Namun apabila seorang ayah mengajar ucapan “al-Fatihah” kepada ahli keluarganya
tatkala mendengar berita kematian sehingga menjadi kebiasaan mereka semua, maka dia
telah memulakan sunnah yang buruk sebagaimana hadis,
ِم ْن َغِْْي أَ ْن، َكا َن َعلَْيِه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه،ًَلِم ُسنهةً َسيِئَة.يَْن ُق َص َِموَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس
Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk dalam Islam, maka ke
atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi
dosa mereka walau sedikit jua.472
Ini kerana ucapan “al-Fatihah” adalah sesuatu yang baharu berbanding al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah. Tidak diketahui bahawa Rasulullah ada menyebut atau mengajar
sebutan “al-Fatihah” dalam apa jua keadaan, baik yang menggembirakan mahupun yang
menyedihkan.
Jika ada yang berhujah “Saya membaca al-Fatihah sebagai doa kepada orang yang
baru meninggal dunia”, maka katakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia maka
doa yang bermanfaat baginya di Alam Barzakh ialah agar Allah mengampuni dosanya,
merahmatinya, mengurniakannya ketetapan dalam menghadapi soal-jawab dalam kubur,
melapangkan kuburnya dan memeliharanya daripada azab kubur.
Adapun doa dalam surah al-Fatihah maka ia adalah tunjukkan kami jalan yang lurus,
iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Ini adalah doa untuk orang yang masih hidup dan bukannya orang yang sudah
meninggal dunia. Sebab, apabila seseorang itu telah memasuki Alam Barzakh dia tidak lagi
memiliki pilihan tentang jalan agamanya.
Jika ada yang berhujah “Saya membaca al-Fatihah untuk menghadiahkan pahala
bacaan kepada orang yang meninggal dunia”, maka katakan bahawa Rasulullah shallallahu
472 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).
401
'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan, baik dalam erti kata hukum sunat mahupun
wajib, untuk menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an apabila mendengar berita kematian.
Maka amalan membaca dan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah sempena
berita kematian termasuk dalam hadis,
.َّم ْن عَ ِم َل عَ َمَلً لَْي َس عَلَيِْه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد
Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.473
Justeru jika amalan adalah tertolak, maka pahala apakah yang dihadiahkan kepada
orang yang baru meninggal dunia itu?
473 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).
402
Soalan Lazim 8: Para Sahabat Mencipta Bid’ah Pada Zaman Rasulullah
Terdapat beberapa hadis yang sahih menerangkan para sahabat radhiallahu 'anhum
mencipta ibadah sendiri pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masih hidup.
Baginda tidak menghukumi mereka sebagai berbuat bid’ah, sebaliknya membolehkannya
dan ada sehingga memujinya. Hadis-hadis ini dijadikan hujah oleh sebahagian agamawan
bahawa mencipta ibadah sendiri bukanlah bid’ah yang menyesatkan.
Berikut dikemukakan tiga yang masyhur daripadanya.
Hadis Pertama, daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada Bilal radhiallahu 'anh setelah solat Subuh,
. فَِإِّن َِْسْع ُت َد هف نَْعلَيْ َك بََّْي يََد هي ِف الجَنهِة،ََي بَِلَُل َح ِدثِْن ِبَْرَجى َع َمل عَ ِملْتَهُ ِف الِإ ْسَلَِم
“Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling kamu harapkan
dalam Islam (setelah engkau memeluknya). Ini kerana sesungguhnya aku mendengar
bunyi tapak kasutmu di hadapanku di syurga.”
َصلهْي ُت إَِهّل ،َْنَار أَْو لَيْل َساعَ ِة ِف ،طَُهوًرا أَتَطَههْر ََْل أَِّن :عِْن ِدي.أَأُْر ََجصلِىَي َع َمًَل وِرَماَماعَ ُِمكتلِْ َُبت:القَاُطَّلُه بَِذلِ َك
ِل أَ ْن
Bilal menjawab, “Tidaklah aku beramal dengan satu amalan yang lebih aku
harapkan (balasan syurga) di sisiku, yakni tidaklah aku berwudhu dengan satu wudhu
pada satu ketika malam atau siang, melainkan aku mendirikan solat dengan wudhu’ itu
apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.”474
Dalam hadis di atas, Bilal telah mencipta bid’ah dengan mendirikan solat sunat
selepas berwudhu’. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarang Bilal daripada
solat sunat itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan hadis ini mengisyaratkan
bahawa solat sunat wudhu’ itulah yang menjadi kelebihan bagi Bilal sehingga dia dapat
memasuki syurga.
Hadis Kedua, Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqiy radhiallahu 'anh berkata,
474 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1081/1149 (Kitab al-Tahajjud, Bab keutamaan
berwudhu’ pada malam dan siang serta keutamaan solat sesudah wudhu’ pada malam dan siang).
403
ُاَّهلل َِْس َع :قَا َل الهرْكعَ ِة ِم َن َُرأْ َسه َرفَ َع فَلَ هما ،َو َسلهَم َعلَيْ ِه ُالله َصلهى النهِِب ََوَراء نُ َصلِي يَْوًما ُكنها لَِم ْن
.َُِْح َده
Pernah pada satu hari kami solat di belakang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
(sebagai makmum). Tatkala baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk (untuk
i’tidal) dan mengucapkan, “Allah mendengar orang yang memuji-Nya”,
. َربهنَا َولَ َك اْلَْم ُد َْحْ ًدا َكثِْيًا طَيِبًا ُمبَاَرًكا فِيِه:ُقَا َل َر ُجلٌ َوَراءَه
Seorang lelaki di belakangnya (yang juga menjadi makmum) mengucapkan,
“Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian. Pujian yang banyak, baik lagi diberkati
padanya.”
. أَََن: َم ِن المُتَ َكلُِم؟ قَا َل: قَا َل،فَلَ هما انْ َصَر َف
Tatkala selesai solat Rasulullah bertanya, “Siapakah yang mengucapkan itu?”
Lelaki itu menjawab, “Saya”.
. َرأَيْ ُت بِ ْض َعةً َوثََلَثَِّي َملَ ًكا يَْبتَ ِدُروَْنَا أَُيُّه ْم يَ ْكتُبُ َها أَهوُل:قَا َل
Rasulullah bersabda, “Aku melihat lebih 30 malaikat berlumba-lumba siapakah di
kalangan mereka yang pertama dapat mencatatnya.”475
Dalam hadis di atas, seorang sahabat telah mencipta bid’ah dengan membaca ucapan
sendiri dalam solat, yakni ketika i'tidal. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak
melarangnya daripada ucapan itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan para
malaikat juga tidak menghukuminya sebagai bid’ah, sebaliknya berlumba-lumba untuk
mencatatnya.
Hadis Ketiga, A’isyah radhiallahu 'anha menceritakan,
َوَكا َن يَْقَرأُ ِْلَ ْص َحابِِه ِف َصَلَُِتِْم فَيَ ْختُِم،أَ هن النهِهب َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم بَعَ َث َر ُجًَل عَلَى َسِريهة
475 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 757/799 (Kitab al-Azan, Bab keutamaan
membaca “Allahumma Rabbana Lakal Hamd”).
Ketika mensyarahkan hadis ini, ada sarjana Islam yang berpendapat ia menjadi dalil boleh menyusun zikir
buatan sendiri di dalam solat, asalkan ia tidak menyalahi zikir yang disyari’atkan. Pendapat ini saya bantah, sila ikuti
penjelasan selanjutnya dalam pelajaran ini.
404
.بُِق ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki (bagi
memimpin) satu misi perang yang kecil. (Apabila mengimami) solat para sahabatnya
(dalam misi tersebut), dia membaca surah kemudian menutupinya dengan surah “Qul
Huwallahu ahad”.476
َسلُوهُ ِْلَ ِي َش ْيء يَ ْصنَ ُع َذلِ َك؟: فََقا َل،فَلَ هما َر َجعُوا ذََكُروا ذَلِ َك لِلنهِِب َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم
Tatkala kembali, mereka menceritakan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam. Maka baginda bersabda, “Tanyalah kepada dia kenapakah dia berbuat
sedemikian?”
. َوأَََن أُِح ُّب أَ ْن أَقَْرأَ ِِبَا، ِْلَْهنَا ِصَفةُ الهرْْحَ ِن: فََقاَل،ُفَ َسأَلُوه
Maka mereka bertanya kepada dia, lalu dia menjawab, “Sebab, (surah itu
menceritakan) sifat al-Rahman dan aku suka untuk membacanya (dalam setiap rakaat).”
.ُ أَ ْخِبرُوهُ أَ هن اَّهللَ َُِيُبّه:فََقا َل النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم
(Setelah mereka kembali dan menerangkan jawapannya itu) Nabi shallallahu
'alaihi wasallam bersabda, “Khabarkanlah kepadanya bahawa Allah menyukainya.”477
Dalam hadis di atas, seorang sahabat telah mencipta dua bid’ah, (1) membaca surah
al-Ikhlas dalam setiap rakaat pertama dan kedua bagi setiap solat fardhu yang diimaminya
dan (2) mengkhususkan satu surah daripada surah-surah al-Qur’an. Setelah dilaporkan,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarangnya daripada kedua-dua perbuatan
itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga tidak
menghukuminya sebagai bid’ah, sebaliknya mengkhabarkan bahawa Dia menyukai sahabat
tersebut.
Berdasarkan tiga hadis di atas, kelihatan seolah-olah para sahabat telah berbuat
bid’ah pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka melakukan apa yang
476 Maksudnya dalam rakaat pertama dan kedua, lelaki itu sebagai imam membaca surah al-Fatihah, diikuti
dengan apa-apa surah lain, kemudian ditutupi dengan surah al-Ikhlas. Ini berlaku pada setiap solat fardhu.
477 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6827/7375 (Kitab al-Tauhid, Bab tentang
ajakan Nabi agar umatnya mentauhidkan Allah).
405
sebelum itu tidak diajar atau diamalkan oleh Rasulullah. Namun Rasulullah tidak
menghukumi mereka sebagai telah berbuat bid’ah. Baginda membolehkannya, bahkan
sehingga memujinya dengan menerangkan kelebihan ibadah-ibadah tersebut. Hadis-hadis
ini dan beberapa lain yang seumpama menjadi dalil bahawa dibolehkan mencipta ibadah
tersendiri dan ia tidak dianggap bid’ah.
Demikian dalil dan hujah sebahagian agamawan bagi membolehkan bid’ah pada
masa kini.
Jawapan
Dalil dan hujah di atas dapat dijawab seperti berikut.
Jawapan Pertama, apabila para sahabat melakukan sesuatu ibadah, tidak semestinya
ia merupakan rekaan mereka sendiri. Boleh jadi ia berasal daripada ajaran atau amalan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hanya mereka tidak menceritakannya pada saat
melaksanakan ibadah tersebut.
Dalam contoh Bilal yang mendirikan solat sunat dua rakaat setelah wudhu’ misalnya,
ia bukanlah rekaannya sendiri. Ia bukanlah satu bid’ah. Sebab, ibadah itu sendiri pernah
diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Perhatikan hadis berikut di mana
Rasulullah bersabda,
،َوَو ْجِهِه بَِقلْبِِه َعلَيِْه َما ٌُم ْقبِل ،َرْكعَتَِّْي فَيُ َصلِي ُيَُقوم ُثه ،ُُو ُضوءَه يَتََو هضأُ فَيُ ْح ِس ُن َما ِم ْن ُم ْسلِم إَِهّل
.َُو َجبَ ْت لَهُ الْجَنهة
Tidaklah seorang muslim mengambil wudhu’ lalu memperbaguskan wudhu’nya,
kemudian dia bangun untuk solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan wajahnya
(khusyuk) pada kedua-dua rakaat, melainkan wajib baginya syurga.478
Jawapan Kedua, apabila para sahabat mencipta sesuatu ibadah tersendiri, tidak
semestinya semua dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Antaranya ada
yang dipersetujui oleh baginda dan ada yang dilarangnya. Terdapat beberapa contoh,
478 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 345/234 (Kitab
al-Thaharah, Bab zikir yang dianjurkan setelah wudhu’).
406
berikut dikemukakan tiga daripadanya.
Contoh Pertama, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh menceritakan,
،ِ ال هسَلَُم َعلَى اَّهللِ ِم ْن ِعبَاِده: قُلْنَا،َلَِة:نهِفَِبَقا ََصللهالىنهِاُلّبلهُ َصعَلهلَيْىِه الَلوهَُسلهَعَلَمْيِهِفَواَلسلهَمهص،ال هسَلَُم ُعَكنلَهاىإِفذَُاَلَُكننهاَوفَُمََعلَ انل
Lazimnya kami, apabila kami bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam
solat (ketika duduk tasyahud), kami mengucapkan, “Salam kepada Allah daripada para
hamba-Nya, salam kepada fulan dan fulan.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,
: َولَكِ ْن قُولُوا،ُ فَِإ هن اَّهللَ ُهَو ال هسَلَم،َّلَ تَُقولُوا ال هسَلَمُ عَلَى اَّهلِل
Janganlah kalian berkata, “Salam ke atas Allah” kerana sesungguhnya Allah, Dia-
lah al-Salam. Sebaliknya berkatalah,
ال هسَلَمُ َعلَْينَا،ُ ال هسَلَُم عَلَيْ َك أَُيَّها النهُِّب َوَرْْحَةُ اَّهللِ َوبََرَكاتُه،َوا ُت َوالطهيِبَا ُت.ََو َعلَى ِعالبَتاهِدِحياهَاّهللُِتالَِّهللِهصاَْواِللَِّيهصل
“Segala penghormatan, keberkatan dan kebaikan bagi Allah. Salam, rahmat dan
keberkatan Allah kepada engkau wahai Nabi. Salam ke atas kami dan ke atas hamba-
hamba Allah yang soleh.”
.فَِإنه ُك ْم إَِذا قُلْتُْم أَ َصا َب ُكله عَبْد ِف ال هس َماِء أَْو بََّْي ال هس َماِء َواْلَْر ِض
Ini kerana sesungguhnya jika kalian mengucapkan seperti itu, ia merujuk kepada
setiap hamba di langit, atau di antara langit dan bumi.479
Jika sebelum ini telah dikemukakan hadis bagaimana Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqiy
mencipta ucapan tersendiri ketika i’tidal lalu dibolehkan oleh Rasulullah, maka dalam hadis
ini diterangkan bagaimana para sahabat mencipta ucapan tersendiri ketika duduk tasyahud
dan ia dilarang oleh Rasulullah. Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar
479 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 791/835 (Kitab
al-Azan, Bab memilih doa tertentu selepas bacaan tasyahud dan ianya tidaklah wajib). Juga dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 5853/6328 (Kitab al-Da’awat, Bab doa dalam solat).
407
bacaan yang betul.
Contoh Kedua, Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu 'anh menceritakan,
،َشَرفًا نَ ْعلُو َوَّل ،َشَرفًا نَ ْصَع ُد َّل فَ َجعَْلنَا ،غََزاة ِف َو َسلهَم.أَ َْصصلهَواتَىنَااللِهُبلتهَعْلَكْيبِِْهِي َإرَِهُّسلوَِرلفَ ْعانلَلاِه َم َع ُكنها َوَّل
َواد َْنْبِ ُط ِف
Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu misi
perang. Maka kami menjadikan (aktiviti kami seperti berikut), tidaklah kami mendaki
satu bukit, menaiki satu tempat tinggi, menuruni satu lembah melainkan kami bertakbir
dengan mengangkat suara kami.
ْنفَِإنهعُنُُكِْقم.أَأَنَْحُفِدِسُك ْمُك ْمِم عَلَى اْربَعُوا ِذأَُيّيَهاتَاْلدنهعُاوَُسن:فَإَِقهان َلاله .بََوِصَسْلهيًاَم تَ َْدصلهعُىو َانللهَُِْسيعَلًَعْياِه اللِه ُل،َ فََصَدهمََنَوَِّملنهاغََرائُِسبًاو:قَواَنَلأ.ََُمرااِحتَلَتِْدِهع
إِ َل أَقَْر ُب إَِّهنَا
Abu Musa berkata, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendekati kami
dan bersabda, “Wahai manusia, tahanlah diri kalian (daripada bertakbir dengan kuat).
Ini kerana sesungguhnya kalian bukanlah menyeru (Allah) yang pekak mahupun ghaib.
Sesungguhnya kalian menyeru (Allah) yang tidak lain Maha Mendengar lagi Maha
Melihat. Sesungguhnya (Allah) yang kalian seru itu (Pengetahuan-Nya, Pendengaran-Nya
dan Penglihatan-Nya) lebih hampir kepada salah seorang kalian berbanding leher haiwan
tunggangannya.”480
Dalam hadis ini, para sahabat membuktikan semangat mereka dalam misi perang
dengan bertakbir secara kuat. Tentu ini satu bid’ah yang amat baik. Namun ia tidak dianggap
baik oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu ditegur oleh baginda dan diberikan
sebabnya.
Contoh Ketiga, Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,
َُجاءَ ثََلثَةُ َرْهط إََِل بُيُو ِت أَْزَوا ِج النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم يَ ْسأَلُو َن َع ْن ِعبَاَدِة النهِِب َصلهى اَّهلل
480 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-
Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19599. Lihat juga Shahih al-
Bukhari, hadis no.: 3883/4205.
408
.َعلَْيِه َو َسلهَم فَلَ هما أُ ْخِبرُوا َكأَْهنُْم تََقاُلّوَها
Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan
bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka tatkala dikhabarkan
kepada mereka tentang (ibadah baginda), mereka merasakan ia hanyalah sedikit.
. َوأَيْ َن َْن ُن ِم ْن النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم قَْد غُِفَر لَهُ َما تََق هدَم ِم ْن َذنْبِِه َوَما َتَ هخَر:فََقالُوا
Mereka berkata, “Di manakah kita jika dibandingkan dengan Nabi shallallahu
'alaihi wasallam, kerana sudah diampunkan untuk baginda dosa-dosa yang telah lalu dan
yang akan datang?”
:آ َخُر َوقَا َل :أُفْ ِطُر َوَّل ال هد ْهَر أَ ُصوُم أَََن :آ َخُر َوقَا َل :أَبًَدا اللهْي َل أُ َصلِي أَهما أَََن فَِإِّن :أَ ْعتَِزُقَلااَللنِأََسَاحءَُدفَُهَْمل أَََن
.أَتََزهو ُج أَبًَدا
Berkata salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, maka sesungguhnya aku
akan solat malam sepanjang malam.” Berkata yang lain, “Aku akan berpuasa sepanjang
tahun dan aku tidak akan berbuka.” Dan berkata yang lain, “Aku akan menjauhi wanita
dan aku tidak akan menikah selama-lamanya.”
أََما َواَّهللِ إِِّن االهلنِِذيَسَناءَقُْلفَتَُمْمْنَكََرذاغِ ََوبَك َذاَع؟ْن أَنْتُْم:فََقاَل اأََّهللُُصوُمَعلَْيَوِهأُفْ َِوطُرَسلهََموأُ إَِلصَْيلِِهيْم لََصلهِكِىن َر ُسوُل اَّهلِل ِ َشا ُكفَْمَجَاِّهلءَل.َِْملَِنْخ
ُسنهِت فَلَْي َس َوأَْرقُُد َوأَتََزهو ُج َُوأَتَْقا ُك ْم لَه
Maka datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka lalu
bertanya, “Kaliankah yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Sesungguhnya aku
adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalangan kalian dan aku juga yang paling
bertakwa kepada-Nya di kalangan kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka,
aku shalat dan juga tidur serta aku menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku,
maka dia bukanlah daripada golonganku.” 481
Dalam hadis di atas, tiga sahabat tersebut tidak mencipta apa-apa ibadah baharu.
Mereka hanya mahu menambah kuantiti ibadah mereka berbanding kuantiti ibadah
481 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4675/5063 (Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk
bernikah).
409
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun hajat baik mereka itu ditegur keras oleh
baginda, Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.
Demikian tiga contoh di mana para sahabat mencipta ibadah sendiri dan ingin
menambah kuantiti ibadah namun dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Hadis-hadis ini dan beberapa lain yang seumpama menjadi hujah bahawa bukan semua
ibadah yang dibuat sendiri oleh para sahabat diperbolehkan oleh Rasulullah. Sebaliknya ada
yang baginda bolehkan dan ada yang baginda larang.
Fakta lain yang amat penting bagi kesemua hadis ini adalah kehadiran Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala
bagi menentukan ibadah manakah yang dibolehkan dan ibadah manakah yang dilarang.
Adapun selepas kewafatan baginda, apabila seseorang itu mencipta ibadah tersendiri, tidak
ada wahyu yang akan turun bagi menentukan apakah ia dibolehkan atau dilarang. Maka
hadis-hadis yang menunjukkan para sahabat mencipta ibadah tersendiri pada zaman
Rasulullah bukanlah dalil mahupun hujah yang membolehkan bid’ah pada zaman kini.
Jawapan Ketiga, para sahabat merupakan orang-orang istimewa yang diiktiraf,
diredai dan dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut akan dikemukakan dalam pelajaran
seterusnya. Sebelum ini dalam pelajaran Tuduhan Syi’ah Bahawa Para Sahabat Mencipta
Bid’ah telah dikemukakan juga ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah tentang betapa besar
pengorbanan para sahabat untuk Islam.
Disebabkan keistimewaan ini, mereka diberi peluang untuk turut serta dalam proses
pensyari’atan Islam yang berlaku secara bertahap-tahap. Melalui peluang ini, mereka dapat
merasakan betapa diri mereka diraikan, dihargai, dihormati, dimuliakan dan diikut sertakan
(sense of belonging) dalam proses pensyari’atan Islam.
Namun keistimewaan ini hanyalah untuk para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam dan tidak kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat selepas
mereka.
Oleh itu tidak boleh berhujah “Jika sahabat boleh buat ibadah sendiri maka kita pun
boleh buat ibadah sendiri” kerana kita tidak memiliki darjat keistimewaan sebagaimana
410
para sahabat Rasulullah.
Jawapan Keempat, semua hadis yang menerangkan para sahabat mencipta ibadah
tersendiri, baik yang kemudiannya dibolehkan atau dilarang oleh Rasulullah, berlaku
sebelum turunnya ayat pertama surah al-Hujurat. Setelah turunnya ayat pertama surah al-
Hujurat, mereka tidak lagi melakukannya kerana telah dilarang oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Ayat pertama surah al-Hujurat yang dimaksudkan,
.ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]482
Mencipta ibadah tersendiri termasuk dalam perbuatan mendahului Allah dan Rasul-
Nya dan ini dilarang dalam ayat di atas.
Oleh itu meskipun seseorang itu berjaya mengemukakan puluhan hadis sahih yang
menceritakan para sahabat mencipta ibadah tersendiri pada zaman Rasulullah, ia tidak
dapat dijadikan hujah kerana semua itu berlaku sebelum turunnya ayat pertama surah al-
Hujurat. Dengan turunnya ayat pertama surah al-Hujurat ini, para sahabat dan umat Islam
seluruhnya sehingga Hari Kiamat tidak lagi dibenarkan mencipta ibadah tersendiri.
Jawapan Kelima, apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.الْيَْوَم أَ ْك َمْل ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَيْ ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu. [al-Maidah 5:03] maka termasuk dalam kesempurnaan, kecukupan dan keredaan
tersebut ialah beberapa ibadah yang dimulakan oleh para sahabat dan kemudiannya
dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Namun dengan turunnya ayat ketiga surah al-Maidah di atas, tidak boleh lagi
memulakan atau mencipta aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu kerana pada
hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-
Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
482 Penjelasan lanjut tentang ayat ini telah dikemukakan dalam bab Jangan Mendahului Allah dan Rasul-Nya.
411
Soalan Lazim 9: Para Sahabat Mencipta Bid’ah Selepas Kewafatan
Rasulullah
Terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan para sahabat radhiallahu 'anhum
seolah-olah mencipta ibadah sendiri selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Hadis-hadis ini dijadikan hujah oleh sebahagian agamawan bahawa mencipta
ibadah sendiri bukanlah bid’ah yang menyesatkan.
Berikut dikemukakan empat yang masyhur daripadanya.
Hadis Pertama, al-Sa’ib bin Yazid radhiallahu 'anh menerangkan,
اَّهلِل َر ُسوِل َع ْه ِد ِف المِْنبَِر َعلَى الجُ ُم َع ِة يَْوَم ،َْيلِ ُس الِإَماُم َرِحِضََّيي ُالجُُمعَِة َكا َن أَهولُه َم،اللإِهُهنعَالَْيْلِهَذَاَوَنَسلهيََمْو َصلهى
.اَّهللُ َعْن ُه َما َوعُ َمَر،َوأَِبي بَ ْكر
Sesungguhnya azan pada hari Jumaat adalah apabila imam mula-mula duduk,
yakni duduk di atas mimbar.483 (Demikianlah) yang berlaku pada hari Jumaat pada zaman
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan ‘Umar radhiallahu 'anhuma.
ِبْلََذا ِن الجُُم َعِة يَْوَم عُثْ َما ُن أََمَر ،َوَكثُُروا ،ُ َعْنه.ُثْ َفمَاثَبََن َبْتِناْلَعَْمهفُار َنعَلََرىِض ََذيلِاََّهلكل،ُِعَلَفىِخاَلهلَزْفَوَِةراِءع فَلَ هما َكا َن
فَأُِذ َن بِِه،الثهالِ ِث
Tatkala pada zaman Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu 'anh, orang semakin
ramai. Maka ‘Utsman memerintahkan azan ketiga484, lalu dilaungkan azan di atas Zaura’
(sebuah menara di pasar Madinah). Demikianlah ditetapkan urusan ini (azan tiga kali).485
Dalam hadis di atas, ‘Utsman bin ‘Affan telah mencipta bid’ah dengan menambah
sebuah lagi azan untuk solat Jumaat.
Hadis Kedua, bahawa ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh, dia bertakbir pada hari-
483 Maksudnya apabila saja tergelincir matahari menandakan masuknya waktu zohor, imam atau khatib akan
keluar lalu duduk di mimbar. Seterusnya bilal akan azan. Di sini terdapat dalil tidak adanya solat sunat qabliyyah Jumaat
sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. Perkara ini (tidak adanya solat sunat qabliyyah Jumaat) sudah saya
jelaskan dalam buku ini.
484 Asalnya dua azan, yang pertama ketika masuk waktu Zohor dan yang kedua ketika iqamat. Maka azan ketiga
yang diperintahkan oleh ‘Utsman dilaungkan sebelum masuk waktu Zohor.
485 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 865/916 (Kitab al-Jumu’ah, Bab melaungkan
azan ketika hendak khutbah).
412
hari Tasriq (11-13 Zulhijjah) dengan mengucapkan,
. َوَِّهللِ اْْلَْم ُد،ُ اَّهللُ أَ ْكبَر،ُ َواَّهللُ أَ ْكبَر،ُ َّل إِلَهَ إَِهّل اَّهلل،ُ اَّهللُ أَ ْكبَر،ُاَّهللُ أَ ْكبَر
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.486
Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud bertakbir dengan mengucapkan lafaz
sendiri. Beliau tidak menyandarkannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
umpama dengan berkata, “Rasulullah mengajar kami lafaz takbir…” “atau “Rasulullah
pernah bertakbir dengan mengucapkan…”. Tindakan beliau mengucapkan lafaz takbir
tersendiri menunjukkan kebolehan berbuat bid’ah.
Hadis Ketiga, ‘Abdullah bin Hisyam radhiallahu 'anh menerangkan,
كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتعلمون الدعاءكما يتعلمون القرآن إذا دخل
:الشهر أو السنة
Kebiasaan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mereka saling
mempelajari doa sebagaimana mereka saling mempelajari al-Qur’an. Apabila masuk
bulan atau tahun (baharu, mereka mempelajari doa),
ِم َن َوِر ْضَوان ،ال هشيْطَا ِن ِم َن َو َجَواز ،َواْلِإ ْسَلِم َوال هسَلَمِة ،َواْلِإَيَا ِن ِبْلَْم ِن َعلَْينَا ُأَْد ِخلْه اللهُه هم
.الهرْْحَ ِن
“Ya Allah, masukkanlah ia ke atas kami dengan keamanan dan keimanan,
keselamatan dan keislaman, bebas daripada syaitan, keredaan daripada al-Rahman.487
Dalam hadis di atas, para sahabat radhiallahu 'anhum melakukan dua bid’ah.
Pertama, mereka mengkhususkan setiap awal bulan dengan satu ibadah. Kedua, ibadah itu
mereka khususkan kepada satu lafaz doa bagi setiap awal bulan. Mereka melakukan kedua-
486 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya (al-Maktabah al-Syamilah), hadis no: 5651 (Kitab
Sholat al-‘Idain, Bab bagaimana takbir pada Hari Arafah) dan sanadnya dinilai sahih oleh ‘Ali Hasan bin ‘Ali al-Halabi
dalam Ahkam al-‘Idain fi al-Sunnah al-Muthahharah (edisi terjemahan oleh Abdul Ghoffar atas judul Meneladani
Rasulullah s.a.w. Dalam Berhari Raya; Pustaka Imam asy-Syafi’i, Jakarta, 2005), ms. 35.
487 Sahih: Dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika membicarakan biodata Abdullah bin Hisyam
dalam al-Ishobah fi Tamyiz al-Shohabah (al-Maktabah al-Syamilah), no. 5010. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar setelah
mengemukakan riwayat ini, “(Riwayat) ini mauquf, (sahih) di atas syarat al-Shahih (yakni al-Bukhari).”
413
dua pengkhususan ini tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Semua ini menunjukkan kebolehan berbuat bid’ah.
Hadis Keempat, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh berkata,
،تَ ْد ُرو َن َّل فَإِنه ُك ْم ،عَلَْي ِه َال هصَلة فَأَ ْح ِسنُوا ،َو َسلهَم َعلَْي ِه ُالله َصلهى اَّهلِل َر ُسوِل.َععَلَلَْيِهى َصلهْي تُ ْم إِذَا لَعَله
يُْعَر ُض َذلِ َك
Apabila kalian berselawat ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka
perbaguskanlah selawat kalian ke atas baginda kerana kalian tidak tahu mungkin
selawat itu dibentangkan di hadapan baginda.
: قُولُوا، قَا َل، فَ َعلِ ْمنَا:ُفََقالُوا لَه
Orang ramai berkata kepadanya, “Maka ajarkanlah kami (selawat yang lebih
bagus). ‘Abdullah ibn Mas’ud berkata, “Ucapkanlah,
، َو َخاَُِت النهبِيَِّي، َوإَِماِم الْ ُمتهِقَّي،ر َسلَِّي.َْك َوَعَرلَُسىوِلَسيِالِدهرْاْلْحَِةُم،ئَِِدوبَاَرَْكْلاَْْتِِي،تَ َوَقكَا،َاَْْولََرِْْْْيح،َلإِتََماَِمك،ُُمَ همد عَابْللهِدُهَكهم اَوَرْجُسعَوْللِ َكَص
Ya Allah, jadikanlah selawat-Mu, rahmat-Mu dan keberkatan-keberkatan-Mu ke
atas penghulu segala rasul, imam orang-orang bertaqwa dan penutup para nabi (yakni)
Muhammad, hamba-Mu, pesuruh-Mu, imam segala kebaikan, pemimpin segala kebaikan
dan rasul yang rahmat.
. يَغْبِطُهُ بِِه اْلَهولُوَن َواْل ِخُرو َن،اللهُه هم ابْعَثْهُ َمَقاًما َُمْ ُموًدا
Ya Allah, bangkitkanlah baginda (di Akhirat kelak) di kedudukan yang terpuji,
kedudukan yang menjadi kecemburuan orang-orang awal dan akhir.
إِنه َك، َو َعلَى آِل إِبَْرا ِهي َم، َك َما َصلهيْ َت عَلَى إِبَْرا ِهي َم، َو َعلَى آِل ُُمَ همد،هم َص ِل عَلَى ُُمَ همد.َِْحي ٌد َُِمايللهٌدُه
Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Terpuji lagi Maha Agung.
414
إِنه َك، َو َعلَى آِل إِبَْرا ِهي َم، َك َما َِبَرْك َت عَلَى إِبَْرا ِهي َم، َوعَلَى آِل ُُمَ همد،هم َِب ِرْك َعلَى ُُمَ همد.َِْحي ٌد َُِمايللهٌدُه
Ya Allah, curahkanlah keberkatan ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau curahkan keberkatan ke atas Ibrahim dan ke atas ahli
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Terpuji lagi Maha Agung.”488
Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud telah berbuat bid’ah dengan mencipta
lafaz selawat sendiri. Bahkan beliau menganjurkan orang ramai untuk memperbaguskan
lafaz selawat masing-masing.
Demikian dalil dan hujah sebahagian agamawan bagi membolehkan bid’ah pada
masa kini.
Jawapan
Dalil dan hujah di atas dapat dijawab seperti berikut.
Jawapan Pertama, para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah dipuji
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Qur’an dan dijadikan hujah agama. Maksudnya,
apa yang mereka lakukan menjadi rujukan agama dan boleh dijadikan dalil agama. Ini kerana
mereka adalah orang-orang yang paling memahami al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.489
Justeru adalah mustahil mereka melakukan bid’ah dalam agama, kerana bid’ah
adalah perbuatan yang dilarang oleh al-Qur’an dan Rasulullah. Seandainya mereka orang-
orang yang melakukan bid’ah selepas kewafatan Rasulullah, nescaya sejak awal Allah tidak
akan memuji mereka dan menjadikan mereka dalil agama.
Ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan adalah seperti berikut. Ayat Pertama, firman
Allah 'Azza wa Jalla,
.قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهلِل َعلَى بَ ِصَْية أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسْب َحا َن اَّهللِ َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي
488 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 906 (Kitab Iqamat al-Sholat wa Sunnah fi ha, Bab selawat ke atas Nabi).
489 Secara lebih terperinci, perkataan dan perbuatan para sahabat dalam bidang aqidah dan ibadah adalah dalil
agama kerana mereka tidak akan sekali-kali berani membuat aqidah dan ibadah sendiri. Perkataan dan perbuatan
sahabat dalam bidang muamalat menjadi rujukan agama, namun diperhatikan juga keadaan sekeliling kerana
adakalanya mereka berpendapat dan berbuat apa yang sesuai dengan zaman mereka sahaja.
415
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah,
dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108]
Ketika ayat di atas diturunkan, orang-orang yang mengikutiku merujuk kepada para
sahabat radhiallahu 'anhum. Allah menjadikan mereka bersama Rasulullah sebagai dalil
jalan agama yang betul. Seandainya mereka berbuat bid’ah, baik pada zaman Rasulullah
atau selepas kewafatan baginda, nescaya mereka bukan orang-orang yang berada di atas
jalan Rasulullah lagi tidak mengajak manusia kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maka
ayat ini menjadi dalil bahawa para sahabat tidak akan berbuat bid’ah.490
Ayat Kedua, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع َغْْيَ َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه.َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke
dalam Neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115]
Ketika ayat ini diturunkan, orang-orang yang beriman merujuk kepada para sahabat
radhiallahu 'anhum. Allah menjadikan mereka sebagai dalil agama, di mana mereka berada
di atas jalan yang betul. Sesiapa yang mengikuti jalan yang lain berada di atas jalan yang
salah sehingga layak diazab dalam neraka jahannam.
Ayat ini menjadi dalil bahawa para sahabat tidak akan berbuat bid’ah kerana jika
mereka berbuat bid’ah, nescaya mereka juga berada di atas jalan yang salah.491
490 Firman Allah, orang-orang yang mengikutiku tidak terbatas kepada para sahabat Rasulullah sahaja. Ia terbuka
sehingga ke akhir zaman di mana sesiapa jua yang mengikuti jalan agama Rasulullah secara keseluruhan, maka dia
termasuk dalam bicara ayat.
491 Firman Allah, jalan orang-orang yang beriman tidak terbatas kepada para sahabat Rasulullah sahaja. Ia
terbuka sehingga ke akhir zaman di mana sesiapa jua yang beriman, yang mengikuti jalan agama Rasulullah secara
keseluruhan, maka dia termasuk dalam bicara ayat.
416
Ayat Ketiga, Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
ِض َي اَّهللُ َعْن ُه ْم َوَر ُضوا.َعنْهُ َوأَعََواهدل َْهلسُاْمبُِقَجونهَنا اْتلَهوَلُْتوِرَنيِمََْتنتَاَلهْاُماَهْالَِْْجنَاِريُرَن ََخوااْلِلَِندْي ََصناِفِريََهوااله أِذَبيًَدَنا اتهذَلبَِعَُكوُهالْْمَفِْوبُِزْحالَْسَعاِظني ُمَر
Dan orang-orang terdahulu yang awal dari kalangan Muhajirin dan Anshar, dan
orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda ke atas
mereka dan mereka reda ke atas-Nya. Dan Allah menjanjikan bagi mereka syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (Mereka) kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sedemikian itu adalah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia reda ke atas para sahabat dan
menjanjikan syurga kepada mereka. Muhajirin adalah para sahabat Rasulullah di Mekah
yang kemudian berhijrah ke Madinah. Anshar adalah para sahabat Rasulullah di Madinah.
Ketika ayat ini diturunkan, orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan
baik merujuk kepada para sahabat Rasulullah selain kalangan Muhajirin dan Anshar.
Seandainya para sahabat ini berbuat bid’ah, baik pada zaman Rasulullah masih hidup
atau selepas wafat, tentu Allah tidak akan reda ke atas mereka mahupun menjanjikan
syurga kepada mereka.492
Ayat Keempat, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.ُكْنتُْم َخَْْي أُهمة أُ ْخِرَج ْت لِلنها ِس َتُْمُرو َن ِِبلْ َم ْعُرو ِف َوتَْن َهْو َن عَ ِن الْ ُمْن َكِر َوتُْؤِمنُو َن ِِبَّهلِل
Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia (disebabkan) kalian
menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran serta kalian beriman
kepada Allah. [‘Ali Imran 3:110]
Ketika ayat ini diturunkan, kalian merujuk kepada para sahabat Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Mereka adalah umat yang aktif menyuruh kepada kebaikan dan melarang
daripada kemungkaran. Antara kebaikan yang mereka suruh ialah mempelajari dan
492 Firman Allah, orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan baik tidak terbatas kepada para
sahabat Rasulullah tetapi terbuka kepada sesiapa jua sehingga akhir zaman. Bererti sesiapa yang mengikuti sunnah para
Muhajirin dan Anshar dalam beragama secara keseluruhan, seperti mengorbankan jiwa dan harta demi Islam,
bersungguh-sungguh membela dan menghidupkan sunnah Rasulullah, Allah reda kepada mereka dan menjanjikan
syurga kepada mereka.
417
mengamalkan sunnah Rasulullah sementara kemungkaran yang mereka larang ialah
mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah.
Seandainya para sahabat berbuat yang sebaliknya, nescaya mereka bukanlah umat
terbaik yang layak dipuji dalam ayat di atas.493
Selain ayat-ayat al-Qur’an di atas, terdapat juga hadis-hadis Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam yang memuji para sahabatnya dan menjadikan mereka rujukan agama.
Hadis pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
. ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم، ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم،َخْْيُ أُهمِت قَْرِّن
Sebaik-baik umatku ialah generasiku (para sahabat), kemudian generasi yang
mengikuti mereka (tabi’in) dan kemudian generasi yang mengikuti mereka (tabi’
tabi’in).494
Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memuji para
sahabatnya sebagai sebaik-baik umatku. Demikian juga dengan dua generasi selepas
mereka, yang disebut sebagai tabi’in dan tabi’ tabi’in. Seandainya mereka berbuat bid’ah
selepas kewafatan baginda,nescaya mereka bukanlah sebaik-baik umatku.495
Hadis Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendongak ke langit
melihat bintang-bintang dan para sahabat pun ramai yang turut mendongak ke langit kerana
mengikuti perbuatan baginda. Kemudian baginda bersabda,
. فَإِذَا ذَ َهبَ ِت الُنّ ُجوُم أَتَى ال هس َماءَ َما تُو َع ُد،الُنّ ُجومُ أََمنَةٌ لِل هس َماِء
Bintang-bintang adalah penyelamat bagi langit. Apabila perginya bintang-bintang
maka akan datanglah kepada langit apa yang dijanjikan.
493 Ayat ini terbuka sehingga akhir zaman di mana sesiapa jua yang beriman kepada Allah, lalu aktif menyuruh
kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, maka menjadilah dia umat yang terbaik. Umat masa kini hanya
beriman kepada Allah tetapi amat sedikit yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran
meskipun terhadap ahli keluarga tersendiri. Maka menjadilah umat Islam dalam keadaan seperti yang diketahui
sekarang ini.
494 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3377/3650
(Kitab Ashab Nabi, Bab keutamaan para sahabat Nabi).
495 Tiga generasi inilah yang disebut sebagai Salaf sementara sesiapa jua yang berusaha mengikuti jalan agama
mereka secara keseluruhan, mereka disebut sebagai Salafi.
418
. فَإِ َذا ذَ َهبْ ُت أَتَى أَ ْص َحاِبي َما يُوعَ ُدوَن،َوأَََن أََمنَةٌ ِْلَ ْص َحاِبي
Dan aku adalah penyelamat bagi para sahabatku. Apabila aku pergi maka akan
datanglah kepada kepada sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka.
. فَإِ َذا ذَ َه َب أَ ْص َحاِبي أَتَى أُهمِت َما يُو َع ُدوَن،َوأَ ْص َحاِبي أََمنَةٌ ِْلُهمِت
Dan para sahabatku adalah penyelamat bagi umatku. Apabila para sahabatku
pergi maka akan datanglah kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka.496
al-Nawawi rahimahullah (676H) menjelaskan,
وَوَنَغقَ)ِْْْ)يولُِههَُْمم ْعنَعَاَصلَلهُهْي ِهىِمْمْانََّهلوالُنْظُتَُهعََهلوَاْيِرِِهكالْابَِلْوَدَمَسِلعهِدَيمنََواِةْ(ْل(ََوََوواَمأَِدهكْصةَِثَحَاوِِبَغفيِْْياألََمذَِدنلَِيةٌِنَكَِْلُواَوهملَْهِِفتََِذِِهتفَِإُفكُِيَذلّاِهَهاََذوَِمهطُلُْنَوبِعُم أْعَقَِْْصجرَِزناَحتِااِهِلبيهشَْيصأَلهتَطَاىىِناَأُّهلهَملوُِظُتعَُهلَْيوَمِِهرا.ايَُلوُوّرَسعَولهِمُدَم
Sabdanya shallallahu 'alaihi wasallam Dan para sahabatku adalah penyelamat
bagi umatku. Apabila para sahabatku pergi maka akan datanglah kepada umatku apa
yang dijanjikan kepada mereka, yakni tersebarnya bid’ah, perkara-perkara baharu dan
fitnah dalam agama, munculnya tanduk syaitan, tersebarnya (kekuasaan kerajaan) Rom
dan selain mereka ke atas umat Islam serta pencabulan terhadap kehormatan kota
Madinah, Mekah dan perkara selainnya. Semua ini (benar-benar berlaku selepas
kewafatan Rasulullah dan) termasuk daripada mukjizat (baginda) shallallahu 'alaihi
wasallam.497
Seandainya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, nescaya mereka bukanlah penyelamat ke atas umat Islam. Sebagai Rasul
yang menerima wahyu daripada Allah tentang perkara yang akan berlaku, tentu sejak awal
baginda tidak akan memuji mereka sebagai “penyelamat” selepas kewafatannya.
Hadis Ketiga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
496 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4596/2531 (Kitab
Fadha’il al-Shahabah, Bab kehadiran Nabi adalah amanah bagi para sahabat dan kehadiran sahabat adalah amanah
kepada umat).
497 Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj, syarah bagi hadis no.: 4596/2531.
419
َستَ ْفََِت ُق َالْ ِملهة َِه ِذه َوإِ هن،ًِملهة َسْبَوعِِهَّيَي،ثِِْنفتَْاّلِيْجَنهَوِة ََتَقَُووَاوا ِحعَلََدةٌى،ْلَثُِْكنتَْما ِِمن ْنَوأََسْْبه ِعُلواَلْن ِكِتَفا الِنبهااِرف:ثََألََّلثإَِهون َسَمبْ ْعِنّقََيْب َعلَى
.ُالْجََما َعة
Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kalian daripada kalangan Ahli
Kitab telah berpecah kepada 72 golongan sementara umatku akan berpecah kepada 73
golongan. 72 golongan berada dalam neraka sementara hanya satu berada dalam
syurga. Golongan itu ialah al-Jemaah.498
al-Jemaah merujuk kepada para sahabat baginda radhiallahu 'anhum, sebagaimana
dalam satu lafaz yang lain bahawa apabila ditanya siapakah satu golongan itu, baginda
diriwayatkan menjawab,
. َما أَََن عَلَْيِه َوأَ ْص َحاِبي
Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.499
Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas, al-
Jemaah merujuk kepada para sahabat radhiallahu 'anhum. Sebab pada ketika itu merekalah
satu-satunya jemaah yang ada. Seandainya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan
Rasulullah, nescaya mereka bukanlah golongan selamat yang bakal memasuki syurga.
Demikianlah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam yang menafikan kemungkinan para sahabat mencipta, meyakini atau
mengamalkan bid’ah selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Jawapan Kedua, telah diriwayatkan beberapa nasihat, peringatan (tazkirah) dan
teguran para sahabat radhiallahu 'anhum tentang bid’ah. Semua ini menunjukkan bahawa
mereka memang menjauhi bid’ah dan melarang orang ramai pada zaman itu daripada
bid’ah.
498 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no.: 3981/4597 (Kitab al-Sunnah, Bab syarah
tentang al-Sunnah) dan berkata Syu’aib al-Arna’uth, “Sanadnya hasan, namun berkata al-Hafiz (Ibn Hajar al-‘Asqalani)
dalam Takhrij Ahadits al-Kasyaf, hadis berpecahnya umat adalah sahih dengan syahid-syahidnya.” Rujuk juga
penjelasan al-Albani yang panjang lebar tentang hadis ini dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 204.
499 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no.: 2565/2641 (Kitab al-Iman, Bab tentang
berpecahnya umat ini) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini “hasan gharib mufassar”. al-Albani pada awalnya menilai hadis
ini dha’if (Takhrij Misykat al-Masabih, hadis no.: 171), kemudian menilainya hasan (Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.:
2565/2641) dan akhir sekali menilainya sahih (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1348).
420
‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh pernah memberi tazkirah kepada orang ramai,
antaranya beliau berpesan,
.ٌفَاتهبِعُوهُ َوَّل تَْبتَ ِدعُوا فََق ْد ُكِفيتُْم ُك ُلّ ُُمْ َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْد َعة َضَللَة
Maka ikutilah (al-Qur’an, hadis dan para sahabat) dan janganlah berbuat bid’ah
kerana sesungguhnya agama ini telah dicukupkan untuk kalian. Setiap perkara baharu
adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.500
‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah berkata,
.ًك ُلّ بِْد َعة َضَلَلَةٌ َوإِ ْن َرآ َها النها ُس َح َسنَة
Setiap bid’ah adalah sesat meskipun orang ramai memandangnya baik.501
Diriwayatkan bahawa Mu’adz bin Jabal radhiallahu 'anh pernah berpesan, antara lain
beliau berkata,
.فَإَِيه ُك ْم َوَما يُْبتَ َدعُ فَإِ هن َما ابْتُ ِدعَ َضَللَة
Maka hendaklah kalian menjauhi daripada bid’ah kerana sesungguhnya bid’ah itu
kesesatan.502
Diriwayatkan bahawa Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu 'anh berkata,
اْلَهوَل فَِإ هن ِِبَا؛ عليه وسلم فَلَ تَتَعَبه ُدْوا اللِهُخ ُذصْولاىطَاِرليْلهَق،لِلُكآُّلِخِرعِبَاَمَدَقةاَََّللْ؛يَتَفَاَعتهبهُقْدواِِباَلالهَأَََْيص ََمحاْع َُشبَرَرالُسُقوهراِلِء يََد ْع ََْل
.َم ْن َكا َن قَْبلَ ُك ْم
Setiap ibadah yang tidak beribadah dengannya oleh para sahabat Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, maka janganlah kalian beribadah dengannya. Ini kerana
sesungguhnya generasi awal (yakni para sahabat) tidak tertinggal apa-apa untuk
generasi kemudian (melainkan semuanya telah disampaikan atau ditunjukkan). Maka
500 Dikeluarkan oleh Abu Khaitsamah secara lebih ringkas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani. Rujuk
penjelasan Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no.:
41. Lafaz yang panjang di atas dikeluarkan oleh al-Harawi dalam Dzam al-Kalam wa Ahluha (al-Maktabah al-Syamilah),
riwayat no.: 239.
501 Dikeluarkan oleh Ibn Nashr al-Mawarzi, al-Lalika’e dan Ibn Baththah, dinilai sahih oleh Abu ‘Abdullah al-Dani
bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah, riwayat no.: 121.
502 Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim al-Asfahani (430H) dalam Hilyah al-Auliya wa Thabaqat al-Ashfiya’, jld. 1, ms.
233.
421
bertakwalah kepada Allah wahai para pembaca al-Qur’an (gelaran bagi orang yang suka
beribadah) dan ambillah jalan orang-orang sebelum kalian.503
Jawapan Ketiga, para sahabat radhiallahu 'anhum tidak sekadar melarang bid’ah
secara umum, tetapi mereka benar-benar mengambil tindakan nahi mungkar apabila
berlakunya bid’ah di hadapan mereka. Berikut dikemukakan beberapa contoh.
Contoh Pertama,
.ِ اْْلَْم ُد َِّهللِ َوال هسَلَمُ َعلَى َر ُسوِل اَّهلل: فََقا َل. أَ هن َر ُجَلً َعطَ َس إَِل َجنْ ِب ابْ ِن عُ َمَر:َع ْن ََنفِع
Daripada Nafi’ (beliau menerangkan): Bahawa seorang lelaki bersin (ketika
berada) di tepi Ibn ‘Umar, lalu dia mengucapkan, “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala
Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).”
ِاَّهلل َر ُسوُل عَله َمنَا َه َك َذا َولَْي َس اَّهلِل َر ُسوِل عَلَى َُوال هسَلَم َِّهلِل أَقُوُل اْْلَْم ُد َعلهَوأََمََنَنا:اَّقهلَلاُ َلعَلَايْبِْهُنَوعَُسلَهمََمر َصلهى
:أَ ْن نَُقوَل
Berkata Ibn ‘Umar: “Aku juga menyebut alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulillah
akan tetapi bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Baginda mengajar kami bahawa hendaklah kami mengucapkan (selepas
bersin),
.اْْلَْم ُد َِّهللِ عَلَى ُك ِل َحال
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah di atas segala sesuatu)”.”504
Dalam contoh di atas, orang yang bersin mengucapkan sesuatu yang baik. Dia memuji
Allah dan mengucapkan salam ke atas Rasulullah. Namun baik atau buruk bukanlah
mengikut ukuran kita tetapi hendaklah mengikut ukuran sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Oleh kerana itulah ‘Abdullah ibn ‘Umar terus menegur dan membetulkan
503 Dikeluarkan oleh al-Lalika’e, Ibn Nashr dan lain-lain sebagaimana yang dikemukakan oleh Husam al-Din bin
Musa dalam I’tiba’ wa la Ibtida’: Qawa’id wa Asas fi al-Sunnah wa al-Bid’ah (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no. 8.
Juga dikemukakan oleh al-Syathibi dalam al-I’tishom, jld. 2, ms. 630. Abu Syamah dan al-Suyuthi menyandarkan riwayat
ini kepada Abu Daud dalam kitab Sunannya, namun ini satu kesilapan.
504 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2662/2738 (Kitab al-Adab ‘an Rasulullah, Bab apa yang diucapkan oleh orang yang
bersin apabila dia bersin). Ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka
ke atas al-Jami’ al-Kabir (Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2936.
422
orang tersebut. Sunnah bagi orang yang bersin ialah mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli
hal” sementara tambahan salam atau selawat adalah bid’ah.505
Perkara lain, bid’ah yang dilakukan oleh orang yang bersin itu amatlah kecil. Namun
ia tidak dibiarkan oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma. Beliau terus menegur dan
membetulkannya kerana mengetahui semua bid’ah bermula secara kecil-kecilan lalu secara
bertahap-tahap ia membesar dan merebak. Maka semua bid’ah hendaklah segera dibasmi
pada tahapnya yang masih kecil dan di permulaan (infant stage).
Contoh Kedua,
َهاتَِّْي ُاَّهلل قَبه َح فََقا َل يَ َديْ ِه َرافِ ًعا الْ ِمنْبَِر عَلَى َمْرَوا َن بْ َن بِ ْشَر َرأَى :قَا َل َُرَؤيْبَة بْ ِن َعُ َماَرة َع ْن
!الْيَ َديْ ِن
Daripada ‘Umarah bin Ru’aibah, dia berkata, “Aku melihat Bisyir bin Marwan
(berdoa) di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya.” Maka dia berkata,
“Semoga Allah memburukkan kedua tangan itu!
ْد َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم َما يَِزي ُد َعلَى أَ ْن يَُقوَل بِيَ ِدهِ َه َك َذا َوأَ َشاَر ِبِ ْصبَعِِه.الْ ُم َسبِ َحلَِةَق
Demi sesunguhnya aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (apabila
berdoa di atas mimbar) tidak menambah apa-apa setelah memberi isyarat dengan
jarinya.” Lalu ‘Umarah mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”506
Dalam contoh di atas, khatib berdoa di atas mimbar ketika khutbah Jumaat dengan
mengangkat kedua-dua tangannya. Pada zahirnya ini kelihatan sebagai tindakan yang betul
kerana berdoa lazimnya memang dengan mengangkat kedua-dua tangan.
Akan tetapi betul atau salah tidak diukur dengan kelaziman akan tetapi dengan
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ‘Umarah radhiallahu 'anh segera
505 Ucapan yang disunnahkan bagi orang yang bersin ialah seperti hadis di atas. Boleh juga mengucapkan
“Alhamdulillah” sahaja [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.:2671/2747 ] atau “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin” [Shahih
Adab al-Mufrad, hadis no.: 719/934].
506 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1443/874 (Kitab al-Jumu’ah, Bab meringankan
solat dan khutbah).
423
menegur dan membetulkan tindakan khatib. Sunnah bagi khatib ketika berdoa dalam
khutbah Jumaat hanyalah dengan mengisyaratkan jari telunjuk sementara mengangkat
kedua-dua tangan adalah bid’ah.
Perhatikan juga bahawa ‘Umarah tidak menangguhkan teguran. Dia terus menegur
meskipun khatib sedang berdoa di atas mimbar. Ini membuktikan betapa penting untuk
segera menegur dan membetulkan bid’ah. Selain itu khatib hanya melakukan bid’ah yang
kecil. Namun ia tetap ditegur dan dibetulkan oleh ‘Umarah kerana semua bid’ah hendaklah
dibasmi pada tahapnya yang masih kecil dan di permulaan (infant stage).
Berkenaan membasmi bid’ah pada tahap ia masih kecil dan di permulaan, ambillah
iktibar daripada kata-kata al-Barbahari ini, rahimahullah (329H),507
،واحذر صغار المحدَثت من اْلمور؛ فإن صغْي البدع يعود حَّت يصْيكبْيا
Berhati-hatilah dengan perkara-perkara baharu yang kecil daripada urusan
(agama) kerana sesungguhnya bid’ah yang kecil akan berkembang sehingga menjadi
(bid’ah) yang besar.
، كان أوْلا صغْيا يشبه اْلق،وكذلككل بدعة أحدثت ِف هذه اْلمة
Demikianlah keadaan setiap bid’ah yang terjadi dalam umat ini, pada awalnya ia
kecil dan menyerupai kebenaran.
، ُث َل يستطع اْلروج منها،فاغَت بذلك من دخل فيها
Maka ramai yang terperdaya dengannya dan memasukinya (meyakini atau
mengamalkannya), kemudian tidak mampu untuk keluar daripadanya (kerana telah
berkembang dan berakar umbi dalam dirinya).
. فخرج من الإسَلم،فعظمت وصارت دينا يدان به فخالف الصراط المستقيم
Mereka mengagungkannya, menjadikannya sebagai agama dan berpegang teguh
dengannya meskipun ia menyelisihi jalan yang lurus (sehingga akhirnya) mereka terkeluar
507 Beliau Abu Muhammad, al-Hasan bin ‘Ali al-Barbahari, lahir di Baghdad, Iraq dan merupakan tokoh Mazhab
Hanbali dalam bidang aqidah. Tulisan beliau Syarh al-Sunnah membela sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dan membasmi pelbagai aliran dan amalan bid’ah pada zamannya. Meninggal dunia pada 329H.
424
daripada Islam.508
Contoh Ketiga,
‘Amr bin Yahya al-Harits menceritakan,
،َخَر َج فَِإ َذا ،ِالْغَ َداة َص َل ِة قَْب َل ،ُعَنْه ُاَّهلل َر ِض َي َم ْسعُود بْ ِن اَّهلِل َعبْ ِد َِب ِب.إََِنْللِ الُْسَم ْسعَلَِجىِد ُكنها َم َشْينَا
َُمعَه
Kami biasa duduk di hadapan pintu rumah ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh
sebelum solat Subuh. Apabila beliau keluar, kami berjalan bersamanya ke masjid.509
:قُْلنَا بَْع ُد؟ الهرْْحَ ِن عَْب ِد أَبُو إِلَيْ ُك ْم أَ َخَرَج :فََقا َل ُإِلَعَْيْنِهه َُيقُ اْمَنَّهلال،ْلَفَْلشَ َعهماِر ُّيَخََررَجِض،فَ َجلَفَ َجَساءََمََنَعنَأاَبُوَحَهُمّتو َسَخَىرَجا .َّل
.ََِجيعًا
(Pada satu pagi) Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu 'anh datang kepada kami dan
bertanya, “Apakah Abu ‘Abdurrahman (gelaran bagi ‘Abdullah ibn Mas’ud) telah keluar
untuk bersama kalian (ke masjid)?” Kami menjawab, “Belum lagi.” Maka Abu Musa
duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah ibn Mas’ud keluar rumah. Tatkala beliau keluar
rumah, kami semua berdiri (untuk sama-sama pergi ke masjid).
- إِِّن َرأَيْ ُت ِف الْ َم ْس ِج ِد آنًِفا أَْمًرا أَنْ َكْرتُهُ َوََلْ أََر، ََي أََِب َعبْ ِد الهرْْحَ ِن:و َسى. لَإَِههُّلأَبَُخوْْيًاُم-َواْْلَْم ُد فََِّهلَقلِا َل
Maka Abu Musa berkata kepada ‘Abdullah ibn Mas’ud, “Wahai Abu Abdurrahman,
sesungguhnya sebentar tadi aku telah melihat di masjid satu perkara yang aku ingkari,
sekalipun aku merasakan ia sesuatu yang baik, alhamdulillah.”
تَ ِظُروَن يَْن ًُجلُوسا ًِحلَقا ًقَ ْوما الْ َم ْس ِج ِد ِف َرأَيْ ُت :ا َل.َىق،ُإَِوْنِفِعأَيْْشِديَِته ْمفَ َسَحََتَاًهص : فََما ُهَو؟ فََقا َل:قَا َل
،ٌ ِف ُك ِل َحلَْقة َر ُجل،َال هصَلَة
‘Abdullah ibn Mas’ud bertanya, “Apakah itu?” Abu Musa menjawab, “Jika umurmu
508 Syarh al-Sunnah (al-Maktabah al-Syamilah), usul no.: 06.
509 Demikianlah cara generasi awal menghormati para sahabat Rasulullah. Mereka akan berkumpul di hadapan
rumah sahabat agar dapat berjalan bersama-sama pergi ke masjid. Dalam perjalanan, mereka dapat mendengar hadis
atau bertanyakan soalan agama.
425
panjang, kamu akan dapat melihatnya sendiri.” Abu Musa meneruskan, “Aku melihat di
masjid satu kaum yang duduk membuat halakah510 sementara menunggu waktu solat.
Bagi setiap halakah ada seorang lelaki (sebagai ketua) dan di tangan mereka ada batu-
batu kecil (untuk dijadikan alat kiraan).”
ً َسبِ ُحوا ِمائَة: َويَُقوُل،ً فَيُ َهلِلُو َن ِمائَة،ً َهلِلُوا ِمائَة: فَيَ ُقوُل،ً فَيُ َكِبرُوَن ِمائَة،ًَكِبرُوا ِمائَة.ًة:َفَيُ َسبِ ُحفوَيََنُقِمواُلئ
Ketua halakah akan berkata, “Bertakbirlah seratus kali!”, maka mereka (ahli
halakah) akan bertakbir seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertahlillah seratus
kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertahlil seratus kali. Ketua halakah akan
berkata, “Bertasbihlah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) bertasbih seratus
kali.511
. َما قُلْ ُت َْلُْم َشْيئاً انْتِظَاَر َرأْيِ َك أَِو انْتِظَاَر أَْمِرَك: فََما َذا قُْل َت َْلُْم؟ قَا َل:قَا َل
‘Abdullah ibn Mas’ud bertanya, “Maka apakah yang kamu katakan kepada
mereka?” Abu Musa menjawab, “Aku tidak berkata apa-apa kepada mereka. Aku
menunggu pandangan kamu atau perintah kamu.”
. َو َض ِمْن َت َْلُْم أَ ْن َّل يَ ِضي َع ِم ْن َح َسنَاُِتِْم، أَفََل أََمْرَُتُْم أَ ْن يَعُ ُّدوا َسيِئَاُِتِْم:قَا َل
Berkata ‘Abdullah ibn Mas‘ud: “Mengapa kamu tidak menyuruh mereka untuk
mengira dosa-dosa mereka dan kamu jaminkan bagi mereka bahawa pahala-pahala
mereka tidak akan hilang?”
«َما َه َذا اله ِذي: فََقا َل، فََوقَ َف عَلَْيِه ْم،ُثه َم َضى َوَم َضْينَا َم َعهُ َحَهّت أَتَى َحلَْقةً ِم ْن تِلْ َك اْْلِلَِق
أََرا ُك ْم تَ ْصنَعُوَن؟
Kemudian dia bergerak dan kamipun bergerak bersamanya sehingga sampai
kepada salah satu daripada halakah itu. Maka ‘Abdullah ibn Mas’ud berhenti di hadapan
mereka dan bertanya, “Apakah ini yang aku lihat kalian sedang lakukan?”
510 Maksudnya duduk dalam satu bulatan.
511 Bertakbir ialah ucapan “Allahu Akbar”, bertahlil ialah ucapan “La ilaha illallah” dan bertasbih ialah ucapan
“Subhanallah”.
426
. ََي أََِب عَبْ ِد الهرْْحَ ِن ح ًصا نَعُ ُّد بِِه الته ْكبِْيَ َوالته ْهلِي َل َوالته ْسبِي َح:قَالُوا
Mereka menjawab, “Wahai Abu Abdurrahman, batu-batu kecil ini dengannya kami
menghitung takbir, tahlil dan tasbih.”
َما ُه،ُُُمََوآهمنِيَدت،َتَأُبْهمَلة ََي َشَوَْهيءِذٌِهَوَْثِييََابُُكهُْم،يََعلَيِْضِيه َعَوِمَسلْهنَم َحُمتََسَوانَافِتُِروُكَْنم ةُفَنَأَبَِيَِن ُك ْمَضاِمَصٌنله أَىْناللَّهُل،َُكفَْمعُ ُّدَهُواؤَّلَِءسيِئَاتَصِ ُكَحْامب:ََهقَلَاََكلت َأَ ْسَرع
ََْل ََْل ،تُ ْك َسْر
‘Abdullah ibn Mas’ud menjawab, “Hitunglah dosa-dosa kalian, aku jamin bahawa
pahala-pahala kalian tidak akan hilang walau sedikit jua. Celakalah kalian wahai umat
Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kalian! Mereka, para sahabat Nabi kalian
shallallahu 'alaihi wasallam masih ramai yang hadir,512 baju baginda belum lagi lusuh dan
bekas makanan dan minuman baginda belum lagi pecah.513
إِنه ُك ْم لَعَلَى ِملهة ِه َي أَْه َدى ِم ْن ِملهِة ُُمَ همد َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم أْو،بِيَ ِدِه.»ُمْفتَتِ ُحوَواِلَهبِذِبي نََضْفَلِلَسةي
Demi yang nyawaku yang berada di tangan-Nya, apakah kalian berada di atas
agama yang lebih mendapat petunjuk berbanding agama Muhammad shallallahu 'alaihi
wasallam atau kalian pembuka pintu kesesatan?”
.َ َما أََرْدََن إَِهّل اْْلَْْي، َواَّهللِ ََي أََِب عَْب ِد الهرْْحَ ِن:قَالُوا
Mereka membalas, “Wahai Abu Abdurrahman, kami tidak menginginkan apa-apa
melainkan kebaikan.”514
قَ ْوًما أَ هن هدثَنَا.ُعَثهلَيْتَِهَوَهَلو َسَعلهْنَمُه ْمَح ُ،أَْدإِِرهني َرلََعُسولهَلأَ اْكَّثَهللَِرُه ْمَصلهِمْنىُكالْمله،ُاَيُّهلِلِصيَمبَاه ِْْيَوالَيْْمُن.َُِميَْانِوُزُمِرتيََرادقِيَلِلُْه ْمَخ َوَك ْم:قَا َل
يَْقَرءُوَن الُْقْرآ َن َّل
‘Abdullah ibn Mas’ud menjawab, “Betapa ramai orang yang menginginkan
512 Maksudnya pada zaman itu para sahabat masih ramai yang hadir untuk kalian ikuti amalan mereka atau
bertanyakan tentang amalan yang berdasarkan sunnah Rasulullah.
513 Maksudnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam baru saja wafat.
514 Perhatikan bagaimana sehingga masa kini, orang-orang yang beramal dengan bid’ah memberikan alasan yang
sama atau hampir sama.
427
kebaikan tetapi tidak menepati sasarannya. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah bersabda kepada kami tentang satu kaum yang membaca al-Qur’an
akan tetapi (al-Qur’an itu) tidak melepasi tekak mereka. 515 Demi Allah, aku tidak tahu
apakah mungkin kebanyakan daripada kaum itu adalah kalian” Kemudian ‘Abdullah ibn
Mas’ud meninggalkan mereka.
. َرأَيْنَا عَاهمةَ أُولَئِ َك اْْلِلَِق يُطَاعِنُوََن يَْوَم النه ْهَرَوا ِن َم َع اْْلََوا ِرِج:َفََقا َل َع ْمُرو بْ ُن َسلَ َمة
Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat orang-orang awam yang menyertai
halakah tersebut memihak kepada pasukan Khawarij, memerangi kami pada Hari
Nahrawan.” 516/517
Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh segera menegur orang
yang berbuat bid’ah di masjid. Di sini timbul soalan, apakah bid’ah yang mereka lakukan?
Ada yang berkata, bid’ah itu ialah menghitung zikir dengan batu-batu kecil
berdasarkan jawapan ahli halakah, “Wahai Abu Abdurrahman, batu-batu kecil ini
dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih.” Sebenarnya batu-batu kecil itu
bukan ibadah tetapi alat untuk membantu ibadah. Maka ia bukanlah bid’ah.
Ada yang berkata, bid’ah itu ialah mencipta halakah-halakah zikir. Sekali lagi, halakah-
halakah zikir bukanlah bid’ah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
menganjurkan,
. ِحلَ ُق ال ِذْكِر: َوَما ِرََي ُض الجَنهِة؟ قَا َل:إِذَا َمَرْرُْت بِِرََي ِض الجَنهِة فَاْرتَعُوا قَالُوا
“Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka singgahlah dengan
gembira.” Para sahabat bertanya, “Apakah itu taman-taman syurga?” Rasulullah
menjawab, “Halakah-halakah zikir.”518
515 Maksudnya mereka hanya membaca al-Qur’an namun isi kandungan serta pengajaran al-Qur’an tidak masuk
ke dalam hati mereka, tidak menganjak pemikiran mereka dan tidak diterjemah kepada perbuatan fizikal mereka.
516 Hari Nahrawan merujuk kepada peperangan antara pasukan Amirul Mukminan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu
'anh dengan pasukan Khawarij.
517 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya, hadis no.: 210 (Muqaddimah, Bab dibenci mengambil
pendapat akal) dan sanadnya dinilai jayyid (bagus) oleh Husain Salim Asad. al-Albani menilainya sahih dalam Silsilah al-
Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 2005. Sebahagian pihak ada yang cuba melemahkan sanad hadis ini. Lihat jawapan dan
bantahan Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah, riwayat no.: 87.
518 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai
428
Bid’ah yang diingkari oleh ‘Abdullah ibn Mas’ud terletak pada penjelasan Abu Musa
al-Asy’ari, Ketua halakah akan berkata, “Bertakbirlah seratus kali!”, maka mereka (ahli
halakah) akan bertakbir seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertahlillah seratus
kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertahlil seratus kali. Ketua halakah akan
berkata, “Bertasbihlah seratus kali!”, maka bertasbih seratus kali.
Apabila Abu Musa dapat mendengar dan menghitung zikir mereka, bererti mereka
berzikir dengan kuat (jahr), berjemaah sesama ahli halakah dan serentak. Tindakan ini
menyalahi adab zikir yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,
واذُْكْر َربه َك ِف نَْف ِس َك تَ َضُّرًعا َوِخيَفةً َوُدوَن الْجَْهِر ِم َن الَْقْوِل ِبلْغُ ُد ِو َواْل َصاِل َوَّل تَ ُك ْن ِم َن.َالْغَافِلَِّي
Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah
kamu termasuk orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205]
Ketahuilah bahawa meskipun pada zaman Rasulullah terdapat halakah-halakah zikir
atau majlis-majlis zikir, ia dilakukan dengan suara yang perlahan dan secara individu, bukan
berjemaah dan serentak. Sangat perlahan sehingga Rasulullah terpaksa bertanya, “Apakah
yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?” Perhatikan hadis berikut,
َما أَ ْجلَ َس ُك ْم؟: فََقا َل،َوإِ هن َر ُسوَل اللِه َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َخَرَج عَلَى َحلَْقة ِم ْن أَ ْص َحابِِه
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah keluar (dari
rumahnya) menuju satu halakah dari kalangan para sahabatnya, lalu bertanya, “Apakah
yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?”
. َوَم هن بِِه عَلَْينَا، َجلَ ْسنَا نَْذُكُر اللهَ َوَْن َم ُدهُ عَلَى َما َه َداََن لِِْل ْسَلِم:قَالُوا
Para sahabat menjawab, “Kami duduk (kerana) kami berzikir kepada Allah, kami
memuji-Nya atas hidayah dan kurniaan Islam ke atas kami.”
hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3432/3510 (Kitab Doa ‘an Rasulullah, Bab tentang
menghitung tasbih dengan tangan). Rujuk penjelasan lanjut al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.:
2562.
429
آَّهلِل َما أَ ْجلَ َس ُك ْم إَِهّل َذا َك؟:قَا َل
Rasulullah bertanya, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kalian duduk
(dalam halakah ini) melainkan kerana itu?”
. َواللهِ َما أَ ْجلَ َسنَا إَِهّل َذا َك:قَالُوا
Para sahabat menjawab, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kami duduk
(dalam halakah ini) melainkan kerana itu.”
بِ ُك ُم يُبَا ِهي َو َجله عَهز َالله أَ هن ،فَأَ ْخبََرِّن ُِجْبِريل أَََتِّن َُولَ ِكنهه ،لَ ُك ْم ًُُتْ َمة أَ ْستَ ْحلِْف ُك ْم ََْل إِِّن أََما :قَا َل
.ََلئِ َكة
الْ َم
Rasulullah bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya aku tidaklah meminta kalian
bersumpah kerana aku menuduh kalian (berdusta). Akan tetapi Jibril telah mendatangiku
lalu mengkhabarkan kepadaku, bahawa Allah 'Azza wa Jalla membanggakan kalian di
hadapan para malaikat.”519
Seandainya halakah zikir para sahabat adalah dengan suara yang kuat, nescaya
Rasulullah mengetahui apa yang sedang mereka lakukan dan akan bertanya, “Atas sebab
apakah kalian berzikir dan memuji-muji Allah?” Akan tetapi disebabkan halakah zikir itu
secara perlahan, baginda tidak tahu apakah yang sedang mereka lakukan sehingga terpaksa
bertanya, “Apakah yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?”
Hadis ini menjadi dalil bahawa halakah atau majlis zikir pada zaman Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam adalah secara perlahan dan individu, selari dengan firman Allah
dalam ayat 205 surah al-A’raaf.520
Demikian tiga contoh bagaimana para sahabat radhiallahu 'anh melakukan nahi
mungkar ke atas amalan bid’ah pada zaman mereka.
519 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4869/2701 (Kitab
al-Zikir wa al-Doa wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab keutamaan untuk berkumpul membaca al-Qur’an dan berzikir).
520 Para pembaca hendaklah memberi perhatian kepada hadis ini kerana di sana terdapat beberapa hadis
Rasulullah yang menganjurkan dan menerangkan keutamaan orang-orang yang berkumpul dalam majlis atau halakah
zikir. Hadis-hadis tersebut dijadikan dalil oleh sebahagian pihak untuk zikir berjemaah, yakni dengan suara yang kuat
dan bacaan yang serentak. Hadis ini menjelaskan hadis-hadis tersebut, bahawa majlis-majlis atau halakah-halakah zikir
itu adalah dengan suara yang perlahan. Lebih lanjut, sila semak risalah saya berjudul Zikir Jahr vs Zikir Sirr di
www.hafizfirdaus.com
430
Jawapan Keempat, para sahabat amat berhati-hati daripada melakukan bid’ah
sehingga melibatkan perkara baharu yang sememangnya tidak duduk dalam kategori bid’ah.
Contoh yang masyhur ialah projek menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf.521
Projek ini tidak duduk dalam kategori bid’ah kerana merupakan perkara baharu dalam
rangka membantu ibadah. Ia bukanlah ibadah yang baharu kerana ayat-ayat al-Qur’an yang
dibacakan tetaplah sama. Namun para sahabat sangat bimbang dan berhati-hati andai ia
masuk dalam kategori bid’ah yang dilarang oleh Islam.
Jawapan Kelima, apabila membaca atau mendengar hadis-hadis di mana para
sahabat melakukan sesuatu ibadah, tidak boleh bersangka bahawa mereka mencipta sendiri
ibadah tersebut. Tidak boleh menuduh mereka berbuat bid’ah.
Ini kerana meskipun pada zahirnya mereka tidak menyandarkan ibadah itu kepada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, pada hakikatnya mereka hanyalah mengikuti apa
yang baginda pernah ajar atau amalkan.522
Sebagai contoh, mari kita semak tindakan Amirul Mukminin ‘Utsman ibn ‘Affan
radhiallahu 'anh yang menambah azan lebih awal untuk solat Jumaat. Ia pada zahirnya
kelihatan seperti sesuatu yang dibuat sendiri oleh beliau. Akan tetapi pada hakikatnya beliau
hanyalah mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Ini kerana dalam sunnah Rasulullah, azan memiliki dua peranan. Pertama sebagai
tanda masuknya waktu solat dan kedua sebagai peringatan bahawa waktu solat sudah
hampir.523
521 Sila rujuk hadisnya dalam pelajaran Ia Adalah Sesuatu Yang Baik!
522 Merujuk kepada hadis lafaz takbir Hari Raya daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud yang dikemukakan sebelum ini,
tidak ada lafaz takbir Hari Raya yang diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa yang ada ialah
beberapa lafaz takbir daripada para sahabat. Berdasarkan hakikat ini, sebahagian sarjana Islam berpendapat boleh
menyusun lafaz takbir tersendiri dan ia bukan bid’ah.
Saya berkata, beberapa lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat semuanya berasal daripada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Cuma mereka tidak menyandarkannya kepada baginda kerana tidak ada yang
bertanya tentangnya. Oleh itu hendaklah kita mencukupkan diri dengan lafaz-lafaz takbir Hari Raya yang diriwayatkan
daripada para sahabat dan jangan mencipta lafaz-lafaz sendiri kerana bimbang ia jatuh dalam larangan bid’ah.
523 Terdapat satu lagi peranan azan, yakni menyambut bayi yang baru lahir. Akan tetapi hadis yang menganjurkan
azan apabila bayi baru dilahirkan adalah lemah (dha’if). Terdapat juga beberapa hadis lain yang turut menganjurkan
azan apabila bayi baru dilahirkan, akan tetapi ia adalah amat lemah (dha’if jiddan) sehingga ia tidak saling menguatkan.
Rujuk keterangan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, hadis no.: 321.
431
Pada zaman Rasulullah, peranan azan yang kedua dilakukan untuk solat Subuh. Ada
dua azan, iaitu azan sebagai peringatan waktu Subuh hampir tiba dan azan bahawa waktu
Subuh sudah masuk. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,
لَِْْيِج َع بِلَيْل يُنَا ِدي أَْو يَُؤِذ ُن ُفَإِنهه ،ِم ْن َس ُحوِرِه أََْوولَيْأَ ََحسًدأَاْنِمنْيَُقُكوْمَلأَاذَلاَفُنْجبُِرَلَأَِول،ََأَنئَِحَمَدُكُكْمْم ّلََوَلِيْيُنَنََعبِهَهن،َقَائَِم ُك ْم
.ال ُّصْب ُح
Janganlah seseorang kalian atau salah seorang daripada kalian terhalang
daripada makan sahur disebabkan oleh azan Bilal. Ini kerana sesungguhnya dia azan atau
melaungkan azan ketika masih malam untuk mengembalikan orang-orang yang sedang
qiamulail di kalangan kalian524 dan untuk membangunkan orang-orang yang sedang tidur
di kalangan kalian. Ia tidaklah bermaksud sudah masuknya fajar atau Subuh.525
Maka apabila ‘Utsman ibn ‘Affan menambah azan untuk solat Jumaat, beliau
mengaktifkan peranan kedua azan, iaitu sebagai peringatan bahawa waktu solat Jumaat
sudah hampir. Tujuannya agar orang ramai yang leka berjual beli di pasar Madinah dapat
bersiap sedia datang ke masjid untuk solat Jumaat. Justeru apa yang beliau lakukan pada
hakikatnya adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ia bukanlah bid’ah seperti
yang disangka oleh sebahagian pihak.526
524 Maksud mengembalikan ialah orang-orang yang qiamulail rehat sebentar setelah sekian lama mendirikan
solat malam, agar kembali segar, cergas dan bertenaga untuk solat Subuh.
525 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 586/621 (Kitab al-Azan, Bab azan sebelum
Subuh).
526 Diriwayatkan bahawa ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma membid’ahkan azan yang ditambah oleh
‘Utsman ibn ‘Affan. Ibn Rejab rahimahullah menjelaskan bahawa kemungkinan besar “bid’ah” yang dimaksudkan oleh
‘Abdullah ibn ‘Umar adalah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Ketika menjelaskan contoh-contoh bid’ah
dari aspek bahasa yang lazim digunakan oleh generasi Salaf, beliau berkata,
َوا ْستََمهر َع َم ُل الْ ُم ْسلِِمَّي، َوأَقَهرهُ عَلِ ٌّي، َزاَدهُ عُثَْما ُن ِْلَا َجِة النها ِس إِلَْيِه، أََذا ُن الْجُُمعَِة اْلَهوُل: َوِم ْن َذلِ َك... .عَلَيِْه
Antaranya, azan pertama pada hari Jumaat. Ia ditambah oleh ‘Utsman (ibn ‘Affan radhiallahu 'anh)
kerana keperluan orang ramai dan ia dipersetujui oleh ‘Ali (bin Abi Thalib radhiallahu 'anh). Amalan ini
diteruskan oleh umat Islam (selepas zaman dua khalifah tersebut).
. َولََعلههُ أََراَد َما أََراَد أَبُوهُ ِف قِيَاِم َرَم َضا َن،ٌ ُهَو بِْدعَة:َوُرِو َي َع ِن ابْ ِن عُ َمَر أَنههُ قَا َل
Sementara diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa dia berkata, “Itu adalah bid’ah!” Kemungkinan
besar apa yang beliau maksudkan adalah sama seperti yang dimaksudkan oleh ayahnya tentang solat
432
Demikianlah juga apabila diriwayatkan daripada generasi Salaf bahawa mereka
mempelbagaikan jumlah rakaat solat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga 40 rakaat.
Pada zahirnya kelihatan seolah-olah mereka mencipta bid’ah dengan mempelbagaikan
jumlah rakaat Solat Tarawih. Akan tetapi pada hakikatnya ia adalah selari dengan sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Ini kerana solat Tarawih pada asalnya adalah solat malam (qiamulail) dan seseorang
itu bebas melaksanakan solat malam dua rakaat, dua rakaat, sebanyak yang disukainya.
Dalilnya adalah hadis berikut di mana ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma
menceritakan,
َكْي َف َصَلَةُ اللهْي ِل؟: فََقا َل.أَ هن َر ُجَلً َجاءَ إَِل النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َوُهَو َيْطُ ُب
Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda
sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?”
. َمثََْن َمثََْن فَإِ َذا َخ ِشي َت ال ُّصْب َح فَأَْوتِْر بَِوا ِح َدة تُوتُِر لَ َك َما قَْد َصلهيْ َت:فََقا َل
Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu
Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.527
Jawapan Keenam, sebahagian hadis yang dikemukakan sebagai dalil bahawa
(Tarawih) malam Ramadhan (bahawa ia adalah bid’ah dari aspek bahasa). [Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, jld. 2,
m.s. 128-129.]
Adapun azan tiga kali yang dilaksanakan di Malaysia pada masa kini pada hari Jumaat, ia adalah bid’ah dan
bukannya sunnah. Ini kerana kesemua tiga azan tersebut dilaungkan selepas masuknya waktu Zohor. Bezakan bahawa:
• Jika waktu Zohor masuk pukul 1.20 petang, maka susunan bagi tiga azan pada hari Jumaat yang dilakukan oleh
‘Utsman bin ‘Affan:
- 12.50 petang = azan bagi mengingatkan orang ramai bersiap sedia ke masjid.
- 1.20 petang = imam duduk di mimbar -> azan -> khutbah.
- 1.35 petang = azan yakni iqamat -> solat Jumaat.
• Jika waktu Zohor masuk pukul 1.20 petang, bid’ah yang berlaku pada masa kini:
- 1.20 petang = azan bagi menandakan masuk waktu Zohor. Jemaah di masjid melaksanakan solat sunat
qabliyyah Jumaat.
- 1.25 petang = imam duduk di mimbar -> azan -> khutbah.
- 1.40 petang = azan yakni iqamat -> solat Jumaat.
527 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya, hadis no.: 453/473 (Kitab al-Solat, Bab Duduk
berlingkaran dalam masjid).
433
kononnya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah, ia bukanlah bid’ah
yang dilarang oleh syari’at Islam. Sebaliknya ia adalah urusan dunia atau urusan dunia yang
membantu agama.
Hadis ‘Abdullah ibn Mas’ud menyusun lafaz selawat sendiri misalnya, ia bukanlah
bid’ah. Ini kerana selawat asalnya adalah mendoakan Rasulullah dan dalam berdoa
seseorang itu dibolehkan menyusun lafaz sendiri. Asalkan dalam susunan lafaz selawat
tersebut tidak terkandung meminta tolong kepada Rasulullah baik secara jelas mahupun
tersembunyi atau berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah. Ini kerana yang pertama
adalah syirik kepada Allah sementara yang kedua tidak disukai oleh Rasulullah sebagaimana
pesan baginda,
.ُ َوَر ُسولُه،ِ فَُقولُوا َعبْ ُد اَّهلل،ُ فَِإَّهنَا أَََن عَْب ُده،َّلَ تُطُْروِّن َك َما أَطَْر ْت النه َصاَرى ابْ َن َمْريََم
Janganlah berlebih-lebihan memuji aku sebagaimana kaum Nasrani (Kristian)
berlebih-lebihan memuji (Nabi ‘Isa) ibni Maryam. Ini kerana sesungguhnya aku tidak lain
adalah hamba-Nya, maka berkatalah hamba Allah dan Rasul-Nya.528
Apa yang bid’ah dalam selawat ialah cara dan masa berselawat. Contoh bid’ah cara
ialah konsert selawat, nyanyian selawat dan selawat secara berjemaah. Contoh bid’ah masa
ialah mengkhususkan selawat tertentu di antara solat-solat Tarawih.
528 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3189/3445 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab
firman Allah, “Dan bacalah di dalam al-Qur’an tentang Maryam…” , Maryam 19:16).
434
Soalan Lazim 10: Bid’ah Haqiqiyah Dan Bid’ah Idhofiyah
Sebahagian pihak berhujah, yang dilarang ialah bid’ah haqiqiyah sementara terhadap
bid’ah idhofiyah kita boleh berlapang dada dan bersikap toleran.
Mereka berhujah lagi bahawa bid’ah haqiqiyah ialah bid’ah yang secara
keseluruhannya adalah baharu dan tiada langsung asalnya daripada al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (totally new). Bid’ah seperti inilah yang dilarang.
Adapun bid’ah idhofiyah, maka ia dari satu sisi memiliki asal daripada al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah sementara dari satu sisi lain ia adalah baharu berbanding al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah (part of it has some basis in the al-Qur’an and Sunnah while the other
part of it is new). Jika sisi yang baharu mewakili kebanyakan daripada amalan tersebut (most
of it), maka ia dilarang. Sebaliknya jika sisi yang baharu hanya mewakili bahagian yang kecil
daripada amalan tersebut (a small part of it), maka ia tidak mengapa.
Hujah ini dijawab, bahawa bid’ah haqiqiyah adalah sesuatu yang sangat jarang
berlaku. Sangat jarang sehingga saya tidak dapat mengemukakan satu contoh bid’ah
haqiqiyah yang lazim berlaku di kalangan umat Islam Malaysia. Bid’ah ini jarang berlaku
kerana jika ia muncul, ia akan mudah dikenali dan segera dilarang.
Adapun bid’ah idhofiyah, maka inilah bentuk bid’ah yang sangat kerap berlaku.
Bahkan ia adalah bid’ah yang amat bahaya kerana kebanyakan orang tertipu dengan satu
sisinya yang memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, lalu menganggap
keseluruhannya adalah baik dan dibolehkan.
Seterusnya, bid’ah idhofiyah ditolak dengan dua hujah.
Hujah Pertama, bid’ah idhofiyah pernah berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Apakah reaksi Rasulullah terhadap bid’ah tersebut? Ayuh kita semak
hadisnya yang disampaikan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh,
َُوا ِج النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم يَ ْسأَلُو َن عَ ْن ِعبَاَدِة النهِِب َصلهى اَّهلل.َعلَْيِه َو َسلهَجَماءَفَلَثَهَمالثَأةُُ ْخَرِبْهُرواط َكإِأَََْهنلُْمبُيُتَوَقاُلِّتوَهأَاْز
Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan
bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka tatkala dikhabarkan
435
kepada mereka tentang (ibadah baginda), mereka merasakan ia hanyalah sedikit.
. َوأَيْ َن َْن ُن ِم ْن النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم قَْد غُِفَر لَهُ َما تََق هدَم ِم ْن ذَنْبِِه َوَما َتَ هخَر:فََقالُوا
Mereka berkata, “Di manakah kita jika dibandingkan dengan Nabi shallallahu
'alaihi wasallam, kerana sudah diampunkan untuk baginda dosa-dosa yang telah lalu dan
yang akan datang?”
:آ َخُر َوقَا َل :أُفْ ِطُر َوَّل ال هد ْهَر أَ ُصوُم أَََن :آ َخُر َوقَا َل :أَبًَدا اللهْي َل أُ َصلِي أَهما أَََن فَِإِّن :أَ ْعتَِزُقَلااَللنِأََسَاحءَُدفَُهَْمل أَََن
.أَتََزهو ُج أَبًَدا
Berkata salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, maka sesungguhnya aku
akan solat malam sepanjang malam.” Berkata yang lain, “Aku akan berpuasa sepanjang
tahun dan aku tidak akan berbuka.” Dan berkata yang lain, “Aku akan menjauhi wanita
dan aku tidak akan menikah selama-lamanya.”
أََما َواَّهلِل إِِّن االهلنِِذيَسَناءَقُْلفَتَُمْمْنَكََرذاغِ ََوبَك َذاَع؟ْن أَنْتُْم:فََقاَل اأََّهللُُصومُعَلَْيَوِهأُفْ َِوطُرَسلهََموأُ إَِلصَْيلِِهيْم لََصلهكِِىن َِر ُسوُل اَّهلل َشا ُكفَْمَجَاِّهلءَِل.َِْملَِنْخ
ُسنهِت فَلَْي َس َوأَْرقُُد َوأَتََزهو ُج َُوأَتَْقا ُك ْم لَه
Maka datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka lalu
bertanya, “Kaliankah yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Sesungguhnya aku
adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalangan kalian dan aku juga yang paling
bertakwa kepada-Nya di kalangan kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka,
aku solat dan juga tidur serta aku menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku,
maka dia bukanlah daripada golonganku.” 529
Dalam hadis di atas, tiga orang sahabat ingin menambah ibadah mereka kerana
merasakan ibadah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah sedikit. Ibadah yang ingin
529 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4675/5063 (Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk
bernikah).
Sebahagian sarjana berkata, hadis ini melarang daripada melampaui batas (ghuluw) dalam beramal ibadah.
Saya berkata, seandainya apa yang dirancang oleh tiga sahabat itu adalah ghuluw, nescaya Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam akan melarang mereka sambil mengaitkannya dengan larangan ghuluw. Ini sebagaimana yang baginda
lakukan dalam hadis-hadis lain yang berkaitan ghuluw.
Akan tetapi apabila Rasulullah melarang mereka sambil mengaitkannya dengan sunnah baginda, bererti apa
yang mereka lakukan adalah berlawanan dengan sunnah, yakni bid’ah.
436
mereka tambah bukanlah sesuatu yang baharu sepenuhnya (bukan bid’ah haqiqiyah) tetapi
ibadah yang memiliki dasar daripada al-Qur’an dan sunnah (bid’ah idhofiyah).
Solat malam misalnya, amatlah dianjurkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala,
تَ ْعلَُم فََل )16( يُنْ ِف ُقو َن َرَزقْنَا ُه ْم َوِِمها َوطََم ًعا األَْ َْعمَُّيضا َِججَِزاعءًيَِِْدبَاعُوَكاَننَُوارِهبُيَْمْع َمَلخُْووفًَنا َِمتاَتَأَُجْخاِفََفَي َُْجلُنُْموُِبِمُْمْن َعقُهِرنة
.)17( نَْف ٌس
Sisi badan mereka jauh daripada tempat tidur (kerana bangun untuk solat malam),
mereka selalu berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan berharap, dan
mereka menyedekahkan daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka.
Maka tidak seorangpun (daripada mereka) yang mengetahui apa yang dirahsiakan
kepada mereka daripada (pelbagai nikmat) yang indah dipandang (di syurga kelak),
sebagai balasan terhadap apa yang mereka amalkan.
Bagi orang yang berpuasa wajib pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan
banyak berpuasa sunat sepanjang tahun, disediakan sebuah pintu khas bagi mereka di
syurga kelak. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
َّلَ يَْد ُخلُ ِمنْهُ أَ َح ٌد، يَْد ُخ ُل ِمنْهُ ال هصائُِموَن يَْوَم الِقيَاَمِة،إِ هن ِف الجَنهِة َِبًِب يَُقا ُل لَهُ الهرَهي ُن
: يَُقا ُل،غَْْيُُه ْم
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang digelar “al-Rayyan”,
orang-orang yang lazim berpuasa akan memasukinya pada Hari Kiamat (kelak). Selain
mereka, tidak ada seorang jua yang dapat memasukinya. Dikatakan,
أَيْ َن ال هصائُِموَن؟
“Di manakah orang-orang yang lazim berpuasa?”
. فَإِذَا َد َخلُوا أُ ْغلِ َق فَلَْم يَْد ُخ ْل ِمْنهُ أَ َح ٌد،فَيَ ُقوُموَن َّلَ يَْد ُخ ُل ِمْنهُ أَ َح ٌد َغْْيُُه ْم
Maka berdirilah mereka (untuk memasuki pintu al-Rayyan). Selain mereka tidak
ada seorang jua yang dapat memasukinya. Maka apabila mereka telah memasukinya,
437
pintu ditutup sehingga tiada seorang jua lagi yang dapat memasukinya.530
Sementara tentang pernikahan pula, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
ِ هن ِم ْن أَْزَوا ِج ُك ْم َوأَْوَّلِدُك ْم عَ ُدًّوا لَ ُك ْم فَا ْح َذُروُه ْم َوإِ ْن تَ ْعُفوا َوتَ ْصَف ُحوا.َوتَغِْفُرواََيفَِإأَهُنيَّاهَاّهللَالهَغِذيُفوَنٌر آَرَمِنُحيواٌمإ
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di kalangan isteri-isteri kalian
dan anak-anak kalian ada yang menjadi musuh bagi kalian, maka berhati-hatilah
terhadap mereka.
Namun jika kalian memaafkan mereka, tidak marahkan mereka dan
mengampunkan kesalahan mereka, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Taghabun 64:14]
Pun begitu, bid’ah idhofiyah yang mereka rancang terus ditolak oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dengan sabda baginda “Sesiapa yang membenci sunnahku,
maka dia bukanlah daripada golonganku.”
Hadis ini menunjukkan bahawa bid’ah idhofiyah tetap merupakan bid’ah yang
ditolak. Bahkan ditolak dengan penolakan yang tegas berdasarkan sabda baginda “Sesiapa
yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.”
Hujah Kedua, menerima atau menolak bid’ah idhofiyah berdasarkan ukuran
bahagian yang memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah dengan bahagian yang baharu
berbanding al-Qur’an dan sunnah, adalah sesuatu yang amat sukar lagi subjektif. Berikut
dikemukakan satu contoh bid’ah idhofiyah, iaitu mengucapkan “Selamat…” sempena hari
perayaan agama kaum lain.
530 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1763/1896 (Kitab al-Shaum, Bab pintu al-
Rayyan bagi orang yang lazim berpuasa).
438
Mengkaji Ucapan “Selamat…” Perayaan Agama Lain
Ada sebahagian agamawan yang menganjurkan ucapan “Selamat…” sempena
perayaan agama kaum lain berdasarkan beberapa ayat al-Qur’an, yakni:
• al-Mumtahanah 60:08
ِذي َن ََلْ يَُقاتِلُوُك ْم ِف ال ِدي ِن َوََلْ َُيِْر ُجوُك ْم ِم ْن ِدََيِرُك ْم أَ ْن تَبَُرّوُه ْم َوتُْق ِسطُوا إِلَيِْه ْم.إِ هن اََّّهلللَيََْنُِيَهاُّبُك اُملْاَُمّهْلقلُِسَعِطِنّاَيله
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-
orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari
negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
Maka mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama termasuk dalam
rangka berbuat baik kepada kaum bukan Islam yang dibolehkan hukumnya.
• al-Nisa’ 4:86
.َوإِذَا ُحيِيتُْم بِتَ ِحيهة فَ َحُيّوا ِبَ ْح َس َن ِمْن َها أَْو ُرُّدوَها إِ هن اَّهللَ َكا َن َعلَى ُك ِل َش ْيء َح ِسيبًا
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).
Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.
Maka apabila kaum belum Islam mengucapkan “Selamat Hari Raya”, maka hendaklah
membalas balik dengan “Selamat….” pada hari perayaan agama mereka.
• al-Nahl 16:125
.ا ْدعُ إَِل َسبِي ِل َربِ َك ِبْْلِ ْك َمِة َوالْ َمْو ِعظَِة اْْلَ َسنَِة َو َجاِدْلُْم ِبلهِت ِه َي أَ ْح َس ُن
Berdakwahlah ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan
berdebatlah dengan mereka (jika perlu) dengan apa yang lebih baik.
Maka mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah
satu bentuk dakwah kepada mereka.
Pada waktu yang sama, ada sebahagian agamawan berpandangan bahawa
mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah bid’ah kerana ia
439
tidak memiliki asal daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda sebagai
penjelas al-Qur’an (al-Nahl 16:44 & 64) tidak pernah mentafsirkan ayat-ayat di atas, sama
ada melalui ucapan, perbuatan mahupun persetujuan sebagai mengucapkan “Selamat…”
sempena hari perayaan agama kaum lain.
Padahal baginda hidup bersama kaum Yahudi dan Nasrani, berbuat baik kepada
mereka, membuat perjanjian damai dengan mereka, bermuamalah dengan mereka dan
berdakwah kepada mereka. Namun di sebalik semua itu, baginda tidak pernah
mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama mereka.
Selain itu mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah
juga sesuatu yang baharu kerana menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
عَابٌِد أَََن َوَّل )3( أَ ْعبُ ُد َما َعابِ ُدو َن أَِدنْيتُِْنم َوَّل )م2ْ لَتَ ْعُكبُْمُدوِديَننُ (ُك َم)ا5()َماَّلأَ أْعَبُْعُبُدُد1أََُيوََّّلهاأَناْلْتُْمَكافَِعُاربِوَُدنو(َن قُ ْل ََي
َوَِل )4( عَبَ ْدُْت
.)6( َما
Katakanlah (umat wahai Islam kepada manusia seluruhnya): “Wahai orang-orang
kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah secara kamu
beribadah. Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu
agama kamu dan bagiku agamaku.” [al-Kafirun 109:1-6]
Ringkasnya, dibolehkan berbuat baik kepada kaum belum Islam dan membalas
ucapan-ucapan mereka selagi mana tidak melibatkan urusan agama. Jika melibatkan urusan
agama, maka bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.531
Selain itu mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain
sebagai satu bentuk dakwah adalah sesuatu yang baharu kerana menyelisihi firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,
531 Contohnya jika rakan belum Islam mengucapkan, “Selamat pagi” kepada kita, maka boleh membalas dengan
yang sama, “Selamat pagi” atau membalas dengan yang lebih baik, “Selamat pagi. Wah! Kamu nampak kemas hari ini”.
Ia dibolehkan kerana tidak melibatkan urusan agama. Demikian juga beberapa ucapan lain seperti, “tahniah di atas bayi
yang baru dilahirkan” dan “semoga berjaya dalam penyampaian anda”.
Namun jika rakan belum Islam mengucapkan, “Selamat Hari Raya” kepada kita, maka tidak boleh membalas,
“Selamat Hari Natal” kerana ia melibatkan urusan agama. Sebaliknya balaslah dengan yang sama, yakni,“Terima kasih”
atau balaslah dengan yang lebih baik, “Terima kasih, jemputlah memeluk Islam supaya kita sama-sama meraikan Hari
Raya”.
440
.)4( ) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد3( ) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد2( ) اَّهللُ ال هص َم ُد1( قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد
Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang
Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak
dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:1-4]
Bermaksud, kita sepatutnya berdakwah menjemput mereka kepada Allah, tuhan
yang satu lagi tidak memiliki anak. Lalu bagaimana mengucapkan “Selamat…” sempena hari
perayaan tuhan-tuhan selain Allah dan sempena hari kelahiran anak tuhan dijadikan alasan
berdakwah? Tentu tidak.
Ucapan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah juga sesuatu
yang baharu kerana menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.َوتَ َعاَونُوا عَلَى الِْبِر َوالتهْقَوى َوَّل تَعَاَونُوا عَلَى اْلِإُِْث َوالْعُ ْدَوا ِن َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َش ِدي ُد الْعَِقا ِب
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. Dan
bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi
sesiapa yang melanggar perintah-Nya). [al-Maidah 5:02]
Mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain termasuk dalam
erti tolong menolong kerana melalui ucapan itu kita menyatakan sokongan terhadap apa
yang mereka raikan. Justeru sama ada ucapan “Selamat…” atau “Selamat… bagi mereka
yang menyambutnya”, kedua-duanya termasuk dalam rangka tolong menolong yang
dilarang oleh Islam.
Demikianlah bagaimana mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama
kaum lain adalah satu bid’ah idhofiyah. Ini kerana dari satu sisi ia memiliki asal daripada al-
Qur’an (60:08, 4:86 & 16:125) sementara dari sisi lain ia tidak memiliki asal daripada sunnah
kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada kaum
Yahudi dan Nasrani pada zaman baginda. Lebih dari itu ucapan tersebut menyelisihi ayat-
ayat al-Qur’an yang lain (109:1-6, 112:1-4 & 5:02]
Merujuk kepada pelajaran sebelum ini (Bid’ah Haqiqiyah dan Bid’ah Idhofiyah),
perhatikan betapa sukar menentukan bahagian manakah yang lebih besar, sisi yang
441
memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam atau sisi
yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.
Maka yang lebih selamat dan menepati ajaran al-Qur’an serta sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam adalah meninggalkan ucapan “Selamat…” sempena hari
perayaan agama kaum lain.532
Ayuh Menjadi Ibadur Rahman
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
...َوعِبَاُد الهرْْحَ ِن اله ِذي َن
Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman itu adalah mereka yang… [al-Furqan 25:63]
Mulai ayat 63 surah al-Furqan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan beberapa
ciri orang yang Ibadur Rahman, yang bermaksud hamba-hamba (Allah) al-Rahman.
Sebenarnya, semua manusia adalah hamba Allah. Akan tetapi apabila disebut Ibadur
Rahman, bererti hamba-hamba yang terpillih lagi istimewa di sisi Allah.
532 Sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya memiliki pendirian yang teguh. Janganlah dalam rangka berbuat baik
kepada kaum bukan Islam, kita mencair dan melebur semata-mata untuk menjaga hati mereka sehingga
membelakangkan pendirian agama sendiri.
Mencair sehingga sanggup bersikap hipokrit terhadap diri sendiri dengan memberi alasan “Kami sekadar
mengucapkan selamat, tetapi tidak meniatkannya” atau “Kami hanya mengucapkan tahniah, tanpa memaksudkannya”.
Melebur sehingga membuat-buat alasan “Kami mengucapkan selamat tanpa membenarkan agama mereka”
atau “Kami mengucapkan tahniah tanpa mengiktiraf sambutan mereka” padahal yang diucapkan selamat dan tahniah
itu adalah hari yang merupakan syiar (lambang kebesaran) bagi agama tersebut.
442
Kemudian Allah menggunakan salah satu nama-Nya, yakni al-Rahman yang bererti
Maha Pengasih. Maka Ibadur Rahman bererti hamba-hamba yang terpilih lagi istimewa di
sisi Allah, lagi disayangi oleh-Nya.
Apakah ciri-ciri Ibadur Rahman? Salah satu daripadanya adalah,
.َواله ِذي َن َّل يَ ْشَه ُدوَن الُّزوَر
Dan orang-orang yang tidak menyaksikan al-Zur. [al-Furqan 25:72]
al-Zur bermaksud segala perkara palsu atau kepalsuan yang pada zahir nampak
benar. Ia seperti orang musyrik yang menyembah berhala. Bagi mereka, berhala itu adalah
tuhan yang benar. Akan tetapi pada hakikatnya berhala itu adalah tuhan yang palsu.
Ia juga seperti kaum kafir yang meraikan perayaan keagamaan mereka kerana bagi
mereka ia adalah syi’ar (lambang kebesaran) agama yang mereka yakini benar. Namun pada
hakikatnya ia adalah agama yang palsu, sekali gus merupakan hari perayaan yang palsu.
al-Zur juga merujuk kepada maksiat kerana orang yang minum arak, berjudi dan
menonton tarian wanita, dia menganggap semua itu adalah sesuatu yang menggembirakan
dirinya. Namun ia adalah kegembiraan yang palsu kerana semua itu memudaratkan dirinya.
al-Zur juga merujuk kepada orang yang berdusta kerana dia melakukan pendustaan
itu agar kelihatan benar. Namun pada hakikatnya ia adalah palsu.
al-Zur juga merujuk kepada bid’ah kerana ia pada zahirnya kelihatan sebagai
sebahagian daripada Islam. Namun pada hakikatnya ia bukan daripada Islam, tetapi satu
kepalsuan di atas nama Islam.
Orang yang beraqidah “Allah ada di mana-mana” misalnya, dia meyakini bahawa
itulah aqidah yang benar. Namun pada hakikatnya ia adalah aqidah yang palsu.533 Orang
yang menganjurkan majlis Solat Hajat Perdana misalnya, dia meyakini bahawa itulah ibadah
yang benar. Namun pada hakikatnnya ia adalah ibadah yang palsu.534
Demikianlah dengan pelbagai bid’ah yang lain, baik dari aspek aqidah, ibadah, hukum
533 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Aqidah “Allah Di Mana-Mana”
534 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Amalan Solat Hajat Berjemaah
443
atau fiqh hati. Orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkannya menyangka ia adalah
sesuatu yang benar. Padahal ia adalah sesuatu yang palsu, berbeza daripada syari’at Islam
yang tulen.
Berbalik kepada ayat 72 surah al-Furqan, Ibadur Rahman bukanlah sekadar mereka
yang tidak melakukan al-Zur, tetapi lebih hebat daripada itu, mereka tidak menyaksikan al-
Zur. Bererti Ibadur Rahman adalah mereka yang tidak hadir apabila al-Zur berlaku, tidak
menyaksikan al-Zur baik secara langsung (live) atau melalui TV, komputer dan telefon.
Ringkasnya, Ibadur Rahman adalah mereka yang menjauhi al-Zur dan menutupi semua
jalan-jalan yang boleh mengarah kepada al-Zur.
Ini sebagaimana firman Allah 'Azza wa Jalla, .َوَّل تَْقَربُوا الِزََن
Dan janganlah kalian menghampiri zina. [al-Isra’ 17:32]
Allah tidak sekadar melarang zina tetapi memerintahkan agar menjauhi zina dan
menutupi semua jalan-jalan yang boleh mengarah kepada berlakunya zina.
Merujuk kepada bid’ah, Ibadur Rahman bukan sahaja tidak mencipta, meyakini
mahupun mengamalkan bid’ah, tetapi juga tidak hadir dalam majlis ilmu yang bid’ah,535
tidak hadir dalam majlis yang diasaskan di atas aqidah yang bid’ah536 dan tidak hadir dalam
majlis yang mengamalkan ibadah yang bid’ah.537 Ibadur Rahmah juga tidak menyaksikan
majlis-majlis bid’ah di TV, komputer atau telefon.
Ibadur Rahman juga tidak berbicara dengan orang yang yang menegakkan bid’ah
melainkan untuk menegurnya dan membetulkan bid’ahnya itu.
535 Seperti ceramah atau kuliah yang mengajar aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu, yang berbeza
dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang asal.
536 Seperti majlis qasidah di mana diyakini Rasulullah akan turut hadir dalam majlis itu.
537 Seperti zikir secara kuat lagi berjemaah selepas solat fardhu yang lazim diamalkan di Malaysia. Disebabkan
lafaz atau bilangan zikir tersebut adalah bid’ah, maka sebaik sahaja selesai solat berjemaah saya akan bangun
meninggalkan saf, kecuali jika terhalang dengan makmum masbuq yang masih solat di belakang. Kemudian saya zikir
bersendirian di satu sudut lain di masjid.
444
Buku-Buku Lain oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Boleh juga dirujuk dalam bentuk e-book atau muat turun PDF di www.hafizfirdaus.com
1. Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu.
2. Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca atau Tidak?
3. Marilah Berselawat Ke Atas Rasulullah.
4. Marilah Mendirikan Sembahyang.
5. Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam.
6. Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan.
7. Solat Tarawikh: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa Yang Menetapkannya kepada 20
Rakaat.
8. 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.
9. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah.
10. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Musykil.
11. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke
Atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari.
12. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad.
13. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 2: Hukum dan Syarat-Syaratnya.
14. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri
Pertama: Definisi Syi‘ah al-Rafidhah, Sejarah Kelahiran Syi‘ah al-Rafidhah dan 5
Strategi Asas Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Berhujah.
15. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri
Kedua: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang Dijadikan Hujah
Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan Khalifah.
16. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri
Ketiga: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Hadis-Hadis Rasulullah Yang Dijadikan
Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan Khalifah.
445
17. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri
Keempat: Jawapan Ahl al-Sunnah Berkenaan Sejarah dan Keutamaan Para Sahabat.
18. Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.
19. Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an.
20. Let’s Get Acquinted With Al-Qur’an. (Edisi terjemahan Inggeris Marilah
Berkenalan Dengan al-Qur’an)
21. Wahai Ibu! Wahai Ayah!
22. Dear Mom & Dad. (Edisi Terjemahan Inggeris Wahai Ibu! Wahai Ayah!)
23. 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid.
24. Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat
25. Looking For Allah’s Blessing Behind Differences of Opinion. (Edisi Terjemahan
Inggeris Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat)
26. Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
27. 7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam.
28. Membongkar Aliran Islam Liberal.
29. Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. (Ulasan ke atas karya
asal Syaikh Murad Syukri yang diterjemah oleh Ustaz Badrul Hisham bin Sulaiman).
30. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 1.
31. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 2.
32. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 3.
33. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 4.
34. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 5.
35. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 6.
36. Berdakwah Melalui Penulisan Efektif.
37. Fiqh Harta: Satu Pengenalan.
446
38. Cahaya Rohani (Buku 1)
39. Cahaya Rohani (Buku 2)
40. Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam.
41. Islam, Seks dan Jantina.
42. 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya.
43. Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah: Beberapa Semakan
Teliti Ke Atas Satu Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi.
44. Catatan Dari 40,000 Kaki (Buku 1).
45. 47 Persoalan Qadar dan Qadha.
46. 202 Pelajaran Berkenaan Poligami.
47. Pesan-Pesan Pernikahan.
48. Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu.
49. Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit.
50. Anda Bertanya, Kapten Menjawab: Soal Jawab Agama Tentang Keibubapaan dan
Anak-Anak.
51. Sunnah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Ghaib.
52. Pesan-Pesan Perkahwinan.
53. Daripada Suami Kepada Suami, 200 Ayat al-Qur’an Dan Hadis Untuk Dikongsi
Bersama.
54. Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa.
447
448