16 iii. Menjimatkan masa, tenaga dan kos dari segi menyedia dan menyemak dokumen tawaran kerana bilangan kontraktor yang tidak ramai. iv. Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan. Kelemahan Tawaran Pra Kelayakan i. Tawaran ini hanya layak kepada kontraktor yang mempunyai kepakaran sahaja. ii. Kos pembinaan akan menjadi lebih tinggi disebabkan penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh kontraktor yang lain. iii. Hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan tidak sesuai untuk projek yang kecil. e. Tawaran Perundingan Tawaran ini dijalankan atas sebab-sebab tertentu selalunya atas arahan pihak-pihak tertentu. Tawaran jenis ini tidak diiklankan. Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah aspek-aspek reka bentuk, anggaran kos, jadual kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan senarai bahan. Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut: i. Projek yang memerlukan penyiapan segera ii. Projek yang memerlukan kepakaran kerja iii. Projek yang berterusan dan berfasa-fasa iv. Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor v. Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama
17 Kebaikan Tawaran Perundingan i. Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah. ii. Kontraktor boleh memberi nasihat dan memberi cadangan dan nasihat kepada arkitek / jurutera diperingkat awal reka bentuk projek. iii. Majikan dapat menganggar kos-kos yang terlibat dengan lebih tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang sama. Kelemahan Tawaran Perundingan i. Digunakan bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera di mana Juruukur Bahan tidak sempat untuk menyediakan senarai kuantiti. ii. Sesuai untuk projek yang rendah dan sederhana kosnya. iii. Kontraktor perlu memasukkan harga bagi keseluruhan kerja secara pukal sahaja (Lump Sum) 1.4.2 Dokumen Tender Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletak harga tawarannya. Panggilan tawaran selalunya dilakukan oleh pihak JKR atau majikan dengan mempamerkan kenyataan tawaran tersebut di dalam akhbar. Dalam kenyataan tawaran dinyatakan jenis kerja yang ditawarkan, kelas kontraktor dan pecahan kepala serta perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan tawaran. Perkara lain yang dinyatakan termasuklah: a. Masa dan tempat untuk mengambil borang. b. Tarikh tawaran ditutup.
18 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti ✓ Biasa digunakan untuk projek-projek besar ✓ Penyediaan perlukan masa yang agak Panjang ✓ Dapat sediakan satu asas yang lebih baik untuk nilai kerja yang dilakukan bagi tujuan bayaran kemajuan dan perubahan kerja Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi ✓ Biasa digunakan bagi projek yang perlu disiapkan cepat dimana Juruukur Bahan tak sempat sediakan senarai kuantiti. ✓ Sesuai untuk projek yang kos sederhana dan rendah. ✓ Kontraktor perlu masukkan harga bagi keseluruhan kerja secara pukal sahaja (lump sump) Berdasarkan Senarai Kuantiti Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi Surat mempelawa tawaran Surat mempelawa tawaran Borang tawaran Borang tawaran Arahan kepada penender Arahan kepada penender Senarai kerja pendahuluan, keterangan bahan dan mutu kerja Senarai kerja pendahuluan, keterangan bahan dan mutu kerja Senarai semakan mengemukakan tawaran Senarai semakan mengemukakan tawaran Spesifikasi Spesifikasi Borang maklumat latar belakang kontraktor Borang maklumat latar belakang kontraktor Senarai kuantiti Ringkasan tawaran Lampiran Jadual kadar harga Lukisan Lampiran Lukisan Rajah 1.6 : Kandungan Tawaran Tender
19 1.4.3 Jenis-jenis Kontrak Pembinaan Kontrak adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakarpakar dan kontraktor kecil. Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan. Di antaranya ialah: a. Kaedah Tradisional (Traditional Contract) b. Reka dan Bina Kontrak (Design and Build Contract) c. Kontrak Secara Pukal (Lump Sum Contract) d. Kontrak Turnkey (Turnkey Contract) e. Kontrak Senarai Kuantiti (Bill of Quantity Contract) f. Build, Operate and Transfer Contract (B.O.T) g. Kontrak Pengurusan (Management Contract) h. Kontrak Harga Tambah (Cost Reimburstment Contract) a. Kaedah Tradisional (Traditional Contract) Klien terlebih dahulu perlu memilih pereka bentuk profesional yang bertanggungjawab mereka bentuk dan menyiapkan dokumen kontrak. Perunding akan menyelaraskan semua kumpulan terlibat dalam pembinaan.. Arkitek atau profesional lain akan dilantik untuk mentadbirkan kontrak yang dijalin. Rajah 1.6 menunjukkan secara ringkas hubungan pihak dalam kaedah pengurusan tradisional. Bayaran ‘fee’ biasanya merupakan bayaran secara pukal ‘lump-sum’ atau merupakan peratusan daripada nilai kontrak projek. Pemilihan kontrak akan dibuat berdasarkan harga terendah yang ditawarkan. Kontraktor boleh menjalankan pembinaan sendiri atau melantik subkontraktor.
20 Rajah 1.7 : Kaedah Tradisional Kebaikan : i. Kaedah ini lebih mudah kerana semua pihak yang terlibat telah memahami tanggungjawab masing-masing. Dengan itu ketidaktentuan diminimumkan seterusnya risiko dikurangkan. ii. Risiko dalam pembinaan terletak sepenuhnya di tangan kontraktor. Oleh itu tuan punya di lindung daripada lebihan kos yang timbul akibat kelewatan. iii. Kaedah ini membolehkan klien mendapat harga yang terendah dalam pasaran (lebih ekonomik). iv. Penglibatan klien atau tuan punya boleh diminimumkan kerana kerja-kerja pembinaan serta pengurusan akan dilakukan oleh pihak lain. Klien hanya mendapat laporan dari masa ke semasa. Kelemahan: i. Pakar pembinaan tidak terlibat sehingga peringkat reka bentuk siap. ii. Masa sukar dikurangkan bagi kerja-kerja mereka bentuk dan pembinaan. Turutan kerja yang linear, menyukarkan
21 pertindihan kerja untuk mengurangkan tempoh pembinaan. Ini menyebabkan pertambahan kos. iii. Interaksi di antara pasukan juga sukar seterusnya boleh menyebabkan perbalahan. b. Kaedah Reka dan Bina (Build and Design) Kaedah ini menyediakan satu kontrak dan tanggungjawab sepanjang hayat projek.Kontraktor diberi tawaran untuk mereka bentuk dan membina projek dengan memperuntukkan sejumlah kos termasuk kos mereka bentuk dan pembinaan. Kaedah ini digunakan secara meluas di sesetengah pembangunan terutamanya bangunan industry seperti kilang. Klien akan mendapatkan kontraktor utama yang mereka bentuk projek , mendapatkan bahan, mengupah dan menyelia pekerja di tapak. Rajah 1.8 : Kaedah Reka dan Bina
22 Kebaikan : i. Komunikasi di antara pasukan reka bentuk dan pembinaan lebih teratur. Kerjasama yang wujud memudahkan penjadualan dan pengawalan projek. ii. Membolehkan input seperti analisis ‘constructability’, ‘value engineering’ dan sub-contractor pricing’ digunakan di peringkat reka bentuk. iii. Sebarang perubahan lebih mudah diuruskan kerana di tadbir di bawah kontrak yang sama. iv. Tuan punya/klien tidak terlibat dengan urusan harian dengan itu kurang guna tenaga diperlukan. Kelemahan : i. Harga sebenar tidak dapat ditentukan kerana firma dilantik sebelum reka bentuk dimulakan. ii. Harga ditetapkan terlalu awal dengan itu risiko mengorbankan kualiti bagi menimbal untung. iii. Penglibatan minimum klien boleh menjadikan klien tidak dapat mengikuti perkembangan projek dengan baiknya. iv. Kurang ‘check and balances’ kerana kontraktor dan pereka bentuk bekerja di syarikat yang sama. v. Persaingan tidak berlaku c. Kontrak Secara Pukal (Lump Sum Contract) Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk setiap elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender). Bagi kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti tetapi dibekalkan jadual kadar harga piawai yang didsertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja terkandung di dalam pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan di dalam spesikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan.
23 Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja. Jika perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan di dalam jadual kadar harga. Juruukur Bahan akan berunding dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga yang sesuai. Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan dalam beberapa cara: i. Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada Lukisan Spesifikasi. Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskanuntuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi. ii. Kontrak Lump Sum berdasarkan Lukisan dan Senarai Bahan. Kontrak jenis ini digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM 1juta. Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilaan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai (Saidin,1998) iii. Kontrak Lump Sum berdasarkan Lukisan dan Jadual Kadar Harga Kontrak jenis ini pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan kebanyakkan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. Menurut Saidin (1998), kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:
24 Fixed Price Contract - Merangkumi penetapan terhadap kerjakerja kecil di dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrakn ditandantan. Firm Price Contract - Boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut. d. Kontrak Turnkey (Turnkey Contract) Dalam kontrak turnkey, pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien. Terdapat dua (2) faktor kenapa Kontrak Turnkey diperkenalkan: a. Keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu. b. Pemilik kekurangan kumpulan pakar. Kebaikan: i. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dlam pembinaan bermula dari awal hingga akhir. ii. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan projek pembinaan. iii. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.
25 Kelemahan: i. Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan sistem tradisional. ii. Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di mana kebiasaannya kontraktor turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri. iii. Kontraktor bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi. e. Kontrak Senarai Kuantiti (Bill of Quantity Contract) Kontrak Senarai Kuantiti merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butirbutir kerja yang terkandung dalam Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah harga tender untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu, tangga, bumbung dan lain-lain. Kebaikan: i. Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila mrnggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti. ii. Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai perubahan kerja. iii. Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan. iv. Kontraktor juga dapat menentukan sebut harga dari sub kontraktor.
26 v. Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak. Kelemahan: i. Juruukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti. ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti. f. Built, Operate and Transfer Contract (BOT) BOT merupakan sebahagian daripada program menswatakan pembangunan projek pembinaan. Di bawah skim ini, kontraktor bertanggungjawab kepada : i. Membiayai projek di setiap peringkat. ii. Menjalankan kerja mereka bentuk dan pembinaan. iii. Menjalankan operasi dan penyenggaraan bagi projek. iv. Memindahkan projek kembali kepada klien apabila tamat tempoh konsesi. Rajah 1.9 : Kaedah Bina, Operasi dan Pindah
27 Pembinaan projek infrastruktur banyak melibatkan penggunaan BOT terutama dalam projek yang boleh menjana pendapatan setelah disiapkan. Contoh projek adalah Projek Lebuh raya Utara Selatan. g. Kontrak Pengurusan (Management Contracting) Kaedah ini melibatkan pihak lain yang akan bertindak menguruskan projek. Kaedah ini lebih sesuai untuk projek yang besar. ✓ Pengurus Projek Eksekutif mempunyai kuasa eksekutif dan mengambil alih tugas pengurusan ke atas profesional lain. ✓ Kontraktor dilantik sebagai Perunding tambahan. ✓ Kontraktor Pengurusan tidak terlibat untuk membina secara langsung. ✓ Kontraktor Pengurusan memberikan perkhidmatan dan menerima yuran. ✓ Kontraktor pengurusan menyatukan proses pengurusan dan pembinaan. ✓ Pertindihan aktiviti semasa ‘design’ dan pembinaan dapat dibuat, dengan itu masa dapat dijimatkan. Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria seperti yuran pengurusan yang dikenakan, anggaran kos pengurusan tapak, belanjawan kos prima, sumber buruh kontraktor, asas bayaran buruh dan draf atur cara. Kebaikan : i. Kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat dijalin dengan adanya kontraktor pengurusan. ii. Penglibatan kontraktor di peringkat awal membolehkan penganalisisan dan langkah penting diambil seperti mengimplementasikan ‘value engineering’.
28 iii. Perubahan dapat di uruskan dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah tradisional. Perubahan lebih mudah dikesan dan langkah perlu dapat diambil. Kelemahan: i. Sekiranya ada pihak yang tidak memberi kerjasama, amat sukar bagi pengurusan menjalankan tugasannya. ii. Penglibatan klien yang menyeluruh perlu. Sekiranya klien/tuan punya tidak mampu menjalankan tugasnya, pengurus projek dilantik. h. Kontrak Harga Tambah (Cost Reinbursement Contract) Ia dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus. Ia bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkanoleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan, logi dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit dan perlu disiapkan segera. Kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori : 1. Wang Kos Prime + Yuran Tetap 2. Wang Kos Prima + Peratus Yuran 3. Wang Kos Prima + Yuran SasaranKebaikan Kebaikan: i. Sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat. ii. Para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projektersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerjadengan kos pembinaan yang paling minimum.
29 iii. Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untukmenyiapkan projek berkenaan.Keburukan Kelemahan: i. Angka atau jumlah harga anggaran. ii. Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih nggidaripada harga anggaran. iii. Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran. KESIMPULAN Pengurusan projek amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Pengurusan yang baik akan memberikan kesan positif kepada pelaksanaan pembinaan tersebut. Projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, kualiti akan lebih tinggi dan terjamin, kos atau perbelanjaan dapat dikurangkan. Oleh itu, pengurusan yang berkualiti dan efektif perlu dikendalikan oleh pakar yang dikenali sebagai pengurus projek. Tugas utamanya bagi memastikan projek disiapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditentukan. Di samping itu, pengurus projek juga mesti menilai kualiti projek dan menyelaraskan kos atau perbelanjaan selaras dengan bajet yang telah ditetapkan.
30 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan 1. Nyatakan definisi bagi pengurusan projek 2. Kejayaan dan kegagalan sesebuah projek bergantung kepada perancangan, kawalan dan pemantauan yang berkesan. Kenalpasti isu dan kelemahan dalam pengurusan projek yang boleh ditemui semasa menyiapkan sesebuah projek. 3. Senaraikan kebaikan Tawaran Terpilih. SKEMA JAWAPAN 1. Nyatakan definisi bagi pengurusan projek Pengurusan projek boleh ditakrifkan sebagai satu perancangan yang dilakukan secara menyeluruh terhadap pengawalan dan koordinasi sesuatu projek dari peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penyiapan/ penyerahan bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam masa yang ditetapkan. Pengurusan projek merupakan suatu suasana yang melibatkan sumber terhad secara cekap bagi mencapai objektif yang berkesan. 2. Kejayaan dan kegagalan sesebuah projek bergantung kepada perancangan, kawalan dan pemantauan yang berkesan. Kenalpasti isu dan kelemahan dalam pengurusan projek yang boleh ditemui semasa menyiapkan sesebuah projek. i. Isu di peringkat Perancangan - Pemilihan tapak yang kurang sesuai - Pengambilan balik tanah belum selesai - Keperluan pelanggan tidak jelas/ tidak lengkap - Peruntukan terhad ii. Isu diperingkat Rekabentuk - Rekabnetuk yang tidak sesuai/ tidak praktik/ tidak penuhi keperluan pengguna/ tidak lengkap
31 - Kurang maklumat atau maklumat tidak jelas - Masalah koordinasi - Kesilapan perekabentuk - Kelewatan penyediaan rekabentu iii. Isu diperingkat Perolehan - Kelewatan melantik perunding / kontraktor - Kontraktor tidak berkeupayaan - Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan tugas iv. Isu diperingkat Penyiapan dan Penyerahan - Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/ banyak kecatatan dan kerosakan - Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang belum siap - Ujian dan pentauliahan belum selesai - Kemudahan / peralatan tidak dapat digunakan - Bangunan/ kemudahan tidak dapat beroperasi dengan berkesan - Pelanggan enggan berpindah - Bangunan yang telah diserahkan tetapi tidak boleh diduduki - Tiada kawalan keselamatan - Bangunan diduduki walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum diperolehi v. Isu di Peringkat Pembaikan Kecatatan / Kerosakan - Kurang pemantauan - Tiada penyelenggaraan - Kecatatan/ kerosakan (lambat dibaiki/ dibiarkan tanpa tindakan/ tidak dilaporkan/ tidak dibaiki)
32 3. Senaraikan kebaikan Tawaran Terpilih. a) Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir dan mempunyai rekod yang baik. b) Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah singkat kerana semua keperluan tawaran disediakan mengikut bilangan kontraktor yang disenaraikan. c) Pemilihan kntraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat kerana semua kontraktor yang memasuki tawaran mempunyai keistimewaan dari segi kerja. d) Pemilihan harga yang terendah adalah wajar.
33
34 TOPIK 2: PROJECT PLANNING (PERANCANGAN PROJEK) PENGENALAN Bab ini menghuraikan proses-proses yang perlu dirancang dalam sesebuah projek pembinaan. Terdapat beberapa langkah dan fasa yang perlu dikenalpasti mengikut keperluan klien. Segala keputusan yang dibuat di peringkat permulaan akan memberikan kesan yang besar terhadap sesuatu projek pembinaan. Bab ini akan berfokus kepada FASA PERANCANGAN. OBJEKTIF Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Menyatakan maksud perancangan projek. 2. Menyenaraikan dan menjelaskan langkah-langkah di fasa perancangan projek. 3. Membuat anggaran tempoh sesuatu aktiviti dalam sesebuah perancangan projek.
35 2.1 PENGENALAN PERANCANGAN PROJEK Perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yang utama yang merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu projek. Kebiasaannya, perancangan projek akan disenaraikan dalam bentuk dokumen yang formal yang dikenali sebagai skop projek. Sebelum berlakunya peringkat/fasa perancangan projek, Peringkat permulaan projek perlu dilalui dan dilaksanakan terlebih dahulu. Peringkat permulaan adalah peringkat kajian kemungkinan, cadangan konsep, penentuan dan mendapatkan kelulusan terutamanya kos bagi melaksanakan sesuatu projek. Dalam fasa ini semua aktiviti projek perlu dikenal pasti berdasarkan skop projek dengan mengambil kira kekangan terhadap tempoh masa, sumber kewangan dan sumber tenaga manusia. Maklumat tersebut perlu diseimbangkan bagi mencapai objektif dan faedah yang telah ditetapkan supaya projek berjaya menghasilkan serahan-serahan yang telah dipersetujui. Selain itu, fasa ini juga memperincikan aspek-aspek tadbir urus dan struktur organisasi projek, pengurusan dan kawalan projek serta pengurusan perolehan dan kontrak. Seterusnya, projek akan dibahagikan kepada beberapa komponen yang lebih terperinci dengan kaedah yang dikenali sebagai struktur pembahagian kerja (seperti yang ditunjukkan dalam rajah carta alir di bawah).
36 Dengan itu sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar oleh setiap individu dengan adanya sumber tenaga buruh dan masa yang diperlukan oleh penyelia dan bahagian pengawalan pengurusan. Matris organisasi : Satu pasukan yang dibentuk khas untuk menjalankan sesuatu projek yang khas dimana ahlinya terdiri daripada pelbagai jabatan fungsi dalam syarikat seperti kejuruteraan, pemasaran dan pengeluaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu projek. 2.2 LANGKAH-LANGKAH PERANCANGAN PROJEK 2.2.1 Definisi ‘Work Breakdown Structure’ (WBS) Struktur Pecahan Kerja atau lebih dikenali dengan WBS (Work Breakdown Structure) merupakan tulang belakang projek. Ia digunakan sebagai asas untuk memperuntukkan sumber dan tanggungjawab kepada ahli pasukan projek. WBS merupakan perkakasan utama untuk pengurus projek mengurus projek dengan berkesan. Projek membina rumah boleh dipecahkan kepada persediaan tapak, membina asas, membina struktur kerangka, memasang sistem mekanikal, kemasan dalaman, kemasan luaran dan pemeriksaan. Setiap satu dari serahan ini boleh seterusnya dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Persediaan tapak boleh dipecahkan kepada susun atur tapak dan kejuruteraan, jalan
37 masuk, membersihkan tapak, rough-in lokasi bangunan, gred dan longkang dan gred kemasan. Pemecahan ini memudahkan pengurus projek memperuntukkan sumber untuk pelaksanaan aktiviti dan menganggarkan kos yang diperlukan untuk perolehan sumber. Rajah 2.1 : Contoh WBS untuk membina sesebuah unit rumah WBS merupakan peta kerja sesuatu projek dimana kerja dalam sesuatu projek dipecahkan kepada elemen kerja yang terkecil mengikut proses / hiraki. Peringkat kerja yang terendah dinamakan pakej kerja (Work Package) WBS yang ringkas atau mudah mengandungi ; i. Projek ii. Tugas iii. Sub-tugas iv. Pakej Kerja WBS tidak terhad kepada bidang tugas tertentu apabila hendak dilaksanakan. Kaedah ini boleh digunakan untuk sebarang Jenis Projek yang diuruskan. Kemahiran merancang melibatkan penyediaan ringkasan projek sebelum projek dijalankan.ia memerlukan kemahiran komunikasi dan penyampaian maklumat yang tepat dan menyeluruh.manakala penjadualan merupakan
38 analisis yang kritikal dimana penentuan jangkamasa yang dirancang perlu menepati jangkamasa sebenar bagi penyiapan projek. a. Prinsip Bagi Menghasilkan WBS Berikut merupakan beberapa sebab untuk mewujudkan WBS dalam sesuatu projek : i. Organisasi projek yang tepat dan boleh dibaca ii. Accurate Assignment of tanggungjawab kepada Project Team. iii. Sebagai penunjuk kepada perkembangan projek dan juga sebagai titik kawalan. iv. Membantu dalam pengiraan kos, masa dan risiko. v. Menggambarkan skop projek bagi memudahkan stakeholders memahami perkembangan semasa. b. Membina Work Breakdown Structure Kenal pasti turutan kerja utama dari titik MULA untuk mengenal pasti jenis kerja yang terlibat bagi dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih khusus. Ini merupakan satu langkah yang penting dan selalunya dilakukan oleh Projek Manager dan juga SMEs ( Subjek Matter Experts) yang terlibat dengan projek berkenaan. Apabila langkah ini telah siap ( Perancangan WBS), maka SMEs akan memperincikan dan mengklasifikasikan tugas-tugas yang High-level task kepada smaller chunks of work. Dalam proses Breaking Down the task, satu tugas mungkin boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat dan aras yang lebih terperinci. Untuk memudahkan pengklasifikasi jenis kerja dan tugas, maka eloklah diperincikan mengikut saiz kerja :
39 Pakej Kerja i. Mempunyai jangkamasa kerja yang pendek (short duration) ii. Mempunyai titik permulaan dan pengakhiran kerja, jumlah sumber dan kos. iii. Setiap pakej kerja perlu berdiri sendiri (tidak bergantung) dengan pakej kerja yang lain. iv. Setiap pakej kerja diberi kod untuk memudahkan program dibuat serta kos dan jadual (schedule) yang boleh dikawal. Program kerja Faktor yang perlu diambil perhatian dalam merancang program kerja seperti, elemen masa, cuaca, jenis kerja, turutan kerja, alatan kerja, pekerja dan bahan binaan yang berkaitan. Selain dari itu, faktor lain yang perlu diambil kira dalam merancang dan memprogram kerja adalah : i. Modal kerja ii. Pekerja (mahir dan tidak mahir) iii. Bahan dan alatan iv. Subkontraktor v. Maklumat dan komunikasi Walaupun terdapat pelbagai jenis teknik dan kaedah, namun pemilihan dan penggunaannya adalah bergantung kepada kehendak kontrak itu sendiri. Namun begitu, perlu diberi perhatian bahawa setiap kaedah itu mestilah ; i. Mudah difahami ii. Realistik iii. Fleksibel iv. Mempunyai asas pelaksanaan dan kawalan. v. Menyeluruh Master Work Program Program induk disediakan untuk projek sebelum operasi ditapak bina dimulakan. Program ini akan disediakan oleh ibu pejabat jabatan
40 perancangan, hasil dari perundingan dengan pengurus kontrak dan pengurus tapak jika dilantik. Pengurus tapak perlu melibatkan diri dalam tatacara perancangan dan beliau seterusnya akan bertanggungjawab untuk menafsirkan program tersebut kepada siri-siri program jangka pendek. c. Tujuan WBS Diantara tujuan di bina WBS adalah seperti berikut : i. Untuk membahagikan atau memecahkan sesuatu projek kepada tugas, pakej kerja dan unit kerja mengikut hirakinya ii. Mengenalpasti semua aktiviti kerja atau tugas yang terlibat dalam satu-satu projek. iii. Mengasingkan projek kepada kerja, sub-kerja, mengikut tugastugas atau alirannya. iv. Membantu pengurus projek mengenalpastui semua elemen kerja yang terlibat. v. Mengintegrasikan projek kepada organisasi semasa vi. Untuk kawalan asas kerja iaitu control the project/time consuming. d. Kebaikan WBS Sebagaimana rumitnya merancang pecahan kerja, maka sudah tentu ianya mempunyai kebaikan yang amat berguna. Diantara Kebaikan WBS yang dapat disenaraikan adalah: a. Menjadikan sesuatu projek boleh dirancang, dijadualkan dan bajet dapat dibuat. b. Membuat rangka kerja yang dapat memberi anggaran kos dan persembahan kerja yang baik. c. Mewujudkan saluran komunikasi yang baik. d. Membantu mewujudkan kefahaman dan pengelolaan kerja. e. WBS Mengintergrasikan kerja dan tugas-tugasnya atau tanggungjawab kerja, oleh itu ianya dapat menyelesaikan masalahmasalah yang berkaitan dengan cepat.
41 f. Pecahan kerja dibuat bergantung kepada cara yang paling mudah untuk dipecahkan projek mengikut aktiviti-aktiviti kerja yang berkaitan. g. Kombinasi dua pecahan kerja mengikut fungsi dan produk boleh digunakan apabila perlu dan ianya tidak perlu terlalu detail, tetapi ianya cukup sekadar menyenaraikan aliran semua aktiviti-aktiviti yang terlibat bagi projek tersebut. h. WBS terhasil dari pemecahan kerja kepada elemen kerja yang lebih kecil, dengan ini memberikan banyak kemungkinan setiap aktiviti besar dan kecil akan diambil kira. i. WBS melibatkan proses mengenalpasti tugas utama yang perlu disiapkan dan seterusnya memecahkan tugas tersebut kepada set yang lebih rendah. j. Dalam perancangan sesebuah projek, pengurus projek mesti menstrukturkan kerja kepada elemen-elemen kecil untuk;- mudah diurus, tersendiri, padu dan boleh dinilai. 2.2.2 Aktiviti Projek Seseorang pengurus projek perlu tahu membuat perancangan kerja bagi sesebuah projek yang akan dilaksanakan. Pengurus projek memulakan projek tertentu dengan memenuhi objektif tertentu. Untuk melakukan itu, pengurus projek perlu mengambil beberapa tindakan. Tindakan ini adalah apa yang kita kenali sebagai aktiviti projek. Mereka memastikan penyiapan projek dan membawa kepada hasil yang diinginkan dan juga penyelesaian kepada masalah tertentu. Oleh itu, istilah “aktiviti projek” perlu difahami dengan lebih baik. Bagaimanakah kita menentukan aktiviti projek? Aktiviti projek ialah tindakan yang diambil untuk memenuhi objektif projek. Untuk mencapai satu objektif, anda harus menjalankan satu set aktiviti yang berkaitan. Aktiviti dalam projek juga dikenali sebagai tugas projek.
42 Sehubungan dengan ini, kita boleh memerhatikan setiap projek sebagai satu set tugasan yang perlu diselesaikan untuk mencapai hasil yang diinginkan. Setiap aktiviti (tugas) terdiri daripada subtugas yang lebih kecil, kesemuanya berkaitan secara logik. Penyiapan satu siri tugasan berkaitan membawa kepada peringkat seterusnya projek. Akhirnya, penyiapan semua tugasan dan subtugas dalam projek menghasilkan projek akhir yang boleh dihantar. Dalam erti kata lain — ia menandakan siapnya keseluruhan projek. Mengapakah aktiviti penting untuk sesuatu projek? Aktiviti projek adalah penting kerana ia membantu anda menyiapkan projek anda tepat pada masanya dan dengan hasil yang diingini. Apabila anda memecahkan projek kepada bahagian yang lebih kecil (aktiviti projek) ianya adalah lebih mudah untuk mengawal pembangunannya. Anda boleh menjejaki kemajuan dan mengenal pasti masalah yang berpotensi dalam mana-mana fasa projek. Adalah lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu isu sebaik sahaja ia timbul daripada kemudian apabila ia menjadi masalah yang lebih serius. Selain itu, membahagikan projek kepada tugas menunjukkan kepada anda tempat anda perlu mengubah suai pelan asal. Kadangkala, projek berkembang melebihi skop asalnya, menyebabkan kewangan tidak mencukupi. Akibatnya, ia menjadi mustahil untuk menyelesaikan projek dalam tarikh akhir yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, keadaan luar jangka lebih mudah untuk dielakkan apabila projek dibahagikan kepada aktiviti kecil yang dirancang dengan teliti. Perbezaan antara aktiviti dan pencapaian Aktiviti projek dan pencapaian projek adalah berkaitan, tetapi ia tidak mempunyai maksud yang sama. Pencapaian projek ialah titik masa yang
43 menandakan peristiwa penting dalam kitaran hayat projek. Ia menandakan kejayaan menyelesaikan beberapa tugas penting. Sebagai contoh, ia boleh menjadi penyiapan satu peringkat dalam kitaran hayat pengurusan projek, atau pengeluaran projek utama yang boleh dihantar. Pencapaian berguna untuk memantau kemajuan projek, mengenal pasti masalah, menjejaki belanjawan, dsb. Sebaliknya, “aktiviti projek ialah satu set tugasan dan subtugas yang perlu disiapkan untuk projek itu mencapai kejayaan”. Sebagai contoh, menganjurkan mesyuarat tertentu adalah peristiwa penting. Penganjuran mesyuarat itu memerlukan penyelesaian beberapa tugas, dan tugasan ini adalah aktiviti projek. Oleh itu, untuk mencapai pencapaian, anda perlu melakukan aktiviti tertentu (tugas dan subtugas). 2.2.3 Hubungan Aktiviti Projek Apakah senarai aktiviti projek? Salah satu langkah utama dalam perancangan projek ialah mentakrifkan semua aktiviti yang terdiri daripada projek. Anda boleh melakukannya dengan membuat senarai aktiviti. Senarai aktiviti ialah dokumen yang merangkumi semua aktiviti dalam projek. Ia harus mengandungi penerangan terperinci bagi setiap aktiviti. Dengan cara itu, setiap ahli pasukan projek harus tahu dengan tepat tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan setiap aktiviti. Senarai projek harus menawarkan semua maklumat yang berkaitan mengenai aktiviti projek. Maklumat ini termasuk urutan penyiapan projek, garis masa, tarikh mula dan tamat projek dan sumber lain yang diperlukan
44 Langkah-langkah Untuk Membuat Senarai Aktiviti Sebelum anda mula mengerjakan projek, anda harus memecahkan semua kerja kepada unit kecil aktiviti. Dengan cara ini, lebih mudah untuk mengawal kemajuan dan belanjawan. Berikut ialah cara anda harus membuat senarai aktiviti. 1. Buat rancangan projek Pertama sekali, anda perlu membuat rancangan projek. Dalam dokumen ini, anda harus menggariskan semua maklumat penting tentang projek itu. Titik permulaan dalam rancangan projek anda ialah dokumen yang dikenali sebagai garis dasar projek. Ia mengandungi skop projek anda, hasil, belanjawan projek, sumber, tarikh akhir, dan maklumat lain yang berkaitan. Garis dasar projek akan berfungsi untuk menyemak kemajuan projek anda. Oleh kerana ini adalah bagaimana anda membayangkan projek anda sepatutnya kelihatan, anda boleh mengukur pembangunan projek terhadap dokumen ini untuk melihat sama ada anda menuju ke arah yang betul. 2. Tentukan aktiviti projek Apabila anda selesai membuat rancangan projek, sudah tiba masanya untuk memecahkan kerja kepada unit yang lebih kecil. Mula-mula, anda harus membahagikan projek kepada beberapa aktiviti utama dan kemudian membahagikan setiap aktiviti ini kepada tugasan dan subtugas. Untuk tujuan tersebut, anda boleh menggunakan Work Breakdown Structure (WBS). Ini ialah dokumen yang dibuat dalam fasa
45 perancangan apabila penghantaran dipecahkan kepada aktiviti dan tugas yang lebih kecil. Membahagikan aktiviti besar kepada tugas yang lebih kecil akan menjadikannya boleh diukur. Dengan cara ini, pengurus projek boleh memantau dan mengawal kerja projek dengan mudah. 3. Tentukan kebergantungan setiap aktiviti Selepas membahagikan projek kepada aktiviti, anda harus menentukan hubungan antara mereka. Ketergantungan boleh menjadi dalaman dan luaran. Aktiviti dengan kebergantungan dalaman adalah berkaitan dengan aktiviti lain dalam projek. Sebaliknya, aktiviti dengan kebergantungan luar adalah berkaitan dengan faktor di luar projek. Jadual 2.1 di bawah menunjukkan jenis kebergantungan antara aktiviti 4. Aktiviti urutan Memandangkan anda telah membahagikan projek anda kepada aktiviti dan menentukan cara mereka bergantung antara satu sama lain, tiba masanya untuk memutuskan pesanan mereka.
46 Penyelesaian yang baik untuk perwakilan visual projek anda dan fasanya ialah perisian pengurusan projek. Sebagai contoh, dalam Plaky, anda boleh membuat senarai aktiviti dengan mudah dan secara grafik mewakili urutan aktiviti dalam projek anda. Anda boleh mendapatkan contoh senarai aktiviti dalam Plaky dalam langkah seterusnya. Untuk aktiviti yang tidak memerlukan penjujukan yang meluas, anda juga boleh menggunakan perisian senarai tugasan. 5. Buat senarai aktiviti Apabila anda selesai menentukan aktiviti dan menentukan tempohnya serta sumber yang diperlukan, inilah masanya untuk membuat senarai aktiviti. Mengetahui cara membuat senarai aktiviti ialah kemahiran yang akan terbukti berharga untuk setiap pengurus projek, dan ia boleh dipertingkatkan melalui latihan. Antara maklumat-maklumat yang perlu dinyatakan mengenai sesebuah projek adalah seperti: i. Nama projek ii. Nama pengurus projek iii. Tarikh mula iv. Tarikh tamat, dan v. Nama pemegang kepentingan/pelanggan. Ini adalah bahagian pertama senarai. Selepas maklumat pengenalan datang bahagian utama - penerangan setiap aktiviti. Bahagian kedua ini mengandungi maklumat berikut: i. Nombor aktiviti ii. Nama aktiviti iii. Penerangan aktiviti iv. Penerima tugasan aktiviti, dsb.
47 2.2.4 Melukis Rangkaian Projek Apakah Gambar rajah Rangkaian dalam Pengurusan Projek? Gambar rajah rangkaian ialah carta pengurusan projek yang diisi dengan kotak yang menyatakan tugas dan tanggungjawab, dan kemudian anak panah yang memetakan jadual dan urutan kerja mesti diselesaikan. Oleh itu, gambarajah rangkaian projek ialah satu cara untuk mengikuti secara visual kemajuan setiap fasa kitaran hayat projek sehingga selesai. Pengurus projek menggunakan rajah rangkaian untuk menjejak rangkaian jadual projek, membolehkan mereka melihat kemajuan setiap aktiviti. Kemudian mereka boleh berkongsi status dengan seluruh pasukan pengurusan projek. Ini amat membantu mereka yang lebih memahami maklumat yang disampaikan secara visual. Bagi ahli pasukan tersebut, gambar rajah rangkaian projek akan membantu dengan prestasi tugas mereka dan meningkatkan produktiviti projek. Satu lagi aspek rajah rangkaian ialah ia secara literal menggambarkan skop projek. Ini kerana gambarajah rangkaian projek mengumpulkan semua aktiviti, pencapaian dan hasil yang ditakrifkan pada struktur pecahan kerja projek. Kaedah Laluan Kritikal (CPM) dan Teknik Penilaian dan Semakan Program (PERT) adalah contoh yang baik tentang cara menggunakan gambar rajah rangkaian dalam pengurusan projek. Pengurus projek menggunakan kaedah ini untuk menganggarkan tempoh projek dan membuat jadual projek. Jenis Gambarajah Rangkaian Projek: ADM & PDM Gambar rajah rangkaian projek boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu kaedah rajah anak panah (ADM) dan kaedah rajah terdahulu (PDM). Perbezaan utama antara gambarajah rangkaian projek ADM dan PDM ialah cara ia mewakili tugasan dan pencapaian. Seperti yang dijangkakan, kaedah gambarajah anak panah menggunakan anak panah untuk mewakili aktiviti projek, dengan ekor anak panah sebagai
48 permulaannya dan titik penamat. Panjang anak panah ialah tempoh aktiviti. Anak panah menyambungkan nod atau kotak yang merupakan simbol tonggak permulaan dan penamat aktiviti mengikut urutan. Dalam kaedah rajah terdahulu, setiap nod atau kotak adalah aktiviti. Terdapat anak panah, tetapi dalam kes ini, ia mewakili kebergantungan tugas. Keduadua kaedah ini akan dijelaskan pada BAB 3. 2.3 ANGGARAN TEMPOH AKTIVITI Memandangkan anda telah menyenaraikan semua tugasan dan subtugas, sekarang adalah masa untuk menentukan tempoh tugasan tersebut dan membuat garis masa. Jika anda tidak pasti berapa lama setiap tugasan perlu dijalankan, anda boleh merujuk data daripada projek lalu. Mereka mungkin mengandungi aktiviti serupa yang boleh menjadi garis panduan untuk menentukan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan aktiviti masa depan anda. Kemudian, anda boleh menambah tugasan untuk setiap peringkat, masukkan tarikh mula dan tamat untuk setiap tugasan dan maklumat lain yang diperlukan. Selepas membuat garis masa aktiviti projek, anda boleh menentukan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti. Perlu diingat bahawa anda harus memasukkan kedua-dua sumber dalaman dan luaran.
49 Contoh aktiviti projek Contoh Gambarajah Rangkaian Projek Contoh Carta Gantt Projek
50 KESIMPULAN Setiap projek yang dilaksanakan, pengurus projek harus memecahkannya kepada unit yang lebih kecil untuk lebih memahami cara mengawalnya. Unit yang lebih kecil ini dikenali sebagai aktiviti projek, dan ia merujuk kepada pelbagai tugas dan subtugas dalam projek. Aktiviti projek saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain kerana mereka berkongsi matlamat yang sama — mencapai objektif projek yang sama. Aktiviti mempunyai garis masa - tarikh mula dan tamatnya. Selain itu, mereka memerlukan beberapa sumber untuk menyiapkannya. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan semua aktiviti dalam projek, pengurus projek mencipta senarai aktiviti. Ini adalah dokumen yang mengandungi semua aktiviti projek tertentu. Senarai aktiviti projek yang jelas menunjukkan bahawa anda mempunyai kawalan penuh ke atas projek anda dan objektif yang jelas. Ia juga membantu anda memantau perkembangan projek anda dan mengukur kejayaannya.
51 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan 1. Jelaskan definisi Work Breakdown Structure (WBS). 2. Senaraikan tujuan WBS perlu dibangunkan. 3. Nyatakan jenis gambarajah rangkaian projek? SKEMA JAWAPAN 1. Jelaskan definisi Work Breakdown Structure (WBS). Work Breakdown Structure (WBS) merupakan peta kerja sesuatu projek dimana kerja dalam sesuatu projek dipecahkan kepada elemen kerja yang terkecil mengikut proses / hiraki. 2. Senaraikan tujuan WBS perlu dibangunkan i. Untuk membahagikan atau memecahkan sesuatu projek kepada tugas, pakej kerja dan unit kerja mengikut hirakinya ii. Mengenalpasti semua aktiviti kerja atau tugas yang terlibat dalam satu-satu projek iii. Mengasingkan projek kepada kerja, sub-kerja, mengikut tugas-tugas atau alirannya iv. Membantu pengurus projek mengenalpastui semua elemen kerja yang terlibat v. Mengintegrasikan projek kepada organisasi semasa vi. Untuk kawalan asas kerja iaitu control the project/time consuming 3. Nyatakan jenis gambarajah rangkaian projek? i. Kaedah rajah anak panah (ADM) ii. Kaedah Rajah Terdahulu (PDM)
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 1. WTP 2022 CONCRETE WORK 2. WTP 1033 FORMWORK 3. WTP 1012 INTRODUCTION TO SITE PREPARATION 4. WTP 3032 PAINTING WORK
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC-030-3:2013 –C04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS REQUIREMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING 3. PERFORM CONCRETE POURING WORK 4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS 5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 19 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) TAJUK / TITLE: PEMERIKSAAN KERJA KONKRIT TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang pemeriksaan kerja konkrit yang dilaksanakan ditapak bina.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 20 PENERANGAN / INFORMATION : Pemeriksaan bangunan adalah satu perkara yang penting dalam pembinaan. Ia menentukan kualiti binaan tersebut dan juga tahap keselamatan penghuni bangunan. Biasanya pemeriksa akan merujuk dokumen yang ade untuk membuat pemeriksaan. 1. PIHAK BERKUASA Pihak-pihak yang terbabit di dalam proses pemeriksaan ini adalah: 1.1 Pihak Berkuasa Tempatan i. Bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan adalah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam Akta tersebut ii. Mengawasi dan memastikan projek binaan mematuhi undang-undang,akta dan peraturan yang telah ditetapkan 1.2 Jurutera i. Jurutera yang dilantik memeriksa bangunan- Jurutera bermaksud seorang yang didaftarkan sebagai Jurutera di bawah Akta, Jurutera-jurutera Profesional 1967, (Akta 138). ii. Seorang Jurutera Bertauliah yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sesuatu bangunan hendaklah: a. Menjalankan pemeriksaan dengan cara yang ditetapkan dibawah garis panduan ini; b. Apabila siap pemeriksaan, menyedia dan menandatangani laporan hasil pemeriksaan; dan c. Menyerahkan satu salinan laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam notis. iii. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas pemeriksaan yang dijalankan. Beliau hendaklah; dengan kesungguhan yang munasabah mengambil minat secara aktif dan peribadi di dalam pemeriksaan bangunan itu.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 20 iv. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik bangunan atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan bangunan hendaklah berhak sepanjang masa yang munasabah kepada laluan bebas dan sepenuhnya ke bangunan tersebut dan diperuntukkan di bawah Seksyen 85 (A) Akta 133 tersebut. 1.3 Arkitek yang berdaftar Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera, adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan mencapai kejayaan. Diantara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek didalam proses pembangunan sesuatu projek untuk pemeriksaan bangunan adalah seperti berikut: i. Memastikan ketepatan kerja pemancangan. Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak Arkitek perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang dikehendaki. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaksudkan ialah bangunan yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan didalam lukisan atau pelan yang diberikan. ii. Bahan dan mutu kerja. Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah mengikut apa yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu, jika pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja yang telah dilakukan. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas kerja yang telah dilakukan oleh
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 20 pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz besi tersebut. Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. 2.0 KRITERIA PEMERIKSAAN KERJA KONKRIT Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan. Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya, cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. 2.1 Saiz dan Dimensi Konrit pada struktur mestilah mengikut saiz dan dimensi pada lukisan struktur. Penyelia tapak mesti memastikan kotak bentuk yang dibina untuk struktur adalah pada saiz yang betul bagi mengelakkan kecacatan seperti honey comb. Semua acuan konkrit hendaklah diperiksa oleh P.P selepas penyediaannya sejurus sebelum konkrit dituang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 20 sehingga kelulusan acuan konkrit tersebut telah diperolehi daripada P.P, tetapi sebarang kelulusan yang diberi tidak akan melepaskan kontraktor daripada tanggungjawabnya. 2.2 Penjajaran dan Kepugakkan Jajaran setiap struktur merujuk kepada binaannya yang berada dalam keadaan sekata. seimbang, lurus dan tidak berpiuh. Struktur seperti tiang yang menepati Jajaran juga menepati keselarian dari segi pugak dan kelurusan. Pugak dan kelurusan yang tidak tepat akan mempengaruhi dan menjejaskan ketepatan jajaran. Kriteria ini dianggap gagal jika tidak dapat memenuhi keperluannya. Ketepatan pugak diuji dengan menggunakan alat aras spirit dengan menempat rapat pada kedua hujung sisi tembok (sisi permukaan dan lapik bibir bukaan/ reveal) dan tiang. Pengujian boleh dilakukan juga di sepanjang permukaan pada jarak difikirkan sesuai. 2.3 Kekuatan Konkrit yang keras pula diuji melalui keputusan ujian kiub. Iaitu memberikan bebanan sekata yg tumpat bagi menekan konkrit itu sehingga pecah untuk mendapatkan ralat bacaan yg diperlukan. Konkrit dimasukkan kedalam mould cube sebanyak 3 lapisan dan setiap lapisan akan ditumbuk-adun sebanyak 30 kali dengan menggunakan pemberat. Selepas 1 hari apabila mengeras, kiub ini akan direndam kedalam air sehingga menutupi keseluruhan kiub. Hari Ujian ini berbeza bergantung pada struktur dan masa rendaman kiub dalam air. ujian ini dibuat pada ke 7 hari, 14 hari, dan 28 hari Rajah 1 : Ujian Mampatan Kiub
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 20 2.4 Ketahanan Kawalan kualiti konkrit diperlukan bagi menjamin kualiti dan ketahanlasakan sesebuah struktur. Jika tidak dikawal, ia akan menimbulkan masalah seperti keretakkan permukaan, serpihan dan sebagainya. Kaedah perletakkan dan pemadatan konkrit adalah perkara utama yang perlu diambil berat bagi memastikan kualiti konkrit berada ditahap yang baik. 2.5 Kebersihan Konkrit yang berkualiti baik mempunyai permukaan yang licin, padat dan tidak berongga apabila acuan dibuka. Konkrit yang berkualiti rendah pula mempunyai permukaan yang berongga, mudah retak dan senang telap air. Pembentukkan habuk putih pada permukaan konkrit setelah kering sepenuhnya disebabkan kerja akhir konkrit yang dilakukan sebelum air penjujuh pada permukaan konkrit sejat sepenuhnya. Untuk mengatasinya, perlu pastikan air tersejat sepenuhnya sebelum memulakan kerja akhir konkrit. 2.6 Variasi Warna Konkrit Variasi warna disebabkan oleh pengawetan yang tidak sekata dan keadaan pengawetan yang berbeza-beza. Ia juga boleh disebabkan jenama simen dan jenis simen yang berlainan pada permukaan konkrit yang bertindak sebagai pengering. Untuk mengatasi masalah ini, pastikan penggunaan bancuhan konkrit yang sama semasa perletakkan, pemadatan dan kemasan konkrit serta memastkan kelembapan konkrit adalah sekata. 2.7 Kebolehkerjaan Konkrit Konkrit yang baik dan tinggi kebolehkerjaan seharus bersifat lekit dan tidak mudah terasing kedudukan batu baurnya. Bagi konkrit, ada dua bentuk pengasingan yang boleh terjadi : ● Campuran konkrit terlalu banyak mengandungi batu dan terjadi semasa konkrit dituang dan dipadatkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 20 ● Turapan simen terpisah daripada bancuhan konkrit. Pengasingan ini biasanya berlaku untuk bancuhan konkrit basah. Kebolehkerjaan konkrit dijalankan melalui ujian slump test dan diambil daripada lori sebelum penuangan konkrit dijalankan bagi memastikan result konkrit tersebut mencapai campuran sebati bersama semua bahan seperti air, chemical, dan aggregate. 2.7.1 Ujian Keruntuhan (Slump test) Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan/taraf kerja untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan perubahan pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Rajah 2 : Peralatan Ujian Penurunan a. Prosedur ujian penurunan ● Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas alas yang keras dan rata serta kedap. ● Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan. ● Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli bergarispusat 5/8”. ● Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel).
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 20 ● Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh. ● Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris. ● Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara ½” hingga 4½”. ● Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu kekurangan sifat lekit atau terlalu basah. Konkrit begini tidak boleh digunakan dalam pembinaan. b. Keputusan Ujian Melalui pemerhatian, kita dapat mendapat keputusan ujian penurunan ini. Terdapat tiga jenis runtuhan iaitu : i. Runtuhan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit. ii. Runtuhan RIcih (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Ini berlaku bila campuran konkrit kekurangan air dan menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan. iii. Runtuhan Roboh (Collapse Slump) – campuran konkrit yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) penurunan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 20 Rajah 3 : Runtuhan benar, ricih dan roboh 2.8 Permukaan Kecacatan konkrit pada permukaan biasanya dapat dikesan seawal usia satu hari. Antara kecacatan permukaan yang jelas seperti keretakan mikro dan kesan titisan hujan. Keretakan mikro disebabkan oleh pengecutan konkrit yang berterusan dalam keadaan kering (dibawah cuaca panas dan kering). Untuk mengatasi masalah ini, proses pengawetan perlu dilakukan dengan betul. Pembaikan tidak perlu dilakukan kerana keretakkan halus permukaan tidak memberi kesan pada kekuatan konkrit. Sekiranya permukaan nampak terlalu teruk, salutan permukaan perlu dikenakan. Kesan lekuk diserata permukaan konkrit disebabkan kesan titisan hujan. Ia disebabkan oleh perubahan cuaca tidak menentu semasa kerja konkrit dilakukan. Langkah mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan penghadang semasa hujan turun contohnya meletakkan plastik pada konkrit basah. Rajah 4 : Keretakan Mikro 2.9 Kebolehtelapan Kebolehtelapan merupakan keupayaan konkrit menyerap air dan kelembapan. Kebolehtelapan yang rendah membantu proses pengawalan karat keatas besi tetulang. Oleh itu, konkrit perlu dimampatkan dengan sempurna dan proses pengawetan yang baik perlu menghasilkan konkrit tersebut. Kebolehtelapan juga boleh dikurangkan dengan mengurangkan kandungan air atau meninggikan kandungan simen. 3. JENIS BORANG PEMERIKSAAN Inspection form juga dikenali dengan pelbagai nama seperti:- i. Request for work inspection form ii. Request for inspection iii. Inspection request form
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 20 Namun hakikatnya tetap sama iaitu satu borang permintaan untuk pihak konsultan melakukan pemeriksaan ke atas kerja yang akan dijalankan. Setiap agensi atau syarikat mempunyai format masing-masing. Dalam sektor pembinaan terdapat 2 borang yang memang digunakan sepanjang pembinaan iaitu RIN dan RFI. 3.1 Request for Inspection (RIN) Setelah projek siap atau setiap bahagian siap dibina, borang ini akan dikeluarkan untuk memohon pihak berkuasa atau konsultan datang untuk membuat pemeriksaan. Ade sesetengah syarikat mempunyai format checklist pemeriksaan yang berbeza. Walau bagaimana format borang semak pemerikaan ia kembali kepada kriteria yang wajib dinilai. Ianya bergantung pada pengurusan kualiti syarikat masing-masing. 3.2 Request for Information (RFI) Borang ini adalah borang untuk pihak kontraktor memohon mengemukakan soalan mengenai site yang dirujuk dari pelan bangunan. Pihak kontraktor akan mengemukakan soalan dan pihak konsultan akan menjawab secara bertulis di dalam borang RFI tersebut.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 1 1 Drp / Of 20
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 20 4. FORMAT BORANG PEMERIKSAAN YANG DIGUNAKAN Berikut adalah contoh format pemeriksaan yang biasanya digunakan. Rajah 5 : Borang Pemeriksaan Peringkat Penerimaan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 20