The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husainiaga, 2020-07-01 22:28:51

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

Meneroka amalan kaunseling perspektif islam dalam kalangan kaunselor

188

Jadual 4.4.2

Triangulasi Soalan Kajian Dua Tema Dua

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06
••• •
Asimilasi Kemahiran berpaksikan ilmu • •
•••
kemahiran dan strategi Islam

kaunseling Aplikasi kemahiran asas

Islam dan kaunseling

konvensional Kemahiran perbandingan ilmu •

kaunseling Islam dan Barat

4.5 Cabaran yang dihadapi kaunselor berkaitan amalan kaunseling perspektif
Islam dalam perkhidmatan

Soalan kajian ketiga yang dikemukakan dalam kajian ini berkaitan cabaran yang dihadapi
kaunselor berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan
memperlihatkan kemunculan empat tema melalui analisis yang dijalankan iaitu persepsi
masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses, cabaran pengisian dan
aplikasi kaunseling perspektif Islam, cabaran dari segi pengamal kaunseling dan cabaran
dari klien sendiri.

Merujuk kepada rajah 4.5, melalui empat tema yang timbul melalui analisis,
terdapat beberapa kategori yang muncul daripada empat tema tersebut. Dua daripadanya
adalah dari tema persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses,
tiga kategori daripada tema cabaran pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam dan
cabaran dari klien sendiri serta empat kategori daripada tema cabaran dari segi pengamal
kaunseling.

189

Rajah 4.5. Tema dan Kategori bagi Soalan Kajian 3: Cabaran yang dihadapi kaunselor
berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan

4.5.1 Persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses
Isu ketidakfahaman dan penerimaan bercampur berkaitan kaunseling perspektif Islam
mendominasi analisis dalam tema ini. Bagi kategori gambaran ketidakfahaman mengenai
kewujudan kaunseling perspektif Islam, analisis kajian menunjukkan cabaran menerusi
kekeliruan, persepsi dan ketidakjelasan daripada masyarakat dan kaunselor sendiri
berhubung kaunseling perspektif Islam. Contohnya melalui transkripsi dari peserta kajian

190

satu, tiga dan lima yang memperlihatkan nada negatif kerana kekeliruan, persepsi dan tidak
jelas berhubung kewujudan kaunseling perspektif Islam ini.

P01 : Jadi bila kita sebut tentang kaunseling Islam, orang dulu-dulu, “Ha?
Kaunseling Islam? Ada ke kaunseling dalam Islam? Habis tu kami ni,
apa? Ha..jadi banyak...

NA : Maksudnya persepsi ke?
P01 : Persepsi diorang semua.

(Peserta kajian 1:P1/1239-1243)

NA : Maksudnya, kaunseling perspektif Islam ni tak susah nak aplikasikan,
cabaran dia tu..persepsi.

P01 : Persepsi. Sebab kita dibawa dengan kaunseling daripada Barat dan
sebagainya
(Peserta kajian 1:P1/1251-1252)

“Tak susah sebenarnya. Cumanya persepsi orang.”

(Peserta kajian 3:P3/875)

“Semuanya lebih kepada persepsi . Yang terima, kerana dia memang ingin kepada
Islam. Maka, dia nak kaunseling Islam. Kemudian, yang tolak kerana dia masih
keliru. Bukan dia tak percaya tapi dia confused. ‘Betul ke ada teori dalam
kaunseling Islam? Betul ke ada terapi kaunseling Islam?’ Dia confused. Dan dia
kata, “Ada ke kaunseling Islam, kaunseling kafir?” (Ketawa). So, maknanya
confused.”

(Peserta kajian 5:P5/792-796)

191

Hal ini juga dilihat menyebabkan penerimaan bercampur berkenaan kaunseling
perspektif Islam dan ini diangkat menjadi kategori bagi tema berkaitan penerimaan tentang
kaunseling perspektif Islam melalui transkripsi yang dirakamkan oleh peserta kelima
berkaitan penerimaan.

“Senario aa..kaunseling Islam sekarang ni ada..ada yang terima, ada yang tolak.”
(Peserta kajian 5:P5/788)

Isu gambaran ketidakfahaman mengenai kewujudan kaunseling perspektif Islam
dan penerimaan bercampur tentang kaunseling perspektif Islam muncul sebagai kategori
dalam tema pertama berkaitan soalan kajian tentang cabaran yang dihadapi kaunselor
berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan. Isu gambaran
ketidakfahaman mengenai kewujudan kaunseling perspektif Islam ini direkodkan melalui
analisis temu bual dengan peserta pertama, ketiga dan kelima manakala kategori
penerimaan bercampur tentang kaunseling perspektif Islam pula didapati daripada peserta
kajian kelima.

192

Jadual 4.5.1

Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Satu

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06
• •
Persepsi Gambaran ketidakfahaman •

masyarakat mengenai kewujudan

mengenai kaunseling perspektif Islam

kaunseling Penerimaan bercampur tentang

perspektif kaunseling perspektif Islam

Islam serta

proses

4.5.2 Cabaran pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam

Analisis data berkaitan cabaran dari segi pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam
ini memperlihatkan kemunculan tiga kategori. Kategori pertama adalah isu masih kurang
kajian dijalankan berkaitan kaunseing perspektif Islam, skop pelaksanaan yang masih kecil
dan terbatas serta isu kaunseling perspektif Islam yang masih baru. Kategori pertama
berkaitan masih kurang kajian dijalankan berkaitan kaunseing perspektif Islam didapati
melalui transkripsi daripada peserta kajian dua dan lima.

“Ha.. jelas cuma kita tak kaji. Tu je.”

(Peserta kajian 2: P2/817)

193

“Kita bermula dengan cakap tapi tidak bermula dengan penyelidikan. Tapi Barat,
dia bermula dengan penyelidikan dengan andaian, andaian, andaian dan dia test
teori dia. Dia test, test, test and then dia apply. Kita cakap dulu. Benda tak ada. Ha,
jadi akhirnya kita baru cari al-Ghazali. Barulah cari..siapa lagi? Ibnu Rusyd.
Barulah cari Ibnu Maskaweh. Macam-macamlah kita cari.”

(Peserta kajian 5: P5/808-812)

Bagi kategori kedua berkaitan skop pelaksanaan kaunseling perspektif Islam masih
kecil dan terbatas peserta kajian kedua menyatakan kaunseling perspektif Islam hanya
berfokus kepada modifikasi tingkah laku. Begitu pula peserta kajian keenam yang
menyatakan bahawa kaunseling perspektif Islam hanya dipraktikkan oleh sebahagian kecil
kaunselor Muslim sahaja dan tidak sesuai dijalankan oleh kaunselor yang tidak
mengamalkan ajaran Islam.

“Jadi maknanya di Malaysia, bila dikatakan Kaunseling Islam selalunya Perspektif
Islam selalunya merujuk kepada pembinaan..behaviour modifikasi.

(Peserta kajian 2: P2/804-805)

“Cabaran yang dihadapi adalah seperti aplikasinya oleh segolongan kecil iaitu
Muslim.”

(Peserta kajian 6: P6/297)

194
“...ianya tidak bersesuaian dengan Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam.”

(Peserta kajian 6: P6/298-299)

Analisis kajian juga memperlihat kemunculan kategori ketiga berhubung isu
cabaran dari segi isu kaunseling perspektif Islam yang masih baru. Kategori ini
mengangkat cabaran berhubung kaunseling perspektif Islam itu sendiri yang masih baru
dalam negara kita misalnya peserta kajian ketiga yang menyatakan bahawa kaunseling
perspektif Islam pada tahap ini adalah masih baru. Selain itu, peserta kajian kelima juga
bernada serupa dengan menyatakan bahawa kaunseling perspektif Islam ini adalah masih
baru.

“...sebab benda ni benda yang, benda ni mungkin baru lagi pada tahap ini.”

(Peserta kajian 3: P3/931-932)

“Kaunseling Islam ni masih baru sebenarnya.”

(Peserta kajian 5: P5/808)

Tiga kategori yang muncul melalui tema kedua berkaitan cabaran dari segi
pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam ini memperlihatkan para peserta secara
bercampur merekodkan penyataan mereka berhubung kategori ini dalam temu bual. Bagi
kategori pertama berkaitan masih kurang kajian dijalankan berkaitan kaunseling perspektif
Islam muncul daripada peserta kajian kedua dan kelima. Bagi kategori kedua tentang skop
pelaksanaan yang masih kecil dan terbatas pula muncul daripada peserta kajian kedua dan

195

keenam. Manakala bagi kategori ketiga berhubung isu kaunseling perspektif Islam yang
masih baru datang dari peserta kajian ketiga dan kelima.

Jadual 4.5.2

Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Dua

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06

Cabaran Masih kurang kajian dijalankan • •
pengisian
dan berkaitan kaunseling perspektif
aplikasi
kaunseling Islam
perspektif
Islam Skop pelaksanaan yang masih • •

kecil dan terbatas

Isu kaunseling perspektif Islam ••

yang masih baru

4.5.3 Cabaran dari segi pengamal kaunseling

Tema ketiga untuk menjawab soalan ketiga berkaitan cabaran yang dihadapi kaunselor
berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan adalah cabaran dari segi
pengamal kaunseling itu sendiri. Melalui tema ketiga ini memperlihatkan kemunculan
empat kategori yang menerangkan setiap komponen yang terlibat. Kategori pertama adalah
berkaitan cabaran dari segi ilmu, pendekatan dan kemahiran kaunseling perspektif Islam.
Kategori kedua pula adalah cabaran dari atitud pengamal kaunseling perspektif Islam.
Kategori ketiga adalah berkaitan pertentangan pendapat dan fahaman manakala kategori
keempat adalah berkaitan isu tanggungjawab kaunselor.

196

Bagi kategori pertama berkaitan cabaran dari segi ilmu, pendekatan dan kemahiran
kaunseling perspektif Islam, kesemua peserta kajian mempunyai hujah dan pendapat
mereka dalam mengetengahkan isu cabaran daripada sudut kategori ilmu, pendekatan dan
kemahiran kaunseling perspektif Islam ini. Hal ini dapat dilihat melalui rekod transkripsi
temubual peserta-peserta kajian ini.

“Jadi, orang yang tak pernah dapat benda ni, depa dapat ‘macam ni, macam ni,
macam ni’ jadi depa tak pernah ni. Tambah-tambah kalau kita kata pendidikan
universiti pun daripada degree pun daripada Barat. Sekolah pun kita kata tak berapa
ni dia punya Pendidikan Islam. So, memang agak susah mereka nak menerima.”

(Peserta kajian 1: P01/1252-1254)

“Ha.. macam tadilah. Maknanya sebab dia menggunakan Kaunseling Islam yang
ada di Malaysia sepertinya bukanlah Kauseling Islam yang sepenuhnya. Dia hanya
ambil daripada pendekatan Imam Ghazali terhadap proses Mujahadah.”

(Peserta kajian 2: P2/796-798)

“Siapa sahaja yang nakkan benda ni (kaunseling perspektif Islam) lebih
berkembang, pertamanya kena ada ilmu kaunseling dan kena ada ilmu agama yang
kukuh.”

(Peserta kajian 3: P3/929-931)

197

“Ha, ye. Betul. Cabaran kalau untuk kaunselor yang bukan Islamic Studies memang
dari segi ilmu.”

(Peserta kajian 4: P4/827-828)

“Sebab masalahnya kita masih belum cukup alat. Kalau kaunseling konvensional,
dia nak apa? Kalau dia nak untuk handle isu humanistik? Dia pergi pada Rogerian.
Kalau dia nak handle isu tentang kombinasi kognitif dengan aaa..dengan
apa..dengan humanistik, dia boleh guna REBT, kan? Ok. Kalau dia nak pergi pada
kognitif, dia boleh guna brief therapy. Atau dia nak pergi pada tingkah laku? Dia
boleh guna teori behaviorisme. So, dia semua dah ada. Step, step by step ataupun
satu teori, satu teori, satu teori.”

(Peserta kajian 5: P5/801-806)

“So, sekarang ni kita menumpanglah. Menumpang macam saya gunakan terapi
aa..Islah itu, kan? Islah tu kita ambil daripada syariah. Ha..bagaimana dalam
undang-undang Islam, kan? So, kita apply untuk kaunseling keluarga. Kalau tidak
macam mana? Kita nak ambil kat mana? Kita tak ada.“

(Peserta kajian 5: P5/828-831)

“...bergantung kepada tahap keilmuan dan kemahiran oleh kaunselor.”
(Peserta kajian 6: P6/292-293)

198

Kategori kedua yang muncul daripada tema berkaitan cabaran dari segi pengamal
kaunseling ini adalah cabaran dari atitud pengamal kaunseling perspektif Islam. Hal ini
memperlihatkan peserta kajian pertama hingga kelima menekankan cabaran dari sudut
kaunselor untuk menjaga atitud mereka dan hal ini diketengahkan melalui transkripsi
temubual mereka.

P01 : ....Ok. Aa..itu pun, bila kita jadi kaunselor dekat sekolah kita kena
beringat untuk diri kita bila tanya tentang atitud.

NA : Atitud kaunselor.
P01 : Pelajar tengok kita 24 hours. Memang pelajar nilai kita.

(Peserta kajian 1: P1/822-825)

NA : Orait. Maksudnya cabaran khusus dia, diri kaunselor itu sendiri?
P02 : Ha. La ni ialah diri.. yelah kalau semua orang beriman tak dak jadi

masalah.
(Peserta kajian 2: P2/848-849)

“Kalau kita nak menghukum, nak meletakkan itu tak boleh, ini tak boleh, maka
mungkin masa depan kaunseling Islam ini akan tidak terbelalah. Dia akan
menjadikan..kekuatan tu bergantung kepada, kekuatan tu bergantung pada personel
tulah. Sejauh mana haa.. nak face. Bukan nak face dengan orang yang banyak-

199

banyak, nak face dengan suara-suara sumbang ni. Kelompok-kelompok yang begitu
ekstrim sekarang ni. Tak dinafikan, memang ada. Memang ada.”

(Peserta kajian 3: P3/892-897)

“Memang kalau kaunseling Islam ni, itu satu masalah lain. Kadang setengah
kaunselor, dia nak bagi pendekatan Islam. Tapi dia tak ada keyakinan diri.”

(Peserta kajian 4: P4/405-406)

“Jadi, sebagai kaunselor Muslim yang menjalankan sesi kaunseling dari perspektif
Islam mesti ingat bahawa setiap keputusan yang dilakukan bersama dengan klien,
setiap penyelesaian masalah yang diputuskan oleh klien ataupun bagaimana cara
nak mendidik klien supaya dia dapat mengenal potensi diri dia, mesti..semuanya itu
kita jangan rasa bangga bahawa kita yang menjadikan dia itu baik atau terbaik. Tapi
kita kena ingat, tanpa pertolongan daripada Allah, tanpa hidayah daripada Allah,
kita takkan berjaya.”

(Peserta kajian 5: P5/184-190)

Bagi kategori ketiga yang muncul dalam tema cabaran dari segi pengamal
kaunseling ini adalah berkaitan pertentangan pendapat dan fahaman. Hal ini merupakan
pertentangan pendapat dan fahaman dalam kalangan pengamal kaunseling itu sendiri
berhubung amalan kaunseling perspektif Islam ini. Perkara ini ditimbulkan dengan jelas
oleh peserta kajian ketiga secara spesifiknya dan terdapat juga pada peserta kajian pertama
dan keempat seperti transkripsi temubual berikut.

200

“Mungkin kadang-kadang depa tak nak terima. Kita doalah. Itukan senjata orang
Mukmin. Doa.”

(Peserta kajian 1: P1/1232-1233)

“Aa.. sebab pada sayalah, urm.. ilmu Allah ni luas aa.. kita kalau orang yang bukan
bidang kaunseling dia me.. menginterpretkan proses kaunseling tu mungkin
kadang-kadang ada certain-certain part saya tak berapa setuju. Contohnya aa..
orang syari’e dia buat Islamic aa.. kaunseling. Dia kadang-kadang tu yang jadi keras
tu, nampak lebih kan, dia lebih pakai syari’e, kan? Jadi menyebabkan saya takut
nanti klien tu rasa..kita kan baru nak pujuk dia, baru nak ni. Dia lebih kepada
menekankan hukum. Aa.. dalam Islam sendiri pun, pembinaan dia lebih kepada
akhlak. Hukum tu kemudian dah. Bukan kita nak melemahkan. Aa.. jadi saya tak
haha.. ada benda-benda yang saya tak saya tidak..agak kurang setujulah. Aa..
contoh saya ada beli buku yang apa, syari’e punya kaunseling. Sebab dia lebih
kepada, saya lihat lebih kepada latihan dalam kumpulan bolehlah. Dalam proses
rasa tidak begitu menepatilah. Tak boleh nak cakap diorang juga, sebab diorang
bukan latarbelakang kaunseling. Aa.. jadi diorang terjemahkan dalam konteks
pemahaman merekalah.”

(Peserta kajian 3: P3/472-484)

201

“Sebab kadang-kadang saya tak berapa suka juga dengan cara orang yang ada
berlatarkan agama, nak buat kaunseling kadang-kadang mereka memandang remeh
kepada orang-orang macam saya. Kadang-kadang..bukan semualah. Kadang dia
kata ‘Who are you?’ Bila kita aa.. nak sampai tahap ni, nak memperjuangkan Islam,
mereka melihat seolahnya orang-orang yang pernah berlatarbelakang barat ni tidak
layak untuk mengenegahkan pemikiran idea Islamic approach. Begitulah.”

(Peserta kajian 3: P3/861-866)

“Kan masing-masing ada ego sendiri. Pada orang yang bidang agama, seolahnya
yang layak bercakap tentang agama, mereka. Haa.. saya jumpa orang-orang jenis
macam ni. Dan yang mereka-mereka nilah yang mengganggu, menjadi ape ni,
halangan untuk kita move ke depan.”

(Peserta kajian 3: P3/875-878)

“Sorry to saylah. Dulu-dulu, kan? Orang-orang otai kaunseling ni duk komen-
komen je kaunseling Islam. “Mana ada kaunseling kaunseling beza kaunseling
Islam!” Tak apa. Masa tu saya kene kutuk.”

(Peserta kajian 4: P4/772-774)

“Apa pasal kaunseling Islam tu dia kutuk-kutuklah. Dia kata mana ada. Teori-teori
Islam tak ada, tak boleh pakai. Kita guna Barat je semua, kan? Ha!”

(Peserta kajian 4: P4/784-785)

202

Selain itu, terdapat kategori keempat yang muncul dalam tema ketiga ini iaitu isu
tanggungjawab kaunselor. Hampir kesemua peserta kajian iaitu peserta kajian pertama
hingga kelima ada mengutarakan berkenaan isu tanggungjawab kaunselor ini terutamanya
berhubung tanggungjawab kaunselor untuk membimbing klien, dalam praktis amalan dan
juga isu menjalankan kaunseling perspektif Islam sebagai satu fardhu Kifayah seperti yang
dinyatakan oleh peserta kajian ketiga. Perkara ini boleh dirujuk melalui petikan-petikan
transkripsi temubual dengan para peserta kajian.

“Ha, jadi asasnya memang kaunselor tu kena dekat dengan Allah tapi kalau dia
sendiri pun jauh janganlah kerana itu maka dia tak bawa klien dia dekat dengan
Allah.”

(Peserta kajian 1: P1/423-424)

“Waltakum minkum ummatui yaduna ilal khair. Ha.. dia ayat yang tu. Maknanya,
hendaklah ada segolongan manusia yang menyeru kepada kebaikan dan.. dan.. apa
ni.. menyeru dan menjauhkan daripada kemungkaran.”

(Peserta kajian 2: P2/303-305)

“Dia, aa.. saya rasalah, pada sayalah, saya telah melakukan fardhu kifayah sebab
saya telah mengambil tanggungjawab untuk aa…ada, bila dah ambil
tanggungjawab tu orang lain tu dapat..tidak..ialah bila mana ada orang
menyelamatkan, ada orang yang ambil tanggungjawab. Begitulah.”

(Peserta kajian 3: P3/933-936)

203

“Dah kita tak praktis, kita tak rasa. Macam mana kita nak mempengaruhi orang
untuk buat benda tu. Jadi, kaunselor kena praktis jugaklah. Kena tahu.”

(Peserta kajian 4: P4/421-423)

“Sebab kaunselor ni sebenarnya satu..satu cabaran besar sebenarnya pada setiap
individu yang jadi kaunselor. Apa lagi kalau kita jadi kaunselor..kaunselor yang
mengendalikan sesi kaunseling Islam. Sebab kita bertanggungjawab. Setiap
keputusan yang dibuat oleh klien itu adalah keputusan yang kita bersetuju bersama
dengan klien. Jadi, kalau keputusan yang diambil itu satu keputusan yang
bertentangan dengan syariat Allah, kita juga turut bersama dalam aaa.. dalam
keputusan tersebut. Jadi, kita tak boleh salahkan klien tu, kita juga yang bersalah.”

(Peserta kajian 5: P5/422-428)

Secara ringkasnya, melalui empat kategori yang diketengahkan melalui tema ketiga
berhubung cabaran dari segi pengamal kaunseling ini, kategori pertama berhubung cabaran
dari segi ilmu, pendekatan dan kemahiran kaunseling perspektif Islam memperlihatkan
persetujuan penuh daripada kesemua peserta kajian. Bagi kategori kedua berkaitan cabaran
dari atitud pengamal kaunseling perspektif Islam, ianya dirakamkan oleh kesemua peserta
kajian kecuali peserta kajian keenam manakala kategori ketiga berhubung pertentangan
pendapat dan fahaman muncul daripada peserta kajian pertama, ketiga dan keempat. Akhir
sekali melalui kategori keempat tentang isu tanggungjawab kaunselor, perkara ini

204

diutarakan oleh peserta kajian pertama hingga peserta kajian kelima. Ringkasan triangulasi
kategori yang muncul daripada tema ketiga ini boleh didapati melalui jadual 4.5.3.

Jadual 4.5.3

Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Tiga

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06
•• • • • •
Cabaran Cabaran dari segi ilmu,
dari segi pendekatan dan kemahiran • • •• •
pengamal kaunseling perspektif Islam • •• •
kaunseling Cabaran dari atitud pengamal • • ••
kaunseling perspektif Islam
Pertentangan pendapat dan
fahaman
Isu tanggungjawab kaunselor

4.5.4 Cabaran dari klien sendiri

Bagi tema terakhir atau tema keempat dalam soalan kajian ketiga ini berhubung cabaran
yang dihadapi kaunselor berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam
perkhidmatan, terdapat tiga kategori yang muncul iaitu proses kaunseling perspektif Islam
memakan masa, klien keliru dan sukar memahami pengisian sesi kaunseling perspektif
Islam dan juga perubahan klien sukar tanpa keazaman dan keimanan.

205

Melalui kategori pertama tentang proses kaunseling perspektif Islam memakan masa,
peserta kajian pertama dan peserta kajian kelima menyatakan proses ini memakan sedikit
masa kerana klien terutamanya dari golongan remaja memerlukan sokongan selain
penggunaan pendekatan tertentu tidak menjamin seseorang klien itu untuk mudah berubah
dengan cepat seperti yang diutarakan oleh peserta kajian kelima. Sokongan kategori ini
boleh dilihat melalui petikan transkripsi temubual dengan peserta kajian tersebut.

“Ya, makan masa. Sebab aaa..dia macam ni aa..tambah-tambah peringkat umur
remaja ni dia perlukan ‘support’. Ha...sekali kita bincang ni dia memang dapat. Dia
bukan tak dapat tapi, kekuatan untuk buat tu haa..dia perlukan kita sentiasa ‘follow
up’ dia.”

(Peserta kajian 1: P1/200-202)

“Makan masa. Jadi, kita bukan kita kata, “Oh, saya buat guna tazkiyatun nafs.”
Mudah kita kata orang tu akan berubah, tak juga.”

(Peserta kajian 5: P5/837-839)

Bagi kategori kedua mengenai klien keliru dan sukar memahami pengisian sesi kaunseling
perspektif Islam, perkara ini diketengahkan oleh peserta pertama, keempat dan juga kelima.
Hal ini secara khusus menekankan berhubung kekeliruan klien dari sudut pengisian sesi
kaunseling perspektif Islam itu sendiri, selain pendekatan yang digunakan oleh kaunselor
dan juga kemampuan diri klien berhubung asas agama seperti yang diutarakan oleh peserta
kajian kelima berhubung bimbingan asas agama untuk klien.

206

“Jadi daripada tu saya dapat nilailah. Kadang-kadang ada juga yang tulis ‘Tak dapat
apa pun’ walaupun masa kita bincang dengan dia, dia nampak semangat tapi
akhirnya dia tak faham apa pun.”

(Peserta kajian 1: P1/1108-1109)

“Dia tak faham tu sebab bila orang tak tahu Tazkiyah an-Nafs tu. Tak boleh beza
antara mujahadah dengan riyadah tu kan? Nak buang dengan nak masuk tu ha, dia
tak faham kat situ yang mana masuk yang mana buang. Tu yang kadang tu jadi
confused.”

(Peserta kajian 4: P4/817-820)

“Caba..cabaran saya kalau yang pertama sekali kita lihat pada klien. Lihat pada
klien. Kalau yang datang tu klien yang aaa..dah mempunyai asas. Katalah dia
mempunyai asas dalam pendidikan Islam, kan? Jadi, mudahlah kalau kita kata ok,
kalau isu yang macam ni..kalau dia nak buat mencari ketenangan jiwa dia, apakah
amalan-amalan dia boleh lakukan? Tu sebagai bimbingan pada dia, sebagai
homework pada dia, itu mudah. Tapi bagi yang klien yang tak ada basic tu, kita
perlu mengadakan satu kelas bimbingan untuk dia. Kita tak boleh kata, “Ok. Balik
buat macam tu.” Tak. Kita kena ada satu kelas bimbingan. Itu satu cabaran.”

(Peserta kajian 5: P5/842-849)

207

Bagi kategori terakhir yang muncul untuk tema ketiga ini iaitu perubahan klien sukar tanpa
keazaman dan keimanan, ianya direkodkan oleh peserta kajian kelima dan keenam yang
menyatakan bahawa perubahan pada diri klien adalah sukar kecuali klien ditimpa musibah
atau dengan kesediaan dan keimanan klien sendiri. Hal ini dapat dirujuk melalui transkripsi
berikut.

“Aah. Tapi kalau al-Ghazali tazkiyatun nafs tu dia akan pergi pada mujahadah,
muroqobah, riyadah apa semua. Riyadah apa semua tu, itu bukan senang tu klien
kita nak buat. Ingat senang klien kita nak buat? Lepas balik ni, balik dia nak buat.
Malam pulak tu. Nak bersihkan diri dia, nak bertaubat. Bukan satu perkara yang
senang kecuali orang tu memang dia kene musibah yang macam tsunami tu ya. Ha,
orang tu mudah buat tazkiyatun nafs. Kalau tidak memang susah.”

(Peserta kajian 5: P5/832-837)

“...perubahan agak sukar dilakukan jika klien tidak bersedia untuk mengubah

dirinya sendiri. “

(Peserta kajian 6: P6/283)

“Ianya juga bergantung kepada tahap keimanan kaunselor dan klien.”
(Peserta kajian 6: P6/293-294)

208

Secara kesimpulan, ketiga-tiga kategori yang muncul dapat dilihat taburan triangulasinya
melalui jadual 4.5.4 dibawah yang mencatatkan respons daripada peserta kajian pertama
dan kelima bagi kategori pertama tentang proses kaunseling perspektif Islam memakan
masa. Bagi kategori kedua tentang klien keliru dan sukar memahami pengisian sesi
kaunseling perspektif Islam, ianya muncul melalui peserta kajian pertama, keempat dan
kelima manakala bagi kategori ketiga berhubung perubahan klien sukar tanpa keazaman
dan keimanan pula direkodkan melalui peserta kajian kelima dan keenam.

Jadual 4.5.4

Triangulasi Soalan Kajian Tiga Tema Empat

TEMA KATEGORI P01 P02 P03 P04 P05 P06
Cabaran ••
dari klien Proses kaunseling perspektif • ••
sendiri Islam memakan masa
Klien keliru dan sukar ••
memahami pengisian sesi
kaunseling perspektif Islam
Perubahan klien sukar tanpa
keazaman dan keimanan

4.6 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan dapatan kajian berkaitan dengan amalan kaunseling perspektif
Islam dalam kalangan kaunselor. Dapatan kajian ini juga memberi maklumat berkaitan
latar belakang peserta kajian yang telah pun dipilih secara persampelan bertujuan seramai
enam orang yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga orang perempuan merangkumi jantina,

209

latar belakang pendidikan dalam bidang kaunseling atau yang berkaitan, latar belakang
jawatan, umur, status pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan juga tahun
pengalaman menggunakan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kendalian mereka.

Pengkaji telah menganalisis dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan kajian yang
telah dikemukakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan penghasilan
sembilan tema kajian iaitu tiga daripada soalan kajian pertama, dua daripada soalan kajian
kedua dan empat daripada soalan kajian ketiga yang telah dikemukakan. Bagi setiap tema,
terdapat juga kategori-kategori dan juga subkategori yang muncul hasil daripada analisis
kajian untuk menyokong tema-tema yang muncul.

Bagi soalan kajian pertama berkaitan pengetahuan kaunselor tentang amalan
kaunseling perspektif Islam ini iaitu tema pertama adalah merupakan satu proses teraputik
yang berlandaskan syariat dan tanggungjawab. Terdapat enam kategori yang muncul
daripada tema pertama ini. Tema kedua adalah berteraskan pendekatan kaunseling
perspektif Islam yang intergratif. Melalui tema kedua ini, terdapat dua kategori yang
muncul untuk mengukuhkan dapatan kajian. Seterusnya adalah tema ketiga iaitu
menampilkan karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah yang diikuti dengan tiga
kategori.

Bagi soalan kajian kedua yang dikemukakan oleh kajian ini berkaitan amalan
kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling, analisis yang dijalankan telah
menunjukkan dapatan dua tema iaitu kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam

210

setiap tahap kaunseling dan asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional. Bagi
tema pertama terdapat tujuh kategori berkaitan amalan dari segi proses kaunseling. Bagi
tema kedua pula muncul tiga lagi kategori untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian ini.

Soalan kajian ketiga yang dikemukakan dalam kajian ini berkaitan cabaran yang
dihadapi kaunselor berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan
memperlihatkan kemunculan empat tema melalui analisis yang dijalankan iaitu persepsi
masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses, cabaran pengisian dan
aplikasi kaunseling perspektif Islam, cabaran dari segi pengamal kaunseling dan cabaran
dari klien sendiri.

Hasil dapatan berkaitan dengan sembilan tema utama yang muncul dan kategori-
kategori berkenaan dengan soalan-soalan kajian dapat dilihat melalui ringkasan dapatan
kajian dalam Rajah 4.6 yang memperlihatkan hubungkait antara soalan kajian, tema dan
juga kategori. Secara keseluruhannya, melalui analisis yang telah dijalankan dapatan kajian
yang diperolehi didapati bertepatan dan bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh
pengkaji untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor.

211

Rajah 4.6. Ringkasan dapatan keseluruhan meneroka amalan kaunseling perspektif Islam
dalam kalangan kaunselor

212

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan yang diperoleh dalam kajian secara keseluruhan
termasuklah ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian berdasarkan objektif kajian,
implikasi kajian, signifikan kajian, cabaran dalam menjalankan kajian, cadangan
penyelidikan pada masa akan datang dan juga refleksi kendiri sebagai pengkaji.

213

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan
kaunselor yang telah dikenal pasti mengamalkan kaunseling perspektif Islam dalam sesi
kendalian mereka. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunapakai paradigma
konstruktiviti sosial dan juga tradisi kajian kes bagi mengkaji secara lebih mendalam
daripada peserta kajian yang terlibat. Kajian yang dijalankan menepati ciri-ciri kajian
kualitatif yang diperincikan oleh Merriam (1998), iaitu pertama, memberi fokus kepada
memahami secara mendalam bagaimana seseorang kaunselor Muslim menjalankan sesi
kendaliannya melalui proses kaunseling perspektif Islam terhadap kliennya. Kajian ini
bukan untuk meramal atau membuat generalisasi, sebaliknya mencari pengertian terhadap
bentuk-bentuk amalan kaunselor melalui kaunseling perspektif Islam.

Kajian ini mengambil sudut pandang tradisi kajian kes yang berbentuk deskriptif
dan bersifat menghurai iaitu meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan
kaunselor. Seramai enam orang peserta kajian telah dipilih sebagai peserta kajian ini yang
mana pengkaji memilih peserta kajian yang dapat menyumbangkan input dan maklumat
bagi membantu memahami secara mendalam mengenai amalan kaunseling perspektif
Islam ini. Pengkaji memilih peserta kajian yang mempunyai ciri-ciri persamaan dan
strategi ini juga dikenali sebagai persampelan homogenus (Othman Lebar, 2014). Ini

214

bertujuan bagi memperolehi data secara lebih mendalam dan berfokus. Dengan demikian,
ianya membantu pengkaji memahami dan memperihalkan ciri-ciri dalam proses kaunseling
perspektif Islam.

Analisis dapatan kajian ini menghasilkan sembilan tema kajian iaitu tiga daripada
soalan kajian pertama, dua daripada soalan kajian kedua dan empat daripada soalan kajian
ketiga yang telah dikemukakan. Bagi setiap tema, terdapat juga kategori-kategori dan juga
subkategori yang muncul untuk menyokong tema-tema yang muncul.

Bagi soalan kajian pertama berkaitan pengetahuan kaunselor tentang amalan
kaunseling perspektif Islam ini iaitu tema pertama adalah merupakan satu proses teraputik
yang berlandaskan syariat dan tanggungjawab. Terdapat enam kategori yang muncul
daripada tema pertama ini. Tema kedua adalah berteraskan pendekatan kaunseling
perspektif Islam yang intergratif. Melalui tema kedua ini, terdapat dua kategori yang
muncul untuk mengukuhkan dapatan kajian. Seterusnya adalah tema ketiga iaitu
menampilkan karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah yang diikuti dengan tiga
kategori.

Bagi soalan kajian kedua yang dikemukakan oleh kajian ini berkaitan amalan
kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling, analisis yang dijalankan telah
menunjukkan dapatan dua tema iaitu kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam

215

setiap tahap kaunseling dan asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional. Bagi
tema pertama terdapat tujuh kategori berkaitan amalan dari segi proses kaunseling. Bagi
tema kedua pula muncul tiga lagi kategori untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian ini.

Soalan kajian ketiga yang dikemukakan dalam kajian ini berkaitan cabaran yang
dihadapi kaunselor berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam perkhidmatan
memperlihatkan kemunculan empat tema melalui analisis yang dijalankan iaitu persepsi
masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses, cabaran pengisian dan
aplikasi kaunseling perspektif Islam, cabaran dari segi pengamal kaunseling dan cabaran
dari klien sendiri.

5.3 Perbincangan Kajian

5.3.1 Perbincangan Kajian Mengenai Pengetahuan Kaunselor Tentang Amalan
Kaunseling Perspektif Islam

Terdapat tiga tema yang terbentuk daripada analisis data untuk menjawab soalan kajian
pertama ini iaitu tema pertama adalah merupakan satu proses teraputik yang berlandaskan
syariat dan tanggungjawab. Terdapat enam kategori yang muncul daripada tema pertama
ini. Tema kedua adalah berteraskan pendekatan kaunseling perspektif Islam yang
intergratif. Melalui tema kedua ini, terdapat dua kategori yang muncul untuk mengukuhkan

216

dapatan kajian. Seterusnya adalah tema ketiga iaitu menampilkan karakter kaunselor
berdasarkan Quran dan Sunnah yang diikuti dengan tiga kategori.

Kajian ini secara asasnya menunjukkan para peserta mempunyai pengetahuan
tentang amalan kaunseling perspektif Islam berdasarkan pengalaman mereka sendiri yang
mengkaji dan juga melalui proses-proses percambahan ilmu yang didapati melalui hasil
perbincangan, konvensyen, pembentangan, kolokium dan sebagainya. Hal ini selari dengan
dapatan oleh Nik Rosila Nik Yaacob (2012) yang menyatakan bahawa kaunselor
seharusnya mempunyai menunjukkan kualiti berpengetahuan dalam prinsip-prinsip asas
Islam.

Apa yang dapat disimpulkan oleh pengkaji melalui kajian ini, amalan kaunseling
perspektif Islam ini pada dasarnya dipersetujui oleh semua para peserta kajian sebagai satu
proses teraputik berlandaskan syariat dan tanggungjawab, berteraskan pendekatan
kaunseling perspektif Islam yang intergratif dan menampilkan karakter kaunselor
berlandaskan Quran dan Sunnah iaitu selari dengan hasil dapatan kajian ini. Perkara ini
dilihat selari dengan apa yang dikemukakan oleh Mohamed Sharif (1998) yang
menyatakan ilmu pengetahuan tentang kaunseling Islam yang juga merupakan satu disiplin
ini datangnya dari Allah dan tidak dapat lari dari sebarang ketetapan yang ditentukan oleh
Allah. Ia juga memperlihatkan keperluan untuk kaunselor memperlengkap diri dengan

217

ilmu pengetahuan berkenaan kaunseling perspektif Islam untuk diaplikasikan (W.Aeshah
Ameriha W Ahmad et al., 2014)

Selain daripada itu, pengkaji juga dapat menyimpulkan pendekatan kaunseling
perspektif Islam yang diketengahkan oleh para peserta kajian ini melalui dapatan kajian
sebagai sesuatu yang komprehensif mencakupi pelbagai bidang keilmuan dan menyentuh
pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari pengisian, tujuan, perbuatan mahupun akhlak
yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor mahupun klien sendiri. Hal ini dilihat bertentangan
dengan pendapat oleh Corey (2013) yang menyatakan tiada satu teori pun yang cukup
komprehensif mengenai ilmu kaunseling jika mempertimbangkan kepada jenis klien dan
permasalahan yang dibawa kerana tiada satu teknik kaunseling yang sentiasa efektif
apabila berhahadapan dengan populasi klien yang pelbagai.

Integrasi dan proses adaptasi yang dijalankan oleh para peserta kajian ini pula
dilihat terbahagi kepada dua yang mana sebahagian peserta kajian memasukkan secara
terus elemen agama dalam amalan kaunseling yang dipraktikkan melalui teori-teori dan
model-model khusus yang dibangunkan mereka sendiri. Manakala sebahagian lagi lebih
bersifat bebas dan tidak terikat kepada sebarang teori tetapi masih mengintegrasi elemen
Islam dalam amalan kaunseling mereka melalui penggunaan teori dan model kaunseling
lain yang dilihat bersesuaian dengan klien dan juga selari dengan tuntutan syariat serta
sesuai dengan kekuatan kaunselor itu sendiri. Hal ini selari dengan kajian oleh Yusmini

218

Yusoff (2014) yang menyatakan sebahagian kaunselor Muslim lebih gemar bersifat
terbuka dalam integrasi teori dan model berbentuk Islami ke dalam amalan kaunseling
mereka.

Namun demikian, pengkaji mendapati terdapat perbezaan pada peserta kajian
kedua yang dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan dengan para peserta kajian
lain berkaitan pengetahuan tentang amalan kaunseling perspektif Islam ini kerana
walaupun beliau mempunyai ilmu berkaitan kaunseling konvensional, beliau secara total
menolak untuk mempraktikkan kaunseling konvensional. Hal ini kerana menurut pendapat
beliau kerana kaunseling perspektif Islam telah lengkap dan sempurna dengan kukuh
memegang kepada Quran dan Sunnah. Dapatan berkaitan peserta kajian kedua ini berbeza
dengan kajian yang diketengahkan oleh Mazidah Dagang dan rakan-rakan (2015) yang
menyatakan kaunseling keagamaan adalah kaunseling yang menggunapakai teori dan
intervensi sedia ada yang hanya memasukkan agama dan spiritual sebagai salah satu
elemen yang dipertimbangkan dalam amalan kaunseling.

Hal ini juga kerana peserta kedua kajian ini dilihat menjurus terus kepada agama
Islam dan bukan semata-mata berlegar kepada isu meng’Islam’kan kaunseling. Peserta
kedua ini juga mengaitkan amalan kaunseling perpektif Islam sebagai cara hidup yang
harus diimani oleh setiap kaunselor Muslim. Beliau malah menolak penggunaan istilah-
istilah yang bersifat ‘ambigous’ berkaitan kaunseling Islam seperti kaunseling perspektif

219

Islam, kaunseling dari sudut Islam dan lain-lain istilah kerana menurut beliau, kaunseling
yang digunakan oleh para kaunselor Muslim itu sendiri adalah kaunseling Islam. Maka,
tidak wujud perkataan-perkataan yang bersifat tambahan kerana kaunseling itu sudah
mengandung makna tentang Islam dan sekaligus dipraktikkkan mengikut acuan Islam.

Pengkaji juga mendapati para peserta menyatakan bahawa mereka mengadaptasi
pengetahuan mereka berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam ini melalui pendidikan
Barat dan juga ilmu-ilmu dari pendekatan lain yang berbentuk Islam sepenuhnya ataupun
bidang-bidang ilmu yang lain. Apa yang mereka perolehi dan mereka praktikkan pada
awalnya melalui kaunseling Barat tidak memenuhi kehendak dan tidak selari dengan jiwa
mereka yang lebih menginginkan kepada amalan membantu secara Islam. Maka, pengkaji
mendapati para peserta kajian ini hampir kesemuanya menjalankan kajian mereka sendiri
atau menjalankan proses adaptasi mereka sendiri ke atas ilmu-ilmu agama dan kaunseling
yang mereka ada untuk disesuaikan dengan keperluan klien dalam konteks agama dan
masyarakat kita.

Malah, pengkaji juga amat tertarik dengan motivasi yang ditonjolkan oleh para
peserta kajian melalui sumber motivasi untuk mencari ilmu dan sumber pengetahuan
berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam ini. Peserta ketiga contohnya menyatakan
melalui proses pencarian ilmu yang dilalui, beliau amat terinspirasi dengan Profesor Malik
Badri yang banyak mencetuskan pemikiran-pemikiran baru dan segar berhubung

220

kaunseling dan psikoterapi perspektif Islam. Begitu juga halnya dengan peserta kajian
pertama yang berusaha menimba seberapa banyak ilmu yang berupaya digabung jalin
dalam amalan kaunseling perspektif Islam kendalian beliau.

Para peserta kajian ini juga banyak menghasilkan kajian-kajian tindakan dan
teknik-teknik baharu untuk diaplikasikan dalam amalan kaunseling perpektif Islam. Hal ini
menunjukkan para peserta berupaya mendapatkan celik akal dan berusaha mencari ilmu
yang terbaik dari sumber-sumber Quran dan Sunnah itu sendiri. Selain itu, ilmu yang
didapati daripada kaunseling konvensional yang dipelopori oleh Barat diadaptasi dan
diasimilasikan dengan syariat-syariat Islam bagi mendapatkan satu templat kaunseling
perspektif Islam yang diyakini berupaya membantu para klien.

Isu-isu berkaitan pengetahuan yang didapati hasil daripada kajian ini juga dilihat
berbeza dengan dapatan Mazidah Dagang dan rakan-rakan (2015) yang menyatakan
sebahagian kaunselor tidak mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mengintegrasikan
agama dalam amalan kaunseling kerana tidak ada pendedahan mengenai hal ini ketika
mereka mengikuti kursus pengajian di IPT kerana dengan usaha dan kesungguhan para
kaunselor boleh mencari dan meningkatkan pengetahuan berkaitan amalan kaunseling
Islam yang ingin diterapkan dalam sesi kendalian mereka seperti yang telah dilakukan oleh
para peserta kajian ini. Ia juga dilihat tidak menimbulkan sebarang bentuk kekeliruan di
pihak kaunselor berhubung isu tidak menghukum atau ‘non judgemental’ terhadap klien

221

seperti yang dinyatakan oleh Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib
Mohd Noor dan Ahmad Jazimin (2008) kerana para peserta kajian ini jelas dengan
pengetahuan dan penerapan agama dalam amalan kaunseling mereka.

5.3.2 Perbincangan Mengenai Amalan Kaunseling Perspektif Islam Dalam Sesi
Kaunseling

Analisis yang dijalankan bagi menjawab soalan kajian kedua yang diketengahkan dalam
kajian ini telah menunjukkan dapatan dua tema iaitu kepelbagaian pendekatan perspektif
Islam dalam setiap tahap kaunseling dan asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan
konvensional. Bagi tema pertama terdapat tujuh kategori berkaitan amalan dari segi proses
kaunseling. Bagi tema kedua pula muncul tiga lagi kategori untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian ini.

Hasil daripada proses temu bual yang dijalankan membawa perspektif yang
berbeza-beza antara satu peserta dengan peserta yang lain dari sudut amalan kaunseling
perspektif Islam dalam sesi kaunseling kendalian mereka. Setiap seorang peserta kajian
memberikan templat yang berbeza-beza mengikut kajian, acuan, kefahaman dan
keselesaan mereka sendiri. Melalui dapatan kajian untuk menjawab soalan kajian kedua
berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling, pengkaji mendapati
ianya selari dengan model proses kaunseling yang telah diketengahkan sebagai kerangka

222

konseptual kajian. Selain itu, terdapat unsur-unsur dinamik dan komprehensif yang
ditonjolkan melalui amalan meliputi proses, kemahiran dan teknik yang digunakan dalam
kaunseling perspektif Islam oleh para peserta kajian.

Amalan kaunseling perspektif Islam meliputi proses, kemahiran dan teknik yang
digunapakai dalam kajian ini diketengahkan melalui kerangka konseptual kajian yang
mengangkat model kaunseling al-Ghazali (Yatimah, 2005). Hasil dapatan kajian adalah
selari dengan apa yang terkandung dalam model proses kaunseling ini. Ianya merangkumi
proses memahami jiwa klien dari aspek kefahaman dan amalan Islamnya dan menerusi
amalan kaunseling yang dijalankan, klien berupaya mendapat celik akal yang lebih tinggi
berkaitan agama selain merasai kebesaran dan kasih sayang Allah kepada dirinya.

Menerusi model ini juga penekanan terhadap aspek ibadah (rukun Islam) dan
hukum-hakam yang asas dalam Islam; wajib, haram, sunat, makhruh dan harus turut
diketengahkan menerusi amalan kaunseling yang bersesuaian dan hal ini juga disokong
oleh dapatan kajian ini menerusi peserta kajian ketiga, keempat dan kelima yang secara
khusus menyatakan isu keperluan kaunselor untuk mengetahui dan menguasai ilmu
berkenaan hukum-hukum asas dalam Islam. Dapatan ini juga selari dengan dapatan oleh
Norhafizah Musa dan Che Zarrina Sa’ari, (t.th), Salasiah Hanin Hamjah dan Noor Shakirah
(2014), Salasiah Hanin Hamjah dan rakan-rakan (2012) dan Salasiah Hanin Hamjah dan
Nadhirah Muhamad Arib (2015) berkaitan aplikasi ibadah dalam sesi kaunseling yang

223

menunjukkan aspek ibadah merupakan salah satu teknik untuk membantu klien secara
berkesan.

Hal ini menunjukkan telah ada persamaan berkaitan isu-isu asas dalam amalan
kaunseling Islam dan perkara ini perlu dimurnikan bagi membolehkan satu standard dibina
bagi membolehkan pengaplikasian kaunseling perspektif Islam ini berlangsung dengan
baik oleh para kaunselor. Ini juga selari dengan dapatan oleh Mohd Hasrul Shuhar (2015)
berkaitan aspek ibadah dalam nilai-nilai penting individu menurut al-Ghazali yang merujuk
kepada ibadah sebagai satu bentuk ketaatan dan amanah. Nada yang serupa juga dibawa
oleh Khairunnas Rajab dan Che’ Zarrina Saari (2017) berkaitan aspek ibadah dalam
psikoterapi kaunseling yang berupaya membantu penagih-penagih untuk membebaskan
diri dari penagihan mereka.

Keperluan kaunselor untuk mengetahui hukum-hukum Islam ini juga selari dengan
kajian Roslee, Mohamed Sharif dan Sulaiman Shakib (2008) yang menyatakan kaunselor
memerlukan pengetahuan hukum-hakam agama yang mantap dan juga teori-teori
kaunseling yang bersesuaian. Malah, ianya disokong oleh kajian Mohd Fauzi Hamat (2005)
dalam kajiannya berkaitan kaedah mengatasi kebimbangan dalam kaunseling dari
perspektif al-Ghazali yang menyatakan keperluan untuk mengetahui hukum-hukum ini
adalah sesuatu yang membawa klien kembali kepada Allah dan perkara ini yang telah
termaktub dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud:

224

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-
undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah
kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan ni‘matKu).”

Terangkum dalam dapatan kajian ini seperti dalam tema pertama bagi soalan
kajian satu berkaitan kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam setiap tahap
kaunseling juga dilihat selari dengan model kaunseling al-Ghazali yang diangkat sebagai
kerangka konseptual dalam kajian ini. Walaupun tidak mempunyai persamaan sepenuhnya
tetapi ianya dilihat mempunyai asas yang sama menerusi lima tahap yang dikemukakan
dalam model kaunseling ini. Para peserta kajian rata-ratanya menggunapakai tahap-tahap
yang sama tetapi membawa kelainan tersendiri melalui metodologi dan model masing-
masing menerusi tujuh tahap seperti yang telah dijelaskan melalui dapatan kajian. Apa
yang pasti, hal ini menunjukkan kepelbagaian yang didapati daripada para peserta kajian
tetap mempunyai titik sentuh yang sama dan seiring dengan tujuan untuk membawa klien
kembali kepada Allah.

Dapatan ini sedikit berbeza dengan dapatan kajian oleh Mazidah Mohd Dagang
dan rakan-rakan (2015) yang melihat dari aspek kaunseling keagamaan, aspek agama dan
spiritual adalah salah satu aspek yang hanya diambil kira dalam proses kaunseling dan
bukan yang utama walaupun terdapat keperluan yang tinggi untuk aspek agama

225

dimasukkan dalam proses kaunseling. Kajian ini juga menyimpulkan agama perlu
dimasukkan sebagai antara komponen yang perlu dinilai sama seperti aspek lain; fizikal,
emosi, sosial dan intelektual klien. Hal ini sedikit berbeza dengan dapatan kajian ini yang
menjadikan agama sebagai teras dalam proses kaunseling walaupun mengambil acuan
proses yang lebih kurang sama dengan Barat dan agama sebagai komponen utama dan
bukan aspek yang hanya perlu dinilai semata.

Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga menonjolkan isu amalan kaunseling
perspektif Islam yang berbentuk dinamik. Apa yang dimaksudkan dengan dinamik di sini
adalah setiap peserta kajian mengetengahkan pendekatan yang unik dan disesuaikan
dengan keperluan klien. Perkara ini selari dengan dapatan kajian oleh Salasiah Hanin
Hamjah (2008) yang menyatakan ilmu kaunseling perspektif Islam ini berupaya
disesuaikan dengan keperluan semasa. Ia juga turut dipertujui oleh Mohamed Sharif
Mustaffa, Roslee Ahmad dan Sulaiman Shakib Mohd Noor (2003) yang menyatakan dalam
kajian mereka bahawa amalan kaunseling perspektif Islam itu mempunyai strategi hikmah
dan hikmah itu merangkumi kesesuaian dengan masa dan tempat.

Pendekatan yang dinamik ini juga membuktikan bahawa amalan kaunseling
perspektif Islam tidak bersifat statik, jumud dan hanya merujuk dan menggunakan sumber
tertentu sahaja (Amaludin Ab. Rahman & Zainal Madon, 2010; Md Noor Saper, 2012; Nur
Fadhilah Abdullah Fauzi & Mariani Omar, 2002). Hal ini juga ada diutarakan oleh peserta

226

kajian kelima yang secara tegas menyatakan bahawa kaunselor Muslim tidak perlu
bersikap tertutup kerana Rasulullah sendiri ada menyatakan bahawa manusia lebih
mengetahui urusan dunia mereka sendiri dan manusia juga diberikan akal oleh Allah untuk
menilai sesuatu perkara dan dalam konteks ini berkaitan dengan ilmu kaunseling yang
mana jika sesuatu ilmu itu selari dengan kehendak dan syariat Islam maka tidak ada
masalah untuk dipraktikkan.

Hal ini juga sekaligus memperlihatkan bahawa ilmu kaunseling perspektif Islam
itu sendiri tidak bersifat statik dan hanya mempertimbangkan teknik dan pendekatan yang
perlu digunakan dalam sesi kaunseling melalui perspektif tertentu sahaja. Perkara ini
dilihat menyokong apa yang diperkatakan oleh Ab. Aziz Mohd Zin dan Yusmini Md
Yusoff (2001) berkaitan teknik-teknik dalam kaunseling yang tidak seharusnya
disempitkan dan terkongkong dengan teori-teori konvensional semata lebih-lebih lagi
apabila ianya melibatkan isu pertembungan budaya, agama, pandangan hidup, ideologi dan
nilai yang dipegang oleh masyarakat setempat. Nada yang serupa juga dinyatakan oleh Ibn
‘Abidin dalam Shuriye (2004) yang jelas menyanggah undang-undang yang bersifat statik
dan tidak boleh diubah kerana menurut beliau, sesuatu perubahan dalam undang-undang
Islam adalah untuk mencapai maslahah (kebaikan) dan menyingkirkan mashaqqah
(keburukan) daripada kehidupan manusia.

227

Isu komprehensif pula jelas diperlihatkan melalui liputan dan jaringan amalan
kaunseling perspektif Islam dalam sesi kaunseling yang dikendalikan oleh para peserta
kajian yang bersifat menyeluruh dan begitu lengkap butirannya. Menyeluruh di sini
bermaksud mencakupi pelbagai aspek. Buktinya adalah melalui tema dan kategori yang
ditonjolkan melalui dapatan kajian ini bagi menjawab soalan kajian. Dari sudut proses
kaunseling sahaja, ia tidak terhenti setakat kategori malah, terdapat juga subkategori yang
wujud sekaligus memperlihatkan sifat amalan kaunseling perspektif Islam sebagai sesuatu
yang komprehensif. Perkara ini dipersetujui oleh Khairunnas Rajab (2015) melalui
kajiannya yang menyatakan ilmu kaunseling Islam ini adalah sesuatu yang bersifat holistik
ataupun menyeluruh dan berupaya diaplikasikan dengan baik kerana disandarkan terus
kepada Quran dan Sunnah.

Hal ini juga dapat dilihat oleh pengkaji melalui tahap-tahap kaunseling yang
digunakan oleh para peserta kajian dalam amalan mereka. Ia berbentuk pelbagai dan tidak
terbatas dengan satu pendekatan, satu perspektif dan tidak hanya menggunakan tatacara
yang sama. Setiap peserta kajian contohnya menonjolkan tahap dalam proses kaunseling
berbeza antara satu sama lain tetapi didasari oleh matlamat yang sama iaitu dengan
bertunjangkan syariat. Peserta kajian tidak hanya menampilkan tahap-tahap dalam proses
kaunseling dengan amalan biasa seperti yang diajarkan dalam kaunseling konvensional
tetapi lengkap dengan adab dan akhlak yang perlu diterapkan oleh kaunselor untuk
membina kepercayaan klien menerusi Quran dan Sunnah.

228

Tidak juga tahap-tahap kaunseling dalam proses ini bersifat dunia, tetapi juga
menitikberatkan ukhrawi dengan tatacara untuk membina hubungan dengan Allah dan
manusia. Hal ini penting sebagaimana kaunseling itu sendiri yang dikatakan komprehensif
meliputi fungsi, perkhidmatan dan program untuk membantu dalam perkembangan
peribadi klien (Syamsi, 2013). Perkara ini selari dengan sudut pandang berkaitan Islam
yang memandang ilmu kaunseling sebagai sesuatu yang luas dan komprehensif
bersandarkan kepada firman-firman Allah dalam al-Quran (Nur Fadhilah Abdullah Fauzi
& Mariani Omar, 2002).

Amalan kaunseling perspektif Islam yang dipraktikkan oleh para peserta kajian ini
juga dikatakan komprehensif melalui penggunaan ‘tools’ dan teknik-teknik yang pelbagai.
Hal ini sesuatu yang mengagumkan pengkaji kerana atas dasar kecetekan ilmu, pengkaji
tidak peka akan kewujudan pelbagai teknik dan ‘tools’ dalam kaunseling perspektif Islam
yang bersifat efektif dan amat sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi kaunseling. Sebagai
contoh, teknik penerokaan menggunakan puisi oleh peserta kajian pertama, ujian
diagnostik dengan adaptasi peristiwa Isra’ dan Mikraj oleh peserta kajian kedua,
penerokaan menggunakan ‘art therapy’ oleh peserta kajian ketiga dan juga penerokaan
berfokus hati melalui pendekatan al-Ghazali oleh peserta kajian keempat.

229

Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Ab. Aziz Mohd Zin dan Yusmini Md
Yusoff (2001) yang menyatakan teknik-teknik kaunseling juga berasaskan kepada aspek
yang dikatakan sebagai al-Hikmah seperti memilih dan menyusun kata-kata dengan tepat
dan hasilnya akan memberi ruang yang lebih luas kepada klien untuk terus meneroka,
memahami dan bermuhasabah terhadap dirinya. Hal berkaitan ‘tools’ dan teknik-teknik
yang dibawa oleh Islam ini juga didapati berfokus kepada aspek spiritual yang lebih
penting dan lebih memberi impak dan datang dalam bentuk yang pelbagai dan berupaya
disesuaikan (Ahmad Hisham Azizan, 2009).

‘Tools’ dan teknik-teknik ini sama ada dibangunkan sendiri oleh pengkaji
mahupun diadaptasi dan disesuaikan dengan norma Islam jelas memperlihatkan nilai-nilai
saintifik dalam ilmu-ilmu Islam yang begitu tinggi dan ini baru sebahagian daripada
pelbagai bentuk ‘tools’ dan teknik yang digunakan dan mencerminkan sifat amalan
kaunseling perspektif Islam yang komprehensif dengan butiran-butiran yang teliti dan
pelbagai. Sekiranya diteroka, diselongkar dan digali nescaya begitu banyak lagi ilmu-ilmu,
‘tools’ dan teknik yang dapat dikeluarkan dan diperluas penggunaannya dalam sesi
kendalian kaunselor Muslim.

Selain amalan kaunseling perspektif Islam yang berbentuk dinamik dan
komprehensif, amalan kaunseling perspektif Islam juga tidak dapat lari daripada
pendekatan berbentuk nasihat. Apa yang nyata, melalui dapatan kajian ini, elemen nasihat

230

ada terdapat dalam tahap tindakan. Ia juga tidak terhad kepada penyelesaian untuk
masalah-masalah di dunia tetapi nasihat bermatlamatkan kesejahteraan klien di dunia dan
akhirat (Cossio et al., 2012; Salasiah Hanin Hamjah, 2008, 2010; Taip Abu & Abdul Halim
Othman, 2009).

Hal ini sememangnya dinyatakan dengan jelas oleh para peserta kajian
terutamanya peserta kajian kedua yang melihat kaunseling Islam sebagai salah satu tatacara
untuk menasihatkan klien terutamanya dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama.
Beliau menggunapakai terma Addenunasehah yang membawa maksud agama itu adalah
nasihat dan dalam konteks ini agama adalah merujuk kepada Islam. Hal ini disokong oleh
kajian Nur Fadhilah Abdullah Fauzi dan Mariani Omar (2002) yang menyatakan Islam
memandang kaunseling sebagai satu medium dan juga proses memberi nasihat, bantuan,
pertolongan, bimbingan dan sebagainya berpaksikan wahyu dan syariat Allah.

Nada yang serupa dikongsi dengan peserta kajian keempat yang menyatakan
kaunseling Islam sememangnya terikat rapat dengan elemen nasihat dan berbeza dengan
kaunseling konvensional yang menolak total elemen nasihat kerana mendakwa apabila
seseorang kaunselor menasihati klien ianya seolah-oleh meletakkan nilai kaunselor kepada
klien dan hal ini merupakan ‘dosa besar’ yang tidak boleh dilakukan dalam sebarang sesi
kaunseling kendalian kaunselor. Namun, amalan kaunseling perspektif Islam dengan
strategi bil hikmah meraikan elemen nasihat ini sebagai salah satu elemen penting yang

231

dilihat mampu membantu klien untuk terus tetap dalam landasan hidup yang benar. Hal ini
diakui oleh Ahmad Hisham Azizan (2009) yang menyatakan klien memerlukan
penyembuhan zahir dan batin mereka dan ini dapat dicapai melalui elemen nasihat.

Seiring dengan amalan kaunseling perspektif Islam yang dipraktikkan melalui
proses dalam tahap-tahap kaunseling, para peserta juga ada mengakui bahawa penggunaan
kemahiran-kemahiran yang spesifik dan juga ilmu-ilmu tertentu amat penting dan sangat
membantu. Apa yang amat menarik perhatian pengkaji adalah kemahiran menyoal yang
diadaptasi daripada Quran dan sirah Nabi. Kemahiran menyoal secara Islamik ini disebut
oleh peserta kajian pertama, keempat dan kelima secara spesifik. Aspek khusus berkaitan
kemahiran menyoal ini turut disentuh oleh Ab. Aziz Mohd Zin dan Yusmini Md Yusoff
(2001) dalam kajiannya dengan menyatakan kemahiran menyoal ini telah pun diadaptasi
oleh Rasulullah. Rasulullah berjaya membuka ruang pemikiran orang yang bertanya dan
seterusnya menarik sasaran kepada Islam. Hal ini kerana, manusia mempunyai keupayaan
untuk berfikir dan menyelidik sesuatu dan tugas kaunselor hanya menyediakan laluan
untuk tujuan tersebut dengan menggunakan kaedah yang betul.

Galakan untuk berfikir kepada klien diadaptasi melalui kemahiran-kemahiran
menyoal oleh para kaunselor melalui soalan-soalan terbuka. Menurut peserta pertama lagi,
kaunselor malah guru-guru sering didapati banyak menggunakan ayat penyata dalam
memberikan input bagi kemahiran berfikir kepada klien mahupun pelajar. Ayat-ayat

232

penyata ini kerap disalahtafsirkan oleh klien atau pelajar sebagai satu bentuk nasihat yang
tidak begitu digemari oleh klien ataupun pelajar secara umumnya. Jadi, penggunaan
kemahiran menyoal yang diadaptasi melalui Quran dan sirah Nabi dilihat amat membantu
mengatasi isu ini dan seterusnya berupaya mencambahkan kemahiran berfikir klien.

Menurut peserta kajian keempat dan kelima contohnya yang memberi misalan dari
sirah Nabi dengan cerita yang sama, Rasulullah menjawab pertanyaan seorang pemuda
berkaitan isu zina juga dengan pertanyaan untuk menggalakkan pemuda tersebut berfikir
yang akhirnya pemuda tersebut tidak meneruskan hajatnya untuk melakukan zina. Hal ini
juga banyak didapati daripada ayat-ayat al-Quran yang memberikan banyak ayat-ayat
pertanyaan yang menggalakkan kita untuk berfikir. Sebagai contoh firman Allah dalam
surah al-Qari’ah ayat satu hingga tiga yang bermaksud:

“Hari kiamat, apakah hari kiamat itu? tahukah kamu apakah hari kiamat itu?"

Gaya dan kemahiran menyoal ini juga dikatakan berupaya untuk membawa klien
untuk lebih fokus dalam perkara tertentu yang menjadi tujuan utama dalam sesi kaunseling.
Hal ini menunjukkan Islam itu sendiri amat kaya dengan kepelbagaian kemahiran dan cara
dalam menjalankan sesi kaunseling sehinggakan sekecil-kecil teknik menyoal juga
diajarkan Allah kepada kita melalui Quran dan juga Sunnah.

233

Hal berkaitan teknik daripada sirah ini juga dilihat selari dengan data yang didapati
melalui peserta kedua yang secara khusus menggunakan aplikasi tahap-tahap kehidupan
Rasulullah ke dalam amalan kaunseling perpektif Islam beliau. Beliau menamakan proses
ini sebagai ‘Heaven Order Thinking Skills’ melalui peristiwa-peristiwa penting dalam
kehidupan Rasulullah seperti tahap keyatiman, pembedahan dada, bela kambing, berniaga,
berumah tangga dan juga kenabian. Setiap tahap ini dikatakan menyumbang kepada
pembinaan karakter klien untuk membantunya dalam proses sesi kaunseling. Beliau juga
memberikan istilah khusus untuk kemahiran ‘Heaven Order Thinking Skills’ sebagai salah
satu teknik dalam amalan kaunseling perspektif Islam acuan beliau. Teknik ini didapati
tersendiri dan tidak ada pengkaji lain yang dilihat mengkaji dan mendalami sudut
kaunseling jenis ini.

Selain kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyoal, galakan berfikir dan
acuan kaunseling daripada sejarah hidup Nabi, aplikasi sirah yang paling menonjol juga
adalah menerusi adaptasi sifat-sifat Nabi. Adaptasi ini memfokus kepada empat sifat Nabi
yang utama iaitu sidik, amanah, tabligh dan juga fatanah. Hal ini selari dengan dapatan-
dapatan daripada kajian oleh Mohamed Sharif (1998), Norhayati Yaacob (2013), Rosniati
Hakim (2013), Zanariah Abdul Rahman dan Ishak Md Shah (2015).

234

Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan dalam amalan
kaunseling perspektif Islam berlangsung seperti kemahiran berhujah menggunakan ilmu
mantik dan perbandingan agama apabila berhadapan dengan klien yang atheis dan suka
berhujah menggunakan logik akal. Ilmu seperti ini dirasakan perlu bagi kaunselor bagi
memastikan proses kaunseling berlangsung dengan lebih efektif. Hal ini kerana kaunselor
perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang secukupnya supaya berupaya untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan teknik berkaitan dengan kaunseling perspektif Islam
dengan baik. Hal ini juga dipersetujui oleh Amran Hassan dan Noriah Mohamed (2014),
Mazidah Mohd Dagang dan rakan-rakan (2013) dan Salasiah Hanin Hamjah dan Nadhirah
Muhamad Arib (2015) yang menyatakan aspek ilmu ini amat penting bagi para kaunselor
Muslim untuk mendepani permasalahan klien yang pelbagai.

Sebagai rumusannya, perbincangan berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam
dalam sesi kaunseling memfokuskan kepada elemen dalam amalan kaunseling perspektif
Islam yang bersifat dinamik dan komprehensif mencakupi proses, teknik dan kemahiran-
kemahiran yang terkandung di dalamnya. Hal ini sekaligus mencerminkan amalan
kaunseling perspektif Islam sebagai sesuatu yang berevolusi, tidak hanya statik dan bersifat
jumud dan tidak berubah tetapi tetap bertunjangkan syariat melalui Quran dan Sunnah serta
mementingkan kesejahteraan klien tidak hanya memfokus kepada penghidupan klien di
dunia tetapi juga di akhirat kelak. Apa yang nyata, ini baru sebahagian kecil daripada ilmu-
ilmu berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam yang diteroka dan jika terus dikaji akan

235

lebih banyak penemuan dan ilmu yang bermanfaat untuk memantapkan amalan kaunseling
perspektif Islam yang mampu ditonjolkan secara ilmiah dan empirikal.

5.3.3 Perbincangan Mengenai Cabaran Amalan Kaunseling Perspektif Islam Dalam
Perkhidmatan Kaunselor

Isu berkaitan persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam serta proses dan
cabaran dari sudut pengisian, aplikasi, cabaran dari segi pengamal dan juga cabaran dari
klien sendiri mendominasi dapatan berkaitan cabaran amalan kaunseling perspektif Islam
dalam perkhidmatan kaunselor. Isu persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif
Islam dan juga proses yang terkandung di dalamnya dilihat menerusi kekeliruan terhadap
kewujudan kaunseling Islam itu sendiri seperti yang diutarakan oleh peserta kajian pertama
dan kelima.

Kekeliruan sebegini timbul hasil dari kekurangan ilmu dan pendedahan berkaitan
kaunseling perspektif Islam kerana tebalnya stigma berkaitan kaunseling dan agama yang
dianggap sebagai sesuatu yang mistik, tidak mudah untuk diukur secara empirikal dan
kurang penyelidik yang berkemahiran, berpengalaman dan berminat untuk mengendalikan
kaunseling yang berperspektif agama ini (Lee, 2010).

236

Tidak hanya terhenti di situ, pengkaji juga mendapati kekeliruan ini terhasil
daripada kajian-kajian yang tidak memfokus kepada kaunseling perspektif Islam itu sendiri
tetapi dilihat sedikit terburu-buru dengan bertindak untuk menjalankan proses Islamisasi
terhadap kaunseling konvensional dengan mengabaikan intipati sebenar yang perlu
dititikberatkan. Perkara ini ada diutarakan oleh peserta kajian kelima dan pengkaji melihat
kaunseling perspektif Islam ini tidak hanya wujud sekadar atas penukaran istilah-istilah
tertentu dalam kaunseling tetapi lebih kepada penonjolan dan berfokus kepada intipati
kaunseling berlandaskan syariat Islam berpandukan Quran dan juga Sunnah. Perkara ini
turut dikongsi menerusi kajian oleh Amirah Diniaty (2013) yang menyatakan secara
langsung bahawa kaunseling Islam itu adalah sesuatu yang sesuai dengan nilai keimanan
yang dipegang dalam Islam dan bukan pada perubahan penggunaan istilah semata.

Selain itu, kurang keyakinan daripada masyarakat Islam itu sendiri turut
menyumbang dan menambahkan kekeliruan berkaitan kaunseling perspektif Islam ini di
mana masyarakat sendiri dikatakan seperti tidak biasa ataupun kekok untuk menerima
bahawa ilmu kaunseling Islam telah terlebih dahulu muncul dan berkembang semasa
zaman kegemilangan Islam dan cuma dicedok dan dimurnikan oleh para ilmuwan Barat
yang dilihat lebih menarik dan meyakinkan masyarakat (Sapora Sipon, 2003). Hal ini juga
dilihat turut menjadi punca kepada penerimaan bercampur berkenaan kaunseling Islam
yang mana ada sebahagian yang bersikap terbuka dan menerima kaunseling Islam ini

237

manakala sebahagian yang lain masih tidak menerima dan terus berkiblatkan kepada
kaunseling Barat.

Pengkaji juga melihat perkara ini mempunyai hubung kait dengan pengisian dan
aplikasi kaunseling perspektif Islam itu sendiri di mana pengkaji dapat menyimpulkan
melalui dapatan kajian bahawa masih kurang kajian-kajian yang dijalankan berkaitan
kaunseling perspektif Islam. Kajian sedia ada masih tidak mencukupi dan bersifat asas serta
berbentuk konsep dan gagasan pemikiran penyelidik. Malah, ada hasil penyelidikan yang
menyatakan tiada pendekatan standard yang mampu digunapakai untuk pelaksanaan
kaunseling perspektif Islam ini (Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, & Sulaiman
Shakib Mohd Noor, 2008). Isu kekurangan kajian berkaitan kaunseling perspektif Islam
ini juga bukan isu baru dan remeh kerana ianya telah banyak dikemukakan oleh pengkaji
terdahulu yang mengutarakan isu ketiadaan panduan khusus, kekurangan kajian yang
berfokus langsung kepada kaunseling perspektif Islam dan kekurangan maklumat
berkaitan kaunseling perspektif Islam (Mazidah Mohd Dagang et al., 2015; Salasiah Hanin
Hamjah et al., 2012; Weiss, 1999).

Pengkaji merasakan hal ini merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh
kaunseling perspektif Islam itu sendiri yang dilihat masih berevolusi dan mencari titik
persamaan antara para pengkaji dan pengkaji tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh
peserta kajian ketiga dan kelima yang menyeru para pengkaji untuk membuang sifat


Click to View FlipBook Version