The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidki, 2019-11-21 02:05:42

NIC PROCEEDING 2019

Narathiwat PROCEEDING

Keywords: Narathiwat,Action Research,Teacher Tranning,IPG Sultan Mizan

Gambar 3. Screen Shot langkah masuk ke Kalender Digital.
Langkah 2: Daripada paparan kalender tersebut, pengguna boleh memasukkan maklumat-
maklumat berkaitan aktiviti berkaitan. Berikut laporan mobiliti pensyarah dan staf di JPIPK
bermula bulan Julai hingga Oktober 2019.

Gambar 4. Screen Shot Pergerakan Staf (Julai-Okt 2019).
Langkah 3: Membuat rumusan. Analisis ini diperolehi menerusi mode dalam aplikasi google
calendar 2019. Paparan boleh dilihat dalam mode hari, minggu, bulan dan tahun.

43

Gambar 5. Screen Shot paparan Kalender Digital.

Gambar 5 menunjukkan rumusan aktiviti bermula bulan Julai hingga Ogos 2019. Setiap data
yang dimasukkan menerusi mobile phone atau komputer ahli jabatan PIPK.

Perlaksanaan dijalankan mengikut seperti yang telah dirancangkan. Namun semasa
perlaksanaan tersebut, berlakunya perubahan terhadap perancangan awal. Hal ini disebabkan
pemerhatian yang saya lakukan dan perubahan adalah mengikut hasil pemerhatian dan
maklum balas ahli jabatan. Antara maklum balas ahli jabatan selepas satu bulan penggunaan
kalender digital ialah seperti berikut;

Responden 1: Molek doh, tak payah tukar
Responsen 2: Susah sikit. Coz sy x praktis lg guna google calender.

Pada peringkat akhir kitaran pertama kajian, saya telah membuat pemerhatian keseluruhan
dan temu bual bagi memastikan kesan perlaksanaan kalender digital menangani masalah
yang telah dikenalpasti. Dapatan daripada ini juga merupakan refleksi saya bersama ahli
jabatan untuk memenuhi keperluan kitaran seterusnya di dalam kajian tindakan ini. Pada
peringkat awal email masuk setiap kali ahli mengemaskini kalender mereka. Staf melahirkan
rasa tidak selesa terhadap auto response email yang yang masuk ke dalam inbox mereka.

Responden 3: Kadang2 kalendar mennggangu dlm emel saya.

Hal ini menyebabkan ahli jabatan terpaksa menguruskan inbox email mereka yang penuh
dengan pesanan daripada auto response google calendar. Walau bagaimanapun ahli jabatan
masih positif terhadap penggunaan kalender digital ini dengan memaklumkan tidak perlu
perubahan kepada sistem lama “Responden 4: Molek doh, tak payah tukar”.

Hasil refleksi yang dibuat, saya telah membuat perubahan teknikal terhadap setting pada
kalender agar email tidak menggangu setiap kali ahli menghantar atau mengemaskini data.
Secara tidak langsung, jika masalah masih lagi timbul selepas kitaran peringkat pertama, maka
kajian tindakan pada kitaran kedua akan dijalankan.

44

PENILAIAN

Kitaran bermula dengan peringkat ‘Refleksi’ dan diakhiri dengan peringkat penilaian
menggunakan google form. Memandangkan terdapat perubahan pada maklumbalas positif
ahli jabatan maka keperluan untuk meneruskan kajian tindakan ke kitaran yang seterusnya
tidak diperlukan. Kesan utama daripada penggunaan kalender digital adalah positif. Terdapat
ahli jabatan yang melahirkan perasaan puas hati dengan penggunaan kalerder digital. Berikut
analisis data deskriptif yang menerangkan kesan penggunaan kalender digital.

Demografi Jadual 1: Data Deskriptif Min
Ya Tidak Min=3.4
Apakah Google Calender (GC) (100%)

menjadi pilihan anda? (100%)

Adakah anda mahir

menggunakan GC?

Adakah anda berminat untuk

menggunakan GC pada masa

akan datang?

Adakah GC menyebabkan Tidak (60%)

beban kerja anda meningkat? (40%)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini tertumpu kepada pengujian kalender digital di JPIPK. Pendigitalan dalam
pengurusan mobiliti staf di Jabatan merupakan inovasi baharu yang diperkenalkan. Walau pun
secara literaturnya, penggunaan digital mempunyai masalah kepenggunaan yang rendah dan
sering berlaku apabila sesuatu inovasi diperkenalkan. Namun pengujian yang dilakukan dalam
kajian memberi kesan yang positif. Hal ini memberi kelebihan dalam sistem pengurusan
kerana secara tak langsung ia membuktikan kualiti kerja akan mejadi lebih baik dan efisyen.
Menerusi kajian yang dijalankan, masalah mobiliti staf dapat dilaporkan dengan baik dan
masalah mobiliti dapat diketahui oleh ketua Jabatan dan ahli jabatan yang lain, khususnya
dalam melibatkan pergerakan staf yang aktif. Secara keseluruhannya, penggunaan kalender
digital dapat membantu jabatan PIPK dalam merancang dan melaporkan mobiliti staf dengan
baik. Kajian ini boleh dipanjangkan kepada jabatan-jabatan lain dalam merangka strategi-
strategi perancangan dan pelaksanaan yang lebih dinamik berkaitan dengan pengurusan data
menggunakan kalender digital.

BIBLIOGRAFI

G., M., T., P., & J., O. (2005). A single case experimental design comparing two memory

notebook formats for a man with memory problems caused by traumatic brain injury.

Neuropsychological Rehabilitation.

Kapur, N., Glisky, E. L., & Wilson, B. A. (2004). Technological memory aids for people with

memory deficits. Neuropsychological Rehabilitation.

https://doi.org/10.1080/09602010343000138

Wilson, B. A., Emslie, H., Quirk, K., & Evans, J. (1999). George: Learning to live independently

with NeuroPage®. Rehabilitation Psychology. https://doi.org/10.1037/0090-

5550.44.3.284

45

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN MAQAL BAHASA ARAB DI KALANGAN MURID
TINGKATAN 3 “HARAPAN LULUS” DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ”AL HAIKAL AL AAM”

Rokiah Hasan
SMKA Durian Guling, Terengganu, Malaysia

[email protected]

Ahmad Shidki Mat Yusoff, Fan Siong Peng
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah membina Maqal Bahasa Arab bagi
murid Harapan Lulus. seramai 20 orang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian TOV, peperiksaan pertengahann tahun
dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan murid yang gagal dalam
mata pelajaran Bahasa Arab adalah mereka yang tidak menjawab bahagian Maqal. Ini
adalah kerana soalan maqal menyumbang markah yang paling banyak iaitu sebanyak
20 markah berbanding soalan-soalan lain. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan
kepada teknik menjawab soalan karangan agar murid mampu mendapat sekurang-
kurangnya markah minima (13 markah) walaupun mereka tidak memahami tajuk
karangan. Berdasarkan analisa terperinci yang telah saya buat, saya dapati terdapat
sebahagian besar murid yang mendapat markah kurang dari 5 markah. Malah ada
yang lebih mengecewakan apabila terdapat sebilangan mereka yang lagsung tidak
menulis apa-apa pada ruangan jawapan dan ini menyebabkan mereka tidak mendapat
apa-apa markah bagi soalan ini. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid di
dalam membina dan menyusun perkataan-perkataan untuk menjadi ayat yang
lengkap. Melalui kajian penyelidikan ini, diharapkam agar “Al Haikal Al Aam “yang saya
cipta ini dapat membantu murid yang lemah dalam membina karangan. Rangka maqal
ini telah saya olah dan susun agar sesuai digunakan bagi kebanyakan tajuk maqal.
Kaedah ini saya namakan ”Al haikal Al Aam” kerana iainya di anggap sebagai sebuah
kerangka maqal yang sesuai digunakan di kebanyakan tajuk selaras dengan
kandungan KSSM(Kurikulum Standard Sekolah Menegah).. Murid telah didedahkan
kepada kaedah “Al Haikal Al Aam” selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 2 minggu (7 Ogos hingga 18 Ogos) Keputusan ujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mudah
membina maqal dengan menggunakan kaedah ”Al haikal Al Aam.”

Kata kunci: penulisan maqal, bahasa Arab, murid Tingkatan Tiga, kaedah ”Al haikal Al
Aam”

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Arab digubal bertujuan untuk mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum tersebut dilaksanakan di sekolah sebagai
usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan selain bahasa
Inggeris seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Kurikulum ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Arab iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran tersebut
dinyatakan secara spesifik dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)
yang telah ditentukan. Kejayaan murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa ini dapat

46

meningkatkan kesediaan mereka untuk berinteraksi dengan menggunakan sistem bahasa yang
betul mengenai diri sendiri dan persekitaran mereka selaras dengan Common European
Framework of Reference for Language ( CEFR) Kepentingan bahasa Arab meliputi kepentingan
dalam mendalami ilmu pengetahuan, penyelidikan, sosial, ekonomi, politik, pelancongan dan
hubungan antarabangsa. Ianya juga mengambil kira keperluan generasi baru untuk menguasai
lebih daripada satu bahasa.

Saya merupakan guru bahasa Arab di SMK Durian Guling, Terengganu, Malaysia. Pada tahun
ini, saya diamanahkan untuk mengetuai satu projek khas “Harapan Lulus” melibatkan 20 orang
yang berprestasi rendah. Responden yang terlibat adalah dalam kalangan murid yang
memperolehi maqal sebanyak (0-5 markah). Maqal ialah karangan pendek bahasa Arab yang
perlu murid memperolehi markah sekurang-kurang (13 markah) untuk lulus. Markah maksimum
utuk lulus dalam bahagian Maqal adalah 20 markah daripada 100. Pembahagian markah Maqal
seperti berikut; Mufradat (8 markah), Qawaid (5 markah), Uslub (5 markah), Khat (3 markah).
Mengikut laporan pencapaian TOV 2019, seramai 8 orang gagal Bahasa Arab dengan Gred F. Ini
sudah tentu menzahirkan kebimbangan pihak sekolah dan ibu bapa terhadap mata pelajaran ini.
Kebimbangan ini muncul kerana ianya menjadi syarat dan peraturan meneruskan pembelajaran
di SMKA Durian Guling ke Tingkatan Empat yang mana murid-murid mesti mendapat sekurang
kurangnya gred C di dalam matapelajaran Bahasa Arabbagi Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Murid
kehilangan markah dalam bahagian maqal ini, yang memperuntukkan markah sebanyak 20
markah. Kebanyakan mereka mendapat markah antara” 0 “ hingga “ 5 “markah sahaja bagi
soalan maqal. Hal ini kerana mereka hanya membiarkan ruangan itu kosong tanpa apa-apa
perkataan walaupun sekadar menulis tajuk karangan. Melihat kepada keadaan ini, saya dan
panatia Bahasa Arab dapat merumuskan bahawa murid kurang berminat untuk menjawab soalan
maqal. Antara alasan yang diberikan oleh murid seperti berikut: ”... saya tak faham tajuk”, ”...tak
pandai nak karang ustazah”, ”...saya rasa nak pecah kepala (wahai) ustazah.“

Setelah post mortem TOV di buat pada mesyuarat Post Mortem yang pertama pada awal tahun
2019, saya merasa sedih dan malu terhadap keputusan tersebut. Sedangkan guru-guru kami
yang mengajar Tingkatan 3 ini semuanya berpengalaman dan saya tidak pernah sekali kali
mengenepikan kehebatan guru-guru saya di dalam PDPc mereka. Wibawa saya sebagai Jurulatih
Utama Kebangsaan bagi Bahasa Arab PT 3 tercabar dan memberi tekanan kepada saya.
Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan para guru Tingkatan 3 untuk mewujudkan satu
program atau biasa disebut sebagai klinik bagi membantu pencapaian murid di dalam mata
pelajaran ini.

FOKUS KAJIAN
Tanggapan Pengetua dan sebahagian ibu bapa terhadap Mata pelajaran Bahasa Arab sebagai
”killer subject” bagi kebanyakan sekolah menjadi satu tamparan hebat kepada saya. Kajian
tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan Maqal. Terdapat
keperluan untuk menjalankan kajian ini kerana ia sekurang-kurangnya mampu membantu para
murid memperoleh markah bermula dari markah minima (13 markah) sehinggalah markah penuh
(20 markah). Secara tak langsung menerusi kaedah ini murid mampu mendapat markah 13
markah tanpa mengetahui makna tajuk maqal dan tidak mempunyai banyak idea untuk ditulis.
Justeru itu, saya merasakan kajian ini amat bermanfaat terutama bagi murid yang lemah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan pencapaian penulisan Maqal Bahasa Arab dalam Penilaian Tingkatan 3.

47

Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina Maqal
2. Membantu murid memperoleh markah minima (13 markah) dalam penulisan Maqal
3. Meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan karangan.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang murid HARAPAN Tingkatan 3 SMKA Durian Guling, Terengganu,
Malaysia yang terdiri daripada 12 lelaki dan 8 perempuan. Semua murid SMKA di seluruh
Malaysia akan menduduki ujian bertulis PT3 Bahasa Arab pada 30 September 2019.

TIDAKAN YANG DICADANGKAN
Saya amat terkejut apabila mendapati keputusan peperiksaan TOV 2019 bagi mata pelajaran
Bahasa Arab yang kurang memberangsangkan. Seperti biasa saya akan membuat analisa
terperinci bagi setiap soalan untuk mengenal pasti aras kesukaran soalan yang dihadapi oleh para
murid. Di samping itu, berdasarkan sesi temu bual dengan para murid, sebahagian besar murid
projek Harapan Lulus menyatakan soalan 5 adalah soalan yang paling sukar untuk mereka jawab.
Soalan 5 ini berkaitan dengan soalan bahagian maqal (20 markah). Hasil perbincangan dengan
saya dengan panatia, kami menetapkan sasaran seramai 20 orang murid bagi menyertai program
ini. Setelah kami membuat refleksi terhadap masalah ini, kami telah bersetuju untuk
mencadangkan satu kaedah baharu dalam penulisan maqal. Kaedah ini dibuat bagi mengikis
tanggapan ”susah” dan “ tak pandai “ terhadap mata pelajaran Bahasa Arab terutamanya dalam
menulis sebuah maqal yang hanya 30 patah perkataan sahaja. Justeru itu, saya telah
memperkenalkan satu kaedah yang dinamakan ”Al Haikal Al Am” bagi menyelesaikan masalah
ini. Sebagai seorang Jurulatih Utama Bahasa Arab saya sangat yakin kaedah ini akan membantu
saya dan rakan-rakan meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan maqal.

PELAKSANAAN KAJIAN
Setelah meneliti analisa terperinci yang dibuat, saya dapati kebanyakan murid mengalami
masalah dalam menjawab soalan maqal, soalan tatabahasa dan ungkapan. Hanya 2 orang murid
yang mendapat markah tinggi bagi soalan maqal iaitu sebanyak 15 markah (seorang) dan 17
markah (seorang). Seramai 9 orang murid yang mendapat markah yang sederhana iaitu antara
10 – 13 markah. Terdapat seorang murid yang mendapat 8 markah dan seramai 5 orang murid
mendapat 3-7 markah. Paling menyedihkan saya, seramai 3 orang murid yang mendapat markah
”0”, ini bermakna mereka hanya membiarkan ruangan jawapan itu kosong tanpa sebarang
perkataan. Berikut adalah perincian markah bagi soalan karangan:

Jadual 1. Analisa Terperinci Soalan 5 (Maqal). Pembahagian markah mengikut Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM), (2019)

Bil Markah Sebelum Kaedah
1. 18-20 0
2. 14-17 2
3. 10-13 9
4. 08-09 1

48

5. 03-07 5
6. 0 3
20

Oleh yang demikian, saya meminta murid membaca rangka karangan “AL HAIKAL AL AAM”
secara beramai-ramai. Malangnya saya dapati masih ada murid yang tidak lancar membaca
rangka karangan tersebut, malah ada yang masih tergagap-gagap. Ini jelas menunjukkan sifat
mereka yang tidak bersungguh sungguh dan kurang yakin dengan kaedah saya ini. Selepas
membuat refleksi bersama guru-guru, saya membuat langkah-langkah berikut:

Langkah 1: “Salin semula”

Strategi pertama yang saya ambil adalah menyalin “AL HAIKAL AL AAM” di papan hitam dan
meminta murid mnyalin juga di dalam buku latihan mereka. Saya akan mempastikan tulisan yang
mereka tulis sama dengan apa yang saya tulis dj papan hitam .Saya tidak membahagikan kepada
mereka kertas contoh Al Haikal Al Aam . Ini adalah kemahiran menulis yang perlu saya serapkan
di dalam Kemahiran Berbahasa terutama di dalam B Arab.

Gambar 1. Guru sedang menyalin Al Haikal Al Am di papan tulis

Gambar 2: Murid juga menyalin apa yang ditulis guru di papan putih

Langkah 2: “Menyebut dengan berulang ulang”
Selepas aktiviti menulis dilakukan saya akan memperdengarkan bacaan contoh dari segi sebutan
huruf atau makhraj dan baris. Saya akan membaca secara berulang ulang maqal“Al Haikal Al
Aam “ ini supaya dapat melembutkan lidah mereka dengan sebutan perkataan tersebut.
Kemudian saya akan memilih secara rawak lebih kurang 5 orang murid untuk memperdengarkan
bacaan contoh sambil diikuti oleh murid lain .Iainya berlaku di bawah bimbingan dan pemantauan
saya.

49

Gambar 3: Murid sedang menyebut berulang ulang dan beramai ramai.

Langkah 3: “Memberi Makna dan terjemahan” perkataan tersebut supaya

Langkah seterusnya saya akan meberi makna dan mnterjemah
mereka dapat lebih memahami kehendak maqal tersebut.

Gambar 4: Guru memberi makna dan terjemahan.

Langkah 4: Tasmi’
Langkah Tasmi’ ini sangat perlu bagi menilai keberkesanan kaedah ini. Iainya menjadi
pengukuhan kepada semua pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi matapelajaran
Bahasa arab.Melalui tasmik ini saya memastikan mereka menyebut dengan betul dan baris yang
betul. Saya juga mempastikan semua murid berjaya ditasmik. Tasmik ini mengambil masa selama
lebih kurang lima minit seorang. Jadi dua puluh orang mengambil masa selama 100 minit. Dan
iainya sangat memenuhi kelas klinik harapan lulus saya selama dua jam. Langkah tiga dan empat
diambil selang masa selama seminggu.

50

Gambar 5: Murid sedang di tasmik guru.

Langkah 5: Reward atau penghargaan
Sekali-sekala saya menggunakan strategi ini untuk mengenalpasti antara murid yang telah
menghafal dan yang masih belum menghafal “Al Haikal Al Aam” sepenuhnya. Bagi murid yang
berjaya menghafal dan menyebut dengan lancar, mereka diberikan “reward” (ganjaran) iaitu
dibenarkan duduk. Murid kelihatan berlumba-lumba untuk ditasmik supaya mereka dapat duduk
dengan cepat. Bagi murid yang masih belum mengingat sepenuhnya, saya mengaplikasikan
teknik “punishment” (denda) iaitu murid diminta membuka catatan atau nota yang telah ditulis
sebelum ini dan menghafal di taman bersebelahan dengan tempat klinik diadakan. Manakala bagi
murid yang telah selesai tasmik, saya meminta mereka untuk memerhatikan ejaan agar dapat
menulis kembali “Al Haikal Al Aam ” dengan betul.Yang sangat baik sebutan dan makhraj diberi
sedikit cenderahati

Gambar 6 : Murid diberi penghargaan kerana berjaya menghafaz dan menulis dengan baik

Langkah 6: Ejaan atau“Imlak”
Setelah memastikan semua murid telah menghafal “Al Haikal Al Aam” dengan baik, saya telah
mengadakan chain story telling iaitu dengan menulis di papan hitam sebaris seorang dengan
menyambung baris bagi menguji sejauh mana murid dapat menulis “Al Haikal Al Aam” dengan

51

betul. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati seramai 14 dari 20 orang murid dapat
menulis “Al Haikal Aam” dengan baik walaupun masih terdapat beberapa kesalahan ejaan.
Justeru itu saya meminta murid yang masih gagal menulis “Al Haikal Al Aam” dengan betul untuk
menyalin semula rangka karangan tersebut sebanyak 3 kali. Sebagai langkah terakhir, saya
mengadakan ujian imlak buat kali kedua.Ujian ini telah saya jalankan di bilik tayang bagi
mengelakkan para murid daripada meniru, berbincang, atau bertanya rakan dan sebagainya.

Gambar 7: Murid membuat langkah terakhir dengan menulis semula bagi membetulkan ejaan
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Setelah ujian ini dijalankan, saya mendapati seramai 15 orang murid dapat menulis karangan
tersebut menggunakan kaedah “Al ” dengan baik dan seramai 5 orang murid lagi dapat menulis
karangan pendek dengan amat baik walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan. Saya
berbangga apabila tiada seorang pun murid yang membiarkan ruang jawapan kosong. Saya
berasa amat gembira dengan peningkatan yang ini. Saya juga menerima maklumbalas daripada
murid selepas murid pengajaran dilakukan. Antara maklumbalas yang diterima.

Justeru itu, kebarangkalian untuk lulus Bahasa Arab adalah tinggi. Saya tidak sabar untuk melihat
hasil yang seterusnya dalam Peperiksaan Percubaan Bahasa Arab PT3.
Jadual 2. Analisa Terperinci Soalan 5 (Maqal). Pembahagian markah mengikut Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM), (2019)

52

Bil Markah Sebelum Kaedah Selepas Kaedah
1. 18-20 0 5
2. 14-17 2 15
3. 10-13 9 0
4. 08-09 1 0
5. 03-07 5 0
6. 0 3 0
20 20

Jadual 3. Analisa Perbandingan Sebelum & Selepas Menggunakan Kaedah ”Al-Haikal Al Aam”

BIL MARKAH BILANGAN MURID

1 18 – 20 SEBELUM SELEPAS
2 15 – 17
3 10 – 13 05
4 8-9
5 3–7 2 15
60
90
JUMLAH
10

50

30

20 20

KESIMPULAN
Bahasa Arab bukanlah satu mata pelajaran yang menjadi killer subject seperti yang dianggap oleh
para murid dan sebahagian ibubapa.. Guru memainkan peranan yang amat besar sebagai
”pemudahcara” agar rasa fobia terhadap susahnya Bahasa Arab dapat dikikis sama sekali di
dalam minda dan pemikiran murid. Kesan kajian ini telah mendorong saya untuk melakukan lebih
banyak kajian tindakan demi kecemerlangan anak bangsa terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Arab. Perancangan saya yang seterusnya pada hadapan ini adalah untuk mengatasi
masalah murid dalam menjawab soalan “membina ayat berkesan” menerusi soalan yang
keempat dengan menggunakan kaedah ”Tajuk besar”

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
pensyarah dari Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme keguruan, IPG Sultan Mizan,
Besut, terutamanya Dr. Ahmad Shidki Mat Yusoff dan Dr. Fan Siong Peng yang banyak memberi
tunjuk ajar dan bimbingan sehingga terhasilnya kajian saya pada kali ini. Tidak lupa juga kepada
Tn Haji Salleh Bin Ab. Bakar selaku pengetua SMKA Durian Guling, Pn Hajah Zulaida Binti Mohd
Zain selaku Pen. Kanan Pentadbiran, En Ghazali Bin Ismail selaku GKMP Pendidikan Islam Dan
Bahasa Arab di atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Terima kasih yang tidak
terhingga juga buat semua guru Bahasa Arab dan murid Tingkatan 3 khususnya bagi murid
Program “Harapan Lulus” SMKA Durian Guling yang telah memberi kerjasama dan sokongan

53

yang sangat besar nilainya dalam membantu saya di dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih
yang tidak terhingga saya tujukan khas buat suami saya yang tercinta iaitu Tuan Haji Rosdi Bin
Mat Rani serta anak-anak yang disayangi kerana memahami kesibukan saya dalam
melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang ”murabbiah dan Muaddibah yang
sangat mencintai ilmu Bahasa Arab.
BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. (2008). Psikologi Orang Berjaya, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.
Hassan, Ali. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan, Kuala Lumpur: Percetakan CS.

54

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA UNTUK MEMPELAJARI TOPIK BENDERA
JALUR GEMILANG MENGGUNAKAN GEMILANG BOOK

Nurdiyana Amalin, Normala Hanafi, Norazan Mat Nor, Norisin Mohamad
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia
[email protected]

ABSTRAK

Gemilang Book ialah satu alat bimbingan yang mengintegrasikan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dan bahan maujud ke dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Perkataan Gemilang adalah merujuk kepada Bendera Jalur
Gemilang. Gemilang Book dihasilkan bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah
dalam memahami dan mengingat maklumat-maklumat yang ada pada Bendera Jalur
Gemilang. Selain itu, Gemilang Book dihasilkan dengan menggunakan prinsip kaedah
pembelajaran secara flipped classroom. Gemilang Book merupakan satu bahan maujud yang
berupa buku yang berkaitan dengan Bendera Jalur Gemilang. Aktiviti di dalam Gemilang Book
terdapatnya QR code dan Hp Reveal bagi info-info yang berkaitan dengan Bendera Jalur
Gemilang. Murid akan mengimbas QR Code tersebut menggunakan telefon pintar untuk
melihat video, informasi dan permainan yang berkaitan dengan Bendera Jalur Gemilang ini.
Ringkasnya, nota-nota berbentuk video akan membantu murid untuk lebih memahami dan
seterusnya mengingat mengenai Bendera Jalur Gemilang. Ini kerana melalui video pelbagai
teknologi maklumat dapat diintegrasikan seperti animasi, grafik, audio dan sebagainya. Bagi
menguji kefahaman dan pencapaian murid, pentaksiran atas talian dilaksanakan dengan
menggunakan perisian Google Form. Gemilang Book dapat menarik minat murid dan
menimbulkan keseronokan semasa proses PdPc. Gemilang Book amat sesuai diaplikasikan
kerana ianya menerapkan unsur didik hibur dan pengintegrasian TMK dalam PdPc selaras
konsep 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21.

Kata kunci: Alat bimbingan, Sejarah Tahun 5, bendera Jalur Gemilang dan pembelajaran abad
ke-21

PENGENALAN
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah rendah. Mata pelajaran
Sejarah sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Kurikulum Sejarah sekolah rendah
merupakan satu bentuk kurikulum yang dilihat sebagai satu usaha dalam melahirkan
warganegara yang bersatu padu, mempunyai perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia,
berpengetahuan dan menghayati serta mengamalkan ciri-ciri warganegara yang cemerlang.
Rowse (1963) menyatakan bahawa pendidikan sejarah dilihat sebagai suatu subjek yang
mempunyai nilai pembelajaran (educational value) yang sangat tinggi. Menurut Khoo (1992),
pendidikan Sejarah dilihat sebagai alat untuk mencari akar umbi keperibadian. Ringkasnya,
pendidikan Sejarah secara amnya menjelaskan mengenai proses pembelajaran seseorang
mengenai fakta atau peristiwa masa lalu dalam mendepani hari-hari yang mendatang dengan ilmu
yang penuh di dada. Kendatipun begitu, murid-murid sering mengalami masalah dalam
memahami dan mengingati fakta sejarah yang dipelajari. Hal ini ekoran daripada isi pelajaran
yang berbentuk fakta semata-mata dan sikap murid-murid yang cepat berasa bosan. Justeru,
Gemilang Book dihasilkan bagi mengatasi masalah murid yang tidak dapat memahami berkenaan
topik Bendera Jalur Gemilang bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

55

Kreativiti merupakan salah satu elemen Pembelajaran Abad ke 21 (PAK-21) yang merujuk kepada
sesuatu proses yang berlaku di mana ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baharu, berguna
dan juga berkualiti. Ribuan terima kasih kepada pensyarah atas kepercayaan dan bimbingan yang
diberikan dalam merealisasikan kajian ini sekali gus menerapkan elemen kreativiti dan inovasi ini.
Kajian ini melibatkan empat orang murid Tahun 5 Ibnu Sina di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak,
Besut, Terengganu. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan dari kelas yang sama. Keempat-empat murid merupakan murid yang berada pada
aras lemah pencapaian dalam subjek Sejarah.

Jadual 1. Perbandingan Markah Sebelum Dan Selepas Ujian

Peserta kajian Ujian Ujian Selepas Peratus Perubahan
Sebelum (%) Markah Ujian Sebelum
PK1
PK2 (%) 72 dan Selepas
PK3 78 (%)
PK4 44 70 63.64
Min 40 74 95
42 73.5 66.67
46 60.87
43 71.55

Selepas pengkaji membuat refleksi PdPc dan kendiri, pengkaji mendapati bahawa terdapat
beberapa orang murid dalam kelas tahun 5 Ibnu Sina tidak dapat menguasai objektif
pembelajaran berkenaan topik Kerajaan-kerajaan Melayu Awal. Hal ini dapat dilihat ketika proses
aktiviti lembaran kerja dilakukan. Didapati terdapat empat orang murid mendapat markah yang
rendah dalam lembaran kerja yang diberi. Apabila pengkaji mengajukan soalan terbuka kepada
murid berkenaan, didapati keempat-empat murid tersebut tidak dapat menjawab kesemua soalan.
Hal ini jelas menunjukkan dimana murid-murid berkenaan tidak dapat memahami dan seterusnya
menguasai isi pelajaran yang telah diajar dalam proses PdPc berkenaan. Rentetan daripada ini,
pengkaji mencuba untuk melakukan penambahbaikan bagi mengatasi masalah berkenaan.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Setelah meneliti masalah utama yang timbul, pengkaji telah membuat perancangan untuk
mengubah amalan pengajaran dengan menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dan bahan maujud bagi membantu murid memahami dan mengingati Bendera
Jalur Gemilang. Oleh itu, Gemilang Book dicipta berkonsepkan prinsip pembelajaran flipped
classroom, penggunaan TMK dan bahan maujud.

Perkataan Gemilang adalah diambil daripada perkataan bendera Jalur Gemilang. Dengan
penggunaan Gemilang Book memperlihatkan murid bertanggungjawab secara sepenuhnya
terhadap proses PdPc mereka untuk meneroka sendiri fakta-fakta berkenaan Bendera Jalur
Gemilang dengan cara mengimbas QR Code yang terdapat pada Gemilang Book dengan
menggunakan telefon pintar. Proses ini dapat dilaksanakan dalam kumpulan kecil ataupun secara
individu. Hal ini juga selanjutnya dapat digunakan untuk menarik minat murid untuk mempelajari
subjek Sejarah. Dalam pada itu, Gemilang Book adalah satu kit pembelajaran yang lengkap di
mana di dalamnya bukan sahaja terdapat maklumat-maklumat yang berkaitan Bendera Jalur
Gemilang semata-mata tetapi juga permainan, kuiz dan video-video pembelajaran yang menarik
berkaitan dengan tajuk Bendera Jalur Gemilang ini.

REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

56

Pengkaji telah memberikan ujian sebelum terlebih dahulu kepada kumpulan sasaran untuk
mengetahui tahap pengetahuan sedia ada mereka sebelum menjalankan bimbingan
menggunakan Gemilang Book. Ujian sebelum yang dilakukan adalah berkonsepkan pentaksiran
atas talian yang menggunakan perisian Google Form. Ini selaras dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Mok (1994), ujian sebelum ialah satu jenis ujian yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang pengetahuan murid yang sedia ada supaya guru dapat
merancang aktiviti PdPc dengan lebih berkesan. Soalan yang diberi meliputi topik Bendera Jalur
Gemilang yang merangkumi 10 soalan objektif. Manakala, masa selama 20 minit telah diberikan
untuk menjawab semua soalan. Ujian sebelum ini dilaksanakan di dalam bilik makmal komputer
sekolah.

Berdasarkan keputusan ujian sebelum yang diperolehi, murid dilihat masih belum menguasai
topik berkenaan Bendera Jalur Gemilang secara sepenuhnya. Ringkas kata, murid-murid masih
belum memahami dan mengingati isi pelajaran dalam topik berkenaan. Bagi mengatasi masalah
ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk merangka satu alat bimbingan yang mampu
mengatasi masalah yang timbul. Bimbingan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan
menggunakan Gemilang Book iaitu gabungan penggunaan telefon pintar dan bahan maujud.

Alat bimbingan ini adalah berkonsepkan pembelajaran kendiri mahupun berkumpulan. Dimana
murid boleh menggunakan Gemilang Book secara bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil.
Ini dapat dilaksanakan dengan cara murid perlu mengimbas QR Code atau Hp Reveal yang
terdapat pada Gemilang Book dengan menggunakan telefon pintar yang telah disediakan oleh
pengkaji. Murid perlu mengimbas icon QR Code dan Hp Reveal berkenaan yang berisi nota-nota
berbentuk animasi dan video yang dimuatnaik pada laman sesawang YouTube. Dalam langkah
ini guru lebih berperanan sebagai pemudah cara dalam mengawasi dan menjawab persoalan
yang dikemukakan oleh murid.

PENILAIAN

Ujian selepas bimbingan ini dilaksanakan selepas pengkaji menjalankan bimbingan bagi
mengenalpasti adakah penggunaan Gemilang Book dapat membantu meningkatkan kefahaman
dan ingatan murid dalam topik Bendera Jalur Gemilang. Alat pentaksiran yang sama iaitu Google
Form serta soalan ujian yang sama seperti soalan ujian sebelum telah digunakan dalam ujian
selepas ini tetapi berbeza dari segi susunan soalan ujian. Hal ini bagi memudahkan proses
perbandingan data sebelum dan selepas tindakan bimbingan dilaksanakan. Masa selama 20 minit
diberikan untuk menjawab semua soalan. Temu bual dilaksanakan selepas peringkat bimbingan
dijalankan. Menerusi temubual, peserta kajian menjawab pertanyaan soalan dan pendapat
mereka mengenai Gemilang Book.

Setelah selesai menjalankan bimbingan, pengkaji kemudiannya telah membuat pemerhatian
terhadap tahap penguasaan murid. Oleh itu, pengkaji telah menganalisis kesemua data yang
diperoleh daripada ujian sebelum dan ujian selepas serta temubual yang telah dilaksanakan
semasa bimbingan dijalankan. Keputusan ujian sebelum dan selepas menunjukkan bahawa
berlaku peningkatan terhadap tahap kefahaman dan ingatan murid dalam topik Bendera Jalur
Gemilang. Selain itu, penggunaan Gemilang Book juga telah menarik minat murid untuk
mempelajari topik berkenaan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal. Oleh hal yang demikian, pengkaji
menyimpulkan bahawa persoalan-persoalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji sudah dapat
dicapai dengan jayanya.

57

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Selepas menjalankan kajian tindakan dan segala data telah dikumpul oleh pengkaji dan
diinterpretasi dalam bentuk graf dan jadual. Data dikeluarkan untuk mendapatkan banding beza
terhadap ujian sebelum dan selepas melaksanakan kajian tindakan. Secara keseluruhannya,
objektif kajian ini tercapai di mana peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam tahap
kefahaman mengenai topik Bendera Jalur Gemilang. Dalam pada itu, melalui kajian ini juga dapat
menunjukkan bahawa penggunaan Gemilang Book mampu menarik minat murid untuk
mempelajari topik Bendera Jalur Gemilang secara amnya. Pengkaji berpuas hati dengan dapatan
akhir kajian ini yang dapat menjawab persoalan kajian.

Kajian ini membantu dalam meningkatkan kefahaman dan menarik minat peserta kajian dalam
subjek Sejarah berkenaan topik Bendera Jalur Gemilang. Kajian ini membuktikan bahawa dengan
menggunakan Gemilang Book, ianya dapat meningkatkan kefahaman seterusnya menarik minat
peserta kajian untuk mempelajari topik ini. Ini adalah berdasarkan peningkatan markah peserta
kajian dalam ujian sebelum dan selepas. Bagi kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan agar
penggunaan Gemilang Book ini diperluas untuk kesemua topik dalam subjek Sejarah sekolah
rendah. Hal demikian kerana nota berbentuk animasi dan video sangat membantu meningkatkan
kefahaman murid. Selanjutnya, ia juga dapat menarik minat murid untuk terus mempelajri subjek
Sejarah secara amnya.

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan kepada Encik Norisin merupakan pensyarah daripada Institut Perguruan
Sultan Mizan, Besut, Terengganu atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan kajian
ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya atas sokongan dan
dorongan dalam menghasilkan Gemilang Book ini.

BIBLIOGRAFI
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria: Deakin University

Press.
Khoo, K. K. (1992). Perkembangan pendidikan Sejarah. Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan

Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok, S. S. (1994). Penilaian, pemulihan dan pengayaan dalam pendidikan. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.
Rowse, L. A. (1963). The use of History. Aylesbury: Hazell Watson and Biney Ltd.

58

LEKSIKAL SATU SUKU KATA DIALEK KELANTAN DALAM WHATSAPP MESSENGER

Azrizan Abu Bakar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

[email protected]

Karim Harun
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Rosli Ibrahim, Mazri Abd Rahman
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

ABSTRAK

Masyarakat Kelantan dikatakan mempunyai dialek yang unik dan agak pelik berbanding
dialek negeri lain kerana penggunaan kata-katanya yang jauh berbeza dengan bahasa
standard. Keunikan dialek Kelantan ini menguatkan lagi identiti dan perasaan kenegerian
masyarakat Kelantan. Pengkaji meneliti aspek ini dalam data berbentuk tulisan yang tentunya
berbeza dengan data dalam bentuk lisan. Kajian ini memilih aplikasi WhatsApp yang
digunakan dalam telefon pintar sebagai data kajian bertepatan dengan penggunaannya yang
semakin tersebar luas dalam segenap lapisan masyarakat. Kajian ini memfokuskan
penggunaan kata satu suku kata dialek Kelantan yang digunakan dalam dua group
WhatsApp. Grup whatsapp 1 merupakan informan terdiri daripada pensyarah IPG manakala
grup whatsapp 2 merupakan informan pelbagai profesion. Pengkaji menggunakan teknik
pemerhatian tidak ikut serta dalam mengutip data bagi mengelak sebarang gangguan dan
campur tangan dalam komunikasi yang berlangsung. Data WhatsApp dikutip melalui chat
history yang dihantar melalui e-mel untuk dicetak. Bagi menghuraikan data tersebut pengkaji
memanfaatkan Teori Etnografi Hymes (1974). Berdasarkan data kajian, pengkaji mendapati
leksikal kata satu suku kata kerap digunakan dalam komunikasi whatsapp terutama dalam
grup whatsapp 2 yang mempunyai pelbagai profesion. Pengkaji turut mendapati antara
komponen Grid Speaking yang mempengaruhi dapatan ini selain daripada komponen peserta
ialah komponen tujuan komunikasi antara informan.

Kata kunci: leksikal, satu suku kata, dialek, Kelantan, WhatsApp

PENGENALAN

Negeri Kelantan dikatakan mempunyai dialek yang unik di samping budaya, tradisi dan seni kerja
tangan yang tersohor. Semua penduduk Kelantan tidak kira bangsa berkomunikasi dalam dialek
Kelantan sebagai proses pembinaan perasaan kenegerian selain mengekalkan keahlian diri
sebagai orang Kelantan (Zuraidah, 2003). Mereka bangga dengan asal usul dan identiti
kedaerahan mereka itu serta menggunakan dialek Kelantan sebagai medium komunikasi utama
walaupun berada di luar negeri Kelantan. Nik Safiah (1985) juga menyatakan penutur dialek
Kelantan merasa megah dengan dialek mereka sendiri dan ingin melambangkan identiti mereka
melalui cara pertuturan ini.

Seiring dengan arus globalisasi, komunikasi tanpa bersemuka melalui telefon pintar semakin
mendapat tempat. Dengan peningkatan jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia iaitu 35%
penduduk Malaysia memiliki telefon pintar, 58% dikenal pasti menggunakan aplikasi media sosial
melalui telefon (http://wearesocial.net/tag/statistics/), 2014. Manakala aplikasi WhatsApp
merupakan yang kedua paling kerap digunakan menerusi telefon pintar selepas Google Play
Store (http://www.nielsen.com/my/en/top10s.html). Berdasarkan penggunaan aplikasi WhatsApp

59

yang makin meluas, pengkaji menggunakannya sebagai medium dalam mendapatkan data yang
diinginkan.

Dialek Kelantan bukan sahaja dituturkan di Kelantan tetapi turut tersebar ke negeri-negeri lain.
Ketersebaran dialek Kelantan ini adalah hasil perpindahan penduduk Kelantan ke daerah-daerah
tertentu yang turut membawa dialek mereka (Zuraidah 2003). Penyebaran berlaku bukan sahaja
melalui perpindahan penutur tetapi juga secara difusi yang biasanya berlaku pada bahasa atau
dialek dalam media sosial.

Seiring dengan itu, pengkajian dialek di luar ruang lingkup geografi perlu diperluaskan bagi
melihat sisi lain dalam dapatan kajian. Justeru, kajian penggunaan dialek dari sudut maya iaitu
dalam ruang siber seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan Telegram perlu disambut baik oleh
para pengkaji bagi meneroka kelainan selain memberi nafas baharu dalam dunia pengkajian
dialek.

TUJUAN KAJIAN

Pengkajian dialek bukan hanya penting untuk perkembangan sosial dan politik, juga untuk
perkembangan kebudayaan, ekonomi, kependudukan serta pendidikan (Simanjuntak 1995: 21).
Melalui pengkajian dialek, sejarah perkembangan bahasa rasmi sesebuah negara dapat
dipastikan. Menurut Simanjuntak, kedudukan bahasa rasmi akan semakin kuat jika penuturnya
mengetahui sejarah perkembangan bahasa itu. Kajian dialek juga dapat memperkayakan kosa
kata bahasa rasmi dengan menyerapkannya dalam bahasa rasmi seperti mana bahasa Indonesia
dan Brunei yang diperkaya kosa kata bahasa rasminya melalui cara ini (Simanjuntak 1991: 23).
Dalam bidang peristilahan, dialek dapat memperkaya bahasa kebangsaan (Puteri Roslina Abdul
Wahid, 1991: 29). Dialek dapat memberi inventori istilah yang berkaitan dengan kehidupan
masyarakat, penternakan, pertanian, alam haiwan, tumbuhan, pertukangan dan sebagainya
(Fauzilahyatun Mustafa dan Cliff A. Kamijan, 2011).

Kajian tentang dialek Kelantan telah dilakukan dalam pelbagai aspek meliputi fonologi, sintaksis,
semantik dan sebagainya. Namun begitu, aspek yang dikaji melibatkan dialek dalam bentuk lisan.
Kajian dialek terutamanya dialek Kelantan dalam bentuk tulisan belum banyak diterokai, lebih-
lebih lagi kajian yang menggunakan medium maya dalam ruang siber sebagai latar kajian.

Kelainan dan keunikan inilah yang ingin pengkaji selidiki bagi melihat penggunaan dialek Kelantan
yang turut digunakan dalam komunikasi di ruang siber yang semestinya tiada had sempadan
geografinya. Untuk itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

1. Menyumbang pengkajian dalam bidang sosiolinguistik khususnya dialek bentuk tulisan
dalam alam maya.

2. Mengumpul dan menganalisis kelainan dan keunikan dialek Kelantan yang digunakan
dalam bentuk tulisan dalam aplikasi WhatsApp.

3. Memperkaya kosa kata dialek melalui inventori istilah yang berkaitan.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan sosiolinguistik menerusi etnografi komunikasi yang
merangkumi kaedah kajian kepustakaan dan pemerhatian tidak ikut serta. Kaedah pemerhatian
tidak ikut serta digunakan oleh pengkaji untuk mengutip data WhatsApp. Bagi tidak
mendatangkan sebarang syak dan gangguan kepada data yang dikutip, pengkaji memilih kaedah
pemerhatian tidak ikut serta agar komunikasi yang berlangsung berlaku secara santai dan alami.

60

Kaedah pemerhatian tidak ikut serta ini dilakukan dengan meletakkan diri pengkaji sebagai
pemerhati. Kaedah ini merupakan pemerhatian secara tradisi yang berbentuk tidak campur
tangan, tidak merangsang subjek, hanya mengikut urutan peristiwa yang diperhatikan dan
interaksi berlaku tidak terganggu oleh kehadiran penyelidik (Othman 2012).

Pengkaji mendapatkan data perbualan WhatsApp melalui salah seorang ahli grup dengan cara
mengklik ke group info, scroll down dan klik email chat, pilih without media kemudian dihantar ke
e-mel pengkaji untuk dicetak. Pengkaji meneliti data yang diambil selama empat bulan untuk
dianalisis dengan menggunakan perisian Atlas ti. dan analisis dokumen berdasarkan grid
Speaking Hymes (1974).

Informan

Informan kajian terdiri daripada ahli WhatsApp Group pertama iaitu ‘Sahabat JIP’ yang
mempunyai ahli seramai 22 orang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut,
Terengganu (18 orang), IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan (3 orang) dan IPG Kampus Dato
Razali, Terengganu (1 orang). Informan berasal dari Kelantan (16 orang), Terengganu (4 orang),
Melaka (1 orang) dan Pahang (1 orang). Informan berumur antara 44 hingga 60 tahun.

Grup WhatsApp kedua terdiri daripada informan ‘sek kito 6 jaya’ yang kesemuanya berumur 23
tahun merupakan bekas pelajar kelas 6 Jaya di salah sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan.
Ahli grup seramai 26 orang iaitu 8 orang telah bekerja dan selebihnya masih belajar di institusi
pengajian tinggi. Kesemua ahli grup berasal dari Kelantan dan kesemua ahli grup yang bekerja
adalah di luar negeri Kelantan. Manakala ahli yang masih belajar berada di beberapa buah negeri
di Semenanjung serta seorang ahli grup yang belajar di luar negara.

DAPATAN KAJIAN

Dialek Kelantan mempunyai keunikannya tersendiri dan agak berbeza sebutannya berbanding
dengan dialek-dialek lain menyebabkannya sukar difahami oleh penutur dialek lain (W.E.Pepys
1916, Nik Safiah 1966, Abdul Hamid 1994). Kajian ini menghimpunkan leksikal satu suku kata
yang khusus digunakan oleh masyarakat Kelantan dan mempunyai sebutan yang jauh berbeza
dengan maksud sebenar dalam bahasa standard. Menurut Abdul Hamid (1994), terdapat empat
jenis leksikal dialek Kelantan iaitu leksikal dialek Kelantan yang tidak terdapat dalam bahasa
standard, leksikal dialek yang terdiri daripada satu suku kata, leksikal dialek yang mempunyai
kata-kata yang sama tetapi maksud yang berbeza dengan bahasa standard dan kata-kata
daripada bahasa standard yang disesuaikan dalam dialek Kelantan. Namun dalam kajian ini
pengkaji hanya menumpukan kepada leksikal satu suku kata sahaja.

Berdasarkan data WhatsApp ini jelas terdapat leksikal kata satu suku kata dialek Kelantan yang

digunakan dalam komunikasi WhatsApp seperti dalam jadual berikut:

Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata Bahasa Standard

ork (tahan, tunggu dulu)

de (sempat)

bo (berhenti/cukup)

gong (tolol)

kok (sekeh, luku)

lok (biar)

ko (kepada)

nga (dengan)

lik (sebelah: rujuk kepada tempat)

61

Berdasarkan dapatan, jelas menunjukkan penggunaan kata-kata satu suku kata dialek Kelantan
kerap digunakan dalam komunikasi WhatsApp. Perkataan yang digunakan adalah sangat
berbeza dengan bahasa standard seperti bo, gong, ork, lok, nga, de dan lik telah membenarkan
dapatan kajian sebelum ini yang mengatakan bahasa Kelantan unik dan pelik.

Daripada ketiga-tiga jenis penggunaan leksikal dialek Kelantan ini, leksikal dialek Kelantan yang
tidak terdapat dalam bahasa standard paling kerap digunakan dalam komunikasi bagi group
WhatsApp yang dikaji.

ANALISIS GRID SPEAKING (TEORI ETNOGRAFI KOMUNIKASI)

Pendekatan etnografi komunikasi merupakan pendekatan sosiolinguistik yang bukan hanya
mengkaji bahasa dari aspek linguistik tetapi juga nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat penutur.
Etnografi diperkenalkan oleh Hymes dalam bukunya “Foundation in Sociolinguistic: An
Ethnography Approach” pada tahun 1974. Hymes (1974) pada mulanya menghuraikan peristiwa
bahasa melalui enam belas komponen namun beliau menyusun semula secara mnemonic ke
dalam lapan komponen iaitu ‘SPEAKING’.

S Latar (Setting)
P Peserta (Participant)
E Tujuan Komunikasi (Ends)
A Urutan Lakuan (Act Sequence)
K Ragam (Key)
I Alat atau Saluran Komunikasi (Instrumentalities)
N Norma-norma Interaksi (Norms)
G Genre (Genre)

Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada tiga komponen grid Speaking sahaja iaitu
latar, tujuan dan juga ragam.

Latar

Menurut Hymes (1974) latar merujuk kepada masa dan tempat sesuatu lakuan bahasa dan
secara umumnya membawa maksud keadaan fizikal sesuatu komunikasi tersebut. Latar juga
meliputi lokasi, masa, musim dan aspek-aspek fizikal sesuatu fizikal seperti saiz bilik dan susunan
perabot (Saville-Troike, 2003:110). Latar dapat mempengaruhi penggunaan bahasa seperti
ujaran, pola-pola komunikasi dan ragam bahasa (Raja Masittah 1996, Rosli 2010). Berdasarkan
data WhatsApp yang dikaji penghantaran chat antara informan antaranya meliputi tempat kerja,
di luar tempat kerja, di pasar dan juga di rumah.

Latar tempat

Informan dalam grup ini terdiri daripada pelajar IPTA dan juga pekerja di sektor awam dan swasta.
Namun disebabkan tiada jarak umur menyebabkan perbualan antara informan tiada perbezaan
yang ketara antara informan yang bekerja dan yang masih belajar. Segmen perbualan berikut
dapat menggambarkan latar masa waktu bekerja melalui ujaran informan di samping waktu yang
tercatat semasa perbualan itu diambil adalah pada pukul 11.38 am -12.49 am yang merupakan
tempoh masa bekerja:

11:38:30: zbul : mu hk duk gege d grup sokmo2
11:38:31: zbul : streh aku
11:38:31: zbul : aku mu knal dok?
11:39:37: Dyah : Ak knl la mu

62

11:39:37: Dyah : Lev grup wey.. ore kato ak gege
11:39:37: Dyah : Hello.. blo gak gege wey
11:41:21: zbul : Gura jh nyo...kijo nuh...aku mabuk mutar pulok doh

11:41:21: zbul sero lpas tele ubat neh....
12:48:42: Yzid : pete kakre plok kito gege..
12:49:23: Yzid : Piriton tu xse wi mata mu gatal
: Xrok cetong mu lau mkn piriton pon tido

Berdasarkan segmen ini, ketiga-tiga informan juga lebih banyak menggunakan DK secara penuh
dalam perbualan ini. Ujaran zbul yang menyatakan “Gura jh nyo...kijo nuh...aku mabuk mutar
pulok doh sero lpas tele ubat neh....”(gurau sahaja..pergi (buat) kerja... aku mabuk pening
(berpusing) pulak rasa lepas telan ubat ini) membolehkan pengkaji mengenal pasti latar tempat
berlakunya perbualan tersebut adalah di tempat kerja. Frasa ‘kijo nuh’ yang bermaksud zbul
menyuruh rakannya Dyah, seorang farmasis menyambung kerjanya semula merupakan frasa
yang tepat menandakan informan sedang berada di tempat kerja. Antara leksikal DK yang
digunakan dalam segmen ini ialah gege (bising), sokmo (selalu), sero (rasa), mutar (berpusing),
kakre (selepas ini), x se (tidak mahu), wi (bagi) dan x rok cetong (tidak larat, tidak lasak). Keadaan
ini menunjukkan walaupun informan berada di tempat kerja namun situasi di tempat kerja tidak
menjejaskan informan untuk menggunakan DK dalam komunikasi WhatsApp.

Latar Masa

Berdasarkan komponen latar tempat dan masa yang melibatkan tempoh masa bekerja dalam
grup ini, pengkaji dapati penggunaan leksikal dialek Kelantan agak kurang digunakan seperti
contoh:

9:32 AM - DrS: Sejak masuk bilik TGMA marin tiba2 jd bekeng...
9:33 AM - Hjs: Pagi ni keno mari noreh dulu...nok bayar GST ko bini
9:47 AM - Tgma: Ambo di tadika ..sonok jadi bdk tak pyh fikir fasal gst.
9:55 AM - Tgma: Ade ke kerisauan ttng gst pada meke?.. takde kaaaang, sonop

jdi budok.
10:17 AM - Nr: Kuat hj.gali mas...nak cari buat byr gst
10:19 AM - DrS: Ore paka velfire dok relek jah..
10:20 AM - DrS: Hok paka merc di jip pon relek gop
10:20 AM - DrS: Kito hok paka saga dge sentra jah gege
11:03 AM - MZ: Dok krsus ko dok whatApps? ?? Dgr molek balik v in house plak.

Berdasarkan Data 1 di atas, leksikal dialek Kelantan yang dikenal pasti adalah bekeng (garang),
noreh (kerja), ko (kepada), ambo (saya), hok (kepunyaan) dan gege (bising). Berdasarkan data
yang diperolehi, pengkaji mendapati latar tempat dan masa mempengaruhi penggunaan leksikal
dialek Kelantan apabila informan kurang menggunakannya apabila berada di tempat dan masa
bekerja. Dapatan ini bertepatan dengan Raja Masittah Raja Ariffin (1996:602) yang mengatakan
latar mempengaruhi penggunaan bahasa seperti ujaran, dan ragam bahasa.

Tujuan Komunikasi

Tujuan komunikasi mempengaruhi pemilihan bahasa ataupun ragam bahasa yang digunakan
seperti untuk tujuan keagamaan, pendidikan, dan pemerintahan serta untuk tujuan pekerjaan
yang berlainan (Saville-Troike 1991:81). Dalam data grup WhatsApp ini, tujuan komunikasi
berbeza mempamerkan penggunaan bentuk dialek yang berbeza. Apabila tujuan komunikasi
yang tidak melibatkan hal berkaitan kerja, penggunaan leksikal dialek Kelantan lebih ketara
kerana komunikasi berlangsung lebih bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, bertanya khabar

63

dan usik mengusik. Namun jika tujuan komunikasi lebih kepada sesuatu yang formal seperti hal
pendidikan penggunaan DK akan digabungkan dengan bahasa standard dan juga bahasa
Inggeris. Keadaan ini dapat dilihat dalam segmen perbualan berikut:

zbul : Ni program charity utk enhance english among secondary std
zbul : Bg nma ic no hp emel skrg
zbul : Mekye? Mg free x?
Yzid : Mekye bz sokmo tu
zbul : Plis mekye
Yzid : Tido doh tu
zbul : Beraatt laaa budok tuh
zbul : Waniiii
zbul : Nak xxx
Wani: xdop gu la..ishh salah plop. hee
zbul Kalam: Aq???
Wani: jabul? malu ehhh
zbul : Koya

Perbualan antara informan berkisar tentang zbul yang ingin mengajak rakannya untuk turut
menyertai satu program amal bersamanya. zbul menggunakan kata dan frasa bahasa Inggeris
dalam ujarannya seperti “Ni program charity utk enhance english among secondary std”, “Mg free
x?” dan “Plis mekye.”. Namun begitu penggunaan DK masih digunakan secara penuh seperti
ujaran Yzid “Tido doh tu” (sudah tidur tu) dan zbul “Beraatt laaa budok tuh” (Teruk la budak tu).
Informan juga menggunakan kata-kata eksklusif DK seperti sokmo (selalu), berat (teruk), gu
(kawan/rakan) ,mung/mg (awak), koya (perasan).

Berdasarkan segmen perbualan ini apabila tujuan komunikasi menjurus kepada sesuatu yang
berunsurkan formal, DK tidak digunakan sepenuhnya tetapi digabungkan dengan bahasa Inggeris
dan bahasa standard. Keadaan ini bertepatan dengan Siti Rahmah et.all (2014) yang mendapati
penggunaan bahasa Inggeris dalam bentuk frasa dan ayat biasanya dilakukan oleh golongan
yang berpelajaran tinggi dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pernyataan ini
bersesuaian dengan zbul yang merupakan presiden bagi salah satu kelab di tempat
pengajiannya, UITM.

Berpandukan pemerhatian pengkaji informan menggunakan DK secara penuh apabila tujuan
komunikasi sekadar untuk bersantai dan berhubung antara satu sama lain. Keadaan ini dapat
dilihat dalam segmen perbualan berikut:

zuri : Bres2,,jupo denu
Fazreen: Mg main ko yie?
Fazreen: Main sedakk tuh
Zuri : Ha2..xcekat nk hungga
Zuri : Lerak tepi line
Fzren: Dey lagi esok g jogging haha
faiz: Bucit ko loni? Hahaha
Zuri : Ha3.blh kiro la
Qimi: ejahh laa sek2 kito tu.. pakat2 maghi blako..
Dayah: Xajok ak ko
Qimi: yakk.. maghi la dayah wehh.. madoh blako dh nii.. hehehe

64

Seperti yang diperkatakan oleh Saville-Troike (1991) tujuan komunikasi berbeza mewujudkan
pemilihan bahasa yang berbeza. Untuk itu, berdasarkan segmen perbualan ini apabila tujuan
komunikasi sekadar bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim, penggunaan DK digunakan
sepenuhnya. Informan lebih selesa dan rapat apabila menggunakan DK kerana perasaan
kekitaan yang wujud hasil penggunaan DK antara informan. Kemesraan yang wujud antara
informan dapat dilihat seperti dalam ujaran Qimi “yakk.. maghi la dayah wehh.. madoh blako dh
nii.. hehehe.” Penggunaan DK secara penuh juga dapat dilihat seperti ujaran Zuri dan Qimi
“Ha2..xcekat nk hungga” dan “ejahh laa sek2 kito tu.. pakat2 maghi blako..” Manakala
penggunaan kata-kata eksklusif DK yang digunakan dalam segmen ini ialah denu (di sana),
cekat/cekak (larat), hungga (berlari), lerak (tertiarap), dey (sempat), sek (grup, kumpulan), blako
(semua) dan madoh (jemputan kenduri).

Dalam perbualan Whatsapp grup 1 ini, pengkaji dapati informan tidak banyak menggunakan
leksikal dialek Kelantan dalam perbualan apabila tujuan komunikasi melibatkan hal berkaitan
dengan kerja, contohnya:

DrS: Hjs tu jupo ko tempat kursus i think?
DrS: Jngan lupo snap foto dan videokn utk dokumntasi. Guano ni gini mo
sekat gst ni ramai lupo ingatan
MZ: Hebat hjs ..koperasi ipgksm?
Hjs: Tok leh nok banding dgn koperasi ipgksm.. Brg2 hok jual muroh belako
sbb bos dio tauke doh...tok kutip gst
DrS: Rano rama dok tngok dan tunduk nih?
Nad: Keno murih ...pakat tengok ko ketuo la tu blako..

Dalam perbualan ini leksikal dialek Kelantan yang digunakan hanyalah guano, rano (macam
mana), gini mo (macam tu sekali), belako,blako (semua) dan murih (marah). Dapatan agak
berbeza bagi grup ini apabila tujuan berkomunikasi hanya untuk santai dan usik mengusik.
Leksikal dialek Kelantan lebih kerap digunakan bagi tujuan ini seperti contoh:

Sry : Mari kito pakat cari calon ko hjj...... ikut dio nok hok lagu mano
Hjm: Hjj tu.....tok dae nok bbini doh.....bini dio suruh beli Mecedih..nok suruh dio
tak dok pitih nok bbini mudo lah tu...
MZ : Pndai hjm. .muga teori hak tulo...
Nad: Panda sgguh hjj cari supo doh nga hok no 1...supo dua bradek..
MZ: Yakkkk. .mah buko jle pulok...Tlg pkat pitah weh bia cpt blh. ..
Nad: hjms, bekwoh gulai siput ko... sedak ter...

Leksikal dialek Kelantan dalam Data 1 ini ialah hok (yang), lagu mano (macam mana), tok dae
(tak sempat), bbini (menikah), bini (isteri), pitih (duit), tulo (sama) dan bekwoh (kenduri). Dapatan
bagi Data 1 ini membenarkan pendapat Saville-Troike (1991) yang mengatakan tujuan
komunikasi mempengaruhi pemilihan bahasa dalam berkomunikasi.

Bagi komponen tujuan komunikasi, dapatan bagi data grup WhatsApp ini iaitu tujuan komunikasi
yang bersifat santai banyak menggunakan leksikal dialek Kelantan, tetapi bagi tujuan keagamaan,
pendidikan dan kerja, penggunaan leksikal dialek Kelantan akan kurang digunakan.

Ragam

Hymes (1974) menyatakan ragam merujuk kepada nada (tone), cara gaya (manner) dan
pemikiran (spirit) yang disampaikan. Kesesuaian ragam dan isu yang diperkatakan perlu selaras

65

agar wujud kesepaduan antara penutur dan ragam yang digunakan supaya tumpuan diberikan
kepada makna pertuturan, bukannya makna ragam.

Dalam komunikasi WhatsApp ini, kebanyakan gaya perbualan disampaikan secara berjenaka dan
bersahaja. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka lebih gemar mengutarakan isu-isu yang
ringan seperti hal peribadi, pekerjaan, isu semasa dan juga sekadar bertanya khabar. Namun
begitu, informan masih mengekalkan penggunaan bahasa yang sopan dalam perbualan
walaupun isunya adalah ringan. Perbualan ringan ini dapat dilihat seperti contoh berikut:

Sanah: Bos oyak, nk rehat balik umah
Yzid: Haha berat gtu sanah
Yzid: Cpt2 lla jd bos
Fzren : Nk kecek gapo eh
Dyah: Bgus bos sanah
Dyah: Zuri jgn kcek msa mkn..
Dyah: Jd supo marin kea
Sanah: Sbb tu pkerja bagus, bos bagus.
Zuri : Den duk make bwh rentok
Yzid: Yakk main gapo bawah retok tu zuri

Berdasarkan segmen perbualan ini, informan menggunakan ragam bersahaja bersesuaian
dengan isu ringan yang dibincangkan. Ragam bersahaja ini membolehkan informan
menggunakan DK dengan lebih selesa. Penggunaan kata-kata eksklusif DK juga dilihat kerap
digunakan seperti oyak (bagitahu), berat (teruk), kecek (bercakap), gapo (apa) dan retok
(jambatan).

Situasi perbualan yang tidak formal ini mencerminkan ragam perbualan yang santai, erat dan
jelekit antara informan. Tambahan pula tiada nada yang tidak sopan seperti menjerit dan marah
yang digambarkan dengan penggunaan tanda seruan dan huruf besar (Rosli, 2010). Ragam
perbualan yang santai ini dapat mempengaruhi penggunaan kata-kata eksklusif dialek Kelantan
dengan lebih kerap kerana masing-masing berasa selesa menggunakannya.

Namun begitu walaupun ragam perbualan bernada marah tetapi informan sebenarnya hanya
bergurau dan tidak memaksudkan untuk berkelahi. Situasi ini dapat dilihat dalam segmen
perbualan berikut:

zbul: bangla ni, habis punoh bahasa melayu nyo behe dio
zbul: Itu pergi mau baru bandar
zbul: aku nengung nk susun mula ayat dio
Yzid: Bgla mano pulok jabul
Yzid: Mu hok kecek po negro
zbul: diye mg
zbul: mu tujohgro
Yzid: removed you
zbul: Remuv aku gak, aku blok seumur hidup
Yzid: Haha bkpo jabul jd gni ni?
Yzid: Bekkeng molek

Berdasarkan perbualan ini dilihat informan zbul memarahi rakannya Yzid dengan ujaran “bangla
ni, habis punoh bahasa melayu nyo behe dio” dan dibalas semula oleh Yzid “Mu hok kecek po

66

negro”. Namun begitu walaupun sesi balas membalas kutukan ini mencerminkan ragam marah
dan geram tetapi situasi yang sebenarnya tidak memaksudkannya. Ini jelas dengan ujaran Yzid
“Haha bkpo jabul jd gni ni?” yang tergelak dengan kata-kata rakannya zbul menunjukkan mereka
sebenarnya hanya bergurau.

Kata-kata eksklusif DK yang terdapat dapat segmen ini antaranya behe (guna dengan tidak
berhemah), nengung (termenung), kecek (bercakap), bakpo (kenapa) dan bekeng (garang).
Dalam ragam ini, penggunaan DK tetap digunakan secara penuh menandakan perbualan
bernada marah dan geram menjadikan informan lebih senang meluahkannya melalui DK.

Namun begitu dapatan Siti Rahimah et.al, (2014) yang meneliti responden dalam Facebook
mendapati perkataan dalam bahasa Inggeris dilihat berperanan sebagai penegasan kepada
keadaan emosi. Ini kerana pada kebiasaannya, penggantian emosi seperti sedih, marah dan
gembira mendorong kepada percampuran bahasa yang diungkapkan tanpa disedari.
Berdasarkan data yang diambil menunjukkan informan dalam segmen perbualan WhatsApp ini
tidak menggunakan bahasa Inggeris bagi mempamerkan emosi tetapi selesa menggunakan DK
dalam apa jua keadaan.

KESIMPULAN

Winzeler (1985) juga mengatakan masyarakat Kelantan mempunyai keunikan dari segi budaya
dan bahasanya berbanding negeri-negeri lain selain daripada Nik Safiah (1966), Abdul Hamid
(1994) dan Ismail (1995). Keunikan dialek Kelantan ini juga terletak pada unsur leksikalnya yang
berbeza dengan bahasa standard.

Berdasarkan dapatan daripada kumpulan WhatsApp yang dikaji, didapati penggunaan leksikal
dialek Kelantan yang tidak terdapat dalam bahasa standard lebih banyak digunakan berbanding
leksikal yang terdiri daripada satu suku kata dan leksikal yang mempunyai kata-kata yang sama
tetapi maksud yang berbeza dengan bahasa standard. Dalam komponen peserta, informan dalam
grup WhatsApp ini mempunyai pelbagai profesion membolehkan gaya komunikasi lebih rencam
dan tidak formal.

Bagi komponen latar pula, pengkaji mendapati komponen latar tempat dan masa tidak banyak
mempengaruhi penggunaan leksikal dialek Kelantan apabila pengkaji dapati informan dalam data
grup WhatsApp tetap menggunakannya walaupun pada waktu bekerja/belajar. Keadaan ini
disebabkan majoriti informan dalam data grup WhatsApp ini masih belajar dan hanya lapan orang
yang telah bekerja membolehkan mereka berkomunikasi tanpa adanya batasan berkaitan kerja.
Dapatan bagi komponen tujuan komunikasi pula mendapati informan menggunakan leksikal
dialek Kelantan apabila komunikasi bertujuan untuk bertanya khabar, usik-mengusik dan
mengeratkan silaturrahim. Tetapi apabila tujuan komunikasi melibatkan hal berkaitan keagamaan,
pendidikan dan pekerjaan, informan kurang menggunakan leksikal dialek Kelantan.

Walaupun informan terdiri daripada peringkat umur yang masih muda iaitu 23 tahun, tetapi
mereka lebih selesa menggunakan dialek Kelantan dalam perbualan melalui WhatsApp yang
menjadikan mereka lebih jelekit sebagai satu kumpulan. Ini adalah bertepatan dengan Lyons
(1970: 326) yang menyatakan semua orang yang menggunakan suatu bahasa atau dialek yang
sama merupakan anggota suatu komuniti bahasa.

67

BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood.(1994). Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Ajid Che Kob.(2007). “Dialektologi” dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh dan Rahim Aman,

Linguistik Melayu Edisi Kedua, hlm129-143. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia
Asmah Haji Omar.(1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Edisi Kelima.
Chambers,J.K. & Peter Trudgill. (1990). Dialektologi. (terj.) Annuar Ayub. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Collins, T. James. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Collins, James T. (1989). Antologi Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

68

dan Pustaka.
Collins, James T.(1999). Wibawa Bahasa. Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Collins, James T dan Hussin Dollah.(1988). Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan (g) Jurnal

Dewan Bahasa, 32:12. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Jr. (2015) Malaysia Social Media Statistics 2014 (News on 31 March 2015). Capaian pada

01 Ogos 2015 dari
http://blog.malaysia-asia.my/2015/03/malaysia-social-media-statistics-2014.html
Howad Giles and Peter F. Powesland.(1975). Speech style and social evaluation. London and
New York: Academic Press.
Hymes, Dell.(1974). Foundation in Sociolinguistics: An Ethnographic Approach. Philadelphia:
University Pensylvania Press.
Idris Aman(.2014). Dialek Sosial. Dlm Variasi Bahasa, disunting oleh Idris Aman & Mohammed
Azlan Mis, hlm.39-55. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Kemp, Simon. (2015) Active social network users in The State of Social in
Asia (News on 21 January 2015). Capaian pada 01 Ogos 2015, dari
http://wearesocial.net/tag/statistics/.
Noriah, Mohamed (2006) Penggunaan Bahasa Dalam Ruang Siber: Mode Lisan Dalam Bentuk
Bertulis. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Nik Safiah Karim. (1966). Loghat Kelantan Huraian Fonologi dan Catatan Pendek Mengenai Sifat-
sifat Umumnya. Dewan Bahasa, 10:6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim.(1996). Antara Dialek Dengan bahasa Baku. Pelita Bahasa: 28-29.
Nik Safiah Karim.(1985). Dialek Kelantan: Satu Lambang Sosio-Budaya Wilayahnya. Dlm. Nik
Safiah Karim & Wan Abdul Kadir Yusuf (peny.) Kelantan Dalam Perspektif Sosio-
Budaya.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm.121-130
Othman Lebar.(2012). Penyelidikan Kualitatif. Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong
Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ryan, M. (ed). (1999) Cyberspace Textuality, Computer Technology and Literary Theory.
Bloomington and Indianapolis: Indiana University Press.
Siti Rahimah et.al (2014). Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk. Jurnal Bahasa.
Jilid 14 Bil. 1 . Dewan Bahasa dan Pustaka
Top 10 List For Top Apps.(September 2015). Capaian pada 02 Oktober 2015 dari
http://www.nielsen.com/my/en/top10s.html
Winzeler, Robert L. 1985. Minorities in a Malay state; ethnic relations in Kelantan: a study of the
Chinese and Thai ethic. Singapore: Oxford University Pres.
Zuraidah Mohd Don. (2003). Language-dialect code-switching: Kelantanese in a multilingual
context. Multilingua, 22(1), 21-40.
Zuraidah Mohd Don. (2005) Persepsi Pelajar Kelantan: Suatu Kajian Vitaliti Etnolinguistik. In:
Seminar Zaaba Mengenai Alam Melayu II (23-37).

69

DOES SOCIAL INFLUENCE INCREASES PULPILS ENGLISH COMMUNICATION USAGE IN
PERHENTIAN ISLAND?

Muhamad Sidek Said, Ahmad Shidki Mat Yusoff, Haslina Hanapi, Khairunnisa Saudi, Wan
Nursyasya Zulaikha Zulkefli, Nur Ain Syafiqa Mohd Shukri
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK

This study is conducted to acknowledge the social influence towards the usage of
English Language in Perhentian Island. Social interaction is frequently be seen among
pupils and foreigners pertaining their visit to the village and school for its specialty. The
tourism attractions and activities nonetheless influence the islanders to use the L2 in
communicating. A total of 113 sampel were chosen randomly from the pupils of SK
Pulau Perhentian. Instrument validation has been conducted by checking the content
validity, reliability test and validity construct. Nevertheless, reports have shown that the
social influence as such the existence of foreigners did not influence the usage of
English Language in Perhentian Island.

Keywords: English Language, Tourism, Social Influence, Perhentian Island

INTRODUCTION

Perhentian Island is renowned for its highest number of visitors engross in Malaysia (Taman Laut,
2018). For its massive number of visitors, their visits have at least influenced the locals’ ability to
speak in English for the economic and interactions purpose. Social influence nonetheless has
been certified widely as one of the critical factors towards language growth. They act as the vital
mechanisme to promote and broaden language skills. Nevertheless, social influence has impacted
the performance and the English Language growth that is still being debated. Thus can be aligned
with the position of English language as the L2 in Malaysia and its importance for the language
use among the locals to interact with people across the globe easily and successfully (Jamil,
2002). Duncan et al., (2007); Zeidner, Roberts, & Matthews (2002) has claimed that by promoting
social and emotional skills among the pupils may escalate good behaviour and academic
peformance especially.

English in Perhentian Island has been firstly introduced and taught at as early as the age of 4 to
6 years old by sending the kids to pre-school. Nevertheless, these pupils are said to have been
exposed earlier than the latter with the social surrounding acroos the globe that exist in the island
which differs a lot more than those of in the wider landed area. Loganathan & Nanthakumar (2004)
stated that life in the island often being related to the surrounding and natural resouces as such
the mineral sources and results of foreigners that came from across the globe. Geographically,
they were separated with the landed area, different languages and language experience according
to its surrounding. Hoff (2006) claimed that pupils learn according to their experience at home and
school accordingly. School is an are where pupils listen and learn. Among those in Perhentian
Island, their house and school are the alleged social area where most of the time they spent at
pertaining to the short distance between those two areas. Huttenlocher, Levine, dan Vevea (1998)
has found that language skills among kids grow highly during school hours rather than after school
hours.

The engross number of visitors to Perhentian Island has shown that the tourist attractions happen
very actively. Data has shown as many as 956,825 (30.32%) over a total of 3,155,413 tourists are

70

from foreign countries starting from the year 2000 until the year 2017 (Taman Laut, 2018). Thus
may have impacted the economic and social growth among the islanders. Due to the limited space
of the island, pupils in Sk Pulau Perhentian were eventually exposed and influenced by the tourism
actvity.

What differs Perhentian and other islands Perhentian Island has its own tourism volunteering ream
(ecoteer) that has been actively inlvove with the pupils in that island after school hours. The team
was established in the year 2005 by a marine bilologist Daniel Quilter after those years he
expereinced in Sabah, Borneo Malaysia. Ecoteer prepares shelter between one period of the
social activities for those who is interested in long term volunteering across the globe. Ecoteer has
recently among those students’ favorite because of the conservative preserverence that is looking
for working experience in ecotourism, nature consicence and conserving sectors. Among the
activities that was conducted by the team will always include the pupils as such the Ecoteer Turtle
Camp, National Science Week, Ecoteer Day, World Ocean Day, Recycling Competition,
International Coastal Cleanup Day and Independence Day.

Although there are existence of unique surroundings around Perhentian Island, nonetheless the
social surroundings among pupils in this remote area are still below par and still need a further
research. This is supported by the previous study as such Stapa, S. H., Bakar, N. A., & Latiff, R.
A. (2017) that has shown the pupils’ performane level in English Language is at intermediate and
low level especially among those in remote areas. Nonetheless, the related research is to be noted
upon moral support among social environment in Perhentian Island on the growth of English
Language usage as the economic languages. Previous literaure has shown the relationship
between language growth and environement is needed to be remarked for the second time
(Gallaway & Richards, 1994; Hoff-Ginsberg & Shatz, 1982).

Through fundamental research on the factors of social environment towards English Language
communication in Perhentian Island, the study is purposely to go deeper and further into these
issues to get the remarks on the research question below:

1. What are the level of performance in English Language for communication during school
hours?

2. What are the level of performance in English Language for communication after school
hours?

3. Does the social environment influence pupils’ communication?

LITERATURE REVIEW
Pupils only need to take part in or observe the conversations and having pleasant interactions
between the people around (Crago, Allen, & Hough-Eyamie, 1997). It is said that environmental
support is much needed for the pupils to learn the language as a communiation purpose as well
as having the motivation to independently take part. Basically, there are two types of social
influence: Information Social Influence (ISI) and Normative Social Influence (NSI) (Deutsch &
Gerard, 1955). The ISI needs information approval that was granted by the others as a proof about
reality while the NSI needs to fulfill others positive desire (wood, 2002). The NSI’s definition
(Wood, 2002) is parallel to (Davis, Bagozzi, &Warshaw, 1989; Fishbein & Ajzen, 1975) that has
shown to how individuals think about social pressure or prediction into involving behaviours that
may lead to abide pressure.

There are a few different factors in influencing the indiviuals and organizations and are catered
according among their cycle (Abdul Hafaz, Yuserrie, Ramayah, 2015). Social influence as such

71

oeers, families and colleagues as well as mass media play a crucial role in persuading them to
use English Language. Besides researchers’ explanations as such (Blum & Libbey, 2004; Hamre
& Pianta, 2006; Hawkins et al., 2004; Jennings & Greenberg, 2009) about the human oriented
behaviour changes; interpersonal stand, teachings and natural surrounding support will produce
a higher level of performance by: (a) high expectations and support by the peers and adults norm
for the academic success, (b) pleasant relationship between teachers and pupils in preserving
commitments at school, (c) teaching strategies as such the proactive classroom management and
cooperative learning, and (d) safe and well-planned environment that may serve positive
behaviours. Catalano et al., 2002; Schaps et al., (2004) stated that there are a few combination
that escalates pupils’ social-emotional dynamics, school environment, norms and teacher’s hopes
and teacher-pupil relationship that may be the changes of behaviour in a long term.

Eventhough there are abundance of related previous literature review found, attempts to
investigate the social influence among pupils to use L2 in remote areas as such in the island are
still at scarce. In countries and areas where English is learend as a foreign language, the L2 class
is the vital platform for students to have interactive communication by using the target language.
Thus, there are a few roles that leads to the factors of bulding pupils’ communication by using the
L2 in their surrounding’s circle. The social context is pictured as one of the system that lingers
around the kids (Hoff, 2006). This system creates proximal system that includes schools, child
care and peer groups. The proximal system is an interaction source of a child and the world, and
the interaction also serves as the core growth system (Bronfenbrenner & Morris, 1998). There are
reviews on social functions in an organization as well. (G. R. Ferris & Mitchell, 1987; Miller &
Crush, 1988; Prestholdt, Lane, & Mathews, 1987) has shown that social influence has its crucial
effects on many behaviour results.

Thus, environmental social support is much needed for the pupils to learn the L2 and act as a
purpose of widen the communication by motivating the pupils to independently serve it. Crago,
Allen & Hough-Eyamie (1997) mentioned that pupils only need to take part or to create pleasant
conversation and relationship between them. This is because children gain different types of
languages under different surroundings. In other culture, children talk more while others talk less.
Among a few pupils’ culture is seen that there are discussions among adults and the rest of it is
the other way around (Hoff, 2006).

Social influence is one of the factors that is being acknowledged to serve English Language usage
at school. Nevertheless, the environment in Perhentian Island differs because after the chooling
houts pupils are still being exposed to the tourists especially those of at the jetty, stalls and the
village areas. According to the research gap in the literature review, the English language growth
in remote isolated areas like Perhentian Island, the social influence factors are frequently
consistently used in order to predict the human behaviours in order to accustom themselves with
the surrounding. This steps undoubtedly fill in the gaps left by the previous studies about the
explanation on the roles of social institution towards encouraging pupils’ communication in English
Language.

METHODOLOGY

Survey method is chosen because it is appropriate to the research objectives which is to describe
the phenomenon that occur in certain places. It is related to the changes of pupils' communication
skills that exposed to the variation of languages and cultures. Before this, community in pulau
perhentian has accepted the changes of social economy structured in lined with the world's current
flow. The research uses survey method by cross sectional data collection. Registered pupils in Sk

72

Pulau Perhentian is the research respondent population. Questionnaire of the social influences
has been taken and adapted from Fishbein & Ajzen (1975), Ajzen & Fishbein (1980). Social agent
consists of parents, teachers, peers and siblings. In the contexts of pulau perhentian, it is also
refered to foreigners and ecoteer voluunteer that involve with pupil activities inside and outside of
the school. Out of 120 questionnaires, 107 questionnaires were successfully gathered and useful
for data analysis. Research data collected has been planned in estimated time which is for 2
weeks. Instruments validation in this research has been done by checking content validity,
reliability test and construct validation. Before the analysis test was taken, researcher has done
few data filtering test such as straight lining or unconsistent answer, missing value and outliers
(Sarstedt, Ringle, Smith, Reams, & Hair, 2014). Skewness test results and kurtosis showed
research data is normal as shown by the suggested min (univariate skewness < 2, kurtosis < 7)
(Curran et al., 1996). Analysis to identify outliers has been done in order to get the quality output
(Meyers et al., 2006).

DISCUSSION AND IMPLICATIONS

Research finding is based on the research questions that has been highlighted. Research results
showed that there is no positive relationship and significance between the social influences
variable towards the usage of english languange inside and outside the school. this showed that
social influence does not helps pupils to use english effectively. The absence of relationship
between the variables might be because of the low engagement of pupils with the social agents
in the island. Eventhough the pupils are said to be exposed with the activities held by ecoteers
which is a volunteer body that gives a lot of environment input to the pupils however pupils
engagement with the ecoteers is so limited. This is because pupils joined the ecoteers because
of their interest and the number of pupils that present consistently are too small. Rosemala Ismail
(2008) stated that pupils might not seen the relationship and benefits of language classes and the
role of english strategies to help them in their subjects especially to understand, explain, use and
explore the given tasks. Previous research in Hungary showed that the increases of relationship
with foreigner and foreign culture product that brought by the liberalisation of politics and economy
does not affect the increase in quality observed through cross culture relationship (Dörnyei &
Csizér, 2005).

Future research result is proposed to observe the social influence towards pupils’ achievement in
English language examination. This is estimated will give more implication towards the
stakeholders, lecturers, teachers and pupils. This might help teachers to understand issues
regarding language as the main focus is to increase pupils’ communication skills. This
understanding might help school to expand pupil potential by instill pupil attitude towards
language. There are few constraints while doing this research. Time and cost are the main factor.

REFERENCE

Abdul Hafaz Ngah, Yuserrie Zainuddin, Ramayah Thurasamy, (2015), Journal of Islamic
Marketing, Vol. 6 Issue: 3, pp.354-376, https://doi.org/10.1108/JIMA-03-2014-0027

Asendorpf, J. and Wilpers, S. 1998. Personality effects on social relationships. Journal of
Personality and Social Psychology. 74, (1998), 1531–1544.

Bradley, J.C., Waliczek, T.M. and Zajicek, J. (1999), “Relationship between environmental
knowledge and environmental attitude of high school students”, Journal of Environmental
Knowledge, Vol. 30 No. 30, pp. 17-21.

Bronfenbrenner, U. & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes. In W. Damon
(Series Ed.) & R. M. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child psychology, Vol. 1: Theoretical
models of human development (5th ed., pp. 993–1028). New York: Wiley.

73

Blum, R. W., & Libbey, H. P. (2004). School connectedness Strengthening health and education
outcomes for teenagers. Journal of School Health, 74, 229–299.

Dörnyei & Csizér, 2005. Journal Of Language And Socialpsychology, Vol.24 No.4,December 2005
327-357 DOI:10.1177/0261927X05281424 2005 Sage Publications

Duncan, G. J., Dowsett, C. J., Claessens, A., Magnuson, K., Huston, A. C., Klebanov, P., et al.
(2007). School readiness and later achievement. Developmental Psychology, 43, 1428–
1446.

Gardner, R. C. & Lambert, W. E. 1959. Motivational variables in second -language acquisition.
Canadian Journal of Psychology 13(4): 266-272.

Gardner, R. C. & Lambert, W. E. 1972. Attitudes and Motivation in Second
Language Learning. Rowley, Mass: Newbury House Publishers, Inc.

Gallaway, C., & Richards, B. J. (Eds.). (1994). Input and interaction in language acquisition.
Cambridge: Cambridge University Press

Hazita Azman, 2004. Global English and English Literacy Education in Malaysia in Penny Lee and
Hazita Azman, Global English and Primary Schools: Challenges for Elementary Education,
Melbourne: CAE Press.

Hamre, B. K., & Pianta, R. C. (2006). Student-teacher relationships. In G. G. Bear & K. M. Minke
(Eds.), Children’s needs III: Development, prevention, and intervention (pp. 59–71).
Bethesda, MD: National Association of School Psychologists.

Hoff (2006). How social contexts support and shape
language development. Developmental Review 26 (2006) 55–88.

Hobson W. Attitude for health. Education Journal. 1996;16(1):24-34.
Hosseini, S. B. & Pourmandnia, D. (2013). Language learners’ attitudes and beliefs: Brief review

of the related literature and frameworks. International Journal on New Trends in Education
and Their Implications, 4, 63 – 74.
Jalaluddin, N. H., Norsimah, M. A., & Kesumawati, A. B. (2008). The mastery of English language
among lower secondary school students in Malaysia: A linguistic analysis. European
Journal of Social Sciences, 7(2), 106-119.
Jamil, A.Z. (2002). Melayu, Bahasa dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka,
Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Loganathan, Nanthakumar (2004) Kemiskinan dinamik masyarakat pulau dan pesisiran pantai:
Kajian kes Pulau Perhentian. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan:
Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak.
(Unpublished)
Kaye, L. K., Malone, S. A., & Wall, H. J. (2017). Emojis: Insights, affordances, and possibilities for
psychological science. Trends in cognitive sciences, 21(2), 66-68.
MacIntyre, P. D., D¨ornyei, Z., Cl´ement, R., & Noels, K. A. (1998). Conceptualizing willingness to
communicate in a L2: A situational model of L2 confidence and affiliation. Modern
Language Journal, 82(4), 545–562.
Rosemala Ismail, 2008), Factors Affecting Less Proficient Esl Learners’ Use Of Strategies For
Language And Content Area Learning. Tesis PhD UPM, Unpublished
Stapa, S. H., Bakar, N. A., & Latiff, R. A. (2017). Literasi penulisan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar luar bandar: implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. e-Bangi,
2(2).
Sekaquaptewa D, Espinoza P, Thompson M, Vargas P, Von Hippel Wc. Stereotypic explanatory
bias: Implicit stereotyping as a predictor of discrimination. Journal of Experimental Social
Psychology. 2003; 39:75-82
Summers, M. (2000), “Primary teachers’ understanding of environmental issues: an interview
study”, Environmental Education Research, Vol. 31 No. 3, pp. 12-19.

74

Tartar, M. (1998), “Teachers as significant others: gender differences in secondary school pupils’
perception”, British Journal of Educational Psychology, Vol. 68, pp. 217-27.

Traindis H. Recreation and attitude towards sex. Journal of Communication. 2009;5(6):46-59.25.
Wang, Z. J. (2018).The Application of Language Awareness in College English Writing

Teaching. Open Journal of Modern Linguistics, 8,54-
60.https://doi.org/10.4236/ojml.2018.83007
Website Taman Laut:
http://www.dmpm.nre.gov.my/data_pelawat.html?uweb=jtl, 2018)
Zins, J. E., Weissberg, R. P., Wang, M. C., & Walberg, H. J. (Eds.). (2004). Building academic
success on social and emotional learning: What does the research say? New York:
Teachers College Press.

75

KESAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU SEDENTARI DENGAN PENGGUNAAN INTERVENSI TELEFON
PINTAR

Mazlina Mahmood, Zakiah Salleh
Institut Pendidikan Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Aktiviti fizikal telah terbukti dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan apabila
mengikut saranan garis panduan aktiviti fizikal. Penggunaan telefon bimbit bagi semua
golongan telah menjadi satu keperluan selaras dengan perkembangan teknologi. Fokus kajian
intervensi selama 10 minggu ini adalah untuk meningkatkan kecergasan daya tahan
kardiovaskular dan penetapan matlamat. Reka bentuk siri masa dengan satu subjek digunakan
dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian adalah sukarela dan menepati kriteria kelayakan
(sedentari, tidak aktif dan bekerja sepenuh masa). Pengukuran melibatkan tiga fasa
pemerhatian (fasa baseline, fasa intervensi dan fasa susulan) dengan sela masa selama 10
minggu pada setiap fasa. Empat pengukuran objektif (Ujian 20 meter lari ulang-alik progresif)
dan pengukuran subjektif (soal selidik Exercise Goal Setting Scale) digunakan sebagai
instrumen kajian. Strategi intervensi merangkumi telefon pintar, pertemuan bersemuka dan
lima siri panggilan telefon bertujuan untuk meningkatkan penetapan matlamat peserta kajian
dalam meningkatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal. Statistik deskriptif menggunakan skor
min dan sisihan piawai. Sementara statistik inferensi melibatkan pengukuran berulang ANOVA.
Seramai 22 orang peserta kajian telah melengkapkan kajian dengan sepenuhnya. Dapatan
kajian menunjukkan di akhir intervensi menunjukkan peningkatan yang signifikan walaupun
sederhana bagi daya tahan kardiovaskular (pengambilan oksigen maksimum) (min = 22.9 ml
kg-1, p < 0.05). Bagi penetapan matlamat juga menunjukkan peningkatan yang signifikan (min
= 3.2 , p < 0.05). Kajian ini juga menunjukkan bahawa penglibatan orang dewasa dalam aktiviti
fizikal mungkin dapat ditingkatkan jika berlaku penetapan matlamat tinggi. Kajian akan datang
perlu menerokai strategi yang berkesan dalam meningkatkan ratio pengekalan tahap aktiviti
fizikal.

Kata kunci: reka bentuk siri masa, satu subjek, sedentari, program intervensi, daya tahan
kardiovaskular, penetapan matlamat

PENGENALAN

Era globalisasi dan letusan teknologi pada masa kini menyebabkan masyarakat pada pelbagai
peringkat umur semakin kurang aktif. Semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak sehingga
peringkat dewasa semakin mengabaikan amalan gaya hidup sihat. Penggunaan teknologi seperti
komputer, gajet, penggunaan pengangkutan dan pekerjaan domestik dalam kehidupan seharian
menyebabkan masyarakat semakin kurang bergerak dan berlakunya sindrom ‘potato couch’.
Sindrom ini semakin melanda masyarakat di mana masyarakat lebih banyak duduk berlakunya
pengurangan pergerakan fizikal dan dikenali sebagai penyakit hipokinetik. Penyakit hipokinetik
merupakan penyakit yang berhubungan dengan kurang bergerak atau gaya hidup sedentari.

Saban hari sering mendengar pelbagai promosi kesihatan di media massa, media cetak dan
elektronik dalam mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dengan kerap.
Namun prevalen risiko penyakit terutama penyakit kardiovaskular, diabetes, berlebihan berat
badan dan obesiti akibat kurang melakukan aktiviti fizikal dengan mencukupi dalam kalangan
masyarakat telah menjadi ianya menjadi masalah kesihatan awam yang serius dan semakin
membimbangkan (Khambalia & Seen, 2010). Ini menyebabkan bilangan orang dewasa di
Malaysia yang mengalami prevalen risiko penyakit sentiasa meningkat pada setiap tahun

76

(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan
2011 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang aktif dan berlaku penurunan tahap
kesihatan akibat mengalami penyakit tidak berjangkit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011).

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara aktif telah dikenal pasti dapat memberi faedah terhadap
kesihatan dalam jangka masa panjang bagi pelbagai peringkat umur, keupayaan dan saiz badan
(Bird, Smith et al. 2002). Aktiviti fizikal yang dilakukan dengan mencukupi seperti yang disarankan
dapat meningkatkan keupayaan badan untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar dan
meningkatkan peluang untuk hidup yang berkualiti tanpa menghadapi masalah kesihatan yang
serius (Centers for Disease Control and Prevention, 2011). Walau bagaimanapun cabaran terkini
yang dihadapi ialah mengalakkan individu untuk meningkatkan aktiviti fizikal supaya menjadi satu
amalan terbaik terutama dalam kehidupan seharian mereka (Lawton et al, 2009). Untuk mencapai
hasrat ini, satu tindakan perlu perlu dilakukan sebagai satu strategi untuk seseorang individu
mendapat faedah daripada melakukan aktiviti fizikal.

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan secara berstruktur dan dirancang untuk
mencapai tujuan yang khusus. Biasanya senaman dirancang dengan matlamat untuk
meningkatkan sesuatu komponen dalam kecergasan fizikal. Justeru itu, seseorang individu
disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30
minit lima atau lebih hari seminggu untuk kekal sihat dan mendapat faedah terhadap kesihatan
(American College of Sport Medicine, 2010).

Orang dewasa yang bekerja sepenuh masa telah dikenal pasti menjadi kumpulan berisiko kerana
duduk yang lama semasa waktu bekerja dan ketika masa senggang (Clemens et al., 2014).
Bebanan tugasan sedentari menyebabkan orang dewasa duduk yang lama melebihi lima jam
sehari. Manakala Thorp et al. (2012), mendapati orang dewasa duduk yang lama pada waktu
bekerja berbanding waktu senggang. Ini dinyatakan oleh Clemens et al. (2014) bahawa orang
dewasa yang sedentari pada semasa waktu bekerja, turut menjadi sedentari pada masa
senggang.

Gaya hidup kurang aktif memberi kesan kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit yang boleh
dicegah. Negara mengalami kerugian kerana peningkatan peruntukan kos perubatan untuk
pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit. Menurut Rossi et al. (2012), tingkah laku
kurang aktif juga salah satu punca yang menyebabkan pelbagai risiko kematian dan mempunyai
hubungan dengan jumlah tingkah laku dalam melakukan aktiviti fizikal (Samitz, G. et al 2011).
Penyakit kardiovaskular menjadi penyakit utama yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Penglibatan dalam aktiviti fizikal secara kerap dapat mengurangkan risiko peyakit kardiovaskular
(Amin-Shokravi et al. 2011), diabetes jenis dua (Knowler et al. 2002), obesiti (Jakicic & Davis.
2011), osteoporosis (Nordstrom et al. 2011), risiko kanser (McTiernan 2006) dan kemurungan
(Schush & Fleck, 2013). Faktor-faktor lain seperti diet pemakanan yang tidak seimbang, merokok,
kurang melakukan aktiviti fizikal dan mengambil minuman beralkohol juga penyumbang kepada
kurang aktif dalam aktiviti fizikal. Bagaimanapun faktor diet pemakanan adalah kompleks dan
sukar dikawal. Oleh yang demikian aktiviti fizikal seperti berjalan adalah kos yang paling mudah
dilakukan untuk mendapat kesan terhadap kesihatan.

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan penetapan matlamat dalam
melakukan aktiviti fizikal. Kajian intervensi yang menekankan unsur elemen pembelajaran kendiri
di mana peserta kajian dilatih untuk meningkatkan pengetahuan dan memperolehi kemahiran
tingkah laku spesifik yang membolehkan mereka meningkatkan aktiviti fizikal untuk mencapai
matlamat faedah terhadap kesihatan. Penggunaan telefon pintar adalah alat yang paling mudah

77

dan dimiliki hampir setiap golongan dan usia. Pelbagai aplikasi boleh dimuat turun secara
percuma dan boleh digunakan secara maksimum untuk meningkatkan penglibatan dalam aktiviti
fizikal.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk

i. Meningkatkan komponen daya tahan kardiovaskular peserta kajian dengan penggunaan
intervensi telefon pintar.

ii. Meningkatkan penetapan matlamat peserta kajian dalam aktiviti fizikal dengan
penggunaan intervensi telefon pintar.

Soalan Kajian

i. Adakah terdapat peningkatan komponen daya tahan kardiovaskular peserta kajian dengan
penggunaan intervensi telefon pintar?

ii. Adakah terdapat peningkatan penetapan matlamat peserta kajian dalam aktiviti fizikal
dengan penggunaan intervensi telefon pintar?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Kajian program intervensi ini menggunakan reka bentuk siri masa satu subjek (tiada kumpulan
kawalan). Reka bentuk ini digunakan untuk menilai perubahan tingkah laku individu hasil daripada
intervensi yang telah diberikan kepada peserta kajian (Shadish et al., 2002). Setiap peserta kajian
sendiri menjadi ‘kawalan’ di mana peserta kajian didedahkan kepada fasa sebelum intervensi,
semasa menerima intervensi dan selepas intervensi diberikan (Gay et al., 2012). Beberapa
pengukuran yang dijalankan boleh menentukan sama ada tingkah laku peserta kajian adalah
stabil sebelum intervensi diberikan atau berlaku perubahan pada satu masa pengukuran selepas
intervensi diberikan (Jackson, 2006).

Kajian ini melibatkan tiga fasa pemerhatian. Tiga fasa tersebut adalah fasa baseline, fasa
intervensi dan fasa susulan. Tempoh setiap fasa adalah selama sepuluh minggu. Penggunaan
satu subjek dalam kajian ini menentukan tingkah laku peserta kajian dalam aktiviti fizikal
dijalankan sebanyak empat peringkat pengukuran (Pemerhatian 1, Pemerhatian 2, Pemerhatian
3 dan Pemerhatian 4). Sela masa antara satu peringkat pemerhatian dengan satu peringkat
pemerhatian yang seterusnya adalah selama sepuluh minggu. Pengukuran yang dijalankan
kepada peserta kajian adalah secara individu. Peserta kajian menerima empat pengukuran
subjektif dan empat pengukuran objektif yang sama dalam empat peringkat pemerhatian
pengukuran yang berlainan. Tiada sebarang intervensi diberikan kepada peserta kajian pada fasa
baseline (Pemerhatian 1 hingga Pemerhatian 2) dan fasa susulan (Pemerhatian 3 hingga
Pemerhatian 4). Intervensi diberikan kepada peserta kajian pada fasa intervensi setelah peserta
kajian melengkapkan pengukuran di akhir peringkat Pemerhatian 2 (P2). Rajah 1 menunjukkan
reka bentuk siri masa satu subjek yang digunakan dalam kajian intervensi ini.

78

Prestasi Fasa Fasa Fasa 36
0 Baseli6ne 1I2nterve1n8si 2S4 usulan30

Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian Minggu

1 (P1) 2 (P2) 3 (P3) 4 (P4)

Peringkat Pemerhatian

Rajah 1: Reka bentuk siri masa satu subjek kajian intervensi

Peserta Kajian

Pemilihan peserta berdasarkan kepada kriteria kelayakan dan kriteria pengecualian yang telah
ditetapkan dalam kajian ini. Hebahan dan jemputan melalui mesej whatsapp dan jemputan secara
individu telah dijalankan. Seramai lima belas peserta wanita (N = 15) daripada Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan secara sukarela telah memberikan persetujuan untuk terlibat dalam
kajian ini. Hanya peserta yang memenuhi kriteria kelayakan dibenarkan untuk terlibat sebagai
peserta dalam kajian ini. Kriteria kelayakan adalah sedentari, kurang aktif dan bekerja sepenuh
masa. Manakala kriteria pengecualian adalah orang dewasa yang disahkan mempunyai penyakit
jantung, mempunyai asma yang teruk dan mengandung. Questionnaire Readiness Physical
Activity (PAR-Q) [20] digunakan untuk saringan pemeriksa kesihatan peserta.

Walau bagaimanapun setelah saringan kelayakan dijalankan, seramai tiga puluh lima orang staf
(N=35 orang) telah didapati layak dan memenuhi kriteria kelayakan. Manakala seramai sepuluh
orang staf didapati tidak memenuhi kriteria kelayakan sebagai peserta kajian. Rajah 1
menunjukkan proses merekrut peserta kajian program intervensi.

79

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular peserta kajian telah diukur dengan menggunakan Ujian 20 meter lari
ulang-alik progresif (20 meter Progressive Shuttle Run Test) (Brewer, Ramsbottom et al. 1988).
Ujian ini melibatkan larian yang berterusan antara dua garisan yang berjarak 20 meter. Peserta
kajian berlari mengikut rekod bunyi beep yang telah ditetapkan yang dipasang melalui radio
cakera padat.

Soal Selidik

Penetapan matlamat untuk melakukan senaman diukur dengan menggunakan soal selidik
Exercise Goal Setting Scale (Rovnick et al, 2002). Penilaian item soalan menggunakan skala likert
5-poin iaitu skala 1-poin menunjukkan ‘Sangat Tidak Bersetuju’ hingga skala 5-poin menunjukkan
‘Sangat Bersetuju’. Kesahan dan kebolehpercayaan adalah 0.891 dan 0.814.

Intervensi

Strategi intervensi menggunakan aplikasi senaman yang dimuat turun dari Play Store, pertemuan
bersemuka, panggilan telefon dan penetapan matlamat. Tujuan strategi penggunaan telefon
pintar, pertemuan bersemuka dan penetapan matlamat adalah untuk meningkatkan keyakinan diri
peserta kajian untuk melakukan senaman. Manakala strategi pertemuan bersemuka dan
panggilan telefon adalah sebagai peneguhan untuk mencapai penetapan matlamat peserta kajian
dalam melakukan senaman.

Dalam pertemuan bersemuka ini, peserta kajian menerima penerangan dan tunjuk cara
bagaimana melakukan teknik-teknik senaman yang betul untuk mendapat kesan senaman yang
maksimum. Aspek-aspek keselamatan juga diterangkan untuk mengelakkan peserta kajian
daripada mengalami sebarang kecederaan. Peserta kajian juga diberikan penerangan,
pengetahuan dan kemahiran dalam pengiraan kadar nadi, melakukan senaman mengikut intensiti
senaman berdasarkan kepada kecergasan semasa peserta kajian, merancang serta merekodkan
aktiviti fizikal yang dilakukan sepanjang minggu. Di samping itu juga, peserta kajian diberikan
tunjuk cara untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan dengan berkesan.

Panggilan Telefon dan Penetapan Matlamat
Strategi panggilan telefon dan penetapan matlamat telah menunjukkan keberkesanan dalam
meningkatkan sokongan kepada peserta kajian untuk melakukan senaman. Peserta kajian
menerima lima siri panggilan telefon untuk sesi kaunseling dan motivasi untuk meningkatkan
keyakinan diri peserta kajian melakukan aktiviti fizikal. Panggilan telefon telah menunjukkan
keberkesanan dalam meningkatkan efikasi diri peserta kajian untuk meningkatkan penglibatan
dalam senaman (Bennett et al., 2008).

Pengukuran

Kajian ini menggunakan dua jenis pengukuran iaitu subjektif (soal selidik) pengukuran objektif
(komponen daya tahan kardiovaskular - pengambilan oksigen maksimum [VO2]). Protokol yang
sama digunakan untuk setiap peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 4). Soal
selidik yang sama digunakan diedarkan kepada peserta kajian setelah peserta kajian
melengkapkan pengukuran daya tahan kardiovaskular pada tiap-tiap pemerhatian.

Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular peserta kajian diukur dengan Ujian Lari Ulang-alik Progresif 20 meter
(20 meter Progressive Shuttle Run Test. Ujian ini melibatkan larian yang berterusan antara dua

80

garisan berjarak 20 meter mengikut rekod bunyi ‘beep’. Peserta kajian berdiri di belakang garisan
menghadap garisan yang satu lain, dan memulakan larian mengikut arahan ‘beep’ daripada alat
audio. Pada permulaan larian, kelajuan bunyi ‘beep’ adalah perlahan dan semakin meningkat
mengikut peringkat larian. Peserta kajian mesti berlari antara dua garisan berjarak 20 meter dan
berpatah balik untuk berlari apabila menerima isyarat daripada bunyi ‘beep’. Selepas satu minit,
satu bunyi menandakan kelajuan ditingkatkan dan bunyi ‘beep’ antara ‘beep’ semakin cepat.
Peningkatan peringkat kelajuan berlaku setiap satu minit. Jika peserta kajian tidak sempat
sampai pada garisan pada bunyi ‘beep’, peserta kajian perlu segera berlari untuk ke garisan satu
lagi untuk mengejar bunyi ‘beep’. Jika peserta kajian sampai dahulu ke garisan sebelum bunyi
‘beep’, peserta kajian perlu menunggu sehingga bunyi ‘beep’ seterusnya berbunyi, maka peserta
kajian boleh meneruskan larian. Ujian Lari Ulang-alik Progresif 20 meter diberhentikan apabila
peserta kajian gagal untuk sampai ke garisan (dalam jarak 2 meter) pada dua percubaan larian
seterusnya. Bilangan larian peserta kajian mengikut peringkat direkodkan di dalam Borang Ujian
Lari Ulang-alik Progresif 20 meter.

Markah mentah peserta kajian ditukarkan kepada nilai Vital Oxygen Maximum (VO2 max) dengan
menggunakan kalkulator yang telah dibangunkan oleh Topends Sports berdasarkan kepada
jadual yang telah dibina oleh Ramsbottom et al. (1988).

Soal Selidik
Penetapan matlamat untuk melakukan senaman diukur dengan menggunakan soal selidik
Exercise Goal Setting Scale (Rovnick et al, 2002). Soal selidik penetapan matlamat versi Bahasa
Malaysia telah mengalami proses penterjemahan dan penambahbaikan telah digunakan dalam
kajian ini. Soal selidik ini mengandungi sepuluh item soalan yang merangkumi tiga domain utama
iaitu fizikal, sosial dan penilaian diri dalam penetapan matlamat untuk melakukan senaman.
Penilaian item soalan menggunakan skala likert 5-poin iaitu skala 1-poin menunjukkan ‘Sangat
Tidak Bersetuju’ hingga skala 5-poin menunjukkan ‘Sangat Bersetuju’. Kesahan dan
kebolehpercayaan yang didapati dalam kajian ini adalah 0.891 dan 0.814 (Rovnick et al, 2002).

ANALISIS DATA
Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan perisian pengaturcaraan Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) Version 22. Penganalisisan data menggunakan statistik
deskriptif (min, sisihan piawai dan peratus). Manakala penganalisisan statistik inferensi
menggunakan pengukuran berulang ANOVA sehala.

DAPATAN KAJIAN
Seramai 22 orang peserta kajian secara sukarela telah melengkapkan kajian ini dengan
sepenuhnya. Tiga belas orang peserta hilang semasa kajian kerana menarik diri, hamil,
mempunyai komitmen lain dan berpindah ke tempat kerja lain. Profil peserta kajian seperti di
Jadual 1.

81

Jadual 1. Profil Peserta Kajian Intervensi

Pembolehubah Bilangan Min (SP)

Peserta atau %

Umur (tahun) 22 44.7(8.51)

Julat 38-56

Jantina

Lelaki 5 22.7

Perempuan 17 77.3

Status

Berkahwin 21 95.5

Bujang 1 4.5

Jawatan

Staf Akademik 8 36.4

Staf Pentadbiran 14 63.6

Daya Tahan Kardiovaskular

Hasil analisis data dalam ujian Tests of Within-Subjects Effects menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan skor min daya tahan kardiovaskular yang signifikan, F(1.648, 23.640) = 85.852, p <
0.05]. Ini menunjukkan secara keseluruhannya antara ke empat-empat pemerhatian terdapat
perbezaan yang signifikan di dalam kajian ini. Huraian secara terperinci seperti di Jadual 5.22.

Jadual 2. Analisis ujian Tests of Within-Subjects Effects bagi daya tahan kardiovaskular

Sumber Jumlah Kuasa df Min Kuasa Dua F Nilai Signifikan
Dua Jenis III

Fasa 43.747 1.648 26.549 85.852 < 0.001*

Ralat 6.645 23.640 0.281
(Fasa)

* Signifikan pada aras p < 0.05

Hasil ujian Tests of Within-Subjects Contrasts menunjukkan bahawa pada tiap pasangan
peringkat pemerhatian adalah signifikan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa perbandingan
yang signifikan antara peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 2) [F(1,21) = 99, p
> 0.05]. Manakala pada peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 2) [F(1,21) = 71, p
< 0.05] dan peringkat pemerhatian (Pemerhatian 3 – Pemerhatian 4) [F(1,21) = 60, p < 0.05].
Huraian secara terperinci seperti di Jadual 5.23.

Jadual 3. Analisis ujian Tests of Within-Subjects Contrasts bagi daya tahan kardiovaskular

Sumber Pemerhatian Jumlah Kuasa df Min Kuasa F Nilai
Fasa Dua Jenis III Dua Signifikan

Pemerhatian 1 vs 31.271 1 31.271 99.388 < 0.001*
Pemerhatian 2

Pemerhatian 2 vs 4.321 1 4.321 71.367 < 0.001*
Pemerhatian 3

Pemerhatian 3 vs 8.155 1 8.155 60.684 < 0.001*
Pemerhatian 4

* Signifikan pada aras p < 0.05

82

Nilai min bagi daya tahan kardiovaskular (pengambilan oksigen maksimum – Vo2 mak) pada
Pemerhatian 3 (min = 22.9 ml/kg/min) adalah min yang tertinggi jika dibandingkan dengan
pemerhatian-pemerhatian yang lain. Ini disebabkan oleh keberkesanan peserta kajian yang
menjalani program senaman dengan melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana. Manakala pada
Pemerhatian 4 (min = 22.5 ml/kg/min) menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dengan
Pemerhatian 3. Tetapi keputusan pada Pemerhatian 4 ini masih menunjukkan keputusan yang
baik jika dibandingkan dengan peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 - Pemerhatian 2). Ini
menunjukkan bahawa walaupun peserta kajian tidak menerima sebarang intervensi, peserta
kajian menunjukkan pengekalan daya tahan kardiovaskular yang baik jika dibandingkan dengan
peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 - Pemerhatian 2). Huraian secara terperinci seperti di
Rajah 2.

Rajah 2: Plot min bagi daya tahan kardiovaskular (VO2 mak) pada tiap peringkat pemerhatian

Penetapan Matlamat

Hasil analisis data dengan menggunakan ujian Tests of Within-Subjects Effects menunjukkan
terdapat perbezaan skor min penetapan matlamat yang signifikan. Didapati bahawa nilai yang
didapati adalah [F(1.10, 23.14) = 15.68, p < 0.05] secara keseluruhannya dalam kajian ini. Huraian
secara terperinci seperti di Jadual 4.

Jadual 4. Analisis ujian Tests of Within-Subjects Effects bagi penetapan matlamat pada tiap
peringkat pemerhatian

Sumber Jumlah Kuasa df Min Kuasa Dua F Nilai Signifikan
Dua Jenis III 1.431
0.514
Fasa 1.849 1.293 2.781 0.098

Ralat 13.963 27.143
(Fasa)

* Signifikan pada aras p < 0.05

Hasil ujian Tests of Within-Subjects Contrasts dilaporkan bahawa peringkat pemerhatian yang

menyumbang kepada kesignifikan kajian. Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat

perbandingan yang signifikan antara peringkat pemerhatian di mana pada peringkat pemerhatian
(Pemerhatian 2 – Pemerhatian 3) adalah [F(1,21) = 9.96, p < 0.05] dan peringkat pemerhatian

83

(Pemerhatian 3 – Pemerhatian 4) adalah [F(1,21) = 18.47, p < 0.05]. Manakala pada peringkat
pemerhatian (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 2) menunjukkan perbandingan yang tidak signifikan

adalah [F(1,21) = 0.24, p > 0.05]. Huraian secara terperinci seperti di Jadual 5.

Jadual 5. Analisis ujian Tests of Within-Subjects Contrasts bagi penetapan matlamat bagi tiap
peringkat pemerhatian

Sumber Peringkat Jumlah Kuasa df Min Kuasa F Nilai
Fasa Pemerhatian Dua Jenis III 1 Dua Signifikan
1 0.128
Pemerhatian 1 0.128 1 0.244 0.627
vs 1.026
Pemerhatian 2 1.026 9.962 < 0.005*
Pemerhatian 2 0.696
vs 0.696 18.467 < 0.001*
Pemerhatian 3
Pemerhatian 3
vs
Pemerhatian 4

* Signifikan pada aras p < 0.05

Hasil analisis ujian Tests of Between-Subjects Contrasts juga mengesahkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan pasangan pemerhatian dalam peringkat pemerhatian dengan
mendapati nilai [F(1,21) = 755, p < 0.05]. Huraian terperinci seperti di Jadual 6.

Jadual 6. Analisis ujian Tests of Between-Subjects Effects untuk pengesahan perbezaan dalam
peringkat pemerhatian bagi penetapan matlamat pada tiap peringkat pemerhatian

Peringkat Type III Sum of df Min Kuasa Dua F Nilai
Squares Signifikan

Intercept 965.594 1 4965.594 755.389 < 0.001*

Ralat 26.844 21 1.278

* Signifikan pada aras p < 0.05

Analisis data dengan menggunakan statistik deskriptif menunjukkan nilai min bagi penetapan
matlamat pada peringkat Pemerhatian 3 (min = 3.52) mempunyai nilai yang tertinggi berbanding
dengan peringkat pemerhatian yang lain. Manakala pada peringkat Pemerhatian 4 (min = 3.11)
menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dengan peringkat Pemerhatian 3. Ini
menunjukkan bahawa walaupun peserta kajian tidak menerima sebarang intervensi, peserta
kajian masih menunjukkan pengekalan penetapan matlamat yang baik jika dibandingkan pada
awal peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2). Huraian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.

84

Rajah 3: Plot min bagi daya tahan kardiovaskular (VO2 mak)
pada tiap peringkat pemerhatian

PERBINCANGAN

Hasil kajian telah menunjukkan kesan yang positif dalam meningkatkan penglibatan orang
dewasa dalam aktiviti fizikal dengan penggunaan telefon pintar. Berlaku peningkatan yang
signifikan dalam kecergasan fizikal daya tahan kardiovaskular dan penetapan matlamat dalam
melakukan aktiviti fizikal peserta kajian. Walaupun berlaku peningkatan yang ‘sederhana’ bagi
daya tahan kardiovaskular, tetapi bagi individu yang sedentari dan kurang aktif menunjukkan satu
kejayaan yang baik. Elemen pembelajaran kendiri perlu diterapkan dalam diri individu sebagai
satu motivasi diri untuk melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah penting supaya menjadi satu amalan
terbaik dan rutin dalam kehidupan seharian.

Penetapan matlamat adalah sangat penting kerana menjadi satu motivasi dan panduan untuk
mencapai satu sasaran tertentu. Proses penilaian menunjukkan beberapa hasil yang positif dan
memberikan banyak ruang untuk melakukan penambahbaikan program intervensi terutama bagi
orang dewasa dalam pelbagai lapisan umur, tahap pendidikan dan kategori pekerjaan.

Tingkah laku sedentari dan masalah berlebihan berat badan adalah satu masalah sosial yang
secara signifikan meningkat seiring dengan peningkatan usia (Rhodes et al., 2012). Tingkah laku
sedentari dan kurang melakukan aktiviti fizikal menjadi faktor penyebab berlaku masalah
peningkatan berat badan terutama dalam kalangan orang dewasa. Orang dewasa dalam kajian
ini menerima strategi intervensi yang menekankan elemen pembelajaran dan maklum balas telah
menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan penglibatan orang dewasa sedentari dalam
aktiviti fizikal (Normand, 2008).

KESIMPULAN

Intervensi ini perlu diteruskan kerana dapat membantu pengguna telefon pintar terutama orang
dewasa dalam meningkatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal. Oleh kerana penggunaan telefon
pintar mampu dimiliki oleh pelbagai golongan dan usia, maka penggunaannya perlu dilakukan
dengan maksimum untuk mendapat faedah terhadap kesihatan. Pelbagai aplikasi senaman dapat
memenuhi keperluan individu dan boleh dimuat turun secara percuma. Pengetahuan saranan
garis panduan standard melakukan aktiviti fizikal perlu ditingkatkan bagi golongan dewasa kerana
golongan ini merupakan kumpulan yang berisiko dalam pelbagai jenis penyakit tidak berjangkit.

85

Aktiviti berjalan boleh dicadangkan sebagai satu alternatif untuk melakukan aktiviti fizika bersama
dengan penggunaan telefon pintar. Aktiviti ini adalah bentuk aktiviti yang mudah dan pilihan yang
ideal terutama bagi orang dewasa sedentari dan bekerja sepenuh masa. Penggunaan strategi
intervensi terhadap orang dewasa telah menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan
motivasi dan keyakinan dalam aktiviti fizikal (Oyeyemi et al., 2014). Kajian ini boleh dikembangkan
lagi sebagai satu langkah pencegahan dan pengawalan daripada berlakunya peningkatan risiko
penyakit tidak berjangkit.

BIBLIOGRAFI

Bird, S.R., Smith, A. & James, K. (2002). Exercise Benefits and Prescription. Nelson Thornes
Ltd : United Kingdom.

CDC. (2010). Behavioral Risk Factor Surveillance System: Prevalence and Trends Data, from
http://apps.nccd.cdc.gov/brfss/

Clemens, S.A., O’Connell, S.E. & Edwardson, C.L. (2014). Office workers’ objectively measured
sedentary bahavior and physical activity during and outside working hours. Journal
Occupational and Environment Medicine 56(3):298-303.

Jakicic, J.M. & Davis, K.K. (2011). Obesity and physical activity. Psychiatric Clinic of North
America 34(4): 829-840.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Health Fact 2010. Health Informatics Centre, Planning
and Development Division.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2010). National Strategic Plan For Non-Communicable
Disease (NSPNCD) – Medium Term Strategic Plan To Further Strengthen That
Cardiovascular Diseases & Diabetes Prevention & Control Program in Malaysia (2010-
2014). Non-Communicable Disease Section, Kementerian Kesihatan Malaysia :
Putrajaya.

Khambalia, A.Z. & Seen, L.S. (2010). Trends in overweight and obese adults in Malaysia (1996-
2009): a systematic review. Obesity reviews 11(6): 403-412.

Lawton, R., McEachan, R.R.C., Jackson, C. & Conner, M. (2009). Increasing physical activity:
designing and testing a workplace intervention: Final Research Report. Institute of
Psychological Sciences, University of Leeds

Rossi, A., Dikareva, A. Bacon, S.L. & Daskalopoulou, S.S. (2012). The impact of physical activity
on mortality in patients with high blood pressure: a systematic review. Journal of
Hypertension 30(7):1277 – 1288.

Samitz, G., Egger, M. & Zwahlen, M. (2011). Domains of physical activity and all-cause
mortality: systematic review and dose-response meta-analysis of cohort studies.
International Journal of Epidemiology :1-19.

Siddique J, de Chavez PJ, Craft LL, Freedson P, Spring B. The Effect of Changes in Physical
Activity on Sedentary Behavior: Results From a Randomized Lifestyle Intervention Trial. A
J Health Promot. 2017;31(4):287–295. doi:10.4278/ajhp.150129-QUAN-693

86

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK SKOR SOALAN OBJEKTIF BAGI MATA PELAJARAN
SEJARAH MELALUI KAEDAH KFPC

Nursyamimi Mazelan, Noraaini Musa
Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam
[email protected], [email protected]

Shariha Jusoh
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid menjawab soalan objektif Sejarah
dengan penggunaan kaedah KFpC. Melalui kaedah ini dapat menarik minat murid untuk
menguasai kata kunci Sejarah. Kaedah KFpC merupakan teknik pembelajaran murid
mengesan kata kunci dan fokus soalan bagi membantu murid memilih jawapan yang tepat.
Kajian ini tertumpu kepada murid tingkatan 3 Ilham dengan dua orang guru. Kajian ini
berfokuskan kepada soalan dari tingkatan 1 hingga 3 dengan nisbah 6:7:7. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui penyemakan keputusan ujian awal tahun, soal selidik,Ujian Sebelum dan
pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan murid mengalami kesukaran untuk
skor soalan objektif dan mengingati fakta sejarah. Dengan ini kaedah KFpC didedahkan dalam
tempoh dua minggu. Dapatan kajian mendapati telah menunjukkan peningkatan dalam
menjawab dan skor soalan objektif setelah kaedah KFpC diperkenalkan. Hasil temubual
menunjukkan murid lebih mengingat, memahami dan seronok belajar Sejarah melalui kaedah
KFpC kerana pendekatan untuk mengingat semula fakta berlaku secara tidak langsung.

Kata kunci: kata kunci, fokus soalan, mengingat, sejarah, kata kunci fokus potong cari (KFpC)

PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang telah dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 telah membawa dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah
setanding dengan standard antarabangsa. KSSM Sejarah 2019 ,format intrumen Pentaksiaran
Tingkatan 3 (PT3) terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian bertulis dengan wajaran 80% dan
kajian kes sebanyak 20% sahaja. Perubahan format ini telah memberi satu kejutan kepada guru
dan murid untuk skor keputusan yang cemerlang bagi PT3 2019.

Selain itu, semua keputusan pengoperasian dan perlaksanaan PT3 Sejarah bermula 2019
diletakkan di bawah kuasa pihak sekolah. Autonomi yang diberikan kepada sekolah ini juga
memberi manfaat yang tinggi kepada guru untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan
terhadap pembinaan soalan mengikut ketetapan yang diperakui oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
Format ujian bertulis PT3 2019 terbahagi pula kepada tiga bahagian iaitu bahagian A terdiri
daripada soalan Objektif Aneka Pilihan manakala bahagian B dan C merupakan soalan subjektif
yang terdiri daripada respon terhad dan terbuka.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid skor bahagian A iaitu soalan objektif kerana
melalui hasil dapatan awal yang dibuat berdasarkan Ujian penggal 1(TOV) dan ujian penggal 2
(Pertengahan Tahun) mendapati murid tidak dapat menguasai soalan objektif dengan baik
walaupun hanya terdapat 20 soalan objektif sahaja dan ini tidak dapat membantu nilai skor yang
baik diperolehi oleh murid. Penguasaan terhadap soalan objektif masih lagi lemah bagi
kebanyakan murid, walaupun memerlukan murid menulis atau memilih satu jawapan yang betul

87

atau paling baik namun murid masih tidak boleh skor bilangan jawapan yang betul. Masalah ini
telah dialami oleh murid tingkatan 3 Ilham Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam. Situasi
ini amat merunsingkan kami kerana penguasaan terhadap soalan objektif Sejarah memerlukan
murid membuat banyak pembacaan terhadap Buku Teks Sejarah dan mengingati fakta-fakta
penting bagi membolehkan murid menjawab soalan objektif dengan cemerlang (Rahim & Said,
2010) .

Menurut Atan Long (1978), perbezaan individu memberi kesan besar terhadap pelbagai tingkah
laku dalam kelas. Perbezaan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap gaya berfikir murid,
objektif pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti
masalah ini bagi memastikan PdPc yang di ajar dapat disampaikan dengan berkesan.
Permasalahan ini telah memanggil kami memikirkan satu kaedah mudah untuk membantu murid
memahami dan mengenalpasti jawapan objektif yang betul (Zunaida Zakaria, Abdul Razaq
Ahmad, & Mohd. Mahzan Awang, 2015).

Terdapat beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap fakta Sejarah. Antara teknik atau kedah
yang dicadangkan ialah syarahan, bercerita, simulasi, kajian kes dan i-Think. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Tang Geok Ling (2005), kaedah Mneumonik merupakan kaedah yang boleh
membantu ingatan murid dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan
huruf-huruf pangkal untuk diingati dengan sesuatu yang bermakna kepada murid. Menurut kajian
oleh Haini Shafikah dan Khalijah (2016), Peta Dakap merupakan cara meningkatkan kemahiran
murid mengingati fakta dengan menggunakan beberapa elemen iaitu 5W 1H. Berasaskan kajian
di atas, jelas bahawa guru wajar memilih pendekatan yang boleh melibatkan murid aktif dan
berkesan dalam pembelajaran Sejarah.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan objektif Sejarah dengan tepat.
ii. Meningkatkan minat murid dalam mengingati mata pelajaran Sejarah.
iii. Meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta-fakta Sejarah.

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
i. Bagaimanakah kaedah KFpC dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab
soalan objektif Sejarah dengan tepat?
ii. Adakah kaedah KFpC ini dapat meningkatkan minat murid menguasai fakta Sejarah
berdasarkan kata kunci melalui soalan objektif?
iii. Sejauh manakah keberkesanan kaedah KFpC ini dapat meningkatkan penguasaan murid
terhadap fakta sejarah dan skor soalan objektif.

Peserta Kajian

Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 19 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Mak Lagam. Peserta kajian terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 10
orang murid perempuan dari tingkatan 3 Ilham. Murid ini adalah terdiri dari murid yang lemah mata
pelajaran Sejarah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

88

Setiap kali berakhir sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran, kami akan memberikan latihan
berbentuk soalan objektif. Soalan objektif diberikan daripada modul pembelajaran ataupun buku
teks tingkatan 3. Bagi murid yang sederhana dan lemah, kebanyakan daripada mereka tidak boleh
untuk membuat pilihan jawapan kerana tidak memahami kehendak soalan. Bagi mereka juga
pilihan jawapan yang diberikan hampir sama dan juga mereka tidak mengingati fakta dengan baik.
Situasi ini amat merunsingkan kami kerana untuk skor soalan objektif Sejarah memerlukan murid
mengingati fakta-fakta penting bagi membolehkan mereka menjawab soalan ujian dengan baik.
Selain itu, setelah mendalami permasalahan murid, saya mendapati murid juga tidak mempunyai
kaedah yang boleh membantu mereka meningkatkan kefahaman terhadap kehendak soalan dan
memilih jawapan yang tepat. Hal ini kerana kegagalan menguasai soalan objektif boleh memberi
kesan terhadap nilai skor markah keseluruhan.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan objektif dengan
menggunakan kaedah KFpC. Kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu murid untuk
memahami kehendak soalan dan mengenalpasti kata kunci soalan sebelum membuat penilaian
memilih jawapan yang tepat. Amalan penggunaan kaedah KFpC juga dapat meningkatkan
kemahiran penguasaan fakta Sejarah. Oleh itu, kaedah ini diperkenalkan sebagai satu kaedah
lain yang boleh membantu murid menjawab dan skor soalan objektif dengan baik.
PELAKSANAAN KAJIAN
Perlaksanaan kajian adalah berdasarkan adaptasi Model Kemmis dan McTaggart (1988).

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart

89

Tinjauan Masalah

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru terhadap pemeriksaan buku latihan dan Keputusan Peperiksaan
TOV mendapati murid gagal memperoleh markah tinggi untuk soalan objektif menunjukkan murid
memperoleh markah sekitar 7 hingga 11 markah sahaja daripada 20 markah. Guru mendapati
murid hanya membaca soalan objektif (aneka pilihan) secara sepintas lalu tanpa menggaris isi
penting, memotong jawapan yang tidak berkaitan soalan serta tidak memahami apakah kehendak
soalan menyebabkan murid gagal memilih jawapan yang tepat.

Perancangan

Penyelidik telah merancang beberapa strategi dari segi perancangan pengumpulan data,
merancang intervensi yang akan dijalankan dan perancangan analisis data.

Soal selidik dan temubual

Bagi meninjau dengan pandangan dan persepsi terhadap matapelajaran sejarah , satu borang
soal selidik telah diberikan kepada murid 3 Ilham. Untuk mendapat makllumat lanjut penyelidik
telah menjalankan sesi temubual bersama murid bagi mengenalpasti masalah sebenar mereka
hadapi. Hasil temu bual murid 3 Ilham daripada 7 orang murid yang ditemubual, kebanyakan
murid menyatakan langsung tidak memahami kehendak soalan dan cuba menjawab tetapi gagal
mendapatkan jawapan dengan betul dan tepat. Selain itu, mereka juga memberi alasan bahawa
pilihan jawapan yang diberikan amat mengelirukan.

Ujian Sebelum dan Ujian Selepas

Sebelum pelaksanaan kaedah KFpC ini diperkenalkan satu ujian telah dijalankan untuk menguji
kemampuan murid dalam menjawab soalan objektif . Bilangan soalan yang telah diuji ialah 20
soalan yang merangkumi semua topik daripada tingkatan 1,2 dan 3. Ujian ini bertujuan untuk
mengenal pasti kemampuan murid dalam menjawab soalan tanpa menggunakan apa-apa
kaedah.Ujian ini juga untuk menilai kemampuan murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada
untuk menjawab soalan objektif yang merangkumi pelbagai aras kesukaran. Ujian selepas
dijalankan selepas intervensi diperkenalkan.

Tindakan yang Dijalankan

Berapa panduan langkah perlaksanaan kaedah KFpC dilaksanakan.
i. Murid mendengar penerangan guru mengenai kaedah KFpC. Guru memberi gambaran
menyeluruh mengenai cara untuk mengenalpasti kata kunci (K), fokus soalan (F), potong
jawapan yang tidak berkaitan dengan kata kunci dan fokus soalan(P) serta mengenalpasti
jawapan yang tepat berkaitan dengan kata kunci dan fokus soalan (C).
ii. Guru memberi lembaran kerja soalan objektif untuk dijawab oleh murid dengan
menggunakan kaedah KFpC. Murid diminta membaca soalan dan menggariskan kata kunci
dan fokus soalan dengan menggunakan pen warna berbeza/highlighter dengan tunjuk ajar
guru.
iii. Murid juga digalakkan membuat catatan tambahan mengenai kata kunci dan fokus soalan
yang telah dikenalpasti untuk membantu meningkatkan kefahaman murid dan menguatkan
lagi ketepatan murid memilih jawapan yang betul.
iv. Bagi jawapan yang salah atau tidak berkaitan dengan kata kunci dan fokus soalan, murid
dikehendaki memotong jawapan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan semasa membuat
penilaian terhadap jawapan yang tepat kerana pengganggu bagi jawapan betul sudahpun
tiada.

90

v. Ujian selepas dilaksanakan setelah hampir 2 minggu murid didedahkan dengan kaedah
KFpC untuk menguji tahap kemahiran murid menjawab soalan objektif menggunakan
kaedah KFpC.

Rajah 2: Perincian kaedah KFpC

Rajah 3 :Ciri membezakan kaedah KFpC

91

Rajah 4: Contoh aplikasi kaedah KFpC dalam menjawab soalan objektif sejarah

.

Rajah 5: Penandaan dan Penggunaaan kaedah KFpC dalam menjawab soalan Sejarah
92


Click to View FlipBook Version