.الهرْْحَ ِن
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda – ketika jenazah Sa’ad
diletakkan – “Arasy al-Rahman bergegar kerananya.”180
Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda setelah Sa’ad bin Mu’adz
dikebumikan,
ُ فََفهرَج الله، ُش ِدَد َعلَيِْه، َوفُتِ َح ْت لَهُ أَبَْوا ُب ال هس َماِء،َْلََذا الَْعبْ ُد ال هصالِ ُح اله ِذي َتَهرَك لَهُ الَْعْر ُش
.َُعْنه
Inilah seorang hamba yang soleh, yang kerananya Arasy bergegar, dibukakan
baginya pintu-pintu langit, padahal pintu itu sukar dibuka tetapi Allah membukakan
untuknya. 181
Ketiga, Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh,
: فَبَلَ َغ ذَلِ َك النهِهب َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه َو َسلهَم فََقا َل، َما أَ َخهفَها: َوقَالُوا،ِه.ِإَِّهنَا َكانَفَْتطَِفَْتَقِمالُلْهُُمانَلْافَِمُقَلوئَِنَكِةُف َمِعَجنَُهاْمَزت
Orang-orang munafik mula (mengangkat) jenazah (Sa’ad bin Mu’adz) dan mereka
berkata, “Kenapakah ia amat ringan?” Perkataan mereka itu disampaikan kepada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda menjelaskan, “Sesungguhnya bersama mereka,
jenazah itu tidak lain turut diangkat oleh para malaikat.”182
Keempat, ‘Abdullah ibn ‘Umar berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,
:ُدفِ َن ِحَّي َوقَا َل .قَْب لَ َها اْلَْر َض وا.َُهاَماَسَوْعِطٌدئ،ُمَضَعاغْذطَِةَساْبلْعَُقْبوِرَنَّأَللْنَْفَلَف َمَتلَ ِمْنك أَ َسَحْعٌدِد ِمبْ ْنِن نََزَل لَِمْو ِت ُِسبْ َحا َنلَاَقَّْهلدل
لَِو انَْفلَ َت
180 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4513/2467 (Kitab Fadha’il al-Shohabah, Bab
keutammaan Sa’ad bin Mu’adz).
181 Sahih: Dikeluarkan Ahmad dan dinilai sahih li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 14505. al-Albani menilainya hasan dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah,
hadis no.: 3348.
182 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih
Ibn Hibban, hadis no.: 7032.
151
“Demi sesungguhnya telah turun sempena kematian Sa’ad bin Mu’adz tujuh puluh
ribu malaikat, mereka tidak pernah berjalan di atas bumi sebelum itu (bagi mengikuti
jenazah beliau).”
Dan baginda bersabda ketika (Sa’ad) dikebumikan, “Maha suci Allah! Seandainya
ada satu orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, nescaya (orang yang)
dibebaskan daripadanya ialah Sa’ad.”183
Demikian empat buah hadis sekitar kematian dan pengebumian Sa’ad bin Mu’adz
radhiallahu 'anh. Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa kematian
beliau menggegarkan Arasy, dibukakan pintu-pintu langit untuknya, malaikat turut
mengangkat jenazahnya, turut berjalan mengikuti jenazahnya dan seandainya ada satu
orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, orang itu ialah Sa’ad bin Mu’adz.
Empat hadis ini menyelisihi hadis daripada jalan Muhammad bin Ishaq yang
kononnya Rasulullah melakukan tahlil selepas dikebumikan Sa’ad bin Mu’adz. Ini kerana
sangat tidak mungkin jenazah semulia Sa’ad bin Mu’adz – sebagaimana yang dipersaksikan
oleh empat hadis di atas – disempitkan kuburnya. Bahkan ia menyelisihi hadis “Maha suci
Allah! Seandainya ada satu orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, nescaya
(orang yang) dibebaskan daripadanya ialah Sa’ad.”
Kesimpulannya, hadis tersebut adalah lemah lagi tertolak.
183 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Bazzar, dihimpun oleh al-Haitsami dalam Kasyf al-Astar ‘an Zawa’id al-Bazzar, hadis
no.: 2698. Juga dihimpun oleh al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id, hadis no.: 15691 dan beliau
berkata: “Riwayat al-Bazzar dengan dua sanad, dan para perawi salah satu daripadanya adalah para perawi yang sahih.”
al-Albani menilai sanadnya jayyid (bagus) dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3345. Maksud jayyid (bagus)
adalah darjatnya lebih tinggi daripada hasan tetapi lebih rendah daripada sahih. Maka ia di pertengahan antara hasan
dan sahih.
152
Bid’ah Dan Adab Kepada Rasulullah
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
بَْع ِض ُك ْم ِبلَْقْوِل َك َج ْهِر ُلَه َْت َهُروا َوَّل النهِِب َصْو ِت فَْو َق َّل تَْرفَعُوا أَ ْصَواتَ ُك ْم ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا لِبَ ْعض
.َوأَنْتُْم َّل تَ ْشعُُروَن أَ ْن َْتبَ َط أَ ْع َمالُ ُك ْم
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian meninggikan suara kalian di
atas suara Nabi dan janganlah kalian berbicara dengannya secara kuat sebagaimana
kalian berbicara antara satu sama lain dengan suara yang kuat. (Larangan ini) supaya
amalan-amalan kalian tidak terhapus sementara kalian tidak menyedarinya. [al-Hujurat
49:02]
Sekali lagi Allah memulakan ayat di atas dengan seruan “Wahai orang-orang yang
beriman…” Diulangi bahawa apabila Allah memulakan mana-mana ayat dengan seruan ini,
ia antara lain mengandung erti:
• Apa yang bakal menyusuli dalam ayat tersebut memiliki tuntutan yang menjadi
pengukur kepada kadar keimanan seorang muslim. Orang yang tinggi imannya akan
segera menyahut seruan dan bersungguh-sungguh memenuhi tuntutan ayat.
Sementara orang yang rendah imannya akan berlengah-lengah menyahut seruan,
bahkan mungkin langsung tidak mengendahkannya. Adapun tuntutan ayat, mungkin
ia diremehkan, dilanggar atau diselisihi.
• Kadar iman seorang muslim boleh naik dan turun. Seorang muslim yang menyedari
imannya dalam kadar yang rendah lalu ingin meningkatkannya, hendaklah dia
memberi perhatian kepada ayat-ayat yang dimulakan dengan seruan ini lalu segera
menyahutnya dan bersungguh-sungguh mengamalkannya. Nescaya dia akan merasai
peningkatan dan kemanisan iman.
Dalam ayat kedua surah al-Hujurat ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang daripada
meninggikan suara di atas suara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Allah juga melarang
daripada berbicara dengannya secara kuat sebagaimana kalian berbicara antara satu
sama lain dengan suara yang kuat.
Secara zahirnya kelihatan seolah-olah larangan dalam ayat kedua ini hanya dapat
153
diamalkan pada masa kehidupan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun bukankah
al-Qur’an ini merupakan sebuah kitab yang isi kandungannya untuk kita amalkan hingga ke
Hari Kiamat?
Sebenarnya ayat kedua surah al-Hujurat ini tetap wajib diamalkan meskipun selepas
kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Pengamalannya adalah seperti berikut:
• Apabila hadis Rasulullah sedang disampaikan, baik dalam Bahasa Arab atau
terjemahannya dalam apa-apa bahasa lain, janganlah meninggikan suara kalian di
atas suara orang yang sedang menyampaikannya. Meninggikan suara di atas orang
yang sedang menyampaikan hadis adalah seolah-olah meninggikan suara di atas
suara Nabi ketika baginda sedang bersabda pada masa hidup baginda.
• Apabila berlaku perbicaraan atau perbincangan yang melibatkan hadis-hadis
Rasulullah, hendaklah ia dilakukan dengan suara yang rendah dan penuh hormat. Ini
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat seterusnya,
ٌ ُّضوَن أَ ْصَواَُتُْم عِْن َد َر ُسوِل اَّهلِل أُولَئِ َك اله ِذي َن اْمتَ َح َن اَّهللُ قُلُوَِبُْم لِلتهْقَوى َْلُْم َم ْغِفَرة.ُإَِوأَهنْجالٌهرِذيَعَنِظييٌَمغ
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka apabila berada di
sisi Rasulullah, merekalah orang-orang yang Allah uji hati mereka dengan takwa.
Bagi mereka keampunan dan ganjaran yang agung (kerana lulus ujian tersebut).
[al-Hujurat 49:03]
Ini kerana perbicaraan yang melibatkan hadis-hadis Rasulullah, ia seolah-olah
perbicaraan yang sedang berlaku bersama Rasulullah pada masa hidup baginda.
Justeru jangan berbicara dengan suara yang kuat, apatah lagi untuk berdebat atau
bertengkar.
• Adab yang sama hendaklah juga diterapkan apabila membaca hadis-hadis Rasulullah,
baik yang bercetak di atas kertas atau di skrin komputer dan telefon. Hendaklah
hadis-hadis itu dibaca dengan hati yang khusyuk, rendah diri lagi bersedia untuk
mentaatinya. Jangan pula membaca dengan hati yang membantah lagi memberontak
kerana dibimbangi akan menyamai mereka yang meninggikan suara di atas suara
154
Rasulullah dan berbicara kepada baginda dengan suara yang kuat.
Adab apabila berinteraksi dengan hadis-hadis Rasulullah adalah seperti adab apabila
berinteraksi dengan al-Qur’an,
.َوإِذَا قُِر َئ الُْقْرآ ُن فَا ْستَ ِمعُوا لَهُ َوأَنْ ِصتُوا لَعَله ُك ْم تُْرَْحُوَن
Dan apabila dibacakan al-Qur’an, maka dengarlah akan bacaan itu dan berilah
perhatian, moga-moga dengan itu kalian memperoleh rahmat. [al-A’raaf 7:204]
Demikian juga Allah melarang daripada perdebatan yang melibatkan ayat-ayat al-
Qur’an kerana ia sikap orang-orang kafir,
.َما َُيَاِد ُل ِف آََي ِت اَّهللِ إَِهّل اله ِذي َن َكَفُروا
Tidak ada yang memperdebatkan ayat-ayat Allah kecuali orang-orang kafir.
[Ghafir 40:04]
Lawan kepada perdebatan adalah melakukan perbicaraan yang melibatkan ayat-ayat
al-Qur’an dengan suara yang rendah dan penuh hormat.
Di sini tentu timbul soalan, “Apakah kaitan ayat kedua surah al-Hujurat dengan
bid’ah?”
Pengalaman saya, apabila cuba dinasihati dan ditegur para pencipta dan pengamal
bid’ah dengan membacakan hadis-hadis Rasulullah tentang larangan bid’ah, sebahagian
mereka akan meninggikan suara di atas suara saya dalam rangka membantah hadis
tersebut. Bahkan belum pun hadis itu habis dibaca, mereka telah memotong dan berhujah
bagi menolaknya dengan pelbagai tafsiran dan takwilan.
Kadangkala perbicaraan yang melibatkan hadis-hadis yang melarang bid’ah bermula
dengan tenang. Akan tetapi perlahan-lahan ia semakin menjadi kuat dan panas, mengarah
kepada perdebatan dan perbalahan. Maka perbicaraan itu saya hentikan kerana teringat
kepada larangan Allah dalam ayat kedua surah al-Hujurat di atas.
Ayat kedua surah al-Hujurat ini dimulakan dengan seruan Wahai orang-orang yang
beriman…, menunjukkan bahawa larangan janganlah kalian meninggikan suara kalian di
atas suara Nabi dan janganlah kalian berbicara dengannya secara kuat adalah pengukur
155
kepada kadar iman seorang muslim. Seorang muslim yang tinggi imannya akan selalu
menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, baik
dalam topik bid’ah ataupun apa-apa yang lain. Adapun muslim yang rendah imannya, dia
akan meremehkan larangan ini dengan tidak menjaga adabnya apabila mendengar,
berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah.
Bagi muslim yang meremehkan larangan tersebut sehingga tidak menjaga adabnya
apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, Allah mengancamnya
dengan, (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus sementara kalian
tidak menyedarinya.
Di sini timbul soalan, kenapa Allah memberi ancaman yang sangat berat kepada
orang yang tidak menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis
Rasulullah?
Apatah lagi di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah, hukuman “dihapuskan semua
amalan” hanya berlaku ke atas orang beriman yang jatuh kafir, sebagaimana firman-Nya,
.َوَم ْن يَ ْكُفْر ِبْلِإَيَا ِن فََق ْد َحبِ َط عَ َملُهُ َوُهَو ِف اْل ِخَرةِ ِم َن اْْلَا ِسِري َن
Dan sesiapa yang kafir sesudah dia beriman, maka sesungguhnya hapuslah
amalnya dan adalah dia pada Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [al-Maidah
5:05]
Jawapannya, seorang muslim itu akan terhapus amalan-amalannya apabila dia bukan
sekadar tidak menjaga adab apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis
Rasulullah, tetapi dia juga menentang dan membantahnya. Penentangan dan bantahan pula
berlaku dalam suasana hadis itu disepakati kesahihannya, dia memahami hadis tersebut
tanpa keraguan dan dia menyedari hukuman kafir ke atas orang yang membantah
keputusan atau ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
نُوَن َحَهّت َُيَكِ ُموَك فِي َما َش َجَر بَْينَ ُه ْم ُثه َّل َِي ُدوا ِف أَنُْف ِسِه ْم َحَر ًجا ِِمها.قَ َضْي َتفََوَيُل َسَلِوَرُبمِواَكتَ َّْسللِييًُمْاؤِم
156
Maka tidaklah, demi Tuhan kamu, tidaklah mereka beriman sehingga mereka
menjadikan engkau (Wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang
timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa dalam diri mereka sesuatu
keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu
dengan hati yang tenang. [al-Nisa’ 4:65]
Penafian dua kali dalam ayat di atas diikuti dengan sumpah Allah, yakni pada firman-
Nya Maka tidaklah, demi Tuhan kamu, tidaklah mereka beriman… menunjukkan bahawa
yang dimaksudkanlah bukanlah tahap iman yang rendah, tetapi ketiadaan iman dalam diri
orang yang enggan menerima keputusan mahupun apa-apa hukum syari’at daripada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Justeru ancaman (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus
memberi peringatan kepada semua muslim agar menjaga adab apabila mendengar,
berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, baik dalam topik bid’ah atau selainnya.
Dibimbangi jika ancaman ini dipandang ringan, seorang muslim itu bukan sahaja tidak
menjaga adab, tetapi bertahap-tahap beralih kepada sikap menentang dan membantah
hadis Rasulullah. Maka pada ketika ini mereka jatuh kafir dan terhapus semua amalan yang
pernah dilakukan sebelum itu sementara kalian tidak menyedarinya.
Selain itu, meskipun ancaman (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak
terhapus terletak di hujung ayat kedua surah al-Hujurat, saya berpendapat ia turut
merangkumi ayat pertama surah al-Hujurat. Yakni ke atas firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala,
.ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]184
Ini kerana apabila seseorang itu mendahului Allah dan Rasul-Nya dalam mencipta
bid’ah dengan keyakinan bahawa dirinya layak berbuat sedemikian, dia telah menyekutukan
184 Penjelasan bagi ayat ini dan kaitannya dengan bid’ah telah dijelaskan dalam bab sebelum ini.
157
Allah sebagai satu-satu Pembuat Syari’at. Perbuatan dan keyakinannya itu telah
memasukkan dirinya dalam firman Allah,
.ُأَْم َْلُْم ُشَرَكاءُ َشَرعُوا َْلُْم ِم َن ال ِدي ِن َما ََلْ ََيْذَ ْن بِِه اَّهلل
Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan (atau sekutu-sekutu) selain
Allah yang mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah?
[al-Syura 42:21]185
Sesiapa yang menyekutukan Allah baik dalam mencipta bid’ah atau apa-apa
keyakinan dan perbuatan syirik yang lain, maka terhapus jugalah semua amalannya
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.َولََق ْد أُوِح َي إِلَيْ َك َوإَِل اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ َك لَئِ ْن أَ ْشَرْك َت لَيَ ْحبَطَ هن عَ َملُ َك َولَتَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن
Dan demi sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan
kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau
mempersekutukan (Allah) tentulah akan gugur amalan kamu, dan menjadilah engkau
dari orang-orang yang rugi.” [al-Zumar 39:65]
Semoga Allah memelihara kita daripada termasuk dalam ayat pertama dan kedua
surah al-Hujurat.
185 Penjelasan bagi ayat ini dan kaitannya dengan bid’ah telah dijelaskan dalam pelajaran sebelum ini.
158
Bid’ah Dan Bahaya Ditimpa Fitnah
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيَالُِفوَن َع ْن أَْمِرهِ أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَةٌ أَْو يُ ِصيبَ ُه ْم عَ َذا ٌب أَلِيٌم
Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan
ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63]
Terhadap ayat ini, Abu Syamah rahimahullah (665H)186 mengemukakan sebuah kisah
daripada Muhammad bin al-Dhahhak,
من أَيْن احرم؟:أَن رجَل َجاءَ اَل َمالك بن أنس فََقا َل
Bahawa seorang lelaki datang menemui (Imam) Malik bin Anas lalu bertanya,
“Daripada manakah dimulakan ihram?”
.ُ من الْ ِميَقات اله ِذي َوقت َر ُسول الله (صلى الله عَلَْيِه َوسلم) َوأحرم ِمنْه:فََقا َل
Malik menjawab, “Daripada miqat-miqat yang ditentukan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sendiri memulakan ihram daripadanya.”
فَإِن أَحرمت من أبعد ِمنْهُ؟:فََقا َل الرجل
Lelaki itu bertanya, “Jika aku mulakan ihram daripada tempat yang lebih jauh
daripadanya?”
. َّل أرى ذَلِك:فََقا َل َمالك
Malik menjawab, “Aku tidak menemui (hadis yang mensunnahkan) sedemikian.”
َما تكره من َذلِك؟:فََقا َل
Lelaki itu bertanya, “Apakah kamu membenci yang sedemikian?”
. أكره َعلَيْك الِْفْتنَة:قَا َل
Malik menjawab, “Aku benci fitnah yang akan menimpa kamu.”
186 Beliau ialah Abdurrahman bin Ismail bin Ibrahim, dilahirkan di Dimasq, Syria pada 596H. Di mukanya terdapat
banyak tahi lalat, maka dari situlah beliau mendapat gelaran Abu Syamah. Seorang ahli imu dalam Mazhab al-Syafi’e,
dikatakan beliau merupakan guru kepada al-Nawawi (676H). Meninggal dunia pada 665H.
159
َوأي فْتنَة ِف ازدَيد اْْلَْْي؟:قَا َل
Lelaki itu bertanya, “Apakah (aku akan ditimpa) fitnah padahal aku hanya
menambah kebaikan?”187
ٌله َوتَأعَايَفلْتنيََةُق أولكب(ر(فمَْليَن أَْحنهَذِرك الهخِذيصَنصَُيَالتُِفبِوفَنضَعلْنَلأَْمَِيرِْهتَ أَ ْنص تُبِِهِصيَربَُسُهوْملفِْتالنَلةه.أَ(ْوصيُل ِىصيباَفَللُهَقهاْمَلَعلََعيَْمَذِهاالَوٌبكسألَلفَِميإِ)ٌمن؟)ا)ل
Malik menjawab, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman,
Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa
fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63]
Apakah fitnah yang lebih besar daripada tindakan kamu yang menentukan (miqat)
yang lebih (jauh), yang tidak ditentukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?188
Dalam sebuah riwayat lain, Malik bin Anas membacakan ayat 63 surah al-Nur lalu
berkata,
َوأي فْتنَة أعظم من أَن ترى أَن اختيارك لنَفسك خْي من ا ْختِيَار الله َوَر ُسوله؟
Dan apakah fitnah yang lebih dahsyat daripada anggapan kamu bahawa apa yang
kamu pilih untuk dirimu sendiri adalah lebih baik berbanding pilihan Allah dan Rasul-
Nya?189
Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan ayat 63 surah al-Nur ini sebagai,
َوقَْولُهُ ((فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيالُِفوَن عَ ْن أَْمِرِه)) أَ ْي عَ ْن أَْمَر َر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه
187 Ayat di atas saya gariskan kerana alasan yang sama lazim dikemukakan oleh para pencipta dan pengamal bid’ah
masa kini, bahawa mereka tidak lain hanyalah melakukan kebaikan atau menambah kebaikan. Maka perhatikanlah apa
jawapan Malik bin Anas seterusnya.
188 Riwayat Abu Bakar al-Khallal rahimahullah (331H) dalam al-Jami’ dan dikemukakan oleh Abu Syamah dalam
al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (( )الباعث على إنكار البدع والحوادثal-Maktabah al-Syamilah), ms. 21.
Terjemahan harfiyah bagi ayat terakhir di atas adalah “Apakah fitnah yang lebih besar daripada tindakan kamu
yang mengkhususkan (miqat) yang lebih (jauh), yang tidak dikhususkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”
Namun saya menterjemahan “khusus” sebagai “tetap” sebagaimana di atas kerana ia lebih tepat mewakili apa yang
dimaksudkan oleh Malik bin Anas.
189 Riwayat Abu Bakar al-Khallal rahimahullah (331H) dalam al-Jami’ dan dikemukakan oleh Abu Syamah dalam
al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (( )الباعث على إنكار البدع والحوادثal-Maktabah al-Syamilah), ms. 21-22.
160
،َُو َسلهَم َوُهَو َسبِيلُهُ َوِمْن َها ُجهُ َوطَِريَقتُهُ َو ُسنهتُهُ َو َشِري َعتُه
Firman Allah Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah
takut bermaksud, (menyelisihi) perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dari
aspek jalannya, manhajnya, jalurnya, sunnahnya dan syari’atnya.
َوَما َخالََفهُ فَ ُهَو َمْرُدوٌد، فََما َوافَ َق ذَلِ َك قُبِ َل،َما ُل ِبَقْ َوالِِه َوأَ ْع َمالِِه، اَكْالَئِقْنًاَوا َُملا َواَكْالََنْع،قَائِلِِه َوفَفاَتُعِولَِزِهُن
Maka semua perkataan dan amalan ditimbang dengan perkataan dan amalan
Rasulullah. Apa yang selari maka diterima dan apa yang menyelisihi maka ditolak, baik
perkataannya mahupun perbuatannya, siapapun orang itu.
((َم ْن قَا َل ُأَنهه وسلم عَلَْي ِه ُاَّهلل َصلهى ِاَّهلل َر ُسوَل أَ هن َِهَا.لَثْيَبَ َسَتعَِلَفْيِهالأَْمهصُرََِنحيفََُحهَّْوِيَرٌَدّو)َغ)ِْْي َك َما عَ ِم َل
َع َمًَل
Ini sebagaimana yang sabit dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) dan
selainnya bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Sesiapa yang beramal
dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak.
))ٌِريعَةَ الهر ُسوِل َِب ِطنًا أَْو ظَا ِهًرا ((أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَة. ْحِمَذْنْر ُكوْلفير ْخأَْوَشنَِفَما ْنق أََخْوالَبَِْدفَعةَش،َوِِبِفَْمْلي: ِفأَقُْلُي:أَ ْي
Dalam erti kata lain, hendaklah orang yang menyelisihi syari’at Rasulullah, secara
zahir dan batin berhati-hati dan takut akan ditimpa fitnah dalam hati mereka dalam
bentuk kekufuran, kemunafikan atau bid’ah.190
Adapun firman Allah akan ditimpa fitnah, fitnah yang dimaksudkan dapat dirujuk
kepada ayat-ayat yang lain,
.فَلَ هما َزاغُوا أََزا َغ اَّهللُ قُلُوَِبُْم َواَّهللُ َّلَ يَْه ِدي الَْقْوَم الَْفا ِسِقَّي
Maka ketika mereka berpaling, Allah palingkan hati mereka (daripada mendapat
hidayah) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik. [al-
190 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (Maktabah Syamilah), tafsir ayat 63 surah al-Nur.
161
Saff 61:05]
قُلُوِِبِ ْم عَلَى َجعَْلنَا إَِهن ُيَ َداه يََمْاهتَقَُدهدواَم إِ ًذْات َِِوبقًََْيرا َِتوإِ َْنربِِهتَْدفَأَعُْعُهَرْم إَِضَل َعاْنْلَُهَدا َىونَفَِلسَ َْني أَ ْنَوَيمَْفْنَقأَُهظْوهلَُُمَوِِِمهف ْنآ َذاذُِْكِنَِْرم ًأَكِنهة
.أَبَ ًدا
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah
dikerjakan oleh kedua tangannya?
Sesungguhnya (disebabkan sikap tersebut) Kami letakkan tutupan di atas hati
mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di
telinga mereka (sehingga) jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka
tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. [al-Kahf 18:57]
Antara peraturan Allah Subhanahu wa Ta'ala (sunnatullah) adalah sesiapa yang
berpaling daripada-Nya atau Rasul-Nya, maka Allah akan memalingkan hati orang tersebut
daripada hidayah-Nya.
Oleh itu anda akan dapati orang yang pada mulanya mengamalkan satu bid’ah
sementara dia menyedarinya,191 lama kelamaan dia akan mengamalkan semakin banyak
bid’ah. Orang yang pada awalnya menyelisihi satu sunnah sementara dia menyedarinya,
lama kelamaan dia akan menyelisihi semakin banyak sunnah Rasulullah.
Anda juga akan dapati orang yang mengamalkan bid’ah, dia amat sukar untuk
memahami ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Rasulullah dan penjelasan tentang bid’ah. Ayat
demi ayat, hadis demi hadis dan penjelasan demi penjelasan dikemukakan, semuanya gagal
difahami. Mereka meneruskan amalan bid’ah seolah-olah ia sesuatu yang dibolehkan lagi
disukai oleh agama.
Inilah fitnah yang dimaksudkan.
Bahkan fitnah itu mungkin datang dalam bentuk yang lebih dahsyat, yakni apabila
Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi kuasa dan kemudahan kepada dia membesar-besarkan
bid’ah tersebut sehingga dia sangka dirinya berada di atas pertolongan Allah. Padahal itu
191 Maksudnya, dia mengetahui perkara itu adalah bid’ah namun dia tetap meneruskannya atas alasan “Bid’ah
yang baik”, atau “Apa salahnya?”, atau “Nabi tak buat tetapi Nabi tak kata jangan buat”, atau “Ulama kata boleh buat”.
162
hanyalah umpan atau istidraj.192 Amaran Allah 'Azza wa Jalla,
ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع غََْْي َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه.َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke
dalam Neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115]
Berkata Ibn Katsir rahimahullah (774H),
،ََوَاولَم ْهشنْرعَُسلَِفَك ِشَغقْْي :أَِشْيق ْلَُصَداَرى)ِ)ف.هُلَهُفَا،َْم ادل(هِ(ِمتَونَْمهَُْجنبَاْعءيََُدَِِشَمباَااقِِاقظلَهَرهالَُرسهرولَُسُهُلواَلْْلَصَلهُِمّقْىنَواتَبََبَّهلْعلهَُِّيدعَلَلََمهيُْاِهَوتاَتَبَهوهَّسََضيلهَمَحل:الَعَوقهَشْنِْرويلَُعهُعَِة طَِري ِق
َوذَلِ َك
Firman Allah Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang
nyata kepadanya kebenaran petunjuk bermaksud sesiapa yang menempuh jalan selain
jalan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka dia berada di
satu belahan sementara syari’at Islam berada di belahan lain. Yang sedemikian
disengajakan olehnya sesudah dinyatakan, dijelaskan dan diberikan pencerahan
kepadanya tentang kebenaran.193
Berbeza dengan orang yang menerima hidayah, maka Allah akan menambah
hidayah-Nya kepada orang tersebut.
Oleh itu anda akan dapati orang yang pada mulanya menemui satu sunnah Rasulullah
lalu mengamalkannya, Allah akan menunjukinya kepada lain-lain sunnah dan dia akan
mengamalkan semakin banyak sunnah. Orang yang pada awalnya meninggalkan satu bid’ah,
Allah akan membimbingnya untuk meninggalkan lain-lain bid’ah.
Demikianlah peraturan Allah Subhanahu wa Ta'ala (sunnatullah) sebagaimana
192 Maksud istidraj akan dijelaskan seterusnya, insya-Allah.
193 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (Maktabah Syamilah), tafsir ayat 115 surah al-Nisa’.
163
firman-Nya,
.َويَِزي ُد اَّهللُ اله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا ُه ًدى
Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan
hidayah. [Maryam 19:76]
.َواله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا َزاَد ُه ْم ُه ًدى َوآََت ُه ْم تَْقَوا ُه ْم
Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan
hidayah serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa. [Muhammad
47:17]
Akhir kata, berdasarkan firman Allah Maka hendaklah orang-orang yang
menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih.
[al-Nur 24:63], hendaklah kita semua menjauhi bid’ah, baik yang kecil mahu besar. Ini
kerana sesiapa yang mencipta, meyakini atau mengamalkan satu bid’ah, baik yang kecil
mahupun besar, Allah akan menimpakan fitnah ke atasnya sehingga satu bid’ah itu
berkembang biak kepada pelbagai bid’ah.
164
Istidraj Dan Bid’ah
Istidraj adalah kelebihan rezeki, nikmat atau kesenangan yang Allah berikan kepada
orang yang bermaksiat kepada-Nya, hanya untuk diazab oleh Allah pada hari kemudian.
Dalam bahasa yang mudah, ia disebut sebagai “umpan”. Ia seperti umpan yang
digantung di mata kail orang yang memancing di mana seekor ikan akan menyangka ia
adalah nikmat makanan untuknya. Namun ternyata pada akhirnya ia adalah padah baginya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyebut tentang istidraj dalam
sabda baginda,
. فَِإَّهنَا ُهَو ا ْستِ ْدَرا ٌج،إِذَا َرأَيْ َت اللهَ يُْع ِطي الْعَْب َد ِم َن ال ُّدنْيَا عَلَى َم َعا ِصيِه َما َُِي ُّب
Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba daripada
(pelbagai nikmat) dunia yang disukainya padahal dia terus bermaksiat kepada-Nya, maka
itu tidak lain adalah istidraj.
أَبَْوا َب ُك ِل َعلَْيِه ْم فَتَ ْحنَا بِِه ذُكُِروا .َذا((ُهفَْملَ همُمابْلِنَُسُسوواَن)َم)ا:ِأُوتَُصلهواىأَ اَخللْهذََُنَعُهلَْيْمِهبََْغوتََةًسلهفََمإ ِالله َرفَُِسر ُوحُولا ُثه تََل
ِِبَا َحَهّت إِذَا
َش ْيء
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca ayat al-Qur’an, “Maka
tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun
membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka
bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara
mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” [al-An’aam 6:44]194
Orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia sebenarnya
menentang ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dia meyakini bid’ahnya itu lebih
baik, lebih menyempurnakan dan lebih sesuai untuk Islam dan umatnya. Bid’ah adalah salah
satu bentuk maksiat dan orang yang melazimi bid’ah dibimbangi akan dikenakan istidraj
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dibimbangi orang tersebut akan masuk dalam firman Allah,
194 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan ia dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 17311. Sementara itu al-Albani menilainya sahih, rujuk penjelasan beliau di
Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 413.
165
ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع غََْْي َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه.َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke
dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali. [al-Nisa’ 4:115]
Oleh itu anda akan dapati, orang-orang yang melazimi bid’ah seolah-olah diberikan
kekuasaan, kemudahan dan keluasan untuk mempraktikkan dan menyebarkan bid’ah
mereka. Bahkan kekuasaan mereka itu menyebabkan orang-orang yang melazimi sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam disekat dan dihimpit.
Mungkinkah mereka - orang-orang yang melazimi bid’ah – sudah masuk dalam
firman Allah Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang
dipilihnya ?
Hanya Allah yang mengetahui.
166
Pembuat Dan Pengamal Bid’ah Sukar Bertaubat
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
.إِ هن اَّهللَ َح َج َب التهْوبَةَ َع ْن َصا ِح ِب ُك ِل بِْدعَة
Sesungguhnya Allah menghijab taubat daripada setiap pembuat dan pengamal
bid’ah.195
Hadis ini memberi peringatan serta amaran kepada setiap pembuat dan pengamal
bid’ah. Ia dapat dirincikan sebagai berikut. Pertama, ia tidak bermaksud Allah menghalang
taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah, tetapi menyukarkan taubat daripada
mereka. Ini sebagaimana orang yang ditutupi hijab sukar untuk melihat di luar hijabnya.
Kedua, kesukaran untuk bertaubat berlaku kerana sudah menjadi sunnatullah
(peraturan Allah) bahawa sesiapa yang berpaling daripada ayat-ayat Allah atau hadis-hadis
Rasulullah, maka Allah akan palingkan dan tutupkan hatinya. Perhatikan firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala berikut ini,
.فَلَ هما َزاغُوا أََزاغَ اَّهللُ قُلُوَِبُْم َواَّهللُ َّلَ يَْه ِدي الَْقْوَم الَْفا ِسِقَّي
Maka ketika mereka berpaling, Allah palingkan hati mereka (daripada mendapat
hidayah) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik. [al-
Saff 61:05]
قُلُوِِبِ ْم عَلَى َج َعلْنَا يََداهُ إَِهن يََمْاهتَقَُدهدواَمإِذًْات َِِوبقًََْيرا َِتوإِ َْنربِِهتَْدفَأَعُْعُهَرْم إَِضَل َعاْنْلَُهَدا َىونَفَِلسَ َْني أَ ْنَوَيمَْفْنَقأَُهظْوهلَُُمَوِِِمهف ْنآ َذاذُِْكنَِِْرم ًأَكِنهة
.أَبَ ًدا
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah
dikerjakan oleh kedua tangannya?
195 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.: 4202 dan al-Baihaqi dalam Sya’bu
al-Iman, hadis no.: 9011. Dihimpun oleh al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id, hadis no.: 17457
dan beliau berkata, “Riwayat al-Thabarani dalam al-Ausath, para perawinya adalah perawi yang sahih kecuali Harun bin
Musa al-Farwiy, dia seorang yang dipercayai.” Dihimpun oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan beliau
berkata, “Riwayat al-Thabarani dan sanadnya adalah hasan.” al-Albani menilainya sahih dalam Silsilah al-Ahadits al-
Shahihah, hadis no.: 1620 dan Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 54.
167
Sesungguhnya (disebabkan sikap tersebut) Kami letakkan tutupan di atas hati
mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di
telinga mereka (sehingga) jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka
tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. [al-Kahf 18:57]
Dalam kes ini, Allah dan Rasulullah telah melarang daripada mencipta, meyakini atau
mengamalkan bid’ah namun larangan itu tidak dipedulikan. Maka Allah palingkan dan
tutupkan hati para pembuat dan pengamal bid’ah daripada bertaubat.
Berbeza bagi sesiapa yang menuruti ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah, maka
sunnatullah (peraturan Allah) ialah Allah menambah hidayah kepadanya. Ini sebagaimana
firman-Nya,
.َويَِزي ُد اَّهللُ اله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا ُه ًدى
Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan
hidayah. [Maryam 19:76]
.َواله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا َزاَد ُه ْم ُه ًدى َوآََت ُه ْم تَْقَوا ُه ْم
Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan
hidayah serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa. [Muhammad
47:17]
Ketiga, jika sesiapa dari kalangan pembuat dan pengamal bid’ah ingin bertaubat,
Allah tetap akan membuka hijab taubat, mempermudahkan taubatnya dan menerima
taubatnya. Oleh itu janganlah ragu-ragu atau berputus asa untuk bertaubat dan
mengharapkan keampunan Allah, sebesar mana atau sebanyak mana bid’ah yang telah
dibuat atau diamalkan. Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
له ِذي َن أَ ْسَرفُوا َعلَى أَنُْف ِسِه ْم َّل تَْقنَطُوا ِم ْن َرْْحَِة اَّهللِ إِ هن اَّهللَ يَغِْفُر ال ُّذنُو َب ََِجيعًا.إِنههُ ُهَو اقُلْْغلَُفََيوُر ِعابَلاهرِدِحيَيُم ا
Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan pelbagai kemaksiatan, termasuklah bid’ah), janganlah kalian
berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
168
semuanya (apabila kalian bertaubat). Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. [al-Zumar 39:53]
Hadis Sesungguhnya Allah menghijab taubat daripada setiap pembuat dan
pengamal bid’ah dapat juga dilihat dan difahami dari sudut yang lain. Ia seperti berikut.
Faktor pendorong bagi seseorang itu bertaubat ialah adanya rasa bersalah
melakukan maksiat, yakni rasa bersalah menderhakai larangan Allah dan Rasulullah. Oleh
itu orang-orang yang melakukan maksiat seperti judi, minum arak, zina, makan riba,
menonton gambar serta video lucah dan pelbagai lagi, jauh di satu sudut hati mereka wujud
rasa bersalah kerana menderhakai larangan Allah dan Rasulullah, serta keinginan agar pada
satu hari nanti mereka memiliki kekuatan untuk bertaubat.
Berbeza dengan para pembuat dan pengamal bid’ah, mereka tidak berasa sedang
melakukan maksiat. Mereka meyakini apa yang mereka buat dan amalkan itu adalah baik,
bahkan lebih baik daripada apa yang Allah dan Rasulullah telah syari’atkan. Maka atas
keyakinan yang palsu ini, mereka tidak berasa sedang melakukan kesalahan, apatah lagi
untuk dikatakan sedang melakukan kemaksiatan. Disebabkan tidak wujudnya rasa bersalah
itu, maka mereka tidak bertaubat kepada Allah daripada amalan bid’ah tersebut.
Oleh kerana itulah diriwayatkan sebuah kata-kata yang masyhur daripada Sufyan al-
Tsauri rahimahullah (161H),196
. َوالْبِ ْد َعةُ َّل يُتَا ُب ِمْن َها، الْ َمْع ِصيَةُ يُتَا ُب ِمْن َها،الْبِ ْدعَةُ أَ َح ُّب إَِل إِبْلِي َس ِم َن الْ َم ْع ِصيَِة
Bid’ah lebih dicintai oleh iblis berbanding maksiat, kerana maksiat dapat
diharapkan taubat daripadanya sementara bid’ah tidak dapat diharapkan taubat
daripadanya.197
Maksudnya, iblis dan para syaitan lebih mencintai bid’ah berbanding maksiat kerana
para pembuat dan pengamal bid’ah tidak rasa bersalah mencipta, meyakini atau
196 Beliau ialah Sufyan bin Sa'id bin Masruq, lahir pada 76H dan meninggal dunia pada 161H di Basrah. Seorang
tabi’ tabi’in yang merupakan ahli hadis, ahli fiqh dan lain-lain bidang ilmu. Ada yang berkata beliau memiliki mazhab
tersendiri sebagaimana al-Syafi’e, Malik bin Anas, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal.
197 Dikeluarkan Ibn Ja’d ( )عليى بن ال َج ْعدdalam Musnadnya, hadis no.: 1809, al-Lalika’e dalam Syarh Ushul ‘Aqidah
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, riwayat no.: 238, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, jld. 7, ms. 76 dan al-Baghawi dalam
Syarh al-Sunnah, jld. 1, ms. 216. Pemilik blog Abu al-Jauzaa menyatakan bahawa riwayat ini sanadnya lemah, tetapi
maksudnya benar. Sila rujuk http://abul-jauzaa.blogspot.com
169
mengamalkannya. Maka mereka akan berterusan mencipta, meyakini atau mengamalkan
bid’ah tanpa ada rasa keinginan untuk bertaubat. Berbeza dengan para pembuat dan
pengamal maksiat, mereka sedikit sebanyak ada rasa bersalah sehingga ingin agar dapat
bertaubat pada satu hari nanti.
Justeru itu pengajaran penting daripada hadis Sesungguhnya Allah menghijab
taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah adalah menjauhi bid’ah sejak dari
awal meskipun sekecil-kecil bid’ah. Ini kerana jika sudah terjebak, maka sukar untuk
bertaubat dan keluar daripadanya.
Mana Lebih Utama, Larang Bid’ah atau Larang Arak?
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
.ُكْنتُْم َخَْْي أُهمة أُ ْخِرَج ْت لِلنها ِس ََتُْمُرو َن ِِبلْ َم ْعُرو ِف َوتَْن َهْو َن عَ ِن الْ ُمْن َكِر َوتُْؤِمنُو َن ِِبَّهلِل
Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia (disebabkan) kalian
menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran serta kalian beriman
kepada Allah. [‘Ali Imran 3:110]
Dalam ayat di atas Allah menerangkan tiga ciri umat yang terbaik, yakni (1) menyuruh
kepada kebaikan, (2) melarang daripada kemungkaran dan (3) beriman kepada Allah. Jika
umat Islam hanya mengamalkan satu atau dua daripada ciri-ciri di atas, maka akan hilanglah
ciri umat terbaik tersebut.
Misalnya seperti apa berlaku pada masa kini di mana ramai umat Islam yang beriman
kepada Allah tetapi amat sedikit yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada
kemungkaran. Maka umat Islam masa kini bukanlah sebaik-baik umat yang dilahirkan
untuk manusia.
170
Antara menyuruh kepada kebaikan ialah menyuruh umat Islam agar mempelajari
sunnah, mengamalkan sunnah dan berpegang teguh kepada sunnah. Ini sebagaimana pesan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.فَ َعلَْي ُك ْم بِ ُسنهِت َو ُسنهِة اْْلُلََفاِء الْ َم ْه ِديَِّي الهرا ِش ِدي َن َتَ هس ُكوا ِِبَا َو َع ُّضوا َعلَْي َها ِبلنهَوا ِج ِذ
Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah
yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan
gigi geraham.198
Antara melarang daripada kemungkaran ialah melarang umat Islam daripada bid’ah
dengan menerangkan apakah itu bid’ah, di manakah bahayanya bid’ah dan kepentingan
menjauhi bid’ah meskipun yang kecil atau samar-samar. Ini sebagaimana pesan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,
.ٌَوإَِهي ُك ْم َوُُْم َدََث ِت اْلُُموِر فَِإ هن ُك هل ُُْم َدثَة بِْدعَةٌ َوُكله بِْد َعة َضَللَة
Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap
perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. 199
Apabila umat Islam meninggalkan suruhan kepada sunnah dan larangan daripada
bid’ah, maka hilanglah ciri-ciri umat terbaik yang Allah sebut dalam ayat 110 surah Ali Imran
di atas.
Di sini mungkin ada yang bertanya, manakah yang patut diberi keutamaan, melarang
daripada bid’ah atau melarang daripada maksiat seperti berjudi, minum arak, menonton
gambar atau video lucah, membuka aib orang lain, rasuah, menzalimi isteri dan derhaka
kepada ibu serta bapa?
Dijawab bahawa bid’ah dan maksiat kedua-duanya dilarang oleh Allah Subhanahu wa
198 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. Penjelasan
lanjut tentang hadis ini akan dikemukakan dalam bab Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah, insya-Allah.
199 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. Penjelasan
lanjut tentang hadis ini akan dikemukakan dalam bab Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah, insya-Allah.
171
Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun antara kedua-duanya, keutamaan
diberikan kepada melarang daripada bid’ah dan menasihati orang yang berbuat bid’ah. Ini
kerana:
• Bid’ah mengubah agama sementara maksiat tidak mengubah agama. Ertinya muslim
yang berbuat maksiat, dia lazimnya melakukan maksiat tersebut bukan dengan
mengubah hukumnya daripada haram kepada halal, tetapi kerana kelemahan diri
sendiri dalam mentaati larangan agama.
• Bid’ah memberi kesan yang buruk kepada agama dan pengamalnya sementara
maksiat memberi kesan yang buruk hanya kepada pengamalnya.
• Bid’ah memberi kesan kepada agama di mana sesuatu amalan bid’ah, lama kelamaan
akan dianggap sebagai sebahagian daripada agama. Berbeza dengan maksiat, ia tetap
difahami sebagai larangan agama meskipun ia dilakukan sekian lama dan tersebar
luas.
• Hampir setiap amalan bid’ah akan mematikan satu atau lebih sunnah yang semisal
sehingga akhirnya menghilangkan ketulenan agama.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia dalam andaian sedang melakukan ibadah dan
kebaikan sementara orang yang melakukan kemungkaran, dia sedar sedang
melakukan dosa dan kesalahan.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya mengajak muslim yang lain untuk turut
serta kerana mengandaikannya sebagai sesuatu yang baik. Orang yang melakukan
maksiat, dia lazimnya tidak mengajak muslim yang lain untuk turut serta kerana
mengetahui ia adalah salah.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya melakukan bid’ah tersebut di tempat-
tempat agama seperti masjid dan surau atau di majlis-majlis agama, sehingga orang
awam menganggap ia sebahagian daripada agama. Orang yang melakukan maksiat,
dia lazimnya melakukan maksiat tersebut di tempat-tempat yang khusus untuk
maksiat tersebut sehingga orang awam tahu itu adalah maksiat.
• Bid’ah lazimnya dicipta atau dipimpin oleh agamawan (imam, tuan guru, ustaz dan
172
ustazah) di mana status agamawan itu menyebabkan ramai orang awam mudah
terikut-ikut kepadanya.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya memiliki beberapa hujah dan alasan
agama bagi menghalalkannya. Paling rendah, dia akan beralasan, “Apa salahnya,
bukankah ini perkara yang baik?” Orang yang melakukan maksiat, dia lazimnya tidak
memiliki hujah mahupun alasan agama bagi menghalalkannya.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia mudah mempengaruhi muslim yang lain untuk
turut serta kerana memiliki beberapa hujah dan alasan agama bagi menghalalkannya.
Orang yang melakukan maksiat, dia sukar mempengaruhi muslim yang lain untuk
turut serta kerana ia sedia diketahui ramai sebagai larangan agama.
• Bid’ah telah diberikan nama yang baik lagi indah oleh sebahagian agamawan seperti
“Bid’ah Hasanah” sementara maksiat lazimnya tidak diberikan nama yang baik
mahupun gelaran yang indah.
• Orang yang melakukan bid’ah, dia tidak menganggap dirinya sedang melakukan dosa
dan kesalahan sehingga kemungkinan untuk bertaubat adalah rendah. Orang yang
melakukan maksiat, di satu sudut hatinya dia sedar bahawa dia sedang melakukan
dosa dan kesalahan sehingga kemungkinan untuk bertaubat adalah lebih tinggi.
Oleh kerana itulah diriwayatkan sebuah kata-kata yang masyhur daripada Sufyan al-
Tsauri rahimahullah (161H),
. َوالْبِ ْدعَةُ َّل يُتَا ُب ِمْن َها، الْ َمْع ِصيَةُ يُتَا ُب ِمْن َها،الْبِ ْدعَةُ أَ َح ُّب إَِل إِبْلِي َس ِم َن الْ َم ْع ِصيَِة
Bid’ah lebih dicintai oleh iblis berbanding maksiat, kerana maksiat dapat
diharapkan taubat daripadanya sementara bid’ah tidak dapat diharapkan taubat
daripadanya.200
200 Dikeluarkan Ibn Ja’d ( )عليى بن ال َج ْعدdalam Musnadnya, hadis no.: 1809, al-Lalika’e dalam Syarh Ushul ‘Aqidah
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, riwayat no.: 238, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, jld. 7, ms. 76 dan al-Baghawi dalam
Syarh al-Sunnah, jld. 1, ms. 216. Pemilik blog Abu al-Jauzaa menyatakan bahawa riwayat ini sanadnya lemah, tetapi
maksudnya benar. Sila rujuk http://abul-jauzaa.blogspot.com
173
Bid’ah Dan Syaitan Qarin
Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
.َوَم ْن يَْع ُش َع ْن ِذ ْكِر الهرْْحَ ِن نَُقيِ ْض لَهُ َشيْطَاًَن فَ ُهَو لَهُ قَِري ٌن
Dan sesiapa yang membutakan dirinya daripada al-Qur’an, kami adakan baginya
syaitan. Maka menjadilah ia pendampingnya yang tetap (qarin).
.َوإِْهنُْم لَيَ ُص ُّدوَْنُْم عَ ِن ال هسبِي ِل َوَْي َسبُوَن أَْهنُْم ُم ْهتَ ُدوَن
Dan sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan itu) benar-benar menghalangi mereka
(orang-orang yang membutakan diri daripada al-Qur’an) dari jalan yang benar
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk.
[al-Zukhruf 43:36-37]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang orang-orang yang membutakan diri
mereka daripada al-Qur’an. Maksudnya sengaja tidak mempedulikan ajaran al-Qur’an atau
berpaling daripadanya. Maka bagi orang sebegini, Allah mengutuskan syaitan kepadanya
sebagai qarin. Maksud qarin ialah sentiasa mendampinginya di mana jua.
Terdapat kesamaan dan perbezaan antara syaitan dan syaitan qarin.
Kesamaannya, syaitan qarin berperanan seperti syaitan-syaitan lain, iaitu
menghalangi manusia dari jalan yang benar. Tidak sekadar itu, mereka memperindahkan
jalan yang salah sehingga manusia menyangka itulah jalan yang betul dan itulah jalan
hidayah. Helah syaitan memperindahkan apa yang salah supaya nampak betul dijelaskan
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam beberapa ayat lain,
.قَا َل َر ِب ِِبَا أَ ْغَويْتَِن َْلَُزيِنَ هن َْلُْم ِف اْلَْر ِض َوَْلُ ْغ ِويَنه ُه ْم أََْجَعَِّي
(Iblis) berkata: “Wahai Tuhanku! Disebabkan Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan kepada mereka (Adam dan
zuriatnya, segala jenis kemungkaran) di bumi dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya.” [al-Hijr 15:39]
ََتَّهلِل لََق ْد أَْر َسلْنَا إَِل أَُمم ِم ْن قَْبلِ َك فََزيه َن َْلُُم ال هشْيطَا ُن أَ ْع َماَْلُْم فَ ُهَو َولُِيّ ُه ُم الْيَْوَم َوَْلُْم عَ َذا ٌب
174
.أَلِي ٌم
Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-
umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu syaitan memperindahkan
kepada mereka amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar); maka dialah menjadi
pemimpin mereka pada hari (Kiamat) dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. [al-Nahl 16:63]
Perbezaannya, syaitan datang dan pergi untuk mengganggu manusia sementara
syaitan qarin sentiasa bersama manusia. Maka syaitan qarin adalah jauh lebih mudarat dan
bahaya berbanding syaitan biasa.
Pencipta dan pengamal bid’ah, mereka termasuk dalam kategori orang-orang yang
membutakan diri daripada al-Quran. Ini kerana al-Qur’an telah memperingatkan dan
melarang daripada bid’ah, namun mereka membutakan diri daripada peringatan dan
larangan tersebut. Al-Qur’an juga telah menetapkan beberapa keyakinan, ibadah, hukum
dan fiqh hati, namun mereka membutakan diri daripada semua itu dan mencipta apa yang
baharu.
Berikut dikemukakan satu contoh. al-Qur’an telah menetapkan hukum bagi orang
yang berpuasa bahawa dibolehkan makan, minum dan hubungan seks di antara suami dan
isteri sehingga jelas masuknya waktu fajar atau waktu Subuh,
بْتَغُوا َما َكتَ َب اَّهللُ لَ ُك ْم َوُكلُوا َوا ْشَربُوا َحَهّت يَتَبَهَّي لَ ُك ُم اْْلَيْ ُط اْلَبْيَ ُض ِم َن.اْْلَيْ ِط اْفَالَْْلسََونِدَِبِمِشَنُراولُْهَف هنْجِرَوا
Maka sekarang, lakukanlah hubungan seks dengan mereka dan carilah apa yang
Allah telah tetapkan bagi kalian (yakni kenikmatan seks) serta makanlah dan minumlah
sehingga jelas bagi kalian benang-benang putih daripada benang-benang hitam, yakni
waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]
Namun ada yang membutakan diri daripada ayat al-Qur’an di atas lalu mencipta
atau mengamalkan waktu imsak yang 10 minit lebih awal daripada waktu fajar. Pada waktu
imsak ini, mereka sudah mula menahan diri (berpuasa) daripada makanan, minuman dan
hubungan seks di antara suami dan isteri.
175
Berdasarkan ayat yang sama, perhatikan bahawa puasa adalah menahan diri
daripada makan, minum dan seks sahaja. Akan tetapi ada yang membutakan diri daripada
al-Qur’an lalu membuat hukum baharu bahawa batal puasa atau makruh memasukkan
sesuatu ke dalam rongga badan. Seperti mengorek hidung, mengorek telinga, menitiskan
air ke mata, menggosok gigi, merasa masakan (lalu kemudian diludah keluar), menggunakan
inhaler bagi yang sakit asma dan mengambil suntikan insulin bagi yang menghadapi kencing
manis.
Semua ini (hukum waktu imsak, hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan) adalah bid’ah.
Termasuk dalam kategori orang-orang yang membutakan diri daripada al-Qur’an
adalah mereka yang membutakan diri daripada hadis-hadis Rasulullah. Ini kerana al-Qur’an
telah berulang kali memerintahkan ketaatan dan ikutan kepada Rasulullah serta larangan
daripada menderhaka dan menyelisihi baginda.
Disebabkan tindakan membutakan diri daripada al-Qur’an, Allah mengutuskan
syaitan yang menjadi pendamping tetap (qarin). Syaitan itu pula, seperti mana kebiasaan
syaitan-syaitan yang lain, menghalang orang tersebut dari jalan Allah dan Rasulullah. Malah
syaitan itu memperindahkan apa yang sebenarnya mungkar sehingga mereka menyangka
bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk.
Oleh kerana itulah anda akan dapati mereka yang melazimkan diri dengan pelbagai
keyakinan, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, mereka tidak merasakan bid’ah itu
adalah salah. Bagi mereka bid’ah-bid’ah tersebut adalah betul, baik, terpuji dan patut
diteruskan. Inilah maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan mereka
menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk.
Oleh itu marilah kita celik kepada ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, lalu meyakini dan mengamalkannya sepenuhnya supaya tidak ada syaitan
yang menjadi qarin bersama kita.
176
Bid’ah Penyebab Kesesatan Yang Nyata
Allah 'Azza wa Jalla berfirman,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
Para ahli tafsir menerangkan bahawa ayat ini asalnya turun tentang Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang mengatur perkahwinan antara Zaid bin Harisah dan Zainab
binti Jahsy radhiallahu 'anhuma. Ada juga riwayat lain yang menerangkan bahawa ia
melibatkan peraturan perkahwinan antara sahabat yang lain. Namun sahabat terbabit tidak
bersetuju dengan peraturan tersebut dan ingin memilih pasangan hidup tersendiri. Maka
atas sebab tidak bersetuju dan ingin membuat pilihan tersendiri, Allah Subhanahu wa Ta'ala
menurunkan ayat 36 surah al-Ahzab di atas.
Pun begitu, memandangkan ayat ini bersifat umum maka ia merangkumi apa saja
urusan yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan. Bererti jika kita menemui sesiapa yang
memilih sesuatu urusan agama yang berbeza daripada apa yang Allah dan Rasul-Nya telah
tetapkan, maka kemukakan ayat ini sebagai hujah ke atas mereka.
Penjelasan Ibn Katsir rahimahullah (774H) sekali lagi menjadi rujukan,
فَلَيْ َس ،بِ َش ْيء َُوَر ُسولُه ُاَّهلل َح َك َم َوَذلِ َك أَنههُ إَِذا ل،َُّموَوِر،ُِِْلَف َحََدِجيَِهعا اُهْنَال ٌاَْوَّلليَةُا ْخعَتِايَاهمَةر فَ َه ِذِه ِْلَ َحد
،َرأْ َي َوَّل قَْوَل ُُُمَالََفتُه
Ayat ini bersifat umum merangkumi semua urusan, yakni apabila Allah dan Rasul-
Nya memutuskan sesuatu perkara maka tidak bolehkan bagi sesiapa jua menyelisihinya,
juga tidak boleh bagi sesiapa jua memilih tentangnya, baik pandangan mahupun pendapat.
177
َحَهّت َُيَ ِك ُموَك فِي َما َش َجَر بَْينَ ُه ْم ُثه َّل َِي ُدوا.)) َض(ْي(فَََتلَوَيوَُربَِسلَُِكموَاّلتَيُْْسؤلِِمينًُمواَن:َِف أَنُْف ِسَكِهَمْما قََحاَرَلًجاتَعَِِماهاَلق
Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Maka tidaklah, demi Tuhan
kamu, tidaklah mereka beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Wahai
Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,
kemudian mereka pula tidak berasa dalam diri mereka sesuatu keberatan dari apa
yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan hati yang
tenang. [al-Nisa’ 4:65]
َّل يُْؤِم ُن أَ َح ُدُك ْم َحَهّت يَ ُكوَن َهَواهُ تَبَعًا لَِما،ِ ((َواله ِذي نَْف ِسي بِيَ ِده:اْْلَ ِدي ِث.)ِجئْ ُت بَِِهوِ)ف
Dan dalam sebuah hadis, Demi nyawaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah
beriman seseorang kalian sehinggalah dia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa
yang aku sampaikan.201
((َوَم ْن يَْع ِص اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله َضَلَّل: فََقا َل،َوِْلََذا َش هدَد ِف ِخَل ِف ذَلِ َك.))ُمبِينًا
Atas sebab inilah diberikan peringatan tegas kepada orang yang menyelisihi apa
yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan, yakni pada firman Allah Dan sesiapa derhaka
kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan
yang nyata.
((فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيَالُِفوَن َع ْن أَْمِرِه أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَةٌ أَْو يُ ِصيبَ ُه ْم عَ َذا ٌب: َكَقْولِِه تَعَا َل.))أَلِيٌم
Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Maka hendaklah orang-
orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa
azab yang pedih. [al-Nur 24:63]202
201 Ibn Katsir menyebut “Dalam sebuah hadis…” dan ini merupakan isyarat akan kelemahannya. Hadis tersebut
dikeluarkan oleh Ibn ‘Ashim dalam al-Sunnah dan ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Zhilal al-Jannah fi Takhrij al-
Sunnah, hadis no.: 15.
202 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 36 surah al-Ahzaab.
178
Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat 36 surah al-Ahzab ini,
perhatikan sikap sebahagian umat Islam terhadap apa yang ditetapkan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,
ُُْم َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة
َّوُك ُل
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-
perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.203
Dalam hadis di atas Rasulullah telah menetapkan bahawa setiap perkara baharu
berbanding al-Qur’an dan al-Sunnah adalah bid’ah. Namun ada yang memilih bahawa
perkataan كُلtidak bermaksud setiap. Sebaliknya ia bermaksud “sebahagian” atau
“kebanyakan”.
Rasulullah juga telah menetapkan bahawa setiap bid’ah adalah sesat. Pun begitu
ada yang memilih bahawa bid’ah itu ada yang baik dan buruk, terpuji dan tercela, bahkan
ada yang wajib, sunat, mubah, makruh dan haram. Seterusnya mereka memilih untuk
mencipta, meyakini atau mengamal aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah lalu
menjustifikasikannya atas nama “bid’ah yang baik”.
Tindakan memilih-milih di atas ketetapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini
menyelisihi firman Allah 'Azza wa Jalla,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
203 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-
Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
179
Mengkaji Aqidah “Allah Di Mana-Mana”
Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36],204 Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa diri-Nya beristawa’ di atas
‘Arasy. Ketetapan ini diulangi sebanyak 8 kali di dalam al-Qur’an, salah satu daripadanya
adalah,
اْلَْمَر يَُدبُِر الَْعْر ِش عَلَى ْستََوى.تَأَََهذيهكمُرُوثهَنا ِستهِة إِْذَنخِلَِه َقذَلاِلُكهسُمَمااََّهلوالُ َِرُبتّ ُكَواْمْلَفَْرا ْعبَُضُدِوهُف اله ِذي اَِمّهللُْن إَِشهنِفيَربعه ُإكَِهُّمل ِم ْن َما
أَفََل بَْع ِد
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam
masa kemudian Dia beristawa’ di atas ‘Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada
sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya. Demikian
itulah Allah, Tuhan kamu; maka sembah Dia. Patutkah kamu (setelah mengetahui
kenyataan yang tersebut) tidak mahu mengingati-Nya? [Yunus 10:03]
Allah memulakan ayat di atas dengan memperkenalkan Diri-Nya, Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah yang…
Kemudian Allah menetapkan salah satu sifat-Nya, Dia beristawa’ di atas ‘Arasy. Sifat
istawa’ paling dekat diterjemah kepada Bahasa Melayu sebagai bersemayam sementara’
Arasy paling dekat diterjemah sebagai singgahsana. Namun meskipun dengan terjemahan
ini, hendaklah diambil maklum dua perkara penting:
• Apabila Allah beristawa’ di atas ‘Arasy, tidaklah bererti Allah berhajat atau
memerlukan Arasy. Ini kerana salah satu sifat Allah adalah al-Shomad yang
204 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini.
180
bermaksud Sempurna, Serba Mencukupi lagi Berdikari (Perfect, Self Sufficient and
Independent) sehingga tidak berhajat atau memerlukan kepada mana-mana
makhluk-Nya.205 Sebaliknya makhluk yang berhajat dan memerlukan kepada-Nya.
Sifat al-Shomad ini disebut dalam ayat kedua surah al-Ikhlas,
.)4( ) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد3( ) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد2( ) اَّهللُ ال هص َم ُد1( قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد
Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang
Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak
dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:01-04]
• Apabila Allah beristawa’ di atas ‘Arasy, maka caranya sesuai dan layak bagi Allah
tanpa sebarang kesamaan dengan sifat manusia yang bersemayam di atas
singgahsana. Ini sebagaimana yang Allah tetapkan dalam ayat terakhir surah al-
Ikhlas, Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04]
Seterusnya, setelah Allah menetapkan Diri-Nya sebagai pencipta langit dan bumi,
beristawa’ di atas ‘Arasy, mentadbir alam dari sana dan tidak ada syafaat di Akhirat kelak
melainkan dengan izin-Nya206, Allah berfirman, Demikian itulah Allah, Tuhan kamu; maka
sembah Dia. Bermaksud sembahlah kalian akan Allah yang telah menetapkan bagi Diri-Nya
sifat-sifat pencipta langit dan bumi, beristawa’ di atas ‘Arasy, mentadbir alam dari sana dan
tidak ada syafaat di Akhirat kelak melainkan dengan izin-Nya.
Meskipun Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa dia beristawa’ di
atas Arasy, ada sebahagian yang memilih keyakinan yang lain. Mereka menafikan sifat
istawa’, sebaliknya menetapkan bahawa Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat”.
Mereka beralasan dengan ayat 4 surah al-Hadid,
.َوُهَو َم َع ُك ْم أَيْ َن َما ُكْنتُْم
Dan Dia (Allah) bersama kalian di mana jua kalian berada. [al-Hadid 57:04]
205 Maksud “makhluk” ialah semua ciptaan Allah di alam ini, baik yang bernyawa atau tidak. Ia berasal daripada
sifat Allah al-Khaliq yang bermaksud Maha Mencipta. Arasy termasuk makhluk Allah kerana ia adalah ciptaan Allah.
206 Lebih lanjut tentang Syafa’at, sila rujuk artikel saya sebanyak 3 siri atas tajuk yang sama di
www.hafizfirdaus.com (Guna fungsi mencari: Syafa’at atau Syafaat).
181
Kesalahan keyakinan Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat” dapat
dikenali dengan merujuk kepada keseluruhan ayat 4 surah al-Hadid,
يَلِ ُج ِف َِِبمَاا الْعَْر ِش يَْعلَُم ُثه ا ْستََوى عَلَى ِستهِة أََهيم ِف ِمْنَخَلهَاَقَواَملا هسيَْنَمِازَُلوا ِمِتَن َاوالْلَهسْرَماَِءض اله ِذي ُهَو ِض.ٌابَْلَِصْرْي
تَ ْع َملُوَن َُما ُكْنتُْم َواَّهلل َوُهَو َمعَ ُك ْم أَيْ َن يَْعُرُج فِيَها َوَما َيُْر ُج َوَما
Dia-lah (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian
Dia beristawa’ di atas ‘Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa
yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya .
Dan Dia (Allah) bersama kalian di mana saja kalian berada. Dan Allah Maha Melihat apa
yang kamu kerjakan. [al-Hadid 57:04]
Perhatikan bagaimana di permulaan ayat Allah telah menetapkan bahawa Dia
beristawa’ di atas ‘Arasy. Oleh itu apabila Allah menyatakan bahawa Dia bersama kalian
di mana saja kalian berada maka yang dimaksudkan bukanlah Zat-Nya kerana jika yang
sedemikian maka akan wujud pertentangan: Apakah Allah beristawa’ di atas Arasy atau
Allah bersama makhluk-Nya di mana-mana saja?
Ketahuilah bahawa perkataan bersama tidak semestinya bermaksud hadir bersama
secara fizikal. Akan tetapi ia juga boleh bermaksud hadir bersama dari aspek selain fizikal.
Sebagai contoh, apabila suami berkata “Abang sentiasa bersamamu” kepada isterinya, tidak
semestinya bererti kebersamaan fizikal seperti suami duduk sebelah isteri, akan tetapi
kebersamaan dari aspek ingatan, kerinduan dan doa suami kepada isterinya, meskipun
mereka berdua saling berjauhan.
Oleh itu apabila Allah menyatakan bahawa Dia bersama kalian di mana saja kalian
berada maka yang dimaksudkan bukanlah kebersamaan Zat-Nya akan tetapi kebersamaan
Pengetahuan-Nya, Pengawasan-Nya, Rahmat-Nya, Pendengaran-Nya, Penglihatan-Nya dan
lain-lain, sesuai dengan konteks ayat. Inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah dalam
persoalan Ma‘iyyatullah (Kebersamaan Allah).
Adapun mengikut konteks ayat 4 surah al-Hadid, maka bersama yang dimaksudkan
adalah Penglihatan Allah kerana di hujung ayat Allah telah berfirman, Dan Allah Maha
182
Melihat apa yang kamu kerjakan.
Oleh itu bagi mereka yang memilih keyakinan bahawa Allah “di mana-mana” atau
“wujud tanpa tempat” setelah Allah menetapkan Diri-Nya beristawa’ di atas Arasy,
dikemukakan ayat berikut,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
183
Mengkaji Aqidah “Allah Tidak Di Langit”
Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36],207 Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa Diri-Nya di langit. Terdapat
banyak dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan bahawa Allah di langit. Dua yang
mudah terdapat dalam surah al-Mulk yang lazim dibaca, yakni pada firman-Nya,
أَأَِمْنتُْم َم ْن ِف ال هس َماِء أَ ْن َيْ ِس َف بِ ُك ُم اْلَْر َض فَِإذَا ِه َي َتُوُر؟
Apakah kalian berasa aman daripada Yang di langit seandainya Dia
menenggelamkan kalian ke dalam bumi apabila bumi itu bergegar (gempa bumi)? [al-
Mulk 67:16]
.أَْم أَِمْنتُْم َم ْن ِف ال هس َماِء أَ ْن يُْرِس َل َعلَْي ُك ْم َحا ِصبًا فَ َستَ ْعلَ ُموَن َكْي َف نَ ِذيِر
Atau apakah kalian berasa aman daripada Yang di langit seandainya Dia
menghantar ke atas kalian angin ribut? Maka pada ketika itu kalian akan mengetahui
tentang peringatan-Ku. [al-Mulk 67:17]
Berdasarkan dua ayat di atas, siapakah di langit yang berkuasa menyebabkan gempa
bumi dan menghantar angin ribut? Jawapannya tidak lain adalah Allah.
Pun begitu, meskipun Allah 'Azza wa Jalla telah menetapkan Diri-Nya di langit, masih
ada sebahagian yang memilih untuk menafikan penetapan tersebut atas alasan Allah tidak
mungkin berhajat kepada tempat sebagaimana makhluk yang berhajat kepada tempat.
Allah tidak mungkin memerlukan langit sebagaimana manusia memerlukan rumah sebagai
207 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini.
184
tempat tinggal.
Penafian ini berpunca daripada kegagalan untuk memahami dengan baik surah al-
Ikhlas. Ketahuilah bahawa:
• Apabila Allah menetapkan Diri-Nya di langit, tidaklah bererti Allah berhajat atau
memerlukan kepada langit. Ini kerana salah satu sifat Allah adalah al-Shomad yang
bermaksud Sempurna, Serba Mencukupi lagi Berdikari (Perfect, Self Sufficient and
Independent) sehingga tidak berhajat atau memerlukan kepada mana-mana
makhluk-Nya seperti langit. Sebaliknya makhluk yang berhajat dan memerlukan
kepada-Nya. Sifat al-Shomad ini disebut dalam ayat kedua surah al-Ikhlas,
.)4( ) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد3( ) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد2( ) اَّهللُ ال هص َم ُد1( قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد
Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang
Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak
dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:01-04]
• Apabila Allah menetapkan Diri-Nya di langit, maka ia sesuai dan layak bagi Allah tanpa
sebarang kesamaan dengan sifat manusia yang memerlukan tempat tinggal seperti
rumah. Ini sebagaimana yang Allah tetapkan dalam ayat terakhir surah al-Ikhlas, Dan
tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04]
Justeru bagi mereka yang memilih keyakinan bahawa Allah “di mana-mana” atau
“wujud tanpa tempat” setelah Allah menetapkan Diri-Nya di langit, dikemukakan ayat
berikut,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
185
Mengkaji Aqidah Allah Memiliki Wajah, Tangan Dan Kaki
Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36],208 Allah dan Rasulullah dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih telah
menetapkan bagi Diri-Nya sifat Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain. Satu contoh ialah
hadis berikut di mana Shar bin Husyab bertanya kepada Ummu Salamah radhiallahu 'anha
(isteri Rasulullah),
“Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa yang paling banyak dibaca oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda di sisi kamu?” Maka Ummu
Salamah menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa
.ََي ُمَقلِ َب الُْقلُو ِب ثَبِ ْت قَلِْب َعلَى ِدينِ َك
Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-
Mu.”
ََي َر ُسوَل اَّهللِ َما أَ ْكثََر ُد َعاءَ َك ََي ُمَقلِ َب الُْقلُو ِب ثَبِ ْت قَلِْب َعلَى ِدينِ َك؟:قَالَ ْت فَُقلْ ُت
Ummu Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kamu banyak
berdoa Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-
Mu?”
َوَم ْن أَقَا َم ََشاء فََم ْن ِاَّهلل أَ َصابِِع ِم ْن أُ ْصبُعَِّْي بََّْي َُوقَلْبُه إَِهّل آَدِم ٌّي لَْي َس ُإِنهه ََسلَ َمة أُهم ََي :قَا َل ََشاء
.َأََزاغ
Rasulullah menjawab, “Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidaklah seorang
208 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini.
186
pun daripada anak cucu Adam melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari
Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas kebenaran) dan sesiapa
yang Allah kehendaki, Dia palingkan (daripada kebenaran).209
Namun terdapat sebahagian yang memilih untuk menafikan sifat-sifat ini dan
sebaliknya mentakwilkannya (mengubahnya) kepada sifat yang lain. Misalnya Wajah
ditakwilkan kepada reda sementara Tangan ditakwilkan kepada kuasa.
Bahkan mereka menuduh bahawa sesiapa berkeyakinan bahawa Allah memiliki sifat
Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain, dia telah menyerupakan Allah dengan makhluk
(Musyabbihah) dan menganggap Allah berjasmani (Mujassimah).
Bagi menerangkan kesalahan mereka yang memilih untuk menafikan dan
mentakwilkan sifat-sifat Allah, marilah kita mengkaji ayat berikut.
َوقَالَ ِت الْيَ ُهوُد يَُد اَّهلِل َم ْغلُولَةٌ غُله ْت أَيْ ِديِه ْم َولُعِنُوا ِِبَا قَالُوا بَ ْل يََداهُ َمْب ُسوطَتَا ِن يُنِْف ُق َكيْ َف
.ُيَ َشاء
Dan orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah
yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan
kedua-dua Tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia
kehendaki. [al-Maidah 5:64]
Dalam ayat di atas, orang Yahudi telah menuduh dua perkara terhadap Allah:
• Pertama, Allah memiliki Tangan
• Kedua, Tangan Allah itu terikat
Sebelum itu ketahuilah bahawa apabila orang-orang menuduh sesuatu yang tidak
benar terhadap Allah, Allah akan menafikannya atau melaknat orang yang membuat
tuduhan itu. Sebagai contoh perhatikan ayat berikut,
.َوقَالُوا اَهتََذ الهرْْحَ ُن َولًَدا ُسْب َحانَهُ بَ ْل ِعبَادٌ ُم ْكَرُموَن
Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata, “Allah al-Rahman telah mengambil
209 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan.” Ia dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3444/3522 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah).
187
(para malaikat) sebagai anak!” Maha Suci Allah! Bahkan mereka (para malaikat yang
dituduh sebagai anak Allah itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. [al-Anbiya 21:26]
Perhatikan pula ayat berikut,
يُ َضا ِهئُوَن ِبَفْ َوا ِهِه ْم قَ ْوُْلُْم ذَلِ َك ِاَّهلل ابْ ُن الْ َم ِسي ُح عَُزيٌْر ابْ ُن اَّهلِل َوقَالَ ِت النه َصاَرى اله ِذَيوقََانلَ َكِتَفُرالْوايَ ُهِموْنُد قَ ْوَل
.قَْبلُ قَاتَلَُه ُم اَّهللُ أََّهن يُْؤفَ ُكوَن
Dan orang Yahudi berkata, “Uzair adalah anak Allah!” dan orang Nasrani berkata,
“al-Masih adalah anak Allah!”
Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, mereka meniru
perkataan orang-orang kafir daripada sebelum (mereka). Allah melaknat mereka210 (atas
sebab apa yang mereka katakan), bagaimanakah mereka boleh berpaling daripada
kebenaran?
Kembali kepada ayat 64 surah al-Maidah, apabila orang Yahudi menuduh-Nya:
• Pertama, memiliki Tangan
• Kedua, Tangan itu terikat
Allah hanya melaknat orang Yahudi atas tuduhan Kedua, bahawa Tangan-Nya terikat.
Adapun tuduhan Pertama bahawa Dia memiliki Tangan, Allah tidak menafikannya mahupun
melaknat mereka. Malah Allah menetapkan sifat Tangan dengan berfirman, Bahkan kedua-
dua Tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki.
Semua ini menunjukkan bahawa bukanlah satu kesalahan untuk menetapkan sifat
Tangan kepada Allah. Demikian juga sifat-sifat lain yang Allah sifati Diri-Nya dalam al-Qur’an
dan hadis yang sahih, ia tidak perlu dinafikan atau ditakwilkan. Hanya tentang sifat-sifat
Allah ini, kita beriman kepadanya dan menetapkannya sambil menafikan kesamaan dengan
mana-mana makhluk-Nya dan tidak membicarakan ciri-cirinya kerana tidak ada satu jua
yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04]
Selain itu, jika sifat Tangan ditakwilkan kepada “kuasa”, ia tidak lagi sesuai dengan
210 Terjemahan harfiyah adalah “Semoga Allah membinasakan mereka”. Namun Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu
'anh, seorang sahabat yang Rasulullah doakan menjadi pakar tafsir, menerangkan bahawa ia sebenarnya bermaksud
“Semoga Allah melaknat mereka”. Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim oleh Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 30 surah al-Taubah.
188
susunan ayat 64 surah al-Maidah tersebut. Perhatikan,
Dan orang Yahudi berkata, “Kuasa Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah
yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan kedua-
dua Kuasa Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. [al-
Maidah 5:64]
Perhatikan pula apabila sifat “Tangan” ditakwil kepada “Nikmat”,
Dan orang Yahudi berkata, “Nikmat Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah
yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan kedua-
dua Nikmat Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. [al-
Maidah 5:64]
Bagaimana mungkin “kuasa” dan “nikmat” boleh terikat dan terbuka?
Kesimpulannya, jika sesiapa memilih untuk menafikan atau mentakwilkan sifat-sifat
Allah seperti Wajah, Tangan, Jari dan Kaki padahal Allah dan Rasul-Nya telah
menetapkannya, maka diperhujahkan ke atas orang itu firman Allah,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
189
Penjelasan Tambahan
Ketahuilah bahawa umat Islam dari dahulu telah berselisih tentang ayat-ayat al-
Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan tentang
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Jalan yang dipilih oleh Rasulullah, para sahabat dan generasi awal (Salaf) adalah
beriman kepada sifat-sifat tersebut dan menetapkannya dengan 4 prinsip berikut:
Pertama: Tanpa Tahrif, iaitu tidak mengubah lafaz atau mengalih maksud sifat-sifat
tersebut. Sifat Tangan Allah tidak diubah menjadi kekuasaan-Nya atau nikmat-Nya.
Kedua: Tanpa Ta’thil, iaitu tidak menolak, menafikan atau mengalih (takwil) sifat-
sifat tersebut.
Ketiga: Tanpa Takyif, iaitu tidak bertanya atau menggambarkan bagaimana ciri-ciri,
bentuk atau tatacara sifat-sifat tersebut.
Keempat: Tanpa Tamtsil, iaitu tidak menyerupa atau mengumpamakan sifat-sifat
tersebut dengan mana-mana makhluk yang ada di sekalian alam kerana tidaklah
Allah seumpama mana-mana makhluk-Nya.
Berkata Abu ‘Isa al-Tirmizi rahimahullah (279H)211 setelah mengemukakan sebuah
hadis tentang melihat Allah dan tentang Kaki Allah di Akhirat kelak,
أَْمُر فِي ِه يُْذَكُر َما َه َذا ُِمثْل ٌة.أََوْشَبسَلههََم َهِرِذَواِهََياْلٌَت ْشيََكاثِْءََي َارِلهبنهُِْمِبَوِذَصْكلهُرىالاَقَّهلَدلُِمعََلوَْيَماِه َوقَْد ُرِو َي عَ ِن الُّرْؤيَِة
أَ هن النها َس يََرْوَن
Dan sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
riwayat-riwayat yang banyak semisal ini, apa yang disebut di dalamnya tentang al-Ru’yah
(melihat Allah dengan jelas), bahawa manusia akan melihat Tuhan mereka. Dan disebut
tentang Kaki dan sifat-sifat212 lain yang menyamainya (seperti Wajah, Tangan, Jari-
211 Beliau ialah Abu ‘Isa bin Saurah bin Musa al-Tirmizi, lahir pada 200H di bandar Tirmiz, Tajikistan. Seorang ahli
hadis pada zamannya, sempat berguru dengan al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan iman-iman hadis yang lain. Kitabnya
al-Jami’ atau lebih masyhur dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi menjadi pillihan ramai kerana selain mengemukakan
hadis, beliau juga menerangkan darjatnya, hukum fiqhnya dan pendapat para imam generasi Salaf tentangnya.
Meninggal dunia pada 279H di bandar Termez, Uzbekistan.
212 Terjemahan harfiyah adalah “perkara-perkara”. Namun memandangkan perkara-perkara itu sebenarnya
merujuk kepada sifat-sifat Allah, maka saya menterjemahkannya sebagai “sifat-sifat”.
190
Jemari).
ِه، ِكتُْربَْوِنىأَنََه ِسذ:ِ قََاولَُماوال،ِر ُِيثه،يِلعَكْيالَوعَِلْغَفِْْم؟ِيِهِمْمَنأَاْهنُْلَْمئِهمَرِةَوْواِمثَِْهل ِذِهُسْفايَْالََنْشياَلاثهءَْو:يََُدقاَوأََُولْكِه،عَُيَذاَْيوَّنَلَةَِعْن،ْؤُِمبَواُنبِْفِِِنبَاَه،ُاَوْابلَْ ِنَحااِدلْيَُموابَلُماثََْرذَِوَكهن
Dan jalan yang dipilih tentang riwayat-riwayat ini di sisi ahli ilmu dari kalangan
para imam seperti Sufyan al-Tsauri, Malik Ibn Anas, Ibn Mubarak, Ibn ‘Uyainah, Waqi’
dan selain mereka, bahawa mereka meriwayatkan sifat-sifat ini kemudian mereka
berkata, “Kami meriwayatkan hadis-hadis ini dan kami beriman dengannya dan tidak
dikatakan padanya, bagaimana (ciri-ciri sifat tersebut)?”
ََوَه َذا اله ِذي ا ْختَاَرهُ أَْه ُل اْلَ ِدي ِث أَ ْن يَْرُووا َه ِذِه اْلَ ْشيَاءُ َك َما َجاءَ ْت َويُْؤَم ُن ِِبَا َوَّل
َكيْ َف؟:تَُف هسُر َوَّلَ تُتََوهه ُم َوَّلَ يَُقا ُل
Inilah jalan yang dipilih oleh para ahli hadis bahawa mereka meriwayatkan sifat-
sifat ini sebagaimana adanya dan mereka beriman dengannya tanpa membicarakannya
secara terperinci213, tanpa menabur kesamaran ke atasnya dan tidak dikatakan,
bagaimana (ciri-ciri sifat tersebut)?
.َوَه َذا أَْمُر أَْه ِل العِلِْم اله ِذي ا ْختَاُروهُ َوذَ َهبُوا إِلَيِْه
Dan demikianlah juga pendirian ahli ilmu (selain ahli hadis) di mana mereka
memilihnya dan mereka berjalan di atasnya.214
Kemudian datang generasi kemudian (Khalaf) yang mencipta bid’ah dengan
menafikan sifat-sifat Allah dan mentakwilkannya kepada sesuatu yang lain. Niat mereka
baik, iaitu ingin mensucikan Allah daripada menyerupai makhluk dan memiliki jasmani. Akan
tetapi cara mereka salah kerana telah menafikan apa yang Allah tetapkan dalam al-Qur’an
213 Maksudnya, mereka memahami makna sifat-sifat tersebut akan tetapi mereka tidak memperincikannya,
memperhalusinya dan mendalaminya kerana pengetahuan tentang semua itu hanyalah pada Allah. Ini penting untuk
diketahui kerana ada yang menuduh generasi Salaf tidak mengetahui makna sifat-sifat Allah, mereka menyerahkan
semuanya (tafwidh) kepada Allah. Tuduhan ini tidak benar. Generasi Salaf memahami makna sifat-sifat Allah, mereka
hanya serahkan ciri-ciri sifat itu kepada Allah.
214 Sunan al-Tirmizi, selepas hadis no.: 2480/2557 (Kitab Sifat al-Jannah ‘an Rasulullah, Bab tentang kekalnya ahli
syurga dan ahli neraka).
191
dan apa yang Rasulullah tetapkan dalam hadis-hadis baginda.
Dasar bagi kesalahan ini adalah apabila sahaja mereka membaca atau mendengar
tentang sifat-sifat Allah, terus terbayang atau tergambar dalam minda mereka bahawa ia
menyerupai makhluk dan menunjukkan kepada jasmani sehingga perlu dinafikan dan
ditakwilkan.
Padahal tidak akan terjadi bayangan atau gambaran seperti itu jika sifat-sifat Allah
tersebut sejak awal difahami berdasarkan surah al-Ikhlas. Dalam erti kata lain, hendaklah
setiap Muslim memahami dan menguasai surah al-Ikhlas dengan baik sebelum berinteraksi
dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang menetapkan sifat-sifat Allah.
Sebelum ini telah dikemukakan tiga contoh bagaimana surah al-Ikhlas membetulkan
mereka yang menafikan dan mentakwilkan sifat Istawa’ di atas Arasy, di langit, Wajah,
Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain bagi Allah.
Di kalangan generasi terkemudian ada juga yang berhujah bahawa memandangkan
Allah telah berfirman tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04], maka
tidak boleh menetapkan sifat-sifat Istawa’ di atas Arasy, di langit, memiliki Wajah, Tangan,
Jari, Kaki dan lain-lain kerana semua itu adalah semisal dengan makhluk. Jika ditetapkan
sifat-sifat itu, maka berlaku perselisihan dengan firman Allah tidak ada satu jua yang
semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04] Maka bagi menghilangkan perselisihan itu, hendaklah
sifat-sifat semisal makhluk itu dinafikan dan ditakwilkan.
Hujah ini dijawab bahawa tidak ada perselisihan di antara ayat-ayat al-Qur’an,
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.أَفََل يَتَ َدبهُروَن الُْقْرآ َن َولَْو َكا َن ِم ْن ِعْن ِد َغِْْي اَّهلِل لََو َج ُدوا فِيِه ا ْختَِلفًا َكثًِْيا
Maka apakah mereka tidak mentadabbur al-Qur’an? Seandai ia bukan dari sisi
Allah, nescaya akan wujud padanya perselisihan (dan pertentangan) yang banyak. [al-
Nisa’ 4:82]
Demikian juga, tidak ada perselisihan antara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah,
kerana peranan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah menjelaskan al-Qur’an dan
bukan menyelisihinya. Firman Allah 'Azza wa Jalla,
192
.َوأَنَْزلْنَا إِلَْي َك ال ِذْكَر لِتُبََِّي لِلنها ِس َما نُِزَل إِلَْيِه ْم
Dan kami menurunkan kepada kamu (Wahai Muhammad) al-Qur’an supaya kamu
menjelaskannya kepada manusia apa yang kami turunkan kepada mereka. [al-Nahl 16:44]
Bahkan jika manusia berselisih dalam memahami al-Qur’an, hendaklah mereka
merujuk kepada penjelasan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana firman-
Nya,
.َوَما أَنَْزلْنَا عَلَيْ َك الْكِتَا َب إَِهّل لِتُبََِّي َْلُُم اله ِذي ا ْختَلَُفوا فِيِه َوُه ًدى َوَرْْحَةً لَِقْوم يُْؤِمنُوَن
Dan tidaklah kami menurunkan ke atas kamu (Wahai Muhammad) kitab al-Qur’an
melainkan untuk kamu menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan
tentangnya; dan sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. [al-
Nahl 16:64]
Jika kita merujuk kepada semua hadis Rasulullah, tidak akan ditemui penjelasan
baginda bahawa ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat Allah hendaklah dinafikan dan
ditakwilkan supaya ia tidak semisal dengan makhluk. Malah baginda sendiri menetapkan
sifat-sifat tersebut, sebagaimana hadis tentang Jari-Jemari Allah yang telah dikemukakan
sebelum ini. Seterusnya perhatikan juga hadis berikut,
Berkata Abu Yunus Sulaiman bin Jubair, pembantu Abu Hurairah radhiallahu 'anh,
)) إَِل قَْولِِه...(إِ هن اَّهللَ ََيُْمُرُك ْم أَ ْن تَُؤُّدوا اْلََماََن ِت إَِل أَْهلَِها:(تَ َعا َل (ْ(َإِِس ْهعن اَُّتهللَأَََِبكا َُهنَريََْْرِسةَييعًَاْقَربأَُ َِصهِْذيًاهِ)اْ)ليقََاةََل
Aku mendengar Abu Hurairah membaca ayat ini, “Sesungguhnya Allah
memerintahkan kalian agar diserahkan segala amanah kepada ahlinya…” sehingga ke
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (di akhir ayat), “Sesunguhnya Allah sentiasa
Mendengar lagi Melihat” [al-Nisa 4:58], (lalu dia) berkata,
. َوالهِت تَلِيَها َعلَى عَْينِِه،َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم يَ َض ُع إِِْبَاَمهُ َعلَى أُذُنِِه
“Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meletakkan ibu jarinya ke
telinganya dan jari di sebelahnya (yakni jari telunjuk) ke matanya.”
193
. َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم يَْقَرُؤَها َويَ َض ُع إِ ْصبَعَْيِه:َقَا َل أَبُو ُهَريَْرة
Abu Hurairah berkata lagi, “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
membacanya (ayat 58 surah al-Nisa’) dan meletakkan kedua jarinya (di telinga dan
matanya).”215
Selain itu perhatikan juga firman Allah berikut ini,
.ُلَْي َس َك ِمثْلِِه َش ْيءٌ َوُهَو ال هس ِمي ُع الْبَ ِصْي
Tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya, dan Dia (Allah) Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.
Allah mulakan ayat di atas dengan menerangkan bahawa tidak ada yang semisal
dengan-Nya. Namun sejurus selepas itu Allah menerangkan sifat-Nya yang Mendengar dan
Melihat. Pada zahirnya kelihatan seolah-olah ada perselisihan kerana sifat Mendengar dan
Melihat adalah semisal dengan makhluk. Lalu bagaimanakah dihilangkan perselisihan ini?
Apakah dengan menafikan sifat Mendengar dan Melihat?
Jalan yang ditempoh oleh Rasulullah, para sahabat dan generasi Salaf bagi
menghilangkan perselisihan ini bukanlah dengan menafikan sifat Allah kerana yang
sedemikian bererti menafikan ayat-ayat al-Qur’an. Sebaliknya mereka menetapkan sifat-
sifat Allah tersebut dan beriman kepadanya. Cuma mereka menyerahkan ciri-ciri sifat itu
kepada Allah sambil menyucikan Allah daripada apa-apa kesamaan dengan makhluk-Nya.
Melalui jalan ini, berlakulah keserasian antara tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya
dan Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Kesimpulannya, hendaklah dijauhi bid’ah aqidah yang menafikan dan mentakwilkan
sifat-sifat Allah. Sebaliknya tetapkanlah sifat-sifat yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan
dan berimanlah kepadanya. Tidak perlu terbayang sifat-sifat itu menyerupai makhluk atau
menunjuk kepada jasmani kerana tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya.
Kepada sesiapa yang masih memilih menafikan serta mentakwilkan apa yang Allah
215 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau berkata, “Ini merupakan bantahan ke atas kelompok Jahmiyyah.”
Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 4103/4728 (Kitab al-Sunnah, Bab tentang
Jahmiyyah).
194
dan Rasul-Nya telah tetapkan, maka diperhujahkan ke atasnya firman Allah,
َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص
.ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang
beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka
membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab
33:36]
Bid’ah dan Penyakit Hati
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,
.َويَُقولُوَن آَمنها ِبَّهللِ َوِبلهر ُسوِل َوأَطَْعنَا ُثه يَتََوَهل فَِري ٌق ِمْن ُه ْم ِم ْن بَْع ِد َذلِ َك َوَما أُولَئِ َك ِبلْ ُمْؤِمنَِّي
Dan mereka berkata, “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!”
Kemudian sepuak daripada mereka berpaling sesudah berkata sedemikian. Dan tiadalah
mereka itu dapat disifatkan sebagai orang-orang yang beriman.
.َوإَِذا ُدعُوا إَِل اَّهللِ َوَر ُسولِِه لِيَ ْح ُك َم بَْينَ ُه ْم إَِذا فَِري ٌق ِمْن ُه ْم ُم ْعِر ُضوَن
Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara
mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling.
.َوإِ ْن يَ ُك ْن َْلُُم اْْلَ ُّق ََيْتُوا إِلَيِْه ُم ْذ ِعنَِّي
Akan tetapi jika kebenaran itu berpihak kepada mereka, mereka akan datang
kepada Rasulullah dengan patuh.
195
.أَِف قُلُوِِبِْم َمَر ٌض أَِم اْرََتبُوا أَْم َيَافُوَن أَ ْن َِيي َف اَّهللُ َعلَْيِه ْم َوَر ُسولُهُ بَ ْل أُولَئِ َك ُه ُم الظهالُِموَن
Apakah dalam hati mereka terdapat penyakit atau mereka ragu-ragu, atau mereka
bimbang seandainya Allah dan Rasul-Nya akan berlaku zalim ke atas mereka? Bahkan
merekalah sebenarnya orang-orang yang zalim.
ن قَْوَل الْ ُمْؤِمنَِّي إِذَا ُدعُوا إَِل اَّهلِل َوَر ُسولِِه لِيَ ْح ُك َم بَْينَ ُه ْم أَ ْن يَُقولُوا َِْس ْعنَا َوأَطَْعنَا َوأُولَئِ َك.َُه ُم الْ ُمْفإَِلِّهنَاُح َوكاَن
Sesungguhnya perkataan orang yang beriman apabila diseru kepada Allah dan
Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka, perkataan mereka tidak lain hanyalah “Kami
dengar dan kami taat!” Mereka itulah orang-orang yang berjaya.
.َوَم ْن يُ ِط ِع اَّهللَ َوَر ُسولَهُ َوَيْ َش اَّهللَ َويَتهْقِه فَأُولَئِ َك ُه ُم الَْفائُِزو َن
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta takut kepada Allah dan
bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. [al-
Nur 24:47-52]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang orang-orang yang secara lisan
berkata “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!” namun setelah itu
sebahagian daripada mereka berpaling, yakni tidak benar-benar beriman dan taat kepada
Allah dan Rasullullah. Mereka yang berpaling itu adalah orang-orang munafik, di mana lisan
dan tindakan mereka saling menyelisihi. Demikian jelas para ahli tafsir.
Demikian juga, apabila orang-orang yang secara lisan berkata “Kami beriman kepada
Allah dan Rasulullah serta kami taat!” diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi,
sebahagian daripada mereka akan berpaling. Akan tetapi jika mereka meyakini bahawa
kebenaran berada di pihak mereka, mereka akan datang menyahut seruan. Sekali lagi, yang
dimaksudkan dengan “mereka” ialah orang-orang munafik.
Adapun firman Allah untuk dihakimi, ia tidak semestinya merujuk kepada
perbicaraan kes jenayah. Akan tetapi, sebagaimana jelas Ibn Katsir rahimahullah (774H),
أَ ْعَر ُضوا عَْنهُ َوا ْستَ ْكبَرُوا ِف، فِي َما أَنَْزَل اَّهللُ عَلَى َر ُسولِِه،إَِذا طُلِبُوا إَِل اتِبَاِع اْلَُدى
196
.أَنُْف ِسِه ْم عَ ِن اتِبَا ِعِه
Apabila diajak kepada mengikuti hidayah, yakni apa yang Allah turunkan kepada
Rasul-Nya, mereka berpaling daripadanya dan berlaku kesombongan dalam diri mereka
daripada mengikutinya.216
Lalu Allah bertanya kepada orang-orang munafik ini, Apakah dalam hati mereka
terdapat penyakit atau mereka ragu-ragu, atau mereka bimbang bahawa Allah dan
Rasul-Nya akan berlaku zalim ke atas mereka?
Setelah menerangkan ciri-ciri orang munafik, Allah menerangkan ciri-ciri orang yang
beriman, yakni apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi, mereka terus
datang seraya berkata “Kami dengar dan kami taat” tanpa mengira sama ada mereka
berada di pihak yang benar atau salah. Sekali lagi, maksud untuk dihakimi tidak semestinya
merujuk kepada perbicaraan kes jenayah, akan tetapi lebih luas sebagaimana jelas Ibn Katsir
rahimahullah (774H),
اله ِذي َن َّل يَْبغُوَن ِدينًا،صَفِة الْ ُمْؤِمنَِّي الْ ُم ْستَ ِجيبَِّي َِّهللِ َولَِر ُسولِِه.ِِسَوىكِتَُثاه أَِبْخابَََّرهللِ تََوَعاُسَنهلِة َرعَُسْنولِِه
Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan sifat orang-orang beriman
yang menyahut serta memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya, yakni orang-orang yang
tidak mengingini dalam agama mereka kecuali kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Rasul-
Nya.217
Mereka itulah orang-orang yang berjaya dan memperolehi kemenangan.
Ciri-ciri orang-orang beriman dan orang-orang munafik yang disebut dalam ayat 47
hingga 52 surah al-Nur di atas hendaklah dijadikan rujukan dan iktibar oleh umat Islam
sehingga ke akhir zaman. Meskipun zahir ayat seolah-olah merujuk kepada mereka yang
hidup pada zaman Rasulullah, namun peranan al-Qur’an yang menjadi petunjuk sehingga ke
akhir zaman menjadikan ayat-ayat tersebut tetap diamalkan sepanjang zaman.
216 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 48 surah al-Nur.
217 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 51 surah al-Nur.
197
Adapun kaitan ayat 47 hingga 52 surah al-Nur dengan bid’ah, maka penjelasannya
adalah seperti berikut.
Pada dasarnya umat Islam semuanya berkata dan berikrar, “Kami beriman kepada
Allah dan Rasulullah serta kami taat!” atau apa-apa lain yang seumpama. Namun apabila
diajak untuk menilai sesuatu keyakinan (aqidah) atau ibadah mereka, apakah ia sunnah atau
bid’ah, mereka yang memiliki ciri-ciri munafik218 akan berpaling jika mengetahui ia adalah
bid’ah dan hanya akan menyahut jika mengetahui ia adalah sunnah. Berbeza dengan orang-
orang yang beriman, mereka sentiasa menyahut seruan dan bersedia membetulkan
keyakinan dan ibadah tersebut jika ternyata adalah bid’ah.
Agar lebih jelas, marilah kita ambil nyanyian qasidah sebagai contoh kajian.
Mengkaji Nyanyian Qasidah
Merujuk kepada pelajaran yang lepas, marilah kita ambil nyanyian qasidah sebagai
kajian.
Kajian Pertama, kebanyakan nyanyian qasidah memiliki puji-pujian yang berlebih-
lebihan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Qasidah itu pula tidak dianggap
sebagai nyanyian biasa yang sia-sia lagi melalaikan (lagha), tetapi sebagai satu bentuk amal
soleh bagi menghampirkan diri (taqarrub) kepada Allah. Apakah puji-pujian yang berlebih-
lebihan ini sesuatu yang sunnah atau bid’ah?
Maka diseru orang-orang yang berqasidah untuk menjadikan hadis berikut sebagai
hakim yang menilai amalan mereka itu. Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,
218 Apakah beza ciri-ciri munafik dan orang munafik? Ciri-ciri munafik ialah sifat. Orang yang memiliki sifat itu tidak
serta merta dikatakan munafik kerana mungkin dia tidak tahu, terkeliru atau tidak sengaja. Adapun orang munafik,
maka dia sudah mengetahui ciri-ciri munafik secara jelas namun tetap sengaja meneruskannya.
198
! َو َخْْيَََن َوابْ َن َخِْْيََن، ََي ُُمَ هم ُد ََي َسيِ َدََن َوابْ َن َسيِ ِدََن:أَ هن َر ُجًَل قَا َل
Bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Muhammad! Wahai Sayyidina dan wahai
putera sayyidana! Orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di
antara kami!”
َمْنَِّزلَلِتيَ اْسلهتَِْته ِوأَيَنْنهَزلَُكُِنم،أَ ْنعَلَيتَْْرُفكَْمعُوِّبِتَنْقفََواْوُكَقْم أُالِحنها ُّبُس ََوَايللِهأَُيَّمَهاا :َو َسلهَم اللَعهُبْ ُدعَالَليْلِهِه بْالُنلِه َعْب َصِدلهالىلِه َر ُسوُل فََقا َل
َُوَر ُسولُه ُُمَ هم ُد أَََن.ال هشيْطَا ُن
.ُالله
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Wahai manusia! Aku
mengingatkan kalian untuk bertakwa, janganlah sehingga kalian terikut-ikut dengan
syaitan. Saya Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Aku
tidak menyukai kalian mengangkatku lebih tinggi daripada kedudukan yang telah Allah
berikan kepadaku.”219
Jika diteliti hadis di atas, lelaki tersebut hanya memuji Rasulullah secara sederhana,
tidak berlebih-lebihan. Namun meskipun dengan pujian sederhana, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam tidak menyukainya. Bahkan baginda amat tidak menyukainya sehingga
bersumpah, Demi Allah! Aku tidak menyukai kalian…
Pujian yang dibolehkan adalah sesuatu yang amat sedikit atau minima, seperti
“Muhammad hamba soleh” yang dinyanyikan oleh orang-orang Habsyah yang datang ke
Madinah. Perhatikan hadis berikut, di mana Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,
ُُمَ هم ٌد:ِت اْْلَبَ َشةُ يَْزفِنُوَن بََّْي يََد ْي َر ُسوِل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم َويَْرقُ ُصوَن َويَُقولُوَن.ََعبْ ٌد َصالَِكاٌحن
Adalah orang-orang Habsyah membuat persembahan di hadapan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, mereka menari220 sambil berkata (dalam bahasa mereka
219 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 12551.
220 Perkataan َوَي ْر ُق ُصو َنdalam kamus bahasa Arab moden menunjuk kepada erti “menari”. Akan tetapi jika dirujuk
kepada kamus bahasa Arab klasik, ia menunjuk kepada erti “melompat dan bergerak pantas”.
199
sendiri), “Muhammad hamba soleh”.
َما يَُقولُوَن؟:فََقا َل َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya (kerana tidak faham bahasa
Habsyah), “Apakah yang mereka katakan?”
. ُُمَ هم ٌد َعبْ ٌد َصالِ ٌح: يَُقولُوَن:قَالُوا
Mereka menjawab, “Orang-orang Habsyah itu berkata Muhammad hamba
soleh.”221
Maka apabila orang-orang yang berqasidah diseru untuk menjadikan hadis pertama
di atas sebagai hakim, mereka yang benar imannya akan segera menyahut seruan, mengkaji
hadis yang dimaksudkan sambil membandingkannya dengan amalan mereka, berkata
“Kami dengar dan kami taat” dan akhirnya meninggalkan amalan puji-pujian yang berlebih-
lebihan. Mereka hanya memuji secara minima, sebagaimana hadis kedua.
Sementara orang-orang yang dalam dirinya ada ciri-ciri munafik, mereka enggan
menyahut seruan dan akan berpaling daripada hadis pertama di atas. Inilah yang
dimaksudkan dengan firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya
untuk dihakimi di antara mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling.
Kajian Kedua, kadang-kala antara lirik qasidah ialah “Madad ya Rasulullah” yang
secara zahir bermaksud “Pertolonganmu wahai Rasulullah”. Orang-orang yang berqasidah
“Madad ya Rasulullah” mendakwa tidak berdoa meminta pertolongan daripada Rasulullah
kerana mengetahui bahawa ia adalah syirik. Sebaliknya yang mereka maksudkan ialah
meminta syafaat pertolongan Rasulullah pada Hari Akhirat kelak.222
Apakah meminta syafaat ini sunnah atau bid’ah? Maka diajak orang-orang yang
berqasidah “Madad ya Rasulullah” untuk menjadikan hadis berikut sebagai hakim yang
221 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan
rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 12540.
222 Dakwaan ini sebenarnya tidak tepat kerana madad bererti meminta tolong dan orang yang diminta
pertolongan mampu untuk menghulurkan pertolongan. Syafaat pula bererti perantara sementara berjaya atau tidak
perantaraan itu bergantung kepada izin orang yang lebih berkuasa daripadanya. Oleh itu berjaya atau tidak syafaat
Rasulullah di Hari Akhirat kelak bergantung kepada izin Allah. Ini akan dijelaskan seterusnya.
200