Selain itu saya juga pernah membaca sebuah buku tulisan agamawan Malaysia yang
masyhur lagi dihormati. Di dalamnya beliau mengajar tentang Selawat Syifa’ dan
menerangkan keutamaannya menyembuhkan orang sakit. Maka saya mengamalkannya.
Kemudian saya mendapat tahu bahawa selawat tersebut adalah bid’ah dan boleh
membawa kepada syirik. Pada waktu yang sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dalam hadis-hadis yang sahih telah mengajar bacaan-bacaan zikir ketika sakit dan ketika
menziarahi orang sakit. Maka saya meninggalkan selawat tersebut dan mengamalkan zikir-
zikir yang diajar oleh Rasulullah.
Semua ini saya lakukan bukan kerana saya membenci mereka, akan tetapi kerana
saya sayangkan mereka dan tidak mahu dosa bid’ah yang mereka seru mengalir kepada
mereka secara berterusan.
Sebahagian orang apabila diterangkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang
diyakini atau diamalkan adalah bid’ah, dia membantah serta menolaknya. Ini berlaku
sekalipun di satu sudut hatinya, dia mengakui ia adalah bid’ah. Namun dia tetap membantah
kerana mengenangkan orang-orang tua, saudara-mara, ustaz-ustazah atau sesiapa lain yang
satu masa dulu telah mengajar perkara tersebut kepada dirinya.
Sikap yang benar lagi terpuji adalah, jika kalian mencintai orang-orang tua, saudara-
mara, ustaz-ustazah dan sesiapa lain yang sebelum itu mungkin telah mengajar aqidah,
ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, buktikan kecintaan tersebut dengan menghentikan
dan menghapuskan bid’ah tersebut. Jangan diteruskan atas dakwaan kalian mencintai
mereka, tetapi hentikan dan hapuskannya atas sebab kalian benar-benar mencintai mereka.
301
Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,
هُُكَمواْنِِيبََاعِ َْوشعَِمُنّْضوُاك ْمعَبَلَْيْع َهِدايِبفَلنهَسَواََْيِجىِذ ا َوْخإِتَِهيَلُكفًاْم َكَوثُُِْمًْياَدَفََثَعلَِْيت ُكاْمْلُبُِموُسِنرهِتفَِإَوهنُسنُهكِةلهاُُْْلُْملَََفداثَِةء.َلَتفَلََِإةٌنههس.ََنض..ابِلْْدَمَعْهةٌِديَِوّأُكَُيوهل اِصبلِيهْرادُكِعَشْمةِدي
Aku wasiatkan kepada kalian … Sesungguhnya sesiapa di kalangan kalian yang
hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian
berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat
petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham.
Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap
perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. 339
Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa
sesudah baginda wafat kelak, akan berlaku banyak perselisihan di kalangan umat Islam.
Timbul persoalan, perselisihan bagaimanakah yang baginda maksudkan?
Jawapannya terdapat dalam lanjutan hadis di mana baginda berwasiat agar
berpegang teguh dengan sunnah dan menjauhi bid’ah. Ini menunjukkan perselisihan yang
baginda maksudkan adalah antara sunnah dan bid’ah.
Apa yang baginda ramalkan benar-benar berlaku. Perselisihan antara sunnah dan
bid’ah dalam perkara aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati banyak berlaku sepanjang sejarah
umat Islam sehinggalah ke hari ini.340 Ia dijangka akan terus berlaku sehingga ke Hari Akhirat.
339 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607.
340 Ada yang berhujah bahawa bid’ah yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanyalah
dari aspek aqidah dan bukannya dari aspek ibadah, hukum dan fiqh hati. Sebabnya, hanya bid’ah dalam aspek aqidah
yang menyebabkan umat Islam berselisih dan berpecah.
Hujah ini dijawab bahawa semua aspek bid’ah melibatkan aqidah (keyakinan) seseorang Muslim. Sebagai
contoh, apabila muazin (tukang azan) melantunkan beberapa zikir dan selawat di pembesar suara sebelum melaungkan
azan, ia duduk dalam aspek ibadah. Namun pada asasnya ia melibatkan aqidah kerana dia berkeyakinan azan yang
berasal daripada sunnah bukanlah satu kesempurnaan, bukanlah satu nikmat yang Allah cukupkan dan bukanlah
sebahagian daripada agama yang Allah reda sehingga dia perlu menokok tambah beberapa lafaz sebelumnya.
Oleh itu yang benar hadis di atas menyuruh kita berpegang kepada sunnah dan menjauhi bid’ah dalam semua
302
Dalam menghadapi perselisihan ini, perhatikan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam tidak berwasiat untuk berpegang kepada al-Qur’an dan hadis. Sebabnya, pihak
yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah sering berhujah dengan al-Qur’an dan
hadis juga, yakni ayat-ayat dan hadis-hadis yang terpilih, bersifat umum atau disalah tafsir.
Sebaliknya Rasulullah berwasiat untuk berpegang dengan sunnah baginda kerana ia adalah
contoh praktikal bagaimana sesuatu ayat atau hadis patut diamalkan.
Apabila disebut sunnah Rasulullah, maka ia adalah ucapan (qauliyah), perbuatan
(fi’liyah), persetujuan (taqririyah) dan apa yang ditinggalkan (tarkiyah) dalam urusan agama.
Sunnah yang keempat, yakni sunnah tarkiyah, hendaklah diberi perhatian kerana sering
diabaikan oleh orang ramai termasuk agamawan. Sila ulangkaji pelajaran Apakah Sunnah
Tarkiyah?
Baginda juga berwasiat untuk berpegang kepada sunnah para khalifah yang lurus
dan mendapat petunjuk, yakni Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar bin al-Khaththab, ‘Utsman bin
‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib, radhiallahu 'anhum. Ini kerana meskipun mereka berempat
tidak banyak meriwayatkan hadis, akan tetapi mereka berempatlah yang paling lama
mendampingi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga mengetahui amalan praktikal
baginda secara mendalam.
Setelah berwasiat untuk berpegang kepada sunnah baginda dan sunnah mereka
berempat, Rasulullah berwasiat agar ( ) َت َم َّس ُكوا ِب َهاberpegang teguhlah kepadanya.
Perhatikan bagaimana Rasulullah tidak menyebut berpegang teguhlah kepada kedua-
duanya tetapi menyebut berpegang teguhlah kepadanya. Ini menunjukkan bahawa
sunnah baginda dan sunnah mereka berempat adalah satu dan sama, bukan dua yang
berbeza.
Setelah itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat agar …gigitlah dengan
gigi geraham. Ini adalah satu kiasan yang bererti berpeganglah dengan teguh. Ini sekali lagi
merupakan ramalan baginda, kerana baginda mengetahui pada kemudian hari arus bid’ah
sebegitu kuat sehingga seseorang itu akan mudah hanyut dengannya. Maka berpegang
teguhlah dengan sunnah seperti menggigit sesuatu dengan gigi geraham. Jangan berpegang
aspek, yakni aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati.
303
dengan sunnah umpama menggigit dengan gigi kacip kerana ia akan mudah terlepas dibawa
arus bid’ah.
Berikut dikemukakan contoh perselisihan antara sunnah dan bid’ah, yakni berzikir
dengan kalimah “Allah, Allah” atau “Hu, Hu” sahaja. Pihak yang membolehkannya berhujah
dengan ayat al-Qur’an dan hadis sementara sunnah Rasulullah dan para khalifah yang empat
adalah mereka tidak melakukannya. Bererti ia adalah satu bid’ah yang patut dijauhi.
Mengkaji Zikir “Allah, Allah”
Sebahagian orang mereka berzikir dengan kalimah “Allah, Allah…” sahaja dalam
bilangan yang banyak, seperti 100 atau 200 kali. Apakah zikir seperti ini berasal daripada al-
Qur’an dan al-Sunnah atau merupakan satu ibadah yang baharu?
Sebelum itu ingin dibezakan bahawa fokus kajian ialah berzikir “Allah, Allah” dalam
bilangan yang banyak. Adapun menyeru “Allah” sekali seperti ketika berdoa “Ya Allah!
Ampunilah dosaku” atau ketika berlaku sesuatu “Allah! Aku terlupa perkara itu!” maka ia
dibolehkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.قُِل اْدعُوا اَّهللَ أَِو اْدعُوا الهرْْحَ َن أًََّي َما تَْدعُوا فَلَهُ اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن
Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja
kamu seru, Dia mempunyai nama-nama yang terbaik.” [al-Isra’ 17:110]
Agamawan yang membolehkan zikir “Allah, Allah” dalam bilangan yang banyak
berdalil dengan beberapa ayat al-Qur’an, antaranya,
.ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا اذُْكُروا اَّهللَ ِذ ْكًرا َكثًِْيا
Wahai orang-orang beriman, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak. [al-
Ahzab 33:41]
304
.َواذُْكِر ا ْس َم َربِ َك َوتَبَته ْل إِلَْيِه تَبْتِيًَل
Dan berzikirlah nama Tuhan-mu dan beribadahlah kepadanya dengan sebaik-baik
ibadah. [al-Muzammil 73:08]
.َواذُْكِر ا ْس َم َربِ َك بُ ْكَرةً َوأَ ِصيًَل
Dan berzikirlah nama Tuhan-mu pada waktu pagi dan petang. [al-Insan 76:25]
Mereka juga berdalil dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.ُ اللهُ الله:َّل تَُقوُم ال هساعَةُ َحَهّت َّل يَُقا َل ِف اْلَْر ِض
Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut di bumi
ini, “Allah, Allah”.341
Mereka juga berdalil dengan riwayat berikut daripada Umm Salamah radhiallahu
'anha bahawa,
." الصَلة وما ملكت أَيانكم، "الله الله:كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ِف مرضه
. فجعل يتكلم به وما يكاد يفيض:قالت
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata ketika sakitnya, “Allah, Allah,
(peliharalah) solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kanan kalian.”342 Umm Salamah
melanjutkan, “Baginda menyebutnya namun hampir-hampir tidak mampu
menyebutnya”.343
Dalil-dalil di atas dapat dikaji dan dijawab seperti berikut. Apabila Allah Subhanahu
wa Ta'ala berfirman, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan berzikirlah
nama Tuhan-mu…, bagaimanakah sepatutnya kita menyebut nama Allah tersebut? Ini
sebagaimana firman Allah,
341 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 211/148 (Kitab al-Iman, Bab hilangnya iman pada
akhir zaman).
342 Yang dimaksudkan ialah harta yang wajib dikeluarkan zakatnya atau hamba-hamba yang dimiliki atau kedua-
duanya sekali.
343 Dikemukakan oleh al-Zahabi dalam Siyar ‘Alam al-Nubala (al-Maktabah al-Syamilah), bab Sirah, jld 2, ms. 464.
Berkata al-Zahabi selepas mengemukakannya, “Ini lebih sahih”.
305
.ََوأَقِي ُموا ال هصَلةَ َوآتُوا الهزَكاة
Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. [al-Baqarah 2:110]
Maka bagaimanakah sepatutnya kita melaksanakan solat dan keluarkan zakat,
apakah dengan cara sesuka hati? Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk kepada
penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Demikian juga dengan firman Allah,
ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا ُكتِ َب َعلَْي ُك ُم ال ِصيَامُ َك َما ُكتِ َب عَلَى اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ ُك ْم لَعَله ُك ْم تَتهُقوَن
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kalian puasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kalian, supaya kalian menjadi orang-orang
bertakwa. [al-Baqarah 2:183]
Maka bagaimanakah sepatutnya kita berpuasa, apakah dengan cara sesuka hati?
Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam.
Demikian juga dengan firman Allah,
.َوأََُِتّوا اْْلَ هج َوالْعُ ْمَرةَ َِّهلِل
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. [al-Baqarah 2:196]
Maka bagaimanakah sepatutnya kita melaksanakan haji dan umrah secara
sempurna, apakah dengan cara sesuka hati? Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk
kepada penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Dalam semua perintah Allah di atas, kita merujuk kepada penjelasan dan amalan
Rasulullah kerana baginda adalah penjelas al-Qur’an,
.َوأَنَْزلْنَا إِلَْي َك ال ِذْكَر لِتُبََِّي لِلنها ِس َما نُِزَل إِلَيِْه ْم
Dan kami menurunkan kepada kamu (Wahai Muhammad) al-Qur’an supaya kamu
menjelaskannya kepada manusia apa yang kami turunkan kepada mereka. [al-Nahl 16:44]
Rujukan kepada penjelasan dan amalan Rasulullah menjadi lebih penting apabila
berlaku perselisihan pendapat terhadap sesuatu ayat al-Qur’an kerana salah satu tugas
306
baginda ialah,
.َوَما أَنَْزلْنَا َعلَيْ َك الْ ِكتَا َب إَِهّل لِتُبََِّي َْلُُم اله ِذي ا ْختَلَُفوا فِيِه َوُه ًدى َوَرْْحَةً لَِقْوم يُْؤِمنُوَن
Dan tidaklah kami menurunkan al-Qur’an kepada kamu (wahai Muhammad)
melainkan supaya kamu menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan
tentangnya, dan sebagai hidayah serta rahmat kepada kaum yang beriman. [al-Nahl
16:64]
Maka kembali kepada ayat 41 surah al-Ahzaab, ayat 8 surah al-Muzammil dan ayat
25 surah al-Insan, kita tidak berzikir kepada Allah dengan lafaz dan cara sesuka hati tetapi
dengan lafaz dan cara yang dijelaskan dan diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Apatah lagi dalam suasana berlakunya perselisihan pendapat dalam cara berzikir
berdasarkan ayat-ayat tersebut, merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menjadi sesuatu yang amat ditekankan.
Berikut dikemukakan tiga contoh berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan
Dan berzikirlah nama Tuhan-mu…, yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Contoh Pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, sesiapa yang
membaca,
.َّل إِلَهَ إَِهّل اَّهللُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَهُ لَهُ الْ ُمْل ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو عَلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر
Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya
seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia-lah yang berkuasa atas segala
sesuatu.
َعَسِيمِئََةل ُِمائَة ُإَِعَهْنّله َوَُجُِمايَءَ ْبِتِه أَلََهُح ٌدِماِئَبَةُفْ َضَحَلَسِنَِمهةا َحعََهّْتشِرَُيِْرِقسَاَيبَوََلَْوُكََتِيْبَ ِتْت ذَعَلِْدََكل ُطََاكاِننَ يَْتْوَملَهُه،الَمهرهةشْي َِمِمائَْنة.أََوَكْكاثَنََر ْتِم لَِْنهفُ َذيَلِِحْوْرمًَكزا
أَ َح ٌد
Dalam sehari 100 kali, dia akan mendapat ganjaran seperti membebaskan 10
budak hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dipadamkan daripadanya 100 keburukan
dan ia menjadi tangkal yang mendindingnya daripada syaitan pada hari itu sehinggalah
malam.
307
Dan tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan amalan yang lebih utama
berbanding ini melainkan orang yang berzikir lebih banyak daripada itu (melebihi 100
kali).344
Contoh Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
، ُسبْ َحا َن اَّهللِ ال َع ِظيِم: َحبِيبَتَا ِن إَِل الهرْْحَ ِن، ثَِقيلَتَا ِن ِف المِيَزا ِن،َفتَا ِن عَلَى اللِ َسا ِن.ُسبْ َحا َن َاكَلِّهلِلَمتَاَوِِِنبَ ْمَخِدِفهِي
Dua kalimah yang ringan pada lidah (untuk disebut) tetapi berat pada timbangan
mizan (di Akhirat kelak) dan dicintai oleh (Allah) al-Rahman, (1) Subhanallahil ‘Adzim
(Maha suci Allah yang Maha Agung), (2) Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan
segala puji bagi-Nya).345
Contoh Ketiga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ‘Abdullah
bin Qays radhiallahu 'anh, “Mahukah aku ajarkan kamu kalimah yang merupakan harta
karun syurga? (Iaitu sebutlah)
.َِّلَ َحْوَل َوَّلَ قُهوةَ إَِهّل ِبَّهلل
Tiada daya (menolak kemudaratan) dan tiada kekuatan (melakukan kebaikan)
melainkan dengan izin Allah.346
Demikian tiga contoh bagaimana kita berzikir dengan menyebut nama Allah, yang
diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai cara mengamalkan perintah Allah
Subhanahu wa Ta'ala, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan berzikirlah
nama Tuhan-mu…. Selain tiga contoh di atas, terdapat banyak lagi hadis sahih tentang lafaz-
lafaz zikir ini. Namun dalam sekian banyak hadis tersebut, baik yang sahih mahupun
selainnya, Rasulullah tidak pernah mengajar, mengamalkan atau mempersetujui zikir “Allah,
344 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3050/3293 (Kitab Bad’e al-Khalqi, Bab sifat iblis
dan tenteranya).
345 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5927/6406 (Kitab al-Da’awat, Bab keutamaan
tasbih).
346 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6120/6610
(Kitab al-Qadar, Bab Tiada daya (menolak kemudaratan) dan tiada kekuatan (melakukan kebaikan) melainkan dengan
izin Allah).
308
Allah” secara tunggal.
Ringkasnya, perintah berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan
berzikirlah nama Tuhan-mu…, bukan bererti kita berzikir kepada Allah dengan lafaz sesuka
hati atau dengan lafaz “Allah, Allah” sahaja, tetapi dengan lafaz yang diajar serta diamalkan
oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Adapun hadis Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang
menyebut di bumi ini, “Allah, Allah” maka ia dijelaskan oleh hadis berikut di mana
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
.ُ َّل إِلَهَ إَِهّل الله:َّل تَُقوُم ال هساعَةُ َحَهّت َّل يَُقا َل ِف اْلَْر ِض
Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut di bumi
ini, “Tiada tuhan melainkan Allah”.347
Oleh itu “Allah, Allah” yang dimaksudkan oleh hadis pertama bukanlah sebagai
kalimah zikir, tetapi sebagai kalimah tauhid. Dalam susun kata yang lain, Kiamat tidak akan
berlaku sehingga tidak ada lagi orang yang mentauhidkan Allah di bumi ini. Ini sebagaimana
yang diriwayatkan daripada Bilal bin Rabah radhiallahu 'anh ketika beliau diseksa oleh kaum
musyrikin, beliau menyebut “Ahad, Ahad”348 atau dalam satu riwayat lain, “Allah, Allah”.349
Apa yang beliau lakukan bukanlah berzikir tetapi menyatakan pendirian tauhidnya kepada
Allah 'Azza wa Jalla di hadapan kaum musyrikin.
Sekali lagi diulangi bahawa maksud zikir yang sedang kita kaji di sini ialah menyebut
“Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak, seperti 100 kali atau 200 kali.
Adapun riwayat daripada Umm Salamah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam berkata ketika sakitnya, “Allah, Allah, (peliharalah) solat dan
apa yang dimiliki oleh tangan kanan kalian.”350, maka dalam lafaz yang masyhur daripada
347 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 13833.
348 Hasan: Pengajaran daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 147/150 (Muqaddimah, Bab keutamaan Salman, Abu Zar dan Miqdad).
349 Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, hadis no.: 1510.
350 Yang dimaksudkan ialah harta yang wajib dikeluarkan zakatnya atau hamba-hamba yang dimiliki atau kedua-
duanya sekali.
309
Umm Salamah, Anas bin Malik dan Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhum, ia tanpa kalimah
“Allah, Allah”.351
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa dalil-dalil yang digunakan sebagai
hujah amalan zikir “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak adalah tidak
tepat. Apabila tidak ada dalil yang tepat dalam persoalan ini, ia menunjukkan zikir “Allah,
Allah” dicipta terlebih dahulu, kemudian barulah dicari dalil-dalil bagi menjustifikasikannya.
Kesimpulannya, zikir “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak adalah
bid’ah kerana ia adalah sesuatu yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama.
Jika masih ada agamawan yang membolehkan zikir “Allah, Allah” secara tunggal
dalam bilangan yang banyak atas alasan ia adalah perkara khilaf (perselisihan pendapat),
maka dijawab bahawa andai benar ia adalah perkara khilaf, hendaklah kita mengikuti wasiat
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
هُُكَمواْنِِيبََاعِ َْوشعَِمُْنّضوُاك ْمعَبَلَْيْع َهِدايِبفَلنهَسَواََْيِجىِذ ا َوْخإِتَِهيَلُكفًاْم َكَوثُُِْمْيًاَدَفََثَعلَِْيت ُكاْمْلُبُِموُسِنرهِتفَِإَوهنُسنُهكِةلهاُُْْلُمْلَََفداثَِءة.َلَتفَلََِإةٌنههس.ََنض..ابِلْْدَمعَْهةٌِديَِوّأُكَُيوهل اِصبلِيهْرادُكَِعشْمةِدي
Aku wasiatkan kepada kalian … Sesungguhnya sesiapa di kalangan kalian yang
hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian
berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat
petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham.
Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap
perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” 352
351 Rujuk Sunan Ibn Majah, hadis no.: 1625 daripada Umm Salamah, hadis no.: 2697 daripada Anas bin Malik dan
hadis no.: 2698 daripada ‘Ali bin Abi Thalib. Rujuk penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan di bahagian notakaki
hadis-hadis terbabit, dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah.
Adapun perkataan al-Zahabi dalam Siyar ‘Alam al-Nubala bahawa riwayat Umm Salamah adalah “lebih sahih”,
maka maksud beliau ialah lebih sahih berbanding riwayat Anas bin Malik yang beliau kemukakan sejurus sebelum itu.
Maksud “dalam lafaz yang masyhur” ialah dalam hampir semua kitab hadis yang mengemukakan hadis ini
daripada Umm Salamah, Anas bin Malik dan ‘Ali bin Abi Thalib, ia tanpa lafaz “Allah, Allah”. Hanya al-Baihaqi yang
mengemukakannya dengan lafaz “Allah, Allah”, sebagaimana dalam kitabnya al-Adab, hadis no.: 51.
352 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani
310
Mengkaji Zikir “Hu, Hu”
Antara lafaz zikir yang dicipta selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam ialah “Hu, Hu”.
Mereka yang berzikir dengan lafaz ini berhujah, bahawa ia bukan untuk orang awam
tetapi hanya untuk orang yang telah mencapai tingkatan yang khusus atau maqam yang
tinggi. Orang yang sudah berada pada tahap ini apabila dia berzikir, tiada yang wujud dalam
fikirannya kecuali Allah. Maka dia tidak perlu berzikir dengan lafaz “Allah, Allah”, sebaliknya
mencukupi dengan lafaz “Hu, Hu” yang bermaksud “Dia, Dia”. “Dia” di sini merujuk kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Ada juga yang berhujah, bahawa jika seseorang itu berzikir ََل ِإ َل َه ِإ ََّل ال ُلlalu dia mati
tanpa sempat menghabiskan lafaz tersebut, maka ia menjadi mudarat bagi dirinya. Misalnya
apabila seseorang itu sedang berzikir kalimah di atas (yang maksudnya) “Tidak ada tuhan…”
lalu dia mati, “Tidak ada tuhan melainkan…” lalu dia mati atau “Tidak ada tuhan melainkan
Al…” lalu dia mati, maka ia menjadi mudarat baginya kerana dia mati dalam keadaan
menafikan Allah sebagai tuhannya.
Berbeza dengan orang yang berzikir “Hu, Hu” sahaja, jika dia tiba-tiba mati maka ia
tidak memberikan mudarat kerana “Hu” yang dia maksudkan ialah Allah.
Hujah-hujah di atas dapat dikaji dan dijawab sebagai berikut. Pertama, mereka yang
membahagikan seseorang kepada beberapa tingkatan atau maqam seperti awam, khusus,
khusus yang khusus, atau apa-apa lain yang seumpama berdalil dengan firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,
.َولِ ُكل َدَر َجا ٌت ِِمها َع ِملُوا َوَما َرُبّ َك بِغَافِل َع هما يَْع َملُوَن
Dan bagi setiap orang beberapa darjat disebabkan apa yang mereka amalkan dan
tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. [al-An’aam 6:132]
Dalil ini dijawab bahawa yang membahagikan dan meletakkan seseorang itu kepada
beberapa darjat ialah Allah 'Azza wa Jalla dan bukannya orang yang beramal mahupun tuan
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607.
311
guru atau mursyidnya (pembimbingnya).353 Ini dapat difahami pada rangkap kedua ayat,
dan tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. Maksudnya, Allah
sentiasa Mengetahui amalan setiap orang dan akan meletakkan orang itu pada darjat
tertentu sesuai dengan amal yang dia kerjakan.
Oleh kerana itu kita dapati Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, meskipun baginda
pernah memuji beberapa orang sahabat baginda dengan pujian yang berbeza-beza, tidak
pernah membahagikan mereka kepada darjat-darjat yang berbeza. Semuanya tetap berada
pada darjat yang sama, di bawah syariat yang satu dan sama.
Sebagai contoh, kita dapati sahabat yang paling banyak berkorban demi Islam dan
Rasulullah, paling lama mendampingi baginda, paling banyak beramal dan yang paling
menyayangi dan disayangi – yakni Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh – tidak berzikir
dengan kalimah yang berbeza dengan orang-orang yang baru masuk Islam pada akhir hayat
Rasulullah.
Kedua, Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
ُك ْم إِْذ أَنْ َشأَ ُك ْم ِم َن اْلَْر ِض َوإِْذ أَنْتُْم أَِجنهةٌ ِف بُطُوِن أُهمَهاتِ ُك ْم فََل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم.ُهَو أَ ْعلَُمُهَِِوبَ أَِن ْعالَتهُمَق بِى
Dia (Allah) lebih mengetahui tentang kalian apabila Dia menjadikan kalian
daripada tanah dan apabila kalian melalui beberapa tahap sebagai janin dalam
kandungan ibu-ibu kalian. Maka janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri (kerana
hanya) Dia yang lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa (di kalangan kalian). [al-
Najm 53:32]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda yang seumpama,
. اللهُ أَ ْعلَُم ِبَْه ِل الِْبِر ِمْن ُك ْم،َّل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم
Janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri. Allah lebih mengetahui orang-
orang yang lazim membuat kebaikan di kalangan kalian.354
353 Dalam tariqat-tariqat Sufi, guru yang membimbing disebut sebagai mursyid.
354 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3992/2142 (Kitab
312
Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan maksud firman Allah Maka janganlah
kalian mensucikan diri kalian sendiri sebagai,
. َتَْد ُحوَها َوتَ ْش ُكُروَها َوَُتَُنّوا ِبَ ْع َمالِ ُك ْم:أَ ْي
Yakni memuji, mensyukuri dan berangan-angan terhadap amalan kalian.355
Maksudnya, janganlah kalian memuji-muji diri sendiri, sebaliknya pujilah Allah yang
telah merajinkan kalian untuk beramal. Janganlah kalian mensyukuri diri sendiri, sebaliknya
bersyukurlah kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada kalian untuk beramal
dengan betul. Janganlah kalian berangan-angan berada di darjat yang tinggi, pasti mendapat
balasan syurga dan segala kurniaan di dalamnya, sebaliknya takutlah seandainya Allah tidak
menerima amalan kalian kerana riya’, sum’ah356 atau bid’ah.
Dalam konteks kajian ini, janganlah berangan-angan bahawa kalian telah berada di
tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang seumpama sehingga
dapat berzikir dengan lafaz yang berbeza.
Malah merujuk kepada ayat 32 surah al-Najm di atas, dibimbangi orang yang
mengangkat dirinya pada tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang
seumpama sebenarnya telah mensucikan diri sendiri dengan pengangkatan tersebut.
Padahal Allah dan Rasulullah telah melarang perbuatan itu.
Demikian juga bagi tuan guru atau mursyid yang mengangkat anak muridnya kepada
tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang seumpama, dibimbangi
dia sebenarnya telah mensucikan diri sendiri dengan berasa layak melakukan pengangkatan
tersebut. Padahal Allah dan Rasulullah telah melarang perbuatan itu.
Ketiga, perbuatan membahagikan diri sendiri atau seseorang itu kepada beberapa
tingkatan atau maqam seperti awam, khusus, khusus yang khusus, atau apa-apa lain yang
seumpama membuka pintu kepada pelbagai lagi bid’ah seperti tingkatan “syari’at” bagi
al-Adab, Bab disukai menukar nama yang buruk kepada baik).
355 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim, tafsir bagi ayat 32 surah al-Najm.
356 Riya’ ialah beramal agar dipandang oleh orang lain sementara sum’ah ialah beramal agar diperkatakan oleh
orang lain.
313
orang awam, “hakikat” bagi orang khusus dan “ma’rifat” bagi orang khusus yang khusus.
Kononnya keyakinan dan amalan berdasarkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah
hanyalah “syari’at” bagi tingkatan orang awam. Adapun orang yang telah mencapai
tingkatan “hakikat”, maka keyakinan dan amalannya adalah berbeza. Adapun orang yang
telah mencapai tingkatan “ma’rifat”, dia adalah Allah dan Allah adalah dia sehingga dia tidak
perlu memiliki apa-apa keyakinan tentang Allah dan tidak perlu beribadah kepada Allah.357
Ringkasnya, orang yang berada pada tingkatan yang berbeza memiliki syari’at yang
berbeza. Sebenarnya apa yang mereka lakukan ini telah ditanya dalam bentuk
pengingkaran358 oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya,
َوإِ هن بَْينَ ُه ْم لَُق ِض َي الَْف ْص ِل َُكلِ َمة َولَْوَّل ُاَّهلل بِِه ََيْذَ ْن ََْل َما ال ِدي ِن ِم َن َْلُْم ُوا.أَلَِيشٌَمرع َُْلُْم ُشَرَكاء الظهالِ ِمّأََيْم
َْلُْم عَ َذا ٌب
Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya
tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah
dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang
amat pedih. [al-Syura 42:21]359
Keempat, kembali kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.َولِ ُكل َدَر َجا ٌت ِِمها عَ ِملُوا َوَما َرُبّ َك بِغَافِل َع هما يَْع َملُوَن
357 Oleh kerana itulah jika seseorang itu baru mengenali ajaran tasawwuf atau baru memasuki mana-mana tariqat
Sufi, dia akan dapati hampir semua yang diajar dan diamalkan adalah selari dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.
Hanya apabila seseorang itu sudah sekian lama duduk dalam ajaran tasawwuf atau sudah sekian lama
mengikuti mana-mana tariqat Sufi, apa yang mereka ajar dan amalkan akan mula berbeza berbanding al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah. Tuan Guru atau mursyid (pembimbing) akan memberitahu bahawa tingkatan atau maqam sudah
berbeza daripada orang awam, maka apa yang diajar dan diamalkan sudah jadi berbeza juga.
Semua ini berlaku secara bertahap-tahap dan penuh hikmah sehingga seseorang itu tidak sedar dia sebenarnya
sudah mula memasuki wilayah bid’ah yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah.
358 Maksudnya Allah bertanya bukan kerana Allah tidak tahu, tetapi bertanya kerana mengingkari atau bagi
menyatakan kesalahan apa yang mereka lakukan.
359 Mereka yang membahagikan syari’at yang berbeza kepada tingkatan atau maqam yang berbeza juga berhujah
dengan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang Allah sebut dalam surah al-Kahf. Kononnya syari’at Nabi Musa adalah
untuk orang awam sementara syari’at Nabi Khidir adalah untuk orang pada tingkatan yang khusus atau maqam yang
tinggi. Hujah ini telah saya jelaskan kesalahannya dalam buku 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid yang
boleh dirujuk di www.hafizfirdaus.com
314
Dan bagi setiap orang beberapa darjat disebabkan apa yang mereka amalkan dan
tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. [al-An’aam 6:132]
Sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah maka hendaklah dia
memastikan amalannya menepati sunnah Rasulullah dan menjauhi segala bentuk bid’ah. Ini
kerana amal ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah yang ikhlas kepada-
Nya dan menepati sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini sebagaimana yang
telah dijelaskan dalam pelajaran Dua Syarat Penerimaan Ibadah.
Oleh itu sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah melalui amalan
zikirnya, hendaklah dia berzikir dengan lafaz dan cara yang diajar, diamalkan atau
dipersetujui oleh Rasulullah. Zikir dengan lafaz “Hu, Hu” tidak pernah diajar, diamalkan atau
dipersetujui oleh Rasulullah.
Kelima, sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah maka hendaklah
dia berusaha meningkatkan ketakwaannya kepada Allah. Ini sebagaimana firman-Nya,
.ٌإِ هن أَ ْكَرَم ُك ْم عِنْ َد اَّهللِ أَتْ َقا ُك ْم إِ هن اَّهللَ َعلِيٌم َخبِْي
Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kalian di sisi Allah ialah yang paling
bertakwa di kalangan kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya. [al-Hujurat 49:13]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya “Siapakah manusia yang
paling mulia?” Baginda menjawab,
.أَ ْكَرُم ُه ْم ِعْن َد اَّهلِل أَتْ َقا ُه ْم
“Mereka yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa.”360
Dari aspek bahasa, takwa bermaksud berlindung atau membenteng. Penggunaan
perkataan takwa dari aspek bahasa dapat dilihat dalam hadis berikut daripada ‘Ali bin Abi
Thalib radhiallahu 'anh,
360 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4321/4689
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab firman Allah “Demi sesungguhnya bagi Yusuf dan saudaranya terkandung beberapa
pengajaran bagi yang bertanya” (Yusuf 12:07) ).
315
فََما يَ ُكوُن، اتهَقْينَا بَِر ُسوِل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم، َولَِق َي الَْقْوُم الَْقْوَم.،ُِمنها أَ َح ٌدُكأنَهْادَإَِّنذَاِماَْنْحَاهلرَقاْلْوِبَمأْ ِمُْنسه
Biasanya kami (para sahabat) apabila peperangan menjadi genting dengan
bertembungnya satu kaum dengan satu kaum (tentera Islam dan tentera musuh), kami
berlindung (takwa) dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak ada seorang jua
dari kalangan kami yang paling hampir kepada musuh melainkan baginda.361
Maksudnya apabila menghadapi tentera musuh di medan perang, para sahabat
berlindung di belakang Rasulullah atau menjadikan baginda sebagai benteng sementara
baginda paling hadapan menghadapi musuh.
Adapun dari aspek syari’at, maka bertakwa kepada Allah bererti berlindung atau
mengadakan benteng daripada neraka-Nya. Ini tercapai dengan mentaati perintah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya. Ia juga tercapai dengan mentaati perintah Rasulullah dan menjauhi
larangan baginda kerana Allah telah berfirman,
.ََم ْن يُ ِط ِع الهر ُسوَل فََق ْد أَطَا َع اَّهلل
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah maka dia sebenarnya taat kepada Allah. [al-
Nisa’ 4:80]
Oleh itu sesiapa yang mahu mencapai darjat yang mulia di sisi Allah, hendaklah dia
berusaha untuk bertakwa kepada Allah. Salah satu ciri bertakwa kepada Allah adalah
dengan menjauhi bid’ah. Ini kerana Allah dan Rasulullah telah melarang bid’ah dan
mengancamnya dengan neraka. Sementara orang yang bertaqwa itu pula ialah orang yang
berlindung atau mengadakan benteng daripada neraka.
Demikianlah seterusnya, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang
paling bertakwa kepada Allah dan salah satu ciri mereka adalah orang yang paling menjauhi
bid’ah sehinggalah yang sekecil-kecilnya.
Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa darjat ketakwaan dan kemuliaan setiap
361 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 1276/1347.
316
orang hanyalah diukur dan ditetapkan pada tingkatan tertentu oleh Allah 'Azza wa Jalla. Ini
sebagaimana firman-Nya,
.فََل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم ُهَو أَ ْعلَُم ِِبَ ِن اتهَقى
Maka janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri (kerana hanya) Dia yang
lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa (di kalangan kalian). [al-Najm 53:32]
Justeru janganlah pula mereka yang telah berjaya menjauhi bid’ah mensucikan diri
kalian sendiri dengan berangan-angan dia berada di darjat yang mulia di sisi Allah. Ini kerana
boleh jadi dia hanya menjauhi sebahagian bid’ah yang terpilih, berasa riya’ dan sum’ah atas
kejayaannya menjauhi bid’ah, atau sekadar menjauhi bid’ah tetapi tetap melanggar
larangan Allah yang lain seperti mengambil pinjaman bank berasaskan riba, menonton
gambar lucah atau menderhakai ibu serta bapanya.
Kembali kepada kajian zikir “Hu, Hu”, seandainya seseorang itu, tuan gurunya atau
mursyidnya beranggapan bahawa dirinya sudah berada di tingkatan yang khusus atau
maqam yang tinggi, maka hendaklah dia membuktikannya dengan nilai ketakwaan yang
lebih tinggi kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Lebih tinggi tingkatan atau maqamnya, lebih
tinggi ketakwaannya kepada Allah.
Salah satu caranya ialah dengan bersungguh-sungguh berpegang kepada sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan menjauhi bid’ah. Dalam konteks zikir, hendaklah
dia mempelajari zikir-zikir yang diajar, diamalkan dan dipersetujui oleh Rasulullah dan
mengamalkannya sebanyak mungkin.362 Bukan zikir-zikir buatan sendiri mahupun yang
diijazahkan oleh tuan guru atau mursyidnya.
Moga-moga dengan cara ini dia benar-benar mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah,
bukan tingkatan atau maqam yang di sisi tuan guru, mursyid atau dirinya sendiri.
Keenam, adapun orang yang sedang berzikir ََل ِإ َل َه ِإ ََّل ال ُلlalu dia mati tanpa sempat
menghabiskan lafaz tersebut, maka ia tidak menjadi mudarat bagi dirinya selagi mana
362 Dua kitab besar yang masyhur menghimpunkan zikir-zikir Rasulullah ialah ‘Amal al-Yaum wa al-Lail oleh Ibn
Sunni dan al-Adzkar oleh al-Nawawi. Sementara kitab yang kecil lagi ringkas ialah Hisnul Muslim oleh Sa’id bin Ali bin
Wahf al-Qahtani. Kitab yang terakhir ini telah diterjemah dalam banyak bahasa dan boleh dimuat turun ke dalam
telefon pintar.
317
kematian itu bukanlah sesuatu yang disengajakan oleh dirinya. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman,
.َولَْي َس َعلَْي ُك ْم ُجنَا ٌح فِي َما أَ ْخطَأُْْت بِِه َولَكِ ْن َما تَ َع هم َد ْت قُلُوبُ ُك ْم َوَكا َن اَّهللُ َغُفوًرا َرِحي ًما
Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap
melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh
hati kamu untuk melakukannya. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]
Kisah Pengembala Dan Sempadan Diraja
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
. َوبَْينَ ُه َما ُم ْشتَبَِها ٌت َّل يَْعلَ ُم ُه هن َكثِْيٌ ِم َن النها ِس، َوإِ هن اْْلََراَم بٌَِّي،إِ هن اْْلََل َل بٌَِّي
Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas. Di antara
kedua-duanya terdapat perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh
kebanyakan manusia.
.، َوَم ْن َوقَ َع ِف ال ُّشبُ َها ِت َوقَ َع ِف اْْلََراِم، َو ِعْر ِضِه،فََم ِن اتهَقى ال ُّشبُ َها ِت ا ْستَْبرَأَ لِ ِدينِِه
Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar,
maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Sebaliknya sesiapa yang
menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar-samar, dia sebenarnya
menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram.
. يُوِش ُك أَ ْن يَْرتَ َع فِيِه،َكالهراعِي يَْرعَى َحْوَل اْْلَِمى
318
Sebagaimana pengembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan
larangan, lambat-laun dia akan masuk ke dalamnya.
.ُ أََّل َوإِ هن ِْحَى اللهِ َُمَا ِرُمه،أََّل َوإِ هن لِ ُك ِل َملِك ِْحًى
Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah!
Sesungguhnya kawasan larangan bagi Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan-
Nya.
،ُ فَ َس َد الْجَ َس ُد ُكُلّه، َوإِذَا فَ َس َد ْت،ُ َصلَ َح الْجَ َس ُد ُكُلّه، إَِذا َصلَ َح ْت،ًِف الْجَ َس ِد ُم ْضغَة.أََّل َوِه َيأََّاللَْقَولْإِ هنُب
Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh badan terdapat seketul daging, jika ia baik
maka baiklah seluruh tubuh badannya. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh
badannya. Ketahuilah! (Daging) itu ialah hati.363
Ini adalah sebuah hadis yang masyhur, merupakan salah satu hadis yang amat
penting lagi membentuk dasar agama. Kebanyakan sarjana mengupas hadis ini dari aspek
hukum-hakam agama. Akan tetapi memandangkan lafaz hadis ini adalah umum, maka ia
merangkumi pelbagai aspek agama termasuklah dalam aspek bid’ah. Maka di sini saya akan
mengupas hadis ini dari aspek bid’ah, serangkap demi serangkap.
• Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas.
Merujuk kepada aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati, maka ada yang jelas
disyari’atkan dalam al-Qur’an dan sunnah, dan yang jelas baharu berbanding al-Qur’an dan
sunnah. Maka apa yang jelas disyari’atkan adalah halal untuk diyakini dan diamalkan
sementara apa yang jelas baharu adalah bid’ah yang haram untuk diyakini dan diamalkan.
Contohnya azan. Lafaz dan tertib azan yang dilaungkan pada masa kini berasal
daripada hadis yang sahih. Maka ia adalah sunnah yang jelas. Jika azan itu sengaja
dilaungkan dengan lafaz yang berbeza, tertib yang berbeza atau dalam selain bahasa Arab,
orang ramai akan mudah menangkap perbezaannya dan akan segera membantahnya. Maka
363 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 2996/1599 (Kitab al-Musaqah, Bab mengambil
yang halal dan menjauhi yang samar-samar).
319
ia adalah bid’ah yang jelas.
• Di antara kedua-duanya terdapat perkara yang samar-samar, yang tidak diketahui
hukumnya oleh kebanyakan manusia.
Kadang-kala terdapat aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang tidak jelas
kedudukannya kepada orang ramai, apakah ia bid’ah atau tidak. Ini berlaku mungkin kerana
hujah dan pendapat yang berbeza-beza di kalangan para agamawan di mana sebahagian
berkata ia adalah bid’ah, sebahagian lagi berkata ia bukan bid’ah dan sebahagian lagi
berkata ia adalah bid’ah hasanah, bererti dianjurkan. Mungkin juga kerana seseorang itu
tidak menguasai dengan mendalam subjek bid’ah sehingga sering keliru. Maka menjadilah
ia perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia.
Kembali kepada contoh azan, bilal di sebahagian masjid dan surau ada yang
membaca sekian-sekian zikir dan selawat sebelum azan. Zikir dan selawat tersebut dibaca
menggunakan sistem pembesar suara sebagaimana laungan azan, hanya ia sedikit
diperlahankan.
Satu contoh zikir yang lazim dibaca sebelum azan adalah,
.قَ ِديٌر َش ْيء ُك ِل َعلَى َوُهَو ، ُد. َُكواَّهَلولُلَهُأَ اْكْبَلَرُْم،إَِهّلَلهُاَاّلهلملُُْل،َُشِرَيوَّلَكإِلَلَهَه،ََِّلّهلِل َُو ْح َده َُّل إِلَهَ إَِهّل اَّهلل •
َواْلَْم ُد ،ُسْب َحا َن اَّهلِل •
.ِ• َوَّل َحْوَل َوَّل قُهوةَ إَِهّل ِبَّهلل
Bagi bacaan zikir dan selawat seperti ini, sebahagian agamawan ada yang
menghukumnya bid’ah. Sebahagian lagi menghukumnya bukan bid’ah. Sebahagian lagi
menghukumnya bid’ah hasanah. Maka perbezaan ini menjadikan bacaan zikir dan selawat
sebelum azan sesuatu yang samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh
kebanyakan manusia.
Sebelum beralih ke rangkap seterusnya, ingin ditarik perhatian para pembaca kepada
sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, perkara samar-samar, yang tidak diketahui
hukumnya oleh kebanyakan manusia.
Rasulullah tidak menyebut “orang awam” tetapi menyebut kebanyakan manusia
320
yang di dalamnya merangkumi orang awam dan orang agama. Perkara ini hendaklah
dihalusi kerana bukan semua orang agama menguasai dengan mendalam subjek bid’ah.
Bahkan kerap kali orang agamalah yang pertama mencipta bid’ah dan yang terkuat
membela bid’ah.
• Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar,
maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya.
Bermaksud, sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar
kedudukannya apakah ia bid’ah atau tidak, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan
maruahnya.
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ( )اتَّقَىmembenteng dirinya boleh juga
diterjemahkan sebagai memperisaikan dirinya, mendindingkan dirinya. Bererti seseorang
itu benar-benar menjauhi dan menghindari perkara yang samar-samar. Dia tidak
mendekatinya, tidak cuba-cuba untuk menghampirinya, tidak ingin mengetahuinya dan
tidak cenderung ke arahnya.
Merujuk kepada subjek bid’ah, ada sebahagian aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati
yang samar-samar kedudukannya, apakah ia bid’ah atau tidak. Maka apa yang patut
dilakukan, sebagaimana saran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ialah benar-benar
menjauhi dan menghindarinya.
Ini dilakukan demi memelihara agamanya dan maruahnya.
Balik kepada contoh bacaan zikir dan selawat sebelum azan melalui sistem pembesar
suara, ia adalah sesuatu yang samar-samar apakah bid’ah atau tidak. Maka apa yang patut
dilakukan, sebagaimana saran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ialah benar-benar
menjauhi dan menghindarinya demi memelihara agamanya dan maruahnya.
Saranan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini hendaklah diberi perhatian
kerana pada pengamatan saya, ramai yang apabila berhadapan dengan aqidah, ibadah,
hukum dan fiqh hati yang diperbincangkan apakah ia bid’ah atau tidak, memilih untuk
menjerumuskan diri ke dalamnya. Padahal sikap yang mulia lagi terpuji, yang dengannya
terpelihara agama dan maruah, ialah menjauhinya.
321
• Sebaliknya sesiapa yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar-
samar, dia sebenarnya menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram.
Kenapa ini berlaku? Kenapakah orang yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara
yang samar-samar, dia sebenarnya menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram?
Jawapannya dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam rangkap
seterusnya,
• Sebagaimana pengembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan
larangan, lambat-laun dia akan masuk ke dalamnya.
Ini berlaku kerana apabila seseorang itu menjerumuskan dirinya ke dalam sesuatu
yang samar-samar, lambat-laun dia akan terbiasa dengannya sehingga menganggap ia
adalah sesuatu yang dibolehkan. Jika pada awalnya dia berasa ragu-ragu dan tidak sedap
hati, lambat laun dia akan berasa yakin dan tenang. Jika pada awalnya dia berbelah bahagi
antara halal dan haram, antara bid’ah atau tidak, lambat-laun dia akan cenderung kepada
menghalalkannya dan meyakinkan diri sendiri bahawa ia bukan bid’ah. Atau ia adalah bid’ah
tetapi bid’ah yang baik.
Semua ini menyebabkan dia, secara bertahap-tahap, semakin berani menghampiri
sempadan bid’ah sehingga akhirnya terjerumus ke dalam bid’ah yang jelas. Atau jika pada
awalnya dia hanya mendekati satu bid’ah yang samar-samar, secara bertahap-tahap dia
semakin berani menghampiri pelbagai bid’ah lain yang samar-samar sehingga akhirnya
terjerumus dalam pelbagai bid’ah yang jelas.
Oleh kerana itulah sejak awal Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan, Maka
sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar, maka dia
sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya.
Ini kerana sesiapa yang tidak membenteng dirinya daripada perkara yang samar-
samar, lambat-laun dia akan merosakkan agamanya dan menjatuhkan maruahnya dengan
perkara-perkara yang jelas haram.
• Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah!
Sesungguhnya kawasan larangan bagi Allah adalah perkara-perkara yang
322
diharamkan-Nya.
Terdapat dua pelajaran dalam rangkap ini. Pelajaran Pertama, dalam kaedah Ushul
Fiqh apabila Allah atau Rasulullah melarang sesuatu perkara dengan ancaman neraka, maka
larangan tersebut membawa hukum haram. Merujuk kepada bid’ah, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam telah melarangnya dengan ancaman neraka, yakni pada sabda baginda,
ُُْم َدثَة َوُك ُّل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة
َوُك ُّل
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.364
Ini menunjukkan bahawa hukum bid’ah adalah haram.
Sekali lagi diulangi bahawa keharaman bid’ah tidak diukur pada kadar bid’ah yang
dilakukan apakah ia besar atau kecil, tetapi pada perselisihan terhadap keyakinan bahawa
hanya Allah yang layak mensyari’atkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati dalam Islam,
bahawa agama Islam yang tulen adalah selari dengan fitrah manusia, bahawa Allah reda ke
atas agama Islam yang asal kerana ia sudah cukup sempurna dan merupakan satu nikmat
yang Allah cukupkan ke atas manusia, keyakinan bahawa Rasulullah telah menyampaikan
semua yang baik dan telah menyempurnakan tugasan baginda serta kepentingan untuk
berada di atas jalan Allah, Rasulullah dan para sahabat baginda.
Contohnya perhatikan riwayat berikut,
ََي أََِب ُُمَ همد:ُ فََقا َل لَه، أَيَُع ِذبُِنَرأاََّهللىُ َعَسلَعِيى ُدال بْهصُنَلاةِلْ؟ُم َسيِ ِب َر ُجًَل يُ َصلِي بَْع َد الْعَ ْصِر الهرْكعَتَِّْي يُ ْكثُِر
Sa’id bin al-Musayyah melihat seorang lelaki yang memperbanyakkan solat (sunat)
dua rakaat selepas solat Asar. Kemudian (lelaki itu) bertanya kepadanya,
364 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
323
“Wahai Abu Muhammad (nama gelaran bagi Sa’id bin al-Musayyab), apakah Allah
akan mengazab aku kerana solat ini?”
. َّلَ َولَكِ ْن يُعَ ِذبُ َك اَّهللُ ِِِبَلَ ِف ال ُّسنهِة:قَا َل
Sa’id bin al-Musayyab menjawab, “Tidak, akan tetapi Allah akan mengazab kamu
kerana menyelisihi al-Sunnah.”365
Maka hendaklah menjauhi bid’ah sebagaimana seseorang itu menjauhi kawasan
larangan raja. Ini kerana bid’ah adalah perkara haram yang duduk dalam kawasan larangan
Allah.
Pelajaran Kedua, terdapat perbezaan antara orang yang memasuki sempadan
kawasan larangan raja dan orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja. Orang
yang memasuki sempadan kawasan larangan raja, dia bersalah kerana mengakui
keberadaannya di dalam sempadan kawasan larangan raja.
Sementara orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja, dia menganggap
dirinya sama taraf dengan raja sehingga layak mengubah sempadan ke lokasi yang baharu.
Justeru dia tidak pernah memasuki kawasan larangan raja kerana dia mengubah sendiri
sempadan kawasan larangan itu sesuka hatinya. Ringkasnya dia merasakan dirinya tidak
berbuat salah.
Padahal kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mengubah sempadan kawasan
larangan raja adalah jauh lebih besar daripada kesalahan orang yang memasuki sempadan
kawasan larangan raja. Ini kerana orang yang memasuki sempadan kawasan larangan raja
masih berada di bawah undang-undang raja sementara orang yang mengubah sempadan
kawasan larangan raja menganggap dirinya sama taraf dengan raja.
Demikianlah juga perbezaan antara orang yang berbuat maksiat dan orang yang
berbuat bid’ah. Orang yang minum arak misalnya, dia tahu hukumnya adalah haram. Bererti
dia masih berada di bawah syari’at Allah.
365 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya dan sanadnya dinilai jayyid oleh Husain Salim Asad dalam
semakannya ke atas Sunan al-Darimi, hadis no.: 450 (Bab berhati-hati dalam mentafsirkan hadis Nabi). Jayyid adalah
satu kedudukan yang lebih baik dari darjat hasan tetapi lebih rendah dari darjat sahih.
324
Berbeza dengan orang yang berbuat bid’ah, dia mengubah sendiri sempadan bid’ah
sehingga apa-apa aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati baharu yang disukainya diletakkan di
luar sempadan bid’ah. Justeru dia bebas mencipta, meyakini dan mengamalkan bid’ah tanpa
pernah berasa salah kerana menganggap dirinya tidak pernah memasuki sempadan
kawasan larangan Allah.
Padahal kesalahannya adalah jauh lebih besar kerana telah menganggap dirinya tidak
berada di bawah syari’at Allah, sebaliknya sama taraf dengan Allah sebagai penggubal
syari’at.
• Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh badan terdapat seketul daging, jika ia baik
maka baiklah seluruh tubuh badannya. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh
tubuh badannya. Ketahuilah! (Daging) itu ialah hati.
Apabila berbicara tentang bid’ah, ia tidak melibatkan zahir semata-mata. Akan tetapi
ia turut melibatkan hati. Bahkan asas kepada bid’ah adalah hati kerana ia bermula daripada
hati.
Ini kerana apabila hati mencintai Allah, maka jasad akan mengikuti apa yang
disunnahkan oleh Rasulullah, bukan oleh diri sendiri atau agamawan pilihan. Ini kerana Allah
Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman,
.قُ ْل إِ ْن ُكْنتُْم َُِتُبّوَن اَّهللَ فَاتهبِعُوِّن َُيْبِْب ُك ُم اَّهللُ َويَ ْغِفْر لَ ُك ْم ذُنُوبَ ُك ْم َواَّهللُ غَُفوٌر َرِحيٌم
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kalian mencintai Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mencintai kalian serta mengampunkan dosa-dosa kalian dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]366
Apabila hati mengiktiraf kesempurnaan Islam, mengakui kecukupan nikmat Allah
melalui Islam dan reda menerima Islam sebagaimana keredaan Allah, maka jasad tidak akan
mencipta, meyakini atau mengamalkan apa-apa aqidah, ibadah, hukum atau fiqh hati yang
baharu. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
366 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Cinta Kepada Allah Atau Kepada Diri Sendiri?
325
.الْيَْوَم أَ ْك َملْ ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَْي ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu. [al-Maidah 5:03]367
Apabila hati yakin bahawa semua yang baik telah disampaikan oleh Rasulullah, maka
jasad tidak akan mencipta, meyakini atau mengamalkan apa-apa aqidah, ibadah, hukum
atau fiqh hati yang baharu dengan alasan “Apa salahnya, bukankah ini baik?” Ini
berdasarkan firman Allah 'Azza wa Jalla tentang tugas Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam,
َع ِن الْ ُمنْ َكِر َوَُِي ُلّ َْلُُم الطهيِبَا ِت َوَُيَِرُم َعلَيِْه ُم اْْلَبَائِ َث َويَ َض ُع عَْن ُه ْم.إِ ْصَرُه ْم َََيوْاُمُْلَرُهْغْمَلَِبللْ اَملهْعُِرتوَكِافنَ َوْيَتْن َهَعالَْيُهِهْمْم
Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan
melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk, dia menghapuskan
daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. [al-‘A’raaf
7:157]368
Sambungan bagi ayat 157 surah al-A’raaf di atas, apabila hati itu mencintai
Rasulullah, maka jasad akan beriman kepada Rasulullah, memuliakannya, menolongnya dan
mengikuti al-Qur’an yang dibawa olehnya.
.فَاله ِذي َن آَمنُوا بِِه َوعَهزُروهُ َونَ َصُروهُ َواتهبَعُوا الُنّوَر اله ِذي أُنِْزَل َمعَهُ أُولَئِ َك ُه ُم الْ ُمْفلِ ُحوَن
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan
mengikut cahaya yang diturunkan kepadanya (yakni al-Quran), mereka itulah orang-
orang yang berjaya. [al-‘A’raaf 7:157]
Ayat ini tidak dibuktikan dengan memakai kopiah yang ada lambang selipar, memakai
367 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Bid’ah Menyelisihi Kesempurnaan Islam
368 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Semua Kebaikan Berasal Daripada Rasulullah dan Apakah Rasulullah Cuai
Menjalankan Tugas?
326
selendang di bahu, membawa sepanduk sempena perayaan Mawlid Rasul atau menghadiri
konsert selawat.
Akan tetapi beriman kepada Rasulullah bermaksud meyakini baginda telah
menyampaikan semua yang terbaik berkaitan urusan agama. Memuliakan Rasulullah bererti
mengunggulkan sunnah baginda di atas apa-apa ajaran lain. Menolong Rasulullah
dibuktikan dengan menolong menyebarkan sunnah baginda dan menghapuskan semua
bid’ah. Mengikuti al-Qur’an bererti membaca, mentadabbur dan mempraktikkan seluruh al-
Qur’an.
Apabila hati menyedari kedudukannya sebagai hamba, kedudukan Allah sebagai
Tuan-nya dan kedudukan Rasulullah sebagai utusan Tuan-nya, maka jasad tidak akan berani
mendahului Tuan-nya dan utusan Tuan-nya dengan apa-apa apa-apa aqidah, ibadah, hukum
atau fiqh hati yang baharu. Ini berdasarkan perintah Tuan-nya,
.ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]369
Ringkasnya, hati yang baik hanya akan menerima aqidah, ibadah, hukum dan fiqh
hati daripada Allah dan Rasulullah, sementara jasad akan membuktikannya melalui
keyakinan dan perbuatan harian. Sementara hati yang rosak akan mencipta, meyakini atau
mengamalkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, sementara jasad akan
membuktikannya melalui keyakinan dan perbuatan harian.
Selain itu salah satu ciri hati yang mulia ialah tawaduk dan yang pertama lagi utama
ditujukan ciri tawaduk tersebut ialah kepada ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru hati yang tawaduk apabila
membaca hadis Rasulullah yang melarang bid’ah akan serta merta taat dan patuh
kepadanya. Berbeza dengan hati yang angkuh, ia berasa tidak puas hati membaca hadis
larangan bid’ah lalu dipaksakan tafsiran-tafsiran yang dapat mententeramkan hatinya itu.
369 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Jangan Mendahului Allah dan Rasul-Nya dan Bid’ah dan Sebab Allah
Mencipta Manusia
327
Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah
Kadangkala seseorang itu terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan
bid’ah, diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau
mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut, maka baginya dua
jenis pahala. Kedua-dua jenis pahala itu berterusan selagi mana dia menahan dari daripada
bid’ah tersebut. Dua jenis pahala itu adalah:
Pahala Jenis Pertama adalah kerana dia meninggalkan satu perbuatan dosa kerana
Allah, lalu dia mendapat pahala kerana peninggalan itu. Ini berdasarkan hadis berikut di
mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
. َوُهَو أَبْ َصُر بِِه.ً َر ِب َذا َك َعبْ ُد َك يُِري ُد أَ ْن يَْع َم َل َسيِئَة:ُقَالَ ْت الْ َمَلئِ َكة
Para malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Hamba-Mu itu berkeinginan melakukan
perbuatan dosa!” Padahal Allah lebih mengetahui tentangnya.
اْرقُبُوهُ فَإِ ْن َع ِملََها فَا ْكتُبُوَها لَهُ ِِبِثْلَِها َوإِ ْن تََرَكَها فَا ْكتُبُوَها لَهُ َح َسنَةً إَِّهنَا تََرَكَها ِم ْن:فََقا َل
. َجهرا َي
Maka Allah berfirman: “Awasilah dia. Jika dia melakukan keinginan itu, maka
tuliskan (dosa) sekadar yang dilakukannya. Akan tetapi jika dia meninggalkan keinginan
itu, maka tuliskan baginya satu pahala kerana dia meninggalkannya tidak lain kerana
Aku.”370
Dosa yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah umum, merangkumi semua
perlanggaran terhadap syari’at Islam. Antara yang dilarang oleh Allah 'Azza wa Jalla dan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah mencipta, meyakini atau mengamalkan
bid’ah.
Maka sesiapa yang terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah,
diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau
mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut kerana teringat
370 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 185/129 (Kitab
al-Iman, Bab apabila seorang hamba berniat membuat kebaikan, ditulis baginya dan apabila seorang hamba berniat
membuat kejahatan, tidak ditulis baginya).
328
kepada larangan bid’ah oleh Allah dan Rasulullah, maka dia mendapat pahala. Pahala ini
berterusan selagi mana dia menahan dari daripada bid’ah tersebut.
Pahala Jenis Kedua adalah kerana dia mentaati perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam,
.فَ َعلَيْ ُك ْم بِ ُسنهِت َو ُسنهِة اْْلُلََفاِء الْ َم ْه ِديَِّي الهرا ِش ِدي َن َتَ هس ُكوا ِِبَا َوعَ ُّضوا عَلَْي َها ِبلنهَوا ِج ِذ
Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah
yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan
gigi geraham.371
Maksud sunnahku dalam hadis di atas adalah ucapan (sunnah qauliyah), perbuatan
(sunnah fi’liyah), persetujuan (sunnah taqririyah) dan apa yang ditinggalkan (sunnah
tarkiyah) oleh Rasulullah dalam urusan agama.
Maka sesiapa yang terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah,
diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau
mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut kerana teringat
kepada perintah Rasulullah dalam hadis di atas untuk berpegang teguh kepada sunnahnya,
maka dia mendapat pahala. Pahala ini berterusan selagi mana dia berpegang teguh kepada
sunnah Rasulullah dalam rangka menolak bid’ah tersebut.
Kedua-dua jenis pahala ini adalah penting untuk diketahui kewujudannya kerana
sebahagian orang ada yang sengaja menjerumuskan dirinya ke dalam amalan bid’ah dengan
alasan, “Daripada aku tidak buat apa-apa, lebih baik aku buat amalan ini meskipun ada yang
berkata ia bid’ah.”
Alasan ini adalah tidak betul kerana selagi mana seseorang itu menahan dirinya
daripada bid’ah, dia mendapat dua jenis pahala. Bahkan mungkin pahala itu diperolehinya
dalam gandaan yang lebih jika dia menahan diri dalam suasana arus orang ramai yang
mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah tersebut.
Berikut dikemukakan beberapa contoh.
371 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607.
329
Amalan Sunnah Pada Malam Nisfu Sya’ban
Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut
dikemukakan satu contoh. Azlina merancang untuk membaca surah Yasin tiga kali pada
malam Nisfu Sya’ban.372 Ramai kawan-kawan di kumpulan Whats App yang
menganjurkannya dan merancang untuk melakukannya. Mereka berkata, selepas membaca
surah Yasin kali pertama, berdoalah agar dipanjangkan umur. Selepas membaca Yasin kali
kedua, berdoalah agar dimurahkan rezeki. Selepas membaca surah Yasin kali ketiga,
berdoalah apa sahaja yang dikehendaki.
Mereka juga berkata, “Daripada kita tidak buat apa-apa, lebih baik kita buat amalan
ini meskipun ada sebahagian orang yang berkata ia bid’ah.”
Kemudian Azlina mendapat tahu bahawa membaca surah Yasin dengan pakej
sedemikian adalah bid’ah. Membaca surah Yasin bukan bid’ah, tetapi menyusun tertib dan
doa membaca surah Yasin seperti itu dan mengkhususkannya pada malam Nisfu Sya’ban
adalah bid’ah. Maka Azlina memilih untuk menahan diri daripada melakukannya pada
malam Nisfu Sya’ban.
Oleh itu meskipun tidak melakukan apa-apa ibadah tambahan pada malam Nisfu
Sya’ban, Azlina tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang malam itu. Pahala menahan diri
daripada bid’ah dan pahala berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam yang tidak melakukan apa-apa ibadah tambahan pada malam dan siang Nisfu
Sya’ban (sunnah tarkiyah).
Pada waktu yang sama, Azlina menghubungi dan berbaik-baik dengan seorang rakan
pejabat yang dia pernah bermusuhan beberapa minggu lepas. Azlina melakukan perkara ini
berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.إِ هن اَّهللَ لَيَطهلِ ُع ِف لَْيلَِة النِ ْص ِف ِم ْن َش ْعبَا َن فَيَ ْغِفُر لِجَِمي ِع َخلِْقِه إَِهّل لُِم ْشِرك أَْو ُم َشا ِحن
Sesungguhnya Allah memerhati pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia
mengampunkan semua makhluk-Nya (pada malam itu) kecuali orang-orang musyrik dan
orang yang saling bermusuhan.373
372 Nisfu bermaksud pertengahan, iaitu pada 15hb Sya’ban. Kebetulan apabila saya menulis contoh ini, ia adalah
pada pagi 14hb Sya’ban 1441H, bersamaan 8hb April 2020.
373 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain. Hadis ini memiliki banyak jalan
periwayatan tetapi semuanya memiliki kelemahan di dalamnya. Namun ia saling menguat antara satu sama lain. al-
Albani menilainya hasan sahih dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 1026.
330
Amalan Sunnah Ketika Mengikuti Jenazah
Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut
dikemukakan satu lagi contoh. Arief mengikuti solat jenazah rakannya dan kemudian
mengikuti jenazah ke kawasan perkuburan. Orang ramai yang turut serta (1) mengaminkan
doa imam selepas solat jenazah, (2) mengikuti jenazah ke kawasan perkuburan dengan
membaca surah al-Fatihah dan beberapa surah lazim serta (3) beberapa zikir secara
serentak dan kuat. Mereka berkata, “Daripada kita tidak buat apa-apa, lebih baik kita
berdoa, membaca surah-surah lazim dan berzikir meskipun ada yang berkata ia bid’ah”.
Arief menahan diri daripada semua itu. Arief tidak membaca doa kerana berdasarkan
sunnah, tempat berdoa untuk jenazah ialah ketika solat jenazah sebelum memberi salam
dan bukannya selepas memberi salam. Apatah lagi membaca doa selepas salam sebenarnya
melengah-lengahkan urusan jenazah padahal Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah
berpesan,
فَ َشٌّر تَ َضعُونَهُ عَ ْن، َوإِ ْن يَ ُك ِسَوى ذَلِ َك، فَِإ ْن تَ ُك َصاِْلَةً فَ َخْْيٌ تَُق ِدُموَْنَا،ِأَ ْسِرعُوا ِبلْجِنَاَزة.ِرقَابِ ُك ْم
Bersegeralah menguruskan jenazah kerana jika dia seorang yang soleh, maka
kalian (segera) menghantarnya kepada kebaikan sementara jika dia tidak sedemikian,
maka kalian (segera) meletakkan keburukan (jauh) daripada leher kalian.374
Arief juga menahan diri daripada membaca surah-surah yang lazim dan apa-apa zikir
kerana mengetahui tidak ada riwayat yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam membaca atau menganjurkan semua itu (sunnah tarkiyah). Apa yang diajar oleh
Rasulullah hanyalah, … Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya).
Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
: َما ُه هن ََي َر ُسوَل اَّهللِ؟ قَا َل: قِي َل.َح ُّق الْ ُم ْسلِِم َعلَى الْ ُم ْسلِِم ِس ٌّت
“Hak seorang muslim kepada seorang muslim ada enam perkara.” Dikatakan:
374 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1231/1315 (Kitab al-Jana’iz, Bab segera
menguruskan jenazah).
331
“Apakah enam perkara itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab:
ُّ إِذَا لَِقيتَهُ فَ َسلِْم َعلَْيِه
“(1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya.
َُوإَِذا َدعَا َك فَأَِجْبه
(2) Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya.
ُّ َُوإِذَا ا ْستَْن َص َح َك فَانْ َص ْح لَه
(3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat.
ُّ َُوإِذَا َعطَ َس فَ َح ِم َد اَّهللَ فَ َس ِمتْه
4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh
rahmat.
ُّ َُوإِذَا َمِر َض فَعُ ْده
(5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia.
ُّ .َُوإِذَا َما َت فَاتهبِْعه
(6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya).”375
Selain itu sambil mengikuti jenazah rakannya itu, Arief mengingati kematian yang
bila-bila masa boleh menimpa dirinya. Arief teringat kepada pesan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam,
.أَ ْكثُِروا ِذ ْكَر َهاِذِم الله هذا ِت الْ َمْو ِت
Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (kehidupan), yakni kematian.376
Justeru sekalipun Arief hanya berdiam diri selepas solat jenazah dan ketika mengikuti
jenazah, dia tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang tempoh itu kerana menahan diri
375 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4023/2162 (Kitab al-Salam, Bab antara hak
seorang muslim kepada muslim yang lain ialah menjawab salam).
376 Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi
Taqrib Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 2992.
332
daripada amalan bid’ah dan mengikuti sunnah Rasulullah yang tidak membaca apa-apa doa,
surah-surah al-Qur’an mahupun zikir selepas solat jenazah (sunnah tarkiyah). Selain itu Arief
juga mendapat pahala jenis ketiga, yakni kerana memenuhi hak saudara semuslim dengan
mengikuti jenazahnya dan pahala jenis keempat, yakni mengingati kematian.
Amalan Sunnah Ketika Menghadiri Walimah
Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut
dikemukakan contoh ketiga. Nasaruddin dan isterinya menghadiri jemputan walimah. Akan
tetapi apabila ustaz jemputan khas mengajak para hadirin membaca surah al-Fatihah dan
berdoa beramai-ramai untuk kedua-dua pengantin, Nasaruddin dan isterinya tidak turut
serta. Mereka tidak membaca surah al-Fatihah dan tidak mengangkat tangan untuk doa
bersama kerana ia adalah bid’ah. Amalan seperti itu tidak dilakukan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam ketika menghadiri majlis walimah para sahabatnya.
Pun begitu, Nasaruddin dan isterinya tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang
pembacaan al-Fatihah dan doa kerana telah menahan diri daripada amalan bid’ah dan
berpegang kepada sunnah Rasulullah yang meninggalkan amalan sedemikian (sunnah
tarkiyah).
Apabila hendak pulang, Nasarudin mengucapkan kepada pengantin lelaki sementara
isterinya mengucapkan kepada pengantin perempuan doa yang ringkas tetapi dipenuhi
makna yang baik,
333
. َوََجَ َع بَْينَ ُك َما ِف اْلَِْْي، َوَِبَرَك َعلَيْ َك،َِبَرَك اَّهللُ لَ َك
Moga Allah memberkati kamu, mengurniakan keberkatannya ke atas kamu dan
menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.
Inilah amalan yang sunnah, sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah
radhiallahu 'anh,
: قَا َل،أَ هن النهِهب َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه َو َسلهَم َكا َن إَِذا َرفهأَ الِإنْ َسا َن إَِذا تََزهو َج
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila mendoakan seseorang ketika dia
berkahwin, berkata,
. َوََجَ َع بَْينَ ُك َما ِف اْلَِْْي، َوَِبَرَك َعلَْي َك،َِبَرَك اَّهللُ لَ َك
Moga Allah memberkati kamu, mengurniakan keberkatannya ke atas kamu dan
menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.377
377 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, Hadis ini hasan sahih. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1011/1091 (Kitab al-Nikah ‘an Rasulullah, Bab tentang apa yang dikatakan kepada
pengantin).
334
Ia Adalah Sesuatu Yang Baik!
Zaid bin Tsabit al-Anshari radhiallahu 'anh menceritakan kisah di sebalik projek
penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf sebagai berikut,
: فََقا َل أَبُو بَ ْكر،أَْر َس َل إَِِهل أَبُو بَ ْكر َمْقتَ َل أَْه ِل اليَ َماَمِة َوعِْن َدهُ عُ َمُر
Abu Bakar mengutus aku untuk menemuinya setelah berlakunya pengorbanan
(mati syahid) di kalangan para pejuang Islam di pertempuran al-Yamamah378 dan di
sisinya (ketika itu) ialah ‘Umar (al-Khaththab). Abu Bakar berkata,
أَ ْن يَ ْستَ ِحهر لََرَوإىِِّأَنْنأَ َْخْت َمَشَعى،َِْبَولإِنهِّانِس اليَ َماَمِة َه إَِهبن اَكلثَِقْْتيٌ َلِم قََنْدالاُقْْرسآتَِنَحإِهرَهّليَأَْوَْمن:فََقفَايََْلذ،ِن،اأَلمَََتَوِاّنِط ِبإِلُقهنهراِءعُ َمَِرف ُال َقتْل
.الُقْرآ َن ،َُْت َمعُوه
“Sesungguhnya ‘Umar datang menemuiku dan berkata, sesungguhnya ramai
orang telah terkorban (mati syahid) di kemuncak pertempuran al-Yamamah dan
sesungguhnya aku bimbang para penghafal al-Qur’an akan terkorban lagi di kemuncak
pertempuran di tempat-tempat yang lain. Sehingga akan hilanglah ramai para penghafal
al-Qur’an (dan akan hilanglah al-Qur’an) melainkan kamu menghimpunnya.
Sesungguhnya aku berpendapat hendaklah dihimpun al-Qur’an (dalam satu mushaf).”
َكيْ َف أَفْ َعلُ َشْيئًا ََلْ يَْفعَْلهُ َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم؟: قُلْ ُت لِعُ َمَر:قَا َل أَبُو بَ ْكر
Abu Bakar berkata, “Aku bertanya kepada ‘Umar, bagaimana mungkin aku
melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam?”
.ٌ ُهَو َواَّهلِل َخْْي:فََقا َل عُ َمُر
Maka ‘Umar menjawab, “Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!”
. َوَرأَيْ ُت اله ِذي َرأَى عُ َمُر،فَلَْم يََزْل عُ َمُر يَُرا ِجعُِن فِيِه َحَهّت َشَرَح اَّهللُ لَِذلِ َك َص ْد ِري
(Abu Bakar melanjutkan), “Umar berterusan berbicara tentangnya kepadaku
sehinggalah Allah melapangkan dadaku untuk menerimanya. Kini pandangan aku sama
378 Pertempuran al-Yamamah berlaku pada tahun 11H di Yamamah, antara orang-orang murtad yang dipimpin
oleh Musailamah al-Kazzab dan pasukan Islam yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid radhiallahu 'anh.
335
seperti pandangan ‘Umar.”
: فََقا َل أَبُو بَ ْكر، َوعُ َمُر عِْن َدهُ َجالِ ٌس َّلَ يَتَ َكلهُم:قَا َل َزيْ ُد بْ ُن ََثبِت
Zaid bin Tsabit berkata, ‘Umar tetap duduk di sisi Abu Bakar tanpa berkata apa-
apa. Seterusnya Abu Bakar berkata,
،»َو َسلهَم َعلَيْ ِه ُالله َصلهى ِاَّهلل لَِر ُسوِل الَو ْح َي تَ ْكتُ ُب ُكنْ َت ،نَتهِه ُم َك ََوَّل ،ٌعَاقِل إِنه َك َر ُجلٌ َشا ٌّب فَتَتَبه ِع
.ُالُقْرآ َن فَاَْجَْعه
Sesungguhnya kamu seorang lelaki yang muda lagi berakal (bijak) dan kami tidak
meragui kamu. Kamu pernah menjadi penulis wahyu bagi Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, maka carilah (semua para penghafal, penulis dan tulisan) al-Qur’an dan
himpunkanlah ia (menjadi satu mushaf).
: قُْل ُت،فََواَّهلِل لَْو َكلهَفِن نَْق َل َجبَل ِم َن الجِبَاِل َما َكا َن أَثَْق َل َعلَ هي ِِمها أََمَرِّن بِِه ِم ْن ََجِْع الُقْرآ ِن
Zaid bin Tsabit berkata, “Demi Allah! Seandainya aku ditugaskan untuk mengalih
sebuah gunung daripada gunung-gunung (yang ada di sekitar Madinah), tidaklah ia lebih
berat ke atas diriku berbanding perintah menghimpunkan al-Qur’an.” Seterusnya Zaid bin
Tsabit bertanya,
َكْي َف تَْفعََلَِن َشْيئًا ََلْ يَْف َعلْهُ النهُِّب َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم؟
“Bagaimana mungkin anda berdua melakukan sesuatu yang tidak pernah
dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam?”
.ٌ ُهَو َواَّهلِل َخْْي:فََقا َل أَبُو بَ ْكر
Maka Abu Bakar menjawab, “Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!”
فَُق ْم ُت ،َوعُ َمَر بَ ْكر أَِبي ْد َر.َوَشَرُص َحُدواَِرّهللُال لَِرهَُجا ِلَص ِرَوايلعُلِلهُسِذ ِيب،أَأََُْراجَِعُجهُعُهُِم َنَحَاهلّتِرقَاَِشعَرََوحاْالََّهلْكلُتَا َصِفْد فَلَْم أََزْل
فَتَتَبه ْع ُت الُقْرآ َن
(Zaid bin Tsabit melanjutkan), “Aku berterusan berbicara (tentangnya) dengan
beliau (Abu Bakar) sehinggalah Allah melapangkan dadaku sebagaimana Allah
melapangkan dada Abu Bakar dan ‘Umar. Maka aku bangun dan aku terus (memulakan
336
projek) mencari al-Qur’an. Aku menghimpunnya daripada cebisan-cebisan kain, tulang
leper, pelepah kurma379 dan dada para penghafal al-Qur’an.”
((لََق ْد ،غَِْْيِه أَ َحد ع.َإِأََِلج ْدآَُِهَخاِرَِهََما ْاْلَنْ َصا ِر ِي ََل آَميَاتَّْعَِينُِتَّْمم َع َحِرُيخَزَْيٌَةَص َرَحَُسهّتوٌلَو َِمج ْْدن أَُنْتُفِمِسْنُك ْمُسوعََرةِِزيٌزالتهعَْولَبَيِْةِه َجاءَُك ْم
))...َعلَيْ ُك ْم
Sehinggalah aku menemui pada Khuzaimah al-Anshari dua ayat daripada surah al-
Taubah yang tidak aku temui pada sesiapa yang lain, yakni ayat “Demi sesungguhnya
telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan dari kalian sendiri, yang berasa
sangat berat terhadap sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kalian…” sehingga
akhir ayat (al-Taubah 9:128-129).
ُ ُثه ِعنْ َد عُ َمَر َحَهّت تََوفهاه،ُِج َع فِيَها الُقْرآ ُن عِْن َد أَِبي بَ ْكر َحَهّت تََوفهاهُ اَّهلل.َُ ُثه َوعَِكنْانََد ِتَحْافل َصُّصةَ ُحبِنْ ُفِتالهعُِتَمَر،ُاَّهلل
Mushaf himpunan al-Qur’an itu disimpan oleh Abu Bakar sehingga Allah
mewafatkannya, kemudian disimpan oleh ‘Umar sehingga Allah mewafatkannya,
kemudian disimpan oleh Hafshah binti ‘Umar. 380
Terdapat banyak pengajaran penting yang dapat diambil daripada kisah di atas. Salah
satu daripadanya adalah projek penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf ini tidak
digelar sebagai “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib”. Sebaliknya
Abu Bakar dan ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma menggelarnya sebagai “Ia
adalah sesuatu yang baik!”
Oleh itu dengan mengambil iktibar daripada kisah di atas, apa-apa kebaikan yang
dibuat untuk Islam atau dalam rangka membantu perlaksanaan al-Qur’an dan al-Sunnah,
seperti meletakkan titik dan baris ke atas ayat-ayat al-Qur’an, penyusunan ilmu-ilmu bahasa
Arab, Usl al-Fiqh, al-Jarh wa al-Ta’dil dan kaedah-kaedah syari’at, penulisan kitab-kitab
379 Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian sahabat pandai menulis tetapi mereka tidak
memiliki kertas. Maka mereka menulis ayat-ayat al-Qur’an di atas cebisan kain, tulang yang leper dan pelepah kurma.
380 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir
ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan dari kalian
sendiri…).
Hadis ini menjadi dalil bahawa hafalan atau simpanan seorang sahabat dapat menjadi rujukan dan hujah
agama. Ini sebagaimana Khuzaimah al-Anshari yang menghafal atau menyimpan ayat 128-129 surah al-Taubah.
337
tafsir, hadis, syarahan hadis, fiqh dan akhlak, pembinaan pusat-pusat pengajian Islam,
hendaklah semua ini disebut sebagai “Ia adalah sesuatu yang baik” atau “Ia adalah baik
untuk Islam”.
Jangan dikatakan bahawa ia adalah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau
“Bid’ah yang wajib mahupun sunat” kerana ia bertentangan dengan hadis Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang telah menetapkan,
ُُمْ َدثَة َوُك ُّل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة
َوُك ُّل
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.381
Jangan dikatakan bahawa ia adalah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau
“Bid’ah yang wajib mahupun sunat” kerana istilah ini telah dan bakal disalah guna oleh
sebahagian agamawan dan orang awam untuk membuat aqidah, ibadah, hukum dan fiqh
hati yang baharu, lalu mereka menjustifikasikannya dengan alasan ia adalah “Bid’ah
Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah”, “Bid’ah yang wajib” atau “Bid’ah yang sunat”.
Berdasarkan kisah projek penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf di atas dan
penjelasan yang menyusulinya, saya (penulis) menolak penggunaan istilah “Bid’ah
Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib mahupun sunat”. Penolakan ini
saya lakukan meskipun dengan pengetahuan bahawa kebanyakan sarjana Islam
rahimahumullah menggunakan istilah tersebut. Saya menghormati dan menyayangi para
sarjana tersebut, namun Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih saya hormati dan
sayangi, serta dilimpahkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
Atas nafas yang sama, saya mengajak para pembaca yang budiman sekalian untuk
sama-sama menolak penggunaan istilah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau
381 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
338
“Bid’ah yang wajib mahupun sunat”. Ingatlah kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
Soalan Lazim 1: ‘Umar al-Khaththab Dan “Bid’ah Hasanah”
Amirul Mukminin382 ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah kata “Ini adalah
sebaik-baik bid’ah”. Perkataan beliau ini menimbulkan kemusykilan kerana Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam telah menetapkan bahawa setiap bid’ah adalah sesat.
Bagi menjawab kemusykilan ini, marilah kita merujuk kepada hadis “Ini adalah
sebaik-baik bid’ah” secara sepenuhnya. ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Qari radhiallahu 'anh
menerangkan,
ٌإَِل الْ َم ْس ِج ِد فَإِذَا النها ُس أَْوَزاع.ُمتََفِرقُوَنَخيَُر َْجصلِ ُيت اَلمهرَعُجعُلَُملَِرنَ ْفبِِْسنِهاَْْولَيُطهاَصلِِبي اَرلهرِضُجَيُلاَفَّهليُلُ َصَعلِْنهُي لَبِْيلََصةًَلَِتِفِهَراَلمهرْهَضاُطَن
382 Bermaksud pemerintah yang menjaga urusan orang-orang yang beriman.
339
Pada satu malam di bulan Ramadhan aku keluar bersama ‘Umar bin al-Kaththab
radhiallahu 'anh ke masjid. Ketika itu orang ramai bersolat secara berkumpulan yang
terpisah-pisah, ada yang bersolat berseorangan dan ada yang bersolat dengan diikuti
solatnya oleh sekumpulan kecil orang (sebagai makmum).
عَلَى فَ َج َم َعُه ْم َعَزَم ُثه .أَْمثَ َل لَ َكا َن َوا ِحد قَا ِرئ عَلَى َهُؤَّلَِء ََجَْع ُت لَْو أََرى إِِّن :فََقا َل عُ َمُر أُبَِي
.بْ ِن َك ْعب
Maka ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku berpendapat jika aku mengumpulkan
mereka semua di belakang satu imam, nescaya ia lebih baik.” Kemudian beliau
menguatkan azam dan menghimpunkan mereka di belakang Ubai bin Ka‘ab (sebagai
imam).
: قَا َل عُ َمُر.ُثه َخَر ْج ُت َمعَهُ لَْيلَةً أُ ْخَرى َوالنها ُس يُ َصُلّوَن بِ َصَلَِة قَا ِرئِِه ْم
Pada satu malam yang lain aku keluar bersama beliau (‘Umar) dan mendapati
orang ramai solat (sebagai makmum) dengan solat imam mereka. ‘Umar berkata,
.نِْع َم الْبِ ْدعَةُ َه ِذهِ َوالهِت يَنَاُموَن عَْن َها أَفْ َضلُ ِم ْن الهِت يَُقوُموَن يُِري ُد آ ِخَر اللهيْ ِل
“Ini adalah sebaik-baik bid’ah, dan orang yang tidur kerana ingin bangun lewat
malam untuk solat adalah lebih utama berbanding solat yang sedang mereka kerjakan
sekarang.”
.َُوَكا َن النها ُس يَُقوُموَن أَهولَه
(‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari) menambah, “Orang ramai ketika itu sedang
mendirikan solat pada awal malam.”383
Terhadap hadis ini, khasnya perkataan ‘Umar “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”,
terdapat dua pendekatan yang diambil oleh para sarjana Islam rahimahumullah.
Pendekatan Pertama memahami perkataan ‘Umar “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”
sebagai dalil yang membahagikan bid’ah kepada dua jenis, bid’ah hasanah dan bid’ah
383 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1871/2010 (Kitab Sholat al-Tarawih, Bab
keutamaan orang yang bersolat pada malam Ramadhan).
340
dholalah.
Maka perbuatan ‘Umar yang melaksanakan solat Tarawih berjemaah adalah satu
bid’ah dan perkataan ‘Umar bahawa “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” menunjukkan bahawa
ia adalah bid’ah hasanah. Sementara hadis Rasulullah “Setiap bid’ah adalah sesat” merujuk
kepada bid’ah dholalah.
Ada yang berkata, ini adalah pendekatan yang diambil oleh kebanyakan sarjana Islam
rahimahullah.384 Hampir semuanya menggunakan perkataan ‘Umar bin al-Khaththab “Ini
adalah sebaik-baik bid’ah” sebagai dalil bahawa bid’ah terbahagi kepada dua jenis, bid’ah
hasanah dan bid’ah dholalah. Seterusnya pembahagian ini diperincikan kepada bid’ah
wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Saya (penulis) berkata, meskipun ini adalah pendekatan kebanyakan sarjana Islam, ia
tidaklah bererti kita tidak boleh bersikap kritikal terhadapnya dan menyemak semula sejauh
mana kekuatan atau kebenarannya.385
Saya juga berkata, perkataan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” adalah sahih, namun ia
tidak terlepas dari kemungkinan berlakunya kesilapan atau kelupaan di pihak ‘Umar bin al-
Khaththab radhiallahu 'anh. Berikut penjelasannya.
Pertama, solat Tarawih secara berjemaah bukanlah bid’ah tetapi sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda pernah melaksanakannya selama beberapa hari,
kemudian meninggalkannya kerana bimbang wahyu diturunkan bagi mewajibkannya ke
atas umat Islam. Dengan kewafatan baginda, kebimbangan ini hilang kerana wahyu tidak
akan diturunkan lagi. Maka setelah kewafatan baginda adalah sunnah untuk berterusan
melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah.
Hadis berikut menjadi dalil dan rujukan. A’isyah radhiallahu 'anha menceritakan,
384 Demikian rumusan oleh Abdullaah Jalil dalam bukunya Konsep al-Tark & Perkara Baru dan Baik Dari Perspektif
Shari’at (edisi PDF), bab 2.7.6.
385 Jika sesuatu pendapat itu dipegang oleh kebanyakan sarjana Islam, tidak semestinya ia adalah pendapat yang
paling benar atau paling kuat. Sebab, dalam tradisi ilmu Islam terdapat apa yang disebut sebagai taqlid di mana sarjana
terkemudian hanya mengikuti pendapat sarjana sebelumnya tanpa menyemak secara kritikal sejauh mana kekuatan
dalil dan hujahnya. Selain itu dalam tradisi ilmu Islam terdapat juga budaya “jangan soal pendapat guru” kerana
mempersoalkannya bererti tidak menghormati guru.
341
ُثه .ََن ٌس بِ َصَلَتِِه فَ َصلهى لَْيلَة َذا َت الْ َم ْس ِج ِد ِف َصلهى َو َسلهَم عَلَْي ِه ُاَّهلِل َصلهى اَّهلل ِمأَْنهن الَْرَقاُسبِلوََِةل َصلهى
.فَ َكثَُر النها ُس
Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat dalam masjid pada satu
malam lalu orang ramai ikut solat (menjadi makmum) kepada solat baginda. Kemudian
baginda bersolat pada malam berikutnya maka lebih ramai orang (yang ikut menjadi
makmum).
.ُثه ا ْجتَ َمعُوا ِم ْن اللهْيلَِة الثهالِثَِة أَْو الهرابِعَِة فَلَْم َيُْرْج إِلَيِْه ْم َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ عَلَْيِه َو َسلهَم
Kemudian mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat namun Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar kepada mereka (untuk menjadi imam).
قَْد َرأَيْ ُت اله ِذي َصنَ ْعتُْم فَلَْم َيْنَ ْعِن ِم ْن اْْلُُروِج إِلَْي ُك ْم إَِّله أَِّن َخ ِشي ُت أَ ْن:فَلَ هما أَ ْصبَ َح قَا َل
.تُْفَر َض َعلَْي ُك ْم
Tatkala Subuh, baginda (keluar kepada mereka dan bersabda), “Demi
sesungguhnya aku melihat apa yang kalian lakukan. Tidak ada yang menghalangku dari
keluar kepada kalian (untuk menjadi imam) kecuali sesungguhnya aku bimbang ia (solat
Tarawih secara berjemaah) diwajibkan ke atas kalian.”
. َوذَلِ َك ِف َرَم َضا َن:قَا َل
Berkata A’isyah, “Yang sedemikian berlaku dalam bulan Ramadhan.”386
Kedua, ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah terlupa akan hadis Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang berlaku ke atas dirinya sendiri. Terlupa dan tersilap adalah
ciri manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa jua, termasuklah kepada ‘Umar. Ini kerana
manusia tidak dipelihara oleh wahyu daripada terlupa atau tersilap berbanding Rasulullah.
‘Abdul Rahman bin Abza radhiallahu 'anh menceritakan,
386 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1270/761 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qashriha,
Bab anjuran mendirikan Qiyam Ramadhan, iaitu Solat Tarawih). Menarik untuk diperhatikan bahawa al-Bukhari
meletakkan hadis seumpama dalam kitab Shahihnya, hadis no.: 1873/2012, sejurus selepas hadis ‘Umar bin al-
Khaththab yang berkata “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Berdasarkan tertib ini, seolah-olah al-Bukhari ingin
menerangkan bahawa ia bukanlah bid’ah kerana Rasulullah sendiri pernah mengimami solat Tarawih berjemaah pada
zamannya.
342
). َّل تُ َص ِل: (فََقا َل عُ َمُر.َ إِِّن أَ ْجنَبْ ُت فَلَْم أُ ِص ِب المَاء:َجاءَ َر ُجلٌ إَِل عُ َمَر بْ ِن اْلَطها ِب فََقا َل
Seorang lelaki datang kepada ‘Umar al-Khaththab lalu berkata, “Sesungguhnya
aku dalam keadaan junub (berhadas besar) sementara aku tidak menemui air (untuk
Mandi Wajib).” ‘Umar menjawab, “Jangan solat (sehinggalah kamu menemui air untuk
Mandi Wajib)
فَلَ ْم ،(فَأَ ْجنَْبنَا ،َوأَنْ َت أَََن َسَفر ِف ُكنها أََهن تَ ْذ ُكُر أََما :اْلَطها ِب بْ ِن لِعُ َمَر ََي ِسر بْ ُن َع هماُر فََقا َل َِن ِد
.)َالْ َماء
Maka ‘Ammar bin Yasir berkata kepada ‘Umar bin al-Khaththab, “Apakah kamu
tidak ingat bahawa kita pernah dalam satu perjalanan, aku dan kamu. Lalu kita dalam
keadaan junub (hadas besar) sementara kita tidak menemui air (untuk Mandi Wajib).
فََذَكْر ُت لِلنهِِب صلى الله عليه،) فَ َصلهيْ ُت،معه ْك ُت (ِف الَُّتَا ِب:َ َعَوأَلَْيهماِه أَََوَنَسفلهَتََم،ُ ففََأََقهمااَلأَنْالنهَتُِّبفَلَْمَصلهتُىَصاِللله،وسلم
Adapun kamu, maka kamu tidak solat sementara aku berguling di atas tanah lalu
aku solat. (Sekembalinya ke Madinah), aku menyebut apa yang berlaku kepada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
ُثه، َونََف َخ فِيِه َما، فَ َضَر َب النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم بِ َكهفْيِه اْلَْر َض: َه َك َذا.َم َس َح ِِبإَِِّهَنمَاا ََكواْجَنَهيهَُ ْكَوَِفكيهفْيَِهك
“Sesungguhnya cukuplah kamu berbuat hanya seperti ini”, maka Nabi shallallahu
'alaihi wasallam menepuk ke bumi dengan kedua tapak tangannya, meniup kedua-
duanya, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya itu ke wajahnya dan tapak
tangannya.387
Dalam hadis di atas, ‘Umar terlupa bahawa tayamum boleh menggantikan Mandi
Wajib dalam kes ketiadaan air, meskipun beliau sendiri pernah menghadapinya.388
387 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 326/338 (Kitab al-Tayamum, Bab orang yang
bertayamum, apakah dia meniup kedua-dua tangannya?). Teks Arab dalam kurungan dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam
Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 562/569 (Kitab al-Thaharah wa
Sunaniha, Bab tentang bertayamum dengan menepuk sekali).
388 Tayamum asalnya adalah satu kemudahan Islam, namun telah ditokok tambah pelbagai syarat sehingga
343
Ketiga, ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah melakukan sesuatu yang baharu
sebelum itu, yakni pada zaman pemerintah Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh. Perkara
baharu itu adalah menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf. Apabila ditanya
tentangnya, ‘Umar tidak berkata “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” tetapi sebaliknya berkata,
“Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!”389 .ٌُهَو َواَّهللِ َخْْي
Ini adalah ucapan yang benar lagi menepati sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, berbanding ucapan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”.
Keempat, ‘Umar bin al-Khathhthab radhiallahu 'anh adalah salah seorang sahabat
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia lagi utama. Banyak hadis-hadis sahih yang
menerangkan keutamaan beliau.
Selain itu ‘Umar adalah seorang yang bijak lagi cerdas. Pada zaman
pemerintahannya, banyak pembaharuan yang beliau lakukan untuk Islam.390 Namun setakat
kajian saya, ‘Umar tidak menyebut atau menggelar pembaharuan-pembaharuan tersebut
sebagai “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”.391
Kelima, meskipun ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh adalah sahabat Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia lagi banyak keutamaannya, perkataan beliau “Ini
adalah sebaik-baik bid’ah” tidak boleh digunakan untuk membahagikan bid’ah kepada
hasanah dan dholalah. Perkataan beliau tidak boleh digunakan untuk mengkhususkan hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berikut ini kepada bid’ah dholalah sahaja,
ُُْم َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة
َوُك ُّل
akhirnya menjadi satu kesukaran. Lebih lanjut tentang tayamum yang asal lagi mudah, sila rujuk buku saya Panduan
Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com
389 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang
Rasul dari kalangan dari kalian sendiri…). Hadis yang lengkap telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini.
390 Sila cari di enjin carian Google: Pembaharuan Umar al-Khattab.
391 Jika saya terlepas pandang, mohon dikemukakan rujukan dan darjat kekuatannya agar kenyataan di atas dapat
dibetulkan.
344
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.392
Ini kerana perkataan beliau bukanlah wahyu sementara sabda Rasulullah adalah
wahyu. Sabda Rasulullah menetapkan bahawa setiap perkara baharu adalah bid’ah dan
setiap bid’ah adalah kesesatan, maka tidak boleh menyelisihi sabda Rasulullah dengan
membahagikan perkara baharu itu kepada bid’ah yang baik dan bid’ah yang sesat.
Oleh itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ilmu Usl al-Fiqh dalam bab perkataan
para sahabat, bahawa apabila berlaku pertentangan antara keduanya, maka sabda
Rasulullah diunggulkan di atas perkataan sahabat (yakni perkataan ‘Umar bin al-Khaththab).
Di sini penulis tidak berkata bahawa ‘Umar sengaja menentang atau menyelisihi
sabda Rasulullah. Bahkan ‘Umar juga pernah berkata-kata sebagai sabda Rasulullah.
Diriwayatkan,
َو َسلهَم َعلَْيِه.ُقِمْيَدلُثَةاَّبهلِلِْدََعوأَةٌهنَوأَُك ْحله َبسِْدَنَعاةْلَْدَضَِيللََهةٌْدَوُكُيلهُُمَ هَضمَدللَةَصلهِفىالاَنهّاهللُِر ُتَاأَأََْصّلَدَوُإِق هنالِْقُكي ِهلل:ُيَُُمُْقَدوََُثل أَنههُ َكا َن َوإِ هن
َشهر اْلُُموِر
Bahawasanya (‘Umar) lazim berkata, “Sebenar-benar perkataan adalah perkataan
Allah (al-Qur’an) dan bahawasanya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam dan sesungguhnya seburuk-buruk urusan adalah perkara-
perkara baharu. Ketahuilah, sesungguhnya setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap
bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.”393
Oleh itu ‘Umar bukan sengaja menentang atau menyelisihi sabda Rasulullah. Akan
tetapi beliau telah tersilap atau terlupa apabila mengatakan “Ini adalah sebaik-baik
bid’ah”.
Kesimpulan, berdasarkan penjelasan di atas, saya berpendapat terdapat
392 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
393 Dikeluarkan oleh Ibn Waddah (286H) dalam al-Bida’ wa Nahi ‘Anha, riwayat no.: 56.
345
kemungkinan yang tinggi bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh telah tersilap
atau terlupa apabila mengatakan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Justeru ia tidak boleh
digunakan sebagai dalil membahagikan bid’ah kepada hasanah dan dholalah, mahupun
mengkhususkan sabda Rasulullah kepada bid’ah dholalah sahaja.
Kesilapan atau kelupaan ‘Umar ini tidak sedikit pun mengurangi kemuliaan serta
keutamaan beliau sebagai salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Pendekatan Kedua menyatakan bahawa apabila ‘Umar bin al-Khaththab
mengatakan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”, maka yang beliau maksudkan ialah dari aspek
bahasa dan bukan dari aspek syari’at.
Sementara apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
ُُمْ َدثَة َّوُك ُل ُُمْ َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة
َوُك ُّل
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka 394 maka ia adalah dari aspek
syari’at.
Ibn Rejab rahimahullah (795H)395 menjelaskan perbezaan perkataan bid’ah dari
aspek bahasa dan syari’at,
، فَِإَّهنَا ذَلِ َك ِف الْبِ َدِع الُلّغَِويهِة، َما َوقَ َع ِف َكَلِم ال هسلَ ِف ِم َن ا ْستِ ْح َسا ِن بَْع ِض الْبِ َدِع.َّل ال هشْرَعِوأَيههمِةا
Adapun apa yang datang daripada perkataan generasi Salaf yang memandang baik
sebahagian bid’ah, maka sesungguhnya yang sedemikian (merujuk kepada) bid’ah dari
394 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
395 Beliau ialah Zainuddin ‘Abdurrahman bin Ahmad bin Abdurrahman, seorang ilmuan masyhur dalam Mazhab
Hanbali. Nama gelaran “Ibn Rejab” merujuk kepada datuknya yang lahir dalam bulan Rejab. Lahir di Baghdad pada 736H
dan meninggal dunia di Damaskus pada 795H.
346
aspek bahasa, bukan dari aspek syari’at.
َضا َن َعلَى إَِمام َوا ِحد.ََجَنَِعْع َاملنهاُت َاسلْبِِْدفعَقِةُيَاَِهم ِذَرِهَم:َذلَِو ََخكَرقََجْوَُولَرآ ُهعُْمَمَريُ َرَصُلِّضوََين اََكّهلَلذُلِعََنْكهُفَلََقهمااَل،ِف الْ َم ْسفَِِمجْنِد
Antara contohnya adalah perkataan ‘Umar radhiallahu 'anh tentang solat
(Tarawih) pada malam Ramadhan, tatkala beliau menghimpunkan orang ramai di belakang
seorang imam di dalam masjid. Lalu apabila beliau keluar (ke masjid) dan melihat mereka
solat seperti itu (berjemaah di belakang seorang imam), maka beliau berkata, “Ini adalah
sebaik-baik bid’ah.”
.ُ فَنِْع َم ُت الْبِ ْدعَة،ٌ إِ ْن َكانَ ْت َه ِذهِ بِْد َعة:َوُرِو َي عَْنهُ أَنههُ قَا َل
Juga diriwayatkan daripada ‘Umar bahawa beliau berkata, “Seandainya ini adalah
bid’ah, maka ia adalah bid’ah yang baik.”
ُ َولَ ِكنهه، قَْد عَلِ ْم ُت: فََقا َل عُ َمُر، إِ هن َه َذا ََلْ يَ ُك ْن:ُ قَا َل لَه،َوُرِو َي عَ ْن أُبَِي بْ ِن َك ْعب
.َح َس ٌن
Juga diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab bahawa dia berkata kepada ‘Umar
(tatkala ‘Umar menyuruhnya menjadi imam), “Sesungguhnya ini (solat Tarawih berjemaah
di belakang seorang imam) tidak pernah berlaku.” Maka ‘Umar menjawab, “Sungguh aku
mengetahuinya, akan tetapi ia adalah baik.”
ِم َن أُ ُصوٌل ُلَه َولَكِ هن ،الَْوقْ ِت َه َذا قَْب َل الَْو ْجِه َه َذا َعلَى يَ ُك ْن ََْل الِْفْع َل أَ هن َه َذا ال هشِريعَِةَويُُمْرَراَجُدهُُع
.إِلَْي َها
(Bid’ah) yang dimaksudkan (oleh ‘Umar dalam ucapan-ucapannya di atas) adalah
bahawasanya perbuatan itu (solat Tarawih berjemaah di belakang seorang imam) tidak
pernah dilakukan dalam bentuk sedemikian pada waktu pemerintahannya. Akan tetapi ia
memiliki asal daripada syari’at (Islam), yang dapat dirujuk kepadanya.
َوَكا َن ،فِي ِه َويَُرغِ ُب ،َرَم َضا َن اِم.ََِصفله الْىَماَّهلْسلُ ِجَعلَِديِْهََجََواَسَعلهاَمتَكاُمَتَنَفَِريُقَةًُّثَوُوَعْلَح َدىاًَقِني أَ هن النهِهب ِفَفِمْنَزَمَهنِاِه النها ُس
يَ ُقوُمو َن
Antaranya, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menganjurkan solat pada
347
malam Ramadhan serta mendorong ke arahnya, lalu orang ramai pada zaman baginda
melaksanakannya di dalam masjid secara berjemaah yang berpisah-pisah dan
berseorang-seorangan.
ُنََدهَُع ِمَصْلنهىَذلِاَّهلَلك.َْأُلَِمَُواَثهنِاخبَِْمرْعت،َِنفَوَغاَهلََْْْذيَعا لَْشْيقَِرلَْدةا،مَُصلهفَِبَيَىْعْصِبَِجَحُزاْصبوِاِهَحالعََبِيَِاهِنِاَلِلْفاِقيََْالرََِمفْمَرابَِضِدِها، َخَوَُِصرشلهِوَيىَيأَاَّْعَنهلْنلُهُيُ أَعَْكنلَهتَيْهُِهََبكَاو َعََنسلَلهيْيََمِهُقْمو،ُمَعلََعيْلِِهًَلَوِبَسََونلههُههَُمَو
Maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam solat bersama para sahabatnya (secara
berjemaah di belakang seorang imam) untuk beberapa malam. Kemudian baginda berhenti
daripada berbuat sedemikian kerana bimbang seandainya ia diwajibkan ke atas mereka
lalu mereka tidak akan mampu melakukannya. Kebimbangan ini hilang sesudah
(kewafatan)nya, shallallahu 'alaihi wasallam.396 Juga diriwayatkan daripada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda pernah solat pada malam-malam yang ganjil
bersama para sahabatnya, pada sepuluh malam yang terakhir (bulan Ramadhan).
، َوأَقَهرهُ عَلِ ٌّي، َزاَدهُ عُثْ َما ُن ِْلَا َجِة النها ِس إِلَيِْه،الْجُُمعَِة اْلَهوُل.َي أَعََذلَاْيُِهن:َّملَُوِمالْْنُم ْذَسللِِ ِمَك.َع..َوا ْستَ َمهر
Antaranya, azan pertama pada hari Jumaat.397 Ia ditambah oleh ‘Utsman (ibn
‘Affan radhiallahu 'anh) kerana keperluan orang ramai dan ia dipersetujui oleh ‘Ali (bin
Abi Thalib radhiallahu 'anh). Amalan ini diteruskan oleh umat Islam (selepas zaman dua
khalifah tersebut).
. َولَعَلههُ أََراَد َما أََراَد أَبُوهُ ِف قِيَاِم َرَم َضا َن،ٌ ُهَو بِْدعَة:َوُرِو َي َع ِن ابْ ِن عُ َمَر أَنههُ قَا َل
Sementara diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa dia berkata, “Itu adalah
bid’ah!” Kemungkinan besar apa yang beliau maksudkan adalah sama seperti yang
dimaksudkan oleh ayahnya tentang solat (Tarawih) malam Ramadhan (bahawa ia adalah
bid’ah dari aspek bahasa).398
396 Maksudnya, sesudah baginda wafat, tidak ada lagi wahyu yang akan turun yang akan mewajib solat Tarawih
berjemaah.
397 Perincian tentang tambahan azan untuk solat Jumaat diterang secara berasingan dalam pelajaran lain.
398 Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (( )جامع العلوم والحكمal-Maktabah al-Syamilah), jld. 2, m.s. 128-129.
348
Justeru “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” yang dimaksudkan oleh ‘Umar adalah dari
aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at.
Kesimpulan, apabila ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh mengucapkan “Ini
adalah sebaik-baik bid’ah”, yang beliau maksudkan adalah dari aspek bahasa dan bukan
dari aspek syari’at. Ia adalah bid’ah dari aspek bahasa kerana merupakan sesuatu yang
baharu pada zaman pemerintahannya. Ia bukan bid’ah dari aspek syari’at kerana
melaksanakan solat Tarawih berjemaah di belakang satu imam kerana dilakukan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Ringkasnya ‘Umar tidak mencipta apa-apa bentuk ibadah yang baharu lalu
menjustifikasikannya sebagai sebaik-baik bid’ah, bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah.
Meskipun ‘Umar pernah mengucapkan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” dari aspek
bahasa, tidak digalakkan untuk meneruskan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama
seperti bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah. Ini kerana ucapan seperti ini telah dan bakal
disalah guna oleh sebahagian agamawan dan masyarakat untuk mencipta dan
mengamalkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu dalam syari’at Islam.
Ringkasnya mereka telah mengambil ucapan ‘Umar yang dimaksudkan dari aspek
bahasa lalu mengenakannya ke atas bid’ah dari aspek syari’at yang mereka cipta dan
amalkan.
349
Soalan Lazim 2: Apakah Bukti Sesuatu Perkataan Ada Aspek Bahasa Dan
Syari’at?
Sebelum ini telah dijelaskan tentang bid’ah dari aspek bahasa dan syari’at.
Pembahagian kepada dua aspek ini mungkin mengelirukan sebahagian pembaca. Bahkan
mungkin ada yang menolak pembahagian ini.
Ketahui bahawa dalam disiplin ilmu Islam, sesebuah istilah itu memiliki pengertian
dari dua aspek, iaitu bahasa dan syari’at. Berikut dikemukakan dua contoh.
Contoh Pertama, istilah solat dari aspek bahasa bermaksud doa. Contohnya ialah
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.إِ هن اَّهللَ َوَمَلئِ َكتَهُ يُ َصُلّوَن َعلَى النهِِب ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َصُلّوا َعلَْيِه َو َسلِ ُموا تَ ْسلِي ًما
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya solat ke atas Nabi. Wahai orang-orang
yang beriman, solatlah ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan (ke atasnya).
[al-Ahzab 33:56]
Maksud solat dalam ayat di atas ialah doa. Solat dalam ayat ini biasa kita sebut
sebagai selawat yang merupakan jamak (plural) kepada solat.
Adapun dari aspek syari’at, maka solat ialah ibadah yang bermula dari takbir dan
diakhirinya dengan salam, dilakukan dengan syarat, bacaan dan pergerakan yang ditunjuk
oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sabda baginda,
.َو َصُلّوا َك َما َرأَيْتُُموِّن أُ َصلِي
Dan solatlah kalian sepertimana kalian melihat aku solat.399
Contoh Kedua, istilah Saum (puasa) dari aspek bahasa bermaksud menahan diri.
Contohnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Maryam ‘alaihis salam,
شَرِبي َوقَِري عَْينًا فَِإهما تََريِ هن ِم َن الْبَ َشِر أَ َح ًدا فَُقوِل إِِّن نََذْر ُت لِلهرْْحَ ِن َصْوًما فَلَ ْن.ْأُ َكلَِم الْيَفَْوُكَملِإِنْي ِسًَويّاا
399 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 595/631 (Kitab
al-Azan, Bab azan dan iqamat bagi solat berjemaah apabila musafir).
350