"Sayang, next week abang outstation. Seminggu ke Jepun." ujarnya sambil mengelus rambut
panjangku.
"Lamanya seminggu." rungutku. Apa ni, baru kahwin dah nak kena tinggal. Tak suka, tak suka!
"Terpaksa. Nanti abang cuba pendekkan durasinya, okay? Minta maaf sangat-sangat. Awal-awal
lagi sayang dah kena tinggal."
"Tak apalah. Kerja tu komitmen abang. Saya faham. Tak kerja, nak bagi saya makan apa? Tak
gitu?" Aku ukir senyuman tipis.
Bila berkahwin dengan orang yang menyandang jawatan tertinggi dalam organisasi syarikat,
seharusnya aku bersedia menanggung semuanya. Setimpal dengan gajinya, kerjanya juga
semestinya sangat banyak. Apa kau ingat ini drama? Pengarah syarikat boleh balik sesuka hati
sebab nak dating, nak pujuk isteri merajuk? Berpijaklah pada realiti.
"Lagi satu sebelum abang lupa. Sabtu ni Uncle Amrin nak singgah rumah kita. Awak pun belum
jumpa dia kan?"
Aku menggeleng. Tuan Amrin Iskandar, atau kini harus dipanggil dengan gelaran Uncle Amrin.
Semasa majlis akad dan resepsi kami berdua tempoh hari, dia tak dapat menghadirkan diri atas
faktor beban kerja di luar negara. Nama pun CEO Tigris Airlines, dah tentulah jadualnya padat
sepadat zarah dalam pepejal.
"Hmm, saya tanya sikit boleh?"
251
"Tanya banyak pun tak apa."
Aku tersengih.
"Saudara-mara arwah abi yang lain, mana? Sebab masa majlis kita hari itu, kebanyakannya yang
hadir adik-beradik sebelah arwah ibu kan?"
"Abi dua beradik saja. Uncle Amrin tu pula, belum berkahwin. Sebab itu masa majlis semuanya
pihak ibu saja yang hadir."
"Seriuslah uncle belum kahwin? Single lagi?" Zatasyah mengangguk mengiakan. Aku terlopong
sendiri.
"Susah nak percaya."
"Sebab dia berharta, berpangkat dan ada rupa kan?" soal Zatasyah. Kali ini, aku pula
mengangguk. Pengarah eksekutif syarikat penerbangan terbesar tu! Mustahil tak ada bunga yang
mahu mendekatinya.
"Bila saya tanya, dia kata biarlah. Hidup sendiri lagi seronok. Tak perlu serabut dengan masalah
rumah tangga."
Aku cuma diam. Yalah, nak buat macam mana kalau dah tertulis jodoh Uncle Amrin tak ada di
dunia ini. Siapa tahu ada yang lebih baik di syurga-Nya kelak?
252
"Abang hauslah. Minum jom?"
"Haus? Nak air apa? Saya buatkan."
"Kita buat sama-samalah. Get up." Aku cuma menurut arahannya. Sebaik sahaja aku bangun,
terasa pinggangku dipaut dari belakang. Kepala pula terasa berat. Rupanya Zatasyah meletakkan
dagunya di atas kepalaku. Cis, mentang-mentanglah dia tinggi!
"Stay like this." ujarnya.
Apa-apa sajalah, asalkan dia bahagia.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Pinggang yang terasa sengal diregangkan semula. Inilah akibatnya kalau tak pernah buat kerja-
kerja rumah. Baru mengemop sikit, dah sakit sana-sini.
Sebelum ada yang menuduh bukan-bukan, biar aku beritahu. Zatasyah ada menyatakan tawaran
untuk mengambil seorang maid bagi menguruskan hal rumah. Tetapi aku menolak atas sebab aku
mahu lakukan semuanya. Daripada aku tak ada benda nak dibuat, baik aku sibukkan diri dengan
hal ehwal rumah tangga. Lagipun ni mahligai kami berdua, kenapa perlu ada yang ketiga untuk
tolong jagakan?
253
Baldi dan mop disimpan semula di tempat asalnya lalu aku bergerak ke dapur. Jarum jam pun
dah menghampiri angka dua belas. Eloklah aku selesaikan urusan memasak makanan tengah
hari. Hampir seminggu tinggal bersama-sama, setakat ini kalau lunch hour memang Zatasyah
akan pulang ke rumah. Katanya aku masak sedap. Entah betul ke tidak pun tak tahu, entah-entah
cuma mahu menyedapkan hati aku saja.
Ayam yang siap dikerat enam belas bahagian dan sudah diperap aku keluarkan dari chiller.
Minyak dituang ke dalam kuali dan dibiarkan sehingga betul-betul panas. Hari ini, aku
bercadang untuk memasak nasi kukus dan ayam berempah. Kata adik-adik Zatasyah, dia paling
suka kalau dihidangkan makanan sebegitu. Menjadi atau tidak itu, wait and see. Harap-harap
menjadilah. Karang jatuh pula standard aku kalau-kalau ayam terhangit atau kuah termasin.
Dengan lafaz bismillah, ayam diletakkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Sebelah
tanganku memegang penutup kuali sebagai perisai, takut minyak terpercik ke muka aku. Kalau
bab-bab menggoreng ni, memang aku failed. Macam manalah bonda boleh relax saja menghadap
minyak panas tanpa sebarang perisai?
"Jangan terpecik, jangan terpercik, jangan terpercik." Terkumat-kamit aku menyebutkan dua
perkataan itu.
"Mak!" Aku bergerak menjauhi kuali sebaik sahaja terdengar bunyi desiran minyak. Kelihatan
ada minyak yang terpercik keluar dari kuali.
Sumpah, memang ini kali pertama dan kali terakhir aku menggoreng ayam. Lepas ini kalau
Zatasyah nak makan ayam berempah, pergilah beli di kedai. Aku tak mahu gorengkan. Taubat!
254
"Sayang." Aku berpaling ke arahnya.
"Uncle is here, let's go." ujar Zatasyah sambil menghulurkan tangannya.
"Oh? Okay." Tudung yang tersarung aku betulkan sedikit sebelum menyambut huluran tangan
Zatasyah.
Seperti yang dikatakan Zatasyah minggu lepas, hari ini Uncle Amrin datang bertandang ke
rumah kami. Tetapi bukan dia seorang, keluarga aku pun turut hadir pada hari ini. Kebetulan
semalam bonda menyatakan hasratnya mahu adakan sesi house tour bersama kami.
"Assalamualaikum newlywed." sapa Uncle Amrin. Wah, wajah dia memang ada iras Zatasyah!
Terutamanya di bahagian mata. Upturned eyes, sama seperti Zatasyah dan arwah abi.
"Waalaikumussalam uncle." sambut Zatasyah lalu dia tunduk bersalaman dengan Uncle Amrin.
Aku cuma tersenyum manis tanda mengalu-alukan kedatangannya.
"Puteri." sapanya. Aku sedikit tersentak mendengar panggilan yang dia gunakan sebelum
menggeleng kecil.
"Eh, kitakan dah jadi keluarga. Tak perlulah berputeri bagai." betulku.
"Oh ya, ya. Lupa pula. Dah terbiasa." Uncle Amrin tersenyum nipis.
255
"Masuklah uncle. Kita berbual dekat dalam." pelawa Zatasyah. Kami sama-sama berjalan masuk
ke dalam.
"Uncle tak mengganggu hujung minggu kamu berdua kan?" soalnya sebaik sahaja duduk di sofa
bertentangan dengan kami. Aku menggeleng kecil.
"Tak adalah. Tak mengganggu apa-apa pun."
"Sebelum uncle lupa, hadiah pengantin baru. Maaflah tak dapat hadir ke majlis kamu berdua."
Dia letakkan sebuah beg kertas sederhana besar di atas coffee table.
"Buat susah aje uncle ni." kataku, sekadar berbasa-basi sedangkan memang ini situasi normal
untuk pasangan baru berkahwin seperti kami.
Perbualan antara kami bertiga semakin rancak, tambahan pula dengan sikap Uncle Amrin yang
agak ramah dan ringan mulut bertanya itu ini. Sehinggalah apabila topik perbualan menjurus ke
arah skop kerja mereka berdua, aku cuit lengan Zatasyah.
"Saya ke dapur sekejap, nak siapkan meja." pintaku.
"Alright." balasnya. Aku berlalu ke dapur.
Pinggan-pinggan kaca berwarna putih diangkat dan disusun di meja makan. Bekas berisi kari
kambing dan nasi briyani dibuka penutupnya. Kecur liur tatkala aromanya menusuk ke mukusku.
Setelah memastikan semuanya sempurna, aku kembali ke ruang tamu.
256
"Marilah makan dulu, dah siap tu. Sejuk tak sedap." ujarku. Zatasyah dan Uncle Amrin sama-
sama bangun menuju ke ruang makan.
"Banyak benar lauknya." komen Uncle Amrin sambil menarik kerusi berhadapan dengan
Zatasyah.
"Bonda dan ayahanda saya pun ada sekali nanti uncle." ujarku, memberitahu tentang kedatangan
ayahanda dan bonda ke sini. Tak adalah dia terkejut pula kalau tiba-tiba mereka berdua sampai
ketika kami sedang menjamu selera.
"Tuanku Afkar dan Tuanku Razia ada bersama? Seganlah pula uncle."
"Apa nak disegannya uncle, dah jadi satu keluarga dah pun." Kata-kataku disambut anggukan
daripada Zatasyah.
"Jemput makan, jangan segan-segan. Maaflah kalau rasanya tak kena dengan lidah, saya pun
bukannya pro sangat memasak." terangku. Segan pun ada bila menyatakan fakta yang satu itu.
"Macam ini tak pro? Lebih dari sedap dah ni. Kalah katering terkemuka." Aku simpan senyum
dalam hati. Tipulah kalau tak kembang dengan pujiannya sebentar tadi. Hish kau ni Adara,
pantang kena puji.
Suasana harmoni kami diganggu-gugat apabila ada suara salam kedengaran dari luar. Segera aku
meminta diri, mahu menjenguk gerangan tetamu di luar rumah.
257
"Waalaikumussalam, sekejap ya!" laungku lalu punat pintu pagar ditekan. Kelibat yang sedang
menghampiriku itu aku sambut dengan senyuman di bibir.
"Bonda!"
"Alahai baby girl bonda! Rindunya!" Badanku dibawa ke pelukannya. Aku turut membalas
rangkulan bonda. Rindu sangat, maklumlah first time berjauhan untuk tempoh masa yang lama.
"Ayahanda." tegurku sebaik sahaja pelukan dileraikan. Tangan tua itu aku cium.
"Ada tamu lain ke di dalam?" soal ayahanda. Aku mengangguk tanda mengiakan.
"Uncle Amrin ada sekali, kebetulan dia memang nak berjumpa dengan Adara dan Zatasyah. Hari
tu masa wedding dia kan tak ada." terangku. Lengan keduanya aku paut. Mengajak mereka
supaya masuk ke dalam rumah.
"Tuanku." Automatik Uncle Amrin bangun tatkala ayahanda dan bonda melangkah masuk ke
ruang makan ini.
"Tuan Amrin. Sihat?"
"Alhamdulillah, sihat Tuanku. Jemput duduk Emperor, Empress." pelawanya. Ayahanda ambil
tempat di hujung meja manakala bonda duduk di sebelah aku.
258
Usai makan, yang kaum Adam semuanya berkumpul di ruang tamu. Berbual-bual perkara yang
aku sendiri tak faham. Men's business orang kata. Aku dan bonda pula seperti yang dijanjikan,
kami adakan sesi house tour.
"How's life?" Bonda ajukan soalan ketika kami berlegar di bahagian rooftop.
"Great. Zatasyah is the best husband, indeed." balasku. Tak berbohong, memang itu jawapannya.
Setakat ini, Zatasyah memang suami yang sangat-sangat baik.
"Baguslah. Jaga dia elok-elok. Satu dalam sejuta tu lelaki macam dia."
Aku mengangguk lalu tersenyum sendiri. Betul, memang dia satu dalam sejuta.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Bunyi jam yang berdetik bersahutan dengan bunyi cengkerik di luar. Siku diletakkan di atas
penghadang di balkoni bilik. Menikmati angin malam sambil memerhatikan kemeriahan suasana
jiran di sebelah rumah kami.
Termasuk hari ini, sudah tiga hari Zatasyah berangkat ke Jepun. Bosannya tak usah dikata. Kalau
aku tahu ketiadaan dia sunyi sebegini, baik aku spend time di istana sepanjang tempoh ini. Nak
berangkat sekarang, dah malam sangat. Takut juga aku nak memandu di waktu malam. Nasib
baiklah dia ke sana cuma untuk empat hari, bukannya seminggu seperti yang dia nyatakan
tempoh hari.
259
Bunyi telefon dari dalam kocek pijama mengalih perhatianku. Terpapar nama Ajwad pada skrin.
Tak pernah-pernah dia call aku. Rindu ke apa? Butang hijau aku sentuh lalu gajet itu dilekap ke
telinga.
"Helo Ajwad."
"Adara, emergency!" Serta-merta aku berdiri tegak mendengar suara cemas Ajwad.
"Kenapa? Apa jadi?" soalku panik.
"Ayahanda collapsed! Sekarang ni kami semua on the way ke hospital. Adara boleh drive datang
sini tak?" Bagai nak luruh jantungku tatkala mendengar perkataan collapsed dari mulut Ajwad.
Pantas aku menjawab soalannya tadi.
"Boleh, boleh. Fahd's Magnificent Medical Center kan?" soalku. Ajwad mengiakan dan
menambah beberapa lagi pesanan seperti tunggu mereka di bahagian kecemasan dan berhati-hati
ketika memandu.
"Okay, Adara siap sekejap. If there is anything just call me."
Panggilan ditamatkan lalu cepat-cepat aku masuk ke dalam semula. Knitted cardigan aku
sarungkan lalu sehelai instant bawal diselempang sekadar menutup dada. Tak perlu berhias beria
sangat, prioriti utama sekarang ini adalah ayahanda!
260
Setelah memastikan segalanya berkunci, Volkswagen Jetta kesayangan dihidupkan lalu aku
memecut laju membelah suasana malam. Beratus-ratus doa aku panjatkan, semoga ayahanda
baik-baik sahaja dan tiada apa-apa yang serius.
Sesudah memarkir kereta, aku bergegas ke bahagian kecemasan dan trauma. Suasana lengang
memudahkan pencarian aku mencari keluargaku. Maklum, hospital golongan elit. Bukannya
ramai sangat pengunjungnya pun.
Kelibat Ajwad yang melambai dari jauh aku dekati. Bonda yang terduduk di kerusi sambil
ditenangkan olek Kak Deandra aku hampiri. Kepada kakak ipar aku, aku cuma hadiahkan
senyuman tipis sebelum memeluk bonda dari tepi. Cuba menenangkan gelodak hati bonda yang
semestinya terpukul dengan keadaan ayahanda sekarang ini.
Bunyi pintu wad yang dibuka membuatkan kami semua serentak memandang ke arah figura
yang berkot putih itu.
"Ayahanda saya macam mana doktor?" soal Abang Abrar.
"Alhamdulillah, Emperor berjaya melepasi red zone. Keadaan baginda stabil, cuma kami akan
tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut." ujar doktor lelaki yang bertopeng muka itu. Aku terkedu
mendengar frasa red zone yang dia sebutkan. Macam serius bunyinya.
"Apa yang jadi sebenarnya doktor?"
261
"Hasil ujian makmal mendapati, ada sisa racun yang bercampur dengan darah dan mendorong ke
arah kegagalan sistem saraf. Mujur baginda dibawa cepat ke sini, kalau tidak kemungkinan besar
baginda tidak dapat diselamatkan lagi."
"Food poisoning ke doktor? Atau racun lain?" Aku mengangkat tangan, ingin mencelah
perbualan antara doktor ini dengan Abang Abrar.
"Kami mendapati racun yang ditemui ialah sejenis racun bernama Botulinum Toxin, yang mana
kalau tidak dirawat dengan segera boleh menjejaskan sistem pernafasan dan boleh membawa
kepada kematian."
"Berkemungkinan besar racun ini ada dalam makanan yang baginda ambil. Sama ada secara
sengaja atau tak sengaja, saya tidak berhak untuk membuat sebarang andaian." tokok doktor lagi.
"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Sekejap lagi kami akan pindahkan Tuanku Afkar
ke suite."
"Baik, terima kasih doktor."
Doktor tadi berlalu pergi. Kami masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Apa yang pasti,
satu persoalan yang sama sedang bermain dalam fikiran kami semua.
Dari mana datangnya racun itu?
262
Setelah urusan pemindahan wad dilakukan, Abang Abrar meminta kami semua pulang. Biar dia
saja yang menjaga ayahanda untuk malam ini.
Akur dengan arahannya, aku memilih untuk pulang ke rumah sendiri. Tawaran Ajwad supaya
pulang bermalam di istana aku tolak lembut. Bukan apa, jarak istana dengan hospital sedikit jauh
kalau dibandingkan dengan jarak rumah aku ke hospital. Lagipun aku bukannya suka sangat
memandu jauh-jauh di waktu malam.
Setibanya di rumah, aku membersihkan diri dan segera menukar pakaian memandangkan aku
baru pulang dari tempat yang terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit.
Jarum jam mula menghampiri angka dua belas, tetapi mata masih tidak menunjukkan tanda-
tanda ingin dilelapkan. Tak tahu mahu berbuat apa, aku keluar dari kamar tidur. Bilik kerja
Zatasyah dituju. Tengah-tengah malam begini, terasa rindu pula dengan dia yang jauh di negara
matahari terbit sana.
Sabarlah hati, lusa dia akan pulang.
Suis lampu dan kipas dipetik. Kerusi empuk miliknya aku duduki. Mejanya yang kemas teratur
dipandang sekilas lalu frame gambar yang ada menarik perhatianku. Gambar pernikahan kami
berdua.
Melihatkan dia yang tersenyum lebar dan ditambah pula dengan bau minyak wangi dia yang kuat
memenuhi ruang, terasa seperti dia juga ada bersama aku ketika ini. Frame diletak semula di
tempat asalnya. Safe box di bahagian bawah kiri meja ini aku pandang dengan satu idea nakal.
Aku bangkit dan bersila di lantai.
263
Agaknya apa password peti ini ya? Cuba tarikh lahir dialah. Angka 2507 ditekan, tetapi kurang
tepat. Tak berputus asa, aku cuba tarikh pernikahan kami. 3006. Tet! Salah juga. Aku bingung
sendiri. Hmm.. Hah! Aku tahu!
1107. Ting! Berjaya! Sweet juga Zatasyah ni, tarikh lahir aku juga yang dia gunakan. Pintu peti
dibuka, dan perkara pertama yang menyapa kornea adalah sebuah botol kaca kecil.
Botol tersebut diambil dan dibelek. Apa benda pula ni? Perfume limited edition ke apa? Satu
tulisan kecil yang melabel botol ini menarik perhatian aku.
Dan aku tergamam sendiri sebaik sahaja membacanya.
264
Perasaan yang berkecamuk cuba diredakan dengan menghela nafas berkali-kali. Mesej Zatasyah
yang mengatakan penerbangannya telah selamat mendarat aku pandang sepi. Tiada rasa gembira
seperti apa yang sepatutnya yang aku rasa. Semuanya gara-gara penemuan dua hari lepas.
Botol kaca kecil berlabel Botulinum Toxin itu aku pandang dengan rasa yang bercampur baur.
Racun yang sama menjadi penyebab ayahanda hampir dijemput ajal. Dan aku temui ini di bilik
kerja Zatasyah!
Serius otak aku blank sekarang. Tak boleh berfikir dengan baik. Kenapa racun ini ada di sana?
Zatasyahkah dalang di sebalik kejadian ini? Kalau dia, kenapa? Adakah apa yang ayahanda
risaukan suatu ketika dahulu sedang menjadi kenyataan?
Bunyi enjin kereta yang memasuki garaj rumah mematikan lamunan aku. Dia dah pulang! Dan
ini masanya untuk aku siasat satu-persatu.
"Sayang, I'm home!" sapanya dengan wajah gembira. Kasut kulitnya diletakkan ke dalam rak
kasut sebelum dia meluru ke arahku.
"Hi, miss me?" Tubuhku dia rangkul erat dari belakang.
Aku masih mendiamkan diri. Tangan disilang ke dada.
"Kenapa ni?" soalnya apabila melihat aku yang diam tak bersuara. Tiada reaksi gembira dengan
kepulangannya.
265
Aku ambil botol kecil tadi dan serahkan padanya.
"Explain." kataku senada.
"Apa ni?" Botol kecil itu dia ambil dan ditilik lama. Seketika kemudian, riak wajah riangnya
hilang.
"Mana dapat?"
"Your office. Persoalannya, macam mana boleh ada dalam safe box office awak?" Keningnya
bercantum dan geleng kepala.
"I swear I don't know anything."
"Then, macam mana benda ni ada dalam office awak? Dia terbang sendiri masuk dalam safe box
tu?" Sinis aku menyelar.
"Adara, tenang. Kita bincang elok-elok."
"Tenang? Awak pun tahu, ayahanda collapsed sebab food poisoning. He's almost to death and
doctor said the poison that found in his body were this Botulinum thing! Dan saya jumpa ni
dalam office awak, what do you expect?"
"Okay look. You can get mad at me, but please don't start a fight."
266
"Sekarang awak nak kata saya cari gaduh pula ke?"
"Tak, bukan macam tu. Beginilah. Boleh bagi abang masuk dan tukar baju dulu? Kita bincang
elok-elok ya?"
"No! Saya sedang bercakap dan awak jangan nak cuba-cuba mengelat." Tangan didepangkan,
cuba menghalang dia daripada berlalu ke atas.
"Allahuakbar. Masalahnya, saya tak tahu apa-apa pun. Tak tahu pun macam mana benda tu ada
dalam office saya." tegasnya. Rambutnya dia raup kebelakang. Riak wajahnya jangan ceritalah,
kusut habis.
"Habis tu kalau bukan awak yang bawa masuk, siapa? Hah? Eh, kita berdua je tau ada dalam
rumah ni. Takkanlah saya pula nak racun ayahanda sendiri!"
"Awak nak kata saya yang cuba bunuh ayahanda ke?" soal Zatasyah. Aku cuma diam dan
mengangkat bahu seakan berkata, 'well, who knows?'.
"Astaghfirullah, Adara! Susah ke sayang? Susah ke nak percaya kata-kata abang?" Ada nada
kesal yang dapat aku tangkap dalam ayatnya.
"Manalah tahu apa yang ayahanda kata dulu betul." Sebaik sahaja aku tuturkan ayat itu, air
mukanya bertukar tegang.
267
"Tentang apa? Saya bunuh ayahanda sebab nak rampas takhta? Eh awak ingat saya ni bodoh ke?
Buat kerja tak clean? Kalau saya yang racun, saya tak tinggallah bahan bukti merata tempat!"
tuturnya dengan nada yang agak keras.
"I can't trust your words."
"Adara dah tak percaya abang?"
"Awak nak saya percaya awak? Explain kewujudan benda tu dalam bilik awak." Entah berapa
kali aku ulang ayat yang sama.
"How to explain if I also don't know anything about it?"
"Then, stop talking to me until you have an an answer for that."
"Adara." Kedua bahuku dia paut, tetapi pantas aku menepis pegangannya.
"Let me go!"
"Adara, saya memang tak tahu apa-apa pasal ni. Sumpah!"
"Liar." kataku. Dia kelihatan sedikit tersentak dengan perkataan yang baru sahaja aku keluarkan.
268
"Adara, I warn you. Jangan kurang ajar dengan saya." tuturnya tegas.
"Tell me the truth. Itu saja, susah sangat ke?"
"Cakaplah!" provokku apabila melihat dia yang masih membisu.
"Tell me!" Suaraku makin meninggi, hilang sudah hormat yang selama ini menebal.
"Aku kata aku tak tahu! Faham tak? Aku tak tahu apa-apa! Puas hati? Apa lagi kau nak?"
jerkahnya. Panggilan sayang-abang yang sentiasa meniti di bibirnya juga telah bertukar.
Jeda. Aku terkedu. Seakan terngiang-ngiang di telinga frekuensi nada jerkahannya sebentar tadi.
Disebabkan hati aku ini memang serapuh tisu muka, laju saja air mata gugur membasahi
pelupuk.
Zatasyah terduduk di sofa. Tiga butang teratas kemejanya dibuka lalu dia meramas rambut
sendiri. Kelihatan jelas riak wajahnya sangat tegang menahan amarah.
"Masuk bilik Adara." arah Zatasyah dengan nada suara yang tertahan.
"Get into the room. I don't want to make the situation even worse." ulangnya buat kali kedua.
Buku lima yang dikepalnya kelihatan sedikit menggeletar. Silap hari bulan kalau tak kena cara,
ada yang makan penumbuk sulung dia nanti.
269
Laju saja aku atur langkah ke perpustakaan dan pintu dihempas kuat. Badan disandar pada
belakang pintu lalu perlahan-lahan aku melorot jatuh ke lantai.
Apa semua ni? Badai apa yang akan melanda bahtera kami berdua kali ini? Tak sampai sebulan
pun usia perkahwinan kami, Dia datangkan ujian seperti ini.
Harapan aku, apa yang ada dalam fikiranku saat ini adalah tidak benar. Semoga masih ada sinar
harapan untuk hubungan kami yang masih mentah ini.
Akhirnya pada malam ini bersaksikan rembulan yang sipi-sipi memunculkan diri, aku tertidur
dalam tangisan yang bersisa.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Happy birthday Adara." Ucapan dari Abang Abrar.
"Happy birthday Puteri." Dari rakan-rakan zaman sekolah.
"Hb." Dari Ajwad.
"Selamat hari keputeraan Puteri Laura Adara." Dan dari rakyat jelata.
Semua ucapan yang diterima aku balas dengan separuh ikhlas. Hari istimewa kali ini terasa
kosong kerana orang yang paling aku tunggu masih tidak memberi apa-apa ucapan meskipun
270
cuma sebaris ayat. Air mata yang mula bergenang semula aku seka laju. Ah Adara, jangan jadi
cengeng boleh tak?
Pertama kali kami berperang sehebat ini. Malam semalam, memang kaw kaw aku punya
merajuk. Aku di bawah, dia di atas. Subuh tadi, dia ke surau, aku solat di rumah. Tiada
berjemaah seperti kebiasaan.
Egokah aku? Tapi bukan salah aku, dah memang hak aku untuk naik angin seperti semalam.
Siapa saja yang mampu berfikiran positif kalau ayah sendiri hampir dijemput ajal. Buktinya pula
menjurus ke arah suami. Ah, pusing kepala aku! Zatasyah pun satu, kenapa nak tinggi suara
dengan aku. Tipulah kalau aku tak tersentap dengan nada dia semalam. Hairan betul, sepatutnya
aku yang marah. Yang dia emosi lebih kenapa?
Bunyi pintu dari tingkat atas membuatkan aku cepat-cepat menyeka air mata yang bersisa. Di
depan dia, aku kena buat muka beku. Tak boleh nak sedih-sedih, tak cool.
Terasa sofa di sebelahku dihenyak seseorang. Aku merengus kegeraman. Nak dekat-dekat dah
kenapa? Pergi jauh-jauhlah! Aku beralih duduk selang satu seat darinya. Dia mendekat lagi. Aku
beralih lagi. Dia makin dekat, dan akhirnya aku berdiri. Tiada lagi tempat untuk melarikan diri.
Tak betah berlama duduk bersamanya, aku buka langkah untuk keluar dari sini. Tetapi terhenti
apabila lenganku dipaut seseorang dari belakang. Sekelip mata, aku terduduk di atas ribaannya.
Aku hembus nafas kasar.
"Berapa lama lagi kita nak bermasam muka macam ni?" soalnya. Terasa desahan nafas
hangatnya di belakang leherku. Tapi aku sekadar memekakkan telinga. Malas mahu mendengar
pujuk rayunya, atau lebih tepat, ego.
271
"Tak payah sentuhlah!" Tangan di dalam genggamannya direntap kasar. Rangkulannya di
pinggang aku leraikan lalu aku berdiri.
"Jangan bercakap dengan saya selagi awak tak jawab soalan saya semalam." kataku. Zatasyah
berdecit.
"Can you stop talking about yesterday?"
"Kenapa? Takut rahsia awak terbongkar?"
"Rahsia apa lagi? Susah sangat ke nak faham apa yang saya cakap? Saya tak tahu!" Nadanya
naik seoktaf.
"You know what, I'm done." Aku berlalu meninggalkan dia seorang diri. Malas nak bergaduh,
aku muak.
"Adara! I'm not finish yet!" jeritnya tetapi aku masih buat-buat tak dengar dan buat-buat tak
terkesan. Walhal dalam hati, Allah saja yang tahu betapa gerunnya aku bila dia bertempik begitu.
Dum! Pintu bilik dihempas. Aku hela nafas.
Nampak gayanya, perang dingin berlanjutanlah ni.
272
Pintu bilik aku kuak sedikit, mengintai kawasan luar. Gelap, maknanya orang tu dah masuk
tidurlah. Penuh berhati-hati aku keluar dari bilik dan terjengket-jengket turun ke dapur.
Fuh, nak makan pun dah serupa nak pergi rompak bank.
Suis lampu dipetik lalu peti ais dituju. Bahagian chiller dibuka, sebiji buah epal diambil.
Bolehlah ni, buat alas perut. Aku rasa dalam tempoh perang ni, aku jarang makan nasi. Sikit
masa lagi, kuruslah aku. Ada faedahnya juga berperang dingin ni.
"We need to talk." Epal di tangan terlambung ke udara, terkejut dengan suara yang tiba-tiba
menyapa. Siapa lagi kalau bukan Zatasyah. Kurang asam jawa punya suami.
Pintu peti ditutup lalu aku bergerak ke singki untuk membasuh epal sebelum digigit sedikit.
Zatasyah yang sedari tadi memandang tajam ke arahku aku buat tak peduli.
"Awak dengar tak apa saya cakap ni?"
"Saya penat. Lain kali sajalah." balasku pendek lalu menonong berjalan keluar dari kawasan
dapur.
Langkah terhenti apabila tubuh sasanya menghalang laluanku. Tangannya didepangkan seluas-
luasnya. Aku palingkan muka ke kiri, tak mahu menghadap wajahnya yang penuh pengharapan.
273
"Awak ingat saya tak penat ke? Saya ni dah la bekerja, lepas itu nak memikirkan hal kita yang
tak selesai lagi. Adara, dah seminggu tahu? Seminggu awak buat saya macam tak wujud dalam
rumah ni."
Memang benar, dalam seminggu ini aku banyak mengabaikannya. Sekadar menunaikan
tanggungjawab aku dalam menjaga makan pakainya, tiada sebarang komunikasi yang berlaku di
antara kami sepanjang minggu ini.
"Awak dah tak sayang saya? Dah putus asa dengan hubungan kita yang belum cukup sebulan
lagi ni?"
Spontan aku menoleh ke arahnya. Tak sayang? Putus asa? Eh, mana mungkin. Aku mungkin
marah, tapi belum sampai tahap mahu berpisah.
"Putus asa dah? Tak mahu teruskan?" Aku menekur ke lantai. Terus mati selera makan aku.
Seketika kemudian, terasa tangan kasarnya memaut daguku, memaksa supaya mendongak
memandangnya. Iris kami bertembung.
"Kalau Adara masih terasa tentang abang tertinggikan suara pada Adara, abang minta maaf.
Semuanya di luar kawalan. I'm just too exhausted. And frustrated. I didn't mean to hurt you."
Lunak pandangannya menikam romanku.
"Just for this time, kita bincang baik-baik. Boleh?" Pada akhirnya, aku mengangguk sekali.
Lemah betul aku bila mendengar pujuk rayunya kini.
Dia tarik aku supaya duduk di bar counter.
274
"Duduk. Saya buat air. Nak air apa?"
"Tak kisah, apa-apa saja."
"Air kotak je boleh? Saya tak pandai buat kopi sedap macam awak." Aku kulum senyum. Cis,
nak bodek kitalah tu!
Zatasyah buka peti ais, lalu dia keluarkan dua kotak susu malt coklat.
"Nah." Kotak berwarna hijau itu diletakkan di hadapanku.
"Terima kasih." Straw kertas dicucuk ke lubangnya dan airnya aku hirup sedikit demi sedikit.
Dehemannya menghentikan perbuatanku. Aku angkat kepala memandang dia yang bertentangan.
"First of all, abang nak tegaskan sekali lagi, abang tak tahu kenapa dan macam mana racun tu
ada dalam safe box office abang. Wallahi sayang, abang langsung tak tahu apa-apa."
Bersungguh-sungguh dia ungkapkan ayat yang dia pernah nyatakan seminggu lepas.
"Percayakan abang?" soalnya apabila melihat aku masih mengunci mulut. Aku hela nafas
sebelum mengangguk sedikit.
"Percaya." jawabku perlahan.
275
Bohonglah kalau aku kata aku percaya seratus peratus. Rasa ragu-ragu itu ada, tetapi percaya dan
rasa rindu yang bercampur baur dalam hati lebih meyakinkan aku bahawa dia tak bersalah.
Timbul rasa sesal dalam hati kerana telah mengabaikan dia. Bukannya sekejap, tujuh hari aku
buat dia macam patung lilin di dalam rumah ini. Bibirku dikemam supaya tidak mengeluarkan
sebarang esakan.
"Hey, what's wrong?" Nada suaranya bertukar risau. Aku menggeleng lalu menunduk
memandang tangan di riba.
"Kenapa menangis pula ni?" Dia beralih duduk di kerusi di sebelahku. Rambutku yang terjuntai
dia selit ke belakang telinga.
"Adara dah kurang ajar dengan abang. Adara abaikan abang, Adara tak cakap dengan abang.
Adara nusyuz.." ujarku. Makin laju air mata mengalir tatkala bibir melafazkan perkataan nusyuz.
"Hey, no sayang. Kenapa cakap macam tu? You just being emotional. Tak ada istilah nusyuz
atau isteri derhaka." pujuknya lembut.
"Tapi Adara dah tinggi suara dengan abang."
"Adara tengah marah, abang faham. Abang tak ambil hati pun. Just please do not repeat it again,
okay?"
Aku mengangguk lesu.
276
"Adara minta maaf."
Zatasyah tarik aku rapat ke dadanya. Ibu jarinya naik mengesat air mata di birai mataku.
"Dah, tak nak nangis-nangis. Your tears are too precious to be spilled."
Air mata dilap dengan belakang tapak tangan. Srett! Bunyi hingus ditarik. Cis, pengotor betul
kau ni Adara.
Beberapa minit berkeadaan begitu, akhirnya pelukan dileraikan.
"Abang." panggilku.
"Ya saya."
"Berbalik kepada pasal racun hari itu, kalau bukan abang.. Siapa?" soalku. Selagi tak tahu
bagaimana wujudnya racun itu, mana mungkin aku boleh bertenang.
Zatasyah geleng kepala lalu mengeluh.
"Abang syak ada orang buat khianat dekat abang."
277
"Malam ayahanda admitted to the ward, Adara kunci tak semua pintu rumah?" Dia lemparkan
soalan. Aku berfikir sejenak sebelum berkata.
"Kunci."
Zatasyah diam tak menjawab. Jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan bar.
"Hmm, hairan juga. Kalau berkunci, tak ada pula kesan kena pecah masuk." gumamnya sendiri.
"Tapi safe box tu ada password. Macam mana orang tu boleh buka?" Aku ajukan satu lagi
persoalan.
"Teknologi dah maju sayang. Setakat peti macam itu, ada je orang yang pandai hack."
Aku terdiam. Memikirkan kelogikan di sebalik kata-katanya. Hmm, ada betulnya juga. Setakat
safe box, ramai saja yang boleh buka. Macam dalam filem-filem Hollywood tu.
"Rasanya, mungkin betullah ada orang pecah masuk."
"Tapi siapa dalangnya?"
Kami sama-sama terdiam. Tak lama selepas itu, matanya menatap wajahku.
278
"Apa-apa pun, abang bersyukur sangat. Orang tu masuk masa Adara tak ada dekat rumah. Kalau
masa dia masuk tu Adara ada dekat rumah, and they harmed you.. damn! I will never forgive
myself forever." Kelihatan urat lengannya timbul, buku limanya dikepal erat. Gamaknya sedang
membayangkan sekiranya apa-apa terjadi padaku.
Aku genggam tangannya, seulas senyuman dihadiahkan. Cuba memujuk dia daripada terus
memikirkan yang bukan-bukan. Dan pujukanku berhasil apabila dia kelihatan kembali tenang.
Zatasyah mengeluh buat kesekian kalinya.
"Salah abang juga sebab tangguhkan installation CCTV tu. Kalau tidak, mesti kita dapat siapa
pelakunya." Di hujung kata, dia menggeleng kesal.
"Macam inilah, esok abang tukar semua door handle. Kita guna yang fingerprint. No more digital
door handle." putusnya.
"Tapi.." Kata-kataku terhenti apabila anak mata kami bersabung.
"Still rasa was-was?" soalnya. Aku angguk mengiakan.
"Kalau macam tu.."
"Esok ikut abang pergi office."
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
279
Binaan tinggi yang tersergam indah ini aku tatap dengan rasa teruja. Agaknya, inilah yang
budak-budak rasa bila dapat pergi office ibu ayah sendiri. Excited! Pertama kali aku jejakkan
kaki di syarikat penerbangan yang terkenal seantero dunia ini.
Kereta diparkir di kotak parkir khas untuk para ahli lembaga pengarah. Ada papan tanda yang
berukir jawatan, nama dan nombor plat kereta di atasnya.
Chief Operating Officer
Sir Ubaid Zatasyah
XII 007
Sedapnya nama dia. Untunglah siapa yang jadi isteri Sir Ubaid tu, kan?
"Jom." Suaranya mematikan lamunanku. Penampilan diri pada cermin ditilik buat kali terakhir
sebelum tangan mencapai beg di sebelah. Tetapi Zatasyah lebih pantas mencapainya.
"Let me bring it for you."
Mula dah mood sweet dia. Aku cuma membiarkan. Orang dah pelawa, buat apa aku nak tolak?
Kaki kami melangkah masuk ke lobi dan serentak dengan itu, berpuluh-puluh pasang mata
memandang ke arah kami. Atau lebih tepat, memandang aku. Tergamam dengan kehadiranku di
sini agaknya.
280
"Selamat pagi Tuan, selamat pagi Puteri." sapa seorang gadis yang berperanan sebagai
penyambut tetamu.
Zatasyah cuma tersenyum segaris. Lif dituju lalu dia menekan punat naik. Tak sampai seminit,
lif terbuka lalu kami boloskan diri ke dalam.
Aneh, tiada pekerja lain yang naik bersama-sama dengan kami. Sedangkan lif di sebelah ini tadi
jangan ceritalah. Penuh berkerumun manusia menunggu giliran untuk naik ke atas.
Seakan tahu apa yang ada dalam fikiranku, Zatasyah bersuara.
"Ini lif untuk board directors. Memang tak akan ada orang lain guna kecuali saya, Uncle Amrin
dan Tuan Fazrin." terangnya. Keningku bercantum tatkala mendengar nama asing yang
disebutnya.
"Siapa Tuan Fazrin?"
Ting! Belum sempat soalanku dijawab, pintu lif terbuka luas.
"Tuan Fazrin, the Chief Financial Officer." katanya sambil menudingkan ibu jari ke satu arah.
Aku perhatikan laluan panjang ini. Kiri kanan dipenuhi dengan frame gambar. Bila diamati,
rupanya gambar-gambar di sini merupakan gambar dari mula syarikat ini ditubuhkan.
281
Dinding sebelah kiri, ada gambar para CEO dan juga sedikit info perjalanan syarikat. Manakala
di sebelah kanan, ada carta organisasi gambar-gambar ahli lembaga pengarah syarikat.
Gambar paling hadapan, gambar arwah datuk Zatasyah, Tuan Walid Al-Asad selaku CEO
pertama Tigris Airlines.
Di sebelahnya, ada gambar figura yang sangat aku kenali. Tuan Arman Uthman Al-Asad, arwah
bapa mentua aku. Seterusnya, ada gambar Uncle Amrin selaku Pengarah Eksekutif yang terkini.
Mata terhenti pada satu gambar yang dijarakkan sedikit dengan gambar Uncle Amrin.
The Upcoming CEO
Tuan Ubaid Zatasyah Al-Asad
Wah, belum jadi lagi dah ada gambar?
"Saya pewaris, sebab itu gambarnya dah ada. Supaya orang tahu siapa yang akan naik selepas
ini." terang Zatasyah tanpa dipinta.
Dia yang kemas bersut hitam, berkasut kulit yang berkilat aku tatap lama. Matanya tepat
memandang kamera. Dengan muka dia yang serius tanpa secalit senyuman itu, bagai ada satu
aura yang menyelubungi atmosfera ketika ini.
Charismatic. Alpha male. Charming.
282
Fuh, aura dia memang masya-Allah.
283
Kertas putih di sebelah ditarik sehelai. Entahlah helaian yang keberapa, aku pun tak pasti. Pen
dilarikan di atas kertas itu, cubaan melukis untuk kesekian kalinya pada hari ini.
Sepuluh minit menunduk memandang kertas, aku angkat kepala memandang model lukisan aku
di hadapan. Lukisan di tangan cuba dibandingkan dengan figura yang khusyuk menatap laptop
itu.
Tambah sedikit garisan di hujung... dan siap! Sikit saja lagi nak serupa dengan gorila. Aku
tertawa sendiri. Aduhai Adara, kau memang tak dilahirkan untuk melukis.
Pen ditutup semula, lalu aku menapak menghampiri Zatasyah di mejanya.
"Lama lagi ke bang?" soalku.
"Sikit lagi sayang."
Aku mencebik. Sikit, sikit. Rasanya dari langit bertukar jingga dia sebut sikit. Ini langit dah
gelap-gelita, masih lagi sikit. Entah betul ke tidak sikitnya tu.
"Kalau saya tahu lama macam ini, baik saya tak payah ikut." bebelku. Memang betul pun. Kalau
aku tahu kerja dia bertimbun macam ini, memang taklah aku nak mengekori dia ke sini. Buat
letih badan je sebab tak boleh nak landing sebarangan.
"Sorry. Esok tak payahlah ikut. Duduk rumah. Abang carikan bodyguard untuk jaga Adara."
284
"Hmm, tak kisahlah. Janji tak payah tunggu lama macam ini."
Kerusi bertentangannya ditarik. Aku lentokkan kepala di atas permukaan meja. Mengantuk.
"Janganlah tidur dekat sini. Pergi tidur dekat sofa sana." Arahannya aku balas dengan gelengan.
"Tak nak. Jauh sangat dengan awak." balasku. Hai Adara, kenapa clingy sangat ni?
Zatasyah diam tak membalas. Tak lama selepas itu aku dengar bunyi kertas dikumpulkan dan
barang-barang dikemas. Aku angkat kepala semula. Satu pandangan hairan dihadiahkan.
"Kita balik. Kerja boleh sambung esok." katanya. Briefcase kulit berwarna coklat gelap
dijimbitnya lalu dia hulurkan tangan kirinya.
"Jom, tidur dekat rumah."
Lengan kekarnya aku paut, kepala dijatuhkan ke bahunya. Dia ni pakai minyak wangi jenis apa?
Pagi sampai malam maintain je aroma dia. Bau citrus bercampur vanilla, aku suka.
"Abang kunci pintu office sekejap. Stay here."
Pautan lengan dileraikan. Aku duduk di meja yang sepatutnya menjadi tempat personal assistant
Zatasyah duduki. Tengah hari tadi sempatlah juga aku berborak dengan dia.
285
Orangnya perempuan, dia kenalkan dirinya sebagai Yasmin. Baru saja aku nak jealous, dia
beritahu yang dia baru berkahwin. Fuh, tak jadi nak cemburu.
"Prang!"
Spontan pinggang melurus tegak. Kepala ditoleh ke arah punca bunyi tadi. Aku nampak tingkap
besar yang bertentangan dengan aku pecah berderai. Jantung mula berentak gundah. Aku rasa tak
sedap hati.
"Bang!"
"Adara!" Sekelip mata, aku jatuh dalam rangkulan Zatasyah. Otak blur sesaat. Apa dah jadi?
"Damn!" Aku dengar carutan keras keluar dari bibirnya. Nafas dia turun naik, tanda sedang
menahan amarah.
"Are you hurt? Ada luka? God, I'm sorry sayang!" Mukaku dibeleknya. Tak cukup dengan itu,
habis semua anggota dia teliti, memastikan tiada satu bahagian pun yang tercedera.
"Apa... jadi?" Seminit mendiamkan diri, akhirnya aku bersuara. Kaget.
"He's here." bisiknya.
"Siapa?" soalku semula.
286
Zatasyah tak menjawab, sebaliknya dia cabut sebutir peluru betul-betul di dinding belakangku.
Dipersembahkan peluru sepanjang tiga inci tersebut di atas telapak tangannya.
"Abang tak tahu siapa dia, tetapi abang yakin dia orang yang sama yang letak racun tempoh
hari." terangnya. Dia bergerak ke bawah meja PA, lalu aku dengar bunyi punat diklik. Ada besi
yang turun menutupi tingkap pecah tadi.
"We're not safe here. Jom." Dia tarik rapat aku ke dadanya. Siap lindung dengan kot lagi.
Gamaknya kalau aku muat dalam poket kemeja dia, mahu dia lipat aku masuk dalam poket.
Setibanya di kereta, dia bukakan pintu kereta dan aku ditolak lembut masuk ke dalam. Enjin
dihidupkan dan kereta meluncur laju meninggalkan kawasan parkir.
Zatasyah sambungkan telefon dengan bluetooth pada radio kereta, dan kemudian terdengar suara
di talian sebelah sana menjawab.
"Helo Ubaid?"
"Hello, sorry for disturbing you Gabriel. Kau boleh datang office? Tower A, tingkat 27. Window
area office aku pecah. Bullet type 50 BAT."
"50 BAT, maknanya riffle sniper type M107A1. Siapa targetnya?" Ekor mata Zatasyah
memgerling ke arahku sebelum dia membalas.
287
"My wife."
"Aku dah cover tingkap tu, kau just datang and repair as soon as possible. Aku tak nak staf aku
syak apa-apa." tokoknya lagi.
"Alright. Is anything else I can help with?"
"Itu saja. Thank you Riel."
"No biggie man." Panggilan ditamatkan, tetapi mata aku tetap utuh memandang dia dengan satu
pandangan curiga.
"What?" soalnya.
"Abang ada buat kerja lain ke belakang Adara?" Aku mula serkap jarang.
"Kerja apa?"
"Manalah tahu, jadi mafia ke. Kongsi gelap ke. Cara abang cakap tadi, sebiji macam mafia leader
dalam novel." Zatasyah tertawa perlahan.
"Mana adalah sayang. Abang pegang pistol pun tak pernah. Gabriel tu kawan abang. Dah dia arif
bab-bab peluru ni, abang call la dia."
288
Mata dipicingkan menghadapnya. Boleh percaya ke ni? Cara dia sebut nama peluru tadi memang
macam profesional. Seakan dah biasa.
"Tak percaya? Sebenarnya, dulu pernah ada juga kejadian macam ni. Tempat yang sama, jenis
peluru yang sama. Yang bezanya, orang tu target arwah ibu." Terus hilang rasa curiga tadi.
Diganti pula dengan rasa gerun dan tertanya-tanya.
Siapa orangnya? Kenapa targetnya ibu? Selepas ibu tiada, kenapa aku? Semua ini ada kaitan
dengan Zatasyah ke?
"Abang tak tahulah siapa. Setahu abang, abang memang tak ada musuh dengan sesiapa. Pelik
juga." Seakan dapat membaca fikiranku, dia menjawab.
Aku cuma mendiamkan diri. Nak cakap lebih-lebih pun, aku sama juga seperti Zatasyah.
Clueless.
"Adara takut." luahku. Tipulah kalau hati ini tak bergetar ketakutan tatkala mendengar bunyi
peluru menembusi kaca tadi. Mujur Zatasyah sempat tarik aku, kalau tidak... innalillah.
"I'm here. I will protect you at all costs."
Protective. Itu yang aku dapat dari nada suaranya. Satu janji daripada mulut seorang suami.
Mulut yang menguap ditutup dengan tangan. Masya-Allah, mengantuk sungguh!
289
"Tidurlah kalau nak tidur. Lower the seat." arahnya. Penyandar tempat duduk diturunkan ke
belakang.
Zatasyah tanggalkan kotnya lalu dihampar ke atas badanku. Kereta dibrek pada persimpangan
lampu isyarat. Atas kesempatan itu, dia berpaling ke arahku.
"Allahumma solli ala Muhammad. Mimpi indah bidadari abang." Satu kucupan lembut mendarat
di atas dahiku. Dalam rasa kantuk, bibirku ternaik sedikit. Tersentuh dengan perlakuannya.
Akhirnya, aku terlena.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Coffee." Secawan kopi pekat diletak di sisi kirinya.
"Thanks sweetheart." Dia hadiahkan satu senyuman. Aku bergerak ke belakangnya, bahu
bidangnya diurut perlahan.
Hari ini, Zatasyah ambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Katanya risau nak tinggalkan aku
di rumah. Kalau dibawa ke pejabat seperti semalam, dia takut aku bosan.
"Yang, abang nak meeting ni. Pergi duduk sana." Tangan yang mengurutnya terhenti. Aku
bergerak ke sofa seperti yang diarahkan.
290
"Good morning, Mr Henderson." Suaranya yang penuh karisma menerjah koklea telinga.
Melodi terindah sepanjang hidup aku. That husky voice.
Getaran dalam poket mengalih perhatianku daripada terus menatapnya. Telefon yang diletakkan
dalam mod vibrate dibuka. Panggilan daripada bonda. Zatasyah mengerling ke arahku, aku beri
isyarat bahawa aku punya panggilan untuk dijawab.
"Assalamualaikum bonda." ujarku setelah menutup pintu bilik kerja Zatasyah.
"Waalaikumussalam. Sihat Adara?" jawab bonda di talian sebelah sana.
"Sihat bonda. Maaflah Adara lama tak telefon bonda." kataku. Rasanya dalam tiga minggu ini,
aku belum menelefon bonda lagi.
Oh, tak. Ada sekali. Aku tanya tentang keadaan ayahanda selepas discharged.
"Alaa pengantin baru, bonda faham. Ni belum ada apa-apa news ke?"
"News apa pula?" Otak mula memproses maksud perkataan news yang disebut bonda. Seketika
kemudian, barulah aku faham.
"Bonda ni..."
291
Kedengaran tawa bonda di corong telefon.
"Gurau je. Ingatkan kalau ada bolehlah geng dengan abang kamu."
"Abang?" soalku. Tak lama kemudian, mata aku membulat. Dengan nada teruja aku lontarkan
soalan.
"Seriously? Adara nak jadi ucu la ni? My god, bila bonda tahu ni?"
"Baru je tahu. Lepas tahu terus call Adara. Alang-alang dah call ni, bonda nak beritahu sekali.
Abrar ajak kita pergi picnic esok. Dia kata baby nak picnic tepi pantai."
"Amboi, fitnah baby! Baby ke ayah baby yang nak?"
Sekali lagi bonda tertawa.
"Entah, dua-dualah kot. Boleh ke Adara?" Aku berdiam diri seketika.
"Adara kena tanya Zatasyah dulu. Apa-apa Adara inform semula."
"Alright. Kalau tak ada apa-apa, bonda nak lunch ni. Kamu dah lunch ke?" Soalan bonda buat
aku tersengih.
292
"Belum lagi. Baru nak masuk dapur, hehehe."
Aku tahu, mesti bonda sedang geleng-geleng kepala mendengar jawapan aku. Dah pukul berapa
ni, masak pun belum lagi!
"Pergilah. Jangan lupa tanya suami kamu itu nanti."
"Okay bonda, Adara letak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. Aku berpatah semula masuk ke dalam bilik.
Kelihatan Zatasyah sedang ralit menatap telefon pintarnya di sofa.
"Aik? Dah habis?" soalku. Punggung dilabuhkan di sebelahnya.
"Mr Henderson ada emergency. Meeting postpone." Aku sekadar mengangguk.
"Abang, bonda ajak pergi berkelah esok. Abang Abrar ada good news."
"Good news apa?" Dia menoleh memandang aku.
"We're going to have niece!"
"Or nephew. Hehe." tokokku.
293
"Ye ke? Happy for them."
Zatasyah letak telefon ke tepi.
"Kita bila lagi?" Dia hadiahkan aku pandangan yang agak meremangkan bulu roma. Aku panggil
tu pandangan miang.
"Soon. Dah, jangan nak pelik-pelik eh. Saya nak turun siapkan makan tengah hari." ujarku,
memberi amaran. Suami aku ni bukannya boleh diharap sangat. Ada je benda pelik-pelik dalam
kepala dia. Jauh beza dengan Zatasyah yang aku kenal sebelum kahwin.
"Tak payah masaklah. Kita makan dalam bilik je hari ni." Dia tayang muka nakal. Aku pun apa
lagi, orang miang begini memang perlu diberi pengajaran!
Satu, eh bukan. Berbelas-belas sepitan berbisa aku hadiahkan pada perutnya. Geram!
"Aduh! Sakit sayang, sakit!" adunya.
"Cakap lagi yang bukan-bukan."
"Gurau je. Sayang ni garanglah. Kalau tahu garang macam ini..." Ayatnya terhenti di situ. Aku
mencerlangkan mata.
294
"Apa? Tak nak kahwin dengan saya? Pergilah, pergi cari perempuan lain."
"Lampu hijau ke ni?" soalnya, mengusik.
"Buatlah kalau nak kena sula dengan netizen. Awak main kayu tiga, yang naik anginnya rakyat
jelata tahu?"
"Lupa pula saya kahwin dengan puteri raja."
Aku diam tak membalas. Tahu tak topik kayu tiga dan poligami ni sangat sensitif untuk kaum
wanita?
"Just kidding, okay? I lay my love only on you. Tak ada yang lain. Satu pun dah cukup."
"Betul?"
"Ya, cukup Laura Adara seorang saja."
Harapnya, begitulah sehingga ke akhirnya. Sebab aku pun sama, cukuplah Ubaid Zatasyah Al-
Asad seorang. My one and only lionheart.
295
Kalendar meja di tepi katil aku pandang lama. Mata difokuskan betul-betul pada tarikh hari ini.
Kenapa aku rasa ada sesuatu yang penting pada hari ini?
"Tengok apa tu?"
Aku menoleh ke belakang. Zatasyah yang cuma bertuala separas pinggang aku pandang dengan
rasa tertanya-tanya.
"Hari ini ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" soalku.
Kening lebatnya bercantum. Tak faham agaknya dengan soalan yang baru aku ajukan.
"Maksud saya, ada apa-apa benda penting ke yang jatuh pada tarikh hari ini?" terangku. Barulah
hilang kerutan di dahinya. Dia berfikir seketika sebelum menjawab.
"Picnic?" tebaknya. Aku menggeleng.
"Bukan picnic. Benda lain."
Dia berfikir lagi, kemudiannya mengangkat bahu.
"Setahu saya, tak ada." Kali ini giliran aku pula yang berkerut dahi.
296
"Ye ke? Hmm, tak apalah."
Zatasyah menghilang di sebalik wardrobe. Aku turut bangun menuju ke arah yang sama. Ingin
mengambil beg dan melilit tudung untuk melindungi mahkota wanitaku.
Dia yang sedang menyarung baju t santai berwarna hijau emerald itu aku pandang dengan
sengihan. Baju sendiri dilihat. Yeay, matching with husband!
Usai semuanya, kami sama-sama turun ke bawah. Bimbang terlewat pula.
"Allah, abang tertinggal phone. Sekejap ya." katanya lalu berlalu semula ke atas. Ada-ada saja
suami aku ni.
Sepasang sneaker diambil dan diletak ke tanah. Nak ke pantai, aku lagi suka menyarung kasut
yang bertutup daripada wedges atau heels. Leceh dengan permukaan pantai yang berpasir.
Bunyi kasut yang diletak di sebelah mengejutkan aku. Zatasyah rupanya. Dia turut duduk
mengikat tali kasutnya.
Selesai menyarung kasut, dia bergerak ke kereta. Aku turut bangkit untuk mengunci pintu rumah.
"Pap!" Bunyi benda terjatuh. Aku pandang ke arah bunyi tadi lalu menggeleng perlahan. Gopoh
sangat dia ni, sampai tak sedar wallet tercicir.
297
Kad pengenalan yang terkeluar dari dompet itu aku kutip. Tersenyum aku tatkala melihat
gambarnya yang tercetak di atas kad berona keemasan itu.
Gambar zaman muda-mudi.
Nombor pengenalan dirinya aku baca sekilas.
BR39420-250794
BR, singkatan untuk wilayah Bryline yang terletak di selatan. Dalam empayar ini, terdapat tujuh
buah wilayah dengan lima buah daerah kecil di dalamnya.
Bryline, Limistéar, Westlers, Hyguive, Octïvya, Vyolyne dan Quercyla.
39420, nombor khasnya. Tidak ada orang lain yang memiliki nombor tersebut.
250794, tarikh lahirnya.
Eh sekejap, 2507? Hari ini berapa hari bulan? Aku buka telefon. Tertera tarikh 25 Julai pada
skrin. Membulat mata aku.
Hari ini hari lahirnya!
298
"Abang!" panggilku. Dia yang sedang memasukkan tikar ke dalam bonet terhenti perbuatannya.
"Apa?"
"Kenapa tak cakap dengan saya, hari ini birthday awak?" Aku bercekak pinggang. Dia berjalan
menghampiri aku.
"Ye ke? Hari ni birthday abang ke? Tak ingatlah pula. Kalau ya pun kenapa?" soalnya seakan
tiada apa-apa. Suspicious sangat. Jarang orang lupa hari lahir sendiri.
"Jangan nak tipu, awak tahu hari ni birthday awak. Kenapa tak cakap?" Dia sekadar angkat bahu.
"Well, it's a win win situation. Birthday awak hari tu abang tak wish pun. In fact, kita bergaduh
besar kot masa tu. So, I did the same thing. Saya tak wish, awak pun tak perlu wish."
"Lagipun, abang rasa serba-salah kalau Adara beria-ia sambut birthday abang." tokoknya lagi.
Mataku terkebil-kebil mendengar pernyataannya.
"Abang tak suka?" soalku dengan nada yang sedikit mengendur.
"Bukan! Mestilah suka. But I did nothing on your special day. It's unfair."
Alahai, itu ke yang dia fikirkan? Soal keadilan kerana dia tak melakukan apa-apa ketika hari
lahir aku dua minggu lepas?
299
"Mana boleh macam tu." bantahku.
"Saya suami, saya cakap boleh. Awak isteri, kena dengar cakap saya." Dia mula keluarkan kuasa
vetonya.
"Tak ada, tak ada. Saya kena cakap juga. Happy 27th birthday hubby." ucapku. Tangan
dilingkarkan ke pinggangnya.
"Thank you for being the best husband ever."
"Walaupun tak sampai sebulan dah bergaduh, masih the best husband?" soalnya dengan kening
yang terangkat sebelah.
"Itu khilaf saya juga. Awak tetap yang terbaik." Dalam segan, aku sandarkan dagu ke dadanya,
kepala mendongak memandangnya.
Amboi, malu-malu konon!
Dia tersenyum.
"Kalau macam itu, happy belated 24th birthday wifey. Sorry for the words that I spoke on your
day." Dia tunduk mengucup dahiku.
300