The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyamzar, 2021-04-02 21:45:30

ZHI

ZHI

"Aku naik sekali dengan dia." potong Ajwad lalu dengan selambanya dia boloskan diri ke dalam
kereta melalui pintu yang Daiyan bukakan untuk aku. Aku nampak riak serba-salah pada muka
Daiyan.
Dan aku tahu kerana apa. Mahu tak mahu, aku perlu selesaikan semuanya.
"Ajwad, tak apa. Pergilah dengan bonda. Adara okay."
"Sure?"
"100 percent sure."
Ajwad turun dengan wajah masam mencuka dan berlalu ke limousine di hadapan kami.
"Saya ada tangan, boleh buat sendiri." ujarku apabila dia berura-ura menutupkan pintu untukku.
Kereta mula bergerak meninggalkan pekarangan lapangan terbang.
"Adara."
"Saya tahu apa yang akan awak katakan. Dan sama seperti tahun sebelum ini, the answer is no. A
big no."

201

"Dengarlah penjelasan saya dulu."

"I don't need any explanation from you. Kita tak pernah ada apa-apa! Faham tak sekarang ni?"

"Liar."

Aku beristighfar panjang. King Ishraqi dan isteri baginda bagi susu apalah dekat si Daiyan
sampai susah sangat nak faham bahasa?

"Laura."

"Enough Cashel, enough! Itu cerita lima tahun lepas! Saya dan awak sama-sama belum matang
fikirannya. Cukup."

"Awak marah saya tentang habit keluar malam saya kan? Saya boleh ubah semua tu kalau itu
yang awak nak! Kita mula semula. Kita kahwin."

"Cashel, I beg to you. Stop. Please. Good for you if you change the habit but it won't work to us.
I'm engaged!"

Wajah lelaki ini berubah keruh.

"What do you mean?"

202

"Engaged. Bertunang. I'm somebody's fiancée." Nafas panjang dihela.
"Look, kita dah lama berakhir. Apa yang jadi dulu tu, semuanya tak lebih dari rasa suka. Tak ada
istilah cinta. Tak ada." Lembut aku utarakan fakta mengenai kami berdua. Terus terkunci mulut
Daiyan.
"Kenapa tak ada apa-apa press conference mengenai pertunangan awak?"
"Bukan tak ada, belum ada."
"Siapa dia?" dia lemparkan soalan lagi.
"COO Tigris Airlines."
"Sir Ubaid?"
"Awak kenal?"
"Very."
"Saya doakan awak bahagia Laura."

203

"Awak juga Cashel. Ubahlah sikap awak, saya doakan akan ada gadis yang lebih baik untuk
awak." Kami sama-sama jeda selepas itu.

Cashel dan Laura. Satu kisah cinta monyet dua kerabat yang terlindung dari pengetahuan umum.
Tiada yang tahu tentang kami, semuanya tersorok rapi. Pertemuan pertama di bumi Tigris pada
lima tahun lepas membuahkan rasa suka yang tak membawa ke mana-mana. Hampir setahun
menjalin hubungan cinta, aku pilih untuk akhiri semuanya angkara tabiat Daiyan yang sering
bertukar-tukar perempuan.

Walaupun hubungan kami berakhir, aku bahagia. Malah tak menyimpan apa-apa dendam.
Semuanya bagai angin yang lalu saja. Datang dan pergi tak kembali. Aku anggap semuanya cinta
suka-suka antara dua hati yang belum cukup tempoh matangnya.

Lelaki ini bukannya tak baik, dia sangat baik. Tapi telah tertulis ada lelaki yang lebih baik
tercipta untuk aku.

Cincin di jari manis aku usap permatanya. Apa khabarlah dia di sana ya?

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Mari, Adara betulkan samping abang." Jejaka yang sibuk berpusing-pusing di hadapan cermin
itu aku dekati. Huwaa, Abang Abrar dah nak bertukar status!

"Besar dah hero bonda ni." Muncul bonda di sisi kami berdua.

204

"Jadi suami soleh nak, selamat menempuh alam rumah tangga. Bimbing makmum kamu
sebaiknya." Penuh kesyahduan dalam setiap pesanan bonda.

Alahai, sekarang ni bonda yang berpesan pada siapa? Abang Abrar cool je, aku pula yang dah
bergenang air mata.

"Lah, bonda cakap dengan abang, yang menangisnya orang lain. Crybaby sungguhlah Adara ni."
Ada nada mengejek dalam kata-kata Abang Abrar.

"Diamlah! Sebak tahu tak sebak?" Air mata yang bertakung diseka dengan belakang tangan.
Ikatan samping pada pinggang abang Abrar aku kemaskan.

"Dah."

"Terima kasih. Dah, tak payahlah nangis-nangis. Bukannya abang pergi jauh pun."

"Tapi nanti Adara kena share abang."

"Kira adil lah. Abang pun kena share Adara dengan Zatasyah nanti." Aku muncungkan bibir.

"Yalah, yalah. Yang penting Adara nak anak saudara comel-comel tahu?"

"Aku pun nak juga!" sampuk Ajwad yang dari tadi tertunduk memandang skrin telefon.

205

"Aku nak order sepasang lelaki perempuan. Kalau boleh yang lelaki tu handsome macam aku."
tambah Ajwad lagi. Abang Abrar acukan buku lima.

"Banyaklah cekadak kau! Nak handsome macam muka kau, cari bini sendirilah. Kurang diajar
betul."

"Bonda pun nak juga. Nak sedozen!" Abang Abrar tepuk dahi.

"Alamak, kena usaha keraplah ni."

"Hish!" spontan bahunya aku cubit. Dasar lelaki!

"Sekejap je masa berlalu, rasanya baru lagi bonda tengok kamu bertiga ni berebut mainan depan
mata bonda, berebut aiskrim, berebut nak peluk bonda. Tahu-tahu seorang dah nak kahwin.
Seorang dah bertunang. Yang ni ajelah seorang masih membujang."

"Alaa bonda, sabarlah dulu. Beri Ajwad ruang untuk stabilkan apa yang patut. Baru boleh
kahwin!"

"Pandailah kamu, apa yang belum stabil? Kewangan?"

"Bonda ni, buat apa kahwin awal kalau boleh lambat? Bolehlah Ajwad manja-manja dengan
bonda dulu, sebab Ajwad seorang je belum ada partner." Bahu bonda dipautnya sambil kening
dijungkitkan memandangku.

206

"Ah mana boleh! Jangan rampas bonda Adara!" Tak mahu kalah, aku paut bahu kanan bonda.
"Ni bonda abang juga!" Abang Abrar turut berhimpit menempel pada bonda kesayangan kami.
"Yang penting, ini isteri ayahanda!" Berderai tawa kami tiga beradik apabila pipi bonda dicium
bertubi-tubi oleh ayahanda dari arah belakang.

207

Tangan yang sedikit menggigil aku genggam erat. Nervous!

"Puteri nampak menggigil, perlu ke saya naikkan suhu aircond?" Teguran juruandam buat aku
tersentak. Alahai, nampak sangat ke aku punya berdebar ni? Aku gelengkan kepala.

"Tak apa."

Tapak tangan digosok-gosok supaya mengalirkan haba ke seluruh badan yang sedari tadi terasa
seram sejuk. Aku kerling jam di atas meja solek.

An hour to go before the solemnization.

Sedari tadi wartawan stesen-stesen televisyen juga sudah mula berkerumun di hadapan pagar
istana. Tak kurang juga liputan khas edisi The Royal Wedding : A To Z yang menghiasi kaca
televisyen.

Wajah yang telah dihiasi dengan pelbagai serbuk pelangi aku pandang lama. Adara, kau ada lagi
dua jam sebelum zaman anak dara sunti kau tamat.

Kau yakin dengan semua ni?

Aku angguk kepala. Yakin, kau kena yakin!

Macam mana kalau Zatasyah tu sama seperti datuk-datuk dia sebelum ini?

208

Aku pejamkan mata. Tak, dia tak sama macam mereka semua. Zatasyah ialah Zatasyah. Lawan
Adara, ni semua bisikan makhluk yang dilaknat tu demi memusnahkan rancangan membina satu
ikatan suci.

"Hai pengantin, nak masuk boleh?" Kepala ditoleh ke arah pintu.

"Omg Khaulah! Ya Allah rindunya dekat kau!" Tubuhnya aku rangkul erat. Juruandam yang
bersama dengan kami ketika ini memberi isyarat mahu meninggalkan kami berdua.

"Lulus pula cuti kau eh? Hari tu kau kata jadual kau pack gila."

"Aku.. hehe. Adalah caranya."

"Kau ada affair dengan pengarah hospital ke apa? Bercinta dengan doktor?" tebakku.

"Eii tak mainlah aku bercinta dengan orang dalam bidang yang sama. Lagi special dari pengarah
hospital pun aku boleh pilihlah."

Itu dia kenyataan penuh riak daripada Khaulah. Cis, macamlah dia cantik sangat! Aku lagi
cantiklah.

"Maknanya sekarang ada bunga-bunga cinta dalam hatilah ni? Senyap-senyap saja kau, VVIP
mana yang kau terpaut ni?"

209

"Lebih dari VVIP."

"Wow, lebih dari VVIP maknanya.. kerabat?" Senyumannya yang makin melebar hingga ke
telinga mengaktifkan mod Detective Conan ku.

"Serius? Siapa? Kerabat sini ke kerabat luar? Eh, kalau kerabat Tigris aku mesti tahu siapa.
Maknanya kerabat luar lah kan?"

"Ish tak naklah cakap tentang ni. Lain kali ya? Meh aku pakaikan kau tudung." Tudung yang
terhampar di atas katil Khaulah ambil.

"Lari topik! Tak apa kau, you owe me an explanation."

"Yalah, nanti aku beritahulah."

Sehelai selendang panjang berwarna off white dihampar atas kepalaku. Dengan cekap Khaulah
kemaskan lilitan dengan bantuan pin dan kerongsang.

"Dah besar kawan aku ni."

"Ada ke orang makin kecil?" Khaulah berdecit perlahan. Aku tersengih, saja nak melawak sikit.
Tak seronoklah syahdu-syahdu di hari bahagia.

210

"Selamat pengantin baru Adara. Aku doakan kau dan Zatasyah kekal abadi hingga ke syurga-
Nya. Ada masalah bincang baik-baik, abang saudara aku tu jenis senang bawa berbincang.
Jangan bergaduh perang sana-sini, aku tak ada nak neutralkan kau berdua. Aku sayang kau
sampai bila-bila."

Ni yang aku lemah ni. Sedangkan waktu orang lain yang dapat nasihat macam ini pun aku dah
meleleh air mata, takkanlah bila tiba giliran aku tak pula kan? Tubir mata dikesat dengan hujung
tisu. Cair make up aku!

"Saja nak bagi aku nangis kan?"

"Alaa kau ni, aku nak berpesan-pesan pun nak nangis. Dah, dah. Rosak eyeliner tu nanti."

Pintu bilik diketuk dan terjengul kepala Ajwad dari celah bukaan pintu.

"Khaulah ada sekali rupanya." Khaulah tersenyum simpul saat disapa Ajwad. Sesuatu sangat dua
orang ni. Tolong ingatkan aku untuk soal siasat mereka berdua ni nanti.

"Dah siap kan? Mari, rombongan lelaki dah bergerak."

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Mengumumkan perarakan masuk yang diraikan pengantin perempuan, Yang Mulia Tuanku
Puteri Mahkota Laura Adara ibni Yang Mulia Tuanku Emperor Fahd Afkar Suhaid diiringi

211

bonda baginda, Yang Mulia Tuanku Empress Ku Razia Mahmudiah ibni Almarhum Yang Mulia
Ku Badlishah Mahmudiah."

Alunan selawat mengiringi setiap langkah aku dan bonda ke pelamin nan indah yang berada di
pentas sana. Mata dikerling ke arah susuk tubuh yang kacak dalam persalinan putih di hadapan
ayahanda.

Oh my Allah, kacak maut! Jantung mula melonjak-lonjak penuh teruja. Aish, makin jelas pula
segala biceps pada tubuh sasanya bila dilihat dari sini.

Gelojoh benar kau ni Adara.

"Assalamualaikum." Suara Tuan Haji Munir selaku mufti wilayah menghentikan bicara dan
bisikan para tetamu. Berpecah-pecah suara menjawab salam yang diberi.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya, kita semua berada di sini untuk upacara penyatuan dua
hati. Kepada Tuanku Emperor Afkar sekeluarga, menjunjung kasih kerana mengalu-alukan
kedatangan patik dalam majlis penuh barakah ini. Kita mulakan majlis dengan ummul kitab Al-
Fatihah."

Seluruh dewan bertafakur, masing-masing khusyuk menadah tangan mengabdikan diri kepada
Yang Maha Esa. Usai bacaan Al-Fatihah, majlis diteruskan dengan sedikit kata alu-aluan dari
ayahanda dan seterusnya khutbah nikah dari mufti.

212

Pejam celik, pejam celik. Khutbah nikah sampai ke titik noktahnya. Tibalah saat yang sekian
lama ditunggu. Genggaman tangan bonda di sebelah aku eratkan. Terasa hangatnya haba dari
tangan bonda yang sedikit sebanyak menghilangkan debaran yang sedang menggila.

"Baik, saksi bersedia?"

Dari kejauhan aku lihat kedua lelaki yang juga sepupu kepada ayahanda mengangguk.

"Pengantin lelaki, tarik nafas dan hembus. Bawa bertenang, selawat banyak-banyak. Akad ni
kacang je!" Berderai tawa para hadirin mendengar usikan Tuan Haji Munir. Zatasyah sendiri
tersenyum kecil, namun riak berdebarnya tetap tak hilang. Halkumnya turut bergerak beberapa
kali, entah berapa gelenlah air liur yang sudah dia telan.

"Tuanku Emperor selaku wali dan kadi, boleh kita mula?" Ayahanda turut mengangguk.

Tangan kedua lelaki kesayangan aku itu bertaut.

"Ubaid Zatasyah Al-Asad."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Laura Adara Fahd Afkar Suhaid dengan maharnya seutas
rantai tangan dibayar tunai."

213

"Aku terima nikahnya dengan mahar yang disebutkan."

Melihatkan saksi yang terangguk-angguk kepalanya dengan mulut yang bergerak menyebut 'sah',
segala rama-rama yang berterbangan di dalam perut sejak tadi serta-merta terbunuh semuanya.
Tangan diangkat mengaminkan alunan doa, dipanjatkan agar ikatan suci ini kekal utuh hingga ke
syurga-Nya.

"Tahniah puteri bonda." Tubuhku dipeluk erat. Dalam sebak, pelukan bonda aku balas sambil
mengerling ke arah Zatasyah dipeluk erat oleh ayahanda. Kemudian susuk tubuh itu menghilang
ke luar dewan, rasanya untuk menunaikan solat nikah di tempat yang disediakan.

"Syurga Adara dah beralih kepada Zatasyah. Sayangi dia setulus mungkin, doa bonda akan terus
mengiringi kalian hingga ke akhirnya."

"Bonda.." Sedaya-upaya air mata ditahan agar tidak mengalir. Ingat make up mahal Adara, ingat
duit ribu-ribu yang melayang ke poket MUA.

"Assalamualaikum."

"Izinkan saya?" Bonda tersenyum manis lalu turun dari pelaminan ini, memberi ruang untuk aku
dan Zatasyah duduk berdua setelah bergelar suami isteri.

"Tak mahu jawab salam saya?"

214

"Waalaikumussalam." Terasa membahang pula pipi ketika ini. Lain macam pula aura jejaka ini
selepas bergelar suami aku.

"Dekat sikit sayang." Perlahan aku mengesot mendekati dia di sebelah pada kala mata masih
menekur memandang kaki. Malu!

Tangannya naik menyentuh ubun-ubunku dan dengan nada perlahan, membisikkan doa yang
lazimnya dibacakan oleh para suami usai ijab qabul.

"Tangan." Seutas rantai tangan disarungkan kepadaku.

"Ciumlah tangan saya." akur seperti robot, semua arahannya aku ikut tanpa bantahan.

"Dahi nak cium tak?'

"Nak." Laju aku membalas sebelum menyedari aku sudah terlepas kata. Tangan pantas dibawa
menekup mulut dan kepala digeleng-gelengkan.

"Tak nak! Maksud saya, nanti dalam bilik. Err, malam esok?" Ah sudah, sah-sah si Zatasyah
fikir benda lain nanti. Naughty mouth!

"Tak naklah esok, malam ni okay?" Dia tayang muka nakal. Cis!

215

"Sudah, nak mengusik bermesra nanti ya. Sekarang sesi bacaan lafaz taklik." Datang Abang
Abrar membawa sehelai kertas yang bercetak lafaz taklik di atasnya. Huluran kertas disambut
oleh Zatasyah. Sebelah tangannya memegang mikrofon.

"Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan
dengan isteri saya Laura Adara bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus.."

"..Sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan
terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan
sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya Laura Adara itu dengan satu talak."

Kertas dan mikrofon dipulangkan semula. Wajahnya dipalingkan ke sisi, aku tahu dia sedaya
mungkin menyembunyikan air mata daripada aku. Ada getaran dalam suaranya ketika membaca
lafaz taklik sebentar tadi.

"Don't cry." Lengannya diraih dan air matanya aku kesat dengan hujung ibu jari.

"Assalamualaikum." Serentak berpasang-pasang mata termasuklah aku dan Zatasyah
memandang ke arah podium yang terletak bertentangan dengan pelamin.

"Ucapan kali ini khas buat puteri dan putera kesayangan saya, Adara dan Zatasyah. Sebelum itu,
izinkan saya berpantun serangkap dua."

"Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan,

216

Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan."

"Selamat menempuh alam perkahwinan. Berkasih sayanglah kalian, bercintalah sehingga terlerai
nyawa dari jasad. Untuk Zatasyah, bimbinglah sekuntum bunga ini ke jalan yang benar. Andai
satu hari nanti kamu rasa kamu bukan lagi suami yang terbaik untuk puteri ayahanda, pintu
istana sentiasa menanti kalian. Andai kata kasih sayang telah berubah arah, pulangkan Adara
ayahanda sebagaimana kamu ambil dia dari kami." Ucapannya jeda buat seketika. Tangannya
meraup wajah sendiri lalu berdehem sedikit sebelum menyambung kata. Suaranya bertukar
sedikit serak. Aku tahu, ayahanda sebak.

"Untuk Adara, ini syurga kamu. Ini pemimpin kamu. Ini imam kamu. Jangan abaikan dia.
Hormati dia, jangan tinggikan suara. Apa-apa bincang baik-baik ya?"

"Jaga ikatan suci yang telah termetrai ini. Ayahanda tak berniat untuk beri ucapan yang panjang.
Akhir kata, semoga berbahagia dan cepat-cepat beri kami cucu!" Dalam linangan air mata, aku
tergelak perlahan. Figura itu turun dari podium dan melangkah ke arah kami berdua.

"Ayahanda.." Dalam sedu-sedan, tubuh yang kian dimamah usia itu aku dakap. Inilah dia cinta
pertama aku, lelaki yang aku gelar ayahanda.

"Sudah, jangan menangis. Comot nanti." Dia seka air mataku dengan ibu jarinya dan dahiku
dikucup syahdu.

"Jaga Adara ayahanda."

217

"InsyaAllah. Selagi ada daya, saya jaga amanah ayahanda." Bahu Zatasyah ditepuk beberapa kali
lalu ayahanda turun meninggalkan kami. Naik pula sepasang pengantin baru yang lama sedikit
daripada kami berdua. Siapa lagi kalau bukan abang Abrar dan Kak Deandra.

"Selamat pengantin baru my forever baby girl!"

"Ternyata firasat akak tak salah, bilamana pertama kali akak lihat Adara dengan Zatasyah.
Semoga berbahagia ke anak cucu cicit sehingga ke alam abadi."

"Aamiin."

"Abang bet kalau Adara dapat anak dulu, abang botakkan kepala abang!"

"Hish!" Lengan abang Abrar dipukul perlahan. Yang pastinya, bukan aku yang buatlah, hahaha.

"Mana Ajwad?"

Bunyi tepukan gemuruh menjadi halwa telinga sebaik sahaja aku ajukan soalan tersebut.
Tergamam aku melihat kelibat kuda putih yang berjalan memasuki dewan ini. Susuk tubuh yang
kemas berpakaian baju istiadat serba putih sedang menunggang kuda kesayangan aku, Snow
White.

Ajwad memang sentiasa di luar jangkaan. Melihatkan mikrofon mini di kolar bajunya, aku rasa
aku tahu kerja gila apa yang bakal dia lakukan.

218

*buka video Barakallahu Lakuma by Maher Zain di atas sana untuk feeling karaoke bersama
Ajwad hiks.*

"We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together"

Tangannya menunjuk lurus ke arah aku dan Zatasyah. Feeling artis sangat dia ni.

"We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say"

"Ramai-ramai!"

"Barakallahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

219

Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Barakallahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Barakallah
Barakallah

220

Barakallah
Barakallah
Barakallahu Lakum Walana
Barakallahu Lakum Walana
Allah Barik Lahuma
Allah Adim Hobhumma
Allah Solli Wassalim Ala Rasulillah
Allah Toub 'Alaina
Allah Irdha 'Anna
Allah Irdhi Khutana
Ala Sunnat Nabinna

Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Barakallahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair."

221

Derap langkah haiwan berkaki empat itu berhenti semeter di hadapan pelamin. Ajwad turun dan
mengorak langkah penuh gaya ke arah kami.
"Barakallahu fikum Adara dan Zatasyah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Nanti Ajwad
nak lima anak buah perempuan, lima anak buah lelaki. Kalau combo twins or triplets lagi bagus."
"Eii Ajwad!"
"Combo tu tak janji, tapi insyaAllah sepuluh anak buah tu kami akan usahakan."
"Cantik!"
"Hish!" Aku jegilkan mata ke arah keduanya. Muka aku ni nampak seiras dengan kilang ke?
Setelah kedua-dua kakandaku turun, lengan Zatasyah aku tampar perlahan.
"Nakal!"
"Kan saya dah kata saya memang nakal." Di hujung ayat, matanya dikenyitkan.
Grr, suami siapalah nakal tak bertempat sangat ni?

222

Zatasyah yang sibuk mengikat tali leher di hadapan cermin aku pandang dengan rasa teruja. Ya
Allah, suami siapa tu? Kacaknya tak terampun. Menangis jiwa raga kerana rupanya yang terlalu
tampan.

Overacting.

Seakan menyedari aku yang asyik memerhatikannya dari jauh, dia berpaling ke arahku dan
kemudian satu kenyitan dihadiahkan.

Darah mula menyerbu ke muka. Mata melilau ke sekeliling bilik ini, tangan dikibas-kibas ke
wajah. Auch, auranya memikat!

"Berapa lama lagi nak termenung dekat situ? Dah siapkan? Jom."

Tegurannya buat aku terkocoh-kocoh mencapai wrislet putih dari almari kaca di sebelah meja
solek. Sempat aku tilik rupaku buat kali terakhir, bimbang eyeliner lari dari garisannya atau ada
bedak yang bercapuk.

"Jom!"

Hari ini merupakan hari di mana ayahanda bakal menurunkan takhtanya kepada Abang Abrar.
Dalam istilah istana, kami gelar ia Istiadat Kurnia Takhta. Pangkat Puteri Mahkota yang
disandangku juga bakal bertukar memandangkan selepas ini ayahanda bukan lagi seorang
Emperor.

223

"Morning abang, kakak." sapaku melihatkan sepasang suami isteri yang sedondon berbaju
istiadat diraja.

"Morning Adara."

"Deandra, I tak reti ikat tie la. Tolong?"

Bebola mata diputar 360 darjah mendengar rengekan 'manja' abang. Ulat bulu dah naik daun.
Sajalah tu nak bermanis-manisan di depan aku. Macamlah dia seorang saja yang ada pasangan.
Kita pun adalah! Malas nak over depan orang aje.

"Dah siap semuanya?" Sapaan bonda buat kami berempat menoleh ke belakang.

"Ajwadnya ke mana?"

"Coming!" Aku lihat Ajwad kelam-kabut berlari dari atas dengan blazernya masih disangkut
pada lengan.

"Maaf, maaf. Perut meragam sekejap tadi."

Bonda menggeleng perlahan.

"Kita naik kereta asing-asing ya. Semua dengan pasangan masing-masing kecuali Ajwad. Ajwad
naik dengan bonda dan ayahanda."

224

"Menjunjung perintah, Empress!"

"Razia, mari. Pemandu Diraja dah menunggu di luar." Muncul ayahanda yang segak bermuskat
kombinasi tiga warna. Warna hitam bersulamkan benang emas dan perak.

"Let's go, wifey." Zatasyah hulurkan lengan. Aku tahan senyum teruja dalam hati. Lengan
kekarnya aku paut.

Teruja sekejap dapat pegang lengan suami. Suami wei! Seronok juga kahwin ni.

Kami sama-sama melangkah ke dalam limousine rasmi diraja.

"Awak, awak." Bahunya dicucuk dengan jari.

"Ya?"

"Hmm, lepas ni kan. Kita dah tak duduk sinikan?" soalku dengan nada separuh berbisik. Tak
mahu perbualan kami sampai pada pendengaran pemandu di hadapan.

"Yalah. Kita pindah duduk rumah kita. Kenapa?"

"Okay, saja nak tanya. Nak verification."

225

"Banyaklah awak punya verification."

Aku cuma balas selorohannya dengan sengihan. Pandangan dialihkan menghadap ke arah luar.
Memerhati pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalan. Sekali-sekala terasa sentuhan jemari
kasar Zatasyah bermain di kekura tanganku.

Tak sampai lima minit memandu dari istana, kami tiba di Tigris Royal Citadel, sebuah binaan
khas untuk kami golongan kerabat mengadakan apa-apa majlis rasmi. Dan salah satunya ialah
majlis hari ini.

"Take a deep breath. Sebab lepas ni awak akan meredah lautan wartawan." ujarku, memberi
peringatan mesra kepadanya tatkala melihat segerombolan pihak media yang berkumpul di
laluan masuk.

Limousine kami berhenti di belakang limousine yang dinaiki Abang Abrar dan Kak Deandra.

"Ready?" Zatasyah ukir senyuman.

Bunyi kerdipan kamera menerjah pendengaran sebaik sahaja pintu di sebelah Zatasyah dibuka.
Dengan tenangnya suamiku itu turun dan kemudian menghulurkan tangannya padaku. Huluran
tangannya disambut dan aku berdiri di sebelah tubuh tinggi lampainya.

"Puteri Mahkota!"

226

"Puteri, sebarang ucapan untuk rakyat jelata bersempena perkahwinan Puteri bersama Tuan
Ubaid?"

"Kami dari.."

Berbelas-belas mikrofon dihulur ke arah kami berdua tetapi seperti biasa, aku cuma tayang riak
wajah manis dan memilih untuk tidak membuka mulut. Jujur, berada dalam kelompok yang
popular dan menjadi perhatian ramai ini sangat meletihkan.

"Minta maaf, sebarang soalan Puteri akan jawab selepas sesi angkat sumpah. Terima kasih."
Muncul dua orang pengawal peribadi Diraja di sisi kami, menghalang para wartawan daripada
bertindak agresif.

Maklum, mereka boleh bertindak luar jangkaan demi semata-mata untuk secebis artikel. Kepala
mendongak memandang Zatasyah di sisi. Mahu melihat reaksinya setelah pertama kali 'berenang'
dalam lautan wartawan tadi. Aku ulang, mendongak. Kerana tinggi lelaki ini memang di luar
kebiasaan.

Enam kaki enam inci lawan dengan aku yang berketinggian ngam-ngam lima kaki. Macam mana
tu? Bayangkanlah sendiri sebesar mana jurang di antara kami.

"Okay, as expected. Boleh jadi rehearsal untuk saya lepas ni." Dia bersuara. Aku tergelak
mendengar kata-katanya. Betullah tu, latihan untuk dia menghadap para wartawan sebagai
seorang pengarah operasi syarikat.

227

Kami sama-sama berjalan beriringan di atas karpet merah yang dihampar ke pintu masuk
balairung seri.
"Laura!" Aku menoleh ke arah punca suara nyaring itu dan kemudian turut melonjak keterujaan.
"Qiha!"
"Omg I miss you like crazy!" Kami saling berlaga-laga pipi.
Ini Faqiha Amina. Puteri kepada Fahd Izzudin, sepupu ayahanda. Dalam erti kata lain, dua pupu
akulah.
"Behave la sikit. Formal event ni." Lengannya aku tepuk perlahan. Faqiha tersengih.
"Sorry, sorry. Excited. Lama tak jumpa Laura."
Pandangannya beralih ke Zatasyah di sebelahku. Dia kelihatan terlopong sesaat sebelum berbisik
di telingaku.
"Qiha lupa Laura dah kahwin."
Cis, bikin suspen aje budak ni. Zatasyah aku tarik supaya mendekati kami berdua.

228

"Awak, ini Faqiha. Dua pupu saya. Qi, ni suami Laura. Zatasyah."

"Zatasyah? Bukan nama dia Ubaid ke?"

"Ubaid Zatasyah, to be precise." Faqiha mengangguk. Rambutnya yang didandan cantik itu turut
ikut beralun mengikut pergerakan kepalanya.

"Nice to meet you sir." Tangannya dihulur.

"Nice to meet you too." Zatasyah cuma meletakkan tangan ke dada kiri dan menunduk sedikit.
Aku simpan senyum dalam hati.

Faqiha larikan tangannya dan tersenyum kelat.

"Oh sorry, my bad."

Zatasyah cuma tersenyum nipis.

"Mana Ardy?" Aku ajukan soalan. Leher dipanjangkan memandang sekeliling, mencari kelibat
Ardy yang dimaksudkan.

"Kerja, as usual. Macamlah tak kenal husband Qi tu. Workaholic. Event macam ni pun kerja dia
juga nombor satu."

229

Aku turut bersimpati. Kisah Ardy dan Faqiha bukan satu perkara asing dalam keluarga kami.
Kisah kahwin lari yang cukup hangat diperkatakan ahli keluarga. Bercinta tidak, bertunang tidak,
tiba-tiba Faqiha pulang dengan status isteri orang. Khabarnya, mereka bernikah secara tertutup di
luar negara.

Ardy itu, bukannya tak baik. Cuma... entahlah. Nak cakap lebih-lebih pun bukannya aku ada
dalam rumahtangga mereka.

"Dipohon agar Yang Mulia sekalian hadir ke balairung seri. Istiadat kurnia taktha dan angkat
sumpah Tuanku Emperor Fahd Afkar Suhaid kepada anakanda baginda Tuanku Fahd Abrar
Mubarak bakal kita mulakan sebentar sahaja lagi."

"Kami berdua masuk dulu." Aku berpamitan dengan Faqiha lalu masuk ke balairung seri. Kerusi
khas yang terletak paling hadapan dituju. Di sebelah kanan aku, ada Ajwad yang sibuk berbual
dengan Fahd Elhan, adik bongsu ayahanda.

"Hai pengantin baru, segak bergaya dua-dua."

"Apa Ayah Cu ni, malulah Adara."

"Malu apanya, biasalah gurau senda di awal perkahwinan. Ni suami apa namanya? Ayah Cu
lupa."

"Apalah Ayah Cu, muda-muda dah lupa." Ayah Cu Elhan menjegilkan mata, tanda marah-marah
manja.

230

"Saya Zatasyah, Ayah Cu."

"Handsome kan Ayah Cu?" Sempat aku lemparkan soalan cepu emas pada Ayah Cu.

"Uish handsome. Pandai kamu pilih."

Aku tersenyum bangga.

"See the leg la!"

Tawa kami berpadu, tetapi masih dalam nada yang terkawal bagi menghormati tetamu yang lain.
Bunyi mikrofon menghentikan perbualan kami.

"Hadirin sekalian diminta berdiri."

Bunyi irama muzik lagu kebangsaan mula dimainkan oleh kumpulan okestra yang dijemput khas
untuk majlis hari ini.

"Hadirin dipersilakan duduk."

"Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara

231

Assalamualaikum mulanya kata,
Awal bismillah pembuka bicara."

"Di pagi nan cerah yang dilimpahi rahmat-Nya pada hari ini, berkumpul kita di dewan yang
mulia ini bagi istiadat kurnia takhta dan angkat sumpah oleh Yang Mulia Tuanku Fahd Abrar
Mubarak ibni Tuanku Fahd Afkar Suhaid. Sebelum itu, eloklah kita menjemput Tuan Haji Munir
selaku mufti wilayah kita bagi memimpin bacaan doa, memohon keberkatan dari Dia Yang Maha
Kuasa."

Semua yang ada menadah tangan, mengaminkan bacaan doa dengan satu harapan yang sama,
supaya majlis ini dipayungi rahmat dan kasih sayang-Nya.

"Majlis menjemput Tuanku Fahd Abrar Mubarak untuk sesi angkat sumpah."

Susuk tubuh Abang Abrar berjalan ke arah tempat bersemayam ayahanda dan bonda. Sebelah
tangannya memegang teks sumpah manakala tangan kanannya diangkat ke sisi.

"Wallahi, wabillahi, watallahi. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, beta Emperor Fahd Abrar Mubarak ibni Tuanku Fahd Afkar Suhaid. Dengan ini
melafazkan lafaz teguh setia bahawasanya beta akan berlaku adil dan saksama sepanjang
pemerintahan beta selaku Emperor keenam empayar Tigris An-Najh. Dengan meletakkan agama
Islam di tempat yang tertinggi, beta menerima jawatan ini."

"Perkenan lafaz sumpah, takhta kini milik anakanda Fahd Abrar Mubarak."

232

"Merafak sembah, ampun Tuanku. Takbir!"
"Allahuakbar!"
Usai sesi angkat sumpah dan menandatangani surat penyerahan amanah, kami bergerak ke balai
santap bagi sesi menjamu selera.
"Nak makan apa? Saya ambilkan."
"Eh, tak apalah. Saya ambil sendiri." Aku gelengkan kepala, tak mahu menyusahkan dia.
"Apa gunanya suami kalau tak digunakan? Duduk. Saya ambilkan."
Kerusi yang telah dikhaskan untuk aku ditarik dan Zatasyah dudukkan aku di atasnya.
"Yalah. Awak ambil je apa-apa, tapi tak mahu nasi."
"Yang awak tak mahu tu saya ambil, bukan saya tak tahu perangai orang perempuan. Yang dia
tak mahu tu la yang dia sibuk minta dekat orang masa makan nanti."
Aku tersengih. Nak buat macam mana, mula-mula rasa tak nak. Bila tengok orang makan
nampak sedap pula.

233

Wajah bonda dipandang sekejap sebelum tubuhnya aku dakap erat. Tiba-tiba rasa sayu pula.
Lumrahnya kalau dah berkahwin, tiba masanya aku perlu berjauhan dengan keluarga kerana
syurgaku telah beralih arah.

"Jaga makan minum suami. Rajin-rajin masuk dapur, jangan suka sambung tidur lepas Subuh.
Zatasyah, kalau Adara ni pemalas sangat, kamu report dekat bonda. Biar bonda ceramah dekat
tepi telinga dia."

Wajah bertukar cemberut. Bonda ni, habis terbuka segala aib aku depan Zatasyah!

"Apa ni bonda, cakap macam Adara ni tak berguna sangat." rungutku tak puas hati.

"Ini namanya berpesan-pesan, bonda bukannya ada sekali dengan kamu berdua nak membebel
macam selalu." Pipiku ditarik perlahan. Ish bonda ni, ingat kita ni pau ke?

"Sudahlah awaknya, banyak pula pesanan tok nenek dia. Anak menantu nak balik tengok rumah
mereka juga." Ayahanda di sisi mula menyampuk menyebelahi pihakku. Bonda buat muka toya.
Aku jungkitkan kening. Jangan tak tahu, ayahanda memang jarang tak masuk belah aku!

Batang tubuh ayahanda yang masih gagah tak sepadan dengan usianya aku dakap.

"Nanti mesti Adara rindu ayahanda."

"Kalau rindu, pintu istana sentiasa terbuka. Datang je."

234

Kepalaku diusap perlahan. Tubir mata mula membahang. Aku lemah betul kalau ayahanda dah
mula melayan aku punya syahdu.

"Hah, mulalah tu drama ratu air mata dia!" Tegurannya buat air mata yang hampir jatuh tadi
tersejat semula. Rangkulan dileraikan lalu sebuah jelingan tajam aku hadiahkan kepada Ajwad.

"Jangan nak berperang dekat sini. Bonda ni kadang-kadang confuse, umur kamu berdua ni
berapa? Yang seorang dah jadi isteri orang. Yang ini dah boleh jadi bapa orang." Bonda geleng-
geleng kepala.

Wajah Ajwad dipandang dengan pandangan yang membawa maksud— tengok, bonda dah mula
membebel! Ni semua salah Ajwad!

Ajwad cuma mencebikkan bibir lalu beralih pada Zatasyah di sisiku.

"Jaga adik aku bro. Kalau dia menangis-nangis balik sini mengadu benda-benda kurang baik,
tahulah apa aku nak buat dengan kau nanti."

Spontan hujung bibirku naik dengan sendirinya mendengar kata-kata Ajwad. Dalam annoying
pun sayang juga dia dekat aku.

"InsyaAllah."

"Baik-baik jalan." Pintu kereta dibuka lalu aku loloskan diri ke dalam.

235

Lambaian terakhir diberikan sebelum roda kereta berputar meninggalkan pekarangan istana.
Tempat suka duka aku selama dua puluh empat tahun bernafas di dunia ini. Enggan hanyut
dalam rasa sayu meninggalkan keluarga, aku alihkan pandangan menatap Zatasyah yang kacak
berkaca mata hitam.

Bermula dari rambutnya yang sedikit bersinar terkena pancaran cahaya sang rawi, dan kemudian
beralih ke hidungnya. Cemburunya aku kerana hidung dia lebih mancung dari aku! Bibirnya
merah bak delima, bukti nyata dia bukan seorang perokok tegar.

Rahangnya juga begitu tajam. Kumis nipis yang dicukur rapi menambah keindahan roman yang
sedang aku hayati ketika ini. Begitu sempurna sekali lekuk wajah yang dicipta oleh Sang
Pencipta sekalian alam.

"Done checking me out?"

Soalannya buat aku kelam-kabut memandang jalan raya di hadapan. Cis, tertangkap pula! Buat
malu kaum aje!

Seketika kemudian, terasa lenganku dicuit jemari kasar Zatasyah.

"Sayang, sayang."

"Yes?" sahutku.

236

"Abang nak singgah office dulu boleh sebelum kita balik. Bolehkan?" Serta-merta keningku
bercantum. Bukan sebab ayatnya, tapi kerana kata ganti nama yang dia tuturkan.

"Come again? Awak bahasakan diri awak apa tadi?" pintaku. Manalah tahu kot-kot aku yang
salah dengar.

"Abang?"

Bibir membentuk senyuman geli hati. Entah kenapa, hati bagai digeletek apabila mendengar
perkataan abang itu keluar dari mulutnya. Macam pelik pun ada.

"Tak naklah panggil abang." bantahku.

"Kenapa pula?"

"Tak special. Abang Abrar pun saya panggil abang. Even some of my cousins pun ada yang saya
panggil abang. Panggilan tu tak exclusive."

"Dah tu awak nak panggil saya apa?"

"Panggil oppa pun bolehkan? Tak pun yeobo."

Zatasyah hadiahkan pandangan tak percaya bercampur sedikit rasa meluat.

237

"Muka saya ni ada iras-iras pelakon Korea ke?"
Meletus tawaku mendengarkan ayatnya. Amboi, nada dia macam anti betul dengan para oppa
idaman kalbu para gadis.
"Okay, okay. Panggil honey la." ujarku, cuba memberi cadangan.
"Saya bukan madu."
"Habibi?" Satu lagi cadangan diutarakan.
"Macam tengah berlakon filem arab."
"Hubby?"
"Budak-budak sangat."
"Baby?"
"Tu anak kita punya panggilan."
Aku merengus kegeraman.

238

"Semua tak nak, apa yang awak nak?"
"Panggillah saya abang."
"Saya bukan tak nak. Tapi bila saya panggil abang, rasa tak special."
"Cubalah dulu."
Kereta berhenti pada persimpangan lampu isyarat. Perlahan-lahan Zatasyah mula mendekat
padaku.
"Speak. I want to hear it. Loud and clear."
"Abang."
"No sincerity detected. Try again."
"Abang?" Zatasyah menggeleng lagi. Kalau tak ingat dia suami, memang ada yang makan heels
aku karang.
"Abang.." Sengaja aku leretkan bahagian hujung. Ni kalau tak approved juga, memang ada yang
makan tapak kasut sekejap lagi.

239

Zatasyah pegang dada kirinya. Terukir senyuman nakal di hujung bibirnya.

"Guess what? My heart beat even faster."

Iris hitam pekatnya menikam romanku. Lama sampai kulit pipiku terasa menebal sepuluh inci.
Sehinggalah...

"Pon!"

"Awak, dah hijau!" jeritku, tindakan refleks apabila melihat lampu isyarat bertukar hijau. Kelam-
kabut dia menukar gear dan pedal minyak ditekan semula.

Ambil kau, siapa suruh buat babak Hindustan tengah jalan raya? Tak pasal makan hon sebiji hari
ni.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Setiap rumah yang dibina di kawasan tanah lot ini diperhati dari dalam kereta. Bukan calang-
calang bentuk binaan di sini. Gah-gah belaka reka bentuknya. Pendek kata, semua rumah di sini
dibina mengikut citarasa sang penghuninya.

Alfa Romeo milik Zatasyah berhenti di hadapan sebuah rumah berpagar hitam.

240

"Dah sampai." Bunyi handbrake ditarik mematikan lamunanku. Terkebil-kebil aku menatap
binaan dua tingkat dengan laman yang luas di bahagian tepi.
"Rumah awak?" soalku. Zatasyah menggeleng.
"Correction, rumah kita."
Enjin kereta dimatikan lalu Zatasyah turun dari kereta. Dengan lagak gentleman dia bukakan
pintu di sebelahku. Sehelai kain panjang berwarna biru dikeluarkan dari koceknya.
"Apa-apa pun, tutup mata dulu." Kain tadi dibawa menghalang penglihatanku.
"Alaa kena tutup ke?" rungutku.
"Tutuplah, saya nak buat suprise. Jangan buka pula, saya gigit awak nanti."
"Ingat awak tu Luthfan ke nak gigit-gigit orang?"
Terdengar tawa halusnya menyapa pendengaranku. Tangan dipimpin masuk ke dalam. Terasa
sejuknya jubin lantai tatkala kaki memijak ke dalam rumah ini.
Langkah kakiku terhenti apabila Zatasyah turut berhenti.

241

"Dah boleh buka ke?" soalku.

"Sekejap."

Satu saat, dua saat, tiga saat.

"Okay, boleh buka." Sayup-sayup suaranya melaung memberi arahan kepadaku.

Ikatan di belakang kepala dileraikan. Serta-merta rahangku jatuh tatkala melihat dekorasi
dalaman banglo dua tingkat ini.

Padanan warna putih, hitam dan hijau lumut kelihatan sangat mempesona pada pandangan
mataku. Di sebelah kananku, ada pintu gelangsar yang menghubungkan ruang tamu dengan
halaman berumput karpet lengkap dengan air pancut.

"Welcome to our world, my lady. The world that is full of love and happiness. The world where
are only you and me living inside here." ujarnya dengan tangan yang terawang ke udara. Kakinya
melangkah perlahan menuruni anak tangga satu-persatu.

Dengan teruja aku memerhati segenap ruang dalam rumah ini. Setiap hiasan yang ada aku sentuh
dan belek.

"Suka?" Suara huskynya berbisik perlahan di tepi cuping telingaku.

242

"Cantiknya awak! Saya suka sangat! Tapi saya lagi suka awaklah, hihihi." Sempat aku selitkan
gurauan dalam ayatku.

"Ada lagi satu tempat. Yang ni mesti awak suka gila-gila. Saya jamin."

Tanganku ditarik menyusuri lorong di sebelah tangga dan berhenti pada bilik yang paling
hujung. Anak kunci dimasukkan ke lubangnya lalu tombol pintu dipulas.

Sekali lagi rahangku jatuh apabila melihat apa yang ada di dalam bilik ini.

Rak buku putih yang mencecah siling lengkap dengan novel-novel yang terdiri daripada pelbagai
bahasa berdiri teguh di tengah-tengah bilik. Di sebelah kirinya ada beberapa biji beanbag dan
fairylight yang bergantungan di atasnya. Serasa seperti berada dalam syurga buku!

"I asked my in laws about your hobby and things that you like the most. And they told me you
are a bibliophile."

Buku-buku di rak aku belek satu-persatu. Ada antaranya yang aku belum sempat beli pun lagi.
Semuanya disusun mengikut abjad, bermula dari A hingga Z dan diasingkan mengikut genre dan
bahasa.

Syurga dunia buat pencinta buku seperti aku!

243

"Saya dah deal dengan beberapa publisher favorite awak. Setiap naskhah judul buku baharu akan
dihantar ke rumah kita sebaik sahaja siap dicetak. Fresh from the oven." tokoknya lagi. Susuk
tinggi lampainya berdiri di hadapanku.

"This is too much." Perlahan aku berbisik sambil mata terkedip-kedip menahan air mata agar
tidak tumpah.

"This is nothing compared to your existence." Iris hitamnya menikam anak mataku tatkala dia
ucapkan ayat tersebut.

"Terima kasih terima saya sebagai suami. Sebagaimana janji saya pada ayahanda, akan saya jaga
awak hingga nyawa saya terpisah dari jasad."

Sebuah kucupan hinggap pada ubun-ubunku. Serentak dengan itu, air mata mengalir syahdu
membasahi pipi. Dada bidangnya aku pukul sekali. Kuat pukulannya sehingga berbunyi tapi aku
yakin dia tak merasa apa-apa.

"Awak sajakan nak bagi saya menangis?"

"Kenapa nak menangis pula? Saya tengah cuba buat awak happy ni." Air mataku dikesat dengan
ibu jarinya.

"Sebelum bilik ni banjir, jom ikut saya. Kita ada lagi satu tempat istimewa."

244

Ada lagi? Banyak pula kejutan yang dia sediakan untuk aku. Aku cuma menurut langkahnya
yang keluar dari bilik dan menuju ke arah tangga.

Anak tangga didaki sehingga tiba di bahagian paling atas. Pintu besi yang bersadurkan logam
tahan karat dikuak. Tak sangka pula aku, banglo ini punya bahagian rooftop.

Sebuah kolam renang menjadi perkara pertama yang menghiasi imej pandangan tatkala aku
melangkah ke ruang paling atas ini.

"Rumah ni memang awak beli masa kita nak kahwin atau dah lama beli?" Satu soalan diajukan.

"Dah lama beli, tapi baru renovate. Last minute punya plan, nasib baik ada contractor yang
sanggup buat ikut plan saya." Aku mengangguk faham. Tubuhnya dirangkul dari arah hadapan.

"Terima kasih." ucapku buat kesekian kalinya untuk hari ini.

"Kasih diterima." Dahinya dirapatkan ke dahiku. Suasana jeda seketika, cuma bunyi nafas kami
berdua yang kedengaran.

Seketika kemudian, dia mengalihkan wajahnya. Bahuku dipusing menghadap gazebo di sebelah
kolam renang.

"Awak tahu, saya dah boleh bayang cucu-cucu kita main kejar-kejar. Lepas tu kita perhatikan dia
orang sambil awak suap cheesecake dekat saya waktu minum petang."

245

Terhambur tawaku mendengar ayat yang Zatasyah tuturkan. Alahai, indah saja bila perkataan
cucu keluar dari mulutnya. Menandakan dia punya impian untuk bersama denganku menuju ke
hari tua kami.

"Futuristiknya awak ni! Belum apa-apa dah fikir cucu!"

"Haruslah futuristik demi masa depan yang terancang. Demi mengecap bahagia hingga ke syurga
bersama Laura Adara."

Mata dipicingkan memandangnya lalu seulas bibir merah itu aku kepit dengan jari. Geram!

"Mulut ni kenapa manis sangat hah? Siapa ajar cakap benda-benda sweet macam ni?"

"Tak payah sesiapa ajar, bakat semula jadi."

"Awak ni bekas buaya darat ya?" Aku mula buat andaian serkap jarang.

"Saya memang pencinta wanita, tapi saya bukan buaya. Dan wanita itu hanya awak." kata
Zatasyah. Dah macam lirik lagu pula.

"Tapikan sayang.." Riak wajahnya bertukar nakal. Dia dekatkan bibir ke telingaku.

"Mana awak tahu mulut saya manis? Pernah rasa ke?" bisiknya.

246

Sekali lagi bibirnya menjadi mangsa ketipan jariku. Geram sungguh aku, suka sangat bercakap
benda bukan-bukan!

247

Tuala muka yang materialnya diperbuat daripada kapas lembut ditekap-tekap pada muka yang
basah. Setelah menepek sehelai face sheet untuk melembapkan tekstur kulit, aku menapak keluar
dari kamar tidur ini.

Langkah kaki terhenti seketika. Otak cuba mengingat semula kedudukan bilik-bilik yang
Zatasyah beritahu kepada aku siang tadi. Dia ini pun, buat rumah besar-besar dah kenapa?
Jenuhlah aku nak mengingat setiap ceruk tempat dalam binaan ini.

Bilik yang terletak paling hujung di aras ini aku tuju. Bilik kerja Zatasyah. Tadi usai makan
malam, dia mengatakan dia punya mesyuarat maya dengan pembekal alat-alat untuk helikopter
dari Jepun.

Pintu bilik diketuk sekali dan aku buka sedikit. Dia kelihatan sedang khusyuk berbincang dengan
entah siapa di talian sebelah sana. Melihatkan dia yang terlalu sibuk, pintu dikatup semula. Niat
untuk masuk ke dalam dibatalkan. Bimbang kehadiranku mengganggu perbincangan mereka
berdua nanti.

Kaki diayun menuruni tangga ke tingkat bawah. Pintu mini library aku buka. Alang-alang tak
tahu nak buat apa, bolehlah aku explore buku-buku yang ada di dalam ini. Suis lampu dan
aircond dinyalakan lalu tak rak yang berlabel Romance aku dekati.

Hmm, banyak juga buku yang aku dah pernah baca sebenarnya. Membazir betul suami aku ni.
Beli bukannya nak tanya dulu aku dah baca ke belum.

Puas membelek-belek, akhirnya aku capai sebuah buku tebal berkulit hitam dengan gambar
bunga mawar di hadapannya. Buku yang dah pernah aku baca, tetapi belum habis lagi dek

248

kekangan masa yang sangat padat jadualnya. Punggung dilabuhkan di beanbag ungu yang
tersedia.

Bahagian tengah-tengah buku dibuka. Tepat pada muka surat terakhir yang aku baca sebelum ini.

"Nak rampas hero konon. Heroin tu dah cukup menderita kau tahu? Dasar perampas, tak guna
punya perempuan!" bebelku sendiri, melepaskan rasa sakit hati tatkala membaca bahagian
konflik cerita ini.

Tak faham sungguh aku. Kenapa watak perempuan-perempuan perampas ni tetap nak memilih
suami orang? Bukannya tak ada lelaki single lain yang nakkan mereka. Memanglah kau kata kau
yang kenal dia dulu, tapi dah bukan jodoh, maka bukan kau punyalah. Nak mencarut karang aku
yang dapat dosa.

Bercakap tentang konflik, setiap cerita yang pernah aku baca mesti ada klimaks yang tersendiri.
Kalau cerita cinta biasanya sama ada datangnya kewujudan orang ketiga, ibu mertua tak restu
atau kalau rare sikit, dapat suami panas baran dan cemburu buta.

Agaknya, kisah aku dan Zatasyah bagaimana pula konfliknya? Kata bonda, setiap rumah tangga
ada pasang surutnya. Agak-agak, plot cerita macam mana yang akan kami berdua 'lakonkan'?
Kewujudan perampas? Tak mungkin. Sebab aku ni golongan kerabat. Memang belum ada dalam
sejarah empayar ini, ada perempuan yang berani cuba memporak-perandakan rumah tangga ahli
istana. Tempah liang lahad namanya kalau begitu.

Isu ibu mertua tak restu? Lagilah tak mungkin. Isu suami panas baran? Hmm, setakat ini
Zatasyah memang nampak baik-baik saja. Tapi akan datang, siapa yang tahu? Waliyadzubillah.
Bukan mahu bersangka buruk, tapi kebanyakan kes penderaan rumah tangga ni bermula dari

249

suami yang pijak semut tak mati, bercakap pun bagai menanam tebu di tepi bibir. Manis dan
sweet serba-serbi! Tetapi akhirnya isteri yang menjadi tempat melepaskan amarah. Anak-anak
menjadi tempat melampiaskan masalah tertekan.

Minta dijauhkan daripada perkara sebegitu terjadi pada aku.

"Sayang?" Sapaan Zatasyah dari muka pintu mematikan lamunanku.

"There you are. Penat abang cari." katanya sambil melangkah masuk. Dia duduk di sebelah kiri
aku.

"Ada apa cari saya?" soalku. Dia menggeleng.

"Nothing. Saja, rindu." Aku buat muka tahan rasa annoying.

"Jangan nak mengada."

Zatasyah cuma tertawa perlahan. Dia mendekatkan jarak di antara kami. Rapat sehingga tiada
ruang. Semut nak lalu pun tak lepas.

Aku pula, automatik kepala bersandar pada dada bidangnya apabila berada serapat ini
dengannya. Entahlah, rasa seronok dia lain macam bila bersandar pada suami sendiri. Selama ni
mampu tengok dalam drama Korea aje. Dah bernikah ni barulah boleh merasa.

250


Click to View FlipBook Version