The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hieedayah08, 2022-07-14 15:46:31

SAGI FLIP BOOK

SAGI FLIP BOOK

14

15

16

9. KEBERKESANAN INOVASI
Inovasi ini dapat memberikan alternatif lain kepada murid untuk membuat
peminjaman buku di pusat sumber sekolah. Aplikasi Pick-A-Book dapat membantu
murid menempah buku yang ingin dipinjam di pusat sumber sekolah dengan lebih
cepat dan mudah. Aplikasi ini juga berjaya menarik minat murid untuk membuat
peminjaman buku di pusat sumber sekolah Arahan-arahan yang terdapat pada
aplikasi ini terdiri daripada ayat-ayat yang pendek dan ringkas. Kandungan aplikasi
juga mengandungi grafik yang menarik. Penggunaan warna dan doodle yang
terang pada paparan grafik produk menarik minat murid untuk menggunakan
aplikasi ini. Melalui paparan pangkalan data yang akan ditunjukkan dalam slaid
pembentangan juga menunjukkan peningkatan jumlah murid yang menggunakan
aplikasi ini untuk membuat pinjaman buku di pusat sumber sekolah.

10. PERBELANJAAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI
Tiada sebarang kos diperlukan sepanjang membangunkan aplikasi ini.

11. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Aplikasi Pick-A-Book mempunyai pelbagai ciri yang boleh dikembangkan lagi pada
masa akan datang. Salah satu ciri yang boleh ditambah lagi ialah murid boleh
memberikan rating buku yang telah dipinjam dan memberikan ulasan mengapa
mereka memberikan rating kepada buku tersebut sebagai panduan kepada murid
lain yang hendak meinjam buku yang sama pada masa yang lain. Selain itu, GPM
juga boleh membuat penghantaran buku kepada alamat yang tercatat pada aplikasi
ini terutamanya semasa cuti sekolah. Ciri lain yang boleh ditambah pada aplikasi
ini ialah fungsi “live chat” sebagai platform untuk murid bertanyakan soalan kepada
guru mengenai buku yang hendak dipinjam. Akhir sekali, senarai buku juga boleh
disusun mengikut sistem pengelasan dewey bagi membiasakan murid dengan
sistem perpuluhan dewey yang selalu dipaparkan di pusat sumber sekolah

17

12. POTENSI PRODUK INOVASI APLIKASI DIGITAL
Aplikasi digital Pick-A-Book dilihat mempunyai peluang untuk digunakan dan
dipasarkan secara komersial. Hal ini kerana kandungan aplikasi yang mudah dan
menarik sesuai untuk murid sekolah dan mempunyai banyak ruang dan ciri-ciri
interaktif yang boleh ditambah. Aplikasi ini juga mempunyai nilai komersial apabila
dimuat naik ke platform Google Play dan App Store. Untuk dipasarkan secara
komersial, GPM akan mengubah pangkalan data mengikut kesesuaian sekolah
untuk memudahkan murid menggunakan aplikasi ini.

13. ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Pingat perak Seminar Inovasi Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (Pick-
A-Book 1.0 Apps)

14. PENUTUP
Inovasi ini diharap dapat memberi manfaat dan sumbangan bermakna kepada
murid terutama dalam proses memudahkan proses peminjaman buku di pusat
sumber sekolah. Aplikasi digital yang dibangunkan sendiri ini juga diharapkan dapat
menyemai pembudayaan digital dalam kalangan murid selaras dengan keperluan
pendidikan abad ke-21.

18

DOKUMEN DIGITAL

GOOGLE SITE PERGURUSAN SEKOLAH, SMK BUGAYA II
SEMINAR ANUGERAH GURU INOVATIF

ABSTRAK
Kertas kerja ini mengandungi maklumat berkaitan program Seminar
Anugerah Guru Inovatif 2022 di bawah kategori Pertandingan dan
Pembentangan Kertas Kerja Inovasi. Projek inovasi ini dikenali sebagai
Dokumen Digital; sebuah tapak pengurusan digital yang dibangunkan
bagi mengumpulkan dokumen secara digital dari Unit Kurikulum, Unit
Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, Galeri Sekolah dan Pencapaian
Sekolah dibawah satu pangkalan yang dinamakan sebagai Google Site
Pengurusan Sekolah . Projek inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah
pengurusan dokumen dan data yang dihadapi oleh setiap unit pengurusan
sekolah di SMK Bugaya II, Semporna, Sabah serta dapat mengurangkan
prosedur birokrasi. Jawatankuasa projek inovasi; Dokumen Digital,
Google Site Pengurusan Sekolah sangat optimis terhadap potensi dan
peluang dalam memperkenalkan projek inovasi ini bukan hanya di
peringkat sekolah, malah bertekad membawanya ke Peringkat
Kebangsaan agar idea ini dapat diaplikasikan secara meluas dan dapat
meningkatkan kualiti pengurusan setiap unit di sekolah-sekolah yang ada
di Malaysia. Dokumen digital telah terbukti keberkesanannya apabila
guru-guru SMK Bugaya II, Semporna telah memberikan maklum balas
yang positif. Oleh itu, Dokumen Digital, Google Site Pengurusan Sekolah
selayaknya diangkat menjadi satu produk inovasi yang berjaya dan
berpotensi dipertandingkan dalam pertandingan inovasi yang berprestij.

1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG (ISU/PERSOALAN)
Projek inovasi ini merupakan kesinambungan dari
penghasilan Google Sites Unit Kokurikulum SMK Bugaya II pada
awal tahun. Inisiatif proaktif yang dibuat oleh Unit Kokurikulum
SMK Bugaya II telah memberikan cabaran kepada Unit Kurikulum
dan Unit Hal Ehwal Murid untuk turut serta dalam penghasilan
Google Site bagi Unit masing-masing.

Sebelumnya, semua unit di SMK Bugaya II masih
mengamalkan istem fail bercetak dalam pengurusan dokumen dan
data. Tetapi sistem ini mempunyai banyak kelemahan walaupun
masih popular diamalkan oleh hampir setiap organisasi sama ada
kerajaan atau swasta.

Namun, terdapat kelemahan yang dikesan dalam amalan
sistem pengurusan dokumen dan data secara tradisional ini.
Kelemahan yang utama dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

1. Pelaporan manual memerlukan kos yang tinggi.
a) Justifikasi:

i. Penggunaan kertas yang sangat banyak untuk melengkapkan
sistem dokumen dan data bagi setiap unit. Setiap unit; Unit
Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum
mempunyai pelaporan dan data yang terperinci dan lengkap.
Selain daripada itu, sebahagian daripada data ini juga
melibatkan data pelaporan untuk setiap pelajar di SMK
Bugaya II.

ii. Pengunaan fail yang banyak untuk memenuhi laporan
dokumentasi dan data bagi setiap unit. Di dalam setiap unit
terdapat banyak sub unit dibawahnya. Sebagai contoh, di
dalam Unit Kurikulum, terdapat 10 sub unit yang bernaung
di bawahnya. Manakala, terdapat 12 sub unit yang berada di
bawah Unit Hal Ehwal Murid dan 6 sub unit bagi Unit
Kokurikulum.

iii. Penggunaa mesin pencetak pada kadar yang tinggi. Bagi
melengkapkan sistem fail dan dokumen bagi setiap unit,
semua dakumen dan data perlu dicetak. Sistem
penyimpanan dan perekodan manual memerlukan
penggunaan mesin pencetak yang tinggi untuk mencetak
setiap dokumen dan data bagi setiap unit.

2. Kaedah penyimpanan dan perekodan data pada tahap lemah
a) Justifikasi:

i. Fail dan dokumen bercetak yang dikumpul bertahun-tahun
menyebabkan lambakan fail yang memerlukan ruang
penyimpanan yang lebih luas, rak fail yang lebih besar dan
bilik tambahan untuk menyimpan semua fail dan dokumen
tersebut.

ii. Proses pencarian dan penyediaan fail dan dokumen
mengambil masa yang lama. Sebagai contoh; perpindahan
pelajar, yang memerlukan beberapa pencarian fail untuk
melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi proses
perpindahan tersebut.

3. Prosedur birokrasi yang mengambil masa yang lama
a) Justifikasi:

i. Setiap dokumen dan data yang diperoleh perlu melalui
beberapa orang yang bertanggungjawab terhadap unit
tersebut sebelum boleh mendapatkan dokumen dan data
tersebut. Hal ini merumitkan dan mengambil masa yang
lama.

1.2 IDEA PENYELESAIAN ISU
Nama Projek Inovasi: Dokumen Digital
[Google Sites Pengurusan Sekolah]

1.2.1 JAWATANKUASA PRODUK INOVASI

Nama Projek : Dokumen Digital

[Google Sites Pengurusan Sekolah]

Penasihat : Puan Rosni binti Haji Asakil

[Pengetua]

Penasihat Teknikal: Encik Mohd Garsia bin Sarapal

[GPK Pentadbiran]

Puan Erni binti Haji Lewa

[GPK Hal Ehwal Murid]

Encik Jumaani bin Umuri

[GPK Kokurikulum]

Ketua Pasukan : Nur Eliya binti Jasmi

Pereka Grafik/ : Nur Eliya binti Jasmi

Konten [SU Kurikulum]

Umilailatulniza binti Ariff

[SU Hal Ehwal Murid)

Megawati binti Usman

[SU Kokurikulum]

1.3 INOVASI PENYELESAIAN ISU
1.3.2 OBJEKTIF UTAMA INOVASI:

Dokumen Digital: Google Sites Pengurusan Sekolah ini
bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah seperti:
1. Keciciran data
2. Lambakan data
3. Data tidak terurus dengan sistematik
4. Data yang berulang-ulang
5. Data-data lama yang mengandungi sejarah pencapaian 5
tahun ke atas
6. Kekangan masa guru menyediakan laporan dan
pelaksanaan aktiviti
7. Kekangan prosedur birokrasi yang tinggi dalam
pengurusan data
8. Keselamatan data

1.3.2 GOLONGAN SASAR DAN KELEBIHAN
1. Pengetua dapat akses sendiri secara terus maklumat yang
diingini tanpa perlu menunggu Penolong Kanan Kurikulum,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum atau Setiausaha bagi setiap unit untuk
menyediakan dokumen.
2. Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dapat mengakses
dan menganalis data yang diperlukan tanpa perlu menunggu
jawatankuasa atau guru menyediakan atau memberi
dokumen dan data tersebut.

3. Semua Penyelaras bagi setiap unit lebih mudah
menyelaras aktiviti unit masing-masing. Guru-guru dapat
membuat pelaporan dan atau mengakses data tanpa mengira
masa, tempat dan peranti yang digunakan.

2.0 KEBERKESANAN
2.1 TAHAP PELAKSANAAN
2.1.1 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

BIL PERKARA CATATAN

1 Penggunaan Google Site Unit Februari 2022

Kokurikulum dalam perjumpaan

kokurikum kali pertama

2 Pembentukan Jawatankuasa Mei 2022

Dokumen Digital

3 Pengemaskinian dokumen dan data Jun 2022

bagi setiap unit.

4 Pembangunan Google Sites Unit Jun 2022

Kurikulum dan Google Sites Unit

Ehwal Murid

5 Pembudayaan pengunaan Dokumen Hingga kini

Digital: Google Sites Pengurusan

Sekolah dalam setiap program

sekolah

2.1.2 KAEDAH PEMBANGUNAN DOKUMEN
DIGITAL: GOOGLE SITES PENGURUSAN
SEKOLAH
Platform: Google Sites dari Google, Google Drive dan

Google Sheets
1. Tapak Google Site dipilih dan paparan ditetapkan.
2. Bahan dan dokumen disimpan di dalam Google Drive
mengikut unit masing-masing.
3. Dokumen disusun mengikut fail digital yang berkenaan
mengikut unit masing-masing. Data seperti senarai nama
guru, senarai nama pelajar, tapak laporan, tapak kehadiran,
tapak penilaian, dan dokumen yang berkaitan disimpan
dalam format Sheet.
4. Semua dokumen yang disimpan di dalam Google Drive
dan Sheet dihubungkan ke Google Site.
5. Google Site diuji untuk mengenal pasti kekurangan dan
masalah.
6. Google Site yang telah dikemas kini dilancarkan
penggunaannya kepada semua guru.

2.1.3 KANDUNGAN DOKUMEN DIGITAL: GOOGLE
SITES PENGURUSAN SEKOLAH
Maklumat berikut dapat diakses daripada Dokumen Digital:
Google Sites Pengurusan Sekolah
1. Dokumentasi bagi Unit Kurikulum
2. Dokumentasi bagi Unit Hal Ehwal Murid
3. Dokumentasi bagi Unit Kokurikulum
4. Platform Pembentangan untuk setiap program sekolah
5. Pencapaian sekolah

2.2 KEBOLEHLAKSANAAN
2.2.1 PENCAPAIAN OUTCOME DAN PEMBUKTIAN
Keberkesanan penggunaan Dokumen Digital: Google Site
Pengurusan Sekolah dinilai dengan menggunakan kaedah
berikut:
1. Analisis dan Dapatan Kaji Selidik
Daripada analisis maklum balas daripada pentadbir,
penyelaras unit, dan guru-guru penasihat, penggunaan
Dokumen Digital; Google Sites Pengurusan Sekolah dapat:
A. Melancarkan proses pendokumentasi
B. Menjimatkan masa
C. Mengurangkan kos
D. Memudahkan akses untuk dokumen
E. Pengurusan data lebih efisien

2.2.2 FAEDAH SAMPINGAN
Setelah Dokumen Digital dilaksanakan dengan jayanya, unit-
unit dalaman seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
Bidang Sains dan Matematik juga mula membangunkan
tapak pengurusan digital.

4.0 SIGNIFIKAN KEPADA EKOSISTEM PENDIDIKAN
Jawatankuasa projek inovasi; Dokumen Digital, Google Site

Pengurusan Sekolah sangat optimis terhadap potensi dan peluang dalam
memperkenalkan projek inovasi ini bukan hanya di peringkat sekolah,
malah bertekad membawanya ke Peringkat Kebangsaan agar idea ini
dapat diaplikasikan secara meluas dan dapat meningkatkan kualiti
pengurusan setiap unit di sekolah-sekolah yang ada di Malaysia.

5.0 KESIMPULAN
Dengan terlaksananya Dokumen Digital: Google Sites Pengurusan

Sekolah, proses mengurus dan mentadbir untuk setiap unit menjadi lebih
sistematik dan efisien. Sistem pengurusan fail dan dokumen semakin
cekap dan sistematik. Sistem dokumentasi digital ini masih sedang
dilaksanakan, terdapat beberapa lagi dokumen yang masih menggunakan
sistem fail manual. Diharapkan dengan pelaksanaan Dokumen Digital:
Google Sites Pengurusan Sekolah, semua dokumen dan data dapat
didigitalkan sepenuhnya.

LAMPIRAN A
SOALAN KAJI SELIDIK

LAMPIRAN B
ANALISIS MAKLUM BALAS KAJI SELIDIK





LAMPIRAN C
PLC BERSAMA UNIT PENGURUSAN SMK BUGAYA II

PLC BERSAMA UNIT INDUK PENGURUSAN SMK BUGAYA II

PLC PEMBENTUKAN RANGKA GOOGLE SITE

LAMPIRAN D
PEMBUDAYAAN DOKUMEN DIGITAL
UNIT KURIKULUM

UNIT HAL EHWAL MURID

UNIT KOKURIKULUM

HBKIK Sulihanta Meningkatkan Amalan Profesionalisme Learning
Community (PLC) di Sekolah
Oleh: Abdul Nasir bin Hj. Paisal- PPD Semporna

1. Pengenalan

Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah
yang wujud dalam organisasi, tetapi ia juga merangkumi kaedah untuk membolehkan
ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang
baharu atau dalam bentuk yang baharu melalui kemahiran imaginasi yang membawa
kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan (Jabatan
Perdana Menteri 2009) KIK merupakan mekanisma pengurusan yang berkesan
untuk membina modal insan dalam perkhidmatan awam yang berketerampilan tinggi
bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada
rakyat

2. Persoalan

Dalam analisis pelaksanaan PLC di sekolah-sekolah daerah Semporna bagi tahun
2021, didapati ada 16 buah sekolah yang tidak mencapai KPI Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah:

PROJEK HBKIK SULIHANTA PPD SEMPORNA

Bil Sekolah PLC TOV Pegawai Transformasi
2021

1 SK Gelam-Gelam 0 24 Fazlan bin Lakibul

2 SK Egang-Egang 0 14 Mohd Jasmie bin Jassim

3 SK Selakan 0 6 Mohd. Salleh bin Juhuri

4 SK Pulau Omadal 1 7 Irwan bin Madani

5 SK Menampilik 1 7 Omar bin Johani

6 SK Sungai Tuhok 1 36 Jamjura binti Abdul Kala

7 SK Pulau Sumadi 2 16 Mohd Faiez Jauhari bin Mohd Jamil

8 SK Pulau Larapan 2 14 Abdul Nasir bin Hj. Paisal

9 SK Lihak-Lihak 2 26 Abdullah Cik bin Hj. Maraleh 1

10 SK Pulau Bait 3 16 Muhaimin bin Hj. Mobin

6 SK Sungai Tuhok 1 36 Jamjura binti Abdul Kala
7 SK Pulau Sumadi 2 16 Mohd Faiez Jauhari bin Mohd Jamil
8 SK Pulau Larapan 2 14 Abdul Nasir bin Hj. Paisal
9 SK Lihak-Lihak 2 26 Abdullah Cik bin Hj. Maraleh
10 SK Pulau Bait 3 16 Muhaimin bin Hj. Mobin
11 SK Kalumpang 6 18 Encik Zul Ahmad bin Hj. Kasuagi
12 SK Pulau Denawan 6 7 Madrazis bin Haji Muhammad
13 SK Terusan Tengah 7 31 Ibrahim bin Hamjirul
14 SK Pulau Pababag 8 16 Azman bin Mohd Zakaria
15 SK Ladang Segaria 8 18 Haji Asmalizan bin Haji Muda
16 SK Sulabayan 8 10 Haji Amri bin Arham

3. Projek yang dilaksanakan; Idea penyelesaian Isu

Kumpulan HBKIK Sulihanta PPD Semporna telah mengetengahkan inovasi
“Sulihanta” bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah yang tidak mencapai Key
Performance Indikator (KPI) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam PLC
dan inovasi, iaitu satu sekolah satu inovasi dan satu PLC.

“Sulihanta’ bermaksud kita ceritakan, iaitu perkataan daripada bahasa orang Bajau
di daerah Semporna. Sulihanta bersinonim dengan Teacher Sharing Session atau
Sesi Perkongsian Guru. Inovasi “Sulihanta” merupakan strategi penyelesaian isu
bagi sekolah-sekolah yang tidak mencapai KPI Pengarah, tidak melaksanakan
inovasi dan PLC. Inovasi strategi penyelesaian isu yang diketengahkan ini
mengambil model PDCA, iaitu Plan (Perancangan), DO (Pelaksanaan) Check
(Penyemakan) dan Action (Tindakan) untuk memastikan pelaksanaan PLC di
sekolah masing-masing berjaya.

Inovasi Penyelesaian Isu

Inovasi “Sulihanta’ ialah inovasi sesi perkongsian guru selama 10 minit kepada
rakan-rakan guru di sekolah. Untuk menggalakkan, melatih dan membudayakan PLC
dalam kalangan guru, setiap sekolah perlu melaksanakan PLC Sulihanta dua kali
sehari untuk tempoh 10 hari. Selain itu bagi memastikan pelaksanaan PLC Sulihanta

2

berlaku di sekolah, setiap sekolah diminta untuk menyediakan Jadual Pelaksanaan
HBKIK Sulihanta sebagai rujukan pelaksanaan inovasi berkenaan. Dari aspek
perancangan dan tindakan HBKIK Sulihanta, seperti yang terkandung dalam Carta
Gantt HBKIK Sulihanta di bawah:

CARTA GANTT HBKIK SULIHANTA

Bil Perkara Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai

1 Pembentukan
Jawatankuasa KIK

2 Pemilihan Projek

3 Penetapan Nama KIK

4 Taklimat Pelaksanaan 03 Jun
KIK kepada JK Induk 2022

5 Taklimat Pelaksanaan 06 Jun
KIK kepada JK 2022
Pelaksana (Sekolah)

6 Inovasi KIK PPDS 13-23
JUN
(10 Hari)

7 Penilaian KIK 25-30
JUN

8 Seminar HBKIK 27 Jun 2022
Sulihanta ISNIN

DO (Pelaksanaan)
1. HBKIK Sulihanta telah dilaksanakan di 16 buah sekolah daerah Semporna, iaitu

selama 10 hari bermula dari 13 Jun 2022 hingga 24 Jun 2022.
2. Sebanyak 320 Sulihanta telah dikongsikan dengan mengetengahkan pelbagai

topik mengikut kepakaran masing-masing.

CHECK (Penyemakan)
1. Pelaporan dalam bentuk One Page Report (OPR) Sulihanta dan didaftar dalam

SPLKPM.
2. Eviden pelaksanaan HBKIK Sulihanta dalam 320 OPR Sulihanta.
3. Pembentangan dalam Seminar Sulihanta Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

ACTION (Tindakan)

1. Seminar HBKIK Sulihanta telah dilaksanakan pada 27 Jun 2022 untuk memberi

peluang kepada pentadbir (Guru Besar) berkongsi dapatan dengan rakan-rakan

pentadbir yang lain.

3

REFLEKSI HBKIK SULIHANTA
KEKUATAN
1. Semua guru terlibat dalam pelaksanaan HBKIK Sulihanta
2. HBKIK Sulihanta menjaga Masa Instruktional Murid (MMI)
3. Guru teruja dan berpeluang untuk berkongsi kepakaran masing-masing.
4. Mengeratkan hubungan rakan sekerja sepasukan (memperkukuh team building).
5. Dapat meningkatkan bilangan PLC sekolah, di samping memenuhi KPI PLC dan

Inovasi Pengarah JPN Sabah.
6. Rata-rata guru besar menaruh iltizam yang tinggi untuk membudayakan

Sulihanta di sekolah.

PELUANG PENAMBAHBAIKAN
1. Usaha penyebarluasan kepada sekolah-sekolah yang lain yang tidak terlibat

dengan projek ini.
2. Tambahan masa mengikut topik yang disampaikan.
3. Jadual waktu pelaksanaan yang fleksibel mengikut kesesuaian guru dan murid.

CABARAN
1. Pelaksanaan HBKIK Sulihanta terganggu dengan acara di luar perancangan

sekolah.
2. Masa yang agak terhad.
3. Bilangan guru yang sedikit bagi sekolah kurang murid (SKM).

KEBERKESANAN
Keberkesanan HBKIK Sulihanta dapat dilihat dari segi kos, penjimatan masa,
produk di samping maklum balas pelanggan.

Kos
Kos perbelanjaan hanya RM100 untuk Seminar Sulihanta yang melibatkan 50 orang
peserta dan pembentang (RM2 X 50 Orang- Minum Petang)

Masa
Masa yang berimpak 20 minit sehari malah jaga masa MMI pelajar kerana
dilaksanakan di luar waktu PdPC.

4

Produktiviti
1. HBKIK Sulihanta dapat menghasilkan 320 OPR daripada 16 buah sekolah.
2. HBKIK Sulihanta dapat merealisasikan 320 PLC dalam perekodan SPLKPM.
3. Penghasilan 16 buah video HBKIK Sulihanta berdurasi antara 7 hingga 10 minit.

KESIMPULAN
Inovasi Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Sulihanta Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna telah mencapai objektifnya dengan pelaksanaan
Seminar HBKIK Sulihanta pada 27 Jun 2022 di Bilik Bohey Dulang Semporna yang
dirasmikan oleh Puan Hajah Siti Namla binti Hj Abdul Hamid, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

Dengan mengambil kira visi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
iaitu 1 orang guru 1 PLC dan 1 Inovasi, HBKIK Sulihanta telah memastikan visi
berkenaan dapat direalisasikan dalam bentuk tindakan dengan pelaksanaan HBKIK
Sulihanta bermula 13 Jun 2022 sehingga 24 Jun 2022, iaitu selama 10 hari, dengan
mengambil alat kolaboratif PLC Teacher Sharing Session atau Sesi Perkongsian
Guru selama 10 minit dalam satu sesi perkongsian. Pelaksanaan 2 kali perkongsian
sehari selama 10 hari telah dapat merealisasikan 20 kali perkongsian bagi 16 buah
sekolah di daerah Semporna. Dari segi impak HBKIK Sulihanta telah dapat
menghasilkan 320 kali perkongsian, 320 pelaporan One Page Report, 320 kali PLC
yang didaftarkan dalam SPLKPM, di samping merealisasikan sesi perkongsian
dalam kalangan guru besar di Seminar Sulihanta Pejabat Pendidikan Daerah
Semporna pada 27 Jun 2022. “Sulihanta” bermaksud kita ceritakan dalam bahasa
Bajau orang Semporna, bersinonim dengan maksud sesi perkongsian guru atau
teacher sharing session, alat kolaboratif Profesional Learning Community.
Perkongsian guru mengikut kepakaran masing-masing yang dilaksanakan di luar
jadual waktu PdPc menjaga Masa Instruktional Murid (MMI) berimpak
menyebarluaskan pengetahuan dalam kalangan guru, malah memperkukuh
hubungan (team building) dalam kalangan warga sekolah.

Secara kesimpulannya HBKIK Sulihanta, merupakan inovasi terarah ke arah
merealisasikan Visi Pengarah JPN Sabah, gerak kerja bersepadu dalam
meningkatkan tahap profesionalisme golongan pendidik, guru berkualiti agar
mempunyai ilmu pengetahuan mengikut naratif baharu pendidikan, mampu
mendepani cabaran, di samping sentiasa relevan sebagai seorang guru pada alaf
yang mencabar ini. HBKIK Sulihanta relevan dalam memastikan visi Kementerian
Pendidikan Malaysia, Pendidikan Berkualiti: Insan Terdidik Negara Sejahtera, di
samping berupaya mewujudkan iklim kualiti sekolah dan kemenjadian murid.


5

PERAKUAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


dirujuk.

6

PENILAIAN IMPAK DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU Tel : 089-951250
KAMPUS TAWAU 089-951639
KM 36 Jalan Balung
Beg Berkunci No. 27 089-951264

91009 Tawau, Sabah Fax : 089-951255
http://www.ipgkt.moe.edu.my

Ruj. Kami : IPGKT / 700- 10/1 jld.2 ( )

Tarikh : 29hb Jun 2022

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

PENILAIAN IMPAK HBKIK SULIHANTA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEMPORNA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, berdasarkan data dan penilaian yang telah dijalankan adalah
diperakukan bahawa “HBKIK Sulihanta” adalah berimpak dari segi kos, masa dan produktiviti
seperti berikut:

BIL PERKARA PERINCIAN CATATAN PENILAIAN

1 Kos RM 2 X 50 orang=RM100 Seminar HBKIK Berimpak
(Minuman Seminar) Sulihanta PPD
Semporna

2 Masa 10 hari (13 Jun 2022- 24 Jun 2022) Jaga MMI Berimpak

Sulihanta ialah Sesi Perkongsian Guru 10 minit

1 hari 2 Perkongsian

3 Produktiviti 320 Profesioanl Learning Community (PLC) Daftar Berimpak
320 One Page Report (OPR) Sulihanta SPLKPM/
16 Video HBKIK Sulihanta Latihan
16 Jadual Pelaksanaan
Seminar Sulihanta 16 Pembentang

Guru Besar

3. Oleh yang demikian, program ini wajar diteruskan pada masa akan datang dalam usaha
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan organisasi.
Sekian.Terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. ABDUL HAMID BIN ABDUL RAHIM) 7
Ketua Jabatan,
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
IPG Kampus Tawau, Sabah.

MAKLUM BALAS PENTADBIR (GURU BESAR) TENTANG HBKIK SULIHANTA


8


9


10


11

12

ONE PAGE REPORT HBKIK SULIHANTA


13

ONE PAGE REPORT HBKIK SULIHANTA

ALAT KOLABORATIF TEACHER SHARING SESSION
HORIZON BAHARU KIK SULIHANTA
SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN GELAM-GELAM
TAJUK
PENCERAMAH PENGAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON
TARIKH NOORTAZILA BINTI TIBLANI
KEHADIRAN 15/06/2022
6 ORANG

INTIPATI PERKONGSIAN : LAPORAN BERGAMBAR 1
• Aplikasi Powtoon merupakan aplikasi web
yang dapat digunakan oleh guru untuk
menghasilkan video pengajaran dan
pembentanganyang lebih menarik dan mudah
• Aplikasi ini memiliki filter, pergerakan emosi
dan watak animasi yang pelbagai untuk
dihasilkan oleh guru dalam mencipta alat
bantu mengajar bersifat multimedia.
• Penggunaan aplikasi Powtoon sangat mudah
dan cepat untuk dihasilkan dengan
menggunakan template-templat yang telah
tersedia dalam aplikasi web berkenaan

LAPORAN BERGAMBAR 2 LAPORAN BERGAMBAR 3

ULASAN/PENAMBAHBAIKAN ULASAN PIHAK PENGURUSAN (KEKUATAN/
[GURU BERTANGGUNGJAWAB] KELEMAHAN/ PELUANG & ANCAMAN

• Penerangan kaedah yang digunakan perlu • Perkongsian yang disampaikan
sangat baik dan relevan dengan
mengambil kira guru yang tidak mahir pembelajaran dan pengajaran
dalam penggunaan TMK dalam pengajaran masa kini

• Pelaksanaan kaedah ini perlu
dilaksanakan secara menyeluruh
dan konsisten dalam kalangan guru

14

CONTOH JADUAL WAKTU PELAKSANAAN HBKIK SULIHANTA DI SEKOLAH

CamScanner

15

NAMA : MOHD YUNUS MOHD SIDIK

MATA PELAJARAN : MATEMATIK

SEKOLAH : SK. BALIMBANG SEMPORNA

TAJUK : DARAB SESIKU

1

1. TAJUK INOVASI : DARAB KAEDAH SESIKU
2. PERMASALAHAN/ KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI

Pengajaran dan pembelajaran yang berjaya ialah apabila pengajaran
memberikan perubahan kepada tingkah laku pelajar. Kejayaan proses
pengajaran ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti latar belakang guru,
bahan bantu dan kaedah atau strategi yang digunakan oleh guru.

Dalam pengajaran matematik kaedah guru adalah antara aspek yang perlu diberi
penekanan. Ini kerana murid mempunyai keupayaan pemahaman yang berbeza.
Oleh itu kaedah pengajaran guru perlu dipelbagaikan dan tidak bergantung
kepada satu kaedah sahaja. Penggunaan kaedah yang pelbagai mampu
membantu murid yang memiliki kecerdasan kognitif yang berbeza dalam
memahami sesuatu konsep asas dalam Matematik, Noraini Idris (2001)
Kepentingan kaedah yang pelbagai ini jelas apabila dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) itu sendiri menerapkan penggunaan strategi pelbagai
sebagai salah satu daripada standard pembelajaran.

Operasi darab adalah satu operasi yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata
pelajaran matematik Langkah pertama murid perlu menguasai sifir dan
seterusnya barulah murid memahami kaedah mendarab. Namun dalam kaedah
biasa atau bentuk lazim, murid sering melakukan kesilapan apabila melakukan
pendaraban. Kesilapan-kesilapan tersebut ialah:

1. Kesalahan menulis nombor yang dikumpul semula.
2. Kesalahan menyusun digit mengikut nilai tempat.
3. Kesalahan menambah selepas mendarab sama ada murid terlupa atau

keliru.

2

Justeru itu inovasi kaedah sesiku ini dapat digunakan dalam meminimumkan
kesalahan-kesalahan di atas, disamping itu ianya juga dapat mempelbagaikan
strategi pengiraan darab dalam pengajaran guru.

3. KONSEP

Nama Sesiku diambil sempena bentuk susunan nombor dalam bentuk sesiku.
Sesiku bermaksud alat berbentuk L atau T untuk mengukur sudut 90⁰. Dalam
konteks inovasi ini, nombor yang didarab disusun secara mengufuk dan nombor
pendarab disusun secara mencancang.

Dalam konteks kaedah sesiku ini, nombor didarab satu persatu dengan
pendarab. Nombor hasil darab itu ditulis seperti biasa termasuk nombor dua digit
secara mengufuk. Nombor dua digit itu tidak perlu dipisahkan sebagaimana
dalam kaedah bentuk lazim.

Setelah proses mendarab selesai, langkah seterusnya ialah membuat bulatan
pada nombor hasil darab itu. Kaedah membuat bulatan ini juga mempunyai
teknik tersendiri. Mula-mula satu digit hujung sebelah kanan dibulatkan,
kemudian diikuti satu digit hujung sebelah kiri (Bulatan Kecil). Baki digit-digit
yang ada akan dibulatkan secara berpasangan iaitu dua digit setiap satu bulatan
( Bulatan Besar). Seterusnya digit-digit dalam bulatan itu disusun dan bagi
bulatan besar dua digit itu perlu ditambah terlebih dahulu sebagai hasil jawapan.

Bagi nombor yang didarab dengan dua digit akan menghasilkan dua baris
nombor. Bulatan-bulatan bagi setiap baris nombor akan dipadankan
berpasangan secara menyerong kekiri (Sebagai contoh baris pertama bulatan
pertama dari kanan dipadankan dengan baris kedua bulatan kedua dari kanan.)
Digit-digit dalam kedua bulatan ini akan ditambah sebagai hasil jawapan.

3

4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Ada pepatah mengatakan “ Jika saya lihat mungkin saya lupa, jika saya dengar
mungkin saya ingat dan jika saya buat saya akan faham.” Kombinasi
penglihatan, pendengaran dan sentuhan ini diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran inovasi Darab Sesiku iaitu melalui melukis sambil menyanyi.

a. Kaedah mendarab sebarang nombor dengan satu digit dan dua digit.

Kemahiran darab di sekolah rendah hanya melibatkan pendaraban dengan satu
digit dan dua digit sahaja. Oleh itu fokus kaedah sesiku ini adalah mendarab
sebarang nombor dengan satu digit dan dua digit. Kaedah ini mudah dijelaskan
dan senang difahami oleh murid.

b. Lagu “Bulatan Kecil”
Lagu ini dicipta khas untuk memudahkan penyampaian guru dan meningkatkan
kefahaman murid dalam kaedah Darab Sesiku. Murid menyanyi sambil melukis
memberi satu pengalaman bermakna dan ingatan jangka panjang terhadap
kaedah ini.

c. Mini Papan Tulis
Murid sangat suka menulis di papan tulis. Aspek ini turut diambil kira dalam
penyediaan bahan. Mini papan tulis adalah satu bahan sokongan bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap kaedah Darab Sesiku.

4

d. Mempelbagaikan kaedah dan teknik penyelesaian darab

Dalam Kurikulum Standard Pembelajaran guru digalakkan menggunakan kaedah
penyelesaian yang pelbagai. Ini kerana murid mempunyai aras pengetahuan
yang berbeza. Sesetengah murid suka atau rasa mudah dengan sesuatu kaedah
yang diperkenalkan kepada mereka, tetapi bagi murid lain ia tidak sesuai kepada
mereka. Oleh itu, guru perlu ada kaedah penyelesaian matematik yang pelbagai.
Dengan ini murid berpeluang memilih kaedah yang mereka hendak gunakan.

e. Pelaksanaan

Inovasi ini telah diuji dan dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun Tiga Ibnu
Khaldun,Tahun Empat Ibnu Khaldun dan Tahun Enam Ibnu Khaldun Sekolah
Kebangsaan Balimbang Semporna Sabah.

Responden : Murid-murid Tahun Tiga Ibnu Khaldun

Tajuk : Darab
Tarikh : 24 Februari 2022
Hari : Isnin
Masa : 1 jam
Aktiviti :

1. Ujian Pra 1( kaedah darab biasa ) di adakan lebih awal.
2. Set Induksi (menyanayi lagu ‘Bulatan Kecil”)

5

3. Pengajaran pengiraan darab strategi kaedah Sesiku.
4. Ujian (menggunakan kedah Sesiku)

5. LATAR BELAKANG SEBELUM INOVASI

Dalam pengajaran darab di tahun tiga, iaitu apabila melibatkan standard
pembelajaran mendarab menggunakan pelbagai strategi pengiraan, tiga kaedah
yang sering digunakan iaitu kaedah bentuk lazim, kaedah kekisi dan kaedah
cerakinan.

Kaedah Bentuk Lazim

Kaedah mendarab yang biasa digunakan ialah mendarab menggunakan kaedah
biasa atau lebih dikenali sebagai bentuk lazim. Bagi murid yang cerdas, mereka
tidak mempunyai masalah dengan mendarab menggunakan kaedah ini, tetapi
bagi murid yang lemah mereka sering melakukan kesalahan-kesalahan dalam
pengiraan. Kesalahan yang biasa murid lakukan ialah kesalahan menambah
selepas mendarab. Murid lemah tidak suka melakukan sesuatu kerja itu dua kali
dalam satu masa. Misalnya selepas mendarab disambung pula dengan operasi
tambah secara berulang-ulang. Sebaliknya mereka lebih selesa menghabiskan
satu kerja dahulu, misalnya melakukan operasi darab semua dahulu sesudah itu
barulah melakukan operasi tambah.

Kaedah Kekisi

Sementara kaedah kekisi pula ialah satu kaedah yang dapat mengurangkan
kesilapan murid dalam menambah selepas mendarab. Namun kaedah ini pula
memerlukan jadual. Ini mengambil sedikit masa disamping itu murid perlu
menulis setiap digit dalam jadual di tempat yang betul, kesilapan menulis digit di
petak yang betul akan memberikan jawapan yang salah.

6

Kaedah Cerakinan

Kaedah cerakinan pula mengasingkan digit sa, puluh dan ratus jika melibatkan
nombor tiga digit. Sesudah dicerakinkan, digit-digit ini akan didarab satu persatu
mengikut nilai digit. Proses ini agak panjang dan murid perlu menguasai
kemahiran mencerakinkan nombor.

6. STRATEGI PELAKSANAAN KAEDAH SESIKU
Pengajaran kaedah Sesiku adalah dicadangkan seperti berikut:

Set Induksi
Murid menyanyi lagu “Bulatan Kecil” sambil melukis bulatan-bulatan mengikut
senikata lagu. Pada akhir lagu ini akan menghasilkan gambar lukisan seorang
bayi yang terbentuk daripada kombinasi beberapa bentuk bulatan yang dilukis
pada mini papan tulis.

Perkembangan
✓ Setiap murid diberikan mini papan tulis. Murid diperkenalkan dengan
kaedah darab Sesiku. Murid akan mendarab satu persatu dengan
membiarkan hasil darab itu dalam baris mengufuk.

✓ Seterusnya murid akan menyanyi lagu “ Bulatan Kecil” sambil membuat
bulatan-bulatan pada nombor hasil darab yang mengufuk itu sebagaimana
mereka lakukan semasa set induksi.

7

✓ Seterusnya murid diberi soalan dan melakukan strategi pengiraan darab
menggunakan kaedah sesiku secara individi di mini papan tulis mereka.
Aktiviti ini juga dilakukan sambil murid menyanyi lagu “Bulatan Kecil”.

✓ Lembaran kerja diedar. Murid cuba menjawab beberapa soalan secara
individu di lembaran kerja.( Ujian )

Penutup

Bagi mengukuhkan kefahaman murid, sekali lagi murid menyanyi dengan iringan
muzik sambil membuat bulatan-bulatan pada satu baris nombor yang murid pilih
sendiri di mini papan tulis.

7. HUBUNG KAIT DENGAN PPPM 2013-2025

Selaras dengan aspirasi dua dalam aspirasi system pendidikan Malaysia yang
terkandung dalam PPPM , teknik sesiku menyediakan peluang pembelajaran
yang unik kepada murid lemah. Dengan ini semua kanak-kanak berpeluang
mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan system pendidikan di
Malaysia.

8. KEADAAN SELEPAS PELAKSANAAS INOVASI

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek
yang dianggap baru oleh seseorang. Glosari Teknologi Pendidikan (1995)
merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah
sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang
individu.

8

Dalam konteks inovasi kaedah sesiku ini, inovasi yang diperkenalkan adalah dari
aspek konsep atau strategi baru. Inovasi ini merupakan suatu kaedah yang
baharu. Walaupun sebelum ini sudah ada kaedah lain seperti kaedah biasa dan
kaedah kekisi dan banyak lagi yang diperkenalkan, namun kaedah sesiku ini
agak mudah bagi murid lemah ia kerana melibatkan aktiviti membulatkan dan
memadan. Kaedah ini juga dapat menambahkan lagi koleksi kaedah guru dalam
operasi darab. Ini sangat bersesuaian dengan kehendak Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik yang menekankan penggunaan pelbagai strategi
pengiraan dalam standard pembelajaran.

9. FAEDAH-FAEDAH LAIN DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN

a. Pengurangan Kos Operasi
Kaedah Darab Sesiku ini memerlukan kos yang sangat minimum, bahan-

bahan yang digunakan murah dan mudah didapati.
b. Peningkatan Hasil Kerja

i) Murid mudah faham
ii) Kesilapan murid dalam mengira dapat dikurangkan

9

Perbezaan Markah Murid Menggunakan Kaedah Biasa dan Kaedah Sesiku

Murid Tahun Tiga Ibnu Khaldun

BIL NAMA MURID UJIAN 1 UJIAN 2
Kaedah Kaedah
1 AHMAD JAIRI BIN HARIBAIN Biasa Sesiku
2 ABDUL RAHIM BIN DENNY
3 ISPARMAN BIN BERMAN 10 50
4 JULIANA BINTI ABIDN 0 90
5 MARDIANA ABDUL RASIM 0 90
6 MAD SAHIR BIN MAD SAHID 0 70
7 MOHD. AL-MUIZZ B. MOHD NASIR 50 90
8 MOHD.HAMIZAN MAD KASAWA 0 50
9 NAZRI BIN KADAPI 0 90
10 NORIJAMISA IZATI BT ABDUL MAJID 0 70
11 PUTRI FAZLYANA CHUNG MEI FAH 20 60
12 MOHD. IKHWAN TIANSEX 0 90
13 MOHD. ILHAM BIN MOHD. SULAIMAN 80 100
14 NURSYAHIRAH 40 70
15 RAUF BIN ANDANG 20 50
16 NURUL SAHIRATUL AZIMAH BT. SUPPIAN 0 60
17 SAUHIMAH 0 60
18 SITI NURUL INDRIANI 80 90
19 WAHIDAH BINTI SINUH 10 80
10 50
0 50

10

20 SYASINRAWATI BINTI JULAMDI 60 50

Perbandingan Markah Murid Menggunakan Kaedah Biasa, Kaedah Kekisi dan
Kaedah Sesiku.

Murid Tahun Empat

BIL NAMA UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
(Kaedah (Cara Kekisi) (Teknik
01 ABRISAM B. MOHD. YUNUS Biasa) Sesiku)
02 AINA NUR SYAHIRAH 20 20 70
03 KHAIRUL SAM 0 0 20
04 MAISURA KASAN 0 0 20
05 MOHD IRSHAD HAQEEM 0 0 40
06 MARLIANA ABDUL KASIM 10 50 80
07 NORAZILA SINUH 0 20 20
08 NORAZRIANA ABTAJUL 0 0 20
09 NOR ASIAH KAMARUDIN 20 10 30
10 SITTI RADINAWATI 10 10 20
0 0 20

c. Penjimatan masa murid

Berbanding kaedah kekisi kaedah sesiku tidak memrlukan jadual. Ini sedikit
sebanyak dapat menjimatkan masa murid dalam membuat pengiraan. Selain
daripada itu, hasil darab tidak perlu disusun mengikut nilai tempat sebagai
mana cara biasa. Sebaliknya hasil darab boleh ditulis terus dan tidak
semestinya selari.

11

d. Selari dengan teori-teori pakar psikologi

1. Teori Gardner
Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan
masalah, tetapi terdapat pelbagai cara. Kaedah cara sesiku adalah satu cara
untuk menyelesaikan masalah darab. Ini memberi peluang kepada murid
memilih cara yang lebuh mudah bagi mereka.

2.Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Dalam teori konstruktivisme meminta pelajar menghubungkait idea asal
dengan idea yang baru dibina. Kaedah sesiku mengambil kira kaedah asal
yang sedia ada bagi memahami kaedah baru tersebut.

3. Teori Ausubel
Ausubel mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuk pentingnya
maklumat lisan. Kaedah kekisi menekankan kemahiran lisan guru dalam
menyampaikan pengajaran.

4. Teori Gagne
Pembelajaran bergerak dari yang mudah kepada yang lebih kompleks.
Pembelajaran kaedah sesiku mengambil kira teori ini. Dimana penyampaian
pengajaran dimulakan dengan mendarab nombor dengan satu digit dimana
ianya lebih mudah difahami sebelum kepada yang melibatkan dua digit.

e. Menyeronokkan murid belajar

12

Murid berasa seronok melalui aktiviti membuat bulatan dan memadan kerana ia
mengandungi unsur-unsur seni. Murid-murid sendiri sudah terbiasa dengan
aktiviti membulatkan dan memadan ini sejak di Tahap Satu lagi.

f. Sesuai untuk murid sekolah rendah

Bagi murid Tahap Satu, kemahiran tertinggi untuk operasi darab ialah mendarab
nombor tiga digit dengan satu digit. Manakala bagi murid Tahap Dua pula
kemahiran tertinggi untuk operasi darab ialah mendarab sebarang nombor
dengan dua digit. Oleh itu kaedah sesiku ini sesuai untuk semua murid sekolah
rendah dan dapat memenuhi sukatan pelajaran sekolah rendah.

g. Sesuai untuk murid lemah (Murid PROTIM)

Murid PROTIM merupakan murid pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Matematik.Mereka agak lemah dalam penguasaan ilmu. Oleh itu
teknik sesiku ini sangat sesuai kepada mereka dan dapat membantu
meningkatkan kefahaman mereka dalam operasi darab.Ini kerana teknik sesiku
melibatkan aktiviti-aktiviti seperti melukis bulatan dan memadankan. Aktiviti-
aktiviti ini sudah sinonim dengan murid-murid di sekolah rendah.

Kesimpulan

Inovasi teknik sesiku ini akan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
matematik khususnya dalam kemahiran mendarab. Inovasi ini juga akan
menambahkan lagi ilmu para guru matematik dalam mempalbagaikan strategi
pengiraan mereka. Guru akan mudah memberi kefahaman kepada murid. Murid
pula akan mudah faham dengan pengajaran guru. Diharap dengan Ini berlakulah
yang dikatakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

13

RUJUKAN
Laporan Awal Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015.
Prof. Dr. Khadijah Rohani.(2007).HBEF2103 Psikologi Pendidikan,Universiti
Terbuka Malaysia.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah matematik Tahun 3. Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

14


Click to View FlipBook Version