The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyamzar, 2021-04-02 21:45:30

ZHI

ZHI

Zaman sekolah dulu, nak ulangkaji subjek Sejarah pun memang jauh panggang dari api.
Memang aku alergi bab-bab membaca benda yang berjela-jela ni.

Ah, malaslah aku nak jadi Sherlock Holmes versi wanita pula. Sudahlah Adara, anggap saja
mimpi itu mainan tidur. Atau mungkin Almarhum Fahd Syaddad dan mereka yang lain dalam
mimpi itu sedang menunggu aku sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka semua. Who knows,
right?

Sekarang ini, baik aku bersiap-siap. Aku dah janji dengan Khaulah, nak belajar masak resepi
buttermilk prawn 'berhantu' dia itu. Entah apa yang merasuki aku, sekarang aku makin minat nak
ke dapur.

Petanda jodoh dah nak sampai agaknya. Eh?

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Astaghfirullahalazim Adara! Habis bogel udang-udang ni kau kerjakan?" Membebel-bebel
Khaulah sebaik sahaja melihat bakul yang berisi udang yang telah aku siang.

"Tak boleh ke? Senanglah sikit nak makan nanti."

"Tak cantiklah nanti. Nanti dah masak, semua udang nampak kecil-kecil je." terangnya sambil
membuat isyarat kecil dengan tangan.

"Kau tak cakap, manalah aku tahu. Ni first time tahu aku pegang udang mentah?"

51

"Dah, dah. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Kau ambil ni, duduk dekat sana. Kupas kulit
lepas itu racik halus. Tahu tak racik tu apa?" Ayat terakhir Khaulah mengundang jelingan
mautku supaya menikam wajahnya.

"Aku ni, tak adalah pandai memasak macam juara Masterchef. Tapi setakat kemahiran asas
macam cincang, potong dadu dan racik tu alhamdulillah aku tahu." Sarkastik suaraku membalas
soalan Khaulah. Khaulah tersengih.

"Alaa aku gurau je. Jangan marah-marah, nanti tak gorgeous. Senyum sikit meh." Khaulah peluk
aku dari belakang.

"Aku marah pun gorgeous tahu?"

"Perasannya!"

"Aip! Berani tuan hamba berkata sedemikian pada beta? Beta murka!"

"Ampun tuanku! Patik benar-benar tak sengaja!"

"Sebagai balasan, terimalah tusukan jari beta ke pinggang tuan hamba!" jariku mencucuk-cucuk
pinggang Khaulah.

"Jangan Tuanku! Patik minta ampun Tuanku! Kasihanilah patik yang hina-dina ini!" Khaulah
menjerit kegelian.

52

"Ehem!" Deheman penuh masculinity menghentikan drama pendek kami.

"Ni barang yang Khaulah pesan tadi." Lelaki itu mendekati kami dan plastik berisi barangan
yang dikirim Khaulah tadi diletakkan di hadapanku.

"Maaf lambat sikit, ada kemalangan dekat roundabout depan sana."

"Tak apa. Adara, kenalkan. Abang sepupu aku, Ubaid Zatasyah. Zatasyah, meet our Crown
Princess of Tigris An-Najh, Laura Adara."

Oh My Allah! Adakah ini Zatasyah? Kenapa tak sama macam dalam gambar? Yang ini...

Lagi kacak! Dengan rambut dia yang tersisir rapi, tangan kekarnya apabila meletakkan plastik di
atas meja ini. Rasa nak tarik dia jumpa ayahanda dan terus akad nikah!

"It's an honor to meet you, Princess Laura Adara." Zatasyah tundukkan sedikit badannya.

Aku ukir senyuman manis, menutup getaran teruja di dalam hati.

"Nice to meet you too, Zatasyah."

Dia ukir senyuman.

53

Ya Allah! Dia lagi kacak bila senyum! Tiba-tiba aku rasakan di dapur ini cuma ada aku dan dia,
selepas itu ada muzik hindustan. Kami saling berkejaran, bergelak ketawa. Oh Kanda, aku cinta
padamu. Lalu dia membalas, percayalah dinda, cintaku hanya untukmu. Belahlah dadaku,
nescaya cuma ada nama kamu terukir padanya.

"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Tuan Puteri Mahkota Laura Adara! Tuanku
sihat? Kenapa tersengih-sengih seorang diri ni?" Suara Khaulah beserta dengan tangannya yang
melambai-lambai di hadapan wajahku mematikan lamunan. Lantas pisau dicapai lalu bawang
putih tadi aku kupas kulitnya dan diracik halus. Nak tutup malu.

"Amboi, bukan main ya dia angau? Sampai mana dah tadi? Tengah sarung cincin? Atas pelamin?
Ke dah sebi.." Pap! Aku pijak kaki Khaulah.

"Sakitlah!"

"Jangan nak cakap bukan-bukan eh." Aku halakan jari telunjuk ke wajahnya lalu menyambung
semula tugasanku.

"Eleh, dia tu yang berangan seorang. Angau tak kena tempat. Lepas itu, kita yang kena bla bla
bla." Bebelan Khaulah cuma masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri. Dalam kepala
cuma ada raut tampan milik Ubaid Zatasyah saja.

Oh Adara, memang sah! Sah kau dah gilakan dia!

54

"Kecilnya udang ni, Khaulah. Rasanya semalam masa pilih Zatasyah ambil yang besar-besar
juga saiznya." Aku gigit bibir bawah mendengar kata-kata Zatasyah.

"Oh itu, err masa siang tadi ada salah step sikit." Khaulah curi-curi pandang aku yang datang dari
dapur sambil menatang mangkuk berisi nasi putih.

"Oh, macam tu. Eh Tuanku, tak apa, tak apa. Biar patik buatkan." Mangkuk nasi diambil dari
peganganku.

"Eh, eh. Janganlah macam ni. Tak perlu layan saya macam ni sekali. Saya pun macam awak
semua juga. Lagi satu, tak perlulah berTuanku dengan saya, janggal sangat bunyinya. Panggil
Adara saja." Panjang lebar aku bersyarah. Benci betul rasanya bila orang sentiasa letakkan aku di
tangga teratas dalam setiap perbuatan yang aku lakukan.

Aku pun manusia biasa juga. Hakikatnya, sama-sama berstatus hamba kepada Yang Maha Esa.

"Kalau Adara kata macam tu, siapalah saya nak membantahkan?" Zatasyah tertawa kecil. Aku
tersenyum.

Ketawa pun kacak.

"Tapi tak apa, Adara duduk je hari ini. Disebabkan Adara tetamu istimewa hari ini, kita bagi
layanan istimewa sikit."

55

Kerusi ditarik bagi membolehkan aku duduk. Kemudian, tangan kekarnya memegang senduk
lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diletakkan di hadapanku.

Letakkan nasi pun masculinity dia terserlah.

"Makanlah, jangan segan-segan." Selesai meletakkan nasi ke dalam semua pinggan, Zatasyah
duduk di hadapanku.

"Hai, dah macam dalam dunia sendiri ya dua orang ni?" Aku pandang Khaulah. Alahai, baru
tersedar bukannya kami berdua saja yang wujud di ruang makan ini.

"Alaa Khaulah, Khaulah tuan rumah. Pandai-pandailah bawa diri. Adara kan tetamu kita hari
ini." Zatasyah membalas bagi pihak kami.

Aku ulang ya, pihak kami. Manisnya rasa bila ada perkataan kami tu. Ah, kau gila Adara.

Kami bertiga menadah tangan, mengaminkan bacaan doa makan dari Zatasyah.

Usai berdoa, Zatasyah capai gelas berisi air putih lalu diteguk perlahan-lahan. Jelas kelihatan
halkumnya yang bergerak-gerak menelan air masuk ke esofagus.

Seperti biasa, minum air pun segak.

Astaghfirullah Adara, apa kau ni? Datang rumah orang nak menilik anak teruna orang ke?

56

"Makin sedaplah buttermilk Khaulah. Resepi dah bertukar ke? Minggu lepas lain rasanya, hari ni
lain."

Aku lihat Khaulah tersengih nakal.

"Dah tukang masaknya kita import dari istana hari ni, itu yang sedap sikit rasanya kot." Khaulah
rapatkan lututnya ke lututku di bawah meja, membawa maksud— sukalah tu ada orang puji
masakan dia.

"Adara ke yang masak? Patutlah sedap. Sesedap mata memandang wajah yang manis ni."
terkedu aku mendengar kata-kata manisnya. Kepala terus tertunduk memandang nasi yang baru
luak separuh.

Sesiapa, tolong kumpulkan Laura Adara ke dalam satu acuan dan masukkan semula dalam
freezer. Aku dah cair ni terkena panahan cinta berapi dari seorang Ubaid Zatasyah Al-Asad!

Panahan itu tak terhenti setakat itu saja.

Semasa aku sedang mencuci pinggan mangkuk, datang Zatasyah lalu dia letakkan gelas-gelas
yang kami gunakan ketika makan tadi.

"Terima kasih." ucapku, menghargai bantuannya meringankan beban kerjaku agar tak berulang -
alik dari dapur ke ruang makan.

57

Sangkaku, ucapan terima kasihku dibalas dengan 'sama-sama', atau nak up sikit, kasih diterima.
Tapi lain pula jawapan yang aku terima.
"Bukan setakat kasih, cinta dan sayang pun saya sanggup terima."
Zzup! Panahan berapi kedua tepat terkena di dada.
Cukup dengan dua panahan itu, 'lukanya' masih terasa sampai sekarang. Berbunga-bunga rasa
hati, sampaikan pasu bunga yang selama ini tak pernah dipandang pun aku puji cantik.
Penangan seorang Zatasyah.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Adara ni sihat tak?" Soalan Abang Abrar menimbulkan kerutan di dahiku.
"Mestilah sihat."
"Dah tu yang tersengih sepanjang abang membebel tadi kenapa?"
Aku tepuk dahi. Adara! Kenapa kau ni? Sejak jumpa dengan Zatasyah, makin kronik pula
penyakit angau kau ni.

58

Masa makan tengahari tadi, aku asyik termenung melihat mangkuk nasi yang mengingatkan aku
kepada perbuatan Zatasyah. Sampaikan bonda sendiri sound aku sebanyak dua kali.

Lepas itu, masa berlatih fencing tadi pun sama. Tiga kali pedang aku jatuh ke tanah disebabkan
fikiran asyik melayang entah ke mana.

Tak boleh jadi ni! Adara, kau tak boleh terus hanyut dalam perasaan yang mengarut ni.

Tapi, aku tak pernah rasa macam ni walaupun dah berjumpa dengan ramai jejaka. Putera-putera
dari kerajaan lain pun tak mampu buat hati aku berkocak sampai begini sekali.

Adakah ini yang orang kata, love at the first glance?

"Seriously Adara? What have gotten into you?" Abang Abrar letak pedangnya ke tepi.

Aku tertunduk.

"Sorry."

"No need to say sorry. Tell me, apa yang mengganggu fikiran Adara sampai tak boleh fokus
langsung akhir-akhir ni?"

Bibir bawah digigit. Perlu ke aku beritahu Abang Abrar?

59

"Jawapan nothing, tak ada apa-apa dan yang seangkatan dengannya tak akan diterima." tambah
Abang Abrar lagi.

"Fine." Aku bersila di atas tanah diikuti dengannya yang turut duduk memeluk lutut di
hadapanku.

"What do you think if I fell in love with someone who doesn't relate to any royal family?" Aku
ajukan soalan.

Abang Abrar terdiam seketika lalu lembut pandangan matanya memandang ku.

"Wow. I'm speechless. Serious. Tak sangka ni yang menggangu fikiran adinda abang sehari dua
ni." Abang Abrar tayang riak wajah terkejut.

"Jawablah soalan tu."

"Okay, okay. He doesn't relate to any royal family? For me, abang tak kisah. Berdarah diraja atau
tak, tak ada apa-apa perbezaan bagi abang. Asalkan Adara rasa dia baik untuk dijadikan
pasangan hidup, siapalah abang untuk menghakimi dia?"

"Abang rasa, ayahanda dengan bonda akan setuju ke kalau Adara pilih dia?"

"Why not? Adara pun tahu bonda kita bukannya datang dari susur galur keturunan diraja."

60

Betul juga. Bonda bukannya datang dari golongan kerabat, cuma orang biasa yang jatuh cinta
dengan putera raja. Dan cintanya disambut baik oleh sang putera.

"Siapa dia Adara?"

"Siapa.. apa?" soalku, buat-buat tak faham.

"Siapa yang membuatkan Adara tanya soalan-soalan macam ni dengan abang?"

Aku menekur ke tanah. Jari bermain-main dengan rumput lalu disimpul-simpulkan ke jari.
Adrenalin mengalir laju di dalam darah. Berkira-kira sama ada perlu diberitahu atau tidak
tentang Zatasyah.

"Oh come on sis, abang bukan tempayan bergerak macam Ajwad. You can count on me baby
girl."

"Janji eh tak beritahu sesiapa? Adara beritahu abang seorang je." Wajahku dipanggung
menghadap abang Abrar.

"Ye, janji." Abang angkat tangan kanannya ke sisi.

"Pinky promise!" Jari kelingking dihulurkan.

"Pinky promise."

61

"Ok, nama orang yang Adara sebut-sebutkan tu, Zatasyah. Dia abang sepupu Khaulah. Sebelum
ni, pernah tengok gambar dia je. Lepas tu semalam, Adara jumpa dia dekat rumah Doktor
Jabbar."

"Zatasyah ni, yang Adara kata 'model underwear' tempoh hari ya?" Tersedak air liur aku
mendengar soalan abang Abrar. Tak sangka dia dengar juga masa aku cakap tu.

"Telinga lintah!" semburku.

"Well, sakit-sakit pun telinga abang berfungsi dengan baik. Jadi, dialah ya?"

Aku anggukkan kepala.

"Ada gambar tak? Abang nak kenal juga orang yang berjaya memikat hati Adara dengan hanya
sekali pertemuan."

"Gambar tak ada. Tapi kalau abang nak, Adara boleh minta dengan Khaulah. Sekejap ya."
Telefon yang diletak di meja batu berdekatan kami aku ambil.

Aplikasi WhatsApp dibuka dan kotak ruangan chat dengan Khaulah aku pilih.

'Salam beb. Send gambar Zatasyah hari itu dekat aku boleh? Nanti aku story.'

62

Sent. Tak sampai seminit, status last seen Khaulah bertukar online dan mesej tadi bertukar
bluetick.

Photo
'Dah jatuh cinta ke tu?'

Tak membalas pertanyaan Khaulah, aku tekan gambar dan tunjukkan pada abang Abrar.

"Nah. Dia yang sebelah kanan."

Laju tangannya menyambar telefonku lalu skrin didekatkan ke matanya.

Lama dia menganalisis wajah Zatasyah yang terpampang pada skrin telefonku sebelum
diserahkan kembali kepadaku.

"Nampak orangnya baik-baik. Ada aura tegas, tapi pada masa yang sama raut wajah dia ada
kelembutan. Rupa tu, handsome lah walaupun abang lagi handsome." Sempat diselitkan pujian
untuk diri sendiri di hujung katanya.

"Approved?"

"For me, 100 percent. Apa pun, abang doakan, kalau dialah jodoh yang tertulis untuk Adara,
semoga dimudahkan segala urusan antara dua hati ini."

63

"Aamiin. Thank you for your honest opinion abang." Aku peluk tubuh Abrar dari sisi.

Sebab inilah aku kata Abrar lagi kacak dari Ajwad. Not gonna lie, he's the best brother ever.
Oops, sorry Ajwad!

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Panggilan ditutup dan telefon aku letak di atas night stand.

Jadi, apa yang aku dapati sepanjang sesi mengorek rahsia dengan Khaulah, jejaka pujaan hatiku
itu setakat ini masih berstatus solo tak berteman.

Kata Khaulah lagi, Zatasyah itu orangnya tak pernah bercinta. Satu pendedahan yang agak
mengejutkan bagi aku. Takkanlah sekacak itu tak pernah bercinta? Bila aku tanya dia 'straight'
ataupun tidak, terbahak-bahak puteri Doktor Jabbar itu ketawa.

Rupanya, Zatasyah tu sejenis yang susah buka mulut. Istilah lain, jenis malu-malu meow sikitlah.
Ah, lagilah bertambah-tambah daya tarikan magnetik cintaku terhadapnya.

Zatasyah yang handsome, Zatasyah yang penuh budi bahasa, Zatasyah yang lemah-lembut,
Zatasyah yang.. Macam-macamlah!

Haih Adara, memang seratus peratus yakin, kau dah angaukan anak teruna orang itu.

64

Tak boleh jadi ni, sebelum aku bertambah gila asyik teringat si dia, baik aku buat sesuatu.
Buat apa?
Dekati Zatasyah sampai dengan rela hati dia kurung aku dalam sangkar hatinya

65

Hari ni suasana dalam istana bertukar sedikit kelam-kabut. Dari pagi kedengaran suara bonda
mengeluarkan arahan itu ini kepada dayang-dayang istana.

Sebabnya?

Pagi tadi sebelum sarapan, tiba-tiba abang Abrar dengan wajah miang tak habisnya
memberitahu, cik tunang pujaan hati kesayangannya dah berangkat dari Impireacht. Bonda pun
apa lagi, membebel sakanlah pada abang sebab tak beritahu awal-awal.

Yalah, bakal ahli keluarga baru kan? Tambah-tambah pula Puteri Deandra itu berasal daripada
kerajaan yang punya hubungan diplomatik dengan Tigris An-Najh. Haruslah disambut dengan
gilang-gemilang, walau hakikatnya bakal kakak iparku itu sekadar datang bermalam untuk dua
malam saja.

Berbalik kepada situasi terkini, suara bonda bingit mengarahkan para dayang menyusun bekas-
bekas makanan di meja panjang.

"Dayang Embun, mangkuk spaghetti tu taruh di sana ya. Abang! What did I said just now? Tell
your sons to get ready!" aku tersengih sumbing melihat wajah ayahanda yang bertukar cemberut
apabila dia turut sama menjadi mangsa bebelan bonda.

Mungkin dari sudut perspektif rakyat jelata, golongan kerabat ini punya protokol yang sangat-
sangat ketat meskipun berada dalam kediaman sendiri. Atau mungkin semuanya dilakukan oleh
staf-staf istana, sementara kami cuma bersenang-lenang menikmati harta yang ada.

66

Tetapi kebenarannya, cuma kami yang tahu. Kami juga sama saja seperti keluarga lain. Ada
bonda yang macam machine gun, dua puluh empat jam kami adik beradik dileteri. Kadang-
kadang, ayahanda pun turut sama dileteri bonda. Usik-mengusik itu juga perkara biasa.

Cuba tanya pada staf-staf istana, kalau setakat marah-marah manja Empress mereka pada si
Emperor, itu semua dah jadi halwa telinga. Dengarkan saja sambil sembunyi senyum.

Bonda juga sama macam ibu-ibu dan isteri-isteri yang lain juga, apabila tiba waktu makan,
bonda akan turun padang memasak untuk anak-anak dan suaminya. Memasak tidak termasuk
dalam skop pekerjaan para dayang. Kata bonda, air tangan seorang wanita bergelar isteri dan ibu
itulah yang menjadi pengikat kasih antara keluarga. Jadi selagi ada kudrat, kenapa perlu
dilepaskan momen-momen untuk menambat hati suami dan anak-anak?

Mungkin selepas ini aku pun perlu belajar memasak. Yalah, nanti siapa lagi yang nak menambat
kasih sayang Zatasyah kalau bukan aku? Takkanlah nak bagi suami aku makan masakan orang
gaji pula? Dia tu suami aku ke suami orang gaji tu?

Ewah Adara, berangan jauh nampak? Macamlah si Zatasyah tu sudi nak membalas cinta tepuk
amai-amai kau tu.

"Yang duduk termenung sini buat apa? Teringat 'model underwear ' ke?" sapa Ajwad yang
kemas berpakaian rasmi diraja berwarna putih emas.

"Apa pula? Nak ingat dia buat apa, dia pun tak ingat kita." Autaku. Padahal tiap-tiap masa asyik
angaukan anak menakan Doktor Jabbar itu.

67

"Sayu betul suara dekat-dekat hujung ayat tu. Kenapa? Cinta tak disambut ke?" terbahak-bahak
Ajwad ketawa selepas itu. Dah kenapa? Apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu.

"Kalau nak merepek, baik diam je." Wajah Ajwad dijeling. Berani dia kata Zatasyah tak nak
sambut cinta aku!

"Whoa chill sis. Kenapa angin satu badan bila Ajwad cakap macam tu? Kata 'model underwear'
tu bukan sesiapa." Ajwad jungkitkan kening. Berbulu sungguh telinga aku mendengar dua patah
perkataan yang berbunyi 'model underwear' itu. Jengkel dengan perbuatannya, cubitan ketam
nipahku hinggap di bahunya.

"Auw!" Tangannya menggosok-gosok bahagian yang aku cubit tadi.

"Model underwear, model underwear. Dia ada nama. Nama dia Zatasyah, faham? Suka sangatlah
panggil orang dengan nama bukan-bukan."

"Eh bukan salah Ajwad tahu? Adara yang kenalkan dia sebagai model underwear."

Roll the eyes!

"That's what we call as sarcasm dear."

"Maaf menganggu perbualan Puteri dan Putera Mahkota, tapi Empress minta saya jemput
Tuanku berdua ke anjung istana. Baginda Puteri Deandra dijangka tiba sebentar lagi."

68

"Baik, terima kasih. Kami akan menyusul ke sana." Ajwad membalas bagi pihak kami.

"Shall we princess?" tangannya dihulur lagak jejaka paling macho di dunia.

"Fortunately, kaki Adara masih ada kudrat untuk melangkah tanpa bantuan. Thanks, but no
thanks." aku senyum mengejek lalu meninggalkan Ajwad di belakang.

"Ark!" Serta-merta langkah kaki terhenti apabila tudungku ditarik dari belakang.

"Apa ni?" memetir suaraku mengherdik Ajwad. Pantang betullah aku orang suka main tudung ni.
Ingat senang ke nak belit sana, belit sini? Hish!

"Padan muka. Ingat tawaran terhangat Ajwad ni ada untuk semua orang ke? Orang-orang
tertentu je tau dapat."

Ya Allah, kenapa aku ada abang macam ni? Umur dah lanjut tapi kematangan tak pernah seiring
dengan usia! Kadang-kadang aku rasa aku yang kakak dan Ajwad ni adik. Tanpa berfikir
panjang, kaki aku layangkan ke belakang patella milik Ajwad. Terus tersungkur tubuh itu
disebabkan tindakan yang tidak dijangka.

"Adara!"

"Diam! Siapa yang mula dulu? Rasakan!" Sempat aku pijak tangannya sebelum berlalu semula
ke atas. Tak pasal-pasal aku perlu buka semula tudung disebabkan anak rambut yang terjengul
keluar dari tudung.

69

Tengoklah, dua minggu aku mogok tak mahu bercakap dengan Ajwad nanti! Aku cakap aku
buat!

"Betul tak mahu ikut?" Soalan abang Abrar buat kali yang kesebelas aku balas dengan gelengan.

"Tak nak sudah, abang pergi bertiga je dengan Deandra dan Ajwad."

"Pergilah, kisah pula Adara setakat cucur udang tepi pantai tu. Adara boleh pergi sendirilah!"
balasku sambil mata masih melekat pada kaca televisyen.

Sedari petang tadi lagi, sebaik sahaja Kak Deandra memijakkan kaki ke istana ini, beria-ia abang
ajak aku ikut dia dan buah hatinya keluar. Temankan mereka bersiar-siar. Kalau ajak aku seorang
saja, memanglah aku nak pergi. Masalahnya, si parasit Fahd Ajwad Muttaqin itu pun ada sekali.
Terus aku batalkan niat untuk keluar mengambil angin.

Aku kan mogok dengan makhluk seketul tu, lupa ke?

"Dah dia tak nak ikut, biar je lah Abrar. Mengada-ngada!" Suara Ajwad.

"Yalah, tak mahu ikut sudah. Nanti abang bungkus je cucur udang dekat adik abang ni ya?"
kepalaku diusap lalu abang berlalu meninggalkan aku.

"Pandang apa lagi? Pergilah!" Terpaksa juga aku buka mulut melihatkan Ajwad yang tak
berganjak dari sini.

70

"Nak pergilah ni. Macamlah muka dia lawa sangat nak pandang-pandang. Huh!"

Kepada peminat-peminat dan kipas-susah-mati Ajwad di luar sana, sila fikir semula kalau nak
menaruh hati dan perasaan kepada seketul Ajwad. Sanggupkah anda menghadap perangai tak
berapa semenggah idola pujaan hati anda ini? Harap saja ada rupa, tapi perangai.. Faham-
fahamlah sendiri.

"Kenapa tak ikut abang-abang keluar?" Bonda labuhkan punggung di sebelahku.

"Malas."

"Bergaduh lagi dengan Ajwad?" soal bonda, seakan sudah masak dengan 'hobi' kami berdua.

"Ajwad tu cari masalah dulu." aduku.

"Macamlah Adara tak biasa dengan perangai Ajwad tu? Diakan memang nakal sikit." Aku
mencebik.

Itu bukan nakal sikit, itu nakal melampau-lampau namanya! Merosakkan tudung itu sebuah
kesalahan berat di bawah Seksyen 303 Kanun Keseksaan Bahagian Perkara yang Membawa
Amukan Wanita Sejagat. Kaum lelaki mohon ambil cakna kalau tak mahu kena lesing dengan
wanita-wanita di sekeliling anda.

71

"Dah, dah. Tak mahu gaduh lama-lama. Nanti minta maaf ya?" Bonda mengelus rambutku. Aku
diam tak membalas. Tengoklah macam mana, kalau dia minta maaf, aku pun minta maaflah.
"Oh ya, esok bonda jemput pihak Royale Tailor datang untuk ambil ukuran untuk baju istiadat."
"Tapi, baju istiadat Adara muat lagi."
"Ish, baju istiadat yang tu lain. Ini baju istiadat untuk majlis perkahwinan ahli keluarga sendiri.
Mana sama." bantah bonda.
"Tak sama ke?" Aku kerutkan kening. Banyak betul baju istiadat ni. Untuk istiadat pertabalan
lain, untuk pertemuan antara negara yang lain, untuk perkahwinan yang lain pula?
"Lain sayang."
"Iyalah, apa-apa sajalah. Asalkan bonda bahagia." aku menjawab pasrah.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Depakan tangan, Tuanku." Aku cuma menurut apa yang diarahkan.
"Baik, selesai." Tangan dijatuhkan ke sisi.

72

"Jadi seperti yang dijadualkan, pihak kami akan hantar baju pada tarikh yang telah dijanjikan."
"Baik, baik. Sebarang perubahan lain nanti saya hantar wakil untuk berbincang."
"Kalau tiada apa-apa, kami minta diri dulu, Empress."
"Ya, sila-sila." Kelibat bonda menghilang bersama Madam Cade.
"Adara." Aku panggung wajah menghadap Kak Deandra yang turut bersama-sama dengan kami
untuk sesi ukuran baju tadi.
"Nanti Adara temankan akak pergi National Library boleh?"
"Library? Buat apa?" soalku. Jarang-jarang orang datang melancong ke negara orang lepas itu
cari perpustakaan.
"Akak datang sini sebenarnya, bukan nak melawat family Abrar je. Akak nak buat research
untuk thesis sekali."
"Oh, okay! Pukul berapa?"
"Lepas Zohor boleh?"

73

"Okay, no problem!" Aku angkat ibu jari tanda bersetuju dengan pelawaannya.

Jadi usai solat Zohor, kami berangkat ke National Library of Tigris An-Najh dengan kereta yang
dipandu oleh pemandu diraja.

"Uncle Akmal boleh balik dulu, nanti dah siap semuanya saya text, okay?"

"Baik Tuan Puteri. Hati-hati." Aku turun dari kereta bersama Kak Deandra. Di pintu masuk
perpustakaan, aku nampak ada beberapa orang sedang menunggu untuk menjemput kami masuk.
Yalah, golongan kerabat kan. Kami pun jarang mencemar duli menjejakkan kaki ke sini.

"Selamat datang Tuanku Puteri Mahkota Laura dan Tuanku Puteri Deandra." sapa seorang lelaki
lalu dia menundukkan badan.

"Terima kasih mengalu-alukan kedatangan kami ke sini."

"Dengan berbesar hatinya, tuanku. Mari kami iringkan Tuanku berdua ke dalam." Tangannya
didepangkan ke pintu masuk, menjemput aku dan Kak Deandra supaya masuk. Kami dibawa
mengelilingi kawasan perpustakaan dan melawat setiap bilik yang ada.

"Enjoy your time here. Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh beritahu saja pada staf di sini.
Kami akan bantu sedaya mungkin." Aku cuma tersenyum manis. Lelaki yang memperkenalkan
dirinya sebagai Encik Wan tadi mula bergerak ke pejabatnya semula.

74

Aku perhatikan kawasan perpustakaan ini, cuma ada sepasang kekasih di hujung sudut dan
sekumpulan pelajar universiti di tengah-tengah. Lumrahnya, masyarakat zaman sekarang lebih
gemar membaca buku dalam talian berbanding datang ke perpustakaan. Aku faham, kadang aku
pun begitu juga.

Meja di tepi dinding kaca yang menampakkan pemandangan di luar perpustakaan aku duduki.

"Akak pergi cari buku-buku yang akak nak tu dulu ya?" Kak Deandra berlalu ke kawasan rak
buku dan hilang di sebalik rak-rak tinggi itu.

Aku buka novel di tangan yang sempat aku capai sebelum duduk tadi. Khusyuk dalam dunia
imaginasiku bertemankan si hero novel yang kacak bergaya. Aku ni memang jenis daya
imaginasi tinggi, sebab tu suka sangat berangan. Berangan itu, berangan ini. Yang paling kerap
mestilah berangankan abang saudara Khaulah.

"Adara?" Suara yang memanggilku itu menarik aku keluar dari dunia imaginasiku.

"Zatasyah?" soalku dan seketika kemudian aku geleng kepala. Gila Adara, kalau ye pun asyik
teringat dekat jejaka terlaris tu, janganlah sampai terbawa-bawa ke alam realiti.

"Ingat saya tak?" Wajah itu tersenyum manis. Tanganku naik menyentuh bibir itu.

Uish, macam betul-betul ada dekat sinilah! Lembut betul bibir dia ni.

75

Wajah itu terundur ke belakang. Dia menggosok-gosok belakang lehernya. Dapat aku lihat
dengan jelas telinganya yang memerah menahan malu.

Wah, dia malu-malu pun aku boleh bayangkan? Nampaknya daya imaginasi aku dah naik satu
level!

"Adara?" Kali ni suara Kak Deandra pula. Terkebil-kebil matanya memandang aku dan Zatasyah
silih-berganti.

Eh sekejap, kalau dia pun nampak Zatasyah, maknanya...

"Err, are you alright Adara?" soal Zatasyah.

Huwaaa! Kau tak beranganlah Adara! Dia memang ada dekat sini! Dia ada depan mata kau, dan
jangan cakap kau dah sentuh bibir dia tadi?

Padanlah telinga dia merah betul tadi? Ya Allah Laura Adara! What happened to you?

"Err, ta-tadi. Awak.. Bi-bir, maaf." Habis tunggang terbalik ayat yang keluar dari mulutku.

"Awak okay tak ni?" Dia ulang soalan yang sama. Alahai Zatasyahku sayang, awak tak nampak
ke saya dah malu tahap gaban ni?

76

"O-okay. Pasal tadi tu, saya minta maaf? Saya betul-betul tak sengaja!" Mata menunduk
memandang novel di tangan.

"Eh, tak apa. Awak tak sengaja kan, buat apa saya nak marah?" Dia ukir senyuman lagi. Nak
pengsan boleh tak? Manis betul senyuman dia!

"Zatasyah, kenalkan ini Puteri Deandra, tunang abang saya. Akak, ni Zatasyah. Boy..eh. Kawan.
Haa kawan Adara." Mujur mulut tak terbabas sebut boyfriend tadi. Nakal ya kau mulut!

"Princess Camelia Deandra, puteri tunggal King Ishraqi Carlton? It's an honor to meet you, your
highness." Zatasyah tundukkan badannya, sama seperti awal-awal pertemuan kami.

"Nice to meet you.." Ekor mata Kak Deandra menjeling ke arahku, meminta supaya aku ulang
semula nama jejaka yang sedang menunduk hormat ke arahnya kini.

"Zatasyah." bisikku perlahan.

"Oh. Nice to meet you, Zatasyah. If you don't mind, come and join us." pelawa Kak Deandra lalu
kerusi di sebelahku ditarik. Buku dalam pelukannya diletak ke atas meja.

"Tak mengganggu ke?"

"Tak adalah, duduk je." balas Kak Deandra lalu dia mula membelek buku pertama.

77

Zatasyah pandang pula ke arahku. Hai, kenapa takut sangat ni? Kehadiran awak ni tak
mengganggu pun sayang, lagi saya suka adalah.
"Betul, tak mengganggu pun. Duduklah." Giliran aku pula menghadiahkan senyuman semanis
susu pekat manis kepadanya.
"Kalau macam tu, saya duduklah. Tapi sebelum tu, mind if I ask you to accompany me? Saya
nak cari buku."
"Kecil tapak tangan, galaksi Bima Sakti saya tadahkan. Jom!" Kami berjalan beriringan.
Sempat aku curi-curi pandang ke arah Zatasyah. Oh My Allah, dari tepi pun nampak kacak.
Sudahlah tinggi aku ni cuma ngam-ngam di paras lehernya.
Kalau dalam gambar kahwin ni mesti nampak sepadan. Bahasa Indonesia kata, cocok!

78

"Awak datang sini, seorang je ke?" soalku pada Zatasyah.

"Seorang ajelah. Kalau tidak, tak ada pula saya ajak awak teman saya cari buku, kan?"

Ya tak ya juga. Apalah kau ni Adara. Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, kau buat-buat
bertanya pula.

"Kenapa sebelum ni saya tak pernah nampak awak dekat rumah Khaulah?" soalku lagi.

"Sebelum ni, saya duduk dengan ibu. Lepas tu saya pindah sini sebab kerja."

"Oh. Habis tu sekarang, awak dah tak duduk dengan ibu awak ke?" Soalanku mengundang
senyuman tawar pada wajah Zatasyah.

"Ibu saya dah pergi dua bulan lepas." Aku gigit bibir mendengar jawapannya. Aku salah soalan
ke?

"Awak.. maaflah. Saya tak tahu.."

"Tak apalah, awak tak tahu kan? Sekarang, awak dah tahu." ucapnya tenang. Kenapa wajah
kacak ini selalu dipenuhi dengan ketenangan? Kata-katanya juga sering bersulam dengan rasa
damai.

79

"Asyik awak je tanya saya. Biar saya pula tanya awak. Awak dah makan?" Aku hadiahkan
pandangan pelik. Apa ke 'tiber' sangat soalan dia ni?

"Pelik ke soalan saya? Yalah, saya tak tahu nak tanya apa lagi. Nak tanya awak ni anak siapa,
kucing tepi jalan pun tahu awak puteri tunggal Emperor Afkar Suhaid dan Empress Razia. Nak
tanya awak tinggal dekat mana, semua orang tahu awak tinggal dekat Fahd's Palace." Aku
tergelak mendengar kata-katanya.

"Comel!" terlepas pujian dari mulutku.

"Apa yang comel?"

"Awaklah. Comel." Serta-merta telinganya memerah mendengar pujianku.

"Awak ni memang jenis cepat blushing ya?" Kalau tak mengingatkan batas-batas yang perlu
dijaga, mahu saja aku tarik-tarik cuping telinganya.

"Saya blushing dengan orang yang saya sayang je." Terus mati langkah kakiku. Blushing dengan
orang yang dia sayang? Adakah dia baru meluahkan perasaannya secara halus padaku?

"Adara, kenapa tiba-tiba berhenti?"

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Ah, mana mungkin dia sayang kau Adara. Kau orang baru je
berkenalan kot. Semuanya masih terlalu awal.

80

"Adara?" Panggilnya lagi apabila melihat aku masih tak berganjak.

"Yes, yes. Coming!" Aku berlari anak untuk menyamai langkahnya.

"Awak okay tak? Tadi masa mula-mula saya tegur pun awak termenung. Ni saya jawab soalan
pun awak tiba-tiba berhenti gerak. Atau saya ada tersalah cakap?" Wajahnya menyatakan
kerisauannya terhadapku apabila soalan itu diajukan. Dia risaukan aku ke? Awwh!

"Saya okay."

'Yang tak okaynya, hati saya. Hari-hari berdegup menyebut nama awak. Sudi tak awak rawat hati
saya?'

"Ha, tengok. Termenung lagi. Risaulah saya macam ini." Kali ni dia memberhentikan langkah.
Matanya lembut memandang wajahku.

"Saya lapar." ucapku secara tiba-tiba.

"Hah?"

"Saya lapar. Ni jawapan untuk soalan awak tadi. Saya belum makan. Jom teman saya makan?"
Aku balas renungan matanya. Aku sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku nyatakan yang aku
lapar. Sedangkan aku baru lepas makan tengahari sebelum berangkat tadi.

81

"Jadi kalau awak termenung tu maksudnya.. awak lapar? Hahaha awak ni comellah. Okay lepas
ni kalau awak termenung je, saya cepat-cepat heret awak pergi makan." Dia tergelak. Eh mata
dia jadi kecillah bila dia ketawa! Comelnya!

Eh Laura Adara, pernah ke kau nampak orang ketawa mata dia jadi besar? Otak kau ni dah putus
fius ke apa lepas berborak dengan Zatasyah ni?

"Ya, saya tahu awak lapar. Dah, jangan termenung lagi. Kita beritahu Puteri Deandra dulu kita
nak makan, lepas tu kita pergi makan ya? Ni, pegang hujung handkerchief ni. Nanti awak
termenung lagi, saya heret je awak. Kalau nak angkat awak pergi makan tak boleh, kena tunggu
halal dulu." Aku cuma menurut arahannya. Hujung sapu tangan bercorak kotak-kotak kecil
warna merah itu aku genggam erat.

"Jom." Dia jalan beriringan denganku. Aku pandang tangan kami yang dihubungkan dengan
sehelai sapu tangan. Kenapa bila aku berada bersama dengan figura kacak ini, tubuhku, mindaku
semuanya seakan dipukau?

Terpukau dek kuasa cinta? Entahlah, aku pun tak ada jawapan untuk itu.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Nak lagi?"

"Tak naklah. Nanti gemuk." Aku pandang kuih seri muka di hadapanku. Tiba-tiba rasa menyesal
pula makan sampai empat ketul.

82

"Alaa kalau gemuk, diet je lah. Easy." Zatasyah berkata selamba lalu disuap lagi kuih seri muka
ke dalam mulutnya.

"Kalaulah sesenang tu, tak adalah istilah obesiti dalam dunia ni."

"Betul, Tuan Puteri memang bijak bestari." balasnya lalu menyuap lagi kuih ke dalam mulut.
Aku perhatikan suasana kafe perpustakaan ini. Tak terlalu ramai, mungkin sebab pengunjung
yang ada pun boleh dibilang dengan jari.

Mungkin selepas ini, aku patut cadangkan pada ayahanda untuk adakan apa-apa aktiviti di sini.
Barulah suasana perpustakaan ini hidup sedikit dengan kemeriahan pengunjung.

"Khaulah kata, awak dah berkawan dengan dia dari zaman sekolah rendah. Betul ke?"
Perhatianku teralih kepada si penyoal di hadapanku.

"Haah. Saya mula rapat dengan Khaulah masa umur kami darjah dua. Masa tu Doktor Jabbar
rawat almarhum nenda yang terkena strok."

"Maknanya, dah hampir dua dekadlah awak berkawan dengan dia." katanya lalu menyisip kopi
panas. Aku menongkat dagu memandangnya. Hmm, agaknya berapa tahun ya jarak umur aku
dengan dia?

"Hmm, saya curiouslah. Umur awak berapa ya?"

83

"Saya? Kenapa nak tahu?"

"Saja. Kan saya kata saya curious tadi."

Zatasyah lap mulutnya dengan tisu.

"Umur awak berapa?" dia ajukan kembali soalan itu kepadaku.

"Bulan depan genap dua puluh empat." Zatasyah diam seketika.

"Okay. Darabkan umur awak dengan dua dan bahagi jawapannya kepada empat. Jawapan bahagi
tu awak tambahkan dengan lima belas. Ganbatte!" Dia kenyitkan matanya kepadaku.

"Eee saya tanya umur je kot! Kenapa sampai nak kena buka kelas matematik dekat tengah-
tengah kafe ni?" Dalam rungutanku, telefon dibuka dan ikon kalkulator diklik.

Umur aku darab dua? Maknanya dua puluh empat darab dua, jawapan dia empat puluh lapan.
Empat puluh lapan bahagikan dengan empat. Dapat dua belas. Dua belas tambah lima belas, oh.

"Cakap ajelah umur kita beza tiga tahun." Telefon disimpan kembali ke dalam beg setelah
berjaya mendapat jawapan.

"Saja nak bagi otak awak bekerja sikit hari ini." Aku kecilkan mata memandangnya. Eii mulut
tu! Ada saja jawapan yang dia nak bagi!

84

"Tadi awak kata Puteri Deandra tu tunang abang awak ya? Abang awak yang mana satu? Putera
Ajwad ke Putera Abrar?"

"Wanita secantik Puteri Deandra tu, semestinya untuk Abang Abrar. Ajwad tu, hmm entah.
Malaslah nak sebut nama dia. Rasa nak cekik-cekik." Aku buat gaya cekik leher sambil
membayangkan aku sedang mencekik leher Ajwad. Geramku padanya masih tak surut lagi
sebenarnya.

"Marah betul gayanya. Ni mesti awak tengah perang dingin dengan Putera Ajwad, kan?"
tebaknya.

"Bukan perang dingin. Tapi perang panas menggelegak. Awak tahu, semalam dia tarik-tarik
tudung saya. Dia ingat senang ke nak belit-belit tudung ni?" Tanpa sedar, laju mulutku mengadu
berkenaan Ajwad kepada Zatasyah.

"Ya? Tak baiklah. Lepas tu awak buat apa?" Zatasyah pun layankan saja aduanku.

"Lepas tu, saya pun sepaklah dia." Semakin rancak aku bercerita padanya, seakan aku dan dia
telah berkawan bertahun-tahun lamanya. Entah kenapa, peribadinya buat aku rasa senang untuk
bercerita segala-galanya.

Usai sesi meluah rasa dan makan-makan, kami naik semula ke perpustakaan. Aku nampak Kak
Deandra sedang berkemas-kemas dan kemudian hilang di sebalik rak buku.

85

"Thank you teman saya makan. Kesian awak, datang sini ingatkan dapatlah santai-santai, relax
relax baca buku. Tapi alih-alih jadi pendengar masalah tak berbayar pula." Zatasyah cuma
tersenyum kecil.

"My pleasure. Don't feel bad, berbual dengan awak pun mendatangkan ketenangan dalam hati
saya." Memang mulut manis betullah Ubaid Zatasyah ni.

Aku lihat Kak Deandra muncul semula dan sedang berjalan ke arah kami.

"Kalau tak ada apa-apa, sampai sini sajalah pertemuan kita untuk hari ni. Bye bye awak!"

"Don't say goodbye. Replace it with, see you soon. Sebab, saya tak nak pertemuan kita terhenti
di sini. Saya nak kita berjumpa lagi lepas ni. So, see you later, Princess Adara." Dia kelipkan
mata sekali. Telinga aku tak salah dengarkan? Dia kata dia nak jumpa aku lepas ni?

"Puteri Deandra. Maaflah saya culik bakal adik ipar Tuan Puteri tadi." Zatasyah menyapa apabila
Kak Deandra berdiri di sebelahku.

"Nah, it's okay. Lagipun Adara nampak happy bila dengan you." Kak Deandra melirik ke arahku.
Eh, nampak sangat ya?

"Alhamdulillah kalau dia gembira. Sebab kegembiraan dia, kegembiraan saya." Kali ni
pandangan mata kami bertaut sebaik sahaja dia tuturkan ayat itu.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

86

"Sebab kegembiraan dia, kegembiraan saya."

Pusing kiri.

"Saya tak nak pertemuan kita terhenti di sini. Saya nak kita berjumpa lagi lepas ni."

Pandang siling.

"Berbual dengan awak pun mendatangkan ketenangan dalam hati saya."

Muka ditekup dengan bantal lalu aku menjerit sekuat hati.

"Apa awak dah buat dekat saya ni Zatasyah?"

Aku rasa sekarang, keadaan aku dah saling tak tumpah seperti orang gila. Mandi pun tersenyum,
makan pun tersengih, tengok cerita seram dekat tv pun boleh tersipu-sipu. Entah-entah masa
tidur pun aku tersenyum simpul. Mujur dalam solat masih khusyuk lagi.

"No! This cannot happen to me!" Aku bangkit dari pembaringan. Kepala diketuk-ketuk dengan
tangan. Kemudian, aku bangun menuju ke cermin.

"You!" Jari dihalakan ke arah pantulan diri di dalam cermin.

87

"You cannot be like this! You are the gorgeous Crown Princess Laura Adara! Kau tak boleh jadi
gila sebab seorang lelaki!"

Seketika kemudian, kedua belah pipi aku tampar perlahan.

Kalau angaukan seseorang, memang begini ke rasanya? Rasa berbunga, rasa nak melompat, nak
capai bintang-bintang di langit, menghiasi angkasa?

Macam mana nak hilangkan rasa ini ya? Tak betah rasanya dua puluh empat jam asyik
terfikirkan seorang lelaki yang masih berstatus bukan mahram.

Tiba-tiba, sebaris ayat seakan-akan terngiang-ngiang di telingaku.

"Sekalipun kau jatuh cinta, jangan pernah melebihi cinta pada Dia Yang Maha Esa."

Aku ingat dari mana datangnya ayat ini. Ini adalah kata-kata seorang penceramah bebas yang
pernah dijemput ke istana ini beberapa bulan yang lalu.

"Betullah. Kau lupa ke kau ada Tuhan Adara? Kenapa kau tak minta petunjuk dengan Dia? Apa
gunanya solat sunat istikharah itu wujud kalau bukan untuk perkara-perkara sebegini?" bisik hati
kecilku. Akhirnya aku buka langkah ke bilik air. Mengambil wuduk sebelum menghadap Sang
Maha Cinta.

88

Kain telekung disarungkan dan aku bentangkan sejadah menghadap Kaabah. Laungan takbir
memecah kesunyian di dalam bilik.
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

89

"See you next month Adara!" Kami saling melaga-lagakan pipi.

"InsyaAllah. Akak jaga diri tau?

"Alright." Kak Deandra tersenyum manis lalu beralih kepada Abang Abrar di sebelah.

"You jangan nak menggatal dengan orang lain ya? I dapat tahu you menggatal, I sula you hidup-
hidup!"

"Pernah ke I menggatal dengan orang lain?"

"Manalah tahukan? Lelaki ni selalunya mana cukup satu!"

"Don't worry akak. Kalau abang Adara ni menggatal, Adara kerat-kerat dulu tangan dia hidup-
hidup sebelum serahkan pada akak untuk upacara menyula." Pandangan mataku bersabung
dengan Kak Deandra lalu tawa kami berpadu. Ketawa psiko.

"I ada mata-mata kat sini, you jangan main-main!"

"Mata-mata yang senang belot. Rasuah je cucur udang, terus beralih arah." Abang Abrar senyum
mengejek di hujung katanya.

"Whatever. Okay, I dah kena gerak ni. Bonda, ayahanda. Deandra pergi dulu ya?"

90

"Have a safe flight. Kirim salam bonda dan ayahanda pada King Ishraqi ya?"
"InsyaAllah." Kelibat tunang kesayangan Abang Abrar mula bergerak menjauhi kami.
"Sudah, jom balik." Ayahanda bersuara setelah Kak Deandra hilang dari pandangan mata.
"Haa dengar tu abang. Jom balik, tak payah nak ditenung sangat. Orangnya dah balik dah pun."
usikku melihatkan Abang Abrar yang masih tak berganjak sedari tadi.
"Diamlah." Kami berjalan ke kereta yang sedang menunggu di luar lapangan terbang.
"Adara." Ajwad cuit bahuku.
"Apa?"
Lupa nak cakap, aku dan Ajwad dah berbaik-baik. Pagi tadi selepas Subuh, dia datang minta
maaf denganku. Tak tahanlah tu dipulaukan lama-lama. Hahaha!
"Ikut Ajwad jom?"
"Pergi mana?"

91

"Shopping." Bersinar-sinar matanya menyebut perkataan itu. Yalah, Ajwad ni raja membeli-
belah kot. Dia punya semangat nak shopping tu selalunya kalah aku yang perempuan.
"Nak beli apa lagi kali ini?"
"Alaa, adalah. Adara ikut je. Nanti Ajwad belanja apa-apa je yang Adara nak, okay?" Ajwad
mula pasang umpan.
"Apa-apa? Okay, onz!" Umpannya mengena.
"Haa pergi minta izin dengan bonda." Dia tolak badanku ke arah bonda.
"Eh, kenapa Adara pula yang nak kena cakap dengan bonda?"
"Alaa, tolonglah Adara! Kalau Ajwad yang cakap, nanti bonda bising. Cakap Ajwad ni asyik
pergi shopping je. Bolehlah Adara, bantulah abangmu yang kacak ini!" Dia cuit-cuit tanganku.
"Cakap Adara cantik dulu!"
"Adara cantik dulu."
"Ajwad cakaplah sendiri dengan bonda." kataku lalu mempercepatkan langkah. Saja nak acah.

92

"Eh budak ni! Yalah, Adara ni cantik! Paling cantik di dunia! Okay, dah. Pergi cepat." Dia tolak
badanku sehingga aku betul-betul di sebelah bonda. Hailah dia ni, kecil besar kecil besar je aku
tengok. Lumrah jadi anak bongsu, macam inilah. Orang lain yang nak, kita yang tolong
cakapkan.

"Bonda..."

"Ya?"

"Adara nak keluar dengan Ajwad boleh?"

"Nak pergi mana?"

"Mall. Adara nak shopping sikit, lepas itu teringin nak makan aiskrim! Boleh kan bonda?"

"Okay, pergilah." Yeay! Dah dapat lampu hijau. Ajwad di belakang dipandang lalu aku angkat
ibu jari kanan. Aku nampak bibir Ajwad beberapa kali bergerak menyebut 'yes, yes' tanpa
sebarang suara.

"Abang nak ikut?" Aku soal abang Abrar di sebelah bonda.

"Tak naklah. Bukan tak tahu kalau kau orang berdua ni shopping. Tunggu Adara seorang pun
dah seksa. Ni pula ada Ajwad? Kirim salam ajelah." balas abang Abrar lalu masuk ke dalam
kereta.

93

"Shopping berpada-pada. Jangan membazir ya anak-anak." pesan ayahanda lalu dia turut masuk
ke dalam kereta diikuti dengan bonda. Aku siku perut Ajwad.

"Apa?"

"Dengar tu ayahanda pesan, jangan membazir!"

"Tahulah." Ajwad menjulingkan matanya ke atas lalu punat kunci keretanya dibuka. Mujur dia
memandu sendiri ke sini tadi. Kalau tidak, jenuh pula perlu pulang dulu ke istana untuk
mengambil keretanya.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Pilihlah mana-mana yang Adara berkenan."

Kilauan cincin emas putih yang tersusun cantik di sebalik cermin kaca ini buatkan aku rambang
mata untuk memilih.

Memandangkan semasa di lapangan terbang tadi Ajwad kata aku boleh minta apa-apa saja, aku
heretlah dia ke kedai barang kemas ini. Sekali-sekala 'pau' duit abang sendiri, takkan tak boleh
kan? Tak jatuh miskinnya dia kalau setakat aku minta cincin sebentuk.

"Saya nak tengok yang ini, ini dan ini." Satu-persatu cincin yang aku sebutkan dibawa keluar dan
diletakkan di hadapanku.

94

"Mana satu yang cantik?" Aku pandang Ajwad di sebelah.

"Yang ini cantik." Cincin dengan permata berpotongan pear cut disentuhnya.

"Ya ke? Tapi ni pun macam cantik." Cincin princess cut disarungkan ke jari dan aku goyang-
goyangkan tangan ke kanan dan kiri. Tak terlalu longgar dan terlalu ketat. Muat-muat sahaja
dengan jari runcingku.

"Kalau macam itu, ambillah dua-dua." Aku sembunyi senyum mendengar ayat Ajwad. Inilah
yang kita tunggu-tunggu. Ambil je dua-dua, hehehe.

"Okay, ambil dua-dua." Aku letak semula cincin tadi ke dalam kotaknya dan diserahkan pada
gadis yang dari tadi sekadar berdiri memerhatikan kami berdua.

"Pergi mana lagi lepas ni?" soalku pada Ajwad. Dan seperti biasa, kalau keluar jalan-jalan
dengan Ajwad ni mestilah tanganku harus sentiasa melingkar pada lengan sasanya, takut sangat
adik dia yang cantik meletup ni merayau entah mana-mana.

He's annoying, but at the same time protective. Over protective, I guess.

"Dolce Gabbana."

"For what?"

95

"Lah, tak tahu ke? Orang selalu makan nasi ayam dekat situ." Aku julingkan mata ke atas. The
sarcastic Ajwad is back!

"Jangan loyar buruk boleh? Adara tahulah tu favorite butik Ajwad kalau nak cari kasut. The
thing is, for what purpose you need a new one? Jangan ingat Adara tak tahu yang Ajwad baru
beli kasut dari Haider Ackerman bulan lepas." Panjang lebar aku membebel. Macam inilah orang
kaki shopping, tambahan pula duit tu bukan satu masalah. Ditabur sana sini duit lagak menabur
air batu di tengah lautan.

"I need a new one for Abrar's reception next month."

"Tapi masalahnya.."

"Shh. Dah, dah. No bebel-bebel, I don't like it. Selagi tak guna duit Adara, Adara tenang-tenang
je. Okay? Dah, duduk sini. Ajwad janji sekejap je." Dia dudukkan aku di sebuah bangku dan
kemudian berlalu meninggalkan aku.

'Ajwad janji sekejap je.' Eleh, sekejap dia tu bukan aku tak tahu. Paling sekejap satu jam.

"Hi mummy!" Sapaan suara kecil di hadapanku tika ini buat aku terkebil-kebil seorang diri. Aku
pandang kiri, kanan dan belakang. Budak kecil ni panggil aku ke?

"Err, hi?"

96

"Daddy look! Mummy say hi to me!" Maknanya betullah dia tengah bercakap dengan aku.
Alahai, siapa pula daddy budak ni? Mummy kau tak marah ke dik kau panggil aku mummy ni?

"Luthfan! How many times do I tell you? Don't go around without me." Kedengaran suara garau
daddy Luthfan memarahi anaknya itu dari arah belakangku. Hai encik daddy Luthfan, tolonglah
jaga anak baik-baik. Nasib baik jumpa aku, kalau jumpa penculik macam mana?

"Come to daddy!" Luthfan berlari ke arahnya. Aku sendiri bangun untuk melihat gerangan daddy
Luthfan. Apabila aku pusingkan badan, kami sama-sama terpaku.

"Adara?"

"Zatasyah?"

"What a small world." Dia tersenyum. Aku turut membalas senyumannya.

Eh, sekejap. Khaulah kata, Zatasyah ni masih solo. Tapi, kenapa Luthfan panggil dia daddy tadi?
Anak saudara ke? Atau anak angkat? Ke Zatasyah ni duda? Ish, tak mungkinlah duda, takkan
muda-muda dah jadi duda?

"Anak awak?"

"Eh, tak. Luthfan ni anak adik saya." Anak saudara dialah maknanya.

97

"Oh. Kenapa panggil daddy?"

"Saja. Rasa akrab sikit panggil daddy, kan Luthfan?"

"Erm!" Luthfan yang berada dalam dukungan Zatasyah mengangguk. Tanganku naik mencubit
pipinya. Fluffy!

"Then, why did you call me mummy just now?" Aku ajukan soalan pada Luthfan.

"Because daddy always introduce you as my mummy." Terdiam aku mendengar jawapan
Luthfan. Mata melirik ke arah Zatasyah dengan maksud— awak cakap apa pasal saya dekat anak
saudara awak ni?

"Bila masa daddy cakap macam tu?"

"You did! Semalam pun daddy cakap macam tu. Lepas itu, hm!" Zatasyah tekup mulut kecil
Luthfan dengan dua jarinya.

"Awak abaikan je apa dia cakap ni. Dia salah dengar tu. Biasalah, budak kecilkan."

Mataku memicing memandangnya. Boleh percaya ke mamat ni?

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya, cuba mengalihkan perhatianku dari topik 'mummy'
sebentar tadi.

98

"Temankan Ajwad nak cari kasut. Awak pula?"

"Saya teman mama Luthfan carikan hadiah untuk papa Luthfan." balasnya sambil menudingkan
jari ke arah seorang wanita yang sibuk berbual dengan salah seorang staf butik.

"Daddy, Luthfan nak mama!" Luthfan merengek sambil menarik kolar baju Zatasyah.

"Go. Jalan elok-elok." Laju kanak-kanak itu berlari sebaik sahaja kakinya diletakkan mencecah
lantai.

"Beli cincin?" Zatasyah tiba-tiba menyoal. Mungkin dia ternampak tanganku yang menggengam
erat beg kertas berlabel BVLGARI sedari tadi.

"Haah. Cincin tunang." Sengaja aku sebut perkataan tunang. Nak menguji reaksi lelaki di
hadapanku kini.

"Oh. Tak sangka dah ada yang punya Crown Princess kita ni." Nada suaranya seakan mengendur
sedikit. Sedihkah dia? Kecewakah dia? Kalau ya, mengapa?

"Masih dalam perancangan sebenarnya." Aku teruskan lakonan. Tak salahkan mempermainkan
dia? Sikit-sikit je, hehehe.

"Adara? Siapa ni?" tegur Ajwad yang tiba-tiba muncul di antara kami. Dia pandang Zatasyah
yang berdiri di hadapanku.

99

"Saya Zatasyah." Dia hulurkan tangan.

"Ajwad." Ajwad sambut huluran tangannya. Kemudian dia pandang aku. Meminta aku jelaskan
siapa Zatasyah. Zatasyah pula, seakan memahami maksud pandangan Ajwad terhadapku, dia
berura-ura membuka mulut.

"Saya dengan Adara ni.."

"Ajwad, kenalkan Zatasyah. Bakal suami Adara." potongku.

Ajwad terkedu. Zatasyah pula tayang riak wajah terperanjat.

"Tapi.."

"Ajwad sambunglah pilih kasut. Adara nak borak dengan Zatasyah sekejap." Aku tarik hujung
lengan baju Zatasyah supaya keluar dari butik Dolce Gabbana ini.

Sampai di tempat yang tidak terlalu menjadi tumpuan orang, aku berhenti. Dia juga berhenti.

"Adara, what was that? Nanti Putera Ajwad fikir yang bukan-bukan pula pasal saya." Laju dia
ajukan soalan kepadaku.

"Kenapa dia perlu fikir bukan-bukan?"

100


Click to View FlipBook Version