The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 03:43:28

KONPPI 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE KONPPI 2021

Keywords: KONPPI

6.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Didapati terdapat beberapa kelompok pelajar yang kurang aktif di
dalam kelas dan kurang berkeyakinan untuk menjelaskan sesuatu topik.

6.1.2 Temubual
Pelajar-pelajar yang didapati kurang aktif dan kurang berkeyakinan diri ketika di dalam

kelas, telah dipanggil untuk ditemubual secara tidak formal bagi mendapatkan
maklumbalas mereka terhadap faktor yang menyebabkan mereka bersikap
demikian ketika di dalam kelas. Di dalam sesi temubual ini juga pelajar ditanya
beberapa soalan asas berkaitan topik yang telah dipelajari bagi mengakses tahap
kefahaman mereka terhadap sesuatu pelajaran yang telah diikuti. Didapati
pelajar-pelajar ini dapat menerangkan jawapan mereka dengan agak baik
menggunakan Bahasa Melayu tetapi tidak berupaya menjelaskannya dengan
menggunakan Bahasa Inggeris.

6.1.3 Analisis keputusan SPM
Keputusan SPM bagi subjek Bahasa Inggeris dan Biologi untuk setiap pelajar

dikumpulkan bersama maklumat berkenaan medium bahasa pengantar yang
digunakan dalam subjek Biologi di sekolah. Analisa data ini menunjukkan
hubungkait yang rapat antara keputusan subjek Bahasa Inggeris dan Biologi
terhadap maklumbalas pelajar di dalam kelas dan di dalam sesi temubual.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti & Justifikasi)

Teknik Key-WEM ini diadaptasi daripada Kon Pengalaman Pembelajaran Dale (1964).
Teknik Key-WEM merangkumi ketiga-tiga tahap dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale
iaitu persimbolan (peta minda), pemerhatian (mencari dan menulis kata kunci) dan
penglibatan (penerangan).

RAJAH 1: Teknik Key–WEM

6.2.1 Perancangan
Pelajar perlu memahami objektif pembelajaran yang perlu dicapai bagi setiap topik. Langkah
pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah dengan mengeluarkan kata kunci bagi setiap
subtopik yang dipelajari.

6.2.2 Pelaksanaan
Selepas pelajar mengeluarkan kata kunci bagi setiap subtopik, pelajar perlu menyediakan
jadual ringkas yang mengandungi dua lajur. Kata kunci ditulis pada lajur pertama dan pada

lajur kedua pelajar perlu menulis ayat yang lengkap berdasarkan kata kunci pada lajur
pertama. JADUAL 1 menunjukkan contoh penyediaan jadual kata kunci dan penerangan.
Jadual kata kunci dan ayat lengkap perlu disediakan di dalam ‘Google Slide’. Penggunaan
‘Google Slide’ ini membolehkan pelajar membuat perkongsian dan kolaborasi secara online
(Lampiran 1)

JADUAL 1: Jadual kata kunci dan penerangan

Kata kunci Penerangan (ayat lengkap)

1. Nucleotide The basic unit of DNA is called as nucleotide

which consist of phosphate group, pentose sugar

and nitrogenous base

2. Anti-parallel Two strands of DNA run in opposite direction

6.2.3 Penilaian
Selepas melengkapkan jadual kata kunci dan penerangan, pelajar perlu menerangkan kepada
pensyarah semasa sesi konsultasi bersama pensyarah. Pensyarah merekod pencapaian pelajar
di dalam log pelajar (JADUAL 2). Setiap kategori pencapaian direkod berdasarkan skala 1-5
mengikut penilaian yang bersesuaian dengan perincian skala (JADUAL 3). Sesi konsultasi
diadakan secara atas talian (Google meet) dan secara bersemuka (Lampiran 2)

JADUAL 2: Borang rekod pencapaian pelajar

Peserta Pencapaian (isi kandungan, penggunaan bahasa Inggeris) Skala 1-5, Keputusan

P1 mengikut topik PSPM 1
P2
P3 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10
P4
P5

Skala JADUAL 3: Perincian skala pengukuran
5
Perincian/Spesifikasi
4 Pelajar dapat menguasai isi pelajaran dan menerangkan dengan lancar dan
tersusun dalam bahasa Inggeris
3 Pelajar dapat menguasai isi kandungan dan menerangkan menggunakan
bahasa Inggeris tetapi masih kurang yakin.
2 Pelajar dapat menguasai isi pelajaran tetapi menggunakan kedua-dua
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menerangkan isi pelajaran
1 Pelajar menguasai isi pelajaran dan dan tidak menggunakan bahasa Inggeris
dalam penerangan
Pelajar menguasai sebahagian isi pelajaran dan tidak menggunakan bahasa
Inggeris dalam penerangan

6.2.4 Pengukuhan

Setelah melakukan sesi penilaian bagi setiap topik yang dipelajari, pelajar perlu
melengkapkan peta minda menggunakan kata kunci yang telah dikenalpasti. Pada peringkat
awal pelajar menghasilkan peta minda menggunakan tulisan tangan. Namun dengan
kemudahan pelbagai digital tools dan untuk menggalakkkan pelajar menggunakannya, pelajar
perlu menghasilkan peta minda secara digital. Peta minda yang telah siap dimuatnaik ke
aplikasi Wakelet.

7.0 PEMERHATIAN
7.1 Kaedah Penggumpulan Data
Berdasarkan kajian tindakan dengan menggunakan teknik Key-WEM ini, data dikumpul
menggunakan:

7.1.1 Analisis dokumen- Lembaran kerja
Pelajar dapat mengeluarkan kata kunci bagi setiap subtopik dan melengkapkan jadual dengan
baik (Lampiran 3). Pelajar dapat menulis ayat lengkap dan istilah yang tepat bagi setiap kata
kunci. Peta minda bagi setiap topik juga dapat disediakan dengan lengkap dan tersusun.
(Lampiran 4)

7.2.1 Temubual-transkrip

“Saya dapat ingat lebih cepat dengan menggunakan keywords, lepas dah ingat
senang sikit nak buat ayat”

Pelajar 1

“Saya lebih confident untuk explain di dalam kelas lepas jumpa dan bincang dengan
madam face to face masa konsultasi”

Pelajar 2

“Sebelum ni saya baca dan hafal content dari buku…lepas tu rasa banyak sangat
nak kena baca dan hafal.. tapi lepas madam suruh cari keywords, buat ayat penuh
dalam table tu lebih mudah untuk grab points penting”

Pelajar 3

“Saya lebih yakin untuk explain in English…sebab madam selalu galakkan kami
cakap dan explain content dalam bahasa Inggeris”

Pelajar 4

“Saya bukan tak mau jawab soalan bila madam tanya tapi rasa tak yakin, rasa takut
salah nak explain dalam Bahasa Inggeris.. tapi bila dah tau main points, tulis
dalam table dan paksa diri untuk explain masa jumpa madam, saya lebih paham
dan berani untuk jawab dalam kelas”

Pelajar 5

7.2 Analisis Data
Daripada pemerhatian semasa sesi perbincangan di dalam kelas dan sesi konsultasi (rekod
pencapaian pelajar (Lampiran 5) menunjukkan pelajar berusaha untuk memahami kandungan
pelajar dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam
perbincangan. Pelajar lebih aktif di dalam perbincangan dan lebih yakin untuk menjawab
soalan dan terlibat dalam perbincangan.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Penerangan Perubahan
Pelaksanaan dan pendekatan teknik Key-WEM ini sebagai salah satu alternatif
penambahbaikan kaedah pengajaran pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris. Kaedah ini bukan sahaja dapat digunakan
kepada pelajar yang kurang menguasai Bahasa Inggeris malah pendekatan ini juga sesuai
digunakan untuk semua pelajar untuk meningkatkan ingatan dan kefahaman pelajar dalam
matapelajaran Biologi. Integrasi penggunaan bahan digital secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran dan menggalakkan pensyarah untuk meneroka dan mencari idea
baru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran serta merealisasikan pengajaran abad ke-21
dan aspirasi RI4.0 yang menerapkan penggunaan bahan digital dan pembelajaran berpusatkan
pelajar.

Teknik Key-WEM menggabungkan kaedah-kaedah yang dapat meningkatkan
pengusaaan Bahasa Inggeris pelajar secara menyeluruh dari segi pertuturan, penulisan dan
pemahaman kandungan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan ini sejajar dengan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mensasarkan
pelajar menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Pendekatan teknik Key-WEM ini juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih efektif. Perkara ini turut dijelaskan
oleh Dale bahawa pelajar hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20%
daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa
yang mereka dengar dan lihat, 70% daripada apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90%
dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan.

Bahasa Inggeris bukan sahaja

bahasa ekonomi

antarabangsa, malah menjadi

bahasa

teknologi bagi membolehkan

negara menjadi lebih

kompetitif dan berdaya saing

terutama dalam era dunia

tanpa sempadan yang

membentuk persekitaran

lebih

liberal dalam penggunaan

perkhidmatan dan sumber

(Yahaya, Hashim, & Che

Shariff, 2008; Yahaya, Mohd

Noor, Mokhtar, Mohd

Rawian, Othman, & Jusoff,

2009)

Penyediaan peta minda menerapkan elemen Science Technology Engineering, Art and
Mathematic (STEAM) yang secara umumnya sangat membantu pelajar dalam mengingat dan
memahami sesuatu topik. Penggunaan peta minda dalam proses PdP dapat membantu pelajar
untuk meningkatkan kefahaman mengenai isi pelajaran yang diajar (Awaatif & Norizan
2011). Peta minda lazimnya memberikan ransangan visual dan meningkatkan motivasi
pelajar untuk melaksanakan ulang kaji secara kendiri (Mohd Mahzan, Abdul Razak & Mohd
Muhaimi, 2014). Disamping itu, pendedahan dalam penghasilan peta minda secara digital

memberi impak yang lebih positif kepada pelajar apabila pejajar mengembangkan kreativiti
mereka melalui penerokaan aplikasi-aplikasi digital (dalam penghasilan peta minda mereka.
Melalui aplikasi digital, pelajar dapat berkolaborasi dengan rakan lain untuk menghasilkan
peta minda dengan lebih pantas.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti

Daripada pemerhatian dan analisis data, 5 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini telah
mencapai objektif kajian. Disamping itu, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan
yang ketara dalam keputusan Peperiksan Semester Program Matrikulasi berbanding
keputusan SPM (Lampiran 6).

Kesimpulannya penggunaan teknik Key-WEM dapat membantu pelajar menulis dan
mengingat isi pelajaran Biologi dalam bahasa Inggeris dengan lebih tepat serta meningkatkan
pemahaman dan pencapaian pelajar dalam subjek Biologi. Pendekatan teknik Key-WEM
yang melibatkan aktiviti menulis dan penerangan secara lisan juga dapat meningkatkan
keyakinan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi dan
secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa teknologi bagi membolehkan negara menjadi lebih
kompetitif dan berdaya saing terutama dalam era dunia tanpa sempadan yang membentuk
persekitaran lebih liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Yahaya, Mohd Noor,
Mokhtar, Mohd Rawian, Othman, & Jusoff, 2009)

Manakala dari perspektif pengajaran, pensyarah perlu memahami bahawa kegagalan
individu untuk menguasai sesuatu ilmu bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif
tetapi lebih berpunca kepada pemilihan strategi kognitif yang mereka gunakan, Maizan
(2015). Justeru dengan menggunakan kaedah Key-WEM pensyarah dapat memberi ransangan
kognitif serta panduan kepada pelajar bagi mengoptimumkan ingatan, pemahaman dan
keyakinan pelajar.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dalam pelaksanaan
kajian serta penggunaan teknik Key-Wem itu sendiri. Pelaksanaan kajian boleh ditambahbaik
dengan melibatkan sampel kajian yang lebih besar bagi mendapatkan maklumat yang lebih
menyeluruh terhadap keberkesanan penggunaan teknik Key-Wem ini. Namun begitu
pelaksanaan teknik Key-Wem memerlukan peruntukan masa bagi sesi konsultasi bersama
pensyarah. Sekiranya jumlah pelajar yang memerlukan bimbingan adalah terlalu ramai,
kaedah konsultasi yang bersesuaian perlu dilaksanakan.

9.0 PENGHARGAAN
Setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan urusan yang telah dipermudahkan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir dan Jawatankuasa R&D Kolej
Matrikulasi Kedah yang sentiasa memberi sokongan dan panduan dalam menghasilkan kajian
tindakan ini. Seterusnya kepada anak-anak pelajar yang dikasihi yang terlibat secara langsung
sebagai peserta kajian, kerjasama dan kesungguhan melakukan setiap aktiviti yang
dilaksanakan sangat dihargai. Akhir sekali ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
suami dan anak-anak tercinta yang sentiasa memahami dan memberi sepenuh sokongan
untuk menyiapkan kajian ini.

10.0 BIBLIOGRAFI

Awaatif Ahmad & Norizan Esa. (2011). Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)
dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar. Asia Pacific Journal of Educators and
Eduction, 26, 51-70.

Maizan Muhammad, 2017. Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif dalam
Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian
Lepas. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdul Rahman. (2014).
Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The
Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History). Jurnal Pendidikan Malaysia
39(2), 95-100.

Surif, J., Ibrahim, N. H. & Kamaruddin, M. I. (2006). Masalah Pembelajaran Matematik
Dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan Luar Bandar. Universiti Teknologi
Malaysia

Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Sejauh Manakah Hubungan ini Relevan? Universiti
Teknologi Malaysia

Yahaya, M. F, Mohd Noor, M. A., Mokhtar, A. A., Mohd rawian, R., Othman, & Jusoff, K.
(2009). Teaching of Science and Mathematic in English: The teacher’s voice. English
Language Teaching, 2(2), 141-147.

11.0 LAMPIRAN
Lampiran 1: Penyediaan jadual dan kata kunci di dalam Google Slide



Lampiran 2: Sesi konsultasi
Sesi konsultasi secara bersemuka

Sesi konsultasi atas talian

Lampiran 3 : Jadual kata kunci dan penerangan dalam ayat yang lengkap

p

Lampiran 4: Peta minda (tulisan tangan) dan peta minda digital



Lampiran 5: Rekod konsultasi

Peserta Pencapaian (isi kandungan, penggunaan B
T1 T2 T3 T4 T5

P1 1 3 3 4 4
P2 1 2 3 3 3
P3 2 2 2 3 4
P4 2 3 3 3 4
P5 2 3 4 4 5

Bahasa Inggeris) Skala 1-5, mengikut topik

T6 T7 T8 T9 T10

55545
44555
45555
45545
55555

Lampiran 6: Rekod Peningkatan Pencapaian Pelajar



MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI
MELALUI PENGGUNAAN OHSEM VIDEO

Noor Nadhirah Binti Omar
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Nor Hayati Binti Samsudin
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Azmizan Bin Abd Rahman
Kolej Matrikulasi Kedah
[email protected]

Dr Muhamad Shakir Bin Saad
Kolej Matrikulasi Kedah

[email protected]

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI MELALUI PENGGUNAAN
OHSEM VIDEO

Noor Nadhirah Binti Omar1
Nor Hayati Binti Samsudin2
Azmizan Bin Abd Rahman3
Dr Muhamad Shakir Bin Saad4

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam penulisan
esei bagi topik penghantaran impuls di sinaps bagi subjek Biologi semester II. Sampel
kajian melibatkan seramai 35 orang pelajar dari dua kelas tutoran program Sistem
Empat Semester. Kajian memfokuskan kepada kemahiran penulisan esei secara amnya
dan penguasaan terminologi serta kefahaman berkaitan aturan peristiwa semasa proses
penghantaran impuls di sinaps secara khasnya disamping penggunaan Bahasa Inggeris
dalam penulisan esei. Tinjauan awal telah dibuat melalui latihan menjawab soalan
peperiksaan lepas yang menunjukkan terhadap beberapa orang pelajar yang
menghadapi masalah dalam menulis esei bagi menggambarkan proses penghantaran
impuls di sinaps. Para pelajar tersebut dikesan gagal menggunakan terminologi yang
tepat dan menghadapi masalah dalam mengingati aturan proses yang berlaku. Tinjauan
awal juga mendapati terdapat sebilangan pelajar yang tidak menggunakan Bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam penulisan esei mereka. Oleh itu, inovasi pengajaran telah
dilakukan melalui penghasilan video yang diberi nama Ohsem Video bertujuan
meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei. Satu kajian telah dijalankan, dan
mendapati penggunaaan Ohsem Video berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam
penulisan esei bagi topik penghantaran impuls di sinaps dimana berlaku lonjakan min
markah dari 5.6 kepada 7.8. Lonjakan pencapaian ini amat penting bagi mencapai
keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Semester II bagi subjek Biologi, DB024.

Kata kunci: kemahiran penulisan esei, Ohsem Video, proses penghantaran impuls di sinaps

1.0 PENDAHULUAN
Kesukaran mempelajari subjek Biologi telah dikaji oleh banyak pengkaji seluruh dunia
(Johnstone & Mahmoud, 1980; Finley et al., 1982; Tolman, 1982; Anderson et al., 1990;
Lazarowitz dan Penso, 1992; Bahar et al., 1999). Terdapat banyak sebab mengapa para pelajar
sukar mempelajari konsep dalam subjek Biologi. Lazarowitz & Penso (1992) menyatakan subjek
Biologi mempunyai konsep yang abstrak serta fakta disusun dalam organisasi tahap yang
berbeza menyebabkan para pelajar sukar mempelajarinya.

Walau bagaimanapun, tanggapan pelajar bahawa subjek Biologi adalah sukar dan
membosankan perlu diubah di peringkat Matrikulasi. Di peringkat Matrikulasi, para pensyarah
mempunyai sekurang-kurangnya dua semester bagi menyediakan pelajar agar mempunyai sikap
positif dan motivasi tinggi terhadap subjek Biologi sebagai persediaan ke universiti. Oleh itu,
kepelbagaian dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran harus dikaji dengan lebih
mendalam bagi mewujudkan persekitaran akademik yang mementingkan penglibatan aktif
pelajar dan boleh meningkatkan pencapaian pelajar khususnya. Oleh yang demikian, pensyarah
perlu memahami dan menghayati kehendak pendidikan di abad ke-21 untuk diaplikasikan ke
dalam konteks kaedah pengajaran.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kemahiran menulis esei perlu dikuasai oleh pelajar bagi membolehkan pelajar memperoleh
markah yang tinggi dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Oleh hal
demikian, penguasaan terhadap kemahiran menulis esei memerlukan pendekatan berfokus yang
komprehensif untuk memberi kefahaman yang mudah dan jelas kepada pelajar. Sehubungan itu,
melalui pengalaman mengajar selama 11 tahun dalam subjek biologi di peringkat Matrikulasi,
pengkaji menyedari topik penghantaran impuls di sinaps kerap ditanya sebagai soalan esei pada
peperiksaan yang lepas iaitu pada PSPM 2004/2005 dan PSPM 2013/2014. Selain itu, pengkaji
turut mendapati bahawa kebiasaannya para pelajar akan keliru dengan istilah pada struktur di
sinaps selain aliran proses tersebut. Secara lazimnya, proses menerangkan susunan jalinan
konsep dan fakta dalam topik ini dilakukan oleh pensyarah di dalam kuliah dan tutorial lebih
melibatkan gaya pembelajaran berpusatkan guru yang tidak merangsang penglibatan aktif
pelajar. Para pensyarah lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional yang
berpusatkan guru kerana lebih mudah diamalkan. Para pensyarah lebih selesa untuk
menggunakan kaedah tradisional seperti syarahan berbantukan Power Point dan kaedah “chalk
and talk” di dalam kelas tutoran. Justeru itu, Ohsem Video dibangunkan bertujuan untuk
membantu pelajar Sistem Empat Semester di Kolej Matrikulasi Kedah dalam menangani
masalah dalam aspek penulisan esei bagi topik penghantaran impuls di sinaps. Antaranya dari
segi masalah dalam penggunaan terminologi, teknik dalam perenggan penulisan, dan
ketidakmampuan membina ayat yang baik di dalam Bahasa Inggeris.

1.2 Tujuan dan Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana Ohsem Video dapat meningkatkan kemahiran
penulisan esei pelajar bagi topik penghantaran impuls di sinaps. Secara umumnya peningkatan
kemahiran penulisan esei dapat diukur melalui skor markah ujian yang diadakan oleh pensyarah
selain penilaian khusus yang menumpukan kepada penggunaan istilah dan pembinaan ayat

menggunakan Bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan memandangkan banyak kepentingan yang
akan didapati hasil daripada penemuan. Antaranya:

(a) Kepentingan kajian kepada pelajar: Membantu pelajar memahami topik penghantaran
impuls dengan lebih berkesan. Selain meningkatkan keyakinan pelajar untuk mempelajari
subjek Biologi mengunakan Bahasa Inggeris.

(b) Kepentingan kajian kepada umum: Video yang dihasilkan dan telah dimuat naik ke
laman Youtube dan Facebook dapat menjadi rujukan alternatif kepada masyarakat terutamanya
bagi mereka yang mencari sumber rujukan yang mengikut silibus matrikulasi dan peringkat pra
universiti.

1.3 Andaian, Nilai dan Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP

Penggunaan media dalam proses pendidikan akan membantu meningkatkan pemahaman pelajar
dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai (Norah, Nurul Izzati & Radhiah,
2012). Video telah digunakan dengan pelbagai cara bagi menyokong pembelajaran pelajar. Video
pembelajaran merupakan salah satu media yang boleh membantu pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Norah et al., (2012), pada masa lalu, media video
memerlu kos pengeluaran yang tinggi, tetapi pendidik pada hari ini mampu menghasilkan sendiri
video berdasarkan ideologi dan kreativiti mereka. Hasil kajian Norah et al., (2012), turut
mendapati bahawa penggunaan video dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar
dalam mempelajari sesuatu. Justeru, pendidik seharusnya perlu mengaplikasi penggunaan
teknologi ini dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh
penggunaan video dapat dimanfaat dalam pengajaran di dalam kelas sebagai alat yang praktikal
bagi menambah kualiti kaedah konvensional sedia ada.

1.4 Model Kajian Tindakan

Model Kajian Tindakan yang digunakan bagi kajian ini adalah model kajian tindakan yang
dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah
kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
(a) Mereflek (Reflect);
(b) Merancang (Plan);
(c) Bertindak (Action); dan
(d) Memerhati (Observe)

2.0 REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Refleksi dilakukan bertujuan untuk memahami kewujudan sesuatu masalah atau kesukaran,
selain memahami mengapa masalah tersebut wujud. Refleksi turut dilakukan bagi memahami
bentuk masalah yang timbul dan mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelenggu
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan refleksi terhadap
beberapa aspek iaitu; refleksi kendiri, refleksi pelajar dan refleksi aspek lain.

2.1 Refleksi kendiri

Pengkaji menyedari bahawa pelajar Sistem Empat Semester (SES) memerlukan bimbingan yang
lebih berbanding pelajar dari Sistem Dua Semester. Hal ini disebabkan oleh perbezaan pada
syarat kemasukan Program Matrikulasi berdasarkan pencapaian SPM. Pencapaian keputusan
SPM bagi pelajar Sistem Empat Semester (SES) adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan
pelajar Sistem Dua Semester. Rata-rata pelajar SES juga menunjukkan penguasaan Bahasa
Inggeris yang lemah selain pengalaman belajar Biologi di sekolah menegah menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelajar juga memerlukan pengajaran atau huraian
yang berulang kali bagi memahami sesuatu topik terutamanya topik yang melibatkan proses.
Melalui latihan penulisan esei bagi topik penghantaran impuls, rata- rata pelajar keliru dengan
terminologi yang perlu digunakan selain gagal mengingati aturan peristiwa yang berlaku
sepanjang proses tersebut berlangsung. Impaknya, ia memberi kesan terhadap kemahiran
penulisan esei pelajar. Oleh hal demikian, pengkaji terpanggil untuk membangunkan bahan
inovasi PdP yang boleh menbantu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

2.2 Refleksi Pelajar

Melalui temubual bersama pelajar selain tinjauan terhadap latihan penulisan esei bagi topik
penghantaran impuls di sinaps, rata-rata pelajar berasa kurang yakin untuk belajar Biologi
menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka berasa sukar kerana terminologi Biologi dalam Bahasa
Melayu yang dipelajari diperingkat SPM adalah sangat berbeza dengan terminologi Bahasa
Inggeris. Selain itu mereka mengakui memerlukan huraian yang berulang kali bagi memahami
sesuatu konsep selain dapat mengingati aturan proses yang berlaku dengan baik. Pengkaji juga
menyedari akan kecenderungan pelajar yang lebih gemar melayari internet sekiranya mempunyai
masa senggang. Justeru itu, medium atas talian amat sesuai digunakan bagi menyampaikan isi
pengajaran selaras dengan kehendak pendidikan abad ke-21.

2.3 Refleksi Aspek Lain

Pengkaji mendapati bahawa penggunaan video menerusi aplikasi atas talian seperti Youtube
dapat membantu pelajar dalam memahami aturan proses penghantaran impuls dengan lebih baik.
Hal ini kerana pelajar boleh mengulang tonton video tersebut pada bila-bila masa dan dimana
sahaja. Walaubagaimanapun hasil carian video sedia ada di laman Youtube mendapati bahawa
kesemua video berkenaan penghantaran impuls di sinaps adalah tidak memenuhi kehendak
silibus program matrikulasi. Terdapat video yang mempunyai penjelasan terlalu mendalam
sehinggakan ia boleh mengelirukan pelajar. Terdapat juga video yang menggunakan istilah
berlainan berbanding istilah yang diguna pakai diperingkat matrikulasi, KPM. Pengkaji turut
mendapati bahawa video-video yang dihasilkan adalah dari luar negara dimana penerangan video
disampaikan oleh penutur asli ‘native speaker’ yang menggunakan loghat pertuturan Bahasa
Inggeris yang sukar difahami.

3.0 ISU DAN FOKUS KAJIAN

Satu sesi latihan menjawab soalan peperiksaan lepas telah dijalankan melibatkan pelajar tutoran
P1T3 dan P3T1. Hasil latihan tersebut didapati 57% pelajar (20/35) gagal mendapat skor
minimum lima dari markah penuh 10. Hasil dari tinjauan, pengkaji mendapati pelajar gagal
dalam penulisan esei berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti dan
mendalam. Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah tersebut adalah berpunca
dari kegagalan menggunakan terminologi yang tepat, kurang faham akan aturan proses dan
kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris.

3.1 Penentuan Konsep

Masalah yang dihadapi oleh pelajar tidak boleh dibiarkan oleh pensyarah. Seandainya pelajar
tidak menguasai kemahiran menulis esei dengan baik kebarangkalian mereka tidak akan
mendapat keputusan cemerlang dalam subjek biologi kerana markah yang diperuntukkan bagi
soalan dari bab koordinasi adalah sebanyak 13 markah. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis esei terutamanya berkaitan topik
penghantaran impuls di sinapss. Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis esei, Ohsem
Video digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi topik tersebut.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Meningkatkan kemahiran penulisan esei bagi topik penghantaran impuls di sinaps melalui
penggunaan Ohsem Video.

Objektif Khusus:

(a) Memberi penekanan terhadap penggunaan terminologi yang tepat bagi topik
penghantaran impuls di sinaps.

(b) Mengukuhkan kefahaman pelajar berkenaan aturan peristiwa yang berlaku semasa proses
penghantaran impuls di sinaps.

(c) Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menulis esei menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian melibatkan pengajaran seorang pensyarah bersama 35 orang pelajar Sesi Empat Semester,
Program Matrikulasi sesi 2019/2020. Para pelajar tersebut terdiri daripada 18 orang pelajar dari
tutoran P1T3 dan 17 orang pelajar dari tutoran P3T1. Secara keseluruhnya, kebolehan pelajar
daripada kedua-dua kelas tersebut adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik. 

6.0 PERANCANGAN & PELAKSANAAN TINDAKAN

Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenal pasti kefahaman pelajar
terhadap topik penghantaran impuls di sinaps melalui kemahiran penulisan esei di lakukan
semasa sesi latihan menjawab soalan peperiksaan lepas. Pemerhatian yang dilaksanakan
memfokuskan kepada penggunaan terminologi, aturan peristiwa dan penguasaan Bahasa
Inggeris.

6.1 Pengumpulan Data Awal

Sesi P&P berkaitan topik penghantaran impuls dilaksanakan secara bersemuka menggunakan
pembentangan Power Point selama 30 minit. Setelah proses penerangan tamat, pensyarah
meminta pelajar untuk membuat latihan penulisan esei dengan menjawab soalan peperiksaan
bagi tahun 2004/2005. Para pelajar diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soalan tersebut
yang memperuntukkan 10 markah. Pensyarah merekodkan markah pelajar selain membuat
tinjauan terhadap faktor yang mempengaruhi kemahiran penulisan esei dikalangan pelajar. Hasil
semakan latihan dan tinjauan yang dilaksanakan oleh pensyarah disimpulkan di dalam Jadual 1
dan 2.

JADUAL 1: Analisa skor pelajar bagi latihan menjawab esei PSPM 2004/2005

Tahap Pengusaan Julat Markah Peratusan pelajar

Lemah 0-4 57%

Sederhana 5-7 34%

Baik 8-10 9%

Purata markah latihan 5.6

JADUAL 2: Faktor yang menyumbang terhadap kemahiran penulisan esei bagi topik
penghantaran impuls di sinaps dikalangan pelajar lemah

Faktor Peratusan pelajar

Kegagalan menggunakan terminologi yang tepat 70%

Kelemahan memahami dan mengingati aturan peristiwa yang berlaku 100%
semasa proses penghantaran impuls di sinaps

Tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya 65%

6.2 Pelaksanaan Aktiviti P&P

Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di atas,
satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah memberi pendedahan
teknik menjawab soalan esei PSPM sebenar, khususnya kepada penulisan esei penghantaran

impuls di sinaps. Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran dan lemah dalam penulisan esei adalah perlu diberi perhatian dalam
kalangan pelajar sasaran. Oleh itu, tindakan dilakukan dengan memperkenalkan Ohsem Video
dalam penulisan esei penghantaran impuls di sinaps. Ohsem Video dibangunkan menggunakan
perisian Filmora dan Doodlify yang kemudiannya di muat naik ke laman Youtube. Ohsem Video
dihasilkan atas rasional berikut:

(a) Video yang sedia ada di Youtube tidak memenuhi kehendak silibus Biologi
matrikulasi.

(b) Video yang sedia ada di Youtube menggunakan terminologi yang berbeza.
(c) Video yang ada di Youtube kebanyakannya menggunakan slang Bahasa Inggeris yang

agak sukar difahami.

6.2.1 Inovasi Video Pendidikan

Ohsem Video bukan seperti video yang telah berada di laman Youtube. Hal ini kerana Ohsem
Video dibangunkan setelah meneliti video-video terdahulu selain tinjauan terhadap masalah yang
menyebabkan pelajar lemah dalam penulisan esei bagi topik penghantaran impuls di sinaps.
Justeru itu, ‘Ohsem Video’ dibangunkan dengan mempunyai ciri berikut;

(a) Mengikut kehendak silibus Biologi matrikulasi.
(b) Penggunaan terminologi yang selaras dengan silibus matrikulasi, KPM.
(c) Pengenalan stuktur di sinaps secara satu persatu sebelum penerangan proses.
(d) Integrasi pelbagai elemen interaktif.
(e) Penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah difahami.
(f) Memenuhi kehendak pembelajaran abad ke-21 melalui penggunaan aplikasi digital.

6.2.2 Penggunaan Ohsem Video

Pada pelaksanaan kitar pertama, pensyarah menayangkan Ohsem Video sebanyak 1 kali
tayangan. Walaubagaimanapun, pensyarah mendapati 1 sesi tayangan tidak mencukupi bagi
memantapkan kefahaman dan pengukuhan konsep pelajar. Justeru itu kitar kedua dilaksanakan
dimana pada kitar kedua pelaksanaan, Ohsem Video diulang tayang sebanyang tiga kali. Usai
tayangan video, pelajar diminta untuk menjawab soalan esei; Explain the mechanism of synaptic
transmission across synapse dalam tempoh 15 minit. Markah penuh bagi soalan esei tersebut
adalah sebanyak 10 markah.

7.0 PEMERHATIAN

Proses PdPc kitar pertama telah dilaksanakan pada 02.03.2020 jam 9.00 hingga 10.00 pagi di
Makmal Biologi 2. Manakala kitar kedua dilaksanakan pada 04.3.2020 pada jam 4.00 petang
juga di Makmal Biologi 2.

7.1 Pengumpulan Data

Kaedah mengumpul data bagi menilai hasil pelaksanaan dilakukan seperti berikut:

JADUAL 3: Kaedah Pengumpulan Data

Objektif Kajian Kaedah Mengumpul Data

Meningkatkan kemahiran penulisan esei bagi topik Rekod markah yang diperolehi oleh

penghantaran impuls di sinaps melalui penggunaan pelajar melalui semakan esei yang

Ohsem Video. dihasilkan selepas sesi rawatan.

Memberi penekanan terhadap penggunaan terminologi Semakan esei
yang tepat bagi topik penghantaran impuls di sinaps.

Mengukuhkan kefahaman pelajar berkenaan aturan Semakan esei
peristiwa yang berlaku semasa proses penghantaran
impuls di sinaps.

Mengkaji sikap pelajar terhadap penerimaan Temu bual
pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris dalam
mempelajari topik penghantaran impuls di sinaps melalui
penggunaan Ohsem Video.

7.2 Analisis Data

Setelah proses PdPc dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan, dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis esei dalam kalangan
pelajar teruatamanya dari kumpulan pelajar lemah. Para pelajar ini telah menunjukkan lonjakan
yang amat ketara dengan memperoleh markah melebihi 5. Hasil semakan esei, pensyarah
mendapati bahawa peratusan pelajar yang menggunakan terminologi yang salah juga semakin
berkurang disamping gaya penceritaan bagaimana proses impuls dihantar ke sinaps semakin
tersusun dan mengikut aturan yang betul. Hasil analisis data disimpulkan dalam jadual 4 di
bawah.

JADUAL 4a: Analisa skor keseluruhan pelajar bagi latihan menjawab esei selepas rawatan

Tahap Pengusaan Julat Markah Peratusan pelajar

Latihan awal Selesai rawatan

Lemah 0-4 57% 0%

Sederhana 5-7 34% 26%

Baik 8-10 9% 74%

Purata Markah 5.6 7.8

JADUAL 4b: Analisa faktor yang menyumbang terhadap kemahiran penulisan esei bagi topik
penghantaran impuls di sinaps dikalangan pelajar lemah

Faktor Peratusan pelajar

Sebelum sesi Selepas sesi
rawatan rawatan

Kegagalan menggunakan terminologi yang tepat 70% 15%
100% 25%
Kelemahan memahami dan mengingati aturan
peristiwa yang berlaku semasa proses 65% 0%
penghantaran impuls di sinaps

Tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan
Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
Semasa aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk menjawab soalan esei
semakin meningkat. Pelajar telah membuat penerokaan kendiri melalui sesi tayangan Ohsem
Video. Dapatan kajian juga mendapati pencapaian pelajar dalam penulisan esei proses
penghantaran impuls di sinaps menunjukkan peningkatan. Hal ini bermakna kelemahan pelajar
dalam menulis esei bagi topik tersebut dapat diminimumkan. Sebelum rawatan diberikan,
terdapat 20 orang pelajar (54%) mendapat skor tahap lemah dalam latihan penulisan esei, namun
kesemua mereka telah menunjukkan lonjakan pencapaian ke tahap sederhana dan baik.
Penggunaan terminologi juga menunjukkan peningkatan yang tinggi dimana hanya terdapat 3
orang pelajar dari kumpulan lemah yang melakukan kesilapan penggunaan istilah. Selain itu,
hasil rawatan mendapati esei yang dihasilkan oleh pelajar meggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya berbanding semasa sesi latihan terdahulu Walaubagaimanapun, masih terdapat lagi
pelajar yang kurang ingat akan aturan tepat semasa proses penghantaran sinaps.

8.2 Rumusan Pemerhatian

Masalah pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran pelajar pasif
selain kurang keyakinan menulis esei dalam Bahasa Inggeris telah dapat diatasi. Sikap pelajar
yang gemar berbual, kurang tumpuan, dan tidak membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak
langsung menunjukkan bahawa teknik pemusatan bahan melalui penggunaan Ohsem Video dapat
mengatasi masalah tersebut. Terdapat pelajar yang memerlukan proses ulangan bagi memahami
dan dapat mengingati konsep pembelajaran. Justeru itu setelah kitar kedua dilaksanakan, terdapat
peningkatan pencapaian yang ketara bagi semua responden.

8.3    Refleksi Pengajaran Guru

Setelah beberapa latihan diberikan, pelajar telah menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran
menulis esei. Keadaan ini memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga
mempunyai keyakinan diri dalam menjawab soalan esei sehingga mampu berdikari membuat
latihan sendiri dan menulis esei dengan baik. Guru juga telah mengemukakan soalan kepada

pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah menulis esei. Pelajar memberi
respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan menulis esei dan tip-tip penting penulisan
esei banyak membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran penulisan esei. Respon positif
daripada pelajar terhadap penggunaan Ohsem Video amat bermakna kepada penyelidik dalam
usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam subjek Biologi.

9.0 PENGHARGAAN

Dapatan kajian yang diperoleh menyokong kenyataan Rosnani Hasim (2009), bahawa
pembelajaran berpusatkan bahan sekiranya dilaksanakan dengan langkah yang betul boleh
meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar. Justeru itu, penggunaan bahan
pembelajaran seperti video boleh diguna pakai dalam memberi kefahaman berkenaan topik
pembelajaran kepada pelajar. Penggunaan unsur teknologi seperti laman Youtube lebih
meningkatkan keterujaan pelajar kerana pelajar pada masa sekarang menjadikan internet sebagai
satu keperluan utama dalam menjalani kehidupan harian mereka, (Nur Suhaidah Sukor et. Al,
2010)

Terdapat ruang penambahbaikan yang besar yang boleh dilaksanakan oleh pensyarah bagi
memastikan pembelajaran terutamanya topik penghantaran impuls disinaps dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Antaranya pensyarah boleh menggunakan strategi gabungan
pembelajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan melalui pembelajaran secara inkuiri.
Pembelajaran inkuiri mampu memberi kesan pengukuhan yang tinggi kepada pelajar, (Rosnani
Hahim, 2009). Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius oleh pensyarah.
Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran, ianya boleh menjejaskan pencapaian
pelajar khususnya dalam penulisan esei. Pensyarah seharusnya peka terhadap masalah
pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu ‘Ohsem Video’ yang diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi topik penghantaran impuls di sinaps diharap mampu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam penulisan esei dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Biologi pada PSPM kelak.

11.0 RUJUKAN:
Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pembangunan modal insan sebagai satu

pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara. Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Kelantan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri

Hashim, S., Yaakub R., & Ahmad, M. Z. (2003). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar
Dengan Berkesan. Shah Alam: PTS.

Hasbrouck, J. E. (1997). Mediated peer coaching for training preservice teachers. The
Journal of Special Education, 31(2), 251-271.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal ringkasan esekutif pelan
pembangunan pendidkan Malaysia 2013- 2025. Kuala Lumpur: KPM

Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013, December). The framework for learning
using video based on cognitive load theory among visual learners. Published in
Proceedings of the 5 th Conference on Engineering Education. pp. 15-20.

Nur Suhaidah Sukor, Kamisah Osman & Maria Abdullah. (2010). Students’ achievement
of malaysian 21st century skills in chemistry. Procedia Social and Behavioral
Sciences (9), 1256–1260

Rosnani Hashim. (2009). Menghidupkan Semula Pedagogi Inkuiri Falsafah di Kalangan
Pendidik dan Pelajar Islam. Jurnal Pendidikan Islam. 13(2):13-28.

Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme lima Fasa
Nedham dalam pengajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan, 20:21-41

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching.
Educational researcher, 15(2), 4-14.

12.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Pensyarah sedang menayangkan ‘Ohsem Video’ kepada pelajar
Rajah 2: Pelajar sedang menonton ‘Ohsem Video’

Rajah 3: Semakan esei pelajar (Ujian Pra)

Pensyarah Rajah 4: Semakan esei pelajar (Ujian Post)
Pelajar A
Pensyarah Assalamualaikum, saya perlu memanggil kamu datang ke sini atas satu
tujuan iaitu disebabkan prestasi ujian yang kita laksanakan baru-baru
Pelajar A
ini.
Pensyarah Kenapa sir? Mengapa dengan markah ujian saya?
Pelajar A Saya dapati prestasi markah ujian kamu bagi topik Coordination adalah
Pensyarah kurang memuaskan. Kamu boleh lihat disini bahawa masalah besar
yang kamu hadapi ialah dalam mengolah jawapan kepada soalan esei

iaitu berkaitan dengan Synapse.
Oh, saya pun kurang pasti (dengan nada menyesal). Maafkan saya sir.
Saya sudah pun berusaha dan belajar untuk ujian yang sir berikan pada
masa tutorial tapi keputusannya tetap kurang memberangsangkan. Saya

tidak tahu dimana silapnya sir.
Jangan risau. Saya panggil kamu datang adalah untuk membetulkan apa

yang salah. Saya amat yakin dengan potensi yang kamu ada.
Maafkan saya sir. Subjek biologi ini memang mencabar. Banyak sangat

yang saya kena baca. Malah, amat sukar untuk saya jawab soalan
berbentuk esei dengan jumlah perkataan yang banyak.

Tidak mengapa. Semua masalah tersebut ada penyelesaiannya. Mari kita
lihat satu persatu masalah yang kamu hadapi. Pertamanya, saya lihat
kamu ada banyak kehilangan markah pada soalan esei bagi topik
Synapse. Kamu tidak mampu menyampaikan ayat esei dengan
sempurna. Banyak ayat esei yang kamu tulis tapi tidak mencapai
maksud dan kehendak soalan.

Pelajar A Maaf ye sir. Saya faham juga konsep dalam Bahasa melayu, tapi bila
Pensyarah nak tulis dalam Bahasa Inggeris ada masalah sikit tambahan pula bila
Pelajar A melibatkan perkataan-perkataan biologi yang banyak(terminologi).

Susah sikit nak buat ayat sir.

Oh, macam tu ke? Ye la. Biologi ini melibatkan banyak konsep yang
abstrak. Namun, bila kita belajar mengikut aliran konsep yang menarik,
mudah untuk kita hadapinya. Saya akan cuba bantu kamu untuk menulis

esei dengan mudah dalam topik Synapse melalui video.

Baik. Terima kasih sir.

Jadual 1: Transkrip temubual pensyarah dan pelajar

Antara isi kandungan di dalam Ohsem Video

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
STRUKTUR KAWALAN PENGULANGAN DALAM PENGKOMPUTERAN

MENGGUNAKAN KAEDAH XLINE

Asmalinda binti Adnan
Hafizah binti Mubara
Noor Azzizarina binti Mehat
Mohd Latifi bin Abdul Ghani
Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changloon, Kedah Darul Aman

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk melihat
keberkesanan penggunaan kaedah XLINE terhadap pelajar dalam
meningkatkan kemahiran penguasaan konsep asas penyelesaian
masalah struktur kawalan pengulangan dalam pengkomputeran dan
seterusnya mengaplikasikan konsep tersebut dalam pengaturcaraan bagi
mata pelajaran Sains Komputer. Kemahiran penguasaan konsep asas
penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan amatlah penting
kerana penguasaan yang baik, jelas dan tepat akan membolehkan
pelajar untuk menguasai topik-topik yang lebih mencabar. Responden
kajian terdiri daripada sembilan (9) orang pelajar dari modul 3 semester 2
sesi 2019/2020 Kolej Matrikulasi Kedah. Model Lewin (1946) digunakan
dalam kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini dijalankan secara kualitatif
dan kuantitatif. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, lembaran kerja tutoran, Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah XLINE telah
dilaksanakan selama satu (1) minggu (5 – 9 Januari 2020). Ujian Pra
telah dilaksanakan sebelum kaedah XLINE dilaksanakan (19 Disember
2019). Dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra adalah kurang
memberangsangkan dengan markah kurang daripada 8/15. Pada minggu
berikutnya iaitu selepas kaedah XLINE diperkenalkan (16 Januari 2020),
Ujian Pasca telah dibuat untuk melihat prestasi pencapaian pelajar.
Dapatan yang diperolehi menunjukkan berlakunya peningkatan
pencapaian pelajar. Sejumlah lapan (8) daripada sembilan (9) orang
pelajar berjaya mendapat markah melebihi 10/15. Analisis data dilakukan
dengan menggunakan peratusan iaitu sejumlah 88.89% bilangan pelajar
mendapat markah melebihi 10/15. Secara keseluruhannya, hasil dapatan
kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah XLINE
telah berjaya meningkatkan kemahiran penguasaan konsep asas
penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan dalam
pengkomputeran dan seterusnya mengaplikasikan konsep tersebut
dalam pengaturcaraan.

Kata Kunci: Kaedah XLINE, struktur kawalan pengulangan,
pengaturcaraan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Dalam menyelesaikan masalah struktur kawalan pengulangan, terdapat tiga (3)
perkara asas yang mesti dikenal pasti terlebih dahulu oleh pelajar pada
pernyataan masalah yang diberi iaitu mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan
turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir. Penyelidik

mendapati bahawa perkara asas inilah yang menjadi masalah utama kepada
pelajar iaitu:
1. Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai awal.

2. Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai akhir.

3. Pelajar tidak dapat mengenal pasti turutan nombor (pola nombor) di antara
nilai awal dan nilai akhir.

Data awal menunjukkan permasalahan dalam mengenal pasti nilai awal, nilai
akhir dan turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir melalui
lembaran kerja tutoran (Rajah 1: Lembaran Kerja Tutoran Pelajar A dan Pelajar
B). Berdasarkan lembaran kerja tutoran tersebut, pelajar hanya mengambil angka
yang terdapat pada soalan dan mendefinisikan angka tersebut sebagai nilai awal
tanpa membuat analisis terhadap soalan yang diberikan. Perkara berikut
menyebabkan pelajar gagal untuk mengenal pasti nilai akhir dan turutan nombor
(pola nombor). Kesan daripada itu menyebabkan pelajar gagal untuk melakukan
penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan.

Dalam kertas kajian Ahgilan Peremol, Rodziah Latih, Marini Abu Bakar (2019),
petikan daripada Saeli et al. (2011), Papadakis et al. (2016) menyatakan bahawa
pengaturcaraan mengajar seseorang untuk berfikir secara bersistematik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Petikan daripada Passey (2017) menyatakan
bahawa kemahiran pengaturcaraan komputer memainkan peranan utama bagi
melahirkan rakyat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Penyelidik berpendapat bahawa mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan turutan
nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir memerlukan pelajar
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan, refleksi, memberi fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi dan
mencipta ke arah penyelesaian masalah. Penyelidik mendapati bahawa bagi
pelajar yang lemah pastinya sukar untuk mereka membuat penaakulan dan
berfikir pada aras tinggi tanpa dibantu oleh bahan atau alat bantuan pengajaran
dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar dalam
Taksonomi Bloom adalah pada aras rendah.

Penyelidik telah memberikan pelbagai analogi dan contoh kepada penyelesaian
masalah struktur kawalan pengulangan. Contoh-contoh tersebut sangat dekat
dan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Antaranya print the first 5
numbers. Pengkaji akan membuat kiraan bersama-sama pelajar sebanyak lima
(5) kali sambil merekodkan kiraan tersebut ke dalam jadual surihan. Namun
begitu, pemerhatian penyelidik terhadap sikap pelajar mendapati mereka
mengambil sikap sambil lewa semasa membuat dan merekodkan kiraan bilangan
tersebut tanpa menfokuskan kepada nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor
(pola nombor).

1. Print any 5 numbers entered by user.

2. Calculate and display the sum of 10 numbers entered by user.

3. Calculate the sum of all odd numbers from 2 to 10.

Jadual 1: Soalan Lembaran Kerja Tutoran



Rajah 1: Lembaran Kerja Tutoran Pelajar A dan Pelajar B
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk membantu pensyarah
dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian
struktur kawalan pengulangan. Fokus utama kajian tindakan ini adalah untuk
mencari penyelesaian kepada masalah pelajar yang kurang mahir dalam
mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor (pola nombor) di antara
nilai awal dan nilai akhir.

Struktur kawalan pengulangan merupakan asas kepada topik tatasusunan. Jika
pelajar tidak mahir dalam topik struktur kawalan pengulangan, ianya akan
memberi kesan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam topik
tatasusunan. Jika perkara ini berlaku ianya boleh menyebabkan minat serta
motivasi pelajar menurun.

Dalam jurnal Siti Sakinah Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof dan Amal
Zunnairah Abu Bakar (2018), petikan daripada Sulaiman dan Shakirin (2011),
menyatakan bahawa pengaturcaraan memerlukan kefahaman dan kemahiran
kognitif yang kompleks. Selain mengajar konsep pengaturcaraan, para pendidik
telah cuba untuk memupuk kemahiran seperti pemikiran kritikal, analitikal dan
penyelesaian masalah yang penting kepada pelajar.

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik ingin pelajar mengetahui bagaimana nilai
awal, nilai akhir dan turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan nilai
akhir dikenal pasti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah struktur
kawalan pengulangan dalam pengkomputeran menggunakan kaedah XLINE.

2. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam mengenal pasti nilai awal, nilai akhir
dan turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir
menggunakan kaedah XLINE.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah kaedah XLINE dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam
penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan dalam
pengkomputeran?

2. Adakah kaedah XLINE dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam
mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor (pola nombor) di
antara nilai awal dan nilai akhir?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tindakan ini penting kerana dapatan yang diperolehi dapat membantu
bukan sahaja pelajar malah ianya juga dapat membantu penyelidik untuk
membuat refleksi tentang pengajaran serta membantu untuk menambah baik

kaedah pengajaran agar ianya bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar.
Berikut adalah kepentingan kajian tindakan ini iaitu:
1. Membantu pelajar menguasai konsep asas penyelesaian masalah struktur

kawalan pengulangan dalam pengkomputeran.
2. Membantu pelajar mengaplikasikan konsep asas penyelesaian masalah

struktur kawalan pengulangan dalam pengaturcaraan.
3. Membantu pelajar mengaplikasikan konsep asas penyelesaian masalah

struktur kawalan pengulangan dalam tajuk tatasusunan.
4. Memudahkan pensyarah untuk menjelaskan konsep tatasusunan.

6.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini hanya melibatkan pelajar daripada kumpulan yang diajar oleh
pengkaji sahaja iaitu pelajar dari modul 3 semester 2 sesi 2019/2020 Kolej
Matrikulasi Kedah yang diambil berdasarkan pencapaian markah yang rendah
iaitu kurang daripada 8/15 pada Ujian Pra. Responden terdiri daripada sembilan
(9) orang pelajar. Tujuh (7) daripadanya adalah pelajar perempuan manakala dua
(2) lagi adalah pelajar lelaki.

7.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian yang dijalankan merupakan kajian tindakan. Ianya dijalankan berpandukan
kepada model Lewin (1946) dalam melaksanakan tindakan untuk meningkatkan
kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan
dalam pengkomputeran. Menurut Lewin (Rajah 7.1: Model Lewin) kajian tindakan
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah yang mempunyai empat (4)
langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Rajah 7.1: Model Lewin

7.1 Merancang

Sebagai langkah perancangan, penyelidik telah meneliti kembali
pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan yang telah diajar selama satu (1) minggu. Penyelidik
mendapati bahawa pelajar mempunyai masalah dalam kemahiran
mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor (pola nombor) di
antara nilai awal dan nilai akhir. Penyelidik merancang kaedah XLINE
untuk mengatasi masalah ini.

Pada peringkat awal, kajian tindakan ini menggunakan pendekatan
kualitatif dan seterusnya diikuti dengan pendekatan kuantitatif. Instrumen
yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Pemerhatian

2. Lembaran kerja tutoran

3. Ujian Pra penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan

4. Ujian Pasca penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan

7.2 Bertindak

Penyelidik mengenal pasti sembilan (9) orang pelajar yang mempunyai
masalah dalam mengenal pasti nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor
(pola nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir. Kaedah XLINE
digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

7.3 Memerhati

Setelah menggunakan kaedah XLINE, penyelidik melakukan Ujian Pasca
terhadap pelajar bagi melihat keberkesanan kaedah tersebut.

7.4 Mereflek

Dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pasca mendapati bahawa pelajar
tersebut dapat:

1. Mengenal pasti nilai awal.

2. Mengenal pasti nilai akhir.

3. Mengenal pasti turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan
nilai akhir.

4. Menyelesaikan masalah struktur kawalan pengulangan.

7.5 Pengumpulan Data

Kajian tindakan ini adalah berbentuk gabungan iaitu menggabungkan
kaedah kualitatif melalui pemerhatian dan kaedah kuantitatif melalui
lembaran kerja tutoran, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Instrumen ini
digunakan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kemahiran pelajar
dalam penguasaan konsep asas penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan dalam pengkomputeran.

Pemerhatian dilakukan oleh penyelidik terhadap pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Disamping mengenal pasti
tahap kefahaman pelajar, penyelidik juga melihat sikap pelajar di dalam
kelas sebelum menggunakan kaedah XLINE.

Seterusnya pelajar diberi lembaran kerja tutoran. Semakan pada
lembaran kerja tutoran tersebut dilakukan oleh penyelidik bagi
mengetahui dengan lebih jelas apakah permasalahan pelajar dalam
penyelesaian masalah struktur kawalan pengulangan. Setelah semakan
dibuat, lembaran kerja tutoran tersebut dipulangkan kepada pelajar.

Ujian Pra dilaksanakan ke atas pelajar dengan tujuan untuk mengesan
tahap kefahaman dan kemahiran pelajar tentang penyelesaian masalah
struktur kawalan pengulangan. Penyelidik menyemak ujian tersebut dan
tidak memulangkan semula kepada pelajar. Penyelidik memilih pelajar
yang mendapat markah kurang daripada 8/15. Pelajar yang dipilih ini
kemudiannya diajar menggunakan kaedah XLINE bagi topik penyelesaian
masalah struktur kawalan pengulangan.

Ujian Pasca dilaksanakan ke atas pelajar yang mendapat markah kurang
daripada 8/15 dengan tujuan untuk mengesan tahap kefahaman dan
kemahiran pelajar tentang penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan setelah kaedah XLINE diperkenalkan.

7.6 Analisis Tinjauan Masalah

Analisis tinjauan masalah dilakukan adalah untuk mengetahui punca,
bagaimana masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan masalah yang dikaji. Jadual di bawah menunjukkan kaedah
mengumpul maklumat yang digunakan di peringkat tinjauan awal masalah
untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu timbul.

Tinjauan Awal Masalah Telah Dikenal Pasti
Masalah

Pemerhatian dilakukan sendiri oleh penyelidik untuk
mengenal pasti masalah dari segi:

Pemerhatian 1. Sikap
Pelajar mengambil sikap sambil lewa semasa
membuat dan merekodkan kiraan bilangan tanpa
menfokuskan kepada nilai awal, nilai akhir dan
turutan nombor (pola nombor).

2. Tingkah laku
Sebelum kajian dilaksanakan pelajar tidak
memberi tumpuan semasa belajar dan apabila
diajukan soalan mereka hanya membisu.

3. Penglibatan pelajar sebelum kajian
Pasif.

1. Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai awal,
pelajar hanya mengambil angka yang terdapat
pada soalan dan mendefinisikan angka tersebut
sebagai nilai awal tanpa membuat analisis
terhadap soalan yang diberikan.

Pemeriksaan 2. Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai akhir.
Lembaran
3. Pelajar tidak dapat mengenal pasti turutan
Kerja Tutoran nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan
nilai akhir.

4. Pelajar gagal untuk melakukan penyelesaian
masalah struktur kawalan pengulangan.

Ujian Pra 5. Kerja tidak disiapkan.

Setelah membuat Ujian Pra, penyelidik mendapati
hanya 10/19 orang pelajar sahaja (mendapat markah
melebihi daripada 7/15) yang dapat mengenal pasti
nilai awal, nilai akhir dan turutan nombor (pola
nombor) di antara nilai awal dan nilai akhir dengan
betul.

7.7 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

7.7.1 Tindakan Menangani Masalah

Jadual perancangan tindakan yang dilaksanakan adalah seperti
berikut:

Tarikh Tindakan

19 Disember 2019 Pelaksanaan Ujian Pra bagi topik
penyelesaian masalah struktur
kawalan pengulangan.

Pemeriksaan kertas Ujian Pra (kertas
22 – 26 Disember 2019 Ujian Pra tidak dipulangkan kepada

pelajar).

5 – 9 Januari 2020 Pengajaran dan pembelajaran bagi
topik penyelesaian masalah struktur
kawalan pengulangan menggunakan
kaedah XLINE.

16 Januari 2020 Pelaksanaan Ujian Pasca bagi topik
penyelesaian masalah struktur
kawalan pengulangan.

19 – 23 Januari 2020 Pemeriksaan kertas Ujian Pasca.

26 – 30 Januari 2020 Data dikumpul dan dianalisis.

7.7.2 Cara Pelaksanaan Tindakan

Kaedah XLINE merupakan ekspresi kendiri yang kreatif yang
dapat dilakukan oleh pelajar dalam menentukan nilai awal, nilai
akhir dan turutan nombor (pola nombor) di antara nilai awal dan
nilai akhir bagi menyelesaiakan masalah struktur kawalan
pengulangan.

Kaedah ini secara langsung dapat meningkatkan kemahiran
pelajar dalam penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan minat serta
motivasi pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik dan
pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.

Kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan alat bantuan
pengajaran interaktif boleh memberikan impak signifikan terhadap
pemahaman dan pencapaian pelajar di dalam kelas (Siti Sakinah
Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof dan Amal Zunnairah Abu
Bakar 2018).

XLINE merujuk kepada pembaris yang direkacipta / diinovasikan
dengan menambah beberapa peralatan tambahan iaitu pelaras.
Pelaras inilah yang membenarkan pelajar untuk menentukan nilai
awal dan nilai akhir berdasarkan soalan. Nilai akhir dapat dikenal
pasti berdasarkan turutan nombor (pola nombor) yang dinyatakan
pada soalan.

Contoh soalan adalah seperti berikut:
a. Calculate the total of first 10 positive integers.

Langkah Penyelesaian
1. Berdasarkan soalan, pelajar mengenal pasti nilai mula

dengan meletakkan pelaras pertama pada nombor 1 - first
positive integers (Rajah 7.2: Nilai Mula).

Rajah 7.2: Nilai Mula
2. Pelajar mengenal pasti nilai akhir dengan meletakkan

pelaras kedua pada nombor 10 - 10 positive integers
(Rajah 7.3: Nilai Akhir).

Rajah 7.3: Nilai Akhir
3. Berdasarkan kedudukan pelaras pertama (nilai mula) dan

pelaras kedua (nilai akhir), pelajar dapat mengenal pasti
turutan nombor (pola nombor) tersebut iaitu gandaan 1.

b. Sum the odd integers between 1 and 10.
Langkah Penyelesaian
1. Berdasarkan soalan, pelajar mengenal pasti nilai mula
dengan meletakkan pelaras pertama pada nombor 1 dan
mengambil nombor 3 sebagai nilai awal - odd integers
between 1 (Rajah 7.4: Nilai Mula).

Rajah 7.4: Nilai Mula
2. Pelajar mengenal pasti nilai akhir dengan meletakkan

pelaras kedua pada nombor 10 dan mengambil 9 sebagai
nilai akhir - odd integers between 1 and 10 (Rajah 7.5: Nilai
Akhir).

Rajah 7.5: Nilai Akhir
3. Berdasarkan kedudukan pelaras pertama (nilai mula) dan

pelaras kedua (nilai akhir), pelajar dapat mengenal pasti
turutan nombor (pola nombor) tersebut iaitu gandaan 2.

8.0 KESAN PENYELIDIKAN

8.1 Kesan Pencapaian Pelajar

1. Calculate the total of first 20 positive integers.
2. Calculate the total of even numbers between 0 and 20.
3. Find average age of a group of 10 players.

Jadual 8: Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos

Rajah 8.1 menunjukan hasil Ujian Pra iaitu sebelum kaedah XLINE
diperkenalkan manakala hasil Ujian Pasca pula adalah setelah kaedah
XLINE diperkenalkan.

Pelajar
A

Ujian Pra Ujian Pasca

Pelajar
B

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 8.1: Perbezaan Hasil Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berikut adalah analisis ujian pra dan ujian pasca terhadap sembilan (9)
orang pelajar:

Pelajar Ujian Pra Ujian Pasca Beza
Peningkatan
1 7 12
2 4 12 5
3 5 11 8
4 4 12 6
5 6 12 8
6 4 11 6
7 7 12 7
8 3 8 5
9 5 11 5
6

Rajah 8.2: Perbezaan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca

Dapatan daripada perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca
menunjukkan peningkatan markah iaitu lapan (8) orang pelajar mendapat
markah melebihi 10/15 manakala hanya seorang pelajar sahaja yang
mendapat markah kurang daripada 11/15. Ini menunjukkan bahawa
pelajar dapat memahami tajuk penyelesaian masalah dalam struktur
kawalan pengulangan dengan menggunakan kaedah XLINE dan
seterusnya kemahiran pelajar juga meningkat.

Markah Tahap Ujian Pra % Ujian Ujian % Ujian
(Bil.) Pra Pasca (Bil.) Pasca
1-5 Lemah
6 66.67 0 0.00
6 - 10 Sederhana
3 33.33 1 11.11
11 - 15 Baik
0 0 8 88.89
Jumlah Pelajar 9 100.00 9
100.00

Rajah 8.2: Perbandingan Peratus Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca

Dapatan kajian tindakan melalui ujian pra mendapati seramai enam (6)
orang pelajar mendapat markah 1 hingga 5 markah dan dikategorikan
berada pada tahap lemah manakala tiga (3) orang pelajar lagi mendapat
markah 6 hingga 10 dan dikategorikan berada pada tahap sederhana.
Ujian pra ini menunjukkan mereka sangat lemah dengan tajuk
penyelesaian masalah dalam struktur kawalan pengulangan.

Setelah ujian pasca dilakukan di mana pelajar tersebut telah belajar
menggunakan kaedah XLINE, berlakunya peningkatan dalam pencapaian
pelajar. Seramai lapan (8) orang pelajar berjaya mendapat markah 11

hingga 15 iaitu pada tahap baik manakala hanya seorang pelajar sahaja
mendapat markah 6 hingga 10 iaitu di tahap sederhana.

Rajah 8.3: Perbandingan Peratus Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca

8.2 Kesan Aktiviti yang Dijalankan
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah XLINE mendorong pembelajaran
berpusatkan pelajar. Mereka dapat melakukan sendiri aktiviti
menyelesaikan masalah dengan berbantukan XLINE.
Mereka dapat menyelesaikan masalah struktur kawalan pengulangan
apabila nilai mula, nilai akhir dan turutan nombor (pola nombor) di antara
nilai awal dan nilai akhir dapat dikenal pasti. Mereka tidak lagi keliru serta
teragak-agak untuk menyatakan nilai-nilai tersebut. Ini kerana pelajar
akan nampak nilai-nilai tersebut dengan lebih jelas berbanding
membayangkannya di fikiran sebelum kaedah XLINE ini diperkenalkan.

8.3 Kesan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Kaedah XLINE secara keseluruhannya memberikan impak yang positif
kepada pelajar. Ini kerana kaedah ini bukan sahaja membantu pelajar
meguasai konsep asas penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan dalam pengkomputeran malah pelajar juga dapat
mengaplikasikan konsep asas penyelesaian masalah struktur kawalan
pengulangan dalam pengaturcaraan.

9.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN


Click to View FlipBook Version