The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidki, 2019-11-21 02:05:42

NIC PROCEEDING 2019

Narathiwat PROCEEDING

Keywords: Narathiwat,Action Research,Teacher Tranning,IPG Sultan Mizan

TULISAN JAWI MENDEPANI CABARAN ABAD KE-21

Fuadi Abdul Razak, Md. Shamsuddin Ngat Denin
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia

ABSTRAK

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu dan rakyat
Malaysia yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan
Jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu dalam kalangan umat
Islam di Nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan Jawi
juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-
undang, politik, perjanjian bertulis dan perhubungan antarabangsa. Antara
bukti tulisan Jawi digunakan secara meluas di Nusantara ialah penemuan
surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan Jawi, penemuan
batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-
Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan
Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan
dibukukan dalam tulisan jawi lama. Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan
tulisan Jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu
kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di alam Melayu menulis kitab
semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai medium
penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain
karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli
karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah
al-Fathani, Faridatul Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi
dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi. Kebelakangan ini,
penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan Jawi agak berkurangan.
Tulisan Jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan
Rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan
pada satu ketika mata pelajaran Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan
Rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan Jawi semakin hilang
daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Namun begitu, tulisan Jawi
kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan Pendidikan Islam
menggunakan tulisan Jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam
dalam tulisan Jawi. Pengenalan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah
bermula pada tahun 2005 telah memberikan tulisan Jawi nafas baharu bagi
membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.
Manakala pada tahun 2019, kerajaan berusaha menghidupkan semula
tulisan jawi sebagai satu warisan budaya memandangkan sebahagian
generasi muda tidak pandai menulis dan mengenali huruf Jawi dan
mencadangkan tulisan Jawi dan khat diperluaskan di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil tetapi mendapat bantahan daripada orang Cina
dan India. Sehubungan itu juga, beberapa buah sekolah pondok di Selatan
Thai telah menggunakan tulisan Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti di Maahad Darul Furqan, Munduk. Justeru itu, bagi memastikan
warisan tulisan Jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan
bersungguh-sungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan
tulisan Jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di Nusantara.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tulisan
Jawi mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

Kata kunci: tulisan Jawi, tulisan Rumi, tulisan Khat Jawi, menghidupkan
semula

292

PENGENALAN

Sejarah mencatatkan perkembangan tulisan Jawi sinonim dengan kedatangan Islam ke
alam Melayu sekaligus menjadi lambang dan simbol yang mewakili bahasa dan bangsa
Melayu. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu sama ada
sebagai alat komunikasi mahupun médium pengembangan ilmu terutamanya selepas
kedatangan Islam di alam Melayu. Tidak menjadi asing dalam kehidupan masyarakat
pada masa itu bermula dari raja, pembesar negara, ulama, saudagar sehinggalah
kepada rakyat jelata. Walaupun tulisan Jawi didapati mempunyai perkaitan yang amat
rapat dengan bahasa Arab terutamanya pada bentuk abjad, namun terdapat beberapa
perbezaan yang ketara terutamanya pada pertambahan abjad yang menjadikan jumlah
bilangan abjad Jawi berbeza dengan bilangan abjad Arab dan juga disesuaikan dengan
pertuturan masyarakat tempatan. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah mempunyai identiti
yang tersendiri dan mampu berperanan sebagai alat komunikasi dan alat
pengembangan ilmu di peringkat global.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.

Menurut Ahmad Fathy (2012) dari segi nama, perkataan atau kalimah Jawi itu sendiri
pun berasal dari bahasa Arab-Jawi iaitu suatu bentuk adjektif bagi kata Arab "Jawah"
yang merujuk nama daerah atau kawasan bagi AsiaTenggara. Menurut catatan, Ibnu
Batutah telah menggunakan nama "al-Jawah" ini dalam bukunya al-Rihlah bagi maksud
Asia Tenggara, manakala perkataan "Jawi" pula adalah merujuk penduduknya. Dengan
demikian, nama jawah dan Jawi tidak hanya merujuk Pulau Jawa dan orang Jawa
sahaja, melainkan juga kepada seluruh Asia Tenggara dan penduduknya sekali seperti
Melayu, Bugis, Acheh, Mandailing, Minangkabau, Banjar, Madura dan Iain-lain
termasuk Jawa.

Dalam tempoh ini sangat jelas bahawa tulisan Jawi adalah tulisan bahasa Melayu yang
paling luas digunakan, tidak terkecuali di Selatan Thai yang pada masa itu diperintah
oleh Raja-Raja Patani dan Senggora. Bahkan, sehingga ke zaman moden pada hari ini
pun, tulisan Jawi masih banyak digunakan oleh orang Melayu di Malaysia, Indonesia,
Brunei, Selatan Thai dan Singapura yang menggunakannya terutama dalam bidang
pengajian agama di masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi agama seperti
pondok dan madrasah. Selain orang Melayu dan di daerah berbahasa Melayu, huraf
Arab juga digunakan oleh orang Jawa di Pulau Jawa - dinamakan tulisan "Pegon" dan
oleh orang Bugis di Sulawesi Selatan dengan nama"Tulisan Serang". Selain Jawa dan
Bugis, orang Cham di Vietnam dan Kemboja juga dikenal pasti menggunakan huraf
Jawi, khusus untuk menulis kitab-kitab agama Islam, hikayat Melayu dan takwim Cham
juga.

Dalam perkembangan keintelektualan, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang
penting dalam menyampaikan sumber ilmu, khususnya ilmu agama ke seluruh pelusuk
dunia Melayu. Kitab-kitab agama sama ada dalam bentuk sejarah, hikayat, falsafah,
syair semuanya menggunakan tulisan Jawi dan menjadi satu-satunya bacaan dalam

293

bahasa tempatan. Para ulama dari dunia Melayu muncul di Palembang, Riau, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Pahang, Patani, Banjarmasin dan Aceh dengan penulisan kitab-
kitab dalam pelbagai bidang. Antaranya Kitab Taj al-Salatin oleh Bukhari al-Jauhari dan
Kitab Bustan al Salatin tulisan Nuruddin alRaniri. Tulisan Jawi meresap masuk dalam
jiwa orang Melayu sehingga dijelmakan bukan sahaja dalam pendidikan dan
pentadbiran tetapi juga dalam mempamerkan kesenian dan kebudayaan melayu.
Tulisan Jawi diukirkan sebagai perhiasan di rumah, sekolah begitu juga pada peralatan
yang digunakan seharian. Tulisan Jawi turut digunakan dalam menuliskan perkara-
perkara yang penting seperti penulisan hukum kanun, surat-surat, watikah, batu-batu
nisan, duit-duit syiling, barangan tembaga dan juga barang perhiasan.

Tulisan Jawi ini dikenali sebagai tulisan Melayu-Arab di Nusantara kerana Hashim Musa
(1999) ada mengesahkan bahawasanya Shellbear mengatakan orang Melayu
menerima secara langsung tulisan Jawi daripada orang Arab. Kegemilangan tulisan
Jawi pada abad-ke 18 tidak dapat dinafikan apabila penjajah Barat mempelajari untuk
membaca dan mengejanya. Suatu ketika dahulu juga menggambarkan bahawa tulisan
Jawi amat terserlah dalam kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu.
Menurut Keong Kyoung Seock (1990) ada menyatakan bahawa zaman kesusasteraan
dahulu merupakan wahana masyhur dalam tulisan Jawi. Walaupun terdapat usaha
yang telah dilakukan, tetapi ia kurang berkesan kerana ramai anak-anak muda dan
orang-orang dewasa yang telah buta Jawi akibat dari sistem itu. Untuk mengembalikan
semula keagungan tulisan Jawi, ia memerlukan masa yang lama dan perancangan yang
rapi dan bersistematik serta usaha yang berterusan bermula dari peringkat pra-sekolah,
sekolah dan universiti.

Lantaran kedudukan tulisan Jawi dengan bahasa dan bangsa Melayu mempunyai
perkaitan yang amat rapat, maka hakikat perkembangan tulisan Jawi pastinya tidak
dapat dipisahkan dengan pencapaian tamadun Melayu. Tulisan Jawi menjadi pusaka
yang amat tinggi nilainya yang wajib dipelihara oleh setiap individu yang mewarisi
bahasa dan bangsa Melayu. Namun, dewasa ini kedudukan kepentingan tulisan Jawi
telah diambil alih oleh tulisan rumi. Tulisan Jawi sedang mengalami cabaran yang besar
hari ini dan agenda bertindak bagi mengatasi cabaran tersebut perlu dilakukan agar
tulisan Jawi akan terus mampu berkembang dan digunakan secara meluas dalam
usaha memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu.

PERSOALAN KAJIAN

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah bukan sahaja lanskap kehidupan
masyarakat Melayu, bahkan juga turut mengubah kaedah penulisan masyarakat
Melayu. Ini terbukti dengan penggunaan tulisan Jawi secara meluas di Tanah Melayu
suatu masa dahulu. Usianya dikatakan telah mencecah hampir seribu tahun berbanding
dengan tulisan Rumi yang hanya mula digunakan secara meluas selepas tahun 1960an.
Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan bahasa Melayu tulisan Rumi secara
rasmi pada tahun 1963, maka secara tidak langsung tulisan Jawi mula dipinggirkan.
Bertitik tolak dari situ, tulisan Jawi sudah tidak lagi dilihat kepentingannya sebagai
tulisan bahasa Melayu. Lantaran dari itu, pengajaran Jawi di sekolah tidak lagi
ditekankan.

Namun, dewasa ini kedudukan dan kepentingan tulisan Jawi telah diambil alih oleh
tulisan Rumi. Malah usaha mendaulatkan bahasa Melayu sama ada di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa diperjuangkan dengan menggunakan tulisan
Rumi. Sudah tentu usaha tersebut agak sukar kerana bahasa Melayu telah dipisahkan
dari identiti tulisannya yang asal. Tulisan Jawi bagai dipinggirkan dan sekiranya ia tidak
terus dipelihara maka tidak mustahil suatu hari nanti ia akan pupus. Sekaligus dikhuatiri

294

juga bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama. Walaupun tulisan Jawi
masih digunakan untuk mencetak kitab-kitab agama Islam tetapi bilangan rakyat
Malaysia yang boleh membaca tulisan Jawi semakin berkurangan. Oleh itu, usaha yang
konkrit perlu dilakukan agar tulisan Jawi akan terus mampu berkembang dan digunakan
secara meluas dalam usaha memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tulisan Jawi mampu
menghadapi cabaran abad ke-21.

METODOLOGI KAJIAN

Informasi-informasi kajian yang diperolehi daripada buku-buku ilmiah, hasil pengkajian
orang lain, laporan penelitian, jurnal, fakta-fakta, buku tahunan dan sumber-sumber
bertulis ataupun sumber elektronik. Kajian kepustakaan sememangnya membantu
pengkaji dalam melakukan kajian, lebih-lebih lagi pengkaji baru yang memerlukan
banyak maklumat berkaitan atau berkenaan dengan kajian yang dibuat. Melalui kaedah
ini, pengkaji dapat merangka kajian dengan sebaiknya agar menepati sesebuah kajian
yang baik.

Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi mencampurkan huruf-huruf Arab yang terdiri daripada 30 huruf termasuk
huruf hamzah dan lam alif, enam huruf bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu yang
lazim pada lidah Melayu. Pertambahan huruf tersebut telah memperluaskan lagi
kaedah dan teknik penggunaan tulisan jawi dalam Bahasa Melayu (Bengkel Penulisan
Jawi, 2006). Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,
adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian
penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,
Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara
Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu
bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua
bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

Tulisan Jawi juga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-
pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Antara bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris. Amat Juhari Moain (1996) menyatakan tulisan
jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan
kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni
khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya.

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi

Sistem Ejaan Jawi Pakatan

Pada tahun 1937 maka satu panduan khusus sistem ejaan Jawi mula disusun secara
persendirian oleh Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman. Bagi menguji aspek ketepatan
panduan ejaan ini, Za’aba telah dipanggil sebagai pakar rujuk.

295

Sistem Ejaan Jawi Za’aba

Gelaran pendeta Za’aba begitu sinonim dengan insan bernama Zainal Abidin bin
Ahmad. Beliau merupakan seorang pakar bahasa, pejuang dan pencinta tulisan Jawi
yang gigih dan pemikir Melayu yang ulung. Penglibatan beliau dalam bidang bahasa
menambahkan lagi kecintaannya terhadap tulisan Jawi menyebabkan terhasilnya
beberapa buah karya mengenai Jawi. Za’aba mula mengumpul perkataanperkataan
Melayu sejak tahun 1918 dengan tujuan untuk menyusun sebuah kamus Melayu yang
besar dan lengkap. Kemudian pada tahun 1931 beliau menerbitkan sebuah buku
bertajuk “Rahsia Tulisan Jawi” dan pada tahun 1938 beliau siap menyusun buku “Daftar
Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun akibat dari kekangan masa sebelas tahun kemudian
barulah ia diterbitkan (1949). Mengenai kaedah Jawi yang digunakan, Za’aba
membahagikan sistem ejaan kepada dua bahagian iaitu ejaan pada perkataan asal dan
ejaan pada perkataan bertambah. Ejaan bagi perkataan asal terbahagi kepada lapan
bahagian kecil seperti ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi berlainan, bunyi di atas
berpadu, bunyi berkait, alif, wau dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau dan ya yang
bukan saksi, ejaan tua, perkataan yang dipinjam daripada Arab dan memakai jenis
tanda. Manakala bagi ejaan perkataan bertambah terbahagi kepada tiga pecahan kecil
iaitu memasukkan penambah di pangkal, di hujung dan kedua-duanya sekali. Kedua-
dua sistem ejaan Jawi ini mempunyai undang-undangnya yang tersendiri.

Sistem Ejaan Jawi Dian

Sistem ejaan Jawi Dian dikemukakan pada tahun 1973 di dalam majalah Dian bilangan
30 yang berasaskan ejaan fonetik iaitu mengeja sesuatu perkataan mengikut sebutan.
Sistem ejaan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan Jawi Za’aba yang dilihat
wujudnya beberapa kelemahan dan kekurangan. Sistem ejaan Dian dilihat benar-benar
memenuhi kehendak masyarakat kini dari segi kaedah penyusunan dan tidak
memerlukan tenaga ingatan yang banyak untuk mengejanya.

Walau bagaimanapun wujud dua kelemahan pada sistem ejaan Dian ini seperti
penggunaan huruf dan sistem ejaan. Kelemahan pertama melibatkan transliterasi huruf
[f] dan [p] yang sukar untuk dibezakan dalam tulisan Jawi kerana mengikut kaedah
penggunaan huruf ini dalam tulisan rumi adalah berbeza sama sekali. Kelemahan yang
kedua ialah padanan huruf [v] dalam tulisan Rumi tidak diwujudkan walaupun huruf
tersebut telah lama wujud dalam bahasa Melayu sejak tahun 1936. Hal ini
menyebabkan perkataanperkataan Inggeris yang diserap ke dalam Bahasa Melayu
tidak dapat dieja dengan baik.

Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Kemerosotan tulisan Jawi mula terjadi selepas Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan
pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah
tulisan Rumi. Keputusan ini memberi impak besar terhadap penggunaan tulisan Jawi
sama ada dalam institusi pendidikan, urusan pentadbiran kerajaan, media penerbitan
dan sebagainya. Walaupun sudah ada beberapa penyelarasan sistem ejaan Jawi yang
dilaksanakan oleh organisasi dan orang perseorangan untuk mempertahankan tulisan
Jawi, namun sistem ejaan tersebut masih mempunyai kelemahan dan memerlukan satu
pedoman yang lebih efektif untuk memenuhi keperluan perkembangan tatabahasa di
dalam Bahasa Melayu.

Menyedari akan kelemahan dan kekeliruan sistem ejaan Jawi sedia ada, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Jawatankuasa Ejaan Jawi (JKEJ) mengambil
inisiatif bagi mengkaji dan meneliti sistem ejaan Jawi Za’aba. Sistem ejaan Jawi Za’aba
dijadikan sebagai landasan untuk membentuk dan menyusun sistem ejaan Jawi baru.
Proses penyempurnaan ini mengambil kira lima perkara penting iaitu mengekalkan yang
sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang

296

kabur dan mengemaskan yang longgar. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan beberapa bengkel pada setiap minggu
selama setahun.

Pengkajian Kang Kyoung Seok (Faisal @ Ahmad Faisal dan Faizuri,2014) adalah
menyentuh mengenai perkembangan sistem tulisan Jawi daripada bentuk Arab kepada
bentuk Melayu asli. Beliau juga turut membuat urutan perkembangan melalui rajah bagi
memudahkan para pengkaji mendapatkan gambaran secara kasar sejarah
perkembangannya. Pada tahap pertama, sistem ejaan Arab telah digunakan
sepenuhnya. Perubahan pertama yang telah berlaku menurut beliau ialah tanda-tanda
baris di hapuskan tetapi tasydid masih lagi digunakan. Perubahan pada tahap kedua
pula ialah tasydid dihapuskan tetapi kadang-kadang tanda baris atau tasydid masih
dikekalkan. Seterusnya, unsur-unsur Melayu mula muncul iaitu vokal pada suku kata
kedua mula ditandai dengan abjad-abjad alif ( ‫) ا‬, wau ( ‫ ) و‬dan ya ( ‫) ي‬. Pada tahap
perkembangan yang terakhir pula ialah kemasukan lambang-lambang vokal pada suku
kata terakhir tetapi ada perkataan-perkataan tertentu telah berkembang dengan cepat
sehingga sampai kepada allograf (tahap) yang terakhir. Hal ini disebabkan perkataan
tersebut telah terikat dengan hukum-hukum atau kaedah yang telah dilaksanakan oleh
sarjana-sarjana ternama pada masa itu.

CABARAN TULISAN JAWI MENDEPANI ABAD KE-21

Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan
negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan
masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global
kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak
meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka
terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu
'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi
seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau
hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris. Atas alasan
perpaduan kaum, tulisan Rumi dijadikan tulisan rasmi hingga hampir melenyapkan
penggunaan tulisan Jawi pada hari ini. Lebih menyedihkan apabila tidak ramai generasi
baru yang berkebolehan menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik padahal
tulisan berkenaan pernah mencapai zaman kegemilangannya satu ketika dahulu.

Usaha untuk mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi telah dilakukan oleh pelbagai
pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada itu, usaha bekas
Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF
(Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain). di sekolah-sekolah rendah bermula pada
tahun 2005 telah memberikan tulisan Jawi nafas baharu bagi membugarkan semula
kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu. Kurikulum j-QAF mempunyai lima
buah model yang perlu dilaksanakan. Model tersebut adalah Model Pemulihan Jawi,
Model Bahasa Arab Komunikasi, Model Khatam al-Quran Enam Bulan, Model Tasmik
dan Model Bestari Solat. Program j-QAF berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah
yang boleh membaca al-Quran hingga khatam, menguasai Bahasa Arab Komunikasi,
asas-asas Fardu Ain dihayati dan jawi diperkukuhkan semula di sekolah rendah.
Program ini merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di
sekolah rendah (JAPIM, 2004).

Model jawi j-QAF ialah kelas pemulihan jawi. Pengajaran dilaksanakan oleh guru j-QAF
untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak
dengan jadual waktu persekolahan sedia ada iaitu dijalankan serentak dengan waktu
pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh enam bulan pertama Tahun Satu,

297

jawi diajar selama dua waktu seminggu. Manakala pada enam bulan kedua (Jun hingga
November) jawi diajar selama satu waktu seminggu. Hanya seorang guru j-QAF terlibat
dalam menguruskan aktiviti pemulihan jawi mengikut modul yang telah ditetapkan
(JAPIM, 2007).

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang disusun secara teratur oleh
pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan Jawi semakin tersusun. Wujudnya
Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi
usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan Jawi. Diharapkan dengan usaha jitu
daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan Jawi sebagai salah satu
medium penyampaian ilmu pengetahuan. Menyedari hakikat itu, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKwa) menerusi Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai program berasaskan
tulisan Jawi dan khat. Ia bertujuan memartabatkan tulisan Jawi dan menyemarakkan
semula tulisan berkenaan sebagai budaya hidup masyarakat Islam amnya. Ketua
Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad berkata, program berasaskan tulisan Jawi dan
khat yang diadakan sebelum ini antaranya membangunkan Perisian K-Jawi pada 2007,
menerbitkan Kit Tatih Jawi (2008), menganjurkan Bengkel Klinik Jawi (2017) dan
Rancangan Klinik [email protected] (sejak 2012 hingga kini).

Tulisan Jawi di Selatan Thai

Walaupun bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negeri Thai ialah bahasa Thai, namun
banci tahun 1960 bagi wilayah-wilayah Patani, Yaladan Narathiwat menunjukkan ada
kira-kira 75% daripadajumlah penduduk yang berumur lima tahun ke atas yang tidak
dapat bertutur dalam bahasa Thai (Pejabat PerangkaanPusat, 1960). Angka ini jelas
memperlihatkanbahawamasihterdapatsejumlah besarpendudukdalam kawasan terlibat
yang tidak berupaya bertutur dalam bahasa Thai, atau yang tidak mahu atau
berpendapat bahawa adalah tidak perlu bagi mereka mempelajari bahasaThai,
sebaliknya tetap menggunakan dialek Melayu tempatan wilayah mereka. Kecuali
diSatun, di mana keadaannya sedikit berbeza apabila penggunaan bahasa Melayu di
wilayah berkenaan didapati tidak meluas atau kurang aktif, berbanding dengan di
Patani, Yala dan Narathiwat, walaupun dari segi jumlah penduduk, bilangan mereka
adalah mewakili 85% (Court 1975: 67).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Amon Tharisak (1987), selain empat wilayah yang
telah disebutkan, bahasa Melayu juga terdapat di wilayah-wilayah Songkhla, Nakon Si
Thamarat, Krabi, Phuket, Patthalung, Trang, Surat Thani dan Ranong, walaupun dalam
jumlah yang lebih kecil dan terbatas dalam kalangan orang-orang yang telah berumur.
Adalah sangat nyata bahawa bagi orang Melayu-Muslim, tulisan Jawi ini sangat terkait
dengan identiti etnik (Melayu) dan agama (Islam), sehingga dalam hal ini bahasa
Melayu itu dilihat menjadi semacam pemisah antara etnik Melayu dengan bukan Melayu
dan antara Islam dengan bukan Islam. Lebih dari itu, bahasa Melayu bukan sahaja
berfungsi sebagai alat komunikasi antara mereka sebagaimanayang telah dinyatakan
di atas, tetapi jugamenjadijambatan yang sentiasa mengingatkan mereka kepada
sejarah kegemilangan kerajaan Melayu pada zaman lampau. Atau dalam perkataan
lain, keberadaan bahasa Melayu telah dianggap sebagai sebuah warisan sejarah dan
budaya yang sangat mereka hargai dan wajib dipelihara.

Menurut Ahmad Fathy al-Fatani (2012) dalam wilayah-wilayah ini, setidak-tidaknya
dalam tiga wilayah (Yala, Patani dan Narathiwat), penggunaan bahasa Melayu tetap
dikekalkan, bagi menyambung sebuah tradisi pengajian yang telah berjalan sejak lama.
Dalam hal ini sering dikatakan bahawa system madrasah dan sekolah pondok telah
menjadi alat atau sarana yang sangat berkesan dalam pengekalan bahasa Melayu di
selatan. Di sekolah-sekolah ini, hampir semua mata pelajaran, kecuali mata pelajaran

298

bahasa Arab, diajar dalam bahasa Melayu dengan menggunakan kitab-kitab Jawi yang
dikarang oleh para ulama mereka. Malah di setengah-setengah madrasah, mata
pelajaran bahasa Melayu tulisan rumi kadang-kadang turut menjadi mata pelajaran
wajib. Dengan demikian, bagi anak-anak pondok, walaupun mereka tidak terdedah
kepada penggunaan bahasa Melayu di rumah-rumah mereka (seperti yang berlaku
dalam kalangan penduduk Satun), namun setelah belajar di madrasah atau pondok,
mereka mulai menggunakan dan mempelajari bahasa Melayu ini.

Selain menjadi bahasa pengantar, maka yang sangat penting ialah penggunaan tulisan
Jawi yang menjadi semacam kurikulum wajib dalam sistem pengajian pondok dan
madrasah ini. Dalam hal ini patut dicatat bahawa adalah menjadi satu kebanggaan bagi
penduduk Melayu Muslim di selatan untuk mempelajari ajaran Islam melalui teks-teks
kitab Jawi yang ditulis oleh ulama silam mereka, sebelum berangkat kepada kitab-kitab
yang lebih tinggi dalam bahasa Arab, meneruskan sebuah tradisi pengajian Islam yang
telah berjalan sejak ratusan tahun dahulu, sekali gus bagi mengingatkan mereka akan
sejarah bumi tempat tinggal mereka. Secara kebetulan, kitab-kitab Jawi ini memang
banyak ditulis oleh ulama wilayah selatan, khususnya Patani, dan dalam banyak bidang
pula, merangkumi usuluddin, fiqah, tasawuf, tajwid, tarikh, perabatan atau tib dan Iain-
lain. Usaha ini telah bermula sejak awal, iaitu pada tahun 1002H/1593M apabila Faqih
WanMusa al-Fatani dari Kampung Sena menulis Kitab Sarf' dan ilmu Mantiqnya. Tradisi
ini diteruskan oleh Syeikh Abdullah Pauh Bok pada tahun 1184H/1770M apabila beliau
menulis Tanbih al-Ghafilin, sebuah kitab yang mengandungi beberapa hadis tarhib atas
beberapa dosa, yang dibahagikan dalam 12 bab.

Pada dekad 1970-an, penduduk Melayu-Muslim mula menerima sistem pendidikan
kerajaan, walaupun dengan sangat hati-hati, apabila mereka memasukkan mata
pelajaran umum (saman) Thai ke dalam kurikulum madrasah (dahulunya pondok). Hasil
daripada penerimaan ini, pelajar-pelajar di madrasah kini menerima dua jenis aliran
pendidikan, iaitu aliran agama atau Arab dan aliran sekular pendidikan Thai. Kelak di
peringkat yang lebih tinggi, pelajar-pelajar madrasah ini bebas memilih bidang
pengajianmereka, asalkan mereka lulus ujian masuk ke universiti. Keadaan ini telah
menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi semakin terhakis.

Walaupun bahasa Melayu dan tulisan Jawi semakin terpinggir di selatan Thai, namun
telah ada usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan
pondok di wilayah berkenaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia
dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah
menganjurkan program tulisan Jawi di selatan Thai. Majlis itu terkandung dalam
Program Wasatiyah Islamiyah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan
Thailand (IMT-GT) yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail. Melalui program ini tulisan Jawi diajar kepada kira-kira 30 guru dan
pelajar dari Sekolah Muslim Wittaya, Phuket. Usaha ini juga telah dilakukan oleh
Maahad Darul Furqan, Munduk yang telah menggunakan tulisan Jawi dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, pelajar telah didedahkan dengan
tulisan Jawi dan akan mengembalikan tulisan Jawi sebagai wadah dalam penulisan dan
menuntut ilmu

RUMUSAN

Sejak abad ke-17, tulisan Jawi menjadi bahasa perantara dan pengantara penting
dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian
masyarakat. Lebih menyedihkan apabila tidak ramai generasi baru yang berkebolehan
menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik padahal tulisan berkenaan pernah
mencapai zaman kegemilangannya satu ketika dahulu. Permasalahan jati diri tersebut

299

merujuk kepada sikap bangsa Malaysia terhadap bahasa Melayu sendiri atau tulisan
Jawi. Seseorang yang tidak cinta bahasa akan mengalami permasalahan dalam
pengetahuan sejarah bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) itu sendiri. Justeru, orang
Melayu hari ini perlu mengorak langkah untuk mendepani cabaran yang dihadapi oleh
tulisan Jawi yang juga merupakan cabaran kepada bahasa dan bangsa Melayu sendiri.
Usaha ini perlulah digembeling bersama oleh pelbagai pihak yang ingin memartabatkan
bahasa dan bangsa Melayu di mata dunia.
KAJIAN LANJUTAN
Kajian ringkas ini mencakupi sejarah tulisan Jawi dan usaha pemartabatan tulisan Jawi
di Malaysia dan juga selatan Thai. Kajian lanjutan tentang tulisan Jawi boleh dilakukan
untuk melihat keberkesanan pelaksaan j-QAF di sekolah rendah. Kajian ini juga penting
untuk melihat sejauhmanakah tulisan Jawi dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran serta kemampuan pelajar untuk membaca dan menulis tulisan Jawi.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Yaakub bin Isa (ed.) (2005), Tulisan Jawi: Sejarah, Seni

dan Warisan, Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, hlm. 23
Ahmad Fathy al-Fatani. (2012). Dilema Basa Yawi di Selatan Thai: Antara Kesetiaan

Bahasa dan Cabaran Semasa. Jurnal Melayu (9)2012: 99-112.
Amat Juhari Moain (1996), Sejarah Askara Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Bengkel Penulisan Jawi (2006). “ Modul Jawi Pak Matlob”, CD
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif.(2014) Sejarah

Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok.
Jurnal al-Tamaddun Bil 9 (2) 2014, 1-15
James T. Collins (terjemahan). (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia; Sejarah
Singkat, Jakarta: JL.Plaju, hlm. 47
JAPIM (2004), j-QAF Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan
Pembelajaran dan Kokurikulum. Kuala Lumpur: KPM, h. 1.
JAPIM (2007), Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan
Kokurikulum Program j-QAF. Kuala Lumpur: KPM
http://www.utusan.com.my/mega/agama/tulisan-jawi-kembali-digunakan-di-thailand-
1.189127http://www.yadim.com.my/v2/martabat-kembali-tulisan-jawi/

300

PENGARUH AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL TERHADAP
PRESTASI KERJA GURU

SUZIWATI MOHAMAD
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan komuniti pembelajaran
profesional (KPP) dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Kuala Nerus,
Terengganu. Selain itu, ia dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat
hubungan yang positif dan signifikan antara amalan KPP dengan prestasi kerja
guru. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada amalan KPP ini
mempunyai pengaruh terhadap prestasi kerja guru. Kajian ini melibatkan seramai
246 orang responden yang terdiri daripada 84 orang guru lelaki dan 182 orang guru
perempuan dari enam buah sekolah rendah daerah Kuala Nerus, Terengganu.
Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang
diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan
kajian menunjukkan tahap amalan KPP adalah tinggi. Seterusnya kajian
menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara amalan KPP
dengan prestasi kerja guru. Ujian regresi menunjukkan amalan KPP mempunyai
pengaruh positif ke atas prestasi kerja guru. Dapatan kajian ini akan dapat dijadikan
panduan dan rujukan kepada guru, pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan
daerah (PPD) untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme ke arah melahirkan
guru yang berkemahiran tinggi supaya dapat melonjakkan sistem pendidikan negara
bertaraf dunia.

Kata kunci: Komuniti pembelajaran profesional, prestasi kerja guru

PENDAHULUAN

Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (KPP) adalah pendekatan guru belajar cara
mengajar secara konsisten dan berterusan dalam sesebuah komuniti secara terancang
(Dima Mazlina Abu Bakar & Abdul Rashid Jamian, 2016). Guru-guru akan
melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan dipantau oleh guru lain yang lebih
berpengalaman yang bertindak sebagai mentor atau jurulatih. Dima Mazlina Abu Bakar
& Abdul Rashid Jamian (2016) menyatakan bahawa pelaksanaan KPP ini menekankan
kolaborasi dan kerjasama dalam pasukan dan dapat memberik an impak yang besar
kepada peningkatan kemahiran mengajar guru. Selain itu, KPP telah lama dilaksanakan
di negara-negara barat sebagai usaha untuk memberi nilai tambah kepada kemahiran
mengajar guru.

Komuniti pembelajaran profesional ditakrifkan sebagai amalan kolaboratif dalam
kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama
menetapkan matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan (Mohd Faiz Mohd Yaakob & Dr Jamal @ Nordin Yunus,
2016). Kerjasama ini menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, matlamat, visi dan misi,
kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk
melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya
pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya
(KPM, 2014).

Pelaksanaan KPP di sekolah telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) mulai tahun 2011 untuk memastikan kelestarian kualiti guru

301

dipertingkatkan (BPG KPM, 2011). Hal ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan kualiti guru berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-
negara maju di mana pemantapan KPP dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha
yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Secara tidak langsung, KPP bertindak
sebagai agen untuk meningkatkan kemahiran profesional guru dan mengamalkan
pengetahuan sesama rakan sejawat secara kolaborasi. Pada akhirnya, matlamat
pelaksanaan KPP ialah penambahbaikan cara mengajar oleh guru dan
menyempurnakan cara belajar dan meningkatkan pencapaian murid menerusi aktiviti
pembelajaran.

Selain daripada meningkatkan prestasi pelajar, pelaksanaan KPP juga diharapkan agar
dapat meningkatkan prestasi guru dan dapat membuka laluan kepada perkembangan
kerjaya guru ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, kajian ini akan menyelidik tentang KPP
dan hubungannya dengan prestasi guru serta perkembangan kerjaya guru.

PERNYATAAN MASALAH

Kegagalan guru mengajar dengan baik akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Guru
yang berprestasi tinggi akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian yang
dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an
menunjukkan bahawa apabila dua orang murid berumur lapan tahun dengan prestasi
sederhana diajar oleh guru yang berlainan iaitu seorang guru berprestasi tinggi, dan
seorang lagi guru berprestasi rendah, prestasi pencapaian akademik murid tersebut
berbeza sebanyak lebih daripada 50 poin persentil dalam tempoh tiga tahun (PPPM
2013-2025). Prestasi pelajar yang semakin meningkat menggambarkan prestasi guru
yang bagus dan juga guru tersebut merupakan guru yang berkualiti dan berkesan dalam
menyampaikan isi pelajaran. Kajian Darling-Hammond (2000) menunjukkan bahawa
guru yang pakar berkemahiran dalam menyesuaikan gaya pengajaran mereka dengan
keperluan dan kehendak pelajar yang berbeza kerana mereka mempunyai pendekatan
dan strategi yang luas.

Oleh itu, guru-guru memerlukan program peningkatan profesionalisme dan juga latihan
secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran serta kepakaran dalam bidang
masing-masing supaya prestasi pelajar juga dapat ditingkatkan. Keperluan kepada
latihan ini sangat penting kerana Kementerian Pendidikan Malaysia, menerusi Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB, 2014), secara jelas telah
mencadangkan aktiviti yang sepatutnya dijalankan untuk meningkatkan profesionalisme
di sekolah adalah melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap amalan komuniti pembelajaran
profesional (KPP) atau Professional Learning Community (PLC) ke atas prestasi guru
dan juga pembangunan kerjaya guru di sekolah. Komuniti pembelajaran professional
adalah pembolehubah bebas manakala prestasi guru dan pembangunan kerjaya guru
adalah pembolehubah bersandar. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengenal
pasti:

i. Tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru-guru.
ii. Hubungan komuniti pembelajaran profesional (KPP) dengan prestasi guru di

sekolah.
iii. Pengaruh komuniti pembelajaran professional (KPP) dengan prestasi guru di

sekolah.

302

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif-objektif khusus yang telah dinyatakan, kajian ini akan
menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

i. Apakah tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru-
guru di sekolah?

ii. Adakah komuniti pembelajaran profesional mempunyai hubungan yang positif
dan signifikan dengan prestasi guru di sekolah?

iii. Adakah komuniti pembelajaran profesional mempunyai pengaruh yang positif
dan signifikan dengan prestasi guru di sekolah?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan kepada soalan kajian yang telah dinyatakan, hipotesis telah dibentuk untuk
diuji pada aras signifikan .05. Hipotesis yang dibentuk adalah seperti berikut:

HA1 = Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara komuniti pembelajaran
HA2 = profesional dan prestasi guru.
Terdapat pengaruh yang positif dan signifikan antara komuniti pembelajaran
profesional dan prestasi guru.

KERANGKA KAJIAN

Kerangka kajian ini dibina berdasarkan kepada model komuniti pembelajaran
professional (KPP) dan teori prestasi guru. Kajian ini berdasarkan Model Komuniti
Pembelajaran Profesional. Model ini merupakan kerangka konsep yang berfokus
kepada penambahbaikan sekolah dan pembelajaran murid oleh Hord (1997) dan Hipp
dan Huffman (2003) melalui amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah-
sekolah menengah. Menurut Hord (1997), Komuniti Pembelajaran Profesional merujuk
kepada komuniti sekolah bersama-sama berusaha secara profesional melakukan
penambahbaikan pembelajaran murid melalui lima dimensi iaitu i) perkongsian dan
sokongan kepemimpinan, ii) perkongsian nilai-nilai, misi dan visi, iii) kolektif
pembelajaran dan aplikasi, iv) keadaan-keadaan yang menyokong dan v) perkongsian
amalan invididu. Kelima-lima dimensi ini menuntut setiap ahli organisasi sekolah yanq
beroperasi sebagai komuniti pembelajaran profesional melibatkan diri mereka dalam
pembelajaran yang berterusan dan mengamalkannya secara tekal serta dapat
memberikan komitmen terhadap penambahbaikan sekolah (Eaker & Dufour, 1998).

Pembentukan model ini adalah hasil cetusan idea Senge (1990) terhadap pembentukan
organisasi pembelajaran yang telah memberi kesan positif terhadap dunia korporat dan
komuniti pendidikan. Menurut Senge (1990), organisasi pembelajaran yang terbentuk
di sekolah telah dapat memudahkan pembelajaran setiap ahlinya dan mengubah diri
individu itu secara berterusan. Oleh itu, ahli-ahli organisasinya mempunyai kapasiti yang
tinggi untuk belajar. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku

Komuniti Pembelajaran Prestasi guru
Profesional (KPP)
303

Rajah 1. Kerangka Kajian
sama ada di dalam atau di luar organisasi untuk terus belajar di samping bekerja. Proses
pembelajaran juga berlaku secara langsung ketika ahli organisasinya melakukan
penganalisisan, pemantauan, pengurusan terhadap penambahbaikan dan inovasi
dalam organisasinya.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian-kajian lepas telah mengakui bahawa penilaian prestasi merupakan aspek
terpenting dalam pembangunan sumber manusia sesebuah organisasi sehingga
dianggap sebagai nadi kepada kehidupan sesebuah organisasi (Miner, 1985; Lawrie,
1990; Ivancevich, 1995). Secara umumnya, komuniti pembelajaran profesional akan
melahirkan komuniti guru yang komited dan bekerja secara kolaboratif untuk mencapai
prestasi murid yang lebih baik. Namun begitu, kajian yang mengaitkan KPP dengan
prestasi guru masih belum dilaksanakan oleh pengkaji terutamanya di Malaysia. Oleh
itu, kajian ini diharapkan agar dapat menjelaskan tentang pengaruh KPP terdapat
prestasi guru. Ini adalah kerana, prestasi murid juga boleh dipengaruhi oleh prestasi
guru.

Selain daripada itu, KPP juga akan melahirkan guru yang lebih berpengetahuan luas
dan berkemahiran kerana dibimbing oleh guru-guru yang pakar dan lebih mahir di
sekolah. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan kemahiran profesionalisme guru
tersebut dan seterusnya membuka peluang baru untuk membolehkan guru-guru
berkembang dalam profesion masing-masing. Pengaruh KPP terhadap perkembangan
kerjaya guru masih belum dikaji oleh penyelidik pada masa kini. Oleh itu, adalah menjadi
satu keperluan kepada penyelidik supaya dapat mengkaji pengaruh tersebut supaya
kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang memerlukannya,
terutamanya dalam membantu pihak pentadbiran sekolah dalam membuat
perancangan supaya dapat menyediakan latihan dan program peningkatan
profesionalisme guru seperti KPP dengan lebih berkesan.

Pihak yang terlibat seperti guru besar perlu mengetahui apakah latihan atau pun
program yang boleh mendorong guru-guru mereka meningkatkan prestasi dan
meningkatkan kerjaya guru. Selain itu, guru sendiri juga perlu menzahirkan faktor yang
boleh mendorong mereka menjadi lebih dihargai, berkomitmen tinggi serta mendapat
kepuasan dalam bekerja.

DEFINISI OPERASIONAL

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan. Berikut adalah
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:

Komuniti Pembelajaran Profesional

Terdapat pelbagai maksud diberikan tentang KPP oleh pelbagai pengkaji. Ia mengikut
fahaman dan perspektif pengkaji masing-masing. KPP merupakan salah satu amalan
penambahbaikan sekolah yang melibatkan sokongan semua komuniti dalam dan luar
sekolah bagi menghadapi cabaran dalam meningkatkan pencapaian murid (Hord,
1997a; McLaughlin & Talbert, 2001; Senge, Cambron-McCabe, Lucas, Smith, Dulton &
Kleiner, 2000).

Idea mengenai komuniti pembelajaran merupakan satu adaptasi daripada konsep
pembelajaran organisasi yang diperkenalkan oleh Senge pada tahun 1990. Senge
(1990) menjelaskan bahawa KPP adalah organisasi pembelajaran yang melibatkan
manusia berhubungan antara satu sama lain bagi membentuk pemikiran kreatif. Individu

304

tersebut juga belajar dalam satu pasukan dan secara berterusan. Manakala, komuniti
pembelajaran melibatkan permuafakatan dalam kalangan ahli seperti mana kemesraan
yang ditunjukkan dalam sesebuah keluarga, jiran atau sebarang kumpulan yang
memiliki perhubungan rapat dan cenderung menjadi keluarga dengan niat yang murni.
Guru berhubungan antara satu sama lain dalam melaksanakan refleksi pengajaran.
Dengan kata lain, amalan guru adalah dikongsi bersama-sama rakan sejawat mereka
menerusi bekerja dalam satu pasukan, kolaboratif dan memiliki norma serta nilai yang
sama. Ini selaras dengan pandangan Zuraidah Abdullah (2012), KPP digambarkan
sebagai komuniti yang membentuk budaya belajar dalam kalangan warga sekolah. Hal
ini bermaksud, semua orang dalam komuniti sekolah belajar, bukan semata-mata murid
sahaja. Setiap individu dalam komuniti sekolah memainkan peranan masing-masing
dan bertanggungjawab antara satu sama lain untuk menambah baik kekurangan yang
ada dalam komuniti.

Prestasi Guru

Menurut Campbell (1970), prestasi kerja secara asasnya adalah tahap di mana
seseorang individu dapat membantu organisasinya mencapai objektif organisasinya.
Manakala menurut Motowildo, Bormon, Schmit (1997) prestasi kerja adalah himpunan
nilai yang ada pada organisasi melalui rentetan tingkahlaku individu yang berlainan
sepanjang masa tertentu. Menurut Freedman (2005) pula, apabila kita dapat
mengaitkan antara perasaan seseorang dengan prestasi kerja, maka kita dapat melihat
perkaitan antara prestasi pekerja dan iklim organisasi.

TINJAUAN LITERATUR

Bab ini menghuraikan tentang teori-teori yang digunakan dalam kajian serta dapatan-
dapatan yang ditemui dalam kajian yang terdahulu. Bagi memenuhi tujuan penyelidikan
ini, bab ini akan memfokuskan kepada definisi dan konsep komuniti pembelajaran
professional dan prestasi guru dan pembangunan kerjaya guru di sekolah.

Tahap Amalan KPP di Sekolah

Tahap amalan KPP di sekolah ditentukan berdasarkan kepada nilai min setiap dimensi
yang digunakan dalam soal selidik KPP. Salah satu kajian yang dijalankan untuk
mengenalpasti tahap amalan KPP di sekolah ialah kajian yang dilakukan oleh Ahmad
Marzuki Mohamad, Zairus Norsiah Azahar, Azhar Muhammad, dan Wan Hassan Wan
Embong (2015) iaitu Komuniti Pembelajaran Profesional: Aplikasi Dalam Kalangan
Komuniti SMKA di Negeri Johor. Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan atribut
KPP dalam kalangan komuniti sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA). Kajian secara mixed-method ini melibatkan pengumpulan dan penganalisaan
data melalui kombinasi pendekatan kaedah kuantitatif dan kualitatif melibatkan 139
orang guru dan dua orang pengetua di dua buah SMKA di negeri Johor. Soal selidik
School Professional Staff as Learning Community Questionnaire yang mencatatkan
nilai alpha Cronbach 0.9458 digunakan dalam kajian ini.

Dapatan kajian ini mendapati bahawa atribut KPP seperti perkongsian kepimpinan dan
kepimpinan menyokong, perkongsian misi dan visi, perkongsian amalan personal,
pembelajaran secara kolektif dan sokongan organisasi berjaya dilaksanakan dalam
kalangan komuniti SMKA. Dimensi perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi
mencatatkan skor min paling tinggi iaitu 4.45. Skor min dimensi pembelajaran secara
kolektif dan dimensi perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokong masing-
masing ialah 4.34. Selain itu, dimensi keadaan-keadaan yang menyokong mencatatkan
skor min 4.28 dan dimensi yang mencatatkan skor min paling rendah ialah perkongsian
amalan personal iaitu 3.99.

305

Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Zuraidah Abdullah,
Rahimah Ahmad, Muhammad Faizal Ab. Ghani dan Hailan Salamun (2009) dalam
“Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah Menengah di
Malaysia”. Kajian ini melibatkan seramai 676 orang guru dari 177 buah sekolah
menengah yang lokasinya terletak di 11 negeri di Malaysia iaitu Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Sarawak.

Hubungan antara KPP dan Prestasi Guru

Faktor- faktor yang menjadi penentu tahap prestasi kerja kakitangan adalah motivasi,
latihan, kebolehan dan kemahiran, struktur organisasi, ganjaran, nilai kerja, sokongan,
perhubungan, suasana tempat kerja, sumber yang sedia ada dan pengaruh
persekitaran (Kopelman et al, 1990). Menurut kajian Some Factors that Affecting the
Performance of Mathematics Teachers in Junior High School in Medan oleh Martua
Manullang & Wamington Rajagukguk (2015), antara faktor yang boleh meningkatkan
prestasi guru matematik ialah melalui pengetahuan dan juga peningkatan motivasi
dalam kalangan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi
pengetahuan, cara membuat keputusan, komitmen organisasi dan prestasi guru
matematik sekolah menengah juga lebih tinggi di Medan masing-masing adalah 13,1%,
12,2 % Dan 4.54%. Pengkaji mencadangkan supaya guru-guru diberikan latihan dan
bimbingan supaya prestasi guru matematik dapat ditingkatkan. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 102 orang guru matematik yang mengajar di sekolah menengah di
Medan, Indonesia. Walaupun tiada kaitan secara langsung dengan KPP, namun elemen
latihan dalam kajian tersebut dapat dijadikan asas untuk meningkatkan prestasi guru.

Kajian oleh Amiartuti Kusumaningtyas dan Endang Setyawati (2015) mendapati
bahawa kecekapan sangat berpengaruh terhadap prestasi guru. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa faktor pemboleh ubah kecekapan mempunyai hubungan positif
dengan prestasi. Prestasi adalah kadar kejayaan seseorang sebagai keseluruhan
dalam tempoh tertentu dalam melaksanakan tugas jika dibandingkan dengan pelbagai
kemungkinan, seperti standard hasil kerja, sasaran atau matlamat atau kriteria telah
ditentukan terlebih dahulu dan telah dipersetujui bersama. Hasil penyelidikan ini adalah
selaras dengan hasil penyelidikan Widyatmini, dan Luqman Hakim (2010), iaitu
pembolehubah kecekapan mempunyai hubungan korelasi dengan prestasi pekerja.
Hasil kajian ini juga selaras dengan hasil penyelidikan oleh Rosidah (2003) yang
menunjukkan kompetensi mempunyai pengaruh terhadap prestasi pekerja.

METODOLOGI

Rekabentuk kajian melibatkan proses membuat keputusan dan pilihan yang
berpandukan kepada tujuan kajian, strategi kajian, tempat kajian, jenis kajian, unit
analisis, reka bentuk persampelan, kaedah pengumpulan data, pengukuran dan
penganalisaan data (Sekaran, 2003). Menurut Zikmund (2003) pula, rekabentuk kajian
merupakan perancangan yang khusus bagi kaedah dan prosedur untuk mengumpul dan
menganalisis data. Ringkasnya, reka bentuk kajian adalah kaedah yang digunakan bagi
menjawab persoalan kajian yang dilaksanakan.

Populasi Kajian

Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set yang menunjukkan cerapan atau ukuran
yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid Konting, 2009).
Menurut Creswell, (2008), populasi kajian bermaksud satu kumpulan individu yang
mewakili kriteria yang sama dengan tujuan kajian yang dijalankan. Kajian ini melibatkan
populasi guru-guru yang mengajar di sekolah rendah daerah Kuala Nerus. Populasi ini
dipilih berdasarkan kehendak objektif kajian. Daripada data yang dikeluarkan oleh

306

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada Februari 2017, terdapat 1224 orang guru
yang mengajar di sekolah rendah di daerah ini. Bilangan ini adalah jumlah semua guru
daripada 29 buah sekolah yang terdapat di dalam daerah Kuala Nerus.

Sampel Kajian

Sampel ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji.
Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan kaedah persampelan rawak
berkelompok. Menurut Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul (2014), persampelan
kelompok ialah satu teknik persampelan apabila keseluruhan populasi yang terlibat
dibahagikan kepada kumpulan atau kelompok tertentu dan satu sampel rawak
digunakan untuk mengambil sampel dalam setiap kelompok yang dipilih. Dalam kajian
ini, daerah yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada daerah pendidikan
ialah daerah Kuala Nerus, Terengganu. Sampel pula terdiri daripada guru-guru dari
enam buah sekolah rendah yang mengajar dalam daerah ini. Guru-guru dipilih secara
rawak untuk dijadikan responden. Bilangan sampel ditentukan berdasarkan kepada Gay
dan Araisan (2003), di mana jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah 20%
daripada populasi kajian iaitu seramai 246 orang.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, intrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diubahsuai dari
soalan selidik Kajian Komuniti Pembelajaran Profesional oleh Jeffri Mat Yasim (2014)
untuk mengukur tahap amalan KPP. Soal selidik Job Performance yang dibina Tengku
Faekah Tengku Arifin (2010) digunakan untuk mengukur prestasi guru dan soal selidik
yang diadaptasikan daripada Rothwell dan Arnold (2007) untuk mengukur
perkembangan kerjaya guru.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di Sekolah

Soalan kajian pertama: Apakah tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam
kalangan guru-guru di sekolah?

Bagi menjawab soalan ini, pengkaji menggunakan analisis deskriptif untuk
mendapatkan nilai min keseluruhan bagi setiap item amalan KPP dan seterusnya
membandingkan nilai min ini dengan interpretasi min bagi menentukan samada tinggi
atau rendah sesuatu tahap amalan KPP tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
min keseluruhan tahap amalan KPP di sekolah ialah tinggi iaitu 5.68, sisihan piawai .67.
Analisis data untuk mengukur nilai min dan sisihan piawai bagi setiap pernyataan item
adalah seperti dalam Jadual 4.5 di bawah. Berdasarkan jadual di bawah, item 10
“Secara am, guru-guru bersungguh-sungguh dalam mencari penyelesaian dalam
meningkatkan pencapaian pelajar” merupakan item dengan nilai min yang tertinggi iaitu
6.04 dan sisihan piawai .83. Sementara itu, item 18 “Guru-guru bersama-sama
menyediakan bahan bantu mengajar bagi kegunaan semua guru” mempunyai nilai min
yang paling rendah iaitu 5.24 dengan sisihan piawai .86.

Jadual 1. Analisis Min dan Sisihan Piawai (SP) Mengikut Item KPP

Pernyataan Item Min SP
5.56 .92
1. Guru-guru berkongsi visi dan misi sekolah
iaitu ke arah penambahbaikan berfokuskan 5.72 .92
kepada pembelajaran pelajar melalui KPP.

2. Guru-guru bekerjasama untuk memupuk
nilai-nilai positif melalui pelaksanakan KPP.

307

Jadual 1 (bersambung) Min SP
5.82 .89
Pernyataan Item 5.79 .86
5.76 1.01
3. Guru-guru bekerjasama dengan pihak 5.44 1.04
pentadbir sekolah untuk menetapkan petunjuk 5.65 .87
prestasi utama mata pelajaran masing-masing. 5.80 .81
5.94 .83
4. Guru-guru sentiasa berkongsi pendapat 6.04 .83
/cadangan dalam membuat keputusan 5.89 .79
berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran. 5.57 .1.14
5.61 .92
5. Pentadbir sekolah melibatkan diri dalam 5.56 .95
pelaksanaan KPP.
5.29 .93
6. Pentadbir menyediakan prasarana bagi 5.78 .82
menjayakan KPP.
5.78 .78
7. Seluruh warga sekolah mempamerkan usaha 5.24 .87
yang berterusan untuk menerapkan perubahan 5.70 .86
dalam budaya sekolah. 5.74 .80

8. Wujud hubungan prihatin (caring) antara guru 5.68 .67
dan pelajar berasaskan kepercayaan dan
saling menghormati. 308

9. Guru-guru sedia berkongsi maklumat
pencapaian pelajar secara telus demi
meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.

10. Secara am, guru-guru bersungguh-sungguh
mencari penyelesaian dalam meningkatkan
pencapaian pelajar.

11. Guru-guru bekerjasama untuk membuat
perancangan pembelajaran dan pengajaran
yang berkesan.

12. Wujud semangat kekitaan dalam kalangan
guru semasa pelaksanaan KPP.

13. Kursus peningkatan profesionalisme dalaman
memberi tumpuan kepada masalah
pembelajaran dan pengajaran semasa.

14. Pihak pentadbir dan guru-guru bersama-sama
menggunakan pengetahuan baru daripada
kursus yang disertai untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran dan pengajaran.

15. Wujud wacana intelek (intellectual
discourse) dan dialog sebagai suatu platform
pembelajaran berterusan.

16. Guru-guru sudi berkongsi idea/pendapat dan
cadangan secara kolektif dalam usaha
meningkatkan pembelajaran pelajar.

17. Guru-guru memberi maklum balas secara
jujur dan ikhlas kepada rakan-rakan
berkaitan dengan amalan profesional.

18. Guru-guru bersama-sama menyediakan
bahan bantu mengajar bagi kegunaan
semua guru.

19. Guru-guru bersikap terbuka terhadap amalan
pencerapan pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah.

20. Guru-guru bekerjasama dalam pasukan untuk
mentaksir hasil kerja pelajar bagi memperbaiki
kelemahan pembelajaran mereka.

Keseluruhan

Jadual 2 di bawah pula menunjukkan analisis min dan sisihan piawai berdasarkan
dimensi item KPP. Berdasarkan jadual di bawah, didapati bahawa nilai min untuk
dimensi perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokonga adalah yang paling
tinggi iaitu 5.85 dengan sisihan piawai 0.90. Dimensi keadaan-keadaan yang
menyokong merupakan dimensi dengan nilai min yang paling rendah iaitu 5.57 dengan
sisihan piawai 0.88.

Jadual 2. Tahap Amalan KPP Berdasarkan Dimensi Min SP

Dimensi 5.85 0.90
5.80 0.82
Perkongsian kepimpinan dan kepimpinan menyokong 5.62 0.96
Perkongsian nilai-nilai, matlamat, misi dan visi 5.59 0.90
Pembelajaran kolektif dan aplikasi 5.57 0.88
Amalan perkongsian personal
Keadaan-keadaan yang menyokong 5.68 0.67

Min keseluruhan

Pengujian Hipotesis Alternatif HA 1 dan HA 2

Bagi melihat hubungan antara tahap amalan KPP dengan prestasi guru, ujian korelasi
Pearson digunakan. Ujian ini digunakan untuk mengenalpasti perhubungan linear
antara dua pembolehubah kajian iaitu tahap amalan KPP dan prestasi guru.

HA1: Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara komuniti pembelajaran
profesional dan prestasi guru.

Berdasarkan analisis korelasi yang dibuat, statistik deskriptif menunjukkan bahawa min
bagi tahap amalan KPP adalah 5.68 dengan sisihan piawainya adalah sebanyak 0.67
(M = 5.68, SD = 0.67) manakala purata bagi prestasi guru pula adalah lebih kecil iaitu
5.44 dan sisihan piawainya adalah 0.64 (M = 5.44, SD = 0.64). Korelasi juga
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara kedua-dua pembolehubah
tahap amalan KPP dengan prestasi guru di mana nilai r = 0.64 (p<0.01) sebagaimana
ditunjukkan dalam Jadual 4.7 di bawah. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan
korelasi positif yang sederhana kuat di antara dua pembolehubah tersebut dan
anggapan ini adalah sangat signifikan kerana nilai p adalah kurang dari 0.01.

Jadual 3. Korelasi Pearson Bagi Tahap Amalan KPP dengan Prestasi Guru

Pembolehubah Prestasi Guru
Nilai korelasi (r) Signifikan

Tahap amalan KPP .643 .000

* Signifikan pada tahap 0.01

HA2: Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara komuniti pembelajaran
profesional dengan perkembangan kerjaya guru.

Bagi korelasi antara tahap amalan KPP dengan pembangunan kerjaya guru, dapatan
kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana kuat di antara kedua-
dua pembolehubah tersebut, dengan nilai r = 0.60 (p < 0.01) dan anggapan ini adalah
sangat signifikan kerana nilai p adalah kurang dari 0.01.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Tahap Amalan KPP di Sekolah Rendah Daerah Kuala Nerus

Tahap amalan KPP di sekolah rendah daerah Kuala Nerus adalah pada tahap tinggi.
Analisis deskriptif menunjukkan nilai min tahap amalan KPP ialah 5.68 dengan sisihan

309

piawai .67. Ini menunjukkan bahawa amalan KPP sudah diamalkan secara meluas di
sekolah rendah daerah Kuala Nerus selaras dengan saranan Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Amalan membudayakan
KPP sebagai medium untuk meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan guru-
guru di negara barat sudah terbukti keberkesanannya dalam menghasilkan produk
pelajar yang berkualiti (Dima Mazlina Abu Bakar & Abd Rashid Jamian, 2016). Oleh itu,
guru-guru perlu menjadikan KPP sebagai budaya di sekolah supaya dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta dapat meningkatkan
profesionalisme guru. Di samping itu, guru-guru perlu menjadikan amalan KPP ini
sebagai fokus utama supaya bukan sahaja prestasi guru yang meningkat, tetapi juga
prestasi pelajar.

Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Ahmad Marzuki
Mohamad et al. (2015), di mana tahap amalan KPP di sekolah menengah kebangsaan
agama di negeri Johor adalah tinggi iaitu 4.29. Namun begitu, kajian ini menunjukkan
dimensi perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi yang memcatatkan nilai skor min
paling tinggi dan bukannya dimensi perkongsian kepimpinan dan kepimpinan
menyokong.
Dapatan kajian ini yang menunjukkan amalan KPP pada tahap yang tinggi
menggambarkan bahawa guru-guru sentiasa bersikap terbuka dan sentiasa mencari
jalan untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme masing-masing. Antara amalan
KPP yang seharusnya berlaku iaitu sikap keterbukaan komuniti sekolah. Misalnya, pintu
bilik darjah terbuka untuk semua guru dan wujudnya perbincangan terbuka.

Pengaruh Amalan KPP terhadap Pembangunan Kerjaya Guru

Berdasarkan kepada analisis regresi, nilai R2 ialah .365. Ini menunjukkan bahawa
amalan KPP telah mempengaruhi perkembangan kerjaya guru sebanyak 36.5%. Ini
bermakna, perkembangan kerjaya guru di sekolah turut dipengaruhi oleh program dan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui KPP. Melalui KPP, guru-guru akan sentiasa
dibimbing dan diberikan panduan secara berterusan tentang bagaimana untuk
meningkatkan kemahiran mengajar dan juga menjana kemahiran dalam bidang-bidang
yang lain. Seorang guru biasa boleh berkembang menjadi guru cemerlang dan juga
guru pakar apabila mereka sentiasa mencari jalan untuk menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran selaras dengan kehendak sistem pendidikan masa kini.

Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini telah memberi sumbangan ilmu pengetahuan yang lebih mantap
terhadap pelaksanaan KPP di sekolah. Amalan KPP dikenalpasti memberikan impak
yang positif terhadap prestasi kerja guru dan perkembangan kerjaya guru telahpun
diamalkan di sekolah yang dikaji. Ini adalah selaras dengan saranan Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia yang
menjadikan KPP sebagai salah satu cara untuk membuat penambahbaikan dalam
usaha untuk meningkatkan prestasi murid dan juga prestasi guru. Pelaksanaan KPP di
sekolah membolehkan guru-guru sentiasa peka dengan perkembangan dan perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru
dapat bersedia dan sentiasa siap siaga dalam melakukan tindakan yang sepatutnya.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Marzuki Mohamad, Zairus Norsiah Azahar, Azhar Muhammad, dan Wan
Hassan Wan Embong (2015). Komuniti Pembelajaran Profesional: Aplikasi
Dalam Kalangan Komuniti SMKA di Negeri Johor. IJISAE. Vol. 2(1): 11-22

310

Amiartuti Kusumaningtyas, Endang Setyawati (2015). Teacher Performance of The
State Vocational High School Teachers in Surabaya. International Journal of
Evaluation and Research in Education (IJERE) Vol.4, No.2, June 2015, pp.
76~83

Campbell, J.P., Dunnete, M.D, Lawler, E.E., &Weick, K.E. (1970). Managerial Behavior,
Performance, and Effectiveness. New York: McGraw Hill

Dufour R., Eaker R.E. (1998). Professional Learning Communities at Work. Solution
Tree. North Richland Hills, TX, United States.Fechter, W.F., & Horowitz, R.B.
(1991). Visionary Leadership Needed by All Managers. Industrial Management,
33 (4), 2-5.

Freedman, J. (2005). Organizational Climate Helps Predict Performance.
Gay, L. R., & Airasan (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and

Application (7th ed). Upper Saddle River NJ: Merrill/Prentice Hall
Gregory, A. (2010). Teacher learning on problem-solving teams. Teaching and Teacher

Education, 26, 608- 615.
Hord, S. (1997). Professional Learning Communities: Communities of Continuous

Inquiry and Improvement. Austin, Texas, Southwest Educational Development
Laboratory.
Huffman, J. B. & Hipp, U. K. (2003). Professional Learning Community Organizer, in J.
B. Huffman and K.K. Hipp (eds.) Professional Learning Communities: Initiation to
Implementation. Lanham, MD: Scarecrow Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme
berterusan guru dan pemimpin sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd Faiz Mohd Yaakob & Dr. Jamal @ Nordin Yunus (2016). Konsep Komuniti
Pembelajaran Profesional dan Transformasi Sekolah kepada Komuniti
Pembelajaran Profesional. Kertas seminar yang tidak diterbitkan.
Motowidlo, S.J., Borman, W.C., & Schmit, M. J., (1997). A theory of individual
differences in task and contextual performance. Human Performance, 10, 71-83.
Rosidah (2003). Pengaruh Kompensasi Sumber Daya Manusia Terhadap Performance
PT Cheil Jedang Indonesia di Jombang Jawa Timur. Human Resources
Development Postgraduate Program of Airlangga University of Surabaya.
Senge, P., Cambron-McCabe, N., Lucas, T., Smith, B., Dulton, J., & Kleiner, A. (2000).
Schools that learn. New York: Doubleday.
Senge. (1990). The leader's new world: Building learning retention. Educational
Leadership, 47, 84-88
Widyatmini, Luqman H., “Hubungan Kepemimpinan, Kompensasi, Dan Kompetensi
Terhadap Performance Pegawai Dinas Kesehatan Kota Depok”, Jurnal Ilmu
Ekonomi & Manajemen, vol/issue: 1(2), 2014.
Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj Ahmad, & Muhammad Faizal Ab Ghani. (2012).
Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah. Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA (hh.1–21).
Zuraidah Abdullah. (2009). Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian
terhadap sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan, 5(2),
78-96.
Zuraidah Abdullah, Rahimah Ahmad, Muhammad Faizal Ab. Ghani dan Hailan Salamun
(2009). Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah
Menengah di Malaysia. Seminar Majlis Dekan.

311

MODEL 'LA MAIN A LA PATE' (LAMAP): MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP
KEAPUNGAN DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN IBSE DALAM KALANGAN GURU

PELATIH SAINS

Roshidah Mat, Azman Omar, Rashid Mohamad
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu

[email protected]

ABSTRAK

Salah satu konsep fizik yang sukar difahami adalah konsep keapungan yang juga
kerapkali menjadi masalah miskonsepsi dalam kalangan guru pelatih sains. Sejajar
dengan perkembangan Pendidikan abad ke-21, pendekatan Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (IBSE) yang diperkenalkan oleh Pusat Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dipercayai boleh meningkatkan kefahaman
konsep keapungan di kalangan guru pelatih sains. Justeru itu, satu penyelidikan
tindakan telah dijalankan ke atas guru pelatih sains dengan menggunakan
pendekatan IBSE iaitu Model La Main à La Pâte (LAMAP), untuk meningkatkan
kefahaman konsep keapungan. Kajian ini telah dijalankan terhadap lima orang guru
pelatih Sains yang mengikuti Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut. Terengganu
yang telah dikenalpasti tahap miskonsepsi yang tinggi dalam konsep keapungan.
Instrumen-instrumen yang digunakan adalah ujian bertulis iaitu ujian pra dan pos
tentang konsep keapungan untuk melihat kefahaman konsep guru pelatih sains
serta satu set soal selidik untuk melihat persepsi mereka terhadap penggunaan
pendekatan IBSE yang menggunakan LAMAP. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa LAMAP dapat meningkatkan kefahaman guru pelatih sains dalam konsep
keapungan dengan perbezaan min sebanyak 25.4 % selepas intervensi dijalankan.
Dapatan kajian juga, menunjukkan bahawa persepsi guru pelatih sains terhadap
pendekatan IBSE yang menggunakan LAMAP ini berada pada tahap yang tinggi. Ini
menunjukkan bahawa kaedah IBSE yang menggunakan model LAMAP ini telah
menunjukkan peningkatan kepada kefahaman konsep guru pelatih sains dalam
konsep keapungan dan juga memberi persepsi yang positif terhadap pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) sains. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi
panduan kepada guru-guru sains bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan
aktiviti sains dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan ketandusan modal
insan dalam bidang STEM di masa akan datang.

Kata kunci: pendekatan IBSE, STEM, Miskonsepsi, keapungan, sains

PENGENALAN

Dewasa ini, pelaksanaan pembelajaran Abad Ke-21 yang menjadi tular dalam sistem
pendidikan dunia juga turut menuntut kepada transformasi dalam kaedah pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) sains dalam menyediakan pelajar yang kompeten serta
berdaya saing dalam persada dunia ini dan dapat mendepani cabaran Revolusi Industri
4.0. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan harus berlaku selari dengan arus
pemodenan dunia, terutamanya dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam
subjek sains. Sains bukan satu subjek yang semata-matanya menghafal konsep-
konsep, malah pemahaman sains seperti Fizik, Kimia, dan Biologi adalah lebih kepada
pemahaman melalui eksperimen, reka cipta dan sumbang saran (Siong & Osman,
2018). Kesemua kemahiran abad ke- 21 seperti kemahiran kolaborasi, kemahiran
berfikir kritis, kreatif dan kemahiran berkomunikasi berkesan dapat dipupuk melalui
aktiviti hands-on seperti menyelesaikan masalah dan projek inovasi reka cipta. Menurut
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, aktiviti yang berasaskan
kreativiti dan inovasi adalah penting, dimana semua aktiviti ini dapat mendorong pelajar
sentiasa berfikir tentang .cara penyelesaian yang baru dan mencipta peluang untuk

312

kerjayanya (Kementerian Pendidikan Malaysia 2017). Oleh itu, PPPM 2013-2025 telah
memberi penekanan bagi membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi
memenuhi keperluan negara di abad ke-21. Pengintegrasian pembelajaran Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui kaedah pembelajaran
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) dalam matapelajaran Sains merupakan
satu strategi untuk mencungkil kreativiti saintifik dalam kalangan guru sains dalam
usaha untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Dalam hal ini, peranan guru
sains sebagai agen penyampai ilmu perlu bijak dan kreatif serta mempunyai
pemahaman konsep sains yang mantap dalam melaksanakan strategi PdPc bagi
memastikan ilmu yang disebarkan mencapai objektifnya dan mewujudkan
pembelajaran bermakna. Penguasaan konsep sains dalam pengajaran guru
berperanan penting sebagai komponen ilmu yang membentuk pengajaran berkesan
(Ming, 2012). Oleh kerana fizik diajar dalam mata pelajaran Sains, guru-guru di sekolah
rendah juga memainkan peranan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai
kemahiran- kemahiran asas dalam fizik, mengurangkan salah konsepsi dalam fizik (Siti
Hendon, 2013). Guru pelatih sains di IPGKSM juga didapati sering mengalami masalah
miskonsepsi tentang konsep keapungan semasa mempelajari kursus Mekanik dan
Termodinamik (SCE3083). Ini dapat dilihat dalam respon jawapan dalam solan tutorial
mahupun soalan peperiksaan akhir semester. Jika ini berterusan akan menyebabkan
murid yang akan diajar kelak juga akan mewarisi miskonsepsi tersebut memandangkan
terdapat tajuk ketumpatan yang diajar yang mengandungi konsep keapungan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) SAINS TAHUN 3. Atas sebab
itu, maka pengkaji telah mengadakan satu intervensi yang menggunakan model LAMAP
untuk membantu guru pelatih sains mengatasi masalah miskonsepsi dalam konsep
keapungan dan seterusnya secara tidak langsung dapat menyediakan guru pelatih
sains dengan aktiviti PdPc yang menjurus kepada usaha untuk meningkatkan kreativiti
saintifik melalui rekaan dan aktiviti hands-on. Oleh itu, kertas kajian ini akan mengupas
tentang kesan penggunaan pendekatan IBSE (Model LAMAP) untuk meningkatkan
kefahaman guru pelatih sains dalam konsep keapungan.

SOROTAN LITERATUR

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) merupakan satu pendekatan P&P Sains
yang merangkumi pembelajaran berasaskan penyiasatan dan penekanan kepada
prinsip asas kandungan yang akan dipelajari. Ia juga berdasarkan pada keyakinan
tentang pentingnya memastikan pelajar benar-benar memahami apa yang mereka
pelajari dan bukan sekadar mengulangi maklumat dan kandungan pelajaran (Akademi
Sains Malaysian, 2015). Pendekatan IBSE melibatkan aktiviti dan juga pembelajaran
‘hands-on’ yang dapat membantu murid-murid membina ilmu pengetahuan baru
berdasarkan pengalaman sendiri. Mengikut (Bernard & Dudek-Różycki, 2019), ada
yang menekankan penglibatan pelajar secara aktif, mengaitkan inkuiri dengan
pembelajaran ‘hands-on’ dan arahan berasaskan pengalaman atau aktiviti. Terdapat
juga pengkaji yang mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan atau dengan
perkembangan kemahiran proses yang berkaitan dengan “kaedah saintifik”. Dapatan
penyelidikan (Hasnira, Bee Hoon, & Hafsah, 2017) mencadangkan tahap pelaksanaan
inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dapat ditingkatkan dengan
pendedahan secara praktikal dan aktiviti hands-on. Ini setara dengan ciri pendekatan
inkuiri yang mementingkan penyoalan dan penyiasatan secara hands-on untuk
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang ingin dipelajari. Salah satu elemen IBSE
ialah pemahaman proses penyelidikan sains. Ia mewakili satu rangka kerja yang mirip
kepada cara ahli sains menjalankan penyelidikan mereka. Rangka kerja inkuiri sains
merupakan suatu proses pembelajaran yang melibatkan empat fasa (Rajah 1).

313

Rajah 1 Proses Pembelajaran Inkuiri (Sumber: La main à la pâte)

Bagi pelajar ia bermula dengan fasa penglibatan (Fasa1) di mana mereka berpeluang
untuk membiasakan dan menyesuaikan diri dengan fenomena yang akan mereka
siasat. Kemudian mereka bergerak ke fasa penyelidikan (Fasa2) yang melibatkan
pelbagai proses. Pelbagai arah tuju dalam fasa ini menunjukkan bahawa ia bukanlah
satu proses linear. Penyelidikan sains, sama ada yang dijalankan oleh pelajar atau ahli
sains, merupakan suatu proses yang kompleks dan mungkin terdapat proses tertentu
yang memerlukan semakan semula, dibiarkan sahaja atau diabaikan terus. Sebagai
contoh, jika hasil siasatan pelajar tidak mengesahkan ramalan awal, mereka perlu
mempersoalkan andaian mereka, kembali ke permulaan penyiasatan dan mencuba
semula. Sekiranya reka bentuk dan perancangan penyelidikan mereka tidak berfungsi,
mereka perlu membuat reka bentuk baru. Sekiranya kesimpulan tentatif mereka
berbeza dengan pasukan lain, kedua-dua pasukan itu mungkin perlu membuat siasatan
semula. Manakala, fasa ketiga dalam rangka kerja ini berlaku apabila pelajar telah
selesai menjalankan beberapa siasatan dan bersedia untuk mensintesis apa yang telah
dipelajari. Biasanya, seluruh kelas akan membuat satu kesimpulan akhir. Fasa keempat
ditambah sekiranya pelajar perlu berkomunikasi pemahaman baru mereka ini kepada
khalayak yang lebih luas. Pendekatan IBSE berasaskan model La main à la pâte yang
merupakan satu pendekatan inovatif bagi pengajaran sains. La main à la pâte (LAMAP)
bermula sebagai sebuah program untuk memperbaharui pendidikan sains di peringkat
sekolah rendah yang dimulakan di Perancis pada tahun 1996 oleh Georges Charpak,
seorang penerima anugerah Nobel (1994) dalam bidang Fizik dan disokong oleh the
Academie des Science. LAMAP telah mengubah pendidikan sains dalam sistem
sekolah awam di Perancis yang sangat berpusat dengan pesat (Akademi Sains
Malaysia, 2015).

Lilia et al. (2002), aspek penguasaan konsep fizik memberi pengaruh terhadap kejayaan
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan murid. Bagi
Abimbola (1988), konsepsi alternatif merupakan pra-konsep yang dimiliki oleh murid
yang tidak bertepatan dengan konsep yang dikemukakan oleh ahli sains. Konsepsi
alternatif ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang menjadi penghalang pembelajaran, tetapi
sebagai perkara yang mendorong pembelajaran baru. Oleh yang demikian,

314

penguasaan konsep amat berkait dengan sejauhmana guru Sains mempunyai konsepsi
alternatif yang minimum. Menyentuh mengenai hal ini, konsep alternatif dalam kalangan
guru sains adalah sama dengan konsepsi alternatif murid hasil daripada persekolahan
mereka yang terdahulu (Lilia et al., 2002). Berkenaan ini juga, She (2002) telah
membuat kajian mengenai konsep keapungan yang merupakan salah satu daripada
konsep fizik. Menurut She (2002), konsep keapungan merupakan konsep beraras tinggi
kerana melibatkan gabungan beberapa konsep asas seperti ketumpatan, daya paduan,
berat dan isipadu. Penggabungan konsep asas yang banyak ini boleh menjurus kepada
konsep alternatif terhadap konsep keapungan seperti yang dinyatakan secara tepat
dalam prinsip Archimedes.

Ibrahim et al., (2002) mendapati bakal guru fizik UTM mempunyai konsepsi alternatif
dalam konsep keapungan dan menariknya, bakal guru fizik UTM yang telah menjalani
LM mempunyai konsepsi alternatif yang kurang berbanding yang belum menjalaninya.
Selain itu, bakal guru fizik UTM juga didapati mempunyai konsepsi alternatif yang amat
tinggi dalam item yang mengukur hubungan antara daya tujah dengan jisim objek.
Namun, kesemua responden tidak mempunyai konsepsi alternatif dalam item yang
mengukur hubungan antara daya tujah dengan berat bendalir tersesar. Dalam kajian
oleh Loverude et al. (2003) pula, mereka mendapati bahawa mahasiswa fizik yang
mempelajari prinsip Archimedes mempunyai masalah dalam menggunakan prinsip ini
untuk menerangkan suatu fenomena melibatkan konsep keapungan walaupun dalam
situasi atau fenomena yang amat mudah. Responden dalam kajian Loverude et al.
(2002) ini ramai yang mempunyai konsepsi alternatif berkaitan prinsip Archimedes
khususnya mengenai hubungan antara daya tujah dengan isipadu bendalir tersesar,
daya tujah dengan isipadu objek dan daya tujah dengan jisim objek. Kekeliruan
responden berlaku kerana mereka tidak dapat memahami dengan baik peranan yang
dimainkan oleh isipadu air tersesar dalam menentukan nilai daya tujah ke atas suatu
objek.prinsip Archimedes merupakan topik fizik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) tingkatan empat dalam tajuk Daya dan Tekanan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005). Topik ini memberikan penerangan mengenai fenomena
keapungan melibatkan dunia persekitaran seperti kapal laut yang tidak tenggelam
meskipun berjisim besar, tenggelamnya batu meskipun saiznya kecil dan juga beberapa
contoh fenomena persekitaran melibatkan keapungan. Prinsip fizik ini menyatakan
bahawa bagi sesuatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau sebahagian, daya
tujahan ke atas yang bertindak pada jasad tersebut adalah sama dengan berat bendalir
yang disesarkan. Hal ini dapat dirumuskan dengan formula berikut:

F = Vpg

dengan F sebagai daya tujah, V sebagai isipadu cecair tersesar, p sebagai ketumpatan
bendalir tersesar dan g sebagai pecutan graviti (Hewitt, 2009).

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Daripada pengalaman pengkaji dalam mengendalikan kursus Mekanik dan
Termodinamik (SCES3083) dalam kalangan guru pelatih sains pada semester
pengajian yang lepas, dapati ramai guru pelatih sains IPGKSM Ambilan Jun 2015
mendapat keputusan yang agak kurang memberangsangkan dalam subjek Fizik. Jadual
1, menunjukkan pencapaian guru pelatih Sains dalam Peperiksaan Akhir Semester bagi
Kursus Mekanik dan Termodinamik. Keputusan telah menunjukkan bahawa sebanyak
33.3% guru pelatih sains telah gagal dalam peperiksaan subjek tersebut dan 66.7 %
lagi berada dalam tahap sederhana dan tiada yang cemerlang. Ini menunjukkan ramai
guru pelatih sains masih lemah dalam subjek Fizik terutamanya dalam Kursus Mekanik
dan Termodinamik. Apabila dianalisis skrip jawapan pelajar, didapati bahagian yang

315

paling pelajar bermasalah adalah dalam soalan konsep keapungan. Ini jelas
menujukkan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep keapungan dalam
tajuk tersebut

Jadual 1. Pencapaian guru pelatih Sains dalam Peperiksaan Akhir Semester bagi
Kursus Mekanik dan Termodinamik

Markah Gred Bilangan Peratus

90 - 100 A+ -

80 - 89.9 A-

75 - 79.9 A- -

70 - 74.9 B+ -

65 - 69.9 B 1 6.67%

60 - 64.9 B- 1 6.67%

55 - 59.9 C+ 2 13.33%

50 - 54.9 C 6 40.00%

40 - 49.9 C- 3 20.00%

30 - 39.9 D+ 2 13.33%

Jumlah 15

Jumlah lulus 10 66.67%

Jumlah gagal 5 33.33%

Min markah 50.4

Sisihan piawai 8.44

Sumber: Pencapaian Rumusan Kerja Kursus/ Peperiksaan Mei 2017 (UPP IPGKSM)

Pengkaji telah menjelaskan konsep tersebut beberapa kali sebelum itu dengan
menggunakan kaedah syarahan biasa menggunakan slide powerpoint dan kaedah
latihan tutorial. Beberapa contoh telah digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu pelajar memahami konsep baru. Pengkaji juga telah pun
membuat demonstrasi di dalam kelas dan eksperimen. Penjelasan yang jelas tentang
maksud dan konsep keapungan, telah pun pengkaji berikan. Selepas berbincang
dengan rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama, pengkaji mendapati, guru
pelatih sains masih lagi kurang faham konsep keapungan ini disebabkan:

a. Kurang faham konsep keapungan, tenggelam dan terapung dengan betul
b. Tidak dapat membezakan antara tenggelam dengan terapung
c. Menghubungkaitkan daya tujah dengan berat bendalir tersesar.
d. Menghubungkaitkan daya tujah dengan isi padu bendalir tersesar.
e. Menghubungkaitkan daya tujah dengan berat atau jisim objek.
f. Menghubungkaitkan daya tujah dengan isi padu objek.
g. Menghubungkaitkan daya tujah dengan ketumpatan bendalir.

Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan model LAMAP iaitu
kaedah IBSE dalam pengajaran. Kaedah inkuiri penemuan Model LAMAP
membolehkan guru-guru pelatih Sains meneroka pengalaman baru secara kendiri.
Dengan ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan tahap pencapaian guru pelatih
sains dalam konsep keapungan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji keberkesanan kaedah IBSE menggunakan LAMAP dalam pemahaman
konsep keapungan di kalangan guru pelatih sains.

316

2. Mengkaji persepsi guru pelatih sains terhadap kaedah IBSE menggunakan
LAMAP dalam pemahaman konsep keapungan.

PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah kaedah IBSE menggunakan model LAMAP dapat membantu
guru pelatih sains dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep keapungan?
2. Apakah persepsi guru pelatih sains terhadap sesi PdPc dengan menggunakan
kaedahIBSE berasaskan model LAMAP?

PESERTA KAJIAN
Seramai 5 orang guru pelatih dari Unit Sains IPGKSM Ambilan Jun 2015 terlibat dalam
kajian ini, terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang mempunyai
pencapaian rendah dalam subjek Fizik dan mereka yang mempunyai miskonsepsi
paling tinggi dalam konsep keapungan jadi ia adalah amat sesuai untuk menjadi
kumpulan sasaran kajian ini.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Langkah-langkah Tindakan
Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang
mengandungi 4 fasa iaitu Tinjauan awal, Merancang Tindakan, Melaksana Tindakan
dan Mereflek (Rajah 2).

Rajah 2 Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

Kemmis dan Mc Taggart (1988) menjelaskan bagi sesetengah kumpulan yang telah
merancang Kajian Tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana
yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun mereka berpendapat
bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak. Ringkasan tindakan untuk setiap fasa dijelaskan dalam
Rajah 3.

317

ISU KAJIAN
Berdasarkan keputusan peperiksaan dalam guru pelatih Unit
Sains menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang kurang
memuaskan dalam konsep keapungan
Pengumpulan data awal:

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester bagi Kursus
Mekanik dan Termodinamik

TINJAUAN AWAL MERANCANG TINDAKAN

Ujian Konsep keapungan 1. Model LAMAP
mengandungi 12 soalan Pendekatan IBSE

menguji konsep objek 2. Membina instrumen
tenggelam dan terapung. Pengumpulan Data

(Ujian Pra & Ujian Pos, Soal
Selidik)

MEREFLEK MELAKSANA TINDAKAN

Membuat penilaian 1. Menjalankan Ujian Pra
keberkesanan Model LAMAP 2. Melaksanakan Pdpc
terhadap kefahaman konsep
keapungan menggunakan Model LAMAP
3. Menjalankan ujian pos
4. Mengedarkan soal selidik

Rajah 3 menunjukkan kitaran penyelidikan tindakan

Pengkaji telah membuat satu tinjauan sebelum menggunakan pendekatan IBSE
dengan memberikan satu ujian konsep keapungan kepada 15 guru pelatih sains untuk
menentukan tahap kefahaman konsep mereka. Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian
konsep keapungan guru-guru sains.

Jadual 2. Tahap miskonsepsi keapungan di kalangan guru pelatih sains

Skor Markah Bilangan Perastus(%) Tahap Miskonsepsi Keapungan
0-59 5 33.3 Tinggi
60-79 6 40.0 Sederhana
80-100 4 26.7 Rendah

Berdasarkan keputusan ujian konsep keapungan didapati seramai 33.3 peratus guru
pelatih mengalami masalah miskonsepsi yang tinggi dalam konsep keapungan. Guru
pelatih gagal lemah dalam konsep asas keapungan di mana mereka masih lagi tidak
dapat membezakan objek tenggelam dan terapung. Contoh kesilapan pelajar
ditunjukkan dalam Rajah 4.

318

Rajah 4 Contoh Kesilapan Pelajar dalam Konsep Keapungan

Kajian ini merangkumi penilaian penggunaan pendekatan IBSE dalam meningkatkan
kefahaman konsep keapungan. Para guru pelatih diperkenalkan dengan Model LAMAP
dan asas metodologi IBSE, mengamalkan merumuskan soalan penyelidikan,
membangunkan hipotesis, mereka bentuk dan menjalankan eksperimen, mengumpul
data, membuat kesimpulan. Dalam kajian yang dilaksanakan ini, responden kajian
terdiri daripada 5 orang bakal guru yang sedang mengikuti program PISMP Unit Sains.
Ujian Pra dan Ujian Pos tentang penguasaan responden terhadap konsep keapungan
dalam topik prinsip Archimedes dibina bersumberkan kepada soalan oleh Hewitt (2009)
dalam buku Conceptual Physics. Soalan yang dikemukakan adalah sebanyak lima
soalan pemahaman konseptual yang mengaplikasikan prinsip Archimedes
(Keapungan) diberikan sebelum dan selepas intervensi untuk melihat peningkatan
pencapaian guru pelatih sains. Bagi menganalisis data kajian, skema telah disediakan
untuk menyemak jawapan responden bagi menentukan pencapaian. Satu set kaji selidik
yang diubahsuai dan diadaptasi dari kajian Chia(1999) pula disediakan dalam kajian ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah mengenai maklumat

319

peribadi responden yang meliputi program pengajian dan status manakala Bahagian B

pula merupakan bahagian keberkesanan IBSE menggunakan model LAMAP. Dalam

kajian ini, Model LAMAP diaplikasikan di peringkat intervensi. Model LAMAP ini

mengandungi satu siri aktiviti hands on yang dimulai dengan aktiviti memahami konsep
ketumpatan dan dikuti dengan aktiviti penyiasatan ‘Sink and Float’ yang berasaskan
5E’s (Engage, Explore, Explain, Extends dan Evaluate).

PENILAIAN

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra dan Pos

Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos adalah seperti di dalam Jadual 4 dan Rajah 5
telah menunjukkan peningkatan min. Nilai min yang diperoleh daripada ujian pra adalah
pada 53.2 manakala nilai min pada ujian pos adalah sebanyak 78.6. Perbezaan nilai
min yang dicatatkan adalah sebanyak 25.4. Hal ini menunjukkan perbezaan nilai min
yang diperolehi itu telah menunjukkan terdapat peningkatan kefahaman konsep
keapungan .

Jadual 3. Min Ujian Pra dan Pos

Jenis Ujian MIn N Purata Sisihan Nilai p
Piawai 0.000
Ujian Pra 53.2 5 5.17
Ujian Pos 78.6 5 5.14
Perbezaan Min 25.4

80 Uji…
60
40
20

0
GP 1GP 2GP3GP 4GP 5

Rajah 5 Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Konsep Keapungan

Analisis Persepsi Guru Pelatih Sains Terhadap Proses PdPc menggunakan IBSE
Model LAMAP

Hasil analisis dapatan soal selidik persepsi guru pelatih terhadap proses PdPc
menggunakan IBSE model LAMAP adalah seperti dalam Jadual 4.

320

Jadual 4. Analisis Skor Min Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Sains

Item Min Sisihan Tahap

Bil. Piawai

1. Saya faham apa yang diajar oleh pensyarah 4.85 .366 Tinggi

semasa pembelajaran menggunakan teknik IBSE

model LAMAP.

2. Pembelajaran fizik pada hari ini menarik. 4.80 .410 Tinggi

3. Pensyarah menyampaikan isi kandungan yang 4.80 .410 Tinggi
.489 Tinggi
diajar secara teratur .366 Tinggi
.410 Tinggi
4. Pensyarah telah menerangkan konsep-konsep 4.65
.366 Tinggi
dengan jelas dan mudah difahami. .470 Tinggi
.308 Tinggi
5. Pensyarah telah memindahkan pengetahuan 4.85
.366 Tinggi
dengan jayanya kepada pelajar. Tinggi

6. Pensyarah telah persembahkan tajuk ini dengan 4.80

cara yang menampakkan kaitannya dengan

kehidupan harian

7. Menggunakan alat bantuan mengajar (ABM) yang 4.85

menarik.

8. Pensyarah menggunakan kaedah penyampaian 4.70

yang berkesan menggunakan model LAMAP

9. Kaedah Pembelajaran menggunakan model 4.90

LAMAP pada hari ini telah menambahkan minat

saya terhadap topik keapungan

10. Kaedah pembelajaran pada hari ini telah 4.85

merangsang pemikiran saya.

Purata Min 4.81

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan bahawa nilai min purata yang dicatatkan
adalah 4.81. Data tersebut menunjukkan nilai min berada pada tahap yang tinggi dan
sekaligusnya menyatakan bahawa kaedah PdPc IBSE menggunakan model LAMAP
dapat memberikan persepsi yang positif kepada guru pelatih sains.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini membuktikan kaedah IBSE inkuiri penemuan menggunakan model LAMAP
adalah sesuai dengan pengajaran konsep keapungan. Secarakesimpulannya,
berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, model LAMAP kaedah pengajaran IBSE
ini sememangnya mempunyai nilai keberkesanan yang tinggi terhadap kefahaman
konsep keapungan. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini secara umumnya
dapat memberikan implikasi yang banyak kepada pembelajaran guru pelatih sains dan
murid kelak. Dengan adanya kajian ini juga, guru pelatih akan dapat mengenalpasti
kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh mereka supaya proses PdPc di dalam
kelas tidak bosan dan mampu menarik minat murid. Kaedah inkuiri penemuan model
LAMAP ini boleh diterapkan dalam pengajaran topik yang lain ataupun subjek yang lain.
Guru boleh gunakan kaedah ini dalam proses pengajaran supaya murid-murid boleh
belajar dengan berkesan dan pencapaiandalam topik sifat-sifat bahan ini boleh
dipertingkatkan. Maka, sebagai cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan adalah
bagi menilai sejauhmanakah kesediaan guru untuk menggunakan kaedah pengajaran
inkuiri di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa kaedah IBSE yang menggunakan
model LAMAP ini telah memberi kesan kepada pencapaian murid dan persepsi yang
positif terhadap PdPc sains. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan
kepada guru bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan aktiviti sains dalam bilik darjah

321

dan seterusnya meningkatkan ketandusan modal insan dalam bidang STEM di masa
akan datang.

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan kepada pihak Pengurusan IPGKSM, Pengarah dan Timbalan
Pengarah, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, Ketua Jabatan Sains dan rakan
pensyarah dan pelajar yang telah memberi buah fikiran dan kerjasama dalam
menjayakan kajian tindakan ini,

BIBLIOGRAFI

Akademi Sains Malaysian. (2015). Penilaian Pelaksanaan Projek Rintis Pendidikan
Sains BERASASKAN AMALAN INKUIRI.

Bernard, P., & Dudek-Różycki, K. (2019). Influence of training in inquiry-based methods
on in-service science teachers’ reasoning skills. Chemistry Teacher International,
0(0), 1–12. https://doi.org/10.1515/cti-2018-0023

Chia, S. C. (1999). Pembinaan model petua: kaedah pengajaran dan pembelajaran fizik
KBSM. Tesis Master. Fakulti Sains Fizis dan Gunaan. Universiti Kebangsaan
Malaysia

Hasnira, E., Bee Hoon, K., & Hafsah, M. Y. (2017). Bengkel Pemantapan Pendekatan
Inkuiri: Meningkatkan Penggunaan Pendekatan Inkuiri Semasa Latihan
Praktikum Fasa 2 Dalam Kalangan Kalangan Guru Pelatih Sains Pendidikan
Rendah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 12, 141–156.

Hewitt, P. G. (2009). Conceptual Physics. San Francisco: Pearson Addison-Wesley.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 PPPM 2013-2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, 1, 100–108.
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. 1988. The action research. Victoria, Australia. Dekin

University.
Lilia Halim dan Subahan Mohd Meerah (2002). Science Trainee Teachers‟

PedagogicalContent Knowledge and Its Influence on Physics Teaching.
Research in Science & Technological Education. 20, 215 – 225.
Lilia Halim, Subahan Mohd Meerah dan Zolkepeli Haron (2002). Strategi Pengajaran
Fizik untuk Guru Sains. Selangor: Prentice Hall.
Loverude, M. E., Kautz, C. H. dan Heron, P. R. L. (2003). Helping Student Develop an
Understanding of Archimedes’ Principle. I. Reseach on Student Understanding.
American Journal of Physics. 71(11), 1178-1187.
Ibrahim, M. A., Buang, H. B., & Pendidikan, F. (2002). Et. Al 2002), 1–7.
Ming, T. J. (2012). Penggunaan Kaedah Inkuiri - Penemuan Untuk Meningkatkan
Prestasi Murid-Murid dalam Pendidikan Sains. Persidangan Kebangsaan
Pembangunan Dan Pendidikan Lestari, (September), 19–20.
She, H. C. (2002). Concepts of a Higher Hierarchical Level Require More Dual
SaturatedLearning Events for Conceptual Change: A Study of Air Pressure and
Buoyancy.International Journal of Science Education. 24(9), 981-996
Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam
Pendidikan Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej
Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 128–2875.
Siti Hendon, S. A. (2013). Penyampaian Konsep Fizik dalam Mata Pelajaran Sains
Sekolah Rendah oleh Guru-guru Pelatih Sains. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, Bil 1(2), 20–31. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.06.903

322

PENGGUNAAN KIT ‘REDONDEAR’ DALAM PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT
SEHINGGA RIBU TERDEKAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Norhasliza Abdullah, Wan Haspinah Wan Hussin,
Mohamad Ariff Abd Rahman, Zakiah Salleh, Nursyamilah Pauzan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganu, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid dalam kemahiran
membundar di kalangan murid tahun 3 Bestaridengan menggunakan kit
‘REDONDEAR’. Kemahiran membundar merupakan salah satu kemahiran
yang penting dalam Matematik malah pengetahuan asas bagi setiap murid
sebelum mempelajari topik-topik yang lebih sukar. Murid yang terlibat dalam
kajian ini seramai 5 orang murid Tahun 3. Pengumpulan data awal dilakukan
melalui lembaran kerja dan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hasil dapatan awal menunjukkan murid
bermasalah dalam kemahiran membundar. Masalah yang sama dilakukan
oleh kebanyakan murid seperti tidak dapat menentukan nilai tempat yang
perlu dibundarkan, tidak mengetahui kumpulan nombor yang perlu ditambah
dengan sifar atau satu pada nilai tempat yang perlu dibundarkan dan tidak
menukarkan nombor kepada sifar setelah membundar. Satu perancangan
tindakan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran membundar dengan
menggunakan kit ‘REDONDEAR’. Bimbingan secara intervensi dijalankan
bagi melihat peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran
pembundaran. Maklumat daripada ujian bertulis, analisis dokumen dan
pemerhatian mendapati terdapat peningkatan dalam kemahiran membundar
kelima-lima murid. Secara keseluruhannya, kit ‘REDONDEAR’ dapat
membantu murid menguasai kemahiran pembundaran dengan baik.

Kata kunci: kit ‘REDONDEAR’, pembundaran, murid Tahun 3, ujian bertulis,
analisis dokumen dan pemerhatian

PENGENALAN

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual
individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran
abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik. Ilmu Matematik
digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai istilah dan konsep Matematik
digunakan dalam kehidupan seharian sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja
oleh semua golongan masyarakat.

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik
adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas
dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Dokumen Standard Kurikulum &
Pentaksiran [DSKP] Matematik Semakan 2017). Empat operasi asas dalam Matematik
adalah tambah, tolak, darab dan bahagi. Seseorang murid perlu menguasai
keempat-empat operasi ini sebelum menguasai kemahiran konsep atau topik
matematik yang lain. Selain daripada empat operasi asas ini, pemahaman terhadap
nombor bulat juga penting. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar

323

dalam topik nombor bulat ialah konsep pembundaran. Walaupun ia dianggap mudah,
namun pemahaman terhadap konsep dan kemahiran membundar perlu ditekankan dan
dikuasai oleh murid kerana mempunyai kaitan dengan topik yang lain seperti topik wang
dan perpuluhan. Topik pembundaran terkandung dalam bidang pembelajaran nombor
dan operasi.

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap 1 adalah bertujuan membina kefahaman,
kemahiran Matematik dan aplikasi asas (KSSR Tahun Tiga, 2011). Kandungan
Matematik dirangkumkan mengikut empat bidang pembelajaran iaitu nombor dan
operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra dan statistik dan
kebarangkalian. Topik pembundaran terkandung dalam bidang pembelajaran nombor
dan operasi. Fokus bidang matematik dalam pendidikan adalah proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan
pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses
Matematik yang dipelajari. Justeru, dalam kajian ini pengkaji memilih penggunaan Kit
‘REDONDEAR’ sebagai elemen yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Matematik Tahun 3.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Ilmu Matematik bukan sahaja membantu kanak-kanak memahami dunia mereka di luar
sekolah bahkan membantu mereka membina asas yang kukuh untuk kejayaan di
sekolah (Reney,2016). Kajian ini dilaksanakan adalah kerana kesedaran tentang
pentingnya pemahaman konsep pembundaran di kalangan murid Tahun 3. Dalam
kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi kelemahan asas
kemahiran membundar yang sepatutnya perlu dikuasai dengan baik sejak Tahun 2 lagi
kerana kemahiran ini merupakan perkara asas dalam ilmu Matematik. Maka ia menuntut
pengkaji untuk memikirkan satu jalan penyelesaian agar konsep pembundaran yang
mudah ini dapat difahami secara jelas oleh murid-murid.

Berdasarkan pengalaman berada di sekolah kajian selama satu bulan, pengkaji
menemui beberapa isu atau masalah daripada kelas yang diajar iaitu Tahun 3 Bestari.
Antara masalah yang dihadapi oleh murid 3 Bestari ialah tidak mengetahui cara
pembundaran yang betul apabila diminta menjawab di hadapan kelas, soalan dalam
lembaran kerja juga tidak dapat dijawab dengan betul dan murid-murid kelihatan bosan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran topik pembundaran dijalankan. Oleh yang
demikian, suatu intervensi telah direka oleh pengkaji berilhamkan pembacaan pengkaji
terhadap beberapa sumber yang diyakini relevan untuk mengatasi masalah ini. Harapan
pengkaji, semoga kajian ini membawa manfaat yang besar dalam bidang Matematik
dan dapat dikembangkan lagi selaras dengan arus pendidikan pada masa akan datang.

PERNYATAAN MASALAH

Pemahaman murid tentang sesuatu konsep amat ditekankan dalam PdP Matematik di
sekolah kebangsaan. Beberapa perincian analisis item soalan Ujian Pertengahan Tahun
2019, pengkaji mendapati peratus murid yang gagal menjawab soalan pembundaran
nombor agak tinggi berbanding peratus murid yang dapat menjawab soalan operasi
asas Matematik. Ini kerana murid-murid sering melakukan pelbagai kesalahan untuk
mendapatkan jawapan. Keadaan ini menjadi rumit apabila sub topik membundarkan
nombor terdapat di dalam topik nombor bulat, nombor perpuluhan dan wang.

Hasil daripada perincian ujian yang lepas menunjukkan murid mengalami
masalah dalam topik pembundaran. Malahan berlaku miskonsepsi yang membawa
kepada kesilapan murid. Beberpa kesilapan yang biasa dilakukan ialah tidak menambah

324

nombor yang dibundar, tidak menukarkan nombor kepada 0 setelah membundar dan
mengabaikan nombor pada nilai tempat yang lain setelah membundar.

Begitu juga, murid mengalami masalah apabila diberikan soalan berbentuk Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti apakah kemungkinan nombor apabila dibundarkan
kepada puluh terhampir. Situasi ini menjadikan murid menghadapi masalah apabila
terpaksa melukis garis nombor berulangkali dan terpaksa menghafal syarat-syarat
pembundaran. Hal ini juga sukar untuk murid mencari apakah kemungkinan nombor
apabila sesuatu nombor dibundarkan kepada nilai tempat terhampir (KBAT) seperti
yang terdapat dalam buku teks Matematik Tahun 3 (Buku Teks Matematik Tahun 3
Sekolah Kebangsaan Jilid 1, 2014). Dalam proses penyelesaian soalan pembundaran,
terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikan nombor tersebut
dibundarkan dengan tepat dan memenuhi kriteria atau kehendak soalan. Proses
dalam menyelesaikan masalah tersebut perlu difahami oleh murid sebelum dapat
membundarkan nombor bulat dengan tepat. Istilah seperti nilai tempat, ratus, puluh dan
sebagainya perlu difahami dengan mendalam oleh murid sebelum dapat memahami
istilah pembundaran.

Menurut Lestari (2012) seseorang guru perlu bijak menggunakan kaedah yang kreatif
dan inovatif untuk digunakan dalam PdP. Oleh itu, persediaan bahan bantu mengajar
adalah satu aspek bantuan bagi melahirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan
dalam PdP (Yusairi & Nor Razana, 2018). Begitu juga mengikut pendapat Reney Pantun
(2016) dan Nurhanim Saadah, Ramlan & Suhaimi (2017), PdP Matematik di sekolah
kebangsaan memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa ‘takut’ di
dalam diri murid dan juga supaya kaedah ini dapat digunakan dalam penyelesaikan
masalah Matematik dengan lebih cepat. Maka daripada penjelasan ini, satu keperluan
kajian yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran topik Pembundaran Nombor
Bukat sehingga ribu terdekat dalam kalangan murid Tahun 3 perlu dijalankan.

Oleh itu daripada permasalahan ini, pengkaji akan menggunakan Kit ‘REDONDEAR’
sebagai satu inovasi yang dicipta khas untuk membantu murid dalam memahami
konsep dan proses pembundaran nombor kepada nilai tempat terhampir bermula dari
nilai tempat puluh, ratus dan ribu terhampir yang lebih mudah dan boleh di gunapakai
untuk menyelesaikan masalah harian melibatkan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir
Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

TINDAKAN KAJIAN

Bagi melaksankan kajian ini, pengkaji telah menggunkan dan mengaplikasikan model
kajian yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin (1946). Menurut Kurt Lewin (1946), kajian
tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Kitaran ini
akan berterusan ke kitaran yang seterusnya yang melibatkan perancangan semula,
bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Berdasarkan model
kajian ini, terdapat empat langkah utama yang digunakan, iaitu mengenal pasti amalan
yang perlu dibaiki, merancang, bertindak, memerhati dan refleksi seperti dipaparkan
pada Rajah 1.

325

Rajah 1. Model kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

SOROTAN LITERATUR

Pembundaran nombor merupakan salah satu topik yang dipelajari oleh murid bermula
dari tahun tiga lagi. Walau bagaimana pun murid mengalami kesulitan untuk
membundarkan nombor kepada nilai yang terhampir terutama pelajar yang lemah.
Berdasarkan penelitian 10 tahun kebelakangan ini didapati banyak kajian dijalankan
untuk membantu murid untuk mempercepatkan kefahaman mereka dalam
menentukan kedudukan sebarang nombor apabila nombor tersebut dibundarkan
kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu yang terhampir. Kebanyakan
kajian lepas menggunakan bahan sokongan atau bahan bantu mengajar yang dicipta
khas untuk menyelesaikan masalah Topik Pembundaran Nombor Bulat.

Misalnya, kajian yang telah dijalankan menunjukkan pelbagai teknik (Reney Pantun,
2016; Suhaiza Afira, 2014; Yusairi, 2009), kaedah (Nor Salhana Mohd Arshad; 2015)
dan bahan bantu mengajar (Yusairi dan Nor Razana, 2018) manakala Karen Major
(2011) pula menggunakan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Hasil
dapatan yang diperolehi menunjukkan terdapat peningkatan kefahaman murid dalam
membundarkan nombor. Perincian dapatan bagi setiap kajian dihuraikan pada
perenggan seterusnya.

Yusairi & Nor Razana (2018) mencipta inovasi Papan Magnetik “Bugano” bertujuan
membantu guru dan murid sekolah kebangsaan menyelesaikan masalah
membundarkan nombor kepada nilai tempat terhampir. Penggunaannya juga dapat
membantu murid untuk mempercepatkan kefahaman mereka dalam menentukan
kedudukan sebarang nombor apabila nombor tersebut dibundarkan kepada puluh,
ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu yang terhampir.

Reney Pantun (2016) telah menggunakan teknik nyanyian dalam meningkatkan
kefahaman murid Tahun 2 dalam topik pembundaran nombor. Kajian tindakan beliau
menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian yang dijalankan ke
atas 9 orang murid tahun 2. Pengkaji menggunakan teknik nyanyian yang memuatkan
lirik lagu menggunakan melodi lagu kanak-kanak yang sudah sebati dengan kehidupan
kanak-kanak serta mengandungi lirik lagu yang mudah berdasarkan langkah-langkah
dalam proses membundarkan nombor bulat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kefahaman murid Tahun 2 dalam topik pembundaran meningkat apabila menggunakan
teknik nyanyian. Ia juga menimbulkan sikap positif dalam kalangan murid Tahun 2
semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.

326

Nor Salhana Mohd Arshad (2015) juga menjalankan kajian tindakan bertajuk
meningkatkan kemahiran membundar dengan Kaedah Jabal (Bukit). Beliau
melaksanakan kajian ini kepada 10 orang murid Tahun 3 Genius. Pengkaji mendapati
pembundaran menggunakan garis nombor adalah sukar dan mnegambil masa yang
panjang. Aplikasi Kaedah Jabal dalam proses pembundaran nombor telah menarik
minat, sikap dan pencapaian murid dalam matematik. Semua murid yang dipilih
sebagai responden telah dapat menjawab soalan pembundaran nombor dengan tepat
dan cepat.

Kajian Suhaiza Afira. (2014) dijalankan untuk: menambah baik cara saya mengajar
topik pembundaran nombor bulat kepada puluh terdekat menggunakan teknik
permainan "BuGe". Kajian tindakan ini melibatkan enam orang murid tahun
satu iaitu tiga orang murid lelaki · dan tiga orang murid perempuan dari sebuah
sekolah di daerah Seremban. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penyampaian guru yang jelas dengan berbantukan alat mainan "BuGe" berjaya
memberikan kefahaman kepada murid mengenai pembundaran nombor bulat.

Karen Major (2011) telah melaksanakan kajian mengenai pengetahuan pelajar
terhadap konsep nilai tempat. Kajian ini mendapati pelajar menghadapi masalah dalam
mengenal nilai tempat dan menjadi halangan kepada pembelajaran matematik
keseluruhannya. Pengkaji menggunakan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) terhadap kefahaman murid tentang nilai tempat di tujuh buah sekolah. Penyelidik
telah dapat membina suatu alat pengukuran untuk menilai tahap kefahaman murid
terhadap nilai tempat.

Yusairi (2009) telah melaksanakan kajian tindakannya yang bertajuk meningkatkan
kemahiran membundarkan nombor bulat, nombor perpuluhan dan wang bagi 15
orang murid Tahun 5 melalui Teknik ‘d’ dan Rajah Tulang Ikan. Pengkaji mendapati
murid menghadapi masalah memahami konsep pembundaran nombor bermula dari
Tahun 3 lagi dan menjadi sukar apabila diuji pada Tahun 6 iaitu soalan berkaitan
pembundaran nombor dalam UPSR. Masalah yang dikenalpasti oleh beliau adalah
tidak tahu nilai tempat, tidak membulatkan pada nilai tempat yang betul, menyalin
semula jawapan yang salah dan tidak tahu sama ada hendak menambah dengan 1
ataupun tidak. Apabila teknik ‘d’ dan Rajah Tulang Ikan diperkenalkan kepada
responden kajian, ia telah meningkatkan kemahiran murid membundarkan sebarang
nombor dalam 3 topik penting iaitu, topik nombor bulat, nombor perpuluhan dan wang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini dijalankankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
membundar nombor bulat sehingga ribu terdekat dalam kalangan murid Tahun 3
dengan cepat dan tepat.

Objektif Khusus
Mengkaji penggunaan Kit ‘REDONDEAR’ dapat meningkatkan penguasaan konsep
pembundaran nombor bulat sehingga ribu terdekat dalam kalagan murid tahun 3.

SOALAN KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, persoalan kajian adalah adakah penggunaan Kit
‘REDONDEAR’ dapat meningkatkan penguasaan konsep pembundaran nombor bulat
sehingga ribu terdekat dalam kalangan murid Tahun 3 ?

327

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian adalah terdiri daripada lima orang murid tahun tiga di sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Besut, Terengganu. Peserta kajian yang dipilih daripada murid yang
mempunyai pencapaian Matematik paling lemah dalam ujian bulanan dan uijian
pertengahan tahun secara konsisten. Peserta dan lokasi kajian peserta kajian bagi kajian
ini terdiri dari murid yang telah mengikuti pelajaran KSSR di sekolah kebangsaan dalam
topik Pembundaran Nombor Bulat.

PELAKSANAAN KAJIAN

Beberapa langkah pelaksanaan kajian tekah dijalankan, iaitu langkah-langkah tindakan
seperti diperincikan pada perenggan seterusnya.

Langkah 1: Mengenalpasti masalah

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh setiap pengkaji ialah mengenalpasti terlebih
dahulu isu atau masalah yang ingin di kaji. Dalam kajian ini, masalah yang telah
dikenalpasti ialah masalah pembundaran. Ianya berlaku dalam kalangan murid tahun 3
Bestari di mana konsep pembundaran tidak dikuasai dan tidak mengetahui teknik yang
betul untuk membundar. Masalah murid dikenalpasti melalui pemerhatian dan analisis
lembaran kerja murid bagi topik pembundaran.

Langkah 2: Merancang

Saya telah melakukan tinjauan literatur dan menentukan objektif serta persoalan kajian
yang hendak diselesaikan dalam kajian tindakan ini. Saya juga telah menentukan
kumpulan sasaran iaitu murid Tahun 3 yang menghadapi masalah dalam kemahiran ini.
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini melibatkan pemerhatian, analisis
dokumen dan temu bual separa struktur . Oleh itu, saya telah merancang untuk
membina suatu kit yang dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membundar
nombor bulat iaitu yang diberi nama kit ‘REDONDEAR’. Kit ini adalah satu alternatif
bagi membantu murid yang bermasalah dalam pembundaran.

Langkah 3: Tindakan

Sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kit ‘REDONDEAR’ sebagai
alat bantu mengajar akan digunakan. Setiap perkembangan mereka akan direkodkan
dan dijadikan bukti untuk melihat keberkesanan kit tersebut dalam meningkatkan
kemahiran membundar. Sesi intervensi dijalankan sebanyak empat kali bagi menguji
keberkesanan kit.

Sesi 1: Murid telah diperkenalkan dengan kit ‘REDONDEAR’ dan cara-cara
menggunakan kit tersebut dengan betul. Pengkaji menunjukkan beberapa contoh
soalan dan cara menjawab dengan menggunakan kit tersebut.

Sesi 2: Murid diminta menjawab enam soalan pembundaran yang berbeza dengan
menggunakan kit ‘REDONDEAR’.

Sesi 3: Murid telah diberi lembaran kerja yang mengandungi enam soalan pembundaran
dan setiap soalan disertakan dengan lakaran kit REDONDEAR.

Sesi 4: Murid diminta menjawab soalan pembundaran yang berbeza dengan tidak
disertakan lakaran.

328

Langkah 4: Memerhati

Pengkaji membuat suatu pemerhatian berdasarkan hasil dapatan. Ini termasuklah

melihat perkembangan, tingkah laku dan menemu bual peserta kajian. Lembaran kerja

akan diberikan kepada murid dan akan dinilai sejauh mana tahap kefahaman murid dan
menentukan keberkesanan alat intervensi iaitu kit ‘REDONDEAR’ yang diperkenalkan

dalam membantu murid.

Langkah 5: Refleksi

Refleksi akan dibuat secara keseluruhan bagi membuat penilaian tentang kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada alat mahupun pada sesi pengajaran dan pembelajaran
kelak. Berdasarkan hasil dapatan kajian, maka dapat menentukan bahawa kajian ini
dapat dijalankan dengan jayanya atau perlu membuat satu lagi gelungan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan membincangkan soalan kajian yang menjadi fokus kajian ini, iaitu:
“Apakah kit ‘REDONDEAR’ dapat meningkatkan tahap penguasaan konsep

pembundaran nombor bulat sehingga ribu terdekat dalam kalangan murid Tahun 3?”.

Bagi soalan kajian pertama, pengkaji menggunakan analisis dokumen dan pemerhatian
berstruktur untuk mengenal pasti masalah-masalah murid dalam menjawab soalan
pembundaran nombor bulat sehingga ribu terdekat. Jadual 1 menunjukkan
perbandingan lembaran kerja murid sebelum dan selepas intervensi.

Jadual 1. Perbandingan Jawapan Murid Sebelum dan Selepas Intervensi

Murid Bilangan jawapan yang betul Peningkatan
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
M1 70 %
M2 3 10 80 %
M3 2 10 80%
M4 2 10 100%
M5 0 10 100%
0 10

Jadual 1 menunjukkan peningkatan bilangan jawapan yang betul bagi setiap murid
selepas intervensi dijalankan.

Contoh analisis dokumen terhadap ujian bertulis murid telah dipaparkan pada Jadual 2.

Melalui analisis dokumen yang dilaksanakan mendapati murid dapat menjawab semua

soalan bagi topik Pembundaran Nombor Bulat dengan menggunakan Kit
‘REDONDEAR’.

329

Jadual 2. Analisis Dokumen Menggunakan Kit ‘REDONDEAR’ Bagi Peserta Kajian M1

Peserta Kit ‘REDONDEAR’ Rumusan Dapatan
Kajian
Sebelum Selepas Pada peringkat awal ujian bertulis
M1 diedarkan murid tidak memahami
cara untuk membundar. Selepas
menggunakan Kit ‘REDONDEAR’
mrid dapat melakar kit dan
menjawab dengan betul.

Dapatan ini juga disokong dengan pemerhatian yang dilakukan semasa sesi sebelum
dan selepas intervensi. Aspek pemerhatian murid adalah berdasarkan tindakan murid
dalam menjawab soalan pada lembaran kerja, iaitu mengetahui nilai tempat yang perlu
dibundarkan (A1), menukarkan nombor kepada 0 setelah membundar (A2), mengetahui
kumpulan nombor yang perlu ditambah dengan satu atau kekal (A3) dan mengabaikan
nombor pada nilai tempat yang lain selepas membundar (A4). Hasil pemerhatian seperti
dipaparkan pada Jadual 3.

Jadual 3. Analisis Pemerhatian Sebelum dan Selepas Intervensi Bagi Peserta Kajian M1

Peserta Fokus Kit ‘REDONDEAR’
Kajian Pemerhatian
Sebelum Selepas
M1 A3
M1 menjawab soalan dengan Sebelum menjawab soalan M1
A4
agak lama untuk menentukan akan kenal pasti nombor yang

nombor yang dibundarkan. hendak dibundarkan dan

menggunakan bulatan bundar

tentukan nombor perlu kekal atau

tambah satu.

M1 menulis jawapan dimulakan Menjawab menggunakan kit

dengan nombor yang perlu Redondear, M1 tidak

dibundarkan dan menulis angka mengabaikan nombor pada nilai

sifar di belakangnya, Nombor tempat yang lain selepas

pada nilai tempat yang lebih besar membundar

dari nombor yang dibundarkan

diabaukan oleh M1.

Hasil pemerhatian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran pembundaran murid
kajian dengan menggunakan kaedah kit ‘REDONDEAR’.

REFLEKSI

Hasil pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen bagi persoalan kajian pertama
menunjukkan peningkatan murid dari segi kemahiran menyelesaikan soalan
pembundaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif berdasarkan
kaedah yang diperkenalkan. Murid juga diperhatikan dapat menyelesaikan semua
soalan pembundaran dengan hanya menggunakan lakaran ‘REDONDEAR’ semasa
menjawab soalan.

Manakala melalui pemerhatian yang dijalankan bagi menjawab persoalan kajian kedua,
hasil dapatan mendapati bahawa perubahan murid berlaku kearah yang lebih positif
bagi kesemua aspek yang diperhatikan. Secara tidak langsung, ini membuktikan
bahawa penggunaan kit ‘REDONDEAR’ dapat memberi kesan kepada minat murid.

330

Hasil temu bual sebelum intervensi menunjukkan maklum balas negatif bagi setiap
jawapan murid. Manakala, temu bual yang dilakukan selepas murid diperkenalkan
dengan kit menunjukkan banyak maklum balas yang positif yang diberikan oleh murid.
Kesemua jawapan murid adalah berminat dengan penggunaan kit ‘REDONDEAR’
dalam mempelajari topik pembundaran. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
bahawa penggunaan kit ‘REDONDEAR’ dapat menarik minat murid dalam mempelajari
topik pembundaran.

Kesimpulannya, berdasarkan kesemua hasil analisis dapatlah dirumuskan bahawa
penggunaan kit ‘REDONDEAR’ dapat meningkatkan penguasaan konsep
pembundaran nombor bulat hingga ribu terdekat serta dapat meningkatkan minat murid
terhadap topik pembundaran. Tambahan lagi, menurut Nurhanim Saadah (2002) dan
Johari (2013), salah satu cara yang amat penting adalah melalui penggunaan bahan
bantu belajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui
lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran oleh menjadikan proses pembelajaran
lebih menarik dan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Bagi tindakan susulan yang akan datang, pengkaji mencadangkan kit ‘REDONDEAR’
dengan penggunaan nombor yang lebih besar sehingga ratus ribu terdekat. Selain itu,
penggunaan kit juga boleh dilaksanakan ke atas kumpulan murid yang lebih besar untuk
melihat keberkesanan kit dengan lebih mendalam. Manakala, penambahbaikan dari
segi saiz dan pengendalian juga boleh dilakukan dengan menjadikan kit satu alat yang
lebih kecil dan mudah dibawa. Berdasarkan cadangan-cadangan penambaikan yang
dinyatakan, diharapkan bahawa kajian tindakan ini dapat diteruskan lagi dan
dilaksanakan dengan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran topik pembundaran.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan kit ‘REDONDEAR’ amat mudah dan berkesan
apabila digunakan oleh peserta kajian. Selain itu, penggunaan kit ‘REDONDEAR’
meningkatkan penguasaan murid bagi kemahiran pembundaran nombor bulat sehingga
ribu terdekat bahgi tahun tahun tiga. Secara tidak langsung, peserta kajian dapat
memahami soalan melibatkan pembundaran nombor bulat dengan tepat apabila
menggunakan kit ‘REDONDEAR’. Justeru, adalah dicadangkan agar kit ‘REDONDEAR’
menjadi satu bahan pengajaran dan pembelajaran topik pembundaran di peringkat
sekolah kebangsaan.

BIBLIOGRAFI

Buku Teks Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jilid 1(2014). Kementerian
Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1 (Malay Edition). Mcgraww Hill:
Education.

Creswell, J. W. (2012). Educational Research Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (4th ed.). Boston, MA Pearson

Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran [DSKP] Matematik Semakan 2017.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Daerah Pontian
(Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional). Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

331

Jasmi, Kamarul Azmi (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan
Kualitatitif. Kursus Penyelidikan Kualitatif, (1), 28-29.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga. (2011). Dokumen Standard
Kurikulum & Pentaksiran Matematik. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nurhanim Saadah, Ramlan & Suhaimi (2017). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran
Bersepadu Magnetik – PLC (PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER)
Terhadap Kefahaman Konsep Asas Kawalan Magnet Dan PLC. Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia.

Nor Salhana. (2015). Meningkatkan Kemahiran membundar Dengan Kaedah Jabal
(Bukit). SK Bukit kayu Hitam, Kedah.

Reney Pantun (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Meningkatkan Kefahaman
Murid Tahun Dua Dalam Topik Pembundaran. Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Selangor.

Suhaiza Afira. (2014) Menambah Baik cara Saya Mengajar Topik Pembundaran
Nombor Bulat Kepada Puluh Terdekat menggunakan Teknik Permainan Bukit
Gelongsor (BUGE) (Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan). Institut
Pendidikan Guru Teknik, Negeri Sembilan.

Yusairi & Nor Razana. (2018). Papan Magnetik Bugano Meningkatkan Kemahiran Murid
Membundar. Proceedings of International Conference On The Future Of
Education Iconfed. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pulau
Pinang.

Zaharah Aida. (2013). Penggunaan Kit “EASY Rounder” Dalam meningkatkan
Kemahiran Pembundaran Nombor Bulat Sehingga Ratus Terdekat Dalam
Kalangan Murid Tahun 2. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,
Terengganu

332

HUBUNGAN PERSONALITI DAN GAYA BEKERJA PESERTA
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI
NEGERI TERENGGANU DAN PAHANG

Haslina Hanapi, Salime Ab Rahman, Razali Shafie, Anuar Husain,
Nik Ghazali Md. Amin, Mohd. Yusoff Ahmad

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu
[email protected]

ABSTRAK

Personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap
individu mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti mewakili perwatakan
seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di
dalam situasi pada suatu ketika. Personaliti juga mempengaruhi gaya pekerjaan.
Kepimpinan berkesan berupaya mengurus pekerja dengan berkualiti. Mengurus
pekerja berkualiti perlu disusuli dengan pengetahuan yang baik berkaitan
personaliti pekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara
Gaya Pekerjaan dengan Personaliti pekerja yang dilaksanakan terhadap peserta
Program Transformasi Minda (PTM) bagi Negeri Terengganu dan Pahang.
Seramai 150 orang telah menjawab soal selidik personaliti dan gaya bekerja. Item
daripada Soal Selidik Kersey dan gaya bekerja oleh Allen dan Mayer telah
ditadbirkan kepada peserta PTM menggunakan Google Form. Data dianalisis
menggunakan analisis deskriptif dan SEM. Terdapat 8 personaliti yang
dikenalpasti menggunakan Instrumen Kersey iaitu feeling, intuitive, perception,
judgement, sensing, thinking, introvert dan ekstovert. Dapatan menunjukkan
responden cenderung kepada personaliti feeling (1904), intuitive (1758),
perception (1577), judgement (1423), sensing (1242), thinking (1096), introvert
(813) dan ekstovert (687). Responden juga cenderung untuk kepada gaya bekerja
Normative (5144), diikuti Continuance (5062) dan Affective (4598). Tiga Gaya
pekerjaan Allen dan Mayer (1990) ialah affective, continuance dan normative
digunakan untuk mengkaji hubungan dengan personaliti feeling. Nilai R2 ialah
konstruk gaya bekerja affective, continuance dan normative menyumbang
sebanyak 0.7% kepada personaliti feeling. Manakala persamaan regresi yang
menghubungkan semua konstruk dalam model hubungan antara personaliti dan
gaya bekerja = -0.92 effective +1.24 continuance -0.15 normative. Konstruk gaya
bekerja normative, effective dan continuance menunjukkan kesepadanan model
memenuhi tahap yang ditetapkan dan terdapat hubungan dengan personaliti
feeling tetapi tidak signifikan. Ini bermakna bahawa terdapat pembolehubah lain
yang menyumbangkan kepada hubungan antara personaliti dan gaya bekerja.

Kata kunci: personaliti, gaya bekerja, soal selidik Kersey

PENGENALAN

Personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap individu
mempunyai personaliti yang berbeza. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan
dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu
ketika. Menurut Alder (1998) personaliti adalah gaya hidup seseorang. Gordan (2003)
pula menyatakan personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang dinamik di
dalam jiwa individu itu sendiri. Manakala Crow (2002) pula menyatakan personaliti
adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimiliki oleh individu
itu sendiri. Gage dan Berliner (1984) pula menyatakan personaliti adalah segala aspek
tingkah laku manusia kerana ia merupakan motif, sikap, pendapat, kepercayaan,
pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seorang. Menurut Menninger (2004) personaliti
ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Personaliti
ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan

333

fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya. Kajian tentang
personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi
tingkahlaku, boleh merangkumi proses dalaman bagi seseorang kepada tingkahlaku
yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Ia juga merujuk
kepada jenis tingkahlaku yang berlainan dan penggunanan kaedah penyelidikan yang
berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa yang berlaku dalam diri
individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka. Gaya bekerja adalah
kesatuan dari pelbagai cara/tindakan yang didasari oleh sistem nilai dan asumsi (SINA)
seseorang dan ditampilkan ketika ia melakukan hubungan kerja dengan orang lain.
Gaya kerja bukanlah kepribadian. Gaya kerja hanyalah sebahagian dari kepribadian
seseorang yang meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang seperti: intelegen, bakat,
minat, sifat, dan sebagainya. Gaya kerja bukanlah temperamen. Temperamen adalah
gabungan dari sifat atau karateristik dalam diri seseorang yang cenderung menentukan
cara ia berfikir, bertindak dan merasa dan merupakan bawaan sejak lahir.

PENYATAAN MASALAH

Gaya bekerja pekerja banyak dipengaruhi oleh personaliti. Seorang ketua yang baik
adalah yang berupaya menguruskan pekerja mereka dengan berkesan. Menguruskan
pekerja yang berkesan perlu disusuli dengan pengetahuan yang baik tentang personaliti
seseorang pekerja dan gaya bekerja. Kegagalan seorang ketua mengenalpasti
personaliti pekerja dan gaya bekerja akan memberikan kesan dalam pengurusan para
pekerja, kerana pekerja yang berbeza personaliti perlu diuruskan dengan pendekatan
yang berbeza, begitu juga halnya dengan gaya bekerja. Pekerja yang memiliki
personaliti yang berbeza juga mempunyai gaya bekerja yang berbeza. Masalah yang
dikenalpasti ialah ketua tidak dapat mengenalpasti personaliti pekerja yang memberi
kesan kepada gaya bekerja yang ditunjukkan pada sesuatu organisasi. Hal ini
memberikan kesan besar kepada organisasi dan corak sesebuah pentadbiran.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti Personaliti Peserta Program Transformasi Minda Negeri
Terengganu dan Pahang

2. Mengenalpasti Gaya Bekerja Peserta Program Transformasi Minda Negeri
Terengganu dan Pahang

3. Mengenalpasti Hubungan Personaliti tertinggi dengan Gaya Bekerja Peserta
Program Transformasi Minda Negeri Terengganu dan Pahang.

4. Mengenalpasti model hubungan Gaya Bekerja dengan Personaliti Peserta
Program Transformasi Minda Negeri Terengganu.

SOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah Personaliti Peserta Program Transformasi Minda Negeri
Terengganu dan Pahang?

2. Bagaimanakah Gaya Bekerja Peserta Program Transformasi Minda Negeri
Terengganu dan Pahang?

3. Sejauhmanakah Hubungan Personaliti dan Gaya Bekerja Peserta Program
Transformasi Minda Negeri Terengganu dan Pahang?

4. Bagaimanakah model hubungan Gaya Bekerja dengan Personaliti Peserta
Program Transformasi Minda Negeri Terengganu.

334

LITERATUR KAJIAN

Personaliti

Sigmund Freud (1940) mendefinisikan bahawa struktur personaliti boleh dilihat dari dua
sudut topografi dan struktural. Menurut Eysenck (1965), beliau mendefinisikan
personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak
stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan penyesuaian
dengan persekitaran. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah
diberikan oleh Fleeson (2007). Menurutnya, personaliti ialah organisasi dinamik dalam
diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan
penyesuaiannya kepada persekitarannya.

Selain definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang
personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang
berlainan yang menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang
digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji
personaliti. Kedua, setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.
Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang
mempengaruhi tingkah laku. Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada
proses dalaman seseorang terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam
konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis
tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan.
Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri
individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.

Menurut teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud , naluri yang mempunyai sumber,
matlamat dan objek merupakan kuasa penggerak bagi personaliti. Freud (1953) telah
menamakan naluri hidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan naluri
tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakan thanatos yang
bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada destruktif diri. Beliau
berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang
datang dari dalam diri.

Berdasarkan kajian Freud (1953) lagi, struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut
topografi dan struktural. Aspek topografi merujuk lapisan luaran sistem dan merangkumi
tidak sedar, pra - sedar dan sedar. Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan
superego di bawah sudut struktural. Ketiga - tiga komponen personaliti ini sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.

Menurut Shahabuddin et al. (2003), id ialah segala bentuk dorongan dan tenaga yang
diarah kepada matlamat memperoleh keseronokan dan kenikmatan. Keseronokan ini
diperolehi tanpa rintangan yang akan dihadapinya. Namun, bagi mencapai
keseronokan, id terpaksa berhadapan dengan ego dan superego yang mempunyai
prinsip yang berbeza daripada id.

Ego adalah aspek sahsiah yang cuba memuaskan keperluan - keperluan id. Ia bertindak
mengikut realiti iaitu mengikut cara yang diterima, logik dan selamat serta
berorientasikan masalah. Ego menggunakan ingatan, pemikiran, persepsi dan
bertindak pada peringkat sedar atau separuh sedar. Pada peringkat ini, biasannya
kanak - kanak sudah dapat menilai tingkah laku diri sendiri apabila pemikiran semakin
matang.

Superego adalah hati nurani atau deria untuk menentukan betul atau salah. Ia
merupakan aspek moral atau etika yang tinggi yang dipelajari daripada budaya. Ia

335

berfungsi untuk menyekat segala kemahuan id yang tidak berlandaskan kepada nilai
moral dan etika sosial yang diterima masyarakat.

Kebanyakan pengkaji menekankan dua unsur utama dalam definisi personaliti iaitu
unik dan tekal. Schultz dan Schultz (2009) sebagai contohnya, mendefinisikan
personaliti sebagai ciri-ciri dalaman dan luaran yang tekal serta unik bagi diri
seseorang dan ciri-ciri tersebut mempengaruhi kelakuan seseorang itu dalam situasi
berbeza. Bagi Cervone dan Pervin (2008) pula, personaliti merujuk kepada kualiti
psikologi yang memberi sumbangan kepada pola perasaan, fikiran dan kelakuan yang
unik serta tersendiri dan tekal merentas masa juga situasi.

Di samping itu, personaliti didefinisikan sebagai keseluruhan cara seseorang bertindak
dan berinteraksi dengan orang lain (Robbins, 2007) serta merangkumi gaya tingkah
laku dan perasaan yang tekal (Hogan 1991). Selain itu, Ewen (1993) pula
menjelaskan bahawa personaliti adalah ciri atau kualiti dalam diri individu seperti
pemikiran, perasaan dan tingkah laku fizikal yang muncul sama ada ketika berada
di hadapan orang lain ataupun ketika bersendirian. Menurut Costa dan McCrae
(1989), tret personality merujuk kepada ciri, pola pemikiran yang kekal, emosi serta
tingkah laku yang stabil merentas masa dan menerangkan tingkah laku seseorang
dalam sebarang situasi. Jelas bahawa unsur unik dan tekal boleh dicerap daripada
kesemua definisi tersebut.

Hal ini selaras dengan definisi personaliti yang dikemukakan dalam APA Dictionary
of Psychology iaitu “… configuration of characteristics and behavior that comprises an
individual’s unique adjustment to life, including major traits, interests, drives, values,
self-concept, abilities, and emotional patterns” (2007:689). Maknanya, personality
ialah konfigurasi ciri-ciri dan tingkah laku yang mengandungi penyesuaian unik dalam
kehidupan bagi seseorang, termasuklah tret-tret utama, minat, dorongan, nilai, konsep
kendiri, kebolehan dan pola perasaan.

Secara operasinya, dimensi personaliti dalam kajian ini didefinisikan sebagai markat
yang diperoleh berdasarkan maklum balas terhadap alat ukuran dimensi personaliti
iaitu terjemahan International Personality Item Pool atau ringkasnya IPIP (Golberg
1998). Markat yang tinggi bagi kelompok item untuk mengukur dimensi personaliti
keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kesetujuan dan neurotisme menunjukkan
kecenderungan seseorang guru dalam dimensi-dimensi personality tersebut. Dengan
lebih spesifik, guru yang mendapat markat 30 hingga 50 bagi sesuatu dimensi
personaliti dikelaskan sebagai mempunyai kecenderungan dalam dimensi personaliti
tersebut dan sebaliknya guru yang mendapat markat 10 hingga 29 dikelaskan
sebagai tidak mempunyai kecenderungan dalam dimensi personaliti tersebut.

Kajian lepas menunjukkan bahawa beban jam kerja adalah tinggi melebihi wajaran
yang telah ditetapkan dalam Sistem Penilaian Prestasi (Masturah et al., 2011).
Bebanan kerja yang tinggi boleh memberi kesan kepada kualiti kerja dan produktiviti.
Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila kakitangan akademik tidak mempunyai
sikap positif dan terbuka terhadap perubahan dan kurang mempunyai kemahiran yang
sesuai dengan persekitaran kerja. Hal ini boleh memberi kesan negatif ke atas
kesihatan fizikal dan mental kakitangan akademik pada jangka masa yang panjang
(Masturah et al.,2011). Sekiranya hal ini berterusan , prestasi kerja kakitangan yang
terlibat akan terjejas.

Menurut Cumming dan Worley (2011) transformasi yang berlaku terhadap universiti
yang terlibat bukan sahaja melibatkan aspek struktur, teknologi dan persekitaran malah
melibatkan aspek individu atau sumber manusia sesebuah organisasi. Dalam

336

konteks ini dijangka aspek personaliti menjadi antara komponen penting yang perlu
diperkasa di fasa perubahan. Tambahan pula, menurut Model Prestasi Kerja Campbell
(Campbell et al., 1993) faktor personaliti merupakan komponen penting yang berkait
dengan faktor pengetahuan deklaratif (tugas), pengetahuan prosedural dan
kemahiran (kontekstual) serta motivasi kerja yang signifikan terhadap aspek
peningkatan prestasi individu. Raymark dan rakan-rakan (1997) pula menyatakan
bahawa personaliti adalah peramal kepada prestasi berkesan bagi sesuatu
pekerjaan.

Namun begitu, kajian lepas menunjukkan bahawa tidak semua faktor personaliti
konsisten meramal prestasi kerja; faktor personaliti didapati berhubungan dan berupaya
meramal prestasi kerja, namun bergantung kepada konteks kerja, budaya dan
organisasi walaupun menggunakan model pengukuran personaliti lima faktor
(Barrick & Mount, 1991; Edham, 2009; Faezah & Zuhaili, 2010; Fatimah wati et al., 2011;
Furham & Fudge, 2008; Jiang, Wang & Zhou, 2009; Iqra, Rozeyta & Yahya, 2013;
Nikolaou, 2003; Sumer, Sumer & Demirutku,1999; Smithikrai, 2007).

Faktor personaliti antaranya, kehematan, kestabilan emosi dan kepersetujuan didapati
signifikan meramal prestasi kerja manakala faktor personaliti ekstraversi dan
keterbukaan pula signifikan meramal prestasi latihan namun bergantung kepada
konteks kerja (Barrick & Mount, 1991; Digman, 1997; Edham, 2009; Fatimah wati, 2003;
Fatimah wati et al., 2011; Furham & Fudge, 2008; Jiang, Wang & Zhou, 2009; McCrae
& Costa, 1987; Salgado, 1997; Tyle & Newcombe, 2006). Nikolaou (2003) pula
mendapati factor personaliti kepersetujuan dan keterbukaan mempunyai hubungan
dengan prestasi kerjaya yang melibatkan bidang interpersonal.

Selain itu, kajian lepas menunjukkan bahawa setiap pekerjaan mempunyai kriteria
personaliti pekerja dan penilaian prestasi kerja berkesan yang tersendiri (Fatimah wati
& Nor Azizi, 2013; Glaser, 2012; Mohd Zahir, 2014; Raymark et al., 1997; Scholtz, Girard
& Vanderpool, 2004; Umar, 2014). Tambahan pula maklumat tersebut amat
diperlukan oleh bahagian pengurusan sumber manusia untuk mengenalpasti kriteria
pekerja dan penilaian prestasi kerja berkesan yang sepadan dengan keperluan
universiti penyelidikan. Maklumat tersebut juga berupaya membantu bahagian sumber
manusia untuk merancang aktiviti-aktiviti personel seperti rekrutmen, pemilihan,
penempatan, latihan, pelan penggantian dan penilaian prestasi kakitangan.

Prestasi kerja menurut APA Dictionary of Psychology (2007) mendefinisikan prestasi
kerja sebagai keberkesanan sesuatu tingkah laku berkaitan dengan tugas sesuatu
pekerjaan yang diukur berdasarkan pencapaian suatu kriteria khusus atau beberapa
dimensi kriteria. Maksudnya, prestasi kerja boleh diukur dari aspek pencapaian
kuantiti tugas yang dilakukan ataupun kualiti sesuatu hasil kerja. Terangkum dalam
aspek pencapaian kuantiti tugas adalah aspek kekerapan melakukan sesuatu tugas
(Kline & Sulky 2009).

Bagi Viswesvaran dan Ones (2000) pula, prestasi kerja merujuk kepada tindakan
tingkah laku dan hasil kerja yang boleh diukur yang dilakukan atau dihasilkan oleh
pekerja serta mempunyai kaitan dan memberi sumbangan kepada pencapaian
matlamat organisasi. Definisi tersebut tidak jauh beza dengan definisi prestasi kerja
yang dikemukakan oleh Bernardin dan Beatty (1984) yang melihat prestasi kerja
sebagai himpunan maklumat berkaitan dengan hasil melakukan aktiviti kerja yang
khusus bagi sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Dalam kajian ini, penilaian
prestasi guru merangkumi tiga perkara iaitu penghasilan kerja, pengetahuan serta
kemahiran dan kualiti peribadi guru. Penentuan ini dibuat berdasarkan item-item
dalam borang Laporan Penilaian Prestasi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan

337

Profesional iaitu Borang J.P.A. (Prestasi) 3/2002 yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Malaysia.

Secara operasionalnya, prestasi kerja dalam kajian ini didefinisikan sebagai markat
yang diperoleh daripada maklum balas guru dalam Borang J.P.A (Prestasi) 3/2002
yang telah diubah suai khusus untuk kegunaan dalam kajian ini. Guru yang mendapat
markat antara 15 hingga 44 dalam soal selidik prestasi kerja tersebut
dikategorikan sebagai guru berprestasi tinggi manakala guru yang mendapat markat
antara 45 hingga 75 dikategorikan sebagai guru berprestasi rendah.

Proses kerjaya pula merupakan satu proses yang berterusan di mana individu
melibatkan diri dalam satu siri pekerjaan yang boleh membantu kepada perkembangan
diri terutamanya dalam bidang pekerjaan yang diceburi (Minhat, 2004). Holland (Noah,
1996) berpendapat bahawa kepuasan kerja, kebolehan dan pencapaian adalah
bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan persekitaran
kerja. Pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan minat kerjaya seseorang individu
tersebut kerana pilihan yang dibuat adalah merupakan pilihan kerjaya untuk masa
depan mereka. Masalah akan timbul jika seseorang itu merasakan pekerjaan yang
dibuatnya tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti yang dimilikinya. Oleh itu
perasaan jemu dan kecewa akan timbul dan ini akan menganggu prestasi kerja individu
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page 31 -
37), 2018 35 www.msocialsciences.com tersebut. Sekiranya semakin hampir
keselarasan antara ciri personaliti dengan keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka
semakin besar kemungkinan seseorang itu akan berjaya (Najmuddin, 2005). Melihat
prospek kerjaya seorang yang bergelar bekas penagih dadah ini perlu di dalami bagi
membantu mereka mengenali kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka
sendiri. Kefahaman tentang bidang kerjaya dan personaliti diri sendiri dapat membantu
klien untuk membina penghargaan kendiri yang baik.

Perkara yang mendorong kajian ini ialah apabila timbulnya beberapa persoalan tentang
personaliti Introvert dan Ekstrovert. Pengkaji berpendapat terdapat hubungan antara
personaliti Introvert dan Ekstrovert dengan minat kerjaya Holland berasaskan teori
kedua-dua pemboleh ubah tersebut menyebabkan penagih dadah ini sering mengalami
masalah dalam pemilihan pekerjaan yang bersesuaian. Ciri-ciri personaliti iaitu Introvert
dan Ekstrovert seakan-akan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri personaliti dalam
minat kerjaya Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Konvensional. Sebagai contoh, personaliti Introvert yang disifatkan sebagai ciri-ciri
seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif, atau sentiasa
berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah
laku yang terkawal dan kurang bersedia untuk menanggung risiko dikaitkan dengan
minat kerjaya Realistik, Investigatif dan sebahagian daripada sifat konvensional dan
artistik yang iaitu kategori Introvert dalam Teori Holland mengikut Model Heksagonel
Holland. Manakala personaliti Ekstrovert pula yang digambarkan mempunyai ciri-ciri
santai, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar
kepada perubahan, aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah
bimbang dan mempunyai elemen kepimpinan yang dikaitkan dengan bidang sosial,
enterprising dan juga sebahagian daripada konvensional dan artistik dengan merujuk
kepada kategori ekstrovert dalam Model Heksagonel Holland.

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dibincangkan dalam permasalahan kajian ini,
saya melihat terdapat lompang yang perlu saya kaji semula dari segi fokus populasi
kajian. Banyak kajian personaliti dengan minat kerjaya bagi populasi yang sedia
bekerja, belajar dan seting lain namun belum ada kajian yang memfokus kepada seting
penyalahgunaan bahan yang sedang menjalani rawatan. Pada pandangan pengkaji

338

populasi sperti inilah yang perlu dibantu keselarasan personaliti dengan bidang kerjaya
mereka bagi mengurangkan risiko relaps.

Penekanan terhadap faktor personaliti dalam prestasi yang dinyatakan secara
tersirat adalah sangat penting dan relevan kepada seseorang pekerja. Hal ini kerana
ciri-ciri peribadi atau kualiti diri yang mencakupi personaliti dan tingkah laku yang baik
adalah antara ciri yang amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi pekerja
yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan (Abdul Rahim Abd Rashid 2005).
Kelemahan ciri-ciri peribadi atau unsur personaliti dan sikap tersebut boleh memberikan
kesan buruk ke atas mutu dan keberkesanan kerja. (Sufean Hussin 2004).
Langkah menekankan aspek personaliti dalam prestasi kerja ini sebenarnya selaras
dengan penemuan kajian-kajian lepas. Misalnya, dapat dirumuskan daripada kajian-
kajian terdahulu bahawa kakitangan yang tinggi tahap keterbukaan, kehematan,
ekstraversi dan kesetujuan mempunyai tahap prestasi kerja yang tinggi (Halfhill,
Nielsen, Sundstorm & Weilbaecher 2005; Kieffer, Schinka & Curtiss 2004; Loveland,
Gibson, Lounsbury & Huffstetler 2005; Salgado 1998). Sebaliknya, hubungan antara
dimensi neurotisme dengan prestasi kerja adalah negatif. Dengan kata lain, kakitangan
yang rendah tahap neurotisme mempunyai tahap prestasi kerja yang tinggi (Loveland
et al. 2005; Moscoso & Salgado 2004; Salgado 1998).

Sungguhpun demikian, hasil kajian-kajian analisis meta (misalnya oleh Barrick &
Mount 1991; Barrick, Mount & Judge 2001; Hurtz & Donovan 2000; Salgado 1998;
Salgado 2003) setakat ini masih tidak dapat menjelaskan sepenuhnya hubungan antara
personaliti dengan prestasi kerja (Barrick & Mount 2005). Hal ini kerana kajian-kajian
berkaitan hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja kebanyakannya hanya
tertumpu pada kesan utama dimensi personaliti ke atas prestasi kerja sahaja. Oleh
yang demikian, para pengkaji disaran menyelidik kemungkinan wujud
pembolehubah lain yang berperanan untuk menyederhanakan (moderating) serta
mengantarai (mediating) hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja (Barrick
dan lain-lain 2005).

Gaya Bekerja

Menurut Kelley (1992), gaya kerja yang diamalkan oleh ahli organisasi mahupun
kelompok dipengaruhi oleh jenis personaliti ahli tersebut dan seterusnya boleh
memberi kesan yang berbeza ke atas prestasi kerja masing-masing. Hujah ini selaras
dengan kenyataan bahawa walaupun setiap orang mungkin bertindak berbeza-beza
mengikut keadaan namun personaliti mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkah
laku (Maltby et al. 2007). Oleh sebab personaliti melibatkan semua jenis tingkah laku
sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi (Cattell 1950) maka boleh
disimpulkan bahawa personaliti memainkan peranan dalam dimensi kerja dan gaya
kerja seseorang.

Namun begitu, kajian yang mengaitkan dimensi kerja dengan prestasi kerja sangat
terhad. Sebagai contoh, Seeley (2006) mendapati bahawa wujud hubungan positif
antara salah satu dimensi kerja iaitu penglibatan aktif (active engagement) dengan
prestasi kerja. Namun demikian, dalam kajian yang sama juga dilaporkan bahawa tidak
ada hubungan antara satu lagi dimensi kerja iaitu pemikiran kritis (independent critical
thinking) dengan prestasi kerja. Kajian tersebut sama sekali bertentangan dengan kajian
oleh Favara (2009) yang mendapati dimensi pemikiran kritis mempunyai hubungan
yang positif dengan prestasi kerja tetapi dimensi penglibatan aktif didapati tidak
berkorelasi dengan prestasi kerja.

Bagi gaya kerja pula, Kelley (1992) menyimpulkan bahawa gaya kerja yang
berbeza akan mempengaruhi sumbangan seseorang pengikut kepada pemimpin

339

dan organisasi. Pengikut pasif (passive) yang terlalu bergantung kepada pemimpin,
pengikut terasing (alienated) yang sering menentang keputusan pemimpin, pengikut
pengakur (conformist) yang sentiasa patuh dan pengikut pragmatik (pragmatics)
yang sangat mementingkan keselamatan kedudukan diri sendiri tidak mungkin dapat
menjalankan tugas dengan seberkesan pengikut teladan (exemplary) yang sanggup
bersusah payah demi kemajuan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan bahawa
gaya kerja teladan mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi kerja (Favara
2009).

Personaliti dan Gaya Bekerja

Personaliti dan gaya kerja secara asasnya adalah tahap di mana seseorang individu
dapat membantu organisasinya bagi mencapai objektif organisasinya (Campbell, 1983).
Dalam model prestasi, Campbell dan rakan-rakan (1990; 1993), Borman dan
Motowildo (1993), mendefinisikan gaya bekerja dalam bentuk perilaku yang dapat
diperhatikan di bawah kawalan individu itu sendiri. Pengertian ini mengandaikan
bahawa gaya bekerja berkaitan dengan objektif organisasi boleh dinilai dalam bentuk
sejaumana tingkahlaku itu menyumbang kepada objektif organisasi. Penilaian prestasi
oleh rakan sejawat dan majikan selalu digunakan untuk mengukur prestasi pekerja.
Oleh itu, gaya kerja mengukur tahap pencapaian perniagaan dan objektif sosial dan
tanggungjawab mengikut perspektif pihak yang menilai (Hersey dan Blanchard,
2003). Manakala menurut Motowidlo, Borman, Schmit (1997) gaya kerja adalah
himpunan nilai yang ada pada organisasi melalui rentetan tingkahlaku individu
yang berlainan sepanjang masa tertentu.

Tarantino (2005) menyatakan, ramai di kalangan pengurus gagal untuk menghargai
pekerja mereka walaupun pada masa yang sama mereka mendakwa pekerja adalah
aset yang paling bernilai. Teori ini menjelaskan bahawa banyak penyelidikan
membincangkan, mendefinisikan, menghuraikan dan menghimpunkan maklumat
berkaitan gaya kerja yang membawa kepada maksud individu itu sendiri dan
melihat bagaimana ia mempunyai perkaitan dengan organisasi.

Menurut Freedman (2005) pula, apabila kita dapat mengaitkan antara perasaan
seseorang dengan gaya kerja, maka kita dapat melihat perkaitan antara gaya kerja dan
iklim organisasi. Sorotan kajian lepas mendapati perkaitan antara gaya kekerja
dalam organisasi dapat digambarkan dalam pelbagai perspektif yang berbeza.
Sesetengah penulis percaya apabila pekerja itu diberikan kebebasan untuk
melakukan kerja, mereka menyukai kerja mereka dan menyebabkan mereka suka
berada di sana dan ingin kekal membantu organisasi mereka dengan mengelakkan
daripada terlepas aset yang bernilai (Aranoff, Barlas, Figgie, Kirk, Leitner dan Wilfer,
2005).

Akmal Nadzim (2005) membuat kajian berkaitan hubungan personaliti dengan gaya
kerja di kalangan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dapatan
kajian juga menunjukkan kesemua dimensi gaya kerja seperti struktur, ganjaran,
kemesraan, sokongan, identiti, autonomi dan oreantasi peraturan mempunyai perkaitan
yang signifikan dengan gaya kerja. Manakala struktur dan dimensi mempunyai
pengaruh yang signifikan dengan komitmen organisasi.

Iszam (2007) juga membuat kajian penyelidikan berkaitan personaliti dan gaya kerja
dalam organisasi, etika islam dengan komitmen pekerja di kalangan kakitangan JAKIM.
Dapatan kajian menunjukkan dimensi iklim seperti struktur, identiti, autonomi, dan
ganjaran organisasi mempunyai perkaitan yang signifikan. Manakala kemesraan,
oreantasi dan ganjaran tidak mempunyai perkaitan yang signifikan. Selain itu,
struktur dan ganjaran secara signifikan mempengaruhi gaya kerja.

340

Jaafar (1986) telah mengkaji tentang kaitan personaliti dan gaya kerja di kalangan

pekerja-pekerja pejabat Majlis Daerah Taiping, Perak. Soal selidik yang digunakan

telah diubahsuai daripada Vocational Preference Inventori berdasarkan 6
persekitaran kerjaya Holland. Data telah dianalisis dengan menggunakan “Pearson
Product Moment Corelation Coefficent” juga. Kajian ini telah memperlihatkan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan secara keseluruhannya antara personaliti

dan gaya kerja lelaki dan perempuan.

Walau bagaimanapun kajian Salleh (1985) mendapati bahawa personaliti dan gaya
kerja perempuan mempunyai lebih masalah daripada lelaki dari segi pemilihan
kerjaya mereka. Menurut beliau lagi faktor jantina mempunyai hubungan yang
signifikan terhadap pemilihan kerjaya. Kajian yang dilakukan oleh Mansor (2001)
menunjukkan terdapat perbezaan tahap kecenderungan antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam memilih kerjaya yang diminati. Pelajar lelaki lebih meminati ciri
pekerjaan yang melibatkanpenggunaan alatan dan mesin, menggunakan daya
imaginasi dan kretiviti dan memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Hasil
kajian yang dijalankan sama juga menunjukkan tidak banyak perbezaan dalam tahap
kecenderungan pelajar lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya yang digemari.
Kajian awal oleh Shertzer dan Stone (1992), mendapati porsonaliti dan gaya kerja
kaum lelaki lebih berminat kepada aktiviti-aktivit fizikal, mekanik, saintifik,
perniagaan dan politikal. Kaum perempuan pula lebih berminat kepada bidang
kesenian, sastera seperti muzik dan bidang “personal-social” seperti perguruan. Hasil
kajian ini disokong oleh Khor (1991). Menurut beliau, kaum perempuan lebih
meminati bidang yang berkaitan dengan perhubungan langsung dengan orang
ramai seperti merawat dan menjaga kanak-kanak. Manakala kaum lelaki lebih
cenderung kepada bidang mekanikal.

Kajian ini diikuti Mohammad (1987). Hasil kajiannya mendapati personaliti dan gaya
kerja kaum wanita lebih berminat dengan aktiviti-aktiviti kewanitaan seperti kesenian
dan personal-sosial. Walaupun tidak dapat perbezaan antara kecekapan mental
antara kaum wanita dan kaum lelaki. Hasil kajian ini dipersetujui oleh Olive (1973)
dan menyatakan bahawa kaum lelaki lebih berminat dalam bidang yang dianggap
maskulin.Kajian ini dituruti oleh pengkaji tempatan iaitu Nasir (1985). Kajian dibuat ke
atas pelajar universiti menggunakan Occupational Interest Inventory (OII).

ANALISIS KAJIAN

Personaliti Peserta Program Transformasi Minda adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1. Bilangan Peserta Mengikut Jenis Personaliti

BIL PERSONALITI NILAI PESERTA

1. Feeling 1904
2. Intuitive 1758
3. Perception 1577
4. Judgement 1423
5. Sensing 1242
6. Thinking 1096
7. Instrovert 813
8. Ekstrovert 687

341


Click to View FlipBook Version