The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Mohd Afendi Bin Daud, 2019-06-20 02:12:39

PSS SLIDE

SLIDE

Keywords: SOCIAL

8.2 PERANAN AHLI SAINS SOSIAL

 Peranan ahli sains sosial boleh dibezakan
mengikut bidang.

 Bidang ekonomi: ahli ekonomi mengkaji tentang
pengeluaran dan pembahagian barang-barang
dan perkhidmatan. Secara eksklusifnya ianya
mengkaji hubungan antara angkubah ekonomi

 Mengkaji tingkah laku atau motivasi ekonomi
yang sebenarnya di kalangan individu dan
mengkaji perusahaan pengeluaran sebagai
organisasi sosial.

301

 Bidang sejarah: umumnya ahli sejarah melihat 302
dan membentuk urutan peristiwa-peristiwa yang
berlaku ; ia merupakan aturan tingkah laku
mengikut masa dan memberi tumpuan dalam
mencari saling kaitan antara peristiwa dan
menunjukkan susunan sebab musababnya.

 Begitu juga bidang- bidang yang merangkumi
disiplin sains sosial yang lain seperti sains
politik, antropologi, komunikasi, geografi dan
psikologi. Semua bidang ini ahlinya mengkaji
tingkah laku individu dan masyarakat dari
aspek masing-masing. Setiap bidang ini
mempunyai peranan dan kepentingan masing-
masing melalui perkembangan ilmu yang
dihasilkan oleh pakar-pakara bidang tersebut.

8.3 ORIENTASI SAINS SOSIAL DI 303
MALAYSIA

 Orientasi ahli-ahli sains sosial di Malaysia pada
keseluruhannya dapat disimpulkan kepada
beberapa perkara sepertu berikut.

 1) Mereka hendaklah menumpukan minat yang
mendalam kepada profesionnya bukan sekadar
di lapangan akademik semata-mata malahan
mereka hendaklah menceburkan diri ke dalam
penyelidikan yang berupa problem solving dalam
jurusan pembangunan di Malaysia yang
melibatkan perubahan-perubahan sosial dan
ekonomi. Objektifnya terdorong kepada hasrat
untuk menolong negara dan rakyat menempuh
masa pembangunan dengan positif akan akibat-
akibat pada masa hadapan

 2) Ahli-ahli sains sosial juga harus mempunyai
minat untuk mendalamkan kajian terhadap
sistem-sistem yang ada dalam masyarakat kita
dan berani membuat syor-syor yang dapat
diterima supaya perubahan berlaku dengan
tersusun mengikut hala tuju yang tertentu.
Perubahan-perubahan selalunya mendapat
tentangan atau rintangan terutama
bersangkutan dengan nilai sikap maka ahli-ahli
sains sosial hendaklah memahami hakikat-
hakikat ini.

304

 3) Ahli-ahli sains sosial sendiri mestilah juga
mempunyai motivasi untuk berkhidmat kepada
masyarakat, untuk melihat perubahan-
perubahan dalam negara ini.Mereka hendaklah
mempunyai dedikasi dan mempunyai
kepercayaan penuh bahawa rakyat hanya akan
maju melalui pembangunan. Ahli-ahli sains
sosial tidak harus menjadi orang atas pagar
dalam pergolakan pembangunan ataupun
kelompok penentang dengan tidak memberi apa-
apa panduan kepada kerajaan.

305

8.4 SAINS SOSIAL DALAM ERA GLOBALISASI

 Kebimbangan di kalangan sarjana sains sosial tidak
dapat dielakkan kerana seolah-olah ilmu sains sosial
di ambang keruntuhan atau mungkin akan hilang
apabila berdepan dengan saingan ilmu sains dan
teknologi.

 Era teknologi maklumat telah menyebabkan
kekhuatiran ilmu sains sosial akan terpinggir kerana
kebanyakan bidang yang mempunyai nilai pasaran
akan lebih diambil perhatian seperti bidang
kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan dan
sebagainya.

 Ilmu sains sosial dianggap tidak lagi penting atau 306
perlu berhubungan dengan pendidikan sains dan
teknologi,

 Tetapi ini semua hanya tanggapan sahaja. 307
Sebenarnya ilmu sains sosial tetap relevan
kerana ia menjadi penyuluh perjalanan hidup
manusia.

 Husaini (1989) menyatakan ini kerana disiplin
ini tergolong ke dalam struktur kurikulum yang
mempunyai fungsi kemanusiaan, kewajipan
sosial dan indoktrinasi iaitu teras penyelesaian
masalah kehidupan manusia.

 Sains sosial boleh digunakan untuk
meningkatkan taraf kemanusiaan, sehingga ia
dapat memperbaiki kualiti moral di muka bumi
ini dan dapat mengajar manusia yang berkaitan
dengan persekitaran kita, hubungan kita dengan
individu, masyarakat dan kumpulan.

 Sains sosial merupakan alat yang menyampaikan 308
orientasi nilai dan tingkah laku untuk merubah
budaya primitif kepada budaya yang maju.

 Sorokin (1930) mengatakan kedua-dua ilmu ini sama
penting dan merupakan serangkai ilmu yang saling
melengkapi kerana semakin canggih teknologi
semakin diperlukan sains sosial. Kemajuan mungkin
akan dikecapi tetapi nilai-nilai moral akan
diketepikan jika tidak disepadukan sekali.

 Sains sosial juga merupakan agen-agen utama
kepada perubahan dalam pembangunan
sosioekonomi dan perindustrian

 Perhubungan antara manusia dengan mesin,
persekitaran sosial serta proses-proese menghasilkan
barangan saintifik dan teknologi telah meningkatkan
penggunaan sains sosial.

8.5 KESIMPULAN 309

 Ilmu sains sosial boleh memberi gambaran yang
menyeluruh tentang disiplin ilmu.

 Secara tidak langsung, manusia akan sedar bahawa
bukan hanya satu pendekatan sahaja dapat
digunakan dalam menyelesaikan satu masalah tetapi
boleh mengunakan pelbagai pendekatan dari disipin
ilmu yang berbeza.

 Keperluan kepada sains sosial adalah sepanjang
masa. Dunia tetap memerlukan manusia berfikiran
kritis, berfikir secara falsafah yang boleh merenungi
dan menganalisis masyarakatnya.

 Ilmu sains sosial penting untuk meningkatkan
ketamadunan manusia.

SEKIAN TERIMA KASIH DAN
MOHON MAAF

SELAMAT MAJU JAYA DALAM
PEPERIKSAAN

SEMOGA BERJAYA DALAM
KEHIDUPAN DUNIA SERTA

AKHIRAT

310


Click to View FlipBook Version