The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husainiaga, 2020-07-01 22:28:51

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

138

Setelah selesai pengajian peringkat Diploma Lanjutan beliau menyambung
pengajian peringkat Sarjana di UKM dalam bidang Psikologi Kaunseling. Pengalaman
beliau dalam kaunseling bermula sebagai kaunselor atau Pegawai Kaunseling berstatus
kontrak di Pusat RAHMAT Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun
2003 setelah tamat pengajian peringkat Sarjana Psikologi Kaunseling di UKM. Pada tahun
2004 beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Pusat kaunseling di sebuah Jabatan Agama
Islam negeri dan berkhidmat di sana sehingga kini.

Beliau kerap mengendalikan sesi kaunseling dan anggaran jumlah sesi individu dan
kelompok antara 3000 hingga 4000 sesi dan majoriti sesi yang dijalankan adalah berkenaan
kes rumahtangga dan keluarga. Dalam kebanyakan jenis klien terdiri daripada mereka yang
kurang pemahaman dan penghayatan agama Islam dan kehidupan yang tidak mengikut
syarak. Beliau juga merupakan seorang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia sejak November 2005.

4.3 Pengetahuan Kaunselor Tentang Kaunseling Perspektif Islam

Soalan pertama yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berkenaan dengan pengetahuan
kaunselor tentang kaunseling perspektif Islam dan melalui analisis data temu bual yang
dijalankan, pengkaji telah menjawab soalan kajian yang terdapat dalam bahagian ini.
Pengetahuan kaunselor tentang kaunseling perspektif Islam digambarkan melalui

139

transkripsi temu bual ke atas keenam-enam peserta kajian dan dianalisis untuk membentuk
tema-tema.

Menerusi rajah 4.3 kita dapat melihat bahawa muncul tiga tema yang menjawab
soalan kajian berkaitan pengetahuan kaunselor tentang kaunseling perspektif Islam ini iaitu
tema pertama adalah merupakan satu proses teraputik yang berlandaskan syariat dan
tanggungjawab. Tema kedua adalah berteraskan pendekatan kaunseling perspektif Islam
yang intergratif dan tema ketiga adalah menampilkan karakter kaunselor berdasarkan
Quran dan Sunnah.

Melalui ketiga-tiga tema ini, muncul kategori-kategori atau kategori yang
mengukuhkan dapatan kajian. Melalui tema pertama, terdapat enam kategori iaitu
mengukuhkan hubungan klien dengan Allah, berlandaskan syariat Islam, berpandukan
Quran dan Sunnah, sesuatu yang menyentuh jiwa, satu tanggungjawab kepada Muslim
yang lain dan juga sesuatu yang efektif dan teraputik.

Tema kedua pula mempunyai dua kategori iaitu pendekatan dakwah dalam
kaunseling perspektif Islam dan integrasi ilmu kaunseling perspektif Islam dengan bidang-
bidang keilmuan lain. Manakala bagi tema ketiga pula mempunyai tiga kategori iaitu
adaptasi sifat Nabi, atitud positif kaunselor dan juga kebergantungan kepada Allah.
Kesemua hasil dapatan akan dipersembahkan mengikut tema dan kategori yang telah
dinyatakan.

140

Rajah 4.3 Tema dan Kategori bagi Soalan Kajian 1: Pengetahuan kaunselor tentang
Kaunseling Perspektif Islam
4.3.1 Merupakan satu proses teraputik yang berlandaskan syariat dan

tanggungjawab
Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat enam kategori yang muncul daripada tema
pertama bagi soalan kajian pertama ini. Kategori pertama adalah berkaitan mengukuhkan
hubungan klien dengan Allah yang memperlihatkan keenam-enam peserta kajian
merekodkan respons mereka. Hal ini dapat dilihat melalui rekod transkripsi temubual
berikut.

141

“Kaunseling Islam ni bagi saya, bawak balik klien supaya kembali kepada Allah
Subhana Wata’ala dalam segala aspek kehidupan harian dia.”

(Peserta kajian 1:P1/50-51)

NA : Ha.. okay. Nilai semulalah.
P02 : Habluminnallah habluminnanas.

(Peserta kajian 2:P2/725-726)

“Di sini kan dia pengenalan hubungan. Hubungan ni dua ni. Hubungan kita dengan
klien, hubungan kita dengan aa.. dengan Allah.”

(Peserta kajian 3:P3/261-262)

“Kalau kita tengok apa matlamat kaunseling Islam, kita nak bawa klien kita kembali
kepada Allah. Ha, tu je.”

(Peserta kajian 4:P4/371-373)

“Yang membezakan sangat-sangat, benda yang mesti ada dalam kaunseling Islam
adalah konsep ihsan. Konsep ihsan. So, ihsan ni maknanya kita akan merasai
campur tangan daripada Allahu Subhana Wata’ala. Sebab ihsan ni sebenarnya satu
konsep yang aa..kita seolah-olah nampak Allah.”

(Peserta kajian 5:P5/179-183)

142

“(Kaunseling perspektif Islam) Menjadikan hati manusia terikat dan dekat dengan
Allah.”

(Peserta kajian 6:P6/145)

Analisis kajian ini juga menunjukkan pengetahuan para peserta kajian tentang
amalan kaunseling perspektif Islam yang berlandaskan syariat Islam. Jadi, kategori yang
muncul dalam bahagian ini adalah berlandaskan syariat Islam. Gambaran pengetahuan
peserta berkaitan asas-asas agama dan juga ilmu kaunseling berlandaskan syariat Islam ini
dapat dilihat dengan jelas melalui petikan transkripsi berikut:

“Maknanya dari segi hukumnya tidak bersalahan (pendekatan yang digunakan).
Ha..tidak bercanggah (dengan agama).”

(Peserta kajian 3: P3/225-226)

“So, kita dalam hal-hal yang mereka melanggar batas-batas syarak, maka kita kena
perbetulkan jalan tu.”

(Peserta kajian 4: P4/131-132)

“Maknanya, dalam Islam ini, untuk perubahan di dunia dan di akhirat, dari segi
tingkah laku seseorang itu, kognitif atau emosi mesti berasaskan kepada syariat
Allah.”

(Peserta kajian 5: P5/112-114)

143

“Menurut pandangan Islam, segala perbuatan manusia seharusnya tidak melanggar
syariat dan ajaran Islam.”

(Peserta kajian 6: P6/73-74)

Dapatan analisis berkaitan pengetahuan kaunselor juga menunjukkan para peserta
bersetuju bahawa amalan kaunseling Islam yang merupakan satu proses teraputik yang
berlandaskan syariat dan tanggungjawab ini juga sesuatu yang berpandukan Quran dan
Sunnah dan ini merupakan kategori ketiga yang muncul dalam tema pertama ini.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui persetujuan kesemua peserta kajian
berkaitan amalan kaunseling Islam yang perlu berpandukan kepada Quran dan Sunnah.
Perkara ini dapat dilihat melalui rekod transkripsi temubual berikut.

“Islam, Nabi dah ajar dah semua melalui wahyu Allah Subhana Wata’ala. So, itu
kelebihan kaunseling Islam sebenarnya.”

(Peserta kajian 1:P1/605-606)

P02 : Okay. Haa.. Kita Kaunseling Islam ni yang dikatakan Kaunseling Islam
kita ikut Islam.

NA : Ye.
P02 : Bila kita ikut Islam, Nabi kata al-Quran dan Sunnah. Makna kita

mengamalkan Al-Quran dan Sunnah.
(Peserta kajian 2:P2/56-59)

144

“Ha.. jadi boleh dikatakan al-Quran lah memang basic. Saya menggunakan al-Quran
dan sunnahlah.”

(Peserta kajian 3:P3/374-376)

“Semua tu ada bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.”
(Peserta kajian 4:P4/516-517)

“Jadi, aa..kalaulah begitu, itu semua adalah ayat al-Quran dan juga ada hadis
Rasulullah, kan? Jadi, itu adalah pedoman yang kita lakukan dalam sesi
kaunseling.”

(Peserta kajian 5:P5/505-507)

“Elemen-elemen yang perlu ada dalam kaunseling perspektif Islam mesti diambil
dari sumber yang berwibawa iaitu al-Quran dan as-Sunnah merangkumi aqidah
islamiyyah, syariat dan akhlak.”

(Peserta kajian 6:P6/96-98)

Kategori seterusnya melalui tema ini adalah kategori sesuatu yang menyentuh jiwa.
Melalui kategori ini juga kesemua peserta kajian menunjukkan persetujuan penuh
berkenaan amalan kaunseling perspektif Islam ini adalah sesuatu yang menyentuh jiwa.
Rujukan berkaitan kategori keempat ini dapat dilihat melalui transkripsi peserta-peserta
kajian seperti berikut.

145

“Tazkiyatun Nafs ni penyucian jiwa.”

(Peserta kajian 1:P1/435)

“Jadi kehebatan Kaunseling Islam dia boleh baca jiwa dan boleh baca kemampuan
jiwa seseorang.”

(Peserta kajian 2:P2/674-675)

“Dia touch the soul bukan touch emotion, behaviour atau kognitif. Itu yang
berbezanya. Bila sentuh jiwa, kan? “

(Peserta kajian 3:P3/423-424)

Kategori seterusnya yang muncul hasil daripada analisis tema pertama yang muncul
bagi menjawab soalan kajian berkaitan pengetahuan kaunselor tentang amalan kaunseling
perspektif Islam ini adalah satu tanggungjawab kepada Muslim yang lain. Melalui kategori
ini, para peserta kajian menyatakan amalan kaunseling perspektif Islam ini merupakan satu
tanggungjawab dan kewajiban di pihak kaunselor untuk melaksanakan kaunseling
perspektif Islam dalam amalan mereka seperti yang direkodkan oleh peserta kajian
pertama:

146

“En, jadi sama ada kaunselor tu sendiri solat cukup tak cukup ke, dia sendiri entah
macam mana ke, tak pa. Itu dia dengan Allah, dia mujahadah dengan Allah. Dia
boleh mintak ampun daripada Allah. Dia boleh cari jalan cara dia nak perbaiki diri
dia sendiri, kan? Bukanlah jadikan itu sebagai alasan maka dia tak boleh praktik
kaunseling Islam. Itu silap.”

(Peserta kajian 1:P1/413-416)

Hal ini diperkukuh melalui peserta kajian kedua dan peserta kajian ketiga yang
menyatakan bahawa kaunselor telah menjalankan tanggungjawab dalam bentuk Fardhu
Kifayah apabila menjalankan kaunseling perspektif Islam.

“Tu wajib bagi orang yang nak.. nak menjadi umat yang terbaik tetapi dia jadi
Fardhu Kifayah.”

(Peserta kajian 2:P2/302-303)
“Dia, aa.. saya rasalah, pada sayalah, saya telah melakukan fardhu kifayah sebab
saya telah mengambil tanggungjawab untuk aa…ada, bila dah ambil
tanggungjawab tu orang lain tu dapat..tidak..ialah bila mana ada orang
menyelamatkan, ada orang yang ambil tanggungjawab. Begitulah.”

(Peserta kajian 3:P3/933-936)

Begitu juga dengan peserta kajian keempat, kelima dan keenam yang masing-
masing menyatakan pendapat mereka berhubung isu tanggungjawab kepada Muslim lain
ini yang mana peserta kajian keempat mengetengahkan isu tanggungjawab kaunselor untuk

147

mempraktikkan kaunseling perspektif Islam dan juga isu tanggungjawab kaunselor untuk
membimbing klien untuk membuat keputusan yang selari dengan syariat Islam yang
direkodkan oleh peserta kajian kelima selain isu membantu klien mengimbangi diri dengan
tanggungjawab yang dirakamkan oleh peserta kajian keenam.

“Kalau kita tak praktis (kaunseling perspektif Islam), siapa lagi nak praktis, kan?
Itulah untungnya sebab kita masih praktis tau. Kalau kita tak praktis, kalau kita
teori je kita tak tahu nak applykan dalam sesi tu. Bersyukur jugak. Syukur..syukur..”

(Peserta kajian 4:P4/214-216)

“Sebab kaunselor ni sebenarnya satu..satu cabaran besar sebenarnya pada setiap
individu yang jadi kaunselor. Apa lagi kalau kita jadi kaunselor..kaunselor yang
mengendalikan sesi kaunseling Islam. Sebab kita bertanggungjawab. Setiap
keputusan yang dibuat oleh klien itu adalah keputusan yang kita bersetuju bersama
dengan klien. Jadi, kalau keputusan yang diambil itu satu keputusan yang
bertentangan dengan syariat Allah, kita juga turut bersama dalam aaa.. dalam
keputusan tersebut. Jadi, kita tak boleh salahkan klien tu, kita juga yang bersalah.”

(Peserta kajian 5:P5/422-429)

“Membantu klien memperolehi kesihatan minda dan spiritual dengan mengimbangi
diri dengan tanggungjawab pada agama dan masyarakat.”

(Peserta kajian 6:P6/148-150)

148

Kategori terakhir daripada tema pertama iaitu merupakan satu proses teraputik yang
berlandaskan syariat dan tanggungjawab adalah sesuatu yang efektif dan teraputik. Melalui
analisis yang dijalankan, kategori ini direkodkan oleh peserta kajian pertama hingga
kelima. Kategori ini membawa nada positif berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam
yang dikatakan mempunyai nilai saintifik dan teraputik yang tinggi, membawa ketenangan,
mempercepatkan proses klien mendapat celik akal dan juga kadar pengulangan kes yang
rendah seperti yang direkodkan dalam transkripsi temubual peserta kajian.

“Keistimewaan dia kaunseling Islam ni bila klien dia faham matlamat, hakikat
kehidupan aa..maka dia boleh hadapi hidup dia dengan tenang.”

(Peserta kajian 1:P1/324-325)

“Tapi kita boleh.. maknanya dia dari segi perspektif apa ni.. ilmiahnya jadi
Kaunseling Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah tu dia terlalu saintifik dan
terlalu teraputik. Nilai kita kata saintifik dan teraputik dia tinggi.”

(Peserta kajian 2:P2/859-861)

“Tapi bila saya mengamalkan pendekatan Islam ni dia cepat aa.. klien cepat jumpa
diri dia aa.. dan dia..sebenarnya saya tak de buat ape-ape pun. Just proses je tapi
aa.. mempercepatkan proses dorang jumpa insight learning. Celik akal aa..celik
akallah, saya rasalah.”

(Peserta kajian 3:P3/96-99)

149

“Hmm! Nampak, kan? Keberkesanan (kaunseling Islam). Sebab tu kalau saya nak
bagi sampel, macam tu je selalu. So, memang kebanyakan klien saya bila dia praktis
Islamic aa..ibadah ni kan, memang dia rasa tenang jiwa dia. Dia kembali pada
aa..nak apa lagi dalam dunia ni kalau tak kembali pada Allah kan, Aimi? Haa..itu
contoh-contohlah.”

(Peserta kajian 4:P4/330-334)

NA : Maksudnya, kaunseling Islam ni istimewa dia aa..relapse dia tu rendah? Relapse
dia untuk menghadapi masalah..masalah yang sama, rendah? Maksud P05
macam tu ke?

P05 : Aa..ya. Sebab kita..kita akan pergi ke situ.
(Peserta kajian 5:P5/343-345)

Melalui tema pertama yang muncul untuk menjawab soalan kajian pertama ini
memperlihatkan enam kategori yang merekodkan respons yang bercampur-campur antara
para peserta kajian. Bagi kategori pertama, kategori ketiga, kategori keempat dan kategori
kelima, ia direkodkan daripada kesemua peserta kajian iaitu dari peserta kajian pertama
hingga keenam. Bagi kategori kedua pula direkodkan daripada peserta kajian ketiga,
keempat, kelima dan keenam sahaja manakala bagi kategori keenam direkodkan daripada
peserta kajian pertama hingga kelima.

150

Jadual 4.3.1

Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Satu

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06
•• • • • •
Merupakan Mengukuhkan hubungan klien
satu proses dengan Allah • •••
teraputik yang Berlandaskan syariat Islam ••• •••
berlandaskan Berpandukan Quran dan
syariat dan Sunnah ••• •••
tanggungjawab Sesuatu yang menyentuh jiwa ••• •••
Satu tanggungjawab kepada
Muslim yang lain •• • • •
Sesuatu yang efektif dan
teraputik

4.3.2 Berteraskan pendekatan kaunseling perspektif Islam yang intergratif

Tema kedua yang muncul bagi menjawab soalan kajian pertama adalah berteraskan
pendekatan kaunseling perspektif Islam yang intergratif. Melalui tema kedua ini, terdapat
dua kategori yang muncul iaitu pendekatan dakwah dalam kaunseling perspektif Islam dan
juga integrasi ilmu kaunseling perspektif Islam dengan bidang-bidang keilmuan lain.

Kategori pertama yang muncul berkaitan pendekatan dakwah dalam kaunseling
perspektif Islam memperlihatkan kesemua peserta kajian bersetuju penuh bahawa
kaunseling perspektif Islam berkaitan dengan pendekatan dakwah. Hal ini dapat dilihat
melalui peserta kajian kedua dan keempat yang menerangkan secara langsung bahawa
kaunseling perspektif Islam adalah proses dakwah.

“Kaunseling Islam ni ialah proses dakwah.” 151
(Peserta kajian 2:P2/774)

“Cakap pun dengan qaulan laiyyinan. Kalau kita nak dakwah orang mana boleh
kita terus aaa..garang-garang. Tak boleh, kan?”

(Peserta kajian 4:P4/528-530)

Begitu juga pendapat peserta kajian pertama yang menggunakan kaunseling
perspektif Islam dalam amalan kaunselingnya walaupun dengan klien yang bukan
beragama Islam. Hal ini turut dikongsi dengan dapatan daripada peserta kajian lain yang
turut merekodkan dapatan berkaitan pendekatan dakwah dalam kaunseling perspektif
Islam ini.

“Ha! Perlu! Apa pun kes, kena guna pendekatan kaunseling Islam. Walaupun dia
agama lain sebab bawa dia kembali kepada Allah maka dia akan terima benda tu.”

(Peserta kajian 1:P1/72-76)

P05 : Jadi, kalau dalam kaunseling Islam, kita akan sentiasa bawa ke situ.
NA : Bawa klien ke arah yang..
P05 : Ke arah untuk akhlak Islamiyyah lah. Kepada akhlak Islamiyyah.

(Peserta kajian 5:P5/354-357)

152

“Di samping itu menggalakkan klien agar menganggap fitrah semula jadi manusia
adalah baik dan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pelindung daripada
melakukan perkara keji dan mungkar.”

(Peserta kajian 6:P6/150-152)

Seterusnya adalah berkaitan kategori kedua yang muncul bagi tema kedua ini
berkaitan dengan integrasi ilmu kaunseling perspektif Islam dengan bidang-bidang
keilmuan lain. Kategori ini memperlihatkan sisi intergratif kaunseling perspektif Islam
dengan keenam-enam peserta kajian merekodkan hasil positif berkaitan kategori ini. Hal
ini dapat dilihat melalui peserta kajian pertama yang menyatakan beliau akan mencari ilmu
daripada bidang apa sekalipun yang boleh dikaitkan dengan ilmu kaunseling perspektif
Islam ini.

“Saya tak kata hadir program kaunseling sahaja, tak. Majlis ilmu berkaitan dengan
sains pun saya hadir, hat ni pun ya sebab saya akan cari mana yang saya boleh
kaitkan. Haa..apa yang boleh saya kaitkan so, saya akan kaitkan.”

(Peserta kajian 1:P1/123-125)

Hal ini juga selari dengan peserta kajian kedua yang menyatakan integrasi ilmu
pada tahap lebih tinggi dengan penggunaan ‘Heaven Order Thinking Skills’ yang
didakwanya diambil secara langsung daripada perjalanan kehidupan Nabi berasaskan
Quran. Malah, hal ini dikongsi pula dengan peserta kajian ketiga yang mengetengahkan
penggunaan kaunseling ‘Quranic Soul’ yang dipeloporinya.

153

“Tapi kita gunakan Heaven Order Thinking Skill. Maknanya sangat dahsyat, sangat
lengkap dan kita..pembinaan kemanusiaan itu kita ikut Sirah Nabi. Ha.. keyatiman,
pembedahan dada, bela kambing ha.. berniaga, berumah tangga dan kenabian. Haa..
macam tu.”

(Peserta kajian 2:P2/104-107)

“Dengan izin Allah saya menggunakan fully aa.. secara penuh aa.. Islamic
approach counselling Quranic Soul.

(Peserta kajian 3:P3/119-120)

Tidak hanya ilmu khusus dalam bidang Islam, apa-apa ilmu yang selari tidak kira
dari Barat mahupun bidang-bidang keilmuan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Islam diambil dan disesuaikan dalam konteks kaunseling perspektif Islam untuk
diaplikasikan.

“Jadi, pada saya, rumusan saya boleh buat ialah saya mengambil yang asas juga
daripada Barat tapi saya modified dan sesuaikan dengan konteks al-Ghazali dan
budaya Islam. Ha, macam tu lah.”

(Peserta kajian 4:P4/764-767)

154

“Ok. Kalau konvensional lihat kognitif, lihat afektif, lihat psikomotor. Dalam
kaunseling Islam akan melihat benda yang sama juga.”

(Peserta kajian 5:P5/227-228)

“Pendapat-pendapat yang baik dan sesuai yang dikemukakan oleh ahli psikologi
Barat boleh diadaptasi dan disesuaikan dengan gaya hidup Muslim selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.”

(Peserta kajian 6:P6/77-79)

Bagi tema kedua yang muncul iaitu berteraskan pendekatan kaunseling perspektif
Islam yang intergratif, kesemua peserta kajian ini menunjukkan persetujuan sebulat suara
melalui kategori pendekatan dakwah dalam kaunseling perspektif Islam dan integrasi ilmu
kaunseling perspektif Islam dengan bidang-bidang keilmuan lain.

Jadual 4.3.2

Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Dua

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06

Berteraskan Pendekatan dakwah dalam • • • • • •

pendekatan kaunseling perspektif Islam

kaunseling Integrasi ilmu kaunseling • • • • • •

perspektif perspektif Islam dengan bidang-

Islam yang bidang keilmuan lain

intergratif

155

4.3.3 Menampilkan karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah

Tema ini merupakan tema ketiga yang muncul hasil daripada analisis data bagi menjawab
soalan kajian pertama berkaitan pengetahuan kaunselor tentang amalan kaunseling
perspektif Islam. Melalui tema ketiga ini telah muncul tiga kategori iaitu adaptasi sifat
Nabi, atitud positif kaunselor dan juga kebergantungan kepada Allah.

Melalui kategori pertama, dapatan analisis menunjukkan para peserta bersetuju
bahawa dalam amalan kaunseling perspektif Islam ini terdapat adaptasi daripada sifat-sifat
Nabi. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat peserta kajian pertama dan kedua yang secara
langsung menghubungkan akhlak kaunselor dengan empat sifat asas Nabi iaitu siddiq,
fatanah, tabligh, amanah.

“Kalau dia dengan klien dia aa..maknanya, dari segi akhlak dia tu mudahnya kita
merujuk balik kepada empat yang asaslah iaitu aa...sif..sifat Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam.”

(Peserta kajian 1:P1 438-439)

“Ha. Maknanya kita nak jadikan sifat Nabi tu ialah haa.. ni kita kata amanah,
tabligh, siddiq, fatanah.”

(Peserta kajian 2:P2/249-250)

156

Bagi kategori kedua pula berkaitan atitud positif kaunselor, elemen ikhlas
ditekankan secara khusus oleh peserta kajian ketiga dan juga peserta kajian keempat kerana
dikatakan ikhlas itu berupaya untuk menyentuh hati orang lain selain tidak mengharapkan
sebarang balasan.

“ Pertama dia kena ikhlaslah.”

(Peserta kajian 3:P3/449)

“Bila kita ikhlas, kita pun dapat menyentuh hati orang lain.”
(Peserta kajian 3:P3/806-807)

“Sebab saya rasa atitud yang paling penting, ikhlas. Ikhlas dalam kita membantu
orang sebab Allah akan membantu kita waktu kita memerlukan.”

(Peserta kajian 4:P4/444-445)

“Kita ikhlaslah. Kita tak mintak apa pun. Kepuasan kita bila dia berjaya atasi
masalah dia. Tu lah.”

(Peserta kajian 4:P4/451-452)

Atitud ikhlas ini juga perlu disusuli dengan atitud-atitud positif lain seperti yang
dikemukakan oleh peserta kajian keempat dan keenam berkaitan menjaga amanah, lembut,
mesra, sabar dan pelbagai lagi atitud yang positif yang perlu diamalkan oleh kaunselor
yang memperaktikkan amalan kaunseling perspektif Islam ini khususnya.

157

“Banyaklah sikap ni. Amanah, kita tahu kan? Amanah tu simpan rahsia. Sebenarnya
simpan rahsia ni benda susah dalam hidup manusia, tau? Kita bila dah jadi
kaunselor, baru kita belajar rasa nak simpan rahsia, kan?”

(Peserta kajian 4:P4/428-430)

“Atitud kaunselor pula diharapkan seorang yang berilmu, warak dan berakhlak
mulia. Mesti juga bersifat lembut, mesra, tidak cepat marah dan sabar.”

(Peserta kajian 6:P6/173)

“...nada suara yang jelas dan meyakinkan, berjangka positif, mengkonkritkan isu,
sifat segar dan ceria serta tidak menghukum atau tidak memihak.”

(Peserta kajian 6:P6/176-177)

Kategori terakhir yang diketengahkan melalui analisis data kajian ini berkaitan tema
menampilkan karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah adalah kategori
kebergantungan kepada Allah. Melalui kategori ini, para peserta kajian rata-ratanya
menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling perlu
bergantung kepada Allah. Contohnya seperti yang diutarakan oleh peserta kajian kelima
yang kaunselor perlu yakin, percaya dan mengharap hanya kepada Allah.

“Kaunselor kena ingat, apa pun...dia sendiri pun kena bergantung kepada Allah.”
(Peserta kajian 1:P1/403-404)

158

“Aa.. ni yang saya kata soul tu. ‘Kena banyak bergantung pada Allah pada hal
melibatkan diri kita mahupun berkaitan dengan student.”

(Peserta kajian 3:P3/798-800)

“Yakin, saya buat sesi kaunseling ini Allah melihat, Allah mendengar, Allah akan
bantu. Percaya bahawa setiap apa yang saya lakukan ini tidak lari daripada syariat
Allah. Dan harap setiap keputusan yang dibuat oleh klien bersama dengan..dibantu
oleh kaunselor, keputusan itu adalah satu keputusan yang akan memberi makna
dalam perubahan tingkah laku klien tersebut. Bukan hari ini tetapi sampai bila-bila.
Jadi, tu mesti ada.”

(Peserta kajian 5:P5/431-437)

Sebagai rumusan bagi tema ketiga iaitu menampilkan karakter kaunselor
berdasarkan Quran dan Sunnah untuk menjawab soalan kajian satu ini, ia memperlihatkan
taburan rekod yang pelbagai daripada para peserta kajian ini. Bagi kategori pertama tentang
adaptasi sifat Nabi, ia direkodkan oleh peserta kajian pertama, kedua dan juga keempat.
Bagi kategori kedua berkenaan atitud positif kaunselor diketengahkan oleh peserta kajian
ketiga, keempat dan juga keenam. Manakala bagi kategori ketiga berkaitan kebergantungan
kepada Allah direkodkan oleh semua peserta kajian kecuali peserta kajian kedua.

159

Jadual 4.3.3

Triangulasi Soalan Kajian Satu Tema Tiga

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06

Menampilkan Adaptasi sifat • • •

karakter Nabi

kaunselor Atitud positif •• •

berdasarkan kaunselor

Quran dan Kebergantungan • ••••

Sunnah kepada Allah

4.4 Amalan Kaunseling Perspektif Islam Dalam Sesi Kaunseling

Bagi menjawab soalan kajian kedua yang dikemukakan oleh kajian ini berkaitan amalan
kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling, analisis yang dijalankan telah
menunjukkan dapatan dua tema iaitu kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam
setiap tahap kaunseling dan juga asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional.

Melalui rajah 4.4 dapat dilihat melalui dua tema yang muncul daripada analisis,
muncul kategori-kategori lain yang dilihat menyokong tema-tema tersebut. Bagi tema
pertama berkaitan kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam setiap tahap
kaunseling, terdapat kategori berkaitan proses kaunseling iaitu kepelbagaian peranan dan
cara taaruf dijalankan, penerokaan dengan adab dan kemahiran secara khusus, mengenal
pasti masalah berdasarkan hati dan jiwa klien, alternatif menggunapakai strategi Fiqh
dengan bimbingan kaunselor, tindakan dengan strategi Islam yang khusus, penilaian
bertunjangkan refleksi ruhani dan penamatan melalui pelbagai perspektif. Bagi tema kedua

160
berkaitan asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional pula muncul tiga lagi
kategori iaitu kemahiran berpaksikan ilmu dan strategi Islam, aplikasi kemahiran asas
kaunseling dan juga kemahiran perbandingan ilmu kaunseling Islam dan Barat.

Rajah 4.4. Tema dan Kategori bagi Soalan Kajian 2: Amalan Kaunseling Perspektif
Islam dalam Sesi Kaunseling
4.4.1 Kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam setiap tahap kaunseling
Menerusi analisis data yang dijalankan, tema berkaitan kepelbagaian pendekatan perspektif
Islam dalam setiap tahap kaunseling ini muncul dengan diikuti tujuh kategori yang
seterusnya diikuti oleh subkategori yang memperkukuh kategori-kategori yang terlibat.
Bagi kategori pertama, kedua dan ketiga, ianya diikuti dengan lima subkategori. Bagi

161
kategori keempat dan kelima merekodkan enam subkategori. Manakala bagi kategori
keenam diikuti empat subkategori dan yang terakhir kategori ketujuh diikuti dengan tiga
subkategori. Hal ini boleh dirujuk melalui rajah 4.4.1 di bawah bagi membolehkan
pemahaman yang lebih terperinci berhubung tema, kategori dan subkategori yang terlibat
dalam analisis ini.

Rajah 4.4.1 Tema Satu, Kategori dan Subkategori bagi Soalan Kajian 2: Kepelbagaian
Pendekatan Perspektif Islam dalam Setiap Tahap Kaunseling

162

Bagi kategori pertama yang menampilkan kepelbagaian peranan dan cara taaruf
dijalankan, terdapat tujuh subkategori yang mengukuhkan lagi kategori ini iaitu taaruf
adalah tahap pertama proses kaunseling yang selari dengan syariat, taaruf untuk mengenal
pasti kematangan, keupayaan berfikir dan ilmu klien, bertunjangkan Quran dan Sunnah,
taaruf untuk membina hubungan sesama manusia dan Allah dan juga menonjolkan sikap
terpuji kaunselor.

Menurut analisis daripada para peserta, kategori kepelbagaian peranan dan cara
taaruf dijalankan ini amat penting dalam amalan kaunseling perspektif Islam dan tahap ini
langsung tidak bercanggah dengan ajaran dan syariat Islam. Menurut sebahagian peserta,
taaruf membolehkan maklumat tentang klien dikenal pasti bagi memudahkan proses
kaunseling berlangsung.

“Rapo. Dalam Islam, memang taaruf tu perlu.”

(Peserta kajian 1:P1/445)

“Ha, jadi kematangan dia, keupayaan dia untuk berfikir kita kena sesuaikan. Dan
juga, ilmu sedia ada dia tu macam mana. So jadi benda tu kita boleh tau dari sesi
ta’aruf.”

(Peserta kajian 1:P1/1208-1210)

“So ta’aruf tu memang kena sangat jaga.”

(Peserta kajian 1:P1/1210)

163

“Bila kita buat kemesraan tu maknanya kita melakukan arahan Tuhan. Itu ialah
Sunnah. Ha.. Kemudian lepas peluk baru dia boleh baca. Ha.. Maknanya ini ialah
perkara wajib dalam proses Kaunseling Islam.”

(Peserta kajian 2:P2/464-466)

“Maknanya dia buat tu maknanya kita menghidupkan al-Quran dan kita... al-Iqra’
tu dan kita menghidupkan Sunnah Nabi.”

(Peserta kajian 2:P2/468-469)

“Taaruf dia ni kan membina hubungan. Taaruf dia ni..kan kita kata tadi hubungan
aa.. horizontal dan vertikal, kan?”

(Peserta kajian 3:P3/534-535)

“Kalau yang mula-mula kita buat rapo, kan? Dia dalam Islam pun tak ada masalah.”

(Peserta kajian 4:P4/461-462)

“Dalam hadis kata..apa ni, jalin silaturrahim, apa semua tu tak ada masalah.”
(Peserta kajian 4:P4/462-463)

“So, dalam buku ni pun ada tentang..rapo tu tak ada...langsung tak bertentangan
dengan Islam. Memang itu sangat baik.”

(Peserta kajian 4:P4/463-464)

“So, kita just start daripada tu tapi yang lain-lain tu sama aje dari segi strategi
intervensi tetap kita kena mulakan dengan rapo.”

(Peserta kajian 5:P5/292-294)

164

“Peringkat memulakan perhubungan ini melibatkan taaruf dan menjalinkan
hubungan baik dan mesra.”

(Peserta kajian 6:P6/185-186)

“Islam memang menggalakkan manusia berkenalan dan menjalinkan hubungan
baik sesama manusia.”

(Peserta kajian 6:P6/186-187)

Hal ini juga melingkari hasil dapatan daripada peserta kajian ini yang
menyandarkan taaruf sebagai sesuatu yang memperlihatkan hubungan manusia dengan
Allah selain disandarkan kepada Quran dan Sunnah melalui penggunaan al-Fatihah dan
juga peristiwa Jibril mengajar Nabi untuk membaca.

“Iya. Memang saya mula Fatihah, tangguh dengan tasbih Kafarah sebab itu
memang ada dalil dia, ada hadis dia. Dalil, hadis yang mana Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam bagitau..hadis ni tak sekali ye. Hadis ni terpisah. Hadis yang bagitau kata
mula majlis dengan Fatihah, hadis yang bagitau tentang tangguh dengan tasbih
Kafarah, hadis yang bagitau tangguh dengan surah al-‘Asr, hadis yang berpisah.
Hmm..ha, jadi memang Nabi bagitau kalau nak mula satu perbincangan, majlis
ilmu..kaunseling ni adalah majlis ilmu sebenarnya. Mula dengan Fatihah. Memang
dalam satu hadis Nabi yang lain, Nabi bagitau tentang habis satu ni, maka tutup
dengan istighfar, tasbih Kafarah. Ha, ya. Memang ada.”

(Peserta kajian 1:P1/680-686)

165

P02 :Okay.. Allah menghasilkan.. mengajarkan manusia perkara ni yang
pertama. ‘Iqrabismirabbikalazihalaq’. Maksudnya macam mana proses tu
berlaku. Allah nak habaq kata mula-mula sekali dalam pendidikan. Dalam..
dalam berkomunikasi apa benda pun maksudnya Nabi peluk.. ni Jibril peluk
Nabi tiga kali.

NA : Oh..
P02 : Maksudnya kemesraan tu sangat penting.
NA : Ye..
P02 : Bila kita buat kemesraan tu maknanya kita melakukan arahan Tuhan. Itu

ialah Sunnah. Ha.. Kemudian lepas peluk baru dia boleh baca. Ha..
Maknanya ini ialah perkara wajib dalam proses Kaunseling Islam.
Membina kemesraan wajib dalam kaunseling Islam dengan mengambil
ibrah Jibril mengajar Nabil perkataan pertama dalam Quran

(Peserta kajian 2:P2/457-466)

“Taaruf dia ni kan membina hubungan. Taaruf dia ni..kan kita kata tadi hubungan
aa.. horizontal dan vertical, kan? (hubungan dengan manusia dan hubungan dengan
tuhan)”

(Peserta kajian 3:P3/534-535)

“Jadi setiap kaunselor ataupun klien tu kena memahami konsep Fatihah tu sebab
Fatihah tu merupakan halatuju yang kita nak bawa klien kita.”

(Peserta kajian 3:P3/536-538)

166

“Kita mula surah al-Fatihah sebab kita tahu keistimewaan surah al-Fatihah tersebut.
Kita bagitahu pada klien, mudah-mudahan apa yang kita bincang nanti mendapat
keberkatan daripada Allah, mendapat petunjuk hidayah daripada Allah. Ok, kan?”

(Peserta kajian 5:P5/289-292)

“Memulakan sesi dengan bacaan al-Fatihah dikatakan sebagai satu proses teraputik
di mana klien memberi tumpuan kepada bacaan tersebut di samping memutuskan
ingatan sementara mengenai masalah yang dihadapi.”

(Peserta kajian 6:P6/195-197)

Kategori kedua yang diketengahkan melalui analisis kajian ini adalah penerokaan
dengan adab dan kemahiran secara khusus dengan adaptasi Quran, hadis dan tools tertentu.
Menerusi kategori ini, muncul lima lagi subkategori yang mengukuhkan lagi dapatan
kajian ini iaitu penerokaan dengan adab dan kemahiran secara khusus, penerokaan untuk
tahu isu sebenar klien, penerokaan daripada templat Quran dan Sunnah, penerokaan
berfokus rohani klien secara unik dengan penggunaan tools dan penerokaan ambil templat
kaunseling konvensional.

Para peserta kajian memberikan respons yang pelbagai dan unik terutamanya
berkaitan dengan adab dalam menjalankan penerokaan oleh peserta kajian pertama yang
menyatakan bahawa penerokaan yang melibatkan aib klien tidak seharusnya dijalankan
dengan terlalu mendalam.

167

“..dari segi aspek penerokaan, saya berpegang kepada satu hadis Nabi, kita tak
teroka sangat tentang aib orang.”

(Peserta kajian 1:P1/232-233)

“Haa..tambah-tambah kalau kes yang berkaitan dengan kita kata melibatkan aib dia.
Itu lagi kita..aib. Sebaik-baiknya kita elaklah dari penerokaan yang mendalam.”

(Peserta kajian 1: P1/714-715)

Para peserta kajian juga ada mengambil adaptasi daripada Quran dan Sunnah untuk
proses penerokaan ini selain penggunaan tools secara intrapersonal dan minda tidak sedar
klien bagi menggalakkan penerokaan seperti peserta kajian ketiga. Ada peserta kajian juga
memfokuskan penerokaan terus kepada hati klien seperti peserta kajian keempat.

“Dan nak menunjukkan perlunya teroka, sebab kenapa Nabi guna kaedah berbeza?
Sebab Nabi dah tau orang tu macam mana perangai dia.”

(Peserta kajian 1: P1/569-571)

“Maknanya kita.. kita meneroka dia punya ni Lawamah. Ha.. ni Ammarah,
Lawamah. Jadi kita gunakan terus. Maknanya dia stated dalam al-Quran.”

(Peserta kajian 2:P2/547-548)

168

“Saya bagi dia sesuatu, dia buat ke dia apa, kita tengok dari segi apa yang dia..
ha..meneroka ni dia secara unconsciousness, bukan meneroka bercakap, bukan
komunikasi interpersonal, lebih kepada intrapersonal.”

(Peserta kajian 3:P3/571-574)

“Dari segi tu lepas tu masuk penerokaan. So, kalau penerokaan, beza saya sikit kat
sini ialah aa..kejap ya saya nak cari yang putaran bulat tu (merujuk buku). Kalau
ikutkan kalau pada asasnya..saya, dari segi penerokaan saya akan fokus pada hati.
Penerokaan pada hati terus.”

(Peserta kajian 4:P4/465-468)

Seterusnya adalah berhubung dengan kategori ketiga dalam tema pertama ini yang
berkaitan mengenal pasti masalah berdasarkan hati dan jiwa klien. Melalui kategori ini,
muncul lima lagi subkategori iaitu mengenal pasti masalah melalui semakan iman dan
ibadah, penggunaan Quran dan Hadis untk mengenal pasti masalah, mengenal pasti
masalah melalui konsep kenal diri, mengenal pasti masalah melalui tafsiran perlambangan
dan hati adalah dasar permasalahan.

Melalui kategori ini juga para peserta kajian mempunyai pendapat mereka masing-
masing yang direkodkan melalui analisis data. Peserta kajian pertama, kelima dan keenam
misalnya mengenal pasti masalah melalui aspek ibadah klien seperti peserta kajian pertama
yang menyemak cara klien bersolat, mandi wajib dan berwudhu’.

169

“Kadang-kadang macam orang kata kalau dah solat apa semua, baik, hubungan mak
pak pun baik, dengan cikgu pun baik tapi masih tak kena so saya akan check cara
dia solat, cara dia mandi wajib, cara dia berwudhu, cara dia solat. Dia akan
something wrong somewhere dekat situ. Ha..sebab tu kadang-kadang ada budak tu
kita nampak dia baik apa semua rupanya bila kita check, apa ni tak nampak. Lepas
tu saya akan teringat balik. ‘Oh! Solat.’ Saya akan check. Cara dia mandi wajib,
cara dia wudhu, cara dia solat. Saya akan check satu-satu kat sini.”

(Peserta kajian 1:P1/1083-1089)

Peserta kajian ketiga pula dilihat mempunyai cara yang agak unik bagi mengenal
pasti masalah kliennya dengan menggunakan teknik tafsiran khas yakni punca masalah dari
penerokaan ditafsir sendiri oleh klien melalui perlambangan secara tidak langsung.

“Alam bawah sedar ni maknanya urm.. bila kita tanya balik dia tu, dia akan nampak
sebenarnya, dia buat tu sebenarnya dirangsang oleh unconsciousness dia. Ha..
bukan dia.. aa.. dia kata saja-saja tapi bila kita tanya balik, aa.. dia terungkai di situ.
Apa, aa..aa.. kan dalam Carl Jung lambang-lambang, archetype-archetype tu
sebenarnya perlambangan kadang-kadang dari zaman dia kecil lagi dan dia sendiri
tak rasa pun benda ni ada masa tu. Dia sendiri tak tahu, dia pun tak tahu itu isu
sebenar dia. Macam kita cuma memberikan celik akal pada dia sebab dia bila kita
menggunakan Quranic ni dia lebih cepat, lebih cepat dia jumpa hubungan.
Oo..macam ni rupanya dia ni. Baru dia recall balik macam ni rupanya dia. Kita tak

170

kata kita interpret, dia sendiri yang, dia sendiri yang ceritakan. Dengan secara tak
langsung.”

(Peserta kajian 3:P3/601-610)

Peserta kajian pertama dan keempat pula menyatakan secara langsung berkenaan
mengenal pasti masalah ini dengan menjurus terus kepada hati. Kedua-dua peserta ini
menyatakan bahawa punca masalah adalah bermula daripada hati.

“Ahhmm..jadi aa..orang kata bila selidik-selidik ‘last’ sekali benda tu akan mula pada hati.”
(Peserta kajian 1:P1/238)

“Sebab, conclusion sayalah, semua masalah mesti punca dari hati.”
(Peserta kajian 4:P4/221-222)

“Semua masalah semua letak dekat hati kita.”

(Peserta kajian 4:P4/229)

Bagi kategori tahap alternatif menggunapakai strategi Fiqh dengan bimbingan
kaunselor, terdapat enam subkategori yang muncul iaitu alternatif menggunakan Fiqh
keutamaan dalam Islam, perbincangan alternatif berdasarkan tahap nafsu, alternatif
dibincangkan melalui ilham dan diputuskan oleh klien, alternatif bertumpu kepada
tindakan klien, alternatif menggunakan pendedahan kendiri dan alternatif selari syariat,
akhlak dan akidah.

171

Melalui analisis data yang telah dijalankan mendapati kesemua peserta kajian
merekodkan respons positif berkaitan kategori alternatif menggunapakai strategi Fiqh
dengan bimbingan kaunselor ini. Peserta kajian pertama contohnya mempunyai teknik
khas dalam perbincangan alternatif dengan menggunakan kaedah Fiqh Alawiyat. Peserta-
peserta lain juga turut melaksanakan perbincangan alternatif berdasarkan teknik-teknik
yang bersesuaian dengan acuan kaunseling perspektif Islam kendalian mereka.

“Haa, jadi kita bincang alternatif-alternatif tu cuma kita akan bawa dia bincang bila
satu-satu alternatif tu dia bagi, kita akan bawa dia renung balik, nilai balik dari segi
sudut dalam Islam macam mana? Alternatif tu boleh ke tak boleh? Sesuai ke tak
sesuai, kan? Akan dapat keredhaan Allah ke kemurkaan Allah? Haa..itu cara kita
bawa dia bincang tentang alternatif yang dia pilih di samping yang kalau kita kata
tengok kekuatan dan kelemahan, keupayaan dia untuk melaksanakan alternatif tu
tapi kita bawa dia nilai. Altenatif tu macam mana kedudukan di sisi Allah?”

(Peserta kajian 1:P1/485-491)

“Kemudian supaya akhirnya dia susun balik keutamaan pilihan tu berlandaskan
ilmu Fiqh Alawiyat tadi. En, aa..jadi tu dia punya pembinaan alternatif kita akan
bawa dia nilai apa ni, and then misal kata bawa dia bincang pun dia tak nampak,
blur juga haa..akhir sekali baru kita sebutlah.“

(Peserta kajian 1:P1/937-940)

172

P02 : Ha.. mengkritik diri yang apa ni.. yang..yang Mulhimah tu menentukan
buruk baik dia. Apa buruk baik dia.

NA : Maksudnya alternatif kat situlah?
P02 : Ha.. buruknya.. ha.. itu permulaan alternatif tu.

(Peserta kajian 2:P2/614-617)

“Aa..biasanya alternatif tu..kan kita..kalau dia ada masalah, kita akan tanya, “Apa
yang telah awak lakukan untuk selesaikan masalah awak?” Lepas tu dia kata, yang
pertama dia buat gini tapi tak berjaya. Yang kedua tak berjaya. So, apa pandangan
lain? Kita tanya dia dulu lah, kan?

(Peserta kajian 4:P4/599-602)

“Alternatif? Saya kadang-kadang saya buat self disclosure. Kadang-kadanglah.
Saya buat self disclosure, “Kalau sayalah berada di tempat..” puan ke, saudari ke,
tuan ke, saudara ke, “saya akan pilih a atau c tapi pada saudari terserahlah yang
mana. Tetapi kesemua alternatif yang diberikan tu semua yang baik.” Ha..”

(Peserta kajian 5:P5/674-677)

“Alternatif yang kita bagi mesti yang tally, yang tidak melanggar syariat Allah.”
(Peserta kajian 5:P5/683)

“Proses membina alternatif perlu dalam kaunseling perspektif Islam selagi ianya
tidak bertentangan dengan Islam dan selari dengan al-Quran dan as-Sunnah.”

(Peserta kajian 6:P6/255-256)

173

“Proses perbincangan alternatif ini keutamaannya diambil dari al-Quran dan as-
Sunnah.”

(Peserta kajian 6:P6/260)

Kategori seterusnya melalui tema pertama ini adalah tindakan dengan strategi Islam
yang khusus. Kategori ini menyaksikan kemunculan enam lagi subkategori bagi
mengukuhkan lagi analisis data kajian ini. Enam subkategori dalam kategori ini adalah
tindakan berbentuk ibadah, tindakan berdasarkan ibrah untuk istikomah, tindakan dalam
bentuk terapi diri, tindakan menggunakan strategi khusus, nasihat dan ilmu Islam, aplikasi
Tazkiyah an-Nafs dalam tindakan dan juga tindakan berdasarkan hukum dalam Quran dan
Sunnah.

“Tindakan yang boleh diambil tu satu cuma, kita kena peringat klien bahawa
tindakan tu adalah usaha. Berjaya tak berjaya tu kehendak Allah Subhana
Wata’ala.”

(Peserta kajian 1:P1/476-477)

“So yang tadi kita dah bincang dengan dia, dia akan buat apa-apa sebab dia yang
akan pilih . Tapi hat macam fardhu tu memanglah memang wajib dia kena buat.”

(Peserta kajian 1:P1/1015-1016)

NA : Ha.. okay. Ha.. macam mana kaunselor dengan klien bincangkan fasa
tindakan dalam Kaunseling Islam?

P02 : Tu Mujahadah tadi.
(Peserta kajian 2:P2/683-685)

174

NA :Ha, ok. Haa.. tadi tu maksudnya terapi diri tu tindakan kan tadi kan?
P3 :Tindakanlah. Lebih kepada tindakan. Kira solutionlah ni.

(Peserta kajian 3:P3/713-714)

“Di sini sebenarnya dia bagi skill, dia akan boleh gunapakai sepanjang dalam hidup
dia nanti.”

(Peserta kajian 3:P3/707-708)

‘Jadi, kalau kita tengok tadi dari segi apa? Tindakan ya? Memang saya tak paksalah.
Tapi saya cadangkan.”

(Peserta kajian 4:P4/688-689)

“Lepas tu baru kita kepada strategi, kan? Haa..strategi saya tadilah. Aplikasi kaedah
mujahadah. Yang utama, kaedah khusus. Lepas tu, riyadah.”

(Peserta kajian 4: P4/475-477)

“Setiap keputusan yang dia buat atau setiap aaa..penyelesaian masalah yang
dilakukan, mesti dia tahu perkara itu haram atau halal. Haram, makhruh, sunat,
harus atau wajib. Dia kena tahu.”

(Peserta kajian 5:P5/114-116)

175

Penilaian bertunjangkan refleksi rohani adalah kategori seterusnya yang muncul
hasil analisis data kajian. Menerusi kategori ini juga timbul empat subkategori untuk
mengukuhkan dapatan kajian iaitu penilaian untuk mengenal pasti keadaan diri dan rohani
klien, penilaian secara dua hala, penilaian dalam bentuk verbal dan non-verbal serta
penilaian untuk muhasabah diri dan penambahbaikkan. Kesemua subkategori ini muncul
hasil pengelompokkan respons peserta kajian.

Kategori penilaian bertunjangkan refleksi rohani ini juga mendapati bahawa tahap
penilaian adalah perlu sama ada secara verbal mahupun bertulis dalam bentuk dokumen.
Sebahagian peserta menyatakan mereka hanya menjalankan penilaian secara verbal sahaja
tetapi bagi peserta kajian pertama dan tiga, mereka lebih suka menjalankan penilaian secara
verbal dan bertulis dalam bentuk dokumen untuk tujuan rujukan, penambahbaikkan dan
muhasabah diri mereka sebagai kaunselor.

“Kalau kita menilai dia lah. Kan? Kalau nak bagi dia nilai kita pun, terpulang.
Sebab sekurangnya kita nampak juga dia dapat ke tak apa yang kita bincang dengan
dia. Kan?”

(Peserta kajian 1:P1/1102-1104)

Memang saya bagi klien isi borang penilaian.
(Peserta kajian 1:P1/1104-1106; 1108-1109)

“Ya. Saya akan tanya juga. Lisan, lisan. Bertulis pun saya buat juga.”
(Peserta kajian 1:P1/1156)

176

“Penilaian tu memang kena adalah. Dia ada.. dia ada Mujahadah kan...apa ni
Muhasabah.”

(Peserta kajian 2:P2/700)

“Okay. Penilaian tu maknanya kita.. kita tengok dari segi pencapaian
dia.Maksudnya ada benda ni kita pastikan boleh bawa kejayaan.”

(Peserta kajian 2:P2/722-723)

NA : Habluminnallah habluminnanas. Baik. Maksudnya bentuk penilaian tu
secara lisan, bertulis ataupun...

P02 : Ha.. tu ikut kesesuaian.
(Peserta kajian 2:P2/727-729)

“Dokumen kan. Saya simpan. Saya simpan sebab dalam proses, saya..”
(Peserta kajian 3:P3/728)

NA :Kita pun muhasabah balik diri, kan?
P3 :Haa.. betul. Untuk muhasabah diri kaunselor

(Peserta kajian 3:P3/729-730)

“Ha, lepas tu penilaian, muhasabah kalau kita follow-up.”
(Peserta kajian 4:P4/493)

“Saya selalu verbal je.” 177
(Peserta kajian 4:P4/716)

“Verbal sahaja. Saya tak bebankan. Saya tak bebankan klien.”
(Peserta kajian 5:P5/737)

“Antara penilaian yang boleh buat adalah berkait dengan perlakuan baru yang
dihasilkan oleh klien dan impaknya kepada dimensi taqwa klien.”

(Peserta kajian 6:P6/277-278)

Analisis data bagi kategori terakhir berhubung kepelbagaian pendekatan perspektif
Islam dalam setiap tahap kaunseling adalah penamatan melalui pelbagai perspektif.
Melalui kategori ini juga muncul tiga lagi subkategori iaitu penamatan setelah menilai
keupayaan klien untuk tetap kembali kepada Allah, penamatan melalui refleksi dan
muhasabah serta penamatan secara langsung dan tidak langsung.

Hal berkaitan kategori penamatan melalui pelbagai perspektif ini terangkum dalam
tindakan kaunselor untuk membawa klien bermuhasabah sebelum menamatkan sesi serta
penilaian semula hasil tindakan yang telah dijalankan oleh klien. Kebanyakan peserta
kajian juga masing-masing menyerahkan penamatan ini kepada klien untuk
memutuskannya. Sebagai contoh peserta kajian keempat yang tidak menyatakan secara
formal untuk menamatkan sesi dan bersandarkan terus kepada pemahaman antara
kaunselor-klien.

178

“Kita tamatkan. Sebab lepas tu pun bila kita follow up semua tanya macam mana
keadaan sekarang dia dah kata Ok. Ha..kita Oklah. Makin kita cuma telefon atau
jumpa dua tiga kali ataupun selisih tanya macam mana, dia kata Ok, Ok. So, kata
takpa. Hmm..”

(Peserta kajian 1:P1/216-218)

“Sebab aa..dengan itu saya nampak sejauh mana dia punya kefahaman dia,
kejelasan dia, kesungguhan dia, hati dia tu macam mana selepas kita dah bincang
dengan dia.”

(Peserta kajian 1:P1/1105-1106)

“Saya tamatkan saya tanya balik apa dia dapat. Kemudian aa..kalau ada perkara
yang dia dapat tapi dia tak sebut, saya akan sebut, saya akan suruh dia sebut balik.
Aa..kemudian saya akan, nak tau apa emosi dia dan persediaan dia untuk yang akan
datang. So, then saya akan tanya dia juga, selepas ni kalau dia hadapi masalah, ujian
hidup, macam mana cara dia akan buat? Ha jadi kalau dia sebut macam mana yang
dah bincang, walaupun masalah-masalah so betul lah. Sebab memang automatik
back to basic. Apa-apa pun balik pada Allah. Jaga hubungan dengan Allah. So, itu
je.”

(Peserta kajian 1:P1/1173-1178)

179

“Kadang-kadang, kalau dia dah rasa settle semua dah oklah, Alhamdulillahlah. Satu
sesi dah tamat dah. Begitulah.”

(Peserta kajian 3:P3/832-833)

“Biasanya, biasalah penamatan tu kita bagi peluang dia apa lagi yang dia nak?
Sejauh mana? How do you feel? Apa dia rasa? Apa yang dia dapat sepanjang
bersama kita?”

(Peserta kajian 3:P3/829-830)

“So, kat situ sebelum nak penamatan saya muhasabah dululah. Saya tengok kat sini,
kat mana yang kita praktis, mana yang tak berkesan kat sini.”

(Peserta kajian 4:P4/493-495)

“Aa..sebenarnya nak tamatkan tu kita sendiri rasa dan dia pun rasa, kan? Bila dia
kata, “Ok, Dr. Saya rasa terima kasih banyak bila Dr dah membantu saya
menyelesaikan banyak masalah…” Saya rasa tu dah tamatlah.”

(Peserta kajian 4:P4/725-729)

180

P05 : Dia sendiri akan...saya akan tanya dia, “Macam mana? Lepas ni nak
jumpa lagi ke?” “Tak payah dah. Rasanya dah Ok dah. “ “Ok. Macam tu
kita boleh tutup faillah ya.” Macam tu lah. Enjoy je.

NA : Maksudnya P05 akan tanya dengan klien.
P05 : Aah. Yes. Saya akan tanya dia.

(Peserta kajian 5:P5/773-777)

“Dan yang terakhir adalah penamatan. Pada peringkat ini biasanya klien telah
mendapat keputusan tentang tindakan yang akan diambil olehnya.”

(Peserta kajian 6:P6/215-217)

Dapatan kajian ini juga menunjukkan taburan kod-kod mengikut kategori-kategori
yang muncul berdasarkan analisis mendapati semua peserta bersetuju dengan kategori
kepelbagaian peranan dan cara taaruf dijalankan, penerokaan dengan adab dan kemahiran
secara khsus, mengenal pasti masalah berdasarkan hati dan jiwa klien, alternatif
menggunapakai strategi Fiqh dengan bimbingan kaunselor, tindakan dengan strategi Islam
yang khusus dan penilaian bertunjangkan refleksi rohani.

Namun demikian, tiada sebarang dapatan yang dapat dianalisis daripada peserta
kedua berkaitan tahap penamatan proses kaunseling perspektif Islam kendalian beliau.
Jadi, untuk kategori penamatan melalui pelbagai perspektif hanya direkodkan oleh peserta
pertama, ketiga, keempat, kelima dan keenam sahaja.

181

Jadual 4.4.1

Triangulasi Soalan Kajian Dua Tema Satu

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06

Kepelbagaian Kepelbagaian peranan • • • • • •

pendekatan dan cara taaruf

perspektif dijalankan

Islam dalam Penerokaan dengan adab • • • • • •

setiap tahap dan kemahiran secara

kaunseling khusus

Mengenal pasti masalah • • • • • •

berdasarkan hati dan

jiwa klien

Alternatif ••• • • •

menggunapakai strategi

Fiqh dengan bimbingan

kaunselor

Tindakan dengan • • • • • •

strategi Islam yang

khusus

Penilaian bertunjangkan • • • • • •

refleksi rohani

Penamatan melalui • •• • •

pelbagai perspektif

4.4.2 Asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional

Tema kedua yang wujud hasil daripada analisis kajian ini adalah berkaitan dengan asimilasi
kemahiran kaunseling Islam dan konvensional. Melalui analisis kajian yang dijalankan,
terdapat tiga kategori yang muncul iaitu kemahiran berpaksikan ilmu dan strategi Islam,
aplikasi kemahiran asas kaunseling dan juga kemahiran perbandingan ilmu kaunseling
Islam dan Barat.

182

Bagi kategori pertama berkaitan kemahiran berpaksikan ilmu dan strategi Islam,
terdapat empat subkategori lagi untuk mengukuhkan lagi analisis dapatan kajian ini. Empat
subkategori tersebut adalah kemahiran menyoal melalui panduan Quran dan Sunnah,
kemahiran menggunakan model, teknik dan tools Islamik, kemahiran adaptasi sirah Nabi
dan juga kemahiran berkaitan ilmu dan hukum Islam. Apa yang menarik melalui peserta
pertama, keempat dan kelima, mereka menekankan berkenaan kemahiran menyoal yang
diadaptasi daripada Quran dan Sunnah.

“Kaunseling dia adalah kita membawa klien celik akal dengan cara menyoal. Bukan
dengan ayat nyata. Itu dia beza.”

(Peserta kajian 1:P1/361-362)

“Haa..sedangkan dalam al-Quran Allah suruh kita berfikir, kan? Kalau kita tengok
banyak ayat Quran di hujung-hujung “Afala tatafakkarun, Afala tatazakkarun,
Afala tadabbarun.” Berfikir. Tadabbur tu mengkaji, menilai dan muhasabah. Kan.
“Afala ta’kilun” menggunakan akal. Ha, sebab tu kita kena tanya. Sebab tu dalam
Quran, Allah Subhana Wata’ala sebut satu ayat ni, Allah akan beri ‘pap’ ayat soal.
Allah sebut satu ni, Allah bagi ‘pap’ ayat soal.”

(Peserta kajian 1:P1/904-908)

183

“Yes. That’s right. Ha..so sebab tu lah teknik tanya tu Allah Subhana Wata’ala dah
ajar dalam Quran tu.”

(Peserta kajian 1:P1/910-911)

“Bila sampai dekat kaunselor Muslim, kaunselor akan bagi bimbingan, kita buat
soalan.”

(Peserta kajian 4:P4/121-122)

“Jadi, pertanyaan disambut oleh Rasulullah dengan pertanyaan. Jadi, penerokaan
ni kita boleh buatlah pelbagai.”

(Peserta kajian 5:P5/570-571)

Begitu juga dengan penggunaan model, teknik dan tools Islamik. Misalnya peserta
kajian satu dan empat yang menggunakan model yang berfokus terus kepada hati klien.
Sedikit berbeza dengan peserta kajian kedua dan ketiga yang mengguna templat model
ciptaan mereka sendiri seperti peserta kajian kedua yang menggunakan ujian diagnosis
berdasarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj, semakan tahap-tahap nafsu klien dan penggunaan
Heaven Order Thinking Skills berdasarkan sirah Nabi. Manakala peserta kajian ketiga yang
menggunakan secara khusus pendekatan kaunseling Islam Quranic Soul yang mempunyai
elemen-elemen Asmaul Husna, Law of Attraction, Art Therapy, konsep perlambangan Carl
Jung dan juga al-Ghazali.

“Cuma aa..sebab kalau model saya, saya last sekali pun saya balik kepada ruh tu.
Hati dia. Saya selesaikan tang tu ja. Ha..”

(Peserta kajian 1:P1/227-228)

184

“Model saya tu, Tazkiyah an-Nafs tu dia ada dua.”
(Peserta kajian 4:P4/254-255

“Jadi kita yang dia tak tau ialah masalah sebenar. Nanti kita dah tau masalah sebenar
melalui kaedah Isra’ Mikraj tadi kita diagnostik, kita match kan. Ha.. macam tu.
Tapi yang penting ialah masalah sebenar kemudian kita akan jelaskan kepada dia
tentang masalah sebenar dalam.. dalam pada tahap Nafsu Lawamah dan Ammarah.
Maka kita jelas kepada dia masalahnya “You macam ni.. macam ni.. macam ni.”

(Peserta kajian 2:P2/562-566)

“Ha.. ha.. lebih kepada saya integratelah, integrate, integrate. Al-Ghazali, ape ni,
aa.. Asma Ul Husna, ha.. ada aa.. sebenar kata-kata..the law of attraction, dalam
Islam ni pun ada the law of attraction.”

(Peserta kajian 2:P3/371-373)

“Saya ambil apa ni Carl Jung sebab dia lebih kepada perlambangan ha.. sebab saya
ada juga mix dengan arts dalam proses ini.”

(Peserta kajian 3:P3/226-227)

Kategori kedua dalam kajian ini adalah berkaitan aplikasi kemahiran asas kaunseling.
Tiada subkategori yang timbul daripada analisis kajian terhadap kategori ini. Para peserta
kajian mengemukakan pendapat mereka masing-masing yang membawa kepada
pembentukan kategori melalui analisis yang dijalankan. Sebagai contohnya peserta kajian

185

ketiga, keempat, kelima dan keenam yang membicarakan tentang kemahiran asas
kaunseling.

“Kena tahu juga mana kemahiran-kemahiran kaunseling.”
(Peserta kajian 3:P3/439)

“Semua kemahiran yang kita belajar tu kena adalah. Kemahiran asaslah. Ha,
kemahiran asas tu mesti ada. Kemahiran menyoal, kemahiran refleksi isi, parafrasa,
dorongan minima. Apa lagi? Conclusion. Membuat rumusan kecil, rumusan besar.
Semualah kena praktis.”

(Peserta kajian 4:P4/382-385)

“Ok. Kemahiran kaunseling dari perspektif Islam juga kita gunapakai. Kita
gunapakai kemahiran yang telah ada yang dibawa dalam kaunseling konvensional.”

(Peserta kajian 5:P5/360-361)

“Yes. Kena ada ilmu tentang Islam. So, kemahiran tu kita guna tetapi pengisian
dalam kemahiran tu.”

(Peserta kajian 5:P5/382-383)

186

“Kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada kaunselor untuk proses kaunseling
perspektif Islam sebahagiannya sama yang terdapat pada kaunseling konvensional
dan barat seperti kemahiran mendengar, refleksi, konfrontasi, dorongan minima,
parafrasa dan sebagainya.”

(Peserta kajian 6:P6/165-167)

Disamping penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu sepanjang proses
kaunseling perspektif Islam berlangsung, hasil analisis juga mendapati para peserta
bersetuju dengan kategori ketiga yang muncul iaitu kemahiran perbandingan ilmu
kaunseling Islam dan Barat. Hal ini dinyatakan secara langsung oleh peserta kajian pertama
dan ketiga yang secara kerap membuat perbandingan berkaitan ilmu kaunseling Islam dan
juga ilmu-ilmu Barat.

“Saya sampai sekarang pun saya masih belajar. Asalkan ada orang... buat program
kaunseling, saya pergi. Walaupun aa..mungkin orang tu aa...kita kata program tu
kaunseling konvensional sekalipun, saya pergi sebab saya akan dengar, kita nak
belajar. So, akhirnya kita pun akan belajar walaupun dia mengajar konvensional
tapi kita boleh buat perbandingan.”

(Peserta kajian 1:P1/87-90)

“Jadi benda tu lebih kepada..dan untuk makluman NA, saya bukan sekadar belajar
aa.. aspek barat saya juga belajar aa.. berguru secara personal aa..”

(Peserta kajian 3:P3/302-303)

187

“Dia perlu yang sebenarnya untuk asas sebelum dia pegang pada teori Islam, dia
kena tahu juga teori-teori barat.”

(Peserta kajian 3:P3/438-439)

“Jadi dia kena ada dua-dua ilmu. Ilmu barat pun dia kena ada, disamping dia nak
kuatkan Islam dia kena ada juga. Sebab kita tak tahu klien kita datang berbagai–
bagai. Jadi kita tak tahu macam mana dia punya aa..background dia ha.. pada
sayalah. Ha..”

(Peserta kajian 3:P3/443-446)

Bagi dapatan kajian berkaitan tema kedua iaitu asimilasi kemahiran kaunseling
Islam dan konvensional untuk soalan kajian berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam
dalam sesi kaunseling, para peserta kajian menunjukkan rekod yang bercampur dengan tiga
kategori yang muncul daripada analisis kajian. Bagi kategori pertama berkaitan kemahiran
berpaksikan ilmu dan strategi Islam memperlihatkan kemunculan empat subkategori
dengan rekod daripada semua peserta kajian kecuali peserta kajian keenam.

Manakala bagi kategori kedua berkaitan aplikasi kemahiran asas kaunseling
dicatatkan oleh peserta kajian ketiga, keempat, kelima dan juga keenam. Kategori ketiga
pula berkaitan kemahiran perbandingan ilmu kaunseling Islam dan Barat direkodkan
daripada peserta kajian pertama dan peserta kajian ketiga.


Click to View FlipBook Version