The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: AININ SABRINA BINTI MOHAMMAD AZRA'I
NO MATRIK: CB190042
LAPORAN LATIHAN MENGAJAR LM1-LM2 SESI MAC-JULAI2023 (PART 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainin Sabrina, 2023-07-29 11:33:10

E-PORTFOLIO AININ SABRINA BINTI MOHAMMAD AZRAI 1-320

NAMA: AININ SABRINA BINTI MOHAMMAD AZRA'I
NO MATRIK: CB190042
LAPORAN LATIHAN MENGAJAR LM1-LM2 SESI MAC-JULAI2023 (PART 1)

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 20 Rajah 6 : Borang Pemeriksaan Proses Pembinaan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 20 Rajah 7 : Borang Pemeriksaan Konkrit Produk Siap


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 20 Rajah 8 : Borang Permohonan Pemeriksaan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 20 5.0 KAEDAH MENGISI BORANG PEMERIKSAAN 5.1 Bahagian 1 Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat berikut:- 1. Tarikh dan masa sesuatu kerja itu sedia untuk diperiksa oleh pihak konsultan. 2. Tarikh dan masa sesuatu kerja itu akan dibuat setelah diperiksa oleh pihak konsultan. 3. Lokasi kerja yang akan dibuat. 4. Perkara lain yang terlibat dengan kerja tersebut. 5. Deskripsi kerja yang akan dijalankan, contohnya kerja mengikat batu bata. (Setting out and brick laying) 6. Pengesahan permintaan untuk inspection dari pihak kontraktor dan sub-con mereka. 7. Pengesahan penerimaan borang inspection oleh pihak konsultan. (di sahkan sama ada oleh clerk of work atau resident architect) Rajah : Contoh bahagian 1 dalam borang RFI (swasta)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 20 5.2 Bahagian ke 2 Bahagian ini mengandungi perkara berikut:- 1. Respons dari pihak konsultan yang menjalankan pemeriksaan. Respons ini diterjemahkan dalam komen dimana sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan maka perkara tersebut disenaraikan dalam ruangan komen tersebut. 2. Status pemeriksaan - di beri nilaian dalam bentuk A,B,C dan D A- kerja yg dibuat itu diterima dan kerja berikutnya boleh dijalankan B- terdapat pembetulan yang perlu dibuat kepada kerja tersebut, namun begitu tidak memerlukan pemeriksaan semula oleh konsultan C- terdapat pembetulan yang perlu dibuat ke atas kerja tersebut dan pembetulan ini perlu diperiksa semula oleh konsultan D- kerja tersebut tidak diterima dan pemeriksaan semula perlu dibuat melalui inspection form yang baru 3. Perakuan pemeriksaan - dibuat oleh konsultan yg melaksanakan pemeriksaan tersebut. Biasanya dibuat oleh clerk of work. 4. Kelulusan ke atas pemeriksaan yg dibuat - biasanya diperakukan oleh residen akitek. Rajah : Contoh bahagian 2 dalam borang RFI (swasta)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 20 5.3 Bahagian ke 3 Bahagian ini adalah bahagian perakuan ke atas pemeriksaan semula bagi kerja-kerja yang mendapat status C dalam pemeriksaan di atas. Bahagian ini mengandungi maklumat berikut: 1. Tarikh dan waktu kerja-kerja pembetulan lanjutan dilaksanakan 2. Status pemeriksaan ke atas kerja--kerja pembetulan lanjutan tersebut samada diterima atau tidak. Sekiranya kerja-kerja pembetulan lanjutan itu masih tidak dapat diterima maka inspection form ini akan ditutup dengan status C dan inspection form yang baru mesti dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjutan. Perakuan oleh konsultan yang menjalankan pemeriksaan tersebut. Rajah : Contoh bahagian 3 dalam borang RFI (swasta) 6.0 KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA Badan kawal selia adalah bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan seperti Kawalan Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan. Di Malaysia, The Construction Industry Development Board of Malaysia (CIDB), merupakan badan kawal selia dalam industry pembinaan. Dibawah akta 520, CIDB diberi kepercayaan mengawalselia pematuhan standard bagi mutu kerja dan bahan, mempromosi dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan. Bagi mencapai fungsi-fungsi yang dinyatakan, satu rujukan diperlukan sebagai panduan. CIDB telah membangunkan Construction Industry Standard (CIS) yang menyentuh aspek khusus seperti Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti Dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti, Construction Industry Standard (CIS) yang mengandungi beberapa parti khususnya stakeholder dan pakar industry telah menghasilkan CIS yang diantara adalah: CIS 7:2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC) CIS 10:2008 Safety And Health Assessment System In Construction (SHASSIC)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(5/5) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 20 6.1 Keselamatan dan Kesihatan Personal Keselamatan Personal memerlukan pekerja dan orang awam menggunakan perkakas keselamatan yang ditetapkan. Diantara perkakas keselamatan yang diperlukan adalah pelindungan kepala, mata, tangan, hidung dan kaki. 6.2 Keselamatan operasi Keselamatan bagi pekerja paip semasa operasi adalah berbeza. Ia melibatkan mengangkat, mengimpal, bahan kimia dan asbestos. Premis terbaik bagi sebarang operasi keselamatan adalah mengetahui bagaimana mengguna dan bekerja dengan mesin. SOALAN / QUESTIONS: 1. Berikan tiga kriteria yang diperlukan untuk pemeriksaan kerja konkrit. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Terangkan bagaimana membaikpulih kecacatan permukaan. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti Malaysia Perlis 2. Placing and Compacting Concrete www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-Concrete


KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 16 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) TAJUK / TITLE: PENYEDIAAN KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE:


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 16 Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh menyediakan bahan dan peralatan KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. PENERANGAN 1.0 PENDAHULUAN Kotak bentuk terdiri daripada beberapa anggota atau komponen mengikut bentuk struktur yang akan dibina. Bagi membentuknya setiap anggota hendaklah difabrikasi dan dipasang dengan lengkap mengikut bentuk struktur yang akan dibina. 2.0 JENIS-JENIS BAHAN KOTAK BENTUK 2.1 Bahan- bahan kotak bentuk i) Papan /Kayu padu Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan.Oleh itu pemilihannya perlu dibuat mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan. ii) Papan Lapis Papan lapis digunakan dengan meluas bagi pembinaan kotak bentuk kerana kekuatannya, ringan dan boleh diperolehi dalam saiz 1.2m lebar x panjang 2.4m,2.7m dan 3.0m. Permukaannya yang licin memberikan penyudahan yang baik kepada permukaan konkrit. iii) Logam/Keluli Merupakan kotak bentuk yang tahan dan terbaik. Pemasangannya diperkuatkan dengan penggunaan skru serta bol dan nat. Kotak bentuk yang terdiri dari beberapa unit ini mempunyai daya tahan tegasan yang tinggi dan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 16 mampu digunakan berulang kali . Kegunaan logam dalam pembinaan kotak bentuk adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia lebih tahan lasak. Unit-unit kepingan logamnya sering digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat. Kotak bentuk keluli mengandungi komponen sudut,tiub,gelegar dan plat rata. Banyak digunakan sebagai tupang (shore),rembat (brace), runner, lantai (slab),pampan (shutter) dan sebagainya. Kotak bentuk keluli juga sering digunakan kombinasi dengan kayu. Ia cukup kuat dan boleh diguna berulangkali tanpa banyak kerosakan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 16 Rajah 1: Gambarajah panel logam / keluli iv) Aluminium ●Panel kotak bentuk aluminium diperbuat daripada aloi aluminium berkekuatan tinggi dengan permukaan sentuhnya dibuat dari plat setebal 4mm yang dikimpal kepada kotak bentuk bagi menghasilkan komponen yang lasak. ●Panel-panel ini dipasang dalam posisinya dengan bantuan sistem susunan pin dan baji yang dilalukan melalui lubang pada bahagian luar rusuk/ rib setiap panel. Panel dipasang dengan tepat ,dikemaskan dan tidak memerlukan rembat ●Bagi kotak bentuk yang tinggi, ia boleh disokong oleh tembok dengan menggunakan pengikat tembok berkekuatan tinggi sementara kotak bentuk dek/lantai boleh disokong oleh rasuk dan tiang-tiang atau props ●Sistem kotak bentuk aluminium adalah fabrikasi aluminium menggunakan sistem kejuruteraan tepat . Menggunakan sistem ini, semua struktur bangunan seperti tembok galas beban,kolum,rasuk,slab lantai,tangga dan sebagainya akan dapat dibina secara cast in situ Rajah 2: Kotak bentuk aluminium panel sisi


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 16 v) Kaca gentian dan plastik gentian Kaca gentian dan plastik digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk khusus dan tersendiri. PVC, neoprene dan polyester yang diperkuatkan dengan kaca gentian adalah diantara kotak bentuk plastic yang sering digunakan. Ia boleh dibina mengikut bentuk yang diperlukan, tidak berkarat dan mudah dibersihkan. Glass reinforced plastic (GRP) dan Vacuum formed Plastic sering digunakan apabila bentuk konkrit yang rumit diperlukan. Boleh diguna berulangkali. 2.2 Bahan Keperluan kotak bentuk ● Paku Dawai dan Paku Konkrit Paku banyak digunakan dalam kerja – kerja kayu dan acuan. Kuantiti paku yang perlu dilakukan untuk kayu penyokong atau tupang adalah seperti berikut:- ● 0.41 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong yang digunakan untuk kali pertama (initial use). ● 0.18 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong. Rajah 3: Paku


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 16 ● Mould Oil Acuan Oil ialah agen pembebasan acuan ,digunakan untuk memastikan acuan boleh dikeluarkan selepas konkrit mengeras. Ia memudahkan dan tidak merosakkan acuan. Minyak acuan menjadikan kemasan konkrit , bebas daripada kotoran, dan membantu melindungi acuan. Rajah 4: Mould oil ● Stut (Kuk) Rajah 5: Stut 2.3 Istilah-istilah yang sering digunakan dalam kotak bentuk


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 16 i. Lapik Papan /Pampan Sisi– (sheathing) terdiri daripada panel berangka atau papan yang bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan ialah memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin pada konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan yang lengkung. ii. Papan Alas Tapak – Kayu alas pampan dan kaki belebas untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. iii. Belebas – merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. iv. Susur dinding – Kayu lintang yang menyokong sepanjang barisan belebas bagi untuk memastikan kelurusan kotak bentuk serta mengukuhkan kedudukannya. v. Topang – Kau penjarak bagi menentukan jarak dalaman di antara kedua-dua pampan kotak bentuk vi. Rembat – Menyokong pugak pampan sisi bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan kotak serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan. vii. Pancang – untuk menahan rembat bagi mengekalkan posisinya. viii. Dawai – untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya tidak kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan. ix. Noggin- Kayu sokongan antara susur dinding yang memegang kaki rembat dan belebas


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 16 Rajah 6: Istilah yang digunakan dalam kotak bentuk 3.0 PERALATAN KOTAK BENTUK Berikut merupakan senarai peralatan kotak bentuk: Jadual 1: Peralatan kotak bentuk Plambab Hos Spanar Peranca dan tangga


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 16 Gergaji tangan Tukul Kuku Kambing Pita pengukur Rod Pengikat Gergaji piring mudahalih Pistol paku Pahat Tali Timbang air Pemampat udara Pinch bar Crow bar 4.0 PERSEDIAAN MEMBINA KOTAK BENTUK ● Kotak bentuk terdiri daripada beberapa unit kepingan dinding dipanggil Lapik Papan atau Pampan Acuan (sheathing). Kenalpasti Bilangan Pampan Acuan kerana ianya bergantung kepada struktur konkrit yang mahu dibina Contohnya kotak bentuk bagi tiang persegi terdiri daripada empat unit Pampan Sisi. Kaedah pembinaannya didahului dengan fabrikasi pampan-pampan sisi mengikut ukuran yang ditetap. ● Persediaan dilakukan dengan menyediakan bahan-bahan diikuti melakukan langkah-langkah mengukur, menanda, memotong dan memfabrikasi


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 16 komponen-komponnen pampan sisi terdiri daripada Susur Dinding ( Waler), Sesendal ( Nogging) dan Lapik Papan/Pampan Sisi (Form Lining) Rajah 7: Komponen-komponen pampan 4.1 Mengukur ,menanda dan memotong ● Tentukan ukuran komponen dan Jarak .Pampan-pampan bagi setiap sisi mengandungi komponen-komponen seperti Lapik Papan/“form lining”,Susur dinding/“waler” dan sesendal/“nogging”. Tentu dan tanda ukuran komponen-komponen tersebut. Jarak antara Susur Dinding dan Sesendal bergantung kepada saiz pampan,tetapi lazimnya antara 300-600mm. ● Saizkan komponen dengan membelah papan lapis untuk form lining dan mengerat panjang susur dinding/waler dan sesendal/noggin. Kerat panjang kayu untuk susur dinding dan sesendal pada ukuran yang ditetapkan 4.2 Memfabrikasi


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 16 ● Kerja-kerja bermula dengan memakukan antara komponen kotak bentuk iaitu antara susur dinding dan sesendal. ● Pakukan papan plywood yang telah disaizkan pada kerangka pampan. a) Menfabrikasi kotak bentuk Kolum ● Sediakan bahan-bahan yang terlibat seperti kayu bersaiz 25 x 50mm bagi binaan kerangka , plywood 12mm untuk form lining serta kayu-kayu perembat dan tupang. ● Bina dan febrikasi pampan-pampan tepi kotak bentuk mengikut saiz dan rekabentuk struktur. ● Saiz pampan sisi kotak bentuk tiang adalah; i. 200mm x 1500mm =2 unit ii. 300mm x 1500mm = 2 unit ● Susun dan pasang ketiga – tiga pampan sisi tiang kecuali sisi keempat yang akan dipasang sepenuhnya ditapak. ● Pada setiap pampan, dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10 atau R6 dibiarkan terjulur untuk kerja- kerja mengikat bata nanti.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 12 Drpd/of : 16 Rajah 8: Menfabrikasi komponen kotak bentuk 5.0 PEMASANGAN KOTAK BENTUK a) Semua aktiviti kotak bentuk akan dilakukan mengikut spesifikasi b) Setelah meneliti lukisan stuktural,Jurutera projek akan merancang ukuran, bilangan dan jenis kotak bentuk yang akan digunakan dengan konsultasi Jurutera Struktur, jika diperlukan. c) Perekabentuk Luaran boleh diguna bagi sistem spesifik d) Ketersediaan dan keupayaan kotak bentuk akan diperiksa dengan pengurus perolehan dan keputusan akan diambil bagi membeli, menyewa atau mengguna semula bahan-bahan kotak bentuk. e) Semasa Febrikasi kotak bentuk , semua dimensi akan diperiksa bagi mengelak dari mengambil tindakan pembetulan semasa mendirikan kotak bentuk ( pembetulan dan perlarasan perlu dilakukan semasa febrikasi)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 13 Drpd/of : 16 f) Pastikan tiang/prop, tupang/shore, waling, bearer, pengapit dan rod pengikat/ tie rod mempunyai saiiz yang betul dan pada ruang atau jarak yang betul. Perekabentuk kotak bentuk hendaklah memeriksa sistem kotakbentuk dan sokongan sementara dengan mengambil kira beban yang dikenakan dan parameter rekabentuk seperti dalam spesifikasi g) Periksa kotakbentuk supaya dirembat dengan kukuh dan diatas asas yang teguh h) Pemeriksaan kualiti perlu dilakukan ke atas semua anggota melibatkan shutter lining, pengemasan bol dan baji, item-item yang dibina dan lain-lain i) Lubang-lubang untuk Rod Pengikat yang akan dibuat pada kotak bentuk hendaklah kemas supaya ia boleh ditampal kemudiannya. j) Perhatian khusus perlu diberikan kepada ketegaran (rigidity) k) Pastikan laluan secukupnya dan pelantar kerja disediakan bagi kerja-kerja konkrit, Papan pacak (toe boards) dan susur pelindung (guardrails) disediakan l) Tiang (Prop) tidak harus digunakan jika ianya bengkok, berkarat atau bengkok pada kepala atau plat tapak, kerosakan pin dan sebagainya m) Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil secukupnya semasa menanggal kotak bentuk. n) Bersihkan permukaan kotak bentuk sebaik sahaja ia ditanggalkan o) Kaedah simpanan yang baik adalah penting bagi memastikan kotak bentuk boleh diguna semula p) Keselamatan semasa operasi kotak bentuk perlu diutamakan q) Berat bagi unit-unit besar prafebrikasi kotak bentuk hendaklah ditanda supaya kapasiti mengangkat kren berada pada jejari kerja tidak melebihi poin mengangkat yang biasa disediakan r) Tiang Keluli (Steel Prob) hendaklah didirikan dalam keadaan pugak dan diuji menggunakan timbang air 5.1 Komponen Kotak Bentuk a) Pelantar Pelantar adalah ruang yang disediakan bagi tujuan : ● memudahkan pekerja berdiri dalam proses melakukan kerja pada ketinggian melebihi 2m ● melakukan kerja menempatkan konkrit. Pelantar boleh terdiri daripada peranca bergerak, pelantar yang dibina khusus dan Pelantar Menaik (elevating platform ) seperti peranca kerangka


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 14 Drpd/of : 16 Rajah 9 menunjukkan pekerja mendirikan kotak bentuk dari pelantar antara yang ketinggiannya kurang dari 2m dan pelantar atas yang ketinggiannya melebihi 2 m antara pelantar ke pelantar Rajah 9: Pelantar digunakan untuk kerja-kerja kotak bentuk b) Anggota Kotak Bentuk ● Kotak bentuk mengandungi anggota-anggota gabungan yang apabila dipasang akan membentuk acuan bagi membolehkannya menerima konkrit. Jenis anggota bergantung kepada kotak bentuk struktur seperti kotak bentuk tiang, lantai atau rasuk.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 15 Drpd/of : 16 Pampan ( Sheathing) ● Bagi semua jenis kotak bentuk, anggota utamanya adalah pampan samada pampan tepi atau pampan bawah untuk rasuk atas . ● Pampan-pampan tepi boleh difebrikasi samada dengan kayu padu ,plywood atau tersedia dari keluli. Bagi pampan yang menggunakan plywood tebal 12mm, ia perlu difebrikasi dengan membuat kerangka disekelilingnya Rajah 10: Pampan tepi c) Topang/ Penyangga dan Tiang penyangga’(prop) Tupang dan Tiang Penyangga adalah aksesori sokongan sementara yang yang mempunyai fungsi yang sama iaitu bagi memastikan ketegaran dalam pemasangan kotak bentuk. Ketegaran bermaksud kotak bentuk berada dalam posisi tetap, tiada pergerakan disebabkan tiupan angin atau apabila konkrit dituang dan digetarkan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 16 Drpd/of : 16 Rajah 11: Penyangga Tiang penyangga (Prop) berada pada posisi menongkat papak bawah seperti papak rasuk atau lantai . Tujuannya menyangga pampan bawah kotak bentuk yang memerlukan penyanggaan dari bawah.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 17 Drpd/of : 16 d) Pengikat Kotak Bentuk Pengikat kotak bentuk yang dimaksudkan adalah bol/bar pengikat yang merupakan kombinasi antara rod dan nat pengetat. Ia dipasang merentangi antara dua permukaan kotak yang bertentangan (bagi tembok) dan antara dua kayu pengikat kotak atau dipanggil Kuk/Yoke (bagi kolum). Pengikat ini bertujuan mengikat kombinasi anggota kotak bentuk supaya mampu menahan tekanan dari konkrit yang dituang. Rajah 14: Pengikat kotak bentuk


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 18 Drpd/of : 16 Rujukan 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3 5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est. www.planningengineer.net/formwork-method-statement/ 6. Form ties www.concrete.org.uk/fingertips-nuggets.asp?cmd=display&id=4 7. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor theconstructor.org › Concrete 8. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircase-formwo rk/


N O . K O D / C O D E N U M. B C - 0 3 0 - 3 : 2 0 1 3 - C 0 2 / P ( 2 / 6 ) M u k a / P a g e : 1 9 D r p d / o f : 16


KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C01 LAND / SITE PREPARATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT 2. PREPARE LAND / SITE PREPARATION TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS 3. CARRY OUT PEGGING AND SETTING OUT WORK 4. CARRY OUT HOARDING INSTALLATION 5. PERFORM SITE CLEARING WORK 6. COORDINATE LAND / SITE PREPARATION INSPECTION 7. PERFORM FOUNDATION ACTIVITIES NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page: 1 Drp / Of 28 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C01/P (1/7) TAJUK: PERSEDIAAN TAPAK / TANAH. TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti, memilih dan menyedia PERSEDIAAN TAPAK / TANAH menepati spesifikasi yang ditetapkan.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 31 TAJUK / TITLE: IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT TUJUAN / PURPOSE: PENERANGAN / INFORMATION: Persediaan Tapak bina adalah salah satu skop kerja awal yang perlu dilakukan sebagai permulaan bagi kerja-kerja pembinaan. Terdapat beberapa peringkat persediaan dan ia seharusnya bermula dengan mengenalpasti sempadan tapak, disusuli dengan pemilihan tapak yang akan dibincangkan dalam kompetensi ini. Beberapa aktiviti lain yang merupakan prosedur standard dalam peryediaan tapak seperti lawatan tapak, local Condition, pengurusan tapak, penstoran bahan, Pemaran dan Papan Sendeng (fencing and Hoarding), penggalian, pengemasan tapak, pengukuran tapak dan Rancang Tanda tapak akan dibincangkan dalam kompetensi seterusnya. Perlu diingat prosedur-prosedur ini perlu disempurnakan sebaiknya sebelum proses pembinaan bermula. . 1. KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek. Dalam perlaksanaan projek-projek di bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak. Kesan daripada kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya. Dokumen kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen kontrak mengandungi borang-borang, tender, lukisan-lukisan dan dokumen yang sama seperti Dokumen Meja Tender.Walaubagaimanapun kesediaan Dokumen Kontrak untuk ditandatangani bergantung pada bila kontraktor mengembalikan Surat Setuju Terima Tender, mengemukakan Bon Pelaksanaan dan polisi- polisi insurans yang tertentu.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 31 Tindakan menyediakan dokumen di atas lazimnya dimulakan dari awal lagi bagi memastikan dokumen kontrak sedia untuk ditandatangani secepat mungkin setelah Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan. Dokumen kontrak ini akan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil kerajaan oleh Menteri Kerja Raya berdasarkan Akta Kontrak Kerajaan. Pegawai yang diberi kuasa akan menandatangani Dokumen Kontrak mewakili kerajaan dan begitu juga sebaliknya kepada wakil Kontraktor. 2.0 KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK. Dokumen kontrak mengandungi dokumen -dokumen yang disebut sebagai: o Lukisan o Spesifikasi o Senarai Kuantiti (Bill of Quantities) o Kos o Tempoh/Jangkamasa/Duration i) Lukisan teknikal serta pelan ● Lukisan -lukisan yang dimaksudkan menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. ● Lukisan Kerja mengandungi pelan, pelan tegak (pelantegak hadapan, pelan tegak sisi dan pelan tegak belakang) dan pandangan keratan (lengkap dengan dimensi, perincian dan nota) bagi memboleh item pembinaan digambarkan tanpa maklumat tambahan. ● Jenis –jenis pelan yang diperlukan adalah: a) Lukisan bangunan Pelan Struktur Pelan arkitek Perpaipan dalaman b) Lukisan Mekanikal dan Elektrikal


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 31 ii) Spesifikasi-spesifikasi ▪ Spesifikasi adalah set yang jelas tentang keperluan bagi sesuatu item, bahan, komponen sistem atau perkhidmatan. Ia berguna untuk memformalkan aspek-aspek teknikal berkaitan perjanjian perolehan atau kontrak. ▪ Spesifikasi boleh dirujuk sebagai standard teknikal. Standard teknikal adalah norma atau keperluan yang telah ditetapkan berkaitan sistem teknikal. Ia biasa satu dokumen formal yang menetapkan kriteria, kaedah, proses dan amalan teknikal atau kejuruteraan ● Bagi urusan kontrak, spesifikasi menentukan keperluan kerja yang tidak dijelaskan di dalam lukisan dan juga keperluan-keperluan lain Kontrak yang tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen lain. ● Spesifikasi Tambahan disediakan untuk kerja-kerja tertentu (Jika Kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi digunakan) iii) Senarai Kuantiti/ Bills of Quantities ● Senarai Kuantiti adalah dokumen yang terkandung dalam Dokumen Tender, yang mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan sesebuah projek. Senarai kuantiti membolehkan kontraktor menghargakan setiap butiran kerja yang terlibat untuk mendapatkan jumlah harga tawaran. ● Senarai Kuantiti mestilah disediakan oleh seorang yang terlatih dan berkelayakan. Ini adalah sangat penting kerana sebarang kesamaran, percanggahan atau kesilapan dalam Senarai Kuantiti akan membawa kepada permasalahan pentadbiran kontrak dan boleh menimbulkan pertikaian antara kontraktor dan Kerajaan. iv) Jadual Kadar Harga Petender perlu menyedia dan melengkapkan satu jadual kadar harga terkini yang menjadi sebahagian daripada dokumen tender dan dokumen meja tender. Jadual kadar harga ini diperlukan untuk tujuan penilaian kerja perubahan (bagi kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi, v) Tempoh (Duration)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 31 Tempoh adalah jangka masa siap projek mengikut perancangan. Ia zahir dengan dengan membangunkan jadual kerja. Jadual Kerja adalah penjadualan yang menganggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti projek 3.0 DOKUMEN PERSEDIAAN TAPAK Jenis pemilikan tanah adalah seperti berikut: 1. Jenis-jenis Geran 2. Status tanah 3. Kaveat. 3.1 Jenis-jenis Geran Terdapat dua jenis Geran Tanah atau Hak Milik Tanah iaitu Hak Milik Tetap (HT) dan Hak Milik Sementara (HS) HAK MILIK TETAP HAK MILIK SEMENTARA (HS) i. Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar ii. Hak Milik Tetap Pejabat Tanah Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar - Geran Negeri iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya - Geran Pajakan Negeri iaitu Tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu Hak Milik Tetap Pejabat Tanah - Geran Mukim iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya - Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu - Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan - Tidak boleh dipecah sempadan - Tidak boleh dipecah bahagi - Tidak boleh disatukan tanah - Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika jalanraya terletak di atas tanah Hak Milik Sementara (HS) *melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan Hak Milik Sementara ialah kita membolehkan tanah diberi milik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan Hak Milik Sementara membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran dan akhirnya akan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 31 untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. - Geran Pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekata. dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Tanah dan akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim. 3.2 Status tanah. i. Pegangan milikanbebas (freehold/kekal) Merupakan tanah dimana pemilik tanah pegangan bebas miliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambil balik tanah oleh kerajaan). Sebagai contoh, jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hak milik seperti Geran 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hak milik adalah seperti Geran mukim 1234. ii. Pajakan (leasehold) Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan Negeri / Pejabat tanah adalah 99 tahun. iii. Hak milik sementara Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan tanah pegangan milikan bebas atau pajakan. Dokumen hak milik muktamad akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya. Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)11234 atau H.S.(M)1234.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 31 iv. Tanah lesen pendudukan sementara (tanah lot) Ia merupakan tanah lesen pendudukan sementara kerana tempoh sahnya singkat dan tidak boleh di serah hak. Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan kerana tidak memiliki geran. 3.3 Kaveat. Kaveat adalah sekatan atau pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sesebuah hartanah. Tidak kira samada melibatkan urusan lelong, pembelian hartanah "sub sale" atau hartanah baru. Apabila kaveat didaftarkan atas sesebuah hartanah menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat. Kaveat juga mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya. Terdapat empat jenis kaveat yang dinyatakan di dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Bab 19, Bahagian 1) i. Kaveat Pendaftar. Kaveat jenis ini yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari urus niaga yang tidak wajar dan penipuan. ii. Kaveat Persendirian. Sekatan atasan hartanah yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah tersebut. Menurut Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 31 "sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka. iii. Lien Kaveat. Kaveat cagaran atau pegangan atas satu dokumen hakmilik. Kebiasaan kaveat jenis ini didaftarkan oleh Bank atau syarikat pinjaman untuk menjaga kepentingan mereka setelah sesebuah hartanah dicagarkan atau disandarkan kepada mereka. Perkara ini disebut dalam Seksyen 330 dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965. iv. Kaveat Amanah. Didalam Seksyen 332 pula menyatakan tentang kaveat amanah ini. Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut. Apabila kita terlibat dalam satu urusniaga samada jualbeli, sewa atau pajakan sesebuah hartanah, kaveat ini adalah sesuatu yang amat penting untuk diperhatikan. Kita boleh melihat bukti kaveat pada dokumen hakmilik. Dengan itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan carian geran terbaru di Pejabat Tanah untuk melihat status samada hartanah itu mempunyai kaveat atau tidak. Ini kerana banyak kes berlaku apabila pembeli hartanah telah membuat bayaran pendahuluan tanpa melihat status terbaru, tetapi pertukaran hakmilik tidak dapat dilakukan kerana terdapat sekatan atau kaveat atas hartanah tersebut. Ada kemungkinan duit pendahuluan anda akan hilang amat besar. Tempoh sekatan atau kaveat persendirian adalah selama 6 tahun, ia akan secara automatik akan terbatal selepas tempoh itu. Namun semua kaveat yang didaftarkan boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh pengkaviet dengan hanya membuat pembatalan di Pejabat Tanah. Kaveat juga boleh dibatalkan dengan perintah mahkamah.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:9 Drp / Of 31


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:10 Drp / Of 31


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:11 Drp / Of 31


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:12 Drp / Of 31 3.4Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal i. Pelan Mekanikal a. Lukisan yang memaparkan struktur sistem komplek dan maklumat berkaitan ventilasi, pemanasan, penyejukan udara dan sistem pemadam kebakaran. b. Ia adalah alat yang berkesan bagi membantu menganalisa sistem yang komplek. Lukisan ini lazimnya dilengkapi dengan set lukisan butiran yang digunakan untuk projek –projek pembinaan dan semua kerja melibatkan HVAC. Pelan mekanikal yang lengkap akan menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang diperlukan untuk digunakan bahi memohon permit bangunan.la juga diguna untuk menentukan harga projek. c. Rajah 3.4 (i) dibawah menunjukkan pelan pemasangan air conditioning Rajah 1.1: Pelan Aircondition Indoor Unit


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:13 Drp / Of 31 Rajah 1.2: Pendawaian Elektrik untuk Aircondition Outdoor Unit ii. Pelan Elektrikal a. Pelan elektrikal adalah sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan maklumat tentang kuasa, pencahayaan dan komunikasi untuk projek kejuruteraan atau arkitektual. Sebarang lukisan kerja elektrikal, mengandungi garisan, simbol, dimensi dan notis bagi menyampaikan secara tepat rekabentuk kejuruteraan kepada pekerja yang memasang sistem elektrikal di tempat kerja. b. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik. c. Lukisan kerja yang lengkap bagi sistem elektrikal keseluruhan dalam projek besar biasanya mengandungi ● Pelan plot yang menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian elektrikal sebelah luar ● Pelan lantai/pelan aras yang menunjukkan lokasi sistem elektrikal bagi setiap aras ● Gambarajah power-riser menunjukkan papan panel ● Gambarajah pendawaian kawalan ● Jadual dan maklumat-maklumat lain yang mengganbungkan dengan lukisan pembinaan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:14 Drp / Of 31 Rajah 1.3: Contoh Lukisan Elektrik iii. Lukisan Bangunan Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad. Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1. Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print. Lukisan bangunan melibatkan pelan struktur, pelan arkitek dan pelan perpaipan dalaman a. Pelan struktur Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas, ground Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz, ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:15 Drp / Of 31 Rajah 1.4: Lukisan Struktur b. Pelan arkitek Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut. Pelan arkitek mengandungi:


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:16 Drp / Of 31 ● Pelan lantai Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pela Bumbung ● Pelan pandangan Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan. ● Pelan keratan Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina ● Pelan lokasi Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya. ● Pelan kunci Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek. ● Pelan tapak Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300 ● Pelan perpaipan dalaman Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem bekalan air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:17 Drp / Of 31 Rajah 1.5: Pelan Perpaipan Dalaman


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:18 Drp / Of 31


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:19 Drp / Of 31 Rajah 1.6: Pelan Arkitek 4.0 TUJUAN PERSEDIAAN TAPAK. Penyiasatan tapak merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerokaan kawasan/tapak, bagi menguji bahan-bahan yang ditemui ( di tapak atau dibawa ke makmal) dan menganalisis keputusan dan data-data yang dikumpul serta membuat penilaian tentang tapak bina yang dicadangkan.Ia merupakan satu penyiasatan yang terperinci dan menyeluruh yang diperlukan pada peringkat awal dalam kerja rekabentuk dan kerja pembinaan untuk projek-projek kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak kebiasaannya bergantung kepada saiz dan jenis struktur dalam sesuatu projek. Malah dalam keadaan tertentu kerja-kerja kejuruteraan awam yang kecil pun memerlukan penyiasatan tapak. Di antara objektif penyiasatan tapak ialah seperti berikut : i. Menilai kesesuaian tapak untuk kerja-kerja atau projek yang dicadangkan. ii. Membolehkan rekabentuk yang ekonomi dan memuaskan disediakan. iii. Meramal dan menyediakan langkah-langkah yang berkesan terhadap masalah-masalah yang mungkin timbul dalam masa pembinaan. iv. Menyelidik dan membuat laporan tentang keselamatan struktur-struktur yang sedia ada atau tentang sesuatu kegagalan yang telah berlaku. v. Menentukan alternative yang paling sesuai di dalam pemilihan tapak bina bagi projek yang akan dilaksanakan. vi. Menilai perubahan yang mungkin berlaku secara semulajadi atau terjadi akibat daripada kerja-kerja pembinaan yang dijalankan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:20 Drp / Of 31 5.0 SUMBER PERSEDIAAN TAPAK / TANAH. 1. Mesin 2. Tenaga kerja 3. Bahan 4. Kewangan i) Mesin Mesin sering diguna sebagai sebahagian daripada proses persediaan tapak. Sesuatu tugasan akan memerlukan masa yang lebih efisien menyebabkan penggunaan mesin menjadi satu kemestian bagi melengkapkan proses. Memilih dan menggunakan jenis mesin yang betul bagi mana-mana projek adalah menjadi perkara asas kepada pelan keseluruhan. Berikut adalah senarai peralatan yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja persediaan tapak i) Jengkaut/ Excavator ii) Jentolak/Dozer iii) Trak Pembuang /Dump truck/Tipper truck iv) Perkakasan mengukur/Survey equipment v) Gergaji Berantai /Chain saw vi) Kereta sorong ii) Tenaga Kerja Tenaga kerja untuk menjalankan kerja-kerja di tapak bina perlu mencukupi untuk memastikan kelancaran kerja berdasarkan kontrak yang telah selesai dipersetujui oleh


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:21 Drp / Of 31 pihak kontraktor. Para pekerja juga dikehendaki untuk mematuhi sebarang arahan dari pihak kontraktor mahupun dari pihak perunding Terdapat 3 kategori pekerja/buruh dalam sector pembinaan iaitu: a) Pekerja Mahir b) Pekerja Separuh Mahir c) Pekerja Tidak Mahir a) Pekerja Mahir Pekerja yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang kerja tertentu dimana mereka hanya melakukan kerja-kerja spesifik. Biasanya mereka mempunyai aras pengetahuan yang tinggi tentang skop kerja.dan mampu membuat keputusan dalam menentukan cara kerjanya. Biasanya upah yang diterima ini lebih tinggi daripada tenaga kerja am dan separa mahir. b) Pekerja Separa Mahir Adalah pekerja yang memiliki kemahiran atau kepakaran pada aras sederhana dalam ketukangan tertentu. Mereka ini tidak mencapai tahap prasyarat untuk dibayar sebagai pekerja mahir dan tidak boleh membuat keputusan dalam menentukan cara kerjanya. Mereka bertugas sebagai pembantu kepada pekerja mahir walaupun dalam keadaan tertentu mereka boleh melakukan kerja-kerja mahir bersendirian c) Pekerja Tidak Mahir Pekerja yang tidak memiliki sebarang kemahiran, pengetahuan dan kepakaran bagi melakukan kerja-kerja. Mereka hanya melakukan kerja-kerja umum, membantu dalam kerja-kerja tertentu seperti pembancuh konkrit, pembersih tapak dan sebagainya. Dalam kerja pembinaan, pekerja ini mempunyai tugas penting untuk menyiapkan dan melaksanakan pemibinaan di tapak bina kemajuan iii) Bahan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:22 Drp / Of 31 Satu dari perkara paling asas semasa membangunkan projek adalah bahan apakah yang akan digunakan dan berapa banyak yang diperlukan. Dalam persediaan tapak, penimbusan dan pengarasan tanah diperlukan. Semakin banyak tanah yang perlu diaras , maka semakin banyak persediaan tanah yang perlu dilakukan dengan bahan timbusan tambahan yang diperlukan. Jenis –jenis bahan yang diperlukan untuk timbusan ● Konkrit hancur – bahan yang ideal yang boleh digunakan kerana tekturnya yang membolehkan ia dipadat dan memjadikan tapak yang lebih solid ● Batu hancur (Crush rock)- Hasilnya sama seperti konkrit hancur tetapi memerlukan kos yang tinggi ● Pasir – tidak dicadangkan kerana hasil timbusan yang longgar dan tidak solid. ● Tanah berbutir Kasar (coarse-grained soils)- mengandungi campuran tanah berpasir dan berkelikir serta tanah liat ● Tanah Berbutir Halus (fine-grained soils) –terdiri dari tanah berkelikir, berpasir atau tanah liat silty or clayey fine sands and clayey silts ● Batu batan ● Shale Kadar penggunaan bahan Berapa banyak bahan diperlukan ditentukan melalui aktivit-aktiviti dalam pengurusan/pentadbiran yang terdiri daripada berikut: i) Perancangan keperluan bahan ii) Pembelian iii) Bekalan bahan, iv) Pengangkutan v) Pengendalian bahan iv) Kewangan Kewangan diperlukan untuk menampung keperluan kerja konkrit melibat aspek berikut :


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:23 Drp / Of 31 a) Kadar Buruh ( Labor Rate) Merupakan jumlah yang dibayar kepada pekerja berdasarkan pada waktu kerja dengan kerja yang telah dilakukan. b) Harga Bahan (Material prices) Harga bagi setiap unit bahan mengikut harga pasaran terkini c) Kos Peralatan Kadar peralatan bergantung kepada keadaan projek bagi menentukan saiz atau kapasiti peralatan yang betul dan diperlukan bagi melakukan kerja. Apabila berkerja dengan peralatan, tempoh kitaran dan kapasiti peralatan mengawal kos projek. Kos akan berbeza jika peralatan dimiliki oleh kontraktor berbanding dengan menyewa. 6.0 ASAS BANGUNAN Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan. Tiap-tiap bangunan bemula daripada asasnya. Oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau kegagalan pembinaan bangunan tersebsut. Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur bangunan dibawah tanah termasuk penapak dan cerucuk jika cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban diatasnya. 6.1 Fungsi Asas i. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggng oleh tapak tanah yang lebih luas. ii. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan. iii. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan. iv. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya ini sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah. 6.2 Faktor yang mempengaruhi reka bentuk dan saiz asas


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page:24 Drp / Of 31 i. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungnya. ii. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggungnya. iii. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan. 6.3 Jenis Asas Ada beberapa jenis asas yang lazim digunakan. i. Asas Cerucuk ii. Asas Pad (Alas Tiang) iii. Asas Rakit iv. Asas Jalur ⮚ Cerucuk Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Salah satu daripada caranya ialah menggunakan cerucuk. Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya asas alas tiang atau asas rakit. Penggunaan cerucuk akan dapat mengurangkan kos dan juga sesuai digunakan apabila beban bangunan tidak seragam. ● Klasifikasi Cerucuk Cerucuk dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan cara cerucuk memindahkan beban kepada bumi dan cara ianya dibina. Kumpulan bagi cara pemindahan beban ialah: Cerucuk Tanggung (Bearing Pile) Salah satunya dikenali sebagai Cerucuk Tanggung Hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oleh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu (lapisan stratum) yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut


Click to View FlipBook Version