Cetakan Pertama 2022
Cetakan Kedua 2022
© Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Mohamad Din Yusoh, Datuk
RASUAH : NAMPAK SENANG DI DUNIA SENGKEK DI
AKHIRAT / DATUK MOHAMAD DIN YUSOH. – EDISI
KESEDARAN RAKYAT, PEMIMPIN & UMMAH.
ISBN 978-983-3022-19-9
1. Corruption.
2. Bribery--Religious aspects--Islam.
3. Muslims--Conduct of life.
I. Judul.
364.1323
Diterbitkan dan dicetak oleh:
Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Plot 29, Jalan IKS BK 2, Taman IKS Bukit Katil,
75450 Bukit Katil, Melaka
No. Tel.: 06-232 4475 No. Fax: 06-232 4960
Diedar oleh:
Pustaka Tawjih
Koperasi Surau Ibnu Sina, Jalan 15/3
Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
H/P: 011-5785 4418 (Whatsapp)
Email: [email protected]
ii
Kandungan
Refleksi • xi
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Prakata Penulis • xiii
Rasuah Nampak Senang Di Dunia Sengkek Di Akhirat •1
Hukum Jenayah Rasuah Menurut Empat Mazhab •1
Yang Muktabar
: Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada •1
Sumber Al-Quran
: Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada •2
Sumber Al-Hadis
: ALLAH SWT Melaknat Pemberi Rasuah Dan •2
Penerima Rasuah
: Isu Rasuah Telah Disentuh Oleh Penulis •4
Dari Tahun 2014
: Sejarah Bermulanya Rasuah •5
: Kejatuhan Pemimpin Dunia Disebabkan Rasuah • 5
: Cadangan Penulis Bagi Membanteras Rasuah. •6
Langkah Mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan
“Bahaya Rasuah” Dari Kecil Bermula Tadika,
Sekolah Rendah, Menengah Hinggalah Ke Universiti
: Rasulullah SAW Melaknat Pemberi Rasuah Dan •8
Penerima Rasuah
: Anggota Tubuh Badan Sendiri Seperti Tangan •8
Dan Kaki Menjadi Saksi Di Mahkamah ALLAH SWT.
Bukan Seperti Mahkamah Rayuan Dan
Mahkamah Persekutuan
iii
: Tidak Mentadabbur Dan Menghayati Intipati •9
Al-Quran Punca Terjebak Dengan Rasuah
: Pandangan Ulama Tafsir Berkaitan Harta Batil • 11
Termasuk Rasuah
: Rasuah Alaf Baharu • 14
: Akibat Rezeki Haram Ketika Hidup Di Dunia • 17
: Pendapat Mazhab Syafie Dan Hanafi Tentang • 18
Membelanjakan Harta Haram, Batil Atau Rasuah?
: Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Hukum • 19
Bersedekah Dengan Harta Yang Haram,
Batil Atau Rasuah
: Harta Rasuah Membawa Sengsara Di Hari Kiamat • 22
: Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau • 24
Darah Yang Bercampur Nanah
: Fakta Yang Menakutkan Dan Dahsyatnya • 27
Api Neraka
: Panasnya Api Neraka Lebih 70 Kali Ganda • 28
Api Di Dunia
: Peringkat Perubahan Api Neraka Dan • 28
Dahsyatnya Warna Api Neraka
: Tinggi Julangan Api Neraka • 29
: Neraka Bergunung-Ganang • 29
: Rasuah Berleluasa, Negara Dan Rakyat Sengsara • 29
: Tidak Kira Negara Kaya, Miskin Dan Pelbagai • 33
Fahaman Doktrin Pemerintahan - Rasuah Tetap Ada
: Ukuran Tahap Rasuah Dunia - Indeks Persepsi • 34
Rasuah Dunia
: Indeks Rasuah - Transparency International • 36
Tahun 2020
iv
: Indeks Global Ini Membabitkan 180 Buah Negara • 37
Di Seluruh Dunia, Menyaksikan Malaysia Menurun
Ke Tangga Ke-62 (2021) Daripada Tangga 51 (2019)
: Akhirnya Marcos Dan Imelda Tersungkur • 38
Di Pentas Dunia
: Kepentingan Diri Dan Pengekalan Kuasa Itulah • 39
Falsafah Kebanyakan Ahli Politik Kebanyakan
Negara Di Dunia Ini
: Pandangan Dan Petikan Beberapa Pemimpin • 41
Dan Personaliti Berhubung Dengan Hukuman
Kepada Pemberi, Perantara Dan Penerima Rasuah
: Rumusan • 45
: Rujukan • 49
Koleksi Sebahagian Kuliah Subuh, Maghrib Serta • 51
Jemputan Dan Artikel-Artikel, Puisi-Puisi Yang Telah
Diterbitkan Dalam Sinar Harian Dan Utusan Malaysia
Bermula September 1986 Hingga November 2021
Hukum Jenayah Rasuah Menurut Empat Mazhab • 51
Yang Muktabar
: Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada • 51
Sumber Al-Quran
: Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada • 52
Sumber Al-Hadis
: ALLAH SWT Melaknat Pemberi Rasuah • 52
Dan Penerima Rasuah
: Rasuah, Perinciannya Dan Hukumnya • 54
: Memperincikan Pembahagian Hukum Memberi, • 55
Perantara Dan Menerima Rasuah Mengikut
Empat Mazhab Yang Muktabar
: Perbezaan Rasuah Dan Hadiah • 58
: Rasuah Dalam Pemberian Dan Penerimaan Hadiah • 67
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
v
: Tafsiran Rasuah • 68
• 69
: Larangan Memberi Dan Menerima Hadiah • 70
• 71
: Polisi Hadiah Bagi Sektor Swasta dan Korporat
• 71
: Rujuk Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah • 72
Malaysia (SPRM) • 73
• 73
: Hukum Jenayah Rasuah Menurut Islam • 76
• 85
: Pengertian Hudud • 87
• 87
: Pengertian Qisas
• 88
: Pengertian Takzir
• 89
: Rumusan Rasuah Dan Hadiah
• 89
: Rujukan
• 90
Neraka Penjara Akhirat Seumur Hidup
• 91
: Neraka Disebut 145 Kali Berbanding
Syurga 135 Kali Dalam Al-Quran • 92
• 94
: Seawal Usia Kanak-Kanak Diajar Membaca Dan • 95
Menghafal Ayat-Ayat Lazim Daripada Al-Quran
: Fahami, Tadabbur Dan Hayatilah Surah
Al-Takaathur Ayat 1-8 Dengan Hati Yang Tenang
: Gambaran Neraka Daripada Penglihatan
Nabi SAW Ketika Isra’ Dan Mi’raj
: Neraka Daripada Ilmu Yaqin Kepada Ainul Yaqin
Seterusnya Haqqul Yaqin
: Makanan Penghuni Neraka Ialah Buah Zaqqum
Yang Seperti Tembaga Cair, Mendidih Dalam
Perut Dan Meluap-luap Panasnya Dan Dhari’
(Pohon Berduri Yang Sangat Keras, Paling Pahit
Buahnya Dan Tidak Menghilangkan Rasa Lapar)
: Kenapa Perlu Takut Neraka?
: Di Manakah Terletaknya Neraka?
: Berapa Luaskah Neraka?
vi
: Apakah Bahan Bakar Api Neraka? • 96
: Adakah Neraka Mempunyai Jurangnya Sendiri? • 97
: Neraka Serta Namanya Ada Tujuh • 98
: Bentuk-Bentuk Seksaan Penghuni Neraka • 100
: Siapakah Golongan Pertama Dihisab dan • 102
Diazab Di Neraka?
: Keadaan Penghuni Neraka • 103
: Dhari’ Adalah Pokok Berduri Yang Paling Pahit • 107
Buahnya, Makanan Penghuni Neraka Yang Tidak
Menggemukkan Dan Tidak Dapat Menghilangkan
Sedikit Kelaparan Pun
: Makanan Penghuni Neraka Ialah Buah Zaqqum • 107
Yang Seperti Tembaga Cair, Mendidih Dalam
Perut Dan Meluap-luap Panasnya
: Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau • 108
Darah Yang Bercampur Nanah
: Balasan Azab Bagi Pendosa-Pendosa • 109
Di Kalangan Orang Beriman
: Sebahagian Bentuk-Bentuk Dosa Besar • 110
Dan Balasannya
: Rujukan • 112
Syiah, Khawarij, Mu’tazilah, Jabariyyah Dan • 113
Qadariyyah; Aliran Tersesat Dalam Terang
: Kemunculan Ahli Sunnah Wal Jamaah • 113
: Sejarah Syiah • 115
: Kesesatan Syiah • 117
: Nikah Mut’ah Aliran Syiah Imamiah Dan • 122
Sejarah Pengharamannya
: Pengenalan • 122
: Sejarah Perkahwinan Mut’ah • 123
vii
: Menurut Empat Mazhab Yang Muktabar Serta • 124
Jumhur Sahabat Dan Tabi’in, Yang Dirujuk Oleh
Kaum Sunni, Nikah Mut’ah Adalah Dilarang
Sehingga Hari Kiamat
: Hukum Perkahwinan Mut’ah • 124
: Syiah Dan Hukum ALLAH SWT • 129
: Fatwa Syiah - Darah Sunni Halal (Boleh Dibunuh) • 130
: Ringkasan Perbezaan Antara Kepercayaan • 131
(Iktikad) Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Syiah
: Kewajaran Institusi-Institusi Islam Di Malaysia • 139
: Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang • 140
Punca Ramai Terpengaruh Ajaran Syiah
: Inisiatif Kaunseling Kepada Pengikut Syiah • 142
: Sejarah Munculnya Khawarij • 145
: Kesesatan Khawarij Dan Ancaman Khawarij • 146
Baharu
: Kesesatan Khawarij Dan Syiah Secara Bandingan • 148
: Sejarah Kemunculan Mu’tazilah • 150
: Asas Kesesatan Ajaran Al-Mu’tazilah • 151
: Bahaya Dan Ancaman Al-Muktazilah Baharu • 152
: Kemunculan Al-Jabariyyah • 154
: Kemunculan Al-Qadariyyah • 155
: Bahaya Fahaman Al-Jabariyyah Baharu Dan • 155
Al-Qadariyyah
: Rujukan • 162
Musibah Banjir : Diundang, Diminta Atau Takdir • 164
: Gunung-Ganang (Bukit Bukau) Adalah • 165
Pasak Bumi Yang ALLAH SWT Jadikan
: Masuk Rumah Orang Melalui Pintu Depan • 166
Dan Beri Salam
viii
: Isu Khilafiyah Diperdebatkan • 167
: Mendirikan Solat Hajat Untuk Merosakkan Pihak • 168
Lain Atau Antara Sesama Hamba ALLAH SWT
: Kisah Nabi Sulaiman AS Dan Doa Semut • 169
: Kisah Semut Hitam Boleh Dijadikan Iktibar • 173
: Kita Mengatur, Tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur • 174
Dan Maha Mengetahui Segala-galaNya
: ALLAH SWT Menerima Doa Orang Yang Sedang • 175
Dalam Bermusafir
: Rujukan • 180
Musibah Dan Muhasabah • 181
Jerebu - Kau Yang Tak Diundang • 183
Gaza Bermandi Darah Negara Menerima Musibah • 185
Perhimpunan Agung UMNO Bulan Dua Belas 2015 • 197
Saya Berbangga Dengan Kereta Nasional • 199
Gurindam Gelaran Datuk Seri, Datuk-Datuk • 205
Di Negara Tercintaku Ini
Sheikh Ahmad Lampong Dalam Kenangan • 207
: Pengenalan • 207
: Profil Sheikh Ahmad Lampong Dan Keluarga • 207
Berasal Dari Morocco, Peristiwa Lampong Karam
Dijadikan Filem Oleh S.Kadarisman Tahun 1967
: Tempat Tinggal • 208
: Pengendalian Haji Yang Berwibawa • 209
: Bekalan Jemaah Haji • 210
: Bagaimana Sheikh Ahmad Lampong • 211
Mendapat Dan Menguruskan Jemaah
: Keadaan Rumah / Tempat Tinggal Jemaah • 213
: Suasana Kemuncak Haji • 214
ix
: Sistem Pengendalian Haji • 215
: Penglibatan Sheikh Ahmad Dalam Urusan Haji • 219
Bersama Pihak Berkuasa Arab Saudi
Hukum Mengedar Tabung Derma Bergerak Dan • 221
Bercakap Semasa Khatib Sedang Menyampaikan Khutbah,
Ada Yang Mengatakan Haram, Makruh Dan Harus
Mendengar Khutbah Jumaat, Sunat Atau Sunnah? • 226
Hukum Memelihara Anjing, • 231
Apakah Haram, Makruh Atau Harus Dan
Pandangan Daripada Empat Mazhab Yang Muktabar
Serta Pandangan Dari Sudut Sains Kesihatan;
Solat Di Atas Kerusi • 242
Jangan Biarkan Tulang dan Urat Saraf
Rosak Berpanjangan.
Jangan Ambil Pandangan Selain Daripada
Pakar Ortopedik, Fisioterapi Dan Kiropraktik
Amalan Tarekat Dikaitkan Dengan Ajaran Dan • 256
Amalan Sesat?
Adab Seorang Penceramah Dalam Majlis Ilmu • 262
Penyakit Sihir Atau Buatan Orang • 267
Apakah Doktor Pakar Boleh Mengubatinya?
Haram Menolak Pengambilan Vaksin • 272
Penjelasan Solat Dan Beli-Belah Ketika Pandemik • 276
Ikutlah Dakwah Nabi Dan Para Sahabat • 280
Khidmat Terakhir Seorang Anak • 284
Kerana Masa, Emas Binasa • 288
Benarkah Pesakit Covid Yang Kembali Ke Rahmatullah • 292
Mati Syahid Dunia Dan Akhirat?
Antara Perintah Suami, SOP Covid Dan Ibu Bapa • 295
Mana Yang Dipatuhi?
Wakaf Buku Demi Didik Masyarakat • 298
x
Refleksi
Penasihat
Majlis Agama Islam Negeri Johor
(MAINJ)
ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat
ALLAH SWT atas segala nikmat dan inayahNya. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para
sahabat, tabi’in serta generasi seterusnya yang mengikuti jejak
langkah baginda SAW sehingga hari kiamat.
Saya amat bersyukur dan terharu serta mengucapkan tahniah
dan syabas kepada sahabat akrab saya Sohibul Fadhilah Yang
Dimuliakan Datuk Ustaz Mohamad Din Bin Yusoh, kerana diberi
peluang dan kesempatan untuk memberikan sedikit refleksi dengan
kehadiran buku terbaharu beliau yang amat bernilai dan perlu dibaca,
difahami dan mengambil iktibar.
Pada pandangan dan hemat saya, lahirnya buku istimewa ini
amat tepat sekali ketika negara dan dunia sedang berhadapan dan
bergelut dengan penguncupan ekonomi akibat wabak COVID.
Hal ini kerana gejala rasuah merupakan cabaran utama dan terbesar
kepada mana-mana negara termasuk Malaysia yang wajib dikekang
sepenuhnya agar ekonomi dan taraf hidup rakyat terpelihara dan
kepentingan mereka diutamakan. Justeru, dengan kehadiran
buku istimewa ini dapat membuka minda dan paradigma para
pembaca pada semua peringkat dan golongan agar sentiasa
mengambil berat dengan rezeki yang dibawa pulang agar tidak
mengambil harta batil sama ada disedari atau tanpa disedari.
Sumbangan, lontaran idea dan bakti ilmu dalam buku istimewa
ini merungkai pelbagai persoalan dan memberikan jawapan yang
xi
segar menurut landasan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas,
serta mengikut metode Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan
al-Maturidiah) akan akibat buruk terjebak dengan gejala keji rasuah
di dunia dan balasannya yang amat pedih di akhirat.
Justeru, saya mengharapkan juga buku istimewa ini dapat
memberi panduan kepada pemimpin dan seluruh lapisan masyarakat
di Malaysia agar menjadi hamba ALLAH yang soleh, umat Nabi
Muhammad SAW yang taat serta warga yang bertanggungjawab
dan berintegriti tinggi serta bebas daripada gejala rasuah.
Akhir kata, saya selaku sahabat akrab Sohibul Fadhilah
Yang Dimuliakan Datuk Ustaz Mohamad Din Bin Yusoh sentiasa
memberikan sokongan penuh atas segala usaha beliau yang gigih
berjihad dan berdakwah terutama dalam bidang penulisan dan
penerbitan buku. Doa saya agar buku istimewa ini akan berada
pada setiap kutub khanah dan segala hasil usaha beliau menjadi
amal jariah yang berkekalan di sisi ALLAH SWT, menjadi asbab
hasanah di dunia dan hasanah di akhirat, dan diberikan kesihatan
yang berpanjangan hendaknya.
YB Dato’ (DR) Haji Nooh bin Gadot
xii
Prakata
Penulis
Datuk Mohamad Din Yusoh
DMSM, JP.
ALHAMDULILLAH segala puji bagi ALLAH SWT, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buku ini lahir
setelah sekian lama penulis berhasrat untuk mengumpul kembali
tulisan-tulisan penulis yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan
Malaysia, Sinar Harian, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Jemputan dan
di dalam media sosial lain yang berbentuk agama, hukum hakam,
ekonomi dan puisi-puisi (sajak). Antara puisi-puisi yang mendapat
tempat bertajuk “Jerebu-Kau yang tak diundang” Sinar Harian siarkan
pada 29 September 2015, The Star siarkan pada 30 September 2015
dengan meminta izin dari penulis, untuk membuat pandangan dan
ulasan.
xiii
Buku ini disempurnakan dalam masa COVID-19 tahun 2021,
ianya mungkin tidak terlepas daripada membuat sebarang kesalahan
dan kesilapan. Sekiranya terdapat mohon segera diperbetulkan dan
maklumkan kepada kami. Yang bernama manusia itu tetap ada
kelemahan dan tak lari dari menerima kritikan dan teguran. Apa pun
buku yang ditulis ini mungkin tiada yang sempurna melainkan yang
sempurna itu ialah al-Quran.
Begitu juga artikel “Kain Putih Berguguran Dari Udara” disiarkan
dalam akhbar Sinar Harian dan diambil oleh Berita Hariannet.com
Artikel yang dikeluarkan pula like 100,000 pada hari pertama
menceritakan sahabat penulis Andrew Nari yang merupakan
pramugara Malaysia Airlines yang terbunuh bersama pesawat
MH370 pada tahun 2014.
Negara dan dunia dilanda COVID19. Pada 18 Mac 2020
bermulanya PKP di seluruh negara, timbulnya masalah Solat Jumaat
dalam pelbagai pandangan dan pendapat, ada yang bertanya kepada
saya melalui handphone. Dari masalah itu terus saya menulis buku
yang bertajuk COVID19 Melanda Negara dan Dunia, Ujian Kepada
Manusia dan Peringatan ALLAH, Menghargai Masa Semasa
COVID, Selepas COVID dan Mencuri Masa di Tempat Bekerja,
Cara Solat Jumaat Semasa COVID. Buku tersebut dengan izin
ALLAH berjaya dicetak sebanyak 75 ribu naskhah sebagai bahan
bacaan dan rujukan orang awam/perseorangan dan telah diedar
di beberapa buah negeri melalui jabatan-jabatan mufti negeri-negeri
termasuk Negara Brunei yang membuat pesanan sebanyak
3 ribu naskhah.
Penulis amat bersyukur buku bertajuk “Rasuah Nampak
Senang Di Dunia Sengkek Di Akhirat” iaitu buku kedua yang dapat
ditulis semasa Covid ini berjaya diterbitkan dan dibukukan bersama
dengan artikel-artikel dan puisi-puisi lain yang dikeluarkan dalam
Utusan Malaysia, Sinar Harian, Media Massa, rakaman kuliah subuh
dan maghrib serta jemputan ditulis semula sejak daripada tahun
1980an sehingga kini. Isu rasuah ini, penulis menyentuh dan
mengupas dari sudut kaca mata Islam yang dirujuk dari kitab-kitab
yang muktabar, kebanyakan rujukan ini tersimpan dalam
perpustakaan penulis sendiri. Buku ini tercetus daripada
pengamatan penulis terhadap gejala rasuah yang berleluasa dalam
negara ibarat barah tahap empat yang sukar dipulihkan. Malahan
gejala ini bukanlah suatu fenomena baru dalam sejarah peradaban
umat manusia dan jika tidak diberikan perhatian serta tindakan
segera boleh menyebabkan keruntuhan negara secara
keseluruhannya. Buktinya cukup jelas seperti yang berlaku di Filipina
xiv
ketika zaman pemerintahan Ferdinand Marcos.
Perbuatan rasuah, korup, kronisme, nepotisme, salah guna
kuasa dan penyelewengan boleh memberi kesan dan impak yang
cukup besar kepada negara jika dibandingkan dengan
penyalahgunaan dadah kerana ia melibatkan integriti serta amanah.
Masyarakat awam sudah mulai buka mata mengenai rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana isu-isu
berkenaan sering dipaparkan di media elektronik dan media cetak.
Kesannya lebih parah apabila masyarakat menganggap rasuah
bukanlah satu jenayah yang besar, maka ia akan berkembang
sehingga menjadi amalan dan budaya seluruh masyarakat secara
terbuka seperti di sebahagian negara di dunia sekarang.
Oleh itu, buku ini cuba mengupas isu rasuah dan isu-isu lain
yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat untuk dibaca dan
dihayati oleh semua pembaca. Warna kulit buku depan merah, putih
dan hitam ialah gambaran dari hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi
no. 45, ms 28.
Bagi cetakan yang kedua ini, penulis menambah lagi beberapa
fakta yang lebih padu dan padat melibatkan beberapa buah kitab yang
muktabar daripada empat mazhab berbanding cetakan yang pertama.
Tulisan yang berwarna biru muda adalah penambahan cetakan yang
kedua, bagi cetakan yang pertama telah dicetak sebanyak 15 ribu
naskhah.
Semoga cetakan kedua ini memberikan satu penjelasan dan
jawapan yang boleh diangkat dan dibahaskan oleh agamawan, ilmuan
dan pihak yang berwajib. Saya juga berdoa agar semua pihak mendapat
hidayah dan rahmat serta ilmu yang bermanfaat dari ALLAH SWT.
Kedua-dua buku ini diwakafkan sebagai wakaf ilmu berbentuk
fizikal dan e-book. Sila layari (https://www.datukmohamaddin.com/)
Hubungi pengedar sah Pustaka Tawjih beralamat dalam buku ini.
Kos pengurusan dan penghantaran ditanggung oleh pihak yang
membuat pesanan.
Bagi semua yang terlibat dalam menyiapkan buku ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semoga buku ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya serta diberikan ganjaran pahala
yang berkekalan untuk semua. Sekalung penghargaan saya rakamkan
buat isteri, anak-anak dan cucu-cucu yang tersayang dengan sokongan
mereka dapat saya menyelesaikan buku ini. Sekalung penghargaan
dan juga doa buat almarhum kedua ibu bapa saya semoga ganjaran
dari penulisan buku ini sampai kepada kedua-duanya.
Datuk Mohamad Din Yusoh
xv
RASUAH NAMPAK SENANG DI DUNIA
SENGKEK DI AKHIRAT
Pendapat ulama tersohor berkaitan rasuah oleh Sheikh Muhammad
Mutawally al-Sya’rawi daripada kitab tafsir beliau sendiri yang bertajuk
al-Khawatir al-Imaniyyah turut disebut dalam buku ini.
HUKUM JENAYAH RASUAH MENURUT EMPAT MAZHAB
YANG MUKTABAR - rujuk halaman 51
DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER
AL-QURAN
1. Perbuatan memberi dan menerima rasuah merupakan
dosa besar dan dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya.
Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188
maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau
mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia
dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya”.
Dalam surah al-Maidah ayat 62 firman ALLAH SWT
maksudnya: “Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka
berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan
serta memakan yang haram (al-Suht/Suhtun maknanya
harta yang diusahakan dengan jalan haram. Dipetik
1
daripada kamus Idris al Marbawi). Demi sesungguhnya
amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”.
Dalam surah al-Takaathur ayat 1-8 ALLAH SWT juga
berfirman maksudnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada
mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba
untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta
benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) [1] Sehingga
kamu masuk kubur [2] Jangan sekali-kali (bersikap
demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang
buruk semasa hendak mati)! [3] Sekali lagi (diingatkan):
jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan
mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[4] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa
yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yaqin,
(tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang
menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). [5] (Ingatlah)
demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang
marak menjulang [6] Selepas itu - demi sesungguhnya! -
kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya
dengan penglihatan yang yaqin (semasa kamu dilemparkan
ke dalamnya)! [7] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan
ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu
telah menikmatinya)! [8].
DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER
AL-HADIS
ALLAH SWT MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN
PENERIMA RASUAH
2. Terdapat banyak hadis daripada Nabi SAW yang melarang
perbuatan memberi dan mengambil rasuah. Antara hadis-hadis
tersebut daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As RA katanya:
Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya:
“ALLAH SWT melaknat orang yang memberi dan yang
2
menerima rasuah” [Riwayat al-Tirmizi]. Dalam hadis lain
yang hampir sama dengan hadis sebelumnya daripada
Abu Hurairah RA katanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah dalam penetapan keputusan (Riwayat At-Tirmidzi : Imam
Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih). Menurut Muhammad
al-Zuhaili penetapan keputusan yang dimaksudkan dalam
hadis tersebut, adalah dalam urusan berkaitan pentadbiran
kehakiman dan keputusan hakim menjatuhkan hukum. (Lihat
Fiqh Bulugh al-Maram 4/470 cetakan Maktabah Dar al-Bayan
2022 dan Fath al-‘Allam Fi Dirasah Ahadis Bulugh al-Maram
10/372 cetakan Muassasah al-Risalah 2019).
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Nabi SAW
bersabda maksudnya: “Tidak akan memasuki syurga,
daging yang tumbuh daripada yang haram (rasuah), api
neraka lebih utama baginya” [Riwayat Ahmad]. Hadis Jabir
di atas diperkukuhkan lagi dengan satu riwayat lain daripada
Abu Bakar al-Siddiq dari Nabi SAW, baginda bersabda yang
bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada sumber
rasuah maka nerakalah tempat yang selayaknya. [Riwayat
al-Hakim] (Lihat al-Mustadrak ala Sahihain 8/321 cetakan
Dar Minhaj al-Qawem 2018). Daripada Kaab bin ‘Ujrah katanya
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk
ke syurga setiap daging dan darah yang tumbuh daripada
sumber rasuah”. [Riwayat al-Baihaqi] (Lihat Syu’ab al-Iman
5/57 cetakan Dar Kutub Ilmiyah 2017). Justeru itu, sudah pasti
dan tidak syak lagi neraka lah tempat yang selayaknya bagi
setiap daging dan darah yang tumbuh daripada sumber rasuah.
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Nabi SAW
bersabda maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh daripada
as-suht maka neraka lebih layak untuknya”. Dikatakan
kepada baginda: Apakah itu as-suht: Jawab Nabi: “as-suht
iaitu memberi rasuah dalam urusan kehakiman”. [Riwayat
al-Hakim]. Bahkan pihak ketiga yang menjadi perantara dalam
urusan rasuah juga termasuk dalam kategori golongan yang
dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya, dalam hadis riwayat
Thauban RA katanya : “Nabi SAW melaknat orang yang
memberi, menerima dan menjadi perantara dalam rasuah”
[Riwayat al-Hakim].
Di dalam sebuah riwayat daripada Said bin al-Musayyib
bahawa Nabi SAW pernah berkata kepada Yahudi Khaibar
(daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) ketika
3
bumi Khaibar dapat dikuasai oleh baginda yang bermaksud:
“Aku kekalkan bumi Khaibar ini berada di bawah
penguasaan kamu seperti mana yang telah diputuskan oleh
ALLAH dengan syarat hasil buah-buahan dikongsi bersama
dengan penduduk Madinah”. Setelah itu Rasulullah SAW
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar untuk
menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah SAW
telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi kepada
dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi
diserahkan kepada kaum muslimin. Ketika Abdullah bin
Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi
datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata
kepada Abdullah: “Perhiasan ini untuk anda, permudahkan
urusan kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,”
Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi ALLAH
kalian memang makhluk ALLAH yang paling aku benci.
Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku
lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu
adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak
memakannya!” Mendengar jawapan tersebut mereka
(Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi
tetap tegak!” [Riwayat Malik] (Lihat Awjaz al-Masalik Syarah
Muwattha’ 12/13 cetakan Dar Kutub Ilmiyah 2010).
ISU RASUAH TELAH DISENTUH OLEH PENULIS DARI
TAHUN 2014
3. Penulis terpanggil untuk menulis tajuk tentang rasuah,
kerana dalam siri-siri ceramah, penulis telah melontarkan
perkara-perkara yang berkait dengan isu rasuah dari sudut
Islam sama ada mereka yang memberi, menerima atau menjadi
orang tengah dalam isu tersebut, seperti yang telah disentuh
dalam puisi “Gaza Bermandi Darah, Negara Menerima
Musibah” pada tahun 2014 halaman 166. Puisi ini telah
disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian halaman 9
perenggan pertama seperti yang dilampirkan di akhir artikel ini
berbunyi “elakkan diri dari najis dadah dan budaya rasuah”,
“elakkan diri dari berbaris-baris berduyun-duyun ke mahkamah”.
Puisi “Musibah dan Muhasabah” juga disentuh tentang isu
rasuah dan najis dadah pada tahun 2015 halaman 162, begitu
juga buku “Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu dan
Masalah Masa Depan Mereka” isu rasuah ini disentuh pada
halaman 128 yang ditulis pada tahun 2018. Isu rasuah juga
4
disentuh dalam buku Covid-19 halaman 72 cetakan pertama
hingga cetakan kelima pada tahun 2020 dan 2021. Justeru itu,
isu rasuah ini bukan sahaja melibatkan orang Islam atau bukan
Islam, malah sesiapa sahaja yang terlibat adalah salah dari
sudut undang-undang iaitu memakan harta batil (harta yang
salah). Isu ini lebih menekankan orang Islam yang memahami
tentang syurga dan neraka yang ALLAH SWT jadikan di mana
orang beriman yang melakukan amalan soleh atau berbuat baik
balasan syurga dan jika sebaliknya neraka Jahannam
tempatnya. Bagi yang bukan Islam tiada pilihan lain melainkan
neraka sahaja tempat kembali kediamannya.
Dalam surah al-Bayyinah ayat 6-7 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir daripada Ahli Kitab
dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam
neraka Jahannam, kekal abadilah mereka di dalamnya,
mereka itulah sejahat-jahat makhluk [6]. Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka
itulah sebaik-baik makhluk [7]”.
SEJARAH BERMULANYA RASUAH
4. Gejala rasuah atau korup bukan suatu fenomena baru
dalam sejarah peradaban umat manusia. Dokumen tertua yang
ditemui mengenai isu rasuah terkandung dalam Arthasastra
tulisan BC Kautrya ditemui di India pada tahun 300 sebelum
Masihi dan turut ditemui di China ketika pemerintahan dinasti
Qing pada tahun 220 sebelum Masihi. Amalan rasuah telah
bermula semenjak dari tamadun manusia terbina di Mesir,
Babylon, Ibrani, Suryani, Yunani dan Romawi Kuno. Sejarah
Nabi Isa disalib sebagai contoh, berkait rapat dengan perbuatan
rasuah di mana menurut Bible orang-orang Nasrani
berkeyakinan tentang peranan yang dimainkan oleh Judas
Iskariot dalam peristiwa ini. Peranan Judas yang paling besar
sebagaimana yang diceritakan dalam Bible mereka ialah
pengkhianatannya terhadap Nabi Isa AS. Dengan hanya 30
dirham, dia telah menyerahkan Nabi Isa AS kepada pembesar
Yahudi untuk dibunuh dan disalib. Memang benar sejarah rahib-
rahib Yahudi dan Nasrani pada ketika itu menindas dan telah
melakukan perkara yang sama.
KEJATUHAN PEMIMPIN DUNIA DISEBABKAN RASUAH
5. Kejatuhan pemimpin dunia silih berganti dari dahulu
hinggalah sekarang. Malaysia tidak terlepas daripada perkara
5
ini, ada di antara pemimpin-pemimpinnya terlibat dalam
rasuah. Sejarah tidak pernah melupakan tentang kejatuhan
kesultanan Melaka di tangan Portugis 1511 hingga 1641,
hanya manusia sahaja yang lupa tentang sejarah dan peristiwa
tersebut. Pada tahun 1641 Belanda pula menduduki/menjajah
Melaka dan seterusnya dijajah oleh British, Jepun dan berbalik
semula kepada British. Apakah tidak kejatuhan kesultanan
Melaka ketika itu berkait rapat dengan isu nepotisme, kroni dan
orang-orang yang rapat dengan istana yang berleluasa
melibatkan diri dalam isu rasuah? Apakah tidak mungkin juga
warga si Kitol memainkan peranan yang besar dan membantu
mengutip cukai serta memberikan sogokan kepada orang-orang
kepercayaan Sultan supaya tidak melaporkan kepada Sultan.
Ketika itu Melaka terkenal sebagai pelabuhan perdagangan
dan dikenali oleh orang-orang Eropah, China, India dan Arab.
Contoh yang mudah untuk difahami ialah hasil yang diperolehi
100 peratus perlu diberi kepada Raja sebanyak 40 peratus. Oleh
itu rakyat tidak puas hati hingga menyebabkan Melaka bergolak
dan tidak aman. Maka dengan mudah Portugis dapat menjajah
Melaka selama 130 tahun. Apakah rakyat sekarang mahukan
peristiwa seperti itu berulang lagi?
CADANGAN PENULIS BAGI MEMBANTERAS RASUAH.
LANGKAH MEWUJUDKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
“BAHAYA RASUAH” DARI KECIL BERMULA TADIKA,
SEKOLAH RENDAH, MENENGAH HINGGALAH KE UNIVERSITI
6. Buku ini ditulis dengan penilaian berdasarkan perspektif
Islam yang memandang keji perbuatan dan amalan rasuah di
kalangan masyarakat pada hari ini. Peliknya seorang Muslim
ketika masuk ke kedai bersama anaknya untuk membeli coklat
pasti akan melihat atas dan ke bawah bungkusan coklat,
tercari-cari tanda halal. Mereka takut terkandung di dalamnya
unsur babi, begitu juga produk-produk lain buatan orang bukan
Islam atau restoran-restoran bukan Islam seperti restoran Baba,
Nyonya dan seumpamanya. Begitulah telitinya orang kita dalam
urusan pemakanan agar terhindar daripada unsur babi. Bahkan
ada yang termakan menjolok-menjolok tekaknya untuk
dikeluarkan kembali apa yang telah ditelan. Malangnya dalam
isu rasuah perkara ini dipandang sepi, tidak diselidiki, tidak
diambil berat. Persoalannya kenapa semua perkara ini berlaku?
Pada saya sebabnya mudah, kerana tiada didikan awal, ibarat
“melentur buluh biarlah dari rebungnya” bukan dari buluh yang
6
sudah mengeras. Oleh itu cadangan penulis kepada kerajaan
eloklah satu silibus “bahaya rasuah” diajarkan pada peringkat
sekolah rendah hingga ke sekolah menengah untuk
memberikan kesedaran kepada anak-anak seawal usia mereka.
Begitu juga pada peringkat universiti, silibus yang sama perlu
diperkenalkan sebagai subjek wajib yang perlu diambil oleh
semua mahasiswa/mahasiswi sebelum “graduate” kerana
mereka akan menggalas tugas selaku pembuat dasar pada
masa akan datang. Apabila mereka telah memasuki alam
pekerjaan sama ada di sektor swasta mahu pun kerajaan,
silibus ini perlu dikembangkan sesuai dengan alam pekerjaan
agar mereka sentiasa peka dengan ancaman rasuah, bahkan
patut berterusan sampai ke usia pencen. Para penjawat awam
hendaklah diberikan kursus secara berkala di pusat-pusat
latihan milik kerajaan seperti Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN), begitu juga para guru takmir yang berperanan
menyampaikan dakwah di masjid-masjid dan surau-surau
seluruh negara, mereka perlu diberikan pendedahan dan latihan
berkala di pusat-pusat latihan milik kerajaan supaya mereka
turut berperanan dalam memberikan pengisian tentang
bahaya rasuah. Pada waktu itu barulah kita dapat membanteras
rasuah dan masalah ini dapat diatasi dengan cara yang terbaik.
Tidak cukup melahirkan kesedaran melalui lagu-lagu anti
rasuah dan kempen-kempen seumpamanya seperti yang
banyak berlaku pada ketika ini. Ini kerana kesedaran lahir
daripada pendidikan peringkat awal dalam erti kata apabila
anak-anak terdidik semenjak kecil dengan melihat pembalut
makanan untuk memastikan makanan tersebut bebas
daripada unsur babi, anak ini juga akan terdidik untuk tidak
memberi dan mengambil rasuah. Mendidik ketika usia masih
kecil dan dilaksanakan secara berterusan merupakan
tuntutan agama Islam agar segala yang diajarkan sentiasa
melekat kemas dalam kepala dan tidak mudah dilupakan.
Dalam pepatah Arab ada disebutkan tuntutlah ilmu daripada
buaian sehingga ke liang lahad ( )
bahkan dalam pepatah Arab yang lain turut menyebut tuntutlah
ilmu sampai ke negeri China ( ). Justeru
itu biarlah pendidikan kesedaran membasmi rasuah bermula
dari buaian ( ) sampai ke liang lahad ( ) selagi dunia
belum kiamat dan kerajaan mana pun yang memerintah perkara
tersebut perlu dilaksanakan.
7
RASULULLAH SAW MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN
PENERIMA RASUAH
7. Perbuatan rasuah iaitu menerima sesuatu habuan atau
salah guna kuasa daripada jawatan yang disandang untuk
kepentingan diri, keluarga dan kroni yang melibatkan harta dan
kepentingan awam. Bentuk-bentuk rasuah adalah seperti
menerima wang, harta benda dan hasil pulangan daripada salah
guna kuasa. Contohnya penerimaan wang haram daripada
kerja-kerja pengubahan wang haram, aktiviti-aktiviti ekonomi
hitam (black economy) dan kerja-kerja jenayah (perjudian,
pelacuran, penjualan dan pengedaran dadah, penyeludupan
pendatang tanpa izin dan sebagainya). Memberi atau menerima
rasuah merupakan satu perbuatan keji dan dilaknat dalam
Islam. Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr RA meriwayatkan
sebuah hadis yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat
pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Abu Daud,
al-Tirmizi dan Ibnu Majah). Dalam satu riwayat lain juga
daripada Abdullah bin Amr katanya Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Laknat ALLAH SWT kepada pemberi
rasuah dan penerima rasuah” [Riwayat al-Tirmizi] (Lihat
al-Musnad al-Musannaf al-Mu’allal 17/270 cetakan Dar al-Gahrb
( ) al-Islami 2013).
Harta atau habuan yang terhasil daripada sumber rasuah
merupakan harta batil yang haram diambil dan balasannya
neraka Jahannam iaitu apa sahaja (bayaran) yang tidak
mempunyai timbal balik yang wajar (yang mempunyai nilai
pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong
dalam erti batil. Impak negatif akibat berleluasanya amalan
rasuah ialah imej negara kita pada mata orang luar akan
terjejas. Negara boleh jatuh bankrap, rakyat menjadi miskin,
peningkatan dalam kejadian jenayah, pelabur tidak datang
melabur dan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tidak
dapat diwujudkan.
ANGGOTA TUBUH BADAN SENDIRI SEPERTI TANGAN
DAN KAKI MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH ALLAH SWT.
BUKAN SEPERTI MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH
PERSEKUTUAN
8. Balasan penerima rasuah tidak berakhir di dunia semata-
mata walaupun pemberi atau penerima telah dihukum penjara
untuk tempoh tertentu ataupun ada yang terlepas begitu sahaja
apabila kes dibuang. Balasannya nanti lebih perit pada hari
8
kiamat kelak apabila manusia dibangkitkan semula dan
dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung perbuatan
mereka sama ada baik atau jahat. Perbuatan baik atau jahat
ketika di dunia diserahkan oleh ALLAH SWT kepada
malaikat untuk mencatatnya sama ada di depan atau
belakang semuanya tidak terlepas daripada catatan mereka
seperti yang difirmankan ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d,
ayat 11 yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap seorang ada
malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan
dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah ALLAH SWT”. Bahkan
dalam al-Quran ALLAH SWT mengingatkan kita betapa
dekatNya ALLAH SWT dengan manusia daripada urat
lehernya. Firman ALLAH SWT dalam surah Qaaf ayat 16-18
yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah
mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih
dekat kepadanya daripada urat lehernya. [16] Semasa dua
malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan
menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu
duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah
kirinya.[17] Tidak ada sebarang perkataan yang
dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa
sedia (menerima dan menulisnya) [18]”. Di mahkamah
ALLAH Rabbul Jalil yang menjadi saksinya seluruh anggota
tubuh badan dan kesudahannya dengan azab yang tidak
tergambar dalam fikiran sesuai dengan firman yang
bermaksud: “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka
(sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan
mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing),
dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang
mereka telah usahakan” [Yaasin, ayat 65].
TIDAK MENTADABBUR DAN MENGHAYATI INTIPATI
AL-QURAN PUNCA TERJEBAK DENGAN RASUAH
9. Al-Quran amat dekat dengan umat Islam di mana sahaja
mereka berada, dalam konteks masyarakat Islam di
Malaysia, al-Quran dibaca berulang kali khatam. Ketika
berlaku kematian, surah Yasin dan surah-surah lain juga
dibaca. Namun begitu, malangnya masyarakat kita tidak
memahami maksud tujuan sebenarnya al-Quran itu
9
diturunkan. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam surah
Yusuf ayat 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami
menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan
bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk)
memahaminya”. Dalam surah Fussilat, ayat 3 firman
ALLAH SWT yang bermaksud: “Sebuah Kitab yang
dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran yang
diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang
yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”.
10. Setiap Muslim dituntut memahami maksud setiap ayat dan
kalimah al-Quran yang dibaca serta mentadabbur ayat-
ayatnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan
manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta
mentadabbur, antaranya dari surah Sad, ayat 29 yang
bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada
kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan
ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang
mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.”
Dalam ayat yang lain, ALLAH SWT berfirman bermaksud:
“Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan
(mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya
bukan dari sisi ALLAH SWT, nescaya mereka akan dapati
perselisihan yang banyak di dalamnya.” (an-Nisa, ayat 82)
11. Justeru itu, ayat-ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran
diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya
difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam
kehidupan ini. Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa
menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh
mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Hanya dengan
memahami intipati al-Quran lebih menambahkan nilai
ketaqwaan kepada ALLAH SWT dan mampu mengelakkan diri
daripada makan harta batil. Setiap penelitian yang mendalam
terhadap isi kandungan al-Quran mendekatkan seorang
hamba kepada ALLAH SWT dan melahirkan rasa takut untuk
melakukan maksiat dan mengambil hak orang lain secara
batil. Apa lagi ayat-ayat al-Quran yang sarat dengan ancaman
dan balasan azab yang tidak terperi ke atas segala kejahatan
dan keburukan yang dilakukan ketika di dunia.
12. Perasuah menganggap rasuah adalah satu budaya, sifat
10
perasuah tidak lupa pada ALLAH SWT, sembahyang dibuat,
puasa dibuat, amal soleh dibuat, sembahyang sunat dibuat,
membaca al-Quran dibuat, khatam al-Quran mungkin setahun
beberapa kali. Namun, apabila ayat 188 dari surah al-Baqarah
dan ayat-ayat lain dibaca dengan khusyuk dan berlagu, isteri
dengar dan anak pun dengar, bila wang rasuah datang
berkotak-kotak ke rumah, perasuah berhenti membaca untuk
menerimanya. Perasuah menerima wang tersebut mungkin
disebabkan tidak memahami atau kerana kerakusan dan tamak
haloba.
PANDANGAN ULAMA TAFSIR BERKAITAN HARTA BATIL
TERMASUK RASUAH
13. Rasuah melalui perspektif Islam bermaksud sogokan, wang
suap atau seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu,
agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan
sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan
menguntungkan. Manakala korup memiliki makna yang lebih
luas, apa sahaja penyalahgunaan dan penyelewengan seperti
pecah amanah, khianat, menipu dan seumpamanya dengan
memperjudikan nyawa dan harta awam atau orang lain adalah
sebahagian daripada korup. Oleh itu, perbuatan korup
merugikan orang lain, bangsa dan negara. Penyalahgunaan
kuasa, melawan hukum, norma dan moral dijadikan sebagai
salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan
mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam
masa singkat. ALLAH SWT melarang keras perbuatan
tersebut dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau
mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta
manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui
salahnya” [al-Baqarah: 188].
11
Dalam surah al-Nisa ayat 29 ALLAH SWT berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama
kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya
ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu”.
14. Menurut ulama tafsir tersohor dari Mesir Sheikh Muhammad
Mutawally al-Sya’rawi dalam tafsir beliau al-Khawatir
al-Imaniyyah seperti berikut:
Maksudnya: “Apakah maksud al-batil itu?...al-Batil dalam ayat
di atas merujuk kepada mengambil hak orang lain secara salah,
seperti riba di mana seseorang itu mempunyai harta yang
banyak sedangkan pihak lain amat berhajat kepada harta
tersebut dalam masa yang sama orang tersebut tidak
memiliki harta patutkah orang yang berhutang tersebut
membayar kembali hutangnya melebihi daripada jumlah yang
diambilnya? Patutkah kadar lebih daripada hutang diberikan
12
kepada orang yang sememangnya sudah kaya? Bagaimana
keadaan ini berlaku? Justeru itu, inilah yang dimaksudkan
dengan perbuatan riba, mencuri, merompak, rasuah atau
menipu dalam perniagaan. Kesemua perkara ini adalah
termasuk dalam kategori mengambil hak orang lain secara
salah, kerana ketika pemakan harta batil seolah-olah mendapat
habuan daripada hasil kerja pihak lain secara mudah tanpa
perlu bekerja keras dan perbuatan ini akan menjadi sebati
dalam hidup pelakunya serta tidak ada lagi keazaman untuk
bekerja keras disebabkan selalu mengambil hak orang secara
paksa dan dengan cara yang salah. Ini bererti daya usaha untuk
bekerja akan terhenti disebabkan sikap samseng yang hidupnya
bergantung kepada wang pelincir (rasuah) seperti samseng,
pemerah ugut atau tonto dan sebagainya, justeru apa yang akan
terjadi kepada masyarakat ketika itu? Sudah pasti keadaan ini
membawa bencana dan kesusahan dalam masyarakat.
15. Imam Al-Alusi dalam tafsir beliau Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran
berkaitan ayat yang sama menyatakan maksud “janganlah
kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah” perbuatan tersebut merangkumi semua
urusan yang membawa kepada manfaat dan maksud batil
dalam urusan tersebut sebarang perkara yang diharamkan oleh
syara’ seperti riba, judi, menipu, zalim dalam bentuk manfaat
yang terhasil berlaku daripada cara yang salah.
16. Pandangan yang hampir sama dikemukakan oleh tokoh-
tokoh tafsir muktabar yang lain seperti tafsir al-Qurtubi dan
al-Tabari dalam mentafsirkan ayat-ayat berkaitan
memakan harta batil seperti ayat 34 dalam surah al-Taubah
yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan
ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang
ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi
(manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama Islam). Dan
(ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT,
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan)
azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Intipati penting
daripada ayat ini ALLAH SWT berpesan kepada orang-orang
yang beriman agar tidak berperilaku sebagaimana orang-orang
alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani, yang mengambil dan
13
menggunakan harta orang lain dengan jalan batil. Antara lain
perbuatan mereka dengan menerima sogokan, memanipulasi
ajaran agama untuk memperoleh keuntungan dunia. Mereka
juga menampakkan diri sebagai tokoh agamawan yang dekat
dengan Tuhan seolah-olah mengutamakan akhirat, tetapi
hakikatnya mereka tidaklah sedemikian.
17. Secara tidak langsung perbuatan rasuah merencatkan
ketulusan dalam rantaian ekonomi negara kerana ada pihak
boleh dibeli dengan rasuah. Justeru ayat tersebut merupakan
perintah ALLAH SWT kepada semua orang Islam dalam bentuk
umum agar tidak melakukan perbuatan riba, mencuri, menipu,
berjudi dan melakukan rasuah. Ini kerana apabila kita
mengambil harta dengan cara salah, bermakna kita mengambil
harta orang lain. Kalau kita berada dalam kedudukan mereka,
kita pun tidak mahu orang lain ambil harta kita dengan cara
salah. Kalau kita sayangkan harta kita, orang lain juga sayang
harta mereka. Kebiasaannya manusia tidak kisah dengan
harta orang lain kerana harta tersebut bukan miliknya.
Justeru itu, ALLAH SWT gunakan perkataan (harta kamu)
kerana ALLAH SWT hendak kita melihat harta orang lain sama
seperti harta sendiri yang perlu dijaga dan hormati.
RASUAH ALAF BAHARU
18. Perbuatan curang pada zaman moden hari ini bukan hanya
sekadar mengurangkan berat timbangan dan sukatan dalam hal
berjual beli seperti makanan dan barang keperluan manusia
semata-mata, malahan perkara yang sama juga berlaku di
peringkat yang lebih tinggi dan impaknya nyawa manusia
diperjudikan. Sebagai contoh pembida kontrak memenangi
bidaan dengan spesifikasi tertentu seperti binaan konkrit
bangunan. Namun apa yang berlaku ketika kerja-kerja
pembinaan dilakukan pembida kontrak tidak mengikut
spesifikasi yang telah dimuktamadkan seperti dalam kontrak
kelulusan. Sebagai contoh, pembekal konkrit simen dalam
sebutan tender yang dimasukkan untuk konkrit simen bangunan
(ready-mix) ialah gred 35, tetapi ditukarkan kepada gred 30 dan
sebagainya ketika penghantaran berlaku. Begitu juga untuk
membina tiang bangunan dan tapak (column & footing) sebutan
tender besi yang sepatutnya ialah jenis besi Y18 tapi digantikan
dengan Y16. Begitu juga penghantaran komputer/laptop tidak
mengikut spesifikasinya secara telus (tender lain hantar lain).
14
19. Perbuatan mencuri masa (curi tulang) ketika bekerja juga
termasuk dalam maksud mengambil harta secara batil kerana
pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan
kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah
dan cara. Perbuatan seperti ini sinonim dengan tidur,
membuang masa atau keluar minum sesuka hati pada waktu
kerja, meninggalkan tempat kerja waktu pejabat untuk
menjalankan urusan peribadi seperti: pergi bayar bil, ambil
anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya,
menggunakan waktu pejabat bagi melaksanakan urusan yang
tiada bersangkutan dengan kerja seperti menjalankan
perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih,
promosi Multi Level Marketing dan sebagainya), berbual-bual
kosong, bergayut di telefon berkenaan urusan peribadi,
menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja untuk
urusan peribadi (melayari internet, download movie dan muzik,
buat blog, layari facebook, Instagram dan lain-lain lagi).
Menggunakan atau menipu semasa waktu kerja overtime untuk
balik ke rumah dan datang semula hanya untuk punch out
atau meminta rakan mengetip kehadiran dan pulang, bak
kata orang datang lewat balik awal, mengambil cuti sakit
sedangkan pekerja tersebut tidak sakit.
20. Untuk dianggap memakan harta batil tidak perlu kepada
perkara besar, mungkin ada yang terlepas pandang pendrive
yang begitu kecil saiznya boleh digunakan oleh seseorang
mencuri masa di tempat kerjanya dengan membuat dua kerja
akaun bagi dua organisasi. Satu akaun syarikat tempat dia
bekerja dan satu lagi akaun syarikat lain untuk dia
menambah pendapatan sampingan. Perkara ini amat licik
walaupun di pejabatnya dipasang CCTV dan menggunakan
thumbprint untuk merekod kehadiran. Perlakuan tersebut
sukar dikesan kerana dia bekerja kelihatan tekun dan
kehadiran juga memuaskan. Akibatnya, dalam tempoh yang
panjang, organisasi kerugian bukan setakat ratusan juta
malah mungkin hingga berbilion ringgit untuk sesebuah negara.
Justeru, curang yang dimaksudkan di sini adalah sikap tidak
amanah mencuri masa atau curi tulang, kerja sambal lewa,
menipu kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak
memenuhi kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai dengan
majikan. Walhal Islam memandang serius aspek amanah
dalam mengotakan setiap apa yang dipersetujui majikan dan
15
pekerja sebagaimana kontrak yang ditandatangani.
21. Amalan memakan harta batil begitu juga dalam industri
pelancongan apakah tidak berlaku unsur-unsur rasuah dan
sebagainya? Walaupun ia dilihat dalam bentuk ibadah ke
Tanah Suci, melancong ke luar negara atau dalam bentuk
perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu yang mana kartel-
kartel memainkan peranan yang sukar dilihat dan diawasi.
Dalam dunia akademik unsur korup juga berlaku, di mana
terdapat ahli akademik menggunakan khidmat pihak ketiga
untuk menyiapkan tesis Doktor Falsafah dan akhirnya mendapat
kenaikan pangkat dan gaji hasil daripada kerja tidak jujur.
Sudah pasti ganjaran dan manfaat yang diraih daripada sumber
tidak bersih dan diberi makan kepada ahli keluarga.
22. Ketika negara sedang berada dalam kancah kegawatan
ekonomi muncul pula kartel-kartel (orang tengah) dalam
rantaian perniagaan terutamanya melibatkan bekalan
makanan, sayur-sayuran, penternakan, alat ganti kenderaan
dan lain-lain dengan mengenakan harga yang tidak wajar
sedangkan mereka mendapat bekalan dengan harga yang
murah. Begitu juga dengan sindiket penipuan dalam talian
atau scammer yang menipu orang ramai ‘hidup-hidup’.
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai
jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love
Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS),
tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak
wujud. Ironinya, jenayah ini tidak kenal mangsa apabila hampir
semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan
profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa
sindiket yang sangat licik ini. Hasil memperdaya mangsa
dengan panggilan palsu hingga meraih jutaan ringgit merupakan
harta batil yang dilarang dalam agama dan tempat mereka
di neraka Jahannam.
23. Oleh kerana tamak haloba pelaku korup atau perasuah
merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh
hidup mewah di luar kemampuan mereka. Jelas, mereka yang
dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup
mewah, memburu kekayaan dengan cepat serta alpa bahawa
perbuatan tersebut mengundang kemurkaan ALLAH SWT.
Justeru, korup adalah termasuk perbuatan mungkar yang
16
menjadi tugas bersama umat Islam termasuk ulama dan
umara berganding bahu serta seluruh rakyat di negara ini
menghentikan dan membanterasnya. Pembanterasan korup
adalah tanggungjawab bersama kerana azab dunia tidak hanya
menimpa pelaku kejahatan tetapi juga akan menimpa orang
yang tidak mencegah dosa itu daripada berlaku. Firman
ALLAH SWT:
Maksudnya: “Dan jagalah dirimu daripada (berlakunya)
dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja
akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu
secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum)
dan ketahuilah bahawa ALLAH SWT Maha berat azab seksa-
Nya”. [al-Anfal, ayat 25]
24. Apakah rasuah tidak berlaku pada era kegemilangan kerajaan
Bani Umayyah, Abbasiyah dan selepasnya seperti empayar
Othmaniyah di Turki? Ketika kerajaan Bani Umayyah
diperintah oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal
dengan pemerintahan yang adil dan amanah negara berada
pada zaman kegemilangannya. Selepas tampuk pemerintahan
beralih kepada khalifah lain yang menggantikan beliau, kerajaan
Bani Umayyah semakin mundur dan akhirnya jatuh, apakah
tidak disebabkan berlakunya unsur rasuah? Begitu juga
dengan kerajaan-kerajaan selepas itu seperti kerajaan
Abbasiyah dan empayar Othmaniyah apakah tidak disebabkan
dengan berlakunya unsur rasuah? Bahkan kebanyakan negara-
negara dunia yang jatuh silih berganti adalah disebabkan
pemimpin-pemimpinnya yang korup.
AKIBAT REZEKI HARAM KETIKA HIDUP DI DUNIA
25. Di antara penyebab amal ibadah tidak diterima kerana
memakan harta haram. Memakan harta haram sama dengan
menumbuhkan daging haram di dalam tubuh badan. Daging
yang haram ini nantinya akan dibakar dengan api neraka di
akhirat nanti. Ibadah dengan memakan harta haram hanya
akan sia-sia, kerana makanan yang kita makan akan menjadi
daging serta darah yang mengalir dalam tubuh kita. Harta-harta
daripada sumber haram termasuk rasuah adalah harta yang
17
tiada nilai menurut syara’. Ini kerana dari sudut pemilikan
harta tersebut bukan miliknya dan seseorang itu tidak berhak
memilikinya atau membelanjakan untuk apa juga sebab,
matlamat dan alasan. Justeru itu, harta daripada sumber haram
tidak berhak dibelanjakan untuk apa juga sebab, matlamat dan
alasan peribadi termasuk tujuan ibadah umrah atau haji.
PANDANGAN MAZHAB SYAFIE DAN HANAFI TENTANG
MEMBELANJAKAN HARTA HARAM, BATIL ATAU RASUAH?
26. Ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dalam
kitabnya al-Majmu’ syarah al-Muhadzdzab berpendapat haji dan
umrah yang dilakukan oleh seseorang dengan harta yang
haram atau menunggang haiwan tunggangan yang dirampas,
walaupun segala rukun, wajib haji dan syarat-syaratnya telah
dilaksanakan, haji dan umrahnya tetap sah, tetapi perbuatannya
untuk mendapatkan pahala menggunakan wang haram tetap
haram dan berdosa. Pendapat yang sama daripada mazhab
Hanafi oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) dalam kitabnya
Rad al-Muhtar 3/219, tahun 2011 tentang menggunakan
wang haram, harta batil atau rasuah yang dibelanjakan
dalam apa perkara, tetap haram, walaupun untuk mendirikan
masjid dan sebagainya. Dalam sebuah hadis riwayat Abu
Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu pergi
menunaikan haji dengan nafkah yang baik, ketika
memijakkan kakinya di Tanah Suci seraya mengucapkan:
“labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari
langit (oleh ALLAH SWT): “Aku menerima hajimu dan
menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal
yang engkau pergunakan untuk menunaikan haji adalah
halal, perjalananmu juga halal dan hajimu mabrur tidak
tercela. Dan jika seseorang pergi menunaikan haji dengan
nafkah yang kotor lalu memijakkan kakinya di tanah suci
seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”,
maka dijawab dari langit: Aku tidak menerima hajimu
dan tidak menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana
bekal yang engkau pergunakan adalah haram, biaya yang
engkau belanjakan juga haram dan hajimu pun menjadi
tercela lagi tidak berpahala.” (Riwayat al-Thabrani)
18
PANDANGAN MAZHAB HANAFI TENTANG HUKUM
BERSEDEKAH DENGAN HARTA YANG HARAM, BATIL
ATAU RASUAH
27. Dalam perkara “pada menyatakan hukum bersedekah
dengan harta yang haram” dalam kitab Rad al-Muhtar jilid
3/219 oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) pengarang kitab
tersebut daripada kalangan ulama mazhab Hanafi menjelaskan
jika seseorang menyerahkan sesuatu harta yang haram kepada
orang fakir dengan mengharapkan pahala daripada perbuatan
tersebut maka orang itu menjadi kafir. Jika orang fakir yang
menerima harta tersebut mengetahui bahawa harta tersebut
daripada sumber yang haram dan mendoakan kepadanya
maka dirinya turut menjadi kafir termasuk juga pihak lain
yang mengaminkan doa tersebut (sekiranya mengetahui
harta tersebut daripada sumber haram). Keadaannya sama
juga dengan orang yang mendirikan masjid daripada sumber
haram dengan mengharapkan perbuatan tersebut sebagai
bentuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT kerana orang itu
mengharapkan pahala daripada sesuatu yang ada hukuman
seksaan di neraka nanti. Perbuatan ini semua termasuk dalam
menghalalkan suatu yang haram yang hukumnya kufur dan
hukum haramnya secara qat’i bukan sesuatu yang patut
diragui lagi.
28. Ramai di kalangan orang Islam yang tidak pernah memikirkan
atau mengambil berat tentang cara-cara untuk mendapatkan
rezeki sama ada halal ataupun haram, dan mereka juga tidak
pernah mempedulikan kesan daripada menggunakan sumber
yang haram untuk makan minum, membeli belah, memberi
hadiah, menderma, membina bangunan atau mewaqafkan
bangunan dan melakukan apa-apa perbuatan yang
bersangkut paut dengan kehidupan manusia. Tingkah laku
manusia yang semakin rosak akhlaknya sekarang ini, yang
sebahagian adalah berpunca daripada sumber rezeki yang
haram. Sesungguhnya setiap makanan yang dimasukkan ke
mulut mempunyai hubungan langsung dengan tingkah
lakunya. Di antara sumber-sumber rezeki haram yang sering
dilakukan golongan masyarakat yang berkuasa dan
berkedudukan berpunca daripada melakukan perbuatan rasuah,
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, tidak jujur,
tidak amanah dan mengambil riba. Manakala sebahagian lagi
daripada anggota masyarakat awam terlibat pula dalam
19
perbuatan memakan harta anak yatim, perjudian seperti loteri,
toto, tikam ekor, tenung nasib, menjalankan sindiket pelacuran
dan menjual maruah dalam pelacuran, rompakan, pencurian,
menyamun dan melakukan perniagaan ke semua itu di atas
perkara yang diharamkan oleh syariat seperti menjual arak,
pasaran saham hadapan, pasaran saham yang tidak halal,
menipu dalam timbangan, menyorok barang, mencampur
barangan elok dengan barangan rosak, menjual barangan yang
berbahaya kepada kesihatan dan lain-lain lagi.
29. Mana-mana hasil daripada perbuatan tersebut dikira sebagai
hasil rezeki haram dan menjadikan diri pelakunya tercela di sisi
ALLAH SWT. Oleh itu, akibat pertama ke atas orang yang
menggunakan sumber rezeki yang haram ialah doanya tidak
diterima oleh ALLAH SWT., berdasarkan maksud sebahagian
hadis daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Kemudian
Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang
jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi
berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke
langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, padahal
makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram
dan diberi makan dengan yang haram pula, maka
bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?”.
(Riwayat Muslim)
30. Akibat kedua ialah daging yang tumbuh pada badan dan
membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada
rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh
api neraka, berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang
haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.
(Riwayat Al-Tirmizi)
31. Akibat ketiga daripada yang rezeki haram diperolehi untuk
mendapatkan kemewahan dunia akan menyebabkan
ALLAH SWT murka. ALLAH SWT tidak akan menerima semua
amalan daripada sumber harta batil pada hari kiamat kelak
walaupun amalan tersebut dilakukan dengan cara yang paling
sempurna lengkap dengan amalan-amalan sunat. Dalam
masa yang sama perbuatan tersebut mengundang bala
dan kemurkaan ALLAH SWT dalam bentuk kehancuran
sesebuah negara. Ini bererti mereka yang terlibat secara
20
langsung dengan harta batil telah menyumbang kepada
kehancuran tamadun bangsa, kerosakan ekonomi,
kemusnahan negaranya sendiri dan menjadikan maruah
negara dipandang hina di mata dunia. Hanya orang yang
beriman dan berintegriti tinggi lagi bermaruah mempunyai sifat
amanah dan tanggungjawab tidak sanggup melakukan dosa
yang sebegini berat kerana kesan kerosakan harta batil ini
cukup besar kepada diri dan umat manusia keseluruhannya.
Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 16:
Maksudnya: “Dan apabila tiba masanya kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami
perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau
dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu
mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya,
maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya”.
32. Akibat keempat daripada rezeki yang haram, akan
menyebabkan harta seseorang tidak berkat, bahkan akan
membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi.
Manusia yang masih berani melanggar perintah ALLAH SWT,
berterusan melakukan maksiat dan memakan harta batil secara
terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan
harta yang bertimbun adalah merupakan manusia yang
tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa
kemanusiaannya. Mana-mana manusia yang telah mati rasa
kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang
parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja
kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan
dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan
tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dorongan yang
kuat daripada para iblis dan syaitan.
33. Tidakkah kita takut dengan konsep dosa yang berterusan yang
akan ditanggung jika kita turut menjadi model dan ikutan yang
mendorong manusia lain untuk melakukan kemungkaran dan
kemaksiatan? Adakah kita tidak merasa takut dan gementar
dengan pertanyaan Munkar dan Nakir semasa kita berada
21
di alam kubur dan seterusnya di Padang Mahsyar nanti? Sabda
Nabi SAW daripada Abu Barzah RA yang bermaksud: “Tidak
berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan ALLAH
SWT) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan
ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya
dan untuk apa dibelanjakannya”. (Riwayat Al-Tirmizi)
34. Tidakkah pelaku rasuah sedar bahawa ALLAH SWT Maha
Mengetahui dengan segala amalan yang dilakukan hamba-
hambanya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-
besar perkara. Sanjungan dan kesaksian orang hidup selepas
sahaja solat jenazah apabila imam bertanya dengan suara yang
lantang “Apa kita katakan ke atas mayat ini?” Lalu dijawab
oleh para makmum “baik” sebanyak tiga kali, belum tentu
dapat menyelamatkan dirinya daripada azab ALLAH SWT
kerana ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan amalannya,
hatta sehelai daun yang gugur ke tanah pun tetap berada dalam
pengetahuanNya. Firman ALLAH SWT dalam surah
al-An’am, ayat 59:
Maksudnya: “Dan pada sisi ALLAH SWT jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang
mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak
gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan
tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak
gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya)
ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang lagi
nyata”.
HARTA RASUAH MEMBAWA SENGSARA DI HARI KIAMAT
35. Masyarakat kita amat jijik dan alergi dengan sejenis
haiwan bernama khinzir dan pasti akan berhati-hati tahap
tinggi agar tidak termakan makanan mengandungi elemen
khinzir. Namun sayangnya kita tidak pernah merasa jijik dengan
perasuah dan penerimanya sedangkan azab ALLAH SWT pada
hari kiamat kelak lebih parah daripada menjamah daging babi
22
dan unsur babi yang ada dalam makanan yang diragui halal.
Hukuman dunia secara sinopsisnya bermula di mahkamah
rendah, mahkamah tinggi kemudian ke mahkamah rayuan dan
akhirnya berakhir di mahkamah persekutuan. Mahkamah
Rabbul Jalil hanya satu sidang sahaja dan saksinya para
malaikat dan anggota tubuh badan sendiri, segalanya akan
tersingkap satu persatu dan kesudahannya dihumban ke dalam
api neraka. Ketika itu tiada lagi nilainya sumbangan dan amalan
yang dilakukan daripada sumber batil seperti rasuah ketika di
dunia. Binalah seberapa banyak surau, masjid dan pusat tahfiz
seluas mata memandang sekalipun balasannya tetap ke neraka
Jahannam. Hakikatnya mereka nampak senang di dunia
sengkek di akhirat, fikir-fikirkanlah!!!
36. Ingatlah sekaya manapun atau setinggi gunung sekalipun
hasil daripada pendapatan rasuah akan berakhir dengan
kematian dalam keadaan sehelai sepinggang berlilitkan kain
putih yang nilainya tidak seberapa. Apakah berbaloi dalam
keadaan kita pergi untuk menemui ALLAH SWT dengan harta
yang ditinggalkan daripada sumber haram berbilion ringgit
ditinggalkan untuk anak cucu sedangkan manfaatnya tidak
ada. Cukupkah kita hanya sekadar berharap anak cucu
membacakan surah al-Fatihah yang diniatkan untuk
keselamatan kita di alam sana. Kesudahannya hanyalah
syurga dan neraka yang sudah pasti ketentuannya milik
mutlak ALLAH SWT di mana sejahat mana sekalipun seorang
manusia hanya ALLAH SWT mempunyai kuasa pemutus untuk
menentukan tempatnya. Namun demikian, perkara tersebut
tidak bercanggah dengan panduan zahir ayat-ayat al-Quran
tentang tempat yang selayaknya bagi mereka yang ingkar
kepada perintah ALLAH SWT. ALLAH SWT tidak sekali-kali
melanggari janji yang telah dizahirkan di dalam al-Quran
sama ada balasan jahat atau baik.
37. Justeru itu, penerima rasuah, pemberi, orang tengah dan semua
pihak yang terlibat dalam rantaian rasuah berhadapan dengan
azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak kerana golongan ini
termasuk dalam kategori golongan yang meraih harta daripada
sumber batil maka janji ALLAH SWT pada mereka dalam
firmannya surah al-Nisa ayat 29-30 :
23
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama
kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya
ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu.” [29] “Dan
sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya,
maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan
balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi
ALLAH SWT.” [30]
Dalam surah al-Taubah, ayat 34 firman ALLAH SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan
ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta
orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka
menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama
Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas
dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan
ALLAH SWT, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
PENGHUNI NERAKA DIBERI MINUM AIR DANUR ATAU
DARAH YANG BERCAMPUR NANAH
38. Perihal azab neraka yang disediakan kepada orang-
orang yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT termasuk
pemakan harta batil pada hari kiamat nanti tidak tergambar
dengan akal. Begitu banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang
menyifatkan bagaimana makanan dan minuman ahli
neraka. Antaranya firman ALLAH SWT dalam surah
al-Muzammil, ayat 12-14 yang bermaksud: “Kerana
24
sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka)
belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,[12]
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.[13] (Azab itu tetap
berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang
(serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu
timbunan pasir yang mudah bersepah. [14]
Dalam surah Ibrahim, ayat 16-17 firman ALLAH SWT
lagi yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan neraka
Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur iaitu
minuman ahli neraka (darah bercampur nanah) yang keluar
dari tubuh ahli neraka.[16] Ia meminumnya dengan terpaksa
dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya
(kerana terlalu busuknya), dan ia didatangi (penderitaan)
maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya
terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi
azab seksa yang lebih berat”.[17]
Dalam surah al-Kahfi, ayat 29 firman ALLAH SWT lagi
yang bermaksud: “Kami telah menyediakan bagi orang-
orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi
mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta
pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan
dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka;
amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya
neraka sebagai tempat bersenang-senang (beristirehat)”.
39. Al-Quran tidak lupa memberikan gambaran buruk kepada bakal
ahli neraka yang kufur, ingkar perintah, tidak pernah puas
bergelumang dengan noda dan dosa termasuk memakan harta
batil daripada sumber rasuah, riba, penipuan, berjudi dan lain-
lain. Banyak ayat memberikan gambaran bagaimana bentuk
seksaan ke atas batang tubuh yang dibanggakan ketika di
dunia berbalut pakaian mahal, perhiasan mewah, wangi-
wangian berjenama mahal dan kenderaan serba mewah.
Dalam surah al-Nisa, ayat 56 firman ALLAH SWT lagi yang
bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur
ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan
membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit
mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit
yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.
Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH SWT adalah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
25
40. Bakal penghuni neraka mereka dipanggil dengan musuh
ALLAH SWT dan azab mereka juga setimpal dengan
perkataan tersebut. Dalam surah Fussilat, ayat 19-22
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) hari
dihimpun musuh-musuh ALLAH SWT untuk dibawa ke
neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan
perjalanannya masing-masing.[19] Sehingga apabila
mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan
penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi
terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah
kerjakan. [20] Dan (setelah berlaku yang demikian),
berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka:
“Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit
badan mereka menjawab: “ALLAH SWT yang berkuasa
menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah
menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang
menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu
dikembalikan (untuk menerima balasan).” [21] “Dan semasa
kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia
dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran
dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi
terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu,
akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa ALLAH SWT
tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan
(secara bersembunyi itu)”. [22]
41. Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Hajj, ayat 19-22
yang bermaksud: “Inilah dua golongan mukmin dan kafir
yang berbantah-bantahan tentang tuhan mereka, maka
orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka
pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala
mereka air panas yang menggelegak. [19] Dengan air itu
dihancur leburkan segala apa yang ada dalam perut
mereka, dan juga kulit badan mereka. [20] Dan mereka pula
disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
[21] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu,
disebabkan mereka menderita azabnya, mereka
dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu
azab seksa yang membakar!”. [22]
Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Taubah, ayat
35 yang bermaksud: “(Iaitu) pada hari dimana emas perak
(dan harta benda) itu dibakar dalam neraka Jahanam, lalu
26
diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta
belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah
apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh
itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”.
Firman ALLAH SWT lagi melalui surah Ghaafir, ayat
71-72 yang bermaksud: “Ketika belenggu dan rantai
dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret. [71]
Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka
dibakar dalam api neraka;” [72].
FAKTA YANG MENAKUTKAN DAN DAHSYATNYA API NERAKA
42. Umum mengetahui neraka tempat seksaan buat orang-
orang kafir, musyrik, pendosa yang memakan harta haram
(batil, rasuah), pelaku maksiat dan sebagainya yang terkandung
di dalamnya beragam seksaan pedih sebagai bentuk balasan
atas kejahatan yang pernah dilakukan ketika di dunia. Sifat
semulajadi neraka tercipta daripada semua jenis api dengan
kepanasan luar jangkauan pemikiran manusia. Sekitar 1980an
penulis berpengalaman menunaikan haji ketika cuaca panas
melebihi pada kadar biasa sekitar 50+- (lebih kurang) darjah
celsius. Jemaah haji ketika itu dinasihatkan untuk berwaspada
daripada terdedah kepada cuaca tersebut oleh kerajaan Arab
Saudi. Menurut rekod, puluhan jemaah haji meninggal dunia
ketika itu disebabkan strok haba (heat stroke) akibat terdedah
dalam cuaca panas yang melampau. Peristiwa tersebut baru
berlaku di dunia dengan jarak matahari dengan bumi sekitar
149.68 million km, bagaimana suatu hari nanti apabila matahari
didekatkan hanya sejengkal di atas kepala, seperti mana dalam
hadis riwayat al-Miqdad bin al-Aswad RA beliau berkata, “Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada
hari kiamat, matahari didekatkan kepada manusia sehingga
sejauh satu mil.” Lalu mereka berada dalam peluh
berdasarkan amal perbuatan mereka, antara mereka ada
yang berpeluh sehingga ke tumitnya, ada berpeluh
sehingga ke lututnya, ada berpeluh sehingga ke pinggang
dan ada benar-benar tenggelam di dalam peluhnya.
Al-Miqdad berkata, ‘Rasulullah SAW menunjukkan dengan
tangan ke mulut Baginda (Riwayat Muslim). Sulaim bin Amir RA
salah seorang perawi hadis ini berkata: “Demi ALLAH SWT,
aku tidak tahu apa yang baginda maksudkan dengan jarak
satu mil berkenaan, sama ada ukuran di bumi atau mil
yang digunakan untuk bercelak mata (alat celak mata)”.
27
43. Justeru, mampukah kita menahan bahang kepanasan
Padang Mahsyar? Jika di dunia sekitar 50+- (lebih kurang)
darjah celsius pun kita tidak mampu bertahan, bagaimana
dengan kepanasan hari kiamat yang 70 kali ganda teriknya?
Secara mudah untuk difahami, kepanasan Padang Mahsyar
adalah bersamaan 3500 darjah celcius, ketika matahari
hanyalah sejengkal di atas kepala, sudah pasti tidak seorang
manusia mampu bertahan hidup.
PANASNYA API NERAKA LEBIH 70 KALI GANDA API DI DUNIA
44. Fakta yang pertama mengenai neraka adalah panasnya
yang setara dengan lebih 70 kali ganda api yang kita ketahui di
dunia ini. Apakah tidak terbayangnya dalam fikiran kita
bagaimana pedihnya seksaan ketika seorang manusia
dihumban ke dalam neraka Jahannam? Api dunia saja begitu
menyeksakan dan tidak terperi sakitnya ketika menyentuh
bahagian tubuh. Bagaimana pula dengan tingkat panas yang
mencapai 70 kali ganda daripada api yang ada saat ini. Sudah
pasti sangat menyeksakan. Hal ini dijelaskan dalam sebuah
hadis riwayat Malik daripada Abu al-Zinad RA, daripada al-A’raj
daripada Abu Hurairah RA, dia mengatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Api dunia yang kamu
semua panaskan 1/70 bahagian daripada api neraka.”
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, meskipun semua
dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Ia lebih panas 69 kali.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain daripada Anas bin Malik, dia
mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Api kamu semua ini 1/70 kali daripada api
neraka. Jika ia dahulu tidak dipadamkan dengan air dua
kali, maka ia tidak bermanfaat untuk seorangpun” (Riwayat
Ibnu Majah). Dalam satu lagi riwayat daripada Ibn Abbas:
“Api ini telah disiram dengan air laut sebanyak tujuh kali.
Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.”
PERINGKAT PERUBAHAN API NERAKA DAN DAHSYATNYA
WARNA API NERAKA
45. Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda
yang bermaksud: “Api neraka dibakar selama seribu tahun
hingga warnanya merah. Lalu dinyalakan (lagi) seribu tahun
hingga warnanya putih. Lalu dinyalakan (lagi) seribu tahun
hingga warnanya hitam. Jadi, neraka itu hitam gelap gelita”.
28
(Riwayat al-Tirmizi)
Jika diukur dengan skala celsius, panas yang mencapai
warna merah baru terwujud pada suhu kira-kira 1500° celcius.
Warna putih dicapai, jika suhu telah mencapai kira-kira 5500°
celsius. Warna biru dicapai, jika suhu telah mencapai kira-kira
9500° celsius. Agaknya untuk bertukar warna kehitaman
berapakah suhu celsius perlu dicapai? Bayangkan, untuk melebur
sebatang besi, suhu yang diperlukan cukup sekitar 1500°
celcius saja dan untuk mendidihkan besi, cukup diperlukan suhu
3000° celcius saja. Bayangkan juga bagaimana jika yang
dibakar itu bukan besi tapi daging, kulit dan tulang manusia,
pada api yang warnanya telah menjadi hitam legam agaknya
apa yang akan terjadi? Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui.
TINGGI JULANGAN API NERAKA
46. Pusaran api neraka menyala-nyala dan bunga apinya
menjulang tinggi mencapai empat puluh tahun perjalanan.
Dalam satu riwayat daripada Abu Sa’id RA menyatakan,
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud; “Sungguh
tinggi gejolak api neraka itu empat buah tembok yang tebal-
tebal dan ketinggian tembok seperti perjalanan empat
puluh tahun.” (Riwayat al-Tirmizi)
NERAKA BERGUNUNG-GANANG
47. Keadaan neraka bergunung-ganang yang dilitupi dengan
api. Di sana terdapat sebuah gunung bernama As-Shu’uud
yang akan dinaiki oleh para orang kafir. Dalam sebuah hadis
riwayat Abu Sa'id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “Al-Whylu ( ) adalah nama sebuah jurang
di neraka Jahannam, orang kafir dijatuhkan ke dalamnya
selama 40 musim gugur sebelum mencapai dasarnya.
Manakala As-Shu’uud adalah sebuah gunung dari api
neraka, yang orang kafir naik mendakinya selama 70 musim
bunga, kemudian terjatuh dalam masa yang sama, untuk
selama-lamanya”. (Riwayat Ahmad)
RASUAH BERLELUASA, NEGARA DAN RAKYAT SENGSARA
48. Rasuah antara sebab utama membantutkan ekonomi,
menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos
pentadbiran dan urusniaga, menidakkan rakyat daripada
mendapatkan perkhidmatan terbaik serta mendorong kepada
berlakunya ketidakstabilan politik di sesebuah negara. Banyak
29
negara di dunia ini dikurniakan dengan rahmat ALLAH SWT.
dengan pelbagai sumber kekayaan alam semulajadi, tetapi
kerana rasuah, ada yang terbenam dan tenggelam di dalam
kemelut kemunduran, kemiskinan dan kesengsaraan. Kekayaan
negara disalahguna, hasil – mahsul pendapatan negara lesap.
Akibatnya kemunduran terus-menerus melanda dan kemiskinan
merebak dengan berleluasa di kalangan rakyat jelata. Apabila
ketiadaan kesungguhan untuk membanteras rasuah, ianya akan
tumbuh melebar dengan pesatnya lalu akan diterima sebagai
satu norma di dalam kehidupan yang akhirnya meresap menjadi
budaya hingga akan memusnahkan sesebuah negara bangsa.
49. Rasuah mengakibatkan ketirisan khazanah negara,
pembangunan terbantut dan tidak lestari, kerosakan dan
pencemaran alam sekitar, agihan kekayaan di antara rakyat
tidak seimbang dan peningkatan kadar kemiskinan yang amat
ketara. Di antara tahun 2001 hingga 2010, hampir USD 6 trilion
disalahguna di negara-negara miskin hingga menjejaskan
kehidupan rakyat biasa (Jurnal Laporan Tahunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu). Dianggarkan juga pada setiap
tahun USD 1 trilion pengubahan wang secara haram berlaku
di negara-negara miskin dan kurang membangun. (Laporan
IMF Global Report). Manakala anggaran hasil sebanyak
USD 38 bilion ke 64 bilion hasil cukai kastam tidak dikutip
di negara membangun disebabkan gejala rasuah.
(Laporan Transparency International).
50. Ketika ekonomi global berkembang secara mendadak
pada abad ke-20 ini, tahap rasuah juga meningkat dengan
perkembangan ekonomi global ini. Sebenarnya adalah amat
sukar untuk mengira kadar dan tahap rasuah secara global
kerana kegiatan ini dilakukan secara rahsia dan tersembunyi.
51. Bank Dunia (Word Bank Report 2005) menganggarkan
bahawa rasuah antarabangsa melebihi USD1.5 trilion setiap
tahun sejak tahun 2005 atau pun 2% daripada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) global dan 10 kali lebih banyak daripada
jumlah wang bantuan global. Namun begitu terdapat beberapa
andaian nilaian ini melebihi antara 3% hingga 5% daripada
KDNK global dan banyak berlaku di negara-negara mundur dan
termiskin di dunia.
30
52. Rasuah yang berlaku di kebanyakan negara miskin, ianya juga
tidak terkecuali berlaku di negara maju dan kaya malah juga
di dalam pertubuhan antarabangsa (pertubuhan NGO, Sukan,
Agama dan sebagainya), malah berlaku dalam skala yang lebih
besar lagi dengan memberi impak global yang lebih besar
hingga menjejaskan kehidupan manusia sejagat di dunia.
Sesebuah negara itu sama ada ianya negara kaya mahupun
negara miskin, sama ada mengamalkan amalan pemerintahan
demokrasi, sosialis atau pun komunisme, gejala rasuah tetap
berlaku di semua peringkat. Sebagai contoh, di dalam
pemerintahan Sistem Komunisme China, sumber ekonomi
dan kegiatan ekonomi terletak di bawah kawalan langsung
negara. Maklumat dikawal secara ketat, media berada di
bawah kawalan pemerintah dan masyarakat awam tidak
mempunyai kebebasan bersuara secara terbuka. Sistem
pemerintahan sebegini menyuburkan lagi akar gejala rasuah
tumbuh melata. Bermula dengan era pemerintahan Deng
Xiaoping tahun 1978, meskipun kekal dengan doktrin politik
Komunisme, China telah melakukan tranformasi ekonomi
yang amat radikal hingga kini menjadi kuasa ekonomi kedua
terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Reformasi ekonomi
yang besar dan pesat di negara China ini melalui projek-projek
penswastaan telah membuka ruang yang amat besar untuk
gejala rasuah ini berlaku di Negara Komunis tersebut.
53. Kekayaan baharu di negara China ini telah menimbulkan
masalah baharu. Adalah dianggarkan lebih USD2.8 trilion
telah dialihkan keluar secara haram dari Negara China
di antara 2005-2011 (laporan The Washington based Global
Financial Integrity). Lebih 1500 ‘pelarian ekonomi’ dari China
yang majoritinya bekas kakitangan awam berpangkat tinggi
Negara China yang menerima rasuah, berselindung di Negara
Amerika. Sumber Reuters melaporkan INTERPOL (Polis
Antarabangsa) mempunyai waran tangkap terhadap 690 warga
China atas kesalahan rasuah, menggelapkan wang, penipuan
dan sogokan.
54. Negara India pula sebagai negara yang memiliki rakyat
pro-demokrasi yang teramai di dunia yang bertunjangkan
kerajaan rakyat, oleh rakyat kepada rakyat dengan memberi
ruang kebebasan yang paling luas untuk rakyat bersuara.
Namun doktrin demokrasi yang mengizinkan rakyat bebas
31
bersuara tidak membendung gejala rasuah secara berkesan.
Amalan rasuah terus seperti api di dalam sekam yang
membakar secara perlahan dan membesar di setiap sudut
kehidupan rakyatnya tanpa dapat dibendung secara berkesan.
Ini kerana pemerintah negara dengan sokongan kumpulan elit
yang berkepentingan kerap menyalahgunakan proses sistem
demokrasi dengan menyogok rakyat dan kumpulan tertentu
untuk terus kekal berkuasa. Banyak isu-isu rasuah seperti ini
telah didedahkan oleh wartawan akhbar di India, seperti isu
pembelian peralatan pertahanan negara bernilai berbilion USD,
seperti kes pendedahan Tehelka.com yang melibatkan
kepimpinan tertinggi negara India berserta pegawai tertinggi
angkatan tenteranya. Ironinya sehingga kini mereka yang
didakwa terlibat dengan gejala rasuah ini tidak dihukum.
India sehingga kini dilaporkan memiliki budaya rasuah yang
berterusan dan berulang yang telah menyebabkan program
membasmi kemiskinan rakyatnya sering kali tidak berjaya
yang sehingga kini mempunyai kadar kemiskinan tertinggi
dunia selepas Negara-negara Afrika. (Laporan Tranparency
International). Juga mengikut laporan “The Centre of
International Policy” yang berpengkalan di Washington,
data pada tahun 2013 menunjukkan hanya 15% daripada dana
yang diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan sampai
kepada rakyat miskin. India dianggarkan kehilangan hampir
USD452 bilion sejak mencapai kemerdekaan dengan kadar
USD20 bilion setahun, wang rasuah yang dipindahkan ke luar
negara secara haram.
55. Dua buah negara yang merupakan negara yang dikategorikan
sebagai paling maju serta pelopor doktrin pemerintahan
demokrasi tulen di dunia iaitu Amerika Syarikat dan Jepun
juga tidak terlepas daripada gejala rasuah. Di Jepun,
SKANDAL LOCKHEAD 1976 yang melibatkan Perdana
Menteri Kakuei Tanaka yang melibatkan isu pembelian 21
pesawat AirBus oleh Syarikat Kerajaan All Nippon Airways
bernilai berbilion USD. Mahkamah Jepun telah mendapati
Kakuei Tanaka bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum
penjara 4 tahun. Malah banyak lagi skandal rasuah di Jepun
yang berlaku yang melibatkan wang negara di seleweng
bernilai berbilion USD seperti KES RECRUIT (1989), KES
KONTREKTOR ZENECON (1993-1994), Skandal Bank Of
Japan / Kementerian Kewangan Jepun dan banyak kes-kes
32
lain lagi di mana yang tertuduh ada antara mereka mencari
jalan keluar secara BUNUH DIRI.
56. Manakala di Amerika Syarikat pula, isu SKANDAL
WATERGATE - 1972 merupakan skandal rasuah dan salah
guna kuasa yang menerima liputan paling luas di dunia ketika
itu. Spiro Agnew merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat
yang pertama meletakkan jawatan dalam keadaan aib pada
10 Oktober 1973 kerana Jabatan Kehakiman mendapati
cukup bukti beliau melakukan rasuah politik dan menerima
sogokan. Agnew berkompromi untuk tidak mencabar dakwaan
di bawah Federal Income Tax Evasion Act, jika ingin dakwaan
rasuah politik digugurkan. Beliau dikenakan denda USD10,000,
dihukum 3 tahun tahanan rumah (probation) dan ditegah
daripada mengemukakan rayuan. Skandal Watergate berlaku
pada 17 Jun 1972. Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon
ketika itu mengetahui dan terlibat dengan operasi “espionage”
tersebut. Selain menyogok wang untuk menutup kes, Presiden
Nixon turut menggunakan CIA untuk menghalang FBI daripada
melakukan siasatan, memusnahkan bukti dan memecat staf
yang tidak mahu bersubahat dengannya. Pembongkaran
skandal ini telah menyebabkan Presiden Nixon meletakkan
jawatan pada 8 Ogos 1974 dan dikenakan tindakan dakwaan
jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Nixon dibebaskan
kemudiannya dengan diberi keampunan penuh melalui Dekree
Presiden Gerald Ford yang menjadi Presiden Amerika Syarikat
kemudiannya.
TIDAK KIRA NEGARA KAYA, MISKIN DAN PELBAGAI
FAHAMAN DOKTRIN PEMERINTAHAN - RASUAH TETAP ADA
57. Apakah moral di sebalik skandal rasuah yang berlaku di
semua negara tersebut sama ada negara miskin, kaya,
berfahaman doktrin Komunisme dan doktrin Demokrasi?
Ia jelas mencerminkan sistem nilai dalam masyarakat yang
terperangkap dalam ketidaktentuan (paradox) antara undang-
undang, moraliti dan emosi. Betapa jawatan dan status,
memberi imuniti bagi melepaskan seseorang yang melakukan
kesalahan daripada menjalani hukuman. Ia melibatkan
persoalan moral, betapa ikatan emosi di antara pengikut dengan
pemimpin, betapa semangat ‘espirit de corps’ (semangat
sebagai satu kumpulan) di antara mereka yang berada dalam
kumpulan yang sama, mencetuskan kesetiaan menghalang
33
proses keadilan dapat dilaksanakan, mereka saling
mempertahankan, saling melindungi, saling membela rakan
daripada dikenakan hukuman.
Pemikir Ulung Inggeris dan Perancis, Nicollo Machiavelli
dan Jean-Jacques Rousseau, memetik contoh daripada
negara terdahulu, merumuskan kerosakan rasuah berlaku
apabila rakyat sudah tidak mengambil kisah, malah
memberikan kesetiaan yang membuta tuli kepada pemimpin
kerana terlalu bergantung kepada pemimpin hingga
hilangnya akal, minda dan jiwa merdeka, akibatnya
masyarakat juga terperangkap dalam putaran ganas rasuah
dan menjadi masyarakat yang rasuah, sehingga tidak
berupaya mengawal pemimpin daripada melakukan rasuah.
UKURAN TAHAP RASUAH DUNIA - INDEKS PERSEPSI
RASUAH DUNIA
58. Indeks Persepsi Rasuah Dunia (180 negara) adalah
Indeks Tahunan yang diterbitkan oleh Transparency
International (TI) sejak tahun 1995. Skor Indeks yang diberi
kepada setiap negara adalah antara 0 hingga 100. Skor 0
adalah yang paling teruk manakala 100 adalah yang paling
bersih. Indeks ini memberi kedudukan kepada negara-negara
sesuai dengan tahap rasuah mereka di sektor awam
sebagaimana ditentukan oleh penilaian pakar dan tinjauan
pendapat di negara tersebut. Indeks ini menempatkan negara-
negara di seluruh dunia mengikut tahap di mana rasuah
diperhatikan kepada pekerja dan ahli politik. Organisasi ini
mendefinisikan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang
dibuat untuk kepentingan peribadi.
59. Dalam edisi terbaru indeks rasuah tahun 2020 yang diterbitkan
pada awal tahun 2021, negara Denmark, New Zealand,
Finland, Singapura, Switzerland, Sweden, Norway, Belanda,
Luxembourg dan German merupakan 10 negara teratas yang
dianggap sebagai negara paling rasuah tahap paling minima
di dunia, secara konsisten menduduki tempat tertinggi dalam
ketelusan kewangan antarabangsa.
60. Manakala 10 negara paling rasuah di dunia ialah Somalia,
Selatan Sudan, Syria, Yemen, Venezuela, Guinea, Libya,
Korea Utara, Republik Congo dan Haiti yang menerima
skor indeks rasuah paling rendah kerana krisis ekonomi yang
34
berterusan dengan gejala rasuah yang paling berleluasa.
61. Dari senarai di sebelah 10 negara paling minima Rasuah
(hampir sifar) mengikut Indeks Persepsi Rasuah Dunia,
kesemua negara-negara ini terdiri daripada kumpulan negara-
negara maju yang menganggotai Kumpulan G-8 atau pun
G-20 yang memiliki hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
yang amat tinggi di dunia. Semua negara tersebut
melaksanakan Doktrin pemerintahan Demokrasi Berparlimen
yang mementing dan mengutamakan kehidupan rakyat yang
berpengetahuan tinggi, bebas bersuara dan mengemukakan
pendapat serta berdisiplin dengan sistem politik yang stabil dan
mantap. Tahap pencapaian rasuah yang boleh dianggap sifar
dan membanggakan ini adalah hasil daripada usaha negara
berkenaan melaksanakan sistem struktur pengurusan yang
cekap (kompetensi), bersih, telus dan kebertanggung-
jawaban. Ini disokong dengan tindakan tegas (penguat-
kuasaan) terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah
tidak kira sesiapa pun atau apa jua martabat mereka.
62. Diambil contoh negara Singapura, yang menduduki tangga
ke-4 negara bersih rasuah dunia dan tangga pertama di Asia
dan Asia Tenggara, struktur dan sistem memerangi rasuah
serta penguatkuasaan atas perasuah telah lama dipraktikkan
oleh kerajaannya tidak kira kedudukan atau siapa jua mereka
itu. Pesalah rasuah tetap akan diadili dan dihukum sekeras-
kerasnya dengan undang-undang negara yang ada. Kerajaan
tidak sesekali campurtangan atas kes rasuah yang berlaku dan
menyerahkan kepada Institusi Mahkamah untuk mengadilinya.
63. Justeru itu, dengan pemerintahan kerajaan yang memiliki
politik yang stabil, pentadbiran yang cekap, telus dan
bertanggungjawab serta memerangi rasuah sepenuhnya, telah
dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni dan
pemerintahan yang stabil dan saksama. Ini melahirkan negara-
negara maju dan kaya dengan rakyatnya terbela seperti negara
Denmark, New Zealand, Finland, Singapura dan sebagainya.
Negara-negara ini bukan sahaja berada dalam keadaan aman-
damai, harmoni serta memiliki kehidupan yang kondusif dan
maju, malah negara-negara tersebut juga dihormati dan di
pandang tinggi oleh negara-negara lain di dunia ini.
35