The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahfuza.mahmud, 2020-06-26 23:11:32

90 Bid'ah (A4)

90 Bid'ah (A4)

menilai amalan mereka itu.

Abu Musa (‘Abdullah bin Qais) radhiallahu 'anh berkata,

،‫َمنَا ِم ِه‬ ‫ِف‬ ُ‫أََره‬ ‫فَلَ ْم‬ ،‫لَْيلَة‬ ‫ذَا َت‬ ‫فَُق ْم ُت‬ ،ُ‫أَ ْص َحابُه‬ ُ‫َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َكا َن َْيُر ُسه‬ ‫أَ هن النهِهب‬
.‫ فََذ َهبْ ُت أَنْظُُر‬،‫َوَما َح َد َث‬ ‫فَأَ َخ َذِّن َما قَُدَم‬

Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selalu dijaga oleh para

sahabatnya. Pada suatu malam aku terbangun dan mendapati baginda tidak pada

tempat tidurnya sehingga akupun cemas memikirkan apa yang telah terjadi dan bakal

menjadi. Maka aku segera pergi mencari baginda.

َ‫فَ َجاء‬ ،‫َم َكاِْنَِما‬ ‫َعلَى‬ ‫فَ َوقَ َفا‬ ‫الهر َحا‬ ‫َه ِزي ِز‬ ‫ِمثْ َل‬ ‫ َصْوًَت‬:‫الَلِقيهصُْوت ِفَت َسفََِقماْعنََلا‬ ‫َقَو ْدَسلهلََمِق َِمي ْانلهقِِذبَِلي‬ ‫ِِبعَُلََعيْاِهذ‬ ‫أَََن‬ ‫فَِإ َذا‬ ‫النهُِّب‬
ُ‫الله‬ ‫َصلهى‬

Aku berselisih dengan Mu’az (bin Jabal) dan dia telah menemui apa yang aku temui

(yakni menemui Rasulullah). Kemudian kami mendengar suara seperti tiupan angin.

Maka kami berdua berhenti, lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dari arah suara

itu dan bertanya,

‫ََتِّن آت ِم ْن َرِبي عَهز َو َجله فَ َخْهيَِّن بََّْي أَ ْن يَْد ُخ َل نِ ْص ُف‬.َ‫أُهمِت الْجَنهَهةَْلَوتبََّْْدَيُروالَن هأشَيَْفاَنَعُِةكْنفَاُتْخ؟ََْتَوفُِيتَمالُكْنهشَفُاتَع؟ةَأ‬

“Tahukah kalian, di mana aku tadi berada dan aku sedang buat apa? Satu utusan

dari Rabbku ‘Azza wa Jalla mendatangiku lalu menawarkan pilihan antara setengah

daripada umatku masuk syurga atau (aku dapat memberikan) syafaat, lalu aku memilih

syafaat.”

.‫ ََي َر ُسوَل اللِه ا ْدعُ اللهَ َعهز َو َج هل أَ ْن َيْعَلَنَا ِف َشَفا َعتِ َك‬:‫فََقاَّل‬

Mereka berdua berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah 'Azza wa Jalla

agar menjadikan kami termasuk orang-orang yang mendapatkan syafaatmu.”

.‫ أَنْتُْم َوَم ْن َما َت َّل يُ ْشِرُك ِبللِه َشْيئًا ِف َشَفا َعِت‬:‫فََقا َل‬

Maka baginda bersabda: “Kalian dan orang-orang yang meninggal dunia dalam

keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua akan mendapatkan

201

syafaatku.”223

Berdasarkan hadis di atas, dapat dikenal pasti tiga kesalahan orang yang berqasidah
dengan “Madad ya Rasulullah”. Pertama, syafaat tidak akan terjadi di Akhirat kelak
melainkan dengan izin Allah. Dalam Ayatul Kursi yang lazim dibaca, Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,

‫َم ْن َذا اله ِذي يَ ْشَف ُع ِعْن َدهُ إَِهّل ِبِ ْذنِِه؟‬

Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya? [al-
Baqarah 2:255]

Dalam sebuah ayat yang lain,

.‫َما ِم ْن َشِفيع إَِهّل ِم ْن بَْع ِد إِْذنِِه‬

Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-
Nya. [Yunus 10:03]

Oleh itu apabila mengingini syafaat Rasulullah pada Hari Akhirat kelak, caranya ialah
memohon daripada Allah dan bukannya daripada Rasulullah.

Perkara ini difahami oleh Mu’az dan Abu Musa, sebab itulah mereka berdua berkata:
“Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah 'Azza wa Jalla agar menjadikan kami
termasuk orang-orang yang mendapatkan syafaatmu.”

Justeru meminta syafaat Rasulullah dengan berqasidah “Madad ya Rasulullah”
adalah satu kesalahan.

Kedua, syafaat Rasulullah akan diizinkan oleh Allah 'Azza wa Jalla bukan kepada
orang yang berqasidah tetapi kepada orang yang tidak menyekutukan Allah dengan apa jua.
Sabda Rasulullah dalam hadis di atas, orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan
tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua akan mendapatkan syafaatku.

Menyekutukan Allah bererti menjadikan sesuatu selain Allah sebagai tuhan, seperti
hawa nafsu, akal fikiran dan tuan guru. Ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam buku

223 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19618.

202

ini, dalam pelajaran Tauhid, Syirik dan Bid’ah.

Ketiga, Sunnah Taqririyah ialah apa yang dilakukan oleh para sahabat dan ia
dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sikap diam Rasulullah sudah cukup
untuk dikira sebagai persetujuan kerana seandainya ia sesuatu yang salah, baginda akan
terus membetulkannya tanpa lengah.

Diamnya Rasulullah terhadap permintaan Mu’az dan Abu Musa menunjukkan yang
sunnah ialah berdoa kepada Allah agar diizinkan syafaat Rasulullah di Hari Akhirat kelak.224
Adapun berqasidah “Madad ya Rasulullah”, maka tidak diketahui bahawa ia diajar oleh
Rasulullah mahupun diamalkan oleh generasi Salaf, sehingga menjadilah ia satu bid’ah.

Maka apabila orang-orang yang berqasidah “Madad ya Rasulullah” diseru untuk
menjadikan hadis di atas sebagai hakim, mereka yang benar imannya akan segera menyahut
seruan, mengkaji hadis yang dimaksudkan sambil membandingkannya dengan amalan
mereka, berkata “Kami dengar dan kami taat” dan akhirnya meninggalkan amalan itu.

Sementara orang-orang yang dalam dirinya ada ciri-ciri munafik, mereka enggan
menyahut seruan dan akan berpaling daripada hadis di atas. Inilah yang dimaksudkan
dengan firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk
dihakimi di antara mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling.

Kajian Ketiga, orang-orang yang berqasidah, mereka juga akan berselawat dalam
nyanyian-nyanyian mereka. Apakah selawat suatu amalan yang sunnah atau bid’ah?

Maka diajak orang-orang yang berselawat menjadikan al-Qur’an sebagai hakim yang
menilai amalan mereka itu sebagaimana firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada
Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka….

Di dalam al-Qur’an, Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

.‫إِ هن اَّهللَ َوَمَلئِ َكتَهُ يُ َصُلّو َن عَلَى النهِِب ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َصُلّوا عَلَْيِه َو َسلِ ُموا تَ ْسلِي ًما‬

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai

224 Antara sunnah lain untuk memudahkan keizinan Allah bagi mendapatkan syafaat Rasulullah ialah membaca
doa selepas azan dan memperbanyakkan selawat. Tentu saja yang dimaksudkan ialah doa dan selawat yang berasal
daripada sunnah, bukan yang bid’ah.

203

orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan berikanlah salam dengan
sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:56]

Memandangkan berselawat memiliki dalil di dalam al-Qur’an, orang-orang yang
memiliki ciri-ciri munafik akan segera datang menyahut seruan. Ini kerana mereka
mengetahui bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Inilah maksud firman Allah, jika
kebenaran itu berpihak kepada mereka, mereka akan datang kepada Rasulullah dengan
patuh.

Pada waktu yang sama diberikan penjelasan tambahan bahawa selawat hendaklah
dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya nyanyian yang kuat-kuat. Ini kerana selawat
adalah satu doa dan semua doa hendaklah berdasarkan garis panduan yang Allah tetapkan,

.‫اْدعُوا َربه ُك ْم تَ َضُّرعًا َو ُخْفيَةً إِنههُ َّل َُِي ُّب الْ ُم ْعتَ ِدي َن‬

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan lagi
tersembunyi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
[al-A’raaf 7:55]

Kemudian diberikan lagi penjelasan tambahan bahawa berselawat kepada Rasulullah
sudah cukup sebagaimana asalnya, tidak perlu ditambah dengan puji-pujian yang lain
kerana,

.ُ‫ َوَر ُسولُه‬،‫ فَُقولُوا عَبْ ُد اَّهلِل‬،ُ‫ فَِإَّهنَا أَََن عَْب ُده‬،‫َّلَ تُطُْروِّن َك َما أَطَْر ْت النه َصاَرى ابْ َن َمْريََم‬

Janganlah berlebih-lebihan memuji aku sebagaimana kaum Nasrani (Kristian)
berlebih-lebihan memuji (Nabi ‘Isa) ibni Maryam. Ini kerana sesungguhnya aku tidak lain
adalah hamba-Nya, maka berkatalah hamba Allah dan Rasul-Nya.225

Maka apabila diajak kepada penjelasan-penjelasan tambahan tentang etika
berselawat, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling kerana etika tersebut tidak selari
dengan kebiasaan mereka. Berbeza dengan orang-orang yang beriman, perkataan mereka
tidak lain adalah “Kami dengar dan kami taat”, lalu mereka segera meninggalkan selawat
dengan suara yang kuat dan selawat yang mengandungi tambahan pujian.

225 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3189/3445 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab
firman Allah, “Dan bacalah di dalam al-Qur’an tentang Maryam…” , Maryam 19:16).

204

Kisah Nabi Adam dan Iblis

Al-Qur’an telah mengisahkan bagaimana Nabi Adam ‘alaihis salam dan Iblis telah

diberi perintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, lalu kedua-duanya derhaka terhadap
perintah tersebut. Namun kedua-duanya memiliki sikap yang amat berbeza terhadap
penderhakaan itu. Marilah kita merenunginya dan mengambil iktibar daripadanya.

Nabi Adam

Perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Nabi Adam ‘alahis salam ialah beliau dan
isterinya boleh makan apa sahaja daripada makanan syurga kecuali buah daripada sejenis
pokok,

‫ُم ا ْس ُك ْن أَنْ َت َوَزْو ُج َك الْجَنهةَ فَ ُكَل ِم ْن َحْي ُث ِشْئتَُما َوَّل تَْقَرَِب َه ِذهِ ال هش َجَرةَ فَتَ ُكوََن‬.‫ِم َن الظهاَلوََِِيمّآَيَد‬

Dan wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah
dari makanannya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
[al-A’raaf 7:19]226

Namun disebabkan oleh bisikan syaitan kepada Nabi Adam, baginda dan isterinya
telah memakan buah pokok tersebut,

.‫فََو ْسَو َس إِلَيِْه ال هشيْطَا ُن قَا َل ََي آَدُم َه ْل أَُدُلّ َك عَلَى َش َجَرِة اْْلُْل ِد َوُملْك َّل يَْبلَى‬

Maka syaitan berbisik kepadanya dengan berkata, “Wahai Adam, mahukah aku
tunjukkan kepada kamu pokok al-Khuldi227 dan kerajaan yang tidak akan binasa?”

226 Perhatikan bahawa larangan dalam Islam bersifat “menjauhinya” atau “jangan menghampirinya”, bererti
semua jalan dan ruang ke arah larangan tersebut hendaklah ditutup rapat atau dielakkan. Jika jalan dan ruang itu
dibiarkan terbuka, kelemahan diri manusia ditambah dengan hasutan syaitan akan menyebabkan larangan itu mudah
dilanggar.

Dalam kisah Nabi Adam ‘alahis salam misalnya, Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak sekadar melarang makan
buah tetapi melarang menghampiri pokok buah tersebut.
227 Maksud al-Khuldi ialah kekal dan abadi, bererti jika Nabi Adam memakan buah daripada pokok al-Khuldi,
mereka berdua akan hidup kekal dan abadi. Rujuk Tafsir Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 120 surah Taha. Menarik untuk
diperhatikan bahawa dalam ayat 19 surah al-A’raaf, Allah tidak memberi nama kepada pokok itu, sebaliknya syaitanlah
yang memberikan nama al-Khuldi. Demikianlah cara syaitan menipu manusia, yakni dengan memberikan nama atau
gelaran yang indah kepada perkara yang dilarang.

205

ُ‫فَأَ َكَل ِمْن َها فَبَ َد ْت َْلَُما َسْوآُُتَُما َوطَِفَقا َيْ ِصَفا ِن َعلَْيِه َما ِم ْن َوَرِق الْجَنهِة َوعَ َصى آَدمُ َربهه‬
.‫فَغََوى‬

Maka mereka berdua memakan dari pokok itu, lalu terdedahlah kepada mereka
aurat masing-masing dan mereka mulai menutupnya dengan daun-daun dari syurga. Dan
dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersesatlah dia. [Taha 20:120-121]

Apakah sikap Nabi Adam setelah dia derhaka kepada Allah? Apakah dia membantah,
memberi alasan menjustifikasikan perlanggaran itu dan berazam untuk meneruskannya?
Atau Nabi Adam terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah? Jawapannya
terdapat dalam ayat berikut,

.‫قَاَّل َربهنَا ظَلَ ْمنَا أَنْ ُف َسنَا َوإِ ْن ََلْ تَ ْغِفْر لَنَا َوتَْرَْحْنَا لَنَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن‬

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami
sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” [al-A’raaf 7:23]

Perkataan Nabi Adam dan Hawa, “…kami telah menzalimi diri kami sendiri…”
menunjukkan mereka mengaku salah. Sementara perkataan mereka berdua, “…kalau
Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” menunjukkan mereka berdua terus meminta
ampun kepada Allah.

Inilah sikap yang betul lagi terpuji, yang patut dilakukan oleh sesiapa yang telah
derhaka atau melanggar perintah Allah, yakni mengaku salah dan terus meminta ampun
kepada Allah.

Iblis

Perintah Allah 'Azza wa Jalla kepada Iblis ialah dia sujud kepada Nabi Adam ‘alaihis

Sehingga kini syaitan sentiasa membisikkan kepada manusia dua perkara, hidup yang kekal abadi dan kerajaan
yang tidak akan binasa. Maka kerana itulah manusia selalu lupa tentang kematian dan membenci umur tua. Bahkan
membelanjakan banyak harta, masa dan fikiran agar dia sentiasa kelihatan muda.

Selain itu manusia juga sukakan kerajaan, yakni kedudukan dan harta yang tidak akan binasa, lalu berusaha
keras memelihara semua itu. Padahal jika semua itu digunakan pada jalan Allah ketika di dunia, nescaya mereka akan
memperolehi syurga yang tidak akan binasa di Akhirat kelak.

206

salam,

.‫َوإِْذ قُلْنَا لِْل َمَلئِ َكِة ا ْس ُج ُدوا ِْلَدَم فَ َس َج ُدوا إَِهّل إِبْلِي َس َكا َن ِم َن الْجِ ِن فََف َس َق عَ ْن أَْمِر َربِِه‬
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam lalu mereka sujud melainkan Iblis; adalah dia dari golongan jin,228 lalu dia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya. [al-Kahf 18:50]

Apakah sikap Iblis setelah dia derhaka kepada Allah? Apakah dia membantah,
memberi alasan menjustifikasikan perlanggaran itu dan berazam untuk meneruskannya?
Atau Iblis terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah? Jawapannya terdapat
ayat-ayat berikut.

Pertama, Iblis membantah perintah Allah 'Azza wa Jalla dengan sikap enggan,
sombong dan ingkar. Firman Allah,

.‫َوإِْذ قُلْنَا لِْل َمَلئِ َكِة ا ْس ُج ُدوا ِْلَدَم فَ َس َج ُدوا إَِهّل إِبْلِي َس أَََب َوا ْستَ ْكبَرَ َوَكا َن ِم َن الْ َكافِِري َن‬
Dan (ingatlah peristiwa) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada
Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; dia enggan, sombong dan
dari golongan yang ingkar. [al-Baqarah 2:34]

Kedua, Iblis memberi alasan bagi menjustifikasikan perbuatannya menderhakai
perintah Allah. Apabila Allah bertanya kenapa enggan mentaati perintah-Nya untuk sujud
kepada Adam, Iblis memberi alasan,

.‫قَا َل أَََن َخْْيٌ ِمنْهُ َخلَْقتَِن ِم ْن ََنر َو َخلَْقتَهُ ِم ْن ِطّي‬

Iblis berkata, “Aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau mencipta aku daripada
api sementara Engkau menciptanya daripada tanah.” [al-A’raaf 7:12 dan Shad 38:76]

.‫قَا َل ََلْ أَ ُك ْن ِْلَ ْس ُج َد لِبَ َشر َخلَْقتَهُ ِم ْن َصلْ َصال ِم ْن َْحَإ َم ْسنُون‬

Iblis berkata, “Aku tidak sekali-kali akan sujud kepada manusia yang Engkau

228 Di sini sering timbul kekeliruan, apakah Iblis dari golongan malaikat atau jin? Penjelasannya adalah seperti
berikut. Dalam kaedah bahasa Arab, apabila wujud dua kumpulan di mana satunya besar dan satu lagi kecil jumlahnya,
perintah kepada kumpulan yang besar merangkumi kumpulan yang kecil juga. Pada saat itu para malaikat membentuk
kumpulan yang besar manakala Iblis hanya seorang. Maka apabila perintah sujud kepada Nabi Adam ‘alahis salam
diseru kepada para malaikat, ia merangkumi Iblis juga meskipun dia (Iblis) adalah dari golongan jin.

207

menciptanya daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur yang dibentuk.”
[al-Hijr 15:33]

Bahkan Iblis bertanya kepada Allah, seolah-olah dia lebih mengetahui sementara

Allah tidak mengetahui,

‫قَا َل أََرأَيْتَ َك َه َذا اله ِذي َكهرْم َت َعلَ هي؟‬

Iblis bertanya, “Apakah Engkau tidak perhatikan, inikah yang Engkau muliakan di

atas aku?” [al-Isra’ 17:62]

Ketiga, kemudian Iblis berazam untuk terus derhaka dengan menyesatkan manusia

dari jalan Allah. Janji Iblis,

‫َوِم ْن‬ ‫أَيْ ِديِه ْم‬ ‫بَِّْي‬ ‫ِم ْن‬ ‫َْلتِيَنه ُه ْم‬ ‫) ُثه‬16( ‫قََاوََعلْنفَبأََِْيَمَااِْنِأَْمْغََوويْعَتَِْنن شََْمَلَاقْئِلِعُِهَدْمهنَوََّْللُْمَِت ُدِصَأرَا ْكطَثََرَكُه ْمالْ ُمَشاْسكتَِِِقرييََمن‬ ‫َخْلِفِه ْم‬
.)17(

Iblis berkata: “Disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar

akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan

mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan

Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. [al-A’raaf 7:16:17]229

.‫قَا َل َر ِب ِِبَا أَ ْغَويْتَِن َْلَُزيِنَ هن َْلُْم ِف اْلَْر ِض َوَْلُ ْغ ِويَنه ُه ْم أََْجَعَِّي‬

Iblis berkata, “Wahai Tuhan-ku, disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat,

aku benar-benar akan memperindahkan bagi mereka di bumi (apa yang sebenarnya salah

dan buruk) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:39]

Demikian kisah Nabi Adam ‘alahis salam dan Iblis. Antaranya ada kesamaan, iaitu
kedua-duanya telah derhaka kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antaranya ada
perbezaan, di mana Nabi Adam terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah.
Sementara Iblis membantah, memberi alasan menjustifikasi dan berazam untuk terus
derhaka dengan menyesatkan manusia.

229 Iblis dan syaitan akan datang mengganggu manusia dari pelbagai arah, kecuali dari atas dan bawah. Ini kerana
dari arah atas turunnya wahyu, yakni al-Qur’an dan tunjuk ajar Rasulullah (hadis). Dari arah bawah adalah tanah dan
Iblis amat membenci tanah sebagaimana yang dia sebut dalam ayat 33 surah al-Hijr.

208

Apa Kaitannya Dengan Bid’ah?

Di sini tentu timbul soalan daripada para pembaca, apakah kaitan kisah Nabi Adam
‘alahis salam dan Iblis dengan bid’ah? Penjelasannya adalah seperti berikut.

Pengalaman saya berbincang dengan orang-orang yang terlibat dengan bid’ah
membuahkan dua golongan. Golongan Pertama adalah mereka yang mengaku salah telah
terjebak dalam bid’ah dan segera meminta ampun kepada Allah. Mereka baru sedar bahawa
Allah dan Rasulullah telah melarang bid’ah dan keyakinan serta amalan bid’ah mereka
selama ini adalah satu penderhakaan. Kemudian mereka berazam untuk menjauhi bid’ah
dan mengajak ahli keluarga tersayang serta sahabat handai untuk turut menjauhinya.

Ringkasnya, sikap mereka apabila telah mengetahui bahawa bid’ah adalah satu
penderhakaan kepada Allah dan Rasulullah adalah seperti sikap Nabi Adam ‘alaihis salam.
Mereka mengucapkan “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” atau apa-apa lain yang seumpama.

Golongan Kedua adalah mereka yang enggan mengaku bahawa apa yang mereka
yakini dan amalkan selama ini adalah bid’ah. Mereka membantah, bersikap sombong
terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang melarang bid’ah serta ingkar
kepadanya. Sikap mereka ini mirip kepada sikap Iblis, Lalu mereka sekaliannya sujud
melainkan Iblis; dia enggan, sombong dan dari golongan yang ingkar.

Golongan Kedua ini juga gemar memberi alasan bagi menjustifikasikan keyakinan
serta amalan bid’ah mereka. Mereka memberi alasan, “Apa salahnya, bukankah ini baik?”,
seolah-olah mereka itu lebih baik daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Alasan
mereka ini mirip kepada alasan Iblis yang merasakan dirinya lebih baik berbanding Nabi
Adam, “Aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau mencipta aku daripada api
sementara Engkau menciptanya daripada tanah.”

Mereka juga kerap memberi alasan “Memang Nabi tak buat tetapi Nabi tak kata
jangan buat”, seolah-olah sedang memberi tunjuk ajar kepada Allah dan Rasulullah tentang
amalan yang lebih patut dilakukan. Alasan mereka ini mirip kepada sikap Iblis yang bertanya
kepada Allah, seolah-olah dia lebih tahu sedangkan Allah tidak tahu, “Apakah Engkau tidak

209

perhatikan, inikah yang Engkau muliakan di atas aku?”

Setelah itu mereka berazam untuk meneruskan keyakinan dan amalan yang bid’ah
itu serta mengajak manusia kepadanya. Keyakinan dan amalan bid’ah itu membentuk jalan
agama tersendiri, menyelisihi jalan Allah dan Rasulullah. Ini mirip kepada azam Iblis untuk
menyesatkan manusia dari jalan Allah, “Disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat,
aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.”

Seterusnya mereka memberi nama indah kepada keyakinan dan amalan bid’ah
tersebut. Nama indah itu adalah bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) atau bid’ah mahmudah
(bid’ah yang terpuji) dengan pengertian yang jauh bertentangan daripada pengertian asal
yang dimaksudkan oleh para sarjana Islam terdahulu. Ini mirip kepada perbuatan Iblis yang
memberikan nama indah al-Khuldi yang bererti kekal abadi kepada pokok yang dilarang oleh
Allah. Iblis juga berjanji, “Wahai Tuhan-ku, disebabkan Engkau telah menghukum aku
sesat, aku benar-benar akan memperindahkan bagi mereka di bumi (apa yang
sebenarnya salah dan buruk) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka
semuanya.”

Kepada Golongan Kedua yang tetap berdegil dengan keyakinan dan amalan bid’ah,
cubalah renungi dan bandingkan antara sikap anda dan sikap Iblis. Bukankah di sana
terdapat kemiripan? Kemiripan ini menunjukkan anda sedang mengikuti langkah-langkah
Iblis dan syaitan padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman,

‫َن آَمنُوا َّل تَتهبِعُوا ُخطَُوا ِت ال هشْيطَا ِن َوَم ْن يَتهبِ ْع ُخطَُوا ِت ال هشيْطَا ِن فَِإنههُ ََيُْمُر‬.‫ِبلَْف ْح َشََايِء أَُيَّوالَْهاُمْنالَهكِِذري‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan
itu menyuruh kepada perbuatan yang keji dan yang mungkar. [al-Nur 24:21]

Ketahuilah bahawa bid’ah adalah kesesatan yang boleh membawa kepada neraka,
sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫إِ هن أَ ْص َد َق اْْلَ ِدي ِث كِتَا ُب اَّهلِل َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُُمَ همد َو َشُّر اْلُُموِر ُُمْ َدََثُُتَا َوُك ُلّ ُُْم َدثَة‬

210

.‫بِْد َعةٌ َوُك ُلّ بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.230

Sementara menarik umat Islam kepada kesesatan sehingga akhirnya memasuki
neraka merupakan janji dan objektif utama Iblis dan syaitan, “…dan aku benar-benar akan
menyesatkan mereka semuanya.”

.‫إِ هن ال هشْيطَا َن لَ ُك ْم َع ُدٌّو فَاَهِت ُذوهُ َع ُدًّوا إَِّهنَا يَْدعُو ِحْزبَهُ لِيَ ُكونُوا ِم ْن أَ ْص َحا ِب ال هسعِِْي‬

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh
(kamu). Sesungguhnya (syaitan-syaitan) itu tidak lain hanya mengajak golongannya
supaya mereka menjadi penghuni neraka al-Sa’ir (yang menyala-nyala). [Fathir 35:06]

230 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

211

Ahli Kitab Dan Bid’ah

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

.‫ََي أَْه َل الْ ِكتَا ِب َّل تَ ْغلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق‬

Wahai Ahli Kitab,231 janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan
janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171]

Berkata Abu Syamah rahimahullah (665H) tentang ayat ini,

))‫إَِهّل اْْلق‬ ‫الله‬ ‫َوَّل تَقولُوا على‬ ‫َسب ََكّلَذلتِغلكوافَُِهفَودينغاُكلْم‬.‫افَللهكلغْيم َاونقْْلفدعققَالبَِلِلأماَسلارلاهنتمَمَعوَاقهاَاللهأَن(أَه(وََيَملِأْشَسهُارلوناعلَْحَوكالَتلْياه‬
‫قَائِل على‬ ‫فِي ِه‬ ‫ِف دينه ُمْبتَدع‬

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah

melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah

kecuali yang benar.”

Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia
disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam
agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak
benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.232

Antara bid’ah aqidah yang dilakukan oleh Ahli Kitab ialah mendakwa Allah memiliki
anak. Subhanallah! Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

.ِ‫َوقَالَ ِت الْيَ ُهوُد عَُزيٌْر ابْ ُن اَّهلِل َوقَالَ ِت النه َصاَرى الْ َم ِسي ُح ابْ ُن اَّهلل‬

Dan berkata kaum Yahudi, “ ‘Uzair anak Allah” dan berkata kaum Nasrani, “al-
Masih (Nabi ‘Isa) anak Allah”. [Taubah 9:30]

Ini adalah satu kesalahan yang amat besar. Allah menggambarkan betapa besar
kesalahan ini melalui firman-Nya,

231 Ahli Kitab ialah kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian). Mereka disebut “Ahli Kitab” kerana mereka masing-masing
telah diberikan kitab Taurat dan kitab Injil.

232 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21.

212

‫) أَ ْن َدعَْوا لِلهرْْحَ ِن َولًَدا‬90( ‫تَ َكاُد ال هس َماَوا ُت يَتََفطهْرَن ِمْنهُ َوتَْن َش ُّق اْلَْر ُض َوَِتُّر الْجِبَا ُل َه ًّدا‬
.)91(

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris
terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap; disebabkan mereka
mendakwa (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. [Maryam 19:90-91]

Antara bid’ah ibadah yang dilakukan oleh Ahli Kitab ialah Rahbaniyyah, iaitu
mengasingkan diri untuk memberi fokus kepada ibadah tanpa mahu hidup bermasyarakat,
menyuruh kepada kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang daripada kemungkaran (nahi ‘an
munkar). Tentang Rahbaniyyah ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

.‫َوَرْهبَانِيهةً ابْتَ َدعُوَها َما َكتَْبنَا َها عَلَْيِه ْم إَِهّل ابْتِغَاءَ ِر ْضَوا ِن اَّهلِل فََما َرعَْوَها َح هق ِرعَايَتَِها‬

Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah” padahal kami tidak mewajibkannya
ke atas mereka. (Mereka menciptanya tidak lain) kecuali untuk mencari reda Allah
(namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang
sepatutnya. [al-Hadid 57:27]

‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan bahawa Rahbaniyyah ini
bermula apabila raja-raja selepas Nabi ‘Isa ‘alahis salam mula mengubah isi kandungan kitab
Taurat dan Injil. Padahal pada ketika itu terdapat orang-orang beriman yang lazim membaca
kitab yang asli. Raja mengancam mereka, sama ada mereka dibunuh jika tetap membaca
kitab Taurat dan Injil yang asli atau mereka dibiarkan hidup jika membaca kitab yang telah
mereka ubah. Maka,

‫ ُثه ا ْعطُوََن َشْيئًا نَْرفَ ُع بِِه طَعَاَمنَا‬،‫ ابْنُوا لَنَا أُ ْسطَُوانَةً ُثه اْرفَعُوََن إِلَْي َها‬:‫ ُه ْم‬.‫فََقفَالََل ْنتَِرُدطَاعَئِلََفيْةٌُك ِْممْن‬،‫َو َشَرابَنَا‬

Berkata sekumpulan daripada mereka, “Binalah bagi kami sebuah menara tinggi
(atau biara di tempat yang tinggi) kemudian angkatlah kami ke sana. Kemudian berilah
kami sesuatu yang dengannya kami dapat mengangkat makanan dan minuman kami (ke
atas sana). Maka (dengan itu) kami tidak akan datang bergaul dengan kalian.”

‫ فَِإ ْن قََدْرُْت‬،‫ َوَْنِي ُم َونَ ْشَر ُب َك َما يَ ْشَر ُب الَْو ْح ُش‬،‫ َدعُوََن نَ ِسي ُح ِف اْلَْر ِض‬:‫َوقَالَ ْت طَائَِفةٌ ِمْن ُه ْم‬
213

.‫َعلَْينَا ِف أَْر ِض ُك ْم فَاقْتُلُوََن‬

Dan berkata sekumpulan lagi daripada mereka, “Biarlah kami mengembara bebas

di bumi ini, sehingga kami kehausan dan minum sebagaimana binatang liar minum.233

Jika kalian menangkap kami di wilayah kalian, maka bunuhlah kami.

،‫َعلَيْ ُك ْم‬ ‫نَِرُد‬ ‫فََل‬ ‫الْبُ ُقوَل‬ ‫َوَنََِْت ُث‬ ،‫اْلَِبَر‬ ‫تَ ِفُر‬.‫ي ِهَوْمَْن‬،ِ‫الََِْْفحيَياٌمِفف‬ ‫ِف‬ ‫ُدإَِهّولًرا‬ ‫َنابْانلَُْقوابَالَئِنَِال‬:‫ْتَولَْيطَائََِسفةٌأَ ِمَحْنٌدُه ْمِم‬،‫بَِوقَُكالَْم‬ ‫ََّنُُّر‬ ‫َوَّل‬
ُ‫َولَه‬

Dan berkata sekumpulan lagi daripada mereka, “Binalah untuk kami tempat

tinggal di padang pasir (atau di pedalaman), kami akan menggali perigi dan menanam

sayuran. Maka (dengan itu) kami tidak akan datang bergaul dengan kalian, bahkan tidak

akan melintasi wilayah kalian. Ini kerana tidak ada satu pun daripada kabilah-kabilah (di

luar sana) melainkan kami ada teman rapat di kalangan mereka (untuk berurusan apabila

perlu).

َ‫ ((َوَرْهبَانِيهةً ابْتَ َدعُوَها َما َكتَْبنَا َها َعلَْيِه ْم إَِهّل ابْتِغَاء‬:‫ َعهز َو َجله‬.ُ‫ فِرَأَعَنْاَيَزتَِلَهااَ)ّهل)ل‬،‫فََمفَاَفََعرلُعَْواوَهاذَلِ َحَكهق‬:‫ِر ْضَوا ِن اقََاّهلَلِل‬

‘Abdullah ibn ‘Abbas berkata, maka mereka melakukan yang sedemikian, lalu

Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah”

padahal kami tidak mewajibkannya ke atas mereka. (Mereka menciptanya tidak lain)

kecuali untuk mencari reda Allah (namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya

dengan pemeliharaan yang sepatutnya.” [al-Hadid 57:27]234

Merujuk kepada hadis di atas, mereka sepatutnya dipuji kerana tetap membaca kitab
Taurat dan Injil yang asli. Mereka tidak mahu mengikuti dan membaca kitab yang diubah
oleh para raja pada zaman mereka. Lalu apakah bid’ah yang mereka lakukan? Bid’ah yang
mereka lakukan, sehingga akhirnya meraih gelaran Rahbaniyyah, ialah mengasingkan diri

233 Maksudnya mereka akan mengembara sangat jauh sehingga habis bekalan air dan akan kehausan. Lalu mereka
minum di tempat yang tidak ada manusia kecuali binatang liar.

234 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 5305/5400 (Kitab Adab al-Qudhoh, Bab penjelasan firman
Allah “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan maka mereka kafir”).

214

daripada masyarakat kerana mahu terus beribadah membaca kitab Taurat dan Injil yang asli.

Sepatutnya mereka terus bersama masyarakat, terus melakukan amar ma’ruf

dengan menyuruh membaca kitab yang asli dan terus melakukan nahi ‘an munkar dengan

melarang daripada membaca kitab yang telah diubah. Selain itu memandangkan mereka

lazim membaca Taurat dan Injil, mereka dengan mudah dapat membezakan antara yang asli

dan yang telah diubah. Ini sepatutnya mereka lakukan meskipun nyawa mereka diancam

oleh raja-raja.

Setelah menyendiri di tempat yang asing dan jauh, mereka – para Rahbaniyyah –

terus fokus kepada ibadah sehingga mereka memberat-beratkan diri dalam beribadah.235

Kemudian mereka terasa berat dalam beribadah sehingga akhirnya mereka meninggalkan

ibadah tersebut kerana keletihan, kebosanan atau hilang semangat. Inilah yang

235 Ada yang berkata, Rahbaniyyah adalah mereka yang tidak mahu berkahwin atau tidak mahu mengadakan
hubungan seks (celibacy). Setakat ini saya tidak menemui dalil yang kuat bahawa Rahbaniyyah yang dimaksudkan dalam
ayat 27 surah al-Hadid merujuk kepada maksud itu.

Selain itu terdapat beberapa riwayat yang menyatakan Rahbaniyyah dalam Islam ialah jihad di jalan Allah. Ia
seperti berikut:

Riwayat Pertama: Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh bahawa seorang lelaki datang meminta wasiat
daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda bersabda,

ِ‫ َوَعلَيْ َك بِ ِذْكِر اللِه َوتَِلَوة‬،‫ فَِإنههُ َرْهبَانِيهةُ اْلِإ ْسَلِم‬،‫لَيْ َك ِِبلْجَِهاِد‬.َ‫ر َوِضع‬،َْ‫نههُوِذَرأْْكٌرُسلُكَِكل ِفَش اْيْلء‬،ِ‫اِءفَإ‬،‫ فَأُإِنوههُِصيَرْوَكُح بَِتَكْقَِوفىالالهلسِهَم‬،‫الُْقْرآ ِن‬

Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah kerana sesungguhnya ia adalah kepala segala
sesuatu. Hendaklah kamu berjihad kerana sesungguhnya ia adalah Rahbaniyyah Islam. Hendaklah kamu berzikir
kepada Allah dan membaca al-Qur’an, kerana sesungguhnya (membaca al-Qur’an itu) adalah percutian kamu di
langit sementara zikir (adalah percutian) bagi kamu di bumi. [Dha’if: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai
dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 11774]

Riwayat Kedua: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

.‫ َوَرْهبَانِيهةُ َه ِذهِ اْلُهمِة الْجَِها ُد ِف َسبِي ِل اللِه‬،ٌ‫لِ ُك ِل نَِب َرْهبَانِيهة‬

Bagi setiap Nabi ada Rahbaniyyah dan Rahbaniyyah umat ini adalah jihad di jalan Allah. [Dha’if: Dikeluarkan
oleh Ahmad dan sanadnya dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas
Musnad Ahmad, hadis no.: 13807]

Riwayat Ketiga: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

.ِ‫ َوَرْهبَانِيهةُ َه ِذهِ اْلُهمِة الْجَِها ُد ِف َسبِي ِل اَّهلل‬،ٌ‫لِ ُك ِل أُهمة َرْهبَانِيهة‬

Bagi setiap umat ada Rahbaniyyah dan Rahbaniyyah umat ini adalah jihad di jalan Allah. [Dha’if:
Dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan sanadnya dinilai dha’if oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad Abu
Ya’la, hadis no.: 4204]

215

dimaksudkan oleh ayat, …(namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya dengan

pemeliharaan yang sepatutnya. Perhatikan hadis berikut,

‫َزَما ِن‬ ‫ِف‬ ‫ِبلْ َم ِدينَِة‬ ‫َمالِك‬ ‫بْ ِن‬ ‫أَنَ ِس‬ ‫َعلَى‬ ُ‫َوأَبُوه‬ ‫ُهَو‬ ‫َد َخ َل‬ ُ‫أَنهه‬ ،.ُ‫َم َِدحيهنَدثِةَه‬،ْ‫أأََُِمماَْيُمةَال‬ ‫أَِبي‬ ‫بْ ِنأَ هنَعْب َِدس ْهالَْلَعِزيبِْزَن‬ ‫عُ َمَر‬
‫َوُهَو‬

Bahawa Sahl bin Abi Umamah menceritakan, bahawa dia bersama ayahnya masuk

menemui Anas bin Malik di Madinah pada zaman pemerintah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz.

(Ketika itu Anas) adalah gabenor Madinah.

:‫ فَلَ هما َسلهَم قَا َل أَِبي‬،‫فَِإذَا ُهَو يُ َصلِي َصَلةً َخِفيَفةً َدقِيَقةً َكأَْهنَا َصَلةُ ُم َسافِر أَْو قَِريبًا ِمْن َها‬

Apabila masuk, Anas sedang solat dengan solat yang nampak ringan lagi

singkat,236 seolah-olah dia sedang solat musafir atau yang mendekatinya. Tatkala Anas

memberi salam, ayah aku bertanya,

‫ أََرأَيْ َت َه ِذهِ ال هصَلةَ الْ َم ْكتُوبَةَ أَْو َش ْيءٌ تَنَهفْلتَهُ؟‬،ُ‫يَْرَْحُ َك اَّهلل‬

“Semoga Allah merahmati kamu, apakah solat yang aku lihat ini solat fardhu atau

sesuatu daripada solat sunat?”

‫ َوإِْهنَا لَ َصَلةُ َر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم َما أَ ْخطَأْ ُت إَِهّل َشْيئًا‬،ُ‫ إِْهنَا الْ َم ْكتُوبَة‬:‫قَا َل‬
.ُ‫َسَهْو ُت عَنْه‬

Anas menjawab, “Sesungguhnya ia adalah solat fardhu dan sesungguhnya ia

adalah sebagaimana solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah aku

menyalahinya melainkan jika ada sesuatu yang aku terlepas pandang daripadanya.”

‫فَتِلَّْلَكتُ بََشَقِداَُدَيواُه ْمعَلَِفى اأَلنُْفهصَِسواِمُكِْعم فََوايُل َِدشََهيدَِدر‬:‫ُل‬،‫عَلَْيفَِهَشَوهدََدسله اَمَّهللَُكا َعَنلَْييَِهُقْمو‬.‫َقدَإِْعُوهنًمواَهَار ُسَشَمواهدَلُدَكتَوااَْبّهلنَِلاعََلَهاَىصلهَعأَلَىنْْيُفِهالِْملسهُ)ِه)ْم‬:َ‫نفَِيهَقفةًَاإِاَهبلْنت‬،‫(عَ(لَْيَوَرُكْهْمبَا‬

Anas melanjutkan, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah

236 Sebenarnya Anas solat secara sederhana, tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat. Namun Sahl sejak awal
telah beranggapan solat para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentulah lama, sehingga apabila dia
melihat dengan matanya sendiri solat Anas, ia terasa ringan dan singkat bagi beliau.

216

bersabda,

“Janganlah kalian memberat-beratkan ke atas diri kalian (dalam beribadah)
kerana Allah akan memberatkannya ke atas kalian. Sesungguhnya (sebelum ini) ada satu
kaum yang memberat-beratkan ke atas diri mereka (dengan beribadah), lalu Allah
memberatkan (ibadah itu) ke atas mereka. Saki baki mereka boleh ditemui dalam biara-
biara dan tempat-tempat beribadah.”

Lalu Rasulullah membaca ayat, “Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah”
padahal kami tidak mewajibkannya ke atas mereka.” [al-Hadid 57:27]237

Apabila para Rahbaniyyah ini bersungguh-sungguh dalam beribadah, masyarakat
awam dari kalangan Ahli Kitab mula memandang tinggi kepada mereka dan lama kelamaan
mula menyembah mereka. Maksud “menyembah” adalah mengikuti pendapat dan fatwa
halal haram mereka tanpa lagi merujuk dan membandingkannya dengan kitab Taurat dan
Injil. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

.ِ‫اَهتَُذوا أَ ْحبَاَرُه ْم َوُرْهبَاَْنُْم أَْرَِبًِب ِم ْن ُدوِن اَّهلل‬

Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai
tuhan selain Allah. [al-Taubah 9:31]

Berhubung ayat ini, ‘Adiy bin Hatim radhiallahu 'anh menerangkan bahawa dia
pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacanya dan menjelaskan
maksudnya,

‫أََما إِْهنُْم ََلْ يَ ُكونُوا يَْعبُ ُدوَْنُْم َولَ ِكنه ُه ْم َكانُوا إِذَا أَ َحُلّوا َْلُْم َشْيئًا ا ْستَ َحُلّوهُ َوإِذَا َحهرُموا عَلَيِْه ْم‬
.ُ‫َشْيئًا َحهرُموه‬

Ketahuilah, sesungguhnya mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib-

237 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai dha’if oleh
al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud, hadis no.: 4258/4904 (Kitab al-Adab, Bab tentang hasad). Selain itu sila rujuk
Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3124.

Syu’aib al-Arna’uth menilai hadis ini hasan li ghairihi. Lihat penjelasan beliau dalam Sunan Abu Daud yang
disemaknya, hadis no.: 4904. Juga dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan sanadnya dinilai hasan oleh Husain Salam Asad dalam
semakannya ke atas Musnad Abu Ya’la, hadis no.: 3694.

al-Bushiri menghimpun hadis ini dalam Ithaf al-Khirah al-Maharah bi Zawa’id al-Masanid al-‘Ashrah, hadis no.:
3520 dan beliau menilai sanadnya sebagai sahih.

217

rahib tersebut. Akan tetapi mereka, apabila orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut
menghalalkan sesuatu mereka turut menghalalkannya dan apabila orang-orang alim dan
rahib-rahib tersebut mengharamkan sesuatu mereka turut mengharamkannya (tanpa
menyemaknya dalam Taurat atau Injil).238

Apabila para Rahbaniyyah ini menyedari bahawa masyarakat awam memandang
tinggi kepada mereka sehingga ke tahap menyembah dan tidak menyemak apa yang mereka
katakan atau fatwakan dengan kitab Taurat atau Injil, sebahagian besar daripada mereka
menggunakan kesempatan ini untuk meraih keuntungan duniawi. Allah 'Azza wa Jalla
berfirman,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34]

Antara cara mereka memakan harta secara batil adalah menerima bayaran atau
jawatan dengan syarat mengubah kandungan kitab Taurat dan Injil mengikut kehendak
pemerintah dan memberikan fatwa atau pendapat yang memberikan keuntungan harta
benda kepada mereka.

Mereka juga menghalang orang ramai dari kalangan Ahli Kitab dari jalan Allah dengan
menyembunyikan kebenaran Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan kebenaran
agama Islam yang baginda bawa.

Demikianlah bagaimana satu bid’ah berkembang menjadi semakin dahsyat dan
buruk. Mereka asalnya adalah orang-orang yang beriman kepada ajaran Nabi ‘Isa ‘alahis
salam dan lazim membaca kitab Taurat dan Injil yang asli. Namun disebabkan bid’ah

238 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini gharib”
sementara dalam manuskrip yang lain, “Hadis ini hasan gharib.” Syu’aib al-Arna’uth dan dan ‘Abd al-Latheif Harzallah
menilai sanadnya dha’if dalam al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3352. Sementara al-Albani
menilainya hasan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3020/3095 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab daripada surah al-
Taubah). Sila rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 3293.

218

Rahbaniyyah yang mereka buat, yakni memberi fokus kepada ibadah dan menyendiri di
tempat asing atau jauh untuk beribadah, mereka mula tersasar dari jalan yang benar
sehingga akhirnya menghalang orang ramai dari jalan Allah.

Ini mewakili sebahagian besar daripada para Rahbaniyyah, sebagaimana firman Allah
… sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang alim dan rahib-rahib… Di kalangan
mereka ada segelintir yang masih berada di jalan yang benar sebagaimana firman Allah
dalam ayat yang lain,

‫َِبُْم َمَوهدةً لِله ِذي َن آَمنُوا اله ِذي َن قَالُوا إَِهن نَ َصاَرى ذَلِ َك ِبَ هن ِمْن ُه ْم قِ ِسي ِسَّي َوُرْهبَاًَن‬.‫َوأَْهنُْم َّلَوليََتَْسِجتَ َدْكِبهنرُوأَقَْنَر‬

Dan demi sesungguhnya kamu akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih
mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Bahawa
kami ini ialah orang-orang Nasrani.” Yang demikian itu disebabkan ada di kalangan
mereka orang-orang alim dan rahib-rahib, dan kerana mereka pula tidak berlaku
sombong. [al-Maidah 5:82]

Setelah mengkaji contoh panjang lebar bid’ah aqidah dan ibadah yang dilakukan oleh
Ahli Kitab, marilah kita kembali kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫ََي أَْه َل الْكِتَا ِب َّل تَ ْغلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق‬

Wahai Ahli Kitab, janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan
janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171]

Maksud melampaui batas ialah berbuat bid’ah kerana orang yang mencipta,
meyakini atau mengamalkan bid’ah, mereka lazimnya meyakini sesuatu aqidah atau
melakukan sesuatu ibadah yang lebih daripada apa yang disyari’atkan. Kelebihan itu adalah
melampaui batas.

Kemudian mereka meyakini dan berkata bahawa bid’ah tersebut adalah baik, seolah-
olah mereka mendapat wahyu daripada Allah yang menyatakan kebaikan bid’ah yang
mereka yakini dan amalkan. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, dan
janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar.

219

Inilah yang diperkatakan oleh Abu Syamah rahimahullah (665H),

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah
melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah
kecuali yang benar.”

Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia
disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam
agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak
benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.239

Meskipun ayat 171 surah al-Nisa’ di atas dimulakan dengan seruan Wahai Ahli

Kitab…, hendaklah kita mengambil iktibar agar jangan melakukan kesalahan yang sama

seperti mereka. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi ramalan

dan amaran melalui sabda baginda,

‫ َحَهّت لَْو َد َخلُوا ِف ُج ْحِر َضب‬،‫ ِشْبًرا بِ ِشْبر َوِذَرا ًعا بِ ِذَراع‬،‫لَتَتهبِعُ هن َسنَ َن اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ ُك ْم‬
.‫َّلتهبَ ْعتُُموُه ْم‬

Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan orang-orang daripada sebelum kalian
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta240 sehingga jika mereka memasuki

lubang biawak, pasti kalian akan mengikuti mereka juga.

‫ ََي َر ُسوَل اللهِ آلْيَ ُهوَد َوالنه َصاَرى؟‬:‫قُْلنَا‬

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah (orang-orang sebelum kami itu adalah)

Yahudi dan Nasrani?”

‫ فََم ْن؟‬:‫قَا َل‬

Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?”241

239 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21.

240 Maksudnya, pada permulaan ikutan hanya sedikit atau dalam perkara yang remeh (sejengkal demi sejengkal)
akan tetapi lama kelamaan, secara bertahap-tahap, ia akan bertambah kepada ikutan yang banyak atau dalam perkara
yang penting (sehasta demi sehasta).

241 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4822/2669 (Kitab al-‘Ilm, Bab mengikuti
kebiasaan Yahudi dan Nasrani).

220

Para Ahli Ilmu, Ahli Ibadah Dan Bid’ah

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34]

Dalam ayat di atas Allah menerangkan tentang kebanyakan daripada ahli ilmu
(ulama’)242 dan ahli ibadah dari kalangan Ahli Kitab yang memakan harta orang ramai secara
batil dan menghalang mereka dari jalan Allah.

Secara terperinci, para ahli tafsir menerangkan bahawa َ‫ ا أْلَ أح َبار‬merujuk kepada para
ahli ilmu dari kalangan Yahudi sementara َ‫ ال ُّر أهبَان‬merujuk kepada para ahli ibadah dari
kalangan Nasrani.

Di sini timbul persoalan, kenapakah keadaan kebanyakan daripada ahli ilmu dan ahli
ibadah dari kalangan Ahli Kitab menjadi perhatian kita umat Islam? Kenapakah Allah 'Azza
wa Jalla menyeru kita – orang-orang yang beriman – semata-mata untuk menerangkan
keadaan mereka? Ibn Katsir rahimahullah menerangkan sebabnya,

.‫َرَمىْن‬:‫ّس َووِءَم ْنوعُفَبهاَسدَدالِمهضْنَلعُِبهلادَكََنماَكقَااَنَلفِيُسِهْفيََاشبَُنهٌ بِْمُنَن اعُليَنهْينََصةَا‬،ُ ‫َكاالَنته فِْحيِهِذيُرَشبَِمهٌْنِم َعُنلَاَلْميَاِءُه اولِد‬:‫فَ َس َد ِم َْنوالْعَُملَْقَماُئصِنَواُد‬

Maksud ayat ialah memberi amaran terhadap ahli ilmu yang jahat dan ahli ibadah
yang sesat. (Ini) sebagaimana kata Sufyan bin ‘Uyaynah,243 “Sesiapa yang rosak daripada
kalangan para ahli ilmu kita, dia seperti (para ahli ilmu) dari kalangan Yahudi dan sesiapa

242 Ulama’ adalah jamak (plural) daripada kata ahli ilmu. Maka ulama’ ialah para ahli ilmu.
243 Beliau ialah Abu Muhammad Sufyan bin ‘Uyaynah bin Maimun, lahir di Kufah pada 107H. Beliau adalah seorang
ahli ilmu dan ahli hadis, dari kalangan tabi’ tabi’in. Beliau pernah berguru bersama Abu Hanifah dan Malik bin Anas,
kemudian pernah menjadi guru kepada Muhammad bin Idris al-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal. Beliau meninggal dunia
pada 198H.

221

yang rosak daripada kalangan para ahli ibadah kita, dia seperti (para ahli ibadah) dari

kalangan Nasrani.”

‫الْيَ ُهوَد‬ :‫قَالُوا‬ .‫َِهبُلؤَُّقل ِذءة؟‬ ‫لَ َوُكَمْمن َاحلْنهذاو اُسلُقإَِهّذلة‬:‫َكُْفَهابِر َسَسنَنَوالَُمّرْونَمَ؟كاقََنا َقَلْب‬:‫َواليََََةْت‬:‫ فَِثَماْلن؟هصَوِحِيفِحِر‬:‫اقَْاْلََلِدي‬ ‫َوِف‬
‫َوالنه َصاَرى؟‬

Dalam hadis yang sahih (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda),

“Kalian pasti akan mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, selangkah demi

selangkah.” Para sahabat bertanya, “Yahudi dan Nasranikah?” Rasulullah menjawab,

“Siapa lagi?” Dalam sebuah riwayat lain, mereka bertanya, “Parsi dan Romkah?”

Rasulullah menjawab, “Siapa lagi di kalangan manusia melainkan mereka itu?”244

.‫َواْْلَا ِص ُل الته ْح ِذيُر ِم َن الته َشُبِّه ِِبِْم ِف أَ ْحَواِْلِْم َوأَقْ َواِْلِْم‬

Kesimpulannya, (ayat ini) memberi amaran daripada menyerupai mereka baik

daripada aspek perbuatan mereka mahupun perkataan mereka.245

Apa yang diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala benar-benar berlaku di
kalangan sebahagian ahli ilmu dan ahli ibadah umat Islam.

Apabila Allah berfirman benar-benar memakan harta manusia secara batil, maka ia
merujuk kepada harta yang banyak mahupun sedikit. Sementara secara batil merujuk
kepada harta yang diambil atau diminta untuk sesuatu yang batil atau dengan cara yang
batil. Berikut dikemukakan beberapa contoh yang berlaku di kalangan ahli ilmu dan ahli
ibadah umat Islam masa kini.

244 Hadis-hadis ini secara lengkap akan dikemukakan dalam bab-bab yang akan datang, insya-Allah.
245 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 34 surah al-Taubah.

222

Mengkaji Amalan Mengenakan Bayaran Untuk Menyampaikan Ilmu

Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],246 marilah kita mengkaji amalan para agamawan yang
meminta atau mengenakan bayaran tertentu untuk kuliah yang mereka berikan, ceramah
yang mereka sampaikan, kertas kerja seminar yang mereka bentangkan, forum yang mereka
jadi ahli panel atau buku yang mereka tulis.

Ketahuilah bahawa sunnah semua para Nabi dan Rasul ialah tidak meminta bayaran
dalam usaha dakwah yang mereka lakukan. Mereka hanya mengharapkan balasannya
daripada Allah al-Razzaq. Semua para Nabi dan Rasul berkata,

.‫َوَما أَ ْسأَلُ ُك ْم عَلَْيِه ِم ْن أَ ْجر إِ ْن أَ ْجِر َي إَِهّل َعلَى َر ِب الَْعالَِمَّي‬

Dan aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah
ini). Sesungguhnya ganjaran aku tidak lain terserah kepada (Allah) Tuhan sekalian alam.
[al-Shu’ara 26:109. Ayat seumpama ini berulang banyak kali dalam al-Qur’an]

Demikianlah juga sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

.‫قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَْيِه ِم ْن أَ ْجر إَِهّل َم ْن َشاءَ أَ ْن يَته ِخ َذ إَِل َربِِه َسبِيًَل‬

Katakanlah (Wahai Muhammad dan semua ulama’ pewaris baginda), “Aku tidak
meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini), kecuali (berharap
agar) sesiapa yang menghendaki hendaklah dia mengambil jalan kepada Tuhannya.” [al-
Furqan 25:57]

Apabila sebahagian agamawan meminta atau mengenakan bayaran tertentu,

246 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
223

mereka akan bercakap atau menulis hanya dalam topik yang disukai oleh penganjur dan
masyarakat. Mereka mengetahui bahawa jika mereka bercakap atau menulis dalam topik
yang tidak disukai oleh penganjur dan masyarakat, seperti menghidupkan sunnah dan
mematikan bid’ah, mereka tidak akan dijemput dan dengan itu mereka tidak akan dapat
meminta atau mengenakan apa-apa bayaran.

Akhirnya sebahagian agamawan ini telah menjadikan usaha dakwah mereka sebagai
satu kerjaya atau perniagaan yang menguntungkan. Mereka tidak akan memberi kuliah,
menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja, menjadi ahli panel forum atau
menulis buku melainkan dalam topik yang disukai oleh penganjur atau masyarakat. Dengan
cara ini mereka akan sentiasa mendapat jemputan, sentiasa mendapat sambutan, sentiasa
mendapat sanjungan dan yang paling penting sentiasa mendapat bayaran.

Di sinilah letaknya kebatilan meminta atau mengenakan bayaran.
Berbeza dengan segelintir agamawan yang memiliki kerjaya atau perniagaan
tersendiri yang bebas daripada usaha dakwah. Mereka tidak meminta atau mengenakan
apa-apa bayaran, sebaliknya berterima kasih dengan apa jua saguhati yang diberikan oleh
penganjur. Dengan cara ini, mereka memberikan kuliah, menyampaikan ceramah,
membentangkan kertas kerja, menjadi ahli panel forum atau menulis buku di atas topik yang
mereka pilih sendiri demi mengajak kepada yang ma’ruf dan melarang daripada yang
mungkar, menegakkan kebenaran dan menghapuskan kepalsuan serta menghidupkan
sunnah dan mematikan bid’ah.

224

Mengkaji Para Agamawan Selebriti

Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],247 marilah kita mengkaji amalan para agamawan yang
mengenakan bayaran yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit untuk kuliah dan
ceramah mereka.

Sebahagian para agamawan ini mencapai status “selebriti” bukan kerana ayat-ayat
al-Qur’an dan hadis-hadis sahih yang disampaikan, tetapi kerana petua-petua buatan
sendiri, cerita-cerita khurafat, hadis-hadis yang tidak diketahui sumber dan darjatnya serta
keyakinan, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu dibuat (bid’ah).

Mereka mencapai status “selebriti” kerana َ‫ ا أل ُمتَ َكلفي َن‬iaitu perkara-perkara agama yang
mereka ada-adakan. Padahal Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

.‫قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَيِْه ِم ْن أَ ْجر َوَما أَََن ِم َن الْ ُمتَ َكلِِفَّي‬

Katakanlah (Wahai Muhammad dan semua ulama’ pewaris baginda), “Aku tidak
meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini) dan aku bukanlah
dari kalangan orang yang mengada-adakan.” [Shod 38:86]

Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan,

ً‫ِزََي َدة‬ ‫اَأَّبهلْلِتَغَِعهيز‬ ‫َو َْجوَّهَل‬،‫باََِّذهلللُِ بَِكِه‬ ‫َوَإمَِّاهنَاأَْأَربَْتَسلَغِِين‬ ‫َوََّولَماأَنْأََقِزي ُدُصعَِملَْنهُى‬ :‫أعََلَيْْيِه‬ ))‫الُْمتَ َكلِِفَّي‬ ‫ْأَرََنُت ِمبِِهَن‬.‫َوعَاللَْيهدِهاَربَ اْلْ(ل(َمَاِوخَمَأرُاةَِم‬
‫َو َجله‬ ‫أَهديْتُهُ َّل أَْزيَُد‬

Firman Allah dan aku bukanlah dari kalangan orang yang mengada-adakan

247 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
225

bermaksud, aku tidak menambah di atas apa yang Allah utuskan aku dengannya dan tidak
ingin menambah (apa-apa) di atasnya. Bahkan apa yang aku diperintahkan dengannya
(untuk disampaikan), aku laksanakan tanpa sebarang tambahan ke atasnya dan tanpa
sebarang pengurangan daripadanya. Apa yang aku inginkan daripada yang sedemikian
tidak lain adalah Wajah Allah 'Azza wa Jalla dan negeri Akhirat.248

Satu contoh mengada-adakan ialah membuat cerita atau tafsiran sendiri terhadap

ayat-ayat al-Qur’an. Perhatikan kisah berikut di mana Masruq bin al-Ajda’ berkata,

‫المُنَافِِقَّي‬ ‫ِبَْْسَاِع‬ ‫فَيَأْ ُخ ُذ‬ ‫ال ِقيَا َم ِة‬ ‫يَْوَم‬ ‫ُد َخا ٌن‬ ُ‫َِييء‬ :‫فََقا َل‬ ،َ‫كِنْ َدة‬ ‫َمَاَيْ َُخرُُذج الٌلمُْؤَُِميََنِد َكُثَهْيئَِِةف‬،َ‫َوأَبْ َصا ِرِهبَْيْمن‬
.‫الُّزَكاِم‬

Seorang lelaki sedang bercerita kepada Bani Kinda (tentang tafsir surah al-

Dukhan), dia berkata, “Pada hari Kiamat asap (dukhan) akan datang lalu menghalang

pendengaran dan penglihatan orang-orang munafiq. Ia juga akan memberi kesan ke atas

orang-orang beriman seperti tiupan angin yang sejuk.”

:‫ فََقا َل‬،‫ َوَكا َن ُمته ِكئًا فَغَ ِض َب فَ َجلَ َس‬،‫فََفِزْعنَا فَأَتَْي ُت ابْ َن َم ْسعُود‬

Apa yang dia katakan itu menakutkan kami, maka aku segera mendatangi

‘Abdullah ibn Mas’ud yang ketika itu sedang duduk bersandar. (Setelah aku ceritakan apa

yang berlaku, beliau) menjadi marah, duduk tegak dan berkata,

.‫ َّلَ أَ ْعلَُم‬:‫ فَإِ هن ِم َن العِْلِم أَ ْن يَُقوَل لَِما َّلَ يَْعلَُم‬،‫ َوَم ْن َلْ يَْعلَْم فَلْيَ ُق ِل اَّهللُ أَ ْعلَُم‬،‫َم ْن عَلَِم فَلْيَ ُق ْل‬

“Sesiapa yang mengetahui maka berkata-katalah, sesiapa yang tidak mengetahui

maka berkatalah, Allah yang lebih mengetahui, kerana sesungguhnya termasuk ciri

berilmu adalah berkata ketika dia tidak tahu, Aku tidak tahu.”

.‫ قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَيِْه ِم ْن أَ ْجر َوَما أَََن ِم َن المُتَ َكلِِفَّي‬:‫فَإِ هن اَّهللَ قَا َل لِنَبِيِِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم‬
Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada Nabi-Nya shallallahu 'alaihi wasallam,

Katakanlah “Aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah

ini) dan aku bukanlah dari kalangan orang yang mengada-adakan.” [Shad 38:86]

248 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 86 surah Shod.
226

:‫ فََد َعا عَلَْيِه ُم النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم فََقا َل‬،‫َوإِ هن قَُريْ ًشا أَبْطَئُوا َع ِن الِإ ْسَلَِم‬

(Kemudian Abdullah ibn Mas’ud menerangkan kisah di sebalik ayat-ayat asap “al-

Dukhan”), sesungguhnya kaum Quraish melengah-lengahkan daripada menerima Islam,

maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendoakan kecelakaan ke atas mereka dengan

berkata,

.‫اللهُه هم أَعِِن عَلَْيِه ْم بِ َسْبع َك َسبْ ِع يُو ُس َف‬

“Ya Allah, bantulah aku ke atas mereka dengan tujuh (tahun kemarau)

sebagaimana tujuh (tahun kemarau) pada zaman Nabi Yusuf.”

،‫ َويََرى الهر ُجلُ َما بََّْي ال هس َماِء َواْلَْر ِض‬،‫ َوأَ َكلُوا المَْيتَةَ َوالعِظَاَم‬،‫ َسنَةٌ َحَهّت َهلَ ُكوا فِيَها‬.‫َكَهْيئَِة افَلأَُّدَخَخَذاُِْتنُْم‬

Maka mereka (kaum Quraish) mengalami setahun kemarau yang amat dahsyat

sehingga mereka binasa kerananya. Mereka (hidup dengan) makan mayat dan tulang.

(Disebabkan kebuluran yang amat dahsyat), seseorang mereka mula ternampak di antara

langit dan bumi seperti asap “al-Dukhan”.

.َ‫ َوإِ هن قَْوَم َك قَْد َهلَ ُكوا فَا ْدعُ اَّهلل‬،‫ ََي ُُمَ هم ُد ِجْئ َت ََتُْمُرََن بِ ِصلَِة الهرِحِم‬:‫فَ َجاءَهُ أَبُو ُسْفيَا َن فََقا َل‬

Maka datanglah Abu Sufyan dan berkata, “Wahai Muhammad! Kamu datang

dengan menyuruh kami memelihara silaturahim. Sesungguhnya kaum kamu telah binasa,

maka berdoalah kepada Allah (untuk kebaikan kami)”.

‫ا ْك ِش ْف‬ ‫ُمَربهَعنَلهاٌم‬ .‫ُثهَهتََذَاولهْواَع َذاَعْنهٌُبَوأَقَلِايلٌُموا‬ ‫َس‬.‫َيرَ ُغْسوَشٌلى ُمابِلنّهاٌي‬ .‫ىبِ ُدَوقََخْادن َجُامبِءَُّهيْم‬.ُ‫وَمإِأَنَهَّهَتنُْكِْْمتَلُُماعَلاائلِهسُدِذَمْوكاََرءن‬.‫لْإَِعَفَهَنذااْرتَُمِِقْبؤِمنُْقَبلِوييًَََنْل‬:‫إَِعَهننها َكاالْ َعِشَذفَُفاَقوَرَأَبا‬
.‫َُْمنُو ٌن‬

Maka Abdullah ibn Mas’ud membacakan ayat, Maka tunggulah hari ketika langit

membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka

berdoa): “Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab ini. Sesungguhnya kami

beriman.”

Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada

227

mereka seorang Rasul yang memberi penjelasan, kemudian mereka berpaling
daripadanya dan berkata: “Dia adalah seorang yang menerima ajaran (daripada orang
lain) lagi pula seorang yang gila.”

Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu walau sedikit, sudah tentu kamu
akan kembali (kufur ingkar). [al-Dukhan 44:10-15]249

Adapun menyampaikan tafsiran terhadap ayat al-Qur’an, syarahan terhadap hadis
Rasulullah dan hukum-hukum fiqh daripada para sarjana Islam, serta berkongsi kisah-kisah
pengalaman sebenar, maka ia tidak termasuk dalam mengada-adakan yang dilarang dalam
ayat 86 surah Shod.

Oleh itu hendaklah berhati-hati dengan sebahagian para agamawan selebriti kerana
mereka memakan harta manusia secara batil dengan mengenakan harga yang sangat
tinggi dan mereka menghalang dari jalan Allah dengan ajaran-ajaran agama yang diada-
adakan.

249 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4401/4774
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab surah al-Rum).

228

Mengkaji Amalan Air Jampi

Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],250 marilah kita mengkaji amalan air jampi, baik dalam bentuk
air jampi khas seorang perawat kepada pesakitnya mahupun air jampi umum yang dijual
kepada masyarakat.

Ketahuilah bahawa air jampi dalam apa jua bentuk tidak berasal daripada sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa yang baginda lakukan ialah membaca jampi
(ruqyah) surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, atau zikir dan doa yang
Allah ajarkan kepada baginda, kemudian meniup atau meludah atau kedua-duanya kepada
dirinya atau orang yang dirawat.

Padahal pada zaman baginda ada kantung-kantung kulit yang digunakan untuk
mengisi dan menyimpan air minuman. Maka seandainya menjampi air sesuatu yang
bermanfaat, tentu baginda akan mencontohkannya kepada umat Islam.

Demikian juga, pada zaman baginda terdapat orang-orang Arab Badwi (orang
pedalaman) yang datang dari jauh, yang tidak tahu merawat diri sendiri. Ada juga orang-
orang bukan Arab yang baru memeluk Islam, yang tidak tahu membaca ayat al-Qur’an, zikir
dan doa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjampikan air untuk mereka,
sebaliknya tetap mengajar mereka bacaan jampi untuk mereka baca sendiri, kemudian
meniup atau meludah ke atas diri sendiri. Semua ini menunjukkan air jampi bukanlah
sesuatu yang berasal daripada sunnah baginda.

Terdapat dua hadis yang lazim digunakan sebagai dalil air jampi. Marilah kita

250 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
229

mengkaji hadis-hadis tersebut.

Hadis Pertama: Daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata,

:‫ فَلَ هما فََرَغ قَا َل‬،‫لََدغَ ِت النهِهب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َعْقَر ٌب َوُهَو يُ َصلِي‬

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam disengat kala jengking sementara baginda

sedang solat. Tatkala selesai solat, baginda bersabda,

.ُ‫ َوَّل غَْْيَه‬،‫ َّل يََدعُ ُم َصلِيًا‬،‫لََع َن اَّهللُ الْعَْقَر َب‬

“(Semoga) Allah melaknat kala jengking, tidaklah ia meninggalkan orang yang

sedang solat atau selainnya (melainkan disengatnya).”

،‫الْ َفلَ ِق‬ ‫بَِر ِب‬ ُ‫أَعُوذ‬ ‫َوقُ ْل‬ ،‫الْ َكافُِروَن‬ ‫أَُيّ َها‬ ‫ََي‬ ‫قُ ْل‬ :ُ‫َويَْقَرأ‬ ،‫َعلَْي َها‬ ‫َيْ َس ُح‬ ‫َو َجعَ َل‬ ،‫ح‬.‫بَدَِرعَاِبِِبَاالنهءا َوِِمسْل‬ ‫ُثه‬ ‫َوقُ ْل‬
ُ‫أَعُوذ‬

Kemudian baginda meminta air dan garam, lalu disapukan di atas tempat

sengatan. Sambil itu baginda membaca surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas.251

Jika diperhatikan hadis ini, campuran air dan garam yang diminta oleh Rasulullah
bukanlah untuk menjampi, tetapi untuk menggosok bahagian yang disengat oleh kala
jengking sebagai satu bentuk rawatan. Seandainya Rasulullah mengamalkan air jampi,
Rasulullah akan membaca surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas, tiup ke dalam air campuran
garam dan kemudian menggosoknya di bahagian yang kena sengat.

Maka hadis ini tidak menunjukkan penggunaan air jampi oleh Rasulullah.

Hadis Kedua:

:‫ فََقا َل‬- ‫ أَْْحَُد َوُهَو َمِري ٌض‬:‫ قَا َل‬- ‫أَنههُ َد َخ َل عَلَى ََثبِ ِت بْ ِن قَْيس‬

(Diriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) menziarahi Tsabit

bin Qays. Berkata Ahmad (salah seorang perawi hadis), dia ketika itu sedang sakit. Lalu

baginda membacakan doa,

251 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.: 5890. al-Haitsami
menghimpunnya dalam Majma’ al-Zawa’id, hadis no.: 8445 dan berkata, “Riwayat al-Thabarani dalam al-Shogheir dan
sanadnya hasan.” al-Albani menghimpunkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 548.

230

.‫ا ْك ِش ِف الْبَأْ َس َر هب النها ِس عَ ْن ََثبِ ِت بْ ِن قَيْ ِس بْ ِن شَمهاس‬

“Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia daripada Tsabit bin Qays bin
Syammas.”

‫ُثه أَ َخ َذ تَُراًِب ِم ْن بَطْ َحا َن فَ َجعَلَهُ ِف قََدح ُثه نََف َث عَلَيِْه ِِبَاء َو َصبههُ عَلَيِْه‬

Kemudian baginda mengambil tanah dari Bathhan dan meletakkannya dalam satu
bekas. Kemudian baginda menyembur padanya air dan menuang ke atasnya.252

Jika diperhatikan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjampi apa-apa
pada campuran air dan tanah. Baginda terlebih dahulu mendoakan Tsabit, kemudian
barulah membuat campuran air dan tanah sebagai satu bentuk rawatan kepada penyakit
Tsabit.

Maka hadis ini juga tidak menunjukkan penggunaan air jampi oleh Rasulullah.

Di sini terdapat satu persoalan lain, apakah penggunaan air jampi termasuk dalam
urusan agama yang tertakluk kepada larangan bid’ah atau ia dalam urusan dunia yang bebas
mengikut kehendak manusia? Saya berkata, penggunaan air asalnya terletak dalam urusan
dunia. Akan tetapi apabila diyakini air dapat menyimpan kemujaraban jampian ayat-ayat al-
Qur’an atau zikir dan doa Rasulullah untuk digunakan pada masa kemudian, maka ia telah
masuk dalam urusan agama. Memandangkan tidak ada contoh daripada al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah tentang air jampi, maka ia menjadi perkara baharu yang tertakluk kepada
larangan bid’ah.

Oleh itu pilihan yang menepati sunnah lagi selamat ialah meninggalkan air jampi
meskipun yang percuma. Rawatlah diri sendiri atau ahli keluarga dengan jampian surah al-
Fatihah, al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas, atau zikir dan doa daripada Rasulullah, kemudian
meniup atau meludah atau kedua-duanya ke bahagian yang sakit. Moga dengan cara ini kita
bukan sahaja terpelihara daripada ancaman bid’ah tetapi memperolehi kesembuhan
daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

252 Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud,
hadis no.: 3387/3885 (Kitab al-Tibb, Bab berkenaan ruqyah). Sanadnya juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam
semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3885.

231

Kembali kepada ayat 34 surah al-Taubah, maka air jampi yang dikenakan bayaran
termasuk dalam memakan harta manusia secara batil sementara amalan air jampi itu
sendiri menghalang dari jalan Allah yang sebenar, yakni merawat dengan cara meniup atau
meludah.

Mengkaji Amalan Rawatan al-Qur’an

Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],253 marilah kita mengkaji amalan merawat penyakit-penyakit
fizikal dengan jampian ayat-ayat al-Qur’an, kemudian mengambil bayaran daripada rawatan
tersebut.

Ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai penjelas al-Qur’an
(al-Nahl 16:44 & 64) telah menunjukkan bahawa yang dapat dijadikan jampian untuk
penyakit fizikal daripada al-Qur’an hanyalah surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq
dan al-Nas.

253 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
232

Dalil jampian dengan surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas telah dikemukakan di atas,

dalam hadis bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam merawat dirinya sendiri yang

disengat kala jengking. Adapun surah al-Fatihah, maka dalilnya adalah hadis berikut

daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,

‫ َسلِيٌم فَ َعَر َض َْلُْم‬.‫ ِبَه اْللنهفِِيِبُك ْمَصلهِمىْن اََرّاهللُق َعإِلَهيْنِهَِفو اَسلْلهَمَماِءَمُّرَرواُجًَِِبلَا لءَ ِدفِييغًِهاْمأَْولَ ِديَسلٌِغي أًَمْاو‬:‫َر ُج ٌل ِم أَْنهنأَْنهََِفلًراالِْمَماْنِءأَفَ َْقصاَحلَا‬

Bahawa beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui sebuah mata

air. Di sana terdapat seorang yang terkena sengatan binatang berbisa (kala jengking atau

ular), lalu salah seorang yang tinggal di mata air tersebut datang dan berkata: “Apakah

di kalangan kalian ada seseorang yang pandai menjampi? Di mata air (ini) ada seorang

yang terkena sengatan binatang berbisa.”

.َ‫فَانْطَلَ َق َر ُج ٌل ِمْن ُه ْم فََقَرأَ بَِفاَِتَِة الْكِتَا ِب عَلَى َشاء فَبََرأ‬

Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat tersebut dan membacakan surah

al-Fatihah (kepada orang yang terkena sengatan) dengan syarat satu upah. Maka orang

itu sembuh.

‫ أَ َخ ْذ َت عَلَى كِتَا ِب اَّهلِل أَ ْجًرا َحَهّت قَ ِدُموا‬:‫ َوقَالُوا‬.‫فَ َجاءَ ِبل هشاِء إَِل أَ ْص َحابِِه فَ َكِرُهوا َذلِ َك‬.َ‫الْ َم ِدينَة‬

Maka sahabat tersebut membawa upah itu kepada sahabat-sahabatnya, namun

mereka tidak suka dengan upah itu. Mereka berkata: “Kamu mengambil upah atas al-

Qur’an? (Tunggu dulu) sehinggalah kita pulang ke Madinah.”

‫إِ هن‬ :َ‫َو َسلهم‬ ‫عَلَيْ ِه‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫َصلهى‬ ‫اَّهلِل‬ ‫َر ُسوُل‬ ‫فََقا َل‬ .‫أَ ْجًرا‬ ِ‫اَّهلل‬ ‫كِتَا ِب‬ ‫ى‬.َ‫ََيعَلَيَْرِهُسأَوَْلجًرااَّهلكِِلتَاأَ َخُبَذاَّهلعَلِل‬ :‫فَ َقالُوا‬ ‫أَ َح هق‬
‫َما أَ َخ ْذُْت‬

(Setelah mereka tiba di Madinah), mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, dia ini

mengambil upah atas al-Qur’an.” (Setelah mendengar kisah sebenar) Rasulullah

bersabda: “Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah kerana

233

(menjampi dengan) al-Qur’an.”254

Persetujuan Rasulullah dalam kisah di atas menunjukkan boleh menjampi penyakit
fizikal dengan surah al-Fatihah.

Bagi surah al-Ikhlas, dalilnya adalah hadis berikut daripada A’isyah radhiallahu 'anha

bahawa,

‫أَ َح ٌد‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫ُهَو‬ ‫بُِق ْل‬ ‫ِف َكهفْيِه‬ ‫َث‬.‫ َسنَِدَفِه‬،‫ِمفَِراْن ِش ِهَج‬ ‫َعلَْيِه َو َسلهَم إَِذا أََوى إَِل‬ ‫ِِابِللَمهُا‬ ‫َصلهى‬ ‫اَّهلِل‬ ،‫ََرَِجُسيوًعاُل‬ ‫َكا َن‬
ُ‫ َوَما بَلَغَ ْت يََداه‬،ُ‫َو ْجَهه‬ ‫َيْ َس ُح‬ ‫ُثه‬ ‫َوِبلْ ُم َع ِوَذتَِّْي‬

Biasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila hendak tidur, baginda

meniup kepada kedua tapak tangannya dengan menghimpunkan (jampian) Qul

Huwallahu Ahad dan dua surah pelindung (al-Falaq dan al-Nas), kemudian mengusap

dengan kedua tangannya itu wajahnya dan apa yang tercapai oleh tangannya di

tubuhnya.

Tatkala baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya, Rasulullah menyuruh
A’isyah melakukan yang sedemikian untuknya.255

Adapun menggunakan surah-surah dan ayat-ayat yang lain untuk merawat penyakit
fizikal sebagaimana yang lazim berlaku masa kini, maka ia tidak berasal daripada tunjuk ajar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Malah surah dan ayat yang dibacakan itu sering kali
tiada kaitan dengan penyakit yang diharapkan kesembuhan dengannya, bahkan adakalanya
memiliki maksud yang menyelisihi tujuan pembacaannya.

Perhatikan contoh berikut. Jampian yang lazim digunakan oleh para perawat untuk

mengubati sakit lutut atau menghancurkan batu karang ialah membaca dan meniupkan ayat

berikut berulang kali,

.‫َوإِذَا بَطَ ْشتُْم بَطَ ْشتُْم َجبها ِري َن‬

Dan apabila kalian memukul, kalian memukul dengan kejam lagi memaksa. [al-

254 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 5296/5737 (Kitab al-Tibb, Bab mensyaratkan
jampian dengan bayaran sejumlah kambing).

255 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5307/5748 (Kitab al-Tibb, Bab meniup dalam
jampian)

234

Shu’ara 26:130]

Namun apabila disemak lanjut, ayat 130 surah al-Shu’ara sebenarnya bernada
negatif, bermaksud menunjukkan kekejaman kaum Nabi Hud ‘alaihis salam ke atas orang-
orang yang lemah di kalangan mereka. Sila rujuk surah al-Shu’ara, bermula daripada ayat
124.

Perkataan ‫ َب َط ْش‬bermaksud memukul dengan kuat (strike with a blow) sementara
perkataan ‫ َج َّبا ِري َن‬bermaksud mereka melakukannya dengan kekejaman dan paksaan.

Oleh itu sesiapa yang memahami dengan benar ayat 130 surah al-Shu’ara ini nescaya
tidak akan membacanya berulang kali dan meniupnya kerana ia akan menghancurkan
seluruh lutut atau seluruh organ tersebut!

Apabila merawat penyakit fizikal dengan jampian surah-surah dan ayat-ayat tertentu
daripada al-Qur’an, ramai yang berhujah dengan ayat berikut sebagai dalil,

.‫َونُنَ ِزُل ِم َن الُْقْرآَ ِن َما ُهَو ِشَفاءٌ َوَرْْحَةٌ لِلْ ُمْؤِمنَِّي َوَّل يَِزي ُد الظهالِِمَّي إَِهّل َخ َساًرا‬

Dan Kami turunkan dari al-Qur’an apa yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang
yang zalim selain kerugian. [al-Isra’ 17:82]

Mereka berkata perkataan ‫ ِش َفاء‬dalam ayat di atas adalah umum, merujuk kepada
penyembuhan bagi segala macam penyakit.

Hujah ini dibetulkan bahawa penyembuhan yang dimaksudkan dalam ayat di atas
merujuk kepada penyembuhan hati daripada kekafiran, kesyirikan, kemunafikan, kesesatan,
kegelapan dan keraguan. Ia juga merujuk kepada penyakit-penyakit hati seperti berharap
kepada selain Allah, bergantung (tawakkal) kepada selain Allah, tergesa-gesa, cinta dunia,
hasad, membenci, memusuhi, berdendam, membazir dan menyukai perkara-perkara yang
sia-sia (al-Laghw).

Keumuman perkataan ‫ ِش َفاء‬dalam ayat di atas telah dikhususkan dan diperincikan
oleh sebuah ayat yang lain,

.‫ََي أَُيَّها النها ُس قَْد َجاءَتْ ُك ْم َمْو ِعظَةٌ ِم ْن َربِ ُك ْم َوِشَفاءٌ لَِما ِف ال ُّص ُدوِر َوُه ًدى َوَرْْحَةٌ لِْل ُمْؤِمنَِّي‬

235

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (yakni al-
Qur’an) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi apa yang ada dalam dada (hati/rohani) dan
petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]

Oleh itu apabila al-Qur’an menjadi penyembuh – yakni penerang bagi hati – orang-
orang yang beriman, ia pula menjadi kegelapan bagi orang-orang yang tidak beriman.
Kegelapan yang dimaksudkan bukanlah kegelapan fizikal kerana orang yang tidak beriman
masih nampak apa yang berada di bawah sinaran matahari dan lampu. Akan tetapi ia
bermaksud kegelapan hati sehingga mereka tidak nampak keindahan al-Qur’an untuk
meraih petunjuk dan rahmat yang terkandung di dalamnya. Perhatikan firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala berikut ini,

.‫قُ ْل ُهَو لِله ِذي َن آَمنُوا ُه ًدى َوِشَفاءٌ َواله ِذي َن َّل يُْؤِمنُوَن ِف آذَاِْنِْم َوقٌْر َوُهَو َعلَيِْه ْم عَ ًمى‬

Katakanlah, ia (al-Qur’an) bagi orang-orang yang beriman adalah petunjuk dan
penyembuh sementara orang-orang yang tidak beriman, dalam telinga mereka ada
penyumbat dan ia (al-Qur’an) adalah kegelapan ke atas mereka. [Fussilat 41:44]

Oleh kerana itulah apabila menafsirkan perkataan ‫ ِش َفاء‬bagi ayat 82 surah al-Isra’, Ibn
Katsir rahimahullah berkata,

‫ فَالُْقْرآ ُن‬،‫ ِم ْن َشك َونَِفاق َوِشْرك َوَزيْغ َوَمْيل‬،‫َما ِف الُْقلُو ِب ِم ْن أَْمَراض‬.‫َذلِيُْذَكِه ُكُلِبِه‬:‫يَ ْشِفي ِأَم ْْني‬

Yakni menghilangkan apa yang ada dalam hati dari pelbagai jenis penyakit, seperti
keraguan, kemunafikan dan kesyirikan serta penyimpangan (dari sifat hati yang mulia)
dan kecenderungan (kepada sifat hati yang buruk). Maka al-Qur’an adalah penyembuh
daripada semua penyakit seperti itu.256

Oleh itu selain surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, tinggalkan
jampi-jampian dengan al-Qur’an untuk penyakit fizikal sama ada secara percuma atau
berbayar kerana,

• Ia adalah sesuatu yang baharu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi

256 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 82 surah al-Isra’.
236

wasallam.
• Peranan penyembuhan al-Qur’an ialah ke atas penyakit hati dan bukannya penyakit

fizikal.
• Banyak berlaku penyalahgunaan al-Qur’an dan ayat-ayat yang disalah erti apabila ia

digunakan sebagai jampian oleh para perawat masa kini.
• Disebabkan keyakinan kepada perawat Islam yang menjampi menggunakan pelbagai

surah dan ayat, sebahagian pesakit tidak berjumpa dengan doktor bagi menjalani
rawatan dan mengambil ubat bagi penyakit fizikal yang mereka hadapi. Penyakit yang
mulanya ringan akhirnya menjadi berat dan tidak dapat lagi dirawat.257
Berbalik kepada ayat 34 surah al-Taubah, maka para perawat yang mengenakan
bayaran apabila merawat penyakit dengan ayat-ayat al-Qur’an sebenarnya memakan harta
manusia secara batil sementara penggunaan ayat-ayat tertentu untuk rawatan penyakit
tertentu sebenarnya menghalang dari jalan Allah, yakni menghalang daripada memahami
dan mempraktikkan ayat Allah tersebut secara benar.

257 Ini adalah pendapat dan pegangan saya yang terbaru, membatalkan pendapat saya dalam buku-buku sebelum
ini.

237

Mengkaji Amalan Badal Haji

Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],258 marilah kita mengkaji perkhidmatan badal haji secara
beramai-ramai dan mengenakan bayaran untuknya.

Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa badal haji ialah menggantikan ibadah haji untuk
orang lain yang mampu dari aspek kewangan tetapi terhalang daripada melaksanakannya
kerana sebab-sebab yang kukuh seperti penyakit berat, tiada mahram atau menunggu
giliran daripada pihak berwajib lalu meninggal dunia. Terdapat hadis-hadis sahih tentang
pensyari’atan badal haji, salah satu daripadanya adalah daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas
radhiallahu 'anhuma,

.َ‫ لَبهْي َك عَ ْن ُشْبرَُمة‬:‫أَ هن َر ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َِْس َع َر ُجًَل يَُقوُل‬

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang lelaki (yang
akan melakukan haji) berkata “Aku menyahut seruan Engkau (ya Allah) untuk
Syubrumah.”

.ً‫ َم ْن ُشْبرَُمةُ؟ فََذَكَر أَ ًخا لَهُ أَْو قََرابَة‬:‫فََقا َل‬

Rasulullah bertanya, “Siapakah Syubrumah?” Maka lelaki itu menerangkan
bahawa Syubrumah adalah saudaranya atau kaum kerabatnya.

.‫ َّل‬:‫ أَ َح َج ْج َت قَ ُّط؟ قَا َل‬:‫قَا َل‬

Rasulullah bertanya lagi, “Apakah kamu sudah melakukan ibadah haji untuk
dirimu sendiri?” Lelaki itu menjawab, “Belum.”

258 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
238

.َ‫ فَا ْج َع ْل َه ِذِه َعْن َك ُثه ُح هج َع ْن ُشْبرَُمة‬:‫قَا َل‬

Rasulullah bersabda, “Maka jadikanlah haji ini untuk kamu, kemudian hajikanlah
untuk Syubrumah (pada tahun lain).”259

Hadis ini, selain menjadi dalil bagi membolehkan badal haji, juga menunjukkan dua
syarat untuk badal haji:

1. Orang yang melakukan badal haji, hendaklah dia terlebih dahulu sudah melakukan
haji untuk dirinya sendiri.

2. Bagi setiap musim haji, ibadah haji hanya untuk seorang sama ada untuk diri sendiri
atau orang lain. Tidak boleh melakukan haji untuk lebih daripada seorang.

Syarat kedua di atas hendaklah diberi perhatian kerana pada masa kini terdapat
sebahagian orang yang menyediakan khidmat badal haji untuk lebih daripada seorang
dalam satu musim haji. Tujuannya adalah supaya dia dapat mengaut keuntungan daripada
khidmat bakal haji tersebut.

Oleh itu apabila mewakilkan seseorang untuk melakukan badal haji, tanya dan
pastikan bahawa dia telah melakukan haji untuk dirinya sendiri dan dia hanya melakukan
badal haji untuk seorang bagi musim haji tersebut.

Ketahuilah bahawa melakukan badal haji untuk lebih daripada seorang dalam satu
musim haji adalah bid’ah. Ia adalah satu ibadah baharu yang tidak memiliki asal daripada al-
Qur’an dan sunnah, bahkan menyelisihi hadis ‘Abdullah Ibn ‘Abbas yang dikemukakan
sebelum ini.

Malah badal haji beramai-ramai tidak menghasilkan haji atau pahala haji kepada
semua orang yang dibadalkan (digantikan) hajinya kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi

259 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 8675 (Kitab al-Hajj, Bab orang yang
tidak boleh menghajikan orang lain) dan beliau berkata, “Sanad ini sahih dan tidak ada dalam bab ini (hadis lain) yang
lebih sahih berbandingnya.”

Sebelum itu hadis ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
Abu Daud, hadis no.: 1546/1811 (Kitab al-Manasik, Bab seseorang yang menghajikan orang lain).

Para ahli hadis berbeza pendapat tentang hadis ini, apakah ia marfu’ (merupakan sabda Rasulullah) atau
apakah ia mauquf (merupakan perkataan Ibn ‘Abbas). Lihat penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas
Sunan Abu Daud, hadis no.: 1811.

239

wasallam telah bersabda,

.ّ‫َم ْن عَ ِم َل عَ َمَلً لَيْ َس َعلَيِْه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.260

Orang yang melakukan badal haji beramai-ramai dengan sekian-sekian bayaran,
maka dia benar-benar memakan harta manusia secara batil.

Kemudian terdapat satu lagi bentuk kesalahan badal haji, iaitu apabila orang yang
melakukan badal haji mengenakan bayaran untuk ibadah haji itu sendiri. Maksudnya
disamping bayaran untuk pengangkutan, penginapan, makan dan minum serta belanja
harian yang munasabah, dia juga mengenakan bayaran atas “penat lelah ibadah” wukuf di
Arafah, bermalam di Mudzalifah, melontar di Mina selama 3 hari, tawaf dan sa’e.

Ketahuilah bahawa dibolehkan mengenakan bayaran bagi menanggung kos haji,
namun tidak boleh mengenakan bayaran untuk melakukan ibadah haji itu sendiri. Orang
yang mengenakan bayaran untuk ibadah haji, dia sebenarnya benar-benar memakan harta
manusia secara batil.

Amatlah menyedihkan apabila amalan badal haji pada masa kini telah dikomersilkan
dan dijadikan satu bentuk perniagaan yang mengaut keuntungan. Orang yang menyediakan
khidmat badal haji seperti ini, diharapkan dapat mengambil iktibar daripada firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,

.‫َم ْن َكا َن يُِري ُد اْْلَيَاةَ ال ُّدنْيَا َوِزينَتَ َها نَُو ِف إِلَْيِه ْم أَ ْع َماَْلُْم فِيَها َوُه ْم فِيَها َّل يُْب َخ ُسوَن‬

Sesiapa yang keinginannya adalah kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan
sempurnakan kepada mereka amalan mereka di dunia dan mereka di dunia tidak akan
dirugikan.

.‫أُولَئِ َك اله ِذي َن لَيْ َس َْلُْم ِف اْل ِخَرِة إَِهّل النهاُر َو َحبِ َط َما َصنَعُوا فِيَها َوَِب ِطلٌ َما َكانُوا يَْع َملُوَن‬
Mereka itulah orang-orang yang tidak ada bagi mereka pada Hari Akhirat (kelak)
kecuali api neraka, dan pada Hari Akhirat itu gugurlah apa yang pernah mereka lakukan
serta batallah apa yang pernah mereka amalkan (di dunia dahulu). [Hud 11:15-16]

260 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).

240

Bid’ah Menghalang Dari Jalan Allah

Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala seterusnya menerangkan tentang
para ahli ilmu dan ahli ibadah yang menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. Penjelasan Ibn Katsir rahimahullah sekali lagi menjadi rujukan,

‫ْهينَُْمُصيَُّدْدوعَُنواَلننهاإََِسل‬.َ‫يَِْنوَوَماُهتاهْملْبَِقعَيََماُهَعَمْمِةأَِمَْكّللَِنِهيُانُْملْجَاَصَْهُْلرَلََوِةراَنَمأ‬:‫ لِْيَوَم‬،َ‫ةٌي ِإَِلويَُالَظّْهلاِِلهلُ)نهرا)وِرَأن‬،ِ‫صُْْلَّدبَهوقْلَنِبُهلَْعْبَماْنُِدطِعََلساب‬،ُ‫بْزعُ(س(ُموَووينََنا‬:َ‫َعَاماَويُللي‬،‫تِبَاَوَِلَوعْيقَْاوُسلُْْهلُوَاِتقََك‬،‫اعَْْلَِنِْْيا‬

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Dan mereka menghalang dari jalan Allah,
yakni di samping mereka memakan harta secara haram, mereka juga menghalang manusia
daripada mengikuti jalan yang hak, mencampur aduk perkara hak dengan yang batil serta
menampakkan kepada sesiapa yang mengikuti mereka daripada kalangan orang-orang
jahil bahawa mereka menyeru kepada kebaikan. Padahal ia tidaklah seperti yang mereka
dakwa. Bahkan mereka sebenarnya menyeru kepada neraka dan pada Hari Kiamat kelak
mereka tidak akan memperolehi pertolongan.261

Sekali lagi apa yang diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat di atas
benar-benar berlaku di kalangan sebahagian ahli ilmu dan ahli ibadah umat Islam. Mereka
menghalang dari jalan Allah dengan menakut-nakutkan orang ramai daripada berpegang
teguh kepada al-Qur’an dan hadis berdasarkan kefahaman generasi Salaf. Kemudian sesiapa
yang tetap berpegang teguh kepada al-Qur’an dan hadis berdasarkan kefahaman generasi

261 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 34 surah al-Taubah.
241

Salaf dituduh dengan label negatif “Wahabi!” Selain itu mereka yang memegang jawatan

pertauliahan di sebahagian jabatan agama negeri juga menghalang dari jalan Allah dengan

tidak memberi tauliah mengajar kepada sesiapa yang mengajar al-Qur’an dan hadis

berdasarkan kefahaman generasi Salaf.262

Cara lain bagi mereka menghalang dari jalan Allah ialah dengan mematikan sunnah

dan menghidupkan bid’ah, sebagaimana yang pernah diramalkan oleh Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam. ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh menerangkan bahawa

baginda pernah bersabda,

‫ َويَُؤِخُروَن ال هصَلةَ َع ْن‬،ً‫ َوَُْي ِدثُوَن بِْد َعة‬،َ‫نههُ َسيَلِي أَْمَرُك ْم ِم ْن بَْع ِدي ِرَجاٌل يُطِْفئُوَن ال ُّسنهة‬.ِ‫َمَواقِيتَِهاإ‬

“Sesungguhnya urusan kalian selepas aku (wafat) akan dipegang oleh para lelaki

yang memadamkan sunnah dan mencipta bid’ah, serta mereka melewatkan solat

daripada waktu-waktunya.”

‫ َكيْ َف ِبي إَِذا أَْدَرْكتُ ُه ْم؟‬،ِ‫ ََي َر ُسوَل الله‬:‫قَا َل ابْ ُن َم ْسعُود‬

(‘Abdullah) ibn Mas’ud bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang patut aku

lakukan apabila aku menemui mereka?” Rasulullah menjawab,

)‫ لَْي َس ََي ابْ َن أُِم عَْبد طَا َعةٌ لَِم ْن عَ َصى اللهَ! (قَاَْلَا ثََل َث َمهرات‬:‫قَا َل‬

“Wahai anak Ummi ‘Abd, tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang bermaksiat

kepada Allah.” Baginda mengulanginya tiga kali.263

262 Berpegang kepada al-Qur’an dan hadis sahaja tidak cukup kerana kefahamannya boleh ditarik ke arah
kecenderungan setiap aliran, jemaah, tareqat atau individu. Maka hendaklah al-Qur’an dan hadis itu difahami
sebagaimana ia difahami oleh para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan generasi selepas mereka (tabi’in)
dan generasi selepas mereka (tabi tabi’in). Tiga generasi inilah yang disebut sebagai generasi Salaf. Dalil-dalil tentang
keutamaan mereka dan berpegang kepada kefahaman mereka ada dikemukakan dalam buku ini.
263 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan
rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 3790. Juga dikeluarkan oleh Ibn Majah dengan
lafaz yang sedikit berbeza, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 2856/2865 (Kitab al-
Jihad, Bab tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah).

Ramalan Rasulullah Sesungguhnya urusan kalian selepas aku (wafat) akan dipegang oleh lelaki… benar-
benar berlaku pada masa kini di mana jabatan agama di sebahagian negeri enggan memberi tauliah mengajar kepada
para ustaz dan ustazah yang berusaha menghidupkan sunnah dan memadamkan bid’ah. Sebaliknya mereka
memberikan tauliah itu kepada orang-orang yang memadamkan sunnah dan mencipta bid’ah.

Para ustaz dan ustazah yang menghidupkan sunnah dan memadamkan bid’ah akan ditangkap, dibicarakan di
242

Cara lain bagi mereka menghalang dari jalan Allah ialah dengan mencipta bid’ah
sahaja, tanpa perlu mematikan sunnah. Ini kerana secara tersendirinya setiap bid’ah itu
akan mematikan sunnah yang semisal dengannya. Hasan bin ‘Athiyah rahimahullah
(120H)264 pernah berkata,

‫بْتَ َدعَ قَْوٌم بِْدعَةً ِف ِدينِِه ْم إَِهّل نََزَع اَّهللُ ِم ْن ُسنهتِِه ْم ِمثْلََها ُثه َّل يُعِي ُد َها إِلَْيِه ْم إَِل‬.‫يَْوِم الِْقيََاماَمِةا‬

Tidaklah satu kaum mencipta satu bid’ah dalam urusan agama mereka melainkan
Allah mencabut daripada sunnah (Nabi) mereka yang semisal dengannya. Kemudian
sunnah itu tidak akan dikembalikan kepada mereka sehinggalah ke Hari Kiamat.265

Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama adalah jalan
Rasulullah sementara jalan Allah dan jalan Rasulullah adalah satu dan sama. Ini berdasarkan
ayat 153 dan 159 yang telah dikupas sebelum ini. Maka sesiapa yang menghidupkan bid’ah,
dia mematikan sunnah. Dengan matinya sunnah, dia menghalang umat Islam dari jalan
Rasulullah yang dengan itu dia juga menghalang umat Islam dari jalan Allah.

Dalam pelajaran seterusnya akan dikemukakan beberapa contoh bagaimana bid’ah
dapat mematikan sunnah sehingga akhirnya menghalang umat Islam dari jalan Allah.
Perhatikan bagaimana bid’ah-bid’ah tersebut berkait rapat dengan para ahli ilmu dan para
ahli ibadah.

Satu hakikat yang sukar diterima adalah, hampir semua bid’ah asalnya dicipta dan
dipastikan kesinambungannya oleh para ahli ilmu dan ahli ibadah dari kalangan umat Islam.
Amat jarang orang awam dari kalangan umat Islam yang mencipta bid’ah.

Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat 34 surah al-Taubah di atas

mahkamah dan dikenakan denda jika masih meneruskannya. Namun sebagaimana pesan Rasulullah dalam hadis di
atas, usaha tetap diteruskan kerana tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang bermaksiat kepada Allah.

Hadis di atas juga merupakan dalil betapa beratnya kesalahan bid’ah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menyebutnya sebagai maksiat kepada Allah.
264 Beliau ialah Abu Bakar Hasan bin ‘Athiyah al-Damsyik, seorang ahli ilmu dari kalangan tabi’in yang hadis-
hadisnya diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’e, Ibn Majah dan lain-lain. Meninggal
dunia pada 120H.
265 Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam
semakannya ke atas Sunan al-Darimi, hadis no.: 98/99 (al-Muqaddimah, Bab mengikuti sunnah).

243

memperingatkan dan memberi amaran kepada orang-orang yang beriman tentang para ahli
ilmu dan ahli ibadah. Peringatan dan amaran ini adalah supaya kita sentiasa menyemak dan
mengulang semak apa yang mereka ajar dan amalkan.

Mengkaji Majlis Tahlil (II)

Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],266 marilah kita mengkaji bagaimana Majlis Tahlil menghalang
dari jalan Allah.

Sebelum ini telah diterangkan bagaimana Majlis Tahlil sempena kematian adalah
bid’ah. Majlis Tahlil ini juga mematikan sunnah kerana yang diajar oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam ialah anak mendoakan sendiri untuk ibu atau bapanya yang
telah meninggal dunia, bukan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu atau bapanya
dalam satu majlis umpama Majlis Tahlil. Perhatikan dengan cermat sabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,

266 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
244

‫أَْو‬ ‫بِِه‬ ‫يُْنتَ َف ُع‬ ‫ِعْلم‬ ‫أَْو‬ ‫َجا ِريَة‬ ‫َص َدقَة‬ ‫ِم ْن‬ ‫إَِّله‬ ‫ثََلَثَة‬ ‫ِم ْن‬ ‫إَِّله‬ ُ‫َع َملُه‬ ُ‫َعنْه‬ ‫انَْقطَ َع‬ ‫َما َت الِإنْ َسا ُن‬ ‫إِذَا‬ ‫َولَد‬
.ُ‫يَْدعُو لَه‬ ‫َصالِح‬

Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya

kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh

yang berdoa untuknya.267

Selain itu doa yang dibaca adalah pendek dan mudah, bukannya panjang dan rumit

sebagaimana yang lazim dibaca dalam Majlis Tahlil. Doa tersebut terdapat dalam al-Qur’an,

‫ َر ِب ا ْغِفْر ِل َولَِوالَِد هي َولَِم ْن َد َخ َل بَْيَِت ُمْؤِمنًا َولِلْ ُمْؤِمنَِّي َوالْ ُمْؤِمنَا ِت َوَّل تَِزِد الظهالِِمَّي إَِهّل‬.‫تَبَاًرا‬

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu dan bapaku serta bagi

sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi

sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau

tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. [Nuh 71:28]

‫َر ِب اْرَْحُْه َما َك َما َربهيَاِّن َصغِْيًا‬

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka

telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [al-Isra’

17:24]

Doa ini dibaca secara bersendirian oleh anak mengikut adab-adab berdoa yang Allah
dan Rasul-Nya ajar, serta dibaca pada bila-bila masa tanpa perlu terikat dengan sekian-
sekian majlis atau masa.268

Dalam contoh ini kita dapat melihat bagaimana satu amalan bid’ah seperti Majlis
Tahlil telah menghalang manusia dari jalan Allah, yakni al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.
Sebahagian besar masyarakat begitu selesa dengan Majlis Tahlil sempena kematian

267 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah
ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

268 Lebih lanjut tentang amalan-amalan yang dapat memberi manfaat kepada ibu dan bapa yang telah meninggal
dunia, sila rujuk buku saya Wahai Ibu! Wahai Ayah! Lebih lanjut tentang adab-adab berdoa, sila rujuk buku saya Soal
Jawab Adab-Adab Berdoa. Kedua-dua buku ini boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com

245

sehingga mereka tidak tahu bahawa yang sunnah ialah anak mendoakan sendiri ibu atau
bapa pada bila-bila masa dan doa itu pula telah Allah sebut di dalam al-Qur’an.269

Mengkaji Amalan Berzikir Dengan Nama Allah

Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,

‫ اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن‬.‫َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],270 marilah kita mengkaji amalan berzikir dengan nama-nama
Allah.

269 Bagi sebahagian orang, Allah mengujinya dengan tidak mengurniakan anak, sebagaimana firman-Nya,

‫) أَْو يَُزِو ُج ُه ْم‬49( ‫)ُب لَِم ْن يَ َشاءُ إََِنًَث َويََه ُب لَِم ْن يَ َشاءُ ال ُّذُكوَر‬5‫َه‬0َ‫ذُْكَراًَن َوإَََِِّهنللًَِثُمَلْوَْيُكَع الُل هَسم َمْناَيوَا َشِاتءَُواعَْلَِقْيرًماِضإِنهَهُيْلُ َعُقلِيَمٌما قَيَِدَشياٌرءُ(ي‬

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan
anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia
kehendaki, atau Dia memberikan kedua-dua anak lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan
Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [al-Shura
42:49-50]

Bagi yang tidak dikurniakan anak, dia boleh mendapat manfaat setelah meninggal dunia dengan
memperbanyakan sedekah dan menyampaikan ilmu yang sahih, atau dengan memelihara anak angkat.
270 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.

246

Sebahagian agamawan memberi petua berzikir dengan nama-nama Allah dan nama
Allah itu dipilih sesuai dengan hajat yang ingin dicapai oleh penzikir. Contohnya,

• Berzikir nama Allah al-Hadi (Maha Pemberi Hidayah) sebanyak 70 kali dan meniupnya
ke dada ahli keluarga yang enggan solat. Konon ia dapat membuka hati ahli keluarga
tersebut untuk menerima hidayah Allah dan mula melaksanakan solat.

• Berzikir nama Allah al-Syafi (Maha Penyembuh) sebanyak 40 kali ke atas diri sendiri
atau sesiapa yang sakit. Konon ia dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi.

• Memperbanyakkan zikir nama Allah al-Hafiz (Maha Menjaga) dan al-Muhaimin
(Maha Memelihara) pada waktu pagi dan petang. Konon ia dapat memelihara ahli
keluarga dan harta benda daripada sebarang kemudaratan sepanjang hari.

Ketahuilah bahawa menggunakan nama-nama Allah untuk berzikir bagi mencapai
sesuatu hajat yang selari dengan nama tersebut adalah satu amalan baharu yang tidak
dikenali berasal daripada al-Qur’an mahupun sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam.271

Apa yang diajar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah berdoa dengan nama-nama-
Nya, sebagaimana firman-Nya,

.‫َوَِّهلِل اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن فَاْدعُوهُ ِِبَا‬

Dan bagi Allah nama-nama yang baik, maka berdoalah kepadanya dengan (nama-
nama) itu. [al-A’raaf 7:180]

.‫قُِل اْدعُوا اَّهللَ أَِو اْدعُوا الهرْْحَ َن أًََّي َما تَْدعُوا فَلَهُ اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن‬

Katakanlah: “Berdoalah dengan nama Allah atau al-Rahman, yang mana sahaja
kamu guna untuk berdoa, maka bagi Allah nama-nama yang baik.” [al-Isra’ 17:110]

Contoh mengamalkan kedua-dua ayat di atas:

• Nama Allah disebut pada permulaan doa, “Ya Allah, Engkaulah yang Maha Memberi
Hidayah (al-Hadi), maka berilah hidayah kepada anakku agar dia berdisiplin

271 Jika para pembaca menemui bukti bahawa amalan ini memiliki asal daripada al-Sunnah atau al-Salaf al-Soleh,
mohon disampaikan kepada penulis agar kenyataan di atas dapat dibetulkan.

247

mendirikan solat lima kali sehari.”

• Nama Allah disebut di akhir doa, “Ya Allah, lariskanlah perniagaan aku hari ini,
sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rezeki (al-Razzaq) bagi kami.”

• Nama Allah disebut pada permulaan dan akhir doa, “Ya Allah, Engkaulah yang Maha
Penyembuh (al-Syafi), maka sembuhkanlah penyakit aku ini. Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Pengasih (al-Rahman) dan Maha Penyayang (al-Rahim)”

Berdasarkan ayat 180 surah al-A’raaf dan ayat 110 surah al-Isra’ serta contoh-contoh
di atas, nama-nama Allah disebut sekali, selari dengan hajat dalam doa. Ia bukan dibaca
berulang kali sebagai satu bentuk zikir.272

Selain itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ada mengajar dan mengamalkan
zikir dengan nama-nama Allah, akan tetapi nama-nama Allah itu tidak dibaca berulang kali.
Sebaliknya keseluruhan zikir itu yang dibacakan berulang kali. Selain itu nama Allah yang
disebut tidak semestinya dikaitkan dengan hajat penzikir.

Sebagai contoh perhatikan zikir pagi dan petang ini, berdasarkan hadis daripada Anas
bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada
anaknya Fathimah radhiallahu 'anha,

:‫ َوإِذَا أَْم َسْي ِت‬،‫َما َيْنَعُ ِك أَ ْن تَ ْس َمعِي َما أُو ِصي ِك بِِه أَ ْن تَُقوِل إِذَا أَ ْصبَ ْح ِت‬

Hendaklah kamu mendengar apa yang aku wasiatkan kepada kamu, iaitu
ucapkanlah apabila masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang,273

.‫ َوَّل تَكِْلِن إَِل نَْف ِسي طََرفَةَ عَّْي‬،ُ‫ أَ ْصلِ ْح ِل َشأِّْن ُكلهه‬،‫ََي َح ُّي ََي قَُيّومُ بَِرْْحَتِ َك أَ ْستَغِي ُث‬

Wahai yang Maha Hidup! Wahai yang Kekal selamanya, dengan Rahmat Engkau
aku memohon pertolongan daripada sebarang kesukaran. Perbaikilah bagiku setiap
urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku mengurusi diriku sendiri walau sekelip

272 Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berdoa adalah lazimnya baginda mengulangi doa itu tiga
kali. Maka bagi setiap pengulangan, nama Allah itu disebut sekali.
273 Terjemahan harfiyah rangkap di atas adalah Apakah yang menghalang kamu untuk mendengar apa yang aku
wasiatkan kamu dengannya, iaitu ucapkanlah apabila masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang,

248

mata.274

Keseluruhan zikir ini boleh dibaca berulang kali, bukan Ya Hayyu Ya Qayyum sahaja
yang dibaca berulang kali.

Contoh lain, Anas bin Malik dan Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anhuma
menceritakan bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditimpa sesuatu
kesukaran atau kesusahan, baginda mengucapkan,

.‫ََي َح ُّي ََي قَُيّوُم بَِرْْحَتِ َك أَ ْستَغِي ُث‬

Wahai yang Maha Hidup! Wahai yang Kekal selamanya, dengan Rahmat Engkau
aku memohon pertolongan daripada sebarang kesukaran.275

Keseluruhan zikir ini boleh dibaca berulang kali, bukan Ya Hayyu Ya Qayyum sahaja
yang dibaca berulang kali.

Oleh itu berzikir dengan nama-nama Allah yang dipilih berdasarkan hajat penzikir
dengan sekian-sekian ulangan adalah bid’ah. Apabila sebahagian agamawan
menyampaikannya sebagai petua dalam ceramah-ceramah yang mereka kenakan bayaran,
mereka tidak lain benar-benar memakan harta manusia secara batil.

Seterusnya mereka menghalang manusia dari jalan Allah kerana dengan bid’ah
yang mereka cipta dan sampaikan itu, sunnah yang semisal telah tenggelam daripada
pengetahuan dan amalan orang ramai.

Contohnya mereka mencipta dan menyampaikan bid’ah berzikir nama Allah al-Hafiz
(Maha Menjaga) dan al-Muhaimin (Maha Memelihara) sebagai kononnya dapat
memelihara ahli keluarga dan harta benda daripada sebarang kemudaratan.

274 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihin, hadis no.: 2000 (Kitab al-Dua wa al-
Takbir wa al-Tahlil wa al-Tasbih wa al-Zikr, Bab hadis Rafi’ bin Khadij). Dhiya’ al-Din al-Maqdisi menghimpunnya dalam
al-Ahadits al-Mukhtarah, hadis no.: 2319 dan beliau berkata, “Sanadnya hasan”. al-Albani menilainya hasan dalam
Shahih al-Jami al-Shogheir, hadis no.: 1913/5820.

Ada sarjana Islam yang berpesan agar zikir ini dibaca pada setiap pagi antara solat sunat Fajar dan solat Subuh
sebanyak 40 kali. Saya berkata, penetapan waktu dan bilangan ini memerlukan kepada dalil. Jika tidak ada dalil, maka
ia adalah bid’ah.
275 Hasan: Hadis daripada Anas bin Malik dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no.: 3446/3524 dan
hadis daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihin, hadis no.: 1875.
Dihimpun oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3182.

249

Padahal sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang semisal ialah
sebagaimana hadis berikut,

:‫َما ِم ْن عَبْد يَُقوُل ِف َصبَا ِح ُك ِل يَْوم َوَم َساِء ُك ِل لَْيلَة‬

Tidaklah seorang hamba mengucapkan pada waktu pagi setiap hari dan pada
waktu petang setiap malam,

‫بِ ْسِم اَّهلِل اله ِذي َّل يَ ُضُّر َم َع اِْْسِه َش ْيءٌ ِف اْلَْر ِض َوَّل ِف ال هس َماِء َوُهَو ال هس ِمي ُع الَْعلِي ُم‬

“Dengan nama Allah – yang dengan nama-Nya – tidak ada suatu jua kemudaratan
di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”,

.ٌ‫ثََل َث َمهرات ََلْ يَ ُضهرهُ َش ْيء‬

sebanyak tiga kali melainkan tidak akan memudaratkannya apa-apa jua.276

276 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai
hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3310/3388 (Kitab al-Du’a ‘an Rasulullah, Bab doa apabila
masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang).

250


Click to View FlipBook Version