The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DatukMohamadDin, 2022-06-28 13:38:00

Rasuah Nampak Senang Di Dunia, Sengket Di Akhirat

136

137

138

Nota : Jadual di atas ialah perbandingan antara aqidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah dengan syiah disediakan dalam bentuk brochure/risalah
dalam suatu muzakarah yang diberikan kepada penulis, namun tarikh
dan tempatnya penulis sudah lupa. Perbandingan jadual ini amat baik
untuk dimanfaatkan dan dijadikan rujukan kepada golongan yang
tidak memahami persoalan tersebut. Semoga pihak yang
menyerahkan kepada saya diberikan ganjaran di sisi ALLAH SWT.

KEWAJARAN INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA
216. Kebelakangan ini dapat dilihat beberapa usaha secara licik

yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini untuk
merobek, mencemuh dan merosakkan integriti dan nama
Institusi yang mempunyai kaitan dengan agama Islam seperti
Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Mahkamah Syariah dan
sebagainya. Antaranya membawa isu-isu perundangan dalam
kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
kes Sulaiman Takrib lawan Majlis Agama Islam Terengganu dan
beberapa lagi.

Di dalam soal mempropaganda dan menyebarkan fahaman
Syiah umpamanya, terdapat beberapa tokoh Aktivis Sosial
negara seperti Dr. Chandra Muzaffar, Kamil Zuhairi Abd. Azizi
(Pengerusi Syiah Malaysia) dan beberapa yang lain telah
mempersoalkan kewajaran Institusi-institusi Islam di negara kita
ini dalam mengharamkan ajaran Syiah di negara ini. Pada
mereka kebebasan agama seperti termaktub di bawah perkara
tiga Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dibenarkan
dan ini termasuklah penyebaran fahaman ajaran Syiah.

Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy
telah membuat keputusan bahawa Perkara tiga Perlembagaan
Persekutuan tidak sahaja sekadar mengatakan Islam agama
Persekutuan tetapi maksud Islam dalam perkara tiga tersebut

139

merangkumi cara hidup orang Islam dan bukan sahaja hal
ibadah. Kerangka Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan
taburan kuasa perundangan di antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri dengan kuasa hal-ehwal agama Islam
termaktub di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu bagi
menentukan apakah yang dimaksudkan dengan Islam itu, kita
perlu merujuk kepada perundangan negeri yang ada sama ada
melalui Undang-undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri dan keputusan Majlis Fatwa Negeri yang
mana kesemuanya memutuskan Islam yang wajib dianuti
adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie
dari sudut fiqhnya dan tidak ajaran “Islam” yang lain.

217. Walaupun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin
kebebasan agama dan membenarkan ajaran agama lain boleh
dianuti oleh bukan Islam tetapi ia terhad kepada mereka
sahaja tanpa dibolehkan untuk menyebarnya kepada orang
Islam. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan untuk menyebar
agama Islam. Di sini kebebasan agama adalah kebebasan
antara agama dan bukan kebebasan intra agama. Syiah adalah
anutan yang difatwakan haram dan bertentangan dengan
agama Islam. Perkara intra agama Islam itu sendiri dan
autoriti agama Islamlah yang berhak mengawalnya. Oleh itu ia
tidaklah termasuk kepada kebebasan beragama kerana pihak
berwajib telah pun menetapkan pegangan yang betul di sisi
Islam. Adalah ironi jika mengaku Islam tetapi tidak mahu
dipantau oleh autoriti agama. Jika hendak kata Syiah adalah
agama selain Islam, terdapat terlalu banyak amalan mereka
yang sama seperti orang Islam seperti berpuasa, menunaikan
Haji, sembahyang menghadap Qiblat (Masjidil Haram Mekah)
dan lain-lain. Malah perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan
jelas telah memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk membuat
undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama
lain selain Islam dan doktrin yang bertentangan dengan Islam.
Persoalannya di sini dari segi amalan dan ibadahnya, SYIAH
jelas bertentangan dengan Islam.

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
PUNCA RAMAI TERPENGARUH AJARAN SYIAH
218. Meskipun aliran ajaran sesat Syiah telah diwartakan
sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun
kelemahan penguatkuasaan menyebabkan semakin ramai yang

140

terikut-ikut dengan ajaran Syiah itu. Pihak Kerajaan sepatutnya
boleh mengambil tindakan yang sama seperti yang telah
dilakukan ke atas gerakan al-Arqam sebelum ini. Pada Penulis,
antara punca mengapa Syiah tidak disekat dengan serius
adalah kerana tiada desakan yang kuat daripada rakyat kepada
pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. ‘Kalau semua orang
jelas dan faham, insya-ALLAH rakyat boleh mengerakkan
sesuatu memaksa pihak atasan membuat keputusan.’
Persoalannya juga, ada di antara pengikut yang taasub dengan
ajaran syiah ini tidak jelas, kurang faham dan hanya mengikut
ajaran syiah ini secara “membabi-buta” saja.

Kalau dalam perkara-perkara lain, kita boleh buat
demonstrasi dan sebagainya, maka perkara ini pun boleh dibuat
demonstrasi contohnya bagi memberi satu kejutan dan tekanan
kepada pihak atasan untuk membuat dan mengambil satu
keputusan dan tindakan yang tegas.

Seperti yang penulis terangkan dalam tajuk awal bahagian
ini, Syiah bukan merupakan sebahagian daripada mazhab
Islam, bahkan ia menyamai seperti satu agama baru yang tiada
kaitan langsung dengan agama Islam. ‘Kalau kita hendak
katakan mereka sebagai salah satu daripada mazhab Islam
kenapa agama mereka tidak bersandarkan kepada kitab-kitab
yang menjadi rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?’.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda maksudnya :

“Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan

kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka

melainkan satu kumpulan saja. Sahabat bertanya : Wahai

Rasulullah SAW, siapakah mereka ? Nabi SAW menjawab :

Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-

sahabatku” [Riwayat Al-Tarmizi (2641)]

Juga dalam sepotong hadis Rasulullah SAW bersabda
maksudnya :
“Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum
daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan
golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan
dan 72 golongan akan ke neraka dan hanya satu golongan
akan ke syurga iaitu Al-Jamaah”.

[Riwayat Abu Daud (4597)]

141

INISIATIF KAUNSELING KEPADA PENGIKUT SYIAH
219. Pihak berwajib (berkuasa) perlu peka dan mengambil

inisiatif segera dalam merangka satu perundangan yang lebih
konkrit, tegas dan berkesan bagi membendung berleluasanya
fahaman Syiah di negara ini. Pemimpin serta pengikut-
pengikut Syiah ini perlu segera diberi kaunseling,
pengajaran serta didikan untuk mengembalikan mereka ke
pangkal jalan mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum pula
inisiatif-inisiatif berikut perlu dipergiat dan diperluaskan
iaitu kekerapan mengingatkan bahaya ajaran Syiah ini
melalui teks khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap
hari Jumaat, pengajaran melalui kuliah oleh guru-guru
takmir semasa mengadakan sesi kuliah di masjid-masjid,
memasuki satu slot mengenai bahaya fahaman Syiah ini di
dalam modul pendidikan di sekolah-sekolah, ceramah-
ceramah agama, nasihat serta pedoman supaya tidak
terjerumus dengan ajaran Syiah ini melalui media sosial
iaitu Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain lagi.

Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di
negara Syria, Iraq, Lebanon, Yaman malah di Iran sendiri di
mana ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dikongkong dan diawasi
sepenuhnya tanpa diberi ruang untuk dikembangkan ajarannya.
Negara Syria boleh dijadikan contoh bagaimana fahaman
ajaran aliran Syiah ini bergerak dan berkembang secara halus
dan licik dengan golongan Syiah ini yang walaupun minoriti,
berjaya menguasai tampuk pemerintahan negara, yang
majoriti rakyatnya golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal
Jamaah). Perang Syria yang tercetus pada tahun 2011
merupakan perang saudara yang disebabkan konflik
dalaman antara parti Pemerintah dengan rakyat Syria
yang berbagai fahaman serta aliran agama.

Menurut Prof. Raymond Hinnesbush, daripada kajian
yang telah dibuatnya, negara Syria pada tahun 1991
yang rakyatnya majoriti beragama Islam, terdiri 85%
berfahaman Sunni manakala baki 15% terdiri daripada
lain-lain aliran fahaman serta agama. Tetapi pada tahun
2017 (Laporan Wikipedia) rakyatnya yang berfahaman
Sunni telah menurun kepada 68.4% manakala golongan
Syiah 12.0%, Kristian 16.6%, Druze 1.2% dan lain-lain 1.8%.

Pengurangan rakyat Syria daripada golongan Sunni
disebabkan ramai yang terbunuh dalam perang saudara ini

142

serta penghijrahan beramai-ramai sebagai pelarian perang
ke negara-negara lain bagi mengelakkan kekejaman rejim
Basyar Al-Assad (berfahaman Syiah). Dianggarkan lebih
4 juta rakyat Syria (dari fahaman Sunni) yang menjadi
pelarian perang ini yang telah berhijrah keluar.

Fahaman Syiah yang diterajui oleh pemimpin utama
Syria ini menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya
dari golongan Sunni sehingga ada yang mengharuskan
untuk membunuh muslimin Sunni pada perang saudara di
Syria ini. Malah dalam rejim kepimpinan Basyar Assad,
tiada langsung jawatan dalam Kerajaan Syria dipegang oleh
golongan Muslim Sunni.

Pada penulis, peristiwa dan kejadian inilah yang perlu
kita rakyat Malaysia jadikan sebagai satu iktibar agar
fahaman Syiah ini tidak merebak di negara tercinta kita ini.
Kemusnahan yang dahsyat boleh terjadi dengan
merebaknya fahaman ini, bak petikan ucapan Al-Marhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri
Malaysia Pertama)…. “Kita yang beragama Islam perlu
berpegang teguh sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan
menolak sekeras-kerasnya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran
ekstrem yang lain yang bercanggah dengan Islam”.
Petikan ucapan dalam ‘Pertandingan Membaca al-Quran
Peringkat Antarabangsa pada tahun 1970’.

143

144

SEJARAH MUNCULNYA KHAWARIJ

220. Dari sudut bahasa arab, perkataan khawarij/ ialah

kata jamak bagi kharijah/ dan al-Khariju/ ialah

orang yang bertindak keluar. Khawarij dalam sejarah awal Islam

merupakan aliran pemikiran yang suka mengambil sikap

membantah dan menentang arahan ketua. Sebelum wujudnya

aliran ini dalam bentuk kumpulan ianya bermula lebih awal

bahkan mendahului Syiah itu sendiri. Perkara ini terbukti

daripada tindakan Zul Khuwaisirah yang membantah keputusan

Rasulullah SAW ketika perang Hunain, seperti mana dalam

riwayat Abu Sa’id al-Khudri RA katanya: Ketika kami bersama

Rasulullah SAW di suatu ketika beliau sedang membahagi-

bahagikan beberapa pembahagian daripada harta rampasan

perang. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani

Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah SAW berlaku adillah!

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Celaka engkau!

Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah

aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil. Maka Saidina

Umar al-Khattab RA berkata : Wahai Rasulullah! Izinkan aku

untuk memenggal lehernya. Baginda SAW bersabda yang

bermaksud: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-

teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan

solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan

puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka

membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong

mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana

terlepasnya anak panah dari busurnya”. [Riwayat

al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]

221. Menurut Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis, Zul Khuwaisirah
merupakan Khawarij pertama yang muncul dalam sejarah
Islam. Zul Khuwaisirah tidak mengangkat senjata terhadap
Rasulullah SAW? Namun apa yang dilakukan hanyalah
menghasut secara halus agar membenci dan membantah
tindakan Nabi SAW yang bersifat adil. Justeru itu, golongan
ahli bid’ah yang melakukan bid’ah yang pertama kalinya dalam
sejarah Islam adalah lahir daripada pemikiran Khawarij.

222. Kemunculan Khawarij dalam bentuk kumpulan besar berlaku
rentetan daripada perang besar di antara tentera Saidina Ali RA
dengan tentera Muawiyah RA di medan Siffin yang terletak
berhampiran dengan sungai Furat, Iraq. Di akhir pertempuran

145

dahsyat tersebut menunjukkan kemenangan jelas berpihak
kepada pasukan Saidina Ali RA, di saat itulah, Amr bin Ash RA,
panglima perang Muawiyah, mengusulkan kepada Muawiyah
agar mengangkat mushaf al-Qur’an dengan hujung tombak
sebagai tanda ingin berdamai. Kedua belah pihak mengirim
utusan, Abu Musa al Asy’ari mewakili Khalifah Saidina Ali RA
manakala Amr bin Ash RA pula mewakili Muawiyah RA. Kedua-
duanya sepakat menerima tahkim untuk mengakhiri
persengketaan. Namun tahkim tersebut membuat sekelompok
kecil daripada kem Saidina Ali RA merasa kecewa dan
mengisytiharkan keluar dari kumpulannya. Mereka berkumpul
di suatu tempat yang disebut Harurah (sebuah kawasan di
Kufah) dan membantah pelaksanaan majlis tersebut kerana
menganggap ianya membelakangi kitab ALLAH dan hukum
ALLAH SWT. Kelompok ini kemudiannya dikenali sebagai kaum
Khawarij. Oleh kerana dendam dan kecewa yang amat sangat
mereka merancang untuk membunuh Muawiyyah RA dan
Ali RA, namun hanya berhasil membunuh Ali RA.

KESESATAN KHAWARIJ DAN ANCAMAN KHAWARIJ
BAHARU
223. Lidah golongan Khawarij lembut dengan perkataan
mengkafirkan orang tanpa mengemukakan sebarang dalil yang
wajar. Pada mereka orang yang melakukan dosa besar adalah
kafir, orang yang menyertai Perang Jamal adalah kafir, Khalifah
yang menyimpang daripada Islam wajib diturunkan dan jika
perlu patut dibunuh serta mengkafirkan sesiapa sahaja yang
tidak sependapat dengan mereka. Menurut Ibnu Hajar dalam
kitab Fath al-Bari: “Mereka (Khawarij) merupakan bencana yang
sangat besar, mereka terus menyebarkan ajaran keyakinan
mereka yang rosak, mereka membatalkan hukum rejam bagi
pelaku zina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri
dari ketiak, mewajibkan solat bagi wanita haid ketika sedang
haid, mengkafirkan orang yang tidak melakukan amar ma’ruf
nahi mungkar ketika ia sanggup melakukannya, menghukum
kafir pelaku dosa besar, menolak harta dari ahlu zimmah dan
sama sekali tidak bermuamalah dengan mereka.”

224. Berakhirnya era Khawarij lama tidak bererti doktrin mereka
lenyap begitu sahaja, akan tetapi kini muncul kembali Khawarij
Baharu atau Khawarij Moden dan tumbuh dengan suburnya di
kalangan mereka yang rata-rata berselindung di sebalik slogan

146

tidak bermazhab yang kononnya alasan utama mereka bahawa
para imam tidak maksum. Cara mudah untuk mengenali
golongan Khawarij Baharu ini sama seperti perangai nenek
moyang mereka iaitu ringan mulut menuduh orang lain sesat,
bid’ah dan mengkafirkan terus sesiapa sahaja yang tidak
mengikuti aliran pemikiran mereka. Lebih parah lagi, tuduhan
sesat mereka itu dilontarkan kepada majoritinya adalah umat
Islam yang berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Padahal ajaran yang diyakini majoriti umat Islam ini telah mapan
dan turun-temurun dari generasi ke generasi dengan mata
rantai (sanad) yang berkesinambungan sampai kepada
Rasulullah SAW.

225. Persoalan demi persoalan yang seringkali Khawarij Baharu
bangkitkan sangat beragam, bermula dari perkara-perkara
pokok dalam masalah aqidah hingga kepada permasalahan
cabang dalam hukum agama (furu’iyyah), seperti amalan
memperingati Maulid Nabi SAW, Tahlil, ziarah kubur, Tawassul,
Tabarruk dan beberapa lagi yang bukannya masalah besar
sehingga boleh mencacatkan aqidah. Kesemua perkara ini
sudah menjadi zikir munajat mereka secara tahunan dan
bermusim untuk menyerang musuh mereka.

226. Pada dasarnya; mereka seringkali menuduh kelompok yang
berada di luar dari kalangan mereka sebagai kelompok sesat
dan diistilahkan sebagai “orang ramai yang kebingungan
disebabkan pendapat ulama”. Seringkali dalam propaganda
mereka dilaungkan slogan: “Kita harus kembali kepada
al-Qur’an dan as-Sunnah”, “Mazhab saya adalah al-Quran dan
al-Hadis”, padahal mereka sama sekali tidak memahami secara
mendalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW.

227. Justeru itu mereka mengajar dan mengajak masyarakat
awam aqidah tasybih. Aqidah tasybih ini sudah pasti adalah
aqidah sesat kerana menyerupakan ALLAH SWT dengan
makhluk-Nya. Maknanya mereka berkeyakinan bahawa
ALLAH SWT itu sama sahaja dengan manusia tetapi tidak sama
makhluk-Nya. Ungkapan-ungkapan buruk dalam propaganda
mereka yang sering berkumandang “Terserah pada yang
DI ATAS”, “ALLAH SWT BERSEMAYAM di atas ‘Arasy”,
“ALLAH SWT BERADA di langit”, “ALLAH SWT DUDUK di atas
‘Arasy”, atau “ALLAH SWT BERGERAK TURUN dan NAIK”,

147

dan lain-lain lagi. Sangat malang sekali, keyakinan sesat
semacam ini telah berkembang di sebahagian masyarakat kita.
Sedangkan Nabi SAW mengajarkan umatnya aqidah tanzih
(membebaskan ALLAH SWT dari sebarang bentuk yang
menyerupai makhluk) yang sarat dengan keyakinan bahawa
ALLAH SWT tidak menyerupai makhluk-Nya. Kita yakin dengan
sebenar-benar yakin bahawa ALLAH SWT bukan benda dan
Dia tidak boleh disifati dengan mana-mana sifat benda, serta
bahawa ALLAH SWT ada tanpa tempat dan tanpa arah.

KESESATAN KHAWARIJ DAN SYIAH SECARA BANDINGAN

CIRI-CIRI KHAWARIJ CIRI-CIRI SYIAH

Mementingkan membaca Membaca al-Quran tapi hanya
sampai kerongkong, tidak
al-Quran tetapi tidak mengambil memahami bahkan menyimpang
dalam mentafsirkannya iaitu
hikmah dan tidak merenungi mentafsir secara tekstual tetapi
hakikatnya memaling dan
ayat-ayat di dalamnya. mendustakannya.

Mereka sanggup membunuh Menghalalkan darah atau
umat Islam yang berbeza membenarkan membunuh Ahli
pendapat dengan mereka dan Sunnah Wal Jamaah mengikut
membiarkan penyembah berhala. kitab Syiah.

Mereka lepas dari Islam Meyakini bahawa dunia dan
bagaikan anak panah yang seluruh isinya adalah milik para
lepas dari busurnya (Cepat Imam Syiah. Mereka akan
mengkafirkan pihak lain tanpa memberikan dunia ini kepada
sedar sama ada dalam hal siapa yang dikehendaki dan
aqidah mahupun ibadat). mencabutnya dari siapa yang
dikehendakinya.

Mereka berlebihan dalam Melakukan ibadah yang tidak
beribadah (beribadah di luar disyariatkan oleh Rasulullah
daripada apa yang disyariatkan). SAW serta bersifat bidaah
seperti menggunakan At-Turbah
Al-Husainiyah iaitu batu/tanah
yang digunakan bagi menem-
patkan kening ketika sujud, tidak
segera berbuka puasa setelah

148

CIRI-CIRI KHAWARIJ CIRI-CIRI SYIAH

azan Maghrib sebaliknya berke-
yakinan seperti Yahudi iaitu
berbuka puasa jika bintang-
bintang sudah nampak di langit
(benar-benar sudah masuk
waktu malam), membakar lilin
apabila ada 15 imam, keluarga/
saudara meninggal dunia, serta
memukul dada, menampar pipi,
memukul bahu dan melukakan
tubuh badan pada Hari ‘Asyura
(10 Muharram).

Mereka mempunyai sikap suka Mempunyai prasangka yang
berprasangka buruk, mencela
dan berdusta. sangat buruk kepada isteri-isteri

Rasulullah SAW, mencela para

Sahabat, mengkafirkan golongan

Sunni, mendustai dan

menyebarkan fitnah.

Mereka mengkafirkan sebahagian Mengkafirkan seluruh Sahabat
Sahabat seperti Sayyidina Ali RA dan mencela semua imam
RA, Sayyidina Uthman RA, Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mu’âwiyah, Abu Musa, Amru bin
al-As, para Sahabat yang
berjuang dalam Perang Jamal
dan Perang Siffin serta mencela
dan merendahkan mereka
sebahagian Salaf.

Mereka masih muda tetapi Menyatakan bahawa para Imam
bersifat jahil. Syiah merupakan gudang ilmu
ALLAH SWT dan penterjemah
ilmu ALLAH SWT serta bersifat
maksum, merendahkan jamaah
lain dengan menganggap zuriat
selain daripada golongan Syiah
adalah anak haram serta
mengkafirkan golongan bukan
Syiah.

*https://ummahprihatin.com/kajianancaman/files/pdf/Kajian%20Daesh/
NEO-KHAWARIJ.pdf

149

SEJARAH KEMUNCULAN MU’TAZILAH

228. Mu’tazilah ( ) adalah satu daripada cabang

pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional

dan liberal. Sejarah munculnya aliran Mu’tazilah bermula di

kota Bashrah (Iraq) pada abad ke 2 Hijrah ketika pemerintahan

khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan khalifah Hisyam Bin

Abdul Malik. Pengasasnya adalah seorang penduduk Basrah

bernama Wasil bin Ata’ Al-Makhzumi murid kepada tokoh Tabiin

terkenal Al-Hasan Al-Basri. Ketika itu perbahasan ilmu kalam

menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu di mana

Wasil bin Ata’ berpendapat seorang Muslim yang melakukan

dosa besar terkeluar daripada Islam akan tetapi tidak termasuk

dalam kalangan orang kafir (Fasiq) dan tempatnya di tengah-

tengah antara dua kedudukan (manzilah bain al-manzilatain).

Atas perselisihan ini Wasil dan pengikutnya telah mengasingkan

dirinya daripada gurunya al-Hasan al-Basri dan mengambil

salah satu tiang masjid untuk mempertahankan pendapatnya.

Akhirnya kumpulan ini dikenali sebagai Mu’tazilah bermaksud

golongan yang mengasingkan diri daripada aliran kebenaran.

Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid

wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan

ideologi yang mereka perjuangkan melalui sistem Islam yang

berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan

yang berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan

sesuatu.

229. Pada ketika itu Mu’tazilah tidak membawa sebarang maksud
tidak baik, hanya sekadar perbezaan pendapat yang berlaku.
Namun, setelah pelbagai pendapat dikemukakan oleh kumpulan
tersebut mula bertentangan dengan pembawaan ulama
muktabar maka Mu’tazilah merujuk kepada aliran pemikiran
yang negatif. Perkara ini berlaku disebabkan golongan ini
terpengaruh dengan mazhab pemikiran logik dan falsafah
Yunani, India dan Parsi. Justeru itu, menurut Muhammad
Husein al-Zahabi dalam kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun tidak
hairan sekiranya sumber pengetahuan yang diperakukan
mereka datangnya daripada logik akal berbanding nas-nas
syara’. Malahan akal menjadi dalil kukuh dan kata pemutus
dalam menentukan suatu perkara walaupun bertentangan
dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah, lebih parah dalil-dalil
syara’ ditakwilkan mengikut selera mereka sendiri agar sesuai
dengan prinsip-prinsip pemikiran mereka.

150

230. Mu’tazilah kemudiannya, mendapat tempat di sisi pemerintah
dan diangkat sebagai mazhab rasmi negara dalam aqidah
pada era Abasiah di bawah pemerintahan Khalifah al-Makmun.
Tokoh-tokoh Mu’tazilah diangkat menjadi rujukan dalam agama
dan diberikan jawatan penting yang secara tidak langsung
menjadikan ajaran ini semakin berkembang, khususnya dalam
perbahasan sifat, keupayaan akal dan al-Quran adalah
makhluk.

ASAS KESESATAN AJARAN AL-MU’TAZILAH
231. Kerangka dasar ajaran Mu’tazilah pada awalnya terbina

di atas tiga perkara manzilah bain al-manzilatain, fahaman
Qadariyah dan ALLAH SWT tidak mempunyai sifat. Pada
mereka ALLAH SWT menganugerahkan akal kepada manusia
agar digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan yang
buruk, manusia wajib mengerjakan perbuatan yang baik dan
menjauhi perbuatan yang buruk, ALLAH SWT Maha Mengetahui
dengan pengetahuanNya dan pengetahuanNya itu adalah
ZatNya, bukan SifatNya, ALLAH SWT hanya menciptakan
benda-benda material (Jauhar). Adapun al-‘Arad (sifat yang
menumpang pada sesuatu yang lain seperti jauhar) itu adalah
hasil dari hukum alam. Misalnya, jika sebuah batu dilemparkan
ke dalam air, maka gelombang yang dihasilkan oleh lemparan
batu itu adalah terhasil dari tindak balas batu tersebut, bukan
hasil ciptaan Tuhan.

232. Seorang yang melakukan dosa besar kemudian bertaubat,
lalu mengulangi lagi dosa besar akan mendapat seksaan
berganda, meskipun ia telah bertaubat atas dosa besarnya
yang terdahulu, meyakini bahawa al-Quran itu Qadim hukumnya
kafir, kewujudan syurga dan neraka hanyalah ilusi kerana belum
tiba masanya manusia memasuki syurga dan neraka dan
kiamat masih belum berlaku. Manusia menurut Mu’tazilah
melakukan dan menciptakan perbuatannya sendiri, terlepas
dari kehendak dan kekuasaan Tuhan. Konsep keadilan
ALLAH SWT menurut mereka, manusia adalah merdeka dalam
segala perbuatan dan bebas bertindak. Atas sebab itu mereka
diazab atas perbuatan dan tindakan mereka.

151

BAHAYA DAN ANCAMAN AL-MUKTAZILAH BAHARU
233. Menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan

alasan membuka ruang dimensi berfikir merupakan salah satu
daripada saki baki ajaran Muktazilah moden yang semakin
berleluasa di negara kita Malaysia dan negara jiran Indonesia.
Pengikut ajaran Muktazilah Baharu aktif menebarkan sikap serta
pandangan mereka secara terbuka yang terang-terangan
berlawanan dengan tuntutan agama. Mereka secara terbuka
menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi
dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Jarum halus mainan mereka berjaya mendapat tempat dalam
kalangan umat Islam yang jahil lagi pasif dalam urusan agama.
Kelompok ini mengajak umat Islam untuk terbuka dalam
memahami dan mengamalkan Islam di atas pentas fahaman
Islam liberal yang mempunyai ciri keterbukaan dan kebebasan
yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang
asli lagi tulen. Antara intipati dan ciri-ciri perjuangan Muktazilah
Baharu adalah seperti berikut:

i. Menganut fahaman pluralisme: Fahaman yang menyatakan
bahawa semua agama adalah sama dan kedudukan
agama Islam sebagai agama yang paling benar boleh
dihapuskan. Ini bererti kedudukan agama Islam di Malaysia
dapat direndahkan dan setaraf dengan mana-mana
agama lain dan gejala murtad sudah tidak menjadi suatu
isu besar lagi. Perkara ini selari dengan salah satu
tuntutan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith
Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk
murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.
Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama
asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia
antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak
untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan
undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan
Mahkamah Syariah. Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil
ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut
mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui
oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat ALLAH
yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”.
(Al-Baqarah; 256) Menurut tafsiran ulama tafsir yang
muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan
Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut

152

Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi
penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan
segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara aqidah
dan Iman. Lebih parah lagi, golongan Islam Liberal juga
berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam
di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pada mereka kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai
agama bagi Persekutuan hanyalah simbolik kepada
agama rasmi yang tiada kaitan dengan peruntukan dan
perlaksanaan terhadap undang-undang Syariah yang
dilaksanakan di mahkamah Syariah. Tujuan mereka
menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal
yang tidak terikat dengan agama Islam.

ii. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan
peredaran zaman: Pada mereka al-Quran perlu ditafsir
semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu
kerana tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan
zaman dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Proses
mentafsir al-Quran perlu kepada ijtihad baru bersandarkan
kepada logik akal dan rasional, dan tidak perlu terikat
dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran
Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu.
“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam
dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah
ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru
supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran
al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad,
12 Oktober 2000, News Straits Times)

iii. Mempertikai syariat ALLAH SWT dan hukum-hakam fiqh
dengan hujah rasional: Pada mereka hukum syariat Islam
adalah ciptaan ulama dan cetusan idea fuqaha. Oleh itu,
Syariat Islam tidak terlepas dari unsur kesilapan dan ia
terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah
hukum-hakam Syariat yang Qat’ie. Antara hukum-hakam
Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai
semula ialah: Hukum faraid yang tidak sama rata antara
lelaki dan wanita, keharusan poligami bagi lelaki, kewajipan
wanita muslimah bertudung, hukuman bunuh ke atas orang
murtad, larangan wanita daripada menjadi pemimpin

153

termasuklah dalam solat, larangan perkahwinan antara
orang Islam dan bukan Islam dan banyak lagi.

KEMUNCULAN AL-JABARIYYAH
234. Jabariyyah atau lebih tepat lagi Jabriyyah ( ) berasal

dari kata jabara yang membawa maksud memaksa. Di dalam
kamus Munjid dijelaskan bahwa nama Jabariyyah berasal
dari kata jabara yang mengandung arti memaksa dan
mengharuskannya melakukan sesuatu. Salah satu sifat dari
ALLAH SWT adalah al-Jabbar yang bererti ALLAH SWT Maha
Memaksa. Dalam aqidah istilah Jabariyyah merujuk kepada
aqidah menolak adanya perbuatan dari manusia dan
menyandarkan semua perbuatan tersebut kepada ALLAH SWT.
Dengan kata lain manusia mengerjakan perbuatan dalam
keadaan terpaksa (majbur) ibarat bunga lalang yang ditiup angin
ada ketikanya condong ke kanan dan condong ke kiri, ke atas
dan ke bawah. Bilakah munculnya aliran Jabariyyah dalam
sejarah tidak dapat dikenal pasti secara jelas, namun demikian
menurut Muhammad Abu Zahra fahaman ini mula muncul sejak
zaman sahabat dan pemerintahan Bani Umayyah. Pada ketika
itu para ulama mengupas tentang masalah Qadha/Qadar dan
kekuasaan manusia ketika berhadapan dengan kekuasaan
mutlak Tuhan. Maka lahirlah suatu pendapat yang dikemukakan
oleh Jahm bin Safwan seorang ahli teologi berasal dari Khurasan
yang berpegang dengan pendapat bahawa manusia itu dipaksa
dalam tindakannya seperti bulu-bulu yang ditiup angin.

235. Dalam sejarah aliran Jabariyyah mempunyai beberapa
kelompok antaranya Jabariyyah Khalisah (Tulen) dan Jabariyyah
Mutawassitah (Pertengahan/Sederhana). Jabariyyah Khalisah
merupakan kelompok paling ekstrem yang menolak seratus
peratus perbuatan hamba datangnya dari hamba tersebut,
begitu juga kekuasaan bagi perbuatan tersebut, semua
perkara datangnya daripada ALLAH SWT. Manakala Jabariyyah
Mutawassitah pula menetapkan manusia mempunyai kuasa
atas perbuatannya, namun ianya tidak memberi sebarang
kesan. Justeru itu, aqidah Jabariyyah amat melampau dalam
masalah takdir sehingga menganggap bahawa manusia tidak
memiliki kehendak dan tidak memiliki pilihan untuk berbuat
sesuatu. Segala perkara telah ditentukan dan dipaksa oleh
ALLAH SWT, sepertimana gerakan tubuh yang menggetar
akibat kesejukan yang tidak dapat dikawal oleh pemiliknya.

154

KEMUNCULAN AL-QADARIYYAH

236. Qadariyyah ( ) merujuk kepada sekumpulan aliran

aqidah yang menyeleweng daripada ASWJ yang mengingkari

bahawa ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu sebelum

terjadinya perkara tersebut dan meyakini bahawa setiap hamba

adalah pencipta bagi perbuatannya masing-masing. Fahaman

ini pertama kali muncul di awal zaman pemerintahan bani

Umayyah yang dibawa oleh Ma’bad al-Juhani dan Ghailan

ad-Dimasyqi dari kalangan tabiin. Ada pendapat mengatakan

Qadariyyah berasal dari ajaran seorang yang bernama Susan

dari Iraq yang beragama Kristian, kemudian memeluk agama

Islam, dan kembali lagi ke Kristian. Dari Susan inilah Ma’bad

dan Ghailan mengambil fahaman tersebut yang secara jelas

fahaman tersebut merupakan saduran daripada falsafah Yunani.

237. Nabi SAW pernah menceritakan kepada para sahabat dengan
kemunculan kelompok Qadariyyah ini dalam sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Qadariyyah adalah majusinya umat ini. Jika
mereka sakit, jangan dijenguk. Jika mereka mati, jangan
diziarahi” [Riwayat Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya].

238. Menurut para ulama, menyerupai majusi yang dimaksudkan
dalam hadis kerana qadariyyah mengatakan : Setiap perkara
yang berlaku di dunia itu ada dua jenis : peristiwa akibat
perbuatan ALLAH SWT, maka ini adalah ciptaan ALLAH SWT,
dan peristiwa akibat perbuatan hamba, maka ini adalah ciptaan
hamba, bukan ciptaan ALLAH SWT. Justeru itu, mengingkari
bahawa ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu sebelum
terjadinya adalah menafikan ilmu ALLAH SWT yang bersifat
menyeluruh dan meyakini bahawa setiap hamba adalah
pencipta bagi perbuatannya masing-masing menafikan sifat
qudrah atau maha berkuasa yang memberi bekas pada
mengadakan dan mentiadakan tiap-tiap sesuatu. Sifat tersebut
pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang sabit
berdiri pada zat ALLAH SWT.

BAHAYA FAHAMAN AL-JABARIYYAH BAHARU DAN
AL-QADARIYYAH
239. Kesesatan fahaman ini melanda umat Islam tanpa sedar

155

khususnya ketika Covid sedang melanda dunia pada ketika
ini. Ramai orang sama ada sedar ataupun sebaliknya boleh
terjerumus kepada terpesong aqidahnya disebabkan isu ini.
Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hadid, ayat 22:

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala
bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang
menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam
Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi ALLAH”.

240. Dari ayat di atas, jelas segala musibah dan penyakit datang
daripada ALLAH SWT dan perkara tersebut tersangat mudah
bagi ALLAH SWT untuk melakukannya. Dalam ayat ini jelas dan
nyata bahawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah wajib meyakini
bahawa yang mendatangkan penyakit dan memberikan
kesembuhan itu ALLAH SWT semata-mata. Suatu ujian besar
seperti Covid ini sudah cukup sebagai bukti kuasa ALLAH SWT
di atas segala kuasa manusia, untuk mengajak manusia secara
keseluruhan kembali kepada ALLAH SWT dan menghentikan
segala kezaliman yang ada.

241. Justeru, ketika musibah Covid melanda ada tiga kategori
fahaman yang timbul dan setiap satu daripadanya perlu
ditimbang dengan sebaiknya agar tidak terpesong daripada
aqidah yang sebenar. Asas timbulnya fahaman seperti ini
bertitik tolak daripada persoalan kepercayaan kepada qada
dan qadar ALLAH SWT yang merupakan salah satu
daripada Rukun Iman.

• Pertama: Patuh kepada seruan ayat di atas dan
berkeyakinan penuh bahawa yang mendatangkan
penyakit dan kesembuhan itu ALLAH SWT dan menjadi
kewajipan manusia untuk berikhtiar dan bertawakal
kepadaNya.

• Kedua: Keyakinan sebahagian masyarakat bahawa
bencana Covid ini datang disebabkan kelalaian

156

manusia melanggari perintah ALLAH SWT dan bukan
dengan kehendaknya.

• Ketiga: Golongan yang alergi dengan SOP dan
beranggapan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka,
bersentuhan dan seumpamanya tidak memberikan
apa-apa kesan kalau sudah takdirnya mati tetap akan
mati. Ini kerana semua urusan hidup dan mati berada
di tangan ALLAH SWT.

242. Fahaman yang pertama merupakan aqidah yang bersih
daripada sebarang unsur syirik dan keraguan dalam
beragama. Ianya selari dengan aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dengan meyakini semua ujian dan bencana itu
datangnya daripada ALLAH SWT. Dalam hidup ini berbagai
ujian menanti manusia, ada di antara mereka yang diuji
dengan kesempitan, kematian dan sebagainya berdasarkan
kepada tahap keimanan mereka kepada ALLAH SWT.
Di antara ujian yang sering berlaku kepada manusia ialah
mereka ditimpa dengan penyakit yang pelbagai, ada
ketikanya berat dan ada ketikanya ringan. Dalam keadaan
tertentu penyakit tersebut tidak dapat dirawat sehingga
menjadi penyebab kepada kematian.

243. Ketika dunia sedang berhempas pulas untuk melawan
virus Covid, orang yang beriman kepada ALLAH SWT
wajib meyakini bahawa yang mendatang virus tersebut
ialah ALLAH SWT dengan sebab yang dikehendaki-Nya
sama ada kita memahami sebab tersebut ataupun tidak
dan Dia-lah juga penyembuh kepada segala jenis penyakit.
Kita juga wajib meyakini bahawa setiap penyakit ada
ubatnya dan kuasa penyembuh penyakit itu adalah
dengan kekuasaan ALLAH SWT sahaja. Ubat tidak
menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab
bagi kesembuhan, seperti mana firman ALLAH SWT
dalam surah al-Syu’ara’, ayat 80:

Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang
menyembuhkan penyakitku;”

157

244. Oleh itu, menghayati dan memahami musibah Covid
dengan cara berfikir menurut aqidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah amat penting ketika ini agar selari dengan
kategori yang pertama. Dalam sebuah hadis daripada Abu
Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada jangkitan penyakit, tiada sialan pada bulan
Safar, tiada sialan burung hantu”. Lalu berkata seorang
Badwi: Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula unta yang
sihat bagaikan rusa-rusa di padang pasir, tetapi apabila ia
bercampur dengan unta yang berkudis ia menjadi berkudis
sama. Lalu jawab Baginda SAW: “(Kalau begitu) siapa pula
yang menjangkiti unta yang pertama”. [Maksud hadis
riwayat al-Bukhari]

245. Hadis ini boleh dijadikan teras dalam memahami ketiga-tiga
aliran kefahaman yang dikemukakan di atas. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud “tiada jangkitan” dalam
hadis tadi cukup jelas bahawa tiada jangkitan boleh berlaku
secara semula jadi, tetapi ALLAH SWT menjadikan pergaulan
seorang yang berpenyakit dengan seorang yang sihat sebagai
sebab kepada berlakunya jangkitan. Kefahaman ini sejajar
dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa yang
mendatangkan penyakit dan kesembuhan itu ALLAH SWT dan
menjadi kewajipan manusia untuk berikhtiar dan bertawakal
kepada-Nya seperti kategori yang pertama. Ini tidak bererti
bahawa kita bebas untuk tidak mengambil langkah-langkah
penjagaan atau SOP. Dalam hadis lain daripada Abu
Hurairah RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Larilah (jauhilah) daripada orang yang terkena penyakit
kusta seperti kamu lari daripada singa”. [Maksud hadis
riwayat Ahmad]

246. Justeru, perintah Rasulullah SAW yang memerintahkan supaya
menjauhi orang yang dijangkiti kusta merupakan suatu langkah
pencegahan yang termasuk dalam kategori sad al-Zari’ah
(menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara
mudharat). Tujuannya supaya kita tidak beri’tiqad bahawa
penyakit itu berlaku disebabkan jangkitan, akan tetapi penyakit
itu berlaku ketika mana bertepatan takdir ALLAH SWT dan
waktu terkenanya penyakit tersebut kepada seorang yang sihat
ketika berada berdekatan dengan orang yang sakit.

158

247. Dalam pada itu, penafian yang diperjelaskan oleh Rasulullah
SAW adalah bertujuan untuk menolak i’tiqad atau fahaman
Ashab al-Tabi’ah (mereka yang beri’tiqad berlaku sesuatu
dengan semulajadi) atau lebih tepat lagi fahaman Qadariyah.
Inilah keyakinan dan kepercayaan sebahagian masyarakat kita
yang berada dalam kategori kedua tadi bahawa bencana Covid
ini datang disebabkan perlakuan manusia itu sendiri dan bukan
dengan kehendakNya.

248. Al-Qadariyyah sebuah aliran yang mengakui bahawa manusia
bersifat aktif dan kehendaknya secara mutlak berada di
tangannya sendiri serta mempunyai kebebasan dan kekuatan
sendiri untuk menentukan perbuatan dan nasibnya sendiri.
Golongan ini berkeyakinan bahawa takdir merupakan
kebebasan manusia dalam menentukan hala tuju perbuatan,
kehendak dan kemampuannya sendiri tanpa pengaruh
penciptanya iaitulah ALLAH SWT. Penyelewengan
al-Qadariyyah bermula kerana keinginan mereka untuk
mensucikan ALLAH SWT daripada segala keburukan, sehingga
mereka sendiri terjatuh ke lembah kesesatan dengan
mengingkari takdir. Sandaran mereka dengan berpegang
kepada beberapa ayat ALLAH SWT seperti dalam surah
al-Kahfi, ayat 29 dijadikan sandaran:

Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad):
“Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka
sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman;
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia
mengingkarinya...”.

Dalam surah Fussilat ayat 40:

Maksudnya: “...Buatlah apa yang kamu suka,
sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan apa yang kamu
lakukan (dan akan membalasnya)”.

249. Perkara ini jelas menurut mereka ALLAH SWT memberikan
ruang kebebasan dan kekuatan (qudrah) kepada manusia
untuk menentukan sendiri agar tidak terkena jangkitan melalui

159

ikhtiar dan keupayaan manusia itu sendiri. Namun, jika
berlakunya juga jangkitan tersebut ALLAH SWT tidak boleh
dipersalahkan dan bukan dengan kehendaknya, tetapi salah
dirinya sendiri yang yang tidak berhati-hati sehingga terkena
jangkitan tersebut.

250. Manakala al-Jabariyah dalam kategori ketiga yang alergi
dengan SOP yang beranggapan penjarakan fizikal, memakai
pelitup muka, bersentuhan dan seumpamanya tidak
memberikan apa-apa kesan kalau sudah takdirnya mati tetap
akan mati. Ini bermaksud mereka memahami konsep qada dan
qadar ALLAH SWT berlawanan dengan apa yang difahami oleh
al-Qadariyyah. Menurut mereka manusia bersifat pasif, tidak
memiliki daya dan upaya untuk merubah dan menentukan
takdirnya sendiri dan segalanya secara mutlak terletak pada
ALLAH SWT. Tidak ada pilihan lain bagi manusia selain
menerima ketentuan tersebut secara suka rela ibarat kapas
melayang-layang ditiup angin. Sandaran mereka dengan
berpegang kepada beberapa ayat, antaranya firman
ALLAH SWT dalam surah al-Saffat, ayat 96 yang jelas
memperakukan perkara tersebut:

Maksudnya: “Padahal ALLAH SWT yang mencipta kamu
dan benda-benda yang kamu buat itu!”

251. Cara beriqtikad seperti al-Jabariyyah ini menyeleweng dari
batasan sebenar aqidah yang suci kerana perbuatan tersebut
menuduh ALLAH SWT melakukan kezaliman dengan
membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu
dilakukan manusia. Setelah itu, manusia dicampak ke dalam
api neraka disebabkan dengan perbuatan di luar kehendaknya
untuk melakukan demikian.

252. Justeru, dalam konteks jangkitan yang disebabkan virus
Corona, jika seseorang itu terkena jangkitan menurut Jabariyyah
kerana memang telah diputuskan oleh ALLAH SWT seperti itu,
bukan kerana orang itu tidak waspada, tidak menghiraukan SOP
yang ditetapkan pihak kerajaan. Semuanya telah ditakdirkan ia
akan mati disebabkan virus dan tidak perlu takut dan bimbang
dengan Covid. Pendek kata, pada mereka semua persoalan

160

Tuhanlah yang menjadi penyebabnya seperti seseorang yang
tidak pandai berenang, namun memilih untuk terjun ke dalam
kolam renang kemudian tenggelam dan meninggal. Dalam kes
ini tuhanlah penyebab kematian orang yang tidak pandai
berenang tadi.

253. Fahaman tidak ada campur tangan Tuhan ini membawa kepada
keyakinan yang menyembuhkan bukan Tuhan akan tetapi ubat,
vaksin, dan seumpamanya. Fahaman seperti inilah yang
dicanang oleh para saintis berhaluan materialism yang meyakini
bahawa kuasa penyembuh adalah ubat atau vaksin yang ada
dalam tubuh manusia. Jika kesembuhan itu tidak berlaku bukan
kerana kehendak ALLAH SWT tetapi kerana tapi vaksin/ubat
yang tidak efektif bekerja.

254. Rumusannya, kita wajib meyakini setiap penyakit pasti ada
penawarnya dan jika ditakdirkan penawar tersebut tepat dengan
penyakit kesembuhan pasti berlaku. Justeru, ada 3 konsep
penting yang saling berkait rapat antara satu sama lain dan tidak
boleh dipisahkan iaitulah: Usaha, sabar dan tawakal kepada
Maha Pencipta. Ketiga-tiga perkara ini ibarat tiga orang sahabat
karib seperti dalam filem Doremi arahan Allahyarham P Ramli
yang sentiasa bersama ketika susah dan senang dalam setiap
perjalanan kehidupan. Oleh itu dalam berhadapan dengan
situasi yang mencabar seperti Covid ini kita hendaklah
berusaha, bersabar dan akhirnya bertawakal kepada
ALLAH SWT. Ketiga-tiga konsep ini merupakan ajaran al-Quran
berpandukan kepada ayat-ayat berikut:

i. USAHA DAN IKHTIAR

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d ayat 11
maksudnya: “...Sesungguhnya ALLAH SWT tidak
mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila ALLAH SWT menghendaki untuk
menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana
(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada

161

sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa
yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang
dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.”

ii. SABAR

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 45
maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada
ALLAH SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk;”

iii. TAWAKAL

Firman ALLAH SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 159
maksudnya: “...Kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada ALLAH SWT,
sesungguhnya ALLAH SWT Mengasihi orang-orang
yang bertawakal kepadaNya”.

RUJUKAN
1) Al-Quran al-Karim.
2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.
3) Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi al-Quran al-Azim karangan Mahmud

al-Alusi, Dar Ihya’ al-Turaht al-Arabi.
4) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) karangan

Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006.
5) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah, al-Sheikh Muhammad

Mutawalli al-Sya’rawi.
6) Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari.
7) Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab karangan al-Nawawi, Dar

al-Kutub al-Ilmiah 2011.

162

8) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi
al-Syarif.

9) Kitab al-Jami' as-Sahih – karya Imam Muslim.

10) Kitab Sunan an-Nasai – karya Imam Nasa'i.

11) Kitab Sunan Abi Daud – karya Imam Abu Daud.

12) Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) – karya Imam Tirmidzi.

13) Kitab Sunan Ibnu Majah – karya Imam Ibnu Majah.

14) Kitab Musnad – karya Imam Ahmad.

15) Talbis Iblis karangan Ibnu al-Jawzi Dar al-Qalam, Mesir 2011.

16) Al-Tafsir wal Mufasssirun karangan Muhammad Husein
al-Zahabi.

17) Al-I’tisam karangan al-Syаtibі.

18) Perbandingan Aqidah dan Fahaman Umat Islam oleh Haji Said
Haji Ibrahim, Bekas Mufti Negeri Sabah diterbitkan oleh Darul
Ma’rifah Kuala Lumpur.

19) Media Online.

20) Buku Hukum Ulamak-ulamak Islam terhadap Syiah - Ibnu Umar.

21) Buku Catatan Hitam Agama Syiah – Al-Ustadz Ja’far Umar
Thalib.

22) Buku Ensiklopedi ALIRAN MADZHAB DI DUNIA ISLAM.

23) Buku Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam
– Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi.

24) Buku Syiah dan Tarekat Sufi – Syeikh Ahmad Rusydi.

25) Buku Khawarij Dan Syiah dalam Timbangan Ahli Sunnah
Waljamaah – Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi.

26) Buku Darah Syiah – Ahmad Faidzurrahim.

27) Mengenal Hakikat Syiah – Datuk Wan Zahidi Wan Teh & Syeikh
Mahmood Sa’ad Nasih.

28) Buku Mengapa Saya Keluar Dari Syiah? – Sayyid Hussain
Al-Musawi.

29) Buku 201 Tanya Jawab Syiah – Prof. Dr. Mohammad Baharun.

163

MUSIBAH BANJIR :
DIUNDANG, DIMINTA ATAU TAKDIR

Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Manusia memang lemah, tidak dapat menelah dengan tepat perkara
yang akan berlaku. Bagaimanapun dengan ilmu yang sedikit kurniaan
ALLAH SWT manusia boleh menjangka kejadian banjir akan berlaku.

Kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini
amat luar biasa dan sememangnya luar biasa. Dari segi keadaan
banjir melanda, ianya datang agak mendadak dan dalam bentuk
ombak, serta arus yang deras dari Laut China Selatan, hingga bukan
sahaja mampu menenggelamkan kawasan dengan cepat, tetapi
juga mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda seperti
bangunan-bangunan kediaman, sekolah, pejabat kerajaan dan
swasta, premis perniagaan, prasarana sedia ada seperti jambatan,
jalan raya, ladang, tanaman dan lain-lain lagi.

Jika hendak ditaksir kemusnahan, kerosakan, kerugian dan
kos mengganti, memperbaiki dan memulihkan semula kerosakan
meliputi harta awam dan swasta mungkin ianya mencecah angka
dua bilion ringgit atau lebih.

Terdapat beberapa pandangan bahawa kejadian seperti ini di
sisi ALLAH SWT adalah perkara biasa sahaja, yang boleh berlaku
dengan mudah, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Bahkan kejadian-kejadian yang jauh lebih besar dan lebih dahsyat
pernah berlaku dalam sejarah manusia. Ianya banyak dirakamkan di
dalam al-Quran termasuk sebab-sebabnya untuk menjadi iktibar
kepada manusia.

Justeru sama ada kita menyedari atau tidak, kejadian banjir luar
biasa ini sudah tentu mempunyai mesejnya tersendiri yang berada
di dalam pengetahuan ALLAH SWT.

Kalau hendak dikirakan dari segi ilmu pengetahuan dan
peralatan canggih yang kita ada dan kuasai telah jauh maju ke
hadapan, tetapi ternyata kita masih belum mampu menelah dengan
tepat, sehingga kejadian banjir kali ini memakan korban yang bukan
sedikit berbanding sebelumnya, kerana persiapan kita jauh daripada
mencukupi mengikut keperluan sepatutnya.

Apabila dihalusi, ada beberapa sebab yang boleh dikaitkan
dengan kejadian banjir tersebut iaitu:

1. Sebab yang boleh difahami secara mudah melalui fikiran

164

rasional iaitu kerosakan alam sekitar dan sistem ekologi akibat
daripada perbuatan manusia yang rakus. Atas nama
pembangunan, laut yang ALLAH SWT jadikan di dunia ini
sebagai takungan air setiap tahun akan menyempit daripada
keluasannya dengan ditambak untuk membuat pembangunan
begitu juga daratan sawah-sawah dan sungai-sungai ditimbus
dan ditambak atas alasan yang sama, ini semua terpalit balik
kepada kita semua. Pengusaha balak, pertanian yang tidak
terkawal dan berbagai lagi, menyebabkan keadaan muka bumi
telah berubah. Pokok-pokok ditebang tanpa kawalan yang
menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan. Bukit-
bukit ditarah sewenang-wenang yang menyebabkan sungai-
sungai semakin tohor, kotor, kayu balak melanggari satu
sama lain sampah sarap berlonggokkan maka terjadilah
mendapan tanah dan kawasan-kawasan tadahan air semakin
berkurangan. Hal ini ditambah lagi dengan fenomena kitaran
alam dan musim yang sentiasa silih berganti, seperti air
pasang besar, puting beliung dan kadar nisbah purata hujan
yang tinggi akibat pemanasan global di dalam Surah ar Rum
ayat 41, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

GUNUNG-GANANG (BUKIT BUKAU) ADALAH PASAK BUMI
YANG ALLAH SWT JADIKAN
2. Sebab yang tidak mudah difahami yang memerlukan
keimanan dan pancaindera rohani iaitu kejadian banjir dan
bencana alam seumpamanya adalah suatu musibah yang
melanda umat manusia kerana kesalahan dan dosa yang
mereka lakukan. Ini dijelaskan oleh ALLAH SWT melalui
firmanNya ayat 59 surah al-Qasas yang bermaksud : “Dan
tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan
mana-mana negeri sebelum ia mengutus ke ibu negeri
itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada
penduduknya ayat-ayat keterangan kami; dan tidaklah
menjadi kebiasaan kami membinasakan mana-mana negeri
melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.”

Dalam surah al-Naba’ ayat 7 firmanNya lagi yang

165

bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasak
bagi bumi?” Dan dalam surah al-Anbiya ayat 31 yang
bermaksud: “Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-
ganang (bukit bukau) yang menetapnya (tidak bergoncang),
supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan
padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya
mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani
dan jasmani”.

ALLAH SWT Yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa
menurunkan musibah mempunyai tujuan tertentu. Antaranya
ialah:

i. Untuk menaikkan darjat serta martabat para anbiya’ dan
solihin. Malah musibah kepada para Rasul jauh lebih
dahsyat lagi, kemudian pengikut-pengikutnya hingga akhir
zaman. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW amat
bertuah, kerana melalui syafaat Nabi Muhammad SAW,
musibah yang kita terima hanya sedikit berbanding dengan
musibah yang diterima umat-umat terdahulu.

ii. Untuk menghapuskan dosa manusia. Musibah berlaku
sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang dilakukan oleh
manusia. Juga sebagai teguran dan peringatan akibat
daripada bermaharajalelanya kemungkaran, agar manusia
kembali ke pangkal jalan.

MASUK RUMAH ORANG MELALUI PINTU DEPAN DAN BERI
SALAM

Pembangunan negara adalah penting dan Alhamdulillah melalui
usaha-usaha yang dijalankan, negara kita telah, sedang dan akan
terus mencapai pembangunan yang pesat bagi kesejahteraan rakyat.
Satu persoalan yang perlu kita akui, seiring dengan pembangunan
dan kemajuan yang kita capai ialah berlakunya “kebanjiran” nilai yang
bertentangan dengan norma-norma bangsa kita dan bercanggah
dengan asas-asas Agama Islam.

Ekoran daripada itu berlakulah gejala sosial di kalangan anggota
masyarakat dan pengaruhnya mudah mendapat tempat, terutama di
kalangan generasi muda. Pergaulan bebas, amalan-amalan lesbian,
gay, bisexual dan transgender (LGBT) berleluasa. Fahaman-fahaman
liberalism dan pluralism turut menyerap pemikiran pihak-pihak
tertentu yang memperjuangkan kebebasan untuk mengamalkan

166

perkara tersebut. Mudah faham, kalau kita pergi ke rumah orang
masuk pintu depan dan beri salam, tuan rumah suruh masuk barulah
kita masuk, jangan masuk pintu belakang (pintu dapur). Ini
bertentangan dengan norma-norma bangsa kita apa lagi ianya
bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Kejadian ini kelihatannya kurang menimbulkan kesedaran,
sebaliknya lebih banyak menimbulkan keluhan serta tindakan
salah menyalahkan di kalangan masyarakat. Pakar-pakar dalam
bidang agama biasanya mencari kesalahan saja, bukannya cara
penyelesaian. Memang mudah untuk menuding jari mencari
kesalahan orang tapi pada masa yang sama kesalahan diri sendiri
tidak disedari.

Tidak ada satu kerangka yang bersifat holistik diunjurkan bagi
mengekang dan mengatasinya. Kalau ada pun ianya bersifat
sendiri-sendiri, bahkan ada pihak yang seakan-akan menjadi penaja
fenomena ini. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin terhadap anak-anak
dan ahli keluarganya, guru-guru tidak tersalah fokus menangani anak
muridnya, pihak-pihak yang bertanggungjawab pada peringkat mana
pun perlu mengakui kekurangan dan tidak hanya menyalahkan rakyat
dan pengikutnya.

Apabila keadaan ini selari daripada peringkat bawah hingga ke
atas, akan berlakulah proses tindakan kukuh mengukuh di antara
satu sama lain.

Apa yang menyedihkan kejadian ini seolah-olah menjadi
agenda baru dalam kepimpinan sesetengah pihak. Kumpulannya
sahaja yang betul dan kumpulannya sahaja yang mempunyai
program serta membuat tindakan.

Keadaan ini telah mengakibatkan perpecahan, kelemahan
sehingga usaha yang berkesan sukar dilakukan.

Rentetan daripada gejala sosial yang semakin susah dibendung
ini, timbul pula isu yang lebih mencabar, iaitu isu aqidah. Aqidah yang
menjadi nadi dan tunggak kekuatan umat Islam, tidak menjadi
perkara penting dalam agenda pembangunan ummah dan negara.

Implikasinya, yang jahil terus mengabaikan aqidah kerana
ia tidak mempunyai nilai untung dan rugi keduniaan. Yang
berpengetahuan termasuk sebahagian mereka yang menggelarkan
dirinya ilmuan mempolemikkan pegangan yang sudah sekian lama
diamalkan secara harmoni.

ISU KHILAFIYAH DIPERDEBATKAN
Isu khilafiyah dan persepsi sesuatu kefahaman diperdebatkan

secara terbuka, yang kadangkala bertujuan untuk mencari

167

kemenangan yang berselindung di sebalik kebenaran.
Perdebatan yang kadangkala menggunakan istilah muzakarah

bukan bertujuan mencari titik persamaan daripada kebenaran.
Adab dan etika perbezaan diperdebatkan. Perpecahan semakin
parah, hingga memberi kesan besar terhadap survival masa depan
ummah.

Keadaan ini telah mendorong kegiatan-kegiatan yang
mempersendakan kesucian agama oleh pihak-pihak yang mengambil
kesempatan kerana mendapat restu daripada mereka yang
bersekongkol atas nama dakwah, persefahaman dan keharmonian.
Kejadian mempersenda agama ini, walaupun bersifat tenggelam
timbul mengikut masa, tetapi ia semakin berani dan kerap dilakukan.
Tindakan-tindakan menanganinya juga sentiasa menemui jalan buntu
yang berpunca daripada masalah teknikal dari segi penguatkuasaan
undang-undang atau di luar bidang kuasa dan tidak ada punca kuasa
yang jelas.

Atas nama strategi, “konsep matlamat menghalalkan cara”
digunakan secara meluas bagi meraih sokongan. Akibatnya khalayak
ramai turut terheret dan terjebak dalam konflik sesama mereka.
Yang fanatik dengan secara mudah menghukum mereka yang tidak
sealiran. Yang berkecuali menjauhkan diri daripada komuniti
beragama, hidup secara menyendiri.

MENDIRIKAN SOLAT HAJAT UNTUK MEROSAKKAN PIHAK
LAIN ATAU ANTARA SESAMA HAMBA ALLAH SWT

Satu perkara lagi ialah cara menggunakan doa dan solat hajat
oleh golongan tertentu ke atas golongan tertentu yang bertujuan
untuk memudaratkan diri golongan yang tertentu supaya impian
mereka mudah tercapai. Sebagai contoh ada orang bermusuhan
dengan jiran sebelah rumah tidak bertegur sapa berpuluh-puluh
tahun sebab isu yang tidak diketahui, begitu juga dengan keluarga
yang terdekat sebab merebut harta peninggalan kedua orang tua
yang tidak ada wasiat, hibah dan mereka tidak bersepakat untuk
menerima kaedah faraid tentang pembahagian harta. Begitu juga
kenapa marah dengan orang yang bukan Islam “ibarat marahkan
nyamuk kelambu dibakar” dan ada kemungkinan kerajaan yang
memerintah kalau tidak disukai mungkin solat hajat juga digunakan
untuk ALLAH SWT turunkan bala, musibah atau bala bencana.
Solat hajat dan doa yang dilakukan ini apakah tidak akan makan diri
sendiri dan diri orang lain. Dalam hal ini ada teladan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah di
Taif. Baginda menolak saranan malaikat agar penduduk Taif

168

dihancurkan kerana bukan sahaja enggan menerima dakwah, tetapi
membaling batu dan menyakiti Baginda SAW. Sebaliknya, Baginda
SAW mendoakan agar penduduk Taif diberi hidayah dan petunjuk.

Doa, jika ditujukan untuk menurunkan bencana dan malapetaka;
ia tidak menjadi syirik, tetapi ia adalah haram. Daripada Ummi
Salamah RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jangan memohon doa bencana ke atas diri kamu kecuali hanya
kebaikan, justeru para malaikat mengaminkan apa saja yang
kamu minta”. (Riwayat Muslim)

KISAH NABI SULAIMAN AS DAN DOA SEMUT
Kisah Nabi Sulaiman AS dan doa semut merupakan kisah

yang benar dan dirakam oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran
dalam surah al-Naml ayat 18 dengan firman-Nya yang bermaksud:
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke
“Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian
semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan
Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari”.

Pada peristiwa tersebut ALLAH SWT menceritakan bahawa
Nabi Sulaiman AS sedang membawa bala tenteranya yang terdiri
daripada jin, manusia dan burung untuk berjalan bersama. Hinggalah
sampai ke satu lembah tempat tinggalnya sekumpulan semut. Pada
ketika itu, ratu semut memberikan perintah dan peringatan kepada
rakyatnya agar berlindung daripada Nabi Sulaiman AS dan juga bala
tenteranya kerana mereka tidak mengetahui bahawa kawasan yang
mereka hendak jalan itu mempunyai haiwan lain seperti semut.
Arahan ratu semut sebenarnya didengari oleh Nabi Sulaiman AS
lalu Nabi Sulaiman AS pun tersenyum kerana kebijaksanaan yang
terdapat pada semut tersebut sehingga menyebabkan Baginda SAW
menyusun strategi agar tentera-tenteranya tidak memijak kawasan
yang diduduki oleh semut- semut tersebut. Disebabkan mereka yang
kecil dan susah untuk dilihat, maka ratu semut membuat keputusan
bijak bagi berlindung terlebih dahulu.

Serangga sekerdil semut berdoa kepada ALLAH SWT agar
diselamatkan daripada bencana besar dipijak oleh tentera-tentera
Nabi Sulaiman AS dan ALLAH SWT mendengar permintaan mereka,
apatah lagi kalau yang berdoa dan bermunajat itu adalah manusia
pasti ALLAH SWT lebih mengetahuinya. Firman ALLAH SWT dalam
surah Qaf ayat 16 maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami
telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih

169

dekat kepadanya daripada urat lehernya”. Dalam surah al-An’am

ayat 59 firman ALLAH SWT maksudnya: “…dan tidak gugur sehelai

daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir

bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan

yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab

(Loh mahfuz) yang terang nyata”.

Benar, ALLAH SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

menerima segala permintaan makhluk ciptaanNya daripada sekecil

binatang apa lagi permintaan hamba-hambaNya untuk kebaikan

atau di sebaliknya.

Dalam konteks malapetaka dan musibah yang menimpa negeri-

negeri tertentu baru-baru ini mungkin juga merupakan kifarah

ALLAH SWT atau pun doa yang diminta oleh orang tertentu tersebut

dimakbulkan oleh ALLAH SWT kerana lambat atau cepat permintaan

itu ALLAH SWT tidak lupa atau manusia sahaja yang lupa perkara

itu. Ibarat lanun yang tidak waras pemikiran untuk membunuh orang-

orang tawanan yang ada dalam bot besar di tengah lautan bagi

mendapatkan harta dan bot itu dibocorkan, sedar tidak sedar lanun

itu sekali akan terbunuh dan bot itu sekali akan tenggelam. Doa yang

dipinta telah memakan diri sebab musibah berlaku ke atas saudara

kita, tidak memilih jiran, kaya, miskin, ulama, apa bangsa, siapa saja,

bukan kita sahaja yang terkecuali, sebab kita yang memohon. Bala

tidak kenal sesiapa apabila diturunkan.

“Al-Bala’ Ya’ummu warahmah takhussu” ( )

Bermaksud “Bahawasanya bala itu umum untuk semua manusia

sama ada untuk orang yang beriman dan yang berbuat dosa,

manakala Rahmat ALLAH SWT itu adalah khusus untuk orang yang

beriman sahaja”. Justeru itu, Islam melarang keras perbuatan

meminta bala termasuk mendoakan keburukan kepada diri sendiri,

anak-anak, pekerja dan mana-mana pihak daripada kalangan orang

beriman. Meskipun perbuatan mereka pada zahirnya nampak

zalim kerana perbuatan tersebut adalah terburu-terburu yang

merupakan sikap sebenar syaitan. Firman ALLAH SWT dalam surah

al-Isra’ ayat 11 bermaksud: “Dan manusia berdoa dengan

(memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa

dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu

(bertabiat) terburu-buru”.

Sabda Nabi SAW dari Jarir bin Abdillah RA maksudnya:

“Jangan mendoakan bencana atas dirimu sendiri, anak-anakmu

ataupun harta-hartamu. Jangan-jangan hal itu bertepatan

dengan saat pengabulan doa oleh ALLAH SWT maka bencana

tersebut pasti berlaku” (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

170

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin

dalam bab kegelinciran lidah ( ) mendoakan atau

mengharapkan kebinasaan dan keburukan atas diri orang lain,

adalah perbuatan tercela dalam syariat Islam sebagaimana

keterangannya pada berikut ini: “Dekat dengan laknat ALLAH SWT

adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk

mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti perkataan

“Semoga ALLAH SWT tidak memberikan dirinya kesihatan”,

“Semoga ALLAH SWT tidak memberikan keselamatan

untuknya” atau doa keburukan yang seumpamanya, kerana

semua itu adalah perbuatan tercela.

Orang Islam hendaklah mendoakan agar diberi perlindungan

jika dizalimi, mendoakan agar diberi hidayat jika lalai dan cuai

terhadap tanggungjawab agama, mendoakan kesihatan jika ditimpa

sakit, mendoakan keselamatan jika terancam, mendoakan kesabaran

apabila ditimpa musibah. Tidak boleh ada perasaan buruk sangka

antara sesama Islam, bahkan menggunakan panggilan gelaran pun

dilarang kecuali ada keperluan. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang

bermaksud: “Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan

silaturrahim”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya: “Apabila

umatku melakukan 15 perkara, maka ALLAH SWT akan timpakan

bala; antaranya ialah apabila riba berleluasa, maksiat

bermaharajalela, rasuah, kezaliman dan pembunuhan merata,

amal makruf nahi mungkar ditinggalkan, orang tua tidak

dihormati orang muda, harta berlegar di kalangan orang kaya,

anak menderhaka, artis pelakon dan pemain muzik menjadi

idola dan sanjungan”. (Riwayat al-Tirmizi dengan menghukumkan

hadis ini sebagai Gharib)

Islam mengumpamakan hubungan orang Islam di antara satu

sama lain ibarat sebuah bangunan yang kukuh, cantik kerana saling

kukuh mengukuhi, sempurna menyempurna antara satu sama lain.

Semua komponen yang digunakan untuk membuat bangunan itu

berbeza, tiangnya, batu batanya, simennya, kayunya, bumbungnya

bahkan catnya.

Justeru perbezaan di antara seorang dengan seorang

sepatutnya menjana satu kekuatan bukan kelemahan. Kalau semua

pihak hendak mengukuhkan Islam, sepatutnya Islam bertambah

kuat, tetapi realitinya tidak menjadi cantik dan kuat seperti

terbinanya sesuatu bangunan. Berdasarkan pancaindera rohani,

kejadian banjir luar biasa yang berlaku ini, antaranya adalah kerana

peringatan-peringatan ALLAH SWT selama ini tidak banyak

171

mengajar untuk manusia memahami erti nikmat yang perlu
disyukuri. Sebaliknya nikmat kurniaan ALLAH SWT yang banyak
telah menyebabkan manusia menjadi lalai dan mementingkan diri
demi mengejar kemewahan kebendaan.

ALLAH SWT yang bersifat Maha Agung seolah-olah menjadi
kecil sehingga dipinggirkan. Yang diagung-agungkan ialah
kedudukan diri sendiri dan kehendak hawa nafsu.

Tidak hairanlah jika ini telah mengundang musibah dan bala.
Bermula daripada pencerobohan sempadan di Sabah, kehilangan
kapal terbang, kemalangan kapal terbang hinggalah kejadian banjir
luar biasa yang berlaku, menyebabkan kita merasa dikejutkan.

1) Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah –
- 1 Mac 2013 – 2 anggota Polis terbunuh ditembak
pengganas.
- 3 Mac 2013 – 6 anggota Polis terbunuh ditembak
pengganas.

2) Penerbangan MAS - MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing
dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal - Hilang dari
radar kawalan udara pada 8 Mac 2014. Hingga kini tidak
dijumpai.

3) Penerbangan MAS - MH17 (Kod Sharing dengan KLM
4103) dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur ditembak
jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014. Semua 283
penumpang dan 15 anak kapal terbunuh.

4) Kapal terbang Air Asia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura
terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Ke
semua 162 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Banyak kesilapan yang kita lakukan hingga ALLAH SWT
menurunkan bala atau musibahnya. Sesungguhnya ALLAH SWT
tidak zalim, tetapi manusia sendiri yang menzalimi dirinya. Di
samping ALLAH SWT hendak menunjukkan kekuasaannya,
ALLAH SWT yang bersifat Maha Pengasih, Penyayang dan
Pengampun juga mahu menegur dan mengingatkan manusia agar
kembali kepada jalan yang benar.

ALLAH SWT sesekali tidak akan terjejas kuasa mutlaknya,
sama ada manusia patuh atau ingkar. Bagaimanapun sesiapa yang
beriman akan bertambah takwanya, sementara yang kufur akan
semakin bertambah kekufurannya. Hanya mereka yang sedar sahaja
tahu menilainya.

172

Firman ALLAH SWT surah Al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud:
“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu)
orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara
mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan
maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu
Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.”

Juga firman ALLAH SWT Surah ‘Al Araf ayat 97 dan 98 yang
bermaksud: Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati)
serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada
mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau
patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta
merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka
pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

KISAH SEMUT HITAM BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR
Suatu kisah semut hitam boleh dijadikan iktibar, di mana

seorang pemuda bertanya seorang mualim kerana ingin tahu
tentang pengertian bala atau musibah. Mualim tersebut meminta
pemuda itu keluar mengembara selama tiga bulan untuk mencari dan
memahami makna musibah.

Di sepanjang tempoh tersebut, pemuda itu hanya menemui
satu pengalaman, iaitu semasa dalam perjalanan pulang ia menemui
sebatang pokok yang rendang lalu berhenti untuk berehat kerana
kepenatan, lalu tertidur. Semasa tidur, beliau bermimpi dihurung
semut hitam sehingga mengaduh kesakitan kerana ada semut-semut
yang menggigitnya. Pemuda itu bertindak membunuh semut-semut
tersebut, hingga terselamat daripada hurungan dan gigitan semut
tersebut. Beliau kemudian terjaga daripada tidurnya. Sekembalinya
daripada perjalanan itu beliau menceritakan pengalaman mimpinya
kepada mualim. Mualim menjelaskan bahawa apa yang berlaku
dalam mimpi pemuda itulah erti bala atau musibah. Bukan sahaja
semut yang menggigit terbunuh, malah semut-semut lain yang tidak
menggigit pemuda itu juga turut terkorban.

Apabila datang bala atau musibah di sesuatu tempat
yang berpunca daripada kemurkaan ALLAH SWT kerana
bermaharajalelanya kemungkaran, orang yang baik serta taat pun
tidak terkecuali akan turut terkena kesusahannya. Bahkan mungkin
mereka yang ingkar dan jahat pula yang akan terselamat atau yang
disebut istidraj, iaitu mereka yang beroleh kenikmatan walaupun
dalam keadaan maksiat yang menjadikan seseorang itu bertambah
jauh lagi daripada ALLAH SWT.

173

Seperti juga semut-semut tersebut bukan semua yang menggigit
itu terbunuh dan bukan juga yang tidak menggigit itu selamat.

Tidak mengira apa kedudukan kita, jalanilah kehidupan ini
berlandaskan syariat, serta hindarkanlah diri daripada mengikut
hawa nafsu. Bertindak berdasarkan akal yang waras bukan
berdasarkan emosi. Berhati-hatilah, kerana kesilapan dan kecuaian
yang dilakukan boleh mengundang turunnya bala atau musibah.

KITA MENGATUR, TETAPI ALLAH SWT MAHA PENGATUR
DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA
1. Kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada
penulis: Seorang bapa yang tidak bersetuju anaknya berkahwin
dengan pilihannya sendiri, secara emosi lantas berkata
“Kalau kau kahwin juga aku tembak engkau”. Selepas seminggu
ketika sedang berada di tengah sawah, anaknya telah dipanah
petir. Betapa sedih dan sesalnya si bapa.

2. Pengalaman penulis bersama 40 jemaah umrah pada tahun
1987 ketika berada di Mekah. Tiket untuk penerbangan balik
dalam proses menunggu (waiting list). Kebanyakan jemaah
yang terdiri daripada kalangan guru membuat solat hajat.
Keesokannya semua jemaah berangkat ke Jeddah dan
memohon kepada pegawai penerbangan MAS agar kami
dapat balik. Apabila masa penerbangan yang dijadualkan
hampir tiba kami diminta ke kaunter daftar masuk (check-in)
menggantikan satu kumpulan jemaah seramai 40 orang yang
terkandas dalam perjalanan ke airport kerana kerosakan bas.

3. Pengalaman penulis di musim haji tahun 2001. Di waktu
hampir untuk naik ke Arafah, isteri seorang jemaah haji telah
mengidap penyakit radang otak, menyebabkan beliau
dimasukkan ke wad ICU Hospital Arab Saudi selama 9 hari
kerana tidak sedarkan diri (koma). Ada juga yang mengatakan
beliau meninggal dunia. Pesakit ini dibantu dengan solat hajat
oleh beberapa orang jemaah. Dengan izin ALLAH SWT,
akhirnya beliau kembali sihat dalam tempoh yang singkat
hingga mampu menyelesaikan urusan hajinya dengan
sempurna. Subhanallah!.

4. Pengalaman penulis bersama rakan bergelar Dato’ ketika
mengerjakan umrah. Masing-masing membeli selipar untuk ke
masjid. Sewaktu hendak pergi ke Tana’im untuk mengerjakan
umrah, penulis berkata kepada kawan yang bergelar Dato’,

174

saya bawa selipar jepun saja yang berharga RM3.80 yang
dibawa dari Malaysia, kalau selipar jepun ini hilang ia murah
tak mengapalah. Sewaktu hendak masuk ke masjid kami
berkongsi uncang kasut, yang mana selipar jepun berada di
bawah, ditindih sandal Dato’ berkenaan yang berharga 120
SAR (wang Saudi). Apabila keluar dari masjid, penulis dan
Dato’ berkenaan mengambil uncang untuk memakai semula
selipar di luar masjid. Apa yang berlaku selipar jepun telah
hilang dari uncang. Alangkah terkejut serta kesalnya kerana
peristiwa tersebut memberi pengajaran yang besar akibat
daripada kata-kata penulis “Selipar jepun murah, hilang pun tak
apa”, benar-benar berlaku. Kalau hendak dikira logiknya,
orang hendak mengambil hak orang sudah tentu akan memilih
yang mahal sedikit harganya dan senang untuk diambil kerana
berada di bahagian atas. Tetapi selipar jepun yang berada di
bawah yang diambilnya. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha
Kaya dan Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Kita
mengatur, tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur dan Maha
mengetahui segala-galaNya.

ALLAH SWT MENERIMA DOA ORANG YANG SEDANG DALAM
BERMUSAFIR

Kita kena akur kepada kehendak dan ketentuan ALLAH SWT
(qada dan qadar) merupakan tuntutan Rukun Iman yang wajib
diterima dengan reda dan penuh keinsafan selaku hamba
ALLAH SWT dalam semua urusan. Adakalanya kehendak dan
ketentuan ALLAH SWT pahit untuk ditelan dan adakalanya manis
seperti madu kerana semua perkara berada dalam ilmu ALLAH SWT
yang Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas dalam hati kita.
Penulis mempunyai pengalaman peribadi, sekadar berkongsi nikmat
ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada hambanya, suatu ketika
dahulu antaranya mengerjakan umrah kali pertama pada tahun 1979.
Ketika itu perjalanan dari Malaysia dengan menaiki Pakistan Airline
terus ke Mesir dan tinggal di sana selama dua minggu sebelum
berlepas ke Mekah. Ketika itu musim haji masih berjalan, tiba-tiba
diberitakan berlakunya serangan pengganas berlaku di Masjidil
Haram melalui siaran TV di rumah seorang kawan. Pada keesokan
harinya saya mencuba nasib dengan pergi ke Kedutaan Arab Saudi
di Mesir untuk mendapat kepastian sama ada umrah dapat
dilaksanakan atau tidak, namun pihak kedutaan tidak membenarkan
disebabkan kekacauan dan tidak aman lagi.

Dengan perasaan yang sedih saya hanya mampu bermunajat

175

dengan bersolat hajat dan berdoa agar dipermudahkan urusan
menunaikan umrah. Selepas seminggu, sekali lagi saya ke Kedutaan
Saudi dan jawapannya tetap sama. Pada suatu malam saya
menonton TV program tazkirah yang disampaikan oleh seorang
ulama Mesir yang menyentuh tempat-tempat berdoa yang
dimakbulkan oleh ALLAH SWT, antaranya ketika bermusafir.
Terlintas dalam fikiran saya ketika itu untuk memohon kepada ALLAH
SWT agar dipermudahkan urusan menunaikan umrah, pada
keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi semula ke
Kedutaan Arab Saudi di Mesir, dengan izin ALLAH SWT pihak
Kedutaan membenarkan. Akhirnya saya meneruskan perjalanan ke
Jeddah dan terus bergerak ke Madinah dengan menaiki sebuah bas.
Dengan perasaan yang begitu hiba bercampur gembira dan air mata
berlinangan akhirnya saya sampai di Madinah dan melakukan ziarah
di Maqam Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Selepas seminggu
di Madinah saya bertolak ke Mekah, setibanya di Masjidil Haram para
jemaah tidak dibenarkan untuk masuk ke haram masjid. Seorang
sahabat saya Ali Osman Shabana menasihatkan saya agar tidak
masuk ke haram masjid (kawasan masjid) tetapi saya bertawakal dan
berusaha juga dan akhirnya dapat masuk untuk menyempurnakan
ibadat umrah. Ketika itu terdetik di hati agar diberikan kesempatan
kembali lagi setiap tahun untuk menunaikan ibadat umrah di sini dan
diberikan kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah. Kawasan
lantai bawah (basement) Masjidil Haram masih dipenuhi darah dan
kelongsong-kelongsong peluru bertaburan di merata tempat.

Akhirnya pada tahun 2018 dengan kehendak dan ketentuan
ALLAH SWT juga saya berpeluang menjejak kaki masuk ke dalam
Kaabah. Pada awalnya saya sudah bersiap untuk pulang ke tanah
air pada sebelah petang, namun seorang kenalan memaklumkan
adanya peluang untuk masuk ke dalam Kaabah pada keesokan
harinya. Maka saya menunda penerbangan pulang untuk tempoh
satu hari lagi. Pada keesokan harinya, 4 pagi sebelum Subuh pintu
Kaabah dibuka untuk tetamu, Presiden Turki dan rombongannya
serta saya dengan dua orang jemaah Utas Travel & Tours dapat
masuk bersama dalam rombongan itu. Dalam kesempatan
keemasan tersebut walaupun saya mempunyai penyakit slip disc dan
vertigo, dengan izin ALLAH SWT rasa sakit langsung hilang dan saya
dapat menunaikan solat di keempat-empat penjuru Kaabah selama
45 minit. Saya amat bersyukur kerana tidak pernah terlintas suatu
hari nanti perkara ini akan berlaku. Semuanya berlaku dengan
kehendak dan ketentuan ALLAH SWT dan apabila tiba masanya
pasti berlaku. Pernah juga suatu ketika masih berulang alik

176

membawa jemaah haji ke Mekah terlintas di hati penulis sekiranya
diberikan peluang untuk penulis menyampaikan khutbah di Arafah
(mengikut sunnah Rasulullah SAW). Hasrat tersebut hanya dipendam
dalam hati begitu sahaja tanpa berusaha untuk meminta kepada
Tabung Haji. Takdir ALLAH SWT pada akhir tahun 90an, saya
dipelawa untuk menyampaikan khutbah kepada ribuan jemaah haji
di Arafah dalam satu maktab yang masih saya ingat sampai hari ini
sebagai satu pengalaman yang manis seumur hidup saya. Amat
benarlah firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 yang
bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh
hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya”.

Marilah kita muhasabah diri, kalau kita sudah meningkat tua,
mungkin masa dan peluang kita tidak begitu banyak lagi untuk
membaiki diri dan bertaubat. Bagi yang masih muda
bermuhasabahlah agar terlepas daripada mengikut jejak-jejak kita
yang telah banyak membawa kerugian. Memang pandangan antara
satu dengan yang lain tidak mungkin sama, tetapi uruslah perbezaan
itu supaya menjadi kekuatan. Sebaliknya tidak menjadi perpecahan
yang menyebabkan kita lemah. Bersatulah untuk membina Islam
dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Kita patut belajar daripada apa yang sedang berlaku ke atas
umat Islam hari ini khususnya di negara-negara Islam di Timur
Tengah atau negara yang majoriti umatnya terdiri daripada orang
Islam. Kerana perpecahan ummah negara menjadi porak peranda
dan dikuasai oleh kuasa besar yang memang ingin melihat
kehancuran Islam.

Apabila sesebuah negara itu hancur kerana perpecahan dan
persengketaan sesama sendiri rakyat yang tidak berdosa turut
menjadi mangsa. Pembunuhan berlaku setiap masa. Mereka yang
terkorban tidak mengira siapa, kanak-kanak, orang perempuan dan
mereka yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kerana kerakusan
manusia yang inginkan kuasa. Di Syria umpamanya pergolakan
sedang berlaku kerana kuasa dan politik berpuak dan berlainan
fahaman agama. Rakyat jelata menjadi mangsa dan terpaksa
melarikan diri dan tinggal di khemah-khemah dengan serba
kekurangan pakaian dan makanan.

Satu demi satu negara Islam menempah kehancuran kerana
perpecahan rakyat dan kerakusan pemimpin. Lihatlah apa yang
berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya selain dari Syria dan Yemen yang
turut bergolak menunggu kehancuran.

177

Adakah kita ingin turut serta menerima nasib yang sama dengan
mereka? Waliyazubillah. Cukuplah kita yang baru menjadi mangsa
bencana alam sebagai ujian dari ALLAH SWT dan tinggal di bawah
khemah-khemah sementara kerana rumah-rumah telah musnah
dihanyutkan air banjir. Jangan kita pula tinggal di bawah khemah-
khemah sebagai pelarian perang seperti yang berlaku di Syria pada
masa ini.

Kita perlu bersatu agar tidak ada kuasa lain yang merupakan
musuh Islam dapat melemahkan kita dan memecahbelahkan
perpaduan kita. Kalau ini berlaku, kita akan menerima nasib yang
sama dengan saudara-saudara kita di beberapa negara Islam yang
saya sebutkan di atas tadi.

ALLAH SWT berfirman ayat 103 surah Ali-Imran yang
bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada
tali ALLAH (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;
dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu ALLAH
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu
dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat
ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu
dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran
kamu semasa jahiliyah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari
neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya
kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

Bukan semua mereka yang bergelar agamawan dan ilmuan
tahu semua bidang agama. Seumpama foreman atau mekanik
kereta, mereka bukan tahu dan mahir membaiki semua jenis kereta.
Mereka ada kepakaran dalam bidang masing-masing. Begitu juga
dengan doktor pakar, mereka juga ada kepakaran dalam bidang
masing-masing. Doktor pakar jantung boleh membedah jantung tapi
tidak mahir berkaitan orthopedik misalnya. Begitulah sebaliknya.
Tetapi ada sebahagian lulusan agama bertindak seolah-olah mereka
serba boleh dan serba tahu.

Ulama seperti ini mempunyai sifat dan sikap takabur yang
jelas nyata dengan sedikit ilmu yang ada padanya, sedangkan
ALLAH SWT lebih berkuasa daripada segala makhluk. Ingatlah
bagaimana nasib Firaun yang asalnya orang biasa tetapi setelah
mempunyai kuasa dan kekayaan telah bersifat takabur bahkan
menganggap dirinya tuhan dan meminta manusia menyembahnya.
Akhirnya Firaun mati tenggelam di lautan.

Dengan adanya sifat suka cemuh mencemuh dan memandang

178

rendah sesama Islam, orang bukan Islam telah berani memperlekeh
dan mempermainkan Islam seperti mencela khutbah, mempertikai
arahan pihak berkuasa agama Islam, mengharamkan perarakan
Maulidurrasul dan sebagainya.

Kita lihat pada akhir-akhir ini agama Islam dihina dengan begitu
teruk sekali oleh musuh Islam. Nabi Muhammad SAW diperlekeh,
dipersendakan dan dihina secara terang oleh media Barat seperti
yang berlaku di Perancis dan Jerman. Akhbar Mingguan di Perancis
“Charlie Hebdo” sering menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam hanya boleh membuat bantahan di sana sini
menyuarakan rasa tidak puas hati. Tetapi kita tidak ada kemampuan
untuk bertindak dengan lebih berkesan kerana kita sendiri lemah dan
tidak bersatu.

Sebagai rumusannya saya berpendapat bahawa kedudukan
orang Melayu Islam di negara kita tidak akan ke mana dari segi
ekonomi dan politik kalau mereka masih tidak bersatu.

Budaya Melayu pun mereka tidak boleh pertahankan dengan
kemasukan budaya yang dibawa masuk oleh orang asing yang
banyak mencemarkan budaya kita.

Oleh itu orang Melayu kena sedar dan bersatu kalau mereka
ingin berjaya dan mengelakkan diri daripada kebinasaan dan
kehancuran. Penulis teringat semasa bersekolah di tahun awal
50an dan 60an dahulu terdapat buku teks Bahasa Melayu dalam
tulisan jawi yang mempunyai rangkap puisi seperti berikut:

Buai laju-laju sampai pokok sena
Beli baju baru dari kedai Cina.

Orang Cina memang rajin tidak dinafikan, kenapa Melayu tak
nak belajar daripada rajinnya itu. Penulis masih ingat beberapa
pesanan almarhum bapa penulis dua tahun sebelum beliau
meninggal dunia. Ketika itu penulis baru berusia 12 tahun. Antara
pesanan yang memberi kesan mendalam dan masih dalam ingatan
penulis ialah:

1. Pakaian lama kalau tidak dipakai lagi janganlah dibuang
begitu sahaja, tetapi hendaklah disimpan. Beliau
mengingatkan pengalaman beliau semasa pemerintahan
Jepun banyak jenazah hanya berbungkuskan tikar
mengkuang sebagai kafan sebelum dikebumikan;

2. Kalau berkawan dengan ulama, kamu akan mendapat ilmu
dan lama-lama menjadi ulama;

179

3. Kalau berkawan dengan pencuri, lama-lama kamu akan
menjadi pencuri;

4. Kalau berkawan dengan peminum arak, lama-lama kamu
akan menjadi pemabuk;

5. Kalau berkawan dengan pemain judi, lama-lama harta
kamu akan habis dan kamu akan berpakaian tidak senonoh;

6. Kalau selalu menghampiri dan berdampingan dengan
orang berniaga, lama-lama akan jadi kaya;

7. Kalau kamu keluar dari rumah pergi ke tempat orang atau
negara orang, jadilah ayam betina bukan ayam jantan;

8. Jangan suka berhutang kerana akibatnya kamu akan
menjadi daki dunia.

9. Kamu hendaklah menceburkan diri dalam bidang
perniagaan jika mahu maju dan berjaya dalam hidup.
(Bapa penulis pun berniaga secara kecilan di kampung
dengan menjual buluh dan kayu untuk dibuat bubu ikan dan
dijual di Pantai Rombang (Pantai Puteri) semasa hayatnya.
Sebelah petang 2 minggu sekali penulis dengan bapa
menjual ikan laut naik basikal keliling kampung. Bapa
penulis digelar oleh orang kampung “Yusoh Buluh” sebab
dalam kampung ada dua Yusoh.

Pesanan-pesanan ini selaras dengan kata-kata bijak pandai
bahawa kalau kita berkawan dengan tukang besi, kita akan mendapat
bahang panas dan percikan apinya. Sebaliknya jika kita berkawan
dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat bau yang harum.

RUJUKAN
1) Al-Quran Al-Karim.
2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.
3) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) - Muhammad

bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006.
4) Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) -

Muhammad bin Jarir al-Tabari.
5) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah - Muhammad Mutawalli

al-Sya’rawi.
6) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi

al-Syarif.
7) Media Online.
8) Media Massa Arus Perdana.

180

MUSIBAH DAN MUHASABAH
Oleh

Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Banjir isunya hangat menyeluruh
Sana sini bukit runtuh
Sana sini tebing runtuh
Sana sini jambatan runtuh
Sana sini rumah-rumah runtuh
Sana sini jalan-jalan roboh dan runtuh
Sana sini ikatan rumah tangga runtuh
Sana sini akhlak muda-mudi runtuh
Sana sini anak luar nikah begitu rapuh
Sana sini rasuah menyeluruh
Sana sini dadah berkeliharan pihak mana yang hendak rempuh
Sana sini ilmuan, agamawan bergaduh
Sana sini tuduh menuduh
Sana sini manusia angkuh

Bukit bukau gondol, botak sungguh
Bukit hutan tadahan hujan tidak dapat berteduh
Balak-balak dibawa keluar dari hutan yang jauh
ALLAH mengingatkan kita gunung-ganang sebagai pasak bumi
jangan diceroboh
Itulah kejadian ALLAH mengimbangkan bumi jangan diroboh
dan disentuh
Itulah sifat manusia yang sangat rapuh dan angkuh
Perintah dan larangan ALLAH mesti dipatuh
Takut berulang kisah bah besar dalam al-Quran Zaman Nabi Nuh

Kenapa manusia tidak merenung jauh
Hukum ALLAH dan balasanNya yang kita semua kena tempuh
Suatu hari nanti ada yang sakit ada yang lumpuh
Apakah ianya musibah, kifarah atau bala ALLAH yang
diundang, diminta atau takdir yang tak boleh disentuh

181

MH370 jatuh, MH17 jatuh, Air Asia QZ8501 jatuh
Ringgit jatuh, kelapa sawit jatuh, minyak jatuh
Harga barang tak jatuh
Kuasa beli apakah tak jatuh
Demonstrasi jalanan pemusnah senjata utuh
Penjual dan pengilang mesti patuh

Dari pangsapuri anak-anak jatuh
Dari kondo anak-anak jatuh
Dari pejabat bunuh diri jatuh
Isu agama yang bukan haknya disentuh
Mereka yang tak faham terpengaruh

MIC nampak bergaduh
Orang Melayu tuduh menuduh
PAS – PASMA bergaduh
UMNO nampak macam bergaduh
MCA, Gerakan dan DAP masih utuh
Yang utuh tetap utuh
Orang Cina ikatannya kukuh

Institusi Raja nak diruntuh
Apakah Melayu berpeluk tubuh
Negara-negara Arab banyak yang dah jatuh
Jangan berulang Kota Melaka diroboh dan diruntuh

Anak-anak kecil berjalan jatuh
Orang-orang tua, orang buta dipimpin takut jatuh
Ada pemimpin dan pemimpin dunia ada yang jatuh
Ekonomi dunia apakah mulai jatuh dan lumpuh
Apa lagi yang akan jatuh
Siapa yang akan jatuh
Tunggulah masanya siapa yang mengeluh dan berkeruh

182

JEREBU - KAU YANG TAK DIUNDANG
Oleh

Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Oh jerebu, jerebu
Kau yang tak diundang datang lagi ke negaraku
Setiap tahun negaraku berjerebu
Pemimpin Indonesia saling bisu membisu

Setiap tahun negaraku berjerebu
Pasti kumasukkan dalam kalendar baru
Biar rakyat Malaysia semua tahu
Murid-murid sekolah ada yang diberi cuti oleh guru
Cikgu Alias bertanya muridnya bernama Abu
Dari mana datang asap debu
Murid menjawab, dari Indonesia bermula Pekan Baru

Musim-musim cuti di Malaysia kita kena tahu
Ada berbelas-belas termasuk tahun baru
Negara-negara lain bercuti tidaklah sebegitu
Bila jerebu masuk ke dalam kalendar baru
Pastinya pelancong tak datang baru kita tahu
Sakit hati, semput nafas dan gatal-gatal kita garu-garu
Ekonomi terjejas penyakit datang bertalu-talu

Hai Joko, jerebu datang ke Malaysia jangan buat tak tau
Jangan fasal jerebu kita negara serumpun berseteru
Dulu kau pernah kata, penangkap ikan asing akan dibom
di perairanmu
Sekarang jerebu datang ke negaraku bagaimana bicaramu

Joko, kuman di seberang laut nampak di matamu
Gajah di depan mata, kau buat tak tahu
Saban tahun rakyat Malaysia sengsara akibat perbuatan rakyatmu

Negara-negara terlibat jumpalah Joko presiden baru
Berbincang berpakatlah supaya Joko tahu
Rakyat Malaysia marah apakah kau tak tahu
Zaman sekarang bukan zaman batu
Bersih dan tebang hutan guna excavator dan JCB perlulah tahu

183

Negaraku nak kata subuh, bukan subuh, jerebu…..
Hendak kata pagi, bukan pagi, jerebu…..
Hendak kata bersalji, negaraku tak bersalji, jerebu…..
Fikir-fikirlah Jokowi presiden Indonesia yang baru.

Jerebu di Kuala Lumpur.

184

Puisi ini telah disiarkan dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh
7hb Ogos 2014 dan Akhbar Sinar Harian bertarikh 12hb Ogos
2014.

185


Click to View FlipBook Version