Mengkaji Amalan Rawatan al-Qur’an (II)
Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],277 marilah kita mengkaji amalan menjampi penyakit fizikal
dengan ayat al-Qur’an selain surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas,
kemudian meniup pada tubuh badan yang sakit atau meniup kepada air dalam botol sebagai
air jampi.
Sebelum ini telah dijelaskan bahawa menjampi penyakit fizikal dengan ayat atau
surah selain al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas adalah bid’ah. Telah
dijelaskan juga bahawa menjampi air adalah bid’ah.
Bid’ah yang tersebar luas di kalangan masyarakat ini mematikan sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang semisal. Contohnya, petua yang lazim diberikan oleh
sebahagian agamawan bagi mengubati penyakit lutut atau menghancurkan batu karang,
ialah membaca dan meniupkan ayat,
.َوإِذَا بَطَ ْشتُْم بَطَ ْشتُْم َجبها ِري َن
Dan apabila kalian memukul, kalian memukul dengan kejam lagi memaksa. [al-
Shu’ara 26:130]
Kesalahan petua ini telah dijelaskan dalam pelajaran sebelum ini. Petua Rasulullah
pula adalah sebagaimana hadis berikut daripada ‘Utsman bin Abi al-‘Ash al-Tsaqafi
radhiallahu 'anh,
أَنههُ َش َكا إَِل َر ُسوِل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َو َج ًعا َِي ُدهُ ِف َج َس ِدِه ُمْن ُذ أَ ْسلََم فََقا َل لَهُ َر ُسوُل
277 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
251
:اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم
Bahawa dia mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang
bahagian tubuhnya yang sakit sejak dia memeluk Islam. Maka Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda,
: َوقُ ْل َسْب َع َمهرات، َوقُ ْل ِب ْسِم اللِه ثََلًَث،َض ْع يََد َك َعلَى اله ِذي ََتََهلَ ِم ْن َج َس ِد َك
Letaklah tangan kamu di bahagian tubuhmu yang terasa sakit dan bacalah
“Bismillah” tiga kali. Kemudian bacalah tujuh kali,
.أَعُوذُ ِبللهِ َوقُْدَرتِِه ِم ْن َشِر َما أَِج ُد َوأُ َحاِذُر
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan (penyakit)
yang aku hadapi dan yang aku berwaspada terhadapnya.278
Selain itu termasuk sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah berubat
apabila sakit, sebagaimana sabda baginda,
. فَإِذَا أُ ِصي َب َدَواءُ ال هداِء بََرأَ ِبِ ْذ ِن اَّهللِ عَهز َو َجله.ٌلِ ُك ِل َداء َدَواء
Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu
penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'Azza wa Jalla.279
Ubat yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah berjumpa doktor perubatan,
menerima rawatan dan mengambil ubat yang diberikan, selari dengan penemuan sains
perubatan yang terkini. Ia bukanlah dengan “meniup” sekian-sekian ayat al-Qur’an
sebagaimana telah dijelaskan.
Dalam contoh ini kita dapat lihat bagaimana bid’ah menjampi dengan ayat atau surah
al-Qur’an pilihan sendiri telah menghalang umat Islam dari jalan Allah, yakni dari
mengetahui dan mengamalkan jampian yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam.
278 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4082/2202 (Kitab al-Salam, Bab disukai
meletakkan tangan di bahagian yang terasa sakit disertai dengan doa).
279 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4084/2204 (Kitab al-Salam, Bab bagi setiap
pennyakit ada ubatnya dan dianjurkan untuk berubat).
252
Mengkaji Amalan Surah al-Nas Sebelum Solat
Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-
orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta
manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari
jalan Allah. [al-Taubah 9:34],280 marilah kita mengkaji amalan kebiasaan sebahagian imam
masjid dan surau membaca surah al-Nas sebelum solat yang mereka pimpin. Kebiasaan ini
menyebabkan orang ramai menyangka itulah petua yang betul bagi menghindari gangguan
syaitan ketika solat.
Ketahuilah bahawa membaca surah al-Nas adalah betul bagi menghindari gangguan
syaitan secara umum, namun khusus untuk solat maka petua atau sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut. ‘Utsman bin Abi al-‘Ash radhiallahu 'anh
menceritakan,
هن ال هشْيطَا َن قَْد َحا َل بَْيِن َوبََّْي َصَلِت:ِاللَهَُي َعَرلَيُْسِهوََلو اَسلللههَِمإ: فََصَقلها َىل،ِىفَالَقلاهَُلعَلََرْيُِهسوَوُلَسالهللَمه،َوقَِراءَِت أَيتََْلبِى اُسلَنههاِهبعَلََصهيله
Aku datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan mengadu, “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya syaitan sering mengganggu aku dalam solat dan bacaan aku
menjadi bercampur aduk (antara betul dan salah).” Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,
. َواتِْف ْل عَلَى يَ َسا ِرَك ثََلًَث،ُ فَِإذَا أَ ْح َس ْستَهُ فَتَعَهوْذ ِبللِه ِمنْه،َذا َك َشْيطَا ٌن يَُقا ُل لَهُ َخْنَز ٌب
“Itu adalah syaitan yang digelar Khanzab. Maka apabila kamu merasai
gangguannya maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguannya (dengan
membaca A’uzubillahi minasy syaitan nirrajim) dan ludahlah ke arah kiri kamu sebanyak
280 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya.
253
tiga kali.”281
. فََف َعلْ ُت ذَلِ َك فَأَْذ َهبَهُ اللهُ عَِن:قَا َل
‘Utsman bin Abi al-‘Ash berkata, “Aku mengamalkan yang sedemikian, lalu Allah
menghalau (syaitan) daripadaku.”282
Bid’ah dan Ghuluw
Sebelum ini kita telah membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang melarang
Ahli Kitab daripada melampaui batas dalam agama,
.ََي أَْه َل الْ ِكتَا ِب َّل تَغْلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق
Wahai Ahli Kitab,283 janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan
janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171]
Kita juga telah membaca keterangan Abu Syamah rahimahullah (665H) bahawa salah
satu bentuk melampaui batas dalam agama ialah dengan berbuat bid’ah,
))إَِهّل اْْلق الله َوَّل تَقولُوا على َسب ََكّلَذلتِغلكوافَُِهفَودينغاُكلْم.افَللهكلغْيم َاونقْْلفدعققَالبَِلِلأماَسلارلاهنتمَمعَوَاقهاَاللهأَن(أَه(وََيَملِأْشَسهُارلوناعلَْحَوكالَتلْياه
قَائِل على فِي ِه ِف دينه ُمْبتَدع
281 Yang dimaksudkan ialah meludah dengan mengeluarkan sedikit udara tetapi tanpa mengeluarkan air liur.
282 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4083/2203 (Kitab al-Salam, Bab meminta
perlindungan dari syaitan dan was-was dalam solat).
283 Ahli Kitab ialah kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian). Mereka disebut “Ahli Kitab” kerana mereka masing-masing
telah diberikan kitab Taurat dan kitab Injil.
254
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah
melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah
kecuali yang benar.”
Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia
disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam
agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak
benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.284
Larangan daripada melampaui batas dalam agama bukan sahaja ditujukan kepada
Ahli Kitab, tetapi juga kepada kita umat Islam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
bersabda dengan mengulanginya sebanyak tiga kali,
.َهلَ َك الْ ُمتَنَ ِطعُوَن
Celakalah orang-orang yang melampaui batas (dalam agama).285
Dalam sebuah hadis yang lain, ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma
menceritakan bahawa pada satu pagi di Jamrah Aqabah286 Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda kepadanya, saat itu baginda berada di atas untanya,
.الُْق ْط ِل َح ًصى
Ambilkan untukku batu kerikil.
أَْمثَا َل :َويَُقوُل ِف َكِفِه يَْن ُف ُض ُه هن فَ َج َع َل .اْْلَْذ ِف َح َصى ُه هن ،َح َصيَات َسْب َع ُلَه فَلََقطْ ُت ،َه ُؤَّل ِء
.فَاْرُموا
(‘Abdullah ibn ‘Abbas berkata), Maka aku mengambil untuk baginda tujuh biji batu
kerikil, ia batu kerikil kecil yang boleh dipegang dengan dua atau tiga jari. (Setelah
menyerahkannya kepada Rasulullah), baginda menggunakan tapak tangannya untuk
membersihkan debu-debunya, kemudian bersabda, “Melontarlah dengan batu kerikil
284 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21.
285 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4823/2670 (Kitab al-‘Ilm, Bab celakalah orang
yang melampaui batas).
286 Yakni tempat melontar batu kerikil dalam rangka ibadah haji.
255
semisal ini.”
. فَإِنههُ أَْهلَ َك َم ْن َكا َن قَْبلَ ُك ُم الْغُلُُّو ِف ال ِدي ِن، ََي أَُيَّها النها ُس إَِهي ُك ْم َوالْغُلُهو ِف ال ِدي ِن:ُثه قَا َل
Kemudian baginda bersabda lagi, “Wahai manusia, jauhilah kalian daripada
melampaui batas dalam agama kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah
binasa kerana (mereka) melampaui batas dalam agama.”287
Berdasarkan dua hadis di atas:
• Melampaui batas dalam agama adalah satu kesalahan.
• Rasulullah mencelakakan orang yang melampaui batas dalam agama sebanyak tiga
kali, menunjukkan ia adalah kesalahan yang besar lagi berat.
• Umat-umat sebelum ini telah binasa kerana mereka melampaui batas dalam agama.
Kebinasaan ini boleh jadi dalam bentuk telah diazab oleh Allah, kerosakan agama
atau hukuman di Akhirat kelak.
• Apa sahaja yang melebihi atau ditambah di atas ajaran Allah dan Rasulullah walau
sedikit, maka ia sudah masuk dalam sempadan melampaui batas dalam agama. Ini
berdasarkan hadis saiz batu untuk di lontar kepada jamrah, di mana Rasulullah
berpesan “Melontarlah dengan batu kerikil semisal ini.” Kemudian Rasulullah terus
memberi peringatan tentang melampaui batas dalam agama, menunjukkan jika
seseorang itu melontar dengan batu yang sedikit lebih besar, dia telah masuk ke
dalam sempadan melampaui batas dalam agama.
Di sini timbul soalan, apakah kaitan bid’ah dengan melampaui batas dalam agama?
Dijawab bahawa bid’ah wujud dalam beberapa bentuk dan salah satu daripadanya ialah
melebihi atau menambah di atas ajaran Allah dan Rasulullah. Kelebihan atau tambahan
inilah yang masuk dalam kategori melampaui batas dalam agama.
Dalam susun kata yang lain, salah satu cara melampaui batas dalam agama ialah
dengan bid’ah kerana bid’ah boleh wujud dalam bentuk melebihi atau menambah apa yang
287 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 3020/3029 (Kitab al-Manasik, Bab saiz batu kerikil untuk dilontar). Juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-
Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 3029.
256
Allah dan Rasulullah syari’atkan.
Berikut dikemukakan tiga contoh.
Mengkaji Amalan Zikir Selepas Solat Fardhu
Merujuk kepada pelajaran yang lepas di mana salah satu bentuk bid’ah ialah melebihi
atau menambah di atas sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, marilah kita
mengkaji amalan zikir selepas solat fardhu antara sunnah baginda dan kebiasaan
masyarakat kita.
Contoh Pertama, Tsauban radhiallahu 'anh menerangkan,
: إِذَا انْ َصَر َف ِم ْن َصَلتِِه ا ْستَغَْفَر ثََلًَث َوقَا َل،َكا َن َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم
Kebiasaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai288 daripada solat
adalah beristighfar tiga kali, kemudian menyebut,
. تَبَاَرْك َت ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم،ُالل ُه هم أَنْ َت ال هسَلُم َوِمنْ َك ال هسَلم
Ya Allah, Engkaulah al-Salam, daripada Engkaulah datangnya keselamatan, Maha
Berkat Engkau (wahai)289 Tuhan yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
al-Walid berkata, aku bertanya kepada al-Auza’e (kedua-dua ini adalah perawi
dalam sanad hadis terbabit), bagaimanakah lafaz istighfar itu? al-Auza’e menjawab,
288 Riwayat tentang membaca zikir sambil menyapu muka adalah dha’if dan menyelisihi hadis sahih yang
menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak berbuat demikian, sebaliknya beristighfar dan membaca
“Allahumma antas Salam…” sebagaimana hadis sejurusnya. Lebih lanjut rujuk buku saya 36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com
289 Dalam sebahagian lafaz ada tambahan ini, sebagaimana dalam Musnad Ahmad, hadis no.: 22365:
.تَبَاَرْك َت ََي َذا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم...
257
.َ أَ ْستَغِْفُر الله،َأَ ْستَ ْغِفُر الله
Aku mohon keampunan Allah, aku mohon keampunan Allah.290
Berdasarkan hadis Tsauban di atas, lafaz istighfar yang dibaca oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam sebagai zikir selepas solat fardhu hanyalah أَ ْس َت ْغ ِف ُر ال َلsebanyak
tiga kali.
Adapun lafaz istighfar panjang yang lazim dibaca oleh para imam masjid dan surau di
Malaysia, maka ia adalah daripada riwayat berikut. Mu’az bin Jabal radhiallahu 'anh berkata,
:َم ْن قَا َل بَْع َد ُك ِل َصَلة
Sesiapa yang setiap kali selepas solat mengucapkan,
أَ ْستَغِْفُر اَّهللَ اله ِذي َّل إِلَهَ إَِهّل ُهَو اْْلَ هي الَْقُيّوَم َوأَتُو ُب إِلَيِْه
“Aku mohon keampunan Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup,
yang Kekal selamanya; dan kepada-Nya aku bertaubat”,
. َكهفَر اَّهللُ عَْنهُ ذُنُوبَهُ َوإِ ْن َكا َن فَهر ِم َن الهز ْح ِف،ثََل َث َمهرات
sebanyak tiga kali, Allah akan menghapuskan daripadanya dosa-dosanya
meskipun ia dosa melarikan diri daripada medan perang.291
Hadis ini lemah sanadnya sementara matannya tertolak kerana dua sebab:
1. Dalam hadis yang sahih, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya beristighfar
dengan lafaz َأ ْس َت ْغ ِف ُر ال َلselepas solat.
2. Adapun istighfar dengan lafaz yang panjang seperti hadis Mu’az bin Jabal di atas,
dalam hadis lain yang sahih ia dianjurkan tanpa tambahan setiap kali selepas solat.292
Bererti ia boleh dibaca pada bila-bila masa kecuali selepas solat fardhu kerana pada
waktu ini dibaca zikir-zikir khusus yang diajar dan disunnahkan oleh Rasulullah
290 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 931/591 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al-
Sholat, Bab disukai zikir selepas solat dan penjelasan tentang sifatnya).
291 Dha’if: Dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannafnya, hadis no.: 3195 (Kitab al-Sholat, Bab tasbih
dan ucapan selepas solat). Sanadnya dha’if kerana di dalamnya ada perawi yang tidak disebutkan namanya. Hadis ini
juga mauquf (perkataan sahabat) dan bukannya marfu’ (sabda Rasulullah).
292 Sila rujuk Sunan Abu Daud, hadis no.: 1296/1517 (Kitab al-Sholat, Bab tentang istighfar).
258
shallallahu 'alaihi wasallam.
Oleh itu beristighar dengan lafaz yang panjang selepas solat fardhu adalah bid’ah dan
melampaui batas kerana merupakan tambahan di atas sunnah Rasulullah.
Contoh Kedua, masih merujuk kepada hadis Tsauban radhiallahu 'anh di atas,
selepas beristighfar tiga kali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca doa,
. تَبَاَرْك َت ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم،ُالل ُه هم أَنْ َت ال هسَلُم َوِمنْ َك ال هسَلم
Ya Allah, Engkaulah al-Salam, daripada Engkaulah datangnya keselamatan, Maha
Berkat Engkau (wahai)293 Tuhan yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Ia dibaca tanpa mengangkat tangan kerana tidak diriwayatkan bahawa baginda
mengangkat tangan ketika membacanya.
Akan tetapi hampir semua imam masjid dan surau di Malaysia telah menambah doa
yang dibaca oleh Rasulullah menjadi,
َ َوأَْد ِخْلنَا الجَنهة، فَ َحيِنَا َربهنَا ِبل هسَلِم،ُال هسَلم.جَََولإِلَِْيل ََواكْلِيإَْعُكَْوراُِدم،َْوتََوعَِمانْلَيَْكَتالََيهسَذَالامُل،ُهم تأََنْبَاََرْتك الَت هسَرَبهلنَام،َداَر ال هسالَللُِهم
Doa yang panjang ini tidak dikenali berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, baik dalam hadis yang sahih mahupun selainnya.294
Doa yang panjang ini dibaca setiap kali selepas solat fardhu, seolah-olah ia adalah
pakej zikir dan doa yang disyari'atkan selepas solat fardhu. Padahal pakej zikir dan doa
selepas solat fardhu hendaklah yang berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Ini kerana zikir dan doa selepas solat fardhu adalah ibadah yang khusus, pada
waktu yang khusus dengan lafaz yang khusus. Setelah selesai membaca semua zikir dan doa
yang khusus tersebut, jika diingini maka bolehlah membaca apa-apa doa lain, termasuklah
293 Dalam sebahagian lafaz ada tambahan ini, sebagaimana dalam Musnad Ahmad, hadis no.: 22365:
.تَبَاَرْك َت ََي ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم...
294 Jika para pembaca ada menemui hadis beserta rujukannya, mohon dikemukakan kepada saya agar kenyataan
di atas dapat dibetulkan. Sekadar pencarian saya, zikir seumpama ini disebut oleh al-Ghazali rahimahullah (505H) dalam
Ihya’ ‘Ulum al-Din (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 1, ms. 333. Namun ia bukanlah sebagai zikir selepas solat fardhu.
259
doa yang panjang ini.
Oleh itu sekalipun doa yang panjang ini memiliki maksud yang baik, ia sebenarnya
adalah tambahan di atas ajaran Rasulullah yang asal, sekali gus menjadi bid’ah dan
melampaui batas dalam agama.
Contoh Ketiga, antara ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk zikir
selepas solat fardhu ialah sebagaimana hadis berikut daripada Abu Hurairah radhiallahu
'anh,
، َوَكبهَر اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي، َوَِْح َد اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي،ف ُدبُِر ُك ِل َصَلة ثََلًَث َوثََلثَِّي،ِفَْتلِ َك تَِمْسْنعَةٌَسَبهوتَِحْساعُللوهََن
Sesiapa yang selepas setiap solat berzikir Subhanallah tiga puluh tiga kali,
Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahu Akbar tiga puluh tiga kali, sehingga
menjadilah ia sembilan puluh sembilan kali,
: َتَاَم الْ ِمائَِة:َوقَا َل
(Baginda meneruskan dengan bersabda), kemudian menyempurnakannya menjadi
seratus dengan mengucapkan,
لَهُ الْ ُملْ ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو عَلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر،َُّل إِلَهَ إَِهّل اللهُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَه
Tidak ada tuhan selain Allah, yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya
segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,
.غُِفَر ْت َخطَاََيهُ َوإِ ْن َكانَ ْت ِمثْ َل َزبَ ِد الْبَ ْحِر
Diampunkan dosa-dosanya meskipun ia sebanyak buih di lautan.295
Apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah ditambah oleh
sebahagian agamawan sebagai berikut:
• Sebelum berzikir Subhanallah, dibacakan terlebih dahulu,
295 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 939/597 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al-Solat,
Bab disukai zikir selepas solat dan penjelasan tentang sifatnya).
260
ُسْب َحا َن الله،اَِْلَنَا ََيَربهنَا أَنْ َت َمْولَنَا
• Selepas berzikir Subhanallah tiga puluh tiga kali dan sebelum berzikir Alhamdulillah,
dibacakan,
أَْْلَْم ُد لله،ُسْب َحا َن اللِه َوِِبَ ْم ِدِه َدائًِما قَائًِما أَبًَدا
• Selepas berzikir Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan sebelum berzikir Allahu Akbar,
dibacakan,
الله أَ ْكبَُر،أَْْلَْم ُد للهِ َر ِب الَْعالَِمَّْي َعلَى ُك ِل َحال َوِْف ُك ِل َحل َونِْع َمة
• Selepas berzikir Allahu Akbar tiga puluh tiga kali, dibacakan,
اَّهللُ أَ ْكبَرُ َكبًِْيا َواْْلَْم ُد َِّهللِ َكثًِْيا َو ُسبْ َحا َن اَّهلِل َوِِبَ ْم ِدِه بُ ْكَرةً َوأَ ِصيًَل
Bacaan-bacaan zikir di atas tidak dikenali berasal daripada ajaran Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, baik dalam hadis yang sahih mahupun selainnya.296 Sekalipun
ia memiliki maksud yang baik, ia sebenarnya adalah tambahan di atas ajaran Rasulullah yang
asal. Tambahan ini adalah bid’ah dan melampaui batas dalam agama.
Kesimpulannya, marilah kita berpegang kepada aqidah dan ibadah sebagaimana
yang Allah dan Rasul-Nya syari’atkan, tanpa sebarang lebihan atau tambahan. Ini kerana apa
jua lebihan atau tambahan adalah melampaui batas dalam agama sementara Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda dengan mengulanginya tiga kali, Celakalah
orang-orang yang melampaui batas (dalam agama).
296 Jika para pembaca ada menemui hadis beserta rujukannya, mohon dikemukakan kepada saya agar kenyataan
di atas dapat dibetulkan.
261
Bid’ah Dan Sebab Allah Mencipta Manusia
Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
.َوَما َخلَْق ُت الْجِ هن َواْلِإنْ َس إَِهّل لِيَ ْعبُ ُدوِن
Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah
kepada-Ku. [al-Zariat 51:56]
Berkata ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh, seorang sahabat yang didoakan oleh
Rasulullah agar menjadi ahli tafsir al-Qur’an297, bahawa maksud firman Allah, melainkan
untuk mereka beribadah kepada-Ku,
.إَِهّل لِيُِقُّروا ِبلْعُبُوَدةِ طَْوعًا َوَكْرًها
(Yakni) melainkan untuk mereka mengakui sifat kehambaan kepada-Ku, baik
secara sukarela mahupun terpaksa.298
Bagi menzahirkan sifat kehambaan ini, kita akan sentiasa merendah diri, tunduk, taat,
takut dan menahan diri299 kepada Allah.
Apabila seseorang itu mencipta bid’ah, maka telah hilanglah sifat kehambaannya
kepada Allah. Ini kerana orang yang mencipta bid’ah, dia telah menjadikan dirinya tuhan
yang layak mensyari’atkan sesuatu aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati.
Apabila seseorang itu mengamalkan bid’ah, maka akan hilang jugalah sifat
297 Ini berdasarkan keterangan ‘Abdullah ibn ‘Abbas sendiri,
. اللهُه هم َعلِ ْمهُ الْ ِكتَا َب:َض همِن َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َوقَا َل
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memelukku dan berdoa: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (yakni al-
Qur’an). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 73/75 (Kitab al-‘Ilm, Bab sabda Nabi: “Ya
Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab.”)]
298 Dikeluarkan oleh Ibn Jarir oleh al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an (al-Maktabah al-
Syamilah), tafsir bagi ayat 56 surah al-Zariat. Ibn Jarir rahimahullah (310H) memilih pendapat ini sebagai tafsiran yang
paling tepat bagi ayat 56 surah al-Zariat.
299 Maksudnya seseorang itu menahan diri daripada apa jua aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati melainkan
setelah dipastikan ia disyari’atkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Lawan kepada sikap menahan diri adalah sikap mendahului
Allah dan Rasul-Nya. Sikap mendahului ini dilarang, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهللِ َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya. Bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]
262
kehambaannya kepada Allah. Ini kerana orang yang mengamalkan bid’ah, dia telah
memperhambakan dirinya kepada selain Allah, baik kepada orang yang mencipta bid’ah
tersebut atau kepada dirinya yang menganggap bid’ah tersebut adalah baik lagi patut
diyakini serta diamalkan.
Oleh itu orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia telah
menyelisihi firman Allah 'Azza wa Jalla, Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia
melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. [al-Zariat 51:56]
Mengkaji Keyakinan Nur Muhammad
Satu keyakinan atau aqidah yang berlegar di kalangan sebahagian umat Islam ialah
“Nur Muhammad”. Ringkasnya, keyakinan ini menyatakan bahawa yang pertama Allah
Subhanahu wa Ta'ala ciptakan ialah Nur Muhammad dan kerana Nur Muhammad inilah
Allah mencipta alam ini, termasuklah langit, bumi, jin dan manusia.
Marilah kita mengkaji dalil dan hujah bagi keyakinan ini. Dalil Pertama adalah hadis
berikut,
هنقُالَّْهللَُت ََخَيلَ ََقر ُسقَْبوََلل:ِعنَجهابِقُرا!لإ وروى عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد الله اْلنصاري رضي الله
ََي :فََقا َل ،اْلَ ْشيَاِء قَبْ َل ُاَّهلل .ُه.َق.َِمَشنْهُْيءُك هلَخل عَ ْن أَهوِل نأَُنْوُرَتنَبَِيِوأُِمَكيِمأَْنْخِبنُْرِوِّرنِه اَّهللِ ِبَِبي
ُثه َخلَ َق اْلَ ْشيَاِء
Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abdullah al-Anshori
radhiallahu 'anh, (bahawa dia) berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Demi ayah dan
ibu kamu! Khabarkanlah kepada aku tentang sesuatu yang paling awal Allah ciptakan
sebelum apa-apa jua.”
263
Rasulullah menjawab, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah mencipta Nur Nabi kamu
daripada Nur-Nya sebelum apa-apa jua, kemudian Allah mencipta daripadanya setiap…”
Kelemahan dalil ini adalah seperti berikut:
• Hadis ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab susunan ‘Abd al-Razzaq
rahimahullah.
• Hadis ini tidak ditemui secara bersanad kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Para penulis yang mengemukakan hadis ini, semuanya hanya berkata,
Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir …. Padahal hadis ini tidak
ditemui dalam mana-mana kitab susunan ‘Abd al-Razzaq untuk kita menyemak para
perawi dalam sanadnya. Jika disemak dalam kitab al-Mushannaf, ‘Abd al-Razzaq
rahimahullah yang meninggal dunia pada 211H memerlukan rantaian perawi yang
terdiri daripada tiga orang untuk menghubungi Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh
(78H).
• Tanpa sanad yang lengkap kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hadis ini
tidak memiliki nilai. Ia disebut sebagai hadis yang tiada asal usulnya. Padahal jika Nur
Muhammad itu adalah sesuatu yang mesti diketahui, diyakini dan dipegang oleh
semua umat Islam dan merupakan kemuliaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
pasti Allah akan memelihara hadis ini dan sampai kepada kita dalam bentuk yang
jelas lagi sabit.300
300 Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.إَِهن َنْ ُن نَهزلْنَا ال ِذْكَر َوإَِهن لَهُ َْلَافِظُوَن
Sesungguhnya kamilah, kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya kamilah terhadap al-
Qur’an itu, benar-benar memeliharanya. [al-Hijr 15:09]
Apabila Allah berjanji akan memelihara al-Qur’an, Allah juga akan memelihara hadis-hadis Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana dalam al-Qur’an, Allah telah berulang-kali memerintah umat Islam untuk
mentaati dan mengikuti Rasulullah. Jika hadis-hadis tidak terpelihara, maka perintah untuk mentaati dan mengikuti
Rasulullah tidak akan tercapai oleh umat Islam selepas kewafatan baginda.
Demikian juga bahawa Rasulullah adalah penjelas al-Qur’an sehingga jika hadis-hadis baginda tidak
terpelihara, maka penjelasan baginda kepada al-Qur’an tidak akan diperolehi oleh umat selepas kewafatan baginda.
Sehingga umat Islam selepas kewafatan baginda tidak akan tahu cara solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai lagi.
Oleh itu ayat kesembilan surah al-Hijr ini bukan sahaja menjadi dalil pemeliharaan al-Qur’an tetapi juga dalil
pemeliharaan hadis-hadis Rasulullah.
264
• Dalam hadis lain yang sahih, yang pertama Allah ciptakan adalah Qalam atau pena,
bukannya Nur Muhammad. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
َم َقا ِديَر ا ْكتُ ْب :قَا َل أَ ْكتُ ُب؟ َوَماذَا َر ِب :قَا َل .ا ْكتُ ْب :ُلَه الَْقلََم فََقا َل ُإِ هن أَهوَل َما َخلَ َق اَّهلل
.ُال هسا َعة ُك ِل َش ْيء َحَهّت تَُقوَم
Sesungguhnya (makhluk) yang terawal Allah ciptakan ialah pena lalu Allah
berfirman kepadanya: “Tulislah”. Pena bertanya: “Wahai tuhanku, apakah yang
patut aku tulis?” Allah menjawab: “Tulislah taqdir segala sesuatu sehingga
datangnya Hari Kiamat.”301
Dalil Kedua ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.قَْد َجاءَُك ْم ِم َن اَّهلِل نُوٌر َوكِتَا ٌب ُمبٌِّي
Sungguh telah datang kepada kalian daripada Allah, Nur dan kitab yang jelas
(yakni al-Qur’an). [al-Maidah 5:15]
Para ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Nur dalam ayat di
atas ialah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Pendalilan ini dijawab, bahawa para ahli menafsirkan perkataan Nur dalam ayat 15
surah al-Maidah sebagai Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kerana ia dijelaskan dalam
sebuah ayat yang lain,
)46( ) َوَداعِيًا إَِل اَّهللِ ِبِ ْذنِِه َوِسَرا ًجا ُمنِْيًا45( ََي أَُيَّها النهُِّب إَِهن أَْر َسلْنَا َك َشا ِه ًدا َوُمبَ ِشًرا َونَ ِذيًرا
Wahai Nabi, sesungguhnya kami mengutus kamu untuk menjadi saksi, pembawa
khabar gembira, pemberi peringatan, penyeru kepada Allah dengan izin-Nya dan lampu
yang menerangi. [al-Ahzab 33:45-46]
Apa yang penting, kedua-dua Nur dan lampu yang menerangi adalah kiasan yang
bermaksud hidayah. Ertinya, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah pembawa
hidayah Allah. Ini sebagaimana al-Qur’an juga disebut sebagai Nur, seperti dalam firman
301 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau mendiamkannya. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan Abu Daud, no: 4078/4700 (Kitab al-Sunnah, Bab al-Qadar). Sementara Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil
menilai hadis ini hasan dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4700.
265
Allah,
.فَآِمنُوا ِبَّهللِ َوَر ُسولِِه َوالُنّوِر اله ِذي أَنَْزلْنَا
Maka berimanlah kalian kepada Allah, Rasul-Nya dan Nur yang Allah turunkan. [al-
Taghabun 64:08]
Para ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Nur dalam ayat di
atas ialah al-Qur’an. al-Qur’an disebut sebagai Nur kerana ia membawa hidayah,
sebagaimana Muhammad juga disebut sebagai Nur kerana baginda membawa hidayah.
Perhatikan ayat berikut,
ُا ُب َوَّل اْلِإَيَا ُن َولَ ِك ْن َج َعْلنَاه.َنُوًرا َْنْ ِدَوَكيَذبِلِِه َكَم ْأنَْونََحْيَشنَااءُ إِِلَميْْنَكعِبَُراوِدًََحنا َوِإمِنهْنَكأَْملَتَِرََْنه ِدَمايُكإِْنَلَت ِتَصَْرداِرطي ُمَمْاستَاِقلْيمِكت
Dan demikianlah kami wahyukan kepada kamu (wahai Muhammad), al-Qur’an302
dengan perintah kami. Kamu tidak pernah mengetahui apakah itu al-Qur’an dan tidak
juga (mengetahui apakah) itu iman, akan tetapi kami menjadikan al-Qur’an itu Nur yang
dengannya kami hidayahkan sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami.
Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) benar-benar memberi hidayah kepada
jalan yang lurus. [al-Shura 42:52]
Jika tetap hendak dikatakan bahawa Muhammad adalah Nur berdasarkan ayat 15
surah al-Maidah, maka manusia yang telah beriman juga boleh menjadi Nur sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
ن َكا َن َمْيتًا فَأَ ْحيَْينَاهُ َو َجعَلْنَا لَهُ نُوًرا َيْ ِشي بِِه ِف النها ِس َك َم ْن َمثَلُهُ ِف ال ُظّلَُما ِت لَيْ َس.ِِْبَا ِرج ِمأَْنَوَهَما
Apakah orang yang mati (hatinya), lalu kami hidupkan (hatinya) dan kami jadikan
baginya cahaya yang dengan cahaya itu dia berjalan di kalangan orang ramai303 sama
302 Perkataan ُرو ًحاdalam ayat tersebut bermaksud al-Qur’an. Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim oleh Ibn Katsir, tafsir
bagi ayat 52 surah al-Shura.
303 Maksudnya dia telah mendapat hidayah Islam sehingga apabila berjalan di kalangan orang ramai, dia bukan
sahaja tidak akan terikut-ikut dengan kesalahan mahupun kesia-siaan mereka tetapi juga dapat menasihati, menegur
dan menyeru mereka ke arah Islam.
266
seperti orang yang tetap dalam kegelapan, yang dia tidak dapat keluar daripadanya? [al-
An’aam 6:122]
Maka sekali lagi dinyatakan bahawa maksud Nur dalam ayat-ayat di atas adalah
kiasan yang bermaksud hidayah, di mana Rasulullah adalah pembawa hidayah sementara
manusia yang beriman adalah mereka yang telah menerima hidayah.
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bukanlah Nur secara hakikat. Baginda
bukanlah Nur, tidak diperbuat daripada Nur dan tidak Allah jadikan kerana Nur. Bahkan
baginda adalah manusia biasa seperti kita semua, sebagaimana tegas Allah 'Azza wa Jalla,
.قُ ْل إَِّهنَا أَََن بَ َشٌر ِمثْلُ ُك ْم يُو َحى إَِِله أََّهنَا إَِْلُ ُك ْم إِلَهٌ َوا ِح ٌد
Katakanlah (Wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku tidak lain adalah manusia
seperti kalian, (perbezaan aku hanyalah satu yakni) diwahyukan kepadaku bahawasanya
tuhan kalian tidak lain adalah tuhan yang satu (yakni Allah).” [al-Kahf 18:110]
Dalil Ketiga ialah hadis berikut,
. ََي َر ِب أَ ْسأَلُ َك ِِبَِق ُُمَ همد لََما غََفْر َت ِل:لَهما اقََْتَ َف آَدمُ اْْلَ ِطيئَةَ قَا َل
Tatkala ‘Adam melakukan kesalahan (dalam syurga), dia berdoa, “Wahai tuhanku,
aku memohon kepada Engkau dengan hak Muhammad agar Engkau mengampunkan
aku.”
َوَكيْ َف عََرْف َت ُُمَ هم ًدا َوََلْ أَ ْخلُْقهُ؟، ََي آَدُم:ُفََقا َل اَّهلل
Maka Allah berfirman, “Wahai Adam, bagaimana kamu mengenali Muhammad
padahal aku belum menciptanya lagi?”
أفَََرَأحَيْ هبُتاْْعَلَلَلِْىق إَِرفََلْع اُْتِْس َرأَْكِسإَِهّيل َّلِْإِلَلَنههَ َإِكَهّللَ اهمَّاهللُ َُُخمَلَْهقمتٌَدِنَربُِسيَوِدُلَكاَّهلَوِلنََففَ َعْخلِ ْمَتُتِأهفَنه ِمَكْنََلُْرتُوِِحض َْكف،َمََيْكتَُروًِِبب :قَا َل
الَْعْر ِش.إِقَلَيَْوائَِِمك
Adam menjawab, “Wahai tuhanku, tatkala Engkau menciptakan aku dengan
Tangan Engkau dan Engkau meniupkan ke dalamku daripada Ruh Engkau, aku
mengangkat kepalaku lalu aku melihat tertulis di tiang-tiang Arasy, ‘Tidak ada tuhan
267
melainkan Allah, Muhammad adalah Rasulullah’.
Maka (pada saat itu) aku mengetahui bahawa Engkau tidak akan menambah
kepada (sisi) nama Engkau (sesiapa jua) melainkan makhluk yang paling Engkau cintai.”
إِنههُ َْلُ ِح ُّب اْْلَْلِق إَِِهل اْدعُِن ِِبَِقِه فََق ْد غََفْر ُت لَ َك َولَْوَّل ُُمَ هم ٌد َما،ُ َص َدقْ َت ََي آَدم:ُفََقا َل اَّهلل
.َخلَْقتُ َك
Allah berfirman, “Kamu benar wahai Adam. Sesungguhnya (Muhammad) adalah
makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya, nescaya Aku akan
mengampunkan bagi kamu. Seandainya bukan kerana Muhammad, nescaya Aku tidak
akan mencipta kamu.”304
Hadis ini dan beberapa lain yang seumpama bukan sahaja tertolak dari sudut sanad
tetapi juga tertolak dari sudut matan. Ini kerana lafaz taubat Nabi Adam ‘alahis salam
bukanlah “Wahai Tuhanku, aku memohon kepada Engkau dengan hak Muhammad agar
Engkau mengampunkan aku” tetapi sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an,
.َربهنَا ظَلَ ْمنَا أَنُْف َسنَا َوإِ ْن ََلْ تَ ْغِفْر لَنَا َوتَْرَْحْنَا لَنَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau
tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami
304 Maudhu’: Dikeluarkan oleh al-Ajuri dalam al-Syari’ah, hadis no.: 956, al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath,
hadis no.: 6502 dan al-Mu’jam al-Shogheir, hadis no.: 992, al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihain, hadis no.:
4228 dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, jld. 5, ms. 488-489; semuanya melalui jalan ‘Abd al-Rahman bin Zaid
bin Aslam yang disepakati sebagai perawi yang dha’if.
Akan tetapi jika ‘Abd al-Rahman meriwayatkan daripada ayahnya – sebagaimana hadis ini – maka ia adalah
hadis yang maudhu’ (palsu). Ini sebagaimana jelas al-Hakim sendiri dalam kitabnya yang lain, al-Madkhal ila Ma’rifah
al-Shahih min al-Saqim (al-Maktabah al-Syamilah), perawi no.: 97:
بن أسلم روى َعن أَبِيه أَ َحاِديث َمْو ُضوعَة َّل َيفى على من َتملها من أهل.ال هصنْعَة أَعنب ادْْلالمهرْْلحَفِنيَهبانعَلَزيْيِهد
‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan daripada ayahnya hadis-hadis palsu. Tidaklah tersembunyi
bagi orang-orang yang mengkajinya dari kalangan pakar (hadis) bahawa dia bertanggungjawab memalsukan hadis.
Justeru sekalipun al-Hakim menilainya sahih dalam al-Mustadrak, ia sebenarnya adalah maudhu’ sebagaimana
jelas beliau sendiri dalam kitabnya yang lain. al-Zahabi juga menilai hadis ini maudhu’ dalam semakannya ke atas al-
Mustadrak.
Lebih lanjut tentang kelemahan penilaian al-Hakim dalam kitab al-Mustadraknya, rujuk penjelasan saya dalam
buku Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah, Siri Pertama di
www.hafizfirdaus.com
268
dari orang-orang yang rugi.” [al-A’raaf 7:23]
Selain itu Allah Subhanahu wa Ta'ala mencipta Nabi Adam dan seluruh manusia
bukanlah kerana Muhammad tetapi kerana,
.َوَما َخلَْق ُت الْجِ هن َواْلِإنْ َس إَِهّل لِيَ ْعبُ ُدوِن
Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah
kepada-Ku. [al-Zariat 51:56]
Allah memulakan ayat di atas dengan penafian, Dan tidaklah Aku mencipta jin dan
manusia…, bererti tidak ada apa-apa sebab lain di sebalik penciptaan jin dan manusia.
Penafian ini secara tegas membatalkan keyakinan bahawa Allah mencipta jin dan manusia
kerana Nur Muhammad.
Seterusnya Allah berfirman, melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. Ini
sekali lagi membatalkan keyakinan Nur Muhammad, di mana Allah mencipta jin dan
manusia bukan kerana Nur Muhammad tetapi kerana mahukan mereka beribadah – yakni
menghambakan diri – kepada-Nya.
Maka dalam ayat yang satu ini terdapat dua pembatalan ke atas keyakinan Nur
Muhammad.
Demikian juga, Allah 'Azza wa Jalla mencipta langit dan bumi bukan kerana Nur
Muhammad tetapi kerana mahukan manusia mengetahui kekuasaan-Nya. Firman Allah,
عَلَى َاَّهلل أَ هن لِتَ ْعلَ ُموا بَْينَ ُه هن اْلَْمُر يَتَنَهزُل ثْلَُه هن.أَََْحسَااَواَط بِتُكَِولِم َنَش اْيْلَءْر ِعْلِضًماِم قَالهِديِذٌريَوأََهخنلَاََقّهللَ َسقَبْْدَع ُاَّهلل ُك ِل
َش ْيء
Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula (Allah mencipta) bumi.
Perintah Allah turun di antara kedua-duanya (langit dan bumi) supaya kamu mengetahui
bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya
benar-benar meliputi segala sesuatu. [al-Thalaq 65:12]
Kemudian perhatikan dua ayat berikut,
َوُهَو اله ِذي َخلَ َق ال هس َماَوا ِت َواْلَْر َض ِف ِستهِة أََهيم َوَكا َن عَْر ُشهُ َعلَى الْ َماِء لِيَْبلَُوُك ْم أَُيّ ُك ْم أَ ْح َس ُن
269
.َع َمًَل
Dan Dia-lah (Allah) yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa sedangkan
‘Arasy-Nya di air supaya Dia menguji kalian, siapakah di kalangan kalian yang terbaik
amalannya. [Hud 11:07]
Setelah ujian tersebut, Allah akan memberi balasan secara adil sebagaimana firman-
Nya,
.َو َخلَ َق اَّهللُ ال هس َماَوا ِت َواْلَْر َض ِبْْلَِق َولِتُ ْجَزى ُك ُلّ نَْفس ِِبَا َك َسبَ ْت َوُه ْم َّل يُظْلَ ُموَن
Dan Allah mencipta langit dan bumi dengan kebenaran supaya tiap-tiap diri diberi
balasan terhadap apa yang mereka usahakan dan mereka tidak akan dizalimi (walau
sedikit jua). [al-Jatsiyah 45:22]
Berdasarkan kedua-dua ayat ini, penciptaan langit dan bumi bukanlah kerana Nur
Muhammad tetapi kerana Allah ingin menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya
untuk diberikan balasan pahala dan dosa, syurga dan neraka, secara adil.
Kesimpulannya, keyakinan Nur Muhammad adalah perkara baharu yang tidak
disebut oleh al-Qur’an, al-Sunnah dan para al-Salaf al-Soleh.305 Semua ini menjadikan ia satu
keyakinan yang bid’ah. Bahkan keyakinan yang menyelisihi al-Qur’an dan al-Sunnah.
Selain itu, keyakinan Nur Muhammad membuka pintu kepada pelbagai lagi
keyakinan yang bid’ah. Contohnya ada segelintir yang meyakini bahawa Allah itu Nur dan
daripada Nur-Nya itulah terpancar Nur Muhammad. Kemudian daripada Nur Muhammad
itu pula terpancar segala-galanya di alam ini.
Ini akhirnya membawa kepada keyakinan Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud), di
mana mereka meyakini bahawa yang wujud hanyalah Allah sementara semua lain yang
wujud di alam ini adalah sebahagian daripada Allah.
Mereka berhujah dengan ayat,
305 Jika para pembaca ada menemui ayat al-Qur’an, hadis dan perkataan generasi Salaf tentang Nur Muhammad,
mohon dikemukakan kepada saya beserta rujukan sumber dan darjat kekuatannya, agar kenyataan di atas dapat
dibetulkan.
270
.اَّهللُ نُوُر ال هس َماَوا ِت َواْلَْر ِض
Allah adalah Nur langit dan bumi. [al-Nur 24:35]
Padahal Nur yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah hidayah, sebagaimana yang
Allah jelaskan selanjutnya dalam ayat yang sama,
.ُنُوٌر عَلَى نُور يَْه ِدي اَّهللُ لِنُوِرهِ َم ْن يَ َشاء
Nur di atas nur, Allah memimpin kepada Nur-Nya sesiapa yang dikehendaki(-Nya).
[al-Nur 24:35] Bererti Allah memimpin kepada hidayah-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Oleh kerana itulah ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menafsirkan ayat Allah
adalah Nur langit dan bumi sebagai,
.الله سبحانه هادي أهل السماوات واْلرض
Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi hidayah kepada penghuni langit dan bumi.306
Contoh lain adalah segelintir yang berselawat ketika melakukan kerja-kerja yang ada
kaitan dengan alam ini, seperti ketika membasuh beras, memotong daging, menebas lalang,
menyapu daun, berenang di tasik, mandi air terjun, berteduh di bayangan awan dan berjalan
di bawah sinaran matahari. Mereka berkata semua itu dicipta kerana Nur Muhammad,
maka berselawatlah ketika berurusan dengannya.
Ini adalah selawat yang salah meskipun lafaznya betul kerana dua sebab. Pertama,
telah dijelaskan sebelum ini kesalahan keyakinan yang berkata alam ini dicipta kerana Nur
Muhammad. Kedua, berselawat hendaklah kerana perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
anjuran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang tercatat dalam hadis-
hadis yang sahih. Perintah Allah merujuk kepada firman-Nya,
.إِ هن اَّهللَ َوَمَلئِ َكتَهُ يُ َصُلّو َن َعلَى النهِِب ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َصُلّوا َعلَْيِه َو َسلِ ُموا تَ ْسلِي ًما
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan berikanlah salam dengan
306 Dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an, tafsir bagi ayat 35 surah al-
Nur dan beliau memiliki penafsiran ini.
271
sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:56]
Oleh itu apabila seseorang itu berselawat kerana Nur Muhammad, dia tidak
mendapat apa-apa pahala daripada selawatnya itu kerana ia didasari atas keyakinan yang
batil dan dilakukan atas sebab yang batil.
Dua contoh ini menunjukkan bahawa keyakinan Nur Muhammad hendaklah dijauhi
sejauh-jauhnya kerana ia membuka ruang kepada pelbagai keyakinan lain yang salah.
Bid’ah Dan Penyesalan Pada Hari Akhirat
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.إِ هن اَّهللَ لََع َن الْ َكافِِري َن َوأَعَ هد َْلُْم َسعًِْيا
Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka
api yang menyala-nyala (neraka),
.َخالِ ِدي َن فِيَها أَبًَدا َّل َِي ُدوَن َولًِيّا َوَّل نَ ِصًْيا
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang
pelindung mahupun penolong.
.يَْوَم تَُقله ُب ُو ُجوُه ُه ْم ِف النها ِر يَُقولُوَن ََي لَْيتَنَا أَطَْعنَا اَّهللَ َوأَطَْعنَا الهر ُسوَّل
Pada hari muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, (lalu) mereka berkata,
“Alangkah baiknya, andai kata kami (di dunia dahulu) mentaati Allah dan mentaati
Rasulullah.”
272
.َوقَالُوا َربهنَا إَِهن أَطَْعنَا َساَدتَنَا َوُكبَرَاءَََن فَأَ َضُلّوََن ال هسبِيَل
Dan mereka berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati
pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami
dari jalan (yang benar).
.َربهنَا آُِتِْم ِض ْعَفِّْي ِم َن الْعَ َذا ِب َوالَْعْن ُه ْم لَْعنًا َكبًِْيا
Wahai tuhan kami, berikanlah mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka
dengan sebesar-besar laknat.” [al-Ahzab 33:64-68]
Ayat di atas menerangkan keadaan orang-orang kafir di Akhirat kelak beserta
penyesalan mereka.
Apabila al-Qur’an menerangkan keadaan orang-orang kafir, musyrik, munafiq, Ahli
Kitab dan umat-umat terdahulu, hendaklah kita ambil iktibar agar tidak mengikuti atau
menyerupai mereka. Jika tidak, maka sia-sialah sebahagian besar al-Qur’an kerana terdapat
banyak ayat yang menerangkan keadaan orang-orang kafir, musyrik, munafiq, Ahli Kitab dan
umat-umat terdahulu, kerana kita menolaknya atas alasan “Ahh! Itu bukan merujuk kepada
aku yang Muslim!”
Ayat 64-68 surah al-Ahzab di atas memiliki kaitan yang rapat dengan para pengamal
bid’ah kerana mereka ketika di dunia mentaati pemimpin dan pembesar agama sehingga
membelakangkan al-Qur’an dan Rasulullah. Sementara bid’ah pula adalah satu kesalahan
agama yang telah diancam oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan api neraka.
Selain itu bid’ah juga memiliki tingkatan-tingkatannya sehingga ada yang boleh
mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kepada kekafiran.
Oleh itu apa yang berlaku kepada orang-orang kafir di Akhirat kelak, janganlah pula
ia berlaku kepada kita orang-orang Islam. Janganlah pula di Akhirat kelak kita menyesal dan
berkata,
“Alangkah baiknya, andai kata kami (di dunia dahulu) mentaati Allah dan mentaati
Rasulullah. Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin
kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang
benar).”
273
Marilah kita sama-sama “membijakkan” diri sendiri dengan sentiasa menyemak dan
mengulang semak apa yang diajar, disampaikan dan difatwakan oleh para pemimpin dan
pembesar agama seperti para mufti, imam, tuan guru, ustaz dan ustazah. Apa yang selari
dengan al-Qur’an dan hadis sahih diikuti sementara apa yang menyelisihi ditinggalkan.
Keistimewaan Pahala Sunnah Dan Dosa Bid’ah
Antara dasar syari’at Islam adalah setiap individu akan diberi balasan di Akhirat kelak
berdasarkan amalannya sendiri. Jika di dunia dia berbuat amal soleh, maka dia diberi pahala
dan di Akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. Jika di dunia
dia berbuat kemungkaran, maka dia diberi dosa dan di Akhirat kelak akan dimasukkan ke
dalam neraka dengan keadilan Allah.
Ada beberapa ayat al-Qur’an yang menerangkan dasar ini, antaranya ialah firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala,
)41( ) ُثه َُيَْزاهُ الْجََزاءَ اْلَْوََف40( ) َوأَ هن َس ْعيَهُ َسْو َف يَُرى39( ل َما َس َعى.ّإِ)َه4ن2ِ (َوأَ هن إَِلَوأََربِْن َلَكيْ الَْسُمْنلِتََِْهلنْىَسا
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang
diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan
(kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian (usahanya itu) akan dibalas dengan
balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhan-mulah
274
kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:39-42]
Dasar ini meliputi semua amalan baik soleh atau mungkar melainkan jika terdapat
dalil yang memberikan pengecualian ke atasnya. Antara dalil pengecualian itu ialah hadis
berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
َّل يَْن ُق ُص َذلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْ ُل أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َد َعا إَِل ُه ًدى
،َشْيئًا
Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala
orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka
walau sedikit jua.307
َّل يَْن ُق ُص َذلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن َعلَْيِه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْ ُل آََثِم َم ْن تَبَِعه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة
.َشْيئًا
Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa
sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi
dosa mereka walau sedikit jua308.309
Tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan hidayah melainkan ia merupakan aqidah,
ibadah, hukum dan fiqh hati yang berasal sepenuhnya daripada al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah. Ini kerana al-Qur’an itu adalah hidayah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala,
.)2( ) ذَلِ َك الْكِتَا ُب َّل َريْ َب فِيِه ُه ًدى لِْل ُمتهِقَّي1( اَل
Alif Lam Mim, Itulah kitab (al-Qur’an) yang tiada keraguan padanya, hidayah bagi
307 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu hidayah dan hidayah itu bernilai 100 pahala. Apabila
hidayah itu diikuti oleh 6 orang, Faruq akan mendapat 600 pahala (100 X 6 orang). Pada waktu yang sama, setiap
daripada 6 orang itu akan mendapat 100 pahala. Pahala setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada
nilai 100 semata-mata kerana Faruq mendapat 600 pahala.
308 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu kesesatan dan kesesatan itu bernilai 100 dosa. Apabila
kesesatan itu diikuti oleh 3 orang, Faruq akan mendapat 300 dosa (100 X 3 orang). Pada waktu yang sama, setiap
daripada 3 orang itu akan mendapat 100 dosa. Dosa setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada
nilai 100 semata-mata kerana Faruq mendapat 300 dosa.
309 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang
membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan).
275
orang-orang yang bertakwa. [al-Baqarah 2:1-2]
Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah juga hidayah sebagaimana
sabda baginda,
...َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُُمَ همد...
… dan sebaik-baik hidayah ialah hidayah Muhammad…310
Sementara tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan kesesatan melainkan ia
merupakan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu berbanding al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah. Ini sebagaimana jelas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.َو َشُّر اْلُُموِر ُمْ َدََثُُتَا َوُك ُّل ُُمْ َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْدعَة َضَللَةٌ َوُك ُّل َضَللَة ِف النها ِر
Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap
perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan
berada dalam neraka.311
Selain hadis sahih di atas, dikatakan bahawa,312
ِم ْن أَُقْوَزاُصِر ُصَّلِم يَْنْن،عََِّملَليَْنِِبُقَا،أَلَْوهَُزاُرِمثَْمُلْنأَعَْجِمِر َلَمِِْبنَا عََكلَيْا ِهَن،لنهاَكا َُسن،فَفَعَعُِمِمَل َلِِبَِِابَا ا،ًبُِسْدنهَِعتة َيَاَوَم ُْسننهاةًبْتَِمَدْنع.ح،ْأُعَُجِموَلِرِهِِْبمَاَم َْنشَْيشْيئأًَائًا
َم ْن
Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnahku lalu ia diamalkan
oleh orang ramai, baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang beramal
dengannya, tanpa dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.
Dan sesiapa yang mencipta satu bid’ah lalu ia diamalkan (oleh orang ramai),
baginya dosa orang-orang yang mengamalkannya, tanpa dikurangi dosa orang-orang
310 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
311 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
312 Apabila sebuah hadis itu adalah dha’if atau tidak diketahui darjat kekuatannya, tidak boleh berkata “Rasulullah
telah bersabda…”. Tidak boleh menyandarkan hadis tersebut secara pasti kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam.
276
yang mengamalkannya itu walau sedikit jua.313
Dalam sebuah riwayat lain,
ِمِمثْ ْنَل ْنفَِإَعهنِم َلَعلَيِِْبِهَا،َأوََرْجُسِرولُهَُم ِمثْ َل اْلَ ْجِر َِمّلْن.ًَدَِعفَسإِبِهنَْشدْيلََعئًهُاة،ْنْتَوآبَمَََثْعِْنمِداابلْنيهتَا،ِرُسنهَاّلِلنهتايَْنقَِسُقْد أَُشُِصمْييئًتَِام،َمََعّلِْنميََلأَْن ُقِِْحبيََااُصِمُسِْمننهةًْانلنهِأمُا ُْنجِسو ،النها ِس
ُاَّهلل يَْر َضا َها إُِِْث َم ْن
Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnahku yang telah mati
sesudah (kewafatan)ku, maka sesungguhnya bagi orang itu pahala sebanyak orang-
orang yang mengamalkannya dari kalangan orang ramai, tanpa dikurangi pahala orang
ramai itu walau sedikit jua.
Dan sesiapa yang mencipta satu bid’ah yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul-
Nya, maka sesungguhnya bagi orang itu dosa sebanyak dosa orang-orang yang
mengamalkannya dari kalangan orang ramai, tanpa dikurangi dosa orang ramai itu
walau sedikit jua.314
313 Dha’if: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dalam sanadnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah, seorang perawi yang
lemah. Bahkan ada yang menilainya amat lemah. Hadis ini dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam
semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 209 (Kitab al-Sunnah, Bab sesiapa yang menghidupkan sunnah
setelah ia mati).
314 Dha’if: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dalam sanadnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah, seorang perawi yang
lemah. Bahkan ada yang menilainya amat lemah. Hadis ini dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam
semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 210 (Kitab al-Sunnah, Bab sesiapa yang menghidupkan sunnah
setelah ia mati).
Juga dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dengan lafaz yang ada tambahan “Dan sesiapa yang
mencipta satu bid’ah yang sesat yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya. Berkata al-Tirmizi, “Hadis ini hasan.”
Darjat hasan ini perlu disemak semula kerana dalam sandnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah yang dinilai lemah oleh para
ahli hadis. Oleh itu hadis ini dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2601/2677. Juga dinilai
dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain
bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2872.
Ada yang berhujah bahawa apabila Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda …bid’ah yang sesat yang
tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya…, maka ia menunjuk kepada bid’ah yang sesat atau bid’ah tercela. Di sini
terdapat mafhum al-mukhalafah atau maksud di sebaliknya, yakni terdapat bid’ah yang diredai oleh Allah dan Rasul-
Nya. Ini disebut sebagai bid’ah yang baik atau bid’ah terpuji. Justeru hadis ini menjadi dalil bahawa Rasulullah sendiri
telah membahagikan bid’ah kepada dua jenis.
Hujah ini dijawab bahawa hadis ini adalah dha’if dan ini merupakan darjat terbaik baginya. Disebabkan
kelemahan ketara Katsir bin ‘Abdullah, ada ahli hadis lain yang menilai hadis ini dha’if jiddan (amat lemah). Sama-sama
diketahui bahawa tidak boleh menjadikan hadis dha’if sebagai dalil agama, dalam kes ini dalil bahawa bid’ah terbahagi
kepada dua jenis.
Selain itu, antara syarat mafhum al-mukhalafah dalam ilmu Usl al-Fiqh ialah ia tidak bertentangan dengan dalil
lain. Di sini mafhum al-mukhalafah bahawa kononnya hadis ini menunjukkan kepada bid’ah yang diredai Allah dan
Rasul-Nya bertentangan dengan hadis yang sahih lagi jelas dan nyata, Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara
277
Oleh itu berdasarkan hadis Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya
pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu
mengurangi pahala mereka walau sedikit jua, marilah kita bersungguh-sungguh
mempelajari sunnah dan menyebarkannya kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat
handai dan orang ramai. Moga dengan itu kita mendapat pahala dan pahala orang-orang
yang mengamalkannya.
Pada waktu yang sama, berdasarkan hadis sesiapa yang menyeru kepada kesesatan,
maka ke atasnya dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang
sedemikian itu mengurangi dosa mereka walau sedikit jua, marilah kita bersungguh-
sungguh mengenali bid’ah, baik yang jelas mahupun yang samar-samar, kemudian berusaha
menjauhinya sejauh-jauhnya.
Ini kerana jika kita menyeru kepada bid’ah, maka kita menganggung dosa dan dosa
orang-orang yang mengamalkannya. Sebagai contoh,
• Seorang ayah yang mengajar ahli keluarganya satu amalan bid’ah, maka dia
menanggung dosa semua ahli keluarganya selagi mana bid’ah itu mereka amalkan.
• Seorang ustazah yang mengajar anak muridnya satu amalan bid’ah, maka dia
menanggung dosa semua anak muridnya selagi mana bid’ah itu mereka amalkan.
• Seorang ustaz yang menyampaikan aqidah yang bid’ah dalam ceramahnya, maka dia
menanggung dosa semua orang yang mendengar ceramahnya, selagi mana bid’ah itu
mereka yakini. Baik yang mendengar itu ialah mereka yang hadir di hadapannya atau
yang menonton rakaman YouTube.
• Seorang tuan guru tareqat yang menyampaikan bacaan zikir yang bid’ah kepada anak
muridnya, maka dia menanggung dosa semua anak muridnya selagi mana bid’ah itu
mereka amalkan.
• Seorang yang menulis hukum agama yang bid’ah di media sosial, maka dia
menanggung dosa semua orang yang membaca tulisannya, selagi mana hukum yang
yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap
kesesatan berada dalam neraka.
278
bid’ah itu mereka pegang atau amalkan.
• Seorang yang memanjangkan (forward) perkara bid’ah yang dia terima dalam
kumpulan Whats App, maka dia menanggung dosa sebanyak orang yang menerima
apa yang dia panjangkan itu, selagi mana bid’ah itu mereka yakini atau amalkan. Jika
apa yang dia panjangkan itu dipanjangkan lagi secara berterusan oleh orang-orang
yang menerimanya, maka rangkaian dosanya menjadi lebih panjang dan lebih luas.
Mengkaji Amalan Sedekah Pahala Bacaan al-Qur’an
Antara persoalan yang sering dibincangkan ialah amalan membaca al-Qur’an lalu
disedekahkan pahala bacaan kepada orang yang meninggal dunia, apakah ia bermanfaat
atau tidak kepadanya?
Ini adalah persoalan yang memang menjadi perbincangan dan perbezaan pendapat
di kalangan para sarjana Islam. Dalam pelajaran ini saya akan kemukakan dalil dan hujah
pendapat-pendapat tersebut untuk dikaji dan dianalisa oleh para pembaca sekalian.
Saya tidak akan menerangkan siapakah yang mengemukakan pendapat, tetapi
apakah dalil dan hujah bagi sesuatu pendapat. Ini supaya para pembaca berpegang kepada
salah satu pendapat kerana dalil dan hujahnya, bukan kerana siapa yang berkata
tentangnya. Bahkan dengan mengetahui dalil dan hujah bagi setiap pendapat, ia akan
memupuk sikap berlapang dada dan saling menghormati.
279
Sebelum bermula, ingin saya tekankan bahawa persoalannya di sini ialah apakah
ibadah yang dilakukan oleh orang hidup lalu disedekahkan kepada orang meninggal dunia
dapat memberi manfaat kepadanya sehingga dicatat dalam buku rekod amalnya,
memberatkan timbangan pahalanya di Mizan dan memasukkannya ke dalam syurga?
Ini kerana ramai yang berbincang “sampai atau tidak pahala?” padahal seandainya
pahala itu sampai, ia belum tentu bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia jika
pahala itu tidak dicatat dalam buku rekod amalnya, tidak memberatkan timbangan
pahalanya di Mizan dan tidak memasukkannya ke dalam syurga.
Pendapat Pertama berhujah dengan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan bahawa
setiap individu diberi balasan berdasarkan amalan atau usahanya sendiri. Jika di dunia dia
melakukan amal soleh, maka dia memperoleh pahala dan di Akhirat kelak dia dimasukkan
ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. Namun jika di dunia dia melakukan kemungkaran,
maka dia berdosa dan di Akhirat kelak dia dimasukkan ke dalam neraka dengan keadilan
Allah.
Antara ayat al-Qur’an yang dimaksudkan ialah firman Allah 'Azza wa Jalla,
)41( ) ُثه َُيَْزاهُ الْجََزاءَ اْلَْوََف40( ) َوأَ هن َس ْعيَهُ َسْو َف يَُرى39( ل َما َس َعى.ّإِ)َه4ن2ِ (َوأَ هن إَِلَوأََربِْن َلَكيْ الَْسُمْنلِتََِْهلنْىَسا
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang
diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan
(kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian (usahanya itu) akan dibalas dengan
balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhan-mulah
kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:39-42]
Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.ُك ُلّ اْمِرئ ِِبَا َك َس َب َرِهٌّي
Setiap manusia terikat dengan apa yang dia usahakan. [al-Thur 52:21]
Antaranya ialah firman Allah 'Azza wa Jalla,
) ُك ُّل37( ) لَِم ْن َشاءَ ِمنْ ُك ْم أَ ْن يَتَ َق هدَم أَْو يَتَأَ هخَر36( ) نَ ِذيًرا لِلْبَ َشِر35( إِْهنَا َلِإ ْح َدى الْ ُكبَِر
280
)38( ٌنَْفس ِِبَا َك َسبَ ْت َرِهينَة
Sesungguhnya ia (neraka Saqar) adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
yang menjadi amaran bagi manusia, (iaitu) bagi sesiapa di kalangan kalian yang mahu
maju ke hadapan (dengan mengerjakan amal soleh) atau yang mahu mundur ke belakang
(dengan mengerjakan kemungkaran). Setiap diri terikat dengan apa yang dia usahakan.
[al-Muddatsir 74:35-38]
Antaranya ialah dalam surah Yasin yang biasa dibaca untuk disedekahkan pahala
bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia,
.فَالْيَْوَم َّل تُظْلَُم نَْف ٌس َشْيئًا َوَّل َُْتَزْوَن إَِهّل َما ُكْنتُْم تَ ْع َملُوَن
Maka pada hari (Kiamat) itu, tidak ada satu diri jua yang akan dizalimi sedikitpun
dan kalian tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang kalian amalkan. [Yasin 36:54]
Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Pertama ini berhujah bahawa tidak
boleh membataskan diri dengan zahir ayat-ayat al-Qur’an di atas kerana terdapat hadis-
hadis yang menerangkan orang yang meninggal dunia dapat memperolehi manfaat
daripada amalan orang-orang yang hidup.
Pendapat Kedua juga berpegang kepada ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan dalil oleh
Pendapat Pertama, bahawa setiap individu dibalas berdasarkan amalan atau usahanya
sendiri. Namun Pendapat Kedua ini juga berpegang kepada hadis-hadis yang mengecualikan
keumuman ayat-ayat al-Qur’an tersebut, di mana terdapat beberapa amalan orang hidup
yang sebenarnya dapat memberi manfaat pahala kepada orang meninggal dunia.
Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْلُ أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َد َعا إَِل ُه ًدى
،َشْيئًا
Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala
orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka
walau sedikit jua.
281
َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن َعلَيِْه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْ ُل آََثِم َم ْن تَبِعَه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة
.َشْيئًا
Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa
sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi
dosa mereka walau sedikit jua.315
Berdasarkan hadis ini, orang yang menyeru kepada hidayah akan berterusan
mendapat pahala daripada orang lain yang mengikuti hidayah tersebut meskipun setelah
dia meninggal dunia. Demikian juga bagi orang yang menyeru kepada kesesatan, dia
berterusan mendapat dosa daripada orang lain yang mengikuti kesesatan tersebut
meskipun setelah dia meninggal dunia.
Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
أَْو بِِه يُْنتَ َف ُع عِلْم أَْو َجا ِريَة َص َدقَة ِم ْن إَِّله ثََلَثَة ِم ْن إَِّله َُع َملُه َُعْنه انَْقطَ َع َما َت الِإنْ َسا ُن إِذَا
.ُيَْدعُو لَه َصالِح
َولَد
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya
kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh
yang berdoa untuknya.316
Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan sedekah jariah dan mengajar ilmu akan
berterusan mendapat pahala daripada orang-orang lain yang memanfaatkan sedekah dan
ilmu tersebut, meskipun setelah dia meninggal dunia.
Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.إِ هن ِم ْن أَطْيَ ِب َما أَ َك َل الهر ُجلُ ِم ْن َك ْسبِِه َوَولَُدهُ ِم ْن َك ْسبِِه
Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil
usahanya dan anaknya adalah daripada hasil usahanya.317
315 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang
membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan).
316 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah
ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).
317 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no:
282
Berdasarkan hadis ini, anak adalah hasil usaha ibu dan bapanya sehingga apa-apa
amal soleh atau kemungkaran yang dilakukan oleh anak disebabkan pengaruh ibu dan
bapanya, maka ibu dan bapanya akan mendapat pahala atau dosa meskipun setelah
meninggal dunia.
Sebagai contoh ibu dan bapa mengajar anak mereka membaca al-Qur’an atau
menghantar anak mereka ke kelas membaca al-Qur’an sehingga akhirnya anak dapat
membaca al-Qur’an. Setelah itu apabila saja anak membaca al-Qur’an, ibu dan bapa akan
mendapat pahala tanpa perlu anak itu meniatkan pahala bacaan atau menyedekahkan
pahala bacaan kepada ibu dan bapanya.
Namun jika ibu dan bapa biasa menutur kata-kata yang buruk sehingga anak pun
terbiasa menuturkan kata-kata yang buruk, maka ibu dan bapa akan mendapat dosa setiap
kali anak menuturkan kata-kata yang buruk meskipun anak tidak meniatkan dosa atau
menghadiahkan dosa itu kepada ibu dan bapanya.
Tentang dosa perkataan kotor ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
.لَيْ َس الْ ُمْؤِم ُن ِبلطهعها ِن َوَّل اللهعها ِن َوَّل الَْفا ِح ِش َوَّل الْبَ ِذيِء
Bukanlah sifat seorang mukmin untuk mencela, melaknat, berkata keji dan berkata
kotor.318
Antaranya ialah hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma:
:أَ هن َر ُجَلً قَا َل لَِر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم
Bahawasanya datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:
. نََع ْم:إِ هن أُهمهُ تُُوفِيَ ْت أَيَْن َفعَُها إِ ْن تَ َص هدقْ ُت َعْن َها؟ قَا َل
“Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku
bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.”
3061/3528 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan seorang yang makan daripada harta anaknya).
318 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, hadis ini hasan gharib. Ia dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1900/1977 (Kitab al-Birr wa al-Shilah, Bab tentang laknat).
283
. فَِإ هن ِل ُِمَْرافًا َوأُ ْشِه ُد َك أَِّن قَْد تَ َص هدقْ ُت بِِه عَْن َها:قَا َل
Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang
berbuah, maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku menyedekahkannya untuk
(ibuku).”319
Berdasarkan hadis ini, dibolehkan sedekah harta bagi pihak orang yang telah
meninggal dunia dan ia adalah bermanfaat baginya.
Antaranya ialah hadis berikut,
،ً فَأَ ْعتَ َق ابْنُهُ ِه َشاٌم َِخْ ِسَّي َرقَبَة،أَ هن الْعَا َص بْ َن َوائِل أَْو َصى أَ ْن يُْعتِ َق عَْنهُ ِمائَةُ َرقَبَة
Bahawa al-‘Ash bin Wail berwasiat agar dibebaskan bagi pihaknya seratus orang
hamba. Maka anaknya Hisyam membebaskan lima puluh orang hamba.
عَلَْي ِه ُالله َصلهى اَّهلِل َر ُسوَل أَ ْسأََل َحَهّت :فََقا َل ،َالْبَاقِيَة عَْنهُ اْْلَْم ِسَّي أَالْنلهُيُ ْعَعتِلَيَْقِه االبْنهنُِهُهب َع َْمصلٌهروى فَأََرا َد ،َو َسلهَم
:َو َسلهَم فََقا َل فَأَتَى
Kemudian anaknya ‘Amr hendak membebaskan bagi pihak (ayah)nya baki lima
puluh orang hamba, namun dia berkata, “(Nanti dulu) sehingga aku bertanya kepada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.” Maka dia datang menemui Nabi shallallahu
'alaihi wasallam lalu bertanya,
عَلَْي ِه َوبَِقيَ ْت َِخْ ِسَّي َُعْنه أَ ْعتَ َق ِه َشاًما َوإِ هن ،َرقَبَة ِمائَِة بِعَْت ِق أَْو َصى إِ هن أَِبي ُِسأَوفََألُ ْعاتَِّهلُقل،َََريقَبََةًر َِخْ ُسوَن
َعنْهُ؟
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah berwasiat agar dibebaskan
seratus orang hamba. Hisyam telah membebaskan bagi pihaknya lima puluh (orang
hamba) dan baki yang tertinggal ialah lima puluh orang hamba. Apakah patut aku
membebaskan bagi pihaknya?”
إِنههُ لَْو َكا َن ُم ْسلِ ًما فَأَ ْعتَ ْقتُْم عَْنهُ أَْو تَ َص هدقْتُْم َعْنهُ أَْو:فََقا َل َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم
319 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan
tanah…).
284
.َح َج ْجتُْم َعْنهُ بَلَغَهُ َذلِ َك
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, “Sesungguhnya
seandainya beliau seorang Muslim,320 maka jika kalian membebaskan hamba bagi
pihaknya, bersedekah bagi pihaknya atau melaksanakan haji bagi pihaknya, nescaya
sedemikian itu sampai kepadanya.”321
Dalam satu lafaz lain,
. نََف َعهُ ذَلِ َك،ُ َوتَ َص هدقْ َت عَنْه، فَ ُص ْم َت، فَلَْو َكا َن أَقَهر ِبلتهْوِحي ِد،أَهما أَبُوَك
“Adapun ayah kamu, seandainya dia mengikrarkan tauhid maka puasa kamu dan
sedekah kamu bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu bermanfaat baginya.”322
Berdasarkan hadis ini, dibolehkan membebaskan hamba, bersedekah, berpuasa dan
berhaji bagi pihak orang yang meninggal dunia dan semua ini bermanfaat baginya.
Antaranya, ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.َُم ْن َما َت َو َعلَيِْه ِصيَامٌ َصاَم َعنْهُ َولُِيّه
Sesiapa yang meninggal dunia dan dia ada hutang puasa (yang belum sempat
digantinya), maka waris berpuasa untuknya.323
Berdasarkan hadis ini, waris boleh menggantikan hutang puasa orang yang telah
meninggal dunia dan ia adalah bermanfaat baginya.
Antaranya ialah hadis daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,
.َ لَبهْي َك عَ ْن ُشْبرَُمة:أَ هن َر ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َِْس َع َر ُجًَل يَُقوُل
320 Ketika ayahnya berwasiat sedemikian, dia dalam agama Jahiliyah. Rujuk hadis yang sama dalam Musnad
Ahmad, hadis no.: 6704.
321 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu
Daud, hadis no.: 2497/2883 (Kitab al-Washoya, Bab tentang wasiat seorang harbi sementara walinya memeluk Islam,
apakah walinya patut melaksanakan wasiatnya?)
322 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-
Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 6704. Lihat juga Silsilah al-Ahadits
al-Shahihah, hadis no.: 484.
323 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1816/1952 (Kitab al-Shaum, Bab orang yang
meninggal dunia dan dia ada hutang puasa).
285
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang lelaki (yang
akan melakukan haji) berkata “Aku menyahut seruan Engkau (ya Allah) untuk
Syubrumah.”
.ً َم ْن ُشْبرَُمةُ؟ فََذَكَر أَ ًخا لَهُ أَْو قََرابَة:فََقا َل
Rasulullah bertanya, “Siapakah Syubrumah?” Maka lelaki itu menerangkan
bahawa Syubrumah adalah saudaranya atau kaum kerabatnya.
. َّل: أَ َح َج ْج َت قَ ُّط؟ قَا َل:قَا َل
Rasulullah bertanya lagi, “Apakah kamu sudah melakukan ibadah haji untuk
dirimu sendiri?” Lelaki itu menjawab, “Belum.”
.َ فَا ْجعَ ْل َه ِذهِ عَْن َك ُثه ُح هج عَ ْن ُشْبرَُمة:قَا َل
Rasulullah bersabda, “Maka jadikanlah haji ini untuk kamu, kemudian hajikanlah
untuk Syubrumah (pada tahun lain).”324
Berdasarkan hadis ini, dibolehkan badal haji bagi orang yang telah meninggal dunia
dan ia adalah bermanfaat baginya.
Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
. إَِهّل أَْو َج َب،َما ِم ْن ُم ْسلِم َيُو ُت فَيُ َصلِي عَلَْيِه ثََلثَةُ ُصُفوف ِم َن الْ ُم ْسلِ ِمَّي
Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu disolatkan ke atasnya (Solat
Jenazah) sebanyak 3 saf dari kalangan jemaah muslimin melainkan wajib ke atasnya
(mendapat syafaat).325
324 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 8675 (Kitab al-Hajj, Bab orang yang
tidak boleh menghajikan orang lain) dan beliau berkata, “Sanad ini sahih dan tidak ada dalam bab ini (hadis lain) yang
lebih sahih berbandingnya.”
Sebelum itu hadis ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
Abu Daud, hadis no.: 1546/1811 (Kitab al-Manasik, Bab seseorang yang menghajikan orang lain).
Para ahli hadis berbeza pendapat tentang hadis ini, apakah ia marfu’ (merupakan sabda Rasulullah) atau
apakah ia mauquf (merupakan perkataan Ibn ‘Abbas). Lihat penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas
Sunan Abu Daud, hadis no.: 1811.
325 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil
dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3166 (Kitab al-Jana’iz, Bab tentang saf bagi solat jenazah).
Apakah yang wajib ke atas jenazah yang disolatkan oleh 3 saf? Saya berkata, memandangkan dalam hadis lain
(Shahih Muslim, hadis no.: 947 & 948) diterangkan jenazah yang disolatkan oleh 40 atau 100 orang jemaah akan
286
Berdasarkan hadis ini, solat Jenazah dapat memberikan manfaat kepada orang yang
meninggal dunia.
Demikian hadis-hadis yang mengecualikan keumuman ayat-ayat al-Qur’an tentang
balasan di Akhirat kelak. Ringkasnya, setiap individu akan dibalas berdasarkan amalannya
sendiri melainkan dalam kes-kes di atas, dia mendapat pahala atau dosa daripada amalan
orang lain juga.
Adapun membuat satu majlis khas untuk menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an,
zikir dan selawat kepada orang yang telah meninggal dunia, maka tidak ada ayat al-Qur’an
atau hadis Rasulullah yang dapat dijadikan dalil pengecualian. Padahal kematian adalah
sesuatu yang lazim berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan
seandainya ia bermanfaat, nescaya baginda akan mengajarnya atau menganjurkannya.
Oleh itu bermanfaat atau tidak majlis sedekah bacaan al-Qur’an kepada orang yang
telah meninggal dunia kembali kepada keumuman ayat-ayat al-Qur’an yang menjadi dasar
persoalan ini, bahawa kalian tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang kalian
amalkan. [Yasin 36:54]
Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Kedua ini berhujah, hadis-hadis yang
dikemukakan sebenarnya tidak mengecualikan ayat-ayat al-Qur’an dalam persoalan ini.
Sebab, manfaat atau pahala yang dinyatakan oleh hadis-hadis tersebut tetap merupakan
usaha orang yang telah meninggal dunia.
Menyeru kepada hidayah atau kesesatan, melakukan sedekah jariah, mengajarkan
ilmu, semua itu asalnya adalah usaha orang yang telah meninggal dunia ketika dia masih
hidup dan dia tidak lain hanyalah mendapat pahala daripada usahanya itu.
Hadis tentang sedekah harta, memerdekakan hamba, berpuasa dan berhaji kepada
orang yang telah meninggal dunia, yang melakukannya ialah anak sementara anak adalah
hasil usaha ibu dan bapanya sebagaimana hadis anaknya adalah daripada hasil usahanya.
Adapun menggantikan puasa yang wajib, haji yang wajib dan solat Jenazah, maka ia
mendapat syafaat, maka yang dimaksudkan sebagai wajib dalam hadis ini ialah wajib mendapat syafaat daripada para
jemaah itu. Maksud syafaat di sini ialah Allah akan memakbulkan doa para jemaah ke atas jenazah tersebut apabila doa
itu dibaca dalam solat jenazah, sebelum memberi salam.
287
adalah tanggung jawab orang yang hidup ke atas orang yang meninggal dunia. Sesiapa yang
melaksanakannya secara ikhlas dan berdasarkan sunnah Rasulullah akan mendapat pahala.
Namun hadis-hadis terbabit tidak menyatakan orang yang meninggal dunia turut mendapat
pahala daripada pelaksanaan ibadah-ibadah tersebut.
Pendapat Ketiga menyatakan boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an,
pahala berzikir dan pahala berselawat kepada orang yang telah meninggal dunia, dan semua
pahala itu adalah bermanfaat baginya. Mereka memiliki beberapa hujah.
Hujah Pertama, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
َوأَ ْن لَْي َس لِِْلنْ َسا ِن إَِهّل َما َس َعى
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang
diusahakannya. [al-Najm 53:39] sebenarnya bermaksud seseorang itu tidak boleh
merampas pahala daripada usaha atau amalan orang lain. Ayat ini tidak menafikan manfaat
jika orang lain secara rela menyedekahkan atau menghadiahkan pahala kepadanya.
Sebagai contoh, Yaakub tidak boleh merampas pahala amalan rakan sepejabatnya,
Khairul. Akan tetapi jika Khairul secara rela menyedekahkan pahala amalannya kepada
Yaakub, maka ia boleh dan bermanfaat kerana ayat 39 surah al-Najm tidak menafikan yang
sedemikian.
Demikianlah juga penafsiran terhadap ayat-ayat lain yang menerangkan setiap orang
diberi balasan berdasarkan usaha atau amalannya sendiri. Maksud sebenar ayat-ayat ini
adalah seseorang itu tidak boleh merampas pahala usaha atau amalan orang lain. Namun ia
tidak menghalang atau menafikan manfaat seandainya orang lain secara rela
menyedekahkan pahala usaha atau amalannya.
Hujah Kedua ialah menggunakan kaedah qiyas ke atas hadis,
.فَأَ ْعتَ ْقتُْم َعْنهُ أَْو تَ َص هدقْتُْم َعْنهُ أَْو َح َج ْجتُْم َعْنهُ بَلَغَهُ ذَلِ َك
Maka jika kalian membebaskan hamba bagi pihaknya, jika kalian bersedekah bagi
pihaknya atau jika kalian melaksanakan haji bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu
288
sampai kepadanya.”326
Dalam satu lafaz lain,
. نََفَعهُ َذلِ َك،ُ َوتَ َص هدقْ َت َعنْه،فَ ُص ْم َت
Maka puasa kamu dan sedekah kamu bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu
bermanfaat baginya.327
Juga qiyas ke atas hadis,
. إَِهّل أَْو َج َب،َما ِم ْن ُم ْسلِم َيُو ُت فَيُ َصلِي عَلَيِْه ثََلثَةُ ُصُفوف ِم َن الْ ُم ْسلِ ِمَّي
Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu disolatkan ke atasnya (solat
Jenazah) sebanyak 3 saf dari kalangan jemaah muslimin melainkan wajib ke atasnya
(mendapat syafaat).328
Oleh itu sebagaimana ibadah puasa, haji dan solat Jenazah sampai lagi bermanfaat
kepada orang yang meninggal dunia, maka berdasarkan kaedah qiyas, ibadah-ibadah lain
seperti membaca al-Qur’an, berzikir dan berselawat juga sampai dan bermanfaat
kepadanya.
Hujah Ketiga ialah berdoa agar pahala yang disedekahkan itu bermanfaat kepada
orang yang meninggal dunia. Ini kerana doa adalah satu ibadah yang bermanfaat kepada
orang yang meninggal dunia. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
ْغِفْر لَنَا َولِِإ ْخَوانِنَا اله ِذي َن َسبَ ُقوََن ِبْلِإَيَا ِن َوَّل َْت َع ْل ِف.قُلُوبِنَا ِغًَواَّلهلِذلِيلهَنِذي ََنجاآءَُموانُواِم َْنربهنَبَاْعإِِندهِهَْكم يََرءُُقوولُوٌفَن َرَرِبهحنَياٌما
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata:
326 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai hasan oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2497/2883 (Kitab al-Washoya, Bab tentang wasiat seorang harbi
sementara walinya memeluk Islam, apakah walinya patut melaksanakan wasiatnya?)
327 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-
Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 6704. Lihat juga Silsilah al-Ahadits
al-Shahihah, hadis no.: 484.
328 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil
dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3166 (Kitab al-Jana’iz, Bab tentang saf bagi solat jenazah).
289
“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan
kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan lagi Maha Penyayang.” [al-
Hasyr 59:10]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga berdoa kepada jenazah ketika solat
Jenazah sebelum memberi salam,329 sebagaimana hadis berikut ‘Auf bin Malik radhiallahu
'anh,
: فَ َحِفظْ ُت ِم ْن ُد َعائِِه َوُهَو يَُقوُل،َصلهى َر ُسوُل اللِه َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم عَلَى َجنَاَزة
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyembahyangkan jenazah dan aku
menghafal (salah satu) daripada doa yang baginda baca kepadanya. Baginda berdoa,
.ُالل ُه هم ا ْغِفْر لَهُ َواْرَْحْهُ َوعَافِِه َوا ْع ُف َعنْه
“Ya Allah, ampunilah baginya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan
maafkanlah dia.
َونَِقِه ِم َن اْْلَطَاََي َك َما نَهقْي َت الثهْو َب، َوا ْغ ِسلْهُ ِبلْ َماِء َوالثهْل ِج َوالْبَرَِد،َُوَوِس ْع ُم ْد َخلَه.ِس،ُاْلَبْيَ َضَوأَِمْكَنِرْمالنُهدُزلنََه
Muliakanlah tempat turunnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia
dengan air daripada salji dan hujan ais, sucikanlah kesalahan-kesalahannya
sebagaimana disucikan kain putih daripada kotoran.
. َوأَْهًَل َخْْيًا ِم ْن أَْهلِِه َوَزْو ًجا َخًْْيا ِم ْن َزْوِجِه،َِوأَبْ ِدلْهُ َداًرا َخْْيًا ِم ْن َدا ِره
Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik berbanding tempat tinggal
(asalnya), ahli keluarga yang lebih baik berbanding ahli keluarga (asalnya) dan pasangan
hidup yang lebih baik berbanding pasangan hidup (asalnya).330
329 Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam mendoakan jenazah ialah ketika sedang solat, yakni
sebelum memberi salam. Selepas itu jenazah terus diangkat dan dibawa ke kawasan perkuburan. Adapun amalan
sebahagian masyarakat kita yang berdoa selepas solat jenazah, maka ia adalah bid’ah dan menyelisihi pesan Rasulullah
agar segera menguruskan jenazah.
330 Jika pasangan hidup dan ahli keluarga yang asal adalah buruk akhlaknya, maka Allah gantikan dengan yang lain
290
. أَْو ِم ْن َع َذا ِب النها ِر- َوأَْد ِخلْهُ الْجَنهةَ َوأَعِ ْذهُ ِم ْن عَ َذا ِب الَْقْبِر
Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur
atau daripada azab neraka.”
. « َحَهّت َتَنهيْ ُت أَ ْن أَ ُكوَن أَََن َذلِ َك الْ َميِ َت:قَا َل
(‘Auf bin Malik) berkata, “(Doa ini sebegitu bagus) sehingga aku teringin agar
akulah yang menjadi jenazah (yang didoakan oleh Rasulullah itu).”331
Apabila terbukti doa adalah bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia, maka
sesiapa yang ingin menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat boleh berdoa
kepada Allah agar disampaikan pahala ibadah mereka itu kepada orang yang meninggal
dunia.
Contohnya Khairul ingin menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada rakan
sepejabatnya Yaakub yang baru meninggal dunia. Maka apabila selesai membaca al-Qur’an,
Khairul berdoa, “Ya Allah, jika ada kebaikan dalam bacaan aku ini, ingin aku sedekahkan
pahalanya kepada Khairul. Ya Allah, sampaikanlah.”
Demikian tiga hujah Pendapat Ketiga yang menyatakan boleh menyedekahkan
pahala ibadah kepada orang yang meninggal dunia dan sedekah tersebut adalah
bermanfaat baginya.
Perkara penting tentang Pendapat Ketiga ini, ibadah yang hendak disedekahkan
pahalanya kepada orang yang meninggal dunia hendaklah dilaksanakan secara ikhlas serta
menepati al-Qur’an dan al-Sunnah dari semua aspek. Barulah ibadah tersebut dapat
menjana pahala yang kemudiannya dapat disedekahkan kepada orang yang meninggal
dunia.
Jika ibadah itu dilakukan atas sebab-sebab duniawi atau merupakan bid’ah, maka
tidak ada pahala yang dapat disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia.
yang baik akhlaknya. Namun jika pasangan hidup dan ahli keluarga yang asal adalah baik akhlaknya, maka Allah berikan
yang sama tetapi dengan akhlak yang jauh lebih baik.
331 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1600/963 (Kitab al-Jana’iz, Bab mendoakan
jenazah dalam solat).
291
Contohnya Khairul mendisiplinkan dirinya membaca paling kurang satu mukasurat
al-Qur’an setiap hari. Ini kebiasaannya sejak sekian lama. Apabila rakan sepejabatnya
Yaakub meninggal dunia, Khairul meneruskan disiplinnya membaca al-Qur’an, tetapi kali ini
dengan doa agar pahala bacaan al-Qur’annya itu Allah sampaikan kepada Yaakub.
Berbeza dengan Ramli yang hampir tidak pernah membaca al-Qur’an. Apabila rakan
sepejabatnya Yaakub meninggal dunia, barulah dia tercari-cari buku kecil surah Yasin,
membacanya pada malam pertama, ketiga, ketujuh dan ke 40 selepas kematian dan berdoa
kepada Allah agar disampaikan pahala bacaannya kepada Yaakub.
Di sini dapat dipersoalkan niat Ramli membaca surah Yasin, apakah kerana Allah atau
kerana kematian? Kemudian tindakan mengkhususkan bacaan pada malam pertama, ketiga,
ketujuh dan ke 40 selepas kematian adalah satu bid’ah kerana pengkhususan tersebut
adalah sesuatu yang baharu, yang tidak berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Ketiga menjawab seperti berikut.
Jawapan Kepada Hujah Pertama, tujuan di sebalik ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan
setiap individu dibalas berdasarkan amalan atau usahanya sendiri adalah untuk mengelak
berlakunya kezaliman. Ini kerana jika pahala bacaan al-Qur’an boleh disedekahkan kepada
orang yang disayangi, apakah dosa bacaan majalah lucah boleh disedekahkan kepada orang
yang dibenci?
Jika zikir-zikir kepada Allah dapat disedekahkan pahalanya kepada orang yang
disayangi, apakah dosa perkataan kotor dan buruk dapat disedekahkan dosanya kepada
orang yang dibenci?
Selain itu jika pahala dan dosa boleh disedekahkan, maka akan berlaku kezaliman di
Akhirat kelak. Sebab,
• Orang yang malas beramal soleh misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya memiliki
banyak pahala hasil sedekah orang lain sehingga dia dapat memasuki tingkatan
syurga yang lebih tinggi.
• Orang yang banyak dosa misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya memiliki lebih banyak
pahala hasil sedekah orang lain. Pahala yang banyak itu menghapuskan dosa-dosanya
sehingga dia dapat memasuki syurga.
292
• Orang yang rajin beramal soleh pula misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya
menanggung dosa yang banyak disebabkan orang lain yang menyedekahkan dosa
mereka kepadanya.
Sudah tentu ini semua ini adalah kezaliman yang menyelisihi firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala,
.فَالْيَْوَم َّل تُظْلَُم نَْف ٌس َشْيئًا َوَّل َُتَْزْوَن إَِهّل َما ُكْنتُْم تَ ْع َملُوَن
Maka pada hari (Kiamat) itu, tidak ada satu diri jua yang akan dizalimi sedikitpun
dan kalian tidak akan dibalas melainkan berdasarkan apa yang kalian telah amalkan.
[Yasin 36:54]
Oleh itu ayat-ayat al-Qur’an tentang setiap individu akan dibalas berdasarkan amalan
atau usahanya sendiri tidak memiliki kaitan dengan merampas pahala orang lain atau orang
lain yang secara rela menyedekahkan pahala amalannya. Akan tetapi ia adalah demi
keadilan dan mengelak kezaliman pada hari Akhirat kelak.
Jawapan Kepada Hujah Kedua, qiyas memang merupakan salah satu sumber hukum
Islam. Akan tetapi qiyas digunakan untuk isu-isu yang baru timbul yang belum ada
hukumnya dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kematian bukanlah isu baharu. Ia sudah ada pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, pada masa syari’at Islam masih diturunkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Apa-
apa amalan oleh orang hidup yang bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia telah
disyari’atkan, seperti solat Jenazah, puasa, haji, memerdekakan hamba, sedekah harta dan
doa.
Apa yang tidak disyari’atkan bukanlah bererti Allah dan Rasul-Nya lupa, tetapi bererti
ia sememangnya tidak dimaksudkan sebagai amalan orang hidup yang bermanfaat kepada
orang meninggal dunia. Firman Allah 'Azza wa Jalla,
.َوَما نَتَنَهزُل إَِهّل ِبَْمِر َربِ َك لَهُ َما بََّْي أَيْ ِدينَا َوَما َخلَْفنَا َوَما بََّْي َذلِ َك َوَما َكا َن َرُبّ َك نَ ِسًيّا
Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun melainkan dengan perintah Tuhanmu;
Bagi-Nya apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di
antara itu dan tiadalah Tuhanmu itu lupa. [Maryam 19:64]
293
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
. إَِهّل َوقَْد بَُِّي لَ ُك ْم، ويُبَاعِ ُد ِم َن النها ِر،َما بَِق َي َش ْيءٌ يَُقِر ُب ِم َن الْجَنهِة
Tidak ada tertinggal apa-apa yang dapat mendekatkan ke syurga dan menjauhkan
daripada neraka melainkan sungguh, telah aku jelaskan kepada kalian.332
Oleh itu apabila Allah dan Rasul-Nya tidak mensyari’atkan bacaan al-Qur’an, zikir dan
selawat kepada orang yang meninggal dunia, bererti ia sememangnya tidak bermanfaat
kepada mereka. Tidak perlu dan tidak boleh menggunakan kaedah qiyas di sini kerana
menggunakannya memberi isyarat Allah dan Rasul-Nya telah lupa untuk mensyari’atkan
bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada orang yang
meninggal dunia.
Selain itu timbul soalan lain, kenapa tidak menggunakan kaedah qiyas untuk
melaksanakan solat sunat qabliyah dan ba’diyah, solat Dhuha, solat Tahajjud, solat Tarawih,
solat Witir dan solat-solat sunat lain lalu kemudian disedekahkan pahala solat itu kepada
orang yang meninggal dunia?
Kenapa kaedah qiyas hanya digunakan ke atas amalan-amalan yang terpilih?
Mungkinkah kerana amalan membaca al-Qur’an, zikir dan selawat untuk disedekahkan
pahala kepada orang meninggal dunia muncul dahulu, lalu apabila ditanya barulah dicari-
cari dalil bagi menjustifikasikannya?
Jawapan Kepada Hujah Ketiga, doa memang bermanfaat bagi orang yang meninggal
dunia, maka berdoalah dengan doa yang diajar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Adapun doa menyedekahkan pahala atau sebaliknya menyedekahkan dosa, maka ia
perlu disemak lanjut apakah ia boleh atau tidak kerana kita tidak mungkin meminta sesuatu
yang menyelisihi ketentuan Allah. Di sini ketentuan Allah adalah setiap individu dibalas
berdasarkan amalan atau usahanya sendiri, maka apakah boleh kita berdoa agar Allah
membalas berdasarkan amalan orang lain?
332 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 2, ms. 155, hadis no.: 1647 dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1803.
294
Ini sebagaimana ketentuan Allah 'Azza wa Jalla bahawa semua orang akan membaca
buku catatan amalannya sendiri di Akhirat kelak,
) اقَْرأْكِتَابَ َك13( ِه َوُنِْرُج لَهُ يَْوَم الِْقيَاَمِةكِتَاًِب يَْلَقاهُ َمْن ُشوًرا.)ِق1ُعُن4(َكَفى بِنََوْفُكِسله إَِنْك اَسلْايَْنوَمأَلَْعَزْلمَيْنَاهَُكطَاَحئَِِرسهُيبًِاف
Dan tiap-tiap manusia telah Kami gantung (catatan) amal perbuatannya di
lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari Kiamat sebuah kitab (yang tercatat
semua amalan itu) yang dijumpainya terbuka. (Dikatakan) “Bacalah kitabmu, cukuplah
dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.” [al-Isra’ 17:13-14]
Maka kita tidak boleh berdoa sesuatu yang menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya
Allah, aku tidak mahu melihat atau membaca kitab catatan amalanku di Akhirat kelak.
Hapuskan kitab itu ya Allah!”
Demikian juga Allah 'Azza wa Jalla telah menentukan bahawa,
.الْيَْوَم َُنْتُِم َعلَى أَفْ َوا ِهِه ْم َوتُ َكلِ ُمنَا أَيْ ِديِه ْم َوتَ ْشَه ُد أَْر ُجلُُه ْم ِِبَا َكانُوا يَ ْك ِسبُوَن
Pada hari itu (hari Akhirat) Kami tutup mulut mereka sementara tangan-tangan
mereka berkata-kata kepada kami (memberitahu kesalahan masing-masing) dan kaki-
kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. [Yasin 36:65]
Maka kita tidak boleh berdoa menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya Allah,
janganlah tanganku dan kakiku berkata-kata di Akhirat kelak, menjadi saksi ke atas semua
perbuatan burukku.”
Demikian juga Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan semua orang akan
melintasi di atas neraka, di atas titian al-Shirath dalam perjalanan ke syurga. Firman-Nya,
) ُثه نُنَ ِجي اله ِذي َن اتهَقْوا َونََذُر الظهالِِمَّي71( ْم إَِهّل َوا ِرُد َها َكا َن عَلَى َربِ َك َحْت ًما َمْق ِضًيّا.)ُك7ِمْن2(فِيَها ِجثًَِيّوإاِ ْن
Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan pasti mendatangi neraka itu
(dengan melintasi di atasnya). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah
ditentukan. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan
membiarkan orang-orang yang zalim (jatuh) di dalam neraka dalam keadaan berlutut.
295
[Maryam 19:71-72]
Hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pula menerangkan ciri-ciri titian
al-Shirath tersebut.
Maka kita tidak boleh berdoa menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya Allah, aku tidak
mahu melintasi titian al-Shirath. Masukkanlah aku terus ke syurga.”
Atas sebab-sebab inilah kita tidak menemui satu pun riwayat yang menerangkan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa menyedekahkan pahala kepada orang-orang
yang meninggal dunia pada zaman baginda.
Oleh itu berdoalah dengan doa yang selari dengan ajaran Allah dan Rasulullah, jangan
berdoa dengan doa yang menyelisihi ketentuan Allah dan Rasulullah.
Kesimpulan dalam persoalan menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada
orang yang meninggal dunia adalah ia merupakan perbezaan pendapat (khilaf) yang
masyhur. Setiap pendapat ada dalil dan hujahnya, setiap pendapat ada dalil dan hujah yang
membantahnya. Maka dipersilakan mengkaji dan memegang pendapat yang dianggap
terbaik, sebagaimana pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya,
) اله ِذي َن يَ ْستَِمعُوَن الَْقْوَل فَيَتهبِعُوَن أَ ْح َسنَهُ أُولَئِ َك اله ِذي َن َه َدا ُه ُم اَّهللُ َوأُولَئِ َك.1)71(8(ُه ْم أُولُوفَبَاِْلشَلْْربَاعِِبَباِد
Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku, iaitu orang-orang yang berusaha
mendengar pendapat-pendapat yang sampai kepadanya lalu mereka menurut pendapat
yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka
itulah orang-orang yang berakal sempurna. [al-Zumar 39:17-18]
Peringatan, hendaklah berhati-hati dengan sebahagian agamawan yang berdusta.
Iaitu mereka yang apabila berbicara tentang Majlis Tahlil apakah ia sunnah atau bid’ah,
mereka berkata bahawa ia adalah perkara khilaf maka hendaklah berlapang dada. Mereka
juga berhujah bahawa sebahagian sarjana Islam mengatakan sampai pahala yang
disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia, maka jangan dibid’ahkan Majlis Tahlil.
Ketahuilah bahawa apabila para sarjana Islam dalam Pendapat Ketiga mengatakan
boleh menyedekahkan pahala kepada orang meninggal dunia dan ia bermanfaat baginya,
296
tidak sekali-kali mereka menghalalkan apa-apa amalan bid’ah. Sebaliknya hendaklah amalan
yang disedekahkan pahalanya itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas serta menepati al-
Qur’an dan al-Sunnah dalam segala aspeknya.
Adapun Majlis Tahlil yang lazim diamalkan di Malaysia, ia adalah bid’ah.333 Lebih dari
itu mengadakan amalan khusus bagi menyedekahkan pahala kepada orang yang meninggal
dunia tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baik dengan
perintah yang membawa hukum sunat mahupun wajib. Maka masuklah amalan
menyedekahkan pahala itu ke dalam sabda baginda,
.َّم ْن َع ِم َل َع َمَلً لَْي َس َعلَْيِه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد
Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.334
Jika amalan itu sudah tertolak, maka pahala apakah yang cuba disedekahkan kepada
orang yang meninggal dunia?
333 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Majlis Tahlil.
334 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).
297
Mengkaji Amalan Sedekah al-Fatihah Kepada Rasulullah
Antara amalan sebahagian umat Islam ialah membaca surah al-Fatihah lalu
menyedekahkan pahalanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Amalan ini
adalah sesuatu yang baharu kerana tidak dianjurkan oleh al-Qur’an mahupun al-Sunnah,
serta tidak diamalkan oleh generasi al-Salaf al-Soleh. Ringkasnya ia adalah bid’ah.
Selain itu ia menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan para pengamalnya tentang
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana surah al-Fatihah asalnya diajar
oleh Rasulullah. Ia adalah hidayah yang diseru oleh Rasulullah. Maka sesiapa yang membaca
surah al-Fatihah dari kalangan umatnya, sejak generasi para sahabat sehinggalah ke
generasi akhir zaman, Rasulullah akan mendapat pahalanya. Ini kerana baginda telah
bersabda,
َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْلُ أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َدعَا إَِل ُه ًدى
،َشْيئًا
Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala
orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka
walau sedikit jua.335
Oleh itu tidak perlu menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada Rasulullah kerana
setiap kali kita membacanya, baginda mendapat pahala.
Atas catatan yang sama, sesiapa yang benar-benar mencintai Rasulullah maka dia
akan berusaha untuk mempelajari semua yang diajarkan oleh baginda, lalu
mengamalkannya untuk diri sendiri dan menyampaikannya kepada orang ramai. Dengan itu
dia tahu kekasihnya, yakni Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan mendapat pahala
secara berterusan tanpa perlu dia “menyedekahkan” pahala amalan itu kepada baginda.
Berbeza dengan orang yang mencintai dirinya sendiri, maka dia beramal dengan apa
yang dia sukai dan menyampaikan kepada orang ramai apa yang dia sukai. Kemudian dia
menyedekahkan amalan tersebut kepada Rasulullah, bahawa konon dia mencintai baginda.
Padahal yang benar dia hanyalah mencintai dirinya sendiri.
335 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).
298
Menghentikan Dosa Berterusan
Ketika saya sedang menulis bab ini, ia adalah bulan Sya’ban 1441H. Kebetulan pada
awal bulan sebelumnya, yakni Rejab 1441H, saya menemui seorang rakan kerja yang
berpuasa sunat bulan Rejab, setiap hari sepanjang bulan. Maka saya menegurnya, bahawa
tidak disyari’atkan berpuasa sunat sempena bulan Rejab kerana hadis-hadis yang
menganjurkannya adalah lemah.
Dia membalas, bahawa berpuasa sunat sempena bulan Rejab adalah amalan turun
temurun keluarganya. Maka dia meneruskan amalan tersebut.
Saya menegur lagi bahawa jika dia menghentikan amalan turun temurun tersebut,
dia sebenarnya menghentikan dosa yang berterusan kepada keturunannya. Ini kerana puasa
sunat sempena bulan Rejab adalah bid’ah dan sesiapa yang menyeru kepada bid’ah, maka
dia mendapat dosa sebanyak orang yang mengikuti seruannya itu. Ini berdasarkan hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن عَلَيِْه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْلُ آََثِم َم ْن تَبِعَه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة
.َشْيئًا
Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa
sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi
dosa mereka walau sedikit jua.336
Alhamdullillah, rakan kerja itu menerima baik teguran saya. Dia tidak lagi akan
berpuasa sempena bulan Rejab, tetapi berpuasa sunat Nabi Daud ‘alaihis salam, yakni
berpuasa selang sehari dalam bulan Rejab.
Pengajaran penting di sini, jika kita mencintai orang-orang tua, saudara-mara, ustaz-
ustazah dan sesiapa lain yang sebelum ini mungkin telah mengajar aqidah, ibadah, hukum
dan fiqh hati yang bid’ah, buktikan kecintaan tersebut dengan menghentikan dan
menghapuskan bid’ah tersebut. Jangan diteruskan atas dasar kita mencintai mereka, tetapi
336 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).
299
hentikan dan hapuskannya atas sebab kita benar-benar mencintai mereka. Dengan cara itu,
dosa bid’ah yang selama ini berterusan mengalir kepada mereka juga dapat dihentikan.
Saya sendiri (penulis) diajar oleh ibu sejak dari umur muda untuk membaca surah
Yasin pada setiap malam Jumaat. Kemudian saya mendapat tahu ia bukanlah sunnah dan
hadis-hadis yang menerangkan keutamaan membaca surah Yasin adalah dha’if semuanya.
Sebaliknya yang dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah membaca
surah al-Kahf. Maka saya berhenti membaca surah Yasin dan berusaha membaca surah al-
Kahf pada setiap malam Jumaat.
Saya juga diajar oleh ustazah sejak zaman sekolah rendah untuk membaca doa
sebelum makan,
.ِ بِ ْسِم اَّهلل, َوقِنَا عَ َذا َب النها ِر،اللهه هم َِب ِرْك لَنَا فِْي َما َرَزقْتنَا
Ya Allah, berkatilah bagi kami terhadap apa yang Engkau rezekikan kepada kami
dan peliharalahkan daripada azab neraka. Dengan nama Allah.337
Kemudian saya mendapat tahu bahawa doa tersebut darjatnya amatlah lemah,
sementara yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah,
. بِ ْسِم اَّهلِل ِف أَهولِِه َوآ ِخِرِه: فَإِ ْن نَ ِس َي ِف أَهولِِه فَلْيَ ُق ْل،ِ بِ ْسِم اَّهلل:إَِذا أَ َك َل أَ َح ُدُك ْم طَعَاًما فَْليَ ُق ْل
Apabila salah seorang daripada kalian hendak menjamu makanan, maka
ucapkanlah “Bismillah (Dengan nama Allah)”.
Kemudian jika lupa untuk mengucapkannya sebelum makan, maka ucapkanlah,
“Bismillah fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya).”338
Maka saya tinggalkan doa yang diajar oleh ustazah meskipun ia amat masyhur dan
beralih kepada doa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam secara sahih.
337 Dha’if Jiddan: Dikeluarkan oleh Ibn Sunni dan Ibn ‘Adiy. Sanadnya adalah amat lemah sebagaimana jelas
Muhammad ‘Amr ‘Abd al-Latheif dalam Tabyidh al-Shahifah bi Ushul al-Ahadith al-Dha’ifah (al-Maktabah al-Syamilah),
jld. 1, ms. 38. Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa yang sahih, doa tersebut merupakan sebahagian daripada doa
yang dibaca selepas makan.
338 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, Hadis ini hasan sahih. Ia
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1781/1858 (Kitab al-Ath’imah an Rasulullah, Bab
menyebut nama Allah ketika hendak makan).
300