"Awakkan dah berpunya? Nanti dia anggap datangnya saya ni nak merosakkan hubungan awak
dengan kekasih awak tu!"
"Siapa kekasih saya?" Kali ni dia diam.
"Awak percaya ke apa saya cakap tadi? Oh, come on Zatasyah. Kalau saya dah berpunya, mana
mungkin saya boleh ajak awak makan berdua tempoh hari? Jangankan makan berdua, tegur awak
pun mungkin tidak kalau saya dah punya seseorang."
"Habis tu tadi?"
"Saya acah je." Dia pandang ke arah lain lalu menarik nafas dan hembus beberapa kali. Seakan
lega apabila aku berkata sedemikian.
"Awak nampak lega bila saya katakan saya main-main pasal bertunang tu." Dia kalihkan kepala
menghadap aku semula. Aku tahu dia sedang menggigit isi pipi di dalam mulutnya kerana
pipinya bertukar sedikit cengkung.
"Kenapa?" dia diam tak berkutik.
"I ask you, why?"
Diam lagi.
101
"Kenapa awak tunjukkan tanda-tanda seperti awak sedang simpan perasaan pada saya?" desakku
apabila dia masih memilih untuk menutup mulut.
"Kenapa Zatasyah?"
"Because I love you! For real."
Jeda. Aku.. tak salah dengarkan?
"Awak cakap apa tadi?"
"Saya kata, I love you. Translation, saya cintakan awak, Adara."
Dia cintakan aku? Zatasyah loves me?
"Apa awak merepek ni?"
"You heard me dear. Dan saya betul-betul maksudkannya."
Oh Allah, semudah inikah perjalanan cinta kami berdua?
102
Zatasyah dengan tenangnya menyedut air minuman di kala tika ini, Ajwad sedang merenungnya
bak harimau yang ingin menerkam mangsanya.
"Kau kata dengan aku, kau baru kenal Adara tak sampai satu bulan. Dan hari ni kau cakap kau
cintakan dia? Oh wow! Ada apa-apa agenda tersembunyi ke?" Sinis soalan Ajwad pada
pendengaranku.
"Ajwad tak mahulah macam ni." Jujur aku kata, aku lagi rela menghadap Ajwad yang perangai
serupa badut daripada Ajwad yang versi ini. Versi pak rimau jadian!
"Adara diam. Ini urusan Ajwad dengan dia ni."
Aku sandarkan badan pada penyandar sambil berpeluk tubuh. Duhai Zatasyah, maaflah saya pun
dah tak boleh buat apa-apa bila Ajwad mula masuk mood abah-abah.
"Saya betul sayangkan Adara, sumpah tak ada sekelumit pun niat lain. Setiap patah cinta saya tu
ikhlas, tak berkaitan pun dengan harta atau pangkat yang dia ada." Bersungguh Zatasyah
menerangkan niat hatinya pada Ajwad.
"Beri aku satu bukti kukuh yang menjamin setiap bait kata kau."
"Putera boleh bunuh saya andai ada apa-apa terjadi pada Adara sepanjang dia dalam hubungan
bersama saya."
103
Woah siap berbunuh-bunuhan, tak boleh jadi ni. Ajwad ni kau jangan buat main, silap haribulan
kalau aku terluka sikit je masa keluar dengan Zatasyah, ada yang kena penggal kepala karang.
"Ajwad.."
"Aku izinkan kau bercinta dengan Adara. Tapi, sekali apa-apa terjadi pada Adara.." Ayatnya
yang tergantung disambung dengan gaya mengerat leher.
"Chop, chop! Apa mati-mati ni? Ajwad janganlah over sangat. Tak mungkinlah Zatasyah nak
buat benda yang bukan-bukan. Keluarga kita pun bukan tak kenal dengan keluarga dia kan?" laju
aku mengingatkan fakta yang Zatasyah merupakan ahli keluarga orang kepercayaan keluarga
kami sejak sekian lama.
"Fine." Ajwad merengus kasar lalu airnya dihirup. Pandai pun diam.
"Ajwad pergi toilet sekejap." Ajwad bangun meninggalkan aku dan Zatasyah berduaan.
"Maaf pasal Ajwad tadi. Dia memang macam itu. Emo sikit."
"Eh, tak apa. Saya pun ada adik perempuan juga jadi saya faham." Zatasyah senyum tipis.
"Cakap pasal adik, mana Luthfan dengan mama dia?" soalku apabila baru tersedar kelibat dua
orang itu tak bersama-sama dengan kami.
104
"Tadi Fina beritahu dia nak carikan mainan untuk kakak Luthfan. Tak tahu pula lama sampai
macam ni sekali."
"Nama mama Luthfan, Fina?"
"Fina tu nickname, nama penuh dia Sorfina. Dia sebaya dengan awak." Nampaknya, aku bakal
punya adik ipar yang sebayalah umurnya.
"Adik-beradik awak berapa orang?"
"Lima orang. Saya anak sulung. Nombor dua, Sorfina tadi. Lepas itu, Zahra dan Sofya. Mereka
kembar. Yang terakhir, Zulfa."
"Anak lelaki tunggal lah ni?" Orang kata kalau anak lelaki tunggal ni dia matang sikit. Tambah
pula kalau anak sulung. Sepadan sangatlah dengan aku yang cengeng dan manja ni.
"Yes I am. Satu-satunya tulang belakang keluarga lepas arwah abi tinggalkan kami." tergamam
aku mendengarkan dua patah perkataan yang berbunyi 'arwah abi' dari dua ulas bibirnya.
"Maaf tanya, abi awak pergi masa umur awak berapa?" Penuh berhati-hati soalan itu diajukan.
"Masa itu, saya baru habis sekolah. Baru sangat-sangat. Arwah abi tak sempat pun ada dengan
saya masa hari saya daftar masuk universiti. Mujur ibu ada masa itu." Senyuman tawar terbentuk
di bibirnya.
105
"Genap empat tahun ibu berperang dengan barah, akhirnya ibu tinggalkan kami adik-beradik."
Tanpa dipinta, dia bercerita tentang arwah ibunya pula.
"Abi awak mesti handsome kan? Sebab awak pun handsome." Sengaja aku sentuh tentang rupa
parasnya yang tampan. Nak alihkan perhatian dia daripada terus hanyut dalam emosi.
"Awak puji saya ke ni? Omg, I'm honored." Aku pukul perlahan tangannya yang tersadai di atas
meja dengan tisu di tangan.
"Main-main ya."
Kemudian suasana jeda seketika. Dia kembali menikmati minumannya manakala aku pilih untuk
curi-curi pandang halkumnya yang bergerak-gerak menelan air.
Super hot.
Aip remember Adara, no peeping!
Puas memandang leher maskulinnya, aku alihkan mata ke rambut chestnut yang tersikat rapi.
"Rambut tu, dye ke semula jadi?" soalku.
"Ni? Semula jadilah awaknya. Tak mainlah warna-warna rambut. Nanti rambut jadi kering."
Tangan kekarnya naik mengusik-ngusik rambut.
106
"Along, lama ke tunggu? Maaflah, tadi Luthfan ni buat hal pula." Teguran seorang wanita
berjaya membuat perhatianku beralih arah.
"Tak lama pun. Duduklah. Adara, adik saya Sorfina."
"Puteri Adara." Dia tundukkan sedikit badannya.
"Panggil je Adara." pantas aku betulkan panggilan yang meniti di bibirnya.
"Eh, duduklah. Kesian lenguh dengan Luthfan tidurnya lagi. Awak ni pun, tolonglah Fina ni."
pelawaku apabila melihat dia masih teragak-agak untuk mengambil tempat bertentangan
denganku.
"Meh Luthfan dekat along." Luthfan yang nyenyak tidur diambil dari dakapan Sorfina.
"Isk.."
"Shh, tidur sayang." pantas Zatasyah menepuk-nepuk punggung anak kecil yang merengek itu
sehingga dia kembali terlena. Aku perhatikan saja setiap gerak-gerinya. Langsung tak kekok,
kalau orang pandang pun silap-silap orang kata Zatasyah ni ayah kandung Luthfan.
Husband material sangat!
107
"Sorry terlama pula dekat tandas." Ajwad kembali dan duduk semula di kerusinya.
"And you are?" soalnya pada Sorfina.
"Fina, adik Zatasyah." pantas aku kenalkan Ajwad dengan Sorfina.
"Nice to meet you, Putera Ajwad."
"Nice to meet you too. Ni anak ke?" soalnya lagi apabila melihat Luthfan dalam ribaan Zatasyah.
"Ya, anak saya."
"Oh anak. Datang berdualah dengan Zatasyah ni?" Kali ini soalan Ajwad dibalas dengan
anggukan Sorfina.
Setelah hampir satu jam berbual-bual dengan Sorfina dan Zatasyah, akhirnya aku dan Ajwad
meminta diri untuk pulang. Bimbang bonda risau pula putera dan puterinya yang keluar tak
pulang-pulang sejak tengahari tadi.
Tapi rasanya bonda faham kot fiil Ajwad ni macam mana kalau shopping. Sejam dua tu
bukannya cukup untuk dia.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
108
"Sumpah, bonda! Lepas itu dan-dan pula Adara mengaku tu bakal suami dia." Ajwad yang
semangat membawang dengan bonda aku pandang geram.
Memanglah tempayan bergerak dia ni seorang! Benci, benci, benci!
"Lepas tu kan bonda, Adara siap merayu-rayu dengan Ajwad supaya bagi green light untuk dia
dan lelaki tu."
"Hey! Jangan buat fitnah ya? Bonda jangan percaya cakap Ajwad ni. Daripada sepuluh yang dia
kata, sembilan tu mesti dusta! Yang lagi satu tu pula mesti terselit ragu-ragu. Dia ni memang
macam ni bonda."
"Eh tapi yang part Adara mengaku Zatasyah tu bakal suami dia Ajwad tak tipu ya! Dengan
penuh keyakinan dia cakap macam tu dengan Ajwad. Confident setinggi angkasa!"
"Ajwad Muttaqin!"
"Apa bising-bising ni anak-anak?" Sapaan ayahanda membatalkan niatku untuk membaling
kusyen ke arah Ajwad.
"Anak kesayangan ayahanda ni dah nak menikah!"
"Sungguh Adara?" Bulat mata ayahanda memandangku.
109
"Baru kenal-kenallah ayahanda."
"Siapa orangnya?"
"Nama dia Zatasyah bang. Anak saudara Tabib Diraja, Doktor Jabbar." bonda membalas bagi
pihakku.
"Oh, budak lelaki yang selalu ada dengan Doktor Jabbar setiap kali solat Jumaat dekat Masjid
Wilayah tu agaknya. Kalau yang itu, memang ayahanda setuju. Baik pun baik. Seorang lelaki tu
kalau dia pergi solat Jumaat, bolehlah masuk list bakal imam."
"Bila nak bawa jumpa ayahanda?"
"Hah?"
"Nak nikah, bawa jumpa ayahanda dulu. Test mengaji dua tiga juzuk. Lepas itu nak kena tanya
rukun islam, rukun iman apa semua. Dah lulus, baru ayahanda sudi walikan." Terangguk-angguk
aku mendengar kata-kata ayahanda.
"InsyaAllah, nanti dalam masa terdekat Adara beritahu dia." Perlahan aku berkata. Tiba-tiba
malu pula bercakap soal bakal suami dengan ayahanda. Mungkin sebab selama ni mana pernah
aku bangkitkan isu-isu seperti ini.
"Tak sangka dapat menantu dua orang sekaligus. Hah Ajwad, lepas ini kamu seorang je lah
membujang. Memilih sangat, tak pasal-pasal adik kamu dah langkah bendul." Tergelak-gelak
110
aku mendengar ucapan bonda. Apatah lagi bila melihat muka Ajwad yang bertukar cemberut
mendengar bebelan bonda.
"Ajwad ni bukan memilih bonda. Yang hendak dipilih pun tak ada! Mana ada orang perempuan
nak lelaki mulut tempayan macam dia ni."
"Excuse me young lady! Yang menoleh-noleh setiap kali Ajwad lalu tu apa dia? Tunggul kayu?
Ajwad ni ramai peminat tahu? Dekat Instagram tu ada berpuluh-puluh fans account Crown
Prince Fahd Ajwad Muttaqin. Adara apa tahu?" Ajwad tersenyum bangga di hujung katanya,
seakan berkata— see the face lah!
"Ramai peminat memilih tak ada gunanya juga." Bonda menyampuk perbualan di antara kami.
"Bukan memilihlah bonda, cuma mencari berlian asli di bawah intan permata yang indah-indah.
Bonda sabar sikit je, nanti Ajwad bawa balik menantu meletup kebabom untuk bonda. Lagi
meletup dari bakal isteri Abrar."
"Apa seru-seru nama orang ni?" Muncul pula Abang Abrar yang segak berseluar pendek separas
betis dan bersinglet hitam.
"Adik kau nak kahwin Abrar." Eh eh budak Ajwad ni. Nama aku pula kena petik!
"Dah bincang dah? Pantas dan efisyen." komennya.
"Abrar dah tahu ke?" soal ayahanda.
111
"Dah ayahanda. Adara ada cerita pasal lelaki tu tempoh hari. Kalau semua orang ingat yang hari
dia jadi serba tak kena tu, ha masa itulah detik-detik Laura Adara baru jatuh angau. Sampai
mangkuk nasi pun ditenung sesungguh hati." Sempat pula Abang Abrar throwback kisah lama.
"Cinta berputik lama dah rupanya. Sampai hati Adara tak cerita dengan Ajwad. Ajwad ni pun
abang Adara juga tahu? Merajuklah macam ni!" Ajwad silangkan tangan dan memandang ke
arah lain, acah-acah merajuk.
"Merajuklah. Tak ada siapa nak pujuk. Dah tua bangka nak merajuk, ingat comel?" Kata-kataku
mengundang tawa orang di sekelilingku.
"Nanti jangan lupa jemput dia ya, Adara." Sekali lagi ayahanda mengulang pesanan yang sama.
"InsyaAllah ayahanda."
"Abang, Razia ingat nak bincang semulalah dengan wedding planner. Kita buat majlis untuk dua
orang. Sounds good right abang?" Ceria nada suara bonda ketika mengutarakan pendapatnya.
"Boleh sayang, apa-apa saja." Aku sembunyi senyum mendengar jawapan balas ayahanda.
Pengantin lama yang sentiasa baru betul ayahanda dengan bonda aku ni. Agaknya lepas aku
kahwin, macam ini juga ke ya?
Acewah kau Adara, menyempat!
112
"Pergi mana pula ni?" Sapaan Abang Abrar dari belakang mematikan pergerakanku yang sedang
menyarung wedges.
"Nak jumpa Khaulah. Last meeting before dia posting."
"Oh. Dia pun ambil medic eh?"
"Iyalah. Like father, like daughter." balasku. Sayu pula mengenangkan sahabatku itu bakal
berjauhan denganku selepas ini. Khaulah bakal ditempatkan di sebuah hospital di daerah kecil
bernama Limistéar yang berada di utara.
"Adara gerak dulu." Tangan abang Abrar dikucup.
"Hati-hati. Jaga batas kalau jumpa dengan boyfriend kesayangan awak tu." Pesanan Abrar
dibalas dengan tabik hormat olehku.
"Aye aye captain!"
Pintu bahagian pemandu dibuka dan aku boloskan diri ke dalam kereta. Hari ini aku putuskan
untuk memandu sendiri. Malas nak menyusahkan pemandu diraja, Uncle Akmal untuk
menghantar aku ke rumah Doktor Jabbar. Bukannya jauh sangat pun.
Perlahan-lahan kereta bergerak meninggalkan pekarangan istana dan memasuki lebuh raya.
Sekali-sekala mulut menyanyi kecil mengikut bait lirik lagu yang dimainkan di corong radio.
113
Now I know you're my true north, 'cause I am lost in the woods
Up is down, day is night, when you're not there
Oh, you're my only landmark, so I'm lost in the woods
Wondering if you still care
But I'll wait for a sign that I'm on your path
Bunyi telefon mengganggu sesi karaoke kecil-kecilanku. Skrin dijeling sekilas. Melihatkan nama
Bidadari Besi yang tertera, segera aku jawab panggilannya. Panggilan disambungkan dengan
bluetooth pada radio kereta.
Sengaja aku save nombornya begitu, nama Khaulah Al-Azwar itukan nama seorang pahlawan
wanita Islam.
"Wassup sister!"
"Waalaikumussalam." balasku sambil mata mengerling ke arah cermin sisi kereta.
"Loyar buruk pula dia. Apa-apalah. Kau dekat mana?"
"On the way."
"On the way dekat mana? On the way baru sudah mandi ke tengah pakai tudung?"
114
"Aku tengah drive la sengal."
"Lain kali cakaplah tengah drive. Okay drive safely babe. Bye!"
Panggilan ditamatkan. Kadang-kadang aku tak percaya si Khaulah ni seorang bakal doktor. Otak
dia tu boleh tahan tiga suku juga.
Stereng kereta dipulas ke kanan, memasuki simpang masuk ke sebuah taman perumahan Semi-
D. Kereta berhenti di hadapan pondok pengawal.
"Laura Adara Fahd Afkar Suhaid. House Number 39, Lane 3. Doktor Abdul Jabbar Abdul Aziz."
Aku sebutkan nama penuhku beserta nama pemilik rumah dan alamatnya pada mesin yang
merekod kedatangan pelawat di pondok pengawal ini. Zaman dah canggih, guna mesin je. Guna
manusia jadi jaga pun kadang-kadang ada juga pelawat yang tak direkodkan kedatangannya.
"Approved." Pintu pagar dibuka dan kereta dipandu melepasinya.
Sedikit demi sedikit, bumbung rumah yang ditujuku kini kelihatan. Kereta diparkir di belakang
sebuah Alfa Romeo Giulia GTA, betul-betul di hadapan rumahnya. Ada sebuah Tesla Model S di
bawah bumbung garaj. Tak silap aku itu kereta milik Doktor Jabbar.
"Assalamualaikum." sapaku apabila melihat susuk tubuh lelaki berpengaruh yang sibuk
menyusun barang di dalam but kereta.
"Waalaikumussalam, eh Puteri Adara rupanya. Nak jumpa Khaulah ke?"
115
"Iyalah doktor. Dengarnya esok dia dah ke Limistéar. Itu yang datang jumpa ni. Doktor sihat?
Lama tak jumpa doktor."
"Sihat alhamdulillah. Jemputlah masuk, Khaulah ada dekat laman belakang tadi. Katanya nak
siram pokok."
Apa bendalah minah seorang tu siram pokok tengah hari buta macam ni.
"Baik, saya masuk dulu ya?" Tali beg di bahu aku betulkan lalu masuk ke dalam rumah. Senyap
sunyi je ruang tamunya. Terus aku bawa langkah kaki ke pintu belakang. Aku pun dah arif benar
selok-belok rumah dua tingkat ini.
"Tak mahulah! Eee pergilah!" Jeritan nyaring Khaulah membuatkan kedua kening ku bercantum.
Dah kenapa minah ni? Cakap dengan siapa terjerit-jerit?
"Kau dah kena.." Terkunci mulutku apabila melihat Khaulah dengan rambutnya dilepas bebas
sedang mencengkam kuat tepi baju Zatasyah sambil berlindung di belakang tubuh sasa itu. Ada
seekor kucing di hadapan mereka berdua.
Aku tahu sahabatku yang seorang itu memang takutkan kucing tapi.. tindakannya berada sedekat
itu dengan Zatasyah aku rasakan sangat tidak wajar walaupun berlapik. Tambahan pula mereka
bersepupu.
116
"Zatasyah." Dengan nada mendatar aku sebut sebaris nama itu. Serta-merta dia menoleh ke
belakang, begitu juga dengan Khaulah.
"Adara tolong aku! Kucing tu dari tadi nak gesel-gesel dengan aku." Khaulah menerpa ke arahku
dan menyorok di belakangku. Wajah Zatasyah yang berubah gusar aku renung. Kemudian aku
beralih pada Khaulah di belakang.
"Tudung kau mana Khaulah?"
"Tudung buat apa? Inikan rumah aku."
"Ya, ni memang rumah kau. Zatasyah ni pula sepupu kau. Kenapa? Dah lupa sebab syok sangat
peluk-peluk anak teruna orang?" Sinis aku menyelar Khaulah.
"Adara, awak dengar dulu."
"Diam! Seronok awak ya. Di sini ada Khaulah, di sana ada saya. Kan? Seronoknya pasang dua
sekaligus."
"Weh Dara.."
"Aku nak balik. Nasib baik aku datang sini, kalau tidak sampai ke sudah aku kena tipu hidup-
hidup dengan jantan ni! Kau pun sama Khaulah. Beria-ia ajak aku datang, konon nak makan-
makan buat kali terakhir, alih-alih ini yang aku dapat." Pegangan Khaulah pada lenganku
direntap dan laju aku berlalu meninggalkan keduanya.
117
Kolam mata yang mula bergenang cepat-cepat aku seka. At least nak menangis pun bukan dekat
sini please Laura Adara?
"Adara!" entah bagaimana dengan sekelip mata Zatasyah berdiri di hadapanku, menghalang
laluanku daripada keluar dari dapur ini.
"Tepilah!"
"Dengar dulu."
"Untuk apa?"
"Supaya awak tak salah faham."
"Kalau saya tak nak?"
"Jangan sampai saya paksa awak untuk dengar."
"Apa yang awak boleh buat?" Serta-merta lenganku yang berlapik direngkuh menjadikan jarak
wajah kami tak sampai seinci.
"Dengar baik-baik ya. Saya dan Khaulah bukan macam yang awak fikirkan. Khaulah tak pernah
beritahu awak ya?"
118
"Apa dia? Awak dengan dia berpelukan sebab sebenarnya awak berdua dah kahwin?"
"Boleh tak jangan terus jump into the conclusion? Saya dengan Khaulah adik-beradik susuanlah
Adara. Remember I told you yang Fina sebaya dengan awak?"
"Tipu."
"Ya Allah, betul. Kan Khaulah?"
"Ya Adara. Sumpah! Kau pun tahu mak aku meninggal masa aku kecil lagikan? Jadi arwah Mak
Lang susukan aku yang kebetulan sebaya dengan Sorfina yang baru lahir masa tu. Sorry la aku
bukan tak nak beritahu kau tapi aku lupa." Dengan air mata berlinangan di pipi aku panggungkan
wajah menghadap Khaulah.
"Alaa sorry la babe. Tak mahu nangis-nangis. Come to mama!" Khaulah depangkan tangannya
sambil mendekatiku lalu tubuhku didakapnya.
"Saya ingatkan awak tahu, saya tak ceritalah dekat awak. Sorry ya sayang? Jangan nangis
please? I hate to see your tears." Mendengar pujukan lembutnya membuatkan aku mengangguk
lemah pada akhirnya.
"Saya mati-mati ingatkan awak duakan saya." kataku perlahan sambil kepala menekur ke lantai.
Air mata yang bersisa aku lap.
119
Kau ni Adara, cengenglah!
"Kau ni, aku belum cukup antagonis lagilah nak rampas kekasih kau. Zatasyah ni bukan taste
aku." Khaulah mencebik di hujung katanya.
"Lagi satu, kalau mamat ni nak duakan kau, sebelum dapat dekat kau aku dah dulu-dulu sunatkan
dia buat kali kedua." Kata-kata Khaulah mengundang senyuman lucu di bibirku.
"Haa macam itulah. Baru cantik Laura Adara saya ni." Tiba-tiba rasa nak melompat pula
mendengar perkataan yang keluar dari mulutnya. Laura Adara saya. Ah makin bertambahlah
angau!
"Laura Adara apa? Amboi, sejak bila pandai mulut manis ni? Lembut gigi dari lidah!" seloroh
Khaulah.
"Dah memang Laura Adara Zatasyah pun. Khaulah apa tahu? Orang single mana tahu apa-apa."
"Eee berlagak!"
"Sorry tau Khaulah, aku marah-marah kau tadi." Tersebik-sebik bibirku mengucapkan
permohonan maaf.
"Alaa aku tak rasa apa pun. Fahamlah kau tengah emosi. Kalau aku dekat tempat kau pun macam
tu. Silap-silap dah buka kelas sumo dekat situ juga."
120
"Sorry tau. Tau, tau, tau?"
"Ya Adara sayang. Dah jom makan. Tak pasal-pasal jadi sesi memohon ampun di pagi raya pula.
Zatasyah punya pasallah ni bawa kucing datang sini. Tak pasal-pasal monyok Puteri Mahkota
kita."
"Eh? Kita juga yang kena? Yalah Zatasyah salah sebab bawa kucing." tergelak aku dan Khaulah
melihat wajah pasrah Zatasyah.
"Tapikan Khaulah, kenapa masa aku datang belajar masak buttermilk dengan kau hari tu, kau
pakai tudung?" bisikku apabila teringatkan hari pertama aku berjumpa dengan Zatasyah.
"Aku pakai tudung ke masa tu? Lupa nak tanggalkan kot. Sebab sebelum tu aku ada pergi rumah
jiran sebelah ni, melawat baby baru dia." geleng kepala aku mendengar jawapan Khaulah. Wujud
juga ya orang yang pelupa sampai macam ni sekali!
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Jauh termenung." sapaku lalu duduk di kerusi rotan di sebelah Zatasyah. Kucing putih yang
terlentok-lentok diusap Zatasyah itu aku perhatikan.
Suka ya kau abang sado belai-belai. Dasar kucing miang!
"Kelmarin saya dah bincang dengan ayahanda pasal kita." Aku mulakan bicara.
121
"Lepas itu?"
"Ayahanda jemput awak datang, sesi temuramah sebelum ke fasa seterusnya."
"Emperor dah beri restulah ni? Kalau macam tu, bila Emperor free nanti awak beritahulah saya.
InsyaAllah kalau tak ada aral, saya datang."
"Macam mana nak beritahu? Nombor awak pun saya tak ada."
"Eh ye ke? Seriuslah? Saya tak pernah bagi ya?" Zatasyah hadiahkan pandangan tak percaya.
"Ya. Kita kan baru jumpa beberapa kali je. Tiga kali kot tak silap saya. Jumpa pula sekejap-
sekejap. Manalah sempat nak minta nombor awak."
"Rare juga kita ni. Orang lain berkawan berbulan-bulan, bercinta bertahun-tahun barulah masuk
fasa nak kahwin. Kita ni jumpa setakat tiga kali dah nak kahwin. Dah lah berjumpa secara tak
sengaja." Tersungging senyuman di bibir mendengar ayat Zatasyah.
Betullah tu, kesemua pertemuan aku dengannya berlaku tanpa dirancang. Pertemuan pertama di
rumah ini. Kemudian bertemu sekali lagi di perpustakaan tanpa disengajakan. Dan kali ketiga,
berjumpa di mall. Siap dengan pakej ucapan cinta tulus ikhlas dari Zatasyah lagi.
"Allah mudahkan jalan jodoh kita." Aku halakan wajah menghadap wajah tampannya.
122
"Tiga kali, dan Allah temukan saya dengan seorang wanita yang sangat sempurna di mata saya."
Siapa kata sesebuah hubungan itu memerlukan perkenalan dalam tempoh yang panjang? Tak
perlu menjalin hubungan bertahun-tahun. Cukup dengan tiga kali pertemuan singkat, aku
bertemu dengan seorang lelaki yang sempurna pada pandangan mataku.
Lelaki yang bakal membimbing aku, Ubaid Zatasyah Al-Asad.
123
"Jaga diri babe. Nanti jangan lupa text aku, call aku. Makan jangan lupa. Sibuk-sibuk rawat
orang pun jaga kesihatan kau tau? Jangan lupa aku dekat sini." Tubuh Khaulah aku dakap erat.
"Kau ni cakap macam aku nak pergi jauh pula. Limistéar tu empat jam je dari sini Cik Adara oi."
"Yalah, empat jam pun bukan aku boleh pergi sesuka hati. Kau mesti sibuk, lagi-lagi baru masuk
kan?"
"Hmm yalah. Kau pun jaga diri sama. Jangan kerap sangat jumpa budak Zatasyah ni, lagi-lagi
lepas ni berdarah manis. Majlis kau orang bila? Nanti beritahu siap-siap, senang aku nak arrange
cuti. Tu pun kalau dapat cutilah."
"Cuti kalau tak dapat serah dekat aku. Aku sendiri turun padang mintakkan untuk kau. Kau
kawan aku, mana boleh tak ada masa majlis aku."
"Jangan nak merepeklah Adara oi. Salah guna kuasa namanya tu. Dah, pergi balik. Melepak
rumah aku dari tengah hari sampai senja, karang marah pula Empress."
"Sampai hati halau aku." Aku buat muka sedih dan kemudian beralih ke arah Zatasyah.
"Esok saya beritahu awak bila awak boleh datang jumpa ayahanda, tau?"
"Alright. Drive safely. Nak saya teman awak balik tak?"
124
"Eh tak payahlah, dekat je." Pelawaannya aku tolak dengan sopan.
"Tapi saya rasa nak temankan juga. Jom, saya iring awak dengan kereta saya dari belakang."
Pula dah. Baik tak usah tanya.
"Macam kau orang berdua sajalah yang hangat bercinta dekat atas muka bumi ni. Betul ni
Zatasyah nak teman Adara balik? Kalau macam itu, Khaulah masuk dan kunci pintu."
"Ya. Pergilah masuk. Anak dara tak elok bersidai tengah senja ni. Awak pun sama Adara. Lekas,
saya hantar awak balik." putus Zatasyah lalu dia bergerak ke keretanya yang berada di hadapan
keretaku. Lah, Alfa Romeo tu dia punya rupanya. Padanlah segak semacam kereta tu. Tuan dia
pun segak.
Enjin kereta dihidupkan dan mula bergerak diikuti dengan bakal suamiku dari belakang.
Auch, bakal suami!
Sepuluh minit membelah lebuh raya, kami berdua selamat tiba di pekarangan istana. Kereta
dimatikan dan aku berjalan mendekati tingkap keretanya yang dibuka.
"Terima kasih atas khidmat tak berbayar awak."
"Sama-sama kasih. Dah, pergi masuk. Nanti terlepas Maghrib."
125
"Okay awak, saya masuk dulu. Drive safe." pesanku lalu menjauhi tingkap keretanya. Tangan
dilambaikan lalu aku berpusing ke belakang.
"Adara!" aku palingkan semula tubuh menghadapnya.
"Yes?"
"Saranghae!" Kedua tangannya naik membentuk 'love' sambil tersenyum ke arahku.
"Mimpikan kita malam ni. See you later, Adara saya." Dia kenyitkan mata lalu tingkap keretanya
ditutup dan kereta mewah itu mula menjauhiku.
Aku terpana dua saat lalu menampar lembut pipi sendiri. Terpukau sekejap dek magis cinta
buatan Zatasyah.
"Assalamualaikum." ucapku apabila pintu utama dibuka. Kaki dibawa ke tangga, hendak
bersegera untuk menunaikan solat Maghrib.
"Lama betul jumpa Khaulah." tegur abang Abrar yang terserempak denganku di tangga.
"Last meeting, remember? Dah, abang nak tanya apa-apa, nanti ya. Adara belum solat lagi."
Langkah yang tergendala disambung dan aku masuk ke dalam bilikku.
126
Satu-persatu kerongsang dan jarum peniti aku cabut dan simpan dalam bekas lutsinar kecil.
Tudung yang membelit kepala sedari tadi disangkut pada penyangkut baju dan bilik air dituju
untuk bersihkan badan dan menyucikan hadas kecil.
Selesai solat, aku naik ke tingkat atas. Ada kedua-dua orang kakandaku sedang asyik bermain
Play Station.
"Aku menang! Yes! Jadi seperti yang dijanjikan ialah.. dendanya kau kena bumping lima puluh
kali."
"Lima puluh kali? Lima ratus pun aku boleh buat. Easy peasy!" Penuh keriakan dalam suara
Ajwad lalu dia mulakan dendanya. Aku ambil tempat di sebelah abang Abrar.
"Hai adik abang! Everything okay hari ni? Berseri je muka dapat jumpa boyfriend." Spontan
tanganku mencubit lengan Abang Abrar apabila mendengar usikannya.
"Auch! Gurau sikit pun tak boleh. Nasiblah nanti budak Zatasyah tu jadi suami Adara. Sebelum
kahwin sempurna sifat, cukup sebulan kahwin lebam sana sini."
"At least dia tak annoying macam abang dengan Ajwad."
"Oh mentang-mentang dah nak bersuami, lupa terus jasa abang-abang ya? Eh masa Adara
merengek nak susu dulu, abang yang buat tahu?"
127
"Gebang je la kerja. Abang mumayyiz pun belum masa Adara baby dulu. Ada hati nak claim dia
buat susu dekat kita."
"Eh betul apa. Weh Ajwad, dulu masa budak ni merengek, aku yang pergi dapur buatkan susu
dia kan?"
"Haah. Lepas tu Ajwad yang tolong pujuk Adara kalau Adara nangis." Ajwad membalas sambil
masih meneruskan denda yang dijanjikan dengan abang Abrar tadi.
Abang-abang aku ni kalau dah sewel, memang sewel sungguhlah. Agak-agaklah, Ajwad dengan
aku beza setahun je kot. Jangankan nak memujuk aku, entah-entah dia pun menangis bila bonda
asyik layan aku je.
"49, 50! Fuh nak putus nafas aku. Kau Abrar kalau aku mati malam ni sebab terlajak exercise,
tiap-tiap malam aku akan menghantui hidup kau."
"Eleh, tadi poyo sangat. Lima ratus konon. Ni baru lima puluh dah sebut mati apa citer bro?"
"Mati itu pasti."
"Tiber la kau."
Geleng kepala aku mendengar pertelingkahan merapu kedua kakandaku ini.
128
"Dah. Dua-dua tak betul. Ni, ayahanda mana?"
"Ayahanda semestinya sedang bermadu kasih bersama bonda!" Tak semena-mena kepala Ajwad
diketuk dengan game controller di tangan abang Abrar.
"Sakitlah!"
"Cakap lagi yang bukan-bukan." gumam abang Abrar lalu dia menjawab pertanyaanku.
"Ayahanda dalam bilik kerja dialah, macam tak biasa pula Adara ni."
"Oh ye eh? Ha okay. Adara naik ni nak tanya itu je tadi. Sambunglah main game, Adara turun
dulu." Aku bangun dari duduk dan turun semula ke tingkat bawah. Bilik kerja ayahanda yang
terletak di sayap barat aku dekati.
Pintu diketuk beberapa kali dan aku jenguk ke dalam. Ayahanda sedang khusyuk dengan kertas
yang melambak di hadapannya.
"Ayahanda busy ke? Adara masuk boleh?" Barulah ayahanda mengangkat kepala dan
memandang ke arahku.
"Masuklah." lambakan kertas dialih ke tepi lalu ayahanda bangun menuju ke sofa. Aku labuhkan
punggung berhadapan dengannya.
129
"Adara nak tanya, bila ayahanda free?"
"Kerja ayahanda tak menentu juga. Kenapa?"
"Adara dah beritahu Zatasyah tentang ayahanda nak jumpa dengan dia. Dia minta Adara
tanyakan dulu bila ayahanda free."
"Oh. Kalau tentang tu, bila-bila je ayahanda free. Cakap saja bila dia nak datang, nanti ayahanda
kosongkan jadual."
"Okay. Nanti Adara tanya Zatasyah bila dia nak datang."
"Sebelum tu, ayahanda nak tanyalah. Zatasyah tu kerja apa?" Terdiam sejenak aku mendengar
soalan ayahanda.
Eh yalah, aku pun tak pernah terfikir nak tanya dia kerja apa. Tapi melihatkan kereta yang dia
guna pakai, aku tahu kerja dia bukan kerja yang biasa-biasa.
"Err, Adara pun tak pernah tanya dia. Hehe." Ayahanda geleng kepala mendengar jawapanku.
"Macam ini pun ada ya. Tak kisahlah dia kerja apa, janji boleh sara hidup lepas kahwin,
ayahanda ok je." Aku tersenyum.
130
Aku tahu ayahanda memang tak letakkan apa-apa kriteria yang khusus untuk bakal-bakal
menantunya. Cukup punya ilmu agama dan tahu tanggungjawab, insyaAllah diterima.
"Tadi Adara kata, Adara nak tanya dia sendiri ya bila dia nak kemari?"
Aku angguk.
"Beri nombor telefon dia pada ayahanda. Ayahanda sendiri nak cakap dengan dia."
Uh-oh.
Ganbatte, Zatasyah.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Ayahanda minta dia datang esok."
Itu yang dijawabnya apabila aku bertanya sejurus selepas sarapan tadi tentang apa yang dia
bualkan dengan Zatasyah. Bila aku tanya apa lagi yang dibualkan, dia jawab begini.
"Hal lelaki, perempuan mana boleh tahu."
Hal lelaki sangat. Benci betullah orang nak rahsia-rahsia ni. Hmmph!
131
"Adara, fencing jom!" Dari kejauhan aku nampak kakanda sulungku itu lengkap dengan sut putih
beserta topeng muka dan sebilah pedang tersisip pada pinggangnya.
"Malaslah. Adara baru sudah mandi."
"Alaa jomlah. Habis tu abang dah siap-siap ni nak berlatih dengan siapa? Jomlah Adara. Minggu
depan abang ada competition. Lawan dengan Prince Daiyan, adik Deandra pula tu. Malu besar
woo kalau kalah."
"Abe Fencing Bot kan ada." balasku. Abe Fencing Bot itu merujuk kepada robot yang biasa kami
gunakan untuk berlatih sekiranya salah seorang dari kami tak dapat turut serta dalam latihan.
"Mana sama. Abe tu robot. Adara ni manusia. Jomlah! Pleaseeee.." Meleret disebut perkataan
'please' di hujung ayatnya.
"Ajak Ajwadlah." Nama Ajwad pula menjadi mangsa untuk aku mengelat.
"Zaman bila pula abang Adara yang seorang tu pandai main pedang? Dia tu bab kuda pandailah."
"Ah, tak nak juga. Siapa suruh tak tanya dulu orang join ke tidak. Abang practice lah seorang!"
"Majok la gini. Hmmph menci!" Abang Abrar hentakkan kakinya sekali kemudian berlalu
tinggalkan aku. Eleh, majok lah sangat. Tahu-tahu petang karang ajak aku keluar makan cucur
132
udang. Abang aku tu mana pandai bab tarik muka ni, bab pujuk orang yang bermasam muka tu
dia tahulah.
"Adara, FIFA satu kali jom!"
Hah yang ini lagi seorang. Suka sangat ajak benda yang bukan di bawah bidang kemahiran aku.
Cubalah ajak tanam bunga ke, masak buttermilk prawn ke, pandailah juga aku.
"Tak naklah. Nanti asyik Ajwad je menang."
"Jomlah! Kali ni Ajwad kasi chance Adara menang sekali."
"Tak nak. Kasi chance konon. Tahu-tahu nanti Ajwad je yang menang semua." Aku gelengkan
kepala tanda menolak sekerasnya ajakan Ajwad lalu telefon dikeluarkan.
"Tu nak calling-calling boyfriend la tu. Tak ada life langsung orang bercinta ni. Balik-balik, hai
sayang dah makan? Buat apa tu? Rindu itew tak? Sayang itu, sayang ini. Huh entah apa-apa!"
bebel Ajwad siap dengan gaya tangan meliuk-lentok lalu dia berlalu ke atas. Kaki berleter
sungguh abang aku yang ini.
133
"Emperor, Empress. Tuan Zatasyah dah tiba."
Seraya itu, bonda dan ayahanda menuju ke muka pintu, diikuti dengan aku dari belakang.
Kereta berwarna hitam berkilat milik Zatasyah terletak betul-betul di hadapan pintu masuk. Aku
nampak dia serahkan kunci pada Uncle Akmal yang ditugaskan meletakkan keretanya di dalam
garaj lalu dia menapak dengan penuh gaya ke arah kami. Di tangannya ada sebakul buah-buahan
yang dihias indah.
"Assalamualaikum emperor, empress." Tangan ayahanda disalami dan dia menunduk hormat ke
arah bonda.
"Waalaikumussalam. Inilah Zatasyah ya?"
"Ya saya."
"Jemput masuk. Kita berbual di dalam." Ayahanda menepuk-nepuk bahu bidangnya lalu berjalan
beriringan masuk ke dalam.
"Hai awak." bisiknya perlahan apabila melintas di hadapanku. Aku cuma membalas dengan
sengihan semanis duta ubat gigi.
"Bakul tu beri pada Intan, biar dia letakkan di dapur." Bonda mengeluarkan arahan sambil
menggamit Dayang Intan ke mari. Bakul tadi bertukar tangan.
134
"Duduklah. Jangan malu, jangan segan. Hari ini, saya cuma nak berkenalan dengan lelaki yang
berjaya mencuit hati anak dara tunggal saya." Ayahanda mulakan bicara setelah kami semua
melabuhkan punggung.
"Zatasyah ya tadi? Nama penuhnya apa?"
"Ubaid Zatasyah, emperor."
"Eh tak usahlah panggil emperor. Rasa macam tengah berbual dalam mesyuarat formal pula.
Panggil uncle dah memadai."
"Baik uncle."
Aku perhatikan ayahanda merenung lama muka Zatasyah yang bertentangan dengannya.
Melihatkan Zatasyah yang nampak kurang selesa berkeadaan sedemikian, segera aku ajukan
soalan pada ayahanda.
"Kenapa ayahanda pandang dia macam itu? Handsome sangat ya?" usikku di hujung kata.
"Tak adalah, uncle rasa muka kamu ni familiar. Kenal Tuan Amrin Iskandar?"
"Kenal sangat, uncle. Itu adik arwah abi saya."
135
"Lailahaillah. Padanlah raut muka macam pernah nampak, anak saudara Tuan Amrin rupanya.
Baru nampak sama bila tengok secara dekat. Maknanya, kamulah COO baru yang dia sebutkan
dalam board meeting yang lepas ya?"
"Ha betullah tu. Saya mula masuk minggu depan. Sebelum ni, saya uruskan anak syarikat Tigris
Airlines di Westlers."
Maka terjawablah persoalan aku tentang pekerjaan sebenar Zatasyah. Pengarah operasi syarikat
penerbangan rupanya. Padanlah gaya pun macam orang ada-ada. Ahli korporat rupanya.
Dari apa yang aku dengar lagi, arwah abi Zatasyah meninggal dalam sebuah nahas helikopter
pada sepuluh tahun lampau. Ketika itu arwah menaiki sebuah helikopter yang sedang dalam sesi
pandu uji. Arwah Tuan Arman Uthman juga bekas CEO Tigris Airlines, dan selepas
pemergiannya adik beliau, Tuan Amrin Iskandar menggantikan kekosongan tempatnya
sehinggalah kini.
Syarikat penerbangan tersohor serantau dunia itu juga merupakan syarikat milik keluarga
Zatasyah. Jadi maknanya, selepas pemergian abi Zatasyah pun mereka sekeluarga masih boleh
hidup senang tanpa perlu tergapai-gapai akibat hilangnya ketua keluarga kerana harta yang
ditinggalkan sememangnya lebih dari cukup.
"Mari, kita jamu selera dulu. Lepas ini, uncle ada 'tugasan khas' untuk kamu. Special tasks
khusus untuk bakal menantu uncle."
Aku pula yang naik seriau mendengar perkataan 'tugasan khas' dari mulut ayahanda. Wajah
Zatasyah dijeling sekilas. Nampak halkumnya juga menelan liur beberapa kali, nervous agaknya
dengan special tasks yang bakal dia terima sebentar lagi.
136
"Jangan risau, tugasannya senang saja. Kamu ada ilmu, maka insyaAllah kamu akan lulus
dengan jayanya."
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Bagus juga Zatasyah tu. Baik orangnya." Tersengih aku mendengar pujian bonda. Pintu balkoni
bilik mesyuarat yang tertutup rapat aku pandang. Entah apalah yang dibincangkan ayahanda dan
Zatasyah di dalam sana.
"Bonda tak sangka dia anak kepada arwah Tuan Arman."
"Bonda kenal ayah Zatasyah?"
"Kenal. Tapi tak adalah rapat. Pernah bersua muka dua ke tiga kali macam itulah. Kali pertama,
semasa letupan gudang penyimpanan bahan gantian kapal terbang tiga belas tahun lepas." serta-
merta ingatanku melayang ke peristiwa letupan tiga belas tahun lepas. Ketika itu, aku masih di
bangku sekolah rendah.
Letupan besar yang mengakibatkan kerugian besar dalam industri penerbangan negara. Mujur
nyawa yang terkorban tak begitu ramai kerana semasa letupan itu berlaku, hari itu merupakan
cuti umum.
"Empress, puteri." Aku menoleh ke belakang.
137
"Maafkan saya mengganggu Empress dan Puteri Mahkota. Emperor minta saya panggilkan
Empress ke bilik mesyuarat."
"Baik, terima kasih Embun." Bonda menghadiahkan seulas senyuman manis kepada Dayang
Embun yang datang membawa pesanan tadi.
"Bonda ke atas sekejap ya."
Sebaik sahaja kelibat bonda menghilang, aku mendekati pagar penghadang antara istana dengan
pantai di bawah sana.
Rasa nak turun ke bawah pula. Pandang kiri, pandang kanan. Bolehlah kot turun sekejap. Tangga
yang membawa ke pantai aku tuju. Sampai di anak tangga terakhir, kaki memijak pepasir halus
yang berwarna putih. Kasut yang dipakai aku cabut, tak selesa sekiranya ada pasir masuk ke
dalamnya.
Sekali-sekala, angin yang bertiup kencang mengibarkan tudung yang tersarung di kepala.
Telinga disapa dengan bunyi deruan ombak yang mengasyikkan. Damai. Kaki melangkah ke
pesisiran pantai. Hujung kain yang sedikit basah terkena air masin itu aku biarkan sahaja.
"Tenang." Suara garau yang berbunyi dari arah belakang memeranjatkan aku.
"Awak rupanya. Terkejut saya."
Zatasyah berdiri di sebelahku, sama-sama menikmati pemandangan laut yang membiru.
138
"Andai kata perjalanan jodoh kita yang baru bermula terhenti di sini, apa yang awak rasa?"
Soalannya buat aku terpinga-pinga seketika.
"Kenapa tanya macam itu?" mulalah aku rasa tak sedap hati.
"Saja. Takdir itu bukan milik kita. Siapa tahukan? Kita merancang, Dia juga merancang. Dan
yang sebaik-baik perancang sudah tentu Dia."
Rasa resah yang mula bertamu segera aku tepis. Positif, Adara. Semuanya akan baik-baik sahaja.
"Tak mahulah cakap benda begini. Doa yang baik-baik saja okay?"
Zatasyah pandang aku sekilas dan dia tersenyum. Namun dapat aku tangkap senyumannya itu tak
sampai ke mata. Ada sesuatu di sebalik garis bibir yang ditarik naik itu.
"Ada apa-apa yang tak kena ke? Kalau ada, beritahu saya."
Dia menggeleng perlahan.
"Tak ada apa-apalah. Hmm, mari naik semula. Takut-takut uncle dan aunty mencari pula." Dia
berpusing ke belakang dan terus berjalan tanpa menunggu aku.
Aku tahu ada yang tak kena. Tapi apa?
139
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Mengingatkan situasi petang tadi buatkan aku rasa gelisah. Selepas sesi mesyuarat rahsia antara
Zatasyah dengan ayahanda, aku nampak ada yang tak kena dengan mereka berdua. Bonda pun
sama. Mungkin pada pandangan mata kasar, mereka nampak seperti biasa. Berbual-bual dan
bertukar-tukar soalan. Tapi dapat aku rasakan ada sesuatu di sebalik kemesraan yang ditunjukkan
itu.
"Buat apa pandang laut seorang diri? Tak takut ada lembaga roh dugong muncul ke?" Sapaan
Abang Abrar mematikan lamunanku. Aku berdecit.
"Boleh tak mulut jangan cabul sangat?" Abang Abrar tertawa perlahan.
"Gurau je."
Kemudian suasana jeda seketika antara kami berdua. Aku panggungkan wajah memandang
abang di sisi.
"Abang, abang rasa pelik tak?" Aku ajukan soalan.
"Pelik? Apa yang pelik?"
"Eh, lupa pula abang tak ada siang tadi." Aku garu belakang leher.
140
"Kenapa? Apa jadi? Ceritalah."
"Abang perasan tak, ayahanda nampak pelik." Dahinya berkerut mendengar pernyataanku.
"Biasa je abang tengok."
"Tak. Pagi tadi masa Zatasyah mula-mula sampai, riak ayahanda nampak gembira, berseri-seri.
Tapi petang tadi, wajah dia nampak gusar. Macam ada sesuatu yang dia risaukan."
"Mungkin ayahanda penat kot. Adara fikir yang baik-baik sajalah."
Aku hembus nafas. Ya, mungkin. Tak perlu kot aku fikir yang bukan-bukan.
"Adara sayang." Aku toleh ke belakang.
"Ya bonda?"
"Sebentar. Bonda dan ayahanda ada benda nak dibincangkan."
Aku dan abang Abrar bertukar-tukar pandangan sebelum aku berjalan ke arah bonda.
141
"Mari." Bonda paut lengan kananku lalu diusap perlahan. Seakan memujuk aku walaupun aku
tak tahu atas sebab apa dia berkelakuan sedemikian.
Pintu bilik kerja ayahanda dikuak. Ada ayahanda dengan muka yang agak tegang duduk di
mejanya. Aku labuhkan punggung di sofa diikuti dengan bonda. Bunyi kerusi ditolak ke
belakang memecah kesunyian suasana.
"Ada apa ayahanda dan bonda nak bincang dengan Adara?" Aku mulakan bicara.
Ayahanda cabut cermin matanya lalu tengah-tengah batang hidung dia urut perlahan.
"Tentang Zatasyah." Aku teguk air liur.
Melihatkan mimik muka ayahanda dan nada suaranya cukup buat aku tahu apa yang aku akan
dengar nanti bukanlah sesuatu yang indah.
"Apa-apa pun, Adara kena tenang. Jangan terus melenting ya." Permintaan bonda menambah
rasa risau di dalam hati.
"Adara cuba."
Aku lihat ayahanda menarik nafas lalu berdehem perlahan.
142
"Ayahanda minta maaf, tapi ayahanda tak boleh terima Zatasyah. Ayahanda mohon, Adara
lupakan dia."
143
"What? Ayahanda! Kenapa?" bentakku. Sungguh aku terkejut mendengar setiap bait kata dari
mulut ayahanda.
Lupakan Zatasyah? Mana mungkin! Sedangkan aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri.
"Kenapa ayahanda?" Lirih aku mengulang soalan tadi.
"Dia tak boleh jadi suami Adara."
"Ayahanda!" Aku bangkit dari kerusi.
"Ayahanda sendiri puji dia depan Adara. Tiba-tiba sekarang ayahanda kata dia tak boleh jadi
suami Adara? What have gotten into you?"
Aku akui bahawa kata-kataku mungkin agak kasar untuk berbicara dengan ayahanda. Tetapi rasa
terkilan bercampur amarah lebih mendominasi aku tika ini.
"Adara, duduk. Kita bincang elok-elok." Teguran bonda membuatkan aku menghela nafas lalu
duduk kembali.
"Ayahanda cakap dengan Adara, apa kurangnya dia?"
"Ayahanda tahu dia bukan yang terbaik untuk Adara."
144
Aku tersenyum sinis.
"You not answering my question."
"Dia tak cukup baik untuk keluarga kita."
"Hah? Tak cukup baik? Baik macam mana lagi yang ayahanda nak?" Meninggi nada suaraku
ketika mengajukan soalan itu.
Tak cukup baik? Apa ni? Ingat ni dialog antara pasangan kekasih yang nak minta putus ke? Eh,
tapi yang itu awak terlalu baik untuk saya. Ah, persetankan!
"Enough Adara!" Terhinjut bahuku mendengar tengkingan ayahanda. Kali pertama ayahanda
meninggikan suara kepadaku sepanjang dua puluh empat tahun bernafas di muka bumi.
"Jangan sebab dia Adara jadi anak derhaka. Lupa dan tinggalkan dia. Full stop. The end of the
discussion." Ayahanda bangun dari duduknya dan meninggalkan aku berdua dengan bonda di
ruangan ini.
Serta-merta tubir mata terasa panas. Seakan terngiang tengkingan ayahanda di telingaku. Bonda
di sebelah aku pandang dengan mata yang berkaca.
"Sini sayang." terus mengalir laju air mataku sebaik sahaja aku jatuh dalam dakapan bonda.
145
"Shh jangan nangis."
"I love him bonda." Itu sahaja yang terzahir dari bibirku.
"Bonda tahu, bonda tahu."
Fikiran terasa kosong. Bingung. Kenapa semuanya terlalu tiba-tiba? Apa yang jadi antara
ayahanda dengan Zatasyah? Hal apa yang mereka bincangkan sehingga ayahanda tergamak
menyuruh aku supaya tinggalkan dia? Tak cukup baik untuk keluarga? Aku tak faham. Yang nak
kahwin dengan dia aku ke keluarga ni?
Beberapa minit menghambur tangis dalam kasih sayang bonda, aku lepaskan rangkulan daripada
tubuh tua itu. Air mata yang bersisa aku biarkan tanpa diseka.
"Adara nak masuk bilik. Penat."
"Pergilah. Tentang ayahanda, Adara jangan risau ya. Sudah, tak mahu nangis." Bonda kesat birai
mataku dengan ibu jarinya. Aku mengangguk lemah lalu keluar dari bilik mesyuarat ini. Sebaik
sahaja pintu ditutup, muncul Abang Abrar dan Ajwad berdiri tegak di hadapanku. Agaknya,
tengkingan ayahanda terhadapku tadi sampai pada telinga mereka berdua.
"Kenapa?" Soalan Ajwad dibalas dengan gelengan kecil sambil kepala menekur ke lantai.
"You're crying, and that means something."
146
"Beritahu abang, kenapa?" Giliran abang Abrar pula bertanya tapi aku tetap mendiamkan diri.
"Adara nak tidur." Aku pusingkan badan ke belakang, tak mempedulikan kedua kakandaku yang
bersungguh mahu mengorek apa yang terjadi. Tetapi langkah terhenti dek lengan yang dipaut
oleh Ajwad.
"Beritahu dulu Ajwad dan abang, kenapa ayahanda marah sampai macam itu sekali? Sampai area
swimming pool dengar suara ayahanda tadi."
Bibir diketap menahan esakan dan amarah yang bersatu. Tangan direntap dari pegangannya lalu
wajah keduanya aku jeling tajam.
"Boleh tak jangan sibuk?"
"Macam mana tak sibuk bila kami nampak muka sugul Adara ni?"
Aku berdecit. Boleh tak jangan serabutkan kepala aku? Sudahlah rasa nak pecah rengkung
menahan tangisan, ditambah pula dengan perangai kepochi dua orang ni. Rasa nak hantuk kepala
ke dinding, biar pengsan. Senang tak perlu fikir apa-apa.
Perlahan-lahan Ajwad menapak mendekatiku dan tanpa amaran, dia menarikku ke dalam
pelukannya. Serta-merta sebak yang terbuku dalam dada sedari tadi terhambur keluar.
"Let go everything. I'm here."
147
Abang Abrar berdehem sekali.
"I mean, we're here."
Seketika kemudian, bahuku disentuh dari tepi. Aku tahu, itu pujukan dari Abang Abrar.
"Maaf kalau Adara rasa abang-abang Adara ni menyibuk. But we care about you little girl. Tak
apa kalau tak mahu cerita, sekurangnya menangislah. Lepaskan semua. Jangan tahan." makin
laju air mata mengalir, tersentuh hatiku mendengar pujukan lembut dari abang.
Lillahi, aku sayang mereka berdua. Walaupun perangai keduanya suka buat aku sakit hati, tapi
sekurangnya mereka ada saat aku dalam duka.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Adara, kenapa tak tidur atas katil?" Terasa bahuku disentuh perlahan. Mata yang terpejam
dibuka, wajah bonda menghiasi pandanganku ketika ini.
Melihatkan kain telekung yang menyelimuti aku dan sejadah menjadi pengganti tilam lembutku,
terbit keluhan dari mulutku.
Beginilah aku sejak dua tiga hari ni. Kalau tak tetidur dalam linangan air mata di atas katil, aku
terlelap selepas solat Tahajud. Kebelakangan ini, aku lebih banyak mengadu dengan Dia yang
sebaik-baik pendengar dan penyelesai masalah. Aku pinta semoga dilembutkan hati ayahanda
dan supaya ada petunjuk yang bakal aku peroleh di sebalik apa yang telah berlaku.
148
Dan sepanjang tempoh ini juga, aku tak bertegur sapa dengan ayahanda. Jangankan menegur,
bersua muka pun aku tak mahu. Protes.
"Dah subuh ni, Adara pergi mandi. Kita solat berjemaah ya?" Aku angguk dengan mata separa
terbuka.
Usai solat, seperti biasa aku bersalaman dengan bonda, abang dan Ajwad. Cuma ayahanda aku
mengelak daripada bersalaman. Selagi tak dijelaskan sebab kenapa dia menyuruh aku melakukan
perkara itu, selagi itu aku nak mengelak. Merajuk.
Kau ego, Adara.
Telefon di meja aku pandang sepi. Dengan Zatasyah pun sama, dah lama aku tak berkomunikasi
dengan dia. Dia sendiri ada hubungi aku, tapi aku abaikan semua panggilannya. Aku takut aku
tak kuat berhadapan dengannya.
"Boleh ayahanda masuk?" Soalan ayahanda dari muka pintu aku buat tak dengar. Selimut
diambil dan aku menyelubungkan diri di dalamnya.
Terasa hujung birai katil dihenyak. Aku tahu ayahanda sedang duduk sambil memerhatikan aku.
"Sampai bila nak mengelak macam ni?"
Aku pejamkan mata.
149
"Okay, ayahanda minta maaf ya?"
Diam.
"Tak nak maafkan ke?"
Diam lagi.
"Betul ni? Tak menyesal?"
Masih diam.
"Okay. Sambunglah merajuk tu. Selagi Adara merajuk, selagi tu ayahanda tak beritahu
sebabnya."
Terus aku bangkit dari pembaringan.
"Okay, okay. Tak merajuk dah." Aku angkat tangan ke sisi, menyerah.
"Hmm."
150