The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

Kebolehpercayaan didefinisikan sebagai konsistensi keputusan daripada sesuatu ujian (Linn
& Miller, 2005). Lyman (1991) menyatakan kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
ketekalan dan ketepatan sesuatu pengukuran iaitu melihat sejauh mana hasil keputusan
konsisten jika ditadbir pada waktu dan kumpulan yang berbeza. Menurut Mohd Majid
(2005), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu alat mengukur pemboleh ubah
atau gagasan.Dalam kajian ini, kebolehpercayaan soal selidik motivasi bahan pengajaran
adalah berasaskan kepada ketekalan dalaman (internal consistency) Alfa Cronbach. Kajian
rintis yang dijalankan mendapati nilai kebolehpercayaan cronbach’s alpha yang diperoleh
bagi kesemua 36 item bagi soal selidik IMMS adalah 0.92 (Jadual 4) .Ini menunjukkan item
instrumen mempunyai kebolehpercayaan koefisien yang baik terhadap pelajar matrikulasi
kendalian BMKPM. Nilai ideal bagi kebolehpercayaan seharusnya melebihi 0.7 (Pallant,
2010).

Jadual 4: Nilai Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha Setiap Konstruk Soal Selidik

IMMS

Konstruk Nombor Item Bilangan Alpha

Item Cronbach

Attention 2,8,11,12*,15*,17,20,22* 12 .76

Relevan ,24,28,29*,31* 9 .79
Confidence 6,9,10,16,18,23,26*,30,33 9 .79
Satisfaction 1,3*,4,7*,13,19*,25,34*,35 6 .77
5,14,21,27,32,36

Jumlah 36 .92

Jadual 5 menunjukkan interpretasi nilai cronbach’s alpha mengikut Babbie (2001) dengan
soal selidik IMMS mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tinggi.

Jadual 5: Nilai Alpha Cronbach dan Interpretasi

Alpha Cronbach Interpretasi

0.90-1.00 Sangat Tinggi

0.70-0.89 Tinggi

0.30-0.69 Sederhana

0.00-0.30 Rendah

3.6 PROSEDUR KAJIAN DAN PENGUMPULAN DATA

Penyelidik akan mengadakan mesyuarat dengan ketua unit Biologi bersama para pensyarah
Biologi (fasilitator) yang dilantik bagi untuk memaklumkan membincangkan kumpulan kelas
yang terlibat. Semua kelas yang dipilih merupakan kelas tutorial pensyarah masing-masing
yang akan dijadikan kumpulan kawalan dan rawatan. Pada minggu pertama penyelidik akan
memberikan sesi taklimat iaitu kepada pensyarah (fasilitator). Penyelidik akan memberikan
soal selidik motivasi bahan pengajaran (pra) pada minggu ke 2. Intervensi hanya bermula
pada minggu ke 2 hingga minggu ke 4 iaitu yang melibatkan proses pembedahan tikus. Pada

minggu ke 5, penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik motivasi bahan pengajaran
(pasca) .

Jadual 6: Prosedur Kajian dan Pengumpulan Data

Minggu Aktiviti

1 ● Pengenalan kepada penggunaan padlet dalam

proses pembedahan tikus kepada pensyarah .

2 ● Soal selidik motivasi bahan pengajaran (pra)

3 ● Rawatan 1: Kumpulan Padlet Individu
Rawatan 2: Kumpulan Padlet Koperatif

4 ● Rawatan 1: Kumpulan Padlet Individu
Rawatan 2: Kumpulan Padlet Koperatif

5 ● Soal selidik motivasi bahan pengajaran (pasca)

3.7 PENGUJIAN HIPOTESIS

Jadual 7: Butiran Ujian Statistik Untuk Hipotesis Kajian

Hipotesis Jenis Ujian Statistik

Ho1 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min Ujian t sampel

motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian berpasangan

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet individu (PI)

Ho2 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min Ujian t sampel

motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian berpasangan

pasca) bagi kumpulan pelajar padlet Koperatif (PK)

Ho3 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min Ujian t sampel

motivasi bahan pengajaran (ujian pra dengan ujian berpasangan

pasca) bagi kumpulan pelajar tradisional (PT)

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Statistik Deskriptif
Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan sampel bagi kumpulan PI, PK dan PT, dan
kumpulan kawalan untuk skor min motivasi bahan pengajaran bagi pra dan pasca. Didapati
skor min soal selidik motivasi bahan pengajaran pra bagi kumpulan PI, PK dan PT
masing-masing ialah 3.45, 3.50 dan 3.43 manakala skor min soal selidik motivasi bahan
pengajaran pasca ialah 4.25, 4.6 dan 3.40.

4.2 Statistik Inferensi

Taburan Normal bagi Markah Ujian Pencapaian

Data bagi skor min soal selidik motivasi bahn pengajaran (pra dan pasca) dianalisis dengan
menggunakan ujian Kolmogorov Smirnov dan hasil analisis ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 8: Analisis Statistik Kolmogrov Smirnov Skor Ujian Pencapaian

Data Statistik Kolmogrov Smirnov

Statistik df Aras Signifikan

Skor Min Motivasi .162 120 .650

Bahan Pengjaran

(Pra)

Skor Min Motivasi .145 120 .670

Bahan Pengjaran

(Pasca)

Hasil ujian Kolmogorov Smirnov ini ini menunjukkan kedua-dua jenis data ini
bertaburan normal dengan markah skor min motivasi bahan pengajaran (pra) (p=.650),
markah pasca 1 (p=.67), dan markah pasca 2 (p=.71). Keputusan yang tidak signifikan (nilai
aras signifikan kurang .05) menunjukkan data bertaburan normal (Graveter & Wallnau, 2004)
melalui ujian Kolmogorov Smirnov.

Keputusan Pengujian Hipotesis Analisis Statistik Inferensi

Pengujian Hipotesis 1

Ho1 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran
(ujian pra dengan ujian pasca) bagi kumpulan pelajar padlet individu (PI)

Ujian t sampel berpasangan dijalankan untuk menentukan kesan pembelajaran padlet
individu terhadap motivasi bahan pengajaran. Terdapat perbezaan signifikan skor min
motivasi bahan pengajaran bagi pra ( M= 3.45) kepada pasca (M= 4.25) dengan nilai
p=0.004. Oleh hal demikian hipotesis nul ditolak.

Pengujian Hipotesis 2
Ho1 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra

dengan ujian pasca) bagi kumpulan pelajar padlet Koperatif (PK)

Ujian t sampel berpasangan dijalankan untuk menentukan kesan pembelajaran padlet
koperatif terhadap motivasi bahan pengajaran. Terdapat perbezaan signifikan skor min
motivasi bahan pengajaran bagi pra ( M= 3.5) kepada pasca (M= 4.6) dengan nilai p=0.001.
Oleh hal demikian hipotesis nul ditolak.

Pengujian Hipotesis 3
Ho1 Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi bahan pengajaran (ujian pra

dengan ujian pasca) bagi kumpulan pelajar tradisional (PT)

Ujian t sampel berpasangan dijalankan untuk menentukan kesan pembelajaran tradisional
terhadap motivasi bahan pengajaran. Tidak terdapat perbezaan signifikan skor min motivasi
bahan pengajaran bagi pra ( M= 3.43) kepada pasca (M= 3.4) dengan nilai p=0.10. Oleh hal
demikian hipotesis nul diterima.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Motivasi pelajar terhadap intervensi yang dilakukan iaitu penggunaan Padlet dalam
pembelajaran amali tikus, diukur menggunakan soal selidik motivasi bahan pengajaran oleh
Keller (1987) yang ditadbir sejurus selepas setiap kali pelajar menjawab ujian pra, ujian
pasca 1 dan ujian pasca 2. Tahap perhatian, perkaitan, keyakinan dan kepuasan yang
merupakan komponen motivasi dalam diukur melalui soal selidik ini.Hasil penyelidikan
mendapati jumlah min keseluruhan bagi skor motivasi bahan pengajaran bagi kaedah PI dan
PK adalah tinggi berbanding skor motivasi bahan pengajaran yang diperoleh bagi para
pelajar yang menjalani kaedah PT bagi proses pembelajaran pembedahan tikus. Data
empirikal mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min motivasi bahan
pengajaran bagi dua tempoh masa bagi kumpulan PI dan PK berbanding kumpulan PT yang
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Ini membuktikan bahawa kesan
bahan pengajaran ialah dominan terhadap perubahan signifikan motivasi pelajar bagai
kedua-dua kumpulan ini (PI dan PK). Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian yang
dilakukan oleh (Fisher, 2017) yang menyatakan penglibatan yang tinggi dalam padlet
membolehkan para pelajar mengawal kelajuan pembelajaran turut mempengaruhi motivasi
mereka terhadap bahan pengajaran. Selain itu juga penggunaan padlet membolehkan
pengguna mengawal dan mengatur pengajaran sendiri akan mewujudkan penglibatan
pelajar yang tinggi dalam proses pembelajaran seterusnya meningkatkan motivasi dalam
proses pembelajaran (Fadzil, 2015).

5.1 IMPLIKASI KAJIAN
Hasil penyelidikan yang diperoleh dalam kajian ini membawa implikasi dan sumbangan yang
penting kepada bidang penyelidikan, Bahagian Matrikulasi KPM, pensyarah Biologi yang
terlibat, dan pelajar matrikulasi. Secara teorinya, kajian ini telah meluaskan lagi literatur
berkaitan penggunaan teknologi dalam amali pembedahan tikus. Begitu juga, daripada
praktikal, dapat membantu memberi input kepada pihak yang terlibat terutama
pensyarah-pensyarah Biologi Matrikulasi yang terlibat secara langsung dengan para pelajar
dalam proses pembelajaran menggunakan padlet. Selain itu, kajian ini juga diharapkan akan
dapat menambah keyakinan para pensyarah matrikulasi terhadap kaedah pembelajaran
menggunakan padlet dan peranan pensyarah hanyalah sebagai fasilitator pelajar. Para
pensyarah matrikulasi juga perlu didedahkan dengan kaedah pembelajaran terkini supaya
reka bentuk pembelajaran dapat dipelbagaikan yang memberi manfaat kepada para pelajar
yang terbeban dengan sukatan pelajaran yang padat di matrikulasi. Pentadbir-pentadbir di
matrikulasi perlu melihat latihan yang berbentuk teknik pengajaran baru berbantukan
teknologi kepada pensyarah sangat penting dalam peningkatan kualiti penghasilan pelajar
lepasan matrikulasi yang sijilnya kini setaraf dengan STPM dan boleh digunakan untuk
memohon pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta.

5.2 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini hanya dijalankan ke atas amali pembedahan tikus sahaja, oleh itu ia tidak boleh
digeneralisasikan kepada amali lain kerana mungkin terdapat perbezaan teknik dan
kemahiran bagi setiap amali. Oleh itu, adalah dicadangkan agar penyelidik lain dapat
menggunakan padlet bagi amali-amali lain dalam subjek Biologi Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan di Kolej Matrikulasi Kedah sahaja. Adalah
dicadangkan, kajian lanjutan adakan di sekolah-sekolah menengah pada peringkat STPM dan
program pra universiti yang bukan di bawah kelolaan KPM.

PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyelesaikan kajian ini termasuk Ketua Unit Biologi dan rakan-rakan pensyarah yang
terlibat secara langsung atau tidak. Jutaan terima kasih juga kami rakamkan kepada semua
pelajar Modul 1 sesi 2020/2021 yang sudi menjadi sampel kajian ini. Akhir sekali, ucapan
terima kasih diungkapkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah atas sokongan dan
dorongan kepada kami dalam menyiapkan kajian ini yang bertajuk ‘Keberkesanan
Penggunaan Padlet Dalam Proses Pembelajaran Amali Tikus Terhadap Motivasi Bahan
Pengajaran Pelajar’.

RUJUKAN
Ab Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N.A. (2015). Keberkesanan Penggunaan ICT di

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa
Pandan Kuala Lumpur. Kertas Kajian dibentangkan di International Conference on
Information Technology & Society, Kuala Lumpur, Malaysia.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007).
Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis dan interpretasi data. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Anderson, C.W., Sheldon, T.H., & Dubay J. (1990). The effects of instruction on collague
non-majors concepts of respiration and photosynthesis. J. Res. Sci. Teac. 27(8):
761-766.

Babbie, E. R. (2001). The practice of social research 8th edition. Belmont California:
Wadsworth Publishing Group

Basiron, I. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni
Visual. (Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bahar, M., Johnstone, A. H., & Hansell, M. H. (1999). Revisiting learning difficulties in
biology. Journal of Biological Education. 33(2): 84-86.

Bernard, H.R. (2002). Research methods in anthropology: Qualitative and quantitative
methods. 3rd edition. California: AltaMira Press.

Boone, H.N. & Boone, D.A. (2012). Analyzing Likert Data. The Journal of Extension. 50:
1-5.

Cira, N.J., Alice, M., Chung, M.A., Denisin, A.K., Rensi, S., Sanchez, G.N, Quake, S.R., Ingmar,
H., & Riedel-Kruse. (2015). A biotic game design project for integrated life science and
engineering education. PLOS Biology. 13(3): 12-21.

Cohen,L., Manion, L. & Marrison, K. (2011). Research methods in education. 7thed. Third
Avenue, New York: Routledge.

Constas, M. A. (2007). Reshaping the methodological identity of education research.
Evaluation Review. 31(4): 391–399.

Claire, A.G., Monique, A.S., Jansens, R., & Luc P De Witte. (2017). How to implement robots
in interventions for children with autism? A co-creation study involving people with
autism, parents and professionals. Journal Autism Development Disorder. 47(10):
3079–3096.

Cresswell, J. W. (1994). Research design, qualitative, quantitative approaches. Thousand
Oaks, California: Sage.

Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran koperatif. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Fadzil, A. (2015). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Kemahiran Melukis,
Mewarna dan Menganimasi Secara Digital. (Ijazah Doktor Falsafah), Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Fisher, C.D. (2017). Padlet: An Online Tool for Learner Engagement and Collaboration,
Available at https://Padlet.com: Academy of Management Briarcliff Manor, NY.

Gutnick, A.L., Robb, L. Takeuchi, & Kotler,J. (2011). Always Connected: The New Digital
Media Habits of Young Children. New York: The Joan Ganz Cooney Center at Sesame
Workshop. Retrieved from www.ictliteracy.info/ rf.pdf/jgcc_alwaysconnected.pdf

Hambleton, R. K. (2001). The Next Generation of the ITC test translation and adaptation
guidelines. European Journal of Psychological Assessment. 17(3): 164-172.

Heiman, G. (1999). Research methods in psychology. Boston: Houghton Mifflin Company.

Heinsman, D. & Shadish, W. (1996). Assignment methods in experimentation: When do
nonrandomized experiments approximate the answers from randomized experiments?.
Psychological Methods. 1(2): 154-169.

Kagan, S. (1994). Cooperative learning, resources for teachers. San Juan Capistrano, CA:
Kagan Cooperative Learning.

Kamisah Osman, Tuan Mastura Tuan Soh & Nurazidawati Mohamad Arsad. (2012). M-21CSI:
A validated 21st century skills instrument for secondary science students. Asian Social
Science. 8(16): 43-50.

Keller, J.M. (1987). Strategies for stimulating the motivation to learn. Performance
and Instruction. 26(8): 1-7.

Keller, J. M. (2010). Motivational design for learning and performance. New York: Springer.

Lowther, D. L., Inan, F. A., Ross, S. M., & Strahl, J. D. (2012). Do one-to-one initiatives
bridge the way to 21st century knowledge and skills?. Journal of Educational
Computing Research, 46(1), 1-30.

Lyman, A. (1991). Test scores and what they mean (5th Ed.). Needham Height: Allyn and
Bacon.

Md Sahir, A. & Mohd Ayub, A.F. (2015). Keberkesanan Penggunaan Video dalam Amali
Masakan. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-8.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. 7th ed. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Muhamad Shakir bin Saad. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Amali Biologi Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sidang Dekan-Dekan IPTA, 1(2), 10-18.

Noraini Idris. Penyelidikan dalam pendidikan. (2010). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.

Odle, T. & Mayer, R. (2009). Experimental Research. Diambil pada April 12, 2017,
http://www.education.com/reference/article/experimental-research/#B

Pallant, J. (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS
(4th ed). Maidenhead: Open University Press/McGraw-Hill.

Plass, J. L, Homer, B.D, & Kinzer, C.K. (2015). Foundation of game based learning.
Educational Psychologist. 50(4): 258-283.

Rideout, V. (2011). Zero to Eight: Children’s Media Use in America. San Francisco, CA:

Common Sense Media. Retrieved from

www.commonsensemedia.org/sites/default/files/research/zerotoeightfinal2011.pdf

Rosen, Y., & Beck-Hill, D. (2012). Intertwining digital content and a one-to-one laptop
environment in teaching and learning: Lessons from the time to know program.
Journal of Research on Technology in Education, 44(3), 225-241.

Saadé, R. G., Morin, D., & Thomas, J. D. (2012). Critical thinking in e-learning environments.
Computers in Human Behavior, 28(5), 1608-1617

Shadish, W.R., Cook, T.D. & Campbell, D.T. (2002). Experimental and quasi-experimental
designs for generalized causal inference. Boston: Houghton Mifflin.

Sharan, S., & Hertz-Lazarowiz. (1980). Cooperative learning in small group: Recent method
and effect on achievement, attitude and ethnic relations. Review of Educational
Research. 12(1): 123-134.

Slavin, R.E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice. Massachussetts:
Simon & Schuster Inc

Spernjak, A., Andreja, D., & Sorgo, A., (2017). Dissection of mammalian organs and opinions
about it among lower and upper secondary school students. CEPS Journal 7 (1), 111-130.

Solomon, G. (2014). Education for the 21st century: The basics, 21st century connections.
Jurnal of Educational Technology. 8(2): 23-28.

Sulakah, S.M. (2017). Aplikasi Padlet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen
Sastera (Komsas). (Sarjana Pendidikan Teknikal), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tolman, R. R. (1982). Difficulties in genetics problem solving. Am. Biol. Teach. 44(2):
525-527.

Trilling, B. & Fadel, C. 2009. 21st century skills: Learning for life in our times. San Francisco,
CA: Jossey-Bass.

Turkay, S., & Kinzer, C.K. 2014. Toward Understanding the potential of games for learning:
Learning theory, game design characteristics, and situating video games in classrooms.
Interdisciplinary Journal of Practice, Theory, and Applied Research. 31(2): 56-63.

Zainul, A., Abdul Malek, A., & Basharudin, N.A. (2017). Keberkesanan Penggunaan Video
Pembelajaran Interaktif untuk Kursus Embedded System Application. Paper presented
at the National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx
17). Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah.

MENINGKATKAN INTERAKSI DALAM KELAS
TUTORIAL SECARA ATAS TALIAN BAGI SUBJEK
MATEMATIK DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI

GOOGLE JAMBOARD

NUR HANUN BINTI ABDUL HALIM
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]

NOOR AZIAH BINTI ABDUL GHANI
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

MENINGKATKAN INTERAKSI DALAM KELAS TUTORIAL SECARA
ATAS TALIAN BAGI SUBJEK MATEMATIK DENGAN
MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE JAMBOARD

Nur Hanun Binti Abdul Halim1 dan Noor Aziah Binti Abdul Ghani2
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan aplikasi Google
Jamboard mampu meningkatkan interaksi dalam kelas tutorial secara atas talian
bagi subjek Matematik. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 4 kumpulan tutorial iaitu
P1T14, P1T15, P1T16 dan P2T9 seramai 55 orang pelajar sistem empat semester
Kolej Matrikulasi Kedah. Antara masalah yang dihadapi oleh pensyarah subjek
Matematik ketika kelas atas talian berlangsung adalah sukar untuk memastikan pelajar
memberi komitmen manakala pelajar sukar untuk bertanya soalan. Maka penggunaan
aplikasi seperti Jamboard dan Telegram diperkenalkan bertujuan untuk memastikan para
pelajar melibatkan diri secara aktif serta memudahkan komunikasi antara pelajar dan
pensyarah semasa kelas secara atas talian. Aplikasi Jamboard digunakan untuk pelajar
berkongsi jawapan soalan tutoran, pensyarah akan menyemak jawapan tersebut dan para
pelajar boleh menyemak kembali samada betul atau salah secara kendiri. Manakala
fungsi ‘Voice Chat’ dalam aplikasi Telegram pula, membolehkan pensyarah dan pelajar
berkomunikasi secara dua hala ketika kelas berlangsung. Hasil temubual dan soal
selidik mendapati para pelajar memberi respon positif terhadap
penggunaan aplikasi ini. Maka, penyelidik merasakan penggunaan Jamboard dan
Telegram amat membantu meningkatkan interaksi pensyarah dan pelajar secara maya
dalam kelas tutorial. Ia mampu meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif di mana
pensyarah dapat menyemak serta merespon dalam penyelesaian masalah. Manakala
pelajar mendapat maklum balas mengenai langkah penyelesaian dalam kadar segera
ketika kelas berlangsung terutamanya bagi subjek Matematik yang memerlukan langkah
kerja yang tepat, betul dan lengkap.

Kata Kunci: PdP norma baharu, aplikasi, Matematik, Jamboard, Telegram

1.0 PENDAHULUAN

Awal tahun 2020, negara kita dikejutkan dengan wabak Covid-19. Sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka, tidak lagi

dapat dilaksanakan. Oleh itu, selari dengan pembelajaran norma baharu, Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan sesi pembelajaran
dan pengajaran dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya pada tahun 2020 dan
tahun 2021 jadual secara hybrid diperkenalkan iaitu secara atas talian dan
bersemuka. Pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran sememangnya
lebih fleksibel berbanding pembelajaran secara bersemuka. Malah, bahan
pembelajaran di dalam e-pembelajaran lebih mudah diakses dimana saja pada
bila-bila masa. Selain itu, pelbagai sumber-sumber rujukan yang menarik dari segi
penggunaan multimedia dan grafik boleh digunakan semasa sesi e-pembelajaran.
Seiring dengan perkembangan era global, proses e-pembelajaran menjadi semakin
mudah untuk dilaksanakan (Mohd Najib, Abu Bakar dan Othman, 2016).

Namun begitu, sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian adalah
suatu perkara baharu dan pelbagai masalah telah dihadapi oleh para pensyarah
terutamanya bagi subjek Matematik. Antaranya adalah pensyarah sukar untuk
memastikan para pelajar memberikan komitmen ketika kelas atas talian
berlangsung. Pelajar juga sukar untuk bertanya soalan kerana tidak dapat berjumpa
dengan pensyarah secara bersemuka. Oleh itu, para pensyarah perlu menggunakan
pendekatan baharu bagi menangani masalah ini. Menurut Ishak, Mat Nor dan
Ahmad (2017), bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih
kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 dan secara atas
talian, sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu dilakukan. Jadi, penggunaan
aplikasi seperti Google Jamboard dan Telegram diperkenalkan bertujuan untuk
memastikan para pelajar memberikan komitmen semasa kelas secara atas talian.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan aplikasi Google
Jamboard mampu meningkatkan interaksi dalam kelas tutorial secara atas talian bagi subjek
Matematik. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh
Kemmis & McTaggart (1988).

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pandemik Covid-19 telah merubah cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
selama ini lebih berfokuskan kaedah bersemuka kepada pembelajaran secara atas
talian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas secara
atas talian, pensyarah mendapati ramai pelajar yang tidak memberikan perhatian
ketika kelas berlangsung. Jika ada pun sekadar 10 hingga 20% sahaja melalui
pemerhatian penyelidik. Selain itu, komunikasi dua hala di antara pensyarah dan
pelajar sangat kurang. Malah, kadang-kadang tiada langsung komunikasi semasa
kelas berlangsung. Ini sangat berbeza dibandingkan dengan kelas secara
bersemuka sebelum ini. Di samping itu, pensyarah tidak dapat memastikan sama
ada para pelajar membuat latihan tutorial atau tidak.

Seterusnya, pelajar juga tidak mengetahui sama ada jalan kerja bagi setiap
penyelesaian dalam subjek Matematik yang dilakukan oleh mereka adalah betul dan
tepat atau sebaliknya mengikut kehendak soalan. Ini adalah kerana kekangan untuk
berjumpa dengan pensyarah secara bersemuka. Justeru, dengan penggunaan
aplikasi Google Jamboard dan Telegram ini diharapkan dapat membantu untuk
mengatasi masalah ini. Pensyarah yang terlibat perlu merungkai masalah yang
dialami oleh pelajar dan cuba mengetengahkan proses pembelajaran dan
pengajaran yang lebih efektif, kreatif dan inovatif supaya kaedah yang ditonjolkan
mampu menarik minat pelajar itu sendiri untuk mempelajari subjek Matematik

dengan lebih mendalam (Mahlan, Abdul Razak, Shamsuddin dan Alias, 2017).
Maka, penyelidik merasakan kajian tindakan ini perlu dan sangat mustahak untuk
dilaksanakan kerana jika pelajar berterusan tidak memberikan komitmen di dalam
kelas secara atas talian, ini akan menjejaskan gred mereka dalam subjek Matematik.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar ketika
kelas secara atas talian berlangsung. Ramai pelajar yang menghilangkan diri
selepas menjawab salam dan setelah mengisi borang kehadiran. Pelajar dilihat tidak
mengambil serius tugasan di dalam kelas tutoran. Selain itu, hasil semakan dengan
pelajar didapati bahawa ramai pelajar yang menjawab soalan tetapi jalan kerja
mereka adalah salah dan tidak lengkap. Malah, ada di antara mereka yang tidak
membuat langsung latihan tutorial.

3.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi masalah di atas, didapati terdapat keperluan untuk melaksanakan
kajian ini bagi membendung permasalahan dalam penglibatan pelajar semasa kelas
atas talian berlangsung. Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar adalah kerana
mereka tidak merasakan kehadiran pensyarah kerana kelas dilaksanakan secara
maya. Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ianya akan menjadi lebih
teruk, malah penguasaan pelajar dalam subjek Matematik akan terjejas. Bagi
merungkaikan permasalahan ini penyelidik amat berhasrat untuk melaksanakan
kajian tindakan bagi membantu pelajar melaksanakan kelas secara atas talian yang
lebih efektif.

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan berlaku
komunikasi secara dua hala yang aktif di antara pensyarah dan pelajar sewaktu
kelas tutorial atas talian. Selain itu, pensyarah juga boleh memantau setiap pelajar
dengan lebih efektif. Oleh itu, penggunaan aplikasi seperti Google Jamboard dan
Telegram diperkenalkan bertujuan untuk memastikan para pelajar memberikan
komitmen semasa kelas secara atas talian. Rajah 1 menunjukkan aplikasi Google
Jamboard dan Rajah 2 menunjukkan aplikasi Telegram.

Rajah 1: Aplikasi Google Jamboard Rajah 2: Aplikasi Telegram
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum

1. Meningkatkan interaksi antara pensyarah dan pelajar secara maya semasa
kelas tutorial.

Objektif khusus

1. Pensyarah dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif semasa
kelas atas talian berlangsung.
2. Pensyarah dapat menyemak dan memberi respon kepada langkah
penyelesaian soalan setiap pelajar.
3. Pelajar mendapat maklum balas terhadap penyelesaian soalan yang telah
dilakukan dengan kadar segera.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian ini adalah terdiri daripada pelajar jurusan Sains Sistem Empat
Semester (SES) di Kolej Matrikulasi Kedah daripada semua 4 kelas tutoran yang
diajar oleh penyelidik iaitu P1T14, P1T15, P1T16 dan P2T9 bagi subjek Matematik
DM015 dan DM025. Kelas ini dipilih kerana mereka mempunyai masalah yang
sama. Kajian tindakan ini melibatkan 55 orang pelajar sebagai kumpulan sasaran
iaitu seramai 20 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar perempuan.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Metodologi Kajian

Pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh
Kemmis & McTaggart (1988) seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Model oleh Kemmis dan Mc Taggat (1988)
Berdasarkan model ini, satu kitaran terdiri daripada empat langkah penting kajian
tindakan berdasarkan gelung (cycle) seperti berikut:

i. Merancang (Plan);
ii. Bertindak (Action);
iii. Memerhati (Observe);
iv. Mereflek (Reflect).

Proses kajian tindakan ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang
dilakukan oleh pengkaji yang terlibat. Melalui model Kemmis dan McTaggat ini,
tinjauan awal dibuat setelah timbul masalah pembelajaran di dalam kelas.
Seterusnya penyelidik mengenalpasti masalah yang menjadi punca kelemahan atau
masalah pelajar. Kemudian perancangan dibuat dan tindakan dijalankan dengan
memberi Intervensi kepada masalah yang timbul dan melaksanakan perancangan
tersebut. Pemerhatian untuk melihat perkembangan yang wujud dan
penambahbaikan dibuat untuk menilai kembali serta membuat refleksi untuk melihat
adakah intervensi yang dilaksanakan dapat mengatasi masalah yang ada (Kemmis
dan McTaggart, 1988).

Kajian ini menggunakan satu gelung kajian tindakan dengan menggunakan
dua aplikasi iaitu Google Jamboard dan Telegram. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
sejauh mana penggunaan aplikasi Google Jamboard dan Telegram ini mampu meningkatkan
interaksi dalam kelas tutorial secara atas talian bagi subjek Matematik dalam kalangan
pelajar Sistem Empat Semester di Kolej Matrikulasi Kedah. Hasil temu bual,

pemerhatian dan borang soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat bagi
setiap aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini.

6.2 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum memulakan tindakan, penyelidik telah meninjau masalah-masalah yang
berlaku semasa kelas atas talian berlangsung. Melalui pemerhatian awal, pelajar
dilihat tidak memberi perhatian dan komunikasi secara dua hala antara pensyarah
dan pelajar adalah sangat kurang semasa kelas atas talian. Penyelidik mendapati
hanya 10% pelajar memberi respon dan mengambil bahagian semasa kelas tutoran
berlangsung. Manakala, 90% pelajar, hanya tunggu dan lihat sahaja dan
mengharapkan jawapan daripada rakan dan pensyarah.

Situasi ini berlaku pada semua kelas tutoran yang terlibat. Jika ditanya soalan
semasa kelas atas talian, hanya 2 atau 3 orang pelajar yang sama sahaja
menjawab. Berbanding jumlah pelajar bagi setiap kelas iaitu seramai 15 orang bagi
setiap kelas tutoran. Selain itu, hasil temubual dengan pensyarah lain mendapati
mereka juga mempunyai masalah yang sama. Menurut mereka, kebanyakan pelajar
yang tidak bersedia semasa kelas atas talian mempunyai masalah seperti sikap
pelajar, kondisi rumah yang kurang kondusif, peranan dan tanggungjawab pelajar
semasa di rumah iaitu menjaga ahli keluarga dan sebagainya. Pelajar-pelajar
tersebut juga kurang memberi respon semasa kelas atas talian berlangsung.

6.3 Pelaksanaan Tindakan
Oleh itu, tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi adalah:

Aktiviti: Perkongsian jawapan soalan tutorial menggunakan aplikasi Google
Jamboard.

Semester 1: Kelas atas talian sepenuhnya kerana para pelajar berada di rumah
masing-masing.

Kaedah 1: Perbincangan semua soalan tutorial (mengikut nombor soalan)

Matlamat bagi kaedah ini adalah para pelajar boleh menyemak secara kendiri
soalan-soalan tutorial yang telah dijawab. Jadi, pelajar dapat mengenalpasti
kesalahan yang telah dilakukan. Ini akan menjadi rujukan bagi semua pelajar.

Langkah 1 Keterangan

Pensyarah menyediakan tapak di aplikasi Google Jamboard untuk
pelajar berkongsi jawapan bagi semua soalan tutorial mengikut
nombor soalan bagi setiap subtopik. Pautan untuk Google Jamboard
ini diletakkan di Google Classroom bagi memudahkan pelajar
membuat rujukan.

Langkah 2 Pelajar berkongsi jawapan secara sukarela atau pensyarah telah
Langkah 3 menetapkan nama pelajar yang perlu berkongsi jawapan.
Langkah 4
Pensyarah menyemak jawapan pelajar mengikut nombor soalan.
Langkah 5
Semua pelajar menyemak jawapan masing-masing secara kendiri
berpandukan semakan yang telah dibuat oleh pensyarah di aplikasi
Google Jamboard.

Jika jawapan pelajar salah dan mereka masih tidak faham setelah
menyemak melalui Google Jamboard, pelajar boleh bertanya di
group Telegram/Whatsapp.

Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 1 untuk Semester 1
boleh dirujuk dalam Lampiran 1.

Kaedah 2: Perbincangan yang memfokuskan soalan yang memerlukan jalan
kerja yang tepat dan lengkap

Matlamat bagi kaedah ini adalah pensyarah dapat mengenalpasti jalan kerja pelajar
yang salah dan tidak lengkap secara individu. Pelajar juga boleh membandingkan
jawapan mereka dengan rakan-rakan yang lain selepas pensyarah membuat
semakan. Terutamanya soalan yang boleh dijawab dengan menggunakan pelbagai
kaedah.

Langkah 1 Keterangan

Pensyarah menyediakan tapak di aplikasi Google Jamboard untuk
setiap pelajar berkongsi jawapan bagi satu soalan yang terpilih
sahaja. Pautan untuk Google Jamboard ini diletakkan di Google
Classroom bagi memudahkan pelajar membuat rujukan.

Langkah 2 Pelajar berkongsi jawapan masing-masing (semua pelajar menjawab
soalan yang sama).

Langkah 3 Pensyarah menyemak jawapan setiap pelajar.

Langkah 4 Semua pelajar menyemak jawapan masing-masing berpandukan
semakan yang telah dibuat oleh pensyarah di aplikasi Google
Jamboard. Pelajar boleh membandingkan jawapan mereka dengan
jawapan rakan-rakan yang lain.

Langkah 5 Jika jawapan pelajar salah dan mereka masih tidak faham setelah
menyemak melalui Google Jamboard, pelajar boleh bertanya di
group Telegram/Whatsapp atau secara personal dengan pensyarah.

Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 2 untuk Semester 1
pula, boleh dirujuk dalam Lampiran 2.

Semester 2: Kelas secara hybrid iaitu secara atas talian dan bersemuka kerana
para pelajar telah pulang ke kolej.

Kaedah 1: Perbincangan semua soalan tutorial (mengikut nombor soalan)

Pada semester 2, kaedah pelaksanaan adalah sama sahaja dengan pelaksanaan
pada semester 1. Cuma terdapat pertambahan pada kaedah perbincangan. Jika
pada semester 1, perbincangan dilakukan di aplikasi Whatsapp dan Telegram juga
Google Meet jika perlukan perbincangan secara langsung. Tetapi pada semester 2,
terdapat ciri baharu di aplikasi Telegram iaitu ‘Voice Chat’ yang membolehkan
pensyarah berkomunikasi secara langsung dengan para pelajar. Jika dibandingkan
dengan penggunaan Google Meet, aplikasi Telegram menggunakan data internet
yang lebih sedikit. Jadi, ini dapat menjimatkan data internet pelajar.

Langkah 1 Keterangan

Pensyarah menyediakan tapak di aplikasi Google Jamboard untuk
pelajar berkongsi jawapan bagi semua soalan tutorial mengikut
nombor soalan bagi setiap subtopik. Pautan untuk Google Jamboard
ini diletakkan di Google Classroom bagi memudahkan pelajar
membuat rujukan.

Langkah 2 Pelajar berkongsi jawapan secara sukarela atau pensyarah telah
menetapkan nama pelajar yang perlu berkongsi jawapan.

Langkah 3 Pensyarah menyemak jawapan pelajar mengikut nombor soalan.

Langkah 4 Pensyarah berbincang dengan pelajar secara langsung dengan
menggunakan fungsi ‘Voice Chat’ yang terdapat di aplikasi Telegram.

Langkah 5 Semua pelajar menyemak jawapan masing-masing secara kendiri
berpandukan semakan yang telah dibuat oleh pensyarah di aplikasi
Google Jamboard.

Langkah 6 Jika jawapan pelajar salah dan mereka masih tidak faham setelah
menyemak melalui Google Jamboard, pelajar boleh bertanya di
group Telegram/Whatsapp.

Bagi kaedah 1 untuk Semester 2 pula, contoh paparan dalam aplikasi Google
Jamboard dan Telegram boleh dirujuk dalam Lampiran 3.

Kaedah 2: Perbincangan yang memfokuskan soalan yang memerlukan jalan
kerja yang tepat dan lengkap

Keterangan

Langkah 1 Pensyarah menyediakan tapak di aplikasi Google Jamboard untuk
setiap pelajar berkongsi jawapan bagi satu soalan yang terpilih
Langkah 2 sahaja. Pautan untuk Google Jamboard ini diletakkan di Google
Langkah 3 Classroom bagi memudahkan pelajar membuat rujukan.
Langkah 4
Langkah 5 Pelajar berkongsi jawapan masing-masing (semua pelajar menjawab
soalan yang sama).
Langkah 6
Pensyarah menyemak jawapan setiap pelajar.

Pensyarah berbincang dengan pelajar secara langsung dengan
menggunakan fungsi ‘Voice Chat’ yang terdapat di Telegram.

Semua pelajar menyemak jawapan masing-masing berpandukan
semakan yang telah dibuat oleh pensyarah di aplikasi Google
Jamboard. Pelajar boleh membandingkan jawapan mereka dengan
jawapan rakan-rakan yang lain.

Jika jawapan pelajar salah dan mereka masih tidak faham setelah
menyemak melalui Google Jamboard, pelajar boleh bertanya di
group Telegram/Whatsapp atau secara personal dengan pensyarah.

Manakala, contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard dan Telegram bagi
kaedah 2 untuk Semester 2, boleh dirujuk dalam Lampiran 4.

6.4 Temubual

Satu sesi temubual dengan para pelajar telah diadakan dengan tujuan untuk
mendapatkan maklum balas tentang sesi pembelajaran dan pengajaran dengan
menggunakan aplikasi Google Jamboard dan Telegram. Seramai 10 orang pelajar
dipilih secara rawak dalam sesi temu bual ini. Setiap pelajar dikehendaki menjawab
tiga soalan secara terbuka.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat tiga kaedah pengumpulan data iaitu melalui pemerhatian, soal selidik dan
temubual bersama para pelajar.

7.2 Analisis Data

Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini telah memberikan
kesan yang positif terhadap kelas secara atas talian. Pelajar kelihatan lebih aktif
semasa kelas tutorial berlangsung. Jika sebelum ini, hanya dua atau tiga orang
sahaja yang memberi respon sewaktu kelas, tetapi selepas menggunakan aplikasi
Jamboard dan Telegram ini, para pelajar menjadi lebih produktif. Mereka berkongsi
jawapan dan berbincang serta bertanya soalan secara aktif ketika kelas secara
langsung dengan menggunakan fungsi ‘Voice Chat’ yang terdapat dalam Telegram.

Ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan interaksi di antara pelajar dan
pensyarah ketika kelas tutorial atas talian sedang berlangsung berbanding jika tidak
menggunakan aplikasi Google Jamboard dan Telegram ini.

Para pelajar juga mempunyai panduan untuk menyemak sama ada jalan kerja
penyelesaian yang telah dilakukan itu betul atau salah secara jelas melalui paparan
di aplikasi Google Jamboard. Maka, pelajar dapat menyemak dan mengetahui jika
mereka ada melakukan kesalahan. Selain itu, pelajar mendapat maklum balas
secara terus daripada pensyarah. Melalui aktiviti ini juga, mereka menjadi lebih
berani untuk berkongsi dan menerangkan kepada pelajar-pelajar lain tentang
penyelesaian soalan tutorial.

Melalui undian di aplikasi Telegram, penyelidik mendapati 91.6% pelajar
merasakan aplikasi Google Jamboard membantu mereka untuk mengetahui
kesalahan jalan kerja ketika menjawab soalan. 87.5% pelajar pula merasakan
aplikasi Google Jamboard membantu meningkatkan motivasi mereka untuk
menjawab soalan Matematik. Selain itu, 96.4% merasakan aplikasi Google
Jamboard dan Telegram boleh diakses di mana-mana jua dan pada bila-bila masa.

Seterusnya, melalui borang soal selidik yang mempunyai 6 item yang
diadaptasi daripada kajian Che In dan Ahmad (2019) dengan menggunakan google
form, para pelajar telah memberi respon terhadap aplikasi Google Jamboard ini.
Data telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif iaitu min bagi melihat skor
purata data persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan aplikasi Google Jamboard. Keputusan mendapati bahawa persepsi
pelajar adalah sangat baik dengan julat min keseluruhan iaitu 4.19 hingga 4.48.
Jadual 1 menunjukkan persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Google Jamboard.

Jadual 1: Persepsi pelajar terhadap keberkesanan PdP menggunakan Google
Jamboard.

No.item Item Min Tahap
1. 4.37 Tinggi
Aplikasi Jamboard membantu saya
2. 4.26 Tinggi
mengetahui kelemahan saya dalam 4.41 Tinggi
3. 4.33 Tinggi
4. konsep Matematik 4.48 Tinggi
4.19 Tinggi
5. Aplikasi Jamboard membantu
6.
meningkatkan motivasi saya untuk

menjawab soalan Matematik.

Aplikasi Jamboard membantu saya

mengetahui kesalahan jalan kerja saya.

Aplikasi Jamboard dapat menjimatkan

masa saya kerana tidak perlu berjumpa

pensyarah secara bersemuka

Aplikasi Jamboard boleh diakses pada

bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Aplikasi Jamboard membantu saya

tanpa perlu bertanya soalan kepada

pensyarah.

Hasil soal selidik ini menunjukkan bahawa pensyarah dapat menyemak dan
memberi respon kepada langkah penyelesaian serta pelajar mengakui mereka
mendapat maklum balas dengan kadar segera.

Dapatan hasil temu bual dengan sepuluh orang pelajar melalui tiga soalan
secara terbuka telah menunjukkan kebanyakkan pelajar ini berpandangan bahawa
penggunaan aplikasi Google Jamboard dan Telegram ketika kelas tutorial dalam
talian telah mampu meningkatkan interaksi pelajar dengan pensyarah. Pelajar
menyatakan bahawa berlakunya penglibatan aktif ketika dalam kelas berbanding
sebelum ini. Selain itu juga, pelajar mengakui bahawa pensyarah berjaya menyemak
dan memberi respon ketika kelas sedang berlangsung serta pelajar mendapat
maklum balas dengan cepat dalam masa yang sama. Oleh itu, mereka dapat
mengetahui jika mereka ada melakukan kesalahan dan akan berusaha untuk tidak
mengulanginya lagi selepas ini. Di sini dikongsikan beberapa respon pelajar dalam
sesi temubual yang telah dijalankan.

Pelajar 1

1. Apakah pandangan anda tentang penggunaan aplikasi Google Jamboard
semasa kelas tutorial atas talian?

Pandangan saya adalah aplikasi ini sangat baik. Ia membantu pelajar dan
pensyarah berkomunikasi secara langsung ketika kelas. Saya harap aplikasi ini
boleh diteruskan kepada kelas lain

2. Bagaimanakah aplikasi Google Jamboard mampu meningkatkan interaksi
antara pelajar dan pensyarah?

Ia dapat meningkatkan interaksi berbanding kelas sebelum ini yang tidak
menggunakannya kerana sebelum ini hanya “chat” secara tulisan kadang-kadang
tidak jelas dan terbatas dari segi penjelasan pensyarah kepada pelajar atau
sebaliknya. Kini boleh “chat” lisan secara terus dan saya boleh tanya semula step
yang salah dan pensyarah dapat memberi maklum balas secara terus.

3. Sejauh mana aplikasi Google Jamboard memberi kesan kepada penyelesaian
masalah dalam menjawab sesuatu soalan Matematik?

Saya boleh berkongsi jawapan dan dalam masa sama pensyarah dapat tegur dan
perbaiki jalan kerja saya ketika kelas sedang berlangsung.

Pelajar 5

1. Apakah pandangan anda tentang penggunaan aplikasi Google Jamboard
semasa kelas tutorial atas talian?

Sangat baik kerana ia bantu saya berkomunikasi dengan pensyarah dan
rakan-rakan yang lain dalam kelas walaupun secara maya.

2. Bagaimanakah aplikasi Google Jamboard mampu meningkatkan interaksi
antara pelajar dan pensyarah?

Ini pandangan saya, saya banding kelas yang tidak guna aplikasi ini. Ia beza, dulu
interaksi kurang atau tiada langsung, pelajar tidak bersungguh kerana pensyarah tak
mampu kawal pelajar, kini rasa lebih semangat belajar kerana boleh bertanya
pensyarah secara langsung.

3. Sejauh mana aplikasi Google Jamboard memberi kesan kepada penyelesaian
masalah dalam menjawab sesuatu soalan Matematik?

Saya boleh menulis, menaip jawapan secara ringkas di atas Jamboard dan juga jika
penyelesaian panjang, saya akan “snap” jawapan dan kongsikan di Jamboard.
Pensyarah terus periksa jawapan saya dan dalam masa saya diterangkan melalui
“voice chat” dalam Telegram. Saya lebih jelas dengan cara ini.

Pelajar 8

1. Apa pandangan anda tentang penggunaan aplikasi Google Jamboard
semasa kelas tutorial atas talian?

Menyeronokkan dan saya mengesyorkan agar ia dilaksanakan pada kelas lain juga.

2. Bagaimanakah aplikasi Google Jamboard mampu meningkatkan interaksi
antara pelajar dan pensyarah?

Saya boleh melihat penulisan serta mendengar penjelasan dalam masa yang sama
oleh pensyarah. Pelajar juga boleh berinteraksi jika kerja secara berkumpulan
apabila diarahkan menjawab soalan dalam kumpulan.

3. Sejauh mana aplikasi Google Jamboard memberi kesan kepada penyelesaian
masalah dalam menjawab sesuatu soalan Matematik?

Pensyarah beri arahan supaya berkongsi jawapan di Jamboard dan pelajar berbuat
demikian kemudian pelajar lain juga melihat serta menyemak langkah kerja bersama
dibantu oleh penerangan pensyarah.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Refleksi

Penggunaan aplikasi Google Jamboard ini banyak memberi kesan positif. Antaranya
adalah pelajar lebih bersemangat untuk membuat soalan tutorial. Oleh itu, ini dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar subjek Matematik. Pelajar juga dapat
mengetahui kesalahan yang telah dibuat hasil semakan kendiri berdasarkan hasil
semakan pensyarah di aplikasi Google Jamboard. Penggunaan aplikasi Google
Jamboard dan Telegram ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Ini adalah
kerana para pelajar tidak perlu menunggu untuk berjumpa pensyarah secara
bersemuka untuk menyemak sama ada penyelesaian yang telah dibuat itu betul atau
salah. Disebabkan pautan untuk ke Google Jamboard ini boleh diletakkan di Google
Classroom, pelajar mudah untuk menekan pautan tersebut tanpa perlu mencari di

Telegram atau Whatsapp. Oleh yang demikian, penggunaan aplikasi Google
Jamboard dan Telegram ini sangat membantu semasa kelas atas talian.

8.2 Kesimpulan

Pembelajaran norma baharu kini telah merubah cara pembelajaran yang dahulunya
dilaksanakan secara bersemuka. Tetapi kini tidak lagi. Maka, penyelidik cuba
merealisasikan cara dan kaedah pembelajaran yang lebih efektif dengan
menggunakan teknologi & aplikasi terkini seperti Jamboard & Telegram.
Penggunaan Google Jamboard dan Telegram dalam kelas tutoran atas talian bagi
subjek Matematik ini memberi kesan positif kerana dapat meningkatkan penglibatan
pelajar dan berlakunya komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar pada
waktu yang sama.

Ini dapat dibuktikan dengan respon daripada para pelajar yang mengatakan
bahawa mereka lebih faham dan bersemangat untuk menjawab soalan tutoran.
Penggunaan Google Jamboard dan Telegram ini dapat menjimatkan masa. Maka,
penyelidik merasakan penggunaan Jamboard dan Telegram amat membantu dalam
pelaksanaan PdP norma baharu terutamanya bagi subjek Matematik yang
memerlukan langkah kerja yang tepat, betul dan lengkap. Ini adalah selari dengan
dapatan dari kajian oleh Chung (2021) yang mendapati bahawa penggunaan Google
Jamboard adalah sesuai ketika kelas atas talian berlangsung.

Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi Google Jamboard dan Telegram ini
memerlukan jaringan internet yang stabil. Jika para pelajar mempunyai masalah
jaringan internet, kaedah pembelajaran ini akan terganggu dan tidak dapat
dilaksanakan semasa kelas tutoran secara atas talian.

9.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah swt kerana kami dapat menyiapkan
laporan penyelidikan ini walaupun dalam masa yang agak suntuk dengan
pelbagai kekangan tugasan hakiki dalam situasi penuh dengan cabaran serta
PdP norma baharu kini. Ucapan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang
terlibat secara langsung dan Pn Anita a/p Kanestion yang merupakan penilai
kami yang membantu kami memberi penerangan yang lebih jelas semasa proses
penambahbaik dilakukan.

10.0 RUJUKAN

Abdillah, N. A. dan Musa, M. (2021). Kesediaan pelajar terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran (pdp) norma baru di jabatan teknologi maklumat &
komunikasi (jtmk), politeknik sultan mizan zainal abidin (psmza). Retrieved
from http://www.ijmoe.com/PDF/IJMOE-2021-08-03-10.pdf

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.

Abdul Halim, F. H. dan Aris, N. S. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran

Teradun (Blended Learning). Journal of Technical and Vocational Education.

Volume 1, No. 2, Page 53-63.

Abu Hassan, M. H. (2020). Penggunaan Aplikasi Dalam Talian Norma Baharu

Pendidikan Tinggi. Retrieved from

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1872371

Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming critical: Education, knowledge and action

research. Australia: Deakin University Press.

Che In, F. dan Ahmad, A. Z. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif

Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus

Principles of Marketing. Online Journal for TVET Practitionaers. Volume 4,

No. 1.

Chung, M.H.C., (2021). Tahap Penerimaan Google Jamboard Sebagai Alat Digital Dalam

E-Pembelajaran: Satu Kajian. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 9(2),

34-45.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw Hill Education.

Ishak, H., Mat Nor, Z. dan Ahmad A. (2017). Pembelajaran Interaktif Berasaskan

Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad ke-21. Institut Pendidikan Aminuddin

Baki, Kementerian Pendidkan Malaysia.

Kaviza, M. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google

Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities 5(4), 108-115.

Kemmis, S. (1994). Dikod dari John W. Creswell, 2005, Educational research:

Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research,

2nd Ed., Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,

Australia: Deakin University Press.

Mahlan, S.B., Abdul Razak, N. A., Shamsuddin, M. dan Alias, F.A. (2017).

Kesalahan Pelajar dalam Asas Matematik: Kajian Kes Pelajar Pra-Diloma

Perdagangan, UiTM Cawangan Pulau Pinang. International Academic

Research Journal of Social Science 3(1), 179-185.

Mazlina, A.M. (2020). Adaptasi pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu

bidang pendidikan. Retrieved from http://news.ump.edu.my/experts/adaptasi

pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu bidang pendidikan.

Mohd Salim, A., Shaffai, M. R., dan Abd. Jalil, M. H. (2018). Kesedaran,

Penerimaan, Keberkesanan Dan Hubungkaitnya Terhadap Perlaksanaan

E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Merlimau.

Mohamad, N. M. (2021). Cabaran pedagogi norma baharu di Kolej Universiti Islam

Perlis (kuips) ketika pandemik wabak koronavirus Covid-19. Retrieved from

http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/71/65

Ting, K. S. (2007). Kajian mengenai penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di

Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Institusi

Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Tesis. Jabatan Pendidikan dan

Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

11.0 LAMPIRAN

Lampiran 1

Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 1 (Semester 1):

Lampiran 2
Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 2 (Semester 1):

Lampiran 3
Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 1 (Semester 2):

Perbincangan dilakukan di ‘Voice Chat’ di Telegram:

Lampiran 4
Contoh paparan dalam aplikasi Google Jamboard bagi kaedah 2 pada
semester 2:

Perbincangan dilakukan di ‘Voice Chat’ di Telegram:

RnD: Kajian Tindakan

Kajian Tindakan

RayD-Go : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS
RAJAH SINAR DALAM PEMBELAJARAN

GEOMETRICAL OPTICS DI MATRIKULASI KEDAH

Azlina binti Mazlan
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Amalia binti Mohd. Ali
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Nurul Izzati binti Mat Hasan
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Mohd Faizul bin Yusoff
Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected]

RnD: Kajian Tindakan

RayD-Go : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS RAJAH SINAR DALAM
PEMBELAJARAN GEOMETRICAL OPTICS DI MATRIKULASI KEDAH

Azlina binti Mazlan 1
Amalia binti Mohd. Ali 2
Nurul Izzati binti Mat Hasan 3
Mohd Faizul bin Yusoff 4

1 [email protected]
2 [email protected]
3 [email protected]
4 [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis rajah sinar pada kanta
cembung dan cekung dalam topik Geometrical Optics. Topik ini menekankan kepada
kemahiran pelajar untuk melukis rajah sinar dan menentukan ciri-ciri imej akhir yang akan
digunakan dalam penyelesaian masalah. Sebarang kesalahan yang dilakukan akan
menjejaskan nilai markah yang diperolehi dalam peperiksaan PSPM pada bahagian
Geometrical Optics. Kumpulan sasaran adalah melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah
yang terdiri daripada 18 orang pelajar daripada kelas S1T1. Berdasarkan analisis Ujian Pra,
hanya lima orang pelajar berjaya memperolehi markah melebihi 80 %. Hal ini amat
membimbangkan dan penambahbaikan perlu dilakukan. Intervensi RayD-Go diperkenalkan
untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis rajah sinar dan menentukan ciri-ciri imej
akhir. RayD-Go yang merupakan aplikasi hasil gabungan perisian ‘Screen Cast O-Matic’ dan
‘Microsoft PowerPoint’ yang menunjukkan langkah melukis rajah sinar pada kanta cembung
dan kanta cekung. RayD-Go memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran berkaitan dengan
pembinaan rajah sinar yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan PdPc ke arah ekosistem
digital. Pembinaan RayD-Go ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar bersedia melalui
pendekatan flipped classroom sebagai satu kaedah pembelajaran kendiri. Penggunaan kod AR
(Augmented Reality) dilakukan untuk membolehkan pelajar mengakses mengakses nota,
soalan latihan dan video walau di mana sahaja ataupun pada bila-bila masa sahaja hanya
dengan menggunakan sekeping kad AR dan telefon pintar. Pelajar tidak akan menghadapi
masalah untuk membawa buku nota ataupun modul pembelajaran lagi. Penggunaan audio,
video dan teks dalam RayD-Go dapat mewujudkan efek yang menarik dan pembelajaran
berlaku secara interaktif. Hasil dapatan yang diperolehi melalui Ujian Pos memberikan
keputusan yang memberangsangkan dengan 17 orang pelajar berjaya mendapat skor baik dan
hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat skor sederhana. Respon daripada pelajar
menunjukkan bahawa pendekatan ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar melukis rajah
sinar dan menentukan ciri-ciri imej akhir dengan baik. Aplikasi ini diharap dapat membantu
para pelajar untuk memahami konsep Fizik dengan lebih mudah dan berkesan.

Kata Kunci: Geometrical optics,‘Screen Cast O-Matic’, ‘Microsoft PowerPoint’, rajah sinar,

kanta, AR.

RnD: Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN

Di matrikulasi, Fizik merupakan subjek teras yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar
yang mengikuti aliran Sains. Pelaksanaan pengajaran subjek Fizik untuk program
Matrikulasi adalah melalui pendekatan pengajaran secara teori dan praktikal. Pendekatan
pengajaran ini adalah pendekatan yang begitu popular dan telah diamalkan secara meluas di
semua peringkat pendidikan. Pembelajaran Fizik secara teori berlaku di dalam persekitaran
bilik darjah dan dewan kuliah manakala pembelajaran praktikal berlaku di makmal. Namun
begitu akibat daripada kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia proses
pembelajaran secara teori dan praktikal tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Sebagaimana diketahui, subjek Fizik memerlukan pelajar untuk mencapai peringkat
pemahaman dan aplikasi. Konsep yang dipelajari dalam topik yang terkandung dalam subjek
Fizik kebanyakannya adalah secara abstrak. Hal ini memberi kesan kepada pencapaian
pemahaman dan aplikasi pelajar kerana kebanyakan pelajar lebih cenderung untuk
menghafal fakta penting berbanding memahami isi pelajaran. Berdasarkan kepada
pengalaman pengkaji kesan kaedah hafalan menjadikan pelajar lebih cepat merasa bosan dan
sering mengantuk di dalam kelas. Pendekatan yang lebih menarik perlu diperkenalkan.

Pendekatan menggunakan gabungan pelbagai aplikasi baru dan menarik dapat
memupuk minat belajar kerana ia bersesuaian dengan kehendak dan kecenderungan pelajar
masa kini. Pelbagai aplikasi yang segar dan bercirikan digital masa kini dilihat sentiasa
diterokai oleh pelajar. Dengan itu, pensyarah masa kini perlu bertindak agresif untuk
bersaing dalam menghasilkan bahan PdP mengikut citarasa pelajar.

1.1 Latar Belakang

Kajian tindakan ini memberi penekanan kepada topik Geometrical Optics. Topik ini
merupakan kajian mengenai fenomena yang berkaitan dengan cahaya. Dalam subjek Fizik,
topik ini dikaitkan dengan konsep abstrak yang menggunakan kemahiran melukis rajah sinar.
Selain itu kemahiran geometri dan matematik juga penting untuk memahami fenomena
optik. Jika pelajar lemah dalam kemahiran yang tersebut, mereka akan lebih cenderung untuk
menghafal konsep berkaitan.

Dalam pengajaran topik Geometrical Optics, rajah digunakan untuk menerangkan
atau menjangkakan tingkah laku pancaran cahaya ketika melalui perantara seperti blok kaca
atau kanta. Rajah sinar adalah rajah yang dilukis secara teori untuk memberi gambaran di
mana sinar cahaya keluar dari titik sumber. Hasilnya sinar tunggal akan terhasil untuk
dibiaskan atau dipantulkan dengan cara-cara tertentu yang berkaitan dengan pembinaan garis
normal.

Pengajaran di dalam kelas biasanya akan menggunakan teknik pensyarah
menerangkan di papan putih dengan pelajar pula mengikuti arahan yang diberikan semasa
melukis rajah sinar. Dalam kelas yang mempunyai kapasiti pelajar yang ramai, pensyarah
perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif untuk memastikan pengajaran yang
berkesan. Bahan bantu mengajar boleh membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih baik menggunakan pengalaman multi sensory. Gabungan penyampaian arahan
dengan teknologi terkini dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

Kajian penyelidikan ini menggabungkan teknik pengajaran ‘chalk and talk’ dan video
interaktif untuk memberikan kesan pembelajaran yang lebih efektif. Pelajar diberikan kad
RayD-Go (LAMPIRAN 7) yang dapat digunakan semasa mengulangkaji topik Geometrical
Optics ini. Kad ini akan diimbas oleh pelajar menggunakan kod AR dan pelajar akan dibawa
kepada video interaktif yang mengandungi pelbagai koleksi kaedah melukis rajah sinar yang
terhasil pada kanta cembung dan cekung. Video interaktif ini digunakan untuk

RnD: Kajian Tindakan

menyampaikan maklumat melalui teks, grafik dan video kepada pelajar tanpa kekangan masa
dan tempat.

Kumpulan pengkaji adalah terdiri daripada 4 orang pensyarah yang berumur di antara
30 hingga 48 tahun yang mempunyai pengalaman kerja di antara 5 hingga 15 tahun.
Penyelidikan tindakan ini adalah berkaitan dengan strategi baru untuk meningkatkan
kemahiran pelajar melukis rajah sinar dalam subtopik ‘Ray diagram’ bagi topik Geometrical
Optics. Dalam pembelajaran subtopik ‘Ray diagram’ pelajar dikehendaki melukis rajah sinar
pada kanta cembung dan kanta cekung. Selain itu, hasil pembelajaran yang perlu dipenuhi
adalah pelajar mengenal pasti ciri-ciri imej yang terhasil daripada rajah sinar yang dilukis.
Teknik melukis rajah sinar yang diperkenalkan ini membolehkan pelajar mempelajari teknik
melukis rajah sinar berulang kali sehingga mahir. Penggunaan RayD-Go ini juga akan
memudahkan pelajar melukis rajah sinar dan pembelajaran dapat dilakukan berulang-ulang
secara non-face-to-face tanpa mengira masa dan tempat.

1.2 Tujuan/ Kepentingan

Kajian ini amat penting memandangkan pelajar menghadapi beberapa miskonsepsi berkaitan
topik Geometrical Optics ini. Menurut kajian dari Physics Education Research, pelajar yang
mempelajari topik ini menghadapi kesukaran untuk memahami konsep yang yang berkaitan
dengan fenomena optik sama ada semasa pra-pengajaran mahupun pada pasca-arahan (Allen,
2019). Pelajar lebih gemar untuk mempercayai miskonsepsi mereka dalam pengetahuan sedia
ada mereka berbanding menerima idea secara saintifik. Miskonsepsi pelajar ini harus diatasi
dengan kadar segera sebelum mereka menduduki peperiksaan akhir semester nanti.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP

Dalam era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pendekatan pengajaran secara
kovensional semakin sukar dilaksanakan. Pendekatan digital menjadi pilihan pengajaran yang
paling sesuai dilaksanakan dalam era ini. Sesuai dengan itu, kajian tindakan ini menggunakan
pendekatan pengajaran secara video interaktif yang dilihat memenuhi kriteria pendidikan
masa kini. Penggunaan pendekatan pengajaran ini dapat membantu meningkatkan kemahiran
pelajar melukis rajah sinar dan seterusnya dapat mentaksir imej yang terhasil dengan lebih
tepat.

1.4 Lain-Lain Berkaitan

Kajian ini menggunakan Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988) yang melalui empat
langkah kitaran yang perlu dipenuhi. Kitaran tersebut dimulakan dengan melakukan refleksi
awal berdasarkan kepada tinjauan awal terhadap pelajar kajian. Seterusnya aktiviti
merancang teknik pengajaran yang akan dilaksanakan diikuti dengan tindakan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pada akhir kitaran, pemerhatian
dilaksanakan berdasarkan kepada ujian pos dan refleksi aktiviti dilakukan.

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah

Hasil perbincangan dengan rakan sekerja, kami mendapati kebanyakan pelajar bukan sahaja
menghadapi masalah konsep dalam topik Geometrical Optics malahan mereka juga
mempunyai masalah dalam melukis rajah sinar. Selain itu pengalaman kebanyakan pensyarah

RnD: Kajian Tindakan

mendapati pelajar cenderung untuk melakukan kesalahan dalam pengiraan jarak objek, jarak
imej, saiz objek, saiz imej dan ciri-ciri imej yang terhasil.

Semakan awal terhadap lembaran kerja pelajar yang dilakukan mendapati pelajar
seringkali tidak melukis arah anak panah yang betul yang menunjukkan arah sinar tuju dan
biasan. Kesalahan ini mengakibatkan pelajar kehilangan markah rajah (konsep). Satu hal
yang menjadi isu juga adalah kelemahan pelajar dalam menentukan ciri-ciri imej akhir yang
terhasil kesan daripada biasan yang berlaku. Seringkali diperhatikan, pelajar menghafal
ciri-ciri imej akhir yang terbentuk pada kanta cembung dan cekung. Hal ini menjadi sukar
dan menimbulkan kerisauan kerana terdapat banyak ciri-ciri imej yang melibatkan kedua-dua
jenis kanta berdasarkan kepada kedudukan objek diletakkan.

2.2 Refleksi Pelajar

Semasa sesi penerangan awal tajuk Geometrical Optics, beberapa titik utama sebelum
melukis rajah sinar diterangkan dan ditandakan pada rajah kanta. Titik-titik utama ini perlu
dikenal pasti oleh pelajar sebelum melukis rajah sinar. Namun begitu, titik-titik tersebut telah
menyebabkan kekeliruan kepada pelajar dan mereka tidak tahu di mana untuk memulakan
lukisan rajah sinar.

Tahap kefahaman pelajar kelas tutoran telah dikenal pasti oleh ahli kumpulan pengkaji
dalam sesi pertemuan pertama. Hasil refleksi ini memberikan gambaran bahawa kebanyakan
pelajar masih belum menguasai subtopik ‘Ray diagram’ dengan sebaiknya. Ini dibuktikan
dengan pemerhatian para pensyarah terhadap kemampuan pelajar menjawab soalan yang
diberikan oleh pensyarah secara lisan dan juga secara bertulis. Para pelajar didapati masih
lemah dalam menyelesaikan soalan berkaitan subtopik melukis rajah sinar kanta cembung
dan kanta cekung. Kelemahan utama yang dikenal pasti adalah para pelajar tidak dapat
mengaplikasikan lukisan sinar 1, sinar 2 dan sinar 3 dalam menentukan imej akhir yang
terbentuk selepas pembiasan cahaya melalui kanta cembung dan kanta cekung. Kelemahan
ini akan menyebabkan para pelajar gagal mentaksir soalan berkaitan ciri-ciri imej yang
terbentuk.

Berdasarkan kepada lembaran kerja (LAMPIRAN 2) yang diedarkan dalam kelas,
kami dapati kebanyakan pelajar agak lemah dalam menentukan titik persilangan yang betul
untuk mengunjurkan garisan daripada imej yang dipantulkan. Hasil pembelajaran yang
diharapkan adalah pelajar tidak lagi melakukan kesilapan dan keliru dalam melukis rajah
sinar serta dapat menentukan ciri-ciri imej akhir yang terbentuk melalui 2 persilangan atau
lebih rajah sinar. Oleh itu, diharapkan pendedahan kepada kaedah RayD-Go ini dapat
membantu para pelajar kumpulan sasaran mencapai objektif pembelajaran dan hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. RayD-Go juga diharapkan dapat digunapakai oleh
semua pensyarah Fizik untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Fizik dan pelajar juga
dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi pengajaran berlangsung.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep

Kajian ini difokuskan kepada kemahiran pelajar dalam melukis rajah sinar bagi kanta
cembung dan kanta cekung. Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah:

i. Tidak melukis dan melabel rajah sinar dengan betul.
ii. Tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri imej yang terbentuk.
iii. Tidak dapat menyelesaikan masalah dalam pengiraan yang berkaitan.

RnD: Kajian Tindakan

Sesuai dengan tinjauan yang dilakukan terhadap pelajar dan semakan terhadap
lembaran kerja pelajar yang diedarkan, pensyarah mendapati ramai pelajar membuat banyak
kesalahan terutama menyambung garisan daripada imej objek kepada titik fokus yang betul
untuk kanta cembung. Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk memperkenalkan RayD-Go
kepada pelajar.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian tindakan ini adalah:
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar dalam topik
Geometrical Optics.

Objektif khusus kajian tindakan ini adalah:
i. Meningkatkan kemahiran pelajar melukis rajah sinar bagi kanta cembung dan kanta
cekung.
ii. Meningkatkan kemahiran pelajar menentukan ciri-ciri imej akhir yang terbentuk
daripada rajah sinar yang dilukis.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar S1T1. Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar
daripada Program Satu Tahun dari Modul I, Semester Dua Sesi 2019/2020 di Kolej
Matrikulasi Kedah. Mereka terdiri daripada 6 lelaki dan 12 perempuan. Mereka terdiri
daripada 14 pelajar Melayu dan 4 orang pelajar Cina. Kelas ini merupakan pelajar aliran sains
modul satu dengan latar belakang kemampuan fizik yang sederhana.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)

Sembang-sembang santai dibuat bersama dengan rakan-rakan pensyarah mendapati
kebanyakan pelajar keliru dengan pelabelan dan lukisan rajah sinar. Hal ini akan memberi
kesan yang buruk kepada pelajar memandangkan tajuk Geometrical Optics menyumbang
kepada 13% daripada markah Fizik PSPM secara keseluruhan. Perkara ini menjadi kerisauan
kepada pensyarah Fizik. Lanjutan itu, kami mengambil keputusan untuk menjalankan kajian
tindakan ini sebagai usaha untuk memperbaiki kemahiran pelajar Fizik di matrikulasi dalam
topik Geometrical Optics.

Pemerhatian melalui soal jawab di dalam kelas dilaksanakan untuk memastikan di
mana kelemahan pelajar yang sebenarnya. Pelajar kumpulan sasaran juga diberikan ujian pra
untuk mengenal pasti kemahiran mereka menentukan lokasi imej dan ciri-ciri imej yang
terhasil daripada pembiasan cahaya.

Selain daripada itu, pelajar kumpulan sasaran diberikan lembaran kerja (LAMPIRAN
2) untuk mengenal pasti kemahiran pelajar melukis rajah sinar. Sepanjang proses
pelajar-pelajar ini menyiapkan lembaran kerja yang diberi, pensyarah melakukan pemerhatian
kepada tingkah laku pelajar. Pemerhatian dilakukan untuk melihat samada pelajar
memerlukan bantuan rakan-rakan dalam melukis rajah sinar ataupun tidak.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti & Justifikasi)

Aktiviti 1: Perbincangan dengan ahli kumpulan

RnD: Kajian Tindakan

Satu perjumpaan dengan ahli kumpulan telah diadakan bagi membincangkan keperluan
mengadakan kajian tindakan ini. Perbincangan tentang perancangan aktiviti dan kaedah yang
akan dilaksanakan sebagai intervensi dalam kajian. 

Aktiviti 2: 
Pengkaji menyediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada kumpulan sasaran. Lembaran
kerja digunakan untuk mengenal pasti kelemahan pelajar melukis rajah sinar menggunakan
kanta cembung dan cekung. Seterusnya pelajar perlu menentukan ciri-ciri imej yang terhasil
berdasarkan rajah sinar yang telah dihasilkan.

Aktiviti 3: 
Langkah 1: Menghasilkan video interaktif.
Kumpulan kami menghasilkan video secara interaktif untuk menunjukkan kaedah melukis
rajah sinar secara langkah demi langkah. Elemen inovatif dalam aplikasi RayD-Go ialah idea
penyampaian nota secara menarik dan interaktif berbanding nota tradisional yang
menggunakan teks di atas kertas. Audio yang diselitkan dalam video juga merupakan elemen
yang dapat memberikan tambah nilai kepada nota pelajar. 

Langkah 2 : Menambah Kod zappar untuk mengakses nota.
Kod zappar digunakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengakses video dan nota
yang terdapat di dalam kad yang akan diberikan kepada pelajar sasaran. Penggunaan Kod
zappar (melalui aplikasi Augmented Reality) untuk mengakses nota dilihat sangat menarik
dan memudahkan pelajar. Ini seterusnya dapat menyelesaikan masalah pelajar tidak bersedia
di dalam kelas kerana beranggapan nota berbentuk tradisional adalah  tidak menarik.
Penggunaan kod zappar dan penyampaian nota melalui kelas digital juga dapat
membudayakan amalan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). Inovasi ini juga merupakan suatu
pemudahcara kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu topik.

Langkah 3 : Menghasilkan kad  RayD-Go yang menarik untuk diberikan kepada kumpulan
sasaran.
Pelajar boleh menggunakan RayD-Go dengan hanya menggunakan kad AR dan telefon pintar.
Selain itu, intervensi ini juga dapat mempermudahkan proses penyampaian guru di dalam
kelas serta memudahkan pelajar untuk mengulangkaji tajuk yang telah dipelajari. Pelajar
boleh mengulang-ulang video yang disampaikan sehingga faham. Kos penggunaan kertas dan
masa juga mampu dikurangkan melalui penggunaan inovasi ini. Pelajar-pelajar lebih
bersemangat untuk menyelusuri teknologi baru dalam pembelajaran kerana ICT sudah
menjadi sebahagian daripada budaya pembelajaran mereka.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Pengumpulan Data

Maklumat dan data yang diperlukan dilaksanakan melalui temu bual yang dilakukan secara
rawak dan santai untuk mengenal pasti keperluan melaksanakan intervensi terhadap pelajar
kelas S1T1. Pengkaji juga menggunakan lembaran kerja yang memerlukan pelajar melukis
rajah sinar dan menentukan imej akhir yang terhasil. Selain itu, pengkaji menggunakan
soalan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk membuat perbandingan tahap kefahaman pelajar dalam
topik Geometrical Optics.

RnD: Kajian Tindakan

7.2 Analisis Data

Ujian Pra dan Pos (LAMPIRAN 1) dijalankan dengan menggunakan set soalan dengan aras
kesukaran yang sama setelah satu minggu bagi setiap pelaksanaan intervensi. Ujian-ujian ini
dilaksanakan selama 30 minit bersesuaian dengan aras kesukaran soalan yang telah diberikan.
Tinjauan awal telah dijalankan secara temu bual dan pemerhatian. Ujian Pra dijalankan
setelah pelajar diperkenalkan dengan teknik melukis rajah sinar secara langkah demi langkah.

Keputusan Ujian Pra menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai teknik melukis rajah
sinar. Pelajar masih teragak-agak untuk mengingati langkah yang tepat dan masih tidak dapat
mentaksir ciri-ciri imej yang terhasil. Justeru, pengkaji memperkenalkan RayD-Go untuk
meningkatkan kemahiran melukis rajah sinar dan mentaksir ciri-ciri imej. Penggunaan
RayD-Go boleh diulang tayang berkali-kali tanpa had untuk meningkatkan kefahaman
pelajar. Keputusan Ujian Pra adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1 di LAMPIRAN
4.

Jadual 1 menunjukkan keputusan Ujian Pra pelajar. Seramai lima orang pelajar yang
mendapat skor 5-6 untuk kelas yang terlibat. 28 % daripada keseluruhan kelas memperoleh
keputusan baik, manakala 72 % pelajar lagi berada pada tahap sederhana dan lemah. Hal ini
menunjukkan pelajar tidak dapat memahami konsep Geometrical Optics dan memberikan
jawapan yang tidak tepat dalam menjawab soalan. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan
intervensi perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik ini.

Kami mengambil tindakan intervensi RayD-Go untuk dipraktikkan kepada pelajar.
Selepas intervensi RayD-Go ini dilaksanakan, pelajar menjalani Ujian Pos untuk melihat
perubahan tahap kefahaman pelajar. Keputusan Ujian Pos adalah adalah seperti pada Jadual 2
LAMPIRAN 4.

Jadual 2 menunjukkan skor pencapaian Ujian Pos iaitu pencapaian pelajar dalam
menjawab soalan Geometrical Optics selepas menjalani intervensi menggunakan teknik
RayD-Go. Dapatan kajian amat mengejutkan kerana hasil dapatan menunjukkan 94 % atau 17
orang pelajar S1T1 berjaya mendapat skor baik. Hanya seorang pelajar daripada kelas S1T1
yang berada dalam kategori sederhana. Walaupun begitu kami berpuas hati dengan
pencapaian ini kerana tiada pelajar yang berada dalam kategori lemah.

Jadual 3 (LAMPIRAN 4) menunjukkan perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pos
dalam menjawab soalan Geometrical Optics. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan
ketara dalam pencapaian ujian Geometrical Optics iaitu daripada 28 % meningkat kepada 94
%. Peratusan pelajar yang berada dalam kategori sederhana menurun dengan ketara daripada
44 % kepada 6 % sahaja. Manakala peratusan pelajar yang berada dalam kategori lemah telah
menurun daripada 28 % kepada 0 % (LAMPIRAN 5). 

Hasil dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian
pelajar yang ketara dalam menjawab soalan Geometrical Optics. Keputusan ini menunjukkan
bahawa penggunaan RayD-Go sangat berkesan dalam meningkatkan tahap Kefahaman
Pelajar dalam topik Geometrical Optics. Hal ini jelas dibuktikan dengan peningkatan skor
pencapaian pelajar iaitu semua pelajar termasuk pelajar lemah telah mencapai keputusan
yang baik seperti yang diharapkan. 

Selain itu, semakan jawapan pada lembaran kerja pelajar (LAMPIRAN 3), juga
menunjukkan pelajar sudah dapat melukis rajah sinar dengan tepat untuk setiap jenis kanta
yang dipilih. Kami sangat berpuas hati kerana RayD-Go berjaya mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Kami yakin bahawa teknik ini boleh digunakan oleh mana-mana
pelajar sahaja dalam menentukan ciri-ciri imej yang terhasil dan ianya sangat mudah
dipraktikkan tanpa kekangan masa dan tempat. Teknik ini secara tidak langsung akan
mempercepatkan proses PdP kerana penjimatan masa dalam menyelesaikan masalah
mentaksir ciri-ciri imej. Selain itu ianya menjimatkan tenaga pensyarah kerana pensyarah

RnD: Kajian Tindakan

tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan kaedah melukis rajah sinar.
Tambahan lagi pembinaan bahan bantu mengajar ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
penghasilan kad RayD-Go.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Komen daripada pakar rujuk adalah, bahan bantu mengajar (video interaktif) sangat
membantu memudahkan kefahaman pelajar memahami proses melukis rajah sinar bagi kanta
cembung dan kanta cekung. Bilangan pelajar mendapat markah penuh selepas ujian pasca
telah meningkat sesuai dengan harapan kami. Pakar rujuk memberikan saranan supaya kami
dapat mengaplikasikan teknik ini kepada pelajar dalam topik-topik lain pula.

Penggunaan RayD-Go terbukti berkesan untuk digunakan dalam usaha mengenal pasti
pelajar yang lemah dan memerlukan bimbingan pada sesi konsultasi. RayD-Go perlu dikongsi
bersama-sama pensyarah unit Fizik yang lain untuk meningkatkan kemahiran melukis rajah
sinar pelajar.

Analisis dilakukan sekali lagi kepada pelajar yang sama untuk mengetahui perbezaan
tahap kefahaman pelajar melukis rajah sinar kanta sebelum dan selepas kaedah RayD-Go
diperkenalkan. Banyak penambahbaikan yang dapat dilihat dan pelajar kurang membuat
kesalahan dalam menyambung garisan daripada imej kepada titik fokus yang betul.

8.1 Penerangan Perubahan

Pengubahsuaian RayD-Go untuk diaplikasikan terhadap topik-topik lain boleh dilakukan
terutamanya dalam situasi Covid-19 yang memerlukan pematuhan kepada SOP (Standard
Operation Procedure). Unsur-unsur pembelajaran mengikut norma baharu sesuai
dipraktikkan dalam penyelesaian masalah pelajar yang perlu belajar secara dalam talian.
Teknik yang sama boleh digunakan untuk topik-topik lain dan subjek lain juga.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti

RayD-Go menekankan kepentingan visual dan audio dalam menerangkan teknik melukis
rajah sinar yang betul. Triastuti dan Mauliyani (2018) menyatakan bahawa pembelajaran
secara audio memberikan kesan pengekalan memori pelajar yang lebih baik berbanding
secara visual. Namun begitu kami berpendapat dengan gabungan kedua-dua pendekatan
audio dan visual, kemahiran pelajar dapat ditingkatkan secara optimum.

Paparan video secara interaktif dapat menarik minat pelajar, tambahan lagi kad yang
mengandungi kod yang boleh diimbas dapat dibawa ke mana-mana sahaja kerana saiz yang
kecil. Kad dihasilkan dengan saiz sebesar poket dan boleh ditempatkan di dalam bekas alat
tulis. Selain itu kod imbasan boleh juga disertakan pada nota pelajar untuk kemudahan pelajar
di dalam kelas. Kekangan utama yang dihadapi dalam menggunakan pendekatan ini adalah
paparan yang kecil jika pelajar menggunakan telefon pintar mereka. Hal ini dapat diatasi oleh
pelajar sekiranya mereka mempunyai tablet ataupun komputer riba yang dapat memberi
paparan yang lebih besar.

Berdasarkan kepada analisis data yang telah didedahkan, objektif kajian ini berjaya
dicapai menggunakan teknik RayD-Go. Penggunaan video interaktif dalam pembelajaran
subjek berkaitan dengan sains dapat menyokong visualisasi yang tidak dapat dipaparkan
dalam bentuk teks (Che Soh Said, Irfan Naufal Umar, Balakrishnan Muniandy & Shakinaz
Desa, 2015). Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk lebih fokus dan meningkatkan ingatan
kerana elemen visual dan audio dapat menjelaskan konsep dengan lebih jelas dan kekal untuk

RnD: Kajian Tindakan

tempoh yang agak lama (Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa dan Shahrul Nazmi
Sanusi, 2020).

9.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, rasa kesyukuran kami panjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
kumpulan kami telah berjaya menyiapkan kertas laporan kajian ini. Ucapan terima kasih
kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Kedah di atas sokongan yang diberikan. Terima
kasih juga kepada JK RnD KMK yang telah menganjurkan Seminar RnD KMK pada tahun
2021. Sekalung penghargaan kepada pihak Bahagian Matrikulasi bersama Kolej Matrikulasi
Selangor atas penganjuran Konvensyen Penyelidikan, Professional Learning Communities
dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi (KonPPI-1 2021) pada tahun ini. Jutaan terima
kasih juga kami ucapkan kepada para pelajar kelas S1T1 yang telah terlibat secara langsung
dalam kajian kumpulan kami ini. Tidak lupa kepada pakar rujuk Unit Fizik, iaitu Puan Zaiton
Che Soh dan Cik Hasimah Husin yang telah memberikan panduan kepada kumpulan kami
dalam penghasilan bahan kajian. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan dan ahli kumpulan kami kerana telah memberi bantuan, sokongan dan kerjasama
yang sangat baik sepanjang kami menjalankan kajian ini.

10. RUJUKAN

Allen, M. (2019). Misconceptions in Primary Science 3e. McGraw-hill Education (UK).

Che Soh Said, Irfan Naufal Umar, Balakrishnan Muniandy & Shakinaz Desa. (2015). Aplikasi
teknologi multimedia dalam pembelajaran sains biologi: Kesan terhadap pelajar berbeza tahap
keupayaan spatial. Journal of ICT in Education (JICTIE),Vol. 2. 15-25.

Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa & Shahrul Nazmi Sanusi. (2020). Peranan Infografik dalam
Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Belia daripada Perspektif Pereka Grafik. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, Jil.36(1), 356-368.

RnD: Kajian Tindakan

9.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

1. Which of the lens or lenses is the converging lens? *

(A) I and V
(B) II, III and IV
(C) II and III
(D) III and IV
(E) IV and V
2. Which of the lens or lenses is the diverging lens? *

(A) I and V
(B) II, III and IV
(C) II and III
(D) III and IV
(E) IV and V

3. An object is placed in front of a converging lens at a distance greater than 2F. The image produced
by the lens is: *

(A)Real, inverted and diminished
(B)Real, inverted and magnified
(C) Virtual, upright and magnified
(D) Virtual, upright and diminished
(E) Virtual, inverted and magnified

4. An object is placed in front of a converging lens at a distance between F and 2F. The image
produced by the lens is: *

RnD: Kajian Tindakan

(A)Real, inverted and diminished
(B)Real, inverted and magnified
(C) Virtual, upright and magnified
(D) Virtual, upright and diminished
(E) Virtual, inverted and magnified
5. An object is placed in front of a converging lens at a distance less than F. The image produced by
the lens is: *

(A)Real, inverted and diminished
(B)Real, inverted and magnified
(C) Virtual, upright and magnified
(D) Virtual, upright and diminished
(E) Virtual, inverted and magnified
6. An object is placed in front of a diverging lens at a distance between F and 2F. The image produced
by the lens is: *

(A)Real, inverted and diminished
(B)Real, inverted and magnified
(C) Virtual, upright and magnified
(D) Virtual, upright and diminished
(E) Virtual, inverted and magnified

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 2

RAJAH 1: Lembaran kerja pelajar sebelum RayD-Go diperkenalkan

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 3

RAJAH 2: Lembaran kerja pelajar selepas RayD-Go diperkenalkan

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 4

Jadual 1 Jadual skor pencapaian Ujian Pra

 Tahap Pencapaian Bilangan Pelajar
5
Baik
(skor 5-6) 8

Sederhana 5
(3-4)

Lemah
(0-2)

Jadual 2 Jadual skor pencapaian Ujian Pos

 Tahap Pencapaian Bilangan Pelajar S1T1
17
Baik
(skor 5-6) 1

Sederhana 0
(3-4)

Lemah
(0-2)

Jadual 3 Jadual perbandingan peratusan skor pencapaian Ujian Pra dan Pos

Tahap Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
28 94
Baik
(skor 5-6) 44 6

Sederhana 28 0
(3-4)

Lemah
(0-2)

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 5

Peratusan skor pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 6
Contoh Video Interaktif Yang Dihasilkan

RnD: Kajian Tindakan

LAMPIRAN 7
Kad Imbasan RayD-Go

Penggunaan Teknik ‘Key-WEM’ untuk Menguasai
Matapelajaran Biologi Matrikulasi.

Noriantie binti Ibrahim
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Penggunaan Teknik ‘Key-WEM’ untuk Menguasai Matapelajaran Biologi Matrikulasi.

Noriantie binti Ibrahim
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik Key-WEM dalam
menguasai matapelajaran Biologi Matrikulasi. Matapelajaran Biologi Matrikulasi
dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris yang menjadi salah satu cabaran
kebanyakan pelajar untuk menguasai matapelajaran ini. Teknik Key-WEM ini diperkenalkan
untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengingat dan menulis kandungan pelajaran
Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. Teknik Key-WEM ini merangkumi ketiga-tiga
tahap dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale (1964) iaitu persimbolan (peta minda),
pemerhatian (mencari dan menulis kata kunci) dan penglibatan (penerangan). Kajian ini
melibatkan 5 orang pelajar kelas tutorial Biologi semester satu sesi 2019/2020 yang terdiri
daripada dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki berbangsa Melayu.
Peserta kajian ini mempunyai latar belakang pencapaian Bahasa Inggeris SPM gred C dan
ke bawah; dan keputusan Biologi gred B dan ke bawah; serta mengikuti pembelajaran
Biologi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian
tindakan yang melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen. Hasil dapatan menunjukkan teknik Key-WEM dapat meningkatkan keupayaan
mengingat dan menulis kandungan pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan tepat.
100% peserta menunjukkan peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi 1 (PSPM1) berbanding keputusan SPM. Pelajar juga didapati lebih yakin
menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi.

Kata kunci: Biologi, Bahasa Inggeris, kata kunci, mengingat, menulis

1.0 PENDAHULUAN
Pengajian di peringkat Matrikulasi merupakan antara fasa penting dalam proses pembelajaran

seseorang pelajar sebagai persediaan dan saringan ke peringkat yang lebih tinggi di
institusi pengajian tinggi. Justeru pembelajaran bagi kebanyakan subjek di peringkat
Matrikulasi, terutamanya subjek-subjek sains, dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris agar
selari dengan keperluan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Bagi subjek Biologi,
pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sangat penting kerana penggunaan istilah-istilah
khusus dalam buku serta rujukan rasmi hampir kesemuanya menggunakan Bahasa
Inggeris. Justeru penguasaan Bahasa Inggeris dapat membantu secara langsung
penguasaan isi kandungan dan pencapaian di dalam subjek Biologi.

Walaubagaimanapun melalui rekod pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi di
Matrikulasi sejak beberapa tahun kebelakangan didapati terdapat kelompok pelajar yang
sukar mengikuti proses pembelajaran kerana kekangan penguasaan dalam Bahasa Inggeris.
Surif et. al., (2006) menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan bahasa
Inggeris pada tahap sederhana tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan
dan bertulis dalam bahasa Inggeris dengan baik dan tidak menguasai pengetahuan dalam
mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dari kelompok ini juga
mempunyai kecenderungan berasa rendah diri dan kurang keyakinan, sekaligus memberi
kesan kepada perkembangan kognitif mereka. . Justeru itu, perhatian yang sewajarnya harus
diberikan kepada kelompok pelajar ini agar mereka dapat meningkatkan tahap pencapaian

1.1 Latar Belakang
Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Matrikulasi mempunyai potensi
untuk cemerlang dalam matapelajaran Biologi. Namun begitu, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Biologi di Matrikulasi dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu cabaran
yang perlu dihadapi oleh pelajar terutamanya bagi pelajar yang kurang menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik. Pelajar mengambil masa untuk beradaptasi dengan persekitaran
pembelajaran yang baru terutamanya bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran Biologi
sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu di sekolah. Pelajar mengambil masa yang lebih lama
untuk memahami sesuatu perkara kerana perlu menterjemahkan isi kandungan dalam
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Apabila pensyarah menyoal atau meminta pelajar
menerangkan sesuatu kandungan pelajaran, pelajar lebih selesa menjawab dan
menerangkan dalam Bahasa Melayu. Sebahagian pelajar mengadu mereka faham konsep
dan isi kandungan tetapi menghadapi masalah untuk menulis ayat lengkap dan mengeja
istilah tertentu terutamanya melibatkan istilah sains atau biologi.

Melalui refleksi yang dilakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran subjek
Biologi, didapati beberapa orang pelajar yang kurang menguasai Bahasa Inggeris tersebut
turut tidak mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Tahap penguasaan Bahasa
Inggeris yang berbeza dalam kalangan pelajar turut menjadi cabaran kepada pensyarah
untuk menyesuaikan penyampaian agar semua pelajar di dalam kelas terbabit dapat
memahami dan menguasai topik yang dipelajari. Justeru, kaedah atau pendekatan
pembelajaran yang digunakan perlu ditambahbaik untuk memastikan semua pelajar
mencapai objektif yang ditetapkan.

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Kajian ini dijalankan dengan menumpukan kepada teknik “Key-WEM” sebagai satu
pendekatan yang bersesuaian dan berkesan terhadap golongan sasaran agar mereka dapat
menguasai isi kandungan dan meningkatkan pencapaian di dalam subjek Biologi.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP
Objektif pembelajaran bagi setiap topik dalam matapelajaran Biologi Matrikulasi akan
tercapai sekiranya pelajar dapat menguasai setiap sub-topik dengan baik melalui
penterjemahan kefahaman mereka dalam penulisan, perbincangan secara lisan dan
berkeupayaan menghubungkait isi pelajaran antara sub-topik. Melalui penilaian kefahaman
ini, pensyarah dapat mengesan sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang memerlukan
bimbingan susulan bagi memperbaiki tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu sub-topik.

2.0 REFLEKSI PdP LALU
2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati sebilangan pelajar
kurang memberi maklumbalas apabila disoal atau diminta menerangkan sesuatu semasa sesi
perbincangan. Mereka kurang berkeyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dan lebih
selesa untuk memberi penerangan dalam Bahasa Melayu. Kebiasaannya perkongsian mereka
di dalam bahasa Melayu cenderung untuk berlaku salah konsep atau penggunaan istilah
Biologi dalam konteks yang kurang tepat. Kurangnya keyakinan dalam diri pelajar juga
menyebabkan mereka kurang aktif di dalam kelas. Menurut kajian Sihes & Ei (2008), sikap
malu pelajar mendorong mereka untuk diam sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Daripada analisis hasil tugasan pelajar mendapati pelajar ini tidak dapat menulis
dengan baik isi kandungan pelajaran. Penerangan yang diberi kurang tepat dan struktur ayat
yang tidak jelas menyebabkan mereka kehilangan markah walaupun secara asasnya pelajar
memahami topik tersebut.

2.2 Refleksi Pelajar
Berdasarkan temubual bersama pelajar, pelajar memaklumkan bahawa mereka mengambil
masa yang lama untuk mengingat dan memahami kandungan pelajaran disebabkan kurang
memahami bahasa Inggeris. Pelajar menyatakan kadangkala mereka dapat memahami
kandungan pelajaran tetapi menghadapi masalah untuk menerangkan dan menulis isi
kandungan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga menghadapi masalah untuk
mengeja dengan tepat. Selain itu, pelajar tidak dapat memahami kehendak soalan dan
menghuraikan kandungan pelajaran.

2.3 Lain-lain Refleksi/ Aspek Berkaitan
Persekitaran pembelajaran di sekolah juga mempengaruhi pembelajaran biologi dalam
Bahasa Inggeris di peringkat Matrikulasi. Kesemua pelajar yang terlibat dalam kajian ini
adalah dari kalangan pelajar yang mengikuti pembelajaran Biologi sepenuhnya dalam Bahasa
Melayu semasa di sekolah. Pelajar mengambil masa untuk beradaptasi atau menyesuaikan
diri dengan perubahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi di peringkat
Matrikulasi. Kajian Yahaya et al. (2008) mendapati kebanyakan sekolah tidak memberikan
tumpuan untuk membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran yang dapat
meningkatkan pengusaan Bahasa Inggeris

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Melalui pemerhatian di dalam beberapa kelas tutorial Biologi Matrikulasi Sesi 2019/2020,
terdapat sebahagian pelajar yang tidak dapat memberi respon yang baik, kurang berkeyakinan
ketika dalam sesi perbincangan serta tidak dapat menerangkan sesuatu topik dalam Bahasa
Inggeris seperti istilah-istilah yang terdapat dalam silibus Biologi Matrikulasi.

Pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti Program Matrikulasi merupakan pelajar
lepasan SPM dari pelbagai latar belakang. Pelajar yang terpilih mengikuti pembelajaran
Biologi Matrikulasi telah melepasi syarat minimum kemasukan ke Matrikulasi. Namun,
kebanyakan pelajar-pelajar ini telah mengikuti pembelajaran Biologi menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perantara di sekolah menengah. Apabila mereka melanjutkan
pengajian di peringkat Matrikulasi yang dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris dan hanya
mengambil masa setahun atau dua tahun, ia menjadi cabaran bagi sebahagian besar pelajar
untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang ketara ini. Hal ini lebih memberi kesan
kepada pelajar yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini perlu dibantu dan
diberi perhatian agar mereka tidak berasa terpinggir dan mampu bersaing dengan
pelajar-pelajar lain.

Justeru, kajian ini memfokuskan kepada pendekatan kaedah pengajaran yang dapat
membantu pelajar mengingat dan menulis isi kandungan dengan tepat. Teknik “Key-WEM”
dibangunkan dan diuji terhadap 5 orang pelajar yang mempunyai pencapaian Biologi dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan serta kurang menguasai Bahasa
Inggeris.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1) Meningkatkan keupayaan 5 orang pelajar yang dipilih dalam kajian ini untuk menulis,

mengingat dan menghubungkait kandungan pelajaran Biologi Matrikulasi dengan
tepat.
2) Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar ini dalam pembelajaran
Biologi Matrikulasi dari segi penulisan, lisan dan pemahaman kandungan Biologi.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang pelajar kelas tutorial Biologi semester satu sesi
2019/2020. Peserta terdiri daripada dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki
berbangsa Melayu. Lima orang peserta kajian ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai
latar belakang pencapaian Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan (Keputusan bahasa
Inggeris SPM gred C dan ke bawah). Pelajar-pelajar ini juga mendapat keputusan Biologi
gred B dan ke bawah dan mengikuti pembelajaran subjek Biologi melalui perantara Bahasa
Melayu sepenuhnya semasa di sekolah.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)

Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan telah dilakukan dengan mengumpulkan
data seperti berikut:


Click to View FlipBook Version