NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:25 Drp / Of 31 diagihkan terus dari asas ke atas tanah atau batu (stratum) yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok dan bahan yang digunakan. Rajah 1.7: Cerucuk Tanggung Cerocok Geseran (Friction Pile) Dikenali sebagai Cerucuk Geseran Kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditanggung oleh daya gesean diantara tanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:26 Drp / Of 31 Rajah 1.8 : Cerucuk Geseran Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza. ⮚ Asas Pad Dikenali juga asas alas tiang atau asas tumpu. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Di dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk memastikan kestabilan. Asas ini terletak diantara lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucok jika tanahnya jenis tanah gambut. Kebiasanya mempunyai kedalaman di antara 0.5m hingga 2.5 m dan mempunyai bentuk segi empat sama atau bujur
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:27 Drp / Of 31 Rajah 1.9 : Keratan Asas Pad ⮚ Asas Rakit Sesuai digunakan pada tanah yang mempuyai daya tanggung beban yang rendah seperti tanah lombong. Dibina pada keseluruhan kawasan bangunan yang mana perbezaan pemendapan Dan keretakan dapaat dielakkan pada sesuatu bahagian kawasan tersebut. Bagi tujuan kekuatan ia dibina dengan kebelan konkrit sehingga 300mm Dan ketebalanya digandakan pada bahagian yang mempunyai dinding tanggung baban. Rajah 1.10: Pandangan Dan Keratan Asas Rakit
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:28 Drp / Of 31 ⮚ Asas Jalur Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang dimana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunann lain yang sedia ada. Rajah 1.11 : Asas Jalur
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:29 Drp / Of 31 7.0 Peraturan bagi Persediaan Tapak dan Amalan Keselamatan 7.1 Peraturan ● Semua serpihan, batu besar, batu-batu dan serpihan lain mesti dikeluarkan ● Semua tunggul pokok mesti digali dari akar kerana jika baki akarnya masih tertinggal , ia akan terus tumbuh menyebabkan kerosakan pada struktur. ● Semua lubang hendaklah ditimbus dan dipadatkan untuk memastikan integriti struktur dikekalkan dan bumi tidak beralih dengan aktiviti pembinaan yang berterusan . ● Orientasi bangunan dan garisan parit yang betul mesti ditentukan dan ditanda ● Beberapa bidang mesti ditentukan dengan jelas; kawasan pementasan, kawasan penyimpanan, tandas pekerja-pekerja dan akses laluan dan lain-lain 7.2 Amalan Keselamatan ● Untuk persediaan tapak, anda akan memerlukan beberapa bentuk simpanan. Bekas 40 kaki panjang adalah terbaik dan boleh menyimpan alat yang paling kecil. ● Anda juga perlu memagar tapak daripada orang-orang yang tidak dibenarkan bagi melindungi kawasan sekitar dan bangunan dari kerosakan, melindungi dan menjaga keselamatan mesin, perkakasan atau bahan-bahan bangunan yang ditinggalkan ditapak dari kecurian. ● SKIP besar juga satu keperluan untuk meletakkan sisa ke dalam dan secara umum untuk menjaga kawasan kemas. ● SKIP boleh menampung jumlah serpihan yang lebih besar yang kemudiannya boleh bawa keluar dari tapak.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:30 Drp / Of 31 Rajah 1.12 : Skip ● Semasa berada di tapak bina, semua personel termasuk pelawat perlu menggunakan PPE asas seperti topi keselamatan, kasut keselamatan dan vest keselamatan sebagai keperluan minimum. ● Perkakasan pelindung (PPE) dan pakaian pelindung hendaklah dipakai bergantung kepada kerja yang dilakukan ● Topi keselamatan, Hi-vts garment, pelindung mata Penutup ● Teliga (earmuffs/ear plug) kasut keselamatan dan pakaian yang sesuai atau overall adalah diantara PPE lazim yang sering digunakan. Rajah 1.13 : Hi-vts garment
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:31 Drp / Of 31 Rujukan: 1. Teknologi Binaan Bangunan, Tan Boon Tong.2000 2. Construction Specification 13—Piling efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc 3. Cutting Concrete www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx 4. Construction Specification 13—Piling efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc 5. Cutting Concrete www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx 6. h-pile-hammer-taets.gif engtips.net
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C01 LAND / SITE PREPARATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT 2. PREPARE LAND / SITE PREPARATION TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS 3. CARRY OUT PEGGING AND SETTING OUT WORK 4. CARRY OUT HOARDING INSTALLATION 5. PERFORM SITE CLEARING WORK 6. COORDINATE LAND / SITE PREPARATION INSPECTION 7. PERFORM FOUNDATION ACTIVITIES NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 8 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C01/P(2/7) TAJUK: PERALATAN DAN BAHAN DI TAPAK BINA TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh MENYEDIAKAN PERALATAN DAN BAHAN DI TAPAK BINA menepati spesifikasi yang ditetapkan.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 2 Drp:10 1.0 PENGENALAN Penggunaan jentera dalam persediaan tapak bina telah menjadi keperluan bagi memastikan kelancaran kerja dan memenuhi jadual projek mengikut sasaran yang dirancang. Terdapat peralatan dan jentera yang yang sememangnya diguna untuk persediaan tapak terdiri dari alatan tangan, mesin-mesin berkuasa dan jentera bergerak yang akan dibincangkan dalam kompetensi ini. 2.0 JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERALATAN BAGI PERSEDIAAN TAPAK BINA Persediaan tapak memerlukan peralatan dan mesin untuk menyempurnakan tugasannya mengikut keperluan jenis kerja: 2.1 Peralatan Membersih Tapak Binaan Dengan bergantung kepada saiz, lokasi dan tujuan, pembersihan tanah memerlukan peralatan membersih professional, menggunakan mesin dan jentera bagi menjimatkan masa dengan hasil kerja yang efisien. Bagi kawasan hutan, jentera diperlukan untuk menumbangkan pokok pokok besar. Bagi kawasan berbukit pula beberapa langkah pemotongan, penambakan perlu dilakukan dan ini memerlukan peralatan memotong, peralatan menggali, peralatan mengangkut mesin-mesin pemotong, jentera penggali dan jentera-jentera penganggkut 2.1.1 Kumpulan dan Jenis-jenis mesin dan jentera: Kumpulan Kategori Jenis/Kegunaan Alat Tangan i) Peralatan Memotong Kapak, gergaji (steel frame Bow Saw) ii) Peralatan menggali Cangkul Menggali lubang dan merata tanah Skop Menggali, Menyeduk timbunan iii) Peralatan mengangkut Kereta sorong, stretcher, bakul mengangkut dan memindah
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 3 Drp:10 Kapak Cangkul
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 4 Drp:10 Rajah 2.1: Alat Tangan Kumpulan Kategori Jenis Alat Berkuasa Mesin Pemotong Mesin gergaji berantai (chain saw) Memotong,memangkas Drill Rajah 2.2 : Alat berkuasa 3.0 PENGGUNAAN MESIN DAN PERALATAN MENGIKUT PERINGKAT DALAM MOBILASASI PEMBINAAN Jenis-jenis mesin dan peralatan yang digerakkan dan dikumpul samada Peralatan Produktif (seperti disenaraikan) atau Peralatan Sokongan adalah berasaskan kepada kerja-kerja pembinaan yang dijalankan mengikut peringkat dalam mobilisasi 3.1 Peringkat Penyediaan Tapak Dalam operasi penyediaan tapak kerja-kerja yang terlibat adalah kerja-kerja meratakan tapak, penyediaan asas, jalan-jalan tapak bina dan saliran air hujan. Jentera berat pembinaan jang terlibat pada peringkat ini terdiri daripada ● Jentolak ● Jengkaut,
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 5 Drp:10 ● Scraper ● Trak ● Kren Kumpulan Kategori Jenis/kegunaan Jentera Jentera Penggali a) Jengkaut (excavator) Jentera yang digunakan untuk kerja penggalian tanah, seperti menggali lubang, membuat parit, longkang dan sebagainya b) Jentolak (Bulldozer) Jentolak atau bulldozer ialah jentera yang paling lasak digunakan untuk menolak tanah dipermukaannya c) Traktor /Back PusherDiguna untuk menolak tanah, pasir, batu kelikir dan batu rubble dalam kuantiti yang banyak Jentera Pengangkut a) Lori Diguna untuk memuat dan menghantar bahan-bahan binaan dan mesin-mesin ke tapak binaan b) Pembuang (Dumper) Mesin ini adalah sangat berkesan digunakan bagi mengangkat bahan-bahan dalam kawasan tapak binaan. Pemampat (Compactor) Diguna untuk untuk mengurangkan sejumlah bahan terbuang atau bio mass melalui pemadatan
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 6 Drp:10 Jentolak (Bulldozer) Jengkaut ( excavator) Rajah 2.3 : Jentera Penggali Lori/ truk Pembuang /Dumper tipper Rajah 2.4 : Jentera Pengangkut Rajah 2.5 : Jentera Pemampat
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 7 Drp:10 4.0 BAHAN–BAHAN PERSEDIAAN TAPAK Bahan-bahan seperti keluli, kayu simen, paku/skru dan kebanyakan bahan binaan amat diperlukan dalam proses persediaan tapak yang merangkumi semua jenis aktiviti/kerja Diantara kegunaannya adalah mendirikan struktur dan kemudahan untuk kegunaan sementara seperti yang disenaraikan: ● Papan Sendeng atau Hoarding Papan sendeng atau Hoarding boleh dijelaskan sebagai pagar sementara yang memagari sempadan tapak binaan. Ia berupa pagar panel yang didirikan dengan sokongan sendiri atau disandarkan pada struktur sokongan atau peranca. Sebagai halangan laluan kepada orang awam bagi tujuan keselamatan. Papan sendeng terdiri daripada dua jenis iaitu kayu dan besi. 5.0 Mengatur Pemerolehan Bahan-Bahan, Peralatan Dan Perkakasan Persediaan Tapak Bina Dua cara yang diguna pakai adalah Penyumberan Luar (Outsourcing) dan Penyumberan Dalam (in house.). Ianya merujuk kepada samada produk atau perkhidmatan, tetapi pada lazimnya ia merujuk kepada perkhidmatan. Sebelum membuat penentuan, terlebih dahulu kedua-dua cara ini perlu difahami. a) Penyumberan Luar /Outsourcing ● Outsourcing adalah perkhidmatan dilakukan oleh kontraktor pihak ketiga bukan oleh jabatan atau unit dalam organisasi yang sama. ● Melibatkan kontrak luar atau penggunaan bantuan luar bagi melaksanakan dan menyiapkan aktiviti diluar menggantikan penggunaan pekerja dan aset dalaman Ciri-ciri Penyumberan Luar /Outsourcing ● Menawarkan bajet yang lebih fleksibel dan terkawal. ● Membolehkan organisasi membayar bagi perkhidmatan dan urusan yang diperlukan
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 8 Drp:10 Tujuan ● Mengurangkan kos pada peringkat tertentu contohnya perbelanjaan buka teras, percukaian yang tinggi, kos tenaga, kos buruh /kos pengeluaran ● Mengurangkan keperluan bagi mengupah dan melatih staf pakar ● Mengurangkan risiko dan perbelanjaan operasi dan modal ● Mendapatkan akses kepada kepelbagaian produk dan pembekal ● Menitik berat kepada keperluan kualiti melalui kepelbagaian produk ● Mendapat staf berdidikasi untuk bagi mendapatkan peluang terbaik untuk organisasi. b) In house ● Melibatkan pelaksanaan tugasan/aktiviti dalam organisasi yang sama menggunakan aset dan pekerja dalaman ● Melibatkan penggunaan tenaga luar (pihak ketiga) berkerja dalam organisasi menggunakan kemudahan organisasi Tujuan ● Mengekalkan kawalan pengeluaran atau kompetensi kritikal ● Mengurangkan kos atau percukaian dan pengangkutan 5.1 Mengendali Bahan dan Peralatan (Outsourcing dan in house) Mengendali bahan akan melibatkan pergerakan, penyimpanan, kawalan dan pelindungan bahan atau produk menerusi proses pembuatan, agihan, penggunaan dan pembuangan. Fokusnya adalah kaedah, peralatan mekanikal, system dan kawalan berkaitan yang digunakan untuk mengendalikan bahan. Maksudkan pemerolehan peralatan untuk mengendalikan bahan-bahan dalam proses persediaan tapak boleh menggunakan samada kaedah outsourcing atau in house bergantung kepada tujuannya.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 9 Drp:10 Jika kaedah outsourcing diguna, maka kontrak persediaan tapak diberikan kepada sub kontrak untuk disempurnakan semua bahan dan peralatan disedia oleh sub kontrak. Jika kaedah inhouse, maka kontraktor utama akan mengurus sendiri kerja-kerja persediaan tapak melibatkan penggunaan mesin dan bahan yang perlu disediakan. Rujukan 1) Clearing the Site enginemechanics.tpub.com/ 2) Section 200 - Site Clearance www.mca.mn/document/tender/2011_085/SEC200.pd 3) Site Clearance and Demolition - Scribd https://www.scribd.com/doc/215177495/Site-Clearance-and-Demolition 4) What Are the Different Methods of Land Clearing? - wiseGEEK www.wisegeek.com/what-are-the-different-methods-of-land-clearing.htm 5) Setting out - Branz www.branz.co.nz/cms_show_download.php?id. 6) Sourcing - Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Sourcing 7) Operations Management - Google Books Result https://books.google.com/books?isbn=1467252956
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(2/7) Muka: 10 Drp:10
BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 1 SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2022/2023 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM KOD/KURSUS WTP 3032 KERJA MENGECAT KOMPETENSI 01. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT KOMPETENSI UNIT 1. Contract documents 2. Content of contract documents 3. Approve Construction drawing 4. Types of finishes KOMPETENSI PEMBELAJARAN Trainee must be able to: • Obtain approved construction drawing. • Interpret approved construction drawing • Finalise approved construction drawing details • Determine information regarding building residential building finishes work NO KOD WTP 3032/K 01/NK 01-02 EDISI JULAI 2017 MUKA : 01 DARIPADA 13 NO KOD JPK BC-030-3:2013-C08
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 2 drp : 15 TAJUK : IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS EQUIREMENT 1.0 DOKUMEN KONTRAK 1.1 Definisi Kontrak: • Kontrak ialah satu perjanjian bertulis yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain • Perjanjian ini mengikat kedua-dua belah pihak yang terlibat di antara kontraktor dan klien untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. • Pihak kontraktor perlu: ✓ Menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta reka bentuk sepertimana yang dikehendaki oleh pihak majikan ✓ Menyelesaikan segala jenis kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. • Pihak klien perlu: • Menunaikan bayaran kepada kontraktor.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 3 drp : 15 2.0 KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK: • Dokumen yang mengandungi segala butiran dan syarat yang sama dengan dokumen tawaran dan kedua-dua belah pihak adalah terikat untuk mematuhinya. Kandungan Dokumen Kontrak Keterangan Fungsi Lukisan kerja Mengandungi gambaran kerja yang perlu dibuat dan disiapkan supaya keleihatan seperti dalam lukisan pelan. • Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan. • Merancang kaedah kerja yang akan dilakukan. Spesifikasi • Keterangan tentang kerja yang akan dijalankan. • Kualiti bahan binaan yang dikehendaki oleh klien. • Kaedah menjalankan kerja. • Tahap kualiti kerja yang diharapkan dapat dipenuhi oleh kontraktor • Maklumat yang menjelaskan kepada kontraktor tentang butiran yang berkaitan dengan kontrak yang ditawarkan Senarai kuantiti • Mengandungi senarai kuantiti bahan dan kerja yang diperlukan untuk menyiapkan projek. • Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan. • Merancang kaedah kerja yang akan dilakukan Kos • Menyatakan jumlah kos keseluruhan projek yang meliputi kos bahan, upah, loji & alatan, pengurusan dan keuntungan • Membantu kontraktor membuat perancangan dan melaksanakan pembinaan dalam kadar kos yang dipersetujui dengan klien. Jangkamasa penyiapan • Menyatakan tempoh penyiapan projek yang perlu dipatuhi oleh kontraktor untuk tujuan pembayaran. • Membantu kontraktor membuat perancangan dan melaksanakan pembinaan dalam jangkamasa yang ditetapkan Nota: • Sebelum memasuki tawaran, kontraktor hendaklah mengkaji dengan teliti segala butiran dan syarat yang terkandung dalam dokumen tawaran. • Dokumen kontrak hanya akan disediakan setelah pihak kontraktor yang terpilih semasa peringkat penawaran telah bersetuju menerima tawaran oleh pihak klien.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 4 drp : 15 3.0 LUKISAN-LUKISAN DALAM PEMBINAAN 3.1 Mentafsir Lukisan • Dalam sesebuah projek pembinaan, jenis lukisan yang diperlukan mestilah merangkumi aspek reka bentuk, struktur dan perkhidmatan. • Seseorang kontraktor perlu mempunyai kemampuan untuk memahami, mentafsir dan menghubungkaitkan lukisan tersebut dengan tepat supaya kuantiti bahan dapat dianggarkan dan operasi kerja boleh dikenalpasti dengan betul. 3.2 Jenis Lukisan a) Lukisan rekabentuk (architecture plan) • Lukisan yang berkaitan dengan reka bentuk sesebuah bangunan iaitu pelan lantai, keratan dan pandangan sisi bangunan cadangan. • Rajah 3.1 (a) menunjukkan contoh lukisan reka bentuk. Rajah 3.1 (a) Contoh lukisan reka bentuk
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 5 drp : 15 b) Lukisan struktur (structure plan) • Lukisan yang menunjukkan bahagian bangunan yang menanggung beban seperti asas, kerangka, lantai dan bumbung. • Lukisan ini mengandungi maklumat khusus yang berkaitan dengan komponen yang menguatkan binaan tersebut seperti tetulang keluli, spesifikasi konkrit, perician asas dan saiz. • Rajah 3.1 (b) menunjukkan contoh lukisan struktur asas c) Lukisan Perkhidmatan • Lukisan yang menunjukkan perincian tentang pemasangan perkhidmatan yang diperlukan dalam sesuatu projek. • Jenis perkhidmatan yang diperlukan bagi sesebuah bangunan seperti system bekalan air (perpaipan), system pembentungan, pendawaian elektrik, penyamanan udara dan jentera mekanikal. • Rajah 3.1 (c) menunjukkan contoh lukisan pendawaian elektrik Rajah 3.1 (b) Contoh lukisan struktur asas
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 6 drp : 15 Rajah 3.1 (c) Contoh lukisan pemasangan pendawaian elektrik
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 7 drp : 15 Contoh Dokumen Tender
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 8 drp : 15 Contoh Bill & Quantities
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 9 drp : 15 Contoh Pelan Arkitek 4.0 KEMASAN BANGUNAN Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan dimana ia membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran, serta kos. Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: a) Kemasan lantai b) Kemasan dinding c) Kemasan siling 4.1 Kemasan Lantai Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik di permukaannya. Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang menarik terhadap bangunan.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 10 drp : 15 Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah a) Rupa - Pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan permukaan dan bentuk adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan. b) Kelasakan - Kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu, pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik. c) Keselesaan dan keselamatan - ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak licin, dan penebat haba pengaliran. d) Penyerapan bunyi - Kemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu penggunapengguna di suatu kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus, permaidani dan getah. e) Rintangan api - merupakan bahan yang tidak terbakar seperti konkrit,jubin seramaik, dan jubin bata. f) Kebersihan - Kemasan hendaklah tidak menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia yang mahal contoh bahan kemasan seperti ini ilah jubin seramik dan terrazo. g) Kos - Kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya dan sesuai pada semua tempat.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 11 drp : 15 4.2 Kemasan Lantai Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya adalah jejalur kayu, mozek, terazo dan sebagainya. Didalam projek pembinaan kebiasaannya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu; a) Lepaan simen - Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah. Lepaan simen terdiri daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan iaitu lapisan pertama menggunakan mortar dan lapisan kedua menggunakan simen minyak (slurry cement). - Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk membancuh mortar adalah dalam kuantiti yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja-kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata pada kecuraman permukaan yang sesuai pada ketebalan 50mm. - Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan menggunakan ‘slurry cement’ setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan permukaan adalah pemaras keluli. b) Jubin - Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu dan ruang makan, bilik mandi, tandas serta dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin seramik dimulakan. Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan licin) dan jubin separuh gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam). - Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas. Jubinjubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. - Setelah selesai pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih. Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 12 drp : 15 c) Jejalur kayu - Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar kayu. Papan jalur yang digunakan mestilah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang terlalu lebar akan mengecut berlebihan ketika proses pengeringannya. - Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Kebiasaannya jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal, dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. d) Mozek - Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan seperti campuran seramik, kaca, dan marmar melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300 x 300mm. Bentuknya adalah segi empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam. - Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen pasir 1:3 untuk meletakkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan antara mozekmozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus. Jubin mozek digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga, dan tandas.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 13 drp : 15 e) Terazo - Biasanya dibuat dikilang-kilang dalam bentuk kepingan yang berukuran 200mm x 200mm, 225mm x 225mm, 300mm x 300mm sehingga 500mm x 500mm. Jubin-jubin terazo ini dipasangkan di atas simen pasir 1:3, tebal jubin terazo lebih kurang 25mm. Sambungan di antara jubin-jubin terazo ini dikemaskan dengan simen putih. Jubin-jubin terazo yang dipasangkan pada satu ruang hendaklah rata dan dilicinkan dengan mesin pencalar. Bagi ruang bersempadan lantai denagn dinding kambi, terazo dibina. Kambi-kambi tersebut dibina pada ketinggian 100mm dan ketebalan 20mm. Bahagian atas kambi ini dibentuk separuh bulat. 4.3 Kemasan Dinding Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding. Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu; a) Kemasan lepa b) Kemasan Jubin a) Kemasan lepa
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 14 drp : 15 Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok. Kerja melepa dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air dan elektrik siap dilakukan. Di dalam kerja melepa bahan pelekat yang digunakan ialah mortar. Mortar adalah hasil campuran simen penampal (walcrate), pasir halus dan air. Simen penampal berbeza dari simen Portland biasa. Ini kerana simen penampal mengandungi kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih halus dari pasir yang digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu, campuran simen penampal, pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan mortar ialah 1:3(simen:pasir). Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit (concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik supaya menghasilkan mortar yang berkualiti. Dalam kerja melepa, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang telah siap diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan ‘finish coat’ yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata. Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’ bergantung kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan ‘plaster’ ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry cement’. Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’ dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada dinding. Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘basecoat’ dan ‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan disapu dengan air menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar. Terdapat pelbagai jenis kemasan yang boleh dilakukan pada bangunan, namun pada modul ini kita akan lebih memfokuskan kepada kemasan mengecat.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 15 drp : 15