Kecerdasan 43
yang abstrak seperti demokrasi, keadilan dan seumpamanya.
Tetapi pada tahap ini mereka mula menerima pendapat orang
lain serta berupaya memberi perhatian kepada semua aspek.
Kanak-kanak juga dapat memperoleh konsep ruang, kelajuan
dan masa.
4. Peringkat operasi formal (11 tahun hingga dewasa) Pada
peringkat ini, penaakulan dan fikiran secara abstrak mula
dibentuk. Kanak-kanak berupaya menggunakan prinsip-prinsip
untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak serta
membentuk hipotesis ketika cuba menyelesaikan masalah.
Misalnya , individu sudah memahami konsep-konsep yang
abstrak seperti demokrasi, keadilan, dan kelaziman.
PENGUJIAN KECERDASAN
Mengkaji kecerdasan bermula dengan pembentukan ujian-ujian
untuk mengukur keupayaan mental, iaitu termasuk ujian
pencapaian, ujian bakat atau kebolehan (aptitude), dan ujian
kecerdasan. Ujian pencapaian bertujuan untuk mengukur
pengetahuan seseorang dalam bidang akademik, contohnya,
pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran yang telah diikuti,
misalnya pelajaran matematik, kimia dan biologi. Ujian bakat atau
kebolehan cuba meramalkan potensi yang dimiliki oleh seseorang
dengan tujuan untuk memperolehi faedah daripada latihan
akademik atau vokasional yang akan diberikan. Misalnya,
seseorang itu diuji tentang kebolehan atau bakatnya dalam bidang
pertukangan sebelum dilatih sebagai tukang kerana tidak semua
orang mempunyai bakat dalam pertukangan. Dengan memberikan
latihan kepada mereka yang tidak mempunyai bakat atau
kebolehan dalam sesuatu perkara tentunya akan membawa kepada
kerugian. Di Amerika Syarikat khususnya, calon-calon yang
memohon memasuki universiti-universiti dikenakan menduduki
ujian-ujian yang mengukur kebolehan dan bakat mereka ini. Di
antara ujian-ujian tersebut adalah Scholastic Aptitude (SAT),
American College Test (ACT), dan Graduate Recod Examination
44 Psikologi Pendidikan
(GRE). Ujian kecerdasan pula adalah sejenis ujian bakat yang
menilai keseluruhan keupayaan mental. Terdapat beberapa jenis
ujian kecerdasan. Iaitu:
Ujian Awal Francis Galton
Seorang ahli sains British bernama Francis Galton (1822-1911)
telah membina Makmal Antropometrik pada tahun 1884.
Antropometrik bermaksud "pengukuran manusia". Di makmal ini,
beliau telah mengukur ciri-ciri fizikal manusia, termasuklah saiz
kepala, kekuatan genggaman, ketajaman pandangan, dan reaksi
terhadap bunyi. Galton(1884) telah memperolehi dorongan untuk
berbuat demikian daripada teori evolusi sepupunya, Charles
Darwin. Mengikut Darwin(1874), individu-individu yang secara
fizikalnya cepat menyesuaikan Ujian kecerdasan pula adalah
sejenis ujian bakat yang menilai keseluruhan keupayaan mental.
Terdapat beberapa jenis ujian kecerdasan.dengan persekitaran
adalah mereka yang lebih cenderung untuk terus hidup dengan
lebih lama, cukup untuk melahirkan zuriat yang juga mempunyai
ciri-ciri fizika1 tersebut. Galton(1884) juga membuat andaian yang
sama, mengikut beliau individu-individu yang lebih hebat dari
segi kepuayaan-keupayaan fizikal, khususnya keupayaan kederiaan
dan motor, adalah lebih mudah untuk terus hidup(survive). Beliau
melihat bahawa manusia yang sedemikian adalah lebih cerdas
berbanding dengan keupayaan fizikal yang lemah. Kajian
Galton(1884) ke atas perbezaan individu telah membentuk satu
bidang psikologi yang dinamakan “psikologi bezaan”, yang
memberikan tumpuan kepada perbezaan kognitif dan tingkah laku
di antara individu.
Ujian Kecerdasan Binet-Simon
Ujian ini bermula pada tahun 1881, Alfred Binet (.1857-1911),
seorang ahli psikologi Perancis telah diminta oleh kementerian
pendidikan untuk membentuk ujian bagi mengenal pasti kanak-
kanak yang memerlukan kelas-kelas khusus bagi pelajar yang
Kecerdasan 45
lemah dalam pelajaran. Binet telah bekerjasama dengan pakar
psikiatri bernama Theodore Simon (1873-1961) untuk membentuk
ujian yang boleh menilai keupayaan pelajar untuk belajar di
sekolah. Setelah membentuk pelbagai soalan yang mengukur
keupayaan bahasa, penaakulan, dan matematik, dan mengujinya
beberapa kali, mereka akhirnya telah membentuk satu skala yang
mengukur kecerdasan yang dikenali sebagai Skala Binet-Simon.
Skala ini mengandungi 30 soalan yang disusun secara teratur
daripada yang paling mudah kepada yang paling sukar.
Binet(1908) telah mendapat subjek kajian yang mencukupi
untuk menentukan purata kecerdasan mengikut umur kanak-kanak.
Daripada skor yang diperolehi, Binet telah membina konsep yang
dikenali sebagai umur mental (mental age). Konsep ini
mendefinisikan kanak-kanak yang mendapat skor di kalangan
mereka yang berumur, katakan 4 tahun adalah mempunyai umur
mental 4. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun (umur tarikh) tetapi
hanya mampu untuk menyelesaikan ujian kecerdasan setahap umur
3 tahun (umur mental), maka kanak-kanak tersebut di anggap
lemah atau tidak cerdas.
Ujian IQ ( Intelligence Quotient )
Skala Binet-Simon telah dibuktikan berguna, tetapi konsep umur
mental, pada ketika itu, didapati mengelirukan. Katakanlah kanak-
kanak berumur 10 tarikh (umur tarikh, umur mengikut tarikh
dilahirkan) mempunyai umur mental. 8 dan kanak-kanak berumur
6 tahun mempunyai umur mental 4. Kedua-duanya adalah dua
tahun di bawah umur tarikh, tetapi kanak-kanak berumur 6 tahun
secara proposional berkadar lebih jauh ke belakang umur kawan-
kawannya berbanding dengan kanak-kanak yang berumur 10 tahun
tersebut. Masalah ini telah diselesaikan oleh seorang ahli psikologi
]erman bernama William Stern (1871-1938), yang mencadangkan
penggunaan nisbah umur mental kepada umur tarikh untuk
menentukan tahap kecerdasan kanak-kanak. Kanak-kanak yang
umur tarikhnya 10 tahun dan umur mentalnya 8 mempunyai nisbah
46 Psikologi Pendidikan
8/10 =0.80, dan kanak-kanak yang umur tarikhnya 6 tahun dan
umur mentalnya 4 mempunayi nisbah 4/6=0.67. Stern telah
membuang titik perpuluhan secara mendarabkannya dengan l00.
Dengan demikian 0.80 menjadi 80 dan .067 menjadi 67. Dengan
formula ini adalah berbentuk: umur mental/umur tarikh x l00, yang
dinamakan sebagai intellegence quotient atau IQ. Kita dapat lihat
bahawa kanak-kanak yang umur tarikhnya adalah sama dengan
umur mental akan mendapat skor IQsebanyak 100, dan kanak-
kanak yang mempunyai umur mental yang lebih tinggi daripada
umur tahun mempunyat IQ lebih daripada 100.
Ujian Kecerdasan Stanford-Binet
Skala Binet-Simon(1881) telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris
dan buat pertama kali digunakan di Amerika Syarikat oleh seorang
ahli psikologi bernama Henry Goddard (1866-1957). Satu versi
Skala Binet-Simon(1881) yang telah disemak semula oleh Lewis
Terman (1877-1956), Skala Kecerdasan Stanford-Binet lebih
sesuai dengan kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya
Amerika Syarikat, skala ini masih digunakan sehingga hari ini.
(Perkataan Stanford adalah mengambil nama universiti di mana
Terman bertugas). Perkara yang agak menyedihkan ialah Skala
Binet-Simon(1881) tidak begitu dikenali di Perancis sendiri
sehinggakan Skala Stanford-Binet menjadi popular di Amerika
Syarikat. Terman(1877-1956), juga merekabentuk semula ujian
tersebut sehingga membolehkannya digunakan untuk kanak- kanak
dan juga orang dewasa. Edisi terbaru ujian kecerdasan ini telah
mengenepikan ujian-ujian yang mengandungi bias dari segi
sosiobudaya dan jantina serta digantikan dengan soalan-soalan
yang berbentuk neutral.
Ujian Kecerdasan Wechsler
David Wechsler (1896-1981) telah membentuk ujian kecerdasan
Wechsler(1939). Dalam ujian tersebut, beliau menekankan
Kecerdasan 47
keupayaan berbahasa (verbal- bertutur) dan juga keupayaan tanpa
berbahasa (nonverbal- tanpa bertutur). Ini kerana ujian Stanford-
Binet lebih menekankan keupayaan berbahasa (bertutur), dan ini
membawa Wechsler(1896-1981) membentuk ujian keupayaan
kecerdasan yang menguji keupayaan berbahasa dan juga tanpa
berbahasa, yang akhirnya dinamakan sebagai Skala Kecerdasan
Wechsler-Bellevue. (Bellevue adalah nama hospital di m Wechsler
bertugas). Berbanding ujian kecerdasan Stanford-Binet yang
menekankan keupayaan bertutur serta mengenal pasti sesuatu yang
abstrak, Wechsler(1896-1981) lebih banyak melihat keupayaan-
keupayaan yang lain seperti keupayaan untuk mengendalikan
kehidupan seharian individu dalam ujian kecerdasan beliau itu.
Wechsler(1939) kemudiannya membentuk beberapa versi
ujiannya untuk digunakan oleh manusia pada pelbagai kelompok
umur, bermula dengan Skala Kecerdasan Untuk Kanak-kanak
Wechsler (WlSC), untuk kanak-kanak 6 hingga 16 tahun; diikuti
dengan Skala Kecerdasan Dewasa Wechsler (WAIS), untuk umur-
umur akhir remaja hingga ke dewasa; dan diakhirnya Kecerdasan
Prasekolah dan Sekolah Rendah Wechsler (WPPSI), untuk umur 4
hingga 6 tahun Skala-skala Wechsler telah disemak semula dari
semasa ke semasa, yang membawa ke akronim-akronim yang
sekarang ini dikenali sebagai, WISC-R, WAIS-R, dan WIPPSI-R.
Setiap satu skala Wechsler menggandungi 11 sub-ujian yang
mengukur aspek-aspek bertutur dan tanpa bertutur yang berbeza-
beza.
Ujian Kecerdasan Kelompok
Oleh kerana ujian-ujian kecerdasan yang dilaksanakan secara
berasingan daripada individu ke individu lain adalah mahal,
mengandungi bias di antara pengkaji dan peserta mengambil masa
untuk mentadbirnya, beberapa ujian kecerdasan telah dibina untuk
menguji kecerdasan manusia secara beramai-ramai dan
serentak.Ujian ini ialah ujian bertulis yang boleh dikendalikan oleh
seorang pemeriksa. Ujian ini bukan sahaja mengukur kecerdasan
48 Psikologi Pendidikan
semata- mata, ia juga terdapat bahagian yang mengukur kemahiran
serta beberapa keupayaan yang lain. Di antara ujian-ujian tersebut
ialah California 1est of Mental Ability, Cognitive Ability test, dan
Otis-Lennon Mental Ability test.
Kelebihan ujian secara kelompok ini ialah ianya
menghapuskan bias di antara pemeriksa dan peserta, serta soalan
boleh dijawab secara cepat dan objektif. Walau bagaimanapun,
terdapat kelemahan ujian secara kelompok ini. Kelemahannya
ialah pemeriksa tidak dapat mengenal pasti mereka yang berada
dalam keletihan, mengantuk atau kurang sihat. Ujian ini memihak
kepada mereka yang pernah didedahkan dengan kaedah yang sama
berbanding mereka yang tiada pendedahan langsung. Misalnya,
kanak-kanak yang terganggu emosinya dapat menjawab dengan
baik dalam ujian individu berbanding dengan ujian kelompok.
Terdapat pelbagai ujian berkelompok yang direka bukan sahaja
untuk mengukur kecerdasan tetapi turut mengukur kemahiran dan
kebolehan mental yang lain. Sekolah serta institusi pengajian
tinggi merupakan pengguna utama ujian secara berkelompok ini.
Institusi-institusi lain yang menggunakan kaedah ujian secara
berkelompok ini ialah kilang dan juga institusi ketenteraan. Ujian-
ujian seperti Graduate Record Examination (GRE) merupakan
ujian yang dijalankan menggunakan kaedah secara berkelompok.
Ciri-Ciri Ujian Kecerdasan Yang Baik
Kecerdasan merupakan konsep yang abstrak, ketepatan ukurannya
adalah bergantung kepada banyak faktor. Di antara kriteria yang
perlu dipenuhi oleh sesuatu ujian kecerdasan sebelum diterima
sebagai alat pengukuran yang baik adalah seperti berikut:
1. Piawaian. Tujuan ujian kecerdasan direkabentuk adalah untuk
membandingkan prestasi antara satu sama dengan lain. Oleh
itu, ujian yang diberikan mestilah dalam cara yang sama
(piawai) kepada setiap orang. Sekiranya tidak, perbezaan
prestasi kemungkinan diakibatkan oleh perbezaan dalam cara
Kecerdasan 49
ujian tersebut dikendalikan dan bukannya menggambarkan
perbezaan keupayaan sebenar. Akibat daripada masalah ini,
ujian psikologi biasanya disertakan dengan arahan-arahan yang
terperinci yang menerangkan kepada peserta dan juga
pengendali bagaimana ujian tersebut perlu dijalankan.
2. Norma. Untuk membandingkan skor kecerdasan seseorang
individu dengan individu lain, pembentuk ujian perlu
memberikan ujian tersebut kepada sampel manusia yang besar
yang mewakili populasi umum. Untuk membentuk ujian
kecedersan dewasa kita perlu memberikan ujian tersebut
kepada bilangan orang dewasa yang ramai, supaya hasilnya
dapat menggambarkan norma bagi orang dewasa, dan bukan
menggambarkan kumpulan umur lain.
3. Objektiviti. Ujian kecerdasan mesti dibina dalam bentuk yang
kurang kabur tentang jawapan bagi setiap item yang disoal.
Sekiranya terdapat kekaburan, dan cara membuat skor adalah
subjektif dan tidak objektif, maka faktor selain prestasi
individu kemungkinannya boleh mempengaruhi skor, seperti
"mood" atau prasangka pengendali ujian.
4. Kebolehpercayaan. Untuk sesuatu ujian itu berguna, ianya
mestilah boleh dipercayai. Ini bermaksud skor yang diperolehi
adalah lebih kurang sama sekiranya dijalankan pada dua masa
yang berbeza oleh pengendali-pengendali ujian yang berbeza.
Sekiranya skor- skor adalah berbeza-beza dengan nyata
daripada satu ujian ke ujian yang lain, maka ujian tersebut
tentunya tidak boleh dipercayai. Contohnya, sekiranya kita
menguji kecerdasan seorang kanak-kanak pada hari ini dan
mendapati skornya adalah 110, dan sepuluh hari kemudian,
dengan menggunakan ujian yang sama diuji semula dan
didapati skornya adalah 80, maka kita katakan bahawa ujian
tersebut tidak dapat dipercayai. Alasannya ialah kecerdasan
seseorang tidak begitu berubah dengan mendadak dalam
jangka masa yang singkat. Masalah wujud kerana ujian yang
digunakan itu tidak boleh dipercayai.
5. Kesahan. Perkara penting bagi satu ujian skala kecerdasan
50 Psikologi Pendidikan
ialah ia mestilah sah, ia mesti mengukur apa yang sepatutnya
diukur. Tegasnya, sekiranya ujian kecerdasan yang digunakan
itu adalah untuk mengukur kecerdasan penaakulan, maka
sesuatu ujian yang sah adalah ujian tepat dengan mengukur
penaakulan dan bukan mengukur aspek kecerdasan yang lain.
Analoginya, untuk mengukur berat sesuatu objek kita
menggunakan timbang, dan bukan menggunakan kayu
pembaris.
Kepentingan Ujian Kecerdasan Dalam Masyarakat Moden
Skor ujian kecerdasan adalah penting kerana ujian berkenaan dapat
meramalkan sejauhmana seseorang berjaya dalam hidupnya.
Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi cenderung belajar
dengan lebih berkesan, memperolehi markah yang baik dan belajar
ke tahap yang lebih tinggi. Individu yang cerdas juga cenderung
untuk mempunyai kerja yang kompleks dan mendapat pendapatan
yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang
mempunyai IQ di bawah purata, lebih cenderung untuk
diberhentikan daripada sekolah (gagal dalam pendidikan), hidup
dalam kemiskinan, menganggur, atau mempunyai masalah
kesihatan. Ada ahli psikologi yang mendakwa bahawa terdapat
korelasi yang tinggi di antara IQ dengan kejayaan dalam
pendidikan dan pekerjaan. Terdapat tiga sebab yang membuktikan
bahawa kecerdasan boleh meramalkan sejauhmana kita berjaya
dalam pekerjaan
i. Kebanyakan pekerjaan yang berstatus tinggi adalah untuk
mereka yang mempunyai ijazah, dan individu yang
kecerdasannya tinggi adalah lebih cenderung untuk
memperolehi pendidikan tinggi, maka individu yang
kecerdasan tinggi adalah lebih cenderung untuk
menamatkan program ijazah tinggi tersebut.
ii. la mengambil masa yang kurang untuk melatih manusia
yang mempunyai kecerdasan yang tinggi, kerjanya
Kecerdasan 51
memerlukan pengetahuan dan kemahiran tinggi berbanding
dengan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang
rendah
iii. Manusia yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
cenderung untuk berprestasi baik dalam melakukan kerja-
kerja yang rumit, khususnya mereka yang terlibat dalam
penilaian pada situasi-situasi yang berubah dan sentiasa
memerlukan kemahiran kerja kemaskini (seperti doktor,
peguam, ahli sains, jurutera dan seumpamanya). Malahan
dalam bidang pekerjaan bukan-profesional, manusia yang
mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi adalah cenderung
untuk dinaikkan pangkat ke pekerjaan yang lebih kompleks
berbanding dengan manusia yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah.
Isu-lsu Ujian Kecerdasan
Walaupun terdapat hubungan di antara kecerdasan yang tinggi
dengan kejayaan dalam kehidupan, namun kegunaan ujian
kecerdasan untuk menentu dan meramalkan keupayaan- keupayaan
tertentu telah banyak menimbulkan persoalan, dan kadang kala
konflik. Di antara kegunaan ujian-ujian ini ialah bagi menentukan
kemasukan pelajar ke sekolah dan juga universiti. Ia juga
digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk pekerjaan
tertentu. Namun begitu, walaupun kadang kala terdapat hubungan
positif di antara skor kecerdasan dengan pencapaian akademik,
namun hubungan skor kecerdasan dengan status pekerjaan adalah
tidak jelas. Skor ujian kecerdasan bukanlah penentu muktamad
kepada pencapaian masa depan seseorang individu. Ini kerana
kejayaan bukan sahaja bergantung kepada skor kecerdasan tetapi
juga bergantung kepada usaha, motivasi serta sikap seseorang
individu.
52 Psikologi Pendidikan
Faktor kecerdasan
Kontroversi timbul dalam penentuan sama ada kecerdasan
seseorang individu disebabkan oleh faktor baka atau persekitaran.
Ahli sains British, Francis Galton(1907) mendakwa bahawa
kecerdasan disebabkan oleh faktor baka semata-mata. Menurut
beliau, kecerdasan setiap individu telah tertanam sewaktu proses
persenyawaan lagi. Beberapa kajian mengenai kembar seiras dan
angkat telah membuktikan dapatan ini. Para saintis telah
menggunakan kembar seiras (contohnya kajian oleh Thomas
Bouchard(1974) ke atas 100 set kembar) untuk mendapatkan
maklumat berkenaan persekitaran semulajadi atau asuhan ini.
Mereka mula dengan mengkaji kembar seiras yang dibesarkan di
tempat yang sama, mempunyai persekitaran, keluarga, makanan
serta motivasi sama. Seterusnya mereka mengkaji kembar seiras
yang dibesarkan di dua buah tempat yang berlainan. Dapatan
kajian menunjukkan kedua-dua kembar mempunyai skor ujian
kecerdasan yang lebih kurang sama. Kajian berkenaan anak angkat
juga telah menunjukkan pengaruh baka terhadap kecerdasan.
Kajian ini mendapati anak angkat mempunyai IQ yang sama
dengan ibu kandung mereka.
Walaupun baka mempengaruhi kecerdasan seseorang
individu, persekitaran juga memainkan peranan penting.
Pendokong pendekatan persekitaran mendakwa bahawa
kecerdasan dipengaruhi oleh persekitaran (akibat daripada asuhan).
Kini kebanyakan ahli-ahli psikologi bersetuju dengan kedua-dua
pengaruh: semulajadi dan asuhan dalam menyumbang kepada
kecerdasan. Cuma yang sering menjadi persoalan ialah faktor yang
manakah yang lebih banyak memberikan sumbangannya.
Dari sudut persekitaran, ianya amat memberikan kesan ke
atas skor kecerdasan individu. Di antara faktor persekitaran yang
mempengaruhi kecerdasan individu adalah :
1. Zat makanan sewaktu dalam kandungan. Bahan makanan
Kecerdasan 53
seimbang yang diambil oleh ibu sewaktu mengandung banyak
mempengaruhi perkembangan fizikal dan juga mental kanak-
kanak.
2. Vitamin tambahan. Vitamin tambahan seperti B kompleks
membantu dalam penjanaan saraf otak kanak-kanak. Vitamin
seimbang yang diterima oleh kanak-kanak akan membantu
kanak-kanak tersebut membesar dengan baik.
3. Rangsangan persekitaran dan deria motor. Rangsangan yang
diberikan oleh ibu-bapa dapat membantu sistem saraf otak
kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. Sebagai contoh,
kanak-kanak yang diberikan pendedahan terhadap alam sekitar
akan lebih peka akan kepentingan tumbuh-tumbuhan serta
haiwan yang berada di sekeliling mereka. Ini secara tidak
langsung akan menambah pengetahuan mereka serta
merangsang saraf-saraf otak untuk berfikir dengan lebih kritis.
4. Saiz keluarga dan susunan kelahiran. Menurut R.B.
Zajonc(1980), bilangan ahli keluarga serta suasana kelahiran
memainkan peranan dalam perkembangan kecerdasan
seseorang individu. Menurut beliau, kanak-kanak yang
mendapat perhatian dari orang yang lebih tua akan membesar
dengar teratur. Dalam kes ini, anak sulung merupakan mereka
yang mendapat kelebihan.
5. Bahan beracun (plumbum). Plumbum dikenali sebagai bahan
beracun yang terdapat di kawasan-kawasan perindustrian, cat
yang telah lama serta makanan dalam tin yang disalut dengan
plumbum. Kehadiran plumbum dalam tubuh badan manusia
akan menyebabkan perkembangan otak manusia terbantut.
Ianya berfungsi secara tidak langsung dengan mempengaruhi
sistem saraf, mengawal keupayaan untuk memberi tumpuan,
memanjangkan rasa letih dan bercelaru kepada individu yang
mengambilnya.
54 Psikologi Pendidikan
ADAKAH KECERDASAN SESUATU YANG STATIK?
Walaupun kecerdasan dikatakan sesuatu yang diperolehi secara
genetik, ia masih boleh diperbaiki melalui persekitaran di mana
seseorang itu dibesarkan. Baka tidak semestinya menetapkan
tingkah laku. Ianya membentuk reaksi-reaksi yang menjadi
pemangkin kepada pengalaman yang diperolehi daripada
persekitaran. Kajian-kajian yang membandingkan golongan yang
kaya (berkemampuan memberikan zat makanan, rangsangan yang
sihat serta persekitaran yang memberangsangkan pertumbuhan IQ)
dengan yang miskin (terdedah kepada udara tercemar, bahan
kimia, kurang zat makanan serta persekitaran yang tidak produktif)
membuktikan bahawa kecerdasan boleh diperbaiki dan
ditingkatkan sekiraya mendapat rangsangan yang sesuai.
Kajian yang dilakukan oleh Scarr- Weinberg(1981)
mengukuhkan pendapat bahawa kecerdasan boleh diperbaiki.
Kajian yang dilakukan terhadap 130 kanak-kanak yang berkulit
hitam dan , dipelihara oleh keluarga yang kaya, berpelajaran tinggi
serta kelas menengah (99 orang daripadanya telah dijadikan anak
angkat sejak mereka kecil lagi) mendapati skor ujian kecerdasan
kanak-kanak ini ialah 110, iaitu 10 markat lebih daripada kanak-
kanak kulit putih. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan
bahawa kecerdasan bukan sahaja dipengaruhi oleh baka tetapi
persekitaran sosial turut juga memainkan peranan penting dalam
menyumbang kepada kecerdasan yang tinggi. Sementara itu,
daripada banyak kajian yang telah dijalankan di beberapa buah
negara menunjukkan bahawa pada puratanya skor kecerdasan
adalah semakin meningkat daripada generasi ke generasi. Dengan
menggunakan ujian kecerdasan yang sama, didapati mereka yang
dilahirkan pada zaman lalu memperolehi skor yang lebih rendah
berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada zaman
kebelakangan ini. Mengapakah skor kecerdasan meningkat dan
apakah maksud daripada peningkatan ini? Terdapat beberapa
penerangan yang cuba menerangkan peningkatan skor kecerdasan
di kalangan generasi sekarang ini adalah:
Kecerdasan 55
1. Peningkatan dalam amalan pemakanan dan kesihatan. Di
negara-negara yang kecerdasan meningkat didapati
peningkatan ini berkait rapat dengan jangka hayat penduduk,
yang dikaitkan dengan sistem kesihatan dan amalan
pemakanan yang lebih baik. Kajian menunjukkan terdapat
korelasi yang positif di antara pengambilan makanan yang
berzat dengan kecerdasan.
2. Peningkatan dalam pendidikan. Generasi sekarang ini
memperolehi pendidikan yang lebih baik berbanding generasi
lalu. Di samping itu pula, ibu bapa sekarang telah memperolehi
pendidikan yang baik, dan seterusnya mempunyai kedudukan
sosioekonomi yang lebih baik. Akibatnya mereka mampu
memberikan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak
mereka; dan ini menyumbang kepada peningkatan kecerdasan.
3. Bilangan anak per keluarga semakin menurun. Dalam banyak
kajian didapati korelasi yang negatif di antara bilangan anak
dengan kecerdasan. Dengan bilangan anak yang kurang
membolehkan ibu-bapa memberikan perhatian kepada anak-
anak dari segi sosial, pendidikan dan ekonomi, ini
menyumbang kepada peningkatan kecerdasan.
4. Persekitaran yang merangsangkan. Berbeza dengan tahun-
tahun lampau, kini kanak-kanak telah didedahkan kepada
persekitaran yang penuh dengan rangsangan- rangsangan yang
mampu meningkatkan kecerdasan, seperti televisyen,
komputer, buku, majalah, permainan berbentuk pendidikan,
dan seumpamanya. Kesemua ini meningkatkan rangsangan
intelektual kanak-kanak.
KESIMPULAN
Kognisi merupakan proses intelektual, iaitu melibatkan aktiviti
pemikiran manusia. Sementara kecerdasan pula merupakan
keupayaan menyeluruh manusia dalam berurusan dengan
56 Psikologi Pendidikan
persekitaran. Komponen asas kognitif adalah bahasa dan imej
mental. Sementara itu manusia yang cerdas adalah mereka yang
berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi.
Dengan itu, kecerdasan merupakan perkara penting yang harus
diberikan perhatian oleh semua pihak. Ibu-bapa terutamanya, perlu
mengambil berat akan corak pemakanan dan kualiti persekitaran
tempat tinggal mereka bagi menjamin kecerdasan yang baik untuk
anak-anak. Keadaan ini perlu dibentuk bukan sahaja sewaktu
kanak-kanak tersebut membesar tetapi ianya perlu disemai sejak
awal kandungan lagi. Walaupun kecerdasan boleh ditingkatkan
dengan merangsang persekitaran tempat tinggal, bagi yang
memperolehi anak yang rencat akal, kualiti kasih-sayang adalah
penting untuk anak-anak tersebut mengharungi hidup mereka
dengan lebih harmoni .
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley
& Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York
4
KECERDASAN EMOSI
Azizi Yahaya
PENGENALAN
Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam
konsep kecerdasan sosial yang dikemukakan oleh Thorndike pada
tahun 1920s. (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan oleh
Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan
emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik.
Gardner (1993) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi
dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya
dalam kerangka “ Pelbagai Kecerdasan”nya. (Multiple
Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan oleh Goleman
(1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih
penting daripada kecerdasan kognitif traditional (IQ) dalam
bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan emosi
menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.
Kecerdasan emosi model Goleman
Dalam kajian ini, kami menggunakan definasi yang diberi oleh
Goleman ( 1998, p 317) :
“…kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk
mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang
lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku.
58 Psikologi Pendidikan
Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk
mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian
dengan masa dan keadaan.”
Terdapat lima dimensi dalam kontruks kecerdasan emosi,
iaitu kesedaran kendiri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati,
dan kemahiran sosial
(a) Kesedaran kendiri
Kesedaran kendiri merujuk kepada kemampuan seseorang untuk
mengenali diri sendiri dari aspek kemampuan, kompetensi, emosi
dan keperluan. Seseorang yang mempunyai kompetensi jenis ini
akan mengetahui jenis emosi yang dialami dan memahami
bagaimana emosi tersebut dapat mempengaruhi prestasi diri
sendiri. Mereka akan mempunyai kesedaran terhadap matlamat,
nilai, kekuatan dan kelemahan serta belajar daripada pengalaman. (
Goleman, 1998)
(b) Pengurusan emosi
Seseorang individu yang mempunyai kompetensi ini dapat
mengenali tahap mood dan mengetahui bagaimana emosi mereka
akan mempengaruhi tingkah laku diri sendiri. Mereka juga
berupaya untuk mengurus emosi yang terganggu seperti bimbang,
marah dan takut secara efektif. ( Goleman, 1998)
(c) Motivasi diri
Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi seseorang
individu yang memandu ke arah pencapaian matlamat individu
atau organisasi dan memberi komitmen kepada matlamat yang
ingin dicapai. ( Goleman, 1998)
(d) Empati
Kecerdasan Emosi 59
Empati merujuk kepada kemampuan seorang individu yang
menyedari perasaan, keperluan dan prihatin terhadap orang lain.
Seseorang individu yang mempunyai kompetensi jenis ini
merupakan seorang pendengar yang baik, peka kepada sensitiviti,
memahami perspektif orang lain dan memahami perasaan dan
keperluan orang lain. ( Goleman, 1998)
(e) Kemahiran sosial
Kemahiran sosial merujuk kepada kemampuan seseorang individu
yang mahir dalam memahami reaksi orang lain. Mereka
berkemahiran mengurus dan menjalin hubungan dengan orang lain
melalui kemahiran berkomunikasi, sifat kepimpinan, mengurus
konflik dan kolaborasi serta berkemampuan bekerja secara
berpasukan. ( Goleman, 1998)
Definasi kecerdasan emosi lain
Menurut Mayer dan Salovey (1997), kecerdasan emosi
mendefinasikan sebagai keupayaan untuk mengawal emosi diri dan
orang lain, untuk membezakan antara emosi tersebut, dan untuk
menggunakan kefahaman itu untuk memantau pemikiran dan
tindakan diri.
Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam
gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori
kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada
keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut
kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan seseorang
memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani
keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.
Cooper dan Sawaf (1997) mendefinasikan kecerdasan
emosi sebagai keupayaan untuk mengesan, mengerti, dan
60 Psikologi Pendidikan
mengaplikasikan dengan berkesan ketajaman dan kuasa emosi
sebagai satu sumber motivasi manusia, maklumat, perhubungan
dan pengaruh.
Dulewicz dan Higgs (1999) mendefinasikan kecerdasan
emosi sebagai kecerdasan mengenai kesedaran dan mengurus
perasaan dan emosi diri, sensitif dan mempengaruhi orang lain,
memotivasi dan mengimbangkan motivasi dan memantau diri
supaya mencapai intuisi, ketelitian (conscientiousness) dan tingkah
laku beretika.
Reuven Bar-On (2000) mendefinasikan kecerdasan emosi
sebagai satu susunan fungsi yang merangkumi gabungan
kemahiran sosial, personal dan emosi yang mempengaruhi
keupayaan keseluruhan seseorang dalam menyesuaikan diri secara
aktif dan berkesan dengan keperluan dan tekanan hidup. Nelson
dan Low (2003) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai satu
kombinasi kemahiran dan kebolehan untuk (i) mengenal diri
dengan tepat, berasa nilai diri dan sanggup berkelakuan secara
bertanggungjawab sebagai seorang yang bernilai dan bermaruah;
(ii) membina dan mengekalkan berbagai perhubungan yang sihat,
kuat dan berkesan; (iii) berhubung dan bekerjasama dengan baik
dengan orang lain; (iv) menguruskan keperluan dan tekanan harian
dengan berkesan.
Teori-teori dan Model-model Kecerdasan Emosi
Sejak diperkenalkan oleh Mayer dan Salovey pada 1990, konsep
kecerdasan emosi telah menerima perhatian luas dalam bidang
akademik. Gardner (1993) menerangkan kecerdasan emosi dalam
kerangka teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence)
manakala Sternberg (1995) pula menerangkan dalam kerangka
teori kecerdasan kejayaan (Sucessful Intelligence). Cooper dan
Sawaf (1997 ), Goleman (1998), Dulewicz dan Higgs (1999),
Kecerdasan Emosi 61
Bar-On (2000) dan Nelson dan Low (2003) seterusnya telah
mengembangkan teori masing-masing dalam menerangkan
konstruk kecerdasan emosi.
Teori Abiliti Kecerdasan Emosi Mayer dan Salovey
Mayer dan Salovey (1997) mendefinasikan kecerdasan emosi
sebagai keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain,
untuk membezakan antara emosi tersebut, dan untuk menggunakan
kefahaman itu untuk memantau pemikiran dan tindakan diri.
Model kecerdasan emosi mereka terbahagi kepada empat
domain yang mewakili empat kemahiran seperti berikut:
(i) Kemahiran untuk mengenal pasti emosi dengan tepat.
Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan seseorang
dalam mengesan dan menyatakan emosi diri dan orang
lain dengan tepatnya.
(ii) Kemahiran untuk menggunakan emosi dalam
memantau pemikiran dan penaakulan. Kemahiran ini
membolehkan seseorang memahami bagaimana emosi
dapat membantunya dalam kehidupan dan bagaimana
emosi dapat bekerja dengan harmoni dengan
pemikiran.
(iii) Kemahiran memahami emosi. Kemahiran ini
membolehkan seseorang memahami “bahasa emosi”
yang mempunyai logik yang berbeza. Kemhiran ini
dapat membantu seseorang itu memahami sumber
emosi dan menjangka emosi yang akan berlaku.
62 Psikologi Pendidikan
(iv) Kemahiran mengurus emosi diri dan orang lain. Emosi
selalu mengantar maklumat yang penting. Kemahiran
ini akan membantu seseorang itu menggunakan
maklumat ini dalam keputusan kehidupannya.
Oleh kerana model ini menyatakan kecerdasan emosi dalam empat
kategori abiliti tersebut di atas, model kecerdasan emosi ini
dinamakan model abiliti kecerdasan emosi. Menurut model ini,
setiap individu berbeza dalam kemahiran kecerdasan emosi dan
perbezaan inilah yang akan menyebabkan perbezaan individu
dalam keluarga, sekolah, kerja, hubungan sosial.
Untuk mengukur kecerdasan emosi, Mayer dan Salovey
(1997) telah membina satu intrumen MEIS (Multi Emotioanal
Inetelligence Scale) yang berdasarkan empat kemahiran yang
tersebut di atas iaitu pengertian emosi (perceiving), pemahaman
emosi (understanding), pemudahan emosi (assimilating) dan
pengurusan emosi (regulating ).
Salovey kemudiannya mengkaji semula model ini dengan
bantuan rakannya Caruso pada tahun 2004. Mereka telah
merumuskan enam prinsip kecerdasan emosi seperti berikut:
(i) Emosi adalah sejenis maklumat.
(ii) Kita boleh mencuba untuk mengabaikan emosi,
tetapi ia tidak akan berjaya.
(iii) Kita boleh mencuba untuk menyimpan emosi,
tetapi kita selalu tidak sepandai sebagaimana
yang kita fikir.
Kecerdasan Emosi 63
(iv) Keputusan paling berkesan apabila
mempertimbangkan emosi.
(v) Emosi juga mengikut corak logik.
(vi) Di samping emosi spesifik, wujudnya emosi
bersifat universal.
Berpandukan prinsip-prinsip ini, mereka telah merangka satu pelan
kecerdasan emosi seperti dalam jadual 4.1.
Jadual 4.1: Pelan Kecerdasan Emosi
Matlamat Tindakan
Pengertian Mendapatkan Mendengar, menanya
Emosi data emosi yang dan menjelas untuk
tepat dan lengkap. memastikan pengertian
perasaan diri dan orang
lain.
Penggunaan Memantau Mengenal pasti
Emosi pemikiran dengan bagaimana perasaan
emosi. mempengaruhi
pemikiran diri dan
orang lain.
64 Psikologi Pendidikan
Pemahaman Menilai senario Menguji penyebab
Emosi emosi yang perasaan dan
mungkin berlaku. menjangka emosi yang
akan berlaku.
Pengurusan Mengenal pasti Membuat keputusan
Emosi penyebab asas dengan berpandukan
dan mengambil maklumat logik dan
tindakan data emosi.
sewajarnya.
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) oleh Gardner
(2000) mendasari dua prinsip asas iaitu:
(i) Manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai.
(ii) Semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten.
Terdapat sepuluh kecerdasan yang dikenal pasti setakat ini
iaitu kecerdasan matematik-logikal, kecerdasan linguistik,
kecerdasan ruangan, kecerdasan musik, kecerdasan kinestatik,
kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal, kecerdasan
naturalistik, kecerdasan eksistensial dan kecerdasan spiritual.
(Gardner, 2000)
Kecerdasan Emosi 65
Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam
gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori
kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada
keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut
kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan seseorang
memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani
keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.
Menurut Armstrong (1994), pemilik kecerdasan
intrapersonal sentiasanya menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
(i) Sentiasa membuat refleksi diri dan memikir tentang
isu besar dalam kehidupan.
(ii) Mementingkan pemajuan diri dan kefahaman diri.
(iii) Mengembangkan minat dan hobi tersendiri.
(iv) Sentiasa memikir tentang matlamat hidup.
(v) Mahir belajar daripada maklum balas dan
memahami kelebihan dan kelemahan diri.
(vi) Menulis diari dan membuat catatan khusus terhadap
kehidupan diri.
(vii) Berdikari, berazam kuat dan berupaya mendepani
kegagalan.
66 Psikologi Pendidikan
Kecerdasan interpersonal pula merujuk kepada keupayaan
untuk mengesan dan membezakan emosi, motif, kecenderungan
dan perasaan orang lain. Kecerdasan ini membolehkan seseorang
itu mempunyai sensitiviti emosi yang tinggi di mana dia boleh
memahami komunikasi verbal dan non-verbal dengan baik. Maka,
dia akan mahir dalam mempengaruhi perhubungan dalam
kumpulan. (Gardner, 2000)
Menurut Armstrong (1994 ), pemilik kecerdasan
interpersonal sentiasanya menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
(i) Sentiasa didatangi orang lain untuk meminta nasihat
daripadanya.
(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang rakan
rapat.
(iii) Menyukai sukan dan permaian jenis berpasukan.
(iv) Cenderung untuk memberi tunjuk ajar kepada orang
lain.
(v) Aktif dalam penyertaan dalam aktiviti sosial.
(vi) Beranggapan bahawa dirinya seorang pemimpin.
(vii) Berasa selesa dalam perhimpunan ramai.
Kecerdasan Emosi 67
Teori Kecerdasan Kejayaan
Sternberg (1995) telah mengemukakan teori kecerdasan kejayaan
(successful intelligent) yang menyatakan bahawa kelakuan
kecerdasan adalah hasil daripada aplikasi strategi pemikiran,
penanganan masalah dengan kreatif dan penyesuaian konteks
dengan memilih dan mengubah persekitaran.
Menurut Sternberg (1995), kecerdasan kejayaan terdiri
daripada tiga kecerdasan iaitu kecerdasan komponential,
kecerdasan pengalaman dan kecerdasan konteks. Kecerdasan
komponential merujuk kepada keupayaan untuk memikir secara
abstrak dan memproses maklumat. Kecerdasan pengalaman pula
meruju kepada keupayaan untuk membina idea baru dan
menggabungkan idea lama. Kecerdasan konteks merujuk kepada
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan konteks tertentu
dengan membentuk semula persekitaran berkenaan.
Adalah dinyatakan bahawa orang yang mempunyai
kecerdasan kejayaan juga merupakan orang mempunyai
kecerdasan emosi (Nelson & Low, 2003 ). Persamaan antara dua
kontruks kecerdasan ini membolehkan sifat-sifat orang yang
mempunyai kecerdasan kejayaan dijadikan rujukan kepada sifat-
sifat orang yang mempunyai kecerdasan emosi. Kecerdasan
kejayaan membolehkan seseorang itu mempunyai sifat-sifat seperti
berikut:
(i) selalu memulakan sesuatu dengan motivasi diri yang
tinggi
(ii) dapat mengawal naluri dan melengahkan kepuasan
(iii) berteguh dan mencuba untuk mengatasi masalah peribadi
(iv) dapat kotakan katanya dalam tindakan dan tidak degil
(v) menyiapkan kerja seperti yang dijanjikan
(vi) tidak takut mengambil risiko, tanggung tanggungjawab dan
68 Psikologi Pendidikan
(vii) menolak kasihan diri
(viii) berdikari dan berfokus pada matlamat diri yang bermakna
(ix) mengimbangi pemikiran (kognitif dan emosi)
mempunyai keyakinan dan efikasi diri yang tinggi
Model Kecerdasan Emosi Cooper dan Sawaf
Cooper dan Sawaf (1997) mendefinasikan kecerdasan emosi
sebagai keupayaan untuk mengesan, mengerti, dan
mengaplikasikan dengan berkesan ketajaman dan kuasa emosi
sebagai satu sumber motivasi manusia, maklumat, perhubungan
dan pengaruh. Kajian mereka telah banyak membekal bukti yang
menyokong nilai dan keperluan kecerdasan emosi dalam membina
kepimpinan dan organisasi yang berjaya.
Model kecerdasan emosi mereka mempunyai empat batu
asas (Four Cornerstone) iaitu celik emosi (emotional literacy),
kepadanan emosi (emotional fitness ), kedalaman emosi
(emotional depth) dan alkemi emosi (emotional alchemy ).
(Cooper dan Sawaf, 1997)
Celik emosi menerangkan aspek-aspek tentang
penghargaan, penghormatan, serta nilai yang ada pada
kebijaksanaan dan pemikiran seseorang. Seseorang itu yang
mempunyai celik emosi yang tinggi akan bertindak secara jujur
terhadap diri sendiri. Celik emosi amat membantu dalam membina
kuasa peribadi yang merangkumi kesedaran kendiri,
penghormatan, tanggungjawab dan hubungan sosial. Ianya juga
membantu dalam penyelesaian kerja yang mencabar dan sukar.
(Cooper dan Sawaf, 1997)
Kecerdasan Emosi 69
Kepadanan emosi merujuk kepada kebolehupayaan emosi
dan mental seseorang individu dalam mengurus tekanan dengan
cara yang lebih sihat, terbuka dan bersungguh-sungguh.
Kepadanan emosi dapat dilahirkan melalui inspirasi diri sendiri
dengan orang lain melalui penampilan keaslian, ketahanan dan
pembaharuan, perhubungan yang dipercayai, dan pemikiran
membina. (Cooper dan Sawaf, 1997)
Kedalaman emosi menitikberatkan pembentukan sifat serta
pengaruh kepada seseorang. Seseorang individu yang menguasai
kedalaman emosi memiliki sifat-sifat seperti komitmen, matlamat
dan potensi unik, integriti dan pengaruh tanpa autoriti. (Cooper
dan Sawaf, 1997)
Dengan adanya alkemi emosi pula, seseorang individu
berupaya mengesan peluang yang bakal wujud, seterusnya
berkuasa dalam membina masa depanya. Alkemi emosi menjadi
alat penghubung untuk aliran intuitif, reflektif dan perubahan,
pengesanan peluang dan penciptaan masa depan diri. (Cooper dan
Sawaf, 1997)
Model Kecerdasan Emosi Higgs dan Dulewicz
Dulewicz dan Higgs (1999) mendefinasikan kecerdasan emosi
sebagai kecerdasan mengenai kesedaran dan mengurus perasaan
dan emosi diri, sensitif dan mempengaruhi orang lain, memotivasi
dan mengimbangkan motivasi dan memantau diri supaya mencapai
intuisi, ketelitian (conscientiousness) dan tingkah laku beretika.
Mereka menyatakan konstruk kecerdasan emosi dalam
tujuh kemahiran iaitu kesedaran diri, ketahanan emosi, motivasi,
ketelitian dan integriti, pengaruh, dan sensitiviti interpersonal
70 Psikologi Pendidikan
seperti berikut:
(i) Kesedaran Diri :Kesedaran terhadap perasaan diri sendiri
dan kebolehan untuk mengenalpasti,
mengurus dan mengawal perasaan.
Kemahiran ini merangkumi kebolehan
percaya kepada diri-sendiri dalam
mengurus emosi dan mengawal kesannya
terhadap persekitaran kerja.
(ii)Ketahanan Emosi :Kebolehan untuk mengekalkan prestasi
konsisten dalam keadaaan tertekan dan
mahir menyesuaikan diri dengan
sewajarnya. Kebolehan menumpukan pada
tindakan atau keperluan tertentu walaupun
mengalami cabaran atau kritikan.
(iii) Motivasi :Desakan atau tenaga untuk mencapai hasil yang
jelas dan berpengaruh, serta mengimbangi kedua-
dua matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
(iv) Sensitiviti :Kebolehan mengetahui dan mempertimbangkan
Interpesonal keperluan dan persepsi orang lain apabila
membuat keputusan dan mengemukakan
cadangan terhadap sesuatu masalah atau
cabaran.
(v) Pengaruh :Kebolehan memujuk orang lain untuk mengubah
pandangan terhadap sesuatu masalah dan
mendorong perubahan rational.
(vi) Intuisi :Kebolehan menggunakan penaakulan dan intuisi
(emosi) yang bersesuaian untuk menghasilkan
keputusan yang berkesan.
Kecerdasan Emosi 71
(vii) Conscientiousness
dan Integriti :Kebolehan memberi komitmen semasa
menghadapi cabaran, bertindak secara
konsisten dan memahami permintaan
etika.
Model Kecerdasan Emosi Bar-On
Reuven Bar-On (2000) memulakan penyelidikannya untuk
mengenal pasti faktor kebolehan yang menyebabkan kejayaan
seseorang dalam kehidupannya sejak tahun 1980-an. Beliau
mendapati bahawa banyak faktor bukan kognitif telah
menyumbang kepada kejayaan tersebut. Beberapa faktor bukan
kognitif ini dirumuskannya sebagai kecerdasan emosi. Beliau
mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai satu susunan fungsi
yang merangkumi gabungan kemahiran sosial, personal dan emosi
yang mempengaruhi keupayaan keseluruhan seseorang dalam
menyesuaikan diri secara aktif dan berkesan dengan keperluan dan
tekanan hidup.
Beliau telah membangunkan satu model kecerdasan emosi
yang merangkumi lima kompetensi emosi dan berdasarkan model
ini, beliau telah membangunkan satu intrumen pengukuran
kecerdasan emosi. Lima kompetendi dalam model tersebut adalah
seperti berikut:
(i) Kompentensi Intrapersonal : melibatkan kesedaran
diri dan ekspresi diri, tanggapan diri, kesedaran
emosi, asertif, berdikari, menjadi diri yang sebenar.
(ii) Kompetensi Interpersonal : melibatkan kesedaran
sosial dan hubungan interpersonal, empati,
tanggungjawab sosial, dan perhubungan dengan
orang lain.
72 Psikologi Pendidikan
(iii) Kompetensi Pengurusan Tekanan: melibatkan
regulasi diri dan pengurusan emosi, tolenransi
tekanan, kawalan terhadap desakan naluri.
(iv) Kompetensi Penyesuaian : melibatkan pengurusan
perubahan, ujian realiti, fleksibiliti, dan
penyelesaian masalah.
(v) Kompetensi Motivasi Diri : melibatkan dorongan
perasaan hati, keceriaan dan optimisme.
Sistem Pembelajaran Emosi (The Emotional Learning System)
Nelson dan Low (2003) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai
satu kombinasi kemahiran dan kebolehan untuk (i) mengenal diri
dengan tepat, berasa nilai diri dan sanggup berkelakuan secara
bertanggungjawab sebagai seorang yang bernilai dan bermaruah;
(ii) membina dan mengekalkan berbagai perhubungan yang sihat,
kuat dan berkesan; (iii) berhubung dan bekerjasama dengan baik
dengan orang lain; (iv) menguruskan keperluan dan tekanan harian
dengan berkesan.
Mereka menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah
satu proses berterusan dalam pembangunan kemahiran emosi yang
khusus. Mereka telah mengemukakan satu sistem pembelajaran
emosi yang melibatkan lima langkah untuk membangunkan
kecerdasan emosi seseorang itu. Lima langkah tersebut
merangkumi (i) penilaian diri; (ii) kesedaran diri; (iii) pengenalan
diri; (iv) pembangunan diri; (v) pemajuan diri.
Tiga belas kemahiran kecerdasan emosi dalam empat
bidang kompetensi telah dikenalpasti oleh mereka seperti berikut:
(a) Kemahiran Interpersonal
Kecerdasan Emosi 73
(i) Assersi
Kebolehan untuk menyampaikan secara jujur dan jelas
perasaan dan pemikiran diri kepada orang lain dalam satu
komunikasi yang selesa, berterus terang, dan bersesuaian.
(ii) Pengurusan kemarahan
Kebolehan untuk menunjukkan kemarahan dengan membina
dalam perhubungan intrapersonal dan interpersonal.
(iii) Pengurusan kebimbangan
Kebolehan untuk mengurus kebimbangan diri (ketakutan) dan
dapat menyampaikan perasaan ini kepada orang lain dengan
berkesan
(b) Kemahiran Kepimpinan
(iv) Kesedaran sosial
Kebolehan untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan
membina keyakinan dan hubungan mesra dengan orang lain.
(v) Empati
Kebolehan untuk memahami dengan tepat dan membalas
dengan membina terhadap perasaan, pemikiran dan keperluan
orang lain.
(vi) Membuat keputusan
Kebolehan untuk menggunakan strategi penyelesaian masalah
dan konflik dalam menangani isu.
(vii) Pengaruh positif
Set kelakuan arahan diri yang dapat membina konsensus,
momentum dan memperoleh sokongan aktif daripada orang
lain.
(c) Kemahiran Pengurusan Diri
74 Psikologi Pendidikan
(viii) Kekuatan desakan dalaman
Kebolehan untuk mencapai matlamat bermakna yang
mendatangkan kepuasan diri dan perasaan positif.
(ix) Etika komitmen
Kebolehan untuk menyempurnakan kerja, tugas dan
tanggungjawab dengan berdikari dan berjaya.
(x) Pengurusan masa
Kebolehan untuk mengatur tugas dalam jadual waktu dan
menggunakan masa dengan berkesan untuk
menyempurnakannya.
(xi) Perubahan positif
Kecenderungan untuk berubah dari keadaan semasa untuk
mencapai keberkesanan diri dan profesional yang lebih tinggi.
(d) Kemahiran Intrapersonal
(xii) Estim diri
Kebolehan untuk menilai diri sebagai seorang yang positif,
kompeten dan berjaya.
(xiii)Pengurusan tekanan. Kebolehan untuk memilih dan
melaksanakan kawalan diri yang sihat semasa berdepan
dengan perkara yang membawa tekanan.
Model Kompetensi Kecerdasan Emosi Goleman
Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi adalah kapasiti untuk
mengenal pasti perasaan diri sendiri, memotivasi diri sendiri,
empati serta mengurus emosi secara efektif pada diri sendiri dan
orang lain. Kapasiti kecerdasan emosi mempunyai sifat-sifat
Kecerdasan Emosi 75
seperti berikut:
(i) Berdikari : Setiap kompetensi kecerdasan emosi
membawa keunikan kepada prestasi kerja.
(ii) Saling Bergantung (Interdependent): Setiap
kompetensi Kecerdasan emosi mempunyai
interaksi yang kuat antara satu sama lain.
(iii) Hierarki: Kompetensi kecerdasan emosi
berinteraksi sesama sendiri. Contohnya, kesedaran
kendiri adalah penting untuk pengurusan emosi
dan empati, pengurusan emosi serta kesedaran
kendiri juga menyumbang kepada motivasi.
(iv) Perlu tetapi tidak mencukupi: Mempunyai
kemampuan atau kemahiran kecerdasan emosi
tidak menjamin pembangunan kompetensi seperti
kolaborasi atau kepimpinan. Contohnya, iklim
organisasi terhadap kerja akan menentukan sama
ada kompetensi tersebut dapat menunjukkan
identiti diri sendiri.
(v) Umum :Kompetensi kecerdasan emosi adalah
satu kompetensi umum yang boleh digunakan
dalam pelbagai pekerjaan. Pekerjaan yang
berlainan mempunyai kompetensi yang berlainan.
Goleman (1998) telah mengemukakan model kompentensi
kecerdasan emosi yang merangkumi 25 kompetensi kecerdasan
emosi. Model ini berasaskan pada lima kompetensi utama yang
76 Psikologi Pendidikan
dikemukakan oleh Goleman pada tahun 1995 yang terdiri daripada
kesedaran kendiri, pengurusan emosi, motivasi, empati dan
kemahiran sosial. Namun ia mengkategorikan kompentensi-
kompetensi ini selanjutnya untuk menjadi dua kompentensi besar
iaitu kompetensi peribadi dan kompetensi sosial. Penjelasan dua
kompetensi besar ini adalah seperti berikut:
Kompetensi Peribadi
Kompetensi ini dapat menentukan bagaimana seseorang individu
mengurus emosi diri sendiri. Kompetensi peribadi merangkumi
kesedaran kendiri, pengurusan emosi dan motivasi.
Jadual 4.2: Kompetensi Peribadi
Kompetensi Peribadi Kompetensi Sosial
(Kesedaran diri) (Kesedaran Sosial)
Kesedaran Kendiri Empati
Kesedaran emosi Memahami orang lain
Penilaian diri Orientasi perkhidmatan
Keyakinan diri Membangunkan orang
Pengurusan Emosi lain
Kawalan diri Mengurus perbezaan
Kebolehpercayaan Kesedaran politik
Ketelitian
Penyesuaian Kemahiran Sosial
Inovasi Pengaruh
Komunikasi
Motivasi Pengurusan konflik
Desakan pencapaian Kepimpinan
Pemangkin perubahan
Kecerdasan Emosi 77
Komitmen Membina hubungan
Inisiatif Kolaborasi dan kerjasama
Optimistik Kemampuan kerja
berpasukan
(a) Kesedaran Kendiri
Kompetensi ini merujuk kepada kemampuan seseorang untuk
mengenali diri sendiri dari aspek kemampuan, kompetensi, emosi
dan keperluan. Kesedaran kendiri merupakan komponen penting
dalam kecerdasan emosi. Seseorang yang mempunyai kompetensi
jenis ini akan mengetahui jenis emosi yang dialami dan memahami
bagaimana emosi tersebut dapat mempengaruhi prestasi diri
sendiri. Mereka akan mempunyai kesedaran terhadap matlamat,
nilai, kekuatan dan kelemahan serta belajar daripada pengalaman.
Kompetensi ini dibahagi lanjut kepada tiga kompentensi kecil iaitu
kesedaran emosi, penilaian diri dan keyakinan diri.
(i) Kesedaran emosi
z Mengetahui apa emosi yang dialami dan sebabnya.
z Sedar akan hubungan antara perasaan dengan
pemikiran, tindakan dan pertuturan.
z Memahami bagaimana perasaan mempengaruhi
prestasi.
z Mempunyai kesedaran tentang matlamat dan nilai
diri.
(ii) Penilaian diri
z Sedar akan kelebihan dan kelemahan diri.
z Reflektif, belajar daripada pengalaman.
z Terbuka kepada maklum balas yang tulus,
perspektif baru, pembelajaran berterusan, dan
pemajuan diri.
78 Psikologi Pendidikan
z Mampu menunjukkan perasaan humor dan
perspektif diri.
(iii) Keyakinan diri
z Menampilkan diri dengan tegas; mempunyai
“presence”.
z Mampu mengemukakan pandangan yang tidak
popular dan menegakkan apa yang benar.
z Mahir memutus, mampu membuat keputusan
dengan baik biarpun di bawah tekanan dan
ketidakpastian.
(b) Pengurusan Emosi
Seseorang individu yang mempunyai kompetensi ini dapat
mengenali tahap mood dan mengetahui bagaimana emosi mereka
akan mempengaruhi tingkah laku diri sendiri. Mereka juga
berupaya untuk mengurus emosi yang terganggu seperti bimbang,
marah dan takut secara efektif. Kompetensi ini dibahagi lanjut
kepada lima kompentensi kecil iaitu kawalan diri,
kebolehpercayaan, ketelitian, penyesuaian, dan inovasi. .
(i) Kawalan diri
z Mengurus perasaan impulsif dan emosi distres
dengan baik.
z Berkekal dalam ketenangan, positif dan tidak
gelisah walaupun dalam keadaan yang
menyusahkan.
z Berfikir dengan jelas dan fokus biarpun di bawah
tekanan.
Kecerdasan Emosi 79
(ii) Kebolehpercayaan
z Bertindak dengan etika dan sanggup ditegur.
z Membina kepercayaan melalui tindakan amanah
dan authentik.
z Mengaku kesalahan dan sanggup berdepan dengan
tindakan tidak etika orang lain.
z Berkukuh pada pendirian berprinsip dan serius,
biarpun tidak digemari.
(iii) Ketelitian
z Mempunyai .komitmen tinggi dan memegang pada
janji
z Memegang tanggungjawab diri untuk mencapai
objektif
z Terurus dan berhati-hati dalam kerjanya.
(iv) Penyesuaian
z Mengendalikan keperluan pelbagai, keutamaan
berlainan dan perubahan drastik dengan baik.
z Menyesuaikan respon dan taktiks dengan keadaan
semasa.
z Fleksibal dalam melihat perkara tertentu.
(v) Inovasi
z Selalu mencari idea baru daripada sumber pelbagai.
z Membangunkan penyelesaian yang asli.
z Selalu menghasilkan idea baru.
z Sanggup menerima risiko dengan perspektif baru.
80 Psikologi Pendidikan
(c) Motivasi
Kompetensi ini merujuk kepada kecenderungan emosi seseorang
individu yang memandu ke arah pencapaian matlamat individu
atau organisasi dan memberi komitmen kepada matlamat yang
ingin dicapai. Kompetensi ini dibahagi lanjut kepada empat
kompentensi kecil iaitu desakan pencapaian, komitmen, inisiatif,
dan optimistik.
(i) Desakan pencapaian
z Orientasi keputusan, mempunyai desakan tinggi
untuk mencapai objektif dan piawaian diri.
z Membina matlamat yang mencabar dan
menghadapi risiko.
z Mencari maklumat untuk mengurangkan
ketidakpastian.
z Mempelajari cara untuk memperbaiki prestasi.
(ii) Komitmen
z Sanggup membuat pengorbanan demi pencapaian
matlamat organisasi atau diri.
z Menetapkan matlamat apabila menerima misi yang
besar.
z Menggunakan nilai teras kumpulan dalam
membuat keputusan.
z Mencari peluang dengan aktif untuk mencapai misi
organisasi.
(iii) Inisiatif
z Sedia untuk mengambil peluang.
z Mengejar matlamat yang melebihi jangkaan dan
kehendak orang lain.
Kecerdasan Emosi 81
z Menyalahi peraturan apabila perlu untuk mencapai
matlamat.
z Menggerakkan orang lain dengan usaha penuh
keghairahan..
(iv) Optimistik
z Berkekal dalam usaha mengejar kejayaan biarpun
terdapat banyak halangan dan kegagalan.
z Bertindak dengan harapan berjaya dan bukan
ketakutan gagal.
z Melihat kegagalan sebagai satu hasil situasi dan
bukan kecacatan personal.
Kompetensi Sosial
Kompetensi ini menentukan bagaimana seseorang individu dapat
mengendalikan hubungan dengan orang lain. Kompetensi sosial
merangkumi empati dan kemahiran sosial.
(d) Empati
Kompetensi ini adalah kemampuan seorang individu yang
menyedari perasaan, keperluan dan prihatin terhadap orang lain.
Seseorang individu yang mempunyai kompetensi jenis ini
merupakan seorang pendengar yang baik, peka kepada sensitiviti,
memahami perspektif orang lain dan memahami perasaan dan
keperluan orang lain. Kompetensi ini dibahagi lanjut kepada lima
kompentensi kecil iaitu memahami orang lain, orientasi
perkhidmatan, membangunkan orang lain, mengurus perbezaan,
dan kesedaran politik.
82 Psikologi Pendidikan
(i) Memahami orang lain
z Amat atentif terhadap cue emosi dan mendengar
dengan sabar.
z Sensitif dan memahami perspektif orang lain.
z Membantu berdasarkan kefahaman terhadap
keperluan dan perasaan orang lain.
(ii) Orientasi perkhidmatan
z Memahami keperluan pelanggan dan memberi
produk dan perkhidmatan yang sesuai.
z Mencari jalan untuk meningkatkan kepuasan dan
kesetiaan pelanggan.
z Memberi bantuan kepada pelanggan dengan
gembira.
z Memahami perspektif pelanggan dan bertindak
sebagai penasihat yang boleh percaya.
(iii) Membangunkan orang lain
z Mengakui dan memberi ganjaran terhadap
kelebihan, pencapaian dan kemajuan oran lain.
z Memberi maklum balas yang berguna dan mengnal
pasti keperluan orang lain untuk membangun.
z Membimbing, memberi tunjuk ajar dan memberi
tugasan yang mencabar dan membangun kemahiran
orang lain.
(iv) Mengurus perbezaan
z Menghormati dan berhubungan baik dengan orang
yang lain latar belakang.
z Memahami pandangan yang berbeza dan sensitif
terhadap perbezaan kumpulan.
z Melihat perbezaan sebagai peluang, dan membina
Kecerdasan Emosi 83
persekitaran pelbagai budaya.
z Mencabar bias dan tindakan yang tidak toleransi.
(v) Kesedaran politik
z Memahami perhubungan utama dengan tepat
z Mengesan jaringan sosial yang penting
z Memahami faktor utama yang membentuk
pandangan dan tindakan pelanggan dan pesaing.
z Memahami situasi dan realiti organisasi dengan
tepat.
(e) Kemahiran Sosial
Kompetensi ini adalah kemampuan seseorang individu yang mahir
dalam memahami reaksi orang lain. Mereka berkemahiran
mengurus dan menjalin hubungan dengan orang lain melalui
kemahiran berkomunikasi, sifat kepimpinan, mengurus konflik dan
kolaborasi serta berkemampuan bekerja secara berpasukan.
Kompetensi ini dibahagi lanjut kepada lapan kompentensi kecil
iaitu pengaruh, komunikasi, kepimpinan, pemangkin perubahan,
pengurusan konflik, membina hubungan, kolaborasi dan
kerjasama, dan kemampuan kerja berpasukan.
(i) Pengaruh
z Mahir dalam memujuk orang lain.
z Menyelaraskan persembahan untuk menepati
keperluan pendengar.
z Menggunakan strategi kompleks seperti pengaruh
tidak langsung dalam membina consensus dan
sokongan.
84 Psikologi Pendidikan
(ii) Komunikasi
z Amat berkesan dalam bertolak ansur, dan
memahami cue emosi dengan baik.
z Sanggup berdepan dengan isu yang susah dan
kritikal.
z Mendengar dengan baik, mencari kesepakatan dan
mengalu-alukan perkongsian maklumat.
z Membina komunikasi terbuka terhadap berita baik
mahupun buruk.
(iii) Kepimpinan
z Membangunkan keghairahan untuk visi dan misi
berkongsi.
z Bersedia untuk memimpin apabila perlu.
z Memantau prestasi orang lain sementara
memastikan tanggungjawab ditanggung.
z Memimpin dengan teladan.
(iv) Pemangkin perubahan
z Mengakui keperluan perubahan.
z Mencabar piawaian yang sedia ada untuk
memenuhi keperluan berubah.
z Memulakan perubahan dan melibatkan orang lain
dalam perubahan.
(v) Pengurusan konflik
z Menguruskan situasi dan orang “susah” dengan
diplomatik dan taktik.
z Mengesan konflik yang tersembunyi, dan
membawanya untuk dibincang secara terbuka
untuk mencari persetujuan bersama.
z Menggalakkan perbincangan dan perdebatan
Kecerdasan Emosi 85
terbuka.
z Mencari situasi menang-menang.
(vi) Membina hubungan
z Membina dan mengekalkan jaringan informal.
z Mencari hubungan yang membawa manfaat
bersama.
z Membina rapport dan mengekalkan perhubungan.
z Membina persahabatan personal di kalangan rakan
sekerja.
(vii) Kolaborasi dan kerjasama
z Mengimbangi fokus terhadap kerja dengan
perhubungan dengan rakan sekerja.
z Kolaborasi, pelan bersama, maklumat dan sumber.
z Membina datu suasana yang mesra dan koperatif.
z Mengesan dan memupuk peluang demi kolaborasi.
(viii) Kemampuan kerja berpasukan
z Membina kualiti pasukan seperti hormat-
menghormati, bantu-membantu, dan semangat
bekerjasama.
z Mendorong semua ahli untuk menyerta secara aktif
dan penuh semangat.
z Membina identity pasukan, esprit de cosps
(semangat berpasukan) dan komitmen.
z Mempertahankan reputasi kumpulan dan berkongsi
kejayaan.
Implikasi Kecerdasan Emosi dalam Pendidikan
Sejak dipopularkan oleh Goleman pada tahun 1995, kecerdasan
86 Psikologi Pendidikan
emosi telah mendapat perhatian yang luas baik dalam bidang
akademik mahupun dalam masyarakat umum. Ini disebabkan
kepentingan kecerdasan emosi baik dalam kerjaya atau kehidupan
persendirian yang kian disokong oleh kerja-kerja sarjana. Kerja
Richburg dan Fletcher (1999) menyatakan bahawa kecerdasan
emosi dan bukan kecerdasan kognitif yang menjamin kejayaan,
kebahagiaan dan kekayaan hidup seseorang. Six Seconds (2005),
satu organisasi mempromosi pembelajaran kecerdasan emosi
mendapat kesimpulan bahawa kecerdasan emosi boleh
meningkatkan pencapaian, motivasi, optimisme, kegembiraan dan
matlamat daripada kerja-kerja sarjana. Kesemua ini telah
mendatangkan satu kesan yang nyata, iaitu masyarakat kini lebih
sedar dan bersedia untuk mempelajari kecerdasan emosi.
Berasaskan kesedaran dan kesediaan sedemikian,
pembelajaran kecerdasan emosi kian ditekankan baik dalam bidang
formal atau bidang informal. Dalam bidang informal, kursus-
kursus kecerdasan emosi telah dibangunkan dan ditawarkan
kepada masyarakat umum sebagai kursus perkembangan diri.
Dalam bidang formal pula, perubahan polisi berlaku supaya
elemen kecerdasan emosi diterapkan dalam sistem pendidikan.
Sebagai contohnya, Kementerian Pendidikan Britain dalam
“Curriculum 2000” telah menggariskan polisi untuk menekankan
perkembangan sosial dan personal remaja di samping
mengkehendakkan guru supaya mencapai kesihatan emosi yang
ditetapkan. (Tomlinson, 1998)
Di bawah perubahan polisi sedemikian, pengaruh dan
implikasi kecerdasan emosi dalam pendidikan semakin meluas dan
boleh dilihat dalam tiga bidang seperti berikut:
(i) Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi
Kecerdasan Emosi 87
(ii) Pembangunan pentadbir dan guru kecerdasan emosi
(iii) Penggunaan kecerdasan emosi sebagai peramal
kejayaan pendidikan
Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi
Perkembangan kurikulum kecerdasan emosi adalah berdasarkan
dua sebab yang utama, iaitu untuk menangani masalah pencapaian
akademi serta kelakuan devian, dan memperkembang potensi
pelajar supaya menjadi pemimpin atau dewasa yang seimbang dan
efektif.
Banyak kerja sarjana yang telah menyokong keberkesanan
kecerdasan emosi dalam menangani masalah pencapaian akademi
serta kelakuan devian. Kajian Nada AbiSamra (2000) terhadap
500 orang pelajar gred kesebelas menunjukkan hubungan
signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik.
Kerja Dan Budny (1997) menunjukkan hubungan kecerdasan
emosi dengan pencapaian akademik tahun pertama dalam
pendidikan tinggi. Beliau kemudiannya mendapati bahawa
pencapaian tahun pertama berkolerasi tinnggi dengan pencapaian
keseluruhan. Dick Culver (1998) menunjukkan bahawa keupayaan
untuk melambatkan kepuasan (satu spesifikasi kecerdasan emosi)
membantu dalam pencapaian akademik. Kerja Perry (1968) pula
menunjukkan bahawa individu yang belajar dalam zon gembira
dapat berprestasi dengan paling tinggi, sedangkan optimisme
adalah satu daripada kemahiran kecerdasan emosi.
Di samping itu, kerja Julie Coultas(2002) menunjukkan
88 Psikologi Pendidikan
bahawa latihan kemahiran kecerdasan emosi boleh membangunkan
kelakuan pro-sosial di kalangan pelajar dan ini amat membantu
dalam menangani kelakuan devian. Bekas Menteri Pendidikan
Britain Estelle Morris (2001) juga pernah menyarankan supaya
memasukkan program kecerdasan emosi dalam sekolah kerana
beliau percaya bahawa kawalan emosi dan pengurusan
perhubungan dengan orang lain dapat menyekat kelakuan devian.
Selain menangani masalah pendidikan, kurikulum
kecerdasan emosi adalah untuk melahirkan dewasa yang produktif,
seimbang dan gembira (Davies, 2000) dan melatih bekas
pemimpin yang efektif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa
kecerdasan emosi adalah kompetensi yang mesti dimiliki seorang
pemimpin yang berkesan. William (1994) telah menunjukkan
bahawa CEO yang mempunyai kompetensi kecerdasan emosi
membawa perkembangan dan keuntungan yang lebih tinggi kepada
organisasinya. Kajian McClelland (1998) terhadap ketua divison
satu syarikat makanan juga mendapat kesimpulan yang sama iaitu
pemimpin berkecerdasan emosi berprestasi tinggi. Ada sarjana
pula menyatakan bahawa suasana organisasi dapat meningkatkan
prestasi kerja, dan pemimpin yang mempunyai kompetensi
kecerdasan emosi pula dapat membina satu suasana yang
menggalakkan dalam organisasi. (Litwin & Stringer, 1968; Tagiuri
& Litwin, 1968).
Tidak kurang pula, kurikulum kecerdasan emosi
dimanfaatkan dalam melatih bekas pekerja sosial (Smith, 2005),
jururawat (Cadman dan Brewer, 2001) dan pengurus (Boyatzis,
Stubbs dan Taylor, 2001) yang berkesan.
Pembangunan pentadbir dan guru kecerdasan emosi
Selain mendatangkan kesan pada kurikulum sekolah,
Kecerdasan Emosi 89
perkembangan dan pempopularan teori dan model kecerdasan
emosi turut membawa perubahan terhadap kefahaman tentang
peranan dan kompetensi pentadbir dan guru sekolah. Perubahan
tersebut menyarankan kewujudan pentadbir dan guru kecerdasan
emosi. Sebagai contohnya, Hay McBer (2000) dalam laporan
“Keberkesanan Guru” telah menggariskan tiga kriteria sebagai
guru berjaya dalam abad ke 21, iaitu memahami orang lain,
menghormati orang lain, dan membina amanah.
Banyak kajian yang telah menunjukkan hubungan
kecerdasan emosi pentadbir dan guru dengan prestasi kerja
mereka. Kajian Hay dan McBer (2000) terhadap gaya kepimpinan
pengetua 42 buah sekolah di London menunjukkan bahawa
pengetua yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dapat
meningkatkan prestasi guru dan pelajar melalui pembinaan suasana
yang menyokong dan penyayang. Kajian Lees dan Barnard (1999)
mengkaji hubungan suasana bilik darjah dan dapatan mereka
menunjukkan bahawa guru yang lebih sensitive tentang perasaan
pelajar selalunya mendapat pelajar yang berprestasi tinggi.
Penggunaan kecerdasan emosi sebagai peramal kejayaan
pendidikan
Menyedari kepentingan kecerdasan emosi, banyak ujian-ujian yang
telah dibangunkan untuk mendapat satu penilaian kuantitatif yang
boleh dibandingkan secara umum. Hasil daripada pembangunan
ujian-ujian ini, kecerdasan emosi telah dinyatakan dalam skor dan
kian digunakan sebagai peramal kejayaan. Ini telah membawa
kesan terhadap pendidikan terutamanya dalam kemasukan kursus
tertentu dan dalam intervensi proses pembelajaran.
Kerja Cadman dan Brewer (2001) menyarankan supaya
kecerdasan emosi dijadikan sebagai satu pra-syarat kemasukan ke
90 Psikologi Pendidikan
dalam kursus jururawat kerana beliau percaya bahawa kecerdasan
emosi memainkan peranan penting dalam membentuk seorang
jururawat yang profesional dan efektik. Kerja Boyatzis, Stubbs dan
Taylor (2001) pula mencadangkan supaya keupayaan untuk
mengurus menjadi teras kepada pendidikan MBA. Kerja
Newsome, Day dan Catano (1999) juga menunjukkan kejayaan
rekruimen askar tentera udara bergantung pada skor kecerdasan
emosi pemohon.
Di samping itu, ujian kecerdasan emosi juga boleh
digunakan dalam memantau proses pembelajaran pelajar. Steve
Hein (2006) mencadangkan bahawa pelajar yang memperoleh
skor kecerdasan emosi yang tinggi wajar diberi latihan khas
supaya mereka dapat memperkembang potensi dalam bidang
diplomasi dan sosial. Untuk pelajar yang mendapat skor yang
rendah pula, latihan khas diberikan sebagai usaha pemulihan.
Tidak kurang pula, pengujian ini boleh dimanfaatkan
sebagai satu kajian akademik. Penyelidik boleh mengkaji apakah
faktor yang mendorong atau menyekat perkembangan pelajar yang
mendapat skor kecerdasan emosi yang tinggi. (Hein, 2006)
Pemilihan Model Konseptual Kecerdasan Emosi
Antara model-model kecerdasan emosi yang tersebut di atas,
model kompetensi kecerdasan emosi Goleman dipilih sebagai
model konseptual kajian atas alasan seperti berikut:
(i) Model ini antara model yang lengkap iaitu mempunyai
lima dimensi kecerdasan emosi. Ini amat sesuai
digunakan untuk mengkaji responden sasaran dan
menepati tujuan kajian. Lima dimensi kecerdasan
Kecerdasan Emosi 91
emosi tersebut adalah kesedaran diri, pengurusan
emosi, motivasi diri, empati, dan kemahiran sosial.
(ii) Model ini banyak digunakan sebagai model konseptual
dalam kajian-kajian lain. Ini akan membekalkan
banyak dapatan rujukan yang boleh memanfaatkan
perbandingan dan perbincangan kajian ini.
(iii) Model ini merupakan model yang amat Berpengaruh
(powerful). Model ini menyediakan asas yang sesuai
untuk membuat perbandingan dengan pembolehubah-
pembolehubah yang lain termasuk pembolehubah
“prestasi kerja guru” dalam kajian ini.
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press
92 Psikologi Pendidikan
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York
Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition). New
York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to
Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River,
New Jersey : Prentice Hall.
Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of
personality. New Jersey:
HjeIIe, L.A. and Ziegler, D.J. (1992). Personality theories Basic
assumptions, research and applications. San Francisco:
McGraw-Hill.
Hurlock, Elizabeth B. (1980). “Developmental Psychology A Life
Span Approach”.
Ibn Khaldun (1332). Mukadimah (Terjemahan). Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Independent cognitive styles in academic evolution : a
longitudinal study.
Irfan Naufal Umar (1999). A study of the effects of cognitive styles
and learning
Kalat, J. W. (2005). “IntroductionTo Psychology”. United State of
Amerika : Thomson Learning, Inc.
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas
pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.