anjing. Anjing membersihkan duburnya dengan jilatan
lidah. Bila kita terkena jilatan lidah anjing, kuman itu akan
berpindah kepada manusia. Begitu juga apabila anjing
menjilat sesuatu bekas dengan lidahnya, kuman akan
berpindah kepada bekas tersebut.
xi. Boleh dikatakan badan anjing sama dengan mulut
anjing. Ini sesuai dengan pendapat Imam Nawawi yang
mengatakan, tidak ada beza jilatan atau kencing, najis
dan badan anjing – ianya kena dibersihkan dengan air
sebanyak 7 kali dan sekali dengan Turab / tanah.
xii. Sekarang ini beberapa negara di Barat dan Eropah yang
tidak lagi gemar membela anjing, kerana air liur anjing
semacam racun, boleh membunuh.
xiii. Doktor-doktor berpendapat bahawa seluruh badan anjing
ada kuman.
xv. Mohamad Munir Abduh mengatakan dalam perut anjing
ada kuman sebesar 4mm. Kalau anjing berak, banyak
kuman pada dubur anjing. Bila anjing menjilat duburnya,
kuman akan melekat pada lidah. Bila anjing minum air,
kuman akan melekat pada bekas air. Begitu juga, apabila
anjing menjilat tubuhnya, seluruh tubuh anjing ada kuman.
Jika manusia mencium anjing atau orang Islam mengikut
cara orang Barat, kuman daripada anjing akan dapat masuk
ke dalam perut manusia juga.
xvi. Kuman boleh menembusi dinding perut. Doktor-doktor
tahu perkara ini kerana banyak kes berlaku di Barat dan
Eropah. Sebab itu di Perancis dan Itali tidak banyak yang
membela anjing sekarang ini.
xvii. Dalam Turab (tanah), ada dua unsur yang kuat boleh
membunuh kuman seperti yang disahkan oleh ahli
sains moden iaitu Tetracycline dan Tetryllite yang dapat
menyerap kuman dan menghapuskannya.
PENYAKIT ZOONOTIC YANG ADA PADA ANJING:
Ada setengah organism jangkitan seperti bakteria Salmonella
dan Campylobacter dan jenis penyakit Protozoa yang disebabkan
236
oleh Giardia boleh menyebabkan sakit perut Gastroenteritis.
Leptospirosis pada manusia boleh menyebabkan penyakit hati dan
buah pinggang yang tenat, walaupun jangkitan daripada anjing
kepada manusia jarang berlaku.
Cacing bulat (roundworm) adalah parasit yang biasa ada dalam
perut binatang peliharaan yang boleh berjangkit kepada manusia.
Manusia boleh secara tidak sengaja tertelan telur cacing yang keluar
melalui najis binatang dan wujud dalam persekitaran.
Roundworm ini juga menjadi risiko kepada manusia. Menyentuh
tanah yang tercemar atau najis anjing boleh menyebabkan ingestion
dan jangkitan. Telur cacing ini biasanya berkumpul dalam tanah
tempat anjing buang najis. Apabila berjangkit, cacing ini boleh
menyebabkan sakit mata, paru-paru, jantung dan sistem saraf
manusia.
Penyakit yang biasanya dikaitkan dengan anjing yang boleh
menyebabkan penyakit kepada manusia adalah:
- Campylobacteriosis.
- Cacing pita anjing.
- Hookworm.
- Rabies (anjing gila).
- Roundworm.
- Brucellosis.
Anjing dan kucing menjadi mangsa kepada parasit yang
menghuni tali perut iaitu cacing. Cacing yang biasanya ada ialah
roundworms, hookworms, whipworms dan tapeworms. Yang
biasanya boleh dilihat dengan mata kasar dalam najis anjing ialah
roundworms dan tapeworms.
“Penyakit akibat bakteria yang boleh membunuh merebak
di kalangan anjing-anjing di Northern New Jersey”.
Itu tajuk berita bertarikh 28 Mac 2017 dari Paramus, New Jersey
Amerika Syarikat.
Pegawai dan kumpulan veterinar memberi amaran kepada pemilik
anjing mengenai tanda-tanda penyakit dan mengambil langkah-
langkah untuk pastikan binatang peliharaan mereka selamat.
Turut dilaporkan sekurang-kurangnya 5 ekor anjing dikenalpasti
dijangkiti bakteria leptospirosis yang boleh menyebabkan kematian
dan berjangkit kepada manusia.
Penyakit ini boleh berjangkit melalui air kencing binatang buas
dan biasanya anjing akan dijangkiti di kawasan anak sungai,
lopak air, kolam dan tempat-tempat yang banyak air bertakung.
Air membantu bakteria ini hidup.
237
Jika tidak dirawat, penyakit ini akan membawa kepada
kerosakan buah pinggang, meningitis, kegagalan hati dan maut.
Tanda penyakit ini ialah termasuk hidung berdarah, muntah dan
hilang selera makan.
MANUSIA PERLU MEMBASUH TANGAN SELEPAS MENYENTUH
ANJING (Bagi orang Islam hendaklah melakukan sertu dengan
membasuh 7 kali, 1 daripadanya air yang bercampur dengan
tanah)
Anjing boleh menyebar beberapa penyakit tertentu kepada
manusia. Apabila manusia mendapat jangkitan daripada anjing
akibatnya kadang-kadang boleh membawa maut. Antaranya ialah:
i. Rabies atau penyakit anjing gila – Kuman anjing gila
Issavirus boleh berjangkit daripada anjing kepada
manusia melalui air liur. Jika anjing gila menggigit
seseorang, ia akan menjangkiti dan berlaku infeksi.
Apabila manusia dijangkiti kuman rabies, tanda awal ialah
seperti demam selesema, sakit kepala, demam dan lemah
badan. Setelah beberapa lama orang ini akan tidak dapat
tidur, halusinasi dan gementar. Banyak juga yang
mendapat penyakit gatal di tempat gigitan. Rabies bukan
sahaja membawa maut kepada anjing, tetapi juga kepada
manusia. Penyakit anjing gila ini telah ada sejak zaman
purbakala lagi. Pada zaman itu orang yang dijangkiti
anjing gila akan dibunuh atau membunuh diri. Di Iraq,
pemilik anjing dikenakan hukuman berat jika anjingnya
menggigit seseorang dan meninggal dunia. Dikatakan
setiap tahun, wabak anjing gila membunuh 50,000
hingga 60,000 orang, terutama di Afrika dan Asia.
Di Malaysia sejak bulan Julai yang lalu empat kematian
disahkan positif penyakit anjing gila.
ii. Leptospirosis juga disebarkan oleh anjing kepada
manusia apabila manusia terdedah kepada air kencing
anjing yang mempunyai penyakit tersebut.
iii. Salmonella – bakteria yang boleh dijangkiti dari anjing.
Orang yang terkena jangkitan bakteria ini akan mengalami
muntah, cirit birit, demam, kejang perut dan kehilangan air.
Kurang dari satu peratus berlaku kematian kepada manusia
yang dijangkiti kuman ini.
238
CAPNOCYTOPHAGA CANIMORSUS (NOT SHOWN)
C. canimorsus ada dalam air
liur anjing dan kucing. Dalam
satu kajian ianya ada di 74 persen
anjing dan 57 persen kucing. Kalau
manusia dijangkiti kuman ini ia
boleh mengancam nyawa, walau
pun jarang berlaku. Kuman ini
tersebar melalui gigitan dan
cakaran. Ada juga orang dapat
jangkitan kerana tinggal bersama
binatang peliharaannya. Tanda-
tanda penyakit ialah keracunan
darah, terperanjat, pernafasan dan
meningitis.
CAMPYLOBACTER JEJUNI
Campylobacter jejuni adalah
penyebab kepada keracunan
makanan. Kuman ini ada dalam
najis anjing dan kucing yang boleh
menjangkiti manusia.
BRUCELLA CANIS
Bakteria ini jika menjangkiti
manusia boleh menyebabkan
demam, lemah badan dan
kehilangan berat selain daripada
bengkak hati, spleen dan limph
nodes (kelenjar).
LEPTOSPIRA INTERROGANS
Bakteria ini juga ada dalam
air kencing anjing dan memasuki
badan manusia melalui kulit ke
dalam darah. Dari situ kuman ini
boleh menyebabkan demam,
muntah dan cirit birit. Jika tidak
dirawat jangkitan boleh membawa
kepada kerosakan buah pinggang,
meningitis, kerosakan hati dan
maut.
239
KESIMPULAN: PANDANGAN DAN PENDAPAT PENULIS
i. Adalah haram hukumnya memelihara anjing di dalam
rumah berdasarkan hadis yang mafhumnya Malaikat Jibril
enggan memasuki rumah Nabi Muhammad SAW pada masa
yang dijanjikan semata-mata kerana ada seekor anjing di
dalam rumah tersebut dan Rasulullah SAW enggan
menerima jemputan seorang sahabat kerana di rumah
sahabat itu ada anjing, sedangkan Baginda SAW pergi ke
rumah seorang sahabat yang ada memelihara kucing.
ii. Boleh memelihara anjing, tetapi makruh hukumnya jika
bertujuan untuk menjaga keselamatan diri, harta dan nyawa
daripada binatang buas dan lain-lain, misalnya bagi rumah
yang terletak jauh di pedalaman.
iii. Harus memelihara anjing bagi tujuan untuk berburu (anjing
terlatih-muallam), menjaga ternakan dan tanaman (ladang).
iv. Nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh anjing
liar atau anjing gila (Kalbul ‘Aqur).
v. Mudarat yang dibawa oleh anjing lebih besar daripada
faedah seperti yang dikupas di atas.
vi. Islam melarang memelihara anjing sebagai binatang
peliharaan (pet).
vii. ALLAH SWT dan RasulNya lebih mengetahui. Itu sebab
Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun lalu melarang
menyentuh anjing, pasti ada hikmah di sebaliknya.
viii. Sains telah membuktikan bahaya kuman yang ada pada
anjing yang boleh berjangkit kepada manusia melalui
sentuhan badan, air liur, jilatan anjing dan sebagainya.
ix. Ulama seperti Imam Syafie dan Imam Hanbali juga dapat
menelah bahaya penyakit yang dibawa anjing dengan
memberi pandangan bahawa anjing itu najis berat (najis
Mughallazah).
240
RUJUKAN
1) Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuh dan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami
Walqadaya Al-Mu’asirah – Dr. Wahbah Al-Zuhayly.
2) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.
3) Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie – Abil Husain Yahya.
4) Bidayatul Mujtahid Wanihayatul Muqtasid.
5) Nihayah Al-Matlab Fi Dirayatil Mazhab – Li Imamil Haramain.
6) Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi
As-Syarif.
7) Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziri dan
Mu’jam Sahih Muslim.
8) Media Sosial dan Media Cetak / Elektronik.
241
SOLAT DI ATAS KERUSI
JANGAN BIARKAN TULANG DAN URAT SARAF
ROSAK BERPANJANGAN.
JANGAN AMBIL PANDANGAN SELAIN DARIPADA
PAKAR ORTOPEDIK, FISIOTERAPI DAN KIROPRAKTIK
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
• Pengalaman penulis yang terkena Slip Disc atau sakit
tulang belakang atau sakit saraf bersama dengan Doktor
Pakar Ortopedik, Juru Fisioterapi di Hospital Pakar Putra,
Melaka dan Kiropraktik Bukit Baru, Melaka untuk faedah
bersama.
• Zaman Nabi SAW lagi sudah ada kerusi dalam masjid;
• Pandangan Pakar Bidang Ortopedik, Fisioterapi dan
Kiropraktik;
• Pandangan penulis berdasarkan pengalamannya;
Baru-baru ini beberapa orang penceramah telah mengeluarkan
pandangan mengenai solat di atas kerusi. Pandangan mereka telah
tular di media sosial dan menimbulkan kekeliruan, rasa gelisah di
kalangan orang-orang yang solat di atas kerusi kerana mereka
mempunyai masalah kesihatan menyebabkan mereka tidak dapat
solat berdiri, rukuk dan sujud dengan sempurna.
Penceramah-penceramah itu tidak menyentuh soal kenapa
seseorang itu solat di atas kerusi, sehinggakan ada yang
memberikan pendapat mengatakan tidak sah solat di atas kerusi dan
berbagai lagi permasalahan yang ditimbulkan.
Bagi saya setiap perkara yang hendak disampaikan dalam
sesuatu ceramah hendaklah difikirkan dulu apa kesannya kepada
orang ramai yang mendengar ceramah itu, khasnya mereka yang
bersolat di atas kerusi yang bilangannya mungkin ribuan di Malaysia
dan di dunia amnya, apa lagi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,
Madinah yang kita lihat semasa kita mengerjakan haji dan umrah.
Kalau kita ke Mekah atau Madinah, kita akan lihat ribuan kerusi
disediakan untuk jemaah bersolat di Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi, sudah tentu ada sebabnya.
Dalam kitab hadis ‘Mu’jam Sahih Muslim’ dan ‘Mausu’ah
Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif’
disebutkan bahawa ketika Nabi SAW membaca khutbah, ada
seorang asing bertanyakan Rifa’ah mengenai apa agama beliau.
Lantas Rifa’ah bertanya kepada Nabi SAW. Nabi SAW turun dari
242
mimbar datang kepada Rifa’ah untuk mendengar pertanyaan itu.
Nabi SAW diberikan kerusi dan lalu duduk di atasnya. Kaki
kerusi itu dibuat daripada kayu bersalutkan besi. Nabi SAW
kemudian naik kembali ke atas mimbar menyambung khutbah
Baginda. Di sini jelas pada masa itu sudah ada kerusi di dalam
masjid. Untuk apa kerusi kalau bukan untuk digunakan oleh orang
untuk bersolat dan sebagainya.
Dalam isu sembahyang di atas kerusi saya berpandangan
bahawa penceramah-penceramah yang mengatakan sembahyang
di atas kerusi itu tidak sah adalah tidak tepat dan mengelirukan
kerana mereka tidak membuat kajian daripada aspek kenapa
seseorang itu perlu sembahyang di atas kerusi.
Mengikut Oxford Fajar Advanced Learners Dictionary
(English-Malay), maksud “duduk” adalah berada dalam kedudukan
yang badan kita tegak dan berehat di atas punggung, di atas tempat
duduk atau lantai.
Kita kena buat kajian sama ada solat atas kerusi boleh atau
tidak boleh, bagi pesakit. Kita tidak boleh memberi pandangan
berdasarkan persepsi atau andaian semata-mata, kerana ianya tidak
tepat dan salah. Hanya orang yang sakit sahaja tahu kenapa beliau
sembahyang di atas kerusi. Orang yang sihat sebagai pemerhati
tentulah tidak tahu apa yang sebenarnya yang dirasai oleh pesakit
tentang sakitnya.
Daripada Imran bin Husyain RA., Rasulullah SAW pernah
bersabda maksudnya: “Jika kamu tidak boleh solat berdiri,
hendaklah kamu duduk. Jika tidak boleh duduk hendaklah
kamu berbaring. Jika tidak boleh berbaring, hendaklah kamu
mengiring”. (Riwayat al-Bukhari)
Orang-orang yang ada penyakit-penyakit tertentu tidak boleh
berdiri, rukuk, dan sujud. Mereka merasa risau apabila melihat
melalui media sosial beberapa orang penceramah memberi ceramah
mengenai solat di atas kerusi, seolah-olah mereka pakar, melebihi
pengetahuan doktor pakar ortopedik, fisioterapi dan kiropraktik.
Siapakah yang layak memberi ceramah tentang solat di atas
kerusi? Jawapannya, tentulah orang sakit sahaja yang boleh bagi
kupasan dan ceramah mengenai solat tersebut.
Ada beberapa sebab kenapa seseorang itu terpaksa solat
di atas kerusi, antaranya ialah:
- Sakit tulang belakang; tidak boleh berdiri, rukuk dan
sujud.
- Sakit pinggul / punggung; tidak boleh berdiri, rukuk dan
sujud.
243
- Sakit lutut tidak boleh sujud; bila sujud, tidak boleh
bangun untuk berdiri.
- Parkinson; tidak boleh berdiri, kalau berdiri pun hanya
untuk seketika sahaja, selepas itu kena duduk.
- Mata tegang dan berpinar; tidak boleh berdiri.
- Vertigo, hilang keseimbangan badan apabila berdiri.
- Tekanan darah rendah yang boleh membawa pitam
kalau berdiri.
- Serangan asma atau lelah waktu hendak solat dikhuatiri
luput waktu solat jika menunggu sakit asma itu pulih.
- Terlalu letih yang amat sangat kerana faktor usia atau
kerja berat, dikhuatiri waktu solat luput jika menunggu
badan pulih daripada kepenatan atau keletihan. Ketika
ada masyaqqah (kesusahan), bolehlah pergi kepada
rukhsah (mudah) untuk solat atas kerusi atau lantai.
Ada darurahnya, takut hilang waktu solat atau luput.
Kebanyakan penceramah-penceramah menyampaikan ceramah
seolah-olah mereka tahu dan pakar dalam semua subjek yang
diperkatakan, sedangkan yang sebenarnya tidak. Mereka sepatutnya
membuat kajian dan rujukan kepada orang yang lebih tahu, misalnya
pakar perubatan dalam bidang tertentu yang berkaitan.
Dalam al-Quran Surah An-Nahl ayat 43 bermaksud: “...Maka
bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan
(ahli / pakar) jika kamu tidak mengetahui”. Tanyalah ahli yang
pakar jika tidak tahu. Jangan tanya penceramah, tetapi tanyalah
doktor pakar misalnya pakar ortopedik (tulang).
Dalam masalah sakit tulang belakang misalnya, pakar ortopedik
akan membuat pemeriksaan X-Ray dan imbasan MRI (Magnetic
Resonance Imaging) terlebih dahulu. Dari situ doktor pakar akan
tahu masalah tulang belakang, sama ada tulang rosak disebabkan
faktor usia atau pekerjaan atau patah, retak dan sebagainya. Mereka
juga boleh memberi pandangan dan nasihat cara rawatan yang
terbaik iaitu ubat, fisioterapi atau pembedahan, kemudian pesakit
yang menjalani rawatan fisioterapi perlu menjalani 2-3 sesi seminggu
selama lebih kurang sebulan.
Penceramah yang tidak mengalami sakit sudah tentu tidak tahu.
Oleh itu mereka sepatutnya bertanya orang yang pakar, yang tahu
dan yang berilmu mengenai perkara-perkara yang berkaitan penyakit,
termasuk penyakit yang dibincangkan ini.
Penulis juga pernah membuat ulasan mengenai beberapa isu
yang dibangkitkan oleh ilmuan dan agamawan antaranya mengenai
244
hukum mengedar tabung kutipan derma bergerak semasa khatib
menyampaikan khutbah Jumaat yang dikatakan haram, ada yang
mengatakan makruh. Penulis berpendapat ianya harus.
Berbalik kepada isu solat di atas kerusi, ada penceramah
mengatakan ada orang yang datang ke masjid boleh berjalan
dengan elok sambil membawa kerusi. Apabila sampai di masjid
orang ini terus solat di atas kerusi. Penceramah seolah-olah
tidak faham bahawa kalau begitu keadaannya, sudah tentu
orang itu mempunyai salah satu penyakit yang saya senaraikan
di atas, kenapa seseorang itu tidak boleh solat secara berdiri
dan sebagainya. Hanya orang yang sakit itu sahaja yang tahu
kemampuannya untuk solat sama ada berdiri atau duduk di atas
kerusi, atau pun sujud.
Orang yang melihat perkara itu, tidak boleh sekali-kali membuat
kesimpulan berdasarkan andaian semata-mata apabila kelihatan
seseorang itu ‘nampak sihat’ luaran sahaja. Dalaman kita tidak tahu.
Sepatutnya apabila kita melihat orang sebegini kita bertanya dahulu.
Daripada jawapan yang diberikan, barulah kita tahu apa sebenarnya
yang menyebabkan orang itu solat di atas kerusi.
Saya biasanya bersolat Jumaat secara duduk di atas kerusi.
Pada satu ketika, saya lihat ada beberapa orang jemaah juga duduk
di atas kerusi di sebelah saya. Saya bertanya beliau kenapa solat di
atas kerusi. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sakit lutut.
Beliau boleh sujud, tetapi bila hendak bangun untuk berdiri, beliau
tidak boleh lakukannya kerana lututnya amat sakit sebab sendi lutut
beliau sudah kurang pelincir atau tulang rawan sendi sudah
nipis/haus. Putus urat dalam lutut untuk jangka masa panjang boleh
menyebabkan sendi haus (Osteoarthritis).
Saya juga sempat bertanya seorang lagi jemaah yang bersolat
di atas kerusi. Beliau menjawab bahawa kadang-kadang beliau
boleh berdiri dan kadang-kadang tidak boleh berdiri sebab beliau ada
penyakit Parkinson. Beliau juga boleh berjalan ke pasar, tetapi
sekadar 50 hingga 100 meter sahaja. Penyakit Parkinson ini berlaku
akibat kerosakan pada saraf otak yang menular ke bahagian anggota
bawah badan menyebabkan seseorang itu lemah dan tidak boleh
berdiri. Begitu juga halnya dengan pengidap penyakit pitam. Beliau
boleh sujud, tetapi apabila bangkit dari sujud, pitam boleh berlaku.
Ini disebabkan oleh tekanan darah rendah. Oleh sebab itu doktor
menasihatkan elok makan kerang sebagai satu cara untuk
mengelakkan tekanan darah rendah yang menyebabkan pitam dan
sebagainya. Orang ada penyakit pitam, apabila bangun daripada tidur
hendaklah duduk 1-2 minit seketika sebelum berdiri atau ke tandas.
245
Saya sendiri mempunyai penyakit ‘vertigo’, selain dari slip disc.
Apabila simptom vertigo datang, saya merasakan dunia ini berpusing.
Ini biasanya berlaku apabila saya tidak cukup tidur, iaitu tidur tiga jam
sahaja. (Tidur hendaklah tidak kurang dari lapan jam), atau terdedah
kepada panas terik matahari. Simptom vertigo mula datang bagi
pesakit vertigo ialah mereka akan merasa pening, loya tekak, terasa
hendak muntah dan terasa hendak buang air besar.
Pesakit vertigo tidak boleh melihat kepada cahaya terang jika
berada dalam suasana gelap. Sebagai contoh menggunakan telefon
bimbit yang mengeluarkan cahaya terang atau menonton televisyen
atau menaip atau menggunakan komputer dalam keadaan gelap. Ini
boleh menyebabkan serangan vertigo berlaku. Jika bangun daripada
tidur sama ada siang atau malam, pesakit vertigo hendaklah tidak
terus bangun berdiri, tetapi duduk dulu seketika, sekurang-kurangnya
2 hingga 3 minit baru boleh berdiri untuk ke tandas dan sebagainya.
Untuk mengelakkan serangan vertigo, kalau sudah ada simptom
seperti di atas, hendaklah cepat tidur secara mengiring ke kanan,
jangan tidur terlentang atau mengiring ke kiri, ikut keadaan, tidak boleh
tundukkan ke bawah, menoleh ke belakang atau mendongak ke atas
dan hendaklah makan ubat, terutama jika ingin memandu kereta.
Pengalaman saya kena sakit tulang belakang atau slip disc juga
cukup menyakitkan. Sebelum terkena penyakit ini saya hampir
setiap hari berjoging sejauh tiga kilometer.
Pada peringkat permulaan, saya melihat apabila bersikat,
pinggang saya senget ke kanan. Kalau saya memakai seluar pun ia
kelihatan terlondeh ke kanan. Pada mulanya saya mendapatkan
khidmat urut daripada tukang urut Melayu dan Cina, tetapi keadaan
saya tidak berubah. Akhir sekali saya berjumpa doktor pakar di
sebuah hospital swasta. Doktor di hospital tersebut membuat ujian
dan mengatakan masalah sakit tulang belakang saya itu tidak boleh
dibedah.
Kemudian saya ke Hospital Kuala Lumpur. Doktor pakar di HKL
juga memberikan pandangan yang sama, iaitu saya tidak boleh
dibedah. Selepas itu saya menemui pula pakar Kiropraktik yang
memberikan pandangan serupa iaitu penyakit saya tidak boleh dibedah.
Akhir sekali saya menemui Dr Zulkefli Abdul Rashid, Pakar
Ortopedik di Hospital Pakar Putra, Melaka. Setelah dijalankan MRI,
barulah dapat dikesan bahagian tulang belakang saya (lumbar), iaitu
L3, L4 dan L5 bermasalah. Yang sakit ialah tulang belakang L4 dan
L5. Saya dimasukkan ke wad hospital tersebut selama sebulan, setelah
didapati tulang belakang saya telah rosak dengan diska intervertebral
telah pecah dan kering. Ini menyebabkan tulang bahagian atas dan
246
bawah telah rapat. Kesan daripada keadaan ini ialah saraf di tulang
belakang terhimpit menyebabkan saya mengalami sakit di tulang
belakang dan kaki, dan rasa kebas di kaki dan tangan.
Selama di hospital, saya tidak dapat solat secara duduk mahu
pun secara berdiri kerana terasa kesakitan yang amat sangat di
bahagian tulang belakang. Oleh itu saya terpaksa solat secara
berbaring. Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang saya
sebutkan di awal tadi. Selepas seminggu berlalu di hospital, saya
telah dihantar menjalani fisioterapi. Di situ saya bertemu seorang
wanita yang juga mengadapi masalah sakit tulang belakang. Beliau
yang telah mempunyai 10 orang anak mengatakan bahawa sakit
tulang belakang lebih sakit daripada sakit hendak bersalin.
Berdasarkan penjelasan doktor, kebanyakan kaum wanita
mengalami sakit tulang belakang, antaranya kerana mengangkat
barang-barang berat dengan cara yang salah, misalnya cara
membongkok, terutama mengangkat pasu bunga yang berat. Begitu
juga sakit tulang belakang banyak dialami oleh pramugara dan
pramugari yang sering mengangkat bagasi. Selain daripada itu
penyakit tulang belakang boleh disebabkan oleh kemalangan.
Penyakit tulang belakang juga tidak boleh mengangkat lebih 1 kilogram
atau kurang 1/2 kilogram mengikut keadaan pesakit itu. Mereka yang
menaip menggunakan komputer selepas 20 minit hendaklah bangun
dan berjalan selama 5 minit sekurang-kurangnya dan selepas itu
boleh meneruskan menaip. Pesakit tulang belakang tidak boleh
tenggelamkan pinggangnya ke bawah ketika duduk dan ketika berdiri
dan tidak boleh membongkok ke hadapan, kalau berjalan hendaklah
menaikkan pinggang ke atas dengan perjalanan badan yang lurus.
Pelajar-pelajar sekolah (rendah dan menengah), yang sering
membawa beban berat seperti beg sekolah dalam jangka masa yang
lama, dikatakan memberi kesan masalah tulang belakang apabila
mereka meningkat dewasa.
Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai
masalah sakit tulang belakang supaya jangan memaksa diri
melakukan perkara atau pergerakan yang boleh memudaratkan diri.
Begitu juga dengan pesakit-pesakit lutut, Parkinson, vertigo dan
pitam, janganlah cuba bersolat seperti orang sihat yang tidak ada
masalah dalam pergerakan solat kerana ini akan memudaratkan
kesihatan.
Atas nasihat doktor kiropraktik (Chiropractor), Doktor Pakar
Ortopedik dan Juru Fisioterapi orang yang solat berdiri, semasa
qiyam, hendaklah berdiri tegak, tidak condong ke belakang atau
ke hadapan, bagi mempastikan tulang belakang itu tidak
247
terperonyok ke bawah. Amalan ini juga dibuat ketika kita
berjalan atau berdiri di mana-mana sahaja dan apabila duduk
membaca al-Quran, ketika duduk di atas kerusi membaca buku,
menulis tidak lebih daripada 20 minit, selepas itu hendaklah
berdiri dan berjalan selama 5 minit atau 10 minit, selepas itu
baru duduk balik semula dengan cara yang betul. Tidak boleh
menyandar pada kerusi yang keras atau duduk atas sofa yang
lembut atau yang terperonyok. Buat amalan senaman mengikut
nasihat ketiga-tiga pakar ini.
Apabila duduk di atas kerusi, punggung dan badan
hendaklah ditegakkan dan bersandar menghimpit rapat
bahagian belakang kerusi sehingga tiada ruang kosong di antara
badan / punggung dengan tempat bersandar di kerusi.
Melalui kajian yang saya buat, solat lima waktu sehari
semalam melibatkan 17 kali berdiri (qiyam), 17 kali rukuk dan 34
kali sujud. Untuk sebulan atau 30 atau 31 hari ialah 510 kali
berdiri, 510 kali rukuk dan 1,020 kali sujud. Kalau untuk setahun
(365 hari) pula melibatkan 6,205 kali berdiri, 6,205 kali rukuk dan
12,410 kali sujud.
Dari segi masa yang diambil pula, katakanlah untuk berdiri
(qiyam) sekurang-kurangnya mengambil masa satu minit, maka
sehari 17 minit, sebulan 510 minit (8.5 jam) dan setahun 6,205
minit (103.4 jam). Untuk rukuk pula mengambil masa 15 saat
bagi setiap kali bermakna sehari 4.25 minit (17x15=255/60=4.25
minit), sebulan 127.5 minit (2.125 jam) dan setahun 1,551.25
minit (25.85 jam). Untuk sujud pula sehari 8.5 minit
(34x15=510/60=8.5), sebulan 255 minit (4.25 jam) dan setahun
3,102.5 minit (51.7 jam).
Daripada perkiraan tersebut masa diambil bagi pergerakan
solat melibatkan anggota penting (tulang belakang) bagi berdiri
(qiyam), rukuk dan sujud berjumlah sehari 29.75 minit, sebulan
892.5 minit (14.87 jam) dan setahun 180.97 jam). Perkiraan ini
dibuat berdasarkan solat seorang diri; kalau berjemaah mengikut
imam, mungkin masa yang diambil akan lebih lama lagi.
Bayangkan kalau umur pesakit panjang, berapa kali dan berapa
jam masa diambil yang mungkin boleh mencederakan anggota
penting seperti tulang belakang, lutut dan bahagian tulang belakang
yang telah dimasukkan implant titanium jika bersolat seperti biasa
iaitu berdiri, rukuk dan sujud tanpa duduk di kerusi, bagaimana?
Kita yang berpenyakit hendaklah bersolat mengikut kemampuan
diri kita, jangan ikut apa yang orang lain kata. Firman ALLAH SWT
dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud “ALLAH SWT tidak
248
memberati / membebani seseorang melainkan apa yang terdaya
dilakukan olehnya / sesuai dengan kesanggupannya...”.
Bagi orang yang telah menjalani pembedahan tulang belakang
dan dimasukkan atau diikat logam ‘titanium’ masih tidak boleh rukuk
dan sujud sesuka hati kerana boleh mencederakan tulang belakang.
Surah At-Taghabun ayat 16, bermaksud “maka bertakwalah kamu
kepada ALLAH SWT menurut kesanggupan kamu” Surah
Al-Baqarah, ayat 195 bermaksud “Jangan kamu dengan sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Kalau
tidak boleh melakukan sesuatu kerana membahayakan diri sendiri,
maka jangan dilakukan. Jika dilakukan juga mungkin akan membawa
kemudaratan yang lebih besar.
Solat secara duduk di atas kerusi memang nampak tidak
sempurna. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui yang
menentukan sah atau tidak solat sedemikian, berapa pahala
yang diperolehi dan sebagainya, tidak ada siapa yang boleh
tentukan melainkan ALLAH SWT. Ayat 29 Surah An-Nisaa’ pula
bermaksud, “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya
ALLAH SWT sentiasa mengasihani kamu”. Seperti menghisap
rokok juga boleh mendatangkan berbagai penyakit yang membawa
maut. Menghisap rokok dulunya dihukum sebagai makruh sahaja,
tetapi pada hari ini menghisap rokok dihukum haram kerana
membawa mudarat dan kematian.
Pandangan saya ini juga dibuat berpandukan sebuah hadis
Nabi SAW “Laa Dharar walaa dhirar”. (Hadis daripada Abu Said
al-Khudri RA…… Riwayat Ibnu Majah, Malik dan al-Darqutni)
Bermaksud “jangan memudaratkan diri sendiri dan juga
memudaratkan orang lain”. Kalau kita sudah tidak boleh rukuk dan
sujud tetapi dilakukan juga, besar kemungkinan kecederaan tulang
akan berlaku. Ini, jika berlaku akan menyusahkan diri sendiri dan diri
orang lain seperti isteri / suami dan anak-anak yang terpaksa menolak
kerusi roda (wheelchair) dan sebagainya termasuk beban kewangan.
Sebagai langkah berjaga-jaga apabila saya rasa simptom
vertigo akan mengenai saya, saya akan memakan ubat pencegahan
setiap enam bulan sekali sekiranya diperlukan. Apabila ke luar
negara saya akan membawa ubat sebagai persediaan awal, seperti
juga pesakit jantung yang perlu sentiasa membawa ubat bersama.
Pengalaman saya sebagai pesakit tulang belakang, selepas
berjalan kaki sejauh 50 hingga 100 meter, saya merasakan lenguh
di pinggang dan kaki. Penceramah yang tidak sakit sudah tentu tidak
tahu keadaan seperti ini, apa yang dialami oleh pesakit. Ketika itu
saya boleh berdiri tetapi tidak begitu stabil, malah terasa tidak selesa,
249
apa lagi bila ada vertigo. Saya akan memulakan solat dengan berdiri
(qiyam), selepas takbir, saya akan duduk. Saya teruskan solat, rukuk
dan sujud dilakukan di atas kerusi dengan membongkokkan sedikit
badan dan kepala di mana kedudukan kepala lebih bawah sedikit
apabila sujud berbanding dengan rukuk, ini mengikut keadaan kalau
tidak boleh, jangan dilakukan terutama orang yang ada kecederaan
saraf dan tulang leher, apa lagi kalau sujud ke lantai.
Saya kerap menjalani fisioterapi di Hospital Putra Melaka dan
urut (massage). Pada peringkat awal saya menjalani fisioterapi
sebanyak tiga kali seminggu atau 12 kali sebulan. Saya juga
menjalani rawatan kiropraktik (TAGS Spine & Joint Specialists) di
Jalan Bukit Baru, Melaka, sebanyak tiga kali seminggu. Sekarang
saya menjalani fisioterapi dua minggu sekali dan kiropraktik dua
minggu sekali mengikut keadaan, terutama ketika akan ke luar
negara atau bila-bila masa jika saya rasa badan tidak begitu selesa.
Nasihat saya kepada mereka yang terlibat dengan sakit tulang
belakang supaya dapat mengambil perhatian.
Walaupun saya ada penyakit yang menyebabkan saya solat di
atas kerusi, ianya tidak menyebabkan saya tidak boleh melakukan
aktiviti lain. Saya masih melakukan aktiviti perniagaan saya seperti
biasa dan mengadakan ceramah dan sebagainya.
Saya telah mendapatkan pandangan Dr. Zulkefli mengenai isu
solat di atas kerusi, di Kuliah Subuh bersama saya. Dr. Zulkefli
menyatakan bahawa solat mengandungi aktiviti pergerakan
yang melibatkan tulang belakang, pinggang dan kaki dan pusat
kawalannya ialah otak. Kalau pergerakan terganggu kita ubah
caranya. Di bawah ini adalah pandangan beliau.
Apa yang perlu dilakukan ialah pergerakan itu tidak
memudaratkan kita dan orang di samping kita. Cara solat yang
perlu kita ubah. Tulang belakang yang di bahagian bawah
sebanyak 5 bahagian (L1, L2, L3, L4 dan L5), paling banyak
digunakan untuk rukuk dan sujud. Pergerakan ini juga
melibatkan sendi punggung dan sendi lutut. Untuk solat,
pergerakan tertumpu kepada hampir 80 peratus di tulang
punggung dan pergerakan di tulang lutut pula berlaku 100
peratus ketika sujud sebab dibengkokkan habis. Kalau ada
masalah kita perlu solat ikut yang kita boleh buat. Kalau tidak
boleh buat, perlu duduk. Ada pesakit tulang belakang boleh
berjalan, tetapi kena berhenti apabila terasa sakit.
Kalau untuk rukuk ianya melibatkan 50 peratus di L4 dan L5.
Masalah slip disc dan tulang belakang rosak akan menyusahkan
orang lain. Jadi elakkan ianya rosak dengan membuat isyarat
250
rukuk dan sujud sedikit saja, kalau sujud pula tidak boleh
bangun. Oleh itu duduk sajalah di atas kerusi. Kalau diteruskan
akan bertambah rosak menyebabkan tekanan kepada saraf di
tulang belakang. Keutamaan solat kita ringankan dengan cara
duduk. Jangan melakukan pergerakan yang menyebabkan sakit
bertambah teruk dan mengganggu orang lain bila kita rebah.
Dr Zulkefli juga menyatakan terdapat perbezaan di antara
sakit lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit lumpuh berlaku
apabila kecederaan berlaku kepada saraf tunjang dan otak,
misalnya disebabkan oleh angin ahmar. Sakit tulang belakang
pula berlaku apabila ada tekanan pada tulang dan pada saraf.
Bila bergerak akan terasa sakit atau kaki akan terasa lemah
kalau berdiri dan kalau terjatuh boleh menyebabkan bertambah
kerosakan kepada tulang belakang.
Encik Tai Tiam Loy, Juru Fisioterapi Hospital Pakar Putra,
Melaka pula berkata, pergerakan untuk rukuk dan sujud seseorang
itu memerlukan otot dan sendi yang kuat serta keseimbangan
badan. Kalau ada masalah sakit, kita kena jaga kedudukan tulang
belakang dari lengkung cervical, punggung dan kaki. Kalau kita
rasa tidak selesa atau sakit jangan dipaksa untuk bergerak.
Pergerakan untuk duduk dan bangun juga memerlukan
penggunaan otot sendi dan keseimbangan. Bagi pesakit yang
menggunakan implant, jangan dipaksa pergerakan dan jangan
duduk begitu lama. Untuk mengelakkan masalah itu kita perlu
kekalkan kedudukan supaya seimbang berat badan. Begitu juga
cara bangun dari tempat duduk tidak boleh dengan cara
mengesot. Begitu juga bila bangun dari pembaringan (tidur),
kita perlu mengiring ke kanan terlebih dahulu dan menekan siku
ke bawah untuk bangun.
Berdasarkan nasihat pakar ortopedik dan fisioterapi itu jelaslah
kita tidak boleh melakukan pergerakan di luar kemampuan. Dengan
kata lain, jangan kita memaksa diri kita yang sakit melakukan
perkara yang boleh menambahkan kesakitan dan kecederaan.
Bagi perjalanan yang jauh, contohnya menaiki kenderaan udara
atau darat yang mengambil masa yang agak lama, saya sentiasa
membawa bersama medical plaster untuk ditampal di belakang
(L4 dan L5) dan di kedua-dua betis kiri dan kanan untuk mengelakkan
rasa sakit dan lenguh-lenguh di tempat berkenaan, jika diperlukan.
Medical plaster bersaiz besar ini boleh dibeli di mana-mana farmasi.
Bagi mata tegang pula saya sentiasa membawa cecair titisan mata
(eye drops) yang berkualiti yang boleh digunakan bila perlu.
Sebagai kesimpulannya, saya menyarankan kepada
251
penceramah dan ahli agamawan dan ilmuan supaya membuat
kajian dan rujukan kepada pakar di bidang berkaitan sekiranya
mereka kurang arif mengenai perkara yang disampaikan,
khasnya berkaitan dengan hukum hakam. Ini bagi mengelakkan
timbul isu yang memberi kesan negatif kepada masyarakat hari
ini yang terlibat atau pun pesakit yang bersolat di atas kerusi.
Usaha dan ikhtiar tanggungjawab kita. ALLAH SWT mendatangkan
penyakit, ALLAH SWT juga penyembuhNya. Firman ALLAH SWT
dalam surah al-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: “Dan apabila aku
sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku”.
Sila lihat gambar di belakang m/s 234 - m/s 236.
RUJUKAN
1) Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuh dan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami
Walqadaya Al-Mu’asirah - Dr. Wahbah Al-Zuhayly.
2) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.
3) Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi
As-Syarif.
4) Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziri dan
Mu’jam Sahih Muslim.
5) Elias Modern Dictionary (English-Arabic).
6) Kamus Atlas Al-Mausu’i (English-Arabic) dan Munjid At-Tullab
(Arabic).
7) Oxford Fajar Advanced Learners Dictionary (English-Malay).
8) Dr Zulkefli bin Abdul Rashid, Doktor Pakar Ortopedik, Hospital
Pakar Putra, Melaka.
9) En. Tai Tiam Loy, Juru Fisioterapi, Hospital Pakar Putra, Melaka.
252
TIPS JAGA TULANG BELAKANG
Dalam portal Kementerian Kesihatan (Myhealth) melalui rencana
Penjagaan Tulang Belakang, berikut kaedah menjaga kesihatan
tulang belakang:
1 Elakkan berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk
jangka masa panjang letakkan bangku rendah dekat
dengan kaki. Salah satu kaki boleh diletakkan secara
bergilir di atas bangku tersebut bagi merehatkan kaki.
2 Jangan guna kasut bertumit tinggi. Pakailah kasut
dengan pelapik lembut.
3 Apabila duduk, gunalah kerusi dengan belakang
yang lurus dan boleh diubahsuai ketinggiannya.
4 Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap
satu atau dua jam. Keluar dari kereta dan berjalan
seketika. Jangan mengangkat barang yang berat
sejurus selepas memandu jarak yang jauh.
5 Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.
Laman Healthline menjelaskan
beberapa kebaikan kiropraktik:
1. Melegakan sakit tengkuk dan leher.
2. Kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan
sakit (opiod pain reliever).
3. Mengurangkan sakit belakang.
4. Kurangkan risiko simptom osteoarthritis.
5. Kurangkan sakit kepala.
6. Memperbaiki postur badan.
253
YANG BOLEH DIBUAT
BETUL BETUL
Angkat Postur badan
barang-barang harus tegak apabila
berat bersama mengangkat barang.
rakan sekerja.
BETUL
BETUL
Gunakan peralatan
Tegakkan badan yang sesuai yang
apabila mengangkat boleh memudahkan
barang dari lantai. kerja.
254
YANG TIDAK BOLEH DIBUAT
SALAH SALAH
Jangan angkat Jangan memusing
barang-barang secara tiba-tiba
berat sendirian.
apabila mengangkat
SALAH barang berat.
Jangan bongkok apabila mengangkat SALAH
barang-barang berat dari lantai.
Gunakan
peralatan yang
boleh memudahkan
kerja-kerja
mengangkat
barang berat.
255
AMALAN TAREKAT DIKAITKAN DENGAN AJARAN
DAN AMALAN SESAT?
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Mutakhir ini kumpulan Tarekat menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan
kecaman oleh pihak tertentu melalui media cetak. Siapa di belakang
semua ini? Apa motif sebenarnya?
Kalau kita perhatikan sejak setahun dua ini orang Islam di
Malaysia mula berminat dengan program ‘Cinta Rasul’ atau ‘Berselawat’
anjuran kerajaan atau badan bukan kerajaan. Pengisian program
‘Cinta Rasul’ ini dipenuhi dengan nasyid dan qasidah memuji Nabi
Muhammad SAW serta pelbagai jenis selawat ke atas Nabi SAW.
Majlis juga biasanya diselangi dengan ceramah agama yang
menyentuh tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sifat-sifat
Nabi SAW yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam
kehidupan umat Islam hari ini.
Program ‘Cinta Rasul’ ini mendapat sambutan luar biasa
daripada umat Islam, terdiri daripada kanak-kanak, golongan belia
hinggalah orang dewasa lelaki dan wanita. Pada kebiasaannya
majlis ‘Cinta Rasul’ anjuran kerajaan dihadiri oleh pemimpin tertinggi
kerajaan negeri atau persekutuan. Malah ada beberapa negeri
menganjurkan program ini berulang kali. Nasyid dan qasidah yang
disampaikan menjadi popular dan digemari ramai dan disiarkan
berulang kali melalui media elektronik radio dan televisyen.
Anak-anak muda atau belia yang meminati program ini terdiri
daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, bukan sahaja
pelajar, bahkan penganggur, mat rempit, penagih dadah dan lain-lain
yang biasanya melakukan aktiviti negatif pada hujung minggu.
Dengan adanya program ‘Cinta Rasul’, sekurang-sekurangnya
mereka telah meninggalkan aktiviti biasa mereka dan turut serta
mengikuti program ‘Cinta Rasul’ setiap kali ianya diadakan.
Program ini merupakan satu fenomena baru dalam dakwah
Islamiah di negara kita yang turut diminati oleh pemimpin-pemimpin
negeri dan negara.
Dengan fenomena seperti ini mungkin ada kalangan tertentu
yang tidak senang hati kerana kedudukan mereka sedikit sebanyak
tergugat dari segi pengisian agama. Oleh itu program ‘Cinta Rasul’
ini harus disekat sebelum terlambat. Bagaimana caranya?
Program Cinta Rasul tidak begitu disenangi kerana bukan sahaja
menyekat populariti orang tertentu, tetapi lebih daripada itu ialah
kerana program tersebut begitu berkesan kepada masyarakat Islam
256
dalam menanamkan sifat cintakan Rasul. Qasidah dan nasyid yang
memuji Nabi SAW dan keluarga amat tidak disenangi oleh kelompok
ini sejak dari dulu lagi. Mereka cuba menghapuskan segala bentuk
amalan yang selama ini telah sebati dengan umat Islam di negara ini
dan mengaitkannya perbuatan tersebut sebagai bid’ah yang perlu
dihentikan. Ada pemimpin agama turut mengeluarkan pandangan
bahawa terdapat nasyid dan selawat di malam Cinta Rasul ini yang
membawa kepada syirik. Subhanallah.
Dengan menggunakan media arus perdana, mereka nampaknya
berjaya mencemarkan imej majlis ini di mata masyarakat Malaysia.
Sungguh malang sekali.
Bukan semua amalan kumpulan Tarekat bercanggah dengan
aqidah dan syariat Islam. Mungkin ada satu dua amalan mereka yang
kelihatan bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
Saya sendiri pernah mengikuti Tarekat Ahmadiah pimpinan
Sidi Rashid yang berasal dari Negeri Sembilan, semasa saya belajar
di Singapura dulu. Tidak ada amalan karut marut yang diajar, bahkan
Tuan Guru Sidi Rashid sangat dihormati bukan sahaja di Singapura
bahkan di Malaysia, kerana ilmu dan kezuhudan yang ada pada beliau.
Mengaitkan pemimpin ini dengan pemimpin kumpulan Tarekat
yang dianggap sesat adalah suatu tuduhan dan kesimpulan yang
tidak sepatutnya dilakukan. Kita sepatutnya mengkaji dulu bukan
mencari kesalahan semata-mata. Kajian pula bukan setakat
mendengar cerita daripada ahli-ahli biasa tetapi yang penting ialah
bertemu dengan pemimpin-pemimpin kumpulan Tarekat ini dan
bermuzakarah untuk mencari kebenaran di mana yang salah dan di
mana yang betul. Cara ini lebih kelihatan cerdik dan tidak memalukan
mana-mana pihak.
Suatu ketika dulu kumpulan Tabligh pernah mendapat kritikan
dan tentangan hebat daripada pihak tertentu kerana pada mereka
kumpulan ini pengotor, tidak berpengetahuan dalam agama tetapi
cuba berdakwah. Cara berdakwah dan penampilan kumpulan Tabligh
tidak disukai kerana mereka menjalankan aktiviti di surau-surau dan
masjid-masjid sesama mereka sahaja.
Mereka juga bermalam, memasak, mandi manda, membasuh
pakaian di masjid atau surau. Kita harus ingat bahawa sebahagian
ahli jemaah Tabligh merupakan mereka yang baru mula berjinak-jinak
dengan agama Islam. Mereka mungkin bekas banduan, bekas
penagih dadah dan sebagainya. Mereka mengenali Islam melalui
rakan yang ada dalam jemaah.
Penampilan kumpulan yang berpakaian yang nampak selekeh
dan kotor serta aktiviti sesama sendiri di surau dan masjid ini
257
menyebabkan larangan dibuat oleh pihak berkuasa agama di beberapa
negeri menghalang mereka menggunakan surau atau masjid.
Saya pernah mengumpulkan pemimpin-pemimpin kumpulan
Tabligh ini di sebuah masjid di Melaka. Saya telah memberikan
ceramah motivasi kepada mereka dan menekankan soal kebersihan
dan disiplin yang patut ada pada diri setiap pendakwah sebagai
contoh dan teladan kepada masyarakat. Sejak dari itu mereka telah
berubah dan menjaga kebersihan diri dan tidak lagi mengotori
pandangan apabila mereka berada di masjid atau surau.
Sebenarnya kumpulan Tabligh bukanlah tidak berdisiplin atau
pengotor. Daripada pengalaman saya ketika berada di Tongi,
Bangladesh iaitu tempat jemaah Tabligh berkumpul setiap tahun,
saya melihat jutaan ahli jemaah Tabligh dapat mengamalkan disiplin
yang tinggi sepanjang perhimpunan tersebut. Saya perhatikan aspek
kebersihan begitu dijaga. Bilik mandi dan tandas yang digunakan
oleh jutaan manusia dijaga dengan baik dan bersih. Pemimpin-
pemimpin kumpulan sendiri membersihkan tandas atau bilik mandi
setiap pagi selepas digunakan. Ini menjadi contoh dan amalan
pengikut ahli jemaah. Kawasan persekitaran juga dijaga dengan baik
oleh ahli jemaah Tabligh dari segi kebersihan. Kita jangan hanya
pandai menyalahkan mereka tetapi tidak pernah mendekati mereka
untuk memahami mereka.
Sudah menjadi kebiasaan beberapa ulama dan ustaz dengan
mudah mencari kesalahan orang lain tanpa menunjukkan jalan
penyelesaian. Mereka nampak perkara salah tetapi tidak pernah
menunjukkan jalan kebenaran atau bagaimana cara yang
sebenarnya yang perlu diikuti.
Berhubung dengan kumpulan-kumpulan Tarekat yang ada di
negara kita, apakah pernah pihak berkuasa agama membuat kajian
mana yang bercanggah dengan aqidah dan syariah dan mana
yang tidak. Dalam kenyataan atau laporan akhbar dalam beberapa
hari lalu ada pihak berkuasa agama menyatakan mereka telah
memanggil individu-individu mewakili kumpulan Tarekat tertentu dan
mendapati memang Tarekat berkenaan telah terpesong daripada
aqidah dan syariah.
Dalam satu laporan pada hari berikutnya pula satu lagi kenyataan
dikeluarkan bahawa pihak berkuasa agama akan membuat kajian
terhadap semua kumpulan Tarekat untuk dikemukakan kepada
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti bagi memutuskan
sesuatu kumpulan Tarekat itu boleh diamalkan atau tidak.
Agak menghairankan ialah amalan Tarekat telah wujud
bersama-sama dengan kemasukan Islam ke Nusantara ratusan
258
tahun dahulu. Adakah pihak berkuasa agama tidak pernah membuat
kajian atau tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini
sehingga ada pihak-pihak lain memberikan pandangan dan membuat
kenyataan barulah tindakan akan diambil.
Bila banyak yang menyalahkan kumpulan Tarekat ini, apa akan
jadi kepada pengikut-pengikutnya. Apa kesan dan akibat kepada
mereka? Apa jalan alternatif yang patut menjadi pilihan mereka?
Apa saranan daripada pihak-pihak yang menyalahkan kumpulan
Tarekat ini? Tuan Guru Sidi Rashid yang mengamalkan Tarekat
Ahmadiah pernah beberapa kali datang ke Melaka suatu masa dulu
untuk mengajar agama. Dalam lawatan beliau ke Melaka, ada
beberapa peristiwa berlaku ketika sesi soal jawab dengan ahli
jemaah yang mengikuti pengajian beliau.
Semasa kejadian kemarau di Melaka pada tahun 80an dulu,
paras air di empangan Durian Tunggal dan sungai-sungai di Melaka
hampir kering. Bila ahli jemaah bertanyakan Sidi Rashid, beliau
menjawab, tunggulah tak lama lagi hujan akan turun. Mungkin secara
kebetulan dua tiga hari selepas itu hujan turun dengan lebat di
Melaka.
Dalam satu pengajian yang lain, ada jemaah bertanyakan
apakah si polan bin si polan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sidi Rashid mengatakan tidak. Tetapi si polan bin si polan yang satu
lagi akan menjadi Perdana Menteri. Telahan beliau benar berlaku.
Dalam satu pengajian lain pula beliau membuat telahan ada
negeri yang akan kehilangan wang zakat. Memang berlaku beberapa
hari selepas itu wang zakat telah dicuri di sebuah negeri.
Seorang kawan saya yang sama-sama mengikuti kelas
pengajian Sidi Rashid meminta pandangan tuan guru apakah wajar
beliau membeli 20 ekar tanah untuk tanaman kelapa sawit. Sidi
Rashid berkata eloklah dibeli. Tidak lama kemudian ada pegawai
daripada Jabatan Galian mengesahkan terdapat bahan galian (bijih)
di dalam tanah tersebut.
Daripada apa yang saya paparkan di atas memang pelik tapi
ianya benar. Apakah Sidi Rashid menggunakan jin untuk mengetahui
perkara yang manusia biasa tidak ketahui? Itulah kelebihan yang
ALLAH SWT beri kepadanya.
Jangan kita suka merendah para tuan guru atau ulama walau
dari mana mereka datang. Kita menganggap diri kita mempunyai ilmu
yang lebih tinggi daripada orang lain sedangkan sesuatu ilmu itu
adalah anugerah ALLAH SWT kepada hambaNya.
Negara kita masih terlindung daripada bencana alam dan
musibah seperti gempa bumi, gunung berapi dan taufan. Walau
259
bagaimanapun ribut, banjir besar, tsunami telah/ada berlaku, ini
mungkin kerana adanya sebilangan ulama di negara kita yang
sentiasa berdoa untuk keselamatan kita semua.
Sikap sesetengah pendakwah dan ustaz-ustaz yang suka
mencari salah atau menuding jari kepada orang lain bukanlah suatu
perkara baru dalam masyarakat kita. Itulah sebabnya berlaku
perpecahan umat Islam di negara kita.
Sikap aku sahaja yang banyak ilmu atau mempunyai kelayakan
yang lebih cuba diketengahkan walaupun tidak mendapat sambutan
daripada masyarakat kerana ada orang lain yang mungkin tidak
mempunyai status yang tinggi, tetapi dapat menyampaikan dakwah
dengan cara yang berkesan dan menjadi popular.
Menyalahkan orang memang mudah, tetapi untuk
menyelesaikan masalah dan cara jalan keluar daripada kesalahan
yang dilakukan bukan semudah itu.
Kepincangan-kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat
Islam mudah dikenalpasti, tetapi apa jalan penyelesaiannya. Adakah
pihak-pihak cerdik pandai Islam hanya tahu atau pandai mengkritik
tetapi tidak pandai menyelesaikannya? Adakah mereka pernah
mendekati kumpulan ini, berbincang dan mencari jalan mengatasinya.
Tidak lama dulu ada seorang selebriti terlibat dengan penagihan
dadah dan berulangkali masuk ke pusat pemulihan. Apakah ada
pihak cerdik pandai Islam ini mendekati beliau? Tidak ada
jawapannya. Kumpulan saya beberapa kali menemui selebriti ini dan
memberikan kaunseling. Alhamdulillah beliau menerima baik dan
positif terhadap apa yang kami berikan kepada beliau. Beliau
sekarang bebas daripada dadah.
Di Melaka terdapat sebuah pusat pemulihan gadis-gadis yang
terlibat dengan pelbagai perkara negatif dan rosak akhlak. Suatu
ketika dulu ada percubaan daripada pendakwah Kristian
menyebarkan dakyah mereka ke pusat tersebut. Apabila saya
mendapat maklumat ini, saya telah mengambil tindakan dengan
kebenaran pihak penguasa dan jabatan yang berkaitan. Saya
menemui semua penghuni pusat tersebut beberapa kali dan
mengatur program-program keagamaan kepada mereka seperti
solat berjemaah, bacaan Yasin, Qiyamullail dan ceramah agama
atau motivasi. Saya lihat selepas beberapa kali mengadakan aktiviti
ini, perubahan besar berlaku kepada mereka dari segi amalan
agama dan cara berpakaian yang sebelumnya banyak yang
mendedahkan aurat.
Satu contoh lain ialah penggunaan Kalimah ALLAH SWT dalam
Bible versi Bahasa Melayu. Terdapat percanggahan pandangan
260
ulama dan tokoh Islam di Malaysia. Mereka memberikan pandangan
mengikut kepentingan masing-masing. Ada yang bersetuju dan ada
yang tidak.
Melihat kepada perkara ini menjadi isu dan boleh mengelirukan
umat Islam khasnya orang awam yang kurang pengetahuan agama,
saya telah mengambil inisiatif untuk menghimpun pakar-pakar
dalam bidang Kristologi di kalangan ulama Islam. Di Malaysia tidak
terdapat orang-orang sebegini. Lalu saya ke Indonesia dan berjaya
mengenalpasti beberapa individu yang pakar dalam bidang Kristologi.
Saya membawa mereka ke kediaman saya dan mengatur satu
seminar yang berlangsung pada 19 Oktober 2013, dihadiri lebih
kurang 400 orang peserta. Antara yang hadir Dato’ Haji Nooh Gadot,
Mufti Negeri Sembilan, Timbalan Mufti Selangor dan pensyarah-
pensyarah dari universiti tempatan dan orang ramai.
Memandangkan seminar tersebut berjaya, saya telah
merancang untuk mengadakan satu lagi seminar pada skala yang
lebih besar. Justeru itu satu seminar mengenai Kristologi ini telah
saya adakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Shah
Alam pada 6 Mei 2014 dan dihadiri oleh lebih kurang 5,000 orang.
Apa yang saya lakukan itu bukan sahaja memberikan
kefahaman kepada peserta mengenai penggunaan Kalimah
ALLAH SWT tetapi juga untuk menolak pandangan pihak-pihak yang
mengatakan bahawa kalimah “ALLAH SWT” itu boleh digunapakai
dalam Bible versi bahasa Melayu.
Mahkamah Persekutuan Malaysia sendiri telah membuat
keputusan menolak rayuan sebuah badan Kristian dan mengekalkan
larangan penggunaan kalimah ALLAH SWT dalam akhbar keluaran
sebuah Gereja Kristian.
Ustaz atau ulama yang membenarkan atau bersetuju dengan
penggunaan Kalimah ALLAH SWT oleh pihak Kristian ini sebenarnya
tidak memahami selok belok agama Kristian. Tetapi demi
kepentingan peribadi mereka mengeluarkan pandangan untuk
mendapat populariti semata-mata.
Saya bukanlah alim dalam agama Kristian, tetapi mempunyai
pengetahuan asas agama Kristian setelah mengkajinya secara
bersendirian selama beberapa tahun dari sebuah institusi di
Singapura, semasa menuntut di Kolej Islam Klang.
Saya pernah mencabar pihak yang menyokong penggunaan
kalimah ALLAH SWT ini untuk bermuzakarah mengenainya tetapi
tidak mendapat jawapan daripada beliau. Kenapa? Mungkin pada
beliau saya tidak mempunyai kelulusan setinggi beliau dalam bidang
agama. Ini menggambarkan sikap sebenar beliau. Wallahuaklam.
261
ADAB SEORANG PENCERAMAH DALAM MAJLIS ILMU
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Saya mula belajar di Sekolah Menengah Arab Al-Junid, Singapura
pada awal tahun 60an dan Insya-ALLAH pada 25 November 2017
nanti Alumni Al-Junid akan mengadakan perayaan sempena 90 tahun
Sekolah Menengah Arab Al-Junid ditubuhkan. Saya akan turut ke
sana pada hari tersebut.
Sekolah ini 100 peratus mata pelajarannya diajar dalam
Bahasa Arab, ilmu hisab diajar dalam Bahasa Arab sebab ada kaitan
dengan mata pelajaran ilmu faraid, mata pelajaran bahasa Inggeris
diajarkan juga. Pada peringkat awal lagi pembelajaran dititikberatkan
dari segi Nahu dan Saraf bahasa Arab.
Pelajar-pelajar yang datang belajar di Al-Junid ini adalah
datangnya dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Negara Brunei. Guru-guru atau ustaz-ustaznya pula adalah dari
Singapura berbangsa Melayu dan Arab. Ada juga guru yang
didatangkan dari Al-Azhar, Mesir. Ketika itu gaji guru / ustaz adalah
di antara 70 hingga 80 Dolar Singapura sebulan; berbanding dengan
pendapatan penghantar surat ‘despatch’ pun bergaji 120 Dolar
Singapura, sebulan.
Untuk memperolehi pendapatan tambahan, guru-guru atau
ustaz-ustaz ini akan mengajar kuliah Maghrib atau Subuh di masjid.
Begitu gigih ustaz-ustaz mengajar kami pada masa itu.
Pelajar di Al-Junid tidak dibenarkan bercakap bahasa Melayu.
Ada jasus atau pengintip yang memerhati dan akan membuat
report jika bercakap bahasa Melayu. Kalau tertangkap dan
dilaporkan kepada pihak mudir, pelajar akan dikenakan makan
jadam. Begitulah sistem di Sekolah Menengah Arab Al-Junid dari
dulu lagi.
Saya teringat kata-kata Ustaz Muhamad Ziad kepada saya
iaitu ‘Apabila keluar dari Sekolah Menengah Al-Junid, bergiatlah
dalam dakwah di mana saja dan mengajarlah di masjid-masjid
di mana sahaja, supaya ilmu kamu sentiasa berada dalam dada
kamu, tak akan hilang’.
Beliau membawa syair Arab –
Maknanya, ilmu tanpa amalan seumpama pokok tidak berbuah.
262
Beliau juga menambah syair sendiri –
Bermakna, ilmu tanpa amalan seperti makan tanpa sambal.
Katanya lagi, pendakwah atau ulama mesti ada lima sifat
berikut, yang diambil dari Kitab Ihya Ulumiddin, iaitu pendapat Imam
al-Ghazali:
i. Abid;
ii. Zuhud;
iii. Ikhlas;
iv. Akhlak ulamak dan pendakwah; menjadi ikutan kepada
murid
v. Mendapat keredaan ALLAH SWT semasa berdakwah.
Beliau seterusnya mengatakan, antara diri kamu dan ilmu kamu,
jadikanlah ilmu kamu itu dihormati oleh orang-orang yang
mendengarnya, bukannya diri kamu.
Kita tidak lihat siapa yang bercakap, tetapi apa yang dia cakap.
Jangan jadi macam ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan
dengan lurus, sedangkan ia berjalan senget.
Dari itu kamu tidak boleh mengubah orang, tetapi ilmu kamu
boleh mengubah cara hidup seseorang daripada jahil kepada
kelakuan yang baik, daripada gelap timbul terang dan lain-lain lagi.
Katanya lagi, kalau kamu sudah menjadi pendakwah, berhati-hatilah
tentang fitnah.
Ambillah wang sekadar yang mereka beri, jangan meminta-
minta dan menuntut (demand), sebab katanya, dalam mazhab Syafie
dan Maliki, harus kita mengambil upah atas kita mengajar al-Quran
dan ilmu, tetapi bagi mazhab Hanafi dan Hanbali, haram kita
mengambil upah atas mengajar ilmu. Bagaimanapun kedua-dua
imam ini (Hanafi dan Hanbali) mengatakan, harus kita ambil upah
untuk tujuan mengubat dan merawat pesakit ( ).
Katanya juga, jangan kita meminta-minta atau demand kepada
mereka yang menjemput kita untuk memberikan ceramah dalam apa
bidang ilmu yang memberi manfaat kepada manusia. Katanya lagi,
jangan jadi agama ALLAH SWT diniagakan (komersilkan).
Surah Al-Baqarah, ayat 41 –
263
Ambil panduan maksud ayat ini “...Jangan kau berjual beli
dengan ayat kami dengan harga sekecil manapun, dan jangan
kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang rendah”, dengan
erti kata jangan kamu perniagakan ayat kami ini untuk mendapat
kekayaan.
Katanya lagi, kamu semua sebagai ulama atau pendakwah
perlu menghayati hadis Nabi SAW
Bermaksud: “Para ulama itu pewaris para Nabi-Nabi”
(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Apa yang baik pada Nabi SAW, pendakwah kena mengikutnya, para
ambiya berdakwah semata-mata untuk mendapat keredaan
ALLAH SWT.
Beliau memberitahu dan mengingatkan kami supaya mengambil
satu daripada hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. dari
Nabi SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang mempelajari sesuatu
ilmu yang dengan ilmu yang dipelajari itu, semestinya dia
mencari keredaan ALLAH SWT, namun jika dia tidak
mengamalkan (mempraktikkan) ilmu itu, melainkan untuk
mendapat kekayaan di dunia semata-mata, maka dia (orang ini)
tidak mencium bau syurga pada hari Kiamat” (Riwayat Abu
Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
Hadis ini seolah-olah Nabi SAW sudah tahu apa yang akan
berlaku kepada ummahnya. Kata orang bijak pandai, kita hari ini
bercakap tidak serupa bikin, cakap lain, buatnya lain.
Dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh penceramah atau
pendakwah, banyak dititik berat tentang isu-isu jihad dan lain-lain,
tetapi bila diminta untuk berceramah di satu-satu tempat, kalau
diberikan bayaran sebanyak RM500, dan dia tahu di satu tempat
lain menawarkan RM5,000, beliau akan tinggalkan tempat yang
menawarkan RM500. Ini yang telah dan sedang berlaku hari ini.
Perkara ini menjadi tegang bila banyak diperkatakan oleh pihak-pihak
tertentu termasuk oleh pihak-pihak atasan pada ketika itu. Dan ada
juga golongan-golongan ini yang mempersoalkan kenapa penyanyi-
penyanyi selebriti sekali mengadakan persembahan dibayar
RM10,000 atau RM20,000 tapi kenapa kita golongan agama dibayar
ratusan ringgit sahaja. Ini pernah saya buat kritikan dalam
Akhbar Harian tempatan. Nasib baik kita ini menjadi golongan
agama, masuk waktu solat kita solat, fikir-fikirkanlah..........
Satu lagi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu
264
Hurairah RA., Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Orang yang
paling dahsyat mendapat azab pada hari kiamat adalah orang
yang berilmu dan ilmunya tidak bermanfaat baginya”. (Hadis
riwayat At-Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Adi)
Ayat Quran yang menunjukkan mereka betul-betul pendakwah
adalah seperti surah Fussilat ayat 33:
Bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan
mematuhi perintah) ALLAH SWT, serta ia sendiri mengerjakan
amal yang soleh...”.
Pendakwah-pendakwah tidak boleh sesuka hati memberi
gambaran atau menyebar perkara-perkara yang tidak sepatutnya
dikeluarkan.
Orang yang berdakwah adalah kerana menuntut keredaan
ALLAH SWT. Ilmu yang dicurahkan kepada orang ramai memberikan
satu petunjuk dan pedoman baik di dunia atau di akhirat. Sikap
pendakwah-pendakwah hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya
sebagai seorang ulama kerana ilmunya bukan orangnya.
Dalam sebuah hadis riwayat Amr bin al-‘As RA. Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak
mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya tetapi Dia
mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiada
lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan
mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh.
Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar
daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka
tersesat dan menyesatkan”. (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain pula riwayat Anas bin Malik RA. Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tanda-tanda hari
kiamat, ALLAH SWT mengangkatkan ilmu, kejahilan berleluasa,
banyak perzinaan berlaku, terlalu banyak orang yang meminum
arak dan golongan wanita lebih banyak daripada lelaki
dengan nisbah 50 orang wanita berbanding seorang lelaki”.
(Riwayat al-Bukhari)
Akhir sekali ada orang bertanya kepada saya, ustaz telah lama
berdakwah, mula-mula masuk Arqam, walaupun tak lama dan
masuk Tabligh. Pernah atau tidak ustaz mengambil wang dengan
berdakwah, sebab saya tahu Tabligh tidak minta wang. Apa yang
diminta oleh Tabligh, ialah supaya orang ramai sama-sama
265
berdakwah tanpa meminta wang, berbanding dengan Arqam.
Memang betul, pengalaman saya dalam Arqam mula-mula
berjinak-jinak, selepas 5 bulan mendapati aqidahnya tersasar, lagi
menyesatkan, itu sebabnya saya keluar daripada kumpulan
tersebut. Kumpulan Tabligh ini ada juga kelemahannya seperti
yang saya sentuh perkara-perkara yang lepas atas kebersihan
pakaian dan dakwah mereka boleh beri ceramah kepada kita. Kita
pula tidak boleh beri kepada mereka kalau bukan dari kumpulan
Tabligh. Walau apa pun tidak semua kumpulan ini melakukannya.
Semasa saya mengajar di Sekolah Menengah Talib Karim, saya
jadikan sekolah dan murid-murid saya untuk berdakwah. Saya
adakan waktu rehat dua waktu. Saya suruh ketua murid baca
maksud-maksud ayat al-Quran dan al-Hadis. Dari 20 minit waktu
rehat sebelah pagi saya adakan tazkirah 10 minit di surau dan 10
minit lagi untuk makan di kantin.
Dua minggu sekali saya adakan Qiyamullail untuk pelajar
lelaki semasa saya berada di Sekolah Menengah Talib Karim
selama 9 tahun. Selepas itu saya berhenti dan terlibat dengan
perniagaan.
Di sekolah itu juga sebulan sekali saya adakan kuliah Maghrib
untuk guru-guru sekolah beragama Islam. Saya lakukan demi untuk
dakwah memohon keredaan ALLAH SWT.
Pada hari Rabu pula saya tambah lagi untuk buat kelas
Fardu Ain dan pada sebelah petang dan hari yang lain saya gunakan
waktu untuk mengadakan kuliah Maghrib, kecuali pada hari Ahad
sahaja.
Dalam kuliah Maghrib di masjid-masjid, saya tidak minta upah
atau bayaran dari dulu hingga sekarang itu pegangan saya. Saya
juga dijemput untuk memberi ceramah oleh universiti-universiti
dan badan-badan NGO, saya menerimanya. Renung-renunglah
firman ALLAH SWT berikut dengan mata hati yang bermaksud:
“...dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH SWT (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya) [2] Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya….[3]”
(Surah al-Talaq, ayat 2-3). Wallahualam....
266
PENYAKIT SIHIR ATAU BUATAN ORANG
APAKAH DOKTOR PAKAR BOLEH MENGUBATINYA?
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang
dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan,
yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia. Firman ALLAH SWT
surah Al-Jin ayat 6 maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya
adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu
mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan
jahat”. Walaupun kesan sihir ini tidak boleh dibuktikan dengan akal
dan teknologi sains bagaimana perkara tersebut boleh berlaku,
namun hakikatnya sihir adalah amalan yang wujud semenjak dari
dahulu kala. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri diuji dengan sihir
yang dihantar oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-‘Asam dari
Bani Zuraiq. Peristiwa tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar
di mana ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi
yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin al-‘Asam,
bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW. Dengan
kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam
Nabi SAW, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW yang masih
terdapat helaian rambut Nabi SAW pada giginya. Tukang sihir
tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu
ditikam dengan 11 bilah jarum dan disimpul dengan 11 ikatan.
Kemudian patung tersebut dicampakkan ke dalam telaga keluarga
Zarwan yang sering dikunjungi oleh Nabi SAW untuk mandi. Ketika
Nabi SAW mandi di telaga tersebut dengan izin ALLAH SWT
ditakdirkan Baginda SAW terkena sihir tersebut.
Islam memandang serius terhadap perbuatan dan amalan
sihir. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesalahan dan kepercayaan
terhadap sihir merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar
dalam Islam yang melibatkan isu aqidah. Pengamal sihir
bertentangan dengan ajaran agama Islam dan pelakunya terpesong
aqidah kerana menyekutukan ALLAH SWT dengan makhluk lain
sedangkan yang memberikan bekas dan kesan hanyalah
ALLAH SWT semata-mata. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Nisa’
ayat 48 yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan
mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
267
sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari
itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan Syariat-
Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan
dosa yang besar”. Dalam ayat lain dalam surah Luqman ayat 13
firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika
Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar”.
Apa yang mendukacitakan masih ada masyarakat Melayu yang
percaya hal karut marut termasuk mempercayai bomoh dalam
era zaman moden dan kecanggihan teknologi maklumat. Menurut
Kamus Dewan, bomoh merujuk kepada secara tradisional atau
secara kampung dan jampi-jampi. Berbomoh pula adalah
menggunakan khidmat bomoh, pawang atau dukun untuk berubat,
menyihir atau mencelakakan orang. Malangnya masih terdapat di
kalangan masyarakat Islam, jika menghadapi sesuatu masalah atau
penyakit akan pergi berjumpa bomoh yang kononnya boleh merawat
penyakit berkenaan dengan cara jampi-jampian. Ramalan
berbomohan dianggap akan dapat membantu menyelesaikan
masalah kehidupan seperti merawat penyakit, mendapatkan barang-
barang hilang, inginkan pangkat dan kedudukan, digeruni dan
nampak hebat, nampak cantik, ilmu penunduk isteri atau suami
dan bermacam-macam lagi. Sedarkah kita bahawa semua
perbuatan tersebut adalah dilarang dan menyebabkan syirik yang
tidak diampun oleh ALLAH SWT. Dalam sebuah hadis riwayat
Abdullah bin Masud RA katanya saya telah mendengar Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi, tangkal dan
ilmu pengasih adalah syirik”. [Riwayat Ibnu Majah]. Daripada
Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Jauhilah
tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai
Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap
ALLAH SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh
ALLAH SWT kecuali dengan alasan yang benar, makan riba,
makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh
Wanita (muhsanah) yang tidak bersalah dengan berzina.”
[Riwayat al-Bukhari]. Adapun berjumpa tukang sihir termasuk
bomoh bertujuan memintanya mengubati sihir adalah haram. Ini
kerana apabila seseorang pergi menemui seorang tukang sihir untuk
mengubati sihir yang dihadapi perbuatan tersebut membawa kepada
268
pergantungan kepada selain daripada ALLAH SWT yang boleh
membawa kepada syirik.
Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah
diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk
melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana
yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis
syirik kepada ALLAH SWT kerana ia adalah keyakinan dengan
mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui
perantaraan selain ALLAH SWT. Lebih bahaya lagi sesiapa yang
bertemu tukang sihir hanya untuk bertanya dan tidak
mempercayainya maka solatnya tidak akan diterima selama
40 malam. Perkara ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang
bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun)
dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima
solatnya selama 40 malam” [Riwayat Muslim]. Umumnya Islam
tidak melarang sesuatu ilmu atau amalan selagi tidak bercanggah
dengan hukum dan batas-batas yang telah digariskan, namun
sekiranya amalan tersebut bercanggah dengan hukum yang
digariskan syariat maka kita ditegah melakukan demikian dan
mengamalnya. Seperti mana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut
kepada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT (al-Quran),
dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka
menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk
nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut
juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa
dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”. [al-Maidah 104]
Oleh itu, dalam Islam amalan sihir tergolong dalam kategori
jenayah Qisas dan sebahagian para ulama menyatakan sihir
termasuk dalam kategori hudud kerana kesannya merangkumi
semua jenayah hudud yang telah disepakati oleh para ulama.
Jumhur ulama daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan
Hanbali menyatakan bentuk hukuman terhadap tukang sihir
adalah pelakunya wajib dibunuh dengan cara dipenggal lehernya
menggunakan pedang. Ini kerana perbuatan mempelajari dan
mengamalkan ilmu hitam ini akan menyebabkan mereka menjadi
kafir. Manakala menurut mazhab Syafie amalan sihir oleh penyihir
membawa kepada kekufuran, tukang sihir tersebut menjadi kafir
dan seterusnya murtad. Oleh itu, hukuman kepada penyihir
adalah sama seperti hukuman yang dijatuhi ke atas orang yang
murtad, kecuali mereka bertaubat.
Namun demikian, dalam dunia yang serba canggih pada hari
269
ini dengan teknologi dan kemajuan ilmu kedoktoran umat Islam
khususnya perlu lebih berhati-hati daripada mengaitkan setiap
penyakit yang tidak dapat ditemui puncanya oleh para doktor sebagai
disampuk sihir. Ini kerana masyarakat kita sering beranggapan
penyakit aneh dan misteri yang telah melalui pelbagai ujian seperti
Pengimbas Imej Magnetik (MRI) namun tiada pengesahan penyakit
sebenar dinyatakan maka pesakit tersebut dianggap terkena sihir.
Penulis melalui pengalaman peribadi berhadapan dengan satu
situasi pesakit yang mana pesakit tersebut mengalami simptom
sesak nafas berkali-kali ketika berada di rumah, namun apabila
dirujuk kepada doktor pakar hospital beberapa kali simptom
tersebut tidak ada. Keadaan ini menyebabkan ahli keluarga pesakit
beranggapan bahawa pesakit disihir orang. Atas nasihat seseorang
pesakit ini dipindahkan ke hospital lain akhirnya doktor pakar di
hospital tersebut dapat mengenal pasti pesakit tersebut sebenarnya
mengalami blood clot (darah beku) di kakinya. Kebiasaannya blood
clot berlaku di otak (kepala). Jelas di sini tidak semua penyakit
aneh disebabkan perbuatan sihir akan tetapi ketentuan ALLAH SWT
yang telah mengatur perjalanan hidup manusia. Apabila tiba
masanya kita kena pasrah, berusaha mencari penawar, pergi ke
hospital berjumpa doktor dan mengelakkan daripada membuat
tuduhan melulu. Suatu ketika dahulu, jika seseorang secara tiba-tiba
mengalami kekejangan otot sehingga menggelupur seperti robot
kehabisan bateri orang ramai beranggapan terkena sihir, sedangkan
ianya merupakan suatu simptom di mana orang tersebut sebenarnya
menderita sejenis penyakit yang bernama epilepsy (sawan). Lebih
melucukan lagi, ada kalanya tersalah menjamah makanan
seperti kulat tertentu menyebabkan orang yang mengambilnya akan
mengalami gejala seperti sakit otot, muntah-muntah, halusinasi,
serta kulit kelihatan seperti dicakar.
Justeru itu, perbuatan menyandarkan suatu penyakit mistik
kepada unsur sihir atau buatan orang yang biasanya berlaku
disebabkan persaingan perniagaan dan lain-lain, perlu berhati-hati
dan diperhalusi supaya tidak terkeluar daripada aqidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah). Jika benar
sekalipun penyakit tersebut akibat buatan orang, sebagai orang yang
beriman kepada ALLAH SWT kita wajib meyakini bahawa
ALLAH SWT yang mendatangkan penyakit tersebut dan ALLAH SWT
juga penyembuh kepada semua jenis penyakit. Kita juga wajib
meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa penyembuh
penyakit itu adalah dengan kekuasaan ALLAH SWT sahaja.
Ubat tidak menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab
270
bagi kesembuhan, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah
al-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka
Dia lah yang menyembuhkan penyakitku”. Segala sesuatu hanya
berlaku dengan izin ALLAH SWT, Nabi Musa AS bertubi-tubi disihir
oleh Firaun laknatullah alaihi tetapi tidak memberikan sebarang
kesan kerana tidak diizinkan oleh ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT
dalam surah al-Ikhlas ayat 2 bermaksud: “ALLAH Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
(doa)”.
Doktor sedang merawat pesakit.
271
HARAM MENOLAK PENGAMBILAN VAKSIN
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Petugas kesihatan memasukkan cecair vaksin Covid
Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas ‘Low Dead Volume’
(LDV) pada Program Imunisasi Covid di Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Mana-mana pihak, individu, agamawan, ilmuan yang menolak dan
mempertikaikan arahan kerajaan Pusat dalam masalah Covid yang
menyebabkan masyarakat keliru sekiranya berlaku malapetaka
dan kehilangan jiwa, apakah menolak perkara tersebut hukumnya
haram dan berdosa?
Apakah mereka nanti tidak akan dipersoalkan di hadapan
ALLAH SWT? Bagi mereka yang menolak vaksin sehingga mereka
mati, apakah tidak dianggap membunuh diri? Bukankah hukum
membunuh diri adalah haram?
Pengambilan vaksin di Malaysia, pandangan peribadi
sebahagian ilmuan dan agamawan bercelaru, masyarakat jadi keliru.
1. Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada
3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum
272
penggunaan vaksin Covid adalah harus dan wajib diambil oleh
golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
2. Pandangan saya, keputusan itu adalah selari dengan dalil ayat
al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
“...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan....” Begitu juga dengan dalil
daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id
al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh
melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh
memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis
riwayat Ibn Majah)
3. Daruriyyat (keperluan yang mendesak dan kritikal) menurut
ulama bersandarkan kepada Maqasid Syariah iaitu tujuan yang
dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi
menjamin kemaslahatan umat manusia merangkumi lima
perkara - agama, nyawa, akal, harta, dan keturunan.
4. Apa yang berlaku di dunia termasuk Malaysia pada hari ini
termasuk dalam bab darurat disebabkan kebimbangan
kehilangan jiwa dengan bukti dan sandaran yang kukuh. Setiap
urusan agama dibina atas lima perkara tersebut dan hanya
memeliharanya sahajalah, maka segala urusan individu dan
masyarakat akan berjalan dengan baik.
5. Para ulama telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara
lima jenis keutamaan tersebut iaitu kepentingan agama diletak
pada kedudukan tertinggi dan lebih utama daripada kepentingan
nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan
daripada kepentingan akal dan seterusnya.
6. Dalam situasi genting, kepentingan nyawa manusia sudah
menjadi keutamaan dalam urusan agama bagi memelihara
kesinambungan generasi dan kelangsungan umat manusia.
Dalam situasi tersebut, ALLAH SWT mewajibkan untuk
memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam
keadaan yang memudaratkan nyawa bagi menjamin
keselamatan nyawa.
7. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab Mausu’ah al-Fiqh
al-Islamy, pendapat itu merupakan kesepakatan semua ulama
273
dalam mazhab empat yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie
dan Hanbali. Bahkan mana-mana pihak yang tidak berbuat
demikian kemudian menemui ajal, ia dianggap berdosa dan
dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT.
Dalilnya bersandarkan firman ALLAH SWT ayat 115
surah al-Nahl yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT
hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai
dan darah, dan daging babi dan binatang yang disembelih
tidak kerana ALLAH SWT, maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar
benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa),
sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani?”
8. Darurat dalam ayat di atas bermaksud jika tidak ada makanan
lain yang halal melainkan kategori tersebut maka wajib dimakan
untuk kelangsungan hidup sahaja. Dalam erti kata lain
sekiranya berada dalam keadaan darurat dan pada masa yang
sama makanan halal yang masih ada walaupun sedikit dan
makanan yang haram seperti babi atau bangkai juga ada
dengan kuantiti lebih besar maka mendahulukan yang halal itu
adalah wajib.
9. Dalam kes Covid yang sedang melanda dunia umat Islam
bernasib baik kerana tidak perlu untuk mendapatkan vaksin
daripada sumber haram disebabkan vaksin halal boleh didapati
dengan mudah, namun yang menjadi persoalannya adalah
kesanggupan penerima vaksin secala sukarela untuk diberikan
dua dos suntikan dengan memberikan alasan seperti tidak
wajib, takut kesan sampingan, utamakan orang lain dahulu,
tidak bersedia dan lain-lain alasan.
10. Jika tiada vaksin alternatif yang suci lagi halal, sekalipun dalam
keadaan mendesak sekarang, maka vaksin yang ada unsur
haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs'
adalah antara objektif syariah.
11. Situasi darurat meletakkan semua rakyat wajib patuh kepada
arahan pemerintah walaupun perkara tersebut perlu
dilaksanakan secara paksa kerana keputusan pemerintah
mengambil kira kepada kesejahteraan rakyat jelata. Firman
274
ALLAH SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah ALLAH taatilah
Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan)
di antara kamu.”
12. Oleh yang demikian, sebarang arahan yang dikeluarkan oleh
pemerintah yang merupakan suatu kemakrufan, kebaikan dan
mendatangkan maslahat kepada rakyat, sama ada arahan
tersebut disukai oleh kita atau tidak, maka wajib hukumnya
patuh kepada arahan tersebut. Jika menolak hukumnya adalah
berdosa dan jika berlaku malapetaka yang tidak diingini siapa
yang bertanggungjawab?
13. Justeru, mana-mana pihak yang menentang atau menolak
arahan pemerintah akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT
kerana perintah ALLAH SWT jelas arahan pemerintah itu wajib
dipatuhi demi maslahat umum. Maka, menerima vaksin dengan
arahan pemerintah sudah menjadi wajib, malah hukumnya
bukan lagi fardu kifayah.
14. Penerima vaksin tidak perlu ragu dan bimbang kerana vaksin-
vaksin tersebut terhasil daripada kajian mereka yang
berkeahlian, pakar dalam bidang perubatan dan sememangnya
agama menganjurkan untuk merujuk kepada mereka yang
ahli dalam sesuatu bidang. Ibarat orang yang sakit jantung
perlu merujuk kepada doktor pakar jantung bukan pakar dalam
ortopedik atau berjumpa dengan tabib tradisional terlebih
dahulu.
15. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam dua ayat berbeza
surah al-Anbiya ayat 7 dan surah al-Nahl ayat 43 yang
bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada mereka
yang pakar yang berpengetahuan dalam bidang masing-
masing jika kamu tidak mengetahui.”
16. Pengambilan vaksin ini bertujuan untuk mencapai 80 peratus
kelompok komuniti (herd community) bagi mengelak peratusan
jangkitan.
275
PENJELASAN SOLAT DAN BELI-BELAH
KETIKA PANDEMIK
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Merungkai pertikaian masyarakat kenapa ke pasar raya beramai-
ramai ketika Covid boleh tetapi solat Jumaat dan fardu di masjid tidak
dibenarkan?
1. Apakah solat Jumaat yang ditinggalkan dengan sengaja tanpa
sebarang keuzuran hukumnya berdosa? Ya, hukumnya
berdosa tetapi dalam keadaan darurat diharuskan seperti mana
dalam maksud hadis, riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada
Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan
bilal yang melaungkan azan supaya melaungkan azan dengan
menambah seruan berikut: “Hendaklah kamu solat di rumah
kamu” ketika cuaca malam bertambah sejuk dan ketika hujan
turun dengan lebat.
Pematuhan SOP dalam kalangan jemaah harus diberi perhatian
bagi memastikan tiada penularan jangkitan Covid di masjid.
276
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’, hadis
tersebut merupakan dalil gugurnya kewajipan solat Jumaat dan
solat fardu berjemaah dengan sebab adanya keuzuran apabila
turun hujan lebat dan seumpamanya. Menurut Dr Wahbah
al-Zuhaily dalam Mausu’ah al-Fiqh al-Islamy, semua ulama
dalam empat mazhab muktabar menyebut turun hujan lebat,
sakit, bimbang kemudaratan kepada diri sendiri, harta serta
kehormatan, berada dalam tahanan, semuanya termasuk
keuzuran yang mengharuskan untuk tidak menghadiri solat
fardu berjemaah dan solat Jumaat.
2. Bagi penulis, solat Jumaat perlu diberikan pertimbangan khusus
kerana hukumnya fardu ain dengan syarat-syarat yang telah
digariskan dalam kitab fiqh bertunjangkan mazhab empat yang
meletakkan ketetapan hukum berpandukan al-Quran,
al-sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Solat Jumaat mempunyai kaedah
tersendiri tertakluk kepada bilangan minimum penduduk
bermastautin yang mendirikannya secara berjemaah seperti
huraian berikut – tiga orang tidak termasuk imam menurut
mazhab Hanafi dan Syafie (qaul qadim), 12 orang termasuk
imam menurut Syafie (qaul qadim), 12 orang tidak termasuk
imam menurut mazhab Maliki, 40 orang termasuk imam
menurut mazhab Syafie dan Hanbali (qaul jadid) (sila rujuk
buku tulisan penulis Covid-19 ujian kepada manusia).
3. Perbandingan kapasiti solat Jumaat di Masjidil Haram Makkah
dengan masjid di Malaysia berdasarkan 1.5 peratus tahun 2020
ketika Covid meningkat. Di Masjidil Haram, sejuta orang
bersolat nisbahnya 15,000 orang, bermakna kapasiti 1,000
orang bersolat di masjid-masjid di Malaysia, nisbah 15 orang
sahaja.
4. Penetapan angka tertentu yang berbeza dalam mazhab
menimbulkan persoalan, adakah kadar minimum itu
dilaksanakan oleh junjungan Nabi SAW ketika darurat atau
bagaimana? Menjawab persoalan itu, ulama usul
mengemukakan satu kaedah ‘suatu peristiwa yang disaksikan
oleh seseorang tidak boleh diangkat sebagai hukum umum’
kerana penentuan bilangan tidak ditentukan oleh baginda
secara lisan tetapi datang melalui perawi dalam kalangan
sahabat yang menjadi saksi ketika mereka menunaikan solat
Jumaat bersama Nabi SAW dalam angka berbeza-beza, namun
277
yang pasti solat tersebut tidak dilakukan, melainkan secara
berjemaah.
5. Kenapa pula ke pasar raya dibolehkan beramai-ramai,
manakala solat fardu atau Jumaat dihadkan? Perlu diingat,
solat fardu lima waktu boleh dibuat pilihan sama ada di masjid
atau di rumah tetapi ubat, susu anak, barang dapur terputus
tiada pilihan – keperluan makanan untuk hidup. Saya
mencadangkan bilik solat (surau) perlu ditutup kerana ditakuti
berlaku jangkitan Covid ketika bersesak-sesak untuk bersolat
seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak boleh
melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh
memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis
riwayat Ibn Majah).
6. Bagi yang bimbang terlepas waktu Maghrib, boleh ta'khirkan
solat Maghrib dalam waktu Isyak secara jamak tamam (bukan
jamak qasar) ketika sampai di rumah. Ia terpakai dalam
keadaan darurat dan bukan amalan biasa. (Rujuk buku tulisan
penulis Covid ujian kepada manusia), cetakan tahun
2020/2021.
7. Punca yang membawa kepada penularan Covid ketika ini
adalah daripada tiada pematuhan prosedur operasi standard
(SOP) dalam kalangan masyarakat kita. Hasil pemerhatian
penulis di beberapa buah masjid mendapati, pematuhan SOP
tidak berlaku. Selesai sahaja solat, jemaah berkejaran pulang
ke tempat kerja dan sebagainya dalam keadaan tidak terkawal.
Ada juga yang mengenakan pelitup muka di bawah dagu ketika
solat. Saya mencadangkan agar ahli jawatankuasa masjid
berperanan di tengah saf dan di saf belakang untuk memantau
pematuhan SOP.
8. Pendakwah dan agamawan sepatutnya bersama-sama
mendokong aspirasi kerajaan dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat dari masa ke masa serta mengajak masyarakat
mengambil vaksin yang mana hukumnya adalah wajib.
278
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di
New Zealand, tahap vaksinasi untuk rakyatnya telah mencapai
100 peratus pada Mei 2021 dengan sifar kematian dan sifar kes
positif, barulah ekonomi negara berkembang dan rakyat
mendapat faedah. Kewajipan berdakwah tidak hanya di masjid
dan surau tetapi usaha dakwah mestilah berterusan, penuh
keikhlasan serta istiqamah.
Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin berdakwah tanpa
meminta upah, bahkan dalam mazhab Syafie, harus menerima
upah dengan syarat tanpa meminta (demand) dan keikhlasan
pemberi. Menurut mazhab Hanafi, hukum menerimanya haram
bersandarkan surah Shaad ayat 86 yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) - Aku tidak meminta
bayaran (upah) sedikitpun padamu atas dakwahku dan
bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-
ngada.”
Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 41
yang bermaksud: “Dan janganlah pula kamu menjadikan
ayat-ayat Ku (sebagai harga untuk mendapatkan
keuntungan) untuk membeli kelebihan-kelebihan yang
sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah
kamu bertaqwa.”
Firman ALLAH SWT lagi dalam surah Yasin ayat 21
yang bermaksud: “Turutlah orang-orang yang tidak
meminta kepada kamu sesuatu balasan (upah), sedang
mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk.”
Berdakwahlah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan
agar hasil dakwah itu akan terkesan di hati insan.
279
IKUTLAH DAKWAH NABI DAN PARA SAHABAT
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Panduan al-Quran cukup jelas melarang perbuatan meletakkan
harga tertentu sebagai upah dalam berdakwah.
ISLAM adalah agama yang tertegak atas landasan berdakwah
dengan menyeru manusia mentauhidkan ALLAH SWT, hidup
bersendikan syariat dan dihiasi dengan akhlak pekerti mulia. Nabi
SAW merupakan utusan ALLAH SWT yang diberikan tangggung-
jawab untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia di
atas muka bumi ini.
Mesej utama dakwah Nabi SAW membawa kesejahteraan
kepada seluruh umat manusia di dunia dan akhirat. Oleh itu, kerja-
kerja dakwah Nabi SAW dilaksanakan dengan penuh amanah,
sampai kepada golongan sasar, bijaksana, jujur dan penuh
keikhlasan. Beramal soleh merupakan wasiat segar Rasulullah
kepada sekalian umatnya. Amal soleh ruang lingkupnya amat luas,
cukup dengan hanya membuang sesuatu di atas jalan raya seperti
serpihan tayar pecah termasuk dalam amalan yang dimaksudkan
dalam al-Quran untuk mendapat ganjaran di padang mahsyar nanti.
Dalam berdakwah, baginda tidak meletakkan sebarang harga
untuk dibayar atau menuntut bayaran, namun apa yang berlaku
kepada umatnya hari ini adalah sebaliknya.
Panduan al-Quran cukup jelas melarang perbuatan meletakkan
harga tertentu sebagai upah melalui ayat-ayat berikut,
surah at-Tuur ayat 40, firman ALLAH SWT yang bermaksud:
280
“Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang
bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau
sampaikan), lalu mereka berasa berat menanggung bayaran itu
(sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?”
Surah al-Mukminun, ayat 72 yang bermaksud: “Atau adakah
(mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada
mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)?
(Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu
lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
Surah Shaad, ayat 86 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai
Muhammad): Aku tidak meminta bayaran (upah) sedikit pun
daripadamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orang-
orang yang mengada-ngada.”
Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 41 yang
bermaksud: “Dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku
(sebagai harga untuk mendapatkan keuntungan) untuk membeli
kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah
sahaja hendaklah kamu bertaqwa.”
PANDANGAN EMPAT MAZHAB MUKTABAR DALAM ISU
BERDAKWAH
Surah Yasin ayat 21 yang bermaksud: “Turutlah orang-orang
yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan (bayaran,
upah), sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah
petunjuk.”
Bersandarkan ayat-ayat di atas, menurut Mazhab Syafie, harus
menerima upah dengan syarat tanpa meminta (demand) dan
keikhlasan pemberi, manakala menurut Mazhab Hanafi, hukum
menerima upah adalah haram.
Kenapa hari ini berlakunya perang demand, apakah ini yang
diajar Rasulullah SAW, sahabat, tabiin dan ulama salaf al-Salih.
Isu meletakkan harga dalam berdakwah dikatakan hanya
berlaku di Malaysia sekitar 1970an dan 1980an setelah situasi ini
mula timbul di negara jiran. Di negara Malaysia, perkara ini berlaku
bermula daripada program TV apabila para pendakwah mula
meletakkan harga setelah mereka dikenali dan kedudukan mereka
menarik minat masyarakat.
Tidak dapat dinafikan, penampilan pendakwah dengan identiti
masing-masing seperti berserban dan berselempang menyebabkan
masyarakat terpesona dengan perwatakan serta penyampaian
mereka.
Tidak dinafikan juga ada dalam kalangan mereka yang tidak
281
meletakkan sebarang harga, menerima seadanya jika diberi atau
keikhlasan pemberi. Untuk rekod, situasi pendakwah ini pernah
berlaku di negara kita sekitar lewat 1980an apabila ada antara
mereka muncul di kaca TV dengan gelaran al-Hafiz, sedangkan
mereka tidak hafiz.
Hakikatnya, mereka datang ke Malaysia asalnya hanyalah
sebagai pekerja binaan. Masalah dan hukum-hakam, hafiz pun
entah ke mana. Akhirnya siapa yang tertipu? Itulah sebahagian
contoh yang boleh kita ambil iktibar. Peribahasa mengatakan “seekor
kerbau bawa lumpur semuanya terpalit”.
Situasi tertipu dengan penampilan pakaian sering berlaku di
Mekah ketika musim haji. Sebahagian pekerja asing memberi
khidmat kepada jemaah haji dengan menetapkan bayaran bagi yang
berkeinginan mengucup Hajar Aswad. Mereka berketayap dan
berjubah, sedangkan ilmu agama mereka tidaklah setinggi mana.
JEMAAH WANITA
Mangsanya, jemaah haji wanita yang ingin mengucup Hajar
Aswad, golongan inilah yang memimpin tangan jemaah wanita
secara rapat, sedangkan hukumnya jelas adalah haram. Semuanya
berlaku kerana tertipu dengan penampilan, sedangkan ilmu tidak
boleh diukur dengan penampilan luaran semata-mata.
Saya mengajak pembaca untuk merenung sebuah hadis
dengan sanad yang da’if daripada Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul pada akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual
agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian
yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud
dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan
mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah
hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). ALLAH SWT
berfirman kepada mereka yang bermaksud : “Apakah kamu
tertipu dengan kelembutan-Ku? Ataukah kamu terlampau
berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi
dalam kalangan mereka sendiri sehingga orang yang alim
(cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah
itu).” (Riwayat al-Tirmidzi)
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW secara jelas
mengingatkan kita, antara peristiwa akhir zaman, munculnya
golongan pendusta agama yang mencari habuan dunia untuk
kepentingan diri sendiri.
282
Dalam hadis yang lain, riwayat Anas bin Malik RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tanda-tanda
kiamat ialah diangkatnya ilmu dan berleluasanya kejahilan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain pula riwayat Amr bin al-‘As RA Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak
mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya tetapi Dia
mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiada
lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan
mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh.
Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar
daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka
tersesat dan menyesatkan.” (Riwayat al-Bukhari)
Kedua-dua hadis itu memberi gambaran pada akhir zaman
apabila orang jahil mengambil tempat para ulama, akhirnya
umat akan hancur lebur dalam kebinasaan.
283
KHIDMAT TERAKHIR SEORANG ANAK
Oleh
Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid
ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak
untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit.
KEWAJIPAN berbuat baik terhadap ibu bapa adalah suatu ketetapan
daripada ALLAH SWT kepada anak-anak. Lahirnya seorang anak
ke dunia adalah disebabkan adanya mereka dan dengan kasih
sayang mereka, anak itu dapat hidup dengan sempurna.
Oleh sebab itulah ALLAH SWT meletakkan kedudukan ibu bapa
cukup tinggi, hanya satu darjah di bawah tanggungjawab seorang
hamba kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah
perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa.” (al-Isra’, ayat 23)
Maksud perintah berbuat kebaikan kepada ibu bapa dalam ayat
tersebut membawa dua pengertian. Pertama kebajikan dan kebaikan
terbaik yang dapat dilakukan seperti yang dilakukan oleh ibu bapa
kepada anak. Kedua memastikan kebajikan mereka terjaga semasa
mereka masih hidup.
Berbakti kepada ibu bapa tiada batasan masa dan tempat,
sama ada mereka masih bertenaga atau telah dimamah usia.
284
Namun, ketika mereka telah berusia, berbakti kepada mereka adalah
wajib dilipat gandakan kerana usia tua membawa petaka dalam hidup
dengan kudrat terbatas, sakit demam silih berganti dan berdikari atas
kaki sendiri semakin sukar.
Pendek kata, banyak menyusahkan daripada menyenangkan.
Usia sebegini biasanya menjadi penyebab kepada pengabaian dan
penghinaan kerana menyusahkan pihak lain, berbanding ketika usia
muda dan mampu bekerja dengan meraih pendapatan lumayan,
semua anak-anak suka.
Selepas solat, ibu bapa tidak lupa berdoa untuk kesejahteraan
anak-anak tetapi adakah anak-anak menunggu ibu bapanya
meninggal baru mendoakan kesejahteraan untuk mereka? Inilah
juga yang menjadi penyebab kepada berlakunya ibu dan ayah
diserahkan ke rumah jagaan orang-orang tua atau bertukar menjadi
gelandangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang anak
yang berbudi.
Benar kata orang, seorang bapa boleh menjaga 10 orang anak
tetapi belum tentu 10 orang anak mampu berbakti kepada seorang
ayah dan ibu.
PENGORBANAN
Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid
ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit. Namun,
kefahaman kepada aturan agama perlu diutamakan supaya tidak
timbul fitnah.
Ada ketikanya ibu meninggal lebih awal dan bapa akan tinggal
seorang diri atau sebaliknya. Pada masa yang sama, mereka
menghidap penyakit seperti asma yang kronik, pitam (low blood),
kepala pusing (vertigo), membeser (prostat), sesak nafas, lemah
atau sakit jantung dan sakit tulang belakang (slip disc), ada waktu
tertentu perlu dipimpin ke tandas.
Apatah lagi bapa terlantar seorang diri di atas katil yang
memerlukan pembersihan najis dan kencing serta mengenakan
lampin, memberi ubat dan sebagainya.
Bagi anak-anak yang berkemampuan, mereka boleh mengambil
orang gaji dan kebanyakan orang gaji dalam kalangan wanita tetapi
bagaimana yang tidak berkemampuan?
Bagaimana pula jika keluarga itu tidak ada anak lelaki, sudah
tentu anak perempuan yang menguruskannya. Bersandarkan
surah al-Nur ayat 58 dalam kitab tafsir al-Tabari dan tafsir al-Qurtubi,
orang gaji dan anak yang belum baligh tidak boleh masuk ke bilik
285