292 LAMPIRAN
BIL. AMALAN DAN TINDAKAN UNTUK MENJADI SUDAH BELUM
2. IBU BAPA PROFESIONAL BUAT BUAT
3.
Sentiasa memberi pendedahan anak-anak kepada model
4. peribadi yang cemerlang. Sifat kanak-kanak suka meniru
orang yang signifikan (idola) kepada mereka.
5.
6. Elakkan dari membenarkan orang yang tidak elok perangai
F. atau sahsiahnya dari memasuki rumah. Saudara mara, rakan
1. atau tetamu yang mempunyai akhlak yang buruk hanya layak
2. dilayan di jalanan sahaja.
3.
Menghindari akhlak buruk dalam rumah tangga seperti
4. bermain judi, minum arak, membaca bahan atau menonton
video atau vcd lucah, berkelakuan tidak senonoh dan
5. sebagainya.
G.
1. Mengurangkan atau meninggalkan tabiat kurang baik semasa
berada di rumah. Suka membuta, berleter, ungkit-mengungkit,
2. berdendam, bermalas-malasan dan sebagainya.
3. Mempamerkan sifat-sifat kejiranan yang baik. Mengenali jiran
4. dan berbuat baik terhadap jiran. Mengamalkan sikap baik
sangka terhadap orang lain.
Memenuhi Keperluan Asas Kehidupan
Menyediakan keperluan asas secukupnya kepada anak-anak
seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan
dan sebagainya.
Anak-anak diberi pendidikan yang seimbang. Anak-anak perlu
diberikan peluang menerokai pendidikan duniawi dan ukhrawi.
Mendedahkan anak-anak kepada erti ‘kesusahan’. Membawa
anak-anak berkhemah di hutan, memanjat bukit, masuk sawah,
kebun dan sebagainya supaya anak-anak tahu erti kesusahan
dalam kehidupan.
Sentiasa menitikberatkan makanan seimbang atau yang sesuai
kepada anak-anak untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang
sihat. Memberikan anak-anak makanan yang berzat dan
seimbang. Elakkan anak-anak terlalu banyak makan makanan
segera atau makanan diawet.
Sentiasa memberikan pengawasan dan pernyeliaan terhadap
perkembangan pendidikan, pelajaran dan keperluan anak-anak.
Sentiasa melayan pertanyaan dan kemusykilan anak-anak.
Kawalan dan Melatih Anak-Anak Bertanggungjawab
Konsisten dalam memberikan teguran dan hukuman. Adil
memberikan teguran atau hukuman yang setimpal dengan
kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Menyegerakan
teguran dan hukuman sebaik sahaja perkara berlaku.
Anak-anak perlu dilatih memikul tanggungjawab dengan
memberikan tugas membantu kerja-kerja rumah yang ringan
misalnya selepas makan basuh pinggan, cawan, sudu yang
telah digunakan, membantu mengemas rumah, mencuci kereta,
menyiram pokok bunga dan lain-lain yang sesuai dan tidak
membebankan.
Memastikan anak-anak dapat menguruskan segala keperluan
diri seperti menyiapkan tugasan sekolah, menjaga kebersihan
diri, mematuhi jadual belajar dan sebaginya.
Sentiasa mengawasi pendedahan anak-anak kepada bahan
hiburan, televisyen, video atau vcd. Hindari hiburan yang
melekakan dan terlampau yang mengandungi unsur ganas,
lucah dan tidak berakhlak.
LAMPIRAN 293
BIL. AMALAN DAN TINDAKAN UNTUK MENJADI SUDAH BELUM
5. IBU BAPA PROFESIONAL BUAT BUAT
6. Sentiasa mengawasi setiap panggilan telefon yang dibuat atau
7. diterima oleh anak-anak. Ibu bapa yang bertindak menjawab
setiap panggilan telefon di rumah. Penggunaan telefon bimbit
kadang-kadang membazir, boleh disalahgunakan dan perlu
dipertimbangkan.
Mengelakkan dari menggunakan kaedah mengancam atau
menggugut untuk mendapatkan perhatian, reaksi atau
tindakbalas dari anak-anak.
Melatih anak-anak menempatkan sesuatu benda atau barang
yang telah diambil di tempatnya semula.
Rujukan
Aiken, L.R. (1997). Psychological testing and assessment (ed. 9). Boston : Allyn &
Bacon.
Amir Awang (1981). Perhubungan menolong : Proses dan kemahiran-kemahiran
(terj.). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Amir Awang (1987). Teori dan amalan psikoterapi (terj.) Pulau Pinang : Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Amir Awang (1989). Perhubungan menolong dalam kaunseling dan perundingan
(terj.). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Amir Hussin Baharuddin (1989). Kaedah kuantitatif : Suatu pengenalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amla H.M. Saleh dan Puteh Mohamed (1992). Asas-asas bimbingan (terj.). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anastasi, A. dan Urbina, S. (1997). Psychological testing (ed. 7). Upper Saddle
River, New Jersey : Prentice-Hall International, Inc.
Asmah Bee Mohd Noor dan Iran Herman (1995). Membina kesejahteraan remaja.
Bangi : Tekno Edar.
Aziz Salleh (1993). Kaunseling Islam asas. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Azmi Sarriff (1996). Asas kaunseling drug. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Chiam Heng Keng (1981). Tennessee self-concept scale : its validity. Jurnal
Pendidikan, 8, 51 -58.
Clive Wing (1991). A family giude to HIV & AIDS in Malaysia & Singapore.
Singapura : Southbound Sdn. Bhd.
Corey, G. (1985). Theory and practice of group counseling (ed. 2). Monterey,
California : Brooks / Cole Publishing Company.
Corey, G. (1986). Theory and practice of counseling and psychotherapy (ed. 3).
Monterey, California : Brooks / Cole Publishing Company.
Cronbach, L.J. (1990). Essentials of psychological testing (ed. 5). New York :
Harper Collins Publisher.
Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan : Pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas
(semester II). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Egan, G. (1982). The skill helper : Model, skills, and methods for effective helping
(ed. ke 2). Monterey, California : Brooks / Cole Publishing Company.
Esah Munji (1994). Panduan asas memahami kelompok. Serdang : Unit
Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya, Universiti Pertanian Malaysia.
Furman, B. dan Ahola, T. (1992). Solution talk : hosting therapeutic
conversations. New York : W.W. Norton & Company, Inc.
Gadza, G.M. (1984). Group counseling : A developmental approach. Boston : Allyn
& Bacon.
Gatchel, R.J. dan Mears, F.G. (1982). Personality : Theory, assessment and
research. New York : St. Martin’s Press.
294
RUJUKAN 295
Gay, L.R. dan Airasian, P. (2003). Educational research : Competencies for
analysis and applications (ed. 7). Upper Saddle River, New Jersey : Merrill
Prentice Hall.
George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1990). Counseling : Theory and practice (ed. 3).
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Gibson, R.L. dan Mitchell, M.H. (1986). Introduction to counseling and guidance
(ed. 2). New York : Macmillan Publishing Company.
Gladding, S.T. (1996). Counseling : A comprehensive profession (ed. 3). Engle-
wood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall Inc.
Gladding, S.T. (2003). Group work : A counseling speciality (ed. 4). New Jersey :
Pearson Education Inc.
Hairunnaja Najmuddin (2003). Memahami dan membimbing remaja nakal.
Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hasan Langgulung (1990). Kaunseling dalam masyarakat Islam. Kertas kerja –
Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam Masyarakat Islam, YADIM, 25 –
26 September.
Ishamuddin Ismail (1993). Panduan kaunselor muslim. Kajang : Aras Mega (M)
Sdn. Bhd.
Ismail Hj. Din (1987). Cemerlang bistari. Kuala Lumpur : Karya Bistari Sdn. Bhd.
Ivey, A.E. (1983). Intentional interviewing and counseling. Monterey, California :
Brooks / Cole Publishing Company.
Ivey, A.E. dan Downing, L.S. (1980). Counseling and psychotherapy : Skills,
theories and practice. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Jabatan Pendidikan Perak (1997). Pekeliling pendidikan pencegahan dadah
kaunseling dan disiplin. Ipoh : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan
Pendidikan Perak.
Jabatan Pendidikan Perak (2001). Panduan piawaian kualiti pengurusan dan
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah
negeri Perak. Ipoh : Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Perak.
Jourard, S.M. dan Landsman, T. (1980). Healthy personality : An approach from
the viewpoint of humanistic psychology. New York : Macmillan Publishing
Co., Inc.
Kamal Abd. Manaf (1995). Kaunseling Islam : Perbandingan antara amalan dan
teori kaunseling barat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Kamal Abd. Manaf (2000). Kaunseling Islam : Satu alternatif baru di Malaysia.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990). Kaedah penyelidikan : Panduan
mudah kerja luar. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamaruddin Yaakub (1997). Soal selidik motivasi dan teknik belajar. Kuala
Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.
Kasmini Kassim (1991). Memahami jiwa kanak-kanak. Kuala Lumpur : Syarikat S.
Abdul Majeed.
Kasmini Kassim (1993). Memahami jiwa kanak-kanak 2. Petaling Jaya : Kafarina
Holdings Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984). Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji
pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
296 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Falsafah pendidikan negara. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Pembimbing rakan sebaya : Modul
latihan asas. Kuala Lumpur : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian
Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Panduan pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. Kuala Lumpur : Unit
Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Buku rekod aktiviti pembimbing rakan
sebaya. Kuala Lumpur : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian
Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Skim lencana antidadah : Buku log.
Kuala Lumpur : Bahagian Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Panduan pelaksanaan pendidikan
pencegahan dadah di sekolah. Kuala Lumpur : Bahagian Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan peperiksaan penilaian tahap
kecekapan skim perkhidmatan guru siswazah. Kuala Lumpur : KPM.
Kottler, J.A. dan Brown, R.W. (2000). Introduction to therapeutic counseling :
Voices from the field (ed. 4). Belmont, California : Brooks / Cole.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2003). Akta kaunselor 1998 (akta 580)
dan peraturan-peraturan & counselors act 1998 (act 580) and regulations.
Petaling Jaya : International Law Book Services.
Lewis, J.A., Dana, R.Q. dan Blevins, G.A. (1988). Substance abuse counseling : An
individual approach. Pacific Grove, California : Brooks / Cole Publishing
Company.
Lloyd, A.P. dan Aminah Hashim (1992). Bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malek Muhamat Said (1999). Modul keibubapaan profesional. Bahan yang tidak
diterbitkan.
Malek Muhamat Said (2004). Studi smart. Bentong : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004). Psikologi (ed. 2). Kuala Lumpur :
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Martin, W.B. (1994). Perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Kuala Lumpur :
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Maznah Baba dan Zainal Madon (2003). Kaunseling individu. Bentong : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1990). Kaunseling kelompok dan penggunaannya.
Kertas kerja – Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam Masyarakat Islam,
YADIM, 25 – 26 September.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et al. (1992). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996).
Kaunseling individu : Apa dan bagaimana. Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Ali Abu Bakar (1991). Kejadian manusia dan perjuangan hidup. Kota
Bharu : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
RUJUKAN 297
Mohd Fadzilah Kamsah dan Rahmat Ismail (1996). Kecemerlangan mendidik anak.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Ismail Othman (2003). Undang-undang untuk pengetua dan Guru Besar.
Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Lebar (1993). Bimbingan dan kaunseling : Tugas guru dan kemahiran
asas. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Yunus Noor (1990). Psikologi dan teknik belajar berkesan. Petaling Jaya :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan
guru : Bahagian I – kompetensi profesional. Subang Jaya : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Morris, C.G. dan Maisto, A.A. (2002). Psychology : An introduction (ed. 11). Upper
Saddle River, New Jersey : Prentice-Hall.
Muhamad Jantan (1993). Membina ibu bapa profesional dalam konteks psikologi
keibubapaan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1988). Proses kaunseling.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1988). Psikologi remaja.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1989). Kaunseling
kerjaya. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1993). Pengantar
kaunseling. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newstrom, J.W. dan Scannell, E.E. (1980). Games trainers play : Experiential
learning exercises. New York : McGraw Hill Book Company.
Noraini Ahmad (2000). Kaunseling remaja. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Noresah Baharom et.al. (1994). Kamus dewan (ed. 3). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nugent, F.A. (1981). Professional counseling : An overview. Monterey, California :
Brooks/Cole Publishing Company.
O’Hanlon, Bill & Weiner-Davis, Michelle (1989). In search of solutions. New
York : W.W. Norton.
Omardin Ashaari (1996). Pengurusan sekolah : Suatu pandangan lengkap. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Penland, P.R. dan Fine, S. (1974). Group dynamics and individual development.
New York : Marcel Dekker Inc.
Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Cawangan Selangor
(2002). Panduan tugas staf sekolah menengah. Petaling Jaya : Alpha Sigma
Sdn Bhd.
Pervin, L.A. (1996). The science of personality. New York : John Wiley and Sons,
Inc.
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang (1981). Akta mahkamah juvana 1947
(akta 90). Kuala Lumpur : Percetakan Negara.
298 RUJUKAN
Pfeiffer, J.W. dan Jones, J.E. (1974). A handbook of structured experiences for
human relations training : Volume 1 : California : University Associates
Publishers and Consultants.
Pietrofesa, J.J., Leonard, G.E. dan Hoose, W.V. (1978). The authentic counselor.
Chicago : Rand McNally College Publishing Company.
Rusli Nordin et al. (2002). Aids suatu pendekatan bersepadu di Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sapora Sipon (2003). Pengenalan kaunseling kelompok. Kuala Lumpur : McGraw-
Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Hapsah Md. Yusof (2003). Kaunseling
individu (ed. 2). Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Shahabudin Ashaari (1994). Pengurusan kualiti menyeluruh. Bahan yang tidak
diterbitkan.
Shertzer, B. dan Stone, S.C. (1980). Fundamentals of counseling (ed. 3). Boston :
Houghton Mifflin Company.
Sidek Mohd Noah (1996). Keselarasan personaliti dan persekitaran latihan : Satu
kajian di kalangan pelajar universitu berasaskan teori keselarasan individu
persekitaran Holland. Tesis Ph. D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sidek Mohd Noah (1997). Perkembangan kerjaya. Serdang : Institute for Distance
Education Learning, Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Suradi Salim (1996). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tang Chee Yee (1989). Bimbingan dan kaunseling : Perkhidmatan, prosedur dan
kemahiran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Wan Azmi Ramli (1986). Ranjau hidup keluarga : Aspek psikologi dan sosial.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Rafaei Abdul Rahman (1983). Kegunaan alat / ujian psikologi dalam konteks
silang budaya: Kesesuaian repertory grid di Malaysia. Jabatan Psikologi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Weaver, R.L. (1987). Understanding interpersonal communication. Illinois : Scott,
Foresman and Company.
Zulkifli Yusuf (1988). Panduan khidmat bimbingan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zuraidah Abdul Rahman (1987). Pembimbing sebaya : Satu pengenalan. Kertas
Kerja Seminar – Bengkel Pembimbing Rakan Sebaya, IAB, 19 – 23 Januari
Zuraidah Abdul Rahman (1988). Boleh saya tolong anda? Singapura : Times Books
International.
Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pembimbing rakan sebaya : Langkah seterusnya.
Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan kaunseling kelompok (ed. 2). Petaling
Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman (2001). Bimbingan & kaunseling perkembangan :
Pendekatan yang praktis (terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
RUJUKAN 299
Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran
Malaysia
Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1976 KP(BS)8548a/Vol.II/(49) bertarikh 5 Mei 1976
– Kemudahan Bilik Untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.
Surat Pekeliling KP(BS)8548/4/Jld. VII/(39) bertarikh 15 April 1978 – Kad Rekod
Persekolahan Murid (Pupil’s Cumulative Record Card)
a) Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah : 001R (Warna
Kuning)
b) Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah : 001M (Warna
Biru)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1979 KP(BS)8548/4/Jld. IX/(1) bertarikh 27 Januari
1979 – Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah.
Surat Pekeliling KP(BS-HEP)8543/6D/(91) bertarikh 18 Mac 1996 – Perlantikan
Kaunselor Sepenuh Masa (Kaunselor Pelajar)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1996 KP(BS)8591/Jld.VII/(35) bertarikh 11 Julai
1996 – Panduan Tambahan : Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa
Di Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Surat Pekeliling KP. 1574/17/ Jld.1 (25) bertarikh 11 Februari 2004 – Pindaan Surat
Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 – Pemberian Bantuan Per Kapita
Untuk Sekolah.
Glosari
AIDS : akronim bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kekurangan
Daya Keimunan Secara Perolehan).
Akauntabiliti : suatu pertanggungjawaban terhadap sesuatu atau kepada seseorang,
di mana hasil atau akbiatnya boleh dijangkakan bagi memenuhi aspirasi
atau hasrat pelaksanaan yang boleh diterima sebagai telah memenuhi
kewajipannya.
Autentik : mengungguli aras kompetensi yang tinggi dalam kemahiran menolong
dan kemahiran kaunseling, memiliki kelayakan dan pengalaman yang
diiktiraf, bersedia meningkatkan kompetensi diri serta bertanggungjawab
mematuhi etika kaunseling.
Bimbingan : pertolongan yang diberikan kepada pelajar normal yang sedang
melalui dan mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial,
intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.
Diagnosis : mengenalpasti suatu aspek tertentu dari gejala atau tandanya.
Ego : komponen psikologikal personaliti manusia merupakan pertimbangan akal
atau rasional yang berfungsi atas prinsip realiti.
Egosentrisme : pemusatan fikiran, perasaan dan tingkah laku kepada diri sendiri.
Guru Bimbingan : personel guru yang ditugaskan mengurus dan melaksanakan
Perkhidmatan Bimbingan di sekolah rendah.
Guru Kaunseling : personel guru yang ditugaskan mengurus dan melaksanakan
Perhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah.
Hedonistik : sifat yang mementingkan keseronokan semata-mata.
Hipotesis : penjelasan tentatif, diterima akal dan boleh diuji bagi menunjukkan
wujudnya sesuatu tingkah laku, fenomena atau peristiwa.
HIV : akronim bagi Human Immunodefiency Virus.
Id : akronim bagi instinctual drive iaitu komponen biologikal personaliti manusia
iaitu dorongan semulajadi manusia yang bersifat agresif dan hedonistik iaitu
semata- mata memenuhi kepuasan dan seks yang berfungsi atas prinsip
keseronokan.
Intervensi : campur tangan atau melakukan tindakan kepada orang lain secara
sistematik menggunakan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran melalui
pendekatan, kaedah dan prosedur tertentu.
Interevensi Kaunseling Antidadah : intervensi yang dijalankan kepada pelajar
yang berisiko atau telah dikenalpasti menyalahgunakan dadah.
Intervensi Kaunseling : proses perhubungan bersemuka antara personel kaunseling
(yang menolong) menggunakan pengetahuan dan kemahirannya bagi
menyediakan situasi pembelajaran kepada klien (individu normal yang
ditolong) untuk mengenali situasi diri klien masa kini dan masa depan
bagi membolehkan klien menggunakan kompetensi diri yang dimiliki untuk
menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dirinya.
Juvana : seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang
telah ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah umur
lapan belas tahun.
300
GLOSARI 301
Kaizen : peningkatan diri atau organisasi secara berterusan sehingga mencapai
tahap pencapaian yang tertinggi.
Kajian : suatu aktiviti formal dan suatu disiplin yang menggunakan pendekatan
soaljawab (inquiry) yang sistematik dan bersifat saintifik untuk mengkaji
sesuatu masalah.
Kajian Kualitatif : kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
bukan bersifat nombor menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual.
Kajian Kuantitatif : kajian yang melibatkan pengumpulan data, pemprosesan dan
analisis data yang melibatkan nombor atau angka yang boleh dikumpulkan
dalam bentuk skor.
Katarsis : proses mendapatkan kelegaan melalui peluahan perasaan.
Kebolehpercayaan : darjah ketekalan atau konsisten sesuatu ujian atau alat ukuran.
Keibubapaan : pengetahuan dan kemahiran berkaitan penjagaan anak-anak.
Kenakalan Remaja (delinkuen juvana) : tingkah laku salahsuaian (maladaptif)
yang berlaku di kalangan individu berumur 18 tahun ke bawah (biasanya
remaja) hasil pembelajaran yang salah dari pengaruh persekitaran dan
sosial.
Kerjaya : perjalanan dan kemajuan individu dalam aktiviti yang dapat menampung
kehidupannya.
Kesejahteraan Mental : keselarasan proses mental (sihat, stabil dan berfungsi
dengan waras) yang dipamerkan melalui cara bertingkah laku yang sihat
dan normal ketika hubungan intrapersonal dan interpersonal.
Konsep Kendiri : satu konstruk dalam bentuk hipotesis yang mengandungi semua
nilai, sikap dan kepercayaan terhadap diri seseorang dalam hubungannya
dengan persekitaran.
Krisis Identiti : konflik yang berlaku pada remaja disebabkan perubahan fizikal,
fisiologikal, sosial serta tekanan dari pelbagai pihak menyebabkan remaja
menghadapi masalah membina jati diri yang stabil.
Latihamal : aktiviti menimba pengalaman dan penghayatan terhadap aktiviti yang
dipelajari di dalam kelompok bimbingan
Mentee : beberapa orang pelajar yang telah dikelompokkan bersama dalam
kumpulan mengikut aras kebolehan, umur atau jenis masalah.
Mentor : guru yang memberikan panduan, nasihat dan tunjukajar tentang pelbagai
perkara atau maklumat yang diperlukan oleh pelajar dalam kumpulan.
Neurotik : gangguan perasaan melibatkan kebimbangan atau kerisuan yang tinggi
yang menimbulkan masalah kepada individu yang menghadapinya.
Orientasi Krisis : pendekatan yang perlu digunakan apabila berhadapan dengan
kes-kes krisis atau mengendalikan setiap intervensi krisis yang timbul
secara mendadak dan memerlukan perhatian segera atau tindakan spontan.
Orientasi Pemulihan : pendekatan yang memberikan tumpuan kepada masalah
atau kekurangan yang dapat dikenalpasti atau berlaku dari masa ke semasa.
Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan setiap pelajar yang terlibat
dapat mengubah perlakuan untuk mengelakkan dari berlakunya krisis.
Orientasi Pencegahan : pendekatan yang mengambil kira andaian bahawa sebelum
sesuatu isu atau masalah itu timbul dan meruncing, usaha perlu dijalankan
untuk menghalang dan boleh dikesan melalui petunjuk atau petanda yang
berlaku dalam persekitaran semasa.
302 GLOSARI
Orientasi Perkembangan : pendekatan utama yang digunakan sebagai suatu usaha
mengenalpasti keperluan pelajar supaya mereka dapat dilengkapi dengan
secukupnya ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta peluang
membina sahsiah dan akhlak mulia.
Paradoksikal : keadaan individu yang berniat atau berhasrat untuk melakukan
sesuatu tindakan tetapi tindakan lain yang dibuatnya.
Parameter : sesuatu nilai yang didapati daripada populasi yang sebenar.
Pengukuran : usaha memberikan nombor-nombor kepada objek atau peristiwa
yang melibatkan prosedur tertentu dan beberapa peraturan khusus untuk
memberikan nilai numerikal kepada pencapaian individu.
Pengukuran Psikometrik : pengukuran menggunakan nombor atau nilai
numerikal.
Penyakit AIDS : sindrom yang berlaku di mana daya keimunan atau pertahanan
badan yang bertahan daripada serangan penyakit berkurangan sehingga
ke tahap yang mengakibatkan individu berkenaan tersangat mudah
dijangkiti oleh beraneka kuman.
Perancangan Strategik : satu proses merancang hala tuju organisasi tertentu bagi
mencapai matlamat organisasi tersebut dalam tempoh masa tertentu.
Personaliti : suatu organisasi yang dinamik dalam diri seseorang, merupakan sistem
psikofizikal yang membentuk kriteria seseorang individu dari segi pola
tingkah laku, pemikiran dan perasaan.
Perundingan : sesuatu yang berlaku apabila orang dewasa yang signifikan di dalam
kehidupan seorang pelajar berkumpul dan berbincang tentang cara untuk
membantu pelajar.
Psikologi : kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses mental.
Psikosomatik : Gangguan atau tekanan mental yang menimbulkan masalah atau
gangguan kepada anggota badan seperti sakit perut, muntah, pening kepala,
badan berpeluh, rasa nak terkencing dan sebagainya.
Psikososial : tingkah laku dan proses mental dalam perhubungan, pergaulan,
interaksi sosial atau hal-hal yang berkaitan hubungan individu dengan
individu lain atau institusi sosial.
Ralat Persampelan : beza di antara anggaran yang didapati daripada sampel
dengan nilai yang sebenar yang mungkin daripada populasi.
Refleksi : gambaran atau imbasan terhadap pengalaman yang pernah dilalui yang
boleh digunakan semula dalam situasi yang berlainan.
Rekod Anekdot : satu bentuk laporan yang tepat mengenai seorang sampel kajian
yang sedang diperhatikan oleh seorang pengkaji.
Retrovirus : virus yang mempunyai keupayaan unik melakukan transkripsi
songsang iaitu menukar RNA genom kepada DNA dengan bantuan enzim
transkriptase songsang.
Sakinah : berasa aman, tenang dan damai di dalam hati.
Sasaran Kerja Tahunan : perancangan projek, program atau aktiviti bagi satu
tahun perkhidmatan berdasarkan petunjuk prestasi atau piawaian, kualiti
sasaran, masa dan kos.
Sistem Keimunan : pertahanan khusus di dalam tubuh manusia merangkumi
pelbagai elemen yang dapat mengelakkan diri manusia daripada jangkitan
pelbagai sumber jangkitan atau penyakit.
GLOSARI 303
Statistik : teori dan kaedah menganalisiskan kumpulan angka yang berkait untuk
menemui kaitan-kaitan dan makna yang terkandung di dalamnya.
Superego : komponen sosial personaliti manusia yang mementingkan kepatuhan
kepada peraturan dan undang-undang berfungsi atas prinsip moral.
Tenaga Psikik : tenaga psikologi yang lahir secara semulajadi dalam diri manusia,
ia berpindah dan dilahirkan semula dalam bentuk tingkah laku.
Ujian Psikologikal : suatu prosedur yang sistematik digunakan untuk membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku dan bagi menerangkan tingkah laku
tersebut berpandukan kepada skala numerikal atau kategori yang telah
ditetapkan.
Virus HIV : virus terkecil mengandungi sama ada bahan genetik DNA
(Deoxyribonucleic Acid) atau RNA (Ribonucleic Acid) yang berkaitan
dengan sintesis bahan-bahan penting untuk melakukan fungsi virus
berkenaan.
Mengurus
Khidmat Bimbingan
Dan Kaunseling Sekolah
Amalan Komprehensif
Sebuah buku pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
yang komprehensif dan terkini. Buku pertama seumpamanya yang
telah berjaya mengungkapkan secara menyeluruh tentang sebuah
perkhidmatan menolong bantu pelajar sekolah menengah dan murid
sekolah rendah.
Buku ini ditulis melalui kaca mata dan pengalaman seorang pengamal,
pengurus, pengelola dan pelaksana Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah. Bahasa dan ungkapannya mudah dan jelas.
Buku ini amat berguna bagi membantu dan memandu Guru Bimbingan
dan Guru Kaunseling menjadi seorang personel yang autentik, efisien
dan berkompetensi tinggi. Buku ini juga dapat membantu Pengetua,
Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru dan pelajar
yang sedang mengikuti program bimbingan dan kaunseling di institusi
pengajian tinggi atau individu yang berminat untuk memahami secara
menyeluruh pengurusan dan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah.
Malek Muhamat Said ialah seorang Guru Kaunseling yang mempunyai
pengalaman dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
selama 15 tahun. Beliau adalah penulis bagi buku STUDI SMART.
CADANGAN UNTUK MUKA DEPAN
MENGURUS
KHIDMAT BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
SEKOLAH
Amalan Komprehensif
MALEK MUHAMAT SAID