MENGURUS
KHIDMAT BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
SEKOLAH
Amalan Komprehensif
SIRI KAUNSELING
Mengurus
Khidmat Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah
AMALAN KOMPREHENSIF
Malek Muhamat Said
PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
2006
Kandungan
Awal Bicara vii
Sejenak Bersama Pengarang ix
Bahagian Satu
ASAS PERKHIDMATAN 1
Bab 1 3
6
Pengenalan 2
Mengenali Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 2
Sekolah Perlukan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
Prinsip Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 4
Orientasi Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Bab 2 13
Teras Perkhidmatan 9
Falsafah Pendidikan Negara 9
Misi, Matlamat dan Objektif Pendidikan 10
Visi, Misi dan Falsafah Perkhidmatan 11
Objektif Perkhidmatan 11
Kandungan Pengurusan Perkhidmatan 12
Sukatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah
Sukatan Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Rendah 15
Bab 3 20
23
Tugas dan Tanggungjawab 19
Bidang Tugas dan Tanggungjawab 19
Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Kaunseling
Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan
Senarai Tugas Guru Kaunseling 25
Senarai Tugas Guru Bimbingan 27
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 27
Etika Bimbingan dan Kaunseling 28
Bahagian Dua 30
MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
Bab 4 31
Merancang Perkhidmatan
Sasaran Kerja Tahunan 31
Perancangan Tahunan 35
iv KANDUNGAN
Perancangan Mengikut Bidang 38
Membina Carta Gantt 40
Perancangan Strategik 42
Bab 5 53
Organisasi Perkhidmatan
Profil Personel 53
Carta Organisasi 56
Piagam Pelanggan 60
Bab 6 63
Jadual Bertugas Personel 63
Keperluan Membina Jadual Bertugas 68
Kandungan Jadual Bertugas 66
Membina Jadual Bertugas Mingguan
Penyelarasan Jadual Bertugas 72
Bab 7 75
Kemudahan Perkhidmatan
Sumber atau Resos 75
Kemudahan Fizikal 79
Sistem Fail 80
Bahan dan Rujukan 87
Instrumen Ujian 87
Borang dan Rekod Intervensi 89
Bahagian Tiga 106
MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
Bab 8
Mengurus Dan Mentadbir 107
Mengurus Bilik Bimbingan dan Kaunseling 107
Mengurus dan Mentadbir Fail Perkhidmatan 110
Mengumpul Data dan Maklumat Pelajar 111
Penyebaran Bahan Maklumat 114
Mengurus Pertandingan dan Penyertaan Pelajar 118
Mentadbir Ujian dan Pengujian 121
Mengurus dan Menjalankan Kajian 126
Bab 9 135
Perkhidmatan Utama 135
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
Khidmat Bimbingan 136
Bimbingan Individu 137
KANDUNGAN v
Bimbingan Kelompok Kecil 138
Bimbingan Kelompok Besar 140
Intervensi Kaunseling 145
Kaunseling Individu 153
Kaunseling Kelompok 160
Khidmat Perundingan 164
Kaunseling Antidadah 168
Bab 10
Program-Program Khas 172
Akademik 172
Peluang Belajar dan Latihan 175
Pendidikan Kerjaya 177
Psikososial dan Kesejahteraan Mental 185
Pembangunan Pelajar 187
Pendidikan Pencegahan Dadah 188
Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS 190
Program Keibubapaan 193
Bab 11
Aktiviti Kokurikulum 196
Pembimbing Rakan Sebaya 196
Skim Lencana Antidadah 202
Kelab Bimbingan dan Kerjaya 203
Kelab Bimbingan 204
Kelab Antijenayah 204
Penyelarasan Aktiviti Kokurikulum 205
Bab 12 209
Tugas-Tugas Khas 207
Prioriti Bidang Tugas 207
Tanggungjawab Mengajar 208
Penglibatan dalam Pengurusan Sekolah
Tugas Khas di luar Sekolah 210
Khidmat Masyarakat 212
Bahagian Empat
MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN 213
Bab 13 225
Merekodkan Perkhidmatan 214
Buku Rekod Perkhidmatan 214
Memoir Personel 219
Dokumentasi Program dan Aktiviti 220
Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
vi KANDUNGAN
Bab 14
Penilaian Perkhidmatan 231
Konsep Akauntabiliti dan Penilaian 231
Penilaian Personel Bimbingan dan Kaunseling 234
Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 237
Penilaian Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah 240
Penilaian Prestasi Kerja 242
Penilaian Tahap Kecekapan 243
Bab 15 249
Menangani Isu-Isu Berkaitan 251
262
Kanak-Kanak dan Remaja 249
Permasalahan Kanak-Kanak dan Remaja
Isu Personel Bimbingan dan Kaunseling
Menuju Kesimpulan 266
Lampiran 283
Lampiran A : Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 268
Lampiran B : Kod Etika Guru Bimbingan 270
Lampiran C : Kod Etika Guru Kaunseling Sekolah 272
Lampiran D : Model Sasaran Kerja Guru Kaunseling 276
Lampiran E1 : Kertas Cadangan Program Mentor-Mentee
Pelajar Sekolah Menengah 281
Lampiran E2 : Senarai Semak Aktiviti Kelompok Mentor-Mentee
Lampiran F1 : Senarai Semak Ibu Bapa Profesional 286
Lampiran F2 : Senarai Semak Anak Terhadap Ibu Bapa 288
Lampiran F3 : Senarai Semak Ibu Bapa Profesional 290
Rujukan 294
Glosari 300
Awal Bicara
Keguruan dan kaunseling adalah dua profesion yang mulia. Kedua-dua pengamal
profesion berkhidmat membantu insan lain mencapai kesejahteraan di dalam hidup
mereka. Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling merupakan personel yang lahir dari
kedua-dua profesion dan berkhidmat untuk menolong bantu pelajar sekolah. Guru
Bimbingan dan Guru Kaunseling dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh
bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah mereka berkemampuan memberikan
khidmat bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar di sekolah. Ujaran memujuk
yang berhikmah dengan sentuhan yang lembut dianggap paling mujarab. Mereka
adalah arkitek yang mampu merubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik
mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa dan negara yang lebih efisien
dan produktif.
Tanggungjawab serta peranan personel bimbingan dan kaunseling dirasakan
semakin berat apabila masyarakat umum terutamanya ibu bapa dan seluruh warga
pendidikan mula meletakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada personel
untuk menolong bantu anak didik mengemudikan perkembangan kendiri mereka.
Kehadiran mereka diperlukan untuk melayan dan merawat pelbagai permasalahan
pelajar dan seterusnya menjadikan anak didik sebagai individu yang efisien, stabil
dan produktif. Oleh itu, mana-mana individu atau personel guru yang berhasrat
untuk menyandang tugas Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu membina
personaliti, konsep kendiri dan jati diri yang seimbang, mantap dan sihat. Personel
perlu memiliki pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas meliputi ilmu
pendidikan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Seorang personel yang
autentik perlu mengungguli aras kompetensi yang tinggi terutama dalam kemahiran
menolong dan kemahiran kaunseling. Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling yang
autentik seharusnya memiliki kelayakan dan pengalaman yang diiktiraf dan sentiasa
bersedia bagi meningkatkan kompetensi diri serta mampu untuk bertanggungjawab
mematuhi etika kaunseling yang telah diamanahkan kepada mereka.
Buku ini bukan bertujuan untuk ‘mengajar’ kaunselor profesional tetapi
ianya lebih menjurus kepada membantu personel yang menjalankan perkhidmatan
bimbingan dan amalan kaunseling di sekolah. Apa yang dipaparkan dalam buku ini
hanya bertujuan untuk berkongsi sinergi dengan memberikan panduan kepada pihak
yang terlibat secara langsung dengan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah
seperti pihak pengurusan sekolah, Guru Bimbingan, Guru Kaunseling atau mana-
mana bakal guru yang berhasrat untuk mengikuti kursus dalam bidang Bimbingan
dan Kaunseling. Gelaran Guru Kaunseling adalah merujuk kepada personel guru
yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan melaksana Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah. Gelaran Guru Bimbingan pula
merujuk kepada personel guru yang bertugas untuk mengurus dan melaksanakan
Perkhidmatan Bimbingan di sekolah rendah. Setelah membaca buku ini, diharapkan
Guru Bimbingan serta Guru Kaunseling memperolehi ‘celik akal’ dan nilai tambah
yang amat berguna dalam pengurusan Perkhidmatan Bimbingan atau Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing.
vii
viii AWAL BICARA
Buku ini diharap dapat membantu Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
memantapkan pandangan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam amalan
mereka jika personel berhasrat menjadi Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
yang autentik. Buku ini akan membicarakan tentang
• Asas dan teras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
• Bidang tugas dan tanggungjawab personel Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah.
• Strategi merancang, mengurus, mengelola, menyusunatur dan melaksana
program dan aktiviti perkhidmatan.
• Sumber atau resos, keperluan dan instrumen yang boleh dieksploitasi bagi
membantu menggerak, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan serta
amalan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
• Kemahiran dan kepakaran serta input yang perlu dimiliki, dipraktik serta
digunapakai oleh personel bagi meningkatkan lagi kapasiti dan kompetensi
diri sebagai personel Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
yang profesional dan autentik.
• Isu-isu dan permasalahan semasa yang melibatkan pelajar sekolah rendah,
sekolah menengah dan personel Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Buku ini bukanlah bersifat sempurna. Kemungkinan terdapat panduan atau
maklumat yang dianggap penting tertinggal atau terlepas pandang. Senarai panjang
rujukan bahan bacaan mungkin dapat membantu menampung mana-mana maklumat
yang tertinggal atau kurang diberikan perhatian. Akhir kalam, ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
serta rakan-rakan guru yang sentiasa menyuntik semangat, menyediakan medan dan
ruang untuk menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih kepada
rakan-rakan personel yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri. Kesediaan untuk berkongsi idea-idea bernas, memberi sokongan, kerjasama
serta menyediakan ruang dan peluang menimba pengalaman kepada penulis telah
dapat merealisasikan buku ini.
MALEK MUHAMAT SAID
Sijil Guru (Sains)
Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Sarjana Pendidikan (Psikometrik & Pengujian Pendidikan)
Sejenak Bersama Pengarang
Pengarang adalah Guru Kaunseling yang berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik
Seri Iskandar, Bota, Perak. Mula berkhidmat sebagai guru terlatih pada tahun 1979.
Memperolehi Sijil Guru di MPIB (1979) pengkhususan mata pelajaran Sains (SM).
Memperolehi Bacelor Pendidikan di UPM (1991) pengkhususan dalam Bimbingan
dan Kaunseling (major) dan Kesusasteraan Melayu (minor). Memperolehi Sarjana
Pendidikan di USM (2000) pengkhususan dalam bidang Psikometrik dan Pengujian
Pendidikan. Sehingga kini, telah berkhidmat sebagai Guru Kaunseling Terlatih
selama 15 tahun.
Pernah mendapat latihan sebagai penyelia (fasilitator) bagi kursus anjuran
Biro Tata Negara (BTN). Menjadi fasilitator kursus-kursus BTN selama hampir 10
tahun. Pernah mengikuti kursus Program Pengurusan Kaunseling dan Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) selama 3 bulan di Institut Aminuddin Baki di bawah kelolaan
Puan Hajah Zuraidah Abdul Rahman. Pernah mengendalikan kursus-kursus Asas
Kaunseling dan kursus Jurulatih Pembimbing Rakan Sebaya kepada Guru-Guru
Bimbingan dan Kaunseling di negeri Perak. Pernah mengikuti kursus kejurulatihan
Skim Lencana Antidadah. Pernah menjadi peserta bengkel peringkat kebangsaan
menggubal kod etika bagi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Menjadi
salah seorang peserta bagi Bengkel Penyelarasan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di peringkat kebangsaan sebelum jawatan Kaunselor Sepenuh Masa
dilaksanakan pada tahun 1996. Pernah menjadi tutor bagi pelajar Pendidikan Jarak
Jauh (PJJ) bagi Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) kelolaan
IDEAL dan UPM. Pernah dilantik ‘local preceptor’ bagi Kursus Asas Kaunseling
bagi personel kesihatan, Hospital Besar Ipoh. Pernah menjadi jurulatih Kaunselor
Rakan Sebaya di UiTM Seri Iskandar. Pernah dilantik sebagai mentor praktikum
bagi Guru Bimbingan Sekolah Rendah yang dikelolakan oleh Maktab Perguruan
Ipoh Perak.
Masih aktif menjadi penceramah atau pengendali bengkel kemahiran belajar
dan kepemimpinan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Perak
Tengah. Seringkali menerima jemputan bagi menyampaikan ceramah atau diminta
mengendalikan bengkel motivasi kepimpinan ibu bapa, belia dan kakitangan agensi
kerajaan atau bukan kerajaan. Pernah menulis beberapa modul untuk kursus-kursus
motivasi, kemahiran belajar, kepemimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya untuk
sekolah menengah dan rendah di peringkat daerah dan negeri. Menjadi pengerusi
Majlis Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling Daerah Perak Tengah. Telah berjaya
menghasilkan dua buah buku motivasi dan kemahiran belajar khusus bagi pelajar
sekolah menengah. Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2001.
ix
Bahagian Satu
ASAS PERKHIDMATAN
BAB 1
Pengenalan
BAB 2
Teras Perkhidmatan
BAB 3
Tugas dan Tanggungjawab
PENGENALAN BAB
1
MENGENALI BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
Jika disorot semula lipatan awal sejarah perkembangan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling bagi sekolah-sekolah di negara kita, usia khidmat tersebut sudah
menjangkau hampir setengah abad. Jika dibandingkan dengan umur manusia, lima
puluh tahun dianggap sebagai usia yang matang dan melimpah dengan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman. Sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah,
rangkaikata atau frasa ‘bimbingan dan kaunseling’ kerapkali digabungkan secara
berkembar. Peranannya pula kelihatan seolah-olah saling bertindan di antara satu
sama lain. Sebahagian besar pendidik malah sebilangan kecil Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling sendiri, masih kurang arif tentang perbezaan di antara dua istilah
‘bimbingan’ dan ‘kaunseling’. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan di antara
kedua-dua istilah tersebut. Persoalannya, apakah kayu pengukur yang mereka akan
gunakan untuk menentukan garis pemisah di antara kedua-dua istilah tersebut dari
segi konsep, pendekatan teori dan amalannya.
Sebelum tahun 1996, pada amalan biasanya terutama di sekolah menengah
terdapat seorang guru atau beberapa orang guru yang ‘terpilih’ dan ‘diarahkan’ oleh
Pengetua untuk mengurus dan memberikan perkhidmatan bimbingan dan intervensi
kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Personel tersebut mungkin pernah
diberikan pendedahan atau sekurang-kurangnya telah dibekalkan dengan serba
sedikit maklumat tentang bimbingan dan kaunseling melalui seminar atau kursus
yang dijalankan dalam masa sehari dua malahan ada yang menjangkau sehingga
beberapa minggu. Namun, sebahagian besar dari mereka tidak pernah mendapat
sebarang latihan atau kursus berkaitan bimbingan dan kaunseling sama ada secara
intensif atau sepenuh masa dari mana-mana institusi pendidikan atau universiti yang
menawarkan program atau kursus berkaitan bimbingan dan kaunseling. Memang
tidak dapat dinafikan ada yang mampu menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling
yang efektif. Keadaan tersebut tidak menghairankan kerana sifat-sifat semulajadi
amalan kaunseling itu sendiri memerlukan kualiti personal dan beberapa kemahiran
menolong yang sememangnya sedia wujud dalam diri personel guru. Persoalannya,
adakah mereka mampu menjalankan intervensi kaunseling atau hanya menjalankan
khidmat bimbingan atau hanya semata-mata menjalankan aktiviti khidmat nasihat
seperti mana yang mampu diberikan oleh personel guru atau sesiapa sahaja yang
gemar memberikan nasihat.
Tahun 1996 merupakan detik mulanya berlaku satu anjakan paradigma bagi
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Anjakan tersebut bukan sahaja
telah membuka medan yang baru tetapi membawa bersama tuntutan komitmen yang
amat tinggi. Setiap personel bimbingan dan kaunseling sekolah perlu bangun dari
tidur yang lena, menyingsing lengan menggandakan usaha dan komitmen mereka
untuk menjadikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai salah satu
komponen pendidikan yang bestari dan komprehensif. Tugas untuk merealisasikan
citra tersebut amat memerlukan komitmen dan sinergi dari seluruh personel yang
mengurus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan meletakkan
keutamaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kompetensi mereka.
BAB 1 PENGENALAN 3
Persoalan yang mungkin timbul ialah mampukah seorang guru atau mana-
mana individu yang ingin memberikan khidmat bantu atau menjalankan intervensi
kaunseling tanpa memiliki pengetahuan tentang pendekatan atau teori kaunseling
dan psikologi manusia. Oleh itu, seorang guru yang ingin menjadi Guru Bimbingan
atau Guru Kaunseling perlulah terlebih dahulu melengkapkan diri mereka dengan
ilmu pengetahuan, kompetensi atau kepakaran diri. Ianya meliputi pendekatan dan
teori, kaedah, teknik dan kemahiran menolong atau kemahiran kaunseling bagi
membolehkan personel memberikan khidmat atau menjalankan intervensi secara
profesional dan efektif.
Bagi melengkapkan lagi kompetensi diri, sama ada Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling juga perlu memiliki pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk
mengurus serta melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara
komprehensif sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa. Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling seharusnya mampu bergerak mengejar arus kecanggihan teknologi
dan pengaksesan maklumat terkini. Begitulah prasyarat yang diperlukan sebelum
personel guru atau mana-mana individu yang berhasrat menyandang gelaran sebagai
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang autentik iaitu seorang pengamal dan
pelaksana bimbingan dan kaunseling yang tulen dan sebenarnya.
SEKOLAH PERLUKAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Setiap manusia pasti akan melalui proses untuk membuat pilihan dan penyesuaian
di sepanjang hidupnya. Setiap kali proses ini berlaku ianya perlu dibuat secara betul
dan tepat. Setiap pemilihan atau penyesuaian yang dibuat oleh seseorang individu
akan memberikan impak kepada kehidupan individu tersebut di masa akan datang.
Manusia dilahirkan dalam keadaan tidak berdaya. Pada peringkat awal kehidupan
manusia, mereka amat memerlukan orang lain untuk membantu dan memimpin diri
mereka meluncur ke hadapan di atas landasan hidup yang betul. Semasa manusia
berada di alam kanak-kanak dan remaja, mereka amat memerlukan orang lain atau
institusi khusus yang dapat membantu mereka membuat pilihan dan penyesuaian.
Selain daripada keluarga, masyarakat, institusi agama dan kelompok rakan sebaya,
sekolah merupakan institusi sosial dan pendidikan yang dapat memenuhi keperluan
tersebut. Oleh itu, setiap sekolah perlulah mewujudkan suatu sistem sokongan atau
pertolongan bagi membantu pelajar berkembang dengan sewajarnya.
Suradi (2001) telah menyenaraikan beberapa sebab kenapa Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling amat diperlukan oleh pelajar di sekolah.
• Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang.
• Membolehkan pelajar membuat pilihan yang sesuai pada semua peringkat
persekolahan mereka.
• Menolong pelajar membuat pilihan kerjaya dan membuat persediaan
sebelum memasuki kerjaya yang telah dipilih.
• Menolong pelajar dalam perkembangan kerjayanya.
• Menolong pelajar untuk membuat penyesuaian yang paling baik sama ada
di sekolah dan juga di luar sekolah.
• Menambah usaha yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah.
• Meminimumkan salah penerapan di antara pendidikan dan penggunaan
tenaga manusia dan membantu mencapai penggunaan tenaga manusia yang
4 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
paling berkesan.
• Mengenalpasti dan memotivasikan pelajar dari lapisan masyarakat yang
kurang bernasib baik.
• Menolong mengurangkan atau mengawal pembaziran dan kelembapan
dalam sistem pendidikan.
• Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan khas.
• Memastikan bahawa masa di luar bilik darjah digunakan dengan berfaedah.
• Menambahkan daya tarikan sekolah.
• Menjadikan pendidikan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah
atas lebih berjaya.
• Mengatasi masalah kemerosotan disiplin pelajar.
Pelajar adalah manusia. Secara semulajadi, mereka mempunyai pelbagai
kehendak di dalam kehidupan. Menurut Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1993),
selagi manusia mempunyai kehendak dan kepentingan, selagi itulah mereka akan
menghadapi masalah atau gendala. Bagi melicinkan perjalanan hidup pelajar agar
tidak tersekat, mereka perlu untuk terus menghadapi dan mengatasi segala masalah
yang timbul. Di sinilah perkhidmatan bimbingan dan intervensi kaunseling perlu
disediakan kerana ianya dapat membantu pelajar memahami bentuk keperluan dan
kehendak diri mereka. Di samping itu, para pelajar dapat memahami kehendak
masyarakat dan berupaya untuk memahami tanggungjawab dan seterusnya dapat
bertindakbalas dengan sewajarnya terhadap kehendak institusi sosial itu sendiri.
PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
Prinsip adalah asas atau dasar sesuatu pemikiran atau tindakan. Unit Bimbingan
dan Kaunseling, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1983) telah
menggariskan sebanyak 13 prinsip bimbingan dan kaunseling khusus bagi khidmat
bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan menengah. Setiap prinsip perlu
dijadikan pedoman atau panduan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
ketika menjalankan khidmat mereka.
1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan
berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari
pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Setiap pelajar
memperolehi peluang bagi mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar
belakang, kaum, etnik, agama atau kepercayaan.
3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila
mereka memerlukannya. Pada suatu ketika tertentu seorang pelajar mungkin
memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan di dalam proses
perkembangan dirinya.
4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi
perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan
kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang
dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan diri.
5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya
dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan
BAB 1 PENGENALAN 5
menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.
Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu
lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-
tindakannya sekarang di dalam jangka masa panjang.
7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari akan kelemahannya
dan memberi fokus kepada kekuatannya. Dalam bimbingan dan kaunseling,
fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui
aktiviti perkembangan dan pencegahan.
8. Bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam
melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak
di sekolah iaitu pentadbir, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling, guru-guru
lain, ibu bapa dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding di antara
satu sama lain bagi membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
terutama untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling.
9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan
menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah
perlu untuk membolehkan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling memahami
pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling
yang berkesan.
10. Setiap individu adalah berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk
belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
• Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan
rasa.
• Gerakbalas (Response)
Ada individu yang lebih selesa belajar secara bersendirian, di dalam
kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.
• Corak Pemikiran
Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai
tujuan tertentu.
11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam
persekitarannya. Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar bandar,
akan dapat dikesan berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh
itu, bimbingan dan kaunseling boleh digunakan sebagai intervensi untuk
mengurangkan perbezaan, tetapi ianya bergantung kepada nilai, jangka masa
dan masa serta di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan
kaunseling dijalankan supaya individu yang dibantu berkemampuan untuk
membuat penyesuaian kendiri.
12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk kesepaduan psikofizikal pelajar iaitu
meliputi ketiga-tiga mandala (domain) iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Ini bermakna para pelajar tidak boleh dilihat hanya sebagai manusia kognitif.
Setiap pelajar haruslah dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan,
sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah
untuk mewujudkan kesepaduan ini.
13. Bimbingan dan kaunseling perlu dijalankan berdasarkan kod etika kaunseling.
Mematuhi etika adalah bertujuan untuk memelihara dan menjaga kebajikan
pelajar. [Sebagai seorang guru, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu
6 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
merujuk kepada Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia, Kod Etika Guru
Kaunseling Sekolah (bagi personel sekolah menengah) atau Kod Etika Guru
Bimbingan (bagi personel sekolah rendah). Mana-mana personel yang ingin
mengambil lesen dan menyandang gelaran Kaunselor Berdaftar perlu pula
mematuhi Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib) 1999.
Bagi personel yang menjadi ahli Persatuan Kaunseling Malaysia perlu pula
mematuhi Kod Etika PERKAMA].
ORIENTASI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
Terdapat empat orientasi perkhidmatan yang sering digunakan semasa merancang,
mengurus dan melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Keempat-empat orientasi ini mempunyai aras penekanan yang berbeza mengikut
keperluan, keupayaan dan prioriti atau keutamaan sekolah masing-masing. Ianya
banyak bergantung kepada bagaimana Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling itu
membina serta menyusun perancangan tahunannya.
Menurut Mizan Adiliah et al (1992), perancangan tahunan yang baik dan
komprehensif sepatutnya melalui proses pengumpulan maklumat tentang keperluan
pelanggan, pemilihan dan penentuan program serta aktiviti perkhidmatan yang
sesuai, penetapan program atau aktiviti yang bermanfaat (sesuai dengan kapasiti,
kemampuan, kesesuaian dan prioriti sekolah), pelaksanaan program atau aktiviti
yang telah dipilih dan penilaian keberkesanan sesuatu program atau aktiviti yang
telah dijalankan. Soalan-soalan seperti apa, bagaimana, siapa dan bila boleh
digunakan untuk memberi panduan kepada personel ketika membina perancangan
tahunan mereka. Bagi soalan sejauhmana, ianya boleh digunakan oleh personel
ketika membuat penilaian atau akauntabiliti untuk setiap program atau aktiviti yang
telah dijalankan.
• Apa – menentukan apakah keperluan pelanggan atau klien.
• Bagaimana – memilih dan menggunakan kaedah atau strategi yang
paling berkesan.
• Siapa – sasaran iaitu pelanggan atau klien yang hendak diberikan
perkhidmatan.
• Bila – tarikh pelaksanaan setiap program atau aktiviti.
• Sejauhmana – menjalankan penilaian bagi mengesan keberkesanan atau
hasil perkhidmatan.
Rajah 1 menunjukkan hierarki keutamaan orientasi perkhidmatan ketika
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling membina perancangan program dan aktiviti
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Orientasi perkhidmatan yang
paling utama ialah orientasi perkhidmatan perkembangan yang perlu diberikan
penekanan berbanding dengan orientasi yang lain. Perkhidmatan berorientasikan
perkembangan amat sesuai dilaksanakan secara menyeluruh kepada pelajar bagi
semua peringkat umur. Setiap pelajar sama ada remaja atau kanak-kanak sedang
mengalami proses tumbesaran dan perkembangan yang pesat. Mereka memerlukan
pelbagai maklumat, pengetahuan dan kesedaran bagi memahami pelbagai aspek
perkembangan diri mereka. Para pelajar juga perlu disediakan dengan beberapa
kemahiran yang khusus supaya mereka dapat membuat pilihan yang sesuai bagi
mempertingkatkan potensi diri.
BAB 1 PENGENALAN 7
Orientasi
Krisis
Orientasi Pemulihan
Orientasi Pencegahan
Orientasi Perkembangan
Rajah 1 : Hierarki Keutamaan Orientasi Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Bagi orientasi pencegahan, setiap program dan aktivitinya perlulah merujuk
kepada petunjuk terhadap sesuatu gejala atau kemelut yang berlaku di persekitaran
semasa sama ada ianya berlaku di kawasan sekolah atau di luar sekolah. Program
atau aktiviti berorientasikan pemulihan hanya dijalankan apabila sesuatu masalah
timbul dan memerlukan perhatian atau tindakan segera sekurang-kurangnya dapat
menghalang atau mengatasinya. Bagi orientasi krisis, tindakan segera dan spontan
perlu diambil terhadap krisis yang sedang dialami oleh pelajar. Pertolongan segera
perlu terus memberi fokus kepada masalah, isu atau fenomena yang sedang dihadapi
oleh individu tanpa melalui proses kaunseling yang biasa. Keperluan melakukan
tindakan sedemikian hanya melibatkan kes-kes yang terpencil sahaja.
ORIENTASI PERKEMBANGAN
Orientasi perkembangan merupakan pendekatan utama yang paling banyak dan
sering digunakan oleh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Ianya
bersifat menyeluruh atau melibatkan semua pelajar. Orientasi perkembangan adalah
suatu usaha mengenalpasti keperluan pelajar ketika berada di alam persekolahan
supaya mereka dapat dilengkapi dengan secukupnya ilmu pengetahuan, kemahiran,
pengalaman serta peluang membina sahsiah dan akhlak mulia. Program dan aktiviti
bimbingan dan kaunseling dirancang dengan rapi supaya ianya dapat melengkapkan
kurikulum akademik (pengajaran dan pembelajaran di kelas). Setiap pelajar perlu
diberikan peluang mengenali diri mereka sendiri dan orang lain sebelum timbulnya
sesuatu masalah atau gendala dalam hidup mereka.
Bidang perkhidmatan berorientasikan perkembangan yang perlu diberikan
tumpuan ialah
• Perkembangan agama dan moral
• Perkembangan psikososial
• Perkembangan kognitif dan afektif
• Perkembangan fizikal (fisiologikal) dan seksual
• Perkembangan vokasional dan kerjaya.
8 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
ORIENTASI PENCEGAHAN
Orientasi pencegahan merupakan pendekatan yang mengambil kira andaian bahawa
sebelum sesuatu isu atau masalah itu timbul dan meruncing, usaha perlu dijalankan
untuk menghalang. Keperluannya boleh dikesan melalui petunjuk atau petanda
yang berlaku dalam persekitaran semasa. Contoh program atau aktiviti yang boleh
dijalankan; kempen dan pendidikan pencegahan dadah, kempen antimerokok,
pendidikan pencegahan AIDS dan HIV, kempen adab sopan dan menjaga maruah
harga diri, seminar belajar berkesan, bengkel persediaan menghadapi peperiksaan,
kursus motivasi, kursus kepemimpinan diri, kolokium jaya diri dan sebagainya.
ORIENTASI PEMULIHAN
Orientasi pemulihan merupakan pendekatan yang memberikan tumpuan kepada
masalah atau kekurangan yang dapat dikenalpasti atau berlaku dari masa ke semasa.
Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan setiap pelajar yang terlibat dapat
mengubah perlakuan untuk mengelakkan dari berlakunya krisis. Contoh aktiviti
pemulihan ialah intervensi kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Gejala-
gejala yang perlu ditangani dengan segera seperti ponteng sekolah, ponteng kelas,
pergaduhan pelajar, melawan guru, penglibatan pelajar di dalam pertubuhan atau
kegiatan haram, merokok dan menjual rokok, penyalahgunaan dadah, merosakkan
harta benda awam atau tingkah laku memusnah, mengugut, mencuri, membuli serta
penyelewengan seksual.
ORIENTASI INTERVENSI KRISIS
Orientasi intervensi krisis adalah pendekatan yang perlu digunakan oleh personel
ketika berhadapan dengan kes-kes krisis atau mengendalikan setiap intervensi krisis
yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian atau tindakan segera dan
spontan dari Guru Bimbingan, Guru Kaunseling atau pihak pengurusan sekolah.
Setiap kes dikendalikan hampir sama seperti intervensi kaunseling. Perbezaannya,
intervensi krisis hanya memberikan pemusatan perhatian kepada isu atau krisis yang
sedang dihadapi oleh klien pada ketika itu dan mengutamakan kemahiran melayan
iaitu ‘berada bersama klien’. Personel perlu menggunakan kemahiran menolong
yang sesuai sahaja ketika itu seperti kemahiran mendengar secara aktif dan empati,
memberikan sentuhan atau usapan (jika klien berlainan jantina gunakan orang lain
untuk berbuat demikian) dan kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan perlu dan
sesuai. Contoh krisis; pelajar yang menghadapi tekanan emosi dan mental yang
teruk, kerisauan yang terlampau (akut neurotik), kemurungan, menangis secara tiba-
tiba, histeria, cubaan untuk membunuh diri, trauma (igauan buruk), mengambil najis
dadah atau pil-pil psikotropik secara berlebihan dan pelbagai tindakan yang berisiko
tinggi yang boleh memusnahkan diri atau mengancam keselamatan keselamatan
orang lain.
TERAS PERKHIDMATAN BAB
2
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Institusi pendidikan merupakan payung tempat bernaung Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah. Oleh yang demikian, perkhidmatan ini juga mendokong
bersama segala hasrat dan aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Negara iaitu bagi membina sebuah tamadun pendidikan bangsa yang utuh dan baik
yang akan melahirkan negara bangsa yang kuat dan mulia. Peranan pendidikan
adalah sangat penting bagi membentuk generasi muda menjadi rakyat Malaysia
yang dapat memberikan sumbangan bakti dalam perkembangan ekonomi, sosial,
kebudayaan dan politik negara ini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Oleh
itu, setiap Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling perlulah memikul tanggungjawab
untuk menghayati, menterjemah dan menjelmakan setiap aspirasi yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Negara ke dalam setiap amalan, tindakan dan komitmen
mereka.
Berpandukan kepada hasrat dan cita-cita yang terkandung serta tersirat
dalam Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatan-
kuasa Kabinet serta Rukun Negara maka Falsafah Pendidikan Negara dirumus dan
dinyatakan seperti berikut :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Rajah 2 : Rumusan Falsafah Pendidikan Negara
INTISARI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1. Keseluruhan falsafah pendidikan adalah berpaksi kepada konsep ketuhanan
iaitu kepercayaan beragama dan kepatuhan kepada perintah Tuhan.
2. Warganegara Malaysia yang baik adalah mereka yang
• mempercayai dan mematuhi ajaran agama
• berilmu pengetahuan
• berakhlak mulia
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
10 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
• berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
• memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.
3. Unsur Intelek mengambil kira aspek-aspek berikut :
• hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
• daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
• daya pemikiran yang lojik dan analitis
• ilmu yang bermanfaat
• masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka
membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.
4. Unsur Rohani dan Emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
• keyakinan terhadap Tuhan
• kepercayaan beragama
• kemantapan jiwa
• penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
• berbudi pekerti mulia
• berbakti dan berkorban.
5. Unsur Jasmani mempunyai ciri-ciri berikut :
• kecergasan fizikal dan kesihatan diri
• dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari
dan hidup bermasyarakat.
MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
• Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan
yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi dapat memenuhi aspirasi dan
kehendak individu, masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan di Malaysia
• Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipan
sebagai seorang warganegara.
• Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya memboleh-
kannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna, demi
memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
• Melahirkan rakyat yang boleh memahami, menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
• Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.
• Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan rakyat
berbilang kaum.
• Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.
Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan
BAB 2 TERAS PERKHIDMATAN 11
dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia.
VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN
Visi Perkhidmatan
• Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari
aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan kepada konsep
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkualiti, menyeluruh dan
berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Misi Perkhidmatan
• Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan
perkhidmatan menolong pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan,
pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,
ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan
masyarakat madani melalui Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
berkesan, beramanah dan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah Perkhidmatan
• Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan
secara optimum menerusi pengurusan secara menyeluruh Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteras-
kan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari
aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal
soleh.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN
1. Memberikan perkhidmatan penyuburan atau perkembangan yang
meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan
peluang kemudahan dan pengalaman selaras dengan peringkat umur, tahap
kemampuan serta potensi mereka.
2. Memberikan perkhidmatan pencegahan iaitu menghindarkan pelajar
daripada terlibat di dalam salahlaku dan tidak berdisiplin, tingkah laku
memusnah dan vandalisme, penyalahgunaan dadah, merokok, minum
arak (alkohol), peras ugut, membuli, menganggotai pertubuhan haram,
penyelewengan seksual dan tingkah laku antisosial.
3. Memberikan perkhidmatan pemulihan iaitu bertujuan mengorientasi
dan mengorientasi semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran
(akademik), kerjaya dan psikososial supaya pelajar tersebut mampu
menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
4. Memberikan perkhidmatan intervensi krisis kepada mana-mana pelajar
yang memerlukannya seperti mengalami tekanan perasaan dan mental yang
12 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
akut, kemurungan dan kerisauan melampau. Gejala tersebut boleh membawa
kepada histeria, mencederakan diri dan orang lain, bunuh diri, mengamuk dan
penyalahgunaan dadah, inhalan atau pil psikotropik secara berlebihan.
KANDUNGAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN
1. Inventori Individu dan Rekod
• Pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penyebaran bahan-bahan
maklumat yang sesuai mengenai individu (pelajar).
• Penyimpanan rekod dan maklumat berkaitan bimbingan individu,
bimbingan kelompok, kaunseling individu, kaunseling kelompok atau
perundingan.
2. Sebaran Maklumat
• Pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penyebaran bahan-bahan
maklumat tentang akademik, peluang pendidikan, latihan dan kerjaya,
keperibadian dan psikososial (komunikasi interpersonal, personaliti dan
kesihatan diri), pendidikan pencegahan dadah, HIV dan AIDS serta
pendidikan keibubapaan.
• Penyebaran maklumat (out-reach) tentang Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
3. Bimbingan Kelompok dan Pengajaran
• Bimbingan berkaitan perkembangan (developmental guidance) seperti
kemahiran belajar, peluang belajar, latihan dan kerjaya, penjanaan
minda kreatif, kepimpinan, personaliti, komunikasi interpersonal dan
psikososial.
• Bimbingan berkaitan pencegahan (prevention) seperti terlibat dalam
salahlaku disiplin, tingkah laku memusnah (vandalism), menyalahguna
dadah, merokok, peras ugut, buli, menganggotai pertubuhan haram
(gangsterism), penyelewengan seksual dan tingkah laku antisosial.
4. Kaunseling Individu dan Kelompok
• Perkhidmatan berbentuk pengajaran, peribadi dan krisis.
5. Penempatan Akademik
• Penempatan bagi menyalurkan pelajar memilih jurusan atau aliran dan
mata pelajaran elektif yang sesuai.
6. Perundingan dan Rujukan Pakar
• Perbincangan, pengumpulan maklumat dan kerjasama dari ibu bapa,
guru-guru atau agensi luar berkaitan perkembangan peribadi, akademik,
kerjaya dan sosial pelajar.
• Membuat rujukan kepada khidmat kepakaran jika terdapat kes di luar
kemampuan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling.
7. Penyelarasan Resos
• Penyelarasan semua sumber yang ada dari segi kewangan, kemudahan
dan peralatan.
• Penyelarasan sumber manusia yang boleh membantu di kalangan warga
atau anggota masyarakat sekolah.
8. Rekod dan Dokumentasi
• Mengadakan sistem fail yang sistematik.
BAB 2 TERAS PERKHIDMATAN 13
• Mewujudkan sistem mencatat rekod perkhidmatan harian.
• Mendokumentasi kertas projek, bahan dan laporan aktiviti berkaitan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
9. Khidmat Masyarakat
• Mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat untuk memupuk dan
menyemai semangat kejiranan, ikram, kasih sayang dan keinsanan.
10. Kegiatan Kokurikulum
• Menjalankan kegiatan kelab dan persatuan seperti Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS), Kelab Bimbingan Kerjaya (KBK), Skim Lencana Anti-
dadah (SLAD) dan Kelab Antijenayah (kegiatan kokurikulum untuk
sekolah menengah) atau Kelab Bimbingan dan Pembimbing Rakan
Sebaya (kegiatan kokurikulum yang mungkin sesuai diwujudkan untuk
pelajar sekolah rendah).
• Menyelaras penyertaan pelajar di dalam kursus atau pertandingan yang
berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling di sekolah, di peringkat
daerah, negeri atau kebangsaan.
11. Kajian, Penilaian dan Akauntabiliti
• Menjalankan kajian keperluan terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sama ada melalui tinjauan, temubual dan soal selidik seperti
kajian keperluan, kajian kes atau kajian tindakan.
• Menjalankan penilaian dan membuat diagnosis menggunakan alat ukur
psikometrik terhadap personaliti, minat dan potensi pelajar.
• Mengadakan penilaian bagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(akauntabiliti) dengan mengadakan sistem kawal selia, tindakan susulan
dan kaji selidik yang akan dapat menentukan keberkesanan program dan
aktiviti yang telah dijalankan.
SUKATAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH
Bahagian A : Akademik
Bahagian ini pelajar-pelajar diperkenalkan kepada kemahiran-kemahiran belajar,
pemilihan mata pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran. Kemahiran
ini membolehkan pelajar meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik. Ini
juga akan memberikan motivasi kepada pelajar dalam menghadapi alam
persekolahan.
1. Pemilihan Mata Pelajaran
1.1 Mata Pelajaran Teras
1.2 Pemilihan Mata Pelajaran Elektif
1.3 Pemilihan mata pelajaran mengikut minat kerjaya.
2. Kemahiran Belajar
2.1 Kemahiran membaca
2.2 Kemahiran mencatat atau mengambil nota
2.3 Kemahiran mendengar
2.4 Kemahiran berfikir
2.5 Kemahiran mengingat
2.6 Kemahiran mengulangkaji
14 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
2.7 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan.
3. Kemahiran Pengurusan Diri
4. Kemahiran Pengurusan Masa
5. Strategi Menghadapi Peperiksaan
6. Penempatan Pelajar
6.1 Penempatan selepas PMR
6.2 Penempatan selepas SPM atau STPM
6.3 Penempatan ke alam pekerjaan.
Bahagian B : Kerjaya
Bahagian ini pelajar-pelajar didedahkan kepada maklumat mengenai diri dari segi
personaliti, minat dan nilai. Mereka juga didedahkan dengan maklumat-maklumat
tentang perkembangan kerjaya. Penyediaan maklumat membolehkan para pelajar
membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, nilai dan personaliti dalam
pasaran kerjaya terkini.
1. Personaliti, Minat dan Nilai Kerjaya
1.1 Mengenalpasti personaliti
1.2 Mengenalpasti minat
1.3 Mengenalpasti nilai.
2. Pendidikan Perkembangan Kerjaya
2.1 Pengenalan bidang dan jenis-jenis kerjaya
2.2 Kesepadanan pemilihan pakej pensijilan terbuka, minat, personaliti
dan nilai dengan kerjaya
2.3 Perkembangan pasaran kerjaya di dalam dan di luar negara
2.4 Maklumat mengenai bekerja secara bersendirian, kerajaan dan
korporat (swasta)
2.5 Peluang pendidikan dan latihan kerjaya
2.6 Sumber kewangan atau pembiayaan bagi melanjutkan pendidikan
dan latihan kerjaya.
Bahagian C : Psikologi dan Kesihatan Mental
Bahagian ini para pelajar diperkenalkan kepada kemahiran yang dapat membentuk
sahsiah cemerlang. Sahsiah yang cemerlang akan dapat menghasilkan pelajar yang
berketrampilan, produktif, asertif serta kental semasa menghadapi perbagai bentuk
cabaran atau kekurangan dan sentiasa bersyukur. Di samping itu, para pelajar perlu
dilatih menguasai kemahiran-kemahiran sosial yang asas bagi kesejahteraan diri.
1. Pembentukan Sahsiah
1.1 Mengenal sahsiah diri
1.2 Membentuk sahsiah cemerlang
1.3 Penerimaan kendiri.
2. Kemahiran Psikososial
2.1 Kemahiran komunikasi dan interpersonal
2.2 Membentuk sifat tegas diri (asertif)
2.3 Pengurusan tekanan
2.4 Membentuk rohani
2.5 Kemahiran pengawalan diri
2.6 Kemahiran pemikiran kritikal dan analitikal
2.7 Kefahaman norma dan nilai masyarakat.
BAB 2 TERAS PERKHIDMATAN 15
3. Kemahiran Sosial
3.1 Kemahiran menyesuaikan diri
3.2 Kemahiran penampilan diri
3.3 Kemahiran pemikiran kritikal dan analitik
3.4 Kemahiran mengendalikan tekanan
3.3.1 Perasaan
3.3.2 Kewangan
3.3.3 Keluarga
3.3.4 Rakan Sebaya
3.3.5 Pembelajaran
3.5 Kemahiran melindungi diri.
Bahagian D : Kepemimpinan
1. Kesedaran Potensi Diri
1.1 Ciri-ciri kepimpinan
1.2 Ciri-ciri suka menolong
1.3 Kekuatan diri.
2. Latihan Kemahiran
2.1 Komunikasi
2.2 Kaunseling asas
2.3 Tegas diri (asertif)
2.4 Pengurusan diri
2.5 Mengendalikan mesyuarat
2.6 Latihan membuat keputusan.
Bahagian E : Pendidikan Pencegahan Dadah, HIV dan AIDS
1. Kemahiran komunikasi interpersonal, asertif dan sosial
2. Perkembangan individu
3. Sikap benci terhadap rokok, alkohol, dadah, inhalan dan bahan atau pil
psikotropik
4. Psikologi perkembangan remaja
5. Kemahiran menghindari jangkitan HIV dan AIDS
6. Pendidikan perkembangan seksual.
Bahagian F : Keibubapaan
1. Komunikasi
2. Perkembangan individu
3. Isu-isu kekeluargaan
3.1 Kepimpinan
3.2 Perkembangan remaja masa kini dan masa akan datang
3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
SUKATAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH
Bahagian A : Akademik
Bahagian ini murid-murid diperkenalkan kepada kemahiran-kemahiran belajar,
penempatan ke sekolah menengah, motivasi bagi mencapai kejayaan dan penentuan
matlamat. Kemahiran ini membolehkan murid-murid meningkatkan kecemerlangan
16 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
akademik. Ini juga akan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid dalam
menghadapi alam persekolahan.
1. Kemahiran Belajar
1.1 Kemahiran membaca
1.2 Kemahiran mencatat atau mengambil nota
1.3 Kemahiran pengurusan masa
1.4 Kemahiran pengurusan diri
1.5 Kemahiran pengurusan persekitaran
1.6 Kemahiran mendengar
1.7 Kemahiran mengulangkaji
1.8 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
1.9 Kemahiran menghadapi peperiksaan
1.10 Kemahiran berfikir.
2. Penempatan Pelajar
2.1 Penempatan ke Sekolah Menengah Harian
2.2 Penempatan ke Sekolah-Sekolah Asrama Harian
2.3 Penempatan ke Sekolah Asrama Penuh dan Integrasi
2.4 Penempatan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
2.5 Penempatan ke Sekolah Menengah Aliran Agama (SMKA, SMA)
2.6 Penempatan ke Sekolah Menengah Rancangan Khas
2.7 Penempatan ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Sukan
2.8 Penempatan ke Sekolah Menengah yang lain (Sekolah Yayasan
Saad, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri).
3. Motivasi Pencapaian
3.1 Cita-cita diri
3.2 Menghargai masa
3.3 Jadual belajar
3.4 Ciri-ciri pelajar bermotivasi.
4. Penentuan Matlamat
4.1 Wawasan diri ke arah kecemerlangan
4.2 Matlamat jangka pendek dan jangka panjang
4.3 Faktor penghalang pencapaian matlamat
4.4 Proses menentukan matlamat
4.5 Faktor persekitaran mempengaruhi matlamat
4.6 Kepentingan matlamat dalam kehidupan.
Bahagian B : Kerjaya
Bahagian ini murid-murid diberikan pendedahan tentang pengenalan diri dari segi
personaliti, minat dan nilai. Mereka juga didedahkan dengan maklumat-maklumat
perkembangan kerjaya.
01. Kerjaya dalam persekitaran sekolah dan keluarga
02. Kerjaya yang diminati
03. Kepentingan kerjaya
04. Perbezaan antara kerjaya
05. Kerjaya dalam persekitaran yang lain
06. Definisi kerjaya
07. Kumpulan-kumpulan kerjaya
08. Kesesuaian dalam kerjaya
BAB 2 TERAS PERKHIDMATAN 17
09. Perbezaan ganjaran dalam kerjaya
10. Dorongan untuk berkerjaya
11. Pengaruh persekitaran dalam memilih kerjaya
12. Kemahiran belajar yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya
13. Personaliti dan kerjaya
14. Strategi mencapai matlamat kerjaya.
Bahagian C : Pembangunan Diri
Bahagian ini mendedahkan murid-murid tentang mengenal diri dari aspek berkaitan
personaliti dan fizikal serta menggunakan potensi dan kekuatan diri yang ada pada
diri mereka ke arah pembangunan diri yang menyeluruh.
1. Kendiri
1.1 Ciri-ciri peribadi dan fizikal
1.2 Perbezaan diri dengan orang lain
1.3 Kekuatan dan kelemahan diri
1.4 Keunikan peribadi
1.5 Kemahiran-kemahiran peribadi terutama dalam pembelajaran
1.6 Potensi-potensi diri
1.7 Konsep kendiri
1.8 Harga diri
1.9 Tekanan dan kawalan perasaan.
2. Tanggungjawab
2.1 Pengurusan Diri
2.1.1 Kebersihan diri
2.1.2 Jadual harian dan amalan peraturan
2.2 Tingkah Laku Positif
2.2.1 Kebersihan sekolah
2.2.2 Mematuhi peraturan sekolah
2.2.3 Konsep kerjasama dan kerja berpasukan
2.2.4 Sikap menghormati dan kasih sayang
2.3 Patriotisma
2.3.1 Kenali dan cintai sekolah
2.3.2 Kenali bendera dan cintai negara
2.3.3 Cintai diri dan semangat juang untuk kejayaan diri
2.4 Kepimpinan Diri
2.4.1 Ciri-ciri pemimpin
2.4.2 Tanggungjawab pemimpin
2.5 Jati Diri
2.5.1 Ketahanan fizikal dan mental
2.5.2 Kawalan emosi dan mental
2.5.3 Kerjasama dan tolak ansur
2.5.4 Kesihatan diri
– Penyakit berjangkit
– Penyakit tularan seks.
Bahagian D : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Bahagian ini mendedahkan kepada murid-murid tentang kemahiran psikososial dan
meningkatkan kesejahteraan mental.
18 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
1. Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi
1.1 Tingkah laku-tingkah laku dalam berkomunikasi
1.2 Nilai-nilai murni komunikasi
1.3 Komunikasi lisan dan bukan lisan
1.4 Tolak ansur dan kerjasama
1.5 Perbezaan dan persamaan individu
1.6 Penghargaan dan sokongan
1.7 Kemahiran mendengar.
2. Penyataan / Penyelesaian Konflik
2.1 Penyesuaian diri dan persekitaran
2.2 Mengeratkan hubungan dengan ibu bapa, guru, murid dan orang
lain
2.3 Nilai-nilai peribadi dan nilai perkongsian
2.4 Unsur positif dan negatif dalam persekitaran dan pengaruh media
massa
2.5 Kasih sayang keluarga
2.6 Rakan yang terbaik
2.7 Konflik menghadapi peperiksaan
2.8 Konflik model untuk kecemerlangan
2.9 Konflik fizikal
2.10 Konflik kerjaya.
3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan
3.1 Pilihan dalam penyelesaian masalah
3.2 Sikap positif dan negatif dalam membuat keputusan
3.3 Proses membuat keputusan
3.4 Kesan terhadap keputusan
3.5 Pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah
3.6 Kawalan diri menilai pengaruh luaran dan dalaman
3.7 Kemahiran-kemahiran dalam membuat keputusan.
Bahagian E : Pendidikan Pencegahan Dadah
1. Kemahiran komunikasi interpersonal, asertif dan sosial
2. Perkembangan individu
3. Sikap benci terhadap rokok, dadah, inhalan dan pil-pil psikotropik
4. Psikologi perkembangan kanak-kanak.
Bahagian F : Keibubapaan
1. Komunikasi
2. Perkembangan individu
3. Isu-isu kekeluargaan
3.1 Kepimpinan
3.2 Perkembangan kanak-kanak masa kini dan masa akan datang
3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAB
3
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Kementerian Pelajaran menetapkan enam bidang utama perkhidmatan yang perlu
dilaksanakan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling di sekolah iaitu bidang
akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri pelajar
(kepimpinan atau masalah pelajar), keibubapaan dan pendidikan pencegahan dadah,
HIV dan AIDS. Perbezaan kandungan bidang perkhidmatan sekolah rendah dan
sekolah menengah hanya dari segi penekanan terhadap aspek tertentu mengikut
kesesuaian tahap umur pelajar. Bagi setiap bidang, personel perlu membuat pilihan
iaitu sama ada mengunakan orientasi perkembangan, pencegahan atau pemulihan.
Semua bidang perkhidmatan tersebut boleh diintegrasikan sama ada secara individu
atau kelompok (bimbingan peribadi atau bimbingan kelompok, kaunseling individu
atau kaunseling kelompok). Kaedah tersebut adalah bersifat formal dan memerlu-
kan personel sentiasa berada bersama-sama dengan pelanggan atau klien mereka
setiap kali khidmat atau intervensi dijalankan.
Khidmat bimbingan lebih menjurus kepada pertolongan atau perkhidmatan
memberikan maklumat yang tepat, panduan dan nasihat, serta memberi tunjukajar
jika terdapat kekeliruan sebarang maklumat. Bimbingan kelompok merupakan cara
atau kaedah yang paling cepat dan berkesan bagi menyampaikan sesuatu maklumat
kepada pelajar kerana ianya melibatkan bilangan pelajar yang sederhana ramainya.
Kebanyakan aktiviti bimbingan bersifat pengembangan dan pencegahan. Aktiviti
pengembangan yang boleh menggunakan bimbingan kelompok seperti menunjuk-
ajar kemahiran belajar, penempatan aliran, pemilihan mata pelajaran, mengumpul
maklumat kerjaya, membina matlamat kendiri dan matlamat akademik dan lain-lain.
Aktiviti bimbingan berorientasi pencegahan ialah memberikan pendedahan tentang
bahaya dadah, tabiat merokok, penjagaan kesihatan diri, latihan pengurusan dan
kepimpinan diri (asertif, stres dan komunikasi interpersonal) dan seumpamanya.
Bilangan ahli kelompok bimbingan jenis ini perlulah lebih kecil berbanding dengan
kelompok bimbingan untuk tujuan pengembangan.
Kaunseling pula memberi tumpuan kepada isu atau masalah yang berkaitan
perkembangan diri, membantu membuat penyesuaian, mendapatkan pilihan yang
tepat, mengambil keputusan dan melaksanakan tindakan. Penggunaan intervensi
kaunseling individu adalah terpilih, khusus dan lebih bersifat pemulihan dengan
memberikan rawatan kepada masalah tertentu dan terpencil. Intervensi kaunseling
individu melibatkan bilangan pelajar yang terlalu sedikit dan mengambil masa yang
panjang. Intervensi kaunseling kelompok perlu dijalankan jika terdapat beberapa
orang pelajar yang dikenalpasti menghadapi masalah yang hampir sama misalnya
ketagihan rokok, ponteng, bergaduh, tingkah laku memusnah dan sebagainya.
Kaedah lain yang boleh digunakan ialah biblio kaunseling, lawatan sambil
belajar, tayangan video, pengajaran di bilik darjah atau aktiviti kokurikulum. Biblio
kaunseling merupakan kaedah belajar sendiri melalui pembacaan pelbagai bahan
maklumat yang disediakan di bilik bimbingan dan kaunseling atau paparan pelbagai
maklumat di papan pamer. Sekiranya terdapat pelajar yang menghadapi kesulitan
untuk memahami sesuatu maklumat yang didedahkan atau dipaparkan maka kaedah
20 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
bimbingan individu atau bimbingan kelompok boleh digunakan.
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti membawa pelajar belajar keluar
dari kawasan sekolah. Lazimnya, aktiviti lawatan sambil belajar dikendalikan oleh
guru mata pelajaran, penasihat kelab atau persatuan. Tujuan lawatan ialah untuk
mendapatkan pengalaman dan pengetahuan sebenar ketika pelajar berada di tempat
lawatan. Selain daripada aktiviti lawatan, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
juga membawa pelajar melawat pameran atau ekspo berkaitan pendidikan anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran atau
institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kadang-kadang pelajar juga dijemput
untuk melawat pameran anjuran pihak swasta atau agensi bukan kerajaan.
Pelbagai maklumat mengenai bidang akademik, peluang belajar dan latihan,
kerjaya atau pendidikan pencegahan dadah dan pendidikan kesihatan boleh juga
disampaikan melalui pengajaran guru di dalam bilik darjah iaitu kaedah pengajaran
merentasi kurikulum. Maklumat-maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah
juga boleh disampaikan di bilik darjah atau perhimpunan seperti program Cuma
Lima Minit Antidadah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum berkaitan bimbingan dan
kaunseling digunakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan kepemimpinan
diri, hubungan interpersonal dan pembangunan diri pelajar.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KAUNSELING
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
1. AKADEMIK Bimbingan Kelompok
1. Penerangan tentang pensijilan Kaunseling Kelompok
terbuka Bimbingan Individu
Kaunseling Individu
• Mata pelajaran teras Biblio Kaunseling
Kursus
• Mata pelajaran elektif Ceramah
Perkhemahan / Kem
• Pemilihan aliran
2. Motivasi Belajar Kursus
Seminar / Bengkel
• Mengenali potensi diri Perkhemahan / Kem
Kolokium
• Ujian atau soal selidik Tutor Sebaya
kemahiran belajar Mentor-Mentee
Bank Maklumat
• Pengurusan diri Ceramah
Bimbingan Individu
• Membina matlamat diri Bimbingan Kelompok
• Mengenalpasti sumber Tayangan Video
belajar
• Kemahiran belajar
sokongan
3. Kemahiran Belajar
• Membaca
• Menulis
• Membuat rujukan
• Pengurusan masa
• Mencatat nota
• Memberikan konsentrasi
• Mendengar
• Mengingat
• Mengulangkaji
• Kumpulan belajar
• Teknik menjawab soalan
peperiksaan
• Strategi menghadapi
peperiksaan
BAB 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 21
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
2.
PENDIDIKAN 4. Maklumat latihan dan peluang Pameran
3. KERJAYA melanjutkan pelajaran di institusi Tayangan Video
pengajian tinggi atau latihan Lawatan Sambil
PSIKOSOSIAL DAN kemahiran
KESEJAHTERAAN Belajar
MENTAL • Institusi Pengajian Tinggi Ceramah
Awam dan Swasta Taklimat
Biblio Kaunseling
• Institusi Latihan Kemahiran
Awam dan Swasta Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
• Pembiayaan Pendidikan Kaunseling Kerjaya
(biasiswa / pinjaman) Lawatan Terancang
Ceramah
1. Pendidikan kerjaya Seminar / Forum
Pameran
• Pengumpulan dan sebaran Tayangan Video
maklumat berkaitan Aktiviti Simulasi
pekerjaan Biografi Kerjaya
Karnival Kerjaya
• Institusi / agensi yang - kuiz, poster, esei,
menyediakan latihan
kemahiran lepasan SPM sketsa, buku skrap
dan eksplorasi
2. Mengenali personaliti, minat kerjaya
dan nilai berhubung dengan Bimbingan Kerjaya
pemilihan kerjaya Merentasi Kurikulum
dan Kokurikulum
• Menggunakan inventori Bank Maklumat
atau ujian psikometrik - manual
berkaitan kerjaya - berkomputer
3. Maklumat pakej pensijilan Bimbingan Individu
terbuka berkaitan mata pelajaran Bimbingan Kelompok
elektif di sekolah menengah, Kaunseling Individu
kursus-kursus dan kerjaya lepasan Kaunseling Kelompok
SPM Biblio Kaunseling
Kursus
4. Pendedahan kerjaya Ceramah / Bengkel
Seminar
• Tinjauan di lokasi kerja Kolokium
Kem Jaya Diri / Bina
• Eksplorasi kerjaya
Insan
1. Ujian / inventori / senarai semak Perkhemahan Ibadah
berkaitan psikososial atau Rehlah
personaliti Lawatan
Tayangan Video
2. Kemahiran kendiri Aktiviti Simulasi
Pembimbing Rakan
• Kemahiran komunikasi
Sebaya
• Kemahiran asertif Pendidikan Merentasi
• Kemahiran mengurus Kurikulum dan
tekanan Kokurikulum
Latihan Dalam
• Kemahiran menyelesaikan Kumpulan
masalah Minggu Orientasi
• Kemahiran membuat
keputusan
• Penyaringan maklumat
• Kemahiran rohani
• Kemahiran pengawalan diri
• Pengekalan penghargaan
kendiri
3. Psikologi Perkembangan Remaja
• Fisiologikal / biologikal
- fizikal
- seksual
• Psikologikal
- personaliti
- konsep kendiri
- penghargaan kendiri
22 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
• Psikososial
4. KEIBUBAPAAN Ceramah / Seminar
- perhubungan rakan Forum / Bengkel
5. PEMBANGUNAN sebaya dan orang Pameran
DIRI PELAJAR dewasa (autoriti) Hari Keluarga
Lawatan Ke Rumah
6. PENDIDIKAN • Kognitif Perundingan
PENCEGAHAN • Afektif Buletin Keluarga
DADAH DAN 4. Pengupayaan Minda Kursus Keibubapaan
PENDIDIKAN • Pemikiran kreatif Kaunseling Keluarga
KAUNSELING • Generik minda Kursus atau Latihan
HIV / AIDS 5. Kemahiran Pengetahuan
• Aplikasi Kepimpinan
• Sintesis - Pengawas
• Analisis - PRS
6. Orientasi Pelajar - Ketua kelas
• Orientasi pelajar baru - Pengerusi kelab /
• Orientasi semula pelajar
1. Komunikasi persatuan
2. Perkembangan individu Ceramah
3. Isu-isu kekeluargaan Seminar
• Kepimpinan Bengkel
• Perkembangan remaja masa Lawatan
Kerja Sosial / Amal
kini dan akan datang Ceramah / Bengkel
• Kerukunan dan Seminar / Forum
Pameran
kesejahteraan keluarga Kempen
Lawatan
1. Kemahiran komunikasi Ujian Urin
interpersonal Ujian HIV
Rujukan kepada
2. Kepimpinan diri
3. Kemahiran penyelesaian masalah Kementerian
4. Kemahiran asertif Kesihatan
5. Kemahiran sosial Kaunseling Susulan
6. Kemahiran pemilihan aktiviti Karnival Seni Jauhi
Dadah
mengikut keutamaan (prioriti) - Dikir barat
- Nasyid
1. Kemahiran komunikasi - Deklamasi sajak
interpersonal - Poster
- Buku skrap
2. Perkembangan individu Penulisan Esei
3. Kemahiran asertif
4. Kemahiran sosial
5. Sikap benci terhadap rokok,
alkohol, dadah, inhalan dan pil
psikotropik
6. Psikologi perkembangan remaja
7. Kemahiran menghindari jangkitan
HIV / AIDS
8. Pendidikan perkembangan
seksual
BAB 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 23
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
Program Cuma Lima
Minit Antidadah
Menyertai Persatuan
atau NGO seperti
- SLAD
- Sahabat
PEMADAM
- PROSTAR
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
1. AKADEMIK
1. Kemahiran Belajar Kursus
2. KERJAYA Seminar / Bengkel
• Membaca Perkhemahan / Kem
Mentor-Mentee
• Menulis Bank Maklumat
Ceramah
• Mencatat / mengambil nota Bimbingan Individu
• Pengurusan masa Bimbingan Kelompok
Tayangan Video
• Pengurusan diri
Pameran
• Pengurusan persekitaran Tayangan Video
Lawatan Sambil
• Mendengar
Belajar
• Mengulangkaji Ceramah
Taklimat
• Belajar dalam kumpulan Kursus
• Teknik menjawab soalan- Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
soalan peperiksaan
Bimbingan Individu
• Menghadapi peperiksaan Bimbingan Kelompok
Ujian Personaliti,
• Berfikir secara kreatif
2. Penempatan Pelajar Minat dan Nilai
Ceramah
• Sekolah Menengah Harian Bimbingan Kelompok
Biblio Kaunseling
• Sekolah Asrama Harian Pertandingan Kerjaya
- kuiz, esei, buku
• Sekolah Asrama Penuh /
Integrasi skrap, melukis
poster
• MRSM Lawatan Kerjaya
• Sekolah Menengah Agama
(SMA / SMKA)
• Sekolah Menengah
Rancangan Khas /
Rancangan Khas Sukan
• Sekolah menengah lain
(Yayasan Saad, SM Agama
Kerajaan Negeri)
3. Motivasi Pencapaian
4. Penentuan Matlamat
1. Mengenali Diri
• Personaliti
• Minat
• Nilai
2. Perkembangan Kerjaya
• Definisi kerjaya
• Personaliti dan kerjaya
• Kerjaya dalam persekitaran
sekolah, keluarga dan dalam
persekitaran lain
• Maklumat pelbagai kerjaya
• Pemilihan kerjaya
24 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
3. PEMBANGUNAN 1. Mengenali diri sendiri
DIRI PELAJAR Ceramah
4. • Personaliti Bengkel
PSIKOSOSIAL DAN • Fizikal Bimbingan Individu
KESEJAHTERAAN • Seksual Bimbingan Kelompok
MENTAL • Potensi diri Kaunseling Individu
• Kemahiran diri Kaunseling Kelompok
• Konsep kendiri
• Penghargaan kendiri Ceramah
• Masalah kendiri Kursus
2. Tanggungjawab Diri Bimbingan Individu
• Pengurusan diri Bimbingan Kelompok
• Tingkah laku positif Kaunseling Individu
• Patriotisme Kaunseling Kelompok
• Kepimpinan diri Kempen
• Jati diri
Bimbingan Individu
1. Kemahiran Interpersonal dan Bimbingan Kelompok
Komunikasi Kaunseling Individu
• Tingkah laku dalam Kaunseling Kelompok
berkomunikasi Biblio Kaunseling
• Nilai murni dalam Ceramah
berkomunikasi Bengkel
• Komunikasi lisan dan bukan Kem Jaya Diri / Bina
lisan
• Kerjasama dan tolak ansur Insan
• Perbezaan dan persamaan
individu Kursus
• Kemahiran mendengar Perkhemahan Ibadah
Lawatan
2. Penyataan / Penyelesaian Konflik Tayangan Video
• Penyesuaian diri dalam Aktiviti Simulasi
persekitaran, hubungan Pendidikan Merentasi
keluarga dan interaksi
dengan orang lain Kurikulum dan
• Kesan pengaruh media Kokurikulum
massa Latihan Dalam
• Konflik menghadapi Kumpulan
peperiksaan
• Konflik fizikal Bimbingan Individu
• Konflik kecemerlangan Bimbingan Kelompok
akademik Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
3. Penyelesaian Masalah dan Kursus
Membuat Keputusan Ceramah
• Pilihan dalam penyelesaian Tayangan Video
masalah Latihan Dalam
• Sikap positif dan negatif
dalam membuat keputusan Kumpulan
• Proses membuat keputusan
• Kesan terhadap keputusan
• Pelan tindakan penyelesaian
masalah
• Kawalan diri menilai
pengaruh luar dan dalam
• Kemahiran membuat
keputusan
BAB 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 25
BIL. BIDANG INPUT KAEDAH
5. 1. Kemahiran komunikasi
PENDIDIKAN Ceramah
PENCEGAHAN interpersonal Seminar
DADAH 2. Perkembangan individu Bengkel
3. Kemahiran asertif Pameran
6. KEIBUBAPAAN 4. Kemahiran sosial Kempen
5. Sikap benci terhadap rokok, Rujukan kepada
dadah, inhalan dan pil-pil Kementerian
psikotropik Kesihatan, Agensi
6. Psikologi perkembangan kanak-
kanak Dadah Kebangsaan
dan PDRM
1. Komunikasi Kaunseling Susulan
2. Perkembangan individu Kaunseling Sokongan
3. Isu-isu kekeluargaan Lawatan
Karnival Pendidikan
• Kepimpinan Pencegahan Dadah
• Perkembangan kanak-kanak - melukis poster
• Kerukunan dan
- buku skrap
kesejahteraan keluarga - boria
Penulisan esei
Ceramah / Seminar
Forum / Bengkel
Pameran
Hari Keluarga
Lawatan Ke Rumah
Perundingan
Buletin Keluarga
Kursus Keibubapaan
Nota : Guru Bimbingan perlu membuat penyesuaian pemilihan program atau
aktiviti mengikut keperluan, prioriti dan kemampuan diri dan sekolah
kerana personel juga bertugas sebagai guru akademik.
SENARAI TUGAS GURU KAUNSELING
Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan surat pekeliling yang menyenarai-
kan sebanyak 22 tugas bagi Guru Panduan Sekolah Menengah. Surat pekeliling
yang dikeluarkan pada tahun 1979 itu memberikan tumpuan kepada tugas-tugas
personel untuk memberi perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya kepada para
pelajar. Berdasarkan perubahan dan keperluan semasa, sesuai dengan tugas yang
lebih mencabar yang meliputi bidang tugas yang lebih luas dan komprehensif maka
pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu lagi
surat pekeliling yang menggariskan semula tugas-tugas personel yang dilantik untuk
mengurus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Tugas-tugas yang
telah digariskan semula khusus untuk Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa ketika itu.
Walaupun nama jawatan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa sudah tidak
wujud lagi tetapi senarai tugas-tugas tersebut masih dianggap relevan, masih boleh
digunapakai dan Guru Kaunseling sekolah menengah adalah tertakluk kepadanya.
Tugas-tugas tersebut ialah
1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
26 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan
pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok
dan tunjukajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara
optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan
keperluan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, pil psikotropik, rokok dan alkohol.
10. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran
di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling,
kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferens atau perundingan dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru
dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu
bapa yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar
yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah
dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
BAB 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 27
SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN
Bersesuaian dengan perlantikan Guru Bimbingan yang terlatih di sekolah rendah,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sekolah telah menyediakan satu senarai
tugas yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan bagi perkhidmatan bimbingan
kepada pelajar di sekolah rendah. Di samping bertugas sebagai Guru Bimbingan,
personel juga mengajar mata pelajaran akademik di kelas. Tugas-tugas bagi Guru
Bimbingan yang terlatih di sekolah rendah telah disenaraikan di dalam Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah seperti berikut :
1. Menyediakan rancangan tahunan bagi program dan aktiviti Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah.
2. Mengenalpasti keperluan khidmat bimbingan untuk merancang program yang
sesuai.
3. Mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengelola dan melaksanakan program dan aktiviti bimbingan bagi
merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
5. Menjalankan tindakan susulan untuk mempastikan keberkesanan aktiviti
bimbingan yang telah dilaksanakan.
6. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan / perundingan kepada guru dan
ibu bapa berkaitan dengan perkembangan pelajar.
7. Menjalankan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi luar untuk membantu
pelajar dalam aspek-aspek berkaitan.
8. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah diarahkan dari semasa ke semasa
sama ada di peringkat sekolah, daerah atau zon, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Perilaku dan amalan seorang personel bimbingan dan kaunseling terikat kepada
tatasusila sebagai guru dan pada waktu yang sama mematuhi etika bimbingan dan
kaunseling. Setiap personel adalah tertakluk kepada Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia (rujuk Lampiran A) kerana personel juga merupakan sebahagian daripada
penjawat profesion perguruan. Personel sentiasa dituntut supaya bertanggungjawab
terhadap pelajar, ibu bapa dan penjaga, masyarakat dan negara, rakan sejawat serta
profesion perguruan itu sendiri. Mereka bertanggungjawab sebagai ‘guru’ atau
‘pendidik’ iaitu mereka mengajar, mendidik, membimbing, memimpin, menasihat
dan menunjukajar anak didik mereka. Mereka perlu menunjukkan contoh teladan
(model) dan memperagakan ciri-ciri peribadi yang baik.
Sebagai penjawat jawatan guru, personel bimbingan dan kaunseling adalah
bertanggungjawab dan perlu sentiasa akur untuk mendokong Ikrar Guru Malaysia
rujuk Rajah 3). Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia terdiri daripada Ikrar Guru
Malaysia, penekanan terhadap kepentingan pendidikan serta senarai pertanggung-
jawaban terhadap empat kelompok yang telah ditentukan iaitu pelajar, ibu bapa,
masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion perguruan. Guru yang
dimaksudkan dalam kod etika perguruan ialah merujuk kepada semua personel yang
terlibat di dalam institusi pendidikan dari guru terlatih di sekolah rendah hinggalah
kepada personel terlatih di dalam bidang perguruan yang bertugas di Kementerian
Pelajaran.
28 BAHAGIAN 1 ASAS PERKHIDMATAN
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA : IKRAR
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Rajah 3 : Ikrar Guru Malaysia
ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sebagai seorang personel bimbingan dan kaunseling, mereka dianggap mempunyai
kemampuan dan sifat-sifat peribadi yang istimewa. Personel dianggap memiliki
ujaran atau kata-kata yang lebih mujarab berbanding dengan personel guru yang
lain. Di samping menjadi seorang guru dan pendidik, Guru Bimbingan perlulah
memiliki kompetensi diri dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan yang
khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling kerana mereka telah diamanahkan
untuk memikul tanggungjawab sebagai Guru Bimbingan.
Sebagai Guru Bimbingan, setiap personel perlu memiliki tahap keilmuan
dan kemahiran yang pelbagai. Setiap personel seharusnya memiliki keupayaan
dalam memainkan pelbagai peranan iaitu sebagai fasilitator (pemudahcara dan
pembimbing), penyampai ilmu pengetahuan dan pelatih kemahiran (penceramah
dan jurulatih), tenaga penggerak (motivator), penasihat dan juga perunding. Setiap
personel bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar memperkembang-
kan bakat dan potensi diri. Mereka juga membimbing dan menolong pelajar bagi
membendung atau mencegah diri daripada melakukan kesilapan ketika membuat
pilihan terutama ketika membuat keputusan untuk memilih cara bertingkah laku,
beremosi, berfikir, membina moral atau akhlak dan menyemai nilai-nilai peribadi
yang mulia.
Sebagai seorang Guru Kaunseling, mereka juga memberikan pertolongan
dalam perkhidmatan bimbingan. Di samping itu, personel juga bertanggungjawab
melaksanakan intervensi kaunseling. Personel perlulah menolong pelajar secara
beretika dan profesional. Mereka seharusnya memiliki kompetensi dari segi ilmu
pengetahuan terutama tentang teori psikologi berkaitan dengan kejadian semujadi
atau tabii manusia, teknik dan kaedah kaunseling serta kemahiran menolong atau
kaunseling yang mapan dan efektif.
Etika Bimbingan dan Kaunseling merupakan garis panduan dan peraturan
atau tatacara bertindak personel bimbingan dan kaunseling semasa memberikan
pertolongan atau mempraktikan amalan bimbingan dan kaunseling. Bagi Guru
Bimbingan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan
Kod Etika Guru Bimbingan (rujuk Lampiran B). Kod etika tersebut mengandungi
bahagian pengenalan yang menyentuh tentang keperluan seorang Guru Bimbingan
untuk mematuhi undang-undang dan peraturan, menjaga tatalaku, meningkatkan
kompetensi dan keupayaan diri, menjalankan tanggungjawab dan penilaian terhadap
tugas. Bahagian seterusnya menyentuh tentang tanggungjawab Guru Bimbingan.
Terdapat empat bidang tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada setiap
Guru Bimbingan iaitu
BAB 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 29
Tanggungjawab Guru Bimbingan terhadap klien
Tanggungjawab Guru Bimbingan terhadap rakan profesional
Tanggungjawab Guru Bimbingan terhadap masyarakat
Tanggungjawab Guru Bimbingan terhadap majikan.
Kod Etika Guru Kaunseling Sekolah pula digubal sejajar dengan keperluan
untuk mengawalselia khidmat Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa (KPSM) atau Guru
Kaunseling Sepenuh Masa yang memulakan perkhidmatan mereka pada tahun 1996.
Kod etika tersebut telah digubal oleh Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kod etika mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada
mukadimah, skop kaunseling, kod tatalaku serta pengukuran dan penilaian (rujuk
Lampiran C). Kod tatalaku Guru Kaunseling terdiri daripada
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan
Bahagian mukadimah menjelaskan tentang tujuan untuk mengadakan kod
etika iaitu bagi menyediakan satu garis panduan bagi setiap Guru Kaunseling dan
seterusnya dijadikan asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap
menyeleweng daripada piawaian perlakuan Guru Kaunseling. Kod etika tersebut
telah menggariskan beberapa piawaian perlakuan dalam menjalinkan perhubungan
profesional dengan klien, rakan sejawat Guru Kaunseling, majikan, individu dan
ahli profesion lain serta ahli masyarakat keseluruhannya. Kod etika ini merangkumi
etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang dianggap sesuai dan selaras
dengan kedudukan dan identiti seorang Guru Kaunseling.
Dasar utama kod etika ialah penekanan terhadap nilai-nilai utama dalam
perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri,
digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Jika
seorang Guru Kaunseling menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, mereka
perlu menunaikan semua tanggungjawab berkaitan dengan etika serta memberikan
pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam etika.
Bagaimananpun, kod etika mempunyai batasannya iaitu tidak menyediakan semua
peraturan tentang kelakuan Guru Kaunseling. Kod etika juga disarankan supaya
tidak menjadi sebagai penghalang kepada kebebasan mana-mana Guru Kaunseling
untuk menjalankan khidmat kaunseling mereka dan tidak harus digunakan untuk
mengenakan tindakan disiplin kepada mana-mana Guru Kaunseling tanpa diberi hak
perlindungan dan keadilan yang maksima.
Bahagian Dua
MERANCANG DAN MENYUSUN
PERKHIDMATAN
BAB 4
Merancang Perkhidmatan
BAB 5
Organisasi Perkhidmatan
BAB 6
Jadual Bertugas Personel
BAB 7
Kemudahan Perkhidmatan
MERANCANG PERKHIDMATAN BAB
4
SASARAN KERJA TAHUNAN
Pada setiap awal tahun persekolahan, Guru Kaunseling memerlukan sasaran kerja
tahunan untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan sekolah bagi tujuan penilaian
prestasi kerja. Di pertengahan tahun, sasaran kerja tersebut akan disemak semula
bersama-sama dengan Pegawai Penilai Pertama. Pada hujung tahun, sasaran kerja
tersebut akan dinilai pencapaiannya. Guru Kaunseling seharusnya dapat memilih
format sasaran kerja yang sesuai dan pada masa yang sama sasaran kerja tersebut
boleh digunakan untuk membina perancangan tahunan.
Format berikut pernah dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran beberapa
tahun yang lalu. Tajuk kecil atau subtajuk yang dipilih dan kandungannya adalah
seperti berikut :
1. Ringkasan Aktiviti / Projek
o Aktiviti berkaitan perancangan seperti penyediaan rancangan tahunan
o Aktiviti pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling seperti surat menyurat, mesyuarat, menyediakan bahan
maklumat, laporan, penyertaan pelajar dan sebagainya
o Program atau aktiviti-aktiviti lain sama ada berdasarkan orientasi atau
bidang perkhidmatan.
2. Petunjuk Prestasi / Piawai
o Senarai aktiviti yang akan dijalankan
o Set piawai yang ingin dicapai dari segi kuantiti, penggunaan alat kawalan
(buku log, borang, senarai semak), peralatan, personel yang terlibat atau
apa sahaja yang membantu.
3. Kualiti
o personel yang terlibat dalam pelaksanaan program atau aktiviti
o kumpulan sasar seperti pelajar, guru, ibu bapa dan sebagainya.
4. Masa Kualiti
o Masa sebenar yang diperlukan untuk melaksanakan program atau aktiviti
(ditolak masa aktiviti tahunan sekolah seperti sukan tahunan, hari ucapan
atau anugerah kecemerlangan, hari kokurikulum dan sebagainya).
o Kaedah pengiraan masa kualiti adalah seperti berikut :
o Mula-mula tentukan peratus kualiti masa untuk tumpuan bagi setiap
program atau aktiviti dalam setahun perkhidmatan berdasarkan keutamaan
atau keperluan.
o Kira jumlah keseluruhan hari dalam tahun persekolahan iaitu kira-kira 200
hari. Kemudian tolak cuti umum dan aktiviti tahunan sekolah, kira-kira 20
hari. Bakinya ialah 180 hari. Mengambil kira sistem kerja lima hari
dalam seminggu dan masa bertugas kira-kira 8 jam sehari. Oleh itu,
jumlah keseluruhan masa perkhidmatan dalam setahun persekolahan ialah
Jumlah keseluruhan masa : 180 hari x 8 jam = 1440 jam
o Bagi menentukan peratus masa kualiti bagi setiap program atau aktiviti
adalah ditentukan berdasarkan kepada keutamaan atau prioriti program
atau aktiviti.
32 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
o Peratus diperuntukkan x 1440 jam
Contoh aktiviti : membina perancangan tahunan ialah
20% x 1440 jam = 288 jam
5. Kos (Perbelanjaan)
o Anggarkan perbelanjaan berdasarkan jumlah peruntukan kewangan yang
disediakan, ditambah dengan jumlah pembiayaan yang boleh diperolehi
dan disesuaikan dengan kos semua projek / aktiviti.
o Anggaran bagi setiap projek mestilah merujuk kepada kos sebenar yang
diperlukan untuk pelaksanaan program atau aktiviti seperti bayaran
saguhati penceramah, penginapan, makan minum, bahan, peralatan,
penyediaan laporan dan sebagainya.
BIL RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
AKTIVITI / PROJEK PIAWAI Disediakan oleh KUALITI (RM)
Guru Kaunseling 288 jam
1 MENYEDIAKAN i. Rancangan tahunan dan disertai oleh 500.00
ii. Rancangan ikut bidang JK Unit B & K (20%)
RANCANGAN DAN iii. Rancangan mingguan 4000.00
Diuruskan oleh 288 jam
AKTIVITI UNTUK Piawaian : Guru Kaunseling (20%)
i. Mengadakan mesyuarat dengan dibantu
SATU TAHUN oleh semua Ahli 260 jam
sekurang-kurangnya 3 JK Unit B & K (18%)
2 MENGURUS DAN kali setahun
MENTADBIR ii. Perbincangan setiap kali Tingkatan 1, 2
PERKHIDMATAN program akan dilaksana dan 4
BIMBINGAN DAN Mengendalikan urusan Unit Tingkatan 3, 5
KAUNSELING B&K Tingkatan 3, 5
- surat menyurat, laporan
3 PERKHIDMATAN
PENGEMBANGAN kes, buku log harian,
mesyuarat unit dan
mesyuarat di luar unit
- sistem fail dan rekod
pelajar
- keceriaan bilik B & K
- Pengumpulan / sebaran
maklumat berkaitan
akademik, kerjaya,
psikologi, kesihatan, sosial
dan perkara yang berkaitan
dengan pelajar.
AKADEMIK
i. Kemudahan belajar
- Motivasi
- Pengurusan masa
- Teknik mengambil nota
- Teknik mengingat
- Teknik mengulangkaji
ii. Teknik menjawab soalan
- Bergantung kepada
mata pelajaran
iii. Persediaan menghadapi
peperiksaan
… dan seterusnya
Nota : Bagi mendapatkan gambaran lengkap sila rujuk Lampiran D : Model Sasaran Kerja
Guru Kaunseling
Jadual 1 : Contoh Format Sasaran Kerja Guru Kaunseling
BAB 4 MERANCANG PERKHIDMATAN 33
6. Tarikh dan masa
o Tarikh dan masa tidak perlu dimasukkan kerana sasaran kerja merupakan
gambaran kandungan program atau aktiviti yang akan dijalankan di dalam
tahun perkhidmatan. Tarikh dan masa hanya dimasukkan apabila personel
membina takwim atau perancangan tahunan.
SASARAN KERJA GURU BIMBINGAN
Guru Bimbingan di sekolah rendah juga memerlukan sasaran kerja tahunan untuk
dikemukakan kepada Guru Besar bagi tujuan penilaian prestasi kerja. Jika melihat
kepada perkembangan dan keperluan semasa, besar kemungkinan Kementerian
Pelajaran Malaysia akan menempatkan Guru Bimbingan berkelulusan ijazah sarjana
muda yang akan bertugas secara sepenuh masa di sekolah rendah. Rasional yang
mudah difahami iaitu permasalahan pelajar perlu ditangani dan diberikan perhatian
secara serius seawal mungkin iaitu semasa para pelajar masih berada di sekolah
rendah. Tambahan pula buat masa kini, Kementerian Pelajaran telah menjalankan
dasar penempatan bagi guru yang mengikuti program pendidikan jarak jauh iaitu
setiap guru akademik yang mengajar di sekolah rendah apabila tamat pengajian,
mereka akan ditempatkan semula ke sekolah lama mereka.
Kandungan sasaran kerja Guru Bimbingan mungkin agak berbeza sedikit
jika dibandingkan dengan sasaran kerja Guru Kaunseling. Guru Bimbingan perlu
mengagih dan menyelaras peratusan tugas menjalankan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling dengan tugas mengajar. Guru Bimbingan bolehlah menggunakan
format sasaran kerja Guru Kaunseling sebagai panduan. Contoh; seorang Guru
Bimbingan mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup sebanyak 6 kelas iaitu dua
kelas Tahun 4, dua kelas Tahun 5 dan dua kelas Tahun 6. Jumlah waktu bagi setiap
kelas ialah 2 waktu atau 60 minit seminggu. Jadi jumlah waktu mengajar seminggu
ialah 12 waktu atau 360 minit (6 jam). Andaikan bahawa sesi persekolahan dalam
setahun mengandungi 42 minggu dan tempoh masa menjalankan perkhidmatan
ialah sebanyak 180 hari setahun.
• Jumlah masa mengajar = 42 minggu x 6 jam = 252 jam
• Jumlah jam bertugas sehari ialah 6 jam (7.45 pagi hingga 1.45
petang)
• Jumlah keseluruhan masa kualiti untuk mengajar dan menjalankan
Perkhidmatan Bimbingan bagi setahun ialah
180 hari x 6 jam = 1080 jam
• Bagi menentukan peratus masa kualiti untuk tugas mengajar
Jumlah jam mengajar x 100% = 252 x 100 = 23%
Jumlah masa kualiti 1080
Rajah 4 : Mengira Peratusan Masa Kualiti Perkhidmatan
Oleh itu, peratusan masa untuk pengajaran dan pembelajaran iaitu tugasan
untuk merancang, menyediakan bahan pengajaran, mengajar, memeriksa buku atau
latihan pelajar, menyediakan ujian serta memeriksa kertas ujian adalah sebanyak
25%. Baki peratusan masa yang akan digunakan untuk menjalankan Perkhidmatan
34 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
Bimbingan dan Kaunseling iaitu sebanyak 75%. Jumlah peratusan masa ini perlu
diagihkan mengikut pemberatan projek atau aktiviti bimbingan dan kaunseling yang
akan dijalankan. Misalnya; Guru Besar mencadangkan supaya Guru Bimbingan
memberikan tumpuan yang lebih kepada program atau aktiviti pembinaan sahsiah
dan kecemerlangan akademik. Peruntukan peratusan masa bagi perkhidmatan
berorientasikan perkembangan tersebut perlulah diberikan keutamaan atau lebih
banyak berbanding dengan perkhidmatan yang lain. Pada masa yang sama, kos atau
peruntukan kewangan perlu diselaraskan dengan peruntukan peratusan masa bagi
setiap bidang perkhidmatan yang telah ditentukan.
BIL RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
AKTIVITI / PROJEK PIAWAI KUALITI (RM)
Tahun 4, 5 dan 6 270 jam
1 MENYEDIAKAN i. Rancangan Tahunan 170 pelajar 300.00
ii. Rancangan Harian (25%)
RANCANGAN 1000.00
54 jam
TAHUNAN DAN (5%)
MENGAJAR Piawaian : 162 jam
Mengajar Kemahiran (15%)
DI KELAS Hidup 12 waktu seminggu
270 jam
2 MENYEDIAKAN i. Rancangan Tahunan Disediakan oleh (25%)
RANCANGAN ii. Rancangan Ikut Guru Bimbingan
TAHUNAN Bidang dan dibantu oleh
PERKHIDMATAN iii. Rancangan Harian JK Unit B & K
BIMBINGAN DAN
Piawaian :
KAUNSELING i. Mengadakan
3 MENGURUS DAN mesyuarat sekurang- Diuruskan oleh
MENTADBIR Guru Bimbingan
PERKHIDMATAN kurangnya 3 kali dengan dibantu
setahun oleh Ahli JK Unit
BIMBINGAN DAN ii. Mengadakan B&K
KAUNSELING
perbincangan setiap Tahun 5 dan 6
4 BIDANG kali program akan Tahap 1
AKADEMIK dilaksanakan. Tahap 2
Tahap 2
Mengendalikan urusan Tahun 6
Unit B & K Tahun 6
- surat menyurat, laporan
kes, buku log harian,
mesyuarat unit dan
mesyuarat di luar unit
- sistem fail dan rekod
pelajar
- keceriaan bilik
Bimbingan
- Pengumpulan / sebaran
maklumat berkaitan
akademik, kerjaya,
psikologi, kesihatan,
sosial dan yang
berkaitan pelajar.
i. Motivasi belajar
ii. Kemahiran belajar
- 3M
- Mencatat nota
- Mengingat
- Mengulangkaji
iii. Strategi menghadapi
peperiksaan
…. dan seterusnya
Jadual 2 : Contoh Format Sasaran Kerja Guru Bimbingan
BAB 4 MERANCANG PERKHIDMATAN 35
PERANCANGAN TAHUNAN
Perancangan tahunan merupakan strategi dan keperluan paling utama yang perlu
disediakan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Aktiviti merancang lazim-
nya dijalankan dalam bulan November atau Disember iaitu sebelum bermula tahun
pelaksanaan. Beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat
perancangan tahunan ialah
1. memilih bentuk atau format perancangan, membuat keputusan sama ada
menggunakan bidang atau orientasi perkhidmatan.
2. menentukan program atau aktiviti bagi setiap bidang atau orientasi
perkhidmatan dengan mengambil kira ruang masa, perbelanjaan (kos),
prioriti atau keutamaan, keupayaan personel dan keseimbangan aktiviti
dalam setiap bidang atau orientasi.
3. menyelaraskan aktiviti perkhidmatan sejajar atau selari dengan takwim
sekolah.
Setiap perancangan yang hendak digubal oleh Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling sebaik-baiknya perlu dilakukan bersama-sama dengan Jawatankuasa
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah atau sekurang-kurangnya mereka diberitahu.
Perancangan tahunan perlu disediakan dalam tiga bentuk iaitu
• Perancangan secara menyeluruh
• Perancangan mengikut bidang
• Carta Gantt
Terdapat beberapa bentuk format yang boleh digunakan apabila membina
perancangan tahunan dan ianya bergantung kepada keserasian dan strategi yang
digunapakai oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling itu sendiri. Ianya mudah
difahami oleh sesiapa sahaja yang berkaitan dan mempunyai kepentingan terhadap
perancangan tersebut terutamanya pihak pengurusan sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri. Perancangan seharusnya mudah difahami,
fleksibel, memberikan maklumat yang maksimum dan mudah dilihat. Perkara yang
paling penting, perancangan yang digubal tidak membebankan atau ‘memeningkan
kepala’ Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Perancangan boleh dibina dalam
format jadual, kalendar atau senarai panjang. Bagaimanapun, Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling hendaklah memastikan bahawa setiap program atau aktiviti dalam
perancangan yang dibuat perlulah mengambil kira kemampuan untuk melaksana
dan bukannya sebagai hiasan ‘di atas kertas sahaja’ atau hanya untuk memuaskan
hati sendiri atau orang lain. Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya bilangan
program atau aktiviti yang dirancang adalah sedikit tetapi ianya berkualiti, boleh
diintegrasikan dengan aktiviti lain, bersifat menyeluruh serta mempunyai jangkaan
aras keberkesanan yang tinggi.
Tajuk perkara kecil (subtajuk) dalam setiap perancangan biasanya meliputi
bidang aktiviti atau projek, cadangan program atau aktiviti, tarikh pelaksanaan,
kumpulan sasaran, personel yang terlibat dan juga catatan. Bagi subtajuk bidang
aktiviti, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling bolehlah memilih beberapa bidang
aktiviti (5 atau 6 bidang utama) atau memilih mengikut orientasi perkhidmatan
(perkembangan, pencegahan dan pemulihan). Objektif bagi setiap aktiviti atau
program juga boleh dimasukkan. Perkara-perkara yang dianggap relevan bolehlah
dimasukkan di bawah catatan ialah jangkaan kos atau perbelanjaan, penganjur atau
pembiaya, tempat, perubahan aktiviti, pindaan tarikh dilaksanakan dan sebagainya.
36 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
Contoh berikut mungkin dapat membantu personel. Gunakan paparan landskap
bagi mendapatkan ruang lajur melintang yang lebih besar terutama apabila personel
memasukkan objektif bagi setiap program atau aktiviti.
BIL BIDANG AKTIVITI / CADANGAN PROGRAM / TARIKH SASARAN / PERSONEL
PROJEK TINDAKAN PELAKSANAAN KOS
Pengetua
1 MENYEDIAKAN i. Merangka program / Disember 2005 – RM100.00 PK HEM
RANCANGAN Guru-Guru
AKTIVITI UNTUK aktiviti Januari 2006 Kaunseling
ii. Perlantikan JK Januari AJK Unit
SATU TAHUN B&K
Bimbingan &
Kaunseling Sekolah
iii. Mesyuarat JK Januari / Mei /
Bimbingan & September
Kaunseling Sekolah
2 MENGURUS DAN i. Mengurus surat Sepanjang tahun RM500.00 Guru-Guru
MENTADBIR UNIT menyurat, laporan kes dan sentiasa Kaunseling
BIMBINGAN & atau sesi, fail, buku dikemaskini AJK Unit
KAUNSELING rekod harian B&K
ii. Menghadiri mesyuarat
unit dan mesyuarat
di luar unit
3 PERKHIDMATAN AKADEMIK RM4,000.00
PENGEMBANGAN
i. Kemahiran Belajar Februari Tingkatan Guru-Guru
Berkesan Mac 1 Kaunseling
- Motivasi belajar 2 Penceramah
April
- Pengurusan masa 4 jemputan
- Teknik mengambil
nota / mengingat
… dan seterusnya
Rajah 5 : Perancangan Bentuk Jadual
BULAN : JANUARI 2006
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
30 Dis 2005 31 Dis 2005 1 Jan 2006
2 3 4 5 Pengurusan
Pengurusan 10 11 Mesyuarat 7 8
Mesyuarat 12 Guru Pertama
JK B & K Psikososial 8.00 pagi 14 15
10.00 pg Orientasi Bilik Mesy.
Bilik B & K semula pelajar 6 21 22
Ting. 5 Psikososial
9 8.00 – 12.00 Orientasi
19 semula pelajar
18 Ting. 3
8.00 – 12.00
13
20
…. dan seterusnya
Rajah 6 : Perancangan Bentuk Kalendar
BAB 4 MERANCANG PERKHIDMATAN 37
BULAN : JANUARI
Bidang : Pengurusan
Aktiviti : Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling
Tarikh : 2.1.2006 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik B & K
Personel Terlibat : Pengetua, Guru Kaunseling, Guru Kokurikulum B & K
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Program : Orientasi Semula Pelajar Tingkatan 3
Tarikh : 6.1.2006 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh
Input : a. Membina semula matlamat belajar
b. Imbasan peraturan sekolah
c. Strategi menghadapi peperiksaan PMR
Tempat : Dewan Besar
Sasaran : 125 orang pelajar Tingkatan 3
Personel : Pengetua, PK HEM, Guru Kaunseling / penceramah jemputan
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Program : Orientasi Semula Pelajar Tingkatan 5
Tarikh : 12.1.2006 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh
Input : a. Membina semula matlamat belajar
b. Imbasan peraturan sekolah
c. Strategi menghadapi peperiksaan SPM
Tempat : Dewan Besar
Sasaran : 110 orang pelajar Tingkatan 5
Personel : Pengetua, PK HEM, Guru Kaunseling / penceramah jemputan
dan seterusnya ……
Rajah 7 : Perancangan Bentuk Senarai Panjang
Setiap bentuk format perancangan mempunyai kekuatan dan kelemahan
masing-masing. Format berbentuk jadual didapati lebih popular kerana ianya lebih
praktikal dan mudah diselaraskan dengan sasaran kerja tahunan Guru Bimbingan
atau Guru Kaunseling. Bentuk kalendar memberikan paparan mengikut bulanan
yang lebih mudah dilihat kerana ianya disusun secara berkala mengikut mingguan
dan bulanan. Lazimnya kalendar meja yang bersaiz besar akan digunakan. Bentuk
kalendar mempunyai beberapa kelemahan seperti ianya sukar dibawa kerana bersaiz
besar, maklumat yang dimasukkan agak terhad dan tidak sesuai jika dikemukakan
kepada pihak pengurusan sekolah. Bagaimanapun bentuk kalendar boleh digunakan
sebagai takwim sokongan. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling dapat melihat
perancangannya secara lebih menyeluruh dan pantas.
Senarai panjang pula membolehkan personel memasukkan setiap perincian
maklumat berkaitan sesuatu aktiviti atau program terutama jika personel berhasrat
memasukkan objektif bagi setiap program atau aktiviti. Susunatur program atau
aktiviti boleh dibuat secara kronologi atau berkala sama ada mengikut mingguan
atau bulanan. Susunatur program atau aktivitinya juga boleh diselaraskan sama ada
mengikut bidang perkhidmatan atau mengikut orientasi perkhidmatan. Kelemahan
38 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
utama format ini ialah kerana ianya terlalu panjang berjela-jela. Guru Bimbingan
atau Guru Kaunseling berhak untuk memilih mana-mana format perancangan yang
lain yang didapati sesuai dan selesa. Bagaimanapun, Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling perlulah mengambil kira beberapa faktor seperti kesesuaian, keserasian,
mudah dirujuk, memaparkan maklumat yang lengkap dan relevan untuk digunakan
oleh personel atau mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan ke atasnya.
PERANCANGAN MENGIKUT BIDANG
Perancangan mengikut bidang perkhidmatan perlu dilakukan kerana ianya dapat
memberikan gambaran bagi menentukan sama ada pemberatan perancangan bagi
program atau aktiviti yang telah disusun adalah seimbang dalam semua bidang
perkhidmatan. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling bolehlah membuat senarai
semak berdasarkan sukatan pelajaran bimbingan atau bimbingan dan kaunseling
bagi memilih dan menentukan setiap aspek di dalam setiap bidang akan dimasukkan
di dalam setiap perancangan.
Kaedah membuat analisis menggunakan senarai semak boleh dilakukan
sebelum membuat sasaran kerja tahunan dan perancangan tahunan. Senarai semak
dibentuk menggunakan sukatan perkhidmatan Bimbingan atau Bimbingan dan
Kaunseling. Senarai semak dibuat mengikut bidang. Analisis ini dapat mengesan
jika berlaku sebarang ketidakseimbangan di dalam sasaran kerja atau perancangan
tahunan. Jika tidak menggunakan analisis senarai semak, ada kemungkinan terlalu
BIDANG TAJUK PERKARA ADA TIADA
AKADEMIK Pemilihan Mata Mata pelajaran teras Ö Ö
Pelajaran Ö Ö
Kemahiran Mata pelajaran elektif √
Belajar Ö
Kemahiran membaca Ö
Strategi Ö Ö
Menghadapi Kemahiran mengambil nota Ö
Peperiksaan Ö Ö
Kemahiran mendengar Ö
Penempatan
pelajar selepas Kemahiran berfikir Ö
PMR / SPM / Kemahiran mengingat
STPM Ö
Kemahiran mengulangkaji
Ö
Kemahiran pengurusan diri Ö
Ö
Kemahiran pengurusan masa
Menyediakan bank soalan
Kemahiran menjawab soalan-soalan
peperiksaan
Kemahiran menduduki peperiksaan
[peperiksaan olok-olok (mock exam)]
Persediaan sebelum hari peperiksaan
Maklumat kemasukan ke sekolah
berasrama penuh, Sekolah Menengah
Teknik, MRSM dll
Maklumat kemasukan ke IPTA dan
IPTS / Matrikulasi KPM / Politeknik
Panduan mengisi borang kemasukan
Maklumat pekerjaan selepas SPM /
STPM
…. Dan seterusnya
Jadual 3 : Senarai Semak Aktiviti Ikut Bidang Sekolah Menengah
BAB 4 MERANCANG PERKHIDMATAN 39
banyak aktiviti yang dirancang terkumpul di dalam suatu bidang tertentu sementara
di dalam bidang yang lain bilangan aktivitinya terlalu sedikit atau kemungkinan
tiada langsung. Ketidakseimbangan tersebut mungkin tidak disedari atau mungkin
disengajakan oleh personel untuk tujuan-tujuan tertentu.
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling mempunyai rasionalnya sendiri
kenapa ketidakseimbangan itu boleh berlaku atau sengaja dilakukan. Banyak faktor
yang menyebabkan keadaan tersebut boleh berlaku atau sengaja dilakukan. Sekadar
menyebut beberapa contoh; ianya mungkin berpunca daripada orientasi atau fokus
pihak pengurusan yang mementingkan aspek disiplin pelajar berbanding dengan
pencapaian akademik. Sesetengah Pengetua atau Guru Besar percaya bahawa jika
pelajar berdisiplin, pencapaian akademik mereka juga turut cemerlang. Terdapat
juga Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling sendiri berasa kurang mampu untuk
menjalankan aktiviti tertentu menyebabkan personel lebih cenderung untuk memilih
aktiviti yang mampu dikendalikannya. Kemungkinan juga PIBG memberikan fokus
kepada keperluan pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan hanya bersedia untuk menampung kos atau perbelanjaan bagi aktiviti
yang berkaitan dengan bidang berkenaan sahaja.
Di sinilah letaknya kuasa yang telah diperturunkan (empowerment) kepada
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk membuat pilihan dan mengambil
keputusan. Ianya juga akan memperlihatkan kewibawaan sebenar personel ini sama
ada beliau merupakan seorang Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang autentik
dan efektif atau sebaliknya ketika membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab
ke atas setiap keputusan tersebut.
MEMBINA PERANCANGAN MENGIKUT BIDANG
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika personel menyediakan
perancangan mengikut bidang seperti aktiviti yang akan dijalankan, sasaran aktiviti
(mengikut tingkatan atau kelompok pelajar yang telah dikenalpasti), tarikh program
atau aktiviti dilaksanakan (sekurang-kurangnya masukkan tarikh tentatif) dan ruang
untuk catatan. Tarikh pelaksanaan biasanya diselaraskan dengan takwim sekolah.
Jika tidak dapat berbuat demikian maka letakkan suatu tarikh umum (bulan) atau
tarikh tentatif. Ruang catatan digunakan untuk mencatatkan apa sahaja maklumat
yang penting berkaitan dengan program atau aktiviti. Misalnya, perubahan tarikh,
tempat atau personel yang mengendalikan program atau aktiviti. Dalam ruangan
catatan, personel boleh juga memasukkan kos atau peruntukan dan pembiaya. Bagi
mana-mana program yang diintegrasikan bolehlah dicatatkan penyertaan bersama
dengan program-program lain.
Bagi Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang menggubal perancangan
tahunan mereka mengikut orientasi perkhidmatan perlu mengasing, mengenalpasti
dan menetapkan bidang aktiviti yang sesuai. Kadangkala terdapat satu atau dua
program atau aktiviti dimasukkan ke dalam dua orientasi perkhidmatan mengikut
objektif masing-masing. Misalnya aktiviti berkaitan kemahiran belajar di masukkan
ke dalam orientasi pendekatan pengembangan dan pencegahan. Kedua-dua aktiviti
merupakan aktiviti bagi bidang akademik. Perbezaannya cuma dari segi fokus atau
objektifnya. Oleh itu, personel perlu menyatakan tentang kelompok sasaran yang
sesuai. Kemungkinan juga terdapat pertindihan bagi program atau aktiviti yang
diletakkan dalam dua bidang yang berlainan. Oleh itu, personel perlu bijak memilih
40 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN
dan menentukan setiap program atau aktiviti mengikut kecenderungan bidangnya.
Misalnya; aktiviti atau program mentor-mentee boleh dimasukkan sama ada sebagai
aktiviti dalam bidang akademik atau masalah pelajar. Dalam bidang akademik,
program mentor-mentee digunakan untuk menerapkan kemahiran belajar secara
berkesan. Dalam bidang masalah pelajar, program mentor-mentee boleh digunakan
untuk mengesan masalah pelajar seperti masalah akademik, sahsiah, personaliti,
hubungan sosial atau interpersonal, kesihatan diri dan lain-lain. Tujuan utamanya
ialah pengesanan masalah pelajar dan membantu mereka mengatasi masalahnya.
BIDANG AKTIVITI SASARAN TARIKH CATATAN
AKADEMIK i. Kemahiran Belajar Berkesan Tingkatan 1 Februari Sabtu
Tingkatan 2 Mac
- Motivasi Tingkatan 4 April Semua guru terlibat
- Pengurusan masa waktu ditentukan
- Teknik mengambil nota / Tingkatan 3 Sepanjang tahun nanti.
dan 5
mengingat Februari – Ikut perancangan
September panitia mata
ii. Sistem Mentor-Mentee pelajaran.
13 Mei
iii. Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 27 Mei Taklimat oleh Guru
dan 5 5 Januari Kaunseling
- Bergantung kepada mata
pelajaran Oktober Minggu orientasi
iv. Persediaan Menghadapi Tingkatan 3 September Selepas PMR
Peperiksaan Tingkatan 5 September
Penerangan oleh
v. Pemilihan Mata Pelajaran Tingkatan 4 Oktober Guru Kaunseling
- Sijil terbuka SPM Oktober Dapatkan nombor
PIN
vi. Taklimat kemasukan ke SM Teknik / Tingkatan 3 Sepanjang tahun
Vokasional, MRSM dan Sekolah Borang / PIN dijual
Jadual berkala sebelum keputusan
Berasrama Penuh SPM
Tarikh pameran
vii. Taklimat IPTA / IPTS Tingkatan 5 IPTA atau IPTS Rujukan maklumat
- Pemilihan kursus di IPTA / IPTS di bilik B & K dan
papan pamer
- Memesan dan mengisi Borang
Klinik akademik
Borang Matrikulasi KPM secara di bilik B & K
manual atau melalui Internet
Terhad kepada 40
- Pemesanan borang UPU dan orang pelajar sahaja
Politeknik melalui internet (mengikut kapasiti
bas)
- Borang Kolej Komuniti dan
institusi kelolaan MARA
viii. Out-reach berkaitan kursus Semua pelajar
kemahiran dan latihan ikhtisas
ix. Pemulihan akademik Pelajar yang
- Bimbingan mata pelajaran dikenalpasti
(lemah)
Pelajar
x. Lawatan akademik Tingkatan 5
- Lawatan ke IPT / Pameran
melanjutkan pelajaran (kerjasama
dengan IPTA / IPTS)
… dan seterusnya
Jadual 4 : Contoh Perancangan Ikut Bidang
MEMBINA CARTA GANTT
Bagi mendapatkan gambaran menyeluruh secara umum bagi program atau aktiviti
tahunan yang akan dilaksanakan, kaedah paparan yang paling baik ialah mengguna-
kan carta Gantt. Pada kebiasaannya carta Gantt menggunakan dua lajur iaitu lajur
BAB 4 MERANCANG PERKHIDMATAN 41
mendatar dan lajur menegak. Bagi mendapatkan ruang lajur mendatar yang lebih
luas, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling disaran supaya menggunakan kaedah
paparan landskap.
BULAN BULAN
AKADEMIK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Kemahiran Belajar T1, T2
Motivasi belajar
Pengurusan masa
Mencatat nota / mengingat
Kemahiran belajar T4
Motivasi belajar
Pengurusan masa
Mencatat nota / mengingat
Teknik Menjawab Soalan T3
Teknik Menjawab Soalan T5
Sistem Mentor-Mentee T3
Sistem Mentor-Mentee T5
PEMBANGUNAN DIRI
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
… dan seterusnya
Rajah 8 : Contoh Carta Gantt Mengikut Bulanan
Tajuk utama yang perlu dimasukkan ke dalam lajur mendatar ialah tajuk
bidang dan tarikh pelaksanaan sama ada mengikut bulanan atau mingguan. Jika
sela mingguan digunakan, pastikan jumlah minggu bagi setiap bulan diambilkira.
Misalnya terdapat 5 minggu dalam bulan Januari tahun 2006. Untuk lajur menegak
di bawah tajuk bidang, masukkan program atau aktiviti yang akan dilaksanakan.
Bagi setiap aktiviti tersebut warnakan atau buat satu garisan mendatar (memanjang)
mengikut lajur bulan atau minggu.
Tajuk utama dalam carta Gantt boleh juga menggunakan tajuk berdasarkan
orientasi perkhidmatan (perkembangan, pencegahan dan pemulihan). Personel juga
disarankan menggunakan tajuk mengikut bidang kerana ianya mudah disusun, lebih
menyeluruh dan tidak mengelirukan. Program atau aktiviti boleh disusun mengikut
urutan masa atau prioriti. Misalnya; jika sesuatu program atau aktiviti bermula pada
bulan Januari maka program atau aktiviti tersebut hendaklah diletakkan sebagai
program atau aktiviti yang pertama dan seterusnya. Bagi program atau aktiviti yang
dijalankan sepanjang tahun biasanya diletakkan di bahagian terakhir. Program atau
aktiviti boleh juga disusun mengikut prioriti atau merit. Program atau aktiviti yang
dianggap paling penting diletakkan di tempat pertama dan seterusnya. Personel
juga boleh menyusunatur tajuk-tajuk bagi carta Gantt mengikut keselesaan mereka
dan susunan yang dipaparkan hanyalah sekadar panduan sahaja.