The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahfuza.mahmud, 2020-06-26 23:11:32

90 Bid'ah (A4)

90 Bid'ah (A4)

sahabat,

.‫ أَََن‬:‫َم ْن أَ ْصبَ َح ِمْن ُكُم الْيَْوَم َصائًِما؟ قَا َل أَبُو بَ ْكر‬

“Siapakah di kalangan kalian yang memulakan waktu paginya pada hari ini dalam
keadaan berpuasa?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

.‫ أَََن‬:‫فََم ْن تَبِ َع ِمْن ُك ُم الْيَْوَم َجنَاَزةً؟ قَا َل أَبُو بَ ْكر‬

“Siapakah di kalangan kalian yang pada hari ini telah ikut menghantar jenazah (ke
kubur)?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

.‫ أَََن‬:‫فََم ْن أَطْعَ َم ِمْن ُك ُم الْيَْوَم ِم ْس ِكينًا؟ قَا َل أَبُو بَ ْكر‬

“Siapakah di kalangan kalian yang pada hari ini telah memberi makan kepada
orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

.‫ أَََن‬:‫فََم ْن عَاَد ِمْن ُك ُم الْيَْوَم َمِري ًضا؟ قَا َل أَبُو بَ ْكر‬

“Siapakah di kalangan kalian yang pada hari ini telah menziarahi orang sakit?” Abu
Bakar menjawab, “Saya.”

.َ‫ إَِهّل َد َخ َل الْجَنهة‬،‫ َما ا ْجتَ َم ْع َن ِف اْمِرئ‬:‫فََقا َل َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم‬

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Tidaklah amalan-amalan
itu berhimpun pada diri seseorang melainkan dia akan memasuki syurga.”118

Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan jalan-jalan dalam ayat,

.‫َواله ِذي َن َجا َه ُدوا فِينَا لَنَ ْه ِديَنه ُه ْم ُسبُلَنَا َوإِ هن اَّهللَ لََم َع الُْم ْح ِسنَِّي‬

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam (memenuhi tuntutan) kami,
pasti kami memberi petunjuk kepada mereka (ke arah) jalan-jalan kami. Dan
sesungguhnya Allah pasti bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. [al-Ankabut
29:69]

118 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1707/1028 (Kitab al-Zakat, Bab orang yang
menghimpun sedekah dan amalan baik yang lain).

101

Orang Yang Diusir Daripada Kolam Air Nabi

Salah satu kurniaan Allah 'Azza wa Jalla kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam ialah sungai al-Kautsar yang mengalir ke sebuah kolam (al-Haudh). Sungai al-
Kautsar terletak di dalam syurga sementara kolam tersebut kemungkinan besar terletak di
luar syurga, sebelum Titian Shirath.119 Umat baginda yang kehausan ketika berhimpun di
Padang Mahsyar dapat minum daripadanya.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang kolam Rasulullah. Akan tetapi apa
yang menarik untuk dikaji dan disemak ialah tentang beberapa golongan orang yang
dihalang atau diusir daripada kolam tersebut. Marilah kita mengkaji dan menyemak hadis-
hadis itu.

Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,

ُ‫َرأْ َسه‬ ‫َرفَ َع‬ ‫ُثه‬ ً‫إِ ْغَفاءَة‬ ‫أَ ْغَفى‬ ‫إِ ْذ‬ ‫أَظْ ُه ِرََن‬ ‫بََّْي‬ ‫يَْوم‬ ‫ذَا َت‬ ‫َرَعُلسَيْوِهَل َواللَسهِله؟َم‬ ُ‫اللِه َصلهى الله‬ ‫وَُملا‬:‫ْينَفَاُقْلَنرَاُس‬،َ‫ُمتَبَ ِس ًماب‬
‫أَ ْض َح َك َك ََي‬

Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama kami pada satu hari,

baginda tidur dengan tidur yang ringan. Kemudian baginda (terjaga sambil) mengangkat

kepalanya sambil tersenyum. Kami bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu ketawa

wahai Rasulullah?”

:َ‫ فََقَرأ‬.ٌ‫ أُنِْزلَ ْت عَلَ هي آنًِفا ُسوَرة‬:‫قَا َل‬

Baginda menjawab, “Sebentar tadi diturunkan ke atasku sebuah surah (al-

Qur’an).” Lalu baginda membacakannya,

.‫بِ ْسِم اللهِ الهرْْحَ ِن الهرِحيِم‬

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

.‫إَِهن أَ ْعطَْينَا َك الْ َكْوثََر‬

119 Para sarjana Islam berbeza pendapat tentang lokasi sebenar kolam Rasulullah. Ada yang berkata, ia sesudah
Titian Shirath, ada yang berkata ia sebelum itu. Setelah mengemukakan beberapa pendapat dalam persoalan ini, al-
Qurtubi rahimahullah (671H) mensahihkan pendapat bahawa ia terletak sebelum Titian Shirath. Rujuk al-Tazkirah bi
Ahwal al-Maut wa Umur al-Akhirah (al-Maktabah al-Syamilah), Jld. 1, ms. 703.

102

Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepada kamu (wahai Muhammad), al-

Kautsar.

.‫فَ َص ِل لَِربِ َك َواَْنَْر‬

Oleh itu (dirikanlah) solat dan (lakukanlah) korban kerana Tuhanmu.

.ُ‫إِ هن َشانِئَ َك ُهَو اْلَبََْت‬

Sesungguhnya sesiapa yang membenci kamu (wahai Muhammad), dia terputus

(daripada kebaikan dunia dan akhirat). [al-Kautsar 108:1-3]

.‫ اللهُ َوَر ُسولُهُ أَ ْعلَُم‬:‫ أَتَْدُروَن َما الْ َكْوثَُر؟ فَُقلْنَا‬:‫ُثه قَا َل‬

Kemudian baginda bertanya, “Apakah kalian mengetahui apa itu al-Kautsar?”

Kami menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

،‫ ُهَو َحْو ٌض تَِرُد عَلَْيِه أُهمِت يَْوَم الِْقيَاَمِة‬،ٌ‫ عَلَْيِه َخْْيٌ َكثِْي‬،‫َنٌْر َو َع َدنِيِه َرِبي َعهز َو َجله‬.ْ‫لُنّفَإُِجنهوهُِم‬:‫آنِيَتُهُ عَقََداُدَلا‬

Baginda menjawab, “Sesungguhnya (al-Kautsar) itu adalah sebuah sungai yang
dijanjikan kepadaku oleh Allah 'Azza wa Jalla, ia memiliki kebaikan yang banyak.120 Ia

(mengalir) ke sebuah kolam yang umatku akan datang kepadanya pada Hari Kiamat

kelak. (Jumlah) gayungnya (untuk diambil air dan diminum) sebanyak bintang (di langit).

!‫ إِنههُ ِم ْن أُهمِت‬،‫ َر ِب‬:‫ فَأَقُوُل‬،‫فَيُ ْختَلَ ُج الْعَْب ُد ِمْن ُه ْم‬

Lalu ada seseorang daripada mereka yang diusir daripadanya, lalu aku berkata,

“Wahai Tuhan-ku, sesungguhnya dia daripada umatku!”

.‫ َما تَْد ِري َما أَ ْح َدثَ ْت بَْع َد َك‬:‫فَيَ ُقوُل‬

Lalu dikatakan, “Kamu tidak tahu perkara baharu yang dibuatnya (dalam urusan
agama) sesudah (kewafatan) kamu.” 121

120 Oleh kerana itulah sebahagian ahli tafsir menjelaskan bahawa al-Kautsar bermaksud kebaikan yang banyak.
Ada yang berkata, ia bermaksud sungai di syurga yang mengandungi kebaikan yang banyak. Ada juga yang berkata, ia
bermaksud kedua-duanya sekali, yakni sungai di syurga dan kebaikan yang banyak.
121 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 607/400 (Kitab al-Sholat, Bab hujah bagi yang

103

Dalam satu riwayat lain,

.‫ ُس ْحًقا! ُس ْحًقا! لَِم ْن بَهد َل بَْع ِدي‬:‫ فَأَقُوُل‬،‫ إِنه َك َّلَ تَْد ِري َما بَهدلُوا بَْع َد َك‬:‫فَيَُقا ُل‬

Maka dikatakan, “Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka ubah (dalam

urusan agama)122 sesudah (kewafatan) kamu.”

Maka aku (Rasulullah) berkata, “Pergilah! Pergilah!123 Bagi sesiapa yang

mengubah (urusan agama) sesudah (kewafatan)ku.”124

Dalam satu riwayat lain,

.‫ َم َشْوا َعلَى الَق ْهَقَرى‬،‫ َّلَ تَْد ِري‬:‫فَيَُقا ُل‬

Maka dikatakan, “Kamu tidak tahu, mereka telah mengambil jalan untuk berpatah

balik.” 125/126

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

،‫ فََم ْن َص هدقَ ُه ْم بِكِ ْذِِبِْم َوأَ َعاَْنُْم َعلَى ظُلْ ِمِه ْم‬،‫يَْفعَلُوَن‬.‫فَلَيْ َس ِمَِسنيَ ُكَولَو ُْنس َُعتلَْيِمُْنكهُْم َأُولََمَْرناءُيَِرَََديُْمُعَرلَونَهيُكاْمْْلَِِبَْوا ََّضل‬
Akan datang kepada kalian para pemerintah yang menyuruh kalian dengan apa

yang tidak mereka lakukan.127 Maka sesiapa yang membenarkan mereka dalam

mengatakan Basmalah termasuk ayat pertama bagi setiap surah kecuali surah al-Taubah).
122 Maksudnya mengubah sunnah Rasulullah kepada sesuatu yang baharu, yakni bid’ah. Inilah maksud yang lebih
hampir bagi sabda Rasulullah di atas. Ada yang berpendapat ia bermaksud mengubah agama daripada Islam kepada
kekafiran, yakni murtad. al-Syathibi rahimahullah (790H) mengulas, jika demikian maka nescaya Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam akan bersabda, “Mereka telah kafir sesudah kewafatan kamu.” [al-I’tishom (tahqiq: Salim bin ‘Id al-
Hilali, al-Maktabah al-Syamilah), jld. 1, ms. 168.] Selain itu terdapat juga sebuah hadis lain yang secara khusus merujuk
kepada mereka yang murtad, yang akan dikemukakan seterusnya. Oleh itu maksud ubah dalam hadis ini ialah khusus
kepada berbuat bid’ah dan bukannya murtad.
123 Maksudnya Rasulullah turut mengusir orang tersebut daripada kolamnya.
124 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6528/7051
(Kitab al-Fitan, Bab tentang firman Allah, “Dan peliharalah diri kalian daripada fitnah yang tidak sahaja menimpa orang
yang zalim di kalangan kalian secara khusus” – al-Anfal 8:25).
125 Maksudnya mereka telah murtad meninggalkan Islam dan berpatah balik kepada agama sebelumnya atau
kepada kehidupan jahiliyah.
126 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6526/7048
(Kitab al-Fitan, Bab tentang firman Allah, “Dan peliharalah diri kalian daripada fitnah yang tidak sahaja menimpa orang
yang zalim di kalangan kalian secara khusus” – al-Anfal 8:25).
127 Maksudnya para pemerintah itu mahu melakukan perkara yang salah dan zalim, akan tetapi tidak mahu
melakukannya dengan tangan sendiri. Maka mereka memiliki para penyokong dan pembodek yang melakukan perkara

104

pendustaan mereka itu dan membantu mereka dalam kezaliman mereka itu, maka dia
bukan daripada aku, aku bukan daripada dia dan dia tidak sekali-kali akan dapat
mendatangiku di kolam (aku).128

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat dirumuskan beberapa kategori orang yang
dihalang atau diusir daripada kolam Rasulullah di Akhirat kelak:

1. Orang yang mencipta perkara baru dalam urusan agama atau mengubah urusan
agama. Ringkasnya, mereka adalah orang-orang yang mencipta bid’ah.

2. Orang yang murtad.

3. Orang yang bekerja sama dengan para pemimpin yang zalim.

Tiga golongan ini akan kehausan ketika berhimpun di Padang Mahsyar kerana tidak
dapat minum daripada kolam Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Perhatikan bagaimana orang yang mencipta bid’ah dihalang bersama orang yang
murtad dan orang yang membantu pemimpin yang zalim. Ini menunjukkan betapa besar
kesalahan bid’ah sehingga diletakkan pada tingkatan yang sama dengan orang yang murtad
dan orang yang membantu pemimpin yang zalim.

Jika baru di peringkat Padang Mahsyar mereka sudah menerima padah berbuat
bid’ah, maka bayangkan pula peringkat-peringkat seterusnya seperti menerima buku rekod
amalan, timbangan amal di al-Mizan, soal jawab di hadapan Allah, melintas Titian Shirath
dan seterusnya.

Hadis mereka yang dihalang atau diusir daripada kolam Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam juga mengandungi dua pelajaran lain yang penting.

Pelajaran Pertama, para sarjana Islam telah membahagikan bid’ah kepada dua
kategori. Pertama adalah bid’ah yang berat sehingga mengeluarkan pembuatnya daripada
Islam. Kedua adalah bid’ah yang sederhana atau ringan yang tidak mengeluarkan
pembuatnya daripada Islam. Dalam susun kata lain, ia adalah bid’ah yang mengkafirkan atau

yang salah dan zalim itu.
128 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai shahih li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-
rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 5702.

105

tidak mengkafirkan. Kebanyakan bid’ah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah dari
kategori kedua, yakni tidak mengeluarkan pembuatnya daripada Islam.

Jika diteliti hadis-hadis yang dikemukakan sebelum ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menyebut orang yang dihalang atau diusir daripada kolamnya sebagai “Wahai
Tuhan-ku, sesungguhnya dia daripada umatku!” Apabila Rasulullah menyebut orang itu
sebagai umatku, ia menunjukkan bahawa orang itu adalah pembuat bid’ah dalam kategori
kedua, yakni bid’ah sederhana atau ringan yang tidak mengeluarkan pembuatnya daripada
Islam.

Bahkan dalam sebuah hadis lain yang bakal dikemukakan, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam dapat mengenali umatnya yang dihalang atau diusir daripada kolam
baginda disebabkan cahaya di anggota-anggota wudhu’ mereka. Ini menunjukkan mereka
yang dihalang atau diusir bukan sekadar umat baginda yang biasa-biasa tetapi umat baginda
yang rajin beribadah.

Pun begitu, status umatku dan cahaya di anggota-anggota wudhu’ tidak
menyelamatkan mereka daripada dihalang atau diusir daripada kolam Rasulullah. Ini
menunjukkan bahawa meskipun seseorang itu mencipta bid’ah yang sederhana atau ringan,
dia tetap akan menerima padahnya di Akhirat kelak.

Justeru hendaklah kita berusaha mengenali bid’ah dan menjauhinya sekalipun yang
ringan, supaya selamat di Akhirat kelak.

Pelajaran Kedua terletak pada kenyataan “Kamu tidak tahu perkara baharu yang
dibuatnya (dalam urusan agama) sesudah (kewafatan) kamu.”

Juga pada kenyataan “Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka ubah
(dalam urusan agama) sesudah (kewafatan) kamu.”

Juga pada kenyataan “Kamu tidak tahu, mereka telah mengambil jalan untuk
berpatah balik.”

Semua kenyataan ini menunjukkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
tidak tahu apa yang dilakukan oleh umatnya selepas kewafatan baginda. Ini merupakan dalil
yang membatalkan dakwaan kononnya Rasulullah hadir dalam majlis-majlis zikir, qasidah,

106

selawat dan nasyid yang dilakukan oleh sebahagian orang.
Seandainya mereka mendakwa Rasulullah benar-benar hadir, maka yang sebenarnya

hadir adalah syaitan. Memang, syaitan tidak boleh menjelma sebagai Rasulullah. Maka
syaitan sekadar menjelma sebagai seorang lelaki yang ada ciri-ciri lazim Rasulullah seperti
berjanggut, memakai serban, berjubah putih dan menunggang kuda atau unta. Disebabkan
orang-orang dalam majlis itu sudah memiliki kecenderungan minda (mind set) bahawa
Rasulullah akan hadir, maka mereka terus mendakwa lelaki itu adalah Rasulullah. Padahal
itu hanyalah tipu daya syaitan kepada mereka.

Tuduhan Syi’ah Bahawa Para Sahabat Mencipta Bid’ah

Jika dihimpun hadis-hadis tentang mereka yang diusir atau dihalang daripada kolam
Rasulullah, akan ditemui sebahagian yang menerangkan bahawa mereka itu adalah para
sahabat Rasulullah atau orang yang baginda kenal – yakni pernah nampak pada masa hidup
baginda. Mereka yang membenci para sahabat Rasulullah seperti Syi’ah menggunakan
hadis-hadis ini sebagai dalil bagi membuat fitnah bahawa para sahabat Rasulullah telah
murtad dan berbuat bid’ah selepas kewafatan baginda.

Berikut dikemukakan hadis yang dimaksudkan. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

،‫ َحَهّت إِذَا أَْهَويْ ُت ِْلََُن ِوَْلُْم ا ْختُلِ ُجوا ُدوِّن‬،‫ لَُْْيفَ َع هن إَِِله ِر َجاٌل ِمْن ُك ْم‬،‫ أَأَََنْيفَََررطُِبُكأَْم ْصَعلََحاىِبايْ!لَْو ِض‬:‫فَأَقُوُل‬

Aku mendahului kalian di kolam, lalu ditampilkan kepadaku beberapa orang
daripada kalangan kalian sehingga apabila aku ingin menghulurkan air kepada mereka,
mereka ditarik dan dijauhkan daripadaku. Maka aku berkata, “Wahai Tuhan-ku, mereka

107

adalah para sahabatku!”

.‫ َّلَ تَْد ِري َما أَ ْح َدثُوا بَْع َد َك‬:‫يَُقوُل‬

Lalu dikatakan, “Kamu tidak tahu perkara baharu yang mereka buat (dalam urusan

agama) sesudah (kewafatan) kamu.”129

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫َعلَ هي‬ ‫لََِْيُد‬ ،‫أَبَ ًدا‬ ُ‫بَْع َده‬ ْ‫يَظْ َمأ‬ ْ‫ََل‬ ُ‫ِمنْه‬ ‫َشِر َب‬ ‫َوَم ْن‬ ،ُ‫ِمنْه‬ ‫فََم ْن َوَرَدهُ َشِر َب‬ ،‫اْلَْو ِض‬ ،‫أَ ْعأََِرَفنُ ُهفَْمَرطَُويَُكْعْمِرفُعَوِلَّنى‬ ‫أَقْ َواٌم‬
»‫بَيِْن َوبَْينَ ُه ْم‬ ‫ُثه َُيَا ُل‬

Aku mendahului kalian di kolam, sesiapa yang mendatanginya akan dapat minum

daripadanya dan sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga sesudah itu

selama-lamanya. Kemudian akan datang kepadaku satu kaum yang aku kenal mereka

dan mereka kenal aku, tetapi kemudian dihalang antara aku dan mereka.130

Tuduhan di atas dijawab dan dijelaskan seperti berikut.

Dalam disiplin ilmu bahasa Arab, sesuatu perkataan memiliki maksud dari aspek
bahasa dan aspek syari’at. Perkataan sahabatku yang dimaksudkan dalam hadis di atas
adalah dari aspek bahasa, yakni mereka yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah, pernah
dilihat oleh Rasulullah dan mereka mati dalam keadaan Islam.131 Memeluk Islam adalah
secara zahir, ia tidak semestinya bermaksud iman telah masuk ke dalam hati mereka.
Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ يَْد ُخ ِل اْلِإَيَا ُن ِف قُلُوبِ ُك ْم َوإِ ْن‬.‫تُ ِطيعُوا اقََّاهللَلَ َِوتَر اُسْولَلَْهعَُراَّلُبيَلِتْآَمُكنهاْم قُِم ْْلن أََلْْعتَُمْاؤلِِمنُُكواْم َوَلَشْيئكًِاْنإِقهُنولاَُّوهاللَ أََغْسُفلَوْمٌرنَاَرَِحولَيهمٌما‬

Orang-orang arab pedalaman (Badwi) berkata: “Kami telah beriman!” Katakanlah

129 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6527/7049 (Kitab al-Fitan, Bab tentang firman
Allah, “Dan peliharalah diri kalian daripada fitnah yang tidak sahaja menimpa orang yang zalim di kalangan kalian
secara khusus” – al-Anfal 8:25).

130 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6528/7051
(Kitab al-Fitan, Bab tentang firman Allah, “Dan peliharalah diri kalian daripada fitnah yang tidak sahaja menimpa orang
yang zalim di kalangan kalian secara khusus” – al-Anfal 8:25).

131 Ada sebahagian sarjana Islam yang mendefinisikan para sahabat Rasulullah sebagaimana di atas. Saya tidak
bersetuju kerana definisi tersebut hanyalah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Penjelasannya bakal
menyusul.

108

(wahai Muhammad): Kalian belum beriman, akan tetapi berkatalah “Kami telah memeluk
Islam” kerana iman belum meresap masuk ke dalam hati kamu.

Jika kalian taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah tidak akan mengurangkan
sedikitpun daripada pahala amalan-amalan kalian, kerana sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Hujurat 49:14]

Oleh kerana itulah orang-orang munafik termasuk dalam erti sahabat dari aspek
bahasa, kerana mereka menzahirkan Islam dan pernah melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pada zaman hidup baginda. ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah
menyarankan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membunuh ketua orang
munafik di Madinah, yakni ‘Abdullah bin Ubay bin Salul. Beliau berkata,

!‫ََي َر ُسوَل اَّهلِل! َد ْعِن أَ ْضِر ْب عُنُ َق َه َذا المُنَافِِق‬

Wahai Rasulullah! Biarlah aku memenggal leher si-munafik ini!

.ُ‫ َّلَ يَتَ َح هد ُث النها ُس أَ هن ُُمَ هم ًدا يَْقتُ ُل أَ ْص َحابَه‬،ُ‫ َد ْعه‬:‫فََقا َل النهُِّب َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم‬

Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, “Biarkan dia. Aku tidak mahu
orang ramai berkata, bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya.”132

Perhatikan dalam hadis di atas, Rasulullah menggolongkan ketua orang-orang
munafik Madinah sebagai salah seorang sahabatnya. Namun yang baginda maksudkan
adalah sahabat dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at.

Adapun dari aspek syari’at, sahabat Rasulullah ialah orang-orang yang iman telah
masuk ke dalam hati mereka dan ini terbukti melalui perbuatan mereka yang lazim bersama
Rasulullah, tegas kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam, berkasih sayang sesama
orang Islam, tekun beribadah dan banyak berjasa untuk Islam serta umatnya. Dalil bagi
pengertian sahabat dari aspek syari’at adalah firman Allah 'Azza wa Jalla,

‫ُُمَ هم ٌد َر ُسوُل اَّهلِل َواله ِذي َن َمعَهُ أَِش هداءُ عَلَى الْ ُكهفا ِر ُرَْحَاءُ بَْينَ ُه ْم تََرا ُه ْم ُرهكعًا ُس هج ًدا يَْبتَغُوَن‬

132 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4525/4905
(Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab firman Allah, Sama saja bagi mereka (orang munafik), kamu mintakan ampun atau kamu
tidak mintakan ampun bagi mereka, Allah tidak akan mengampuni mereka; sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik – al-Munafiqun 63:06)

109

.‫فَ ْضًَل ِم َن اَّهلِل َوِر ْضَواًَن ِسي َما ُه ْم ِف ُو ُجوِهِه ْم ِم ْن أَثَِر ال ُّس ُجوِد‬

Muhammad ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya (yakni
para sahabat) bersikap tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam) dan
sebaliknya bersikap belas kasihan terhadap sesama sendiri.

Engkau melihat mereka rukuk dan sujud kerana mengharapkan limpah kurnia
daripada Tuhan mereka serta keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (tekun
beribadah) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud. [al-Fath 48:29]

Juga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫َواقَاَْْْنوُلًَمْمْْانَأاَيُُْروْؤِمَعنَُخاوِلشَِنِْدَييَُتُِبَنَْمّهلفِلِأُيوَهلََواائِلْيَََرْكوِِمضَكاَتَيْلاََبِّهلخلُِِرفَعيْنُقَُوُاهلُُّْدموِِوبَِوَُنمَر اَُمضْلِإْوانَيَاَعََنْنحاهَُهدوأأَُيهاولَََّدئِهللَُهَْكمَوَربُِِحُرسْوزولَحُهُب ِماََْنوّلَهلهُِْلو أََوََيكُّلاْدنُإِِواخهنلُآُهَِِْمبحْءَزُهَجَبنْهمااَأَّهْلوِلت‬.‫أََُبهْْتنَُمِرا اءَيلُْهُمِْممْفَّْلِنألَْوُحََْتِتوإِتََُِندهْخا‬

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum (yakni para sahabat) yang beriman
kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang
menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-
bapa mereka, anak-anak mereka, saudara-mara mereka ataupun keluarga mereka.

Mereka (para sahabat) itu, Allah telah tetapkan iman dalam hati mereka dan telah
menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya.

Dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.

Allah reda akan mereka dan mereka reda akan-Nya.

Mereka (para sahabat) itulah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah!
Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
[al-Mujadilah 58:22]

Adapun dalil betapa banyak dan besar jasa mereka kepada Islam ialah sabda
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

110

.ُ‫ َوَّلَ نَ ِصيَفه‬،‫ فَلَْو أَ هن أَ َح َدُك ْم أَنَْف َق ِمثْ َل أُ ُحد َذ َهبًا َما بَلَ َغ ُم هد أَ َح ِد ِه ْم‬،‫َّلَ تَ ُسُبّوا أَ ْص َحاِبي‬

Jangan kalian mencela para sahabatku. Seandainya salah seorang kalian

menyedekahkan emas sebanyak Bukit Uhud, nescaya ia tidak akan menandingi satu

bekas kecil (emas yang disedekahkan oleh) salah seorang daripada mereka, tidak juga

separuh daripadanya.133

Oleh kerana itulah ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh mendefinisikan para

sahabat Rasulullah – yakni dari aspek syari’at – sebagai,

،‫ فََو َج َد قَْل َب ُُمَ همد َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َخْْيَ قُلُو ِب الْعِبَاِد‬،‫اِد‬.َ‫ظََرفَابِْتَفَعثَقُهُلُوبِِرِبَساالَلْتِعِِهب‬،‫فَا ْصطََفاإِهُهنلِنَالْفلهَِسنَِه‬

Sesungguhnya Allah melihat dalam hati para hamba-Nya dan didapati hati

Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah hati yang terbaik di kalangan hamba-

Nya, maka dipilih (Muhammad) untuk diri-Nya dan diutuskan baginda dengan risalah-

Nya.

‫ فَ َج َعلَُه ْم‬،‫ فََو َج َد قُلُو َب أَ ْص َحابِِه َخْْيَ قُلُو ِب الْعِبَاِد‬،‫ِد بَْع َد قَْل ِب ُُمَ همد‬.‫نَيُظََقَراتِلُِفوَنقُلُ َعولَِبى الِْديعِنِبَِاه‬،‫ُوَزَراءَ نَبِيُِِثهه‬

Kemudian (Allah) melihat dalam hati para hamba-Nya sesudah hati Muhammad,

maka didapati hati para sahabat adalah hati yang terbaik di kalangan hamba-Nya, maka

(Allah) menjadikan mereka penolong serta pendokong Nabi-Nya, mereka berperang demi

agama-Nya.

.‫ َوَما َرأَْوا َسيِئًا فَ ُهَو ِعنْ َد اللهِ َسيِ ٌئ‬،‫ فَ ُهَو عِْن َد اللهِ َح َس ٌن‬،‫فََما َرأَى الْ ُم ْسلِ ُموَن َح َسنًا‬

Maka apa jua yang dipandang baik oleh kaum Muslimin,134 maka ia di sisi Allah

133 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3397/3673 (Kitab Ashabah al-Nabi, Bab
seandainya aku dapat mengambil seorang kekasih).
134 Perkataan al-Muslimun di sini tidak bermaksud seluruh umat Islam, tetapi terbatas kepada para sahabat
Rasulullah sahaja. Ini kerana apabila mengucapkannya, Ibn Mas’ud sedang merujuk kepada para sahabat Rasulullah
secara khusus dan bukan umat Islam secara umum. Ucapan Ibn Mas’ud ini menjadi hujah bahawa kesepakatan para
sahabat Rasulullah adalah dalil agama.

Sebahagian ahli bid’ah mengambil rangkap yang terakhir ini sahaja sebagai hujah bagi bid’ah hasanah padahal
jika dirujuk kepada keseluruhan ucapan Ibn Mas’ud, ia tidak bermaksud seperti yang mereka kehendaki. Bahkan ia
merupakan hujah ke atas amalan-amalan bid’ah masa kini. Sebagai contoh, apabila para sahabat tidak melakukan

111

adalah baik (juga). Apa yang dipandang buruk oleh mereka, maka ia di sisi Allah adalah
buruk (juga).135

Kesimpulannya, para sahabat yang dimaksudkan dalam hadis “Wahai Tuhan-ku,
mereka adalah para sahabatku!” adalah sahabat dari aspek bahasa dan bukannya dari
aspek syari’at.

Adapun hadis Kemudian akan datang kepadaku satu kaum yang aku kenal mereka
dan mereka kenal aku, tetapi kemudian dihalang antara aku dan mereka maka ia tidak
merujuk kepada para sahabat. Sebaliknya ia merujuk kepada umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengenali mereka daripada kesan cahaya
di anggota-anggota wudhu’ mereka sementara mereka mengenali baginda kerana baginda
orang pertama yang menunggu di kolamnya. Perhatikan hadis berikut daripada Abu
Hurairah radhiallahu 'anh,

:‫ فََقا َل‬،َ‫أَ هن َر ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم أَتَى الْ َمْقبُرَة‬

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menziarahi kawasan kubur lalu
berkata,

.‫ َوِدْد ُت أََهن قَْد َرأَيْنَا إِ ْخَوانَنَا‬،‫ َوإَِهن إِ ْن َشاءَ اللهُ بِ ُك ْم َّل ِحُقوَن‬،‫ال هسَلُم عَلَْي ُك ْم َداَر قَْوم ُمْؤِمنَِّي‬

“Assalamu’alaikum negeri kaum orang-orang yang beriman. Kami insya-Allah akan
menyusuli kalian. Aku suka jika dapat melihat saudara-saudara kita.”

‫ أََولَ ْسنَا إِ ْخَوانَ َك ََي َر ُسوَل اللِه؟‬:‫قَالُوا‬

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami saudara-saudara kamu wahai
Rasulullah?”

.‫ أَنْتُْم أَ ْص َحاِبي َوإِ ْخَوانُنَا اله ِذي َن ََلْ ََيْتُوا بَْع ُد‬:‫قَا َل‬

Rasulullah menjawab, “Kalian adalah para sahabatku sementara saudara-saudara

sambutan Mawlid Nabi, majlis tahlil selepas kematian dan Solat Hajat secara berjemaah, bererti semua itu bukanlah
sesuatu yang dipandang baik oleh mereka. Apa yang tidak dipandang baik oleh mereka, tidak juga dipandang baik oleh
Allah 'Azza wa Jalla.
135 Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 3600.

112

kita adalah mereka yang belum datang.”

‫ َكْي َف تَ ْعِر ُف َم ْن ََلْ ََيْ ِت بَْع ُد ِم ْن أُهمتِ َك ََي َر ُسوَل اللهِ؟‬:‫فََقالُوا‬

Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana kamu dapat kenal orang-orang yang

belum datang dari kalangan umatmu, wahai Rasulullah?”

‫ أََرأَيْ َت لَْو أَ هن َر ُجًَل لَهُ َخيْ ٌل غٌُّر ُمَ هجلَةٌ بََّْي ظَْهَر ْي َخيْل ُد ْهم ُِبْم أََّل يَْعِر ُف َخْيلَهُ؟‬:‫فََقا َل‬

Rasulullah menjawab, “Apa pandangan kamu seandainya seorang lelaki memiliki

kuda yang berwarna putih di dahinya dan kakinya,136 di mana kuda itu berada di antara

kuda-kuda lain yang berwarna hitam sehitam-hitamnya, apakah dia dapat mengenali

kudanya?”

!ِ‫ بَلَى ََي َر ُسوَل الله‬:‫قَالُوا‬

Para sahabat menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

‫عَ ْن‬ ‫ِر َجا ٌل‬ ‫لَيُ َذاَد هن‬ ‫أََّل‬ ‫اْْلَْو ِض‬ ‫عَلَى‬ ‫فََرطُُه ْم‬ ‫َوأَََن‬ ،‫الُْو ُضوِء‬ ‫َن‬:‫الََْبَيْتُعِْويَُنالغًُّرهاضا ُُُّلمَ أُهَجَنلِِدّيَيِه ِْمم‬ ‫فَإِْهنُْم‬ :‫قَا َل‬
.‫أََّل َهلُهم‬ ‫يُ َذا ُد‬ ‫َحْو ِضي َك َما‬

Rasulullah meneruskan, “Maka sesungguhnya mereka (saudara-saudara kita)

akan datang (pada Hari Akhirat kelak) dengan muka, tangan dan kaki yang putih

bercahaya, kesan daripada wudhu’ (di dunia dahulu). Aku mendahului mereka di kolam.

Ketahuilah, ada yang diusir daripada kolamku sebagaimana diusirnya unta-unta yang

sesat. Aku memanggil-manggil mereka, datanglah ke sini!”

.‫ إِْهنُْم قَْد بَهدلُوا بَْع َد َك‬:‫فَيَُقا ُل‬

Maka dikatakan, “Sesungguhnya mereka telah mengubah (urusan agama)

sesudah (kewafatan) kamu.”

!‫ ُس ْحًقا! ُس ْحًقا‬:‫فَأَقُوُل‬

Maka aku pun berkata, “Pergilah! Pergilah!”137

136 Sila cari gambar di enjin carian Google: “Horse with a white blaze and socks” bagi melihat kuda yang
dimaksudkan.

137 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 367/249 (Kitab al-Thaharah, Bab disukai
113

Mereka Yang Membenci Rasulullah

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

.‫إَِهن أَ ْعطَْينَا َك الْ َكْوثََر‬

Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepada kamu (wahai Muhammad), al-
Kautsar.

.‫فَ َص ِل لَِربِ َك َواَْنَْر‬

Oleh itu (dirikanlah) solat dan (lakukanlah) korban kerana Tuhanmu.

.ُ‫إِ هن َشانِئَ َك ُهَو اْلَبََْت‬

Sesungguhnya sesiapa yang membenci kamu (wahai Muhammad), dia terputus
(daripada kebaikan dunia dan akhirat). [al-Kautsar 108:1-3]

Sebelum ini telah dikemukakan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang
menerangkan bahawa al-Kautsar adalah sebuah sungai yang memiliki kebaikan yang
banyak, yang Allah berikan kepada Rasulullah di dalam syurga. Berdasarkan hadis ini, para
ahli tafsir berkata bahawa al-Kautsar secara umum bermaksud kebaikan yang banyak.

Di akhir surah Allah berfirman bahawa sesiapa yang membenci Rasulullah, dia
terputus. Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang apakah yang terputus itu? Saya
mencenderungi pendapat yang mengatakan bahawa terputus itu merujuk kepada konteks
keseluruhan surah, yakni terputus daripada mendapat al-Kautsar. Maka ia bererti terputus
daripada mendapat kebaikan yang banyak, dunia dan akhirat.

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan sesiapa yang membenci kamu
(Wahai Muhammad) ? Ibn Katsir rahimahullah (774H) memberikan jawapannya,

‫َوُمْبغِ َض َما ِجْئ َت بِِه ِم َن اْلَُدى َواْْلَِق َوالْبُْرَها ِن ال هسا ِطِع‬-‫ََي ُمَ هم ُد‬- ‫هن ُمْبغِ َض َك‬.ِ‫ِيإ‬:ّ‫َوالُنّوِر الْأَُمْبِي‬

Yakni sesungguhnya orang yang membenci kamu wahai Muhammad dan membenci

memanjangkan kawasan basuhan anggota wudhu’).

114

apa yang kamu bawa berupa hidayah, kebenaran, bukti yang jelas dan cahaya yang
terang.138

Ringkasnya firman Allah sesiapa yang membenci kamu (Wahai Muhammad) tidak
sekadar merujuk kepada mereka yang membenci peribadi Rasulullah tetapi juga membenci
apa yang dibawa oleh Rasulullah berupa Islam, al-Qur’an dan sunnah baginda.

Perbuatan membenci Rasulullah dapat diperincikan sebagai berikut.

Pertama merujuk kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai

manusia biasa seperti fesyen pakaian, jenis kenderaan, makanan kegemaran, kehidupan
sekeluarga dan lain-lain. Kita dianjurkan mengikuti sunnah ini berdasarkan firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,

.‫لََق ْد َكا َن لَ ُك ْم ِف َر ُسوِل اَّهلِل أُ ْسَوةٌ َح َسنَةٌ لَِم ْن َكا َن يَْر ُجو اَّهللَ َوالْيَْوَم اْل ِخَر َوذََكَر اَّهللَ َكثًِْيا‬

Demi sesungguhnya bagi kalian pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang
baik bagi sesiapa yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (ganjaran) Hari Akhirat serta
(bagi sesiapa yang) banyak berzikir kepada Allah. [al-Ahzab 33:21]

Pun begitu bagi sesiapa yang tidak mengikuti sunnah Rasulullah sebagai manusia

biasa dan pada waktu yang sama tidak mencelanya, dia tidak dikira membenci Rasulullah.

Dalilnya ialah hadis berikut di mana Khalid al-Walid radhiallahu 'anh tidak mengikuti sunnah

Rasulullah yang tidak selera makan dhab (sejenis biawak padang pasir). Khalid tetap

berselera memakannya dan Rasulullah tidak menghukum beliau sebagai orang yang

membenci baginda. Perhatikan hadis berikut,

.‫ إِنههُ َض ٌّب‬:ُ‫أُِتَ النهُِّب َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم بِ َضب َم ْش ِوي فَأَْهَوى إِلَيِْه لِيَأْ ُك َل فَِقي َل لَه‬

Dihidangkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dhab yang dipanggang.

Maka baginda menghulurkan tangan kepadanya untuk dimakan, lalu dikatakan kepada

baginda: “Sesungguhnya ia adalah dhab.”

‫ أَ َحَراٌم ُهَو؟‬:‫فَأَْم َس َك يََدهُ فََقا َل َخالٌِد‬

138 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 3 surah al-Kautsar.
115

Lalu baginda menarik tangannya, maka berkata Khalid: “Apakah ia haram?”

.ُ‫ َّلَ َولَ ِكنههُ َّلَ يَ ُكوُن ِبَْر ِض قَْوِمي فَأَ ِج ُدِّن أَعَافُه‬:‫قَا َل‬

Rasulullah menjawab: “Tidak, akan tetapi ia tidak terdapat di tempat kaumku dan
aku mendapati diriku tidak berselera terhadapnya.”

ُّ .‫فَأَ َك َل َخالٌِد َوَر ُسوُل اَّهللِ َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم يَْنظُُر‬

Maka Khalid makan (dhab itu) sementara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
memerhatikannya.139

Kedua merujuk kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai
manusia biasa, cuma kali ini seseorang itu tidak mengikutinya dan pada waktu yang sama
mencelanya.

Contohnya adalah mereka yang menghina sunnah Rasulullah menaiki unta,
menyindir kegemaran Rasulullah memakai jubah putih, memburuk-burukkan keluarga
poligami Rasulullah atau menuduh Rasulullah sebagai pedophile.

Sesiapa yang mencela Rasulullah dalam sunnah baginda sebagai manusia biasa,
mereka adalah orang yang membenci Rasulullah dan Sesungguhnya sesiapa yang
membenci kamu (wahai Muhammad), dia terputus (daripada kebaikan dunia dan
akhirat).

Bahkan celaan mereka itu menyakiti Rasulullah,

.‫َواله ِذي َن يُْؤذُوَن َر ُسوَل اَّهللِ َْلُْم عَ َذا ٌب أَلِيٌم‬

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab yang pedih. [al-
Taubah 9:61]

Perbuatan menyakiti yang dimaksudkan dalam ayat 61 surah al-Taubah di atas ialah
mencela, menghina, menyindir, memburuk-burukkan atau membuat tuduhan ke atas
baginda, meskipun yang sedikit atau ringan. Perhatikan keseluruhan ayat tersebut,

139 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 4981/5400 (Kitab al-Ath‘imah, Bab daging
panggang dan firman Allah…).

116

‫لَ ُك ْم يُْؤِم ُن ِبَّهللِ َويُْؤِم ُن لِْل ُمْؤِمنَِّي‬.‫َوَرْْحَةٌ لِلهَوِذِميْن َُنه ُمآَمالنُهوِذاي ِمَننْ يُُكْؤْمذَُووالَهنِذايلنهَنِهبيُْؤَوذُيَوُقَنولَُورَنُسوُهَلَواَأُّهللِذُ ٌْنَلُْمقُ ْلَع أَُذاذُ ُنٌب أََلخِيْْيٌم‬

Dan di kalangan mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi
di mana mereka berkata, “Dia (Muhammad) suka mendengar (apa jua yang
diperkatakan).”

Katakanlah, “Dia mendengar apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah
dan percaya kepada orang mukmin dan dia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang
beriman di kalangan kalian.”

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab yang pedih. [al-
Taubah 9:61]

Jika dihalusi ayat di atas, pada zahirnya kelihatan orang-orang munafik menyakiti
Rasulullah dengan sesuatu yang ringan. Mereka sekadar berkata “Dia (Muhammad) suka
mendengar (apa jua yang diperkatakan).”

Namun apa yang mereka lakukan itu amat berat di sisi Allah, lalu Allah menghukum
mereka dengan berfirman Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab
yang pedih.

Nah! Bayangkan pula orang yang menyakiti Rasulullah dengan sesuatu yang lebih
berat seperti memburuk-burukkan keluarga poligami Rasulullah atau menuduh Rasulullah
sebagai pedophile.140

Ketiga merujuk kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan
agama berupa perkataan (sunnah qauliyah), perbuatan (sunnah fi’iliyah), persetujuan
(sunnah taqririyah) dan apa yang ditinggalkan (sunnah tarkiyah).

140 Contoh bagaimana perbuatan memburuk-burukkan keluarga poligami Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dan bagaimana menjawabnya dapat dikaji dalam buku saya Sebarkan Kebenaran-Mu, Catatan-Catatan Ke Atas Novel
Sebarkan Cinta-Mu yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com

Adapun tuduhan pedophile, ia merujuk kepada perbuatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menikahi
A’isyah binti Abu Bakar radhiallahu 'anhuma yang pada itu masih berumur kanak-kanak. Tuduhan ini dijawab bahawa
batas ukuran kanak-kanak atau tidak adalah sesuatu yang subjektif dan budaya masyarakat Arab ketika itu memang
menikahi wanita pada umur kanak-kanak. Selain itu seandainya apa yang Rasulullah buat adalah satu kesalahan,
nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala akan melarang sebelum berlakunya pernikahan.

117

Sesiapa yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah dalam urusan agama,
maka dia masuk dalam kategori orang yang membenci sunnah Rasulullah dan
Sesungguhnya sesiapa yang membenci kamu (wahai Muhammad), dia terputus (daripada
kebaikan dunia dan akhirat).

Ini kerana orang yang mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan
berusaha untuk mengikuti sunnah baginda sebaik mungkin dan setepat mungkin. Pada
waktu yang sama dia akan memusuhi bid’ah kerana bid’ah adalah musuh kepada sunnah.

Berbeza dengan orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia
sebenarnya membenci sunnah Rasulullah, baik dia menyedarinya atau tidak. Atas sebab
kebencian inilah dia berusaha mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah. Orang yang
membenci sunnah Rasulullah, dia sebenarnya membenci Rasulullah.

Dalil bahawa bid’ah adalah kebencian terhadap sunnah Rasulullah adalah hadis

berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh,

ُ‫َوا ِج النهِِب َصلهى اَّهللُ عَلَْيِه َو َسلهَم يَ ْسأَلُو َن عَ ْن عِبَاَدِة النهِِب َصلهى اَّهلل‬.‫َعلَْيِه َو َسلهَجَماءَفَلَثَهَملاثَأةُُ ْخَرِبْهرُواط َكإِأَََْهلنُْمبُيُتَوَقاُلِّتوَهأَاْز‬

Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan

bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka tatkala dikhabarkan

kepada mereka tentang (ibadah baginda), mereka merasakan ia hanyalah sedikit.

.‫ َوأَيْ َن َْن ُن ِم ْن النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم قَْد غُِفَر لَهُ َما تََق هدَم ِم ْن َذنْبِِه َوَما َتَ هخَر‬:‫فََقالُوا‬

Mereka berkata, “Di manakah kita jika dibandingkan dengan Nabi shallallahu

'alaihi wasallam, kerana sudah diampunkan untuk baginda dosa-dosa yang telah lalu dan

yang akan datang?”

:‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أُفْ ِطُر‬ ‫َوَّل‬ ‫ال هد ْهَر‬ ُ‫أَ ُصوم‬ ‫أَََن‬ :‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أَبًَدا‬ ‫اللهْي َل‬ ‫أُ َصلِي‬ ‫أَهما أَََن فَِإِّن‬ :‫أَ ْعتَِزُقَلااَللنِأََسَاحءَُدفَُهَْمل‬ ‫أَََن‬
.‫أَتََزهو ُج أَبًَدا‬

Berkata salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, maka sesungguhnya aku

akan solat malam sepanjang malam.” Berkata yang lain, “Aku akan berpuasa sepanjang

tahun dan aku tidak akan berbuka.” Dan berkata yang lain, “Aku akan menjauhi wanita

118

dan aku tidak akan menikah selama-lamanya.”

‫أََما َواَّهللِ إِِّن‬ ‫االهلنِِذيَسَناءَقُْلفَتَُمْمْنَكََرذاغِ ََوبَك َذاعَ؟ْن‬ ‫ أَنْتُْم‬:‫فََقاَل‬ ‫اأََّهللُُصوُمَعلَْيَوِهأُفْ َِوطُرَسلهََموأُ إَِلصَْيلِِهيْم‬ ‫لََصلهِكِىن‬ ‫َر ُسوُل اَّهلِل‬ ِ‫ َشا ُكفَْمَجَاِّهلءَل‬.‫َِْملَِنْخ‬
‫ُسنهِت فَلَْي َس‬ ‫َوأَْرقُُد َوأَتََزهو ُج‬ ُ‫َوأَتَْقا ُك ْم لَه‬

Maka datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka lalu

bertanya, “Kaliankah yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Sesungguhnya aku

adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalangan kalian dan aku juga yang paling

bertakwa kepada-Nya di kalangan kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka,

aku solat dan juga tidur serta aku menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku,
maka dia bukanlah daripada golonganku.” 141

Dalam hadis di atas, tiga orang sahabat sekadar bertanya tentang ibadah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Setelah dikhabarkan, mereka merasakan ibadah baginda
adalah sedikit lalu mereka merancang untuk menambahnya. Ini kerana mereka
menganggap menambah ibadah adalah suatu perbuatan yang baik. Apatah lagi sebelum itu
Rasulullah tidak pernah melarang mereka daripada menambah ibadah-ibadah tersebut.

Lebih dari itu ibadah yang ingin mereka tambah bukanlah sesuatu yang baharu
sepenuhnya (bukan bid’ah haqiqiyah) tetapi memiliki dasar dalam syari’at Islam (yakni
bid’ah idhofiyah).142 Memperbanyakkan solat malam dan puasa sunat memang dianjurkan
sementara menikah telah diberi amaran oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan firman-

141 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4675/5063 (Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk
bernikah).

Sebahagian sarjana berkata, hadis ini melarang daripada melampaui batas (ghuluw) dalam beramal ibadah.
Saya berkata, seandainya apa yang dirancang oleh tiga sahabat itu adalah ghuluw, nescaya Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam akan melarang mereka sambil mengaitkannya dengan larangan ghuluw. Ini sebagaimana yang baginda
lakukan dalam hadis-hadis yang lain berkaitan ghuluw.

Akan tetapi apabila Rasulullah melarang mereka sambil mengaitkannya dengan sunnah baginda, bererti apa
yang mereka lakukan adalah berlawanan dengan sunnah, yakni bid’ah. Selain itu, bid’ah memiliki kaitan yang rapat
dengan ghuluw. Ini akan dijelaskan dalam pelajaran akan datang, insya-Allah.

142 Bid’ah haqiqiyah ialah bid’ah yang secara keseluruhannya adalah baharu dan tiada langsung asalnya daripada
al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (totally new).

Adapun bid’ah idhofiyah, maka ia dari satu sisi memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah
sementara dari satu sisi lain ia adalah baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (part of it has some basis in
the al-Qur’an and Sunnah while the part of it is new).

Kedua-dua jenis bid’ah ini akan dibahas dengan lebih terperinci dalam pelajaran akan datang insya-Allah.

119

Nya,

‫ِ هن ِم ْن أَْزَوا ِج ُك ْم َوأَْوَّلِدُك ْم َع ُدًّوا لَ ُك ْم فَا ْح َذُروُه ْم َوإِ ْن تَ ْعُفوا َوتَ ْصَف ُحوا‬.‫َوتَ ْغِفُرواََيفَِإأَهُنيَّاهَاّهللَالهغَِذيُفوَنٌر آَرَمِنُحيواٌمإ‬

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di kalangan isteri-isteri kalian

dan anak-anak kalian ada yang menjadi musuh bagi kalian, maka berhati-hatilah

terhadap mereka.

Namun jika kalian memaafkan mereka, tidak marahkan mereka dan

mengampunkan kesalahan mereka, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Taghabun 64:14]143

Pun begitu, perancangan mereka untuk menambah ibadah berbanding sunnah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terus ditegur oleh baginda sebagai satu bentuk

kebencian terhadap sunnah baginda. Perhatikan perkataan Rasulullah, ”Sesiapa yang

membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.”

Ini kerana, sekali lagi diulangi, orang yang mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam akan berusaha untuk mengikuti sunnah baginda sebaik mungkin, setepat

mungkin. Pada waktu yang sama dia akan memusuhi bid’ah kerana bid’ah adalah musuh

kepada sunnah.

Berbeza dengan orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia

143 Maksud menjadi musuh bagi kalian ialah dari aspek agama, yakni apabila isteri dan/atau anak-anak
menjauhkan suami daripada agama. Sebagai contoh, suami ingin bersedekah kepada fakir miskin tetapi isteri
menghalang dengan alasan hendaklah menabung duit untuk pendidikan anak-anak pada masa depan. Atau suami ingin
bercuti sambil mengeratkan silaturahim dengan saudara-maranya, tetapi isteri dan anak-anak meminta percutian yang
bebas daripada saudara-maranya. Atau isteri berlebih-lebihan dalam emosinya sehingga mengganggu ketenangan
suami ketika beribadah. Atau isteri yang enggan menjaga bentuk badan atau enggan melakukan hubungan seks dengan
suami sehingga akhirnya suami mencari alternatif lain yang haram hukumnya.

Maka dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada suami agar berhati-hati terhadap pelbagai bentuk
permusuhan dalam aspek agama yang mungkin dilakukan oleh isteri dan/atau anak-anaknya.

Pun begitu, jika isteri dan/atau anak-anak ada melakukan sesuatu bentuk permusuhan dalam aspek agama, ia
bukanlah lesen bagi suami untuk memarahi mereka. Sebaliknya hendaklah para suami memaafkan mereka, tidak
marahkan mereka dan mengampunkan kesalahan mereka. Moga-moga dengan itu Allah akan melimpahkan
Pengampunan-Nya dan Kasih Sayang-Nya kepada keluarga tersebut kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang..

Ayat 14 surah al-Taghabun ini bukan bermaksud menegah atau menyah-motivasi perkahwinan tetapi memberi
peringatan kepada suami tentang peranannya sebagai ketua keluarga.

120

sebenarnya membenci sunnah Rasulullah, baik dia menyedarinya atau tidak. Atas sebab
kebencian inilah dia berusaha mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah. Orang yang
membenci sunnah Rasulullah, dia sebenarnya membenci Rasulullah.

Bolehkah Menukar Bilangan Zikir?

Bagi menambah kefahaman para pembaca terhadap pelajaran sebelum ini, berikut
dikemukakan tiga contoh.

Contoh Pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

:‫َما ِم ْن َعْبد يَُقوُل ِف َصبَا ِح ُك ِل يَْوم َوَم َساِء ُك ِل لَْيلَة‬

Tidaklah seorang hamba mengucapkan pada waktu pagi setiap hari dan pada
waktu petang setiap malam,

‫بِ ْسِم اَّهللِ اله ِذي َّل يَ ُضُّر َم َع اِْْسِه َش ْيءٌ ِف اْلَْر ِض َوَّل ِف ال هس َماِء َوُهَو ال هس ِمي ُع الَْعلِي ُم‬

“Dengan nama Allah – yang dengan nama-Nya – tidak ada suatu jua kemudaratan
di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”,

.ٌ‫ثََل َث َمهرات ََلْ يَ ُضهرهُ َش ْيء‬

sebanyak tiga kali melainkan tidak akan memudaratkannya apa-apa jua.144

144 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai
hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3310/3388 (Kitab al-Du’a ‘an Rasulullah, Bab doa apabila

121

Dalam hadis di atas, Rasulullah mengajar agar zikir itu dibaca tiga kali pada waktu
pagi dan tiga kali pada waktu petang. Jika seseorang itu menambah bilangan zikir menjadi
tiga kali selepas setiap solat fardhu atau 11 kali pada waktu pagi dan 11 kali pada waktu
petang, ia adalah bid’ah kerana merupakan sesuatu yang baharu berbanding tunjuk ajar
Rasulullah. Ini adalah bid’ah sekalipun orang itu melakukan penambahan dengan niat yang
baik, seperti menginginkan perlindungan tambahan.145

Bid’ah ini pada hakikatnya adalah satu bentuk kebencian terhadap sunnah Rasulullah
dan Sesungguhnya sesiapa yang membenci kamu (wahai Muhammad), dia terputus
(daripada kebaikan dunia dan akhirat).

Contoh Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, sesiapa yang

membaca,

.‫َّل إِلَهَ إَِهّل اَّهللُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَهُ لَهُ الْ ُمْل ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو َعلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر‬

Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya

seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia-lah yang berkuasa atas segala

sesuatu.

‫عََسِيِمئََةل‬ ُ‫ِمائَة‬ ُ‫إَِعَهْنّله‬ ‫َوَُُجِمايَءَ ْبِتِه‬ ‫أَلََهُح ٌدِماِئَبَةُفْ َضَح َلَسنَِِمهةا‬ ‫َحعََهّْتشِرَُيِْرِقَساَيبَوََلَْوُكََتِيْبَ ِْتت‬ ‫ذََعلِ ْدََكل‬ ُ‫طََاكاِننَ يَْتْوَملَهُه‬،‫الَمهرهةشْي‬ َ‫ِمِمائَْنة‬.‫أََوَكْكاثَنََر ْتِم لَِْنهفُذَيَلِِحْوْرمًَكزا‬
‫أَ َح ٌد‬

Dalam sehari 100 kali, dia akan mendapat ganjaran seperti membebaskan 10

budak hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dipadamkan daripadanya 100 keburukan

dan ia menjadi tangkal yang mendindingnya daripada syaitan pada hari itu sehinggalah

malam.

Dan tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan amalan yang lebih utama
berbanding ini melainkan orang yang berzikir lebih banyak daripada itu (melebihi 100

masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang).

145 Ketika saya menulis bab ini, Malaysia sedang diserang oleh Covid-19. Maka ada yang membaca zikir di atas
dalam kuantiti yang lebih kerana menginginkan perlindungan yang lebih daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Lalu saya
tegur dan nasihatkan agar kekal membaca pada kuantiti yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ajarkan.

122

kali).146

Sesiapa yang menambah bilangan zikir di atas melebihi 100 kali, dia tidak melakukan
bid’ah. Ini kerana di akhir hadis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menganjurkan,
Dan tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan amalan yang lebih utama berbanding
ini melainkan orang yang berzikir lebih banyak daripada itu (melebihi 100 kali).

Contoh Ketiga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar bacaan zikir selepas
solat fardhu,

،‫ َوَكبهرَ اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي‬،‫ َوَِْح َد اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي‬،‫ف ُدبُِر ُك ِل َصَلة ثََلًَث َوثََلثَِّي‬،ِ‫فَْتلِ َك تَِمْسْنعَةٌَسَبهوتَِحْساعُللوهََن‬

Sesiapa yang selepas setiap solat berzikir Subhanallah tiga puluh tiga kali,
Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahu Akbar tiga puluh tiga kali, sehingga
menjadilah ia sembilan puluh sembilan kali,

:‫ َتَاَم الْ ِمائَِة‬:‫َوقَا َل‬

(Baginda meneruskan dengan bersabda), kemudian menyempurnakannya menjadi
seratus dengan mengucapkan,

‫ لَهُ الْ ُملْ ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو عَلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر‬،ُ‫َّل إِلَهَ إَِهّل اللهُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَه‬

Tidak ada tuhan selain Allah, yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya
segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,

.‫غُِفَر ْت َخطَاََيهُ َوإِ ْن َكانَ ْت ِمثْ َل َزبَ ِد الْبَ ْحِر‬

Diampunkan dosa-dosanya meskipun ia sebanyak buih di lautan.147

Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar salah satu
bacaan zikir selepas solat solat fardhu yakni bertasbih 33 kali (menyebut Subhanallah),
bertahmid 33 kali (menyebut Alhamdulillah) dan bertakbir 33 kali (menyebut Allahu Akbar).

146 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3050/3293 (Kitab Bad’e al-Khalqi, Bab sifat iblis
dan tenteranya).
147 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 939/597 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al-Solat,
Bab disukai zikir selepas solat dan penjelasan tentang sifatnya).

123

Jika seseorang itu mengubah bilangan tasbihnya selepas solat fardhu kepada 27 atau
44 kali, ia adalah bid’ah kerana merupakan sesuatu yang baharu berbanding tunjuk ajar
Rasulullah. Bid’ah ini pada hakikatnya adalah satu bentuk kebencian terhadap sunnah
Rasulullah dan Sesungguhnya sesiapa yang membenci kamu (wahai Muhammad), dia
terputus (daripada kebaikan dunia dan akhirat).

Akan tetapi jika seseorang itu bertasbih dengan bilangan selain 33 kali pada waktu
lain yang tiada kaitan dengan selepas solat fardhu, seperti ketika memandu, menunggu bas
atau kebosanan mendengar kuliah maghrib di masjid, ia bukanlah bid’ah. Ini kerana pada
waktu lain yang tiada kaitan dengan selepas solat fardhu, seseorang itu boleh bertasbih
dengan bilangan yang disukainya berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫فَ َسبِ ْح ِب ْسِم َربِ َك الَْع ِظيِم‬

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Maha Agung. [al-
Waqiah 56:96]

Demikianlah juga dengan bilangan tahmid dan takbir, ia boleh dibaca dengan
bilangan yang disukai pada waktu lain yang tiada kaitan dengan selepas solat fardhu.

124

Dua Syarat Penerimaan Ibadah

Terdapat dua syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Syarat Pertama adalah keikhlasan. Ikhlas dari aspek bahasa bererti bersih daripada
apa-apa kotoran. Ikhlas dari aspek syari’at adalah beribadah kerana Allah sahaja, bersih
daripada apa-apa sebab atau pengaruh yang lain.

Secara lebih terperinci, ikhlas ialah seseorang yang beribadah kerana Allah atau
kerana sebab-sebab yang Allah jadikan sarana untuk beribadah, seperti mendapatkan
pahala, ganjaran syurga dan lain-lain keutamaan yang disebutkan dalam al-Qur’an dan hadis
yang sahih. Dia tidak beribadah kerana sebab-sebab lain yang tidak disyari’atkan, seperti
puasa sunat kerana anak menduduki peperiksaan atau membaca surah Yasin kerana ulang
tahun kematian.

Maksud pengaruh selain Allah, dia melakukan sesuatu ibadah bukan kerana
mengharapkan pujian manusia atau motivasi duniawi, mahupun bimbangkan kritikan
manusia atau “apa kata orang nanti”.

Dalil bagi keikhlasan dalam beribadah adalah hadis berikut di mana Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

.‫ َوإَِّهنَا لِ ُك ِل اْمِرئ َما نََوى‬،‫إَِّهنَا اْلَ ْع َما ُل ِبلنِيها ِت‬

Sesungguhnya amalan itu tidak lain berdasarkan niat. Dan sesungguhnya bagi
setiap orang dia hanya mendapat apa yang dia niatkan.148

Syarat Kedua adalah bertepatan dengan sunnah, yakni ibadah itu bertepatan dengan
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah,

.ّ‫َم ْن أَ ْح َد َث ِف أَْمِرََن َه َذا َما لَيْ َس ِمنْهُ فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama Islam)
apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.

148 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 01 (Kitab Bad’i
al-Wahy, Bab bagaimanakah permulaan wahyu kepada Rasulullah?)

125

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda,

.ّ‫َم ْن عَ ِم َل عَ َمَلً لَْي َس عَلَيِْه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.149

Maksud amalan yang tidak ada atasnya perintah kami ialah amalan yang tidak ada

perintahnya daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala mahupun Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam, baik dengan perintah yang bererti wajib mahupun sunat hukumnya.

Berkata al-Nawawi rahimahullah (676H)150 ketika mensyarahkan kedua-dua hadis di

atas:

.‫قَا َل أَْه ُل الَْعَربِيهِة الهرُّد ُهنَا ِِبَْعََن الْ َمْرُدوِد َوَم ْعنَاهُ فَ ُهَو َِب ِط ٌل غَْْيُ ُم ْعتَد بِِه‬

Berkata pakar bahasa Arab, perkataan (‫ )الرد‬dalam hadis ini memiliki makna

tertolak, iaitu ia adalah batil tanpa sebarang keraguan terhadapnya.

‫ َوَه َذا اْْلَ ِدي ُث قَا ِع َدةٌ عَ ِظي َمةٌ ِم ْن قََواعِ ِد اْلِإ ْسَلِم َوُهَو ِم ْن َجَواِم ِع َكلِ ِمِه َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه‬.‫َو َسلهَم‬

Dan hadis ini merupakan asas yang agung daripada asas-asas agama Islam. Ia

merupakan salah satu daripada sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang padat

tetapi memiliki makna yang amat luas.

.‫فَإِنههُ َصِري ٌح ِف َرِد ُك ِل الْبِ َدِع َوالْ ُم ْخََتَعَا ِت‬

Sesungguhnya ia amat jelas dalam menolak setiap bid‘ah dan orang-orang yang

suka mencipta bid‘ah.

‫َوِف الِرَوايَِة الثهانِيَِة ِزََيَدةٌ َوِه َي أَنههُ قَْد يَُعانُِد بَْع ُض الَْفاعِلَِّي ِف بِْد َعة َسبَ َق إِلَْي َها فَإِذَا‬

149 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).
150 Beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Syaraf, lahir di perkampungan Nawa berdekatan Damaskus pada 631H.
Gelaran al-Nawawi merujuk kepada perkampungan Nawa ini. Beliau ialah seorang imam besar dalam Mazhab al-Syafi’e.
Antara karyanya yang masyhur yang menjadi rujukan ramai ialah Hadis 40 dan Riyad al-Sholihin. Meninggal dunia di
Nawa pada 676H. Meskipun meninggal dunia pada umur muda, karya-karyanya masih hidup sehingga kini dan telah
diterjemahkan ke beberapa bahasa.

126

."‫ "أَََن َما أَ ْح َدثْ ُت َشْيئًا‬:‫ا ْحتُ هج عَلَيِْه ِبلِرَوايَِة اْلُوَل يَُقوُل‬

Dalam riwayat yang kedua terdapat tambahan (pengajaran), iaitu terkadang
dipertikaikan ke atas sebahagian orang yang beramal dengan bid‘ah yang tercipta
sebelumnya, sehingga apabila diperhujahkan ke atasnya berdasarkan riwayat yang
pertama, dia berkata: “Saya tidak mencipta apa-apa bid‘ah”.

‫عَلَْيِه ِبلثهانِيَِة الهِت فِيَها الته ْصِري ُح بَِرِد ُك ِل الْ ُم ْح َدََث ِت َسَواءٌ أَ ْح َدثََها الَْفا ِع ُل أَْو‬.‫ُسبِ َق ِبِفَْحيَُدْاحثتََِهُّجا‬

Maka diperhujahkan ke atasnya riwayat yang kedua di mana ia secara jelas
menolak setiap jenis bid‘ah sama ada pengamal tersebut mencipta bid‘ah itu atau
(sekadar mengamalkan) bid‘ah yang sudah sedia tercipta.

al-Nawawi rahimahullah juga berkata pada akhirnya,

.‫َوَه َذا اْْلَ ِدي ُث ِِمها يَْنبَغِي ِحْفظُهُ َوا ْستِْع َمالُهُ ِف ابطال المنكرات واشاعة اَّلستدَّلل به‬

Dan hadis ini antara yang patut dihafal dan digunakan untuk membatalkan
perbuatan-perbuatan mungkar (iaitu bid‘ah) dan disebar luaskan sebagai dalil (bagi
membatalkan perbuatan bid‘ah).151

Kebanyakan orang yang beribadah, hatinya ikhlas kepada Allah. Cuma ibadahnya ada
yang memiliki perintah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, ada yang tidak memiliki perintah
(bid’ah haqiqiyah) dan ada yang bercampur-aduk antara kedua-duanya (bid’ah idhofiyah).

Amatlah rugi apabila seseorang itu ikhlas beribadah kepada Allah, namun ibadahnya
itu tertolak sehingga tidak menjana apa-apa pahala baginya. Ambillah iktibar daripada
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut ini,

‫) اله ِذي َن َضله َس ْعيُ ُه ْم ِف اْْلَيَاةِ ال ُّدنْيَا َوُه ْم َْي َسبُوَن‬103( ‫َ ْخ َسِري َن أَ ْع َماًَّل‬.‫ْ)ل‬1‫ِب‬0‫م‬4ْ ‫أَْهنُْم َُْي ِقُسنُْلوَنَه ْلُصنْنُنَعًبِائُ (ُك‬

Katakanlah: “Mahukah Kami beritahukan kepada kalian tentang orang-orang
yang paling rugi amalannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam

151 Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi (tahqiq: ‘Irfan Haswanah; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn), jld.
6, ms. 295. Syarah kepada hadis no: 3242 & 3243/1718.

127

kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat
sebaik-baiknya.” [al-Kahf 18:103-104]

Ayat ini asalnya berbicara tentang orang-orang kafir, akan tetapi hendaklah kita tetap
mengambil iktibar daripadanya agar tidak mengikuti sikap mereka sehingga akhirnya
menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi seperti mereka.

Demikian juga dengan ayat berikut,

‫اله ِذي ُكنها نَْع َملُ أََوََلْ نُعَ ِمْرُك ْم َما يَتَ َذهكُر‬.‫فِيِه َم ْن َتَوُهَذْمهكَريَ َوْصَجطاَِرءَُُكخُموَانلنهفِيِذيَهُار فََربهُذنَاوقُأَواْخفَِرَمْجانَالِلنَظْعهاَلمِِمْلَّي َصِماِْْنلًانَغَِصْْْيَي‬

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu), “Wahai Tuhan
kami, keluarkanlah kami (dari neraka ini), kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh
yang berlainan dari apa yang kami pernah kerjakan!”

(Lalu Allah menempelak mereka), “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu
dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang
suka berfikir dan beringat?

Dan kamu pula telah didatangi oleh (Rasulullah) yang memberi amaran?

Oleh itu rasakanlah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan
beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. [Fatir 35:37]

Sekali lagi ayat ini asalnya berbicara tentang orang-orang kafir, akan tetapi hendaklah
kita tetap mengambil iktibar daripadanya agar tidak ditimpa nasib yang sama di Akhirat
kelak.

Perhatikan bagaimana mereka beramal soleh akan tetapi amal soleh itu tidak
memelihara mereka daripada azab neraka. Lalu mereka meminta untuk dikeluarkan dan
diberi peluang untuk beramal soleh yang lain. Namun permintaan mereka ditolak kerana (1)
mereka memiliki masa yang banyak ketika di dunia untuk memikirkan perkara ini dan (2)
mereka telah didatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk diberi peringatan dan
amaran.

Janganlah pula teriakan dan penyesalan seperti ini berlaku di kalangan umat Islam

128

pada Hari Akhirat kelak kerana mahu menukar daripada amalan bid’ah kepada amalan
sunnah. Ini kerana umat Islam juga telah diberikan masa yang banyak ketika di dunia untuk
memikirkan perkara ini dan para sarjana yang merupakan pewaris Rasulullah telah juga
menyampaikan amaran baginda tentang hal ini.152

Seterusnya, sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Sesiapa yang beramal
dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak memerlukan
beberapa perincian.

Pertama, bagi mereka yang tidak pernah mengetahui hadis di atas sementara telah
bersungguh-sungguh untuk belajar ilmu agama, maka mereka dikecualikan. Contohnya
mereka yang hidup di pedalaman di mana sumber rujukan agama amatlah terhad
sementara agamawan yang datang mengajar agama tidak pernah menyampaikan dan
menjelaskan hadis ini.

Maka mereka dikecualikan daripada hadis tersebut. Maksud dikecualikan adalah, jika
mereka mengamalkan sesuatu ibadah yang tidak ada atasnya perintah daripada al-Qur’an
dan sunnah Rasulullah, sementara ibadah itu secara umumnya memiliki perintah dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah, maka mereka mendapat pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala,
insya-Allah.

Misalnya mereka berzikir secara berlagu, baik selepas solat fardhu atau pada waktu
lain. Berzikir adalah ibadah yang diperintahkan sementara berlagu adalah cara berzikir yang
tidak ada atasnya perintah kami. Mereka benar-benar tidak tahu bahawa zikir berlagu
adalah cara yang tidak diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah. Maka zikir tersebut diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala atas sebab ia adalah sesuatu yang secara umumnya

152 Bukan semua agamawan adalah pewaris Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Pewaris Rasulullah hanyalah
mereka yang menyampaikan al-Qur’an dan al-Sunnah, membezakan antara al-Sunnah yang sahih dan selainnya,
menegakkan al-Sunnah dan membasmi bid’ah. Adapun agamawan yang menyebarkan bid’ah, petua-petua sendiri dan
mengunggulkan pendapat ulama’ di atas al-Sunnah, maka mereka bukan pewaris Rasulullah. Ini berdasarkan hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

.‫ فََم ْن أَ َخ َذ بِِه أَ َخ َذ ِِبَظ َوافِر‬،‫ إِ هن اْلَنْبِيَاءَ ََلْ يَُوِرثُوا ِدينَاًرا َوَّل ِدْرََهًا إَِّهنَا َوهرثُوا العِلْ َم‬،‫إِ هن العُلََماءَ َوَرثَةُ اْلَنْبِيَاِء‬

Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan
dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu (yakni al-Qur’an dan al-Sunnah). Maka sesiapa yang mengambilnya,
dia telah mengambil kebaikan yang banyak. [Sahih: Sebahagian hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam
Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2606/2682 (Kitab al-‘Ilm ‘an
Rasulullah, Bab keutamaan kefahaman agama di atas ibadah).]

129

memiliki perintah di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kedua, bagi mereka yang sengaja menjauhi para sarjana pewaris Rasulullah atau
mereka yang telah mengetahui hadis di atas namun sengaja tidak mempedulikannya, maka
ibadah mereka terbahagi kepada dua jenis:

1. Ibadah yang seluruhnya tidak ada atasnya perintah daripada al-Qur’an dan al-
Sunnah (bid’ah haqiqiyah), maka ia tertolak sepenuhnya.

2. Ibadah yang sebahagiannya memiliki perintah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah
sementara sebahagian lagi tidak ada atasnya perintah daripada al-Qur’an dan al-
Sunnah (bid’ah idhofiyah).

Bagi jenis kedua ini, ada yang berkata bahawa bahagian ibadah yang memiliki
perintah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah diterima sementara bahagian ibadah
yang tidak ada atasnya perintah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah ditolak.

Ada juga yang berkata, jika yang tidak ada atasnya perintah daripada al-Qur’an dan
al-Sunnah adalah sedikit, maka ibadah itu diterima sementara jika yang tidak ada
atasnya perintah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah adalah banyak, maka ibadah itu
tertolak.

Saya berkata, bid’ah idhofiyah sebenarnya adalah bid’ah yang turut dilarang oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Perkara ini akan saya
jelaskan dengan lebih terperinci dalam pelajaran Bid’ah Haqiqiyah dan Bid’ah Idhofiyah,
insya-Allah.

Sementara itu izinkan saya memberi satu permisalan, yakni seseorang yang solat
Zohor sebanyak 5 rakaat. Semua pergerakan dan bacaan dalam solatnya menepati sunnah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini termasuklah semua pergerakan (takbir, qiyam,
rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahud) dan bacaan dalam
rakaat kelima itu.

Perbezaan solatnya hanya satu, iaitu bilangan rakaat ditambah menjadi 5.
Ringkasnya, seluruh ibadahnya memiliki perintah daripada al-Sunnah kecuali satu, yakni
bilangan rakaat yang 5. Namun satu yang tidak ada atasnya perintah kami itu telah

130

menjadikan keseluruhan solat Zohornya ditolak.
Oleh itu langkah yang lebih selamat ialah meninggalkan ibadah bid’ah idhofiyah

supaya ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan diberikan ganjaran pahala
oleh-Nya.

Sebelum beralih ke pelajaran seterusnya, ingin saya menasihati diri sendiri dan para
pembaca sekalian agar kedua-dua hadis yang dikemukakan dalam bab ini dihafal, difahami
dengan baik dan dijadikan rujukan serta peringatan secara berterusan. Ini kerana kedua-dua
hadis tersebut menjadi tolok ukur penerimaan amal ibadah setiap orang.

Hadis Sesungguhnya amalan itu tidak lain berdasarkan niat. Dan sesungguhnya
bagi setiap orang dia hanya mendapat apa yang dia niatkan menjadi tolok ukur dari aspek
perbuatan hati sementara hadis Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada
atasnya perintah kami, maka ia tertolak menjadi tolok ukur dari aspek perbuatan zahir.

Ada sebahagian orang yang hatinya ikhlas beribadah kerana Allah, akan tetapi
ibadahnya tidak memiliki asal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, atau bercampur antara
yang memiliki asal dan tidak memiliki asal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Maka
ibadahnya itu ditolak.

Ada pula sebahagian orang yang ibadahnya memiliki asal daripada al-Qur’an dan al-
Sunnah tetapi hatinya riya’, berbangga-bangga membandingkan ibadahnya dengan ibadah
orang lain yang tidak memiliki asal atau bercampur antara yang memiliki asal dan tidak
memiliki asal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Maka ibadahnya juga ditolak.

131

Mafhum al-Mukhalafah

Ada yang berhujah dengan kaedah Mafhum al-Mukhalaf (maksud di sebaliknya) ke
atas hadis,

.ّ‫َم ْن أَ ْح َد َث ِف أَْمِرََن َه َذا َما لَيْ َس ِمنْهُ فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama Islam)
apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.

Dan hadis,

.ّ‫َم ْن َع ِم َل عَ َمَلً لَيْ َس َعلَْيِه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.153

Mereka berhujah bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama Islam) apa
yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak, maka maksud di sebaliknya adalah,

“Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama
Islam) apa yang ada asal daripadanya, maka ia diterima.”

Oleh itu boleh mencipta zikir secara berlagu misalnya, kerana zikir memiliki asal
dalam agama Islam.

Hujah ini dijawab bahawa kita sedang membicarakan urusan kami, yakni urusan
Allah dan Rasul-Nya. Maka siapalah anda – wahai manusia – untuk merasakan diri anda
layak mencipta perkara baharu yang bukan merupakan urusan anda?

Tidakkah anda tahu, wahai para pencipta bid’ah, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala
telah berfirman,

‫ُوا َْلُْم ِم َن ال ِدي ِن َما ََلْ ََيْذَ ْن بِِه اَّهللُ َولَْوَّل َكلِ َمةُ الَْف ْص ِل لَُق ِض َي بَْينَ ُه ْم َوإِ هن‬.‫الظهالِِمّأََيْمَْْلَُلُْمْم َعُشَذَارَكاٌبءُ أَلَِيشٌَمرع‬

153 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).

132

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya
tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah
dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang
amat pedih. [al-Syura 42:21]

Oleh itu hujah mafhum al-mukhalafah ini tertolak kerana masuk di sebaliknya yang
cuba dibawa daripada hadis Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini
(yakni agama Islam) apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak bertentangan
dengan firman Allah dalam ayat 21 surah al-Syura.

Ini kerana dalam ilmu Usl al-Fiqh, antara syarat mafhum al-mukhalafah adalah
maksud di sebaliknya yang cuba dibawakan itu tidak bertentangan dengan ayat al-Qur’an
atau hadis Rasulullah yang lain.

Mereka juga berhujah bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami,
maka ia tertolak, maka maksud di sebaliknya adalah,

“Sesiapa yang beramal dengan amalan yang ada atasnya perintah kami, maka
ia diterima.”

Oleh itu boleh zikir secara berlagu misalnya, kerana zikir adalah amalan yang ada
perintahnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Hujah ini dijawab bahawa sabda Rasulullah perintah kami merujuk kepada perintah
Allah dan Rasulullah secara keseluruhan, bukan secara sebahagian. Berzikir memang
diperintahkan, tetapi cara berlagu tidak diperintahkan oleh Allah mahupun Rasulullah. Oleh
itu meskipun dengan mafhum al-mukhalafah, zikir berlagu tetap merupakan amalan yang
ditolak.

Di sini saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menguasai ilmu Usl al-Fiqh.
Ia penting bukan sahaja sebagai salah satu jurusan daripada ilmu-ilmu Islam tetapi bagi
mengesan mereka yang cuba memperalatkan ilmu Usl al-Fiqh demi kepentingan fahaman
sendiri.

133

Dalam pelajaran ini kita dapat melihat bagaimana sebahagian agamawan yang
memperalatkan kaedah mafhum al-mukhalafah ke atas hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam dalam rangka menjustifikasikan bid’ah. Padahal tindakan mereka itu sedikit pun
tidak membantu apa yang cuba mereka perjuangkan.

Cinta Kepada Allah Atau Kepada Diri Sendiri?

Kemuncak hubungan seorang hamba dengan Tuhannya adalah apabila dia mencintai
Allah dan ingin membuktikan kecintaan tersebut dengan beribadah kepada-Nya. Maka atas
niat yang baik lagi suci ini, sebahagian orang memperbanyakkan ibadahnya kepada Allah
tanpa mengambil kira sama ada ibadah itu sunnah atau bid’ah.

Ketahuilah bahawa perasaan cinta kepada Allah sahaja tidak cukup. Cintai itu mesti
dibuktikan dengan beribadah sesuai dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Inilah yang disyaratkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫قُ ْل إِ ْن ُكْنتُْم َُِتُبّوَن اَّهللَ فَاتهبِعُوِّن َُيْبِبْ ُك ُم اَّهللُ َويَغِْفْر لَ ُك ْم ذُنُوبَ ُك ْم َواَّهللُ َغُفوٌر َرِحيٌم‬

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kalian mencintai Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mencintai kalian serta mengampunkan dosa-dosa kalian dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Ayat ini menjadi kayu pengukur sejauh mana kebenaran seseorang itu mencintai
Allah. Ia bermaksud, Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu. Bahawa jika benar
kalian mencintai Allah maka buktikanlah ia dengan mengikuti daku, yakni mengikuti
sunnahku dalam urusan agama. Jika kalian melakukan yang sedemikian, hasilnya (1) Allah
mencintai kalian dan (2) mengampunkan dosa-dosa kalian.

134

Sebaliknya apabila seseorang mendakwa dia beribadah kepada Allah kerana cintakan
Allah, namun dia beribadah dengan apa yang dirinya rasakan baik, dia sebenarnya bukan
mencintai Allah tetapi mencintai dirinya sendiri.

Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan ayat ini,

‫الَُْوملَْيَح هَمس ِد ُههيَو َوالَعلَِديىَنااللنهطهبَِريِوَقهِةي‬،َ‫اَحهدَهّتَع يَىتهبََُِعمَبهاةَل اهشَّْرهللِع‬ ‫َعلَى ُك ِل َم ِن‬ ٌ‫َحاكِ َمة‬ ُ‫ِيَفة‬.َ‫اِلْفُم َََحِجيهمِعِدَهيهأَِةِذقْهَِفَواِإلِناهِهْهُلَيَوَأكَةُاْحِذاَلْوالٌَِبكِهِر‬
،‫نَْف ِس اْلَْمِر‬ ‫َد ْعَواهُ ِف‬

Ayat yang mulia ini menjadi hakim ke atas setiap orang yang mendakwa mencintai

Allah namun dia tidak berada di atas jalan Muhammad, bahawa sesungguhnya dia

berdusta dalam dakwaan dan pengakuan dirinya itu. Sehinggalah dia mengikuti syari’at

Muhammad dan jalan hidup (deen) Nubuwah dalam semua perkataan dan urusannya.

‫َع َمَل‬ ‫عَ ِم َل‬ ‫"َم ْن‬ :‫قَا َل‬ ُ‫أَنهه‬ ‫َو َسلهَم‬ ‫َعلَيْ ِه‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫َصلهى‬ ‫اَّهلِل‬ ‫َر ُسوِل‬ ‫َع ْن‬ ‫ال هص ِحي ِح‬ ‫عَلَيَْكِهَمأاْمثَُرَبََن َفَتُهَِوف‬ ‫لَيْ َس‬
."‫َرُّد‬

(Ini) sebagaimana sabit dalam hadis yang sahih daripada Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bahawa baginda bersabda, “Sesiapa yang beramal dengan satu amal yang

tidak berasal daripada urusan kami (yakni Islam), maka ia tertolak”.

‫ َْي ُص ُل لَ ُك ْم فَْو َق َما‬:‫) أَ ْي‬.)ُ‫ّهللََوُفهَاَوتهبِأَعُْعوِّظَنُمَُْيِمبِبَْنُكاُْملَاهَوِّهللل‬،َ‫ْلَوإُِهْنَو ُكَُْنمَتُبهْتمُهَُُِإتَُِبّهيوُكَنْما‬،ُ‫ إَِ(هي(هُق‬:‫طَلَْبتُْم ِمَوِْْنلََذَُامَبهقتَِاُكَلْم‬

Oleh kerana itulah Allah berfirman, Katakanlah, Jika benar kalian mengasihi

Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kalian, ia bermaksud, hasil yang

kalian perolehi adalah lebih tinggi berbanding apa yang kalian cari daripada kecintaan

kalian kepada-Nya. Iaitu kecintaan Allah kepada kalian dan tentunya itu lebih agung

berbanding yang awal (yakni kecintaan kalian kepada Allah).

.‫ إَِّهنَا ال هشأْ ُن أَ ْن َُتَب‬،‫ لَيْ َس ال هشأْ ُن أَ ْن َُِتب‬:‫َك َما قَا َل بَْع ُض اْْلُ َك َماِء الْعُلَ َماِء‬

(Ini) sebagaimana kata-kata sebahagian ahli hikmah, “Isu sebenar bukanlah

untuk anda mencintai tetapi bagaimana supaya anda dicintai”.

135

‫ِِبَ ِذِه‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫فَابْتََل ُه ُم‬ َ‫اَّهلل‬ ‫َُِيُبّو َن‬ ‫ْم‬.ُ‫َُيَْبِزْبَع َمُك ُمقَْاوٌَّمهللُأَ)ْه)ن‬:‫اَِّمهللََنفَاالتهبِهسعُلَوِِّنف‬ ُ‫اْ(ْل(َقَُسْلُنإِاْلْنبَ ُكْْنصتُِرْمُّيََُِتوُبّغَوَْْيُنه‬ ‫َوقَا َل‬ ،‫اْليَِة‬
:‫فََقا َل‬

Berkata al-Hasan al-Bashri dan selainnya daripada kalangan Salaf, ada segolongan

orang yang menduga mereka mencintai Allah (dengan sekian-sekian ibadah), maka Allah

menguji mereka dengan ayat ini, Katakanlah, Jika benar kalian mengasihi Allah maka

ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kalian.154

Orang yang berzikir dengan rentak irama tertentu misalnya, dia menganggap zikir
tersebut adalah baik dan dapat memberikan rasa khusyuk dalam hatinya. Padahal zikir
dengan rentak irama tertentu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, bererti ia bukan sunnah. Bahkan ia menyalahi bentuk zikir yang disyari’atkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫واذُْكْر َربه َك ِف نَْف ِس َك تَ َضُّرًعا َوِخيَفةً َوُدوَن الْجَْهِر ِم َن الَْقْوِل ِبلْغُ ُد ِو َواْل َصاِل َوَّل تَ ُك ْن ِم َن‬.َ‫الْغَافِلَِّي‬

Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah
kamu termasuk orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205]

Justeru orang yang berzikir dengan rentak irama tertentu, dia sebenarnya bukan
mencintai Allah tetapi mencintai dirinya.

Demikianlah dengan pelbagai ibadah bid’ah yang lain. Orang yang mengamalkannya
menganggap ia baik dan merupakan bukti kecintaan mereka kepada Allah. Padahal yang
benar mereka mencintai diri sendiri lalu beribadah dengan apa yang mereka sukai.

Berbeza dengan orang yang benar-benar mencintai Allah, mereka membuktikannya
dengan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka mencari hadis-
hadis terbabit, membezakan antara yang sahih atau selainnya, kemudian beribadah
sebagaimana Rasulullah beribadah sekadar yang mampu. Itulah cinta yang benar lagi tulus
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

154 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (Maktabah Syamilah), tafsir ayat 31 surah Ali Imran.
136

Jangan Mendahului Allah Dan Rasul-Nya

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

.‫ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع عَلِيٌم‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]

Allah memulakan ayat di atas dengan seruan “Wahai orang-orang yang beriman…”
Apabila Allah memulakan mana-mana ayat dengan seruan ini, ia antara lain mengandung
erti:

• Apa yang bakal menyusuli dalam ayat tersebut memiliki tuntutan yang menjadi
pengukur kepada kadar keimanan seorang muslim. Orang yang tinggi imannya akan
segera menyahut seruan dan bersungguh-sungguh memenuhi tuntutan ayat.
Sementara orang yang rendah imannya akan berlengah-lengah menyahut seruan,
bahkan mungkin langsung tidak mengendahkannya. Adapun tuntutan ayat, mungkin
ia diremehkan, dilanggar atau diselisihi.

• Kadar iman seorang muslim boleh naik dan turun. Seorang muslim yang menyedari
imannya dalam kadar yang rendah lalu ingin meningkatkannya, hendaklah dia
memberi perhatian kepada ayat-ayat yang dimulakan dengan seruan ini lalu segera
menyahutnya dan bersungguh-sungguh mengamalkannya. Nescaya dia akan merasai
peningkatan dan kemanisan iman.

Dalam ayat pertama surah al-Hujurat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang
orang yang beriman daripada mendahului Allah dan Rasul-Nya. Maksud mendahului ialah
memandai-mandai atau terus mengeluarkan sesuatu hukum atau pendapat agama sebelum
merujuknya kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Boleh jadi
Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan hukum yang berlainan, boleh jadi Allah dan Rasul-
Nya tidak menyatakan apa-apa lalu dia mengeluarkan pendapat tersendiri.

Larangan mendahului Allah dan Rasul-Nya terbahagi kepada dua kategori.

Pertama ialah apa yang merupakan hak Allah, yakni aqidah dan ibadah. Maka semua

137

keyakinan dan amalan hendaklah berdasarkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Tidak boleh mendahului Allah dan Rasul-Nya dengan mencipta perkara-
perkara aqidah tersendiri mahupun menafikan perkara-perkara aqidah yang sedia sabit
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Demikian juga, tidak boleh mendahului Allah dan Rasul-
Nya dengan mencipta ibadah-ibadah tersendiri mahupun menafikan ibadah-ibadah yang
sedia sabit dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kedua ialah apa yang merupakan urusan agama sesama manusia seperti jual-beli,
perniagaan, pinjaman, nikah, rujuk, cerai, hukuman takzir dan lain-lain, maka hendaklah
merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sebelum mengeluarkan apa-apa hukum dan
pendapat. Jika tidak ditemui dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, boleh berijtihad dengan
menggunakan sumber-sumber dalil yang lain seperti Qiyas, Ijma’, pendapat sahabat Nabi,
‘Uruf, Sad al-Zara’e, Istihsan, Istishab, Masalih al-Mursalah dan lain-lain.155

Boleh juga menggunakan Qiyas dalam perkara-perkara baharu yang membantu
ibadah, asalkan bukan untuk mencipta ibadah yang baru. Contoh, menggunakan kertas tisu
yang bersih untuk istijmar dengan mengqiyaskannya kepada penggunaan batu yang
bersih156 dan solat di atas kerusi kenderaan moden (kereta, bas, tren, kapal terbang) apabila
tidak dapat solat seperti biasa, dengan mengqiyaskannya kepada tindakan Rasulullah yang
solat di atas unta.157 Kertas tisu dan kerusi kenderaan moden bukanlah ibadah tetapi
perkara baharu yang membantu ibadah.

Adapun kaitan ayat pertama surah al-Hujurat dengan bid’ah, maka ia merupakan
ayat yang secara jelas melarang bid’ah. Ini kerana apabila seorang muslim mencipta bid’ah,
baik dalam aqidah, ibadah, hukum mahupun fiqh hati, dia sebenarnya telah mendahului
Allah dan Rasul-Nya.

Sebagai contoh, apabila seseorang mencipta amalan Majlis Tahlil pada malam

155 Sila rujuk kitab-kitab Usul Fiqh bagi mengetahui lebih lanjut tentang maksud, perbezaan pendapat para ahli
usul dan syarat-syarat pengamalan sumber-sumber dalil ini. Boleh juga Google bagi mengetahui secara umum maksud
sumber-sumber dalil ini.
156 Istijmar ialah membersihkan najis dengan menggunakan bahan yang keras dan bersih. Lebih lanjut, sila rujuk
buku saya Anda Bertanya Kapten Menjawab: Soal Jawab Agama Tentang Keibubapaan dan Anak-Anak di
www.hafizfirdaus.com
157 Lebih lanjut, sila rujuk buku saya Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan di www.hafizfirdaus.com

138

pertama, ketiga, ketujuh, ke 40 dan setiap ulang tahun selepas kematian, maka dia telah
mendahului Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana Allah dan Rasulullah tidak pernah menetapkan
mahupun menganjurkan apa-apa amalan pada sekian-sekian malam selepas kematian.

Demikian juga bagi orang yang mencipta amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga
kali pada malam Nisfu Sya’ban dengan bacaan doa sekian-sekian setelah setiap bacaan,
maka dia telah mendahului Allah dan Rasul-Nya. Sebab, Allah dan Rasul-Nya tidak pernah
mensyari’atkan apa-apa amalan khusus pada malam Nisfu Sya’ban.

Contoh ketiga, apabila seseorang itu melarang daripada makan daging merah atas
sebab ingin bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, maka dia telah melakukan satu
bid’ah. Konon, daging merah seperti lembu dan kambing akan mengeraskan hati sehingga
menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah. Ini adalah pendapat yang mendahului
Allah dan Rasul-Nya kerana Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menyatakan sedemikian.
Bahkan Rasulullah sendiri akan makan daging jika ia dihidangkan kepada baginda.158

158 Jika seseorang itu menjauhi daging merah atas nasihat doktor, maka ia termasuk dalam anjuran agama untuk
menjaga hak tubuh badannya. Ini berdasarkan hadis berikut daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu
'anhuma bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya kepadaku,

‫ َوتَُقوُم اللهْي َل؟‬،‫ أَََلْ أُ ْخبَْر أَنه َك تَ ُصومُ النه َهاَر‬،ِ‫ََي عَْب َد اَّهلل‬

Wahai ‘Abdullah, apakah benar khabar bahawa kamu berpuasa pada (setiap) hari dan bangun solat

(sepanjang) malam, betulkah?

.ِ‫ بَلَى ََي َر ُسوَل اَّهلل‬:‫فَُقلْ ُت‬

Aku menjawab, “Betul wahai Rasulullah.”

‫عَلَْي َك‬ ‫لَِزْوِج َك‬ ‫َوإِ هن‬ ،‫َحًّقا‬ ‫عَلَْي َك‬ ‫لِعَيْنِ َك‬ ‫َوإِ هن‬ ،‫َحًّقا‬ ‫عَلَْي َك‬ ‫لِجَ َس ِد َك‬ ‫فَِإ هن‬ ،‫َوَْن‬ ‫َوقُ ْم‬ ،‫ُص ْم َوأَفْ ِطْر‬ ‫وِرفََكَلَ َعتَلَْْيفعََكْل‬:ْ‫َوإِ هقَنالَِلَز‬ ،‫َحًّقا‬
.‫َحًّقا‬

Rasulullah bersabda, “Jangan berbuat seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah. Bangunlah untuk solat dan
tidurlah. Ini kerana sesungguhnya bagi tubuh kamu ada haknya ke atas kamu (maka makan dan minumlah),
sesungguhnya bagi mata kamu ada haknya ke atas kamu (maka tidurlah), sesungguhnya bagi isteri kamu ada
haknya ke atas kamu (maka bermain-mainlah bersamanya) dan sesungguhnya bagi tetamu kamu ada haknya ke
atas kamu (maka layanilah mereka).”

[Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1839/1975
(Kitab al-Shaum, Bab hak badan dalam berpuasa).]

Sabda Rasulullah, “…sesungguhnya bagi tubuh kamu ada haknya ke atas kamu…” adalah umum, tanpa
terhad kepada berpuasa sahaja. Maka apabila seseorang itu menjaga gizi pemakanannya, menjaga berat badannya,
menjaga bentuk badannya, menjaga kebersihan badannya, bersenam dan berehat, serta mejauhi apa-apa yang
memudaratkan seperti rokok dan vape, dia telah memenuhi hak tubuhnya.

Oleh itu memenuhi hak tubuh adalah salah satu anjuran agama sehingga sesiapa yang berusaha memenuhi
hak tersebut dengan sebaik-baiknya, ia akan menjadi satu ibadah baginya yang bakal menjana pahala daripada Allah

139

Bukti kuat bahawa mereka yang mencipta bid’ah telah mendahului Allah dan Rasul-
Nya adalah apabila ditanya, “Apakah dalil amalan kamu itu?”, barulah mereka mencari-cari
ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah untuk disesuaikan dengan keyakinan dan amalan baru
itu. Jika tidak ada, mereka akan cuba memaksa tafsiran ayat dan hadis agar selari dengan
keyakinan dan amalan bid’ah itu.

Selain itu ayat pertama surah al-Hujurat ini menjadi hujah ke atas para pencinta
bid’ah yang lazim memberi alasan, “Ya Nabi tidak buat tetapi Nabi tidak kata jangan buat!”
Dijawab kepada para pencinta bid’ah bahawa, “Jika kalian mengetahui Nabi tidak buat
namun kalian tetap buat, bererti kalian telah mendahului Nabi. Ini jelas dilarang oleh ayat
pertama surah al-Hujurat.”

Ayat pertama surah al-Hujurat ini dimulakan dengan seruan Wahai orang-orang
yang beriman…, menunjukkan bahawa larangan jangan mendahului Allah dan Rasul-Nya
adalah pengukur kepada kadar iman seorang muslim. Seorang muslim yang tinggi imannya
akan menjauhi segala bentuk pendahuluan ke atas Allah dan Rasul-Nya, dengan menjauhi
segala bentuk bid’ah baik yang kecil mahupun besar, baik yang jelas mahupun samar-samar.
Adapun muslim yang rendah imannya, dia akan meremehkan larangan ini dengan tetap
mendahului Allah dan Rasul-Nya melalui penciptaan dan pengamalan sekian-sekian bid’ah.

Terhadap peremehan dan perlanggaran inilah Allah mengingatkan dengan
berfirman, “Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” Seolah-olah ia bermaksud, “Wahai orang-orang yang tetap mendahului Allah
dan Rasul-Nya, bertakwalah kepada Allah dengan mematuhi larangan-Nya. Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui akan perbuatan kamu yang melanggar larangan-Nya.”

Subhanahu wa Ta'ala.

140

Mengkaji Majlis Tahlil

Tahlil asalnya bermaksud membaca zikir La ilaha illallah dan ia sememangnya
dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdasarkan hadis,

.ِ‫أَفْ َض ُل ال ِذْكِر َّلَ إِلَهَ إَِّله اَّهللُ َوأَفْ َض ُل ال ُّدعَاِء اْْلَْم ُد َِّهلل‬

Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah sementara sebaik-baik doa ialah
alhamdulillah.159

Adapun tahlil di sisi masyarakat Malaysia, maka ia adalah satu majlis yang dimulakan
dengan membaca surah Yasin, diikuti dengan beberapa surah pendek daripada Juz Amma,
diikuti dengan zikir La ilaha illallah dengan kelajuan yang beransur-ansur tinggi dan disudahi
dengan doa yang panjang.

Semua ini dilakukan secara berjemaah, serentak dan suara yang tinggi, dengan
dipimpin oleh seseorang. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis Tahlil diadakan pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke 40 dan setiap
ulangtahun selepas kematian.

Majlis Tahlil seperti yang lazim dilakukan di Malaysia menghimpunkan beberapa
bid’ah di dalamnya. Bid’ah Pertama, menyusun tatacara majlis sepertimana di atas telah
menjadikan ia satu pakej ibadah yang tidak pernah dilakukan atau diajar oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Pakej ini mendahului Allah dan Rasul-Nya padahal Allah
Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman,

.‫ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهللِ َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع عَلِيٌم‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-
Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]

Bid’ah Kedua, membaca al-Qur’an dan berzikir secara kuat lagi serentak kerana ia
menyalahi etika zikir yang disebut oleh Allah 'Azza wa Jalla,

159 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3305/3383 (Kitab al-Du’a an Rasulullah, Bab doa seorang muslim dimakbulkan).

141

‫واذُْكْر َربه َك ِف نَْف ِس َك تَ َضُّرًعا َوِخيَفةً َوُدوَن الْجَْهِر ِم َن الَْقْوِل ِبلْغُ ُد ِو َواْل َصاِل َوَّل تَ ُك ْن ِم َن‬.َ‫الْغَافِلَِّي‬

Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa

takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah

kamu termasuk orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205]

Pengecualian kepada ayat di atas adalah apabila Rasulullah sendiri berzikir secara

kuat, seperti takbir Hari Raya, talbiyah ketika ihram (“Labbaikallah…) dan selepas solat
fardhu.160

Ketahuilah bahawa meskipun pada zaman Rasulullah terdapat halakah-halakah zikir

atau majlis-majlis zikir, ia dilakukan dengan suara yang perlahan dan secara individu, bukan

berjemaah dan serentak. Sangat perlahan sehingga Rasulullah terpaksa bertanya, “Apakah

yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?” Perhatikan hadis berikut,

‫ َما أَ ْجلَ َس ُك ْم؟‬:‫ فََقا َل‬،‫َوإِ هن َر ُسوَل اللِه َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم َخَرَج عَلَى َحْلَقة ِم ْن أَ ْص َحابِِه‬

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah keluar (dari

rumahnya) menuju satu halakah dari kalangan para sahabatnya, lalu bertanya, “Apakah

yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?”

.‫ َوَم هن بِِه َعلَْينَا‬،‫ َجلَ ْسنَا نَْذُكُر اللهَ َوَنْ َم ُدهُ عَلَى َما َه َداََن لِِْل ْسَلِم‬:‫قَالُوا‬

Para sahabat menjawab, “Kami duduk (kerana) kami berzikir kepada Allah, kami

memuji-Nya atas hidayah dan kurniaan Islam ke atas kami.”

‫ آَّهلِل َما أَ ْجلَ َس ُك ْم إَِهّل ذَا َك؟‬:‫قَا َل‬

160 Para sarjana Islam berbeza pendapat tentang zikir secara kuat selepas solat fardhu. Pendapat Pertama, berzikir
secara kuat hanyalah dalam rangka mengajar makmum bacaan zikir selepas solat. Apabila makmum sudah
mengetahuinya, maka zikir diperlahankan selari dengan ayat 205 surah al-A’raaf.

Pendapat Kedua, disunnahkan berzikir secara kuat setiap kali selepas solat fardhu berdasarkan hadis-hadis
yang menerangkan para sahabat dapat mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berzikir selepas solat fardhu.
Tindakan Rasulullah itu mengecualikan ayat 205 surah al-A’raaf di atas. Ini dengan syarat, tidak ada makmum masbuk
ketika itu kerana zikir secara kuat akan mengganggu solat mereka.

Bezakan bahawa apa yang lazim diamalkan di Malaysia selepas solat-solat fardhu tidak menepati kedua-dua
pendapat di atas kerana (1) zikir yang dibaca secara kuat itu lafaznya atau bilangannya tidak menepati dengan apa yang
dibaca oleh Rasulullah dan (2) zikir dibaca secara kuat tanpa mengambil kira ada makmum masbuk atau tidak.

142

Rasulullah bertanya, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kalian duduk

(dalam halakah ini) melainkan kerana itu?”

.‫ َواللِه َما أَ ْجلَ َسنَا إَِهّل َذا َك‬:‫قَالُوا‬

Para sahabat menjawab, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kami duduk

(dalam halakah ini) melainkan kerana itu.”

‫بِ ُك ُم‬ ‫يُبَا ِهي‬ ‫َو َجله‬ ‫عَهز‬ َ‫الله‬ ‫أَ هن‬ ،‫فَأَ ْخبََرِّن‬ ُ‫ِجْبِريل‬ ‫أَََتِّن‬ ُ‫َولَ ِكنهه‬ ،‫لَ ُك ْم‬ ً‫ُُتْ َمة‬ ‫أَ ْستَ ْحلِْف ُك ْم‬ ْ‫ََل‬ ‫إِِّن‬ ‫أََما‬ :‫قَا َل‬
.َ‫َلئِ َكة‬
‫الْ َم‬

Rasulullah bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya aku tidaklah meminta kalian

bersumpah kerana aku menuduh kalian (berdusta). Akan tetapi Jibril telah mendatangiku

lalu mengkhabarkan kepadaku, bahawa Allah 'Azza wa Jalla membanggakan kalian di

hadapan para malaikat.”161

Bid’ah Ketiga, membaca doa secara berjemaah dan dengan suara yang kuat kerana

ia menyelisihi etika yang disebut oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫اْدعُوا َربه ُك ْم تَ َضُّرًعا َو ُخْفيَةً إِنههُ َّل َُِي ُّب الْ ُم ْعتَ ِدي َن‬

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan lagi

tersembunyi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

[al-A’raaf 7:55]

Pengecualian kepada ayat di atas adalah apabila Rasulullah sendiri berdoa secara
kuat seperti qunut nazilah dan ketika khutbah Jumaat.162

Ketahuilah bahawa salah satu peranan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah
menjelaskan al-Qur’an dan antara bentuk penjelasan itu ialah mengecualikan ayat yang
bersifat umum. Peranan ini disebut oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya,

.‫َوأَنَْزلْنَا إِلَيْ َك ال ِذْكَر لِتُبََِّي لِلنها ِس َما نُِزَل إِلَْيِه ْم‬

161 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4869/2701 (Kitab
al-Zikir wa al-Doa wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab keutamaan untuk berkumpul membaca al-Qur’an dan berzikir).

162 Kajian lanjut tentang doa berjemaah, sila rujuk buku saya Soal Jawab Adab-Adab Berdoa yang boleh dimuat
turun di www.hafizfirdaus.com

143

Dan kami menurunkan kepada kamu (Wahai Muhammad) al-Qur’an supaya kamu
menjelaskannya kepada manusia apa yang kami turunkan kepada mereka. [al-Nahl 16:44]

Bid’ah Keempat, mengkhususkan hari tertentu untuk mengadakan Majlis Tahlil,
padahal pengkhususan masa untuk beribadah hanya boleh dilakukan oleh Allah dan Rasul-
Nya.

Sebahagian pihak membolehkan pengkhususan masa ini berdasarkan tindakan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengkhususkan hari Sabtu untuk menziarahi
Masjid Quba’ sama ada dengan menaiki tunggangan atau berjalan kaki, lalu mendirikan solat
dua rakaat di sana. Salah satu hadis yang menerangkan hal ini adalah,

‫ َرأَيْ ُت النهِهب َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم ََيْتِيِه‬:‫ َوَكا َن يَُقوُل‬،‫أَ هن ابْ َن عُ َمَر َكا َن ََيِِْت قُبَاءً ُكله َسبْت‬
.‫ُكله َسْبت‬

Bahawa (‘Abdullah) ibn ‘Umar mendatangi Masjid Quba’ setiap hari Sabtu. Beliau
berkata, “Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya setiap hari
Sabtu.”163

Hujah ini dijawab, bahawa hak mengkhususkan sesuatu masa untuk beribadah hanya
terletak pada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun selain
itu, maka tiada sesiapa yang berhak mengkhususkan sesuatu masa untuk melakukan sekian-
sekian ibadah.

Bid’ah Kelima, berhimpun atau menghimpunkan orang ramai bersama jamuan
makan di rumah keluarga yang mengalami kematian adalah satu bentuk meratap kematian
yang dilarang oleh Islam. Jarir bin Abdullah al-Bajali radhiallahu 'anh berkata:

.‫ُكنها نََرى َِّل ْجتِ َماعَ إَِل أَْه ِل الْ َميِ ِت َو َصْنعَةَ الطهعَاِم ِم ْن النِيَا َحِة‬

Kami (para sahabat) memandang berkumpul di rumah keluarga yang ditimpa

163 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 2483/1399 (Kitab al-Hajj, Bab keutamaan Masjid
Quba’ dan keutamaan solat di dalamnya dan menziarahinya).

Ketika mensyarahkan hadis ini, ada sarjana Islam yang berpendapat ia menjadi dalil membolehkan
pengkhususan masa tertentu untuk ibadah tertentu. Pendapat ini saya bantah, sebagaimana yang saya jelaskan di atas.

144

kematian dengan membuat makanan termasuk dalam perbuatan meratap.164

Meratap kematian adalah satu perbuatan yang bukan berasal daripada Islam.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫اْلَنْ َسا ِب‬ ‫ِف‬ ‫َوالطهْع ُن‬ ‫اْلَ ْح َسا ِب‬ ‫ِف‬ ‫الَْف ْخُر‬ ‫يََْتُُكوَْنُ هن‬ َ‫َّل‬ ‫الْجَا ِهلِيهِة‬ .‫َواِملنِْيَنا أََحْمةُِر‬ ‫ِف أُهمِت‬ ُ‫َواَّل ْستِ ْأَسْرَقبَاٌعء‬
‫ِبلُنّ ُجوِم‬

Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi

Jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan: berbangga-bangga dengan keturunan,

mencela keturunan, mempercayai hujan turun berdasarkan ramalan bintang dan

meratapi (kematian).165

Jika perbuatan ini diteruskan, maka akibatnya adalah amat berat. Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:

.‫اثْنَتَا ِن ِف النها ِس َُهَا ِِبِْم ُكْفٌر الطهْع ُن ِف النه َس ِب َوالنِيَا َحةُ عَلَى الْ َميِ ِت‬

Dua hal yang ada pada manusia yang kedua-duanya menyebabkan mereka kufur:

mencela keturunan dan meratapi kematian.166

Sebahagian pihak membolehkan berhimpun di rumah keluarga si mati untuk jamuan

makan berdasarkan atsar167 berikut daripada Thawus rahimahullah (106H)168,

.‫ فَ َكانُوا يَ ْستَ ِحُبّوَن أَ ْن يُطْعَ َم َعْن ُه ْم تِْل َك اْلََهيِم‬،‫إِ هن الْ َمْوتَى يُْفتَنُوَن ِف قُبُوِرِه ْم َسْبعًا‬

Sesungguhnya orang-orang yang meninggal dunia diuji dalam kubur mereka

selama tujuh hari. Maka mereka (para sahabat) suka agar diberikan makanan (sebagai

164 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.:
1601/1612 (Kitab al-Jana’iz, Bab berkenaan larangan berhimpun di rumah keluarga si mati).

165 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1550/934 (Kitab al-Jana’iz, Bab amaran daripada
meratap).

166 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 67 (Kitab al-Iman, Bab menggunakan gelaran
“Kufur” ke atas orang yang mencela nasabnya dan meratapi kematian). Mereka disebut kufur kerana dua perbuatan
tersebut menunjukkan pengingkaran terhadap taqdir Allah atau kesukaran mereka taqdir Allah.

167 Atsar bermaksud kata-kata atau pendapat daripada generasi al-Salaf al-Soleh.

168 Beliau ialah Thawus bin Kaisan al-Yamani, keturunan Parsi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah Dzakwan
bin Kaisan sementara Thawus (burung merak) adalah nama gelarannya. Seorang tokoh dan imam tabi’in yang pernah
bertemu dan mengambil ilmu serta hadis daripada sejumlah sahabat Rasulullah. Meninggal dunia pada 106H.

145

sedekah) daripada mereka (untuk yang sudah meninggal dunia) selama hari-hari

tersebut.169

Dalam sebuah riwayat lain daripada ‘Ubaid bin ‘Umair radhiallahu 'anh, dia berkata,

.‫يُْفََُت َر ُجَل ِن ُمْؤِم ٌن َوُمنَافِ ٌق فَأَهما الْ ُمْؤِم ُن فَيُْفََُت َسْب ًعا َوأَهما الْ ُمنَافِ ُق فَيُْفََُت أَْربَعَِّي َصبَا ًحا‬

Orang mukmin dan munafiq diuji (dalam kubur masing-masing). Adapun orang

mukmin, maka dia diuji selama tujuh hari sementara orang munafiq diuji selama 40

hari.170

Hujah ini dijawab, bahawa seandainya ia sahih,171 maka yang dilakukan oleh para

sahabat radhiallahu 'anhum ialah memberi sedekah makanan tanpa berkumpul atau

berhimpun di rumah keluarga si mati. Ini kerana mereka (para sahabat) memandang

berkumpul di rumah keluarga yang ditimpa kematian dengan membuat makanan

termasuk dalam perbuatan meratap.172

Pada masa kini, atsar Thawus di atas dapat dipraktikkan dengan memberi sedekah

makanan ke rumah anak yatim, rumah penjagaan orang tua, keluarga miskin dan

169 Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya, jld. 4, ms. 11. Ia dihimpun oleh Ibn Hajar al-
‘Asqalani dalam al-Matholib al-A’liyah bi Zawa’id al-Masanid al-Tsamaniyah (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 4, ms. 330,
riwayat no.: 834. Berkata para penyemak kitab yang dipimpin oleh Sa’id bin Nashr al-Syatsiri, “Para perawi semuanya
thiqah, hanya ia terputus di antara Sufyan (al-Tsauri) dan Thawus. Maka ia dha’if.”

Dalam sebuah riwayat lain, dikatakan bahawa apabila ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh ditikam, sementara
kesakitan menunggu ajalnya, beliau,

.‫ وأمر أن َيعل للناس طعاًما‬،‫فأمر ُصهيبًا رضي الله عنه أن يصلي ِبلناس ثَلًَث‬

Lalu memerintahkan Shuhaib radhiallahu 'anh menjadi imam selama tiga hari dan memerintah agar
diadakan makanan untuk orang ramai.

Riwayat ini dihimpun oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Matholib al-A’liyah bi Zawa’id al-Masanid al-
Tsamaniyah, jld. 4, ms. 330, riwayat no.: 833. Di dalam sanadnya terdapat ‘Ali bin Zaid bin Jud’an yang dikenali sebagai
perawi yang lemah.
170 Saya tidak dapat mengesan sumber asal riwayat ini yang memiliki sanad. Antara rujukan terawal yang
mengemukakannya ialah Ibn Abd al-Bar (463H) dalam al-Tamhid lima fi al-Muwattho’ min al-Ma’ani wa al-Asanid (al-
Maktabah al-Syamilah), jld. 22, ms. 252 dan beliau berkata, “Atsar ini sabit dalam bab ini.”
171 Atsar para sahabat dan tokoh generasi Salaf dari kalangan tabi’in dan tabi’ tabi’in jika terbukti sahih, maka ia
adalah dalil agama dalam urusan aqidah dan ibadah. Ini kerana mereka tidak akan berani membuat aqidah dan ibadah
yang baharu kerana bimbang serta waspada terhadap larangan bid’ah. Dalam atsar di atas misalnya, ia berbicara
tentang ujian kubur selama 7 dan 40 hari. Maka ia bukanlah rekaan tetapi memiliki asal daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam.
172 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.:
1601/1612 (Kitab al-Jana’iz, Bab berkenaan larangan berhimpun di rumah keluarga si mati).

146

gelandangan.

Pihak yang membolehkannya juga berhujah dengan atsar berikut bahawa A’isyah
radhiallahu 'anha (isteri Rasulullah),

.‫ ُثه تََفهرقْ َن إَِهّل أَْهلََها َو َخا هصتَ َها‬،ُ‫َكانَ ْت إَِذا َما َت الْ َميِ ُت ِم ْن أَْهلَِها فَا ْجتََم َع لَِذلِ َك النِ َساء‬

Lazimnya apabila berlaku kematian dari kalangan ahli keluarganya, maka akan
berhimpunlah para wanita atas sebab itu (bagi mengucapkan takziah), kemudian mereka
berpisah (pulang) kecuali ahli keluarganya dan mereka yang rapat dengannya.

:‫ ُثه قَالَ ْت‬،‫ فَ ُصبه ِت التهلْبِينَةُ َعلَْي َها‬،‫ ُثه ُصنِ َع ثَِري ٌد‬،‫أََمَر ْت بِبُْرَمة ِم ْن تَلْبِينَة فَطُبِ َخ ْت‬

(A’isyah) menyuruh agar dibuat seperiuk kecil Talbinah,173 maka ia pun dimasak.
Kemudian dibuatkan Tsarid174 dan dituangkan Talbinah itu ke atasnya. Kemudian A’isyah
berkata,

،‫«التهْلبِينَةُ ُُِم همةٌ لُِفَؤاِد الْ َمِري ِض‬:‫إِِّن َِْس ْع ُت َر ُسوَل اللِه َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم يَُقوُل‬.َ‫ِنف‬،‫تُْذ ِه ُب بَُكْعلْ َنَضِمْناَْهْلُاْز‬

Jemputlah kalian makan, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Talbinah menghiburkan hati orang sakit dan
menghilangkan sebahagian kesedihan.”175

Mereka berhujah, A’isyah membuat makanan kepada para wanita yang berhimpun
di rumahnya. Ini menunjukkan boleh membuat dan menyediakan makanan oleh keluarga si
mati.

Hujah ini dijawab bahawa Talbinah disediakan hanya setelah para wanita yang
berhimpun memberi takziah telah berpisah, yakni pulang. Tujuan penyediaan Talbinah
bukanlah sebagai makanan yang disedekahkan pahalanya kepada si mati, tetapi sebagai
“…menghiburkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”

173 Talbinah adalah campuran tepung barli, susu dan madu.
174 Tsarid adalah cebisan roti dan sayuran, atau cebisan roti dan daging, yang dimasak sebagai sup.
175 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4106/2216 (Kitab al-Salam, Bab talbinah
menghiburkan hati orang yang sakit).

147

Jika hadis ini hendak diamalkan pada masa kini, hendaklah yang paling tenang dari
kalangan ahli keluarga yang menghadapi kematian menyediakan Talbinah, kemudian
menjemput ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan si mati yang sedang kesedihan
untuk menjamunya. Moga dia mendapat pahala kerana menghidupkan sunnah Rasulullah
dan menghilang sebahagian kesedihan yang dialami ahli keluarga dan mereka yang rapat
dengan si mati.176

Bid’ah Keenam, mengadakan satu majlis khas dengan pakej ibadah tertentu untuk
dihadiahkan pahalanya kepada si mati adalah sesuatu yang baharu, yang tidak berasal
daripada al-Qur’an dan sunnah Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam. Majlis seperti ini
juga tidak diperintahkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Oleh itu majlis seperti ini adalah
tertolak, yakni ia tidak menghasilkan apa-apa pahala berdasarkan sabda Rasulullah,

.ّ‫َم ْن أَ ْح َد َث ِف أَْمِرََن َه َذا َما لَيْ َس ِمْنهُ فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan kami ini (yakni agama Islam)
apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda,

.ّ‫َم ْن عَ ِم َل َع َمَلً لَْي َس عَلَْيِه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد‬

Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka
ia tertolak.177

Jika majlis ini adalah tertolak, yakni tidak menghasilkan apa-apa pahala, maka pahala
apakah yang hendak dihadiahkan kepada si mati?

Sebahagian agamawan mendakwa Majlis Tahlil yang lazim diamalkan di Malaysia
adalah perkara khilafiyah, maka hendaklah berlapang dada terhadapnya.

Ini adalah dakwaan dusta.

Ketahuilah bahawa para sarjana Islam memang berbeza pendapat sama ada pahala

176 Pada masa kini Talbinah disediakan sebagai bancuhan segera dan boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual
barangan runcit dari Timur Tengah.
177 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab
mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).

148

bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati akan bermanfaat kepadanya atau tidak.
Namun bagi para sarjana yang berpendapat ia bermanfaat, mereka tidak sekali-kali merujuk
kepada Majlis Tahlil sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. Sebaliknya apa yang
mereka maksudkan adalah seseorang itu membaca al-Qur’an secara berseorangan seperti
biasa, kemudian apabila selesai membaca dia berdoa agar pahala bacaan dapat dihadiahkan
kepada si mati.

Rasulullah Melakukan Majlis Tahlil?

Terdapat sebuah hadis yang dijadikan dalil bahawa konon Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam melakukan tahlil selepas kematian. Hadis tersebut daripada Jabir bin
‘Abdullah al-Anshori radhiallahu 'anh,

،‫َخَر ْجنَا َم َع َر ُسوِل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم يَْوًما إَِل َس ْع ِد بْ ِن ُمعَاذ ِحَّي تُُوَِف‬

Pada satu hari kami keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ke
(jenazah) Sa’ad bin Mu’adz, yakni pada ketika kematiannya.

‫ َسبه َح‬،‫ َوُو ِض َع ِف قَْبِرِه َو ُس ِو َي َعلَْيِه‬،‫اللُهُثه ََعكلَبهْيَرِهفََوَكبَهسْرلهََنَم‬،‫ر ُسفَوَسُلبه اْحلنَلِها طََصِولهيًَىل‬،َ‫َصلهفَلَىهمااللهُ َصَعلهلَيْىِه َعَولََْيسلِههَم‬:‫َر ُسوُل القَلاِهَل‬

(Jabir meneruskan), Maka tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah
solat ke atasnya (solat jenazah), meletakkan jenazahnya dalam kubur dan meratakan
(tanah) di atas (kubur)nya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertasbih. Maka kami
pun ikut bertasbih dalam tempoh masa yang lama. Kemudian baginda bertakbir, maka
kami pun ikut sama bertakbir.

ُ‫ لََق ْد تَ َضايَ َق عَلَى َه َذا الْعَْب ِد ال هصالِ ِح قَْبرُه‬:‫ َِلَ َسبه ْح َت؟ ُثه َكبهْر َت؟ قَا َل‬،‫ ََي َر ُسوَل اللِه‬:‫فَِقي َل‬
.ُ‫َحَهّت فَهر َجهُ اللهُ َعنْه‬

149

Maka baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah kamu bertasbih, kemudian
bertakbir?”

Baginda menjawab, “Demi sesungguhnya telah disempitkan kubur hamba yang
soleh ini (maka aku bertasbih dan bertakbir) sehinggalah Allah melapangkan untuknya.”

Marilah kita menyemak darjat hadis ini. Ia dikeluarkan oleh Ahmad dalam
Musnadnya, hadis no.: 14873, al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis no.: 5346 dan
al-Baihaqi dalam Itsbat ‘Azab al-Qubur, hadis no.: 113.

Semuanya melalui jalan Muhammad bin Ishaq.

Muhammad bin Ishaq, beliau adalah perawi yang masyhur lagi diterima dalam
periwayatan sejarah (sirah) dan peperangan (maghazi). Akan tetapi dalam periwayatan
hadis, hadis-hadis beliau paling tinggi berdarjat hasan, dengan dua syarat:

1. Beliau tidak meriwayatkan dengan ‘an’anah, kerana beliau dikenali sebagai perawi
yang mudallis.178

2. Hadis yang beliau riwayatkan tidak menyelisihi hadis-hadis yang lain.

Hadis Rasulullah bertasbih dan bertakbir selepas mengebumikan jenazah Sa’ad bin
Mu’adz, ia tidak menepati syarat kedua kerana menyelisihi hadis-hadis lain yang
menerangkan saat kematian dan pengebumian Sa’ad bin Mu’adz. Berikut dikemukakan
hadis-hadis tersebut.

Pertama, Jabir radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

.‫ا ْهتَهز ال َعْر ُش لَِمْو ِت َس ْع ِد بْ ِن ُمعَاذ‬

Arasy bergegar disebabkan kematian Sa’ad bin Mu’adz.179

Dalam satu lafaz lain, Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,

‫ ا ْهتَهز َْلَا عَْر ُش‬- ‫ يَْعِن َس ْع ًدا‬- ٌ‫ َو َجنَاَزتُهُ َمْو ُضو َعة‬:‫أَ هن نَِهب اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم قَا َل‬

178 Perawi mudallis adalah perawi yang menyembunyikan nama orang sebenar dia menerima hadis tersebut.
179 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3519/3803 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan
Sa’ad bin Mu’adz)

150


Click to View FlipBook Version