The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazilzainal5337, 2021-06-12 09:38:43

ebook_psikologi pendidikan

ebook_psikologi pendidikan

Kecerdasan Emosi 93

Kanarek, Robin B. & Kaufman, Robin Marks (1991). Nutrition
and Behaviour: New Perspectives. New York: Van
Nostrand Reinhold.

Karl Haberlandt (1997). Cognitive Psychology. USA : Allyn &
Bacon.

Kenneth, T. H. & Ben F. E. (1999). Educational Psychology for
Effective Teaching. America: Wadsworth Publishing
Company.

Lefton, L. A. & Brannon, L. (2003). “Psychology”. 8th Edition.
United State Of Amerika :

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:

Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of

America : Harcort Brace
McGraw-Hill, Inc.

5

INGATAN

Yusof Boon

PENGENALAN
Satu daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah
ingatan. Manusia boleh mengingati peristiwa-peristiwa yang
berlaku beberapa tahun yang lalu, apa yang berlaku semalam,
seminit tadi, bahkan sesaat yang lepas. Ingatan merupakan
khazanah manusia yang membantunya hidup di dunia ini.
Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari
keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan
mereka yang mutakhir menunjukkan kita menggunakan kurang
dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar. Ini
bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha
hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita
biarkan berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak
dikembangkan.

Ingatan umpama otot pada tubuh kita. Semakin kita
menggunakannya, semakin kuat otot kita. Daya ingatan boleh
diperkuat dari semasa ke semasa. Kebanyakan ahli psikologi
percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa.
Jika tidak, ia mungkin akan dirosakkan oleh sikap anda sendiri
yang tidak memahami prinsip ingatan , iaitu 'jika tidak digunakan,
ia akan hilang.' Terdapat banyak teknik untuk para pelajar
memperkukuhkan ingatan. Jangan rungsing jika anda ada masalah
lupa ingatan. itu tandanya anda manusia normal. Kebolehan otak
manusia menyimpan data serta informasi sememangnya tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana alat atau komputer yang ada
pada zaman ini. Didapati bahawa 80 peratus dari apa yang kita

Ingatan 95

baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Ini merupakan
sesuatu yang normal. Cuma, kalau kita boleh mencipta teknik
tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik

Satu anggaran yang diberi oleh seorang pakar sains
terkenal bernama Asimov yang mengatakan bahawa otak manusia
berupaya menyimpan sebanyak satu kuadrilion (1 000 000 000 000
000) data dalam seumur hidup manusia. Setiap saat, otak
menyimpan beribu-ribu data yang didaftarkan melalui organ-organ
deria manusia (Mahmood Nazar Mohamed, 1990).

PENGERTIAN INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-
perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya
kembali sebagai tindakbalas dalam situasi yang diperlukan, seperti
menyelesaikan masalah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang selanjutnya.

Mengikut Atan Long (1968), ingatan boleh diertikan
sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan
rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan
dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemerosesan
maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya. Manakala Vermon (1980) berpendapat ingatan
merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang
bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas, maka
bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan
manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika
diperlukan.

96 Psikologi Pendidikan

KAJIAN TENTANG INGATAN

Pakar psikologi William James (1890) adalah seorang pakar
golongan pertama yang mengkaji proses ingatan secara sistematik.
Beliau mengkaji ingatan dengan menggunakan pengalaman-
pengalaman manusia yang berkaitan dengan ingatan terhadap
bahan-bahan yang baru didaftar oleh manusia dan ingatan terhadap
peristiwa yang lampau. Berdasarkan kajian ini, James
menyarankan 2 jenis ingatan, iaitu ingatan jangka masa panjang
dan ingatan jangka masa panjang.

Seorang lagi pakar psikologi bernama Herman Ebbinghaus
(1950-1909) dikatakan sebagai pengasas kepada kajian-kajian
tentang ingatan juga telah menambahkan pengetahuan tentang
fenomena ingatan melalui beberapa penyelidikan yang beliau
kendalikan. Salah satunya ialah tentang kaitan pembelajaran
dengan ingatan yang boleh melihat kepada fenomena menghafal
dan mengingat. Walaupun menghafal ini penting untuk kita
mengingatkan sesuatu bahan, Ebbinghaus menekankan bahawa ia
hanyalah sebahagian kecil dalam proses ingatan.

Sigmud Freud (1915) juga telah menyumbangkan
pengetahuan tentang ingatan. Beliau melihat kepada aspek
motivasi dan ingatan percaya bahawa ada setengah-setengah
ingatan disimpan di suatu bahagian jiwa atau mental yang tidak
disedari manusia. Kesemua ini dapat dikenali dan diperolehi
melalui psikoanalisis. Kesemua ingatan ini adalah ingatan yang
berkaitan dengan peristiwa hidup yang menakutkan dan konflik-
konflik yang mengancam keselesaan hidup disimpan melalui
proses resepsi di dalam alam tidak sedar.

JENIS-JENIS INGATAN

Bugelski (1979) menyatakan yang pada amya, ingatan manusia
terbahagi kepada dua kategori iaitu

Ingatan 97

1. Ingatan berkaitan dengan masa
2. Ingatan berkaitan dengan kandungan

Ingatan Berkaitan Dengan Masa.

Bagi ingatan yang berkaitan dengan masa pula terbahagi kepada
tiga :

a) Ingatan Ikonik
Perkataan Ikonik berasal daripada perkataan Ikon (icon) yang
bermaksud gambaran. Ingatan Ikonik ini melibatkan pendaftaran
rangsangan hanya buat satu jangka masa yang amat pendek dan
ringkas. Disini tidak ada pembelajaran berlaku kerana masa yang
diambil untuk mendaftar rangsangan fizikal tersebut amat pendek
dan ringkas.

Satu contoh yang diberikan oleh Bugelski iaitu andaikan yang
anda berada dalam sebuah bilik yang gelap dan cahaya yang
dipancarkan hanya buat seketika waktu (kurang dari sesaat) akan
dapat melihat gambaran yang didaftarkan oleh mata anda pada
masa itu.

b) Ingatan Jangka masa Pendek
Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di dalam ingatan untuk
bebrapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu.
Jika anda diberitahu nama yang anda tidak kenali, anda akan ingat
nama tersebut buat beberapa saat dan apabila tumpuan tidak
diberikan kepadanya, ia akan hilang.

c) Ingatan Jangka masa Panjang
Ingatan Jangka Masa Panjang ini melibatkan ingatan yang boleh
disimpan beberapa minit hinggalah bertahun-tahun lamanya.
Bahan-bahan yang disimpan ini boleh dapat kembali daripada
ingatan bila-bila masa sahaja. Ingatan seperti bahan yang
dipelajari di tingkatan satu, kawan-kawan sekolah rendah, kucing

98 Psikologi Pendidikan

belaan semasa kecil dan bahan-bahan akademik yang telah anda
pelajari selama ini semuanya disimpan dalam ingatan jangka masa
panjang.

Ingatan Berkaitan Dengan Kandungan

Ingatan berkaitan dengan dengan kandungan ini memperihalkan
tiga jenis ingatan kandungan iaitu :

Ingatan Jenis Episodik
Ingatan ini bermakna ingatan tunggal kepada sesuatu peristiwa
yang pernah anda alami pada masa lampau. Peristiwa-peristiwa
yang wujud dalam ingatan episodik ini tidak ada kaitan dengan
ingatan atau peristiwa lain.

Sebagai contoh, mungkin anda anda terkenag pada suatu ketika
berlaku peristiwa yang amat mengembirakan, iaitu pertemun
pertama dengan kekasih anda. Ingatan ini akan membawa anda
balik ke situasi tersebut menikmati semula detik-detik yang
mengembirakan. Ingatan ini lazimnya tidak dikaitkan dengan
ingatan-ingatan yang lain. Kewujudannya tunggal sebagai satu
ingatan yang penuh.

Ingatan Jenis Semantik
Ingatan jenis semantik ini pula ingatan yang berkaitan dengan
perkara-perkara seperti fakta-fakta, hukum-hukum dan konsep-
konsep yang spesifik dan bermakna. Jika anda ditanya tentang
seekor burung, anda akan menggunakan ingatan semantik untuk
memperihalkan sifat-sifatnya, iaitu burung berkepak, berbulu, ada
muncung, boleh terbang, burung bertelur dan ada juga burung yang
tidak boleh terbang. Semua data-data ini berkaitan di antara satu
dengan yang lain dan ia melambangkan makna seekor burung dari
sudut pandangan anda.

Ingatan 99

Ingatan Jenis Prosuder
Ini merupakan ingatan yang berkaitan dengan apa yang telah kita
pelajari dan apa yang lazim pada diri kita, seperti mengosok gigi,
berenang, mengayuh basikal, menulis, berjalan dan lain-lain lagi.
Ia kelihatan seperti berkaitan dengan ingatan tetapi kaitan ini tidak
berlaku secara sedar. Kita tidak cuba dapatkan data-data yang
disimpan tentang bagaimana hendak berjalan, tetapi kita hanya
berjalan sahaja. Sesuatu yang telah lazim tidak perlu terlibat
dengan ingatan.

PROSES YANG TERLIBAT DALAM INGATAN

William James menyatakan bahawa terdapat 2 jenis ingatan yang
dialami oleh manusia iaitu ingatan jangkamasa pendek dan ingatan
jangka masa panjang. Kedua-dua ingatan jenis ini mempunyai
proses yang sama dan tiga telah dikenal pasti iaitu :

a) Proses menerima dan pengkodan informasi-informasi yang
diterima oleh otak supaya data-data tersebut boleh diterima akal
sebagai ingatan sesuatu parkara. Jika proses pengkodan ini tidak
berlaku, ingatan itu tetap didaftarkan oleh organ otak, tetapi tidak
secara sistematik.
b) Proses kedua ialah berkaitan dengan simpanan data-data yang
telah dikodkan sebentar tadi. Kita telah ada satu idea tentang
kebolehan otak menyimpan data dan kemungkinan besar, ia boleh
menyimpan lebih daripada angka yang digambarkan oleh Asimov.
Kesemua data ingatan disimpan dibeberapa ruang di bahagian
serebrum organ otak manusia.
c) Proses ketiga melibatkan aktiviti mendapatkan semua bahan-
bahan yang disimpan tadi apabila ia diperlukan. Proses ini
dinamakan sebagai dapat kembali. Sebagai contoh, setelah
menelaah nota-nota kursus untuk menghadapi ujian akhir semester,
anda kodkan informasi-informasi berikut dan menyimpannya
dalam ingatan sistematik.

100 Psikologi Pendidikan

Ketiga-tiga proses pengkodan, simpanan dan dapat kembali
berinteraksi sesama sendiri untuk menghasilkan ingatan tentang
sesuatu informasi dengan baik. Bagi mereka yang baik ingatannya
, bermakna mereka berjaya mengorganisasikan data dengan teratur
dan sistematik berbanding dengan mereka yang bersifat pelupa.

Empat proses utama yang terlibat dalam Model Pemprosesan
Maklumat ialah :

1) Pengenkodan ('Encoding')
Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan
diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang.

2) Penyimpanan ('Storage')
Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam
ketiga-tiga stor memori.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4) Lupaan ('forgetting')
Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat
kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang
(Hilgard E. R., Atkinson R. L & Atkinson R. C, 1979).

INGATAN JANGKA MASA PENDEK

Bayangkan satu situasi di mana seorang teman meminta anda
menyampaikan pesanan kepada seorang teman yang lain. Anda
memasukkan informasi tersebut dalam ingatan dan apabila
berjumpa dengan teman berkenaan anda menyampaikan pesanan
tersebut kepadanya. Hal seumpama ini pernah kita semua alami
dan dalam hal sedemikian, ia melibatkan ingatan jangka masa
pendek.

Ingatan 101

Ingatan jangka masa pendek digunakan bagi data yang
disimpan untuk beberapa jam, minit atau saat. Kebanyakan
ingatan manusia didaftarkan pada tahap yang tidak disedari oleh
kita. Tidak semua ingatan akan mendapat perhatian kita dan bagi
bagi ingatan-ingatan yang sedemikian, ia akan disimpan di dalam
Simpanan Deria buat beberapa saat sahaja dan kemudiannya terus
hilang dalam gedung simpanan otak manusia. Sistem deria ini
bertindak sebagai penapis yang bertugas mengasingkan data-data
berguna untuk ingatan jangka masa pendek. Contohnya ‘pesan’,
tiga perkara boleh dikenal pasti dan diambil kira dalam ingatan
jangka masa pendek. Pertama siapakah individu yang mengirimkan
pesan. Anda harus mengenali individu ini, oleh itu anda perlu
mengeluarkan namanya daripada ingatan jangka masa panjang dan
disimpan dalam ingatan jangka masa pendek. Kedua ialah
siapakah individu yang akan menerima pesan. Proses ini sama
berlaku jika anda telah mengenalinya. Jika tidak, anda mesti
mengkodkan data-data baru tentang diri si penerima dan
menyimpannya dalam ingatan jangka masa pendek. Ketiga ialah
pesanan yang anda bawa. Sememangnya lebih mudah jika pesanan
itu ditulis dan diberikan kepada penerima tetapi jikalau pesanan itu
pendek seperti “ jumpa saya esok di perpustakaan” anda terpaksa
juga memasukkannya ke dalam ingatan jangka masa pendek.

Pengkodan data untuk ingatan jangka masa pendek

Manusia sentiasa memilih ransangan-ransangan yang bermakna
untuk dirinya. Pemilihan ini dilakukan dengan cara memberi
perhatian terhadap sesuatu rangsangan itu. Oleh itu, apa-apa
rangsangan yang mendapat perhatian dikodkan ke dalam ingatan
jangka masa pendek. Bagi rangsangan yang tidak mendapat
perhatian, ia juga dikodkan dalam kategori-kategori tertentu tetapi
tidak dengan cara yang dipilih atau ditentukan oleh individu
tersebut.

102 Psikologi Pendidikan

Sebagai contohnya, pagi tadi anda bersarapan nasi lemak
dan sambalnya amat pedas. Kepdasan yang dirasai sudah tentu
akan menarik perhatian anda dan anda akan berhati-hati pada masa
akan datang. Walau bagaimanapun, anda tidak memberikan
perhatian kepada jenis air yang diminum. Ransangan ini dikodkan
juga, umpamanya ke dalam kategori minuman panas, the atau kopi.
Jika ditanyakan kemudian apakah anda minum pagi tadi, anda
terpaksa berfikir dan menumpukan perhatian kepada aktiviti pagi
tadi dan untuk beberapa ketika kemudian barulah anda ingat
bahawa anda minum kopi untuk sarapan. Tetapi jika anda ditanya
apa yang anda makan pagi tadi, tentu anda ingat dengan serta-
merta kerana kepedasan itu dikodkan ke dalam kategori yang
terpilih.

Mengikut Atkinson R. L, Atkinson R. C, Smith E. E &
Hilgard E. R, (1987) ada dua cara data boleh dikodkan ke dalam
ingatan jangka masa pendek iaitu dengan cara akoustik atau visual
(penglihatan). Jika data dikodkan dalam bentuk akoustik, individu
akan bergantung kepada persepsi perdengarannya. Pesan yang
perlu anda sampaikan itu perlu didengar dengan teliti dan diulangi
beberapa kali supaya ia dapat disimpan dalam ingatan. Nama
pengirim dan penerima juga diulang dan disimpan secara
sistematik. Apabila anda hendak menyampaikan pesan kepada
yang berkenaan anda perlu menumpukan perhatian kepada kod-
kod akoustik yang anda simpan.

Satu eksperimen dijalankan untuk kod akoustik ini.
Pengkaji telah menyenaraikan 6 huruf konsonan iaitu (RLBKSJ),
huruf tadi diselerakkan dan pengkaji tersebut menyuruh responden
menyusun balik huruf tadi. Apabila ia disusun, di dapati terdapat
satu huruf salah dimana responden menyenaraikan huruf
(RLTKSJ). Responden tersebut tertukar antara huruf ‘B’ dan ‘T’,
dimana huruf ‘B’ dan ‘T’ adalah seakan-akan sama. Kadang kala,
bunyi akoustik yang agak-agak sama seperti bunyi ‘B” dan ‘T’
mengelirukan ingatan ( Conrad, 1964), tetapi apabila bunyi-bunyi
akoustik sama itu tidak dikodkan bersama, maka ingatan pada

Ingatan 103

tahap jangka masa pendek akan bertambah baik ( Zhang & Simon,
1985).

Pengkodan visual pula individu perlu lihat dan memberi
tumpaun kepada sesuatu ransangan dan mengaturnya dalam aturan
yang sama dalam ingatan. Sebagai contoh jika anda cuba
mengingat alamat seorang kawan dengan hanya melihat sahaja
anda harus mengkodkan alamat seperti ia kelihatan pada anda. “50
JALAN KEBUDAYAAN 2, TAMAN UNIVERSITI, 81310
SKUDAI JOHOR. Aturan visual ini penting kerana kekeliruan
boleh terjadi pada sesuatu yang kelihatan sama seperti nombor-
nombor rumah, jalan, seksyen, dan poskod serta nama-nama jalan,
taman dan Bandar berkenaan. Jika persepsi visual ini diatur
dengan aturan yang sama dalam ingatan, maka proses dapat
kembali menjadi lebih senang.

Simpanan dalam ingatan jangka masa pendek.

Setiap orang pernah mengalami kesukaran mengingat kembali
data-data yang disimpan dalam ingatan jangka masa pendek
terutama sekali apabila bilangan bahan yang berlebihan atau pun
jangka masa yang disimpan itu panjang. Sebagai contoh,
masihkah anda ingat alamat yang dicatatkan tadi. Mungkin anda
masih ingat dan mungkin anda lupa. Kuantiti ingatan dalam
kategori ini merupakan satu sifat simpanan ingatan jangka masa
pendek kerana kapasiti menyimpan data di dalam ingatan jangka
masa pendek ialah (7 campur-tolak 2) aksara. Aksara yang
dimaksudkan disini ialah nombor, abjad, perkataan, nama-nama
atau pun gabungan-gabungan perkataan. Pada kadar purata,
manusia boleh menyimpan 9 aksara tetapi ada yang hanya boleh
menyimpan 5 (7 tolak 2) dan ada yang boleh menyimpan 9 (7
campur 2 ). Sememangnya, bagi mereka yang mempunyai daya
ingatan yang tinggi, mereka boleh menyimpan dan mengingati 9
aksara. Ini telah ditentukan oleh beberapa pakar Miller (1956).

104 Psikologi Pendidikan

Seseorang dapat mengingat sampai 7 digit dan
mengulanginya tanpa salah. Orang yang mempunyai jangkauan
memory spannya lebih baik, boleh mengingat dengan baik 7 + 2
digit dan yang memiliki memory span yang pendek mengingat
kurang dari 7 digit.

Selain itu, stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan
Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah
10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan
kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk
menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses
ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika
kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20
saat.

Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh
merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun
satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan
butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari
maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri
(satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

Satu contoh yang melibatkan daya kebolehan ingatan
jangka pendek ialah daya ingatan Fotografik atau nama lainnya
bayangan Eidetik. Mereka yang mempunyai kebolehan ini
berupaya menyimpan gambar fotografik di dalam ingatan jangka
masa pendek buat ketika. Dalam proses dapat kembali data-data
yang disimpan, mereka boleh mengambarkan semula ransangan
yang diterima dan seolah-olah melihatnya semula gambaran
tersebut di dalam mental mereka. Atkinson et. Al (1984)
menyatakan bahawa kebolehan ini kebanyakannya terdapat pada
kanak-kanak dan sedikit pada orang dewasa. Contohnya satu ujian
telah dijalankan pada kanak-kanak sekolah untuk melihat satu
gambar dalam masa 30 saat, selepas itu gambar itu di ambil balik,
di dapati kanak-kanak lelaki itu boleh mengingat tentang “ 14”
belang yang terdapat pada ekor kucing itu (Haber, 1969).

Ingatan 105

Kapasiti ingatan dalam simpanan jangka masa pendek
boleh ditingkatkan jika aksara yang disimpan dikaitkan atau
dikelompokkan. Sebagai contoh untuk mengingat abjad-abjad
WAJDNIALKUAHTNIGAK, agak susah untuk mengingatinya
dalam sekaligus. Mungkin anda boleh mengingat kesemuanya
tetapi memerlukan masa yang agak panjang. Tetapi jika abjad
disusun menjadi perkataan “JIWA DAN TINGKAHLAKU”, ia
lebih senang diingat.

Satu cara lagi ialah mengelompokkan aksara dengan cuba
mengingatkan nombor-nombor 8534129763525637 dengan
menggunakan kod akoustik. Kemudian ingatkan 85 34 12 97 63
52 56 37 dengan cara ini anda dapat mengurangkan jumlah aksara
daripada 16 menjadi 8.

Gardner (1985) melibatkan proses mental, seperti memori
dan berfikir. John von Neumann (akhir 1940-an):
mengembangkan sitem komputer (mesin yg boleh melakukan
pekerjaan logik). Hal ini digunakan untuk menjelaskan bagaimana
“memori” manusia bekerja. “Otak” manusia dapat diumpamakan
sebagai hardware dan “ingatan” diumpamakan sebagai software.

Proses dapat kembali data daripada ingatan jangka masa
pendek.

Semua data yang berada dalam simpanan ingatan jangka masa
pendek boleh diperolehi melalui proses ingatan atau perhatian
secara aktif. Jika nombor-nombor tadi diberi perhatian iaitu
menyebutnya beberapa kali mungkin dapat mengingat kesemua
lapan aksara yang dikelompokkan tadi.

Jika data-data dikodkan dengan cara akoustik, tumpuan
terhadap bahan tersebut secara akoustik adalah perlu untuk
mendapatkan kembali dengan sempurna. Aksara nombor yang

106 Psikologi Pendidikan

diberikan di atas jika dikodkan secara akoustik memerlukan anda
menyebutnya kembali untuk mendapatkan kesemua data.
Sebaliknya jika alamt rumah sebbelum ini anda perlu memberikan
perhatian kepada nombor, nama jalan, nombor jalan, seksyen,
nama taman, nombor poskod dan nama Bandar.

Emosi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kebolehan
mengingati semula data-data yang disimpan di dalam ingatan
jangka masa pendek. Jika pesan yang anda sampaikan itu
berkaitan dengan berita yang beremosi tinggi seperti kematian,
perkahwinan dan lain-lain. Sebaliknya emosi juga boleh
menyebabkan anda terlupa akan sesuatu yang diingati. Jika anda
yang akan menyampaikan pesan dan tiba-tiba terjumpa dengan
kekasih lama tidak ditemui, maka anda akan terlupa terus untuk
menyampaikan pesanan tersebut. Gangguan ini tidak berlaku pada
data yang disimpan tetapi perhatian yang diberikan untuk
menyampaikan pesan tersebut.

Ingatan jangka masa pendek dan fikiran.

Ingatan juga perlu bagi fikiran, terutama sekali ingatan yang
berkaitan dengan ruang kerja mental. Kadang kala kita cuba
menyelesaikan masalah dengan menggunakan ruang mental dan
tidak dengan cara konvensional seperti menuliskannya di atas
sehelai kertas. Sebagai contoh pakaian mana yang hendak dipakai
pada keesokan hari. Kita perlu ingat kembali baju mana yang
sudah dibasuh dan belum dibasuh dan yang telah digosok. Pada
wanita mereka memikirkan warna apa yang sesuai untuk esok. Ini
semua masalah ringkas dan dapat diselesaikan dengan
menggunakan ingatan jangka masa pendek untuk mendapatkan
data relevan bagi memenuhi ruang kerja mental, dengan ini kita
dapat menyelesaikan baju apa yang hendak dipakai pada keesokan
hari.

Ingatan 107

Contoh kedua ialah berkaitan dengan perkaitan nombor.
Katakana anda hendak mendarabkan 35 darab 8. Anda perlu
mendarabkan satu persatu, 5 darab 8 dan 3 darab 8. kesemua ini
dilakukan dalam ruangan kerja mental dan ia melibatn ingatan
jangka masa pendek untuk menyimpan jawapan buat sementara
waktu sehingga jawapan muktamad diperolehi.

INGATAN JANGKA MASA PANJANG.

Kebolehan otak menyimpan informasi-informasi dalam ingatan
untuk beberapa tahun, bulan, hari, jam, minit atau pun sepanjang
hayat dikenali sebagai ingatan jangka panjang. Ia berbeza
daripada ingatan jangka masa pendek dari segi masa simpanan dan
kapasiti simpanan.

Penukaran ingatan jangka masa pendek kepada jangka masa
panjang

Atkinson dan Shiffrin (1968, 1977) menekankan proses pertukaran
ingatan daripada jangka masa pendek ke jangka masa panjang
ialah proses yang dinamik. Proses penukaran yang disarankan
oleh Atkinson dan Shiffrin ini dikenali sebagai teori Dwiingatan.
Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang perlu dimasukkan
ke dalam ingatan jangka panjang perlu menjalani proses latihan
buat beberapa kali. Jika proses ini tidak dilalui, maka bahan-bahan
tersebut akan hilang dalam ingatan.

Proses pengekodan dalam ingatan jangka masa panjang

Bahan-bahan yang perlu dikodkan dalam ingatan jangka panjang
ini dikaitkan dengan sesuatu makna. Berapa lamakah anda boleh
mengingati alamat yang saya berikan tadi tetapi jika alamat itu
adalah rumah anda sendiri maka ia akan kekal dalam ingatan anda.
Kaitan makna alamat tersebut dengan alamat benar itu boleh

108 Psikologi Pendidikan

membantu kita mendapatkan kembali data yang diperlukan.

Simpanan dalam ingatan jangka masa panjang

Data-data yang disimpan di dalam ingatan jangka masa panjang
boleh kekal di dalam ingatan untuk beberapa tahun, malahan
seumur hidup individu tersebut. Satu lagi cara bahan-bahan
ingatan jangka masa panjang disimpan dengan baik adalah dengan
mengekodkannya dalam dua bentuk iaitu akoustik dan visual.

Paivio menyarankan sistem Dwikod ini adalah lebih baik
jika dibandingkan dengan proses pengekodan visual atau akoustik
sahaja kerana kedua-duanya boleh berinteraksi sebagai satu unit
pengekal ingatan yang kuat. Sebagai contoh anda dikehendaki
mengingat nama seorang rakan dan anda dibenarkan untuk melihat
wajahnya sekali. Jika anda lupa namanya kelak dan dengan
membayangkan wajahnya anda akan mengingat kembali nama
beliau, begitu jua sebaliknya.

Bagi bahan-bahan visual, ia disimpan di hemisfera kanan
bahagian serebrum otak manusia. Bagi bahan-bahan yang
dikodkan secara akoustik, ia akan disimpan di hemisfera kiri
bahagian serebrum otak.

Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam
Ingatan Jangka Panjang(Storage or 'Representation' of Knowledge
in Long Term Memory). Maklumat yang kita simpan atau
mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan
pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman
berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita
kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini,
maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi
kepada 3 bentuk utama:

Ingatan 109

1) Pengetahuan Deklaratif : a) Memori Semantik
b) Memori Episodik.

2) Pengetahuan Prosedural
3) Imageri

Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri
daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil
Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku
kepada diri kita dipanggil Memori Episodik.

Contoh: -- memori semantik
Ciri-ciri iklim monsun tropika -- memori episodik
Saya terjatuh semalam

Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang
menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili
maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan
bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang
berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang
disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding
dengan maklumat yang terletak jauh.

Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih
cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini
ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries"
manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri
"animals" .

Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara,
kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu
menukarkan mentol yang terbakar.

Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang
mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan

110 Psikologi Pendidikan

tingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba
membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu lokasi ke satu
lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini bermakna kita
mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita
yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Proses dapat kembali data daripada ingatan jangka masa
panjang.

Setelah sesuatu telah dikodkan dan disimpan di dalam ingatan
jangka masa panjang masalah seterusnya ialah bagaimana hendak
mendapatkannya kembali satu bahan daripada berjuta-juta bahan
yang lain. Jika ia dikodkan secara sistematik , adalah senang
untuk mengeluarkannya, jika tidak aia akan mengalami masalah.

Dalam ingatan jangka masa panjang, masalah dapat
kembali tidak sama seperti yang terdapat dalam ingatan jangka
masa pendek. Di dalam ingatan jangka masa pendek masalah
utama ialah ruang simpanan tidak mencukupi dan data berlebihan.
Sebaliknya masalah utama dalam ingatan jangka masa panjang ini
ialah untuk mendapat saran kembali (retvieval cues) yang betul.
Saran dapat kembali ialah berkaitan dengan bahan yang sebenar
yang disimpan dalam ingatan jangka masa panjang.

Terdapat pelbagai jenis gangguan di dalam proses dapat
kembali ingatan daripada simpanan ingatan jangka masa panjang.
Antaranya ialah satu daripada gangguan yang dimaksudkan ialah
jika dua data yang berasingan dikaitkan dengan satu saran dapat
kembali. Contohnya seorang pelajar berpindah ke bilik yang baru.
Setelah mendaftarkan nombor bilik yang baru serta menyimpannya
dalam ingatan, anda lazimnya melupakan bilik yang lama. Anda
juga menghadapi kesukaran untuk mengingati nombor bilik yang
baru.

Brown dan Mcneill (1966) menerangkan satu lagi bentuk

Ingatan 111

gangguan iaitu fenomena hujung lidah (tip of tougue). Ia adalah
keadaan dimana kita tahu akan sesuatu tetapi tidak ingat langsung
apa yang kita tahu. Contohnya kita mengenali seseorang itu tetapi
tidak dapat mengingati namanya. Bebrapa minit kemdian barulah
seseorang itu dapat mengingatinya. Di sini seseorang itu
menjalani prose mencari dan menapis segala bentuk saran dapat
kembali sehingga seseorang itu memperolehi saran yang betul.

FAKTOR YANG MENJEJASKAN INGATAN

I. Lupa
Mengikut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana
maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting,
kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental
seseorang. Semua manusia mengalami fenomena yang dikatakan
lupa. Beberapa orang pakar percaya Lupaan ialah kegagalan
mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga
teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.

a) Teori Reputan ('Decay Theory')
Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh
masa.

b) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')
Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana
kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan
maklumat itu.

c) Teori Gangguan ('Interference Theory')
Maklumat lain mengganggu maklumat yang hendak
diingat

a. Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')

112 Psikologi Pendidikan

Kumpulan Belajar Belajar Ujian

A X-Y X-Z X-Z

B --- X-Z X-Z

Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada
Kumpulan A kerana maklumat lama (X-Y) mengganggu
mengingat kembali maklumat baru (X-Z)

b. Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')

Kumpulan Belajar Belajar Ujian

A X-Y X-Z X

B X-Y ---

Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat berbanding
dengan kumpulan A kerana maklumat baru (X-Z) menganggu
mengingat kembali maklumat lama (X-Y).

Mengikut kajian terdapat tiga jenis-jenis lupaan, iaitu
lupaan keusangan, lupaan gangguan dan lupaan desakan. Lupaan
keusangan ini merupakan maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang tidak digunakan atau diaktifkan dalam tempoh
yang agak lama. Misalnya, peristiwa sejarah yang dipelajari
semasa dibangku sekolah telah dilupai selepas meninggalkan
sekolah beberapa tahun kemudian.

Lupaan gangguan pula berlaku apabila maklumat yang
tersimpan dalam ingatan jangka panjang adalah diganggu oleh
maklumat baru, khasnya maklumat yang berkaitan tetapi fakta
yang berlainan, dan perbezaan tempoh masa pembelajaran yang
berlaku di antara mereka adalah singkat.

Lupaan desakan pula ialah berkaitan rapat dengan emosi
dan motivasi seseorang, iaitu menyebabkannya secara tidak sedar

Ingatan 113

melupakan maklumat-maklumat yang tersimpan dalam ingatan
jangka panjang. Misalnya seseorang pelajar melupai maklumat-
maklumat semasa peperiksaan kerana menghadapi desakan
emosinya.

I. Patologi yang berkaitan dengan ingatan.
Beberapa keadaan bilazim telah dikenal pasti sebagai mempunyai
kaitan dengan ingatan. Ini disebut sebagai patologi ingatan iaitu
amnesia. Amnesia ini boleh dibahagikan kepada 4 :
a) Amnesia transien global
b) Amnesia retrograde
c) Amnesia anterograde
d) Sindrom Korsakoff

KAEDAH MEMPERBAIKI INGATAN

Kita lihat beberapa cara yang lazimnya digunakan dan boleh
diaplikasikan untuk meningkatkan ingatan harian.

a) Kaedah meningkatkan ingatan bacaan
Pertamanya ialah membaca dengan kuat. Cuba baca perenggan
ini dengan kuat (bukan menjerit) kepada diri anda, dan cuba
ingat kembali apa yang dibaca. Kaedah ini dikenali sebagai
kaedah pembacaan aktif.

Kedua ialah kaedah PQRST (preview, Question, Read, Self
Recitation & Test). Kaedah ini diperkenalkan oleh Thomas
dan Robinson 1982.

b) Meningkatkan ingatan harian
Kaedah mnemonik boleh digunakan untuk meningkatkan
ingatan dengan mengaitkan sesutau bahan ingatan dengan

114 Psikologi Pendidikan

sesuatu tempat yang anda kenali. Contohnya anda ingin
membeli makanan. Lazimnya anda akan menulis senarai
barang keperluan.

KESIMPULAN

Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing
Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai
analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem
komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan
dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia
mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa
cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek
berbanding dengan komputer.

Terdapat pelbagai jenis ingatan manusia. Ingatan ini boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ingatan ikonik, ingatan
jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Keil
(1999)menyatakan kemampuan kita mengingat informasi baru
tergantung pada apa yang telah kita ketahui sebelumnya. Misalnya
apa yang diingat oleh seorang mahasiswa ketika dia berkunjung ke
perpustakaan tergantung pada apa saja yang sudah dia ketahui
mengenai perpustakaan (letak topik-topik tertentu di rak buku,
bagaimana mencari buku,dan sebagainya).

Sumbangan “isi memori” ini kelihatan lebih jelas bila kita
membandingkan ingatan seorang “ahli” dengan ingatan seorang
“awam.” Yang ahli (dan berpengalaman) mengingat lebih baik
dibandingkan dengan yang “awam”.

Ingatan 115

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.

Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.

Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York

Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition). New
York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th Ed.)” United States
America : Brace.

Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology:

1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in the Efficiency
of Word Recognition, USA: American Psychological
Association Inc.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective

116 Psikologi Pendidikan

Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt
Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:
Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of
America : Harcort Brace McGraw-Hill, Inc.
Medin, Douglas L. dan Ross,Brain H.(1997). “Cognitive
Psychology.” 2nd Ed.United
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.

6

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Jamaludin Ramli

PENGENALAN
Kita dapat terus hidup hanya dengan merasa dan memahami
persekitaran. Kadang-kala kita salah tanggap dan tafsir situasi dan
seterusnya menimbulkan masalah. Set jangkaan dan tindak balas
kita menentukan bagaimana kita melihat dunia. Sikap sangsi dan
kesimpulan kita tentang individu lain juga menentukan bagaimana
kita berinteraksi dengan orang lain. Harapan, impian dan
ketakutan menjadi ramalan kepuasan kendiri dan menentukan
masa depan pada tahap tertentu. Pengetahuan tentang tingkah laku
manusia termasuk kemahiran bantuan kendiri, serta perancangan
yang rasional menentukan sebahagian kejayaan kita dalam
mencapai matlamat hidup. Motivasi juga menentukan sejauh mana
kita menuju ke arah set keperluan dan nilai kita. Perbezaan antara
kenyataan dan unggul akan menentukan tahap kepuasan diri dalam
hidup kita. Paling penting, manusia hanya satu-satunya spesies
yang berkebolehan mengkaji proses pemikirannya, kita faham
sebahagian kendiri dalaman kita. Segala dunia fenomena bagi
kognisi disebabkan oleh 100 bilion sel saraf yang beratnya 2 ½
paun dalam kepala manusia. Berat otak terdiri kurang daripada 3%
berat badan tetapi menggunakan 25% jumlah diri. Joseph
Campbell (1985) mempercayai bahawa konsep ‘kendiri’ yang
berdikari, arah-kendiri tidak berkembang sehingga 800 tahun
dahulu. Jadi, ini adalah idea baru relatif (lebih lama daripada idea
bahawa kita tidak berada dalam pusat universal) yang makin
penting. Dalam zaman pertengahan, nilai dan maksud diarah oleh
masyarakat. Hari ini, teori ‘kendiri’ yang moden menyatakan
setiap individu dijangka untuk memutuskan apa pengambilan

118 Psikologi Pendidikan

Oksigen badan. Ia merupakan tempat yang sibuk, berkuasa,
berfenomena dan misteri.

Antara 700 dan 1500, konsep ‘kendiri’ dikenal sebagai
yang lemah, berdosa, kasar, bersifat mementingkan yang betul dan
cukup memahami diri untuk menentukan jenis tindakan yang
‘terasa betul’. Pendek kata, kita mesti memahami diri, baru kita
boleh tentukan matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri.
Budaya 1200 dan 2000 adalah dua dunia yang amat berbeza.

Hari ini, konsep kendiri kita, iaitu pengetahuan kita,
andaian dan perasaan tentang diri kita, adalah pusat kepada
kebanyakan proses mental. Kesedaran kendiri adalah antara satu
konsep yang terpenting dalam psikologi. Kita tahu bahawa konsep
kendiri setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain.
Tetapi hairannya, tiada satu persetujuan tentang struktur umum
atau isi konsep kendiri. Ada pepatah yang mencadangkan bahawa
anda mempunyai satu kendiri benar atau kendiri tulen seperti yang
dikatakan “jadi anda sahaja”. Kendiri benar mungkin sama dengan
identiti yang kamu lebih suka atau kendiri anda yang terbaik.
Kendiri ini kemas, seragam, penerangan positif stabil yang relatif
tidak padan dengan realiti yang kebanyakan kita mengalami.
Nampaknya kita mempunyai satu kendiri dengan banyak bahagian,
ada yang disukai dan ada yang tidak.

APAKAH ITU KONSEP KENDIRI?

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri
sendiri. Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri.
Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal,
kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.

Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian
seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap
tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia
berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita,

Pengertian Konsep Kendiri 119

perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku
pada diri kita.

Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima
penilaian daripada orang lain. konsep kendiri seseorang meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan
juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga
dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga psikologi.
Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak
kanak-kanak masih kecil lagi.

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming
a Person”, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu
terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai
objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan
tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama
daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur
secara positif.

Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu
perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam
kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham
dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya
jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan
pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut.

Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi
Pusatan-Klien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah
terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian
orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap
dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.
Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang
dirinya adalah seorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu
persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang
sepatutnya diberikan kepada orang baik.

120 Psikologi Pendidikan

Persepsi KENDIRI Penilaian individu
individu itu akan persepsi orang
sendiri lain terhadap dirinya
mengenai

Penilaian orang lain akan diri individu

Rajah 6.1: Cara Pembentukan Kendiri (Rogers, 1951))

Pada tahun 1951, telah melihat kendiri dalam aspek yang
lebih mendalam dan luas. Beliau membahagikan kendiri global
kepada kendiri sebagai mengetahui “I” atau I’ dan kendiri
sebagai diketahui “me” Kendiri yang mengetahui “I” aktif
memproses pengalaman dan adalah konsep universal di mana
semua orang dapat memproses pengalamannya. Kendiri sebagai
diketahui “me” pula ialah kandungan apa yang dialaminya dan
merupakan konsep yang spesifik kepada individu tersebut.

Bagi kendiri sebagai diketahui “me,” Rogers (1885)
membahagikannya kepada kendiri sebagai objek (struktur) yang
bermaksud persepsi individu terhadap dirinya atau imej kendiri
dan kendiri sebagai proses iaitu penilaian atau penghargaan
individu terhadap kendirinya. Ini seterusnya akan membentuk
konsep kendiri yang terdiri daripada kognisi kendiri, kendiri dari
aspek orang lain dan kendiri ideal seperti rajah 2 di bawah.

Pengertian Konsep Kendiri 121

Kendiri Gobal

Kendiri sebagai Kendiri sebagai diketahui “Me”
mengetahui “I”

Imej Kendiri (struktur) Penilaian/ Penghargaan
kendiri (proses)

Konsep Kendiri

Kognisi Kendiri dari aspek orang Kendiri ideal
lain

Rajah 6.2: Kendiri Global dan Subsistemnya

Pietrofesa & Bank, (1964) telah mengemukakan susunan konsep
kendiri yang terdiri daripada beberapa aspek yang ditunjukkan
dalam rajah 3 berikut.

122 Psikologi Pendidikan

Sifat yang semula jadi Diri dari Kepercaya Berasaskan
Nilai kehendaki :
kematangan Pusat (aku) 1.keselamatan
diri 2.fizikal
Alam sekeliling Diri Diri 3.kasih saying
sebenar unggul 4.penghormatan
Model yang dicontohi Diri dari diri
daripada Sikap 5.kesempurnaan
pengalaman : Lapangan Persepsi (saya) diri
1.Ibu bapa
2.Nilai orang Hasilnya
(Tingkahlaku)
lebih dewasa
3.Teman sebaya
4.Diri sendiri

Rajah 6.3: Susunan Konsep Kendiri Nota : Apabila kendiri
terbentuk, segala pengalaman akan berlanjutan selaras dengan imej
diri sendiri yang diterima, dan yang lain diketepikan sahaja
(Leonardo Petrofesa & Bank 1969 )

Dengan merujuk kepada rajah 3 tersebut, cara
pembentukan konsep kendiri seseorang individu adalah kerana
sifat semula jadi dan kematangan yang ada padanya dan alam
sekelilingnya. Model yang dicontohi daripada pengalaman dalam
pembentukan konsep kendiri ialah ibu bapa, nilai orang lebih
dewasa, teman sebaya dan diri sendiri. Selain itu, individu juga
berasaskan kepada kepercayaan nilai (aku) dan sikap (saya) serta
kehendak-kehendak tertentu dalam membentuk konsep kendirinya.

Pengertian Konsep Kendiri 123

Diri daripada Kaca Mata Sendiri

Ia adalah sebahagian besar konsep kendiri iaitu bagaimana
seseorang individu melihat dirinya sendiri sama ada sebagai
seorang yang matang, sensitif, bertanggungjawab atau
mementingkan diri sahaja. Tanggapan ini akan mempengaruhi
tingkah lakunya. Contohnya individu yang mempunyai
penghargaan diri yang tinggi akan mencari pekerjaan yang tinggi
statusnya sementara individu yang mempunyai tanggapan diri
negatif akan membuat pemilihan pekerjaan yang sederhana atau
rendah sahaja.

Diri dari Penglihatan atau Pandangan Orang Lain

Setiap individu akan membuat tanggapan mengenai bagaimana
orang lain menganggap dirinya. Kemudian, individu tersebut akan
bertingkah laku selaras dengan tanggapan tersebut. Sebagai
contoh, seorang remaja yang dianggap oleh rakan-rakannya
sebagai seorang yang kuat akan cuba berlagak sedemikian begitu
juga sebaliknya.

Diri yang Unggul

Semua individu ingin mempunyai diri yang unggul. Seseorang
individu tidak akan menjadi apa yang dirinya tidak ingini menjadi.
Untuk menjadi seorang manusia yang baik, seseorang individu
mesti boleh melihat dirinya sebagai seorang makhluk yang baik
dan mesti tetapkan matlamat dan cuba mencapai matlamat
tersebut. Sebaliknya, sekiranya seseorang individu tidak dapat
mencapai cita-citanya, maka dia akan mengalami kekecewaan dan
meninggalkan kesan negatif kepadanya.

124 Psikologi Pendidikan

Pengaruh Kehendak

Setiap individu mempunyai keperluan yang perlu dan harus
dipenuhi untuk memperoleh kepuasan dan kebahagiaan hidup.
Keperluan ini sama ada dipenuhi atau tidak akan mempengaruhi
perkembangan konsep kendirinya. Contohnya, individu yang tidak
dapat memenuhi keperluannya sendiri akan merasa dirinya hidup
dalam serba kekurangan. Setiap individu mempunyai keperluan-
keperluan yang mengikut satu hierarki dari peringkat rendah
kepada peringkat lebih tinggi seperti yang diutarakan oleh
Abraham Maslow, 1954. Di antaranya ialah keperluan fizikal,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan
penghormatan dan kehendak untuk penyempurnaan kendiri.

ASPEK KONSEP KENDIRI

Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku “Teacher Behavior &
Pupil Self-Concept,” konsep kendiri yang umum terdiri daripada
lima deria kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti
kendiri, deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri
dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-
komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan
biasa kepada kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah
yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada kebolehan
merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya,
penerimaan-penolakan dan percaya-tidak percaya orang lain dan
persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada kebolehan kendiri
bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai
identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial melalui
komunikasi. Perkembangan kendiri merujuk kepada kendiri
sebagai pelaksana, pelajar dan orang yang mengetahui yang
diekspresikan sebagai kecemerlangan kendiri. Penghargaan kendiri
merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan
pengenalpastian berkenaan impak daripada orang lain dan
persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai

Pengertian Konsep Kendiri 125

sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri dan nilai
berdasarkan kendiri unggul’

bentuk imej kendiri Bentuk
kendiri
bentuk penghargaan pendirian
kendiri

bentuk pengembangan
kendiri

bentuk identiti kendiri

bentuk kendiri
pendirian

Rajah 6.4 : Konsep Kendiri Umum sebagai Lima Deria Kendiri

Walau bagaimanapun, Shavelson et al (1976) telah banyak
menjalankan kajian dan mengemukakan satu model konsep kendiri
yang berhierarki dan melibatkan pelbagai sudut iaitu akademik,
sosial, emosi dan fizikal. Konsep kendiri akademik berkait dengan
bilang-bilang akademik seperti bahasa, sejarah, matematik dan
sains, konsep kendiri sosial berkait dengan konsep kendiri rakan
sebaya dan orang signifikan, konsep kendiri emosi berkait dengan
tahap-tahap emosi yang tertentu dan konsep kendiri fizikal berkait
dengan konsep kendiri kebolehan fizikal dan penampilan fizikal.
Terdapat beberapa skala konsep kendiri yang telah dibina
berasaskan kepada model ini (Marsh, 1992).

Sekiranya dilihat dari sudut konsep kendiri seorang pelajar,
Midgley & Adler (1984) menyatakan bahawa setiap pelajar

126 Psikologi Pendidikan

mempunyai konsep yang berlainan tentang dirinya dalam tiga
aspek yang utama iaitu kognitif, sosial dan fizikal. Aspek kognitif
merujuk kepada kepercayaan pelajar tentang kebolehan akademik
mereka sama ada pandai dan berjaya atau bodoh dan gagal. Aspek
sosial pula ialah kepercayaan pelajar tentang kebolehan mereka
berinteraksi atau bersosial dengan orang lain dan aspek fizikal
ialah kepercayaan pelajar tentang kebolehan mereka dalam bidang
sukan. Apabila pelajar semakin dewasa, mereka didapati akan
membuat penilaian yang lebih spesifik tentang diri mereka.
Contohnya pelajar yang melihat dirinya tidak pandai dalam Bahasa
Inggeris sahaja tetapi baik dalam bidang lain di bawah aspek
kognitif.

Aspek Kognitif Bahasa Inggeris
Muzik

Konsep Kendiri Am Aspek Sosial Bidang lain
Aspek Fizikal
Terkenal dengan rakan

Kebolehan
berkomunikasi dengan

dewasa
Bidang lain

Tarikan fizikal
Kebolehan sukan

Bidang lain

Rajah 6.5: Struktur Hierarki Konsep Kendiri (pelajar)

Pengertian Konsep Kendiri 127

PANDANGAN OLEH BEBERAPA ORANG AHLI
PSIKOLOGI MENGENAI KONSEP KENDIRI

1 Carl Rogers (Terapi berpusat klien - 1951)

Menurut Carl Rogers (1951), konsep kendiri terdiri daripada
seperti persepsi terhadap ciri-ciri dan kebolehan seseorang,
tanggapan dan konsep diri seseorang dalam hubungan nya dengan
orang lain dan dengan alam kelilingnya, kualiti-kualiti nilai yang
digambarkan sebagai berhubungan dengan pengalaman serta
matlamat dan idea yang digambarkan mempunyai nilai positif dan
negatif

2 Jersild (1952)
Jersild pula berpendapat bahawa konsep kendiri seseorang
merupakan semua perkara yang boleh dikatakan miliknya.
(sistem, idea, sikap, nilai dan komitmen seseorang). Kendiri
adalah seluruh alam sekitar seseorang dan merupakan pusat
pengalaman yang bermakna baginya kerana membezakan dunia
dalaman seseorang dengan dunia dalaman orang lain.

3 Stains (1954)
Menurut Stains pula, konsep kendiri adalah satu sistem tanggapan,
konsep dan penilaian seseorang individu mengenai dirinya sendiri.
Ia merangkumi respons individu tersebut yang berbentuk penilaian
secara kognitif dan sedar mengenai dirinya serta pemahamannya
tentang jangkaan dan gambaran orang lain terhadap dirinya.

4 Purkey (1970)
Konsep kendiri diistilahkan oleh Purkey sebagai seluruh
kepercayaan, sikap dan pendapat seseorang yang dirasakannya
benar mengenai dirinya. Ia merupakan pusat pengalaman dan
kriteria di mana segala perkara mengenai dirinya diukur.

128 Psikologi Pendidikan

5 Fitts (1971)
Fitts menyatakan konsep kendiri adalah persepsi seseorang
terhadap dirinya sendiri dan penilaiannya terhadap dirinya sendiri.
Walaupun persepsi terhadap diri itu penting, penilaian terhadap
diri sendiri lebih penting. Menurut beliau lagi konsep kendiri
tidak boleh dinyatakan di bawah satu tajuk tertentu sahaja. Beliau
membina Skala Konsep Kendiri Tennesse yang mengemukakan 8
bidang kendiri iaitu;

i Kendiri fizikal
ii Kendiri moral-etika
iii Peribadi
iv Keluarga
v Hubungan sosial
vi Identiti
vii Kepuasan diri
viii Tingkah laku

6 Coopersmith (1974)
Istilah konsep kendiri mengikut Coopersmith ialah gambaran
seseorang mengenai dirinya seperti yang difahami dirinya atau ia
adalah idea seseorang mengenai dirinya sendiri, sifat dan perangai
yang utama dan ketara.

7 Shavelson (1982)
Mengikut Shavelson pula konsep kendiri adalah persepsi
seseorang terhadap dirinya sama ada berbentuk deskriptif atau
berbentuk penilaian. Ia terdiri daripada persepsi kendiri dan
penghargaan kendiri (self concept atau self esteem). Ia meliputi
berbagai peringkat. Dua daripada bidang utamanya ialah konsep
kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik. Ia
terbentuk melalui pengalaman seseorang dengan alam
sekelilingnya, interaksi dengan orang signifikan dan melalui sifat
dan tingkah lakunya sendiri.

Pengertian Konsep Kendiri 129

8 Burns (1982)
Menekankan keseluruhan persepsi seseorang terhadap dirinya. Ia
mengandungi kepercayaan seseorang, penilaiannya terhadap
kepercayaan tersebut dan kecenderungan tingkah lakunya sebagai
tindak balas kepada kepercayaan dan penilaian tadi. Beliau
berpendapat konsep kendiri merupakan gabungan dua unsur
penting iaitu imej kendiri dan penilaian kendiri.

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah mendapati bahawa
pelajar-pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-
beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh
konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara
keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi kepada 3 bahagian
dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-
akademik (akhir-akhir ini kajian menunjukkan bahawa kebolehan
dalam bidang seni juga berpengaruh).

STRUKTUR KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap
elemen-elemen ini memainkan peranan yang penting dalam
memahami bagaimana konsep kendiri berkait rapat kepada
mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu. Elemen
persepsi kendiri tersebut berkait rapat antara satu sama lain.

1) Anggapan Kendiri

Struktur yang pertama ialah bentuk persepsi atau konsep kendiri

130 Psikologi Pendidikan

yang boleh dan diperhatikan oleh individu. Ia terdiri daripada 3
bentuk sifat individu yang boleh diperhatikan iaitu traits,
kecekapan dan nilai individu.

1.1 Traits iaitu tingkah laku individu yang kekal. Ia merupakan
atribusi dalaman di mana individu menunjukkan tingkah laku
yang stabil dalam situasi atau masa yang berbeza tanpa
dipengaruhi oleh sebab luaran.

1.2 Kecekapan atau kompetensi ialah individu yang memegang
persepsi tentang diri mereka sendiri dari segi kebolehan,
bakat, skala dan ilmu yang mereka miliki. Contohnya apabila
kita mengatakan bahawa kita adalah pemain bola keranjang
yang terhadap di universiti.

1.3 Nilai ialah konsep dan kepercayaan tentang keinginan atau

tingkah laku yang melangkaui situasi tertentu. Nilai ini boleh

dimanifestasikan melalui perkataan dan

perbuatan..Contohnya ialah “ Saya yakin saya adalah pelajar

yang rajin.”

2) Kendiri Ideal
Merujuk kepada satu trait, kecekapan dan nilai di mana seseorang
individu ingin memilikinya. Biasanya ia merujuk kepada
kesempurnaan di mana setiap manusia ingin kesempurnaan.
Contohnya setiap orang pelajar berangan-angan untuk menjadi
pelajar yang terpandai di sekolahnya.

3) Identiti Sosial
Merujuk kepada proses di mana individu mengklasifikasikan diri
mereka dan orang lain kepada beberapa kategori sosial seperti
polis, kanak-kanak dan lain-lain. ia menjawab separuh daripada
soalan ‘siapa diri aku?’.

Pengertian Konsep Kendiri 131

PENGHARGAAN KENDIRI

Ia merupakan penilaian tentang diri sendiri. Penilaian yang rendah
berlaku apabila kendiri sebenar rendah daripada kendiri ideal.
Apabila kendiri sebenar sesuai atau secocok dengan kendiri ideal,
penilaian atau penghargaan kendiri akan meningkat naik.

1 Komponen Konsep Kendiri
Menurut Krech, Crutchfield dan Ballachey dalam buku mereka
yang bertajuk The Individual in Society (1962) menyatakan
terdapat 3 komponen utama dalam konsep kendiri seseorang iaitu :

1) Komponen Kognitif yang berkait rapat dengan kepercayaan
tentang sesuatu objektif, termasuklah penilaian tentang sesuatu
itu baik atau buruk dan sesuai atau tidak sesuai.

2) Komponen Afektif atau perasaan yang berkaitan dengan suka
dan tidak suka.

3) Komponen Kecenderungan untuk melakukan sesuatu. Ia
termasuklah juga kesediaan untuk berkelakuan dengan cara-
cara yang tertentu.

Oleh sebab ketiga-tiga komponen adalah dimensi yang
berlainan walaupun berada dalam satu konsep, maka kita akan
menjangkakan ketiga-tiga dimensi ini akan tekal antara satu sama
lain. Ini bermaksud apabila satu dimensi sikap mengalami
perubahan, ia lazimnya akan diikuti dengan perubahan dalam arah
yang sama bagi dimensi yang lain.

Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Tingkah laku Manusia

Konsep kendiri telah diperkenalkan oleh William James ( Deaux &
Wrightsman, 1988). konsep kendiri ini dilihat dari perspektif yang
luas dan meliputi tubuh badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal,

132 Psikologi Pendidikan

isteri, anak-anak, kawan-kawan, nenek moyang, reputasi, taraf
pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan diri sendiri.
Ia merupakan identiti diri dan ia mempengaruhi tingkah laku diri
seseorang. Dalam bahagian ini, akan membincangkan pengaruh
konsep kendiri terhadap beberapa tingkah laku manusia iaitu:-

i Konsep Kendiri : lokus kawalan
Lokus kawalan merupakan satu konsep di mana bagaimana
seseorang melihat diri sendiri, bagaimana seseorang bereaksi
terhadap orang lain dan bagaimana perasaannya terhadap pengaruh
orang lain. Terdapat 2 jenis Lokus kawalan iaitu dalaman (contoh:
kemahiran, kebolehan, pengalaman potensi semula jadi ) dan
luaran (contoh: nasib, peluang yang ada, kuasa orang lain ).

Seseorang yang harga dirinya rendah biasanya percaya
bahawa dirinya tidak berkebolehan untuk mengawal diri dan dia
menyerahkan dirinya kepada nasib, orang lain. manakala bagi
orang yang harga dirinya tinggi, dia lebih percaya pada kebolehan
diri dan boleh mengawal diri dan persekitaran dengan baik.

Bellak (1975) mendapati bahawa penilaian terhadap diri
sendiri bagi orang yang di bawah kawalan Luaran biasanya adalah
rendah.Ini disebabkan mereka tidak percaya bahawa mereka boleh
melakukan sesuatu secara efektif dan mereka amat bergantung
pada peneguhan luaran untuk menilai diri mereka.

Orang yang percaya pada kawalan Luaran juga didapati
sukar untuk menjalinkan hubungan interpersonal
(McDonald,1971), penilaian terhadap diri adalah rendah (Hersch
and Schiebe,1969) dan lemah dalam penyesuaian diri (Warehime
and Foulds,1971). pengkaji kini juga mendapati bahawa
penerimaan diri bagi Luaran adalah lebih rendah daripada
Dalaman. Chandler (1976) juga menekankan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara kepercayaan terhadap kawalan
Luaran dengan konsep kendiri yang rendah.

ii Konsep kendiri dan kerisauan
Mitchell (1959) merumuskan bahawa konsep kendiri yang baik

Pengertian Konsep Kendiri 133

akan mengurangkan aras kerisauan.1Lamp (1968)mendapati
bahawa tahap kerisauan bagi orang yang harga dirinya rendah
adalah lebih tinggi daripada orang yang harga dirinya tinggi.
Rosenberg (1965) menyetujui bahawa ada sesetengah orang yang
harga dirinya rendah lebih mudah mengalami kerisauan, ini dapat
dilihat melalui 4 situasi iaitu:-

1. Seseorang yang harga dirinya rendah yang tidak mempunyai
imej kendiri yang stabil dan bering berubah-ubah akan
menimbulkan kerisauan.

2. Orang yang harga dirinya rendah selalunya mempunyai
anggapan yang salah terhadap dunia. Ini merupakan tanda-
tanda ketegangan yang akhirnya akan membawa kepada
kerisauan.

3. Harga diri yang rendah menjadikan seseorang lebih sensitif
untuk membuktikan kebolehan dirinya. tingkah laku yang
mudah terdedah ini menjadikan berlakunya kerisauan

4. Seseorang yang harga dirinya rendah, ia kurang boleh
berkongsi sesuatu bersama dengan orang lain. Dia terpaksa
hidup dalam kesunyian dengan berseorangan, inilah yang
menyebabkan kerisauan berlaku pada dirinya.

PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PERSEMBAHAN
KENDIRI
Setiap individu mempunyai satu persembahan kendiri yang
berbeza, antaranya adalah mereka yang suka merokok untuk
menunjukkan gaya kendirinya, berlagak dan besar hati untuk
mendapat perhatian orang ramai. Kadang-kala juga terdapat
mereka yang malu, segan dan cara-cara lain yang cuba
menyembunyikan perasaan dan konsep kendiri mereka. Ada juga
yang suka senyum semasa berhadapan dengan orang lain. Antara
cara-cara persembahan kendiri dapat menunjukkan individu-
individu yang berbeza ialah:

134 Psikologi Pendidikan

Konsep kendiri : Merokok di kalangan remaja

Remaja yang merokok mempunyai konsep kendiri yang
mengandungi elemen-elemen yang berbeza jika dibandingkan
dengan pelajar-pelajar lelaki yang tidak merokok (McKennell and
Bynner,1969). Elemen-elemen konsep kendiri yang berbeza adalah
sikap terhadap kekuatan, kematangan (precocity) dan kejayaan
dalam akademik.

Remaja yang merokok melihat dirinya sebagai seorang
yang kuat manakala melihat pelajar-pelajar lelaki yang tidak
merokok adalah tidak matang dan kurang kuat. Ada sesetengah
lelaki merokok kerana mereka menganggap bahawa merokok
merupakan satu tingkah laku yang menunjukkan kekuatan. Pada
halnya konsep mereka adalah salah.

Menunjukkan kematangan juga salah satu sebab yang
mendorong remaja lelaki merokok kerana mereka menganggap
bahawa lelaki yang merokok adalah lelaki yang matang yang dapat
menarik perhatian daripada wanita. Remaja lelaki yang merokok
tidak menganggap pencapaian dalam akademik yang tinggi sebagai
satu kejayaan manakala pelajar yang tidak merokok
menganggapnya sebagai satu yang membanggakan.

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep
kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Berikut akan
dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep
kendiri tersebut.
1. Konsep Kendiri Positif
Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan
kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep
kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang
positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik
sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan
mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan

Pengertian Konsep Kendiri 135

sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan
kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan
dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri
untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga tidak mudah melatah
atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan
dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan di terimanya
dengan tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik,
lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan
orang lain. Dia juga bersifat lebih relak, mudah berinteraksi
dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa
tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.

2 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya
konsep kendiri yang positif di dalam diri seseorang individu.
Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang positif
seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari
kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan
mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah
datangnya dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang
paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang
positif ialah: bagus cuba lagi yang lebih baik, Pandai anak ibu dan
sebagainya.

Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan
yang baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan
besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini
kerana individu tersebut tidak akan merasa kekurangan dan
kekosongan dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di
hargai da merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam
melakukan sesuatu.

Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut
mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep
kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni
akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik.
Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan
ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan

136 Psikologi Pendidikan

gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut.
Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan

sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya berjaya
membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa
dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang
yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan
kebolehannya.

Selain dari itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri
individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang positif
dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada
diri sendiri akan menyebabkan individu terbabit akan berusaha
untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut
dam malu apabila mengalami kegagalan.

3 Konsep Kendiri Negatif
Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan
sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada
mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya
dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di
mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak
gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung.

Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama
ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang
berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih
sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru,
rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan
lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya
mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini
akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat
rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut
akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang
muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau
tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang
tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep
kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang
mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka

Pengertian Konsep Kendiri 137

bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan
yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang
amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh
orang lain.

4 Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif
Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru
dilahirkan masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep
kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi
dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif.
Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi konsep kendiri negatif.

Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih
sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun
orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan
tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut.
Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif
dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan
konsep kendiri yang negatif.

Suasana keluarga juga merupakan faktor yang boleh
mendorong kepada pembentukan konsep kendiri. Sekiranya
suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat
membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga
yang sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang
negatif. Ini kerana keadaan keluarganya yang kucar kacir serta
dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak
memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada
anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar
berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini
pula akan menyebabkan anak-anak sentiasa dalam keadaan
ketakutan serta kerunsingan dan seterusnya akan terbentuklah
konsep kendiri yang negatif.

Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah
berbanding dengan keluarga lain juga merupakan satu punca yang
mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu
tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan

138 Psikologi Pendidikan

kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh keluarganya seperti
keluarga yang lain.

Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat
membentuk konsep kendiri yang negatif. Kecacatan yang dimiliki
akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul dan
menyertai aktiviti-aktiviti seperi orang lain. Keadaan ini akan
menyebabkan individu tersebut akan berasa rendah diri dan
merasakan bahawa dirinya tidak berguna kepada orang lain.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI KONSEP
KENDIRI YANG POSITIF

Salah satu punca yang menyebabkan seseorang bertingkah laku
negatif ialah tidak mempunyai konsep kendiri yang positif. Oleh
itu, konsep kendiri yang positif perlu dipupuk demi menghasilkan
afektif, kognitif dan tingkah laku yang positif. Berikut merupakan
9 langkah untuk mencapai konsep kendiri yang positif.

1) Membina suatu kemahiran
Setiap orang mempunyai potensi dalam sesuatu bidang,sekiranya
kita telah mahir atau minat dalam sesuatu bidang misalnya dalam
bidang muzik atau sukan. Kita boleh memberi fokus terhadap
kemahiran yang ingin dibina. Jika kita telah mahir dalam sesuatu
bidang dan pencapaian adalah baik. Ini merupakan satu kelebihan
yang ada pada dirinya, dan kelebihan ini dapat meningkatkan
keyakinan diri.

2) Belajar untuk menerima diri seperti mana diri sekarang
Kita perlu belajar menerima diri seperti mana diri sekarang sama
ada dari segi fizikal, mental, status sosial ekonomi, jawatan,
kelebihan, kelemahan dan sebagainya tanpa terlalu ingin menjadi
seperti orang lain dan berbanding dengan orang lain. Jangan
memikirkan pencapaian diri atau perkara-perkara yang lepas
kerana yang lepas pun telah lepas, yang penting ialah sekarang dan
masa depan. Selain itu, sekarang cuba elakkan diri daripada

Pengertian Konsep Kendiri 139

memikirkan untuk menjadi kendiri ideal kerana kendiri ideal
adalah untuk masa depan. Waktu ini, kita perlu menjadi diri seperti
mana kita sekarang.

3) Memerhati orang yang mempunyai harga diri yang tinggi
Melalui pemerhatian terhadap orang-orang yang mempunyai harga
diri yang tinggi, kita dapat melihat cara-cara mereka
berkomunikasi dengan orang lain, berhadapan dengan respons
negatif, cara bertutur, duduk, jalan, memandang orang apabila
bercakap,cara melakukan kerja dan sebagainya. Kita boleh belajar
kelebihan yang ada pada orang yang harga dirinya tinggi tetapi kita
tidak perlu serupa dengan mereka sehinggalah menghilangkan
identiti sendiri. Kehilangan identiti diri seseorang boleh
memusnahkan harga diri seseorang.

4) Membaca bibliografi orang yang kita kagumi atau
menonton video yang berkaitan dengan orang yang berjaya
atau terkemuka

Biografi atau video mencatatkan latar belakang, pendidikan, cara
hidup, pencapaian, kejayaan, kegagalan dan lain-lain yang
berkaitan tentang seseorang tersebut. Dari biografi atau video
orang yang berjaya, kita dapat memperoleh petua-petua bagaimana
untuk menghadapi masalah, bagaimana cara untuk menyelesaikan
konflik, bagaimanakah mereka berjaya dari kegagalan. Kita cuba
meletakkan diri dalam situasi yang dialami oleh mereka,
bayangkan bagaimana mereka dapat berjaya. Ini merupakan satu
latihan mental yang baik untuk pembinaan konsep kendiri.

5) Menyenaraikan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri
Bertanya kepada kawan, ahli keluarga atau orang-orang yang
signifikan untuk membantu kita menyenaraikan kelebihan-
kelebihan yang ada pada kita. Ini kerana orang lain selalu melihat
kelebihan-kelebihan yang ada pada diri kita dengan lebih jelas jika
dibandingkan dengan kita melihat diri sendiri. Dengan senarai
kelebihan diri yang ada, kita dapat lebih memahami diri dan dapat

140 Psikologi Pendidikan

lebih menerima diri dan menghargai kelebihan diri.

6) Berhenti dari berlengah-lengah
Kebanyakan orang suka menangguhkan, melengahkan kerja, sikap
berlengah-lengah ini akan merosakkan harga diri. Ini kerana
apabila kerja ditangguhkan, kita tidak dapat mencapai matlamat
yang ditetapkan, apabila gagal mencapai matlamat, keupayaan kita
dipersoalkan, ini akan menyebabkan harga diri menjadi rendah.
sebaliknya, kejayaan dalam menghabiskan sesuatu kerja akan
memberi kita kepuasan. kepuasan diri ini adalah penting dalam
pembinaan konsep kendiri.

7) Mencari seorang mentor
Mentor merupakan seorang yang akan berkongsi pengalaman
bersama dengan kita. Mentoring melibatkan 2 orang di mana
kedua-dua orang dapat berkomunikasi dengan baik, seorang
berperanan sebagai pengajar manakala seorang lagi berperanan
sebagai pelajar. Ini merupakan satu cara yang baik dalam
pembentukan konsep kendiri yang positif. Selain itu, terdapat satu
cara lagi iaitu role model. Role model merupakan seorang yang
boleh dijadikan teladan bagi kita,ia dapat membantu kita walaupun
kitalah yang melakukan segala kerja. dalam proses pembelajaran
dengan mentor dan role model, perlu diingati bahawa jangan
menghilangkan identiti diri dan jangan terpengaruh oleh kebiasaan
mereka. Di samping itu, elakkan daripada terlalu bergantung pada
mereka, kita perlu berjaya dengan usaha diri sendiri.

8) Menggunakan positif pertuturan kendiri
Positif pertuturan kendiri bermakna memberitahu diri sendiri
bahawa kita adalah O.K dan kita dapat melakukan sesuatu dengan
baik. apabila menggunakan positif pertuturan kendiri, jangan
menggunakan ayat seperti " saya ingin berjaya" tetapi berubah
menjadi " saya ingin berjaya dalam kejohanan ping-pong atau
bertukar kepada matlamat yang spesifik yang ingin dicapai.
Dengan kata lain, positif pertuturan kendiri perlu dinyatakan
dengan lebih spesifik dan bukannya secara umum. Di samping itu,

Pengertian Konsep Kendiri 141

apa yang dikatakan perlu untuk masa ini dan bukannya untuk
dahulu atau pada masa yang akan datang. Ahli psikologi
menyatakan positif pertuturan kendiri ini sebagai pencapaian
ramalan kendiri dan juga merujuk kepada kuasa cadangan kendiri.
Ini bermakna apabila berpegang kuat pada apa yang kita percayai,
ia akan bertukar menjadi realiti. Apabila kita berjaya untuk
melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan harga diri, kita patut
memberi ganjaran kepada diri sendiri sebagai satu galakan dan
peneguhan. Penilaian terhadap diri adalah penting kerana tiada
penilaian lain yang lebih bermakna selain penilaian diri.

9) Berhati-hati daripada kesan Pymalion
Kesan Pymalion digunakan oleh Profesor Robert Rosenthal of
Harvard University. Perkataan ini datang dari Greek Kesah
mengenai Raja Pygmalion, Raja dari Cyprus. Dalam kesah ini Raja
mengukir menara patung seorang wanita yang sempurna.
Kemudian beliau jatuh cinta ukirannya sendiri. Keinginannya
untuk membentuk wanita yang sempurna itu amat kuat sehingga ia
percaya dapat membawa wanita itu hidup dalam dirinya.
Kepercayaannya yang positif membuatkan impiannya menjadi
kenyataan2

Kesan Pygmalion merujuk kepada satu kecenderungan
yang membenarkan komunikasi orang lain mempengaruhi tingkah
laku kita. Misalnya kalau seorang guru memberitahu seorang
pelajar bahawa :" Kamu bodoh ", " kamu akan gagal", ini akan
mempengaruhi sikap dan tingkah laku pelajar tersebut dan
akhirnya pelajar itu betul-betul gagal. Walau bagaimanapun,
sekiranya seseorang mempunyai harga diri yang tinggi, dia adalah
kurang dipengaruhi oleh kata-kata negatif orang lain.

142 Psikologi Pendidikan

KESIMPULAN

Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep
kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang
mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak
seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951)
telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai
potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat
seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep
kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah
kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih
bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus
dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan
penuh cemerlang.

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York

Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition). New
York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th Ed.)” United States
America : Brace.

Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology:

1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in the Efficiency
of Word Recognition, USA: American Psychological


Click to View FlipBook Version