The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-02-17 22:04:52

MENGURUS KHIDMAT B&K SEKOLAH

Mengurus khidmat B&K di Sekolah

Keywords: eBOOK Mengurus Khidmat B&K

92 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

Rujukan :
Tarikh :

MEMOHON KEBENARAN BERJUMPA PELAJAR

Kerjasama dan jasa baik cikgu dipohon untuk membenarkan pelajar yang mengemukakan
surat ini _______________________________________ Tingkatan __________ untuk
menjalani sesi kaunseling pada ____________ jam _______

2. Atas pertimbangan dan kerjasama yang cikgu berikan, saya mengucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(Nama )
Guru Kaunseling

………………….………………… potong di sini ………………………………………….

JAWAPAN GURU

Dibenarkan / Tidak dibenarkan*

Jika tidak dibenarkan : Alasan ___________________________________________

Tandatangan ………………………. Tarikh : ………………….
Nama

* Potong yang tidak berkenaan

Rajah 25 : Borang Kebenaran Berjumpa Pelajar

c. Borang Janjitemu Khidmat Kaunseling dan Kebenaran Keluar Kelas
– Borang ini digunakan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk
menjemput pelajar menghadiri sesi kaunseling melalui janjitemu yang telah
dibuat dengan pelajar berkenaan.
– Ada ketikanya pelajar yang datang secara sukarela ingin mendapatkan
khidmat atau intervensi kaunseling tidak dapat dilayan kerana ketika itu
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling sedang menjalankan intervensi
dengan pelajar lain. Janjitemu terpaksa dibuat dengan menetapkan tarikh
dan masa bagi pertemuan untuk menjalankan intervensi dengan pelajar
tersebut.
– Sebaik-baiknya jika ada pelajar datang secara sukarela, Guru Bimbingan atau
atau Guru Kaunseling hendaklah melayan pelajar tersebut ketika itu juga.
– Pastikan selepas sesi tamat dijalankan, pelajar yang datang secara sukarela

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 93

dibekalkan dengan sedikit nota untuk memberitahu guru klien yang sedang
mengajar di kelas. Nota ringkas tersebut digunakan untuk mengelakkan
kejadian di mana pelajar menggunakan alasan berjumpa dengan Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling padahal dalam keadaan sebenarnya mereka
telah ponteng kelas.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG

Rujukan :
Tarikh :

JANJITEMU KHIDMAT KAUNSELING

NAMA : ___________________________________________ TAHUN : _________

Anda dipersilakan hadir ke bilik kaunseling Tarikh : ___________________
Masa : ___________________

Sila gunakan keratan di bawah untuk mendapatkan kebenaran keluar kelas dari
guru yang sedang mengajar.

Sekian. Terima kasih.

………………………. Tarikh : _________
(Nama Guru Bimbingan)

----------------------------------------- potong di sini ---------------------------------------

SURAT KEBENARAN MENGHADIRI SESI KAUNSELING

NAMA : ___________________________________ TAHUN : ______________

Saya membenarkan / tidak membenarkan* pelajar di atas untuk menghadiri sesi
yang dikendalikan oleh pihak tuan / puan pada tarikh dan masa seperti yang
dinyatakan di atas.

Yang benar,

……………………………….

Nama Guru _______________________

* Potong mana yang tidak berkenaan
Keratan ini disimpan oleh guru yang memberi kebenaran.

Rajah 26 : Borang Janjitemu Khidmat Kaunseling

94 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG

Pelajar : _______________________ Tahun : _______
Tarikh : _______________ Masa : ________________
Perkara : Telah diberi perkhidmatan

Bimbingan / Kaunseling / Urusan Lain*

Personel : ……………………………..
()

* Potong mana yang tidak berkenaan

Rajah 27 : Nota Ringkas Khidmat

d. Borang Permohonan Mendapatkan Khidmat Bimbingan / Kaunseling
– Borang ini digunakan oleh pelajar yang datang secara sukarela untuk
membuat janjitemu dengan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

MEMOHON MENDAPATKAN
KHIDMAT KAUNSELING INDIVIDU

Nama Pelajar : ____________________________________ Tingkatan : ___________

Saya ingin berjumpa dengan : ________________________________________________
(Nyatakan nama Guru Kaunseling pilihan anda)

TARIKH : HARI :
MASA : TEMPAT : Bilik Kaunseling

Perkara yang ingin saya bincangkan ialah pada petak yang bertanda ( Ö ) seperti di bawah.

AKADEMIK / PENDIDIKAN PERIBADI
PERKEMBANGAN DIRI KELUARGA

KERJAYA DISIPLIN
SOSIAL LAIN-LAIN
MOTIVASI DIRI

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
()

Rajah 28 : Borang Mendapatkan Khidmat Kaunseling Individu / Kelompok

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 95

– Tarikh dan masa janjitemu yang ditentukan oleh pelajar adalah berdasarkan
kelapangan yang dimiliki oleh pelajar tersebut.

– Borang ini perlu dipenuhi sekiranya pelajar yang datang untuk berjumpa
dengan personel tetapi ketika itu personel tiada di bilik kaunseling atau
sedang berada di luar sekolah.

– Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling hendaklah segera berjumpa dan
berbincang semula dengan pelajar tersebut dalam waktu yang terdekat
sekiranya waktu yang ditetapkan bertindih dengan janjitemu dengan pelajar
yang lain.

– Sekiranya pada waktu pelajar itu datang, Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling berada dalam waktu fleksibel maka menjadi tanggungjawabnya
untuk melayani keperluan pelajar tersebut ketika itu juga. Pelajar yang
datang secara sukarela akan memudahkan tugas Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling menjalankan intervensi kaunseling individu atau kelompok.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

MENDAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING KELOMPOK

BIL. NAMA PELAJAR TINGKATAN

Kami ingin berjumpa dengan : _______________________________________________
(Nyatakan nama Guru Kaunseling pilihan anda)

TARIKH : HARI :
MASA : TEMPAT : Bilik Kaunseling

Perkara yang ingin saya bincangkan ialah pada petak yang bertanda (Ö ) seperti di bawah.

AKADEMIK / PENDIDIKAN PERIBADI
PERKEMBANGAN DIRI KELUARGA
KERJAYA DISIPLIN
SOSIAL LAIN-LAIN
MOTIVASI DIRI

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
()

Rajah 29 : Borang Mendapatkan Khidmat Kaunseling Kelompok

96 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

Semua contoh borang janjitemu atau borang rujukan yang telah dipaparkan
di atas hanya sekadar panduan untuk memudahkan kerja Guru Bimbingan dan Guru
Kaunseling mendapatkan klien. Terdapat pelbagai jenis atau bentuk borang lain
yang boleh digunakan oleh personel. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling boleh
menggunakan satu bentuk borang yang serbaguna iaitu boleh digunakan untuk
tujuan janjitemu ataupun rujukan. Ianya mungkin berbentuk seperti kad rawatan
hospital pelajar. Terdapat beberapa perkara yang fleksibel iaitu boleh diubahsuai
misalnya tajuk perkara sama ada janjitemu atau rujukan atau kaedah sama ada
bimbingan, kaunseling atau perundingan atau bentuk khidmat sama ada individu
atau kelompok.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

___________________________________________________________________________________

BORANG TEMUJANJI
BIMBINGAN / KAUNSELING

INDIVIDU / KELOMPOK*

BIL. NAMA PELAJAR TINGKATAN T / TANGAN

Saya / Kami ingin berjumpa : ________________________________________________
(Nyatakan nama Guru Kaunseling pilihan anda)

TARIKH : HARI :
MASA : TEMPAT : Bilik Kaunseling

Perkara yang ingin saya / kami bincangkan ialah pada petak yang bertanda ( Ö ) di bawah.

AKADEMIK / PENDIDIKAN PERIBADI
PERKEMBANGAN DIRI KELUARGA
KERJAYA DISIPLIN
SOSIAL LAIN-LAIN
MOTIVASI DIRI

Sekian. Terima kasih.
* Ditentukan oleh Guru Kaunseling.

Rajah 30 : Borang Mendapatkan Khidmat Bimbingan / Kaunseling
Individu / Kelompok

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 97

FASA SEMASA DAN SELEPAS INTERVENSI DIJALANKAN

Sebaik sahaja sesuatu intervensi kaunseling itu selesai sama ada kaunseling individu
atau kelompok, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlulah membuat laporan
intervensi. Terdapat beberapa contoh bentuk format yang telah dicadangkan dan
difikirkan sesuai digunakan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Contoh-
contoh borang rekod atau laporan sesi berikut mungkin dapat membantu.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU / KELOMPOK

Rujukan : ____________

Tarikh : _____________
Masa : ______________
Sesi ke : _____________

Nama Klien : __________________________________ Tahun : ___________
__________________________________ ___________
__________________________________ ___________
__________________________________ ___________

__________________________________ ___________
__________________________________ ___________
__________________________________ ___________

Persoalan / isu yang dibawa

Laporan Sesi

Tindakan

Catatan

………………………
()
Guru Bimbingan

Rajah 31 : Format 1 – Borang Laporan Intervensi Individu / Kelompok

98 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

Borang laporan format 1 boleh digunakan untuk menyediakan laporan sesi
kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian oleh personel ialah

• Persoalan atau isu yang dibawa – perkara yang ingin dikongsi bersama
oleh klien dalam bentuk masalah yang dibawa (presenting problem)
(kemungkinan bukan isu atau masalah yang sebenar).

• Laporan sesi – masukkan teori atau pendekatan yang digunakan, isu
atau masalah, proses kaunseling serta kemahiran menolong yang telah
digunakan sepanjang sesi. Catatkan juga intipati isu atau masalah jika
ianya ditimbulkan oleh klien.

• Tindakan – implikasi atau hasil daripada sesi misalnya memberi kerja
rumah, peneguhan, mengenalpasti pilihan, penamatan sesi dan lain-lain.

• Catatan – membuat penetapan seperti menentukan tarikh dan masa bagi
sesi seterusnya, menamatkan sesi atau merujuk kes kepada personel
atau pakar yang lain.

• Borang ini boleh diubahsuai untuk digunakan bagi mencatat rekod sesi
perundingan di antara Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling dengan
guru-guru atau ibu bapa.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDU

Rujukan : ___________
Tarikh : _____________
Masa : ______________
Sesi ke : _____________

Nama Klien : ____________________________________

Tahun : _________________

TARIKH CATATAN SESI PERTEMUAN TINDAKAN

Rajah 32 : Format 2 – Borang Rekod Sesi Kaunseling Individu

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 99

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. KEB. KAMPUNG PUTING BELIUNG

Rujukan : ___________
Tarikh : _____________
Masa : ______________
Sesi ke : _____________

REKOD SESI KAUNSELING KELOMPOK

BIL. NAMA AHLI KELOMPOK TAHUN

Persoalan / Isu :
Laporan Sesi Kaunseling :

Tindakan :

Catatan :

Guru Bimbingan : …………………………..
()

Rajah 33 : Format 3 – Rekod Sesi Kaunseling Kelompok

Nota : Borang Format 2 dan 3 tidak banyak bezanya dengan format 1. Borang
format 2 boleh juga digunakan bagi merekodkan khidmat perundingan.

100 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

Rujukan : ___________
Tarikh : ____________
Masa : _____________
Sesi ke : _____________

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama Klien : _____________________________________
Tingkatan : _____________

Cara Datang : Dirujuk / Diarah / Dijemput / Sukarela

Perkara / Isu Dibawa : __________________________________________________
______________________________________________________________________

Diagnosis : ___________________________________________________________
______________________________________________________________________

RAWATAN

A. Pendekatan Teori
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

B. Perancangan Rawatan
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

C. Strategi Rawatan
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

D. Kemahiran Menolong Digunakan
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Catatan : ____________________________________________________________
__________________________________________________________________

()
Nama Guru Kaunseling

Rajah 34 : Format 4 – Rekod Sesi Kaunseling Individu

Nota : Borang Format 4 boleh juga digunakan untuk merekodkan intervensi
perundingan dengan guru-guru atau ibu bapa.

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 101

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB. BANDAR TSUNAMI

Rujukan : ___________
Tarikh : _____________
Masa : ______________
Sesi ke : _____________

REKOD SESI KAUNSELING KELOMPOK

Nama Klien : ____________________________________ Tingkatan : _________
____________________________________ _________
____________________________________ _________
____________________________________ _________
____________________________________ _________
____________________________________ _________

____________________________________ _________
____________________________________ _________

Perkara / Isu Dibawa : ___________________________________________________
_______________________________________________________________________

Diagnosis : ____________________________________________________________
_______________________________________________________________________

RAWATAN

A. Pendekatan Teori
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

B. Perancangan Rawatan

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

C. Strategi Rawatan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

D. Kemahiran Menolong Digunakan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Catatan : ______________________________________________________________
____________________________________________________________________

()
Nama Guru Kaunseling

Rajah 35 : Format 5 – Rekod Sesi Kaunseling Kelompok

102 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

Bagi format 4 dan 5 terdapat sedikit kelainan. Format ini agak terperinci
kerana Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu merekodkan beberapa perkara
seperti berikut :

• Perkara atau isu yang dibawa – perkara yang ditonjolkan di awal sesi
dan biasanya isu yang dibawa bukanlah persoalan atau masalah yang
sebenar. Misalnya klien mengadu rakan-rakan sekelas tidak suka
berkawan dengannya. Setelah dibuat penerokaan, masalah sebenarnya
mungkin klien seorang pelajar yang tidak tahu bergaul, suka mengawal
orang lain, tidak tahu menghormati orang lain dan sebagainya. Isu
biasanya berfokus kepada pihak pertama iaitu klien.

• Diagnosis – apa-apa sahaja reaksi yang boleh dilihat atau dikesan oleh
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling pada diri klien sama ada secara
lisan atau bukan lisan, tingkah laku, keadaan emosi, mimik muka dan
sebagainya. Reaksi yang dipamerkan seperti gugup, risau, tertekan,
marah, sedih, gelisah, pergerakan kaki tangan tidak terkawal, tangan
menarik-narik rambut, menggigit kuku, tidak berani bertentangan mata
(memandang ke arah lain), bercakap tidak keruan, berdiam diri, cakap
perlahan atau tersekat-sekat dan sebagainya.

• Rawatan – pendekatan teori, perancangan, strategi dan kemahiran
menolong yang digunakan sepanjang sesi.
o Pendekatan teori – asas teori kaunseling yang digunakan sama
ada berpegang kepada teori tertentu, menggunakan pendekatan
eklektik atau menggunakan pendekatan kaunseling Islam.
Contoh : Pendekatan teori : Terapi Realiti. Andaian :
Manusia perlu memenuhi keperluan biologi dan psikologi.
Manusia sendiri yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri
sama ada membentuk identiti berjaya atau identiti gagal.
o Perancangan rawatan – menentukan matlamat kaunseling dan
aktiviti yang akan dijalankan. Misalnya
§ Sesi 1 – membina hubungan
o menerima klien
o menstruktur
o mendengar aduan / isu.
§ Sesi 2 – penerokaan isu
o meneroka isu dibawa lebih mendalam
o mengenalpasti isu / masalah klien.
o Strategi rawatan – catatkan langkah-langkah dalam proses
kaunseling secara lebih terperinci. Catatkan teknik, kaedah
atau kemahiran yang diajar (jika ada).
§ Misalnya : mengajar klien berinteraksi secara berkesan.
o Kemahiran menolong yang digunakan – kemahiran melayan
dan kemahiran kaunseling yang paling banyak digunakan dan
keberkesanannya.

• Catatan – digunakan untuk menentukan tarikh, janjitemu bagi sesi
seterusnya atau menamatkan sesi atau merujuk klien kepada pakar.
Rekodkan tentang kerja rumah yang diberi, peneguhan, pengukuhan,
membuat kontrak, pelan tindakan dan lain-lain.

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 103

FASA SELEPAS INTERVENSI

Rekod merupakan alat atau instrumen dokumentasi yang dianggap penting dalam
memberikan khidmat bimbingan dan intervensi kaunseling. Setiap dokumentasi
atau catatan rekod dapat menggambarkan tentang amalan yang telah dilaksanakan
oleh personel. Di samping itu, maklumat daripada catatan rekod biasanya dapat
digunakan untuk menyediakan laporan tentang klien apabila diminta oleh pihak
sekolah atau untuk tujuan rujukan pakar. Catatan rekod juga dapat menyediakan
data dan maklumat apabila personel menyediakan laporan bulanan atau tahunan
tentang khidmat bimbingan atau intervensi kaunseling, menjalankan penilaian atau
akauntabiliti tentang keberkesanan perkhidmatan yang telah diberikan atau dapat
dijadikan panduan ketika menggubal perancangan pada masa akan datang.

Jika pihak sekolah ingin mendapatkan laporan tentang klien tertentu, hanya
maklumat umum sahaja yang perlu dipaparkan bersesuaian dengan kehendak etika
kaunseling iaitu setiap personel perlu menjaga kerahsiaan dan kebajikan kliennya.
Bagi menyediakan laporan aktiviti bulanan atau tahunan, hanya jumlah atau kuantiti
sahaja yang dicatatkan dan ianya tidak melibatkan sebarang pendedahan nama klien
atau identiti yang boleh mendedahkan klien. Prosedur adalah selaras dengan tujuan
laporan disediakan iaitu untuk memberikan paparan data maklumat dari segi jumlah
atau kuantiti perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Panduan untuk mengisi rekod
khidmat bimbingan kelompok atau intervensi kaunseling individu atau kelompok
merupakan format yang sering digunakan oleh Guru Kaunseling seperti mana yang
terdapat dalam Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi sekolah
menengah.

A. PANDUAN MENGISI REKOD BIMBINGAN KELOMPOK

KOD BIMBINGAN
BA – Bimbingan Akademik contoh : BA 001, BA 002 (siri bimbingan)
BK – Bimbingan Kerjaya contoh : BK 001, BK 002
BS – Bimbingan Sosial contoh : BS 001, BS 002
BP – Bimbingan Pemimpin contoh : BP 001, BP 002
PM – Penyebaran Maklumat contoh : PM 001, PM 002

KLASIFIKASI KAEDAH
L – Latihan
B – Bengkel
LB – Lawatan Belajar
S – Seminar
P – Perkhemahan
C – Ceramah
PK – Pengajaran di Kelas
K – Kursus

KLASIFIKASI KLIEN
P – Perempuan
L – Lelaki
PP – Pemimpin Pelajar

104 BAHAGIAN 2 MERANCANG DAN MENYUSUN PERKHIDMATAN

PB – Pelajar Biasa
PR – Pelajar Risiko
IB – Ibu Bapa / Penjaga
G – Guru / Staf
P – Pentadbir
LL – Lain-lain (nyatakan)

TARIKH MASA NAMA JENIS TING. BIL. KOD KAEDAH
AKTIVITI KLIEN BIMBINGAN
8.4.06 3-4 3C, 3D LP C
9.4.06 10 - 11 BA PR BA018 PK
BK PB 4K 50 13 BK012

12 22

Rajah 36 : Rekod Bimbingan Kelompok

B. PANDUAN MENGISI REKOD KAUNSELING INDIVIDU / KELOMPOK /
PERUNDINGAN

KOD INTERVENSI
KI – Kaunseling Individu; contoh : KI 001, KI 002 (siri intervensi)
KK – Kaunseling Kelompok; contoh : KK 001, KK 002

KLASIFIKASI KLIEN
P – Perempuan
L – Lelaki
PP – Pemimpin Pelajar
PB – Pelajar Biasa
PR – Pelajar Risiko
IB – Ibu Bapa / Penjaga
G – Guru / Staf
P – Pentadbir
LL – Lain-lain (nyatakan)

JENIS INTERVENSI
MP – Peribadi
MA – Akademik
MK – Keluarga
MR – Rakan Sebaya / Sosial
MD – Disiplin
K – Kewangan

BAB 7 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 105

D – Dadah / Inhalan / Bahan Psikotropik
PK – Pemilihan Kerjaya / Vokasional
UP – Ujian Psikometrik

TARIKH MASA TING. L/P KLASIFIKASI KOD JENIS
KLIEN INTERVENSI INTERVENSI
7.7.06 8.0 – 8.4 5G L
7.7.06 10 - 11 3R P (5) PB KI088 MP
PR KK089 MD

Rajah 37 : Rekod Kaunseling Individu / Kelompok / Perundingan

Nota : Sebaik-baiknya rekod bagi intervensi kaunseling individu, kaunseling kelompok
atau perundingan diasingkan dan tidak dicampurkan dalam satu borang rekod.

Borang Merekod Aktiviti Bulanan bagi Intervensi Kaunseling (Individu /
Kelompok) atau Perundingan merupakan rekod yang dianggap sulit kerana butiran

atau maklumat diri klien dimasukkan ke dalam catatan atau direkodkan. Data dan

maklumat yang dikumpul bertujuan untuk membantu Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling membuat susulan atau menyediakan laporan tertentu berkaitan dengan

klien. Gunakan paparan landskap untuk mendapatkan ruang yang lebih lebar.

BIL TARIKH MASA BIL. NO. RUJUKAN KLIEN TING JAN. CARA JENIS CATATAN
SESI LP DATANG MASALAH

Petunjuk : Cara datang S = sendiri, R = rujukan, J = jemputan, A = arahan
Rajah 38 : Borang Rekod Bulanan Intervensi Kaunseling

Bahagian Tiga

MENGURUS DAN MELAKSANA
PERKHIDMATAN

BAB 8
Mengurus dan Mentadbir

BAB 9
Perkhidmatan Utama

BAB 10
Program-Program Khas

BAB 11
Aktiviti Kokurikulum

BAB 12
Tugas-Tugas Khas

MENGURUS DAN MENTADBIR BAB

8

MENGURUS BILIK BIMBINGAN DAN KAUSELING

Bilik bimbingan dan kaunseling (disebut juga bilik kaunseling) merupakan premis,
pusat, pengkalan atau terminal kepada sistem dan operasi Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah. Sekiranya bilik bimbingan dan kaunseling tidak disedia-
kan maka perkhidmatan dan personel bimbingan dan kaunseling seolah-olah tidak
wujud, tidak berfungsi dan operasinya akan ‘bergelandangan’. Kewujudan bilik
bimbingan dan kaunseling merupakan petanda atau lambang wujudnya sebuah unit
yang memberikan perkhidmatan menolong di sekolah.

Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling kadangkala menghadapi masalah
untuk mendapatkan atau menyediakan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang
lengkap, memberi manfaat dan ceria. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1976
telah dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengarahkan Guru
Besar atau Pengetua supaya menyediakan beberapa kemudahan asas seperti “satu
tempat yang baik dan sesuai” kepada Guru Panduan dan Kerjaya (gelaran personel
bimbingan dan kaunseling ketika itu) agar mereka dapat menjalankan tugas dengan
berkesan. Terdapat personel yang terpaksa mengubahsuai tandas, stor atau ruang
bawah tangga untuk dijadikan bilik bimbingan dan kaunseling. Sekiranya ada pihak
pengurusan sekolah bermurah hati dan bersedia menyerahkan sebuah bilik darjah
untuk diubahsuai menjadi bilik bimbingan dan kaunseling, personel tersebut sudah
dikira amat bertuah. Lazimnya, apabila sesebuah sekolah yang baru didirikan atau
sekolah lama yang tiada kemudahan bilik bimbingan dan kaunseling akan mendapat
bangunan tambahan, sebuah bilik khas akan disediakan untuk bilik bimbingan dan
kaunseling dalam struktur bangunan barunya.

Buku panduan bertajuk ‘Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di Sekolah Menengah’ telah diterbitkan dalam tahun 1993. Buku
panduan tersebut telah diusahakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam buku panduan tersebut, beberapa
cadangan dan contoh pelan susunatur bagi menunjukkan ruang, kedudukan kaunter
dan perabot bagi sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling telah dikemukakan.

Setelah bilik bimbingan dan kaunseling dapat disediakan, timbul pula pelbagai
isu berkaitan pengurusannya. Di antara isu-isu yang mungkin timbul ialah

• kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling yang tidak strategik.

• keadaan bilik bimbingan dan kaunseling yang tidak sesuai terutamanya
berkaitan dengan keluasan dan rekabentuk ruang. Bayangkan bagaimana
keadaan sebuah stor, tandas atau ruang di bawah tangga dijadikan bilik
bimbingan dan kaunseling.

• bilik bimbingan dan kaunseling yang disediakan sesuai, strategik dan luas
tetapi tiada personel bimbingan dan kaunseling yang terlatih disediakan
untuk mengurus dan mentadbirnya.

• bilik bimbingan dan kaunseling telah disediakan dengan baik dan sesuai
tetapi tidak ditadbir dengan baik oleh personel bimbingan dan kaunseling.

• bilik bimbingan dan kaunseling telah disediakan dengan baik dan sesuai,
personelnya juga berkelayakan serta berkemahiran tetapi ramai pelajar

108 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

menyalahgunakan bilik tersebut untuk tujuan ponteng kelas atau tempat
lepak-lepak kerana hawa dingin di bilik tersebut sejuk dan nyaman.
• bilik bimbingan dan kaunseling disediakan dengan baik dan sesuai, ramai
pelajar yang datang mendapatkan pertolongan tetapi hanya ada seorang
personel terlatihnya menyebabkan personel keletihan dan ‘tidak cukup
tangan’ untuk melayan keperluan pelanggannya.
• bilik bimbingan dan kaunseling disediakan dengan baik dan sesuai, ramai
pelajar datang kerana ingin mendapatkan pertolongan tetapi personelnya
seringkali tidak berada di kawasan sekolah kerana sibuk menjalankan
tugas-tugas khas berkaitan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran
Negeri atau Kementerian Pelajaran. Kadang-kadang personelnya pakar
dalam bidang atau kemahiran tertentu menyebabkan beliau sentiasa sibuk
menerima jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO, sekolah-
sekolah berhampiran dan sebagainya.

MENGGERAKKAN FUNGSI BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bilik bimbingan dan kaunseling merupakan nadi atau pusat operasi paling utama
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bilik bimbingan dan kaunseling
yang efektif dan dapat berfungsi dengan baik merupakan lambang dan manifestasi
dari keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Bilik bimbingan dan
kaunseling juga merupakan tempat Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk
menjalankan pelbagai urusan kerja sama ada tugas rutin atau khas. Pelbagai aktiviti
dijalankan seperti merancang, berbincang atau bermesyuarat untuk mengadakan
program dan aktiviti, mengurus dan mengendalikan program dan aktiviti, mengurus,
mengemaskini, menyimpan fail dan rekod, stok, peralatan, menyediakan laporan
dan dokumentasi. Bilik bimbingan dan kaunseling seharusnya kaya dengan sumber
maklumat atau berfungsi sebagai bank maklumat. Maklumat yang perlu disediakan
seperti perkembangan diri pelajar, peluang di dalam bidang akademik dan kerjaya,
psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah / HIV / AIDS,
penjagaan kesihatan atau apa-apa maklumat yang berguna untuk pelajar. Maklumat
boleh disediakan dalam bentuk bahan bercetak, bertulis atau perisian komputer.

Sebagai pengkalan yang menyediakan pertolongan, bilik bimbingan dan
kaunseling menyediakan tempat atau premis yang selamat, selesa dan terhindar dari
gangguan. Premis ini sesuai untuk mengendalikan pertemuan atau sesi tertentu.
1. Khidmat bimbingan individu atau bimbingan kelompok kecil.
2. Intervensi kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling susulan atau

kaunseling antidadah.
3. Perundingan dengan ibu bapa atau guru (bagi perundingan dengan guru, Guru

Bimbingan atau Guru Kaunseling kadang-kadang bergerak untuk mencari dan
bertemu dengan guru yang diperlukan).
4. Pelajar mengambil ujian-ujian tertentu seperti ujian berkaitan kemahiran,
motivasi belajar, ujian psikologikal atau ujian psikometrik.
5. Interaksi dengan tetamu dari luar sama ada ibu bapa, penjaga, personel dari
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, nazir atau mana-mana
personel dari agensi atau institusi lain.
6. Membimbing, melatih dan mengurus pelajar bagi aktiviti kokurikulum atau
penyertaan pelajar dalam pertandingan berkaitan kerjaya atau Pendidikan

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 109

Pencegahan Dadah (Karnival Kerjaya atau Karnival PPDa) atau apa-apa
pertandingan yang berkaitan.
7. Namun begitu bilik bimbingan dan kaunseling juga mempunyai limitasi dari
segi kapasiti atau ruang iaitu hanya mampu menampung sebilangan kecil
pelanggan sahaja. Bagi pertemuan atau sesi yang melibatkan bilangan yang
besar maka tempat atau premis yang lebih luas dan selesa diperlukan seperti
bilik darjah atau dewan. Sesi atau pertemuan yang melibatkan pelanggan atau
khalayak yang ramai seperti bimbingan kelompok besar, penyampaian taklimat
atau ceramah, program mentor-mentee, ujian air kencing (urin) dan pameran
perlu dijalankan di premis di luar bilik bimbingan dan kaunseling seperti
dewan, pondok bacaan, surau, klinik sekolah dan lain-lain yang sesuai.

Bilik bimbingan dan kaunseling juga merupakan tempat bagi meletakkan
perabot, menyimpan dan menempatkan peralatan tertentu. Jika bilik bimbingan dan
kaunseling mempunyai ruang yang luas, pelbagai sudut tertentu boleh diwujudkan.
Penggunaan alat tayangan seperti komputer dan projektor LCD atau perakam video
dan televisyen memerlukan ruang untuk tayangan. Oleh itu, bagi aktiviti tayangan
penggunaan bilik Alat Pandang Dengar (APD) adalah lebih sesuai dan selesa.
1. Perabot – kerusi, meja, almari, rak buku dan setee. Semua perabot perlulah

disusun dengan baik dan teratur supaya dapat menjimatkan ruang dan tidak
menghalang pergerakan pelanggan ketika berada di dalam bilik bimbingan dan
kaunseling. Papan pamer adalah perabot yang sangat penting untuk penyebaran
maklumat secara tidak langsung. Papan pamer kadang-kadang perlu diletakkan
di luar bilik bimbingan dan kaunseling atau di mana-mana lokasi yang difikir-
kan sesuai di kawasan sekolah supaya tidak berlaku keadaan yang sesak dalam
bilik bimbingan dan kaunseling. Kedudukan papan pamer yang berada di luar
bilik bimbingan dan kaunseling membolehkan lebih ramai pelajar menatap
bahan maklumat atau siaran yang dipamerkan dengan selesa.
2. Terdapat beberapa peralatan yang disediakan di dalam bilik bimbingan dan
kaunseling seperti komputer dan perantinya, alat perisian (cakera padat dan
disket), alat tayang (projektor LCD atau overhead) dan bahan peralatan tulis.
Komputer dan perantinya juga memerlukan ruang yang sesuai serta selesa.
Lokasi peralatan banyak bergantung kepada bagaimana peralatan tersebut akan
digunakan. Bahan-bahan alatan tulis biasanya disimpan dalam almari berkunci
kerana sebahagiannya dianggap sebagai bahan-bahan stok. Peralatan yang lain
seperti fail tegak dan kotak risalah yang mengandungi pelbagai rekod, data dan
maklumat perkhidmatan serta instrumen ujian atau bukan ujian. Fail-fail yang
dianggap sulit seperti rekod intervensi kaunseling atau sesi perundingan perlu
disimpan di dalam almari berkunci.
3. Sudut mini pameran bahan maklumat diwujudkan untuk mempamerkan bahan-
bahan maklumat berkaitan akademik, peluang pelajaran dan latihan kerjaya,
psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah, AIDS dan
HIV. Pada kebiasaannya bahan-bahan maklumat disediakan dalam bentuk buku
panduan, risalah, pamflet, brosur, carta, jurnal, majalah, buletin, bahan edaran
dan sebagainya. Semua bahan maklumat perlu dikelaskan mengikut bidang,
bentuk dan saiz. Bahan-bahan maklumat dalam bentuk bersiri boleh dimasuk-
kan ke dalam fail tegak atau fail poket. Bahan-bahan maklumat dalam bentuk
helaian, tebal dan pelbagai saiz seperti buku, buku panduan, buku skrap, jurnal,
dan majalah bolehlah diletakkan di atas rak. Bahan-bahan yang nipis serta saiz

110 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

yang pelbagai seperti pamflet, brosur dan buletin bolehlah dihamparkan di atas
meja atau dimasukkan ke dalam kotak risalah. Gambar, carta atau bahan-bahan
maklumat yang berbingkai perlulah digantung, disusun dengan teratur serta
kemas. Pastikan ianya tegak dan terletak di tempat yang mudah dilihat.
4. Jika masih ada ruang lagi, sudut-sudut atau ruang tertentu bolehlah diwujudkan
seperti ruang untuk tetamu yang menempatkan set setee, sudut Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling, sudut kopi dan sudut atau ruang membaca. Sudut
atau ruang membaca perlu juga disediakan supaya pelajar dapat membaca
bahan yang dipamerkan dengan selesa. Sudut kopi hanyalah disediakan untuk
ahli-ahli Kelab Bimbingan dan Kerjaya atau ahli pasukan Pembimbing Rakan
Sebaya semasa mereka bertugas untuk membantu mengurus dan mengelola
bilik bimbingan dan kaunseling. Sudut kopi memerlukan sedikit peruntukan.
Jika masih ada ruang, sebuah peti ais kecil mungkin boleh disediakan untuk
kegunaan pelajar. Terpulanglah kepada kebijaksanaan Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling untuk mendapatkan peruntukan bagi menyediakan kemudahan
tersebut.
5. Bahan-bahan maklumat asas tentang perkhidmatan bolehlah diletakkan di sudut
khas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling seperti carta organisasi, falsafah,
visi dan misi, piagam pelanggan, profil personel, jadual bertugas personel,
moto, logo atau slogan perkhidmatan.

MENGURUS DAN MENTADBIR FAIL PERKHIDMATAN

Setiap Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling seharusnya dapat memahami dengan
baik sistem fail serta mahir dengan selok-belok pengurusan fail perkhidmatan yang
digunakan di sekolah. Setiap program atau aktiviti yang telah dilaksanakan perlulah
direkod dan difailkan bagi tujuan penilaian atau bahan dokumentasi. Pengurusan
sistem fail yang efisien akan memudahkan tugas personel menyediakan laporan
kegiatan perkhidmatan sama ada di akhir tahun atau apabila diminta oleh mana-
mana pihak yang memerlukannya. Pengurusan sistem fail yang efisien akan dapat
memberikan gambaran bahawa personel telah dapat mengurus dan melaksanakan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan baik dan sistematik. Walaupun
tugas menyediakan sistem fail agak rumit tetapi ianya tetap berbaloi.

Berikut adalah di antara beberapa perkara yang perlu disediakan atau aspek-
aspek yang perlu diambil kira oleh personel dalam pengurusan dan pentadbiran fail
perkhidmatan.

• memilih dan menentukan sistem fail yang piawai, terkini dan komprehensif
yang akan digunakan.

• mendapatkan persetujuan semua personel berkaitan dengan sistem fail yang
bakal dipilih.

• menentukan semua personel faham dan tahu selok-belok pengurusan sistem
fail serta mampu untuk turut bersama-sama mengemaskinikan fail dengan
kemas dan betul. Berikan taklimat awal.

• menyelaraskan sistem fail perkhidmatan dengan sistem fail yang digunakan
oleh pihak pengurusan sekolah iaitu fail di pejabat sekolah.

• mengurus dan mentadbir fail perkhidmatan secara bersama oleh semua
personel.

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 111

Sistem fail yang dicadangkan dalam Bab 7 hanyalah sebagai pilihan kepada
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Setiap personel berhak memilih sistem fail
mereka sendiri. Sistem fail seharusnya sesuai, murah dan mudah diurus. Namun
begitu, personel perlu memastikan bahawa setiap sistem fail yang dipilih akan dapat
memenuhi keperluan untuk menyimpan rekod dan maklumat perkhidmatan serta
dapat memenuhi matlamat pengurusan dan pendokumentasian.

Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling tidak boleh bergantung sepenuhnya
kepada fail-fail yang disediakan di pejabat sekolah. Sistem fail di pejabat sekolah
hanyalah melibatkan surat menyurat dan urusan rasmi. Perkara atau tajuk-tajuk fail
yang digunakan dalam sistem fail di pejabat sekolah juga amat terhad. Oleh itu,
semua sistem fail yang diwujudkan di bilik bimbingan dan kaunseling merupakan
sistem fail sokongan yang dapat digunakan untuk tujuan rujukan dan dokumentasi
perkhidmatan. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling digalakkan untuk membuat
fotokopi atau salinan bagi setiap maklumat atau surat-surat penting yang berkaitan
dengan perkhidmatan supaya dapat dimasukkan atau disimpan ke dalam fail di bilik
bimbingan dan kaunseling.

Bagi semua fail yang melibatkan intervensi kaunseling atau perundingan
seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling susulan bagi kes-kes
yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan perundingan dengan guru atau ibu bapa
yang dianggap sulit, perlulah mematuhi etika kerahsiaan. Semua fail tersebut perlu
disimpan atau diletakkan di tempat yang selamat seperti di dalam almari berkunci
atau laci meja yang boleh dikunci. Fail-fail lain bolehlah diletakkan di tempat yang
mudah diperolehi atau dicapai seperti di atas rak atau di atas almari di dalam bilik
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Mengurus, menjaga dan mentadbir fail
merupakan kerja-kerja pekeranian yang boleh mencuri masa dan penumpuan Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling. Jika keadaan bilik bimbingan dan kaunseling
agak sempit dan terbuka, semua fail perlu disimpan dalam almari bagi mengelakkan
fail-fail tersebut menggunakan ruang yang banyak. Fail dan bahan-bahan di dalam
fail juga akan ‘dimakan hari’ iaitu menjadi kuning atau tulisannya menjadi semakin
pudar sekiranya terlalu lama didedahkan di tempat yang terbuka. Personel perlulah
memastikan fail-fail tersebut sentiasa dipulihara dengan baik, kelihatan segar dan
baru, dikemaskini dan bersih daripada berhabuk!

MENGUMPUL DATA DAN MAKLUMAT PELAJAR

Data dan maklumat pelajar merupakan aset perkhidmatan yang penting dan perlu
dikumpul secara sistematik, disimpan dengan baik, dipulihara dan digunakan secara
beretika oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Di antara kepentingan dan
kegunaan data dan maklumat pelajar ialah

1. sebagai sumber data dan maklumat pelajar yang lengkap dan terkini.
2. menyediakan data dan maklumat pelajar sekiranya diperlukan terutama

yang berkaitan dengan biodata diri, keluarga, taraf sosioekonomi, bidang
minat, nilai, permasalahan dan keperluan pelajar.
3. memudahkan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling membuat rujukan dan
mendapatkan maklumat awal tentang mana-mana pelajar yang memerlukan
intervensi kaunseling individu atau kelompok.
4. mengenalpasti pelajar yang bermasalah secara umum dan boleh dijadikan
sasaran untuk diberikan khidmat bimbingan atau intervensi kaunseling.

112 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

5. mengenalpasti calon-calon yang sesuai (ikut minat atau pengalaman) ketika
menempatkan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

6. dapat dijadikan maklumat sokongan kepada pihak pengurusan sekolah.
Data dan maklumat pelajar boleh dikumpul melalui teknik ujian dan teknik

bukan ujian. Teknik ujian ialah penggunaan ujian-ujian psikologikal yang piawai
yang telah dibuktikan kesahan serta telah diuji aras kebolehpercayaan dan didapati
tinggi. Ujian-ujian tersebut digunakan untuk mengukur personaliti, nilai atau minat
individu. Instrumennya disediakan dalam bentuk temuduga, inventori atau soal
selidik. Ujian-ujian psikologikal tersebut biasanya telah dialih bahasa dari bahasa
Inggeris ke bahasa Melayu secara ‘back translation’ dan kajian silang budaya oleh
pakar-pakar tempatan seperti Chiam Heng Keng (1981), Wan Rafaei (1983) dan
Sidek (1998) [sekadar menyebut beberapa tokoh dalam bidang pengukuran].

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) dalam ‘Panduan Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah’ telah menyediakan
beberapa soal selidik atau inventori yang boleh digunakan oleh Guru Kaunseling
untuk mengumpul data dan maklumat pelajar berkaitan personaliti, nilai dan bidang
minat. Inventori atau soal selidik yang telah disediakan ialah :

• Inventori Nilai

• Inventori Minat Kerja

• Inventori Suasana Bekerja

• Soal Selidik Nilai Pekerjaan

• Senarai Semak Masalah Mooney

• Soal Selidik Personaliti

• Inventori Pemilihan Kerjaya.
Sidek (1998) dalam buku yang bertajuk ‘Pengujian Dalam Psikologi dan

Kaunseling’ telah menyenaraikan sebanyak 10 ujian psikologikal piawai dari Barat
yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Kesemua ujian tersebut telah dialih
bahasa ke bahasa Melayu secara ‘back translation’, mempunyai kesahan serta aras
kebolehpercayaan yang tinggi setelah diuji di negara kita. Alat ujian tersebut terdiri
daripada inventori personaliti, minat kerjaya dan nilai pekerjaan.

• Inventori Personaliti Sidek

• Inventori Peronaliti Eysenck Junior (Junior Eysenck Personality Inventory)

• Inventori Personaliti Warna

• Skala Konsep Kendiri Tennessee (Tennessee Self-Concept Scale)

• Senarai Semak Masalah Mooney (Mooney Problem Check List)

• Inventori Gaya Bercinta.

• Soal Selidik Minat Kerjaya (Self-Directed Search)

• Inventori Pemilihan Kerjaya (Vocational Preference Inventory)
• Borang Minat Rothwell-Miller

• Inventori Nilai Pekerjaan Sidek.
Di antara instrumen teknik bukan ujian yang sering digunakan ialah soal

selidik, senarai semak dan kad kumulatif. Selain daripada tiga instrumen tersebut,
data dan maklumat pelajar boleh juga dikumpulkan melalui temubual, pemerhatian,
rekod anekdot, tinjauan, kajian dokumen, sosiometri dan sosiogram (Mohd Salleh,
1993). Soal selidik merupakan borang yang mengandungi soalan atau item bertulis
yang perlu dijawab oleh responden. Soalan adalah berbentuk terbuka atau tertutup
atau campuran kedua-duanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) dalam

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 113

buku ‘Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Menengah telah menyediakan satu contoh ‘Soal Selidik Mengenai Latar Belakang
Pelajar’. Personel boleh membina soal selidik atau senarai semak mereka sendiri
mengikut keperluan maklumat pelajar yang ingin diperolehi.

Senarai semak merupakan suatu bentuk dokumen utama yang mengandungi
pelbagai data maklumat tentang seseorang pelajar. Alat ini mengandungi butiran
biodata diri dan keluarga, tindakan-tindakan atau ketentuan sama ada berminat atau
tidak terhadap sesuatu aspek atau perlakuan pelajar (Mohd Salleh, 1993). Butiran
boleh dijawab sama ada YA atau TIDAK, menandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai
atau mengisi tempat-tempat kosong. Senarai semak dianggap instrumen yang
paling sesuai bagi mengumpul atau memperolehi maklumat pelajar.

Personel yang berkemampuan boleh menyediakan senarai semak mereka
sendiri. Bagaimanapun, beberapa perkara perlu diberikan pertimbangan sekiranya
personel berhasrat berbuat demikian. Perkara-perkara berikut perlu ada sebelum,
semasa dan selepas senarai semak yang dibina oleh personel dapat digunakan.

1. Senarai semak mestilah dibentuk dengan sempurna.
2. Setiap butiran (item) mestilah mewakili maklumat yang diperlukan sahaja.
3. Tentukan bentuk soalan atau butiran sama ada menggunakan pengkodan,

jawapan ya / tidak, betul / salah, skala likert atau respon bebas.
4. Gunakan format senarai semak yang sesuai dan sistematik.
5. Setiap item perlu ringkas, tepat, mudah difahami dan tidak mengelirukan

pelajar.
6. Tempoh masa menjawab soal selidik seharusnya mengikut tahap pelajar.

Jika diperlukan, personel seharusnya membimbing pelajar untuk menjawab
senarai semak.
7. Berikan penekanan dan jaminan bahawa semua maklumat yang diterima
akan dirahsiakan.
8. Jika keadaan memerlukan, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu
mengadakan intervensi kaunseling selepas meneliti senarai semak yang
dijawab oleh pelajar.
9. Semua senarai semak perlu difailkan dan disimpan di tempat yang selamat.
Kad Rekod Persekolahan merupakan alat mengumpul data dan maklumat
pelajar menggunakan kad kumulatif. Kementerian Pelajaran melalui surat-surat
pekeliling KP(BS)8548a/Vol.II/(49) bertarikh 5 Mei 1976 dan KP(BS)8548/4/Jld.
VII/(39) bertarikh 15 April 1978 telah mengarahkan semua Guru Besar sekolah
rendah bantuan penuh kerajaan / kerajaan mengadakan Kad Rekod Persekolahan
Murid Sekolah Rendah (001R). Semua Pengetua bagi sekolah menengah bantuan
penuh kerajaan / kerajaan mengadakan Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah
Menengah (001M). Kad 001R berwarna kuning dan setiap pelajar perlu disediakan
kad tersebut mulai tahun 1 hingga tahun 6. Kad 001M berwarna biru disediakan
bagi setiap pelajar sekolah menengah mulai dari Tingkatan Peralihan atau Tingkatan
Satu hingga tamat persekolahan mereka di peringkat menengah. Sejak akhir-akhir
ini, kebanyakan sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah sudah
tidak lagi menyedia atau menggunakan kad kumulatif. Keadaan demikian mungkin
berlaku disebabkan Guru Data atau Guru Media telah menggunakan program atau
perisian komputer yang lebih canggih, data maklumat mudah dikemaskini, dapat
mengurangkan ruang untuk menyimpan maklumat dan menjimatkan penggunaan
kertas dan fail. Persoalannya, apakah kaedah yang sesuai bagi mendapatkan data

114 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

maklumat pelajar yang bertukar sekolah atau pelajar sekolah rendah baru memasuki
sekolah menengah selain daripada kad kumulatif yang turut sama berpindah.

Terdapat juga beberapa kelemahan lain yang boleh berlaku semasa proses
pengumpulan data dan maklumat pelajar.

1. Pelajar sekolah rendah atau pelajar yang kurang cerdas pasti sukar untuk
mengisi atau menjawab butiran (item) soal selidik atau senarai semak.

2. Soalan atau butiran yang tidak dibina dengan baik atau terlalu umum akan
menjadi sukar untuk difahami dan boleh menimbulkan kekeliruan.

3. Kadang-kadang pelajar tidak berapa pasti akan ketepatan maklumat yang
diperlukan dan memerlukan masa untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Keadaan ini menyebabkan wujud tendensi bagi pelajar untuk menjawab
atau memberikan maklumat secara agakan.

4. Sekiranya pelajar tidak diberikan masa yang mencukupi untuk menjawab,
pada kebiasaannya pelajar akan menjawab secara tidak tepat.

5. Kadang-kadang terdapat pelajar yang menjawab mengikut sesuka hatinya
kerana tidak mempunyai keinginan untuk menjawab.

Menyediakan data dan maklumat pelajar merupakan tugasan yang amat
berat lagi mencabar. Kebanyakan data dan maklumat pelajar ‘tidak dapat bertahan
lama’, perlu sentiasa dikemaskini serta memerlukan ruang untuk menyimpan. Oleh
itu, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran menggunakan komputer dan perisian yang lebih moden, cekap, mudah
dikemaskini dan dapat menjimatkan ruang untuk menyimpan. Di samping itu,
personel Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling perlu memiliki pengetahuan dan
kemahiran memproses dan mendiagnosis setiap instrumen ujian dan bukan ujian
yang telah diberikan kepada pelajar sama ada secara manual atau menggunakan
komputer. Ketika ini, penggunaan kertas dan pensil memang tidak dapat dielakkan
kerana kebanyakan ujian masih dijalankan secara manual. Data maklumat yang
berjaya dikumpulkan boleh dimasukkan ke dalam program atau perisian komputer
yang sesuai. Semua ini akan menjadi cabaran kepada Guru Bimbingan dan Guru
Kaunseling untuk meningkatkan kompetensi diri mereka.

PENYEBARAN BAHAN MAKLUMAT

Perkhidmatan sebaran (reach-out) merupakan saluran asas dan media yang penting
terutama bagi memperkenalkan semua khidmat bimbingan dan kaunseling yang
telah disediakan. Sebahagian besar maklumat khidmat bimbingan atau kaunseling
boleh disebarkan secara terus iaitu secara bersemuka atau secara tidak langsung.
Menurut Mohd Fadzil (Mizan Adiliah et al, 1992) pelbagai bahan dan maklumat
berkaitan perkhidmatan (out-reach) boleh disebarkan secara langsung atau secara
bersemuka oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling melalui ceramah, taklimat,
perhimpunan rasmi mingguan, mesyuarat guru, semasa bertugas sebagai guru ganti,
menjalin hubungan dengan ketua kelas, Kelab Bimbingan dan Kerjaya, pasukan
Pembimbing Rakan Sebaya atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebaran maklumat
boleh juga dijalankan secara tidak langsung melalui poster, risalah, pamflet, brosur,
carta atau kad-kad perkhidmatan. Saluran lain seperti penulisan artikel yang boleh
juga dimuatkan di dalam majalah sekolah atau penerbitan buletin secara bulanan
atau dwitahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Bimbingan dan Kerjaya
atau pasukan Pembimbing Rakan Sebaya.

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 115

PAMFLET PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pamflet Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan bahan edaran utama
yang perlu disediakan pada setiap masa. Ianya merupakan ‘out-reach’ yang paling
asas dan perlu diedarkan kepada setiap warga sekolah. Bahan sebaran ini mestilah
diberikan kepada setiap pelajar baru. Ianya boleh disediakan dalam bentuk brosur
atau bentuk pamflet. Contoh beberapa aspek maklumat berikut hanyalah cadangan
untuk dimuatkan dalam brosur atau pamflet tersebut. Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling bolehlah memilih mana-mana perkara atau aspek yang difikirkan sesuai
untuk dipaparkan kepada pelanggan mereka.

• Nama Unit Perkhidmatan
o Unit Bimbingan dan Kaunseling / Unit Bimbingan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tsunami / Sekolah
Kebangsaan Kampung Puting Beliung

• Motto atau Slogan Perkhidmatan
o Sentiasa bersedia membantu orang yang mahu membantu dirinya
sendiri.

• Nama dan Kelayakan Personel Bimbingan dan Kaunseling
o En. Ahmad Izzat bin Munawwar
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI
o Pn. Hasinah binti Wafiuddin
Diploma Keguruan (Bimbingan dan Kaunseling) IPDA
Sarjana Muda (Psikologi) UM

• Falsafah, Visi dan Misi Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
o Falsafah – Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi …..
o Visi – Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik …..
o Misi – Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh …..

• Apakah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling?
o Perkhidmatan percuma yang disediakan kepada semua pelajar
untuk menolong pelajar menyelesaikan persoalan-persoalan :-
§ Emosi dan peribadi
§ Pembinaan kendiri positif dan kepimpinan diri
§ Merancang masa depan – pelajaran dan kerjaya
§ Belajar secara berkesan
§ Terlibat dalam masalah ketagihan rokok, salahguna dadah
atau pil-pil psikotropik.

• Matlamat Bimbingan dan Kaunseling
o Membantu pelajar memahami diri dan dunia persekitaran mereka.
o Menerima diri dan dunia mereka serta mempunyai pandangan yang
lebih objektif dan realistik.
o Membantu pelajar mengenalpasti keperluan mereka dan membuat
perancangan yang realistik dalam kehidupan mereka.
o Membantu pelajar supaya bertanggungjawab terhadap diri dan
perlakuan mereka.
o dan seterusnya ….

116 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

• Ciri-Ciri Guru Kaunseling
o Sedia mendengar semua persoalan anda
o Menerima anda tanpa syarat
o Menghormati anda sebagai seorang individu
o Sedia berjumpa pada bila-bila masa.

• Maklumat tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling beserta
penerangan ringkas tentang khidmat yang disediakan
o Bimbingan Individu / Kelompok
§ Pertemuan untuk dibimbing secara individu atau kelompok
oleh Guru Kaunseling anda
o Kaunseling Individu
§ Pertemuan bersemuka anda dengan Guru Kaunseling anda
o Kaunseling Kelompok
§ Pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan Guru
Kaunseling anda
o Bimbingan / Kaunseling Kerjaya
§ Pertemuan untuk dibimbing atau menjalani intervensi
kaunseling tentang persoalan kerjaya secara individu atau
kelompok
o Bimbingan / Kaunseling Susulan
§ Pertemuan untuk dibimbing atau menjalani intervensi
kaunseling secara individu tentang penagihan rokok atau
penyalahgunaan dadah
o Di mana pertemuan dijalankan dan Etika Kerahsiaan
§ Bilik khas yang selesa, jauh dari gangguan dan tidak boleh
didengar oleh orang lain
§ Segala perbincangan dan maklumat yang anda berikan
akan dirahsiakan.
o Bagaimana hendak berjumpa dengan Guru Kaunseling anda
§ Datang sendiri atau datang bersama rakan anda
§ Mengisi borang janjitemu kaunseling yang boleh anda
diperolehi di bilik bimbingan dan kaunseling
§ Meminta kebenaran keluar dari guru yang sedang mengajar
§ Beritahu guru anda, rakan PRS atau pengawas dan anda
akan dijemput nanti.
o Apakah perkhidmatan lain yang disediakan
§ Maklumat tentang kemahiran pengurusan diri, peluang
belajar dan latihan, pendidikan kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, penjagaan kesihatan, kepimpinan,
pendidikan pencegahan dadah, HIV dan AIDS dan juga
keibubapaan.
§ Aktiviti kokurikulum seperti PRS, SLAD, Kelab
Bimbingan dan Kerjaya serta Kelab Anti Jenayah.
§ Khidmat perundingan ibu bapa dan guru.

Nota : Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling berhak memilih mana-mana format yang
difikirkan sesuai atau mengambil mana-mana aspek-aspek yang relevan untuk
dipaparkan dalam pamflet perkhidmatan mereka.

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 117

SEBARAN MAKLUMAT MELALUI BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlulah menyediakan pelbagai bahan dan
maklumat untuk disimpan, dipamer, digunakan atau disebarkan kepada pelanggan
mereka. Bahan-bahan maklumat boleh diperolehi melalui

• Hasil kreativiti Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling.
• Hasil kerja pelajar seperti buku skrap atau hasil-hasil pertandingan yang

telah dijalankan oleh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
• Bahan-bahan maklumat yang boleh diperolehi secara percuma disediakan

dalam bentuk buku panduan, brosur, risalah, pamflet, buletin, carta dan
lain-lain. Bahan-bahan maklumat tersebut boleh diperolehi daripada
o Agensi awam dan swasta. Agensi awam seperti kementerian, jabatan

atau pejabat berkuasa tempatan. Agensi swasta atau korporat seperti
syarikat, yayasan, pertubuhan bukan kerajaan atau badan sukarela.
o Institusi pendidikan tinggi atau institusi latihan dan kemahiran sama ada
institusi awam atau swasta seperti universiti, kolej, institusi latihan dan
kemahiran seperti MARA, IKBN, JTR, ILP, WIT, Institut Saga, kolej
swasta dan sebagainya.
• Bahan-bahan maklumat atau buku-buku rujukan yang boleh dibeli dari
penerbitan tertentu atau yang berada di pasaran. Bahan-bahan maklumat
biasanya dijual dalam bentuk buku, cakera padat, carta, bahan transfarensi
atau kad-kad kecil. Buku rujukan yang dibeli perlulah berkaitan dengan
bidang bimbingan dan kaunseling, kemahiran diri, perkembangan manusia,
psikologi, sosialogi, falsafah, agama dan sebagainya. Buku-buku atau
bahan maklumat tersebut boleh dibeli menggunakan peruntukan per kapita
bimbingan dan kaunseling.
• Jika mampu, personel boleh melanggan majalah tertentu yang berkaitan
dengan bidang bimbingan, kaunseling, psikologi remaja atau kerjaya.
Bahan-bahan maklumat perlu disimpan, dijaga, digunakan atau disebarkan
kepada pelanggan yang memerlukan. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah
ketika mengurus bahan maklumat. Bahan maklumat mudah menjadi pudar, rosak,
hilang dan sukar untuk diganti. Kandungan bahan maklumat juga mudah berubah
mengikut peredaran masa. Contoh bahan maklumat yang tidak dapat bertahan lama
seperti maklumat berkaitan dengan kursus dan syarat kemasukan yang terdapat
dalam buku panduan kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau institusi latihan
kemahiran, maklumat berkaitan pekerjaan, isu-isu dan perkembangan semasa dan
sebagainya. Oleh itu, setiap Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling hendaklah
memastikan bahawa setiap maklumat yang disediakan adalah maklumat terkini,
boleh dipertanggungjawabkan dan memberi manfaat kepada personel bimbingan
dan kaunseling, guru-guru dan juga pelajar.
Bahan maklumat boleh disebarkan melalui beberapa kaedah atau media
sama ada di dalam atau di luar bilik bimbingan atau kaunseling. Penggunaan papan
pamer merupakan kaedah yang dianggap tradisional tetapi masih dianggap sesuai
dan ‘evergreen’. Penggunaan komputer riba dan projektor LCD merupakan media
sebaran yang paling canggih dan terkini. Bagaimanapun, tidak semua sekolah
mampu menyediakan kemudahan tersebut. Mengadakan ruang untuk mini pameran
atau menyediakan suatu sudut khas maklumat di bilik bimbingan dan kaunseling

118 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

merupakan kaedah yang paling murah dan berkesan. Bagi menyediakan sudut mini
pameran memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi dari Guru Bimbingan
atau Guru Kaunseling. Personel perlu menggunakan daya kreativiti terutama dalam
menyusunatur bahan maklumat. Di samping itu, personel perlu mempelbagaikan
cara untuk ‘memujuk dan menarik’ seberapa ramai pelanggan atau pelajar ke bilik
bimbingan dan kaunseling. Personel juga perlu sentiasa bersabar dengan karenah
pelanggan terutama semasa dan selepas mereka menggunakan atau membaca mana-
mana bahan-bahan maklumat yang dipamerkan.

MENGURUS PERTANDINGAN DAN PENYERTAAN PELAJAR

Kadang-kadang bila tiba ‘musim’ tertentu, Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
sibuk ke hulu ke hilir menguruskan pertandingan dan penyertaan pelajar dalam
pelbagai aktiviti anjuran pihak Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran
negeri. Lazimnya pertandingan dijalankan dalam semester pertama. Pada semester
kedua, pelbagai aktiviti kursus, perkhemahan, ceramah, pameran, seminar, forum,
kolokium dan sebagainya pula dijalankan. Jadi tidak hairanlah ada personel yang
terpaksa ‘menjinjing kerja sendiri kerana memikul beban kerja orang lain’.

MENGANJUR DAN MENGURUSKAN PERTANDINGAN

Penganjuran pertandingan atau peraduan merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan untuk melibatkan lebih ramai pelajar dalam aktiviti pengembangan dan
sebaran maklumat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Guru Kaunseling
boleh mendapatkan bantuan tenaga dan kerjasama dari ahli Kelab Bimbingan dan
Kerjaya atau ahli pasukan Pimbimbing Rakan Sebaya. Guru Bimbingan di sekolah
rendah boleh mendapatkan sumbangan tenaga dari ahli Kelab Bimbingan. Lazim-
nya pada setiap tahun, pelbagai pertandingan atau karnival yang melibatkan bidang
kerjaya atau pendidikan pencegahan dadah diadakan sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri atau kebangsaan.

• Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah
Rendah
o Eksplorasi kerjaya (SM)
o Poster kerjaya (SM dan SR)
o Sketsa kerjaya (SM)
o Buku skrap (SM dan SR)
o Maklumat kerjaya (SM)

• Karnival Pendidikan Seni Jauhi Dadah (Seni PPDa) Peringkat Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah
o Dikir Barat Antidadah (SM)
o Nasyid Antidadah (SM)
o Deklamasi Sajak Antidadah (SM dan SR)
o Melukis Poster Antidadah (SM dan SR)
o Buku Skrap Antidadah (SM dan SR)
o Boria Antidadah (SR)
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah atau sekolah rendah

boleh juga menganjurkan beberapa pertandingan atau peraduan yang bertujuan bagi
memupuk bakat dan potensi pelajar dalam bidang kerjaya, pendidikan pencegahan

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 119

dadah, psikososial dan kesejahteraan mental serta pembinaan semangat patriotisme.
Peraduan atau pertandingan boleh dijalankan di peringkat sekolah sempena minggu
atau kempen tertentu seperti menganjurkan minggu kerjaya, kempen antidadah dan
antimerokok, kempen menjaga kesihatan diri dan kesihatan mental atau minggu
sopan santun dan peribadi unggul. Bentuk pertandingan yang boleh dijalankan
seperti penulisan esei, menyediakan buku skrap, melukis karektor kartun, melukis
poster, menulis dan mendeklamasi sajak, menulis cerpen atau skrip drama (sketsa),
lakonan drama dan sebagainya.

Peraduan atau pertandingan juga boleh dijalankan bagi memeriahkan lagi
kempen-kempen tertentu yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Contohnya, bagi
memeriahkan atau membangkitkan lagi semangat patriotisme di kalangan pelajar,
beberapa pertandingan boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan
seperti pertandingan drama atau sketsa yang memperlihatkan semangat merdeka,
nyanyian lagu patriotik, laungan atau pekikan kemerdekaan, membina kain rentang
atau poster yang mengandungi slogan kemerdekaan, deklamasi sajak kemerdekaan
dan sebagainya. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga boleh menjalankan peraduan
atau pertandingan dari masa ke semasa seperti membuat buku skrap, folio, nota
mata pelajaran atau melukis poster yang ada kaitan bidang khidmat bimbingan atau
kaunseling. Hasil karya pelajar dalam setiap pertandingan yang dianjurkan boleh
digunakan sebagai bahan rujukan atau dipamerkan bagi menambah koleksi bahan
sebaran maklumat. Di samping itu, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu
mengambil kira kemampuan dari segi kewangan kerana setiap pertandingan perlu
menyediakan pelbagai hadiah mengikut kategori tertentu sebagai penghargaan
kepada setiap penyertaan pelajar.

MENGURUS PENYERTAAN PELAJAR

Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling kerapkali diarah atau diminta oleh pihak
pengurusan sekolah untuk menjadi jurulatih atau guru pengiring kepada para pelajar
yang menyertai aktiviti atau kegiatan pelajar di luar sekolah. Aktiviti luar sekolah
yang dimaksudkan seperti penyertaan pelajar dalam lawatan, pertandingan, kursus,
pameran, kerja amal dan sebagainya. Sebelum menjalankan tugas sebagai jurulatih
atau menjadi guru pengiring, personel perlu membuat beberapa persediaan berkaitan
dengan penyertaan pelajar.

• Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan
o Melatih, membimbing, mengawasi atau memberi motivasi kepada pelajar
sebagai persiapan sebelum hari pertandingan.
o Menyediakan bahan dan peralatan seperti kostum, alat-alat muzik, skrip
drama, sajak dan seumpamanya untuk persediaan pelajar membuat latihan
dan persembahan. Jika skrip perlu disediakan oleh pelajar, personel
hendaklah memastikan bahan tersebut memenuhi atau mematuhi syarat
bagi penyertaan atau pertandingan.
o Mengumpul dan menyediakan maklumat bagi setiap pelajar yang akan
menyertai pertandingan.
o Mengurus setiap penyertaan pelajar seperti mengisi dan menghantar
borang penyertaan, menempah kenderaan dan mendapatkan ‘duit poket’
daripada peruntukan aktiviti kokurikulum untuk pelajar yang menyertai
pertandingan di luar sekolah.

120 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

o Mengawasi disiplin pelajar ketika mereka menyertai pertandingan,
memberi motivasi kepada pelajar sebelum bertandingan, memberi
pengukuhan (jika pelajar menang) atau membantu mengurangkan stres
(jika pelajar kalah) selepas setiap pertandingan.

o Memastikan semua pelajar selamat sampai ke asrama atau ke rumah
masing-masing selepas pertandingan.

o Jika beroleh kemenangan, pastikan pelajar diberi penghargaan melalui
pengumuman atau ‘penyampaian semula hadiah’ semasa perhimpunan.

o Membuat post mortem, membuat pelaporan atau menyediakan sijil
penyertaan pelajar.

• Penyertaan Pelajar dalam Aktiviti Luar Anjuran Sekolah
o Di antara aktiviti-aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau
Unit Bimbingan dan Kaunseling ialah penyertaan sekumpulan pelajar
mengikuti kursus, seminar, perkhemahan, lawatan sambil belajar, taklimat
dan melawat pameran dan seumpamanya.
o Personel perlu terlebih dahulu memastikan lokasi aktiviti yang akan
dijalankan terutama aktiviti perkhemahan di mana kawasan yang dipilih
adalah kawasan yang selamat atau kurang berisko. Personel seharusnya
membuat tinjauan terlebih dahulu lokasi yang akan digunakan.
o Mengumpul dan menyediakan maklumat bagi setiap penyertaan pelajar,
menempah kenderaan dan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga
bagi setiap pelajar terutama jika pelajar terpaksa bermalam, mengunjungi
tempat-tempat yang berisiko tinggi atau melibatkan perjalanan yang jauh.
o Bagi lawatan sambil belajar, borang lawatan dan surat kebenaran ibu bapa
serta permit keselamatan perlu diuruskan.
o Bagi aktiviti yang melibatkan perkhemahan dan bermalam, Polis DiRaja
Malaysia yang berhampiran dengan tapak perkhemahan perlu diberitahu
secara rasmi melalui surat atas nama pengurusan sekolah. Sekiranya pihak
polis dimaklumkan, pejabat atau balai polis terdekat akan menghantar
beberapa orang anggota untuk menjalankan rondaan keselamatan ketika
perkhemahan sedang berjalan terutamanya pada waktu malam.
o Memberitahu pelajar tentang persediaan sebelum mengikuti aktiviti luar
seperti membuat persiapan untuk keperluan diri, persediaan alat tulis
semasa mengikuti aktiviti dan sebagainya.
o Menyediakan bahan atau peralatan keselamatan jika menjalankan aktiviti
di tempat yang berisiko seperti sungai, tasik, laut, bukit atau hutan. Bahan
perubatan yang disediakan hanya melibatkan rawatan luar sahaja. Jika
berlaku kecemasan yang teruk maka pelajar perlu diberikan bantuan atau
rawatan segera dari klinik atau hospital. Bagi aktiviti yang berisko tinggi
seperti berkayak di tasik, sungai atau laut atau kembara melalui bukit atau
hutan, maka personel perlu menyediakan peralatan keselamatan yang
lengkap dan selamat digunakan.
o Sebelum menjalankan aktiviti, perkara yang perlu dilakukan oleh personel
ialah melantik jawatankuasa pelaksana, merancang dan membina modul
aktiviti. Sebelum menjalankan sebarang aktiviti, personel terlebih dahulu
perlu memberi taklimat kepada peserta dari segi matlamat aktiviti, jadual
aktiviti, kawalan disiplin diri, kebajikan dan keselamatan serta keperluan
setiap peserta untuk mematuhi arahan dan peraturan. Semasa menjalankan

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 121
aktiviti, personel perlu mengawasi disiplin pelajar sepanjang masa aktiviti
dijalankan.
o Selepas aktiviti personel perlu memastikan semua pelajar telah selamat
sampai ke asrama atau ke rumah masing-masing.
o Personel juga perlu menyediakan pelaporan atau sijil penyertaan selepas
menjalankan aktiviti.

Rajah 39 : Aktiviti Perkhemahan

• Penyertaan Pelajar dalam Aktiviti Luar Anjuran Pihak Luar
o Aktiviti luar yang dimaksudkan ialah pelajar mengikuti kursus, seminar
atau bengkel yang dianjurkan oleh agensi, badan atau institusi luar.
o Personel perlu mengumpul dan menyediakan maklumat penyertaan
pelajar, menempah kenderaan dan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau
penjaga pelajar terutama jika para pelajar bermalam, mengunjungi tempat-
tempat yang berisiko tinggi atau melibatkan perjalanan yang jauh.
o Memberitahu pelajar tentang persediaan sebelum mengikuti aktiviti luar
seperti persediaan diri, peralatan diri yang perlu dibawa, alat tulis yang
diperlukan semasa mengikuti aktiviti dan sebagainya.
o Lazimnya pihak penganjur akan menyediakan kemudahan tempat, makan
minum, peralatan keselamatan dan sebagainya.
o Bagi kursus yang melibatkan lebih dari sehari, personel hanya bertugas
untuk menghantar dan mengambil semula pelajar mereka.
o Bagi aktiviti yang dijalankan separuh hari atau sehari suntuk, lazimnya
personel perlu berada di tempat aktiviti dan mengawasi disiplin pelajar
yang diiringi. Kadang-kadang personel langsung tidak diberikan sebarang
peranan oleh pihak penganjur. Tugas begini amatlah membosankan.
o Personel perlulah memastikan semua pelajar yang diiringi selamat sampai
ke rumah masing-masing.
o Menyediakan laporan (jika perlu) atau menyediakan sijil penyertaan
(biasanya penganjur memberi sijil kosong) selepas menjalankan aktiviti.

122 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

MENTADBIR UJIAN DAN PENGUJIAN

Apabila mentadbir ujian dan menjalankan pengujian, Guru Bimbingan dan Guru
Kaunseling memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran memilih, mengendali,
memproses dan mendiagnosis ujian. Beberapa konsep penting tentang ujian perlu
diketahui oleh personel.

1. Ujian Psikologikal
Cronbach (1990) mendefinisikan ujian psikologikal sebagai suatu prosedur yang
sistematik digunakan untuk membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan
bagi menerangkan tingkah laku tersebut berpandukan kepada skala numerikal
atau kategori yang telah ditetapkan. Contoh : Bagi mengukur ketajaman daya
penglihatan “20/100” adalah mengikut skala numerikal dan “merah / hijau buta
warna” adalah mengikut kategori. Menurut Anastasi dan Urbina (1997), ujian
psikologikal seharusnya bersifat objektif dan piawai serta dapat mengukur
sesuatu sampel tingkah laku.

2. Pengukuran
Ujian psikologikal merupakan alat pengukuran yang dapat memerihalkan data
menggunakan sistem nombor. Pengukuran didefinisikan sebagai memberikan
nombor-nombor kepada objek atau peristiwa yang melibatkan prosedur tertentu
dan beberapa peraturan khusus untuk memberikan nilai numerikal kepada
pencapaian individu (Sidek, 1998). Pengukuran menggunakan nombor atau
nilai numerikal juga dikenali sebagai pengukuran psikometrik. Pengukuran
psikometrik berasaskan kepada andaian bahawa ‘setiap sesuatu yang wujud, ia
akan wujud dalam jumlah tertentu’ dan ‘sekiranya ia wujud dalam jumlah
tertentu, ianya pasti boleh dikira atau diukur’ (Cronbach, 1990).

3. Pengujian
Pengujian dalam konteks Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
merupakan suatu teknik yang menggunakan ujian psikologikal untuk mendapat-
kan maklumat yang lengkap tentang pelajar (Mohd Salleh, 1993). Maklumat
yang diperolehi membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling mendapatkan
gambaran sebenar tentang personaliti, minat, nilai dan pencapaian pelajar.

TUJUAN DAN KEGUNAAN PEGUJIAN

Menurut Aiken (1997), tujuan utama ujian psikologikal dijalankan ialah untuk
membuat penilaian terhadap tingkah laku, kebolehan mental, dan beberapa kriteria
personal yang lain untuk membantu dalam membuat pertimbangan, ramalan, atau
keputusan untuk individu lain. Sidek (1998) menyatakan bahawa terdapat dua
tujuan umum dalam pengggunaan ujian psikologikal.

1. Tujuan deskriptif atau keperihalan
– untuk memberi maklumat dan keterangan mengenai diri individu iaitu
kekuatan dan kelemahan diri atau potensi diri.

2. Tujuan membuat keputusan
– untuk membuat pemilihan, penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis
dan menentukan tahap kemahiran seseorang individu.
Mohd Sallleh (1993) telah menyenaraikan beberapa tujuan penggunaan

ujian psikologikal dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 123

• Menolong pelajar (klien) membina keyakinan mereka terhadap konsep
kendiri dan boleh menilai kedudukan dirinya yang sebenar.

• Membantu pelajar memilih bidang pengajian atau kursus dan pekerjaan
yang sesuai dengan kebolehan dan kesanggupannya.

• Meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar dari masa ke semasa.
• Menolong klien membuat keputusan yang munasabah dalam masa-masa

yang terdesak.
• Memudahkan pelajar untuk memilih kegiatan kokurikulum (unit pakaian

seragam, kelab, persatuan atau permainan) yang sesuai dengan minatnya.
• Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling boleh meramalkan keperluan-

keperluan pelajar pada masa-masa akan datang.
• Nasihat-nasihat yang berguna mudah disampaikan oleh Guru Bimbingan

atau Guru Kaunseling kepada pelajar.
• Menolong Guru Kaunseling menyokong atau menghalang pelajar daripada

menghadiri sesuatu temuduga.
• Menolong guru akademik menyesuaikan kaedah-kaedah pengajaran dalam

sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.
• Memudahkan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk memberikan

rawatan kepada pelajar (klien) yang menghadapi tekanan, kerisauan,
kemurungan, fobia, trauma dan seumpamanya.
• Menentukan bidang masalah dan setakat mana penting atau kritikalnya
masalah yang dihadapi oleh klien.
• Mendapatkan maklumat tentang klien sebelum, semasa dan selepas sesi
kaunseling. Menurut Shetzer dan Stone (1980) ujian dapat membantu Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling seperti berikut

a. Membantu klien memahami diri sendiri.
b. Membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling menentukan sama

ada keperluan klien termasuk dalam bidang kepakarannya.
c. Membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling mengenalpasti

kaedah yang sesuai untuk digunakan.
d. Membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk meramal

pencapaian kliennya pada masa akan datang dalam bidang tertentu
seperti kursus pengajian, latihan dan kerjaya dan sebagainya.
e. Membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling merangsang minat
yang baru kepada klien.
f. Membantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling menilai hasil usaha
intervensi kaunseling mereka.

JENIS-JENIS UJIAN PSIKOLOGIKAL

Terdapat beberapa jenis ujian psikologikal yang boleh digunakan oleh personel
bimbingan dan kaunseling sekolah. Mohd Saleh (1993) telah menyenaraikan lima
jenis ujian yang dianggap sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Ujian-ujian tersebut
ialah ujian kecerdasan akal, ujian kecenderungan, ujian minat, ujian personaliti dan
ujian pencapaian. Ujian-ujian tersebut kebanyakannya masih belum diterjemahkan
ke dalam bahasa Melayu. Menurut Sidek (1998) pula, terdapat empat jenis ujian
psikologikal yang seringkali digunakan di sekolah menengah. Ujian-ujian tersebut

124 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

ialah ujian minat, ujian nilai, ujian personaliti dan ujian pencapaian.

1. Ujian Minat
Menurut Nowak (Sidek, 1998), ujian minat merupakan satu alat pengukuran
yang digunakan untuk menentukan minat individu mengenai sesuatu aktiviti
di dalam pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran kerja. Contoh ujian
minat yang digunakan di peringkat sekolah menengah seperti yang dikemuka-
kan oleh Sidek (1998) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) ialah
• Inventori Pemilihan Kerjaya Holland (VPI)
• Soal Selidik Minat Kerjaya (SDS)
• Borang Minat Rothwell-Miller
• Ujian Minat Pelajar Terhadap Pekerjaan

2. Ujian Nilai
Menurut Nowak (Sidek, 1998), ujian nilai merupakan alat pengukuran yang
boleh digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negatif
atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing. Ujian-ujian yang boleh
diperolehi untuk kegunaan di sekolah menengah seperti yang dikemukakan oleh
Sidek (1998) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) ialah
• Inventori Nilai
• Soal Selidik Nilai Pekerjaan
• Inventori Suasana Bekerja

3. Ujian Personaliti
Menurut Shertzer dan Linden (Sidek, 1998), ujian personaliti merupakan alat
untuk menentukan sejauhmana seseorang itu mempunyai tret-tret atau ciri-ciri
lain dengan mengukur sejauhmana samanya gerak balas yang diberi dengan
kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau ciri-ciri berkenaan.
Menurut Aiken (1997), ujian personaliti boleh digunakan untuk mengukur
aspek-aspek yang berkaitan dengan kriteria personal, pemikiran, perasaan dan
tingkah laku iaitu yang berkaitan dengan pelarasan dan pembawaan. Ujian
personaliti boleh didapati daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (1993),
Sidek (1998) dan Malek (2004).
• Senarai Semak Masalah Mooney
• Soal Selidik Personaliti (Sidek)
• Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)
• Ujian Skala Konsep Kendiri Tennessee
• Inventori Personaliti Warna
• Inventori Gaya Bercinta
• Inventori Personaliti Stres.

4. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian adalah ujian aptitud iaitu ujian yang digunakan untuk
mengukur kebolehan dan pencapaian pelajar dalam beberapa aspek tertentu.
Contoh ujian tersebut ialah ujian berkaitan penguasaan mata pelajaran yang
dibina oleh guru atau sekumpulan guru atau ujian yang piawai seperti UPSR,
PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Ujian-ujian tersebut menguji kebolehan,
kemahiran dan penguasaan pelajar di dalam bidang pelajaran yang telah
diterima dalam masa-masa tertentu (Mohd Salleh, 1993). Di negara kita
terdapat ujian pencapaian yang piawai seperti Malaysian University English

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 125

Test (MUET) yang digunakan bagi menentukan tahap kebolehan bahasa
Inggeris bagi pelajar yang mengambil STPM. Setiap pelajar perlu mencapai
sekurang-kurangnya lulus pada Tahap 1 (Band 1) di dalam ujian tersebut.
Kompetensi dalam bahasa Inggeris tersebut merupakan salah satu syarat wajib
kemasukan bagi semua kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA.
Mulai tahun 2006, IPTA tidak lagi memberi sebarang kelongggaran kepada
pelajar yang tidak memiliki syarat kelulusan tersebut.

MEMPROSES UJIAN DAN MEMBUAT DIAGNOSIS

Ujian boleh dijalankan secara individu atau kelompok. Perkara utama yang perlu
dilakukan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling selepas pelajar mengambil
ujian psikologikal ialah memproses serta membuat diagnosis terhadap hasil ujian.
Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan oleh personel sebelum, semasa
dan selepas pelajar mengambil ujian.

1. Sebelum ujian
a. Mendapatkan alat-alat ujian yang telah diterjemah dan dibina dalam bahasa
atau literasi yang boleh difahami dan dikuasai oleh pelajar.
b. Mengenalpasti dan menentukan sasaran pelajar atau kelompok pelajar yang
akan diberikan ujian.
c. Menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk pelajar menduduki ujian
dengan mengambil kira tempat dan persekitaran yang sesuai.

2. Mengendalikan ujian
a. Memberikan alat ujian kepada pelajar dengan borang jawapan.
b. Menerangkan arahan dan peruntukan masa. Arahan-arahan seperti tanda
di ruang yang betul, jawab semua soalan (item), jangan mengikut jawapan
rakan di sebelah (jika dalam kumpulan) tetapi mengikut gerak hati atau
keputusan sendiri dan sebagainya.
c. Membantu pelajar memahami pernyataan atau istilah yang mungkin sukar
atau tidak difahami.
d. Setelah masa tamat, pastikan semua arahan dan keperluan menjawab item
atau butiran soalan telah dipenuhi seperti menjawab semua item, memilih
satu sahaja gerak balas atau jawapan, menanda di tempat yang disediakan
dan seumpamanya. Personel perlu memberi ruang masa sekiranya pelajar
memerlukannya.
e. Kutip semula alat ujian untuk memastikan pelajar tidak menjalankan ujian
tersebut kepada orang lain secara tidak beretika.

3. Memproses ujian
a. Setiap ujian mesti diproses sama ada dilakukan sendiri oleh pelajar yang
mengambil ujian dengan bantuan personel, diproses oleh personel bersama
dengan pelajar atau diproses sendiri oleh personel (kaedah bagi memproses
ujian perlu mengikut tahap kemampuan pelajar).
b. Proses peringkat awal ialah mendapatkan skor mentah melalui kaedah
pengiraan skor yang telah ditentukan oleh ujian.
c. Memberikan pemeringkatan kepada skor atau membentuk profil ujian iaitu
mengenalpasti tahap atau pencapaian mengikut kategori tertentu berdasar-
kan skor ujian.

126 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

d. Memberitahu dan menjelaskan kepada pelajar hasil ujian yang mereka
ambil sama ada mengikut pemeringkatan atau profil yang telah dibentuk.

4. Membuat diagnosis
a. Menerangkan kepada pelajar aspek-aspek yang telah diukur dan tahap
pencapaian mereka serta tafsiran dalam setiap aspek tersebut.
b. Menjalankan intervensi kaunseling sekiranya perlu untuk meneroka aspek
diri yang perlu difahami, diperbaiki atau dipertingkatkan.
c. Setiap ujian yang dijalankan mestilah mematuhi etika kerahsiaan dan
memenuhi etika pengukuran dan penilaian.

MENGURUS DAN MENJALANKAN KAJIAN

Kajian dan penyelidikan merupakan aktiviti formal, suatu disiplin yang mengguna-
kan pendekatan soaljawab (inquiry) yang sistematik dan bersifat saintifik untuk
mengkaji sesuatu masalah (Gay dan Airasian, 2003). Setiap kajian pendidikan
perlulah melibatkan aplikasi yang sistematik iaitu menggunakan kaedah tertentu
yang dapat memberi maklumat yang boleh dipercayai dan dipertanggungjawabkan
tentang sesuatu masalah, isu atau perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan.
Menurut Mohd Majid (1990), kajian pendidikan adalah suatu aktiviti berhubung
dengan usaha memperolehi dan menganalisis maklumat bagi tujuan mengenalpasti
dan menyelesaikan masalah berkaitan pendidikan. Menurut beliau terdapat dua
jenis penyelidikan pendidikan iaitu penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.
Tujuan utama penyelidikan asas adalah untuk memperolehi data empirik yang boleh
digunakan untuk membentuk, mengembang dan menilai teori. Penyelidikan gunaan
pula bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi. Penyelidikan
ini dilakukan secara langsung ke atas masalah sebenar dan dijalankan dalam situasi
di mana masalah itu ditemui.

Tugas menjalankan kajian merupakan tugasan berkala yang perlu dilakukan
oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Dalam sasaran kerja, personel hanya
perlu menjalankan sekurang-kurangnya sekali kajian dalam setahun perkhidmatan.
Ianya boleh dijalankan sama ada secara individu atau berkelompok. Kajian yang
dijalankan lebih hampir kepada kajian gunaan. Tujuan kajian dijalankan ialah untuk
mendapatkan maklumat dan mengenalpasti sesuatu masalah atau isu yang timbul.
Selepas analisis data dan maklumat, personel dapat menentukan sama ada tindakan
susulan perlu dijalankan untuk menangani sesuatu masalah dengan segera.

JENIS KAJIAN

Terdapat dua pendekatan kajian pendidikan yang seringkali digunakan oleh Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling di peringkat sekolah iaitu kajian kuantitatif dan
kualitatif. Kajian kuantitatif merupakan kajian yang melibatkan pengumpulan data,
pemprosesan dan analisis data yang melibatkan nombor atau angka yang boleh
dikumpulkan dalam bentuk skor. Biasanya data-data dikumpul menggunakan soal
selidik, ujian, inventori, senarai semak dan alat kajian yang melibatkan pensil dan
kertas. Kajian kuantitatif yang seringkali dijalankan di sekolah ialah kajian tinjauan
dan kajian keperluan. Kajian kuantitatif biasanya melibatkan bilangan subjek atau
responden yang banyak. Kajian kualitatif merupakan kajian yang digunakan untuk
mengumpul maklumat yang bukan bersifat nombor seperti pemerhatian, temubual

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 127

dan kadang-kadang melibatkan penggunaan alat rakaman seperti pita rakaman atau
perakam video. Kajian kualitatif yang sering dijalankan di sekolah ialah kajian kes
dan kajian tindakan.

1. Kajian Keperluan
Kajian keperluan perlulah dijalankan sekiranya personel ingin mendapatkan
gambaran sebenar tentang sesuatu perkhidmatan, program atau aktiviti yang
telah atau akan dijalankan sesuai atau diperlukan oleh pelanggan (pelajar, guru
atau ibu bapa). Kajian keperluan merupakan salah satu kajian akauntabiliti
iaitu digunakan untuk mengenalpasti kekurangan atau ruang kosong dalam
sesuatu perkhidmatan atau program. Kajian keperluan memerlukan sampel
yang menyeluruh iaitu terdiri daripada pelbagai lapisan warga sekolah yang
menjadi pengguna atau pelanggan. Hasil kajian akan dapat menentukan apa-
kah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu diteruskan atau
ditangguh atau apakah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu
ditambah berdasarkan kepada keperluan pelanggan (pelajar).

2. Kajian Tinjauan
Kajian tinjauan dijalankan bagi mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yang
melibatkan angka (numerikal). Contoh kajian ialah untuk mendapatkan angka
sebenar atau peratusan pelajar yang berada di bawah paras kemiskinan, datang
ke sekolah tanpa sarapan pagi dan terpaksa bekerja di hujung minggu untuk
menampung keperluan diri atau menambah pendapatan keluarga. Kadang-
kadang sampel kajian melibatkan seluruh populasi sekolah terutama sekolah
kurang murid (SKM) atau sekolah yang terletak di kawasan yang mundur.

3. Kajian Tindakan
Kajian tindakan juga dikenali sebagai ‘kajian guru’ dan guru bertindak sebagai
pengkaji. Kajian tindakan merupakan pendekatan yang dibentuk khusus untuk
membina dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Gay dan Airasian,
2003). Di antara ciri-ciri kajian tindakan ialah
• Siapa – dikendalikan oleh guru atau pengurusan sekolah ke atas pelajar
yang berada di bawah jagaan mereka.
• Di mana – dijalankan di persekitaran sekolah atau di dalam bilik darjah.
• Bagaimana – menggunakan kaedah kualitatif untuk menerangkan apa
yang berlaku dan untuk memahami dan mengenalpasti kesan sesuatu
intervensi pengajaran.
• Kenapa – untuk mengambil tindakan dan mewujudkan perubahan yang
dapat memberikan kesan kepada persekitaran sekolah yang dikaji.
Langkah asas yang perlu dilakukan apabila menjalankan kajian tindakan.
a. Mengenalpasti isu atau topik yang akan dikaji
– Bagi mengenalpasti isu atau topik yang dikaji, pengkaji mestilah
terlebih dahulu membuat refleksi terhadap setiap aktiviti harian yang
berkaitan dengan profesion atau tugasnya dan perlu mengemukakan
soalan : Apakah isu atau masalah di dalam kelas yang perlu saya
selesaikan atau perbaiki.
– Contoh pengkaji, masalah dan persoalan kajian yang dikenalpasti.
i. Pengkaji : Guru Akademik
– Apakah kaedah yang berkesan untuk membantu pelajar yang

128 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

lemah dalam pengiraan untuk memahami konsep algebra?
ii. Pengkaji : Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling

– Apakah strategi yang sesuai untuk menggerakkan pelajar yang
lambat turun ke makmal atau ke bengkel selepas selesai waktu
kelas sebelumnya?

– Persoalan kajian perlu diperkecilkan skopnya untuk menjadikannya
dalam bentuk kajian sebenar. Skop persoalan kajian yang besar akan
menyebabkan banyak masa diperlukan dan banyak maklumat yang
perlu dikumpulkan.

– Tindakan seterusnya ialah mendapatkan bahan bacaan kajian lepas.
Kajian lepas akan memberikan idea tentang strategi atau kaedah yang
pernah digunakan tetapi dalam situasi atau persekitaran berbeza.

– Soalan-soalan kajian mestilah bertepatan dengan isu atau masalah
yang dikaji. Jika soalan dibina dalam bentuk pelbagai pilihan gerak
balas atau jawapan, pastikan setiap soalan adalah berkaitan dan
mengikut urutan yang betul dan menjawab persoalan kajian.

b. Mengumpul data yang berkaitan dengan isu atau topik yang dikaji
– Data boleh diperolehi melalui : pemerhatian, temubual, tinjauan, soal
selidik atau data yang telah sedia ada.

c. Menganalisis dan mentafsir data yang telah dikumpul
– Setiap data yang diperolehi perlu dianalisis untuk menentukan sama
ada relevan atau tiada kaitan dengan kajian.
– Terdapat lima langkah untuk menganalisis data iaitu

• Mengurus data – mengumpul semua data mentah

• Membaca / mencatat memo – mengenali data dan mengenal-
pasti tema di dalamnya sama ada berkaitan, boleh digunakan
atau sebaliknya.

• Memperjelaskan – mengkaji setiap data dengan mendalam
untuk mendapatkan gambaran persekitaran kajian secara
terperinci, subjek yang terlibat dan aktiviti yang berlaku.

• Mengkelaskan – mengkategori dan mengkodkan setiap data
mengikut kumpulan dan temanya yang sesuai.

• Menginterpretasi – menterjemah dan mensintesis data yang
telah disusun untuk membentuk kesimpulan secara umum atau
memahami asas data. Aspek berikut perlu diberi perhatian
ketika menganalisis dan menginterpretasi data.
i. Wujud perkaitan yang jelas di antara topik yang dikaji
dengan data yang digunakan untuk mengkaji topik
tersebut.
ii. Penerangan yang jelas tentang kaedah yang digunakan
untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi
data.
iii. Memperjelaskan bias dari pengkaji dan subjek.
iv. Memastikan data adalah berkualiti.

d. Melaksanakan rancangan tindakan yang merupakan aplikasi kepada
keputusan kajian tindakan
– Menulis laporan dan melaksanakan hasil kajian.

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 129

• Kesimpulan kajian perlulah jelas dan tidak menggunakan
logik akal tetapi mestilah bersandar kepada data-data yang
telah diperolehi melalui kajian.

• Laporan kajian tindakan biasanya ditulis dalam bentuk naratif.
• Selepas sesuatu kajian tindakan selesai dijalankan, laporan

hasil kajian disebarkan dan tindakan dijalankan berdasarkan
hasil kajian.
4. Kajian Kes
Jika timbul sesuatu kes yang dianggap serius dan boleh mendatangkan masalah
kepada seorang pelajar atau sekelompok pelajar maka Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling perlu menjalankan kajian kes. Kajian kes digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan isu atau kes tertentu dan biasanya dianggap
kes terpencil. Contoh isu atau masalah : beberapa orang pelajar telah mengadu
terdapat seorang pelajar atau beberapa orang pelajar lelaki yang berkelakuan
tidak senonoh dan sering mengganggu pelajar perempuan atau seorang pelajar
perempuan didapati suka bersendirian, kadang-kadang dia menangis, ketawa
dan berkelakuan aneh atau kes-kes lain yang seumpamanya. Kajian kes boleh
dijalankan melalui khidmat bimbingan atau intervensi kaunseling sama ada
secara individu atau kelompok. Semua maklumat terkumpul dapat menjawab
fenomena yang berlaku dan boleh dijadikan panduan untuk menentukan bentuk
tindakan susulan yang akan dibuat nanti.

INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat pelbagai alat atau instrumen kajian yang boleh digunakan bagi mengumpul
data dan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu kajian. Instrumen kajian boleh
disediakan sendiri oleh personel atau dipilih dari alat kajian, ujian atau inventori
yang telah sedia ada. Ujian atau inventori tersebut mungkin terdiri daripada ujian-
ujian psikometrik atau bukan psikometrik. Bagi kajian kuantitatif, data-data yang
berbentuk angka boleh dikumpulkan melalui soal selidik dengan jawapan dipilih
atau berstruktur, senarai semak atau ujian. Bagi memudahkan lagi pemprosesan
data, proses pengkodan perlu dilakukan terlebih dahulu. Contoh-contoh berikut
boleh dijadikan panduan oleh personel semasa membina instrumen ujian yang
memerlukan pengumpulan data berbentuk angka. Item atau butiran soal selidik
boleh diukur menggunakan perkadaran, nilai atau skor tertentu menggunakan kod,
jawapan dwipilihan seperti ‘ya’ atau ‘tidak’, ‘benar’ atau ‘salah’, skala likert atau
respon bebas. Skor mentah yang diperolehi dari soal selidik boleh diproses dalam

Bagi setiap item berikut, masukkan tanda ( √ ) pada pilihan yang berkaitan dengan diri anda.
1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]
2. Umur : 6 – 9 [ ] 10 – 12 [ ] 13 – 15 [ ] 16 – 18 [ ]
3. Bilangan adik beradik : 1 – 3 [ ] 4 – 6 [ ] 7 – 9 [ ] 10 – 12 [ ] lebih 12 [ ]
4. Pendapatan ibu bapa (RM) : 0 – 500 [ ] 501 – 1000 [ ] 1001 – 1500 [ ]

1501 – 2000 [ ] lebih 2000 [ ]
5. Jarak dari rumah ke sekolah (km) : 0 – 5 [ ] 6 – 10 [ ] 11 – 15 [ ] lebih 15 [ ]

Rajah 40 : Maklumat Demografik

130 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

Berikut adalah senarai keperluan asas belajar. Tandakan ( √ ) di dalam kotak yang telah
disediakan sekiranya anda memilikinya atau berkaitan dengan anda.
6. [ ] Buku teks
7. [ ] Beg sekolah
8. [ ] Peralatan alat tulis yang lengkap
9. [ ] 2 pasang pakaian seragam sekolah
10. [ ] Wang saku lebih dari RM1.00
11. [ ] Bersarapan pagi sebelum ke sekolah

12. [ ] Menaiki kenderaan ke sekolah

Rajah 41 : Senarai Semak

Berikut adalah masalah yang sering anda hadapi ketika belajar. Baca dan fahamkan setiap

penyataan dengan teliti. Bulatkan sama ada anda Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti

(TP), Tidak Setuju (TS) atau Sangat Tidak Setuju (STS) yang berkaitan diri anda.

11. Saya mengantuk di dalam kelas SS S TP TS STS

12. Tiada tumpuan terhadap pengajaran guru SS S TP TS STS

13. Tiada motivasi untuk belajar SS S TP TS STS

14. Guru tidak peka dengan masalah saya SS S TP TS STS

15. Rakan menganggap saya pemalas SS S TP TS STS

Rajah 42 : Skala Likert

16. Bulatkan kadar yang sesuai tentang kepekaan guru kelas anda terhadap masalah yang
anda hadapi.
Amat Peka Peka Sederhana Tidak Peka

17. Tuliskan dengan ringkas kenapa anda memberikan reaksi tersebut terhadap guru kelas
anda.
_____________________________________________________________________

18. Sila catatkan komen lain (jika ada) berkaitan perkara di atas.
_____________________________________________________________________

Rajah 43 : Respon Bebas

bentuk asas seperti perkadaran atau peratusan. Jika personel mampu menggunakan
kaedah penyukatan data berasaskan statistik mereka boleh meneruskannya dengan
hitungan min, median, mod, sisihan piawai dan sukatan statistik yang lain. Data
juga boleh dipersembahkan dalam bentuk gambar atau carta.

KAEDAH KAJIAN

Bagi kajian jenis kualitatif, instrumen kajian dan kaedah yang boleh digunakan bagi
mengumpul maklumat ialah soal selidik berstruktur dan tidak berstruktur, kaedah
pemerhatian dan kaedah temubual.

Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan di dalam persekitaran semulajadi tanpa manipulasi atau
campur tangan dari pemerhati. Pemerhatian bertujuan untuk menerangkan tingkah

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 131

laku subjek yang diperhatikan oleh pemerhati. Pemerhati merupakan asas kepada
semua kajian psikologi. Kaedah pemerhatian sesuai jika digunakan untuk mengkaji
perhubungan di antara pembolehubah atau beberapa pembolehubah yang terdapat
dalam sesuatu persekitaran yang akan dikaji. Semua pemerhatian perlulah dibuat
secara saintifik iaitu tepat, sistematik dan objektif. Setiap rekod pemerhatian mesti-
lah disimpan dengan cermat dan dirahsiakan. Pemerhatian adalah langkah yang
penting untuk membuat hipotesis. Kaedah pemerhatian juga mempunyai kebaikan
dan limitasinya yang tersendiri.

• Menghasilkan data yang lebih tepat berbanding dengan laporan yang
disediakan sendiri oleh sampel yang dikaji.

• Terdapat tingkah laku yang tidak dapat diperhatikan.
• Kehadiran pemerhati boleh mempengaruhi orang yang diperhatikan.
• Memerlukan banyak masa kerana banyak kali pemerhatian perlu

dilakukan untuk mendapatkan data yang mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.
Ketika membuat pemerhatian, pemerhati perlu mengikut tatacara tertentu
bagi memastikan dapatan, data dan maklumat yang diperolehi adalah tepat dan
boleh dipercayai.
1. Mendefinisikan pembolehubah yang hendak diperhatikan.
2. Menyediakan tatacara untuk merekod pemerhatian seperti menggunakan
borang pemerhatian, rakaman audio dan video atau menggunakan
komputer atau alat elektronik yang lain. Rekod anekdot boleh digunakan
ketika pemerhati membuat pemerhatian. Rekod anekdot merupakan satu
bentuk laporan yang tepat mengenai seorang sampel kajian yang sedang
diperhatikan oleh seorang guru. Rekod anekdot digunakan oleh personel

Rekod Anekdot

Nama Pelajar : _____________________________________
Tahun / Tingkatan : __________
Jantina : __________________

Tarikh / Tempat Kejadian / Peristiwa Komen / Ulasan
Masa

Pemerhati : ___________________________________
(Nama Guru Kaunseling / Guru Bimbingan)

Rajah 44 : Contoh Rekod Anekdot

132 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

untuk melaporkan sebarang tingkah laku pelajar yang dianggap luar biasa
(bilazim) yang menyimpang daripada norma-norma biasa (Mohd Salleh,
1993). Rekod anekdot didapati sesuai digunakan ketika mengumpul data
maklumat bagi kajian kes.
3. Tatacara merekodkan pemerhatian

a. Sepanjang masa pemerhatian dibuat dari mula hingga akhir.
b. Berdasarkan kekerapan tingkah laku sasaran yang berlaku

menggunakan lembaran gundal (tally sheet).
c. Memerhatikan tingkah laku sasaran mengikut sela masa tertentu

contohnya setiap 1 minit, 5 minit atau 10 minit dan sebagainya.
d. Merekod semua tingkah laku yang diperhatikan pada sesuatu masa

yang ditetapkan. Pembolehubah tidak ditetapkan tetapi pemerhati
menuliskan semua tingkah laku sasaran secara naratif dalam masa
tersebut.
4. Mengurangkan kesan pemerhati
a. Kaedah pemerhatian kadang-kadang boleh mendatangkan kesan
kepada orang yang diperhati.
b. Di antara kesan pemerhati ialah

i. kesan bias pemerhati yang disebabkan oleh minat atau
pengalaman pemerhati.

ii. kesalahan meletakkan pengkadaran iaitu kesilapan berlaku
kerana pemerhati bersikap terlalu longgar atau terlalu tegas,
kesilapan kerana pemerhati bersikap mengambil jalan tengah
dan kesan ‘halo’ iaitu kesilapan tanggapan pemerhati.

iii. kecemaran pemerhati boleh berlaku apabila pengetahuan
pemerhati tentang sesuatu data terdahulu mempengaruhi data
yang direkodkan walaupun untuk pembolehubah yang lain.

iv. pemerhati gagal merekod tingkah laku yang cepat atau
berlaku secara serentak

v. pemerhati melencong atau tidak dapat memahami maksud
sebenar apa yang sedang diperhatikannya.

Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah lebih praktikal sekiranya kajian melibatkan populasi atau
bilangan sampel yang besar. Di antara kebaikan dan kelemahan soal selidik ialah

• Dapat mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur daripada
sampel yang banyak.

• Keupayaan menggunakan sampel yang banyak akan meningkatkan lagi
ketepatan anggaran statistik sampel bagi menganggar parameter populasi.
Penggunaan saiz sampel yang besar dapat mengurangkan ralat persampelan.

• Ketidakhadiran pengkaji secara langsung mendorong subjek memberikan
jawapan yang lebih tepat dan benar kerana subjek berasa dirinya lebih
selamat. Oleh itu setiap soal selidik tidak memerlukan subjek menuliskan
nama mereka.

• Ketepatan dan kebenaran jawapan diberikan oleh subjek bergantung kepada
sejauhmana item soal selidik dapat difahami dan dihargai oleh subjek.

• Kesilapan subjek mentafsir dan memahami item soal selidik menggagalkan

BAB 8 MENGURUS DAN MENTADBIR 133

subjek daripada memberikan maklumat yang tepat.

• Bagi item yang memerlukan daya ingatan, keterbatasan daya ingatan subjek
boleh menyebabkan subjek memberikan jawapan yang tidak tepat.

• Soal selidik memerlukan celik huruf , kemampuan membaca dan kadang-
kadang kemampuan berfikir. Bagi subjek yang buta huruf, tidak gemar
membaca atau tidak suka berfikir soal selidik kurang sesuai digunakan.

• Seringkali subjek bersikap ‘lepas tangan’ dengan memberikan jawapan
persetujuan semata-mata untuk menyenangkan hati pengkaji.

• Soal selidik perlu dibuat secara mudah, ringkas dan senang difahami. Soal
selidik perlu mengandungi soalan-soalan yang benar-benar penting.

• Pengkaji perlu mengelakkan penggunaan soal selidik sekiranya maklumat
yang sama boleh diperolehi daripada sumber yang lain.
Terdapat dua jenis soal selidik iaitu soal selidik jawapan yang dipilih iaitu

berstruktur atau tertutup dan soal selidik jawapan dibina iaitu tidak berstruktur atau
terbuka. Soal selidik berstruktur atau tertutup mengandungi soalan atau pernyataan
rangsangan beserta dengan cadangan jawapan dan gerak balas. Subjek dikehendaki
memilih jawapan yang paling tepat berasaskan cadangan-cadangan jawapan untuk
soalan atau item yang dikemukakan. Soal selidik berbentuk jawapan dipilih adalah
lebih mudah ketika membuat penganalisisan jawapan. Pengkodan yang dilakukan
lebih awal ke atas setiap cadangan jawapan membolehkan aturcara penganalisisan
dan teknik analisis yang berkesan dapat ditentukan.

Bagi soal selidik jenis kedua iaitu soal selidik jawapan dibina iaitu tidak
berstruktur atau terbuka mengandungi soalan atau pernyataan rangsangan tanpa
cadangan jawapan. Subjek dikehendaki membaca dan memahami soalan sebelum
memberi jawapan berdasarkan kepada arahan yang diberikan oleh soal selidik. Soal
selidik begini memberikan subjek kebebasan untuk mengemukakan jawapan atau
gerakbalas. Subjek berpeluang memberikan pandangan dan melahirkan sikapnya
terhadap rangsangan yang diberikan oleh soal selidik. Bagaimanapun, jika berlaku
ketidakseragaman, jawapan sukar untuk diproses dan dianalisis. Jika pengkodan
tidak disediakan pengelasan jawapan akan menjadi lebih rumit terutama apabila
personel hendak mengkategorikan jawapan.

Bagi kajian kuantitatif, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling disarankan
supaya menggunakan soal selidik jenis pertama. Soal selidik yang dibentuk perlu
melalui tatacara tertentu supaya responden yang menjawab soalan soal selidik dapat
memahami setiap item dengan mudah serta dapat memilih jawapan yang paling atau
hampir tepat Pengkaji juga dapat memproses dan membuat analisis dengan mudah.
Tatacara berikut perlu dilakukan oleh pengkaji bagi menghasilkan soal selidik jenis
pertama yang benar-benar dapat memenuhi matlamat dan objektif kajian.

• Langkah pertama pembentukan soal selidik ialah menentukan matlamat dan
objektif kajian.

• Soalan yang dibentuk mestilah menjawab hipotesis kajian. Hipotesis kajian
merupakan cadangan sementara sebelum diujikan kebenarannya.

• Gunakan skala pemeringkatan yang sesuai dan mudah seperti dwijawapan
‘ya’ atau ‘tidak’ (bentuk senarai semak) atau skala likert.

• Gunakan arahan yang jelas, mudah difahami dan format yang sesuai.

• Setiap item soalan dan cadangan jawapan perlu dinyatakan dengan jelas.
Cadangan jawapan yang kabur perlu dielakkan dengan mengkuantitatifkan

134 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

kemungkinan jawapan. Misalnya gerak balas tidak pernah, jarang, kadang-
kadang atau selalu boleh digantikan dengan jawapan yang lebih kuantitatif
seperti tiada langsung, setiap hari, seminggu sekali dan sebulan sekali.
• Soalan dinyatakan dengan jelas, mudah dan spesifik. Soalan yang sukar
menyebabkan responden atau subjek terpaksa membaca berulang kali untuk
memahaminya.
• Gunakan soalan yang tidak prejudis iaitu soalan yang tidak menimbulkan
reaksi seperti menghina, mengesyaki atau sensitif.
• Bagi memastikan jawapan yang diberikan oleh responden ikhlas, sahih dan
benar, maka langkah-langkah menjamin keselamatan seperti kerahsiaan
mestilah ditekankan.
• Soal selidik hendaklah ringkas dan memerlukan masa menjawab yang
pendek. Tempoh masa menjawab yang terlalu lama akan membosankan
subjek atau responden.
• Cadangan jawapan hendaklah saling eksklusif dan habisan. Saling ekslusif
bermakna semua jawapan yang dikemukakan di dalam cadangan jawapan
tidak bertindan di antara satu sama lain. Secara habisan bermakna semua
kemungkinan jawapan telah diberi untuk dipilih oleh responden. Sekiranya
pilihan diberi tidak mencukupi, pengkaji harus memberikan peluang kepada
responden untuk mengemukakan jawapan sampingan seperti : dan lain-lain
atau dengan memberikan ruang seperti ‘sila nyatakan _________’.

Kaedah Temubual
Temubual merupakan pengurusan soal selidik kepada setiap subjek kajian secara
lisan. Temubual dapat menghasilkan data dan maklumat yang lebih mendalam yang
tidak mungkin dapat diperolehi melalui soal selidik yang dibentuk secara bertulis.
Bagaimanapun ianya terlalu mahal, menggunakan banyak masa dan membabitkan
jumlah sampel yang kecil. Sebelum menjalankan temubual, penemubual mestilah
menyediakan panduan temubual terlebih dahulu.

• Penemubual mestilah mempunyai panduan bertulis yang menunjukkan
soalan-soalan yang akan ditanya, susunan soalan dan juga soalan-soalan
tambahan yang perlu ditanya.

• Bagi mendapatkan data yang hampir sama atau piawai, semua temubual
mestilah dikendalikan dengan cara yang sama atau seragam bagi semua
responden atau subjek.

• Tiap-tiap soalan dalam temubual seharusnya berkaitan dengan tujuan dan
objektif kajian.

• Kebanyakan temubual dimulakan dengan pendekatan separuh berstruktur
kemudian diikuti dengan penjelasan soalan tidak berstruktur dan diakhiri
dengan soalan terbuka.

• Sebahagian daripada garis panduan bagi membentuk soal selidik boleh
digunakan untuk membentuk panduan temubual.

PERKHIDMATAN UTAMA BAB

9

KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Visi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sama ada sekolah menengah atau
sekolah rendah ialah untuk menyediakan perkhidmatan menolong pelajar dari aspek
pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan
pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang diperlukan bagi membina
masyarakat ‘madani’ melalui khidmat bimbingan dan kaunseling yang berkesan,
beramanah dan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Visi ini dapat diterapkan
serta direalisasikan melalui objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada dua
kategori perkhidmatan iaitu perkhidmatan utama atau teras dan program-program
khas. Perkhidmatan utama boleh dilaksanakan dalam bentuk atau menggunakan
kaedah bimbingan, intervensi kaunseling atau perundingan (rundingcara) sama ada
secara individu atau berkelompok. Bagi khidmat bimbingan ianya meliputi semua
bidang perkhidmatan dan dijalankan sama ada mengikut orientasi pengembangan,
pencegahan atau pemulihan. Kebanyakan personel lebih banyak menggunakan
intervensi kaunseling bagi menangani masalah pelajar (pencegahan, pemulihan dan
krisis) terutama bagi mengurangkan salahlaku disiplin, memperbaiki tingkah laku
salahsuaian dan menangani krisis. Menurut Myrick (Zuraidah, 2001), intervensi
kaunseling bukan sahaja bertujuan untuk pencegahan atau pemulihan tetapi juga
sesuai dijalankan untuk tujuan perkembangan.

Bagi Guru Bimbingan, tumpuan utama ialah menyedia dan melaksanakan
perkhidmatan bimbingan yang bersesuaian dengan kapasiti, tugas mengajar dan
tanggungjawab sebagai Guru Bimbingan serta mengambil kira keperluan pelanggan
dan sekolah mereka. Di samping menjalankan khidmat bimbingan, personel perlu
bersedia dengan kompetensi diri terutama dalam menguasai kemahiran kaunseling
serta berupaya untuk menjalankan intervensi kaunseling apabila pelanggan mereka
memerlukannya. Berikut adalah variasi perkhidmatan utama yang boleh disediakan
dan dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling.

• Khidmat Bimbingan
o Bimbingan individu
o Bimbingan kelompok kecil
o Bimbingan kelompok besar.

• Intervensi Kaunseling
o Kaunseling individu
o Kaunseling kelompok
o Kaunseling kerjaya
o Kaunseling antidadah
o Kaunseling keluarga
o Intervensi krisis.

• Perundingan atau rundingcara
o Perundingan dengan pengurusan sekolah
o Perundingan dengan guru
o Perundingan dengan ibu bapa.

136 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

KHIDMAT BIMBINGAN

Seorang personel bimbingan yang efektif dan autentik seharusnya sentiasa bersedia
untuk memberikan perkhidmatan bimbingan pada bila-bila masa yang diperlukan.
Sebelum memberi atau menyampaikan maklumat, panduan, nasihat atau tunjukajar
kepada pelajar, setiap Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling disarankan untuk
membuat persediaan terlebih dahulu. Terdapat tiga persediaan utama iaitu

• Membina ciri-ciri personal yang efektif.
• Mengumpul dan menguasai pengetahuan dan maklumat daripada pelbagai

bidang atau disiplin ilmu terutama yang berkaitan dengan bidang khidmat
bimbingan dan kaunseling.
• Menguasai kemahiran menyampaikan maklumat dengan berkesan.

1. Persediaan Peribadi
• Memiliki kriteria atau ciri-ciri personal yang berkesan
o Mesra, sabar, peka, terbuka, menerima tanpa syarat, ‘jenaka’,
tidak cepat melabel, pandai memujuk, dapat menarik perhatian,
sentiasa bersikap positif dan sebagainya.
o Kriteria berkesan itu membolehkan pembimbing diterima,
dipercayai dan mampu menarik perhatian pelajar yang ingin
dibimbingnya
• Mahir dan mampu berkomunikasi dengan semua jenis pelajar secara
berkesan
o Kemahiran intrapersonal yang mantap dan stabil.
o Kemahiran interpersonal yang tinggi dan berkesan.
o Menguasai kemahiran melayan secara berkesan.
• Berilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
keupayaan diri, sentiasa muhasabah diri dan sedar tentang limitasi
keupayaan diri.
• Bertenaga dan memiliki motivasi diri yang tinggi.

2. Persediaan Ilmu Pengetahuan dan Maklumat
• Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan terperinci dalam pelbagai
aspek berkaitan bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
o Bidang akademik – maklumat asas berkaitan mata pelajaran,
kemahiran belajar, peluang belajar iaitu maklumat berkaitan
kursus-kursus yang terdapat di IPTA atau IPTS, peluang latihan
dan sebagainya.
o Bidang kerjaya – maklumat berkaitan keperluan, persediaan
dan pemilihan kerjaya, peluang bidang kerjaya dan maklumat
kerjaya.
o Bidang psikososial dan kesejahteraan mental – maklumat
berkaitan perkembangan fizikal, psikologi, kognitif, afektif dan
moral atau akhlak pelajar. Isu-isu berkaitan perkembangan
psikofizikal pelajar seperti personaliti, konsep kendiri, imej
kendiri dan nilai positif. Masalah yang timbul kesan dari
perkembangan fizikal, psikologi, kognitif, afektif dan akhlak.

BAB 9 PERKHIDMATAN UTAMA 137

• Boleh menyampaikan ilmu pengetahuan secara terus dan berkesan.
• Mampu memilih maklumat yang sesuai atau mengikut prioriti untuk

disampaikan kepada pelajar.
• Berkebolehan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat

dengan persembahan yang menarik, penuh berisi dan mudah difahami.

3. Persediaan untuk mengajar atau memberi latihan kemahiran tertentu
• Memiliki pelbagai kemahiran yang boleh diajarkan kepada para pelajar
yang memerlukannya seperti kemahiran belajar, kemahiran membuat
keputusan, kemahiran pengurusan diri, kemahiran intrapersonal dan
interpersonal, kemahiran asertif dan sebagainya.
• Berkebolehan mengajar dan melatih kemahiran kepada pelajar secara
sistematik, berkesan, mudah difahami dan dapat diamalkan oleh pelajar.

BIMBINGAN INDIVIDU

Aktiviti bimbingan individu atau peribadi boleh dijalankan secara spontan atau pun
dirancang terlebih dahulu. Bimbingan individu secara spontan diberikan kepada
setiap pelajar yang datang secara sukarela berjumpa dengan Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling. Mereka datang untuk mendapatkan maklumat, nasihat, panduan
atau tunjukajar tentang sesuatu yang mereka tidak faham, keliru atau memerlukan
maklumat tambahan. Misalnya seorang pelajar yang ingin mendapatkan maklumat
tentang kaedah belajar yang betul dan berkesan. Klien mungkin seorang pelajar
yang rajin, berdedikasi dan sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar.
Bagaimanapun pencapaian akademiknya masih kurang memuaskan. Klien tersebut
seharusnya dibantu oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling bagi mendapatkan
panduan, nasihat, tunjukajar serta bimbingan kemahiran belajar yang betul. Pelajar
yang datang secara sukarela mestilah dilayan ketika itu juga atau secara spontan.
Layanan spontan akan memberikan imej yang positif bahawa Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling merupakan personel yang mudah ditemui, berpengetahuan luas,
pakar, memberikan layanan tanpa syarat dan sentiasa bersedia untuk membantu
pelajar yang memerlukan sebarang pertolongan.

Terdapat juga pelajar yang dirujuk oleh individu lain kerana individu yang
membuat rujukan berasakan pelajar tersebut menghadapi masalah tertentu. Pelajar
yang dirujuk boleh dibantu atau dibimbing secara terancang melalui dua bentuk
pertolongan sama ada diberikan khidmat bimbingan atau intervensi kaunseling atau
kedua-duanya sekali. Lazimnya pelajar yang dirujuk atau diarah enggan berjumpa
dengan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Personel perlu mengambil inisiatif
sendiri untuk menemui, memujuk dan menjemput mereka. Sekiranya dirasakan
sesuai dan perlu, personel boleh terus menjalankan sesi temubual di mana-mana
tempat yang difikirkan sesuai (bukan di bilik bimbingan dan kaunseling). Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling boleh mendapatkan pelanggan bagi khidmat
bimbingan melalui lawatan ke tempat-tempat yang ‘strategik’ seperti tandas pelajar,
kantin atau bilik-bilik yang kosong dan tidak digunakan. Ada kalanya personel
‘bernasib baik’, lantas dapat berjumpa dengan seorang dua pelajar yang sedang
melepak atau berbual kosong kerana keluar dari kelas disebabkan ketiadaan guru
mengajar di kelas.

138 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

Terdapat juga kes-kes yang terpencil di mana pelajar ‘dipaksa atau terpaksa
keluar daripada kelas’ (kemungkinan ‘dihalau’ oleh guru yang sedang mengajar
apabila guru hilang pertimbangan!) kerana pelbagai alasan seperti tidak membuat
kerja rumah, bersikap kurang ajar terhadap guru, mengganggu kelas atau pengajaran
guru. Jika bertemu dengan pelajar demikian, pastikan mereka diberikan bimbingan,
panduan, nasihat, motivasi dan sebagainya. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
perlulah memastikan bahawa khidmat yang bakal diberikan tidak mengambil masa
terlalu lama, cukup sekadar 5 hingga 10 minit untuk menjalankan sesi temubual.
Dalam sesi temubual bimbinglah pelajar dengan penuh kesabaran dan tunjukkan
keprihatinan seperti tidak melabel, mempamerkan kemahiran berkomunikasi yang
tinggi, menjadi pendengar yang berkesan dan memahami dengan empati. Catatkan
butiran diri mereka dan cuba dapatkan penjelasan kenapa mereka berada di situ,
berikan cadangan yang baik dan sesuai, arahkan mereka bertindak segera seperti
masuk semula ke kelas, minta maaf kepada guru atau membuat akujanji. Personel
disarankan supaya tidak berleter kerana tiada individu normal apatah lagi remaja
yang suka dileteri. Sekiranya perlu, buat susulan seperti membuat perundingan
dengan guru yang terbabit atau berjumpa dengan pelajar tersebut ‘bertanya khabar’
untuk menunjukkan bahawa personel amat prihatin terhadap diri mereka.

BIMBINGAN KELOMPOK KECIL

Menurut Myrick (Zuraidah, 2001), bilangan minimum ahli kelompok kecil bagi
kelompok bimbingan adalah lebih daripada dua orang dan tidak melebihi daripada
15 orang. Aktiviti bimbingan kelompok kecil yang boleh dijalankan di sekolah
menengah seperti melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya, membimbing ahli
Skim Lencana Antidadah atau memberi tunjukajar kepada beberapa orang pelajar
tentang kemahiran tertentu seperti kemahiran belajar, kemahiran interpersonal,
kemahiran sosial atau kemahiran pengurusan diri. Bimbingan yang boleh diberikan
oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling ialah memberi maklumat, panduan dan
nasihat. Ahli-ahli kelompok menjalankan aktiviti terpimpin, perbincangan atau
menjalankan tugasan tertentu. Bimbingan kelompok memerlukan kerjasama semua

Rajah 45 : Bimbingan Kelompok Kecil

BAB 9 PERKHIDMATAN UTAMA 139

ahli kelompok. Setiap ahli amat digalakkan supaya berinteraksi di antara satu sama
lain. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu memiliki kemahiran memudah-
cara atau fasilitatif. Lazimnya bimbingan kelompok tidak memerlukan penjelajahan
yang mendalam tentang isu-isu yang berkaitan personal atau interpersonal.

BIMBINGAN KELOMPOK KECIL DI KELAS

Waktu pembelajaran di sekolah adalah terlalu padat. Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling langsung tidak diberikan kesempatan atau ruang waktu tertentu untuk
berjumpa dengan pelajar sepertimana guru akademik. Satu lagi kaedah yang boleh
digunakan oleh Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk mendapatkan klien
mereka ialah dengan cara membuat lawatan ke kelas. Lakukannya dalam waktu
fleksibel. Terdapat juga Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang menawarkan
diri untuk mengisi waktu atau menggantikan guru yang tidak hadir sebagai guru
ganti. Kaedah tersebut dianggap kurang bijak kerana kemungkinan personel akan
‘terperangkap’ apabila mendapati diri mereka terpaksa meninggalkan tugas yang
telah dirancang (temujanji untuk menjalankan sesi bimbingan atau sesi kaunseling
individu) kerana ‘terpaksa’ menjalankan tugas sukarela sebagai guru ganti. Oleh
itu, kaedah lawatan ke kelas adalah lebih relevan, boleh dirancang pada masa yang
sesuai dan tidak menyekat kebebasan bekerja.

Jika bernasib baik, semasa lawatan ke kelas-kelas Guru Bimbingan atau
Guru Kaunseling akan ‘terjumpa’ beberapa orang pelajar yang sedang bersembang-
sembang, bermain-main atau tidur lena di dalam kelas kerana ketiadaan guru yang
masuk mengajar di kelas tersebut. Personel seharusnya menggunakan kesempatan
yang terhidang untuk memberikan maklumat melalui nasihat, panduan, motivasi,
tunjukajar dan sebagainya sesuai dengan tahap pelajar di kelas tersebut. Pastikan
masa yang diambil tidak terlalu lama, cukup sekadar 15 hingga 20 minit. Sebelum
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling berhasrat untuk membuat lawatan ke kelas
atau bilik darjah, pastikan personel telah bersedia dengan membawa bersamanya
pelbagai ‘maklumat segera’ yang boleh diberikan secara spontan kepada pelajar.

PROGRAM MENTOR-MENTEE

Program mentor-mentee merupakan satu kaedah implementasi bimbingan kelompok
kecil yang dilaksanakan secara terancang dengan kerjasama semua guru. Mentor
bermaksud guru yang memberikan panduan, nasihat dan tunjukajar tentang pelbagai
perkara atau maklumat yang diperlukan oleh pelajar. Mentee merupakan beberapa
orang pelajar yang telah dikelompokkan bersama mengikut aras kebolehan, umur
atau jenis masalah. Bilangan ahli setiap kelompok pelajar mestilah tidak melebihi
15 orang (bilangan ahli yang maksimum bagi kelompok kecil). Sebelum program
mentor-mentee dilaksanakan, personel perlu menyediakan kertas cadangan untuk
diajukan kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya bagi mendapatkan restu,
kerjasama dan komitmen guru-guru. Guru-guru perlu diberikan maklumat tentang
beberapa perkara yang ingin disampaikan kepada pelajar. Personel boleh memberi-
kan maklumat dalam bentuk taklimat dari masa ke semasa atau menyediakan bahan
maklumat yang diperlukan dalam bentuk buku panduan atau bahan edaran bercetak.
Program Mentor-Mentee perlu diselaras dan dipantau dari masa ke semasa. Model
kertas cadangan dan pelaksanaan program dan aktiviti mentor-mentee bagi pelajar

140 BAHAGIAN 3 MENGURUS DAN MELAKSANA PERKHIDMATAN

sekolah menengah (rujuk Lampiran E1 dan E2) mungkin dapat membantu personel
memperolehi gambaran yang lebih jelas.

BIMBINGAN KELOMPOK BESAR

Menurut Myrick (Zuraidah, 2001), kelompok besar biasanya mengandungi bilangan
ahli melebihi 15 orang. Ianya mungkin sebuah kelas atau gabungan beberapa kelas.
Bilangan ahli kelompok besar boleh mencapai sehingga 150 orang pelajar atau pun
lebih. Bilangan pelajar sebaik-baiknya tidak melebih 200 orang kerana jika terlalu
ramai adalah sukar bagi Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling untuk mengawal
pergerakan pelajar ketika mereka berinteraksi dan menjalankan aktiviti kelompok.
Semasa mengendalikan kelompok besar, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
berperanan sebagai fasilitator iaitu memastikan kelompok dapat dijalankan dengan
lancar dan mencapai matlamat. Jika dirasakan perlu, Guru Bimbingan atau Guru
Kaunseling bolehlah meminta bantuan seorang pembantu atau kofasilitator.

Bilik darjah boleh digunakan jika ahli kelompok kurang daripada 30 orang
(sekolah menengah) atau 40 orang (sekolah rendah). Jika bilangan ahli kelompok
melebihi 30 atau 40 orang maka tempat yang paling sesuai dan selesa ialah di dalam
dewan, surau, kantin atau di tempat yang lapang seperti gelanggang atau padang.
Bagaimanapun, dewan merupakan pilihan yang terbaik kerana kedudukan dewan
terhindar daripada gangguan luar seperti cuaca panas, hujan, kebisingan kenderaan,
perhatian orang yang lalu-lalang dan sebagainya.

Jika kelompok terlalu besar, alat siaraya juga diperlukan untuk mengawal
dan memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang disampaikan oleh fasilitator.
Bagi melicinkan pergerakan pelajar semasa mengikuti aktiviti kelompok atau ketika
memberikan arahan tambahan, fasilitator boleh menggunakan wisel atau siren alat
pelaung (hailer). Alat-alat pandang dengar perlu digunakan bagi menarik perhatian
dan memudahkan pemahaman pelajar. Peralatan automasi dan alat-alat sokongan
perlu disediakan seperti komputer, disket, cakera padat, projektor LCD dan layar
atau skrin putih. Pemaparan maklumat adalah lebih mudah, canggih dan menarik
jika menggunakan perisian ‘power point’ atau perisian-perisian lain yang sesuai.
Jika menggunakan ‘overhead projector’ dan transfarensi, ianya mungkin dianggap
ketinggalan zaman. Jika tiada rotan, akar pun masih berguna.

Myrick (Zuraidah, 2001) telah mencadangkan lima corak atau kedudukan
ahli-ahli di dalam kelompok besar mengikut kesesuaian tujuan dan jenis aktiviti
kelompok yang akan dijalankan (Rajah 46). Corak-corak tersebut ialah secara

• Berbaris
• Bulatan
• Bentuk ladam
• Bulatan luar dan dalam
• Pasukan perbincangan
Setiap corak kedudukan ahli-ahli kelompok bergantung kepada jenis aktiviti yang
akan dijalankan. Bagi aktiviti taklimat atau penyampaian maklumat, corak berbaris
adalah sesuai digunakan. Jika fasilitator ingin menjalankan aktiviti tunjukcara atau
demonstrasi, corak bulatan atau bentuk ladam adalah lebih sesuai. Corak bulatan
luar dan dalam digunakan untuk aktiviti yang melibatkan interaksi terutama ketika
menjalankan kelompok untuk aktiviti suaikenal atau orientasi. Bagi aktiviti yang

BAB 9 PERKHIDMATAN UTAMA 141

melibatkan tugasan dan perbincangan dalam kelompok kecil maka corak pasukan
perbincangan sesuai digunakan.

Kelompok besar memerlukan ruang pergerakan yang lebih luas supaya ahli-
ahli kelompok boleh bergerak bebas semasa mereka berinteraksi atau melakukan
aktiviti-aktiviti kelompok. Bagi menjimatkan ruang supaya ahli kelompok dapat
berinteraksi dengan selesa, kerusi dan meja mungkin tidak diperlukan. Ahli-ahli
kelompok boleh duduk di atas lantai. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu
memastikan terlebih dahulu bahawa lantai tempat duduk pelajar adalah rata, kering,
bersih dan tidak berbau. Jika keadaan tempat duduk sebaliknya, ahli kelompok
mesti menggunakan kerusi supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan selesa,
tidak tertekan dan fasilitator akan dipandang sebagai seorang yang prihatin dan
bertimbangrasa.

XXXXXXXX XX X
XXXXXXXX X X

XXXXXXXX X X
GK X X X X X X X X X GK X
X X
XXXXXXXX X
XXXXXXXX X X
XXXXXXXX XX

1. Berbaris 2. Bulatan

XXXXX X XX

X X xxx X
X
X Xx xX

GK X Xx xX
X
X x GK xX
X
X Xx xX
XXXXX
Xx xX

Xx xx X

XXX

3. Ladam Kuda 4. Bulatan Luar dan Dalam

xx xx xx Petunjuk
xx xx xx
xx xx xx GK – Guru Kaunseling / Fasilitator
xx xx X / x – ahli kelompok
xx

xx xx xx
xx xx xx
xx xx xx
xx
xx xx
GK

5. Pasukan Perbincangan

Rajah 46 : Susunan Ahli Dalam Kelompok Besar


Click to View FlipBook Version