The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

KONVENSYEN PENYELIDIKAN,
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES

DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI

KonPPI 2021

12-14 OKTOBER 2021

TEMA :
MEMPERKASAKAN PEMBELAJARAN DALAM DUNIA DIGITAL

ANJURAN : BMKPM &KMS

VIRTUAL YDS KIT (V-YDS) MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGANALISA DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TOPIK OPTIK

FIZIK

Mohamad Faizul Bin Yusoff @ Che Sof1
Aslindawati Abdullah2
Noraza Bt Wahab3

Ku Hushaini Bin Ku Aris@Ku Ali 4
Faizatul Fazlinda Bt Fuad5

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menganalisa parameter
asas interferens yang terkandung di dalam subtopik Young Double Slit . Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar
kumpulan tutorial S2T4 yang merupakan pelajar Program Satu Tahun Modul Satu di Kolej Matrikulasi Kedah.
Tinjauan sewaktu sesi tutoran menunjukkan pelajar gagal menjawab soalan subtopik Young Double Slit dengan
tepat berbanding dengan subtopik yang lain. Masalah ini berpunca daripada pelajar gagal mengenalpasti
parameter asas yang perlu dianalisa secara saintifik untuk membolehkan pelajar mencerakin data yang
dinyatakan di dalam soalan. Kesalahan rutin yang sering berlaku adalah pelajar tidak dapat membezakan jarak
di antara dua lebar jalur cerah atau gelap bersebelahan. Pelajar turut keliru dengan kesan menambah jarak di
antara skrin dan dwicelah set eksperimen terhadap saiz jalur yang terhasil dari proses inteferens cahaya. Satu
ujian pra diadakan dengan keputusan menunjukkan 50.0 % pelajar mempunyai masalah yang telah
dinyatakan,iaitu kesalahan pelajar adalah mengantikan lebar jalur yang tidak tepat ke dalam rumus Young
Double Slit . Sebagai langkah penambahbaikan, satu intervensi melibatkan aplikasi V-YDS telah dilaksanakan.
Pelajar telah diberi panduan untuk menjalanankan aktiviti ‘hands on’ berasaskan V-YDS yang boleh
dibangunkan secara DIY menggunakan peralatan di rumah untuk menentukan lebar jalur dan kesan menambah
jarak di antar skrin dan dwicelah set eksperimen terhadap saiz jalur yang terhasil dari proses inteferens
cahaya. Pelajar turut membuat pembentangan hasil kerja mereka secara online dengan menggunakan aplikasi
Flipgrid. Aplikasi ini membuka peluang untuk pelajar berkomunikasi secara berkesan dengan saling membuat
perkongsian pandangan dan dapatan aktiviti hands on dalam forum serta perkongsian video aktiviti
menggunakan V-YDS serta lebih praktikal bagi pembelajaran semasa pandemic covid-19. Keputusan ujian
pasca menunjukkan peningkatan tinggi peratusan kelulusan iaitu sebanyak 100%. Dapatan ini menunjukkan
bahawa penggunaan V- YDS dapat meningkatkan kemahiran menganalisa dan meningkatkan pencapaian
pelajar dalam subtopik ini. Intervensi V- YDS ternyata membantu pelajar lebih minat dan bermotivasi dalam
menyelesaikan soalan Young Double Slit.

Kata kunci: matrikulasi, fizik, Youngs Double Slit, kemahiran menganalisa, PdP virtual hands on

1

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran subjek Fizik program Matrikulasi terdiri daripada pembelajaran kelas dan juga
pembelajaran makmal. Pembelajaran dalam kelas yang merangkumi sesi kuliah dan tutorial bertujuan
membekalkan pelajar dengan pengetahuan secara teori. Manakala pembelajaran makmal adalah lebih
kepada penjanaan dan pembinaan kemahiran pelajar secara latihan dan praktikal. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran Fizik, aktiviti amali yang dijalankan di makmal melibatkan pelajar dalam
penyiasatan autentik yang membolehkan pelajar mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, mereka
bentuk prosedur dan seterusnya membuat kesimpulan (Ahmad & Ikhsan ,2021). Di dalam persekitaran
sebegini, pelajar berpeluang belajar secara aktif, bekerjasama dengan rakan dan berinteraksi secara terus
dengan bahan untuk menyiasat sesuatu fenomena saintifik sebagai mana yang disarankan oleh dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1 Latar Belakang Kajian
Pembelajaran subtopik Young Double Slit bagi subjek Fizik matrikulasi hanya ditumpukan kepada
pembelajaran secara teori di dalam kuliah serta tutorial. Subtopik ini membincangkan tentang
pembentukan corak interferens yang dihasilkan oleh dua cahaya yang bertemu pada satu tempat. Akan
tetapi, konsep pembentukan corak inerferens ini melibatkan beberapa parameter yang abstrak iaitu lebar
jalur cerah dan terang yang terbentuk secara berselang seli serta corak interferens yang sentiasa berubah
mengikut pemboleh ubah lain yang dimanipulasi di dalam konsep pembentukan interferens ini.
Berdasarkan ujian formatif yang diberikan pada akhir topik didapati pencapaian dalam subtopik ini masih
di tahap lemah. Aplikasi Virtual Young Double Slit Kit (V- YDS) merupakan satu pendekatan PdP yang
bertujuan untuk mengatasi masalah pelajar tidak dapat memahami pembentukan interferens dengan tepat
dalam tajuk Optik Fizik yang diajar semasa semester dua Fizik Matrikulasi. V- YDS merupakan alat
pemudah cara PdP yang direka khusus untuk membantu pelajar mengenal pasti dan memahami
pembentukan interferens dengan tepat. Aplikasi kaedah pemudah cara ini berteraskan Teori Perbelajaran
Inkuiri Terbimbing yang merupakan satu panduan kepada pensyarah untuk mengendalikan pembelajaran
berdasarkan falsafah pembelajaran abad ke 21. Penyelidik cuba mempermudahkan masalah pembelajaran
topik ini dengan cara memperkenalkan V- YDS sebagai satu intervensi. Intervensi ini melibatkan pelajar
menjalankan aktiviti hands on di makmal untuk membina V- YDS dalam membantu mereka menganalisa,
mencerap dan memahami konsep yang gagal difahami sekiranya subtopik ini dipelajari secara teori sahaja

1.2 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menganalisa pelajar untuk menyelesaikan
masalah subtopik Young Double Slit . Topik ini mengandungi konsep yang abstrak yang sukar
difahami tanpa bantuan bahan bantu mengajar yang membolehkan pelajar melakukan
penerokaan kendiri dalam usaha untuk memahami konsep pembentukan interferens dengan
lebih jitu (Tavabi et al., 2019). Maka, kajian ini di jalankan setelah masalah ini dikenalpasti hasil
daripada ujian formatif yang dijalankan, pemerhatian serta temubual bersama pelajar subjek
Fizik yang menganggap konsep pembelajaran subtopik ini mengelirukan .

2.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN LALU

2.1 Refleksi Pdp Lalu
Pembelajaran subtopik Youngs Double Slit di kolej matrikulasi melibatkan pembelajaran sehala.
Pelajar mempelajari konsep Youngs Doule Slit melalui nota dan juga video yang menerangkan
konsep abstrak ini. Sehingga kini tidak terdapat bahan bantu mengajar yang membolehkan
pelajar menjalankan ujikaji untuk melihat sendiri pembentukan interferens cahaya. Akan tetapi,
dapatan kajian Mantihal & Maat (2021) pembelajaran sehala tidak memberi peluang kepada
pelajar membina konsep pembelajaran dengan tepat dan mempengaruhi minat dan motivasi
pelajar dalam mendalami pembelajaran mereka secara bermakna. Dalam pembelajaran subjek

2

sains, pembelajaran bermakna merupakan satu aspek paling penting demi memastikan pelajar
dapat memahami konsep sebenar isi kandungan pembelajaran. Tanpa pembelajaran bermakna
pelajar hanya membuat hafalan formula untuk menjawab soalan peperiksaan. Oleh yang
demikian, pemahaman terhadap konsep merupakan satu aspek yang perlu diambil berat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian Yuliati (2017) pembelajaran bermakna
boleh dicapai sekiranya pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar secara aktif dan
melakukan penerokaan kendiri dan berkumpulan secara inkuiri. Penerokaan ini akan
mendedahkan pelajar dengan pengukuhan konsep pembelajaran serta memberi peluang kepada
mereka untuk menganalisa masalah dalam situasi sebenar dan menyelesaikan masalah
pembelajaran tersebut secara kritikal dan mendalam. Aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri
memainkan peranan peting dalam mengelakkan pelajar membina kerangka alternatif atau
miskonsepsi dalam subtopik ini. Maka kajian ini dijalankan bagi membantu pelajar untuk
mengubah tanggapan awal mereka berkenaan pembentukan interferens cahaya.

2.2 Refleksi Kendiri Pensyarah
Penyelidik mengenalpasti masalah pembelajaran ini berikutan pelajar tidak dapat menjawab
soalan konsep asas Youngs Double Slit dengan tepat semasa sesi toturial dan menjawab ujian
formatif iaitu ujian bulanan setelah habis topik dipelajari dengan skor markah yangmemuaskan.
Pelajar juga tidak dapat melukis corak interferens cahaya dengan tepat, iaitu samada pertemuan
dua sumber cahaya akan menghasilkan jalur cerah atau jalur terang di satu titik.

2.3 Refleksi Pelajar
Pengkaji telah menjalankan tembual bersama 8 pelajar kumpulan S2T4 untuk mengenalpasti
masalah kerangka alternatif mereka. Hasil dapatan temubual menunjukkan mereka tidak pasti
akan sebab utama pembentukan jalur cerah dan gelap secara bergilir diatas skrin. Oleh yang
demikian mereka tidak boleh menentukan nilai lebar jalur cahaya corak interferens serta tidak
boleh menganggarkan perubahan corak interferens sekiranya kuantiti lain seperti jarak dan
keamatan cahaya di manipulasi.Masalah ini berikutan mereka tidak mencerap sendiri
pembentukan corak interferens. Pelajar juga berharap terdapat set eksperimen dibangunkan
untuk mereka menjalankan aktiviti pembelajaran secara hands on sebagai aktiviti pengukuhan
konsep pembelajaran Youngs Double Slit.

3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini difokuskan kepada untuk memastikan pelajar dapat mengenalpasti nilai lebar jalur
corak interferens dan perubahan corak interferens sekiranya parameter lain seperti di ubah
untuk menggantikan nilai tersebut dalam rumus Young Double Slit. Masalah yang dihadapi
oleh pelajar adalah

i. Kegagalan mengenalpasti nilai lebar jalur
ii. Kegagalan mengenalpasti kesan perubahan terhadap lebar jalur interferens

sekiranya kuantiti lain seperti jarak dan keamatan cahaya di manipulasi

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:

4.1 Pelajar dapat mengenalpasti lebar jalur interferens dengan tepat
4.2 Pelajar dapat mengenalpasti kesan perubahan terhadap lebar jalur interferens

3

sekiranya kuantiti lain seperti jarak di manipulasi .
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seorang 18 pelajar dari kelas S2T4 iaitu 4 lelaki dan 14 perempuan.
Kelas ini merupakan pelajar aliran sains modul satu dengan latar belakang kemampuan dalam
subjek fizik yang lemah atau sederhana.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian tindakan ini dijalankan berasaskan model ADDIE yang di asaskan oleh Rosset (1987)
sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian Jalil et al., (2021). Model ADDIE merangkumi lima
fasa iatu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.
Model ini merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang sistematik dalam
penghasilan bahan pembelajaran berkomputer yang berkesan dan mesra pengguna, berjaya
memberi impak yang positif sebagai alat pembelajaran tambahan, dapat memenuhi ciri-ciri
multimedia interaktif serta memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan serta berjaya
menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (D Junaedi, 2019 ). Model
ADDIE merangkumi lima fasa iatu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa
perlaksanaan dan fasa penilaian. Model ini merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran
yang sistematik dalam penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan dan mesra pengguna
(Ariffin et al., 2020). Hasil kajian yang dilakukan oleh Abd Razak dan Rahman (2017)
menunjukkan bahawa bahan bantu pengajaran yang dibangunkan oleh mereka menggunakan
model ADDIE berjaya memberi impak yang positif sebagai alat pembelajaran tambahan. Kajian
oleh Salleh, F & Salleh, S. M. (2019) turut mengaplikasikan model reka bentuk ADDIE dalam
bahan bantu mengajar yang digunakan dan berjaya menarik minat pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidik melakukan refleksi ke atas isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang
berkenaan. Seterusnya penyelidik merancang tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah
tersebut. Kemudian tindakan intervensi itu dilaksanakan dan pemerhatian dilakukan sebelum,
semasa dan selepas perlaksanaannya.

6.1 FASA 1 : ANALISIS (TINJAUAN MASALAH)

Fasa 1 berasaskan model ADDIE adalah analisis masalah yang dihadapi oleh pelajar. Fasa ini
merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang
dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan
menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak,
analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan
senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.
Berikut adalah kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti punca permasalahan. Berikut
merupakan kaedah yang terlibat dalam fasa ini

i) Pemerhatian

Dari hasil pemerhatian penyelesaian dalam kelas tutoran didapati ramai pelajar kurang
yakin untuk menjawab soalan Young Double Slit. Mereka gagal mengenalpasti dan
membezakan lebar jalur corak interferens dengan tepat. Kesannya, mereka tidak dapat

4

menyatakan nilai yang tepat untuk digantikan ke dalam formula untuk mengira lebar
jalur dengan menggunakan formula Young Double Slit.

ii) Temubual

Pelajar memaklumkan mereka tidak memahami cara mengenalpasti dan melabel jarak
dari pusat corak interferens yang terhasil untuk membezakan lebar sebenar untuk satu
jalur interferens yang terhasil.Mereka menganggap subtopik ini susah dan kurang yakin
untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

iii) Ujian Pra

PELAJAR PERATUS MARKAH (%)
1 45
2 40
3 40
4 75
5 70
6 40
7 60
8 65
9 40
10 50
11 30
12 40
13 45
14 70
15 55
16 70
17 40
18 70

Jadual 1 : Markah Ujian Pra

5

Rajah 1: Markah Ujian Pra

Daripada ujian pra yang diberikan, secara keseluruhannya pencapaian pelajar adalah kurang
memuaskan. Didapati 50% pelajar gagal dengan peratusan markah kurang daripada separuh
(50%) dan 50% pelajar adalah lulus. Peratusan markah yang paling tinggi adalah 75%
manakala yang terendah adalah 30%.

Secara keseluruhannya kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan
berkaitan dengan Young Double Slit. Pelajar gagal menyatakan nilai yang tepat untuk
digantikan ke dalam formula. Tindakan perlu diambil untuk membantu pelajar menguasai
kemahiran tersebut.

Didapati di antara masalah pelajar adalah
i. tidak mengenalpasti lebar jalur corak interferens.
ii. Tidak membezakan lebar jalur corak interferens.

iii. tidak melabel jarak dari pusat corak interferens
iv. tidak menggantikan nilai yang betul ke dalam formula.

6.2 FASA 2 : DESIGN (MEREKABENTUK BAHAN BANTU MENGAJAR V- YDS)

Fasa ini melibatkan aktiviti merancang strategi dalam membangunkan pengajaran. Ia melibatkan
proses menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Para penyelidik kajian ini
telah menjalan ujian perbandingan dari segi faktor kos, cara pemasangan alat dan juga impak
terhadap sampel kajian. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa
pembangunan.

6.3 FASA 3 : DEVELOPMENT (Pembangunan V- YDS) 
Kaedah intervensi iaitu aplikasi V- YDS melibatkan penyediaan set eksperimen iaitu peralatan
yang senang dibina sendiri oleh pelajar dan dibimbing oleh pensyarah berasaskan teori
pembelajaran inkuiri terbimbing. Perlaksanaan V- YDS ini dilaksanakan pada 16.1.2020 di
Makmal Fizik, Kolej Matrikulasi Kedah. Gambar berikut menunjukkan proses pembinaan V-
YDS dan cara pelajar menjalankan aktiviti secara hands on untuk menganalisa corak inteferens
yang terhasil dari pembinaan V- YDS ini. Peralatan yang digunakan merupakan bahan yang
senang dibeli dengan harga yang murah atau hanya menggunakan alat yang sudah ada di rumah
pelajar.

6

6.4: FASA 4 : IMPLEMENTATION (PERLAKSANAAN V- YDS) 
Fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama pengajaran
dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama
ini, penyelidik boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya
melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan penambahbaikan pada mana-mana
bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan sekiranya perlu.

7.0 : FASA 5: EVALUATION (PENILAIAN DAN REFLEKSI V- YDS)
Fasa penilaian berlaku pada keempat-empat fasa terdahulu. Pada setiap fasa (analisis, rekabentuk,
pembangunan dan pelaksanaan) akan dibuat penilaian formatif untuk memastikan
perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin. Para penyelidik telah menjalankan
pemerhatian dan penilaian terhadap perlaksanan aplikasi V-YDS dalam kajian ini. Penilaian yang
dapat diperhatikan oleh penyelidik menunjukkan pelajar melaksanakan teknik ini dengan penuh
minat dan bersemangat. Aktiviti pengukuhan dijalankan untuk pelajar membuat kesimpulan dari

7

eksperimen yang telah dijalankan. Pelajar membuat pembentangan dalam kumpulan kecil untuk
menghuraikan dapatan eksperimen.

8

7.2 PENILAIAN
Bagi menilai kebolehan pelajar menyelesaikan masalah mengenai konsep pembentukan
interferens di antara dua celah, satu ujian pasca telah dijalankan selepas menggunakan V- YDS.
Ujian pasca dibina dengan menggunakan bilangan, bentuk dan aras yang sama dengan ujian Pra.
Skor dan analisa peratus peningkatan dinyatakan dalam jadual di bawah.

Rajah 2 : Markah Ujian Pasca

Perbandingan markah ujian Pra dan Pasca ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah dengan nilai
markah lulus adalah 50%.

PELAJA MARKAH PRA MARKAH PERATUS
R (%) PASCA(%) PENINGKATAN
1 45
2 40 80 35
3 40 70 30
4 75 90 50
5 70 90 15
6 40 100 30
7 60 80 40
8 65 90 30
9 40 80 15
10 50 75 35
11 30 90 40
12 40 90 60
13 45 80 40
14 70 90 45
15 55 100 30
90 35

9

16 70 100 30
17 40 90 50
18 70 80 10

Jadual 2: Perbandingan Markah Pra Dan Pasca Ujian
Secara keseluruhannya analisa keputusan yang diperolehi oleh pelajar di dalam Ujian Pasca
menunjukkan peningkatan yang baik berbanding dengan ujian Pra (Rujuk Rajah 3). Keputusan
menunjukkan peratus lulus pelajar meningkat daripada 50% kepada 100% dengan min markah
ujian daripada 52.5% meningkat sebanyak 86.9%. Hasil daripada keputusan peratus peningkatan,
didapati sebanyak tujuh pelajar meningkat sebanyak 40% dengan peningkatan tertinggi ialah 60%
manakala peningkatan terendah ialah 10%.

10

Rajah 3 : Perbandingan Pencapaian Pelajar Di Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

7.2.1 Refleksi Kajian

Peningkatan min markah keseluruhan pelajar sebanyak 86.9 %. Menurut Ponticorvo et al.,
(2018), pembelajaran adalah lebih efektif jika melibatkan idea yang boleh diakses dengan
deria pelajar iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pergerakan. Pelajar menjadi lebih
berminat untuk mencuba soalan-soalan seterusnya memandangkan peningkatan kefahaman
mereka dalam tajuk ini. Perkara ini akan menjadi tumpuan penyelidik untuk menjadikan
tindakan intervensi bagi kajian akan datang menjadi lebih baik sekaligus dapat menarik
pelajar untuk meminati subjek Fizik. Boleh di katakan hampir semua pelajar berjaya
mengaplikasikan kaedah ini semasa ujian pasca. Aplikasi V- YDS amat sesuai diaplikasikan
oleh pensyarah semasa proses pengajaran subtopik Young Double Slit di dalam kelas.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan
Aplikasi V-YDS membantu pelajar memahami setelah mencerap corak interferens yang
terbentuk hasil daripada projek DIY mereka yang telah dibimbing oleh pensyarah. Mereka
dapat melabelkan dan membezakan lebar jalur corak interferens dan mengenalpasti kesan
perubahan jarak di antara dua sumber cahaya yang bertindan terhadap saiz lebar jalur
interferens yang terhasil. Dapatan temubual bersama pelajar mendapati mereka dapat
menganalisa corak interferens dengan lebih terperinci dan jelas. Mereka juga menyatakan
kekeliruan yang mereka alami telah dapat diselesaikan setelah menggunakan V-YDS sebagai
bantu bantu pengajaran yang bersifat hands on yang membantu mereka membina pengetahuan
secara konstruktivisme hasil dari pembelajaran berasaskan pengalaman. Pelajar turut bersedia
menjalankan aktiviti ini di bilik kediaman mereka atau rumah mereka disebabkan ia boleh
dijalankan dengan menggunakan peralatan yang mudah didapati tanpa melibatkan kos yang
tinggi. Perkongsian dapatan dari aktiviti mencerap jalur interferens dengan menggunakan
V-YDS ini dirakam dan videonya dikongsi dalam aplikasi Flipgrid. Aplikasi ini membolehkan
pelajar membentangkan hasil dari aktiviti hands on yang telah dijalankan. Pelajar berpeluang
mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam aktiviti pembentangan
yang dilakukan secara dalam talian pada masa pandemic ini. Aplikasi Flipgrid juga sangat
praktikal untk digunakan disebabkan ciri-ciri aplikasi ini mudah dicapai serta mempunyai
fungsi lengkap sebagai tapak pembelajaran secara dalam talian yang bersifat interaktif.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan Tindakan/
Aktiviti

Hasil daripada penyelidikan ini didapati pelajar semakin memahami dalam menentukan nilai
jalur lebar dengan betul. Pelajar dapat membezakan jarak di antara dua lebar jalur cerah atau
gelap bersebelahan. Pelajar juga dapat mengenalpasti kesan perubahan terhadap lebar jalur
interferens sekiranya kuantiti lain seperti jarak dan keamatan cahaya di manipulasi dan
sekaligus dapat menyelesaikan soalan optik dengan lebih mudah. Kesimpulannya, kemahiran
menganalisi yang merupakan salah satu kemahiran proses sains telah berjaya dikuasai oleh
pelajar dengan menggunakan V- YDS ini. Sebelum aplikasi V- YDS pembelajaran subtopik ini
hanya melibatkan pengajara sehala yang tidak memberi peluang kepada pelajar untuk
meneroka sendiri secara hands on konsep sebenar yang perlu mereka kuasai. Ini secara tidak

11

langsung dapat memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar dan meningkatkan
motivasi, minat dan keyakinan terhadap subtopik Young Double Slit dan subjek Fizik secara
amnya.

8.1 Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa terdapat perubahan yang positif
dari segi kefahaman pelajar dalam capaian maklumat melalui kaedah pembelajaran yang
dilaksanakan. Oleh kerana itu, pengajaran dan pembelajaran melalui penggabungan teori dan
praktikal perlu diperluaskan terutamanya dalam memahami perkara yang abstrak. Kajian
tindakan ini diharap dapat menjadi asas bagi penyelidik membuat penambahbaikan terhadap
strategi pengajaran yang melibatkan subtopik Young Double Slit. Cadangan kajian seterusnya
adalah mengenai inteferens pembiasan cahaya melalui medium yang berbeza.Topik ini menarik
minat penyelidik kerana ia menjadi satu cabaran bagi diri penyelidik sendiri untuk meningkatkan
kemahiran dan kefahaman pelajar dalam menyelesaikannya.

9.0 PENGHARGAAN
Penyelidik merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej
Matrikulasi Kedah yang sentiasa memberikan sokongan untuk para pensyarah
menjalankan intervensi terhadap amalan PdP sedia ada. Sokongan ini sangat penting
untuk memastikan pensyarah kolej matrikulasi mencapai tahap evolusi pensyarah, iaitu
memainkan peranan tugas pensyarah bukan sekadar menyampaikan isi kandungan
pembelajaran sahaja malahan berperanan sebagai penyelidik dan membuat perkongsian
berkenaan cara membangunkan kemahiran mengajar dengan lebih profesional. Pensyarah
evolusi merupakan cara terbaik untuk para pensyarah membuat analisis masalah
pembelajaran yang menjadi faktor penolak dalam kemenjadian pelajar secara holistik.

12

10.0 BIBLIOGRAFI

Ponticorvo, M., Di Fuccio, R., Ferrara, F., Rega, A., & Miglino, O. (2018, June). Multisensory
educational materials: five senses to learn. In International Conference in Methodologies and
intelligent Systems for Techhnology Enhanced Learning (pp. 45-52). Springer, Cham.

Ahmad, N. F., & Iksan, Z. (2021). Penerapan Kemahiran Proses Sains melalui Pembelajaran
Sains Berasaskan Permainan Digital: Application of Science Process Skills through Digital
Game-Based Science Learning. Sains Insani, 6(1), 75-81

Ariffin, A., Hasnan, N., Zakaria, N., Rubani, S. N. K., & Hamzah, N. (2020). Pembangunan
Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima Fasa bagi Topik Konkrit. Online
Journal for TVET Practitioners, 5(2), 63-70

Jalil, A. H. A., Elumalai, G., & Shahril, M. I. (2021). Theory and Model’s: Development of Soft
Skill Rubric for The Co-Curricular Subject Among’s Matriculation Program Student of the
Ministry of Education Malaysia.

Junaedi, D. (2019). Desain Pembelajaran Model ADDIE.

Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). PENGARUH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)

13

TERHADAP MINAT MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK: SATU TIJAUAN SISTEMATIK. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91
Razak, R. A., & Rahman, M. A. (2017). Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di
kalangan guru ICTL. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 20-31.
Salleh, F., & Salleh, S. M. (2019). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran 3D Maths Untuk Topik
Bentuk Geometri 3 Dimensi Berasaskan Android (Development of 3D Maths Learning
Application for Android-Based 3-Dimensional Geometry Topics). Innovative Teaching and
Learning Journal (ITLJ), 3(2), 80-91
Sani, S. S. (2014). Teachers’ purposes and practices in implementing practical work at the lower
secondary school level. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 116, 1016-1020.
Tavabi, A. H., Boothroyd, C. B., Yücelen, E., Frabboni, S., Gazzadi, G. C., Dunin-Borkowski, R.
E., & Pozzi, G. (2019). The Young-Feynman controlled double-slit electron interference
experiment. Scientific reports, 9(1), 1-8.
Yuliati, Y. (2017). Literasi sains dalam pembelajaran IPA. Jurnal cakrawala pendas, 3(2).

14

LAMPIRAN PRE TEST

S Answer all the questions.
P
0 CLO 1: Level C1: Remembering
2 1 What is meant by two coherent
5 sources?
:
P
H
Y
S
I
C
S
S
E
S
S
I
O
N
2
0
1
9
/
2
0
2
0

Name:
…………………………………
………………………. Tutorial:
…………………………………
…………………….. Matric
No.:
…………………………………
…………………

Topic 8.0 : Physical Optics
Subtopic 8.3 : Interference Of
Transmitted Light Through Double-Slits

15

10
[2 marks]

CLO 3: Level C3: Application
2 A Young’s double slits experiment is performed using light of wavelength 589 nm. The distance

between slits and screen is 2 m. The tenth dark fringe is observed 7.26 mm from the central maximum.
Calculate
(a) the slit separation
(b) the distance of the fifth bright fringe from the central maximum

[4 marks]

16

CLO 3: Level C4: Analysing
3 A Young’s double slits experiment is performed in air. Describe what will happen to the

interference pattern if
(a) the slit separation reduced
(b) source of smaller wavelength used

[4 marks]

17

S CLO 1: Level C1: Remembering
P
0 1 What is meant by two coherent
2 sources?
5
:
P
H
Y
S
I
C
S
S
E
S
S
I
O
N
2
0
2
0
/
2
0
2
1

Name:
…………………………………
………………………. Tutorial:
S2T4
Matric No.: MS

POST TEST

Topic 8.0 : Physical Optics
Subtopic 8.3 : Interference Of
Transmitted Light Through Double-Slits

Answer all the questions.

18

10
[2 marks]

CLO 3: Level C3: Application
2 A Young’s double slits experiment is performed using light of wavelength 589 nm. The distance

between slits and screen is 2 m. The tenth dark fringe is observed 7.26 mm from the central maximum.
Calculate
(a) the slit separation
(b) the distance of the fifth bright fringe from the central maximum

[4 marks]

19

CLO 3: Level C4: Analysing
3 A Young’s double slits experiment is performed in air. Describe what will happen to the

interference pattern if
(a) the slit separation reduced
(b) source of smaller wavelength used

[4 marks]

20

21

Kajian Tindakan

Menambahbaik Kemahiran Menulis Esei Pendek
Ciri-Ciri Dan Fungsi Organel Bagi Pelajar SES

Melalui Teknik 3-MINOS

Norhamidah Binti Hussain
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Kajian Tindakan

Menambahbaik Kemahiran Menulis Esei Pendek Ciri-Ciri dan Fungsi Organel
Bagi Pelajar SES Melalui Teknik 3-MINOS

Norhamidah Binti Hussain1

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaik kemahiran menulis esei pendek ciri-ciri
dan fungsi organel bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya ke atas pelajar Tutorial P3T18,
Program Empat Semester yang mengambil subjek Biologi. Kajian ini menggunakan Model
Bridget Somekh (1989) melalui satu kitaran sahaja dan mengambil masa selama empat
minggu untuk diselesaikan. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah pembelajaran telah
dijalankan melalui pemerhatian di dalam kelas, semakan lembaran kerja, temubual secara
terbuka dan Ujian Diagnostik. Ini dilakukan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat
mengenalpasti dan memahami organel-organel yang terlibat di dalam topik yang dikaji. Hasil
tinjauan mendapati pelajar masih tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri dan fungsi sesetengah
organel dengan baik. Oleh itu, perancangan tindakan telah difokuskan kepada teknik untuk
menambahbaik kemahiran menulis esei pendek di samping meningkatkan kefahaman dan
daya ingatan pelajar melalui Teknik 3-MINOS. Teknik ini memerlukan pelajar membuat
pembentangan ciri-ciri dan fungsi organel yang dipilih di atas satu slaid power point melalui
aplikasi video yang berdurasi kurang daripada tiga minit. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara di dalam aspek menyenaraikan jawapan esei
pendek berkaitan organel. Oleh itu, kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk
mengingat dan menulis esei pendek dengan baik di dalam topik yang dikaji.

Kata Kunci: Teknik 3-MINOS, kemahiran menulis esei pendek, kefahaman dan daya ingatan,

Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN
Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengorak langkah sebagai sebuah program persediaan bagi membantu pelajar
Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama
dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di
dalam dan luar negara. Program matrikulasi menawarkan aliran sains dan perakaunan kepada
pelajar matrikulasi. Bagi pelajar yang mengambil aliran sains mereka perlu belajar subjek
Fizik, Kimia dan Biologi. Terdapat dua modul di mana pelajar program matrikulasi
mengambil subjek Biologi iaitu Modul 1 dan Modul 3.

Menurut Campbell et al. (2016), Biologi merupakan salah satu cabang sains hayat
atau kajian saintifik tentang kehidupan. Sementara itu, Lawrence (2016) pula menyatakan
pembelajaran di dalam Biologi boleh dibahagikan kepada tiga aspek pembelajaran iaitu cara
untuk belajar, memahami kemahiran saintifik dan menyemai nilai. Secara umumnya,
pendekatan konsep Sains dalam pendidikan Biologi di matrikulasi adalah merujuk kepada
bagaimana kurikulum sains disusun begitu rupa berdasarkan kepada konsep-konsep utama
sains. Kebanyakan pensyarah yang berpengalaman bersetuju bahawa penyampaian maklumat
kepada pelajar adalah penting, tetapi mengajar cara pelajar berfikir ialah perkara yang lebih
penting.

Konsep pelajaran merupakan asas kepada kemahiran berfikir (Sternberg &
Spear-Swerling, 1996). Sternberg (1984) menyatakan penilaian dalam pendidikan bukan
sekadar untuk mendapatkan jawapan yang betul sahaja, tetapi menjangkau kepada mutu
pengajaran dan pemikiran yang berkaitan dengan konsep itu. Daripada kenyataan ini jelas
menunjukkan kemahiran berfikir penting untuk penyelesaian masalah dalam pendidikan
Biologi dan ianya dapat dikuasai sepenuhnya melalui penggunaan strategi belajar yang tepat
(Ani et al., 2018). Secara tidak langsung, pemahaman konsep akan berlaku kerana ia adalah
asas kepada kemahiran berfikir.

Jadi, sebagai pensyarah Biologi di kolej matrikulasi, saya juga melihat ada segelintir
pelajar yang sukar untuk berfikir di luar kotak apabila berdepan dengan masalah
pembelajaran Biologi. Pemahaman tentang sesuatu konsep kadang-kala hanya dihafal oleh
pelajar dan bukannya difahami dan dihayati dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan pelajar
kurang beminat dengan subjek Biologi. Ditambah pula dengan penekanan penggunaan
Bahasa Inggeris di dalam program matrikulasi. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini
dibuat untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris, dapat mengingat fakta Biologi
serta mampu menulis jawapan esei pendek yang sememangnya akan diuji di dalam
peperiksaan akhir pelajar nanti.

1.1 Latar Belakang
Di dalam mengembangkan potensi pelajar sama ada di dalam kelas ataupun di luar bilik
darjah, seseorang guru atau pendidik itu sebenarnya memainkan peranan yang amat penting.
Menurut Putri (2016), guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk menggerakkan pelajar
terlibat secara aktif dalam mengembangkan potensi dirinya. Seseorang pendidik itu harus
mampu menciptakan proses pembelajaran sedemikian rupa sehingga dapat merangsang
pelajar untuk belajar secara aktif dan dinamik dalam mencapai tujuan Pendidikan iaitu
mengembangkan potensi pelajar, berilmu pengetahuan yang luas, cekap, kreatif, bermandiri
dan bertanggungjawab (Wong, 2014).

Kajian Tindakan

Media pembelajaran merupakan komponen integral dalam sistem pembelajaran yang
bermaksud (Aliyyah et al., 2021) media pembelajaran tidak boleh dipisahkan daripada proses
pembelajaran. Ini kerana tanpa media pembelajaran, proses mengajar dan belajar tidak boleh
berlaku dan tidak akan wujud hasil pembelajaran yang baik. Menurut Aliyyah et al. (2021)
lagi, media pembelajaran sangat diperlukan untuk membantu guru dalam proses mengajar
untuk memotivasi dan meningkatkan kefahaman belajar. IIP Anipah (2019) menyatakan
pembelajaran berbantukan video akan memudahkan pelajar memanfaatkan sumber belajar,
lebih memahami konsep dan dapat mengembangkan potensi diri. Jadi, penggunaan video di
dalam pembelajaran dilihat sebagai salah satu media pembelajaran yang menarik kerana
penampilan gambar berwarna serta suara mampu meningkatkan hasil pembelajaran pelajar
(Indrie et al., 2021).

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Memandangkan pelajar pada zaman kini lebih menjurus menggunakan aplikasi internet dan
gajet elektronik, maka penyelidik cuba menghasilkan satu pembelajaran yang menggunakan
media elektronik dan penggunaan video rakaman untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang menarik bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya. Teknik 3-MINOS yang
dicipta ini digunakan untuk memberikan satu pedagogi bagi proses PdP yang menarik supaya
pelajar dapat mengingat ilmu yang dipelajari dalam jangka masa yang lama. Tujuan utama
kajian ini adalah sebagai platform untuk pelajar memahami, mengingati dan mampu
mengeluarkan fakta ketika menjawab soalan esei pendek di dalam peperiksaan dengan baik.
Justeru itu, teknik ini diharapkan mampu meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar
bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya.

1.3 Andaian, Nilai Dan Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP
Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan model Kajian Tindakan Model Bridget Somekh
(1989) (Rajah 1). Menurut Othman (2015), Bridget Somekh telah mengembangkan
langkah-langkah kajian tindakan dengan lebih terperinci berasaskan kajian Kemmis dan John
Elliott. Namun begitu, secara kesimpulannya, semua kaedah yang diperlukan di dalam
sesebuah kajian tindakan mestilah mempunyai ciri-ciri am yang sama dan dijalankan dalam
bentuk gelung yang merangkumi aktiviti berikut:

1. Mengenalpasti masalah
2. Merancang tindakan
3. Melaksanakan tindakan
4. Melakukan refleksi
5. Ke kitaran seterusnya sehingga mendapat data yang lebih jitu

Kajian ini mengambil masa selama empat minggu dan dijalankan di dalam satu
kitaran sahaja. Kajian ini mengambilkira semua langkah yang terdapat dalam gelung kajian
tindakan. Langkah-langkah seperti membuat refleksi, menentukan fokus kajian, merancang
tindakan serta melaksanakan tindakan, seterusnya memerhati dan membuat refleksi semula
terhadap keseluruhan proses telah dibuat untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut kaedah baru tercapai.

Kajian Tindakan

RAJAH 1: Kitaran aktiviti kajian tindakan oleh Bridget Somekh (1989) (Othman, 2015)
2.0 REFLEKSI PdP LALU
2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Penyelidik telah mengajar Subjek Biologi di kolej matrikulasi selama 14 tahun dan telah
berada di dalam Program Dua Tahun (PDT) (yang sekarang telah ditukar menjadi Sistem
Empat Semester [SES]) selama tujuh tahun. Kebiasaannya, pelajar yang memasuki aliran
SES sains adalah pelajar yang mendapat Gred D ke bawah bagi subjek Matematik Tambahan
semasa menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Begitu juga dengan gred
Biologi dan Bahasa Inggeris mereka. Kebanyakannya adalah rendah seperti Gred C walaupun
terdapat juga pelajar-pelajar yang baik gred Biologi dan Bahasa Inggeris mereka. Namun
disebabkan gred Matematik Tambahan yang rendah maka mereka dimasukkan ke dalam
kelompok pelajar dua tahun. PdP di kolej matrikulasi adalah menggunakan perantaraan
Bahasa Inggeris. Jadi, sepanjang pengajaran penyelidik, didapati jika pelajar tidak memahami
maksud terma atau perkataan sains, pelajar dilihat agak sukar untuk mempelajari subjek
tersebut. Terutamanya bagi subjek Biologi.

Bagi topik-topik di dalam subjek Biologi Matrikulasi, Topik 2: Struktur Sel dan
Fungsinya merupakan antara topik yang agak sukar dikuasai oleh pelajar kerana terdapat
terma-terma untuk menggambarkan sesuatu organel di dalam sel kadang-kadang merupakan
terma yang baharu di dengar oleh pelajar. Namun, topik ini sebenarnya telah dipelajari
sebagai asas kepada subjek Biologi semasa di Tingkatan 4. Berdasarkan pengalaman
mengajar, penyelidik selalu melukis gambarajah dan menerangkan isi pembelajaran di papan
putih dan memberi soalan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan di dalam kelas atau pun di

Kajian Tindakan

asrama. Kaedah konvensional ini sebenarnya memberi kepuasan mengajar kepada penyelidik
sebagai pensyarah. Namun dengan kepesatan penggunaan gajet di dalam zaman yang serba
moden ini, kaedah ini dilihat telah menjadi kurang relevan untuk membantu pembelajaran
murid. Kaedah ini didapati kurang berkesan kepada pelajar untuk menguasai topik ini.
Menurut Mahasan (2003), di dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah
chalk and talk mungkin sudah tidak relevan lagi buat masa kini.

Tambahan pula dengan suasana norma yang baru disebabkan penularan wabak
Covid-19 ini, maka kebanyakan kelas dijalankan secara dalam talian. Pelajar didapati begitu
keliru dengan segala terma untuk menggambarkan ciri-ciri organel. Terdapat sembilan
organel yang berada di dalam sel haiwan dan tumbuhan yang perlu pelajar tahu ciri-ciri dan
fungsi organel tersebut. Jadi, jika pelajar tidak dapat mengingati ciri-ciri organel dengan baik
ia akan menyebabkan pelajar gagal menjawab soalan berkaitan organel dan seterusnya
memberi kesan buruk kepada keputusan ujian.

Tinjauan awal tentang ketidakfahaman dan miskonsepsi telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah pemerhatian di dalam kelas, temubual pelajar, semakan lembaran kerja
dan Ujian Diagnostik. Rata-rata pelajar sukar untuk menerangkan ciri-ciri organel dengan
baik dan hasilnya, mereka kurang mendapat markah untuk proses tersebut. Penyelidik berasa
tidak berpuas hati dengan kaedah pengajaran sedia ada dan berasa terpanggil untuk
melakukan inovasi di dalam proses PdP.

2.2 Refleksi Pelajar
Melalui pemerhatian di dalam kelas, pelajar kebanyakannya kurang memberi perhatian
semasa pensyarah mengajar topik ini. Mungkin disebabkan topik ini mengambil masa yang
lama untuk diselesaikan, pelajar sering kelihatan bosan di dalam kelas. Jika diberi kumpulan
perbincangan, mereka dilihat agak pasif dan kurang berinteraksi antara satu sama lain. Jika
pensyarah bertanya soalan tentang organel, ada yang tertukar nama organel dan tidak dapat
menyebut nama sesuatu organel dengan baik. Malahan, jika diminta menyenaraikan ciri-ciri
organel di dalam soalan struktur yang membawa dua atau tiga markah, pelajar hanya dapat
menyenaraikan satu jawapan sahaja dan kadang-kala jawapan itu tidak tepat. Penyelidik
dapat melihat pelajar keliru dan sukar mengingat dengan baik. Jadi, pada pandangan
penyelidik, pelajar memerlukan sesi PdP yang menyeronokkan untuk mengekalkan mereka
secara aktif di dalam topik yang agak sukar.

2.3 Lain-lain Refleksi/ Aspek Berkaitan
Bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya ini, rancangan mengajar telah diperuntukkan selama
12 jam. Dengan jangka masa yang panjang ini pelajar perlu belajar tentang sel haiwan dan
tumbuhan serta semua organel yang terdapat di dalam kedua-dua jenis sel tersebut. Ini
termasuklah semua komponen seperti membran plasma, proses pengangkutan keluar-masuk
sel dan banyak lagi. Ini mungkin salah satu faktor yang menyebabkan pelajar bosan dan
kurang berminat untuk belajar.

Jika pelajar tidak dapat menguasai topik ini, pelajar akan mempunyai masalah untuk
mendapat markah terbaik di dalam Ujian Penilaian Semester 1 (UPS1) dan peperiksaan akhir
nanti. Di dalam peperiksaan akhir, topik ini memberikan 17.2% daripada markah keseluruhan
dan merupakan antara markah tertinggi di dalam semua topik Biologi DB014. Selain itu,
topik Struktur Sel dan Fungsinya merupakan topik asas di dalam biologi dan pelajar akan
mempelajari organel-organel tertentu secara lebih terperinci di dalam topik-topik yang

Kajian Tindakan

selanjutnya seperti mitokondria di dalam Respirasi Sel, kloroplast di dalam Fotosintesis,
nukleus di dalam Pembahagian Sel dan Sistem Pembiakan serta banyak lagi.

Jadi pengetahuan asas ini amat perlu dikukuhkan supaya pelajar dapat menyimpan
maklumat topik ini di dalam ingatan jangka panjang mereka serta menggabungjalinkan
semula maklumat nanti di dalam topik-topik yang seterusnya.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Pembelajaran di matrikulasi pada masa kini, sebenarnya amat mementingkan kerjasama
antara pelajar dengan pensyarah. Pensyarah di kolej matrikulasi kini, perlu berusaha
mengaplikasi teknologi yang penuh dengan cabaran di dalam PdP mereka. Berdasarkan
kajian lepas, kaedah PdP pensyarah pada abad ke-21 masih berpusatkan pensyarah, namun
pensyarah tetap memainkan peranan penting dalam melibatkan pelajar secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran (Mohamad, 2012). Oleh yang demikian bagi memastikan proses
pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif, sesuai dengan keperluan pembelajaran
pada abad ke-21 serta lebih bermakna, maka sedikit pengubahsuaian di dalam pedagogi PdP
perlu dilakukan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang bergerak pantas dan meluas
memberi kesan kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan. Secara tidak
langsung ianya telah mengubah cara manusia belajar (Mason, Cooper & Wilks, 2015).
Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses pemahaman pelajar
lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih divergen (Norah, Nurul
Izzati & Radhiah, 2012). Video yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran
berpusatkan pelajar (Students Centred Learning) sering dijadikan sebagai alat untuk
mengajar. Menurut kajian Syamsulaini dan Mashitoh (2016), penggunaan video banyak
membantu pendidik untuk memudahkan aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok
untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk
menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan
kaedah pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam
pembelajaran.

Berdasarkan kajian lepas juga, ketidakfahaman istilah teknikal di dalam Bahasa
Inggeris (Faridah & Afham, 2018), keupayaan untuk meneroka pengetahuan baharu
(Othman, 2015) dan tahap kesediaan terhadap pembelajaran (Faridah & Saifulnizam, 2017;
Lim 2012; Wong, 2014) merupakan faktor penyebab kepada kurangnya minat untuk belajar
dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kepada isu tersebut, didapati secara umumnya pelajar
yang mempunyai kurang kefahaman akan mendorong mereka untuk kurang memberi
tumpuan dan minat di dalam kelas. Menurut Yusfaizah dan Mohd Ishah (2012) pelajar kurang
berminat apabila subjek yang diajar adalah teori dan kurang mencabar. Menurut Rafiza
(2013) kaedah pembelajaran interaktif sangat membantu di dalam meningkatkan kefahaman
dan minat pelajar di dalam kelas.

Oleh itu, dengan memperkenalkan kaedah inovasi dalam pedagogi penyelidik,
penyelidik yakin para pelajar dapat menguasai Topik Struktur Sel dan Fungsinya dengan
baik. Memperkenalkan kaedah inovasi di dalam PdP juga disokong oleh kajian Mohamed
(2012). Beliau berpendapat bahawa pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda,
ilmu dan ciptaan budaya tamadun adalah dengan bertujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu
atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Kajian tindakan adalah

Kajian Tindakan

platform kepada penyelidik untuk memperkenalkan dan membangunkan kaedah pengajaran
baharu yang digarap daripada proses refleksi (mengimbas kembali) penyelidik terhadap
tugasan seharian. Oleh itu, penyelidik telah mencuba untuk membuat refleksi terhadap
perkara yang berlaku di dalam kelas semasa aktiviti PdP dijalankan. Ini adalah penting
supaya lebih banyak inovasi dan pembangunan di dalam PdP dapat dilaksanakan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman belajar
pelajar Sistem Empat Semester (SES) di dalam menulis esei pendek ciri-ciri dan fungsi
organel bagi Topik 2: Struktur Sel dan Fungsinya dengan menggunakan Teknik 3-MINOS.

Secara khususnya pula, kajian ini dilaksanakan untuk:
1. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menulis esei pendek tentang ciri-ciri dan fungsi

organel di dalam Topik Struktur Sel dan Fungsinya.
2. Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar melalui Teknik 3-MINOS.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang pelajar perempuan Melayu daripada Tutorial
P3T18. Mereka merupakan pelajar SES Modul I yang mengambil subjek biologi Semester I
bagi Sesi 2020/2021. Mereka dipilih sebagai peserta kajian disebabkan keputusan Ujian
Diagnostik yang kurang cemerlang iaitu kurang daripada 50% daripada markah keseluruhan.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah Dan Isu)
Data tinjauan awal telah dianalisis dan dilaporkan seperti di dalam Jadual 1 di bawah.

Cara JADUAL 1: Analisis data tinjauan awal Refleksi
penilaian Dapatan kajian
Pemerhatian
dalam kelas Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses i) Penyelidik
PdP berlangsung, penyelidik mendapati bahawa: yakin pelajar
Semakan i) Terdapat pelajar yang kelihatan bosan apabila memerlukan
lembaran sesuatu kaedah/
kerja ciri-ciri organel dibincangkan secara verbal teknik yang
sahaja boleh
ii) Pelajar hanya menunggu jawapan daripada membantu
pensyarah apabila soalan diajukan kepada mengekalkan
pelajar. ingatan jangka
iii) Pelajar bersikap pasif dan kurang berinteraksi panjang
dengan rakan lain semasa perbincangan. mereka.
iv) Pelajar tidak yakin semasa menyenaraikan
ciri-ciri organel ketika menjawab soalan esei ii) Sesi PdP perlu
pendek berkaitan organel berlaku dalam
v) Ada pelajar yang tidak dapat mengenalpasti keadaan yang
sesuatu organel yang ditunjukkan oleh menyeronokkan
pensyarah dan bermakna
serta pelajar
Pelajar membuat soalan di dalam lembaran perlu terlibat
kerja: secara aktif

Kajian Tindakan

Temubual i) Pelajar tidak dapat menjawab soalan agar mampu
soalan berkaitan cir-ciri organel dengan tepat dan menarik minat
terbuka lengkap. mereka untuk
terus kekal dan
Ujian ii) Pelajar tidak dapat menulis terma-terma yang memberi
diagnostik saintifik dengan baik kerana lebih menjurus tumpuan dalam
kepada bahasa Malaysia PdP
terutamanya
Di antara jawapan bagi temubual soalan terbuka bagi topik yang
dengan pelajar adalah: agak sukar.

i) “Saya tak dapat nak ingat semua ciri organel iii) Pelajar keliru
yang Miss ajarkan” dan sukar
mengingati
ii) “Saya keliru dengan ejaan seperti cistae, ciri-ciri dan
cisternae… pastu untuk organel yang mana fungsi bagi
satu pulak…” setiap organel
yang ada.
iii) “Saya tak berapa nak ingat fungsi
organel-organel tu… banyak sangatlah
Miss….”

iv) “Saya confuse dengan fungsi-fungsi organel
tu….macam RER dengan SER… pening
dah Miss…”

Pelajar diminta menjawab 10 soalan objektif i) Pelajar tidak
dalam masa 15 minit. Markah penuh pelajar dapat
adalah 10. Dapatan daripada Ujian Diagnostik menggambarkan
yang dilakukan ke atas pelajar adalah seperti sesuatu organel
Jadual 3 di bawah. dengan jelas.
Oleh itu, mereka
Jadual 3: tidak dapat
Markah Ujian Diagnostik mengingat
ciri-ciri organel
Bil. Pelajar Markah Ujian tersebut dengan
Diagnostik (%) baik.

1. P1 50.0

2. P2 70.0

3. P3 80.0

4. P4 70.0

5. P5 90.0

6. P6 50.0

7. P7 100.0

8. P8 30.0

9. P9 100.0

10. P10 100.0

11. P11 90.0

Kajian Tindakan

Berdasarkan dapatan Ujian Diagnostik menunjukkan, 27.2% (n=3) pelajar mendapat
markah kurang daripada 7. Ini menunjukkan bahawa hampir 1/3 pelajar masih tidak dapat
menguasai Topik Struktur sel dan Fungsinya. Oleh itu, penyelidik cuba memperkenalkan satu
kaedah pembelajaran yang dinamakan Teknik 3-MINOS untuk membantu pelajar
menambahbaik kaedah mengingat dan merumus ciri-ciri organel kepada tiga orang pelajar ini
sebagai Peserta Kajian (PK) kepada penyelidik.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan Bahan/Aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti dan Justifikasi)

(a) Pembinaan Intervensi

(i) Sejarah Penemuan 3-MINOS
Teknik ini sebenarnya diadaptasi daripada satu kaedah mempersembahkan penulisan tesis
dalam masa tiga minit yang dikenali sebagai 3-minutes thesis presentation (3MT). Teknik ini
sebenarnya dimulakan oleh Universiti Qeensland, Australia kepada pelajar-pelajar Sarjana
dan PhD pada tahun 2008 (Schuhmann, 2010). Tujuan asal 3MT diperkenalkan adalah untuk
menarik minat pelajar sarjana dan PhD untuk berkongsi kajian dengan orang lain yang bukan
dari bidang mereka. Sehingga sekarang, banyak universiti di seluruh dunia mengaplikasikan
teknik ini termasuklah di Malaysia sendiri. Oleh itu, penyelidik cuba mengadaptasi dan
mengubahsuai teknik 3MT ini supaya sesuai dengan pembelajaran pelajar matrikulasi. Jadi,
terhasilah Teknik 3-MINOS. 3-MINOS merupakan singkatan kepada Three Minutes
Organelle Presentation in One Slide.

(ii) Pendekatan Pembelajaran Teknik 3-MINOS
Penyelidik cuba memasukkan pendekatan pembelajaran yang sering digunakan di dalam
proses PdP pelajar matrikulasi seperti pembinaan info grafik, pengucapan awam
(pembentangan slaid powerpoint), kemahiran berbahasa dan kemahiran ICT kepada pelajar.
Pendekatan pembelajaran yang digunakan di dalam Teknik 3-MINOS ditunjukkan di dalam
Rajah 2 di bawah.

RAJAH 2: Pendekatan pembelajaran Teknik 3-MINOS.

Teknik ini dipilih oleh penyelidik kerana selain untuk melihat pemahaman konsep
pembelajaran oleh pelajar, ianya juga memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan idea

Kajian Tindakan

dan kreativiti mereka bagi menyelesaikan masalah pembelajaran melalui pernyataan idea
dalam bentuk peta pemikiran dan diterjemahkan di dalam pembentangan.

(iii) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

● Tindakan Menangani Masalah
Oleh kerana pembelajaran sekarang lebih menjurus kepada pembelajaran secara maya, maka
penyelidik juga telah menggunakan pendekatan pembentangan secara maya. Oleh itu, pelajar
perlu:

1. Menghasilkan satu info grafik ataupun nota ringkas power point tentang satu organel
yang mereka rasakan sukar untuk dikenalpasti dan difahami dengan menggunakan apa
sahaja jenis peta pemikiran yang digemari

2. Nota ini mestilah dibuat dalam satu (1) slaid power point sahaja
3. Pelajar perlu membentangkan apa yang mereka tulis tersebut secara verbal (di dalam

Bahasa Inggeris) dan divideokan.
4. Video tersebut akan di kongsi di dalam kumpulan whatsApp kelas dan Google

Classroom dan boleh ditonton serta dikongsi oleh semua rakan sekelas yang lain.

● Cara Pelaksanaan Tindakan
Perlaksanaan tindakan untuk kajian ini hanya menggunakan satu kitaran sahaja di mana
penyelidik dapat membuat pemerhatian, mengumpul data dan menganalisis data melalui satu
kitaran sahaja. Arahan kepada Peserta Kajian diberikan di dalam kelas dan proses penyediaan
slaid dan video dibuat di luar kelas oleh pelajar tersebut. Pelajar yang bukan Peserta Kajian
juga disarankan melakukan aktiviti ini. Proses pelaksanaan tersebut dinyatakan di dalam
Rajah 3 di bawah.

Kajian Tindakan

Rajah 3: Proses Pelaksanaan Teknik 3-MINOS.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Pengumpulan Data
Setelah aktiviti untuk kajian ini dijalankan, data kajian dikumpul dan dianalisis.
Memandangkan kesemua Peserta Kajian memilih jasad Golgi sebagai organel yang sukar
dikenalpasti, maka soalan untuk Ujian 1 dan 2 adalah berdasarkan kepada soalan esei pendek
berikut:

Question: [5 marks]
Describe the structures and function of Golgi apparatus.

Answer Scheme:

Organelle Structure Function
● Single layer membrane
Golgi ● Consists of flattened Modifying, packaging and
apparatus transport proteins received
membranous sacs – cisternae from the rough ER to the cell
● Cisternae separates the internal membrane for export

space from cytosol
● Cisternae has cis face and

trans face

Berdasarkan pemerhatian di dalam Ujian 1, tiada Peserta Kajian yang dapat menjawab
soalan mengikut skema jawapan dengan betul. Namun setelah Teknik 3-MINOS didedahkan
kepada pelajar, peningkatan dari segi mengeluarkan ciri-ciri dan fungsi organel (dalam
menjawab soalan esei pendek) dapat dilihat melalui Ujian 2. Contoh jawapan pelajar adalah
seperti berikut:

Jawapan Peserta Kajian 1:

Kajian Tindakan

JADUAL 4:Markah Ujian 1 dan 2:

Ujian UJian 1 Ujian 2

Markah 5 5

penuh

Markah 0 4

diperoleh

Jawapan Peserta Kajian 2:

JADUAL 5: Markah Ujian 1 dan 2:

Ujian UJian 1 Ujian 2

Markah 5 5

penuh

Markah 2 5

diperoleh

Jawapan Peserta Kajian 3:

Kajian Tindakan

JADUAL 6: Markah Ujian 1 dan 2:

Ujian UJian 1 Ujian 2

Markah 5 5

penuh

Markah 2 5

diperoleh

7.2 Analisis Data
Hasil daripada keputusan Ujian Diagnostik, Ujian1 dan Ujian 2 telah dianalisis dan
ditunjukkan di dalam Jadual 7 dan Rajah 4 dibawah. Didapati, terdapat peningkatan dari segi
kemahiran menulis esei pendek dalam kalangan Peserta Kajian dengan lebih baik setelah
Teknik 3-MINOS diperkenalkan kepada mereka.

JADUAL 7: Perbandingan Keputusan Ujian Diagnostik, Ujian 1 dan Ujian 2.

Bil. Pelajar Peratusan (%)

Ujian Diagnostik Markah Ujian 1 Markah Ujian 2

1. PK1 30.0 0.0 80.0

2. PK2 50.0 20.0 100.0

3. PK3 50.0 20.0 100.0

Kajian Tindakan

RAJAH 4: Carta Bar Perbandingan Markah Peserta Kajian.
8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Penerangan Perubahan
Penggunaan Teknik 3-MINOS dilihat dapat memberikan kesan positif kepada pelajar di
dalam meningkatkan kefahaman tentang ciri-ciri organel dan fungsinya serta dapat
mengukuhkan ingatan mereka terhadap Topik Struktur Sel dan Fungsinya. Teknik ini juga
dapat meningkatkan keyakinan pelajar di dalam menjawab soalan Ujian Pos dengan lebih
baik. Oleh itu, kesemua objektif kajian penyelidik telah berjaya dicapai dengan
mengaplikasikan Teknik 3-MINOS ini di dalam PdP penyelidik.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, Teknik 3-MINOS ini telah berjaya membantu
pelajar-pelajar kelas tutorial penyelidik di dalam meningkatkan kefahaman di dalam Topik
Struktur Sel dan Fungsinya. Peserta Kajian penyelidik dilihat lebih berkeyakinan untuk
menjawab soalan penyelidik sebagai pensyarah kelas mereka. Mereka juga kelihatan lebih
berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan peperiksaan
yang lepas. Penyelidik berasa lebih seronok untuk mengajar dan lebih bersemangat untuk
mengajar pelajar-pelajar SES ini. Pada pendapat penyelidik, pelajar-pelajar ini perlu diberi
perhatian yang lebih agar mereka dapat mencari maksud tersirat disebalik keperluan untuk
menuntut ilmu dan bukannya untuk peperiksaan sahaja.

Pencapaian pelajar dalam Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Teknik 3-MINOS ini dilihat berupaya meningkatan memori jangka panjang pelajar
untuk mengingat dan memahami konsep yang diajar di dalam Topik Sel Struktur dan
Fungsinya. Ini mungkin disebabkan pelajar sendiri yang terlibat untuk menyediakan info
grafik sebagai nota. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persembahan
melalui video ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan untuk
bercakap dengan lebih bersemangat, meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap apa
yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdP lebih ceria, menyeronokkan dan
bermakna.

Kajian Tindakan

8.2 Kekuatan Dan Kelemahan Kajian
Namun terdapat beberapa penambahbaikan dan cadangan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan lagi penggunaan teknik ini yang boleh dilaksanakan untuk kajian seterusnya
iaitu:
1. Mengaplikasikan Teknik 3-MINOS sebaik sahaja penyelidik mengajar Struktur Sel dan

Fungsinya
2. Penyelidik boleh menyediakan satu modul penggunaan Teknik 3-MINOS dalam PdP

secara lebih terancang dan teratur.
3. Menggunakan Teknik 3-MINOS di dalam topik-topik Biologi yang lain.

8.3 Pencapaian Objektif
Melalui kajian yang dibuat ini, penyelidik berasa puas hati di dalam membantu pelajar
memahami Topik Struktur Sel dan Fungsinya secara amnya dan mengingati struktur organel,
ciri dan fungsinya secara khasnya. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menjawab
objektif yang dicadangkan iaitu Teknik 3-MINOS telah berjaya meningkatkan keyakinan
pelajar untuk menulis esei pendek tentang ciri-ciri dan fungsi organel di dalam Topik Struktur
Sel dan Fungsinya serta membantu meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar
tentang topik yang dikaji.

8.4 Keberkesanan Tindakan/Aktiviti
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran penyelidik iaitu mengajar merupakan satu terapi yang
menyeronokkan dan refleksi bagi setiap PdP dapat membantu penyelidik sebagai pensyarah
untuk lebih menjadikan inovasi PdP sebagai satu platform dalam menghasilkan bahan bantu
mengajar serta mencari teknik pengajaran ke arah melaksanakan pdP yang lebih baik dan
berkesan. Bagi amalan pembelajaran pelajar pula, pelajar di bawah bimbingan penyelidik
dilihat lebih yakin untuk bertanya dan lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan
peperiksaan yang lalu. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
PdP lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, teknik ini juga boleh
digunakan sebagai alternatif pedagogi di dalam pembelajaran Biologi di matrikulasi. Oleh itu,
perkongsian maklumat tentang teknik ini akan dibuat bersama-sama rakan seunit terlebih
dahulu di dalam sesi perkongsian seperti intellectual discourse. Semoga Teknik 3-MINOS ini
dapat membantu pelajar matrikulasi di dalam pencapaian akademik Biologi mereka.

9.0 PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kolej Matrikulasi Kedah kerana
memberi peluang kepada penyelidik untuk berkongsi idea dan melontarkan hasil kajian ini di
peringkat kolej dan juga kebangsaaan (BMKPM). Sesungguhnya apa yang penyelidik
paparkan di dalam kajian ini hanyalah secebis usaha yang telah dilakukan untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar matrikulasi amnya dan pelajar biologi khususnya.
Banyak lagi kerja keras yang perlu penyelidik taburkan demi memastikan kemenjadian
pelajar matrikulasi sama ada dari aspek akademik dan juga kehidupan mereka. Ucapan terima
kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak sepanjang kajian ini dijalankan.

10.0BIBLIOGRAFI

Kajian Tindakan

Aliyyah, R.R., Amini, A., Subasman, I., Herawati, E.S.B. & Febiantina, S. (2021). Upaya
Pembelajaran Hasil Belajar IPA Melalui Penggunaan Media Video Pembelajaran.
Jurnal Sosial Humaniora, 12(1), 52-70.

Ani, M. Hasan, Elya Nusantari, Masra Latjompoh & Nurrijal. (2018). Buku Ajar: Strategi
Belajar Mengajar Biologi. Kota Gorontalo: Universiti Negeri Gorontalo Press.

Campbell, N. A., Reece, J. B., Cain, L. A., Wassermen, S. A., Minorsky, P. V. & Jackson, R.
B. (2016). Biology. (11th Ed.) USA: Pearson Benjamin Cummings.

Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2018). Kajian Keberkesanan Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Keberkesanan Terhadap
Kursus Principles of Marketing. The 6th World Congress on Technical and Vocational
Education and Training (WoCTVET 2018), page 1-13.

Faridah Che In & Saifulnizam Zakaria. (2017). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Melalui
Pembelajaran Koperatif: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Cost Management
Accounting 2. e-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through
Exhibition (iCompEx’17), ms 1-13.

IIP Anipah. (2019). Penggunaan Media Berbantukan Aplikaso Youtube Dalam Meningkatkan
Hasil Belajar Peserta Didik Pada Materi Sel (Tesis Sarjana Pendidikan Tidak
Diterbitkan). Universitas Pasundan, Bandung, Indonesia.

Indrie Prihasfuti, Ari Widodo, Liliasari & Riandi. (2021). Belajar Melalui Video Untuk
Melatih Ketrampilan Berpikir Kristis Guru IPA. Biosfer: Jurnal Biologi dan
Pendidikan Biologi, 6(1), 73-83. ISSN 2549-0486.
Doi: http://dx.doi.org/10.23969/biosfer.v6i1.4210

Ismail Sulaiman. (2018). Pembinaan dan Pengujian Kebolehgunaan Modul Pengajaran
Berasaskan Peta Pemikiran Bagi Topik Nisbah, Kadar dan Kadaran (Tesis Sarjana
Pendidikan Tidak Diterbitkan). Universiti Sultan Idris, Malaysia.

Lawrence, E. (2016). Henderson’s Dictionary of Biological Terms. (16th Ed.). USA: Prentice
Hall.

Lim Kui Lik. (2012). Penggunaan Peta Minda Dlam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan
Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun
2012, page 31-45.

Mahasan Mahmood (2003). Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. Kuala Lumpur: SMK
Yaacob Latif.

Mason, R., Cooper, G., & Wilks, B. (2015). Using Cognitive Load Theory To Select An
Environment For Teaching Mobile Apps Development. In: D. D’Souza & K. Falkner
(Eds). Published in Proceedings of the 17th Australasian Computing Education
Conference. Sydney, Australia.

Kajian Tindakan

Mohamed, N.H. (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif Di Sekolah
Menengah Vokasional (Tesis Doktor Falsafah Tidak diterbitkan). Universiti Tun
Hussein Onn, Malaysia.

Norah, M.N., Nurul Izzati, H. & Radhiah, A.R. (2013, December). The Framework For
Learning Using Video Based on Cognitive Load Theory Among Visual Learners.
Published in Proceedings of the 5th Conference on Engineering Education. page.
15-20.

Othman Lebar. (2015). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Teori Dan Amalan. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Putri Pajar Melati. (2016). Analisis Kesulitan Belajar Siswa Pada Materi Sel di Kelas XI
SMA Negeri 1 Rasan Jaya (Tesis Sarjana Pendidikan Tidak Diterbitkan). Universitas
Muhammadiyah, Pontianak, Indonesia.

Schuhmann, G. (2010). Theree Minutes Thesis (3MTTM). Students Handbook. Australia:
University of Queensland. Retrieved from
http://www.uq.edu.au/grad-school/three-minute-thesis

Sternberg, R.J. & Spear-Swerling, L. (1996). Teaching for thinking. Washington: American
Psychological Association.

Sternberg, R.J. (1984). Towards a triarchic theory of human intelligence. Behavioural and
Bain Sciences, 7(2), 269-287. Retrieved from
https://doi.org/10.1017/S0140525X00044629

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in
Education (JICTIE), 3. 24-33.

Wong Lee Leong. (2014). Kesan Pembelajaran Koperatif (Students Team Achievement
Division-Stad) Terhadap Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah (Tesis Sarjana Pendidikan Tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Malaysia.

KEBERKESANAAN PENGUNAAN PADLET DALAM PROSES
PEMBELAJARAN AMALI TIKUS TERHADAP MOTIVASI BAHAN

PENGAJARAN PELAJAR

Dr Muhamad Shakir bin Saad
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Che Jamaliah binti Abd Manaf
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]

Nor Hayati bin Samsudin
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Noor Nadhirah binti Omar
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

KEBERKESANAAN PENGUNAAN PADLET DALAM PROSES PEMBELAJARAN
AMALI TIKUS TERHADAP MOTIVASI BAHAN PENGAJARAN PELAJAR

Dr Muhamad Shakir bin Saad1
Che Jamaliah binti Abdul Manaf2

Nor Hayati binti Samsudin3
Noor Nadhirah binti Omar4

[email protected]
[email protected]
[email protected]

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan proses pembelajaran padlet
terhadap motivasi bahan pengajaran pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan
kuantitatif bukan tinjauan dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang melibatkan 120
orang pelajar program satu tahun modul 1 matrikulasi Kolej Matrikulasi Kedah. Soal selidik
motivasi bahan pengajaran yang dibagunkan oleh Keller (1987) digunakan untuk mengukur
motivasi bahan pengajaran pelajar dalam amali proses pembedahan tikus. Kajian dilakukan
selama 4 minggu dengan 2 minggu intervensi dan 2 minggu melibatkan soal selidik motivasi
bahan pengajaran pra serta pasca. Kajian ini menggunakan kaedah pengujian statistik iaitu
ujian t sampel berpasangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kumpulan eksperimen
(penggunaan padlet individu & penggunaan padlet koperatif) menunjukkan perubahan
signifikan dalam skor min motivasi bahan pengajaran berbanding dengan kumpulan
tradisional dengan penggunaan padlet koperatif menunjukkan perbezaan signifikan yang
tinggi jika dibandingkan penggunaan padlet individu dan kaedah tradisional. Ini jelas
menunjukkan bahawa penggunaan padlet dalam proses pembelajaran tikus dapat
menyediakan satu platform alternatif komunikasi yang interaktif di antara pelajar dengan
pensyarah seterusnya meningkatkan motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran.

Kata Kunci: padlet, koperatif, tikus, motivasi, kuasi-eksperimental

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan ialah bersifat regresif dan dinamik yang sentiasa berubah dari satu masa ke satu
masa yang lain (Gutnit et al., 2011; Rideout, 2011). Perubahan dalam bidang pendidikan
berkait rapat dengan perubahan sosioekonomi sesuatu masyarakat yang berkembang secara
progresif seiring dengan kemajuan teknologi (Saadé et al., 2012). Teknologi pendidikan ialah
proses yang sistematik dan tersusun untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan merupakan
satu jalan sistematik bagi pemberian konsep oleh para pendidik (Rosen & Beck-Hill, 2012).
Penggunaan teknologi pendidikan mengubah landskap teknik pengajaran guru, kaedah
pembelajaran pelajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan. Teknologi
pendidikan mempunyai tiga domain kegunaan iaitu teknologi sebagai tutor (komputer
memberi arahan kepada pengguna), teknologi sebagai alat bantu mengajar dan teknologi
sebagai bahan pembelajaran (Lowther et al., 2012). Dewasa kini penggunaan padlet
digunakan sebagai bahan pembelajaran terkini terutama dalam subjek-subjek Sains yang
menekankan guru sebagai perantara maklumat dan fakta kepada para pelajar (Lowther et al.,
2012).

1.1 Pernyataan Masalah
Proses pembelajaran amali pembedahan tikus sangat mencabar untuk dilaksanakan secara
tradisional kerana pelbagai kemahiran perlu dibincangkan di antara pelajar dan pendidik
(Spernjak et al., 2017). Peruntukkan masa hanya 2 jam amali pembedahan tikus ini sangat
membebankan kepada para pelajar (Spernjak et al., 2017). Di matrikulasi proses
pembelajaran amali tikus paling dinantikan oleh para pelajar dan masa yang terhad dalam
proses pembelajaran amali memberi kesan kepada motivasi pelajar bagi proses pembedahan
tikus (Muhamad Shakir, 2017). Penggunaan kaedah konvensional yang lazim digunakan
sebelum ini dalam proses pembelajaran amali menyebabkan pelajar merasa hambar, kurang
berminat dan mudah bosan atas alasan kaedah penyampaian yang digunakan adalah
mendatar dan kurang menarik menyebabkan minat pelajar terhadap proses pembedahan tikus
berkurang (Spernjak et al., 2017). Oleh itu, kaedah penggunaan padlet diperkenalkan supaya
menjadi satu alternatif menyelesaikan masalah motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran.
Padlet digunakan sebagai alat bantu mengajar interaktif yang menyediakan satu platform
komunikasi di antara para pelajar dan pendidik (Fisher, 2017). Padlet membolehkan para
pendidik mencipta status atas talian yang seterusnya boleh dikongsi dengan para pelajar.
Pendidik hanya perlu memberikan pautan seterusnya boleh dibuka oleh para pelajar
menggunakan telefon pintar atau komputer dan mereka berpeluang untuk memberikan serta
berkongsi idea dengan pelajar yang lain (Fadzil, 2015).

1.2 Persoalan Kajian
1. Adakah terdapat perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet individu (PI)?
2. Adakah terdapat perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet koperatif (PK)?
3. Adakah terdapat perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian

pasca) bagi kumpulan pelajar tradisional (PT)?

1.3 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet individu (PI).
2. Mengenal pasti perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet koperatif (PK).

3. Mengenal pasti perbezaan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian
pasca) bagi kumpulan pelajar tradisional (PT).

1.4 Hipotesis
Berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan, penyelidik mengemukakan beberapa
hipotesis nul yang dibina pada aras ke ertian, α, 0.05 seperti berikut
1. Terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan

ujian pasca) bagi kumpulan pelajar padlet individu (PI)
2. Terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan

ujian pasca) bagi kumpulan pelajar padlet koperatif (PK)
3. Terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan

ujian pasca) bagi kumpulan pelajar tradisional (PT)

1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini tentang penggunaan padlet dalam proses pembelajaran amali tikus yang
mengetengahkan pembelajaran berasaskan teknologi. Penggunaan teknologi padlet dalam
pendidikan sangat diperlukan darwasa kini, apabila pandemik COVID-19 menyerang
komuniti maka perjumpaan bersemuka di antara pelajar dengan pensyarah perlu dikurangkan.
Para pelajar boleh meninggalkan komen/persoalan di papan permukaan padlet dan seterusnya
pensyarah boleh menjawab persoalan pelajar dengan meminimakan perjumpaan pensyarah
dengan pelajar secara bersemuka. Di samping itu juga penggunaan padlet dalam pembedahan
amali tikus dapat memberi nafas baharu kepada teknik pembelajaran amali Biologi
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana kaedah yang digunakan sebelum
ini hanya menggunakan kaedah tradisional dalam semua pembelajaran amali Biologi program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.6 Skop & Batasan Kajian
Kajian ini ingin menyelidiki keberkesanan Padlet dalama proses pembelajaran amali tikus
program matrikulasi kendalian Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasil kajian ini tidak boleh di generalisasikan kepada semua pelajar pra-universiti atau
program asasi di bawah kendalian Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) walaupun sukatan pelajaran amali mengandungi pembedahan tikus. Hal ini
disebabkan perbezaan sukatan pelajaran amali di antara program tersebut berdasarkan teknik
pembedahan tikus. Kajian ini juga terbatas kepada satu jenis amali dalam mata pelajaran
Biologi peringkat matrikulasi kendalian BMKPM. Oleh itu hasil kajian tidak boleh di
generalisasikan kepada semua jenis amali dalam sukatan mata pelajaran Biologi program
matrikulasi kendalian BMKPM. Ini kerana kemahiran para pelajar berbeza bagi amali yang
lain kerana mempunyai konsep dan kemahiran yang berbeza.

1.7 Kerangka Teori
Pembelajaran Amali Tikus Menggunakan Padlet

2.0 TINJAUAN LITERATUR
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Perubahan
dalam sistem ini dapat dilihat melalui pengunaan kaedah pembelajaran berasaskan
penggunaan teknologi yang diperkenalkan (Basiron, 2012). Kepesatan perkembangan
teknologi telah menunjukkan bahawa perubahan teknologi masa kini telah membawa satu
anjakan bâharu dalam dunia pendidikan (Md Sahir & Mohd Ayub, 2015; Sulakah, 2017). Ini
dapat dilihat melalui pembangunan pendidikan yang mementingkarı pembudayaan dan
penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (Fadzil, 2015) dalam kalangan
pelajar. Penggunaan ICT di dalam sesi PdP sudah menjadi satu budaya pada masa kini (Ab
Rahman, Zainal, & Ab Karim, 2015). Antara aktiviti yang boleh digunakan dalam PdP ialah
penggunaan klip video sebagai alat bantu mengajar (ABM). Penggunaan Mip video dalam
PdP bukan lagi suatu yang baru (Berk, 2009). Teknik ini telah digunakan secara meluas
dalam pelbagai mata pelajaran. Kajian lepas juga menunjukkan penggunaannya telah
memberi kesan dalam pelbagai aspek pendidikan (Md Sahir & Mohd Ayub, 2015).
Pembelajaran berasaskan kepada video kini menjadi semakin popular seiring dengan
pembelajaran alaf baharu. Bahan pembelajaran digital tersebut banyak digunakan oleh para
pendidik untuk diadaptasikan ke dalam pelbagai konteks pembelajaran flipped classroom.
Aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif ini diperlukan dalam pendidikan masa kini
untuk membolehkan para pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bukan sahaja di
dalam kelas malah di luar kelas serta turut membantu supaya pelajar dapat mengulangkaji
pelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja (Zainul, Abdul Malek & Basharudin, 2017).

Cira et al. (2015) dalam artikelnya melibatkan para pelajar kejuruteraan perisian yang
telah mereka bentuk permainan video yang berkonsepkan sains hayat (Biologi) dengan
menggunakan alat kejuruteraan. Permainan ini perlu dijadikan model simulasi yang
berlandaskan kurikulum serta dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Para
pelajar ini diberi sepuluh minggu untuk menyiapkan projek ini dengan setiap minggu
mempunyai satu setengah jam untuk kuliah dan empat jam untuk makmal setiap minggu.
Konsep terpenting dalam permainan video ini ialah boleh menggalakkan para pelajar lebih
kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bermain permainan video ini. Sebagai
contoh reka bentuk permainan video Euglena sp sangat menarik untuk menunjukkan struktur
dan fungsi dalam organisma ini. Penggunaan video juga diperluaskan dengan Claire et al.
(2017) untuk menghasilkan objektif terapi bagi para guru yang berhadapan dengan pelajar
autism. Sembilan organisasi yang menawarkan bantuan kepada pelajar autism di Belanda
telah dipilih dalam kajian ini dengan melibatkan 53 pakar dalam terapi autism yang terdiri
daripada 41 perempuan dan 12 lelaki. Pakar-pakar ini menggunakan 14 video ringkas dan
membahagikan terapi kepada sembilan domain iaitu komunikasi, sosial, penjagaan diri,
bermain, penjagaan emosi, pengamalan sensor, peniruan dan pengalaman motor serta
kemahiran. 24 objektif terapi menggunakan robot untuk pelajar autism dihasilkan yang
melibatkan lapan domain ini. Namun hal demikian domain komunikasi dan sosial diberi
perhatian lebih daripada domain lain. Justeru itu asas kebanyakan objektif terapi berpandukan
kepada bagaimana untuk membentuk suasana pembelajaran yang membolehkan para pelajar
autism dapat berkomunikasi dengan baik. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan video
secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di antara pelajar dalam
kalangan autism seterusnya membuka ruang kepada penyelidik lain untuk menggunakan
video bagi para pelajar normal yang lain.

Cara paling efektif untuk membolehkan para pelajar dapat berkomunikasi dengan
berkesan ialah integrasi dalam bidang pendidikan melalui kurikulum, penilaian, dan
persekitaran pembelajaran (Solomon, 2014). Bagi melahirkan para pelajar yang dilengkapkan
dengan kemahiran berkomunikasi dengan baik, para guru perlu mentransformasikan
persekitaran pembelajaran bagi membolehkan para pelajar memperoleh kemahiran tersebut di
dalam kelas (Solomon, 2014). Pembelajaran persekitaran permainan teknologi melalui
koperatif khususnya penggunaan padlet boleh menyediakan platform terbaik bagi para pelajar
untuk dapat meningkatkan kemahiran sosial seseorang pelajar (Trilling & Fadel, 2009).
Menurut Effendi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran
yang merujuk kepada pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan,
berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli
kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru (Kagan, 1994).
Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada tiga hingga enam
orang ahli (Sharan, 1980). Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh
tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan, 1980). Semua kaedah pembelajaran
koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan
mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea bekerjasama,
kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat
pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan
memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990). Pembelajaran koperatif memerlukan
kolaborasi yang menuntut para pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain (Kagan,
1994). Proses ini mencabar para pelajar untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan
komunikasi berkesan dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai idea (Kagan, 1994).
Komunikasi ini boleh berlaku dalam bentuk oral, tulisan serta lenggok badan yang

memerlukan para pelajar untuk mendengar secara efektif termasuk mengetahui maksud, nilai
dan tingkah laku rakan-rakan yang lain (Plass et al., 2015). Selain itu pembelajaran
permainan teknologi ini akan membuka ruang kepada kepelbagaian komunikasi sebagai
contoh memberi motivasi, arahan atau paksaan (Kamisah et al., 2015). Ini menyebabkan para
pelajar perlu menghormati rakan-rakan lain untuk menggerakkan kumpulan secara aktif
(Plass et al., 2015). Kesediaan untuk menolong antara satu sama lain dapat diterap dan lebih
bersifat fleksibel dalam menuju tujuan yang sama dan nilai-nilai ini yang diperlukan bagi
membentuk kolaborasi sesama pelajar yang seterusnya boleh dipraktikkan dalam kehidupan
seharian (Turkay & Kinzer, 2014).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini bersifat kuantitatif dan penyelidikan eksperimen merupakan satu satunya jenis
penyelidikan yang boleh menguji hipotesis untuk menentukan hubungan berbentuk sebab dan
akibat (Noraini, 2010). Metodologi kajian eksperimen berdasarkan tiga kriteria iaitu
pemilihan sampel kumpulan rawatan secara rawak, mempunyai pengukuran yang sesuai
untuk variabel bertindak balas serta dapat mengawal semua faktor luar yang boleh
mengganggu kumpulan intervensi (Constas, 2007). Terdapat dua kaedah reka bentuk
penyelidikan eksperimen iaitu kajian eksperimen sebenar dan kajian kuasi eksperimen
(Noraini et al., 2010). Walau bagaimanapun dalam situasi sosial seperti di institusi
pendidikan agak sukar kaedah eksperimen sebenar dilaksanakan kerana prosedur pengagihan
secara rawak mengganggu kumpulan pelajar yang telah tersedia wujud (Creswell, 2014).
Situasi ini menyebabkan kaedah eksperimen sebenar kurang kesahan dalaman kerana tidak
menggambarkan situasi yang sebenar (Odle & Mayer, 2009). Di samping itu juga kaedah
eksperimen sebenar tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam konteks sains sosial kerana
manusia tidak seperti bahan eksperimen yang boleh dikawal sepenuhnya kerana mempunyai
faktor-faktor seperti emosi, peranan budaya dan jantina (Odle & Mayer, 2009). Oleh hal
demikian penyelidik dalam kajian ini memilih kaedah kuasi eksperimen yang sengaja
merancang untuk mengenakan rawatan kepada sampel. Kuasi eksperimen sering kali
digunakan dalam kajian pendidikan untuk dua sebab utama iaitu menilai keberkesanan
intervensi dan memperluaskan sesuatu sumber dalam isu tertentu (Shadish et al., 2002).
Kaedah kuasi eksperimen melibatkan pemilihan sampel yang tidak rawak apabila kumpulan
eksperimen atau kawalan tidak berkongsi ciri-ciri yang seimbang (Shadish et al., 2002).
Kajian kuasi eksperimen digunakan untuk menggantikan kajian eksperimen sebenar kerana
sampel tidak boleh dipilih secara rawak (Odle & Mayer, 2009).

Dalam kajian ini pemilihan sampel ialah dalam kalangan pelajar matrikulasi kendalian
BMKPM bagi meningkatkan kesamaan ciri dalam dua kumpulan yang sekata. Ujian pra
digunakan untuk melihat perbezaan antara kumpulan kawalan dan eksperimen bagi
membolehkan penyelidik mengubah suai instrumen bagi tujuan meningkatkan persamaan di
antara dua kumpulan (Heisman & Shadish, 1996). Dalam kajian ini ujian pra digunakan
untuk menentukan perbezaan yang wujud di antara kumpulan eksperimen dan kawalan.
Perbezaan skor markah ujian pra yang rendah di antara dua kumpulan ini menunjukkan
mereka mempunyai banyak ciri yang sama (Heiman, 1999). Di samping itu juga kajian ini
mengukur satu pemboleh ubah bersandar iaitu skor manakala motivasi bahan pengajaran soal
selidiknya yang dibangunkan oleh Kelly (1987). Ringkasan variabel bersandar dan variabel
tidak bersandar ditunjukkan dalam Rajah 2.

Variabel Tidak Variabel Bersandar
Bersandar
Skor Motivasi
Pembelajaran Bahan Pengajaran
Tradisional

Pembelajaran
Padlet
Pembedahan
Tikus Individu

Pembelajaran Padlet
Pembedahan Tikus
Koperatif

Rajah 2: Variabel-Variabel Kajian

3.2 Populasi & Sampel

Pensampelan adalah satu proses untuk memilih sampel daripada populasi sebagai asas untuk

menganggar atau meramal fakta, situasi atau hasil mengenai sesuatu populasi yang lebih

besar (Cohen et al., 2011). Responden yang terlibat dalam penyelidikan perlu dipilih dengan

tepat dan teliti bagi memastikan maklumat yang boleh dipercayai boleh dikumpul dan

dianalisis dengan betul. Penggunaan sampel boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa

penyelidikan (Mohd Majid, 2005). Terdapat dua prosedur pensampelan yang utama iaitu

pensampelan kebarangkalian dan pensampelan bukan kebarangkalian (Cohen et al., 2007).

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah pensampelan bukan kebarangkalian

dengan teknik pensampelan bertujuan. Pensampelan bertujuan boleh digunakan bagi kajian

yang ingin melihat keberkesanan sesuatu intervensi atau program (Bernard, 2002). Di

samping itu juga pensampelan jenis ini membolehkan penyelidik untuk memilih sampel yang

boleh memberi maklumat, pengetahuan atau pengalaman kepada penyelidik (Bernard, 2002).

Justeru itu selari dengan objektif kajian, penyelidik memilih teknik ini kerana kajian yang

dijalankan secara khususnya untuk melihat kesan penggunaan Padlet dalam pembelajaran

amali tikus. Dalam kajian ini jumlah pelajar kumpulan eksperimen sama dengan pelajar

kawalan. Jadual 1 menunjukkan agihan dua kelas kumpulan eksperimen dan kelas kawalan.

Jadual 1: Agihan Dua Kelas kumpulan eksperimen dan Kelas Kawalan

Jumlah Kelas Jumlah Kaedah

Tutorial Pelajar Pembelajaran

2 40 Proses

pembelajaran

padlet individu

2 40 Proses
pembelajaran
padlet koperatif

2 40 Kumpulan
Kawalan

3.3 Instrumen
Skala Motivasi Bahan Pengajaran (Instructional Materials Motivation Scale, IMMS) yang
dibina oleh Keller (1987) mengandungi 36 penyataan berskala likert. Keller menegaskan
matlamat utama instrumen ini adalah untuk mengukur motivasi yang diperoleh (perceived
motivation) terhadap sesuatu bahan pengajaran yang telah digunakan pelajar. Instrumen ini
mengukur empat komponen motivasi dalam bahan pengajaran iaitu perhatian (attention),
kerelevanan (relevan), keyakinan (confidence) dan kepuasan (satisfaction) pelajar terhadap
bahan pengajaran yang digunakan. Sampel pelajar perlu memberi maklum balas terhadap
kedua-dua penyataan positif dan negatif dengan menandakan pendapat pada skala 1 (sangat
tidak bersetuju), 2 (tidak setuju), 3 (neutral), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju). Untuk tujuan
analisis, skor penyataan negatif akan berlawanan dengan skor asal untuk mengekalkan
keseragaman data di mana skor tinggi menunjukkan motivasi positif dan skor rendah
menunjukkan motivasi negatif. Keller (2010) mencadangkan penggunaan istilah ‘lesson’
dalam soalan selidik IMMS boleh ditukar mengikut kesesuaian strategi pengajaran yang
digunakan. Oleh itu, istilah ‘lesson’ yang digunakan dalam beberapa item ditukar kepada
‘pembelajaran kelas amali’ supaya memberi makna yang lebih jelas kepada setiap item
tersebut. Keller (2010) melaporkan, skala motivasi bahan pengajaran mempunyai ketekalan
dalaman yang baik dengan nilai kebolehpercayaan cronbach’s alpha 0.96. Jadual 2
menunjukkan nilai cronbach’s alpha bagi setiap konstruk dalam soal selidik IMMS.

Jadual 2: Nilai Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha Setiap Konstruk Soal Selidik

IMMS

Konstruk Nombor Item Bilangan Item Nilai Alpha

Cronbach

Attention 2,8,11,12*,15*,17,20, 12 0.89

Relevan 22*,24,28,29*,31* 9 0.81
Confidence 6,9,10,16,18,23,26*,30,33 9 0.90
Satisfaction 1,3*,4,7*,13,19*,25,34*,35 6 0.96
5,14,21,27,32,36

Jumlah 36 0.96

Soal selidik ini menggunakan lima Skala Likert untuk membantu pelajar menyatakan tahap
persetujuan mereka. Jadual 3 menunjukkan tahap persetujuan tersebut.

Jadual 3: Tahap Persetujuan dalam Soal Selidik IMMS

Skor Motivasi Pernyataan

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Kurang Setuju (KS)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Sumber: Boone dan Boone (2012)

3.4 KESAHAN INSTRUMEN
Soal selidik skala motivasi bahan pengajaran ini diuji kesahan muka (face validity) dan
kesahan kandungan (content validity). Kesahan muka merupakan asas dan petunjuk awal
soal selidik mempunyai kesahan dan boleh digunakan (Azizi et al., 2007). Bagi mendapatkan
kesahan muka, tiada peraturan ketat yang perlu dilakukan dan dipertimbangkan sendiri oleh
penyelidik dan dua orang pensyarah Biologi kolej matrikulasi. Kesahan kandungan
merupakan satu prosedur pemeriksaan oleh pakar dalam bidang berkenaan terhadap
kandungan sesuatu instrumen bagi menentukan sama ada item-item instrumen mewakili isu
yang cuba diukur oleh penyelidik (Johnson dan Christensen, 2000). Soal selidik skala motivasi
bahan pengajaran mengalami proses adaptasi dan terjemahan instrumen yang dijalankan
berdasarkan garis panduan International Test Commission untuk proses terjemahan dan
adaptasi bagi menentukan kesahan instrumen yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris
ke Bahasa Melayu (Hambleton, 2011).

Terjemahan soal selidik daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah dilakukan
oleh Pusat Bahasa Universiti Utara Malaysia. Selepas itu penyelidik mewujudkan satu
pasukan panel terdiri daripada dua orang kaunselor bertauliah yang berkhidmat di
matrikulasi mempunyai kelayakan sarjana dalam bidang psikologi untuk memeriksa soal
selidik yang telah diterjemahkan dalam konteks peringkat matrikulasi. Semua panel yang
dipilih juga mempunyai pengetahuan terhadap budaya pendidikan di matrikulasi kendalian
BMKPM. Seorang pensyarah Bahasa Inggeris matrikulasi yang mempunyai kelayakan doktor
falsafah dijemput sebagai back translator untuk menterjemah semula instrumen Bahasa
Melayu ke Bahasa Inggeris. Proses forward translation oleh Pusat Bahasa UUM, penterjemah
memberi fokus kepada maksud item sepenuhnya dan bukannya terjemahan satu perkataan
demi satu perkataan. Selepas penterjemahan dijalankan, ketiga-tiga panel berkumpul untuk
menyemak instrumen yang telah diterjemahkan, membincangkan perbezaan dan membuat
keputusan terhadap versi terjemahan yang paling sesuai. Seterusnya back translation
dijalankan terhadap versi terjemahan bagi mengenal pasti masalah yang wujud semasa
forward translation. Proses back translation penting bagi memastikan kandungan,
pengertian item, dan arahan adalah sama seperti asal. Dalam fasa seterusnya, pasukan
penterjemah berkumpul bagi menyemak semula versi back translation untuk perbandingan
makna dengan versi Bahasa Melayu dan kejelasan bahasa. Fasa terakhir dalam penyediaan
instrumen ialah kajian rintis terhadap instrumen yang telah diterjemahkan untuk kesahan
budaya dan kefahaman responden terhadap instrumen.

3.5 KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN


Click to View FlipBook Version