The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidki, 2019-11-21 02:05:42

NIC PROCEEDING 2019

Narathiwat PROCEEDING

Keywords: Narathiwat,Action Research,Teacher Tranning,IPG Sultan Mizan

Dapatan menunjukkan paling ramai yang memiliki perseonaliti Feeling (1904), dikuti
Intuitive (1758), Perception (1577), Judgement (1423), Sensing (1242), Thinking (1096),
Introvert (813) dan terakhir ialah Ekstrovert (687).
Gaya Bekerja Peserta Program Transformasi Minda bagi Negeri Terengganu dan
Negeri Pahang dalam Jadual 5.2

Jadual 2. Gaya Bekerja Peserta PTM Negeri Terengganu dan Pahang

BIL GAYA BEKERJA NILAI PESERTA

1. Affective 4598
2. Continuance 5062
3. Normative 5144

Gaya bekerja peserta yang paling tinggi ialah Normative (5144), diikuti Continuance
(5062), dan yang terakhir Affective (4598).

Jadual 3. Pengujian Hipotesis Kesan Langsung

Bil Pernyataan Hipotesis Keputusan Ujian

H1 Gaya Kerja Affective memberi kesan langsung yang Tidak Disokong
positif terhadap Personaliti Feeling

H2 Gaya Kerja Continuance memberi kesan langsung Tidak Disokong
yang positif terhadap Personaliti Feeling

H3 Gaya Kerja Normative memberi kesan langsung Tidak Disokong
yang positif terhadap Personaliti Feeling

DAPATAN KAJIAN

Keseluruhan bab ini membincangkan tentang dapatan yang diperolehi hasil analisis
data. Data-data ini adalah hasil maklumbalas yang diperolehi daripada responden kajian
iaitu sebanyak 150 responden guru-guru yang menyertai program transformasi minda
(PTM). Dapatan ini menunjukkan bahawa gaya Gaya Kerja Affective, Continuance dan
Normative tidak memberi kesan langsung yang positif terhadap Personaliti Feeling.
Walaupun terdapat hubungan antara konstruk eksogenus terhadap konstruk
endogenus namun tidak signifikan. Manakala dapatan pada Ujian regresi juga
sumbangan gaya kerja berkenaan adalah kecil kepada personaliti feeling. Ini bermakna
terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi personaliti feeling seperti pendidikan,
status sosial, kewangan, dan sebagainya. Oleh itu, satu persamaan lanjut boleh
dijalankan untuk menentukan pembolehubah mana yang boleh memberi sumbangan
besar kepada personaliti feeling.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abd Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alder, A. (1998). Personaliti traits. Psikologi performance, 279(5358), 1825n–1825.
Barrick, M., Mount, M., & Judge, G. (2001). Five-Factor model of personality and

performance in jobs involving interpersonal interactions. Human Performance,
11(2), 145–165.
Barrick, M.R., Mount, M.K. and Judge, T.A. (2001. ‘Personality and performance at the
beginning of the new millennium: What do we know and where do we go next?’,
International Journal of Selection and Assessment, 9(1&2), pp. 9–30.

342

Borman, W. C. & Motowidlo, S. J., (1978). Relationships between military morale,
motivation, satisfaction, and unit effectiveness. Journal of Applied Psychology,
63(1), 47–52.

Cattell, R. B. (1950). Personality: A Systematic Theoretical and Factual Study. New
York: McGraw Hill.

Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1985). Hypochondriasis, neuroticism, and aging: When
are somatic complaints unfounded? American Psychologist, 40(1), 19– 28.

Feist, J. (1985). Theories of personality. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Friedman, M. R. (1994). Friedman on leases. Duke Law Journal, 4(5), 1013.
Frieldman, M. M. & Rosenman, R. H., (1988). The changing concept of cardiovascular

reactivity. Stress Medicine, 4(4), 241–251.
Goldberg, L. R. 1998. International Personality Item Pool: a scientific collaboratory for

the development of advanced measures of personality and other individual
differences. http//ipip.ori.org/ipip/ipip.html [24 Jun 2006].
Gordan, S. (2003). International Personality Research Notices, 2003(50), 2699.
Hersey, P., & Blanchard, K. H. (2003). Management of organizational behavior.
Administrative Science Quarterly, 15(2), 264.
Holland, J.L (1985). Making Vocational Choices : A Theory Of Vocational And Work
Environments. Englewood Cliff. Prentice Hall : New Jersey.
Hurtz, G.M. and Donovan, J.J. (2000) ‘Personality and job performance: The big Five
revisited’, Journal of Applied Psychology, 85(6), pp. 869–879.
Jaafar, A.B. (1986). Kajian Antara Jantina dan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Pelajar
Tingkatan 4 di Dua Buah Sekoleh Menengah di Melaka. Latihan Ilmiah
Universiti Pertanian Malaysia.
Kelley, R. E. 1992. The Power of Followership: How to Create Leaders People Who
Want to Follow and Followers Who Lead Themselves. New York: Doubleday.
Noah, S.(1996). Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Latihan : Satu Kajian Di
Kalangan Pelajar Universiti Berdasarkan Teori Keselarasan Individu
Persekitaran Holland. Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan. Jabatan Psikologi,
UKM : Bangi
Menninger, W. W. (2004). Contributions of Dr. William C. Menninger to military
psychiatry. Bulletin of the Menninger Clinic, 68(4), 277–296.
Minhat, N. (2004). Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar Aliran Perdagangan
Sekolah Menengah Teknik : Satu Kajian Kes. UTHM : Tesis Sarjana.
Nasir, R (1985). Minat dan Proses Perkembangan Kerjaya. Kertas Kerja Seminar
Psikologi dan Masyarakat Kedua. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Olive. H. (1971). Sex Different In Adolscents Vocational Preference. The Vocational
Guidance Quartely, 2.
Robbins, P. S. (2001). Organizational Behavior, Ninth edition. Prentice Hall International
Edition. New Jersey.
Salgado, J. F. (1998). Big Five personality dimensions and job performance in army and
civil occupations: a European perspective. Human Performance 11(2/3): 271288.
Salgado, J. F. 2003. Predicting job performance using FFM and non-FFM personality
measures. Journal of Occupational and Organizational Psychology 76: 323346.
Salleh, R. (1985). Masalah-masalah Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar-Pelajar
Sekoleh Menengah Ugama di Kelantan. Latihan Ilmiah Universiti Pertanian
Malaysia.
Shertzer, B. & Stone, S.C. (1992), Asas-asas Bimbingan Kerjaya. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka/
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Edisi ke-
2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Viswesvaran, C., & Ones, D. S. (2000). Measurement error in “big Five factors”
personality assessment: Reliability generalization across studies and measures.
Educational and Psychological Measurement, 60(2), 224–235.

343

MENINGKATKAN PENCAPAIAN SUBJEK EKONOMI KERTAS 2
MENGGUNAKAN KAEDAH CF EKONOMI BAGI MURID 5 AL-KHAWARIZMI

Dasimah Nawati Muda, Kamariah Abdullah, Haslina Hanapi
SMK Dato’ Razali Ismail
[email protected]

ABSTRAK

Dalam menghadapi peperiksaan yang semakin hampir, murid sering kali
menghadapi tekanan untuk melakukan ulangkaji yang berkesan. Mereka
kurang mengetahui cara yang terbaik untuk mengingat dan menghafal fakta
serta diikuti huraian. Kertas 2 Ekonomi merupakan soalan berbentuk esei
yang memerlukan daya ingatan yang tinggi kerana terdapat unsur kemahiran
berfikir. Ramai calon yang berada pada tahap lemah (35%) dan sederhana
(25%). Hanya segelintir calon mendapat markah yang cemerlang (20%).
Objektif kajian ialah membantu meningkatkan pencapaian murid yang
berprestasi lemah menguasai fakta dengan baik dan seterusnya berpotensi
cemerlang dalam peperiksaan. Fokus kajian memberi penekanan kepada
pembelajaran kendiri secara efektif dan dapat menjawab soalan esei dengan
baik. Kumpulan sasaran ialah 10 murid daripada Tingkatan 5 Al-Khawarizmi.
Melalui pemerhatian dan proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
penguasaan menjawab soalan esei dalam kalangan murid amat lemah.
Faktor utama perkara ini berlaku adalah guru tidak melaksanakan tindakan
yang efektif dan murid kurang membuat persediaan untuk menjawab dengan
baik. Ekoran daripada itu, murid kurang mampu menyenaraikan isi jawapan
dengan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan. Markah ujian pra
mereka sangat lemah. Hasil daripada kajian tindakan yang telah dilakukan,
didapati pencapaian prestasi ujian pos mereka telah meningkat berbanding
ujian pra. Markah yang dicapai oleh mereka antara 7 hingga 9 daripada
markah maksima 10 markah. Justeru itu, kaedah CF Ekonomi sesuai
digunakan untuk semua tahap pencapaian murid.

Kata kunci: ulangkaji, daya ingatan, tindakan efektif, prestasi, kaedah CF
Ekonomi.

PENGENALAN

Guru merupakan preskriptif kepada hala tuju pelajar-pelajarnya. Pelajar yang
cemerlang bermula dengan usaha guru yang gemilang. Seseorang guru yang
bermotivasi akan cuba melahirkan insan berkualiti dan berpotensi tinggi dalam
membangun bangsa yang cemerlang, justeru sebagai seorang guru, penguasaan yang
mendalam tentang isi kandungan sukatan pelajaran sangat perlu diberi penekanan. Hal
ini selaras dengan pendapat Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd. Dom (2008), untuk
cemerlang, guru perlu berfikiran global, bertindak secara sistematik dan efektif,
menguasai bidangnya, mengamalkan etika profesion keguruan dan berpandangan
jauh.

Skop pengajaran dan pembelajaran akan lebih berfokus sekiranya pelbagai teknik dan
kaedah pedagogi digunakan bagi menarik perhatian pelajar ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Antaranya adalah pengajaran secara konstektual,
konstruktivisme, belajar cara belajar, masteri, pembelajaran koperatif dan alat bantu
bantu berfikir. Alat bantu berfikir seperti peta i-Think (Buih), Peta minda dan Peta
Konsep boleh membantu pelajar mengingatkan kembali topik-topik yang telah diajar.

344

Menurut, Fafai.S, Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, sesuailah peta i-
Think digunakan kerana dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan
kritis. Hal ini demikian kerana setiap murid mempunyai potensi diri yang berbeza.
Mereka perlu diberi penekanan pembelajaran berbeza. Menurut Kamarulzaman Ismail
(2019), pembelajaran terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut atas
atau situasi murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Setelah pemeriksaan kertas 2 Ekonomi dalam Peperiksaan TOV 2019 dilakukan, saya
mendapati sebilangan murid gagal menjawab dengan baik. Mereka tidak dapat
memperoleh markah yang tinggi. Perkara ini berlaku ekoran daripada penguasaan yang
kurang terhadap topik kecil yang ditanya dalam soalan. Berdasarkan analisa yang
dilakukan, pencapaian murid yang memperoleh 20 hingga 40 markah esei melibatkan
60%.

Ramai murid yang tidak memberi penekanan dan komitmen ketika menjawab soalan.
Mereka sukar mengemukakan maklumat atau jawapan yang diminta dengan baik. Bagi
calon yang lemah, mereka hanya menyalin soalan, manakala bagi calon yang
sederhana, mereka dapat mengemukakan jawapan secara ringkas tanpa diikuti dengan
huraian. Kebanyakan murid bersikap negatif dan kurang menjawab dengan baik.
Ekoran daripada tindakan itu, ramai murid yang gagal dalam Peperiksaan TOV 2019.

Saya berasa agak kecewa dan bimbang dengan sikap murid berkenaan yang tanpa
segan silu menyatakan bahawa mereka kurang membuat ulangkaji dan persediaan
sebelum menghadapi peperiksaan. Melalui soal selidik yang dijalankan, mereka tidak
membuat ulangkaji di rumah. Segala maklumat yang diterima adalah melalui proses
PdPc di sekolah sahaja. Jawapan yang negatif ini menambah kebimbangan saya
terhadap mereka. Setelah mendapat refleksi daripada mereka, saya berazam untuk
mengubah situasi ini dengan menghasilkan kaedah CF Ekonomi. Teknik ini dapat
memberi peluang mereka mengingat fakta dan menjawab dengan baik.

OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menjawab soalan kertas 2 Ekonomi, murid perlu menguasai maklumat secara
berfokus. Hal ini kerana bahagian ini mampu meningkatkan pencapaian murid dalam
peperiksaan. Lantaran itu, saya melaksanakan kajian berdasar fokus seperti berikut:

Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan markah keseluruhan bagi mata pelajaran
Ekonomi pelajar-pelajar tingkatan 5 Khawarizmi dengan menggunakan Kaedah Cari
Fakta (CF) untuk bahagian esei dalam Kertas 2.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan penguasaan kemahiran murid tingkatan lima untuk menghurai
setiap fakta dalam soalan esei dengan baik dengan menggunakan Kaedah Cari
Fakta (CF).

2. Meningkatkan kebolehan mengklasifikasikan fakta dengan menggunakan
Kaedah Cari Fakta (CF).

3. Meningkatkan kualiti pembelajaran untuk menghasilkan nota pembelajaran yang
efektif dengan menggunakan Kaedah Cari Fakta (CF).

345

SOALAN KAJIAN

1. Adakah Kaedah CF Ekonomi dapat membantu meningkatkan kemahiran
menghurai setiap fakta dalam soalan esei dengan baik?

2. Adakah Kaedah Cari Fakta Ekonomi dapat membantu murid meningkatkan
kebolehan mengklasifikasikan fakta?

3. Adakah Kaedah CF Ekonomi dapat membantu murid menghasilkan nota
pembelajaran yang efektif dalam pembelajaran?

PELAKSANAAN KAJIAN

Terdapat beberapa model yang boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam
menghasilkan penyelidikan terutamanya dalam bidang pendidikan. Bagi menjayakan
kajian yang dilaksanakan, Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
dijadikan panduan.
Refleksi
Berdasarkan keputusan Peperiksaan TOV 2019, saya mendapati sebilangan murid
gagal menjawab kertas 2 Ekonomi bahagian esei dengan baik. Hal ini disebabkan
mereka sukar mengemukakan maklumat atau jawapan yang diminta dengan baik. Bagi
calon yang lemah, mereka hanya menyalin soalan, manakala bagi calon yang
sederhana, mereka dapat mengemukakan jawapan secara ringkas tanpa diikuti dengan
huraian. Lantaran itu, 10 responden telah dikenal pasti untuk menjalani kajian tindakan
ini.
Temu bual
Temu bual dijalankan setelah saya mendapati murid tidak dapat mengklasifikasikan
fakta dengan baik dalam membuat rujukan tentang sesuatu topik ketika pengajaran dan
pembelajaran. Mereka tidak dapat berbuat sedemikian kerana tidak berjaya
mengkategorikan antara fakta dengan huraian. Rentetan itu, mereka tidak dapat
menjawab soalan esei seperti kehendak soalan.

Temu bual dijalankan sebanyak dua kali, iaitu sebelum kaedah ini diperkenalkan pada
14 April 2019 dan selepas kaedah ini diperkenalkan pada 16 Mei 2019. Soalan-soalan
temu bual adalah seperti berikut:

i. Adakah anda memperoleh markah yang baik dalam Kertas 2 Ekonomi?

ii. Adakah anda menganggap mata pelajaran Ekonomi sukar untuk dipelajari?

iii. Adakah anda dapat membezakan antara fakta dengan huraian?

iv. Adakah Kaedah CF Ekonomi dapat membantu mengklasifikasikan fakta dengan
mudah?

v. Adakah anda dapat memahai konsep ekonomi dengan mudah?

Jadual 1. Analisis Temu Bual Sebelum Kaedah CF Ekonomi Terhadap 10 Orang
Responden

346

Kemahiran Mengklasifikasikan Fakta Analisis Kemahiran Mengklasifikasikan
Fakta
i. Adakah anda memperoleh markah
yang baik dalam Kertas 2 Ekonomi? YA TIDAK
10
ii. Adakah anda menganggap mata
pelajaran Ekonomi sukar untuk 10
dipelajari?
10
iii. Adakah anda dapat membezakan
antara fakta dengan huraian?

Berdasarkan jadual di atas, sebelum Kaedah CF diperkenalkan, semua reponden tidak
memperoleh markah yang baik dalam menjawab soalan Kertas 2 Ekonomi. Mereka juga
menganggap mata pelajaran Ekonomi sukar untuk dipelajari kerana tidak dapat
membezakan antara fakta dengan huraian dalm menjawab soalan esei.

Ujian Pra

Ujian pra ini dijalankan terhadap 10 responden bagi mengenal pasti dengan lebih jelas
kelemahan dalam menjawab soalan esei. Analisis pencapaian murid sebelum program
dijalankan adalah seperti berikut:

Jadual 2. Analisis pencapaian jawapan ujian pra (menjawab 1 soalan esei dengan
markah penuh 10 markah)

Bil Nama Responden Jumlah
1. Responden 1 0
2. Responden 2 0
3. Responden 3 2
4. Responden 4 0
5. Responden 5 2
6. Responden 6 0
7. Responden 7 0
8. Responden 8 3
9. Responden 9 4
10. Responden 10 3

Berdasarkan jadual di atas, didapati pencapaian murid secara keseluruhannya adalah
pada tahap yang lemah iaitu 5 daripada 10 responden (50%) memperoleh jawapan 0
daripada markah penuh ialah 10 markah. Hal ini berpunca daripada kurangnya
kemahiran berfikir dan mengingat fa; :kta dengan cekap serta tidak menguasai kaedah
menjawab dengan berkesan.

PERANCANGAN

Kaedah CF diperkenalkan

Hasil dapatan yang diperoleh, satu strategi telah diaturkan dan dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang dilaksanakan dalam kaedah
menggunakan kaedah CF. Modul sisipan ini dihasilkan berdasarkan analisa soalan
Ekonomi kertas 2.

Tindakan

347

Langkah 1: Baca / Faham dan Pilih Fakta
Murid didedahkan dengan menegaskan fakta (warna tulisan yang menunjukkan fakta).
Contohnya:
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penawaran
Harga Barang Itu Sendiri
- kenaikan harga kereta akan menyebabkan firma kereta akan menambahkan

kuantiti penawaran kereta
- jika harga kereta jatuh, maka firma akan mengurangkan pengeluaran kereta
Harga Barang Lain
- Harga barang pengganti: jika harga kopi naik, maka penawaran terhadap teh akan

jatuh
- Harga barang penggenap: jika harga kereta naik, maka penawaran untuk tayar juga

naik
Harga Input Pengeluaran
- kejatuhan harga input pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran berkurang,

maka penawaran barang akan bertambah
- jika harga input pengeluaran naik maka kos pengeluaran bertambah, firma

mengurangkan penawaran.
Langkah 2: Menghasilkan Nota Berkesan
Murid melakar peta minta berserta dengan nota (fakta dan huraian). Contoh bentuk peta
minda (murid diminta menulis kembali nota (fakta dan huraian secara ringkas))
dilampirkan di bahagian lampiran.

FAKTOR-FAKTOR
PENAWARAN

Rajah 1: Peta Buih
Langkah 3: Hafal dan Ingat

348

Murid menulis kembali fakta yang terlibat dalam bentuk ringkas (Mnemonik).

MP

Faktor TT Perubahan keluk
Penawaran JHPMD
(perubahan penawaran)
(SS) DK
(8F) HBL

C
HIP

HBIS Perubahan harga

(perubahan dalam kuantti ditawar)

Rajah 2: Peta Dakap

Langkah 4: Menulis Jawapan Esei
Lampiran: Dasimah Nawati Muda 2018. Modul Peruncingan Ekonomi SPM

Jadual 3. Contoh bentuk soalan dan jawapan yang tepat.

Contoh Bentuk soalan Contoh jawapan
Contoh 1
Apakah faktor penawaran yang terlibat Faktor yang terlibat:
dengan keluk di bawah: - Harga barang itu
sendiri

Harga (RM)

S

P1

P0

S

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)

349

Contoh 2 Terangkan faktor yang menyebabkan Faktor penawaran:
keluk berubah dari S0S0 ke S1S1. - Harga barang lain.

Harga (RM) S0 S1 Apabila harga barang
penggenap turun,
P0 penawaran akan naik.
S0 - Dasar kerajaan.
Apabila kerajaan
menurunkan cukai,
penawaran bertambah.
- Tingkat Teknologi.
Firma menggunakan
teknologi yang canggih,
penawaran meningkat.

S1

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)

Langkah 5: Murid melakukan semakan kendiri

Murid didedahkan dengan cara melakukan semakan agar mereka dapat membuat
ulangkaji dengan lebih berkesan.

Pemerhatian

Semasa Kaedah CF Ekonomi dilaksanakan, murid kurang mempunyai kreativiti dalam
penghasilan nota menarik. Mereka tidak mempunyai info tentang jenis-jenis Peta i-Think
atau peta minda. Guru membimbing murid menghasilkan nota dan mencipta mnemonik
yang sesuai.

Setelah murid diperkenalkan dengan Kaedah CF Ekonomi, mereka dapat menjawab
soalan esei dengan lebih baik. Mereka dapat mengenal pasti fakta dan huraian dengan
menggunakan peta minda atau peta buih (i-Think). Seterusnya mereka dapat menulis
semula fakta daripada peta tersebut dengan menggunakan singkatan kata yang lebih
ringkas. Teknik singkatan kata ini membantu mereka mengingat dan menghafal setiap
fakta dengan lebih mudah. Lantaran itu, mereka dapat menjawab soalan esei dengan
mengikut kehendak soalan. Hasil kekerapan latihan memberi keyakinan dan menarik
minat murid untuk belajar dengan lebih baik. Mereka juga dapat menggunakan kaedah
ini untuk belajar secara kendiri dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
pencapaian murid.

DAPATAN KAJIAN

Ujian Pra dan Ujian Pos

Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian
pertama.

Selepas kaedah CF Ekonomi dijalankan, kemahiran menghurai setiap fakta dalam
soalan esei oleh murid bertambah baik kerana murid dapat memberi jawapan yang
menepati kehendak soalan mengikut kata kunci soalan. Selain itu, murid dapat
membezakan jawapan sama ada berbentuk fakta sahaja atau huraian berdasarkan kata

350

tugas soalan. Berikut merupakan analisis pencapaian sebenar pelajar berdasarkan
sebelum dan selesai mempraktikkan kaedah ini selama sebulan.

Jadual 4. Perbandingan Pencapaian Sebelum, Semasa Dan Setelah Selesai
Mempraktikkan Kaedah CF Bagi Responden Yang Terpilih Tingkatan 5 Al-Khawarizmi.
(Menjawab 1 Soalan Esei Dengan Markah Penuh 10 Markah)

Bil Nama Responden Ujian Pra Ujian Pos -/+

1. Responden 1 0 7 +7
2. Responden 2 0 6 +6
3. Responden 3 2 10 +8
4. Responden 4 0 7 +7
5. Responden 5 2 7 +5
6. Responden 6 0 7 +7
7. Responden 7 0 8 +8
8. Responden 8 3 7 +4
9. Responden 9 4 9 +5
10. Responden 10 3 10 +7

Secara keseluruhannya, semua murid dapat menjawab soalan ujian pos dengan baik
berbanding ujian pra. Markah yang diperoleh oleh murid menunjukkan peningkatan.

Temu Bual

Kaedah Temu Bual telah dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian kedua.

Selain itu, kaedah CF Ekonomi ini juga dapat membantu meningkatkan kebolehan
murid mengklasifikasikan fakta dengan baik kerana apabila mereka membuat rujukan
tentang sesuatu topik ketika pengajaran dan pembelajaran, mereka boleh
mengkategorikan fakta dan huraian dengan efektif sama ada melalui perbincangan
berkumpulan atau membuat nota. Jadi temu bual dijalankan kepada murid-murid
mengenai pandangan dan pendapat mereka sebelum dan selepas Kaedah CF Ekonomi
diaplikasikan.

Berikut merupakan analisis temu bual yang telah dilakukan.

Jadual 5. Analisis temu bual selepas Kaedah CF Ekonomi terhadap 10 orang

responden.

Analisis Kemahiran

Kemahiran Mengklasifikasikan Fakta Mengklasifikasikan Fakta

YA TIDAK

i. Adakah anda memperoleh markah yang baik dalam 10
Kertas 2 Ekonomi?

ii. Adakah anda menganggap mata pelajaran Ekonomi 10
sukar untuk dipelajari?

iii. Adakah anda dapat membezakan antara fakta 10
dengan huraian?

iv. Adakah Kaedah CF Ekonomi dapat membantu 10
anda menjawab bahagian esei?

v. Adakah anda dapat memahami konsep Ekonomi 10
dengan mudah?

351

Berdasarkan jadual di atas, selepas kaedah CF diperkenalkan kepada responden,
semua responden berjaya memperoleh markah yang baik dalam menjawab soalan
Kertas 2 Ekonomi. Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap mata pelajaran ini
apabila dapat membezakan antara fakta dengan huraian dan memahami konsep
Ekonomi dengan mudah seterusnya berjaya menjawab soalan esei dengan baik.

Pemerhatian

Kaedah Pemerhatian telah dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian ketiga.

Seterusnya, guru juga telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku semua
responden dalam menghasilkan nota pembelajaran yang efektif dengan menggunakan
peta minda atau peta i-Think seperti peta buih. Guru memerhati sama ada pelajar lebih
berminat menghasilkan nota dalam bentuk linear atau dalam bentuk peta minda / peta
i-Think dalam bab 1 hingga bab 6 yang dipelajari.

Berikut senarai semak pemerhatian tingkah laku responden secara individu dalam
menghasilkan nota yang efektif.

Jadual 6. Senarai Semak Pemerhatian Tingkah Laku Responden Secara Individu
Dalam Menghasilkan Nota Yang Efektif Bagi Responden 1

Kandungan Pelajaran Nota Berbentuk Linear Nota Berbentuk Peta
Minda/Peta i-Think
Bab 1 /
Bab 2 / /
Bab 3 /
Bab 4 /
Bab 5 /
Bab 6

Berdasarkan jadual di atas, pada awal pelaksanaan Kaedah CF, Responden 1 telah
menghasilkan nota dalam bentuk linear pada Bab 1 dan Bab 2. Selepas mendapat
bimbingan daripada guru dengan Kaedah CF yang menekankan penghasilan nota
dalam bentuk peta minda atau peta i-Think, responden telah mula menghasilkan nota
dengan bentuk tersebut bagi Bab 3 hingga 6. Perbandingan nota dalam bentuk linear
dan bentuk peta minda atau peta i-Think dapat dibuktikan melalui gambar nota
responden yang telah dirakam melalui kamera seperti dalam Rajah 3.

352

Nota Bentuk Linear Nota Dalam bentuk peta minda atau peta i- Think

Rajah 3: Perbandingan nota dalam bentuk linear dan bentuk peta minda atau peta i-
Think bagi Responden 1.

Berikut senarai semak pemerhatian responsif semua responden selepas menghasilkan
nota pembelajaran yang efektif menggunakan Kaedah CF.

Jadual 7. Senarai Semak Pemerhatian Responsif Selepas Menghasilkan Nota
Pembelajaran Yang Efektif Menggunakan Kaedah CF Bagi Semua Responden

BIL ITEM YA TIDAK
10
1. Murid lebih berminat dalam pelajaran Ekonomi. 10
10
2. Murid lebih proaktif dalam menghasilkan nota yang
efektif 10

3. Murid menggunakan kreativiti dalam melakar nota
supaya menarik

Murid lebih mudah untuk mengingat fakta-fakta yang

4. diajar setelah menggunakan peta minda atau peta i-

Think dalam sesi pembelajaran

Hasil daripada pemerhatian ini, didapati bahawa responden lebih berminat dalam
pelajaran, lebih proaktif dalam menghasilkan nota yang efektif, menggunakan kreativiti
dalam melakar nota supaya menarik dan responden lebih mudah untuk mengingat
fakta-fakta yang diajar setelah menggunakan peta minda atau peta i-Think dalam sesi
pembelajaran.

IMPAK KAJIAN

Murid-murid sangat berminat menggunakan Kaedah CF Ekonomi ini kerana mereka
mudah menghafal dan mengingat fakta secara maksimum berbanding sekadar
membaca daripada buku teks atau buku rujukan. Hal ini demikian kerana penghasilan
nota secara kendiri akan memberi impak mendalam berbanding membuat bacaan
daripada buku. Mereka juga dapat mengaplikasikan kaedah ini ketika menjawab soalan
peperiksaan. Seterusnya minat mereka terhadap mata pelajaran Ekonomi lebih tinggi
berbanding sebelum ini. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk mata pelajaran yang
lain dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan.

353

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, terbukti bahawa kaedah CF Ekonomi
dapat membantu murid belajar dengan lebih tekun dan dapat membantu meningkatkan
keupayaan mereka menjawab item kertas 2 dengan baik. Hal ini sangat penting ketika
murid membuat ulangkaji pada saat genting untuk menghadapi peperiksaan.

Secara umumnya, pengkaji berpendapat bahawa kaedah ini dapat meningkatkan minat
dan prestasi murid terhadap mata pelajaran ini. Mereka juga berasa gembira kerana
dengan mudah mereka mengingat fakta-fakta penting secara cepat dan berkesan. Hal
ini secara tidak langsung telah memberi suntikan idea memudahkan sesi ulangkaji
berkesan dan dapat meningkatkan keputusan peperiksaan SPM.

PENGHARGAAN

Dalam menghadapi peperiksaan, kemahiran mengingat dan menjawab merupakan
perkara yang penting. Sekiranya murid tidak dapat mengingat dan mengemukakan
jawapan dengan baik, mereka akan melakukan kesilapan dan membazir masa.
Kebiasaannya murid kurang mendapat fokus yang baik ketika membuat ulang kaji.
Justeru, saya mengambil kesempatan membuat kajian mini ini untuk memudahkan
murid menjalankan ulangkaji secara berkumpulan atau kendiri dengan lebih efisyen.

Selautan ucapan terima kasih kepada Institut Perguruan Sultan Mizan Besut,
Terengganu, Dr. Ahamad bin Rahim, penyelia kami iaitu Dr. Hjh. Haslina binti Hanapi,
pegawai-pegawai JPNT dan pihak pengurusan sekolah SMK Dato’ Razali Ismail yang
komited memberi galakan kepada guru-guru bagi menghasilkan kajian tindakan.
Ucapan terima kasih ini juga saya lahirkan buat semua murid SMK Dato’ Razali Ismail
yang terlibat menjadi responden dan tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan guru
yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang menyiapkan kajian ini. Segala
kerjasama dan komitmen yang telah diberikan amatlah dihargai.

BIBLIOGRAFI

Dasimah Nawati Muda 2018. Modul Peruncingan Ekonomi SPM. SMK Dato’ Razali
Ismail. (unpublished)

Kamarulzaman Ismail, 2019. 7 Teras Pedagogi; 14 Kompetensi Pengajaran Pendidikan
Abad 21. Wan Z Printing Sdn. Bhd.

Fafai. S. Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 14 September
2019 daripada https://www.sistemguruonline.my/2018/01/8-jenis-peta-
pemikiran-i-think.html

Zahjannanti. untuk cemerlang, guru perlu berfikiran global, bertindak secara sistematik
dan efektif, menguasai bidangnya, mengamalkan etika profesion keguruan dan
berpandangan jauh, Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd. Dom (2008). Diperoleh
pada 14 September 2019 daripada https://www.slideshare.net/zahjannanti/k7-
kualitigurufinal

354

LAMPIRAN
(Modul Peruncingan Ekonomi SPM)

Contoh sorotan nota bab 2 dan bab 4 (ulangkaji).

Bab 2 : Pasaran

Hukum Penawaran (SS)
- Hukum penawaran hubungan positif antara harga dan kuantiti
- Keluk mencerun ke atas dari kiri ke kanan
- Apabila harga meningkat, kuantiti ditawar turut meningkat dan sebaliknya
- Contoh Apabila harga meningkat dari RM1 ke RM2 kuantiti ditawar

meningkat 12 unit kepada 16 unit

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penawaran

1. Harga Barang Itu Sendiri
 kenaikan harga barang X, maka penawaran barang X meningkat.
 jika harga kereta jatuh, maka firma akan mengurangkan pengeluaran
kereta

2. Harga Barang Lain
 harga barang penggenap naik, maka penawaran barang X meningkat.
 harga barang pengganti jatuh, maka penawaran barang X meningkat.

3. Harga Faktor Pengeluaran
 harga faktor pengeluaran jatuh, menyebabkan kos pengeluaran
berkurang, maka penawaran barang X meningkat.

4. Jangkaan Harga pada Masa Depan
 jika harga barang X dijangka naik pada masa depan maka penawaran
barang X dikurangkan pada masa sekarang.

5. Tingkat Teknologi
 penggunaan teknologi moden/canggih akan mengurangkan kos
pengeluaran dan meningkatkan daya pengeluaran. Maka penawaran
barang X akan bertambah

6. Cuaca
 pada cuaca baik, maka penawaran barang X akan bertambah

7. Matlamat Pengeluar
 jika firma ingin mendapatkan keuntungan yang maksimum, maka firma
akan kurangkan kos dan kurangkan penawaran barang X.

8. Dasar Kerajaan
 jika kerajaan memberi subsidi, maka kos pengeluaran akan berkurang,
penawaran barang X meningkat.

355

BAB 2 : PASARAN

PENAWARAN

HUKUM ……………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………..

PENAWARAN ……………………………………………………………………………..

FAKTOR-
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PENAWARAN

356

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PENGUASAAN MURID DALAM MATEMATIK
MELALUI MAGIC FOLD

Juli Haslina Johar
Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Terengganu, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Magic Fold yang dihasilkan
untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam tajuk Poligon II Tingkatan 3.
Seramai 20 orang murid 3 Al Farabi, SMA Marang, Terengganu yang terdiri daripada 6 orang
murid lelaki dan 14 orang murid perempuan serta 2 orang guru terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian post, soal selidik bersama-sama murid serta
temu bual bersama dengan guru sebagai alat kajian. Data-data ini dianalisis secara deskriptif
dan kualitatif. Hasil tinjauan menunjukkan murid menghadapi masalah dalam menguasai
kemahiran tajuk poligon II Tingkatan 3. Perancangan tinjauan difokuskan kepada
penggunaan Magic Fold yang memberi penekanan kepada hands on, fun learning dan deep
learning selari dengan kehendak Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21). Murid dapat meneroka
dan berpengalaman sendiri bagaimana heksagon sekata terbentuk hasil daripada lipatan
kertas ataupun origami yang mereka hasilkan. Hasil dapatan daripada kajian ini
menunjukkan bahawa murid yang menggunakan kaedah Magic Fold lebih mudah
menguasai konsep dan kemahiran dalam tajuk Poligon II berbanding murid yang
menggunakan jangka lukis. Hasil analisis data ujian pra dan ujian post menunjukkan
terdapat peningkatan min yang ketara iaitu daripada 5.4 kepada 9.6. Ini terbukti apabila
murid yang menggunakan jangka lukis bagi menghasilkan heksagon sekata tidak dapat
menyiapkan lukisan mereka manakala bagi yang menggunakan Magic Fold, kemahiran lebih
mudah difahami, cepat dan topik yang diajar dapat dihabiskan dalam tempoh yang singkat
serta dapat mengubah persepsi negatif murid yang matematik adalah subjek yang sukar
dan membosankan.

Kata kunci: Magic Fold, meningkatkan kemahiran, fun learning, deep learning, hands on.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semasa sesi lawatan bimbingan dan permentoran saya bersama dengan guru
Matematik dalam kelas , didapati bahawa kaedah mengajar guru tidak bersesuaian
dengan gaya pembelajaran murid untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai di
akhir pembelajaran. Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru
berikutan masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan.
Untuk tajuk Poligon I, murid di tingkatan 2 telah menghadapi masalah untuk melukis
bentuk-bentuk poligon sekata menggunakan jangka lukis. Perkara ini berlanjutan
sehingga mereka berada di tingkatan 3 untuk tajuk poligon II. Isu yang sering
dikemukakan oleh guru adalah apabila murid tidak membawa set geometri semasa
proses pembelajaran berjalan. Daripada ‘Students voice’ yang diperolehi, mereka tidak
membawa jangka lukis adalah kerana pada anggapan mereka melukis menggunakan
jangka lukis adalah sesuatu yang tidak seronok dan membosankan. Tambahan pula
kemahiran untuk melukis tidak diperolehi oleh semua murid dalam kelas yang sama.
Guru juga menunjukkan cara dengan agak cepat sehingga mereka ketinggalan dalam
kemahiran melukis poligon tersebut. Mereka juga akan mendapatkan ukuran yang tidak
tepat untuk setiap sisi poligon sekata yang dilukis. Mereka juga rasa membuang masa
untuk melukis poligon-poligon tersebut dalam masa yang terhad.

Setelah membuat penerokaan dalam internet, kaedah origami adalah cara yang terbaik
dan berkesan. Kaedah origami diterapkan dalam memahami konsep poligon sekata
dengan menggunakan bentuk heksagon sekata sebagai asas. Saya mendapati minat
murid terhadap subjek matematik semakin menurun dan tidak memberi fokus kepada
kemahiran-kemahiran yang diajar khususnya dalam tajuk poligon. Saya dapati melukis
poligon sekata menggunakan jangka lukis memerlukan konsentrasi dan kemahiran

357

melukis yang tinggi dalam kalangan murid. Isu juga timbul apabila murid tidak
membawa jangka lukis untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jangka
lukis yang mereka miliki juga tidak berada dalam keadaan yang baik menyebabkan hasil
lukisan mereka memberikan ukuran yang tidak tepat. Jangka lukis yang mempunyai
kualiti yang baik mempunyai kos yang tinggi dan murid tidak berminat untuk
membelinya.

Sebagai seorang SISC+ saya terfikir untuk mencari alternatif lain untuk guru dan murid
mengaplikasikannya bagi tajuk poligon ini. Tajuk ini adalah satu tajuk yang mudah dan
boleh menarik minat murid untuk diterokai.

Teori Disquisitiones Arithmeticae oleh Gauss mengemukakan ‘a sufficient condition for
the constructibility of regular polygons.’ Teori ini telah disokong oleh Aaron (2004)
apabila beliau menyatakan bahawa murid sepatutnya dapat menghasilkan bentuk-
bentuk dengan melukis berbanding dengan membina bentuk berkenaan. Dan murid
sepatutnya memahami bahawa objek tiga dimensi adalah dibina daripada bentuk dua
dimensi. Berdasarkan perbincangan di atas kesimpulan kepada isu yang dihadapi oleh
murid-murid adalah seperti berikut:

i. Murid menghadapi masalah melukis heksagon sekata.
ii. Murid tidak membawa jangka lukis/ set geometri yang lengkap.
iii. Murid lemah agak sukar untuk melukis heksagon sekata menggunakan jangka lukis..
iv. Kurang minat dalam kalangan murid terhadap subjek Matematik dan tajuk poligon.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya adalah berpandukan SKPMg2 standard 4, yang mengandungi 6
Aspek 8 Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS). Aktiviti hands on dan fun learning
diberi penekanan untuk menarik minat murid. Manakala deep learning diberi penerapan
supaya murid akan mengingati sampai-bila-bila (melekat) apa-apa yang telah dipelajari
dalam kelas. Isu murid yang tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas dapat dikawal sekiranya guru dapat merancang aktiviti berpusatkan murid,
menyeronokkan dan bermakna bagi setiap murid.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid serta memupuk
minat murid dalam mata pelajaran Matematik secara hands on, fun learning serta deep
learnin’ menggunakan Magic Fold.

Objektif Khusus

i. Murid dapat menentukan sama ada poligon yang dihasilkan adalah sekata ataupun
tidak

melalui Magic Fold.
ii. Murid dapat menentukan paksi simetri dan bilangannya.
iii. Murid dapat mengukur sudut dalam dan sudut luar dengan menggunakan protraktor.
iv. Murid dapat mengenal pasti dan menentukan nilai serta hasil tambah sudut
pedalaman serta

sudut peluaran bagi poligon sekata.
v. Murid dapat meningkatkan kemahiran dalam tajuk Poligon II selepas menggunakan
Magic Fold.
vi. Murid dapat menjimatkan masa dan tenaga serta seronok dengan Magic Fold.

KUMPULAN SASARAN

358

Kumpulan Sasaran ini adalah daripada kumpulan murid Tingkatan 3 dari SMA Marang
yang terdiri daripada 10 orang murid daripada kumpulan sasaran dan 10 orang murid
lagi daripada kumpulan eksperimental. Daripada 10 orang murid kumpulan sasaran, 2
orang daripadanya lelaki manakala 8 lagi adalah perempuan. Murid daripada kumpulan
eksperimental, 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra dan post, soal selidik dan temu bual.
Murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 merupakan kumpulan
eksperimental manakala kumpulan 2 adalah kumpulan kawalan. Kaedah kajian bagi
inovasi ini menggunakan ‘Mixed Method’ iaitu:
Tunjuk Cara
Dalam kajian ini, murid-murid dikehendaki melipat kertas mengikut tatacara yang
tertentu untuk mendapatkan sebuah heksagon sekata. Mereka juga dapat melihat
rakaman lipatan kertas yang dirakam sebelum kelas berlangsung melalui video yang
ditayangkan. Yang menariknya ialah, murid sangat teruja untuk membuat lipatan dan
tidak sabar untuk melihat hasil lipatan tersebut ditambah pula dengan warna yang
pelbagai dan saiz kertas yang berbeza menjadikan mereka mununjukkan minat yang
mendalam untuk menghasilkan heksagon sekata berbanding melukis menggunakan
jangka lukis. .

Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra diberikan kepada kedua-dua kumpulan kawalan (hanya menjawab soalan pra)
dan eksperimental untuk dijawab (Lampiran 1) selepas mereka mengikuti kemahiran
dalam tajuk Poligon II Tingkatan 3 di mana murid membina heksagon sekata
menggunakan jangka lukis. Ujian pra dan ujian pos menggunakan soalan yang sama
sebanyak 10 item. Selepas Magic Fold digunakan untuk kemahiran dalam tajuk Poligon
II, soalan pos diberikan kepada kumpulan eksperimental sahaja untuk di jawab. Data
daripada instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos dianalisis secara kuantitatif menggunakan
kaedah eksperimental iaitu secara kuantitatif.
Soal Selidik dengan Murid (Lampiran 2)
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 20 orang murid yang terdiri
daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental untuk mendapatkan maklum
balas murid tentang keberkesanan penggunaan Magic Fold.
Temu Bual dengan Guru (Lampiran 3)
3 orang guru yang mengajar Matematik di tingkatan 3 telah dipilih untuk ditemu bual
menggunakan soalan di lampiran 3.
Data daripada instrumen temu bual dianalisis secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian mendapati murid daripada kumpulan eksperimental lebih seronok belajar
dengan penggunaan Magic Fold. Murid agak teruja untuk membuat aktiviti Magic Fold
menggunakan kertas yang pelbagai saiz, jenis kertas dan warna kertas. Murid sangat
bersedia untuk meneruskan pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran lain dalam
tajuk Poligon II seperti mengukur sudut pada pusat, mengukur sudut pedalaman dan
mengukur sudut peluaran bagi heksagon sekata yang dihasilkan daripada Magic Fold.
Murid juga dapat menentukan paksi simetri dengan lebih mudah, menentukan bilangan
paksi simetri dan mengkaji bilangan segitiga dalam heksagon sekata tersebut.
Perbezaan yang signifikan jika dibandingkan dengan murid dari kumpulan kawalan yang
agak pasif dan keadaan yang membosankan. Data temu bual yang diperolehi daripada
murid kumpulan eksperimental juga menunjukkan mereka seronok, teruja dan berminat
untuk mempelajari kemahiran yang berikutnya. Magic Fold telah memberi impak yang

359

besar kepada murid terutama bagi murid dari kelas belakang dalam penguasaan
konsep poligon. Dengan melipat kertas bagi heksagon sekata ini murid lebih mudah
meneroka kemahiran-kemahiran yang lain. Murid menunjukkan minat untuk
meneruskan PdPc disamping lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru sama ada berbentuk lisan ataupun bertulis.

Daripada lipatan kertas tersebut,murid dapat membuat penerokaan di mana mereka
berpengalaman untuk mengukur panjang setiap sisi heksagon sekata tersebut. Paksi
simetri dapat dikenalpasti dengan melipat bentuk tersebut. Bilangan segi tiga dapat
dilihat daripada hasil lipatan yang dihasilkan. Mereka sangat seronok dengan
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) pada hari tersebut dan murid 100 peratus
telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos

Jadual 1. Perbandingan Pencapaian Skor Ujian Pra D an Skor Ujian Pos Bagi Kumpulan Kawalan

Bil Murid Kumpulan Kawalan Markah Penuh Skor Ujian Pra Skor Ujian Pos

1 MURID 1 10 4 4
2 MURID 2 10 5 5
7 7
3 MURID 3 10 5 5
4 MURID 4 10 6 6
5 MURID 5 10 6 6
6 MURID 6 10 7
7
7 MURID 7 10 5
5 5
8 MURID 8 10
5 4
9 MURID 9 10 54/10 = 5.4
4
10 MURID 10 10 54/10 = 5.4

MIN

Jadual 2. Perbandingan Pencapaian Skor Ujian Pra Dan Skor Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimental

Bil Murid Kumpulan Markah Penuh Skor Ujian Pra Skor Ujian Pos
Eksperimental

1 MURID 1 10 5 10
2 MURID 2 10 6 9
3 MURID 3 10 4 10
4 MURID 4 10 5 10
5 MURID 5 10 4 9
6 MURID 6 10 5 10
7 MURID 7 10 4 9
8 MURID 8 10 6 10
9 MURID 9 10 3 9
10 MURID 10 10 5 10

MIN 47/10 = 4.7 96/10 = 9.6

Daripada Skor Ujian Pos dalam Jadual 2 jelas menunjukkan skor murid yang
menggunakan Magic Fold adalah lebih tinggi berbanding skor yang diperolehi daripada
murid yang menjalani Ujian Pos (Jadual 1) yang menggunakan jangka lukis untuk
menghasilkan heksagon sekata. Peningkatan markah dalam Ujian Pos jelas
menunjukkan murid lebih teruja apabila aktiviti menggunakan hands on yang lebih
bersifat fun learning daripada Magic Fold diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
Bahan maujud berbentuk 3D sangat memberi kesan yang positif di mana murid lebih
faham dan dapat membuat penerokaan secara kendiri ke atas Magic Fold bagi
menguasai kemahiran dalam tajuk Poligon II ini.

360

Instrumen kutipan data digunakan untuk kaedah temu bual di mana ianya berbentuk
kualitatif. Soal selidik dibuat kepada sampel murid dan hasil soal selidik tersebut
menunjukkan yang murid sangat bersetuju untuk menggunakan kaedah Magic Fold ini.
Murid seronok menggunakan kaedah Magic Fold kerana selain dapat digunakan dalam
pembelajaran, Magic Fold juga boleh dijadikan hiasan dalam bilik darjah mereka.

Analisis Soal Selidik Murid

Murid telah memberikan respon positif . Berikut adalah analisis soal selidik yang dijawab oleh murid.
Skala Likert: 1 - Sangat Tidak Setuju

2 - Tudak Setuju
3 - Kurang Setuju
4 - Setuju
5 - Sangat Setuju

Jadual 3. Rubrik Soal Selidik Yang Digunakan.

SKALA 12 3 4 5

BIL ITEM BILANGAN MURID

1 Adakah anda dapat membina dengan tepat heksagon
sekata yang dilukis menggunakan jangka lukis?

2 Aadakah anda berpuas hati dengan penggunaan Magic
Fold?

3 Adakah anda akan memberi keutamaan menggunakan
Magic Fold berbanding jangka lukis?

4 Adakah Magic Fold dapat memenuhi semua kemahiran
yang perlu anda pelajari dalam tajuk poligon II?

Analisis Soalan Temu Bual Dengan Guru

Jadual 4. Temu Bual Bersama Guru YA TIDAK
BIL SOALAN TEMUBUAL

1 Adakah penggunaan Magic Fold membantu cikgu dalam proses PdPc?

2 Adakah Magic Fold sesuai digunakan dalam PdPc cikgu?

3 Adakah Magic Fold dapat memenuhi semua kemahiran yang perlu
diberikan kepada murid dalam tajuk poligon II?

4 Adakah murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan lebih
mudah dan cepat menggunakan Magic Fold?

Refleksi Kajian

Kesimpulannya, melalui hasil, implikasi serta penambahbaikan kajian, penggunaan
Magic Fold telah berjaya meningkatkan kemahiran murid (peserta kajian) dalam
memahami konsep poligon sekata. Murid juga seronok dan teruja apabila aktiviti hands
on iaitu melipat kertas bagi menghasilkan heksagon sekata dapat dihasilkan. Magic Fold
memberi pengalaman kepada murid itu sendiri untuk meneroka heksagon sekata yang
telah mereka hasilkan dan lebih memahami kemahiran-kemahiran yang telah digariskan
dalam sukatan pelajaran Matematik tingkatan 3 di bawah tajuk Poligon II. Melalui kajian
ini juga, murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran dalam tajuk ini berbanding
dengan murid menggunakan jangka lukis dan dalam bentuk 2D.

Cadangan Kajian Seterusnya

Kajian seterusnya yang akan saya jalankan adalah berkaitan dengan sejauhmana
keberkesanan aktiviti struktur pembelajaran koperatif menjadikan pedagogi PdPc untuk
tajuk Poligon II menggunakan Magic Fold lebih menarik dan berkesan. Dan seterusnya
menuju kepada suasana bilik darjah yang berkualiti dan yang menyeronokkan kea rah
memaksimumkan keberhasilan murid serta peningkatan kualiti guru.

PENUTUP

361

Penggunaan Magic Fold akan terus disebarluaskan dan memberi manfaat kepada lebih
ramai murid di sekolah-sekolah rendah dan menengah sama ada dalam daerah Marang
atau pun daerah-daerah lain serta merentas negeri. Penerimaan murid terhadap Magic
Fold juga sangat membantu pembelajaran murid menjadi sangat bermakna ke arah
meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025

BIBLIOGRAFI

Gauss, C.S. (1996). Disquisitiones Arithmeticae. New Heaven. Yale University Press.

Aaron,T (2004) "Understanding Polygons and Polyhedrons Using Flexagons," The Mathematics
Enthusiast.”

LAMPIRAN 1: SOALAN UJIAN PRA DAN POS

Jawab semua soalan berikut:

1. Tanda pada gambar rajah yang menunjukkan heksagon sekata.

[1 markah]

2. Lukis paksi simetri pada gambarajah di bawah dan nyatakan bilangannya.

[2 markah]

3. Isi Jadual dibawah untuk heksogon sekata.

Nama Poligon Bilangan Sisi Bilangan Paksi Simetri
Heksagon Sekata [2 markah]

4. Cari nilai sudut yang berikut:
a.

k0 k0 = ……………. [1markah] 362
b.

m0

m0 = ……………. [2markah]
c.. p0

p0 = ……………. [2markah]

LAMPIRAN 2: SOAL SELIDIK MURID

BIL SOALAN
1 Apakah perasaan anda sebelum menggunakan Magic Fold?

2 Bagaimanakah perasaan anda setelah menggunakan Magic Fold?

3 Adakah anda akan memberi keutamaan menggunakan Magic Fold berbanding jangka
lukis?

4 Adakah Magic Fold dapat memenuhi semua kemahiran yang perlu anda pelajari dalam tajuk
poligon II?

LAMPIRAN 3: TEMU BUAL BERSAMA DENGAN GURU

BIL SOALAN TEMUBUAL YA TIDAK

1 Adakah penggunaan Magic Fold membantu cikgu dalam proses
PdPc?

2 Adakah Magic Fold sesuai digunakan dalam PdPc cikgu?

3 Adakah Magic Fold dapat memenuhi semua kemahiran yang
perlu diberikan kepada murid dalam tajuk poligon II?

4 Adakah murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan
lebih mudah dan cepat menggunakan Magic Fold?

363

Demonstrasi Magic Fold yang dijalankan oleh murid.
Sebelum Pelaksanaan Inovasi: Contoh Lukisan Heksagon Sekata Yang Dihasilkan

Oleh Murid Menggunakan Jangka Lukis.

364

365


Click to View FlipBook Version