192 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
tertentu seperti makrofaj dan neutrofil serta pelbagai jenis protein larut dan enzim
yang beredar dalam darah manusia.
Sekiranya patogen-patogen (bakteria, mikrobakteria, virus dan retrovirus)
berjaya menembusi keimunan semulajadi, patogen-patogen tersebut akan terdedah
kepada komponen sistem imun yang lain iaitu keimunan spesifik yang merangsang
pembentukan pertahanan yang lebih berkesan. Komponen keimunan spesifik terdiri
daripada rangkaian sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Ianya terdiri
daripada 2 kumpulan utama berdasarkan fungsi utama sel-sel tersebut iaitu Limfosit
B dan Limfosit T. Limfosit B bertindak melalui sintesis serta pengeluaran antibodi
atau imunoglobulin (sejenis protein khusus untuk tujuan pertahanan badan). Fungsi
antibodi ialah untuk membinasakan antigen iaitu apa-apa bahan-bahan asing yang
menceroboh ke dalam tubuh badan manusia. Limfosit T melalui tranformasi kepada
limfoblas berupaya untuk bertindak terhadap antigen. Melalui transformasi sel-sel
monosit akan menghasilkan makrofaj yang berupaya ‘menelan’ bakteria, virus dan
antigen yang lain.
Fenomena Jangkitan
Seseorang yang dijangkiti kuman HIV tidak serta-merta mengalami perubahan
klinikal penyakit AIDS. Tempoh masuknya kuman HIV ke dalam tubuh badan
manusia sehingga tercetusnya tanda-tanda klinikal penyakit AIDS mengambil masa
di antara 5 hingga 10 tahun. Tempoh tersebut dikenali sebagai tempoh inkubasi
iaitu tempoh kuman HIV bertindak ke atas sel-sel darah putih mangsa jangkitan
sehingga memusnah serta melumpuhkan benteng pertahanan tubuh. Apabila daya
ketahanan mangsa mencapai peringkat yang paling meruncing, maka timbullah
gejala-gejala atau tanda-tanda AIDS yang diakibatkan oleh kombinasi kelemahan
tubuh mangsa (misalnya : sarkoma kaposi – kanser kulit, candidiasis mulut, tibi
pulmonari atau paru-paru, demam yang berulang-ulang, cirit-birit dan kehilangan
berat melebih 10 peratus dari berat badan) dan jangkitan oportunis (jangkitan yang
membantu mempercepatkan kemusnahan sistem imun badan) oleh mikroorganisma-
mikroorganisma seperti Pneumocystis carinii dan Mycobacterium tuberculosis).
Sumber virus HIV ialah darah, air mani, cecair faraj / serviks dan susu ibu
yang telah dijangkiti kuman HIV. Kuman-kuman HIV boleh juga didapati dalam
jumlah atau kuantiti yang sedikit di dalam air liur, air mata, air kencing, sumsum
tulang, cecair serebrospina, sel mononuklear dan otak pesakit yang telah dijangkiti
virus HIV.
Terdapat dua kaedah yang sering digunakan untuk mengesan kehadiran
kuman HIV dalam tubuh badan manusia. Kaedah diagnosis jangkitan HIV boleh
jalankan melalui ujian darah iaitu
• Mengesan kehadiran antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh tubuh badan
manusia terhadap virus HIV. Kaedah hanya menjadi positif sekiranya paras
antibodi mencapai titer yang sesuai untuk dikesan oleh reagen di dalam kit
ujian. Di Malaysia ujian yang sering digunakan ialah ujian ELISA dan
ujian Western Blot. Sekiranya ujian ELISA (Enzyme Linked Immuno
Sorbent Assay) didapati positif maka ujian Western Blot akan dilakukan
untuk tujuan pengesahan.
• Menguji kehadiran kuman HIV melalui ujian ke atas antigen. Kaedah ini
berkesan untuk mengesan virus HIV dalam masa 2 minggu selepas pesakit
terkena jangkitan.
BAB 10 PROGRAM-PROGRAM KHAS 193
Kos untuk ujian antibodi di Malaysia ialah RM30.00. Bagaimanapun, ujian
tersebut boleh diberikan secara percuma kepada mana-mana individu yang tidak
berisko terhadap jangkitan HIV melalui hospital, poliklinik atau klinik kerajaan,
semasa pameran atau kempen kesihatan, khidmat sukarela ‘Segitiga Ungu’ dan
Khidmat Komuniti AIDS, Pulau Pinang (Clive Wing, 1991).
Pendedahan Terhadap Jangkitan
Penyebaran kuman HIV dan risiko terkena penyakit AIDS boleh berlaku sekiranya
individu tidak mengawal dan mengelakkan diri dari faktor atau penyebab jangkitan.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dari 1987 hingga
1994, majoriti jangkitan HIV berpunca daripada jarum penyuntik dadah secara
intravena (intravenous drug users atau INDU) iaitu sebanyak 94 %. Kajian yang
telah dijalankan juga mendapati di antara faktor-faktor penyebab jangkitan yang lain
adalah melalui
• Transmisi melalui darah iaitu 8424 kes atau 79.31 %
o Penerima transfusi / produk darah
o Penerima pemindahan organ / tisu
• Transmisi melalui seks iaitu 479 kes atau 4.51 %
o Homoseks – hubungan sama jenis
o Heteroseks – hubungan rambang berlainan jenis
o Biseks – mengamalkan hubungan homoseks dan heteroseks
o Pelacur
• Dijangkiti semasa lahir (AIDS Pediatrik) iaitu 18 kes atau 0.17 %
• Tidak diketahui atau masih dalam kajian iaitu 1700 kes atau 16.01 %
Kebanyakan golongan yang terlibat dengan HIV dan AIDS ialah kaum lelaki iaitu
kes AIDS (88%) dan jangkitan HIV (96%). Kalangan atau komposisi umur yang
banyak terlibat ialah di antara 21 hingga 40 tahun bagi kes AIDS (77.75%) dan
jangkitan HIV (86.23%).
PROGRAM KEIBUBAPAAN
Di antara program atau aktiviti yang boleh dijalankan dalam bidang keibubapaan
ialah perundingan dengan ibu bapa, menjalankan intervensi kaunseling keluarga,
menganjurkan seminar atau bengkel keibubapaan. Bagi mengendalikan intervensi
kaunseling keluarga, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlulah menguasai
pengetahuan dan kemahiran tertentu berkaitan dengan isu-isu dan masalah keluarga.
Melalui seminar keibubapaan, personel boleh menyebarkan pelbagai maklumat
melalui ceramah, pamflet atau risalah berkaitan dengan pendidikan keibubapaan.
Semasa mesyuarat Agung PIBG atau ketika program pendaftaran pelajar, personel
boleh mengedarkan risalah pendidikan keibubapaan kepada ibu bapa yang hadiri.
Di antara input-input dan maklumat yang perlu disebarluas kepada ibu bapa dan
penjaga melalui ceramah atau seminar keibubapaan ialah
1. Membina komunikasi berkesan di antara ibu bapa dengan anak-anak.
2. Psikologi perkembangan kanak-kanak (SR) atau remaja (SM).
3. Isu-isu kekeluargaan
• Kepimpinan dan tanggungjawab ibu bapa
• Isu-isu berkaitan perkembangan kanak-kanak atau remaja masa kini dan
194 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
masa akan datang
• Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
Melalui bengkel keibubapaan, personel boleh menyampaikan maklumat
tentang sejauhmana ibu bapa atau penjaga telah menjalankan peranan dan tanggung-
jawab mereka terhadap anak-anak. Malek (1999) telah menggunakan satu modul
keibubapaan dan didapati sesuai dijalankan dalam bentuk bengkel. Berikut adalah
cadangan aktiviti yang boleh dijalankan melalui bengkel keibubapaan.
MODEL PROGRAM : BENGKEL KEIBUBAPAAN (MASA 2 JAM)
Fasa 1 – Menjawab Senarai Semak Keibubapaan
Sebelum menjawab senarai semak, bu bapa atau penjaga perlu diletakkan secara
berasingan dengan anak-anak atau jagaan mereka. Jika personel mengendalikan
bengkel di dalam dewan, letakkan anak-anak di bahagian hadapan dan ibu bapa atau
penjaga di bahagian belakang. Pastikan mereka tidak duduk bersama. Personel
boleh juga mengasingkan anak-anak dengan ibu bapa atau penjaga di bilik yang
berlainan. Anak-anak akan berasa lebih selesa bila menjawab senarai semak tanpa
diganggu oleh ‘jelingan’ ibu bapa atau penjaga mereka. Jika tempat lain diperlukan
maka personel perlu meminta bantuan guru atau orang lain untuk mengendalikan
sesi menjawab senarai semak anak-anak. Berikan masa untuk menjawab sesuai
dengan aras kebolehan pelanggan anda kerana kadang-kadang ada ibu bapa atau
penjaga yang mengadu tak nampak, lupa bawa cermin mata, tulisan terlalu kecil dan
sebagainya. Personel perlu meminta pihak sekolah menyediakan pen atau pensil
kerana ada ibu bapa atau penjaga yang terlupa membawa pen atau pensil.
a. Ibu bapa dan penjaga diberikan Senarai Semak Ibu bapa Profesional (rujuk
Lampiran F1).
b. Pada masa yang sama anak-anak diberikan Senarai Semak Anak Terhadap Ibu
Bapa (rujuk Lampiran F2).
Personel perlu juga memberikan senarai semak kepada semua pelajar walaupun ibu
bapa atau penjaga mereka tidak hadir. Senarai semak yang telah berjawab nanti
akan dapat memberikan maklumat kepada pihak sekolah tentang pandangan anak-
anak mereka terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Fasa 2 – Memproses Senarai Semak
Setelah masa menjawab tamat, personel atau guru yang membantu akan memimpin
ibu bapa, penjaga dan pelajar memproses hasil senarai semak.
a. Ibu bapa atau penjaga mengira skor senarai semak yang telah mereka jawab.
b. Anak-anak juga dibimbing untuk mengira skor senarai semak mereka.
c. Tahap pencapaian atau aras keprofesionalan ibu bapa dalam menjaga anak-anak
ditentukan melalui kaedah pemeringkatan atau kategori yang mudah. Kategori
tersebut ialah sama ada ibu bapa atau penjaga :
Ibu bapa profesional
Ibu bapa separa profesional
Ibu bapa tidak profesional
d. Pencapaian skor dari senarai semak anak-anak digunakan sebagai perbandingan
untuk menentukan kesahihan aras keprofesionalan ibu bapa atau penjaga.
BAB 10 PROGRAM-PROGRAM KHAS 195
Fasa 3 – Mendiagnosis Senarai Semak
a. Ibu bapa atau penjaga duduk bersama dengan anak-anak atau jagaan mereka
untuk membandingkan skor dan pencapaian mereka.
b. Ibu bapa dan penjaga mendapatkan penjelasan dari anak-anak mereka jika
terdapat perbezaan pandangan atau persepsi yang ketara (ibu bapa menjawab
selalu, anak menjawab tidak pernah).
c. Personel membimbing ibu bapa tentang pencapaian atau kedudukan mereka
sebagai seorang ibu bapa yang profesional. Pastikan ibu bapa atau penjaga
bersikap terbuka iaitu menerima pandangan atau persepsi anak-anak mereka
secara positif dan cuba memperbaiki jika terdapat kelemahan dan mengekalkan
mana-mana kekuatan.
d. Di akhir sesi, personel mengedarkan Senarai Semak Ibu Bapa Profesional
(rujuk Lampiran F3) iaitu senarai semak peranan dan tanggungjawab yang
seharusnya dimiliki oleh seorang ibu atau bapa atau penjaga yang cemerlang
dan profesional.
AKTIVITI KOKURIKULUM BAB
11
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Penubuhan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di negara ini telah bermula
dengan usaha memperkenalkan istilah ‘Kaunselor Sebaya’ oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep PRS
mula diperkenalkan melalui buku ‘Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di Sekolah Menengah’ dalam tahun 1984. Pada tahun 1986, Puan
Hajah Zuraidah Abdul Rahman dari Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menjalan-
kan projek perintis bagi PRS di empat buah sekolah menengah iaitu dua di Petaling
Jaya dan dua lagi di Kuala Lumpur. Projek percubaan tersebut telah menggunakan
istilah Kaunselor Sebaya. Ekoran daripada itu, Zuraidah (1988) telah memperkenal
dan menyebarluas konsep Kaunselor Sebaya serta modul latihan yang boleh dijalan-
kan di sekolah menengah melalui buku beliau bertajuk ‘Boleh Saya Tolong Anda’.
Pada tahun 1987, beliau telah memperkenalkan istilah Pembimbing Rakan Sebaya
atau PRS bagi menggantikan istilah Kaunselor Sebaya. Kementerian Pendidikan
Malaysia (1992) di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah telah
menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Pembimbing Rakan Sebaya : Modul Latihan
Asas’. Buku tersebut dapat memberikan panduan kepada jurulatih PRS atau Guru
Kaunseling untuk mengendalikan latihan asas PRS di sekolah menengah.
KANDUNGAN PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Pengertian Istilah ‘Pembimbing Rakan Sebaya’
• Myrick dan Bowman (Zuraidah, 1987) mendefinisikan Pembimbing Sebaya
sebagai seorang individu yang masih bersekolah yang menggunakan konsep
dan kemahiran menolong untuk membantu pelajar lain, kadang-kadang
orang dewasa, menjelajah beberapa alternatif dalam satu-satu keadaan dan
membuat keputusan yang berkesan.
• Tindall dan Gray (Zuraidah, 1987) telah mendefinisikan Kaunselor Sebaya
sebagai seorang individu sama ada berdasarkan pilihan sendiri atau dipilih,
memberi pertolongan kepada rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka ini
bukanlah ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran
kaunseling untuk menolong rakan mereka.
• Zuraidah (1987) pula mendefinisikan Pembimbing Rakan Sebaya sebagai
seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi
dan kaunseling. Dia berfungsi sebagai seorang rakan yang berkesan kepada
rakan sebaya terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS
bukan sahaja bertugas memberi nasihat atau membantu menyelesaikan
masalah rakan-rakan tetapi dia juga menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela untuk
memberikan khidmat kepada sistem sekolah.
• Pembimbing Rakan Sebaya membawa erti yang sama dengan
Kaunselor Sebaya, Pembantu Pelajar atau Pembimbing Sebaya.
BAB 11 AKTIVITI KOKURIKULUM 197
Rasional Perlunya PRS
• Khidmat pertolongan yang semakin bertambah.
• Menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik bagi tujuan
untuk membimbing rakan-rakan sebaya mereka ke arah perlakuan yang
lebih positif.
• Menyediakan saluran untuk rakan mencurahkan perasaan yang
mungkin sukar dilepaskan kepada orang dewasa.
• Sebagai khidmat sokongan dalam memberikan bimbingan dan perhatian
kepada masalah salah laku di kalangan pelajar.
Falsafah PRS
• Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh rakan
sebaya menjadi penting.
• Pengaruh rakan sebaya merupakan satu bentuk tenaga yang kuat untuk
membawa rakan-rakan ke arah positif atau negatif.
• Latihan PRS dapat menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan
sebaya ini secara positif melalui menjadi kawan dan model (contoh
ikutan) yang baik.
Matlamat PRS
• Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
• Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar.
• Membantu membina pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai
murni berasaskan kepercayaan kepada Tuhan.
• Memupuk menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa dan rela
untuk menolong, dan yang boleh hidup dalam satu masyarakat yang
majmuk.
Objektif PRS
• Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberikan pertolongan
kepada rakan-rakan mereka.
• Melatih PRS kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi
dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.
• Membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah salahlaku secara
tidak formal dengan menggunakan pengaruh positif PRS.
• Membina satu perkhidmatan sokongan dalam bidang bimbingan dan
kaunseling untuk mengisi keperluan atau pertambahan tuntutan dalam
khidmat ini.
Fungsi PRS
• Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai satu saluran tidak formal
untuk kawan mencurahkan perasaan mereka.
• Sebagai peninjaurasa rakan-rakan untuk membolehkan Guru Kaunseling
menjalankan program-program yang berorientasikan pencegahah
(preventive).
• Penghubung kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling jika perlu terutama
bagi kes rujukan.
198 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
Siapa PRS
• Dua kategori pelajar atau gabungan kedua-duanya.
• Kumpulan pelajar yang baik iaitu
o mempunyai pencapaian akademik yang baik
o berminat untuk menolong orang lain
o memiliki tret-tret personaliti yang stabil
o mengamalkan sikap positif
o latar belakang kehidupan yang stabil.
• Kumpulan pelajar yang kurang berkesan iaitu
o kerap melakukan salahlaku disiplin
o pemimpin kelompok kecil yang tidak formal dan berpengaruh
serta berpotensi untuk bertingkah laku negatif
o lemah dalam pengurusan diri
o mempunyai motivasi diri yang rendah.
Pendekatan PRS
• Perkembangan Diri (Self-development)
• PRS dilatih untuk memahami dan memperbaiki diri dan berusaha
mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.
• Faham diri, maka PRS lebih faham dan peka terhadap perasaan
orang lain. Berupaya melihat sesuatu secara lebih objektif.
• Menghalang (Preventive)
• PRS menjadi penggerak kepada perubahan perlakuan dan dijadikan
sebagai contoh ikutan (role model).
• Menanam sifat-sifat mulia supaya dapat dipraktik dan disebarkan
melalui pengaruh PRS dan seterusnya memberikan pengukuhan
kepada perlakuan yang positif.
Etika PRS
• Amanah (confidential) iaitu kerahsiaan. Menyimpan rahsia merupakan
etika PRS yang paling penting.
• Menghormati hak rakan untuk berkongsi perasaan dan menerima rakan
tanpa prasangka atau membuat generalisasi umum (penerimaan tanpa
syarat).
• Memberi pertolongan dengan jujur dan memahami batasan (limitasi)
diri.
• Menghormati sekatan-sekatan agama, peraturan sekolah, norma-norma
masyarakat dan budaya.
• Menyedari limitasi atau kemampuan diri dan merujuk kes yang sukar
ditolong kepada Guru Kaunseling.
Aspek Pertolongan
• Tidak Formal
• Menjadi kawan yang peka dan prihatin.
• Mendengar dengan empati dan dapat memberikan respon yang
menggalakkan.
BAB 11 AKTIVITI KOKURIKULUM 199
• Melihat masalah dengan lebih objektif.
• Menjadi saluran tidak formal kepada Guru Kaunseling untuk
mendapatkan maklumat permasalahan pelajar.
• Formal
• Menjalankan aktiviti atau projek seperti
§ Projek Tutor-Tuti
§ Projek Adik Angkat
§ Orientasi pelajar baru
§ Kelompok perbincangan (study group)
§ Kofasilitator dalam kaunseling kelompok
§ Membantu unit melaksanakan aktiviti bimbingan
dan kaunseling seperti mengendalikan ceramah,
kempen, pameran, pertandingan dan sebagainya
yang bertujuan untuk membantu rakan.
Jenis Latihan
• Praktik (Amali)
§ Belajar melalui pengalaman dalam kehidupan.
• Rujukan dan bacaan.
Kaedah Latihan
• Kuliah
• Permainan
• Main peranan
• Perbincangan terpimpin dan percambahan fikiran
• Simulasi
• Perbincangan kelompok kecil
• Sumbangsaran (brainstorming)
• Ceramah.
Cadangan Skop Latihan Asas
• KESEDARAN KENDIRI
• Memahami tentang kelebihan dan kekurangan diri untuk membina
keyakinan.
• Peka kepada perasaan orang lain.
• Menerima dan menghormati seperti mana diri mahu diterima dan
dihormati.
• Sifat menolong berasaskan amanah, jujur dan tulen.
• PSIKOLOGI PERKEMBANGAN REMAJA
• Definisi remaja
• Perkembangan remaja
§ Tugas pengembangan (Havinghurst).
§ Hirarki Maslow (Teori Keperluan Manusia).
§ Personaliti, konsep kendiri dan imej kendiri.
§ Perkembangan fisiologikal, psikologikal, psikososial
dan seksual.
200 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
• ISU-ISU REMAJA
• Remaja dan krisis identiti.
• Penglibatan remaja dengan rokok, dadah, inhalan dan pil-pil
psikotropik (syabu, ectacy dan sebagainya).
• Tingkah laku delinkuens, juvana, maladaptif, vandalisme,
gangsterisme dan sebagainya.
• ASAS-ASAS KOMUNIKASI
• Definisi komunikasi.
• Jenis dan bentuk komunikasi.
• Komunikasi yang sihat dan berkesan.
• Halangan dalam komunikasi yang boleh menimbulkan masalah.
• Mengamalkan komunikasi membina berdasarkan kejujuran dan
ketulenan.
• ASAS-ASAS KAUNSELING
• Konsep kaunseling
§ Definisi
§ Falsafah
§ Ciri-ciri kaunselor yang berkesan.
• Kemahiran asas kaunseling*
§ Tingkah laku melayan.
§ Kemahiran mendengar.
§ Kemahiran memberi perhatian.
§ Kemahiran memberi respon yang menggalakkan.
§ Kemahiran memberi dan menerima maklumbalas yang
menolong.
• Proses kaunseling*
§ Membina hubungan.
§ Penerokaan.
§ Mengenalpasti dan memilih masalah.
§ Memilih alternatif.
§ Mengambil tindakan.
§ Penamatan sesi.
* Maklumat yang diberikan adalah pada tahap yang asas sahaja.
Cadangan Untuk Latihan Lanjutan
• Kemahiran berucap
• Kemahiran kepemimpinan
• Kemahiran belajar berkesan
• Kemahiran menyelesaikan masalah
• Kemahiran membuat keputusan
• Kemahiran asertif (tegas diri)
• Kemahiran memilih prioriti
• lain-lain yang sesuai, mempunyai ruang masa dan mampu dikendali.
Cadangan Ujian dan Inventori
• Pengetahuan tentang kandungan kursus
BAB 11 AKTIVITI KOKURIKULUM 201
- Ujian pra dan ujian pos
• Konsep kendiri
- Skala Konsep kendiri Tennessee
• Personaliti
- Inventori Personaliti Warna
- Inventori Personaliti Junior Eysenck
- Inventori Personaliti Sidek
• Kepimpinan
- Ujian Personaliti Stres
• Penilaian Kursus atau Latihan
- Penilaian semasa
- Ujian penilaian keseluruhan
Catatan : Pemilihan inventori psikometrik mengikut kemampuan jurulatih.
Pengiktirafan
• Layak menjalankan sesi temubual dengan rakan (membantu rakan)
• Penganugerahan Sijil.
TUGAS JURULATIH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Dalam buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah
yang digunakan oleh Guru Kaunseling sebagai catatan rekod kerja mereka telah
menyenaraikan beberapa tugas personel yang melibatkan kumpulan PRS. Di antara
kriteria dan tugas-tugas sebagai jurulatih PRS adalah seperti berikut :
1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang bimbingan dan
kaunseling.
2. Merancang, menyelia dan melaksanakan program PRS.
3. Membuat pemilihan ahli pasukan PRS berdasarkan pelajar yang
• pernah menjadi ahli PRS
• berminat
• mempunyai ciri-ciri dan personaliti PRS
• mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri yang menonjol atau
• ingin membina kepimpinan diri yang positif.
4. Mengadakan mesyuarat agung.
5. Melatih PRS di peringkat sekolah.
6. Menjadi fasilitator dalam aktiviti-aktiviti PRS di sekolah.
7. Menjadi guru pengiring / fasilitator bagi kursus-kursus PRS anjuran daerah,
negeri atau kebangsaan.
8. Mengawalselia dan menasihat ahli-ahli PRS dalam peningkatan prestasi
akademik dan sahsiah.
9. Membimbing PRS dalam memainkan peranannya di sekolah.
10. Menjadi pakar rujuk (konsultasi) terhadap isu-isu dari ahli-ahli PRS.
11. Menggalakkan ahli-ahli PRS melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
12. Memastikan setiap ahli PRS membuat laporan aktiviti di dalam buku rekod
PRS.
202 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
SKIM LENCANA ANTIDADAH
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan
Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah pada tahun 2003. Di bawah program dan
aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah, Skim Lencana Antidadah
atau SLAD merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum. Buku Log Skim
Lencana Antidadah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)
telah menetapkan kurikulum Skim Lencana Antidadah yang perlu dilaksanakan oleh
jurulatih SLAD dan penjelasan tentang konsep, tujuan dan kaedah bagaimana untuk
menggunakan buku log tersebut.
KURIKULUM SKIM LENCANA ANTIDADAH
Terbahagi kepada dua bahagian
• Bahagian 1 : Teori (Pemberian Maklumat)
• Bahagian 2 : Amali
Bahagian 1 (Teori)
• Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian.
• Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi.
• Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya.
• Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain.
• Sebab dan kesan merokok.
• Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah.
• Bahan dan kesan inhalan.
• Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya.
• Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati.
Bahagian 2 (Amali)
Aktiviti Wajib
• Buku skrap mengumpul maklumat berkenaan dadah.
• Lawatan antidadah dan kerjaya.
• Menyertai aktiviti antidadah yang dijalankan oleh agensi lain.
• Perbualan dengan 10 orang (rakan sebaya, guru dan lain-lain).
Aktiviti Pilihan (Sekurang-kurangnya 4)
• Pertandingan melukis poster
• Pertandingan esei
• Pertandingan sajak (menulis dan mendeklamasi)
• Pertandingan kuiz
• Pertandingan nasyid
• Pertandingan drama sebabak (sketsa).
TUGAS JURULATIH SKIM LENCANA ANTIDADAH
Sehingga kini tiada panduan tugas yang terperinci bagi jurulatih SLAD. Kursus
kejurulatihan SLAD terlalu banyak menekankan aspek kemahiran interpersonal,
BAB 11 AKTIVITI KOKURIKULUM 203
pembinaan kendiri positif dan maklumat berkaitan pencegahan dadah. Walaupun
begitu, kriteria dan tugas-tugas jurulatih SLAD yang berikut dapat menjayakan
aktiviti skim lencana tersebut.
1. Pernah mengikuti kursus jurulatih SLAD di peringkat daerah atau negeri.
2. Merancang, menyelia dan melaksana aktiviti SLAD berdasarkan buku Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
3. Membantu dan melatih ahli SLAD menjalankan aktiviti berdasarkan buku log
Skim Lencana Antidadah, Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012 yang telah
dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).
4. Membuat pemilihan ahli-ahli SLAD berdasarkan
• Ahli pasukan pakaian seragam sekolah yang terdiri daripada pelbagai
pasukan.
• Pernah menjadi ahli SLAD.
• Berminat, rajin, kreatif dan memiliki ciri personaliti yang baik.
• Sanggup berkhidmat secara sukarela setelah tamat sekolah.
5. Menggalakkan ahli SLAD menjadi ahli PEMADAM dan menyertai program
SAHABAT PEMADAM.
6. Menjadi fasilitator dalam semua aktiviti SLAD di sekolah.
7. Menjadi guru pengiring atau fasilitator bagi aktiviti pendidikan pencegahan
dadah anjuran daerah, negeri atau kebangsaan.
8. Memastikan ahli-ahli SLAD menjalankan aktiviti dan melengkapkan Buku Log
SLAD bagi memenuhi syarat untuk anugerah iaitu melayakkan ahli menerima
sijil dan lencana SLAD.
KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA
Kelab Bimbingan dan Kerjaya ditubuhkan bertujuan untuk memberikan sokongan
kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Di samping itu, ahli-ahli
kelab diberikan pendedahan tentang fungsi dan peranan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling, mereka juga mendapat pendedahan tentang peluang melanjutkan
pelajaran dan pendidikan kerjaya. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah
seperti berikut :
• Membantu mengemas dan menyusun atur bilik bimbingan dan kaunseling.
• Mengadakan aktiviti berkaitan peluang belajar dan kerjaya seperti lawatan
kerjaya, minggu kerjaya, pameran kerjaya serta penganjuran pertandingan
berkaitan kerjaya.
• Mengumpul maklumat kerjaya dan pendidikan dengan cara menghubungi
pihak-pihak luar atau membuat keratan akhbar bagi tujuan pengumpulan
maklumat dalam bentuk buku skrap atau maklumat berkomputer.
• Mengemaskini, mempamer dan menyimpan maklumat secara sistematik.
• Mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dijalankan dalam bentuk
minit mesyuarat atau laporan aktiviti kelab.
TUGAS PENASIHAT KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA
1. Merancang, menyelia dan melaksanakan program dan juga aktiviti Kelab
Bimbingan dan Kerjaya.
204 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
2. Menubuhkan kelab :
• Mencari atau memilih ahli kelab.
• Mengadakan mesyuarat agung.
• Menentukan dasar atau perlembagaan kelab.
3. Memastikan aktiviti kelab berjalan lancar
• AJK menjalankan mesyuarat.
• Menjalankan aktiviti kelab.
4. Menggalak dan memastikan ahli kelab menyertai aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
5. Bertindak secara langsung sebagai fasilitator dalam urusan kursus-kursus,
pameran atau kempen yang dijalankan.
6. Menyelaras penggunaan Buku Panduan Kerjaya.
7. Membuat penilaian program kelab.
8. Menilai dan membuat laporan tentang keberkesanan program kerjaya peringkat
sekolah.
KELAB BIMBINGAN
Di sekolah rendah, Guru Bimbingan boleh menubuhkan Kelab Bimbingan. Ahli-
ahli kelab perlulah dipilih dari kalangan pelajar tahap dua yang berminat dan rajin
membantu guru. Tujuan kelab ditubuhkan ialah untuk membantu Guru Bimbingan
dan memberikan pengetahuan kepada pelajar seperti
• Keceriaan bilik bimbingan.
• Pengumpulan bahan maklumat di bilik bimbingan.
• Membantu Guru Bimbingan menganjurkan seminar atau bengkel berkaitan
bimbingan belajar, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental dan
sebagainya.
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli kelab tentang pelbagai maklumat
berkaitan kemahiran belajar, berkomunikasi secara berkesan, pembinaan
kendiri, peluang belajar, kerjaya dan sebagainya.
• Menjalankan aktiviti kelab seperti membantu rakan, menjadi penghubung
antara rakan dengan Guru Bimbingan, mengadakan lawatan, membuat kerja
amal dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan konsep bimbingan.
• Melatih ahli mengurus dan menjalankan aktiviti kelab seperti menjalankan
mesyuarat dan menyediakan laporan kegiatan kelab.
KELAB ANTIJENAYAH
Kelab Antijenayah merupakan kelab yang baru dimasukkan sebagai salah satu kelab
dalam aktiviti kokurikulum. Orientasi utama kegiatan kelab ialah dalam bentuk
perkembangan dan pencegahan. Ahli-ahli kelab didedahkan dengan pelbagai aspek
perundangan berkaitan jenayah, menyemai nilai-nilai dan perlakuan yang baik serta
menghindarkan diri dari terjebak dengan perlakuan-perlakuan jenayah. Di antara
aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut :
• Mengadakan aktiviti berkaitan antijenayah seperti pameran berkaitan
keselamatan, ceramah undang-undang dan keselamatan, minggu sifar anti-
salah laku disiplin, minggu bersopan santun dan sebagainya.
BAB 11 AKTIVITI KOKURIKULUM 205
• Mengumpul maklumat berkaitan pendidikan antijenayah dengan cara
menghubungi pihak polis atau membuat keratan akhbar untuk dijadikan
bahan pengumpulan maklumat.
• Mengemaskini, mempamer dan menyimpan maklumat dengan cara yang
sistematik.
• Mengadakan aktiviti-aktiviti lawatan ke penjara, pusat pemulihan akhlak,
menghadiri perbicaraan di mahkamah atau program sehari bersama polis.
• Mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dijalankan dalam bentuk
minit mesyuarat atau laporan aktiviti kelab.
TUGAS PENASIHAT KELAB ANTIJENAYAH
1. Merancang, menyelia dan melaksanakan program dan aktiviti bagi Kelab Anti-
jenayah.
2. Menubuhkan kelab :
• Mencari dan memilih ahli kelab.
• Mengadakan mesyuarat agung.
• Menentukan dasar atau perlembagaan kelab.
3. Memastikan aktiviti kelab berjalan lancar
• AJK menjalankan mesyuarat.
• Menjalankan aktiviti kelab.
4. Menggalak dan memastikan ahli kelab menyertai aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
5. Bertindak secara langsung sebagai fasilitator dalam urusan mengadakan
pameran atau kempen keselamatan yang dijalankan.
6. Membuat penilaian keberkesanan program atau aktiviti kelab yang telah
dijalankan.
PENYELARASAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Semua program dan aktiviti kokurikulum bimbingan dan kaunseling perlu diselaras-
kan dengan Unit Kokurikulum. Penyelarasan perlu dibuat kerana ianya melibatkan
penyertaan pelajar, keperluan terhadap komitmen dan kerjasama guru-guru dan
penyelarasan jadual aktiviti kokurikulum.
1. Kegiatan kokurikulum di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling perlulah
diiktiraf sama atau setara dengan kegiatan kokurikulum yang lain yang
dijalankan oleh Unit Kokurikulum sekolah. Misalnya Kelab Bimbingan
dan Kerjaya dan Kelab Antijenayah diletakkan di bawah kategori kelab dan
persatuan.
2. Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan Skim Lencana Antidadah adalah
unit sokongan bagi kepimpinan sekolah iaitu sama dan setara dengan Badan
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama dan Badan
Ketua Kelas. Keanggotaan bagi pasukan ini biasanya dipilih sama seperti
badan-badan sokongan kepimpinan yang lain.
3. Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum bimbingan dan kaunseling
perlu diagihkan oleh Unit Kokurikulum berdasarkan pilihan dan minat
pelajar. Pemilihan aktiviti kokurikulum pelajar mestilah berdasarkan syarat
206 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
penyertaan pelajar iaitu setiap pelajar diberi pilihan untuk memilih satu
penyertaan di dalam setiap kategori aktiviti kokurikulum iaitu unit pakaian
seragam, kelab dan persatuan serta permainan.
4. Penglibatan dan pengagihan guru-guru lain sebagai penasihat atau jurulatih
perlu diberi keutamaan kepada guru-guru yang berminat atau mempunyai
pengalaman dalam aktiviti kokurikulum bimbingan dan kaunseling.
5. Penyelarasan dari segi jadual kegiatan kokurikulum perlu ditentukan atau
diselaraskan oleh Unit Kokurikulum.
6. Jika Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber atau Pengawas Asrama
diberikan tauliah perlantikan maka Pembimbing Rakan Sebaya juga perlu
diberikan tauliah yang sama. Bezanya PRS hanya diberi tauliah setelah
mereka berjaya menamatkan sesi latihan sebagai PRS.
7. Aktiviti Skim Lencana Antidadah boleh dijalankan di bawah Jawatankuasa
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah. Kelab Antijenayah juga
boleh dikendalikan oleh Guru Disiplin. Keputusan perlu dibuat oleh pihak
pengurusan sekolah (Pengetua) atau Penolong Kanan Kokurikulum.
TUGAS-TUGAS KHAS BAB
12
PRIORITI BIDANG TUGAS
Bagi memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan dengan
berkesan, setiap personel perlu merancang, membuat analisis, menstruktur semula,
membina jadual bertugas yang lengkap dan seimbang serta menjalankan penilaian
perkhidmatan. Jika mereka terlibat dalam tanggungjawab mengajar mata pelajaran
akademik, personel perlu mengagihkan masa mengajar dengan masa melaksanakan
perkhidmatan. Setiap personel perlu memberikan keutamaan atau prioriti terhadap
khidmat tertentu ketika melaksanakan perkhidmatan mengikut susunan keutamaan
tugas atau komitmen seperti berikut :
1. Khidmat bimbingan
• Bimbingan individu
• Bimbingan kelompok
• Menyediakan rekod sesi.
2. Intervensi kaunseling
• Kaunseling individu
• Kaunseling kelompok
• Menyediakan rekod sesi.
3. Khidmat perundingan
• Perundingan ibu bapa
• Perundingan guru
• Perundingan dengan pihak pengurusan sekolah
• Menyediakan rekod sesi.
4. Pengurusan
• Menyediakan sasaran kerja, perancangan tahunan dan perancangan
mengikut bidang (tambahan : perancangan strategik)
• Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling
• Menyediakan data dan maklumat pelajar
• Menguruskan sistem fail dan surat menyurat berkaitan dengan unit
• Menguruskan resos, kewangan dan perbelanjaan
• Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan
• Keceriaan bilik bimbingan dan kaunseling
• Sebaran maklumat dan ‘out-reach’
• Menganjurkan pameran, pertandingan atau lawatan
• Penyertaan pelajar dalam aktiviti unit atau sekolah
• Menyediakan pelaporan (dokumentasi) program dan aktiviti
• Menyediakan laporan bulanan dan tahunan perkhidmatan
• Penilaian dan akauntabiliti.
5. Pengurusan program mengikut bidang
• Akademik
• Kerjaya
• Psikososial dan Kesejahteraan Mental
• Pembangunan, Kepimpinan atau Permasalahan Pelajar
208 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
• Pendidikan Pencegahan Dadah, AIDS dan HIV
• Keibubapaan.
6. Aktiviti kokurikulum
• Pembimbing Rakan Sebaya
• Kelab Bimbingan atau Kelab Bimbingan dan Kerjaya
• Kelab Antijenayah
• Skim Lencana Antidadah (SLAD).
7. Tugas-tugas khas
• Setiausaha Jawatankuasa program tertentu
• Penyelaras program mentor-mentee atau minggu suaikenal
• Menganggotai Jawatankuasa tertentu dan menghadiri mesyuarat
• Penglibatan dalam program, aktiviti atau majlis di sekolah.
8. Tugas dan urusan di luar sekolah
• Menyertai program atau aktiviti anjuran PPD, JPN atau KPM
• Memenuhi jemputan sekolah, agensi atau NGO
• Kegiatan kemasyarakatan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pasti akan ‘tenggelam timbul’
sekiranya perkhidmatan bimbingan pelajar dan juga intervensi kaunseling tidak
diberikan keutamaan kerana ianya merupakan ‘core business’ dan menjadi simbol
kewujudan perkhidmatan tersebut di sekolah. Jika dianalisis semula, kebanyakan
personel lebih banyak menumpukan kepada kegiatan atau terlibat secara berlebihan
dalam aktiviti yang tidak banyak membantu pelajar. Kebanyakan personel menjadi
sibuk apabila ‘membuat kerja orang lain’ dan ‘meninggalkan kerja sendiri’. Bak
kata pepatah ‘kerja orang dijunjung, kerja sendiri dikelek’ (kadangkala kerja sendiri
terus diabaikan!).
TANGGUNGJAWAB MENGAJAR
Bagi Guru Bimbingan, mereka diberikan tanggungjawab mengajar mata pelajaran
tertentu. Bagaimanapun bilangan atau jumlah waktu yang diperuntukkan kepada
personel adalah sedikit berbanding dengan guru-guru lain. Kelonggaran yang telah
diberikan membolehkan personel mengurus khidmat bimbingan di sekolah rendah
supaya menjadi lebih efesien dan dapat berfungsi dengan baik. Memang tidak dapat
dinafikan, ada juga Guru Bimbingan yang dibebankan dengan jumlah waktu yang
banyak iaitu menyamai jumlah waktu mengajar bagi guru-guru akademik. Ada juga
personel yang diarah untuk mengajar mata pelajaran melibatkan kelas peperiksaan.
Jika keadaan ini berlaku, pasti perkhidmatan bimbingan tidak akan dapat dijalankan
dengan sempurna kerana personel perlu menyempurnakan tanggungjawab mengajar
yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, personel terpaksa melipatgandakan tenaga
dan komitmen bagi memenuhi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan
bimbingan dengan sempurna dan berkesan.
Bagi Guru Kaunseling, mereka merupakan personel yang berkhidmat atau
diarahkan supaya melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara
sepenuh masa. Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil Guru Kaunseling
yang diarahkan untuk mengajar mata pelajaran tertentu dan pada ketika yang sama
mereka juga diminta melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ada
juga personel yang berasa ‘kempunan mengajar’ lantas meminta pihak pengurusan
BAB 12 TUGAS-TUGAS KHAS 209
sekolah memberikan mereka beberapa waktu mengajar secara sukarela. Arahan
untuk diberikan kelonggaran atau bertugas secara sepenuh masa telah dikeluarkan
maka terpulanglah kepada pihak pengurusan sekolah atau personel untuk mentafsir,
menimbang dan melaksanakannya.
PENGLIBATAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Di sekolah menengah, Guru Kaunseling dianggap sebagai personel yang serba-serbi
boleh, aktif, bertenaga, tidak berkira dan dinamik. Di atas tanggapan yang luarbiasa
itu, mereka diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan sekolah untuk menguruskan
beberapa program, aktiviti atau jawatankuasa di peringkat sekolah. Kadang-kadang
keadaan sebaliknya berlaku di mana wujud tanggapan bahawa Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling mempunyai ruang masa yang ‘terlalu banyak’ berbanding dengan
guru-guru lain terutama apabila Unit Bimbingan dan Kaunseling kelihatan langsung
‘tidak bermaya’ atau tidak berfungsi. Ekoran dari persepsi tersebut maka pelbagai
peranan dan tugas-tugas sampingan perlu dibebankan ke atas bahu personel supaya
personel tidak dituduh ‘makan gaji buta’.
Di antara tugas-tugas khas yang diberikan ialah menjadi setiausaha bagi
jawatankuasa tertentu seperti Program Sekolah Selamat, Program Kelas Tambahan
Pelajar-Pelajar Asrama, Majlis Minggu Suaikenal Pelajar, Pendidikan Pencegahan
Dadah Sekolah dan sebagainya. Ada juga personel yang dilantik sebagai warden
asrama. Malah ada yang dilantik sebagai ketua warden. Jika keadaan ini berlaku
maka personel perlulah mencari sumber tenaga tambahan supaya ‘yang dikendung
tidak berciciran dan yang dikejar semakin nampak’.
Dari segi keperluan bidang tugas dan tanggungjawab, Guru Bimbingan dan
Guru Kaunseling perlu menyertai bersama beberapa jawatankuasa yang diwujudkan
di sekolah. Keterlibatan personel dapat memberikan maklumat berkaitan keperluan
pelajar dan perkongsian idea menangani masalah pelajar dan aspek-aspek berkaitan.
Di antara jawatankuasa yang perlu disertai bersama oleh personel ialah
• Majlis Perancangan Sekolah
• Lembaga Tatatertib
• Jawatankuasa Kewangan Sekolah
• Jawatankuasa Kurikulum
• Jawatankuasa Kokurikulum
• Jawatankuasa Disiplin
• Jawatankuasa Asrama
• Jawatankuasa lain yang ada kaitan dengan maslahat atau kebajikan
pelajar.
Kadang-kadang personel juga diberi peranan dan turut terlibat sama dalam
beberapa majlis atau upacara tertentu yang dijalankan di peringkat sekolah seperti
Hari Ucapan atau Hari Kecemerlangan Pelajar, Hari Kokurikulum, Hari Kantin dan
sebagainya. Lazimnya peranan yang diberikan kepada personel adalah kecil iaitu
sekadar membantu bagi menjayakan majlis. Bagaimanapun, keterlibatan personel
dianggap penting kerana personel tidak seharusnya terasing dalam dunianya sendiri
kerana mereka juga adalah seorang guru dan warga sekolah.
Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling juga turut serta memberi sumbangan
dalam aktiviti sukan pelajar iaitu olahraga dan permainan. Terdapat beberapa orang
210 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
personel yang terlibat menjadi jurulatih sukan permainan seperti bola sepak, hoki,
sepak takraw, bola baling dan sebagainya. Tanggungjawab menjadi jurulatih sukan
permainan adalah bergantung kepada minat, kebolehan, pengalaman dan komitmen
secara sukarela dari personel itu sendiri. Walaupun begitu, penglibatan personel
tidaklah sehingga menjejaskan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberikan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Semasa temasya sukan olahraga tahunan,
personel juga terlibat sama menjadi guru rumah sukan dan ada kalanya menjadi
ketua rumah sukan. Begitulah kelebihan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
kerana mereka mampu menjadi ‘guru yang berlebih-lebihan dari guru-guru lain’.
Di samping tugas-tugas di sekolah, kerap kali Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling diminta menjadi guru pengiring kepada pelajar yang terlibat dalam
pelbagai aktiviti di luar sekolah. Rasional kenapa mereka diberikan tugas menjadi
guru pengiring ialah personel tidak terlibat dengan tugasan mengajar. Oleh itu
ketidakhadiran mereka di sekolah tidak akan menjejaskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Jadi tidak hairanlah ada personel yang mengeluh, malah
ada yang ‘komplen’ kerana terpaksa keluar untuk menguruskan urusan yang tiada
kaitan langsung dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
TUGAS-TUGAS KHAS DI LUAR SEKOLAH
Sebagai seorang personel yang autentik dan profesional, Guru Bimbingan dan Guru
Kaunseling perlu mengimbangi kegiatan luarnya dengan tanggungjawab terhadap
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Khidmat personel
di sekolah merupakan ‘core business’ dan perlu dibereskan sebelum melaksanakan
kegiatan luar sekolah. Dalam keadaan dan ‘musim’ tertentu, personel menghadapi
dilema kerana terlalu banyak kegiatan atau program dijalankan di peringkat daerah
atau negeri. Personel ‘tidak menang tangan’ ke hulu ke hilir, mundar mandir dan
ada yang langsung ‘tidak lekat di sekolah’ kerana menguruskan sesuatu tugasan
yang bukan menjadi ‘periuk nasinya’.
Kegiatan atau khidmat di luar sekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu
komitmen terhadap Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan
memenuhi jemputan atau menawarkan perkhidmatan kepada agensi-agensi atau
institusi luar. Jika personel sibuk menjalankan tugas berkaitan Jabatan Pelajaran
Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah masih ada rasionalnya. Tetapi jika kegiatan
banyak ditumpukan kepada aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan institusi
pendidikan maka personel perlu menggunakan timbangtara sebelum menyatakan
kesanggupan untuk melaksanakannya.
Lazimnya personel dibenarkan membuat tuntutan perjalanan bagi setiap
khidmat yang telah diberikan. Kadar tuntutan adalah berbeza bagi jenis tugasan
sama ada tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri atau tambang teksi
bagi satu tempat duduk. Kadang-kadang jika tersilap langkah personel tidak akan
mendapat apa-apa bayaran. Jika keadaan sedemikian berlaku, personel tidak perlu
‘menjeruk rasa’ dan anggaplah ianya sebagai sumbangan kebajikan untuk negara,
agama dan anak-anak bangsa.
Di antara kegiatan atau tugas-tugas di luar sekolah yang melibatkan Pejabat
Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri ialah
1. Menghadiri mesyuarat atau taklimat anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan
Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
BAB 12 TUGAS-TUGAS KHAS 211
2. Menghadiri mesyuarat atau taklimat anjuran Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
3. Menghadiri kursus, seminar, pameran, perasmian majlis tertentu anjuran
Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
4. Menyediakan modul atau input-input kursus bagi kursus atau perkhemahan
pelajar yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid atau Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah.
5. Mengendalikan kursus, perkhemahan, seminar, kolokium, pertandingan,
pameran dan pelbagai aktiviti untuk pelajar anjuran Unit Hal Ehwal Murid atau
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Lazimnya, Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling dilantik sebagai urusetia, fasilitator atau penceramah bagi kursus,
perkhemahan, seminar atau kolokium.
6. Menjadi guru pengiring bagi pelajar yang mewakili daerah atau negeri bagi
pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
7. Menghadiri kursus atau seminar peningkatan profesionalisme dalam bidang
bimbingan dan kaunseling atau psikologi anjuran Jabatan Pelajaran Negeri
atau Pejabat Pelajaran Daerah
8. Diminta atau diarahkan oleh Unit Hal Ehwal Murid atau Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah sama ada menjadi wakil Jabatan Pelajaran Negeri atau
Pejabat Pelajaran Daerah untuk menyampaikan ceramah bagi kursus-kursus
anjuran agensi-agensi luar seperti jabatan kerajaan, agensi-agensi tertentu atau
badan bukan kerajaan.
9. Diminta atau diarahkan oleh Unit Hal Ehwal Murid atau Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah sama ada mewakili Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah untuk menghadiri kursus, seminar, konvensyen atau forum
anjuran Kementerian Pelajaran atau agensi luar.
Kadang-kadang personel terutamanya Guru Kaunseling menerima pelbagai
jemputan dari sekolah-sekolah yang berhampiran, institusi pengajian tinggi, agensi-
agensi awam atau badan bukan kerajaan untuk membantu mereka dalam kursus atau
ceramah yang mereka kendalikan. Kepakaran personel yang boleh dimanfaatkan
seperti kepakaran dalam bidang kaunseling atau psikologi, kemahiran atau teknik
belajar berkesan, motivasi pelajar, kemahiran pengurusan diri dan kepimpinan atau
pendidikan keibubapaan. Biasanya personel akan diberikan sedikit ganjaran atau
cenderahati bagi setiap khidmat yang diberikan. Di antara kegiatan atau komitmen
personel ialah
1. Memenuhi jemputan daripada sekolah menengah atau sekolah rendah yang
berhampiran, institusi pengajian tinggi, agensi awam, agensi swasta atau badan
bukan kerajaan untuk menjadi penceramah atau fasilitator bagi kursus, seminar
atau program anjuran mereka.
• Jemputan dari sekolah-sekolah yang berhampiran
– Penceramah motivasi, kemahiran belajar, pengurusan diri dan
kepimpinan pelajar.
– Membantu mengendalikan kursus anjuran pihak sekolah lain seperti
kursus motivasi, kemahiran belajar atau kepimpinan.
– Membantu mengendalikan kursus atau seminar keibubapaan.
– Membantu mengendalikan kursus perkembangan staf berkaitan motivasi
diri, kepimpinan atau pengetahuan tertentu.
• Jemputan agensi awam, agensi swasta, Institusi Pengajian Tinggi atau
212 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN
badan bukan kerajaan
– Penceramah motivasi, pengurusan diri, kepimpinan dan psikologi.
– Menjadi fasilitator bagi mengendalikan latihan dalam kumpulan (LDK).
– Mengendalikan kursus motivasi dan kemahiran belajar kepada pelajar-
pelajar sekolah yang dianjurkan oleh agensi swasta.
– Memenuhi jemputan pihak media massa seperti radio atau televisyen
untuk slot motivasi mereka.
2. Menawarkan diri menjadi pensyarah, tutor atau jurulatih sambilan bagi pelajar
IPTA atau IPTS
– Jurulatih Kokurikulum seperti Kaunselor Rakan Sebaya
– Pensyarah atau tutor sambilan dalam bidang yang berkaitan dengan
pendidikan, kaunseling atau psikologi.
3. Menawarkan khidmat kaunseling dengan agensi perkhidmatan kaunseling.
Buat masa ini agensi perkhidmatan kaunseling hanya terdapat di bandar-bandar
besar sahaja. Setiap personel yang terlibat perlu mendapatkan lesen sebagai
seorang Kaunselor Berdaftar. Bagi setiap khidmat kaunseling yang diberikan,
pelanggan akan dikenakan bayaran. Personel diberikan ganjaran mengikut
khidmat kepakaran yang telah mereka diberikan.
KHIDMAT MASYARAKAT
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling turut terlibat sama secara aktif di dalam
memberikan khidmat masyarakat. Kegiatan, komitmen dan sumbangan diberikan
adalah secara sukarela. Antara agensi-agensi yang boleh disumbangkan khidmat
bakti ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama atau badan-badan bukan
kerajaan (NGO) seperti PEMADAM, PROSTAR atau badan NGO mengenai AIDS
dan sebagainya. Di antara khidmat sumbangan yang boleh diberikan ialah menjadi
ahli kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh agensi-agensi seperti Jawatankuasa
Kebajikan Kanak-Kanak daerah atau negeri. Personel boleh turut sama membantu
jawatankuasa menjalankan kegiatan menangani masalah atau kes-kes penganiayaan,
pengabaian atau penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga. Terdapat
juga personel yang menawarkan diri untuk memberikan khidmat kaunseling bagi
membantu pejabat kebajikan masyarakat atau pejabat agama setempat. Khidmat
kaunseling diberikan kepada orang awam yang dirujuk yang memerlukan khidmat
nasihat berkaitan masalah-masalah peribadi, keluarga atau pun pergolakan rumah
tangga. Bagi personel yang berminat dan suka melakukan kerja-kerja sukarela juga
boleh memberikan sumbangan dengan menjadi ahli serta menyertai program dan
aktiviti anjuran agensi PEMADAM, PROSTAR atau NGO mengenai AIDS.
Bahagian Empat
MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU
BERKAITAN
BAB 13
Merekodkan Perkhidmatan
BAB 14
Penilaian Perkhidmatan
BAB 15
Menangani Isu-Isu Berkaitan
MEREKODKAN PERKHIDMATAN BAB
13
BUKU REKOD PERKHIDMATAN
Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan atau Bimbingan dan Kaunseling merupakan
dokumen pengenalan yang paling utama bagi personel Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah. Setiap rekod yang dicatatkan merupakan manifestasi dari
kewujudan, kehadiran, keterlibatan dan komitmen personel Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling dalam sesebuah sekolah. Ianya juga dapat memberikan gambaran
sejauhmana personel telah dapat berfungsi dan turut memberikan sumbangan dalam
pengurusan dan persekitaran sesebuah sekolah. Tanpa pengenalan atau identiti ini,
personel mungkin menghadapi pelbagai tohmahan, persepsi negatif atau dituduh
tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Keadaan tersebut berlaku disebabkan
personel lebih banyak terlibat di dalam peranan dan aktiviti ‘di belakang tabir’ iaitu
peranan mereka tidak menonjol seperti personel guru yang lain. Misalnya, personel
guru atau pihak pengurusan sekolah mungkin tidak tahu apakah peranan sebenar
seorang personel Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Mereka juga tidak tahu
berapa ramai pelajar yang telah diberikan atau menerima khidmat bimbingan atau
intervensi kaunseling dan sebagainya. Oleh itu, setiap isu atau persoalan hanya
dapat dijawab melalui penyediaan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap, boleh
dipertanggungjawabkan dan terperinci.
Sebagai dokumen paling utama beberapa perkara penting perlu direkodkan
dalam Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan (SR) atau Buku Rekod Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling (SM). Di antara beberapa perkara penting yang telah
dicadangkan serta dimasukkan ke dalam buku rekod perkhidmatan yang disediakan
oleh Unit HEM atau Kementerian Pelajaran ialah
1. Biodata Personel
– Biodata memaparkan maklumat tentang diri, kelayakan, pengalaman dan
sumbangan personel (kerapkali biodata personel dicatatkan secara tidak
lengkap).
2. Asas Perkhidmatan
– Bidang tugas personel
– Sukatan pelajaran Bimbingan atau Bimbingan dan Kaunseling
– Etika Guru Bimbingan atau Etika Guru Kaunseling.
3. Perancangan Perkhidmatan
– Sasaran kerja tahunan
– Perancangan tahunan
– Perancangan mingguan
– Perancangan dan rekod aktiviti harian.
4. Jadual Bertugas
– Jadual bertugas mingguan pelaksanaan perkhidmatan
– Jadual waktu mengajar (jika berkaitan)
– Analisa tugasan atau aktiviti mingguan.
5. Rekod Aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
– Rekod dan data khidmat bimbingan
– Rekod dan data intervensi kaunseling
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 215
– Rekod dan data aktiviti perundingan
– Catatan aktiviti, sumbangan atau penglibatan yang lain.
6. Perkara-Perkara Lain yang Berkaitan
– Piagam pelanggan
– Falsafah, visi dan misi perkhidmatan
– Slogan atau motto perkhidmatan
– Tugas-tugas khas atau sampingan.
CATATAN AKTIVITI GURU BIMBINGAN
Perkhidmatan Mingguan Bimbingan Sekolah Rendah
Dalam Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Rendah format bagi catatan
mingguan perkhidmatan bimbingan di sekolah rendah adalah seperti dalam Rajah
49. Catatan rekod perlulah dibuat setiap kali selepas khidmat bimbingan diberikan.
Khidmat bimbingan yang diberikan sama ada berbentuk individu atau kelompok.
Tandakan ( √ ) dalam petak cara datang dan masukkan bilangan dalam petak kes
bimbingan. Gunakan kod untuk nombor rujukan. Guru Bimbingan juga digalakkan
untuk membuat catatan rekod sesi jika melibatkan intervensi kaunseling terutama
bagi kes-kes disiplin atau pelajar yang dirujuk. Catatan akan memudahkan personel
untuk menyediakan laporan jika diminta oleh pihak sekolah atau ibu bapa.
RANCANGAN MINGGUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Bulan : ______________
Minggu : __________ Tarikh Dari : ____________ hingga ________
Jenis Nombor Cara Datang Kes Bimbingan
Bimbingan Rujukan S J R P A K D L
Bimbingan
Individu
Bimbingan
Kelompok
Petunjuk : Cara Datang S – Sukarela J – Jemputan R – Rujukan
A – Akademik K – Kerjaya
Kes Bimbingan P – Peribadi L – Lain-Lain
D – Disiplin
Rajah 49 : Format Khidmat Mingguan Bimbingan
216 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
Rekod Harian Perkhidmatan Bimbingan
Catatan perlu dibuat setiap hari persekolahan bagi menggambarkan aktiviti yang
telah dijalankan oleh Guru Bimbingan. Guru Bimbingan perlu mencatatkan setiap
aktiviti bimbingan sama ada ianya dijalankan secara individu atau kelompok. Cara
personel mendapatkan pelanggan (klien) seperti pelajar datang secara sukarela atau
dijemput ke bilik bimbingan, membuat lawatan ke kelas atau mengunjungi tempat-
tempat strategik seperti tandas, surau, bilik-bilik kosong dan sebagainya. Setiap sesi
bimbingan yang dijalankan walaupun mengambil masa 10 hingga 15 minit, personel
perlu mengambil kiranya sebagai khidmat bimbingan. Oleh itu, personel perlulah
bersedia untuk memberikan sesi bimbingan secara bersistematik iaitu bermatlamat,
memberikan panduan, nasihat dan bimbingan tentang aspek atau bidang tertentu.
Personel perlu mencatatkan butiran pelanggan untuk tujuan catatan. Jika personel
mendapati wujud keperluan serta kesesuaian, personel perlu menjalankan intervensi
kaunseling dan seterusnya menyediakan rekod sesi kaunseling.
RANCANGAN HARIAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Tarikh : _____________ Hari : __________
SESI BIMBINGAN
Masa Nombor Jenis Cara Datang Kes Bimbingan
Rujukan Bimbingan AKD
IKS JRP L
SESI KAUNSELING
Masa Nombor Jenis Cara Datang Kes Kaunseling
Rujukan Kaunseling AKD
IKS JRP L
PROGRAM BIMBINGAN
Masa Bidang Aktiviti Objektif Sasaran /
Jumlah
Rajah 50 : Format Rekod Harian Guru Bimbingan
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 217
Di samping menjalankan bimbingan, personel juga menjalankan intervensi
kaunseling atau perundingan. Personel juga terlibat menjalankan program atau
aktiviti tertentu mengikut bidang. Oleh itu, personel perlu mencatatkan semua
program atau aktiviti yang telah dijalankan mengikut masa dan hari program atau
aktiviti tersebut dijalankan. Contoh program atau aktiviti mengikut bidang seperti
dalam jadual di bawah.
BIDANG AKTIVITI OBJEKTIF
Pengurusan Menggubal dan menyusun aktiviti tahunan
Perancangan tahunan Kemaskini data maklumat
Akademik Penyelarasan tugas dan program
Data maklumat pelajar Kemaskini fail
Kerjaya Mesyuarat JK Bimbingan Sebaran maklumat melalui papan pamer
Sistem fail Keceriaan bilik bimbingan
Psikososial dan Maklumat kesihatan
Kesejahteraan Kemas bilik bimbingan Meningkatkan kesedaran pelajar
Mental dsbnya. Meningkatkan kemahiran membaca
dan seterusnya Kemahiran mendengar di dalam kelas
Motivasi belajar
Membaca pantas Pengetahuan tentang maklumat pekerjaan
Sebaran maklumat kerjaya
Mendengar Pendedahan sebenar tentang pekerjaan
dsbnya.
Menerapkan amalan berbudi bahasa
Buku skrap kerjaya Kemahiran komunikasi berkesan
Minggu kerjaya Sebaran maklumat penjagaan kesihatan diri
Lawatan kerjaya
dsbnya.
Bulan sopan santun
Bengkel komunikasi
Penjagaan kesihatan
dsbnya.
Jadual 15 : Contoh Catatan Program atau Aktiviti Bimbingan
CATATAN AKTIVITI GURU KAUNSELING
Perkhidmatan Mingguan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah
Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah telah
menyediakan suatu format yang memudahkan personel membuat catatan mingguan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Rajah 51). Rancangan mingguan adalah
sesuai dicatatkan sebelum memulakan minggu persekolahan. Rancangan hendaklah
berdasarkan kepada takwim atau perancangan untuk tugasan dalam masa seminggu.
Guru Kaunseling seharusnya mampu merancang tugas terkini mereka sepanjang
minggu tersebut. Personel perlu mengumpul maklumat terkini tentang program
atau aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah, PPD atau JPN. Misalnya
menghadiri mesyuarat di sekolah atau PPD, penyertaan dalam acara rasmi sekolah,
diarahkan oleh pihak sekolah menjalankan tugasan di luar sekolah dan sebagainya.
Kadang-kadang terdapat aktiviti bersifat semerta (ad hoc) dan personel terpaksa
menangguhkan program atau aktiviti yang telah dirancang. Jika terdapat lebih dari
seorang Guru Kaunseling di sekolah, pelaksanaan program atau aktiviti bolehlah
diserah tugas kepada personel tersebut.
Format perancangan mingguan seperti yang terdapat dalam Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling terdiri daripada bidang, aktiviti, objektif,
218 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
kaedah, sasaran, media, kos, tindakan personel dan catatan. Bidang tugas (rujuk
muka surat 207 – 208) yang dimaksudkan meliputi
1. Khidmat bimbingan
2. Intervensi kaunseling
3. Pengurusan
4. Khidmat perundingan
5. Pengurusan program mengikut bidang
6. Aktiviti kokurikulum
7. Tugas-tugas khas
8. Tugas dan urusan di luar sekolah
RANCANGAN MINGGUAN
Minggu __________ Tarikh Mulai __________ Hingga __________
BIDANG AKTIVITI OBJEKTIF
Bimbingan Bimbingan mencatat nota Pelajar dapat mengutip isi
pelajaran dengan tepat.
Kaunseling Sesi kaunseling bagi klien Meningkatkan pengurusan
KI 061, KI 062, KI 063 kendiri dan interpersonal.
Pengurusan Perbincangan Guru Penyelarasan tugas dan aktiviti
Kaunseling untuk Minggu Kerjaya dan
Karnival Kerjaya
Catatan : rajah di atas dan di bawah terletak pada muka surat bersebelahan.
KAEDAH SASARAN MEDIA KOS TINDAKAN CATATAN
Buku teks - PERSONEL
Bimbingan Pelajar Ting. En. Ali Guru BM
kelompok 1A - - Bersalin
Kaunseling Pelajar yang En. Ali Dijemput
individu dirujuk -
Perbincangan Semua Guru - En. Ali 22/4/2006
Kaunseling
En. Wahid 10.00 pg
Pn. Mastura Bilik B&K
Rajah 51 : Contoh Format Bagi Rancangan Mingguan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Rekod Harian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Seperti mana Guru Bimbingan, Guru Kaunseling perlu mencatatkan aktiviti atau
perkhidmatan yang diberikan secara harian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama
ada khidmat bimbingan, intervensi kaunseling atau melaksanakan program atau
aktiviti mingguan yang telah dirancang. Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti
tambahan terutama bagi mengisi waktu fleksibel seperti membuat tinjauan ke kelas
atau kawasan yang strategik, menyediakan bahan untuk tujuan sebaran maklumat,
berjumpa dengan guru-guru (perundingan) dan sebagainya. Setiap catatan perlu
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 219
ditulis selepas waktu bertugas. Lazimnya, catatan dibuat mengikut urutan masa.
Perkara yang perlu direkodkan ialah masa, bidang tugas, aktiviti dijalankan dan
catatan. Aktiviti yang tertangguh perlu dicatatkan di bahagian akhir lembaran.
RANCANGAN HARIAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tarikh : ________________ Hari : _____________
MASA BIDANG AKTIVITI CATATAN
Rajah 52 : Format Aktiviti Harian Guru Kaunseling
MEMOIR PERSONEL
Memoir merupakan catatan yang bersifat personal atau peribadi. Memoir bukanlah
bersifat seperti diari kerana memoir tidak mencatatkan peristiwa yang berlaku pada
setiap hari. Ianya adalah catatan pengalaman atau biografi kerjaya atau pengalaman
bertugas Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling semasa dan setelah menjalankan
atau mengikuti suatu program atau aktiviti yang berkaitan dengan diri dan profesion
personel. Program atau aktiviti yang disertai seperti mesyuarat, taklimat, seminar,
kursus, bengkel, forum, simposium atau apa juga program pelajar atau guru yang
berkaitan dengan bimbingan, kaunseling atau psikologi yang telah dijalankan atau
dianjurkan di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
Butiran catatan dalam memoir bukan sahaja setakat mencatatkan perkara
atau tajuk, tarikh, masa dan tempat. Beberapa perkara lain yang perlu diberikan
perhatian ialah
• input atau maklumat yang sedia diketahui bagi tujuan menyegarkan atau
mengimbas semula atau membuat refleksi.
• input atau maklumat yang baru bagi tujuan merealisasikannya.
• pengalaman, pengetahuan atau kemahiran baru yang boleh memberi nilai
tambah kepada diri dan profesion.
• perubahan dasar, hasrat, paradigma, peraturan dan sebagainya dari pihak
kerajaan atau kementerian.
• perkembangan semasa dan terkini seperti isu-isu semasa yang berkaitan
bidang pendidikan dan pelajar, perkembangan semasa berkaitan personel
dan profesion, program atau aktiviti berkaitan yang akan dilancarkan dan
sebagainya.
220 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
Perkara : Taklimat Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Tarikh : 15 Januari 2006
Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Cempaka, PPD ………
Agenda Taklimat
1. Ucapan Tuan PPD
2. Penerangan tentang taklimat oleh Timbalan PPD Pengurusan Pembangunan
Manusia
3. Taklimat oleh Ketua Unit HEM Jabatan Pelajaran Negeri ……. tentang kaedah
membina perancangan dan modul program berorientasikan sekolah bagi Khidmat
Bimbingan dan Kaunseling
4. Jamuan ringan dan bersurai.
Input Taklimat
BIL. PERKARA TINDAKAN
1. Pesanan PPD
a.
b.
2. Taklimat oleh Timbalan PPD PPM
a.
b.
3. Taklimat oleh Ketua Unit HEM JPN ……
a.
b.
c.
Rajah 53 : Contoh Catatan Memoir
DOKUMENTASI PROGRAM DAN AKTIVITI
Dokumentasi merupakan bahan tampak atau media yang boleh dilihat, disemak dan
dijadikan panduan pada masa akan datang. Ianya perlu disediakan selepas sesuatu
program atau aktiviti dilaksanakan. Tujuan utama dokumentasi atau pelaporan ialah
menyediakan bahan bukti bahawa sesuatu program atau aktiviti tertentu terutama
yang melibatkan dana atau peruntukan telah dilaksana atau dijalankan saperti mana
yang telah dirancang. Pelaporan boleh disediakan mengikut tempoh masa sama ada
semasa, berkala atau tahunan. Pelaporan bolehlah disediakan dalam bentuk naratif
berstruktur atau dalam bentuk jadual. Pelaporan berbentuk naratif berstruktur dapat
memberikan gambaran tentang peristiwa atau urutan aktiviti yang telah dijalankan.
Jadual memberikan gambaran numerikal dari segi penyertaan atau penglibatan.
Selain daripada menjadi bahan bukti bahawa sesuatu projek, program atau
aktiviti telah dilaksanakan, pelaporan juga dapat memperagakan kewibawaan Unit
Bimbingan dan Kaunseling yang diurus secara profesional. Penyediaan pelaporan
mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut :
• dapat menggambarkan apa yang telah dilaksanakan oleh personel serta
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 221
unitnya iaitu pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
• membantu personel Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling membuat
bedah siasat (post-mortem) kepada setiap aktiviti atau program yang telah
dijalankan bagi membolehkan mereka mempertingkatkan keupayaan
perkhidmatan pada masa-masa akan datang.
• boleh dijadikan sumber rujukan kepada personel Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling dari sekolah-sekolah lain.
• memudahkan proses penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah, Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak nazir.
• menyakinkan pihak tertentu terutama penyumbang peruntukan kewangan
bahawa sumbangan mereka telah dimanfaatkan dengan baik dan berkesan.
Setiap personel disarankan supaya dapat memberikan komitmen dari segi
tenaga, masa dan sedikit peruntukan kewangan bagi menyediakan pelaporan yang
lengkap, menarik serta bermutu. Memang tidak dinafikan bahawa tugas untuk
menyediakan pelaporan merupakan kerja yang remeh, mengambil masa dan boleh
mengganggu konsentrasi serta kesibukan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling.
Personel bolehlah memasukkan tugas untuk menyediakan pelaporan sebagai tugas
pengurusan iaitu secara berkala dalam tugas mingguan. Walaupun hasil sesuatu
aktiviti atau program adalah cemerlang, jika pelaporan tidak disediakan pelbagai
masalah lain yang akan timbul dan kadang-kadang boleh mewujudkan sangkaan
yang kurang enak didengar. Bak kata pepatah moden, ‘rumah batu sudah siap tetapi
mesin pembancuh mortar masih berbunyi lagi’.
Pelaporan berbentuk naratif berstruktur sesuai untuk melaporkan apa-apa
peristiwa yang telah berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu program atau
aktiviti dilaksanakan. Bagi mendapatkan keyakinan pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan kepada dokumentasi tersebut, personel bolehlah menyelitkan gambar-
gambar yang sesuai dan menarik. Jadual program, peraturan, surat-surat berkaitan
dan contoh sijil penyertaan untuk peserta bolehlah dimasukkan dalam bahagian
lampiran. Contoh format berikut mungkin dapat membantu personel menyediakan
pelaporan atau dokumentasi program atau aktiviti yang dijalankan.
PANDUAN SUSUNATUR PELAPORAN (DOKUMENTASI)
MUKA DEPAN (rujuk Rajah 54)
BAHAGIAN 1 – KERTAS CADANGAN
Tajuk :
Matlamat :
Objektif :
Sasaran :
Tempat :
Penganjur :
Perbelanjaan :
Input :
Jawatankuasa :
Jadual Tentatif :
222 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG,
SERI ANDALAS
TAJUK
Perkhemahan Membina Jati Diri
Pelajar Tahun Lima
TARIKH
22 – 24 September 2006
TEMPAT
Tapak Perkhemahan Bina Insan,
Seri Andalas
PENGANJUR
Perkhidmatan Bimbingan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Rajah 54 : Contoh Muka Depan Laporan
BAHAGIAN 2 – LAPORAN PERKHEMAHAN
Perjalanan Ke Tapak Perkhemahan :
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :
• Ketika berkumpul dan bertolak dari sekolah
• Semasa dalam perjalanan
Tiba Di Tapak Perkhemahan :
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :
• Taklimat perkhemahan
• Peraturan perkhemahan
• Mengagihkan kumpulan
• Meninjau tapak perkhemahan
• Menentukan tapak khemah bagi peserta
Persiapan Di Tapak Perkhemahan :
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :
• Membersihkan kawasan tapak khemah
• Mendirikan khemah
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 223
• Memasak dan makan malam
• Solat Maghrib dan Isyak
Laporan Aktiviti Perkhemahan Mengikut Jadual :
Aktiviti 1 :
Tarikh :
Masa :
Laporan :
Aktiviti 2 :
Tarikh :
Masa :
Laporan :
Aktiviti 3 :
Tarikh :
Masa :
Laporan :
[Selitkan gambar aktiviti yang berkaitan]
Laporan Majlis Penutup (jika ada)
Perasmi :
Tarikh :
Masa :
Aturcara majlis :
BAHAGIAN 3 – ULASAN / CADANGAN
[Membuat ulasan tentang kejayaan perlaksanaan program (perjalanan
aktiviti, perbelanjaan, kesesuaian tempat dan sebagainya), penghargaan
terhadap segala kerjasama serta komitmen guru-guru, peserta dan pihak
pengajur atau pembiaya kos, mencatatkan peristiwa tertentu yang dapat
menarik perhatian, penyataan harapan dan mengemukakan saranan atau
cadangan untuk penambahbaikkan program pada masa akan datang].
BAHAGIAN 4 – LAMPIRAN
• Surat berkaitan
• Jadual program
• Peraturan perkhemahan
• Senarai peserta, guru dan pembiaya
• Modul aktiviti
• Soal selidik penilaian kursus
• Sijil penyertaan dll.
PELAPORAN BERBENTUK JADUAL
Pelaporan berbentuk jadual bertujuan untuk memberikan gambaran tentang jumlah
atau kuantiti program atau aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti bimbingan,
intervensi kaunseling, khidmat perundingan atau program khas. Pelaporan bentuk
jadual digunakan untuk melaporkan aktiviti yang melibatkan bilangan atau kuantiti
224 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
penyertaan serta maklumat tertentu tentang personel lain atau agensi yang terlibat.
Pelaporan mingguan atau bulanan disediakan secara menyeluruh dan tidak perlu
mengikut bidang kerana jumlah aktivitinya adalah sedikit. Setiap hujung tahun
perkhidmatan atau di awal tahun selepas setiap tahun perkhidmatan, pihak Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri akan meminta laporan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.. Oleh itu, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling tidak
perlu tercari-cari dan hanya perlu merumuskan semua program atau aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang tahun perkhidmatan.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI
RUMUSAN AKTIVITI BULANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN : _________
BULAN : ___________
BIL TARIKH JENIS BIDANG SASARAN JUMLAH KOS SUMBER TEMPAT AGENSI
AKTIVITI PELAJAR KOS TERLIBAT
PETUNJUK BIDANG : 1 : AKADEMIK 2 : KERJAYA 3 : PSIKOSOSIAL
4 : KEIBUBAPAAN 5 : PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
6 : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH / HIV / AIDS
Rajah 55 : Rumusan Aktiviti Berbentuk Jadual
Bagi memudahkan lagi tugas menyediakan laporan tahunan perkhidmatan
maka personel perlu menyediakan laporan harian, mingguan atau bulanan terlebih
dahulu. Di antara perkara yang perlu dimasukkan ke dalam laporan bulanan ialah
tarikh program atau aktiviti yang telah dijalankan, jenis aktiviti, bidang, sasaran,
jumlah pelajar yang diberi perkhidmatan, kos (jika melibatkan perbelanjaan atau
pembiayaan), sumber kos atau penyumbang, tempat dijalankan aktiviti dan agensi
yang terlibat jika berkaitan. Kadang-kadang pihak tertentu seperti Pejabat Pelajaran
Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri membuat pemantauan pada penghujung sesi
persekolahan. Dokumentasi ini berguna untuk tujuan penilaian atau pemantauan.
Mereka juga meminta laporan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah pada setiap pertengahan tahun atau di akhir tahun. Oleh itu, personel perlu
menjumlahkan semua kuantiti aktiviti bulanan bagi menyediakan laporan mengikut
tempoh setengah tahun atau setahun. Paparan maklumat bagi laporan boleh disusun
mengikut bidang atau mengikut kronologi tarikh. Gunakan paparan landskap untuk
mendapatkan lajur mendatar yang lebih lebar.
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 225
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI
RUMUSAN AKTIVITI TAHUNAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGIKUT BIDANG
TAHUN : _________
BIDANG : ________________
BIL TARIKH JENIS SASARAN JUMLAH KOS SUMBER TEMPAT AGENSI
TERLIBAT
AKTIVITI PELAJAR KOS
BIDANG : _______________
BIL TARIKH JENIS SASARAN JUMLAH KOS SUMBER TEMPAT AGENSI
TERLIBAT
AKTIVITI PELAJAR KOS
….. dan seterusnya
Disediakan oleh,
()
Nama Guru Kaunseling
Rajah 56 : Format Rumusan Aktiviti Mengikut Bidang
LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pada setiap penghujung tahun atau sebelum berakhir suatu tahun perkhidmatan,
Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri meminta personel menyediakan
laporan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan yang telah dijalankan. Laporan
yang diminta biasanya dalam bentuk data numerikal yang melibatkan bilangan dan
jumlah. Di antara perkara yang diminta ialah
• Data maklumat umum sekolah
o Maklumat sekolah
o Enrolmen pelajar
• Data maklumat personel
• Laporan kewangan (keutamaan PCG)
• Laporan perkhidmatan
o Aktiviti bimbingan
o Intervensi kaunseling dan perundingan
o Aktiviti kokurikulum
o Aktiviti mengikut bidang
o dan lain-lain yang sesuai.
226 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
MODEL CADANGAN LAPORAN
Pelbagai bentuk atau format telah disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau
Jabatan Pelajaran Negeri apabila mereka meminta personel menyediakan laporan
perkhidmatan. Kebanyakannya adalah berbentuk penjadualan data. Format yang
dicadangkan merupakan adaptasi daripada pelbagai format laporan yang pernah
atau sering digunakan.
LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH / SEKOLAH RENDAH
1. MAKLUMAT SEKOLAH
[Nama dan alamat, kod, gred, nombor telefon, status, enrolmen pelajar, jumlah
guru dan lain-lain maklumat yang berkaitan]
2. KAPASITI DAN KUALITI PERSONEL
Statistik Personel Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kelulusan Dalam B & K * Melayu Cina India Lain JUM
LP LP LP LP
Doktor Falsafah
Sarjana
Sarjana Muda (B & K)
Sarjana Muda (Psikologi)
Diploma (B & K)
Diploma (Psikologi)
Kursus 1 tahun
Kursus 6 bulan
Kursus 14 minggu
Lain-lain
JUMLAH
* Pilih kelulusan personel yang tertinggi
Komitmen Personel
Nama personel 1.
Tarikh mula berkhidmat 2.
Tarikh dilantik sebagai GB / GK 3.
Skim jawatan
Tarikh mula berkhidmat di sekolah ini 1.
Tanggungjawab di sekolah selain 2.
daripada GB / GK 3.
Tugas-tugas khas di daerah atau tugas-
tugas lain
Nota : Sediakan ruang dan bilangan jadual yang munasabah mengikut bilangan personel.
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 227
3. PERUNTUKAN KEWANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BIL. KETERANGAN JUMLAH (RM)
Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant)
1. Baki tahun lepas dibawa ke hadapan (2006)*
2. Peruntukan yang diterima tahun ini (2007)*
3. Jumlah peruntukan (1 + 2)
4. Jumlah perbelanjaan
5. Baki peruntukan sehingga 30 Oktober 2007*
Peruntukan Kerajaan (Program Motivasi)
1. Peruntukan yang diterima tahun ini (2007)*
2. Jumlah perbelanjaan
3. Baki peruntukan (jika ada)
Sumbangan Kewangan Lain Yang Diterima
1. Sumbangan yang diterima tahun ini (2007)*
2. Jumlah perbelanjaan
3. Baki peruntukan (jika ada)
* Contoh tarikh atau tahun.
4. LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
A. Bimbingan / Kaunseling Individu
BIL JENIS M LELAKI L PEREMPUAN JUM
PERKHIDMATAN CI MC I L
1. Akademik
2. Kerjaya
3. Psikososial
4. Peribadi
5. Keluarga
7. Disiplin
8. Dadah
9. HIV / AIDS
10. Lain-lain
B. Bimbingan / Kaunseling Kelompok
BIL JENIS M LELAKI L PEREMPUAN JUM
PERKHIDMATAN CI MC I L
1. Akademik
2. Kerjaya
3. Psikososial
4. Peribadi
5. Keluarga
7. Disiplin
8. Dadah
9. HIV / AIDS
10. Lain-lain
228 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
C. Perundingan
JENIS LELAKI PEREMPUAN
BIL PELANGGAN M C I L M C I L JUM
1. Ibu bapa
2. Guru
3. Lain-lain
D. Aktiviti Kokurikulum
TAHUN / PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
TINGKATAN M C I L M C I L JUM
1 KELAB BIMBINGAN / KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA
2 M C I L M C I L JUM
3
4 SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)
5 M C I L M C I L JUM
6 MC KELAB ANTIJENAYAH L JUM
TAHUN / I LMC I
TINGKATAN
1
2
3
4
5
6
TAHUN /
TINGKATAN
1
2
3
4
5
6
TAHUN /
TINGKATAN
1
2
3
4
5
6
E. Program Mengikut Bidang
BIDANG INPUT LELAKI PEREMPUAN JUM
AKADEMIK MC I L MC I L
Pemilihan Mata Pelajaran
Kemahiran Belajar
Peluang Sambung Pelajaran
Kemasukan ke IPTA / IPTS
Lawatan akademik
Program pemulihan 3M
BAB 13 MEREKODKAN PERKHIDMATAN 229
BIDANG INPUT LELAKI PEREMPUAN JUM
KERJAYA MC I L MC I L
Inventori Personaliti
Inventori Minat
Inventori Nilai
Ceramah Kerjaya
Lawatan Kerjaya
Karnival Kerjaya
Pameran Kerjaya
PSIKOSOSIAL Senarai Semak Masalah
DAN
Program Bina Insan
KESEJAHTERAAN Program Pemulihan
Kempen Peningkatan Kendiri
MENTAL
PEMBANGUNAN Kursus Kepimpinan
DIRI PELAJAR
Kemahiran Asertif
Penyelesaian Masalah
Membuat keputusan
PENDIDIKAN Intervensi
PENCEGAHAN
Program 5 Minit
DADAH / Ceramah Antidadah
HIV / AIDS Kursus Interpersonal
Ceramah HIV / AIDS
Karnival Seni Jauhi Dadah
PROGRAM Seminar Keibubapaan
KEIBUBAPAAN Lawatan Ke Rumah
PROGRAM Mentor-Mentee
KHAS Orientasi pelajar
JUMLAH
Selain daripada matlamat untuk memenuhi kehendak laporan perkhidmatan
oleh pihak-pihak yang berkaitan, pelaporan atau dokumentasi juga dapat digunakan
untuk tujuan-tujuan berikut :
• Menilai sejauhmana visi, misi, falsafah serta objektif perkhidmatan telah
dapat dilaksanakan atau dicapai sepanjang tahun perkhidmatan.
• Menyediakan data dan maklumat berbentuk kualitatif yang dapat memberi
gambaran tentang apa dan berapa (jenis dan kuantiti produktiviti) yang telah
berjaya dihasilkan atau dilaksanakan oleh personel.
• Membantu personel membuat penilaian semula atau pemeriksaan kendiri
terhadap perancangan yang telah digubal di awal tahun bagi membolehkan
mereka memperbaiki atau membuat pengubahsuaian dalam perancangan
bagi tahun perkhidmatan berikutnya.
• Membantu personel membuat justifikasi terhadap keseimbangan dari segi
agihan atau serakan prioriti atau keutamaan terhadap program atau aktiviti
bidang perkhidmatan yang dijalankan. Kadang-kadang personel terlalu
memberikan perhatian kepada bidang perkhidmatan tertentu sehingga tanpa
disedari meninggalkan bidang perkhidmatan yang lain.
230 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
• Membantu personel dan pihak pengurusan sekolah menilai sejauhmana
peruntukan dan resos yang disediakan telah dapat dimanfaatkan secara
maksimun dan efisien.
• Sebagai ganjaran intrinsik kerana usaha dan komitmen yang telah dilakukan
oleh personel telah menampakkan hasil. Walaupun hasil atau produktiviti
tidak dapat diukur dalam bentuk prestasi atau pencapaian tetapi sekurang-
kurangnya ia boleh dilihat melalui kuantiti sumbangan.
PENILAIAN PERKHIDMATAN BAB
14
KONSEP AKAUNTABILITI DAN PENILAIAN
AKAUNTABILITI
Menurut Leon Lessinger (Gibson dan Mitchell, 1986), akauntabiliti adalah suatu
pertanggungjawaban terhadap sesuatu atau kepada seseorang, di mana hasil atau
akbiatnya boleh dijangkakan bagi memenuhi aspirasi atau hasrat pelaksanaan yang
boleh diterima sebagai memenuhi tanggungjawab. Seorang personel dilihat sebagai
telah dapat memenuhi tanggungjawabnya apabila wujudnya aspek-aspek berikut.
1. Berkemahiran dan memiliki kepakaran dalam bidang perkhidmatannya.
• Mengamalkan pengurusan perkhidmatan yang cekap dan efisien.
• Mahir dan berpengetahuan luas tentang pelbagai aspek berkaitan manusia
dan pelanggannya.
• Mahir menggunakan pelbagai kemahiran dan teknik bimbingan yang sesuai
dan berkesan.
• Mahir dengan pendekatan teori kaunseling, teknik, kaedah dan kemahiran
menolong dalam amalannya.
• Menjalankan khidmat dan intervensi secara profesional.
• Mematuhi peraturan, menjaga perilaku dan etika profesionnya.
2. Mempamerkan peningkatan bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi
mutu atau kualiti program yang dijalankan. Sentiasa ingin belajar dari kesilapan
atau kelemahan dan berusaha meningkatkan komitmen, inovasi dan kreativiti.
3. Berjaya menghasilkan produk atau natijah yang positif dari setiap apa yang telah
dilaksanakan. Perkhidmatan atau program yang dijalankan dapat diterima dan
memberikan manfaat yang maksimum kepada pelanggan dan profesionnya .
4. Perkhidmatan atau program merupakan proses yang berterusan dan bukan hanya
semata-mata sebagai acara atau peristiwa yang terhenti begitu sahaja.
5. Personel memperolehi kepuasan bekerja secara intrinsik. Jika personel diberi
pengiktirafan secara fizikal, mereka perlu melihatnya sebagai satu amanah dan
kepercayaan yang memerlukan komitmen yang lebih besar.
Krumboltz (Gibson dan Mitchell, 1986) telah mengenalpasti tujuh kriteria
yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan sistem akauntabiliti yang berkesan. Jika
diadaptasikan berdasarkan kepentingan dan situasi Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah maka kriteria tersebut dapat dinyatakan seperti berikut :
1. Bagi memperjelaskan kedudukan dari segi akauntabiliti atau tanggungjawab
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling maka matlamat umum Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling seharusnya dipersetujui oleh semua pihak yang
mempunyai kepentingan ke atas perkhidmatan tersebut.
2. Hasil pelaksanaan khidmat atau intervensi yang telah dijalankan oleh personel
perlulah memperlihatkan perubahan tingkah laku pada pelanggan mereka.
3. Khidmat atau intervensi yang dijalankan oleh personel perlu dilihat sebagai kos
(mengambil kira kesan akibat) dan bukan sebagai pencapaian individu.
4. Sistem akauntabiliti yang akan dibina seharusnya menggalakkan keberkesanan
dan peningkatan kendiri yang profesional dan bukannya menjadi medan untuk
232 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
mencari kesilapan atau menghukum mana-mana prestasi yang lemah.
5. Bagi menggalakkan pelaporan yang tepat, laporan kegagalan atau hasil yang
tidak dapat dikenalpasti seharusnya diterima dan bukannya dipersalahkan.
6. Mereka yang mempunyai kepentingan dalam sistem akauntabiliti mesti terlibat
sama semasa merancangnya.
7. Sistem akauntabiliti seharusnya tertakluk kepada penilaian dan pengubahsuaian.
Menurut Zuraidah (1996), akauntabiliti merupakan pertangggungjawaban
personel terhadap diri sendiri dan orang lain yang melibatkan persoalan-persoalan
seperti berikut :
• Apakah objektif saya?
• Adakah saya berkesan?
• Adakah cara lain untuk membuat sesuatu supaya lebih berkesan?
Jadual di bawah menunjukkan soalan-soalan berkaitan akauntabiliti yang
sesuai dan boleh dikemukakan kepada mana-mana Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling (Zuraidah, 2001).
ASPEK PERSOALAN
Matlamat dan
objektif Apa yang anda cuba capai sebagai seorang Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling? Apakah matlamat anda? Yang mana satu
Peranan dan untuk semua pelajar? Untuk populasi tumpuan? Untuk pelajar
fungsi terpilih? Matlamat yang mana diberi keutamaan yang tinggi?
Jadual dan Apa yang sedang anda buat untuk mencapai matlamat anda?
takwim Bagaimanakah sumbangan anda dikira unik? Apakah yang
perancangan kurang atau yang diperlukan untuk memperolehi pendekatan yang
komprehensif?
Kemahiran dan
tugas Bagaimanakan anda mengurus masa bekerja anda? Apakah
bilangan minimum intervensi personel yang boleh dijadualkan
Aktiviti dan untuk sesuatu minggu? Bagaimanakan acara dalam takwim
tatacara mingguan berkait dengan takwim tahunan? Apakah topik-topik
istimewa yang mendapat perhatian dan bila?
Penilaian dan
akauntabiliti Apakah kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam peranan
dan intervensi anda? Bagaimanakah anda menilai kemahiran
Profesionalisme anda? Dalam peranan atau intervensi apa yang anda perlukan
dan latihan tambahan atau latihan semula?
perkembangan
peribadi Bagaimanakah anda menyusun dan mengatur aktiviti? Adakah
sebahagiannya diatur dalam siri yang berturutan atau pun sebagai
satu set pengalaman berstruktur? Apakah jenis Unit Bimbingan
atau Unit Bimbingan dan Kaunseling yang anda perkembangkan
atau pun laksanakan?
Apakah jenis hasil yang anda perolehi? Bagaimanakah anda
bertanggungjawab? Adakah anda memberikan perbezaan?
Apakah yang anda buat untuk memberitahu orang lain tentang
kerja anda?
Apakah yang anda buat untuk terus hidup dari segi profesion?
Apakah sumbangan anda kepada profesion anda dan apakah yang
anda perolehi darinya? Apakah pandangan anda terhadap
profesion anda? Apakah yang anda dapat dengan menjadi
seorang Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling?
Jadual 16 : Soalan Akauntabiliti Bagi Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 233
Sistem akauntabiliti yang dibina dengan baik akan membantu personel dan
pihak pengurusan sekolah menerima maklumabalas yang tepat tentang setiap hasil
kerja atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Mana-mana perkhidmatan atau
program yang berkesan lazimnya akan diteruskan, sementara beberapa aspek yang
lemah atau kurang sesuai perlu dibuat penambahbaikkan atau pengubahsuaian.
Bagi melaksanakan sistem akauntabiliti, personel perlu melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan dan kepakaran menjalankan kajian dan juga membuat
penilaian. Kadang-kadang personel cuba mengelakkan diri dari menjalankan kajian
berkaitan akauntabiliti atau keberkesanan perkhidmatan disebabkan oleh beberapa
faktor tertentu seperti sikap, persepsi atau kelemahan diri. Di antara faktor yang
menyebabkan keengganan tersebut ialah
• Menjalankan kajian bukan mudah kerana ianya memerlukan pengetahuan
dan kepakaran yang tinggi.
• Kajian memerlukan masa yang lama dan perlu dibayar dengan komitmen
dan tenaga yang mahal sedangkan hasilnya tidak seberapa.
• Hasil kajian yang negatif akan merosakkan imej dan reputasi personel serta
perkhidmatannya.
• Pihak pengurusan sekolah (Pengetua, Guru Besar atau personel di PPD atau
Jabatan Pelajaran Negeri) tahu bahawa setiap personel sudah memahami
dan bertanggungjawab terhadap bidang tugas mereka. Pemantauan melalui
rekod dan data maklumat umum, laporan perkhidmatan di pertengahan
tahun atau di penghujung tahun dikira sudah mencukupi.
• Kajian tidak perlu dijalankan kerana kerja atau perkhidmatan yang diberi
adalah rutin dan tidak berisiko tinggi.
• Bukan semua perkara perlu didedahkan kerana personel tertakluk kepada
amanah atau tanggungjawab menjaga etika kerahsiaan.
• Personel tidak mempunyai masa yang mencukupi kerana ada banyak kerja
yang lebih penting yang perlu dibereskan.
Bagi menjalankan kajian berkaitan akauntabiliti dan penilaian ke atas setiap
program atau aktiviti yang dijalankan, ianya akan mengambil masa dan memerlukan
komitmen yang tinggi dari personel. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu
membuat pertimbangan untuk memilih mana-mana program atau aktiviti yang perlu
diberikan keutamaan. Personel perlu menyediakan satu sistem akauntabiliti yang
mudah digunakan, boleh diubahsuai, fleksibel dan serbaguna. Personel mungkin
boleh merekabentuk sendiri borang soal selidik atau senarai semak yang piawai bagi
mengesan keberkesanan sesuatu program, aktiviti atau intervensi yang telah mereka
laksanakan.
PENILAIAN PERKHIDMATAN
Penilaian amat berkaitrapat dengan akauntabiliti. Penilaian yang dimaksudkan ialah
proses pengumpulan data dan maklumat dari pelbagai aspek yang berkaitan dengan
keberkesanan sesuatu program perkhidmatan yang dijalankan. Penilaian juga sering
digunakan untuk mengesan sumber-sumber baru yang boleh digunakan bagi tujuan
penambahbaikkan atau meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Penilaian dapat
memberikan panduan atau arahtuju kepada personel Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling (pelaksana di sekolah) dan pihak pengurusan sekolah hinggalah kepada
234 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
mana-mana personel atau unit yang berkaitan di jabatan atau kementerian pelajaran
(pembuat keputusan). Hasil penilaian dapat digunakan untuk menentukan sama ada
sesuatu perkhidmatan atau program yang baru adalah perlu, sesuai, bermanfaat dan
mampu disediakan untuk pelanggan di sekolah (pelajar, guru atau ibu bapa).
Menurut Burck dan Peterson (Gladding, 1996) terdapat lima langkah ketika
membuat penilaian perkhidmatan.
1. Menjalankan kajian keperluan
o Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling yang bertanggungjawab
akan mengenalpasti masalah atau kelemahan yang terdapat dalam
perkhidmatan atau program yang telah dijalankan.
o Kajian keperluan bermaksud mencari ruang atau situasi yang masih
belum dapat dipenuhi dan seharusnya diisi dengan khidmat atau
program yang boleh memberikan manfaat kepada pelanggan.
2. Menyatakan matlamat dan objektif pelaksanaan perkhidmatan
o Matlamat terakhir perkhidmatan adalah berdasarkan objektif bagi
setiap program yang dilaksanakan.
o Setiap objektif merupakan objektif yang boleh diukur.
3. Merancang dan merekabentuk program penilaian.
4. Mengkaji semula bagi tujuan penambahbaikkan atau pengubahsuaian
program penilaian.
5. Menyediakan laporan hasil program penilaian.
PENILAIAN PERSONEL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang efisien, autentik dan profesional perlu
sentiasa bersifat terbuka dan berlapang dada. Mereka tidak perlu berasa bimbang,
takut menghadapi kenyataan, membentuk tanggapan yang negatif atau mewujudkan
tembok pemikiran (mental block) apabila mereka diberikan penilaian oleh orang
lain. Personel seharusnya sanggup menerima kritikan dan pandangan membina dari
orang lain. Mereka seharusnya telah bersedia dan mampu melakukan pemeriksaan
dan membuat penilaian kendiri. Jika mereka sudah bersedia, personel tidak perlu
berasa sangsi melakukan perubahan sekiranya perubahan yang akan dilakukan dapat
meningkatkan kompetensi dan tahap keprofesionalan diri mereka.
Terdapat beberapa dimensi atau aspek yang boleh dinilai pada diri seorang
personel. Aspek atau dimensi yang boleh dinilai ialah
• Personaliti dan penampilan diri
• Pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan bidang tugas
• Kecekapan atau kemampuan mengurus dan melaksanakan perkhidmatan
• Kebolehan unik individu.
Bagi tujuan penilaian terhadap personel, pihak pengurusan sekolah, pihak
Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh menyediakan soal
selidik, inventori atau senarai semak. Instrumen penilaian perlu sesuai, relevan dan
memfokus kepada penampilan diri personel dan aras kompetensi yang diperlukan
untuk melaksanakan perkhidmatan yang diamanahkan kepada mereka. Misalnya
bagi Guru Bimbingan, penekanan kepada aspek perkhidmatan bimbingan menjadi
fokus utama. Bagi Guru Kaunseling, skop penilaian perlulah diperluaskan kepada
intervensi kaunseling, perundingan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.
BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 235
SENARAI SEMAK KRITERIA PERSONEL
Penilaian boleh dibina dalam bentuk soal selidik atau senarai semak. Senarai semak
yang dipaparkan sesuai dijadikan sebagai panduan untuk menilai kompetensi Guru
Kaunseling. Bagi Guru Bimbingan, senarai semak yang dibina perlulah mengambil
kira aras kompetensi mereka dan perkhidmatan yang mereka berikan. Aspek atau
dimensi yang dinilai dalam senarai semak di bawah ialah ciri-ciri personaliti diri,
hubungan dengan orang lain (pelanggan atau klien) dan pengurusan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
SENARAI SEMAK KOMPETENSI
PERSONEL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Arahan : Tandakan ( √ ) bagi setiap aspek yang berkaitan dengan diri anda.
BIL. CIRI-CIRI PERSONALITI DIRI YA TIDAK TIDAK
PASTI
1 Memiliki stail atau caragaya tersendiri
2 Memiliki rasa hormat diri dan apresiasi kendiri
3 Memiliki dan memahami identiti diri (jati diri) dengan
jelas
4 Sentiasa hidup dan hidup dengan penuh komitmen
5 Bersifat terbuka dan sedia menerima segala pengalaman
yang dilalui dalam kehidupan
6 Sedar tentang pegangan nilai dan kepercayaan diri
7 Dapat membina aspirasi diri yang realistik dan sedar akan
limitasi diri
8 Autentik, tulen, kongruen, ikhlas dan jujur
9 Berada dalam kehidupan masa kini dan bukan masa lalu
10 Sedia melakukan introspeksi iaitu mampu meneroka dan
melihat ke dalam diri
11 Berkebolehan untuk ketawa iaitu mampu melihat kualiti
kepahitan hidup dan unsur-unsur jenaka di dalamnya
12 Bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi setiap
tingkah laku atau tindakan yang telah dan akan dilakukan
dan jika melakukan kesilapan, sanggup menerima dan
mengakuinya
13 Berkemampuan untuk mencabar setiap andaian yang
salah, sikap atau kepercayaan yang boleh merosakkan diri
dan tidak mudah mengalah kepada perkara tersebut
14 Sanggup dan mampu menerima kekaburan atau
ketidakjelasan
15 Dapat menggunakan diri sendiri secara spontan, kreatif,
empatatik dan altrustik
16 Seorang yang stabil, harmoni, tetap dan bermatlamat
17 Memiliki tret personaliti sosial dan suka bekerja dengan
manusia serta selesa berada dalam persekitaran sosial
18 Selesa dengan kuasa iaitu boleh menerima dan mampu
memanfaatkan kuasa yang ada dan tidak menyalahguna-
kan kelebihan tersebut
19 Mampu membina diri, menghadapi ketika yang sukar dan
membentuk semula hubungan signifikan dalam kehidupan
20 Memiliki sifat-sifat kenabian iaitu sidiq, amanah, tabligh
dan fatanah (bagi personel Islam)
236 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
BIL. HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN YA TIDAK TIDAK
PASTI
1 Mampu membina hubungan yang mesra dan mendalam
dengan orang lain
2 Berkemampuan untuk menjadi pendengar yang baik
3 Mampu mewujudkan suasana yang teraputik dan fasilitatif
ketika membina hubungan dengan orang lain
4 Boleh menerima dan memberi kasih sayang
5 Mampu berkongsi perasaan dengan orang lain
6 Ikhlas, berminat untuk menolong orang lain dan
penerimaan tanpa syarat
7 Mempunyai perasaan ingin tahu dan sikap mengambil
berat terhadap orang lain
8 Empati dan dapat memahami orang lain
9 Berasa selesa untuk berbincang dengan orang lain
10 Selesa berhadapan dengan pelbagai peringkat emosi
11 Tidak mementingkan diri sendiri iaitu rela mengenepikan
kepentingan diri demi orang lain
12 Mempunyai toleransi terhadap hubungan emosi yang intim
13 Berupaya memperkembangkan kesedaran terhadap kendiri
dan juga orang lain
14 Memberi ruang kepada orang lain untuk melihat dan
menilai diri personel dalam keadaan diri yang sebenar
15 Mempunyai pandangan dan persepsi yang positif terhadap
orang lain
BIL. MENGURUS, MENGELOLA DAN YA TIDAK TIDAK
MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PASTI
1 Berkemampuan untuk membina perancangan, mengurus,
mengelola dan melaksanakan perkhidmatan berdasarkan
visi, misi, falsafah dan objektif perkhidmatan
2 Memiliki pengetahuan dan kemahiran mengurus
perkhidmatan dengan cekap dan efisien
3 Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja atau
program yang dilaksanakan
4 Mampu mengintegrasikan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran saintifik untuk membina kompetensi diri
5 Memiliki kecekapan intelektual dan kemahiran tentang
beberapa pendekatan kaunseling, mempunyai keinginan
serta mampu mempelajarinya dan dapat berfikir pantas
dan menguasai keadaan
6 Memiliki tenaga yang mencukupi di mana intervensi akan
meletihkan emosi dan fizikal di mana personel perlu aktif
dalam setiap intervensi yang dijalankan.
7 Fleksibel iaitu tidak terlalu berpegang kepada satu set
respon tertentu sahaja dan perlu mempelbagaikannya
mengikut keperluan klien atau pelanggan
8 Sentiasa memberi sokongan kepada klien atau pelanggan
serta menghormati setiap pilihan atau keputusan yang
mereka ambil
9 Bersikap muhibah iaitu keinginan membantu klien atau
pelanggan hanya semata-mata kerana klien atau pelanggan
itu sahaja serta mengekalkan etika kebebasan
10 Kesedaran tentang pengalaman budaya yang berbeza
yakni kemahiran untuk berasa selesa ketika berhadapan
dengan klien atau pelanggan dari keturunan dan budaya
yang berlainan
BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 237
PENILAIAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Penilaian terhadap setiap program atau aktiviti perkhidmatan yang telah dijalankan
merupakan indikator bagi menentukan pelaksanaan akauntabiliti iaitu memberikan
gambaran sejauhmana personel telah dapat memenuhi tanggungjawab dan amanah
yang telah diberikan kepada mereka. Penilaian terhadap perkhidmatan juga dapat
membantu pihak pengurusan sekolah, personel di Pejabat Pelajaran Daerah atau
Jabatan Pelajaran Negeri membuat pemantauan atau mengumpul maklumat bagi
mengenalpasti masalah untuk tujuan penambahbaikkan serta menilai prestasi dan
pencapaian personel dan perkhidmatannya.
ASPEK PENILAIAN ATAU PEMANTAUAN
Penilaian yang dijalankan perlulah ringkas, mudah difahami, memenuhi keperluan
dan matlamat penilaian dan tidak membebankan personel untuk menguruskannya.
Instrumen penilaian atau pemantauan boleh disediakan dalam bentuk senarai semak.
Pada bahagian awal borang penilaian, beberapa maklumat umum tentang sekolah
dan enrolmen pelajar bolehlah dimasukkan. Aspek-aspek yang perlu diberikan
penilaian ialah keupayaan personel untuk mengurus, mengelola dan melaksanakan
perkhidmatan, penggunaan kemudahan, sumber atau resos serta isu atau masalah
yang dihadapi oleh personel semasa melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas
mereka. Selain daripada penilaian pihak pengurusan sekolah (Pengetua atau Guru
Besar) atau personel dari Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri,
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling juga berpeluang untuk membuat penilaian
atau pemeriksaan kendiri menggunakan instrumen yang disediakan.
Format penilaian berikut merupakan instrumen pemantauan yang pernah
digunakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Perak bagi mengukur dan
menilai prestasi pengurusan dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
Bagaimanapun format tersebut telah dibuat sedikit adaptasi. Format dan aspek
penilaiannya adalah bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan penilaian sekolah
menengah dan sekolah rendah.
BIDANG PENGURUSAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. MAKLUMAT SEKOLAH DAN PENILAI
• Maklumat umum sekolah (nama, alamat, kod, gred, enrolmen pelajar,
jumlah personel, jumlah guru)
• Maklumat penilai (nama, jawatan, unit)
2. PENILAIAN PENGURUSAN
Penilaian menggunakan skala yang berikut :
5 – Sangat Cemerlang 4 – Cemerlang 3 – Baik
2 – Memuaskan
1 – Kurang Memuaskan
Sila tandakan ( √ ) pada ruangan skala yang difikirkan sesuai.
238 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
BIL. ITEM / PERKARA YANG DINILAI 5 SKALA 1 SKOR
432
1. KAJIAN KEPERLUAN
2. PERANCANGAN TAHUNAN DAN BIDANG
Akademik
Pendidikan Kerjaya
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Pembangunan Pelajar
Pendidikan Pencegahan Dadah / HIV / AIDS
Keibubapaan
3. CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa PPDa Sekolah
Jawatankuasa Aktiviti Kokurikulum Pelajar
4. ASAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Visi
Misi
Falsafah
Objektif
Piagam Pelanggan
5. SISTEM FAIL DAN MAKLUMAT
Fail Am
– Pengurusan Am
– Surat Pekeliling, Etika, Akta
– Kewangan (PCG)
– Jadual Waktu Kelas
– Jadual Bertugas Personel
– Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Fail Bidang (6 Bidang Perkhidmatan)
Rekod / Laporan Aktiviti Intervensi
Surat Menyurat
Pelaporan Program / Aktiviti
Laporan Kes Disiplin
Buku Pelawat
Instrumen Ujian Psikologikal / Psikometrik
Dokumentasi Penilaian / Akauntabiliti
6. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Buku Rekod Perkhidmatan
Rekod Sesi Bimbingan / Kaunseling Individu
Rekod Sesi Bimbingan / Kaunseling Kelompok
Rekod Sesi Perundingan
Borang-Borang Perkhidmatan
Sebaran Maklumat Perkhidmatan
PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
7. AKADEMIK
8. PENDIDIKAN KERJAYA
9. PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN
MENTAL
10. PEMBANGUNAN PELAJAR
11. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH /
HIV / AIDS
BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 239
BIL. ITEM / PERKARA YANG DINILAI 5 SKALA 1 SKOR
432
12. KEIBUBAPAAN
13. PROGRAM INOVASI
14. AKTIVITI KOKURIKULUM PELAJAR
Pembimbing Rakan Sebaya
Kelab Bimbingan / Bimbingan dan Kerjaya
Skim Lencana Antidadah
Kelab Antijenayah
15. KECERIAAN BILIK BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Kondusif dan Teraputik
Teratur dan Kemas
Bermaklumat
Kemudahan Disediakan
JUMLAH SKOR KESELURUHAN
JUMLAH SKOR PENUH 75
Memproses Skor Penilaian
Pengiraan Skor = Jumlah Skor Keseluruhan
15 (Komponen Dinilai)
Contoh : 65 = 4.33 = PRESTASI CEMERLANG
15
BIL. SKOR PURATA PRESTASI
1 4.50 – 5.00 SANGAT CEMERLANG
2 3.50 – 4.49 CEMERLANG
3 2.50 – 3.49 BAIK
4 1.50 – 2.49 MEMUASKAN
5 1.00 – 1.49 KURANG MEMUASKAN
3. ISU ATAU MASALAH PERKHIDMATAN
BIL. ISU / MASALAH* ADA TIADA
1. Kemahiran mengurus dan melaksanakan
perkhidmatan
2.
Kemahiran mengendalikan sesi bimbingan /
3. kaunseling / perundingan
4. Menjalankan program dan mengurus perbelanjaan
5.
6. Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan perkeranian
7.
Mengajar mata pelajaran akademik
Bebanan kerja luar (PPD, JPN dll)
* Sekadar menunjukkan beberapa contoh masalah
240 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN
PENILAIAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH
Walaupun Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah bukanlah menjadi
tanggungjawab sepenuhnya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tetapi Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu mengambil berat tentang pengurusan dan
pelaksanaan program yang dijalankan. Hakikat sebenarnya, PPDa memerlukan
seorang personel yang khusus bagi mengurus, mengelola dan melaksanakan setiap
program yang dijalankan di peringkat sekolah, PPD atau JPN. Ketiadaan personel
yang khusus menyebabkan PPDa di sekolah seringkali dibebankan kepada Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling. Peranan dan tanggungjawab personel adalah
sebagai Ahli Jawatankuasa PPDa sekolah. Personel diberikan tanggungjawab untuk
menyelaras dan melaksanakan program Pembentukan Sahsiah Antidadah bersama
dengan Guru Disiplin. Di antara aktiviti di bawah program tersebut ialah
• Kemahiran Personal dan Interpersonal
• Kaunseling PPDa (Kaunseling Antidadah)
• Program Intervensi Pelajar
• Kolokium Kepimpinan PPDa
• Program Waja Diri
• Seminar PPDa
• Program Keibubapaan.
Bagi tujuan penilaian pelaksanaan PPDa, maka instrumen penilaian perlu
dibentuk secara menyeluruh berdasarkan sukatan PPDa yang telah ditentukan oleh
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) dalam buku Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah. Contoh instrumen berikut
merupakan instrumen yang pernah digunakan oleh Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah, Jabatan Pelajaran Perak. Instrumen pemantauan tersebut mengandungi
maklumat sekolah, perkara-perkara yang perlu disediakan oleh pihak pengurusan
dan kepimpinan PPDa sekolah, program PPDa yang perlu dilaksanakan dan rekod
penyertaan pelajar dalam program PPDa dari peringkat sekolah hingga ke peringkat
kebangsaan.
1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
Sila gunakan skala berikut : Tandakan ( √ ) pada ruangan skala.
4 – Amat Baik 3 – Baik 2 – Sederhana 1 – Perlu diperbaiki
BIL. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SKALA CATATAN
4321
1. Visi PPDa
2. Misi PPDa
3. Fail Pengurusan PPDa
– Surat Pekeliling Ikhtisas PPDa
4. – Buku Panduan / Tatacara PPDa
5. Jawatankuasa PPDa
6. Carta Organisasi
Takwim PPDa Tahunan Sekolah
BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 241
BIL. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SKALA CATATAN
4321 Bil. Ahli SLAD
7. Perancangan Program PPDa
8. Pelaksanaan Program PPDa
9. Pelaporan Program PPDa
10. Program Perkembangan Staf (PPDa)
11. Rekod Kes Pelajar
12. Rekod Keahlian SLAD (SM)
13. Rekod Pelajar Ponteng
14. Rekod Pelajar Berpotensi Ponteng
15. Rekod Bersemuka Dengan Pelajar
16. Nyatakan aktiviti lain jika ada
2. PELAKSANAAN PROGRAM PPDa
Sila tandakan ( √ ) di ruangan ADA atau TIADA
BIL. PERKARA ADA TIADA CATATAN
KURIKULUM
1. Program Cuma 5 Minit Antidadah
2. PPDa dalam KBSM
3. Program PINTAR (SR Terpilih Sahaja)
4. Ceramah PPDa
5. Pameran PPDa
6. Mesej Antidadah
7. Nyatakan aktiviti lain jika ada
KOKURIKULUM
1. Program Skim Lencana Antidadah
(SLAD)
2. Minggu Antidadah (Februari & Jun)
3. Seminar PPDa
4. Karnival Seni PPDa
– Penulisan Esei
– Melukis Poster Antidadah
– Penulisan Sajak Antidadah
– Mendeklamasi Sajak Antidadah
– Boria Antidadah
– Nasyid Antidadah
– Dikir Barat Antidadah
– Buku Skrap Antidadah
5. Perkhemahan
– Perkhemahan SLAD
– Perkhemahan Antidadah
6. Nyatakan aktiviti lain jika ada