SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVATIF [SAGI]
PERINGKAT PPD SEMPORNA TAHUN 2022
PENASIHAT
YANG BERBAHAGIA TUAN IBNU BIN HAJI JAANI
(Pegawai Pendidikan Daerah Semporna)
PENGERUSI I
TUAN HAJI ABDUL SAMAD BIN HAJI SULAIMAN
(Pengetua SMK Kabogan II, Semporna)
PENGERUSI II
TUAN ABDUL NASIR BIN HAJI PAISAL
(SISC+ PPD Semporna)
NAIB PENGERUSI
TUAN HAJI DANDAI BIN HAJI UDDANG
(Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kabogan II)
PUAN SHARMILA BINTI ABDUL SALA
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kabogan II)
TUAN MUHADI BIN HJ MAJID
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Kabogan II)
PENYELARAS
ENCIK SAIDI BIN HAJI MIURAH
(Penolong Kanan Petang SMK Kabogan II)
SETIAUSAHA
1. ENCIK JAMIL BIN AB RAHIM
2. PUAN SAYIDAH NAFISAH BT BASIR
BENDAHARI
PUAN FATIMAH BINTI SALLEH
URUSETIA LOGO DAN PROSIDING INOVASI
PUAN HASMA AZIRA BINTI AHMAD CIK NORSOFFINAH BINTI JULAIMI
PUAN RUDIAH BINTI HAJI MUHADAR CIK NORHIDAYAH BINTI JATLEE
PUAN MARIAH BINTI HJ HASHIM BUKU ATUR CARA
PUAN ARVIANA BINTI RANTAI
JURUACARA
PUAN HAFINI BINTI ABDUL SAMAD ENCIK ALI BIN NANJALA
PUAN HASMAZATUL ANITA BINTI ABDUL WAHAB
BACKDROP DAN HIASAN PENTAS
BACAAN DOA PUAN SITTI KASUMA BT ABD MUJID
ENCIK AB RAHMAN BIN JAMUAN
PUAN JUMRIAH BINTI HAJI
TEKS UCAPAN
PUAN HAFINI BINTI ABDUL SAMAD PAMERAN
CIK RABIATUL ADAWIYAH BINTI ZAINUDDIN
GIMIK PELANCARAN PUAN BEATRICE BELINDA ITZE ANAK GINNEA
PUAN MARIAH BINTI AMIR SALLEH
PERALATAN PAMERAN
LIAISON OFFICER PUAN HAFEEIDZAH BINTI ABDUL HAMID
PUAN JUMRIAH BINTI HAJI PUAN SURATUL AHADA BINTI BENUNG
PUAN NURLEEN B ANGANG ABDULLAH
KAWALAN DISIPLIN PELAJAR
TEKNIKAL RAKAMAN & PERALATAN ENCIK REDWAN BIN MOKHTAR
ENCIK NORALAM BIN AHMAD
ENCIK MASMUD BIN TAMPUNG
ENCIK ADZMIE BIN HJ BUNSING ENCIK ADZMIE BIN HJ BUNSING
SIJIL PENYERTAAN & HADIAH JAMUAN
PUAN HAZAMA BINTI MAT SAAD PUAN SALINAH BT KALING
PUAN NORHAYATI BINTI RAMLI PUAN ROGAYAH BINTI SAURIN
PUAN SARIAH BINTI NASIRUDDIN
HADIAH DAN CENDERAMATA
PUAN MARDIANA BINTI SUMANTRI TAJAAN
PUAN FADILAH BT MOHD PUAN HJH NAEMAH BINTI MOROBISTAH
PUAN NUR MASHYTA IKAT ABDULLAH
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TASK FORCE
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVATIF [SAGI]
PERINGKAT PPD SEMPORNA TAHUN 2022
1. PROTOKOL
• CIK NORHIDAYAH BINTI JATLEE
• CIK NORSOFFINAH BINTI JULAIMI
2. MC, PENGERUSI SLOT
• PUSAT SUMBER
➢PAGI – PUAN HAFINI BINTI ABDUL SAMAD
➢PETANG – PUAN FATIMAH BINTI SALLEH
• DEWAN
➢PAGI & PETANG – PUAN HASMAZATUL
ANITA BINTI ABDUL WAHAB
3. PENJAGA MASA
• PUSAT SUMBER
➢PUAN BEATRICE BELINDA ITZE ANAK GINNEA
➢PUAN MARDIANA BINTI SUMANTRI
• DEWAN
➢PUAN FADILAH BINTI MOHD
➢PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI
ZAINUDDIN
4. PA SISTEM
• ENCIK REDWAN BIN MOKHTAR
• ENCIK JAMIL BIN AB RAHIM
5. JAMUAN
• PUAN JUMRIAH BINTI HAJI
• PUAN SALINAH BT KALING
6. SIJIL & HADIAH
• PUAN NORHAYATI BINTI RAMLI
• PUAN HAZAMA BINTI MAT SAAD
7. TEKNIKAL & LOGISTIK
• ENCIK ADZMIE BIN HAJI BUNSING
• ENCIK NORALAM BIN AHMAD
8. PENCATAT PEMBENTANG
• PUSAT SUMBER
➢PUAN SURATUL AHADA BINTI BENUNG
• DEWAN
➢PUAN ROGAYAH BINTI SAURIN
TEKS UCAPAN PERASMIAN
SEMPENA
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVATIF (SAGI)
PADA 15 JULAI 2022
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SMK KABOGAN 2, SEMPORNA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Terima kasih Pengacara Majlis.
Yang Berusaha,
Tuan Haji Abdul Samad bin Hj Sulaiman
Pengetua SMK Kabogan 2
Yang Dihormati,
Encik Arman bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan
daerah Semporna Unit Sumber Teknologi Pendidikan,
Encik Abdul Nasir bin Hj Paisal Pegawai SIC+ Pejabat pendidikan Daerah
Semporna merangkap Pengerusi 2 Seminar Anugerah Guru Inovatif,
En Saidi bin Miurah, Penolong Kanan Petang merangkap penyelaras
Seminar Anugerah Guru Inovatif
Turut Dihormati,
Barisan Hakim jemputan iaitu
Dr Abdul Hamid bin Hj Abdul Rahim, Ketua Jabatan Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Tawau,
Puan Normadiah binti Bokoh, Pensyarah Jabatan Sains dan Matematik
IPG Kampus Tawau,
Pn. Hjh Siti Namla binti Haji Abdul Hamid, Timbalan PPD Sektor
Perancangan,
Pn Hjh Halimah binti Haji Abdul Hamid, Pegawai SI Partner
Dan Encik Abdul lachik bin Hj Marali, Pegawai SISC+ PPD Semporna
serta yang dialu- alukan
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah semporna, Para Peserta
pertandingan SAGI, Ahli Jawatan Kuasa seminar anugerah guru Inovatif,
para guru, dan hadirin yang dikasihi sekalian.
GURU ITU PELITA
BENDERANGNYA TIDAK ADA HADNYA
MEREKA KE SELURUH PELOSOK NEGERI
MISI MEREKA MEMBINA NEGARA BANGSA
MENYEDARKAN YANG LUPA
MENGINGATKAN YANG ALPA
PETIKAN PUISI, INTELEK GURUKU AMIL JAYA
PETIKAN PUISI YANG SAYA DEKLAMASIKAN INI MEMBUKA TIRAI UCAPAN SAYA DAN
DITUJUKAN KHAS KEPADA WARGA PENDIDIK YANG TURUT SERTA PADA HARI INI.
DARI PENGAMATAN SAYA, PUISI INI AMAT SESUAI DENGAN TEMA HARI GURU IAITU
GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA DAN TEMA INI TURUT MENJADI TEMA MAJLIS
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVASI KITA PADA HARI INI.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,
1. Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Watalla kerana dengan izin-
Nya saya dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada
pagi ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dan seterusnya memberi
penghormatan untuk merasmikan seminar anugerah guru Inovatif (SAGI)
pada pagi ini.
2. Saya menyifatkan Pertandingan Inovasi ini bertujuan untuk
menyemarakkan usaha dan budaya inovasi dalam kalangan warga
pendidik ke arah kecemerlangan dan keberkesanan Pengajaran &
Pembelajaran. Ini adalah Selaras perkembangan teknologi, perubahan
generasi serta tuntutan agar Pendidik pada hari ini perlu berfikiran kreatif,
berilmu, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di
persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran dan persaingan.
Justeru Pertandingan ini sangat relevan dalam menjayakan agenda
inovasi negara selain wadah untuk memartabatkan inovasi di negara ini.
Hadirin sekalian,
3. Sesungguhnya, Pertandingan Inovasi yang diadakan pada hari ini
begitu signifikan kepada kita semua kerana ia bertujuan memberi
pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pendidik yang telah
memerah idea bagi mencetuskan keunikan dalam penciptaan inovasi-
inovasi terkini yang relevan demi menghasilkan sesuatu yang terbaik
untuk kemenjadian murid yang bakal menyumbang kepada keberhasilan
negara.
4. Seminar ini adalah platform memanifestasikan tahap daya fikir,
kreativiti dan inovasi yang tinggi. Saya amat berharap inovasi, kebolehan
dan keupayaan ini dapat terus dibudayakan dan menjadi satu norma
dalam menjalankan tugas guru juga seterusnya menjadi budaya sekolah.
Tidak hanya inovasi itu terhad dan khusus kepada aplikasi pengajaran
dan pembelajaran kepada murid tetapi inovasi harus diaplikasi juga dalam
sistem pengurusan sekolah dan kepimpinan sekolah. Jika ditelusuri salah
satu peranan penting pencetus inovasi organisasi pembelajaran di
sekolah adalah melalui kepimpinan sekolah itu sendiri. Pemimpin perlu
merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan
menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan
inovatif. Oleh kerana itu Pemimpin perlu berpandangan jauh, memiliki
pemikiran terbuka, bersedia mendengar pandangan orang lain,
mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai
pembaharuan dalam organisasi sekolah. Dengan ciri-ciri seperti ini,
mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti guru dalam
sekolah, kualiti intelektual dan prestasi pelajar. Pemimpin yang berinovatif
juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya. Dengan ciri
kepimpinan yang berinovasi sebegini maka lahirlah budaya sekolah
kreatif dan inovatif seperti yang diharapkan iaitu wujudnya persekitaran
belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat
yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan
perkembangan potensi pelajar.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
5. Kita haruslah sentiasa bermuhasabah, mencari kekurangan dan
kelemahan diri dan organisasi untuk penambahbaikan dan
peningkatan. Ini adalah salah satu proses penghasilan inovasi dalam
pendidikan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu membentuk satu
gandingan yang mantap dan bergerak sebagai satu pasukan. Benarkan
kritikan yang membina dan profesional. Malah, beri penghargaan kepada
mereka yang mengkritik kita. Jadikan setiap kelemahan dan kekurangan
itu sebagai satu kelebihan dan peluang untuk kita menghasilkan sesuatu
yang lebih kreatif dan inovatif.
Pertandingan seumpama ini dapat dijadikan platform ke arah
tersebut. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
6. Impian kita untuk menyaksikan sekolah menjadi penggerak inovatif
yang unggul di negara ini menghendaki perubahan berskala besar dan
drastik. Cabaran-cabaran semasa yang muncul, sama ada secara kita
sedar ataupun tidak, perlulah diatasi dengan langkah penyelesaian yang
kreatif dan bijaksana. Kita mestilah senantiasa bersiap siaga untuk
berdepan dengan apa jua cabaran bagi memastikan usaha-usaha yang
dilaksanakan mencapai kejayaan. Ingatlah pesan Salahuddin al-Ayubi –
“Aku meminta kekuatan dan kemenangan, tetapi diberiNya aku
masalah dan musuh agar aku dapat menggunakan
kebijaksanaan….”
Hadirin Sekalian,
7. Pertandingan yang diadakan ini merupakan mekanisme untuk
menggalakkan setiap warga pendidik memberikan dan berkongsi idea-
idea kreatif selain bernas dalam memudah cara tugas-tugas pengajaran
supaya lebih efisien dan efektif. Cetusan idea yang baik tidak semestinya
datang daripada pihak pengurusan sahaja, malah daripada siapa
sahaja. Setiap warga guru mempunyai peranan untuk menyumbang idea
yang terbaik. Malah daripada sesiapa sahaja yang mampu menyumbang
kepada penambahbaikan. Asalkan kita terbuka untuk menerima
cadangan. Kita harus sedar, Inovasi juga tidak semestinya mencipta
sesuatu yang baharu. Sebaliknya, inovasi mungkin menghapuskan
perkara yang lama, yang sepatutnya luput, tetapi masih juga dilakukan.
Sekiranya kita sendiri tidak mampu mencadangkan atau tidak terfikir
untuk mencadangkannya, kecemerlangan boleh juga dicapai sekiranya
kita pantas menghayati cadangan orang lain, dan bersetuju untuk
melaksanakannya dengan cepat.
Tuan- tuan dan Puan- Puan......
8. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak terutama SMK Kabogan 2 yang telah menjayakan seminar
Inovasi pada hari ini. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat
memastikan warga pendidik terus bergerak pantas dan berfungsi dengan
berkesan bagi membolehkan pelajar dan generasi kita seterusnya
mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekali gus memastikan pendidikan
terus relevan dan diperlukan dalam memacu pembangunan negara.
Sama-samalah kita berdoa agar setiap usaha yang kita rencanakan ini
memenuhi agenda yang dihasratkan dalam usaha menjayakan impian
Malaysia menjadi sebuah negara maju.
9. Dengan kata-kata itu, saya dengan
lafaz Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) saya merasmikan Seminar Anugerah Guru
Inovatif (SAGI) Peringkat daerah Semporna Bagi tahun 2022 ini. Sekian
dan terima kasih.
TEKS UCAPAN ALUAN PENGETUA SMK KABOGAN 2
SEMPENA
SEMINAR ANUGRAH GURU INOVATIF (SAGI)
PADA 15 JULAI 2022
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SMK KABOGAN 2, SEMPORNA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Terima kasih Pengacara Majlis.
Yang Berbahagia,
Tuan Ibnu Hj Jaani, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan daerah Semporna
Yang Dihormati,
Encik Arman bin Abdul Rahmin, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan
daerah Semporna Unit Sumber Teknologi Pendidikan,
Encik Abdul Nasir bin Hj Paisal Pegawai SISC+ Pejabat pelajaran Daerah
Semporna merangkap Pengerusi Seminar Anugerah Guru Inovatif,
En Saidi bin Miurah, Penolong Kanan Petang merangkap pengarah
Pelaksana Seminar Anugerah Guru Inovatif
Turut Dihormati,
Barisan Hakim jemputan iaitu
Dr Abdul Hamid bin Hj Abdul Rahim, Ketua Jabatan Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Tawau,
Puan Normadiah binti Bokoh, Pensyarah Jabatan Sains dan Matematik
IPG Kampus Tawau,
Pn. Hjh Siti Namla binti Haji Abdul Hamid, Timbalan PPD Sektor
Perancangan,
1
Pn Hjh Halimah binti Haji Abdul Hamid, Pegawai SI Partner
Dan Encik Abdul lachik bin Hj Marali, Pegawai SISC PPD Semporna
serta yang dialu- alukan
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah semporna, Para Peserta
pertandingan SAGI, Ahli Jawatan Kuasa seminar anugerah guru Inovatif,
para guru, dan hadirin yang dikasihi sekalian.
1. Alhamdulillah dan setinggi – tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, maka kita dapat
Bersama – sama hadir untuk menjayakan Seminar Anugerah Guru
Inovatif (SAGI) Tahun 2022 pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Tn PPD kerana memberikan sekolah kami peluang
mengendalikan seminar yang begitu besar maknanya kepada
seluruh warga pendidik ini. Begitu juga ribuan terima kasih dan
sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa SAGI yang
dipengerusikan Penolong Kanan Petang, En. Saidi bin Miurah
kerana telah berjaya mengatur dan menyempurnakan majlis pagi ini
meskipun SMK Kabogan 2 juga “sudah terang lagi bersuluh”
menjadi Tuan Rumah kepada 2 acara anjuran peringkat daerah
Semporna pada minggu yang sama. Justeru ini adalah suatu
cabaran dan ruang yang baik kepada SMK Kabogan menjadi
sekolah yang maju pada masa akan datang.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta seminar
Anugerah Inovasi yang bakal membentang hasil Inovasi mereka
pada hari ini. Hari ini merupakan hari kemuncak untuk kita meraikan
kejayaan kepada semua pemenang Anugerah Inovasi yang bakal
2
diumumkan sebentar lagi. Kejayaan ini mencerminkan komitmen
tinggi warga pendidik di sekolah sekolah menengah daerah
Semporna untuk meningkatkan keberkesanan peranan sebagai
guru. Justeru Pertandingan guru Inovasi ini merupakan salah satu
alternatif untuk memupuk daya kreativiti dalam kalangan warga
pendidik kerana kreativiti dan inovasi ini akan menjadi aset kepada
kecemerlangan sekolah sekaligus memberi inspirasi kepada pelajar
untuk berinovasi menyerlahkan daya kreativiti. Melalui program ini,
kita amat mengharapkan lahir lebih ramai lagi guru yang berinovasi
agar hasil produk kita di kemudian hari juga berupaya melahirkan
pelajar yang berinovatif. Memetik terbitan penulis iaitu Mohd Yusoff
Dagang yang menyatakan ”Hanya guru inovatif dapat melahirkan
pelajar inovatif”
3. Seminar Anugerah guru Inovasi ini bertemakan ”guru tunjang
sekolah sejahtera” dan inovasi yang dipertandingkan adalah
Horizon Baharu Kumpulan Inovasi Kreatif, Anugerah Inovasi
Pendidikan secara individu atau kumpulan dan Anugerah
Pembudayaan Digital. Saya dimaklumkan pada kali ini seramai 28
orang dari semua sekolah rendah dan menengah telah menyertai
seminar anugerag guru Inovatif. 14 orang Pengetua dan guru besar
bagi kategori Kepimpinan manakala 14 orang guru menyertai
kategori guru. Tahniah diucapkan kepada Tuan- tuan dan Puan-
Puan kerana berani menyahut cabaran menyertai pertandingan ini.
4. Inovasi dan kreativiti amat penting untuk mana- mana organisasi
hatta untuk negara sekalipun agar tidak ketinggalan di dunia yang
mencabar ini. Dalam konteks dunia pendidikan inovasi penting
sebagai pemudahcara yang digunakan guru kepada pelajar untuk
menambah keberkesanan kualiti pembelajaran. Aktiviti yang
dianjurkan ini bukan sahaja untuk membina ciri seorang pendidik
3
yang kreatif, berpandangan jauh malah pertandingan ini adalah
wadah untuk membina persaingan yang sihat dalam kalangan
warga pendidik di sekolah ke arah membantu PPD semporna dan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah meneraju inovasi di peringkat
kebangsaan.
Hadirin yang dihormati sekalian
5. Bagi mengakhiri ucapan saya pada hari ini, ingin saya menzahirkan
sekali lagi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak iaitu
SMK Kabogan 2 dan juga usaha sama dari Pejabat Pelajaran
Daerah Semporna yang telah menjayakan seminar Inovasi pada
hari ini. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
4
TEKS UCAPAN PEGAWAI PPD SISC+
SEMPENA
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVASI (SAGI)
PADA 15 JULAI 2022
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SMK KABOGAN 2, SEMPORNA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Terima kasih Pengacara Majlis.
Yang Berbahagia,
Tuan Ibnu Hj Jaani, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan daerah Semporna
Yang Berusaha,
Tuan Haji Abdul Samad bin Hj Sulaiman
Pengetua SMK Kabogan 2
Yang Dihormati,
Encik Arman bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan
daerah Semporna Unit Sumber Teknologi Pendidikan,
En Saidi bin Miurah, Penolong Kanan Petang merangkap Penyelaras
Seminar Anugerah Guru Inovatif
Turut Dihormati,
Barisan Hakim jemputan iaitu
Dr Abdul Hamid bin Hj Abdul Rahim, Ketua Jabatan Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Tawau,
Puan Normadiah binti Bokoh, Pensyarah Jabatan Sains dan Matematik
IPG Kampus Tawau,
Pn. Hjh Siti Namla binti Haji Abdul Hamid, Timbalan PPD Sektor
Perancangan,
Pn Hjh Halimah binti Haji Abdul Hamid, Pegawai SI Partner
Dan Encik Abdul lachik bin Hj Marali, Pegawai SISC+ PPD Semporna
serta yang dialu- alukan
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah semporna, Para Peserta
pertandingan SAGI, Ahli Jawatan Kuasa seminar anugerah guru Inovatif,
para guru, dan hadirin yang dikasihi sekalian.
Hadirin sekalian,
1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya,
saya diberi kesihatan dan ruang untuk menyampaikan ucapan
penutupan Seminar Anugerah Guru Inovatif (SAGI) bagi tahun
2022. Selepas kita menghadiri sesi pembentangan berilmiah tadi,
marilah kita sama – sama mengambil ilmu yang telah dikongsikan
untuk dimanfaatkan kepada pelajar dan juga sebagai pencetus
semangat diri agar sentiasa meningkatkan ilmu dalam bidang
inovasi dan kreativiti.
Tuan-tuan dan warga dewan sekalian.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya telah mengorak
langkah untuk menggalakkan guru berinovasi. Terdapat 5 langkah
yang telah diambil KPM untuk merealisasikan matlamat guru
berinovasi iaitu yang pertama menekankan nilai kreativiti dan
inovasi dalam Standard Model Guru Malaysia (MGM), yang kedua
adalah Domain kreativiti dan Inovasi ditonjolkan sebagai salah satu
domain yang dinilai bagi laluan kerjaya guru sama ada laluan PDP,
laluan kepimpinan dan laluan kepakaran. Langkah ke tiga adalah
mencadangkan aktiviti inovasi sebagai aktiviti dalam Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB), Yang keempat adalah
menganjurkan pertandingan guru Inovatif setiap tahun. Langkah
kelima yang dianjurkan KPM adalah menggalakkan kolaborasi
untuk mencari kaedah terbaik dalam penyampaian kandungan
pengajaran melalui pelaksanaan dasar PLC. Justeru pada hari ini
kita telah berjaya menyahut langkah yang dianjurkan KPM dengan
merealisasikan Seminar Anugerah Guru Inovatif ini (SAGI).
Tuan tuan dan Puan- puan
3. Jika kita perhalusi Bersama, penyelidikan dalam bidang akademik,
dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di akhir
penyelidikan, diharap keputusan yang ditemui hasil dari
penyelidikan tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut
ataupun sekurang-kurangnya mengarah kepada penyelesaian.
Sementara itu, inovasi pula secara langsung dikaitkan dengan
kreativiti. Seseorang yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang
yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan
yakin kepada diri sendiri. Penghasilan sesuatu inovasi memerlukan
sinergi yang kuat antara kecerdasan akal fikiran, kreativiti dan
keunikan. Dalam hal ini, inovasi dapat memupuk pemikiran yang
kreatif dan meningkatkan produktiviti kerja.
4. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan amalan dalam kalangan
warga pendidik di negara ini kerana konsep pengajaran dan
pembelajaran pada masa ini tidak hanya terarah dari pemberian
maklumat dari guru semata-mata sebaliknya pelajar-pelajar sendiri
perlu mendapatkan maklumat-maklumat yang relevan tentang apa-
apa yang dipelajari melalui pelbagai sumber khasnya secara maya.
Dengan kata lain, konsep pengajaran dan pembelajaran
memerlukan pelajar belajar secara sendiri dan tidak hanya menjadi
penerima ilmu semata-mata. Mereka perlu berubah kepada kaedah
penghasil ilmu bersama atau cocurators of knowledge berikutan
perkembangan pesat teknologi. Oleh hal yang demikian, perubahan
minda dalam kalangan warga pendidik amat dituntut untuk mereka
membentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang selaras
dengan perkembangan teknologi terkini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
5. Seperti yang telah saya katakan, penyelidikan mempunyai kaitan
yang amat rapat dengan inovasi. Inovasi sangat dituntut dalam
Islam kerana dapat memberi nilai tambah dan kebaikan yang
berterusan kepada kehidupan ummah. Firman Allah dalam Surah
Ar Ra’du ayat 11 bermaksud: “Bagi manusia ada malaikat-malaikat
yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,
mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak
mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada
yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi
mereka selain Dia”.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
6. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan budaya demi
memartabatkan lagi sistem pendidikan di negara ini. Sebagai warga
pendidik tuan-tuan dan puan-puan perlu berani menyelidik dan
menghasilkan sesuatu yang baharu dan bermanfaat untuk
mengatasi sebarang masalah. “Jangan takut untuk berubah. Kita
mungkin kehilangan sesuatu yang baik, akan tetapi pastinya akan
memperoleh sesuatu yang lebih baik”. “Apabila anda mempunyai
keinginan untuk memulakan, anda harus memiliki keberanian dan
kemampuan untuk menyelesaikannya, bukan sekadar
mengakhirinya.” Kata-kata ini merupakan kata-kata pakar motivasi
yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk warga
pendidik terus menjalankan penyelidikan dan seterusnya
menghasilkan sesuatu inovasi khasnya yang berkaitan dengan
pendidikan.
Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan
sekalianlah yang menjadi nadi dan tulang belakang untuk
menjadikan inovasi ini sebagai amalan. Oleh hal yang demikian
saya menyeru kepada semua warga pendidik agar memberanikan
diri membuat inovasi kerana tindakan ini boleh membantu kepada
peningkatan martabat pendidikan.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan Syabas
dan tahniah kepada semua peserta Seminar Angerah Guru Inovatif
kerana telah menjayakan pembentangan dan majlis hari ini berjalan
lancar. Semoga program ini dapat dijayakan lagi pada tahun tahun
seterusnya dan mencapai objektif seperti yang diharapkan serta
mendatangkan impak positif kepada semua warga pendidik.
Sekian, Terima kasih
KATEGORI
KEPIMPINAN
TUAN HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SLAIMAN
PENGETUA
SMK KABOGAN II,
WDT 48, 91308 SEMPORNA SABAH
ABSTRAK
7 habits adalah satu kaedah penelitian bertujuan untuk menghasilkan suatu
misi yang diterapkan dalam sekolah, SMK Kabogan II. Antara misi SKK2 adalah
melestarikan dan membangunkan potensi, ialah merujuk kepada usaha mengekalkan,
menetapkan dan tidak mengubah tujuan utama tentang sistem pendidikan yang
bermutu. Kebijaksanaan dari segi kaedah, pendekatan dan pelaksanaan sentiasa
mengalu-alukan dapatan amalan yang terbaik. Sekolah dan guru perlu mencari jalan
supaya murid hanya bakal menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik.
Konsep ini diterjemahkan melalui moto sekolah SMK Kabogan II, No1 di daerah
Semporna. Usaha bersama digambleng untuk mewujudkan pendidikan yang
bermutu ialah reka bentuk proses pembelajaran yang serasi dengan konsep
penyampaian ilmu pengetahuan yang sah dan benar. Antara strategi yang
terkandung dalam program 7 habits adalah memperkasakan headcount, analisis item,
analisis jurang isu yang wujud, sPect tools mencakupi sektor kurikulum, HEM khusus
kepada program SUMUR (Sahsiah Unggul Murid) dan Ko-kurikulum. Kumpulan
sasaran ini adalah para pelajar khususnya, guru-guru dan staf sokongan amnaya.
Bilangan pelajar seramai 660 orang, guru seramai 37 orang dan staff 5 orang.
Mengharapkan misi dan strategi yang diterima dapat menjana dan melahirkan
individu yang berpendidikan dan berketerampilan yang tinggi akhlaknya. Tempoh
pelaksanaan ini dilakukan dari 2022-2025. Dapatan awal, telah memperolehi
keberkesanan dari segi budi bahasa dan adab pelajar serta pencapaian akademik
semakin baik. Bagi memastikan misi tersebut tercapai, pihak sekolah perlulah
bekerjasama dalam erti kata bersama sepasukan (working together) demi
memastikan pendidikan yang diterima oleh generasi kini dapat membina individu
yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
ABSTRAK
HALA TUJU SEKOLAH SK LADANG SEGARIA
Aldam Bin Abdullah
Guru Besar
Sistem Pendidikan pada masa ini tidak lagi melalui proses yang mudah, bahkan semakin hari semakin
rumit. Tambahan lagi dengan lahirnya pelbagai aliran dan faham pemikiran Pendidikan semasa dan
bentuk kurikulm yang semakin bertambah kompleks. SK Ladang Segaria Semporna menetapkan hala tuju
sekolah sifar pemulihan pada akhir persekolahan 2022/2023. SK Ladang Segaria sentiasa mengorak
langkah agar sering selari dengan arus perubahan dan boleh bersaing dengan sekolah sekolah Pedalaman
1 di Malaysia.
Moto sekolah Bersama Menjana Kecemerlangan adalah berpaksikan Visi dan Misi KPM. SK Ladang
Segaria mempastikan kumpulan sasaran terdiri daripada pengurusan sekolah, pengurusn kurikulum,
pengurusan Hal Ehwal Murid , Pengurusan Ko Kurikulum dan pengurusan Pibg akan sentiasa menjurus
kepada kemenjadian murid. Kaedah dan strategi tambahan dalam pengurusan yang menjadi pemangkin
dalam profesion keguruan seperti PLC dan SKPMg2 menjadi panduan dalam melaksanakan program dan
aktiviti sekolah. Dalam perkongsian hala tuju sekolah Sk Ladang Segaria akan menjurus kepada kehadiran
murid ke sekolah, kerana akhirnya ketidak hadiran murid ke sekolah akan memberi impak dalam semua
bidang baik dalam kurikulum dan ko kurikulum sekolah. Dapatan menunjukkan murid murid SK Ladang
Segaria Melepasi Tahap Minimum tahap 1 dan 2 dalam PBD akhir persekolahan 2022/2023.
Perkongsian Amalan Terbaik
SK BUGAYA, SEMPORNA
Abstrak
Sebagai sebuah sekolah yang mengikuti Program TS25 dengan slogan “Paling
dipercayai”, SK Bugaya menetapkan hala tujunya iaitu memaksimumkan kemenjadian
murid dari aspek akademik, sahsiah dan ko-kurkulum dengan penuh integriti melalui
kepimpinan dan tadbir urus yang berkesan. Guru Besar sebagai pemimpin wajar
memimpin sesuai dengan situasi dan sumber yang ada di lapangan.
Menggelembengkan semua ini memerlukan kreativiti dan komitmen yang sentiasa
segar agar gerakan padu tercipta dan mampan dalam meningkatkan prestasi pasukan
kerja. Maka amalan terbaik menggunakan Model Hexagon A iaitu model yang disusun
untuk memacu prestasi sekolah ini telah mula menunjukkan keberhasilannya seperti
Penarafan pengurusan kewangan ‘Cemerlang’ tahun 2021, peningkatan Tahap Kualiti
P&P, 0.05% Pemulihan Tahap2 dan menjadi sekolah pilihan ibubapa.
Oleh: En. Mohd Soffian Bin Umarabar
Guru Besar SK Bugaya
ABSTRAK
SK MENAMPILIK
“MURID BESTARI SAHSIAH TERPUJI”
Oleh:
Halani bin Asilani
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Menampilik Semporna merupakan sebuah sekolah kurang
murid (SKM) yang terletak di kepulauan kecil di Daerah Semporna. Bagi
merialisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertepatan
dengan kehendak slogan sekoalah “Murid Bestari Sahsiah Terpuji”, sebagai hala
tuju, sekolah telah mereka bentuk beberapa amalan untuk mencapai tujuan tersebut.
Antaranya ialah seperti Perkhemahan Mini Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
dan Program Jendela Menara Gading telah dilaksanakan di sekoalah dan ianya telah
memeberikan impak yang sangat baik kepada murida dan sekolah. Selain itu,
Program Kumpulan Inovatif Kreatif Sulihanta (KIK Sulihanta) yang diperkenalkan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah digunakan sebagai satu ruang
menambah baik lagi pengurusan instruksional sekolah bagi memastikan
kemejadian murid dapat dicapai dengan semaksimum yang boleh. Jendela Menara
Gading (2019) merupakan inisiatif sekolah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik di sekolah kurang murid. Program ini dilajankan
berdasarkan konsep kelas seperti di universiti. Konsepnya, guru berada di dalam
kelas masing-masing manakala murid beredar ke kelas mengikut masa guru ataupun
subjek guru mengajar. Seterusnya sebagi usaha memastikan slogan sekolah tercapai,
pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu kaedah atau pendekatan yang
digunakan. Sekolah telah berjaya mengadakan Perkhemahan Mini Tunas Kadet
Remaja Sekolah TKRS (2019) dengan kerjasama komuniti, jalinan agensi luar dan
jaringan beberapa buah sekolah jiran selama dua hari satu malam. Inesiatf dan
pendekatan yang telah diambil sekolah ini sememangnya telah memberikan kesan
yang baik khususnya kepada kemenjadiaan anak didik itu sendiri.
PELANGI BAIT
Oleh : Ahmat Bin H Sapie
Guru Besar SK Pulau Bait Semporna
1 Pendidikan ialah proses yang sangat panjang untuk menilai keberkesanannya
dalam diri individu. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh diukur kejayaannya pada
masa kini. Murid yang pendai di sekolah rendah belum pasti menjadi murid yang
Berjaya pada masa akan datang.Murid yang tidak pandai di sekolah rendah boleh jadi
diakhir kehidupannya ialah orang paling berjaya berbanding dengan murid yang
pandai di sekolah rendah suatu ketika dulu. PELANGI BAIT ialah program
meitikberatkan proses pendidikan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan
menulis. Kemahiran asas ini perlu diselesaikan diperingkat sekolah rendah dalam
tempoh 6 tahun anak-anak berada di sekolah rendah. Pelangi dalam bait-bait data di
sekolah ialah asas kepada bagaimana bait bait data itu dijadikan suatu PLC setiap
masa oleh guru untuk mencari sinar pelangi setiap anak anak yang berada dalam
lingkungan sekolah
2 Sekolah Kebangsaan Pulau Bait ialah sekolah Luar Bandar Pedalaman Dua.
Mempunyai bilangan murid 166 orang termasuk PraSekolah. Sekolah ini berada
dalam lingkungan 10 terbaik di daerah Semporna dan sekolah terbaik luar bandar
kategori pedalaman Dua dalam daerah. Kearah menjadikan sekolah ini sekolah
cemerlang berbagai usaha dan perancangan telah dilakukan untuk mengekalkannya
sebagai sekolah yang baik dan cemerlang. Mengambil
Hasrat sekolah ini ingin menjadikan Sekolah Kebangsaan Pulau Bait diantara sekolah
yang berkesan. Sekolah cemerlang dan terbilang menjadi harapan dan impian
sepanjang saya menjadi Guru Besar di sini. Sekolah Kebangsaan (SK) yang baik
ialah melahirkan murid yang bijak dan pandai dari segi sahsiah dan jati diri sebelum
mereka melangkah ke Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) khususnya mereka
telah menguasai asas kemahiran 3M. Saya melihat kegagalan anak-anak diperingkat
SMK adalah disebabkan mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam dunia
pembelajaran yang lebih luas dan kompleks. Terjemahan ini saya melihat perlu
diselesaikan diperingkat Sekolah Rendah. Bermottokan HIDUP BERBAKTI DEMI
ANAK BANGSA saya percaya dapat menyedarkan warga sekolah khususnya guru
ibu bapa dan muird bagi merealisasikan impian dan harapan sekolah berkesan. Tidak
berkat kerja guru jika tidak hidup berbakti, Tidak sempuna pendidikan anak-anak jika
tidak hidup berbakti dan tidak berpuashati ibu bapa jika anak bangsa bangsa ini belum
mencapai tahap pendidikan yang membanggakan. Edmun (1979) mendefinisikan
keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi
kesaksamaan.Menurut beliau sekolah berkesan diukur berdasarkan kejayaannya
meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak yang lemah berbanding kanak-
kanak yang pandai, juga sekolah tidak layak diiktiraf sebagai sekolah berkesan jika
tidak memberi peluang pendidikan yang saksama. Sehubungan dengan itu sekolah
telah memilih kaedah dan pendekatan “Pencapaian Matlamat” (The goal Attaiment
Approach). Kecacatan sifar ( Zero Defect) disekolah Kebangsaan Pulau Bait telah
melaksanakan 4 Program Teras Kurikulum yang asas kepada penyelesaian masalah
3M demi mencapai matlamat sekolah berkesan. Program ini dinamakan PELANGI
BAIT.
ABSTRAK
SEPUTIH
SK SUNGAI TUHOK
OLEH:
HAJAH ASMAH BINTI HJ SALLEH
GURU BESAR
SK SUNGAI TUHOK, SEMPORNA
“Seputih SK Sungai Tuhok” adalah slogan yang dipilih seiring dengan
menyahut dan merealisasikan Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25), yang merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke
arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Hala tuju
sekolah adalah memastikan murid ‘Putih’ dalam 3M, pada akhir
persekolahan tahun 2022. Seiring mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025, HBKIK Sulihanta SK Sungai Tuhok, Semporna, telah
melaksanakan strategi bersepadu menerusi Profesional Leraning
Community dalam kalangan guru, untuk merealisasikan visi sekolah
dalam perlaksanaan Program Pemutihan 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira). Dapatan menunjukkan murid-murid SK Sungai Tuhok,
melepasi Tahap Penguasaan Minimum (TPM) TP1 dan TP2 dari Tahun 1
hingga tahun 3 dalam data PBD sekolah sehingga Jun 2022.
PERMATA DI TENGAH LAUTAN BIRU (SK PULAU DENAWAN)
Oleh : Aziz Jaafar bin Ab. Pattah @ Hj. Abd Fattah
Guru Besar SK Pulau Denawan
SK Pulau Denawan sebagai sekolah kurang murid (SKM) seiring dalam
merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan membawa
slogan “Permata di Tengah Lautan Biru”. Hala tuju sekolah adalah memastikan sifar
murid yang tidak boleh membaca untuk tahun ini selari dengan Program Gerak
Gempur Membaca (GGM) seterusnya dapat melahirkan bakat – bakat baru dalam
permainan catur. Justeru, setiap panitia menggiatkan aktiviti PLC untuk mencari
penyelesaian serta melakukan intervensi dalam PDP untuk membolehkan murid SK
Pulau Denawan mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP 3) dalam
setiap matapelajaran. Oleh itu, perkongsian amalan terbaik dikongsikan dalam
kalangan panitia.
PROFIL PEMBENTANG
Pn Rosni binti Abd Jal
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Tempat Bertugas :
SMK Bugaya,Semporna
Pencapaian :
Jurulatih Utama Kebangsaan Matapelajaran Kemahiran 2017-kini
Pegawai Penilai Modular( PP-m ) Kemahiran,Tahun 2022-2023
Pengubal/Pembina soalan Penilaian Akhir Kemahiran seMalaysia
( Kemahiran Asas Penyediaan makanan)
Pengiktirafan :
Anugerah Dedikasi Anak Syurga,Tahun 2021
Anugerah Pengurusan PPKI ( SM) Terbaik, Tahun 2021
PROJEK TEH TARIK SPECIAL EDUCATION
Oleh
Pn Rosni binti Abd Jal
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SMK Bugaya,Semporna
Budaya kerja dalam sesuatu organisasi di ambil kira sebagai faktor penyumbang kepada
pengrealisasian misi,visi sesuatu program atau aktiviti di sekolah.Budaya Kerja membezakan
antara satu individu dengan individu lain dalam cara berinteraksi dan bertindak menyelesaikan
suatu pekerjaan. Menurut Schein (1992:12), budaya kerja diajarkan kepada anggota termasuk
anggota yang baharu sebagai suatu cara yang benar dalam mengkaji, berpikir dan merasakan
masalah yang dihadapi. Inovasi berbentuk Projek Teh Tarikh Special Education merupakan satu
kaedah pembudayaan kepimpinan kerja yang yang diperkenalkan di PPKI SMK Bugaya. Projek
ini merupakan projek inovasi jangka panjang yang dirangka sejak tahun 2021 untuk mengatasi
isu warga PPKI SMK Bugaya yang mempunyai budaya kerja pasang surut dan kurang
sistematik( Sumber Rujukan : SKPMg2 Standrad 1,2 ,dan ,4 SMK Bugaya ). Projek ini
melibatkan warga PPKI dalam kalangan guru PPKI seramai 11 orang dan Pembantu Pengurusan
Murid seramai enam(6) orang. Kekuatan Pengetua dan Penolong Kanan Pendidikan Khas
bersama Pemimpin SLT( Senior Leader Team) yang lain telah digunakan untuk mengatasi isu
ini.Pernyataan isu dibuat melalui analisis SWOT dan Tulang Ishikawa. Konsep perlaksanaan
ialah setiap warga guru dan pembantu pengurusan murid akan diberikan peranan dalam
mengendalikan Inovasi Projek Teh Tarik Special Education bagi merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan sebagai Sekolah Berkualiti dan seterusnya akan memandu arah Murid
Berkeperluan Khas ke arah Kemenjadian Murid. Pengamalan budaya kerja 100 %
menggunakan konsep ‘I Lead You Lead : Role Model’ oleh penolong Kanan Pendidikan Khas.
Perjumpaan dan bimbingan dijadualkan dan direkod dalam rekod bimbingan. Sistem secara
Offline diperkenalkan bagi merekod beberapa keperluan Projek Teh Tarik .Hasil dapatan
mempamerkan impak positif melalui rekod pencapaian guru dan pembantu Pengurusan Murid
dalam keberhasilan PBPPP,dan sistem Penilaian LNP( HRMIS) tahun 2021-2022 dan soal selidik
tahap kepuasan bekerja semua guru PPKI dan pembantu Pengurusan murid . Di samping itu,
dalam usaha merealisasikan projek ini terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, antaranya ialah
budaya kerja yang berbeza dan sikap ego yang tinggi .Namun begitu,Penolong Kanan
pendidikan khas sentiasa berinisiatif untuk menangani isu-isu ini. Antara intervensi yang
dilaksanakan ialah bimbingan dan motivasi berterusan termasuklah #kepimpinan melalui teladan
’Role Model” kepada semua warga sekolah. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar projek ini
akan mencapai matlamat yang disasarkan dan memberi impak tinggi seterusnya dapat disebar
luas ke unit pengurusan yang lain sama ada peringkat dalam sekolah SMK Bugaya mahupun
luar sekolah.
Kata Kunci : Teh Tarik Special Education, I Lead You Lead: Role Model,
ABSTRAK
Meningkatkan Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah Menggunakan Kaedah
“Roghbatan Fi” kepada 10 Orang Murid SK Pulau Larapan, Semporna. Hala tuju
sekolah adalah untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, iaitu dalam
kalangan murid SK Pulau Larapan, Semporna melalui PLC. Kumpulan sasaran
terhadap 10 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan
Tahun 4 SK Pulau Larapan. Murid-murid ini terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan
3 orang murid perempuan. Meningkatkan Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah
Menggunakan Kaedah “Roghbatan Fi” kepada 10 Orang Murid SK Pulau Larapan,
Semporna. Fokus tindakan adalah untuk menangani masalah ketidakhadiran murid-
murid SK Pulau Larapan. Melalui tindakan ini diharapkan masalah ketidakhadiran
murid dapat diatasi, selain mengenal pasti punca ketidakhadiran dan menggalakkan
murid untuk hadir ke sekolah melalui kaedah yang dilaksanakan. Strategi PLC Sesi
Perkongsian Guru/Teacher Sharing telah digunakan sebagai intervensi dalam
tindakan ini iaitu dengan mengadakan lawatan ke rumah murid, perbincangan
sesama guru serta ibu bapa, memberikan anugerah dan pengikhtirafan serta
memberikan hukuman ringan kepada murid yang terlibat. Instrument utama yang
digunakan untuk mengumpul data ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen bagi menyokong data utama tindakan pihak sekolah. Hasil tindakan
Sekolah menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kehadiran murid ke sekolah yang
menunjukkan tindakan sekolah signifikan dalam mengatasi masalah ketidakhadiran
murid.
ERPH GOOGLE CLASSROOM(ERPHGC)
ABSTRAK
Oleh:
Umar bin Katek
SMK Tagasan
ERPH google classroom merupakan inovasi pelaksanaan penyediaan ,penghantaran dan
penyemakan rancangan pengajaran harian secara maya melalui google workpace iaitu
gabungan sheets , classroom dan email delima guru-guru.ERPHGC ini telah saya pelopori
di tiga buah sekolah, iaitu di SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah(2018), SMK Pamol(2020)
dan SMK Tagasan(2022).Ianya diaplikasikan dalam 4 proses.Pertama penyediaan tapak erph
menggunakan sheets .Tapak erph disediakan dalam 3 bahasa, iaitu bahasa melayu,bahasa
inggeris dan jawi dengan sekali klik bertukar secara automatik.Pada tahun 2022 ada
penambahbaikan oleh cikgu Nasri bin Amin Sali , guru ICT dengan penambahan
DSKP ,menu, butang minggu ,gambar pemeriksa dan mengurangkan atau menambahkan
baris (row) pada tapak erph sedia ada.Kedua ialah arahan penghantaran erph automatik
setiap minggu, markah prestasi penghantaran, komunikasi interaktif secara maya , rumusan
analisis penghantaran sama ada done,late atau missing dan markah individu melalui
classroom.Ketiga adalah proses pengisian tapak erph dan penghantaran kepada pemeriksa
masing-masing yang terdiri dalam kalangan pengetua,penolong-penolong kanan dan ketua-
ketua bidang.Manakala keempat pula ialah proses menandatangani dan pemberian markah
oleh pentadbir .Terdapat dua kaedah pemeriksaan iaitu insert gambar tandatangan jika
menggunakan laptop atau pc dan digital ink jika menggunakan telefon bimbit.Cuma
kelebihan digital ink melalui telefon bimbit , fail akan tersimpan secara automatik dalam
format pdf selepas ditandatangi , save dan submit yang masing –masing guru memperolehi
fail pdf tersebut.Selain itu semua info arahan penghantaran erph oleh admin dan pemeriksaan
erph oleh pentadbir akan diperolehi dari notifikasi melalui email delima yang synchronize
dengan classroom.Akhir sekali semua fail erph yang dihantar dan ditandatangani akan
tersusun dan tersimpan secara automatik dalam folder masing-masing mengikut minggu.
Susunan fail sistematik ini memudahkan proses pengaksesan dokumen-dokumen tersebut.
PROFIL PEMBENTANG
Pn Hjh Rozita binti Anjuh
Tempat Bertugas :
SMK Bugaya,Semporna
Pencapaian :
100% LULUS STPM 2 tahun berturut-turut
Juara D Corde Hap Seng Peringkat Negeri
Inovasi Kokurikulum Terbaik ( SM) Tahun 2020
Pengiktirafan :
Anugerah Pemimpin Instruksional ,Tahun 2021
Anugerah Pemimpin ICT Pembestarian sekolah Zon Tenggara
Anugerah Pembudayaan Penyelidikan ( SM), Tahun 2021
Anugerah Pengurusan Integriti e-Operasi ( SM) ,Tahun 2021
Anugerah Dedikasi Anak Syurga, Tahun 2021
Anugerah Pengurusan HEM, Tahun 2021
Kepimpinan Terbaik, Pengurusan Kokurikulum, tahun 2020
Sekolah Cemerlang Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) ,Tahun 2018
THE GREAT LEADER
Oleh
Hajah Rozita binti Anjuh
Pengetua,SMK Bugaya,Semporna
Konsep Kepimpinan melalui teladan diilhamkan dan diperkenalkan oleh Ralph Nader: Nader,
Ralph (1991) "Leadership and the Law," Hofstra Law Review: Vol. 19: Iss. 3, Article 1. Beliau
menyatakan bahawa “ The Function of Leadership is to produce more leaders, not more
followers. Projek Inovasi “The Great Leader” merupakan projek jangka panjang yang dirangka
untuk mengatasi isu keupayaan warga SMK Bugaya memimpin organisasi termasuk dalam
program atau aktiviti (Sumber Rujukan : NKRA,SKPMg2 SMK Bugaya,Standrad 1 dan 2, Tahun
2016-2021 ). Projek Inovasi The Great Leader melibatkan semua warga SMK Bugaya seramai
123 staf( Guru dan AKP). Peringkat awal, projek ini mensasarkan pemimpin SLT( Senior Leader
Team) seramai enam(6) orang dan MLT ( Middle Leader Team) seramai empat(4) orang dan
satu(1) Ketua Pembantu Tadbir.Kekuatan pengetua telah digunakan untuk mengatasi isu ini.
Pernyataan isu dibuat melalui analisis SWOT dan tulang ikan ishikawa. Manakala pemilihan
Program Terbaik melalui TOW Matriks. Konsep perlaksanaan ialah setiap pemimpin SLT dan
MLT akan mengendalikan Projek : Kepimpinan Berasaskan Projek dan Teamwork . Berpandukan
Konsep ini pengetua akan membimbing SLT dan MLT dari segi pengurusan dan pentadbiran
sebagai seorang Leaders dengan pendekatan PDCA, seterusnya pemimpin SLT dan MLT akan
membimbing guru diperingkat organisasi masing-masing.Dari aspek Teamwork, pemimpin SLT
dan MLT akan mengembeling tenaga bekerjasama menjayakan program di unit masing-
masing.Perjumpaan dan bimbingan dijadualkan dan direkod dalam rekod bimbingan dan
akhirnya merujuk kepada SKPMg2 Standrad 1 dan 2 seterusnya SPLKPM SMK
Bugaya.Perlaksanaan projek Inovasi The Great Leader ini diharapkan dapat menyelesaikan isu
keupayaan pemimpin memimpin organisasi.Hasil dapatan mempamerkan impak positif melalui
pencapaian dan kejayaan yang diraih oleh SMK Bugaya melibatkan pengurusan Kurikulum, Hal
Ehwal Murid , Ko-kurikulum, Pengurusan Petang, Tingkatan Enam dan Pengurusan Pendidikan
Khas sepanjang tahun 2022.Di samping itu, dalam usaha merealisasikan projek ini terdapat
pelbagai cabaran yang dihadapi, antaranya ialah kekangan kesihatan pemimpin SLT dan
MLT,dan budaya kerja yang berbeza.Namun begitu,pengetua sentiasa berinisiatif untuk
menangani isu-isu ini. Antara intervensi yang dilaksanakan ialah bimbingan dan motivasi
berterusan termasuklah #kepimpinan melalui teladan ’Role Model” kepada semua warga
sekolah. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar projek ini akan mencapai matlamat yang
disasarkan dan inovasi kepimpinan ini memberi impak tinggi kepada Kemenjadian murid dan
Kualiti Sekolah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan ( PPPM 2013-2025).
Kata Kunci : The Great Leader, PDCA ( Plan-Do-Check-Act ) ,Pemimpin Senior Leader
Team,Middle Leader Team ( SLT,MLT)Kepimpinan Berasaskan Projek,Teamwork
Abstrak
Selaras dengan falsafah pendidikan iaitu “melahirkan rakyat Malaysia berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”, sekolah-sekolah di Malaysia
perlu memainkan peranan untuk memastikan paradigma ilmu pengetahuan seiring dengan
falsafah pendidikan. Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan merupakan salah satu sekolah
menengah yang ditubuhkan pada 1989 yang terletak di daerah Semporna Sabah. Sekolah ini
diterajui dengan slogan halatuju iaitu “Centre of Excellent” yang bermaksud pusat
kecemerlangan. Antara strategi yang dilaksanakan dalam memastikan sekolah sebagai pusat
kecemerlangan adalah berdasarkan kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan kokurikulum.
Pelbagai program akan dilaksanakan untuk melahirkan murid cemerlang dalam berbagai
bidang, antaranya (i) Program Buliga Kalloganku dilaksanakan oleh unit kurikulum, (ii)
Program Ilu Come Ngisku dilaksanakan oleh unit HEM, (iii) Program Committees Leadership
Training, Home Away From Home, Road to National Level, Reaching for The Star
dilaksanakan oleh unit kokurikulum. Namun, kumpulan sasaran untuk program-program ini
adalah murid tingkatan 5 kerana kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menjurus
kepada ketiga-tiga unit utama ini. Dapatan keputusan SPM bagi tahun 2021 menunjukkan
peningkatan terhadap Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) berbanding tahun sebelumnya iaitu
6.49 untuk tahun 2021 dan 6.64 tahun sebelumnya. Peningkatan sebanyak 0.15 menunjukkan
bahawa slogan yang digunakan boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai
kecemerlangan berdasarkan program-program yang di atur sebaiknya dengan kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat.
Profil Pembentang
Tn. Mohd Yousof Bin Mohammad
Penolong Kanan Petang
Tempat Bertugas:
SMK Bugaya, Semporna
Abstra
Bog-Bog Pag
Oleh
Tn. Mohd Yousof Bi
Penolong Kanan Peta
Kemenjadian murid membawa maksud perihal murid didalam bidang akademik, kokurikulum se
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Manakala, Mohd Asran (2022) mendefinisika
perubahan tingkah laku atau lebih dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterus
yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian dan seterusnya merupakan usaha untu
Terdapat beberapa program yang dilaksanakan dibawah BOG-BOG PANGSULUTAN iaitu s
mutiara. Program sentuhan rohani telah berjaya dilaksanakan dan memberikan kesan yang p
solat zohor dan asar di surau Ar- Rayyan. Manakala, Program Mentor-mentee dan Watikah P
sebagai seorang pelajar serta melahirkan pemimpin pelajar yang berkebolehan untuk memas
dilihat apabila para pelajar sesi petang lebih patuh dan hormat terhadap arahan guru dan pe
disiplin sekolah. Program Sekolahku Bersih melibatkan aktiviti Pertandingan Keceriaan Kelas
mementingkan kebersihan dan keceriaan kelas sepanjang minggu persekolahan. Disamping it
dalam menguasai kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan. Program Mencari Mutiara
2022 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang giat melibatkan diri dalam
sekolah. Akhir sekali, pemberiaan anugerah dan penghargaan akan diberikan kepada pelajar d
dalam program Majlis Apresiasi Pelajar (MAP) yang akan dilaksanakan pada Bulan November 2
Kata Kunci: Kemenjadian murid, Bog-bog Pagsulutan
ak:
gsulutan
in Mohammad
ang SMK Bugaya
erta pembangunan sahsiah yang membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam
an kemenjadian murid sebagai indicator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui
san ke akhir persekolahan. Justeru, Program bog-bog pagsulutan adalah satu program
uk mencegah masalah disiplin yang melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 di sesi petang.
sentuhan rohani, mentor-mentee, sekolahku bersih, gemilang cemerlang dan mencari
positf terhadap akhlak dan ibadah dimana pelajar sesi petang sama-sama menunaikan
Pelantikan Pelajar bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cakna dengan tugas-tugas
stikan rakan pelajar mematuhi disiplin sekolah. Hasil daripada program tersebut dapat
emimpin pelajar juga lebih mengetahui tugas masing-masing berkaitan peraturan dan
yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan penghargaan kepada kelas-kelas yang
tu, Program Gemilang Cemerlang memberikan kesan kepada pelajar sebagai panduan
pula adalah satu program yang sedang dilaksanakan bermula dari bulan Jun- Oktober
3 Bidang utama iaitu Hal Ehwal Pelajar (HEM), unit Kurikulum dan unit Kokurikulum
dan juga guru pembimbing yang cemerlang dalam ketiga-tiga bidang utama sekolah di
2020.
PROFIL PEMBENTANG
Pn Hjh Rusnah binti Apdal
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Tempat Bertugas :
SMK Bugaya,Semporna
Pencapaian :
Anugerah Ikon HEM ( SM ), Tahun 2021
Tandas Bersih 4 Bintang
Anugerah HEM ( SM ) Pengurusan Bantuan Terbaik, Tahun 2020
Anugerah Pengurusan HEM ( SM) Cemerlang, tahun 2021
PROJEK ZOOM IN PARENT
Oleh
Hjh Rusnah binti Abdal
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Bugaya,Semporna
Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti dan program sekolah memberi
kesan terhadap pencapaian murid (Jowett & Baginsky,1991” West, Naden,Edge,& David,1997).
Justeru, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya penglibatan ibubapa murid dalam
program dan aktiviti sekolah tidak dapat ditingkatkan (Henders & Mapp,2000). Penglibatan
ibubapa bukan hanya di sekolah malahan ibubapa perlu melibatkan diri dalam pendidika anak-
anak di rumah (Shaveland & Walls,1998:Epstein, Sanders,Simon,Salinas,Janson, & Van
Voorhis,2002). Di Malaysia, keadaan yang serupa berlaku. Ibu bapa didapati kurang melibatkan
diri dalam pendidikan anak-anak mereka ketika di sekolah menengah(Mohd Fami, Mohamed
Sharif & Roslee, 2008; Mazana Ismail, 2001; Azizi Yahya,Nordin Yahya & Mohd Sofie Bahari
,2004). Alasan kepada kurangnya penglibatan ibubapa ini mesti dikenal pasti dan bagaimanakah
caranya bagi mempertingkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah
menengah. Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di
Malaysia, ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus
menyokong pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antarasalah laku yang paling dominan dan
menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan
ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Stuphen, Fort dan Faltherty (2009),
menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolahtanpa sebab dalam
sesuatu tempoh masa. Kemudian, menurut Zhang, Wilson, Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu(2010),
ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa,
pendidik dan Kementerian Pendidikan Malaysia. SMK Bugaya melihat isu kehadiran murid ini
perlu diselesaikan agar segala perancangan sekolah memberi impak besar dan pihak sekolah
tidak hanya bertepuk sebelah tangan. Ini juga bersesuaian dengan trend pelajar sekarang yang
tidak gemar melibatkan ibubapa mereka dalam proses pengajaran pembelajaran mereka malah
lebih percaya kepada penglibatan rakan sebaya. Justeru, Projek ‘Zoom in Parent’ ini dipilih
kerana diyakini dapat menyelesaikan isu kehadiran murid.. Seramai 1700 orang murid di SMK
Bugaya membawa 913 orang ibubapa dilihat menjadi benteng kekuatan kejayaan. Satu usaha
yang agak mustahil pada awalnya tetapi memberi impak yang besar apatah dengan penularan
Pandemik Covid 19. Dengan bekerjasama dengan ibubapa telah memberi impak peningkatan
kehadiran murid yang sekaligus memberi impak kepada kemenjadian murid dan kualiti sekolah
selaras dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( PPPM
2013-2025).
Kata kunci: ‘Zoom In Parent “
SAGI_2022
KAEDAH PAPAN TERRACE-X DALAM
PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI
Encik Arman bin Abdul Rahim
Penolong Pegawai, Unit Sumber dan Teknologi, Pejabat Pendidikan
Daerah Semporna
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, (Bec) Hons Universiti Utara
Malaysia
Cik Adzni binti Abdul Rahim
Tutor matematik, Pusat Pembelajaran Persendirian. Lulusan Ijazah
Sarjana Muda Sains Komputer (Bec) dan Sarjana Sains Komputer,
Universiti Malaya, Malaysia
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 1
SAGI_2022
1.0 PENGENALAN
Bidang pengajian matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat
sejak dahulu lagi. Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi
melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek dan berketrampilan. Justeru,
setiap pelajar haruslah mempelajari setiap cabang ilmu yang ada selagi mempunyai
peluang. Matematik diletakkan sebagai salah satu cabang ilmu yang penting untuk
dipelajari oleh pelajar-pelajar. Menurut Mokhtar Hj. Mansor (2004), matematik adalah
satu bidang pengajian yang sangat penting untuk dimasukkan dalam sukatan di
sekolah. Pernyataan ini disokong oleh Ashlock (1972), (dalam Mokhtar Hj. Mansor,
2004) yang memberi pernyataan bahawa memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
adalah penting untuk setiap kanak-kanak mempelajari matematik di sekolah.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), matlamat pendidikan matematik di
sekolah rendah adalah untuk membina dan memperkembangkan kemahiran dan
kefahaman berkaitan dengan konsep nombor dan kemahiran asas mengira untuk
operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam penyelesaian
masalah harian. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran
Matematik di sekolah. Ini secara tidak langsungnya akan menggalakkan pelajar-pelajar
untuk berfikir secara rasional dan mencari idea-idea yang bernas sebelum membuat
sesuatu operasi penyelesaian masalah. Kandungan mata pelajaran Matematik di
sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang pembelajaran yang utama iaitu
nombor, ukuran, bentuk dan ruang dan statistik.
Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan
penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin dan bukan rutin (Zainuddin
2010). Dalam penyelesaian masalah matematik, murid tidak harus dikongkong oleh
satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang
sesuai perlu digalakkan, lebih-lebih lagi yang bersesuaian dengan peringkat
perkembangan kognitif murid, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui
oleh murid. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1952), menyatakan bahawa
tahap perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan mengalami perubahan melalui
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 2
SAGI_2022
empat peringkat iaitu sensori-motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit
(7-11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Justeru,murid-murid
sekolah rendah berada di peringkat operasi konkrit dan pada peringkat ini, murid-murid
sangat memerlukan bahan sokongan yang bersifat maujud atau menggunakan ‘hands-
on material’.
Dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah, masalah yang amat ketara adalah
dalam topik sifir, darab dan bahagi. Murid-murid di sekolah rendah seharusnya
menguasai konsep asas darab dan bahagi iaitu melibatkan sifir. Operasi penambahan
dan penolakan merupakan salah satu topik yang mudah tetapi apabila melibatkan
operasi pendaraban dan pembahagian,murid-murid mengalami masalah yang boleh
dikatakan agak serius (Mazuin, 2009). Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada
masalah ini ialah teknik yang diajar, persekitaran dan perbezaan individu.
Azizi dan Hu Laey Nee (2010) menyatakan bahawa ramai murid gagal dalam
menguasai Matematik dengan baik kerana mereka menghadapi masalah untuk
menguasai konsep operasi asas. Operasi asas yang dimaksudkan ialah operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Stanley Gawing dan Julaihei (2006) menyatakan
bahawa antara keempat- empat operasi asas ini, murid dilihat agak sukar dan
menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas darab. Penyataan ini turut disokong
oleh Azizi dan Hu Laey Nee (2010) di mana mereka menyatakan bahawa di
kebanyakan sekolah, operasi darab dan bahagi merupakan satu operasi yang sukar
dikuasai murid. Penyataan- penyataan ini ditegaskan lagi oleh Cooper (1994) yang
menyatakan bahawa fakta asas pendaraban adalah lebih sukar bagi sesetengah murid
kerana coraknya adalah kurang jelas dan nombor-nombor yang terlibat lebih besar.
Fenomena ini berlaku kerana murid hanya diarahkan untuk menghafal fakta asas darab
sahaja tanpa memahaminya (Aida, 2006). Sedangkan, fakta asas darab adalah sangat
berkait rapat dengan fakta asas tambah kerana darab merupakan hasil daripada
penambahan berulang.
Menurut Matematik KSSR, guru-guru dibekalkan dengan Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi. Ia merupakan salah satu panduan
yang boleh digunakan kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Modul pengajaran ini secara tidak langsungnya akan membantu guru
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 3
SAGI_2022
terutamanya guru-guru Matematik mengatasi masalah penguasaan kemahiran darab
murid.
2.0 LATAR BELAKANG
Kita sentiasa mendengar bahawa murid mengalami masalah dalam operasi asas
terutama operasi bahagi dan menganggap Matematik merupakan satu mata pelajaran
yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa Matematik adalah mata
pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu
faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah
rendah dan menengah mempelajari Matematik.
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik
menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu
kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Menurut
Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna
apabila bahasa yang betul dan konsep yang betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang
sesuai boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing,
apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini
iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku
membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran
yang formal tentang aspek-aspek bahagi.
Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi
tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah,
tolak dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap
kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk
kemahiran membahagi di amalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan
menyelesaikan masalah bahagi. Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek
penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi
bahagi.Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Bubul 1, Semporna antara
punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi
bahagi adalah sikap murid itu sendiri. Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif
untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah
bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas
membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya. Kesimpulan
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 4
SAGI_2022
yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah (1994) tentang kelemahan murid dalam
penyelesaian masalah bahagi. Masalah-masalah yang dihadapi murid adalah menulis ayat
matematik yang terbalik pembahagi dan yang dibahagi, tidak dapat membaca dan memahami
maksud atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang maksud yang dikemukakan secara lisan dan
tidak dapat menulisnya kepada bentuk ayat matematik.
Oleh itu, kajian ini memfokus kepada satu kaedah lain iaitu “Teknik Terrace (level
1)” iaitu bahagi kepada satu digit dalam membantu murid untuk menguasai operasi
bahagi kepada satu digit dan seterusnya dapat menjawab soalan bahagi.
3.0 PENYELESAIAN ISU
Dalam kajian ini, kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan. Untuk kaedah kuantitatif,
data dikumpul menggunakan ujian pra dan ujian pos. Data kuantitatif dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif iaitu menggunakan min dan peratus. Kaedah kualitatif
pula menggunakan analisis dokumen daripada latihan-latihan murid, temubual
berstruktur dan pemerhatian.
Kajian dilakukan terhadap pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bubul II. Kajian akan
melibatkan sampel murid-murid yang berada di Tahap 1 iaitu seramai 52 orang.
3.1 UJIAN PRA : ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN MATEMATIK TAHUN 3
KELAS BIL HADIR A B C D E
3A MURID UJIAN (16-20) (13-15) 10-12) (8-9) (0-7)
35 20 6 9 5 0 0
3B 36 18 5 8 4 1 0
3C 34 14 6 4 2 1 1
JUM 105 52 17 21 11 2 1
PERATUS 32.6% 40.3% 21.1% 3.8% 1.9%
3.2 UJIAN POST : ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN MATEMATIK TAHUN 3
KELAS BIL HADIR A B C D E
3A MURID UJIAN (16-20) (13-15) 10-12) (8-9) (0-7)
35 20 9 6 5 0 0
3B 36 18 8 5 5 0 0
3C 34 14 10 1 3 0 0
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 5
JUM 105 52 27 12 13 SAGI_2022
51.9% 23.0% 25% 00
PERATUS 00
3.3 PERBANDINGAN ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POST
KELAS BIL HADIR A B C D E
MURID UJIAN (16-20) (13-15) 10-12) (8-9) (0-7)
32.6% 40.3% 21.1% 3.8% 1.9%
PERATUS
0
PERATUS 51.9% 23.0% 25% 0
Berdasarkan perbandingan analisis ujian pra dan post yan telah dilaksanakan. Murid
tahun 3 berjaya menyelesaikan masalah konsep bahagi mengikut tempoh masa yang
diberikan. Skor A menunjukkan peningkatan 32.6% kepada 51.9% dan skor B menurun
dari 40.3% kepada 23%, skor C meningkat 21.1% kepada 25%. Pada asalnya 5.7%
murid atau 3 orang murid memperoleh skor D dan E dan setelah ujian post semua
murid berjaya mendapat skor lebih baik.
4.0 INOVASI PENYELESAIAN ISU
Daripada kajian permasalahan pelajar dalam operasi bahagi, satu kaedah mudah telah
dilaksanakan dengan menghasilkan papan Terrace-x yang mana akan digunakan oleh
pelajar untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi kepada satu digit
seperti berikut:
KAJIAN PAPAN TERRACE-X DALAM PENYELESAIAN KONSEP BAHAGI 6