The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyamzar, 2021-04-02 21:45:30

ZHI

ZHI

Marah? Semestinya. Kata bonda, ayahanda yang selama ini jarang marah-marah pun mengamuk
sakan setelah menyedari kehilangan aku. Mendengar melalui mulut bonda pun sudah buat bulu
roma aku menegak. Terbayang ayahanda dengan wajah bengisnya.

Habislah aku. Bersedialah menghadap amarah ayahanda kalau-kalau aku menjejakkan kaki ke
istana dalam masa terdekat ini. Haraplah bonda berjaya sejukkan hati ayahanda.

"Sayang." Terloncat aku apabila ada tangan yang mendarat di bahuku. Tindakan refleks. Aku
dengar bunyi tawa halus dari arah belakang.

"Terkejut tahu tak?" marahku. Acah-acah marah saja.

"Sorry, sorry." Zatasyah tersengih.

" Nak apa?"

"Tak nak apa-apa pun. Bosan." katanya lalu turut duduk di sebelahku.

Lama dia mendiamkan diri sebelum kembali bersuara.

"I got the clue."

"Huh?" Itu saja yang terluah dari mulutku. Blur sesaat.

"Clue. Tentang siapa di sebalik semua ini." Melopong aku mendengar kata-katanya. Zatasyah
dah tahu siapa individu di sebalik semua kekacauan ini?

351

"Siapa?"

"Abang tak tahu. Tapi ini satu klu." Zatasyah buka telefon dan dihulurkan kepadaku.

Terpampang gambar susuk tubuh serba hitam yang bersandar pada dinding. Tapi bukan itu yang
menarik minatku, sebaliknya apa yang tersarung di pergelangan tangannya.

Ada jam mewah buatan Swiss berjenama Jaeger-LeCoultre yang melilit tangannya. Macam mana
aku tahu jenis jam itu? Tengoklah siapa abang aku.

Sekarang ini, bukan jenamanya yang menjadi persoalan. Tetapi aku pernah nampak jam itu. Aku
yakin aku pernah nampak seseorang memakainya. Tapi siapa?

"Mana dapat gambar ni?"

"CCTV. Abang berjaya paksa lelaki yang menjadi sebab peristiwa malam tu jawab semuanya.
Malam sebelum abang balik tu, dia offer abang air. Abang terima je la tanpa fikir yang pelik-
pelik since abang kenal dia. Dia part timer security dekat lobi office. Dia kata dekat abang, dia
pun tak tahu apa-apa. Lelaki misteri ni datang, kirim air ni dekat dia dan pesan suruh bagi dekat
abang. Lepas tu dia ghaib." terangnya panjang lebar.

"Bila abang minum air tu, badan abang bagi tindak balas yang agak pelik. Dia macam meransang
something. Err... Tak perlu kut abang sebut. Adara... fahamkan?" tokoknya sambil menggosok
belakang leher sendiri. Memerah telinganya ketika menyebut dua ayat terakhir. Malulah tu. Aku
angguk menjawab soalannya.

"Sama macam kes Abang Abrar." kataku. Giliran Zatasyah pula menganggukkan kepala.

352

"Exactly. Jadi memang tak syak lagi, dialah yang jadi punca kes Abrar dan kes malam tu."
katanya sambil mengetuk-ngetuk gambar lelaki misteri ini.

"Boleh jadi ke dia juga yang cuba bunuh ayahanda dan saya?" Aku utarakan soalan.

"Mungkin. Apa-apa pun, abang dah minta Gabriel siasat lebih lanjut. Lepas dapat lebih banyak
bukti, abang nak bincang dengan ayahanda."

Kali ini, aku cuma diam. Fikiran masih menerawang ke arah jam tangan mewah tadi. Aku kenal
sangat jam tu. Aku pernah nampak.

Dah kalau pernah nampak, berkemungkinan besar dalangnya adalah orang terdekat dengan aku.
Soalnya, di mana dan siapa yang dilihat memakai jam itu?

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Boleh ke abang tinggal ni?" Soalan diulang buat kali kesepuluh untuk hari ini. Dan sepuluh kali
juga aku memberi jawapan yang sama.

"Boleh, abang. Janganlah risau sangat. Bukan ada apa-apa pun. Lagipun bukannya duduk
seorang, saya ajak Khaulah datang hari ni."

"Sure?"

"Ya Allah dia ni, berapa kali nak cakap?" Aku mula bercekak pinggang. Tengoklah tu, punyalah
dia tak percaya dekat kita. Paranoid sangat.

353

"Abang risau." katanya. Tak perlu cakap, memang dari riak wajah saja dah tahu dia memnag
risaukan aku. Tangan dilingkarkan ke pinggangnya.

"Tak payahlah risau. Ni, tangan ni pandai main sabre dan foil tahu? Sekali libas terkelar badan."
Aku goyangkan tangan kanan di hadapan wajahnya. Akhirnya terbentuk senyuman kecil di
wajahnya.

"Janji, jaga diri." Kepalaku diusap sayang. Aku angguk. Kelibat sedan maroon di luar pagar
mengalih perhatianku.

"Tu, sampai dah Khaulah. Abang pergi sajalah. Tak payah risau. Okay, nanti setiap setengah jam
Adara update. Deal?" Aku mula menabur janji. Zatasyah letakkan tangannya ke dagu sebelum
menjawab.

"Deal. Update jangan tak update. Even Adara nak basuh tangan pun kena update dekat abang.
Faham?" Aku cuma tergelak. Tengoklah nanti, silap-silap aku kutip syiling atas lantai pun aku
beritahu pada dia nanti.

"Aye aye captain!"

"Abang dah lambat ni. Pergi dulu. Duduk rumah baik-baik." Sebuah kucupan dihadiahkan pada
ubun-ubunku. Dia boloskan diri ke dalam kereta lalu perlahan-lahan kelibat Teslanya mengundur
dari garaj rumah.

"Assalamualaikum pengantin tak berapa nak baru!" laungan salam itu berjaya menaikkan garis
bibirku.

"Waalaikumussalam cik adik anak dara terlajak. Meh la masuk, jangan segan-segan." balasku.
Sengaja aku selitkan usikan di dalam ayatku.

354

"Dasar tak sayang mulut. Laki kau tak bayar insurans mulut kau ke? Seenak anak tekak kau je
panggil aku anak dara terlajak." Khaulah tayang riak wajah masam.

"Alaa rilekslah. Aku gurau je. Jangan terasa. Haa, meh masuk. Jangan malu-malu."

"Memang tak malu pun." balas Khaulah lalu menonong masuk ke dalam rumah. Dia hempas
badan ke sofa.

Memang tak tahu malu minah seorang ni.

"Lawa rumah kau. Pandai juga Zatasyah deco. Ke upah interior designer?" soalnya sambil
melilau memandang ke segenap rumah. Aku angkat bahu.

"Aku pun tak tahu, masuk-masuk dah macam ini." jawabku jujur. Memang betul pun. Aku
sendiri tak pernah ambil tahu siapa ID yang diupah Zatasyah untuk menyiapkan rumah kami ini.

"Hah, nak air apa? Aku pergi buat." Dah macam waitress rasanya. Nak buat macam mana,
namanya pun tetamu. Haruslah disantuni.

"Pekena fresh orange tengah hari macam ni sedap juga." Khaulah tersengih tak bersalah. Amboi,
sesedap dia je main order. Nasib baik sayang.

"Makan tak mahu tanya?" Soalannya mengundang jelinganku supaya singgah di wajahnya.

"Tak malu betul." Khaulah tertawa mendengar rungutanku.

355

"Kidding babe. Pergilah buat air. Aku nak layan Netflix jap." katanya lalu remote tv ditekan-
tekan. Aku berlalu ke dapur.
Dua biji buah oren Sunkists dikeluarkan dari dalam peti sejuk. Dikupas kulitnya sebelum aku
berlaku ke kabinet. Ingin mencari jag blender di atas sana.
Jumpa! Aku kembali ke singki. Buah oren tadi dimasukkan bersama segelas air. Eh, sekejap.
Ada yang kurang. Gula! Aduh, macam manalah boleh lupa.
Badan ditundukkan 90 darjah, ingin mencapai bekas gula di laci bawah. Sebaik sahaja aku
kembali berdiri, aku tergamam. Bekas gula jatuh berderai ke lantai. Jantung berdegup laju
apabila membaca aksara yang ditulis pada kertas yang ditampal pada tingkap di hadapan singki.
I'm watching.

356

I'm watching.

Dia memerhati. Siapa dia? Itulah yang sedang dibincangkan sekarang.

"Tulisan komputer, tak boleh trace kerja siapa." Suara Gabriel, teman Zatasyah yang sama
semasa malam aku hampir ditembak tempoh hari.

"Ada kesan tapak kasut dekat area tingkap tu?"

Aku nampak Gabriel menggeleng.

"Memang yang buat kerja ni profesional. Too professional." katanya lalu melepaskan keluhan.
Seketika kemudian, dia melirik sekilas ke arahku.

"Nasihat aku, memang tak selamat kalau kau dan puteri terus duduk sini. Silap-silap, dia dah
pasang macam-macam tracking device dalam rumah ni." Terteguk air liur aku mendengar ayat
Gabriel. Tracking device? Entah-entah selama ini setiap gerak-geri kami diperhatikan. Seram.

"So solution dia, balik istana?"

"Tu satu-satunya jalan. Aku tak tahu apa yang jadi antara kau dengan family Diraja, tapi
baliklah. Untuk keselamatan kau dan puteri. Tentang bukti, aku akan cuba kumpul lagi. Don't
worry man, I will prove to them that you are innocent." Kali ini Zatasyah terangguk-angguk,
mungkin menimang baik buruk cadangan Gabriel.

"Kau fikirlah masak-masak. Aku kena gerak ni, ada benda nak settle." ujarnya lalu bangkit dari
duduk.

357

Melihatkan gaya perwatakan dirinya, aku rasa Gabriel ini mesti ada kaitan dengan benda-benda
dark. Ada tattoo kecil di tangan kirinya, tertulis D.M. Tampangnya juga nampak dingin,
bicaranya juga agak tegas. Macam mafia, kongsi gelap atau mungkin seorang gengster. Macam
dalam novel.

"Alright. Thank you Gabriel." Mereka saling berpamitan. Gabriel menunduk hormat ke arahku,
dan aku membalas dengan senyuman nipis.

"Apa-apa call." katanya lalu berlalu keluar dari rumah ini. Zatasyah alihkan perhatian
menghadap aku dan Khaulah.

"Khaulah nak balik dulu ke?" soalnya.

"Kalau ikutkan nak stay, tapi esok kerja." balas Khaulah sambil memandang aku dan Zatasyah
silih berganti.

"Tak apalah, Khaulah boleh balik. Kami berdua pun nak balik istana. This house is no longer
safe to us." putus Zatasyah. Khaulah tak menjawab, sebaliknya dia berpusing menghadap aku.

"Adara, aku balik dulu. Hati-hati." pesannya.

Setelah kelibat Khaulah dan keretanya hilang dari pandangan mata, pintu rumah dikunci.
Zatasyah paut bahuku.

"Jom, pack your things. Kita balik istana." katanya. Aku pandang kiri dan kanan. Entah kenapa,
rasa semacam.

"Tengok apa?"

358

"Rasa macam ada orang perhatikan saya." luahku. Aku rasa aku makin paranoid sekarang ni.
Bilalah benda ni boleh selesai? Sasau jiwa aku dibuatnya kalau terus berada dalam keadaan ini.

"Bayangan awak je tu. Dah, abang ada ni kan? Tak payah takut." ujar Zatasyah cuba
menenangkan aku. Kami sama-sama melangkah ke bilik tidur.

"Adara kemas dulu, abang nak ambil laptop dan file apa semua." Makin kejap genggaman
tanganku padanya apabila dia berura-ura mahu melangkah keluar.

"Tak payah takut. Tengok, mana ada tingkap dalam wardrobe ni. Tak ada orang lain pun yang
tengok Adara. Okay?" Lagak memujuk anak kecil, dia menepuk-nepuk bahuku.

"Feeling better?" Aku angguk perlahan.

"Good girl. Kemas apa yang patut saja. Baju abang jangan lupa." pesannya lalu melangkah
keluar dari wardrobe. Aku hela nafas.

Semuanya akan baik-baik sahaja. Jangan overthinking Adara.

Beberapa helai pakaian aku ambil dan sumbat ke dalam luggage. Lantaklah tak berlipat pun,
sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku mempraktikkan skill melipat kain.

Oh, tak lupa. Skincare yang berbotol-botol juga perlu dibawa. Dalam cemas, sempat juga aku
memikirkan soal kecantikan.

"Dah siap?" soal Zatasyah yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

359

"Dah." Tudung disarungkan. Luggage bertukar tuan.

Pintu dikunci pada kadar segera lalu aku boloskan diri ke dalam kereta. Luggage diletak ke
dalam but lalu enjin kereta dihidupkan.

Sehinggalah kereta selamat meninggalkan rumah, barulah aku rasa tenang sedikit. Zatasyah yang
tenang memandu diperhatikan. Dah lama rasanya tak berduaan sebegini. Badai yang menimpa
bahtera kami ini sangatlah dahsyat. Mujur saja kami masih bertahan dan tidak karam di tengah
lautan.

"Lama kita tak sweet sweet, kan?" Zatasyah ajukan soalan, seakan tahu-tahu saja apa yang
bermain di fikiranku.

"Lepas settle, kita pergi bercutilah. Honeymoon." Aku picingkan mata memandangnya. Sempat
lagi tu!

"Abang dah ready nak jumpa family Adara?" soalku. Macam pelik pun ada soalannya, tapi aku
tahu Zatasyah faham.

"Ready tak ready, memang perlu jumpa juga. Selagi mana kita diikat dalam hubungan ni,
hubungan abang dan family Adara tak boleh putus. Tak kiralah dingin atau panas sekalipun
situasinya."

"Walaupun dah bertumbuk dengan Abang Abrar?" Aku ajukan soalan cepu emas.

"Setakat tumbuk, celah gigi. Tak terasa apa pun. Sebab masa tu, hati lagi sakit tengok Adara
kena tolak."

360

"Lagipun, lelaki cepat sejuk. Tak percaya, tengoklah. Silap-silap lepas ni dah boleh duduk
minum semeja."

Aku tertawa kecil. Betullah tu, lelaki mudah sejuk. Jaranglah aku dengar lelaki bergaduh lama-
lama. Selalunya kalau bertumbuk pun mesti boleh berbaik semula. Lainlah perempuan, tertarik
tudung sikit pun boleh berperang macam apa.

Dum! Bunyi hentaman memeranjatkan aku. Automatik kereta dibrek secara mengejut. Aku
pusing ke belakang. Ada van putih telah selamat bercium dengan bumper belakang kereta
mewah Zatasyah.

"Aduh, time nak cepatlah nak jadi macam ni." rungutnya. Aku lihat van tadi mengundur, lalu
kembali meluru mahu menghentam kami.

Dum!

"Abang, dia bukan terlanggar. Ini sengaja langgar!" jeritku, panik.

Zatasyah pun apa lagi, terus dia memecut laju membelah jalan raya. Van tadi juga mula bergerak
mengejar kami berdua.

Kami ke kiri, dia ke kiri. Kami ke kanan, dia juga ke kanan. Sebiji macam filem aksi. Bunyi hon
dari beberapa buah kenderaan tak dipedulikan. Yang penting, kami perlu selamatkan diri.

"Abang, watch out!" Sekali lagi suara aku meninggi tatkala melihat sebuah van datang dari arah
hadapan.

Zatasyah pusingkan stereng ke kiri, dan dum! Kereta selamat menghentam pembahagi jalan.

361

"Argh!" Aku terjerit apabila pintu di sebelahku terbuka dari luar. Sekelip mata, badanku
melayang keluar dari kereta.

"Adara!"

"Lepaslah!" Aku meronta dalam pelukan lelaki asing yang bertopeng ini.

"Diam, kalau tak aku tembak laki kau." Dia acukan pistol ke arah Zatasyah. Aku terdiam. Ya
Allah, janganlah dia apa-apakan suamiku!

"Kan bagus ikut kata macam ni. Mari, aku bawa kau ke ke neraka dunia." Seraya itu, muka
ditekup dengan sehelai kain dan aku mula diserang rasa mengantuk yang amat sangat.

Perkara terakhir yang aku lihat, Zatasyah bergelut dengan seorang lagi lelaki sebelum semuanya
gelap.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Bunyi ketawa berdekah-dekah mengejutkan aku dari lena. Tangan diangkat, ingin menggaru pipi
yang terasa gatal tetapi gagal. Terus aku celikkan mata. Visual pertama yang menyapa kornea,
kedua kaki aku yang diikat ketat.

"Puteri raja dah bangun." sapa satu suara garau. Dia mencangkung di hadapanku. Jarinya cuba
menyentuh pipiku, tapi aku lebih pantas mengelak.

"Sombong. Tapi lagi sombong, lagi menarik." Tangannya dijatuhkan ke sisi.

362

"Tak adalah susah sangat nak culik anak raja. Kacang je! Rekod dunia sangat, mungkin aku
orang pertama yang berjaya dapat anak raja."

"Cantik juga kau ni. Tak puas tengok, selama ni boleh tengok dekat tv je." katanya sambil
memandang ke arahku. Jijik. Sangat menjijikkan cara matanya melihat aku.

"Siapa kau? Siapa bos kau?" soalku berani. Aku yakin lelaki ini bukan kepalanya. Pasti ada yang
lebih atas darinya.

"Muka aku ni tak nampak macam orang atasan ya? Tak layak?" Tersungging senyuman sinis di
bibirnya.

'Memanglah, sebab orang atasan tak akan muncul secepat mungkin! Tak pernah tengok drama
ke?' tempelakku dalam hati.

"Sebelum jumpa bos, apa kata kita main dulu. Nak?" ujarnya, dan sekali lagi tangannya naik
ingin menyentuh aku. Aku jegilkan mata. Nak bercakap tu bercakaplah, tapi boleh tak tangan tu
jangan gatal?

"Jangan sentuhlah!"

"Jay, the boss is coming. Stop playing with that woman." Teguran rakannya menghentikan
pergerakan tangannya. Dalam hati, aku berterima kasih kepada lelaki itu.

"Selamat kau." Jay bangkit meninggalkan aku.

Bunyi derap tapak kasut mengalih perhatianku supaya memandang ke arah pintu. Satu susuk
tubuh lelaki bersut merah gelap sedang melangkah dengan penuh keyakinan. Di kepalanya
tersarung sebiji topi keledar, jadi aku tak dapat melihat siapakah gerangannya.

363

Memandang ke arah tangannya, hampir terhenti nafasku dibuatnya. Jam itu! Jam yang sama
yang aku lihat semasa dalam gambar semalam.

"Well, look who is here." Suara garaunya menyapa kokleaku. Aku yakin dia sedang memandang
tepat ke arahku di sebalik visor berwarna hitam itu.

Tapi kenapa suara dia pun kedengaran familiar?

"Siapa kau?" Aku cuba beranikan diri menentang wajahnya. Dia mencangkung di hadapanku.

"Siapa aku? Mesti kau teringin sangat nak kenal siapa aku kan?" Dia tertawa sinis.

"I hate riddles. I guess so do you. Jadi, aku tak nak buang masa. Nak tahu siapa aku?" Aku tahan
kepala daripada mengangguk. Haruslah kekalkan ego walaupun hati meronta mahu tahu siapakah
gerangan di sebalik helmet hitam ini.

Tangannya memegang helmet dan dengan gerakan slow motion, dia alihkan benda yang
menutupi kepalanya.

Serta-merta jatuh rahangku. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Tak mungkinlah dia yang
menjadi punca segalanya?

Bibir gelap itu mengukir senyuman sinis.

"Miss me, niece?"

364

Wajah yang menyapa pandangan dilihat dengan 1001 rasa tak percaya. Mana mungkin!

"Terkejut?" Dia bersuara.

Semestinya. Memang terkejut beruk, terperanjat cipan, semualah! Sangat menggemparkan.

Tak sangka, padanlah aku kenal benar jam itu. Dan suaranya pun, memang aku kenal. Telahan
aku juga tepat, memang orang yang menjadi dalang kepada semua ini tahu tentang Al-Asad dan
Fahd.

Masakan tak tahu, kalau yang sedang berada di hadapanku sekarang adalah Uncle Amrin! Tuan
Amrin Iskandar Al-Asad, bapa saudara kandung Zatasyah.

"Uncle..."

"Uncle? Wow, masih hormatkan aku selepas semua yang berlaku? Hebat." Senyuman sinis tadi
masih tak lekang dari wajahnya.

"Kenapa uncle buat semua ni?" soalku, ada nada kesal yang terselit. Serius, rasa dikhianati
meskipun aku taklah rapat mana dengan Uncle Amrin.

"Saja?" balasnya dengan soalan. Dahiku berkerut. Saja? Biar kebenaran, cara bercakap macam
apa yang dia buat itu cuma perkara kecil.

Uncle Amrin lepaskan tawa.

"Kidding, girl. Takkanlah saja-saja? Semestinya bersebab. Alasan aku buat semua ni, adalah...
dendam." Makin aku berkerut dahi, kening turut bercantum. Tak faham.

365

"Tak tahu dendam apa? Tak apa, aku boleh beritahu. Sebelum tu, kita bawakan kawan untuk join
kau dengar 'bedtime story' ni. Aku tak suka buat kerja dua kali. Jay, bawa jantan bedebah tu
masuk!" Lelaki bernama Jay tadi mengangguk patuh lalu dia keluar dari ruang ini. Seketika
kemudian, dia kembali bersama seseorang yang sangat aku kenali.

"Abang!"

Hampir menangis aku melihat keadaannya. Apa yang terjadi, aku sendiri tak pasti. Tetapi
melihatkan ada darah di hujung bibirnya dan dia juga nampak agak lemah, memang sah. Mesti
bertumbuk sakan tadi.

"Hi, nephew." tegur Uncle Amrin. Zatasyah? Reaksinya sama seperti aku. Terkejut. Terpana.
Unexpected.

"Speechless? Tak apa, lepas ini mesti lagi tergamam. Let's hear a story from me." katanya
dengan senyuman yang sangat plastik. Zatasyah tak didudukkan, sebaliknya cuma berdiri dengan
kedua tangannya dalam pautan dua lelaki bertubuh sasa di sisinya.

"This gonna be a long story. Cerita panjang yang aku simpan berpuluh tahun lamanya." Amrin
mulakan bicara.

"Uthman."

"Tajuk cerita aku, Uthman. Ya, Arman Uthman. Bapa kau yang tak guna tu!"

Tangannya dikepal erat, sehingga timbul segala urat-urat. Raut wajahnya juga jelas
menggambarkan amarah yang berpuluh tahun disimpan rapi.

366

"Semua orang tahu, Uthman abang aku. Kau orang berdua juga tahu, itu faktanya. Betul?"

Mata aku bertembung dengan Zatasyah, bertukar pandangan lalu mengangguk sekilas.
Mengiakan. Semua orang sedia maklum dengan fakta yang satu itu.

"Apa yang orang tak tahu, kami tak datang dari rahim yang sama." Sekali lagi, aku pandang
Zatasyah. Dia kelihatan terkejut. Gamaknya, mungkin dia baru tahu.

"Nenda Ziana..."

"Dia bukan emak aku." potong Amrin.

"Aku rasa aku patut mula dengan zaman kanak-kanak aku. Childhood memories." Di hujung
kata, dia tersenyum sinis lagi. Entah berapa banyaklah dia perlu tarik garisan bibir yang sangat
plastik.

"Hitam, kelam dan suram. Itu zaman kecil-kecil aku. Apa yang orang lihat tak sama dengan apa
yang aku lalui."

"Bapa aku... huh. Tak, aku tak akan mengaku dia ayah aku. I will call him Walid instead of ayah.
Tapi, Walid itu juga membawa maksud ayah. How ironic." Dia berjalan ke tingkap, membuang
pandangan ke arah luar.

"Semua orang tahu Sharifah Ziana itu isteri kepada Walid Al-Asad. Apa yang orang tak tahu,
perempuan tu isteri nombor dua. Bukan yang pertama."

"Emak aku isteri pertama dia. Isteri yang dia pandang macam hamba. Aku tak tahu kenapa, tapi
kalau dia tak sayang, dia patut lepaskan. Dia simpan aku dan mak aku macam hamba!" Amrin
berpusing menghadap kami semula.

367

"Dari dulu, semuanya Uthman. Di mata dia, cuma Uthman, Uthman dan Uthman. Aku tak tahu
apa yang perempuan perampas tu racun, sehingga Walid lebihkan Uthman dalam segala hal.
Biased." Dapat aku lihat kebencian yang marak di sebalik anak mata hitamnya ketika menyebut
nama bapa mentuaku.

"Long story short, aku membesar dalam kebencian seorang ayah. Apa yang buat dia benci
dengan aku, aku tak pernah tahu. Aku pun malas nak ambil tahu. Aku cuma fokus nak
bahagiakan aku dan mak aku. Sampailah mak pergi. Aku reda, dah sampai masa mak rehat dari
segalanya."

"Perginya emak, maka putuslah hubungan aku dengan Walid. Aku bawa haluan sendiri. Cari
kebahagiaan sendiri, dan aku jumpa Naura." Tersentak aku tatkala mendengar nama Naura yang
disebutkan olehnya. Zatasyah juga kelihatan tergamam.

Naura, nama ibu Zatasyah.

"Naura Fatimah. Cinta pertama aku, perempuan pertama yang ajar aku definisi bahagia. Tapi,
sekali lagi dirampas kejam."

"Uthman rampas dia. Uthman ambil Naura. Sekali lagi, dia musnahkan bahagia aku." Amrin
mengepal penumbuk.

"Aku tak faham apa yang bapa kau tu tak puas hati dengan aku. Dia ambil Walid, fine. Aku
mengalah. Tapi kenapa dalam hal jodoh pun, dia tetap nak ambil aku punya?" Ayatnya kali ini
lebih kepada menggumam sendiri.

Aku tahu dia sudah terlalu lama memendam semuanya. Aku mungkin tak pernah lalui apa yang
Amrin lalui, tapi aku dapat rasa peritnya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Aku anak

368

bongsu, sama seperti dia. Tapi aku bernasib baik punya abang-abang yang memahami dan ibu
bapa yang melayan anaknya sama rata.

"Dari kecil sampai besar, aku hidup bawah bayang-bayang dia. Sampai di alam pekerjaan pun,
orang tetap sanjung dia. Uthman yang hebat, yang berjaya."

Amrin memandang aku.

"Kau tahu apa yang jadi akhirnya?" Buat kesekian kalinya, bibirnya menyungging senyuman
sinis.

"Aku bunuh Uthman."

Membulat mataku. Zatasyah kelihatan terpana.

"Aku bunuh dia sebab dah penat sangat dikejar bayang-bayang dia. Tak sangka, senang sangat
nak tarik nyawa dia. Sabotaj prototype helikopter tu, dan boom!" Tangannya terawang ke udara,
seakan menggambarkan sesuatu yang meledak.

Aku lihat wajah Zatasyah bertukar merah padam.

"Kematian Uthman memang menguntungkan. Sekelip mata, aku dapat takhta dan harta yang dah
lama aku impikan."

"Marah?" soal Amrin, seakan mengejut singa yang sedang tidur. Sengaja mahu menaikkan darah
Zatasyah.

369

"Kau pembunuh! Kau bunuh abi!" Berdesing telingaku mendengar jeritan amarahnya. Zatasyah
meronta dalam pegangan orang suruhan Amrin.

"Well, puas hati aku tengok Naura merana."

"Sial!" Terbit carutan keras dari bibirnya.

"Bapa kau yang sial! Dia tahu Naura tu aku yang dapat dulu. Kenapa dia kena rampas hak aku?"

"Lepas Uthman mati, aku cubalah rapat balik dengan Naura. Ambil berat pasal dia dengan kau
adik-beradik. Rupanya dia pun sama sial macam bapa kau. Tak habis-habis konon cinta mati
dengan si Uthman tu." Amrin tergelak sinis.

"Ah, malas aku nak cakap pasal mak bapa kau. Menyakitkan hati." Dia menapak ke arahku.

"Sekarang ni, kau mesti nak tahu kenapa aku buat semua ni walaupun aku dah bunuh Uthman,
kan?" Jarinya cuba didaratkan pada pipi mulusku, tetapi Zatasyah lebih cepat menghalang.

"Jangan sentuh bini akulah!" Pergerakannya terhenti. Amrin berpusing dan berhenti betul-betul
di hadapan Zatasyah.

"Muka kau ni sebiji macam perampas tu. Sakit mata aku tengok. Jadi tak ada salahnya kalau aku
rosakkan hidup kau. Sebenarnya, aku tak nak libatkan pun keluarga Diraja dalam semua ni. Tapi
lepas dapat tahu tentang Al-Asad dan Fahd, macam seronok pula kalau jadikan mereka semua
pelakon tambahan."

"Rancangan aku ternyata berjaya, bila semua dah pandang serong pada kau. Aku ingat nak cuba
hilangkan kepercayaan perempuan ni pada kau, tapi ternyata dia sama macam Naura. Dibutakan
dengan cinta yang mengarut." Jarinya dituding ke arahku.

370

"Jadi, ada langkah terakhir aku perlu ambil dan... The end!"

"Nak tahu apa langkah terakhir?" soalnya dengan sebelah kening terangkat.

"Bunuh. Bini. Kau." Satu-persatu perkataan disebutnya. Serta-merta bulu romaku berdiri tegak,
tambah pula dengan cara dia menatap aku. Seakan tak sabar-sabar mahu menamatkan riwayat
aku.

"Aku cuma perlu buat situasi nampak macam kau yang bunuh puteri raja kita ni, and adios!
Ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan, sebab seluruh keluarga... ops! Mungkin seluruh
empayar akan benci pada kau."

"Celaka kau!" Makin kuat rontaannya dan akhirnya cengkaman pada bahu Zatasyah terlepas.
Sepantas kilat, dihantukkan kedua lelaki tadi pada satu sama lain lalu keduanya jatuh ke tanah.
Memegang kepala sendiri sambil mengerang kesakitan.

Zatasyah versi jelmaan syaitan kembali.

"Kau tak guna! Kau pura-pura baik dengan kami sekeluarga, hakikatnya kau musuh dalam
selimut!" teriaknya sambil cuba mengayun buku lima. Malangnya Amrin lebih cekap mengelak.

"Musuh dalam selimut? Ya, akulah musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan yang sekian
lama simpan dendam!"

"Kau patut mati!" Kaki panjangnya dihayun dan sekelip mata Amrin rebah ke tanah.

371

Tanpa sebarang belas kasihan, abdomen Amrin dipijak-pijak seakan memijak ranting kayu. Tak
cukup dengan itu, penumbuknya diayun bertubi-tubi ke wajah Amrin.

Seram. Auranya ketika ini memang sama seperti seekor singa yang meratah mangsanya.

Setelah berpuas hati dengan 'hasil seni' pada wajah bapa saudaranya sendiri, Zatasyah beralih
kepadaku. Ikatan pada tanganku dileraikan.

Aku pandang belakang, memang Amrin dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Mujur tak mati
dikerjakan Zatasyah.

"Are you okay?" Itu soalan pertamanya sebaik sahaja ikatan terlerai. Aku mengangguk.
Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku.

"Abang, look out!" jeritku apabila orang suruhan Amrin tadi bangkit ke arah kami.

Zatasyah kembali bergelut dengan mereka. Bunyi erangan, tumbukan dan sepakan silih berganti
memecah suasana.

Aku pandang Amrin yang kembali bersandar pada dinding. Tangannya meraba-raba kocek
seluarnya. Alangkah terkejutnya aku tatkala memandang sepucuk pistol di tangannya. Picu
ditarik dan dihala ke arah Zatasyah yang masih terleka.

Spontan, aku menerpa ke arah Zatasyah. Pinggangnya dipeluk dari tepi dan...

"Bang!" Bunyi tembakan menerjah koklea.

372

Aku pejamkan mata, bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sesaat, dua saat, tak ada apa-apa?
Mata dicelik semula. Nafas lega dihembus tatkala kelibat yang berseragam biru itu menyapa
pandangan. Amrin yang mengerang kesakitan aku pandang kosong tanpa riak. Mahu kasihan,
jauh sekali.

Tapi, rasa lega tak bertahan lama. Ada yang tak kena dengan Zatasyah yang masih dalam
pelukan aku. Badannya makin memberat, melurut ke tanah.

"Abang?" Belakang badannya cuba disentuh, terasa basah dan melekit. Bau ferum mula
memenuhi suasana. Tangan yang melekit dengan darah mula menggigil.

No! This cannot be happen!

Kami sama-sama jatuh ke lantai, dengan badannya separa menindih badanku.

"It hurts like hell... tapi berbaloi asalkan isteri abang selamat." katanya dalam senyuman perit.

"Shh, jangan banyak bercakap please? Abang akan selamat. You will survived." kataku, lebih
kepada memujuk diri sendiri.

"Kalau abang pergi..."

"Stop saying like that! You will survived! Jangan tutup mata. Stay with me. Please." ujarku
dalam tangisan. Aku nampak dia berusaha menurut permintaan aku.

"Sa...kit." Dia terbatuk sekali. Menyembur darah merah keluar membasahi bajuku. Tapi aku tak
peduli, yang penting sekarang adalah nyawanya.

373

"No, jangan tutup mata!" Sekali lagi aku mengulang arahan yang sama tatkala melihat matanya
semakin mengecil.

Perkara terakhir, aku nampak garis bibirnya ditarik naik sekejap sebelum dia terkulai layu, rebah.
Jisim badannya terasa berat menghempap badanku.

"No, no!" Makin deras air mataku mengalir. Teresak-esak sambil mencengkam belakang
bajunya.

Sekurangnya, bukan sekarang masanya. Tolonglah. Masih banyak benda yang belum aku capai
bersamanya.

"Ada mangsa di sini!" laung seorang anggota polis yang datang menghampiri kami berdua.

Sekumpulan paramedik datang lalu sekelip mata jasad Zatasyah dialih ke atas stretcher. Aku
cuma mampu memandang dia yang dibawa pergi.

Sekiranya sekarang ada malaikat yang datang bertanya, apakah impian yang kau mahu Allah
kabulkan? Jawapan aku hanya satu.

Jangan tarik nyawa dia. Panjangkan umur Zatasyah, kerana aku masih belum puas menagih cinta
daripadanya.

374

Setahun yang getir berlalu. Tahun yang paling sukar untuk aku. Tahun yang sama aku bertemu
dengan pasangan hidup sampai syurga aku.

Tiga bulan pertama, bahtera kami diuji dengan badai yang agak dahsyat. Hanya kerana dendam,
hubungan kekeluargaan musnah. Kerana dendam juga, aku hampir kehilangan lelaki yang aku
cinta.

Tembakan Amrin yang tepat pada jantungnya membuatkan Zatasyah melalui fasa-fasa kritikal.
Berkat doa semua, dia berjaya menempuhi saat getir tersebut. Allah saja yang tahu bagaimana
perasaan aku sepanjang tempoh menjaga dia.

Dengan keadaan aku sedang berbadan dua, aku sendiri kagum dengan semangatku ketika itu.
Nasib baik bidadari kecil kami tak banyak ragam. Semua perkara berkaitan dia baik-baik sahaja.
Seakan faham papanya yang sedang bertarung nyawa.

Hari ini, aku diberi peluang kedua menatap Singaku dan puteri kami di hadapan mata. Syukur
alhamdulillah.

Zatasyah yang tertunduk-tunduk di baby cot aku perhatikan dari muka pintu.

"Shh... Jangan nangis baby. Ni papa ada. Don't cry, nanti ibu bangun. Puteri papa tak kesian
dekat ibu ke? Kesian tau ibu penat." Perlahan suara garau itu berbisik. Aku menahan tawa
daripada meledak. Acah super papa sangat!

"Janganlah nangis. Papa tak tahu nak pujuk." Menggigil-gigil aku menahan tawa mendengar
kata-katanya. Entah kenapa, dia nampak sangat comel! Dengan pijama bercorak Pokemon di
badannya, mendukung pula si kecil di pangkuannya. Ah, suami siapalah yang cute sangat tu?

"Apalah papa ni, pujuk baby pun tak reti." sampukku apabila melihat dia yang makin kelam-
kabut. Terpaksalah ibu masuk campur juga dalam daddy and daughter time.

375

Zatasyah menoleh memandang aku. Riak wajahnya bertukar cemberut.

"Sayang, I told you to get enough rest."

"Bosanlah terperap atas katil je. Boleh kemurungan tahu?" bidasku. Mata beralih memandang
bidadari kecil yang teresak di pangkuan Zatasyah.

"Alolo sayang ibu merah-merah ni, lapar cendol ke?" Aku tersengih di hujung kata. Teringat
pula fenomena cendol yang pernah tular satu ketika dahulu.

"Meh sini, dia lapar kut." Bayi perempuan yang masih kemerahan itu bertukar tangan. Benar
seperti telahanku, dia lapar. Kasihan anak dara aku ni.

"Abang masih marah Adara?" soalku sambil menyusukan puteri kami. Zatasyah diam. Diamnya
dia maknanya merajuklah tu.

"Merajuk?"

Diam lagi. Aku menggeleng pasrah.

"Abang, benda simple je kan? Just a name."

"Tak nak. I don't like it." Makin panjang muncung bibirnya ke hadapan. Sejak jadi bapa orang ni,
makin menjadi pula dia punya mengada. Sampai kadangkala aku rasa nak bagi pelempang sedas
dua. Nasib baiklah sayang.

"Sebab dia?" tebakku lalu mengeluh.

376

"Sekalipun sebab dia, takkanlah sampai nak buang nama Al-Asad tu buat selamanya?"

Inilah apa yang kami debatkan sejak dua hari lepas. Soal nama untuk puteri kecil ini. Namanya
dah ada, yang masalahnya si ayah tak mahu letakkan surname yang sepatutnya diletakkan.

Sedangkan mengikut akta Jabatan Daftar Lahir Tigris An-Najh, sekiranya si bapa punya nama
keluarga yang digunapakai sejak sekian lama, nama itu perlu disertakan dalam nama si anak.

Aku tahu kenapa Zatasyah terlalu berkeras tak mahukan nama itu. Sampai rela mahu turun naik
mahkamah demi menghapuskan nama itu.

Kerana, yang memporak-perandakan rumah tangga kami juga punya nama itu. Allahyarham
Amrin Iskandar Al-Asad, bapa saudaranya sendiri.

Ya, Amrin sudah pergi dijemput Ilahi. Kondisinya agak parah setelah terkena dua das tembakan
dari pihak polis.

Pemergian dia juga memberi impak besar terhadap syarikat Tigris Airlines. Dengan keadaan
Zatasyah yang masih dirawat, urusan pentadbiran syarikat lumpuh dengan kehilangan dua orang
ahli lembaga pengarah. Mujur saja sebab pemergian Amrin tak didedahkan, kalau tidak mungkin
ada pelabur yang sangsi dengan reputasi syarikat.

"Abang..." panggilku meleret. Mahu memujuk.

"Tak nak!" tegasnya. Siap dengan pakej hentak kaki ke tanah lagi. Serius aku nak gelak
sekarang. Comel!

377

"Abang, bolehlah. Kekalkan je Al-Asad tu. Umayra Athalia Al-Asad. Kan sedap tu?"

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Adara nak nama Al-Asad tu ada dalam keturunan kita. No excuses!" Aku
mula bertegas. Dia ni, tak boleh dibiarkan. Makin manja, makin mengada-ngada!

Zatasyah tayang muka cemberut. Aku gigit bibir yang muncung sedepa tu baru tahu!

"Urgh, fine! Umayra Athalia Al-Asad." katanya, akhirnya mengalah dengan aku. Aku tersengih
sampai ke telinga. Bahu dirapatkan ke bahunya.

"Janganlah marah-marah kanda." ujarku, separa mengusik.

"Kanda..." Sebelah tangan mengusap jambangnya yang dicukur kemas. Cuba memujuk.

Seminit, dua minit. Akhirnya senyuman merekah di bibir merahnya. Dia cium pipi kananku.

"Kanda bercanda semata. Mana mungkin kanda mahu murka dengan adinda pengarang jantung
kanda." Dia smirk di hujung kata.

Grr, dasar sweet talker!

Zatasyah beralih ke Athalia yang baru selesai menyusu. Digomolnya pipi gebu merah itu.

"Comelnya Athalia papa ni." katanya lalu lengan berketul itu ditekan-tekan lagak memicit
squishy.

378

Raut wajah Athalia diperhati lama sebelum aku memuncung tak puas hati.

"Geramnya saya, semua dia photostat muka abang. Rambut, mata, hidung, bibir. Tak aci!"
aduku. Ini tidak adil!

"Baby girl memang selalu ikut muka ayah. Daddy's girl. Kalau nak muka photostat Adara..."

"Kena tambah cawanganlah." Spontan satu sepit ketam hinggap di lengannya.

"Aduh! Sakit, sayang. Sakit!"

"Belum apa-apa dah cakap nak tambah. Tidur luar baru tahu." ugutku.

"Tak, tak. Gurau je. Abang pun tak tahu nak tambah ke tidak. Seriau tengok sayang, nak pergi
tandas pun seksa. Takut!" Dia tayang muka seriau.

"Baru tahu besarnya pengorbanan ibu, kan?" kataku. Dia mengangguk setuju.

"Betul. That's why, thank you." Dia cium pucuk hidungku. Aku berpaling sedikit, cuba
mengelak.

"Depan anak ni."

"Kan dia tidur tu." ujarnya selamba lalu meletakkan kepala ke bahuku.

"I mean it. Thank you for this precious gift. My beautiful princess."

379

"Ehem!" Aku berdehem. Zatasyah tertawa kecil.

"Salah, salah. Maksud abang, our beautiful princess."

Kami masing-masing diam selepas itu. Sama-sama ralit menatap pada puteri kecil dalam
pangkuanku.

"Bila dah jadi ibu ni, Adara nampak makin cantik." Kata-katanya mengundang pandangan
hairanku supaya menikam wajahnya.

"Puji ada maksud ke ni?" soalku, sangsi.

"Tak, mana ada. Pujian ikhlas dari hati. Adara cantik." Makin mengecil mataku memandang dia.

"Mengada-ngada. Baik beritahu apa yang abang nak sebenarnya."

"Tak ada nak apa-apa pun. Memang betul-betul nak bagi pujian."

"Betul?" soalku, meminta kepastian. Dia mengangguk, yakin.

"Saya dapat tahu ada apa-apa yang abang sorok, siaplah."

"Nak sorok apa?"

"Manalah tahu, nak kahwin lain ke?"

380

Terhambur tawanya. Bahuku dipaut merapatinya.

"Apa pula sampai ke situ. Dah elok-elok bahagia, buat apa nak menambah? Nak tambah stres
otak? Memang taklah."

Giliran aku pula tersengih. Tahu, dia memang jenis setia. Saja nak mengusik.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Baby Athalia! Eiii rindunya kita dekat dia!" jeritan teruja Khaulah menyapa koklea tatkala dia
masuk ke ruang ini.

"Bie, tengoklah. Comel!" Lelaki di sebelahnya turut tersengih. Tak pastilah tersengih sebab
Khaulah atau sebab Athalia.

"Hai baby."

Geleng-geleng kepala aku melihat gelagat Khaulah dengan suaminya. Ikatan sanggul rambut aku
betulkan.

Khaulah dah kahwin? Jawapannya ya. Cuba teka siapa suami dia.

Klunya dia ada hubungan darah dengan aku. Hubungan yang membolehkan aku bebas melibas
rambut di hadapannya.

"Janganlah bie! Ajwad!"

381

Tepat sekali, Ajwad suami Khaulah. Baru saja bernikahnya, kira-kira sebulan lepas. Masa aku
dapat tahu keduanya punya hubungan istimewa, habis aku bertukar menjadi MonsAdaraster.
Senyap-senyap saja keduanya, tahu-tahu nak bernikah. Rupanya, mamat sengal ubi inilah
kekasih VVIP Khaulah yang disebutkannya dahulu. Tak guna punya kawan. Berahsia konon.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara yang sangat aku kenali memberi salam di muka pintu.
Abang Abrarlah, siapa lagi.

"Waalaikumussalam, masuklah!" laungku dari sofa. Tak perlu nak berjemput sangat, abang
sendiri kot.

Tersenyum aku tatkala melihat tubuh tembam dalam dakapan Kak Deandra.

Aimi Cassandra. Anak perempuan sulung Abang Abrar dan Kak Deandra.

"Fahd Ayden Daniyal, come to papa ngah!" Suara riang Ajwad.

Ayden Daniyal tu siapa pula?

Haa, ini yang nak diberitahu. Tak tahulah mana datang genetik kembar dalam keluarga kami,
tapi Abang Abrar suami isteri memperoleh bayi kembar. Yang kelakarnya, mereka pun tak tahu
nak dapat kembar sepasang. Padanlah katanya masa scan sekejap lelaki, sekejap perempuan.

"Akak dah habis pantang ya?" soalku pada Kak Deandra.

382

"Baru sangat habisnya. Ini pun sepatutnya bonda tak bagi jalan-jalan, tapi sebab nak melawat
Athalia, kira passlah. Lagipun kalau ikutkan, dah 60 hari. Orang biasa pantang 44 hari je." Nada
Kak Deandra seakan merungut di hujung kata.

"Itu orang lain, ini bonda ya. Pantang wajib 60 hari. No excuses." sampuk bonda yang baru
muncul dari dapur. Kak Deandra tekup mulut, kantoi pula!

Bonda duduk di sebelah aku.

"Ajwad! Jangan main kepala budak tu! Macam mana nak jadi ayah kalau macam ni?" Jeritan
nyaringnya kembali bergema, memarahi Ajwad. Sejak jadi nenek ni, entah berapa banyaklah
bonda menjerit dalam sehari. Sayang sangat dengan cucu.

"Entahnya Emperor seorang ni." Abang Abrar turut mengapi-apikan keadaan.

"Cium sikit je." balas Ajwad selamba. Aku cuma ukir senyuman. Bahagia dengan apa yang
dilihat di hadapan mata.

Oh ya, sekarang jawatan Emperor dipegang oleh Ajwad. Setelah segalanya selesai, Abang Abrar
tetap dengan keputusannya untuk lepaskan jawatan itu. Katanya nak fokus dengan keluarga.

"Adara rasa nak pergi tandaslah." ujarku kepada bonda.

Penuh berhati-hati aku bangkit berdiri. Terasa ada yang memaut bahuku dari belakang.

"Abang bawakan." Suara Zatasyah.

"Izinkan kami berdua ya." pintanya lalu memimpin aku keluar menuju ke tandas di dapur.

383

"Mesti bonda kata over. Nak pergi tandas pun berteman." selorohku.

"Biarlah orang kata apa pun. Ini cara abang jaga bidadari abang." Automatik bibirku tersengih
mendengar ayatnya. Eii, dasar mulut manis! Suka sangat buat aku rasa macam kera dapat pisang.

"Tiba-tiba rasa tak jadi nak pergi tandas." kataku. Zatasyah hadiahkan pandangan geram. Aku
masih tersengih gaya model ubat gigi.

Tiba-tiba tak jadi sebab ada idea lain.

"Sayang ada apa-apa nak cakap dengan abang?"

"Mana abang tahu?"

"Tu, main-main jari. Terpusing kiri kanan. Ingat kita ni baru hidup sehari ke dengan dia?"

Cekap sungguh mata dia. Aku berdehem sedikit sebelum bersuara.

"Adara nak cakap..."

"Aishiteru, saranghae, wo ai ni, ana uhibbuka, i love you, aku cinta kamu. Hmm, apa lagi?"
luahku, dah macam lagu rap rasanya. Rasa malu aku buang jauh-jauh.

Memang itu yang aku niatkan tadi. Asyik dia je yang mengucap kata cinta, bagilah aku can juga!

"Bagi abang sambung." celahnya lalu wajah didekatkan ke tepi kepalaku.

384

"Jet'aime." bisiknya di telinga kiriku.

"Ti amo." Telinga kanan.

"Te quiero." Telinga kiri semula.

"Mi amor. Por siempre mi amor." Akhir sekali, betul-betul di hadapan mukaku. Bisikannya
lembut, nafasnya menyapa pucuk hidungku, Tak kena cara, boleh longgar skru patella aku.

Suka sangat buat aku cair meleleh! Terkena juga aku, ingatkan bolehlah buat dia yang cair hari
ini.

"Sejak bila pandai Spanish ni?" soalku dengan kening terangkat.

"Kalau dengan Adara, automatik serba boleh." katanya, lalu mengenyit sebelah mata.

"Mulut manis!"

"Tahu tak apa. Nak rasa?" Dia juihkan bibir. Aku pandang kiri kanan. Sekali-sekala nakal... tak
salahkan? Kaki dijengket, menyamakan kedudukan kami. Tangan melingkar pada lehernya. Dia
paut pinggangku.

Kami mendekat, makin dekat dan...

"Ehem!" Deheman seseorang menghentikan segalanya. Kelam-kabut aku leraikan pelukan.
Wajah si pengacau daun dipandang. Ajwad! Eii, dia ni kan!

385

"Baby, tengoklah ibu dengan papa awak tu. Pergi tandas konon, last last melencong!" kata
Ajwad dengan suara kecil yang dibuat-buat. Membahang pipi rasanya, segan! Rasa macam baru
lepas kena tangkap basah.

"Nak apa?" soalku garang. Nak tutup malu sebenarnya.

"Saja nak jalan-jalan. Tahu-tahu jumpa dua ekor ulat bulu." katanya selamba. Aku tengok
Zatasyah di sebelah dah macam udang kena panggang. Telinga dia merah habis!

"Bagi sinilah Athalia tu. Sibuk je, kacau daun tahu tak?"

"Gatal. Report bonda baru tahu."

Athalia yang nyenyak tidur bertukar tangan.

"Pergilah, sibuk je!" halauku. Malu tak habis lagi ni. Ajwad masih menggelengkan kepala.

Lebih-lebih pula dia, padahal benda halal kut!

"Athalia kacau ibu dan papa tahu?" Zatasyah kembali bersuara apabila Ajwad berlalu pergi.

Seakan faham apa yang papanya ucapkan, bibir kecilnya mula tersebik-sebik. Terhambur
tawaku.

"Alaa, alaa. Nangis dah dia." Punggung yang berlapik dengan lampin aku tepuk beberapa kali
sehingga dia tenang semula.

386

"Cengeng macam awak."

"Excuse me?"

"Saya kata, cantik macam awak." Aku mencebik. Ingat kita ni pekak ke?

"Tadi tu, kan... Adara betul-betul maksudkan ke?" Berkerut dahiku mendengar soalannya. Soalan
jenis apa tu?

"Ada nampak macam saya main-main ke tadi?"

Zatasyah tersengih.

"Kalau macam tu, cakap lagi sekalilah. Tadi kurang jelas. Adara cakap laju sangat." Dia tayang
muka nakal.

"Tunduk sikit." pintaku, mahu memenuhi permintaannya.

"Saya cakap... saya cintakan awak. I love you, my forever Lionheart." bisikku, tepat di tepi
cuping telinganya.

"Then, same goes to me. I love you too, por siempre te quiero."

Demikianlah suka duka kisah cinta aku dan dia. Dia, Sang Singa yang paling sweet milik aku.

Dia, Ubaid Zatasyah Al-Asad, my forever lionheart!

387

"Hai, tidur dah semua?" Zatasyah tersenyum lalu mendekati si jantung hati yang telah hanyut
dibuai lena bersama ketiga-tiga permata hati.

"Adara sayang, bangun."

"Hmm.."

"Bangunlah. Kenapa tidur sini?" Bahu si isteri ditepuk perlahan. Kemudian dia beralih pada
kedua anak daranya yang berbaring sebelah menyebelah. Selimut yang menyelimuti keduanya
dibetulkan lalu bibirnya dilabuhkan ke dahi mulus itu.

Umayra Athalia Al-Asad dan Umayra Amalya Al-Asad. Dua puteri yang dikurniakan dalam
hidup mereka berdua.

"Tolong angkat Umayr tu bang, letak dalam bilik dia. Tak boleh dibiarkan selalu tidur dengan
yang perempuan." pinta Adara sambil menggeliat kecil. Tak sedar pula dia sejak bila dia ikut
terlelap bersama anak-anaknya. Leka sangat bercerita kisah lama, sampai tertidur.

Tubuh kecil milik Umayr Aydin Al-Asad dicempung mudah lalu Zatasyah berlalu ke bilik yang
bertentangan. Setelah diselimutkan anak bujangnya yang seorang itu, Zatasyah keluar semula
dari bilik.

"Sayang dah solat isya'? Sorry abang sibuk hari ni, tak dapat nak imamkan macam biasa." Bahu
Adara dipaut dan dibawa rapat ke sisi.

"Sudah. Tak apalah abang, Adara faham." Mulut yang terbuka luas dikatup dengan tangan.

"Mengantuk dah ke? Abang baru nak bawa pergi tempat special." Terus segar matanya
mendengar perkataan 'tempat special'.

388

"Tempat special?"

"Ya. Nak tak?"

"Nak!" Laju Adara membalas.

"Jom. Sebelum tu, tutup mata." Sehelai kain dikeluarkan dari kocek seluar dan diikat ke kepala
Adara.

"Nak jalan sendiri ke nak abang jalankan?"

Adara letak tangan ke dagu, lalu tersenyum nakal.

"Kalau abang jalankan tu, macam mana?"

"Macam ini!" Sekelip mata tubuhnya terasa melayang ke udara.

"Abang! Eii tak baiklah. Kalau jatuh macam mana?" Dada bidang Zatasyah ditampar perlahan.

"Takkan jatuh, sebab abang ada. Okay, duduk diam-diam sayang."

Adara sandarkan kepalanya ke dada Zatasyah. Bau di situ dihirupnya. Macam biasa, citrus and
vanilla scent!

"Nak bawa saya ke mana ni?"

389

"Adalah, nanti awak tahu." balasnya lalu dengan berhati-hati anak tangga dipijak satu-persatu.
Bimbang kalau jatuh, naya.

"Dah sampai." Kaki Adara diletak mencecah tanah.

Zatasyah perhatikan kawasan rooftop ini yang dihiasnya sejak selepas Maghrib tadi. Boleh tahan
juga.

"Dah boleh buka ke?"

"Aip, belum. Tunggu sekejap." Zatasyah menahan tangan Adara yang berura-ura ingin membuka
kain yang menghalang penglihatannya.

Jam tangan dikerling, setengah minit saja lagi.

"Okay dah boleh buka." katanya apabila jarum saat sampai pada nombor sebelas.

Percikan warna-warni di udara menyapa pandangan mata Adara. Adara tekup mulut, teruja.

"You planned this? For me?"

"Happy 9th anniversary sayang." Pinggang Adara dirangkul lalu dagunya direhatkan di atas bahu
Adara.

Adara tepuk dahi.

390

"Ya Allah, Adara lupa."

"Sibuk sangat dengan anak, sampai lupa ya?"

"Hehehe, sorry abang."
Langit yang tadinya berwarna-warni bertukar hitam semula.

"Alaa dah habis." rungutnya, kecewa.

"Ada lagilah. Come." Tangan Adara dipimpin sehingga tiba di penghujung rooftop. Punggung
dilabuhkan di atas sebuah beanbag hitam.

"Adara nak duduk mana?" soalnya apabila melihat cuma ada satu beanbag yang tersedia di situ.
"Why need a beanbag when you have me to be yours?" Zatasyah tepuk pahanya. Adara kulum
senyum.

"Tak menyesal eh? Adara dah naik sekilo semalam."

"Naik sepuluh kilo pun abang mampu tahan lagi. Meh sini."

Adara sandarkan belakang tubuh pada dada bidang milik sang suami. Mulut masing-masing
terkunci, cuma mata yang saling melirik, meluah rasa cinta melalui pandangan.

"Thank you."

391

"Untuk?" soal Adara, hairan dengan ucapan terima kasih Zatasyah secara tiba-tiba.

"Ini." Tangan kanan Adara diletak di atas tangan kirinya menjadikan cincin yang menjadi tanda
bahawa mereka saling melengkapi itu bersentuhan.

"Dan ini." Tangan kiri Adara dilekap ke jantungnya. Membiarkan si isteri merasai degupan
jantung yang sekian lama berdetak menyebut nama seorang Adara.

"Dan tak lupa, untuk dua puteri dan seorang putera pengarang jantung abang."

"Jantung ni menjadi saksi, setiap hari ia berdegup tanpa henti menyebut nama sayang. Selagi
hayat dikandung badan, selagi tu cinta singa untuk harimaunya tak akan padam."

Terkelip-kelip mata Adara menahan air mata daripada tumpah. Dada Zatasyah dipukul perlahan.

"Abang suka buat Adara nangis!"

"Eh? Nangis ke? Alaa orang sweet pun nak nangis." Kedua belah mata itu dikucup lembut.

"Manis sangat, air mata pun tak boleh bertahan. Takut kena diabetes."

"Macam itu ya? Hmm apalah air mata Adara ni. Langsung tak bagi peluang itew nak sweet sweet
dengan isteri itew."

Pecah tawa Adara mendengar perkataan 'dak-dak wicet' dari bibir sensual milik Zatasyah. Tak
kena langsung!

392

"Abang suka bila awak gelak."
"Adara pula suka bila abang sweet macam ni."
"Kalau tak sweet tak sukalah?"
"Abang hari-hari sweet, jadi hari-hari Adara suka abang!"
"Iya?" Wajah didekatkan dengan wajah Adara.
"Erm!"
"Kalau macam itu, abang pun suka Adara. Bukan setakat suka. Sayang, cinta pun termasuk sama.
Dan yang paling best, semuanya berlaku tanpa sebab."
Mata Adara dipicingkan memandang Zatasyah.
"Sweet talker!"
"I am."
Dahinya disandarkan dengan dahi milik si kekasih hati.
"Apa pun, thank you. Sebab stay dengan abang. Dari mula sampai akhir."
"Dengan siapa lagi Adara nak stay kalau bukan syurga Adara?" Anak mata mereka bertembung.

393

Perlahan, badan Adara ditarik rapat ke badannya. Adara turut membalas dakapan hangat
tersebut.
Sembilan tahun yang sangat membahagiakan. Perkenalan singkat yang membawa kepada
bahagia yang berpanjangan.
Semoga bahagia milik mereka, selamanya. Sampai syurga, dengan izin-Nya.

394

395

396


Click to View FlipBook Version