The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-02-17 22:04:52

MENGURUS KHIDMAT B&K SEKOLAH

Mengurus khidmat B&K di Sekolah

Keywords: eBOOK Mengurus Khidmat B&K

242 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

BIL. PERKARA ADA TIADA CATATAN
PEMBANGUNAN SAHSIAH
1. Program Keibubapaan (Ceramah / Bil. pelajar
Seminar) Bil. kes
2. Kolokium Kursus Kepimpinan SLAD
3. Kaunseling PPDa
4. Ujian Urin Pelajar

5. Kursus Wajadiri (SM)
6. Kursus Wajanita (SM)
7. Kursus Jatidiri
8. Nyatakan aktiviti lain jika ada

3. REKOD PENYERTAAN PELAJAR DALAM PROGRAM PPDa

Sila nyatakan jumlah pelajar yang terlibat mengikut peringkat.

BIL AKTIVITI SEKOLAH ZON DAERAH NEGERI KEB.

1. Kolokium SLAD

2. Ceramah PPDa

3. Seminar PPDa

4. Kem PINTAR

5. Karnival Seni PPDa

6. Perkhemahan PPDa

7. Kursus Wajadiri

8. Kursus Wajanita

9. Tunas Jambori SLAD

10. Aktiviti lain jika ada

PENILAIAN PRESTASI KERJA

Berdasarkan Sistem Saraan Baru (SSB) yang telah dimulakan pada tahun 1992,
setiap penjawat kerajaan dinilai menggunakan Borang Penilaian Prestasi Kerja.
Sistem penilaian tersebut terus dikekalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Bagaimanapun, instrumen tersebut tidak lagi menjadi instrumen penilaian yang
utama dan muktamad. Dalam SSM, penilaian prestasi kerja merupakan penilaian
sokongan kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk tujuan anjakan gaji dan
kenaikan pangkat. Bagaimanapun Penilaian Prestasi Kerja dalam SSM dianggap
penting kerana penjawat kerajaan yang mengungguli prestasi cemerlang disertai
dengan sokongan Pengetua / Guru Besar adalah layak untuk menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang.

Dalam SSM, semua personel guru yang mengajar mata pelajaran akademik
diwajibkan mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar. Oleh
itu, Buku Rekod Mengajar guru merupakan dokumen utama dalam menilai prestasi

BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 243

kerja mereka. Bagi Guru Kaunseling, personel dilantik dan dikecualikan daripada
tugas mengajar mata pelajaran akademik. Oleh itu, personel memerlukan dokumen
lain untuk tujuan penilaian prestasi kerja. Di antara dokumen tersebut ialah Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) dan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi tanggungjawab personel untuk menyerahkan SKT mereka kepada Pegawai
Penilai Pertama (Penolong Kanan Pentadbiran) di sekolah masing-masing pada
setiap awal tahun perkhidmatan. Di pertengahan tahun, SKT tersebut akan disemak
semula atau dibincangkan bersama-sama dengan Pegawai Penilai Pertama untuk
melihat sejauhmana prestasi sasaran kerja telah dapat dicapai oleh personel. Pada
penghujung tahun perkhidmatan (lazimnya pada bulan Oktober), SKT akan disemak
sekali lagi. Personel perlu mencatatkan semua sasaran kerja yang telah dicapai dan
sasaran kerja yang tidak dapat dilaksanakan. Laporan prestasi pencapaian sasaran
kerja perlu disertakan bersama dalam Borang Penilaian Prestasi Kerja untuk tujuan
penilaian prestasi kerja oleh Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua
(Pengetua).

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan pada 1 November 2002. SSM
telah memperkenalkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebagai satu
daripada kriteria untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat bagi semua kakitangan-
nya. Bagaimanapun, kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain
seperti laporan penilaian prestasi tahunan dan perakuan Ketua Jabatan (sokongan
dan kesesuaian). Bagi anjakan gaji kelulusan di tahap cemerlang akan diambil kira
sebagai syarat utama. Konsep penilaian dalam PTK berasaskan kepada kompetensi
iaitu penilaian berdasarkan aktiviti kerja, pengetahuan dan kemahiran personel
dalam konteks kerja. PTK dibentuk melalui dua kaedah penilaian iaitu peperiksaan
dan kursus. Terdapat enam tahap kecekapan iaitu TK1 – TK6 untuk Kumpulan
Pengurusan dan Profesional (siswazah / PPPS) dan empat tahap kecekapan iaitu
TK1 –TK4 bagi Kumpulan Sokongan (bukan siswazah / PPPBS). TK1 dan TK2
bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan TK1 hingga TK3 Kumpulan
Sokongan ialah tahap kecekapan yang dinilai melalui peperiksaan. Bagi tahap
kecekapan yang selebihnya dinilai melalui kursus.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) telah menyediakan sukatan untuk
peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bukan Siswazah
dan Skim Perkhidmatan Guru Siswazah. Kertas peperiksaan PTK mengandungi
dua bahagian iaitu Bahagian I (Kompetensi Umum) dan Bahagian II (Kompetensi
Khusus / Fungsi). Perbezaan di antara tahap kecekapan bagi kakitangan siswazah
dengan kakitangan bukan siswazah hanyalah pada aras kecekapan dan skop bidang
kerja. Perbezaan antara PTK1 dan PTK2 atau PTK3 ialah PTK1 memberikan
penekanan kepada pengetahuan asas berkaitan bidang tugas, sementara PTK2 dan
PTK3 menekankan tentang kemahiran atau kecekapan bagi mengurus bidang tugas.

Bahagian I (Kompetensi Umum) terdiri daripada dua aspek kompetensi
iaitu Kompetensi Teras dan Kompetensi Profesional. Bahagian II (Kompetensi
Khusus atau Fungsi) terdiri daripada 16 fungsi pengurusan. Bagi Guru Kaunseling
DG 41 yang berhasrat mengambil kertas berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling perlu mengambil Kertas 701/14 bagi PTK 1 dan 702/14 bagi PTK 2
iaitu Fungsi Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Bahagian II (Kompetensi

244 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

Khusus / Fungsi) bagi Fungsi Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling, perkara atau
aspek yang dinilai bagi PTK 1 (kertas 701/14) dan PTK 2 (kertas 702/14) adalah
sama kecuali pada perkara atau aspek yang terakhir iaitu berkaitan surat pekeliling
ikhtisas. Tahap yang diuji bagi PTK 1 dan PTK 2 adalah berbeza seperti berikut :

• PTK 1 – penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran.

• PTK 2 – penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran mengurus dan
memimpin.

Jadual berikut adalah contoh sukatan peperiksaan PTK1 dan PTK2 dalam
aspek kompetensi umum dan kompetensi khusus atau fungsi bagi Guru Kaunseling
(PPPS DG 41).

BAHAGIAN I – KOMPETENSI UMUM

A. Aspek Kompetensi Teras

BIL. ASPEK DINILAI PTK 1 (701/01) PTK 2 (702/01)

1. Pengurusan a. Pengetahuan tentang a. Pengetahuan tentang

Personel peraturan dan proses urusan peraturan dan proses urusan

yang berkaitan dengan yang berkaitan dengan

pengambilan, lantikan, pengambilan, lantikan,

kenaikan pangkat dan kenaikan pangkat dan

penamatan kakitangan penamatan kakitangan

awam. awam.

b. Pengetahuan tentang b. Kemahiran mengendalikan

peraturan dan urusan tata- peraturan dan urusan tata-

kelakuan dan tindakan kelakuan dan tindakan

tatatertib. tatatertib.

c. Pengetahuan tentang c. Kemahiran mengurus

tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan

kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti

pegawai awam seperti kemudahan perjalanan,

kemudahan perjalanan, pertukaran dan kursus, cuti-

pertukaran dan kursus, cuti- cuti, rumah-rumah

cuti, rumah-rumah kerajaan, rawatan dan

kerajaan, rawatan dan perubatan.

perubatan.

2. Pengurusan dan a. Pengetahuan tentang a. Pengetahuan tentang

Pentadbiran pengurusan program ke arah pengurusan program ke arah

Organisasi penambahbaikkan dan penambahbaikkan dan

pemantapan pembangunan pemantapan pembangunan

sesebuah organisasi. Ini sesebuah organisasi. Ini

meliputi penambahbaikkan meliputi penambahbaikkan

sistem pengurusan dan sistem pengurusan dan

pembangunan kemahiran pembangunan kemahiran

di sektor awam. Ia di sektor awam. Ia

merangkumi aspek-aspek merangkumi aspek-aspek

seperti berikut : seperti berikut :

(i) Inovasi perkhidmatan (i) Inovasi perkhidmatan

awam awam

(ii) Peningkatan (ii) Peningkatan

produktiviti dalam produktiviti dalam

perkhidmatan awam perkhidmatan awam

(iii) Penggunaan borang (iii) Penggunaan borang

tindakan kerja tindakan kerja

BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 245

BIL. ASPEK DINILAI PTK 1 (701/01) PTK 2 (702/01)

(iv) Pengurusan mesyuarat (iv) Pengurusan mesyuarat

pagi pagi

(v) Piagam Pelanggan (v) Piagam Pelanggan

3. Dasar a. Pengetahuan tentang a. Kemahiran melaksanakan

Pembangunan tujuan, rasional, konsep, dasar-dasar pembangunan

Negara pelaksanaan dan kesan- yang telah ditetapkan oleh

kesan dasar pembangunan kerajaan seperti :

yang telah dilaksanakan (i) Dasar Pembangunan

oleh Kerajaan seperti Nasional

(i) Dasar Pembangunan (ii) Dasar Pendidikan

Nasional Malaysia

(ii) Dasar Pendidikan (iii) Dasar Sains dan

Malaysia Teknologi

(iii) Dasar Sains dan (iv) Dasar Bersih, Cekap

Teknologi dan Amanah

(iv) Dasar Bersih, Cekap (v) RRJP

dan Amanah

4. Keutuhan Peribadi a. Nilai-nilai murni yang perlu a. Nilai-nilai murni yang perlu

diamalkan oleh kakitangan diamalkan oleh kakitangan

awam ke arah meningkatkan awam ke arah meningkatkan

kualiti dan produktiviti kualiti dan produktiviti

perkhidmatan awam seperti perkhidmatan awam seperti

(i) Nilai-nilai utama dalam (i) Nilai-nilai utama dalam

perkhidmatan awam perkhidmatan awam

(ii) Tonggak 12 (ii) Tonggak 12

(iii) Etika Perkhidmatan (iii) Etika Perkhidmatan

Awam Awam

(iv) Keutuhan dalam (iv) Keutuhan dalam

Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam

5. Komunikasi Kemahiran : Kemahiran :

a. Berkomunikasi a. Berkomunikasi

b. Komunuikasi Interpersonal b. Komunuikasi Interpersonal

c. Menghadapi halangan c. Menghadapi halangan

komunikasi komunikasi

6. Perundingan

Berkesan

B. Aspek Kompetensi Profesional PTK 2 (702/01)

BIL PTK 1 (701/01) Mengetahui tentang
Mengetahui tentang
Kepentingan Sejarah Pendidikan Negara
a. Sejarah Pendidikan Negara berdasarkan :
(i) Fakta-fakta sejarah zaman
penjajahan, Penyata Razak 1956 (i) Penyata Razak 1956
(ii) Laporan Kabinet 1979 (ii) Laporan Kabinet 1979

b. Akta Pendidikan 1966, pindaan tahun Pelaksanaan Akta Pendidikan 1966,
2002 pindaan tahun 2002 berkaitan dengan
(i) Pendidikan wajib
(ii) Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (i) Pendidikan wajib
(ii) Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
c. Falsafah Pendidikan Negara
(i) Penyata Razak 1956 Falsafah Pendidikan Negara
(ii) Penyata Rahman Talib 1961 (i) Penyata Razak 1956
(ii) Penyata Rahman Talib 1961
(iii) Laporan Kabinet mengkaji
pelaksanaan Dasar Pelajaran (iii) Laporan Kabinet mengkaji
Kebangsaan pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan

246 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

BIL PTK 1 (701/01) PTK 2 (702/01)

Mengetahui tentang Mengetahui tentang

d. Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan

(i) Prinsip KBSM & KBSR (i) Prinsip KBSM & KBSR

(ii) Prasekolah (ii) Prasekolah

e. Sistem dan Struktur Pengurusan Sistem dan Struktur Pengurusan

Pendidikan Pendidikan berdasarkan :

(i) Fungsi asas Bahagian & Jabatan (i) Fungsi asas Bahagian & Jabatan

di Kementerian Pendidikan di Kementerian Pendidikan

(ii) Fungsi asas Pejabat Pendidikan (ii) Fungsi asas Pejabat Pendidikan

Daerah & Jabatan Pendidikan Negeri, Daerah & Jabatan Pendidikan Negeri,

cawangan-cawangan Bahagian cawangan-cawangan Bahagian

Kementerian di negeri. Contoh : Kementerian di negeri. Contoh :

Jemaah Nazir, Pusat Kegiatan Guru Jemaah Nazir, Pusat Kegiatan Guru

(PKG) dan Pusat Sumber Pendidikan (PKG) dan Pusat Sumber Pendidikan

Negeri (PSPN). Negeri (PSPN)

(iii) Maklumat lahir 60 pelajar aliran

sains dan 40 pelajar aliran sastera

(iv) RRJP 3 – Guru Siswazah di Sekolah

Menengah dan 50% di Sekolah

Rendah (RM ke 8)

(v) Sekolah Wawasan.

f. Nilai / Sikap Nilai / Sikap

Pengetahuan dan pengamalan nilai / sikap Pengetahuan dan pengamalan nilai / sikap

dalam etika keguruan. dalam etika keguruan.

g. Sistem dan Struktur Pengurusan

Pendidikan

(i) Urusan perjawatan dan pengesahan

jawatan

(ii) Urusan latihan dan kemajuan staf

(iii) Pertukaran guru dan murid

h. Isu Semasa dalam Pendidikan

(i) Pengajaran Matematik dan Sains

dalam Bahasa Inggeris

(ii) Sistem meritokrasi dan penguasaan

3M

BAHAGIAN II – KOMPETENSI KHUSUS / FUNGSI
FUNGSI PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DG41

BIL. PERKARA / ASPEK DINILAI TAHAP DIUJI
1. PTK 1 – Pengetahuan dan
Dasar Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
2. Kaunseling kemahiran
a. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji PTK 2 – Pengetahuan dan

Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kemahiran
b. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengurus
c. Wawasan 2020 dan memimpin
d. Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
PTK 1 – Pengetahuan dan
e. Kod Etika Kaunseling kemahiran
f. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
PTK 2 – Pengetahuan dan
Mengenalpasti keperluan guru / staf / murid / pelajar kemahiran
melalui kaedah mengurus
a. Pemerhatian dan memimpin
b. Taksiran keperluan
c. Laporan
d. Aduan

BAB 14 PENILAIAN PERKHIDMATAN 247

BIL. PERKARA / ASPEK DINILAI TAHAP DIUJI
3. PTK 1 – Pengetahuan dan
4. Merancang, melaksana dan memantau program dan
kemahiran
5. aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling PTK 2 – Pengetahuan dan
6. a. Perkembangan
b. Pemulihan kemahiran
7. c. Pencegahan mengurus
8. d. Intervensi krisis dan memimpin
PTK 1 – Pengetahuan dan
Menggunakan teori dalam melaksanakan kaunseling kemahiran
a. Alderian PTK 2 – Pengetahuan dan
kemahiran
b. Berpusat-klien mengurus
c. Kaunseling Tingkah Laku dan memimpin
d. Teori Gestalt
e. Teori Peribadi PTK 1 – Pengetahuan dan
f. Teori Psikoanalitik kemahiran
g. Teori Rasional Emotif (RET)
h. Teori Realiti PTK 2 – Pengetahuan dan
i. Teori Kerjaya kemahiran
mengurus
(i) Ginzberg dan memimpin
(ii) Anne Roe
(iii) Donald Super PTK 1 – Pengetahuan dan
(iv) John Holland kemahiran
(v) David Tiedeman dan O’Hara
PTK 2 – Pengetahuan dan
Menggunakan teknik konsultasi sebagai intervensi kemahiran
kaunselor dalam membantu klien mengurus
a. Jenis konsultasi dan memimpin

b. Pendekatan konsultasi PTK 1 – Pengetahuan dan
c. Langkah-langkah pendekatan sistematik dalam kemahiran

konsultasi kes PTK 2 – Pengetahuan dan
kemahiran
Melaksanakan latihan bagi meningkatkan potensi murid / mengurus
pelajar untuk melaksanakan peranan mereka dengan dan memimpin
berkesan
a. Kepimpinan PTK 1 – Pengetahuan dan
b. Pembimbing kemahiran

c. Komunikasi PTK 2 – Pengetahuan dan
d. Pengurusan stres kemahiran
e. Tegas diri / asertif mengurus
f. Pengurusan diri dan memimpin

Menggunakan alat ujian dalam membantu perkembangan PTK 1 dan PTK 2 adalah
murid / pelajar sama iaitu pengetahuan
a. Inventori Nilai dan kemahiran

b. Inventori Minat Kerjaya
c. Inventori Suasana Bekerja
d. Senarai Semak Masalah Mooney
e. Inventori Personaliti
f. Inventori Pemilihan Kerjaya

Menilai, melapor dan mendokumentasi program dan
aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

9. Nilai dan sikap terpuji dalam melaksanakan urusan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
a. Melayan dan menghormati klien sebagai seorang
individu yang unik

b. Menjaga kerahsiaan rekod-rekod klien dan
mengeluarkan data-data peribadi hanya mengikut
undang-undang dan polisi sekolah / institusi sahaja

248 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

BIL. PERKARA / ASPEK DINILAI TAHAP DIUJI
10. Hanya untuk PTK 2 sahaja
c. Menjaga kerahsiaan maklumat yang didapati semasa

proses kaunseling
d. Tidak menilai (non-judgemental) klien atas tingkah

laku atau masalah
e. Prihatin dan peka terhadap keperluan murid

Memahami mengurus tatacara mengenai
a. Surat Pekeliling Ikhtisas

(i) SPI Bil. 10/1991 – Pengurusan Buku Kerja

di Sekolah Rendah
(ii) SPI Bil. 7/1995 – Tatacara mengenakan

tindakan dan hukuman pelajar sekolah
(iii) SPI Bil. 7/1998 – Pindaan Syarat Kelayakan

meminjam buku teks, SPBT
(iv) SPI Bil. 5/1999 – Larangan terhadap

penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
staf sokongan dan murid sekolah dalam

kegiatan politik antikerajaan
(v) SPI Bil. 3/1983 – Pakaian seragam murid

sekolah

Sebagai penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Baru (SSM), Guru
Bimbingan dan Guru Kaunseling wajib menduduki peperiksaan PTK. Pencapaian
cemerlang (Aras IV) dalam kedua-dua bahagian PTK akan melayakkan mereka
menerima anjakan gaji. Bagi personel yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu,
pencapaian mereka pada tahap yang telah ditentukan iaitu lulus (Aras III) dalam
kedua-dua kertas PTK melayakkan mereka diberikan kenaikan pangkat dalam Skim
Perkhidmatan Guru. Misalnya dari DG A29 kepada DG A32 (Guru Bimbingan
Bukan Siswazah) dan DG 41 kepada DG 44 (Guru Kaunseling Siswazah).

ARAS MARKAH CATATAN
ARAS IV 80% DAN KE ATAS
LULUS / MELEPASI TAHAP
ARAS III 60% HINGGA 79% KOMPETENSI PADA ARAS
ARAS II 50% HINGGA 59%
ARAS I 49% DAN KE BAWAH YANG CEMERLANG

LULUS / MELEPASI TAHAP
KOMPETENSI

LULUS BERSYARAT

TIDAK MELEPASI TAHAP
KOMPETENSI

Jadual 17 : Tahap Pemarkahan Penilaian Tahap Kecekapan

MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN BAB

15

KANAK-KANAK DAN REMAJA

KONSEP KANAK-KANAK

1. Mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90), kanak-kanak ditakrifkan
sebagai seseorang di bawah umur empat belas tahun.

2. Berdasarkan tahap perkembangan manusia, kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada dua tahap umur iaitu kanak-kanak awal berumur di antara 3 hingga 5
tahun dan kanak-kanak pertengahan berumur di antara 6 hingga 11 tahun (Jas
Laile Suzana, 1996).

3. Dalam Islam, kanak-kanak merupakan individu yang belum mencapai akil
baligh.

4. Deklarasi Hak Kanak-Kanak Sedunia (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) :
• Memperakui bahawa manusia mempunyai tanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak yang sempurna dan oleh itu harus memenuhi
segala keperluan asas kanak-kanak seperti yang termaktub di dalam
Deklarasi Hak Kanak-Kanak.
o Persefahaman dan kasih sayang.
o Pemakanan seimbang, perumahan, rawatan dan rekreasi.
o Pendidikan asas yang sempurna dan secara percuma.
o Pembesaran, perkembangan fizikal, mental dan moral.
o Punyaan nama dan kewarganegaraan.
o Penerimaan rawatan khas bagi yang cacat dan bantuan khas bagi
yang kurang bernasib baik.
o Keutamaan pertolongan semasa kecemasan dan malapetaka.
o Perkembangan di dalam suasana keamanan dan persaudaraan
sejagat.
o Perlindungan daripada sebarang pengabaian, kekejaman dan
eksploitasi.
o Peluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina,
fahaman politik atau keturunan.
(Kasmini, 1991 : ms iii)

KONSEP REMAJA

• Mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90), orang muda ditakrifkan
sebagai seseorang yang telah mencapai umur empat belas tahun dan
di bawah umur lapan belas tahun.

• Remaja atau dalam bahasa Inggeris ‘adolesence’ berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud berkembang dan tumbuh ke arah kematangan. Ini
bermaksud remaja merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa
(Jas Laile Suzana, 1996).

• Menurut Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1988), remaja ialah satu jangka
masa selepas alam kanak-kanak, malah sudah melewati tahap praremaja

250 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

apabila sudah mula memasuki akil baligh dan mula menuju kematangan
fikiran, fizikal dan sosialnya.

• Menurut Kasmini (1993), remaja merupakan peralihan umur dari zaman
kanak-kanak ke zaman dewasa. Kebiasaannya, zaman ini bermula dengan
haid pertama bagi perempuan dan keluarnya air mani bagi lelaki. Keadaan
ini berlaku apabila kanak-kanak mencapai umur di antara 11 dan 13 tahun
di kalangan perempuan dan di antara 13 dan 17 tahun di kalangan lelaki.

PERKEMBANGAN MANUSIA

Jas Laile Suzana (1996) telah membahagikan tahap perkembangan manusia kepada
lapan tahap mengikut peringkat umur iaitu bermula daripada tahap pralahir, bayi,
kanak-kanak awal, kanak-kanak pertengahan, remaja awal, remaja pertengahan dan
akhir, dewasa awal, dewasa pertengahan dan dewasa akhir. Jadual 18 menunjukkan
tahap-tahap bagi perkembangan manusia dari pralahir sehingga remaja sahaja.

TAHAP UMUR PERKEMBANGAN
Pralahir Hamil hingga
lahir Persenyawaan hingga lahir. Selepas persenyawaan,
Bayi 2 tahun sel-sel berkembang membentuk struktur badan dan
pertama organ-organ. Pada tahap ini janin amat peka
Kanak-Kanak terhadap pengaruh persekitaran.
Awal 3 – 5 tahun
Mengalami perkembangan pesat iaitu keupayaan
Kanak-Kanak 6 – 11 tahun motor, kemahiran sensori dan kemahiran bertutur.
Pertengahan Mula rapat dengan keluarga atau orang menjaganya,
12 – 19 tahun belajar mempercayai orang lain, belajar cara
Remaja menunjukkan kasih sayang dan mula cuba berdikari.

Keupayaan motor, kognitif dan bertutur terus
berkembang. Sudah boleh menjaga diri, konsep
kendiri mula terbentuk, dapat mengenal peranan dan
identiti jantina. Hubungan dengan ibu bapa penting
bagi membentuk sosialisasi.

Sudah boleh membaca, menulis dan mengira. Mula
memasuki sekolah rendah. Mula timbul keinginan
untuk berjaya dan mencapai apa yang diidamkan.
Peranan ibu bapa penting dalam perkembangan
moral dan psikososial.

Merupakan tahap transisi di antara zaman kanak-
kanak dengan zaman dewasa. Mula memasuki
sekolah menengah. Mengalami kematangan seksual
(akil baligh) dan perkembangan kognitif (operasi
formal). Tugas paling penting ialah pembentukan
identiti. Mula membebaskan diri dari kawalan ibu
bapa. Mula menjalin hubungan dengan rakan
sebaya. Mula menunjukkan minat untuk menjalin
hubungan dengan jantina yang berlainan jenis.
Mula belajar tentang peranan kerja (kerjaya),
kehidupan berkeluarga dan menjadi ahli masyarakat
atau komuniti.

Jadual 18 : Tahap Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 251

PERMASALAHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Lebih daripada 60 peratus komposisi penduduk Malaysia adalah berumur di bawah
18 tahun. Mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja yang bakal
mewarisi dan meneruskan kesinambungan perjuangan bangsa dan negara. Sekira-
nya aset ini tidak diasuh, dibelai, dibimbing, diajar dan dididik dengan sewajarnya
maka golongan ini akan menjadi beban kepada bangsa dan negara. Dalam Islam
anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulang kepada ibu bapa untuk menjadi-
kan anak mereka Nasrani, Yahudi atau Majusi. Kanak-kanak diibaratkan seperti
rebung, mereka aktif, dinamik, sentiasa berubah dan boleh dilentur sebelum menjadi
buluh. Terdapat segelintir orang dewasa yang menganggap golongan kanak-kanak
adalah bebas dari masalah atau cabaran hidup. Realiti sebenarnya selagi manusia
itu tumbuh dan berkembang serta mempunyai kehendak bagi memenuhi keperluan,
maka selagi itulah mereka akan menghadapi gendala dan masalah dalam kehidupan.

PERMASALAHAN KANAK-KANAK

Terdapat dua faktor utama yang boleh menimbulkan permasalahan kepada kanak-
kanak iaitu faktor fizikal dan faktor persekitaran dan sosial. Faktor fizikal dikaitkan
dengan gangguan dalam perkembangan fisiologikal, kesan penyakit dan masalah
tidak mendapat keperluan asas yang diperlukan oleh manusia. Faktor persekitaran
dan sosial dikaitkan dengan pengaruh keluarga, institusi sosial dan persekitaran
serta hubungan kanak-kanak dengan orang yang lebih dewasa yang memberikan
kesan atau pengaruh kepada perkembangan psikologikal, mental, emosi dan tingkah
laku kanak-kanak.

Faktor Fizikal

1. Perkembangan fisiologikal atau biologikal
– Kecacatan fizikal seperti kecacatan anggota badan, penglihatan, pendengaran
atau pertuturan.
– Kecacatan fungsi akal seperti terencat akal, sindrom down, lembam, autisme
dan hiperaktif.
– Tumbesaran fizikal yang tidak seimbang (badan terlalu gemuk atau terlalu
kurus).

3. Gangguan penyakit
– Penyakit yang diwarisi seperti kencing manis, hemofilia, sindrom down.
– Penyakit yang kronik seperti komplikasi jantung berlubang, barah.
– Penyakit-penyakit lain seperti penyakit berjangkit, penyakit tularan seks dan
penyakit kesan penyalahgunaan dadah (HIV /AIDS).

2. Tidak mendapat keperluan asas manusia
– Tidak mendapat makanan yang mencukupi atau makanan berzat.
– Tidak diberikan perlindungan dari segi jaminan keselamatan, tempat tinggal,
pakaian, rawatan perubatan, kebebasan bergerak dan bermain, kasih sayang
dan keperluan asas yang lain.
– Keciciran di dalam pelajaran
• Pendidikan formal – tidak didaftarkan ke sekolah.
• Pendidikan agama – tidak diajar ilmu keagamaan, akhlak dan moral.

252 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

Faktor Persekitaran dan Sosial

1. Masalah dalam keluarga
– Rumah tangga yang sentiasa bergolak dan pergeseran dalam keluarga akan
memberikan tekanan perasaan dan emosi, pembentukan personaliti dan
konsep kendiri yang tidak stabil kepada kanak-kanak.
– Pergaduhan atau permusuhan adik beradik.

2. Pengabaian kanak-kanak
– Ditinggalkan oleh ibu atau keluarga kerana lahir dari hubungan yang tidak
sah, kecacatan fizikal atau minda.
– Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
– Pembezaan kasih sayang di kalangan anak-anak.
– Memberi kemewahan fizikal atau material, dijaga oleh pengasuh dan kurang
mendapat kasih sayang ibu bapa kerana kesibukan ibu bapa.

3. Penderaan fizikal, emosi, mental dan seksual
– Penderaan fizikal, mental dan emosi oleh ibu bapa atau ahli keluarga.
– Penderaan fizikal, mental dan emosi oleh orang lain (pengasuh, jiran dll).
– Penderaan seksual oleh orang dikenali atau tidak dikenali.

4. Pengaruh sosial dan pergaulan
– Pengaruh ibu bapa
o ibu bapa sering bertengkar, bermasam muka dan bergaduh di depan
anak-anak.
o ibu bapa menunjukkan model yang tidak baik (pengotor, sombong,
malas, suka berbohong dll).
o tingkah laku tidak bermoral (menonton video / vcd lucah, bermain judi,
menghisap dadah, berkelakuan tidak senonoh dll).
o keganasan rumah tangga (memukul dan mencedera sehingga boleh
menyebabkan kesengsaraan ahli keluarga).
– Pengaruh rakan sebaya
o peniruan perlakuan tidak baik (mencarut, memaki hamun orang lain,
bercakap kasar, biadap dll).
o menjalankan aktiviti kumpulan yang negatif (perlakuan memusnah,
mencuri, membuli dll).
– Pengaruh masyarakat atau komuniti
o pembentukan sikap dan nilai yang negatif (mementingkan diri, dengki
khianat, tiada wawasan, tidak bertanggungjawab dll).

5. Tekanan
– memikul tanggungjawab atau beban keluarga
o Bekerja untuk menampung hidup keluarga atau diri sendiri.
o Diberhentikan sekolah kerana menjaga adik-adik.
– harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
o Harapan pencapaian akademik yang tinggi.
o Mengikut tradisi keluarga (ch. keluarga terlibat dalam bidang perniagaan
maka anak juga mesti mengikut jejak keluarga dsbnya).

6. Masalah peribadi
– Kelasakan kanak-kanak
o tidak dapat membuat pertimbangan dalam tindakan (lepas laku, suka
mengganggu, buat bising dll).

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 253

– Kurang pencapaian dalam aktiviti menggunakan minda.
– Kurang pencapaian dalam aktiviti melibatkan fizikal.
– Masalah psikologi berkaitan personaliti, konsep kendiri atau harga diri

(kebanyakannya berpunca daripada perhubungan dengan orang yang
signifikan atau orang lain dan juga persekitaran).
– Sebahagian besar masalah ditonjol dan sebahagian lagi dipendamkan tetapi
kebanyakan masalah kanak-kanak dapat dicerap melalui perlakuan dan fikiran
serta peluahan perasaan mereka.

FENOMENA REMAJA

Suatu masa dahulu, zaman remaja ibarat era ‘ribut dan badai’. Kemudian remaja
diibaratkan ‘bom jangka’ dan pada masa kini mungkin dilabelkan ‘pengebom bunuh
diri’! Begitulah mencabarnya masalah remaja kerana mereka sukar untuk difahami
dan lebih banyak terpendam atau menjadi rahsia jika dibandingkan dengan kanak-
kanak. Kanak-kanak adalah lebih terbuka. Mereka selesa untuk menyatakan apa-
apa yang mereka fikirkan berdasarkan apa yang mereka lihat dan alami. Mereka
dapat meluahkan perasaan dengan mudah, tanpa sekatan dan tanpa persepsi yang
bersimpang-siur berbanding dengan remaja. Keadaan yang berlaku disebabkan
perkembangan moral dan kognitif kanak-kanak belum berkembang sepenuhnya.
Ada ketikanya, orang dewasa tetap menganggap kanak-kanak tidak bersalah jika
mereka melanggar peraturan atau undang-undang disebabkan status mereka sebagai
kanak-kanak iaitu individu yang belum matang.

Berlainan dengan remaja, mereka sudah mula dipertanggungjawabkan bagi
setiap perlakuan atau tindakan mereka. Walaupun Akta Mahkamah Juvana 1947
menetapkan bahawa setiap remaja atau orang muda (14 – 18 tahun) yang melakukan
sebarang jenayah atau kesalahan dari segi undang-undang tetap akan dihukum tetapi
hukuman yang diterima adalah berbeza dengan orang dewasa sekiranya mereka
melakukan kesalahan yang sama. Dari segi hukum-hakam agama, peraturan dan
norma masyarakat, remaja dan orang dewasa dianggap sama taraf kerana mereka
sudah matang atau akil baligh. Oleh itu, mereka layak memikul tanggungjawab
masing-masing.

Kebanyakan orang dewasa tidak dapat menerima remaja sepenuhnya dalam
masyarakat kerana remaja masih ‘belum cukup dewasa’. Fenomena tersebut telah
mencetuskan konflik di antara remaja dengan orang dewasa. Remaja yang tidak
diterima menjadi keliru peranan dan seterusnya mengalami krisis identiti. Apabila
mereka duduk bersama dengan orang dewasa, mereka tidak diterima kerana orang
dewasa menganggap remaja masih lagi budak-budak (kanak-kanak). “Budak-budak
tidak boleh dengar cerita orang dewasa’. Apabila bermain dengan kanak-kanak,
kanak-kanak dan orang dewasa akan mencemuh mereka kerana ‘badan sudah besar,
dah bermisai berjanggut tetapi perangai macam budak-budak’. Akibatnya, remaja
menyendiri atau mencari rakan-rakan sebaya yang dapat menerima serta memahami
keperluan mereka. Mereka membentuk kelompok, budaya dan menjalankan aktiviti
mereka sendiri. Kebanyakan aktiviti atau kegiatan yang dijalankan adalah negatif
seperti melepak, mengganggu anak dara orang dan menghisap rokok. Mereka mula
memikirkan apa nak dibuat untuk mengisi masa terluang, terfikir melakukan sesuatu
secara spontan dan seterusnya merancang untuk melakukannya. Sifat remaja suka
membuat sesuatu mengikut kata hati. Timbullah pelbagai isu kenakalan remaja apa-

254 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

bila mereka melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Apa yang mereka
lakukan tidak dapat diterima oleh orang dewasa kerana kebanyakan tindakan dan
aktiviti yang mereka jalankan merupakan manifestasi dari rasa tidak puas hati dan
penentangan mereka terhadap orang dewasa atau pihak yang berautoriti.

REMAJA DAN PERSONALITI

Personaliti merupakan satu komponen penting dalam diri individu yang membentuk
tret-tret atau ciri-ciri personaliti. Tret-tret yang terdapat dalam personaliti seseorang
individu akan membezakan individu tersebut dengan individu yang lain. Perbezaan
tersebut akan menentukan sejauhmana keunikan seseorang individu itu berbanding
dengan individu lain. Allport (Pervin, 1996) mendefinisikan personaliti sebagai
suatu organisasi yang dinamik dalam diri seseorang, merupakan sistem psikofizikal
yang membentuk kriteria seseorang individu dari segi pola tingkah laku, pemikiran
dan perasaan. Organisasi personaliti adalah suatu corak atau pola bersifat dalaman.
Organisasinya melibatkan tindak balas mental dan emosi terhadap persekitaran iaitu
pola-pola pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang memberi kesan kepada setiap
aspek kehidupan indvidu (Gatchel dan Mears, 1982).

Pervin (1996) melihat personaliti sebagai suatu organisasi yang kompleks
tentang kognitif, afektif dan tingkah laku yang akan menentukan arah dan corak
kehidupan seseorang. Seperti tubuh badan, personaliti juga mengandungi struktur
dan proses serta merangkumi aspek semulajadi (gen dan temperamen) serta asuhan
(pengalaman). Sebahagian besar personaliti terbentuk melalui interaksi individu
dengan persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, masyarakat, institusi sosial,
pendidikan, undang-undang dan sebagainya. Personaliti mengandungi kesan masa
lalu, termasuklah kenangan masa silam dan juga pembinaan kehidupan masa kini
dan masa hadapan. Interaksi yang berlaku di antara pemikiran, emosi dan tingkah
laku yang berlaku di sepanjang kehidupan seseorang individu merupakan aspek
yang penting dalam pembentukan personaliti individu.

Pemahaman tentang personaliti adalah amat penting bagi individu membuat
penyesuaian iaitu mengubah pola gerak balas apabila terdapat perubahan di dalam
dimensi persekitaran (Wan Azmi, 1986). Bagi seorang kanak-kanak atau remaja,
mengenali personaliti sendiri dapat memberikannya kelebihan berbanding dengan
rakan-rakan yang lain. Mereka sentiasa sedar dan akan dapat membuat penyesuaian
di dalam suasana persekitaran yang baru. Penyesuaian adalah sangat penting bagi
kanak-kanak atau remaja yang sedang mengalami proses perkembangan dari segi
fisiologikal, mental dan emosi. Di samping itu, kanak-kanak dan remaja juga akan
mengalami perubahan melalui pembelajaran pengalaman dari persekitaran dan juga
interaksi sosial (proses sosialisasi). Misalnya, kanak-kanak yang berubah dari alam
kanak-kanak ke alam remaja akan memasuki sekolah menengah dengan bebanan
belajar yang bertambah, tinggal di asrama dan terpaksa menghadapi tekanan untuk
berdikari, meneruskan persekolahan ke tingkatan yang lebih tinggi dan menghadapi
peperiksaan yang akan menentukan hala tuju kerjaya dan kehidupan. Pertambahan
pengalaman akan mempercepatkan proses kematangan remaja. Menurut Cattell
(Pervin, 1996), apabila individu semakin matang maka tret-tret personalitinya juga
menjadi semakin stabil.

Semasa zaman remaja, para remaja menghadapi krisis identiti (jati diri) dan
pelbagai perubahan kesan pertumbuhan fizikal dan perubahan hormon dalam tubuh

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 255

badan. Kemurungan, kerisauan yang tinggi, tekanan emosi dan perasaan, konflik
dan pertentangan remaja dengan orang dewasa serta kongkongan undang-undang
dan peraturan yang bersifat bias dan berat sebelah boleh menyekat perkembangan
diri dan boleh membantutkan usaha remaja mencapai kejayaan menuju ke alam
dewasa (Asmah Bee dan Iran, 1995). Perubahan diri dari segi psikofizikal seperti
perubahan suara, bentuk badan, alat kelamin dan sebagainya banyak memberikan
tekanan kepada sesetengah remaja. Perubahan dari segi tanggungjawab sosial juga
kadangkala menimbulkan konflik di antara remaja dengan orang dewasa (Jas Laile
Suzana, 1996). Bagi mereka yang memiliki personaliti yang stabil akan berupaya
untuk mengawal keadaan, berkemampuan untuk menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi secara bersendirian dan seterusnya dapat membuat keputusan dengan
wajar dan tepat.

REMAJA DAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri adalah hasil maklumat atau mesej yang diterima melalui interaksi
sosial mengenai diri di sepanjang kehidupan (Noraini, 2000). Menurut Jourard dan
Landsman (1980), konsep kendiri manusia merupakan keseluruhan kepercayaan
terhadap tabii diri mereka. Ianya termasuklah andaian-andaian tentang kekuatan
dan kelemahan, kebolehan untuk berkembang dan gambaran secara eksplisit tentang
pola-pola tingkah laku dan pengalaman. Menurut Pietrofesa (Pietrofesa, Leonard
dan Hoose, 1978), konsep kendiri merupakan satu konstruk dalam bentuk hipotesis
yang mengandungi semua nilai, sikap serta kepercayaan terhadap diri seseorang
dalam hubungannya dengan persekitaran. Oleh itu, konsep kendiri kanak-kanak dan
remaja terdiri daripada persepsi dan tingkah laku mereka yang menerima pengaruh
dari orang lain seperti ibu bapa, saudara-mara, guru, majikan, rakan-rakan mahu
pun masyarakat keseluruhannya. Konsep kendiri di kalangan remaja mencakupi
tiga aspek iaitu

• Bagaimana dia melihat dirinya.
• Bagaimana dia mahu dirinya dilihat.
• Bagaimana dia memperagakan dirinya kepada orang lain.

Menurut Weaver (1987), konsep kendiri dibina melalui empat proses iaitu
kesedaran kendiri, penerimaan kendiri, kesempurnaan kendiri dan pendedahan
kendiri. Kesedaran kendiri ialah pemahaman individu terhadap dirinya seperti
sejauhmana dirinya kelihatan menarik, bijak, berpengaruh dan berkebolehan untuk
mencapai kejayaan. Penerimaan kendiri bermaksud individu melihat kualiti-kualiti
positif dan negatif di dalam dirinya adalah sesuatu yang normal dan dapat menerima
keadaan demikian. Individu demikian akan dapat menerima dirinya dan berusaha
untuk mengekal dan menambah kualiti yang positif. Penerimaan kendiri merupakan
suatu elemen yang penting dalam memastikan individu sentiasa bermotivasi untuk
memperbaiki diri dan prestasi kerjanya kerana individu berkenaan mempunyai
kepercayaan yang tepat tentang kebolehan dirinya (Mizan, 1990),

Kesempurnaan kendiri melibatkan pertumbuhan yang bermotivasi dari arah
dalaman. Individu yang sempurna kendirinya merupakan individu yang mengambil
pelbagai langkah untuk menjelmakan sesuatu gagasan menjadi sesuatu yang realiti.
Individu yang tahu dan sedar potensi dirinya akan berusaha untuk melaksanakan
sesuatu sehingga berjaya. Pendedahan kendiri bermaksud individu memperlihatkan
dirinya dan menunjukkan apa yang diketahui tentang dirinya. Pendedahan kendiri

256 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

akan dapat menambahkan bilangan kontak dengan orang lain dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran bersosial. Mengenali dan mengetahui lebih ramai orang
akan dapat menambahkan pengetahuan, pengalaman, berkongsi sama kesukaan atau
kegemaran dan menikmati keseronokan hidup.

Semua proses di atas amat penting bagi meningkatkan lagi konsep kendiri
terutama para pelajar yang sedang melalui alam remaja. Semasa remaja, individu
mengalami krisis identiti atau jati diri iaitu pelbagai konflik yang dihadapi berkaitan
dengan perkembangan identiti peribadi mereka. Menurut Corey (1985), remaja
akan berusaha untuk mendefinisikan siapa mereka, ke mana mereka akan pergi dan
bagaimana untuk sampai ke sana. Disebabkan perubahan fizikal dan sosial serta
tekanan dari pelbagai pihak, remaja sukar untuk menemui identiti diri yang stabil.
Mereka terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dari pihak sekolah, ibu bapa, rakan
sebaya, rakan berlainan jantina dan seluruh masyarakat. Kesemua tekanan tersebut
menimbulkan konflik kepada para remaja.

PERMASALAHAN REMAJA

Guru Kaunseling yang efektif perlu memahami masalah remaja secara mendalam
supaya mereka lebih bersedia untuk membantu remaja yang bermasalah. Ahli-ahli
psikologi berpendapat bahawa terdapat dua kategori permasalahan remaja iaitu
kecelaruan luaran dan kecelaruan dalaman (Jas Laile Suzana, 1996). Kecelaruan
luaran merupakan masalah-masalah remaja yang bersifat luaran yang dimanifestasi-
kan dalam bentuk masalah tingkah laku. Kecelaruan luaran boleh menghasilkan
tindakan atau tingkah laku yang melibatkan isu kenakalan remaja seperti tingkah
laku memusnah, perlakuan antisosial, kegiatan jenayah, penyelewengan seksual dan
seumpamanya. Kecelaruan dalaman merupakan masalah-masalah remaja yang
bersifat dalaman. Kecelaruan dalaman dimanifestasikan dalam bentuk gejala emosi
dan kognitif seperti kemurungan, kebimbangan atau neurotik dan gangguan psiko-
somatik. Bagaimanapun dalam keadaan yang akut atau terlampau, kecelaruan
dalaman boleh dijelmakan tanpa sedar melalui tingkah laku atau tindakan seperti
histeria, mengamuk atau tingkah laku memusnah secara tindakan refleks (bertindak
secara spontan terhadap rangsangan misalnya tengok bunga cantik terus dipetik).

Hairunnaja (2003) telah menyenaraikan beberapa isu dan permasalahan
yang dihadapi oleh individu semasa melalui zaman remaja. Beberapa permasalahan
yang telah dikenalpasti dan dihadapi oleh remaja ialah
1. Pertumbuhan fizikal

• Remaja menjadi tidak selesa semasa berlakunya pertumbuhan fizikal
atau fisiologikal yang berlaku secara mendadak.

2. Perkembangan kognitif
• Perkembangan kognitif positif iaitu remaja memasuki tahap pemikiran
operasi formal – mampu berfikir secara logik dan memahami konsep
abstrak.
• Perkembangan kognitif negatif iaitu pembentukan pemikiran
egosentrisme – remaja yang mempunyai pemikiran egosentrisme yang
terlampau akan berasa bahawa perhatian umum tertumpu kepada
dirinya, perbuatannya dan sifat peribadinya. Oleh itu, dia perlu
sempurna. Satu kesilapan akan memberikan kesan yang sangat besar
dalam kehidupan remaja seperti berasa malu dan hina. Pemikiran

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 257

egosentrisme negatif menyebabkan remaja lebih cenderung untuk
mencampuradukkan realiti (hakikat) dengan persepsi (tanggapan).
3. Ketidakstabilan emosi

• Kesan perubahan yang berlaku menyebabkan remaja tidak dapat
mengendalikan emosi dengan rasional dan seringkali mengikut
kehendak hati.

4. Krisis keyakinan beragama

• Di peringkat remaja, penghayatan beragama belum begitu mantap atau
di peringkat pertengahan terutama bagi remaja yang tidak dididik
dengan ajaran agama. Remaja terumbang-ambing mencari keyakinan
diri terhadap kepercayaan beragama. Kepercayaan mereka menjadi
goyah apabila menghadapi dilema dalam mencari hakikat kebenaran.

5. Krisis autonomi dan pergantungan

• Remaja mempunyai keinginan untuk bebas dan berkuasa serta
berupaya untuk mengawal sepenuhnya semua tindakan yang mereka
dilakukan misalnya kebebasan untuk membuat keputusan sendiri
tanpa pertolongan orang lain.

6. Krisis identiti (jati diri)

• Remaja menjadi keliru antara pengertian diri dengan peranan mereka.
7. Penghargaan kendiri

• Kegagalan untuk membentuk penghargaan kendiri yang positif
menyebabkan remaja tidak dapat bersaing dengan rakan sebaya yang
lain.

8. Masalah seksualiti

• Remaja keliru dengan dorongan seksual, berasa serba salah atau malu
membincangkan perkara berkaitan seks, kadang-kadang mencari jalan
keluar memenuhi dorongan seks dengan perbuatan yang tidak sihat
seperti melancap atau onani.

9. Pemilihan bidang kerjaya

• Remaja menghadapi masalah untuk membuat keputusan yang tepat
dalam pemilihan kerjaya kerana terdapat banyak pilihan yang ada.
Remaja perlu mengenali aspek diri berkaitan kerjaya iaitu personaliti,
minat dan nilai kerjaya mereka.

10. Pengisian masa lapang

• Masa lapang di zaman kanak-kanak dipenuhi dengan aktiviti bermain.
Apabila remaja, mereka memahami bahawa masa perlu dimanfaatkan.
Remaja menghadapi masalah untuk memilih aktiviti masa lapang yang
sesuai dan berfaedah.

11. Konflik dengan ibu bapa
a. Sikap ibu bapa

• Kebanyakan ibu bapa menganggap anak mereka masih kecil
lagi atau belum matang sedangkan anak pula berasakan yang
dia sudah dewasa.

b. Pengetahuan ibu bapa

• Ibu bapa tidak dapat memahami keperluan dan kehendak
remaja. Ada yang melayan remaja seolah-olah mereka masih
berada di zaman kanak-kanak.

258 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

c. Harapan dan matlamat ibu bapa

• Harapan dan matlamat ibu bapa tidak selari dengan kehendak
remaja atau ibu bapa meletakkan pengharapan yang tinggi
sedangkan anak tidak mampu mencapainya.

d. Peraturan ibu bapa

• Ibu bapa mengenakan peraturan untuk menjaga anak remaja
mereka daripada pengaruh persekitaran sedangkan anak
mereka mahukan kebebasan bergerak dan bergaul.

e. Kebebasan

• Tanggapan remaja bahawa kebebasan adalah ciri-ciri orang
dewasa menyebabkan remaja cuba untuk meningkatkan
kebebasannya terutama daripada ibu bapa atau lingkungan
pengaruh keluarga.

f. Pertentangan nilai

• Remaja menerima pelbagai pendedahan maklumat dan
pengalaman yang lebih luas dalam era internet berbanding
dengan ibu bapa yang membesar dalam zaman mesin taip.
Jurang perbezaan menjadi semakin luas. Kadang-kadang
pegangan nilai remaja lebih bernas dari ibu bapa. Bagaimana-
pun, ibu bapa tidak dapat menerima kerana ibu bapa tetap
mempunyai tanggapan bahawa remaja lebih banyak mengikut
kata hati berbanding akal fikiran. Oleh itu, nilai pegangan
mereka tidak boleh diterima.

g. Pengaruh rakan sebaya

• Rakan sebaya merupakan tempat remaja berkongsi pendapat,
pandangan dan bertukar-tukar cerita menyebabkan remaja
mula menolak peranan ibu bapa kerana ibu bapa tidak dapat
memahami mereka seperti mana rakan sebaya mereka mampu
lakukan.

h. Sikap negatif remaja

• Kadang-kadang remaja memiliki sifat negatif seperti tidak
mengenang budi dan tidak menghormati ibu bapa. Keadaan
berlaku kerana remaja membuat perbandingan di antara rakan
sebaya dengan ibu bapa dan didapati rakan sebaya lebih baik
dari ibu bapa mereka. Remaja mula hilang keyakinan
terhadap ibu bapa dan keluarga.

12. Hubungan dengan sekolah
a. Matlamat atau tujuan remaja ke sekolah adalah berbeza-beza dan
kadang-kadang tidak selaras dengan matlamat ibu bapa mereka
menghantar mereka ke sekolah.
b. Masalah timbul apabila remaja menjadikan sekolah sebagai tempat
menggantikan apa yang tidak dapat mereka perolehi di rumah.
c. Sistem persekolahan terlalu memberikan penekanan kepada
pencapaian akademik menyebabkan remaja yang kurang pencapaian
dalam akademik menjadi tertekan.
d. Lazimnya remaja yang bermasalah dalam akademik sering terlibat
melakukan salah laku disiplin di sekolah.

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 259

13. Cinta remaja
• Perasaan cinta dan ingin dicintai wujud selaras dengan perkembangan
fizikal remaja. Semasa remaja, wujud desakan mendapatkan rasa
dikasihi dan mengasihi, memahami dan difahami, mendampingi dan
didampingi dan pelbagai perasaan yang indah dan mengasyikkan.
• Bercinta boleh menyebabkan remaja mendapat inspirasi untuk terus
berjaya. Cinta juga boleh menyebabkan remaja bertindak secara tidak
rasional.

KENAKALAN REMAJA

Kenakalan remaja merupakan fenomena atau manifestasi sikap penentangan remaja
terhadap orang dewasa atau pihak berautoriti. Kenakalan remaja atau delinkuen
juvana merupakan perbuatan atau aktiviti yang dianggap bertentangan, menyalahi
dan melanggar norma-norma serta tatasusila masyarakat, peraturan dan undang-
undang negara atau mengingkari hukum-hakam agama. Kenakalan remaja adalah
dipelajari dan sering dikaitkan dengan kesan pengaruh sosial yang negatif ke atas
tingkah laku remaja. Berikut adalah isu kenakalan remaja yang melibatkan pelajar
sekolah menengah yang pernah berlaku di negara kita.
1. Melakukan perlanggaran undang-undang dan peraturan

a. kesalahan yang melibatkan kes jenayah seperti membuli, menyerang,
memukul dan mencederakan pelajar dan guru, membakar bilik guru,
memecah bilik khas (bilik komputer, bilik guru, stor dewan makan),
mencuri dan sebagainya.

b. kesalahan yang melibatkan kes sivil seperti melanggar peraturan jalan
raya (memandu tanpa lesen, tidak pakai topi keledar), mengganggu
ketenteraman awam (lumba haram, membuat bising), terlibat dalam
aktiviti politik (memasang poster, merayu undi) dan sebagainya.

c. kesalahan dari segi peraturan sekolah atau pelanggaran disiplin sekolah
yang kadang-kadang melibatkan juga pihak polis dan undang-undang.
i. Kesalahan salah laku disiplin yang dianggap berat
• Bergaduh, merokok, ponteng sekolah, mencuri dll.
ii. Kesalahan salah laku disiplin yang sederhana
• Membuat bising, menganggu pengajaran guru, rambut
panjang, kelakuan tidak senonoh, mencarut dll.
iii. Kesalahan salah laku disiplin yang ringan
• Tidak berpakaian kemas, tidak memakai lencana, tidak
menjaga kebersihan diri (kuku tidak dipotong) dll.

2. Menyertai kumpulan haram atau gangsterism (ch. kumpulan Gagak Hitam)
a. mengugut dan mengancam keselamatan orang lain
b. mengutip wang perlindungan daripada pelajar
c. pergaduhan antara kumpulan
d. melakukan aktiviti jenayah secara berkumpulan.

3. Tingkah laku memusnah
a. merosakkan harta benda awam atau sekolah (ch. memecah pasu bunga,
menconteng dinding atau meja, mematahkan kerusi meja, mengoyak
buku Skim Pinjaman Buku Teks atau buku perpustakaan dll.)

260 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

b. merosakkan harta benda persendirian (ch. mencalar kereta guru,
menconteng buku kawan, merosakkan alat tulis pelajar lain).

4. Penagihan dadah atau alkohol
a. membeli dan menyalahguna dadah, ubat batuk dan pil-pil psikotropik
(ectacy, syabu)
b. membeli dan meminum minuman keras.

5. Pelacuran dan penyelewengan seksual
a. melacurkan diri (dikesan menggunakan pil perancang).
b. melakukan hubungan seks dan hamil tanpa ikatan perkahwinan
(berzina) sehingga melahirkan anak (sekolah dapat cucu!)
c. berdua-duaan, perlakuan lucah dan gangguan seksual
d. menyimpan bahan lucah atau menonton vcd lucah.

6. Tingkah laku antisosial
a. mengganggu ketenteraman awam seperti membuat bising, mengganggu
pengajaran guru
b. tidak mematuhi peraturan awam atau tidak menjaga kebersihan tempat
awam seperti membuang sampah merata-rata, membuang air kecil atau
air besar di kawasan yang tidak sepatutnya.

7. Mencabar pihak berautoriti di sekolah
a. Mengancam, memukul dan mencederakan guru
b. menulis surat layang dan memfitnah guru atau pentadbir sekolah
c. mencaci dan menghina guru melalui contengan dinding di tandas atau
bangunan sekolah.

8. Menderhaka atau melawan kedua ibu bapa
a. tidak mengikut nasihat, menentang dan tidak menghormati ibu bapa
b. pulang lewat atau enggan balik ke rumah.

9. Mencabar kewibawaan agama
a. Terpengaruh dengan kumpulan yang menganut ajaran memuja iblis dan
syaitan misalnya kumpulan ‘black metal’ atau kumpulan ‘Jangan Ikut
Tuhan’ atau JIT.
b. menukar agama atau murtad (bagi yang beragama Islam).
Kebanyakan masalah kenakalan remaja berlaku di luar lingkungan sekolah.

Bagaimanapun, kesan atau tempias remaja yang nakal kadang-kadang turut terbawa
sama masuk ke persekitaran sekolah dan mencetuskan masalah salah laku disiplin.
Masalah sebilangan kecil remaja atau pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin akan
mempengaruhi iklim dan suasana di sekolah. Pelajar-pelajar lain akan terpengaruh.
Tugas Guru Disiplin dan kerja guru-guru bertambah sehingga terpaksa meninggal-
kan tugas utama iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas sibuk menguruskan kes
pelajar yang nakal. Pengetua dan pihak pengurusan sekolah (penolong kanan dan
guru kanan), Guru Disiplin dan Guru Kaunseling ‘pening kepala’ kerana reputasi
sekolah telah tercemar, masuk surat khabar, PIBG datang bertanya, pihak PPD, JPN
dan kementerian sibuk memantau dan meminta laporan.

MENANGANI PERMASALAHAN REMAJA

Bagi menangani isu kenakalan dan permasalahan remaja yang masih lagi bersekolah
memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak. Pelbagai cadangan dan usaha
telah dilakukan seperti memperhebatkan kerjasama pihak sekolah dengan Persatuan

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 261

Ibu Bapa dan Guru, Polis DiRaja Malaysia dan juga masyarakat setempat. Misal-
nya Program Sekolah Selamat. Noraini (2000) mencadangkan supaya setiap ibu
bapa, guru dan pihak media perlu memikul tanggungjawab sosial masing-masing.
Ibu bapa perlulah memikul tanggungjawab keibubapaan mereka di rumah. Mereka
perlu mendidik anak-anak mereka di rumah dengan ajaran agama, membina akhlak
dan moral, menerapkan nilai-nilai yang mulia dan dapat memahami perkembangan,
perubahan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Setiap ibu bapa seharusnya
dapat berkomunikasi dengan anak-anak secara lebih berkesan.

Guru dan pihak sekolah perlu memahami permasalahan pelajar. Pengetua
atau pihak sekolah tidak boleh meletakkan tanggungjawab mengurus pelajar yang
bermasalah kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Disiplin atau Guru
Kaunseling sahaja. ‘Semua guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan’. Semua
guru harus bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat terhadap semua pelajar
di sekolahnya. Profesion guru adalah kerjaya berorientasikan kebajikan. Oleh itu,
setiap guru tidak harus terlalu berkira apabila menjaga kebajikan pelajar mereka.
Meminjam kata-kata Perdana Menteri dalam Berita Harian 16.11.2005, “mereka
(termasuklah guru-guru) perlulah melakukan kerja demi agama, bangsa dan negara
serta bukannya terlalu memikirkan soal ganjaran atau mempunyai niat lain yang
terselindung”.

Media massa merangkumi media cetak dan media elektronik. Media cetak
seperti akhbar, majalah dan tabloid. Media elektronik seperti televisyen, radio, vcd,
dvd, komputer hinggalah kepada telefon bimbit. Media elektronik mengungguli
pengaruh yang amat besar terhadap remaja berbanding dengan media cetak. Setiap
detik hidup remaja dikongsi bersama media elektronik. Begitu sinonimnya remaja
dengan media tersebut. Seyogialah media massa memikul tanggungjawab sosial
mereka demi membangunkan generasi warisan pelapis bangsa dan negara.

Perspektif peranan dan tanggungjawab sosial media massa perlulah dilihat
semula dalam dimensi yang baru. Berikut adalah perspektif peranan dan tanggung-
jawab media massa yang perlu dikekal dan dilihat semula.
1. Menyebarkan atau mewar-warkan aspirasi negara untuk membina generasi

pelapis bangsa atau golongan muda (termasuklah remaja) yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
2. Mendidik rakyat terutama golongan muda membina akhlak dan mengamalkan
nilai-nilai yang mulia. Peranan media elektronik terutamanya televisyen sering
dipertikaikan kerana menganjurkan program ‘realiti’ yang boleh meruntuh dan
menghakis nilai budaya bangsa sendiri, menaja program atau rancangan yang
memaparkan adegan panas dan ganas serta menonjolkan pelbagai gejala negatif
yang boleh menghancur dan merugikan agama, bangsa dan negara.
3. Media massa seperti akhbar dan televisyen, kadang-kadang bertindak terlampau
untuk melariskan jualan dan memikat. Mereka menjadi juara membuka segala
pekung yang terdapat pada institusi seperti sekolah, kebajikan, penguatkuasaan,
polis dan sebagainya. Persepsi mereka umpama melihat satu titik hitam di atas
sehelai kertas putih. Walau sekecil mana pun titik hitam tersebut, ianya pasti
akan dapat dilihat jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. Pada hal, betapa
banyaknya kawasan putih langsung tidak dihiraukan. Sekadar contoh, begitu
terlampau citra mereka pamerkan apabila melaporkan kes-kes pelajar (remaja).
Misalnya pelajar bergaduh lima belas cedera parah, pelajar koma dipukul oleh
senior, pelajar dibuli kemungkinan lumpuh dan sebagainya.

262 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

4. Kadang-kadang pihak media massa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus.
Khalayak atau audien lebih gemar membaca, mendengar atau melihat insiden
atau peristiwa yang sensasi. Memang begitulah sifat semulajdi manusia. Jika
ada majlis, sidang atau aktiviti ‘membongkar’ maka mata akan terbeliak supaya
semua sudut dapat diterokai, cuping telinga semakin capang bersiap-sedia untuk
menangkap semua maklumat dan mulut terlopong luas kerana kehairanan yang
amat takjub.

5. Media cetak berlumba sesama sendiri untuk mendapatkan pembeli, pelanggan
dan khalayak sehingga mereka sanggup menyumbat apa saja bahan penulisan
tanpa mengira dari segi kualiti atau nilai keilmuan dan amalan yang pragmatik.
Terdapat lambakan bahan karya picisan yang disajikan tetapi berpotensi besar
menarik perhatian golongan remaja. Karya-karya picisan yang mengandungi
pelbagai maklumat yang karut-marut, khayalan dan fantasi, hedonistik dan
keasyikan, pseudocitra dan ilusi yang boleh merosakkan dan memesong halatuju
kehidupan dan pegangan remaja.

6. Media cetak perlu diberikan sokongan dan ada kalanya perlu diberikan pujian
kerana terdapat juga usaha menyajikan bahan-bahan yang ilmiah, mendidik,
mengasuh jiwa dan menyuluh ke jalan yang benar. Akhbar misalnya sanggup
menyediakan kolum yang khusus memuatkan rencana yang sendat pelbagai
ilmu pengetahuan, ruang pojok yang sinis menyindirkan masyarakat dan sudut
agama yang mengisi ketandusan iman walaupun tidak dapat menarik perhatian
khalayak pembaca golongan remaja.

7. Pujian perlu diberikan kepada media elektronik kerana komitmen dan usaha
mereka menyediakan rancangan yang mendidik dan mengasuh minda dan jiwa
masyarakat walaupun bilangan audiennya tidak seberapa. Lumrah tabii manusia
mendengar sesuatu yang baik dianggap biasa dan semua orang buat-buat tahu
tetapi mendengar sesuatu yang buruk atau jelik dianggap luar biasa dan semua
orang buat-buat sibuk mengambil tahu. Rancangan berbentuk mendidik boleh
dtamsilkan seperti menyajikan makanan yang berkhasiat atau memberikan ubat
dan penawar kepada kanak-kanak. Makanan perlu dihiasi agar kelihatan begitu
menyelerakan. Begitu juga ubat, perlu diwarna-warnikan dan diberi pelbagai
perisa. Pastinya remaja akan teruja untuk menonton atau mendengarnya.

8. Dunia hiburan dipenuhi dan dihiasi dengan ilusi, fantasi serta limpahan unsur-
unsur hedonistik menyebabkan ramai manusia terutama remaja mudah teruja
untuk turut serta. Penampilan melalui media massa beberapa personaliti artis
dan penghibur yang sopan, berpakaian tidak mencolok mata dan berakhlak
mulia sudah terbukti tetap mendapat tempat di hati peminat remaja.

ISU PERSONEL BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling bukanlah manusia yang abnormal atau luar-
biasa. Personel hanya mengungguli sedikit kelebihan memiliki ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman mengurus hal-hal berkaitan kebajikan manusia lain.
Majoriti personel merupakan insan sosial. Pola kehidupan mereka berorientasikan
kebajikan dan sosial, persekitaran mereka sosial dan kerjaya mereka sosial. Mereka
sentiasa akur dengan perintah dan arahan. Dipanggil mereka datang, bila disuruh
mereka pergi.

Personel tidak banyak kerenah. Ketika guru-guru lain berkursus, personel

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 263

menjalankan pelbagai kursus pelajar. Guru-guru berkursus di premis lima bintang
atau tiga bintang (hotel atau chalet) tetapi personel menjalankan kursus di premis
beribu-ribu bintang (berkhemah bersama pelajar). Mereka tidak dibayar apa-apa
malah ada yang terpaksa keluar duit poket sendiri melayan selera pelajar mereka.
Mereka tidak berkira. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini banyak kursus pelajar
telah dijalankan di chalet atau rumah rehat terutama bagi kursus kepimpinan pelajar
dan kemahiran belajar. Personel bersyukur. Mereka seperti dulu, kini dan selama-
nya tetap tidak berubah komitmennya. Sekiranya pertolongan mereka diperlukan
mereka tetap memberikan komitmen di tahap paling maksimum.

PERMASALAHAN GURU BIMBINGAN DAN GURU KAUNSELING

Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan adalah sama seperjawatan dengan guru-guru
yang lain. Mereka terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan
Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah. Namun begitu, pelbagai gelaran atau jenama
telah diberikan kepada mereka. Bermulanya dengan gelaran sebagai Guru Panduan.
Surat Pekeliling KP 5209/35(4) yang telah edarkan ke sekolah dalam tahun 1964
antara lain ada menyebut tentang perlantikan Guru Panduan. “Adalah disyorkan
bahawa tiap-tiap sekolah rendah dan menengah hendaklah melantik seorang Guru
Panduan”. Kemudian gelaran berubah kepada Guru Panduan dan Kerjaya. Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1976 telah dihantar kepada Pengarah Jabatan-Jabatan
Pelajaran Negeri mengarahkan semua Pengetua atau Guru Besar supaya menyedia-
kan beberapa kemudahan asas seperti satu tempat yang baik dan sesuai kepada Guru
Panduan dan Kerjaya agar mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Kemudian diberikan gelaran sebagai Guru Bimbingan dan seterusnya Guru
Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1982, Surat Pekeliling KP (PP) 0050/117
Jld.2/(1) Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pindaan kepada Pekeliling
Pentadbiran Bilangan 3/1967. Antara pindaan yang dibuat ialah berkaitan dengan
penempatan Guru Bimbingan di semua sekolah menengah. Dalam Surat Pekeliling
KP(BS)8591/ Jld.11(29), bertarikh 2 Januari 1985, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengarahkan supaya semua sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan
Pelajar Sekolah. Ekoran dari penubuhan jawatankuasa tersebut, personel diberikan
gelaran sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Kemudian timbul pula ura-ura untuk melantik Pegawai Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah. Entah macam mana muncul pula gelaran Kaunselor Pelajar
Sepenuh Masa melalui Surat Pekeliling KP(BS-HEP)8543/60/ (91) bertarikh 18
Mac 1996. Dalam surat tersebut dikepilkan panduan perlantikan Kaunselor Pelajar
Sepenuh Masa dan senarai tugas personel. Bagaimanapun, senarai tugas tersebut
menggunakan gelaran Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1996 Panduan Tambahan : Perlantikan Guru Kaunseling
Sepenuh Masa di Sekolah Menengah bertarikh 11 Julai 1996 muncul pula gelaran
Guru Kaunseling Sepenuh Masa. Selepas itu gelaran personel bertukarganti antara
Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa dengan Guru Kaunseling Sepenuh Masa.

Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1996 dinyatakan dengan jelas akan
kedudukan Guru Kaunseling Sepenuh Masa atau Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa
dalam carta organisasi sekolah iaitu terus di bawah Pengetua. Tanpa pindaan atau
pembatalan kepada surat pekeliling tersebut, Guru Kaunseling Sepenuh Masa telah
diletakkan di bawah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Personel tidak

264 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

membantah kerana membuat andaian ‘Pengetua terlalu banyak bebanan kerja dan
tentulah sukar untuk menguruskan seorang dua Guru Kaunseling Sepenuh Masa!’.
Oleh itu, ‘beban’ untuk menguruskan seorang dua personel telah diberikan kepada
Penolong Kanan HEM yang sebenarnya telah ‘sarat’ dengan beban tugas sedia ada.

Mulai tahun 1999, apabila Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-
Peraturan telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia terdapat frasa yang menyatakan
dengan jelas tentang larangan pemakaian gelaran kaunselor yang hanya diperuntuk-
kan kepada kaunselor berdaftar sahaja. Bagi memenuhi keperluan Akta Kaunselor
1998 (Akta 580), Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan
supaya gelaran personel diseragamkan. Guru Kaunseling merujuk kepada personel
yang bertugas di sekolah menengah dan Guru Bimbingan merujuk kepada personel
yang bertugas di sekolah rendah. Bagaimanapun, sehingga sekarang pun masih ada
personel dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang masih
menggunakan gelaran Guru Bimbingan dan Kaunseling, kadang-kadang Kaunselor
Pelajar atau menggunakan gelaran sendiri iaitu Guru Kaunselor Bimbingan dan
Kaunseling. Begitulah resam dunia, tidak ada yang kekal lama. Jika mahu ‘maju’
perlu berubah mengikut peredaran zaman hatta sekadar nama.

Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling memang berbeza. Mereka memiliki
beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh guru-guru yang lain. Sekadar memberi
beberapa contoh kelebihan personel Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling.

• Guru Kaunseling yang bertugas sepenuh masa diarahkan supaya tidak
diberikan tanggungjawab mengajar mata pelajaran akademik.

• Guru Kaunseling juga tidak dipertanggungjawabkan memegang kelas atau
menguruskan kelas.

• Guru yang memiliki kepakaran, kompetensi yang tinggi dan telah terlatih
khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

• Guru yang dianggap memiliki personaliti yang stabil dan mantap.

• Guru yang memiliki keupayaan serba boleh dari segi kepelbagaian ilmu
pengetahuan dan kemahiran.

• Guru yang fleksibel. Boleh dibawa ke tengah ke tepi (ke tengah bermakna
digunakan bila ‘sesak’ dan ke tepi bila tidak diperlukan). Boleh diajak
berunding. Dipanggil datang, disuruh pergi. Sedia menurut perintah.

• Guru yang bertenaga dan mempunyai keupayaan motivasi yang tinggi.

• Guru yang penyabar, penyayang dan komited dengan tugasnya.

• Guru yang sentiasa positif dan memandang jauh ke hadapan.
Kadang-kadang kelebihan tersebut telah disalahtafsir dan disalahgunakan.

Misalnya personel diberikan kelebihan tidak diberikan tanggungjawab mengajar.
Disebabkan kelebihan tersebut pelbagai tugas yang tidak berkaitan dengan tugas
mengajar telah pun diberikan secara berlebihan kepada mereka. Hatta, mereka juga
diminta melakukan tugas yang tidak berkaitan dengan pelajar. Misalnya memberi
khidmat kaunseling atau intervensi krisis kepada guru atau kakitangan sekolah.
Tugas tersebut hanya layak dijalankan oleh kaunselor berdaftar dan perkhidmatan
yang diberikan akan dikenakan bayaran. Ini jelas terakru di dalam Akta Kaunselor
1998 (Akta 580). Personel tidak boleh berkira sangat. Apalah salahnya, sementelah
personel memiliki pengetahuan, kepakaran dan kemahiran dalam bidang kaunseling
jadi manfaatkanlah kepakaran tersebut. Mendaftarlah sebagai kaunselor berdaftar.
Hakikatnya, majoriti personel bukan kaunselor berdaftar. Masalahnya siapa yang

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 265

akan menanggung segala beban sekiranya Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling
disabitkan kesalahan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).
• Individu yang ingin menyandang gelaran sebagai Kaunselor Berdaftar hendak-

lah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang dinyatakan
dalam Bahagian IV – Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan di bawah
Seksyen 22, subseksyen (1) (a), (b) dan (c). Subseksyen (2) menyatakan
tentang denda jika sabit kesalahan menggunakan gelaran kaunselor berdaftar.
22. Kaunselor hendaklah didaftarkan.
(1) Tiada seorang pun boleh –

(a) mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau
mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau
mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai
kaunselor;

(b) menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa gelaran
dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan
sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar;
atau

(c) menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau
reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa
dia seorang kaunselor berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan
di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya.

DILEMA GURU BIMBINGAN DAN GURU KAUNSELING

Di manakah silapnya? Adakah dogma yang mengatakan bahawa setiap guru mesti
mengajar mata pelajaran akademik barulah diiktiraf sebagai guru yang tulen. Mana-
mana guru yang mengajar bukan mata pelajaran akademik dianggap sebagai bukan
guru yang sebenar. Sesiapa yang mengajar silat dipanggil guru silat, yang mengajar
masak-memasak dipanggil guru memasak, yang mengajar tadika guru tadika, hatta
yang mengajar ajaran sesat pun juga dipanggil ‘guru ajaran sesat’. Guru Kaunseling
lebih banyak menghadapi dilema berbanding dengan Guru Bimbingan. Beberapa
dilema yang dihadapi oleh Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan ialah
1. Tidak ada istimewanya jawatan Guru Kaunseling hanyalah retorik dari segi

tugas tidak mengajar yang sengaja diperbesar-besarkan.
2. Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling sukar diganti kerana kepakaran mereka.

Oleh itu, mereka sering menghadapi kesukaran untuk bertukar sekolah atau
naik pangkat. Personel boleh ditamsilkan seperti bomoh. Kalau terlalu lama
berada di sesuatu tempat, pasti ilmu perbomohannya ‘kurang lagi menyengat’.
Mungkin kerana itulah maka ada ‘bomoh kaunseling’ yang suka merayau-rayau
ke tempat lain untuk mencari pelanggan yang baru.
3. Jawatan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling tidak diiktiraf. Warden asrama,
guru penolong kanan atau ketua bidang masing-masing layak diberikan elaun
kerana melakukan tugas-tugas pengurusan selain daripada tugas mengajar. Apa
salahnya Guru Kaunseling yang bertugas mengikut waktu pejabat, bertambah

266 BAHAGIAN 4 MEREKOD, MENILAI DAN ISU-ISU BERKAITAN

lagi Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling yang mengajar, kemudian mereka
menjalankan tugas di luar masa bertugas tetapi tiada siapa pun terlintas supaya
mereka juga diberikan insentif.
4. Tiada usaha untuk peningkatan keilmuan. Semua pihak mengharapkan Guru
Bimbingan atau Guru Kaunseling menjalankan tugas dengan sempurna dan
efisien tetapi tiada usaha atau komitmen diberikan untuk meningkatkan lagi
kompetensi mereka. Agaknya semua pihak mengandaikan ilmu kaunseling
boleh datang kepada personel melalui wahyu atau ilham!
5. Personel juga menghadapi masalah ‘burn out’ atau ‘kehabisan peluru’. Jika
personel tidak diberikan sokongan, insentif, peluang untuk kenaikan pangkat
dan peningkatan keilmuan seperti mana yang dinikmati oleh guru-guru yang
lain sudah pasti mereka akan ‘bersara dalam keadaan kempunan’.
6. Pelbagai seminar, simposium dan bengkel telah dijalankan dengan pelbagai
saranan dan usul telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi profesion Guru
Kaunseling dan Guru Bimbingan tetapi personel tetap tidak berubah. Mereka
tetap sama sahaja ‘dulu, kini dan selamanya’.
7. Sebagai guru, Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling juga menyertai beberapa
persatuan perkhidmatan perguruan. Persatuan-persatuan tersebut bertungkus-
lumus bekerja siang dan malam sehingga terlampau memperjuangkan pelbagai
kepentingan dan kebajikan guru. Namun begitu, tidak pernah kedengaran pihak
persatuan memperjuangkan secara khusus tentang kebajikan atau kepentingan
Guru Kaunseling atau Guru Bimbingan. Agaknya jumlah pungutan yuran dari
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling tersangat kecil dan tidak cukup untuk
menampung elaun dan ‘duit minyak’ ahli-ahli jawatankuasa persatuan untuk
mengadakan mesyuarat. Oleh itu, mereka hanya berminat untuk memberikan
tumpuan kepada penyumbang yang besar-besar sahaja.

MENUJU KESIMPULAN

Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling adalah insan yang berfungsi untuk menolong
bantu manusia atau insan yang lain. Individu lain pula adalah penerima pertolongan
dari Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Oleh itu, individu lain pastinya tidak
akan menolong bantu Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling. Bunyinya mudah
dan jika dilihat selapis seperti keanak-anakan. Begitulah hakikat yang perlu ditelan.
Personel sudah tidak boleh mengharapkan orang lain membantu mereka. Personel
perlu bersikap proaktif iaitu membantu diri sendiri dan tidak mengharapkan bantuan
orang lain. Hanya Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling yang dapat membantu
Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling.
1. Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling perlu membantu diri sendiri.

• Pertingkatkan kompetensi diri dari segi pengalaman, keilmuan dan
kemahiran melalui usaha sendiri.

• Gerakkan persatuan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling untuk
meningkatkan keilmuan dan kemahiran ahli-ahli. Terdapat ramai
personel yang boleh dijadikan resos dengan pelbagai bidang keilmuan,
kemahiran dan kepakaran.

• Personel perlu banyak membaca, berfikir, muzakarah dan meneroka
bidang-bidang ilmu yang belum diketahui. Personel juga perlu berani
mencuba sesuatu yang baru, proaktif, inovatif dan tidak konservatif.

BAB 15 MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN 267

• Personel perlu mengamalkan setiap apa yang telah dipelajari. Sentiasa
muhasabah diri. Amalan akan mempertingkatkan kompetensi. Alah
bisa tegal biasa.

2. Peranan personel amat besar dan sentiasa diperlukan. Anak-anak didik ibarat
benih. Benih yang baik jika dicampak ke laut menjadi pulau. Benih yang tidak
baik kalau dicampak ke laut pastikan sekurang-kurangnya ia menjadi terumbu
karang dan bukannya menjadi lanun.

3. Personel jangan terlalu mengharapkan ganjaran atau insentif. Bersyukurlah
dengan apa yang ada. Bagaimanapun jika ada peluang kenaikan pangkat, maka
teruskan usaha untuk merebut peluang tersebut. Rezeki jangan ditolak, maut
jangan dicari. Setelah berada di atas, jangan lupa kepada rakan-rakan personel
yang masih berada di bawah. Bantulah mereka dan permudahkan urusan. Biar
‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’. Jangan pula ‘lebih kuah dari sudu’.

4. Sebenarnya ramai di kalangan personel yang berkelayakan dan mampu menjadi
seorang profesional. Personel perlu mengambil inisiatif untuk memohon dan
mendaftar sebagai kaunselor berdaftar yang ‘halal’ mempraktikkan kemahiran
dan amalan kaunseling mereka. Selepas itu, bolehlah personel menjalankan
khidmat profesional kepada mana-mana guru atau kakitangan sekolah yang
ingin mendapatkan khidmat profesional dengan dikenakan bayaran!

5. Personel merupakan insan yang ikhlas dan sentiasa mengekalkan integriti diri
dan institusinya. Pastikan personel mengekalkan reputasi tersebut. Komitmen
perlu diteruskan selagi kudrat dan hayat masih melekat di badan. Walaupun
tidak dipandang manusia, Allah s.w.t. akan sentiasa memandangnya. Anggap-
lah kerjaya dan tugas sebagai suatu cabaran bagi mendapatkan kepuasan dan
pengiktirafan kendiri. Bagi personel muslim perlulah menganggap tugasnya
sebagai ibadah dan sentiasa mengharapkan sakinah dari Allah s.w.t. agar dapat
berkongsi pula sakinah yang diperolehi dengan insan-insan lain.

6. Kadang-kadang personel leka dan tenggelam dalam dunianya sendiri kerana
orang lain tidak dapat memahami mereka, berbeza peranan dan pandangan
dengan rakan-rakan guru lantas bertindak mengasingkan diri dari dunia realiti.
Pastikan personel tidak tenggelam dalam dunia mereka sendiri seperti berasa
megah, mendabik dada, ‘syok sendiri’, mengamalkan egosentrisme negatif atau
hidup dalam dunia fata morgana.

7. Personel umpama permata. Ianya tetap permata yang bercahaya kendatipun
‘dibuang di perlimbahan’. Tanpa digilap permata tetap bercahaya. Apatah lagi
jika digilap. Jangan sesekali menganggap diri umpama lilin kerana apabila
kehabisan sumbu dan cair diannya, lilin akan padam dan cahayanya tidak akan
dapat lagi menerangi insan yang lain.

8. Personel perlu berasa bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang
Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling yang memiliki personaliti yang stabil,
konsep kendiri yang mantap, memiliki ciri-ciri kemanusiaan yang terbilang dan
mengungguli ciri-ciri autentik serta efisien dalam menjalankan amanah yang
telah dipertanggungjawabkan.

Lampiran

LAMPIRAN A

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan
ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan orang
perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman
dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya :

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau ugama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat
atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan perhubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

268

LAMPIRAN 269

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. menggalakkan kerjasama persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baharu dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Catatan Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

270 LAMPIRAN

LAMPIRAN B

KOD ETIKA GURU BIMBINGAN

1. Guru Bimbingan hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan
tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

2. Guru Bimbingan hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan integriti profesion.

3. Guru Bimbingan hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,
kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4. Guru Bimbingan hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab,
objektif dan jujur.

5. Guru Bimbingan hendaklah diawasi serta dinilai tugas bimbingannya oleh penyelia
profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perunding
(consultative support).

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP KLIEN
1. Guru Bimbingan bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
2. Guru Bimbingan hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat

yang diperolehi semasa memberi bimbingan melainkan maklumat yang akan
membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.
3. Guru Bimbingan hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya
klien serta menerima mereka tanpa syarat.
4. Guru Bimbingan hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta
tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek
kewangan, seksual dan emosi.
5. Guru Bimbingan hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya.
6. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan, klien memerlukan perkhidmatan
luar daripada bidang kepakarannya, Guru Bimbingan hendaklah merujuk klien kepada
pihak yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP RAKAN PROFESIONAL
1. Guru Bimbingan hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan

profesionalismenya.
2. Guru Bimbingan hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka

terhadap rakan profesionalnya.
3. Guru Bimbingan bertanggungjawab untuk memastikan rakan Guru Bimbingan

mengamalkan nilai-nilai Guru Bimbingan yang sepatutnya.
4. Guru Bimbingan hendaklah bersedia membantu rakan Guru Bimbingan yang teraniaya

akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan tidak beretika.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP MASYARAKAT
1. Guru Bimbingan hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya

masyarakat di mana dia berkhidmat.
2. Guru Bimbingan hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak

masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP ORGANISASI DAN
MAJIKAN
1. Guru Bimbingan hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta

meningkatkan kecekapan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

LAMPIRAN 271

2. Guru Bimbingan tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
3. Guru Bimbingan hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan

profesionalnya.
4. Guru Bimbingan hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli

dalam organisasi.
5. Guru Bimbingan bersedia untuk menerima sebarang arahan majikan berkaitan dengan

tugas dan tanggungjawabnya.
6. Guru Bimbingan hendaklah mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi.
7. Guru Bimbingan perlu mempunyai sifat keterbukaan untuk dinilai secara profesional

dari semasa ke semasa.
8. Guru Bimbingan hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan

kerjaya untuk dirinya dan organisasi.

272 LAMPIRAN

LAMPIRAN C

KOD ETIKA GURU KAUNSELING SEKOLAH

Kod Etika ini telah digubal oleh Bahagian Pengurusan Prasekolah, Rendah dan Menengah,
Jabatan Pendidikan Prasekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 1996 untuk memenuhi keperluan perlaksanaan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa
(KPSM) sekolah menengah seluruh Malaysia. Kod Etika ini mengandungi :
1. Mukadimah
2. Skop Kaunseling
3. Kod Tatalaku

a. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien
b. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
c. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
d. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan.
4. Pengukuran dan Penilaian.

MUKADIMAH

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan
juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap
menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan
piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-
rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku
sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri, digniti, dan keunikan individu
termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion
kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah
menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada
kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor
dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan
tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang
dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus
digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak
perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien
untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia
merangkumi usahakerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan
kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan
penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan
persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik
dalaman atau memperbaiki dan mempertingkat-kan hubungan dan interaksi dengan
individu lain.

LAMPIRAN 273

3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan
masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU

1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti
sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,
kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif
dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional
melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan
(consultative support).

A. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien
individu atau klien kelompok.

2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat
yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan
klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan

fizikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri
sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggung-
jawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau
penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi
berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau
diskriminasi dalam apa bentuk sekali pun.
8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling.
9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.
10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan
diubah dengan persetujuan bersama.
11. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga
kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara,
kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya, atau
mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling
atau ingin bertukar kaunselor yang lain.
14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan
kaunselor yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya, mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar
daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada

274 LAMPIRAN

pihak yang berkenaan.
16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi

kaunseling. Klien seharusnya tidak diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan
kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipitavideokan.

B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme-
nya.

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap
rakan profesionalnya.

3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan
perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan
kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat
di mana dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya
berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan
organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur, serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam
organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan

profesionalnya.
6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja

dengan pengetua dan staf lain mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai
unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum dan peribadi, beban kerja dan
akauntibiliti.
7. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak pengetua tentang keadaan yang boleh
menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan
perkhidmatannya.
8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa
ke masa.
9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya
untuk dirinya dan stafnya.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Kaunselor hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengenai ujian supaya
keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan
hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan

LAMPIRAN 275

interpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah
diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan kes di mana pengecualian hak
yang eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.
3. Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang
ujian dan pengukuran kepada orang awam.
4. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau
disalahgunakan.

276 LAMPIRAN

LAMPIRAN D

MODEL SASARAN KERJA TAHUNAN GURU KAUNSELING

RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
BIL AKTIVITI / PIAWAI KUALITI (RM)

PROJEK

1 MENYEDIAKAN i. Rancangan Tahunan Disediakan oleh 288 jam
RANCANGAN Guru Kaunseling (20%)
DAN AKTIVITI ii. Rancangan Ikut Bidang dan disertai oleh

UNTUK SATU semua Ahli
Jawatankuasa
TAHUN

Unit Bimbingan

dan Kaunseling

Piawaian :

i. Mengadakan mesyuarat

sekurang-kurangnya 3 kali

setahun

ii. Mengadakan perbincangan

setiap kali program akan

dilaksanakan.

2 MENGURUS DAN Mengendalikan urusan Unit Diuruskan oleh 288 jam 500.00
MENTADBIR (20%)
B&K Guru Kaunseling
PERKHIDMATAN dengan dibantu
- surat menyurat, laporan oleh semua Ahli
BIMBINGAN DAN kes, buku log harian,
KAUNSELING Jawatankuasa
mesyuarat unit dan

mesyuarat di luar unit Unit Bimbingan

- sistem fail dan rekod dan Kaunseling

pelajar

- keceriaan bilik B & K

- Pengumpulan / sebaran

maklumat berkaitan

akademik, kerjaya,

psikologi, kesihatan, sosial

dan perkara yang berkaitan

dengan pelajar.

3 PERKHIDMATAN AKADEMIK 260 jam 4000.00
PENGEMBANGAN i. Kemudahan belajar
(18%)

- Motivasi Tingkatan 1, 2

- Pengurusan masa dan 4

- Teknik mengambil nota

- Teknik mengingat

- Teknik mengulangkaji

ii. Teknik menjawab soalan

- Bergantung kepada mata Tingkatan 3 / 5

pelajaran

iii. Persediaan menghadapi

peperiksaan Tingkatan 5

iv. Pemilihan mata pelajaran

- Sijil terbuka SPM Tingkatan 4

v. Taklimat IPT

- Pemilihan kursus Tingkatan 5

- Mengisi dan dapatkan

PIN bagi borang

Matrikulasi, UPU,

politeknik / kolej

komuniti

VOKASIONAL DAN Tingkatan 4, 5
KERJAYA
i. Inventori kerjaya

- Ujian Minat Pekerjaan
- Ujian Personaliti

LAMPIRAN 277

BIL. RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
4 AKTIVITI / PIAWAI Semua tingkatan KUALITI (RM)
5
PROJEK ii. Pameran, ceramah dan Tingkatan 4 144 jam 2000.00
pertandingan kerjaya (10%)
MENGENDALI
INTERVENSI iii. Profil kendiri dan kerjaya 144 jam
KAUNSELING (10%)
INDIVIDU DAN FIZIKAL & SEKSUAL Semua tingkatan
KELOMPOK i. Perkembangan diri
bagi pelajar yang
PERKHIDMATAN ii. Masalah remaja memerlukan
PENCEGAHAN
PSIKOSOSIAL Tingkatan 1, 4
i. Orientasi pelajar baru Tingkatan 3, 5
ii. Orientasi semula pelajar Minima 10%

i. Mendapatkan klien dari jumlah
daripada Guru Tingkatan, pelajar bagi sesi
Guru Disiplin, Pengetua
kaunseling
ii. Klien dirujuk individu dan
iii. Klien sukarela kaunseling
iv. Klien luar (bekas pelajar)
kelompok
Piawaian :
Buku log Tingkatan 3, 5
Rekod sesi Tingkatan 1, 4
Laporan sesi
Kabinet berkunci Semua pelajar

i. Soalselidik untuk Semua pelajar
mengesan masalah belajar
Semua pelajar
ii. Mengesan masalah pelajar
- Senarai Semak Masalah Pelajar yang
Mooney dikenalpasti dan
- Soalselidik masalah ikut keperluan
peribadi pelajar
sekurang-
iii. Data pelajar bermasalah kurangnya
- Masalah keluarga sekali setahun
- Masalah pembelajaran Pelajar dipilih
- Masalah tingkahlaku ikut sasaran
- Masalah emosi yang telah
- Masalah ketagihan / dikenalpasti
seks / VCD dan lain-lain
(ikut keperluan)

iv. Taklimat / outreach /
brosur / buletin / risalah /
buku skrap berkaitan
pencegahan merokok,
kesihatan diri dan
rangkaian bantuan jika
diperlukan

v. Ceramah / bengkel / kuiz
- Ceramah agama
- Ceramah HIV / AIDS
- Kuiz pencegahan dadah

vi. Lawatan-lawatan
- Pusat pemulihan akhlak
- Pusat Serenti / Pusat
Jagaan Lanjutan
- Penjara
- Rumah orang tua
- Rumah anak yatim

vii. Tayangan gambar /
pameran
- Antidadah / Antirokok
- HIV / AIDS
- Penyakit tularan seks

278 LAMPIRAN

BIL. RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
6 AKTIVITI / PIAWAI KUALITI (RM)
Ahli SLAD dan
PROJEK viii. Pertandingan terbuka kepada
- SLAD semua pelajar
PERKHIDMATAN - Karnival Seni Jauhi
PEMULIHAN Dadah Ahli SLAD,
PRS, kelab
ix. Kursus / Latihan
- Jati diri B&K dan pelajar
- Pengurusan diri berminat.
- Kepimpinan diri
Pelajar berisiko
x. Ujian urin (air kencing)
tinggi dalam
mengurus diri
Dipilih secara

rambang bagi
pelajar berisiko

Piawaian : Kumpulan 144 jam
i. Borang aktiviti sasaran pelajar (10%)
ii. Kerjasama dengan Unit ketagihan awal
atau berisiko
Pendidikan Pencegahan
Dadah PPD, ADK dan tinggi
PDRM
Kumpulan
i. Pemulihan tingkahlaku sasaran yang
- Perokok dikenalpasti
- Dadah
Kumpulan sasar
- Gangsterisme yang telah
- Vandalisme dikenalpasti
- Antisosial
Kumpulan sasar
- Buli yang telah
- Kebersihan diri / sekolah dikenalpasti
ii. Pemulihan Nilai / Sikap
Kumpulan sasar
iii. Kecelaruan personaliti yang telah
(lelaki lembut, tomboy, dikenalpasti
bohsia, bohjan)

- Pergaulan bebas
- Lepas laku, bising,

ganggu ketenteraman

- Ponteng sekolah / kelas
- Tidak buat kerja rumah
- Tidak hormat guru

iv. Pemulihan akademik
- Bimbingan mata
pelajaran (lemah)

- Membaca dan menulis
v. Fizikal

- Pengambilan makanan /

diet
- Masalah permakanan /

alahan / kegemukan

(bulimia)
vi. Emosi

- Kemurungan

- Tekanan belajar (stres)
- Insomnia (sukar tidur /

kuat tidur)

- Fobia (takut)
- Trauma (igauan buruk)

Piawaian :
Borang soal selidik
Borang penilaian

Borang pemantauan

LAMPIRAN 279

BIL. RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
7 AKTIVITI / PIAWAI KUALITI (RM)
Kumpulan sasar / 1000.00
8 PROJEK i. Akademik, Kerjaya dan kumpulan 72 jam
9 PERKHIDMATAN Psikososial dirujuk (5%) 100.00
INTERVENSI
ii. Lawatan ke IPTA / IPTS
PENYELIDIKAN - Pameran melanjutkan
DAN PENILAIAN pelajaran (kerjasama
dengan IPTA / IPTS)
PERKHIDMATAN - Pameran akademik dan
LATIHAN DAN kerjaya
OUT-REACH - Kem motivasi
- Kempen kesejahteraan
mental
- Kempen pencegahan
jenayah
- Kempen / ceramah
kesihatan

iii. Program Sekolah Selamat
iv. Konsultasi / Perundingan
v. Rangkaian dan kerjasama

hubungan luar

Piawaian : Bidang masalah 72 jam
pelajar, proses (5%)
Kerjasama dengan pihak
hospital, ADK, PDRM Daerah, kaunseling,
IPTA / IPTS, Ketua Kampung, psikologi remaja

NGO dan lain-lain. dan lain-lain

i. Menjalankan kajian pada yang berkaitan
awal tahun atau mengikut

keperluan keperluan
ii. Menjalankan penyelidikan

secara individu sekurang-

kurangnya 1 kali setahun
iii. Menjalankan penyelidikan

secara berkumpulan

sekurang-kurangnya 1 kali
setahun

Piawaian : Kelab B & K ,
i. Kajian tindakan / kajian PRS, SLAD,

konvensional (bergantung Pengawas
Sekolah dan
kepada kesesuaian kajian) pelajar sekolah
ii. Pendokumentasian dalam daerah
iii. Penyebaran dapatan kajian
yang
i. Menjalankan khidmat memerlukan
latihan kepada pelajar
sekolah di daerah berkaitan Guru-Guru
Bimbingan atau
kaunseling dan psikologi Guru Kaunseling
melalui aktiviti Jawatan- atau guru-guru
kuasa Bimbingan dan
lain yang
Kaunseling atau Majlis memerlukan
Guru Bimbingan dan Guru
Kaunseling daerah

ii. Memberi khidmat bantu
latihan kepada Guru-Guru
Kaunseling atau guru-guru

lain di daerah yang
berkaitan kaunseling dan
psikologi melalui aktiviti

Jawatankuasa Bimbingan
dan Kaunseling atau Majlis
Guru Bimbingan dan Guru

Kaunseling daerah

280 LAMPIRAN

BIL. RINGKASAN PETUNJUK PRESTASI / KUALITI MASA KOS
AKTIVITI / PIAWAI Tingkatan 3 KUALITI (RM)

PROJEK 29 jam
(2%)
iii. Membuat out-reach dan

menyampaikan maklumat

tentang kemasukan pelajar

ke sekolah-sekolah

menengah asrama penuh,

MRSM, SM Teknik dan

Vokasional, Akademi

Tentera dsbnya.

Piawaian :
i. Berbentuk seminar /

bengkel

ii. Bimbingan / kaunseling
kelompok

iii. Konsultasi / perundingan

LAMPIRAN 281

LAMPIRAN E1

KERTAS CADANGAN PROGRAM MENTOR-MENTEE
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Rasional
Setiap pelajar memerlukan orang dewasa yang mahir, mesra, memahami dan sentiasa
mengambil berat tentang diri mereka secara peribadi. Guru pula merupakan orang dewasa
yang diharapkan dapat memberikan bimbingan secara berterusan membantu pelajar mereka
menghadapi masalah ketika mereka mengalami proses membesar. Pelajar pula sentiasa
diberikan ruang dan peluang untuk mendapatkan seberapa banyak manfaat ketika mereka
berada di alam persekolahan.

Matlamat
Membantu pelajar secara berterusan melalui kaedah bimbingan yang mesra bagi aspek-
aspek yang berkaitan dengan peribadi, akademik, kerjaya dan sosial pelajar.

Objektif
1. Membantu pelajar mengenali diri dan personaliti mereka terutama dalam mengenalpasti

potensi diri, membentuk konsep kendiri yang stabil, membina matlamat kendiri yang
jelas, dan sentiasa bersedia untuk berubah dan memperbaiki diri.
2. Membantu pelajar mengenalpasti halangan di dalam diri, persekitaran dan perhubungan
sosial yang boleh menyekat perkembangan mereka dari segi peningkatan prestasi
pencapaian dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi (kurikulum, kokurikulum,
sahsiah dan kepimpinan).
3. Membantu pelajar membina motivasi belajar yang berterusan, membentuk tabiat dan
sistem belajar yang terancang dan berkesan dan mengamalkan teknik belajar berkesan
serta pengurusan diri dan masa yang produktif.
4. Membantu sekolah melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akademik,
sahsiah dan berketrampilan di dalam bidang yang mereka ceburi.

Strategi Perlaksanaan
1. Memberi pendedahan dan maklumat kepada guru (mentor) tentang konsep, kaedah dan

kemahiran membimbing pelajar (mentee) supaya dapat menghasilkan ‘output’ yang
maksimum.
2. Mewujudkan sistem untuk menyaring pelajar mengikut beberapa kriteria tertentu bagi
membentuk kelompok yang dinamik, berkesan, produktif dan serasi.
• Bilangan ahli kelompok yang kecil misalnya tidak melebihi 15 orang.
• Serakan (taburan) ahli kelompok dari segi tingkatan, kelas dan aliran yang sesuai.
• Jika terdapat percampuran antara jantina, perlu mengambil kira jumlah atau nisbah

yang sekata.
• Menentukan ciri-ciri kelompok dengan mengambil kira kualiti sahsiah, personaliti

dan ketrampilan diri. Misalnya mengumpulkan semua pelajar berisiko atau semua
pelajar cemerlang dalam satu kelompok.
• Jika mampu dilakukan maka perlu mengambil kira sebaran dari aspek ras, dari
kawasan mana pelajar datang dan tahap sosioekonomi.
• Meletakkan mentor mengikut kesesuaian atau memberi ruang untuk mentor
memilih kelompok yang serasi dengan keupayaan mereka. Misalnya meletakkan
kelompok pelajar lelaki yang berisiko dan lepas laku kepada mentor yang kurang
sabar atau terlalu berlembut mungkin tidak sesuai.
3. Menyediakan senarai mentor dan mentee kelompok kecil. Bilangan mentee seharusnya
seimbang bagi semua kelompok.

282 LAMPIRAN

4. Menentukan garis panduan bagi aspek-aspek yang menjadi bahan interaksi semasa
mentor dan mentee berada dalam kelompok.

5. Menentukan kekerapan, jangkamasa dan tempat perjumpaan yang akan dijalankan oleh
mentor dan mentee.
Tetapkan tarikh dan masa interaksi (dapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan
sekolah – jika kena gayanya, waktu bagi pertemuan kelompok boleh dimasukkan dan
diselaraskan ke dalam jadual waktu rasmi sekolah).
Penetapan yang perlu diambil kira :
Tarikh dilaksanakan : Di awal persekolahan (bulan Januari atau Februari)
Kekerapan pertemuan : Sekali seminggu pada hari persekolahan misalnya setiap hari
Jumaat
Masa tentatif : 7.30 – 8.05 pagi (waktu pertama)
Tempat : Ditetapkan ikut pilihan mentor
Pengisian input : Guru Kaunseling perlu menyediakan senarai panduan aktiviti
bimbingan kelompok
Mentor : Semua guru kecuali Urusetia Pemantauan
Mentee : Semua pelajar atau sebahagian pelajar (kelas peperiksaan)
Jika melibatkan sebahagian pelajar, pastikan pelajar-pelajar lain diberikan pengisian
dalam satu atau dua kelompok besar yang dikendalikan oleh Guru Kaunseling dalam
waktu tersebut.

6. Membuat penyelarasan dan pemantauan kelancaran program dengan mengambil kira
beberapa aspek seperti masalah yang timbul semasa perjumpaan kelompok, keperluan
kelompok dan isu-isu mendadak yang perlu ditangani dengan segera. Pemantauan
boleh dilakukan melalui borang kehadiran dan catatan aktiviti yang telah dijalankan,
kad catatan rekod pertemuan yang disimpan oleh mentor atau di atas inisiatif mentor
sendiri mengemukakan apa-apa masalah atau cadangan membina kepada urusetia yang
menjalankan pemantauan. Urusetia pemantauan terdiri daripada personel pengurusan
sekolah (Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
dan Penolong Kanan Kokurikulum).

7. Jika mentor tidak dapat membantu ahli kelompoknya terutama yang berkaitan dengan
permasalahan peribadi maka mentor bolehlah merujuk pelajar tersebut kepada Guru
Kaunseling. Jika mentor berminat untuk membantu pelajar tersebut, beliau boleh
mendapatkan khidmat konsultasi atau perundingan daripada Guru Kaunseling.

8. Keberkesanan program akan ditentukan dengan melihat perkembangan kelompok dari
segi kejelekitan (rapport), dinamik, produktif dan perubahan positif yang berlaku.

9. Jika terdapat seorang mentor atau beberapa orang mentor yang sedang bercuti panjang
(bersalin, mengerjakan haji) atau ditukarkan ke sekolah lain (belum diganti), berkursus
panjang dan seumpamanya maka kelompok mentor-mentee tersebut boleh diletakkan
di bawah pengawasan seorang Guru Kaunseling. Guru Kaunseling tersebut akan
mengendalikan pelajar terbabit secara kelompok besar.

10. Setiap aktiviti program perlu direkodkan dan dibuat pendokumentasian.

LAMPIRAN 283

LAMPIRAN E2

SENARAI SEMAK AKTIVITI KELOMPOK MENTOR-MENTEE

Myrick (Zuraidah, 2001) telah menggariskan beberapa panduan iaitu input atau tajuk yang
boleh dibincangkan serta dikongsi bersama semasa mentor-mentee berinteraksi di dalam
kelompok. Sebahagian daripada input yang dicadangkan telah dibuat penyesuaian. Senarai
semak digunakan bagi membantu mentor mengesan tajuk-tajuk perkara atau input yang telah
dibincangkan dalam program mentor-mentee yang dilaksanakan. Mentor berhak memilih
mana-mana perkara atau tajuk dan tidak terikat dengan susunan perkara atau tajuk yang
telah diberikan. Bagaimanapun mentor perlu mencatatkan ‘tarikh dilaksana’ untuk setiap
perkara atau tajuk bagi memastikan perkara atau tajuk yang telah dibincangkan tidak akan
bertindan atau diulang semula. Senarai semak ini boleh juga digunakan sebagai instrumen
pemantauan.

BIL. UNIT / PERKARA DIBINCANGKAN TARIKH
DILAKSANA

UNIT 1 : BERKENALAN

1 Membantu ahli kelompok berkenalan di antara satu sama lain.

2 Membina perhubungan memudahcara di dalam kelompok.

3 Mengadakan asas pertemuan untuk kelompok mentor dan mentee.

4 Mencipta nama dan slogan kelompok (pastikan ianya positif dan

bermakna).

5 Membantu mentee belajar bagaimana mengambil bahagian dalam

kelompok.

6 Membantu pelajar mengalami situasi perubahan dengan positif

ketika berada di sekolah.

7 Mengkaji semula buku panduan sekolah dan peraturan sekolah.

UNIT 2 : KEMAHIRAN BELAJAR DAN KEBIASAAN

1 Menilai kemahiran belajar dan amalan seseorang pelajar.

2 Membina perancangan pengurusan masa yang berkesan.

3 Belajar dan mempraktikkan kemahiran mendengar di dalam kelas.

4 Mengenalpasti pelbagai ujian dan situasi mengambil ujian.

5 Belajar cara-cara mengendalikan kerungsingan atau stres

menghadapi ujian atau peperiksaan

6 Memahami purata gred poin dan kad laporan.

7 Membincangkan kemahiran untuk mendapat kejayaan di sekolah.

UNIT 3 : PENILAIAN KENDIRI

1 Mengenalpasti perlakuan di dalam kelas atau bilik darjah yang ada

hubungan dengan pencapaian.

2 Mengenalpasti kekuatan perlakuan seseorang pelajar di dalam kelas.

3 Mengenalpasti perlakuan di dalam kelas yang perlu dipertingkatkan.

4 Menilai hubungan di antara pelajar dengan guru mereka.

5 Menilai sikap terhadap sekolah, diri dan orang lain.

6 Membina matlamat dan belajar mengawal dan meningkatkan

kemajuan diri.

7 Membina sikap menghargai perbezaan dan keunikan individu.

8 Mengenalpasti minat, kebolehan dan keunikan diri.

UNIT 4 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1 Mengenalpasti dan mempraktikkan kemahiran perhubungan

individu yang berkaitan dengan keadaan fasilitatif (memudahkan)

dan model fasilitatif.

2 Belajar bagaimana menjadi peka dan memahami orang lain.

284 LAMPIRAN

BIL. UNIT / PERKARA DIBINCANGKAN TARIKH
DILAKSANA
3 Belajar bagaimana menjadi peserta kumpulan yang berkesan.
4 Belajar bagaimana perlakuan seseorang itu meninggalkan kesan

terhadap diri orang lain.

UNIT 5 : MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGATASI
MASALAH

1 Belajar model membuat keputusan dan mengatasi masalah.
2 Belajar bagaimana mengenalpasti pilihan dan akibat pemilihan.
3 Mengenalpasti dilema remaja yang normal dan faktor yang

mempengaruhi membuat keputusan dan mengatasi masalah.

4 Menunjukkan bagaimana kemahiran membuat keputusan dan
mengatasi masalah boleh digunakan di rumah atau di sekolah.

5 Memeriksa kesan akibat jika tidak memenuhi kewajipan dan
tanggungjawab terhadap keluarga dan sekolah.
UNIT 6 : PERHUBUNGAN RAKAN SEBAYA

1 Mengkaji peranan jantina dan kesamaan jantina dalam masyarakat.
2 Membina cara yang positif berinteraksi dengan kawan.
3 Mengiktiraf kuasa pengaruh rakan sebaya.
4 Menilai diri sendiri dan perhubungan dengan rakan sebaya.

5 Belajar bagaimana membina persahabatan.
6 Belajar cara-cara menolak tekanan rakan sebaya.
7 Belajar menyatakan ‘tidak’ kepada perkara-perkara yang negatif

atau tidak berfaedah.

8 Meningkatkan kesedaran bagaimana keperluan peribadi dan minat
memberi kesan kepada perhubungan.
UNIT 7 : MOTIVASI

1 Menjadi lebih sedar tentang minat, keperluan dan keinginan diri.
2 Mengiktiraf bagaimana harga diri dan sikap sendiri berkait rapat

dengan cara matlamat hidup dibina.
3 Menentukan nilai matlamat peribadi.
4 Membezakan di antara ganjaran dalaman (rasa puas, bangga,

seronok) dan ganjaran luaran (hadiah, pujian, pangkat, jawatan).
5 Mengenalpasti teknik motivasi, seperti menentukan matlamat yang

jelas, mengawal atau memujuk diri, bercakap kepada diri sendiri,
mengambil langkah tindakan dan mengamalkan pemikiran positif.
6 Menunjukkan bagaimana kemahiran dan praktik (amalan) berkait
rapat dengan kejayaan.
UNIT 8 : KONFLIK ATAU RESOLUSI

1 Mengenalpasti sifat konflik, bagaimana dan bila ia berlaku dalam
kehidupan.

2 Belajar cara membina kemahiran mengendalikan konflik.
3 Mengenalpasti konflik yang berkait rapat dengan peringkat

perkembangan.
4 Mempraktik menggunakan kemahiran komunikasi semasa berlaku

konflik.
5 Mengenalpasti bagaimana kemahiran resolusi konflik boleh

digunakan terhadap guru, ibu bapa atau rakan sebaya.
UNIT 9 : KESEJAHTERAAN
1 Mengenalpasti masalah kesihatan yang biasa dalam masyarakat.

2 Mengenalpasti aspek positif kehidupan yang sihat.
3 Membincangkan bagaimana latihan jasmani (senaman), amalan

pemakanan, amalan agama, sikap positif dan amalan hidup peribadi
yang sihat boleh meninggalkan kesan terhadap kehidupan.

LAMPIRAN 285

BIL. UNIT / PERKARA DIBINCANGKAN TARIKH
DILAKSANA

4 Menyedari sifat-sifat individu yang berisiko tinggi, seperti merokok,

minum arak, penyalahgunaan dadah, kemurungan dan membenci

diri sendiri (tendensi merosakkan atau membunuh diri) boleh

menyebabkan kegagalan dalam kehidupan.

5 Memeriksa nilai kesejahteraan kesihatan dan strategi menghalang

(preventif).

6 Memeriksa akibat jangka panjang tentang perlakuan menganiaya

diri sendiri.

7 Membina dan mempraktikkan kesan cara mengendalikan tekanan

atau stres.

UNIT 10 : PERKEMBANGAN KERJAYA

1 Memeriksa kesan perubahan semasa dan dunia pekerjaan.

2 Mengenali peluang-peluang pekerjaan dan nilainya di dalam

masyarakat.

3 Mengenalpasti bagaimana pekerjaan dan kerjaya berkait rapat

dengan minat, keperluan, kemahiran dan peluang seseorang.

4 Mengenalpasti matlamat pekerjaan yang tentatif (mungkin berubah).

5 Menyedari faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan.

6 Mengenalpasti bagaimana matlamat pekerjaan berkait rapat dengan

kejayaan di sekolah.

7 Mengenalpasti bagaimana tugas di dalam pekerjaan berkait rapat

dengan kemahiran yang dipelajari di sekolah.

UNIT 11 : PERANCANGAN PENDIDIKAN

1 Mengenali pilihan (alternatif) yang terdapat ketika membuat

perancangan.

2 Menggambarkan (berimaginasi) tentang keperluan untuk merancang

masa depan.

3 Belajar tentang istilah perancangan pendidikan yang biasa.

4 Belajar tentang turutan kursus-kursus akademik.

5 Mengenalpasti kepentingan mata pelajaran akademik dan elektif.

6 Membina perancangan pendidikan untuk sekolah menengah atas

dan institusi pengajian tinggi.

7 Bersedia dengan pilihan kursus di masa hadapan.

UNIT 12 : PENGLIBATAN KOMUNITI

1 Membina rasa bangga terhadap komuniti sekolah.

2 Mengenalpasti tanggungjawab warganegara di dalam komuniti.

3 Melihat nilai kerja sukarela di dalam perkhidmatan komuniti.

4 Mengenalpasti cara-cara anak muda boleh membantu menjadikan

komuniti sebagai suatu tempat hidup yang lebih baik.

5 Melihat diri sendiri sebagai aset yang menjadi penyumbang yang

berharga terhadap masyarakat dan komuniti.

UNIT 13 : KEAGAMAAN

1 Kepentingan agama dalam kehidupan individu.

2 Tanggungjawab menjaga maruah diri dan akhlak.

3 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri di dalam amalan

beragama.

4 Adab-adab belajar dan perhubungan dengan guru dan rakan-rakan

mengikut amalan agama.

5 Kaedah rawatan jiwa melalui amalan agama.

286 LAMPIRAN

LAMPIRAN F1

SENARAI SEMAK IBU BAPA PROFESIONAL

NAMA IBU / BAPA : ___________________________________________________ UMUR : _________

NAMA ANAK : ______________________________________________ TAHUN / TING. : ____________

TARIKH : ____________

ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA PERNYATAAN BERIKUT DENGAN JUJUR DAN IKHLAS. TIADA

JAWAPAN YANG BETUL ATAU SALAH. TANDAKAN ( √ ) BAGI SETIAP PERNYATAAN
YANG BERTEPATAN DENGAN DIRI ANDA KE DALAM PETAK YANG BERSESUAIAN.
SKOR BAGI SETIAP PERNYATAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SELALU = 3 KADANG-KADANG = 2 TIDAK PERNAH = 1

BIL. REAKSI ANDA TERHADAP SELALU KADANG- TIDAK
ANAK ANDA KADANG PERNAH

1 Bersabar dan tenang semasa melayan dan mendidik

anak-anak

2 Menghargai setiap kejayaan yang pernah dicapai

oleh anak-anak

3 Tegas dalam mendidik dan mengawasi anak-anak

terutama pergaulan dengan rakan-rakan,

penggunaan masa, kepatuhan kepada peraturan dan

sebarang perbuatan atau tingkah laku yang didapati

tidak betul

4 Membelai dan menyentuh anak-anak dengan lemah

lembut secara berterusan

5 Memberikan teguran positif tanpa menggunakan

kata-kata yang kasar dan kesat

6 Mempamerkan contoh teladan yang baik yang

dapat ditiru dan diikuti oleh anak-anak

7 Berbincang dalam membuat keputusan terutama

yang berkaitan dengan kepentingan anak-anak

8 Perselisihan atau pertengkaran suami isteri berlaku

di hadapan anak-anak

9 Membantu anak membuat kerja rumah yang diberi

guru

10 Menggantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat

oleh anak-anak

11 Melatih anak-anak menempatkan sesuatu pada

tempat asalnya

12 Mengawasi pendedahan anak-anak kepada

televisyen, video atau vcd

13 Membeli dan memilih bahan-bahan bacaan untuk

anak-anak

14 Sekali-sekala membawa anak-anak makan atau

berkelah di luar

15 Membawa anak-anak ke sesuatu tempat yang dapat

memberi peluang kepada anak-anak mengenali

makna ‘kesusahan hidup’

16 Menitikberatkan makanan yang baik dan seimbang

untuk anak-anak

LAMPIRAN 287

BIL. REAKSI ANDA TERHADAP SELALU KADANG- TIDAK
ANAK ANDA KADANG PERNAH

17 Mempamerkan kasih sayang kepada anak-anak

tanpa mengambil kira bagaimana sikap dan tingkah

lakunya

18 Memberikan peluang kepada anak-anak membantu

melakukan kerja-kerja di rumah

19 Meraikan anak-anak ketika pergi ke sekolah dan

balik daripada sekolah

20 Memberikan penghargaan bagi setiap bantuan atau

pertolongan dari anak-anak

21 Berusaha bersungguh-sungguh untuk menepati

segala janji kepada anak-anak

22 Menyelia dan mengambil tahu segala aktiviti harian

anak-anak

23 Melayan pertanyaan dan kemusykilan anak-anak

dengan memberikan jawapan sebaik mungkin

24 Menyegerakan teguran dan hukuman sebaik sahaja

anak-anak melakukan kesalahan

25 Mempunyai tanggapan yang positif terhadap

kemampuan anak-anak

PENGIRAAN : BILANGAN ‘SELALU’ ______ X 3 = ______
BILANGAN ‘KADANG-KADANG’ ______ X 2 = ______
BILANGAN ‘TIDAK PERNAH’ ______ X 1 = ______

JUMLAH SKOR KESELURUHAN = ______

KEPUTUSAN SENARAI SEMAK

TAHAP KEPROFESIONALAN KEIBUBAPAAN

TANDA ( √ )

SKOR TAHAP PENCAPAIAN DI PETAK
BERKENAAN

60 - 75 IBU BAPA PROFESIONAL

41 - 59 IBU BAPA SEPARA PROFESIONAL

25 - 40 IBU BAPA KURANG PROFESIONAL

288 LAMPIRAN

LAMPIRAN F2

SENARAI SEMAK ANAK TERHADAP IBU BAPA

NAMA ANAK : ____________________________________________ TAHUN / TING. : _____________

NAMA IBU / BAPA : _________________________________________________ UMUR : ___________

TARIKH : ____________

ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA PERNYATAAN BERIKUT DENGAN JUJUR DAN IKHLAS. TIADA

JAWAPAN YANG BETUL ATAU SALAH. TANDAKAN ( √ ) BAGI SETIAP PERNYATAAN
YANG BERTEPATAN DENGAN DIRI ANDA KE DALAM PETAK YANG BERSESUAIAN.
SKOR BAGI SETIAP PERNYATAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SELALU = 3 KADANG-KADANG = 2 TIDAK PERNAH = 1

BIL PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH IBU SELALU KADANG- TIDAK
BAPA TERHADAP ANDA KADANG PERNAH

1 Bersikap sabar dan tenang semasa melayan dan

mendidik saya

2 Memberi penghargaan kepada setiap kejayaan

yang saya capai atau perolehi

3 Bersikap tegas semasa mendidik dan mengawasi

saya terutama pergaulan dengan rakan-rakan,

penggunaan masa, mematuhi peraturan dan

sebarang perbuatan yang didapati tidak betul

4 Memberikan sentuhan dan membelai saya dengan

lemah lembut secara berterusan

5 Menegur dengan lembut tanpa menggunakan

kata-kata yang kasar dan kesat

6 Menunjukkan contoh teladan yang baik yang

dapat diikuti oleh saya

7 Berbincang apabila hendak membuat keputusan

berkaitan dengan diri saya

8 Bertengkar dan bermasam muka dengan ibu dan

ayah di hadapan saya

9 Membantu saya membuat kerja rumah yang

diberikan oleh guru

10 Menggantungkan rotan di tempat yang boleh saya

lihat dengan jelas

11 Menyuruh saya meletakkan sesuatu pada tempat

asalnya

12 Mengawal dan memilih rancangan televisyen,

video atau vcd yang saya tonton

13 Membeli dan memilih bahan-bahan bacaan untuk

saya

14 Sekali-sekala membawa saya makan atau

berkelah di luar

15 Membawa saya ke sesuatu tempat yang dapat

memberi peluang kepada saya menghayati makna

‘kesusahan hidup’

16 Menitikberatkan makanan yang baik dan

seimbang untuk saya

17 Kasih sayang mereka tetap sama kepada saya

walaupun saya nakal atau degil

LAMPIRAN 289

BIL PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH IBU SELALU KADANG- TIDAK
BAPA TERHADAP ANDA KADANG PERNAH

18 Menyuruh membantu kerja rumah (ibu) atau kerja

di luar rumah (bapa)

19 Menghantar saya ke pintu ketika pergi ke sekolah

dan menyambut saya bila balik dari sekolah

20 Mengucapkan terima kasih atau pujian setiap kali

saya menolong atau membantu mereka

21 Menepati dan menunaikan semua janji yang

diucapkan kepada saya

22 Mengambil tahu segala aktiviti harian yang saya

lakukan

23 Melayan dan memberikan jawapan yang baik

setiap kali saya bertanya

24 Segera menegur atau menghukum sebaik sahaja

saya melakukan kesalahan

25 Mempunyai sangkaan yang baik terhadap

kemampuan diri saya

PENGIRAAN : BILANGAN ‘SELALU’ ______ X 3 = ______
BILANGAN ‘KADANG-KADANG’ ______ X 2 = ______
BILANGAN ‘TIDAK PERNAH’ ______ X 1 = ______

JUMLAH SKOR KESELURUHAN = ______

KEPUTUSAN SENARAI SEMAK

TAHAP KEPROFESIONALAN KEIBUBAPAAN

TANDA ( √ )

SKOR TAHAP PENCAPAIAN DI PETAK
BERKENAAN

60 - 75 IBU BAPA PROFESIONAL

41 - 59 IBU BAPA SEPARA PROFESIONAL

25 - 40 IBU BAPA KURANG PROFESIONAL

290 LAMPIRAN

LAMPIRAN F3

SENARAI SEMAK IBU BAPA PROFESIONAL

Ibu bapa profesional ialah ibu dan bapa yang terlatih dalam kemahiran keibubapaan dan
dapat memenuhi tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Sebahagian besar daripada
senarai kriteria atau ciri-ciri ibu bapa yang cemerlang dan profesional berikut dititip dan
dipinjam dari Muhamad Jantan (1993) dan Mohd Fadzilah Kamsah dan Rahmat Ismail
(1996). Senarai semak kendiri yang dipaparkan tidak mengikut susunan keutamaan amalan.
Sila tandakan ( √ ) pada ruangan yang sesuai.

BIL. AMALAN DAN TINDAKAN UNTUK MENJADI SUDAH BELUM
A. IBU BAPA PROFESIONAL BUAT BUAT
1.
2. Doa dan Harapan Membina Kebahagiaan

3. Anak-anak adalah anugerah Tuhan, bersyukur dan menerima
4. mereka seadanya.

5. Sentiasa mengutamakan amalan berdoa dan bertawakal sebagai
B. kaedah untuk mendapatkan keyakinan melahirkan keluarga
1. yang bahagia.
2.
3. Sentiasa mendoakan anak-anak supaya menjadi orang yang
4. cemerlang dan berguna.

5. Sentiasa menggalakkan anak-anak berdoa setiap kali hendak
memulakan atau melakukan sesuatu seperti doa makan, belajar,
6. memulakan sesuatu kerja dan lain-lain (bagi orang Islam,
sekurang-kurangnya ucapkan bismillah).
C.
1. Mengajar dan mendidik anak-anak supaya sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa dan orang lain.
2.
Membina Rumah Tangga Yang Kondusif
3.
Menganggap rumah tangga paling utama dan menggunakan
masa secara berkesan bagi mengurus anak-anak dan keluarga.

Keadaan di rumah aman, damai dan ceria membolehkan anak-
anak membesar dengan tenang dan sihat.

Sentiasa menghidupkan peribadi yang mulia di dalam rumah
tangga. (Contoh kehidupan Rasulullah adalah yang terbaik).

Mengelakkan perselisihan ibu bapa di depan anak-anak. Jika
ibu bapa hendak ‘berperang’, masuk ke bilik tidur dan tutup
pintu atau keluar dari rumah dan cari tempat yang sesuai.

Sentiasa menggalakkan musyawarah di dalam membuat
keputusan. Anak-anak akan berasa dirinya diperlukan jika
pendapatnya didengari atau diambilkira.

Sentiasa mewujudkan budaya ilmu dalam rumah tangga,
kreatif dan mempunyai tanggapan positif terhadap anak-anak
dan ahli keluarga.

Mengasuh, Mendidik dan Mengajar Anak-Anak

Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan penuh
kerelaan, sentiasa bersabar, tidak mudah berputus asa dan tidak
mengharapkan apa-apa balasan dari anak-anak.

Tidak menyerahkan tugas mengasuh anak-anak kepada
pembantu rumah. Pembantu rumah hanya bertugas membantu
urusan kerja di rumah dan bukannya mendidik anak-anak.

Bersikap tegas dalam mendidik anak-anak. Penentuan masa
atau jadual aktiviti seperti belajar, mengaji, bersembahyang,
bermain, hobi, tidur dan sebagainya.

LAMPIRAN 291

BIL. AMALAN DAN TINDAKAN UNTUK MENJADI SUDAH BELUM
4. IBU BAPA PROFESIONAL BUAT BUAT
5.
Menghargai dan memperkembangkan setiap kebolehan dan
6. potensi anak-anak. Sentiasa peka terhadap perbezaan dan
keunikan anak-anak. Kebolehan dan potensi anak-anak
7. berbeza di antara anak lelaki dengan anak perempuan.
D.
1. Memberi teguran secara positif. Teguran dengan perkataan
negatif atau sifat-sifat yang buruk dikhuatiri nanti perkataan
2. atau sifat-sifat yang dimaksudkan melekat menjadi tabiat anak-
3. anak (konsep nujuman kendiri). Ujaran ibu bapa kadang-
4. kadang menjadi doa yang mudah termakbul.
5.
6. Menggantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh anak-
anak. Elakkan menggunakan rotan ketika marah. Merotan
7. merupakan cara mendidik yang terakhir. Rotanlah di tempat-
8. tempat yang sesuai bagi anak-anak lelaki seperti di tapak kaki.
Setiap kali merotan doakan anak berubah menjadi lebih baik.
E.
1. Elakkan terlalu memanjakan anak-anak. Tidak terlalu
memberikan kebebasan kepada anak-anak dan tidak terlalu
mengongkong kebebasan anak-anak.

Komunikasi dengan Anak-Anak

Sentiasa memberikan sentuhan kepada semua anak-anak.
Anak-anak memerlukan pelukan, ciuman, usapan, belaian
kemanjaan dan seumpamanya untuk menjadi penawar bagi
segala penyakit dan menambahkan kemesraan di antara ibu
bapa dengan anak-anak.

Menjadi kawan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak
memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan,
mengadu hal dan bermain. Ibu bapa tahu batas-batas bergaul
dan bermain dengan anak-anak.

Banyak memberi belaian yang positif dari yang negatif.
Anak-anak memerlukan 80% belaian positif untuk menyedari
kekuatan dan 20% belaian negatif untuk menyedari kesilapan
yang mereka lakukan.

Mengamalkan kemahiran berkomunikasi yang baik. Setiap
ujaran atau tindakan terhadap anak-anak perlu difikirkan
terlebih dahulu baik buruknya.

Kasih sayang dipamerkan dengan jelas dan praktikal. Kasih
sayang diberikan secara adil tanpa membeza-bezakan antara
anak-anak.

Mengajar anak-anak dengan kemahiran sosial. Kemahiran
berinteraksi dengan orang lain. Memilih kawan dan rakan
pergaulan. Melatih anak-anak supaya tidak berkelakuan ‘aneh’
setiap kali ada tetamu datang ke rumah atau ketika ibu bapa
berinteraksi dengan orang lain.

Sentiasa bersama-sama anak-anak ketika makan. Berdoa
sebelum makan. Bertanya khabar dan menyentuh isu yang
‘ringan’ ketika makan.

Menghargai kebolehan anak-anak, menunjukkan minat
terhadap aktiviti anak-anak (misalnya meraikan anak-anak
ketika mereka pergi dan balik daripada sekolah), sentiasa
memberikan penghargaan kepada setiap kejayaan, kebaikan
dan pertolongan anak-anak. Jika berjanji perlu menepati janji.

Model Keperibadian Cemerlang

Ibu bapa perlu anggun dan kemas semasa berada di rumah
untuk ditiru oleh anak-anak.


Click to View FlipBook Version