The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidki, 2019-11-21 02:05:42

NIC PROCEEDING 2019

Narathiwat PROCEEDING

Keywords: Narathiwat,Action Research,Teacher Tranning,IPG Sultan Mizan

MEREFLEK

Kaedah KFpC yang digunakan menunjukkan untuk menjawab solan objektif mata pelajaran
Sejarah menunjukkan keberkesanan yang positif. Kebolehan murid dalam mengenalpasti kata
kunci dan fokus soalan secara tidak langsung telah meningkatkan kemahiran murid memilih
jawapan yang tepat. Apabila membaca soalan, murid sudah dapat menggariskan kata kunci dan
fokus soalan dengan tepat. Secara tidak langsung, membantu murid memahami kehendak soalan
sebelum membuat pilihan jawapan. Kaedah ini boleh mengurangkan kesilapan murid dalam
mengenalpasti jawapan dan menguatkan daya ingatan murid terhadap fakta penting berkaitan
topik tersebut. Selain itu, dari segi pemerhatian, murid lebih berminat dan bersungguh-sungguh
semasa menjawab soalan objektif. Sepanjang perlaksanaan kajian ini, saya dapati murid lebih
aktif melibatkan diri dalam PdPC.

Melalui hasil kajian penggunaan kaedah KFpC dalam PdPc Sejarah, secara keseluruhannya
murid menyatakan bahawa kaedah KFpC ini banyak membantu mereka memahami kehendak
soalan dan memilih jawapan yang tepat disamping meningkatkan daya ingatan murid terhadap
fakta Sejarah. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan dalam menjawab soalan objektif mata
pelajaran lain bagi soalan yang berbentuk fakta.

DAPATAN KAJIAN
Analisis data dijalankan dalam bentuk analisis soal selidik, analisis dokumen dan temubual.

Data Analisis Soal Selidik
Berikut adalah dapatan soal selidik yang telah dijalankan sebelum perlaksanaan kaedah KFpC.

Skala likert yang digunakan ialah:

1 – Sangat tidak setuju
2 – Tidak setuju
3 – Tidak pasti
4 – Setuju
5 – Sangat setuju

Jadual 1. Analisis Soal Selidik sebelum menjalankan intervensi

Bil. S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 S15
(19)

Min 2.52 2.84 3.00 2.79 3.90 4.32 3.74 1.68 4.47 2.00 4.37 4.63 4.58 2.89 3.78
S. P 1.00 1.12 0.06 0.06 0.04 0.03 0.04 0.03 0.03 0.04 0.03 0.03 0.03 0.05 0.04

Min keseluruhan 3.43

Sisihan piawai keseluruhan 0.18

93

Rajah 6: Graf menunjukkan analisis data min dan sisihan piawai bagi setiap soalan soal selidik
sebelum.
Antara dapatan daripada soal selidik sebelum mendapati:

i. 19 orang murid menganggap mata pelajaran Sejarah sangat mencabar
ii. 19 orang murid menghadapi masalah mengingati fakta sejarah
iii. Kebanyakan murid mengakui tidak gemar menghafal fakta sejarah
iv. 19 orang murid tidak dapat menguasai soalan objektif dengan cemerlang
v. 19 orang murid memerlukan pendedahan terhadap kemahiran menjawab soalan objektif.
vi. Purata min persepsi terhadap mata pelajaran sejarah sebelum menjalankan intervensi

ialah 3.43 dan sisihan piawai ialah 0.18.
Oleh itu penyelidik telah merencang untuk membuat intervensi bagi mengatasi masalah pelajar
dalam mempelajari mata pelajar sejarah di sekolah ini.
Data Analisis Dokumen
Dapatan daripada analisis Ujian Sebelum dan Ujian Selepas menunjukkan terdapatnya
peningkatan selepas kaedah KFpC dijalankan.

94

Rajah 7: Ujian sebelum Rajah 8: Ujian selepas

Jadual 2. Analisis markah ujian sebelum dan ujian selepas Analisis Markah Ujian Sebelum

Kategori markah Bilangan Soalan yang Bilangan Murid

Betul

Sangat lemah 0-5 11

Lemah 6-9 5

Sederhana 10-14 3

Baik 15-17 0

Cemerlang 18-20 0

Jadual 3. Analisis Markah Ujian Selepas

Kategori markah Bilangan Soalan yang Bilangan Murid

Betul 2
4
Sangat lemah 0-5 6
5
Lemah 6-9 2

Sederhana 10-14

Baik 15-17

Cemerlang 18-20

95

BILANG
ANMURI
D

MARKA
H
Rajah 8: Graf menunjukkan peningkatan jumlah markah murid terhadap soalan objektif selepas
diperkenalkan kaedah KFpC

KESIMPULAN
Kaedah KFpC ini memberi kesan yang amat positif kepada murid tingkatan 3 Ilham dalam
menguasai soalan objektif mata pelajaran Sejarah. Disamping meningkatkan kefahaman mereka
terhadap kehendak soalan dan memilih jawapan yang tepat. Perlaksanaan kaedah ini
menunjukkan pencapaian yang dibangga kerana murid yang lemah menunjukkan peningkatan
skor markah objektif kertas Sejarah. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadi satu
kaedah yang baik dan diguna pakai oleh guru mata pelajaran sejarah.

PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah dan kurniaNya dapatlah kami
meneruskan kajian tindakan pada tahun 2019 yang mewakili panitia Sejarah. Setinggi-tinggi
perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihaak JPNT Terengganu, barisan pentadbir
sekolah SMK Mak lagam yang diketuai oleh bonda pengetua Hajah Fatimah Binti Harun,
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.Marina Ismail kerana sokongan yang berterusan dalam
memberi kata–kata semangat dan sokongan. Terima kasih kepada penganjur bersama
Narathiwat International Conference (NIC),Dr. Muhamad Sidek bin Said, Pengarah IPGKSM,
Baba Ghazali bin Haron, Mudir Maahad Darul Furqan, Thailand , Tn. Haji Hadi bin Mohamad
Penasihat Maahad Darul Furqan, Dr. Fakhruddin bin Saad, Timbalan Mudir Maahad Darul
Furqan, Dr. Ahamad bin Rahim, Ketua Sektor Konsultasi & Pengantarabangsaan yang juga
penyelaras NIC memberi peluang kepada kami untuk membentang kajian di peringkat
antarabangsa di Narathiwat, Thailand. Tidak lupa juga kepada barisan fasilitator IPG Sultan
Mizan Pn.Rosliza binti Awang dan Pn. Shariha binti Jusoh atas bantuan dan bimbingan yang
konsisten kerana mereka tidak pernah mengenal erti jemu dalam mencurahkan ilmu disepanjang
proses penghasilan kajian tindakan ini.

Pelaksanaan Bengkel Training of Trainer 9 (TOT) penulisan & kajian Tindakan Guru sekolah
Model KBAT telah banyak memberi pendedahan ilmu kepada kami mengenai pelaksanaan kajian
tindakan ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan panitia yang turut sama membantu dalam
memberi pendapat dan idea yang bernas. Galakkan dan dorongan telah membakar semangat

96

untuk kami meneruskan penghasilan kajian tindakan ini. Hakikatnya kajian tindakan ini
merupakan satu platform dalam usaha untuk melahirkan generasi murid yang suka akan subjek
sejarah dan mampu mendapatkan markah yang terbaik dalam peperiksaan. Natijahnya bagi
kami, dengan mempelajari sejarahlah anak-anak bangsa mampu melindungi kedaulatan negara
suatu ketika nanti.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2007). Guru sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur : PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.
Haini Shafikah Mohd Shaharudin, Khalijah Ahmad. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menguasai

Fakta Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia dalam Kalangan Murid Tahun 5 melalui
Kaedah “Peta Dakap”. Proceeding Of ICECRS. 721- 732.
Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Rahim, A., & Said, S. (2010). Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Menengah Rendah Di Malaysia -
Satu Penilaian. Journal of Physics C: Solid State Physics. https://doi.org/10.1088/0022-
3719/14/6/005
Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah. (2005). Penggunaan Model Kontruktivisme Lima Fasa
Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil 20. 21-41.
Tuah Iskandar al Haj. (2001). Membina Imaginasi Cemerlang. Selangor : Karya Bistari Sdn. Bhd.
Zunaida Zakaria, Abdul Razaq Ahmad, & Mohd. Mahzan Awang. (2015). Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Mata Pelajaran Sejarah: Perlaksanaan dan Cabaran. 7th
International Seminar on Regional Education.

97

PERSEPSI GURU-GURU NEGERI TERENGGANU TERHADAP MODEL DESAIN SOALAN (MDS)
DALAM MEMBINA SOALAN KBAT

Mohamad Ab Kadir, Ramzan Awang & Nik Rosli Ibrahim
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

[email protected]

ABSTRAK

Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu kompenan utama dalam kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis yang merupakan aspirasi dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Penerapan KBAT dalam pendidikan bertujuan
mengubah amalan hafalan kepada mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam situasi yang
berbagai, dapat menganalisi, menilai dan dapat mencipta. Dalam Kajian ini ini akan
didedahkan bagaimana Model Desain Soalan berkait rapat dengan konsep Taksonomi Bloom
yang disemak semula 2001 oleh Lord Anderson dan Krawthwohl cara untuk membina soalan.
Sebelum daripada ini, guru – guru tidak didedahkan bagaimana untuk membina soalan atau
tidak ada satu formula yang khusus untuk membina soalan kepada pelajar – pelajar di sekolah.
Situasi ini menyebabkan guru – guru membina soalan dalam keadaan yang tidak menentu dan
tidak ada kepastian. Justeru itu Model Desain Soalan (MDS) ini adalah satu formula atau
pendekatan untuk membimbing guru – guru untuk menjadikan panduan dalam membina
soalan. Jadi Model Desain Soalan (MDS) merupakan satu pendekatan baru yang mudah dan
berinovasi untuk membina soalan yang merangkumi soalan kemahiran berfikir aras rendah dan
kemahiran berfikir aras tinggi. Model Desain Soalan adalah suatu cara proses merancang
dan menemukan idea – idea atau elemen- elemen untuk membuat soalan baharu sama ada
soalan lisan atau soalan bercetak. Ia boleh di aplikasikan dalam soalan lisan atau soalan
bercetak samada digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun untuk tujuan
pentaksiran dan pepepriksaan. Dalam model ini terdapat elemen yang penting untuk membina
soalan iaitu kata kerja, fokus, kata kunci dan konteks. Satu kajian dibuat semasa memberi
kursus membina soalan-soalan percubaan dengan menggunakan MDS yang melibatkan
peserta seramai 208 orang guru – guru UPSR dan PT3 telah didedahkan secara
komprehensif. Selain pendedahan MDS, peserta juga mengikuti bengkel mengikut subjek dan
berakhir dengan menjawab instrument soal selidik melalui google form. Dapatan daripada soal
selidik tersebut didapati 100% guru menyatakan MDS ini sangat membantu membina soalan
dan jelas serta mudah bagaimana untuk membina soalan. Hasil bengkel soalan didapati guru
– guru dapat membina soalan dalam masa yang singkat dan dapat membuat soalan dengan
betul berdasarkan elemen yang terdapat dalam MDS. Para peserta kursus lebih yakin, jelas
dan boleh menyemak sendiri kekuatan dan kelemahan soalan yang dibina. Justeru itu MDS
boleh digunakan sebagai panduan kepada guru – guru di sekolah rendah, menengah atau
pensyarah untuk membina soalan dengan jelas, mudah dan menyakinkan.

Kata kunci: Model Desain Soalan, Kaedah membina soalan dan Kemahiran Berfikir

PENGENALAN

Salah satu tujuan soalan adalah untuk mengetahui sejauhmanakah pelajar mengetahui dan
memahami apa yang telah dipelajari semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Soalan juga diajukan kepada pelajar- pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai mengembangkan pemikiran pelajaran supaya dapat berfikir.

98

Rajah 1. Model Desain Soalan (MDS)
Model Desain Soalan (MDS)

Desain soalan merupakan satu pendekatan cara untuk membina soalan secara berstruktur
dengan menggunakan beberapa elemen seperti kata kerja, fokus, kata kunci dan konteks.
Elemen ini merupakan teras atau tunjang di dalam membina soalan sepertimana dalam rajah 1.
Pada kebiasaannya dalam membina soalan lebih memberi perhatian kepada kata kerja sahaja
dan mengaitkan dengan aras pemikiran sama ada kemahiran berfikir aras rendah atau kemahiran
berfikir aras tinggi. Namun begitu terdapat elemen lain seperti fokus, kata kunci dan konteks yang
menggenapkan elemen untuk membina soalan. Ada soalan yang lengkap hanya menggunakan
kata kerja dan fokus dan ada yang menggunakan kata kerja, fokus kata kunci dan konteks.
Simbol bagi penggunaan elemen seperti berikut:
K : Katakerja
F: : Fokus umum
FS : Fokus Spesifik
KK : Katakunci
KT : Konteks

Rajah 2. Elemen Kata kerja
Elemen Kata Kerja
Kata kerja adalah elemen yang sangat penting untuk membina soalan esei, soalan objektif
ataupun soalan struktur. Contoh kata kerja seperti dalam rajah 2 di atas. Kata kerja akan
menentukan kehendak soalan samada soalan itu kemahiran berfikir aras rendah ataupun
berkemahiran aras tinggi. Contoh kemahiran berfikir aras rendah hanya menguji kata kerja yang

99

berkaitan dengan aras mengingati dan memahami sahaja. Manakala kemahiran berfikir aras
tinggi,kata kerja berkaitan dengan aras aplikasi,menganalisis,kemahiran dan mencipta.

Rajah 3. Elemen Fokus
Elemen Fokus
Fokus yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang perlu diberikan perhatian utama semasa
menjawab soalan iaitu isi kandungan yang telah dipelajari dalam rajah 3. Fokus boleh terbahagi
kepada dua bahagian iaitu fokus umum dan focus spesifik. Fokus umum ialah tajuk besar dan
tajuk spesifik ialah sub tajuk yang ada di dalam buku teks aras yang terdapat dalam kandungan
sesuatu mata pelajaran. Jadi, guru sebagai pembina solan boleh memilih sama ada untuk
mengajukan soalan berdasarkan tajuk utama atau sub tajuk. Dalam peperiksaan rasmi seperti
UPSR, PT3 atau SPM sudah tentu berdasarkan jadual spesifikasi ujian (JSU) manakala soalan
latihan atau soalan lisan tidak semestinya merujuk kepada JSU dan ia bergantung kepada guru
itu sendiri berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Rajah 4. Elemen Kanta Kunci
Elemen Kanta Kunci
Kanta kunci ialah perkataan yang penting dalam prasa soalan yang menentukan corak atau
kehendak soalan tersebut. Sebagai contoh, meningkatkan, menyelesaikan, usaha – usaha,
kemungkinan- kemungkinan, dan lain – lain lagi yang merupakan perkataan yang yang perlu
diberi perhatian oleh pelajar lihat dalam rajah 4. Kata kunci berbeza dengan fokus atau isi
kandungan, kerana isi kandungan lebih kepada fakta fakta yang perlu dingati oleh pelajar. Tetapi
kata kunci ialah suatu perkataan yang boleh pelajar mentafsir mengikut pemikiran masing-masing

100

yang boleh menyebabkan jawapan berbeza antara pelajar. Justeru itu guru – guru perlu memeberi
perhatian terhdap kata kunci dalam soalan yang hendak dibina.

Rajah 5.Elemen Konteks
Elemen Konteks
Di dalam soalan yang aras pemikiran aras rendah kebiasaanya hanya terdapat kata kerja dan
fokus sahaja. Soalan yang berbentuk begini lebih kepada untuk menguji daya ingatan fakta –
fakta atau perkara – perkara yang penting yang telah dipelajari. Jika dalam soalan dimasukan
konteks boleh menyebabkan soalan itu lebih realistik dan lebih dekat kepada persekitaran pelajar.
Maksud Konteks adalah suasana dimana suatu keadaan terjadi. Jenis – jenis konteks terbahagi
kepada dua iaitu konteks ringkas dan konteks detail seperti yang ditujukkna rajah 5. Konteks
ringkas maksudnya dalam soalan hanya menyatakan info yang ringkas sahaja. Manakala konteks
detail pula membawa maksud didalam soalan terdapat info yang lebih banyak atau detail supaya
pelajar lebih berfokus dengan realiti kehidupan. Kategori konteks boleh diterjemahkan kepada
suasana tempat atau lokasi seperti di sekolah, di dalam bilik darjah, di luar bandar dan lain-lain.

Rajah 6.Desain soalan
Desain Soalan
Contoh-contoh desain soalan mengikut elemen kata kerja, fokus, kata kunci dan konteks. Tidak
semua soalan mengandungi semua elemen di atas. Ada soalan yang hanya dua elemen iaitu
kata kerja dengan fokus dan juga soalan mempunyai tiga elemen iaitu kata kerja, fokus dan
konteks dan akhir sekali ada soalan yang mempunyai semua elemen di atas iaitu kata kerja,
fokus, kata kunci dan konteks. Ada juga soalan ada 1 kata kerja, 2 fokus, 1 kata kunci dan1

101

konteks. Berikut adalah contoh – contoh soalan mengikut elemen yang terdapat dalam Desain
soalan seperti yang ditunjukkan oleh rajah 6.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk memperkenalkan satu pendekatan untuk membina soalan lisan atau
esei dengan cara yang mudah, lengkap, teratur dan menjimatkan masa. Apabila adanya soalan
yang lengkap dan mudah difahami akan menyebabkan pelajar yang menjawab soalan dengan
betul dan tepat jawapan yang dikehandaki. Tujuan kajian ini untuk memperkenalkan dan
menggunakan MDS kepada guru-guru untuk mengetahui persepsi guru terhadap model ini.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilakukan terhadap 169 orang guru-guru pembina soalan negeri Terenggan yang
soalan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM di bawah nama angkatan Kerja Rajin dan Mulia
(AKRAM). Kursus ini berlansung selama 3 hari, pada hari pertama pengkaji diberi pencerahan
mengenai Model Desain Soalan (MDS), pada hari kedua dalam sesi pagi menganalisa soalan-
soalan tahun lepas UPSR dan PT3 dan dalam sesi tengahari, bengkel pembinaan soalan
mengikut subjek, diikuti hari ketiga pembentangan dan berakhir dengan refleksi. Semasa
pencerahan dibuat, didapati peserta memberi perhatian dan banyak soalan-soalan ditanya untuk
lebih difahami kerana model ini baru diperkenalkan. Pada hari kedua didapati peserta aktif
berbengkel yang dibantu oleh fasilitator daripada IPGKSM dan pada hari ketiga perserta
membentang hasil tersebut. Didapati pada hari ketiga peserta dapat menyiapkan soalan-soalan
percubaan dan dapat dibentangkan dalam kumpulan. Ini menunjukkan dalam satu hari peserta
dapat menyiapkan soalan mengikut model desain soalan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Soalan dalam rajah 7 ini diberi dan dibincang semasa bengkel kursus, hasilnya ialah seperti
berikut:

Dapatan Pertama

Soalan Peperiksaan.

Rajah 7:.Huraikan kesan tindakan Zaidi terhadap isterinya

102

Jawapan Guru 1

 Soalan ini adalah keliru kerana tidak berfokus, iaitu tiada isi kandungan.
 Huraikan adalah kata kerja, kesan adalah kata kunci dan Zaidi dan isteri adalah konteks.
 Kesan apa, apakah yang hendak diteka oleh pelajar dalam gambar tersebut. Soalan ini

ada kelemahan ketara iaitu tidak berfokus.

Kemungkinan kehendak soalan ini ialah:
 Huraikan kesan tindakan Zaidi yang merokok terhadap isterinya.
 Huraikan kesan tindakan Zaidi yang membawa strering kereta dengan sebelah tangan

terhadap isterinya.
 Huraikan kesan tindakan Zaidi yang tidak memakai tali pinggang kereta terhadap isterinya.

Jawapan Guru 2

Huraikan dengan 3 markah adalah tidak sesuai kerana maksud huraikan ialah menjelaskan
dengan panjang lebar dengan memberi hujah hujah untuk menyokong. Jadi kata kerja jelaskan
adalah lebih sesuai dengan 3 markah dengan 4 baris jawapan yang disediakan.

Jawapan Guru 3

Jika sekiranya menggunakan aplikasi MDS iaitu:

Soalan ini adalah keliru kerana tidak berfokus iaitu tiada isi kandungan

K KK KT KT

a. Huraikan kesan tindakan Zaidi terhadap isterinya

K KK KT F KT

b. Huraikan kesan tindakan Zaidi yang merokok terhadap isterinya.

K KK F KT

c. Huraikan kesan merokok terhadap isteri Zaidi.

Jika dilihat ketiga-tiga soalan di atas manakah soalan yang mudah difahami oleh pelajar? Sudah
tentu soalan yang ketiga. Dapatan daripada perbincangan dengan guru-guru semasa kursus bina
soalan KBAT, MDS dapat di aplikasi dengan mudah dan berkesan. Jadi jawapannya ialah soalan
no 3. Ini kerana dalam MDS, konteks hendaklah berada di ayat yang hujung. Ini merupakan hasil
perbincangan dengan peserta - peserta bengkel pembinaan soalan KBAT negeri Terengganu.

Dapatan Kedua

Dapatan kedua hasil daripada bengkel dengan peserta kursus pembinaan soalan KBAT.

Rajah 8. Soalan ini telah diberi untuk diulaskan dari aspek kekuatan dan kelemahan kepada
peserta kursus

103

Soalan: Huraikan konsep yang sesuai dengan situasi di atas.

Dengan mengaplikasi Formula MDS

K KT

Jawapan Guru 1: Huraikan konsep yang sesuai dengan situasi di atas.

K FS KT

Jawapan Guru 2: Huraikan konsep solat jamak yang sesuai dengan situasi di atas.

K

Jawapan Guru 3: Huraikan konsep pembedahan dalam islam

Ulasan

Berdasarkan soalan di atas, apakah yang dikehendaki dalam soalan tersebut. Dalam stimulus
petikan diatas menjelaskan kepada pelajar mengenai seorang pakar sakit puan yang melakukan
pembedahan selama 7 jam. Manakala soalan yang ditanya mengenai konsep yang sesuai dengan
situasi tersebut. Jadi apakah kehendak soalan tersebut iaitu Huraikan konsep, persoalannya ialah
konsep apa yang ditanya dan apa kaitannya dengan stimulus pembedahan. Kemungkinan
jawapan konsep tersebut ialah konsep pembedahan, konsep hukum hakam dalam pembedahan
atau mungkin konsep hubungan pembedahan dengan masa atau konsep solat. Ini menunjukkan
pelajar ada beberapa alternatif memilih beberapa jawapan.

Pembina soalan ini telah tetinggal fokus iaitu isi kandung iaitu kemungkinan salat Qasar dan
Jamak. Jadi soalan ini sangat keliru dan mempunyai banyak makna dan tiada kaitan dengan
stimulus. Dengan menggunakan MDS, soalan ini tidak akan tertinggal isi kandungan kerana
dalam MDS sudah ada peringatan tentang elemen fokus ia itu isi kandungan.

Aplikasi Formula MDS dalam Soalan

K KT
Jawapan Guru 1: Huraikan konsep yang sesuai dengan situasi di atas.
Soalan asal ini tidak lengkap kerana ada katakerja (K) dan konteks (KT) sahaja. Cadangan
jawapan Guru 2 bagi soalan di atas ialah :
K FS KT
Jawapan Guru 2: Huraikan konsep solat jamak yang sesuai dengan situasi di atas.
Soalan ini lengkap kerana ditambah fokus spesifik (FS) ia itu solat jamak. Oleh itu dengan
menggunakan MDS, boleh menghalang daripada membina soalan yang tidak lengkap kerana
dalam MDS terdapat 4 elemen yang penting ia itu kata kerja, fokus, kata kunci dan konteks.

DAPATAN KAJIAN KETIGA

Jadual 1. Komen dan Cadangan
_____________________________________________________________________
No Komen dan Cadangan
_____________________________________________________________________
1. Sangat membantu kerana ia sangat jelas membantu penggubal membina

soalan yang menepati ciri-ciri KBAT.
2. Sangat membantu supaya soalan yang dihasilkan lebih terarah dan pelajar

lebih mudah faham kehendak soalan.
3. Ya, sebagai garis panduan untuk membina desain soalan dan hasilkan soalan

yang jelas serta tidak mengelirukan murid.
4. Sangat-sangat membantu kerana saya merangkakan soalan secara jelas dari

sudut penggunaan kata kerja, fokus, konteks.
_____________________________________________________________________

104

Di akhir kursus ini para peserta telah memberi komen dan cadangan secara talian mengenai
penggunaan MDS dalam pembinaan soalan KBAT seperti dalam jadual 1 di atas. Keseluruhan
para peserta memberi respon yang positif yang model MDS ini sangat membantu para guru
membina soalan dengan mudah dan berkesan.
KESIMPULAN
Sepanjang kursus ini, para peserta sangat memberi perhatian semasa pencerahan MDS kerana
ia adalah baru diperkenalkan dan mungkin ingin mengetahui konsep MDS ini secara mendalam
dan bagaimana untuk mengaplikasi untuk membina soalan KBAT. Banyak soalan-soalan ditanya
mengenai MDS dan pada masa bengkel didapati peserta telah menggunakan MDS sebagai
panduan membina soalan esei dan objektif. Didapati dalam bengkel pengkhususan
matapelajaran, para peserta dapat menyiapkan semua soalan dalam masa satu hari sebelum
dimurnikan secara rasmi. Kesimpulannya persepsi guru-guru negeri Terengganu terhadap model
desain soalan (MDS) dalam membina soalan kbat adalah positif dan dapat menjadi panduan
untuk membina soalan.
BIBLIOGRAFI
KPM.(2014). Buku Panduan Penggubalan kertas peperiksaan. Institut Pendidikan Guru Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka.(1990). Taksonomi Bloom
Anderson, L,W, & krathwohl, D.R.(2001). A taxsonomi for learning, teaching and assessing: A

revision of Taxonomy of Educational objektif, Longman.
Bengkel Pembinaan Item Ujian Objektif & Esei: (2008). IPSM Besut

http//id.wikipedia.org/wiki/taksonomi/bloom
http://w.w.w. scribd.com/doc/242116207/kognitif Bloom Question
http://www.nwlink..com/donclark/hrd/bloom.html Bloom Taxonomy Revised-at Content

105

KEPIMPINAN BERKESAN MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN SK MENSON CAMERON HIGHLAND
PAHANG DARUL MAKMUR

Mohammad Ramiz Omar, Ramli Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Menson Cameron Highland,
Pahang Darul Makmur yang bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti apakah faktor-
faktor yang mendorong kepada kejayaan SK Menson hinggakan beberapa aktiviti-aktiviti
yang menjulang namanya pada peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa.Sudah
pasti kejayaan yang dikecapinya bukan datang dengan begitu saja. Sehubungan dengan
itu beberapa objektif penyelidikan telah dikenal pasti, antaranya menyentuh tentang gaya
kepimpinan guru besar, peranan pemimpin pertengahan sekolah, peranan komuniti
setempat dan peranan agensi luar. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif yang melibat
pengumpulan data secara temubual, pemerhatian dan kajian dokumen. Melalui proses
triangulasi dijangka dapat mempertingkatkan lagi keesahan dan kebolehpercayaan kajian
ini. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat mengemukakan satu teori asas (grounded theory)
yang boleh diketengahkan kepada penyelidikan seterusnya. Dapatan kajian menunjukkan
kecemerlangan sesebuah organisasi bukanlah datang dari satu pihak sahaja sebaliknya
gabungan dari beberapa pihak lain termasuklah agensi-agensi luar dan komuniti setempat.
Namun begitu bagi SK Menson peranan peneraju atau Guru Besar itu sendiri nampak lebih
dominan dalam memberi idea serta menyusun strategik yang kemas dan mantap untuk
memastikan organisasinya terus cemerlang. Disamping itu juga dapatan kajian ini
dijangkakan dapat memberi impak kepada sistem pendidikan bahawa gaya kepimpinan
pengurus sekolah atau guru besar adalah mungkin antara faktor yang dominan
mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah itu.

Kata kunci: gaya kepimpinan, Peranan komuniti setempat, triangulasi dan teori asas
(grounded theory)

PENGENALAN

Di Malaysia, Orang Asli didefinisikan mengikut Akta 134 iaitu, Orang Asli adalah orang yang ibu
atau bapanya atau kedua-duanya adalah Orang Asli, bercakap dalam bahasa Orang Asli,
mengikut cara hidup Orang Asli serta mempercayai adat dan kepercayaan Orang Asli. Orang Asli
di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan etnik utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
Setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, budaya dan gaya hidup yang unik dan tersendiri.
Komuniti Orang Asli merupakan sebuah masyarakat minoriti peribumi yang tinggal di
Semenanjung Malaysia. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih
mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama
tinggalan nenek moyang mereka. Etnik Senoi membentuk hampir 55 peratus daripada
keseluruhan populasi orang asli yang kebanyakannya tinggal di negeri Perak dan Pahang
(JHEOA, 2010).

Etnik Senoi ini terbentuk daripada enam kumpulan sub etnik yang majoritinya adalah terdiri
daripada sub etnik Semai. Komuniti Semai pula membentuk majoriti daripada orang asli yang
tinggal di Cameron Highland. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan
sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Cameron
Highlands merupakan daerah yang terkecil di Negeri Pahang yang terletak di Banjaran Titiwangsa
pada aras 1070 meter hingga 1830 meter dari aras laut. Kawasan ini melibatkan 3 mukim utama

106

iaitu Mukim Ulu Telom, Tanah Rata dan Ringlet dengan 9 buah pusat petempatan kecil
(Rancangan Tempatan Cameron Highlands, 2002-2015). Daerah ini mempunyai keluasan kira-
kira 71,218 hektar dengan jumlah penduduk seramai 30,495 orang (Laporan Statistik Negeri
Pahang, 2014). Puncak tertinggi bagi tanah tinggi Cameron adalah Gunung Brinchang yang
mempunyai ketinggian 2031 meter (6666 kaki) dari aras laut. Jalan perhubungan utama ke
Cameron Highlands adalah melalui Tapah melalui Lebuhraya Utara Selatan dan Simpang Pulai,
manakala pintu masuk utama iaitu Kg. Raja bagi pelancong dari Ipoh (Perak) dan Gua Musang
(Kelantan).

PERNYATAAN MASALAH

Kepimpinan berkualiti menjamin kejayaan sesebuah sekolah, namun kepimpinan yang tidak
efektif dan budaya setempat yang tidak menyokong menjadi punca ketidakjayaan sesebuah
sekolah. Masyarakat asli sering ketinggalan dalam semua aspek seperti akademik, fasiliti dan
lain-lain media sosial terkini. Kemimpinan sekolah terdahulu kurang berjaya membawa
perubuhan kepada Sekolah Kebangsaan Menson. Budaya setempat juga tidak mempengaruhi
kepimpinan sekolah. Kesannya generasi muda etnik Semai ketinggalan dari semua aspek.
Namun begitu di SK Menson keadaan sebaliknya berlaku. Hal yang demikian mendorong
penyelidik dari Jabatan Sains Sosial IPG Suitan Mizan untuk meneroka dan mengenalpasti
rahsia disebalik kejayaan sekolah tersebut.

Kerangka Konseptual

KEPIMPINAN DAN ELEMEN YANG
MEMPENGARUHI KEJAYAAN
SK.MENSON

GAYA KOMUNITI AGENSI
KEPIMPINAN SETEMPAT LUAR

ANALISIS DATA

RUMUSAN DAN
PERBINCANGAN

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif
i. Menganalisis gaya kepimpinan guru besar dalam mempengaruhi kejayaan sekolah.
ii. Mengenalpasti aspek-aspek yang mempengaruhi kecemerlangan SK Menson.
iii. Menganalisis peranan komuniti setempat dalam mempengaruhi kecemerlangan SK
Menson.
iv. Menganalisis peranan agensi luar dalam mempengaruhi kecemerlang SK Menson.

107

Soalan Kajian

i. Bagaimanakah gaya kepimpinan guru besar dalam mempengaruhi kejayaan sekolah?
ii. Apakah aspek- aspek yang mempengaruhi kecemerlangan SK Menson?
iii. Apakah peranan komuniti setempat dalam mempengaruhi kecemerlangan SK Menson?
iv. Apakah peranan agensi luar dalam mempengaruhi kecemerlang SKMenson?

Definisi Kepimpinan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau
tunjuk. Memimpin, memandu atau menunjukkan arah sesuatu perjalanan menuju ke sesuatu
tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula
“keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). Menurut Amir
Hasan Dawi (2006), kepimpinan merupakan satu bentuk interaksi antara pemimpin dan orang
yang dipimpin. Kepimpinan merupakan satu proses yang mempengaruhi aktiviti individu atau
kumpulan yang ditetapkan. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan untuk
mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu
dalam usaha mencapai objektif organisasi. Pemimpin boleh memantau orang bawahan agar
mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat
mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender, 1960).

Kajian ini mengambil kira gaya kempimpinan, antaranya gaya kepimpinan autokratik, demokrasi
dan Laissez-Faire serta beberapa teori berkaitan antaranya Great Man Theory (Teori Orang-
Orang Besar), Trait Theory (Teori Ciri-Ciri Pemimpin), Behavioral Style Theory (Teori Perilaku),
Situational Theory (Teori Situasional), Transactional Leadership Theory (Teori kepemimpinan
Transaksi) dan Tansformational Leadership Theory (Teori Kepemimpinan Transformasi).

REKA BENTUK

Kajian kualitatif ini lebih terarah kepada kajian etnografi yang selaras dengan tajuk kajian
“Kepimpinan Berkesan mempengerahui Kecemerlangan SK. Menson Cameron Highland.”
Pengkaji menggunakan pendekatan temu bual dan kajian dokumen dalam proses pengumpulan
data, data-data yang diperolehi melaluinya pendekatan temu bual ini dapat memberikan
penjelasan yang memantapkan berhubung dengan permasalahan yang dihadapi berkaitan
dengan persoalan kajian. Melalui temubual ini juga pengkaji dapat mempamerkan situasi sebenar
tentang apa yang berlaku, dilihat dan dialami dalam persekitaran yang di kaji (Yin, 1994).
Manakala kajian dokumen pula, hanya dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tajuk kajian
akan diberikan tumpuan khusus, terutamanya dokumen seperti sijil-sijil pencapaian sekolah dan
anugerah yang diperolehi sama ada pada peringkat negara atau pada peringkat antara bangsa
bagi mengetahui keberkesanan kepimpinan Guru Besar di sekolah berkenaan.

Populasi dan Persampelan

Kajian ini melibatkan 6 orang responden yang terdiri daripada
a. Encik Norzihan Bin Rijaludin, Guru Besar di Sekolah Sk. Menson Cameron Highland.
b. Muhammad Shaari Bin Husin, Guru Penolong tahun 6 Sekolah Kebangsaan Menson,
Cameron Highlands
c. Cik Aimi Nadia Bt. Shuaib, Ketua Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Menson,
Cameron Highlands.
d. Hamidah Binti Amar, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah
Kebangsaan Menson, Cameron Highlands. Tempat tinggal di Kg. Leyar, Cameron
Highlands
e. Puan Halimah Binti Umar, Penolong Kanan 1, SK. Menson Cameron Highlands.

108

f. Kapas Bin Pancing, Tok Batin Kg. Leryar, Kg Leryar Cameron

Kajian ini menggunakan 2 instrumen kajian iaitu:

i. Temu bual meliputi 6 orang seperti dalam populasi di atas
ii. Dokumen meliputi Maklumat pelaksanaan projek, Maklumat penglibatan, Program Jalinan

dan jaringan, Program Pembentukan Sahsiah dan mensyukuri nikmat Melalui RMT,
Kebitaraan kebudayaan dan kesenian, Statistik kehadiran pelajar dan Pencapaian dan
pengiktirafan. Dokumen-dokumen ini diperolehi di Pejabat sekolah berkenaan. Sumber ini
dapat menolong pengkaji mengesahkan kejayaan sekolah SK Menson Cameron Highland.
Dokumen-dokumen yang diperolehi ini kemudian dianalisis untuk menghasilkan suatu
dapatan yang bertepatan dengan tajuk kajian serta dapat dipertanggungjawabkan akan
kesahihanya.

PERBINCANGAN

Kajian Etnografi yang dijalankan di SK Mension Cameron Highland, Pahang yang melibatkan
pensyarah-pensyarah JSS dan pelajar PISMP Sem 6 dan Sem 8 Major Sejarah IPGKSM
bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen yang menyokong kepada kemunculan SK
Mension sebagai sekolah orang asli yang terunggul di Malaysia .Untuk itu pihak penyelidik
IPGKSM telah menemubual Guru Besar selaku pentadbir utama, PK 1, Ketua Panitia, guru
akaddemik, pemimpin masyarakat (tok batin) dan ibu bapa. Selain itu rujukan dokumen juga
dibuat untuk menanalisis kejayaan kejayaan yang dicapai oleh sekolah pada peringkat daerah,
negeri dan antarabangsa. Hasil dari temubual dan rujukan dokumen dapat dirumuskan bahawa
untuk mencapai sesuatu kejayaan bukan dengan jalan pintas sebaliknya perlu kepada komitmen
yang tinggi dari peringkat pengurusan kepada pekerja sokongan. Kerjasama dari ibu bapa,
pemimpin-pemimpin masyarakat dan bantuan dari NGO-NGO serta institusi institusi pengajian
tinggi dalam dan luar negara juga faktor yang banyak memberi sumbangan dari material dan
kepakaran untuk menjadikan SK Mension berada pada peringkat sekarang.

Kewibawaan GB/ Gaya Kempimpinan Besar

Mengikut GB kejayaan sesebuah sekolah itu bermula dari penetapan visi dan misi sekolah yang
jelas, iaitu ingin menjadikan setiap anak orang asli yang keluar dari SK Mension menjadi orang
berguna untuk masyarakat dan persekitaran. Pandai mengurus diri, menjaga kebersihan diri dan
berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan masyarakat. Ini dinyatakan seperti berikut:

“Visi dan misi sekolah ini you boleh lihatlah di pintu hadapan sekolah, cumanya
apa yang saya nak tegaskan disini ialah saya nak memastikan setiap orang… ye
la sebagaimana awak tau, walaupun mereka orang asli…. tetapi saya nak bila
mereka keluar dari sekolah dan membesar suatu hari nanti menjadi seorang yang
sangat berguna kepada masyarakat dan persekitara… ye lah… bagi saya
mereka tidak semestinya pandai dan score dalam exam, tetapi cukuplah menjadi
seorang yang beramanah, pandai menjaga kebersihan diri, menguruskan diri…

Selain dari itu Guru Besar juga berpendapat kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih
dari pelajar orang asli maksudnya dari sudut akademik berbanding pelajar bukan orang asli. Bagi
mereka pandai mengurus diri, tidak pengotor dan bersikap rapi sudah berjaya menjadi warga yang
baik. Bila perkara asas ini dapat diamalkan dan diterap kepada pelajar o maka barulah beralih
kepada isu pelajaran dan kegiatan kokurikulum yang lain.

109

Guru Besar SK Mension seorang Guru Besar yang cemerlang berpengalaman luas dalam
pentadbiran, telah mengajar di sekolah yang terbaik di Cameron Highland telah diberi mandat
untuk memajukan sekolah orang asli. Beliau menerima cabaran apabila ditempatkan ke SK
Mension.Pada peringkat permulaan beliau bertugas beliau mula membuat analisis keadaan
sekolah dari segi hubungan guru, murid dan ibu bapa. Beliau cepat membaca situasi tidak
menunggu masa lama untuk buat perubahan, walaupun pun beliau mempunyai cara tersendiri
untuk bertindak, bukan membuat tuli. IPengalaman beliau sebagai pendidikan daerah juga
dimanfaatkan, selain itu beliau menggunakan ilmu mengurus dan menangani gelagat manusia
dari pendidikan peringkat Ijazah beliau di UPSI.

Dalam Mengurus organisasi Guru Besar menggunakan ketiga-tiga gaya kepimpinan iaitu
autokratik, demokratik dan laizze-fair. Untuk perkara yang melibat dasar kementerian dan dasar
pendidikan guru besar menggunakan gaya kepimpinan autokratik dalam memastikan pengawai
bawahan mematuhi arahan. Berikutnya dapat dilihat bagaimana beliau memastikan guru gurunya
sentiasa berkerja mengikut peraturan yang ditetapkan dari segi kehadiran dan pengajaran dalam
kelas, guru mesti bersama murid dan mematuhi atika kerja dan berpakaian, soal disiplin
kakitangan dititikberatkan kerana ini katanya imej sesebuah organisasi.

Manakala Guru Besar juga adakalanya lebih demokratik dalam sesuatu isu, atau situasi, ini
diceritakan semasa temubual bahawa beliau sentiasa membuat ruang kepada guru gurunya untuk
terus maju sama ada dalam pendidikan, hal ini terserlah bahawa semua guru penolongnya
berijazah, hanya guru Penolong Kanan sahaja yang tidak berijazah. Beliau mencalonkan seorang
guru muda yang mengajar Bahasa Inggeris sebagai guru cemerlang peringkat daerah dan negeri.
Terbukti guru tersebut mendapat anugerah itu. Bermakna beliau tidak memilih kasih dalam
membuat ruang dan peluang pada gurunya untuk terus maju.

Berikutnya Guru Besar juga mengamalkan konsep laizze fair dalam banyak pentabiran terutama
apabila berkoloborasi dengan pihak luar. Beliau seorang yang berpandangan terbuka serta sedia
menerima cadangan dan teguran yang membina. Sikap begini memboleh beliau sentiasa
disenangi oleh semua pihak. Seperti yang dilafazkan semasa temubual bersamanya...

Akan datang, apa yang orang selalunya, dia akan buat, akan buat apa sahaja
ruang dan peluang yang dia ada. Dia akan gunakan ruang dan peluang untuk
mencapai ke tahap yang lebih yang lebih tinggi. Itu saja, kita tak tetap ke satu
sasaran yang tepat. Ok kalau boleh, program kebitaraan murid, ada lagi program
peringkat antarabangsa, kami akan libatkan. Aktiviti kemenjadian murid dari segi
sukan, sahsiah diri kita bangunkan ke peringkat yang tertinggi yang boleh. Itu
matlamat sekolah...

Aspek-Aspek Mempengaruhi Kejayaan SK Mension

Kejayaan sesebuah organisasi atau sekolah bukannya datang dengan sekelip mata tapi ianya
bermula dari bawah seterusnya semakin berkembangan dan berkembang. Hasil temubual
dengan guru besar dan penolong kanan, guru penolong dan pemimpin masyarakat orang asli
yang berada disekitar SK Mension dapat dirumuskan bahawa beberapa faktor yang menyumbang
ke arah kejayaan SK Mension sehingga keperingkat antarabangsa. Contoh kejayaan yang
diraihkan SK Mension boleh dirujuk kepada salinan- salianan dokumen dan testimonial
dipaparkan di bawah.

110

Kepimpinan Berkesan Guru Besar

Pengurus sekolah menjadi nadi utama kejayaan sesebuah sekolah, Guru Besar merupakan
individu yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sekolah. Idea dan keterampilan
serta ketokohan Guru Besar SK Mension terserlah apabila beliau diberi mandat untuk memimpin
sekolah. Pada permulaannya beliau mula mengesan apakah potensi utama yang boleh
dibangunkan di SK Mension, didapati dalam bidang akedemik agak sukar untuk dibitarakan, tetapi
potensi lain yang dikenapasti iaitu tarian tradisional orang asli, jadi beliau mula bergerak dengan
kerjasama guru dan masyarakat orang orang sendiri membantu mengenengah tarian pelajar asli
SK Mension keperingkat daerah, kebangsaan dan seterusnya ke arena antarabangsa. Beberapa
anugerah yang diterima maka GB mendapat perhatian dari luar terutama NGO-NGO dan pusat-
pusat pengajian tinggi tempatan luar negara termasuk Thailand dan Jepun.

Sokongan dari Guru-guru SK Mension

Kejayaan sesebuah sekolah itu bukan hanya bergantung kepada kepimpinan berkesan
seseorang pengurus sekolah atau guru Besar semata mata tapi memerlukan sokongan dan
komitmen sepenuhnya dari semua pihak di bawahnya. Peranan guru-guru amat penting kerana
merekalah yang mengerakannya. Hasil temuramah dengan guru penolong kanan, ketua penitia
dan guru penolong didapapti mereka ini memberi sokongan dan komitmen yang sepenuhnya
kepada Guru Besar dalam apa jua program yang dilaksanakan. Contohnya Program untuk
menarik minat murid datang ke sekolah dengan memperkenalkan Program 1 murid 1 Polybag...
ini ditegaskan oleh salah seorang guru yang telah ditemubual...

“Okay untuk menarik minat murid, kita dah buat banyak program. Program utama
sekolah ni ialah Program 1 Murid 1 Polybag. Okay dalam program ni murid akan
tanam satut anaman. Contohnya kangkung, sawi, bayam. Murid aka njaga
tanaman tersebut. Jadi kalau murid ta kdatang kesekolah, tanaman. Takkan
subur pastu kita adakan merit. Apabila berakhirnya projek tersebut, kita akan
dapat checklah tanaman tak subur maknanya murid tu kurang datang ke sekolah.
Kalau tanaman tu subur tu, dapat jaga dengan baik, kita akan bagi hadiahlah
kepada murid-murid tersebut. Biasanya murid akan berasa teruja. Kalau dia
tengok tanaman dia tak okay tak subur, dia akan datang ke sekolah tiap-tiap
hari untuk jaga.”.

Program 1 murid 1 polybag ini telah menampaknya kesannya terhadap, kehadiran pelajar ke
sekolah pada setiap hari begitu menggalakan. Ini semua memerlukan kerjasama guru guru untuk
menyelianya.

Berikutnya kerjasama dan komitmen guru yang tinggi dapat dilihat melalui program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) iaitu satu konsep yang diperkenalkan untuk membimbing pelajar
supaya berdisiplin dan bertanggungjawab. Konsep ini diadaptasi dari Jepun, hasil dari lawatan
Guru Besar ke Nogaya Jepun. Ternyata ianya berkesan dan ianya belum diperkenalkan di
sekolah di negara ini khususnya sekolah orang asli. Ini seperti dijelaskan oleh seorang guru
semasa sesi temubual tesebut.

...Nanti boleh tengoklah di sini PPKI RMT ambil gambar bagaimana mereka
menyusun, mengatur ada orang mengagih lepas siap makan sisa makanan
buang mana. Kita kena terap la nilai tu sebab nilai tu kita tak boleh cakap je
‘Awak lepas makan kena buat macamni’ dia tak boleh. kena praktik bila dipraktik
benda tu akan jadi la...

111

Pada permulaannya nampak sukar sedikit untuk pelajar orang mengamalkan budaya begini tetapi
selepas bimbingan guru kelas didapati pelajar akhirnya dapat menguruskan dengan sendiri dan
kita lihat pelajar begitu seronak serta melatih mereka tidak mementingkan diri sendiri.

Kerjasama dan toleransi guru-guru dapat dilihat melalui kunjungan mereka ke rumah-rumah
pelajar orang asli di sekitar bertujuan untuk mengajak anak-anak mereka datang ke sekolah
terutama diawal penggal persekolahan. Sebagaimana kita tahu kedatangan ke sekolah bagi anak
anak orang asli menjadi isu utama kerana anak anak orang lebih gemar berada di rumah dari
datang ke sekolah. Dengan motivasi dan pengorbanan guru-guru SK Mension memberi dorongan
dan nasihat kepada ibubapa orang asli supaya menyuruh anak mereka rajin-rajin ke sekolah.
Bebagai ganjaran dalam bentuk peralatan sekolah dan makanan diberi semasa kunjung ke
rumah., Justeru itu menjadi sejarah kepada SK Mension pada awal persekolahan 2019
kedatangan pelajar 100 peratus. Ini seperti yang dijelaskan melalui perbualan dengan salah
seorang guru di SK Mension...

R: Sebab sejarah sekolah ini 2.1.2019 hari pertama persekolahan kehadiran
kami 100 peratus tak pernah berlaku. Masa tulah panggil by surat okay tahun
depan kena datang untuk ambil semua perlatan sekolah. Jadi makbapa tak perlu
beli, jadi dia dapat semua baju dapat, kasut dan peralatan semua dapat. Hari
pertama ke sekolah....

Banyak lagi komitmen dan pengorbanan guru-guru untuk sama\-sama memajukan SK Mension
terutamanya dalam mengurus asrama. Disiplin dan keceriaan asrama sentiasa diambil perhatian.
Program Budaya 5S juga cuba diamalkan. Kita dapat pelajar-pelajar orang ini tidak lagi takut bila
berjumpa orang luar malah mereka lebih sopan dan santun dalam menegur tetamu, amat
membanggakan sekali.

Masyarakat Tempatan

Kejayaan SK Mension sehingga terkenal sehingga keperingkat antarabangsa dalam pelbagai
bidang terutama tarian asli. Di sini peranan ibu bapa dan pemimpin masyarakat tempatan dalam
menjayakannya tidak dapat disangkalkan lagi. Hasil temuramah dengan salah seorang Tok Batin
menampakkan peranannya dalam menjayakan program sekolah begitu penting. JawatanTok
Batin itu sendiri bukannya disandang oleh orang sebarangan, mesti mempunyai kewibawaan dan
krisma yang tersendiri walaupun secara umumnya ia diwarisi. Seperti yang dijelaskan semasa
temubual dengan salah seorang Tok Batin......

...Latar belakang pendidikan saya bermula dengan sekolah rendah di Sk Menson
itu sendiri dan pendidikan yang baik telah menjadikan Tok orang yang
berpengetahuan dan berilmu secara tidak langsung. Bukan ramai orang lama
yang sebaya dengan tok tahu untuk bercakap dan berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu. Antara kriteria untuk menjadi tok batin adalah perlu berupaya untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu...

Tok batin dan ibu bapa orang asli sering mengadakan perjumpaan untuk membincangkan hal hal
semasa anak mereka, Mereka akan memberi sokongan yang padu kepada pihak sekolah dalam
apa program yang dilaksanakan untuk kemajuan sekolah terutama mengenai berkaitan dengan
budaya orang asli seperti tarian. Tarian pelajar SK Mension telah dipersembahkan hingga
keperingkat antarabangsa. Banyak anugerah untuk persembahan tarian diperolehi. untuk
berikutnya boleh dirujuk kepada dokumen atau sijil anugerah yang dilampirkan. Kejayaan ini
sebenar banyak bengantung kepada komuniti tempatan yang membantu kerana mereka yang

112

mengetahui corak sebenar persembahan disamping tenaga penggerak tari terdiri dari guru-guru
SK Mension sendiri sebagai kereografernya.. Selain itu masyarakat orang asli mempunyai
kepakaran mereka dalam membuat kraftangan. Kepakaran ini turut dikongsi dengan guru-guru
SK Mension. Sumbangan utama perhiasan atau kraf untuk tarian tradisional pelajar orang semasa
mengadakan persembahan.

Selain bantuan dari segi kepakaran kraftangan, masyarakat orang juga mempunyai kesedaran
terhadap menjaga tradisi masyarakat orang asli Senoi supaya tidak pupus dan anak-anak mereka
tahu asal usul masyarakat mereka. Perkara ini dijelaskan oleh Tok Batin semasa sessi temubual
dilaksanakan...

...Program yang selalu dilakukan adalah perjumpaan Tok Batin bersama dengan
ibu bapa. Saya dan ibu bapa akan berbincang tentang keperluan anak-anak di
kampung ini dalam pelajaran. Kalau ada masalah kami akan berbincang untuk
selesaikannya. Selain itu, kami turut berbincang untuk kesedaran tradisi orang
asli. Kebiasaannya, penduduk kampung akan bersama- sama murid akan
berbincang tentang budaya dan tradisi kaum asli Senoi ini supaya murid -murid
tahu asal usul masyarakat mereka..

Masyarakat tempatan juga sering mengadakan gotong-royong di sekolah dan sekitar kampung
supaya murid-murid dapat belajar nilai-nilai murni yang baik seperti menjaga kebersihan dan
kerjasama. Perkara iitu turut dijelaskan oleh Tok Batin semasa sessi temubual dengan penyelidik.
Berdasarkan penyataan di atas jelas bahawa masyarakat SK Mension khusus Tok Batinnya
seorang yang berwawasan dan berpandangan luas. Begitu juga dengan Tok T\ok Batin di tiga
buah kampung lain yang mempunyai jumlah penduduk seramai 300 orang dari 98 keluarga,
Pelajar SK Mension 100 peratus adalah anak orang asli yang berada di empat buah kampung di
sekitarnya.

Berikutnya penglibatan komuniti setempat dan ibu bapa murid secara gotong - royong membina
Dataran Pendidikan yang menjadi tempat aktiviti kurikulum dan ko kurikulum berlangsung, selain
dari itu sebagai tapak perhimpunan, gelanggang serbaguna yang dilengkapi dengan PA Sistem
berkualiti tinggi.

Komuniti setempat juga turut menyumbang tenaga dan PIBG sendiri telah mengeluarkan
peruntukan sebayak RM 3000 untuk menyiapkan Menson Campsite iaitu tapak perkhemahan di
kawasan bukit di sisi bangunan pentadbiran dengan keluasan tapaknya 1 hektar. Pada mulanya
ini merupakan kawasan hutan. Melalui kerjasama orang kampung tapak perkhemahan ini telah
siap buat masa ini boleh digunakan untuk kursus kempimpinan, kegiatan ko kurikulum,
benchmarking dan perkhemahan bersepadu.

Peranan Agensi-Agensi Luar dalam Memajukan SK Mension

Kepimpinan Guru Besar atau pentadbir tidak begitu berkesan dalam memajukan sesebuah
sekolah tanpa mendapat sokongan orang bawahan, komuniti setempat dan agensi-agensi serta
NGO-NGO yang menyumbang ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. SK Menson telah
banyak menerima bantuan dari NGO-NGO setempat dan antarabangsa dalam bentuk meterial
dan khidmat nasihat. Pihak sekolah telah membuka ruang yang luas kepada orgnisasi-organisasi
luar untuk bekerjasama demi memajukan sekolah itu sendiri. JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang
Asli) adalah badan induk yang secara langsung mengendalikan hal ehwal orang asli dari semua
aspek termasuklah kewangan dan pendidikan.

113

Justeru ini untuk kecemerlangan akademik SK Menson telah menerima bantuan dari Empower
ECER (East Cost Economic Region) cawangan Pahang. Empower ECER ini telah memberi
khidmat nasihat dan bengkel bengkel motivasi untuk pelajar tahun 4-6 dan ibu bapa sehingga
pihak sekolah tidak cukup ruang untuk buat program sendiri, keadaan ini dinyatakan oleh seorang
penolong kanan sekolah tersebut semasa ditemubual.

R: Setakat ni, untuk murid, kami hanya ada kelas kecemerlangan untuk
bimbingan kelas tahun 6. Bengkel-bengkel kami tak akan buat sebab ia akan
mengganggu PdPc atau disebabkan ada pihak luar yang datang ke sekolah dan
berlaku PdPc dengan pihak lain, macam sekarang, murid akan berlaku proses
pembelajaran di luar bilik darjah, yang macamtu memang dibenarkan. Memang
empower ECER yang akan buat memang tak ada ruang untuk sekolah buat
program. Sebab dia orang setiap minggu aka nmengadakan bengkel atau
program.

Sumbangan Empower ECER ini banyak membantu SK Menson dalam pembangunan sumber
manusia staff dan warga SK Menson untuk membolehkan SK Menson berada dimercu kejayaan
dan kegemilangan seperti yang ada sekarang.

SK Menson juga menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidkan tinggi tempatan dan luar
negara. Melalui kerjasama ini membolehkan SK Menson menerima manfaat yang begitu besar
khususnya aspek pembangunan sahsiah dan akademik guru dan pelajar SK Menson. Contohnya
UPSI melalui pelajarnya telah banyak membantu murid –murid SK Menson untuk menguasai
Bahasa Inggeris. Murid-Murid orang asli dilatih berkomunikasi dalam bahasa inggeris supaya
dapat bercakap bahasa inggeris apabila berhadap dengan orang luar negara. Ini terbukti berjaya
apabila pelajar dari Nagoya Jepun datang ke SK Menson dibawah program kerjasama yang telah
dijalinkan semasa kunjungan GB SK Menson ke sana pada 2017 atas tajaan Syarikat Yakult.
Semasa kunjungan ke Jepun beliau berpeluang membuat menandatangani jalianan kerjasama
dengan universiti Nagoya dan melawat beberapa sekolah rendah di Nagoya. Idea dari Jepun cuba
diaplikasikan di SK Mension seperti cara menyediakan RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
yang dilaksanakan begitu berkesan sekali. Selain dari itu terdapat banyak lagi penglibatan sektor-
sektor swasta, IPTA, IPTS, IPG dan Instiusi Kewangan, Pusat Kesihatan dan pertubuhan
pertubuhan Politik yang tidak dinyatakan dalam penulisan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu kecemerlangan SK Menson.

KESIMPULAN

Berdasarkan perspektif penganalisisan dapatan temubual dan rujukan dokumen dapat
disimpulkan bahawa kecemerlangan sesebuah organisasi itu bukanlah datangnya dari
sumbangan satu pihak sahaja malah gabungan berberapa pihak. Namun begitu dalam konteks
SK Menson peranan peneraju utama atau Guru Besar yang nampak lebih dominan dalam
memberi idea serta menyusun strategik yang kemas dan mantap memastikan terus cemerlang.
Peribadi beliau sendiri yang mudah didekati, senang dibawa berbincang dan sedia berkongsi idea
tanpa mengira latar belakang seseorang. Kewibawaan dan krisma yang ada pada Guru Besar
menjadi aset yang penting untuk masa depan SK Menson. Oleh itu tidak mustahillah SK Menson
dapat maju beberapa langkah ke hadapan jauh meninggalkan sekolah-sekolah sekelas
dengannya seiring dengan perkembangan pendidikan Abab Ke 21 dan golombang Revolusi
Industri 4.0 yang sedang melanda seluruh dunia termasuklah sektor pendidikan. Sebagai
mengakhiri perbincangan hayatilah apa yang sempat dirakamkan semasa sesi temu bual dahulu
dengan Guru Besar SK Menson.

114

R: Saya bukan nak melahirkan semua yang nak jadi Doktor, bukan semua jadi
lawyer. Ha, itu matlamat sekolah, kena ada sifat. Kalau dia jadi tukang kebun, dia
jadi tukang kebun yang amanah, tukang kebun yang jujur,
bertangunggungjawab, tukang kebun yang ada nilai integriti. Dia tahu tugas dia.
Kita harap macam tu lah, Malaysia nanti.

BIBLIOGRAFI

Abul Ghani Abdullah. (2009). Pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah dan efikasi kolektif
guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan ke-16.

Abdul Kudus Abu Bakar. (2000). Kepimpinan transformasi: Hubungannya dengan kepuasan kerja
dan motivasi guru. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Aminudin Mohd Yusof. (1989). Kepimpinan, motivasi dan prestasi: Model guru dan tentera. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aini Hassan. (2007). Kualitatif Atau Kuantitatif: Memahami Andaian Asas yang Mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). 7-16. ISSN 0126-5024.

AmirHasan, D. (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi ketiga. Tanjong Malim:
Quantom Books.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Lim Ting Theng (2010). Gaya Kepimpinan Guru Besar dan
Hubungan dengan Faktor-Faktor Kepimpinan di Sekolah Penerima Anugerah Sekolah
Cemerlang Di Negeri Melaka. Journal of Science & Mathematics Education.

Bahari et.al (2016), gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru (headmasterleadership
style and teacher’s efficacy). Journal of Personalized Learning

Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam
Kamaludin, & Azlin Norhaini Mansor. (2016). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap
Efikasi Guru. Journal of Personalized Learning, 2(21), 9–17.

Bogdn, R.C & Biklen, S.N. (2006). Qualitative Research for Education. Ed. Boston: Allyn and
Bacon.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman.
Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Mc Graw-Hill (Malaysia)

Companies. Sdn.Bhd.
Drever. E. (1995). Using Semi- Structured Interviews in Small-Scale Research:A Teacher’s

Guide. Glasgow : The Scottish Council for Research Education.
Drucker, P.F. (1985). Innovation & entrepreneurship. New York, NY: HarperCollins.
Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1),15-24.
Er Ah Choy, Zalina Che Mat Ariffin dan Joy Jacqueline Pereira (2010), Sosioekonomi

Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor,
Malaysia. Jurnal Melayu (5)2010: 295-314
Fink. A. (1995). How to Sample in Survey. London” Sage Publication.
Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E (1996). How to Design and Evaluate Research . United State of
American: Mc Graw-Hill, Inc.
Gary Yukl, (2009:4) Leading organizational learning: Reflections on theory and research. The
Leadership Quarterly.Volume 20, Issue 1, February 2009, Pages 49-5.
Gay. L. & Airasian. P. (2003). Aducational Research: Competencies for Analysis and
Application. Ed. Ke-6. Colombus. Oh: Merill.
Ghaziah Mohd Ghazali. (2010). Pemerhatian dan Temu bual. Dlm. Noraini Idris.(pnyt.).
Penyelididkan dalam Pendidikan. New York: McGraw-Hill. (Malaysia) Sdn.Bhd.
Gibson, S. & Dembo, M. (1984). Teacher efficacy: A construct validation. Journal of
Educational Psychology, 76(4), 569-582.

115

Hithock. G. &Hudges. D. (1989). Research and Teacher: Qualitative Introduction to School-Base
Research. New York: Routledge.

Hushin, Hassan dan Hussin, Adnan. (2011). Hubungan Kepuasan Kerja Guru-Guru Dengan Gaya
Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah Daerah Besut, Terengganu. Universiti Teknologi
Malaysia: Unpublished

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP Ismail
Ahmad (2017). Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Daerah Marang, Terengganu. Proceedings of the ICECRS (2017)
1(1) 69-72

Ismail Mustafa. (2008). Kepimpinan pendidikan: Teori dan amalan. Jitra: Pure Honey
Entrprise

Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus
Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012, di Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012.
Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim. Johor
DarulTa'zim.

116

PENGARUH KEBERKESANAN PENERAPAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS
MINAT TERHADAP PENGAJARAN PENSYARAH DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR PISMP DI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN SEMESTER SATU TAHUN 2019

Mohd Ramzan Awang, Mohamad Abd Kadir,
Azman Mohamed Nor, Baharuddin Hussin
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

[email protected]

Rohaidza Hakimah Mohamad
Sek. Keb. Bukit Puteri, Jerteh, Terengganu

ABSTRAK

Kajian-kajian lepas mendapati kaedah Pembelajaran Koperatif merupakan satu kaedah alternatif
dalam pedagogi pembelajaran abad ke-21 kerana mempunyai prinsip khusus bagi meningkatkan
pemahaman serta memupuk kemahiran yang pelbagai aras dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana
melalui Pembelajaran Koperatif penglibatan kerjasama pelajar secara kumpulan kecil mahupun
individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran berupaya memupuk kemahiran berfikir aras
tinggi serta nilai-nilai murni dalam konteks pendidikan abad ke-21. Kajian ini dijalankan berdasarkan
kaedah kajian tinjauan kuantitatif untuk melihat pengaruh keberkesanan kaedah pembelajaran
koperatif ke atas minat terhadap pengajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Kajian ini melibatkan sejumlah 123
orang pelajar semester enam bagi sesi pengajian Semester 1/2019. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk menentukan corak amalan kaedah pembelajaran koperatif yang paling kerap
diamalkan dalam kalangan pelajar tersebut. Insrumen kajian ini dimurnikan daripada insrumen kajian
tinjauan Neo (2012) berasaskan Model Pembelajaran Koperatif (Cooperative Learning Model),
manakala instrumen Minat Terhadap Pengajaran telah dimurnikan daripada Zulzana, Mohamed &
Roslina (2012). Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 21. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min dan sisihan piawai dalam pemboleh ubah.
Analisis kuantitatif inferensi pula digunakan untuk mengenalpasti pembolehubah amalan kaedah
pembelajaran koperatif yang paling dominan mempengaruhi minat terhadap pengajaran. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam aspek minat terhadap pembelajaran koperatif. Secara umumnya amalan
pembelajaran koperatif telah mempengaruhi minat pelajar terhadap pengajaran pensyarah pada
korelasi sederhana. Kajian ini juga mendapati kesemua dimensi Pembelajaran Koperatif berada
pada tahap yang tinggi dan sangat tinggi serta memberi kesan yang ketara positif tehadap minat
para pelajar sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Secara tersiratnya pula, kajian ini
mendapati bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif mampu menjana kemahiran berkomunikasi,
berkolaborasi, pemikiran kritikal dan kritis serta kreativiti di samping wujudnya perkaitan rapat
dengan reka bentuk pengajaran (instructional design). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan
bahawa kaedah pembelajaran koperatif telah berjaya memperlihatkan peningkatan minat
pembelajaran pelajar dan menyokong peranan pensyarah sebagai ‘fasilitator’ dalam mengendalikan
kuliah.

Kata kunci: Pembelajaran koperatif, Minat terhadap pengajaran, Pelajar PISMP

PENGENALAN

Perkembangan pendidikan masa kini memerlukan strategi pengajaran yang lebih menitikberatkan
penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut kajian antarabangsa seperti yang
dilaporkan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kualiti dan
strategi pengajaran merupakan faktor yang signifikan dalam menentukan keberhasilan pelajar.
Kajian-kajian lepas mendapati keberhasilan dan pencapaian pelajar adalah terbangun hasil

117

daripada pengaruh corak pengajaran yang berkesan dan berstruktur selari dengan cabaran
tranformasi pendidikan masa kini. Antara cabaran pendidikan pada abad ke-21 ini adalah peranan
guru bagi membina dan memupuk pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai dalam kalangan
pelajar serta menarik minat murid terhadap pembelajaran. Proses ini perlu dilaksanakan secara
sistematik dan berstrategik melalui strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi melahirkan
pelajar yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam semua bidang.
Melalui proses pembelajaran inilah akan berlakunya proses transformasi ilmu pengetahuan,
kemahiran serta nilai-nilai daripada guru atau pensyarah kepada para pelajar. Hal ini tentunya
dapat dicapai melalui melalui pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menekankan
kepada kemahiran berkomunikasi, berkolaborasi, pemikiran yang kritis dan kritikal, serta
berkreativiti.

Bagi merealisasikan proses PdP yang bermakna dan peka terhadap perubahan-perubahan
semasa, maka seseorang guru atau pensyarah perlulah lebih proaktif dan berinisiatif untuk
menentukan kaedah atau strategi PdP yang mampu menarik minat pelajar. Hal ini kerana minat
terhadap pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi dalaman untuk
belajar (Zulzana, Mohamed & Roslina, 2013; Mohd Ramzan, Mat Zin & Azmi, 2015; Mohd
Ramzan & Mohd Anuar, 2016; Mohd Ramzan & Rohaidza, 2017). Dalam konteks ini ramai
pengkaji lepas mendapati salah satu kaedah PdP yang mampu dan sesuai dilaksanakan adalah
melalui Pembelajaran Koperatif. Hal ini kerana melalui kaedah Pembelajaran Koperatif semua
pelajar akan terlibat secara langsung dan saling bertanggungjawab dalam proses pembelajaran.
Kaedah Pembelajaran Koperatif memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami sesuatu
masalah pembelajaran dengan cara yang pelbagai melalui aktiviti-aktiviti berstrukur yang
disediakan. Secara tidak langsung kaedah ini sebenarnya telah membina pelajar berfikir pada
aras tinggi dan membina pelbagai kemahiran melalui aktiviti bekerjasama, berkongsi pendapat
dan seterusnya dapat membina gambaran tersendiri tentang sesuatu perkara. Melalui aktiviti-
aktiviti berstruktur ini juga kaedah ini membuka ruang ke arah lahirnya pemikiran yang bermakna
dan tuntas, seterusnya memberi keyakinan kepada pelajar untuk menyelesaikan setiap masalah
pembelajaran cara yang berbeza. Hal ini terbukti apabila banyak kajian terkini dan sebelumnya
mendapati bahawa pelaksanaan PdP di bilik darjah yang memberi peluang kepada perbincangan
tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkeupayaan menjana
pengetahuan dan kemahiran aras tinggi dalam kalangan pelajar (Aimi Hafizah, 2017; Amutha,
2018; Nurul Huda, 2014; Tse-Kian Neo, Mai Neo, Wai-Jing Kwok et al., 2012; Ahmad Redzuan,
2011; Hafizah et al.,2010).

Melalui pembelajaran koperatif juga prinsip ‘instructional design’ selari dengan keperluan semasa
dalam konteks pendidikan di Malaysia dapat dilaksanakan sepenuhnya melalui aktviti-aktiviti yang
berstruktur. Penguasaan guru dalam kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran Pedagogi Terbeza (PT) juga dapat diterjemahkan secara
langsung dan tidak langsung melalui kaedah Pembelajaran Koperatif. Hal ini kerana menurut
Johnson dan Johnson (1991) dan Kagan (1992) prinsip-prinsip yang ada dalam Pembelajaran
Koperatif seperti Kebergantungan Positif, Akauntabiliti Individu dan Kumpulan, Interaksi
Bersemuka, Kemahiran Interpersonal dan Pemprosesan Kumpulan/ Kemahiran Sosial adalah
meliputi kemahiran-kemahiran yang melengkapi reka bentuk pengajaran sebenar. Menurut Azizi
Hj. Yahya dan Intan Sapinas (2007) dan Effandi Zakaria (1998), melalui kaedah Pembelajaran
Koperatif guru mampu menguji dan dan membuat pentaksiran ke atas pelajar dengan memberi
gred berdasarkan pretasi kumpulan dan juga berdasarkan gred individu. Duplass (2006)
mendapati melalui kaedah pembelajaran koperatif aspek penilaian dan pentaksiran di bilik darjah
mampu dilaksanakan secara individu mahupun secara berkumpulan. Oleh itu, elemen
Pentaksiran Dalam Bilik Darjah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

118

(KPM) secara tidak langsung telah pun diterapkan melalui kaedah ini. Selain itu, kaedah
pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan peranan guru sebagai ‘fasilitator’, bukannya
‘perantara (mediator)’ dalam PdP. Hal ini kerana melalui penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang ada dalam pembelajaran koperatif seperti ‘Jig Saw’, ‘Role Play’, ‘Gallery Walk’,
‘Hot Seat’, ‘Think Pair Share’ dan sebagainya maka bentuk pengajaran tidak lagi terarah kepada
guru sebagai perantara dalam penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran sebaliknya
melibatkan peranan aktif pelajar.

ISU DAN MASALAH KAJIAN

Perbahasan mengenai corak atau strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi
mendepani cabaran besar dunia pendidikan telah wujud sejak dahulu lagi, malahan pelbagai teori
dan pandangan telah dikemukakan dan digunakan dari semasa ke semasa selari dengan
transformasi sistem pendidikan yang dilaksanakan. Istilah-istilah seperti ‘blended learning’,
‘problem based learning’, ‘pembelajaran konstekstual’ dan sebagainya merupakan istilah-istilah
pedagogi yang dirangka sebagai usaha ke arah penambahbaikan strategi PdP yang lebih
berkesan serta melahirkan guru-guru yang mahir dalam mengurus pemindahan pengetahuan dan
kemhairan kepada pelajar. Namun begitu, kajian-kajian lepas mendapati kemahiran
menggunakan satu pendekatan atau kaedah sahaja tidak memberi jaminan seseorang guru itu
mampu menangani segala masalah dan isu yang timbul dalam PdP di bilik darjah (Nor Fadilah,
2017). Hal ini kerana mengetahui dengan hanya mengetahui satu jenis kaedah dan menghadkan
suatu kaedah pengajaran sahaja akan memberi implikasi kepada ketidakberkesanan
pembelajaran pelajar. Kajian-kajian lepas juga mengenap pasti antara amalan yang perlu
dielakkan dalam PdP adalah memanggil pelajar secara rawak untuk menjawab soalan,
pengajaran tanpa objektif, gagal menggunakan pendekatan visual, meminta pelajar secara
sukarela sebelum bertanyakan soalan, sentiasa mengarahkan pelajar mengambil nota, isi
kandungan pengajaran yang berulang-ulang dan pada corak yang sama, tidak menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif, memberi ujian secara berterusan dan gagal mengaitkan
pembelajaran dengan dunia sebenar. Pandangan ini disokong oleh Paul dan Tendeukai Isaac
(2015) yang mendapati segelintir guru tidak mengaplikasikan kaedah pengajaran yang pelbagai
dan sangat terhad dalam merealisasikan ‘instructional design’, sebaliknya lebih kepada
memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kajian-kajian terdahulu mendapati dalam mendepani cabaran PdP pada abad ke-21 seseorang
guru atau pensyarah perlu menguasai strategi dan kaedah PdP seiring dengan perubahan-
perubahan dan keperluan pendidikan masa kini (Nur Angriani & Mohd Zulhasnan, 2018; Ropisa
& Rahimah, 2017; Fauziah, Rafisah, Kaliza & Nurhafizah, 2017; Bhavani & Zamri, 2017; Ummi
Kalthon & Ahmad Esa, 2014; Ahmad Redzuan, 2011). Antara alternatif dalam merancang PdP
dan pedagogi yang berkesan adalah melalui strategi Pembelajaran Koperatif (Cooperative
Learning). Hal ini kerana Pembelajaran Koperatif menyediakan pelbagai jenis kaedah
pembelajaran merangkumi proses PdP yang berfokuskan pelajar. Selain itu, kaedah
Pembelajaran Koperatif sangat sesuai diaplikasikan terhadap pelbagai kumpulan umur dan mata
pelajaran. Menurut Johnson & Johnson (1991), pembelajaran koperatif dapat dilaksanakan dalam
kumpulan kecil dengan melatih para pelajar yang terdiri daripada pelbagai aras pengetahuan dan
kemahiran dapat bekerjasama mempelajari isi kandungan pelajaran untuk mencapai objektif yang
ditetapkan secara berstruktur melalui pelbagai kemahiran sosial (Johnson & Johnson, 1991).

Namun begitu, kajian-kajian lepas juga menunjukkan corak pengajaran guru-guru adalah tidak
memberangsangkan. Kajian Joriah (2009), Mohd Anuar, Lokman, dan Al Muzammil (2009),
Norazlinda dan Surendran (2013), serta Nurulaim Asyikin dan Suhaila (2013) mendapati corak

119

pengajaran guru masih lagi berkonflik. Malahan menurut kajian Akademi Kepimpinan Pengajian
Tinggi yang dijalankan pada tahun 2011 seperti yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga mendapati corak pengajaran guru masih
dipertikaikan kerana tidak melibatkan semua pelajar, di samping wujudnya gejala pengajaran
yang pasif. Hal yang sama turut dinyatakan dalam kajian Teaching and Learning Research
Development (TALIS) yang mendapati hubungan antara amalan pengajaran guru dalam konteks
bilik darjah juga tidak memberangsangkan. Senario ini menunjukkan wujudnya isu dan masalah
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan era pendidikan abad ke-21.

KERANGKA KAJIAN

Kerangka Teoritikal

Berdasarkan beberapa isi dan permasalahan telah dibincangkan di atas maka kerangka kajian
telah dibentuk bagi meneroka secara mendalam berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran
sebelumnya yang berkaitan dengan konteks pedagogi PdP seperti Teori Pembelajaran Kognitif,
Teori Pembelajaran Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Piaget, dan Teori Pembelajaran
Vgotsky. Kesemua teori pembelajaran ini saling berkait rapat antara perkembangan kognitif,
proses meneroka dan cuba jaya. Elemen-elemen perkembangan pembelajaran inilah sebenarnya
yang telah membentuk kaedah pembelajaran koperatif. Hal ini kerana perubahan tingkah laku
yang positif akan dapat dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran secara
berstruktur yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur
pembelajaran akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan dan kemahiran ke dalam
ingatan jangka panjang melalui kelima-lima prinsip yang ada dalam kaedah pembelajaran
koperatif iaitu Kebergantungan Positif, Akauntabiliti Individu dan Kumpulan, Interaksi Bersemuka,
Kemahiran Interpersonal, dan Pemprosesan Kumpulan/ Kemahiran Sosial.

Kerangka Konseptual

Secara khususnya kajian ini dibina berdasarkan kerangka konseptual seperti Rajah 1 di bawah:

Pemboleh Ubah Pemboleh Ubah Tidak
Bersandar Bersandar

(Amalan Pembelajaran (Minat Terhadap Pengajaran
Koperatif) Pensyarah)

Kebergantungan Positif

Akauntabiliti Individu Pengaruh Minat Terhadap
dan Kumpulan Keberkesanan Pengajaran Pensyarah

Interaksi Bersemuka

Kemahiran
Interpersonal

Pemprosesan
Kumpulan/

Kemahiran Sosial

Rajah 1. Kerangka konseptual kajian.
Berdasarkan Rajah 1 di atas, kajian ini akan mengenal pasti pengaruh keberkesanan dimensi-
dimensi yang wujud dalam Pemboleh Ubah Bersandar (Penerapan Pembelajaran Koperatif)

120

terhadap Pemboleh Ubah Bersandar (Minat Terhadap Pengajaran Guru). Kerangka konseptual
ini dibina berdasarkan Kerangka Teoritikal seperti yang dijelaskan di atas.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif dengan minat terhadap pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar
PISMP di IPGKSM. Secara khususnya pula tujuan kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap amalan kaedah pembelajaran kopertif dan minat terhadap pengajaran
pensyarah dalam kalangan pelajar PISMP.

2. Mengenalpasti perbezaan tahap keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar PISMP berdasarkan jantina.

3. Mengenal pasti keberkesanan pengaruh pemboleh ubah bersandar bersandar ke atas
pemboleh ubah tidak bersandar dalam kalangan pelajar PISMP.

4. Mengenal pasti pengaruh keberkesanan kesemua dimensi pemboleh ubah bersandar ke
atas pemboleh ubah tidak bersandar.

Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan kajian berikut:

1. Apakah tahap amalan bagi semua pemboleh ubah kajian dalam kalangan pelajar PISMP?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan amalan pembelajaran koperatif berdasarkan

jantina dalam kalangan pelajar PISMP?
3. Sejauhmanakah keberkesanan pengaruh pemboleh ubah bersandar ke atas pemboleh ubah

tidak bersandar dalam kalangan pelajar PISMP?
4. Sejauhmanakah keberkesanan pengaruh kesemua dimensi pemboleh ubah bersandar ke

atas pemboleh ubah tidak bersandar dalam kalangan pelajar PISMP.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan rentasan melibatkan analisis deskripif dan inferensi
yang menggunakan soal selidik terpiawai sebagai alat ukur untuk memperoleh data daripada
responden. Mohd Majid (1994) menyatakan kajian berbentuk deskriptif dan inferensi adalah
sesuai digunakan dalam kajian yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang
sedang berlaku. Tambah beliau lagi, kajian tinjauan sesuai digunakan dalam penyelidikan kerana
ia bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai sesuatu pembolehubah yang diukur.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah daripada kalangan guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Perguruan
(PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu Darul Iman
(IPGKSM). Kesemua guru pelatih seramai 123 orang telah dipilih sebagai sampel kajian ini.
Kesemua sampel adalah mewakili keseluruhan bilangan populasi pelajar yang masih ada di
IPGKSM sehingga bulan Jun 2019.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan dua soal selidik iaitu yang dibina oleh Neo (2012) bagi mengenal pasti
pembolehubah model pembelajaran koperatif dan soal selidik yang dibina oleh Zulzana,
Mohamed dan Roslina (2012) bagi menentukan pembolehubah minat terhadap pengajaran.
Pengkaji telah memurnikan semula kedua-dua soal selidik tersebut agar selari dengan objektif
dan kepentingan kajian yang dijalankan. Bagi soal selidik yang dibina oleh Neo (2012) pengkaji

121

telah menjalankan proses pemurnian menggunakan kaedah ‘back translation method’ seperti
yang dicadangkan oleh Model Pasukan Terjemahan TRAPD (Translation, Review, Adjudication,
Pretesting, and Documentation) oleh Survey Research Center (2011).

Kaedah Analisis Data

Bagi menentukan tahap bagi setiap pemboleh ubah data telah dianalisis menggunakan kaedah
pemeringkatan min yang diambil daripada Laporan Kajian Impak Penilaian Program
Pensiswazahan Guru (2017). Pemeringkatan min ini adalah sesuai bagi soal selidik yang
mempunyai skala 4 markat. Penerangan pemeringkatan min adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2. Pemeringkatan Skor Min

_____________________________________________________________________

Bil Skor Min Tahap Min Interpretasi

_____________________________________________________________________

1 2.80 – 4.00 Tinggi Amalan yang sangat kerap berlaku

2 1.40 – 2.79 Sederhana Amalan yang kerapkali berlaku

3 0.00 – 1.39 Rendah Amalan yang jarang-jarang berlaku

_____________________________________________________________________

Bagi mentafsir keberkesanan pengaruh antara dua pemboleh ubah pula, interpretasi saiz korelasi
yang dicadangkan oleh Hair, Money, Samouel, dan Page (2007) digunakan dalam kajian ini.
Penentuan saiz korelasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah:

Jadual 3. Saiz Dan Interpretasi Korelasi Antara Pemboleh Ubah

Bil Saiz Korelasi Interpretasi Korelasi

_____________________________________________________________________

1 .91 - 1.00 Korelasi pengaruh yang sangat tinggi

2 .71 - .90 Korelasi pengaruh yang tinggi

3 .41 - .70 Kolerasi pengaruh yang sederhana

4 .21 - .40 Korelasi pengaruh yang rendah

5 .01 - .20 Korelasi pengaruh sangat rendah

6 .00 Tiada Korelasi

_____________________________________________________________________

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 123 borang soal selidik yang mengandungi 43 item
keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut pengkaji menerima kembali borang soal selidik
sebanyak 114 borang soal selidik yang mewakili sebanyak 93 peratus daripada yang telah
diedarkan. Borang yang telah diterima kembali sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah
sebenar yang diedarkan telah pun memenuhi syarat bagi tujuan menganalisis data pada peringkat
seterusnya (Mohd Majid, 1990).

Ujian Normaliti Data

Ujian normaliti data telah dijalankan bagi menentukan data-data yang dimasukkan dalam perisian
SPSS adalah sah dan boleh diuji pada peringkat analisis inferensi. Ujian ini dijalankan berujuan
untuk menggugurkan data yang dianggap ekstrim kerana mempunyai nilai rentang (outlier) yang
tinggi berbanding data-data lain yang bertaburan normal. Kaedah pertama yang dijalankan oleh
pengkaji adalah dengan menggunakan ujian ‘data cleaning’ bagi setiap pemboleh ubah yang

122

digunakan dalam kajian ini. Terdapat banyak kaedah bagi menguji data sama ada bertaburan
normal atau tidak (Tabachnick & Fedell, 2006). Dalam hal ini pengkaji telah memilih ujian normaliti
data menggunakan kaedah ‘Boxplot’ bagi menentukan wujudnya data ‘outlier’ daripada data
sejumlah 114 yang dimasukkan ke dalam perisian SPSS. Setelah saringan dilakukan, pengkaji
telah menyisihkan sebanyak 6 data responden yang melebihi kriteria jarak pada tingkat p<.01.
Pengkaji mendapati hanya sejumlah 109 data responden boleh diterima secara sah bagi
menjalankan analisis inferensi, iaitu telah mewakili 89 peratus keseluruhan data awal yang
diterima.

Analisis Deskriptif Profil Responden

Jadual 4 di bawah menunjukkan perbandingan responden yang telah mengambil bahagian dalam
kajian ini mengikut status jantina responden.

Jadual 4. Profil Responden Mengikut Jantina

_____________________________________________________________________

Jantina Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

_____________________________________________________________________

Lelaki 34 31.2 % 31.2 %

Perempuan 79 68.8 % 100 %

Jumlah 103 100 %

_____________________________________________________________________

Berdasarkan Jadual 4 di atas, setelah melalui proses ‘data cleaning’ didapati sejumlah 34 orang
pelajar lelaki yang mewakili 31.2 peratus dan 79 orang pelajar perempuan yang mewakili 68.8
peratus telah mengambil bahagian dalam kajian ini.

Analisis Deskriptif Pemboleh Ubah

1. Bagi mengenal pasti tahap amalan kesemua pemboleh ubah dalam kalangan pelajar
PISMP kaedah pemeringkatan min digunakan. Dapatan kajian ditunjukkan pada Jadual 5
di bawah:

Jadual 5. Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi bagi Semua Pemboleh Ubah Kajian

____________________________________________________________________________

Pemboleh Ubah Dan Dimensi Bilangan Sisihan Tahap

Resonden Min Piawai Skor

Penerapan Pembelajaran Koperatif 109 3.47 .218 Tinggi

Kebergantungan Positif 109 3.68 .351 Tinggi

Akauntabiliti Individu dan Kumpulan 109 3.48 .195 Tinggi

Interaksi Bersemuka 109 3.40 .238 Tinggi

Kemahiran Interpersonal 109 3.43 .352 Tinggi

Pemprosesan Kumpulan 109 3.34 .408 Tinggi

Minat Terhadap Pengajaran 109 3.47 .213 Tinggi

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di atas kajian mendapati pemboleh ubah
bersandar dan tidak bersandar yang dikaji iaitu Penerapan Pembelajaran Koperatif dan Minat
Terhadap Pengajaran Pensyarah mempunyai skor min antara 3.34 – 3.68, dengan dimensi
Kebergantungan Positif merupakan dimensi yang mempunyai tahap paling tinggi iaitu min=3.68.
Tahap skor yang tinggi ini menggambarkan bahawa pelajar PISMP di IPGKSM mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi pada setiap kali melaksanakan pembelajaran secara
koperatif di bilik kuliah.

123

Analisis Inferensi

2. Bagi mengenal pasti perbezaan tahap penerapan kaedah pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar PISMP berdasarkan jantina analisis menggunakan Ujian telah
dijalankan. Dapatan daripada Ujian ditunjukkan pada Jadual 6 di bawah:

Jadual 6. Ujian T Bagi Perbezaan Tahap Penerapan Kaedah Pembelajaran Koperatif Mengikut

Jantina

____________________________________________________________________

Jantina Sisihan Piawai

_____________________________________________________________________

Lelaki 34 3.50 .234

Perempuan 75 3.46 .210

_____________________________________________________________________

(107)= .759, >.05 (.450)

Jadual 6 di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap amalan kaedah
Pembelajaran Koperatif mengikut jantina dalamm kalangan pelajar PISMP ( = .450, > .05).
Perbezaan nilai skor min bagi kedua-dua kategori jantina juga sangat kecil (beza = .04).

3. Bagi mengenal pasti keberkesanan pengaruh amalan pembelajaran koperatif ke atas minat
terhadap pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar PISMP analisis korelasi Pearson
telah dijalankan. Jadual 7 di bawah menunjukkan nilai korelasi antara kedua-dua pemboleh
ubah tersebut:

Jadual 7. Analisis Korelasi Keberkesanan Pengaruh Pembelajaran Koperatif Ke Atas Minat

Terhadap Pengajaran Pensyarah

_____________________________________________________________________

Bilangan Pembelajaran Minat Terhadap Interpretasi

Responden Koperatif Pengajaran Korelasi

_____________________________________________________________________

= 109 1 = .623** Sederhana

_____________________________________________________________________

Berdasarkan analisis korelasi Pearson seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7 di atas mendapati
nilai korelasi keberkesanan pengaruh pembelajaran koperatif ke atas minat terhadap pengajaran
pensyarah adalah =.623**, =0.00 ( <0.05). Berdasarkan nilai tersebut didapati secara
keseluruhannya amalan pembelajaran koperatif telah mempengaruhi minat pelajar PISMP
terhadap pengajaran pensyarah pada korelasi yang sederhana.

4. Analisis korelasi Pearson juga dijalankan bagi mengenal pasti kesan kesemua penerapan
dimensi pemboleh ubah bersandar kaedah pengajaran koperatif terhadap minat terhadap
pengajaran pensyarah. Kesemua jadual di bawah menunjukkan kesan kesemua
penerapan dimensi pengajaran koperatif ke atas minat terhadap pengajaran pensyarah
melalui nilai korelasi dan interpretasi seperti yang ditunjukkan.

Jadual 8. Analisis Korelasi Pengaruh Dimensi-Dimensi Amalan Pembelajaran Koperatif Ke Atas
Minat Terhadap Pengajaran Pensyarah

124

_____________________________________________________________________

Bilangan Korelasi Antara Dua Pemboleh Ubah Nilai Interpretasi

Responden Korelasi Korelasi

_____________________________________________________________________

= 109 Kebergantungan Positif = .162* Sangat Rendah -

Minat Terhadap Pengajaran

Akauntabiliti Individu Dan Kumpulan = .324** Rendah
- Minat Terhadap Pengajaran

Interaksi Bersemuka = .343** Rendah
- Minat Terhadap Pengajaran

Kemahiran Interpersonal = .630** Sederhana
- Minat Terhadap Pengajaran

Pemprosesan Kumpulan/Kemahiran Sosial = .623** Sederhana
- Minat Terhadap Pengajaran
_____________________________________________________________________

Berdasarkan Jadual 8 di atas didapati kesemua pemboleh ubah dimensi Pembelajaran Koperatif
berkorelasi dengan pemboleh ubah Minat Terhadap Pengajaran. Dapatan ini menjelaskan
kesemua dimensi memberikan pengaruh terhadap pemboleh ubah bersandar. Dimensi
Kemahiran Interpersonal dan Pemprosesan Kumpulan/Kemahiran Sosial berada pada korelasi
yang sederhana, manakala dimensi-dimensi lain berada pada korelasi rendah dan sangat rendah.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah dan dimensi yang dikaji adalah
berada pada tahap tinggi menggambarkan bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif ini
merupakan amalan pedagogi yang sangat kerap berlaku dalam amalan proses PdP dalam
kalangan pelajar PISMP. Hal ini membuktikan bahawa Pembelajaran Koperatif merupakan
kaedah yang sangat sesuai dan dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar-pelajar PISMP dalam
konteks PdP yang berteraskan kepada reka bentuk pengajaran terkini yang menekankan kepada
elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi. Kesesuaian kelima-lima prinsip yang wujud dalam
kaedah Pembelajaran Koperatif memberi implikasi bahawa kaedah pedagogi ini sangat positif ke
arah melatih dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif ketika
melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam PdP. Hal ini juga disokong kuat melalui dapatan yang
menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan mengikut jantina antara lelaki dan perempuan
terhadap amalan Pembelajaran Koperatif. Dapatan ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan
bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif sangat sesuai diamalkan kerana sifatnya yang merentasi
pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan dan kemahiran serta perbezaan aras pelajar di dalam bilik
darjah. Felder dan Brent (2004) menyatakan kelima-lima prinsip ini menjadi asas kepada
pengurusan dan perancangan kaedah pembelajaran yang lebih berstruktur dan dikenalpasti
mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran pelajar. Dapatan kajian ini telah menyokong
kajian yang dijalankan oleh Hafizah Husain et al. (2010), Umi Kalthom dan Ahmad Esa (2014),
Nima Farzaneh dan Dariush Nejadansari (2014) serta ramai lagi pengkaji lain yang mendapati
kelima-lima prinsip kaedah pembelajaran koperatif ini sangat kerap berlaku dan mudah diterima
oleh pelajar dalam proses PdP kerana suasana sosial pembelajaran menjadi lebih seronok dan
lebih aktif berbanding kaedah-kaedah yang lain.

125

Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya pengaruh antara dua pemboleh ubah ini
namun kajian ini telah memberikan implikasi kepada para pensyarah dalam melaksanakan
kaedah Pembelajaran Koperatif semasa PdP. Melalui analisis korelasi yang dijalankan didapati
secara umumnya kaedah Pembelajaran Koperatif hanya memberikan pengaruh yang sederhana
ke atas minat pelajar terhadap pengajaran pensyarah. Hal ini menunjukkan wujud konflik dan
senario yang tidak seimbang antara minat terhadap pengajaran pensyarah jika dibandingkan
dengan tahap kekerapan amalan pembelajaran ini dalam proses PdP. Malahan jika dilihat
perbandingan pengaruh berdasarkan kepada pecahan kelima-lima dimensi juga didapati dapatan
ini tidak memberikan pengaruh yang memberangsangkan. Dapatan ini juga separa kontradik
dengan pandangan-pandangan pengkaji lepas yang mendapati amalan kaedah Pembelajaran
Koperatif dapat menarik minat terhadap proses PdP. Hal ini berlaku adalah kerana
berkemungkinan wujudnya faktor-faktor lain seperti aspek perancangan, pengurusan dan
persediaan melaksanakan aktiviti-aktiviti Pembelajaran Koperatif oleh seseorang pensyarah.
Maka, perhatian khusus perlu diberikan oleh para pensyarah bagaimana untuk meningkatkan lagi
kualiti pengajaran mengggunakan kaedah Pembelajaran Koperatif seterusnya memberi pengaruh
yang lebih berkesan ke atas minat para pelajar. Mengikut prinsip teori Pembelajaran Konstruktif
pembelajaran akan menjadi lebih aktif sekiranya guru berjaya memainkan peranan sebagai
‘fasilitator’. Malah teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktif turut memberikan implikasi bahawa
guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda pelajar dan perlu
sentiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan dalam PdP. Hal ini kerana kaedah
Pembelajaran Koperatif memerlukan langkah-langkah yang perlu disusun dan dirancang secara
sistematik mengikut reka bentuk pengajaran yang telah distrukturkan lebih awal lagi.

Walaupun begitu, secara keseluruhannya dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa amalan
kaedah Pembelajaran Koperatif dapat mempengaruhi minat pelajar ke atas PdP. Selain itu juga
dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa peranan pensyarah sebagai ‘fasilitator’ dalam
proses PdP telah pun berlaku. Namun begitu, menjadi peranan para pensyarah untuk melakukan
penambahbaikan dalam menstrukturkan aktiviti-aktiviti secara terancang dan sistematik agar
pelaksanaan Pembelajaran Koperatif ini menjadi lebih baik dan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Azieyana Aziz dan Christina Andin. (2018). Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk
meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43
(1). pp. 1-9.

Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri. (2007). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di
kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak. Fakulti
Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Duplass, J. (2006). Middle and High School Teaching: Methods, Standards, and Best Practices.
Boston: Houghton Mifflin Company.

Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hafizah Husain, Abdul Wahab Mohammad, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Azah Mohamed,

Che Husna Azhari & Norinawati Md. Tahir.(2010). Kajian kes ke atas kesan kaedah
pembelajaran koperatif teknik ’jigsaw’ dalam kursus isyarat dan sistem. ASEAN Journal of
Teaching & Learning In Higher Education. Vol. 2, No. 1, pp. 12-21.
Johnson, D.W., & Johnson, R.T. (1991). Learning together and alone: Cooperative, Competitive,
and Individualistic Learning ( 3rd Ed.). Upper Saddle river, NJ: Prentice-Hall.
Joriah Md Saad. (2009). Tingkahlaku kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasi dalam
kalangan pengetua kanan dan pengetua biasa di sekolah cemerlang serta pengaruhnya

126

ke atas komitmen guru. (Tesis Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan). Universiti Utara
Malaysia, Sintok.
Kagan, S (1992). “Cooperative Learning Resources For Teachers”. Riverside, CA: University of
California at Riverside.
Laporan Kajian Impak Penilaian Program Pensiswahan Guru. (2017). Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Anuar Abd Rahman, Lokman Mohd Tahir & Md Al Muzammil Mohd Yasin. (2009).
Pengurusan pertengahan: peramal kepemimpinan kerja berpasukan guru kanan mata
pelajaran terhadap kepuasan kerja, keeratan komitmen dan prestasi ketua panitia. Kertas
kerja Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-16. Kuala Lumpur: Institut
Aminuddin Baki.
Mohd. Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Ramzan Awang & Rohaidza Hakimah Mohamad. (2017). Amalan kemahiran pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pensyarah. Jurnal Penyelidikan Al Basuti.
ISBN 2462-2249. m.s 101-118.
Mohd Ramzan Awang & Mohd Anuar Hussain. (2016). Persepsi pelajar PISMP Matematik
Semeter Dua terhadap amalan ‘flipped classroom bagi subjek EDUP3033 di IPGKSM.
Jurnal Penyelidikan Al Basuti. ISBN 2462-2248. m.s 1-8.
Mohd Ramzan Awang, Mat Zin Mat Nawi & Azmi Ibrahim. (2015). Pengaruh sikap ke atas
hubungan minat terhadap pembelajaran dalam kalangan siswa guru dengan komitmen
pengajaran pensyarah. Jurnal Penyelidikan Bahath, IPG Zon Timur. ISBN 2289-8557. Bil.2,
m.s 207-222.
Nima Farzaneh & Dariush Nejadansari. (2014). Students’ Attitude towards Using Cooperative
Learning for Teaching Reading Comprehension. Journal of Theory and Practice in
Language Studies. Vol. 4, No. 2, pp. 287-292.
Nor Fadilah Nadzri. (2017). Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di MRSM. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norazlinuda Saad & Surendran Sankaran. (2013). Pengaruh sikap guru terhadap komitmen guru
di sekolah; Galakan pengetua sebagai perantara. Malaysian Journal of Learning and
Instruction, 10, 271-294.
Nurulaim Asyikin Zakaria & Suhaida Abdul Kadir. (2013). Komitmen guru terhadap sekolah
menengah di daerah Kangar, Perlis. Kertas kerja Seminar Pasca Siswazah Dalam
Pendidikan (GREDUC 2013). Universiti Putra Malaysia.
Paul M. & Tendeukai Isaac C. (2015). Factors contributing to inffective teaching and learning in
primary school: Why are schools in decadence? Journal of Education and Practice. Vol 6
No.19.
Survey Research Center. (2011). Guideline for best practice in cross cultural surveys 3rd edition.
Ann Arbor, MI: Survey Research Center, Institute for Social Research, University of
Michigan.

127

MENINJAU PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN HIV/AIDS DALAM KALANGAN LESBIAN, GAY,
BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Mohammad Amir Husain
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia

[email protected]

Hamizal Hamid, Mohd Isa Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia

Salwanee Ahmad
SMU (A) Hamidiah Lil Banin Wal Banat Kota Bharu

ABSTRAK

Penularan HIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan virus yang merosakkan sel-sel darah
putih akan menyebabkan penyakit AIDS (Aquired Immunodeficiency Syndrome) iaitu penyakit
berjangkit yang paling ditakuti diseluruh dunia. Golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender) adalah satu golongan yang sering terdedah kepada penyakit ini melalui corak hidup
amalan bersosial yang berisiko. Kajian bagi meninjau pengetahuan dan kefahaman HIV/AIDS
dalam kalangan LGBT ini telah dijalankan di Melaka dalam satu program kesihatan ‘HIV Outreach’
yang dianjurkan oleh Hospital Melaka. Seramai 50 orang individu yang telah dikenal pasti
memenuhi ciri-ciri sebagai responden kajian terlibat menyumbangkan data secara kuantitatif dalam
kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkongsian jarum suntikan merupakan medium
penyebaran HIV/AIDS yang paling utama diketahui oleh responden. Dapatan kajian juga mendapati
responden lebih memerlukan maklumat berkaitan cara pencegahan berbanding cara virus HIV
merebak iaitu cara melindungi diri dari dijangkiti HIV/AIDS. Selain itu, sumber pengetahuan
responden tentang HIV/AIDS yang paling tinggi adalah melalui internet. Doktor dan kaunselor perlu
memainkan peranan yang lebih aktif memandangkan mereka adalah orang yang paling selesa di
bawa berbincang dan mendidik mengenai HIV/AIDS oleh responden. Ini kerana, dapatan kajian ini
menunjukkan para doktor masih berada di tahap sederhana dalam memberikan sumber
pengetahuan kepada para responden. Secara keseluruhannya, pendedahan tentang pengetahuan
dan kefahaman tentang HIV/AIDS kepada masyarakat khususnya kepada golongan LGBT masih
memerlukan usaha kerja yang lebih kerap oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya
dalam memberikan maklumat tentang pencegahan dan penyebaran HIV/AIDS yang menggugat
kesihatan manusia sehingga boleh membawa maut.

Kata kunci: HIV/AIDS, LGBT, Pengetahuan, Kefahaman

PENGENALAN

HIV dan AIDS telah dikategorikan sebagai isu global yang boleh mengancam kesejahteraan
manusia sejagat. Sejak dikesan kali pertama pada tahun 1979, HIV dan AIDS terus menyerang
masyarakat dunia dan menambahkan bilangan penghidapnya dari tahun ke tahun. Sehingga kini,
sejak munculnya kes AIDS kali pertama di Copenhagen tahun 1979, dan disusuli kemudiannya di
San Fransisco, Los Angeles dan New York pada tahun 1981, dunia telah dihuni oleh puluhan juta
orang yang dijangkiti dengan HIV/AIDS (Kull, 2010). Banyak kajian di luar negara yang
menunjukkan tahap kefahaman tentang isu ini masih rendah. Ketidakfahaman tentang HIV/AIDS
merupakan salah satu faktor mengapa jangkitan HIV dan kematian disebabkan AIDS masih lagi
berterusan (Owens, 1995; SIECUS, 2001; Werner, Carmel & Ziedenberg, 2004; Strydom &
Strydom, 2006; Chomat, et al. 2009). Bermula daripada kes ini, jumlah penghidap HIV dan AIDS
di Malaysia mula meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1986, penghidap HIV di Malaysia
hanya empat orang, sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1996 jumlah kes jangkitan

128

meningkat kepada 4859 orang iaitu peningkatan sebanyak 121 475 kes (Aishah 2000). Pada
tahun 2006, jumlah kes HIV dan AIDS terus meningkat kepada 72 000 kes (United Nations
HIV/AIDS Theme Group Malaysia 2007). Tahun 2010, 77 084 kes HIV dan AIDS dicatatkan dan
AIDS terus meningkat kepada 72 000 kes (United Nations HIV/AIDS Theme Group Malaysia
2007) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan angka ini akan terus meningkat
kepada 300 000 kes menjelang 2015 ( Nadzran & Rozeman, 2010). Jika penularannya tidak
dibendung, masyarakat dunia khususnya di Malaysia akan mengalami masalah kesejahteraan
hidup pada masa akan datang.

Kajian yang dijalankan di rantau Asia Pasifik mendapati virus HIV/AIDS merebak melalui
hubungan seks bebas dan juga perkongsian jarum suntikan (IDU). Isu tentang perbincangan seks
dan masalah HIV/AIDS di Malaysia agak kurang diperkatakan di kalangan masyarakat umum dan
secara terbuka. Masyarakat menganggap ia adalah sensitif dan taboo. Data-data berkaitan faktor-
faktor kefahaman tentang HI/AIDS adalah kurang dan sukar diperolehi. Hasil kajian oleh Piper
dan Yeoh Brenda (2005) menemukan bahawa orientasi seks atau amalan seksual songsang
menjadi punca jangkitan HIV/AIDS di rantau Asia. Golongan LGBT iaitu merujuk kepada Lesbian,
Gay, Biseksual dan Transeksual acap kali mengundang persepsi yang pelbagai terutamanya
melibatkan hubungan seks mereka. Pada bulan Julai 2012, jurnal kesihatan Lancet melaporkan
hasil kajian dari Sekolah Kesihatan Awam John Hopkins telah mendapati kadar jangkitan virus
HIV di kalangan pengamal seks homoseksual masih tinggi.

Faktor penyebaran virus HIV di kalangan pengamal homoseksual dikatakan berpunca dari kurang
ilmu pengetahuan seperti mengamalkan seks yang tidak selamat apabila tidak memakai kondom,
mengamalkan seks berbilang-bilang pasangan dan disertai pengamalan dadah secara suntikan.
Kini, setelah berbagai program kesedaran, kursus, seminar dan konvensyen giat diadakan
tentang risiko dan seks selamat di kalangan pengamal homoseksual, ia masih tidak menghalang
penularan virus HIV yang tinggi dikalangan mereka. Di Amerika Syarikat, peningkatan kadar HIV
di kalangan homoseksual meningkat sebanyak 8 % setahun sejak tahun 2001. Ini menjadikan
Amerika Syarikat sekarang, mempunyai kadar jangkitan setinggi 15% di kalangan pengamal
homoseksualnya, sama seperti kadar jangkitan di negara-negara seperti Thailand dan Malaysia
sendiri, yang dikatakan masih kurang kesedaran tentang bahaya AIDS dan homoseksual, juga
kekurangan bekalan ubat-ubatan
menangani infeksi HIV.

Saintis terpaksa mengakui bahawa faktor biologi memainkan peranan di sini di mana kadar
jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur (anal sex) adalah 18 kali lebih berisiko dibandingkan
dengan penetrasi vagina (vaginal sex). Kajian yang melibatkan golongan ini adalah kurang
dilaksanakan di Malaysia. Tahap kefahaman dan kesedaran hasil daripada kajian-kajian berkaitan
HIV/AIDS adalah amat bernilai yang secara tidak langsung dapat membantu pemilihan strategi
yang sesuai untuk memberi kefahaman kepada golongan LGBT khususnya di Malaysia.

Dalam meneroka permasalahan dan merungkai jawapan di sebalik isu ini, artikel ini bertujuan
meninjau pengetahuan dan kefahaman HIV/AIDS dalam kalangan LGBT. Objektif kajian ini
adalah untuk menyelidik sumber pengetahuan golongan LGBT terhadap HIV/AIDS, menyelidik
pengetahuan golongan LGBT mengenai cara HIV/AIDS merebak dan cara-cara melindungi diri
dari dijangkiti, menyelidik jenis maklumat HIV/AIDS yang ingin diketahui oleh golongan LGBT dan
mengenal pasti golongan yang boleh diterima oleh golongan LGBT untuk berbincang mengenai
HIV/AIDS.

KAJIAN LITERATUR

129

Isu hubungan seks bebas sama ada biseksual, homoseksual dan heteroseksual menjadikan
HIV/AIDS terus meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai sebahagian daripada pelengkap
kepada masyarakat yang pelbagai latar belakang, kebimbangan terhadap hubungan hidup
bermasyarakat bersama golongan ini yang di khuatiri pembawa penyakit berjangkit adalah perlu.
Dapatan dari kajian McInnes et. al (2009) menunjukkan bahawa hubungan seks merupakan
punca utama jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat. Penyakit yang sering dikaitkan
dengan gaya hidup golongan ini yang sering kali dikaitkan dengan aktiviti berisiko dan bebas
bersosial secara umumnya adalah HIV/AIDS. Penemuan oleh Coggins (2007) menyokong
tentang keperluan keutamaan difokuskan terhadap kumpulan berisiko di mana beliau
mencadangkan dua langkah bagi mengatasi kes HIV/AIDS daripada terus meningkat iaitu; 1)
pencegahan dalam kalangan kaum belia dan 2) meningkatkan ujian saringan HIV bagi kumpulan
berisiko.

Ketidakfahaman tentang HIV/AIDS juga merupakan salah satu faktor mengapa jangkitan HIV dan
kematian disebabkan AIDS masih lagi berterusan (Strydom & Strydom, 2006; Chomat, et al.
2009). Pemahaman yang lebih jelas kepada semua golongan masyarakat dalam memahami
gejala yang dibawa oleh penyakit ini kelihatan masih kabur. Kajian Tung, Hu, Davis, Tung dan Lin
(2008) menunjukkan terdapat sebahagian besar kumpulan belia di Taiwan tidak mempunyai
maklumat yang tepat berkaitan HIV terutamanya berkaitan kaedah jangkitan penyakit tersebut.
Usaha untuk mencegah penularan wabak HIV/AIDS perlu melibatkan keluarga, sistem
pendidikan, media massa dan masyarakat secara keseluruhannya. Justeru, bagi melaksanakan
langkah pencegahan pihak berwajib perlu mengatur strategi yang sesuai dengan mengutamakan
golongan yang lebih berisiko di samping tidak meminggirkan semua lapisan masyarakat yang lain
sebagaimana dapatan dalam kajian oleh Rajwani Md. Zai dan Nor Azimah Chew Abdullah 2015.
Kajian oleh Chao, Lin, Ma, Ku, Tsai dan Shi (2010) mendapati bahawa ketiadaan pengetahuan
seks yang selamat serta tingkahlaku seksual yang tidak dilindungi adalah faktor utama yang
menyebabkan berlakunya penyebaran jangkitan virus HIV.

METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan di Melaka dalam satu program kesihatan ‘HIV Outreach’ yang
dianjurkan oleh Hospital Melaka. Seramai 200 orang responden kajian yang telah dikenal pasti
memenuhi ciri-ciri sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah digunakan sebagai
instrumen kajian. Borang soal selidik telah dibentuk oleh penyelidik berdasarkan objektif kajian.
Instrumen kajian yang mengandungi soalan tertutup dan soalan terbuka serta analisis data
menggunakan kaedah SPSS-PC (Statistical Package for Social Science) versi 20. Borang soal
selidik yang digunakan telah disemak oleh pihak yang pakar dalam statistik di Fakulti Pendidikan
UKM. Penyelidik berjaya mendapatkan sampel dengan mengumpul 60 borang soal selidik dari
responden dan hanya 50 yang boleh digunakan untuk kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan Responden Tentang HIV/AIDS

Pengetahuan responden tentang HIV/AIDS dalam kajian ini dibezakan kepada dua jenis, iaitu
pengetahuan responden tentang cara penyebaran HIV/AIDS, dan pengetahuan mereka tentang
cara mencegah daripada HIV/AIDS. Analisis menunjukkan terdapat kira-kira 30% responden yang
tidak dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul dan tepat. Misalnya wujud salah faham
tentang punca penyakit ini kerana masih ada responden yang menyatakan gigitan nyamuk boleh
menyebarkan virus HIV. Ini menunjukkan bahawa masih wujudnya jurang pengetahuan di
kalangan responden berkaitan fakta tentang penyakit AIDS ini. Berdasarkan dapatan kajian ini,

130

maka maklumat tentang penyebaran penyakit ini haruslah membentuk mesej yang dapat
membetulkan salah tafsiran terhadap beberapa fakta tentang penyakit ini.

Jadual 1. Medium Penyebaran HIV/AIDS

Medium penyebaran Ya Tidak Tidak
pasti
Makan atau minum daripada bekas yang sama 14 62
24
Berjabat tangan - 82
Membasuh pakaian pesakit HIV 6 76 18
Pemindahan darah 84 4 18
Bercium dengan individu yang telah dijangkiti HIV 48 36 12
Mempunyai hubungan seksual dengan berbilang 94 - 16
pasangan 6
Perkongsian jarum semasa menyuntik dadah 98 -
Menyusukan bayi 40 20 2
Dari ibu kepada anak di dalam kandungan 58 8 40
Dari gigitan nyamuk 14 62 34
24i

Seterusnya, daripada dapatan kajian ini didapati tahap pengetahuan responden tentang medium-
medium pencegahan HIV/AIDS adalah tidak memuaskan berbanding dengan pengetahuan
berkenaan medium penyebaran. Keseluruhannya tahap pengetahuan mereka berkaitan perkara-
perkara seksual adalah rendah. Hanya satu persoalan yang melibatkan kondom sahaja
menunjukkan peratusan yang tinggi pengetahuan responden manakala tujuh persoalan lagi
menggambarkan responden kurang pengetahuan. Sebagai contoh responden masih tidak
mengetahui bahawa perlakuan seks oral boleh menyebabkan jangkitan HIV/AIDS.

Jadual 2. Medium Pencegahan HIV/AIDS

Medium Pencegahan Ya Tidak Tidak
Pasti
Mengeluarkan kemaluan sebelum mencapai klimaks untuk 8
mengelakkan wanita dijangkiti semasa melakukan hubungan 50 42
seks 22
Mandi atau membasuh alat sulit pasangan selepas melakukan 50 28
hubungan seks 46
Seseorang tidak boleh dijangkiti dengan hanya melakukan seks 24 30
oral dengan pasangan yang telah dijangkiti 88
Kondom merupakan perlindungan terbaik untuk mengelakkan 48
dijangkiti 14
Menggunakan minyak pelincir mengurangkan risiko dijangkiti 84 62 24
Menggunakan kondom mengurangkan risiko dijangkiti 18 4 12
Seseorang wanita tidak boleh dijangkiti HIV jika melakukan 48 34
hubungan seks semasa haid 10
Seseorang tidak akan dijangkiti HIV jika mengambil antibiotik 16 56 34
Seseorang tidak akan dijangkiti HIV jika mengambil vitamin 48 36

131

Sumber Pengetahuan Responden Tentang HIV/AIDS

Dari segi sumber maklumat didapati internet adalah media utama yang digunakan untuk
memperoleh maklumat tersebut. Seterusnya, diikuti surat khabar & majalah, TV dan poster &
papan iklan, doktor, pekerja sosial (NGO), sekolah dan radio, buku dan pekerja kesihatan,
pemimpin agama, kolej/universiti dan yang paling jarang ialah ahli politik. Berdasarkan dapatan
kajian ini, maka perancangan bagi menyampaikan sumber maklumat HIV kepada orang ramai
perlu memilih internet sebagai media utama untuk membawakan mesej tentang isu kesihatan ini.

Jadual 3. Sumber pengetahuan tentang HIV/AIDS (n=50)

Sumber pengetahuan tentang HIV/AIDS Ya % Tidak %
Internet 78 22
Surat khabar dan majalah 76 24
Poster & papan iklan 72 28
TV 72 28
Doktor 58 42
Pekerja Sosial (NGO) 56 44
Sekolah 54 46
Radio 54 46
Buku 50 50
Pekerja Kesihatan 50 50
Pemimpin Agama 44 56
Kolej/Universiti 32 68
Ahli Politik 24 76

Maklumat HIV/AIDS Yang Diperlukan Responden

Berdasarkan lima jenis persoalan tentang maklumat yang diperlukan yang dikemukakan kepada
responden, didapati responden memerlukan kesemua maklumat tersebut dimana cara melindungi
diri daripada dijangkiti HIV/AIDS merupakan yang paling diperlukan mereka. Berdasarkan
dapatan kajian ini, boleh dikatakan bahawa dikalangan responden, isu HIV/AIDS ini adalah satu
isu kesihatan yang menjadi perhatian mereka. Di kalangan responden sudah ada rasa ingin
mengambil langkah-langkah tertentu untuk melindungi diri daripada penyakit ini. Keinginan ini
perlu dipenuhi dengan membekalkan golongan sasaran ini iaitu golongan LGBT berkenaan
maklumat untuk mencegah penyakit ini.

Jadual 4. Maklumat HIV/AIDS Yang Diperlukan

Maklumat yang diperlukan Sangat Perlu Tidak Sangat Tidak
perlu % % Perlu % perlu %
Bagaimanakah HIV / AIDS merebak 16 2
Bagaimanakah saya boleh melindungi diri 68 18 14 -
daripada dijangkiti HIV / AIDS 80 2
Apa yang akan berlaku kepada seseorang 16 4
yang telah didiagnosis HIV / AIDS 71 8
Bagaimanakah seseorang yang telah 22 2
dijangkiti oleh HIV boleh meneruskan 70 6
kehidupan normal 10 8
Bagaimanakah seseorang yang telah 58 24
dijangkiti HIV melakukan hubungan
seksual

132

Orang Yang Disukai Mendidik Tentang HIV/ AIDS

Bagi pemilihan orang yang disukai mendidik tentang HIV/AIDS, doktor berada di tempat teratas
diikuti kaunselor, pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jadual 6. Orang Yang Disukai Mendidik Tentang HIV/AIDS

Orang yang disukai mendidik tentang Paling suka % Tidak paling
HIV/AIDS suka % suka % tidak suka
24
Pasangan 62 24 4 %
Ahli keluarga 62 26 6 10
Rakan-rakan 52 12 12 8
Kaunselor 74 10 4 10
Doktor 78 2 10
10

PERBINCANGAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perkongsian jarum suntikan merupakan medium
penyebaran HIV/AIDS yang paling utama diketahui oleh responden. Dapatan ini selaras dengan
data statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2010 iaitu punca
yang paling tinggi jangkitan HIV/AIDS adalah melalui pertukaran jarum. Ini menyokong
keberkesanan atau kejayaan program pertukaran jarum suntikan (NSEP) yang telah dilaksanakan
oleh KKM. Kajian-kajian berkaitan program ini mendapati kadar jangkitan HIV/AIDS melalui
perkongsian jarum telah dapat dikurangkan walaupun terdapat isu-isu yang melibatkan moral di
awal proses memperkenalkannya kepada umum. Pengetahuan responden yang rendah tentang
penyebaran HIV/AIDS daripada ibu yang dijangkiti kepada anak melalui penyusuan menunjukkan
mereka masih kurang didedahkan dengan maklumat yang berkaitan. Program ‘susu ibu’ yang
kerap dilaksanakan di hospital dan klinik kesihatan perlu lebih memberi kefahaman kepada
masyarakat tentang kesihatan ibu haruslah sentiasa dibuat pemeriksaan.

Maklumat berkaitan cara pencegahan penyakit ini lebih diperlukan berbanding cara virus tersebut
merebak. Kajian (Yusof, 2002) mendapati antara maklumat (mengikut keutamaan) yang diterima
oleh responden dalam kajian beliau adalah maklumat tentang gejala dan tanda-tanda jangkitan
Aids, maklumat tentang cara-cara mencegah, maklumat tentang cara-cara Aids merebak dan
maklumat tentang peranan masyarakat terhadap pesakit Aids. Bagi cara pencegahan melalui
‘perlakuan seks oral bersama pasangan yang dijangkiti yang tidak boleh menyebabkan jangkitan’,
responden masih kurang tahu bahawa perlakuan ini boleh menyebabkan jangkitan HIV/AIDS.
Dalam hubungan seks secara oral , risiko jangkitan mungkin meningkat sekiranya berlaku ulser
pada bahagian selaput mulut ataupun lidah. Manakala penggunaan kondom bagi mengurangkan
jangkitan lebih diketahui oleh responden. Namun kebanyakan kaum lelaki menganggap
penggunaan kondom adalah mengurangkan kenikmatan hubungan seks yang dijadikan alasan
kepada mereka untuk tidak menggunakannya.

Sumber pengetahuan responden tentang HIV/AIDS yang paling tinggi adalah melalui internet.
Dapatan ini berbeza dengan tinjauan kaji selidik dua belas tahun yang lepas yang dijalankan di
Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2003 yang menunjukkan bahawa hampir 70 peratus
responden menyatakan televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat yang
diperoleh mereka mengenai HIV/AIDS. Internet di hujung jari memudahkan akses kepada
pelbagai sumber pengetahuan di abad ke-21 ini. Manakala peranan doktor memberikan

133

pengetahuan kepada responden adalah di peringkat sederhana. Ahli Politik berada di peringkat
yang paling bawah dalam membawakan isu-isu HIV/AIDS kepada responden.

Maklumat HIV/AIDS yang paling diperlukan responden adalah cara melindungi diri dari dijangkiti
HIV/AIDS. Maklumat ini penting kepada responden yang terdedah kepada risiko dijangkiti melalui
hubungan sosial mereka. Manakala bagaimana cara orang yang dijangkiti menjalani perlakuan
seksual adalah maklumat yang paling kurang diperlukan responden. Doktor dan kaunselor adalah
orang yang paling selesa di bawa berbincang dan mendidik mengenai HIV/AIDS oleh responden.
Dalam kes rawatan kepada pesakit HIV/AIDS, doktor dalam banyak keadaan semasa
memberikan rawatan juga memainkan peranan sebagai kaunselor semasa proses menjalankan
sesi rawatan. Melalui teori nilai dan harapan yang dikemukakan oleh Fishbein, beliau menjelaskan
bahawa perubahan sikap dan nilai seseorang boleh berlaku ketika mendapat maklumat-maklumat
baru. Informasi baru tersebut dapat menyebabkan mengubah kepercayaan, mengubah tahap
kepercayaan dan menambah kepercayaan baru ke dalam struktur sikap (Littlejohn, 2008: 75).

Peranan doktor yang juga sebagai kaunselor dalam menyelesaikan masalah pesakit yang turut
mengalami gangguan psikologi dan memiliki pengetahuan yang minimum merupakan faktor yang
menimbulkan kepercayaan pesakit terhadap mereka (Nugraheni Arumsari, Yulius Slamet & Eko
Setyanto, 2013) selari dengan dapatan kajian ini. Menurutnya lagi, pesakit HIV/AIDS
mengharapkan bantuan orang lain yang lebih mahir dalam menghadapi virus yang boleh
membawa maut itu disebabkan mereka masih kurang mengetahui apa yang harus dilakukan.
Keadaan pesakit yang celaru inilah memberi ruang pemilihan yang lebih selesa dalam
perbincangan dengan para doktor dan sebagai kaunselor dalam kes-kes kaunseling untuk pesakit
HIV/AIDS.

Sikap doktor dalam memberikan kaunseling dan semangat kepada pesakit yang ramah dan sopan
akan menimbulkan rasa tenang ketika proses kaunseling dijalankan. Dapatan Brown dan Lvinson
(dalam Beebe, Beebe & Redmond, 1996:81) menyokong keadaan ini dengan menyatakan
bahawa Politeness Theory akan mempunyai persepsi positif dari orang lain yang melayan kita
dengan sopan dan penuh penghormatan. Faktor penting yang diinginkan pesakit dalam proses
penyembuhan selain daripada ubat-ubatan adalah rasa dihargai yang diwujudkan oleh doktor.
Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian umum oleh badan bebas tentang orang yang
paling dipercayai oleh masyarakat yang mendapati doktor berada di tangga pertama orang yang
paling dipercayai. Manakala, perbincangan melalui kenalan di internet adalah paling tidak selesa
bagi responden membincangkan isu ini.

KESIMPULAN

Pengetahuan dan kefahaman tentang HIV/AIDS secara keseluruhannya adalah masih
memerlukan pendedahan yang lebih kerap oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya
doktor dan kaunselor semasa menjalankan sesi rawatan kerana mereka merupakan golongan
yang paling disukai mendidik dan berbincang oleh golongan LGBT di dalam kajian ini. Namun
begitu, dapatan kajian ini menunjukkan para doktor masih berada di tahap sederhana dalam
memberikan sumber pengetahuan kepada para responden. Oleh itu, pelbagai cara maklumat dan
langkah berbentuk kempen atau program pencegahan dan kesedaran yang ingin disampaikan
bukan hanya terletak dibahu doktor dan kaunselor sahaja tetapi memerlukan kerjasama semua
pihak bagi memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat. Manakala
maklumat berkaitan pencegahan dari dijangkiti HIV/AIDS adalah lebih diperlukan berbanding
dengan penyebarannya yang harus dijadikan bahan utama yang mudah diakses melalui internet
dan media cetak serta media elektronik oleh golongan ini bagi mengurangkan risiko penularan

134

wabak ini yang dilihat semakin kronik pada masa kini. Kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat
memberi maklumat tentang tahap kefahaman dan pengetahuan golongan LGBT terhadap
penyakit HIV/AIDS kepada pihak masyarakat terutamanya mereka yang terlibat secara langsung
seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberi rawatan dan mencegah penyakit
ini daripada terus merebak.

BIBLIOGRAFI

Beebe, S. A., Beebe, S. J., & Redmond, M. V. (1996). Interpersonal communication: relating to
others. USA: Ally & Beacon.

Chomat, A.M.B., Wilson, I.B., Wanke, C.A., Selvakumar, A., John, K.R. & Issac, R. (2009).
Knowledge, beliefs, and health care practices relating to treatment of HIV in Vellore, India.
AIDS patient care and STDs. 23 (6). 477- 483.

Coggins, P.C. (2007). Cultural issues for HIV/AIDS clients from the Caribbean: myths and realities.
Guyana journal. Diakses dari http://www.guyanajournal.com/HIV-AIDS_Caribbean.html
pada 11 Jan 2015

Kull, R.M. (2010). HIV history, illness, transmission and treatment. In C. C. Pointdexter (Ed),
Handbook of HIV and social work: Principles, practices and populations. Hoboken NJ.
Wiley.

Littlejohn, Stephen W dan Karen A. Foss. (2008). Theories of Human Communication (9th ed).
Belmont: Wadsworth Publishing Company.

McInnes. C.W, Druyts.E, Harvard S.S, Gilbert. M, Tyndall.M.W, Viviane D Lima, Wood. E,
Montanner.J.SG & Hogg R.S. (2009). HIV/AIDS in Vancouver, British Columbia: a growing
epidemic. Harm Reduction Journal. 6(5). 1-5.

Nugraheni Arumsari, Yulius Slamet & Eko Setyanto (2013). Proses Komunikasi Dokter-Pasien
Dalam Pelaksanaan HIV Voluntary Counseling and Testing (VCT) di RSUD Tugurejo
Semarang. Jurnal Kajian Komunikasi dan Media Massa 1(1), 1-8.
http://jurnal.pasca.uns.ac.id.

Piper N. & Yeoh Brenda S.A. (2005). Introduction: meeting the challenges of HIV/AIDS in Southest
and East Asia. Asia Pacific Viewpoint. 46 (1). 1-5.

Rajwani Md. Zai dan Nor Azimah Chew Abdullah. (2015). Fakto Risiko Jangkitan HIV/AIDS: Isu
Moral atau Hak Individu. Journal of Education and Social Sciences, 1(June)

Strydom, H. & Strydom, C. (2006). The level of knowledge of South African pupils regarding
HIV/AIDS. International social work (49), 495-505

Werner, P., Carmel, S. & Ziedenberg, H. (2004). Nurses ‘and social workers’ attitudes and beliefs
about and involvement in life-sustaining treatment decisions. Health and social work. 29(1).
27-3.

135

IMPAK PELAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 (PAK21) KE ATAS TAHAP KEPUASAN
MENGAJAR GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TERPILIH DAERAH KOTA BHARU

Nik Noraini Raja Abdullah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

[email protected]

Mohd Syukri Aliff Mohd Aziz
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia

Zaleha Mohd Noor
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

ABSTRACT

This study is a quantitative research using the survey method. This study aims to determine
the level of knowledge, skills and practices in the implementation of 21st century education
(PAK21) and their impact on the satisfaction level of teaching primary school teachers selected
district of Kota Bharu. A total of 108 teachers from 11 schools have been selected as
respondents. The data was collected using a structured questionnaire. The data was analyzed
using the 'SPSS' version 23.0. The value of alpha (α) for the four stages of construct PAK21
is high: knowledge (0.958), skills (0.934), practice (0.961) and satisfaction of teaching (0.845).
All mean construct also are at high level: knowledge (5:38), skills (4.89), practice (5.14) and
satisfaction of teaching (5:26). The study found that 58 teachers (53.7%) had a course of
PAK21 and 50 teachers (46.3%) never courses. The findings showed significant differences in
the knowledge (α ≤ 0.01), skills (α ≤ 0.01), practice (α ≤ 0.05) and satisfaction of teaching (α ≤
0.05) between these two categories of teachers. Teachers who have been trained showed a
higher mean. Each construct was found not vary by gender, academic level, grade of service
and tenure. The findings also showed 5 factors of demografic (sex, academic level, grade of
service, years of service and was attending a course) have an impact of 13.1% variance on
teachers’ satisfaction. The level of knowledge, skills and practice of PAK21 also have an
impact of 43.5%. The level of knowledge and practice have a high impact. In conclusion, this
study implies that teachers need to be given adequate disclosure of the PAK21 to enchance
the knowledge and pratices related to PAK21 which give teachers a high level of satisfaction.

Keywords: PAK21, knowledge, skills, practices, satisfaction

PENDAHULUAN

Guru merupakan satu profesion terbesar di Malaysia yang memainkan peranan penting
mempengaruhi kesejahteraan masyarakat Malaysia (Siti Fardaniah Abdul Aziz & Salma Che
Mat, 2017). Guru digambarkan modal insan berkualiti yang mendapat pendidikan berkualiti, yang
memiliki jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan pendidikan negara. Gurulah yang dapat
menghasilkan individu yang berkualiti. Secara normal masyarakat Malaysia menghabiskan masa
selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Tempoh sebelas
tahun seseorang individu berada bersama guru di sekolah menjadikan guru sebagai orang yang
sangat mempengaruhi pembentukan dan kesejahteraan individu dan masyarakat. Dengan itu,
guru-guru yang ditugas melaksanakan tanggungjawab ini harus berkualiti, mereka perlu memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi, berkemahiran dan bersahsiah mulia (Ahmad Zamri Khairani,
2011) kerana guru berperanan membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai
daya tahan serta kebolehan untuk berperanan dengan realiti yang sentiasa berubah.

136

Kini guru berhadapan pula dengan cabaran-cabaran pendidikan abad ke-21 (PAK21). Cabaran
yang memerlukan guru lebih fokus dan komited dalam melaksanakan tugas (Yahya & Zainuddin,
2003). Sehubungan dengan itu, Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK,
progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Dalam menghadapi cabaran ini juga,
guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Guru-guru perlu proaktif, sentiasa
mengikuti perkembangan semasa, memahami perkembangan teknologi, mempunyai sifat
berani, mahu mencuba, inovatif, tekun, amanah, dan sedia belajar bagi mempastikan kualiti guru
selaras dengan yang diperlukan dalam pendidikan abad ke-21. Guru wajar memiliki
pengetahuan, kemahiran, yang selari dengan perkembangan pengetahuan pendidikan abad ke-
21.

PENYATAAN MASALAH

Pendidikan adalah suatu proses yang dinamik dan profesion perguruan menuntut seseorang
guru itu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi (Parry & Urwin, 2011). Oleh itu
perubahan penting bagi menjamin sistem pendidikan selari dengan perkembangan dan
keperluan abad ke-21 sama ada dari segi sikap guru, struktur organisasi, aplikasi pengajaran
(Inandi & Gilic, 2016), kurikulum dan peralatan teknologi (Martinic, 2010) dan sosial budaya
(Ussahwahahitcakit, 2011). Guru perlu berubah ke arah menguasai pendidikan abad ke-21 bagi
menjadikan pendidikan yang diberikan selari dengan keperluan pelajar abad ke-21. Ini kerana
guru merupakan faktor penting menjayakan organisasi pendidikan (Inandi & Gilic, 2016). Kajian
menunjukkan kualiti perkhidmatan guru-guru di negeri Kelantan berada pada tahap sederhana
(Siti Fardaniah Abdul Aziz & Salma Che Mat, 2017). Terdapat guru-guru yang masih
menggunakan kaedah lama dalam melaksanakan pengajaran. Keadaan ini menimbulkan
beberapa persoalan, apakah keadaan ini disebabkan oleh guru-guru kurang berpengetahuan
serta kurang mahir tentang pendidikan abad ke-21 yang menjadikan mereka masih
mengamalkan kaedah lama dalam pengajaran? Inilah masalah yang menjadi fokus kajian ini
dengan memberikan beberapa persoalan seperti apakah tahap pengetahuan, tahap kemahiran
dan tahap amalan guru berkaitan PAK21 dan impaknya ke atas tahap kepuasan mengajar guru-
guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu?

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan, tahap
kemahiran dan tahap amalan guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu dalam
melaksanakan PAK21. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan impak pelaksanaan PAK21 ke
atas tahap kepuasan mengajar guru-guru sekolah rendah terpilih itu.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif berikut:
i. Menentukan tahap pengetahuan PAK21 guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota
Bharu,
ii. Menentukan perbezaan tahap pengetahuan PAK21 mengikut faktor demografi (jantina,
tahap akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah berkursus PAK21),
iii. Menentukan tahap kemahiran PAK21 guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu,
iv. Menentukan perbezaan tahap kemahiran PAK21 mengikut faktor demografi (jantina, tahap
akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah berkursus PAK21),
v. Menentukan tahap amalan PAK21 guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu,

137

vi. Menentukan perbezaan tahap amalan PAK21 mengikut faktor demografi (jantina, tahap
akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah berkursus PAK21),

vii. Menentukan tahap kepuasan mengajar guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota
Bharu,

viii. Menentukan perbezaan tahap kepuasan mengajar guru mengikut faktor demografi (jantina,
tahap akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah berkursus PAK21),

ix. Menentukan impak faktor demografi (jantina, tahap akademik, gred perkhidmatan, tempoh
berkhidmat dan pernah berkursus PAK21) ke atas tahap kepuasan mengajar guru-guru
sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu, dan

x. Menentukan impak tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap amalan PAK21 ke atas
tahap kepuasan mengajar guru-guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu.

KEPENTINGAN KAJIAN

Sebagai pendidik guru, kajian ini amat penting dan perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan kemampuan guru melaksanakan PdPc PAK21 d bilik darjah. Ini membolehkan IPGK
dan IPGKKB khususnya, menyedia dan menawarkan kursus-kursus yang diperlukan melalui
program Latihan Pembangunan Staf (LPS) dan program pembangunan profesionalisme
berterusan (CPD: Continuos Profesionalisme Development) ke arah menghasilkan guru yang
menghayati profesion mereka dengan memiliki tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap
amalan guru yang tinggi dalam melaksanakan PAK21 bagi mencapai matlamat pendidikan
negara.

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, terdapat beberapa pemboleh ubah dan faktor-faktor yang tidak dapat dikawal
oleh pengkaji, yang menjadi batasan kajian. Batasan tersebut adalah:

i. Responden kajian merupakan guru sekolah rendah terpilih Daerah Kota Bharu yang telah
mengikuti dan tamat latihan perguruan secara formal di seluruh maktab perguruan dalam
negara ataupun mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia, ataupun mana-
mana institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia.

ii. Kajian ini tidak mengambil kira lokasi guru bertugas sama ada di sekolah-sekolah
kebangsaan kawasan bandar, pinggir bandar ataupun luar bandar dalam Daerah Kota
Bharu. Hal ini kerana, guru ini sentiasa bertukar dari satu daerah ke satu daerah
sepanjang perkhidmatan mereka.

iii. Terdapat empat pemboleh ubah kajian yang dikaji dalam kajian ini berdasarkan tujuan
kajian iaitu tahap pengetahuan, tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap kepuasan
mengajar dalam pelaksanaan pendidikan abad ke-21. Maka kajian ini akan memberi
penjelasan yang mendalam terhadap keempat-empat pemboleh ubah serta impak tahap
pengetahuan, tahap kemahiran, tahap amalan dan faktor demografi terhadap
pelaksanaan pendidikan abad ke-21 yang terhad kepada definisi operasional kajian yang
ditetapkan.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul
menggunakan soal selidik berstruktur bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemboleh-
pemboleh ubah kajian yang perlu dijawab oleh responden. Kaedah ini digunakan bagi
membolehkan banyak maklumat dikumpul dalam satu masa, kos yang rendah dan mudah
dikendalikan (Cohen, Manion & Morrison, 2011). Penggunaan soal selidik juga berupaya untuk

138

melibatkan sampel yang ramai dan membolehkan perbandingan antara kajian menjadi lebih
terperinci serta mencapai tahap objektif yang lebih tinggi (Creswell, 2012, 2014).

Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik cuba mendapatkan peramal terbaik bagi tahap kepuasan
mengajar seseorang guru berpandukan pemboleh ubah tahap pengetahuan, tahap kemahiran,
tahap amalan dalam PAK21 dan sosiodemografi yang ditunjukkan. Untuk tujuan ini, analisis
Regresi Berganda digunakan. Analisis ini dikatakan dapat mengurangkan ralat dalam membuat
ramalan (Cohen & Cohen, 1975) dan (Cohen et al., 2003).

Pemilihan Sampel

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan di 11 buah sekolah rendah terpilih Daerah Kota
Bharu dengan mengambil sampel sekurang-kurangnya 10 peratus daripada setiap sekolah.
Jumlah responden yang terkumpul adalah seramai 110 orang. Bagaimanapun, 2 orang
responden tidak melengkapkan borang soal selidik, menjadikan bilangan responden adalah 108
orang. Pemilihan responden setiap sekolah dilakukan secara rawak mudah menggunakan jadual
nombor rawak.

Instrumen dan Soal Selidik Kajian

Instrumen kajian ini adalah soal selidik berstruktur. Babbie dan Mouton (2001) menyatakan soal
selidik sangat sesuai digunakan sebagai kaedah mengumpul data primer kajian kerana data
primer mampu menerangkan ciri-ciri populasi yang besar. Soal selidik kajian ini mengandungi 5
bahagian. Bahagian A adalah mengenai demografi responden. Maklumat-maklumat dalam
Bahagian A adalah jantina, tahap akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah
berkursus PAK21. Bagi setiap soalan Bahagian A, ruangan telah disediakan untuk responden
mencatat respons mereka. Bahagian kedua ditandakan sebagai Bahagian B yang mengandungi
20 item mengenai tahap pengetahuan PAK21 untuk mengukur tahap pengetahuan guru. Bagi
setiap item yang dikemukakan, respons guru diukur menggunakan skala Likert yang mempunyai
7 skala: 1-Sangat Tidak Setuju sehingga kepada 7-Sangat Setuju. Responden dikehendaki
menanda pada ruangan yang disediakan, sama ada pada skala 1, 2, 3, 4, 5, 6 atau 7.

Bahagian C soal selidik kajian ini adalah mengenai tahap kemahiran PAK21 yang mengandungi
7 item. Bahagian D pula bagi mengukur tahap amalan pelaksanaan PAK21 yang mengandungi
18 item dan Bahagian E adalah untuk mengukur tahap kepuasan mengajar guru yang
mengandungi 2 item. Kajian rintis dijalankan kepada 30 orang guru dari 2 buah sekolah rendah
terpilih Daerah Kota Bharu dengan tujuan mengukur kebolehpercayaan item soal selidik yang
digunakan. Dalam kajian ini, “Cronbach’s Alpha” digunakan bagi mengukur kebolehpercayaan
item-item dalam soal selidik tersebut. Ini adalah kerana “Cronbach’s Alpha” dapat mengukur
ketekalan dalaman bagi item-item dalam pelbagai skala (Vogt, 1999). Menurut Kaplan dan
Sacuzzo (1993) dan Vogt (1999), item-item soal selidik dikatakan baik dan memiliki
kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya nilai “Cronbach’s Alpha” melebihi 0.7 (α > 0.7). Nilai
“Cronbach’s Alpha” yang diperolehi bagi keempat-empat pemboleh ubah kajian adalah tinggi, di
mana bagi item pengetahuan PAK21 (α = 0.958), item kemahiran PAK21 (α = 0.934). item
amalan PAK21 (α = 0.961) dan item kepuasan mengajar (α = 0.845

Prosedur Analisis Data

Soal selidik yang dipungut telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social
Science (SPSS)” versi 23.0. Proses analisis data melibatkan tiga jenis analisis:

139

Analisis priliminari data

Dalam kajian ini analisis priliminari dilakukan bagi menentukan data yang dipungut adalah sesuai
untuk dilakukan analisis regresi berdasarkan nilai-nilai tolerance (T) dan variance inflation factor
(VIF) bagi setiap pemboleh ubah bebas. Ia dilakukan menggunakan ujian Multicollinearity. Hasil
ujian Multicollinearity menunjukkan nilai T dan VIF bagi ketiga-tiga pemboleh ubah bebas adalah
pengetahuan PAK21 (T=0.510, VIF=1.962), kemahiran PAK21 (T=0.447, VIF=2.239) dan
amalan PAK21 (T=0.348, VIF=2.873), di mana ketiga-tiga mempunyai nilai T >0.1 dan nilai VIF
<10. Ini menunjukkan ketidakhadiran multicollinearrity yang tinggi dalam kalangan pemboleh
ubah bebas. Oleh itu analisis regresi boleh dilakukan bagi mengkaji impak pemboleh ubah bebas
(pengetahuan, kemahiran dan amalan berkaitan PAK21) ke atas pemboleh ubah bersandar
(kepuasan mengajar).

Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif melibatkan penghuraian tentang profil responden seperti jantina, tahap
akademik, gred perkhidmatan, tempoh berkhidmat dan pernah berkursus. Statistik yang
digunakan dalam analisis ini adalah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Analisis
deskriptif juga menghuraikan tahap pengetahuan, kemahiran, dan amalan berkaitan PAK21
dengan menggunakan kekerapan, peratus dan min bagi 5 tahap seperti Jadual 1 di sebelah.
Skala pengukuran 5 tahap ini digunakan bagi menghuraikan tahap pengetahuan, kemahiran dan
amalan berkaitan PAK21 dalam kalangan responden.

Jadual 1. Penentuan tahap berdasarkan skor min

Skor Tahap Tafsiran
Sangat rendah
1.00 ≤ ᵡ < 2.20 Rendah
2.20 ≤ ᵡ < 3.40 Sederhana
3.40 ≤ ᵡ < 4.60 Tinggi
4.60 ≤ ᵡ < 5.80 Sangat tinggi
5.80 ≤ ᵡ ≤ 7.00

Analisis Inferential

Prosedur analisis data secara inferential dijalankan bagi menguji secara statistik kesignifikanan
tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan berkaitan PAK21 yang dikaji. Ujian-ujian yang
dilakukan adalah:

Ujian-t dan ANOVA. Ujian-t digunakan bagi menguji perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran
dan amalan berkaitan PAK21 mengikut faktor jantina dan faktor pernah berkursus. Manakala
ujian ANOVA digunakan bagi menguji perbezaan mengikut tahap akademik, gred
perkhidmatan dan tempoh berkhidmat.

Analisis Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis. Dalam kajian ini, pemboleh ubah
sosiodemografi, tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan berkaitan PAK21 merupakan
pemboleh ubah bebas yang digunakan dalam analisis regresi berganda bagi mengenal pasti
impak ke atas pemboleh ubah bersandar kepuasan mengajar guru.

140

DAPATAN
Analisis Demografi Responden

Jadual 2. Taburan responden mengikut demografi

Kumpulan Demografi Lelaki Bilangan (orang) Peratus (%)
Jantina Perempuan 26 24.1
Kelulusan Akademik Sijil/ Diploma 82 75.9
Sarjana Muda 14 13.0
Jantina Sarjana 84 77.8
Kelulusan Akademik Lelaki 10 9.3
Perempuan 26 24.1
Jantina Sijil/ Diploma 82 75.9
Kelulusan Akademik Sarjana Muda 14 13.0
Sarjana 84 77.8
Lelaki 10 9.3
Perempuan 26 24.1
Sijil/ Diploma 82 75.9
Sarjana Muda 14 13.0
Sarjana 84 77.8
10 9.3

Daripada keseluruhan 108 orang responden guru, didapati bilangan lelaki adalah 26 orang,
perempuan adalah 82 orang dan selainnya seperti dalam Jadual 2.

PAK21: Tahap Pengetahuan, Kemahiran, Amalan dan Kepuasan Mengajar

Analisis bahagian ini adalah bagi mencapai objektif pertama, ketiga, kelima dan ketujuh kajian.
Dapatan menunjukkan majoriti guru mempunyai tahap tinggi bagi semua pemboleh ubah.
Pengetahuan PAK21 57.4% tahap tinggi, kemahiran PAK21 54.6% tahap tinggi, amalan PAK21
61.1% tahap tinggi dan kepuasan mengajar 50.0% tahap tinggi (Jadual 3).

Jadual 3. Tahap pengetahuan, Kemahiran, Amalan dan Kepuasan Mengajar

Pemboleh Ubah Sangat Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
Rendah

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Pengetahuan - - - - 15 13.9 62 57.4 31 28.7
PAK21

Kemahiran - - 2 1.9 35 32.4 50 54.6 12 11.1
PAK21

Amalan PAK21 - - - - 25 23.1 66 61.1 17 15.7

Kepuasan - - - - 21 19.4 54 50.0 33 30.6
Mengajar

Jadual 4 di bawah menunjukkan min paling tinggi, pengetahuan (5.38), manakala min paling
rendah adalah min kemahiran (4.89). Min amalan (5.14). Ini menunjukkan guru mengamalkan

141

PdPc PAK21 walaupun tahap kemahirannya kurang. Min kepuasan mengajar guru adalah tinggi
(5.20).

Jadual 4. Min Pengetahuan, Kemahiran, Amalan PAK21 dan Kepuasan Mengajar

Pemboleh Ubah Min Sisihan Piawai

Pengetahuan PAK21 5.38 0.64
Kemahiran PAK21 4.89 0.70
Amalan PAK21 5.14 0.66
Kepuasan Mengajar 5.26 0.73

PAK21: Perbezaan Tahap Pengetahuan, Kemahiran, Amalan Dan Kepuasan Mengajar
Mengikut Faktor Demografi

Analisis mendapati guru lelaki mempunyai min tahap pengetahuan, kemahiran, amalan, dan
kepuasan mengajar yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Mengikut tempoh berkhidmat
pula, didapati guru-guru baharu berkhidmat mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran, amalan
PAK21 dan kepuasan mengajar yang lebih tinggi berbanding dengan guru-guru lama, di mana
min tahap pengetahuan guru (1 -5 tahun) adalah 5.77, manakala guru (>20 tahun) 5.32. Min tahap
kemahiran guru (1 -5 tahun) adalah 5.57 dan guru (>20 tahun) 4.85. Min tahap amalan PAK21
guru (1 -5 tahun) adalah 5.63 dan guru (>20 tahun) 5.07. Min kepuasan mengajar guru (1 -5 tahun)
adalah 6.00, manakala guru (>20 tahun) 5.17. Guru-guru yang pernah berkursus PAK21
mempunyai min yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang tidak pernah berkursus PAK21, di
mana min tahap pengetahuan guru (berkursus) adalah 5.53, manakala guru (tidak pernah) 5.20.
Min tahap kemahiran guru (berkursus) adalah 5.08, manakala guru (tidak pernah) 4.68. Min tahap
amalan PAK21 guru (berkursus) adalah 5.27 dan guru (tidak pernah) 4.99. Min kepuasan
mengajar guru (berkursus) adalah 5.41 dan guru (tidak pernah) 5.10.

Berdasarkan tahap akademik pula, didapati min guru yang berkelulusan lebih tinggi menunjukkan
tahap pengetahuan, kemahiran, amalan dan kepuasan mengajar yang lebih tinggi berbanding
dengan guru berkelulusan lebih rendah (Jadual 5). Manakala min keseluruhan pula menunjukkan
min tertinggi adalah tahap pengetahuan PAK21 (5.38), diikuti dengan kepuasan mengajar (5.26),
amalan PAK21 (5.14) dan kemahiran PAK21 (4.89). Bagi mencapai objektif kedua, keempat,
keenam dan kelapan kajian, ujian-t digunakan bagi menguji perbezaan tahap pengetahuan,
kemahiran, amalan, kepuasan mengajar mengikut jantina dan pernah berkursus, manakala ujian
ANOVA digunakan bagi menguji perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran, amalan PAK21 dan
kepuasan mengajar mengikut tahap akademik, gred perkhidmatan dan tempoh berkhidmat.

142


Click to View FlipBook Version