The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

RnD: Kajian Tindakan

ANKI menggunakan kaedah ‘ujian mengingat secara aktif” dan ‘pengulangan proses
mengingat bahan pelajaran secara berfasa. Kebolehan pelajar menguasai topik Hardware ini
amat penting supaya mereka dapat menjawab soalan PSPM dengan baik walaupun telah
diolah dalam pelbagai bentuk.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum
Meningkatkan keberkesanan mengulang kaji bahan pelajaran menggunakan aplikasi ANKI.

4.2 Objektif Khusus
(a) Membantu pelajar mengulang kaji dengan aplikasi ANKI topik Hardware secara bijak

dan efektif.
(b) Membantu pelajar mengulang kaji lebih banyak dan secara lebih kerap sebelum

peperiksaan berlangsung.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 10 orang pelajar daripada kelas P2T1, P2T2,P2T3, P2T4, P2T5
yang mendapat markah 50% ke bawah semasa ujian pra yang terdahulu. Mereka terdiri
daripada 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan di mana kesemuanya adalah
berbangsa Melayu.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal
Pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis
& McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan
gelung (cycle) seperti berikut:
(a) Merancang (Plan);
(b) Bertindak (Action);
(c) Memerhati (Observe);
(d) Mereflek (Reflect).

Tinjauan Awal Masalah
Bagi mengenal pasti masalah ini, beberapa langkah pemerhatian dilakukan:
i. i) Memeriksa buku tutoran
ii. ii) Ujian pra
iii. iii) Pemerhatian
iv. iv) Temu Bual

JADUAL 1: Analisa Tinjauan Awal Masalah

Langkah Cara Penilaian Masalah Telah Dikenal Pasti
Langkah 1
Langkah 2 Memeriksa buku tutoran Banyak kesalahan dapat diperhatikan.

Langkah 3 Ujian Pra 16 pelajar mendapat markah kurang 50%
Pemerhatian
Pelajar menghadapi kesukaran menjawab
soalan-soalan.

RnD: Kajian Tindakan

Langkah 4 Temu bual Pelajar mengakui kandungan kursus untuk tajuk
6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP ini agak banyak

(a) Merancang Tindakan
Perancangan yang dirancang adalah seperti berikut:

JADUAL 2: Perancangan Aktiviti

Aktiviti Tindakan Catatan

Aktiviti 1 Ujian Pra dilaksanakan. Semua kelas P2T1, P2T2, P2T3, P2T4
Aktiviti 2 Penyediaan flash card dan P2T5 terlibat. Pelajar dilarang
merujuk nota. 10 orang pelajar telah
dipilih berdasarkan keputusan yang
rendah.

Pensyarah menyediakan flash card
elektronik

Aktiviti 3 Pelajar install ANKI dan menukar Pensyarah memberi manual.
setting yang sesuai Sebahagian dari pelajar dapat install
ANKI.

Flash card dihantar kepada pelajar
Aktiviti 4 melalui WhatsApp dan dimuat naik

ke portal KMK

Aktiviti 5 Pelajar menggunakan aplikasi
ANKI

Aktiviti 6 Ujian Pasca dilaksanakan. Markah pelajar sasaran di kenal pasti

(b) Pelaksanaan Tindakan
Ujian Pra diadakan pada waktu kelas tutorial. Pelaksanaan dapat dijalankan mengikut
perancangan. Selepas ujian pasca, markah pelajar di analisis..

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Penggumpulan Data
Pensyarah memeriksa kertas ujian pelajar dan mencatat pencapaian pelajar.

7.2 Analisis Data
Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan ujian pasca ke atas
kumpulan sasaran di mana soalan yang diuji dalam ujian pasca adalah soalan yang setara

RnD: Kajian Tindakan

yang diuji semasa ujian pra. Skor yang diperolehi oleh pelajar semasa ujian pasca
dibandingkan dengan skor ujian pra.
Perbandingan Skor ujian pra dan ujian pasca adalah seperti di dalam jadual berikut:

JADUAL 3: Perbandingan Markah Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pelajar Markah Ujian Pra Markah Ujian Peningkatan

Pasca Markah

1 19% 75% 56

2 25% 50% 25

3 25% 69% 44

4 13% 75% 62

5 44% 100% 56

6 38% 88% 50

7 44% 56% 12

8 13% 38% 25

9 44% 94% 50

10 50% 81% 31

Semua pelajar didapati menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan

(a) Refleksi Kajian
Pemerhatian yang penyelidik jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini sangat baik dan
bermakna bagi pelajar. Pelajar kelihatan amat berminat dan didapati bersungguh-sungguh
mencuba install aplikasi ANKI.

Melalui aktiviti ini juga, mereka kelihatan lebih gembira kerana telah mendapat
penyelesaian bagi mengatasi masalah terlupa kerana faktor masa dan beban bahan kursus
yang banyak.

Pencapaian yang meningkat dalam ujian pasca telah membuktikan kesan yang baik
terhadap kaedah mengulang kaji pembelajaran pelajar. Aplikasi ini ternyata baik untuk
menangani kesusahan mengingati bahan pelajaran.

Pelajar lebih faham berkenaan topik ini berdasarkan pencapaian dan kemampuan
menjawab soalan.

Pensyarah berasa sangat berpuas hati kerana dengan aplikasi ANKI, pelajar boleh
mengingati apa yang telah mereka pelajari sebelumnya kerana ANKI berkemampuan
mengingatkan semula terma-terma penting secara automatik melalui pengulangan flash card
secara berfasa. .

RnD: Kajian Tindakan

(b) Penilaian Pencapaian Pelajar
Pencapaian pelajar bagi ujian pra agak sangat kurang cemerlang, namun markah yang
diperoleh mampu meningkat. Hal ini terbukti melalui ujian pasca yang dilaksanakan. Semasa
ujian pasca diberikan, 10 orang pelajar yang mencapai markah 50% ke bawah telah berjaya
menunjukkan peningkatan markah.
(c) Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan
Masalah mengulang kaji bahan kursus yang banyak boleh di atasi dengan aplikasi ANKI. Ia
juga dapat menjadi alat bantu kepada pelajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar bagi
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Oleh itu, sebagai pensyarah mata pelajaran
Sains Komputer, pencapaian pelajar dalam PSPM diharap dapat membantu meningkatkan
peratus keseluruhan markah Sains Komputer khususnya di peringkat PSPM kelak.

(d) Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Akhir kajian pelajar telah menunjukkan penguasaan baik dalam tajuk Hardware. Keadaan ini
memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga pelajar mempunyai
keyakinan diri dalam menjawab soalan-soalan pensyarah. Mereka juga sudah mampu
berdikari membuat latihan sendiri dengan baik. Pensyarah juga telah mengemukakan soalan
kepada pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah dalam topik ini. Pelajar
memberi respon baik bahawa penggunaan ANKI banyak membantu mereka.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti

Kajian ini memberi kesan yang amat baik kepada pelajar dan pensyarah. Terdapat perubahan
pada pelajar kerana terbukti pelajar mampu menjawab soalan berkaitan dengan lebih baik
berdasarkan prestasi ujian pasca. Pensyarah juga akan kurang tahap kebimbangan terhadap
pelajar terutamanya dari segi kemampuan pelajar menghabiskan ulang kaji kesemua bahan
kursus.

Pembelajaran pelajar terutamanya kemampuan mengulang kaji sebelum peperiksaan
perlu diberi perhatian secara serius kepada pelajar kerana ianya boleh memberi kesan
terhadap pencapaian keputusan peperiksaan UPS dan PSPM. Seandainya pelajar mengalami
masalah pembelajaran, ia boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam PSPM 2020/2021.
Pensyarah seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk
mengatasinya dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan sentiasa mencari alternatif baru terutamanya yang melibatkan teknologi terkini.
Penggunaan ANKI boleh diperkenalkan bukan sahaja untuk subjek Sains Komputer malah
amat baik untuk diaplikasikan bagi subjek Kimia dan Biologi. Kemampuan pelajar
mengulang kaji secara bijak diharapkan dapat melonjakkan kecemerlangan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains Komputer peringkat PSPM.

RnD: Kajian Tindakan

9.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan kami ruang dan peluang untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Kajian ini dapat kami laksanakan dengan lengkap sehingga selesai seperti yang
dirancang. Hasil kerja ini adalah bantuan pelbagai pihak termasuklah para pelajar yang
memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses kajian dijalankan.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak pengurusan kolej Matrikulasi Kedah kerana memberi ruang dan peluang dengan
seluas-luasnya kepada para pensyarah. Jadi, para pensyarah mempunyai platform untuk
mengembangkan segala teknik dan metod pembelajaran yang ingin diketengahkan demi
kecemerlangan para pelajar khususnya pelajar Kolej Matrikulasi Kedah.

Akhir sekali, kami berharap kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada
peningkatan pencapaian para pelajar Kolej Matrikulasi Kedah. Seterusnya,diharapkan kajian
ini juga boleh dijadikan rujukan dari pelbagai pihak dan mungkin masih ada ruang yang
boleh dibuat penambahbaikan pada masa akan datang.

RnD: Kajian Tindakan

BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.

Montrieux H, Vanderlinde R, Schellens T, De Marez L (2015) Teaching and Learning with
Mobile Technology: A Qualitative Explorative Study about the Introduction of Tablet
Devices in Secondary Education. PLoS ONE 10(12): e0144008.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0144008

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw Hill Education.

Schindler, L.A., Burkholder, G.J., Morad, O.A. et al. Computer-based technology and student
engagement: a critical review of the literature. Int J Educ Technol High Educ 14, 25
(2017). https://doi.org/10.1186/s41239-017-0063-0Kemmis, S. (1994). Dikod dari John
W. Creswell, 2005, Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research, 2nd Ed., Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice
Hall.

RnD: Kajian Tindakan

10.0LAMPIRAN

KOMEN PELAJAR TERHADAP APLIKASI ANKI
Saya rasa ANKI ......
Sesuai dijadikan tempat saya mengulangkaji pelajaran dan menguji pengetahuan saya.
Sangat2 membantu utk sgt mengingat dgn lebih mudah dan rasa fun
Bagus la jugak untuk tolong kita ingat perkataan yg penting atau susah.....Saya rasa ia
membantu sangat2
Dapat memberi pengalaman baru dan cara baru untuk lebih mudah maghafal
Sangat membantu dalam penghafalan
Agak membantu saya dalam mengigatinya maksud maksud components computer yang
ada. Tapi kalau banyak lagi pilihan soalan lagi best heheheh
Membantu untuk lebih cepat mengingati tajuk hardware,dia macam quiz yang mencabar
tapi at the same time membantu untuk kita hafal dengan lebih cepat
saya rasa anki boleh memudahkan saya untuk belajar di mana mana sahaja.
boleh diguna pakaiio,seronok
Soalan yang diulang didalam ANKI memudahkan saya mengingat.
Sangat nembantu untuk mengingati maklumat-maklumat yang penting
Ni menyenangkan saya nak ingat nota-nota penting
ankidroid sangat bagus dan membantu untuk menghafal sebab soalan ulang2 walaupun
pada mulanya dah lupa nota , tapi bila buka ankidroid tu dapat ingat balik segala yang

dihafal tu , sangat recommend la apps tu , terima kasih pensyarah sebab perkenalkan apps

yang baru ni
Banyak membantu saya dalam menghafal tajuk2 berkenaan
membantu saya untuk lebih mudah mengingati bab ini
Sangat membantu saya dalam mengingati nota
Bagus untuk kegunaan pelajar untuk ulang kaji
sangat bagus untuk menghafal
betul membantu saya mengingat fakta-fakta. Kaedah flashcard yang digunakan
membuatkan saya menghafal dengan lebih mudah.
Saya rasa ANKI membantu saya lebih memahami tentang Processor dan Memory
Saya rasa ANKI membantu saya lebih memahami tentang Processor dan Memory
dapat membantu saya dalam proses pembelajaran. saya dapat menghafal sesuatu maksud
dengan mudah dan cepat.
Membantu saya untuk study dengan lebih pantas

RnD: Kajian Tindakan

KOMEN PELAJAR TERHADAP TAJUK HARDWARE
Saya rasa bab Hardware ni ......
Mencabar

Agak kena byk mengingat , tp InsyaAllah dgn bantuan anki pasti blh

Banyak bnda kita nk cover dan ingt.....agak mencabar la jgak

Bnyak kena hafal laa...bnyak komponen2 dia

Boleh tahan la.. tak susah kalau baca buku
Saya lemah sikit , kena buat banyak latihan macam isi tempat kosong macam tu , nak senang
ingat
Sederhana sebab agak mengelirukan dari segi nama san kedudukan components
Sudah memahami
Okayla not so hard and not so easy
agak la susah ,bagus jgk buat flash card mcm ni
Agak mudah apabila sudah faham dan mengingat semua nota
Agak sukar tetapi menarik untuk dipelajari
Bagi saya takdela susah sangat. Hanya perlu baca dan faham
bab hardware ni tak susah bila rajin baca nota dan hafal dan faham , sebab subjek ni memang
baru bagi pelajar yang tak ambil sains computer masa sekolah menengah , jadi kesimpulannya
memang kena banyakkan baca nota2 yang ada . saya tak pernah belajar subjek ni , tapi bila dah
mula kenal , dah mula suka dengan subjek ni walaupun banyak input yang masuk . baca banyak2
jalan terbaik untuk memberi kemudahan bagi subjek ni.
Mudah dan senang diingat
agak sukar untuk difahami pada awalnya.
Agak mencabar minda
Susah nk ingat dan kalau soalan melibatkan topik ni, high level
agak susah sebab kena banyak menghafal
Okay saja. Cuma perlu banyak menghafal.
Saya rasa bab Hardware ni agak susah untuk saya fahami dalam masa yang singkat
Saya rasa bab Hardware ni agak susah untuk saya fahami dalam masa yang singkat
tidak terlalu susah tetapi tidak terlalu senang. cuma perlu banyak lakukan latih tubi sahaja untuk
mendapat jawab dengan mudah
Susah jugak sebab banyak pecahan bab dia

RnD: Kajian Tindakan

Lampiran A: Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. Aktiviti Tempoh Pelaksanaan Catatan

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 1 minggu √
data awal

2 Menulis proposal awal kajian tindakan 1 minggu √

3 Merancang tindakan kumpulan 1 hari √

4 Melaksanakan aktiviti 3 hari √
3 hari √
5 Membincangkan masalah yang wujud dalam 1 hari √
tindakan yang dilaksanakan 2 hari √

6 Ujian pasca untuk mengesan perubahan
responden

7 Refleksi kajian

8 Menulis laporan kajian 1 minggu √

9 Pembentangan dapatan kajian di kolej 1 hari √

SKKMK DAPAT MENINGKATKAN TAHAP
KECEKAPAN PENGURUSAN REKOD KEHADIRAN

PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Azman bin Yusof,
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Nor Adilah binti Mohd Hasnan,
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]

Aiman Fikri bin Jamaludin
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

SKKMK DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KECEKAPAN
PENGURUSAN REKOD KEHADIRAN PELAJAR DI
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Azman bin Yusof1,
Nor Adilah binti Mohd Hasnan2,

Aiman Fikri bin Jamaludin3

[email protected]
[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Studio Kehadiran Kolej Matrkulasi Kedah (SKKMK) merupakan satu sistem rekod kehadiran
bersepadu digital yang digunakan untuk membantu pihak pengurusan Kolej Matrikulasi
Kedah merekod kehadiran pelajar semasa kelas atas talian. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan tahap kecekapan pengurusan rekod kehadiran pelajar dan menentukan
keberkesanan SKKMK terhadap pensyarah dan pelajar. Kajian ini merupakan kajian tindakan
satu kitaran berbentuk kuantitatif. Sampel kajian adalah seramai 209 orang pensyarah dan
pelajar yang dipilih menggunakan pensampelan rawak. Instrumen yang digunakan adalah
platfom digital Studio Kehadiran Kolej Matrkulasi Kedah yang dibina menggunakan aplikasi
Google Form, Google Sheet, Google Sites, Google Data Studio dan MS Excell. Analisis
kuantitatif yang digunakan adalah statistik deskriptif berbentuk min. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kecekapan pengurusan adalah berada pada tahap tinggi. Pensyarah
bersetuju (min:4.23) penggunaan SKKMK berkesan bagi membantu mereka merekod
kehadiran pelajar. Manakala pelajar bersetuju (min:3.49) SKKMK berkesan dalam
pengurusan rekod kehadiran. Kajian memberi impak yang positif terhadap pembelajaran
pelajar di atas talian, perubahan sikap mereka, juga terhadap pengajaran pensyarah serta
organisasi. Pelajar semakin fokus belajar. Profesionalisme dan pengetahuan pensyarah juga
dapat ditingkatkan.

Kata kunci: Rekod kehadiran, SKKMK, pihak pengurusan

1.0 PENDAHULUAN
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi
pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka mengikuti kursus
peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam
mahupun swasta. Terdapat tiga jurusan yang ditawarkan kepada pelajar dalam Program
Matrikulasi iaitu jurusan sains, perakaunan dan teknikal (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Sebagai sebuah kolej matrikulasi yang disegani, Kolej Matrikulasi Kedah (KMK)
mempunyai visi dan misi untuk menjadi pelaksana terunggul Program Matrikulasi di
Malaysia. Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya
saing untuk universiti dalam dan luar negara melalui persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi
aspirasi negara.

Pengajaran dan pembelajaran dalam Program Matrikulasi dilaksanakan melalui
kuliah, tutoran dan amali. Kelas-kelas pembelajaran dikendalikan oleh pensyarah yang
berpengalaman luas dalam subjek masing-masing. Pihak pengurusan tertinggi KMK sentiasa
mengambil berat kebajikan para pensyarah dan pelajar. Pelbagai strategi dan aktiviti yang
diatur untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing malah cemerlang dalam
pembelajaran. Menurut Hussein Mahmood (2008) fungsi sebagai pemimpin pengajaran
(instructional leader) mesti beri keutamaan yang paling tinggi kerana matlamat utama
sekolah ialah penghasilan murid-murid yang berpendidikan melalui
pengajaran.Tanggungjawab guru besar dan juga pengurus-pengurusnya yang lain ialah
memastikan semua tenaga dan usaha guru dihalakan kearah pencapaian program pendidikan
yang berkesan.

Penularan wabak Covid-19 telah mencetuskan pandemik kesihatan sedunia yang telah
menyebabkan seluruh dunia terpaksa mengambil langkah drastik dengan menghentikan
aktiviti harian negara masing-masing. Sistem pendidikan turut terkesan dengan situasi ini.
Pembelajaran secara bersemuka yang dilaksanakan selama ini terpaksa diubah kepada
pembelajaran secara atas talian. Sehubungan dengan itu, kaedah pembelajaran di KMK juga
tidak terkecuali dalam melaksanakan pembelajaran atas talian. Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui surat pekelilig ikhtisas bilangan 1 tahun 2019 menyatakan pengurusan
rekod kehadiran merupakan aspek penting dan utama dalam pengurusan hal ehwal pelajar,
rekod kehadiran juga adalah rekod rasmi yang perlu diurus dan ditadbir degan baik, cekap,
kemas serta sistematik bagi memastikan rekod tersebut dalam digunakan untuk membantu
pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangunan,
kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid. Sehubungan dengan itu, rekod
kehadiran merupakan perkara yang sangat penting bagi pihak pengurusan KMK. Kesukaran
mengambil rekod kehadiran secara atas talian telah mencetuskan idea kepada kami untuk
menghasilkan kajian ini.

2.0 REFLEKSI MASALAH
Kepantasan penularan wabak Covid-19 dikalangan rakyat Malaysia telah menyebabkan
langkah pembendungan wabak dilaksanakan. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan
Malaysia adalah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa negeri
yang terjejas. Hal ini menyebabkan institusi pendidikan terpaksa dihentikan sementara dan
menyebabkan pembelajaran pelajar-pelajar tergendala. Namun begitu, selepas mengambil
kira situasi semasa yang berlanjutan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran
bilangan 2 Tahun 2020 menyatakan, semua kolej-kolej matrikulasi seluruh Malaysia yang

berhadapan dengan situasi PKP perlu melaksanakan pembelajaran secara atas talian. Situasi
Covid-19 di Kedah dengan kes yang semakin meningkat telah menyebabkan Negeri Kedah
khususnya Daerah Kubang Pasu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar
(TEMCO). Justeru itu, para pengajar dan pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah terpaksa
menjalankan kelas secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, rekod kehadiran secara bersemuka terpaksa diubah kepada
rekod kehadiran secara atas talian. Bagi memastikan kehadiran para pelajar dapat direkod
dengan baik para pensyarah perlu melaporkan kedatangan pelajar kepada ketua unit. Ini
mencetuskan masalah kerana pembelajaran atas talian merupakan perkara baharu kepada
kolej ini. Justeru itu ianya menimbulkan sedikit kegusaran dikalangan pensyarah. Temubual
beberapa pensyarah mendapati mereka tidak bersedia untuk menguruskan rekod kehadiran
secara atas talian. Ia berpunca daripada kurang pengetahuan tentang kaedah serta aplikasi
yang perlu digunakan untuk merekod kehadiran secara harian mahupun bulanan. Antara
temubual yang direkodkan adalah seperti berikut:
P1: Apa aplikasi yang kami perlu gunakan untuk merekod kehadiran secara atas talian?
P2 : Macam mana nak rekod kehadiran atas talian secara bulanan?.
P3: Saya ada banyak kelas dengan bilangan pelajar yang ramai, bagaimana saya nak catat
rekod kehadiran dengan cepat dan mudah?
P4: Apa perlu saya lakukuan? Saya tak mahir dengan teknologi digital ni

Selain itu, pihak pengurusan melalui Ketua Unit perlu melaporkan rekod kehadiran
pelajar secara harian kepada Ketua Jabatan. Ketua Jabatan pula ditugaskan oleh pihak
pengurusan untuk memuatnaik kemaskini rekod kehadiran kepada Bahagian Matrikulasi pada
setiap hari. Serahan data rekod kehadiran setiap pensyarah kepada Ketua Unit tidak dapat
dilaksanakan dengan lancar kerana banyak kekangan yang dihadapi oleh para pensyarah. Ini
menyebabkan Ketua Jabatan Matematik selaku wakil pihak pengurusan KMK mengalami
kesukaran untuk mengemaskini data. Ini menyebabkan timbul masalah yang boleh
menjejaskan kualiti dan kelancaran proses pengurusan dalam organisasi KMK dan Bahagian
Matrikulasi.

Oleh yang demikian, kami telah membina sistem rekod kehadiran bersepadu secara
digital yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Sistem rekod kehadiran
bersepadu ini dinamakan SKKMK iaitu Studio Kehadiran Kolej Matrikulasi Kedah yang
dibangunkan oleh kumpulan inovasi D-Studio. SKKMK ini berupaya merekod kehadiran,
menganalisis data dengan mudah, cepat dan tepat. Dengan ini masalah rekod kehadiran
pembelajaran secara atas talian akan dapat diatasi. Penyampaian pembelajaran juga dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan lancar tanpa mengganggu konsentasi pensyarah mahupun
pelajar.

3.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN
Pembelajaran secara atas talian merupakan kaedah pembelajaran yang harus diperkasakan.
Ini bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia mampu berdaya saing serta setara dalam
teknologi pendidikan yang menjadi amalan dunia terkini. Seiring dengan itu, sistem
pengurusan pentadbiran juga perlu berubah selari dengan perubahan yang dialami oleh
pembelajaran antara pensyarah dan pelajar. Pentadbir memainkan peranan yang sangat
penting untuk melaksana, memberi sokongan serta menambahbaik pengurusan pembelajaran
atas talian yang dilakukan.

Justeru itu, kajian ini memfokuskan isu kepentingan merekod kehadiran pelajar secara
bersepadu atau one stop centre bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mentadbir aktiviti
pengurusan kelas para pensyarah dan pelajar. Urusan rekod kehadiran bersepadu juga penting
kerana ianya dapat memudahkan kerja-kerja pensyarah seterusnya membolehkan aktiviti
pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan. Dengan ini kegusaran para pensyarah dapat
diatasi dan mereka dapat memberi fokus terhadap isi pengajaran dengan lebih selesa
seterusnya memastikan keputusan pelajar dapat dikekalkan dengan cemerlang.

3.1 Studio Kehadiran Kolej Matrikulasi Kedah (SKKMK)
Studio Kehadiran Kolej Matrikulasi Kedah atau SKKMK merupakan satu platform digital
bersepadu untuk merekod kehadiran pelajar. Tujuan pembinaan SKKMK adalah untuk
mengumpul, menyimpan dan menganalisis data kehadiran pelajar secara one stop centre.
SKKMK telah dibangunkan menggunakan integrasi lima aplikasi iaitu Google Form, Google
Sheet, Google Sites, Google Data Studio dan MS Excell. SKKMK ditadbir sendiri oleh
seorang admin yang merupakan salah seorang dari ahli kumpulan kami. Penggunaan
SKKMK telah mendapat kelulusan oleh pihak pengurusan tertinggi Kolej Matrikulasi Kedah
untuk digunakan bagi merekod kehadiran pelajar Kolej Matrikulasi Kedah. Rajah 1 di
Lampiran memaparkan platform SKKMK yang digunakan.

Perlaksanaan SKKMK dilakukan dengan cara pelajar membuka laman web SKKMK
melalui pautan yang diberikan oleh pensyarah. Pelajar perlu mengisi sendiri kehadiran
mereka pada setiap kelas yang dihadiri berpandukan kod subjek masing-masing. Pensyarah
seterusnya boleh menyemak rekod kehadiran yang diisi oleh pelajar melalui SKKMK pautan
pensyarah. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan rekod yang diisi oleh pelajar, pensyarah
boleh mengambil tindakan selanjutnya dengan menghubungi pelajar terbabit. Rajah 2 di
Lampiran memaparkan carta alir perlaksanaan SKKMK.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian kami adalah
1. Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan rekod kehadiran pelajar
2. Menentukan keberkesanan sistem SKKMK terhadap pensyarah
3. Menentukan keberkesanan sistem SKKMK terhadap pelajar

5.0 SAMPEL DAN TEMPAT KAJIAN
Seramai 209 sampel yang terdiri daripada 9 orang pihak pengurusan, 100 orang pensyarah
dan 100 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah pensampelan yang digunakan
adalah pensempelan rawak. Kumpulan sampel pensyarah dan pelajar ini dipilih kerana
mereka merupakan pengguna SKKMK. Sampel kumpulan pengurusan pula dipilih kerana
mereka merupakan pihak pentadbir yang memilih untuk menggunakan SKKMK. Kajian ini
dilakukan di Kolej Matrikulasi Kedah di daerah Kubang Pasu, Kedah Darulaman.

6.0 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan adalah sistem rekod kehadiran bersepadu yang dinamakan
SKKMK. Penggunaan SKKMK telah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan
tertinggi Kolej Matrikulasi Kedah. Sistem SKKMK ini dibina oleh kumpulan inovasi
D-Studio yang juga merupakan ahli kumpulan kami. Ia juga telah dibuat kesahan muka dan
kesahan kandungan bersama Pegawai Teknologi Maklumat di KMK serta Ketua Jabatan
Matematik yang mengendalikan rekod kehadiran di KMK selama ini.

Instrumen lain yang digunakan adalah borang tinjauan keberkesanan. Item
soal-selidik borang ini telah dibuat kesahan kandungan dengan Penyelaras Pembangunan dan
Penyelidik (R&D) KMK. Kami telah menggunakan aplikasi Google Form untuk
menyediakan borang tinjauan keberkesanan SKKMK. Penggunaan aplikasi ini lebih mudah
kerana data yang diperolehi lebih pantas untuk dianalisis. Borang ini mengandungi 14 soalan
menggunakan skala likert 1-5 iaitu, 1-sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3-sederhana, 4-
setuju dan 5-sangat setuju.

7.0 PERANCANGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan kajian yang bertujuan
untuk memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi guru.
Menurut Elliot dan Adelman (1976), kajian tindakan dalam bidang pendidikan adalah satu
usaha untuk mempertingkatkan mutu profesionalisma para pendidik dengan cara menyelidik
situasi sosial di institusi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan harian.
Di dalam kajian ini, kami telah menggunakan model kajian tindakan oleh Kemmis dan Mc
Taggart sebagai rujukan. Kemmis dan Mc Taggart (1988) mengemukakan model kajian
tindakan mereka yang mengandungi empat langkah dalam setiap kitaran iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Mengikut model tersebut, kajian tindakan dilaksanakan
mengikut urutan ke empat-empat langkah dalam kitaran-kitaran yang berterusan. Pelaksanaan
kajian tindakan yang telah dijalankan adalah seperti Rajah 3 di bawah.

RAJAH 3: Kitaran kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988)

8.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan dalam satu kitaran sahaja, perincian aktiviti kitaran akan
dibincangkan melalui aktiviti yang telah dilaksanakan.

8.1 Kitaran Aktiviti
Aktiviti pertama kajian ini adalah pembinaan SKKMK bersama ahli kumpulan. Kami telah
membuat branstorming tentang perkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa
pembinaannya. Perbincangan ini turut disertai oleh pegawai teknologi maklumat serta wakil
pihak pengurusan tertinggi. Ini bagi memastikan SKKMK yang dibina dapat memenuhi
semua piawai yang harus dipatuhi oleh kami.

(a) Aktiviti 1 : Taklimat SKKMK kepada warga KMK
Taklimat awal SKKMK telah diberikan dalam satu mesyuarat pengurusan KMK pada bulan
Julai 2020 yang melibatkan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan
Ketua-Ketua Unit. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Azman bin Yusof selaku ketua
kumpulan kami merangkap Ketua Jabatan Matematik. Taklimat berikutnya adalah taklimat
untuk memperkenalkan SKKMK serta cara penggunaannya kepada para pensyarah pada
bulan Ogos 2020 sebelum Sesi 2020/2021 bermula. Taklimat SKKMK turut diberikan kepada
pelajar semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang dibuat secara atas talian.

i) Refleksi dan tindakan penambahbaikan
Semasa taklimat awal diadakan bersama pihak pengurusan KMK, terdapat beberapa
penambahbaikan yang telah dicadangkan antara menambah item analisis dalam format yang
diperlukan oleh pihak BMKPM. Kami mengambil maklum kehendak pihak pengurusan dan
telah membuat sedikit perubahan pada bahagian tersebut. Melalui taklimat kepada para
pensyarah pula, maklum balas yang diperolehi adalah paparan antaramuka SKKMK dilihat
sebagai kurang mesra dan sukar untuk dinavigasi. Menyedari akan hal ini, kami telah
mengubah dan menambah beberapa ikon agar ianya lebih mudah untuk dikendalikan.
Respon dari para pelajar pula, mereka kelihatan faham akan arahan yang berikan dan bersedia
untuk menggunakan SKKMK.

(b) Aktiviti 2 : Penggunaan SKKMK oleh semua pensyarah dan pelajar
Semua pensyarah dan pelajar mula menggunakan SKKMK sejurus bermulanya semester 1
bagi sesi 2020,2021. Penggunaan SKKMK telah diwajibkan oleh pihak pengurusan kepada
para pensyarah dan pelajar. Aktiviti penggunaan melibatkan semua mod subjek seperti
kuliah, tutorial dan amali.

i) Refleksi dan penambahbaikan
Para pensyarah dan pelajar menggunakan sepenuhnya SKKMK seperti yang dirancang. Para
pelajar tidak menghadapi masalah menggunakan SKKMK. Namun terdapat masalah yang
timbul dipihak pensyarah. Masalah tersebut berpunca daripada proses merekod kehadiran
bagi pelajar yang terlupa atau lewat merekod kehadiran ke kelas sedangkan mereka hadir.

Masalah ini diatasi dengan cara pensyarah perlu mengubah rekod kehadiran pelajar di
dalam sistem. Ini agak menyukarkan pensyarah tersebut kerana perlu mencari dan memadam
semula rekod terbabit. Langkah penambahbaikan yang diambil adalah pensyarah tersebut
hanya perlu memaklumkan kepada admin SKKMK untuk menguruskan rekod yang salah
tersebut.

(c) Aktiviti 3 :Borang tinjauan keberkesanan
Borang tinjauan keberkesanan SKKMK telah diedarkan pada penghujung semester 1 sejurus
selepas berakhirya sesi pembelajaran. Pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar diberikan
pautan borang Google Form tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Borang ini mengandungi 14
soalan berbentuk skala likert 1-5.

i) Refleksi aktiviti 3:
Makluman soal-selidik yang diperolehi akan dianalisis dan dibincangkan di bahagian dapatan
kajian. Kesemua sampel tidak mempunyai masalah untuk melengkapkan borang tinjauan
yang diberikan. Mereka memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab semua soalan
yang dinyatakan.

9.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumbalas
berkaitan penggunaan SKKMK yang telah dilaksanakan. Dapatan hasil kajian diperolehi
melalui kaedah analisis yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

JADUAL 1: Kaedah analisis yang dijalankan bagi menjawab objektif kajian

Bil Objektif kajian Kaedah analisis

1 Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan Analisis borang soal-selidik

rekod kehadiran pelajar

2 Menentukan keberkesanan sistem SKKMK Analisis borang soal-selidik

terhadap pensyarah

3 Menentukan keberkesanan sistem SKKMK Analisis borang soal-selidik

terhadap pelajar

9.1 Analisis Borang soal-selidik
Analisis keberkesanan SKKM dilakukan menggunakan borang soal-selidik lima skala likert
iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-sederhana, 4-setuju, 5-sangat setuju. Soal selidik
ini mengandungi 14 soalan yang disebarkan melalui aplikasi Google Form. Soalan ini telah
dibuat oleh ahli kumpulan kami. Soalan ini dibuat kesahan kandungan dengan Penyelaras
Pembangunan dan Penyelidik (R&D) Kolej Matrikulasi Kedah. Analisis soal-selidik ini
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengurusan, pensyarah dan pelajar. Oleh itu,
hasil analisis ini akan dibahagikan kepada tiga kategori tersebut.

(a) Analisis tahap kecekapan pengurusan
Tahap kecekapan pengurusan merupakan aspek utama dalam kajian ini. Tujuan SKKMK
dibangunkan adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pensyarah
dan pihak pengurusan terhadap rekod kehadiran pelajar. Justeru itu penilaian terhadap aspek
kecekapan SKKMK menguruskan rekod kehadiran perlu dianalisis bagi memastikan sistem
yang digunakan mampu memberi impak yang baik terhadap prestasi Kolej Matrikulasi
Kedah.
Hasil dapatan juga perlu dianalisis untuk membolehkan penambahbaikan terhadap sistem
dapat dilakukan. Tahap kecekapan pengurusan bagi kajian ini merujuk kepada empat item di
bawah
1. kelancaran proses yang diambil oleh para pelajar untuk merekod kehadiran,
2. kemudahan pensyarah untuk menyemak rekod kehadiran pelajar,
3. kemudahan analisis data oleh ketua Unit
4. kelancaran proses pelaporan Ketua Jabatan kepada Bahagian Matrikulasi.

Hasil dapatan analisis tahap kecekapan pengurusan adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Analisis menunjukkan nilai min item terendah adalah 3.93 iaitu merujuk kepada kelancaran
proses merekod kehadiran oleh pelajar. Ini adalah kerana SKKMK merupakan platform
digital. Justeru itu masalah yang dihadapi adalah kesesakan traffic di dalam SKKMK. Ini
kerana ramai pelajar perlu key-in pada waktu yang sama. Kesesakan ini selalunya memuncak
pada waktu kelas perdana.

Masalah lain adalah talian telco pelajar yang kurang stabil turut menyumbang kepada
kegagalan mereka untuk masuk ke platform tersebut. Manakala min tertinggi adalah bagi
item 3 iaitu kemudahan analisis data kehadiran oleh Ketua-ketua Unit. Ini adalah kerana,
SKKMK menghimpun semua data rekod kehadiran pelajar secara bersepadu. Ianya sangat
memudahkan capaian data oleh Ketua unit untuk membuat analisis. Dua item lain yang turut

mendapat nilai min melebihi 4 adalah item 2 kemudahan SKKMK kepada pensyarah dan
item 4 kelancaran pelaporan oleh Ketua Jabatan.

JADUAL 1: Analisis tahap kecekapan pengurusan Min

Item Perkara 3.93
4.20
1 kelancaran proses yang diambil oleh para pelajar untuk merekod kehadiran, 4.67
2 kemudahan pensyarah untuk menyemak rekod kehadiran pelajar, 4.13
3 kemudahan analisis data oleh ketua unit
4 kelancaran proses pelaporan ketua jabatan kepada bahagian matrikulasi. 4.23

Min keseluruhan

Berdasarkan nilai min yang diperolehi, kami telah membuat penilaian keseluruhan bagi setiap
item menggunakan Jadual 2 yang memaparkan penentuan tahap kecekapan melalui julat min
yang diperolehi.

JADUAL 2: Julat nilai min penentuan tahap kecekapan

Bil Julat min Tahap kecekapan

1 1-3 Lemah

2 3-4 Sederhana

3 4-5 tinggi

Berdasarkan jadual 2 diatas, tiga item iaitu item 2, 3 dan 4 memperolehi tahap
kecekapan tinggi dan hanya 1 aspek iaitu item 1 dibawah ketegori tahap kecekapan
sederhana. Manakala min keseluruhan mendapati nilai min adalah di dalam julat 4-5 iaitu
tahap kecekapan yang tinggi.

(b) Analisis soal-selidik pensyarah
Analisis seterusnya adalah analisis borang soal-selidik bagi kategori pensyarah. Hasil analisis
Jadual 3 menunjukkan nilai min melebihi 4 bagi semua item. Selain itu min keseluruhan juga
turut melebihi nilai 4. Mengikut skala likert yang digunakan. Skala 4-5 merujuk kepada skala
setuju-sangat setuju. Penggunaan SKKMK ternyata berkesan kerana telah memudahkan
pensyarah untuk mentadbir rekod kehadiran kelas masing-masing. Pensyarah tidak perlu
menyediakan borang kehadiran setiap hari atau setiap bulan. SKKMK juga menghilangkan
kegusaran pensyarah terhadap kecekapan penggunaan aplikasi digital yang perlu mereka
pelajari.

JADUAL 3: Analisis soal-selidik pensyarah Min

Item Perkara 4.14
4.50
1 Kualiti sistem SKKMK 4.42
2 Kualiti data rekod kehadiran 4.21
3 Kemudahgunaan
4 Kepuasan 4.32

Min keseluruhan

(c) Analisis soal-selidik pelajar
Analisis data soal-selidik pelajar pula mendapati, kesemua nilai min setiap item yang
diperolehi mempunyai berada di julat skala likert 3-4: skala sederhana-setuju. Ini adalah
kerana masalah talian telco dan kekesakan traffic sistem SKKMK yang terpaksa dihadapi
oleh pelajar. Masalah ini kami atasi dengan penambahbaikan sistem yang akan dicadangkan.

JADUAL 4: Analisis soal-selidik pelajar

Item Perkara Min

1 Kualiti sistem SKKMK 3.53
2 Kualiti data rekod kehadiran 3.59
3 Kemudahgunaan 3.48
4 Kepuasan 3.37

Min keseluruhan 3.49

10.0 KESAN KAJIAN
Penggunaan SKKMK telah memberikan kesan positif terhadap kelancaran dan kecekapan
rekod kehadiran pelajar. Selain itu, kami juga telah mencapai objektif khusus kajian seperti
yang dipaparkan di Jadual 5.

JADUAL 5: Kaedah analisis yang dijalankan bagi menjawab objektif kajian

Bil Objektif kajian Kaedah analisis

1 Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan Tahap kecekapan tinggi

rekod kehadiran pelajar

2 Menentukan keberkesanan sistem SKKMK Min 4.23 (setuju)

terhadap pensyarah

3 Menentukan keberkesanan sistem SKKMK Min 3.49 (setuju)

terhadap pelajar

Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa kesan dan impak yang kami
perhatikan, impak tersebut akan dibincangkan mengikut empat kategori iaitu impak terhadap
pembelajaran pelajar, impak terhadap pensyarah, serta impak terhadap organisasi.

10.1 Impak terhadap Pembelajaran Pelajar
Sesi pembelajaran atas talian menyukarkan para pensyarah untuk memantau dan merekod
kehadiran pelajar. Penggunaan SKKMK telah membantu urusan pemantauan kehadiran
dengan sangat berkesan. Ini kerana walaupun pelajar perlu merekod sendiri kehadiran mereka
namun pensyarah mempunyai authority untuk membatalkan kehadiran mereka sekiranya
semakan kehadiran oleh pensyarah menunjukkan sebaliknya. Oleh itu, pelajar akan sentiasa
lebih berhati-hati dan peka dengan kehadiran masing-masing di dalam kelas. Mereka tidak
boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap kehadiran kelas untuk pembelajaran ini. Perkara
ini sangat penting bagi memastikan sesi pembelajaran atas talian yang dilaksanakan dapat
diikuti dengan baik oleh pelajar. Kehadiran mereka perlu dikawal agar tiada pelajar yang
terlepas daripada sesi PdP yang perlu mereka lalui. Dengan ini ia membantu pelajar untuk
menjaga disiplin mereka di dalam kelas.

10.2 Impak terhadap Pensyarah dan Ahli kumpulan kami
Kajian yang dilakukan ini juga memberi impak terhadap perlaksanaan kelas atas talian oleh
pensyarah. Pensyarah tidak perlu membuat borang kehadiran harian atau bulanan. Justeru itu
ia memudahkan tugasan pensyarah. Pensyarah boleh memberi fokus terhadap isi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih penting kepada pelajar. Dengan ini ia dapat menghasilkan
kualiti PdP yang lebih teratur dan lancar di dalam kelas.

Sebagai ahli kumpulan yang melaksanakan sistem SKKMK ini kami dapat
mempelajari pelbagai perkara baru dalam organisasi. Antaranya adalah memahami tugas
pihak pengurusan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk menjaga prestasi kecemerlangan
pelajar. Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk turut memberi sumbangan agar dapat
bersama-sama menjaga prestasi kecemerlangan pelajar-pelajar. Kami juga dapat

meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan baru dalam dunia digital melalui
aplikasi-aplikasi yang telah kami terokai.

10.3 Impak terhadap organisasi
Impak yang terakhir adalah terhadap organisasi. Kajian ini memberi impak yang baik
terhadap organisasi kerana urusan pentadbiran pembelajaran pelajar dapat dilaksanakan
dengan sangat baik. Pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan lancar, pelaporan
juga dapat diberikan tepat pada waktunya. Ini sekaligus dapat mengekalkan malah
meningkatkan prestasi pengurusan organisasi.

11.0 KELEMAHAN KAJIAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Walaupun penggunaan SKKMK yang dijalankan dalam kajian ini memberikan kesan positif
terhadap tahap kecekapan pengurusan rekod kehadiran pelajar, namun masih terdapat
beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti. Kekangan tersebut adalah dari segi penggunaan
internet di mana pelajar-pelajar menghadapi kekangan sumber internet yang lancar dan stabil.
Selain itu, kekangan pengetahuan dan pengalaman kami dalam mengendalikan sistem
bersepadu juga perlu diperbaiki. Beberapa cadangan penambahbaikkan lain telah dikenalpasti
antaranya ialah meningkatkan kebolehan capaian internet di kolej dan menambahkan kursus
peningkatkan teknologi pendidikan kepada semua pensyarah.

12.0 KESIMPULAN
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan SKKMK telah berjaya mencapai
objektif kajian iaitu, meningkatkan tahap kecekapan pengurusan rekod kehadiran pelajar dan
menentukan keberkesanan SKKMK terhadap pensyarah dan pelajar. Kitaran kajian telah
dijalankan dalam satu kitaran. Aktiviti yang dijalankan dalam kitaran melibatkan aktiviti
membina SKKMK, memberi taklimat SKKMK kepada warga KMK, penggunaan SKKMK
secara rasmi, serta mengedarkan borang soal-selidik. Instrumen yang digunakan adalah
sistem digital bersepadu yang dinamakan Studio Kehadiran Kolej Matrikulasi Kedah
menggunakan gabungan lima aplikasi iaitu Google Form, Google Sheet, Google Sites,
Google Data Studio dan MS Excell.

Dapatan kajian menunjukkan tahap kecekapan pengurusan berada di tahap tinggi.
Pensyarah bersetuju (min:4.23) penggunaan SKKMK berkesan membantu mereka merekod
kehadiran pelajar. Manakala pelajar bersetuju (min:3.49) SKKMK berkesan dalam
pengurusan rekod kehadiran. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditemui namun
kelemahan tersebut boleh diatasi dengan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang telah
diberikan. Proses pembelajaran sentiasa berkembang maju dan semakin kompetitif dan
sentiasa berubah-ubah mengikuti situasi semasa. Justeru itu, sebagai pihak pentadbir
mahupun sebagai pendidik kita perlulah sentiasa mempunyai semangat untuk memperbaiki
kelemahan diri dengan menjana dan memperbaharui kaedah pengurusan dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, ia dapat memastikan organisasi yang ditadbir
mampu menyediakan sokongan yang terbaik kepada para pensyarah dan pelajar seterusnya
dapat melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

13.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kumpulan kami telah berjaya
menyiapkan kertas laporan kajian ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan
Kolej Matrikulasi Kedah atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada JK R&D
KMK yang telah menganjurkan Seminar R&D KMK pada tahun 2021. Setinggi-tinggi
penghargaan juga diucapkan kepada pihak Bahagian Matrikulasi bersama Kolej Matrikulasi

Selangor atas penganjuran Konvensyen Penyelidikan, Professional Learning Communities
dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi (KonPPI-1 2021) pada tahun ini. Jutaan terima
kasih juga kami ucapkan kepada para pensyarah dan pelajar yang telah terlibat secara
langsung dalam kajian kumpulan kami ini. Sekalung penghargaan diucapkan pada Pegawai
Teknologi Maklumat serta Penyelaras R&D yang telah membimbing kumpulan kami dalam
pembinaan SKKMK serta penghasilan soalan kajian. Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan dan ahli kumpulan kami kerana telah memberi kerjasama yang
sangat baik sepanjang proses kajian ini berlangsung.
 
14.0 RUJUKAN
Elliot, J., & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroom level: A case study of the

Ford teaching project. Curriculum Design and Development, Briston, PA: Open
University Press
Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. (Edisi Ke-2). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Syllabus specification. Putrajaya: Bahagian
Matrikulasi.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria: Deakin
University Press
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2020, kementerian
Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Penguruan Pembukaan Semula Institut
Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Bilangan 1, Tahun 2019,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan pengurusan rekod sistem kehadiran
murid di sekolah Kementerian PendidikanMalaysia

15.0 LAMPIRAN

RAJAH 1: Platform digital SKKMK

RAJAH 1: Platform digital SKKMK

RAJAH 1: Platform digital SKKMK

CARTA ALIR PELAKSANAAN SKKMK

RAJAH 2: Carta alir perlaksanaan SKKMK

PENGGUNAAN VIDEO I-EGC DAN TYPEFORM
DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR

BAGI SUBTOPIK REGULATION OF STOMATAL
OPENING AND CLOSING.

Habibah Binti Md Mazuki
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Mohd Azaman Bin Abdullah
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Suhailatulmuna Binti Ramli
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

1

PENGGUNAAN VIDEO I-EGC DAN TYPEFORM
DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR

BAGI SUBTOPIK REGULATION OF STOMATAL
OPENING AND CLOSING.

Habibah Binti Md Mazuki1
Mohd Azaman Bin Abdullah 2
Suhailatulmuna Binti Ramli3

[email protected]
[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

i-EGC ialah model maujud yang menyerupai ‘guard cell’. Model ini boleh di gunakan secara
interaktif untuk mengambarkan mekanisma buka dan tutup stomata seperti yang di ajar
dalam topik ‘Regulation stomatal opening and closing’. ‘Typeform’pula merupakan satu
aplikasi digital yang boleh digunakan untuk mengumpul data, berkomunikasi, dan berkongsi
maklumat dalam bentuk audio dan visual. Kelebihan ‘Typeform’ berbanding aplikasi lain
ialah borang tinjauan yang lebih menarik dan data boleh di analisis untuk mendapatkan
hasil yang tepat tanpa had. Dua bahan ini digabungkan dalam kajian ini bertujuan ubtuk
meningkatkan pencapaian 14 orang pelajar modul I dari kelas tutorial S4T6 Semester 2 Sesi
2020/2021 dalam topik ‘Regulation stomatal opening and closing’. Tinjauan awal melalui
pemerhatian dan soalan kuiz mendapati pelajar gagal menerangkan ‘Regulation of the
stomatal opening and closing’ dengan tepat. Justeru, model i-EGC sebagai satu bahan bantu
mengajar telah dibina bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dalam kajian ini, pensyarah
membantu pelajar memahami dan menguasai subtopik tersebut melalui penggunaan video
model i-EGC bersama aplikasi ‘Typeform’. Kajian ini merupakan kajian tindakan dua
kitaran berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah set soalan kuiz dan ujian
yang diambil dari bank soalan unit. Analisis kuantitatif yang digunakan adalah statistik
deskriptif berbentuk min. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar berjaya
ditingkatkan 100%. Nilai min pencapaian pelajar meningkat kepada 4.67 daripada 1.68
sebelum intervensi. Kajian memberi impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar.
Peningkatan pencapaian pelajar selepas menggunakan aplikasi ‘Typeform’ dapat dilihat dan
diukur serta dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas.

Kata kunci: Model i-EGC, Typeform, ‘Regulation of stomatal opening.

2

1.0 PENDAHULUAN

Hasil pembelajaran 7.3 a) Regulation of the stomatal opening and closing based on starch
sugars hypothesis dalam subtopik 7.3 Gaseous Exchange and Control in Plants semester 2
(SB025) telah menarik perhatian kumpulan kami untuk menjalankan kajian tindakan. Ini
berdasarkan pemerhatian, perbincangan dan refleksi yang dibuat bersama oleh ketiga-tiga
ahli kumpulan berdasarkan pengalaman masing-masing ketika mengajar subtopik ini.
Ketiga-tiga ahli kumpulan ini merupakan pensyarah Biologi yang berpengalaman mengajar
selama 10 - 16 tahun, berpengalaman sebagai pemeriksa kertas Biologi PSPM dan ada yang
berpengalaman sebagai ketua kumpulan pemeriksa PSPM. Kajian Tindakan ini dilaksanakan
menggunakan model kajian tindakan Kurt Lewin sebagai rujukan.

1.1 Latar Belakang

Regulation Stomatal Opening and Closing adalah salah satu subtopik dalam Subjek Biologi
semester 2 di matrikulasi. Subtopik ini adalah di bawah topik Gaseous Exchange. Subtopik
ini mengenai mekanisme pembukaan dan penutupan stoma yang dikawal oleh guard cell
berdasarkan Starch Sugar Hypothesis.

Hasil refleksi, didapati para pelajar masih tidak dapat membayangkan dan
menerangkan bagaimana struktur guard cell menyumbang kepada regulation of the stomatal
opening and closing walaupun pembelajaran tersebut berbantukan nota dan gambarajah.
Akibatnya kebanyakan pelajar hanya menghafal tanpa memahami mekanisme tersebut.
Pelajar juga tidak dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka tentang konsep osmosis
dengan regulation of the stomatal opening and closing pada waktu siang dan malam. Kami
juga mendapati sangat sukar atau tiada video yang bertepatan untuk menggambarkan konsep
berkenaan. Maka, idea untuk membina model i-EGC (Interactive Elastic Guard Cells)
tercetus. i-EGC ialah model maujud yang menyerupai guard cell. Model ini dibina
menggunakan pembaris mudah lentur, binding tape, dan tali elastik. Penggunaan model ini
kemudiannya di videokan dan diguna bersama aplikasi Typeform bersesuaian dengan
pembelajaran dalam ekosistem digital.

1.2 Tujuan/Kepentingan

Kepentingan kajian ini ialah ia dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam subtopik
regulation stomatal opening and closing dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar
dalam subtopik tersebut. Kesan kajian ini menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar
dalam subtopik ini yang di nilai menggunakan soalan kuiz. Pelajar juga melibatkan diri
secara aktif ketika sesi PdPc berbanding sebelum ini. Model ditayang kan secara maujud di
hadapan mereka dapat digunakan secara interaktif bersama video penggunaan yang turut
juga disediakan.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdPc

Wujudnya model ini diandaikan pelajar akan lebih faham konsep yang ingin diterangkan.
Kami percaya PdPc yang berintegrasikan ekosistem digital merupakan satu lagi kaedah baru
dalam PdPc sejajar dengan normaL baharu berbanding PdPc secara konvensional
semata-mata.

3

Melalui aktiviti yang dijalankan ketika PdPc, nilai-nilai yang boleh diterapkan adalah
berdikari ketika pelajar secara individu berusaha mencari jawapan, kerajinan di mana mereka
berusaha mencari di pelbagai sumber supaya mendapat jawapan yang tepat dan rasional
dalam memberikan jawapan berdasarkan apa yang dikehendaki dalam soalan.

2.0 REFLEKSI PdPc YANG LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah

Terdapat dua jenis refleksi kendiri PdPc lalu yang diambil kira oleh pengkaji semasa
membuat kajian iaitu refleksi berkenaan rancangan pengajaran dan refleksi berkenaan
pelaksanaan PdPc yang lalu.

Berdasarkan refleksi rancangan pengajaran, pengkaji telah melaksanakan PdPc lalu
menggunakan rancangan pengajaran harian berkonsepkan 5E lesson plan. Setelah
berakhirnya PdPc, pengkaji telah membuat refleksi dan mendapati terdapat kelemahan pada
bahagian terakhir rancangan pengajaran harian tersebut iaitu pada bahagian Evaluation
yang perlu ditambahbaik. Kelemahan yang telah dikenalpasti adalah berkenaan
soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar semasa bahagian Evaluation tersebut
berlangsung yang bertujuan mengukur aras C4 Taksonomi Bloom berkenaan pemahaman
pelajar terhadap konsep regulation of stomatal opening and closing. Majoriti pelajar gagal
mencapai tahap cemerlang selepas bahagian Evaluation dilaksanakan terutama pada
bahagian soalan yang memerlukan penerangan akibat kurangnya pemahaman mereka
terhadap mekanisme regulation of stomatal opening and closing. Pengkaji mungkin
memerlukan bantuan animasi atau video untuk membantu pelajar memahami mekanisma
tersebut. Hasil daripada perbincangan kumpulan, pengkaji telah memilih model i-EGC
melalui tayangan video sebagai inovasi bagi membantu pemahaman pelajar.

Seterusnya berdasarkan refleksi pelaksanaan PdPc, pengkaji mendapati respon
pelajar yang tidak teruja atau bosan semasa menjawab soalan bertulis yang diberikan kerana
kerapkali menggunakan format soalan bertulis yang sama. Oleh itu, pengkaji perlu mencari
alternatif pelantar digital yang lebih menarik bagi menarik minat pelajar seterusnya
menaikkan semangat mereka semasa menjawab soalan.

2.2 Refleksi Pelajar

Dari segi refleksi beraspekkan pelajar, pengkaji juga mendapati terdapat pelajar yang
tidak melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Maka pengkaji perlu mencari cara untuk
melibatkan setiap pelajar secara aktif semasa aktiviti PdPc berlangsung.

2.3 Lain-lain Refleksi

Refleksi dari segi aspek lain yang pengkaji dapati adalah berkenaan persekitaran kelas
yang hanya berbantukan papan putih telah menyebabkan wujudnya suasana pembelajaran
kurang kondusif. Ini adalah bertentangan dengan galakan pihak KPM untuk mewujudkan
suasana pembelajaran digital sesuai dengan abad ke-21. Oleh itu, pengkaji perlu mencari
satu cara untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berekosistemkan digital selari
dengan keperluan norma baharu PdPc. Setelah berbincang, aplikasi Typeform telah dipilih
oleh pengkaji untuk menggantikan cara konvensional soalan bertulis.

4

3.0 FOKUS KAJIAN
3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Penggunaan model i-EGC yang divideokan penggunaannya membantu pelajar memahami
regulation stomatal opening and closing sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar melalui
soalan menggunakan aplikasi Typeform. Aplikasi ini membolehkan markah pelajar diperolehi
secara terus selain soalan yang boleh digubal secara pilihan jawapan, struktur dan esei
pendek. Alasannya adalah markah kuiz pelajar yang rendah disebabkan kesukaran
memahami dan menggambarkan konsep Regulation stomatal opening and closing.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Meningkatkan kecemerlangan unit biologi dalam PSPM

4.2 Objektif Khusus

a) Pelajar dapat menerangkan regulation stomatal opening and closing.
b) Pelajar dapat menjawab soalan berkaitan regulation stomatal opening and closing.

5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Pemilihan Kumpulan sasaran

Kaedah persampelan ialah persampelan bertujuan di mana 13 orang pelajar Biologi modul 1
Kelas S4T6, semester 2 sesi 2020/2021 telah dipilih sebagai sampel kajian.

5.2 Penjelasan Kumpulan sasaran

13 orang pelajar ini terdiri daripada 10 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki. 7 orang
berbangsa Melayu, 3 orang berbangsa Cina, 2 orang berbangsa India dan seorang berbangsa
Siam.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian ini merupakan kajian tindakan. Ia merupakan kajian yang bertujuan untuk
memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi guru. Menurut
Elliot dan Adelman (1976), kajian tindakan dalam bidang pendidikan adalah satu usaha untuk
mempertingkatkan mutu profesionalisma para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial
di institusi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan harian. Di dalam
kajian ini, model kajian tindakan oleh Kurt Lewin (1947) digunakan sebagai rujukan.

6.1 Pengumpulan Data Sebelum

5

Pengkaji telah mengadakan ujian diagnostik untuk kelas S4T6. Berdasarkan markah
ujian diagnostik yang diadakan pada semester 2 sesi 2020/2021 didapati kesemua pelajar
gagal mencapai tahap cemerlang. Setelah diteliti, pengkaji mendapati pada soalan aras C4
Taksonomi Bloom iaitu ‘Describe regulation of stomatal opening and closing’ menjadi punca
utama kepada markah rendah pelajar. Kesemua 13 orang pelajar S4T6 tidak memperolehi
markah penuh untuk soalan tersebut semasa ujian diagnostik dijalankan.

Data yang diperolehi daripada ujian diagnostik iaitu 5 orang pelajar berada pada
tahap lemah dan selebihnya 8 orang pelajar hanya mencapai tahap sederhana. Tambahan
lagi tiada pelajar yang mencapai tahap cemerlang (rujuk Jadual 2: Julat dan Kategori Markah
Pelajar).

Selain itu, pengkaji juga telah mengambilkira masalah kajian dari segi aspek
profesionalisme berdasarkan pengalaman para pensyarah Biologi melalui proses temubual
dan direkodkan secara bertulis. Setelah dianalisis hasil temubual tersebut didapati 4
daripada 5 orang pensyarah mengakui sukar menerangkan mekanisme regulation of
stomatal opening and closing dengan hanya berbantukan gambarajah (rujuk Jadual 3:
Analisis Temubual Bersama Pensyarah)

Markah JADUAL 1: Markah Ujian Diagnostik 6 7
2345

Bilangan pelajar 1 4 3 311

Julat JADUAL 2: Julat dan Kategori Markah Pelajar
Pelajar Markah 0-3 4-7 8-10

Kategori Pelajar Lemah Sederhana Cemerlang

Bilangan pelajar 5 8 0

Pensyarah JADUAL 3: Analisis Temubual Bersama Pensyarah

Ringkasan temubual

Pensyarah A Subtopik ini agak sukar untuk pelajar saya memahaminya.

Pensyarah B Pelajar banyak merungut kerana tiada animasi atau model untuk memahami
Pensyarah C mekanisme ‘regulation of stomatal opening and closing’
Pensyarah D
Pensyarah E Saya ingin menilai kefahaman pelajar saya tapi tiada ‘platform’ digital yang boleh
dapat keputusan dengan cepat untuk ‘on the spot’ untuk saya nilai pelajar saya
selepas kelas.

‘Regulation of stomatal opening and closing’ sangat mudah untuk menerangkan
konsepnya tapi jika ada model atau animasi berkenaannya maka kerja mengajar
akan jadi lebih mudah

Saya suruh pelajar saya hafal sahaja ‘step by step’ prosesnya.

6

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan Bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti & Justifikasi)

Model Kajian Tindakan Lewin

Kurt Lewin (1947) mengemukakan model kajian tindakan yang mengandungi
empat langkah dalam setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan model tersebut dengan mengikut urutan ke

empat-empat langkah dalam dua kitaran yang berterusan. Merujuk kepada refleksi masalah

yang wujud sebelum menggunakan model i-EGC bersama aplikasi Typeform.

CARTA 1: Kitaran dalam Kajian Tindakan

Kitaran 1 Kitaran 2

7

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Pengumpulan Data

Dapatan kajian diperolehi secara kuantitatif menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Data
daripada kedia-dua ujian telah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2016.
Analisis dibuat dengan memerhati perbandingan markah pelajar dalam bentuk min dan
peratus min bagi setiap kitaran.

7.2 Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kuiz bertulis untuk Ujian Pra dan kuiz
menggunakan aplikasi Typeform untuk Ujian Pasca. Soalan-soalan ini di ambil dari koleksi
bank soalan Unit Biologi. Jenis instrumen, tujuan dan kaedah analisis yang dijalankan
diringkaskan seperti Jadual 4 di bawah.

JADUAL 4: Jenis instrumen, tujuan dan kaedah analisis yang dijalankan.

Bil Instrumen Tujuan Analisis

1. Ujian diagnostik Mengenalpasti masalah pelajar dalam Min dan peratus

subtopik regulation of stomatal opening

and closing.

2. Ujian Pra (Kuiz 1) Menentukan impak intervensi model Min dan peratus

i-EGC yang maujud kepada pelajar dalam

kitaran 1.

3. Ujian Pasca (Kuiz 2) Menentukan impak intervensi video Min dan peratus

model i-EGC bersama aplikasi Typeform

(pembelajaran dalam ekosistem digital)

kepada pelajar dalam kitaran 2.

Keputusan Ujian Diagnostik menunjukkan 5 daripada 13 orang pelajar berada dalam
kategori lemah. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat memahami konsep regulation
stomatal opening and closing dengan baik. Oleh itu intervensi menggunakan model maujud
i-EGC dilakukan dalam kitaran 1 diikuti dengan Ujian Pra untuk menilai impak. Kemudian
intervensi di tambahbaik dalam kitaran 2 dengan menggabungkan video model i-EGC
bersama Typeform dan PdPc dijalankan berkonsepkan digital classroom. Hasil analisis data
bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca dapat dilihat pada Jadual 5 dan Jadual 6 seperti di bawah.

JADUAL 5: Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

BIL Ujian Pra Ujian Pasca Beza Catatan

PELAJAR Markah Kategori Markah Kategori Markah

1 S1 4 Sederhana 7 Sederhana +3 Meningkat

2 S2 5 Sederhana 7 Sederhana +2 Meningkat

3 S3 6 Sederhana 9 Cemerlang +3 Meningkat
4 S4 5 Sederhana 8 Cemerlang +3 Meningkat

5 S5 5 Sederhana 8 Cemerlang +3 Meningkat

6 S6 5 Sederhana 7 Sederhana +2 Meningkat

7 S7 5 Sederhana 8 Cemerlang +3 Meningkat
8 S8
5 Sederhana 9 Cemerlang +4 Meningkat
9 S9
4 Sederhana 7 Sederhana +3 Meningkat

8

10 S10 6 Sederhana 9 Cemerlang +3 Meningkat
11 S11 6 Sederhana 8 Cemerlang +2
12 S12 Meningkat
7 Sederhana 7 Sederhana 0 Tiada
13 S13
MARKAH MIN 4 Sederhana 7 Sederhana +3 Perubahan
MARKAH PENUH 7.3 Meningkat
PERATUS MIN 10
5.2 7.3 +2.1 5.2 73%

10 10 - 10

52% 73% +21% 52%

JADUAL 6: Ringkasan Julat Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Julat Markah Kategori Ujian Pra Ujian Pasca

Pelajar Markah Pelajar Bil. Pelajar Peratus Bil. Pelajar Peratus

0–3 Lemah 0 0% 0 0%

4–7 Sederhana 13 100.0% 6 46.2%

8 – 10 Cemerlang 0 0% 7 53.8%

Jadual 5 menunjukkan markah min pencapaian Ujian Pra ialah 5.2 dan telah
meningkat sebanyak 21% kepada 7.3 dalam Ujian Pasca. Manakala perbezaan markah yang
paling tinggi diperolehi pelajar menunjukkan peningkatan sebanyak 4 markah. 7.7% pelajar
tidak menunjukkan perubahan markah di antara Ujian Pra dan Pasca. Selain itu, 53.8%
pelajar telah mencapai markah cemerlang. Manakala dalam Jadual 6 didapati 13 pelajar
memperolehi markah sederhana iaitu dalam julat 4 - 7 markah dan berada dalam kategori
sederhana bagi Ujian Pra. Namun setelah menggunakan video model i-EGC bersama aplikasi
Typeform semasa PdPc dijalankan, 7 pelajar telah meningkatkan pencapaian mereka daripada
kategori sederhana kepada kategori cemerlang dengan memperolehi markah antara 8 hingga
10 markah dalam Ujian Pasca. Selain itu, tiada pelajar berada dalam markah julat 0 - 3
markah di dalam Ujian Pra dan Pasca. Pencapaian dalam Ujian Pasca menunjukkan
peningkatan yang positif dan memberansangkan. Hanya 7.7% pelajar tidak menunjukkan
peningkatan dalam pencapaian Ujian Pasca. Secara keseluruhannya, 92.3% pelajar berjaya
meningkatkan pencapaian mereka dalam subtopik ini bagi kitaran 2 setelah penambahbaikan
dilakukan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa objektif kajian telah dicapai.

8.0 REFLEKSI & KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan

Inovasi dalam penyediaaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan kreativiti guru dan
mewujudkan variasi pada setiap sesi PdPc seterusnya mewujudkan suasana yang ceria dan
menarik minat pelajar. Model i-EGC dicipta untuk membantu pelajar memahami regulation
of stomatal opening and closing. Pengaplikasian model ini telah divideokan bagi
memudahkan pelajar untuk mencapainya pada bila-bila masa. Bukan sekadar menonton
video, pelajar juga berpeluang untuk menggunakan model ini secara interaktif di dalam kelas.
Selepas menonton video mereka boleh berinteraksi dengan model i-EGC dan merasai sendiri
pengalaman mengendalikannya dan seterusnya memahami mekanisma kawalatur pembukaan
dan penutupan stomata. Video aplikasi model i-EGC dan model i-EGC juga sebahagian

9

daripada alat bantu mengajar yang diterapkan dalam PdPc. Daripada refleksi PdPc yang lalu
kajian ini dilakukan bagi meningkatkan tahap pemahaman dalam menerangkan konsep
pembukaan dan penutupan stoma di samping peningkatan dalam pencapaian ujian pasca.

8.2 Kekuatan dan Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan

8.2.1 Kekuatan dan Kelemahan Kajian

Kekuatan kajian ini adalah model i-EGC yang dihasilkan boleh diakses di mana sahaja
kerana ia telah divideokan dan dimuat naik ke YouTube. Di samping memahami mekanisme
pembukaan dan penutupan stoma melalui video pelajar juga boleh menambahkan
pemahaman dengan melakukan latihan menggunakan aplikasi Typeform. Pensyarah juga
dapat melihat hasil analisis keputusan latihan yang di buat menggunakan Typeform secara
terus.

Kelemahan kajian ini adalah ia dilaksanakan pada hujung semester dan dirancang
secara tergesa-gesa disebabkan masalah-masalah yang timbul semasa mencari kaedah
aplikasi digital yang sesuai bagi memenuhi tema kajian yang ditetapkan. Ia mengambil masa
yang agak lama kerana terdapat Ujian Pra dan Ujian Pasca yang perlu dilaksanakan.

Penambaikan kajian ini adalah rancangan perlu dibuat dengan lebih teliti pada awal
semester 2. Model dan penghasilan video memerlukan perancangan yang lebih teratur dan
berkesan. Selain itu, model ini perlu ditambahbaik dari segi fleksibiliti dan ketahanan
manakala video pula perlu disunting supaya lebih menarik.

8.2.2 Pencapaian Objektif

Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan video i-EGC dan aplikasi Typeform dalam
meningkatkan pencapaian pelajar di dalam subtopik Regulation of stomatal opening and
closing. Video dan aplikasi digital ini digunakan bagi mewujudkan proses pembelajaran
dalam ekosistem digital untuk memenuhi aspirasi RI 4.0. Menurut Hosseini, Maxwell,
Mehrnaz (2019) turut menyatakan pembelajaran berasaskan digital atau teknologi telah
menerima perhatian yang ketara dalam pedagogi pendidikan sebagai cara yang berkesan
untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar di dalam kelas.

Penghasilan video dan penggunaan aplikasi Typeform yang dirancang adalah untuk
mencari kaedah penyampaian terbaik bagi membantu mengukuhkan pemahaman pelajar.
Penghasilan model dan video ini meningkatkan kerjasama antara pensyarah untuk
bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk menjadikan setiap sesi PdPc satu pengalaman
pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Melalui perkongsian ini, institusi pendidikan
khususnya Kolej Matrikulasi Kedah dan Bahagian Matrikulasi dapat mengenalpasti kaedah
pengajaran serta pendekatan yang berkesan bagi mengukuhkan penguasaan pelajar dalam
subjek Biologi seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar matrikulasi. Ini dapat
menggalakkan budaya berfikir dikalangan pensyarah bagi melahirkan pelajar yang kritis dan
kreatif.

10

8.2.3 Keberkesanan Tindakan
Impak kajian ini menunjukkan penggunaan video i-EGC dan Typeform berupaya menarik
dan meransang minat pelajar untuk mempelajari topik Gaseous Exchange. Pelajar juga lebih
bersemangat dan melibatkan diri secara aktif dalam suasana pembelajaran yang lebih
interaktif. Seterusnya, kaedah pembelajaran menggunakan ekosistem digital ini mewujudkan
satu normal baharu berbanding kaedah pembelajaran konvensional. Selain itu pelaksanaan
PdPc pensyarah berjalan lancar dan pensyarah bersemangat semasa mengendalikan kelas
dalam ekosistem digital.
9.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya maka kajian
penyelidikan ini dapat dilaksanakan dan disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.

Ribuan terima kasih didahului kepada Bahagian Matrikulasi kerana memberi peluang
kepada para penyelidik untuk menyertai Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi
Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama 2021(KonPPI-1 2021).

Seterusnya ucapan terima kasih dilanjutkan kepada Kolej Matrikulasi Kedah atas
sokongan padu terutama bahagian pengurusan kolej dan Jawatankuasa R&D kerana
menyediakan kemudahan kepada para penyelidik di kolej matrikulasi ini untuk melaksanakan
penyelidikan dengan lancar.

Penghargaan seterusnya kepada rakan-rakan Unit Biologi samaada secara langsung
atau tidak langsung dalam memberi respon semasa menjalankan kajian ini. Tidak lupa terima
kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar yang menjadi responden dalam
menyempurnakan kajian ini. Kajian ini sememangnya adalah untuk meningkatkan
pencapaian pelajar dalam subjek Biologi amnya.

Terhasilnya kajian penyelidikan ini maka diharapkan ia dapat menjadi pemudahcara
dan perkongsian bagi para pensyarah Biologi dalam meningkatkan mutu pengajaran.

11

10.0 BIBLIOGRAFI
Elliot, J., & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroom level: A case study of the

Ford teaching project. Curriculum Design and Development, Briston, PA: Open
University Press
Hadi Hosseini, Maxwell, H., & Mehrnaz Mostafapour (2019). Learning is child’s play:
gamebased learning incomputer science education. ACM Transactions on Computing
Education (TOCE), 19(3), 1-18.
Lewin, K. (1946) Action research and minority problems, in G.W. Lewin (Ed.) Resolving
Social Conflicts. New York: Harper & Row (1948)

12

11. 0 LAMPIRAN 1
TYPEFORM

13

14

INTROO’KIT WORKBOOK DAPAT MENINGKATKAN
PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TOPIK
PENGENALAN KIMIA ORGANIK

Nor Adilah binti Mohd Hasnan,
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected],

Nor Sariwan binti Mt Sha’ban,
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Juraini binti Ahmad,
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected],

Vinarti binti Mahmud
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

INTROO’KIT WORKBOOK DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM TOPIK PENGENALAN KIMIA ORGANIK

Nor Adilah binti Mohd Hasnan1,
Nor Sariwan binti Mt Sha’ban2,

Juraini binti Ahmad3,
Vinarti binti Mahmud4

[email protected],
2 [email protected] ,
[email protected],
[email protected]

ABSTRAK
IntroO’kit Workbook merupakan bahan bantu mengajar berbentuk digital yang digunakan untuk
membantu pelajar mempelajari topik pengenalan kimia organik. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik dan menentukan
keberkesanan IntroO’kit workbook terhadap pelajar. Kajian ini merupakan kajian tindakan satu
kitaran berbentuk kuantitatif. Sampel kajian adalah seramai 17 orang pelajar yang dipilih
menggunakan pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah IntroO’kit Workbook
yang dibina menggunakan aplikasi Liveworksheet. Workbook ini mengandungi lembaran kerja
berbentuk digital dan juga video pengajaran bagi topik pengenalan kimia organik. Analisis
kuantitatif yang digunakan adalah statistik deskriptif berbentuk peratus. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat 100% peningkatan pencapaian. Manakala 100% pelajar bersetuju
IntroO’kit Workbook berkesan dalam membantu mereka mempelajari topik ini. Kajian memberi
impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar, perubahan sikap mereka, juga terhadap
pengajaran pensyarah serta unit kimia. Pelajar semakin fokus dan berkeyakinan untuk
menyelesaikan soalan. Kaedah pengajaran dan profesionalisme pensyarah juga dapat
ditingkatkan.

Kata kunci: Pengenalan Kimia Organik, digital, workbook, livewooksheet,

1.0 PENDAHULUAN
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi
pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka mengikuti kursus
peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam mahupun
swasta. Terdapat tiga jurusan yang ditawarkan kepada pelajar dalam Program Matrikulasi iaitu
jurusan sains, perakaunan dan teknikal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Bagi pelajar
yang mengikuti jurusan sains, terdapat tiga subjek sains yang ditawarkan iaitu Fizik, Kimia dan
Biologi. Kimia merupakan subjek wajib bagi semua pelajar yang mengikuti jurusan sains dalam
Program Matikulasi. Kurikulum Kimia dalam Program Matrikulasi digubal bagi memberi pelajar
pengetahuan kimia sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pertama
dan meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia dalam Program Matrikulasi dilaksanakan
melalui kuliah, tutoran dan amali. Terdapat pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang diperkenalkan dengan tujuan menarik minat, perhatian dan merangsang
minda pelajar. Antara strategi yang sering dilakukan ialah kaedah pengajaran berbantukan
komputer, kaedah simulasi, perbincangan, sumbangsaran, seminar, lawatan, pembelajaran
koperatif dan sebagainya. Melalui tinjauan yang dilakukan di Kolej Matrikulasi Kedah, diantara
subjek sains yang ditawarkan, subjek kimia sering dianggap sebagai salah satu disiplin yang
susah dipelajari. Menurut Anne (2017), kimia dianggap sebagai satu kelas sains yang sukar
untuk dikuasai kerana bukan sahaja melibatkan fakta sains malah juga memerlukan kemahiran
matematik untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah, serta mempunyai bahasa dan
menggunakan istilah yang saintifik. Pendapat sedemikian disokong dengan kajian yang telah
dibuat oleh De Vos, Bulte dan Pilot (2002) serta Osborne dan Collins (2001), yang menyatakan
bahawa ramai pelajar berpendapat mata pelajaran kimia adalah abstrak, sukar untuk dipelajari
dan tidak berkaitan dengan kehidupan mereka.

Kaedah dan bentuk pengajaran yang sesuai dengan generasi abad 21 banyak diperkatakan
bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah konvensional "chalk and
talk" semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif,
sesuai dengan teknologi yang ada sekarang. Di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc),
guru berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing dan pendorong untuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan. Peranan murid pula sebagai pembelajar aktif untuk menguasai
kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai-nilai positif. Proses pembelajaran hari ini
memerlukan pendidik untuk berhadapan dengan generasi pelajar yang tergolong di dalam
Generasi Z atau pelajar digital. Anak-anak generasi ini mempunyai kecenderungan tersendiri.
Ciri terpenting adalah penggunaan internet yang meluas sejak usia muda. Generasi Z difikirkan
sebagai selesa dan fasih dengan teknologi serta lebih suka berinteraksi mahupun bersosial secara
atas talian. Justeru itu kajian ini dilakukan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran pelajar
secara digital di dalam kelas dengan memperkenalkan IntroO’kit Workbook. Inovasi IntroO’kit
Workbook ini dihasilkan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998). Penghasilan
bahan ini diharap dapat memenuhi cabaran teknologi pendidikan yang semakin berkembang
maju sekaligus menyahut tema konvensyen kali ini iaitu memperkasakan pembelajaran dalam
dunia digital.

2.0 REFLEKSI MASALAH
Silibus kimia matrikulasi pada semester dua melibatkan 13 topik penting iaitu, tiga topik kimia
fizikal dan 10 topik kimia organik. Salah satu topik kimia organik di dalam silibus adalah topik
Pengenalan Kimia Organik (Introduction to Organic Chemistry). Topik pengenalan kimia
organik ini sangat penting kerana ia merupakan tajuk awal untuk memperkenalkan konsep kimia
organik kepada kepada pelajar pada semester ini. Walaupun ianya tidak mempunyai kredit di
dalam peperiksaan kertas II (0%) dan hanya empat soalan (8%) dalam kertas I. Namun topik ini
merupakan topik pilihan subjek kimia bagi tugasan pelajar yang berjumlah 15%. Topik ini juga
mempunyai banyak subtopik penting sebagai asas kepada tajuk kimia organik yang lain.

Topik-topik subjek kimia organik sangat berkait rapat antara satu sama lain. Justeru itu
pengetahuan asasnya perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum pelajar bergerak ke topik
seterusnya. Maka dengan itu pencapaian pelajar di dalam topik ini sangat perlu dititik beratkan.
Oleh yang demikian, kami telah menjalankan satu ujian diagnostik topik pengenalan kimia
organik ke atas pelajar. Hasil ujian tersebut mendapati 70.50% pelajar telah gagal dalam ujian
ini. Analisis markah ini telah mencetuskan kebimbangan di pihak kami sebagai pensyarah.
Kegagalan penguasaan awal topik pengenalan kimia organik akan membawa kepada lebih
banyak salah konsep pada topik-topik akan datang.

Penggunaan bahan pembelajaran digital pula merupakan salah satu kaedah untuk
menarik minat pelajar terhadap topik ini kerana ianya lebih diminati oleh pelajar generasi digital.
Kekurangan bahan digital berkualiti sebagai bahan pembelajaran telah mencetuskan masalah
kepada kami untuk menyampaikan isi pengajaran berbentuk digital di dalam kelas. Oleh yang
demikian, kami telah membina satu bahan pembelajaran digital bagi topik pengenalan kimia
organik yang dinamakan IntroO’kit Workbook menggunakan aplikasi Livewoorksheet. Ianya
bagi mengatasi masalah pencapaian sekaligus masalah kekurangan bahan pembelajaran digital
pelajar dalam topik ini.

3.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN
Pembelajaran digital merupakan kaedah pembelajaran yang harus diperkasakan. Ini bagi
memastikan sistem pendidikan di Malaysia mampu berdaya saing serta setara dalam teknologi
pendidikan yang menjadi amalan dunia terkini. Kekurangan bahan pembelajaran digital sebagai
rujukan dan sokongan pembelajaran membuatkan kami ingin menghasilkan bahan pembelajaran
yang baru dalam topik ini. Selain itu, pencapaian pelajar dalam topik ini sangat penting kerana
ianya mempengaruhi pencapaian pelajar untuk topik kimia organik yang seterusnya. Kajian ini
bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan IntroO’kit workbook dalam peningkatan
pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik. Kajian ini seterusnya bertujuan untuk
menentukan keberkesanan penggunaannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas
kimia. Ianya akan diukur melalui satu bentuk pengukuran secara atas talian terhadap pemahaman
pelajar setelah IntroO’kit di perkenalkan di dalam bilik darjah.

3.1 Introo’kit workbook
IntroO’kit Workbook adalah singkatan daripada perkataan Introduction to Organik Kit
Workbook. IntroO’kit Workbook merupakan satu bahan pembelajaran digital yang membantu
pelajar untuk mempelajari topik pengenalan kimia organik dengan lebih mudah dan berkesan.

Workbook ini dibina dengan menggunakan aplikasi Liveworksheet. IntroO’kit Workbook terdiri
daripada enam lembaran kerja digital serta enam video pengajaran. Video pengajaran yang
dihasilkan adalah video yang dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan kami. Pensyarah yang
menyediakan video ini merupakan pensyarah yang berpengalaman luas dalam penghasilan video
di media sosial. Selain itu, kandungan isi pelajaran juga telah disemak oleh pakar rujuk subjek
kimia. Kelebihan penggunaan digital workbook ini adalah pelajar dapat menyemak sendiri
jawapan yang diberikan oleh mereka. Workbook ini juga boleh digunakan berulang kali
mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Untuk menggunakan workbook ini pelajar perlu
mencipta akaun di dalam aplikasi Liveworksheet. Kemudian pelajar boleh mendaftar masuk
laman IntroO’kit Workbook menggunakan kod yang diberikan oleh pensyarah. Rujuk Lampiran
untuk melihat bahan digital IntroO’kit Workbook yang digunakan.

IntroO’kit Workbook ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja
oleh pelajar. Peranti yang diperlukan adalah talifon pintar atau komputer serta talian internet
yang stabil. Cadangan tempoh masa penggunaan di dalam kelas adalah selama dua jam.
Manakala di luar kelas adalah lebih fleksibel mengikut kesesuaian pembelajaran kendiri pelajar.
Langkah penggunaan IntroO’kit Workbook adalah seperti Rajah 1 di bawah.

RAJAH 1: Penggunaan IntroO’kit Workbook

Pelajar bebas membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, merujuk video yang
disediakan serta berdiskusi bersama pensyarah. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator untuk
mengawal kelas, membimbing dan melancarkan sesi pembelajaran. Peranan IntroO’kit
Workbook dalam membantu pencapaian pelajar adalah pelajar dapat menonton video pengajaran
serta membuat latihan yang diberikan berulang-ulang kali mengikut kesesuaian pembelajaran
mereka. Mereka juga dapat menyemak sendiri markah ujian yang diperolehi.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian kami adalah
1. meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik
2. menentukan keberkesanan IntroO’kit Workbook terhadap pelajar

5.0 SAMPEL DAN TEMPAT KAJIAN
Seramai 17 orang pelajar dijadikan sampel kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah
pensempelan bertujuan. Kumpulan pelajar ini dipilih kerana 70.50% daripada mereka telah gagal

ujian diagnostik yang dijalankan. Mereka merupakan kumpulan pelajar modul 3 yang
memperolehi julat gred B hingga C dalam PSPM. Selain itu, pelajar-pelajar ini merupakan
pelajar kelas tutoran yang diajar oleh salah seorang ahli kumpulan kami. Kajian ini dilakukan di
Kolej Matrikulasi Kedah di daerah Kubang Pasu, Kedah Darulaman.

6.0 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah bahan pembelajaran digital yang
dinamakan IntroO’kit Workbook. Kandungan isi pelajaran dan latihan di dalam workbook ini
telah disemak oleh pakar rujuk subjek kimia. Justeru itu kualiti dan kaedah pengajaran telah
menepati silibus kimia matrikulasi yang terkini. Instrumen lain yang digunakan adalah borang
tinjauan keberkesanan. Kami telah menggunakan aplikasi Google Form untuk menyediakan
borang tinjauan keberkesanan IntroO’kit Workbook. Penggunaan aplikasi ini lebih mudah kerana
data yang diperolehi lebih pantas untuk dianalisis. Borang ini mengandungi 11 soalan
menggunakan skala likert 1-4 iaitu, 1-sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3- setuju dan 4-sangat
setuju.

7.0 PERANCANGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan kajian yang bertujuan untuk
memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi guru. Menurut Elliot
dan Adelman (1976), kajian tindakan dalam bidang pendidikan adalah satu usaha untuk
mempertingkatkan mutu profesionalisma para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial di
institusi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan harian. Di dalam kajian ini,
kami telah menggunakan model kajian tindakan oleh Kemmis dan Mc Taggart sebagai rujukan.
Kemmis dan Mc Taggart (1988) mengemukakan model kajian tindakan mereka yang
mengandungi empat langkah dalam setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Mengikut model tersebut, kajian tindakan dilaksanakan mengikut urutan ke
empat-empat langkah dalam kitaran-kitaran yang berterusan. Pelaksanaan kajian tindakan yang
telah dijalankan adalah seperti Rajah 2 di bawah.

RAJAH 2: Kitaran kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988)

8.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan dalam satu kitaran sahaja, perincian aktiviti kitaran akan dibincangkan
melalui aktiviti yang telah dilaksanakan. Satu ujian diagnostik topik pengenalan kimia organik
telah dilakukan sebelum intervensi penggunaan IntroO’kit Workbook dilakukan kepada pelajar.
Hasil ujian diagnostik mendapati 70.50% pelajar telah gagal dalam ujian tersebut. Justeru itu,
satu perancangan telah dibuat untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam topik ini.

8.1 Kitaran Aktiviti
Kitaran aktiviti dimulakan dengan aktiviti merancang dan membina bahan pembelajaran digital.
Proses penghasilan IntroO’kit Workbook ini memakan masa selama 2 minggu.

(a) Aktiviti 1: Penggunaan IntroO’kit Workbook di dalam kelas
Aktiviti pertama kajian ini adalah Penggunaan IntroO’kit Workbook bersama pelajar. Ujian ini
dilaksanakan pada 22 Oktober 2019 pada jam 2.00 petang bertempat di makmal kimia 5. Sesi ini
mengambil masa selama 2 jam. Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Pelajar telah
dibahagikan kepada lima kumpulan. Pelajar diminta untuk menjalankan aktiviti seperti yang
diarahkan. Pelajar juga bebas membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, menggunakan
workbook serta video yang disediakan serta berdiskusi bersama pensyarah

i) Refleksi aktiviti 1:
Kami telah berhasil menyediakan bahan bantu mengajar digital bagi topik pengenalan kimia
organik seperti yang dirancang. Penghasilan bahan pembelajaran ini telah menyumbang kepada
peningkatan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dikalangan pensyarah. Selain itu
ia juga menyumbang kepada penambahan bahan pembelajaran digital bagi unit kimia, KMK.
Melalui akiviti penggunaan IntroO’kit Workbook yang dijalankan, pelajar kelihatan seronok dan
bekerjasama di dalam kumpulan masing-masing. Mereka berbincang secara aktif dan
menggunakan workbook yang disediakan. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekangan yang
berlaku. Kekangan tersebut adalah dari segi penggunaan talian internet kolej yang tidak stabil.

ii) Tindakan penambahbaikan:
Kami telah meminta pelajar untuk menggunakan data internet telco masing-masing. Data internet
dari talian telco pelajar adalah lebih stabil berbanding talian internet yang disediakan oleh pihak
kolej.

(b) Aktiviti 2: Ujian pos
Aktiviti seterusnya adalah memberi soalan ujian kepada pelajar. Soalan ujian merupakan soalan
yang diambil dari bank soalan Unit kimia. Kami telah memberikan soalan ujian tersebut kepada
pelajar B2T1. Pelajar diarahkan untuk menyiapkan ujian dalam masa 1 jam sahaja. Hasil dapatan
ujian pos ini adakan dibandingkan dengan ujian diagnostik untuk melihat peningkatkan
pencapaian mereka.

i) Refleksi aktiviti 2:

Pelajar menjalankan ujian yang diarahkan dalam masa 1 jam. Selepas penandaan dilakukan,
didapati pelajar berjaya menjawab soalan tugasan yang diberikan dengan teratur, terarah dan
lengkap. Pelajar berhasil memberikan jawapan yang memenuhi kehendak pensyarah.

(c) Aktiviti 3: Borang tinjauan keberkesaan IntroO’kit Workbook
Aktiviti diteruskan dengan mengedarkan borang soal-selidik tinjauan keberkesanan penggunaan
IntroO’kit workbook dikalangan pelajar. Pelajar diberikan link borang Google Form tersebut
melalui aplikasi WhatsApp. Borang ini mengandungi 11 soalan berbentuk skala likert 1-4.
Pelajar diminta untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

i) Refleksi aktiviti 3:
Makluman soal-selidik yang diperolehi akan dianalisis dan dibincangkan di bahagian dapatan
kajian. Pelajar tidak mempunyai masalah untuk melengkapkan borang tinjauan yang diberikan.
Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab semua 11 soalan yang
dinyatakan.

9.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan
penggunaan IntroO’kit Workbook yang telah dilaksanakan. Dapatan hasil kajian diperolehi
melalui kaedah analisis yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

JADUAL 1: kaedah analisis yang dijalankan bagi menjawab objektif kajian

Bil Objektif kajian Kaedah analisis

1 Meningkatkan pencapaian pelajar dalam Analisis markah ujian

topik pengenalan kimia organik

2 Menentukan keberkesanan IntroO’kit Analisis borang soal-selidik

Workbook terhadap pelajar

9.1 Analisis Markah Ujian
Para pelajar diberikan ujian diagnostik bagi topik pengenalan kimia organik sebelum
menggunakan IntroO’kit Workbook. Setelah itu, para pelajar diperkenalkan dengan IntroO’kit
Workbook dan menggunakan bahan digital tersebut. Kemudian para pelajar diberikan ujian pos
bagi menilai keberkesanan penggunaan IntroO’kit Workbook dalam pengajaran dan
pembelajaran topik pengenalan kimia organik. Data bagi ujian pos pelajar dianalisis dan
dibandingkan dengan ujian diagnostik bagi menilai peningkatan pencapaian pelajar. Berdasarkan
Jadual 2 (Lampiran), terdapat peningkatan 100 % dalam ujian pos. Semua pelajar telah mendapat
peningkatan markah setelah menggunakan IntroO’kit Workbook dengan peratus peningkatan
paling tinggi adalah 100%, iaitu peningkatan markah daripada mendapat 0 markah dalam ujian
diagnostik dan telah mendapat 10 markah dalam ujian pos.

Seramai empat orang pelajar (24%) telah mencapai tahap maksimum dalam ujian ini
dengan mendapat markah penuh. Purata peningkatan markah pelajar adalah sebanyak 47%.
Jadual 3 menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat markah antara 6-10 markah
iaitu sebanyak 65% peningkatan. Manakala tiada lagi pelajar mendapat 0.0 markah dalam ujian
pos setelah pelajar menggunakan IntroO’kit.

JADUAL 3: Julat markah pelajar

  Bilangan pelajar

Julat markah Ujian diagnostik Ujian post

0 12 0

1-3 0 5

4-5 4 0

6-8 1 8

9-10 0 4

Jumlah 17 17

9.2 Analisis Borang Soal Selidik
Analisis keberkesanan IntroO’kit Workbook dilakukan menggunakan borang selidik empat skala
likert iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-setuju, 4-sangat setuju. Soal selidik ini
mengandungi 11 soalan yang disebarkan melalui aplikasi Google Form. Soalan ini telah dibuat
oleh ahli kumpulan kami. Soalan ini juga telah dibuat kesahan kandungan dengan pensyarah
pakar rujuk subjek. Berdasarkan analisis Jadual 4, purata pelajar (47%) tidak bersetuju bahawa
kimia dan topik pengenalan kimia organik merupakan subjek yang sukar dan topik yang tidak
sukar untuk difahami. Ini mungkin disebabkan peratusan bilangan pelajar daripada aliran empat
semester (S4S) adalah tinggi (71%). Pelajar dari aliran S4S telah mempelajari asas topik organik,
walaupun tidak secara mendalam. Namun begitu purata pelajar ini sangat bersetuju (94%)
bahawa penggunaan IntroO’kit Workbook dapat memudahkan pembelajaran topik pengenalan
kimia organik lebih cepat dan mudah.

Hasil soal-selidik juga menunjukkan 100% pelajar bersetuju IntroO’kit Workbook
membantu mereka dalam peningkatkan pencapaian topik pengenalan kimia organik. Manakala
94% pelajar bersetuju IntroO’kit Workbook membantu dalam proses ulangkaji. Selain itu, purata
pelajar juga bersetuju (100%) bahawa IntroO’kit Workbook ini menarik dan juga mesra
pengguna serta menarik perhatian pelajar dalam mempelajari topik ini seterusnya membuatkan
mereka lebih meminati subjek kimia organik. Purata pelajar juga memahami akan kepentingan
pembelajaran secara kendiri dan purata pelajar bersetuju (71%) bahawa IntroO’kit Workbook
dapat memudahkan pelajar mengamalkan pembelajaran kendiri. Daripada peratusan di atas juga
menunjukkan, pelajar setuju (100%) bahawa aplikasi digital yang terdapat dalam IntroO’kit
Workbook boleh diakses dengan mudah.

Namun begitu masih terdapat beberapa bahagian aplikasi ini yang boleh diperbaiki. Ini
kerana terdapat pelajar (seorang) yang tidak bersetuju bahawa penggunaan IntroO’kit ini dapat
membantunya mempelajari topik pengenalan kimia organik dengan lebih mudah, dan juga tidak
dapat membantunya lebih meminati subjek kimia. Setelah ditemubual, pelajar ini berpendapat
walaupun pembelajaran melalui kaedah digital memudahkan pelajar, namun mereka masih
perlukan bimbingan pensyarah untuk membantu mereka menguasai sesuatu topik. Kami
bersetuju dengan pendapat pelajar ini, kerana itulah kami mencadangkan bahawa IntroO’kit
Workbook ini digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Dimana pelajar berbincang
secara aktif dan kolaboratif sesama rakan sambil dipantau oleh pensyarah sebagai fasilitator.
Jadual 4 di Lampiran memaparkan analisis peratusan soal-selidik pelajar

10.0 KESAN KAJIAN


Click to View FlipBook Version