The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana ianya boleh
memberi kesan terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam
pengaturcaraan. Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran, ianya
boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi. Pensyarah seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar
dan berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu kaedah XLINE yang diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah dalam menyelesaikan masalah
dalam pengaturcaraan diharap mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi dan seterusnya melonjakkan
kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Komputer di
peringkat Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

Kesimpulannya pencapaian pelajar dapat ditingkatkan melalui kaedah XLINE.

10.0 RUJUKAN

Ahgilan Peremol, Rodziah Latih & Marini Abu Bakar (2019). Students’
Perceptions and Motivation for Computer Programming. Jurnal Teknologi
Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik. Vol. 8 No. 2, December 2019: 71 –
78. e-ISSN: 2289-2192. Retrieved February 27, 2020, from
https://www.researchgate.net/publication/339645556_MyJavaSchool_Stu
dents'_Perceptions_and_Motivation_for_Computer_Programming

Passey, D. 2017. Computer science (CS) in the compulsory education curriculum:
Implications for future research, Education and Information Technologies,
22(2), 421-443. doi:10.1007/s10639016-9475-z.

Siti Sakinah Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof & Amal Zunnairah Abu
Bakar (2018). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Interaktif
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asas Pengaturcaraan. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi Jilid 15, 2018. Retrieved February 29, 2020, from
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jd/article/download/7953/3339/

AKTIVITI LITERASI VISUAL 3D-JIGSAW (QR-
CODE) MENINGKATKAN PRESTASI

PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM SUBTOPIK GEOMETRI MOLEKUL

Zakiah binti Abu Bakar
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Samirah binti Usolli
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Mhd Sofiyuddin bin Salleh
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Muhammad Haziq bin Mohd Redzuan
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

1

Aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) Meningkatkan Prestasi Pembelajaran
Dan Pencapaian Pelajar Dalam Subtopik Geometri Molekul

Zakiah binti Abu Bakar1
Samirah binti Usolli 2

Mhd Sofiyuddin bin Salleh3
Muhammad Haziq bin Mohd Redzuan4

[email protected]
[email protected]
[email protected]

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dalam menentukan
bentuk geometri dan sudut ikatan bagi sesuatu molekul dengan penekanan kepada kemahiran
visual molekul 3D yang berlandaskan kepada teori VSEPR
Peserta kajian terdiri daripada 16 orang pelajar Sistem Empat Semester (SES) Kolej
Matrikulasi Kedah yang memperoleh pencapaian rendah dalam topik geometri molekul dan
juga pasif di dalam kelas. Sebelum kajian dilaksanakan, satu kajian analisis keperluan telah
dijalankan untuk mendapatkan respon pelajar dan pensyarah mengenai kesukaran topik
geometri molekul. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan melihat tahap
keupayaan kognitif dan afektif pelajar. Instrumen yang digunakan adalah set soalan Ujian
Pra, Ujian Pasca, pemerhatian dan temubual yang dilakukan di dalam dua kitaran. Analisis
data kuantitatif adalah deskriptif berbentuk m i n d a n peratus. . Dapatan kajian pada
kitaran 1 dan 2 menunjukkan lonjakan peningkatan markah bagi semua pelajar dibandingkan
dengan Ujian Pra. 12 orang pelajar (75%) pelajar berjaya mendapat markah melebihi 80%.
Pemerhatian dari segi aktivit pembelajaran pelajar dilihat menjadi lebih aktif dan kualiti
pembentangan lebih bermakna apabila dijalankan PdPc melalui aktiviti Literasi Visual 3d-
Jigsaw (QR-Code) dengan menekankan konsep teori tolakan electron (VSEPR). Soal selidik
maklum balas pelajar juga menunjukkan aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) yang
menggunakan kaedah pembelajaran Koperatif (Jigsaw) sangat membantu pelajar dalam
meningkatkan pencapaian dan aktiviti pembelajaran pelajar. Aktiviti ini dapat dijadikan
modul sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amali Geometri Molekul
terutama bagi pelajar SES.

Kata kunci: Aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code), Pembelajaran Koperatif Jigsaw, struktur
Lewis, struktur molekul 3d ,QR-Code.

2

1.0 PENDAHULUAN
Geometri molekul adalah subtopik bagi tajuk ikatan kimia dalam subjek kimia yang dipelajari oleh
semua pelajar aliran sains di Kolej Matrikulasi. Dalam tajuk ini pelajar diajar berkenaan konsep tolakan
elektron yang membawa kepada pembentukan pelbagai geometri molekul.

Rasional pemilihan subtopik bagi kajian ini ialah kerana pelajar sukar untuk menentukan bentuk
molekul dan sudut ikatannya di mana kegagalannya akan membawa pada kesukaran pelajar utuk
mempelajari subtopik seterusnya iaitu ‘intermolecular forces’ yang mencirikan sifat-sifat fizikal sesuatu
molekul. Topik ini melibatkan konsep abstrak seperti ikatan kovalen, struktur Lewis dan pembentukan
geometri molekul yang memerlukan pelajar membuat literasi visual yang jelas supaya mereka lebih
memahami seterusnya mampu menyelesaikan masalah berkaitan topik ini. Dalam membincangkan
konsep abstrak, kemahiran penulisan dan penerangan perlu meliputi tiga aras iaitu aras makrospik, aras
mikroskopik dan aras symbol.
Penguasaan konsep asas sains yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat
memperkembangkan konsep baru yang diperolehi menjadi lebih bermakna. Kaedah
pengajaran, penggunaan bahasa dan pengalaman harian juga adalah antara faktor yang
menyebabkan berlakunya miskonsepesi. Justeru itu, guru seharusnya peka terhadap situasi
seperti ini dan harus mengenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya miskonsepsi
sebelum strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dipraktikkan di dalam bilik
darjah. Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee (2017) bagi memastikan proses pembelajaran
berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21,
sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu dilakukan. Generasi pelajar hari ini dilahir dan
dibesarkan dalam kecanggihan teknologi maklumat dan digital, menyebabkan struktur
pemikiran dan gaya pembelajaran mereka berbeza daripada generasi terdahulu. Sehubungan
dengan itu, kumpulan pengkaji terdiri daripada pensyarah kimia yang mempunyai pelbagai
pengalaman mengajar yang berbeza berminat untuk mengkaji pelajar matrikulasi yang
tergolong dalam generasi kini.

1.1 Latar Belakang
Geometri molekul adalah subtopik bagi tajuk ikatan kimia dalam subjek kimia yang dipelajari
oleh semua pelajar aliran sains di Kolej Matrikulasi. Dalam tajuk ini pelajar diajar berkenaan
konsep tolakan elektron yang membawa kepada pembentukan pelbagai geometri molekul.
Rasional pemilihan subtopik bagi kajian ini ialah kerana pelajar sukar untuk menentukan
bentuk molekul dan sudut ikatannya di mana kegagalannya akan membawa pada kesukaran
pelajar utuk mempelajari subtopik seterusnya iaitu ‘intermolecular forces’ yang mencirikan
sifat-sifat fizikal sesuatu molekul. Topik ini melibatkan konsep abstrak seperti ikatan kovalen,
struktur Lewis dan pembentukan geometri molekul yang memerlukan pelajar membuat literasi
visual yang jelas supaya mereka lebih memahami seterusnya mampu menyelesaikan masalah
berkaitan topik ini. Subtopik Geometri molekul berada di dalam tajuk Ikatan Kimia yang
menyumbang kepadaperatus SLT yang tertinggi (18%) dalam Spesifikasi Kurikulum Kimia
Sistem Empat Semester (SES).

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran pelajar dari segi
keupayaan berfikir dengan menggunakan konsep kimia yang kukuh seterusnya dapat
membawa informasi visual ke arah yang lebih bermakna.

3

Dalam Pendidikan Abad ke 21, pelajar harus dapat menghasilkan dan menerapkan
pemahaman dan penguasaan pengetahuan mereka, serta menjelaskan dan mentafsirkan
fenomena secara saintifik. Seiring dengan perkembangan teknologi yang lebih berinovasi
dalam visual, perhatian terhadap usaha dalam meningkat dan mematangkan struktur kognitif
sains dalm pemikiran pelajar-pelajar ini lebih diutamakan. Dalam PdPc yang menitikberatkan
kemahiran berfikir, misalnya visualisasi, penggunaan imej, gambar rajah dan simulasi,
mencetus penghasilan kod-kod tafsiran oleh mental (Reiner, 2008).

Kajian ini memberikan banyak manfaat kepada beberapa pihak iaitu pelajar, pensyarah dan
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Kajian ini penting untuk
mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang abstrak dalam ikatan kimia dengan
menggunakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Manakala, kajian ini merupakan suatu
usaha untuk membantu pensyarah menyelesaikan masalah visualisasi pelajar di samping
mempelbagaikan kaedah PdPc yang mengintegrasikan teknologi sesuai dengan keperluan
pembelajaran. Bagi pihak BMKPM pula, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan input
dalam perubahan kurikulum menerusi kualiti isi kandungan dan strategi PdPc.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP
Topik Ikatan Kimia sering dianggap sukar oleh para pelajar kerana memerlukan daya imaginasi
untuk membayangkan bentuk molekul, menentukan sudut ikatan antara atom dan perlu melukis
dalam gambaran Tiga Dimensi (3D). Tajuk ikatan kimia adalah sangat abstrak kerana konsep
ikatan kimia tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi memerlukan pelajar untuk
membayangkan atom atau ion serta proses pembentukan ikatan tersebut (Mulyasih, 2015).
Kenyataan ini disokong oleh Nahum et al., (2010) yang menyatakan bahawa ikatan kimia
sememangnya abstrak dengan konsep kompleks. Masalah utama pelajar ialah tidak dapat
membuat hubungkait antara Valence Shell Electron Pair Theory (VSEPR theory) dan geometri
molekul di samping tidak dapat melukis struktur Lewis dengan tepat. Disebabkan konsep-
konsep yang terdapat di dalam Ikatan Kimia memerlukan kemahiran visualisasi untuk
memahami bentuk-bentuk geometri sesuatu molekul, terdapat potensi yang besar untuk
miskonsepsi berlaku dikalangan pelajar.

Pengkaji mengandaikan bahawa kesukaran pelajar untuk melakukan visual secara 3d
menyebabkan pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Oeh itu, untuk mengatasi masalah ini,
mereka perlu didedahkan dengan PdPc di dalam kumpulan kecil dan disertakan dengan Teknik
pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Di sini pelajar dapat mengenal pasti kesilapan atau
miskonsepsi rakan mereka dari kumpulan yang lain.

1.4 Lain-Lain Berkaitan
Geometri molekul merupakan salah satu topik penting dalam kimia fizikal. Pembinaan
kefahaman konseptual terhadap topik ini memerlukan pelajar menggabungkan kemahiran-
kemahiran seperti visualisasi, melukis, menerangkan sebab serta akibat dan meramal.
Pemahaman konseptual terhadap geometri molekul akan diaplikasikan dalam meramal bentuk
molekul, kekutuban molekul, takat didih, melukis pertindihan orbital dan menerangkan sudut
antara atom berikatan (Brown, LeMay, Bursten, Murphy, & Woodward,2012). Tinjauan
literatur yang dijalankan mendapati kebanyakan kajian-kajian lepas menggunakan model
sebagai salah satu kaedah untuk membantu pelajar mendapatkan gambaran geometri molekul
dan menerangkan kesan penolakan pasangan elektron l(VSEPR) (Chittleborough & Treagust,
2007; Coll & Taylor, 2002; Gillespie, 2004). KajianPolites, Roberts, & Thatcher, (2011)

4

menyatakan penggunaan model berjaya membantu pelajar mendapatkan gambaran geometri
molekul.

2.0 REFLEKSI PdP LALU
2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Seramai 16 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar di dalam kelas yang
sama iaitu pelajar modul 2 di mana mereka mengikut kelas tutorial dan amali dari pensyarah
yang sama.

Berdasarkan pemerhatian pensyarah terhadap sikap dan tingkahlaku pelajar semasa
aktiviti PdP di dalam kelas didapati majoriti pelajar adalah pasif di dalam kelas dan tidak
bersemangat untuk menjalankan amali. Mereka agak sukar untuk berbincang dan
mengeluarkan pendapat untuk menyelesaikan tugasan walaupun pensyarah cuba menggunakan
diskusi kelompok semasa perbincangan di kelas. Pelajar kurang berinteraksi dengan rakan dan
pensyarah dan mereka lebih gemar mendengar dan melihat dan hanya menunggu jawapan yang
diberi tanpa ingin berfikir. Penentuan geometri molekul memerlukan daya imaginasi untuk
membayangkan bentuk molekul dan sangat abstrak di mana konsep molekul tidak boleh dilihat
dengan mata kasar tetapi memerlukan pelajar untuk membayangkan atom atau ion. Justeru itu
pengkaji merasakan teknik dan kaedah yang sesuai perlu diperkenalkan kepada mereka supaya
pembelajaran menjadi lebih aktif,berkesan dan bermakna di mana melibatkan pelajar berfikir
dan lebih bertanggung jawab di atas pembelajarannya.

2.2 Refleksi pelajar
Sepanjang pengajaran berkaitan geometri molekul, pelajar sering mengalami masalah

kesukaran untuk mengaitkan bentuk geometri molekul dengan teori tolakan elektron. Mereka
sukar untuk memahami teori tolakan elektron dan seterusnya merasakan ianya kurang penting
sebagai asas kepada pembentukkan sesuatu bentuk molekul. Bagi memudahkan pelajar
menggambarkan bentuk molekul secara 3 dimensi, mereka diberi pendedahan kepada aktiviti
pembinaan molekul dengan menggunakan set model geometri.

Semasa sesi pembentangan geometri molekul didapati pelajar lemah dalam menerangkan
konsep tolakan electron dan lukisan struktur Lewis. Kelemahan dan kesilapan konsep pelajar
diatasi melalui penerangan semula oleh pensyarah. Pada akhir PdP, pensyarah telah memberi
soalan berkaitan geometri molekul (Ujian Pos) yang telah dibncangkan untuk menguji
kefahaman pelajar Pensyarah menyemak jawapan pelajar dan mendapati mereka masih tidak
dapat melukis struktur Lewis, melabel sudut ikatan dan gagal menamakan geometri molekul
dengan betul. Walaupun pensyarah telah membuat penerangan secara berulang kali dan
memberikan banyak contoh mengenai sebatian yang dilukis menggunakan struktur lewis,
pelajar tetap tidak dapat memberikan jawapan yang lengkap dan betul.

5

RajahCo1:ntJoawhajapwanapPealnajpare(laUjjaiarn(UPrjiaa) Pra)

2.1 Lain-lain Refleksi/ Aspek Berkaitan
Hasil temubual dan perbincangan bersama-sama pensyarah yang mengajar kimia semasa sesi
Wacana Ilmu di Unit Kimia, majoriti pensyarah berpendapat pelajar sukar untuk menyatakan
bentuk molekul dan menentukan sudat ikatan apabila disoal dan mendapat markah yang rendah
di dalam kuiz. Pelajar lebih suka menghafal daripada berfikir bagaimanakah sesuatu molekul
itu terbentuk berdasarkan teori. Pelajar kurang menekankan keperluan teori tolakan electron
(VSPER) semasa menerangkan pembentukan sesuatu geometri molekul.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji Teknik yang sesuai untuk meningkatkan tahap
visualisasi pelajar terhadap subtopik geometri molekul yang berada di bawah topik Ikatan
Kimia.. Rasional mengapa fokus spesifik diberikan kepada tajuk ini kerana ia merupakan
konsep asas kepada pemahaman kepada tajuk daya tarikan antara molekul yang mencirikan
sifat fizikal sesuatu molekul. Menurut Nahum et.al. (2010) visualisasi merupakan elemen
penting untuk menyokong pelajar memahami konsep ikatan kimia. Kesukaran visual pelajar
menghalang penggunaan dan perkembangan konsep pembelajaran (Gal & Linchevski, 2010).
Kajian Mohd Nor dan Nur Afza (2010) mendapati masalah mengenai topik mengenai ikatan
kimia yang ada di kalangan pelajar adalah mereka tidak dapat melukis struktur Lewis dengan
cara yang betul kerana mereka tidak memahami konsep dan tidak boleh menggambarkan
konsep yang abstrak.

Laporan Bengkel Pemurnian Kimia 2018 bagi subjek DK014 telah menunjukkan
pelajar tidak dapat melukis struktur Lewis dengan tepat dan sukar membuat hubungkait antara
VSEPR theory dan geometri molekul . Pensyarah juga ingin meningkatkan aktiviti
pembelajaran amali bagi topik geometri molekul supaya ia menjadi lebih menarik dan
berpusatkan pelajar dengan harapan pelajar dapat berkongsi idea dan pengalaman semasa
pembinaan model geometri molekul.

Bagi meningkatkan tahap visual pelajar, aktiviti pembelajaran perlu dilakukan secara
koperatif. Menurut KPM (2015), pembelajaran koperatif (PK) melibatkan kerja berpasukan,
saling perlu memerlukan secara positif dan tanggungjawab bagi menentukan kejayaan diri dan
kumpulannya. Manakala guru sebagai fasilitator akan meminimumkan campur tangan guru
semasa tugasan kumpulan dilaksanakan. Setiap murid diberi kepercayaan sepenuhnya oleh

6

guru dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Sikap saling bantu-membantu di kalangan ahli
kumpulan akan melahirkan jati diri yang tinggi disamping meningkatkan motivasi dan
semangat pada setiap ahlinya (Darmawan, 2018; Ng, 2017 dan Namaziandost et al., 2019).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan aktiviti dan prestasi pencapaian bagi 16 orang pelajar Sistem Empat semester
(SES) bagi kelas P2T2 dalam menentukan bentuk geometri dan sudut ikatan molekul.

4.2 Objektif Khusus

1. Supaya pelajar dapat melukis struktur Lewis dengan betul.
2. Supaya pelajar dapat mengaplikasi teori tolakan elektron dan meramalkan bentuk

geometri molekul daripada lukisan struktur Lewis
3. Supaya pelajar dapat membina geometri molekul dan seterusnya dapat menyatakan

bentuk molekul serta sudut ikatannya
4. Supaya sesi pembelajaran pelajar lebih aktif dan menyeronokkan serta dapat berinteraksi

bersama rakan dalam menyelesaikan tugasan

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar modul 2, program Sistem Empat Semester (SES) dari
Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2019/2020. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki
dan 11 orang pelajar perempuan. Seorang peserta berbangsa Cina dan selainnya berbangsa
Melayu.

Pelajar ini dipilih sebagai kumpulan sasaran oleh pengkaji kerana mereka memperolehi
markah yang sangat rendah (kurang dari 40%)di dalam kuiz bagi tajuk geometri molekul.
Mereka juga mempunyai masalah pembelajaran dari segi kurang aktif dan pasif semasa aktiviti
pembelajaran berlangsung dan sukar untuk mendapat respon ketika disoal. Mereka kurang
berfikir untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dan hanya menunggu jawapan
untuk disalin, yang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengingat dibandingkan
berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep yang dibincangkan.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan berkaitan amalan untuk membaiki
pengajaran penyelidik dan pembelajaran pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi subtopik
geometri molekul bagi tajuk Ikatan Kimia. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pra dan
Ujian Pos untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap keupayaan pelajar memahami
dan mengaplikasi teori tolakan elektron dalam menentukan bentuk geometri molekul. Data
yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan melihat tahap keupayaan kognitif pelajar dan
membuat pemerhatian dari segi nilai afektif pelajar sepanjang aktiviti berlangsung.

Dalam gelung kajian tindakan ini, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan untuk
mencapai objektif kajian ini iaitu refleksi, perancangan tindakan, pelaksanaan tindakan dan
penilaian serta pemerhatian.

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)
Analisis tinjauan masalah telah dikenalpasti berdasarkan pemerhatian, markah kuiz dan
temubual terhadap pelajar bagi topik Ikatan Kimia. Jadual 6 adalah analisis tinjauan masalah
yang telah kami laksanakan.

7

JADUAL 1: Analisis Tinjauan Masalah Pelajar (13/8/2019)

Cara Penilaian Tinjauan

Pemerhatian  Tingkahlaku

Semasa kelas Pelajar mengelak dan bertolak di antara satu sama lain untuk membentang hasil
dapatan di dalam kumpulan.

amali  Sikap

Pelajar pasif. Mereka rasa sukar untuk menerangkan geometri molekul yang

dibina dengan mengaitkan dengan teori VSEPR kerana mereka hanya menghafal.

Kuiz  Semua pelajar memperoleh markah 40% ke bawah yang menunjukkan
(Ujian Pos) kefahaman keseluruhan pelajar terhadap geometri molekul sangat rendah.

Temubual Seramai 3 orang pelajar telah ditemubual secara rawak iaitu:
selepas aktiviti  Saya tak suka tajuk ni. Banyak proses dan saya keliru.
pembentangan  Saya tak dapat membezakan sudut ikatan yang ada pada molekul.
 Saya hafal sahaja bentuk geometri molekul dari lukisan struktur Lewis yang
saya buat

Berdasarkan analisis tinjauan masalah pelajar yang telah dijalankan, kami dapati pelajar
mempunyai masalah untuk membuat visualisasi bentuk geometri molekul kimia . Ini adalah
kerana semasa pembentangan mereka tidak dapat menerangkan kenapa geometri yang mereka
bina berbentuk begitu kerana mereka hanya menghafal geometri berdasarkan bilangan
pasangan electron pada atom pusat. Terdapat beberapa pelajar yang dapat melukis struktur
Lewis molekul di atas kertas tetapi tidak dapat menzahirkan dalam bentuk model geometri
secara 3d. Pelajar sukar untuk menterjemahkan konsep tolakan elektron apabila melibatkan
literasi cetak. Mereka tidak dapat menghubungkaitkan teori tolakan elektron (Teori VSEPR)
dengan pembentukan geometri molekul dalam bentuk 3 dimensi Ketidakfahaman dan
kekeliruan tentang teori VSEPR adalah merupakan faktor di mana mereka sukar untuk
menerima kewujudan bagi pembentukan pelbagai bentuk geometri molekul. Kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep amat bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan konteks
pembelajaran yang mereka lalui. Kegagalan mereka di dalam pembentangan amali dikukuhkan
lagi dengan dapatan markah kuiz yang rendah. Berdasarkan dapatan ini, pengkaji merumuskan
bahawa pemikiran pelajar tersekat, mereka tidak dapat menggambarkan bentuk molekul
sebenar apabila melihat lukisan struktur di atas kertas dan sebaliknya.

Menurut Cedric (1993), penguasaan konsep asas sains yang lemah menyebabkan
pelajar tidak dapat memperkembangkan konsep baru yang diperolehi menjadi lebih bermakna.
Kaedah pengajaran, penggunaan bahasa dan pengalaman harian juga adalah antara faktor yang
menyebabkan berlakunya miskonsepesi (Johnston dan Mughol, 1976). Justeru itu, guru
seharusnya peka terhadap situasi seperti ini dan harus mengenal pasti punca yang menyebabkan
berlakunya miskonsepsi sebelum strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
dipraktikkan di dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian pelajar semasa berada di dalam
kumpulan pada sesi kelas amali, pengkaji mendapati bahawa majoriti pelajar bersikap pasif,
malu untuk bertanya, sukar untuk mengakui ketidakfahaman, kurang berinteraksi dengan rakan
dan sukar untuk memberi pendapat.

16 orang pelajar akan diberi rawatan yang dinamakan Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-
Code) iaitu penekanan kepada pemahaman konsep tolakan elektron yang dijalankan secara
pembelajaran koperatif melalui kaedah Jigsaw. Kami menggunakan pendekatan literasi visual

8

secara teknik Visualisasi Penjanaan Kendiri di mana pelajar mencipta visual secara kendiri
iaitu perkongsian idea di dalam kumpulan pakar berdasarkan teori tolakan elektron.
Pembelajaran melalui kaedah ini dijalankan selang seminggu selepas Ujian Pra yang
mengambil masa selama 1 jam 30 minit dalam bentuk perbincangan dalam kumpulan secara
pembelajaran koperatif.

Pelajar kumpulan sasaran akan diberi penerangan berkaitan aktiviti Literasi Visual 3d-
Jigsaw (QR-Code) dengan menggunakan satu contoh soalan. Alat visual yang digunakan
sebagai bahan bantu mengajar ialah :
 Plastesin pelbagai warna dan lidi untuk menerokai konsep terhadap teori tolakan

electron (VSEPR theory).
 Set model geometri molekul untuk mengenalpasti kepelbagaian geometri molekul
 Kertas laminat putih bersaiz A3
 Pen penanda berwarna biru, hitam dan merah

(a) Teknik Visualisasi Penjanaan kendiri
Penggunaan visual khususnya dalam bidang pendidikan semakin penting dan amat digalakkan.
lni kerana melalui deria penglihatan, pelajar boleh mengimbas dan mudah mengecam sesuatu
melalui paparan visual dan juga mengecam ciri-ciri daripada paparan visual tersebut seperti
bentuk, warna dan susunan. Dengan itu, pelajar dengan mudah akan dapat mengingat maklumat
melalui visual tersebut. Visual juga menjadi alat penyampai maklumat dan pengetahuan yang
lebih cepat dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk
menggunakannya. Secara tidak langsung, ini menggalakkan lagi para pelajar mendalami dan
mendapat kemahiran literasi visual iaitu kemahiran memahami dan menterjemah mesej visual
kepada maklumat yang tepat.

Pengkaji memilih teknik ini dalam menjalankan rawatan intervensi kepada aktiviti
Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) ini kerana ia merupakan teknik konstruktivis dan
kompetensi kritikal untuk memahami dan menguasai konsep abstrak. Mewujudkan visualisai
terhadap konsep abstrak membolehkan pelajar untuk meningkatkan daya ingatan mereka
kerana ia melibatkan pembinaan makna terhadap konsep tersebut. Diharapkan pendekatan
kepada teknik ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk memaksimumkan
kebolehan dan kemahiran mereka dalam aktiviti PdPc supaya mereka dapat memahami dan
mengingati konsep sains abstrak seperti ini.

(b) Pembelajaran Koperatif (Jigsaw)

Pembelajaran Koperatif adalah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama
lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapat satu hasil akhir yang ada kaitan dengan
isi kandungan pelajaran. Setiap ahli dalam kumpulan sentiasa berkongsi maklumat,
pengetahuan, kemahiran untuk mencapai kejayaan di mana kejayaan individu ditentukan oleh
kejayaan kumpulan. Dalam pembelajaran ini pensyarah bertindak sebagai fasilitator.

Dalam pembelajaran Koperatif kaedah Jigsaw, setiap ahli kumpulan menjadi ‘juru’
dalam subunit sesuatu topik. Setiap ‘juru’ mengajar pula kepada ahli kumpulan yang lain,
memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang untuk menjadi ‘juru’ dan mengajar
mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung
meningkatkan keyakinan diri mereka.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti & Justifikasi)

9

JADUAL 2: Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Pelaksanaan Tarikh Tempoh pelaksanaan

1 Kelas amali/Ujian Pra 13 Ogos 2019 2 jam

2 Rawatan Intervensi 1 20 Ogos 2019 1 1/2 jam

3 Rawatan Intervensi 2 27 Ogos 2019 1 1/2 jam

4 Ujian Pos 2 September 2019 1/2 jam

5 Refleksi pelajar : 13 Ogos -27Ogos 2019 -
Temubual

Pemerhatian

Pada 13 Ogos telah diadakan kelas amali yang melibatkan penggunaan set model geometri
molekul dan ia dilakukan secara perbincangan berkumpulan dan di akhir pembelajaran pelajar
perlu membentangkan hasil dapatan dari kumpulan masing-masing. Pelajar diberi soalan kuiz
untuk melihat pencapaian (ujian Pra) dan pemerhatian kepada aktiviti diambil sebagai kawalan
kepada kaedah yang diperkenalkan.

6.4 Pelaksanaan Sesi Rawatan Intervensi Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)
yang Pertama

Pada 20 Ogos 2019, pengkaji telah memperkenalkan Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-
Code) kepada 16 orang pelajar sasaran bertempat di Makmal Kimia 1.
Langkah 1:
Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat orang bagi setiap
kumpulan. Pensyarah mengedarkan lembaran kerja 1(Lampiran 3) berkaitan tugasan untuk
melukis struktur Lewis daripada formula molekul. Langkah untuk melukis struktur Lewis telah
dipelajari daripada pembelajaran yang lepas. Ia diulangi bagi memastikan semua pelajar mahir
melukis struktur Lewis kerana ia merupakan asas penting dalam menentukan bentuk geometri
bagi sesuatu molekul. Melalui proses ini pensyarah dapat membantu pelajar untuk
mengukuhkan ingatan pelajar berkaitan topik struktur Lewis . Selepas melalui proses ini,
pelajar diharapkan lebih lancar dan mudah untuk melalui proses seterusnya.

Langkah 2 :

Setiap pelajar akan diberi tag bernombor 1 hingga 4 dan bergerak untuk membentuk
kumpulan pakar berdasarkan nombor tag yang sama. Zsetiap kumpulan pakar akan
membincangkan satu tugasan khusus kepada satu bentuk geometri iaitu trigonal planar,
tetrahedral, trigonal bipyramidal dan octahedral.Setiap ahli kumpulan menjadi pakar bagi satu
‘basic shape’. Aktiviti pelajar dibimbing dan dibantu oleh pensyarah untuk memastikan mereka
mengikuti konsep yang betul.

Pelajar dibekalkan dengan lembaran kerja 2 (Lampiran 5) yang mengandungi nota dan
lakaran struktur molekul. Mereka perlu membina molekul dengan menggunakan plastesin dan
lidi dengan merujuk kepada teori tolakan electron (VSEPR theory). Penggunaan plastesin dan
lidi digunakan di dalam aktiviti ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar untuk
meramalkan dengan meneroka bentuk molekul yang sesuai berdasarkan bilangan pasangan
elektron pada atom pusat. Proses ini akan menyebabkan pelajar lebih fokus kepada konsep
tolakan electron kerana pelajar perlu menyusun dan meletakkan lidi pada plastesin mengikut
bentuk geometri yang sesuai. Pelajar bebas untuk meneroka konsep tolakan elektron kerana
kedudukan lidi boleh diubah dan mereka perlu mencari kedudukan lidi supaya dicucuk pada
plastesin sejauh mungkin di antara satu sama lain. Teori tolakan electron menyatakan bahawa

10

pasangan electron yang mengelilingi atom pusat akan menolak di antara satu sama lain sejauh
mungkin untuk mengurangkan kesan tolakan.

Langkah 3 :

Pelajar membina molekul dengan menggunakan set model geometri molekul dengan
penekanan kepada sudut ikatan (bond angle) yang tepat. Setiap kumpulan pakar akan
disediakan dengan kertas laminate putih dan pen penanda berwarna hitam, biru dan merah.
Berdasarkan model geometri molekul yang telah dibina, pelajar diminta menterjemahkan
model tersebut kepada lukisan struktur 3 dimensi di atas kertas laminat bersaiz A3. Ikatan
kovalen yang mewakili garisan di atas satah diwarnakan dengan pen penanda berwarna hitam,
pen warna merah dilukis garisan putus-putus yang mewakili ikatan ke belakang dan ikatan
yang mengunjur ke hadapan dilukis dalam bentuk taji dengan pen berwarna biru. Aktiviti
pelajar dalam fasa ini juga dibimbing dan dibantu oleh pensyarah untuk memastikan mereka
mengikuti langkah dan mengikuti konsep yang betul.

Langkah 4:
Setelah selesai, setiap pelajar di dalam kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal
dan menjadi pakar bagi ‘basic shape’ tersebut. Setiap pelajar akan berkongsi dapatan dari
kumpulan pakar tadi dengan mengajar rakan dalam kumpulan asal sehingga semua ahli
menguasai semua bentuk geometri molekul.

Tindakan seterusnya adalah:
 Pensyarah memilih satu kumpulan untuk meminta pelajar membentangkan hasil dapatan

perbincangan
 Akhir sekali, soalan kuiz diedarkan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan kaedah

yang diperkenalkan. Pelajar diberi 5 soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 10 minit.
Kuiz pelajar digunakan untuk melihat keberkesanan kaedah yang digunakan.

6.5 Pelaksanaan Sesi Rawatan Intervensi Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)
yang Kedua

Semasa aktiviti di dalam intervensi pertama, pengkaji mendapati terdapat kelemahan dari segi
penglibatan pelajar di mana pelajar yang aktif dalam menyelesaikan tugasan mendapat lebih
perhatian dari pensyarah memandangkan mereka banyak bertanya di bandingkan dengan
pelajar yang pasif dan kurang berfikir untuk menyelesaikan tugasan. Pengkaji merasakan
pelajar yang pasif ini kurang mendapat perhatian , jadi pengkaji merasakan perlu dilakukan
penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut. Justeru itu, pelaksanaan Intervensi kedua
dilakukan pada 27 Ogos dengan membuat penambahbaikan kepada aplikasi QR- Code kepada
aktiviti pelajar bagi memudahkan mereka menyemak bentuk geometri secara 3 dimensi dalam
persembahan video yang telah di’link’ ke You tube channel. Diharapkan dengan kewujudan
QR-Code ini, ia dapat memudahkan pelajar yang mempunyai kemampuan untuk mendapat
maklumat secara kendiri untuk terus merujuk dan menyemak maklumat geometri molekul
secara terus dari video, manakala pensyarah boleh menumpukan perhatian dalam membantu
pelajar yang lemah yang memerlukan masa yang lebih untuk menguasai konsep asas
pembentukan geometri molekul.

Sebelum dan selepas setiap rawatan intervensi dijalankan, pelajar sasaran telah diberi
lembaran kerja (Lampiran 4) dan pensyarah menyemak untuk membandingkan skor yang
diperolehi sebelum dan selepas rawatan intervensi . Selepas selesai sesi rawatan intervensi
pertama dan kedua, pelajar sasaran diberi Ujian Pos (Lampiran 7) pada 29 Ogos 2019. Ujian
ini dijalankan dua minggu selepas ujian Pra dijalankan di mana aras kesukaran soalannya

11

adalah sama dengan Ujian Pra dengan menggunakan sample molekul yang berbeza supaya
markah yang diperolehi dapat mencapai objektif kajian.

7.0 PEMERHATIAN
7.1 Kaedah Penggumpulan Data
Terdapat tiga instrumen utama untuk mendapatkan dapatan kajian iaitu soalan ujian geometri
molekul , pemerhatian dan temubual.

7.1 Apakah tahap penguasaan pelajar dalam menentukan bentuk geometri molekul.

Pengkaji telah menjalankan ujian Pra untuk mengukur tahap penguasaan para peserta kajian
dalam menentukan bentuk geometri molekul sebelum menerima rawatan intervensi. Markah
ujian Pra telah dikira berdasarkan Formula Penentuan Markah Kaedah Literasi Visual 3d-
Jigsaw (QR-Code) seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.

JADUAL 3: Jadual Penentu Markah Kaedah Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)

Jenis ujian Formula penentu markah

Ujian Pra Markah diperolehi X 100
Markah penuh

Ujian Pos Markah diperolehi X 100
Markah penuh

Jadual 3 yang merupakan Jadual Penskoran Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-
Code) akan dirujuk dalam menentukan hala tuju peserta kajian. Jadual 4 merupakan analisis
keputusan Ujian Pra para peserta kajian yang menujukkan semua peserta kajian perlu mengikuti
program intervensi kerana mendapat skor di bawah 59 di mana markah paling tinggi yang
diperolehi pelajar hanya 40.

JADUAL 4: Jadual Penskoran Kaedah Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)

Skor Keterangan

0 - 59 Pelajar yang mendapat skor ini perlu diambil perhatian

60 - 100 Pelajar yang mendapat skor ini telah melepasi ujian yang dijalankan.

Peseta JADUAL 4: Analisis Keputusan Ujian Pra Peserta Kajian
Skor Pra 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Catatan 30 35 40 20 40 5 40 40 20 5 20 30 35 40 25 35

Semua pelajar ini perlu mengikuti program intervensi

Pengkaji telah melaksanakan dua kali rawatan intervensi yang mengambil masa 1 1/2
jam bagi setiap rawatan intervensi. Sepanjang rawatan intervensi, satu borang pemerhatian
berbentuk senarai semak telah digunakan untuk merekodkan peningkatan kemahiran peserta
kajian dalam menentukan bentuk geometri molekul. Pengkaji akan mencatat jumlah markah
dalam bentuk peratusan yang berjaya dijawab dengan betul oleh peserta kajian. Berikut adalah
analisis pemerhatian yang dijalankan.

12

JADUAL 5: Jadual Perbandingan Skor Peserta Kajian Sebelum dan Selepas

Rawatan Intervensi Melalui Pemerhatian Jenis Senarai Semak.

Peserta Rawatan Intervensi 1 Rawatan Intervensi 2
Kajian
Skor Sebelum Skor Selepas (%) Skor Skor Selepas %
1
2 Intervensi Intervensi Peningkata Sebelum Intervensi Peningka
3
4 n Intervensi tan
5
6 5/20 15/20 50 16/20 19/20 15
7
8 6/20 17/20 55 18/20 18/20 -
9
10 4/20 18/20 70 17/20 20/20 15
11
12 3/20 15/20 60 14/20 17/20 15
13
14 3/20 14/20 55 16/20 18/20 10
15
16 1/20 10/20 45 8/20 15/20 35

4/20 16/20 60 18/20 20/20 10

3/20 18/20 75 19/20 20/20 5

2/20 15/20 65 14/20 18/20 20

2/20 12/20 50 10/20 15/20 25

4/20 12/20 40 13/20 20/20 35

3/20 10/20 35 11/20 19/20 40

7/20 13/20 30 12/20 18/20 30

6/20 15/20 45 16/20 20/20 20

2/20 15/20 65 9/20 18/20 45

3/20 15/20 60 16/20 20/20 20

Merujuk Jadual 5, pengkaji mendapati bahawa semua peserta kajian berjaya
memperolehi markah sekurang-kurangnya 10/20 setelah menjalani rawatan intervensi yang
pertama berbanding sebelum intervensi pertama iaitu 1/20. Peserta kajian 8 berjaya
menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 75%. Pada rawatan intervensi 2, enam pelajar
berjaya mendapat markah penuh iaitu 20/20 selelepas intervensi 2 dan kesemua kajian
menunjukkan kenaikan yang positif selepas rawatan intervensi 2. Pelaksanaan Kaedah
Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) memberi kesan positif terhadap penguasaan kemahiran
menentukan bentuk geometri molekul dan sudut ikatan bagi sesuatu molekul. Secara
keseluruhannya, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
penguasaan kemahiran menentukan bentuk geometri molekul. Keberkesanan Kaedah ini dalam
membantu meningkatkan kemahiran menentukan bentuk geometri molekul dapat dilihat
melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan.

Taburan Markah
Merujuk Jadual 6, taburan markah Ujian Pra adalah rendah iaitu dari 5 ke 40 yang mempunyai
min markah 28.8. Ujian Pos pula menunjukkan markah dari 55 hingga 100 di mana min
markah adalah 84.70. 12 orang pelajar (75%) berjaya mendapat markah melebihi 80 di mana
memperolehi gred A (cemerlang) merujuk kepada sistem pemarkahan dari Bahagian
Matrikulasi. Perbezaan min markah sebanyak 55.95 menunjukkan berlaku peningkatan
prestasi hasil daripada intervensi yang dijalankan.

13

Jadual 6 : Markah Ujian Pra dan Pos

95 90 90 95 100 100 95
80 85 90 85 90
75
65 65
55

30 35 40 40 40 40 20 30 35 40 25 35
20
20

55

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Ujian pra ujian pos

Pergerakan dan Tingkahlaku pelajar

Sepanjang aktiviti perbincangan, didapati pelajar banyak berinteraksi dan mengeluarkan
pendapat untuk menyelesaikan masalah di dalam kumpulan pakar. Kelihatan pelajar aktif
berbincang dengan membuat lakaran struktur di atas kertas, membina molekul dan
mengaplikasi teori dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan kepada rakan
di dalam kumpulan pakar. Mereka berusaha untuk memahami konsep tolakan elektron yang
ditekankan di dalam aktiviti ini memandangkan mereka perlu menyampaikan kefahaman
mereka kepada kumpulan asal mereka. Aktiviti ini telah menimbulakan suasana yang ceria dan
menyeronokkan kepada pelajar dan menjadikan ia sebagai suatu perkongsian pembelajaran
yang sangat bermakna kepada pelajar.

Semasa perbincangan di dalam kumpulan pakar, sebilangan pelajar yang aktif banyak
menggunakan ruang dan masa untuk menyoal dan meminta pendapat dari pensyarah untuk
mengukuhkan kefahaman mereka berkaitan konsep geometri molekul, manakala pelajar yang
pasif dan lemah agak ketinggalan dan mereka agak sukar untuk menguasainya. Untuk
mengatasi masalah tersebut, pada rawatan intervensi kedua, kami menggunakan aplikasi QR-
code yang di link ke You Tube yang mengandungi video geometri molekul yang lengkap.
Pelajar boleh melihat dan menyemak hasil kerja mereka tanpa perlu merujuk kepada pensyarah.
Selepas penggunaan aplikasii QR-Code pada intervensi kedua, kami dapati ramai pelajar dapat
menyemak jawapan dan menyelesaikan tugasan mereka dengan hanya merujuk kepada aplikasi
QR-Code. Oleh itu pelajar yang lemah dan agak pasif boleh diberi perhatian memandangkan
mereka sukar dan malu untuk bertanya. Justeru itu penggunaan QR-Code dapat memberi
maklumat dan rujukan kepada pelajar untuk menyemak secara terus hasil dapatan perbincangan
dalam kumpulan mereka dan pada masa yang sama memberi ruang kepada guru untuk
membantu pelajar yang lemah dan dapat mengurangkan masalah pelajar daripada tercicir
dalam aktiviti pembelajaran di dalam menguasai konsep geometri molekul. Paparan video yang
ditunjukkan juga boleh dilihat berulang kali oleh pelajar dan ini dapat meningkatkan aktiviti
perbincangan dan pelajar menjadi lebih yakin untuk membuat pembentangan hasil dari
perbincangan di dalam kumpulan pakar. Berikut adalan aplikasi QR-Code yang diberi kepada
pelajar semasa aktiviti intervensi kitaran kedua:

Tarikh Tindakan yang diambil Pemerhatian
13 Ogos Hanya 20% pelajar sahaja yang aktif belajar dan yang lain
2019 Aktiviti kelas mengelak untuk melibatkan diri dalam perbincangan.
amali(Kawalan) Ujian
20 Ogos 1. 60% pelajar aktif berinteraksi bersama rakan di dalam
2019 Pra kumpulan di dalam menyelesaikan tugasan.
Aktiviti Literasi

Visual 3d-Jigsaw (QR-

Code).

14

Rawatan Intervensi 1

27 Ogos Aktiviti Literasi 1. 80% pelajar berinteraksi dan berbincang dalam
2019 menyelesaikan tugasan .
Visual 3d-Jigsaw (QR-
Code) Rawatan 2. . 2 kumpulan orang pelajar meneruskan perbincangan
Intervensi 2 walaupun aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)
sudah tamat.

27 Ogos Temubual 4 orang pelajar telah ditemubual dan memaklumkan bahawa
2019 mereka lebih faham dan rasa seronok untuk menyelesaikan
soalan tutorial dalam topik geometri molekul.

Pelajar 1:

“Saya baru dapat bayangkan bentuk molekul dalam
3D…sebelum ni saya hanya hafal ”

Pelajar 5:
“melukis struktur molekul 3D di atas kertas daripada model

geometri membantu saya mengingati sudut ikatan molekel
dengan mudah”

Pelajar 9:
“ Saya suka sebab saya dah tahu kenapa ‘bond angle’

mempunyai nilai begitu, lain daripada apa yang saya
gambarkan sebelum ini….”

Pelajar 15:

“Sekarang saya dapat menentukan bentuk molekul daripada
Lewis structure…. Kalau sukar saya bayangkan dengan
melukis struktur 3D di atas kertas.”

Rajahl 2: Pemerhatian Terhadap Aktiviti Pelajar

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan
Kajian ini telah memberikan beberapa perubahan kepada pelajar dari segi kefahaman visual 3d
geometri molekul berlandaskan kepada teori yang kukuh (VSEPR theory) dan lebih bermakna.
Ini dapat dilihat semasa proses pembentangan pelajar selepas rawatan intervensi dan jawapan
yang ditunjukkan dalam Ujian Pos. Peningkatan kefahaman ini sangat membantu dan
memudahkan pelajar untuk mempelajari subtopik seterusnya yang berkaitan konsep geometri
molekul. Kini pelajar lebih yakin untuk melukis struktur Lewis dan seterusnya dapat
menjelaskan bentuk geometri molekul beserta sudut ikatan yang betul sama ada di atas kertas
2D atau dengan menggunakan model geometri 3D. Pelajar juga telah menunjukkan perubahan
sikap dan tingkah laku kepada yang lebih positif dengan aktif berbincang dan berinteraksi
bersama rakan di dalam menyelesaikan tugasan. Mereka lebih yakin kepada kebolehan dan
daya fikir mereka untuk menyelesaikan tugasan. Hubungan di antara pelajar menjadi semakin
rapat dan jurang komunikasi di antara mereka berkurang. Keadaan ini membantu mereka untuk
lebih mudah meneruskan perbincangan PdPc dengan lebih baik untuk sesi pembelajaran akan
datang. Penambahbaikan kepada penggunaan aplikasi QR-Code di dalam rawatan intervensi
kedua telah meningkatkan kualiti PdPc menjadi bertambah lancar dan menarik dan mudah
diakses oleh pelajar. Pelajar bebas untuk meneroka maklumat berkaitan geometri molekul dari
QR-Code yang di ‘link’ ke You Tube dengan persembahan yang menarik. Perubahan markah
yang ketara apabila pelajar didedahkan dengan aktiviti. Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code)

15

membuktikan pelajar kini dapat melukis bentuk geometri, menentukan sudut ikatan geometri
molekul dan nama geometri molekul dengan betul.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti
8.2.1 Kekuatan kepada pelajar dan pensyarah
Secara keseluruhanya dapatan kajian yang diperolehi telah menunjukkan impak yang sangat
memberangsangkan dalam meningkatkan aktiviti pembelajaran dan pencapaian visual 3D
pelajar yang dikaji. Tindakan ini berjaya menghasilkan budaya berfikir secara kritis melalui
pembelajaran berasaskan teori yang kukuh. Daya fikir dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran yang bermakna bertambah selaras dengan keperluan abad ke-21. Pengkaji boleh
berkongsi pengalaman dan idea dengan rakan sejawat yang mempunyai masalah pelajar yang
lemah, pasif dan sukar untuk melakukan visual molekul secara 3D bagi geometri molekul.
Seterusnya tindakan ini membantu menyahut cabaran pendidikan dengan penggunaan pelbagai
strategi pedagogi abad ke-21 dan penerapan nilai Pembelajaran Sepanjang Hayat supaya
pembelajaran aktif dapat dimaksimakan didalam sesi pembelajaran.

8.2.3 Kelemahan
Walaupun aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) mempunyai pelbagai kekuatan dalam
meningkatkan aktiviti pembelajaran dan pencapaian pelajar, namun terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diberi perhatian. Aktiviti ini memerlukan pelajar mengakses internet
untuk memuat turun aplikasi QR-Code untuk ke link You tube. Telefon bimbit pelajar perlu
mempunyai data yang cukup supaya sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar.

8.2.4 Keberkesanan Aktiviti
Aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code) merupakan aktiviti pembelajaran secara
koperatif(Jigsaw) dengan pendekatan kepada teknik Visualisai Penjanaan Kendiri. Ia ditambah
dengan elemen QR-Code untuk memudahkan pelajar merujuk kefahaman mereka secara
kendiri dengan cepat dan mudah. Aktiviti ini sangat membantu kepada pensyarah yang
mengalami masalah pelajar yang pasif dan tahap literasi visual 3D yang rendah. Ia juga berjaya
mengubah tingkah laku pelajar kepada pemikiran yang lebih bermakna berasaskan konsep dan
teori yang kukuh dalam menyelesaikan masalah. Penambahbaikan boleh dilakukan dengan
mempelbagai molekul yang mempunyai electron pencil seperti molekul air dan ammonia
sebagai pencetus persoalan kepada konsep tolakan yang hanya melibatkan bentuk asas
geometri.

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolej Matrikulasi Kedah dan Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan sehingga terhasilnya kajian ini.

BIBLIOGRAFI
Hilton, A. & Nichols, K. (2011). Representational classroom practices that contribute to
students; conceptual and represent understanding of chemical bonding. International Journal
of Science Education, 331(6), 2215-2246

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim & Mohammad Yusof Arshad.(2007). Visualisasi dalam
Pendidikan Sains: Ke arah pengajaran dan Pembelajaran berkesan. Jurnal Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 12,26-40

16

Goldstein, B, (2011). Cognitive psychology: Connecting mind, research and everyday
experience (Edisi ke- 3). Belmont, USA: Wadsworth: Cengage Learning.
Gal, H. & Linchevski, L. (2010). To see or not to see: Analyzing difficulties in geometry from
the perspective of visual perception. Educational Studies in Mathematics, 74, 163-183. doi:
183. 10.1007/s10649-010-9232-y.
Grove, N. P., & Lowery, B., S. (2012). A continuum of learning: from rote memorization to
meaningful learning in organic chemistry. Chemistry Education Research and Practice, 13(3),
201-208.
Khor,P.Y. & Chong, L.K (2012) Using computer-animated instruction to enhance chemistry
conceptual understanding of diploma pharmacy students. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2),
21-27.
Lilia Halim. (2013). Pendidikan Sains dan pembangunan masyarakat berlitersi Sains. Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Katz, J.S., Wright, A.A., & Bodily,
K.D.(200&). Issues in the comparative of abstract-concept learning. Comparative oCognition
& Behavior Reviews. Vol.2.
McMillan, J. H. (2011).
Classroom Assessment Principles and Practice for EffectiveStandards-Based Instruction.
United States of America: Allyn & Bacon
Osman, K., & Sukor, N. S. (2013). Conceptual understanding in secondary school chemistry:A
discussion of the difficulties experienced by students. American Journal of AppliedSciences

17

Lampiran 1

Contoh; Struktur Lewis bagi molekul CCl4 : Pembinaan molekul dengan
menggunakan lidi dan plastesin.

Binaan molekul daripada set Lukisan struktur molekul di atas
model geometri kertas laminat

Aplikasi QR-Code yang diberi kepada pelajar semasa aktiviti intervensi kitaran kedua:

LAMPIRAN 2

18

Lembaran kerja sebelum Intervensi 1
Lampiran 3
19

Lampiran 3
20

Lampiran 4
Lembaran kerja sebelum Intervensi dan selepas Intervensi

21

Lampiran 5
aran Kerja aktiviti Literasi Visual 3d-Jigsaw (QR-Code).

1. Langkah Kerja 1
Draw Lewis structure of the following molecules
(a) AlCl3 (group 1)
(b) CCl4 (group 2
(c) PCl5 (group 3
(d) PF6 (group 4)

2. Langkah Kerja 2
Using plasticine and stick, apply Valence Shell Electron Pair Repulsion (VSEPR ) theory

to predict the the geometry molecule of given molecules (1a, 1b, 1c and 1d).

3. Langkah Kerja 3
Using a set model of geometry molecule, build up the geometry molecule (1a, 1b, 1c and 1d)
and draw the model in the 3 dimensional structure of the molecules (1a, 1b, 1c and 1d) on A3
laminate paper by using 3 different colours of marker pen using wedge-dash-line.

22

Lampiran 6
Ujian Pra
(Molecular Geometry)
Name: ………………………..
Class : ……………………….

1. Draw the Lewis structure for Phosporous Pentachloride (PF5) and SF6 compound.
Identify the shape of the molecule and state the bond angle that exist in the compound. Explain your
answer.
(10M)

2. An element of Aluminium combines with chlorine to form AlCl3 and AlCl4- molecules.
Draw the Lewis structures and predict the shapes for these two molecules based on the Valence-
Shell Electron Pair Repulsion (VSEPR) theory.
(10M)

23

Lampiran 7
Ujian Post
(Molecular Geometry)
Name: ………………………..
Class : ……………………….
1. Draw the Lewis structure for PCl6- compound PF5
Identify the shape of the molecule and state the bond angle that exist in the compound. Explain your
answer.

(10M)

2. Boron trifluoride (BF3) is an important Lewis acid very used in organic synthesis while methane gas
(CH4) is used primarily as fuel to make heat and light.
Draw the Lewis structures and predict the shapes for these two molecules based on the Valence-
Shell Electron Pair Repulsion (VSEPR) theory.
(10M)

24

Lampiran 8

UJIAN POS PELAJAR

25

RnD: Kajian Tindakan
Laporan: Kajian Tindakan

Aplikasi Padlet Menerajui Pelaksanaan Kelas Maya Yang
Berkesan

Muhammad Azri bin Abdul Rashid
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]
Fadzilah binti Fadzil
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]
Marzita binti Ismail

Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Page 1 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Aplikasi Padlet Menerajui Pelaksanaan Kelas Maya Yang Berkesan

Muhammad Azri bin Abdul Rashid
Fadzilah binti Fadzil
Marzita binti Ismail

[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Padlet adalah aplikasi untuk menghasilkan papan buletin dalam talian yang membolehkan
anda menggunakannya untuk memaparkan maklumat bagi setiap topik. Aplikasi ini
menyediakan kemudahan membuka akaun dan membina papan paparan baru. Selain daripada
teks, pengguna juga boleh menambah imej, pautan, video, dan banyak lagi. Tujuan utama
penggunaan Padlet ini adalah sebagai menyahut seruan pembelajaran abad ke-21 yang lebih
menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar. Selain itu, penggunaan aplikasi ini juga
bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai yang memenuhi kehendak revolusi industri 4.0 di
mana para pelajar mengoptimumkan penggunaan tekonologi komputer dan internet dalam
pembelajaran mereka. Melaluinya, hasrat untuk memperkasakan pelajar dalam era digital
dapat dicapai. Sasaran utama teknik pengajaran dan pembelajaran ini adalah kepada pelajar
dan pensyarah. Perkongsian maklumat antara pensyarah dan pelajar merupakan alat
kolaboratif utama yang diterapkan di dalam kaedah ini. Aplikasi Padlet menyediakan
kemudahan di mana pensyarah dan pelajar berupaya berkongsi maklumat-maklumat berkaitan
subjek Sains Komputer pada papan buletinnya. Dapatan daripada pelaksanaan aplikasi Padlet
di kelas tutoran, mendapati bahawa tahap pemikiran pelajar menjadi luas dan mereka
berupaya mendapatkan jawapan yang tepat beserta contoh-contoh yang sesuai dengan
kehendak soalan atau topik yang dipaparkan di papan buletin. Berdasarkan dapatan tersebut,
maka kami telah menjadikan konsep kelas maya sebagai teknik pembelajaran utama yang
boleh membantu melahirkan pelajar yang mampu berdikari dan lebih berfikiran kreatif
sebagai objektif hasil dapatan kami. Selain itu, penggunaan padlet ini juga telah diaplikasikan
di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu inisiatif pensyarah dalam
memastikan setiap pelajar mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Kelas maya diluar
waktu pengajaran dan pembelajaran ini juga telah menjadikan pelajar lebih bersedia untuk ke
kelas pada keesokan harinya dan mampu menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh
pensyarah. Kami juga mendapati bahawa kelas maya menggunakan aplikasi Padlet ini amat
sesuai dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah yang tidak dapat menghadiri kelas kerana
terlibat dengan mesyuarat, kursus, bengkel, cuti rehat mahupun cuti sakit.

Kata Kunci: dalam talian, Padlet

Page 2 of 21

RnD: Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat untuk
membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke 21. Justeru itu, Program
Transformasi Kerajaan (GTP1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berfokus untuk membolehkan semua pelajar
mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Matlamat Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan memberi fokus
kepada empat sub bidang iaitu PraSekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.

Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati bahawa
prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh
dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Guru dan pemimpin sekolah
diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminudin Baki
(IAB). Antara inisiatif yang dijalankan oleh BPG untuk memastikan kelestarian kualiti guru
ialah melalui pemerkasaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan.

Pemilihan penyelidikan dan pembangunan sebagai salah satu inisiatif dalam
meningkatkan kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di
negara-negara maju di mana pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan
pendidikan dilihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru.
Penyelidikan dan pembangunan memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala
tuju sesebuah institusi pendidikan. Menerusi penyelidikan, sesuatu ilmu pengetahuan dapat
diperkembangkan dan disebarluaskan ke serata tempat. Para pensyarah di sesebuah institusi
umumnya dan di kolej matrikulasi khususnya telah diberi tanggungjawab untuk memastikan
sumber manusia negara dapat dibangunkan dengan sempurna agar menjadi aset yang dapat
menjana pertumbuhan mampan. Dalam memenuhi inspirasi ini, para pensyarah mestilah
menjadi penyelidik yang mampu mencetuskan ilmu dan teori baru selain berinovasi serta
mampu meningkatkan daya kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran berkesan. Selain
itu, ia juga merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang
lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (BPPP) ditubuhkan pada tahun
1963 sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap perancangan pendidikan
kebangsaan. Dari setahun ke setahun peranan BPPP telah menjadi semakin penting. Bermula
tahun 1969, BPPP telah diberi tanggungjawab menyelaras program pendidikan di bawah
Pinjaman Bank Dunia daripada peringkat perancangan projek, perundingan mendapatkan
pinjaman sehingga ke peringkat pelaksanaannya.

Seterusnya mulai tahun 1970, BPPP telah dipertanggungjawabkan menjadi urus setia
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP), iaitu jawatankuasa penggubal dan pemutus dasar
tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran.
Berdasarkan pentingnya peranan BPPP dalam perkembangan pendidikan negara, bermula
pada tahun 1975 BPPP telah diiktiraf sebagai satu bahagian yang tersendiri dengan diterajui
oleh seorang pengarah. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1979 telah memperincikan peranan BPPP di peringkat
Kementerian Pelajaran. Perkara tersebut dijelaskan dalam para 257, 258, 259, 260, 261, 262,
263, dan 264. Peranan BPPP juga termasuklah menyediakan pelbagai input bagi membantu
pemutus dasar menggubal dasar-dasar pembangunan pendidikan negara. Mulai tahun 1995,
melalui penstrukturan baru Kementerian Pelajaran, BPPP dikenali sebagai Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

Page 3 of 21

RnD: Kajian Tindakan

1.1 Latar Belakang

Aplikasi Padlet ialah aplikasi untuk menghasilkan papan buletin dalam talian. Ia
membolehkan pengguna menggunakannya untuk memaparkan maklumat bagi setiap topik
yang dibincangkan. Aplikasi ini menyediakan kemudahan membuka akaun dan membina
papan paparan baru. Selain daripada teks, pengguna juga boleh menambah imej, pautan,
video, dan banyak lagi.

Penggunaan Padlet sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran amat
bersesuaian kerana dapat menyahut seruan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menekankan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Perkongsian maklumat antara pensyarah dan pelajar
merupakan alat kolaboratif utama yang diterapkan di dalam kaedah ini. Aplikasi Padlet
menyediakan kemudahan di mana pensyarah dan pelajar berupaya berkongsi
maklumat-maklumat berkaitan subjek Sains Komputer pada papan buletinnya.

1.2 Pengenalan Kumpulan
Kumpulan Virtualian ditubuhkan pada bulan Januari 2018. Kumpulan ini terdiri daripada
seorang lelaki dan dua orang perempuan yang bertugas sebagai pensyarah unit Sains
Komputer di Kolej Matrikulasi Kedah. Nama Virtualian diilhamkan oleh En. Muhammad
Azri bin Abdul Rashid, salah seorang daripada ahli kumpulan ini. Perkataan Virtualian yang
membawa maksud pengguna teknologi maya dipilih kerana amat sesuai dengan kajian yang
kami jalankan. Ia menggambarkan dengan jelas bahawa kajian kumpulan kami berasaskan
penggunaan teknologi maya yang diimplementasikan sebagai salah satu kaedah pembelajaran
yang menarik dan berkesan.

1.3 Rekod Perjumpaan Kumpulan
Kami telah mengadakan enam perjumpaan yang merangkumi pembentukan kumpulan,
perkongsian pernyataan masalah, pemahaman tema pertandingan, perkongsian dapatan dan
analisa, pembahagian tugas, penyediaan laporan dan persembahan dan semakan akhir.
Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1

Bil Tarikh Hari Masa Aktiviti
1 15 / 1 / 18 Isnin
2 28 / 1 / 21 Khamis 1.00-2.00ptg Pembentukan kumpulan Virtualian
3 1 / 3 / 21 Ahad
4 16 / 3 / 21 Selasa 2.30-4.00ptg Perkongsian pernyataan masalah
5 23 / 3 / 21 Selasa
9.00-10.00pg Pemahaman tema pertandingan
6 6 / 4 / 21 Selasa
2.00-4.00tg Perkongsian dapatan dan analisa

2.00-3.30ptg Pembahahagian tugas penyediaan laporan

dan persembahan

2.00-4.00ptg Semakan akhir

2.0 REFLEKSI PdP LALU
2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Fasa ini dijalankan berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi.
Dapatan daripada kuiz yang dilakukan kepada semua pelajar-pelajar tutoran salah seorang
daripada kami mendapati bahawa seramai 34 orang pelajar yang mewakili 87.2% daripada

Page 4 of 21

RnD: Kajian Tindakan

peratus keseluruhan pelajar, mendapat markah kurang daripada 5. Antara kelemahan pelajar
adalah mereka tidak memahami kehendak soalan dan tidak berupaya memberi jawapan yang
betul dan tepat. Hasil dapatan pertanyaan secara lisan dan spontan, sebab utama
pelajar-pelajar gagal menjawab soalan kuiz yang diberikan dengan betul adalah kerana
mereka tidak mengulangkaji pelajaran di luar waktu kelas. Menurut Farzeli (2007), kelas
mengulangkaji merupakan salah satu proses pembelajaran yang sangat penting untuk
menguatkan hafalan dan ingatan selain menjadikan isi pelajaran lebih jelas serta dapat
menambahkan kefahaman secara keseluruhan. Ini menguatkan lagi bahawa pelajar-pelajar
perlu mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki kuiz, ujian mahupun peperiksaan akhir.

2.2 Refleksi Pelajar
Melalui pelaksanaan kaedah pembelajaran menggunakan aplikasi Padlet ini, di dapati bahawa
pelajar-pelajar menunjukkan minat untuk menyertai kelas maya di luar waktu kelas sebagai
salah satu kaedah ulangkaji bagi mereka. Komitmen yang ditunjukkan juga telah
membuktikan penggunaan aplikasi Padlet amat berkesan dan mampu menarik minat pelajar
untuk mengulangkaji pelajaran.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Berdasarkan refleksi PdP lalu yang diperolehi, kami sebagai pensyarah telah mengambil
keputusan untuk membantu menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran ketika di
luar waktu kelas. Namun begitu, antara kekangan yang didapati adalah bagaimana hendak
mewujudkan suasana ulangkaji yang menarik selari dengan minat para pelajar.

Menurut Hjetland (1995) “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are
simplified”. Manakala Becker (1991) menyatakan bahawa “empayar di masa depan ialah
empayar pemikiran dan minda”. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar
khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu
digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Berdasarkan petikan ayat penyelidik-penyelidik
ini, maka kami telah membuat keputusan untuk menggunakan aplikasi Padlet sebagai salah
satu cara mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan interaktif yang mampu
menarik minat pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di luar waktu kelas.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kami telah menyenaraikan tiga objektif yang hendak dicapai dengan pelaksanaan kelas maya
menggunakan aplikasi Padlet ini iaitu :

i. Meningkatkan pemahaman pelajar bagi tajuk concept of network dan network
topology.

ii. Menambah bilangan pelajar yang lulus bagi setiap kuiz atau ujian yang dijalankan.
iii. Menambah bilangan jam ulangkaji pelajar terutama di luar waktu kelas

5.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran utama teknik pengajaran dan pembelajaran ini ialah pelajar dan pensyarah.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)
Hasil perbincangan kumpulan, kami telah memilih kaedah sumbang saran menggunakan alat
digital sebagai kaedah pedagogi. Sumbang saran merupakan aktiviti perbincangan di mana
ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan

Page 5 of 21

RnD: Kajian Tindakan

sesuatu masalah. Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji
dengan teliti. Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan.
Keputusan yang dicapai merupakan  hasil daripada sesi sumbang saran . Sumbang saran
bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas. Isborn (1963)
menyatakan bahawa terdapat dua tujuan sumbang saran iaitu untuk jangka panjang yang
menyelesaikan satu masalah penting dan untuk jangka pendek iaitu mendapatkan seberapa
banyak idea penyelesaian yang mungkin tentang sesuatu masalah.

Penjanaan idea yang dipraktikkan ini terbahagi kepada kaedah formal dan tradisional.
Kaedah formal dalam penjanaan idea merujuk kepada kemahiran berfikir (kognitif) secara
divergen (kreatif) dan konvergen (kritis). Amalan sumbang saran individu atau berkumpulan
merupakan salah satu dari kaedah formal yang dipraktikkan oleh Program Reka Bentuk
Perindustrian dan Program Reka Bentuk 2 Grafik & Media Digital (silibus Program Reka
Bentuk Perindustrian dan Program RekaBentuk Grafik danMedia Digital 2013).

Amalan sumbang saran ini juga bukan sahaja dipraktikkan di dalam Program Reka
Bentuk Perindustrian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, malah digunakan oleh beberapa buah
universiti awam di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Amer Shakir Zainol (2010)
dalam tesis yang bertajuk Factor Influencing Group Brainstorming Performance in Industrial
Design Practice. Oleh itu, kami yakin bahawa kaedah sumbang saran menggunakan alat
digital ini mampu memberi impak yang besar kepada kaedah pembelajaran para pelajar
khasnya dan kaedah pengajaran para pensyarah amnya. Selain itu, kaedah ini juga mampu
meningkat tahap pencapaian pelajar dalam kuiz dan ujian yang diberikan.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran, Inovasi/
Kreativiti & Justifikasi)

Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, kami telah bersetuju untuk menggunakan
kaedah perkongsian di antara rakan kumpulan. Salah seorang daripada ahli kumpulan kami
berkongsi dapatan daripada pelaksanaan kelas maya menggunakan aplikasi Padlet kepada
pelajar-pelajarnya. Melalui sesi perkongsian ini didapati bahawa pencapaian pelajar-pelajar
beliau dalam kuiz yang diadakan semakin meningkat. Sesi perkongsian ini telah dijalankan
sebanyak enam kali pada hari dan tempat yang berbeza. Ia melibatkan penyertaan tiga orang
pensyarah. Pensyarah terlibat telah menceritakan bermula dari awal sebelum pelaksanaan
kaedah tersebut sehingga kepada dapatan selepas melaksanakannya.

7.0 PEMERHATIAN
7.1 Kaedah Penggumpulan Data
Dapatan daripada perkonsian tersebut, data-data untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan
kelas maya menggunakan aplikasi Padlet diperolehi melalui data pencapaian pelajar dalam
kuiz yang dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaannya.

7.2 Analisis Data
Didapati bahawa sebanyak 34 orang pelajar bagi keseluruhan kelas tutoran beliau, telah
mendapat markah di bawah had lulus. Jumlah ini mewakili 87.2% dari keseluruhan
pelajar-pelajar tutoran beliau. Berikut adalah analisa pencapaian pelajar sebelum pelaksanaan
kaedah tersebut:

Page 6 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan bahawa seramai 34 orang pelajar gagal dalam kuiz yang dijalankan
dengan masing-masing 11 orang memperolehi 1 markah, 8 orang memperolehi 2 markah, 5
orang memperolehi 3 markah dan 10 orang memperolehi 4 markah, 3 orang memperolehi 5
markah, 1 orang memperolehi 7 markah dan 1 orang memperolehi 9 markah.
Berikut disertakan pula analisa penglibatan pelajar dalam kelas maya yang telah diadakan:

Rajah 2
Berdasarkan Rajah 2, didapati semua pelajar tutoran pensyarah tersebut mengambil bahagian
dalam kelas maya menggunakan aplikasi Padlet yang diadakan. Pelajar-pelajar beliau terdiri
daripada 6 orang lelaki dan 33 orang perempuan.
Berikut disertakan pula analisa pencapaian pelajar dalam kuiz concept of network dan network
topology selepas pelaksanaan kelas maya menggunakan aplikasi Padlet:

Page 7 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Rajah 3
Rajah 3 pula menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz yang diadakan
meningkat sebanyak 87.2% dimana sebanyak 5 orang mencapai markah 5, 5 orang mencapai
markah 6, 8 orang mencapai markah 7, 12 orang mencapai markah 8, 6 orang mencapai
markah 9 dan 3 orang berjaya mencapai markah penuh iaitu 10.
8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Penerangan Perubahan
Isu pelaksanaan yang berlaku dalam kajian ini adalah capaian internet. Setiap pelajar perlu
mempunyai telefon pintar dan akses internet untuk menghadiri kelas maya yang dijalankan.
Berdasarkan makluman yang diterima, majoriti pelajar perlu menggunakan capaian internet
sendiri kerana perkhidmatan liputan wifi yang disediakan oleh pihak kolej terhad dan tidak
merangkumi keseluruhan kawasan kolej. Antara tindakan yang ambil oleh pensyarah
berkenaan adalah dengan menggalakkan perkongsian data dan telefon pintar bagi mengatasi
isu pelaksanaan yang wujud. Melalui perkongsian ini, semua pelajar dapat mengambil
bahagian dalam kelas maya yang diadakan.

Selain daripada menggunapakai analisa pencapaian pelajar dalam kuiz sebelum dan
selepas pelaksanaan kelas maya tersebut, kami juga telah menyediakan soalan soal selidik
yang diedarkan secara atas talian kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat untuk menilai
keberkesanan pelaksanaan kelas maya menggunakan aplikasi Padlet menggantikan kaedah
biasa yang dilakukan pelajar semasa mengulangkaji pelajaran di luar waktu kelas. Setiap
pelajar yang terlibat diberikan pautan ke Google form dan mereka dikehendaki memberi skala
kepada item-item yang menilai tahap keberkesanan kaedah pengajaran ini.
Berikut disertakan analisa responden mengikut jantina yang merangkumi pelajar tutoran dan
pensyarah-pensyarah kumpulan Virtualian.

Page 8 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Rajah 4
Rajah 4 memaparkan jumlah keseluruhan responden yang menjawab soalan soal selidik yang
disediakan menggunakan aplikasi Google form. Analisa yang dipaparkan menunjukkan
bahawa perempuan merupakan responden terbesar dengan jumlah 35 orang berbanding
responden lelaki sebanyak 7 orang.
Berikut disertakan analisa responden mengikut kelas tutoran pelajar.

Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan responden yang terdiri daripada tiga buah kelas tutoran di mana
tutoran P3T13 mewakili 12 orang, P3T14 mewakili 13 orang dan P3T15 mewakili 14 orang
pelajar.
Berikut disertakan analisa skala yang diberikan oleh pelajar-pelajar melalui aplikasi Google
form:

Page 9 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Rajah 6
Rajah 7

Page 10 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Rajah 8
Rajah 9

Page 11 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Rajah 10
Rajah 11

Page 12 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Rajah 12
Rajah 13

Page 13 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Rajah 14
Rajah 15

Page 14 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Rajah 16
Rajah 6 hingga Rajah 16 memaparkan analisa taburan skala yang diberikan oleh pelajar dan
pensyarah dalam menilai keberkesanan pelaksanaan kelas maya menggunakan aplikasi Padlet
ini. Berdasarkan analisa tersebut, didapati bahawa kaedah kelas maya menggunakan aplikasi
Padlet ini berjaya dan telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam kuiz yang diadakan.
Selain itu, tahap keyakinan mereka ketika menjawab soalan kuiz juga adalah tinggi hasil
ualngkaji yang dibuat menggunakan aplikasi Padlet ini.
8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan

Tindakan/ Aktiviti
8.2.1 Kekuatan
Dapatan daripada analisa kuiz sebelum dan selepas kelas maya menggunakan aplikasi Padlet
dan analisa soal selidik keberkesanan pelaksanaanya menunjukkan bahawa kekuatan utama
kelas maya ini adalah mampu menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran di luar
waktu kelas. Selain itu, ia juga telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran berkesan di
mana setiap pelajar terlibat dalam aktiviti sumbang saran. Hasilnya, kelas maya ini telah
berjaya meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam kuiz yang dijalankan.
8.2.2 Kelemahan
Walaupun begitu, berdasarkan respon pelajar melalui soal selidik yang dijalankan, kami
mendapati bahawa antara kelemahan utama pelaksanaan kelas maya ini ialah kebergantungan
kepada capaian internet. Walaupun begitu, kelemahan ini mampu di atasi dengan
menambahbaik kemudahan internet percuma di kolej ini. Kami juga boleh mencadangkan
kepada pihak pengurusan untuk menambah bilangan router yang boleh menjadikan kawasan
capaian internet menjadi luas seluas kawasan kolej ini.
8.2.3 Penambaikan
Bagi mengatasi kelemahan yang wujud, kami bercadang untuk mengemukan cadangan
kepada pihak pengurusan kolej untuk menambah bilangan router yang boleh menjadikan
kawasan capaian internet menjadi luas seluas kawasan kolej ini supaya aktiviti pembelajaran
abad ke 21 ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.

Page 15 of 21

RnD: Kajian Tindakan

8.2.4 Kesimpulan
Objektif 1:
Meningkatkan pemahaman pelajar bagi tajuk concept of network dan network topology.
Berdasarkan analisa pencapaian pelajar dalam kuiz selepas pelaksanaan kelas maya ini,
didapati para pelajar mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan mudah. Mereka
mampu memberikan jawapan yang betul dan tepat. Ini membuktikan bahawa tahap
pemahaman pelajar dalan tajuk concept of network dan network topolgy meningkat. Selain itu,
ia juga dikuatkan lagi dengan dapatan analisa soal selidik keberkesanan pelaksanaan yang
dijalankan ke atas semua pelajar tutoran yang terlibat.

Objektif 2:
Menambah bilangan pelajar yang lulus bagi setiap kuiz atau ujian yang dijalankan.
Analisa pencapaian pelajar dalam kuiz yang dijalankan juga telah membuktikan bahawa
bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz kedua meningkat daripada 12% kepada 100%.
Peningkatan ini adalah kesan positif yang diperolehi oleh pelajar hasil ulangkaji yang
dijalankan di luar waktu kelas menggunakan aplikasi Padlet ini.

Objektif 3:
Menambah bilangan jam ulangkaji pelajar terutama di luar waktu kelas.
Berdasarkan analisa yang dibuat mendapati bahawa 100% pelajar berjaya menambah bilangan
jam ulangkaji mereka di luar waktu kelas. Ini kerana kelas maya yang menggunakan aplikasi
Padlet memudahkan pelajar di mana mereka bebas berada di mana jua termasuk di pasaraya
selagi telefon pintar dengan akses internet dibawa bersama. Kaedah ini telah memudahkan
para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dalam suasana yang lebih selesa.
Berikut disertakan analisa jam ulangkaji pelajar sebelum dan selepas menggunakan aplikasi
Padlet sebagai bukti objektif 3 telah berjaya dicapai.

Rajah 17

Page 16 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Rajah 18
Sebagai kesimpulannya, aplikasi Padlet yang digunakan terbukti telah menerajui kelas maya
yang berkesan di mana ia telah memenuhi prinsip-prinsip asas tema memperkasakan pelajar
dalam era digital. Kaedah ini telah memastikan pembelajaran murid semakin berkualti dan
mudah. Di samping itu, aplikasi Padlet ini telah membudayakan budaya kolaboratif di
kalangan pelajar dan pensyarah di mana mereka boleh saling memberi dan berkongsi
pandangan serta idea. Kaedah ini juga telah menetapkan fokus kepada peningkatan
pencapaian pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah amnya dan dalam subjek Sains
Komputer khasnya.
9.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah atas kurniaan nikmat masa dan tenaga
untuk kami menyiapkan laporan lengkap kajian tindakan ini. Ribuan terima kasih ditujukan
kepada ahli keluarga kami yang menjadi pemangkin utama untuk kami melaksanakan kajian
ini dan melengkapkan laporannya. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
rakan-rakan sekerja di Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Kedah, para pelajar dan
rakan-rakan sekerja yang lain untuk sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada
kumpulan kami.
10.0BIBLIOGRAFI
AmerShakir Zainol.(2010).Factors Influencing Group Brainstorming Performance In
Industrial Design Practice, DoctorateThesis, UiTM Malaysia
Becker, H.J. (1991). How computer are used in United State Schools. Basic data from the
1989 1-E-A. Computer in education survey. Journal at Educational Computing research.
Vol.7 (4), 385-406.
DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional
learning communities at work. New York: Teachers College Press
Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change, 4th edition. New York: Teachers
College Press

Page 17 of 21

RnD: Kajian Tindakan
Little, Judith Warren & McLaughlin, Milbrey (1993). Teachers‟ work: Individuals,
colleagues, and contexts. New York: Teachers College Press
Paideia Consulting Group, Inc. (1990). Canada.
Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization of schools. New
York: Longman.
11.0 LAMPIRAN

AKTIVITI PERJUMPAAN KUMPULAN VIRTUALIAN

AKTIVITI PELAJAR MENJAWAB KUIZ SEBELUM MENGGUNAKAN PADLET

AKTIVITI PELAJAR MENJAWAB KUIZ SELEPAS MENGGUNAKAN PADLET

Page 18 of 21

RnD: Kajian Tindakan
KELAS MAYA MENGGUNAKAN APLIKASI PADLET

Page 19 of 21

RnD: Kajian Tindakan
BORANG KEBERKESANAN KELAS MAYA MENGGUNAKAN APLIKASI PADLET

Page 20 of 21

RnD: Kajian Tindakan

CARTA PERBATUAN

SOALAN-SOALAN KUIZ
KUIZ 1:

1. Explain about concept of network.
2. How network related with our life.
3. Identify advantages and disadvantages of network.
4. Figure out three type of network topology.

KUIZ 2:
1. Identify two type of classification of network.
2. Define the network architecture.
3. How you use network in your daily life.
4. Explain about the data transmission in LAN network.

Page 21 of 21

RnD: Kajian Tindakan

Laporan: Kajian Tindakan

MENINGKATKAN PROSES MENGINGAT BAHAN PELAJARAN TOPIK
HARDWARE MENGGUNAKAN APLIKASI ANKI DALAM KALANGAN PELAJAR

SAINS KOMPUTER

Nazliah Binti Mohamad Isa
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Nurul Akmar Binti Md Salleh
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Zaini Binti Md Akhir
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Mohd Amran Bin Mohd Ali
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

RnD: Kajian Tindakan

Meningkatkan Proses Mengingat Bahan Pelajaran Topik Hardware Menggunakan
Aplikasi Anki dalam Kalangan Pelajar Sains Komputer.

Nazliah Binti Mohamad Isa
Nurul Akmar Binti Md Salleh

Zaini Binti Md Akhir
Mohd Amran Bin Mohd Ali

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat kesan penggunaan aplikasi ANKI dalam
membantu pelajar mengulang kaji. ANKI adalah aplikasi yang membantu menyediakan
kaedah untuk memudahkan proses mengingat bahan pelajaran. Pembelajaran melalui Anki
adalah seperti pembelajaran flash card, bezanya ia adalah secara automatik dan digital. Topik
yang terlibat adalah Topik 2: Hardware. Dua subtopik yang dipilih adalah subtopik Processor
dan Memory. ANKI ini adalah sesuai untuk digunakan kerana topik ini lebih kepada
mengingati ciri-ciri dan fungsi Hardware. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar.
Ujian pra telah dilaksanakan sebelum ANKI diperkenalkan. Setelah pelajar menggunakan
ANKI, ujian pasca telah dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi pelajar setelah
menggunakan kaedah baharu ini. Pengkaji juga membuat tinjauan untuk melihat respon
pelajar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan peratusan. Secara keseluruhannya,
hasil dapatan menunjukkan penggunaan aplikasi ANKI telah membantu pelajar membuat
ulang kaji dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Di samping itu, pelajar dapat
merasa mudah membuat ulang kaji kerana ianya boleh dicapai melalui telefon pintar. Akhir
sekali kaedah ini juga telah meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) kerana telah melalui latih tubi sebelum
peperiksaan.

Kata Kunci: Pembelajaran, Perkakasan, Hardware, Pencapaian Akademik, Intervensi

RnD: Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang
Subjek Sains Komputer merupakan subjek teras bagi pelajar yang mengambil modul II dan
modul III Program Matrikulasi. Salah satu tajuk penting dalam subjek ini ialah Hardware. Ia
ditawarkan pada semester 1 bagi kod kursus DC014. Dalam tajuk Hardware, terdapat dua
subtopik yang penting iaitu Processor dan Memory. Sub topik ini memerlukan pelajar
mengenal pasti komponen-komponen Hardware dan fungsi masing-masing. Selain itu pelajar
juga perlu mengingati operasi yang telibat dalam Machine Cycle dalam setiap pemprosesan
arahan.

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Pelajar perlu mengingat atau menghafal bahan pelajaran yang agak banyak. Hal demikian
telah membuatkan penyelidik terpanggil untuk membuat suatu kajian ke atas permasalahan
yang berlaku. Penyelidik ingin membantu pelajar dengan cuba memberi alternatif berkesan
yang dapat menangani masalah ini.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP
Pelajar memang mengulang kaji bahan pelajaran, namun dengan memiliki strategi mengulang
kaji yang hebat sebelum menghadapi peperiksaan, pekerjaan yang susah akan menjadi lebih
mudah.

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Dalam sesi pengajaran tajuk Hardware, penyelidik mendapati pelajar berupaya memahami
dan mengenal pasti komponen Hardware. Namun, oleh kerana bahan pelajaran agak banyak,
pelajar akan mula lupa apa yang telah dipelajari dari pembelajaran terdahulu.

2.2 Refleksi Pelajar
Pelajar berpendapat tajuk ini perlu banyak menghafal dan mengambil masa untuk
mengekalkan bahan pelajaran di dalam ingatan.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Masalah yang menjadi fokus penyelidikan adalah bagaimana untuk mengulang kaji bahan
pelajaran yang agak banyak dan memastikan bahan yang dipelajari sentiasa ada diingatan
pelajar. Tambahan lagi, ianya bukan setakat subjek Sains Komputer tetapi pelajar juga
mempunyai beban untuk mengulang kaji subjek Biologi atau Fizik, Matematik dan Kimia.

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan terhadap cara mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pelajar DC014 Sains Komputer Modul II sesi 2020/2021 dalam menguruskan
ulang kaji bahan pelajaran sebelum peperiksaan.

Kebanyakan pelajar bukan dari pelajar yang mengambil subjek Sains Komputer
semasa di sekolah menengah. Jadi subjek ini merupakan satu pengetahuan yang baharu bagi
mereka. Seperti diketahui pembelajaran di Matrikulasi adalah singkat dan padat. Jadi kaedah
ulang kaji yang cekap menggunakan ANKI ini bertujuan untuk membantu pelajar mengulang
kaji secara bijak.


Click to View FlipBook Version