The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

Fuchs, B. (2014). The Writing is on the Wall: Using Padlet for Whole-Class Engagement.
LOEX Quarterly, 40(4), 7-9.

Luaran, J. E. (2013, 29 – 30 Ogos 2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan
Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi. Paper presented at the Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.h.

Mat Saad, D. U., Hashimee, M., & Zulkifli, M. S. (2018, 23-24 April 2018). Penggunaan
Perisian Padlet.Com dalam Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bahasa Arab. Paper
presented at the Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia.

Md Sahir, A., & Mohd Ayub, A. F. (2015). Keberkesanan Penggunaan Video dalam Amali
Masakan. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-8.

Nasharudin, N., & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 1-11.

Romanov, K., & Nevgi, A. (2007). Do medical students watch video clips in eLearning and
do these facilitate learning? Medical Teacher, 29(5), 490-494.

Sulakah, S. M. (2017). Aplikasi Padlet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen
Sastera (Komsas). (Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Zainul, A., Abdul Malek, A., & Basharudin, N. A. (2017, 21-23 March 2017). Keberkesanan
Penggunaan Video Pembelajaran Interaktif untuk Kursus Embedded System Application.
Paper presented at the National Innovation and Invention Competition Throughthrough
Exhibition (iCompEx’17), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah.

Zhang, D., Zhou, L., Briggs, R. O., & Nunamaker Jr, J. F. (2006). Instructional video in
e-learning: Assessing the impact of interactive video on learning effectiveness. Information &
Management, 43(1), 15-27

Teacher Sharing Session

VISUAL MinMax: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PELAJAR DALAM MENENTUKAN NILAI MINIMUM

DAN MAKSIMUM BAGI STRUKTUR KAWALAN
PENGULANGAN DALAM TOPIK
PENGATURCARAAN JAVA

Fadzilah binti Fadzil
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Marzita binti Ismail
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Muhammad Azri bin Abdul Rashid
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Visual MinMax: Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Menentukan
Nilai Minimum Dan Maksimum Bagi Struktur Kawalan Pengulangan

Dalam Topik Pengaturcaraan Java

Fadzilah binti Fadzil
Marzita binti Ismail
Muhammad Azri bin Abdul Rashid

[email protected]
[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat penggunaan kaedah bahan bantu
mengajar secara visual dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran pelajar
menyelesaikan masalah mencari nilai akhir minimum dan maksimum dalam struktur kawalan
pengulangan. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti peningkatan prestasi pencapaian
pelajar secara telus melalui pentaksiran yang berintegriti serta melihat penglibatan aktif dan
menyeluruh setiap pelajar semasa aktiviti dijalankan. Kajian tindakan ini dijalankan secara
kuantitatif dan kualitatif dengan peserta kajian terdiri daripada tiga orang pelajar.
Pengajaran menggunakan slaid Visual MinMax telah dijalankan selama dua minggu (9 – 22
Februari 2020). Ujian Pra telah dilaksanakan sebelum peserta kajian didedahkan dengan
bahan bantu mengajar slaid Visual MinMax. Pada akhir minggu kedua, Ujian Pasca telah
dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi pelajar. Pengkaji juga menjalankan temu bual
untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
peratusan. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan penggunaan slaid Visual
MinMax ini telah meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti nilai maksimum dan
minimum dalam struktur kawalan pengulangan dalam topik pengaturcaraan, meningkatkan
penglibatan secara aktif setiap pelajar dan meningkatkan minat dan rasa seronok terhadap
subjek Sains Komputer. Akhir sekali kaedah ini juga telah meningkatkan keyakinan pelajar
untuk menjawab soalan pengaturcaraan dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2
(PSPM 2).

2

Kata kunci: Visual MinMax, pembelajaran visual, struktur kawalan pengulangan, pengaturcaraan,
sains komputer
1.0 PENDAHULUAN
Pengkaji merupakan kumpulan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Sains Komputer.
Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras dalam Sistem Matrikulasi Dua Semester
dan Sistem Matrikulasi Empat Semester. Ia hanya ditawarkan kepada semua pelajar Modul II,
Sains Fizikal dan Modul III, Sains Komputer.

1.1 Latar Belakang
Tajuk yang dipilih untuk kajian kali ini ialah Visual MinMax : Meningkatkan Kemahiran
Pelajar Dalam Menentukan Nilai Minimum dan Maksimum Bagi Struktur Kawalan
Pengulangan Dalam Topik Pengaturcaraan Java. Tajuk yang menjurus kepada topik
pengaturcaraan ini dipilih memandangkan selama sembilan tahun pengkaji bertugas di sini,
pengkaji menghadapi masalah yang sama setiap kali tibanya semester dua bagi setiap sesi
pengajian.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada bahan bantu mengajar ini (Visual
MinMax) akan berjaya meningkatkan satu kemahiran yang sangat penting dalam topik
pengaturcaraan seterusnya dapat membantu meningkatkan markah peperiksaan akhir
pelajar-pelajar tersebut.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai selama ini hanya berkesan ke
atas pelajar-pelajar yang mempunyai asas pemikiran logik yang tinggi, namun bagi
pelajar-pelajar yang mempunyai asas pemikiran logik yang rendah, kaedah penerangan
berserta contoh dan latih tubi tersebut tidak dapat membantu mereka mendapat konsep asas
pengaturcaraan tersebut.

Kajian tindakan ini dijalankan berpandukan kepada model Kemmis dan Mc Targgart
(1988) yang melibatkan empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek.

2.0

3

2.0 REFLEKSI PdP LALU
Daripada pengalaman pengkaji, ada di kalangan para pelajar menghadapi masalah untuk
menguasai dan membezakan konsep-konsep yang baru dalam topik Pengaturcaraan di bawah
topik Struktur Kawalan Pengulangan. Pengkaji telah menjelaskan konsep tersebut beberapa
kali sebelum itu, beberapa contoh telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu mereka memahami konsep baru.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar, semakan jawapan
tutorial dan keputusan ujian yang dilaksanakan di dalam kelas semasa pengkaji mengajar.

Penggunaan contoh melalui perjalanan aturcara sebenar juga telah dibuat, namun
sesetengah pelajar masih lagi menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah mencari
nilai minimum dan maksimum ini. Hasil perbincangan yang pengkaji lakukan didapati
pelajar:

i. tidak dapat menyatakan nilai lalai (default value) untuk pemboleh ubah
minimum dan maksimum pada permulaan aturcara,

ii. tidak tahu di mana nilai lalai pemboleh ubah minimum dan maksimum perlu
diletakkan,

iii. terkeliru dengan perubahan nilai minimum dan maksimum sepanjang
perjalanan aturcara, dan

iv. tidak dapat mencari nilai terkini minimum dan maksimum apabila aturcara
tamat.

3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran pelajar menyelesaikan
masalah yang sering diutarakan di dalam peperiksaan iaitu mencari nilai minimum dan
maksimum dalam sesuatu pernyataan masalah.

Apa yang menjadi kebimbangan pengkaji adalah tidak semua pelajar dapat
memahami dan menyelesaikan masalah ini setelah PdP secara konvensional dilaksanakan di
dalam bilik darjah. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai pelajar, pelajar akan menghadapi
masalah yang berganda apabila masuk ke topik yang lebih sukar iaitu topik tatasusunan. Ini
kerana pemahaman dari topik awal dalam struktur kawalan pengulangan ini akan di bawa ke
topik tatasusunan.

Dalam bilik darjah, pelajar pelajar mempunyai stail pembelajaran yang berbeza.
Menurut Gardner (1983) stail pembelajaran ini dipengaruhi oleh kecerdasan yang pelbagai
yang boleh diperolehi, diperkembangkan dan dipertingkatkan oleh seseorang. Untuk
sebahagian besar pelajar yang memiliki stail pembelajaran logical-mathematical, mereka
berupaya menggunakan angka secara berkesan; menaakul secara deduktif atau induktif dan
mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Pelajar-pelajar ini
tiada masalah untuk menguasai kemahiran mencari nilai minimum dan maksimum ini.

Namun terdapat sebahagian pelajar yang mempunyai stail pembelajaran visual,
mereka suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah.
Mereka lebih cenderung kepada aktiviti PdP yang menggunakan demonstrasi, tindakan dan
lakonan. Mereka inilah yang akan menghadapi masalah jika tiada bantuan secara visual untuk
mengukuhkan pemahaman mereka. Gambaran visualisasi ini adalah terhasil daripada
gambaran mental pelajar terhadap konsep atau masalah abstrak yang diberikan (Suzieleez &

4

Tajularipin, 2006) Gambaran mental ini merupakan imej yang terbentuk dalam fikiran
seseorang individu itu secara spontan hasil daripada pengalaman lalu (Rita & Mulia, 2016).

Keupayaan kognitif seseorang yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif,
kritis dan inovatif boleh diasah dengan menjalankan penerokaan penyelesaian masalah (Rita
& Mulia, 2016). Manakala salah satu proses kognitif kreatif adalah kaedah perwakilan
visualisasi. Setiap pelajar mempunya kaedah visualisasi yang berbeza bergantung dengan
tahap kognitif masing-masing. Menurut Butler (1988), gaya pembelajaran secara visual
berlaku ketika aras ketiga iaitu aras aplikasi. Pada aras tersebut pelajar mengikuti arahan
untuk memahami simulasi; menggambarkan idea secara visual; dan menyelesaikan masalah
bagi soalan spesifik. Pelajar cuba mengaplikasi pembelajaran dengan mengikuti panduan dan
menyusun semula kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pemahaman mereka. Keupayaan
visualisasi pelajar yang tinggi dapat membantu pelajar membentuk konsep baru dan
seterusnya boleh menganalisis pembelajaran pada aras yang berikutnya. Ini disokong oleh
kajian M. Daud Hamzah (1999) yang menunjukkan proses visualisasi merupakan antara
keterampilan berfikir yang perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar juga akan menjadi lebih
bermotivasi dalam pembelajaran mereka.

Kajian ini adalah penting supaya pelajar dapat membuat gambaran visual yang jelas
bagaimana nilai minimum dan maksimum itu dapat diperolehi dengan tepat.

Jika pelajar tidak dapat memperolehi nilai minimum dan maksimum yang tepat, maka
mereka tidak akan dapat menjawab soalan pengaturcaraan yang melibatkan masalah, lantas
menyebabkan pelajar terlepas peluang untuk mendapat markah penuh untuk semua soalan
dan sekaligus melenyapkan peluang mereka untuk memperoleh keputusan yang lebih baik
dalam PSPM 2.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti nilai minimum dan maksimum bagi masalah
yang diberikan dalam topik pengaturcaraan menggunakan kaedah visual melalui bahan bantu
mengajar, Visual MinMax.

4.2 Objektif Khusus
a. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam topik
pengaturcaraan.
b. Meningkatkan prestasi keputusan pelajar lemah/sederhana dalam topik
pengaturcaraan.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri dari tiga orang pelajar. Mereka terdiri dari seorang pelajar lelaki
dan dua orang pelajar perempuan. Mereka merupakan pelajar jurusan Sains, Modul II, Sains
Fizikal. Mereka dipilih berdasarkan prestasi keputusan kuiz iaitu yang kurang memuaskan
iaitu mendapat kurang daripada 60% dari markah keseluruhan.

5

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)
Kajian tindakan ini dijalankan berpandukan kepada model Kemmis & Mc Targgart (1988)
yang melibatkan empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pendekatan kuantitatif dengan
menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca. Instrumen ini digunakan untuk
mengenalpasti peningkatan prestasi pelajar dalam aspek kemahiran mengenalpasti struktur
kawalan dalam pengaturcaraan.

Pendekatan kualitatif juga digunakan iaitu melalui pemerhatian dan temu bual.
Borang pemerhatian digunakan oleh pengkaji untuk mengenalpasti tingkah laku
pembelajaran pelajar semasa tindakan intervensi dilaksanakan. Temu bual pelajar dilakukan
untuk melihat respon pelajar tentang aktiviti yang dilaksanakan dari aspek keseronokan,
minat atau bosan semasa aktiviti dilaksanakan.

Buku tutorial turut diperiksa untuk menilai sejauh mana kemahiran pelajar menjawab
soalan berkaitan dengan nilai minimum dan maksimum dalam struktur kawalan pengulangan.

Analisis tinjauan masalah dilakukan untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu
timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Jadual 1 di
bawah menunjukkan teknik mengumpul maklumat yang digunakan di peringkat tinjauan awal
masalah untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu timbul.

Jadual 1 : Tinjauan Awal Masalah

Tinjauan Awal Masalah Masalah Telah Dikenal Pasti
Memeriksa Buku Tutoran
Banyak kesalahan yang dikesan
Temu Bual Pembetulan hasil perbincangan dalam kelas tutotial juga
didapati tidak tepat.

Tiga orang pelajar yang terpilih sebagaI peserta kajian ini
turut menghadapi masalah dengan mata pelajaran
Matematik. Ini berkait rapat dengan pengaturcaraan yang
memerlukan pemikiran analitikal dan logik.

Pemerhatian Pemerhatian pengkaji lakukan sendiri untuk mengenal pasti
Ujian Pra masalah dari segi:
Sikap – kebanyakan daripada mereka membuat kerja
sambil lewa.
Tingkah laku – sebelum kajian mereka tidak memberi
sepenuh tumpuan semasa belajar. Apabila ditanya soalan
mereka tidak dapat memberi jawapan yang sepatutnya.
Penglibatan pelajar sebelum kajian – pasif

Setelah membuat ujian pra pengkaji dapati tiada pelajar
yang terlibat yang dapat menjawab semua soalan ujian pra
dengan tepat.

6

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran, Inovasi/
Kreativiti & Justifikasi)

6.1.1 Pembinaan Intervensi
Setelah pengkaji memastikan punca sebenar masalah peserta kajian, pengkaji membina
intervensi Visual MinMax menggunakan slaid Power Point.

Soalan Ujian Pra dijadikan contoh. Pengkaji membina kotak-kotak berwarna
berlabelkan pembolehubah minimum dan maksimum serta pembolehubah-pembolehubah
yang ada dalam soalan.

Apabila nilai awal dimasukkan, peserta kajian akan dapat melihat
perubahan-perubahan nilai sepanjang perjalanan aturcara tersebut.

Pengkaji telah mencuba terlebih dahulu intervensi Visual MinMax dengan rakan
pensyarah yang lain untuk dikomen sebelum dilaksanakan ke atas peserta kajian.

6.1.2 Tindakan Menangani Masalah
Perancangan tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Menjalankan ujian pra (satu soalan yang merangkumi keperluan mencari nilai minimum

dan maksimum).
ii. Menerangkan kepada pelajar aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktiviti intervensi.
iii. Menerangkan langkah-langkah dalam intervensi yang dicadangkan.
iv. Menjalankan ujian pasca (aras kesukaran soalan adalah sama dengan ujian pra).
v. Data dikumpul dan dianalisis.

6.1.3 Cara Pelaksanaan Tindakan
i. Oleh kerana bilangan peserta kajian adalah kecil, pengkaji bertemu setiap peserta kajian

secara berseorangan.
ii. Pengkaji menunjukkan dan menerangkan konsep minimum dan minimum itu

menggunakan intervensi Visual MinMax.
iii. Peserta kajian akan berpeluang melihat secara terperinci perubahan-perubahan nilai

dalam pembolehubah minimum dan maksimum serta pembolehubah-pembolehubah yang
lain.
iv. Pelajar cuba menjawab set soalan yang diberi.
v. Pelajar diberi ujian pasca untuk menilai tahap kemahiran mereka mengenalpasti nilai
minimum dan maksimum.

7.0 PEMERHATIAN
7.1 Kaedah Penggumpulan Data

Setelah aktiviti dijalankan mengikut langkah-langkah yang dirancang, dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran peserta kajian untuk
mengenalpasti nilai minimum dan maksimum sebagaimana Jadual 2 di bawah di mana
markah keseluruhan adalah sebanyak tujuh markah.

Jadual 2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Peserta Kajian (PK) Ujian Pra Ujian Pasca
1 PK 1 0.5 6
2 PK 2 1.5 6

7

3 PK 3 0.5 7

7.1.1 Ujian Pra

Berdasarkan pemerhatian pada ujian pra, tiada seorang peserta kajian pun yang dapat

menjawab soalan dengan betul. Berikut adalah hasil jawapan peserta kajian terhadap soalan

yang diberikan.

Soalan: Create a flowchart to display the largest number among 100 numbers entered by
users.

Gambarajah 1

Gambarajah 2
8

Gambarajah 3
9

7.1.2 Ujian Pasca
Selepas intervensi VisualMinMax dijalankan, didapati pencapaian peserta kajian adalah lebih
baik. Berdasarkan pemerhatian, peserta kajian dapat menjawab dengan yakin dan tidak
teragak-agak semasa ujian pasca dilaksanakan. Berikut adalah hasil jawapan peserta kajian
terhadap soalan yang diberikan.
Soalan : Create a flowchart to display the youngest age among the participant. Enter 999 to
stop the program.

Gambarajah 4

Gambarajah 5

10

Gambarajah 6
7.2 Analisis Data
Perbezaan markah diperolehi dapat ditunjukkan dengan jelas oleh graf garis sebagaimana
seperti yang ditunjukkan di bawah:

Rajah 1: Perbezaan Markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dapatan kajian menjelaskan:
i. Prestasi pelajar dapat ditingkatkan selepas intervensi dijalankan.
ii. Sikap murid terhadap bahagian ini diransang dan ia memberi motivasi kepada
pelajar yang lemah untuk tidak berputus asa.
11

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Penerangan Perubahan
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini menunjukkan peserta kajian lebih mudah memahami
konsep yang diterangkan kepada mereka secara visual. Pembelajaran visual yang menarik
dapat mempercepatkan daya serap pelajar dalam memahami pelajaran yang disampaikan.
Selain itu, pembelajaran melalui visual juga menggalakkan mereka untuk mengingat apa
yang disampaikan oleh pensyarah sejurus meningkatkan kefahaman mereka terhadap
pembelajaran dan pengajaran

Pengaturcaraan merupakan satu topik yang agak sukar pada sesetengah pelajar, kerana
pelajar perlu memahami bagaimana aturcara itu berfungsi tetapi tidak nampak secara nyata
apa yang berlaku di belakang tabir aturcara itu. Ini menyebabkan pelajar akan kebingungan
dan boleh membawa kepada kebosanan bila tidak memahami konsep-konsep ini pada
peringkat awal.

Dengan adanya intervensi Visual MinMax yang menggunakan kota-kotak berlabel
berwarna ini membuatkan pelajar lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku dalam
pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, bukan hanya sekadar meneka apa output yang
akan terhasil di akhir aturcara. Peserta kajian memberi respon yang positif terhadap intervensi
ini. Mereka berasa lebih ‘celik’ berbanding sebelum ini.. Menurut Mustafa (2007)
pembelajaran visual dapat membantu pelajar untuk mengkaitkan sesuatu yang dipelajari
dengan bahan sebelumnya. Ini dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap
pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan. Diharapkan dengan kefahaman konsep pada
topik ini, peserta kajian tidak akan menghadapi masalah apabila bertemu semula dengan
konsep ini dalam topik tatasusunan yang lebih kompleks.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah pelajar memerlukan
pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan
dalam pembelajaran. Sebagai seorang pensyarah, gaya pengajaran perlu disesuaikan untuk
pelajar dan pelajar pula harus mengetahui serta mengenal pasti gaya pembelajaran yang
sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka. Dengan mengetahui gaya
pembelajaran yang sebenar, ia dapat membantu para pelajar menyusun strategi yang berkesan
dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya memperolehi pencapaian akademik yang
cemerlang.

Salah satu pendekatan yang sangat sesuai adalah menggunakan pembelajaran secara
visual. Kajian oleh Constant (1997) di mana beliau telah menjalankan kajian terhadap 129
orang di Iowa State yang mendapati bahawa 85% daripada 129 bilangan subjek yang terlibat
dalam kajian mengamalkan gaya pembelajaran visual dalam bidang Pendidikan. Gaya
pembelajaran visual menjadi pilihan kerana pelajar boleh dan mudah untuk mengingati
sesuatu dengan apa yang telah mereka lihat. Sejajar dengan itu, pengkaji mencadangkan
Visual MinMax ditambah baik dengan menggunakan perisian yang lebih baik seperti Scratch
atau Visual Basic 2019. Kedua-dua perisian ini mampu menggambarkan perjalanan aturcara
dengan lebih jelas dan mudah.

Pengkaji percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat
pelajar tidak kira untuk apa jua mata pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan

12

membantu pengkaji dalam meminimumkan lagi kelemahan yang wujud semasa kajian akan
datang untuk sampel yang lebih besar.
9.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah atas kurniaan nikmat masa dan tenaga
untuk kami menyiapkan laporan lengkap kajian tindakan ini. Ribuan terima kasih ditujukan
kepada ahli keluarga kami yang menjadi pemangkin utama untuk kami melaksanakan kajian
ini dan melengkapkan laporannya. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
rakan-rakan sekerja di Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Kedah, para pelajar dan
rakan-rakan sekerja yang lain untuk sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada
kumpulan kami.

13

10.0 BIBLIOGRAFI
Butler, K. A. (1988). Learning and teaching style: In theory and practice. Columbia, CT:

Learner.
Constant, K. P. (1997). Using multimedia techniques to address diverse learning styles in

materials education. Journal of Materials Education, 19, 1–8.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York:

Basic.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,

Australia: Deakin University Press.
M.Daud Hamzah (1999). Sedutan dapatan projek penyelidikan pendidikan di Simunjan:

Keterampilan berfikir dan motivasi pembelajaran. Dimuat turun 15 Januari, 2005,
daripada: http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/200 1/200 1_ 4_mdaud.pdf
Mustafa, R. (2007). Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes
Pelajar Tahun Satu di UKM
Rita Norita & Mulia Putra. (2016). Using task like PISA’s problem to support student’s
creativity in mathematics. Journal of Mathematics Education, 7(1), 33-44
Suzieleez Syrene Abdul Rahim & Tajularipin Sulaiman (2006). Gambaran mental dan
perwakilan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tentang konsep fungsi. Jurnal
Teknologi, 44, 45-60.

14

11.0 LAMPIRAN

Visual MinMax
15

16

RND: Kajian Tindakan

GeoGebra 3D Animasi Dalam Meningkatkan Kecekapan
Pelajar Menentukan Vektor Normal

Chow Choon Wooi
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Kang Kooi Wei
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Nurul Syazwani Binti Omar
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

1

GeoGebra 3D Animasi Dalam Meningkatkan Kecekapan Pelajar Menentukan Vektor
Normal

Chow Choon Wooi1
Kang Kooi Wei2

Nurul Syazwani Binti Omar3
Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid 4

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan GeoGebra 3D Animasi
dalam meningkatkan kecekapan pelajar dalam menentukan vektor normal. Kumpulan
sasaran kajian ini ialah 17 orang pelajar Program Satu Tahun dari Modul 2, tutoran F3T1
Semester Dua Sesi 2019/2020 di Kolej Matrikulasi Kedah. Kajian tindakan ini berasaskan
Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dilaksanakan untuk
mengenal pasti masalah pelajar dalam penentuan vektor normal. Kaedah yang digunakan
untuk tinjauan awal adalah pemerhatian langkah penyelesaian soalan tutorial dan temubual
dengan pelajar serta soal selidik. Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan adalah ujian pra
untuk mengenal pasti pelajar yang perlu diberi lebih perhatian iaitu sampel kajian tindakan
ini. Seterusnya pengkaji melaksanakan PdPc dengan menggunakan GeoGebra dalam topik
Vektor mengenai penentuan vektor normal dalam satah. Pelajar-pelajar didapati lebih
bersemangat dan yakin dalam pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka
GeoGebra. Suasana pembelajaran yang interaktif dan ceria dapat diwujudkan. Selain itu,
PdPc dengan menggunakan alat berdigital dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar yang
celik teknologi dalam alam pembelajaran digital. Hasil kajian menunjukkan GeoGebra 3D
animasi ini dapat meningkatkan kecekapan pelajar dalam penentuan vektor normal. PdPc
dengan menggunakan GeoGebra ini boleh diperkenalkan kepada pensyarah-pensyarah
Matematik memandangkan keberkesanan penggunaan GeoGebra dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Kata Kunci: GeoGebra, Matematik SM025, Vektor normal, Pembelajaran Digital, Kolej
Matrikulasi Kedah

2

1.0 PENDAHULUAN
Vektor dalam subjek Matematik SM025 merupakan salah satu topik yang panjang dan rumit
bagi pelajar. Ramai pelajar gagal mendapat markah yang tinggi dalam subjek SM025
disebabkan tidak dapat menguasai topik Vektor. Daripada pengalaman pengajaran, penentuan
vektor normal merupakan bahagian yang penting yang dapat membantu pelajar menguasai
subtopik satah dalam vektor. Penentuan vektor normal selalu menjadi tumpuan dalam
peperiksaan bagi topik vektor.

Masalah penentuan vektor normal dalam kalangan pelajar ini menjadi isu
perbincangan kumpulan kami. Masalah ini berulang bagi pelajar setiap sesi pembelajaran
dalam topik Vektor. Bahagian penentuan vektor normal ini penting untuk membantu pelajar
dapat menguasai markah penuh dalam penyelesaian soalan satah. Pengkaji telah membuat
pemerhatian semasa sesi pengajaran penentuan vektor normal dalam satah. Daripada
pemerhatian, masalah ini memang menjadi isu yang perlu diberi perhatian.

Sebagai pensyarah abad ke-21, selain kemahiran pengajaran kita juga perlu sentiasa
mengemaskinikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Kerangka pedagogi abad ke-21
untuk generasi digital hari ini diperkenalkan dan mengandungi lapan komponen utama iaitu
pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian
masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi,
mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran.

Oleh hal demikian, peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan
pelbagai alatan ICT lain boleh dijadikan platform untuk meningkatkan pembelajaran
kolaboratif. Sesi perbincangan ahli kumpulan kami mengambil keputusan untuk
menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra untuk PdPc penentuan vektor normal.

Selain itu, pedagogi abad ke-21 menekankan empat tahap teratas dalam Taksonomi
Bloom Semakan Semula iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Dengan
bantuan perisian sumber terbuka GeoGebra, para pensyarah dapat mengendalikan PdPc yang
dapat mencapai empat tahap teratas dalam Taksonomi Bloom Semakan Semula.

Suatu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah pelajar dalam
penentuan vektor normal semasa penyelesaian soalan vektor dalam satah dengan
menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra. Model kajian tindakan yang digunakan
untuk kajian ini ialah Kemmis dan McTaggart (1988).

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Pengkaji mentor (pengalaman mengajar 29 tahun) berpendapat bahawa ramai pelajar tidak
dapat menguasai soalan vektor dalam satah. Daripada pemerhatian dan analisis beliau, punca
utama dalam masalah ini adalah kegagalan penentuan vektor normal dalam kalangan pelajar.
Pengkaji junior (pengalaman mengajar 8 hingga 12 tahun) juga bersetuju dengan pandangan
pengkaji mentor. Oleh itu, kumpulan kami bersedia untuk membuat tinjauan awal mengenai
masalah pengajaran dan pembelajaran ini.

2.2 Refleksi Pelajar

3

Pengkaji-pengkaji telah membuat tinjauan awal semasa kelas tutorial mengenai subtopik
Satah dalam topik Vektor. Daripada pemerhatian penyelesaian soalan tutorial pelajar, didapati
pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan dengan lengkap kerana gagal menentukan vektor
normal. Daripada temubual dengan pelajar-pelajar, didapati pelajar kurang yakin dan tidak
dapat menentukan vektor normal dengan tepat. Seterusnya mereka tidak dapat menyelesaikan
soalan satah dengan lengkap dan tepat. Masalah pelajar dalam penentuan vektor normal ini
telah dikukuhkan dengan soal selidik. Pelajar diberi satu borang soal selidik ringkas untuk
dijawab.

Jadual 1: Analisis soal selidik masalah pembelajaran Vektor dalam kalangan pelajar

Penyataan Ya Tidak

1. Saya tidak dapat membayangkan paparan 3D vektor dalam 88.23% 11.77%
satah.

2. Saya mengalami masalah menentukan vektor normal dalam 94.12% 5.88%
model yang rumit.

3. Saya tidak dapat menyelesaikan soalan satah kerana 82.35% 17.65%
kegagalan saya menentukan vektor normal.

Daripada data yang dikumpul untuk tinjauan awal projek ini, analisis menunjukkan
terdapat 88.23% iaitu 15 orang pelajar daripada 17 orang pelajar bersetuju mereka tidak dapat
membayangkan paparan 3D dalam vektor. 16 orang pelajar iaitu 94.12% pelajar menyatakan
mereka mengalami masalah menentukan vektor normal dalam model yang rumit. Sebanyak
82.35% iaitu 14 orang pelajar menyatakan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan satah
kerana kegagalan mereka dalam menentukan vektor normal.

2.3 Refleksi Pembelajaran Digital Dalam Pendidikan
Pelajar matrikulasi abad ke-21 merupakan generasi z yang lahir dalam zaman digital.
Pelajar-pelajar ini lebih cenderung untuk belajar dengan menggunakan alatan digital. Perisian
sumber terbuka GeoGebra merupakan platform yang sesuai untuk pelajar dalam
pembelajaran matematik terutamanya topik yang memerlukan gambaran 3D untuk
pemahaman pelajar seperti topik Vektor. Animasi 3D dalam GeoGebra dapat mengatasi
masalah pelajar dalam memahami rupa bentuk satah dan di mana vektor normal itu berada.
Gambaran yang berwarna-wani dan “sliding” dapat membantu pelajar melihat paparan
gambarajah yang lebih jelas dan mudah. PdPc berpandukan alatan digital dapat menarik
minat pelajar yang celik teknologi. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman
pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik SM025.

3.0 FOKUS KAJIAN

3.1 Penentuan Konsep
Penentuan vektor normal dalam pembelajaran satah bagi topik Vektor dalam kalangan pelajar
merupakan fokus kumpulan kami untuk menyelesaikan masalah PdPc. Masalah penentuan
vektor normal ini perlu diatasi supaya pelajar dapat menguasai kemahiran penentuan vektor
seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam Matematik SM025. Soalan Vektor
merupakan soalan panjang dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar boleh mendapat markah
penuh bagi soalan panjang, maka markah peperiksaan mereka juga akan dapat ditingkatan.

4

Daripada sorotan daripada laman sesawang dan hasil pembacaan, kumpulan kami
mendapati perisian sumber terbuka GeoGebra sangat menarik dan mesra pengguna dalam
PdPc topik Vektor, terutamanya subtopik satah. Perisian sember terbuka GeoGebra ini adalah
percuma dan boleh digunapakai dengan menggunakan telefon pintar, komputer atau
komputer riba.

Oleh demikian, kumpulan kami menjalankan satu kajian tindakan untuk mengkaji
GeoGebra 3D animasi dalam meningkatkan kecekapan pelajar menentukan vektor normal.
Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan berpandukan Model Kajian Tindakan Kemmis dan
McTaggart (1988).

Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) bersesuaian dengan langkah
yang diambil oleh pengkaji dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan
membuat refleksi peringkat awal (tinjauan awal), merancang aktiviti dan bertindak
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat
refleksi selepas setiap aktiviti yang dijalankan. Pencapaian pelajar dianalisa melalui ujian pra
dan ujian pos.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian tindakan ini adalah untuk:

1. Meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam topik Vektor dengan penguasaan
kemahiran penentuan vektor normal.

2. Meningkatkan kompetensi pensyarah dalam melaksanakan PdPc untuk mencapai
kesemua tahap Taksonomi Bloom Semakan Semula dalam pedagogi abad ke-21.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 17 orang pelajar Program Satu Tahun dari Modul 2, tutoran
F1T3 Semester Dua Sesi 2019/2020 di Kolej Matrikulasi Kedah sebagai populasi kumpulan
sasaran. Seramai 12 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki dalam kelas ini.
Daripada 17 orang pelajar, terdapat 12 orang pelajar Melayu, 3 orang pelajar Cina dan 2
orang pelajar India. Pensampelan kajian ini adalah pensampelan tak rawak. Pengkaji akan
memilih pelajar yang lemah dalam ujian pra sebagai responden kajian tindakan ini. Oleh itu,
seramai 16 orang pelajar menjadi responden kajian ini.

5

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum (Ujian Pra)
Pada peringkat perancangan, suatu ujian pra telah dilaksanakan bagi pelajar F3T1. Ujian pra
ini mengandungi lima soalan Vektor dalam satah (Lampiran 1). Pelajar diberi 45 minit untuk
menyelesaikan soalan ujian pra. Keputusan ujian pra direkod dan dianalisiskan untuk
mengkategorikan pelajar mengikut tahap prestasi (Lampiran 2). Di samping itu, keputusan
ujian pra ini dijadikan kriteria bagi pengkaji untuk menentukan sampel kajian tindakan.
Sampel kajian tindakan ini adalah pelajar yang mendapat gred C+ ke bawah iaitu pelajar yang
berada di tahap pencapaian baik, lulus dan gagal. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk
meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam subjek Vektor terutamanya menentukan vektor
normal. Keputusan ujian pra ditunjukkan dalam Lampiran 3. Selain itu, carta bagi analisis
ujian pra terdapat di Lampiran 4.

Keputusan ujian pra menunjukkan seramai 16 orang pelajar iaitu 94.12% pelajar
memerlukan perhatian lebih dalam kajian tindakan ini. Tidak terdapat pelajar dalam tahap
prestasi cemerlang. Hanya seorang pelajar iaitu 6% yang mendapat tahap prestasi kepujian.
36% pelajar mendapat tahap prestasi baik. Untuk tahap prestasi lulus dan gagal,
masing-masing terdapat seramai 5 orang pelajar bersamaan dengan 29% daripada jumlah
pelajar dalam kelas F3T1. Untuk pelajar dalam kategori tahap prestasi baik, lulus dan gagal
yang menunjukkan gred C+ kebawah dipilih untuk menjadi sample dalam kajian tindakan ini.

Refleksi ujian pra
Daripada pemerhatian pengkaji, pelajar tidak yakin dalam menjawab soalan ujian pra. 80%
pelajar menjawab soalan secara meneka. Kebanyakkan masa menjawab mereka dibazirkan
dalam proses tekaan dan tindakan ketidakpastian iaitu menulis dan memadam jawapan yang
ditulis.

6.2 Intervensi (PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra)
Dalam kelas tutorial seterusnya, pengkaji melaksanakan PdPc dengan menggunakan perisian
sumber terbuka GeoGebra untuk kefahaman pelajar terhadap rupa bentuk 3D sesuatu vektor.
Daripada PdPc berpandukan GeoGebra, pelajar juga dapat melihat dengan jelas dimana
sesuatu vektor normal itu berada dan seterusnya membolehkan pelajar menentukan vektor
normal dengan tepat daripada persamaan vektor dalam satah. Pengkaji memberi Modul
GeoGebra kepada pelajar untuk belajar terarah kendiri cara memberi command dalam
GeoGebra.https://online.anyflip.com/hvox/gpbc/mobile/index.html?1599581548239
(Lampiran 5). Suasana pembelajaran yang interaktif dan kolaboratif dapat dipupukkan dalam
PdPc berpandukan alatan digital. Pelajar menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka.

Setelah pelajar menguasai kemahiran menggunakan GeoGebra dalam pembelajaran
Vektor, pengkaji menggalakkan pelajar untuk mencipta persamaan vektor dalam satah sendiri
dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra bagi menentusahkan kewujudan
satah yang dicipta oleh pelajar sendiri dan seterusnya membolehkan pelajar memahami
dimana vektor normal itu berada dalam sesuatu persamaan satah (Lampiran 6).

Contoh: Persamaan vektor dalam satah 2 + 5 + 9 = 0



Vektor normal, = (2 5 9 )

Selain itu, pelajar juga boleh mencuba fungsi-fungsi lain dalam GeoGebra dengan
berpandukan Modul GeoGebra yang diberikan oleh pengkaji. Proses pengajaran dan

6

pembelajaran ini mencapai SKPMg2 iaitu pendidik sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong penilai dan pelajar sebagai pembelajar aktif. Di samping itu, PdPc
pengkaji juga dapat mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula dalam
pedagogi abad ke-21 iaitu mencipta.

Refleksi intervensi PdPc GeoGebra
Penggunaan perisian sumber terbuka GeoGebra ini dapat mewujudkan suanana pembelajaran
interaktif dan kolaboratif memandangkan pelajar aktif membuat perbincangan dan saling
merujuk sesama antara mereka mengenai hasil paparan animasi 3D vektor dalam alatan
digital masing-masing. Pelajar teruja apabila digalakkan oleh pengkaji untuk mencipta
persamaan vektor dalam satah masing-masing untuk melihat animasi 3D vektor mereka.
Pelajar bersemangat dalam pembelajaran dengan menggunakan GeoGebra. Mereka ingin
tahu paparan 3D vektor dalam soalan tutorial. Maka mereka mencuba sendiri memberi
“command” dalam GeoGebra untuk melihat animasi 3D vektor bagi soalan-soalan dalam
buku tutorial. Daripada pemerhatian, pengkaji mendapat kepastian bahawa pelajar semakin
yakin dan seronok dalam pembelajaran topik Vektor yang panjang dan rumit ini. Selain itu,
pelajar juga tidak berasa keliru dalam menentukan vektor normal dalam satah.

6.3 Ujian Pos
Suatu ujian pos dilaksanakan selepas satu minggu intervensi PdPc GeoGebra dilakukan
(Lampiran 7). Sebelum ujian pos, pelajar-pelajar digalakkan untuk mengulagkaji sendiri
soalan-soalan satah dalam topik vektor dengan berpandukan perisian sumber terbuka
GeoGebra. Terdapat lima soalan dalam ujian pos dengan bentuk yang sama dengan ujian pra
tetapi nilai-nilai dalam persamaan bertukar. Masa untuk menjawab ujian pos adalah 45 minit.
Keputusan ujian pos direkodkan dan dianalisiskan mengikut tahap prestasi. Keputusan ujian
pos ditunjukkan dalam Jadual 3 (Lampiran 8).

Keputusan ujian pos menunjukkan 100% pelajar F3T1 mendapat tahap prestasi yang
cemerlang dan kepujian. Sebanyak 59% pelajar mencapai tahap prestasi cemerlang. Untuk
tahap prestasi kepujian, sebanyak 41% pelajar berada di kategori ini. Kesemua pelajar
menunjukkan peningkatan dalam prestasi mereka dalam ujian pos. Ini memberi interpretasi
bahawa kaedah PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra dapat
membantu mencapai objektif kajian tindakan ini (Lampiran 9).

Refleksi ujian pos
Pengkaji dapat merasai perbezaan suasana semasa ujian pra dan ujian pos. Daripada
pemerhatian, pelajar-pelajar menunjukkan semangat yang tinggi dan berkeyakinan semasa
menjawab soalan ujian pos. Pelajar-pelajar tidak lagi keliru dalam penyelesaian soalan ujian.
Semua pelajar dapat menyelesaikan soalan ujian pos dalam masa yang diperuntukkan.
Terdapat 82.35% pelajar iaitu 14 orang pelajar menghantar kertas penyelesaian soalan ujian
pos dalam masa kurang daripada masa yang diperuntukkan. Ini bermakna pelajar dapat
menjawab soalan vektor dalam satah dengan cepat dan tepat. Daripada keputusan ujian pos,
didapati bahawa pelajar dapat menguasai topik Vektor yang panjang dan rumit ini.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Perbandingan ujian pra dengan ujian pos
Jadual 4 (Lampiran 10) menunjukkan perbandingan peratusan pelajar mengikut tahap prestasi
dalam ujian pra dan ujian pos. Data peratusan ini menunjukkan bilangan pelajar yang
memperolehi tahap prestasi cemerlang dan kepujian meningkat secara mendadak. Ini

7

menunjukkan PdPc berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra berjaya dalam
peningkatan prestasi pelajar dalam topik vektor terutamanya dalam penentuan vektor normal.
Perbandingan peratusan ujian pra dan ujian pos juga ditunjukkan dengan menggunakan carta
bar (Lampiran 11).

7.2 Aktiviti HOTs
Higher Order Thinking Skill (HOTs) merupakan satu tahap kognitif dalam Taksonomi Bloom
Semakan Semula (Lampiran 12). Satu aktiviti telah dilaksanakan pada waktu tutorial selepas
ujian pos. Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan Erica’s error on Vektor (Lampiran
13). Pelajar-pelajar diberikan satu soalan dengan penyelesaian soalan tersebut. Pelajar diberi
masa untuk mencari kesilapan dalam penyelesaian dan membuat justifikasi pada helaian
kertas mereka. Selepas itu, pelajar diminta untuk membuat penerangan di depan kelas. Proses
PdPc ini memberi ruangan kepada pelajar untuk menganalisis dan menilai dalam
pembelajaran mereka bagi topik Vektor terutamanya dalam penentuan vektor normal dalam
satah. Proses PdPc ini mengaplikasikan kemahiran kognitif tahap atas Taksonomi Bloom
Semakan Semula iaitu analisis (analyzing) dan menilai (Evaluating).

Selain itu, pelajar diminta untuk membuat pembetulan pada penyelesaian yang
disediakan atau mengubah soalan diberi supaya sesuai dengan penyelesaian yang disediakan.
Pelajar pada peringkat pembelajaran ini telah mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom
Semakan Semula iaitu mencipta (Creating). Pelajar dapat membuat imaginasi pada gambaran
3D pelan vektor. Ini adalah kerana pelajar telah didedahkan animasi 3D GeoGebra dalam
Vektor dan pelajar memahami rupa bentuk yang wujud seterusnya berupaya untuk
menyelesaikan soalan Vektor secara imaginasi. Maka pelajar dapat mencipta soalan baru
supaya sesuai dengan penyelesaian yang diberi.

Pada akhir aktiviti HOTs ini, pelajar diberi borang penilaian
https://forms.gle/BqqSRWYdEZh7gRqE6 dalam bentuk google form untuk memberi maklum
balas atas hasil PdPc berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra (Lampiran 14).

Hasil maklum balas pelajar dianalisis dan didapati 88.23% iaitu seramai 15 orang
pelajar berupaya untuk mencari kesilapan dalam penyelesaian yang disediakan. Seramai 14
orang pelajar iaitu 82.35% daripada pelajar F3T1 ini berupaya untuk membuat penerangan
kepada rakan-rakan bahagian kesilapan pada penyelesaian yang disediakan. Selain itu,
terdapat 82.35% pelajar iaitu 14 orang pelajar dapat membuat soalan baru supaya sesuai
dengan penyelesaian yang diberikan. Ini bermakna pelajar berupaya untuk membuat
imaginasi kerana sudah mendapat gambaran 3D dalam PdPc berpandukan perisian sumber
terbuka GeoGebra. Keputusan analisis maklum balas pelajar ini memberi impak bahawa
pelajar sudah dapat menguasai tahap kognitif teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula
dengan baik dalam pembelajaran topik Vektor.

Refleksi Aktiviti HOTs
Daripada pemerhatian semasa pelaksanaan aktiviti HOTs, didapati pelajar-pelajar
bersemangat untuk mencari kesilapan pada penyelesaian yang disediakan. Mereka aktif dan
teruja untuk mengesan kesilapan dalam penyelesaian yang disediakan dan berkongsikan hasil
pencarian mereka dengan rakan-rakan dalam kelas. Reaksi pelajar menjadikan suasana ceria
dalam kelas. Analisis maklum balas pelajar dalam Lampiran 15 memberi semangat dan
sokongan kepada pengkaji kerana peratusan yang tinggi bagi setiap item yang ditanya. Di
samping itu, maklum balas ini memberi satu kepastian kepada pengkaji bahawa PdPc

8

pengkaji telah mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula selaras dengan
pedagogi abad ke-21.

Daripada pemerhatian kajian tindakan ini, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua
objektif kajian Tindakan ini tercapai melalui intervensi yang dilaksanakan.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar
Keputusan ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan 100% pelajar dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam ujian pos. Selain itu, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
yang menggalakkan iaitu semua pelajar berada di tahap prestasi cemerlang dan kepujian.
Tidak terdapat pelajar yang berada di gred C+ ke bawah. Ini menunjukkan objektif kajian
tindakan ini tercapai. Peningkatan ini menunjukkan perisian sumber terbuka GeoGebra ini
sesuai diaplikasikan dalam PdPc untuk membantu pelajar memahami dan menguasai topik
Vektor yang memerlukan animasi 3D.

Pelajar juga menunjukkan keyakinan dalam pembelajaran selepas intervensi
dilaksanakan dalam kelas tutorial. Pelajar menunjukkan semangat yang menggalakkan dalam
membuat aktiviti dalam kelas dengan perisian GeoGebra. PdPc secara interaktif ini
membolehkan pelajar memupuk nilai-nilai murni dalam pembelajaran seperti bekerjasama,
saling bantu-membantu, mengambil berat kawan dan berkeyakinan diri.

8.2 Refleksi Kajian Terhadap Pengkaji
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini mencapai objektif seperti yang dicadangkan pada
awal pengkajian. Pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka melalui PdPc
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra. Pengkaji berpuas hati apabila melihat
keputusan pelajar meningkat secara mendadak dalam ujian pos. Semua pelajar terutamanya
16 orang pelajar yang memerlukan perhatian lebih dalam kajian tindakan ini menunjukkan
peningkatan prestasi yang menggalakkan dalam ujian pos. Keputusan ini memberi semangat
dan keyakinan kepada pengkaji untuk melaksanakan PdPc dengan menggunakan perisian
sumber terbuka GeoGebra dalam setiap pengajaran dan pembelajaran terutamanya topik
Vektor.

Pengkaji berasa gembira dan puas hati apabila melihat keputusan pelajar meningkat
dalam ujian pra. Selain itu, reaksi pelajar yang aktif dan positif semasa pengajaran dan
pembelajaran berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra memberitahu pengkaji
bahawa mereka amat berminat dengan PdPc yang dilaksanakan oleh pengkaji. Pengkaji
bersemangat untuk berkongsi PdPc berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra ini
dengan rakan pensyarah lain memandangkan reaksi dan peningkatan prestasi yang
menggalakkan dalam kalangan pelajar.

8.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji dapat merasai suasana yang ceria dan interaktif dalam kelas semasa PdPc dengan
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra. PdPc dengan menggunakan teknologi
merupakan satu amalan yang baik supaya dapat menggalakkan pelajar terus aktif dan positif
dalam pembelajaran dalam kelas. Keadaan ini membantu pelajar meningkatkan semangat dan
keyakinan dalam pembelajaran matematik terutamanya topik Vektor yang panjang dan rumit.
Sehubungan itu, perisian sumber terbuka GeoGebra ini disaran untuk diaplikasikan oleh
pensyarah-pensyarah lain dalam PdPc mereka supaya dapat membantu pelajar-pelajar
menguasai kemahiran menentukan vektor normal dan seterusnya meningkatkan prestasi

9

pelajar. Di samping itu, PdPc berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra ini juga dapat
membantu pensyarah mewujudkan PdPc yang berpedagogi abad ke-21 iaitu menekankan
empat tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula.

8.4 Kesimpulan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan GeoGebra 3D Animasi dalam
meningkatkan kecekapan pelajar dalam menentukan vektor normal dalam kalangan pelajar
F3T1. Analisis kajian tindakan ini menunjukkan objektif kajian tercapai. Prestasi pelajar
meningkat selepas intervensi PdPc berpandukan sumber terbuka GeoGebra dalam penentuan
vektor normal. Daripada pemerhatian, kaedah PdPc ini berjaya untuk meningkatkan minat
dan keyakinan pelajar dalam pembelajaran topik Vektor. Menurut Stenhouse (1975), kajian
tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori
pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Oleh itu, pengkaji
berharap perkongsian dapatan kajian tindakan ini bukan sahaja dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka malahan juga dapat membantu
pensyarah-pensyarah lain untuk mengaplikasikannya di dalam kelas masing-masing.

Pedagogi abad ke-21 perlu diterapkan dalam PdPc supaya pensyarah tidak
ketinggalan dengan arus perkembangan pendidikan ke arah revolusi perindustrian 4.0.
Pembelajaran menjadi seronok dan mudah, jika pelajar berminat dan menyukainya.
Pensyarah perlu menggunakan strategi yang tepat untuk melahirkan pelajar yang berupaya
untuk membuat keputusan dengan bijak, berfikir secara kritis, menjana Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
Kebijaksanaan dan kecemerlangan pensyarah dalam kelas amat diperlukan untuk menjadikan
PdPc berkesan dan efektif.

9.0 BIBLIOGRAFI
Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming critical: Education, knowledge and action

research. Australia: Deakin University Press.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria, Australia:
Deakin University Press.

Othman, L. (2014). Kajian tindakan dalam pendidikan – teori dan amalan (Cetakan Keempat
ed.). Tanjung Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Stenhouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and development. London:
Heinemann.

10

10.0LAMPIRAN

Lampiran 1:

Soalan ujian pra

Determine the Cartesian equation of the plane that:
1. passes through (− 5, 1, 2) and perpendicular with the straight lines that passes

through (2, 2, − 4) and (7, − 1, 3).
2. passes through (2, 6, − 1) and parallel with the plane 4 − 2 + − 1 = 0.
3. passes through (1, 2, − 3) and perpendicular with lines

= , =− 2 − 2 , = 1 + 3 .
4. passes through (− 1, 3, 1), (2, 1, 2) and (4, 2, − 1).
5. passes through (4, 0, − 2) and perpendicular with the plane − + = 0 and

2 + − 4 + 5 = 0.

Lampiran 2:

Gred Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Gred Tahap Prestasi
90 – 100 A+ Cemerlang
85 – 89 A
80 – 84 A- Kepujian
75 – 79 B+ Baik
70 – 74 B Lulus
60 – 69 C+ Gagal
50 – 59 C
45 – 49 D
40 – 44 E
0 – 39 G

Lampiran 3: Jadual 2: Analisis Ujian Pra

Bil Pelajar Keputusan Ujian Pra

1 Pelajar 01 Peratusan (%) Gred Tahap prestasi
2 Pelajar 02
3 Pelajar 03 25 G Gagal
4 Pelajar 04
5 Pelajar 05 44 E Lulus
6 Pelajar 06
20 G Gagal

50 C Baik

50 C Baik

36 G Gagal

11

7 Pelajar 07 68 C+ Baik

8 Pelajar 08 70 B Kepujian

9 Pelajar 09 65 C+ Baik

10 Pelajar 10 33 G Gagal

11 Pelajar 11 64 C+ Baik

12 Pelajar 12 46 D Lulus

13 Pelajar 13 42 E Lulus

14 Pelajar 14 54 C Baik

15 Pelajar 15 48 D Lulus

16 Pelajar 16 42 E Lulus

17 Pelajar 17 38 G Gagal

Petunjuk:

Pelajar Pelajar yang mendapat gred C+ kebawah dalam ujian pra dan perlu diberikan lebih

tumpuan dalam kajian tindakan (sampel kajian tindakan).

Lampiran 4:

Carta 1: Analisi keputusan ujian pra pelajar F3T1.
Lampiran 5:
Modul GeoGebra Quick Start SM025_Vektor
Anyflip: https://online.anyflip.com/hvox/gpbc/mobile/index.html?1599581548239

12

Lampiran 6:

Rajah 2: Paparan satah dalam Vektor dengan perisian sumber terbuka GeoGebra

Lampiran 7:

Soalan ujian pos

Determine the Cartesian equation of the plane that:
1. passes through (2, 1, − 2) and perpendicular with the straight lines that passes

through (1, 2, 6) and (2, − 1, 3).
2. passes through (4, 2, − 1) and parallel with the plane 2 − + − 5 = 0.
3. passes through (− 2, 2, 4) and perpendicular with lines

= 3 , =− 1 − , = 2 + 3 .
4. passes through (− 2, 4, 3), (3, − 1, 2) and (2, 2, − 4).
5. passes through (2, 1, − 4) and perpendicular with the plane 2 − 2 + 2 = 0

and 3 + − 2 + 6 = 0.

Lampiran 8: Jadual 3: Analisis Ujian Pos
Analisis Ujian pos
Keputusan Ujian Pos
Bil Pelajar
Peratusan Gred Tahap
1 Pelajar 01
2 Pelajar 02 (%) prestasi

74 B Kepujian

80 A- Cemerlang

13

3 Pelajar 03 75 B+ Kepujian
4 Pelajar 04 86 A Cemerlang
5 Pelajar 05 92 A+ Cemerlang
6 Pelajar 06 76 B+ Kepujian
7 Pelajar 07 88 A Cemerlang
8 Pelajar 08 96 A+ Cemerlang
9 Pelajar 09 90 A+ Cemerlang
10 Pelajar 10 78 B+ Kepujian
11 Pelajar 11 84 A- Cemerlang
12 Pelajar 12 78 B+ Kepujian
13 Pelajar 13 82 A- Cemerlang
14 Pelajar 14 90 A+ Cemerlang
15 Pelajar 15 86 A Cemerlang
16 Pelajar 16 72 B Kepujian
17 Pelajar 17 76 B+ Kepujian

Petunjuk:
Pelajar Pelajar yang mendapat gred C+ keatas dalam ujian pos dengan tahap prestasi
cemerlang dan kepujian.

Lampiran 9:

Carta 2: Analisis keputusan ujian pos pelajar F3T1.

Lampiran 10:

Jadual 4: Peratusan pelajar yang bergred tinggi dan bergred rendah dalam ujian pra dan ujian
pos

Keputusan Peratusan (%)
Cemerlang Sebelum intervensi (Ujian Pra) Selepas intervensi (Ujian Pos)

0 59

14

Kepujian 6 41
Baik 36 0
Lulus 29 0
Gagal 29 0

Lampiran 11:

Carta 3: Perbandingan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Lampiran 12:

Rajah 3: Taksonomi Bloom Semakan Semula.
15

Lampiran 13:

Aktiviti HOTs
Erica’s Errors On Vectors

Erica is tackling her vectors homework and knows that she’s made mistakes somewhere.
Can you spot and correct the mistakes Erica has made?

Can you explain what mistakes Erica has made, and may be give her some tips so that she
(hopefully) doesn’t make them again?

Question 1:
Find the Cartesian equation of the plane passes through (− 5, 1, 2) and perpendicular to

line = (2 + 2 − 4 ) + (5 − 3 + 7 )

Erica’s answer: Your answer:

= 2 + 2 − 4

• = •

( ) • (2 2 − 4 ) = (− 5 1 2 ) • (2 2 − 4 )
2 + 2 − 4 =− 10 + 2 − 8
2 + 2 − 4 =− 16

What mistake has Erica made?

16

Lampiran 14:
Soal selidik hasil PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra

Lampiran 15:

Jadual 5: Analisis maklum balas Aktiviti HOTs.

Penyataan Peratusan bersetuju (%)

1. Saya dapat mengesan kesilapan dalam penyelesaian 88.23%

yang diberikan. (Erica’s error on Vektor)

2. Saya berupaya untuk membuat justifikasi pada kesilapan 82.35%

yang dikesan dan membuat penerangan kepada

rakan-rakan saya.

3. Saya berupaya untuk membuat soalan baru supaya 82.35%

sesuai dengan penyelesaian yang diberikan.

17

RND: Kajian Tindakan

Keberkesanan Perisian Dcoder dalam Meningkatkan
Prestasi Pelajar

Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]
Kang Kooi Wei

Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Nurul Syazwani Binti Omar

Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Chow Choon Wooi
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

1

Keberkesanan Perisian Dcoder dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar

Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid 1
Kang Kooi Wei2

Nurul Syazwani Binti Omar3
Chow Choon Wooi4

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian sumber terbuka
Dcoder dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran topik Pengaturcaraan.
Kumpulan sasaran kajian ini ialah 15 orang pelajar Program Satu Tahun dari Modul 2,
tutoran F1T3 Semester Dua Sesi 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Kedah. Kajian tindakan ini
berasaskan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Daripada pengalaman pengajaran
pengkaji, tahap penguasaan pelajar dalam Pengaturcaraan amat lemah. Masalah ini
berulang-ulang bagi setiap sesi pelajaran. Refleksi pengkaji dalam hal ini mendapati punca
kelemahan pelajar dalam Pengaturcaraan adalah pelajar tidak dapat membayangkan
algorithma Pengaturcaraan dan pelajar kurang keyakinan dalam menyelesaikan soalan
Pengaturcaraan. Ujian pra dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar yang memerlukan
lebih perhatian dalam PdP Pengaturcaraan. Seterusnya pengkaji memperkenalkan perisian
sumber terbuka Dcoder kepada pelajar. Sesi PdP Pengaturcaraan dilaksanakan dengan
menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder. Pelajar-pelajar didapati lebih bersemangat
dan yakin dalam menyelesaikan soalan pengaturcaan selepas intervensi. Suasana
pembelajaran yang interaktif dan kolaboratif dapat diperhatikan. Pelajar dalam era digital
ini teruja dengan pembelajaran yang menggunakan digital berbanding dengan pembelajaran
konvensional. Hasil kajian menunjukkan PdPc dengan menggunakan perisian sumber
terbuka Dcoder dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran Pengaturcaraan.
Pengaplikasian perisian sumber terbuka Dcoder ini boleh diperkenalkan kepada
pensyarah-pensyarah Sains Komputer yang lain memandangkan keberkesanan perisian
sumber terbuka ini dalam PdP Pengaturcaraan.

Kata Kunci: Dcoder, efikasi kendiri, Pengaturcaraan, pembelajaran digital, Kolej Matrikulasi
Kedah

2

1.0 PENDAHULUAN
Pelajar-pelajar akan mempelajari topik Pengaturcaraan dalam kursus Sains Komputer
semester dua (SC025). Antara topik Pengaturcaraan adalah topik 2.0 Design a Solution dan
topik 3.0 Java Language. Daripada pengalaman pengajaran pengkaji selama 14 tahun,
didapati topik Pengaturcaraan menjadi faktor utama pelajar tidak dapat skor yang tinggi
dalam peperiksaan. Selepas penerokaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat perisian
sumber terbuka yang dapat membantu pembelajaran pelajar dalam Pengaturcaraan. Perisian
sumber terbuka ini adalah Dcoder.

Dcoder adalah pengekodan mudah alih IDE dan platform pengkompilasi mudah alih,
di mana pengguna boleh menjalankan aturcara (run coding), mengekod dan mempelajari
algorithma Pengaturcaraan secara mudah alih. Dcoder adalah sangat mesra pengguna.
Pengguna boleh membina dan berkongsi hasil penyelesaian dengan menggunakan telefon
bimbit. Perisian sumber terbuka Dcoder ini membolehkan pembelajaran pelajar berlaku pada
bila-bila dan di mana-mana sahaja.

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Dari pengalaman pengajaran pengkaji, masalah yang paling kerap berlaku semasa pengajaran
dan pembelajaran Pengaturcaraan adalah pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran mereka
dengan baik dan seterusnya menyebabkan pelajar tidak dapat memperolehi gred yang tinggi
dalam peperiksaan. Pengkaji telah membuat refleksi dan menganalisi masalah ini. Pengkaji
mendapati bahawa pelajar lemah dalam penguasaan topik Pengaturcaraan adalah disebabkan
pelajar tidak mempunyai gambaran yang jelas algorithma Pengaturcaraan dan seterusnya
hilang keyakinan dalam penyelesaian soalan Pengaturcaraan.

2.2 Refleksi Pelajar
Untuk mengenal pasti masalah ini, pengkaji teleh membuat temubual dengan 15 orang pelajar
selepas kuliah. Daripada analisis temubual, didapati 15 orang pelajar bersetuju topik
Pengaturcaraan susah. Seramai 14 orang pelajar menyatakan mereka tidak dapat
mengambarkan algorithma Pengaturcaraan.

Jadual 1: Analisis temubual

Penyataan Bilangan Pelajar Peratusan (%)
Ya Tidak
Ya Tidak 100 0
93.33 6.67
Adakah topik Pengaturcaraan susah? 15 0

Adakah anda tidak dapat 14 1

mengambarkan algorithma

Pengaturcaraan?

2.3 Refleksi Ekosistem Pendidikan Berdigital
Pendidikan hari ini berlandaskan pendidikan berdigital selaras dengan arus perkembangan
pembelajaran abad ke-21 yang menuju ke arah revolusi perindustrian 4.0. Menurut anjakan

3

ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pensyarah
disarankan untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
di Malaysia supaya dapat mencapai standard antarabangsa. Oleh itu, sebagai pensyarah abad
ke-21, kita perlu menyahut saranan dan cabaran perkembangan pendidikan supaya dapat
membimbing anak murid kita untuk mengharungi dunia berdigital ini.

3.0 FOKUS KAJIAN

3.1 Penentuan Konsep
Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
(1946). Pengkaji membuat refleksi awal yang juga dikenali sebagai tinjauan awal terhadap
sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini bersesuaian dengan
langkah yang diambil oleh pengkaji dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan
membuat refleksi peringkat awal (tinjauan awal), merancang aktiviti dan bertindak
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat
refleksi selepas setiap aktiviti yang dijalankan. Pencapaian pelajar dianalisa melalui ujian pra
dan ujian pos.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian sumber terbuka
Dcoder dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran topik Pengaturcaraan.
Objektif kajian:
(i) Meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran Pengaturcaraan.
(ii) Meningkatkan tahap motivasi pelajar dan keyakinan pelajar dalam pembelajaran

Pengaturcaraan.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini secara populasi seramai 15 orang pelajar Program Satu Tahun
dari Modul 2, tutoran F1T3 Semester Dua Sesi 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Kedah.
Seramai 9 orang pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki dalam kelas ini. Antara 15
orang pelajar, seramai 10 orang pelajar Melayu, 3 orang pelajar Cina dan 2 orang pelajar
India. Responden kajian ini dipilih secara pensampelan bukan kebarangkalian. Responden
terdiri daripada pelajar yang mendapat gred C+ dan kebawah dalam ujian pra. Oleh itu,
seramai 10 orang pelajar menjadi responden kajian ini.

4

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum Kajian Tindakan
Pengkaji telah membuat analisis daripada pemerhatian sepanjang pengalaman pengajaran.
Pemerhatian ini merupakan peringkat tinjauan awal dalam kajian tindakan ini. Hasil analisis
memberi kesimpulan bahawa prestasi pencapaian pelajar bagi topik pengaturacaraan tidak
memuaskan. Selain itu, pelajar tidak mempunyai keyakinan semasa menjawab soalan
Pengaturcaraan.

Pengkaji telah menemui cara penyelesaian bagi masalah pelajar dalam pembelajaran
Pengaturcaraan. Pengkaji menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder untuk memudahkan
pembelajan pelajar dalam topik Pengaturcaraan. Pembelajaran berdigital ini sangat sesuai
untuk pelajar-pelajar yang lahir dan membesar dalam era digital. Pelajar celik teknologi ini
mempunyai minat yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat
digital. Penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder dapat memberi inspirasi kepada pelajar
untuk belajar dan menguasai topik Pengaturcaraan dengan baik. Secara tidak langsung pelajar
akan terus meneroka perisian yang dapat membantu dalam pembelajaran mereka.

(a) Ujian Pra
Sebelum pengenalan perisian sumber terbuka Dcoder, pengkaji memberi ujian pra kepada
pelajar F1T3 untuk mengenalpastikan prestasi pelajar dalam topik Pengaturcaraan. Di
samping itu, keputusan ujian pra ini dapat memberi panduan kepada pengkaji untuk
menentukan sampel kajian tindakan iaitu pelajar yang memerlukan rawatan dalam kajian
tindakan ini.

Refleksi ujian pra:
Keputusan ujian pra menunjukkan ramai pelajar tidak dapat menguasai topik Pengaturcaraan.
Selain itu, pelajar kelihatan tidak yakin dalam menjawab soalan ujian pra.

Jadual 2: Analisis Ujian Pra

Bil Pelajar Keputusan Ujian Pra

1 Pelajar A Peratusan (%) Gred
2 Pelajar B
3 Pelajar C 88 A
4 Pelajar D
5 Pelajar E 40 E
6 Pelajar F
7 Pelajar G 74 B
8 Pelajar H
9 Pelajar I 49 D
10 Pelajar J
11 Pelajar K 50 C
12 Pelajar L
13 Pelajar M 40 E
14 Pelajar N
15 Pelajar O 48 D

42 E

86 A

46 D

78 B+

48 D

70 B

60 C+

52 C

Petunjuk:

5

Pelajar Pelajar yang mendapat gred rendah dalam ujian pra dan perlu diberikan lebih
tumpuan dalam kajian tindakan.
Gred rendah: Peratusan kurang daripada 70% (Gred C+ ke bawah)
Gred tinggi: Peratusan lebih daripada dan termasuk 70% (Gred B ke atas)

Carta 1: Peratusan pelajar gred tinggi dan gred rendah dalam ujian pra
Daripada carta pai di atas. Peratusan pelajar yang bergred rendah melebihi pelajar
yang bergred tinggi dalam ujian pra. Peratusan pelajar bergred rendah adalah sebanyak 67%
manakala peratusan pelajar bergred tinggi hanya 33% sahaja. Data ini menunjukkan lebih
daripada separuh kelas adalah bergred rendah dan memerlukan lebih perhatian dalam kelas.
6.2 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder
Pengkaji memperkenalkan perisian sumber terbuka Dcoder kepada kelas F1T3. Pelajar
diminta untuk memuat turun perisian sumber terbuka Dcoder dalam telefon pintar
masing-masing. Pengkaji menerangkan kepada pelajar mengenai keistimewaan Dcoder
berbanding dengan perisian lain seperti BlueJ dan jGRASP. Antaranya ialah Dcoder
merupakan aplikasi yang paling pantas dan memerlukan saiz ruang penyimpanan kurang dari
6MB. Dengan ini, pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk memuat turun aplikasi
Dcoder.
Seterusnya pengkaji menerangkan penggunaan Dcoder dalam pengajaran dan
pembelajaran topik Pengaturcaraan. Pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan satu contoh soalan. Pengkaji membimbing pelajar dalam membuat
analisis masalah, mengenal pasti kod pseudo dan melakarkan carta alir dalam penyelesaian
soalan pengaturcaraan tersebut. Pelajar seterusnya dibimbing untuk memasukkan data dalam
aplikasi Dcoder sebagai input. Dcoder dapat memaparkan aturcara input dengan cepat dan
jelas. Dengan penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder ini, pengguna boleh mendapat
aturcara yang lengkap bersama output yang betul.

6

Setelah mempelajari cara penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder, pelajar
diberikan ruang untuk melatih sendiri penggunaan Dcoder dalam penyelesaian beberapa
soalan pilihan mereka. Pelajar membuat perbincangan dengan rakan-rakan dan meneroka
aplikasi Dcoder ini dengan penuh semangat.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran dengan Perisian Sumber Terbuka Dcoder
Pelajar-pelajar menunjukkan reaksi yang positif apabila pengkaji memperkenalkan perisian
sumber terbuka Dcoder dalam pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan. Mereka teruja
apabila dapat melihat aturcara yang lengkap dalam paparan telefon pintar mereka. Mereka
seronok dalam proses perbincangan dan menunjukkan minat dalam meneroka aplikasi
Dcoder. Reaksi pelajar telah memberi semangat dan galakkan kepada pengkaji untuk
menggunakan apliksasi Dcoder dalam pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan.
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan aplikasi Dcoder, pelajar
memberi kerjasama yang baik.

Mereka sangat berdikari dan sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan
aktif. Secara tidak langsung, pembelajaran kolaboratif dan interaktif dapat dijanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pengaturcaan. Pengkaji juga sangat berpuas hati dengan
pengajaran berpandukan alat digital kerana dapat menyahut anjakan ketujuh Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

6.3 Ujian pos (Untuk menentukan kesan pelaksanaan)
Pengkaji menjalankan satu ujian pos pada akhir pembelajaran Pengaturcaraan iaitu selepas
dua minggu pengenalan pembelajaran aplikasi Dcoder. Soalan-soalan ujian pos ini adalah
soalan yang mirip dengan soalan ujian pra. Pelajar diberikan masa 20 minit untuk
menyelesaikan ujian pos.

Refleksi ujian pos
Pengkaji dapat merasai perbezaan sebelum dan selepas pengenalan perisian sumber terbuka
Dcoder. Daripada pemerhatian, pelajar-pelajar menunjukkan semangat yang tinggi dan
berkeyakinan dalam penyelesaian soalan ujian pos. Pelajar-pelajar tidak lagi keliru dalam
penyelesaian soalan ujian. Semua pelajar dapat menyelesaikan soalan ujian pos dalam masa
yang diperuntukkan. Kesemua pelajar iaitu 100% pelajar dapat menghantar penyelesaian
soalan ujian pos dalam masa kurang daripada 20 minit. Suasana pembelajaran yang ceria dan
positif dapat dirasai dalam kelas tutorial.

Jadual 3: Analisis Ujian Pos

Bil Pelajar Keputusan Ujian Pos

1 Pelajar A Peratusan (%) Gred
2 Pelajar B
3 Pelajar C 96 A+
4 Pelajar D
5 Pelajar E 70 B
6 Pelajar F
7 Pelajar G 86 A
8 Pelajar H
9 Pelajar I 70 B
10 Pelajar J
82 A-

64 C+

72 B

66 C+

86 A

60 C+

7

11 Pelajar K 88 A
12 Pelajar L 78 B+
13 Pelajar M 94 A+
14 Pelajar N 82 A-
15 Pelajar O 74 B

Petunjuk:
Pelajar Pelajar yang gagal dalam ujian pra dan diberikan lebih tumpuan dalam kajian
tindakan.
Gred rendah: Peratusan kurang daripada 70% (Gred C+ ke bawah)
Gred tinggi: Peratusan lebih daripada dan termasuk 70% (Gred B ke atas)

Carta 2: Peratusan pelajar gred tinggi dan gred rendah dalam ujian pos

Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatkan dalam bilangan pelajar yang
mendapat gred tinggi. Peningkatan sebanyak 47% iaitu daripada 33% meningkat sehingga
80% bagi pelajar yang mendapat gred tinggi. Data ini menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder sangat berkesan dalam
peningkatan prestasi pelajar dalam topik Pengaturcaraan. Hanya segelintir pelajar yang
memperolehi gred rendah iaitu seramai 3 orang pelajar bergred rendah bersamaan dengan
20% dalam ujian pos. Secara keseluruhannya, data menunjukkan prestasi semua pelajar
meningkat dalam ujian pos. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder dapat menyelesaikan
masalah pembelajaran pelajar dalam topik Pengaturcaraan.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Perbandingan ujian pra dengan ujian pos
Jadual 4 menunjukkan perbandingan peratusan pelajar yang bergred tinggi dan bergred
rendah dalam ujian pra dan ujian pos. Data peratusan ini menunjukkan bilangan pelajar yang
memperolehi gred tinggi meningkat dalam ujian pos. Ini menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder ini berjaya
meningkatkan prestasi pelajar.

8

Jadual 4: Peratusan pelajar yang bergred tinggi dan bergred rendah dalam ujian pra

dan ujian pos

Keputusan Peratusan (%)

Sebelum intervensi (Ujian Pra) Selepas intervensi (Ujian Pos)

Gred Tinggi 33 80

Gred Rendah 67 20

Carta 3: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Carta bar di atas menunjukkan peningkatan peratusan pelajar dalam memperolehi
gred tinggi dalam ujian pos. Peningkatan bilangan pelajar bergred tinggi dalam ujian pos
menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka
Dcoder berkesan dalam peningkatan prestasi pelajar.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar
Keputusan ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan 100% pelajar dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam ujian pos. Selain itu, bilangan pelajar yang mendapat gred tinggi juga
meningkat dalam ujian pos iaitu meningkat daripada 5 orang bergred tinggi dalam ujian pra
kepada 12 orang bergred tinggi dalam ujian pos. Peningkatan ini menunjukkan penggunaan
perisian sumber terbuka Dcoder dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
prestasi pelajar.

Pelajar juga menunjukkan keyakinan dalam pembelajaran selepas pengenalan
Dcoder dalam kelas tutorial. Pelajar menunjukkan semangat yang menggalakkan dalam
menyelesaikan soalan pengaturcaraan. Ada pelajar yang dapat membimbing pelajar yang
kurang cekap dalam menguasai aplikasi Dcoder. Suasana pembelajaran kolabolatif dan
interaktif ini membolehkan pembelajaran abad ke-21 tercapai. Penggunaan perisian sumber
terbuka Dcoder membolehkan pelajar memupuk nilai-nilai murni dalam pembelajaran seperti
bekerjasama, saling bantu-membantu, mengambil berat kawan dan berkeyakinan diri.

8.2 Refleksi Kajian Terhadap Penyelidik

9

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini mencapai objektif seperti yang dicadangkan pada
awal pengkajian. Pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka melalui penggunaan
perisian sumber terbuka Dcoder. Pengkaji berpuas hati apabila melihat keputusan pelajar
meningkat dalam ujian pos. Semua pelajar terutamanya 10 orang pelajar yang memerlukan
perhatian lebih dalam kajian ini menunjukkan peningkatan gred yang menggalakkan dalam
ujian pos. Keputusan ini memberi semangat dan keyakinan kepada pengkaji untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik Pengaturcaraan dengan perisian sumber
terbuka Dcoder.

Reaksi pelajar yang positif dan ceria semasa pengajaran dan pembelajaran dengan
penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder secara tidak langsung memberitahu pengkaji
bahawa mereka amat berminat dengan pengajaran dan pembelajaran berdigital ini. Pengkaji
bersemangat untuk berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan perisian sumber terbuka Dcoder ini dengan rakan pensyarah lain
memandangkan reaksi dan peningkatan prestasi yang menggalakkan dalam kalangan pelajar
yang terlibat.

8.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan ceria dalam kalangan pelajar semasa
penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder. Ini merupakan satu amalan yang positif dan
perlu diamalkan dalam pembelajaran abad ke-21. Keadaan ini membantu pelajar
meningkatkan semangat dan keyakinan dalam pembelajaran Pengaturcaraan. Di samping itu,
penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder ini juga dapat membantu pensyarah
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan kolaboratif dalam
kelas tutorial selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Secara tidak langsung, pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan Dcoder dapat meningkatkan prestasi pelajar dengan
bimbingan dan sokongan rakan seperjuangan mereka.

9 KESIMPULAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian sumber terbuka
Dcoder dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran Pengaturcaraan dalam
kalangan pelajar kelas F1T3. Hasil kajian tindakan ini menunjukkan pelajar-pelajar dapat
meningkatkan prestasi mereka dengan baik. Pelajar menunjukkan minat dan yakin dalam
pembelajaran berpandukan perisian sumber terbuka Dcoder. Pengkaji berharap perkongsian
dapatan penggunaan perisian sumber terbuka Dcoder dalam pengajaran dan pembelajaran ini
bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran malahan
juga dapat membantu pensyarah-pensyarah lain untuk mengaplikasikannya di dalam kelas
masing-masing.

Pedagogi yang kreatif dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
diterapkan supaya dapat menarik minat pelajar dan penambahbaikan amalan pengajaran
pensyarah sentiasa dapat ditingkatkan. Pembelajaran menjadi seronok dan mudah, jika pelajar
berminat dan menyukainya. Pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
digunakan oleh pensyarah untuk melahirkan pelajar yang berupaya untuk membimbing dan
memimpin, kreatif, mampu membuat keputusan dengan bijak, berfikir secara kritis, menjana
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka. Kebijaksanaan dan kecemerlangan pensyarah dalam kelas amat diperlukan

10

untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan efektif. Amalan refleksi
pensyarah juga sangat membantu dalam membuat penambahbaikan pedagogi berterusan di
dalam kelas.

10 BIBLIOGRAFI
Abdullah, H., & Ainon, M. (2009). Guru sebagai pendorong dalam darjah (Cetakan Keenam

ed.). Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

KPM. (2012a). Dasar Pendidikan Kebangsaan, Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Pengkajian Dasar Pendidikan. (www.moe.gov.my/v/dasar-pendidikan-kebangsaan)

Othman, L. (2014). Kajian tindakan dalam pendidikan – teori dan amalan (Cetakan Keempat
ed.). Tanjung Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

11 LAMPIRAN

Gred Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Gred Justifikasi
90 – 100 A+ Cemerlang
85 – 89 A
80 – 84 A- Kepujian
75 – 79 B+ Baik
70 – 74 B Lulus
60 – 69 C+ Gagal
50 – 59 C
45 – 49 D
40 – 44 E
0 – 39 G

Soalan Ujian Pra
MyHealth magazine is sold at RM5 each if at least 5 units of the magazines are purchased,
and it is sold at the price of RM7 each oterwise. Calculate the price a customer has to pay
after he enters the quantity of the magazines that he purchased.

Soalan Ujian Pos
MyHealth magazine is sold at RM3 each if at least 4 units of the magazines are purchased,
and it is sold at the price of RM5 each oterwise. Calculate the price a customer has to pay
after he enters the quantity of the magazines that he purchased.

11

12

DISEDIAKAN OLEH:

SITI MUNIRAH BINTI MOHAMED
JK R&D KMK 2022


Click to View FlipBook Version