Kesemua responden telah menjawab 5 soalan yang dikemukakan kepada mereka.
Sebanyak 4 item dari soal selidik ini dipilih untuk dibincangkan iaitu item 2, 3, 4 dan 5.
Bil Pernyataan
1. Saya mengenali Hang Tuah.
2. Saya mengetahui tempat asal Hang Tuah.
3. Saya mengetahui tugas Hang Tuah.
4. Saya mengenali sahabat-sahabat Hang Tuah .
5. Saya mengenali ibu bapa Hang Tuah.
14
Item 2: Saya mengetahui tempat asal Hang Tuah.
Untuk item ini, sebelum mereka menggunakan inovasi Pantun Tuah, seramai 3 orang murid
memilih untuk menjawab ‘Ya’ dan 2 orang murid memilih ‘Tidak’. Setelah mereka
menggunakan inovasi ini, kelima-lima responden memilih jawapan ‘Ya
Rajah 2: Sebelum inovasi dijalankan
15
Item 3: Saya mengetahui tugas Hang Tuah.
Untuk item ini, sebelum mereka menggunakan inovasi Pantun Tuah, seramai 2 orang murid
memilih untuk menjawab ‘Ya’ dan 3 orang murid memilih ‘Tidak’. Setelah mereka
menggunakan inovasi ini, kelima-lima responden memilih jawapan ‘Ya’.
Rajah 4: Sebelum inovasi dijalankan
16
Item 4: Saya mengenali sahabat-sahabat Hang Tuah.
Untuk item ini, sebelum mereka menggunakan inovasi Pantun Tuah, kelima-lima orang
murid memilih ‘Tidak’. Setelah mereka menggunakan inovasi ini, kelima-lima responden
memilih jawapan ‘Ya’.
Rajah 6: Sebelum inovasi dijalankan.
Rajah 7: Selepas inovasi dijalankan.
17
Item 5: Saya mengenali ibu bapa Hang Tuah
Untuk item ini, sebelum mereka menggunakan inovasi Pantun Tuah, kelima-lima orang
murid memilih ‘Tidak’. Setelah mereka menggunakan inovasi ini, kelima-lima responden
memilih jawapan ‘Ya’.
Rajah 8: Sebelum inovasi dijalankan.
Rajah 9: Selepas inovasi dijalankan.
18
Keputusan soal selidik sebelum inovasi dijalankan:
Aspek Penilaian Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Saya mengenali Hang Tuah. // / / /
Saya mengetahui tempat asal Hang / x / x/
Tuah.
Saya mengetahui tugas Hang Tuah. x x / /x
Saya mengenali sahabat-sahabat x x x xx
Hang Tuah.
Saya mengenali ibu bapa Hang x x x xx
Tuah.
Keputusan soal selidik selepas inovasi dijalankan:
Aspek Penilaian Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Saya mengenali Hang Tuah. // / / /
/ / /
Saya mengetahui tempat asal Hang / / / /
Tuah. / / / / /
/
Saya mengetahui tugas Hang Tuah. / /
/
Saya mengenali sahabat-sahabat / /
Hang Tuah. / /
Saya mengenali ibu bapa Hang
Tuah.
Kesimpulan daripada data yang diperoleh melalui soal selidik, terdapat beberapa
perkara yang murid tidak kuasai sepenuhnya seperti tempat asal Hang Tuah, tugas Hang
Tuah, sahabat-sahabat Hang Tuah dan ibu bapa Hang Tuah. Walau bagaimanapun,
kesemua responden berjaya menguasai kesemua item selepas menggunakan inovasi ini.
Hal ini jelas membuktikan, inovasi ini berjaya mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh
murid sebelum ini.
19
8.6.2 Ujian Pra Dan Pasca
Ujian pra dan pasca merupakan instrumen kedua yang digunakan bagi menganalisis
keberkesanan inovasi digital ini. Ujian ini mempunyai 5 soalan objektif yang perlu dijawab
oleh murid-murid yang terlibat. Berikut merupakan keputusan analisis data berdasarkan
ujian pra iaitu ujian yang dilakukan sebelum menggunakan inovasi digital dan keputusan
ujian pasca iaitu ujian yang dilakukan selepas menggunakan inovasi digital Pantun Tuah.
Murid Markah Ujian Pra ( /5) Markah Ujian Pasca ( /5)
1 2 5
2 3 5
3 2 5
4 1 5
5 3 5
Rajah 8: Keputusan Markah Ujian Pra sebelum Inovasi Digital dilaksanakan.
20
Rajah 9: Keputusan Markah Ujian Pra sebelum Inovasi Digital dilaksanakan.
Kesimpulannya, kelima-lima murid-murid tahun 4 Dinamik berjaya menunjukkan
peningkatan yang positif sebelum dan selepas inovasi digunakan. Hal ini jelas menunjukkan
inovasi Pantun Tuah meningkatkan pemahaman murid terhadap PdPc guru sekaligus
berjaya mencapai objektif yang diinginkan daripada inovasi ini.
21
Sesi PdPc tanpa Inovasi Pantun Tuah.
Guru menerangkan inovasi digital Pantun Tuah kepada murid.
22
Murid menjawab soalan berkaitan riwayat hidup Hang Tuah.
Murid mencuba sendiri inovasi digital Pantun Tuah.
23
Sesi pengujian selepas pengaplikasian inovasi Pantun Tuah.
Sesi bergambar antara guru dan murid-murid.
24
10.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum standard sekolah rendah dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran : Bahasa Malaysia tahun dua.(1st ed.).
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Belajar. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.
Ragbir Kaur. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Weintraub, A.N. (1990). The music of Pantun Sunda, an epic narrative of West Java,
Indonesia. ProQuest Dissertations and Theses. Diambil pada 1 April 2018, daripada
http://search.proquest.com/docview/194023581?accountid=1377.
25
LAPORAN INOVASI
CATION AND ANION KIT BOX
KATEGORI ANUGERAH INOVASI
PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH
NORLIZA LENA BINTI AJUH
SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH
SEMPORNA
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar belakang
Matlamat pendidikan sains di Malaysia menekankan ke arah melahirkan masyarakat
berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Namun sistem
Pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan tidak menyediakan
persekitaran yang kondusif ke arah pembudayaan literasi sains. Di samping itu, guru juga
tertekan dalam menghabiskan silibus dan kurang memberi tumpuan terhadap
penguasaan pengetahuan dan konsep sains. Pengajaran sains kurang mengamalkan
pendekatan yang melibatkan pelajar secara aktif seperti membenarkan pelajar membuat
aktiviti secara hands-on. Implikasi yang diberikan, khususnya kepada pelajar, bukan
sekadar kegagalan menemui keunikan sains dalam setiap dimensi kehidupan mereka,
tetapi turut gagal dalam misi ke arah pembudayaan literasi sains sepertimana yang
diharapkan. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
Pelajar Sains dan Kimia didapati kurang memahami konsep pembentukan
sebatian daripada ion positif dan ion negatif di mana mereka tidak mampu untuk
mengingati nama dan jenis-jenis ion ini. Subtopik ini terdapat di dalam mata pelajaran
Sains tingkatan 4 iaitu pembentukan kation dan anion manakala dalam mata pelajaran
Kimia tingkatan 4 iaitu pembentukan formula sebatian ion. Bagi memupuk minat pelajar
dalam subtopik ini, aktiviti hands-on perlu dirancang dan dibina bagi meningkatkan rasa
ingin tahu dalam kalangan pelajar. Selain itu, aktiviti ini juga boleh membina sikap positif
pelajar terhadap subjek Sains dan Kimia seterusnya menunjukkan tingkah laku yang
positif untuk memperolehi pencapaian yang baik dalam subjek-subjek ini.
1.2 Idea penyelesaian isu
Bagi menyelesaikan masalah pelajar kurang mengingati nama dan jenis-jenis ion ini,
maka saya telah membina satu bahan bantu mengajar yang boleh membantu mereka
mengingati ion-ion ini dengan mudah di samping dapat memahami dengan lebih lanjut
bagaimana pembentukan sebatian daripada ion-ion ini.
1.3 Inovasi penyelesaian isu
Saya telah membina satu kit box yang dinamakan sebagai Cation and Anion Kit Box yang
mengandungi unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur dan unsur-unsur ini boleh
menjadi ion bercas positif yang dipanggil sebagai kation dan ion bercas negatif yang
dipanggil sebagai anion. Saya mengasingkan dua jenis ion ini di dalam box bernama
Cation Box dan Anion Box.
Saya juga telah menyediakan beberapa kad untuk menunjukkan pembentukan
kation dan anion, pembentukan sebatian ion dan seimbangkan persamaan kimia. Kaedah
ini boleh membantu pelajar untuk melihat bagaimana ion-ion ini bertindak balas di
samping mereka dapat mengingati nama-nama ion ini.
2.0 KEBERKESANAN
2.1 Tahap pelaksanaan
‘Cation and Anion Kit Box’ ini mengandungi dua box iaitu Cation Box dan Anion Box.
Terdapat tiga jenis kad yang disediakan untuk pelajar Sains dan Kimia. Pelajar Sains
akan menggunakan kad pembentukan kation dan anion sahaja manakala pelajar Kimia
akan menggunakan ketiga-tiga kad iaitu pembentukan kation dan anion, pembentukan
sebatian ion dan seimbangkan persamaan kimia.
2.2 Kebolehlaksanaan
Saya telah menguji Cation and Anion Kit Box ini kepada pelajar saya. Mereka mempunyai
rasa ingin tahu yang tinggi dan mereka berminat untuk melihat jenis dan nama ion yang
terdapat di dalam Cation Box dan Anion Box. Mereka boleh menyentuh dan melihat
unsur-unsur yang terdapat di dalam box ini di samping dapat mengetahui jenis-jenis
unsur dan ion-ion yang terbentuk.
Kad yang disediakan pula perlu bimbingan guru untuk membantu mereka lebih
memahami pembentukan kation dan anion, pembentukan sebatian ion dan seimbangkan
persamaan kimia.
3.0 IMPAK
3.1 Penjimatan masa
Masa untuk menyediakan bahan ini memakan masa sehari sahaja kerana proses untuk
menyediakan bahan ini adalah membina kit box, mencetak, menggunting dan melekat
seterusnya mengasingkan ion-ion ini kepada kation dan anion.
3.2 Penjimatan kos
Kos untuk membina bahan ini hanya di bawah RM5.00 kerana kit box yang digunakan
serta box untuk kation dan anion adalah daripada bahan-bahan terpakai seperti kotak
kasut dan bekas biskut raya. Selain daripada itu, saya menggunakan beberapa keping
kertas warna dan gam untuk mencetak kation dan anion serta kad.
3.3 Kebolehlaksanaan mudah digunakan
Cation and Anion Kit Box ini mudah digunakan dan guru boleh fotocopy kad-kad yang
telah disediakan dan memberikan kepada pelajar. Guru perlu membimbing pelajar untuk
lebih memahami bagaimana pembentukan kation dan anion, pembentukan sebation ion
dan seimbangkan persamaan kimia melalui kad yang telah disediakan.
3.4 Peningkatan produktiviti
Bahan bantu mengajar ini boleh dikongsi dengan guru lain dalam bentuk softcopy yang
telah dibina oleh saya. Mereka boleh mencetak bahan ini untuk kegunaan pelajar mereka.
Selain daripada itu, saya juga ingin membina kit box ini dalam bentuk interaktif dan secara
atas talian menggunakan games atau aplikasi sedia ada supaya lebih meningkatkan
minat pelajar serta membuat jaringan yang lebih luas antara guru-guru dan pelajar di luar
sana.
4.0 SIGNIFIKAN KEPADA EKOSISTEM PENDIDIKAN
Pembinaan bahan bantu mengajar berbentuk fizikal lebih menarik minat pelajar dan
meningkatkan kefahaman mereka dalam mempelajari subjek Sains dan Kimia.
Pengajaran secara tradisional seperti chalk and talk tidak releven dengan perkembangan
semasa teknologi yang makin pesat. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi pembelajaran seperti PAK 21, flipped classroom, inkuiri penemuan,
pembelajaran masteri dan pembelajaran berasaskan masalah untuk memenuhi
keperluan pelajar dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran masa
kini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu, maka tercetusnya idea
untuk membina Cation And Anion Kit Box ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dalam topik Jadual Berkala Unsur amnya dan pembentukan kation dan anion khususnya.
Di mana bahan bantu mengajar ini boleh digunakan oleh pelajar Sains dan Kimia
seterusnya memperkembangkan lagi pengetahuan mereka dalam pembelajaran
seterusnya berkaitan dengan unsur dan sebatian.
5.0 KESIMPULAN
Semoga inovasi yang telah dibina ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar Sains dan
Kimia dalam topik berkaitan kation dan anion. Selain itu, saya juga berharap pembinaan
inovasi ini dapat meningkatkan minat mereka dalam mempelajari topik sains yang
seterusnya. Guru juga memainkan peranan yang besar dalam inovasi ini kerana peranan
guru adalah menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Selain itu, guru
perlu menggunakan pengetahuan pedagodinya dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran agar memberi impak yang besar kepada pelajarnya. Akhir kata,
semoga dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan guru ini mampu memberi kesan positif
terhadap pelajar agar mereka lebih cemerlang di masa hadapan.
LAMPIRAN
Bahan terpakai digunakan untuk membina kit box
Penghasilan Cation And Anion Kit Box
Proses menguji kebolehlaksanaan inovasi kepada pelajar
Kegembiraan yang jelas terpancar di wajah pelajar selepas menggunakan Cation And
Anion Kit Box. Mereka menunjukkan hasil kerja mereka menggunakan kad-kad yang
telah disediakan oleh guru.
Ketua Kumpulan: Nor Faidah binti Nulhassan
Nama Kumpulan: i-Arabic
Nama projek: We- Mu San Ja
1. Projek: We-Mu San Ja
We- Mu San Ja merupakan inovasi Pendidikan yang dihasilkan berbentuk kertas
interaktif. We- Mu San Ja bermaksud ‘W’ iaitu Warkah yang merupakan perkataan
Bahasa Arab iaitu kertas dan ‘e’ pula bermaksud e-learning kerana pada sebuah
kertas We- Mu San Ja, pelajar bukan sahaja dapat membuat lahtihan bahkan mereka
juga dapat membuat pembelajaran secara atas talian. Mu San Ja pula bermaksud Mu
iaitu Mufrad, San iaitu Musanna dan Ja iaitu Jamak. Kaedah Jadual Mu San Ja adalah
hasil tugasan dan kreativiti daripada pembelajaran KPR3012 (Seminar Refleksi),
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mendapat semakan daripada pensyarah bagi
subjek tersebut. Inovasi ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan
dan hanya memerlukan kos untuk kertas sahaja.
Pada kertas We- Mu San Ja mempunyai kaedah yang memperkenalkan jadual
Mu San Ja bagi mengatasi masalah pelajar Tingkatan 2 Kelas Aliran Agama (KAA)
yang mengambil subjek Bahasa Arab di SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah iaitu
mereka sukar membezakan antara Mufrad (satu orang atau satu benda), Musanna
(dua orang atau dua benda), Jamak (ramai orang atau ramai benda. Pada kertas We-
Mu San Ja juga terdapat QR-Code yang menyediakan nota berkaitan Mu San Ja dan
permainan yang berbentuk latihan daripada web wordwall. Kertas interaktif ini dapat
membantu pelajar dalam mengatasi masalah mereka serta aplikasi pelajar dalam
penggunaan teknologi dapat diterapkan sepanjang masa. Latihan Mu San Ja
Berikut merupakan projek yang dilaksanakan:
Nota ringkas Mu San Ja
2. Keberhasilan projek-outcome dan impak projek
a. Guru Bahasa Arab
Guru Bahasa Arab dapat menggunakan kertas interaktif ini sebagai bahan
pembelajaran yang berasaskan teknologi. Guru juga dapat menyelesaikan
masalah pelajar yang sukar membezakan Mufrad, Musanna dan Jamak.
Kaedah ini sekaligus melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru
bersama pelajar. Guru Bahasa Arab juga dapat memperkasakan kemahiran
penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar kerana pembelajaran pada era
kini memerlukan kemahiran tersebut. Justeru, guru perlu bijak memupuk
keupayaan murid untuk menganalisis, mensintesis dan menilai fakta serta
maklumat, menggunakan kemahiran teknologi untuk menyelesaikan masalah.
b. Pelajar
Kertas We- Mu san Ja ini akan memberikan manfaat kepada para pelajar untuk
meningkatkan tahap pemahaman serta penguasaan mereka terhadap Mufrad,
Musanna dan Jamak. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan maharatul
kitabah (kemahiran bertulis) seperti yang dinyatakan dalam DSKP Bahasa Arab,
bahkan pelajar juga boleh menggunakan kertas ini sebagai permainan interaktif
kerana pada kertas We- Mu San Ja terdapat QR Code yang mengandungi
permainan melalui aplikasi wordwall.
Berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan terhadap 22 orang pelajar
KAA SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah mendapati 89% pelajar tidak
menguasai kaedah Mufrad, Musanna dan Jamak. Namun setelah
diperkenalkan We- Mu San Ja, pelajar mulai meneroka Pendidikan yang
berasaskan teknologi dengan merujuk nota ringkas yang disediakan dan
seterusnya mereka boleh membuat latihan melalui jadual Mu San Ja dengan
baik dan juga menjalankan permainan berasaskan latihan melalui wordwall.
3. Potensi pengembangan projek
Projek ini mempunyai potensi untuk digunakan oleh guru Bahasa Arab yang
berhadapan dengan pelajar yang kurang menguasai asas Mufrad, Musanna dan
Jamak. Projek ini juga menggunakan asas teknologi untuk menjadikannya sebuah
pembelajaran interaktif yang boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Seterusnya
projek ini juga dapat merealisasikan Hasrat Kementerian selaras dengan
memperkasakan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
‘AJIBUL IQRA’
Nurhafizah binti Amir Salleh
Muhammad Ridzuan bin Nordin
Azlina binti Ab Lassim
Faiz bin Ibni Hassim
Rahfiqah binti Baharin
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji impak Pengajaran dan
Pembelajaran dalam deep learning dengan menggunakan bahan bantu mengajar
berteraskan pembelajaran abad ke - 21. Kajian ini di jalankan ke atas murid tahun 4
Bersih di SK Bangau-Bangau, Semporna Sabah. Tujuan kedua ialah mengkaji
samaada bahan bantu mengajar ini sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah
tersebut. Instrumen yang digunakan ialah kad imbas tanpa tulisan rumi, borang
tasmik buku JQaf, pengisian data iqra’ google sheet, lembaran kerja untuk mengenal
tahap pembacaan dan penulisan murid dalam meyambung huruf tunggal. Kajian ini
menunjukkan bahawa pembaca lemah boleh membaca dengan lebih fasih setelah
mengambil bahagian dalam aktiviti yang di buat. Kajian ini mendapati 94% daripada
murid suka melakukan aktiviti semasa PdP di jalankan berbanding pembacaan
secara talaqqi musyafaha dan baca ikut guru.
1. PENGENALAN
Sebelum sesi Pengajaran dan pembelajaran bermula, secara amalinya guru akan
menyediakan satu rancangan pengajaran harian bagi melaksanakan tugas sebagai
seorang pendidik dan terdapat refleksi terhadap satu-satu isu pengajaran dan
pembelajaran yang harus di ambil tindakan oleh guru tersebut. Oleh yang demikian,
sekumpulan guru telah berkongsi idea dan pendapat mengenai isu murid yang tidak
dapat menyambung huruf dan tidak dapat mengenal huruf bersambung. Justeru itu,
satu perubahan kaedah pengajaran wajar diberikan fokus utama dalam menangani
isu tersebut.
1
1.1 LATAR BELAKANG
Perlaksanaan talaqqi musyafaha secara kolaboratif dapat meningkatkan tahap
pencapaian pembacaan murid dalam al-quran namun demikian dari aspek penulisan
(mahara alkitaba) murid-murid di dapati tidak boleh menyambungkan huruf dengan
sempurna.
Fokus utama kami adalah bagaimana cara untuk murid-murid di sekolah dapat
menguasai pembacaan dan penulisan al-Quran. Satu kaedah iaitu ‘ajibul iqra’ telah
di laksanakan bagi menangani isu tersebut. Kami telah mengambil pendekatan
interprektif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan
pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian.
1.2 IDEA PENYELESAIAN ISU
Pada 12 April 2022 telah melaksanakan satu perbincangan khusus mengenai
perekodan dan status pencapaian iqra’ Dalam perbincangan tersebut menyentuh
tentang cara Pdp Iqra’ dan kaedah pengajaran Iqra’. Hal ini kerana, kami bimbangi
murid-murid ini kekal dengan memori lama tanpa pembaharuan dalam pembelajaran
al-Quran seterusnya mula beranggapan al-Quran adalah sama seperti matapelajaran
yang lain. Selain daripada itu, sekolah kami merupakan sekolah pilihan Bahagian
Sektor Pembangunan Adab dan Nilai yang mana pencapaian pembacaan al-Quran
kurang memberansangkan.
2. INOVASI PENYELESAIAN ISU
Idea kaedah tersebut pada mulanya bermula dengan tulisan di papan putih oleh
ustazah Nurhafizah berkaitan huruf hijaiyyah tunggal yang boleh di sambung dengan
bentuk huruf hijaiyyah tunggal tersebut apabila bersambung. Hasil coretan
pengajaran tersebut memudahkan murid-murid mengenal huruf hijaiyyah
bersambung.
2
Idea penyelesaian isu “Chalk and talk” tambah huruf hijaiyyah boleh sambung,
potong kepala dan ekor huruf hijaiyyah tertentu dan tolak huruf hijaiyyah yang tidak
boleh di sambungkan.
Perbincangan di teruskan, dengan idea memperbanyakan kad imbas huruf hijaiyyah
tunggal berbaris atas oleh ustazah Azlinah dan seterusnya ustaz Ridzuan memberi
cadangan untuk lampirkan sekali huruf hijaiyyah tunggal yang berubah bentuk
apabila di sambung dengan huruf hijaiyyah lain. Seterusnya, dengan menggunakan
dana Panitia Pendidikan Islam ustazah Nurhafizah telah membuat kertas kerja untuk
membeli kelengkapan yang perlu di gunakan dalam ‘ajibul iqra’ yang berjumlah
RM330.00.
2.1 KAITAN INOVASI DENGAN FUNGSI UTAMA
Pedagogi pembelajaran bermakna baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang
berbeza untuk mengajar, belajar dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik
sambil menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita.
Kami ingin mengharmonikan corak pendidikan “chalk and talk” dalam pedagogi
semasa dan ingin murid menguasai pembelajaran berdasarkan konsep dunia
3
sebenar dengan mengalami dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut dengan perkongsian maklumat dan percambahan idea apabila mengikuti
kaedah ‘Ajibul Iqra’ sekaligus meningkatkan minat murid untuk membaca al-Quran.
2.2 KAITAN DENGAN STAKEHOLDER
Pencapaian di sekolah kami pencapaiannya kurang memberansangkan dan sentiasa
mendapat teguran data iqra’ oleh pihak PPD Semporna di bahagian Sektor
Pembelajaran Pendidikan Islam . Dengan itu, pihak kami berinisiatif untuk
mewujudkan satu kaedah deep learning dalam meningkatkan tahap pembacaan al-
Quran murid-murid.
2.3 PEMILIHAN PROJEK
Seramai 34 murid di kelas tahun 4 Bersih tidak boleh menyambungkan huruf
hijaiyyah dengan sempurna. Dengan itu, kami telah bersetuju untuk membuat kajiana
tindakan ini di kelas tersebut.
Manakala, pemilihan kaedah ‘Ajibul Iqra’ ini adalah di pilih mengikut potensi murid di
sekolah kami.
2.4 KUMPULAN SASARAN
Pada peringkat permulaan kami memfokuskan kepada 34 orang murid kelas tahun 4
Bersih sebagai bahan kajian tindakan kami yang masih tidak boleh menyambungkan
huruf hijaiyyah dengan sempurna.
Bil Lelaki Perempuan Jumlah
1 19 15 34
4
3. TINDAKAN PENYELESAIAN
Pada asasnya guru memperkenalkan huruf hijaiyyah tidak bersambung kemudian
bertanya kepada murid samada huruf tersebut boleh di sambungkan atau tidak.
Kaedah yang di gunakan untuk ini adalah secara chalk and talk. Seterusnya kaedah
pengukuhan dengan menggunakan ‘Ajibul Iqra’ adalah idea penyelesaian dengan
menyediakan ABM daripada kertas warna, laminate kemudian di jadikan satu set 29
huruf hijaiyyah baris atas kemudian di bahagikan mengikut kumpulan murid. Guru
menulis huruf hijaiyyah tunggal berserta baris kemudian mengarahkan murid mencari
huruf hijaiyyah tunggal tersebut dan satu orang wakil menulis di mini papan tulis
sambungan huruf tersebut. Pelaksanaan kajian tindakan kaedah ‘Ajibul iqra’ ini
bermula pada April sehingga Jun 2022
4. KEBERKESANAN PROJEK TERHADAP 32 MURID KELAS TAHUN 4 BERSIH
Bil UJIAN PRA KEPUTUSAN
1 IQRA 1 31
2 IQRA 2 1
Dapatan awal data pembacaan Al-Quran kelas tahun 4 Bersih April 2022
Bil DAPATAN KEPUTUSAN
1 IQRA 1 19
2 IQRA 2 12
3 IQRA 3 1
Data terkini pencapaian Iqra tahun 4 Bersih pada Jun 2022
Faedah sampingannya ialah dari segi penjimatan masa, tenaga guru dan
kemenjadian murid. Pencapaian murid dalam penguasaan huruf hijaiyyah
bersambung meningkat.
5. POTENSI PENGEMBANGAN
Boleh di kembangkan sehingga pengenalan baris huruf lain dan mempelbagaikan
aktiviti menggunakan ‘Ajibul Iqra’.
5
6. KESIMPULAN
Kaedah ini sesuai digunakan pada murid yang baru mengenal huruf hijaiyyah
berbaris atas dan murid yang baru menyambungkan huruf hijaiyyah dan akan
perkemaskan atau diperkembangkan ke baris-baris yang lain dalam huruf hijaiyyah.
6
LAMPIRAN
WhatsApp Video 2022-06-23 at 3.25.51 PM.mp4
7
LAMPIRAN
8
9
KERTAS KERJA INOVASI
CELIK HURUF KECIL DAN BESAR MENGGUNAKAN
“BOTIK” DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH
NAMA GURU : MOHD HAZHAR BIN HAMID
JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DG44
OPSYEN : PRASEKOLAH
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 01 JULAI 2013
PENGALAMAN MENGAJAR : 9 TAHUN
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU LARAPAN
W.D.T 42, 91309 SEMPORNA, SABAH.
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Kemahiran mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar
merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran membaca
bagi tunjang Komunikasi Bahasa Melayu yang terdapat di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Masalah tidak
mengenal pasti huruf merupakan satu satu punca utama murid tidak
dapat menguasai kemahiran membaca yang seterusynya seperti
membunyikan suku kata dan membaca perkataan. Antara isu yang di
kenal pasti dalam masalah ini adalah :
1.1.1 Murid tidak mengecam dan mengenal pasti huruf kecil dengan
betul.
1.1.2 Murid tidak dapat mengencam dan mengenal pasti huruf besar
dengan betul.
1.1.3 Murid tidak dapat membezakan huruf kecil dan besar dengan
betul.
1.2 IDEA PENYELESAIAN ISU
Bagi mengatasi masalah ini, satu kaedah atau cara penyelesaian perlu
dilakukan bagi membantu murid prasekolah untuk mengenal huruf kecil
dan besar dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Elemen Kitar
Semula merupakan pengaruh terpenting dalam menyokong idea dalam
menyelesaikan isu yang dihadapi. Botol Plastik Minuman ini dijadikan
asas pembinaan idea kepada penyelesaian isu yang dihadapi dalam
kalangan murid prasekolah.
1.3 INOVASI PENYELESAIAN ISU
Menerapkan eleman Kitar Semula, botol plastik di gunakan untuk
membina BOTIK dalam menyelesaikan isu yang dihadapi. BOTIK
merupakan singkatan daripada perkataan Botol dan Plastik yang mana
merupakan medium penting dalam penghasilan inovasi ini. Bahagian
yang digunakan dalam membina BOTIK adalah botol plastik dan
penutup botol.
BOTIK (BOTOL PLASTIK)
Botol Plastik Penutup Huruf Kecil Penutup Huruf Besar
Carta Huruf Kecil Carta Huruf Besar
2.0 KEBERKESANAN
2.1 TAHAP PELAKSANAAN
2.1.1 Tahap 1
Mengecam dan menyebut huruf yang terdapat pada penutup
botol secara berulang kali. Memasukkan penutup botol huruf ke
dalam BOTIK.
2.1.2 Tahap 2
Menggongcang BOTIK secara pelahan untuk mengeluarkan 1
huruf penutup botol.
2.1.3 Tahap 3
Mengecam dan menyebut nama huruf yang terdapat pada
penutup botol.
2.1.4 Tahap 4
Meletakkan penutup huruf pada carta huruf yang mempunyai
huruf yang sama atau pasangan huruf kecil dan besar.
2.2 KEBOLEHLAKSANAAN
2.2.1 Mudah dan selamat digunakan.
2.2.2 Meningkatkan keyakinan diri murid.
2.2.3 Boleh diletakkan di pusat pembelajaran di kelas prasekolah.
2.2.4 Boleh digunakan untuk aktiviti individu atau berkumpulan.
3.0 IMPAK
3.1 PENJIMATAN MASA
Meminimunkan masa yang ada dalam memastikan aktiviti penyelesaian
isu yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar.
3.2 PENJIMATAN KOS
Penggunaan bahan kitar semula banyak memberi impak kepada bajet
belanjawan dalam menghasilkan sesebuah inovasi. Kos yang
diperlukan dalam menghasilkan inovasi BOTIK sangat rendah dan
murah. Menggunakan tambahan bahan lain dalam membina BOTIK
bertujuan untuk menambah baik kualiti pembinaannya seperti gam
panas dan plastik keras. Selain itu juga, BOTIK dapat mengurangkan
kos perbelanjaan membeli alat bantu mengajar (ABM) yang lebih mahal
di pasaran luar.
3.3 KEBOLEHLAKSANAAN MUDAH DIGUNAKAN
BOTIK sangat mudah dan selamat digunakan. Ini secara tidak langsung
dapat meminimunkan kebergantungan murid dengan guru semasa
melaksanakan aktiviti. BOTIK ini juga tidak memberi beban dari aspek
berat dan saiz kerana ia sesuai dengan keadaan fizikal murid.
3.4 PENINGKATAN PRODUKTIVITI
BOTIK merupakan satu bentuk inovasi yang dapat merentas kurikulum
yang mana bukan sahaja hanya boleh digunakan untuk menyelesaikan
isu atau masalah yang berkaitan dengan huruf besar dan kecil tetapi
dapat di gunakan untuk tunjang / mata pelajaran lain seperti Matematik
(mengecam dan menyebut nombor) dan Pendidikan Islam (mengenal
pasti bentuk huruf jawi). Selain itu juga, produktiviti BOTIK ini bukan
sahaja dapat di sebar luas di peringkat sekolah sahaja, malah di
peringkat arus perdana seperti Tahun 1, Pemulihan Khas dan
Pendidikan Khas.
4.0 SIGNIFIKAN KEPADA EKOSISTEM PENDIDIKAN
4.1 Mewujudkan salah satu bentuk jalan penyelesaian kepada masalah
mengenal huruf kecil dan besar dalam kalangan murid prasekolah.
4.2 Melahirkan guru yang berkemahiran dan berkreativiti dalam mencari
jalan penyelesaian dan pemudah cara kepada isu yang di hadapi dalam
kalangan murid di dalam bilik darjah.
4.3 Membantu murid menguasai kemahiran asas dalam tunjang Komunikasi
Bahasa Melayu dengan cara mudah dan menyeronokkan.
4.4 Melahirkan kaedah baharu yang lebih unik dan berkualiti serta memberi
manfaat kepada guru dan murid serta komuniti setempat.
5.0 KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kaedah dan teknik yang kreatif
dan berkesan melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud dan
unik seperti BOTIK dapat merangsang minat murid untuk belajar seterusnya
dapat mengatasi masalah yang timbul di dalam bilik darjah. BOTIK ini juga
dilihat dapat membantu mengurangkan jurang kebolehan dan potensi dalam
kalangan murid yang mana dapat membantu murid untuk memaksimumkan
tahap penguasaan huruf sebelum menguasai kemahiran lain. BOTIK ini juga
dilihat bukan sahaja boleh digunakan untuk kelompok murid yang masih belum
menguasai kemahiran mengenal huruf malah boleh dijadikan alat pengukuhan
dan penggayaan kepada kumpulan murid yang sudah menguasai kemahiran
asas tersebut.
NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN
[email protected]
1. TAJUK INOVASI
PICK-A-BOOK 2.0 APP
2. SINOPSIS
Inovasi ini tercetus apabila melihat kesesakan yang berlaku sewaktu proses
peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber sekolah pada waktu rehat. Saiz
pusat sumber yang kecil berbanding jumlah murid yang ramai menyebabkan
berlakunya kesesakan sewaktu proses peminjaman dan pemulangan buku.Waktu
rehat yang singkat juga menyebabkan ramai murid tidak sempat membuat
peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber sekolah. Seiring dengan
kemajuan teknologi aplikasi pada masa kini, GPM mengambil inisiatif untuk
membangunkan aplikasi digital Pick-A-Book bagi memudahkan dan
mempercepatkan proses peminjaman dan pemulangan buku. Sistem ini boleh
diakses dimana-mana dan bila-bila masa sahaja menggunakan telefon pintar.
Hasilnya, murid dapat membuat peminjaman buku dengan lebih mudah.
3. BAHAN/IDEA UNTUK MENGHASILKAN INOVASI
Idea untuk menghasilkan inovasi ini diilhamkan daripada konsep “food delivery
apps” seperti Foodpanda, Grabfood dan Morefun di mana pengguna dapat memilih
makanan yang hendak ditempah dengan mudah melalui aplikasi-aplikasi tersebut
dan membuat pilihan berdasarkan menu-menu yang terdapat pada aplikasi itu.
Menggunakan konsep yang sama dengan sedikit pengubahsuaian, aplikasi Pick-A-
1
Book membolehkan murid menempah dengan lebih awal buku yang hendak
dipinjam berdasarkan senarai buku yang telah dimuat naik ke dalam aplikasi ini.Alat
dan yang digunakan untuk menghasilkan aplikasi ini pula ialah komputer riba dan
telefon pintar.
4. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahap 2 SK Bangau-Bangau , Semporna
5. OBJEKTIF INOVASI
i) Memudahkan murid membuat peminjaman buku di pusat sumber sekolah
ii) Menjadi medium untuk mempromosikan buku baru yang terdapat di pusat
sumber sekolah.
iii) Menyemai pembudayaan digital dalam kalangan murid melalui penggunaan
aplikasi digital pusat sumber sekolah.
2
6. KRONOLOGI PENGHASILAN INOVASI
i) Memilih pelantar yang sesuai bagi mereka cipta aplikasi digital
3
ii) Memulakan reka bentuk paparan skrin
4
5
iii) Menetapkan pangkalan data (database) menggunakan Firebase dan Google
Sheet
6
iv) Membuat pengaturcaraan untuk setiap paparan skrin
7
v) Membuat uji lari aplikasi (live test on device)
8
vi) Memuat naik aplikasi menggunakan format Android ( Playstore) untuk
dimuat turun dan digunakan oleh murid
9
7. ISU YANG DITANGANI OLEH INOVASI INI
iv) Inovasi ini dihasilkan untuk membantu murid membuat peminjaman buku
pusat sumber sekolah dengan lebih mudah. Selain itu, inovasi ini dicipta
untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di pusat sumber sekolah
semasa sesi peminjaman dan pemulangan buku pada waktu rehat.
Tambahan lagi, inovasi ini menjadi medium untuk mempromosikan buku
baru yang terdapat di pusat sumber sekolah.
10
8. CARA INOVASI DIGUNAKAN
11
12
13