The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyamzar, 2021-04-02 21:45:30

ZHI

ZHI

"Hadiah awak, nanti saya bagi okay?" Kali ini Zatasyah menggeleng kecil.
"No need to. The best gift ever, is your existence. Thank you for cheering up my life." Lunak iris
matanya menikam mataku tatkala dia mengucapkan ayat yang penuh penghargaan itu.
Setengah minit hanyut dalam renungan cintanya, aku leraikan pelukan.
"Sudah, saya nak tutup pintu. Layan ayat manis bergula awak ni, ada yang tak berkelah nanti."
Zatasyah sekadar tertawa. Tak tahu nak membalaslah tu, sebab apa yang aku katakan itu
memang fakta.
Fakta bahawa, dia memang bermulut manis. Bak katanya, dia seorang pencinta wanita, tetapi
bukan buaya.
Yang paling bertuah, wanita itu adalah aku.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

"Hai akak!" sapaku apabila menghampiri tikar yang diduduki oleh ahli keluargaku.
Bercinta depan rumah punya pasal, kami berdua jadi orang terakhir yang tiba di sini.

301

"Adara!" sahut Kak Deandra. Kami saling berlaga-laga pipi sebelum tangan ditekap ke perutnya
yang masih kempis.

"Congrats for this little angel."

"Alhamdulillah, thank you. Adara bila lagi?" Aku mengerling ke arah Zatasyah yang sedang
berjalan ke sini sambil menjimbit bakul.

"Soon, insya-Allah. Doakanlah untuk kami."

"Aamiin."

"Mana bonda, ayahanda dan yang lain?" soalku apabila melihat cuma Kak Deandra seorang
sahaja yang duduk di sini.

"Tu." Bibirnya dimuncungkan ke satu arah. Serta-merta aku tersengih.

Amboi bonda dan ayahanda aku ni, siapa yang baru berumah tangga sekarang ni? Bukan main
berjalan berdua, siap berpegangan tangan lagi.

Sweet sangat!

"Eh, dah sampai rupanya budak ni." Teguran Abang Abrar mengalih perhatianku.

302

"Hai abang. Tak dapatlah Adara nak tengok abang botak. Laju je buat kerja." Sempat aku
mengusik sambil tunduk mencium tangannya.

"Haruslah laju. Bonda nak sedozen cucu."

"Aduh!" Kedengaran Abang Abrar mengaduh kesakitan. Tak lain tak bukan, dapat hadiah cubit
ketam dari isteri dialah tu.

"Hai bonda, ayahanda. Bukan main sweet tu, siap jalan pegang-pegang tangan!" Kali ini
teguranku beralih pada ayahanda dan bonda.

"Jealous la tu." Aku mencebik.

"Buat apa nak cemburu, Adara pun ada suamilah." kataku sambil memeluk lengan Zatasyah yang
baru melabuhkan punggung di sisiku.

Bonda buat muka. Aku tergelak. Bonda memang sporting dan masuk air!

"Bro, ikut aku beli ais jom. Tadi lupalah nak bawa. Tolong angkat ice box tu." Abang Abrar
tepuk sekali bahu bidang Zatasyah.

"Apa pula ajak suami orang, ajak Ajwadlah." Makin kejap pelukanku pada lengannya. Apa ni
nak rampas suami orang pula!

303

"Tak apalah, Ajwad nak main jet ski tu." ujar Zatasyah lembut.

"Entahnya Adara ni. Janganlah kedekut suami sangat. Dah masuk keluarga ni kenalah berbakti
sikit. Okay, chaw dulu. Jet ski Ajwad dah menunggu tu." sampuk Ajwad yang siap berseluar
pendek dengan legging di sebelah dalam. Singlet hitam yang disarungnya menyerlahkan kulit
cerahnya di bawah sinar matahari ketika ini.

Tetap tak kacak pada pandangan aku. Abang sendiri kot, pakai baju sesegak mana pun aku akan
tetap kata selekeh.

"Abang pergi dulu." katanya. Ice box berwarna putih diangkat lalu kelibat suami dan kakanda
sulungku hilang dari pandangan mata.

"Lama kita satu family tak beriadah macam ini." ujar ayahanda sambil bersandar pada pokok ru
di belakangnya.

"Betul. Lepas ini kenalah selalu buat. Tambah pula dah nak bercucu lepas ini." balas bonda.
Nampak riak wajahnya bercahaya ketika menyebut cucu.

Cemburunya aku. Bilalah aku nak merasa apa yang Abang Abrar suami isteri sedang merasa?

Tak apalah Adara. Just go with the flow. Sampai masa kalau Allah kata jadi, maka akan adalah
malaikat kecil yang hadir dalam hidup kami berdua.

304

Kami semakin rancak bertukar cerita. Semakin khusyuk berborak sambil menyuap pelbagai
juadah yang dibawa bersama. Ajwad pun dah kembali ke darat. Bukan main sakan dia meluncur
di tengah laut tadi. Sempatlah aku tangkap beberapa orang gadis yang berbisik-bisik keterujaan.
Yang fangirling di persisiran pantai pun tak kurang ramainya. Tak cover langsung.

Sehinggalah Zatasyah kembali membawa ice box berisi ais di dalamnya.

"Mana Abrar?" soal bonda.

"Tadi dekat parking, dia jumpa kawan lama. Dia suruh saya datang sini dulu." balas Zatasyah.

Ais diletakkan ke dalam cawan kertas, lalu dituang koktel buah-buahan di dalamnya. Nikmat
sungguh apabila cairan sejuk itu membasahi tekak.

Kami sambung berbual lagi. Sekali-sekala memerah juga pipiku apabila diusik oleh bonda atau
ayahanda.

Langit mula bertukar jingga. Aku mula membantu bonda mengemas apa yang patut.

"Abrar ni ke mana sebenarnya? Lama betul berjumpa kawan." Kata-kata ayahanda buat kami
semua tersedar. Yalah, Abang Abrar masih belum muncul sedari tadi.

"Sekejap, Deandra cuba call." ujarnya lalu telefon dia lekap ke telinga.

305

Seminit, dua minit.

"Masuk voicemail." Panggilannya dimatikan.

Aku mula kehairanan. Ke mana pula abang aku ni?

"Dah nak Maghrib ni. Ke mana pula dia?" Bonda bersuara. Risau.

"Dia pergi makan dengan kawan agaknya. Lepas itu telefon habis bateri kot." kata Zatasyah,
cuba menyedapkan hati kami semua.

Semua terdiam. Kami sambung mengemas peralatan. Aku dan Zatasyah berjalan ke kereta.
Bonet dibuka dan satu-persatu barang disusun ke dalamnya.

"Abang, Adara rasa ada something fishy." ujarku.

"Something fishy apa tu?"

"Macam ada sesuatu. Tak logik, takkan Abang Abrar boleh hilang tiba-tiba? Dia bukan budak
kecil." Aku menyatakan apa yang bermain dalam fikiranku sedari tadi.

"Adara nak kata ada kaitan dengan peristiwa racun dan kes tembak hari tu?" soalnya. Aku
angguk sekali.

306

Zatasyah terdiam seketika sebelum menggeleng kecil.
"Fikir baik-baik je la. Insya-Allah tak ada apa-apa. Doakan."
Aku hela nafas. Positif Adara, positif.

307

Jarum jam menghampiri angka lapan, tetapi Abang Abrar masih belum dapat dijejaki. Baik aku,
Zatasyah, bonda, ayahanda dan Kak Deandra semuanya sudah dilanda gundah.

Bunyi pintu dibuka mengejutkan kami semua. Mata masing-masing tertumpu ke arah dia yang
baru memasuki ruang ini.

"Macam mana Ajwad? Jumpa?" soal ayahanda.

Ajwad menggeleng lemah. Dia labuhkan duduknya berhadapan dengan ayahanda.

"Lama Ajwad tunggu dekat pantai tadi. Siap tanya dekat kedai area situ ada tak Emperor mereka
singgah. Tapi seorang pun kata tak ada." Di hujung kata, Ajwad lepaskan keluhan.

Ayahanda turut menghembus nafas berat. Misteri nusantara sungguh.

"Zatasyah." serunya. Serentak aku dan tuan punya nama menoleh.

"Ingat tak muka kawan Abrar tadi tu?" Zatasyah terdiam. Dia pejamkan mata, berfikir.

"Kulit dia sawo matang, rambut ikal sikit. Tinggi setara Abrar, pakai polo shirt warna hitam."
ujarnya. Jarinya mengetuk-ngetuk bahagian tepi sofa, cuba mengerah lagi ingatannya. Bunyi
petikan jari buat kami semua menumpukan perhatian kepadanya.

"Tangan dia. Dia pegang kunci kereta lambang Merc."

308

Ayahanda mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan Zatasyah. Telefon pintarnya dicapai
lalu kedengaran bunyi nombor didail.

"Selamat malam, Baihaqi. Maaf saya mengganggu waktu istirehat kamu. Boleh datang istana
sekarang?" Penuh autoriti dalam suara ayahanda sebaik sahaja talian disambungkan.

Baihaqi yang dimaksudkan itu, Setiausaha Diraja yang telah berkhidmat dengan kami sejak
mula-mula ayahanda menaiki takhta.

"Urgent. Ya, ya. Maaf sekali lagi." Panggilannya ditamatkan.

"Something is not right." Dapat aku tangkap ekor mata ayahanda yang menjeling ke arah aku.

Atau lebih tepat, ke arah orang di sebelahku. Aku tak tahulah Zatasyah perasan atau tidak. Tapi
apa yang aku tahu, pasti ayahanda sudah mula curiga dengan Zatasyah. Bibir diketap kuat.

"Bonda, ayahanda. Boleh Adara bercakap dengan Zatasyah sekejap?" pintaku. Setelah mendapat
keizinan, aku tarik tangannya supaya keluar dari ruang ini.

Kami berhenti apabila tiba di balkoni. Sedikit jauh daripada ruang tamu tempat berkumpul tadi.

"Saya rasa ayahanda dah mula curiga dengan awak." Aku mulakan bicara.

309

Zatasyah cuma tersenyum nipis dan membuang pandangan ke arah luar. Menatap langit yang
hitam pekat tanpa bintang.

"Saya tahu. Saya nampak." katanya lalu menoleh semula memandang aku.

"Apa pun yang jadi, saya mohon. Percayakan saya." Nadanya seakan merayu. Penuh
pengharapan.

Rasa sayu mula mencengkam tatkala dia tuturkan ayat itu. Seakan ada sesuatu yang bakal terjadi
selepas ini.

Sesuatu yang serius, yang mungkin mengancam kami berdua.

"Always." balasku dalam sebak.

Kadang, aku terfikir. Adakah aku dan dia adalah keputusan yang salah? Memilih lelaki yang
berketurunan musuh keluarga sendiri sebagai suami, adakah ianya kesilapan terbesar dalam
hidup aku?

Benarlah, cinta itu buta.

"Kenapa menangis ni?" Terasa jari kasar itu mengusap lembut tubir mataku. Aku sendiri pun tak
sedar bila masa air mata mengalir keluar.

310

"Dah. Jom masuk. Tak payah fikir yang bukan-bukan. Jangan ambil serius apa yang abang cakap
tadi." Dia paut bahuku.

Sebaik sahaja kaki melangkah ke ruang tamu, kami sama-sama tergamam.

"Abang Abrar!" Aku meluru ke arah susuk tubuh itu.

"What happened to you?" Melihatkan mukanya yang kusut, pakaiannya juga berserabai, aku jadi
hairan.

"Mana ayahanda? Bonda? Kak Deandra?" soalku kepada Ajwad.

Ajwad terdiam. Sama seperti abang, dia turut memilih untuk mengunci mulut.

"Apa ni? Kenapa ni? Kenapa semua diam?" desakku. Abang Abrar angkat kepala, dan sebaik
sahaja memandang ke hadapan, wajahnya bertukar tegang.

"Kau!" Terhinjut bahuku mendengar suaranya.

"Pengkhianat!" Sekelip mata dia bangkit dan... buk! Sedas tumbukan hinggap pada wajah
tampan Zatasyah. Tiada angin, tiada ribut.

"Weh Abrar, kita bincang elok-eloklah." celah Ajwad, cuba menghalang agar tiada pergaduhan
tercetus.

311

"Kau diam! Sebab jantan ni, maruah aku tercemar!" tengkingnya. Aku yang mendengar ini pun
naik seram.

Ini bukan abang aku. Abang Abrar yang aku kenal biasanya sangat cool. Tak mudah melenting
dan jarang meninggikan suara.

Dan aku tak faham. Apa semua ni? Kenapa tiba-tiba abang naik angin tak tentu pasal?

"Aku tahu ini rancangan kau. Kau bagi aku minum air yang dah kau siap letak pil khayal dalam
tu. Kau nak cemarkan nama aku, sekaligus gulingkan aku dari takhta kan?"

Terpana aku mendengar kata-kata Abang Abrar. Pil... khayal? Aku tak salah dengar kan?

"Pil? Apa ni? Aku tak faham." Sama seperti aku, dahi Zatasyah turut berkerut.

"Kau jangan berlakon depan akulah sial!" Tinggi nada suaranya bergema di segenap ruang.

"Abang Abrar!" jeritku apabila tangannya hampir-hampir menghadiahkan sebiji lagi buku lima.
Lengannya aku rangkul erat, cuba menghalang perbuatannya.

"Tepi, ini bukan urusan Adara." Dingin nada suaranya.

312

"Sekalipun marah, jangan buat macam ni! Kita boleh bincang abang." rayuku. Tak sanggup
melihat muka suamiku mendapat satu lagi 'cop mohor' darinya.

"Aku kata tepi!" Persis dirasuk syaitan, abang tolak kasar tubuhku ke tepi.

Tanpa diduga, dahiku terhantuk pada bucu meja kopi. Terasa ada cairan hangat mengalir di pipi
seiring dengan rasa sakit yang mencucuk.

Zatasyah yang sedari tadi cuma membisu, mula menyinga tatkala menyedari aku yang tercedera
di sini.

"Kau marah, marah dekat aku! Pukul aku! Jangan lepas dekat bini aku!" jerkahnya. Bahu Abang
Abrar dia tolak kasar. Hampir tersungkur kakanda sulungku itu dibuatnya.

"Kau nak sangat? Fine. Kau nak, aku bagi!" Serentak dengan itu, satu tumbukan hinggap di
wajah Zatasyah.

Zatasyah turut membalas dengan satu tumbukan di rahang kiri Abang Abrar. Tak cukup dengan
itu, lututnya naik menendang rusuk kanan Abang Abrar. Aku yang melihat pun terasa ngilu.

"Celaka kau!" Abang Abrar mula naik angin. Diterajangnya betul-betul tepat di perut Zatasyah.
Tersungkur ke lantai suamiku itu dibuatnya. Atas kesempatan itu, bertubi-tubi tumbukan padu
dihadiahkan ke wajah Zatasyah.

313

Ajwad yang tersepit di tengah-tengah kelihatan serba salah. Mahu dibantu aku, bimbang mati
pula Zatasyah dikerjakan abang. Mahu menghalang abang, takut dengan dia sekali menjadi
punching bag abang. Sehinggalah...

"Apa semua ni?" Memetir suara ayahanda yang baru tiba di dalam bilik ini.

"Zatasyah, Abrar! Sudah!" Barulah terhenti tumbukan Abang Abrar. Itu pun setelah hampir
lunyai Zatasyah dia kerjakan.

Dengan tenaga yang masih bersisa, Zatasyah bangkit dan bergerak ke arahku. Dahiku yang
berdarah dia belek dan satu carutan keras terbit dari bibirnya.

"Darn it!"

"Abang..." panggilku lemah. Aku tak suka mendengar dia mencarut seperti itu. Dia pejamkan
mata lalu menghela nafas berat. Pandangannya bertukar lunak.

"Sorry. I'm just too mad." ucapnya lalu dia keluarkan handkerchief yang sentiasa dia bawa ke
mana sahaja. Ditekap kain biru itu ke dahiku.

"Hold this." Aku menurut arahannya. Seketika kemudian, terasa tubuhku melayang ke udara.
Sekelip mata, aku berada dalam cempungannya.

Wajahnya yang lebam-lebam serta hujung bibir yang pecah aku tatap sebelum semuanya mula
kabur. Perlahan-lahan, mataku terkatup rapat.

314

Semuanya bertukar gelap selepas itu.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Bunyi orang bertikam lidah mengejutkan aku dari lena. Kepala yang sedikit berat aku pegang,
lalu terpisat-pisat aku membuka mata.

"Lillahi ayahanda. Saya memang tak tahu apa-apa!" Suara Zatasyah.

"Liar!" Kali ini, suara sinis Abang Abrar.

"Abrar." Ayahanda menegur.

"It's hard to believe that you are innocent. Semua bukti menjurus ke arah kamu."

"Racun dan kejadian hari ini. Semuanya berkait dengan kamu." tokok ayahanda.

"Saya mengaku, memang racun itu ada dalam bilik kerja saya. Dan saya mengaku, memang saya
yang belikan Abrar soda tu. Tapi tentang kedua-dua kejadian itu, demi Allah saya berani kata.
Saya tak bersalah!"

"Abang?" Perlahan suaraku. Tapi aku yakin mereka semua mendengarnya.

315

"Adara!" Zatasyah menghampiri aku, tetapi dihalang oleh Abang Abrar.

"Jangan dekat dengan adik aku!" tegahnya.

Aku bangkit bersandar dengan bantuan bonda.

"Apa jadi?" soalku.

"Dahi Adara kena jahit tadi." balas bonda. Barulah aku tersedar ada bandage yang membalut
kepalaku. Fuh, seteruk itu impak terhantuk pada bucu meja?

"Boleh... tinggalkan Adara berdua dengan suami Adara?" pintaku. Masing-masing terdiam.
Bonda kelihatan teragak-agak mahu memberi jawapan.

"Tak boleh." Abang Abrar jadi tukang jawab.

"Kenapa pula?" soalku dengan nada tak berpuas hati.

"Nak tahu kenapa? Ini, lelaki yang Adara panggil suami ni la yang jadi penyebab kejadian hari
ini. Dan kejadian sebelum ini juga."

"Kejadian apa?" soalku. Sekali lagi, semua penghuni bilik ini memilih untuk mengunci mulut.
Dah kenapa dengan semua orang hari ini?

316

"Bonda?" Aku cuba tagih jawapan daripada bonda pula.
Bonda tak menjawab. Aku tergamam tatkala ada air mata yang mengalir lesu di pipinya.
"Eh, kenapa ni? Adara salah cakap ke?" soalku cemas. Ajwad pula dipandang, cuba meminta
penjelasan. Janganlah biarkan aku berteka-teki begini!
Seakan faham dengan pandangan aku, Ajwad menghela nafas berat. Dia hulurkan telefonnya
kepadaku. Aku mengerut dahi.
"Baca." arahnya. Telefon bertukar tangan.
Sebaik sahaja sebaris tajuk artikel itu dibaca, terlepas telefon dalam genggamanku.
TERKINI : EMPEROR FAHD ABRAR DITAHAN ATAS KESALAHAN MENCABUL
SEORANG WANITA

317

Lautan yang terbentang luas ditatap kosong.

Tiga hari berlalu sejak kejadian itu.

Jawatan Emperor Abang Abrar telah digugurkan. Seluruh istana dikawal rapi. Berita turut
memaparkan tentang demonstrasi tunjuk perasaan di seluruh negara. Sungguh parah kesan
daripada perbuatan luar sedar Abang Abrar.

Barulah aku mengerti apa yang terjadi di sebalik kes Abang Abrar ghaib tempoh hari. Maksud
aku, tak sepenuhnya mengerti.

Menurut apa yang diceritakan oleh penglipur lara a.k.a tempayan bergerak a.k.a Ajwad,
semuanya bermula apabila Abang Abrar terserempak dengan rakan lamanya.

Long story short, abang sempat minta setin air soda dari ice box yang dipegang Zatasyah
sebelum menyuruh Zatasyah pergi ke tempat perkelahan kami.

Sambil-sambil bertukar cerita, air tin dibuka dan diteguk sekali dua. Disebabkan cerita mereka
seakan tiada kesudahan, mereka berdua setuju untuk duduk melepak di salah sebuah gerai
berhampiran.

Dan jalan cerita seakan dipotong bahagian klimaksnya, apabila berakhir dengan Abang Abrar
ditemui di lorong gelap dalam keadaan yang... mengaibkan.

318

Pelik? Aku yang mendengar sendiri dari mulut Ajwad lagilah rasa pelik ibnu ajaib. Tak logik
langsung. Celah mana datangnya wanita yang dikatakan telah dicabul itu? Macam mana abang
boleh berakhir di sana? Nampak sangat semua ini dirancang oleh seseorang.

Tetapi apa yang paling sadis, apabila seseorang yang tertuduh itu adalah syurga aku sendiri.

Tiga hari tak bersua muka. Tiga hari dia hilang tanpa berita. Apa khabar syurga aku itu? Di mana
dia sekarang?

Kini aku juga seperti burung di dalam sangkar emas. Dua puluh empat jam mesti berteman
walaupun berada di dalam rumah sendiri.

Kononnya, bimbang apa-apa terjadi pada aku. Walhal hakikatnya, keluargaku tak mahu aku
melarikan diri demi semata-mata ingin mencari Zatasyah.

Ah, stresnya hidup dikongkong dalam rumah sendiri!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku dari lamunan perasaan. Kepala menoleh memandang
siapakah gerangannya.

Abang Abrar, dan Ajwad. Huh. Di tangan Ajwad ada sedulang makanan tengah hari.

"Makan." Dulang diletak di tepi katil. Aku sekadar memeluk tubuh, langsung tak berganjak dari
tempat aku sedang berdiri.

319

"Tolonglah jangan degil Adara. Makan." ulang Ajwad dengan nada separuh merayu.

"Siapa yang buat Adara jadi macam ni?" Sinis aku menyelar. Iris mata menjeling ke arah
kakanda sulungku.

Aku dengar Abang Abrar merengus kasar.

"Apa yang Adara cuba nak pertahankan lagi? Bukti terang-terang tunjuk dia bersalah. Apa lagi
yang Adara nak nafikan?" katanya. Terselit nada menahan rasa bengang dalam suaranya.

"Sebab Adara tahu dia tak salah." Mudah jawapanku. Firasat seorang isteri.

"That botolinum thing was found in his office, in your house! Itu satu. Secondly, we found the
pill in his car. Tak cukup lagi ke semua tu sebagai bahan bukti?"

"Adara rasa, suami Adara tak sebodoh tu. Dia masih waras lagi untuk tak tinggal bukti merata
tempat kalau sungguh dialah dalang di sebalik semua ni!" Lantang aku membidas, pinjam ayat
yang pernah Zatasyah bagi suatu ketika dahulu.

"Nasib baik Ajwad terdengar perbualan Adara dan dia tu. Kalau tidak, agaknya sampai ke sudah
Adara bersubahat sorokkan tentang kewujudan racun tu." Seakan tak mempedulikan kata-kataku,
Abang Abrar sekali lagi mengeluarkan hujahnya.

320

"Cukuplah. Adara muak nak dengar semua ni." Aku berpaling membelakangi mereka berdua.
Naik jelak aku hari-hari berdebat perkara yang sama. Bak kata dialog dalam filem Madu Tiga
hasil karya seniman agung Malaysia, P. Ramlee, ulang-ulang sampai Abang Jamil mampus!

"You were blinded by those stupid love." Terangkat keningku mendengar ayatnya. Badan dikalih
menghadapnya semula.

"Excuse me? Then, you were blinded by your own stupidity." selarku. Senyum sinis sikit!

"Watch out your words, little girl." Nada tahan geram dari abang. Aku mencebik selamba.

"Whatever floats my boat. Now, both of you may leave. Perut Adara, pandai-pandailah Adara
bagi makan. Keluar." halauku.

Apa? Nak kata aku kurang ajar? Silakan. Inilah aku bila tak sekepala dengan dua orang abang
aku ini. Nasib baik masih mengaku abang. Kalau aku panggil dua-dua ni beruk, tak ke lagi
biadap namanya?

Setelah dua ketul homosapiens itu melangkah keluar, dulang makanan tadi dihampiri. Bohonglah
kalau aku tak kecur liur dengan aroma masakan bonda ini. Entah berapa gelen amilase sudah
melepasi trakea sedari tadi.

Setelah membaca doa, nasi digaul dengan sup daging sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
Masya-Allah, sedapnya! Nikmat, memang nikmat.

321

"Buka mulut, aaaa..."

Suara garau itu terngiang di telinga. Aku tersenyum hambar. Terimbas kembali memori hari
pertama perkahwinan.

Ya, aku rindu dia. Sangat-sangat. Rasanya, hampir nanar aku menahan rindu yang kian
menyesakkan dada.

Satu-persatu memori bersamanya mula menjengah ingatan. Perit. Dengan keadaannya yang
entah bagaimana, aku jadi sebak sendiri. Sudu diletak semula.

Mana mungkin aku mampu menjamu selera, tatkala lelaki kesayangan aku masih tidak diketahui
di ceruk mana dia berada.

"Abang..."

"Adara rindu."

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Déjà vu.

Berada dalam atmosfera yang tegang dan hangat ini membangkitkan memori silam tatkala
ayahanda bersungguh-sungguh menentang hubungan aku dan dia.

322

Dan hari ini, ia berlaku lagi.

"Tinggalkan dia, demi keluarga kita."

Aku ukir senyum sinis. Mudahnya orang berkata-kata. Cara bercakap macam soal cerai-berai ini
macam pilih bawang di pasar.

"Kuasa talak bukan di tangan Adara." balasku dengan tenang. Benda betul, yang boleh jatuhkan
talak hanyalah suami.

"Benda boleh settle dekat mahkamah." Kalau tak mengenangkan situasi tegang kini, mahu saja
aku lepaskan ketawa sinis mendengar kata-kata Abang Abrar. Bercakap memang mudah.

"Ada beza ke kalau Adara bercerai? Hakikatnya, memang takhta sekarang berada di hujung
tanduk, kan?" Aku utarakan satu persoalan. Perkara yang lebih genting dan lebih utama untuk
dibincangkan berbanding topik sekarang.

Memang sekarang pemerintahan empayar sedang terumbang-ambing. Selepas jawatan emperor
bukan lagi milik Abang Abrar, rakyat turut mendesak supaya abang dijatuhkan hukuman atas
kesalahannya. Situasi dalam negara memang bergolak habis, rusuhan sana-sini.

"Sekurangnya banyak lagi perkara yang boleh kita elak."

323

Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk membangkang, sekali lagi Abang Abrar
mengeluarkan hujahnya. Memotong percakapan aku.

"Masih nak memilih dia berbanding keluarga dan empayar?"

Aku tulikan telinga. Tak mempedulikan soalan sinis Abang Abrar.

"Ayahanda." panggilku. Cuba berdiplomasi dengannya.

"Sekarang ni, semuanya masih dalam siasatan, kan? Belum tentu Zatasyah bersalah. Entah-entah,
ada orang yang buat khianat." kataku. Ayahanda cuma diam.

"Kalau perbuatan khianat, siapa?" soal Abang Abrar. Aku cuma mencebik dan mengangkat bahu.
Buat apa tanya aku? Macamlah aku tahu siapa.

Lama mendiamkan diri, akhirnya ayahanda bersuara.

"I think better late than never, Adara. Sekurangnya..."

"Apa? Sekurang-kurangnya kalau kami bukan suami isteri, semua benda boleh jadi lebih baik?
Macam tu?" potongku.

"Adara tak faham. Abang suami. Ayahanda pun. Kenapa senang sangat boleh sebut perkataan
cerai tu depan Adara? Like, both of you are already married. Takkan tak faham macam mana

324

rasa berpisah dengan pasangan?" luahku dengan nada yang sedikit mengendur. Lebih kepada
menggumam sendiri tapi aku yakin mereka mendengar.
Nafas pendek dihela.
"This is so sick. I'm really done." Aku bangkit tanpa sebarang pamitan. Kecewa.
Memang mereka semua nak sangat aku pegang status janda ke apa?
Pintu kamar ditutup. Aku rebahkan diri ke katil. Mata dihala ke arah chandelier di siling.
Sangat misteri. Bermula dari cubaan meracun, kemudian cubaan membunuh aku. Dan akhirnya
cubaan mencemarkan nama baik institusi beraja.
Soalnya, siapa dalangnya? Dan kenapa semua bukti menjurus ke arah Zatasyah? Salah apa yang
suami aku itu lakukan sampai individu tersebut begitu berdendam dengannya?
Apa yang pasti, individu tersebut pasti tahu sejarah Al-Asad dan Fahd. Aku yakin tentang itu

325

Aku mundar-mandir sendiri di dalam kamar luas ini. Tangan dibawa mengetuk-ngetuk kepala
sendiri.

Terperap dalam bilik serba merah jambu ini memang bikin aku stres. Boleh sasau aku dibuatnya.
Gila tak stres? Hidup aku tak ubah macam banduan. Dua puluh empat jam dikawal rapi, makan
minum semua dihantar. Memang macam penghuni penjara.

Duvet tebal dipandang dengan seribu satu idea dalam fikiran. Agak-agak kalau aku bertukar jadi
Rapunzel, boleh tak? Tapi tak guna rambutlah, aku guna duvet.

Berkat menjadi spy in disguise di dapur semalam, aku dapat tahu yang Zatasyah ada saja di
rumah kami. Tak ada dikenakan apa-apa tindakan lagi, cuma semua pergerakannya dikawal
ketat. Ada faedah juga hobi bergosip dalam kalangan dayang-dayang istana ini.

Beg kecil berisi beberapa barang peribadi aku galas. Long hoodie serba hitam disarung, ambil
vibes perompak profesional untuk malam ini. Semuanya demi bertemu dengan suami tercinta!

Tepat jarum jam menunjukkan angka 12, duvet yang diikat bersambung dengan cadar dan kain
batik aku ikat di pagar balkoni. Setelah dipastikan semua penghuni telah berlayar ke alam mimpi,
terkial-kial aku turun ke bawah sana. Memang feeling Rapunzel.

Pap! Aduh, sakit pinggang aku. Nasib baik tiada kemalangan jiwa.

Maaf bonda, ayahanda! Adara terpaksa. Sesungguhnya rindu di hati ini tak dapat dibendung lagi.
Ceh, berdrama pula kau tengah malam begini.

326

Langkah kaki dibuka menuju ke pagar belakang. Terpaksa guna lorong tikus untuk melepasi para
pengawal di pintu utama. Ada baiknya juga aku ni jenis nakal masa muda-mudi dahulu. Berkat
suka merayap tengah malam dengan Ajwad, kami menemukan lorong rahsia ini.

Tiba di hujung jalan, aku terpandangkan susuk tubuh yang lengkap berpakaian celoreng hijau
coklat.

Wajdi! Si Askar Diraja merangkap partner in crime aku. Cantik, ada peluang ni.

"Psst, Wajdi!" panggilku. Harap-harap dia dengarlah.

Kelihatan dia seakan terpinga-pinga. Matanya sudah melilau memandang kiri kanan.

"Sinilah!" kataku seraya itu melambai-lambaikan tangan.

"Puteri?" ujarnya.

"Ya, sayalah ni."

"Terkejut saya, dengan hoodienya. Dah macam orang jahat." kata Wajdi sebelum dia menekup
mulut. Tersedar yang dia terlepas kata. Aku cuma tertawa kecil.

"Awak nak balik dah ke?" soalku.

327

"Ya puteri. Nak balik dah jumpa anak isteri. Syif saya baru je habis." Dia tersenyum di hujung
kata.
Budak Wajdi ni sebenarnya muda lagi. Tapi rezeki jodohnya sampai awal.
"Awak tolong saya boleh?" Dia kelihatan terkebil-kebil mendengar soalanku sebelum
memulangkan soalan kepadaku.
"Tolong apa tu?"
"Hantar saya balik." Dahi licinnya berkerut.
"Balik?"
"Maksud saya, balik rumah suami sayalah." terangku.
"Tapi, nanti Emperor..."
"Apa-apa jadi, saya tanggung. Ni arahan daripada saya, awak nak ingkar ke?"
"Boleh tak?" soalku apabila melihat dia yang sedikit teragak-agak.

328

"Bo... boleh Puteri. Saya ambil kereta sekejap. Puteri tunggu sini." katanya lalu berlari anak ke
kawasan tempat letak kereta untuk para staf istana.

Seketika kemudian, sebuah sedan putih berhenti di hadapanku. Cepat-cepat aku loloskan diri
sendiri ke tempat duduk belakang.

Nak balik rumah sendiri pun macam nak lari dari kem pelarian.

"Err... Puteri."

"Ya?" sahutku.

"Boleh saya tanya?" Aku angguk sekali.

"Tanyalah."

"Rumah dekat mana ni?" Aku tercengang dua saat mendengar soalannya sebelum tawa halus
dihambur keluar.

"La, saya ingat awak nak tanya apalah tadi." kataku dalam tawa yang masih bersisa. Wajdi
tersengih.

Satu-persatu alamat yang aku sebut dia taip ke dalam Waze sebelum roda kereta bergerak
meninggalkan istana.

329

Sampai di satu kawasan yang agak berselerak, membuntang mataku. Bagai dilanggar garuda.
Berselerak semuanya.

"Sekarang ni memang banyak sangat rusuhan. Tiap-tiap hari pihak FRU kena keluar sembur air
dekat perusuh ni. Yang mereka ni pun satu, protes tak kena tempat." terang Wajdi tanpa aku
pinta.

Aku cuma mengunci mulut. Tak sangka sebenarnya begini sekali keadaan di luar istana.
Janganlah empayar ini berubah menjadi negara yang bergolak seperti Myanmar atau Syria.
Waliyadzubillah.

"Saya dengar Emperor nak isytihar darurat." Kata-kata Wajdi menarik perhatianku.

"Darurat? Mana awak tahu?"

"Saya dapat tahu pun sebab mereka baru habis bincang dengan Angkatan Tentera siang tadi.
Darurat pentadbiran."

"Apa lagi yang saya tak tahu, tapi awak tahu?" soalku. Banyak benda rupanya yang ayahanda
dan kakanda-kakandaku rahsiakan daripada aku.

"Err... Sekarang ni, semua tengah aim Tuan Ubaid. Puteri tahu ke yang sekarang pergerakan
Tuan Ubaid restricted? Nak pergi office pun ada spy yang ikut dia." Aku angguk dan kemudian
mengeluh perlahan. Angguk untuk soalannya, mengeluh untuk keadaannya kini.

330

Kasihannya dia.

"Saya tahu dia tak salah." ujarku perlahan. Dapat aku tangkap mata Wajdi yang memandang aku
melalui cermin pandang belakang.

"Saya pun sama Puteri. Tak percaya langsung tuduhan mereka semua dekat Tuan Ubaid. Tak
logik. Tentang racun dan kes Emperor Abrar tu bolehlah terima lagi kalau mereka percaya bulat-
bulat. Masalahnya yang kes cubaan bunuh Puteri tu. Ada ke patut mereka kata Tuan Ubaid
pretend to be hero? Serius tak boleh brain." Panjang lebar Wajdi berkata.

"Maaflah terpanjang pula bersyarahnya. Saya bukan apa, rasanya semua orang boleh nampak
macam mana Tuan Ubaid sayangkan Puteri. Walaupun Puteri dan dia baru je kahwin, tapi dia
punya layanan tu nampak memang dia sangat cintakan Puteri. Takkanlah dia yang upah orang
untuk shoot Puteri? Siap jadi hero, padahal risky sangat tindakan yang dia ambil tu. Peluru tu
bukan calang-calang. Sekali kena, memang terus jalan." tokoknya lagi.

"I know, right?" kataku, setuju dengan setiap isi hujahnya.

Aku tahu Singa yang seorang itu sentiasa sayangkan Harimaunya ini. Seganas mana pun Singa
itu, dia berubah laku apabila bersama Harimau kesayangannya ini.

Kereta berhenti di hadapan pagar mahligai milik aku dan Zatasyah.

"Terima kasih Wajdi. Saya terhutang budi dengan awak." ucapku.

331

"Tak ada apalah. Saya sebagai peminat tegar A to Z, akan terus ada dengan Puteri dan Tuan
Ubaid." Aku tersenyum mendengar ayatnya.

"Kirim salam isteri dan anak awak ya."

"Baik, insya-Allah."

Pintu kereta ditutup. Setelah aku selamat berada dalam kawasan garaj rumah, sedan putih milik
Wajdi mula bergerak pulang.

Ibu jari diletak pada scanner di pemegang pintu dan terdengar bunyi klik setelah cap jariku
berjaya dikesan.

"Assalamualaikum." ujarku sebaik sahaja melangkah masuk. Pintu ditutup.

Sunyi. Dah tidur ke? Atau tiada di rumah? Tapi keretanya ada di luar. Anak tangga dipanjat
menuju ke kamar kami. Pintu dikuak.

Gelap. Agaknya, dia terlalu sibuk di pejabat sampai tak dapat pulang malam ini. Hmm, tak
apalah. Jumpa dia esok pagilah nampaknya.

Hoodie dicampak ke dalam bakul baju lalu tilam tebal dihampiri. Bolster diambil dan dicium.
Bau perfume milik Zatasyah serta-merta menusuk mukus. Terubat rindu aku.

332

Sekejap sahaja, dan mataku mula melayu. Tidur dulu, esok nak peluk cium orang tu pula.

Selamat malam.
*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Bunyi pintu dihempas membuatkan aku terpisat-pisat membuka mata. Jam dikerling. Tiga
setengah pagi. Dia dah balik ke?

Aku turun dari katil. Ingin menjenguk tingkat bawah.

Susuk tubuh tinggi yang melangkah ke arah sofa itu menjamu pandangan mata. Zatasyah!
Kelam-kabut aku turun ke bawah. Rindu, rindu, rindu!

"Abang!" sapaku riang. Habis hilang segala rasa mengantuk.

Dia yang baru melabuhkan duduknya, menoleh ke arahku. Bibirnya mengukir senyum.

Tetapi senyum itu kelihatan pelik dan... menyeramkan. Air liur diteguk sekali dua. Entah kenapa
jantung tiba-tiba ajak marathon pula. Berdegup laju. Yang pasti bukan kerana teruja bertemu
empat mata dengannya.

"Awak?" tegurku takut-takut.

333

Dia bangkit berjalan menghampiri aku. Cara dia berjalan pun nampak pelik. Biar betul ini dia?
Atau yang di hadapanku sekarang ini makhluk yang menjelma dalam bentuknya?

"Beautiful." bisiknya sebaik sahaja berdiri di hadapanku.

Tak, ini dia. Cuma bukan sepenuhnya dia. Keadannya sekarang macam separa sedar. Seakan
berada di bawah pengaruh sesuatu.

"Awak kenapa ni?" Aku beranikan diri mencium baju kemejanya. Nasib baik. Tiada bau alkohol.
Maknanya bukan dia tak ambil minuman haram itu.

Matanya yang tak lepas memandangku buat aku makin berdebar. Pandangan yang... bernafsu.

"Wanna sleep with me?" Tersentak aku mendengar soalannya. Sleep. Bukan tidur biasa. Tidur
yang lebih daripada itu.

"Zatasyah, wake up. Ini bukan awak."

"Apa maksud kau? Inilah aku."

"Tak, ni bukan awak. Awak tak akan guna kau dan aku dengan saya." Aku berundur setapak ke
belakang. Apatah lagi apabila bebola matanya seakan meratah seluruh tubuhku. Aku jadi takut.

334

"Nak pergi mana?" Dia mendekat. Aku makin ke belakang.
"Come closer baby."
Setapak, setapak dan akhirnya... Pap! Aku terperangkap.
"Jangan dekat!" Aku beri amaran.
"Kenapa? Takut?" Sinis suaranya. Ya Allah, kenapa dengan dia?
"Just a night, dear."
"Hei Zatasyah! Sedarlah. Kenapa cara bercakap macam saya ni pelacur? Saya ni isteri awaklah!"
jeritku. Dia makin mendekat. Aku gigit bibir.
Kalau aku pukul dia, kira derhaka tak?
Zatasyah sembamkan wajahnya ke leherku. Terasa hujung rerambutnya bergesel dengan pipi
aku. Mata dipejam, sumpah rasa nak menangis.
Ah, ini darurat! Sebelum dia bertindak lebih agresif, lebih baik aku ambil tindakan. Melihatkan
dia mula terleka, aku genggam rambutnya lalu ditolak agar menjauh dari aku.

335

"Argh! Kurang ajar kau perempuan!" tengkingnya. Wajahnya bertukar tegang. Aku? Memang
tengah bergetar habis. Lutut pun tinggal masa nak rebah ke tanah. Takut.

"Aduh!" Aku mengaduh apabila pergelanganku ditarik secara paksa.

"Awak, sakit..." rintihku. Dia berubah 360 darjah, dari Zatasyah versi prince charming kepada
Zatasyah versi jelmaan syaitan.

"Aku peduli apa!" Dia tolak aku ke sofa.

"Lepaslah!" Aku menjerit apabila dia menindih separuh badanku. Mengunci pergerakanku.

"Jangan pernah cabar aku." Jarinya mengelus lembut pipiku. Plastik. Sentuhan jijik. Sentuhan
bernafsu, bukannya cinta seperti kebiasaan.

Air mata merembes keluar. Buntu. Entah bagaimana caranya untuk aku melepaskan diri sendiri.
Memanglah apa yang sedang berlaku ini tak salah kerana dia suami aku, tapi ini bukan caranya!
Aku tak mahu dia memperlakukan aku secara kasar!

"Who did this to you?" bisikku. Wajahnya mula kabur dengan air mata yang bergenang.

Kenapa boleh jadi seteruk ini? Apakah bahagia itu memang bukan milik kami? Siapa yang
begitu keji memperlakukan kami seperti ini?

336

Zatasyah dekatkan wajahnya dengan wajahku. Bibir dikemam erat. Kepala digelengkan, aku tak
rela!

Akal mula ligat berfikir. By hook or by crook, aku perlu selamatkan diri sendiri. Dengan
keadannya begini, tak mustahil dia boleh memukul aku jika aku terus-terusan meronta minta
dilepaskan.

Pipiku dia cengkam dengan jarinya. Memaksa aku berhenti mengemam bibir sendiri.

"Jangan sampai aku yang buat kau berhenti." Makin keras aku menggeleng.

"Kenapa degil sangat ni?"

"Kau cabar aku? Okay. Let's see sejauh mana kau mampu lawan aku." Kenapa aku dengar ayat
dia seperti mahu menyakiti aku?

"You will regret this Zatasyah." balasku berani.

"Aku? Menyesal? Never." Seraya itu, rambut panjangku ditarik sehingga aku terdongak ke
belakang.

Aduh, rasa nak tercabut kulit kepala! Dengan sisa kekuatan yang ada, pipinya dicakar dengan
kuku pendekku. Entahlah sakit atau tidak, tapi pedih itu pasti.

337

"Sakitlah!"

Pang! Aku terteleng ke kiri. Dia... tampar aku?

"Tak cukup lagi? Sekejap ya sayang..." bisiknya lalu poket seluar diseluk. Membulat mataku
memandang apa yang ada di tangannya.

Pisau lipat! Jantung mula berdegup kencang. Ya Allah, tak mungkinlah riwayat aku tamat di
tangan suami sendiri?

"Mana perlu aku toreh dulu? Pipi? Mata cantik kau? Atau... bibir yang degil ni?" Pisau yang
belum dibuka itu dilalukan sekali pada pipiku. Makin lebat air mata yang keluar. Terbayang pipi
ditoreh dengan alat tajam itu, ngilu!

Nampaknya, aku tak ada pilihan. Tindakan terakhir terpaksa aku ambil. Lutut yang berada di
bawah perutnya dihentak ke bahagian sistem reproduktifnya.

"Argh!" Serta-merta dia terjatuh ke lantai. Atas kesempatan itu, aku berlari ke bilik tetamu
berdekatan. Pintu dikunci. Aku jatuh terjelepuk. Tak percaya dengan apa yang baru aku lalui.

Terbayang dia yang tadinya seakan perogol profesional. Psycho. Seakan itu adalah sisi gelapnya.
Bau perfumenya yang melekat pada bajuku buat aku makin menggigil.

Pergelangan yang merah dibawa ke dada. Sakit. Esakan aku memecah kesunyian malam. Saat
ini, terasa menyesal tak patuh dengan arahan bonda dan ayahanda.

338

Bonda, Adara takut.

339

"Allahuakbar, Allahuakbar!"

Azan Subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lena. Tidur-tidur ayam saja, trauma
punya pasal. Segala yang berlaku semalam masih segar di ingatan, sehinggakan mahu keluar dari
bilik ini pun aku berfikir dua tiga kali.

Nak keluar, takut Zatasyah masih seperti semalam. Kalau tak keluar, macam mana mahu solat?
Telekung aku di atas. Segala alatan mandi aku juga ada di atas.

15 minit sudah berlalu. Tak baik lambat-lambatkan solat, maknanya mahu tak mahu aku perlu
keluar juga. Nafas panjang dihela. Everything's gonna be alright.

Tombol pintu dipulas, pintu dibuka pada kadar 0.5 sentimeter. Sekadar muat-muat untuk aku
mengintai apa yang ada di luar.

Gelap. Tiada cahaya. Dia dah naik kut? Perlahan-lahan pintu dibuka lebih luas, lalu sebelah kaki
dijejakkan ke lantai luar bilik. Mata dililau ke segenap ruang. Line clear, dia dah masuk bilik.

Anak tangga dipanjat laju, sehingga sampai di hadapan pintu bilik.

"Bismillah." Pintu dikuak.

Kosong. Yang kedengaran cuma bunyi pancuran air dari kamar mandi. Cepat-cepat aku masuk
ke wardrobe. Ambil apa yang penting sahaja.

Kain telekung, ada. Sejadah, ada. Seperkara lagi, tuala muka. Laci paling bawah dibuka, lipatan
kain tuala dibelek. Aik? Tak ada? Mana pula perginya? Masa aku nak cepat inilah benda ini nak
ghaib.

340

"Tuala, mana kau? Aku nak cepat ni."

"Kenapa nak cepat?" Suara garau di belakang menyentap tangkai jantung.

Pap! Berterabur segala barang dalam peganganku tadi. Takut-takut aku berpaling ke belakang,
Zatasyah yang baru sudah mandi itu dipandang.

"Bila balik?" soalnya. Kakinya mula menapak menghampiri aku.

"Jangan dekat!" larangku. Zatasyah berhenti apabila jarak antara kami cuma tinggal lima
langkah.

"Kenapa... eh, wait." Soalannya terhenti sekerat jalan. Matanya dipicingkan menatap muka aku.

"Pipi ni kenapa?" Tangannya yang hampir mendarat ke pipi aku tepis. Aku mengundur setapak,
menjauh darinya.

"Stay away."

"Hey, what's wrong? Abang ada buat salah?" soalnya. Aku kunci mulut.

Lebih dari salah, Zatasyah. Sampai aku tak tahu aku mampu lupakan ia atau tak.

"Sayang..." panggilnya lagi, tak berputus asa.

"Jangan sentuh!"

341

"Adara..." Sekelip mata aku berada dalam rangkulannya. Erat. Meronta-ronta aku minta
dilepaskan.

"Lepas!" Serta-merta terimbas kembali bayangan semalam. Air mata bercucuran tanpa dipinta.
Badan mula menggigil hebat.

"Kenapa ni? Ni abang, sayang. I'm Zatasyah, your husband." pujuknya lembut. Namun sedikit
pun tak membuatkan aku tenang. Malah makin laju jantung berdetak. Nafas terasa pendek-
pendek. Panic attack.

"Hey Adara, breath! Kenapa sampai macam ni?" Panik suaranya menerjah kokleaku.

"Lepas..." rintihku. Akhirnya dia lepaskan aku, barulah tercungap-cungap aku kembali mencari
nafas. Makin jauh aku bergerak. Dan... pap! Again, aku terperangkap antara dinding dan dia.

"Who did this to you? What happened?" soalnya, cuba berlembut denganku. Bibir diketap. Jadi,
benarlah. Memang dia lakukan semuanya di luar sedar.

"Semalam..." Perlahan aku menggumam. Namun telinga lintahnya lebih cekap menangkap kata-
kataku.

"Apa maksud awak semalam? Apa jadi?" Zatasyah tayang riak wajah bingung.

"You did this to me..." Sekali lagi, esakan aku pecah. Entah kenapa, murah sungguh air mataku
semenjak dua ini.

"What?" Meninggi suaranya. Bukan marah, tetapi lebih kepada terkejut.

342

"Maksudnya saya... Damn! Maknanya itu bukan mimpi." Rambut yang masih menitis airnya dia
raup ke belakang. Seketika kemudian, dia panggungkan wajah menghadap aku.

"Sayang."

"Just, please. Saya tahu semuanya di luar sedar. Tapi saya perlukan masa." potongku.

Zatasyah raup wajahnya. Aku dengar dia lepaskan keluhan.

"Satu soalan, masih percayakan saya?"

"Boleh tak kita tak payah bersoal jawab sekarang? Subuh dah nak habis, saya turun dulu." Pantas
aku kutip semula barang yang terjatuh lalu langkah diatur ke muka pintu.

"Apa pun..." Pergerakan aku terhenti.

"Saya nak awak tahu, saya tak pernah berniat untuk buat macam tu."

Aku cuma diam dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

*・゜゚・*:.。..。.:*:.。. .。.:*・゜゚・*

Matahari hampir melabuhkan tirainya. Zatasyah penuhi permintaan aku. Tiada komunikasi
antara kami berdua waima jelingan sipi-sipi. Aku di utara, dia di selatan. Aku di timur, dia di
barat.

343

Air klorin yang berkocak tenang sedikit sebanyak mendamaikan jiwa aku yang berkecamuk.
Hari ini rasanya serba tak kena. Bayangkan, aku cedok kuah dengan garfu, mop lantai dengan
penyapu. Memang fikiran aku sangat bercelaru hari ini.

Perit rasanya tinggal serumah, tetapi nak dekat pun payah. Aku bukan tak mahu dia, tapi dengan
melihat dia pun aku terbayang-bayang segala perbuatan luar sedarnya. Takut. Macam mana
kalau benda yang sama berulang lagi?

Air yang menitis di atas tangan mematikan lamunan aku. Air apa pula? Aku tak menangis. Air
mata aku dah kering, dah tak mahu terus-terusan menangisi perkara yang dah berlaku.

Setitis, dua titis dan akhirnya bertitis-titis. Hujan! Memandangkan aku berada di tepi kolam
renang rooftop ini, sah-sahlah lencun satu badan. Ah, aku peduli apa. Bukannya selalu buat
perangai budak-budak. Mari mandi hujan untuk lupakan masalah!

Dingin angin yang dibawa bersama hujan menyapa kulitku. Sejuk dan nyaman. Mata
dipejamkan. Kotak memori mula memutar memoir silam.

Bermula dari bagaimana aku bertemu dengannya, segalanya cukup rencah. Manis, masam, pahit,
tawar. Semestinya rasa manis itu paling banyak. Kemudian tindakan drastik aku dan dia yang
mahu diijabkabulkan.

Terimbas pula saat ayahanda bersungguh-sungguh menegaskan yang aku tak boleh bersamanya.
Dan tersingkaplah satu kebenaran mengenai Al-Asad.

Tetapi dek kerana rasa sayang dan cinta yang menebal, aku berkeras tetap mahukan dia sebagai
pasangan hidup. Dan akhirnya, kami disatukan.

344

Bahagia? Semestinya. Aku tak nafikan, dia lelaki yang sangat membahagiakan. Tingkahnya
lembut, mudah bertolak ansur. Tetapi sayang bahagia tetap bukan milik kami. Entah siapalah
yang terlalu busuk hati mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga orang.

Aku mendongak memandang langit yang mendung. Tiada serinya, sama seperti aku. Setiap detik
yang berlalu kelam tanpa kehadiran seorang Ubaid Zatasyah. Sekali lagi aku pejamkan mata.
Menikmati titisan air hujan yang membasahi setiap inci romanku.

"Aku dan dia... adakah ianya satu kesilapan Ya Rabb?" ujarku, bertanya pada Dia Yang Maha
Tahu.

"Kita bukan kesilapan. Kita ialah kebetulan yang dibawa oleh takdir. Awak takdir terindah yang
Allah kirimkan untuk saya." sampuk satu suara. Serta-merta titisan tadi berhenti membasahi aku.

"Masuk, Adara. Hujan lebat ni. Kalau awak demam, saya tak boleh jaga awak. Awak tak akan
mahu saya dekat dengan awak." kata suara itu lagi. Mata dicelikkan. Ada sekaki payung lutsinar
dibuka memayungi aku.

"Get in. Tukar baju. Maaf saya terpaksa datang dekat dengan awak."

Bibir diketap. Pedihnya Allah saja yang tahu apabila mendengar ayatnya. Kenapa datang dekat
pun perlu minta maaf? Tambah pula dengan nada suaranya yang terselit rasa sebak, lagilah buat
air mata aku mudah jatuh ke pipi.

'Awak tak akan mahu saya dekat dengan awak.'

Keterlaluan sangatkah apa yang aku pinta ini?

345

"Jangan menangis. Jangan seksa saya. Saya tak boleh lap air mata awak." katanya lagi. Nada
suaranya jelas menahan rasa.

Adakah kata-katanya tadi berjaya buat air mata aku berhenti? Jawapannya, tidak. Malah makin
laju mengalir, bersatu dengan hujan yang semakin lebat.

"Adara..."

"I miss you." potongku. Lebih baik aku luahkan saja. Kalau dipendam pun, aku sendiri juga yang
nanar.

"I miss you so much." ulangku dengan kepala masih menekur memandang ke tanah.

"Pandang saya." katanya senada.

"Pandang saya, Adara." Lambat-lambat aku cuba menentang anak matanya. Rasa gerun yang
mula bersarang cepat-cepat ditepis.

"Apa yang awak nampak?" soalnya. Baik aku mahupun dia, masing-masing tak berkelip menatap
anak mata satu sama lain.

Ini cinta. Bukan nafsu seperti semalam.

"Ini saya. Saya suami awak. Sedang berdiri teguh dalam sedar, menatap awak dengan cinta.
Love, not lust." Penuh berhati-hati, dia paut kedua bahuku.

Yup, this is love, not lust.

346

"Apa saja yang saya dah buat semalam, tolong ingat itu bukan saya. Awak pun tahu sedalam
mana saya sayangkan awak. Saya tak akan sakitkan awak." Lembut dia berkata-kata.
Pandangannya masih lunak memandang aku, cuba menyalurkan ketenangan dan mengembalikan
kepercayaan aku terhadapnya.
"I'm sorry for this." Pipi yang masih bersisa kesan tamparannya dia sentuh. Pijarnya hilang, tapi
kesannya masih ada. Boleh tahan juga penangan tangan kekarnya.
"And this." Pergelangan tanganku pula diraihnya. Bibirnya didaratkan ke situ.
"And of course, for your emotion pain." Akhir sekali, aku ditarik ke dalam pelukannya.
Tiada rontaan. Tiada panic attack. Pelukannya nyaman dan entah kenapa, rasa serba tak kena tadi
terbang melayang.
"Tolong jangan sebut kita adalah kesilapan. Tak sayang. Ini ujian untuk kita." bisiknya.
"Saya janji. Saya akan bawa bahagia tu depan mata awak. Beri saya masa, saya akan tunaikan
janji saya."

347

Susuk tinggi itu semakin dekat, sehingga aku tercungap-cungap mencuri nafas. Lelah! Entah
berapa meter aku berlari, seluruh anggota turut basah dengan peluh.

Sepantas cahaya, tanganku tiba-tiba dicengkam kuat dan aku ditolak ke dinding.

"Lepas!"

Gerangan misteri itu tersenyum sinis. Separuh wajahnya ditutup dengan cap, jadi apa yang dapat
aku lihat cuma senyuman yang merekah di bibirnya.

Mulutku dia tekup dengan sehelai kain. Membulat mataku melihat kain itu, tambahan pula
dengan aroma yang datang dari kain tersebut.

Bercorak kotak-kotak, berwarna biru. Sama seperti handkerchief Zatasyah. Dan baunya...

Bau citrus dan vanilla.

Tanpa dipinta, air mata mengalir lebat. Tidak, jangan sekali lagi!

Dia makin dekat, makin hampir dan apabila jarak aku dan dia cuma tinggal seinci, aku tersentak.

Mataku terbuka luas. Terkejut. Aku terduduk, memandang sekeliling.

Mimpi. Ya, aku mimpi. Peluh yang merenik di dahi dilap sekali lalu.

Masuk kali ini, ini kali ketiga aku bermimpi benda yang sama. Kejadian yang sama seperti
malam itu.

348

"Adara?" sapa Zatasyah yang terpisat-pisat membuka mata.

Dia bangkit membuka lampu di sisi katil. Suasana gelap tadi diterangi cahaya malap dari mentol
berwarna warm white.

"Mimpi lagi? Benda sama?" Aku ketap bibir. Zatasyah mengeluh perlahan.

"Pandang abang." Aku cuma menurut. Arahan yang sama setiap kali kami sama-sama terjaga
akibat mimpi yang aku alami.

"Apa yang awak nampak?" Juga, soalan yang sama.

Anak matanya menyimpan 1001 rasa ditatap sesungguh hati.

Pure love, sympathy and guilty. Rasa bersalah. Itu yang paling menonjol di sebalik iris coklat
pekat ini.

"Lawan, Adara. Set in your mind that I will never hurt you. Sentiasa ingatkan diri sendiri yang
itu semua bukan abang." tuturnya. Rambutku yang sedikit berserabai dia sikat dengan jari.

"I'm sorry. Adara perlu lalui semua ini sebab abang." Aku menggeleng perlahan.

"Bukan salah abang." pujukku. Kerap kali juga Zatasyah mengatakan semua ini salahnya,
sampaikan naik berbuih mulut aku mengulang jawapan yang ini semua bukan salah dia.

Dia cuma tersenyum nipis.

349

"Tidur." Dia baringkan aku perlahan-lahan. Duvet ditarik separas dada.

Mataku masih tak lepas memandangnya. Antara rasa was-was dan sayang. Jujur, rasa takut aku
masih tersisa buatnya.

"Abang tak akan sakitkan Adara. Sudah, tidur. Ini Zatasyah yang awak sayang, bukan Zatasyah
versi jelmaan syaitan." katanya apabila menyedari iris mataku tak lepas menatap wajah
tampannya.

"Tidur." Sebuah kucupan dihadiahkan.

Kami kembali terlelap sehinggalah fajar mula menjelmakan diri.

Usai sarapan, Zatasyah terus berkurung dalam bilik kerjanya sehinggalah saat ini. Tidak boleh ke
pejabat seperti selalu, kerana ayahanda baru sahaja keluarkan pengumuman tentang darurat
pentadbiran semalam.

Tepat seperti telahan aku sewaktu berita itu datang dari mulut Wajdi. Memandangkan empayar
ini adalah empayar monarki mutlak yang di mana tampuk pemerintahan berada di tangan raja,
maka dalam situasi kini semuanya dikawal rapi oleh angkatan tentera. Semuanya untuk kebaikan
rakyat.

Sehingga bila? Sehingga keadaan kembali seperti biasa. Bagaimana untuk mengembalikan
keadaan asal? Jawapannya, dengan mencari dalang di sebalik semua ini.

Oh ya. Sehari selepas kejadian aku bertukar menjadi Rapunzel celup, bonda ada menelefon aku.
Guess what? Memang kaw-kaw aku ditembak dengan bebelannya. Berdas-das sampaikan
bernanah telinga aku dibuatnya.

350


Click to View FlipBook Version