti Chicago pada 1896.
Prinsip-prinsip ini menekankan pembelajaran melalui
aktiviti berjenis-jenis daripada kurikulum formal dan Dewey
menentang kaedah autoritarian yang mana Dewey yakin
bahawa kaedah tersebut tidak memberikan penyediaan yang
realisitik dalam kehidupan masyarakat demokratik. Dewey
merasakan bahawa pendidikan bukan sahaja hanya
menyediakan untuk masa depan pelajar tetapi kehidupan yang
penuh dalam diri pelajar itu sendiri.
Kajian dan tulisannya adalah bertanggungjawsab ke
atas kepada perubahan pedagogi yang drastik. Dewey
menentang kaedah autoritarian, ia tidak menganjur atau
membela kekurangan kawalan dan bimbingan. Dewey
mengkritik pendidikan yang menekankan pelajar menjadi
sibuk.
Selain itu, Dewey menekankan pratikal, striving untuk
menunjukkan bagaimana idea falsafah boleh digunakan dalam
kehidupan harian. Proses pemikiran, falsafahnya adalah
tindakan rancangan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya,
seseorang yang ingin belajar berenang, tidak perlu diajar
pebagai teori, sebaliknya mereka wajar diajar di kolam renang
dan belajar renang. Justeru itu, mudah bagi mereka untuk
menguasai kemampuan berenang itu.
Dalam penyelesaian masalah, Dewey telah mengemukakan
satu model yang dinamakan Penyelesaian Masalah, Enam
Langkah Dewey iaitu seperti berikut:
PENYELESAIAN MASALAH, ENAM LANGKAH DEWEY
Langkah Pertama :Mengenalpasti masalah
Pendapat individu dikemukan kepada ahli kumpulan secara
jujur dan asertif. Walaupun Pendapat individu berbeza dengan
Penyelesaian Masalah 187
anda, pendapat ahli-ahli kumpulan diterima.
Langkah Kedua: Penyelesaian Masalah Apabila dikemukaan
penyelesaian am tidak boleh bimbang untuk mengambil risiko
dan hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing.
Langkah Ketiga: Satu penyelesaian diterima sebulat suara
Penyelesaian itu dibawa ke hadapan murid-murid.
Langkah Keempat:Perkara-perkara yang hendak diingat.
untuk mendapat persetujuan mengambil masa yang lama.
jika tiada persetujuan ia bukan bermakna kegagalan. jika
sebahagian penyelesaian diterima, fokus kepada bahagian
itu. pastikan tiada agenda tersembunyi yang menghalang
persetujuan.
Langkah kelima: Melaksanakan penyelesaian.Pastikan
pelaksanaan dipersetujui.
Langkah keenam:Penilaian. Semua ahli kumpulan hendaklah
menerima cara penilaian dibuat.Tarikh harus ditetapkan untuk
menilai kejayaan atau kegagalan penyelesaian.
Penyelesaian Masalah dari perpsektif ahli Psikologi Gestlat
(Wolfang Kohler –1887-1967)
188 Psikologi Pendidikan
Kohler (1887-1967)
Perkataan Gestlalt berasal dari perkataan Jerman yang
bermaksud bentuk pola atau ‘Organized whole’ iaitu tersusun
keseluruhan. Pandangan ahli psikologi Gestalt adalah mereka
melihat tingkah laku sebagai satu sistem yang tersusun
(Organized System). Kejadian-kejadian tidak dilihat sebagai
elemen-elemen individu tetapi sebagai satu keseluruhan yang
terdiri dari kejadian-kejadian ini. Menurut mereka, masalah ini
timbul terutamanya masalah persepi kerana wujud stress dan
tekanan oleh interaksi di antara persepsi faktor-faktor ingatan.
Dengan berfikir tentang suatu masalah atau melihatnya dari
beberapa sudut penyelesaiannya akan timbul kerana celik akal
atau “ingsight”.
Pelopor yang mengutarakan konsep ini adalah Marx
Werheimer (1880-1943) dan rakannya Wolfgang Kohler
(1887- 1967) dan Kurt Kofka (1886-1941) . Werheimer
menekankan keseluruhan itu lebih penting daripada bahagian-
bahagian yang menjadikannya. Konsep ini telah dikembangkan
dan digunakan oleh Kohler dan Koflka.Menurut mereka, di
dalam pembelajaran murid membentuk struktur kognitif di
dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu belajar, ia
akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
‘ingatan’.
Mazhab Gestalt/kognitif berpendapat bahawa setiap
manusia mempunyai keupayaan mental mengelola, menyusun,
menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman
untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian di antara
pengalaman tersimpan yang dihadapi. Kebolehan individu ini
dikenali celik akal. Dengan itu nyatalah seseorang individu
jarang menggunakan cuba ralat untuk mempelajari sesuatu.
Dua contoh eksperimen berikut yang dijalankan oleh
kohler telah menyumbangkan idea-idea bernas bagi
membentuk Teori Kognitif. Menurut ahli psikologi Gestalt,
pemikiran atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian
Penyelesaian Masalah 189
kaitan antara satu aspek. Masalah dengan aspek yang lain dan
akibatnya ialah kefahaman structural. Di mana kebolehan
memahami bagaimana semua bahagian-bahagian maalah dapat
disepadukan bagi memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini
memerlukan mengorganisasikan semula elemen-elemen masalah
kepada bentuk baru supaya dapat diselesaikan.
Dalam eksperimen pertama, Kohler telah menjalankan
kajian dengan menggunakan seekor Cimpanzi. Cimpanzi ini
telah dikurung di dalam sangkar yang besar. Cimpazi ini
dibiarkan dalam keadaan lapar. Terdapat beberapa buah peti
berlainan saiz di dalamnya. Pada bumbung ini tinggi dan
tidak boleh dicapai oleh Cimpazi tersebut. Tidak pun ada
jalan lain baginya untuk memanjat ke bumbung sangkar itu.
Keadaan lapar menjadikan rangsangan kepada cimpanzi untuk
mendapatkan untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu.
Di dalam yang dinyatakan tadi, Kohler telah
memerhati serta merekodkan bagaimana cimpanzi itu
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pada mulanya,
cimpazi itu melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai
pisang yang tergantung tinggi. Cimpazi berhenti seketika
setelah beberapa kali gagal. Ia melihat di sekeliling sangkar.
Tiba-tiba ia mengheret dan menyusun peti demi peti ke
bahagian tengah sangkar di bawah pisang yang tergantung itu,
akhirnya cimpanzi itu dapat makan pisag itu setelah berjaya
menyusun dan memanjat peti-peti serta mencapai pisang
tersebut. Gambarajah menunjukkan cimpazi menyelesaikan
masalah.
190 Psikologi Pendidikan
Ekperimen kedua, Kohler menggunakan cimpanzi yang
bernama Sultan. Hasil kajiannya diterbitkan dalam buku yang
berjodol “The Mentality of Apes” pada 1925. Situasi Sultan
sama seperti di dalam eksperimen yang pertama iaitu Sultan
dilaparkan dan diletakkan di dalam sangkar besar, sebiji
digantungkan di dalam sangkar itu. Kemudian di luar sangkar
itu terdapat beberapa batang kayu pendek. Semasa eksperimen
kedua dijalankan sultan di dapati sentiasa mencari idea
bagaimana hendak mendapatkan pisang yang tergantung tinggi
di atas bumbung sangkarnya. Setelah percubaan untuk
mendapatkan kayu berjaya, Sultan dengan tidak membuat masa
terus mengaitkan buah pisang itu tadi tetapi percubaan
pertamanya gagal. Sultan tidak putus asa dan mendapatkan
beberapa batang kayu yang pendek di luar sangkar dan
tercantumkannya. Akhirnya, Sultan berjaya mendapatkan pisang
tersebut.
Eksperimen kedua-dua tadi menunjukkan bahawa
Kohler menyarankan bahawa cimpanzi dan sultan dapat
melihat perkaitan di antara cara hendak mendapatkan pisang
tersebut dengan peti kayu yang berselerak. Kohler
menyarankan cimpanzi dan sultan melihat sangkar keadaaan
sangkar tersebut secara menyeluruh sehingga dapat merhatikan
perkaitan ini. Kohler membuat kesimpulan bahawa manusia
sudah tentu mempunyai kebolehan mental seperti ini, malah
Penyelesaian Masalah 191
lebih tinggi dari cimpanzi ahli psikologi kognitif ini juga
mendapati bahawa manusia mempunyai kebolehan mental
untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala
pengalamannya untuk membolehkan memerhatikan di antara
pengalaman yang tersimpan dengan masalah yang sering
dihadapinya. Dengan cara ini manusia tidak perlu
menggunakan cuba jaya setiap kali dia mempelajari sesuatu.
Kebolehan mental ini disebut celik akal. Seterusnya kita
melihat kepada pendekatan contemporary sebagai strategi
dalam penyelesaian masalah.
Pendekatan Kontemporari atau Terkini dalam Penyelesaian
Masalah
Algorithma
Alogritma ialah satu prosedur arahan langkah demi langkah
untuk menyelesaikan masalah demi mencapai matlamat.
Alogritma boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti formula,
arahan, atau percubaan untuk kesemua kemungkinan
penyelesaian. Kita biasanya menggunakan algoritma ketika
memasak (dengan mengikut resepi) dan memandu dengan
mengikut arahan seperti yang terdapat dalam alamat. Selain
itu, alogritma adalah satu peraturan yang menjaminkan
penyelesaian kepada masalah. Kita boleh menggunakannya
walaupun kita tidak memahaminya. Kita boleh menggunakan
Teorem Phythagoras untk menyelesaikan masalah A t B = C
iaitu hasil tambah kuasa dua dan kuasa sempadan yang
pendek adalah sama dengan kuasa dua sempadan yang
panjang. Formula ini adalah sentiasa tepat dan dapat
menyelesaikan maalah.Formula ini adalah sentiasa tepat dan
dapat menyelesaikan masalah. Pendekatan ini memakan masa
yang lama.
192 Psikologi Pendidikan
Contohnya , seperti di bawah:
19 [45 (92 t 17/80)] - [7/11(12379/5)]
Heruistik/Heuristics
Heruistik ialah satu strategi umum yang mungkin
memberikan jawapan yang betul dan strategi heruistik
merujuk kepada strategi yang informal, spekulatif dan jalan
pintas mental. Strategi ini meningkatkan kemungkinan
mengesan masalah dalam penyelesaian yang betul. Justeru itu,
heuristik ini adalah tidak sistematik dalam menilai setiap
penyelesaian masalah yang mungkin. Sebenarnya heruistik
tidak dapat menjamin memperolehi dalam penyelesaian yang
betul.
Heruistik adalah satu jalan pendek untuk
menyelesaikan masalah. Penggunaan heuristik sebenarnya
mungkin membantu kejayaan tetapi jalan memastikan kejayaan
penyelesaiaan masalah itu belum pasti. Terdapat cara heruistik
yang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam menyelesaikan “masalah silang
kata”, kita biasanya telah diberikan garis panduan (arahan-
arahan), misalnya berupa klu-klu tentang perkataan. Mungkin
juga pada ruang-ruang tertentu telah ada huruf-huruf yang
boleh kita jadikan panduan untuk melengkapkan perkataan
yang tepat. Dalam kehidupan kita seharian, kita cenderung
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan
heruistik dan kurang menggunakan algoritma.
Contohnya, di sini ialah pelajar sekolah yang belajar
secara heruistik di mana mereka tidak mengikuti pembelajaran
formal di sekolah tetapi mengikuti kelas tambahan atau
tuisyen di luar sekolah sebagai jalan pintas, ia merupakan
satu strategi yang mugkin membawa kejayaan atau tidak.
(Anita E. Woolfolk, 1995)
Kaedah heruistik kepada beberapa bahagian iaitu :