The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husainiaga, 2020-07-01 22:28:51

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

MENEROKA AMALAN KAUNSELING PERSPEKTIF ISLAM DALAM
KALANGAN KAUNSELOR

NORAIMI AAINAA BINTI OMAR

LAPORAN DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018

v

ABSTRAK

Tujuan kajian adalah untuk meneroka pengetahuan, amalan dan cabaran kaunseling
perspektif dalam perkhidmatan kaunselor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
dengan rekabentuk kajian kes untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam
kalangan kaunselor. Kaedah temu bual separa berstruktur ke atas enam orang peserta telah
dijalankan dalam proses pengumpulan data bagi membolehkan proses triangulasi data
dijalankan. Melalui analisis tematik, sebanyak sembilan tema telah terhasil iaitu proses
teraputik yang berlandaskan syariat, pendekatan kaunseling perspektif Islam yang
integratif, karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah, kepelbagaian pendekatan
perspektif Islam dalam setiap tahap kaunseling, asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan
konvensional, persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam, cabaran
pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam, cabaran dari segi pengamal kaunseling
dan cabaran dari klien sendiri. Dapatan kajian ini memperlihatkan amalan kaunseling Islam
sebagai amalan yang integratif, dinamik dan komprehensif. Kajian ini secara khusus
menjadi satu medium bagi pengamal untuk meningkatkan tahap keilmuan, pengetahuan
dan kemahiran mereka berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam.

vi

EXPLORING THE PRACTICE OF ISLAMIC PERSPECTIVE COUNSELING
AMONG COUNSELORS

ABSTRACT

The purpose of the study is to explore the knowledge, practices and challenges of Islamic
perspectives counseling in counselor services. This study uses a qualitative approach with
case study method to explore the practice of Islamic perspectives counseling among
counselors. Semi-structured interviews were conducted with six participants in the data
collection process to enable triangulation of data. Through thematic analysis, nine themes
have been developed, namely syariat based therapeutic process, integrative approach of
Islamic perspective counseling, counselor characters based on Quran and Sunnah, diversity
of Islamic perspective approach in each stages of counseling, assimilation of Islamic and
conventional counseling skills, community perception about Islamic perspectives
counseling, challenges on content and application of Islamic perspective counseling,
challenges in terms of counseling practitioners and challenges from clients themselves. The
findings of this study show the practice of Islamic counseling as an integrative, dynamic
and comprehensive practice. This study particularly acts as a medium for practitioners to
increase their level of understanding, knowledge and skills regarding the practices of
Islamic perspectives counseling.

vii

KANDUNGAN Muka surat

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN ii
BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN DISERTASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar Belakang Kajian 7
1.3 Penyataan Masalah 16
1.4 Tujuan Kajian 17
1.5 Objektif Kajian 17
1.6 Soalan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian viii
1.7.1 Kepentingan kepada Perkembangan Ilmu dan Teori
1.7.2 Kepentingan kepada Perkembangan Amalan 18
Bimbingan dan Kaunseling 18
1.7.3 Kepentingan Kepada Masyarakat 19

1.8 Skop Dan Batasan Kajian 20
1.9 Kerangka Kajian 21
1.10 Definisi Konsep Dan Operasional 22
25
1.10.1 Amalan Kaunseling 25
1.10.2 Kaunseling Perspektif Islam 28
1.10.3 Kaunselor Muslim 31
1.11 Rumusan 33

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 34
2.1 Pengenalan 35
2.2 Amalan Kaunseling dan Kaunseling Agama 46
2.2.1 Kemahiran dalam Amalan Kaunseling 51
2.2.2 Teknik dalam Amalan Kaunseling 56
2.2.3 Proses dalam Amalan Kaunseling 73
2.3 Kaunseling Perspektif Islam 86
2.4 Rumusan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 88

3.2 Rasional Menggunakan Kaedah Kualitatif 89

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 91

3.4 Kriteria Peserta Kajian 93

3.5 Instrumen Kajian 95

3.5.1 Temu Bual 96

3.5.1.1 Soalan Protokol Temu Bual Untuk Peserta Kajian 98

3.6 Peranan Pengkaji 102

3.6.1 Refleksiviti Pengkaji 102

3.6.2 Pengkaji Dalaman atau Luaran 105

3.6.3 Subjektiviti Pengkaji 106

3.6.4 Suara Peserta 108

3.7 Strategi Untuk Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Kaedah

Kualitatif (Trustworthniness) 109

3.7.1 Jurnal Refleksi 110

3.7.2 Memo 111

3.7.3 Semakan Rakan (Member Checking) 113

3.7.4 Triangulasi 114

3.7.5 Jejak Audit 115

3.7.6 Penggunaan Auditor Bebas 116

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 118

3.8.1 Memasuki Lapangan 118

x

3.8.2 Strategi Memastikan Keselamatan Dan Maklumat 120
Sulit Peserta Terjaga 120
3.8.2.1 Menyediakan borang persetujuan termaklum 121
3.8.2.2 Strategi penyimpanan 121
123
3.8.3 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 125
3.9 Sumber Data 126
3.10 Proses Pengekodan Data 131
3.11 Analisis Data
3.12 Rumusan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 132
4.1 Pengenalan 133
4.2 Latar Belakang Peserta Kajian 133
4.2.1 Latar Belakang Peserta Kajian Pertama 134
4.2.2 Latar Belakang Peserta Kajian Kedua 135
4.2.3 Latar Belakang Peserta Kajian Ketiga 136
4.2.4 Latar Belakang Peserta Kajian Keempat 136
4.2.5 Latar Belakang Peserta Kajian Kelima 137
4..2.6 Latar Belakang Peserta Kajian Keenam 138
4.3 Pengetahuan Kaunselor Tentang Kaunseling Perspektif Islam
4.3.1 Merupakan Satu Proses Teraputik Yang Berlandaskan 140
Syariat Dan Tanggungjawab
4.3.2 Berteraskan Pendekatan Kaunseling Perspektif Islam 150
Yang Intergratif

xi

4.3.3 Menampilkan Karakter Kaunselor Berdasarkan Quran 155
Dan Sunnah

4.4 Amalan Kaunseling Perspektif Islam Dalam Sesi Kaunseling 159

4.4.1 Kepelbagaian Pendekatan Perspektif Islam Dalam Setiap

Tahap Kaunseling 160

4.4.2 Asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional 181

4.5 Cabaran Yang Dihadapi Kaunselor Berkaitan Amalan Kaunseling

Perspektif Islam Dalam Perkhidmatan 188

4.5.1 Persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam

serta proses 189

4.5.2 Cabaran pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif 192
Islam

4.5.3 Cabaran dari segi pengamal kaunseling 195

4.5.4 Cabaran dari klien sendiri 204

4.6 Rumusan 208

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 212

5.2 Ringkasan Kajian 213

5.3 Perbincangan Kajian 215

5.3.1 Perbincangan Kajian Mengenai Pengetahuan Kaunselor

Tentang Amalan Kaunseling Perspektif Islam 215

5.3.2 Perbincangan Mengenai Amalan Kaunseling 221
Perspektif Islam Dalam Sesi Kaunseling

5.3.3 Perbincangan Mengenai Cabaran Amalan Kaunseling 235
Perspektif Islam Dalam Perkhidmatan Kaunselor

5.4 Implikasi Kajian xii
5.4.1 Implikasi Terhadap Bidang Keilmuan Kaunseling
5.4.2 Implikasi Terhadap Amalan Kaunseling 242
5.4.3 Implikasi Kepada Pengamal Kaunseling dan Klien 243
5.4.4 Implikasi Terhadap Institusi Kaunseling 245
246
5.5 Signifikan Kajian 247
5.6 Cadangan Penyelidikan Pada Masa Akan Datang 249
5.7 Rumusan 251
252

RUJUKAN 253
LAMPIRAN

xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

3.6.1 Tiga Ciri Jurnal Refleksi 103

3.7 Strategi Untuk Memastikan Kesahan Dan Kebolehpercayaan 117
Dalam Kajian Kualititif

4.3.1 Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Satu 150

4.3.2 Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Dua 155

4.3.3 Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Tiga 159

4.4.1 Triangulasi Soalan Kajian Dua Tema Satu 180

4.4.2 Triangulasi Soalan Kajian Dua Tema Dua 187

4.5.1 Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Satu 192

4.5.2 Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Dua 195

4.5.3 Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Tiga 204

4.5.4 Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Empat 208

xiv

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 24
3.11 Tiga C’s untuk Data Analisis : Kod, Kategori dan Konsep 127

3.11.1 Proses Memasukkan Kod Awal 128

4.3 Tema Dan Kategori Bagi Soalan Kajian 1: Pengetahuan 140
Kaunselor Tentang Kaunseling Perspektif Islam

4.4 Tema Dan Kategori Bagi Soalan Kajian 2: Amalan Kaunseling

Perspektif Islam dalam Sesi Kaunseling 161

4.4.1 Tema Satu, Kategori dan Subkategori bagi Soalan Kajian 2: 162
Kepelbagaian Pendekatan Perspektif Islam dalam Setiap
Tahap Kaunseling

4.5 Tema Dan Kategori Bagi Soalan Kajian 3: Cabaran yang 189
Dihadapi Kaunselor Berkaitan Amalan Kaunseling Perspektif
Islam Dalam Perkhidmatan

4.6 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Meneroka Amalan Kaunseling

Perspektif Islam Dalam Kalangan Kaunselor 211

xv

SENARAI SINGKATAN

ACA American Counseling Association

APA American Psychological Association

ASERVIC Association for Spiritual, Ethical and Religious Values in Counseling

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PKMAINS Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

PCC Person Centred Therapy

t.th Tanpa Tahun

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
B Protokol Temu Bual
C Surat Pengenalan atau Intoductory Letter
D Borang Persetujuan Termaklum Peserta Kajian
E Senarai Semak Kaunseling Perspektif Islam
F Kebenaran Peserta Kajian
G Contoh Transkrip Temu Bual
H Buku Kod Awal
I Analisis Kod
J Pengesahan Transkrip Temu Bual Peserta

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan beberapa tajuk dalam kajian ini meliputi latar belakang
kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian,
skop dan batasan kajian, kerangka kajian, definisi konsep dan operasional dan rumusan
bagi bab.

2

1.2 Latar Belakang Kajian

Bidang kaunseling merupakan salah satu bidang yang mula mendapat perhatian dalam
membantu kemenjadian pelajar yang berdepan dengan pelbagai masalah yang meruncing.
Kaunseling adalah satu usaha kolaborasi antara kaunselor dan juga klien. Kaunselor
profesional membantu klien mengenal pasti matlamat dan potensi penyelesaian kepada
masalah yang menyebabkan ketidakstabilan emosi, membantu untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi dan adaptasi, menguatkan estim kendiri dan juga mempromosi
perubahan tingkah laku dan kesihatan mental yang optimal (American Counseling
Association, 2016). Kaunseling juga dikatakan sebagai satu pakatan antara kaunselor dan
klien yang perlu dijalankan dalam satu proses (Dryden, 2011).

Lantaran itu, kaunseling juga merupakan bidang yang memerlukan kepakaran
dalam pelaksanaannya. Kepakaran kaunselor meliputi pengetahuannya dalam
pengendalian sesi dengan cara yang betul, proses-proses kaunseling dan juga penggunaan
teori yang dirasakan bersesuaian dengan fahaman dirinya dan pengaplikasian terhadap
klien (Malek Muhamat, 2006). Fungsi utama kaunselor adalah sebagai pembantu dan
penunjuk jalan kepada klien supaya klien mampu keluar dari kebuntuannya dan seterusnya
dapat berfungsi dengan baik (Amaludin, 2008).

Keperluan untuk perkhidmatan kaunseling pula adalah amat tinggi. Nursyamimi
Saidi dalam Berita Harian (2014) melaporkan keperluan kaunseling bukan sahaja di
sekolah dan hospital tetapi perkhidmatan ini mendapat tempat dalam kebanyakan

3

organisasi sebagai salah satu keperluan utama dalam melengkapkan penyaluran
perkhidmatan kepada kumpulan sasar masing-masing. Keperluan kaunseling juga menurut
laporan berita ini meliputi permasalahan perkahwinan, rumah tangga, hubungan suami
isteri hinggalah kepada permasalahan dalam dunia pekerjaan meliputi masalah komunikasi
di pejabat, motivasi pekerja, serta gangguan emosi, memerlukan khidmat kaunseling untuk
memulihkan anggota masyarakat.

Dalam kajian oleh Suradi Salim (1994) berkaitan keperluan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah, terdapat keperluan yang tinggi berkaitan bidang-
bidang pelajaran dan vokasional, kemahiran belajar, kerjaya, pemahaman diri, peribadi,
sosial, kesihatan dan fizikal, kewangan dan tempat tinggal serta antara keperluan utama
dalam kaunseling yang mencatatkan keperluan yang tinggi adalah kerohanian dan moral.
Hal ini memperlihatkan keperluan kaunseling juga mencakupi bidang kerohanian dan juga
moral. Perkara ini secara langsung berkait dengan kesejahteraan individu.

Agama atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘religion’ berasal dari perkataan Latin
‘religio’ yang bermaksud perhubungan antara manusia dengan sesuatu yang melebihi
kekuasaan manusia. Elemen agama juga dikupas dari perspektif seorang psikologis barat,
William James yang menyatakan agama merupakan satu bentuk perasaan, tindakan dan
pengalaman seseorang yang menganggapnya sebagai sesuatu yang bersifat ketuhanan dan
dizahirkan sama ada secara moral, ritual mahupun fizikal (James, 2004). Richards, Bartz,
dan O’Grady (2009) pula menyatakan terma agama dan keagamaan dirujuk sebagai
kepercayaan, praktis, perlakuan dan perasaan yang dizahirkan dalam seting institusional

4

ataupun cara yang melibatkan kesepunyaan seperti menghadirkan diri ke gereja, masjid
ataupun penglibatan dalam ritual keagamaan umum.

Manakala dari perspektif pengkaji Islam itu sendiri tidak jauh tafsirannya dengan
tafsiran psikologis Barat di atas yang mana agama atau ad-Deen dikatakan sebagai sistem
institusional atau personal, susunan kepercayaan, amalan, ritual atau cara penyembahan
(Ahmad dan Khan, 2016). Begitu juga pandangan daripada Mohamed Hatta (2016) yang
menyatakan agama adalah merujuk kepada banyak aspek tentang aktiviti keagamaan,
dedikasi dan kepercayaan atau doktrin agama. Menurut beliau lagi, agama dianuti oleh dua
jenis manusia dengan niat yang tulus dan jujur ataupun penunggang agama yang
mempunyai niat jahat.

Berbalik kepada isu agama, spiritual dan kaunseling, keperluan kaunseling
memperlihat kecenderungan dalam bidang kerohanian, keagamaan atau moral sebagai
salah satu bidang yang memerlukan perhatian. Kaunseling keagamaan telah pun wujud
sejak 1930an lagi dengan terdapatnya artikel yang ditulis berhubung kaunseling dan juga
agama (Powers, 2005). Kajian demi kajian dilihat mulai rancak dilakukan berhubung
perhubungan antara kedua-dua bidang ini yang mula memperlihatkan perhubungan yang
signifikan antara kedua-duanya (Watss, 2001;Weinstein, Parker, & Archer, 2002).

Kajian lain oleh Bergins (1988) berkaitan orientasi ke arah nilai keagamaan dan
spiritual memberikan satu kerangka moral untuk rujukan terapi. Elemen spiritual dalam
kaunseling penting kerana integrasi antara kedua elemen ini dilihat memberi hasil yang

5

positif (Grimm, 1994). Sebagai kaunselor, adalah perlu disedari bahawa agama memainkan
peranan dalam sebahagian kecil atau besar pemikiran dan perasaan klien berhubung
sesuatu isu (Weinstein et al., 2002). Hal ini juga selari dengan kajian oleh Park (2007) dan
Benn (2001) yang menyatakan kesejahteraan menyeluruh individu dapat dipertingkatkan
melalui amalan keagamaan dan spiritual.

Peranan dalam pemikiran dan perasaan klien berhubung sesuatu isu juga dikongsi
bersama dengan elemen agama kerana kaunseling mempunyai hubungan langsung dengan
agama itu sendiri (Khalif, 2012) walaupun kedua-dua elemen ini dilihat oleh Freud sebagai
hasil daripada pengharapan diri dan fantasi semata-mata (Zinnbauer & Pargament, 2000).
Namun demikian, kaunseling dilihat mempunyai pendekatan yang tidak jauh berbeza
daripada pendekatan agama dan dalam konteks ini kita menggunapakai konteks Islam
sebagai agama yang syumul dan sempurna sebagai kayu ukur dalam aspek kaunseling yang
mana aspek-aspek agama dan kerohanian manusia sangat jelas diterangkan dalam ayat al-
Quran (At-Talaaq 65:2) yang bermaksud:

...Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka ia akan memberikan
kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan memberinya rezeki yang tiada ia
duga dari mana berasal.

6

Malah, konsep kaunseling juga ada diperlihatkan dengan begitu indah melalui
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud :

Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan
mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu
golongan yang beroleh kejayaan. (Quran, Ali Imran 3:104)

Hal ini diperkuat lagi dengan hadis daripada Rasulullah dalam riwayat Thabrani
yang membawa maksud ‘Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia.’
Perkara ini jelas menunjukkan konsep kaunseling dalam Islam itu sememangnya wujud
dan tidak dipisahkan dari kehidupan malah digalakkan supaya membawa kesejahteraan
kepada manusia. Sememangnya hal ini bukanlah satu bentuk rahsia atau tabu dalam
masyarakat kerana agama digunakan sebagai asas dan pegangan kukuh untuk manusia
bertindak disebabkan sekarang terlalu banyak peristiwa berlaku tanpa diduga dan sukar
dikawal atau berlaku peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak diramalkan
(Asmah Bee, 2004).

Namun demikian, kajian khusus tentang penerokaan amalan kaunseling perspektif
Islam masih kurang dan kajian-kajian lalu banyak berfokus kepada kaunseling Islam secara
umum sahaja berserta model-model manakala penekanan terhadap penerokaan amalan
kaunseling perspektif Islam masih longgar dan kelompongan ini dilihat wajar untuk
diteroka dan diisi supaya penambahan dan percambahan ilmu dan maklumat bagi para
kaunselor dalam konteks negara kita dengan perspektif orang kita dan budaya serta agama

7

dapat dimantapkan dan seterusnya membuka jalan yang sangat besar bagi
penambahbaikkan dalam bidang kaunseling Islam kerana Islam itu sendiri bukanlah asing
dan terpisah dari kehidupan.

Melihat kepada keperluan penerokaan amalan kaunseling itu sendiri dalam
perpektif Islam dalam kalangan kaunselor, jadi suatu kajian yang memfokuskan isu ini
dilihat sebagai relevan dalam konteks kaunseling dan juga ummah. Kajian ini secara
langsung dapat memberi gambaran berkaitan amalan kaunseling melalui perspektif Islam
dengan kupasan terus melalui subjek-subjek dalam negara ini dan seterusnya membuka
ruang untuk kajian-kajian yang lebih terperinci dan mendalam dijalankan bagi
menambahbaik implementasi amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling kelak.

1.3 Penyataan Masalah

Elemen agama dalam proses kaunseling bukanlah sesuatu yang asing atau baru. Di barat,
semakin banyak kajian dijalankan berhubung kaunseling berbentuk keagamaan (Watss,
2001; Miller, 1999) dan memperlihatkan kepentingan dan impak positif hasil daripada
proses kaunseling berbentuk keagamaan yang berkesan (Chandler, Holden & Kolander,
1992; Zinnbauer & Pargament, 2000; Briggs, Akos, Czyszczon & Eldridge, 2011;
Richards, Bartz & O’Grady, 2009). Malah, Carl Jung (dalam Palmer, 1997) pernah
menyatakan bahawa :

8

Semuanya yang berkaitan dengan agama dan juga keyakinan itu menyentuh jiwa-
jiwa manusia dengan begitu hampir yang mana dalam psikologi seharusnya tidak
terlepas pandang berkaitan hal ini.

Malah, beberapa model dalam psikologi juga ada memasukkan elemen keagamaan
dan spiritual dalam konsep manusia secara semulajadi sebagai contoh konsep Maslow
(dalam Fernando, 2002) yang mengiktiraf elemen spiritual atau karakter kosmik dalam
kehidupan manusia dan menganggapnya sebagai satu keberanian dan kesungguhan. Begitu
pula dengan Roberto Assagioli (2006) dalam konsep psikosintesisnya yang menyatakan
spiritual tidak hanya merujuk kepada pengalaman secara tradisional berhubung dengan
agama tetapi merujuk kepada semua tingkat kesedaran, fungsi dan aktiviti manusia yang
secara langsung berhubung dengan pegangan nilai yang lebih tinggi daripada biasa. Beliau
juga menyatakan bahawa spiritual adalah sesuatu yang nyata, asas dan berbentuk
fundamental. Hal ini menunjukkan betapa elemen agama dan spiritual telah pun diangkat
dan diiktiraf secara langsung sebagai satu elemen yang amat penting dalam bidang
psikoterapi dan kaunseling.

Elemen agama juga merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang kerana
setiap individu di dunia ini mencari-cari makna kehidupan yang jelasnya datang dari kedua
elemen ini. Agama juga menyediakan ruang dan peluang untuk individu bergerak ke
hadapan walaupun dihujani pelbagai masalah dalam kehidupan mereka selain memberi
satu bentuk sokongan terhadap diri mereka sendiri secara dalaman dan juga sokongan dari

9

luaran melalui komuniti agama (Miller, 1999). Kepentingan elemen agama ini sekaligus
memberi indikator bahawa kaunselor perlu untuk berpengetahuan dan kompeten dalam
hal-hal berkaitan kaunseling kegamaan. Oleh yang demikian, penambahan kajian
seumpamanya dilihat amat penting bagi mencambahkan lagi pengetahuan para pengamal
dalam bidang ini secara khusus dan efektif.

Selain itu, perkembangan penggunaan elemen agama dalam kaunseling juga
menunjukkan peningkatan terhadap kesedaran untuk melihat pandangan Islam tentang
kehidupan dan juga objektif dan nilai yang menjadi penentu tingkah laku manusia (Mumtaz
F., 1992). Selain itu, menurut kajian oleh Gartner (1996); Larson et.al (1992) dan juga
McCullough dan Larson (1999) menunjukkan bahawa komitmen dalam beragama banyak
dikaitkan dengan hasil yang positif seperti peningkatan kebolehan mengatasi stres,
mengurangkan kemurungan dan kerisauan, menurunkan kecenderungan membunuh diri
dan perlakuan jenayah dan juga mengurangkan pengambilan dadah, alkohol dan tembakau.

Jika diamati dengan lebih mendalam, kaunseling itu sendiri bukanlah sesuatu yang
terasing dalam dunia Islam kerana apabila kita melihat firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud :

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang
makruf, mencegah dari yang mungkar. (Quran, At-Taubah 9:71)

10

Kita akan dapat menyedari bahawa fungsi kaunseling itu sendiri dalam Islam adalah
amat penting untuk membantu dan membina akhlak serta penghidupan manusia ke arah
yang lebih baik.

Dalam konteks kaunseling di negara kita, elemen agama dalam kaunseling juga
bukanlah sesuatu yang luar dari kebiasaan. Salasiah Hanin Hamjah (2010) dalam kajiannya
berhubung bimbingan spiritual menurut al-Ghazali dan hubungan dengan keberkesanannya
dalam kaunseling menyatakan bahawa penerapan elemen spiritual dalam kaunseling telah
menjadi sesuatu yang diiktiraf secara meluas oleh pengamal kaunseling. Kajian beliau
berhubung perbincangan berkenaan praktis agama dalam kaunseling juga memperlihatkan
terdapat keperluan untuk membincangkan praktis agama dalam kaunseling dan terdapat
unsur-unsur Islam yang bersesuaian untuk diintegrasikan dalam kaunseling seperti doa,
membaca al-Quran, solat dan juga berselawat. Hal ini jelas menunjukkan terdapat
keperluan dan cara yang khusus dalam Islam untuk memasukkan elemen-elemen agama
dalam kaunseling.

Di Amerika pula telah pun wujud Association for Spiritual, Ethical and Religious
Values in Counseling atau kependekannya ASERVIC yang ada dalam American
Counseling Association (ACA) yang mana ASERVIC merupakan salah satu bahagian
penting yang ada dalam ACA yang menunjukkan bidang kaunseling di Amerika
memperuntukkan bahagian yang penting dari segi spiritual dalam kaunseling (Miller,
1999). Walaupun bahagian khas seperti ini belum lagi wujud di Malaysia dalam bentuk
satu undang-undang, peraturan dan penjelasan yang khas yang memungkinkan latihan

11

menyeluruh diberikan kepada para kaunselor namun, negara kita yang kaya dengan budaya
Timur yang kukuh dengan agama dan tradisi membuka ruang seluasnya untuk amalan
kaunseling perspektif Islam berlangsung.

Hal ini kerana, kajian-kajian dalam negara kita telahpun menunjukkan dapatan
yang positif berhubung kaunseling perspektif Islam ini seperti oleh kajian oleh Mazidah,
Raja Zirwatul Aida dan Azlina (2015) yang menunjukkan terdapat integrasi yang
sederhana antara agama dalam kalangan kaunselor. Menurut kajian ini lagi, integrasi
agama dalam kalangan kaunselor boleh dipertingkat melalui latihan dan pendedahan yang
berterusan dan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk memformula satu amalan
kaunseling dengan perspektif Islam yang lebih mantap. Kajian ini disokong oleh kajian
Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor dan Ahmad
Jazimin (2008) yang menyatakan pendekatan kaunseling Barat kini tidak lagi sesuai
digunakan untuk menangani masalah kerohanian pelajar dan pendekatan menggunakan
pendekatan Islam ini dilihat amat membantu para kaunselor dalam menangani masalah
kerohanian klien.

Menelusuri lebih dalam kepentingan amalan kaunseling berperspektif Islam ini,
statistik menunjukkan penganut Islam di Malaysia mencapai angka 61.3% (Wikipedia,
2014). Perkara ini menunjukkan keperluan besar untuk mengintegrasikan elemen Islam
dalam amalan kaunseling yang mana telah pun diketahui elemen ini mampu membawa
perubahan yang besar untuk membantu menangani masalah ummah masa kini (Amaludin,
2008). Bagi tujuan integrasi ini, sebenarnya telah ada beberapa pendekatan seperti

12

pendekatan Teori Psikologi Kognitif Ad-Din, model proses Kaunseling Islam oleh Salleh
Aziz (1993), model proses kaunseling Sapora (2007) dan juga penggunaan teori kaunseling
Imam al-Ghazali melalui versi Salasiah Hanin Hamjah (2016) dan Yatimah (2005) yang
telah diwujudkan bagi memberikan variasi terbaru dan lebih baik kepada penerapan nilai-
nilai biasa dalam sesi kaunseling. Namun, pendedahannya masih belum meluas dan tiada
sebarang bimbingan khusus untuk model-model dan teori ini digunakan secara efektif oleh
para kaunselor.

Isu berkaitan kaunseling perspektif Islam ini juga dilihat sama rentaknya dengan
kaunseling silang budaya yang menyatakan bahawa manusia adalah individu yang bersifat
multi budaya dan kita semua adalah individu multi budaya (Arredondo, Toporek, Brown,
Jones, Locke, & Sanchez, 1996). Sebagai kaunselor, terdapat keperluan yang amat besar
dari sudut silang budaya ini untuk menambah pengetahuan dan seterusnya memahami
etnik, budaya dan agama klien kerana aspek tingkah laku, personaliti dan sikap terbentuk
hasil integrasi nilai budaya dan agama (Briggs dan Rayle, 2005). Keperluan ini dilihat salah
satunya dapat dipenuhi melalui kaunseling perspektif Islam kerana perkara ini
menyediakan satu platform kepada kaunselor untuk meneroka dan memahami cabang
kaunseling ini untuk lebih membantu klien dengan lebih efektif kerana sifat agama Islam
itu sendiri yang serba lengkap dan tidak terbatas oleh waktu dan zaman.

13

Model dan pendekatan amalan kaunseling perspektif Islam pula melihat manusia
sebagai makhluk tuhan yang sempurna dan dijadikan dalam keadaan yang serba baik. Hal
ini selari dengan firman Allah dalam surah al-Quran (at-Tin 95:4) yang bermaksud
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Dan Islam juga yang merupakan agama yang syumul dan lengkap ada
menggariskan beberapa pendekatan yang jelas dalam menangani masalah seperti yang
dicatatkan dalam al-Quran yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang). (Quran, al-Ahzab 33:21)

Hal-hal seperti ini memperlihat bahawa pendekatan amalan kaunseling dengan
perspektif Islam mempunyai potensi yang amat besar untuk diaplikasikan dalam sesi
kaunseling yang melibatkan klien yang beragama Islam dan tidak mustahil jika dengan
sedikit pengubahsuaian, proses kaunseling perspektif Islam ini juga mampu digunapakai
dalam sesi kaunseling untuk semua agama dan bangsa tanpa sempadan dan menyeluruh.

14

Sebagai tambahan dalam dunia masa kini, peningkatan kes-kes yang perlu
ditangani oleh kaunselor memerlukan kaunselor sentiasa dalam keadaan dinamik dan boleh
bertindak balas dengan baik dalam banyak keadaan (Amaludin, 2008). Manusia masa kini
kerap berada dalam keadaan tertekan dan mudah tewas dengan hasutan hawa nafsu dan
kehendak mereka seperti firman Allah S.W.T dalam al-Quran (al-Ma'arij 70: 70) yang
bermaksud sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia
ditimpa kesusahan, ia berkeluh-kesah. Apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir, kecuali
orang-orang yang mengerjakan solat, yang tetap mengerjakan solatnya.

Dilihat ayat tersebut mengutarakan solat sebagai salah satu kepada penyelesaian
keluh-kesah ataupun permasalahan manusia kini. Di sinilah peranan kaunselor sebagai
penghubung kepada jambatan keinsafan klien. Manusia kini semakin sakit dan tenat
rohaninya. Klien dilihat tidak memenuhi kehendak rohaninya dan membiarkan dirinya lalai
dan leka daripada tanggungjawab sehingga menghumbankannya ke arah kancah
permasalahan.

Atas alasan tersebut juga, kaunseling yang merupakan salah satu platform yang
bertindak sebagai 'pembantu' mengemukakan beberapa kaedah menolong dan proses-
proses kaunseling (Hassan Langgulung, 1990; Sapora Sipon & Ruhaya Hussin, 2013). Di
sini juga peranan kaunseling perspektif Islam dilihat amat besar dalam membantu klien
untuk mencari penyelesaian menggunakan pendekatan agama.

15

Kajian di peringkat antarabangsa pula oleh Somayya (2007) menyatakan bahawa
ketiadaan model yang khusus dan terpandu kerap menyukarkan kaunselor yang mencuba
menggunakan pendekatan Islam dalam amalan kaunseling untuk membantu klien. Keadaan
ini dilihat dapat menjejaskan keberkesanan amalan kaunseling yang dijalankan, tambahan
lagi sekiranya terdapat perbezaan tahap kefahaman antara kaunselor dengan klien. Hal ini
dilihat sebagai salah satu sebab kukuh bagi pengkaji untuk meneroka amalan kaunseling
perspektif Islam kerana melalui pemerhatian Malik Badri (2002) yang juga seorang
psikatris Barat, beliau menyatakan bahawa penggunaan pendekatan Barat adalah didapati
kurang berkesan ke atas pesakit Muslim dan mereka juga mencatatkan kadar 'relapse'
(pengulangan) yang tinggi.

Sebagai tambahan, walaupun terdapat beberapa kajian, penerbitan buku, model
proses kaunseling dan juga kajian serta kertas-kertas kerja berkaitan amalan kaunseling
perspektif Islam ada dibentangkan di peringkat Malaysia dan juga peringkat antarabangsa
seperti kajian oleh Shadiya Mohamed (2011) berkaitan kaunseling Islam yang inovatif
dalam menangani stress, kajian oleh Tareq M Zayed (2014) tentang konsep dan
pemahaman praktikal tentang kaunseling dalam Islam, kajian Saba Rasheed, Liu dan
Majeda (2004) berkaitan memahami agama Islam dan juga implikasinya kepada terapi,
juga kajian oleh Yusmini Yusoff (2014) tentang persepsi kaunselor Muslim Malaysia
terhadap nilai agama dalam kaunseling dan kajian Nur Fadhilah Abdullah Fauzi dan
Mariani Omar (2002) berkaitan penggunaan teori Pemusatan Insan (PCC) dalam sesi
kaunseling dari perspektif Islam tetapi kajian khusus berkaitan amalan kaunseling

16

perspektif Islam masih belum memadai dengan keperluan amalan kaunseling perspektif
Islam yang semakin mendesak.

Walaupun kajian-kajian ini juga memperlihatkan bahawa amalan kaunseling
perspektif Islam semakin mendapat tempat dalam bidang kaunseling di negara ini namun
demikian, seperti yang diulas sebelum ini, kajian khusus berkaitan amalan kaunseling
perspektif Islam ini masih lagi belum mencukupi dan kelompongan besar ini perlu diisi
dengan kajian seumpamanya bagi membolehkan penerokaan dan penambahbaikkan
dijalankan dari semasa ke semasa bagi memudahkan proses integrasi dan implementasi
dijalankan kelak. Hal ini juga menunjukkan bahawa kajian berkaitan penerokaan amalan
kaunseling perspektif Islam adalah satu keperluan yang tinggi dalam konteks negara bagi
tujuan pengetahuan dan juga penambahbaikkan amalan dalam perkhidmatan kaunseling
yang selari dengan tuntutan agama.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan
kaunselor yang mempraktikkannya. Amalan kaunseling ini mengambil kerangka daripada
model kaunseling al-Ghazali versi Yatimah (2005). Kajian ini dijalankan secara kualitatif
menggunapakai paradigma konstruktiviti sosial dan juga tradisi kajian kes bagi mengkaji
secara lebih mendalam daripada peserta kajian yang terlibat berbanding menggunakan soal
selidik semata.

17

1.5 Objektif Kajian

Melalui kajian ini, terdapat beberapa objektif kajian yang dapat diketengahkan iaitu :

1.5.1 Meneroka pengetahuan kaunselor terhadap kaunseling perspektif Islam.
1.5.2 Meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling.
1.5.3 Mengenal pasti cabaran amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan

kaunselor.

1.6 Soalan Kajian

Selari dengan bidang kajian yang akan diterokai berkaitan dengan meneroka amalan
kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor, kajian ini juga menggariskan
beberapa soalan kajian yang perlu dijawab melalui kajian ini iaitu:

1.6.1 Apakah pengetahuan kaunselor tentang amalan kaunseling perspektif Islam?
1.6.2 Bagaimanakah amalan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling?
1.6.3 Apakah cabaran yang dihadapi kaunselor berkaitan amalan kaunseling

perspektif Islam dalam perkhidmatan?

18

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mengetengahkan beberapa kepentingan yang dapat dipecahkan
kepada perkembangan ilmu dan teori, perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling
dan juga masyarakat.

1.7.1. Kepentingan kepada Perkembangan Ilmu dan Teori

Kajian berkaitan penerokaan amalan kaunseling perspektif Islam dalam negara kita masih
belum dijalankan secara giat. Kebanyakan kajian yang dijalankan berkait rapat dengan
kepentingan penggunaan kaunseling Islam dan kajian-kajian asas berkaitan pendekatan
kaunseling daripada perspektif Islam. Jadi, kajian ini dilihat mampu memberi gambaran
kepada pengamal kaunseling Islam untuk melihat amalan kaunseling perspektif Islam
daripada sudut yang lebih mendalam berdasarkan pengalaman peserta kajian yang terlibat.
Justeru, kesignifikanan kajian ini adalah sebagai satu sumbangan untuk mengetengahkan
amalan kaunseling khusus daripada perspektif Islam yang dilihat bersesuaian dengan
konteks negara kita sebagai sebuah negara Islam dan juga platform ilmu yang masih kurang
diterokai oleh para pengkaji dalam negara.

19

1.7.2. Kepentingan kepada Perkembangan Amalan Bimbingan dan Kaunseling

Kajian ini dapat menyumbang kepada perkhidmatan dan amalan bimbingan dan kaunseling
di negara kita. Kebanyakan pengamal kaunseling di negara ini dilihat masih cenderung
kepada penggunaan pendekatan Barat yang diberikan pendedahan yang lebih meluas di
peringkat universiti. Walhal, pelbagai masalah psikologi dan penyakit sosial kini
memerlukan pendekatan rawatan yang lebih praktikal dan memberi impak melalui
intervensi agama dan kajian ini diharapkan mampu memberi sumbangan untuk
memartabatkan lagi profesion bimbingan dan kaunseling.

Amalan kaunseling perspektif Islam merupakan satu bentuk pendekatan yang
penting dan berkesan untuk diketengahkan bagi mendepani pelbagai isu dan permasalahan
dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Malah, kajian-kajian di Barat juga banyak yang
menuju ke arah kaunseling berbentuk keagamaan dan spiritual yang diakui kepentingan
dan keberkesanannya. Amalan kaunseling perspektif Islam dilihat dapat membantu dalam
meningkatkan kesihatan mental, membantu dalam krisis emosi dan juga menangani stress
dan kebimbangan serta lain-lain masalah psikologikal. Kajian ini dilihat memenuhi kriteria
untuk menyumbang kepada praktis bimbingan dan kaunseling yang menjurus kepada aspek
keagamaan yang meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling
sebagai alternatif dalam profesion menolong.

20

1.7.3. Kepentingan Kepada Masyarakat

Jika merujuk kepada isu-isu semasa kini, jelas terpampang kisah berkaitan kepincangan
moral dan akhlak yang jauh daripada agama. Hal ini menunjukkan satu keperluan untuk
rawatan khusus berpaksikan agama bagi membantu merawat kepincangan ini. Diharapkan,
kajian yang dijalankan dapat dijadikan model rujukan dalam praktis sesi kaunseling
perspektif Islam dalam kalangan pengamal kaunseling. Selain itu, kajian ini juga menjadi
medium utama untuk pembinaan karakter Islamik dan penjiwaan agama yang lebih jitu
baik daripada kaunselor mahupun klien yang terlibat kelak.

Kajian ini juga dilihat mampu membantu meningkatkan kekuatan rohani pelajar
masa kini yang semakin terkakis. Sebagai tambahan, kajian ini mampu menjadi wacana
untuk percambahan nilai-nilai positif dalam diri kaunselor dan juga pelajar seperti sifat
sidik, amanah, tabligh dan fatanah. Kajian ini juga dilihat dapat menyumbang kepada
kemenjadian pelajar seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara selain
boleh dijadikan asas kepada penerokaan model dan garis panduan amalan kaunseling Islam
yang lebih mantap untuk diterapkan di sekolah-sekolah oleh Kementerian Pendidikan pada
masa akan datang.

21

1.8 Skop Dan Batasan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat limitasi dan batasan yang timbul dan pengkaji memecahkan
limitasi dan batasan tersebut kepada dua kriteria; kriteria inklusi dan ekslusi. Bagi kriteria
inklusi, pengkaji telah menggariskan beberapa ciri iaitu :

1. Kaunselor Muslim (beragama Islam)
2. Kaunselor merupakan kaunselor berdaftar dan juga tidak berdaftar
3. Terlibat dalam mana-mana organisasi
4. Ada menggunakan kaunseling perspektif Islam dalam sesi

Bagi kriteria ekslusi pula, terdapat beberapa ciri yang diketengahkan iaitu :

1. Kaunselor bukan Muslim
2. Praktis kaunseling kurang daripada enam bulan
3. Tidak menggunakan kaunseling perspektif Islam dalam sesi

Bagi kriteria inklusi, peserta yang terlibat perlulah merupakan seorang kaunselor
yang beragama Islam. Kaunselor juga tidak diperlukan untuk berdaftar di bawah Lembaga
Kaunselor. Jadi, kedua-dua kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar termasuk di bawah
kriteria inklusi untuk kajian ini.

22

Seterusnya, peserta perlu terlibat dalam mana-mana organisasi yang menawarkan
kaunseling seperti sekolah, pejabat agama, klinik kaunseling dan sebagainya. Kriteria
inklusi terakhir dan yang paling penting adalah peserta ada mengamalkan kaunseling
perspektif Islam dalam sesi yang dikendalikan.

Merujuk kepada kriteria eksklusi, kajian ini tidak melibatkan kaunselor non-
Muslim kerana mereka tidak beragama Islam dan tidak mengamalkan prinsip Islam dalam
kehidupan mereka. Seterusnya, kaunselor yang hanya mempraktikkan kaunseling kurang
dari enam bulan kerana hal ini bersangkutan dengan kompetensi dan pengalaman mereka
dalam mengendalikan sesi. Kajian ini juga tidak memasukkan kaunselor yang tidak
mengamalkan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kendalian mereka kerana
menyimpang daripada objektif-objektif yang telah digariskan dalam kajian ini.

1.9 Kerangka Kajian

Sub topik ini akan menerangkan tentang kerangka konseptual kajian ini yang digambarkan
melalui satu model dan juga perkaitan antara elemen yang terlibat. Kerangka ini berfungsi
sebagai peta dan panduan kepada pengkaji untuk memfokus kepada kajian yang akan
dilaksanakan.

23

Kerangka kajian ini mengangkat model kaunseling daripada model kaunseling al-
Ghazali (Yatimah, 2005). Model kaunseling al-Ghazali yang diceduk dari acuan Yatimah
Sarmani (2005) dalam kajiannya berkaitan pendekatan kaunseling Islam melalui analisis
kualitatif model kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia oleh Imam al-Ghazali dilihat
mengetengahkan lima langkah utama dalam proses kaunseling yang mana lima langkah ini
disusuli dengan langkah-langkah yang lebih teliti dan halus untuk dipersiap kepada klien
bagi membolehkan amalan kaunseling perspektif Islam berlangsung secara holistik dan
menyentuh kehidupan klien secara langsung.

Model kaunseling al-Ghazali (Yatimah, 2005) memperlihat elemen-elemen
berkaitan amalan kaunseling melalui proses, teknik dan kemahiran yang digunakan oleh
kaunselor yang terkandung dalam kerangka ini dan wujud sebagai asas kepada apa yang
perlu diambil kira oleh pengkaji dalam proses seterusnya kelak.

Kerangka model ini juga menekankan proses memahami jiwa klien dari aspek
kefahaman dan amalan Islamnya supaya menerusi amalan kaunseling yang dijalankan,
klien berupaya mendapat celik akal yang lebih tinggi berkaitan agama selain merasai
kebesaran dan kasih sayang Allah kepada dirinya. Menerusi model ini juga penekanan
terhadap aspek ibadah (rukun Islam) dan hukum hakam yang asas; wajib, haram, sunat,
makhruh dan harus turut diketengahkan menerusi amalan kaunseling yang bersesuaian.

24

Proses, teknik dan kemahiran yang terdapat dalam model ini juga merangkumi
aspek-aspek musyaratah atau penetapan syarat, muraqabah atau pengawasan, muhasabah
yakni audit atau semakan, mu’aqabah iaitu dendaan atau sanksi, mujahadah atau
bersungguh-sungguh dan mu’atabah atau celaan. Kesemua aspek ini terkandung dalam
model kaunseling al-Ghazali yang didasari daripada ayat 55 surah al-Dzariyat yang
bermaksud, “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

Seterusnya, model ini membawa kepada lima langkah utama dalam proses
kaunseling iaitu pengenalan dan membina hubungan, mengenal diri dan bina matlamat
hidup, punca dan jenis masalah (penyakit), memberi ubat yang sesuai dengan penyakit dan
akhir sekali penilaian kefahaman atau pelaksanaan.

Amalan Kaunseling
Perspektif Islam dalam

Kalangan Kaunselor

Proses, Teknik
dan Kemahiran
Yang Digunakan

1. Pengenalan 2. Mengenal 3. Punca dan 4. Memberi 5. Penilaian
dan Bina Diri dan Bina Jenis Masalah Ubat Yang Kefahaman/
Hubungan Sesuai dengan Pelaksanaan
Matlamat Penyakit
Hidup

Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian. Diadaptasi daripada model kaunseling al-Ghazali
oleh Yatimah Sarmani, 2005.

25

1.10Definisi Konsep Dan Operasional

1.10.1. Amalan Kaunseling

Amalan merupakan suatu perbuatan yang biasa dilakukan ataupun kebiasaan (Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2007) manakala menurut takrifan daripada Cambridge Advanced
Learner’s Dictionary and Thesaurus (2017) menyatakan amalan adalah sesuatu yang
sering atau selalu dilakukan, biasanya sebagai tabiat, tradisi mahupun adat. English Oxford
Living Dictionaries (2017) pula menakrifkan amalan sebagai latihan atau pencapaian
dalam aktiviti mahupun kemahiran yang dilakukan secara berulang-ulang dengan tujuan
untuk mendapatkan atau mengekalkan kecekapan.

South Carolina Legislature melalui artikelnya South Carolina Code of Laws
Unannotated :Title 40 - Professions and Occupations menggariskan amalan perkhidmatan
kaunseling meliputi penilaian, intervensi krisis, bimbingan dan kaunseling untuk
perkembangan diri termasuklah dari segi pendidikan dan kerjaya, penggunaan alat ujian
dan instrumen untuk penilaian dan juga kaunseling pemulihan, konsultasi dan juga kajian.
American Counseling Association (2004) pula menyatakan amalan kaunseling adalah
aplikasi kepada prinsip kesihatan mental, psikologi atau pembangunan manusia menerusi
strategi sistematik intervensi berbentuk kognitif, afektif dan tingkah laku yang mengambil
kira kesejahteraan, perkembangan diri, perkembangan kerjaya dan juga patologi individu.

26

Kedua definisi ini dilihat selari seperti yang digariskan Michigan Counseling
Association Licensure Committee (2009), yang menyatakan amalan kaunseling meliputi
pentaksiran, pengujian dan penilaian yang dilakukan secara individu, kelompok mahupun
psikoterapi keluarga. Amalan ini termasuk diagnosis dan rancangan rawatan bagi
kecelaruan mental dan emosi serta tindakan pencegahan, modifikasi tingkah laku,
bimbingan kepada individu, kelompok mahupun organisasi. Pare (2013) pula
mendefinisikan amalan kaunseling sebagai sesuatu yang berbentuk alat atau ‘tools’ kepada
budaya kerana klien dianggap sebagai individu berbudaya. Jadi, amalan kaunseling dilihat
sebagai perwakilan kepada budaya klien.

Selain itu, amalan kaunseling juga didefinisikan oleh Feitham dan Dryden (1993)
sebagai satu bentuk prinsip perhubungan berdasarkan kepada aplikasi satu atau lebih teori
psikologikal beserta kemahiran-kemahiran komunikasi, diubahsuai dengan pengalaman,
intuisi dan faktor-faktor interpersonal yang berkaitan dengan isu sulit klien, permasalahan
atau aspirasi klien. Ia juga dikatakan bersifat membantu berbanding memberi nasihat.
Boleh berlaku dalam masa yang singkat mahupun panjang, dalam seting organisasi atau
praktis persendirian dan berkemungkinan juga bertindan dengan sesuatu yang praktikal,
bersifat medikal mahupun kebajikan individu. Namun demikian, dalam kajian ini amalan
adalah merujuk kepada proses, kemahiran dan teknik dalam kaunseling yang dijalankan
oleh kaunselor Muslim dalam menjalankan sesi kaunseling sama ada secara individu
mahupun kelompok.

27

Kaunseling pula boleh ditakrifkan dalam beberapa maksud daripada kacamata
penulis dalam bidang kaunseling ini. Rao (2006) mendefinisikan kaunseling
sebagai suatu hubungan bersemuka (one-to-one) antara orang yang memerlukan bantuan
yang secara sukarela mendapatkan khidmat individu profesional yang kompeten yang
peduli untuk membantu kesukaran klien melalui proses membantu. Corey (2012) pula
menyatakan kaunseling adalah proses di mana seorang klien diberi peluang untuk
menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada
dirinya. Akhir sekali G.Hussein Rasool (2016) menyatakan kaunseling adalah satu bentuk
terapi dalam bentuk percakapan yang memfokus kepada masalah perkembangan dan
psikososial menerusi intervensi kognitif, afektif dan tingkah laku. Ketiga-tiga definisi
yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses menolong, menyedarkan individu
tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai
tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Dalam kajian ini, proses kaunseling adalah merujuk kepada sesuatu yang
berterusan yang melibatkan hubungan antara kaunselor dan klien yang bermatlamat dan
selari dengan hukum Islam, melibatkan langkah-langkah dan tahap-tahap kaunseling
berciri khas dari perspektif Islam dan juga selari dengan prinsip kaunseling itu sendiri
sebagai satu proses menolong klien untuk menerokai diri, potensi dan menggalakkan celik
akal dengan pemantapan nilai Islam pada klien.

28

1.10.2 Kaunseling Perspektif Islam

Menurut Ishamuddin Hj. Ismail, kaunseling perspektif Islam bermaksud satu proses
hubungan yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang profesional
dengan individu yang memerlukan bantuan (klien) sehingga terjadi hubungan-hubungan
keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi memperkembangkan semula
segala sumber dalaman insan untuk menerima kebenaran (al-Haq) dan bertanggungjawab
kepada diri sendiri ke arah keredhaan Allah. Kamal Abdul Manaf (1995) pula menakrifkan
kaunseling perspektif Islam sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial
yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam
psikologi kaunseling (kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien).

Melalui beberapa penerangan di atas, dapatlah dikatakan kaunseling perspektif
Islam itu merupakan salah satu cabang kaunseling yang menggunapakai dan menerapkan
nilai-nilai Islam dalam proses dan juga matlamat kaunseling bagi membantu klien pulih
secara rohani kerana umumnya, dalam konteks kaunseling Islam, keputusan dan pemilihan
klien hendaklah berdasarkan sumber Al Quran, hadis, sunnah Nabi dan ijmak
ulama. Dalam hal ini, kefahaman yang diterapkan menerusi kaunseling Islam ini
bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam al-Quran (al-Asr 103: 3) yang bermaksud
“kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

29

Oleh itu perkhidmatan yang diberikan oleh seorang kaunselor bukan sahaja
merupakan nasihat, bimbingan, bantuan atau pertolongan untuk seorang klien untuk hidup
sejahtera di dunia, malahan akan membawa kesejahteraan di akhirat. Justeru, untuk
menjayakan kaunseling perspektif Islam ini para kaunselor seharusnya mempunyai latihan
berkaitan dalam bidang kaunseling dan agama dan sifat yang sesuai sebagai seorang
kaunselor. Hal ini penting kerana dalam kaunseling Islam, kaunselor ialah tempat rujukan,
rol model dan contoh yang terbaik sebagaimana sabda Rasullah SAW dalam hadis riwayat
Thabrani yang bermaksud “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia.”

Amir Awang (2016) menyatakan kaunseling perspektif Islam tidak mempunyai
sebarang teori yang khusus tetapi disandarkan kuat kepada nas, sunnah, ijmak dan qias
yang ada dalam Islam. Hal ini mengambil kira proses tazkiyah yang terdapat dalam
kaunseling perspektif Islam ini untuk membantu klien berkembang dan mencapai tahap-
tahap nafsu. Beliau juga mengupas secara lanjut berkenaan hubungan dalam kaunseling
perspektif Islam dan juga obligasi serta tujuan kaunseling perspektif Islam berbanding apa
yang telah digariskan dalam kaunseling konvensional.

Hal ini dilihat selari dengan kaunseling perspektif Islam yang telah terlebih dahulu
dipelopori oleh al-Ghazali. Al-Ghazali (dalam Salasiah Hanin Hamjah, 2016)
menggunakan perkataan al-Irsyad yang boleh dirujuk sebagai kaunseling yang membawa
maksud kaedah membimbing, mengajar atau menunjuk cara menuju ke arah kebaikan atau
satu matlamat menurut syariat Islam. Al-Ghazali juga mengetengahkan kaunseling yang
diasaskan menerusi sifat-sifat manusia. Al-Ghazali menyatakan manusia adalah makhluk

30

yang rumit, sukakan kebendaan, sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia, suka
memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik. Manusia juga dikatakan mempunyai
roh Ilahi yang bertentangan dengan nafsu itu. Konsep manusia menurut al-Ghazali dapat
dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri daripada qalbu, roh, nafsu dan akal (Yatimah,
2005).

Prinsip kaunseling perspektif Islam dari sudut pandang al-Ghazali (Yatimah, 2005)
juga menggariskan beberapa aturan dan asas kepada proses kaunseling itu sendiri
merangkumi rasa peka dengan tahap pemikiran dan perasaan klien, tidak bersikap
memaksa kepada klien, bertindak untuk menjaga maruah diri dan klien, mengikut
keperluan dan keutamaan dalam kaunseling, bersopan santun tetapi tegas dan juga ikhlas
semata-semata kerana Allah. Selari dengan apa yang dibentangkan oleh Amir Awang
(2016), al-Ghazali juga ada memasukkan elemen tazkiyah selain beberapa elemen lain
seperti mujahadah atau melawan hawa nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu
yang bertentangan dengan akhlak yang buruk dan juga muraqabatullah atau pengawasan
diri terhadap Allah dalam proses kaunseling. Jadi, prinsip asas dalam kaunseling perspektif
Islam menurut acuan al-Ghazali adalah mengembalikan manusia kepada realiti yakni
penciptanya sendiri (Nik Rosila Nik Yaacob, 2012).

Sebagai kesimpulannya, definisi kaunseling perspektif Islam yang akan diguna
pakai dalam kajian ini merujuk kepada model proses kaunseling al-Ghazali yang diadaptasi
daripada kajian Yatimah (2005) sebagai sandaran utama. Model proses ini mengandungi
lima tahap yang bermula dengan pengenalan dan bina hubungan, meneroka diri dan

31

masalah, mengenal pasti punca dan jenis masalah, memberi ubat yang sesuai dengan
penyakit dan akhir sekali tahap penilaian kefahaman atau perlaksanaan.

1.10.3 Kaunselor Muslim

Kaunselor boleh ditakrifkan sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam
mengendalikan sesi kaunseling. Individu ini mempunyai pengalaman, kelayakan yang
dikehendaki dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling. Kaunselor juga berperanan sebagai pembimbing, fasilitator dan pemudah cara.
Ia mempunyai banyak peranan seperti membimbing klien dalam membuat keputusan,
mengumpul, memilih dan menggunakan sebanyak mungkin maklumat bagi membolehkan
mereka membuat pemilihan (Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad
Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Md Noor Saper, 2009).

Kaunselor yang baik berupaya menyediakan sumber, bersama-sama dengan klien
dan membantu mereka meneroka kesedaran mereka sendiri (Nefer, 2009). Pada dasarnya,
seorang kaunselor Muslim adalah mereka yang mengamalkan sifat-sifat mahmudah (sifat
terpuji) dan menghindari sifat-sifat mazmumah (sifat buruk) sebagaimana yang ditegaskan
dalam agama Islam. Kaunselor Muslim yang berwibawa dan menampilkan sahsiah yang
unggul, di samping latar belakang ilmu kaunselingnya yang baik mampu memimpin sesi
kaunselingnya kearah matlamat yang dituju.Manakala Mohamed Sharif (1998)
menyatakan beberapa ciri-ciri kaunselor Islam :

32

I. Beriman dan bertakwa kepada Allah
II. Jujur dan ikhlas
III. Benar (Siddiq)
IV. Berani
V. Adil
VI. Pemurah dan ramah
VII. Sabar dan tenang
VIII. Adab dan akhlak
IX. Percakapan yang baik
X. Tidak munafik
XI. Menepati janji

Dalam kajian ini, kaunselor Muslim merujuk kepada kaunselor yang mengamalkan
ajaran Islam, berilmu pengetahuan tentang Islam dan mempunyai sifat-sifat sebagai
kaunselor seperti tulen, empati dan menerima tanpa syarat selain mempraktikkan syariat
seperti yang sepatutnya. Kaunselor Muslim juga merujuk kepada mereka yang
menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan berdasarkan kepada proses dan juga perspektif
Islam.

33

1.11 Rumusan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan berkaitan pengenalan kepada kajian
melalui latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, soalan-
soalan kajian yang dikemukakan untuk dijawab dalam kajian ini, kepentingan-kepentingan
yang diketengahkan oleh kajian ini, skop dan batasan kajian yang melihat kepada kriteria-
kriteria inklusi dan ekslusi yang digariskan, kerangka kajian yang mengangkat model
kaunseling al-Ghazali yang dicedok dari Yatimah (2005) dan juga definisi konsep dan
pemboleh ubah. Kesemua sub-subtopik yang dibincangkan dalam bab ini adalah untuk
memberi pengetahuan dan kefahaman berkaitan apa yang ingin dikaji dan ditumpukan
dalam kajian ini.

34

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan bahan-bahan literatur yang merangkumi kajian-kajian lepas yang
menjelaskan tentang amalan kaunseling dan kaunseling agama yang menyentuh berkaitan
amalan kaunseling secara umum, isu agama dalam amalan kaunseling selain amalan
kaunseling dari segi teknik, kemahiran, proses. Kajian-kajian lepas ini meliputi kajian-
kajian dari luar dan juga dalam negara. Perbincangan ini juga menjelaskan kajian-kajian
berkaitan kaunseling perspektif Islam.

35

2.2 Amalan Kaunseling dan Kaunseling Agama

Subtopik ini akan membincangkan berkaitan amalan kaunseling secara umum sebelum
menjurus kepada kaunseling agama yang menyentuh kepada isu-isu agama dalam
kaunseling dan juga amalan kaunseling perspektif Islam. Kajian-kajian lepas berhubung
isu ini banyak diketengahkan oleh sarjana-sarjana Barat terutamanya dari aspek agama dan
spiritual. Namun, terdapat juga kajian-kajian dalam negara yang makin rancak dijalankan
dari semasa ke semasa walaupun masih kurang berbanding kajian-kajian yang dijalankan
di Barat.

Para sarjana dan pengamal kaunseling konvensional di Barat ini pada awalnya
menolak integrasi agama dalam amalan kaunseling kerana dikatakan bertentangan dengan
prinsip yang dipegang dalam kaunseling iaitu syarat yang tidak menghukum (non
judgemental) terhadap klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa syarat
(unconditional positive regard). Namun demikian, kajian demi kajian yang dijalankan
memperlihatkan penemuan berkaitan kesan-kesan positif berkaitan integrasi agama dalam
amalan kaunseling dan ini membuka mata para sarjana dan pengamal kaunseling Barat
untuk menukar prinsip mereka dan mempertimbangkan elemen agama sebagai intervensi
dalam amalan kaunseling. Sebaliknya bagi para pengkaji dalam negara, kajian-kajian yang
dijalankan jelas menunjukkan kesedaran akan kepentingan elemen agama ini untuk
diaplikasikan dalam sesi kaunseling kerana cara hidup dan pegangan agama yang kuat
dalam masyarakat Islam di negara ini.

36

Amalan kaunseling secara umumnya merupakan satu bentuk hubungan menolong
antara kaunselor dengan klien yang bertindak untuk meneroka sebarang bentuk kesusahan
yang dihadapi oleh klien, tekanan yang dihadapi klien atau ketidakpuasan klien terhadap
kehidupannya dan juga apabila klien hilang arah dan tujuan hidup (Aldridge, 2014).
Amalan ini juga merangkumi perhubungan profesional antara kaunselor dan klien untuk
membantu para klien bagi mencapai kesejahteraan diri, mental, pendidikan dan matlamat
kerjaya (Kaplan, Tarvydas, & Gladding, 2014).

Menurut American Psychological Association (2018) pula, amalan kaunseling
mempunyai tafsiran yang amat meluas merangkumi amalan secara umum, pengetahuan
khusus kaunselor, masalah yang ditanggapi, penggunaan kemahiran dan prosedur tertentu
serta sasaran populasi untuk perkhidmatan ini. Malah, amalan kaunseling ini mempunyai
pelbagai tafsiran yang secara dasarnya melibatkan kaunselor, klien dan juga perkhidmatan
yang ditawarkan untuk proses membantu berlangsung (Feitham & Dryden, 1993; Mcleod,
2004; Moloney, 2016). Hal ini juga dilihat selari dengan apa yang diamalkan dalam
konteks negara kita dan dilihat tidak bercanggah dengan apa yang telah digariskan oleh
agama Islam itu sendiri. Oleh kerana tafsiran dan kajian berkaitan amalan ini begitu
meluas, maka kajian ini secara khususnya akan melihat kepada aspek amalan kaunseling
berdasarkan agama selain memfokus kepada amalan kaunseling yang berkait dengan
kemahiran, teknik dan juga proses yang digunakan oleh kaunselor.

37

Pada peringkat awal, amalan kaunseling di Barat dilihat mengetengahkan
pendekatan yang mengasingkan agama dari aspek kehidupan (Sapora, 2005). Hal ini
kerana kaunselor adalah dilarang untuk menerapkan sebarang bentuk nilai peribadi kepada
klien dan perkara ini dilihat bertentangan dengan amalan kaunseling yang diketengahkan
dalam kajian ini yang memperuntukkan agama sebagai elemen terbesar yang menjadi
tunjang kepada amalan kaunseling dalam setiap sesi yang dikendalikan.

Wilson (1998) dalam penulisannya menyatakan kebanyakan sarjana Barat
menganggap elemen agama tidak mempunyai sebarang kesan dalam intervensi psikologi
dan malangnya anggapan ini tidak disokong dengan kajian yang sistematik untuk
membuktikannya. Hal ini juga dikatakan sebagai salah anggap yang besar dalam bidang
psikologi. Pengamal di Barat secara tradisinya dikatakan dengan sengaja memilih untuk
tidak memberi perhatian kepada nilai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh klien
(McGoldrick, 1988). Selain itu, para pengamal di Barat juga didapati kurang bersedia dari
segi pengetahuan untuk menyentuh aspek agama dalam amalan mereka dan pengamal
cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam aspek tersebut dan menganggap aspek
tersebut sebagai isu yang kecil dalam kehidupan manusia (Hall, Dixon, & Mauzey, 2004).

Atas alasan itu juga kajian ini secara total bersetuju dengan pandangan Malik
Badri (1996) yang menyatakan bahawa bidang kaunseling Barat tidak menekankan aspek
kerohanian yang dikatakan sebagai meletakkan nilai kepada klien seperti yang diterangkan
sebelum ini sekaligus mencerminkan amalan kaunseling yang diangkat oleh Barat ini
sebagai sesuatu yang tidak bersesuaian dan kurang efektif untuk diterapkan dalam sesi


Click to View FlipBook Version