The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Mohd Afendi Bin Daud, 2019-06-20 02:12:39

PSS SLIDE

SLIDE

Keywords: SOCIAL

SSD 1013
PENGANTAR SAINS

SOSIAL

1

KULIAH 1
PENGENALAN SAINS SOSIAL

 1.1 PENGENALAN
 1.2 DEFINISI SAINS SOSIAL
 1.3 DISIPLIN ILMU SAINS SOSIAL
 1.4 SAINS SOSIAL DAN MASYARAKAT

 Sejarah Sains Sosial Di Barat
 Sains Sosial Masa Kini
 Teori Sains Sosial
 Kesimpulan
 1.5 KESIMPULAN

2

PENGENALAN

 Pengetahuan manusia boleh dibahagikan kepada
DUA KUMPULAN umum

 A) Kumpulan Sains
 B) Kumpulan Kemanusiaan

 A) KUMPULAN SAINS: 3

 - pengetahuan yang dikaji dan dikumpul
mengikut kaedah yang sistematik dan saintifik

 - dibahagikan kepada DUA bidang UTAMA

 1) Sains semulajadi @ sains tulen

 2) Sains sosial

4

1) Sains Semulajadi @ Sains Tulen 5

- Mengkaji fisiologi benda-benda hidup dan juga
alam semulajadi di mana benda-benda hidup ini
kekal seperti tubuh manusia, galian dan gas-gas
yang terdapat di udara

- Sub bidang sains ialah fizik, kimia, biologi,
perubatan, kejuruteraan & lain-lain

2) Sains Sosial

- Kajian berkenaan dengan tingkah laku manusia
dan semua aspek yang berkaitan kehidupan
manusia dalam kelompok

- Sub bidang ialah sosiologi, psikologi antropologi,
sains politik, ekonomi, sejarah, geografi,
komunikasi, agama dan undang-undang

 B) KUMPULAN KEMANUSIAAN
 Pengetahuan merujuk kepada perasaan dan

emosi manusia yang tidak dapat dikumpul
dengan cara-cara yang sistematik dan saintifik
 Bidang-bidang: seni lukis, seni muzik,
kesusasteraan dan falsafah

PERSAMAAN antara bidang sains sosial dan
kumpulan kemanusiaan adalah kedua-duanya
merujuk kepada manusia dan kebudayaannya

6

 PERBEZAANNYA ialah

 a) Sains sosial menumpukan perhatian terhadap
aspek-aspek kebudayaan yang dapat
mempengaruhi tingkahlaku manusia secara
umum MANAKALA kumpulan kemanusiaan
berkenaan dengan nilai estetika & nilai kejiwaan
manusia dalam sesuatu kebudayaan.

 b) Sains sosial boleh dikaji secara sistematik dan
saintifik MANAKALA kemanusiaan pula
berdasarkan kepada perasaan dan emosi
manusia yang tidak dapat dikaji secara
sistematik dan saintifik

7

1.2 DEFINISI SAINS SOSIAL

 Satu bidang/ disiplin ilmu yang mengkaji
struktur dan sifat-sifat kelompok manusia,
bagaimana individu/kelompok2 manusia
berinteraksi antara 1 sama lain

 Disiplin akademik yang mempersoalkan tentang
kemanusiaan dalam konteks sosialnya @
mempelajari kehidupan sosial @ lebih tepat
mempelajari tingkahlaku yang lazimnya ada
pada kelompok manusia

8

 Tumpuan utamanya ialah terhadap sifat, fungsi
dan perkembangan masyarakat manusia

 Merupakan satu bidang kajian yang luas dan
kompleks

 Peranan seorang ahli sains sosial
 cuba memahami pencapaian dan limitasi

manusia
 Bagaimana untuk mempertingkatkan kehidupan

manusia
 Cuba untuk membuat ramalan berkenaab

dengan masa depan masyarakat manusia

9

 Disebabkan pengetahuan sains sosial sangat luas,
menyebabkannya terpaksa dibahagikan kepada
beberapa sub bidang yang berlainan dengan
memberi pengkhususan yang tertentu

 Kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial
(hubungan) manusia dengan menggunakan
metodologi kajian secara saintifik & sistematik.

 Ia wujud akibat dari hubungan & interaksi manusia
yang berlaku secara kompleks. Ini menyebabkan
timbulnya fenomena (masalah) sosial manusia

 Dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin
sains sosial dengan menggunakan kaedah yang
saintifik & sistematik

10

1.3 DISIPLIN ILMU SAINS SOSIAL 11

 Disiplin Sains Sosial telah menentukan disiplin
utama Sains Sosial ialah mengkaji manusia
dalam konteks sosial mereka.

 Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin
ilmu itu sendiri: Ilmu itu luas & manusia tidak
berupaya menguasi semua ilmu & ia perlu
dikhususkan mengikut bidang yang tertentu.

 Ilmu akan semakin bertambah setiap hari. Maka
ia perlu kepada sub-bidang untuk memudahkan
manusia mempelajarinya

 Setiap disipilin memberi penekanan kepada
aspek yang berlainan tetapi masih berkaitan
dengan tingkahlaku.

 Terdapat dua pendekatan kajian sains sosial iaitu
Kualitatif dan Kuantitatif

 Kajian berasaskan KUALITATIF adalah kajian
berasaskan fakta & analisis kepustakaan lebih
subjektif KUANTITATIF kajian berasaskan angka.

12

13

SOSIOLOGI 14

 Kajian berkenaan interaksi dan perhubungan
manusia dengan organisasinya

 Kajian sistematik tentang hubungan
(relationships) dikalangan individu atau
kelompok manusia seperti pola-pola
hubungan dan tingkahlaku yang ditonjolkan,
kesan daripada tingkahlaku tersebut

 Tingkahlaku yang dipengaruhi oleh faktor-
faktor sosial, politik, kelompok masyarakat
dan persekitaran.

 Sosiologi juga mengkaji tentang struktur
sosial, tindakan sosial, budaya,interaksi
sosial, corak sosialisasi, perubahan
sosial,masalah sosial, globalisasi dan
umumnya tentang kehidupan sosial sesebuah
kelompok manusia

 Umumnya TUMPUAN SOSIOLOGI adalah terhadap
kehidupan sosial, SEBAB2 sosial sesuatu berlaku &
KESAN2 daripada kelakuan manusia (struktur, fungsi,
dan proses2 perubahan dalam masyarakat manusia

 Daripada kajian-kajian tersebut, ramalan boleh dibuat
atas tingkahlaku manusia dalam sesuatu situasi sosial

 Biasanya kajian tentang masyarakat industri, maju,
moden,kompleks

 Antara sub disiplin sosiologi– sosiologi organisasi,
sosiologi devian,kriminologi, sosiologi politik, sosiologi
pendidikan, sosiologiperubatan, sosiologi ekonomi,
sosiologi agama, dan lain-lain

15

 Matlamatnya adalah untuk memberi kefahaman
tentang sifat perkelompokan manusia (cth
masyarakat), cth bagaimana kelompok itu
berkembang dan berubah dan kesan

 Antara kaedah penyelidikan ahli sosiologi–
kumpul data (survei, temubual,permerhatian
tidak ikut serta); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatif

16

 Penekanan terhadap perhubungan manusia
antara kelompok dan juga di kalangan institusi
masyarakat

 Beberapa tokoh sosiologi Karl Marx, Max Weber,
Ibnu Khaldun dan Syed Hussein Al Attas.

17

PSIKOLOGI

 Psikologi berasal daripada dua perkataan dalam
bahasa Yunani

 Psyche = roh, jiwa, atau fikiran
 Logos= ilmu pengetahuan atau kajian tentang

sesuatu
 Tentang ilmu roh atau jiwa atau ilmu jiwa
 Bersangkutan tentang kajian jiwa dan

personaloti individu

18

 Mengkaji minda dan personaliti seseorang
individu

 Mengkaji tingkahlaku seseorang dan bagaimana
tingkahlaku ini dipengaruhi oleh tingkahlaku
orang lain

 Tumpuan kepada asas-asas yang terdapat
kepada tingkahlaku manusia dan menganalisis
bagaimana ciri-ciri personaliti manusia
berkembang dan melahirkan pola-pola
tingkahlaku tertentu

19

 Sub bidang psikologi : Psikologi industri.
organisasi, psikologi kesihatan dan psikologi
kanak-kanak

 Antara tokoh-tokoh Psikologi ialah Sigmund
Freud, Jean Piaget, B. F Skinner

20

ANTROPOLOGI

 Antropologi berasal daripada Latin
 Antropos= manusia, Logia= kajian
 Logos= akal
 B. Malinowski= the study of man
 Satu disiplin ilmu yang mengkaji dan memahami

makhluk manusia dengan mengkaji aspek fizikal
dan tingkahlaku budayanya.

21

 Kajian berkenaan perhubungan di antara ciri-ciri
biologikal dan ciri-ciri sosial yang diperoleh
manusia

 Dibahagikan kepada 2
1. Antropologi Fizikal: mengkaji pengaruh evolusi

alam sekitar terhadap ciri-ciri fizikal manusia
2. Antropologi budaya: mengkaji cara-cara

masyarakat dan kebudayaan berkembang

22

 Tumpuan terhadap budaya-budaya dan analisis
antara kajian-kajian tentang bukti fizikal untuk
memahami perkembangan budaya-budaya
prasejarah

 Penekanan terhadap pencarian pola tingkahlaku
yang luar biasa dalam kebudayaan masyarakat
yang dikaji

23

SAINS POLITIK

 Merujuk kepada sistem kerajaan,polisi dan
ideologi yang diamalkan untuk mewujudkan
keamanan dan kestabilan dalam masyarakat

 Tumpuan kepada kajian terhadap kuasa, proses
politik, tingkahlaku politik individu dan
kelompok, proses perebutan kuasa dan
kewibawaan serta pemerintahan negara

24

 Kaji isu-isu seperti konflik dan kestabilan
politik,organisasi politik, sistem pentadbiran,
undang-undang, hubungan antarabangsa, dasar
awam,falsafah dan teori politik, pertubuhan
bukan kerajaan, pola pengundian, kedudukan
parti politik,hubungan antara Amerika dengan
negara-negara lain di dunia seperti ASEAN

 Sub Bidang sains politik: organisasi kerajaan
dan sistem politik, politik antarabangsa, dasar
awam dan hubungan antarabangsa

25

SEJARAH

 Menumpukan perhatian terhadap peristiwa
lampau

 Cuba memeriksa sama ada peristiwa lampau
yang dikatakan telah berlaku itu benar @ tidak
dan mengaitkan peristiwa-peristiwa tersebut
dengan masa kini supaya dapat memberi
gambaran yang jelas berkenaan dengan
perkembangan sesuatu masyarakat & tempat
dari masa lampau hingga kini

26

 Ahli-ahli sejarah kini menjalankan kajian yang
mendalam dan menjadi pakar bagi kawasan-
kawasan atau daerah yang tertentu seperti Asia
Tenggara, Sejarah Eropah dan sejarah Malaysia

27

EKONOMI

 Tumpuan kepada pengeluaran, pengagihan
barangan dan perkhidmatan serta penggunaan
sumber dalam sesuatu masyarakat

 Merujuk kepada pengeluaran barang-barang
untuk memenuihi kehendak dan permintaan
masyarakat

 Sub bidang ekonomi: ekonomi gunaan , ekonomi
buruh dan eknomi kewangan

28

GEOGRAFI

 Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semula
jadi tempat tinggalnya

 Mengkaji aspek-aspek semulajai atau bagaimana
kehidupan manusia dibentuk olehnya

 Mengkaji bagaimana alam semulajadi
mempengaruhi perkembangan sosial dan
kebudayaan masyarakat

 Sub bidang geografi: geografi politik, geografi
sosial dan geografi ekonomi

29

KOMUNIKASI

 Komunikasi ialah satu proses di mana mesej
dihantar dari sesuatu punca kepada penerima

 Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu idea,
maklumat, berita nilai, sikap dan sebagainya
disalurkan dan dikongsi oleh individu dengan
orang lain

30

 Boleh juga mengkaji peranan pengiklanan dalam

pasaran antarabangsa, bagaimana komunikasi

membantu menyalurkan maklumat

pembangunan dan jenis-jenis komunikasi yang

sesuai dengan pekerja dalam sebuah organisasi

 Sub bidang komunikasi: komunikasi organisasi,
komunikasi antarabangsa, kewartawanan dan
pengiklanan

31

AGAMA

 Agama merujuk kepada sistem kepercayaan
yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat

 Merupakan perhubungan di antara manusia dan
kuasa yang tertinggi yang dipercayai olehnya

 Perhubungan tersebut dapat dijalin melalui
ajaran-ajaran yang dipercayai dan upacara-
upacara2 yang dilakukannya

 Terdapat beberapa agama yang utama di di
dunia : Islam, Buddha, Kristian dan Hindu

32

UNDANG-UNDANG

 Undang-undang mengkaji hukum @ peraturan
yang wajib diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat dalam sesebuah negara

 Undang-undang diperkenalkan untuk

mengekalkan keamanan dan keharmonian

dalam sesebuah masyarakat

33

 Perhubungan dengan negara-negara lain juga

telah menyebabkan undang-undang

antarabangsa diperkenalkan untuk

mengelakkkan keadaan huru-hara daripada

berlaku

 Sub-bidang undang-undang : undang-undang
syarikat, undang-undang perniagaan dan
undang-undang perbankan

34

PENDIDIKAN

 Tumpuan kepada proses pemebelajaran sesuatu
kemahiran khusus dengan tujuan untuk
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran tentang sesuatu perkara

 Merealisasikan potensi individu, menerapkan

nilai-nilai positif serta memastikan

kebijaksanaan berkembang dengan baik

35

LINGUISTIK

 Tumpuan kepada penggunaan bahasa manusia
 Terbahagi kepada beberapa bahagian
1. Sintaks (kajian tentang struktur ayat)
2. Semantik ( kajian tentang makna)
3. Morfologi (kajian struktur kata-kata)
4. Fonetik (kajian tentang sebutan)
5. Fonologi (kajian tentang perbezaan sebutan

menurut bahasa-bahasa tertentu)

36

1.4 SAINS SOSIAL DAN
MASYARAKAT

 Masyarakat : sekumpulan individu yang
mempunyai persamaan dalam beberapa perkara
dan hidup bersama

 Setiap masyarakat mempunyai sistem ekonomi
yang sama, mendiami kawasan tertentu,
mempunyai kebudayaan yang dapat memenuhi
keperluan sosial anggotanya dan mempunyai
kebebasan berpolitik

37

 Masyarakat boleh dikelaskan kepada beberapa
bahagian seperti:

 -sumber ekonomi: feudal, kapitalism sosialis dan
komunis

 -Agama: Islam, Buddha, Hindu, Kristian
 -Bangsa: Melayu, Cina dan India
 -Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

38

 Sains Sosial merupakan bidang ilmu yang
bertanggungjawab mengkaji manusia dalam
kelompok masyarakat

 Bidang ini sangat penting dan amat berguna
untuk memahami manusia sama ada secara
individu mahupun berkumpulan

39

SEJARAH SAINS SOSIAL DI BARAT 40

 Sejarah sains sosial bermula sejak zaman
Yunani lagi, kira-kira 2600 tahun dahulu, iaitu
sebelum abad ke 4 Masihi.

 Falsafah rasional (rasionalisme) diperkenalkan
iaitu penaakulan manusia secara logik dan
sistematik.

 Antara tokoh-tokoh Yunani:
 Plato
 Aristotle
 Socrates
 Archemedes

 Penyebaran falsafah rasional (rasionalisme) dan

satu himpunan pengetahuan baru

mengandaikan segala benda di alam nyata boleh

diselidiki dan dikaji secara sistematik dan

objektif seperti sains tulen.

 Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh falsafah
rasional berkembang mengikut 3 zaman utama,
iaitu:

 Zaman Pertengahan

 Zaman Renaissance

 Zaman Pencerahan

41

ZAMAN PERTENGAHAN
(ZAMAN KEGELAPAN)

 Sebelum abad ke 15 M (500 – 1450)
 Zaman kegelapan
 Masyarakat feudal, berhierarki, kuasa di tangan

golongan bangsawan dan gereja (paderi katolik)
 Falsafah rasional yang wujud sebelum itu

diketepikan atau ditolak.

42

 Miliki tradisi sains yang;

 Dibina oleh golongan agamawan.
 Bersifat teologikal kerana diasaskan kepada

kepercayaan bahawa Tuhan adalah sumber
pengetahuan.
 Menganggap kajian tentang alam gunakan
penaakulan tidak wajar dan tidak boleh dilakukan
(salah dari segi agama, sebar ajaran sesat).
 Tujuan hanya untuk sebar dan jaga kemurnian
agama Kristian (Catholism), kedudukan gereja dan
golongan bangsawan.

43

 Implikasi tradisi ini kepada proses
pengumpulan pengetahuan:

 Usaha terletak di tangan agamawan, bukan orang
biasa.

 How you know, what you know berasaskan
penjelasan yang diberikan oleh ilmuan-agama.

 Tidak digalakkan critical thinking, lebih cenderung
kepada ilmuan-agama.

 Tertanamnya sifat fatalistik dalam kalangan ahli
masyarakat.

44

ZAMAN RENAISSANCE
(ZAMAN KEBANGKITAN SEMULA)

 Abad ke 15 – abad ke 17 M(1450 – 1650).

 Persoalkan kewajaran epistemologi Zaman
Pertengahan- kewajaran pengetahuan yang
berasaskan kepercayaan dan keagamaan mula
dipersoalkan apabila Eropah memasuki Zaman
Renaissance.

 Pemahaman melalui penaakulan manusia mula
digalakkan.

 Perubahan dari segi bidang seni, seni bina,
ekonomi.

45

 Masih sistem feudal, zaman penerokaan dan
penjelajahan serta perkembangan empayar
Islam (Zaman Abassiyah di Baghdad, Damsyik).

 Berlaku peristiwa tersebut yang menyebabkan
kewajaran tradisi teologikal dipersoalkan:

 Pengaruh falsafah rasional Islam yang menular ke
Eropah

 Penaakulan manusia untuk memahami
penciptaan, alam nyata, sifat Tuhan, sifat
manusia.

 Penemuan semula falsafah rasional Yunani.

46

 Antara tokoh Zaman Renaissance: 47
 Rene Descartes
 Spinoza
 Leibniz

 Tertarik dengan 2 tradisi tersebut, ahli fikir
Zaman Renaissance telah:
 Membuat spekulasi falsafah tentang proses
pemikiran, kewujudan manusia, keadaan
manusia, sifat dan peranan kesedaran
manusia membina tamadun manusia.
 Menyarankan segala yang wujud dalam alam
adalah hasil pemikiran manusia.
 Menyarankan selain daripada tradisi dan
autoriti ilmuan-agama, perlu mengambil kira
keupayaan manusia berfikir dan membuat
penaakulan untuk membina pengetahuan.

ZAMAN PENCERAHAN 48

 Abad ke 17 – awal abad ke 19 M(1650 – 1800)
 Manusia semakin digalakkan berfikir dan membuat

penaakulan secara logik dan sistematik.
 Aspek-aspek kehidupan manusia boleh dikaji secara

sistematik, logikal dan kritikal termasuk
kepercayaan keagamaan, estetika, pendidikan dan
sebagainya.
 Perubahan-perubahan sosial yang berlaku pada
ketika itu yang menyumbang kepada perkembangan
falsafah rasional.

 Perluasan ekonomi perdagangan
 Perkembangan sains fizikal seperti fizik,

matematik, astronomi dan geologi.
 Reformasi keagamaan iaitu Gerakan

Protestant yang diterajui oleh Martin Luther.
Yang mempersoalkan peranan agama dan
kuasa tradisi paderi dan gereja.

 Kesan kepada masyarakat Eropah:

 Lemahnya kuasa dan dominasi gereja Katolik
kepada masyarakat.

 Minda orang Eropah bebas daripada dikuasai
gereja.

 Keyakinan orang kepada sains dan kaedah
sains untuk dapatkan pengetahuan meningkat
(Zaman Isaac Newton).

 Suasana intelektual berubah- penyiasatan
kritis dan saintifik tentang alam fizikal dan
sosial dialu-alukan.

 Mencetuskan gerakan intelektual yang
berusaha memartabatkan sains dan
rasionalisme.
49

 Ciri-ciri gerakan intelektual Zaman
Pencerahan:

 Ahli-ahli daripada reformasi politik,
pengkritik kebudayaan, skeptik agama,
sejarahwan dan pemikir sosial di Scotland,
England, Perancis, German dan Itali seperti
Adam Smith, Thomas Hobbes, Montesquieu.

 Terdiri daripada dua puak:

Moderate/sederhana

Ekstremis/radikal

50


Click to View FlipBook Version