The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Mohd Afendi Bin Daud, 2019-06-20 02:12:39

PSS SLIDE

SLIDE

Keywords: SOCIAL

5.2 FUNGSI KELUARGA

•Pembentukan keluarga adalah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sifat-sifat positif, bersatu-
padu, penyayang, bertoleransi dan sebagainya

•Fungsi utama:
-Menambahkan zuriat
-Agen proses sosiolisasi
-Sokongan emosi
-Kawalan sosial
-Tujuan2e01konomi

•Menambahkan zuriat
-Merupakan fungsi utama sesebuah perkahwinan
-Merupakan sumbangan positif kepada masyarakat untuk
menambah bilangan ahli dan meneruskan nila-nilai positif
yang diwarisi daripada generasi sebelumnya

•Agen kepada proses sosiolisasi
-Merupakan agen sosiolisasi yang paling berpengaruh
-Menyalurkan kebudayaan sesebuah masyarakat untuk
diwarisi2o02leh generasi seterusnya.

•Sokongan emosi
-Naluri fitrah manusia yang berkeinginan terhadap kasih
sayang, kemesraan dan rasa dilindungi boleh diperoleh
melalui hubungan kekeluargaan
-Setiap ahli keluarga memberi sokongan antara satu sama
lain apabila memerlukan

•Kawalan sosial
-Keluarga perlu mematuhi peraturan-peraturan tertentu
yang tela20h3 ditetapkan
-Ibu-bapa perperanan dalam mendidik anak-anak untuk
mengikut peraturan-peraturan bagi menjamin kedamaian
dan keharmonian dalam masyarakat

•Tujuan ekonomi
-Setiap anggota keluarga berperanan untuk memberi
sumbangan kearah mekanisme keuntungan yang
seterusnya dapat menjamin kepada kebahagiaan keluarga
-Ahli keluarga dilihat sebagai bekalan tenaga kerja
-Ahli keluarga akan saling bantu-membantu dalam
menambahkan ekonomi keluarga Contohnya berniaga di
pasar malam

204

5.4 PERBANDINGAN INSTITUSI
KELUARGA TEMPATAN DAN BARAT

•Institusi keluarga tempatan dan barat memiliki pelbagai
perbezaan yang nyata

•Perbezaan tersebut boleh dilihat melalui:

1. Politik

2. Ekonomi

3. Agama

4. Gaya hidup

5. Budaya dan adat
205

•POLITIK
-Keluarga tempatan lebih mengamalkan sistem autokratik-
ibu bapa mempunyai kuasa terhadap anak-anak dan
segala keputusan bergantung kepada ketua keluarga
-Keluarga barat mengamalkan sistem demokrasi-memberi
kebebasan kepada anak-anak untuk berkongsi pendapat
mereka-ibu bapa akan menghormati pendapat anak-anak.

206

•EKONOMI
-Ibu-bapa bagi keluarga tempatan masih lagi bertindak
sebagai pemantau ekonomi terhadap perbelanjaan anak-
anak dan keluarga-menentukan apa yang perlu dibeli
-Keluarga barat lebih bebas dalam menguruskan
perbelanjaan mereka-anak-anak mempunyai elaun
belanja-boleh menentukan perbelanjaan mereka sendiri

207

•AGAMA
-Agama yang dianuti oleh keluarga tempatan
adalah agama yang diwarisi daripada generasi
sebelumnya-Sebarang pertukaran agama akan
mewujudkan penentangan oleh ahli keluarga
-Keluarga barat lebih bebas dalam menentukan
kepercayaan yang ingin dianuti oleh ahli keluarga
mereka-agama sekadar lambang diri masing-
masing bukan untuk dianuti dan diamalkan

208

 GAYA HIDUP 209
 Cara bagaimana seseorang hidup
 Membayangkan sikap, nilai & pandangan tentang

dunia oleh seseorang
 Merupakan kumpulan ciri tingkahlaku yang bereerti

kepada individu dan orang lain dalam sesuatu masa
& tempat termasuk hubungan sosial, hiburan &
pakaian
 Tingkahlaku dan amalan gaya hidup merupakan
campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu serta
tindakan berdasarkan logik
 Gaya dan budaya hidup oleh keluarga tempatan
banyak dipengaruhi dan sering dikaitkan dengan
ajaran agama
 Manakala gaya dan budaya hidup yang diamalkan
oleh keluarga barat jarang berpaksikan kepada
ajaran yang diamalkan

 BUDAYA DAN ADAT
 Budaya dan adat yang diamalkan oleh keluarga

tempatan adalah budaya dan adat yang diwarisi
daripada generasi sebelumnya dan diteruskan
oleh generasi yang akan datang dengan
mengikutnya perubahan-peruabah sekeliling.
 Keluarga barat lebih bebas dalam menentukan
mengamalkan budaya dan adat yang ingin
diwarisi oleh ahli keluarga mereka. Terserah
bagaimana generasi keluarga mereka
dibesarkan.

210

INSTITUSI SOSIAL

Definisi institusi sosial:

-Struktur dan jentera sosial yang mana
melaluinya masyarakat manusia mengurus,
mengarah dan melaksanakan pelbagai aktiviti-
aktiviti yang pelbagai yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan manusia(Bernes,1941)

Mempunyai definisi yang hampir sama dengan persatuan

Namun, istilah persatuan lebih kepada keahlian dan
merupakan 1 kelompok yang teratur

211

Manakala, istilah institusi sosial pula lebih kepada 1
bentuk tatacara yang mempunyai pelbagai ragam dan cara
memberi perkhidmatan

Sebagai contoh, gereja mempunyai upacaranya yang
tersendiri, cara-cara melakukan ibadat dan adat-adat
istiadatnya-gereja merupakan persatuan dan jemaahnya
merupakan satu institusi

Keluarga mempunyai rumah tangga, peraturan-peraturan
keluarga dan warisan tradisi yang tersendiri-keluarga
merupakan persatuan dan monogami adalah sebuah
institusi212

 Sesuatu sistem daripada aktiviti

kemasyarakatan disebut institusi sekiranya

mempunyai ciri-ciri kelakuan yang standard

(mengikut norma-norma yang telah terbentuk),

ahli-ahli kelompok saling berinteraksi mengikut

sistem norma serta mempunyai pusat aktiviti

yang bertujuan untuk memenuhi keperluan

tertentu yang disedari dan difahami oleh ahli

dalam kelompok berkenaan.

213

5.5 JENIS-JENIS INSTITUSI SOSIAL

•Institusi keluarga dan perkahwinan (diterangkan sebelum
ini)
•Institusi ekonomi
•Institusi politik
•Institusi pendidikan
•Institusi agama

214

 Institusi ekonomi
 Adalah institusi yang berpusat sekitar

pengeluaran, pengagihan dan penggunaan
barang-barang dan perkhidmatan
 Semua masyarakat mempunyai institusi ekonomi
tetapi sangat berbeza dalam bentuk dan juga
dalam organisasi yang menjalankan institusi itu

215

 Institusi politik
 Institusi politik atau pemerintahan merupakan

institusi yang bertujuan menjaga keamanan dan
ketenteraman, berlaku adil kepada rakyat dan
melindungi kelompok daripada dikacau oleh
orang luar
 Tugas institusi ini diselenggarakan oleh satu
organisasi yang dinamakan negara

216

 Institusi Pendidikan 217

 Pendidikan merupakan suatu proses transmisi secara
formal dan tidak formal ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang berlaku antara satu generasi kepada
generasi yang lain ataupun dalam generasi yang
sama

 Institusi pendidikan adalah struktur sosial yang
berperanan sebagai tempat perpindahan ilmu
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berkenaan

 Sungguhpun pendidikan telah wujud dalam semua
masyarakat, hanya zaman moden pendidikan
dijalankan dalam bentuk sistem persekolahan massa

 Sekolah merupakan tempat khusus untuk
menyampaikan pendidikan dan disanalah seseorang
itu menghabiskan banyak tahun daripada jumlah
usianya

 Institusi Agama
 Institusi agama adalah banyak dan berbeza-beza

dalam masyarakat manusia, tetapi selalunya
dikatakan sebagai pola yang tertubuh mengenai
kepercayaan dan tingkah laku yang berkait di
antara hubungan manusia dengan kesaktian
 Sungguhpun kepercayaan dan amalan agama,
fungsi dan strukturnya sangat berbeza dalam
berbagai-bagai masyarakat yang berlainan,
tetapi ciri tersebut terdapat dalam semua
masyarakat
 Perasaan kagum manusia terhadap dunia
semulajadi dan keperluannya untuk
mendampingkan diri dengan kesaktian telah
mewujudkan institusi agama

218

5.6 KESIMPULAN 219

• Insitusi sosial bertujuan untuk memenuhi
beberapa keperluan manusia dan dengan
demikian ia mempunyai fungsi

• Institusi melibatkan bukan sahaja pola aktiviti
yang lahir dari segi sosial untuk memenuhi
keperluan manusia tetapi juga pola organisasi
bagi melaksanakannya

• Setiap institusi saling berhubungan di antara
institusi lain

• Masyarakat manusia memberikan penegasan
yang berbeza kepada satu atau lain mengenai
institusi besar sosial

KULIAH 6
STRATIFIKASI SOSIAL

 6.0 PENGENALAN
 6.1 JENIS- JENIS STRATIFIKASI SOSIAL
 6.2 MOBILITI SOSIAL
 6.3 BANGSA DAN ETNIK
 6.4 GOLONGAN MINORITI
 6.5 DISKRIMINASI
 6.6 KESIMPULAN

220

221

6.0 PENGENALAN

 Stratifikasi sosial telah wujud sejak zaman
dahulu lagi-wujud dalam masyarakat nomad

 Dalam masyarakat primitif kriteria stratifikasi
yang utama ialah umur, jantina & kekuatan
fizikal

 Pada masyarakat Babylon kuno, Parsi kuno,
Arab kuno @ Greek kuno, kriteria stratifikasi
berubah kepada susunan berhierarki seperti
miskin & kaya, bebas & hamba atau yang
berkuasa & yang hina

222

DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL

 Stratifikasi sosial turut digelar pelapisan sosial,
ketaksamaan sosial (inequality) & susun lapis
masyarakat

 Maksudnya perbezaan-perbezaan yang terdapat
dalam anggota masyarakat sama ada dari segi
kuasa, ekonomi, penilaian masyarakat, kepuasan
jiwa & sebagainya

 Stratifikasi sosial akan membawa kelompok-
kelompok individu dalam masyarakat ke dalam
strata tertentu sehingga wujud kedudukan yang
tertinggi & terendah

223

 Stratifikasi sosial wujud akibat daripada sikap
masyarakat yang menghargai “sesuatu” sama
ada wang, tanah, kuasa, ilmu pengetahuan, ilmu
agama, keturunan, pekerjaan & sebagainya

 Masyarakat beranggapan bahawa individu yang
memiliki „sesuatu‟ dianggap sebagai individu
yang memiliki status & kedudukan yang tinggi

 Sebaliknya individu yang tidak memiliki @ hanya
memiliki „sesuatu‟ akan dipandang sebagai
individu yang berkedudukan rendah dalam
masyarakat

224

KAEDAH PEMBENTUKAN STRATIFIKASI 225
SOSIAL

 Stratifikasi sosial boleh terbentuk melalui 2
kaedah

 1) Terjadi dengan sendirinya
 2) Sengaja diwujudkan
 Bagi kaedah pertama iaitu terjadi dengan

sendirinya, wujud bersama dengan proses
pertumbuhan sesebuah masyarakat
 Bagi kaedah kedua iaitu ketaksamaan sosial ini
sengaja diwujudkan untuk mencapai tujuan-
tujuan tertentu seperti pembahagian kuasa &
autoriti dalam organisasi pemerintahan,
pertubuhan pati politik atau persatuan-
persatuan

2 SISTEM STRATIFIKASI SOSIAL DALAM 226
MASYARAKAT

 Stratifikasi sosial dalam masyarakat terbahagi
kepada 2 sistem

 1) Tertutup dan 2) Terbuka

 SISTEM TERTUTUP

 Tidak akan berlaku perpindahan anggota
masyarakat daripada satu lapisan ke lapisan
yang lain, baik ke atas mahupun ke bawah

 Hanya satu jalan sahaja untuk menjadi anggota
sesebuah lapisan masyarakat iaitu kelahiran

 Contoh: masyarakat berkasta di India,
masyarakat feudal & masyarakat berlapis yang
berdasarkan perbezaan kaum

 SISTEM TERBUKA
 Ada kemungkinan untuk berlaku perubahan

status
 Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang

untuk naik ke lapisan atas atau akan jatuh ke
lapisan bawah
 Sistem terbuka bergantung kepada kebolehan &
kelemahan masing-masing yang mana bersifat
lebih dinamis dan kompetitif

227

228

KONSEP-KONSEP DALAM STRATIFIKASI

SOSIAL
 1) Masyarakat Ideal
 2) Mobiliti Sosial
 3) Peluang Hidup
 4) Status Sosial

229

MASYARAKAT IDEAL

 Bergantung pada susut pandangan mengikut
bidang-bidang masing-masing

 Mengikut sains sosial-setiap individu dapat
memperoleh pekerjaan & status sesuai dengan
kemampuan yang dimilikinya

230

MOBILITI SOSIAL

 Merujuk kepada perubahan kedudukan
 Boleh berlaku melalui 3 arah iaitu
 1) bawah ke atas
 2) atas ke bawah
 3) antara dua kedudukan dalam status yang

sama

231

4 JENIS MOBILITI SOSIAL

 1) Mobiliti Menegak (vertical): perpindahan
individu, kelompok atau unsur kebudayaan
daripada satu lapisan masyarakat ke lapisan
yang lain seperti dalam jawatan atau pekerjaan.

 2) Mobiliti Mendatar (horizontal):
perpindahan individu atau kelompok dari satu
tempat ke tempat yang lain dalam lingkungan
kebudayaan & tingkat sosial yang sama.

232

 3) Mobiliti Geografi: sesebuah

 Perubahan yang berlaku dalam
kawasan atau geografi yang sama.

 4) Mobiliti dalam dimensi masa:

 Perubahan yang berlaku daripada generasi
kepada generasi yang lain

233

 Mobiliti boleh berlaku melalui perkahwinan,
pendidikan, kekayaan & kemampuan atau
kemahiran khusus

 Contoh: melalui perkahwinan, seseorang yang
miskin boleh menjadi orang ternama apabila ia
berkahwin dengan orang kaya

 Dalam kehidupan moden kini, faktor-faktor
seperti migrasi, kecanggihan media & teknologi,
globalisasi & sebagainya boleh mempercepatkan
berlakunya mobiliti dalam masyarakat

234

PELUANG HIDUP

 Mengikut Gerth & Mills (1970) peluang hidup
merupakan suatu peluang yang dapat memberi
rangkaian peluang hidup yang lain

 Contoh apabila seseorang itu dilahirkan dalam
keluarga yang berada, sekaligus memberi
peluang kepadanya untuk mendapat pendidikan
yang terbaik & tertinggi

 Tahap pendidikan yang dimilikinya

membantunya untuk mendapat pekerjaan yang

lebih baik pada masa akan datang dan

seterusnya dapat mengumpul kekayaan

235

STATUS SOSIAL

 Menurut Ralph Linton (1936), terdapat 2 jenis
status sosial

 1) Status sosial yang diwarisi: status yang
diperoleh secara warisan (keturunan demi
keturunan) seperti dalam keluarga diraja

 2) Status sosial yang dicapai: status yang
diperoleh sendiri seperti pendidikan seperti
golongan yang mempunyai gelaran Prof
dipandang tinggi oleh masyarakat disebabkan
ketinggian ilmunya

236

6.2 JENIS-JENIS STRATIFIKASI
SOSIAL

 Walaupun stratifikasi sosial bersifat universal
(terdapat dalam mana-mana masyarakat),
namun masih terdapat perbezaan dari segi
bentuknya antaranya satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain

 Hal ini disebabkan oleh faktor perbezaan budaya
 Secara umumnya terdapat 4 jenis sistem

stratifikasi sosial

237

1) SISTEM PERHAMBAAAN 238

 Sistem perhambaan merupakan bentuk
ketaksamaan sosial yang melampau-manusia
menjadi hamba kepada manusia yang lain

 Status hamba adalah sangat rendah-setaraf
dengan haiwan yang boleh digunakan pada bila-
bila masa sahaja

 Sistem ini adalah sah & boleh diterima pakai
dalam susunan lapisan masyarakat pada zaman
dahulu( zaman masyarakat kuno & masyarakat
feudal)

 Namun, sistem ini telah dibasmi oleh undang-
undang di seluruh dunia pada masa kini

2) SISTEM KASTA 239

 Kasta adalah pembahagian sesuatu kelas
mengikut keturunan

 Mengikut sistem ini, anggota dari kelas yang
berlainan tidak boleh berhubungan antara satu
sama lain

 Jika tidak, mereka akan dikenakan hukuman
mengikut peraturan agama & pelbagai tabu
(taboo)

 Sistem ini diamalkan oleh masyarakat India
kerana menuruti peraturan dalam agama Hindu
yang meminta adanya pemisah antara manusia
(superior & inferior)

 Sistem organisasi di India terbahagi kepada 4 kelas
kasta yang mempunyai tanggungjawab dan tugas
masing-masing iaitu:

 1) Kasta Brahman (pendeta)
 2) Kasta Ksyatria (pemerintah & tentera)
 3) Kasta Vaisya (petani, pedagang & seniman)
 4) Kasta Sudra (buruh kasar)
 Seseorang itu mestilah hidup bersesuaian dengan

jangkaan kastanya-terpaksa melakukan pekerjaan
yang telah ditetapkan oleh kastanya

240

 Golongan dari kasta yang rendah tidak
dibenarkan melakukan pelbagai jenis pekerjaan
& juga dilarang mengambil bahagian dalam apa-
apa pun kegiatan beribadat di kuil-kuil yang
tertentu

 Mereka juga tidak dibenarkan muncul di
khalayak ramai pada waktu-waktu tertentu

 Selain daripada 4 kasta utama ini terdapat juga
golongan yang dikenali sebagai kelas Paria atau
harijans iaitu golongan paling rendah dalam
susunan masyarakat India

241

 Golongan Paria ini merupakan golongan yang
tidak boleh disentuh dan diasingkan daripada
segala pergaulan sosial dengan anggota dari
kelas-kelas yang lain

 Mereka tidak boleh memandang orang yang
berkuasa (sekiranya terpandang, perlu
memalingkan muka dengan segera)

 Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh golongan
ini ialah pekerjaan yang rendah tarafnya seperti
tukang cuci, tukang sapu, pelayan dan lain-lain

242

 Sistem kasta merupakan sistem status
masyarakat yang tertutup=ahli-ahlinya tidak
boleh berpindah ke kasta lain & pembahagian
status & tugas telah ditetapkan mengikut
keturunan

 Perkahwinan daripada golongan yang berlainan
kasta adalah ditentang & dianggap sebagai
pencemaran

 Jika berlaku perkahwinan di antara mereka
yang berlainan kasta-akan dikenakan isbat
seperti sekatan undang-undang, hukuman
berbentuk fizikal (memukul, mencaci dan
memalukan)

243

 Isbat ditentukan oleh setiap kasta-tujuannya
untuk menyekat seseorang ahli daripada
menurunkan darjatnya kepada ahli dari kasta
lain yang lebih rendah

 Hierarki lapisan sosial dalam sistem kasta
adalah bersifat kekal & keanggotaanya
ditentukan oleh faktor kelahiran

244

3) SISTEM ESTET

 Merujuk kepada kedudukan atau status
seseorang yang dikaitkan dengan pemilikan
tanah

 Individu yang memiliki tanah akan mempunyai
kuasa. Sebaliknya individu yang tidak
mempunyai tanah perlu mengerjakan tanah
orang lain & terpaksa tunduk pada kuasa yang
dimiliki oleh tuan tanah

 Sistem ini terkenal di Eropah pada zaman
pertengahan

245

 Mengikut sistem ini, susunan sosial diatur dalam
satu hierarki iaitu raja berada di kedudukan
paling atas

 Kemudian diikuti oleh golongan bangsawan atau
pemerintah, paderi & akhir sekali adalah rakyat
atau kaum tani yang tidak mempunyai tanah

 Walaupun sistem estet ini diwarisi melalui
kelahiran namun mereka boleh mengubah
kedudukannya melalui pengurniaan raja atau
keizinan pihak atasan

246

247

4) SISTEM KELAS & STATUS SOSIAL 248

 Kelas sosial bermaksud semua individu &
keluarga sedar akan kedudukannya dalam
sesebuah lapisan, diketahui umum & diakui oleh
masyarakat

 Kelas sosial tidak mempunyai organisasi rasmi
walaupun terdiri daripada kelompok besar
manusia

 Pembahagian & penentuan kelas kelas sosiak
tertentu adalah didasarkan pada faktor-faktor
seperti jenis aktiviti ekonomi, jumlah
pendapatan, jenis & jumlah pendidikan formal &
keanggotaan dalam pelbagai persatuan

 Wujud hubungan timbal balik antara faktor
individu dengan kedudukan kelas sosial

 Sebagai contoh, jenis & jumlah pendidikan
formal boleh menentukan kedudukan kelas sosial
seseorang

 Kedudukan kelas sosial seseorang juga boleh
menentukan jenis & jumlah pendidikan yang
akan diterimanya

249

 Terdapat 2 faktor utama yang menentukan kelas
sosial seseorang

 1) Jumlah pendapatan
 2) Kedudukan sosial keluarga apabila ia

dilahirkan
 Tidak semestinya seseorag yang berpendapatan

tinggi boleh diterima dalam kumpulan atasan
 Sebaliknya kedudukan kelas sosial yang tinggi

akan lebih kekal walaupun berpendapatan
rendah

250


Click to View FlipBook Version