The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidki, 2019-11-21 02:05:42

NIC PROCEEDING 2019

Narathiwat PROCEEDING

Keywords: Narathiwat,Action Research,Teacher Tranning,IPG Sultan Mizan

memeriksa hasil kerja murid dan memberikan pujian dan membetulkan kesilapan yang
dilakukan oleh murid pada masa tersebut. Pada sesi penutup, guru bertanya balik
kepada pelajar tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut dan sesi pengajaran dan
pembelajaran di akhiri dengan nyanyian lagu jari. Pembelajaran lebih bermakna kerana
murid seronok mengikuti sesi pembelajaran pada hari tersebut dan mereka dapat
membilang dalam lingkungan 1-10 dengan menggunakan jari tangan mereka.

Jadual 3. Bilangan murid dan skor markah yang diperolehi selepas intervensi dijalankan
dengan membilang dalam lingkungan 1-10 dengan menggunakan pembilang.

Bilangan murid skor markah Peratus pencapaian

murid 1 7/10 70 %
murid 2 7/10 70 %
murid 3 6/10 60%
murid 4 8/10 80%
murid 5 8/10 80%
murid 6 7/10 70%
murid 7 6/10 60%
murid 8 8/10 80%
murid 9 8/10 80%
murid 10 6/10 60%

Jadual 3 menunjukkan skor markah yang diperolehi oleh murid prasekolah selepas
intervensi dijalankan dengan membilang dalam lingkungan 1-10 dengan menggunakan
pembilang. Peratus pencapaian murid juga telah meningkat dalam lingkungan 30%-
60% setelah menggunakan pembilang.

Sesi temu bual dijalankan terhadap seorang murid lelaki yang berumur berumur enam
tahun untuk bertanya tentang keberkesanan pengajaran guru dengan menggunakan
anggota badan bagi membilang dalam lingkungan 1-10 dengan menggunakan jari
tangan mereka. Murid tersebut gembira dan dapat membilang dalam lingkungan 1-10
dengan menggunakan jari mereka. Beliau juga menyatakan dengan menggunakan jari,
beliau dapat membilang dengan cepat. Pengunaan jari tersebut telah dapat
merangsang kognitif dan motor kasar mereka kerana dapat mengira sambil
mengerakkan jari-jari tangan.

Keberkesanan guru menggunakan bahan konkrit semasa mengajar membilang dalam
lingkungan 1-10 dapat dilihat dengan jelas dimana semua murid yang berjumlah 10
orang dapat membilang dengan menggunakan jari dari 1-10. Temubual denga murid
juga menyatakan mereka lebih cepat belajar apabila menggunakan kaedah ini. Ini
menunjukkan kaedah ini sangat berkesan bagi membilang matematik bagi murid-murid
prasekolah.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kaedah pengajaran guru adalah dengan menggunakan belajar sambil bermain iaitu
menggunakan bahan konkrit iaitu jari dan pembilang. Guru menggunakan teknik
tunjukkan cara dengan menggunakan menggunakan anggota badan murid-murid. Guru
membimbing murid-murid membilang dengan menggunakan jari. Ternyata kaedah ini
telah menarik minat murid untuk belajar matematik dalam operasi pra nombor serta
konsep nombor pada peringkat prasekolah. Murid dapat menguasai kemahiran kognitif
melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan maujud seperti yang
disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

192

Keberkesanan guru menggunakan kaedah belajar sambil bermain dengan bahan
konkrit semasa mengajar membilang dalam lingkungan 1-10 dapat dilihat dengan jelas
dimana semua murid yang berjumlah 10 orang dapat membilang dengan menggunakan
jari dari 1-10. Temubual dengan murid juga menyatakan mereka lebih cepat belajar
apabila menggunakan kaedah ini. Ini menunjukkan kaedah ini sangat berkesan bagi
membilang matematik bagi murid-murid prasekolah.

Terdapat pelbagai cara untuk mengajar matematik kepada kanak-kanak. “Playing and
learning” merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan
pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak
formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-
kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran
hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi
fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004; Putri Zabariah
2005).

Untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan pembelajaran matematik terdapat
banyak cara, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan yang terkandung dalam
langkah-langkah yang tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah
yang paling penting ialah pada peringkat perancangan atau persediaan guru iaitu
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Sebagai guru,
langkah awal yang harus dirancang ialah penentuan objektif pengajaran dan
pembelajarn, pendekatan, strategi, aktiviti yang sesuai dan bahan bantu yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani
kehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas perkembangan matematik kanak-kanak
bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan dengan benda-benda konkrit.
Pendekatan yang dapat digunakan dalam pembelajaran matematik kanak-kanak adalah
berbentuk hafalan, aktiviti dan bimbingan serta menerusi permainan. Menurut Kemp
(1989), pembelajaran matematik memerlukan 95 % pembelajaran bermakna dan 5 %
sahaja pembelajaran berbentuk hafalan. Sebelum kanak-kanak diberikan aktiviti yang
berkaitan dengan nombor ataupun diperkenalkan dengan nombor, sebaiknya mereka
diberikan pengalaman yang cukup dalam aktiviti pranombor. Aktiviti pranombor
melibatkan pengelasan objek, seriasi dan padanan satu dengan satu.

Dalam konteks aktiviti, terdapat beberapa contoh yang boleh digunakan semasa
melaksanakan pengajaran yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan 10.
Sebagai contoh dengan menggunakan aktiviti - aktiviti seperti Gumnut Games, hiding
games, animal spots mahupun permainan butang kumbang. Contoh aktiviti-aktiviti tadi
melibatkan proses bermain sambil belajar, dimana seperti yang kita tahu, bermain
merupakan satu konsep yang amat penting terutamanya kepada kanak-kanak.
Permainan memberi fokus terhadap proses dimana individu akan berfikir tentang
kemahiran atau strategi (Bragg, 2012). Ini bermakna permainan lebih bermakna
daripada belajar melalui menghafal. Ia juga akan mendorong kanak - kanak untuk
bermain dimana mereka akan mempelajari lebih banyak melalui bermain (Erdogen &
Baran, 2009:80).

Dalam konteks bahan bantu mengajar, guru mesti menyediakan bahan-bahan yang
bersifat konkrit, berwarna - warni dan dapat menarik minat kanak - kanak untuk belajar.
Sebagai contoh, Frobel telah mengetengahkan penggunaan pelbagai bahan seperti
blok yang disifatkan beliau sebagai satu pemberian untuk membantu kanak-kanak
belajar asas matematik. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu
yang berasaskan ict untuk membantu menyampaikan standard pembelajaran yang

193

telah ditentukan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu yang bercorak
permainan interaktif seperti ‘Math Popper.’ Permainan ini melibatkan kanak-kanak untuk
menyatakan jawapan bagi hasil tambah 2 nombor dengan meletupkan belon yang
keluar.

Konsep scaffolding merupakan satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Lev-
Vygotsky dalam teori pembelajaran kognitifnya yang dikenali sebagai sosial
konstruktivis. Menurut beliau dalam scaffolding, kanak-kanak akan dibantu oleh oleh
kanak-kanak yang lebih dewasa atau guru untuk mencapai zon perkembangan
maksima. Satu contoh yang diberikan ialah, melalui permainan hiding game. Dalam
langkah pertama, guru menyembunyikan objek/ manipulatif yang telah ditunjukkannya
terlebih dahulu. Guru atau kanak-kanak yang lebih dewasa dapat membantu
memperkembangkan pengetahuan nombor dengan menambah bilangan manipulatif,
iaitu dari 3 ke 4 dan seterusnya. Langkah-langkah dalam scaffolding ini diteruskan
sehingga ke satu tahap dimana bantuan yang diberikan dikurangkan sedikit demi sedikit
sehingga pelajar atau kanak-kanak itu sendiri boleh menguasai sesuatu kemahiran
yang disampaikan.

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Piaget menjelaskan tiga cara
kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar
sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya
dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara
sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang
sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar
berkenaan bulatan dan segi empat sama, keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-
konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui
logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan
keabadian.

Implikasi Teori Piaget ini kepada guru-guru terutamanya guru prasekolah ialah mereka
hendaklah mengunakan bahan bantu mengajar yang konkrit, memberikan arahan
ringkas dan difahami serta penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai. Guru juga
hendaklah menyediakan variasi pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan
menyeronokkan supaya murid akan mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih
bermakna dan pelbagai.

Rangsangan boleh diertikan sebagai rangsangan deria atau juga sensory stimulus.
Dalam konteks pendidikan, Skinner dalam teori behaviorismenya berpegang bahawa
sesuatu pembelajaran itu akan berlaku sekiranya ada rangsangan dan gerakbalas.
Dalam konteks pengajaran matematik kanak-kanak iaitu kanak-kanak awal
(prasekolah), antara rangsangan yang boleh membantu mereka dalam mempelajari
matematik awal ialah rangsangan dalam bentuk bahan bantu mengajar yang digunakan.
Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang konkrit boleh digunakan untuk memahami
konsep matematik dimana ia akan memberikan pengalaman konkrit dalam
pembelajaran kognitif yang merujuk kepada tindakan individu yang dimotivasikan oleh
pulangan yang mereka perolehi semasa berinteraksi dengan alam sekitar.

Piaget percaya ini boleh dicapai dengan penyediaan objek konkrit yang berwarna-warni
untuk menarik minat kanak - kanak peringkat sensorimotor dan praoperasi. Selain itu,
penggunaan manipulatif (peringkat enaktif) dan gambar atau grafik (peringkat ikonik)
sangat penting sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak peringkat praoperasi
(Bruner, 1966). Melalui penyediaan bahan - bahan bantu mengajar seperti manipulatif -
permainan, buku bergambar serta bahan -bahan konkrit dan melalui interaksi dengan
guru - guru atau rakan (scaffolding), maka kecenderungan untuk kanak - kanak tersebut

194

mengkonstrukkan ilmu pengetahuan adalah amat tinggi. Ini akan membantu kanak -
kanak untuk berfikir dan khususnya dalam mencari jawapan atau menyelesaikan
masalah.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif.
Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian
mereka. Soalan-soalan yang dikemukan oleh guru biasanya berkaitan dengan perkara
yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina
pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Selain itu, guru
boleh menggunakan BBM untuk merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir.
Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat
melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan
pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman dan
seterusnya menyelesaikan masalah yang ditimbulkan secara sengaja dan terancang
oleh guru.

Montessori menyatakan kanak-kanak mempunyai pemikiran Matematik yang
memberikan peluang kepada mereka untuk bersuka ria semasa membuat eksplorasi
aktiviti Matematik dalam keadaan semulajadi. Bagi kanak-kanak untuk mempelajari
sesuatu dengan lebih bermakna, rangsangan atau penggunaan bahan-bahan konkrit
yang berkaitan dalam kehidupan seharian kanak-kanak haruslah digunakan semasa
pembelajaran mereka. Contohnya, mengadakan aktiviti jual beli di dalam kelas. Guru
akan menggunakan barang-barang sebenar seperti di dalam kedai atau gambar-
gambar (bahan konkrit) dan memberikan wang (sampel)kepada kanak-kanak untuk
mengadakan aktiviti jual beli. Secara tidak langsung, guru bukan sahaja memberikan
kanak-kanak suasana jual beli yang seakan-akan sama tetapi juga kanak-kanak akan
mampu untuk menyelesaikan aktiviti penolakan dalam matematik.

Ahli-ahli konstruktivis seperti Piaget dan Vygotsky membuktikan pengetahuan dapat
dibina atau dibentuk oleh individu. Pemikiran dan pembelajaran adalah ‘self-initiated’
yang semula jadi ada dalam diri kanak-kanak. Apa yang individu boleh dan akan
tanggap dan tumpu ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, faktor
persekitaran juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak
(Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Faktor persekitaran melibatkan penyampaian
guru, aktiviti yang disediakan, bahan yang digunakan dan peluang interaksi kanak-
kanak dengan guru, rakan dan bahan. Dengan itu, kedua-dua faktor semula jadi dan
rangsangan atau pengaruh persekitaran saling bantu-membantu dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.

Sebagai seorang guru prasekolah, seharusnya mengetahui cara-cara pendekatan
pengajaran yang sesuai dengan tahap umur diperingkat ini supaya sesuai dengan
perkembangan diri kanak-kanak, kebolehan, kematangan dan menyeronokkan.
Disamping itu, guru juga haruslah memastikan bahawa pengajarannya menyeronokkan,
kepelbagaian dan afektif, supaya pengajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk
mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Guru-guru harus juga memastikan
setiap murid mempunyai pilihan untuk belajar. Dengan ini setiap guru perlu merangka
dan merancang setiap pengajarannya. Kurikulum prasekolah telah menetapkan empat
pendekatan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan
belajar sambil bermain, pendekatan bertema, Pendekatan bersepadu, Komunikasi,
Sains Teknologi dan maklumat (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2017).

195

Guru prasekolah juga hendaklah mempelbagaikan aktiviti pengajaran seperti aktiviti
aktiviti di dalam bilik darjah, aktiviti berkumpulan dan aktiviti perseorangan. Aktiviti di
dalam bilik darjah tersebut boleh melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang sama.
Kebiasaannya aktivi berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui
penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan diakhir sesi
pembelajaran. Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak-
kanak belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila
bermain dalam akativiti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan
melibatkan kedua-dua jantina dan juga bangsa yang berlainan.

Kumpulan hendaklah dalam kuantiti yang kecil agar semua kanak-kanak dapat
melibatkan diri atau mengambil bahagian. Guru boleh memilih aktiviti yang sama atau
berlainan. Objektif utama adalah untuk membentuk kanak-kanak supaya dapat
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Disamping aktiviti didalam bilik
darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan. Ada
ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada kanak-kanak kerana ianya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan
secara perseorangan kepada kanak-kanak.

Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam
masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan Sains dan
Teknologi. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap
konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan
pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara, kita
perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam
mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal
persekolahan. Pembelajaran matematik bukan saja diperluaskan disekolah malah ianya
bermula diprasekolah lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-
kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang dapat membantu
mereka untuk meneruskan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi.

BIBLIOGRAFI

Azizah Lebai Nordin. (2007). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Universiti
Malaya: Kuala Lumpur

Creswell, J.W. (2013). Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among Five
Approaches, Third Edition. London: SAGE Publication.

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan Kuantitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Rosinah Ednin. (2015). Siri Teks Major IPG. Penyelidikan Tindakan: Kaedah &
Penulisan. Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan

Rohani Abdullah, Nani Menom & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan Kurikulum
Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Standard Kurikulum Prasekolah.
Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia
PERMATA Negara. (2009). Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
Putri Zabariah Megat Abdul Rahman. (2008). Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak,

Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM.
Shahizan Hasan, & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti

Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

196

Shaharir Mohammad Zain. (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti
di Malaysia. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan
Matematik: UKM.

Saayah Abu. (2008). Menjadi Guru Tadika. PTS Profesionnal Publishing Sdn. Bhd:
Kuala Lumpur.

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum
berasaskan bermain bagi aspek pekembangan bahasa dan literasi murid
prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (1997a). Tahap kefahaman Konsep Pecahan dalam
Kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana. Tidak Diterbitkan.

Zakiah Binti Mohamad Ashari. (2014). Aplikasi Modul Belajar Melalui Bermain dalam
Kefahaman Awal Matematik dan Motivasi Kanak-Kanak Prasekolah. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

197

KAJIAN PERBANDINGAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN AL BASUTI (PAB) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN

MIZAN BAGI TAHUN 2018 DAN 2019

Wan Kamsiah Wan Ahmad, Mohamad Amir Husain
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu

[email protected]

ABSTRAK

Perpustakaan Al Basuti (PAB) IPGKSM telah menjalankan kajian terhadap
Kepuasan Pelanggan yang berfokuskan pelajar IPGKSM untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang
berkualiti dan memuaskan kepada pengguna perpustakaan. Soal selidik yang
dilaksanakan memberi tumpuan kepada maklumat yang jelas tentang kepentingan
sesuatu aspek perkhidmatan, koleksi dan kemudahan perpustakaan terhadap
pengguna serta serta sejauh mana prestasi PAB dalam setiap aspek tersebut
mengikut pandangan mereka. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan
bahawa aspek yang dianggap sangat penting oleh pengguna perpustakaan adalah
maklumat di dalam laman web, koleksi terkini, kemudahan akses sumber elektronik,
waktu pembukaan dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan. Antara aspek
penting tersebut, tiga daripadanya perlu diberi perhatian oleh pihak perpustakaan
untuk usaha penambahbaikan, antaranya, koleksi terkini, kemudahan akses sumber
elektronik dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan. Ini kerana aspek tersebut
dinilai sebagai tahap prestasi yang harus dicapai oleh pengurusan perpustakaan
dan diharapkan oleh para pengguna. Kajian ini secara langsung telah membawa
kepada usaha PAB ke arah penambahbaikan dalam usaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan PAB pada masa akan datang.

Kata kunci: kepuasan pelanggan, perpustakaan, perkhidmatan, soal selidik,

PENGENALAN

Perpustakaan adalah bahagian penting dalam akademik dan organisasi penyelidikan,
dan pengguna adalah pemegang kepentingan utama yang memerlukan maklumat.
Objektif asas pusat perpustakaan atau sumber maklumat adalah untuk memenuhi
keperluan maklumat pengguna. Sejumlah istilah seperti 'penaung', 'pelanggan', dan
sebagainya digunakan sebagai sinonim kepada pengguna. Walau bagaimanapun,
meningkatkan kepuasan pengguna adalah penting kepada organisasi yang
berorientasikan perkhidmatan yang berjaya termasuk perpustakaan, kerana pengguna
yang berpuas hati tetap setia, mempunyai perasaan positif dan mencadangkan
perkhidmatan kepada orang lain.

Perpustakaan perlu mengemas kini sumber yang ditawarkan, kemudahan serta
perkhidmatan yang selari dengan era perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bukti dari kajian
penilaian perpustakaan menunjukkan bahawa pengguna adalah pemegang
kepentingan utama, dan maklum balas mereka adalah faktor yang paling boleh
dipercayai dalam mengukur kegunaan dan keberkesanan perkhidmatan di
perpustakaan.

Perpustakaan Al Basuti (PAB) yang merupakan sebuah pusat maklumat dan rujukan
serta nadi pengajaran dan pembelajaran IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
juga menyedari keperluan perubahan ICT ini. PAB bertindak sebagai pusat penyediaan
kemudahan berteraskan ilmu dari pelbagai sumber yang dirasakan mampu
meningkatkan standard proses penyelidikan, pembelajaran dan pembelajaran bagi

198

warga IPGKSM. PAB mempunyai koleksi melebihi 56,808 naskah dalam pelbagai
bidang ilmu. Koleksinya terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak. Dengan
keluasan 1351 meter persegi, PAB mampu menampung hampir 300 orang pengguna
dalam sesuatu masa. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PAB ialah sistem
peminjaman dan pemulangan, perkhidmatan OPAC, ruang membaca, bilik Hypermedia,
Bilik Sarjana, bilik sumber media, jaringan internet, bilik perbincangan, perkhidmatan
pelanggan, loker penyimpanan barang berkunci, tandas dan peralatan pembelajaran.

PERNYATAAN MASALAH

Literatur perpustakaan telah menunjukkan bahawa banyak kajian empirikal yang
dijalankan untuk meneroka persepsi pengguna perpustakaan (mis. Nzivo, 2012;
Pedramnia et al, 2012) yang membincangkan tentang kualiti perkhidmatan dan
kepuasan pelanggan (Pedramnia et al., 2012; Nagata dan Klopfer, 2011).

Perkhidmatan dan kemudahan yang baik serta bermutu dapat memenuhi kepuasan
pelanggan (Abd Rahman, 2009; Noraziah et. al, 2007 & 2008; MAMPU, 2009). Oleh itu
berdasarkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan PAB, penyelidikan ini akan
meneroka tahap kepuasan pelajar IPG KSM terhadap PAB selaku pemegang
kepentingan utama di perpustakaan. Kajian ini akan memberi fokus kepada
perkhidmatan perpustakaan yang meliputi kemudahan fizikal, kekuatan koleksi dan
perkhidmatan. Bagi kemudahan fizikal, ia merangkumi kelengkapan perabot,
pencahayaan dan sistem penghawa dingin. Kekuatan koleksi pula melibatkan koleksi
bahan-bahan yang disediakan untuk pelanggan. Manakala perkhidmatan merangkumi
kualiti perkhidmatan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap
perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PAB serta layanan staf terhadap
pelajar yang mengunjungi Perpustakaan Al Basuti.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap peningkatan kepuasan pelajar terhadap kemudahan
fizikal yang disediakan di Perpustakaan Al Basuti tahun 2019 berbanding
dengan tahun 2018.

2. Mengenal pasti tahap peningkatan kepuasan pelajar terhadap kekuatan koleksi
yang disediakan di Perpustakaan Al Basuti tahun 2019 berbanding dengan
tahun 2018.

3. Mengenal pasti tahap peningkatan kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan
yang disediakan di Perpustakaan Al Basuti tahun 2019 berbanding dengan
tahun 2018.

PERSOALAN KAJIAN

Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan yang dikemukakan
seperti:

1. Apakah tahap kepuasan pelajar tahun 2019 terhadap kemudahan fizikal yang
disediakan di Perpustakaan Al Basuti meningkat atau menurun berbanding
dari tahun 2018?

2. Apakah tahap kepuasan pelajar tahun 2019 terhadap kekuatan koleksi yang
disediakan di Perpustakaan Al Basuti meningkat atau menurun berbanding dari
tahun 2018?
199

3. Apakah tahap kepuasan pelajar tahun 2019 terhadap perkhidmatan yang
disediakan di Perpustakaan Al Basuti meningkat atau menurun berbanding dari
tahun 2018?

KEPENTINGAN KAJIAN

Inilah ukuran pertama kepuasan pelanggan bagi perpustakaan al Basuti (PAB) IPGKSM
bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
dalam proses meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Pihak pengurusan
Perpustakaan Al Basuti berharap agar hasil kajian ini dapat memberi input dan sebagai
platform yang penting kea rah usaha penambahbaikan perkhidmatan untuk masa akan
datang. Pihak pengurusan Perpustakaan Al Basuti sentiasa bersedia untuk
meningkatkan perkhidmatannya yang berkualiti dari semasa ke semasa dalam usaha
untuk memberi kepuasan pelanggan secara optimum. Memberi maklumat kepada
mereka yang berkepentingan (pengurusan ipgksm termasuk pengurusan tertinggi ipgm)
untuk mendapatkan peruntukan kewangan dalam ushaha meningkatkan perkhidmatan
yang berkualiti seperti rangkaian system ilmu, tambahan koleksi buku terkini dsb.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah diperoleh melalui borang soal selidik yang
diedarkan secara terus dan rawak kepada pelanggan-pelanggan yang mengunjungi PAB
pada tempoh masa tertentu. Instrumen yang digunakan adalah berdasarkan Borang
Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan (LAM-PT-08-04) dalam Manual Kualiti Pengurusan
Perpustakaan IPGM. Dalam menentukan komponen-komponen kepuasan perkhidmatan
perpustakaan, sebanyak 13 pernyataan telah digunakan dalam pembentukan borang
soal selidik kajian. Pernyataan-pernyataan ini dikelaskan ke dalam tiga jenis
perkhidmatan perpustakaan iaitu:

i. Kemudahan fizikal
ii. Kekuatan koleksi
iii. Perkhidmatan yang disediakan

ANALISIS DATA

Data dikodkan ke dalam SPSS (versi 22) untuk dianalisis. Tanggapan dikumpulkan
sebagai negatif (Nres *) untuk penilaian 1 (sangat tidak bersetuju), 2 (tidak bersetuju)
dan 3 (Sederhana bersetuju) dan positif (Pres *) untuk kadar 4 (bersetuju) dan 5 (sangat
setuju). Untuk memudahkan penerangan dan untuk memastikan kawasan masalah,
penarafan pada skala 5-mata kemudian dipadankan dengan skala prestasi antara 0%
hingga 100% di mana, 0% hingga 20% = sangat lemah; 21% hingga 40% = lemah; 41%
hingga 60% = sederhana; 61% hingga 80% = baik; dan 81% hingga 100% = cemerlang.
Perkhidmatan yang dikenalpasti sebagai kawasan masalah dan memerlukan
penyelesaian segera adalah mereka yang mendapat skor 49% dan lebih rendah
(Roslah & Zainab, 2007).

DAPATAN

Kajian ini melibatkan seramai 34 orang responden pada tahun 2018 dan seramai 40
orang responden pada tahun 2019 yang dipilih secara rawak dari dua kumpulan pelajar
iaitu kursus PISMP Ambilan Januari 2015 dan PISMP Ambilan Januari 2016 yang
menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat pencarian maklumat serta membuat
rujukan. Untuk tahun 2018 Responden opsyen Pendidikan Matematik dan Pendidikan
Reka bentuk &Teknologi masing-masing mencatatkan sebanyak 11.8%, diikuti oleh

200

responden Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Pendidikan Sains juga masing-masing
sebanyak 20.6%. Responden dari opsyen Pendidikan TESL pula sebanyak 35.3%.

Bagi tahun 2019 pula Responden opsyen Sejarah mencatat sebanyak 35.5%, diikuti
Responden opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak sebanyak 40.7%, Responden
opsyen Reka bentuk Teknologi sebanyak 23.8%.

Analisis deskriptif dilakukan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap
kemudahan fizikal PAB, kekuatan koleksi PAB dan perkhidmatan PAB.

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Fizikal PAB

Sebanyak tiga item soalan yang diukur bagi mengenal pasti tahap kemudahan fizikal
PAB. Jadual 1 menyenaraikan prestasi mengikut skala prestasi 0% hingga 100%
(sangat lemah hingga cemerlang). Dapatan menunjukkan responden menilai ketiga-tiga
item item yang diukur iaitu “Perabot dan kelengkapan mencukupi”, “Pencahayaan
memuaskan” dan “Sistem penghawa dingin memuaskan” pada tahap yang cemerlang.

Jadual 1. Prestasi tahap kemudahan fizikal PAB (n=34) 2018 dan (n=40)2019

No. Item Prestasi Tahap Prestasi Tahap %
Item 2018 2018 2019 2019 peningkatan
% %

A1 Perabot dan 85.3 cemerlang 97.0% cemerlang 11.7
kelengkapan
mencukupi. 85.3 cemerlang 97.0% cemerlang 11.7
91.2 cemerlang 98.0% cemerlang 6.8
A2 Pencahayaan
memuaskan.

A3 Sistem penghawa
dingin memuaskan.

Min = 4.30; Sisihan piawai = 0.32, Min=4.86; Sisihan piawai= 0.29

Pres* = Respon positif (untuk kadar 4 and 5 bagi skala 5-mata)

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kekuatan Koleksi PAB

Sebanyak empat item soalan yang diukur bagi mengenal pasti tahap kekuatan koleksi
PAB. Jadual 2 menyenaraikan prestasi mengikut skala prestasi 0% - 100% (sangat
lemah hingga cemerlang). Dapatan menunjukkan responden menilai tahap kekuatan
koleksi PAB meliputi tahap lemah, sederhana dan cemerlang. Pada tahun 2018,
Responden menilai “Bahan perpustakaan bidang pendidikan mencukupi” pada tahap
yang lemah iaitu (29.4%). Manakala bagi item “Koleksi perpustakaan membantu saya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran”, responden menilai pada tahap sederhana
iaitu (41.2%). Bagaimanapun bagi item “Bahan perpustakaan berkaitan dengan mata
pelajaran major mencukupi” dan “Buku-buku rujukan am dan bacaan tambahan
mencukupi” dinilai pada tahap yang cemerlang oleh responden. Bagi tahun 2019 pula
responden menilai keempat-empat item pada tahap cemerlang iaitu melebihi 80%.

Jadual 2. Prestasi Tahap Kekuatan Koleksi PAB (n=34)

201

No. Item Pres*% Tahap Pres*% Tahap %
peningkatan
Item 2018 2019
61.8
B1 Bahan perpustakaan bidang 29.4 Lemah 91.2 cemerlang 2.9

pendidikan mencukupi. 10.1

B2 Bahan perpustakaan 88.3 cemerlang 91.2 cemerlang 55.4

berkaitan dengan mata

pelajaran major mencukupi.

B3 Buku-buku rujukan am dan 85.3 Cemerlang 95.4 cemerlang

bacaan tambahan

mencukupi.

B4 Koleksi perpustakaan 41.2 sederhana 93.6 cemerlang

membantu saya dalam

proses pengajaran dan

pembelajaran.

Min = 3.30 Sisihan Min = 4.64 Sisihan

piawai = 0.51 piawai = 0.475

Pres* = Respon positif (untuk kadar 4 and 5 bagi skala 5-mata)

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Yang Disediakan PAB

Sebanyak lapan item soalan yang diukur bagi mengenal pasti tahap perkhidmatan yang
disediakan PAB. Jadual 3 menyenaraikan prestasi mengikut skala prestasi 0%-100%
(sangat lemah hingga cemerlang). Dapatan tahun 2018 menunjukkan responden
menilai tahap perkhidmatan yang disediakan PAB meliputi tahap sangat lemah,
sederhana dan cemerlang. Manakala dapatan tahun 2019 pula menunjukkan
responden menilai tahap perkhidmatan yang disediakan semuanya berada pada tahap
cemerlang.

Item “Sistem katalog yang ada membantu saya untuk membuat carian bahan” dinilai

oleh responden pada tahap yang sangat lemah (11.8%). Diikuti dengan item yang
mencatatkan tahap sederhana adalah item “Bahan-bahan perpustakaan disusun
dengan sistematik di rak buku” (55.9%) pada tahun 2018. Manakala empat item yang
berada pada tahap baik iaitu item “Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilaksanakan
sepanjang tempoh waktu perkhidmatan”, “Staff sentiasa membantu saya apabila
diperlukan”, “Tempahan bahan perpustakaan boleh dibuat dengan mudah dan
“Pembaharuan pinjaman dapat dilaksanakan dengan mudah”. Dua item yang dinilai
pada tahap cemerlang oleh responden pula ialah item “Waktu perkhidmatan
perpustakaan sesuai” dan “Staff dapat mengurus pinjaman dan pemulangan dengan
cekap”.

Jadual 3. Prestasi tahap perkhidmatan yang disediakan PAB (n=34)

No. Item Pres*% Tahap Pres*% Tahap %
Peningkatan
Item 2018 2019
14.2
C1 Waktu perkhidmatan 82.4 Cemerlang 96.6 Cemerlang 18.0

perpustakaan sesuai. 15.0

C2 Pinjaman dan pemulangan 79.4 Baik 97.4 Cemerlang 19.1
23.8
buku dapat dilaksanakan

sepanjang tempoh waktu

perkhidmatan.

C3 Staf dapat mengurus pinjaman 82.4 Cemerlang 97.4 Cemerlang

dan pemulangan dengan

cekap.

C4 Staf sentiasa membantu saya 79.5 Baik 98.6 Cemerlang

apabila diperlukan.

C5 Tempahan bahan 73.6 Baik 97.4 Cemerlang

perpustakaan boleh dibuat

dengan mudah.

Jadual 3 (sambungan)

202

No. Item Pres*% Tahap Pres*% Tahap %
Item 2018 Baik 2019
C6 Pembaharuan pinjaman dapat 76.5 96.0 Peningkatan
dilaksanakan dengan mudah.
C7 Sistem katalog yang ada 95.8 Cemerlang 19.5
membantu saya untuk
C8 membuat carian bahan. 11.8 Sangat 94.4 Cemerlang 84.0
Bahan-bahan perpustakaan lemah
disusun dengan sistematik di
rak buku. 55.9 Sederhana Cemerlang 38.5

Min = 3.80 Sisihan piawai = 0.71; Min = 4.83 Sisihan piawai = 0.373

Pres* = Respon positif (untuk kadar 4 and 5 bagi skala 5-mata)

PERBINCANGAN

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Fizikal PAB

Secara keseluruhan pada tahun 2018, persepsi responden terhadap kemudahan fizikal
PAB mencatatkan nilai min=4.30 dan sisihan piawai=0.32. Persepsi responden
terhadap prestasi kemudahan fizikal PAB yang mempunyai nilai min antara 4.05 dan
5.00 pada skala 5-pilihan menunjukkan perkhidmatan tersebut berada pada tahap
sangat baik.

Pada tahun 2019 pula secara keseluruhannya persepsi responden terhadap
kemudahan fizikal PAB mencatat nilai min=4.86 dan sisihan piawai 0.29. Persepsi
responden terhadap kemudahan fizikal PAB pula mempunyai nilai min 4.05 hingga 5.00
pada skala 5 pilihan menunjukkan perkhidmatan tersebut barada pada tahap yang
sangat baik.

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kekuatan Koleksi PAB

Pada tahun 2018 secara keseluruhan persepsi responden terhadap kekuatan koleksi
PAB mencatatkan nilai min=3.30 dan sisihan piawai=0.51. Persepsi responden
terhadap prestasi kekuatan koleksi PAB yang mempunyai nilai min antara 3.05 dan 4.00
pada skala 5-pilihan menunjukkan perkhidmatan tersebut berada pada tahap baik.

Bagi tahun 2019 pula persepsi responden terhadap kekuatan koleksi PAB mencatatkan
min= 4.64 dan sisihan piawai = 0.475. Persepsi responden terhadap prestasi kekuatan
koleksi PAB yang mempunyai nilai min antara 4.05 dan 5.00 pada skala 5 pilihan
menunjukkan prestasi perkhidmatan tersebut berada pada tahap sangat baik.

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Yang Disediakan PAB

Pada tahun 2018 secara keseluruhan persepsi responden terhadap perkhidmatan yang
disediakan PAB mencatatkan nilai min=3.80 dan sisihan piawai=0.71. Persepsi
responden terhadap prestasi perkhidmatan yang disediakan PAB yang mempunyai nilai
min antara 3.05 dan 4.00 pada skala 5-pilihan menunjukkan perkhidmatan tersebut
berada pada tahap baik.

Bagi tahun 2019 pula secara keseluruhan persepsi responden terhadap perkhidmatan
yang disediakan PAB mencatatkan nilai min=4.83 dan sisihan piawai=0.373. Persepsi
responden terhadap prestasi perkhidmatan yang disediakan PAB yang mempunyai nilai
min antara 4.05 dan 5.00 pada skala 5-pilihan menunjukkan perkhidmatan tersebut
berada pada tahap sangat baik.Implikasi yang diperoleh dari hasil kajian ini ialah
cadangan langkah-langkah penambahbaikan prestasi perkhidmatan kepada pihak
pengurusan. Oleh itu kajian ini akan melihat kepada prestasi perkhidmatan PAB pada
tahun 2018 yang berada dibawah lingkungan ini iaitu beroperasi dibawah tahap

203

sederhana manakala pada tahun 2019 prestasi perkhidmatan PAB berada pada tahap
yang sangat baik.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pada umumnya, bagi tahun 2018 apabila mengukur skala prestasi pada mana-mana
titik, perpustakaan secara semula jadi akan mencari penilaian yang berada di bawah
skala pertengahan titik. Persepsi responden tentang seberapa baik prestasi
perpustakaan berkisar antara 3.13 dan 4.36 pada skala 5-point, menyiratkan bahawa
perpustakaan sedang melaksanakan pada tahap purata di atas. Dari jumlah 59 sifat
perkhidmatan, 2 dianggap sangat baik, 20 sifat dianggap baik, 31 adalah purata dan 4
perkhidmatan dinilai sebagai miskin. Walau bagaimanapun, sejumlah 16 perkhidmatan
diberi nilai di bawah 50%, yang perlu diperbaiki dan dinilai semula. Masalah utama yang
berpunca daripada perkhidmatan garis depan ialah laman web perpustakaan dan
program pendidikan pengguna. Pengguna mempunyai masalah mengakses sumber
elektronik perpustakaan dari laman web, tidak terlalu senang dengan susun atur, aliran
navigasi, daya tarikan dan keupayaannya untuk menyokong interaktiviti dengan
kakitangan perpustakaan dan kekurangan borang permintaan dalam talian.

Pelajar pascasiswazah menunjukkan bahawa program pendidikan pengguna tidak
membantu mereka untuk menggunakan bahan perpustakaan serta perkhidmatan
secara efektif dan bahan-bahan tidak cukup relevan dengan keperluan kursus mereka.
Untuk tahun 2019, secara umumnya berlakunya peningkatan terhadap tahap prestasi
PAB. Persepsi responden tentang seberapa baik prestasi perpustakaan berkisar antara
4.05 dan 5.00 pada skala 5-point. Ini menunjukkan bahawa tahap prestasi perkhidmatan
PAB telah meningkat. Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilaksanakan
oleh pihak pengurusan PAB seperti terdapatnya laman web yang membolehkan
pengguna mengakses buku-buku rujukan seperti e-LIB yang telah disediakan oleh pihak
IPGM. Para pengguna boleh mengakses bahan tanpa cas di mana sahaja berada.
Selain itu terdapat juga ruang tambahan seperti coffie corner, ruang santai yang
menyediakan permainan indoor game, kemudahan internet yang sangat laju untuk
memudahkan pengguna membuat capaian yang lebih baik, sistem penghawa dingin
yang telah dibaik pulihkan dan juga bilik-bilik seminar yang dinaiktarafkan. Secara
umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa kemudahan fizikal, kekuatan koleksi dan
perkhidmatan yang disediakan Perpustakaan Al Basuti telah memenuhi kehendak
pengguna yang mengunjungi perpustakaan ini pada tahun 2019 berbanding dengan
tahun 2018.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Yaacob. (2009). Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin. Perlis: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

MAMPU. (2009). Laporan analisis kajian kepuasan pelanggan Mampu 2009. Rertieved
September 26, 2018 from the World Wide
Wed:http://www.mampu.gov.my/pdf/analisa/laporan.pdf

Nagata, H. and Klopfer, L. (2011). Public library assessment in customer perseptive: to
which customer group should the library listen? Library Management, 32(4/5)
.pp.336-345

Nzivo, C.N. (2012). User perception on Library service and information resources in
Kenyan Public Libraries, Library Review, 61(2), pp.110-127.

Pedramnia, S, Modiramani, P. and Ghanbarabadi, V.G. (2012). An analysis of service
quality in academic libraries using LibQuUAL scale: application oriented, a case

204

study in Mashhad Univercity of Medical Sciences (MUMS) libraries, Library
Management, 33(3), pp.159-167
Roslah Johari and A.N. Zainab. (2007). Identifyin What Service Need To Be Improve By
Measuring The Library’s Performance. Malasian Journal of Library & Information
Science, 12(1), pp.35-53

205

PENGARUH FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP EFIKASI KENDIRI KAUNSELOR IPG KPM

Suzana Haron, Mat Zin Mat Nawi, Mohd Anuar Husain
Institut Pendidikan Gurun Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

[email protected]

ABSTRAK

Pembolehubah moderator telah digunakan oleh ramai penyelidik dalam bidang
sains sosial yang melibatkan fenomena ketiga apabila menjelaskan hubungan
antara dua fenomena. Fenomena pertama kajian ini adalah factor persekitaran yang
dipercayai dapat meningkatkan efikasi kendiri yang merupakan fenomena kedua.
Manakala fenomena ketiga dalam kajian ini adalah pembolehubah moderator
(penyederhana) iaitu faktor demografi dalam kalangan kaunselor IPG KPM iaitu
faktor jantina, tahap tertinggi pengajian, bidang utama pendidikan dan pengalaman
terhadap efikasi kendiri yang ingin dikenal pasti. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
kaedah kuantitatif terhadap 100 orang kaunselor di IPG KPM seluruh Malaysia bagi
memperolehi maklumat. Data yang diperolehi dari kajian ini diproses menggunakan
perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows” versi
21.00 dan juga AMOS versi 21. Amos merupakan kependekatan dari Analisis of
Moment Structures bagi memastikan kesan langsung antara pembolehubah bebas
dengan pembolehubah bersandar sama ada ianya wujud dan signifikan.

Kata kunci: Pembolehubah moderator, fenomena dan efikasi kendiri.

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengenai pembolehubah moderator (penyederhana) iaitu faktor
demografi antara dua fenomena iaitu faktor persekitaran dan efikasi kendiri kaunselor
yang sedang berkhidmat di setiap kampus seluruh Malaysia. Hartley dan MacLean Jr.
(2005) menerangkan perkaitan dua fenomena terkadang juga dipengaruhi oleh
fenomena ketiga. Fenomena ini mempengaruhi kekuatan hubungan antara dua
fenomena sebelumnya. Hubungan antara dua fenomena ini terkadang tidak hadir dalam
bentuk secara langsung kerana ianya terkadang mempunyai perkaitan antara
fenomena lain.

Fenomena pertama kajian ini adalah persekitaran IPG KPM yang dijangkakan dapat
meningkatkan efikasi kendiri kaunselor yang merupakan fenomena kedua. Berdasarkan
Bandura (1977; 1997) faktor persekitaran mempunyai perkaitan dengan efikasi kendiri
dalam usaha untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dalam mencapai
matlamat yang diingini. Efikasi kendiri ialah keyakinan diri yang tinggi semasa memikul
tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan (Bandura,
1977; 1997). Malah keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugasan adalah juga
berkait rapat dengan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor berdasarkan
kepercayaan seseorang kaunselor bagi menghasilkan pencapaian yang diingini
(Rorlinda Yusof, Noriah Mohd. Ishak dan Amla Salleh, 2005).

Surat Pekeliling Perkhidmatan (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005) telah
memperuntukkan jawatan kaunselor organisasi di pelbagai kementerian dan jabatan
persekutuan. Arahan ini juga telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dengan perlantikan kaunselor organisasi
sepenuh masa secara terbuka bermula pada 03 Januari 2006 di 27 buah kampus IPG
KPM seluruh Malaysia. Kemudiannya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSM KPM) dengan kerjasama Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (BPG KPM) telah melantik

206

kaunselor pentadbir dan kaunselor pelajar secara pinjaman di semua IPG KPM
berdasarkan latar belakang pendidikan yang tertentu (Mohd. Zarawi Mat Nor, Abdullah
Muhammad dan Nik Daud Mat Yunus, 2010).

Maka kajian ini adalah bagi mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh faktor
demografi dalam kalangan kaunselor terhadap efikasi kendiri. Maka, faktor demografi
kaunselor IPG KPM yang ingin dikenal pasti adalah faktor jantina, tahap tertinggi
pengajian, bidang utama pendidikan dan pengalaman yang merupakan pembolehubah
moderator (penyederhana) dalam kajian ini.

PERNYATAAN MASALAH

Konsep efikasi kendiri yang diperkenalkan oleh Bandura (1997) adalah mengenai
keyakinan diri individu dalam menjalankan sesuatu tugasan. Beliau turut menyatakan
bahawa faktor persekitaran mempengaruhi efikasi kendiri individu. Namun begitu,
Bandura (1977; 1997) turut menyatakan bahawa faktor demografi melalui faktor
personal dalam Teori Kognitif Sosial dan Teori Efikasi Kendiri, boleh menyebabkan
wujudnya perbezaan dalam efikasi kendiri seseorang individu. Noraini Ismail (2003) dan
Wong Lee Lih (2004) telah mendapati bahawa faktor jantina mempunyai pengaruh yang
kuat dan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pembolehubah bersandar.
Bandura (1986) turut menyakinkan bahawa tahap tertinggi pengajian turut memberi
kesan kepada peningkatkan efikasi kendiri. Schunk dan Pajares (2002) juga
menyatakan pencapaian akademik boleh mempengaruhi efikasi kendiri. Malah menurut
pengkaji, efikasi kendiri tidak akan diperolehi jika pengetahuan dan kemahiran
kaunseling adalah berkurangan.

Kajian oleh Betz (2004) turut dijalankan terhadap pelajar kaunseling dan telah
mendapati tahap tertinggi pengajian dalam bidang kaunseling boleh meningkatkan
tahap efikasi kendiri dalam kalangan pelajar kaunseling. Malah kajian Zuria Mahmud
(2005) yang menyatakan bahawa kemantapan penguasaan kemahiran kaunseling
semasa latihan akan meningkatkan kecekapan kaunselor seterusnya semasa berada
dalam ‘setting’ perkhidmatan yang sebenar. Pandangan ini disokong oleh Mohd Sani
Ismail (2011) yang telah menjalankan kajian di salah sebuah IPG KPM, telah mendapati
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi efikasi kendiri kerjaya berdasarkan
faktor aliran atau bidang utama pendidikan yang menunjukkan nilai t adalah 3.99.

Walaupun banyak kajian telah membuktikan akan kepentingan faktor demografi
sebagai penentu utama kepada efikasi kendiri dan prestasi seseorang individu. Namun
begitu, Mohd. Zarawi Mat Nor dan rakan-rakan (2010) telah mendapati hanya 28.1
peratus pensyarah yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dengan kaunselor di kampus berkenaan. Maka timbullah beberapa
persoalan mengapa situasi ini berlaku. Adakah pengurangan kehadiran pensyarah
untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini disebabkan oleh efikasi
kendiri kaunselor IPG KPM yang rendah yang berkaitan dengan faktor demografi.
Justeru itu, faktor demografi perlu juga dilihat untuk mengukur kesannya terhadap
efikasi kendiri kaunselor IPG KPM.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bagi mengukur faktor demografi dalam kalangan kaunselor IPG KPM
seluruh Malaysia bagi tujuan:

1. Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh dimensi persekitaran IPG KPM
terhadap efikasi kendiri kaunselor

207

2. Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh faktor demografi terhadap efikasi
kendiri kaunselor.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, kajian ini akan menjawab persoalan
kajian seperti berikut, iaitu:

1. Adakah terdapat pengaruh dimensi persekitaran IPG KPM terhadap efikasi
kendiri kaunselor?

2. Adakah terdapat pengaruh faktor demografi terhadap efikasi kendiri kaunselor?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini adalah untuk mengkaji kesan beberapa faktor demografi
iaitu pembolehubah moderator dalam hubungan antara dimensi persekitaran IPG KPM
dan efikasi kendiri kaunselor. Pembolehubah moderator yang dimaksudkan adalah
kriteria responden seperti jantina, tahap tertinggi pengajian, bidang utama pendidikan
dan pengalaman.

Persekitaran Efikasi Kendiri
Persekitaran Kaunselor
(Pembolehubah
(Pembolehubah
Bebas) Bersandar)

Faktor
Demografi
(Pembolehubah
Moderator)

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Pengaruh Faktor Demografi Antara Persekitaran
Persekitaran Dengan Efikasi Kendiri Kaunselor

SOROTAN LITERATUR

Persekitaran

Persekitaran didefinisikan oleh Kamus Dewan (2007) sebagai suasana atau keadaan.
Malah Longman Dictionary (2001) pula mentafsirkan persekitaran sebagai sesuatu
situasi yang wujud pada sesuatu masa terutamanya apabila melibatkan pandangan dan
sikap pihak lain. Persekitaran juga didefinasikan sebagai persepsi, perasaan, proses
dan gaya hidup pekerja, gabungan pola tingkahlaku, fizikal infrastruktur, nilai, dasar
bahasa dan budaya yang berada dalam sesebuah organisasi. Schneider (2000) turut
menyatakan persekitaran memberikan gambaran tentang sesuatu yang berlaku kepada
pekerja dalam sesebuah organisasi. Manakala Gee-Woo, Zmud, Young-Gul dan Jae
Nam (2005) pula menyatakan bahawa persekitaran merujuk kepada situasi kontekstual
dan ianya mempunyai kaitan dengan perasaan dan tingkahlaku pekerja.

Persekitaran yang bersifat subjektif ini boleh berubah dan boleh dimanipulasi oleh
pengaruh dan kuasa seseorang individu yang mana ianya akan mempengaruhi sikap

208

dan tingkahlaku pekerja. Malah kualiti persekitaran yang kondusif dan positif akan turut
memberangsang individu yang berada di dalamnya serta akan berkekalan dalam suatu
jangkamasa tertentu (Wirawan, 2007; Fin, 2006; Patterson, 2005; Svyantek dan Bott,
2004; Patterson, Warr dan West, 2004).

Persekitaran juga dinyatakan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi
lain. Perbezaan ini adalah kerana terdapat faktor-faktor yang berada dalam persekitaran
yang tertakluk di bawah kawalan sesebuah organisasi (Kuperminc, Leadbeater dan
Blatt, 2001). Malah Johnson dan Stevens (2005) turut menerangkan bahawa
persekitaran pembelajaran dan struktur fizikal didapati boleh mempengaruhi aspek
fizikal dan budaya termasuklah dalam menyediakan kemudahan bagi semua komuniti.
Marshall (2002) pula menyatakan bahawa terdapat beberapa aspek faktor persekitaran
sesebuah institusi pendidikan yang dikenalpasti iaitu : a) faktor persekitaran seperti
fizikal bangunan dan bilik darjah serta sumber maklumat yang disediakan; b) persepsi
pelajar dan pensyarah terhadap persekitaran organisasi mereka; c) bilangan dan kualiti
interaksi yang berlaku antara pensyarah dan pelajar; d) kepercayaan serta perasaan
hormat pelajar kepada pensyarah; e) keselamatan dan saiz bangunan; dan f)
pencapaian akademik. Maka jelaslah bahawa persekitaran adalah berbeza kerana
ianya bergantung kepada peranan dan situasi kontekstual dalam sesebuah organisasi.

Persekitaran kampus atau persekitaran pembelajaran yang bercirikan struktur fizikal
dan interaksi antara semua komuniti turut dinyatakan mempunyai perkaitan dengan
perasaan dan tingkahlaku pekerja dalam sesebuah organisasi (Roblyer dan Marshall,
2002). Oleh itu, melalui kajian-kajian lalu mengenai persekitaran, telah menjelaskan
bahawa persekitaran adalah keadaan semasa yang berkaitan dengan persepsi,
pembelajaran, tingkahlaku, situasi keadaan semasa dan gaya hidup pekerja yang boleh
mempengaruhi keyakinan, kepuasan, pencapaian matlamat pada masa yang
ditentukan, semangat, perasaan dan produktiviti terhadap tugas yang digalas oleh
setiap individu.

Efikasi Kendiri

Bandura (1997) telah menggunakan istilah ‘efikasi kendiri’ dalam menyatakan konsep
yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan diri seseorang individu terhadap
keupayaannya untuk mengorganisasikan dan melaksanakan sesuatu tugasan yang
dapat menghasilkan pencapaian yang diingini. Beliau turut mendefinisikan efikasi
kendiri adalah sebagai kepercayaan dan keyakinan seseorang individu yang boleh
menjalankan sesuatu tindakan yang memerlukannya melibatkan diri dengan pelbagai
situasi yang diberi dalam menjalankan dan mengatur sesuatu tindakan bagi mencapai
sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Menurut beliau lagi, efikasi kendiri juga adalah
tentang keupayaan mengawal sesuatu situasi yang berlaku dalam kehidupan dan dapat
membantu meningkatkan motivasi dalam diri seseorang individu yang boleh
mempengaruhi prestasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan (Bandura, 1997).

Bandura (2003) juga menyatakan bahawa efikasi kendiri ialah kejayaan dalam
melakukan sesuatu tindakan yang memerlukan bukan hanya pengetahuan dan
kemahiran, tetapi juga kepercayaan bahawa seseorang itu mempunyai kebolehan untuk
mengambil tindakan yang diingini, mengatasi masalah dan berjaya ketika berada dalam
situasi tekanan dalam kehidupan. Menurut beliau lagi, pemikiran, tindakan, dan
kebangkitan emosi adalah dipengaruhi oleh persepsi terhadap efikasi kendiri. Ini jelas
menunjukkan bahawa efikasi kendiri berperanan untuk mengukur keberkesanan
seseorang individu ketika menghadapi berbagai situasi yang bakal wujud semasa
seseorang melaksanakan tugas dan tanggungjawab (Bandura, 2003).

209

Efikasi kendiri juga dinyatakan boleh dipengaruhi oleh pilihan individu iaitu sekiranya
individu itu menetapkan sasaran untuk berjaya, maka kejayaan yang akan diperolehi
dan begitulah sebaliknya. Pemilihan ini melibatkan faktor persekitaran, keupayaan
kognitif dan tingkah laku yang harus digabungjalinkan dalam membuat tindakan bagi
pelbagai tujuan (Bandura, 2003). Efikasi kendiri juga dikaitkan dengan kejayaan
seseorang menyempurnakan tugasan masa lampau. Seseorang akan dianggap berjaya
menyempurnakan tugasan baru sekiranya tugasan itu seakan sama dengan tugasan
masa lampaunya. Perkara ini juga boleh mempengaruhi prestasi seseorang individu
(Bandura, 2003).

Konsep efikasi kendiri yang diperluaskan lagi oleh Bandura telah mendapati konsep ini
banyak digunakan dalam kajian sikap terhadap kerjaya, malah ianya telah dikaji dan
digunakan dengan meluas dalam berbagai bidang seperti pekerjaan, program latihan
kaunselor, tahap kebimbangan kaunselor dan lain-lain yang berkaitan (Easton, 2004;
William, 2004; Schmidt, 2003; Larsen dan Buss 2002; dan Betz, 2000).

Di Malaysia, kajian dalam bidang efikasi kendiri dapat dilihat dari pengkaji seperti juga
yang turut menyatakan mengenai tahap kepercayaan diri dalam kalangan kaunselor
dan guru besar terhadap kemampuan melaksanakan sesuatu tugasan (Che Supeni
2000; Sazali, Zurida dan Mustapa, 2002; Rorlinda Yusof, Noriah Mohd Ishak dan Amla
Salleh, 2006; Nilmi 2006; Shahril 2005; Wan Marzuki, 2007; dan Suzana Haron, 2010).
Oleh itu, konsep efikasi kendiri masih merupakan suatu bidang yang penting untuk terus
diterokai kerana telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa efikasi kendiri
mempunyai hubungan yang signifikan kepada tindakan kaunselor. Malah melalui
penghuraian sorotan literatur ini, jelaslah bahawa efikasi kendiri ialah kepercayaan
seseorang individu terhadap kebolehan melakukan tugas sehingga mencapai kejayaan
yang dikehendaki.

Faktor Demografi

Faktor demografi yang dinyatakan oleh Sidek Mohd Noah (2002) adalah biodata diri
responden yang mempunyai maklumat mengenai latar belakang subjek kajian atau
responden. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengukur kesan faktor demografi
terhadap pembolehubah bersandar (Bodenhorn dan Skaggs, 2005; Rorlinda Yusof,
Noriah Mohd Ishak dan Amla Salleh, 2005; Wan Marzuki, 2007; Suzana Haron, 2010).
Oleh itu, faktor demografi dalam kajian ini merupakan pembolehubah moderator iaitu
faktor jantina, tahap tertinggi pengajian, bidang utama pendidikan dan pengalaman
dalam memastikan kesan langsung pembolehubah bebas terhadap pembolehubah
bersandar bagi mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh faktor demografi terhadap
efikasi kendiri kaunselor. Aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut:

Faktor Jantina

Faktor jantina turut diketengahkan bagi melihat samada terdapat perbezaan efikasi
kendiri kaunselor. Bandura (1997) melalui Teori Efikasi Kendiri juga menyatakan
bahawa faktor jantina tidak memberi kesan ke atas perkembangan efikasi kendiri
individu. Manakala kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji lain telah
menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan
pembolehubah bersandar (Chew Pay Chian, 2000; Mervin Ponnambalm, 2001; Mary
Wong Siew Lian, 2001; Chua, 2002; dan Kua Bee Hon, 2002). Kajian oleh Maisura M.
Yusop (2007) mengenai tahap gelagat kewarganegaraan organisasi berdasarkan
jantina dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Johor juga telah memberikan
keputusan ujian-T iaitu tiada perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan
tahap gelagat kewarganegaraan organisasi.

210

Kajian oleh Nor Ezdianie binti Omar (2007) telah mendapati bahawa pelajar lelaki
mencatatkan skor min yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Oleh itu,
berdasarkan kajian-kajian lepas ini, terdapat perbezaan hasil dapatan berdasarkan
faktor jantina. Maka, pengkaji cuba mengenal pasti adakah faktor jantina turut memberi
kesan langsung kepada efikasi kendiri kaunselor.

Faktor Tahap Tertinggi Pengajian

Mohd Tajudin Ninggal dan Rohany Nasir (2014) menyatakan bahawa 20 universiti
awam di Malaysia menawarkan program kaunseling pada peringkat ijazah sarjana
muda, sarjana dan peringkat PhD. Universiti-universiti tersebut menyediakan kaedah
dan pendekatan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara seragam,
namun begitu terdapat perbezaan dalam kurikulum dan sukatan antara universiti-
universiti tersebut mengenai latihan kaunselor. Di samping kelayakan tahap tertinggi
pengajian, mereka turut berpandangan bahawa seseorang kaunselor perlu mempunyai
kemahiran dan kemampuan dalam memahami sistem dan interaksi antara individu
dengan faktor-faktor persekitarannya.

Schmidt (2003) menyatakan bahawa dalam menyediakan kaunselor yang kompeten,
adalah penting untuk memastikan kaunselor mempunyai tahap tertinggi pengajian
dalam hubungan menolong, pembangunan manusia, proses kelompok, penilaian,
maklumat dan teori perkembangan kerjaya, penyelidikan pendidikan, asas-asas sosial
dan budaya, serta isu-isu perundangan dan etika. Malah menurut beliau lagi, efikasi
kendiri yang tinggi mempunyai perkaitan dengan tahap tertinggi pengajian yang baik
dan akan menaikkan jangkaan penguasaan dalam bidang kaunseling dalam
melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Faktor tahap tertinggi pengajian juga perlu dititik beratkan dalam meningkatkan lagi
pencapaian kaunselor dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka
(Tobian, Ralph dan Lauren 2006; DeWitz and Walsh, 2002). Oleh itu, berdasarkan
kajian-kajian lepas didapati bahawa tahap tertinggi pengajian mempunyai perkaitan
dengan efikasi kendiri dan ianya juga boleh memberi kesan kepada kaunselor untuk
menentukan keberkesanan mereka dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Justeru itu, pengkaji cuba mengenal pasti adakah faktor tahap tertinggi pengajian turut
memberi kesan langsung kepada efikasi kendiri kaunselor.

Faktor Bidang Utama Pendidikan

Dalam melihat faktor bidang utama pendidikan, pengkaji memberi fokus kepada
penawaran kursus kaunseling oleh institusi pengajian tinggi awam dan institusi
pengajian tinggi swasta. Kepentingan ini adalah berdasarkan kepada Urbani (2001)
yang menyatakan kaunselor yang dilatih dengan baik akan menjadi lebih yakin diri untuk
memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Malah Bandura (2003)
menyatakan bahawa para pendidik kaunseling dan pengkaji perlu memberi fokus
terhadap menambahbaik efikasi kendiri pelajar kaunseling sebagai salah satu objektif
dan tujuan utama dalam pendidikan kaunseling dan program latihan kaunseling.
Menurut beliau lagi, peningkatan dalam pembelajaran dan kemahiran kaunseling
adalah usaha untuk membentuk dan membangunkan kaunselor agar dapat
melaksanakan perkhidmatan kaunseling. Pendidikan kaunseling dan program latihan
perlu menyediakan bakal kaunselor yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan
kemahiran kaunseling, bahkan perlu ada kompetensi dan keyakinan diri sebagai
seorang kaunselor yang profesional.

Kajian yang telah dilakukan oleh Mary Wong Siew Lian (2001) dan Chua (2002) telah
mendapati bahawa aliran atau bidang utama pendidikan dapat mempengaruhi efikasi
kendiri kerjaya pelajar. Berdasarkan kajian lepas ini telah menyatakan bahawa bidang

211

utama pendidikan dapat memberi kesan yang positif kepada efikasi kendiri. Maka,
faktor bidang utama pendidikan perlu dilihat kerana kesannya ke atas efikasi kendiri
seperti mana yang diramalkan dalam Teori Kognitif Sosial Albert Bandura (1977, 1997,
2003). Melalui kajian-kajian literatur dan hasil dapatan inilah, pengkaji cuba mengenal
pasti adakah faktor bidang utama pendidikan turut memberi kesan langsung kepada
efikasi kendiri kaunselor.

Faktor Pengalaman

Faktor pengalaman dinyatakan oleh Mohd Tajudin Ninggal dan Rohany Nasir (2014)
merupakan suatu proses pembelajaran dan penambahan perkembangan potensi
bertingkah laku baik dari pendidikan formal maupun tidak formal. Ianya boleh juga
membawa maksud sebagai suatu proses yang membawa seseorang kepada suatu pola
tingkah laku yang lebih tinggi. Menurut Teori Efikasi Kendiri oleh Bandura (1997)
pengalaman dipengaruhi oleh empat sumber utama pengalaman iaitu mastery
experiences, vicarious experiences, social persuasion and somantic dan emotional
states. Empat sumber utama ini adalah berteraskan kepada pengalaman yang
digunakan oleh individu dalam pembentukan efikasi kendiri.

Malah menurut Bandura (2003) pengalaman yang diperolehi dengan cara melihat,
mendengar, membaca atau imaginasi. Beliau telah memberikan penghuraian berkaitan
vikarius pengalaman sebagai salah satu sumber bagi membangunkan kepercayaan
keberkesanan diri. Individu yang tidak pasti akan kebolehan mereka di kawasan tertentu
mempunyai peluang untuk melihat orang lain yang serupa dengan diri mereka untuk
melaksanakan tugas. Maklumat dari pengalaman dan pemerhatian ini digunakan oleh
individu dalam pembentukan efikasi kendiri serta penghuraian kewajaran tentang
keberkesanan penilaian kendiri samada berbentuk kekuatan atau kelemahannya.
Kejayaan sebelumnya akan meningkatkan jangkaan penguasaan, manakala kegagalan
yang berulang akan menurunkan jangkaan penguasaan mereka.

Schmidt (2003) turut menyatakan bahawa dalam menyediakan individu sebagai
kaunselor, adalah penting untuk memastikan kaunselor mempunyai pengalaman yang
secukupnya. Namun begitu, kajian oleh Maisura M. Yusop (2007) telah mendapati tiada
perkaitan yang signifikan antara pengalaman kerja dengan tahap persekitaran
organisasi. Hasil kajian yang berbeza ini telah mendorong pengkaji untuk mengenal
pasti adakah faktor tahun pengalaman turut memberi kesan langsung kepada efikasi
kendiri kaunselor di IPG KPM seluruh Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji memilih kaedah kuantitatif terhadap 100 orang kaunselor di
IPG KPM seluruh Malaysia bagi memperolehi maklumat dan seterusnya menganalisis
maklumat tersebut untuk menjawab persoalan kajian. Data yang diperolehi dari kajian
ini diproses menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS)
for Windows” versi 21.00 dan juga AMOS versi 21. Amos merupakan kependekan
dari Analisis of Moment Structures yang digunakansebagai pendekatan umum analisis
data dalam Model Persamaan Struktural (Structural Equation Model ) atau yang dikenali
dengan SEM. Ini bagi memastikan kesan langsung di antara pembolehubah bebas
dengan pembolehubah bersandar sama ada ianya wujud dan signifikan, pengujian
kesan pembolehubah moderator (penyederhana) perlu dibuat (Zainudin Awang, 2015).
Dengan data yang dipungut daripada sampel, pengkaji menggunakan statistik inferensi
dengan aras signifikan yang ditentukan oleh pengkaji iaitu pada aras 0.05 untuk
menerima atau menolak hipotesis nul (Ho).

212

DAPATAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian dan menguji
hipotesis yang dibentuk dalam Bab Satu. Sebanyak enam persoalan kajian telah
dikemukakan secara khusus oleh pengkaji iaitu:

Pengujian Hipotesis Pengaruh Persekitaran Terhadap Efikasi Kendiri Kaunselor

Ho1: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara Persekitaran IPG KPM
terhadap efikasi kendiri kaunselor;

Hasil analisis statistik inferensi dalam kajian ini mendapati analisis regresi iaitu nilai
B = 0.88 yang merupakan peramal utama pembolehubah persekitaran ke atas
pembolehubah efikasi kendiri kaunselor. Maka, berdasarkan analisis ini pengkaji
mendapati dimensi persekitaran mempengaruhi efikasi kendiri kaunselor (Jadual 1).
Malah model regresi yang dianggarkan menunjukkan koefisien regresi yang tinggi,
maka ini menunjukkan nilai dimensi persekitaran adalah juga besar seperti Rajah 2.

Jadual 1. Nilai Koefisien Regresi

Coefficientsa

Unstandardized Standardize t Sig.

Model Coefficients d 0.005
0.000
Coefficients

B Std. Error Beta

(Constant) 0.55 0.194 2.840

1 Persekitaran 0.88 0.041 0.91 21.48

Persekitaran 5

a. Dependent Variable: Efikasi Kendiri Kunselor

Efikasi Kendiri Kaunselor = 0.55 + 0.88 Dimensi Persekitaran IPG KPM

Rajah 2: Model Regresi yang Dianggarkan

Pengkaji bukan sahaja menggunakan kaedah konvensional (SPSS) turut menganggar
persamaan regresi, malah turut menggunakan grafik Amos (SPSS-Amos). Anggaran
persamaan regresi yang menggunakan grafik Amos juga telah menghasilkan keputusan
yang sama dengan kaedah konvensional (SPSS) seperti Jadual 2. Dapatan kajian
kaedah ini menunjukkan bahawa nilai signifikan probablity (P) adalah 0.001 adalah
lebih kecil daripada 0.05 (p< .05).

Jadual 2. Anggaran Persamaan Regresi

Estimate S.E. C.R. P Result

Efikasi <--- Dimensi Persekitaran 0.885 .041 21.594 0.001 Significant
Kendiri IPG KPM

213

Pengujian Hipotesis Pengaruh Faktor Demografi Terhadap Efikasi Kendiri
Kaunselor

Ho2: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan kepada faktor demografi terhadap
efikasi kendiri kaunselor.

Ujian hipotesis sebelum ini telah mengesahkan terdapat pengaruh dimensi persekitaran
terhadap efikasi kendiri kaunselor. Maka seterusnya dijalankan ke atas pembolehubah
moderator. Oleh itu, nilai pekali regresi yang menggunakan grafik Amos telah
menunjukkan bahawa faktor jantina dan faktor bidang utama pengajian adalah
signifikan kerana nilai probablity (P) adalah lebih kecil daripada 0.05 (p< .05) iaitu
terdapat kesan yang signifikan bagi faktor jantina dan faktor bidang utama pengajian
antara persekitaran dan efikasi kendiri kaunselor. Manakala, faktor tahap tertinggi
pengajian dan faktor pengalaman menunjukkan tidak terdapat kesan yang signifikan
(Jadual 3). Oleh itu, kajian gagal menolak hipotesis nul. Maka ternyata tidak terdapat
pengaruh yang signifikan kepada faktor demografi terhadap efikasi kendiri kaunselor.

Jadual 3. Nilai Pekali Regresi Untuk Pembolehubah Moderator

Efikasi <--- Persekitaran Estimate S.E. C.R. P Keputusaan
Kendiri <--- Jantina 1.099 .153 7.161 *** Signifikan
<--- Persekitaran_Jantina 2.252
Efikasi <--- Persekitaran -.413 .643 3.503 *** Signifikan
Kendiri <--- TTP .931
<--- Persekitaran_TTP -.070 .132 -3.131 .002 Signifikan
Efikasi <--- Persekitaran .004
Kendiri <--- BUP 1.108 .069 13.595 *** Signifikan
<--- Persekitaran_BUP .815
Efikasi <--- Persekitaran -.169 .052 -1.341 .180 Tidak Signifikan
Kendiri <--- Pengalaman .851
<--- Persekitaran_Pengalaman .537 .011 .365 .715 Tidak Signifikan
Efikasi -.099
Kendiri .124 8.955 *** Signifikan

Efikasi .424 1.921 .055 Signifikan
Kendiri
.092 -1.837 .057 Signifikan
Efikasi
Kendiri .106 7.999 *** Signifikan

Efikasi .478 1.122 .262 Tidak Signifikan
Kendiri
.093 -1.059 .289 Tidak Signifikan
Efikasi
Kendiri

Efikasi
Kendiri

Efikasi
Kendiri

Efikasi
Kendiri

Faktor jantina paling tinggi memberi kesan sebanyak 88 %, diikuti dengan faktor
pengalaman memberi kesan sebanyak 56 %, seterusnya faktor bidang utama
pendidikan (BUP) memberi kesan sebanyak 53 % dan yang paling rendah memberi
kesan adalah faktor tahap tertinggi pengajian (TTP) iaitu hanya 40 % dalam hubungan
antara persekitaran dan efikasi kendiri kaunselor yang digambarkan secara grafik
(Rajah 3; Rajah 4; Rajah 5 dan Rajah 6).

214

Rajah 3: Model Pengujian Moderator Untuk Jantina
Rajah 4: Model Pengujian Moderator Untuk Tahap Tertinggi Pengajian

215

Rajah 5: Model Pengujian Moderator Untuk Bidang Utama Pengajian

Rajah 6: Model Pengujian Moderator Untuk Pengalaman
PERBINCANGAN
Pengaruh Persekitaran Terhadap Efikasi Kendiri Kaunselor
Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa terdapat pengaruh persekitaran terhadap
efikasi kendiri kaunselor. Dapatan kajian ini selari dengan menyokong kajian Wan Na
A/P Eh Tem (2013) yang telah mendapati bahawa terdapat pengaruh persekitaran ke
atas prestasi kerja. Malah Pintrich dan Schunk (2002); dan Schunk dan Pajares (2005)
juga menjelaskan bahawa faktor persekitaran dapat mempengaruhi kejayaan semua
pekerja dalam sesebuah organisasi.

216

Dapatan kajian ini turut menyokong Teori Kognitif Sosial (1977) dan Teori Efikasi Kendiri
(1997) yang dipelopori oleh Bandura yang telah menjelaskan bahawa manusia boleh
mengubah persekitaran dengan bertindak melalui cara yang tertentu dan persekitaran
yang diubah itu akan mempengaruhi tingkahlaku dan membentuk kepercayaan
seseorang individu. Malah menurut beliau kekuatan dan ketinggian efikasi kendiri
individu dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang mana individu yang mempunyai
efikasi kendiri yang tinggi akan memperlihatkan ciri-ciri seperti pencapaian peribadi
yang tinggi dan turut mempengaruhi prestasi seseorang individu (Bandura, 1997; 2003).
Oleh itu, dapatan kajian ini telah dapat membuktikan bahawa konsep yang ketengahkan
dalam teori-teori tersebut jelas menyatakan bahawa faktor persekitaran boleh
mempengaruhi efikasi kendiri kaunselor.

Pengaruh Faktor Demografi Terhadap Efikasi Kendiri Kaunselor

Kajian ini mendapati bahawa faktor demografi iaitu faktor jantina paling tinggi memberi
kesan langsung sebanyak 88 peratus ke atas efikasi kendiri kaunselor dan terdapat
perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Noraini Ismail
(2003) dan Wong Lee Lih (2004) yang mendapati bahawa faktor jantina mempunyai
pengaruh yang kuat dan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pembolehubah
bersandar.

Namun begitu, kajian ini tidak menyokong kenyataan Bandura (1997) melalui Teori
Efikasi Kendiri yang menyatakan bahawa faktor jantina tidak memberi kesan ke atas
perkembangan efikasi kendiri individu. Beberapa pengkaji lain juga turut menjelaskan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan pembolehubah
bersandar (Chew Pay Chian, 2000; Mervin Ponnambalm, 2001; Mary Wong Siew Lian,
2001; Chua, 2002; dan Kua Bee Hon, 2002).

Dapatan kajian ini yang berdasarkan faktor pengalaman memberi kesan langsung
sebanyak 56 peratus ke atas efikasi kendiri kaunselor tetapi tidak terdapat perbezaan
yang signifikan. Kajian ini tidak meyokong Teori Efikasi Kendiri oleh Bandura (1997)
yang menyatakan bahawa pengalaman dipengaruhi oleh empat sumber utama
pengalaman iaitu mastery experiences, vicarious experiences, social persuasion and
somantic dan emotional states. Empat sumber utama ini adalah berteraskan kepada
pengalaman yang digunakan oleh individu dalam pembentukan efikasi kendiri. Menurut
beliau lagi, maklumat dari pengalaman dan pemerhatian ini digunakan oleh individu
dalam pembentukan efikasi kendiri serta penghuraian kewajaran tentang keberkesanan
penilaian kendiri samada berbentuk kekuatan atau kelemahannya. Kejayaan
sebelumnya akan meningkatkan jangkaan penguasaan, manakala kegagalan yang
berulang akan menurunkan jangkaan penguasaan mereka. Dapatan kajian ini juga
selaras dengan Schmidt (2003) yang turut menyatakan bahawa dalam menyediakan
individu sebagai kaunselor, adalah penting untuk memastikan kaunselor mempunyai
pengalaman yang secukupnya. Namun begitu, kajian ini tidak menyokong kajian oleh
Maisura M. Yusop (2007) yang telah telah mendapati tiada perkaitan yang signifikan
antara pengalaman kerja dengan tahap persekitaran organisasi.

Dapatan kajian dalam faktor bidang utama pendidikan memberi kesan sebanyak 53
peratus ke atas efikasi kendiri kaunselor dan terdapat perbezaan yang signifikan.
Dapatan kajian ini menyokong Urbani (2001) yang menyatakan kaunselor yang dilatih
dengan baik akan menjadi lebih yakin diri untuk memberikan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Malah Bandura (2003) menyatakan bahawa para pendidik kaunseling
dan pengkaji perlu memberi fokus terhadap menambah baik efikasi kendiri pelajar
kaunseling dalam pendidikan kaunseling dan program latihan kaunseling. Menurut
beliau lagi, peningkatan dalam pembelajaran dan kemahiran kaunseling adalah usaha
untuk membentuk dan membangunkan kaunselor agar dapat melaksanakan

217

perkhidmatan kaunseling. Malah kajian yang telah dilakukan oleh Mary Wong Siew Lian
(2001) dan Chua (2002) telah mendapati bahawa aliran atau bidang utama pendidikan
dapat mempengaruhi efikasi kendiri kerjaya pelajar. Kajian Zuria Mahmud (2005) juga
menyatakan bahawa kemantapan penguasaan kemahiran kaunseling semasa latihan
akan meningkatkan kecekapan kaunselor. Kajian ini turut selari dengan Mohd Sani
Ismail (2011) yang telah mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari
segi efikasi kendiri kerjaya berdasarkan faktor aliran atau bidang utama pendidikan.

Dapatan kajian dari aspek faktor tahap tertinggi pengajian hanya memberikan 40
peratus kesan langsung ke atas efikasi kendiri kaunselor dan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan. Dapatan kajian ini tidak menyokong kenyataan Bandura (1986) bahawa
tahap tertinggi pengajian turut memberi kesan kepada pencapaian akademik dan
seterusnya meningkatkan efikasi kendiri. Malah Schunk dan Pajares (2002) juga
menyatakan pencapaian akademik boleh mempengaruhi efikasi kendiri. Dapatan kajian
ini juga tidak selari dengan kajian oleh Betz (2004) dan Schmidt (2003) yang mendapati
tahap tertinggi pengajian dalam bidang kaunseling boleh meningkatkan tahap efikasi
kendiri dalam kalangan pelajar kaunseling. menyatakan bahawa dalam menyediakan
kaunselor yang kompeten, adalah penting untuk memastikan kaunselor mempunyai
tahap tertinggi pengajian dalam hubungan menolong, pembangunan manusia, proses
kelompok dan penilaian maklumat.

RUMUSAN

Kajian ini telah mendapati bahawa persekitaran mempunyai pengaruh terhadap efikasi
kendiri kaunselor. Malah faktor demografi yang merupakan pembolehubah moderator
telah menunjukkan bahawa faktor jantina dan bidang utama pendidikan memberikan
pengaruh yang signifikan kepada efikasi kendiri kaunselor. Penemuan daripada hasil
kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan IPG KPM dalam merangka
pelan strategi dan pelan pelaksanaan serta dapat dijadikan bahan rujukan kepada
penyelidik akan datang yang berminat dalam meneroka penyelidikan mengenai kesan
faktor persekitaran dan faktor demografi terhadap dan efikasi kendiri kaunselor.

Kepentingan penemuan hasil kajian ini boleh membantu meningkatkan dan
memperkasakan amalan dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
seluruh IPG KPM khususnya dan sektor perkhidmatan awam. Ini adalah kerana
perkhidmatan ini merupakan salah satu fungsi pengurusan personal yang amat penting
dalam sesebuah organisasi. Pengurusan bimbingan dan kaunseling yang berkesan
seharusnya mampu membantu setiap pekerja dalam sesebuah organisasi dalam
mencapai matlamat yang dikehendaki. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
berkesan juga dapat membantu semua pekerja dan anggota perkhidmatan awam dalam
sesebuah organisasi dalam meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi
mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif
dan berkualiti.

BIBLIOGRAFI

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.
Bandura, A. (2003). Self efficacy: The exercise of control. New York: Freeman and

Company.
Betz, N. E. (2000). Self-efficacy theory as a basis of career assessment. Journal of

Career Assessment, Vol. 8, 205-222.

218

Bodenhorn, N., & Skaggs, G. (2005). Development of the school counselor self-efficacy
scale: Measurement and evaluation in counseling and development. Educational
Research Program. Retrieved January 9, 2008, from http://www.esbcohost.com.

Hartley, S.L., & MacLean Jr, W.E. (2005). Perceptions of stress and coping stra-tegies
among adults with mild mental retardation: Insight into psychological distress.
American Journal on Mental Retardation, 110(4), 285-297.

Jabatan Perkhidmatan Awam. (2005). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2006
Perisytiharan Perkhidmatan Kaunselor Dan Penolong Kaunselor Di Pelbagai
Kementerian Dan Jabatan Persekutuan Di Bawah Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam. Putrajaya : Jabatan Perkhidmatan Awam.

Johnson, B., & Stevens, J. J. (2005). Student achievement and elementary teachers’
perceptions of school climate. Learning Environment Journal 4, 325–344.

Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nilmi Ahmad Shagir. (2006). Kecekapan kaunseling pelbagai budaya, efikasi swadiri

dan ikatan kerjasama kaunselor-klien di sekolah menengah di Malaysia. (Tesis
doktor falsafah, Universiti Putra Malaysia – Serdang, 2006).
Noraini Ismail. (2003). Kajian efikasi kendiri akademik dan pemerolehan nilai murni di
kalangan pelajar tingkatan satu berdasarkan pencapaian akademik dan jantina.
Latihan ilmiah ijazah sarjana sains psikologi pendidikan yang tidak diterbitkan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam
kalangan pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang: Thesis sarjana yang tidak
diterbitkan
Marshall, M. L. (2002). Examining school climate: Defining factors and educational
influences. Georgia: Penerbit Georgia State University.
Mohd. Zarawi Mat Nor, Abdullah Muhammad & Nik Daud Mat Yunus. (2010). Persepsi
pensyarah terhadap perkhidmatan kaunselor pentadbir di Institut Perguruan
Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Psikologi dan Kaunseling.
Patterson, G. R. (2005). The next generation of PMTO models. The Behavior Therapist,
Vol.2, 28,25-32.
Rorlinda Yusof, Noriah Mohd. Ishak & Amla Salleh. (2005). Kepentingan kecerdasan
emosi dan efikasi kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling. (Tesis master
sains, Universiti Kebangsaan Malaysia – Bangi, 2005).
Schmidt, J. J. (2003). Counseling in school: Essential services and comprehensive
programs. New York: Pearson Education.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Suzana Haron. (2010). Hubungan antara persekitaran sekolah dengan efikasi swadiri
kaunselor. (Tesis sarjana sains, Universiti Putra Malaysia- Serdang, 2010).
Wan Marzuki Wan Jaafar. (2007). Pengaruh perkembangan penyeliaan dan efikasi
swadiri kaunseling terhadap prestasi kaunselor. (Tesis doktor falsafah. Universiti
Putra Malaysia - Serdang, 2007).
Wan Na A/P Eh Tem. (2013). Pengaruh persekitaran organisasi ke atas prestasi kerja
guru di kolej vokasional. Laporan Projek Sarjana . Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
William, E.M. (2004). Salience of emotional intelligence as a core characteristic of being
a counselor. Journal of Counselor Education & Sipervision, 44, 17-30.
Zainudin Awang, (2015). SEM Made Simple: A gentle approach to learning structural
equation modeling. Bandar Baru Bangi, MPWS Rich Resources.
Zuria Mahmud. (2005). Perlunya kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling.
Prosiding Seminar Kaunseling Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kali ke
2. Hotel City Bayview.

219

ASSESSING COMMUNICATION SKILLS IN ENGLISH LANGUAGE AMONG PUPILS IN
PULAU PERHENTIAN

Wan Nursyasya Zulaikha Zulkefli, Ahmad Shidki Mat Yusoff,
Khairunnisa Saudi

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

ABSTRACT

This research is to assess pupils’ english language communication skills’ level in
Pulau perhentian that is renowned for its tourism. Pupils allegedly claimed to be
exposed with english language due to the massive dispersion of foreigners on the
island for tourism. This research is based on communication skills among pupils in
English language through the graphics given to them. Their level is assessed
through holistic score based on their ability to communicate fluently and concisely.
Previous study has proven that pupils still could not converse well in English
language regardless of the massive dispersion of foreigners because they only use
limited English on daily basis. In other words, they only memorized structures
without understanding them wholly. After the activities were carried out on 104
pupils, 43 respondents managed to get band 2 which indicates a very limited
vocabulary. Through research and observations, this problem could be overcome
because there are various activities that can be used to polish their communication
skills.

Keywords: english language skills, tourism

INTRODUCTION

Speaking is one of the most crucial skills to be developed and enhanced as means of
effective communication. As time passes, English displaces other languages and
become the leading means of communication worldwide. The modern global world of
media, mass communication and Internet demands a good knowledge of English,
especially of spoken English. In a 2005 report in Malaysia Today entitled “Malaysia
has 60,000 Graduates Unemployed”, the Economic Planning Unit of the Prime
Minister’s Department found that around 60,000 Malaysian graduates are unemployed
due to lack of certain skills such as communication skill, poor command of English and
lack of work experience (Nurita, Ainon & Shaharudin, 2007). Almost everyday there are
reports or reference made in the newspapers regarding the deteriorating standard of
English. The 2005 School Certificate Examination Report on English Language 2
revealed that the candidates majority have yet to master writing skills in English at the
required level (School Certificate Exam Report, 2005). Year passing, examiners
expressed with great dismay the fact that after having learnt English for eleven years,
students in most cases failed to produce even a short paragraph of intelligible writing
(Khairiah, 1970). Many academics acknowledge the deterioration in the standard of
English Language among primary and secondary school students. The drop in English
proficiency standard is a natural process and it would be unrealistic to aim for a level of
proficiency equivalent to that attained when the entire school education was in English
(Asmah, 1981).

There are a number of reasons and causes behind this deterioration. In 1970, it was
specified by the Malaysian Examination Syndicate that it was compulsory for the
candidates to pass the Bahasa Melayu Paper at school Certiicate level if a candidate
were to awarded a certificate. on the other hand, it was never a compulsory for the
candidates to pass the English Language paper. Students both primary as well as
secondary took great pains in mastering Bahasa Malaysia. Another fundamental reason
for deterioration is the lack of exposure to English and usage of the language beyond

220

the classroom (Fairus, 2003). In addition, students in schools generally find it difficult
to maintain their interest in English Language learning as English is not seen as
important for their immediate needs other than to pass their examination. Teachers on
their part are unable to sustain students’ genuine interest in continuing to learn English
and to use the language once the examination is over (Hussein, 2002).

Speaking is the most common and important means of providing communication among
human beings. The key to successful communication is speaking nicely, efficiently and
fluently. Speaking is consider as a medium to convey information, to express ourselves
to others, to express opinion. Speaking is a basic skill that need to be empowered by
the pupils in order to ensure a brighter future. Furthermore, speaking is linked to
success in life, as it occupies an important position both individually and socially
(Abdulhak, 2008). As is the case with many basic skills, one of the important
periods to improve speaking skill is, incontrovertibly, during primary education.
Abdulhak (2008) stated that speaking skills acquired and developed during primary
education are significant with regard to both acquisition and permanence. Therefore,
it is essential that efficient and effective teaching methods are employed in order
to improve speaking skills during primary education

Through fundamental research on assessing communication skills in English language
among pupils in Pulau Perhentian, the study seeks to go deeper and further into these
issues to get the remarks on the research questions below:

1. What are the level of communication skills of pupils in SK Pulau Perhentian in
English language?

2. Does the types of activities influence pupils’ level of communication skills?

METHODOLOGY

Descriptive research is chosen as it aimed at casting light on current issues or problems
through a process of data collections that enables us to describe the situation more
completely (Fox & Bayat, 2007). Previous research has stated that social environment
in Pulau Perhentian does not influence the communication skill of the pupils as they just
use the chosen vocabularies that are related to their everyday business. Hence, this
research is done to asess the level of communication skill of the pupils as they are
expose to the tourist from other countries. the total of respondents is 104 from SK Pulau
Perhentian that consist of Year 1 until Year 5 pupils. The pupils were given a picture of
a situation and they were asked to describe the activity using English language
spontaneously.

Based on the activities, it can be concluded that the pupils have a very limited range of
vocabulary and most of them had no idea on their chosen vocabularies. Several
scientific investigations have demonstrated that creative, instructional and
educational drama activities have positive contributions to the general education
process and that these activities improve speaking skills. According to Makita
(1995) dramatic and role-playing activities are valuable classroom techniques that
encourage students to participate actively in the learning process. It is important
to note that dramatic activity takes several different forms and that the teacher
can provide students with a variety of learning experiences by deploying different
methodologies according to individual needs, interests and learning levels. In
addition, these role-playing activities enable the teacher to create a supportive,
enjoyable classroom environment in which students are encouraged and motivated
to effectively learn the target language.

221

RESEARCH FINDINGS

The data collected were analyzed with SPSS and the findings were explained
using table 1.0. The activities have been done within 104 pupils, 43 respondents
managed to get band 2 which has a limited range of vocabulary, 25 of them got band 1
as they had a very limited range of vocabulary, 30 respondents got band 3 which
satisfactory level that has some range of vocabulary and only 6 of them managed to get
band 4 which is good performance level that has reasonable range of vocabulary of
English language. Through the observation, most of the pupils in SK Pulau Perhentian
have a very limited range of vocabulary. They only managed to use simple vocabularies
to describe the pictures. Most of them tend to mix the English language with their mother
tounge.

Table 1. Band achieved by the pupils in SK Pulau Perhentian in English Language
Communication Skills

Frequency Percent Valid Cumulative
25 24.0 Percent Percent
43 41.3
Valid 1.00 30 28.8 24.0 24.0
2.00 6 5.8 41.3 65.4
3.00 28.8 94.2
4.00 104 100.0 100.0
Total 5.8

100.0

DISCUSSION AND CONCLUSION

According to the findings obtained from the activities, the vocabularies range of the
pupils were very limited which shows that they have a moderate communication skill.
Based on the observation, Teachers mostly practice traditional teaching methods which
focus on reading and writing skills but productive skills such as speaking is given no
importance. As a result this skill is neglected, as Hodson (2006) pointed out, “the
explicit teaching of speaking and listening has been neglected’ (p.2). It has been
agreed that “the spoken language in English has been shamefully neglected”.This is
because teachers tend to focus on the examination which requires the pupils to focus
on reading and writing skills instead of speaking skill. Listening and speaking skills
should developed in the classroom context. However due to resources constraints, it is
not possible to test listening and speaking skills in all educational settings.
However, understanding of appropriate language use in different contexts will be
tested through the written exam designed for just this purpose (Qutbi & Ayesha,
2013).

APPRECIATION

I would like to express my appreciation to my thoughtful lecturer, Dr. Ahmad Shidki Mat
Yusoff who guides me and supports me in completing this research. It has certainly had
ups and downs and I appreciate your patience.

BIBLIOGRAPHY

222

Abdulhak Halim. (2008). Effects of Creative, Educational Drama Activities on

Developing Oral Skills in Primary School Children. American Journal of Applied

Sciences, 5(7), 876-880.

Asmah, Haji Omar (1981). ‘The roles of English in Malaysia in the context of national
language planning’. Proceedings of the Regional Seminar on Varieties of

English and their implications for English Language Teaching in Southeast

Asia.Singapore: RELC.

Fairus Bin Leman (2003): Problems in Learning English in Rural Secondary Schools: A

Case Study.Faculty of Education, University Kebangsaan Malaysia. Unpublished MA

Thesis.

Fox, W. & Bayat, M.S. (2007) “A Guide to Managing Research” Juta Publications, p.45

Hodson, P. (2006). Listening to children’s voices: unlocking speaking and listening in

the primary classroom. In J, Deborah & H, Pamela (Eds.) unlocking speaking and

listening. Great Britain: David Fulton. Pp.1-16

Hussein. (2002): ‘Sustaining Interest in Learning English and Increasing the Motivation

to Learn English: An Enrichment Program. Paper presented in ‘The Millennium

MICELT 2002, 3rd Malaysian International Conference for English Language

Teaching’ organized by Universiti Putra Malaysia.

Khairiah Ahmad (1970). ‘Factors influencing the learning of English Language in

selected Malay medium schools in Malaysia’ –A Research proposal. Jurnal

Pendidikan, Universiti Malaya: Volume One, Number One, August 1970.

Makita, Y., 1995. The Effectiveness of Dramatic/Role-Playing Activities. In: The

JapaneseLanguage Classroom. Available at:

http://journals2.iranscience.net:800/mcel.pacificu.edu/mcel.pacificu.edu/aspac/p

apers scholars/makita/makita.htm.

Nurita Juhdi, Ainon Jauhariah and Shaharudin Yunus (2006), ‘A study of employability

skills of university graduates’ inThe Business Wallpaper, Volume 2 Issue I, 2007.

Qutbi & Ayesha Bashir. (2013). Improving English Oral Communication Skills of

Pakistan Public School’s Students. International Journal of English Language

Teaching, 1(2), 17 36.

School Certificate Attainment Report (2005). Ministry of Education, Malaysia(Laporan

Prestasi SPM, 2004 Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia) .

223

PELAKSANAAN LATIHAN MENGAJAR BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN-REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (PISMP-RBT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DI SEKOLAH RENDAH

Zabidi Abdul Wahab, Zukifly Yusuf, Ibhrim Yajid
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan ke atas kumpulan pelajar
yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan
Mizan, Besut, Terengganu dan empat buah IPG lain yang menawarkan kursus teras
Reka Bentuk dan Teknologi. Secara khususnya tujuan kajian ini dilakukan adalah
untuk meninjau pelaksanaan latihan mengajar (praktikum) bagi aspek kesediaan
para pelajar yang diukur berdasarkan dua konstruk iaitu konstruk pertama; persepsi
terhadap kesediaan diri atau tahap keyakinan berdasarkan pengetahuan,
kemahiran pedagogi, penglibatan kokurikulun, pengurusan rutih guru dan personaliti
masing-masing dan konstruk kedua; persepsi terhadap penyedia latihan yang
menyumbang kepada kesediaan tersebut. Responden terdiri daripada 50 orang
pelajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ambilan Jun 2016 yang menjalani latihan
mengajar fasa 2 bermula 10 Jun 2019 hingga 5 September 2019 selama 12 minggu.
Para pelajar diminta mengisi respon soal selidik melalui aplikasi google form.
Analisis data adalah menggunakan perisian Statitical Packages for Social Science
Version 22.0 for Windows yang dinyatakan secara mudah dalam bentuk min,
kekerapan (frekuensi) dan peratusan. Dapatan tersebut menunjukkan secara
keseluruhan terdapat keseimbangan bagi persepsi pelajar RBT terhadap kesediaan
diri dan persepsi terhadap penyedia latihan bagi IPGK Sultan Mizan dengan IPG-
IPG lain dengan perbezaan min=0.01 bagi kedua-dua konstruk tersebut. Kajian juga
menunjukkan perbezaan min keseluruhan persepsi pelajar IPGKSM dan IPG-IPG
lain terhadap kesediaan mereka menjalani latihan mengajar hanya 0.003. Hasil
daripada kajian ini dengan jelas memberi gambaran terhadap kepiawaian kurikulum
dan pelaksanaannya di semua IPG. Persepsi pelajar adalah pada tahap yang
seimbang dalam semua domain secara keseluruhan dan berada pada tahap yang
tinggi (min>4.00). Keberkesanan pengajaran dan latihan di IPG adalah hasil
pengemblengan usaha seluruh organisasi yang diselaraskan oleh pihak pentadbir
institut. Namun institusi perlu mekanisma sesuai penyediaan bahan rujukan dan
mampu disebarluaskan kepada para pelajar selaras dengan perkembangan
pendidikan dalam era Revolusi Industri 4.0.

Kata kunci: latihan mengajar (praktikum), pengetahuan, kemahiran, kokurikulum,
rutin guru, personaliti

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.
Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,
menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi
latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru (Institut
Pendidikan Guru Malaysia, 2016). Bagi memastikan pencapaian hasrat tersebut, Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah membangunkan portal bagi menilai Kualiti
Siswa Guru (KSG). KSG menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
siswa guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh institusi latihan perguruan bagi
membantu siswa guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Portal tersebut

224

disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada siswa guru, pendidik guru dan institusi
latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

KSG dibangunkan selaras dengan Standard Guru Malaysia (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2009) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan
keperluan yang patut disediakan oleh institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Standard ini merangkumi tiga aspek iaitu
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman, dan Kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran. Domain standard ketiga iaitu Kemahiran Pengajaran
dan Pembelajaran memfokuskan kepada kebolehan guru untuk membuat perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Institusi latihan perguruan seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti-universiti
mewajibkan pelajar menjalani latihan mengajar atau praktikum dalam komponen
struktur program masing-masing.

Pelbagai kajian telah dibuat berkaitan latihan mengajar mencakupi aspek yang
menyentuh tentang peranan guru pembimbing (Noor Azlan & Mei, 2011), impak
penyeliaan pensyarah terhadap perkembangan guru pelatih (Ruhani, 2012), masalah
dan cabaran yang dihadapi pelajar (Goh & Matthews, 2011) sehinggalah kepada isu-
isu berkaitan kualiti (Syed Ismail, 2012). Dapatan kajian oleh Abdul Rashid & Zurida,
(2000) terhadap 42 orang guru pelatih yang mengikuti program Sarjana Muda
Perguruan ketika menjalani praktikum dijadikan asas serta memberi pengaruh besar
terhadap objektif penyelidikan ini dilakukan. Keputusan kajian dengan jelas menunjukan
terdapat beberapa konflik antara peranan institusi penyedia latihan, guru pelatih dan
pihak sekolah untuk mencapai objektif praktikum. Manakala dapatan kajian Syed
Lamsah (2015) menunjukan terdapat ketidakimbangan antara pengetahuan, kemahiran
dan personaliti yang dimiliki oleh para pelajar. Menurut beliau para pelajar didapati
mempunyai tahap keyakinan yang tinggi bahawa mereka memiliki pengetahuan tentang
kandungan kursus dan pedagogi. Bagaimanapun para pelajar ini menunjukkan tahap
keyakinan yang rendah terhadap keupayaan untuk mengajar, mengurus aktiviti sekolah
dan berkomunikasi.

Guru pelatih sering terdedah kepada situasi dimana pembelajaran atau perolehan
pengalaman berlaku akibat daripada perkara-perkara yang tidak dirancang. Pihak IPG
mungkin berpendapat memang mustahil untuk mencapai segala yang dirancang tetapi
ini tidak bermakna persediaan atau perancangan tidak perlu dibuat. Perancangan di
IPG perlulah dinamik yang mengambil kira kehendak dan keperluan semasa. Oleh itu
teori-teori yang disampaikan dalam kursus-kursus pendidikan dan perancangan latihan
mengajar tidak boleh statik kerana keadaan di sekolah semakin dinamik. Peranan
institusi latihan perguruan di peringkat prapraktikum perlu mendapat perhatian yang
sewajarnya. Prapraktikum merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai
persediaan bagi pelajar sebelum menjalani praktikum. Hal ini merupakan satu
kesinambungan yang bermula sebaik sahaja pelajar mengikuti kursus dan sebelum
mendapat pengalaman praktik di sekolah.

PERNYATAAN MASALAH

Kesediaan pelajar (guru pelatih) untuk melaksanakan latihan mengajar dan mengajar
sesuatu matapelajaran adalah amat penting kerana ia mempunyai kesan terhadap
perlaksanaan praktikum dan seterusnya kesan kepada tugas utama PdPc di bilik darjah
dan pengelolaan aktiviti kokurikulum. Sekiranya guru pelatih yang mengajar dengan
tahap kesediaan yang baik maka pelaksanaan proses PdPc akan berjalan lancar dan
hasil pembelajaran juga akan tercapai, tetapi sekiranya guru mengajar dengan kurang
kesediaan maka perkara sebaliknya akan berlaku.

225

Sebagai seorang bakal guru yang melalui tempoh pembelajaran kuliah, perbincangan
tutorial, proses amali dan latihan pelbagai aspek keguruan perlu mempunyai kebolehan
dari segi menguasai pengetahuan teori pembelajaran dan tingkah laku manusia,
menunjukkan sikap yang dapat menggalakkan pembelajaran selain daripada isi
kandungan mata pelajaran serta menguasai pengetahuan yang lengkap dalam mata
pelajaran yang diajar (Sharifah Alwiah, 1984).

Sulai dan Lassim (2005) menyatakan bahawa kebanyakan sekolah rendah di Malaysia
mempunyai masalah kekurangan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang teknikal. Guru juga masih mengamalkan komunikasi sehala yang dianggap
menjadi punca objektif utama mata pelajaran Kemahiran Hidup (atau kini dikenali RBT)
tidak tercapai. Amali latihan mengajar yang dilaksanakan oleh IPG seharusnya
menangani masalah kemahiran dan penyampaian pembelajaran tersebut. Standard
kurikulum atau kandungan kursus yang sama dilaksanakan oleh IPG Kampus seluruh
Malaysia seharusnya tidak menunjukkan perbezaan yang besar dari aspek kesediaan
pelajar melaksanakan latihan mengajar.

Buku Panduan PISMP 2017/2018 dengan jelas menyatakan tentang program PISMP
yang dirancang dan dilaksanakan secara piawai di seluruh IPG Kampus. Oleh itu tahap
kesediaan pelajar seharusnya tidak menunjukkan jurang yang besar antara IPG kerana
semua pelajar menerima latihan dengan kurikulum yang sama. Berikut merupakan
petikan daripada buku panduan tersebut:

Semua program pengajian dikendalikan melalui kuliah, tutorial, amali dan projek.
Kuliah diadakan setiap minggu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
Disamping itu, pelajar akan didedahkan dengan kerja amali di makmal atau bengkel
atau di lapangan bagi mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga diamalkan termasuk
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) dan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (Problem-based Learning). Penggunaan Unit Plan, Portfolio
Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan, pentaksiran prestasi
(performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio
dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan
atau praktis yang sebenar. Disamping itu pelajar juga diwajibkan menjalani amalan
profesional di sekolah menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui
pengalaman berasaskan sekolah, praktikum, internship, latihan industri atau
service learning akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan
teori dalam situasi sebenar (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2017, p. 14)

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan meninjau dan mendapat rumusan mengenai tahap kesediaan
pelajar PISMP RBT IPG Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) menjalani latihan mengajar
fasa 2 di sekolah rendah berbanding IPG-IPG Kampus lain (IPGK Lain). Hasil kajian ini
juga dapat memberi rumusan secara rasional perbezaan tahap kesediaan tersebut.
Rasionalnya tahap kesediaan pelajar perlu seimbang atau berada dalam lingkungan
min yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana mereka mengikuti sistem
latihan yang sama walaupun di kampus yang berlainan. Adakah keseimbangan tahap
kesediaan tersebut benar-benar digambarkan melalui hasil kajian ini? Kajian ini juga
dapat menunjukkan tahap persepsi pelajar opsyen RBT terhadap kesediaan dan
persepsi terhadap penyedia latihan dan nilai keseluruhan perbezaan min tersebut.
Selain itu pihak pentadbiran IPG, jabatan-jabatan, unit-unit dan para pensyarah dapat
menilai sejauh manakah sumbangan dan peranan mereka berkesan dalam
mewujudkan kesediaan pelajar menjalani latihan mengajar. Dengan itu, sebarang

226

kekurangan dapat diperbaiki demi kelangsungan fungsi IPG dan perkembangan ilmu
kemahiran pelajar-pelajar selaras dengan keperluan semasa.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar opsyen RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain terhadap
kesediaan diri bagi menjalani latihan mengajar.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar opsyen RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain terhadap
penyedia latihan bagi menjalani latihan mengajar.

iii. Mengetahui perbezaan persepsi pelajar opsyen RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain
terhadap kesediaan mereka menjalani latihan mengajar.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut:

i. Adakah terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain
terhadap kesediaan diri bagi menjalani latihan mengajar?

ii. Adakah terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain
terhadap penyedia latihan bagi menjalani latihan mengajar?

iii. Berapakah perbezaan min keseluruhan persepsi pelajar opsyen RBT-IPGKSM
dan IPG-IPG lain terhadap kesediaan mereka menjalani latihan mengajar?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini secara khususnya penting untuk dijadikan panduan langsung kepada Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang menjadi pemegang taruh utama kepada latihan perguruan
di sekolah rendah. Peranan yang dilaksanakan oleh IPG yang menentukan bagaimana
persepsi pelajar terhasil. Selain itu kajian ini juga penting bagi bakal guru, pihak sekolah
dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyediakan dan
merancang program-progam tertentu agar dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan
guru.

TINJAUAN LITERATUR

Hukum Kesediaan Thorndike

Mengikut Thorndike (1932) pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iaitu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas.
Teori ini menyatakan bahawa beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah
kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman. Manakala
hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada
umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

Hukum Kesediaan

Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike adalah apabila satu unit pengaliran
sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang
dibuat untuk mengubah tindakkannya itu. Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudah
sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengalir adalah menyusahkan dan
meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan
dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia
untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.

227

Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku.
Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kogitif (pengetahuan/pengalaman lepas),
kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan psikomotor (kemahiran
fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran.
Menurut Thorndike, gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan
mengakibatkan kegusaran dan kekecewaan (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009).

a. Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak, dia dibimbing dan dibantu,
kesannya amat memuaskan.

b. Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, kesannya
mengecewakan.

c. Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya juga
mengecewakan.

Guru hendaklah memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan
sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajar akan dapat mengikuti pembelajaran
dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras
dengan keupayaan mereka. Hal ini juga berkaitan dengan kajian yang pengkaji jalankan
berkaitan kesediaan pelajar melaksanakan atihan mengajar.

Hukum Latihan

Melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan bertambah kukuh
jika latihan diadakan. Sebaliknya, jika latihan tidak dijalankan, maka pertalian antara
ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah. Hubungan rangsangan dan
gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang
banyak serta pelbagai. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan
menjadi lemah jika ia tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum
latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan
berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan/dibuat lagi (Noriati et. al., 2009).

Hukum Kesan

Menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah
kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Kesan
yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.
Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan
memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi berulang, hubungan gerak
balas dengan situasi adalah merangsangkan.

Kelakuan Individu

Mengikut kebanyakan ahli teori kelakuan mengertikan tanggapan atau persepsi sebagai
satu proses yang dilakukan oleh seseorang untuk memilih, menyusun dan menerima
segala maklumat yang diperolehinya melalui deria masing-masing agar menjadi satu
gambaran dan kefahaman yang berguna (Jaafar, 2003). Ia bermaksud persepsi
merupakan satu penilaian seseorang terhadap orang lain, benda-benda sekeliling dan
juga sesuatu kejadian. Oleh kerana manusia mempunyai persepsi yang berbeza
terhadap sesuatu, maka kelakuan dan tindakan mereka juga turut berbeza bila
berhadapan dengan seseorang atau sesuatu situasi. Bila dirujuk kepada persepsi
pelajar terhadap guru, tentunya mereka juga mempunyai pelbagai reaksi terhadap
sesuatu persoalan yang dikemukakan kepada mereka.

Proses persepsi menerangkan tentang bagaimana sesuatu persepsi itu dibentuk dan
bagaimana pula ia boleh mempengaruhi kelakuan dan juga sikap seseorang. Mengikut
kelaziman, proses menghasilkan persepsi mempunyai elemen seperti dalam rajah 8.1

228

yang dibentuk berdasarkan proses tanggapan yang dikemukakan oleh Jaafar (2003)
dalam penulisannya.

Penerimaan Proses Output

Pengaruh Reaksi

Sumber: Jaafar (2003)

Rajah 1 Model Proses Persepsi/Tanggapan

Berdasarkan rajah 1, penerimaan merupakan segala input yang diterima oleh
seseorang sama ada dalam bentuk objek, kejadian, mahupun manusia, adalah melalui
mekanisme deria masing-masing; penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga
rasa. Seterusnya, peringkat pemprosesan pula dijalankan dengan memilih, menyusun
dan memahami segala input yang diterima supaya ia dapat fahami oleh pembuat
persepsi. Dalam proses tersebut, pengaruh dari dalam dan luar akan mula meresap
yang bakal memberi kesan kepada output. Output merupakan peringkat seterusnya, ia
merujuk kepada hasil daripada ketiga-tiga elemen sebelum ini yang menguatkan
sesuatu sikap, pandangan dan perasaan seseorang. Peringkat ini dianggap sebagai
kesan yang akan diambil tindakan seterusnya. Tindakan tersebut dikenali sebagai
reaksi atau respon yang akan dilakukan seseorang. Pada peringkat ini juga masih
terdapat pengaruh luaran dan dalaman yang menentukan reaksi individu (Ahmad
Shukri, 2002).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan keseluruhan kajian dilaksanakan
secara tinjauan. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data, kemudian data
tersebut dianalisis. Kaedah tinjauan atau ‘survey method’ digunakan untuk
mendapatkan tahap kesediaan pelajar terhadap aspek tertentu seperti yang telah
disenaraikan dalam objektif kajian. Data kajian diperoleh menggunakan borang soal
selidik yang diedarkan kepada para pelajar secara atas talian (online) google form.
Google form digunakan kerana pelajar terus melaksanakan latihan mengajar sebaik
sahaja semester pengajian bermula dan tiada interaksi pembelajaran di IPG.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Teras Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) semester 7 (Semester 1 Tahun 4) ambilan Jun
2016 yang ditawarkan oleh 5 buah kampus IPG daripada 27 kampus seluruh Malaysia
yang dianggarkan berjumlah 156 orang. Responden terdiri daripada 50 pelajar Reka
bentuk dan Teknologi (RBT) dari 5 buah IPG yang akan menjalani latihan mengajar.
Kriteria pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan rawak Pensampelan Keperluan,
kerana penyelidik memilih sampel daripada kumpulan yang mudah dihubungi dan
diambil respon melalui soal selidik google form. Kumpulan pelajar tersebut menjalani
praktikum fasa 2 bagi tempoh 12 minggu bermula 10 Jun 2019 hingga 5 September
2019. Jumlah responden ini dianggarkan mewakili lebih 30% daripada jumlah
keseluruhan pelajar PISMP-RBT ambilan Jun 2016 bagi tahun 2019. Jadual 9.1
menunjukkan maklumat bilangan populasi kajian.

229

Jadual 1. Maklumat bilangan unit (kelas) dan jumlah pelajar Opsyen RBT ambilan Jun
2016 IPG Kampus

Nama IPGK Bil. Bil. Pelajar Bil. Pelajar Jumlah

Unit Lelaki Perempuan 32
48
Sultan Mizan 2 15 17 46
16
Pendidikan Teknik 3 25 23 14
156
Tun Hussein Onn 3 11 35

Temenggong Ibrahim 1 09 07

Perlis 1 06 08

JUMLAH 10 66 90

(Sumber: Tinjauan Penyelidik di setiap IPGK 2019)

Menurut Gay (2006), bilangan sampel minimum untuk kajian jenis tinjauan adalah 10
peratus daripada jumlah populasi. Manakala Mohamad Najib (1999) pula menyarankan
30 peratus sampel adalah jumlah sampel yang sesuai untuk kajian persepsi. Isu yang
penting dalam penentuan saiz sampel ialah sampel tersebut perlu mewakili populasi
secara keseluruhan iaitu ia mempunyai ciri-ciri populasi. Maka maklumbalas daripada
50 orang pelajar daripada 5 buah IPG yang melibatkan 30 peratus pelajar PISMP-RBT
ambilan Jun 2016 sebagai sampel adalah memadai bagi kajian persepsi. Ia juga jauh
melebihi had minimum 10 peratus sampel daripada populasi yang disarankan oleh Gay
(2006).

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah soalan kaji selidik. Pembinaan item soal selidik
dibuat berdasarkan rujukan dan pengubahsuaian soal selidik yang digunakan oleh oleh
Syed Lamsah (2015). Pengubahsuaian dibuat bagi menyesuaikan soal selidik tersebut
dengan tujuan kajian yang dijalankan. Alat pengukuran ini digunakan kerana ia tidak
memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Pengumpulan data kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang dibahagi
kepada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai latarbelakang responden dan
faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih melanjutkan pengajian ke IPG. Bahagian
B disediakan secara komprehensif untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar RBT
mengikuti latihan mengajar dan menilai maklum balas mereka terhadap pengalaman
pembelajaran semasa mengikuti pengajian di IPG.

Bahagian A membekalkan maklumat pelajar termasuk Fasa Praktikum, Jantina, Purata
Mata Gred Terkumpul (PMGT) semasa, dan faktor utama yang mendorong pelajar
memilih program ISMP di IPG. Bahagian B adalah soal-selidik berkaitan pengalaman
pembelajaran yang diolah berdasarkan kepada (a) persepsi pelajar terhadap kesediaan
mereka berdasarkan teori dan pengalaman pembelajaran yang diperoleh dan (b)
persepsi pelajar terhadap kemudahan atau peluang yang disediakan oleh IPG untuk
menimba pengalaman tersebut.

Soalan-soalan dibahagikan kepada lima komponen atau domain iaitu:
i. pengetahuan tentang kandungan kursus (soalan K1 - K4 / soalan PL5 - PL8)
ii. perancangan dan pelaksanaan pengajaran (soalan K9 - K12 / soalan PL13 -
PL16)
iii. penglibatan dalam aktiviti kokurikulum (soalan K17 - K20 / soalan PL21 - PL24)
iv. pengurusan rutin harian guru (soalan K25 - K28 / soalan PL29 - PL32) dan
v. personaliti diri (soalan K33 - K36 / soalan PL37 - PL40)

230

Setiap soalan diberikan lima pilihan jawapan berbentuk skala ordinal untuk
menunjukkan kedudukan secara relatif bagi setiap pilihan jawapan yang dibuat iaitu
Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat
Setuju (SS). Setiap jawapan bagi nombor soalan bermula huruf K mewakili tahap
keyakinan responden bagi sesuatu item yang merujuk kepada tahap kesediaan mereka,
manakala jawapan bagi soalan bermula huruf PL menunjukkan persepsi responden
terhadap penyedia latihan. Hasil keseluruhan respon tersebut akan dianalisis bagi
menjawab persoalan kajian 1 (soalan K), dan persoalan kajian 2 (soalan PL) dengan
membandingkan dan menganalisis persamaan antara dapatan kajian bagi pelajar
IPGKSM dan pelajar IPG-IPG lain. Manakala soalan kajian 3 pula akan dibandingkan
secara keseluruhan tahap kesediaan bagi kedua-dua konstruk; persepsi terhadap
kesediaan diri dan persepsi terhadap penyedia latihan (Soalan K dan PL) bagi pelajar
IPGKSM dan pelajar IPG-IPG lain.

Tatacara Penganalisisan Data

Data yang diperoleh dari set soalan kaji selidik akan diproses menggunakan program
Statitical Packages for Social Science Version 22.0 for Windows (SPSS versi 22.0).
Analisis statistik diskriptif digunakan untuk bahagian A untuk mendapatkan mod
(kekerapan/frekuensi) dan peratusan tentang demografi responden. Statistik diskriptif
juga digunakan untuk menjelaskan dapatan bagi soalan-soalan bahagian B yang akan
menjawab soalan-soalan kajian. Pengukuran data adalah berdasarkan respon pelajar
dengan skala likert terhadap setiap tahap kesediaan dan pandangan atau persepsi
mereka. Respon tersebut kemudiannya dihujahkan berpandukan min, mod, dan
peratusan bagi tahap kesediaan dan persepsi tentang penyedia latihan. Analisis data
deskriptif dan rujukan untuk kemungkinan melakukan analisis inferensi adalah
berpandukan min item keseluruhan dalam bahagian B untuk dibandingkan dengan
maklumat demografi dalam bahagian A sekiranya perlu.

ANALISIS DATA

Profil Responden

Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar opsyen RBT Ambilan Jun
2016. Responden bagi soal selidik adalah berdasarkan maklum balas mereka dalam
google form bagi soal selidik praktikum fasa 2. Seramai 50 orang pelajar mengisi dan
memberi maklum balas terhadap soal selidik kajian (IPGKSM=25 orang, IPGK Lain=25
orang). Secara rumusan, demografi responden adalah seperti ditunjukkan dalam
Rajah 10.1, Rajah 10.2 dan Jadual 10.1.

Rajah 2 Peratusan Responden Mengikut Pecahan IPGK

231

Rajah 3 Peratusan Pencapaian PMGT Semasa Responden

Jadual 2. Demografi Responden IPGKSM-IPGK Lain

Perkara IPGKSM IPGK Lain

kekerapan peratus kekerapan peratus
(f) (%) (f) (%)

Jumlah Responden 25 50 25 50

Jantina : Lelaki 13 52.0 7 28.0
Perempuan 12 48.0 18 72.0

Purata Mata Gred : melebihi 3.80 02 8.0 01 4.0

Terkumpul (PMGT) antara 3.75 – 3.80 05 20.0 - -

Terkini antara 3.50 – 3.74 17 68.0 18 72.0

antara 3.00 – 3.49 01 4.0 06 24.0

Faktor Memilih IPG : Minat 14 56.0 15 60.0

Ibu bapa 04 16.0 04 16.0

Jaminan Kerjaya 03 12.0 - -

Kemuliaan Profesion 02 8.0 01 4.0

Terpaksa 02 8.0 03 12.0

Kos Pengajian - - 02 8.0

Persepsi Pelajar RBT IPGKSM dan IPGK Lain terhadap Kesediaan Diri dan Persepsi Terhadap Peranan

IPG (Penyedia Latihan) bagi Menjalani Latihan Mengajar.

Dapatan persepsi pelajar RBT IPGKSM dan IPGK Lain ditunjukkan secara jadual
bersama-sama sebelah menyebelah bagi setiap domain.

Domain 1: Pengetahuan tentang kandungan kursus

Perincian tentang persepsi pelajar IPGKSM dan pelajar IPGK Lain terhadap
pengetahuan kandungan kursus dan persepsi terhadap sokongan kemudahan
disediakan oleh IPG ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4.

232

Jadual 3 Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Diri bagi Domain Pengetahuan
Kandungan Kursus

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS Min STS TS TP S SS 4.36

Saya dapat - - 4.0 60.0 36.0 4.32 - - 4.0 56.0 40.0
(1) (14) (10)
mengikuti sesi (1) (15) (9)

kuliah dengan

baik.

Saya dapat - - 12.0 64.0 24.0 4.12 - - - 60.0 40.0 4.40
(15) (10)
memahami (3) (16) (6)

pengajaran yang

disampaikan.

Saya masih dapat - 4.0 28.0 60.0 8.0 3.72 - 8.0 28.0 48.0 16.0 3.72
(2) (7) (12) (4)
mengingati (1) (7) (15) (2)

kandungan

kursus.

Saya ada rujukan - 8.0 4.0 72.0 16.0 3.96 - 4.0 12.0 72.0 12.0 3.92
(1) (3) (18) (3)
berkaitan kursus (2) (1) (18) (4)
4.10
yang dipeajari.

Min Keseluruhan 4.03

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = (0.07)

IPGKSM : n=25

IPGK Lain : n=25

Jadual 4. Persepsi Pelajar Terhadap Penyedia Latihan bagi Domain Pengetahuan
Kandungan Kursus

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS Min STS TS TP S SS 3.92

Terdapat 4.0 4.0 28.0 32.0 32.0 3.84 - 12.0 8.0 56.0 24.0
(3) (2) (14) (6)
kemudahan (1) (1) (7) (8) (8)

pembelajaran

yang baik.

Pensyarah - 4.0 16.0 40.0 40.0 4.16 - 4.0 - 64.0 32.0 4.24
(1) (16) (8)
bersungguh- (1) (4) (10) (10)

sungguh dalam

PdPc.

Saya berpuashati 4.0 - 12.0 44.0 40.0 4.16 4.0 8.0 24.0 44.0 20.0 3.68
(1) (2) (6) (11) (5)
dengan gred yang (1) (3) (11) (10)
4.0 4.0 36.0 40.0 16.0 3.60
diperoleh. (1) (1) (9) (10) (4)

Saya mudah 8.0 4.0 40.0 36.0 12.0 3.40

memperoleh buku/ (2) (1) (10) (9) (3)

bahan di

perpustakaan.

Min Keseluruhan 3.89 3.86

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.03

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

233

Domain 2: Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran (Pedagogi)

Tahap kesediaan atau keyakinan pelajar IPGKSM dan pelajar IPGK Lain mengenai
kemahiran mengajar berdasarkan persepsi mereka dan persepsi terhadap sokongan
IPG ditunjukkan di Jadual 5 dan Jadual 6

Jadual 5. Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Diri bagi Domain Pedagogi

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS Min STS TS TP S SS 3.84

Saya mempunyai - - 12 80 8 3.96 - 4.0 20 64 12
(1) (5) (16) (3)
pengetahuan (3) (20) (2)

mengenai teknik

dan kaedah

pengajaran

berkesan.

Saya mempunyai - - 4.0 80.0 16.0 4.12 - - 16.0 64.0 20.0 4.04
(4) (16) (5)
pengetahuan (1) (20) (4)

mengenai cara-

cara untuk

menyediakan

bahan pengajaran.

Saya mempunyai - - 4.0 72.0 24.0 4.20 - - 4.0 76.0 20.0 4.16
(1) (19) (5)
pengetahuan (1) (18) (6)
- - 28.0 56.0 16.0 3.88
mengenai (7) (14) (4)

penggunaan alat 3.98

bantu mengajar.

Saya mempunyai - - 8.0 68.0 24.0 4.16

pengetahuan (2) (17) (6)

pengurusan bilik

darjah.

Min Keseluruhan 4.11

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.13

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

Jadual 6. Persepsi Pelajar Terhadap Penyedia Latihan bagi Domain Pedagogi

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Min Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS 4.20 STS TS TP S SS 4.32
Saya telah
mempelajari teori- - - 8.0 64.0 28.0 - - 4.0 60.0 36.0
teori berkaitan (2) (16) (7) (1) (15) (9)
teknik dan kaedah

Mengajar. - - 4.0 72.0 24.0 4.20 - - 4.0 68.0 28.0 4.24
Saya dapat

mengikuti sesi (1) (18) (6) (1) (17) (7)
kuliah teknik dan

kaedah mengajar. - - 8.0 68.0 24.0 4.16 - - 8.0 60.0 32.0 4.24
Pengetahuan dan - (2) (17) (6) (2) (15) (8)
kemahiran saya
tentang teknik dan - 12.0 48.0 40.0 4.28 4.0 - 12.0 68.0 16.0 3.92
kaedah mengajar (3) (12) (10) (1) (3) (17) (4)
telah diuji.
Aktiviti kuliah/tutorial

/pembentangan di IPG

membina kemahiran

saya menguruskan BD.

Min Keseluruhan 4.21 4.18

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.03

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

234

Domain 3: Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum

Perincian tentang persepsi pelajar IPGKSM dan pelajar IPGK Lain terhadap kesedian
diri dan terhadap penyedia latihan bagi domain kokurikulum ditunjukkan dalam Jadual
7 dan Jadual 8

Jadual 7. Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Diri bagi Domain Aktiviti Kokurikulum

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS Min STS TS TP S SS 4.36

Saya berminat - 4.0 8.0 52.0 36.0 4.20 - 4.0 - 52.0 44.0
(1) (13) (11)
untuk terlibat (1) (2) (13) (9)

dengan kegiatan

kokurikulum di

sekolah.

Saya bersedia - 4.0 8.0 60.0 28.0 4.12 - - 4.0 56.0 40.0 4.36
(1) (14) (10)
untuk aktif (1) (2) (15) (7)

terlibat dengan

kegiatan

kokurikulum di

sekolah.

Saya berkebolehan - - 36.0 48.0 16.0 3.80 4.0 4.0 28.0 44.0 20.0 3.72
(1) (1) (7) (11) (5)
mengelola (9) (12) (4)
- - 12.0 52.0 36.0 4.24
aktiviti (3) (13) (9)

kokurikulum di 4.17

sekolah.

Saya tahu - - 4.0 72.0 24.0 4.20

jenis aktiviti (1) (18) (6)

kokurikulum di

sekolah.

Min Keseluruhan 4.08

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = (0.09)

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

Jadual 8. Persepsi Pelajar Terhadap Penyedia Latihan bagi Domain Aktiviti
235
Kokurikulum

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Min Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS 4.24 STS TS TP S SS 4.32
Saya diberi
peluang untuk - - 8.0 60.0 32.0 - - 4.0 60.0 36.0
(2) (15) (8) (1) (15) (9)

terlibat dengan

aktiviti kokurikulum

di IPG. - 4.0 20.0 48.0 28.0 4.00 4.0 - 28.0 48.0 20.0 3.80
Saya aktif terlibat (1) (5) (12) (7) (1) (7) (12) (5)
dengan aktiviti
kokurikulum di - - 4.0 52.0 44.0 4.40 - - 4.0 60.0 36.0 4.32
IPG. (1) (13) (11) (1) (15) (9)
Saya mendapat
pengalaman
berguna dengan
menyertai aktiviti

kokurikulum di IPG.

Penglibatan aktiviti - - 4.0 44.0 52.0 4.48 - 4.0 - 48.0 48.0 4.40
(1) (12) (12)
kokurikulum di IPG (1) (11) (13)

membantu saya

tahu jenis koku

di sekolah.

Min Keseluruhan 4.28 4.21

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.07

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

Domain 4: Pengurusan Rutin Harian

Perincian persepsi pelajar IPGKSM dan pelajar IPGK Lain terhadap kesediaan diri dan
persepsi pelajar terhadap penyedia latihan untuk mengurus rutin harian bagi tujuan
praktikum di sekolah ditunjukkan dalam Jadual 9 dan Jadual 10

Jadual 9. Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Diri bagi Domain Pengurusan Rutin
Harian

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS Min STS TS TP S SS 4.28

Saya memahami - - 8.0 64.0 28.0 4.20 - - 8.0 56.0 36.0
(2) (14) (9)
organisasi dan (2) (16) (7)

pentadbiran

Sekolah.

Saya memahami - - 8.0 60.0 32.0 4.24 - 4.0 12.0 48.0 36.0 4.16
(1) (3) (12) (9)
bidang tugas (2) (15) (8)
- - 20.0 60.0 20.0 4.00
guru sekolah. (5) (15) (5)

Saya yakin dapat - - 8.0 64.0 28.0 4.20 - - - 52.0 48.0 4.48
(13) (12)
menguruskan (2) (16) (7)

masa di sekolah.

Saya telah - - - 64.0 36.0 4.36

menguruskan (16) (9)

penempatan dan

pengangkutan

untuk memulakan

latihan mengajar.

Min Keseluruhan 4.25 4.23

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.02

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

Jadual 10. Persepsi Pelajar Terhadap Penyedia Latihan bagi Domain Pengurusan

Rutin Harian

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Min Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS 4.28 STS TS TP S SS 4.04
Kursus-kursus
yang diikuti - - 4.0 64.0 32.0 - 4.0 16.0 52.0 28.0
membantu saya (1) (16) (8) (1) (4) (13) (7)
memahami
pentadbiran dan

budaya sekolah. - - 12.0 64.0 24.0 4.12 - - 8.0 56.0 36.0 4.28
Kursus-kursus (3) (16) (6) (2) (14) (9)
yang diikuti
membantu saya
menjiwai peranan

guru sekolah. - - 12.0 68.0 20.0 4.08 - - 8.0 64.0 28.0 4.20
Saya mendapat (3) (17) (5) (2) (16) (7)
pendedahan
pengurusan masa

sebelum melalui

latihan mengajar.

Saya telah - 4.0 12.0 56.0 28.0 4.08 - - 4.0 32.0 64.0 4.60
(1) (8) (16)
dimaklumkan awal (1) (3) (14) (7)

lokasi penempatan

praktikum saya.

Min Keseluruhan 4.14 4.28

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = (0.14)

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

236

Domain 5: Personaliti Diri

Perincian tentang persepsi pelajar IPGKSM dan IPGK Lain terhadap kesediaan diri
dan kesediaan penyedia latihan bagi aspek personaliti diri ditunjukkan dalam Jadual
11 dan Jadual 12.

Jadual 11. Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Diri bagi Domain Personaliti Diri

sebagai Guru

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Min Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS 4.20 STS TS TP S SS 4.04
Percakapan dan
pertuturan saya - - 12.0 56.0 32.0 - - 16.0 64.0 20.0
jelas, teratur dan (3) (14) (8) (4) (16) (5)
mudah difahami.
Saya pentingkan - - 4.0 56.0 40.0 4.36 - - - 52.0 48.0 4.48
pemakaian, (1) (14) (10) (13) (2)
perwatakan dan

penampilan diri.

Saya berfikiran - - 12.0 60.0 28.0 4.16 - - 12.0 60.0 28.0 4.16
(3) (15) (7)
matang & bersedia (3) (15) (7)

untuk memulakan

komunikasi dengan

guru-guru dan ibu-

bapa di sekolah.

Saya yakin dapat - - 12.0 60.0 28.0 4.16 - - 16.0 64.0 20.0 4.04
(3) (15) (7) (4) (16) (5)
diterima oleh murid-

murid sekolah.

Min Keseluruhan 4.22 4.18

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = 0.04

IPGKSM : n=25
IPGK Lain : n=25

Jadual 12. Persepsi Pelajar Terhadap Penyedia Latihan bagi Domain Personaliti Diri

sebagai Guru

IPGKSM IPGK Lain

Pernyataan Peratus dan (Frekuensi) Min Peratus dan (Frekuensi) Min
STS TS TP S SS 4.20 STS TS TP S SS 4.40
Saya dibimbing
untuk meningkatkan - - 20.0 58.0 14.0 - - 4.0 52.0 44.0
kemahiran (4) (12) (9) (1) (13) (11)
berkomunikasi
dan membina

perwatakan diri

semasa di IPG. - - 4.0 52.0 44.0 4.40 - - - 56.0 44.0 4.44
Saya berusaha (1) (13) (11) (14) (11)
meningkatkan
kemahiran
berkomunikasi,
perwatakan dan

penampilan diri. - - 18.0 58.0 18.0 4.28 - 4.0 8.0 60.0 28.0 4.12
Saya mengambil (3) (12) (10) (1) (2) (15) (7)
tahu isu-isu
semasa dan
digalakkan

berfikiran matang. - 4.0 4.0 64.0 28.0 4.16 - 4.0 - 64.0 28.0 4.28
Saya diberi

pendedahan dan (1) (1) (16) (7) (1) (15) (9)

keyakinan untuk

menempuh alam

pekerjaan.

Min Keseluruhan 4.26 4.31

Perbezaan min (IPGKSM – IPGK Lain) = (0.05)

237

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Untuk melihat pencapaian min berdasarkan lima domain yang dinilai bagi menjawab
persoalan kajian 1 dan 2, pengkaji mengira purata min bagi semua aspek dalam
konstruk bagi setiap domain dan dirumuskan dalam sebuah jadual. Jadual 13
menunjukkan perbezaan min tersebut dan min bagi keseluruhan konstruk kesediaan
diri pelajar dan konstruk kesediaan penyedia latihan berdasarkan persepsi pelajar.

Jadual 13 Persepsi dan Perbezaan Persepsi Pelajar Antara Kesediaan Diri dan
Penyedia Latihan bagi IPGKSM dan IPG-IPG Lain

Domain Min Kesediaan Diri Perbezaan Min Penyedia Perbezaan
IPGKSM IPGK Lain min Latihan min

(IPGKSM- IPGKSM IPGK Lain (IPGKSM-
IPGK Lain) IPGK Lain)

Pengetahuan tentang 4.03 4.10 (0.07) 3.89 3.86 0.03

kandungan kursus

Perancangan dan 4.11 3.98 0.13 4.21 4.18 0.03

pelaksanaan pengajaran

Penglibatan dalam aktiviti 4.08 4.17 (0.09) 4.28 4.21 0.07
kokurikulum

Pengurusan rutin harian 4.25 4.23 0.02 4.14 4.28 (0.14)
guru 4.26 4.31 (0.05)

Personaliti guru 4.22 4.18 0.04

KESELURUHAN 4.14 4.13 0.01 4.16 4.17 (0.01)

Konstruk Persepsi Terhadap Kesediaan Diri

Soalan Kajian (i):
i. Adakah terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain

terhadap kesediaan diri bagi menjalani latihan mengajar?

Berdasarkan jadual 13, analisis terhadap konstruk tahap kesediaan diri pelajar RBT
berdasarkan persepsi mereka bagi menjalani latihan mengajar, pelajar IPGKSM
menunjukkan min=4.03 bagi domain pengetahuan tentang kandungan kursus,
berbanding pelajar IPGK lain menunjukkan min=4.13 dengan perbezaan min=0.07.
Domain perancangan dan pelaksanaan pengajaran (Pedagogi) menunjukkan min=4.11
(IPGKSM) dan min=3.98 (IPGK Lain) dengan perbezaan min=0.13. Nilai min=3.98
merupakan pencapaian min terendah bagi konstruk kesediaan diri pelajar berbanding
pencapaian min bagi domain lain dalam konstruk kesediaan diri yang kesemuanya
melebihi min=4.0 (min>4.0). Manakala domain penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
menunjukkan nilai min=4.08 bagi IPGKSM, dan min=4.17 bagi IPGK lain dengan
perbezaan min=0.09. Sementara bagi domain pengurusan rutin harian guru bagi
IPGKSM menunjukkan nilai min tertinggi berbanding domain lain dengan min=4.25,
begitu juga IPGK lain mencapai min tertinggi antara semua domain dengan min=4.23
dengan jurang perbezaan min paling rendah antara kelima-lima domain dengan
perbezaan min=0.02 antara IPGKSM dan IPGK lain. Domain personaliti guru
menunjukkan perbezaan min=0.04 dengan pencapaian min=4.22 (IPGKSM) dan
min=4.18 (IPGK lain). Gabungan keseluruhan dapatan bagi konstruk kesediaan diri
pelajar menunjukkan min=4.14 bagi IPGKSM, manakala min=4.13 bagi IPGK lain
dengan beza min keseluruhan=0.01 sahaja. Dapatan tersebut menunjukkan secara
keseluruhan terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain

238

terhadap kesediaan diri bagi menjalani latihan mengajar dengan perbezaan min yang
amat kecil, iaitu 0.01 sahaja.

Konstruk Persepsi Terhadap Penyedia Latihan

Soalan Kajian (ii):
ii. Adakah terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain

terhadap penyedia latihan bagi menjalani latihan mengajar?

Bagi analisis tahap persepsi pelajar RBT terhadap penyedia latihan ataupun secara
khusus IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus lain sebagai pihak yang mengurus,
penyedia latihan dan prasarana pendidikan sebelum menjalani latihan mengajar,
pengkaji membuat perbandingan pencapai min bagi setiap domain seperti ditunjukkan
dalam Jadual 13. Domain pengetahuan tentang kandungan kursus menunjukkan
min=3.89 bagi pelajar IPGKSM, berbanding min=3.86 bagi peajar IPGK lain yang
menunjukkan perbezaan min=0.03. Manakala min persepsi bagi domain perancangan
dan pelaksanaan pengajaran ialah 4.21 bagi IPGKSM, manakala min=4.18 bagi IPGK
lain dengan perbezaan min=0.03. Manakala domain penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum menunjukkan min=4.28 (IPGKSM), dan min=4.21 (IPGK lain), dengan
dengan perbezaan min=0.07. Sementara bagi domain pengurusan rutin harian guru
bagi IPGKSM dengan min=4.14, manakala IPGK lain mencapai min=4.28 dengan
perbezaan min=0.14. Perbezaan min tersebut merupakan nilai perbezaan tertinggi
berbanding domain-domain lain bagi konstruk penyedia latihan dan lebih tinggi
berbanding domain-domain bagi konstruk persepsi terhadap kesediaan diri pelajar.
Domain personaliti guru mrnunjukkan perbezaan min=0.05 dengan pencapaian
min=4.26 (IPGKSM) dan min=4.31 (IPGK lain). Gabungan keseluruhan dapatan bagi
konstruk persepsi terhadap penyedia latihan menunjukkan min=4.16 bagi IPGKSM,
manakala min=4.17 bagi IPGK lain dengan beza min keseluruhan=0.01 sahaja, sama
seperti konstruk kesediaan diri pelajar. Dapatan tersebut menunjukkan secara
keseluruhan terdapat keseimbangan persepsi pelajar RBT-IPGKSM dan IPG-IPG lain
terhadap penyedia latihan bagi menjalani latihan mengajar dengan perbezaan min yang
amat kecil, iaitu 0.01 sahaja.

Berdasarkan kepada analisis perbezaan min semua aspek dalam semua domain bagi
konstruk kesediaan diri dan konstruk penyedia latihan dalam jadual 3 hingga jadual 12,
pengkaji mendapati pencapaian min yang seimbang dengan jurang perbezaan yang
rendah (beza min < 0.25) bagi kebanyakan aspek kecuali dalam 5 aspek berikut:
i. Konstruk kesediaan diri bagi domain pengetahuan kandungan kursus dalam aspek

“saya memahami pengajaran yang disampaikan” dengan jurang min sebanyak 0.28
yang menunjukkan pelajar daripada IPGK lain memberikan persepsi lebih tinggi
bagi aspek tersebut (Jadual 3)
ii. Konstruk penyedia latihan bagi domain pengetahuan kandungan kursus dalam
aspek “saya berpuas hati dengan gred yang diperoleh” dengan jurang min sebanyak
0.48 yang memberi kelebihan kepada IPGKSM kerana pelajar memberikan
persepsi lebih tinggi bagi aspek tersebut (Jadual 4)
iii. Konstruk kesediaan diri bagi domain pedagogi dalam aspek “saya mempunyai
pengetahuan pengurusan bilik darjah” dengan jurang min sebanyak 0.28 memihak
kepada IPGKSM kerana pelajar daripada IPGK lain memberikan persepsi lebih
rendah bagi aspek tersebut (Jadual 5)
iv. Konstruk penyedia latihan bagi domain pedagogi dalam aspek “aktiviti
kuliah/tutorial/pembentangan di IPG membina kemahiran saya menguruskan bilik
darjah” dengan jurang min sebanyak 0.36 yang memberi kelebihan kepada
IPGKSM kerana pelajar memberikan persepsi lebih tinggi bagi aspek tersebut
(Jadual 6)

239

v. Konstruk penyedia latihan bagi domain pengurusan rutin harian guru dalam aspek
“saya telah dimaklumkan awal lokasi penempatan praktikum saya” dengan jurang

min tertinggi sebanyak 0.52 yang memberi kelebihan kepada IPGK lain kerana

pelajar memberi persepsi yang lebih tinggi bagi aspek tersebut berbanding pelajar

IPGKSM (Jadual 10).

Hanya lima aspek tersebut menunjukkan jurang min melebihi 0.25 berbanding 35 aspek

lain yang menunjukkan jurang min berada di bawah nilai tersebut (beza min < 0.25).

Dua daripada lima aspek tersebut juga menunjukkan jurang min melebihi 0.45, iaitu

beza min=0.48 bagi aspek (ii) yang memberi kelebihan kepada IPGKSM dan beza

min=0.52 bagi aspek (v) yang memberi kelebihan kepada IPGK lain. Manakala terdapat

dua aspek yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan min bagi persepsi pelajar

IPGKSM dan pelajar IPGK lain iaitu bagi konstruk kesediaan diri bagi domain
pengetahuan kandungan kursus dalam aspek “saya masih dapat mengingati
kandungan kursus” dengan masing-masing memberi tahap persepsi dengan nilai

min=3.72 (Jadual 3). Sementara itu, konstruk kesediaan diri bagi domain personaliti diri
sebagai guru dalam aspek “saya berfikiran matang dan bersedia untuk memulakan
komunikasi dengan guru-guru dan ibu bapa di sekolah” dengan nilai min=4.16 (Jadual

11). Oleh itu, bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang hasil dapatan,

penilaian bagi setiap aspek dalam domain perlu dilihat secara lebih khusus dalam

Jadual 3 hingga Jadual 12.

Perbezaan Min Keseluruhan Tahap Kesediaan

Soalan Kajian (iii):
iii. Berapakah perbezaan min keseluruhan persepsi pelajar opsyen RBT-IPGKSM dan

IPG-IPG lain terhadap kesediaan mereka menjalani latihan mengajar?

Perbezaan min keseluruhan yang menggabungkan persepsi terhadap kesediaan diri
dan persepsi terhadap penyedia latihan dirumuskan dalam jadual 14.

Jadual 14. Perbezaan Keseluruhan Persepsi Pelajar IPGKSM dan IPGK Lain Terhadap
Kesediaan Menjalani Latihan Mengajar (Kesediaan diri dan Kesediaan Penyedia
latihan)

Domain IPGKSM IPGK Perbezaan
Pengetahuan tentang kandungan kursus 3.960 Lain min

3.980 (0.02)

Perancangan dan pelaksanaan pengajaran 4.160 4.080 0.08

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum 4.180 4.190 (0.01)

Pengurusan rutin harian guru 4.195 4.255 (0.06)

Personaliti guru 4.240 4.245 (0.005)
KESELURUHAN 4.147 4.150 (0.003)

Jadual 14 menunjukkan perbezaan min bagi semua domain dengan nilai perbezaan
antara 0.005 hingga 0.08. Manakala perbezaan min keseluruhan persepsi pelajar
IPGKSM dan IPGK lain terhadap kesediaan menjalani latihan mengajar ialah 0.003,

240

iaitu nilai beza yang amat kecil pada 3 titik perpuluhan. Sekiranya nilai min keseluruhan
bagi IPGKSM dan IPGK lain dibundarkan kepada dua titik perpuluhan, maka tidak wujud
perbezaan tahap persepsi terhadap kesediaan pelajar PISMP-RBT menjalani latihan
mengajar kerana masing-masing akan menunjukkan nilai min=4.15. Dapatan tersebut
menunjukkan perbezaan min keseluruhan persepsi pelajar opsyen RBT terhadap
kesediaan mereka menjalani latihan mengajar ialah 0.003 dan menunjukkan
keseimbangan persepsi antara pelajar IPGKSM dan pelajar IPGK lain.

Sebagai rumusan, hasil daripada kajian ini dengan jelas dapat memberi gambaran
terhadap kepiawaian kurikulum dan pelaksanaannya di semua IPG. Persepsi pelajar
adalah pada tahap yang seimbang dalam semua domain secara keseluruhan dan
berada pada tahap yang tinggi (min>4.00). Keberkesanan pengajaran dan latihan di
IPG adalah hasil pengemblengan usaha seluruh organisasi yang diselaraskan oleh
pihak pentadbir institut. Hal ini selaras dengan Zabidi, Suhaimi & Nik Abdullah (2016)
yang menyatakan peranan pentadbir amat penting bagi memastikan pengurusan
pelajar dalam sesebuah IPG berlaku dalam keadaan yang diharapkan. Kajian-kajian
terdahulu telah membuktikan perkaitan antara latihan mengajar dengan peranan
pensyarah penyelia, guru pembimbing (Syed Ismail, 2012) (Ruhani, 2012) (Noor
Nazlan & Mei, 2011) sehinggalah kepada kurikulum sesuatu program berkenaan.

Kajian ini juga dapat menilai keberkesanan amalan IPG dalam memberi input kepada
pelajar guru dalam bidang kerja utama mereka nanti. Adalah diharapkan ia dapat
memberi sebab kepada tindakan-tindakan untuk menambahbaik amalan tersebut agar
ianya tidak semata-mata dilakukan sekadar untuk melatih pelajar mengenai sesuatu
teori pengajaran malahan lebih besar dari itu adalah untuk menjadikan latihan
mengajar itu sebagai proses pembentukan profesionalism guru dan perguruan itu
sendiri (Ulvik & Smith, 2011).

Profil pelajar yang terlibat dengan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Faktor Minat memainkan peranan besar dalam mempengaruhi mereka untuk menceburi
bidang pendidikan, diikuti oleh galakan atau saranan ibu bapa. Pada masa yang sama
mereka turut memiliki sikap yang positif iaitu melihat kemuliaan profesion keguruan
disamping jaminan kerjaya bagi pengajian di IPG. Halimah (2006) merumuskan bahawa
sikap positif, minat dan motivasi adalah penting untuk mereka menunjukkan prestasi
yang baik dalam latihan mengajar.

ii. Para pelajar mempunyai keyakinan bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang
kandungan kursus. Dapatan ini disokong dengan hujah bahawa mereka berpuashati
dengan kemudahan pembelajaran, menyanjung kesungguhan para pensyarah dan
menerima gred kursus yang dicapai, walaupun kurang berpuas hati dengan bahan yang
sukar diperoleh daripada perpustakaan.

iii. Para pelajar juga memberi persepsi yang tinggi terhadap aspek kemahiran,
kokurikulum, pengurusan rutin harian guru dan personality guru. Jurang min persepsi
antara IPGKSM dan IPGK lain tidak melebihi 0.1 antara semua domain.

Kajian ini menunjukkan terdapat keseimbangan antara persepsi terhadap kesediaan diri
atau keyakinan pelajar terhadap kebolehan diri dengan persepsi mereka terhadap
penyedia latihan bagi semua domain. Domain yang mencapai min terendah adalah bagi
domain pengetahuan tentang kandungan kursus (IPGKSM=3.96, IPGK lain=3.98). Hal
ini disebabkan oleh persepsi pelajar yang lebih rendah bagi domain tersebut untuk
konstruk penyedia latihan, walaupun min terhadap kesediaan diri bagi domain tersebut
melebihi min 4.00 (min>4.00). Manakala dapatan bagi empat domain lagi pada tahap
seimbang dan pencapaian min melebihi 4.00 antara IPGKSM dengan IPGK lain. Hal ini

241


Click to View FlipBook Version