"Alaa ayahanda. Okay Adara minta maaf sangat sangat pulaukan ayahanda sehari dua ni." Terus
aku peluk tubuhnya. Bohonglah kalau aku tak rindu sepanjang tempoh bermasam muka
dengannya.
"Sehari dua apa? Nak dekat seminggu tau? Kesian ayahanda tak ada orang nak bebel-bebel dekat
telinga dalam seminggu ni."
Aku picingkan mata memandang ayahanda.
"Saya membebel tak cukup lagi ke?" sampuk bonda sambil memeluk tubuh di pintu.
"Tak sama. Awak isteri, yang ini anak. Mana sama."
"Yalah tu tak sama. Selama ni kalau Adara ni membebel, terus awak cakap dengan saya. 'Tengok
tu, ikut perangai awaklah tu'."
"Perangai je yang sama. Frekuensi kenyaringan bebelan lain."
"Eh chop, chop! Nak berperang jangan di sini ya. Terbalik segala perabot dalam bilik ni." Aku
bersuara lagak polis trafik yang sedang bertugas.
"Hish budak ni!" bonda bercekak pinggang.
Aku tayang wajah selamba lalu tangan dihulurkan pada ayahanda.
151
"Minta maaf?"
Huluran tanganku disambutnya.
"Dimaafkan. Ayahanda pun minta maaf juga."
"Hah, kan senang. Tak adalah memuncung seminggu, mengelat nak jumpa ayah sendiri." Aku
tersengih kelat mendengar ayat bonda.
"Adara dah maafkan ayahanda. Now, I want to hear the reason."
Terus kendur senyuman ayahanda lalu dia bertukar-tukar pandangan dengan bonda di sebelah.
Terbit keluhan dari bibirnya.
"Ikut ayahanda."
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Selonggok buku dikeluarkan dari peti besi di sudut bilik dan diletak di atas meja.
Terjawab jua persoalanku mengenai peti tersebut. Rupanya ia menyimpan catatan-catatan para
pemerintah Tigris An-Najh yang terdahulu. Kata ayahanda, setiap raja perlu membuat catatan
152
sekurangnya satu buah buku sepanjang pemerintahannya sebagai rujukan untuk pewaris yang
akan datang.
Ayahanda angkat buku berkulit hitam yang terletak paling atas.
"Ini buku raja pertama Tigris." berkerut dahiku. Satu buku je? Ni mesti sejenis yang malas nak
menulis.
Macamlah kau rajin sangat Adara.
"Almarhum Fahd Syaddad."
Mendengarkan sebaris nama itu, serta-merta fikiran menerawang ke arah mimpi yang aku alami
kira-kira sebulan lepas.
"Kerajaan ini keluarga aku yang bentuk! Maka aku adalah pewarisnya! Bukannya engkau, Fahd
Syaddad!"
"Err, ayahanda. Kalau tak keberatan, boleh Adara tahu, betul ke empayar ni memang diasaskan
oleh keluarga Fahd?" Aku lemparkan soalan. Aku lihat tubuh ayahanda sedikit mengeras.
"Baca semuanya di dalam ini, dan Adara akan tahu." Buku berkulit hitam tadi diserahkan
padaku.
153
"Buku apa tu?" Kedengaran bunyi pintu ditutup. Ajwad dan Abang Abrar sedang menuju ke arah
kami.
"Diari lama." balasku. Ajwad ambil tempat di sisiku manakala abang duduk bertentangan dengan
aku.
"Siapa punya?"
"The First Emperor."
"Ohhh. Kenapa ada dengan Adara?"
"Ayahanda beri untuk dia baca." Ayahanda membalas bagi pihak aku.
"Selak halaman pertama Adara." Aku turuti arahan ayahanda. Helaian kertas yang sedikit
kekuningan itu aku selak.
Mei 1900
Al-Asad mula goyah.
Hanya itu yang tertulis di situ. Terus aku pandang semula ayahanda, meminta penerangan lanjut.
"Apa ni?"
154
"Nama belakang Ubaid Zatasyah tu apa?" Ayahanda memulangkan soalan kepadaku.
Aku terkedu. Mata jatuh pada aksara yang tercatit di halaman yang terbuka luas itu.
"Al-Asad.."
155
"Al-Asad.." Perlahan aku menyebut nama keluarga Zatasyah.
"Maknanya.. Zatasyah berkait rapat dengan Al-Asad yang tertulis ni?"
"Baca lagi Adara."
Penghujung Mei 1900
Bunyi semboyan di segenap ceruk tanah Al-Asad ini mendatangkan rasa gerun dalam hatiku.
Tetapi pada masa yang sama, semangat untuk merebut takhta dari tangan Al-Asad kian berkobar-
kobar.
Perkhabaran bahawa empayar kini dalam keadaan darurat juga telah tersebar luas. Seluruh tanah
singa dalam ketakutan.
Maka dengan ini, aku bersumpah dengan darah, tanah ini akan aku takluki.
Permulaan Jun 1900
Seperti yang diwar-warkan, tentera kini bersiap sedia untuk berkorban nyawa dan raga,
menumpahkan darah demi sebuah kemenangan.
Seluruh empayar diarahkan berkurung, kerana perang hebat bakal tercetus.
Aku Syaddad dan bersama-sama dengan tenteraku, akan aku jadikan tanah singa ini bertukar
menjadi milik abadi si harimau.
156
Pembacaan aku terhenti. Sekejap, aku cuba fahamkan.
Apa yang aku faham, si penulis yang bernama Fahd Syaddad yang juga moyang kepada nenda
aku menceritakan tentang perang hebat yang bakal tercetus untuk merebut takhta.
Fahd rampas Al-Asad? Takkanlah empayar serba gah ini merupakan hasil rampasan keji?
Malam Peperangan, Jun 1900
Percikan darah di sana-sini. Mayat yang bergelimpangan seakan hiasan yang mengerikan.
Aku sendiri tidak mengerti, mengapa Ghazi memilih jalan ini berbanding dengan jalan yang
lebih harmoni. Peperangan ini cuma membuang masa dan tenaga.
Bulan purnama penuh, Jun 1900
Lima hari empat malam bertarung, Ghazi tewas. Aku diangkat menjadi pewaris Al-Asad. Dan
seperti yang dijanjikan, aku diberi izin menukar nama empayar yang mundur ini.
Tigris An-Najh. Nama yang aku pilih.
Dan mulai hari ini, akulah kepalanya. Aku The Majesty Emperor Fahd Syaddad. Janji aku, akan
aku bawa nama empayar ini menjadi sebuah empayar yang gah di persada dunia suatu masa
kelak.
157
Aku selak lagi halaman seterusnya, tetapi kosong.
"Dah habis?"
"Almarhum Syaddad cuma sempat memerintah selama dua bulan sebelum dia jatuh sakit. Tiga
bulan bertarung dengan penyakitnya, akhirnya dia pergi tanpa sempat memajukan empayar yang
sekian lama menjadi impian. Maka legasi diteruskan oleh Almarhum Fahd Razzaq." Ayahanda
mula bercerita.
"Setelah dua dekad memerintah, Almarhum ditikam oleh seorang pemberontak. Pihak istana
mengesyaki suspek merupakan orang upahan Al-Asad, tapi ketika itu mereka tak punya bukti."
"Then the war started." ujarku secara berbisik. Teringat pada Perang Fasad yang aku belajar
dalam subjek Sejarah semasa berada di bangku persekolahan dulu. Tetapi dalam silibus, tak
disebutkan pula siapa lawannya. Cuma dilabel sebagai pemberontak sahaja.
Patutlah namanya Perang Fasad. Perang Fahd Asad rupanya. Tak tahulah betul atau tidak, itu
teori aku saja.
"Yup. Perang berlanjutan hampir lima bulan lamanya dan akhirnya pihak Al-Asad mengalah.
Meskipun dalang si sebalik pembunuhan Almarhum Fahd Razzaq dapat diberkas, keluarga Fahd
masih curiga dengan keturunan Al-Asad. Bimbang sekiranya kejadian yang sama berulang."
"Lepas itu, semuanya baik-baik saja kan?"
158
Ayahanda menggeleng.
"Setelah perang tamat, Almarhum Fahd Azizi yakni datuk kepada ayahanda menaiki takhta. Dua
belas tahun memerintah, dia mangkat dan almarhum nenda kamu menggantikannya."
"Nenda memerintah selama lima belas tahun tujuh bulan, dan akhirnya terpaksa turun dari takhta
atas faktor kesihatan tidak mengizinkan."
Aku mengangguk faham. Dan selepas nenda turun takhta, ayahanda pula diangkat menjadi raja
pada usia tiga puluh tahun dan memerintah sehingga sekarang. Ayahanda juga merupakan raja
yang paling muda menaiki takhta jika dibandingkan dengan yang sebelumnya, rata-rata menjadi
raja pada usia empat puluhan.
"Jadi, apa kena mengena Zatasyah dengan semua ini?" soal Ajwad.
"Keturunannya. Ubaid Zatasyah Al-Asad. Susur galurnya datang dari Thohir Al-Asad, pewaris
terakhir kerajaan Al-Asad sebelum diserahkan pada Fahd Syaddad. Fahd Syaddad ni sebenarnya
anak angkat kepada Thohir Al-Asad. Dan Thohir juga punya seorang anak lelaki bernama Ghazi
Al-Asad."
"Sepatutnya kalau mengikut sistem pemerintahan monarki, anak lelaki kandung yang akan
mewarisi takhta kerajaan. Tapi Thohir tak percayakan Ghazi untuk menyambung legasinya."
"Kenapa?"
159
"Ketika itu, Empayar Al-Asad di ambang kejatuhan. Thohir bimbang kalau-kalau takhta jatuh ke
tangan Ghazi, nama Al-Asad akan lenyap terus dari muka bumi. Di antara Ghazi dan Syaddad,
Thohir nampak Syaddad lebih berpotensi untuk menjadi pewaris seterusnya dan memajukan
empayar. Berbanding dengan Ghazi yang tika itu cuma tahu berfoya-foya dan menghabiskan
harta. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan soal peralihan takhta, tetapi Ghazi menentang
sekerasnya dan menyatakan dia mahukan peperangan untuk menentukan siapa yang layak
menjadi pewaris Al-Asad. Maka tercetuslah peperangan antara mereka."
"Tapi, apa bezanya kalau Syaddad yang dapat? Tengok, nama empayar pun ditukarnya. Entah-
entah generasi sekarang tak tahu pun wujudnya Al-Asad pada suatu ketika dahulu."
"Sekurangnya, empayar yang dibina dengan keringat tulang empat kerat tak terkubur begitu saja.
Biar namanya ditukar, asalkan tanahnya masih wujud di muka bumi ini." Jawapan Abang Abrar
buat aku berfikir seketika.
"Betul juga. Sekurangnya tak adalah sakit hati melihat empayar yang dibina berdekad lamanya
musnah di tangan keturunan sendiri."
"Tapi Adara still tak faham apa kaitan Zatasyah dengan ini semua."
"Memanglah tak faham, ceritanya belum habis."
Aku tersengih malu.
"Jadi selepas Fahd menang perang itu, Ghazi tak berpuas hati. Dia rasakan Fahd tak boleh dapat
takhta dari ayah dia sendiri, sedangkan dia tak tengok apa yang kurang pada diri dia. Sebab
160
itulah ada serangan ke atas pemerintah terdahulu. Sampailah pada Perang Fasad, Al-Asad pilih
untuk undur diri dan menyerah. Sejak tu, tak ada lagi serangan daripada pihak mereka. Kedua
pihak mengambil jalan untuk melakukan gencatan senjata."
"Then? Kalau dah ambil jalan untuk buat gencatan senjata, sepatutnya dah tak ada isu tentang
Al-Asad ni."
Ayahanda menggeleng lalu dia memicit pelipis.
"Ayahanda tanya satu soalanlah ya. Kamu semua memang rasa almarhum nenda kamu mangkat
akibat strok?"
Aku bertukar pandangan dengan Ajwad di sisi dan kemudian Abrar yang bertentangan.
"Ya."
"Mungkin."
"Tidak." jawapan abang membuatkan aku dan Ajwad menoleh ke arahnya.
"I was fourteen that time. Seingat Abrar, nenda kena minor strok saja. Kalau diikutkan, dah
hampir sembuh sebenarnya."
"Ye ke?" aku garu kepala. Entahlah, ingatan aku sendiri samar-samar tentang hari itu.
161
"Tepat sekali. Kalau diikutkan rekod perubatan, almarhum dah boleh bercakap semula masa itu."
"Jadi kalau bukan sebab strok, nenda mangkat sebab apa?" soalku.
Ayahanda pandang aku, Ajwad dan Abrar silih berganti. Keluhan dilepaskan lalu dia membuang
pandangan ke arah tingkap.
"Poisoned." Dia menoleh semula ke arah kami.
"By Al-Asad."
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Diracun oleh Al-Asad. Sungguh, tak terjangkau oleh fikiranku bahawa inilah sebab ayahanda
menentang sekerasnya hubungan aku dan Zatasyah.
Kerana berkemungkinan besar, masih ada sisa-sisa dendam keturunan Al-Asad dengan keluarga
Fahd. Wajarlah ayahanda menyuruh aku berbuat begitu, bimbang Zatasyah merupakan salah satu
rancangan Al-Asad untuk menyerang kami. Sudahlah aku dengan dia berkenalan dalam waktu
yang singkat.
Tapi Adara, sanggupkah kau tinggalkan dia?
162
Jawapannya, dah tentulah tidak. Aku dapat rasakan Zatasyah tak ada kena mengena pun dalam
peperangan antara dua keluarga ini. Entah-entah dia tak tahu pun tentang semua ini.
Ting! Telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Boo <3
Dah seminggu, satu pun call saya tak berangkat. Where are you?
I miss you :'
Saya pun rindu awak.
Mesejnya aku biar tak berbalas. Buat masa ini, aku perlu fikirkan jalan untuk yakinkan ayahanda
yang Zatasyah tak ada kena-mengena dengan perkara ini.
Bagaimana?
Aku hempaskan badan ke tilam. Siling ditenung lagak mahu menembusinya, cuba mencari
penyelesaian tetapi minda aku kosong. Sekosong siling putih ini.
Aku bangkit dan duduk bersila pula. Dagu ditopang dengan siku.
Kalau aku tanya Zatasyah terus, bagaimana? Jawapan berbentuk apa yang akan terima? Yang
baik atau sebaliknya ya? Kalau yang sebaliknya, apa yang terjadi pada aku dan dia ya?
163
Atau terangkan semuanya pada dia dan minta putus cara baik?
Ish, jawabnya sampai hari akhir dunia pun aku tak mahu putus dengan dia.
Muka ditekup dengan bantal lalu aku menjerit sekuat hati. Stres!
164
Deringan telefon yang berbunyi aku abaikan buat kesekian kalinya.
"Jawablah, kesian dia."
Telefon di tangan dipandang sepi. Aku rindu.. tapi aku takut rindu ini memakan diri andai aku
dan dia bukanlah apa yang takdir mahukan.
"Jangan sampai hilang dia."
"Dia nak hilang ke mana? Ada je dekat rumah Doktor Jabbar tu." balasku dalam bentuk gurauan,
walaupun aku tahu gurauan itu hambar tak berperisa.
"Lelaki, Adara. Lama-lama dia dah bosan dia akan tinggal dan cari yang lain."
Aku mengeluh buat kali entah ke berapa untuk hari ini.
"Telefon dia balik. Kesian dia, entah-entah dia tak tahu apa-apa pun pasal ini."
"Tapi dia ada cakap sesuatu hari tu.. seakan dia dah tahu benda macam ni akan jadi."
"Mungkin dia dah boleh agak melalui reaksi wajah ayahanda ketika dia sebut pangkal namanya."
"Mana bonda tahu?"
165
"I was there dear." Oh yalah, aku lupa.
"Fikir baik-baik. Sayang kalau dilepaskan permata sebaik Zatasyah. Bonda tahu dia baik, dan
naluri bonda kuat mengatakan dia tak tahu apa-apa tentang permusuhan Al-Asad dan Fahd."
"Tapi masalahnya, ayahanda.."
"Tentang ayahanda tu, kita boleh usaha kemudian. Yang penting jangan putuskan hubungan
kamu dengan dia, andai Adara betul-betul sayangkan dia." kata bonda sebelum dia berlalu masuk
ke dalam.
Hamparan biru yang menjamu mata ketika ini aku pandang tanpa sebarang rasa. Mata
dipejamkan.
Jujur aku kata, aku tak kisah sikit pun tentang dia yang punya kaitan dengan Al-Asad. Tapi yang
aku takutkan, kalau ada apa-apa terjadi andai aku dan dia bersatu. Baik mengundur diri sebelum
cedera parah.
Tapi sekarang pun tak ada bezanya. Aku bersama dengan Zatasyah atau tidak, kedua situasi
membawa kami pada satu rasa yang sama.
Sakit.
Bezanya, kami ada atau tiada ketika masing-masing memerlukan sokongan.
166
Sesuatu yang diletakkan di atas ribaku membuatkan mata yang terpejam dibuka. Ada sejambak
bunga baby breath diletakkan di atas ribaanku. Aku pandang sisi, ada Mak Suri dengan wajah
simpatinya. Aku tahu, pergolakan antara aku dengan Zatasyah ni dah jadi buah mulut para staf di
istana ini.
Kata mereka, Puteri Adara nak kahwin dengan musuh kerajaan.
Huh. Karang aku pecat seorang-seorang, baru nak melutut minta maaf agaknya. Masa buat dosa
mengumpat tak berfikir. Mujur aku masih ada empati dalam hati.
"Mimpi apa Mak beri bunga ni? Birthday Adara lambat lagi." Aku tergelak separuh ikhlas.
"Bukan Mak, tapi kekasih hati Adara."
"Zatasyah?"
"Buat-buat tanya pula dia ni."
Terkelip-kelip mata aku memandang jambangan bunga di tangan.
"How?"
"Dia kirim pada Wajdi."
167
Ya Allah, sampai begitu sekali? Menyesal pula tak jawab panggilan dia tadi.
Oh ya, Wajdi itu salah seorang Askar Diraja yang berjaga di luar pagar. Aku pun dah anggap dia
macam adik sendiri. Muda lagi orangnya. Rekrut pelapis Askar Diraja.
Bunga di tangan aku belek, sekeping kad yang terselit di dalamnya aku tarik keluar.
Percayakan saya. -U.Z
"Emperor tak patut buat kamu berdua macam tu." Aku ukir senyuman hambar. Nak buat macam
mana, ayahanda tu sekali dia putus A, jangan harap nak tukar B ke C. Kalau A, A lah yang dia
mahu.
"Adara pun tak tahu cara nak yakinkan dia yang Zatasyah tak ada kena mengena dengan semua
ni."
Seketika kemudian, terlintas satu perkara di benakku.
"Mak kerja di sini dah berapa tahun?"
"Hampir 35 tahun."
"Sepanjang 35 tahun ni mak di sini, ada apa-apa serangan yang terjadi?"
168
Mak Suri geleng.
"Tak ada kecuali kes almarhum Fahd Baihaqi diracun. Adara pun tahukan?" Aku angguk.
"Ada bukti ke Al-Asad yang racun?"
"Tak ada, tapi rasanya memang betul Al-Asad. Tigris tak ada musuh lain."
Aku tak membalas apa-apa. Otak ligat berfikir cara untuk menyelesaikan semuanya. Tiba-tiba,
satu idea datang menjengah fikiranku. Aku bangun dari duduk.
"Adara minta diri, nak ke perpustakaan sekejap." ujarku lalu tergopoh-gapah aku masuk ke
dalam. Anak tangga dilangkau dua-dua supaya cepat sampai ke destinasi. Nampak tak betapa
semangatnya aku?
Sampai di tingkat kedua, aku pandang kiri kanan. Line clear. Pintu masuk ke bilik kerja
ayahanda aku dekati dan cepat-cepat aku menyusup masuk. Fuh, rasa macam penyangak pun
ada.
Aku duduk bersila di hadapan peti besi semalam. Mata merenung papan kekunci nombor yang
melekat di situ. Apa agaknya kata laluan dia ya? Yang pasti, ayahanda tak akan guna nombor-
nombor tipikal seperti tarikh lahir atau tarikh ulang tahun perkahwinannya. Oh come on,
Emperor Fahd Afkar Suhaid kot. Tak mainlah password klise seperti itu.
169
"Krettt.." Terasa nak luruh jantungku mendengar bunyi pintu dibuka dari luar. I'm dead.
"Cak!"
Cis, Abang Abrar rupanya. Buat suspen je. Aku bercekak pinggang.
"Terkejut Adara tahu?"
"Buat apa ni? Nak mencuri eh.." Aku julingkan mata.
"Macam mana tahu Adara ada dekat sini?"
"Dari jauh nampak Adara terhendap-hendap serupa pencuri. Tak ada ketokohan langsung nak
jadi spy." Aku mencebik. Apa-apa sajalah.
"Abang tahu macam mana nak buka ni?" soalku. Abang Abrar ikut bersila di sisiku.
"Ni? Abang pun tak tahu."
Ek eleh.
"Nak ambil apa dalam ni?"
170
"Nak ambil diari-diari semalam"
"Lah. Diari tu ada dalam bilik abang. Abang minta dengan ayahanda semalam." Aku tepuk dahi.
Bukannya nak cakap awal-awal!
"Adara tak tanya, macam mana abang nak beritahu?" tambahnya lagi, seakan tahu apa yang
bermain di fikiranku.
"Adara pergi ambil eh?" soalku sambil berura-ura bangun dari duduk.
"Pergilah, abang letak dekat dalam laci paling bawah."
Pantas aku berlari dari sayap barat ini ke bahagian timur. Pintu bilik abang Abrar dikuak dan aku
buka laci berwarna hitam seperti yang dia maksudkan. Buku yang berjumlah lima belas buah
kesemuanya aku ambil dan dibawa ke bilik aku.
Masa untuk mengkaji dan mencari solusi.
Buku berkulit coklat dengan label FR aku sentuh. Aku yakin ini buku milik Almarhum Fahd
Razzaq, The Second Emperor of Tigris. Halaman yang ditanda dengan sekeping kayu dengan
ukiran bermotif harimau menarik perhatian aku.
1919, 17 Februari
171
Kemas sungguh tulisan Almarhum.
Entah mengapa, aku rasa semacam. Seakan diperhatikan. Sementelah pula sesudah pertemuan
aku dengan Qowiy Al-Asad beberapa hari yang lalu.
Buat puteraku Azizi, sekiranya aku pergi dahulu. Aku amanahkan tanah ini kepadamu. Jaga ia,
jangan sampai jatuh semula ke tangan sang singa.
Qowiy Al-Asad. Anak kepada Ghazi? Mungkin.
1919, 20 Februari
Dia betul-betul pergi. Buat ayahanda, damailah di sana. Tak usah khawatir, kami selamat di bilik
bawah tanah ini. Esok peperangan akan berlangsung. Sekali lagi.
— Fahd Azizi.
Chop, chop. Bilik bawah tanah? Ada bilik bawah tanah dalam binaan ini?
Ah, persetankan semua itu. Tak penting.
Aku buka lagi diari seterusnya dan mencatit beberapa isi yang aku rasakan penting. Kali ni, aku
perlu usaha bersungguh-sungguh dalam usaha meyakinkan ayahanda.
172
Hashtag, Demi Cinta A To Z!
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Ayahanda, Adara nak bincang sikit."
Petang ini, aku nekad nak berbincang dengan ayahanda. By hook or by crook, aku perlu pujuk
ayahanda. Yakinkan dia yang lelaki kesayangan aku itu tak akan mengancam keselamatan
negara seperti yang difikirkannya.
"Kalau tentang lelaki tu, ayahanda tak mahu dengar apa apa." balasnya tanpa sedikit pun
memandang wajah aku.
Aku tarik nafas dan hembus beberapa kali. Sabar Adara. Kalau nak berbincang kau perlukan
kesabaran yang tinggi.
"Please ayahanda, dengarlah dulu."
"No means no dear. Adara gadaikan kerajaan untuk seorang lelaki?"
"Ayahanda, tak ada apa yang nak dirisaukan pun." Buku ditangannya diletak di atas meja.
"Sounds very confident."
173
"I am."
"Okay, shoot!"
Buku nota yang berisi catatan hasil pencarian aku semalam aku keluarkan.
"Berdasarkan apa yang Adara kaji semalam, kes kemangkatan nenda tu tak ada bukti pun yang
pelakunya merupakan orang Al-Asad." Aku mulakan bicara.
"Jadi Adara nak cakap yang ada dalang lain?"
"Mungkin, who knows."
Ayahanda menggeleng kepala.
"Tak mungkin orang lain Adara. Hanya Al-Asad musuh kita sejak sekian lama!"
"Kalau ya pun Al-Asad adalah dalangnya, kes tu dah selesai dua puluh dua tahun yang lepas
ayahanda. Selepas daripada tu, dah tak ada lagi kes berkaitan mereka. Ayahanda pun tahu Tuan
Amrin Iskandar, CEO Tigris Airlines itu juga berketurunan Al-Asad. Adara tak nampak apa
yang ayahanda risaukan sekarang ni. Keluarga Al-Asad dah punya empayar perniagaan yang
sangat kukuh ayahanda. Siapa yang tak kenal Tigris Airlines? Rangkaian syarikat penerbangan
terbesar dunia tu, silap-silap harta dia lagi berkepuk-kepuk dari kita." Panjang lebar aku
bentangkan hujahku.
174
"Dah tak ada sebab mereka mahukan takhta." tambahku lagi.
Ayahanda cuma mendiamkan diri. Matanya merenung lama buku nota aku di atas meja lalu
terbit keluhan dari mulutnya.
"Mana ayahanda tak curiga, kemunculan Zatasyah terlalu drastik. Jumpa baru dua tiga kali, tiba-
tiba nak masuk dalam keluarga ni."
"Habis tu ayahanda nak kami bercinta bertahun-tahun tanpa hala tuju? Macam tu?"
"Susah sangat ke untuk ikut cakap ayahanda kali ni?"
Aku senyum sinis.
"Ayahanda yang bercakap memanglah rasa senang. Yang sakit, yang bersusah untuk bangkit
Adara."
Jari-jemari ayahanda mengetuk-ngetuk permukaan meja.
"Beginilah." dia bersuara.
"Beri ayahanda masa untuk buat keputusan. Boleh?"
175
Aku angguk berkali-kali.
"Adara harap, jawapan positiflah yang Adara akan dapat."
176
Air teh yang masih berkepul-kepul wapnya dikacau perlahan dengan sudu. Mata asyik merenung
refleksi sebahagian dahiku yang terpantul dalam air yang berwarna coklat kemerahan itu. Fikiran
melayang jauh teringatkan si dia yang jauh di mata tetapi dekat di hati.
Siapa lagi kalau bakal suami tak jadi aku.
"Oh dinda~."
Aku tayang muka jelak kepada Ajwad yang kini menarik kerusi di hadapanku.
"Dinda jangan marah-marah. Takut nanti lekas tua."
"Diamlah. Suara dah la macam katak bawah tempurung."
"Ek eleh, PMS la tu." Ajwad mencebik di hujung kata lalu dia tuangkan kopi hitam sehitam
rambutnya ke dalam cawan.
Air teh yang aku kacau sedari tadi aku sisip sedikit. Terasa suamnya air itu mengalir dalam
esofagus dan turun ke perut. Ajwad yang sedang tersenyum sipu sambil menatap telefon aku
hadiahkan pandangan pelik.
"Itu yang tersenyum-senyum, kenapa? Ada apa-apa yang Adara tak tahu ke?"
177
Terus kendur senyuman Ajwad dan digantikan dengan riak selamba seakan tiada apa yang
berlaku.
"Eh, bakal suami Adara macam mana? Sihat?"
Okay, Ajwad memang pelik hari ni. Manakan tidaknya, tiba-tiba muncul nama Zatasyah pada
petang ini.
"Jangan nak tukar topik. Dia okay ke tak okay dia punya pasal. Tak ada kena mengena dengan
Adara."
"Itu pun nak sentap."
Aku acukan buku lima. Mulut dia ni memang, jaranglah tak menjawab kata-kata aku. Patutlah
tak laku-laku.
"Dengar cerita malam ni kita ada tamu." Suara abang Abrar yang datangnya dari dapur mengalih
perhatianku. Melihatkan sebilah foil yang tersisip pada pinggangnya dan wajah cerahnya yang
sedikit kemerahan cukup buat aku tahu, abang baru selesai dengan latihan lawan pedangnya.
"Tamu? Siapa?"
"Entah. Bonda kata special guest. Special tak special, kita tunggulah malam ni." Kelibatnya
berlalu ke bilik penyimpanan pedang di bawah tangga.
178
"Adara ada nampak tak sabre yang abang selalu guna tu?"
"Hah? Saibah mana pula kau ni?" Sampuk Ajwad.
"Sabre la sengal. Kau berapa tahun tak servis telinga kau?"
"Cakap biar terang. Kau punya british accent tu pekat sangat." Ajwad beralasan.
Abang Abrar sekadar menjulingkan mata ke atas lalu menumpukan perhatian padaku semula.
"Sabre yang ada ukiran nama abang dekat hulu dia tu kan?"
"Hah. Ada nampak?"
"Adara nampak dekat luar semalam."
"Luar?" Abang Abrar garu keningnya. Mulut terkumat-kamit membebel sesuatu yang aku sendiri
tak pasti.
"Saibah tu pedang ya?" soal Ajwad.
"Iya."
179
"Yang ada nama Abrar Mubarak dekat hulu dia tu?" Aku anggukkan kepala.
"Oh, nama dia Saibah rupanya. Aku buat cantas semak semalam." Terus berubah riak hairan
abang Abrar. Yang tinggal cuma wajah menahan amarah yang bila-bila sahaja boleh meletus.
"Apa kau kata? Cantas semak?" Naik seoktaf suara abang Abrar. Ajwad yang mendengar apa
lagi, cabut larilah. Sudahnya aku mampu geleng kepala saja melihat gelagat kedua kakandaku
itu. Childish.
Usai minum petang, aku rehatkan diri di buaian yang ada di dalam kawasan taman bunga ros
milik bonda. Menikmati pemandangan matahari terbenam di ufuk barat. Tempat lepak
kegemaran aku. Salah satu sebab aku suka tempat ni ialah suasananya persis babak dalam cerita
Cinderella. Yang masa Prince Charming ayunkan buaian untuk Ella pada malam majlis tari-
menari tu.
Fokusku terganggu tatkala mata menangkap sesuatu berwarna putih yang sedang terloncat-loncat
ke arahku dari kejauhan. Aku kecilkan kornea memandangnya. Apa tu?
Serta-merta bulu roma aku berdiri tegak tatkala objek itu semakin dekat denganku. Seakan faham
dengan aku yang tidak selesa dengan kehadirannya, pergerakannya statik betul-betul di
hadapanku.
"Saya tak takut awak, tapi saya geli. Stay still and don't move." bisikku sambil melangkah
setapak ke belakang.
180
"Jangan!" Aku terjerit apabila dia semakin mara ke hadapan. Aku tak suka arnab! Macam mana
tiba-tiba boleh ada arnab dalam kawasan istana ni? Tanpa berfikir panjang, aku berdiri di atas
buaian yang aku duduki ini. Jatuh tak jatuh fikir kemudian, yang penting si putih berbulu ni pergi
jauh dari aku.
"Pergilah, syu syu! Abang! Ajwad! Tengok ada makhluk ni kacau Adara!" Takut-takut aku
pandang ke tanah. Melihatkan arnab itu ada ura-ura nak melompat ke atas buaian ini, makin
cemas aku dibuatnya.
"Ah!" Tali buaian putus! Aku pejamkan mata, bersedia untuk mendarat pada tanah dan bila-bila
masa sahaja makhluk yang aku takuti tadi bakal menempel denganku.
Eh.
Kenapa tak jatuh-jatuh? Aku terbang ke?
"Buat apa dekat luar senja-senja ni?"
Wait a minute, aku kenal suara ni. Mata yang terpejam aku buka. Seraut wajah tampan kini
menghiasi pandanganku. Tangannya pula elok terletak pada belakang badanku.
Cliché.
"Dah, dia dah tak ada. Pergi masuk. Dah nak maghrib ni." Penuh kelembutan dia turunkan kaki
aku ke tanah. Ironinya, intonasi suaranya tak selembut perlakuannya.
181
"Awak?"
"Ya sayalah ni. Kenapa? Dua minggu tak jumpa sampai dah lupa siapa saya?" Suaranya masih
dingin dan kaku.
"Macam mana.."
"Sudah, pergi masuk. Tak elok senja-senja duduk dekat luar ni."
"Tapi.."
"Masuk." Dengan nada tegas dia tekankan perkataan tersebut. Patuh dengan arahannya, aku
putarkan badan dan menonong masuk ke dalam.
Kenapa dingin sangat? Dia marah aku ke?
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
Cincin dengan sebutir permata kecil yang tersarung pada jari manis aku pandang lama. Tetamu
special sangat. Memang special. Petang tadi single, lepas maghrib dah jadi tunang orang.
Senyap-senyap saja semuanya merancang tanpa mengkhabarkan kepadaku. Nasib baik yang nak
bertunang dengan aku tu Zatasyah. Kalau lelaki lain dah lama aku lari tak kembali.
182
Tapi si encik tunang aku tu dari petang sehingga malam ni masih dingin dengan aku. Depan
bonda dan ayahanda boleh pula senyum, cakap lemah-lembut. Sampai dekat aku, muka pun tak
mahu pandang.
Nasib wa sayang sama lu!
"Mummy, can I sit here with you?" Suara kecil itu menyapaku. Aku senyum dan menepuk ruang
kosong di sebelahku.
"Sure." Terkial-kial kakak kepada Luthfan, Luthfia memanjat kerusi di sebelahku.
"Mummy so cantik!"
Aku tergelak. Jujur betul, nasib baik dia sebut cantik. Kalau sebut comot tadi, ada yang aku
humban dalam semak karang. Kecil tak kecil.
"Pia pun cantik juga." Aku usap kepalanya yang berbalut tudung. Bagus betul didikan Fina dan
suaminya, Furqan. Sedari kecil lagi sudah diajar bertudung. Beradab pun beradab, tak ada nak
tantrum tak tentu pasal macam budak lain.
"Tak ada bintang." Komennya sambil memerhati langit yang hitam pekat.
"Tapi ada bulan." Satu suara garau menyapa koklea. Tak tengok pun tahu siapa.
183
"Pia tak takut ke duduk dalam gelap ni?"
"Mummy kan ada."
"Ye ke? Tak nampak pun mana mummy Pia?"
"Ni?" Luthfia menuding jarinya ke arahku.
"Mana?"
"Daddy tak nampak, maknanya tinggal tiga kali Jumaat je lagi tu." selorohku, sengaja nak
melihat reaksinya.
"Tiga kali Jumaat?"
"Haah. Lagi tiga Jumaat nak 'jalan'." Terpinga-pinga wajah mulus itu memandang aku dan
Zatasyah.
"Pia tak faham." Terkelip-kelip matanya meminta penjelasan.
"Tak apa, belum masanya Pia faham." Aku jeling Zatasyah di sebelah Luthfia, ada senyuman
kecil tersungging pada bibirnya. Namun cuma buat beberapa detik sebelum ia mati dan dia
alihkan perhatian pada Luthfia.
184
"Pia masuk dulu boleh? Daddy nak cakap dengan mummy."
Luthfia panggung wajahnya menghadapku, seakan bertanya— boleh Pia tinggal mummy berdua
dengan daddy? Aku angguk sekali tanda membenarkan lalu terkedek-kedek si kecil Luthfia
berlalu ke dalam.
Seminit, dua minit, tiga minit. Huh. Nak cakap dengan mummy konon. Sudahnya kami sama-
sama memandang langit malam yang sepi tanpa gemintang.
"Kata nak cakap dengan saya." Kata-kataku memecah keheningan di antara kami. Tetapi
malangnya, Zatasyah masih memilih untuk mengunci mulut, lagak ada emas yang tersimpan di
bawah lidahnya.
"Awak marah saya eh?" tebakku.
"Hm." responnya ringkas.
"Merajuk?"
"Hm." aku tahan ketawa daripada meledak. Abang sado merajuk? Cannot brain.
"Merajuk sebab?"
"Hm."
185
"Tak naklah hm, hm."
"Hm."
"Okay, sorry." tuturku.
"Hm." Hai, dah minta maaf pun 'hm' je ke responnya?
"Tak naklah merajuk."
"Siapa suruh tak pujuk." Akhirnya, jawapan selain 'hm'.
"Mana saya tahu awak merajuk."
Suasana jeda kembali. Lelaki di sisiku ini masih dalam mod berjauh hati gamaknya. Susah juga
nak pujuk lelaki merajuk ni ya?
"Esok, jam 1300. Navy Blue. Jangan lambat." ucapnya secara tiba-tiba lalu bangkit dari
duduknya.
"Hah?"
186
"You hear me loud and clearly. See you tomorrow, mi lady." Tangan diseluk ke dalam kocek
seluar dan dia berlalu meninggalkan aku dalam keadaan tercengang-cengang.
Jam 1300? Navy Blue?
187
"Jangan balik lambat." Pesanannya dibalas anggukan patuh dariku. Bibir didaratkan di atas
kekura tangannya yang sedikit berkedut akibat faktor usia.
"Jaga Adara. Jangan buat benda bukan-bukan. Balik sebelum Maghrib.." Dan pelbagai lagi
nasihat dititipkan buatnya. Sama seperti aku, lelaki di sisi aku ini juga turut terangguk-angguk.
Pasrah sajalah. Nak buat macam mana, sejak identiti Al-Asad terbongkar, ayahanda lebih tegas
dan teliti dalam setiap keputusan yang berkait dengan Zatasyah. Naluri kebapaan, aku faham.
Pintu kereta yang hitam berkilat dikuak dan aku boloskan diri ke dalamnya. Sedetik kemudian,
bauan citrus mula menusuk ke mukusku tatkala Zatasyah mengambil tempat di bahagian
pemandu.
Kemeja dengan lengannya yang disinsing sehingga ke siku aku lihat sekilas. Warnanya senada
dengan hijab yang melitupi rambutku kini. Poyo. Nak pakai sedondon cakap ajelah, ini cakap
pun dengan nada serupa komander askar. Nasib baik aku faham apa yang dia maksudkan
semalam.
"Kita nak ke mana ni?"
"Rumah saya." Aku hadiahkan pandangan tak percaya bercampur kaget.
"Eh. Maksud saya, rumah arwah ibu saya. Haa rumah arwah ibu." Pantas dia betulkan ayatnya
yang tersasul. Comel pula rasa melihat riak cemasnya. Risau sangat aku salah faham.
188
"Buat apa?"
"Adik-adik saya pun nak kenal dengan awak juga."
Aku sekadar 'ooo' sebagai jawapan balas lalu menumpukan perhatian ke luar tingkap. Menikmati
pemandangan bandar metropolitan ini dari dalam kereta. Hampir dua dekad ayahanda
memerintah, aku menjadi saksi melihat empayar ini maju setapak demi setapak.
Puas memandang ke luar, aku kalihkan mata ke struktur dalaman pacuan empat roda ini.
Ternyata, Zatasyah sama seperti tipikal lelaki bekerjaya lain. Keretanya kemas, tiada sebiji pun
bantal gebu-gebas atau hiasan yang bergantungan pada cermin pandang belakang. Berbeza benar
dengan kereta milikku yang dihias dengan pelbagai bantal empuk, siap dengan seat leather khas
berwarna merah hati lagi.
"Sayang, ambilkan aviator saya dalam dashboard." Suaranya memecah kesunyian di antara kami.
Sekejap, dia panggil apa tadi?
"Sayang.." Oh jantung, anda diminta supaya bertenang. Apa pasal pula mamat ni? Kena sampuk
jin sayang ke?
"Yang?"
"Haa! Ap-apa tadi? Oh aviator. Sekejap, sekejap." Kelam-kabut dashboard dibuka dan sebuah
kotak berbentuk segi empat dikeluarkan.
189
Menggigil tanganku tatkala menyerahkan kotak berwarna hitam itu kepadanya. Tersungging
senyuman kecil pada pinggir bibirnya tetapi reaksi wajah masih cuba dikekalkan selamba.
"Pakaikan."
Eii dia ni tolonglah! Tahu tak jantung aku tengah menggila sekarang ni?
"Pakai sendiri."
"Merajuklah macam ni." Bibirnya mula muncung ke hadapan. Comel tu comel, tapi tetap rasa
nak sepit sampai bengkak-bengkik!
"Mengadalah!" Dalam marah, cermin mata hitam itu aku buka lipatan kakinya dan disarungkan
ke wajah tampan miliknya.
"Maceh."
Entah kenapa, rasa nak cubit orang pula tengah hari buta begini.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*
"Mummy!" Sebatang tubuh montel terkedek-kedek berlari ke arah ku lalu betisku dipautnya.
190
"Luthfan!"
"Luthfan rindu mummy!" aku tunduk mencium kedua pipi gebunya. Macam pau kacang merah!
"Come to daddy." Luthfan menggeleng laju. Amboi, tercabut kepala tu karang.
"Nak mummy dukung boleh?"
Tersentak aku mendengar permintaannya. Mata mula menganalisis tubuh tembam si kecil
berusia lima tahun yang terkelip-kelip melihat aku dengan puppy eyes nya. Adalah dalam 20
kilogram ke atas jisim budak ini agaknya. Berdaya ke aku nak dukung ni? Nak kata tak boleh,
tak sampai hati.
"Please.." Makin kerap dia kerdipkan kelopak matanya. Alahai, ini yang lemah ni.
"Tak boleh." Akhirnya Zatasyah jadi tukang jawab.
"Kenapa pula?"
"You are too fat." Selamba Zatasyah menjawab. Tak bertapis langsung, kecil hati kawan tu.
"Mana ada!"
191
"You are. Tengok perut tu." Tersebik-sebik bibir mungil tersebut apabila jari Zatasyah
menyucuk-nyucuk perut bulatnya.
"Daddy jahat!" Tangan kecilnya naik memukul dada bidang Zatasyah. Tak cukup dengan itu,
lengan kekar Zatasyah dicakar-cakar dengan kuku pendeknya dan..
"Aduh!"
"Luthfan! Kenapa gigit daddy?" Terkekeh-kekeh si kecil itu ketawa, sampai ikut bergoyang
lemak-lemak di bahagian pipinya. Indeed, he is chubby.
"Good, bite him more. Naughty daddy." Bersungguh aku beri galakan buat Luthfan. Menyokong
tindakannya menggigit lengan berurat milik Zatasyah.
"No, no, no! Daddy tak beli aiskrim nanti."
"Aaaa.."
"No!"
"Aum!"
"Luthfan! Let my arm go!"
192
"Sayf Luthfan!" Serta-merta terhenti pergelutan kecil antara anak dan bapa saudara itu.
Keduanya menumpu ke arah pintu rumah. Ada mama si Luthfan sedang bercekak pinggang
sambil mencerlang mata memandang si anak.
"Stop biting him. Makanan ada dekat dapur, jangan suka gigit-gigit orang! Yang daddy dia pun
sama naik! Masuk sekarang!" Kelam-kabut Luthfan berlari ke laman tepi rumah, takut kena
rotanlah tu.
"Sorry Adara, along ni dia memang auto jadi budak kalau dengan Luthfan. Jemputlah masuk."
Sorfina tersenyum manis terhadapku, dan bertukar menjadi jelingan tajam kepada Zatasyah,
seakan memberi amaran— behave!
Sorfina berpatah masuk ke dalam rumah diikuti dengan kami berdua dari belakang.
"Suka budak-budak ya?"
"Takkan tak suka, comel kot." balasnya sambil mata khusyuk memerhati Luthfia dan Luthfan di
kolam renang tepi rumah sana. Kemudian pandangannya beralih ke wajahku.
"Tapi ada yang lagi comel dari budak berdua tu. Awak tahu apa dia?"
Aku simpan senyum. Tanda-tanda pickup line nak keluar ke ni? Kepala digelengkan, layankan
sajalah walaupun aku tahu mesti dia nak kata aku comel.
193
Ceh, yakinnya kamu Adara.
"Bakal anak-anak kita." bisiknya lalu langkahnya dipercepatkan meninggalkan aku di belakang.
Cis, tak guna punya tunang. Belum apa-apa dah fikir anak! Kalau dah lelaki, memang benda-
benda macam tu wajib melekat dalam kepala otaknya.
"Tu dia, bisik tak cover-cover dah. It hurts my lonely meow meow."
"Dah la sedondon atas sampai bawah, kemain along sekarang eh!"
Berpadu ketawa mengusik dari dua orang gadis yang datangnya dari tingkat atas. Melihatkan
wajah mereka yang seiras, memang sah inilah adik kembar Zatasyah. Cuma tak dapat dipastikan
yang mana satu Zahra dan yang mana satu Sofya.
"Kasi chance la! Along pun nak mengecap bahagia juga. Kan sayang?" Aku jegilkan mata.
Pasangan kembar seiras tadi menayang muka geli-geleman.
"Tercemar telinga suci aku."
"Ternoda mata murni aku."
Aku tertawa melihat gelagat keduanya. Comel betul. Memang satu keluarga jenis perangai comel
ke macam mana?
194
"Duduklah Kak Adara, nanti Sofya hidangkan lauk. Ada sikit lagi dekat dapur."
"Akak tolonglah." Aku berura melangkah ke dapur. Rasa tak seronok pula datang-datang jadi
'mem' dalam rumah agam ini.
"Eh, tak payah. Tinggal sikit lagi. Duduk je, borak-borak dulu dengan along 'kesayangan' kami
ni." Perkataan 'kesayangan' ditekan dengan nada sarkastik sebelum keduanya mengekek
menghilang di sebalik dinding dapur.
"Dua orang tu memang nakal sikit." Kerusi di sebelahnya aku tarik.
"Tapi kalau banding dengan saya, saya lagi nakallah." keningnya dijungkitkan beberapa kali.
Lain macam, ini nakal double meaning ni. Tunggulah, salah tempat dia nak ber-double meaning
dengan aku. Telefon dari beg aku keluarkan dan, pap!
"Sayang!"
Usai sesi menjamu selera, aku duduk berbual dengan adik kembar dan adik bongsu Zatasyah di
ruang tamu. Boleh tahan ramah juga semuanya, ada saja yang nak diusik sampai naik segan aku
dibuatnya.
"Yang ni along masa tadika." Gambar budak lelaki yang berdiri tegak dengan rambut mangkuk
menggeletek hatiku. Berdekah-dekah aku ketawa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
195
Aduh, skema gila Zatasyah zaman kanak-kanak. Badan bambam, malah lagi gebu dari budak
Luthfan itu. Rambut pula sebiji macam mangkuk mi kari. Hahaha!
Album di tangan dibelek lagi dan terhenti pada gambar keluarga mereka.
"Ni abi dan ibu. Depan ni dari kanan, along, Kak Fina, Zahra dan Sofya. Yang baby comel ni
Zulfa. Masa ni hari pertama pembukaan syarikat Tigris Airlines."
Lama aku memerhati foto bersaiz 4R itu.
"Cantik ibu Zulfa."
Memang cantik. Barulah aku tahu dari mana datang kulit cerah dan hidung mancung milik
Zatasyah. Semuanya dari insan yang bergelar permaisuri dalam hati mereka adik-beradik. Arwah
Tuan Arman sendiri tak kurang kacaknya, saling tak tumpah seperti kesayangan aku itu.
"Tengok apa ni?" Zatasyah datang menyertai kami berdua.
"Ini." aku angkat sedikit album yang dipegang.
"Oh.. Eh, jangan tengok! Aib tu astaghfirullahalazim! Zulfa, kenapa tunjuk album ni, jatuhlah
saham along." Laju tangannya merampas album gambar dari tanganku dan dipeluk erat ke dada.
"Tak payah nak jatuh sangatlah, semua Kak Adara dah tengok."
196
"Semua?" Matanya memandang wajahku, ingin meminta kepastian. Dengan sengihan yang lebar,
aku mengiakan apa yang dikatakan Zulfa.
"Semua!" Bagai nak menangis mukanya ketika aku menyatakan pengesahan.
"Gambar 'itu' pun sama?"
"Gambar 'itu' dah tak adalah along. Ibu dah buang lama dah."
"Apa yang 'itu'?" soalku, hairan.
Kedua beradik ini saling berbalas pandangan sebelum dengan serentak menutur kata.
"Rahsia!"
197
"Selamat datang, Emperor Afkar."
Sebatang tubuh menyambut kedatangan kami sebaik sahaja kaki melangkah ke tanah Impireacht.
Tangan kedua figura berpengaruh itu bertaut sebelum King Ishraqi beralih pada abang di sebelah
ayahanda.
"Uncle."
"Apa panggil uncle, panggil ayahlah."
"Baik, ayah." Aku lihat abang tersenyum simpul. Amboi, depan orang pijak semut pun tak mati
dia ni. Lembut gigi daripada lidah!
"Mari, kita ada banyak lagi urusan untuk majlis pada hari lusa." Pelawaan lelaki berusia lima
puluhan itu dibalas dengan anggukan kecil dari kami.
"Puteri Adara." Satu suara menyapa aku dari arah sisi. Kepala dikalih melihat siapakah gerangan
yang menegur.
"Prince Daiyan." Kaki yang sedang melangkah dihentikan dan badan ditundukkan 45 darjah
menghadap satu lagi figura yang amat 'disegani'.
Kalau tak mengenangkan keluarga serta orang lain yang ada bersama-sama di ruang ini, rasanya
mungkin sepatah perkataan pun tak akan aku ucap kepada putera mahkota Impireacht ini.
198
Yang betul-betul kenal dengan jejaka bertinggian enam kaki ini, memang tak akan tertipu di
sebalik imej tampannya ini. Di sebalik wajah ini, tersimpan segala jenis perangai kaki
perempuan, kaki botol dan bermacam-macam kaki lagilah. Buaya darat terbesar yang pernah
hidup di muka bumi ini.
"You look beautiful." Tangannya naik ingin menyentuh pipiku namun cepat aku elak ke tepi.
Makin melampau pula perangai dia ini.
"Keep your dirty hands away from my beautiful face."
Langkah kaki aku percepatkan, meninggalkan sang buaya berkepala hitam di belakang. Ah,
kalaulah Zatasyah pun ada bersama aku!
"Gilalah dia tu." rungutku apabila berjaya menyaingi Ajwad yang tadinya jauh di hadapan.
"Apa? Daiyan?"
"Siapa lagi, buaya darat tu lah!"
"Sikit punya kacak tu, takkan tak terpikat?" Satu jelingan dihadiahkan untuk Ajwad.
Terpikat? Huh. Andai saja Ajwad tahu apa yang pernah terjadi.
199
"Excuse me sir, I'm engaged okay? Andai kata Adara solo lagi, ditawarkan satu galaksi pun
Adara tak nak dekat Daiyan. Minta simpang!"
"Dah dia memang macam tu, kita boleh buat apa lagi? Hadap sajalah. Nasib baik dua hari ni kita
tak duduk sekali dengan dia, kalau tak makin mental Adara nak melayan miang keladi dia."
"Tahu tak apa." Langkah kaki berhenti di hadapan mesin yang memeriksa bagasi.
"Hai budak berdua, nak mengumpat pun tengoklah kiri kanan. Ada yang tak jadi kahwin
karang." Terketap-ketap gigi Abang Abrar memberi amaran. Serentak aku dan Ajwad
menyeringai. Lupa pula kedatangan kami kali ini membawa hajat besar dari sekeping hati.
"Hehe, ampun Tuanku."
Selesai urusan bagasi, kami bergerak ke pintu utama King Carlton IV International Airport ini.
Kerdipan lampu kamera wartawan menyambut kehadiran kami semua. Maklum, golongan
kerabatkan? Aku pun dah lali dengan semua ini.
"Puteri naik dengan saya."
Terngadah aku mendengar kata-kata yang terzahir dari mulut Prince Cashel Daiyan. What the
ikan? Aku? Naik dengan dia ni?
200