The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahfuza.mahmud, 2020-06-26 23:11:32

90 Bid'ah (A4)

90 Bid'ah (A4)

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah. Kemudian kalau engkau
melihat seseorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku bernazar kerana
(Allah) Ar-Rahman untuk saum (daripada berkata-kata), maka aku tidak akan berkata-
kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.” [Maryam 19:26]

Maksud saum dalam ayat di atas ialah menahan diri.

Maksud keseluruhan ayat ialah Maryam menahan diri daripada berkata-kata kepada
manusia pada hari tersebut. Ia tidak bermaksud menahan diri daripada makan dan minum
kerana di permulaan ayat Allah telah menyuruh Maryam untuk makan dan minum.

Adapun dari aspek syari’at, maka saum ialah menahan diri daripada makan, minum
dan hubungan seks antara suami isteri dari Fajar sehinggalah Maghrib. Firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,

‫َوُكلُوا َوا ْشَربُوا َحَهّت يَتَبَهَّي لَ ُك ُم اْْلَْي ُط اْلَبْيَ ُض ِم َن‬.‫اْْلَْي ِط اْفَالَْْلسََونِدَِبِمَِشنُراولُْهَف هنْجِرَوابُْتَثهغُأََِواُتّواَماال َكِتَصيَاَبَم اإََِّهلللُ الَللهُكيْْمِل‬

Maka sekarang, lakukanlah hubungan seks dengan mereka dan carilah apa yang
Allah telah tetapkan bagi kalian (yakni kenikmatan seks) serta makanlah dan minumlah
sehingga jelas bagi kalian benang-benang putih daripada benang-benang hitam, yakni
waktu Fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (masuknya) malam (yakni
waktu Maghrib). [al-Baqarah 2:187]

Maka demikianlah juga dengan istilah bid’ah, dari aspek bahasa ia bermaksud
sesuatu yang baharu. Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫قُ ْل َما ُكنْ ُت بِْد ًعا ِم َن الُّر ُس ِل‬

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku bukanlah seorang bid’ah di kalangan para
Rasul.” [al-Ahqaf 46:09]

Maksud bid’ah dalam ayat di atas ialah sesuatu yang baharu. Maksud keseluruhan
ayat, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bukanlah seorang Rasul yang baharu.
Sebelum baginda sudah ada para Rasul dan baginda hanyalah penerus kepada para Rasul
tersebut.

351

Adapun dari aspek syari’at, maka bid’ah ialah “Setiap perkara baharu berbanding al-

Qur’an dan sunnah Rasulullah dalam urusan agama (every new thing compared to the

Qur’an and the sunnah of the Prophet in the matter of the deen).” Ini berdasarkan sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ُُمْ َدثَة‬ ‫َوُك ُّل‬ ‫ُُْم َدََثُُتَا‬ ‫اْلُُموِر‬ ‫َو َشُّر‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫َه ْد ُي‬ ‫اْلَْد ِي‬ ‫َن‬.‫أَبِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َِوُثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس‬ ‫إِ هن‬ ٌ‫بِ ْدعَة‬
ّ‫َوُك ُل‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan

sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-

perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah

adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.400

Bagi mengelakkan kekeliruan orang awam dan penyalahgunaan oleh sebahagian
agamawan, setiap kali perkataan “bid’ah” digunakan maka ia merujuk kepada aspek syari’at.
Jika pengguna perkataan bid’ah memaksudkannya dari aspek bahasa, maka dia
bertanggungjawab menjelaskan bahawa yang dia maksudkan adalah dari aspek bahasa.

Ini sebagaimana perkataan “solat” dan “saum”, setiap kali ia digunakan maka ia
merujuk kepada aspek syari’at. Jika pengguna perkataan “solat” dan “saum”
memaksudkannya dari aspek bahasa, maka dia bertanggungjawab menjelaskan bahawa
yang dia maksudkan adalah dari aspek bahasa.

400 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

352

Soalan Lazim 3: Perkataan ‫ ُك ُّل‬Tidak Bermaksud “Setiap”

Merujuk kepada hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang melarang bid’ah,
sebahagian pihak berhujah bahawa perkataan ‫ كُل‬tidak bermaksud “setiap” tetapi
bermaksud “sebahagian” atau “kebanyakan”. Antaranya mereka menggunakan kata-kata
al-Nawawi rahimahullah (676H),

.‫قَْولُهُ َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه َو َسلهَم َوُكله بِْدعَة َضَللَةٌ َه َذا عَاٌمّ َُمْ ُصو ٌص َوالْ ُمَراُد َغالِ ُب الْبِ َدِع‬
Sabdanya shallallahu 'alaihi wasallam, “Dan ‫ ُكل‬bid’ah adalah sesat”, ini adalah
(lafaz) umum yang dikhususkan, bermaksud kebanyakan bid’ah.401

Oleh itu mereka mendakwa terjemahan yang betul bagi hadis tersebut adalah seperti

berikut,

‫ُُمْ َدثَة‬ ‫َوُك ُّل‬ ‫ُُمْ َدََثُُتَا‬ ‫اْلُُموِر‬ ‫َو َشُّر‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫َه ْد ُي‬ ‫اْلَْد ِي‬ ‫َن‬.‫أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس‬ ‫إِ هن‬ ٌ‫بِْد َعة‬
‫َوُك ُّل‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan

sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), kebanyakan perkara baharu adalah bid’ah,

kebanyakan bid’ah adalah kesesatan dan kebanyakan kesesatan berada dalam neraka.

Mereka yang berpendapat ‫ ُكل‬bermaksud “sebahagian” atau “kebanyakan” memiliki
sejumlah hujah. Marilah kita semak dan jawab satu per satu daripada hujah tersebut.

Hujah Pertama, mereka berhujah dengan penjelasan para ahli bahasa bahawa

perkataan ‫ ُكل‬memiliki dua maksud, (1) ialah “setiap” manakala (2) ialah “sebahagian”.

Antara ahli bahasa itu ialah Fairuzabadi rahimahullah (817H),402

،‫امرأة‬ ُ‫وُكلهة‬ ،‫ر ُجل‬ ّ‫ك ُل‬ :‫يقا ُل‬ ‫أو‬ ،‫واْلنْثَى‬ ‫ لل هذَكِر‬،‫اْلَ ْجزاِء‬ َ‫سوٌمق لدجمجياِعء‬،‫ةٌا‬:‫ِوبلُمنْضطَلِمَق‬ ‫ق‬،َ‫اُملْن ُكطَلُِّل‬ ‫وُكُلُّه هن‬
.‫ِبعَن بعض‬

401 al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (al-Maktabah al-Syamilah), syarah bagi hadis no.: 1433/866.

402 Beliau ialah Abu Tahir Muhammad bin Yakkub bin Muhammad al-Fairuzabadi, lahir di Shiraz, Iran pada 729H.
Seorang ahli bahasa dan sasterawan. Kamusnya yang berjudul al-Qamus al-Muhith adalah rujukan yang masyhur dalam
bahasa Arab. Meninggal dunia di Yaman pada 817H.

353

Kullu dengan dhomah: Nama bagi semua bahagian (yakni setiap), baik bagi
maskulin mahupun feminin. Atau dikatakan, “kullu” bagi maskulin, “kullatu” bagi feminin
dan “kulluhunna” bagi maskulin dan feminin. Dan (perkataan ini juga) datang dengan
maksud sebahagian.403

Penjelasan, jika dihalusi penjelasan Fairuzabadi di atas, akan ditemui bahawa
perkataan ‫ ُكل‬memiliki maksud lazim dan tidak lazim. Maksud lazim ialah “semua bahagian

(yakni setiap)” manakala maksud tidak lazim ialah “sebahagian”.

Oleh itu apabila menemui perkataan ‫ كُل‬maka ia dimaksudkan secara lazim iaitu
“setiap” melainkan terdapat petunjuk (qarinah) bahawa ia bermaksud tidak lazim iaitu
“sebahagian”. Tanpa petunjuk (qarinah) tersebut, maka maksud ‫ ُكل‬kembali kepada yang
lazim iaitu “setiap”.404

Sebagai contoh, perhatikan perkataan ‫ كُل‬dalam ayat berikut daripada surah ‘Ali

Imran 3:185 dan al-Ankabut 29:57, .‫ُك ُلّ نَْفس َذائَِقةُ الْ َمْو ِت‬
Apakah ia bermaksud:

1. Sebahagian yang bernyawa akan merasai mati.

atau

2. Setiap yang bernyawa akan merasai mati.

Kita semua mengetahui bahawa setiap yang bernyawa akhirnya akan mati. Maka
tentu yang betul adalah yang kedua di mana perkataan ‫ ُكل‬dimaksudkan dengan yang lazim
baginya, iaitu “setiap”.

Hujah Kedua, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫فِي َها‬ ‫ِري ٌح‬ ‫بِِه‬ ‫ا ْستَ ْع َجلْتُْم‬ ‫َما‬ ‫ُهَو‬ ‫بَ ْل‬ ‫ُِمْ ِطُرََن‬ ‫َعا ِر ٌض‬ ‫َه َذا‬ ‫قَالُوا‬ ‫أَْوِديَتِِه ْم‬ ‫ُم ْستَ ْقبِ َل‬ ‫َعا ِر ًضا‬ ُ‫َرأَْوه‬ ‫فَلَ هما‬ ‫عَ َذا ٌب‬
.‫أَلِي ٌم‬

403 Al-Qamus al-Muhith (al-Maktabah al-Syamilah): ‫ال ُكل‬
404 Sayang sekali Fairuzabadi tidak memberikan contoh ayat al-Qur’an atau hadis di mana perkataan ‫ كُل‬bermaksud
“sebahagian”.

354

Maka tatkala mereka (kaum ‘Ad) melihat awan yang menuju ke lembah mereka,
mereka berkata, “Inilah awan yang akan membawa hujan kepada kami.” Bukan, tetapi
itulah apa yang mereka minta disegerakan, angin yang dalamnya terdapat azab yang
pedih!

.‫تَُدِمُر ُكله َش ْيء ِبَْمِر َرِِبَا فَأَ ْصبَ ُحوا َّل يَُرى إَِهّل َم َساكِنُ ُه ْم َك َذلِ َك َْنِزي الَْقْوَم الْ ُم ْجِرِمَّي‬

Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Allah. Maka menjadilah
mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (kesan-kesan) tempat tinggal mereka.
Demikianlah kami membalas kaum yang berdosa. [al-Ahqaf 46:24-25]

Mereka berkata ‫ ُكل‬dalam ayat di atas tidak bermaksud “setiap” kerana alam ini tidak
hancur seluruhnya disebabkan angin tersebut. Maka ‫ كُل‬bermaksud “sebahagian”, yakni
angin itu menghancurkan sebahagian sahaja.

Penjelasan, dengan merujuk kepada keseluruhan ayat 24-25 surah al-Ahqaf maka
dapat dapat difahami bahawa perkataan ‫ كُل‬bermaksud “setiap”. Namun “setiap” itu
merujuk kepada kaum ‘Ad, tanaman, ternakan dan harta benda mereka sahaja. Tidak ada
yang berbaki melainkan kesan-kesan tempat tinggal mereka.

Justeru berdasarkan keseluruhan ayat, tidak timbul soalan sama ada perkataan ‫كُل‬
melibatkan kehancuran seluruh alam atau sebahagian sahaja. Sebab, ia hanya merujuk
kepada kaum ‘Ad, tanaman, ternakan dan harta benda mereka.

Hujah Ketiga, firman Allah 'Azza wa Jalla,

.ُ‫ُك ُّل َش ْيء َهالِ ٌك إَِهّل َو ْجَهه‬

Setiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya. [al-Qashash 28:88]
Mereka berhujah bahawa jika perkataan ‫ كُل‬dimaksudkan sebagai “setiap”, maka
semua di alam ini akan binasa termasuklah sifat-sifat Allah seperti Tangan dan Kaki, sehingga
yang tertinggal hanyalah Wajah-Nya. Tentu ini mustahil berlaku. Maka maksud bagi
perkataan ‫ كُل‬dalam ayat ini ialah “sebahagian”, yakni hanya sebahagian yang akan binasa.

Penjelasan, antara kaedah tafsir al-Qur’an ialah ayat-ayat yang saling menafsirkan
antara satu sama lain. Maka setiap sesuatu dalam ayat 88 surah al-Qashash di atas

355

ditafsirkan oleh ayat 26-27 surah al-Rahman sebagai setiap yang ada di atas bumi. Firman
Allah 'Azza wa Jalla,

.)27( ‫) َويَْب َقى َو ْجهُ َربِ َك ذُو الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم‬26( ‫ُك ُلّ َم ْن َعلَْي َها فَان‬

Setiap yang ada di atasnya (bumi)405 akan musnah. Dan tetap kekal Wajah Tuhan
kamu yang Maha Agung dan Mulia. [al-Rahman 55:26-27]

Hujah Keempat, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫ي َن َكَفُروا أَ هن ال هس َماَوا ِت َواْلَْر َض َكانَتَا َرتْ ًقا فََفتَ ْقنَاَُهَا َو َجَعلْنَا ِم َن الْ َماِء ُك هل َش ْيء‬.‫َحي أَفََأَلَوََليُْْؤيَِمَرنُوالهَنِذ‬

Apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
Dan Kami jadikan daripada air segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka
tiada juga beriman? [al-Anbiya’ 21:30]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa ‫ كُل‬makhluk hidup dicipta daripada
air. Akan tetapi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa malaikat, jin
dan manusia dicipta daripada selain air. Perhatikan hadis berikut,

.‫ُخلَِق ْت الْ َمَلئِ َكةُ ِم ْن نُور َو ُخلِ َق الْجَا ُّن ِم ْن َما ِرج ِم ْن ََنر َو ُخلِ َق آَدُم ِِمها ُو ِص َف لَ ُك ْم‬

Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada api yang menyala-
nyala dan Adam diciptakan daripada sesuatu yang telah disebutkan (ciri-cirinya) untuk
kalian (yakni tanah).406

Maka berdasarkan hadis ini, dapat difahami bahawa perkataan ‫ ُكل‬dalam ayat 30
surah al-Anbiya’ tidak bermaksud “setiap” tetapi bermaksud “sebahagian”. Maka
terjemahan bagi ayat tersebut ialah, Dan sebahagian (makhluk) yang hidup, Kami jadikan
daripada air.

Penjelasan, ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah tidaklah saling bertentangan, tetapi

405 Tafsir Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 26 surah al-Rahman.
406 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 5314/2996 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqa’iq, Bab
tentang beberapa hadis yang berpisah-pisah).

356

ia saling melengkapi dan menjelaskan antara satu sama lain. Ayat 30 surah al-Anbiya’ dan
hadis di atas saling melengkapi dan menjelaskan. Ayat 30 surah al-Anbiya’ menetapkan
bahawa setiap makhluk hidup ciptaan Allah ada satu komponen asas yang sama, iaitu air.
Hadis pula menerangkan bahawa setiap makhluk Allah itu ada komponen tersendiri yang
membezakan mereka antara satu sama lain.

Maka perkataan ‫ كُل‬dalam ayat 30 surah al-Anbiya’ tetap bermaksud “setiap” dan
bukannya “sebahagian”.

Hujah Kelima, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫ََيْ ُخ ُذ‬ ‫َملِ ٌك‬ ‫َوَراءَ ُه ْم‬ ‫َوَكا َن‬ ‫أَ ِعيبَ َها‬ ‫أَ ْن‬ ‫فَأََرْد ُت‬ ‫الْبَ ْحِر‬ ‫ِف‬ ‫يَْع َملُوَن‬ ‫لَِم َساكَِّي‬ ‫فَ َكانَ ْت‬ ُ‫ال هسِفينَة‬ ‫أَهما‬
.‫غَ ْصبًا‬ ‫َس ِفينَة‬
‫ُك هل‬

Adapun perahu itu adalah ia dimiliki orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh

itu aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya kerana di belakang mereka ada

seorang raja yang mengambil setiap perahu secara paksa. [al-Kahf 18:79]

Dalam ayat di atas, jika raja mengambil “setiap” perahu, maka tidak berfaedah bagi
Nabi Khidir ‘alaihis salam mencacatkan perahu orang-orang miskin itu. Melainkan
perkataan ‫ كُ َّل‬bermaksud “sebahagian” perahu sahaja.

Penjelasan, apabila perahu telah dicacatkan sehingga rosak atau tenggelam, maka ia
tidak lagi dikenali sebagai perahu kerana ia tidak lagi dapat berfungsi sebagai sebuah
perahu. Justeru perkataan ‫ ُك َّل‬tetap bermaksud “setiap”, yakni raja mengambil “setiap” apa
yang masih dikenali dan berfungsi sebagai perahu.

Hujah Keenam, Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

ً‫ َما ذُكُِروا بِِه فَتَ ْحنَا عَلَْيِه ْم أَبَْوا َب ُك ِل َش ْيء َحَهّت إَِذا فَِر ُحوا ِِبَا أُوتُوا أَ َخ ْذََن ُه ْم بَ ْغتَة‬.‫فَِإذَا ُه ْمفَلَُمبْهملِا ُسنَوُسَنوا‬

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,

Kami membukakan untuk mereka pintu-pintu setiap sesuatu sehingga apabila mereka

bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan

secara mengejut, maka merekapun berputus asa. [al-An’aam 6:44]

357

Apabila dikatakan pintu “setiap” sesuatu, ia turut merangkumi pintu kemaafan, pintu
rahmat dan pintu syurga. Sudah tentu pintu-pintu ini tidak layak dibuka kepada orang yang
melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka. Maka perkataan ‫ كُ ِل‬dalam
ayat di atas tidak bermaksud “setiap” pintu tetapi “sebahagian” pintu sahaja.

Penjelasan, jika dirujuk kepada keseluruhan ayat, dapat difahami bahawa pintu yang
dibuka ialah pintu nikmat. Apabila disebut pintu-pintu setiap sesuatu, bererti dibukakan
pintu setiap jenis nikmat kepada mereka. Buktinya ialah firman Allah selepas pembukaan
pintu-pintu tersebut, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah
diberikan kepada mereka.

Di sini jelas terdapat petunjuk bahawa yang dibukakan ialah pintu-pintu nikmat
dalam kehidupan dunia sehingga mereka bergembira dengannya. Oleh itu perkataan ‫ُك ِل‬
tetap bermaksud “setiap” pintu dan bukannya “sebahagian” pintu.

Kembali kepada hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang melarang bid’ah,
perkataan ‫ ُكل‬yang baginda sebut bermaksud “setiap” dan bukan “sebahagian” mahupun

“kebanyakan”. Namun berdasarkan keseluruhan hadis, perkataan “setiap” itu terhad
kepada perkara-perkara baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah dalam urusan

agama. Perhatikan semula keseluruhan hadis tersebut,

‫ُُمْ َدثَة‬ ‫َوُك ُّل‬ ‫ُُمْ َدََثُُتَا‬ ‫اْلُُموِر‬ ‫َو َشُّر‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫َه ْد ُي‬ ‫اْلَْد ِي‬ ‫َن‬.‫أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس‬ ‫إِ هن‬ ٌ‫بِ ْدعَة‬
‫َوُك ُّل‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan

sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah

adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.

Pihak yang berpendapat perkataan ‫ كُل‬bermaksud “sebahagian” atau “kebanyakan”,
mereka tidak merujuk kepada keseluruhan hadis tetapi hanya pada potongan ‫ َوكُل بِ ْد َع ٍة َض ََللَة‬.
Potongan ini menimbulkan kemusykilan bagaimana mungkin “setiap” perkara baharu

adalah sesat padahal ada saja perkara-perkara baharu yang baik dalam urusan dunia dan
urusan dunia yang membantu agama. Kesan daripada kemusykilan ini, mereka berpendapat

358

maksud sebenar bagi ‫ ُكل‬adalah “sebahagian” atau “kebanyakan”.
Padahal jika dirujuk kepada keseluruhan hadis, akan jelas bagi mereka bahawa ‫ُكل‬

bermaksud “setiap”, yakni setiap yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama.

Kesimpulan, perkataan ‫ كُل‬bermaksud setiap selari dengan konteks keseluruhan ayat
al-Qur’an atau hadis Rasulullah. Melainkan terdapat petunjuk yang jelas bahawa ia
bermaksud “sebahagian” atau “kebanyakan”.407

407 Setakat ini saya belum menemui contoh yang kukuh sesuatu ayat al-Qur’an atau hadis sahih yang
menggunakan perkataan ‫ ُكل‬dengan maksud “sebahagian” atau “kebanyakan”. Jika di kalangan pembaca dapat
mengemukakan contoh yang kukuh, mohon sampaikan kepada saya.

359

Soalan Lazim 4: Imam al-Syafi’e Membahagikan Bid’ah Kepada Hasanah

Sebahagian pihak berhujah, al-Imam al-Syafi’e telah membahagikan bid’ah kepada
yang terpuji (Bid’ah Mahmudah) dan yang tercela (Bid’ah Mazmumah), bid’ah yang baik
(Bid’ah Hasanah) dan bid’ah yang menyesatkan (Bid’ah Dholalah). Maka siapalah kita untuk
menafikan pembahagian ini dan menolak kewujudan bid’ah mahmudah atau bid’ah
hasanah? Justeru atas sebab inilah kita dibolehkan mencipta dan mengamal ibadah-ibadah
baharu kerana ia adalah bid’ah mahmudah atau bid’ah hasanah.

Hujah ini dijawab, bahawa memang benar al-Syafi’e rahimahullah408 telah melakukan
pembahagian tersebut. Akan tetapi sebelum kita membuat pemahaman tersendiri tentang
pembahagian itu, marilah kita semak kata-kata sebenar al-Syafi’e.

Harmalah bin Yahya409 rahimahullah (243H) berkata,

ٌ‫عََُموبَِرْدبَْعِنة‬،ٌ‫بَِْدواعَْحةٌتَ ُهجَمْبُِمَقوْوَدِةل‬.‫ال اُلّْسبِنهْةَد َعفَةُُهَوبِْدَم ْعَذتَُما ِونٌم‬:‫لَُقوَُفل‬.‫هشاَعفَِوةُعَِماِههي ََيخيَا‬،‫فَإِنُِْدهْعَِروَيم ََُِمْستُماالْولبِدٌْد‬:َ‫َِسِفَْعفَماقُِتيَاَواِمُفَُمَََقرهمَماَدلَضُاّسبْنهَنَنة‬.ْ‫اَمْْْلذَُمطهاوَمِةٌب‬

Aku mendengar Muhammad bin Idris al-Syafi’e berkata, “Bid’ah itu terbahagi
dua, bid’ah yang terpuji (bid’ah mahmudah) dan bid’ah yang tercela (bid’ah mazmumah).
Apa yang selari dengan sunnah maka ia terpuji sementara apa yang menyelisihi sunnah
maka ia tercela.”

(Harmalah berkata, al-Syafi’e) berhujah dengan kata-kata ‘Umar bin al-
Khaththab tentang solat pada malam Ramadhan, “Inilah sebaik-baik bid’ah”410.411

Selain itu berkata al-Rabi’ bin Sulaiman412 rahimahullah (270H),

408 Beliau ialah Muhammad bin Idris al-Syafi’e, seorang imam bagi umat Islam. Kepadanya disandarkan Mazhab
al-Syafi’e. Lahir di Ghazzah, Palestin pada 150H dan meninggal dunia di Mesir pada 204H.
409 Beliau ialah Harmalah bin Yahya bin ‘Abdullah al-Tujubi, salah seorang anak murid utama al-Syafi’e, khasnya
dalam meriwayatkan pendapat terbaru beliau (qaul jadid). Beliau lahir pada 166H dan meninggal dunia pada 243H.
Selain itu Harmalah adalah juga seorang ahli hadis.
410 Riwayat penuh kata-kata ‘Umar bin al-Khaththab ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini.
411 Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim al-Asfahani (430H) dalam Hilyah al-Auliya wa Thabaqat al-Ashfiya’, jld. 9, ms.
113.
412 al-Rabi’ bin Sulaiman, beliau ialah salah seorang anak murid utama al-Syafi’e. Nama penuhnya al-Rabi’ bin
Sulaiman bin Abdul Jabbar, lahir pada 174H dan meninggal dunia pada 270H.

360

‫أُ ْح ِد َث‬ ‫َما‬ ‫أَ َح ُدَُهَا‬ :‫ِضْرَِب ِن‬ ‫وِر‬.‫اَْلللَُِةُم‬ ‫ِم َن‬ ُ‫افَلَْهُمِذِْهح َدلََبَِثْد َُعتة‬ ‫ا‬:‫أَاَْوّهللُإَِْجعََْناهًُع‬ ‫َُيَالِ ُف قَكِاتَاَلًِبالأَْوهشافُِسعنِهةًُّيأََْور أَِضثًََراي‬
‫ال هض‬

Berkata al-Syafi’e radhiallahu 'anh, “Perkara-perkara yang baharu dalam urusan

agama terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-

Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar (pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia

adalah bid’ah yang sesat (bid’ah dholalah).

.‫ َما أُ ْح ِد َث ِم َن اْْلَِْْي َّل ِخَل َف فِيِه لَِوا ِحد ِم ْن َه َذا فَ َه ِذهِ ُُمْ َدثَةٌ َغْْيُ َم ْذُموَمة‬:ُ‫َوالثهانِية‬

Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada itu

(al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar), maka ia adalah perkara baharu yang tidak tercela.”

‫أَْهنَا‬ ‫يَ ْعِن‬ .‫َه ِذِه‬ ُ‫الْبِ ْد َعة‬ ‫نِْع َم ِت‬ :‫َش ْهِر َرَم َضا َن‬ ‫قِلِيََامِام‬ ‫ِف‬ ‫فَِعيْنَههُا‬ ‫َلَوإِْعُذ َمَكُرانََرْتِض فََيلَْياَّهلَلُس‬.‫ََلَْوتقََْدُك ْقنَا‬ ٌ‫ُُمْ َدثَة‬
.‫َم َضى‬ ّ‫َرٌد‬

Dan sungguh telah berkata ‘Umar radhiallahu 'anh tentang solat pada malam bulan

Ramadhan, “Inilah sebaik-baik bid’ah.” Yakni ia adalah perkara baharu yang tidak berlaku

(perselisihan dengan al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar). Oleh yang sedemikian ia

tidaklah tertolak kerana telah berlaku sebelum itu (pada zaman Rasulullah).413

Di sini timbul dua soalan yang amat penting. Jika sesuatu perkara agama yang baharu
itu selari dengan sunnah, kenapa ia disebut sebagai bid’ah mahmudah? Kenapa tidak
disebut sebagai sunnah sahaja?

Demikian juga, jika sesuatu perkara yang baharu itu selari dengan al-Qur’an, sunnah,
ijma’ generasi Salaf414 atau atsar sahabat, kenapa ia disebut sebagai bid’ah mahmudah?
Bukankah ia patut disebut sebagai “sunnah” sahaja?

Jawapannya terletak di akhir kata-kata al-Syafi’e di mana beliau menyandarkan

413 Dikeluarkan oleh al-Baihaqi (458H) dalam Manaqib al-Syafi’e (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 1, ms. 469. Juga
dalam al-Madkhal ila al-Sunan al-Kubra (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no.: 253.

414 Saya berpendapat, ijma’ atau kesepakatan yang dimaksudkan oleh al-Syafi’e ialah ijma’ generasi Salaf. Ini
kerana hanya pada generasi Salaf sesuatu ijma’ itu dapat dicapai dan diketahui sementara al-Syafi’e sendiri hidup
dalam generasi Salaf. Adapun sesudah generasi Salaf, sangat sukar untuk mencapai ijma’ kerana para sarjana tersebar
di pelbagai dunia Islam dan sukar untuk mengetahui apakah mereka bersepakat atau berbeza pendapat dalam sesuatu
perkara.

361

pembahagian bid’ah mahmudah (terpuji) kepada kata-kata ‘Umar bin al-Khaththab
radhiallahu 'anh, “Inilah adalah sebaik-baik bid’ah.”415

Bererti bid’ah mahmudah yang dimaksudkan oleh al-Syafi’e ialah sama dengan
“Inilah sebaik-baik bid’ah” yang dimaksudkan oleh ‘Umar, iaitu satu perkara agama yang
memiliki asal daripada al-Qur’an, sunnah, ijma’ generasi Salaf atau atsar sahabat, yang tidak
diamalkan lagi. Kemudian apabila ia diamalkan semula pada masa kemudian, ia disebut
sebagai bid’ah mahmudah atau bid’ah hasanah kerana ia merupakan sesuatu yang baharu
pada masa itu. Ia adalah bid’ah dari aspek bahasa dan bukan bid’ah dari aspek syari’at.

Perhatikan bahawa apabila dikatakan “memiliki asal daripada al-Qur’an, sunnah,
ijma’ generasi Salaf atau atsar sahabat”, maksudnya ialah asal secara sepenuhnya. Bukan
asal pada sebahagian aspek sahaja.

Contohnya, berdoa selepas solat fardhu secara berjemaah yang diamalkan di
kebanyakan masjid dan surau di Malaysia tidak boleh dikatakan memiliki asal daripada al-
Qur’an, Sunnah, ijma’ generasi Salaf atau atsar sahabat. Ini kerana meskipun berdoa
memiliki asal daripada al-Qur’an, sunnah, ijma’ generasi Salaf atau atsar sahabat, akan
tetapi berdoa secara berjemaah dengan suara yang kuat tidak memiliki asal daripada empat
sumber tersebut. Maka ia adalah asal pada sebahagian aspek sahaja, bukan asal secara
keseluruhannya. Justeru berdoa selepas solat fardhu secara berjemaah yang lazim
diamalkan di Malaysia tidak boleh dikatakan sebagai bid’ah mahmudah atau bid’ah
hasanah.

Bagi lebih memahami bid’ah mahmudah yang dimaksudkan oleh al-Syafi’e,
perhatikan contoh berikut. Zaid bin Wahb menceritakan,

‫ َخَر ْج ُت َم َع َعبْ ِد اللهِ يَْعِن ابْ َن َم ْسعُود ِم ْن َدا ِرهِ إَِل الْ َم ْس ِج ِد فَلَ هما تََو هسطْنَا الْ َم ْس ِج َد َرَك َع‬.ُ‫اْلِإَمام‬

Aku keluar bersama ‘Abdullah – yakni Ibn Mas’ud – dari rumahnya menuju ke

415 Sebahagian penulis dan penceramah tidak menyertakan kata-kata akhir al-Syafi’e yang menyandarkan
pembahagian bid’ah mahmudah (terpuji) kepada kata-kata ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh, “Inilah sebaik-baik
bid’ah.” Padahal penyandaran itu amatlah penting untuk kita memahami maksud sebenar al-Syafi’e.

362

masjid. Tatkala sampai di pertengahan masjid, imam pun rukuk.

‫ ُثه َم َشْينَا َراكِعَِّْي َحَهّت انْتَ َهْينَا إَِل ال هص ِف ِحَّي َرفَ َع الَْقْوُم‬،ُ‫فَ َكبهرَ عَبْ ُد اللِه َوَرَك َع َوَرَك ْع ُت َمعَه‬
.‫ُرءُو َس ُه ْم‬

Maka ‘Abdullah terus takbir dan rukuk, lalu aku pun rukuk bersamanya. Kemudian

kami berjalan sambil rukuk sehingga menyertai saf solat. Ketika itu jemaah mengangkat

kepala mereka (dari rukuk untuk i’tidal).

‫ ُثه‬،‫َماُم ال هصَلةَ قُْم ُت َوأَََن أََرى أَِّن ََلْ أُْد ِرْك فَأَ َخ َذ َعبْ ُد اللِه بِيَ ِدي َوأَ ْجلَ َسِن‬.‫ إِنهفَلََكهماقَْدقَ أََْضدَرْىك اَْلتِإ‬:‫قَا َل‬

Tatkala imam selesai solat, aku berdiri kerana aku menyangka aku tidak mendapat

(rakaat yang aku rukuk sambil berjalan itu tadi). Maka ‘Abdullah memegang tanganku

dan mendudukkan aku. Kemudian ‘Abdullah berkata, “Sesungguhnya engkau telah
mendapat rakaat (yang rukuk sambil berjalan tadi).”416

‘Abdullah ibn al-Zubair radhiallahu 'anh berkata di atas mimbar,

‫يَْد ُخ َل‬ ‫َحَهّت‬ ‫َراكِ ًعا‬ ‫لْيَ ُد هب‬ ‫ُثه‬ ،ُ‫يَْد ُخل‬ ‫ِحَّي‬ ‫فَْلَْْيَك ْع‬ , ٌ‫ُرُكوع‬ ‫َوالنها ُس‬ ‫س ِج َد‬.ُْ‫د َفَخِإَلهن أََذَلِح ُدَكُك ُاملاُلّْسنَهمة‬,َ ‫إِذَا‬ ‫ِف‬
‫ال هص ِف‬

Apabila seseorang kalian memasuki masjid dan orang ramai (yang solat

berjemaah) sedang rukuk, maka rukuklah tatkala memasuki masjid. Kemudian

berjalanlah sambil rukuk sehingga menyertai saf solat. Ini kerana sesungguhnya yang

sedemikian itu adalah sunnah.417

Berdasarkan dua atsar ini, hendaklah terus rukuk apabila memasuki masjid ketika
imam dan makmum sedang rukuk. Kemudian berjalan sambil rukuk sehingga memasuki saf.
Inilah sunnah Rasulullah dan menyertai saf dalam keadaan rukuk sambil berjalan sudah

416 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 2587 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 229.

417 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad
Musthafa al-‘Adzami dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Khuzaimah, hadis no.: 1571. Lebih lanjut, rujuk penjelasan
Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no.: 259.

363

dikira mendapat rakaat.418

Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini telah lama ditinggalkan oleh umat

Islam. Maka apabila ada orang mengamalkannya pada masa kini, dia disebut melakukan

satu bid’ah mahmudah atau bid’ah hasanah.

Bid’ah yang dimaksudkan adalah dari aspek bahasa kerana ia merupakan sesuatu

yang baharu pada masa kini. Ia bukan bid’ah dari aspek syari’at kerana ia memiliki asal yang

sepenuhnya daripada sunnah Rasulullah berdasarkan atsar sahabat yang telah dikemukakan

di atas.419

418 Secara lebih terperinci:

• Jika memasuki masjid atau surau dan imam turun untuk rukuk atau sedang rukuk sementara anda yakin akan
sempat bersama imam untuk rukuk, maka bertakbirlah, rukuklah dan berjalanlah menyertai saf.

• Jika anda sudah takbir, rukuk dan sedang berjalan bagi menyertai saf lalu imam bangun untuk iktidal, maka
batalkan solat. Kemudian berjalanlah secara tenang menyertai saf, takbir dan ikuti imam seperti biasa. Ini
kerana sunnah menyertai saf sambil berjalan hanyalah ketika rukuk, bukan i’tidal atau selainnya.

• Jika memasuki masjid atau surau dan imam turun untuk rukuk atau sedang rukuk sementara anda masih jauh
dari saf, maka berjalanlah secara tenang menyertai saf. Kemudian takbir dan ikutilah imam seperti biasa.

419 Selain atsar daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud dan ‘Abdullah ibn al-Zubair, terdapat juga atsar yang seumpama
daripada Abu Bakar al-Shiddiq dan Zaid bin Tsabit, radhiallahu 'anhum. Sila rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis
no.: 229.

Dalam perkara ini terdapat sebuah hadis yang pada zahirnya nampak bertentangan. Abu Bakrah radhiallahu
'anh menceritakan bahawa dia mendatangi solat jemaah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan mereka
sedang rukuk, maka beliau rukuk dan menyertai saf. Selepas solat dia mengkhabarkan perbuatannya itu kepada Nabi,
lalu baginda bersabda,

.‫َزاَد َك اَّهللُ ِحْر ًصا َوَّلَ تَعُ ْد‬

Semoga Allah menambah semangat kamu, namun janganlah mengulanginya lagi. [Sahih: Dikeluarkan oleh
al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 741/783 (Kitab al-Azan, Bab jika rukuk sebelum saf)].

Sabda Rasulullah …janganlah kamu mengulanginya lagi menimbulkan persoalan, apakah yang dilarang itu?
Para sarjana rahimahumullah berbeza kepada beberapa pendapat, antaranya (1) jangan menyertai saf sambil rukuk,
(2) jika menyertai saf sambil rukuk, tidak perlu menambah rakaat selepas imam selesai kerana telah dikira mendapat
rakaat, (3) jangan bersendirian atau berseorangan di saf terakhir dan (4) jangan terburu-buru menyertai saf.

Antara 4 pendapat ini, saya mencenderungi pendapat ke empat kerana dalam Fath al-Bari ketika
mensyarahkan hadis ini, Ibn Hajar al-‘Asqalani mengemukakan dua riwayat lain bahawa Abu Bakrah rukuk dan
menyertai saf dalam keadaan tergesa-gesa dan nafas yang tercungap-cungap. Saya berpendapat, inilah yang dilarang
oleh Rasulullah daripada diulangi lagi. Larangan ini selari dengan sebuah hadis lain tentang etika menyertai saf solat
berjemaah,

‫ َوَما فَاتَ ُك ْم‬،‫ فََما أَْدَرْكتُْم فَ َصُلّوا‬،‫ َوَّلَ تُ ْسِرعُوا‬،‫ فَاْم ُشوا إََِل ال هصَلَِة َوعَلَْي ُك ْم ِِبل هسكِينَِة َوالَوقَاِر‬،َ‫ إَِذا َِْس ْعتُُم الِإقَاَمة‬.‫فَأََُِتّوا‬

Apabila kalian mendengar iqamat, maka berjalanlah kepada (saf) solat dan hendaklah kalian bertenang
serta perlahan. Janganlah tergesa-gesa. Apa yang kalian dapat maka solatlah dan apa (rakaat) yang kalian
tertinggal maka sempurnakanlah (selepas imam selesai). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis

364

Demikianlah contoh bid’ah mahmudah yang dimaksudkan oleh al-Syafi’e. Ia adalah
bid’ah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Penjelasan Ibn Rejab rahimahullah
tentang pembahagian bid’ah oleh al-Syafi’e sekali lagi menjadi perhatian,

‫ةَُسلِفََُْملَمََااوافَأَََقواتِْفصََهَلٌقا‬،‫الْبِِهَوْأدََيهمَعابِةَْادالْلْبَِعَْمةدٌْذعَلُُمةُغَةًواَملَْةََّلم َمْحاَشُْمرلَْيًعواَد‬،‫ هشَأَوْإِرَهّهنِنعَا‬:،‫اَرِْأَحََوهُِْهص اََيٌلّهللُاِملْبََِمنْادالَعذَةَُُّسكنهْرَِِةَنفهيُُإِْرِمَطْجَْنُعلقإَِِلقَبْيِْهالُل‬،َ‫يُاْلَمراَجهشاَُكعفِاعِإَِنلَِيْيِْهَل‬:‫هشيََوِريْعُمَعَِراِةنُد‬،.‫ااِملل َُُنّّسسننههاةةََل‬

Maksud al-Syafi‘e rahimahullah Ta’ala adalah seperti yang kita sebutkan sebelum

ini, bahawa Bid‘ah Mazmumah (tercela) ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk

dirujuk kepadanya. Itulah bid‘ah pada istilah syarak. Adapun Bid‘ah Mahmudah (terpuji)

ialah apa yang selari dengan sunnah. Yakni apa yang baginya ada asal dari sunnah untuk

dirujuk kepadanya. Sesungguhnya ia tidak lain adalah bid‘ah dari segi bahasa, bukan dari
segi syarak disebabkan ia selari dengan sunnah.420

Oleh itu secara ringkasnya, adalah benar bahawa al-Syafi’e rahimahullah
membahagikan bid’ah kepada mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela). Pembahagian
ini adalah berdasarkan perkataan ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh tentang solat
Tarawih berjemaah pada zamannya, “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”.

Akan tetapi “Bid’ah Mahmudah” yang dimaksudkan oleh al-Syafi’e adalah dari aspek
bahasa, bermaksud sesuatu keyakinan (aqidah), ibadah, hukum atau fiqh hati yang baharu
pada masa kini namun memiliki asal yang sepenuhnya daripada al-Qur’an, sunnah, ijma’ dan

no.: 600/636 (Kitab al-Azan, Bab larangan tergesa-gesa kepada solat, sebaliknya datangilah ia dengan tenang dan
perlahan)].

Selain itu rujuk juga penjelasan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 230. Dalam perkara
ini terdapat sebuah riwayat lain,

.‫ فََل يَْرَك ْع ُدوَن ال هص ِف َحَهّت ََيْ ُخ َذ َم َكانَهُ ِم َن ال هص ِف‬،َ‫إَِذا أَتَى أَ َح ُدُك ُم ال هصَلة‬

Apabila salah seorang kalian mendatangi solat (berjemaah), maka janganlah dia rukuk sebelum menyertai
saf sehinggalah dia sudah mengambil tempatnya dalam saf.

Riwayat ini dikeluarkan oleh al-Thahawi dalam Musykil al-Atsar, riwayat no.: 5577. Sanadnya dinilai hasan oleh
Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari ketika mensyarahkan hadis no.: 741/783. Namun ia dinilai dha’if oleh al-Albani
dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, hadis no.: 977.
420 Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (‫)جامع العلوم والحكم‬, jld. 2, m.s. 131.

365

atsar sahabat.
Apa yang dilakukan oleh sebahagian agamawan pada masa kini, di mana mereka

mencipta keyakinan atau ibadah yang baharu lalu berhujah bahawa “Ia adalah bid’ah
mahmudah sebagaimana yang diperkatakan oleh al-Syafi’e”, adalah tidak benar. Bahkan ia
adalah satu helah di atas nama al-Syafi’e.

Bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam dan helah oleh sebahagian
agamawan, adalah lebih baik dan selamat untuk meninggalkan penggunaan perkataan
bid’ah mahmudah atau bid’ah hasanah. Jika sesuatu keyakinan (aqidah), ibadah, hukum
atau fiqh hati pada masa kini memiliki asal daripada al-Qur’an, sunnah, ijma’ generasi Salaf
atau atsar sahabat, maka sebutlah bahawa ia memiliki asal daripada al-Qur’an, sunnah, ijma’
generasi Salaf atau atsar sahabat.

Contohnya, perbuatan menyertai solat berjemaah secara rukuk dan berjalan
menyertai saf, jangan dikatakan ia “bid’ah mahmudah” atau “bid’ah hasanah”, sebaliknya
katakanlah “Ini adalah sunnah”.

366

Soalan Lazim 5: Bid’ah Hasanah Di Sisi Mazhab al-Syafi’e

Sebahagian agamawan pada masa kini membolehkan bid’ah hasanah dengan hujah
bahawa para sarjana dalam Mazhab al-Syafi’e telah membahagikan bid’ah kepada hasanah
dan dholalah. Pembahagian ini adalah benar, akan tetapi apakah yang dimaksudkan sebagai
bid’ah hasanah di sisi para sarjana Mazhab al-Syafi’e tersebut?

Bagi mengetahui jawapannya, marilah kita semak penjelasan Abu Syamah
rahimahullah (665H). Penjelasan beliau menjadi pilihan kerana beliau bermazhab al-Syafi’e
dan merupakan antara yang terawal – sejauh pengetahuan saya – yang memberikan
penjelasan tentang apakah yang dimaksudkan sebagai bid’ah hasanah diikuti dengan
contoh-contohnya.

Contoh-contoh ini adalah penting supaya para pembaca dapat tahu apakah yang
sebenarnya dimaksudkan sebagai bid’ah hasanah ? Apakah ia melibatkan urusan syari’at
seperti aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu, atau urusan dunia dan urusan
dunia yang membantu agama?

Setelah mengemukakan kata-kata al-Syafi’e seperti yang telah dikemukakan dalam

bab sebelumnya, Abu Syamah menjelaskan,

‫حسنت‬ ‫َْللَاَشوْيرءجاِمءْن َاهلاثهَوَاوَّلبيْللمزمن‬ ‫فعلَها واْلستحباب‬ ‫ اْكْلَلَسنَُمْبةتَ ُمدتهعفقُمَواعفلقىلقَجواَواعزد‬.‫نَُِيهمْتُهذوفِريَهفاَشاْلربَوعِِهديعي‬
‫من فعله‬ ‫ال هشِري َعة غْي ُُمَالف‬

Bid’ah hasanah yang disepakati kebolehan untuk melakukannya lagi disukai dan

diharapkan pahala bagi orang yang baik niatnya ketika melakukannya, maka ia adalah

setiap perkara baharu yang selari dengan kaedah-kaedah syari’at tanpa menyelisihi apa

jua daripadanya dan perbuatan itu tidak memberi kesan yang membahayakan syari’at.

‫الْبر الهِت‬ ‫لومالامداَجراءَستو بخِاِهَنالتهشاِريلَعهسةبِيملنَواغْصيطَذنلِاعكالْمَمنْعُرأَنْوَوافع‬ ‫بِنَاء المنابر والربط‬ ‫َوَذلِ َك َنْو‬ ‫تعد‬ ‫َل‬
‫والمعاونة‬ ‫اْلول فَإِنههُ ُمَوافق‬ ‫ِف ال هص ْدر‬

.‫على الْبر َوالتهقوى‬

367

Contoh bid’ah hasanah ialah membina mimbar, al-Ribath,421 sekolah, menyediakan

jalanraya dan selain itu dari jenis-jenis kebaikan yang tidak terdapat pada masa awal

(zaman Rasulullah). Ini kerana (semua) itu selari dengan apa yang dibawa oleh syari’at,

yakni menganjurkan yang ma’aruf dan tolong menolong atas dasar kebaikan dan takwa.

‫جبرها الله‬ ‫َمعَالَيْ ِهَكاَوَنسيلفمعملن ِِابَلِديهصنَةدقَااربتل‬ ‫َومن أحسن َما ابتدع ِف َزَماننَا من َه َذا الَْقبِيل‬
‫َوالَْم ْعُروف‬ ‫الُْمَوافق ليَْوم مولد النهِب صلى الله‬.‫تَواَعاظَهلارك اللِزيعَنَاةمَواِلف ُاّسلُْيرَوْورم‬

Termasuk sebaik-baik perkara baharu pada zaman kami dari jenis bid’ah hasanah

adalah apa yang dilakukan di Kota Irbil – semoga sentiasa diperbaiki dan disempurnakan

oleh Allah Ta’ala – pada setiap tahun pada hari yang bertepatan dengan hari kelahiran

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni bersedekah, melakukan kebaikan dan

menzahirkan perhiasan serta kegembiraan.

‫اَلوه ِذسليم‬ ‫بِالِهنهِمبنصالَيىاداللهَر ُسعَلَولْيهِه‬ ‫فان َذلِك َم َع َما فِيِه من اَّلحسان اَل الُْفَقَراء م ْشعر ِبحبة‬
‫ن‬.‫وَوشسلكمراوللَعهل تَى َعاَََِجيلععاللْ ُمىْر َسملاّيم‬ ‫وتعظيمه وجَللته ِف قلب فَاعله‬
‫أْرسلهُ َرْْحَة لْل َعالمّي صلى الله عَلَْيِه‬

Termasuk dalam kebaikan ini, berbuat ihsan kepada para fakir miskin sebagai

bukti kecintaan, pembesaran dan pengagungan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

di hati pelakunya. Juga sebagai kesyukuran kepada Allah Ta’ala di atas nikmat

pengutusan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang merupakan rahmat bagi sekian

alam dan (penutup) di atas semua para Rasul.

‫ال هصاِْلّي‬ ‫أحد‬ ‫المَل‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫بن‬ ‫عمر‬ ‫ِففع َذللِ َذكلِكَصا ِحبلموب أصربللالَوهَغشْيْيهخ‬ ‫الْ َم ْش ُهوَوريَكانَنَوبِأهواقلْتدمىن‬
.‫تَ َعا َل‬ ‫الله‬ ‫َرِْحهم‬

Orang yang terawal melakukan semua ini pada setiap tahun ialah al-Syaikh ‘Umar

421 al-Ribath asalnya adalah bersiap sedia di sempadan wilayah Islam daripada serangan musuh. Terdapat hadis-
hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan keutamaan ribath.

Atas tujuan ribath, dibina tembok, menara dan bangunan di mana para mujahid Islam mengawasi pergerakan
musuh dan bersiap sedia membalas serangan mereka. Apabila musuh telah tiada, bangunan sedia ada itu dimanfaatkan
untuk tujuan lain seperti pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di mana guru dan murid tinggal di sana sepenuh masa.
Lokasinya di sempadan yang jauh dari pusat bandar menyebabkan ia sesuai dijadikan pusat pengajian ilmu.

368

bin Muhammad al-Mala, seorang yang soleh lagi masyhur. Ini seterusnya diikuti oleh

pemerintah Kota Irbil dan lain-lain, semoga Allah Ta’ala merahmati mereka semua.

‫على‬ ‫ال هشْرعِيهة‬.‫الوتتقصريانريهافَوتَِْعفلِيمَََِجهياعَوَكاثْلَْعُرةلُوالمتفالريناعفاعةت‬ ‫من الْبدع اْْلَ َسنَة‬ ‫ا ْختَِل َفوِِمهفانويْنعادَوتَأَيْْقِريضار‬
‫قواعدها وتقيسمها‬

Selain itu, termasuk juga dalam kategori bid’ah hasanah ialah menyusun buku-

buku pelbagai ilmu syari’at yang bermanfaat, dalam bidang dan kajian yang bermacam-

macam. Seperti penetapan kaedah-kaedah dan pembahagiannya, penetapannya (secara

praktikal) dan pembelajarannya, (semua ini) dengan sekian banyak cabangnya.

‫َوونتَْفظ ِمسهْيَواتَلْْدكِتويانبكالْلَعِزيذَلزِ وأكخوبااسرتالُخنّبُراهوجة‬ ‫فِي َها‬ ‫َوفرض الْم َسائِل الهِت َل تقع َوَتِْقيق اْلَ ْج ِوبَة‬
‫نثره‬ ‫رب‬.َ‫َوعُاللُْوَكمَلَمجةعلِمنْىهُ اَكّاللنساحنيودوالموالعماتّوننَوالوْتبَتيَباعن َكواَْللموازالْعَن‬

Dan memutuskan masalah-masalah yang belum ada hukumnya (secara jelas dalam

al-Qur’an dan al-Sunnah), meneliti semula masalah-masalah yang sudah diberi

jawapannya (oleh sarjana sebelum ini), menafsirkan al-Qur’an yang agung dan hadis-hadis

Nabi serta perbincangan tentang sanad dan matan, perbincangan tentang bahasa Arab

dengan segala cabangnya yang pelbagai, lalu menulis dan membukukan semua itu.

‫اظَلالههرهَعلَيْفَِهائََِودتسهلمم)عِّويكلعلَذلِىكمعَمرفَأْةُموأَرْحبَِِهكاَموَّلالليهلْزتَمَعامَنل‬ ‫َح َسنَة‬ ‫وشسانةُكلَرهُس َموْعللُ اولمله‬.َ‫فَوفعلههمَُْمَمفَُعَذاَذوّلِرنكَكِشتَْراَوبِعَمهاي‬
‫(صلى‬

Demikianlah, semua ini sedia dimaklumi sebagai sesuatu yang baik lagi jelas

faedahnya dalam rangka mengetahui hukum-hukum Allah Ta’ala dan memahami maksud

kitab-Nya (al-Qur’an) dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Semua ini

termasuk yang disuruh oleh agama dan perbuatan ini tidak memberi kesan yang

membahayakan syari’at.422

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa Bid’ah Hasanah atau

422 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (‫)الباعث على إنكار البدع والحوادث‬, ms. 22-24.
369

Bid’ah Mahmudah yang dimaksudkan dalam Mazhab al-Syafi’e ialah:

• Urusan dunia seperti membina mimbar, sekolah, pusat pengajian Islam dan
jalanraya.

• Urusan dunia yang membantu agama seperti penulisan, penyusunan dan
penghimpunan pelbagai ilmu-ilmu Islam.

Kedua-dua ini adalah bid’ah dari aspek bahasa dan bukannya bid’ah dari aspek
syari’at. Oleh kerana itulah kita dapati Abu Syamah tidak memasukkan dalam kategori
bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah perkara-perkara syari’at seperti aqidah, ibadah,
hukum dan fiqh hati. Bahkan Abu Syamah dalam bukunya yang sama, dalam bab-bab yang
seterusnya telah menjelaskan beberapa contoh ibadah yang merupakan bid’ah yang tercela
pada zamannya.

Demikian juga apabila beberapa sarjana lain yang membahagikan bid’ah kepada
hasanah, mahmudah atau kepada bid’ah wajib dan sunat, yang mereka maksudkan ialah
bid’ah dari aspek bahasa seperti perkara-perkara baharu dalam urusan dunia dan urusan
yang membantu agama. Mereka tidak meletakkan urusan baharu berkaitan aqidah, ibadah,
hukum dan fiqh hati dalam kategori hasanah, mahmudah, wajib mahupun sunat.423

Apabila sebahagian agamawan masa kini mencipta, mengamal dan membolehkan
aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu lalu berhujah ia adalah bid’ah hasanah
yang dibolehkan oleh Mazhab al-Syafi’e, maka hendaklah disemak secara terperinci
siapakah sarjana tersebut, dalam kitab yang manakah sarjana berkata sedemikian serta
apakah kata-kata sarjana itu yang sebenarnya. Hendaklah disemak sama ada agamawan
tersebut bercakap benar atau berdusta di atas nama Mazhab al-Syafi’e.

Jangan terperanjat jika didapati apa yang sebenarnya dilakukan oleh sebahagian
agamawan tersebut adalah mengambil label “Bid’ah Hasanah” dan meletakkannya di atas
perkara-perkara yang duduk dalam kategori “Bid’ah Dholalah”, mengambil label “Bid’ah

423 Jemput mengkaji dua buku berikut:

• Bid‘ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami oleh Mohd. Asri Zainul Abidin terbitan Jahabersa, Johor Bahru,
2005.

Bid’ah Hasanah oleh Firanda Andirja Abidin terbitan Nasr al-Sunnah, Jakarta, 2013.
370

Mahmudah” dan meletakkannya di atas perkara-perkara yang duduk dalam kategori “Bid’ah
Mazmumah”. Ia umpama orang yang mengambil label “Sos Tomato” dan menampalnya di
atas botol cuka.

Bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam dan sebahagian agamawan,

adalah lebih baik dan selamat untuk tidak menyebut bid’ah dari aspek bahasa lalu

seterusnya membahagikannya mahmudah dan mazmumah, hasanah dan dholalah, wajib,

sunat, harus, makruh dan haram. Sebaliknya hendaklah bid’ah disebut dari aspek syari’at

sahaja, yakni tanpa sebarang pembahagian. Ini sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bahawa semuanya adalah sesat,

‫ُُمْ َدثَة‬ ‫َوُك ُّل‬ ‫ُُْم َدََثُُتَا‬ ‫اْلُُموِر‬ ‫َو َشُّر‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫َه ْد ُي‬ ‫اْلَْد ِي‬ ‫َن‬.‫أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس‬ ‫إِ هن‬ ٌ‫بِ ْدعَة‬
‫َوُك ُّل‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan

sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-

perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah

adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.424

Sabda Rasulullah, sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad sepatutnya
sudah menjadi hujah bagi kita bahawa apa yang baginda sampaikan adalah hidayah yang
terbaik. Apa-apa yang dilakukan oleh manusia yang menyelisihi penyampaian Rasulullah,
maka ia bukanlah hidayah yang terbaik. Bahkan telah hilang nilai “terbaik” itu.

Justeru apabila Rasulullah menyebut setiap bid’ah adalah kesesatan maka ia adalah
hidayah yang terbaik. Apabila hidayah yang terbaik itu diubah kepada sekian-sekian
pembahagian, maka terjadilah kekeliruan di kalangan orang awam dan sebahagian
agamawan sehingga ia tidak lagi menjadi baik.

Maka kembalilah kita kepada apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebut
dan cukupkanlah diri kita dengan itu.

Oleh itu merujuk kepada contoh-contoh bid’ah hasanah dalam urusan dunia yang

424 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

371

diberikan oleh Abu Syamah rahimahullah seperti membina mimbar, al-Ribath, sekolah,

menyediakan jalanraya dan selain itu dari jenis-jenis kebaikan yang tidak terdapat pada masa

awal (zaman Rasulullah), saya katakan bahawa semua kebaikan ini boleh dan patut dilakukan.
Cuma jangan disebut sebagai bid’ah hasanah. Sebutlah dengan apa jua sebutan, hanya
jangan sebut ia sebagai bid’ah hasanah.

Demikian juga contoh-contoh bid’ah hasanah dalam urusan membantu agama yang
diberikan oleh Abu Syamah seperti menyusun buku-buku pelbagai ilmu syari’at yang
bermanfaat, dalam bidang dan kajian yang bermacam-macam, saya katakan bahawa semua
kebaikan ini boleh dan patut dilakukan. Cuma jangan disebut sebagai bid’ah hasanah.
Sebutlah dengan apa jua sebutan, hanya jangan sebut ia sebagai bid’ah hasanah.

Contohnya, sebut saja “Ia adalah sesuatu yang baik” sebagaimana yang disebut oleh

Abu Bakar dan ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma ketika mereka membicarakan

rancangan menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf,

Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik.425 .ٌ‫ُهَو َواَّهللِ َخْْي‬

425 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang
Rasul dari kalangan dari kalian sendiri…). Hadis ini telah dikemukakan sepenuhnya dalam pelajaran Ia Adalah Sesuatu
Yang Baik!

372

Mengkaji Sambutan Mawlid Nabi

Abu Syamah rahimahullah berpendapat, sebagaimana yang telah dikemukakan
dalam pelajaran sebelum ini, bahawa antara bid’ah terbaik adalah perayaan Mawlid Nabi
yang diadakan setiap tahun.

Marilah kita mengkaji dan menilai semula perayaan Mawlid Nabi, apakah ia bid’ah
hasanah (baik) atau dholalah (sesat), berdasarkan kriteria yang disebut oleh oleh al-Syafi’e
rahimahullah,

‫أَو أثرا‬ ‫كتاِب أَو سنة أَو اَجاعا‬ ‫ْلَُُومالوثهراِّنَضَْمرَِاب أنحأَدحدثَهَمانَمااْأْلَْْحيدَّلثخَُيََاللفف‬.‫فَ َه ِذِه الْابِلمْدح َعدَةثالتهضمَللنَةا‬
‫ُمدثة‬ ‫فِيِه لَوا ِحد من َه َذا فَِه َي‬ .‫غْي مذمومة‬

“Perkara-perkara yang baharu dalam urusan agama terbahagi kepada dua jenis.
Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar
(pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia adalah bid’ah yang sesat (bid’ah
dholalah). Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada
al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar, maka ia adalah perkara baharu yang tidak tercela.”

Pertama, sambutan mawlid berasal daripada penganut agama lain, bukan daripada
agama Islam. Merupakan kebiasaan penganut agama lain menyambut hari kelahiran (hari
Mawlid), hari kematian (hari Hol) atau kedua-duanya setiap tahun bagi tokoh-tokoh agama
mereka. Para penganut agama Nasrani (Kristian) misalnya, mereka menyambut hari
kelahiran Jesus setiap 25 Disember. Ini mereka lakukan meskipun para sarjana mereka
menyatakan tidak ada bukti sahih bahawa Jesus lahir pada 25 Disember.

Mengikuti ajaran, keyakinan mahupun amalan penganut agama lain, adalah sesuatu

yang dilarang oleh Islam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

.‫ ِشْبًرا بِ ِشْبر َوِذَراعًا بِ ِذَراع‬،‫َّلَ تَُقوُم ال هسا َعةُ َحَهّت ََتْ ُخ َذ أُهمِت ِبَ ْخ ِذ الُقُروِن قَْبلََها‬

“Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah umatku mengambil generasi-generasi

sebelum mereka sebagai ambilan (menjadikan mereka ikutan), sejengkal demi sejengkal,

373

sehasta demi sehasta.”426

‫ َكَفا ِر َس َوالُّروِم؟‬،ِ‫ ََي َر ُسوَل اَّهلل‬:‫فَِقي َل‬

Maka ditanya, “Wahai Rasulullah, apakah (generasi sebelum itu merujuk kepada)

Parsi dan Rom?”

‫َوَم ِن النها ُس إَِهّل أُولَئِ َك؟‬

(Rasulullah menjawab): “Siapa lagi melainkan mereka?”427

Pada ketika yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫ َحَهّت لَْو َد َخلُوا ِف ُج ْحِر َضب‬،‫ ِشْبرًا بِ ِشْبر َوِذَرا ًعا بِ ِذَراع‬،‫لَتَتهبِعُ هن سنَ َن اله ِذي َن ِم ْن قَبْلِ ُك ْم‬
.‫َّلتهبَ ْعتُُموُه ْم‬

Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan orang-orang daripada sebelum kalian

sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang

biawak, pasti kalian akan mengikuti mereka juga.

‫ ََي َر ُسوَل اللهِ آلْيَ ُهوَد َوالنه َصاَرى؟‬:‫قُلْنَا‬

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah (orang-orang sebelum kami itu adalah)

Yahudi dan Nasrani?”

‫ فََم ْن؟‬:‫قَا َل‬

Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?”428

Kedua-dua hadis ini yang bernada kebencian dan keburukan menunjukkan bahawa
mengikuti ajaran, keyakinan dan amalan penganut agama lain adalah dilarang. Maka
termasuk dalam larangan ini ialah mengadakan perayaan Mawlid kerana ia bukanlah

426 Maksudnya, pada permulaan ikutan hanya sedikit atau dalam perkara yang remeh (sejengkal demi sejengkal)
akan tetapi lama kelamaan, secara bertahap-tahap, ia akan bertambah kepada ikutan yang banyak atau dalam perkara
yang penting (sehasta demi sehasta).

427 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6774/7319 (Kitab al-I’tishom bi al-Kitab wa al-
Sunnah, Bab sabda Nabi “Pasti kalian akan mengikuti jalan hidup orang sebelum kalian).

428 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4822/2669 (Kitab al-‘Ilm, Bab mengikuti
kebiasaan Yahudi dan Nasrani).

374

daripada ajaran Islam tetapi daripada amalan penganut agama lain.

Justeru mengadakan perayaan Mawlid adalah sesuatu yang menyelisihi sunnah dan
apa yang menyelisihi sunnah adalah bid’ah dholalah (sesat) dan bukannya bid’ah hasanah
(baik) berdasarkan kriteria yang dinyatakan oleh al-Syafi’e rahimahullah,

“Perkara-perkara yang baharu dalam urusan agama terbahagi kepada dua jenis.
Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar
(pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia adalah bid’ah yang sesat (bid’ah
dholalah). Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada
itu (al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar), maka ia adalah perkara baharu yang tidak
tercela.”

Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan apa yang patut
dilakukan sempena hari kelahiran baginda. Ia bukanlah sambutan atau perayaan Mawlid
setiap tahun, tetapi berpuasa sunat pada hari Isnin setiap minggu. Apabila ditanya tentang
puasa hari Isnin baginda menjawab,

.‫فِيِه ُولِْد ُت َوفِيِه أُنِْزَل عَلَ هي‬

Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan ke atasku (wahyu
pertama).429

Oleh itu bagi sesiapa yang mahu menzahirkan kecintaannya kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, kegembiraannya sempena kelahiran baginda dan
kesyukurannya kepada Allah sempena pengutusan baginda menjadi Rasul, hendaklah dia
sekadar yang mampu berpuasa pada setiap hari Isnin, setiap minggu, sepanjang tahun. Ia
bukanlah dengan perayaan Mawlid setiap tahun.

Di sini terdapat perbezaan antara sambutan Mawlid dan berpuasa setiap Isnin:

• Sambutan Mawlid di adakan pada hari tertentu sekali setiap tahun sementara puasa
dilakukan pada setiap hari Isnin, setiap minggu, sepanjang tahun.

• Sambutan Mawlid adalah satu perayaan sesama manusia sementara berpuasa

429 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1978/1162 (Kitab al-Shiyam, Bab disukai berpuasa
tiga hari pada setiap bulan, puasa Hari Arafah, Hari ‘Asyura, Isnin dan Khamis).

375

adalah satu ibadah kepada Allah. Perayaan dan berpuasa sangatlah berlainan
sehingga syari’at Islam melarang puasa pada hari-hari perayaan Islam seperti ‘Aidil
Fitri (1 Syawal) dan ‘Aidil Adha (10-13 Zulhijjah). Bahkan dilarang juga sengaja
mengkhususkan puasa pada hari Jumaat kerana ia merupakan hari perayaan kecil
setiap minggu bagi umat Islam.

Memandangkan Rasulullah telah menerangkan apa yang patut dilakukan sempena
kelahiran baginda, maka melakukan sesuatu yang berbeza seperti perayaan Mawlid pada
setiap tahun adalah menyelisihi sunnah. Apa yang menyelisihi sunnah bukanlah bid’ah
hasanah (baik) tetapi bid’ah dholalah (sesat) berdasarkan kriteria yang dinyatakan oleh al-
Syafi’e rahimahullah,

“Perkara-perkara yang baharu dalam urusan agama terbahagi kepada dua jenis.
Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar
(pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia adalah bid’ah yang sesat (bid’ah
dholalah). Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada
itu (al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar), maka ia adalah perkara baharu yang tidak
tercela.”

Ketiga, tidak diketahui secara pasti apakah tarikh tepat bagi kelahiran Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Para ahli sejarah berbeza pendapat tentang tarikh sebenar
kelahiran baginda kepada banyak pendapat dan tarikh 12 Rabi’ al-Awwal hanyalah salah
satu daripadanya.

Dalam erti kata lain, mengambil satu tarikh untuk dijadikan tarikh perayaan Mawlid
hanyalah sangkaan dan kebiasaan kebanyakan orang sementara Allah Subhanahu wa Ta'ala
telah melarang kita daripada mengikuti sangkaan dan kebiasaan kebanyakan orang,

‫َوإِ ْن تُ ِط ْع أَ ْكثََر َم ْن ِف اْلَْر ِض يُ ِضُلّوَك َع ْن َسبِي ِل اَّهلِل إِ ْن يَتهبِعُوَن إَِهّل الظه هن َوإِ ْن ُه ْم إَِهّل‬
.‫َيُْر ُصوَن‬

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi, mereka akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka tidak lain mengikuti hanyalah
sangkaan dan sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6:116]

376

Oleh itu menetapkan satu tarikh untuk dijadikan hari perayaan Mawlid menyelisihi
ajaran al-Qur’an dan perselisihan ini menyebabkan ia jatuh dalam kategori bid’ah dholalah
(sesat) berdasarkan kriteria yang dinyatakan oleh al-Syafi’e rahimahullah,

“Perkara-perkara yang baharu dalam urusan agama terbahagi kepada dua jenis.
Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar
(pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia adalah bid’ah yang sesat (bid’ah
dholalah). Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada
itu (al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar), maka ia adalah perkara baharu yang tidak
tercela.”

Keempat, tidak diriwayatkan daripada generasi Salaf bahawa mereka melakukan
perayaan Mawlid padahal mereka adalah generasi yang terbaik lagi amat mencintai
Rasulullah disebabkan kedekatan mereka dengan zaman hidup baginda. Kesepakatan
mereka yang tidak merayakan Mawlid Nabi menjadi satu ijma’.430

Tentang generasi Salaf ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
menjelaskan,

.‫ ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم‬،‫ ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم‬،‫َخْْيُ أُهمِت قَْرِّن‬

Sebaik-baik umatku ialah generasiku (para sahabat), kemudian generasi yang
mengikuti mereka (tabi’in) dan kemudian generasi yang mengikuti mereka (tabi’
tabi’in).431

Maka merayakan Mawlid adalah sesuatu yang menyelisihi ijma’ generasi Salaf dan ia
masuk dalam kategori bid’ah dholalah mengikuti kriteria al-Syafi’e rahimahullah,

“Perkara-perkara yang baharu dalam urusan agama terbahagi kepada dua jenis.
Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar
(pendapat dan perbuatan sahabat Rasulullah), maka ia adalah bid’ah yang sesat (bid’ah
dholalah). Kedua ialah perkara baharu yang baik yang tidak menyelisihi satu jua daripada
itu (al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar), maka ia adalah perkara baharu yang tidak

430 Dalam kaedah Usul Fiqh, ia disebut ijma’ sukuti.
431 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3377/3650
(Kitab Ashab Nabi, Bab keutamaan para sahabat Nabi).

377

tercela.”

Berdasarkan empat poin di atas, maka perayaan Mawlid bukanlah Bid’ah Hasanah
tetapi Bid’ah Dholalah. Justeru meskipun saya sangat menghormati Abu Syamah
rahimahullah dan menjadikan kitab beliau sebagai rujukan dan nukilan, saya tidak bersetuju
dengan pendapat beliau bahawa “Termasuk sebaik-baik perkara baharu pada zaman kami
dari jenis bid’ah hasanah…”

Selain itu melakukan perayaan Mawlid membuka ruang kepada berkembangnya
pelbagai bid’ah yang lain. Jika pada awalnya perayaan Mawlid hanya untuk Rasulullah, ia
kemudian berkembang kepada perayaan Mawlid tokoh-tokoh agama yang lain. Jika pada
awalnya perayaan Mawlid hanya bagi ulang tahun kelahiran, ia kemudian berkembang
kepada perayaan Hol bagi ulang tahun kematian.432

Jika pada awalnya perayaan Mawlid ialah dengan bersedekah dan berbuat baik
kepada orang miskin, ia berkembang kepada membaca al-Qur’an dengan mengkhususkan
satu surah daripada 114 surah,433 qasidah yang memuji secara berlebih-lebihan, meminta
tolong kepada Rasulullah, berdiri kerana yakin Rasulullah datang menghadiri majlis,
nyanyian zikir dan selawat beramai-ramai secara kuat dan doa secara berjemaah.434

Oleh itu bagi mencegah perkembangan bid’ah-bid’ah ini, maka hendaklah ditutup
pintu pertama yang membuka ke arahnya, yakni perayaan Mawlid Nabi.435

432 Di Malaysia misalnya, ada sekian-sekian Hari Hol bagi merayakan ulang tahun kematian sekian-sekian tokoh
agama.
433 Maksudnya, Allah 'Azza wa Jalla menurunkan al-Qur’an yang mengandungi 114 surah, lalu yang dikhususkan
sebagai bacaan hanyalah satu surah yakni surah Yasin. Tidak boleh mengkhususkan mana-mana surah sempena sesuatu
peristiwa melainkan berdasarkan petunjuk Allah dan Rasulullah. Melakukan pengkhususan sempena sesuatu peristiwa
padahal Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menunjuk kepada sedemikian adalah satu bid’ah.
434 Penjelasan tentang qasidah, meminta tolong kepada Rasulullah serta nyanyian zikir dan selawat telah
dikemukakan dalam bab sebelum ini. Penjelasan tentang doa secara berjemaah boleh dirujuk dalam buku saya Soal
Jawab Adab-Adab Berdoa yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com
435 Dalam kaedah Usl al-Fiqh, ia disebut Sadd al-Dzariah.

378

Soalan Lazim 6: Bid’ah Wajib Dan Sunat Di Sisi Mazhab al-Syafi’e

Sebahagian agamawan ada yang berhujah bahawa para sarjana Islam telah
membahagikan bid’ah kepada wajib, sunat, mubah, makruh dan wajib. Maka berdasarkan
pembahagian ini mereka menganggap boleh membuat, meyakini dan mengamalkan aqidah,
ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu kerana ia adalah bid’ah yang wajib, bid’ah yang
sunat atau paling kurang bid’ah yang mubah.

Bagi membetulkan anggapan ini, marilah kita semak apakah yang sebenarnya
dimaksudkan sebagai bid’ah wajib, sunat dan mubah. Setahu saya, sarjana pertama yang
membahagikan bid’ah kepada wajib, sunat, mubah, makruh dan wajib adalah ‘Izz al-Din Ibn
‘Abd al-Salam rahimahullah (660H).436 Beliau berkata,

ُ‫لْفنه َْظح ِاول الهشهِرِذيعَيِة يَُواْفَِجه ُمٌببِِهَوَّلَكَيَلتَأَُمتهاَىّهلِلِحَْوفَكظَُلَهما‬.‫هّلاََكِبِّلِهَواْشفَِتِجُهغَاَوٌُبلَوِاْبِلَِعِجهْلنِمٌبِحا‬:َِ‫ُدَُبَهواذَإل‬،‫َجح‬-َِ‫لَْمَواأ‬.‫الََّْهوَلاولَُمِجابَعَلََِةّْيلِهأَيَْمتَِثِوُلَّمَسةٌلاه‬،‫وِةلِلْبَِذَصلَِدلهِعَىك ا‬-ََ‫إََرهّلُس ِِولبَِِهْعِرف‬

Bagi bid’ah yang wajib, terdapat beberapa contoh. Pertama ialah menyibukkan
diri dengan ilmu nahu (bahasa Arab) yang dengannya dapat difahami Kalam Allah (al-
Qur’an) dan kalam Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (hadis). Ini ada wajib kerana
memelihara syari’at adalah wajib dan pemeliharaan ini tidak akan tercapai melainkan
dengan pengetahuan tentang ilmu nahu. Dan (jika) sesuatu kewajipan itu tidak akan
menjadi sempurna melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara itu menjadi wajib
juga.

.‫ ِحْف ُظ غَِري ِب الْكِتَا ِب َوال ُّسنهِة ِم ْن الُلّغَِة‬:‫الْ ِمثَا ُل الثهاِّن‬

Contoh kedua ialah menghafal atau memelihara (makna perkataan) yang jarang
digunakan daripada bahasa Arab (yang terkandung dalam) al-Qur’an dan al-Sunnah.

.‫ تَْد ِوي ُن أُ ُصوِل الِْفْقِه‬:‫الْ ِمثَا ُل الثهالِ ُث‬

Contoh ketiga ialah menulis dan menyusun ilmu Usl al-Fiqh.

436 Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd al-Salam dilahirkan di Damsyik, Syria pada 577H. Beliau adalah
seorang imam besar dan mujtahid dalam Mazhab al-Syafi’e, masyhur dengan gelaran Sultan al-Ulama’. Meninggal dunia
di Kaherah, Mesir pada 660H.

379

.‫ الْ َكَلُم ِف الْجُْرِح َوالته ْع ِدي ِل لِتَ ْميِيِز ال هص ِحي ِح ِم ْن ال هسِقيِم‬:‫الْ ِمثَا ُل الهرابِ ُع‬

Contoh keempat ialah ilmu tentang pujian dan celaan (bagi para perawi hadis) agar

dapat dibezakan hadis yang sahih daripada hadis yang cacat.

ِ‫ل‬،‫ق َاكَلوتِهمَْنوََصْهجُّاوهُ اُِكَفّهلُّل‬،ِِ‫وىالْاََولمِْمََْنمداَهَِرساائِِاسلِْلََكوإبَِنَذَلاامُِءقُاِلِْفصَقنََدَداقَبِِاطَئذِِرل‬،َ‫إلَِِْحلَصَدَاْسلتِةُُْثداَّلالَلهُِتَّارلبُِويَِعطلَِح‬:‫ِال‬:‫َمِمَوْنَِمحَْنهاافَِه‬،ْ‫ل‬.‫َيَُلولِْعُمْلَبِهَِْددفِعاِالفْلْجَاَمَلْدْنعَُِلد ْوصبَِِرِفة اأَََْْملجَْثِهِلَوعِةٌلا‬.‫َلْك‬.ََ.ْ‫إَوِمْحْن ََهساا انل‬
.ُ‫ُسبْ َحانَه‬

… bagi bid’ah yang sunat pula terdapat beberapa contoh, antaranya

membangunkan al-Ribath437 dan sekolah, membina jalanraya atau jambatan dan setiap

kebaikan yang tidak terdapat pada zaman awal (yakni zaman Rasulullah). Antaranya lagi,

solat Tarawih,438 ilmu Tasawwuf secara terperinci dan ilmu perdebatan dalam

menghimpunkan dalil-dalil pelbagai masalah agama, asalkan perdebatan itu dilakukan

dengan niat mencari Wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

‫ُع ِف‬.‫وِسَويِمِْنع َهااْلَالْكتهََمواُِّسم‬،ْ‫ ْصَوتَِر‬،‫ِقيَولُبَْب ِاسل الُّصبْطهيَِحالَِوَاسلِْةَع‬،‫ِاسلْ َُموالََْصمافََساَحكِةُ ِنَع‬:‫الَِْممْنََلهبِا‬.‫اَولْلِلَْمبِآَدِكِعِلالَُْموابَلْاَمَحَشِةاأَِرْمِثِبلَةٌَو‬.‫ْن‬..‫الله ِذي ِذ ِم‬

… bagi bid’ah yang mubah juga beberapa contoh, antaranya bersalaman selepas

solat Subuh dan Asar, meluaskan kelazatan makanan, minuman, pakaian dan tempat

tinggal, memakai kain di atas bahu dan meluaskan lengan baju. 439

Jika disemak perkataan ‘Izz al-Din Ibn Abd al-Salam di atas, bid’ah wajib, bid’ah sunat

dan bid’ah mubah yang beliau maksudkan bukanlah membuat, meyakini dan mengamalkan

437 al-Ribath asalnya adalah bersiap sedia di sempadan wilayah Islam daripada serangan musuh. Terdapat hadis-
hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan keutamaan ribath.

Atas tujuan ribath, dibina tembok, menara dan bangunan di mana para mujahid Islam mengawasi pergerakan
musuh dan bersiap sedia membalas serangan mereka. Apabila musuh telah tiada, bangunan sedia ada itu dimanfaatkan
untuk tujuan lain seperti pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di mana guru dan murid tinggal di sana sepenuh masa.
Lokasinya di sempadan yang jauh dari pusat bandar menyebabkan ia sesuai dijadikan pusat pengajian ilmu.
438 Maksudnya solat Tarawih secara berjemaah. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ia adalah bid’ah
dari aspek bahasa dan bukan aspek syari’at kerana solat Tarawih secara berjemaah pernah dilaksanakan pada zaman
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
439 Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 2, ms. 204-205 secara berpisah.

380

aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu.

Akan tetapi bid’ah wajib, sunat dan mubah yang beliau maksudkan merujuk kepada
urusan dunia dan urusan dunia yang membantu agama.

Oleh itu amatlah tidak benar mereka yang membuat, meyakini dan mengamalkan
aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu lalu berhujah, “Ini adalah bid’ah wajib,
bid’ah sunat atau bid’ah mubah sebagaimana yang dibahagikan oleh para sarjana Islam”.
Bahkan ia merupakan dusta dan fitnah di atas nama para sarjana Islam.

Bagi mengelakkan penipuan oleh sebahagian agawaman, kekeliruan di kalangan
orang awal dan supaya hukum bid’ah selari dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, hendaklah ditinggalkan pembahagian bid’ah kepada wajib, sunat, mubah,
makruh dan haram.

Apa-apa urusan dunia yang baik atau urusan dunia yang membantu agama, maka

katakanlah “Ia adalah sesuatu yang baik” sebagaimana yang disebut oleh Abu Bakar dan

‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma ketika mereka membicarakan rancangan

menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf,

Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik.440 .ٌ‫ُهَو َواَّهلِل َخْْي‬

Apa-apa aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu berbanding al-Qur’an dan
al-Sunnah, maka katakanlah “Ia adalah bid’ah”. Tidak perlu membahagikan bid’ah itu
kepada haram atau makruh kerana setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.

Tidak perlu membahagikan bid’ah itu kepada haram atau makruh supaya ia selari
dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫إِ هن أَ ْص َد َق اْْلَ ِدي ِث كِتَا ُب اَّهللِ َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُُمَ همد َو َشُّر اْلُُموِر ُُْم َدََثُُتَا َوُك ُّل ُُمْ َدثَة‬

440 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang
Rasul dari kalangan dari kalian sendiri…). Hadis ini telah dikemukakan sepenuhnya dalam pelajaran Ia Adalah Sesuatu
Yang Baik!

381

.‫بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.441

Jika ada orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan sesuatu aqidah, ibadah,
hukum dan fiqh hati yang baharu bertanya, “Apakah ini bid’ah haram, bid’ah makruh atau
bid’ah mubah?” atau “Apakah ini hukumnya haram atau makruh?”, jangan dijawab.
Sebaliknya kemukakan hadis di atas dan suruhlah dia mengambil iktibar daripadanya.

441 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

382

Soalan Lazim 7: Sesiapa Yang Memulakan Sunnah Yang Baik.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,

‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬
Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik (hasanah) dalam Islam, maka baginya

pahala dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi
pahala mereka walau sedikit jua.442

‫ ِم ْن َغِْْي أَ ْن‬،‫ َكا َن عَلَيِْه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن عَ ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه‬،ً‫َلِم ُسنهةً َسيِئَة‬.‫يَْن ُق َص َِموَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس‬
Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk (sayyi’ah) dalam Islam,

maka ke atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa
dikurangi dosa mereka walau sedikit jua443.444

Hadis ini menimbulkan kemusykilan kerana pada zahirnya kelihatan seolah-olah ia

membahagikan bid’ah kepada dua jenis, bid’ah hasanah dan bid’ah dholalah. Sabda

Rasulullah memulakan sunnah yang baik bererti mencipta bid’ah hasanah sementara

memulakan sunnah yang buruk bererti mencipta bid’ah dholalah.

Baiklah, mari kita mengkaji maksud sebenar hadis di atas. Ada beberapa cara

memahaminya, seperti berikut.

Pemahaman Pertama, hadis ini ditafsirkan oleh sebuah hadis yang lain di mana

442 Maksudnya, Kamal membiasakan orang ramai dengan satu kebiasaan yang baik, yang bernilai 100 pahala.
Maka Kamal mendapat 100 pahala. Apabila kebiasaan yang baik itu diikuti oleh 5 orang, Kamal akan mendapat
tambahan 500 pahala (100 X 5 orang). Pada waktu yang sama, setiap daripada 5 orang itu akan mendapat 100 pahala.
Pahala setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada nilai 100 semata-mata kerana Kamal mendapat
500 pahala.
443 Maksudnya, Kamal membiasakan orang ramai dengan satu kebiasaan yang buruk, yang bernilai 100 dosa.
Maka Kamal mendapat 100 dosa. Apabila kebiasaan yang buruk itu diikuti oleh 4 orang, Kamal akan mendapat
tambahan 400 dosa (100 X 4 orang). Pada waktu yang sama, setiap daripada 4 orang itu akan mendapat 100 dosa. Dosa
setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada nilai 100 semata-mata kerana Kamal mendapat 400
dosa.
444 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).

383

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫ َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم‬،ُ‫ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْ ُل أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه‬،‫َم ْن َدعَا إَِل ُه ًدى‬
،‫َشْيئًا‬

Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala

orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka

walau sedikit jua.445

‫ َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم‬،ُ‫ َكا َن َعلَْيِه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْ ُل آََثِم َم ْن تَبَِعه‬،‫َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة‬
.‫َشْيئًا‬

Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa

sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi

dosa mereka walau sedikit jua446.447

Tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan hidayah melainkan ia merupakan aqidah,

ibadah, hukum dan fiqh hati yang berasal sepenuhnya daripada al-Qur’an dan sunnah

Rasulullah. Ini kerana al-Qur’an itu adalah hidayah sebagaimana firman Allah di permulaan

al-Qur’an,

.)2( ‫) َذلِ َك الْ ِكتَا ُب َّل َريْ َب فِيِه ُه ًدى لِْل ُمتهِقَّي‬1( ‫اَل‬

Alif Lam Mim, Itulah kitab (al-Qur’an) yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi

orang-orang yang bertakwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah juga hidayah sebagaimana

445 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu hidayah dan hidayah itu bernilai 100 pahala. Apabila
hidayah itu diikuti oleh 6 orang, Faruq akan mendapat 600 pahala (100 X 6 orang). Pada waktu yang sama, setiap
daripada 6 orang itu akan mendapat 100 pahala. Pahala setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada
nilai 100 semata-mata kerana Kamal mendapat 600 pahala.
446 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu kesesatan dan kesesatan itu bernilai 100 dosa. Apabila
kesesatan itu diikuti oleh 3 orang, Faruq akan mendapat 300 dosa (100 X 3 orang). Pada waktu yang sama, setiap
daripada 3 orang itu akan mendapat 100 dosa. Dosa setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada
nilai 100 semata-mata kerana Faruq mendapat 300 dosa.
447 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang
membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan).

Perhatikan bagaimana Imam Muslim meletakkan hadis ini dan hadis Sesiapa yang membuat sunnah yang baik
dalam Islam… saling bersebelahan (no.: 4830 & 4831), menunjukkan ia saling menjelaskan antara satu sama lain. Rujuk
Shahih Muslim (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 4, ms. 2059 – 2060.

384

sabda baginda,

...‫َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُمَ همد‬...

… dan sebaik-baik hidayah ialah hidayah Muhammad…448

Sementara tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan kesesatan melainkan ia
merupakan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu berbanding al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah. Ini sebagaimana jelas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

.‫َو َشُّر اْلُُموِر ُُْم َدََثُُتَا َوُك ُّل ُُْم َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُلّ بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر‬

Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap
perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan
berada dalam neraka.449

Oleh itu maksud hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dalam Islam…
ialah menyeru kepada hidayah kerana hidayah Islam daripada al-Qur’an dan al-Sunnah
tentu sahaja merupakan sesuatu yang baik.

Sementara maksud hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk dalam
Islam… ialah menyeru kepada kesesatan kerana kesesatan daripada jalan al-Qur’an dan al-
Sunnah tentu saja merupakan sesuatu yang buruk.

Adapun dalam urusan dunia yang membantu perlaksanaan al-Qur’an dan al-Sunnah,
maka seseorang itu boleh mencipta atau membuat apa sahaja asalkan tidak melibatkan
sesuatu yang haram. Hadis berikut menjadi dalil dan contoh.

Abu Mas’ud al-Anshori radhiallahu 'anh menerangkan,

.‫ إِِّن أُبْ ِدعَ ِبي فَاِْْحلِْن‬:‫ فََقا َل‬،‫َجاءَ َر ُج ٌل إَِل النهِِب َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم‬

Seorang lelaki datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata,
“Sesungguhnya haiwan tungganganku telah mati, maka berilah aku seekor haiwan

448 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
449 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

385

tunggangan (yang dapat membawaku ke medan perang).”

.‫ َما عِْن ِدي‬:‫فََقا َل‬

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, “Aku tidak ada (haiwan tunggangan
untuk diberikan kepadamu).”

.ُ‫ أَََن أَُدُلّهُ عَلَى َم ْن َيْ ِملُه‬،‫ ََي َر ُسوَل اللِه‬:‫فََقا َل َر ُج ٌل‬

Lalu berkata seorang lelaki lain, “Wahai Rasulullah, aku dapat menunjuk kepada
seseorang yang dapat berikan haiwan tunggangan (kepada dia).”

.‫ َم ْن َد هل َعلَى َخْْي فَلَهُ ِمثْلُ أَ ْجِر فَاعِلِِه‬:‫فََقا َل َر ُسوُل اللِه َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم‬

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang menunjuk
kepada kebaikan, maka baginya pahala semisal pahala orang yang melakukannya.”450

Pemahaman Kedua ke atas hadis,

‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬
Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik (hasanah) dalam Islam, maka baginya
pahala dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi
pahala mereka walau sedikit jua terletak pada perkataan Islam, baik dan pahala.

Hanya Allah 'Azza wa Jalla yang mengetahui apa yang baik dalam Islam dan Dia
mensyari’atkan semua kebaikan itu melalui al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam. Sesiapa yang meyakini dan mengamalkan kebaikan tersebut,
maka Allah akan memberinya pahala.

Manusia tidak tahu apa yang baik dan apa yang buruk dalam Islam sehingga dia tidak
layak mensyari’atkan sesuatu yang baharu lalu berkata “Ini adalah sunnah baik”. Manusia
juga tidak “memegang pahala” sehingga dia boleh memberikan pahala itu kepada sesiapa

450 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3509/1893 (Kitab al-Imarah, Bab keutamaan
membantu seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah dengan haiwan tunggangan dan lain-lain, dan menjaga
keluarganya semasa ketiadaannya).

386

yang dikehendakinya.

Oleh itu maksud sunnah yang baik ialah sesuatu yang memang disyari’atkan dalam
Islam sementara memulakan ialah menghidupkannya semula setelah ia ditinggalkan oleh
umat Islam.

Adapun dalam urusan dunia, manusia boleh mencipta atau memulakan apa yang dia
yakini adalah baik. Cuma manusia tidak boleh berkata kebaikan itu dapat menjana pahala
kepadanya.

Adapun dalam urusan dunia yang membantu perlaksanaan agama, manusia boleh
mencipta atau memulakan apa yang dia yakini adalah baik. Moga-moga kebaikan itu
dikurniakan pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan hadis,

.‫َم ْن َد هل َعلَى َخْْي فَلَهُ ِمثْلُ أَ ْجِر فَا ِعلِِه‬

Sesiapa yang menunjuk kepada kebaikan, maka baginya pahala semisal pahala
orang yang melakukannya.451

Pemahaman ke atas rangkap kedua hadis,

‫ ِم ْن َغِْْي أَ ْن‬،‫ َكا َن َعلَْيِه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن عَ ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه‬،ً‫َلِم ُسنهةً َسيِئَة‬.‫يَْن ُق َص َِومَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس‬

Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk (sayyi’ah) dalam Islam,
maka ke atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa
dikurangi dosa mereka walau sedikit jua terletak pada perkataan Islam, buruk dan dosa.

Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengetahui apa yang buruk dalam Islam dan
Dia telah melarang semua keburukan itu melalui al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Sesiapa yang meyakini dan mengamalkan
keburukan tersebut, maka dia berdosa kerana melanggar larangan Allah.

Oleh itu maksud sunnah yang buruk ialah semua larangan Allah dalam syari’at Islam

451 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3509/1893 (Kitab
al-Imarah, Bab keutamaan membantu seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah dengan haiwan tunggangan dan
lain-lain, dan menjaga keluarganya semasa ketiadaannya). Lafaz penuh telah dikemukakan dalam Pemahaman
Pertama.

387

sementara memulakan ialah memulakan sesuatu yang dilarang oleh Allah. Dalam konteks
ini memulakan boleh bererti mencipta, menghidupkan, mengajar atau menyebarkan apa
yang dilarang oleh Allah.

Antara keburukan yang dilarang oleh Allah ialah bid’ah dalam syari’at Islam. Sesiapa
yang mencipta, menghidupkan, mengajar atau menyebarkan bid’ah, dia menanggung
dosanya dan dosa semua yang mengikuti bid’ahnya itu.

Pemahaman Ketiga berhujah bahawa hadis tersebut membahagikan bid’ah kepada
dua jenis, bid’ah hasanah dan bid’ah dholalah. Sabda Rasulullah sesiapa yang memulakan
sunnah yang baik bererti mencipta bid’ah hasanah sementara sesiapa yang memulakan
sunnah yang buruk bererti mencipta bid’ah dholalah.

Oleh itu apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

.‫َوُك ُلّ بِْدعَة َضَللَةٌ َوُك ُّل َضَللَة ِف النها ِر‬

Setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka ia
hanyalah merujuk kepada sunnah yang buruk.

Berdasarkan hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik ini, didapati
beberapa hadis lain yang menerangkan bagaimana para sahabat Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam memulakan sesuatu ibadah dan baginda telah memuji mereka. Ibadah yang
mereka mulakan itu diamalkan oleh umat Islam sehinggalah ke hari ini. Maka sahabat yang
memulakan ibadah itu, dia mendapat pahala dan pahala semua umat Islam yang turut
mengamalkannya.

Maka hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dan perbuatan para sahabat
memulakan ibadah yang baharu di hadapan Rasulullah adalah dalil bahawa dibolehkan
mencipta bid’ah hasanah. Sementara hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk
hanyalah merujuk kepada bid’ah dholalah.

Saya (penulis) berkata, pemahaman ketiga ini bertentangan dengan ayat-ayat al-
Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang lain. Penjelasannya seperti berikut.

Pertama, manusia tidak boleh mencipta apa-apa syari’at yang baharu dalam Islam
lalu menganggap ia adalah baik. Manusia tidak boleh mencipta aqidah, ibadah, hukum dan

388

fiqh hati yang baharu kerana berbuat sedemikian adalah satu bentuk syirik kepada Allah
'Azza wa Jalla. Firman Allah,

‫ُوا َْلُْم ِم َن ال ِدي ِن َما ََلْ ََيْذَ ْن بِِه اَّهللُ َولَْوَّل َكلِ َمةُ الَْف ْص ِل لَُق ِض َي بَْينَ ُه ْم َوإِ هن‬.‫الظهالِِمّأََيْمَْْلَُلُْمْم َعُشَذَارَكاٌبءُ أَلَِيشٌَمرع‬

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya
tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah
dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang
amat pedih. [al-Syura 42:21]452

Oleh itu hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik tidak boleh bermaksud
mencipta aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu dalam syari’at Islam, tetapi
bermaksud memulakan atau menghidupkan apa yang asalnya memang disyari’atkan dalam
Islam.

Kedua, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman,

.‫الْيَْوَم أَ ْك َمْل ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَْي ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا‬

Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu. [al-Maidah 5:03]453

Jika Islam sudah sempurna, cukup dan diredai Allah, tidak mungkin Islam
menganjurkan lagi ciptaan yang baharu dalam syari’atnya. Maka sabda Rasulullah sesiapa
yang memulakan sunnah yang baik tidak boleh bererti mencipta bid’ah hasanah. Ini kerana
semua hasanah, yakni kebaikan, sudah sedia ada dalam syari’at Islam yang asal. Akan tetapi
ia bererti memulakan atau menghidupkan apa yang asalnya memang disyari’atkan dalam
Islam.

Ketiga, Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

452 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Tauhid, Syirik dan Bid’ah.
453 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Bid’ah Menyelisihi Kesempurnaan Islam.

389

‫ال ِدي ُن‬ ‫َذلِ َك‬ ‫اَّهلِل‬ ‫ِْلَْل ِق‬ ‫تَبْ ِدي َل‬ ‫َّل‬ ‫عَلَْي َها‬ ‫النها َس‬ ‫فَطََر‬ ‫الهِت‬ ِ‫اَّهلل‬ ‫َحنِيًفا فِطَْر َت‬ ‫َو ْجَه َك لِل ِدي ِن‬ ‫َولَفَأَِكقِهنْم‬ ‫الْ َقيِ ُم‬
.‫يَْعلَ ُموَن‬ ‫أَ ْكثََر النها ِس َّل‬

Maka hadapkanlah wajahmu secara lurus kepada agama fitrah yang Allah

ciptakan, yang fitrah manusia berada di atasnya. Tidak ada perubahan pada ciptaan

Allah. Demikian itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

[al-Rum 30:30]454

Islam adalah agama fitrah yang secocok dengan fitrah manusia, kerana kedua-duanya
– yakni Islam dan manusia – adalah ciptaan Allah. Atas dasar secocok ini, Allah menyatakan
Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Oleh itu adalah mustahil Allah menganjurkan
perubahan yang baharu dalam Islam melalui hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang
baik.

Melainkan maksud hadis tersebut adalah memulakan atau menghidupkan apa yang
asalnya sudah disyari’atkan dalam Islam.

Keempat, salah satu maksud sunnah ialah jalan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah

memerintahkan kita untuk mengikuti jalan-Nya. Allah berfirman,

‫بِِه‬ ‫َو هصا ُك ْم‬ ‫َذلِ ُك ْم‬ ‫َسبِيلِِه‬ ‫عَ ْن‬ ‫بِ ُك ْم‬ ‫فَتَ َفهر َق‬ ‫ال ُّسبُ َل‬ ‫تَتهبِعُوا‬ ‫َوَّل‬ ُ‫فَاتهبِعُوه‬ ‫ُم ْستَِقي ًما‬ ‫ِصَرا ِطي‬ ‫َوأَ هن َه َذا‬ ‫لََعله ُك ْم‬
.‫تَته ُقو َن‬

Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kalian

mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana ia akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya.

Demikianlah yang Allah perintahkan kepada kalian, agar kalian (menjadi orang-orang

yang) bertakwa. [al-An’aam 6:153]455

Oleh itu adalah mustahil hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik memiliki
maksud mencipta jalan agama yang baharu. Melainkan ia bermaksud memulakan atau
menghidupkan jalan agama Allah yang asal.

Kelima, salah satu maksud sunnah ialah jalan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah

454 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Bid’ah Menyelisihi Fitrah Ciptaan Allah.
455 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Bid’ah Menyelisihi Jalan Allah.

390

memerintahkan kita untuk mengikuti jalan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu 'alaihi
wasallam. Allah berfirman,

.‫قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهلِل َعلَى بَ ِصَْية أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسْب َحا َن اَّهلِل َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي‬

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku (para sahabat baginda) mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang
nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf
12:108]456

Oleh itu adalah mustahil hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik memiliki
maksud mencipta jalan agama yang baharu. Melainkan ia bermaksud memulakan atau
menghidupkan jalan agama Rasulullah yang asal.

Keenam, Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman,

.‫ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهللِ َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]457

Jika hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik ditafsirkan sebagai anjuran
mencipta bid’ah hasanah, maka ia bertentangan dengan ayat al-Qur’an di atas yang telah
melarang daripada mendahului Allah dan Rasul-Nya, yakni mencipta apa-apa aqidah,
ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu.

Melainkan hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik ditafsirkan kepada
memulakan atau menghidupkan apa yang asalnya memang disyari’atkan dalam Islam.

Ketujuh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda,

.ّ‫َم ْن أَ ْح َد َث ِف أَْمِرََن َه َذا َما لَيْ َس ِمنْهُ فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama Islam)

456 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Bid’ah Menyelisihi Jalan Rasulullah.
457 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran Jangan Mendahului Allah dan Rasul-Nya.

391

apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.458

Oleh itu memulakan sunnah yang baik tidak boleh bererti mencipta sunnah yang
baik atau mencipta bid’ah hasanah kerana ia bertentangan dengan hadis di atas. Melainkan
memulakan itu bererti menghidupkan semula apa yang memang telah disyari’atkan dalam
al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.

Kelapan, hadis Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam,

.‫َوُك ُلّ بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر‬

Setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka tidak

boleh difahami secara sekerat, tetapi hendaklah difahami secara penuh. Lafaz penuh hadis

ini adalah,

‫ُُْم َدثَة‬ ‫َوُك ُّل‬ ‫ُُمْ َدََثُُتَا‬ ‫اْلُُموِر‬ ‫َو َشُّر‬ ‫ُُمَ همد‬ ‫َه ْد ُي‬ ‫اْلَْد ِي‬ ‫َن‬.‫أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس‬ ‫إِ هن‬ ٌ‫بِْد َعة‬
‫َوُك ُّل‬

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan

sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-

perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah

adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.459

Perhatikan bahawa sebelum menyatakan setiap bid’ah adalah kesesatan, Rasulullah
telah menerangkan apa yang dimaksudkan dengan bid’ah, iaitu setiap perkara baharu
adalah bid’ah. Rasulullah tidak bersabda umpama “Perkara baharu terbahagi kepada dua
jenis, ada yang baik dan ada yang menyesatkan.”

Oleh itu tidak boleh membahagikan sesiapa yang memulakan sunnah yang baik
kepada mencipta bid’ah hasanah sementara sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk
kepada mencipta bid’ah dholalah kerana pembahagian seperti ini bertentangan dengan
hadis utama yang melarang semua jenis penciptaan bid’ah dalam Islam.

458 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab mengkritik
hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).

459 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).

392

Kesembilan, hadis larangan bid’ah Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan

adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad.

Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara

baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam

neraka adalah pembukaan khutbah yang Rasulullah sampaikan tanpa sesuatu sebab di

sebaliknya (asbab al-wurud) dan dalam konteks yang umum.

Oleh itu hadis ini membentuk pokok, dasar atau asas dalam subjek bid’ah. Apa-apa

hadis lain hendaklah ia difahami di bawah naungan hadis pokok ini.460

Sementara hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik lahir daripada kisah

seseorang yang memulakan pemberian sedekah kepada sekumpulan orang miskin, lalu

perbuatannya itu diikuti oleh para sahabat yang lain. Sebab lahir (sabab al-wurud) ini tidak

membataskan hadis memulakan sunnah yang baik kerana lafaznya adalah umum tetapi

memberikan pemahaman tentang apakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai

memulakan sunnah yang baik.461

460 Perkara ini telah dijelaskan secara mendalam dalam pelajaran pertama buku ini.
461 Kaedah ilmu Usl al-Fiqh menyebut, “Pemahaman (atau hukum) diambil daripada keumuman lafaz dan bukan
kekhususan sebab”.

Namun apabila bertembung antara dua hadis, di mana hadis yang pertama lahir tanpa apa-apa sebab (tiada
asbab al-wurud) sementara hadis kedua lahir kerana sesuatu sebab (sabab al-wurud), maka diunggulkan hadis yang
pertama di atas hadis yang kedua. Hadis yang kedua dibataskan pemahaman atau hukumnya berdasarkan sebab
lahirnya, meskipun lafaznya adalah umum.

Pun begitu jika dapat diamalkan kedua-dua hadis yang saling bertembung itu, ia adalah lebih baik. Maka dalam
penjelasan di atas, saya cuba untuk mengamalkan kedua-dua hadis terbabit. Maka hadis sesiapa yang memulakan
sunnah yang baik adalah luas kepada memulakan atau menghidupkan apa-apa amalan yang asalnya memang
disyari’atkan dalam Islam, tanpa terbatas kepada amalan bersedekah sahaja. Namun hadis sesiapa yang memulakan
sunnah yang baik tidak boleh bererti mencipta bid’ah hasanah kerana semua jenis bid’ah dalam agama telah dilarang
oleh hadis pokok,

Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah
hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara
baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.

Di sini mungkin ada yang berhujah, hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik datang melalui
beberapa riwayat dan sebahagian daripadanya tanpa sabab al-wurud. Maka hadis ini tidak dipengaruhi oleh sabab al-
wurudnya.

Hujah ini dijawab bahawa sebahagian perawi ada yang meriwayatkan hadis bersama sabab al-wurudnya dan
sebahagian perawi lain meriwayatkan hadis yang seumpama tanpa sabab al-wurudnya. Apatah lagi hadis sesiapa yang
memulakan sunnah yang baik lahir dalam suasana para sahabat duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Dalam satu lafaz yang lain, ia berlaku selepas solat zohor berjemaah. Maka ada sahabat yang meriwayatkan
hadis ini bersama sabab al-wurudnya dan ada sahabat yang meriwayatkan hadis ini tanpa sabab al-wurudnya.

Oleh itu ketiadaan sabab al-wurud dalam sebahagian riwayat tidaklah menjadikannya umum tanpa sabab al-
393

Maka hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik hendaklah difahami di
bawah naungan hadis larangan bid’ah. Bererti memulakan sunnah yang baik bukanlah
mencipta bid’ah yang dianggap baik kerana semua bid’ah dalam syari’at Islam adalah buruk
lagi dilarang, tetapi bererti memulakan atau menghidupkan apa yang asalnya memang
disyari’atkan dalam Islam.

Berikut dikemukakan hadis sesiapa yang memulakan sunnah yang baik secara

lengkap bersama sebab lahirnya. Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anh menceritakan,

‫َجاءَ ََن ٌس ِم َن اْلَ ْعَرا ِب إَِل َر ُسوِل اللهِ َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم َعلَيِْهِم ال ُّصو ُف فََرأَى ُسوءَ َحاِْلِْم‬
.ٌ‫قَْد أَ َصابَْت ُه ْم َحا َجة‬

Sekumpulan manusia dari pedalaman datang menemui Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam. Mereka memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu. Lalu

(Rasulullah dapat) melihat keadaan mereka yang menyedihkan dan mereka ditimpa

dengan kesusahan sehinggalah sangatlah berhajat (kepada apa jua bantuan).

.‫ فَأَبْطَئُوا َعنْهُ َحَهّت ُرئِ َي َذلِ َك ِف َو ْجِهِه‬،‫فَ َح هث النها َس َعلَى ال هص َدقَِة‬

Maka (Rasulullah) menganjurkan orang ramai untuk bersedekah namun mereka

berlengah-lengah daripada melakukannya sehingga kelihatan (kekecewaan) di wajah

(Rasulullah).

‫عُِر َف‬ ‫َحَهّت‬ ‫تَتَابَعُوا‬ ‫ُثه‬ ،‫آ َخُر‬ َ‫َجاء‬ ‫ُثه‬ ،‫َوِرق‬ ‫ِم ْن‬ ‫بِ ُصهرة‬ َ‫َجاء‬ ‫اْلَنْ َصا ِر‬ ‫ِم َن‬ ‫َر ُجًَل‬ ‫ ُثه إِ هن‬:‫قَا َل‬
.‫ال ُّسُروُر ِف َو ْجِهِه‬

(Jabir melanjutkan), kemudian sesungguhnya seorang lelaki dari kalangan Anshor

datang dengan membawa sesuatu yang dibungkus dengan daun (untuk disedekahkan).

Kemudian datang seorang lagi (membawa sesuatu lain untuk disedekahkan). Kemudian

beberapa orang lain turut mengikuti (memberikan sedekah) sehingga jelas kelihatan

kegembiraan di wajah (Rasulullah).

،ُ‫ فَعُ ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،ً‫ َم ْن َس هن ِف اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬:‫فََقا َل َر ُسوُل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم‬

wurud kerana ketiadaan itu ditampung oleh riwayat yang memiliki sabab al-wurud.
394

،ً‫َسيِئَة‬ ً‫ُسنهة‬ ‫ِف اْلِإ ْسَلِم‬ ‫م ْنَوَمأَْْونَزا ِرَسِه ْهمن‬،ٌِ‫ُقَش ُْيصء‬ ‫ُجَووَِّرلِهيَْمْن‬،ُ‫َيمَْنْنُق عَُِصم َلِم ِِْنبَاأ‬ ‫ ِوَْوزَِّرل‬،ُ‫َعَعلَيِْمِهَلِمِثِْبَال‬ ‫ْج ِرُكتِ َم َْبن‬،َُ‫لَِِبهَُا ِمبَثْْعُلَد أه‬ ‫فَُكعُتِِمَبَل‬
.ٌ‫َش ْيء‬

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang memulakan

sunnah yang baik (hasanah) dalam Islam, maka baginya pahala dan pahala orang-orang

sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.

Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk (sayyi’ah) dalam Islam,
maka ke atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa
dikurangi dosa mereka walau sedikit jua.462

Kesepuluh, ada pun hadis-hadis yang menerangkan para sahabat radhiallahu 'anhum
membuat ibadah baharu di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia akan
dijelaskan dalam pelajaran akan datang insya-Allah.

Kesimpulannya, pemahaman yang benar adalah Pemahaman Pertama dan Kedua.
Bahkan ia saling menyokong dan melengkap antara satu sama lain. Adapun Pemahaman
Ketiga, ia bertentangan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis lain sehingga dengan itu ia
tertolak.

462 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang
membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan).

395

Mengkaji Amalan Ayatul Kursi Selepas Solat Fardhu

Apabila imam mengajar dan menganjurkan ahli qariahnya membaca Ayat al-Kursi
sebagai salah satu zikir selepas setiap solat fardhu dan beliau memastikan ia menjadi satu
kebiasaan di kalangan mereka, maka dia telah memulakan satu sunnah yang baik
sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن عَ ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬
Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahala
dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkan kebiasaan tersebut tanpa
dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.463

Ini kerana imam itu telah menghidupkan semula sesuatu yang memang disyari’atkan
kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda,

‫َم ْن قََرأَ آيَةَ ال ُكْرِس ِي ِف ُدبُِر ُك ِل َصَلَة َم ْكتُْوبَة ََلْ َيْنَ ْعهُ ِم ْن ُد ُخْوِل الجَنهِة اَِّله اَ ْن َيُْو َت‬

Sesiapa membaca Ayat al-Kursi setiap penghujung solat fardhu, tidak ada yang
menghalanginya daripada masuk syurga melainkan kematiannya.464

Akan tetapi jika imam mengajar dan menganjurkan ahli qariahnya membaca ayat 163
surah al-Baqarah,

.‫َوإَِْلُ ُك ْم إِلَهٌ َوا ِح ٌد َّل إِلَهَ إَِهّل ُهَو الهرْْحَ ُن الهرِحي ُم‬

Dan tuhan kalian adalah tuhan yang Satu, tidak ada tuhan selain-Nya, Dialah al-
Rahman dan al-Rahim sebelum membaca Ayat al-Kursi dan beliau memastikan ia menjadi
satu kebiasaan di kalangan mereka, maka dia telah memulakan sunnah yang buruk

463 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).
464 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 9848 dan dinilai sahih oleh al-Albani
dalam al-Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 972.

Ayat al-Kursi ialah ayat 255 surah al-Baqarah. Dubur solat atau penghujung solat lazimnya merujuk kepada
selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam. Akan tetapi bagi hadis ini, ia merujuk kepada selepas
solat kerana sedia maklum bahawa Ayat al-Kursi tidak dibaca ketika tasyahud akhir.

396

sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن‬،‫ َكا َن َعلَيِْه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه‬،ً‫َلِم ُسنهةً َسيِئَة‬.‫يَْن ُق َص َِموَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس‬

Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk dalam Islam, maka ke

atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi

dosa mereka walau sedikit jua.465

Ini kerana kerana membaca ayat 163 surah al-Baqarah sebelum membaca Ayat al-

Kursi dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai salah satu zikir sebelum

tidur, bukan sebagai salah satu zikir selepas solat fardhu. Maka ia merupakan satu ibadah

yang baharu. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah mengajar,

َ‫إِلَه‬ ‫َّل‬ ‫َوا ِح ٌد‬ ٌ‫إِلَه‬ ‫((َوإَِْلُ ُك ْم‬ ‫ِم ْن‬ ‫ت‬.‫ْنأَْرآبََِعخِرآَهََاي‬:‫َقَرَةِوالَثَهلَْيلَنْ َثَسآاََلْيُقْرآت َنِم‬،َ‫ِه َوآآَيََيةَ اتلْ ُِكمْرَنِسالِْيب‬،‫العِهنْرَِحدي َُممنَ)ا)ِم‬ َ‫َم ْن قََرأ‬ ‫ُهَو‬ ‫إَِهّل‬
‫الهرْْحَ ُن‬

Sesiapa yang membaca ketika (hendak) tidur beberapa ayat daripada surah al-

Baqarah, maka dia dianggap tidak melupakan al-Qur’an. Ayat-ayat itu ialah empat, yakni

“Dan tuhan kalian adalah tuhan yang Satu, tidak ada tuhan selain-Nya, Dialah al-Rahman

dan al-Rahim” (al-Baqarah 2:163) dan Ayat al-Kursi (al-Baqarah 2:255) (kedua-dua ayat

ini dibaca bersama dan dikira satu ayat) serta tiga ayatnya yang terakhir (al-Baqarah

2:284-286).466

465 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).

466 Sahih: Dikeluarkan oleh Sa’id bin Manshur dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, sanadnya
dinilai sahih oleh Sa’id bin ‘Abdullah Aali Hamid dalam semakannya ke atas al-Tafsir min Sunan Sa’id bin Mansur (al-
Maktabah al-Syamilah), hadis no.: 138.

Jika di kalangan pembaca ada yang mengetahui hadis yang menganjurkan membaca ayat 263 surah al-Baqarah
sebelum Ayat al-Kursi sebagai salah satu zikir selepas solat fardhu, harap dapat dikemukakan kepada saya. Jika ternyata
benar, maka saya akan menarik balik dan membetulkan kenyataan di atas.

397

Mengkaji Amalan Memagar Rumah

Dalam pelajaran ini marilah kita mengkaji dan membandingkan petua “memagar
rumah” daripada gangguan makhluk ghaib (jin, syaitan dan perbuatan sihir) dan makhluk
nyata (manusia jahat, dengki, haiwan bahaya).

Apabila ada agamawan yang memberi petua “memagar rumah” dengan membaca

Basmalah (yakni membaca Bismillah atau Bismillahir Rahmanir Rahim) ketika mengunci

pintu dan menutup tingkap serta ketika menutup bekas makanan dan minuman, maka dia

telah memulakan sunnah yang baik sebagaimana hadis,

‫ ِم ْن َغِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن عَ ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬

Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahala

dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkan kebiasaan tersebut tanpa
dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.467

Ini kerana agamawan itu telah menghidupkan semula sesuatu yang memang

disyari’atkan. Petua “memagar rumah” tersebut pernah diajar oleh Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam,

‫ا ْس َم‬ ‫َواذْ ُكُروا‬ ‫ُك ْم‬.َ‫ََِوبأًَِبطِْفُمئُْغوالًَقَما ََصوأَاْبِويُكواَح قُِكَربْم‬ ‫يَْفتَ ُح‬ ‫ااَّهلِْلس َمَولَاَْوّهللِأَفَْنِإ تهَنْعاُلر ُهضشْيواطَاَعلََنْيََهّلَا‬ ‫َوَِِخَُروأَواْغلِآنُقِيَوتَا اُكْْملَبََْووااذَُْكبُرَواواذاُْكْسُرَموا‬ ‫اَّهلِل‬
‫َشْيئًا‬

Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya

syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).

Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas

makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan

sesuatu di atasnya (seperti sudu) dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.468

467 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).

468 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3756/2012 (Kitab
al-Asyrabah, Bab perintah menutupi bekas…).

398

Sebaliknya apabila ada agamawan yang memberi petua “memagar rumah” dengan
membaca surah Yasin ke dalam sebotol air, lalu mencampurkan air itu dengan garam dan
lada hitam, kemudian direnjiskan di penjuru-penjuru rumah, atau apa-apa petua lain yang
seumpama, maka dia telah memulakan sunnah yang buruk sebagaimana hadis,

‫ ِم ْن َغِْْي أَ ْن‬،‫ َكا َن َعلَيِْه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه‬،ً‫َلِم ُسنهةً َسيِئَة‬.‫يَْن ُق َص َِموَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس‬
Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk dalam Islam, maka ke
atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi
dosa mereka walau sedikit jua.469

Ini kerana apabila seseorang itu meyakini bacaan surah Yasin dapat “masuk” ke
dalam air dan meyakini surah Yasin itu dapat “memagar rumah”nya, dia telah mencipta satu
keyakinan atau aqidah yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Selain itu
apabila bacaan surah Yasin yang diyakini “masuk” ke dalam air dan direnjis di penjuru-
penjuru rumah, maka dia telah menghina al-Qur’an dengan perbuatan tersebut.

469 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).

399

Mengkaji Ucapan al-Fatihah Sempena Berita Kematian

Apabila seorang ayah mengajar ahli keluarganya ucapan “Inna lillah wa inna ilaihi
rojiun” tatkala mendengar berita kematian atau ditimpa apa jua musibah sehingga menjadi
satu kebiasaan mereka semua, maka dia telah memulakan sunnah yang baik sebagaimana
hadis,

‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬
Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahala
dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkan kebiasaan tersebut tanpa
dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.470

Ini kerana ayah itu telah menghidupkan semula sesuatu yang memang disyari’atkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫َولَنَْبلَُونه ُك ْم بِ َش ْيء ِم َن اْْلَْو ِف َوالْجُوِع َونَْقص ِم َن اْلَْمَواِل َواْلَنُْف ِس َوالثهَمَرا ِت َوبَ ِشِر ال هصابِِري َن‬
Dan tentu akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sesuatu (dalam bentuk)
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (penyakit, kecacatan atau kematian) dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

.‫اله ِذي َن إِذَا أَ َصابَْت ُه ْم ُم ِصيبَةٌ قَالُوا إَِهن َِّهللِ َوإَِهن إِلَيِْه َرا ِجعُوَن‬

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,
“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada Dia-lah kami kembali.”

.‫أُولَئِ َك عَلَيِْه ْم َصلََوا ٌت ِم ْن َرِِبِْم َوَرْْحَةٌ َوأُولَئِ َك ُه ُم الْ ُم ْهتَ ُدوَن‬

Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat dari Tuhan mereka, dan
mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. [al-Baqarah 2:155-157]471

470 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab
al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah
atau kesesatan).
471 Maksud mendapat selawat daripada Allah ialah mendapat pujian daripada Allah. Demikian jelas Ibn Katsir
dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 157 surah al-Baqarah.

400


Click to View FlipBook Version